KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 186 9.30 pagi Jemputan makan Hadirin yang dikasihi sekalian, Sebelum kita meneruskan Majlis Hari Keluarga IPG Kampus Gaya pada hari ini, majlis ingin menjemput para hadirin untuk menikmati juadah ringan yang telah disediakan oleh pihak majlis sebagai alas perut kerana sebentar lagi kita akan menjalankan beberapa aktiviti fizikal seperti senamrobik dan acara sukaneka bersempena dengan Hari Keluarga IPG Kampus Gaya. 10.00 pagi Acara senamrobik Hadirin yang dihormati sekalian. Majlis akan diteruskan lagi dengan acara senamrobik yang akan dipimpin oleh kumpulan pelajar PISMP Pendidikan Jasmani SK1 Semester 5. Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan kumpulan pelajar PISMP Pendidikan Jasmani SK1 Semester 5 untuk berada di atas astaka bagi mengetuai senamrobik. Begitulah tadi aktiviti senamrobik yang telah dipimpin oleh kumpulan pelajar PISMP Pendidikan Jasmani SK1 Semester 5 yang telah menghangatkan lagi majlis kita pada pagi ini. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas pimpinan senamrobik yang penuh bersemangat sebentar tadi. 10.20 pagi Acara Sukaneka Para hadirin yang dihormati sekalian. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua hadirin iaitu acara sukaneka Hari Keluarga IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, acara sukaneka ini julung-julung kalinya diadakan dan terbahagi kepada 4
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 187 kategori utama iaitu kategori pensyarah, kategori staf, kategori pelajar dan kategori campuran. Bagi kategori pensyarah, pensyarah akan dibahagikan mengikut kumpulan seramai 8 orang 1 kumpulan yang telah ditetapkan dan akan terlibat dalam acara menganyam kelongsong ketupat secara berganti-ganti. Manakala bagi kategori staf pula, semua staf yang terlibat akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan ahli seramai 5 orang satu kumpulan dan akan terlibat dalam acara perlumbaan tarik upih. Seterusnya bagi kategori pelajar pula, wakil pelajar akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 5 orang ahli setiap kumpulan dan akan bermain larian berhalangan. Kategori terakhir yang akan dipertandingkan adalah kategori campuran di mana pensyarah, staf dan pelajar akan membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli setiap kategori. Setiap kumpulan akan bertanding dalam acara Tarik tali yang merupakan acara kemuncak bagi Hari Keluarga IPG Kampus Gaya. Begitulah tadi kemeriahan dan semangat yang ditonjolkan oleh semua kumpulan dan penonton yang menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Hari Keluarga IPG Kampus Gaya tahun 2023. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kumpulan atas semangat kesukanan dan kekeluargaan yang dipamerkan sebentar tadi. Diharapkan agar ukhuwah yang terjalin antara warga IPG Kampus Gaya akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 188 12.00 pm Penyampaian hadiah Hadirin, hadirat dan peserta acara sukaneka yang diraikan. Bunga raya bewarna merah, Cantik dipetik buat hiasan; Tibalah masa penyampaian hadiah, Peserta teruja menunggu keputusan. Bagi menghargai usaha dan semangat semua kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang dipertandingkan, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha, Dr. Getrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya diiringi oleh Puan Ziana binti Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya memenangi acara yang dipertandingkan. 12.30 pm Cabutan bertuah Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah. Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha, Dr. Getrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya diiringi oleh Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya untuk mencabut 5 nama yang bertuah pada pagi yang indah ini. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Puan Pengarah dan Timbalan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 189 Pengarah mencabut nama yang bertuah sebentar tadi. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah sebentar tadi. 1.00 pm Ucapan Penutupan Hadirin dan hadirat yang dihormati, Tenang-tenang air di kali Tempat mandian putra puteri Sempurna sudah majlis dirai Salah dan silap harap dimaafi Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan cabutan bertuah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis sambutan Hari Keluarga IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023. Kami mewakili pihak majlis ingin memohan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Kami sudahi majlis ini dengan ucapan Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum W.T.B dan salam sejahtera.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 190 29. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHUN 2023 Oleh: MUHAMMAD NAFIZUDDIN BIN MOHD KAMAL Tarikh : 17 Mei 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 08:00 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat Hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaaan Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diringi oleh Ketua-ketua Jabatan. 08:05 pagi Kata Aluan Pengacara Bukan sulam sebarang sulam, Sulam dihias kerawang indah; Bukan salam sebarang salam, Salam berkias pembuka madah. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani dan salam D’Gayaku demi ilmu dan dharma. Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang Berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan, barisan pensyarah, barisan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 191 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta siswa siswi guru yang dikasihi sekalian. Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan kurniaNya kita dapat berkumpul pada hari yang mulia ini untuk bersama-sama meraikan serta memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 08:10 pagi Nyanyian Lagu Seterusnya, hadirin dipersilakan berdiri dan bersedia dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku, Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia serta Lagu Kami Guru Malaysia. -Nyanyian lagu08:25 pagi Bacaan Ikrar Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi upacara bacaan ikrar guru. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Saudara Tan Tze Hong, Saudari Daisy June Romanus bagi memimpin bacaan ikrar guru. Dipersilakan. -Bacaan ikrar guruMajlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, saudara Tan Tze Hong, saudari Daisy June Romanus atas pimpinan bacaan ikrar guru sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 08:30 pagi Bacaan Doa Bunga cempaka cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 192 Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohamad Syazwan bin Falawangi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Bacaan doaAmin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Mohamad Syazwan bin Falawangi atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 08:35 pagi Ucapan Aluan Hadirin sekalian, Segak bentara beranta kesuma, Di dalam kota bersama panglima; Susunan bicara bakal bergema, Pemula kata anggun berkarisma. Majlis dengan ini mempersilakan saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sesi 2023/2024 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Ucapan Yang DipertuaMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar atas ucapan yang telah disampaikan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 193 08:40 pagi Ucapan dan Perutusan Rasmi Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Majlis pada pagi yang indah ini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan dan membacakan perutusan rasmi Hari Guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Ucapan PengarahMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr. Gerturude Jock atas ucapan beliau sebentar tadi. 09:00 pagi Gimik Perasmian Yang Berbahagia, Dr. Gerturude Jock diminta untuk terus berada di atas pentas bagi menyempurnakan upacara gimik sambutan Hari Guru . Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Gerturude Jock untuk menggunting riben yang diikat pada bunting. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, Dr. Gerturude Jock atas kesudian menyempurnakan upacara gimik sambutan hari guru sebentar tadi. 09:05 pagi Persembahan / Tayangan Montaj Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa Hari Guru oleh siswa dan siswi guru semester 5 yang dikendalikan oleh Yang Berusaha, Encik Yahya bin Yassin, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 194 -Persembahan sketsaMajlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan oleh siswa siswi guru pelatih dari semester 5 sebentar tadi. Hadirin sekalian, Sekarang tibalah masanya untuk kita bersama-sama menyaksikan tayangan montaj sambutan Hari Guru peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang telah disediakan oleh Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sesi 2023/2024. 09:30 pagi Penyampaian Cenderahati Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Norafidah binti Noralidin mengiringi Yang Berbahagia Dr. Gerturude Jock untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr. Gerturude Jock dan Yang Berbahagia, Dr. Norafidah binti Noralidin atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata sebentar tadi. 09:35 pagi Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Bagi pihak majlis, kami merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan majlis sambutan Hari Guru peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 195 Di kesempatan ini, kami juga memohon beribu kemaafan andai ada salah dan silap dari pihak pengacaraan sepanjang majlis berlangsung. Sebelum berpisah izinkan saya menyampaikan serangkap pantun; Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda di tepian kali; Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. Majlis bersurai.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 196 30. TEKS PENGERUSI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH Oleh: FLAVIA ANGEL MALANJUN Tarikh : 15 JULAI 2023 Tempat : HOTEL HILTON, KOTA KINABALU Masa : 6.00PM SEHINGGA 10.30PM Masa Tentatif Teks Emcee 6.00PM Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian, Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan mood telefon dalam mood senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan teknikal ketika rakaman majlis berlangsung. 6.30PM Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, diiringi barisan dif-dif kehormat masuk ke dalam majlis. Hadirin mohon terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku. 6.45PM Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku …...Nyanyian Lagu Negaraku….. …..Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku….. Hadirin dipersilakan duduk. 6.55PM Kata Aluan Pengacara Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Yang Berhormat, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha, Encik Raisin bin
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 197 Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Yang Berusaha, Encik Budreh bin Haji Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort, Yang Berusaha, Encik Johari @ Jaibet bin Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Yang Berusaha, Dr. Japran bin Haji Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Yang Berusaha, Puan Supiah binti Haji Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Gaya Kota Kinabalu, Yang Berusaha, Encik Ag Ghani bin Hj. Ag Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tobobon Kota Kinabalu, Yang Berusaha, Encik A Malek Bin Mat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepayan Kota Kinabalu, Yang Berusaha, Encik Koh Chin Leong, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yue Min Penampang, para guru, kakitangan sekolah, serta murid yang dikasihi sekalian, Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Para pendidik serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, Selamat datang ke Majlis Makan Malam Insan Permata bagi sekolah-sekolah Zon Sabah. Buat pengetahuan hadirin sekalian, majlis makan malam ini julung kali diadakan dengan kehadiran kesemua sekolah-sekolah bagi Zon Sabah dengan bertemakan “Shine Bright Like A Diamond”, kami bawakan anda ke kehidupan yang ceria seperti permata yang berkilauan. 7.10PM Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 198 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Encik Suhaimi bin Mohamad. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Amin-amin, ya Rabbal Alamin. Terima kasih Encik Suhaimi bin Mohamad atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi. 7.15PM Ucapan alualuan Hadirin yang dihormati sekalian, Takkan sempurna alu tanpa lesungnya, Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya, Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya, Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, Tiada yang berbicara. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Supiah binti Haji Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Gaya Kota Kinabalu untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan ini mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Supiah binti Haji Noor atas ucapan beliau sebentar tadi. Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang Berhormat, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam Insan Permata kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 199 Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas ucapan dan perasmian beliau sebentar tadi. 7.45PM Penyampaian Cenderahati kepada VVIP Hadirin yang dihormati, Majlis kita akan diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat kita pada malam ini sebagai tanda kenang-kenangan untuk dibawa pulang. Majlis dengan ini mempersilakan Puan Supiah binti Haji Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Gaya Kota Kinabalu untuk memberikan cenderahati. Dengan ini dijemput Yang Berhormat, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, untuk menerima cenderhati. Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, untuk menerima cenderahati daripada pihak kami. Terima kasih diucapkan kepada Puan Supiah binti Haji Noor atas kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi. 8.00PM Jamuan makan bermula Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Majlis dengan ini mempersilakan semua hadirin, khususnya tetamu kehormat untuk menjamu selera. Dipersilakan. 8.30PM Persembahan (sambil tetamu menjamu selera) Hadirin yang dihormati, Sambil kita menikmati jamuan yang telah disediakan, kita akan dihiburkan oleh tayangan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap sekolah Zon Sabah bagi tahun
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 200 2022/2023. Marilah kita sama-sama saksikan. Hadirin sekalian, Kini, marilah kita menyaksikan satu persembahan tarian oleh murid-murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Gaya. Dipersilakan. Seterusnya, terimalah persembahan istimewa oleh Saudari Jessie Janius, murid tahun 4 Amanah dengan lagu yang berjudul “Standing In The Eyes Of The World”. Hadiran sekalian, Maka tibalah persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh gabungan sekolah-sekolah Zon Sabah. Mari kita sama-sama saksikan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. 9.15PM Cabutan Bertuah Hadirin yang dihormati, Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini, kita akan teruskan dengan cabutan bertuah. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, bagi membuat 10 cabutan bertuah, seterusnya menyampaikan hadiah kepada mereka yang sangat bertuah pada malam ini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Hadirin sekalian, Majlis kita pada malam ini akan diteruskan dengan persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh gabungan sekolah-sekolah Zon Sabah. Mari kita sama-
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 201 sama saksikan. Terima kasih diucapkan kepada murid-murid gabungan sekolah-sekolah Zon Sabah atas persembahan yang sangat memukau itu tadi. Nampaknya, hadiah cabutan bertuah kita masih ada. Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, untuk membuat 10 cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah. Terima kasih diucapkan kepada Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. 10.15PM Bersurai Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah majlis makan malam “Insan Pemata” kita pada hari ini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian majlis makan malam pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami. Mengumumkan keberangkatan pulang Yang Berhormat, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, diiringi dif-dif kehormat.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 202 Hadirin diminta berdiri. Majlis dah sampai ke penghujung, tetamu kami sanjung, terima kasih datang berkunjung. Sekian terima kasih.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 203 31. MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH, TAHUN 2023 Oleh: LOH WOAN YIE Tarikh : 21 JUN 2023 Tempat : HORIZON HOTEL KOTA KINABALU, SABAH Masa : 8.00PM – 10.30PM Masa Tentatif Teks Emcee 8.00 malam (10 minit) Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharap para hadirin mengambil tempat masing-masing. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih. 8.10 malam (10 minit) Ketibaan Tetamu Kehormat Para hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, ● Yang Berusaha, Puan Fadhlina Sidek, Ketua Menteri Pendidikan Malaysia ● Yang Berusaha, Encik Awang bin Ibrahim, Guru Besar Sekolah Rendah Kota Kinabalu ● Yang Berusaha, Puan Leong Lee Hua, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Kota Kinabalu ● Yang Berusaha, Puan Nurul Fatimah binti Juberi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Kota Kinabalu ● Yang Berusaha, Encik Azuwan bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah Kota Kinabalu ● Yang Dihormati, Puan Yii Kai Xin, Pengerusi Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 204 Yang dihormati, para ahli jawatankuasa PIBG, para guru bersama murid-murid yang dikasihi sekalian. SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI. SELAMAT DATANG KE MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH BAGI TAHUN 2023 8.20 malam (5 minit) Kata Aluan Pengacara Hadirin hadirat sekalian, Selamat datang sekali lagi, diucapkan ke Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah, Tahun 2023. Kami bagi pihak jawatankuasa majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan para hadirin pada malam ini. 8.25 malam (5 minit) Bacaan Doa Bunga kantan cantik tersemat, Dipetik budak di tepi sungai; Doa dibaca memohon rahmat, Harap Majlis sentiasa diberkati. Hadirin yang dimuliakan, Bagi menyempenakan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Shamsuri Ahmad. - Bacaan Doa - Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Shamsuri Ahmad atas bacaan doa sebentar tadi. InshaAllah, dengan bacaan doa itu tadi, semoga kita semua sentiasa mendapat berkat. 8.30 malam Objektif Program Kita bersyukur kerana berpeluang untuk samasama berkumpul bagi meraikan Majlis Makan Malam
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 205 (5 minit) Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah pada hampir setiap tahun. Seperti yang kita sedia maklum majlis ini diadakan khas untuk memberikan kesempatan kepada setiap daripada kita untuk berkenalan dan sekali gus menjalinkan lagi hubungan dan persefahaman antara setiap guru dan para hadirin. 8.35 malam (5minit) Ucapan Aluan Hadirin yang budiman, Bagi membuka tirai persada ucapan, majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Puan Yii Kai Xin sebagai wakil guru dan Pengerusi Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah, Tahun 2023 menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Selesai Ucapan Aluan - Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan Yii Kai Xin atas ucapan aluan beliau sebentar tadi. 8.40 malam (5 minit) Ucapan Perasmian Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Fadhlina Sidek, Ketua Menteri Pendidikan Malaysia bagi menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Sekolahsekolah Zon Sabah, Tahun 2023. Majlis mempersilakan. - Selesai Ucapan Perasmian - Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Fadhlina Sidek atas kesudian beliau berucap dan merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah,
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 206 Tahun 2023 sebentar tadi. 8.45 malam (60 minit) Jamuan Makan Sangat wangi bunga kekwa, Di bawah pokok tepi taman; Hidangan sudah simpan di meja, Sudilah tuan nikmati makanan. Hadirin sekalian, Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat, guru-guru dan staf, serta para hadirin menjamu selera. Dipersilakan. - Jamuan Makan - 9.45 malam (45 minit) Cabutan Bertuah Hadirin sekalian, Hidangan enak sudah dijamu. Makanan sudah dijamah. Kini tibalah masanya untuk upacara Cabutan Bertuah pula. Dengan segalanya hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Azuwan bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah Kota Kinabalu untuk mencabut cabutan undi sebanyak 10 undi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Cabut Nombor Bertuah -
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 207 Terima kasih Yang Berusaha Encik Azuwan bin Ismail atas kesudian untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang bertuah! 10.20 malam (10 minit) Penyampaian Cenderamata Seterusnya, sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Awang bin Ibrahim, Guru Besar Sekolah Rendah Kota Kinabalu bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Puan Fadhlina Sidek, Ketua Menteri Pendidikan Malaysia atas kesudian untuk bersama-sama kami pada malam yang penuh bermakna ini. Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Leong Lee Hua, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Kota Kinabalu untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru dan Staf. Majlis mempersilakan. Ribuan terima kasih atas komitmen dan usahanya dalam membangunkan Sekolah Rendah Kota Kinabalu sebanyak 30 tahun serta bimbingan yang diberikan kepada warga Sekolah Rendah Kota Kinabalu agar terus maju ke hadapan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Awang bin Ibrahim, Guru Besar Sekolah Rendah Kota Kinabalu atas penyampaian cenderamata sebentar tadi. Berikan sekali lagi tepukan gemuruh kita.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 208 10.30 malam Bersurai Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama, Di atas dahan burung dara, Melihat arnab di tepi titi; Salam perpisahan untuk semua, Semoga masa depan bertemu lagi. Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah, Tahun 2023 pada hari ini. Saya Loh Woan Yie bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Dato’, datin, tuan-tuan, puanpuan, serta anak-anak ke Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-sekolah Zon Sabah, Tahun 2023 yang diadakan pada malam ini. Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis pada malam ini. Yang baik itu datangnya dari Tuhan, yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri. Dengan ini majlis bersurai.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 209 32. PERTANDINGAN DEBAT PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 Oleh: AFIQ NAJWAN BIN BUDIN Tarikh : 13 Julai 2023 Tempat : Dewan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Masa : 9:00 Pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8:55 Pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, diharapkan para hadirin untuk mengambil tempat duduk masing-masing dan dapat meletakkan mod telefon dalam mod senyap atau dimatikan agar majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal. Majlis akan bermula sebentar lagi. Terima kasih. 9:00 Pagi Ketibaan Tetamu Kehormat Hadirin yang dimuliakan, Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia diiringi oleh Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan Yang Berusaha, Saudara Muhammad Zahri bin Nordin, Pengerusi Persatuan Debat Bahasa Melayu Sesi 22/23, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 9:05 Pagi Nyanyian Lagu Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku. [Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku]
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 210 Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan duduk. 9:10 Pagi Kata Aluan Pengacara Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma. Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha, Saudara Muhammad Zahri bin Nordin, Pengerusi Persatuan Debat Bahasa Melayu Sesi 22/23, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Dif-dif kehormat, para peserta, panel hakim dan urusetia Pertandingan Debat Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, serta hadirin dan hadirat sekalian. Selamat datang ke Majlis Perasmian Pertandingan Debat Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, izin dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama bagi memeriahkan Majlis Perasmian Pertandingan Debat Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 211 9:15 Pagi Bacaan Doa Hadirin yang budiman, Bagi memakmurkan majlis kita pada hari yang penuh berbahagia ini, marilah kita bersama-sama menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa bagi memohon keberkatan. Dijemput Saudara Asyraff bin Kacho untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. [Bacaan doa] Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Asyraff bin Kacho atas bacaan doa sebentar tadi. 9:20 Pagi Ucapan Aluan Hadirin yang dihormati sekalian, Adat berbahasa menyampaikan pesan, Ada majlis menyampaikan ucapan. Sebagai tirai pembuka bicara, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. [Selesai ucapan aluan] Terima kasih diucapkan atas ucapan oleh Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sebentar tadi.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 212 9:40 Pagi Ucapan Perasmian Daun semulur di tepi pagar, Batang jerami rebah ke bumi; Ucapan Pengarah telah didengar, Dengarkan pula kata perasmi. Baiklah, kini tiba kita ke acara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita hari ini. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Pembukaan Pertandingan Debat Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan. [Ucapan] [Selesai ucapan perasmian] Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia atas ucapan dan kesudian beliau untuk merasmikan Pembukaan Pertandingan Debat Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. 10:00 Pagi Gimik Perasmian Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia diiringi oleh Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah, Institut
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 213 Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan. [Gimik perasmian] Dengan ini, majlis perasmian ini secara rasminya dilancarkan. Berikan tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 10:05 Pagi Penyampaian Hadiah dan Cenderahati Sidang hadirin sekalian, Seterusnya, sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diiringi oleh Yang Berusaha, Saudara Muhammad Zahri bin Nordin, Pengerusi Persatuan Debat Bahasa Melayu Sesi 22/23 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia untuk menerima cenderahati. Dipersilakan. [Penyampaian cenderahati] Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 214 berikan sekali lagi tepukan yang gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 10:10 Pagi Tetamu Bersurai Para hadirin yang dihormati, Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderahati itu tadi maka sempurnalah Majlis Perasmian Pertandingan Debat Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 kita pada hari ini. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri kami sebagai pihak penganjur. Bunga dedap di atas para, Anak Dusun pasang pelita; Andai tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian sahaja, Wa Billahi Taufiq wal Hidayah Wassalamu’Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Majlis bersurai.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 215 33. MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-52 IPG KAMPUS GAYA Oleh: CAROL IRENE PAUKIN Tarikh : 21 Februari 2023 Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 12.00 tengahari Masa Tentatif Teks Emcee 1.00 pm Umumkan ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Kampus Gaya, diiringi oleh Encik Julin Erus, Ketua Unit Kokurikulum, para pensyarah serta pengerusi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-52. 1.05 pm Nyanyian Lagu Rasmi Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu IPGM. - Lagu Negaraku- -Lagu Sabah Tanah Airku- -Lagu IPGMHadirin dipersilakan untuk duduk. 1.10 pm Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat Bersamasama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-52 pada hari ini. Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 216 mempersilakan saudara Mohd Amirul Hakim bin Jamidia untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Amirul Hakim bin Jamidia atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 1.15 pm Ucapan alualuan Selamat tengah hari, selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Kampus Gaya. Yang Dihormati, pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staf-staf sokongan seterusnya guru-guru pelatih sekalian. Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-52 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 1.20 pm Menjemput VIP menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan Tanpa membuang masa, majlis menjemput Encik Julin Erus, Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Kampus Gaya untuk mengiring Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Kampus Gaya untuk menerima lintas hormat daripada divisi-dvisi yang mengambil bahagian. Dipersilakan. 1.25 pm Perbarisan Bendera Kejohanan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh saudara Azaz Azani binti Juakim. Pembawa bendera Malaysia ialah saudari Catherina Elvasia Anak Usin, pembawa bendera Sabah ialah saudari Intan Shahera binti Mohamad dan pembawa bendera kejohanan ialah saudara Elizander
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 217 Lamit. 1.30 pm Lintas Hormat Hadirin sekalian, Melangkah penuh gah, lengkap berbaju merah ialah divisi Bezza yang diketuai oleh Saudari Chrisabelle Brenda Tay, dengan kekuatan ahli seramai 20 anggota. Divisi ini berpegang kepada motto “Merah Pasti Juara” yang bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. Seterusnya, berbekalkan motto “Biru Berani Semangat Besi Waja Diri” divisi Perdana melangkah masuk segak bergaya dengan diketuai oleh saudara Mohd Hamdii bin Harun yang dianggotai seramai 20 anggota. Motto “Biru Berani Semangat Besi Waja Diri” diharapkan menjadi pembakar semangat divisi untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan ini. Berikut pula, tampil dengan warna hijau ialah divisi Exora. Divisi Exora diketuai oleh saudari Flavia Angel Malanjun dengan kekuatan seramai 20 anggota yang memegang motto “Hijau Berjuang Mencipta Kenangan”. Diharapkan dengan motto tersebut akan membawa tuah kepada divisi Exora merangkul gelaran juara pada tahun ini. Perarakan diakhiri dengan tampilnya divisi Alza yang diketuai oleh Intan Shahera binti Mohamad dengan kekuatan seramai 20 anggota yang memegang motto “Semangat Jitu Pasti Berjaya”. Dengan motto tersebut, kita percaya percaya divisi Alza ini mampu membuat kejutan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 218 dalam kejohanan ini. 2.00 pm Ikrar Kejohanan Hadirin yang dihormati, Seterusnya, majlis mempersilakan saudara Felix Michael untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan. Terima kasih saudara Felix Michaelle atas lafaz ikrar sebentar tadi.Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini. 2.10 pm Ucapan Perasmian Penutupan Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi menyempurnakan penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini, majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-52. Majlis dengan ini mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-52 sebentar tadi.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 219 2.30 pm Penyampaian Hadiah Para mahasiswa pendidik dan hadirin sekalian, Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, dengan diiringi oleh Encik Julin Erus, Ketua Unit Kokurikulum untuk menyampaikan hadiah. Mengumumkan pemenang pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori divisi pada hari ini. ⮚ Tempat keempat disandang oleh divisi Alza. ⮚ Seterusnya tempat ketiga disandang oleh divisi Exora. ⮚ Tempat kedua disandang oleh divisi Perdana. ⮚ Dan johan berjaya disandang oleh divisi Bezza. Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke52. ⮚ Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ialah Catherina Elvasia Anak Usin. Untuk makluman semua, beliau telah memenangi emas dalam acara Lompat Tinggi, 100 meter dan 200 meter. ⮚ Kini diumumkan pula Olahragawan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya pada tahun ini ialah Azaz Azani bin Juakim. Beliau telah meraih pingat emas bagi acara 1500 meter, 200 meter dan 400 meter.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 220 Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, mengumumkan secara rasmi kedudukan keseluruhan divisi-divisi yang telah bertanding. ⮚ Tempat keempat telah berjaya disandang oleh divisi yang merangkul 10 pingat emas, 15 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Tempat keempat disandang oleh divisi Alza. ⮚ Tempat ketiga telah disandang oleh divisi yang berjaya merangkul 15 pingat emas, 10 pingat perak dan 7 pingat gangsa. Tempat ketiga disandang oleh divisi Bezza. ⮚ Seterusnya naib johan, berjaya dirangkul oleh divisi yang memenangi 25 pingat emas, 12 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Naib johan disandang oleh divisi Exora. ⮚ Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Gaya kali ke-52 dengan berjaya merangkul 30 pingat emas, 10 pingat perak dan 5 pingat gangsa, jatuh kepada divisi Perdana. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi. 3.00 pm Upacara Penurunan dan Penyerahan Bendera Kejohanan Hadirin sekalian, Seterusnya marilah kita bersama-sama menyaksikan upacara menurunkan dan penyerahan bendera kejohanan. Dengan ini majlis diakhiri dengan istiadat menurunkan bendera. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Dr Gerturude Jock diiringi oleh Encik Julin Erus
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 221 untuk menerima bendera kejohanan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 3.10 pm Majlis Bersurai Terima kasih atas penyempurnaan upacara penangguhan kejohanan balapan dan padang antara divisi peringkat IPG Kampus Gaya sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi mengakhiri majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-52, para hadirin diminta untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Demi Ilmu dan Dharma. Majlis mempersilakan. Terima kasih atas nyanyian yang cukup bersemangat sebentar tadi. Bersemi buluh bayan meredah, Di pinggir pekan bersimpuh anak dara, Divisi 2023 berlabuh sudah, Majulah sukan untuk negara. Dengan berakhirnya pantun sebentar tadi maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-52 pada tahun ini. Semoga pada tahun yang akan datang kita akan bertemu lagi. Kami mewakili ahli jawatankuasa pelaksana ingin
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 222 memohon kemaafan andai terdapat kekurangan sepanjang kejohanan balapan dan padang sukan divisi ke-52 ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang kurang baik itu datang dari diri kami sendiri. Majlis mengumumkan keberangkatan pulang Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Kampus Gaya. Mengumumkan perbarisan keluar kontinjen setiap divisi.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 223 34. SKRIP PENGACARAAN PERASMIAN PERTANDINGAN DEBAT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 Oleh: NUR IZZATI IWANI BINTI YAHAYA Tarikh : 1 September 2023 Tempat : Sabah International Convention Centre (SICC) Masa : 8.30 hingga 11.00 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8.30 Pagi Ketibaan Hadirin sekalian diminta untuk berdiri. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, yang Berbahagia, Dr. Hazami Bin Johari, selaku Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, dan diiringi Yang Berusaha, En. Ismail Bin Yaakub. Selaku pengarah Majlis Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan, Yang Berusaha Puan Fatimah Binti Khalid, selaku naib pengerusi Majlis Pertandingan Debat Peringkat Kebangsana, serta dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Nyanyian - Negaraku - Sabah Tanah Airku Sebagai pembuka acara, mohon hadirin terus berdiri bagi menyanyikan dua buah lagu iaitu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. (nyanyian lagu) Majlis mengucapkan terima kasih dan hadirin dipersilakan untuk duduk.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 224 Bacaan doa Lebat daun pokoknya rendah, Landai cantik indah terasa; Lapang dada tangan di tadah, Memohon berkat yang maha esa. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, mari bersamasama kita menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al-fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Zainul. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (bacaan doa) Amin, Amin Ya Rabbal Alamin Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Zainul atas bacaan doa sebentar tadi. Salutasi Anak itik anak angsa, Masih kecil masih muda; Hadir tuan meriah terasa, Kami sambut penuh gembira. Yang Berbahagia, Dr. Hazami Bin Johari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berusaha, En. Ismail Bin Yaakub, pengarah Majlis Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan. Yang Berusaha Puan Fatimah Binti Khalid, naib pengerusi Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan, dif-dif kehormat serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Ucapan alu- aluan pengacara majlis Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan lagi
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 225 majlis kita pada pagi ini. Majlis turut merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dr. Hazami Bin Johari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis pada pagi ini. Selamat datang juga diucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian ke majlis pembukaan Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. Ucapan kata alualuan oleh penganjur Hadirin yang dihormati sekalian, Tanpa membuang masa. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Ismail Bin Yaakub selaku pengarah majlis untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. (ucapan penganjur) Terima kasih diucapkan kepada En, Ismail bin Yaakub atas ucapan beliau sebentar tadi. Ucapan kata alualuan tetamu kehormat Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Seterusnya, majlis di serikan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Dr. Hazami Bin Johari, selaku Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk memberikan ucapan beliau sekali gus merasmikan pembukaan majlis Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 226 (ucapan tetamu kehormat) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Hazami Bin Johari, atas ucapan yang sangat bermakna serta perasmian beliau sebentar tadi. Persembahan Hadirin sekalian, Marilah kita Bersama-sama menyaksikan persembahan tarian tradisional iaitu Tarian Zapin daripada kumpulan Sky World. Untuk makluman semua, kumpulan ini telah meraih pingat Johan dalam pertandingan Tarian Rampaian Tradisonal tahun 2023 yang telah berlangsung di World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (persembahan tarian) Majlis mengucapkan terima kasih diatas persembahan yang cukup mempersonakan daripada kumpulan Sky World itu tadi. Sesi fotografi bunga cempaka bungan raya, sering dihinggap si rama-rama; memori indah telah tercipta, sebagai kenangan kita bersama. Sebelum menutup tirai majlis, sebagai tanda kenangkenangan kita bersama, majlis menjemput dif-dif kehormat untuk bersama-sama mengambil tempat di atas pentas bagi upacara fotografi. Majlis mempersilakan. (sesi fotografi)
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 227 Penutup Hadirin dan hadirat sekalian, Dengan selesainya sesi fotografi itu tadi maka berakhirlah majlis Perasmian Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. Bau harum bunga seroja, gugur sekuntum di atas para; ikalau kata tersilap bicara, Kemaafan jua yang kami pinta. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa majlis dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kerana sesunguhnya yang baik itu datang dari yang Maha Esa dan yang buruk itu datang dari pihak kami sendiri. Dengan itu pihak majlis mempersilakan Yg Berusaha En. Ismail Bin Yaakub, pengerusi majlis dan Yg Berusaha Pn. Fatimah Binti Khalid, naib pengerusi untuk mengiringi YG Berbahagia Dr. Hazami Bin Johari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan dif-dif kehormat ke ruang hidangan untuk menjamu sedikit jamuan ringan. Dipersilakan. Wabilahi taufiq wal hidayah assalamualaikum W.B.T
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 228 35. TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA 2023 Oleh: NUR NADHIRAH BINTI MOHAMMAD WEDDAN Tarikh : 21 MEI 2023 Tempat : DEWAN KEBUDAYAAN KUALA MUDA Masa : 9.30 PAGI – 11.30 PAGI Masa Tentatif Teks Emcee 9.30 PAGI Tetamu kehormat mengambil tempat Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Anisah bt Halim, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda beserta dif-dif kehormat. Hadirin dipersilakan untuk duduk. (Persembahan tarian sambut tetamu) Sebagai makluman, persembahan tarian sambut tamu itu tadi telah dipersembahkan oleh Kumpulan Seni Tari Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda di bawah bimbingan Cikgu Hazifah binti Abdul Kassim. Terima kasih diucapkan. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini, semua hadirin di dewan diminta untuk berdiri bagi sama- sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah ……………………………………… ……….. Hadirin dipersilakan untuk duduk. Bacaan doa Indah nian wajah puteri kayangan, Tersergam cantik dalam kebaya, Salam dihulur tanda sapaan Bacaan doa jangan dilupa. Hadirin hadirat sekalian, demi memberkati majlis pada
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 229 pagi ini, marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya dengan sanubari yang bersih, minda yang kuat menghimpunkan segala harapan dan hasrat dengan baitbait doa yang suci. Untuk itu majlis dengan penuh takzimnya menjemput AlFadhil Ustaz Abdul Khoiriri bin Md Zein tampil seketika untuk memimpin bacaan doa pada majlis pagi ini. Majlid dengan segala hormatnya mempersilakan... Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Al-Fadhil Al- Ustaz Abdul Khoiriri bin Md Zein atas bacaan doa yang telah dialunkan oleh beliau tadi. Salutasi Terbenam matahari di kala senja, Indah dilihat di tepi selat, Izin dipinta majlis dimula, Mengalur sopan mengikut adat. Yang Berusaha, Dr Anisah binti Halim, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda. Yang Berusaha En Ahmad bin Nordin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda. Yang Berusaha, Puan Amalina bt Hashim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Turut dialu-alukan, Semua pengetua dan guru besar, Barisan guru-guru yang diraikan, Serta hadirin hadirat yang dimuliakan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia Madani.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 230 Alhamdulillah terus dipanjatkan setulus hati ke hadrat Ilahi lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurniaan agenda. Saya selaku pengacara majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru. Peringkat Daerah Kuala Muda bagi tahun 2023. Ucapan alu-aluan Hadirin yang dihormati, Pergi ke pekan membeli selasih, Untuk si dara buat halwa, Berikan kata simpulan kasih, Disulamkan mesra satukan jiwa. Untuk itu, majlis kini diteruskan lagi dengan menjemput Puan Amalina binti Hashim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan… Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Amalina binti Hashim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda atas ucapan yang telah disampaikan. Ucapan perasmian Hadirin hadirat sekalian, Bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Muda, kini dijemput Yang Berusaha, Dr Anisah binti Halim, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 231 ………………………………………… Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi. Mohon Yang Berusaha Dr Anisah Halim terus berada di atas pentas untuk acara seterusnya. Majlis juga menjemput, Yang Berusaha En Ahmad bin Nordin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda. Yang Berusaha, Puan Amalina bt Hashim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda untuk turut serta di atas pentas. Dipersilakan.. Upacara perasmian Hadirin sekalian, Sama-sama kita saksikan upacara perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Muda tahun 2023 dengan paluan gong sebanyak 3 kali yang akan disempurnakan oleh Yang Berusaha, Dr Anisah binti Halim, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda. Majlis dengan ini mempersilakan.. ……………………………………………… Tayangan montaj selepas paluan gong Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Dr Anisah binti Halim merasmikan majlis. Juga diucapkan tahniah dan terima kasih atas tayangan montaj sebentar tadi yang telah dihasilkan oleh Guru-guru
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 232 Panitia Reka Bentuk & Teknologi SMK Kota Kuala Muda. Upacara menaikkan bendera sempena sambutan Hari Guru & Nyanyian Lagu Guru Malaysia. Seterusnya, hadirin sekalian diminta untuk berdiri bagi meneruskan upacara menaikkan bendera serta nyanyian Lagu Guru Malaysia. ……………………………………… ……….. Terima kasih sekalung budi diucapkan buat para hadirin atas nyanyian sebentar tadi. Buat pengetahuan para hadirin, nyanyian Lagu Guru Malaysia yang telah dipasangkan itu tadi adalah gubahan semula menggunakan kelunakan suara yang dilontarkan oleh Guru-guru Panitia Muzik SMK Kota Kuala Muda. Upacara menaikkan bendera sebentar tadi telah sempurna dengan bantuan daripada Pasukan Pengakap Daerah Kuala Muda Penyampaian anugerah ‘Guru Pertiwi’ Para hadirin yang dihormati. Kini tibalah kita pada acara yang dinanti-nanti iaitu penyampaian anugerah ‘Guru Pertiwi’. Dengan itu, majlis dengan penuh hormat mempersilakan Yang Berusaha Dr Anisah binti Halim, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda diiringi Yang Berusaha En Ahmad bin Nordin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda bersama- sama naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah kepada penerima. Anugerah Guru Pertiwi ini diwujudkan sebagai tanda
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 233 penghargaan atas komitmen penuh dan kesungguhan guru-guru dalam melaksanakan tugas dan memberikan impak positif kepada organisasi dan sekolah masingmasing. Dengan itu, majlis mempersilakan penerima anugerah untuk naik ke pentas. Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Daerah Kuala Muda Tuan puan yang dihormati, Kita sudah berada di anugerah yang dinanti-nanti iaitu Anugerah Tokoh Guru Daerah Kuala Muda untuk tahun 2023. Diminta untuk Yang Berusaha, Dr Anisah binti Halim dan Yang Berusaha En Ahmad bin Nordin untuk terus berada di atas pentas. Dipersilakan Encik Mohammad Ghani bin Abdul Masri untuk menerima anugerah. Seterusnya, dipersilakan Puan Suzanne Lorence untuk menerima anugerah Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Encik Mohammad Ghani bin Abdul Masri dan Puan Suzanne Lorence atas penganugerahan tokoh guru semena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Muda 2023. Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan dalam segala bidang yang diceburi. Penyampaian cenderamata kepada perasmi. Hadirin sekalian, kini tibalah upacara penyampaian cenderamata kepada perasmi sebagai tanda kenangan. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berusaha En Ahmad bin Nordin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada Yang Berusaha, Dr Anisah binti Halim, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 234 Dipersilakan. Sesi bergambar Majlis kini menjemput dif-dif kehormat untuk turut serta turun ke bawah bagi sesi bergambar bersama dengan hadirin jemputan sekalian. Persembahan penutup Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sebagai penutup, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Tarian Cinta Sayang yang akan dipersembahkan oleh kumpulan tarian daripada SMK Kota Kuala Muda. (Persembahan berlangsung) Buat pengetahuan para hadirin, persembahan itu tadi telah dipimpin oleh Puan Marlini binti Rahmat dan Encik Anas Saffuan bin Rafar, guru-guru seni tari di SMK Kota Kuala Muda. Penutup Hadirin sekalian, dengan persembahan yarian sebagai penutup itu tadi, kini kita telah pun berada di hujung majlis. Dengan ini, kami bagi pihak penganjur menyusun sepuluh jari atas sebarang kekurangan. Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayyah. Terima Kasih.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 235 36. SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI 2023 Oleh: NURUL IZZATI BINTI JALALUDIN Tarikh : 20/06/2023 Tempat : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI Masa : 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG Masa Tentatif Teks Emcee 2.00 pm Ketibaan Tetamu Jemputan Diminta semua hadirin berdiri. Mengumumkan ketibaan YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Petani, dengan diiringi Puan Salina Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, serta dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. 2.10 pm Nyanyian 3 Buah Lagu Bagi memulakan majlis, marilah bersama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Kedah diikuti lagu sekolah dengan iringan muzik. Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 2.15 pm Bacaan Doa Hadirin sekalian, Tetak buluh kajang sepuluh, Mari buang sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa di pohon biar berkat. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah samasama kita menadah tangan memohon agar majlis kita pada pagi ini diberkati oleh Yang Maha Kuasa. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Syafiq Bin Mohd Khairil untuk memimpin bacaan