Edisi Khas
Edisi Khas
ASPIRASI PENDIDIKAN:
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
EDITOR:
Abdul Razaq Ahmad • Mohd. Mahzan Awang
Cetakan Pertama/First Printing 2020
©Yayasan Al-Sultan Abdullah
Diterbitkan di Malaysia/Published in Malaysia by
Yayasan Al-Sultan Abdullah
(Sebelum dikenali Yayasan Istana Abdulaziz)
No. 2, jalan IM 8/7, Taman Mahkota Putra,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.
ISBN:
Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat
juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah.
All rights reserved
No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information
storage and retrieval system, without permission in writing from the
Yayasan Al-Sultan Abdullah.
Diatur huruf di Malaysia oleh / Typesetting in Malaysia by
MASSA CREATIVE ENTERPRISE
No. 22-2, Second Floor, Jalan Reko Sentral 4,
43000 Kajang, Selangor.
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
BIMBINGAN MENARA GADING
KANDUNGAN
TITAH ALUAN KDYMM RAJA SERI PADUKA BAGINDA 7
YANG DI-PERTUAN AGONG 9
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 21
ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
ASPIRASI PENDIDIKAN KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Access Leadership Program
U.S Embbassy Kuala Lumpur
BAHAGIAN 1: INTERVENSI HOLISTIK 23
Akademi Menara Gading-YASA 25
Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad 43
55
Kepelbagaian Intervensi Untuk Kecemerlangan
Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang 81
105
Pembelajaran bersama Rakan Sebaya (Peeragogy) 117
Akademi Menara Gading
Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek
Intervensi dan Kemahiran Motivasi Kendiri
Datin Dr. Anisa Saleha M. Nunuh Saleh
AMG: Dari Lanchang ke Jepun
Dr. Rozan Mohamad Yunus
Melakar Kecemerlangan SPM di Akademi Menara Gading
Megat Aiman Fatihin Megat Abdul Aziz
BAHAGIAN 2: NILAI, KEPERIBADIAN DAN PENDIDIKAN 143
Membina Nilai dan Jati Diri 145
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
5
BIMBINGAN MENARA GADING 167
181
Kepimpinan Pelajar
Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman 195
203
Mendepani Era Revolusi Industri Ke-4
Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin &
TS. Dr. Muhammad Helmi Norman
Pembinaan Sahsiah dan Pekerti Mulia
Dato’ Dr. Qasim Ahmad
Kecemerlangan Holistik Pelajar Generasi Z
Prof. Dr. Fariza Md Sham & Dr. Siti Jamiah Abdul Jalil
BAHAGIAN 3: MOTIVASI KEJAYAAN 215
Bagaimanakah Menyerlahkan Potensi Diri? 217
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 227
243
Persediaan Membina Kerjaya Masa Depan 259
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin 271
283
Kerangka Minda Pelajar Cemerlang 301
Dr. Ramli Saadon & Prof Madya Dr. Khairy Ariffin
Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat
Dr. Harwati Hashim
Belajar dan Daya Tahan Akademik
Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad
Disiplin dan Sikap Orang yang Berjaya
Prof. Madya Dr. Sayuti Ab Ghani
Jangan Putus Asa: Kejayaan Milik Anda
Dr. Mat Rahimi Yusof
Biodata Penulis 316
Bibliografi 323
Lensa Aktiviti 327
Keratan Akhbar 347
6
BIMBINGAN MENARA GADING
Titah Aluan Diraja
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P.,
D.K. (Terangganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., P.A.T.
Assalamualaikum Wbt. dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Akademi Menara Gading (AMG) telah dilaksanakan lebih daripada dua
dekad dengan jayanya iaitu sejak tahun 1999 hingga kini. Akademi
Menara Gading dianjurkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan
Al-Sultan Abdullah (YASA) yang dulunya dikenali sebagai Yayasan
Istana Abdulaziz dengan mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Program ini bertujuan untuk memberi latihan
pendidikan secara komprehensif dan berterusan kepada para pelajar
miskin, murid Orang Asli serta pelajar kurang bernasib baik dari seluruh
Negeri Pahang.
7
BIMBINGAN MENARA GADING
Modul latihan AMG adalah menggunakan 12 modul kem utama
yang dilaksanakan secara bersepadu mulai Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5 bagi memastikan mereka cemerlang dalam Sijil Pelajaran
Malaysia. Alhamdulillah setakat ini, AMG telah melaksanakan 10 kohort
dan berjaya membantu seramai 1005 orang peserta menjejakkan kaki ke
menara gading sama ada dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang
pengkhususan. Sebahagian peserta AMG telah pun bekerja di sektor
awam dan pelbagai bidang profesional. Diharapkan mereka ini dapat
membantu meningkatkan taraf kehidupan dan mengeluarkan keluarga
mereka daripada lingkungan persekitaran kemiskinan. Kesinambungan
program ini turut dilestarikan dengan penubuhan alumni AMG yang
turut mengendalikan pelbagai aktiviti kebajikan pendidikan dan
kemasyarakatan bagi golongan yang kurang bernasib baik.
Dalam bidang penyelidikan dan penerbitan, pihak AMG-YASA
telah menerbitkan pelbagai artikel dan jurnal serta buku. Antara buku-
buku yang telah diterbitkan adalah Bimbingan Menara Gading, Buku
dan Pendidikan, Perjuangan ke Puncak, Buku dan Pendidikan serta
Mahasiswa Abad 21. Alhamdulillah, sempena pelaksanaan 20 tahun AMG,
pihak AMG-YASA telah mengambil inisiatif menerbitkan buku Bimbingan
Menara Gading Edisi Khas. Buku ini adalah gabungan pengetahuan dan
pengalaman daripada ahli akademik yang seharusnya dijadikan rujukan
dan panduan pelbagai pihak dalam merancang pelbagai program dan
polisi pendidikan khusunya bagi komuniti yang kurang bernasib baik dan
komuniti luar bandar.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung yang telah banyak menyumbang tenaga
dan kepakaran dalam menentukan kejayaan program Akademi Menara
Gading ini. Saya juga mengharapkan agar lebih banyak pihak akan turut
sama-sama menyumbang dan mengadakan program seumpama ini bagi
memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai pelajar kurang bernasib
baik untuk sama-sama cemerlang dalam pendidikan. Akhir kata, saya
mendoakan agar AMG ini terus cemerlang dan boleh dijadikan satu
platform untuk membantu meningkatkan kualiti hidup komuniti yang
kurang bernasib baik melalui kecemerlangan pendidikan.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Penaung Diraja, AMG-YASA
8
BIMBINGAN MENARA GADING
Aspirasi Pendidikan
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA
RAJA PERMAISURI AGONG
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti
Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P.,
D.K., (Johor), S.P.M.J., D.K.(Brunei)
Assalamualaikum Wbt. dan salam sejahtera.
Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin-
Nya saya dapat meluangkan waktu untuk membuat coretan dalam
buku ini tentang sedikit sebanyak kisah hidup saya serta aspirasi saya
dalam pendidikan. Coretan ini adalah satu perkongsian kepada rakyat
jelata agar dapat dijadikan inspirasi dan dorongan untuk terus memacu
kejayaan bersama demi kelestarian kedaulatan negara tercinta.
9
BIMBINGAN MENARA GADING
BIODATA RINGKAS
Saya dilahirkan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan
dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.
Saya adalah Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda
Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Soalan 1: Mohon Tuanku Tuanku Permaisuri berkongsi kisah adik-beradik
zaman kanak-kanak.
Soalan 2: Apakah nasihat ayahanda dan bonda Tuanku Permaisuri yang
diingati sehingga kini?
10
BIMBINGAN MENARA GADING
PERKAHWINAN DAN ALAM RUMAH TANGGA
Saya diijabkabul dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
pada bulan Mac 1986. Kami dikurniakan 4 orang putera dan dua orang
puteri, iaitu Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim
Shah, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku
Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku
Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri
Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, dan Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Soalan 3: Mohon Tuanku Permaisuri berkongsi pengalaman dalam
membesarkan putera-puteri Tuanku?
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku
Ampuan Mariam, Johor Bahru. Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah
Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan melanjutkan
pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor
Bahru.
11
BIMBINGAN MENARA GADING
Soalan 4: Bagaimana latar belakang pendidikan Tuanku Permaisuri
memberi inspirasi dalam kehidupan?
MEMORI TERINDAH ZAMAN PERSEKOLAHAN
Soalan 5: Mohon Tuanku berkongsi cerita menarik dan pengalaman
sewaktu zaman persekolahan.
12
BIMBINGAN MENARA GADING
ASPIRASI DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Saya akui bahawa mendidik anak-anak memang mencabar dan ibu bapa
perlu mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik. Dalam dunia hari
ini, banyak pengaruh kepada anak-anak. Ibu bapa dan guru memang
meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak. Namun, saya
berharap agar ibu bapa dan guru perlu bijaksana dalam mengimbangi
harapan dan keupayaan anak-anak, maka janganlah menekan anak-
anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran. Saya bimbang cara
itu boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut. Ibu bapa dan
guru perlu bijak mengimbangi dalam pendidikan anak-anak kerana ia
akan menyebabkan anak mengalami tekanan atau depresi sehingga
membawa kepada kejadian lebih buruk. Anak-anak akan melalui zaman
kanak-kanaknya sekali sahaja. Ada masanya mereka perlu diberikan
masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan
daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru. Anak-anak pada usia kecil
perlu ada ruang waktu untuk bermain supaya bila sudah dewasa, anak-
anak mempunyai kenangan indah dalam kehidupan selain daripada
pengalaman waktu belajar semata-mata. Ketika saya kecil, apabila
terlalu banyak kerja sekolah dibawa pulang, ayahanda bertanya bila
waktunya hendak meluangkan masa berbual-bual dengan beliau.
Saya sedar bahawa ibu bapa kini banyak yang bekerjaya dan sibuk
dengan pelbagai urusan. Namun, ibu bapa perlu sentiasa memantau
pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya
mereka tidak berasa tersisih yang menyebabkan anak-anak membawa
haluan sendiri tanpa bimbingan. Pada zaman sekarang, anak-anak
berinteraksi menerusi media sosial maka, ibu bapa perlu mengawasi
penggunaan media sosial anak-anak masing-masing. Walaupun anak
saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka
pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan
saya beritahu agar menyekat orang tersebut. Anak-anak kena faham
supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu
juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur
bahaya dalam laman sosial seperti ini.
13
BIMBINGAN MENARA GADING
ASPIRASI TERHADAP BAHASA IBUNDA, TULISAN JAWI DAN
BAHASA INGGERIS
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda dan ia merupakan bahasa rasmi
negara kita. Kuasailah bahasa rasmi ini sebaik mungkin. Saya sendiri
berasa malu jikalau tersilap dalam bahasa Melayu, namun jika saya silap
dalam penggunaan bahasa Inggeris saya tidak malu sebab ia bukan bahasa
ibunda. Jadi, kepada rakyat Malaysia jangan malu untuk menggunakan
bahasa Inggeris biarpun ada kesilapan kerana ia merupakan proses
belajar. Lagi pun kita bukan penutur jati bahasa Inggeris, maka belajarlah
sebaik mungkin. Kuasailah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Soalan 6: Apakah nasihat Tuanku tentang penguasaan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris serta bahasa asing dalam kalangan pelajar?
Saya sayang kepada tradisi dan nilai-nilai budaya kita. Tulisan Jawi
adalah khazanah kita yang diwarisi daripada perjuangan pendidikan
nenek-moyang kita. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam
tulisan jawi. Saya tidak pergi sekolah agama di Johor tetapi kerana minat
kepada jawi saya belajar sendiri dengan membaca surat khabar Utusan
Melayu. Walaupun saya pandai membaca jawi tetapi saya tidak lancar
menulis jawi dan kini masih belajar menulis jawi.
14
BIMBINGAN MENARA GADING
ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan amat penting dalam menentukan kemajuan negara. Saya
selama ini menyangka pendidikan wajib ialah sehingga Tingkatan Lima.
Hari ini baru saya dapat tahu ia hanya wajib hingga Tahun Enam. Jadi,
saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua
rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi
membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.
Soalan 7: Apakah harapan Tuanku Permaisuri terhadap sistem dan
budaya pendidikan rendah dan menengah di Malaysia?
Saya telah dilantik sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kedua mengantikan Almarhum
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama
memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983.
Saya amat tersentuh dan bersyukur untuk meneruskan legasi Almarhum
Paduka Ayahanda yang sebagaimana anda semua tahu adalah Ketua
Perlembagaan UIAM selama 35 tahun. UIAM amat dekat dengan hati saya,
sejak Almarhum Paduka Ayahanda memegang jawatan itu, saya telah
mengikuti dengan dekat perkembangan dan kemajuan universiti unik
dan istimewa ini - Taman Ilmu dan Akhlak. Saya berharap agar semua
mahahasiswa perlu menjadi duta integrasi, duta pengantarabangsaan
dan cemerlang dalam banyak bidang. Kini kita menempuh pelbagai
cabaran termasuk sosial, budaya, politik, ekonomi, kerohanian, dan
ketamadunan. Justeru, universiti perlu membekalkan ilmu kepada
15
BIMBINGAN MENARA GADING
graduan untuk menghadapi cabaran berkenaan, selain mereka perlu
menggunakan kebijaksanaan masing-masing. Saya sering mendoakan
agar para mahasiswa beristiqamah dan teguh berintergriti dalam
membuat pilihan serta mempunyai keberanian mengajak masyarakat
bersama-sama mencapai citra murni. Gunakan ilmu yang dibekalkan
universiti untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Syarat untuk menjadi
ummah terbaik menuntut anda menjadi lebih bijaksana, mempunyai
kepercayaan teguh, keberanian dan kegigihan.
Soalan 8: Harapan Tuanku Permaisuri terhadap pendidikan tinggi di
Malaysia?
ASPIRASI TERHADAP NGO UNTUK KESEJAHTERAAN
KOMUNITI
Saya melihat bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia begitu
aktif membantu komuniti istimewa yang memerlukan pelbagai bentuk
bantuan. Sebagai Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
banyak aktiviti yang boleh dijayakan untuk memastikan golongan yang
memerlukan sokongan dapat diberikan bantuan. Orang kurang upaya,
orang-orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung, dan sebagainya
memerlukan sokongan dan bantuan kita. Begitu juga dengan wanita
yang sukar untuk mendapat cahaya mata. Semakin moden gaya hidup
16
BIMBINGAN MENARA GADING
hari ini, pasangan berisiko mengalami ketidaksuburan sekali gus
mengakibatkan kesukaran untuk hamil. Saya satu-satunya Permaisuri
di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan
persenyawaan in-vitro (IVF). Saya tidak malu katakan kepada seluruh
dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesukaran menimang
cahaya mata. Usaha ini mengambil masa lebih sembilan tahun. Saya
memahami bagaimana rasanya apabila anda tidak mempunyai anak,
wanita dipersalahkan. Tetapi dengan tepat keadaan itu disebabkan
oleh kesaksamaan jantina, lelaki juga perlu dipersalahkan. Masalah
(kehamilan) 50 peratus disumbangkan lelaki dan selebihnya pula wanita.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua
pakar kesuburan di seluruh dunia kerana memperkenalkan teknologi
itu sekali gus memberi peluang baginda mendapatkan zuriat. Saya
memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana permintaan dan doa
saya didengari dengan bantuan teknologi IVF, Ketika menjalani rawatan
berkenaan peratusan kejayaan hanya 20 peratus saja. Yakin kepada
keajaiban Allah dan sains yang memberi harapan saya menimang cahaya
mata. Justeru, saya sering membantu wanita yang berhadapan dengan
situasi ini kerana saya tahu kos rawatan IVF adalah tinggi dan saya
juga tahu bagaimana perasaan pasangan. Sebab itu saya menubuhkan
Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada tahun 2004. TAFF bertujuan
membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan zuriat dan
sehingga kini telah ramai ditaja kos rawatan menjalani rawatan di Alpha
IVF menerusi dana TAFF.
HARAPAN KEPADA GENERASI BARU
Soalan 9: Apakah harapan Tuanku Permaisuri kepada generasi baru hari
ini?
17
BIMBINGAN MENARA GADING
AKADEMI MENARA GADING – YASA
Soalan 10: Akademi Menara Gading telah mencapai usia lebih 20 tahun
pengendaliannya. Kini, terdapat lebih 1000 graduan daripada latar
belakang daif pelbagai etnik dari Negeri Pahang telah berjaya dalam
pendidikan dan membina kerjaya yang hebat di Malaysia dan luar negara.
AMG adalah inspirasi bersama KDYMM Tuanku Al-Sultan Abdullah dan
Tuanku Permaisuri.
Boleh Tuanku Permaisuri berkongsi pandangan mengenai Akademi
Menara Gading serta harapan tentang program ini untuk membangunkan
remaja?
18
BIMBINGAN MENARA GADING
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj. Merasmikan Kem Keibubapaan Akademi Menara Gading
Kohort VIII anjuran YASA-UKM
NASIHAT UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
Soalan 11: Mohon Tuanku memberi tips dan nasihat kepada kami semua
dan juga para pelajar untuk berjaya dalam apa jua lapangan?
PENUTUP
Saya berharap agar dengan coretan ini dapatlah dijadikan inspirasi
kepada para pembaca untuk sentiasa berusaha bagi memastikan
kejayaan dalam hidup. Perkongsian ini juga adalah satu cara untuk
meningkatkan motivasi semua kerana dalam kehidupan ini senantiasa
ada cabaran. Yang penting, perlu sentiasa berusaha dengan cara yang
bijaksana dan bertakwa atas segala usaha yang kita telah curahkan.
Manfaatkanlah segala maklumat dan ilmu daripada buku ini. Selamat
maju jaya.
Sekian, wassalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh.
19
BIMBINGAN MENARA GADING
20
BIMBINGAN MENARA GADING
ACCESS LEADERSHIP PROGRAM
Salam sejahtera semua.
Greetings from the U.S Embassy Kuala Lumpur!
First of all, congratulations on the launching of this special edition book
of Akademi Menara Gading (AMG).
On behalf of the U.S. Embassy Kuala Lumpur, we are pleased to
collaborate with Yayasan Al-Sultan Abdullah(YASA) on one of our English
language programs called the Access Leadership Program. This inaugural
collaboration not only signifies the importance of supporting English
language learning in Malaysia; it also underscores our commitment to
expanding our relationship with education stakeholders that share our
mutual interests in youth leadership and empowerment.
The Access Leadership Program is a two-year after school-English
language program for underprivileged students between the ages
of 13 to 25 years old. One of the main objectives of this program is to
provide participants with English skills that will lead to better jobs and
educational prospects. Besides intensive English lessons after school
hours, students participate in extracurricular activities that will enable
them to gain a better understanding and knowledge of the U.S., its people
and culture. Students also conduct community service projects that
teach them leadership skills, confidence, and the importance of civic
engagement.
21
BIMBINGAN MENARA GADING
In addition, the Access Leadership program provides U.S.-based
professional development and English language workshops for
selected teachers. These workshops aim to train teachers in various
areas of English language teaching and give them a platform to share
best practices not only with their local peers, but also their American
counterparts.
Through this collaboration with YASA’s AMG program, the embassy
looks forward to cultivating youth leaders who are critical thinkers and
who are committed to a lifelong journey of learning. We hope that this
program will develop young talent that will contribute to stronger ties
between U.S. and Malaysia in the future.
There might be times when learning gets difficult, but work hard and
enjoy this two-year journey. The fruits of your labor will be worth it. Our
very best wishes to all students and educators involved.
Terima kasih.
Katherine Diop
Cultural Affairs Officer
U.S. Embassy Kuala Lumpur
22
BIMBINGAN MENARA GADING
• BAHAGIAN 1 •
INTERVENSI
HOLISTIK
23
BIMBINGAN MENARA GADING
24
BIMBINGAN MENARA GADING
Akademi Menara
Gading – YASA
Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PENGENALAN
Program Akademi Menara Gading (AMG) ini dinaungi
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum
Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Akademi Menara Gading (AMG) ini merupakan suatu
program intervensi jangka panjang yang menggunakan
pendekatan Multiple Integrated-Intervention Module
(MIIM-AMG). Ia telah dilaksanakan oleh Yayasan
Al-Sultan Abdullah (YASA) yang dulunya dikenali
sebagai Yayasan Istana Abdulaziz (YIA). Manakala Ahli
Lembaga Pemegang Amanah YASA pula adalah YAM
Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser
Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
25
BIMBINGAN MENARA GADING
Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM
Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Program AMG ini dilaksanakan sejak
tahun 1999 hingga kini hampir kepada dua dekad merangkumi 10 kohort.
Manakala kohort ke 11 sedang dilaksanakan. Program ini juga mendapat
kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengurusan AMG
dengan rendah hati menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku baginda berdua yang sentiasa memberi sokongan penuh sama
ada dari segi idea mahupun pembiayaan kewangan dalam menjayakan
semua aktiviti Akademi Menara Gading sejak sekian lama. Sesungguhnya,
Tuanku berdua meletakkan harapan tinggi kepada AMG untuk membantu
dan meningkatkan taraf hidup pelajar-pelajar miskin, anak yatim serta
murid Orang Asli dari seluruh Negeri Pahang. Alhamdulillah, program ini
telah berjaya mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.
MATLAMAT PROGRAM AMG
Matlamat program ini untuk melahirkan seorang graduan daripada
keluarga miskin dan anak yatim serta murid Orang Asli di Negeri
Pahang. Selain itu, AMG mengharapkan peserta program ini akan dapat
membantu keluarga mereka keluar daripada belenggu kemiskinan
OBJEKTIF AMG
Objektif utama AMG untuk memastikan peserta yang terdiri daripada
pelajar kurang bernasib baik, anak yatim dan murid Orang Asli
yang mengikuti program ini dapat mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seterusnya, dapat
menjejakkan kaki ke menara gading, dalam atau luar negara. Untuk
mencapai matlamat, berikut merupakan pengisian program tersebut:
i. Menyediakan program berasaskan Multiple Integrated Intervension
Modules yang dilaksanakan secara komprehensif dan jangka
panjang.
ii. Meningkatkan motivasi dan kepelbagaian kemahiran belajar secara
berterusan kepada semua peserta.
26
AKADEMI MENARA GADING – YASA
iii. Melatih kemahiran soft skills melibatkan motivasi, kemahiran
berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kemahiran
kepimpinan serta sahsiah diri.
iv. Menerapkan nilai keagamaan dan patriotisme kepada semua
peserta.
v. Melatih kepimpinan, komunikasi dan team building kepada semua
peserta kearah kecemerlangan secara holistik.
vi. Memberi pengalaman kepada para pelajar sekolah melalui program
mobiliti dalam dan luar negara.
vii. Melatih kemahiran keibubapaan kepada ibu bapa peserta bagi
membantu mencapai kecemerlangan anak masing-masing.
PEMILIHAN PESERTA AMG
Para peserta program ini dipilih daripada kalangan pelajar tingkatan
empat yang bermastautin di Negeri Pahang, dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri dan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri.
Sebelum berjaya dipilih, calon akan melalui proses temu duga dan perlu
mengikuti kem pemilihan bagi memastikan mereka calon yang tepat
dan memenuhi kategori pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli.
Proses saringan yang ketat dilakukan memandangkan jumlah tempat
untuk program ini adalah terhad. Namun, bilangannya tidak sama setiap
tahun tetapi mengikut keperluan dan keupayaan calon bagi setiap
kohort.
JUSTIFIKASI PROGRAM INTERVENSI AMG
Program intervensi ialah satu program bagi membekalkan perkhidmatan,
pendidikan dan sokongan kepada para pelajar yang lemah dalam
perkembangan fizikal atau mental dan seterusnya akan mempengaruhi
pembelajaran mereka. Perkhidmatan atau program intervensi awal
yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan para pelajar dan
keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan,
iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi, dan
adaptasi (Sandler et. al, 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan,
seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan, dan khidmat
sokongan untuk keluarga (Addison, 2003).
27
BIMBINGAN MENARA GADING
MODUS OPERANDI AMG
Pendekatan modus operandi AMG adalah berdasarkan 12 modul kem
yang dijalankan secara berterusan dan sistematik dalam tempoh dua
tahun. Di mana para peserta yang dipilih dari Tingkatan 4 dibimbing
secara berterusan hingga ke Tingkatan 5 bagi memastikan mereka
cemerlang khusunya dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan sahsiah diri
untuk memastikan peserta ini layak secara merit menjejakkan kaki ke
universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT).
MODEL MULTIPLE INTEGRATED-INTERVENTION MODULE
– AKADEMI MENARA GADING
Pengurusan dan ahli akademik AMG telah berjaya membina satu
model yang dinamakan Multiple Integrated-Intervention Module untuk
membimbing peserta sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan Rajah 2.1, Model Multiple
Integrated-Intervention Module (MIIM)-Akademi Menara Gading (AMG)
(MIIM-AMG) merupakan satu pendekatan jangka panjang dan sistematik
yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula daripada tingkatan
empat hingga ke tingkatan lima. Model dan program ini dijalankan secara
bersepadu bagi memastikan semua peserta yang mengikuti program ini
cemerlang secara holistik.
Pendekatan dilaksanakan dalam dua bentuk komponen utama
iaitu komponen berdasarkan camp-based dan learning center-based.
Sebanyak 10 modul berdasarkan camp-based dilaksanakan bagi
meningkatkan motivasi kemahiran soft-skills dan kreativiti belajar,
disiplin diri serta kepimpinan. Ia dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga
tujuh hari bagi setiap kem dan dilaksanakan dari pelbagai tempat dan
lokasi seperti universiti, sekolah berasrama penuh, pusat latihan serta
kem tentera. Antara kem yang terlibat dalam komponen utama (Camp-
based) ini Kem 1: Potensi Diri dan Pemilihan Peserta; Kem 3: English Camp;
Kem 5: Interpersonal dan Soft-Skills; Kem 6: Fizikal dan Pengurusan
Masa; Kem 7: Mobiliti Pelajar; Kem 8: Kemahiran Belajar; Komunikasi dan
Kepimpinan; Kem 9: Kecemerlangan Milik Bersama MRSM dan SBP; Kem
10: Analisis Skor ‘A’; Kem 11: Psikologi Peperiksaan dan Latih Tubi; dan Kem
12: Pemilihan Kerjaya dan IPT. Keseluruhan komponen ini menggunakan
pelbagai pendekatan modul yang melibatkan kepelbagaian lokasi,
28
AKADEMI MENARA GADING – YASA
Rajah 1.1 Multiple Integrated-Intervention Module-AMG
kemahiran, penceramah dan juga inovasi bagi memberi pendedahan dan
latihan kepada para peserta daripada segi akademik dan sahsiah ke arah
kecemerlangan pelajar secara holistik.
Bagi komponen berdasarkan Learning Center-Based yang
dijalankan di Learning Center AMG yang mempunyai kemudahan
pembelajaran yang sistematik adalah melibatkan dua kem, iaitu Kem
2: Komprehensif Akademik dan Kem 4: Keibubapaan dan Kerohaniaan.
Kedua-dua kem ini akan dijalankan dari semasa ke semasa di Learning
Center AMG setiap hujung minggu dan cuti persekolahan. Kem 2:
Komprehensif Akademik akan melibatkan semua mata pelajaran
kritikal yang dikendalikan oleh guru pakar yang terpilih bagi setiap
mata pelajaran. Setiap mata pelajaran akan ada 15 pertemuan secara
29
BIMBINGAN MENARA GADING
komprehensif dan setiap pertemuan mengambil masa lapan jam, iaitu
8 pagi hingga 5 petang yang dilaksanakan di Learning Center AMG
Kuantan. Bagi Kem 4: Keibubapaan dan Kerohaniaan pula, diadakan dari
semasa ke semasa mengikut kesesuaian masa dan keperluan. Program
ini telah terbukti keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian
akademik serta penglibatan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan
pelajar AMG.
PENCAPAIAN PROGRAM MIIM-AMG
Berikut adalah pencapaian peserta AMG sejak tahun 1999 hingga kini
merangkumi 10 kohort, manakala kohort XI melibatkan 120 peserta sedang
dilaksanakan. Peribahasa Melayu mengatakan, “kalau tidak dipecahkan
Jadual 1.1 Pencapaian Peserta AMG ke Menara Gading Mengikut Kohort
Peserta-peserta AMG mengikut Kohort Bilangan
Sesi Peserta Peratusan
Kohort I - X
Kohort 1 Temerloh, Jerantut 1999-2001 63 98 %
dan Bera
Kohort 2 2001-2003 75 100 %
Kohort 3 Rompin, Pekan dan Kuantan 2003-2005 71 100 %
Kohort 4 2006-2008 75 100 %
Kohort 5 Kuala Lipis, Raub dan Bentong 2008-2010 76 100 %
Kohort 6 Kuantan dan Pekan 2010-2012 165 100 %
Kohort 7 Kuantan dan Pekan 2012-2014 140 100 %
Kohort 8 2014-2016 120 100 %
Kohort 9 Kuantan, Pekan, Temerloh 2016-2018 100 100 %
Kohort 10 dan Balok 2018-2020 130 100 %
Kuantan, Pekan dan Balok
Kuantan dan Pekan
Kuantan, Pekan dan Temerloh
Kuantan dan Pekan
Jumlah Keseluruhan yang Berjaya ke IPT 1005 Peserta
Sumber: Profile dan majalah Akademi Menara Gading - YASA 2020
30
AKADEMI MENARA GADING – YASA
UM UPM
Luar Lain-lain UKM
negara IPTA/S
UPNM
UMS UIA UiTM
UniKL UMP
USM
USIM
UUM
UMT U n i S ZA Politeknik/
Kolej Profesional Mara
Rajah 1.1 Taburan Kejayaan Peserta AMG ke Institusi Pengajian Tinggi
Rajah 1.2 Taburan Kejayaan Peserta AMG Kohort I-VI
31
BIMBINGAN MENARA GADING
ruyung, manakan dapat sagunya”. Pepatah ini sangat bertepatan dengan
program AMG. Hasilnya, sebanyak 1005 peserta telah berjaya memasuki
universiti dan IPT dalam dan luar negara dengan mengikuti pelbagai
kursus, malah ramai yang telah bekerja di sektor awam dan swasta
khususnya dalam bidang profesional selain keusahawanan. Antaranya
perubatan, perakaunan, perundangan, kejuruteraan, pengurusan dan
pentadbiran, pendidikan, dan kemasyarakatan. Kejayaan ini boleh dilihat
seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.1, Rajah 1.1 dan Rajah 1.2.
Jadual 2.1 menerangkan pencapaian pelajar peserta AMG mengikut
Kohort 1 hingga Kohort 10. Kohort yang dilaksanakan berbeza jumlahnya
mengikut tahun tertentu. Pencapaian berdasarkan keputusan SPM di
mana sebahagiannya mengikut program diploma dan matrikulasi yang
dikategorikan sebagai para pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke
menara gading. Data yang diperoleh berdasarkan para pelajar yang
mengikuti keseluruhan program AMG selama tempoh dua tahun.
PENERBITAN DAN PENYELIDIKAN
Selain program intervensi peserta, Pengurusan AMG telah menggerakkan
aktiviti penulisan dan penerbitan bahan bacaan dan rujukan khususnya
untuk generasi pelajar sekolah dan IPT. Bermula dengan buku Bimbingan
Menara Gading yang diterbitkan pada tahun 2000, AMG terus aktif
menerbitkan beberapa buah antaranya, Mahasiswa Abad 21 (2005), Buku
dan Pendidikan (2005), Ke arah Penghayatan Membaca (2005), Sejarah
dan Pendidikan Sejarah (2007), Manual Belajar Bestari dan Efektif; Tips
Menara Gading (2009), Perjuangan ke Puncak (2011) dan Pembangunan
Pendidikan Orang Asli di Malaysia (2019).
Bagi mempelbagaikan aktiviti AMG, penyelidikan juga dijalankan
dari semasa ke semasa oleh ahli akademik UKM yang terlibat dalam
program AMG. Hasil penyelidikan telah dilakukan di antaranya kesan
Modul Akademi Menara Gading terhadap pembangunan personalisasi
pelajar, kemahiran komunikasi dan penampilan diri dan kecemerlangan
peserta akademik AMG. Dapatan daripada kajian tersebut telah
digunapakai untuk memperbaiki dan memperkukuhkan program AMG,
seterusnya memberi manfaat amat berguna kepada peserta.
32
AKADEMI MENARA GADING – YASA
PROGRAM INTERVENSI AMG
Program intervensi perlu dilakukan bagi meningkatkan pelbagai bentuk
kemahiran, iaitu kemahiran mengubah sikap dan kemahiran soft
skills yang menjurus kepada komunikasi, kepimpinan, interaksi, serta
kemahiran yang berteraskan kepada pemikiran kreatif dan inovatif.
Selain itu, dalam program AMG ini menerapkan nilai kerohanian,
patriotisme dan jati diri dalam membentuk pelajar yang holistik bagi
generasi akan datang. Dengan adanya sikap yang diterapkan dalam
program AMG ini secara langsung dapat meningkatkan kecemerlangan
akademik mereka. Program dan situasi seperti ini sangat sukar
diperoleh pelajar yang kurang bernasib baik, miskin, anak yatim, dan
murid Orang Asli kerana persekitaran sekolah dan rumah mereka kurang
mampu menerapkan kemahiran dan nilai ini. Berdasarkan pengalaman
mengendalikan program AMG ini, banyak perubahan yang telah berlaku
kepada sejumlah besar peserta. Terdapat pelajar yang dahulunya pasif
dan tidak mempunyai keyakinan diri, kini telah berubah menjadi pelajar
yang lebih kreatif, kritis dan dapat menyumbang kemahiran kepada
masyarakat. Perubahan ini amat sukar dilakukan oleh pelajar sekiranya
dilakukan secara persendirian dan tanpa bimbingan yang sistematik.
Sebaliknya, memerlukan kepada suatu program komprehensif yang
berterusan dan kepakaran bagi menjayakan program ini.
KECEMERLANGAN AKADEMIK
Kecemerlangan akademik tidak hanya boleh dicapai dengan work hard
atau work smart semata-mata namun, memerlukan perancangan yang
menyeluruh melibatkan diri pelajar, guru yang mengajar, persekitaran
belajar dan hala tuju belajar. Aspek ini sangat penting bagi menentukan
kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. Dalam konteks
AMG, rata-rata pelajar yang dipilih dalam program ini terdiri daripada
pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli dan rata-rata tidaklah
mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan sama
ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kini dikenali Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3). Namun, kecemerlangan mereka boleh diserlahkan
melalui program yang dirancang secara khusus dan sistematik selain
daripada pembelajaran mereka pada peringkat sekolah. Program
intervensi akademik ini berbeza dengan tuisyen sedia ada kerana
33
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 1.1 KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal
Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah, merasmikan Kem Waja Diri Akademi Menara Gading Kohort IX
pembelajarannya dilaksanakan lebih fleksibel dan mengambil waktu
yang panjang bagi setiap subjek. Sebagai contoh, mata pelajaran
Matematik atau Bahasa Inggeris dan juga subjek kritikal diajar pada
setiap hujung minggu atau cuti persekolahan selama lapan jam, iaitu dari
8.00 pagi hingga 5.00 petang di AMG Learning Centre. Dalam konteks ini,
pada peringkat mulanya para pelajar berasa begitu tertekan dan stres.
Namun, selepas proses dilaksanakan kini telah menjadi budaya kepada
peserta AMG. Keadaan ini tentunya melatih kekuatan mental dan fizikal
mereka bagi memenuhi ciri-ciri kecemerlangan setiap pelajar.
Guru juga merupakan faktor utama dalam menentukan
kecemerlangan pelajar. Justeru, guru-guru yang dilantik oleh AMG dipilih
daripada guru-guru pakar dari seluruh tanah air, serta menunjukkan
kolaborasi dengan pensyarah yang terlibat dalam AMG ini bagi
membentuk satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan sesuai dengan keperluan masa dan tempat pelaksanaan AMG
ini. Selain itu, faktor guru ini telah dikenal pasti banyak membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar AMG. Sebahagian
besar pelajar AMG pada peringkat PMR atau PT3 didapati lemah dalam
subjek Matematik dan subjek kritikal yang lain telah dibantu dan berjaya
34
AKADEMI MENARA GADING – YASA
mengubah keputusan mereka pada peringkat SPM. Malah, ada juga
yang gagal dalam subjek Matematik pada peringkat PMR telah mampu
mencapai keputusan A pada peringkat SPM serta keputusan positif
dalam beberapa subjek kritikal lain.
REFLEKSI DAN SUATU PENGALAMAN
Akademi Menara Gading ini adalah satu program yang unik kerana
dilaksanakan secara fleksibel dan sistematik. Program ini juga bertitik
tolak dengan pengalaman penulis atau pelaksana program ini merupakan
anak kampung yang dilahirkan dalam suasana persekitaran yang tidak
mendorong kepada kecemerlangan akademik dan juga kemahiran
soft skills. Di perkampungan Melayu di luar bandar, hanya beberapa
keluarga yang berjaya mendidik anak-anak mereka hingga ke menara
gading. Tentunya, bilangan ini sangat kecil berbanding penduduk sebuah
kampung. Sebenarnya fenomena ini berlaku pada semua perkampungan
Melayu khususnya di kawasan luar bandar.
Berdasarkan pengalaman menjayakan menara gading, terdapat
ramai peserta yang mengikuti program ini lahir daripada kelompok
keluarga yang berjaya yang diwarisi, namun peserta yang dikategori
ini di luar daripada kelompok tersebut. Mereka tidak mempunyai
matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh
kekangan dan persekitaran, AMG ini dapat membantu mereka keluar
daripada persekitaran budaya yang mendorong kepada kecemerlangan
pendidikan. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman peserta AMG.
Apabila program ini bermula pada tahun 1999, kebanyakan modul yang
dilaksanakan berbentuk try and error. Dalam proses membentuk modul
tersebut mengikut keperluan pelajar memang sukar kerana keperluan
mereka tidak sama dengan apa yang kita jangkakan. Kebanyakan
peserta AMG Kohort 1, lemah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris
yang merupakan syarat asas ke universiti pada masa tersebut. Setelah
dikenal pasti dan diberi intervensi pembelajaran yang intensif, akhirnya
hampir keseluruhan mendapat A atau kepujian dalam Bahasa Inggeris.
PROGRAM MOBILITI AMG
Dalam program AMG, pendekatan program mobiliti ke luar negara turut
diadakan bagi meningkatkan lagi soft skills dan motivasi pelajar pada
35
BIMBINGAN MENARA GADING
peringkat yang lebih tinggi. Kita sering dimomokkan dengan berfikiran di
luar kotak namun kita jarang sekali untuk bertindak dengan membawa
pelajar ke luar kotak untuk berfikir tapi hanya duduk dalam kotak dan
berfikir di luar kotak. Dengan adanya program lawatan ke beberapa buah
negara iaitu, Jepun, Korea, Indonesia dan Thailand mahupun mobiliti
dalam negara seperti mengadakan program sit-in di asrama penuh dan
universiti banyak memberi impak kepada motivasi, kemahiran berfikir
dan merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan kejayaan
peserta.
Gambar 1.2 Aktiviti pembelajaran AMG
Program AMG ke Jepun ini melibatkan peserta Kohort 9, di mana
seramai hampir 60 orang terlibat dalam program ini. Mereka bukan sahaja
diberikan pendedahan kepada suasana Jepun tetapi juga masyarakatnya
yang amat mementingkan disiplin diri dan bekerja kuat. Selain itu,
mereka juga diberi peluang untuk sama-sama merasai suasana belajar
di sekolah menengah dan Universiti Takushoku di Jepun. Pengalaman
secara hands-on ini telah banyak mengubah cara fikir dan cara belajar
para peserta AMG, dan seterusnya merubah kepada kecemerlangan diri
dan akademik pelajar.
Sebahagian pelajar AMG telah diberi peluang mobilti sambil
belajar di Korea Selatan, hampir 60 org peserta telah mengikuti sesi
persekolahan sewaktu lawatan ke sana di beberapa buah sekolah
menengah seterusnya membuat lawatan ke beberapa buah universiti.
Pengalaman ini juga telah merubah cara fikir pelajar di mana bagi
36
AKADEMI MENARA GADING – YASA
Gambar 1.3 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah menerima cenderamata AMG sebagai kenangan.
mencapai kecemerlangan setiap individu perlu seiring dengan usaha
yang kuat atau bersungguh-sungguh serta berfikir dengan pantas.
Selain itu, program mobiliti ini telah melonjak daya fikiran dan daya saing
peserta bukan sahaja pada peringkat nasional, malahan pada peringkat
antarabangsa.
Selama lebih 20 tahun mengendalikan AMG ini, pelbagai cabaran
dan pengalaman yang telah dilalui khususnya melibatkan para peserta.
Di sini, penulis ingin berkongsi pengalaman beberapa peserta yang telah
beroleh kejayaan hasil mengikuti program AMG ini.
37
BIMBINGAN MENARA GADING
PENGALAMAN AMG KES 1: MURID ORANG ASLI
Pengalaman yang saya tidak lupa dalam AMG ini antaranya melibatkan
murid Orang Asli Kohort 4 pada sesi 2006/2008, seramai 10 orang murid
Orang Asli yang mengikuti program pada masa tersebut, hanya enam
orang sahaja berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan bekerja
sebagai akauntan, guru dan penolong pegawai perubatan, manakala
empat orang lagi tidak dapat meneruskan pengajian kerana mereka
mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Salah seorangnya adalah
Sulin bin Debot yang sekarang sedang bekerja sebagai penolong
akauntan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kuala Lumpur
dan tahun ini akan melanjutkan pelajaran ke Australia. Sulin Bin
Debot ini pada mulanya telah menarik diri dari AMG kerana kawasan
tempat tinggalnya terlalu jauh di kawasan pedalaman dan tidak dapat
mengikuti kelas hujung minggu dan program AMG. Oleh itu, pihak
AMG telah berbincang dengan keluarga beliau untuk menanggung
kos pengangkutan dan berulang-alik ke AMG selama dua tahun dan
seterusnya, Sulin ini mencapai kejayaan seperti murid-murid lain. Selain
Sulin, terdapat beberapa pelajar Orang Asli yang mengikuti program ini
Gambar 1.4 Program AMG ke Korea
38
AKADEMI MENARA GADING – YASA
Gambar 1.5 Mobiliti AMG bersama pelajar Jepun di di Kyusyu, Jepun
telah berjaya menjejak kaki ke menara gading. Antaranya, Mahsuri yang
berjaya mendapat keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian ke
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
PENGALAMAN AMG KES 2: DUA AIMAN
Cerita kedua pula ialah Dua Aiman, Aiman 1 pelajar AMG Kohort 5
dan Aiman 2 Kohort 8. Bagi Aiman 1 Kohort 5, walaupun keputusan
PMRnya hanya mendapat 2A, beliau kemudiannya berjaya mendapat
keputusan 6A SPM dan Gred 4.0 matrikulasi. Beliau kini sedang bertugas
sebagai doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sukacita
dimaklumkan bahawa terdapat tiga orang doktor hasil AMG yang kini
bertugas di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) tersebut termasuklah
Dr. Atikah Abdul Manaf dan Dr. Loi. Selain mereka, ramai lagi peserta
AMG yang berjaya dan menamatkan pengajian bidang perubatan seperti
Dr. Raziqiu Safieyyah Abu Wahid, Dr. Nursyikin Adilah Hamad, Dr. Aikah
dan Dr. Nurul Husna Isahak.
Kisah Aiman peserta AMG Kohort 8 ini pula amat menyentuh hati.
Ayahnya mengalami lumpuh, ahli keluarganya ramai, manakala ibunya
39
BIMBINGAN MENARA GADING
membanting tulang mengambil upah membasuh kain di rumah jiran
berdekatan untuk kelangsungan hidup keluarganya. Pada peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Aiman telah gagal semua
mata pelajaran tetapi setelah dibantu melalui AMG ini, Aiman telah
mendapat 8B+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semua mata
pelajaran yang diambil dan mendapat tawaran Matrikulasi tetapi beliau
membuat keputusan untuk mengikuti program Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah di Kuantan dalam bidang kejuruteraan. Kini, beliau telah
bekerja serta dapat membantu keluarganya, Alhamdulillah.
PENGALAMAN AMG KES 3: DUA PELAJAR BERNAMA
ATIKAH
Atikah pelajar AMG Kohort 5 ini pula mempunyai adik-beradik yang
ramai dan masih kecil, iaitu enam orang. Ayahnya bekerja sebagai buruh
Alam Flora, manakala ibunya sebagai suri rumah tangga. Rumahnya
pula hanya mempunyai dua bilik yang perlu dikongsi oleh ramai ahli
keluarganya. Kekurangan ruang tersebut menyebabkan dia terpaksa
belajar dan tidur di ruang tamu. Tetapi, selepas mengikuti AMG, beliau
berjaya mencapaikan keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian
di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Manakala, Atikah yang
kedua pula, merupakan anak yang telah ditinggalkan ibu dan ayahnya
sejak usia kecil. Beliau dibesarkan oleh neneknya dan hanya menjual
kuih untuk menampung kehidupan mereka. Dia tinggal nun jauh di
pedalaman Bukit Goh. Kesusahan hidup yang dilalui tidak langsung
mematahkan semangatnya untuk belajar dan berjaya. Dengan mengikuti
program AMG, beliau telah berjaya mendapat 9A dalam SPM dan berjaya
melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Farmasi.
Sebenarnya, banyak lagi kisah yang tidak boleh dilupakan dalam
membantu mendidik peserta AMG yang rata-rata mempunyai pelbagai
latar belakang sosioekonomi dan persekitaran yang miskin dari luar
bandar. Dengan adanya Program AMG ini, telah membuktikan bahawa
mereka yang kurang bernasib baik boleh berjaya jika dibimbing dengan
cara yang betul, sistematik dan komprehensif dan dapat bersaing
dengan pelajar arus perdana, dan malah sebahagiannya lebih cemerlang.
Alhamdullilah.
40
AKADEMI MENARA GADING – YASA
Gambar 1.6 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta’in Billah menerima persembahan buku terbitan YASA-UKM
daripada Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad
41
BIMBINGAN MENARA GADING
PENUTUP
Program AMG ini merupakan intervensi jangka panjang yang
komprehensif serta dijalankan secara sistematik dengan matlamat
untuk membantu para pelajar yang kurang bernasib baik supaya
cemerlang dalam akademik dan seterusnya, berpeluang menjejakkan
kaki ke menara gading. Akhirnya dengan harapan, dapat membawa
mengeluarkan keluarga mereka daripada persekitaran kemiskinan.
Menjadi harapan warga AMG khususnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku berdua untuk melihat program ini dapat dikembangkan pada
peringkat nasional supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai
pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli mengikuti program
seumpama ini di seluruh negara.
Dalam dunia global yang begitu rencam dan pantas berubah,
bimbingan dan intervensi holistik menerusi program AMG-YASA
kepada para pelajar yang kurang bernasib baik amat relevan. Ia menjadi
satu platform perubahan kendiri untuk berjaya dalam akademik
dan juga memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. AMG-YASA yang
menitikberatkan disiplin kendiri dan keunggulan sahsiah telah
membuktikan bahawa semua pelajar tanpa mengira latar belakang
memiliki potensi unggul untuk dikembangkan. Kerjasama profesional
sinergi antara pendidik, pakar-pakar daripada pelbagai bidang, komitmen
pelajar dan ibu bapa telah menjadi budaya AMG-YASA. Menjunjung kasih
kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah yang dahulunya dikenali sebagai
Yayasan Istana Abdulaziz atas inisiatif membantu para pelajar untuk
berjaya ke menara gading menerusi program Akademi Menara Gading.
Justeru, di kesempatan ini patik merafak sembah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk meneruskan program AMG-
YASA ini. Sesungguhnya usaha murni ini perlu dikembangkan ke seluruh
negara agar lebih ramai pelajar yang kurang bernasib baik mendapat
bimbingan berterusan dan intervensi holistik yang efektif.
42
AKADEMI MENARA GADING – YASA
Kepelbagaian
Intervensi untuk
Kecemerlangan
Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
Mempimpin kecemerlangan adalah satu kemestian
untuk setiap insan. Allah SWT menciptakan manusia
di dunia sebagai pemimpin kepada diri, keluarga,
komuniti, dan masyarakat dalam pelbagai konteks.
Individu yang berjaya dalam kehidupan adalah
individu yang mampu memimpin diri mereka dengan
baik selari dengan tuntutan Ilahi. Bagi memimpin
kejayaan, setiap individu hendaklah dididik dengan
holistik yang bukan sekadar kejayaan akademik
semata-mata tetapi hendaklah lebih daripada itu,
termasuklah komponen emosi, rohani, jasmani,
intelek, sosial, dan pelbagai kemahiran. Sekolah
menyediakan satu platform kepada setiap individu
bertemu dengan pelbagai kelompok personaliti serta
menyediakan banyak bentuk pembelajaran secara
rasmi dan tidak rasmi. Sekolah yang cemerlang
lazimnya memiliki budaya kecemerlangan sendiri.
Individu yang dibesarkan di sekolah cemerlang telah
43
BIMBINGAN MENARA GADING
dilazimkan untuk bertingkah laku sebagaimana tingkah laku orang
berjaya – adat bercakap dengan guru, penampilan yang kemas, susunan
giliran pidato, kepatuhan pada masa, mengurus aktiviti sekolah dan
mengadakan mesyuarat rasmi dengan pelbagai agensi – adalah antara
budaya di sekolah cemerlang. Sekolah yang hebat juga memiliki budaya
yang menampilkan kecemerlangan setiap individu dalam komuniti
sekolah itu. Kajian pendidikan menunjukkan bahawa persekitaran
belajar membantu pencapaian dalam pendidikan yang baik. Faktor
keupayaan individu tidak mencukupi untuk berjaya dalam hidup kerana
memerlukan suasana persekitaran yang cemerlang. Kajian dalam
sosiologi pendidikan menunjukkan bahawa kepelbagaian intervensi
dalam pendidikan adalah antara faktor yang menentukan kejayaan dan
kecemerlangan. Hal ini kerana setiap individu memiliki kepelbagaian
potensi kendiri yang perlu dikembangkan dan diketengahkan.
Kepelbagaian potensi ini akan membina satu persekitaran pembelajaran
yang produktif kerana setiap individu perlu memiliki kemahiran untuk
berkompromi dengan individu lain dalam memastikan persekitaran
pembelajaran yang kondusif terbina. Pasukan bola sepak seperti
Manchester United, Liverpool, Chelsea, dan Bayern Munich merupakan
antara contoh bagaimana potensi individu diraikan dengan pelbagai
bentuk kompromi untuk menjadikan pasukan tersebut cemerlang
dalam liga antarabangsa. Kepelbagaian intervensi dalam memastikan
kecemerlangan pasukan bola sepak ini adalah contoh peri pentingnya
kepelbagaian intervensi yang bersesuaian dengan matlamat posisi
dalam kedudukan perlawanan bola sepak. Pastinya, intervensi untuk
penjaga gol adalah berbeza dengan pemain di bahagian depan, tengah
dan pertahanan. Begitu jugalah dalam merancang kejayaan yang
cemerlang, ia memerlukan kesesuaian intervensi berdasarkan individu.
Langkah pertama adalah mengenal pasti potensi dan bakat individu.
KENAL PASTI POTENSI DIRI
Analisis SWOT (Strenght, Weakness, Opportunity & Threat) adalah satu
model analisis yang sering digunakan dalam bidang perniagaan. Model
SWOT ini boleh dimanfaatkan oleh setiap individu untuk mengenal pasti
empat dimensi diri sebagai satu kaedah merancang kejayaan.
44
KEPELBAGAIAN INTERVENSI UNTUK KECEMERLANGAN
Kekuatan (Strenght) Kelemahan (Weakness)
Apakah kekuatan anda? Apakah kelemahan anda?
Apakah bakat anda? Apakah yang sering anda
Apakah potensi anda?
rasa teramat sukar?
Peluang (Opportunity) Ancaman (Threat)
Apakah peluang yang ada? Apakah ancaman kepada anda?
Apakah sumber yang Apakah yang menjadi saingan
boleh manfaatkan?
kepada kejayaan anda?
Jadual 2.1 Analisis Kendiri berdasarkan Model SWOT
Jadual 2.1 memberi satu garis panduan untuk setiap individu
berusaha mengenal diri sendiri. Bagi mengenal pasti kekuatan diri,
setiap individu perlu merenung semula berkaitan dengan apakah perkara
yang dilakukan adalah terbaik dan sering mendapat perhatian positif
daripada orang sekeliling. Kadangkala boleh bertanya sahabat rapat, ibu
bapa dan guru di sekolah berkaitan dengan bakat anda. Adakalanya, kita
sukar mengenal pasti bakat dan potensi diri sehinggalah ada seseorang
memberitahu kita. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah ada
menyediakan khidmat mengenal pasti bakat individu. Ada kit ujian
tapisan minat dan kecenderungan bidang pekerjaan masa depan yang
berdasarkan personaliti individu di sediakan di unit tersebut. Manfaatkan
peluang yang ada ini. Peluang yang ada sebeginilah yang disebut
sebagai peluang (opportunity) dalam model Analisis SWOT. Peluang
amat banyak di sekeliling anda. Kemudahan Internet membolehkan
anda meneroka pelbagai peluang yang ada. Umpamanya, anda telah
kenal pasti diri anda sebagai orang yang lemah dalam bahasa Inggeris
(disebut sebagai weakness dalam analisis SWOT), maka apakah peluang
yang ada? Dunia Internet menyediakan banyak media sosial untuk anda
berhubung dengan rakan sebaya di setiap pelosok dunia sebagai satu
cara menggunakan bahasa Inggeris dengan penutur jati. Situasi sebegini
menjadikan ia satu pelaziman dalam penggunaan bahasa Inggeris
bersama penutur jati meningkatkan perbendaharaan kata, kesesuaian
penggunaan sesuatu istilah serta memberi banyak input bermanfaat.
Namun, anda peru berhati-hati dalam komunikasi media sosial kerana
45
BIMBINGAN MENARA GADING
boleh menjadi ancaman kepada threat. Ancaman ini perlu diawasi
kerana keseronokan berkomunikasi menerusi maya boleh mendedahkan
kepada ancaman serius dan juga boleh menjadikan anda ketagih untuk
bersosial secara maya sehingga lupa matlamat sebenar. Justeru, anda
perlu bijak mengurus pembelajaran sebegini dan juga memperuntukkan
masa yang seimbang antara belajar dan kehidupan sosial.
KEPELBAGAIAN INTERVENSI PENDIDIKAN
Intervensi pendidikan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intervensi
dalam bidang akademik dan intervensi pendidikan untuk kehidupan.
Intervensi akademik berkait rapat dengan usaha meningkatkan
pencapaian dalam pembelajaran subjek akademik. Hakikatnya, mata
pelajaran yang terkandung dalam kurikulum sekolah memerlukan
keupayaan kognitif dan keupayaan psikomotor. Keupayaan kognitif
merujuk kepada kebolehan anda untuk mengetahui, memahami,
mengingati, membuat pertalian antara fakta, membuat penaakulan,
meramal, menghafal, dan menyusun kronologi. Manakala, keupayaan
psikomotor melibatkan kemahiran antara gerak fizikal dan pemikiran
anda. Ia termasuklah kemahiran penyelesaian masalah matematik,
menulis karangan, membuat rumusan, menyusun ayat dan menyiapkan
projek. Dalam konteks mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
subjek berikut memerlukan daya kognitif yang tinggi iaitu Sains, Sejarah,
Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Biologi, Tasawwur Islam,
dan Kesusasteraan. Semua subjek ini memerlukan daya kognitif
termasuklah mengingati fakta, memahami konsep, menghafal fakta,
membuat rumusan, dan hubung kait fakta. Maka, intervensi untuk subjek
sebegini tentunya berbeza. Anda perlu banyak membaca, berbincang
dan berhujah untuk subjek sebegini. Hal ini kerana ujian terhadap subjek
ini memerlukan banyak unsur kognitif. Berikut adalah beberapa teknik
untuk membolehkan anda mengingati fakta dengan baik:
1. Fahami dahulu maklumat sebelum anda membuat hafalan
sesuatu fakta kerana ia membantu anda memberi alasan kepada
diri kenapa perlu dihafal.
2. Buat hubungan fakta itu dengan sesuatu yang anda telah ketahui
yang mana ia membantu anda untuk menambah ingatan pada
konsep yang sedia ada di minda anda.
46
KEPELBAGAIAN INTERVENSI UNTUK KECEMERLANGAN
3. Hafal fakta sebelum masuk tidur kerana banyak kajian
menunjukkan otak manusia cenderung memproses maklumat
yang diperoleh sebelum anda lelapkan mata.
4. Uji kendiri dengan cara membuat recalling terhadap maklumat
dan fakta di mana-mana sahaja anda berada. Lazimnya membuat
recalling dalam setting yang sama kerana ia tidak banyak
membantu. Seringkali apabila waktu peperiksaan, kita gagal
membuat recalling kerana tidak dibiasakan dengan recalling dan
seringkali imej di otak yang terpapar adalah gambar buku anda,
lakaran nota dan bukannya fakta yang anda hafal.
5. Ulangan fakta yang dihafal dan sebarkan kepada rakan-rakan
kerana lagi banyak anda bercakap tentang fakta tersebut, lagi
teguh ingatan terhadap fakta itu.
6. Wujudkan kumpulan belajar yang meletakkan sasaran hafalan
dengan jelas. Kenal pasti aspek yang perlu dihafal dan difaham
kemudiannya jadikan satu target kumpulan anda.
7. Lakukan pelbagai latihan yang berkaitan dengan subjek yang anda
pelajari.
8. Gunakan pelbagai imej untuk hafalan kerana otak kita lebih cepat
mengingati imej.
9. Kreatif dalam hafalan termasuklah menerusi irama lagu,
mnemonic, metafora, dan analogi.
Bagi subjek yang memerlukan keupayaan gerak balas kemahiran
dan pemikiran seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Mandarin,
bahasa Arab, bahasa Tamil dan bahasa asing – satu bentuk latihan
praktikal amat diperlukan. Subjek pembelajaran bahasa memerlukan
pelaziman penggunaan dalam pelbagai konteks kerana formula bahasa
adalah pelbagai dan luwes mengikut konteks. Biarpun ada formula
yang menjadi garis panduan, konteks penggunaan bahasa menjadikan
formula tersebut tidak boleh digunakan. Umpamanya, dalam bahasa
Melayu, terdapat kata majmuk yang telah mantap dan tidak boleh dieja
terpisah walaupun dalam formula asas bahasa Melayu kata majmuk
perlu dieja terpisah. Malah ada kata majmuk yang diterima secara rasmi
dalam konteks negara kita seperti perkataan “Perdana Menteri” dan
47
BIMBINGAN MENARA GADING
bukannya “Menteri Perdana”. Maka, pembelajaran bahasa memerlukan
banyak latihan terbimbing dan dipraktikkan mengikut konteks. Subjek
Matematik, Kimia dan Fizik memiliki terlalu banyak formula dan
kemahiran yang diperlukan adalah bersyarat. Untuk membolehkan anda
menyelesaikan operasi tambah umpamanya, anda perlu mahir dalam
jujukan nombor. Untuk memahami proses bahagi, anda perlu kuasai
operasi darab. Umpamanya, dalam subjek Kimia kemahiran mengenal
pasti senarai keaktifan logam dan pengiraan ion adalah asas untuk anda
membuat persamaan kimia yang betul.
Intervensi akademik sahaja tidak mencukupi kerana menjadikan
individu tidak seimbang dan terhad kecemerlangannya. Pelajar mungkin
boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan tetapi berhadapan dengan
pelbagai kesukaran apabila menjejakkan kaki ke menara gading. Maka,
intervensi pendidikan untuk kehidupan perlu dilakukan secara holistik
dan berterusan. Dalam dunia baharu, 10 kemahiran yang amat diperlukan
untuk membolehkan kejayaan cemerlang ialah:
1. Penyelesaian masalah kompleks
2. Pemikiran kritikal
3. Kreativiti
4. Pengurusan manusia
5. Penyelerasan dengan orang lain
6. Kepintaran emosi (Emotional intelligence)
7. Membuat penghakiman dan keputusan (Judgement and decision
making)
8. Orientasi khidmat (Service orientation)
9. Perundingan
10. Keluwesan Kognitif (Cognitive Flexibility)
Persoalannya, bagaimanakah kemahiran ini digilap dalam keadaan
budaya persekolahan sedia ada? Bagaimana untuk memastikan ia
menjadi sebahagian daripada kelaziman anda agar kesemua elemen
tersebut menjadi kekuatan kepada anda. Ahli sosiologi amat yakin
bahawa hanya persekitaran sosial yang produktif berupaya memberi
kekuatan kepada individu untuk menguasai kemahiran tersebut.
48
KEPELBAGAIAN INTERVENSI UNTUK KECEMERLANGAN
Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner 2007) mengetengahkan lapisan
persekitaran yang perlu diutuhkan untuk membolehkan anda memiliki
kemahiran tersebut.
Rajah 2.1 Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner 2007)1
Intervensi bagi setiap lapisan dalam Teori Sistem Ekologi
(Bronfenbrenner 2007) memerlukan pendekatan yang berbeza kerana
setiap individu memiliki corak interaksi dan pengaruh dalam lapisan
yang berbeza. Dalam lapisan microsystem, hubungan interaksi langsung
individu dengan ahli keluarga di rumah, guru-guru dan rakan sebaya di
sekolah, hubungan sosial di rumah ibadat dan perkhidmatan kesihatan
memberi ruang sokongan berdasarkan ikatan sosial. Pastinya kemahiran
berinteraksi dengan individu yang ada pertalian darah adalah berbeza
dengan individu yang tidak dikenali. Maka, keselesaan atas dasar telah
biasa dengan individu tersebut menjadikan banyak aspek yang perlu
dikuasai. Wujud rasa hormat dan juga anda telah dilatih cara untuk
menghormati termasuklah penggunaan nama panggilan, cara bersosial
dengan mereka dan juga pelbagai kemahiran lagi yang telah dilazimkan
ekoran daripada perhubungan rapat. Namun, bagaimanakah pula anda
ingin berhubung dengan rakan kepada ibu bapa anda? Bagaimanakah
anda berupaya berunding dengan rakan sekolah lain ketika mengurus
1 Imej awam daripada https://bronfenbrennerproject.wordpress.com/category/real-
life-examples/ (11 Mei 2020)
49
BIMBINGAN MENARA GADING
sesuatu pertandingan? Sejauh mana kemahiran anda untuk berurusan
dengan keluarga sahabat anda dalam kes tertentu? Kesemua inilah
yang dijelaskan dalam lapisan mesosystem yang memerlukan gaya
dan bentuk intervensi berbeza. Adakalanya, anda berdepan dengan
situasi yang berbeza dengan rakan anda kerana berlaku musibah dalam
keluarga. Bagaimanakah anda akan berhadapan dengan situasi ini?
Bagaimanakah pula jikalau keluarga anda secara tiba-tiba terpaksa
pindah dan meninggalkan anda di asrama sekolah kerana kedudukan
sekolah yang jauh dengan tempat kerja ibu bapa? Perubahan konteks
sosial sebegini dijelaskan dalam lapisan exosystem yang mana ia
menentukan cara intervensi yang berbeza. Perubahan dalam suasana
budaya dan politik turut menentukan bentuk intervensi yang berbeza
bagi setiap individu. Umpamanya, perubahan dalam sistem penilaian
peperiksaan SPM akan membuatkan anda memerlukan satu bentuk
latihan yang berbeza. Ia dihuraikan sebagai lapisan macrosystem dalam
teori tersebut. Dalam lapisan chromosystem, teori ini menjelaskan
tentang dimensi masa. Ada individu yang berada dalam kehidupan sukar
ketika kecil, malah ada pernah didera memberi kesan kepada keupayaan
individu untuk berdepan dengan realiti hidup ketika remaja. Maka,
intervensi untuk mereka adalah berbeza.
TIPS MENGURUS MASA UNTUK KEJAYAAN
Pengurusan masa yang efektif dapat menentukan kejayaan kepada diri.
Dikongsikan di sini tujuh tips pengurusan masa yang cemerlang bagi
membantu kejayaan anda.
Tips 1. Tentukan Matlamat
Menetapkan matlamat dalam kegiatan aktiviti harian, mingguan dan
tahunan akan dapat memberikan anda visi, fokus dan tujuan untuk
bertindak. Ia membantu anda mendapatkan pandangan yang lebih
jelas tentang perjalanan masa depan dan juga memberikan idea untuk
mengurus masa serta sumber yang ada ke arah matlamat tersebut.
Dengan menentukan matlamat juga, anda berupaya merancang aktiviti
yang bersesuaian dengan masa yang ada. Mulakan dengan menyoal diri
tentang apakah yang anda mahu dalam tempoh tiga bulan akan datang
atau enam bulan atau setahun akan datang?
50