JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
Jangan Putus Asa:
Kejayaan Milik Anda
Dr. Mat Rahimi Yusof
Universiti Utara Malaysia
PENGENALAN
Tanggal 18 November 2017 adalah tarikh keramat
apabila diraikan dalam majlis yang gilang gemilang.
Majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Malaysia
TerengganudisempurnakanolehSultanahTerengganu,
DYMM Sultanah Nur Zahirah yang juga merupakan
Canselor Universiti Malaysia Terengganu. Sebanyak
2,717 graduan UMT diraikan dalam majlis yang penuh
gilang-gemilang itu. Dalam majlis konvkokesyen itu,
sejumlah 41 graduan dianugerahkan Ijazah Doktor
Falsafah (PhD), 163 graduan sarjana, 2,384 graduan
sarjana muda dan 129 graduan diploma. Selain
penganugerahan ijazah, majlis diserikan lagi dengan
penyampaian Ijazah Kehormat Doktor Sains, Anugerah
Pelajaran Diraja, Anugerah Pengerusi Lembaga
Pengarah Universiti, dan Anugerah Pro-Canselor
kepada Dr. Chai Mui Nyuik (Bidang Sains) dan Dr. Mat
Rahimi Yusof (Bidang Sains Sosial). Adakah anda
sedar bahawa salah satu nama penerima anugerah
ini adalah saya! Secara peribadi Majlis Konvokesyen
Ke-15 Universiti Malaysia Terengganu kali ini paling
301
BIMBINGAN MENARA GADING
berharga buat saya walaupun sudah beberapa kali diraikan dalam majlis
konvokesyen sebelum ini. Dalam majlis tersebut, saya diraikan bukan
sahaja sebagai penerima ijazah PhD, malah turut diraikan sebagai
penerima Anugerah Pro-Canselor. Kejayaan berganda ini merupakan
gambaran bagi mereka yang berusaha dan tidak mudah putus asa. Tidak
cukup dengan itu sentiasa memanjatkan doa kepada Tuhan Yang Esa
memudahkan segala urusan dalam siri kembara memburu ilmu. Justeru,
jangan putus asa, kejayaan milik anda.
EPISOD KEGAGALAN
Berderai air mata kegembiraan luruh di pipi apabila pengumuman
“Anugerah Pro-Canselor, Dr. Mat Rahimi Yusof” memecah kegembiraan
warga dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Gambaran
air mata kegembiraan itu sukar dilakarkan, hanya orang yang pernah
mengalaminya akan berasa kenikmatannya. Kejayaan berganda
dianugerakan ijazah PhD dan Anugerah Pro-Canselor adalah hasil
tuaian yang sangat bernilai bagi seorang mahasiswa. Namun, apabila
ditanya, sebenarnya kejayaan ini lahir daripada kegagalan sebelum
ini dan sikap degil diri yang tidak mudah berputus asa. Tahukah anda,
sebelum menikmati kejayaan pada hari ini, saya juga pernah gagal. Jika
anda pernah berasa kegagalan sudah pasti tahu akan keperitan dan
kesengsaraan yang ditanggung. Begitulah dengan saya, betapa peritnya
menanggung keperitan akibat daripada kegagalan yang di alami.
Jika diimbas kembali, kegagalan pertama yang pahit yang saya
alami adalah ketika menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Bagaikan luruh jantung apabila menerima keputusan gagal mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Cikgu selalu bercerita “nanti bila masuk
universiti, rujukan kebanyakannya semua dalam bahasa Inggeris”. Kata-
kata cikgu bahasa Inggeris segera menerjah semula gegendang telinga
ketika itu. Dalam kekecewaan gagal Bahasa Inggeris, rasa kesyukuran
pada Tuhan segera dipanjatkan, kerana masih berjaya mendapat pangkat
satu (dikira berdasarkan agregat) dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Reda
sedikit rasa kecewa.
Episod kegagalan saya bukan berakhir di sini, saya gagal kali kedua
kerana tidak berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah
sarjana muda. Kegagalan kali ini lebih memeritkan lagi jika dibandingkan
302
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
dengan saat menerima slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia suatu
ketika dulu. Hanya linangan air mata yang mengiringi episod kegagalan
ini. Betapa peritnya kegagalan yang saya tanggung. Belajar daripada
kegagalan yang lalu menguatkan tekad untuk terus menebus kegagalan
sehingga mendorong diri saya meletakkan satu janji pada diri sendiri.
“Selagi aku belum dapat menggenggam segulung ijazah, aku tidak
mungkin kembali berkhidmat di kampung halaman sendiri”, itu janji dan
sumpah yang saya lafazkan. Janji yang pernah saya lafazkan seawal
menjadi guru lepasan maktab perguruan pada Disember 1994.
KEGAGALAN BUKAN PENAMAT
Jika ikutkan episod kegagalan yang saya alami, tiada lagi sinar kejayaan
jika saya berputus asa. Namun, saya percaya “gagal sekali bukan bererti
gagal selama-lamanya”. Kita semua sering mendengar kata-kata nasihat
ini. Bagi seorang pelajar, jangan kita anggap kegagalan itu adalah sebagai
noktah terakhir. Kegagalan harus ditebus. Bila? Bagaimana? Bolehkah?
Antara persoalan yang menghantui diri mereka yang pernah gagal.
Persoalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri. Cuba adik-adik belajar
daripada kisah kejayaan orang lain seperti kisah Mr.Colonel (KFC), Mark
Zuckerberg (Facebook), Bill Gates (Windows), Jack Ma (Alibaba). Cuba
selami juga kisah kejayaan tokoh-tokoh terkenal negara kita seperti
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, Profesor Khoo Kay
Kim dan banyak lagi tokoh tersohor negara. Melalui pembacaan saya,
ada kisah di sebalik kejayaan mereka yang saya boleh rumuskan sebagai
“bukan senang nak senang”.
BANGKIT DARIPADA KEGAGALAN, SAY GOOD BYE KEPADA
PUTUS ASA
Jika saya tidak bangkit daripada kegagalan dan sering berputus asa,
kemungkinan kejayaan yang saya kecapi hari ini bukan milik saya.
Berdasarkan kisah sebenar liku perjalanan memburu kejayaan saya
kongsikan tips untuk tidak berputus asa akibat kegagalan.
1. Kegagalan hanya bersifat sementara
Sentiasa sematkan di hati, kegagalan itu bersifat sementara jika kita
menghayatinya kerana kegagalan juga adalah anugerah Allah SWT yang
303
BIMBINGAN MENARA GADING
patut disyukuri dan diinsafi. “Gagal sekali bukan bererti gagal untuk
selama-lamanya. Gagal itu anugerah yang harus disyukuri dan diinsafi.”
Jangan jadikan kegagalan sebagai batu penghalang. Malah, jadikan
kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya dengan lebih cemerlang.
Kembali kepada pesanan cikgu bahasa Inggeris lebih dua dekad yang
lalu rupanya menjadi kenyataan ketika mula menjejakkan kaki di menara
gading. Keperitan tidak dapat menguasai bahasa tersebut dengan
baik sangat dirasakan terutamanya ketika melanjutkan pelajaran di
peringkat PhD. Setiap kali berjumpa dengan pensyarah penyelia, beliau
menghulurkan beberapa contoh artikel. Ini antara contoh artikel yang
saya ada. “Kena khatam. Bukan satu atau 100, malah lebih banyak lagi
baik.” Kata penyelia sambil membelek-belek artikel di tanganya. Saya
termangu seketika. Tanpa disedari jari jemari ku menggaru kepala yang
tak gatal. “Tak ada ke artikel dalam bahasa Melayu?” Semua artikel yang
ditunjukkan kepadaku semuanya dalam bahasa Inggeris. Saya bukannya
pandai sangat bahasa Inggeris. Anak kampung. Bercakap dalam bahasa
Inggeris di rumah jauh sekali. Bahasa Inggeris pun jarang-jarang lulus
ketika di bangku sekolah malah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Terkedu seketika. “Tak boleh jadi ni, kena belajar semula”. Bisik hati kecil.
Dek kerana insiden itu, saya mula bangkit daripada kegagalan.
Saya mula mengikuti kelas bahasa Inggeris. Bermula dengan kelas yang
dianjurkan oleh Pusat Bahasa Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
Dengan bayaran RM250, saya mula belajar bahasa Inggeris secara
intensif selama tiga bulan. Kelas sebanyak tiga kali seminggu bermula
jam 08.00 malam hingga 10.30 malam. Dengan jarak 65 km sehala, saya
terpaksa berkorban membelah kedinginan malam untuk sampai semula
ke rumah sekitar jam 11.30 malam atau 12.00 tengah malam. Letih
usah diceritakan. Pagi esoknya, ke sekolah menjalankan tugas hakiki
sebagai seorang pendidik. Inilah hadiah selepas kegagalan yang baru
disedari. Pun begitu aku gembira. Gembira kerana diberi penyesalan dan
keinsafan. Walaupun mungkin sesetengah orang penyesalan ini agak
sudah terlambat.
Setelah dua siri kursus intensif yang saya sertai dengan penuh
iltizam, saya sudah boleh menguasai bahasa Inggeris walaupun kamus
masih menjadi teman setia. Saya sudah mula jatuh cinta dengan artikel
berbahasa Inggeris. Saya sudah lebih memahami apa yang dibaca. Dan
disaat catan ini ditulis, aku sudah berani menulis artikel dalam bahasa
304
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
Inggeris. Igauan ngeri dek kegagalan bahasa Inggeris sudah mula
merangkak meninggalkan diri. Saya mula tersenyum puas. Gembira
bukan kepalang. Sebagai pesanan kepada adik-adik dan rakan-rakan
yang masih lemah dalam penguasaan bahasa tersebut, jangan mudah
berputus asa. Selain belajar di sekolah, banyak medium baharu seperti
video dalam YouTube dan laman web yang boleh kita belajar. Apa
yang lebih penting adalah kemahuan. “Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan”. Tingkatkan keyakinan diri, bulatkan tekad, pasti kejayaan
menjelma.
2. Kuatkan semangat, bulatkan tekad dan keazaman
Episod kegagalan kedua tidak dapat menghabiskan pengajian peringkat
ijazah sarjana muda menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus
bangkit menebus kegagalan itu. Bagaimana saya bangkit merealisasikan
janji yang dilafazkan pada tahun 1994 yang lalu. Saya bangkit dengan
penuh nekad dan keazaman. Bangkit dengan semangat pahlawan
Melayu. Perasaan putus asa dibuang nun jauh di Laut China Selatan.
Berbekalkan semangat yang tidak pernah luntur, saya melangkah ke
menara gading untuk kali kedua mendaftar sebagai mahasiswa Universiti
Putra Malaysia (UPM) dikala usia 34 tahun. Bangkit. Akhirnya, perjuangan
saya selama tiga tahun (2006-2009) menyebelahi insan kerdil ini. Saya,
dianugerahkan ijazah Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) pada usia
37 tahun. Berbunga hati bukan kepalang, Senyum meleret bersulam
air mata kegembiraan sepanjang majlis konvokesyen Universiti Putra
Malaysia kali ke-33 berlangsung. Saya tidak dapat menyembunyikan
perasaan itu. Gembira kerana berjaya bangkit daripada kegagalan. Bagi
yang pernah gagal dalam subjek tertentu, bangkitlah. Bulatkan tekad,
kuatkana azam, jangan jadikan kegagalan itu untuk tidak berusaha.
Percayalah, orang yang berusaha pasti akan dibalas dengan kenikmatan.
3. Tingkatkan keyakinan diri
Keyakinan diri sangat penting untuk mengelak daripada putus asa
dan berjaya. Kisah bangkit daripada dua kegagalan lampau, semangat
untuk terus berjaya semakin membuak-buak. Keyakinan diri semakin
meningkat. Tidak seperti semasa gagal dalam Bahasa Inggeris ketika
305
BIMBINGAN MENARA GADING
SPM dahulu. Saya tidak menoleh kebelakang lagi untuk memburu niat,
janji dan harapan yang tertangguh. Kegagalan sebelum ini sudah hilang
dalam ingatan. Pada bulan Jun 2010, sekali lagi aku bergelar mahasiswa.
Berbeza dengan sebelum ini, kali ini sebagai mahasiswa pengajian jarak
jauh (PJJ) dengan mod kerja kursus. Universiti Putra Malaysia sekali lagi
menjadi medan untuk aku memburu dan menimba ilmu pengetahuan.
Namun, kuliah diadakan secara berpusat di seluruh Malaysia melalui
telesidang. Walaupun saya terpaksa bermusafir setiap hujung minggu,
tetapi keyakinan diri saya mengatakan saya akan berjaya menggenggam
ijazah sarjana.
Saya berusaha keras. Rutin hujung minggu, seawal subuh saya
sudah menghidupkan jentera beroda dua untuk menuju ke Kolej KPTM
Kota Bharu yang jaraknya sejauh 115 KM. Ini bermakna setiap kali kuliah,
saya menghabiskan jarak perjalanan sejauh 230 KM sehari. Semua ini
bagi memastikan aku tiba di pusat pengajian sebelum kuliah bermula.
Saya pasrah dengan kepayahan ini kerana saya memilih untuk berjaya.
Gambar 18.1 Motorsikal yang digunakan untuk berulang-alik ke kuliah master
selama dua tahun
Akhirnya, usaha kerasku terbalas. Saya dianugerahkan ijazah
Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) dalam Majlis Konvokesyen
ke-36, Universiti Putra Malaysia. Usiaku ketika itu adalah 40 tahun.
Walaupun dalam dewan yang sama semasa Majlis Konvokesyen ke-
33, tapi aku berasakan suasana konvokesyen pada kali sangat berbeza
306
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
Gambar 18.2 Menerima ijazah master Konvokesyen UPM ke-36
sekali. Sepanjang berada dalam dewan, mata saya sering terpaku pada
graduan berjubah tiga line dan bertopi penyet.
Masing-masing melemparkan senyuman penuh lemak berkrim.
Antara mereka mungkin saya yang paling gembira. Namun, hati saya
mula dirobek apabila melihat sekumpulan graduan PhD. yang bertopi
penyet. Hati kecil saya berbisik, “Mampukah aku memakai topi penyet
berjubah tiga line suatu hari nanti?” Tumpuan ku pada majlis konvokesyen
tersebut hanyut seketika. Hanyut bersama khayalan, kebimbangan dan
persoalan. Adakah aku bermimpi di siang hari?
4. Teruskan bermimpi untuk teruskan berjaya
Buat pengetahuan adik-adikku, salah satu tips untuk mengelakkan
daripada putus asa adalah teruskan bermimpi. Mimpi untuk menebus
kegagalan dan memburu kejayaan. Saya teringat pesan seorang profesor
dari Indonesia ketika aku menghadiri seminar di Universiti Malaya pada
tahun 2014 “jangan berhenti bermimpi, jangan berhenti berlari, kerana
bermula daripada mimpi akan membuahkan hasil”.
5. Lemparkan suara negatif yang mungkin membantut keinginan kita
untuk berjaya
Sebagai pesanan kepada yang masih dihantui kegagalan lalu, jangan
takut untuk terus mencuba. Jangan biarkan suara negatif yang selalu
307
BIMBINGAN MENARA GADING
menakutkan kita menerjah gegendang telinga. Kadang-kadang
keyakinan kita dirobek oleh suara mereka yang tidak mahu untuk
berubah. Lemparkan jauh suara negatif tersebut daripada kamus misi
memburu kejayaan anda. Sebaliknya, ‘transform’ bisikan hati yang
negatif itu kepada bisikan hati positif – sekaligus menaikkan semangat.
Masih saya ingat antara suara sumbang yang sering didengar semasa
mula pengajian PhD. “Nak buat PhD. mesti hebat penguasaan bahasa
Inggeris, sebab tu aku malas nak sambung belajar”. “Sudahlah bahasa
Inggeris kau tunggang terbalik”.
Namun, walaupun saya pernah gagal dalam bahasa Inggeris, tapi
suara-suara sumbang itu sedikit pun tidak menggugat hasrat saya
untuk meneruskan pengajian. Setiap kata-kata negatif itu saya melihat
daripada sudut pandang positif. Jadi, buat adik-adikku yang gagah di
medan juang anggaplah suara negatif yang dilontarkan sebagai daya
tekan kepada kita untuk terus maju. Dengan cara ini boleh mengelakkan
diri kita daripada terus berputus asa. Kejayaan yang saya kecapi hari ini
adalah hasil daripada kegagalan dan sifat tidak mudah putus asa dalam
diri. Buktinya, saya berjaya memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana
dan PhD. ketika usia semakin meningkat.
6. Hadapi cabaran dengan jati diri yang tinggi
Di sebalik kejayaan itu ada cerita yang tersendiri yang memerlukan
jati diri yang tinggi bagi menghadapi sebarang cabaran. Ini adalah
perjalanannya bukan semudah yang disangka. Kenapa saya berkata
demikian? Tanpa jati diri mungkin kejayaan bukan milik saya. Apabila
ditanya perjalanan PhD., saya dengan senyum bercampur resah aku
menjawab umpama memasuki hutan yang sangat tebal. Pada tanganku
tanpa sebarang perkakasan, mesin atau jentera untuk meneroka. Tiada
denai. Apatah lagi jalan. Yang kelihatan hanyalah pohonan kayu yang
menghijau. Namun, apa yang pastinya saya perlu berjaya masuk dan
menikmati hasil bumi yang ada di dalamnya.
Betapa hebatnya dugaan saya untuk menghabiskan pengajian.
Sebagai pelajar separuh masa, saya dibebani dengan bebanan kerja
hakiki yang begitu mengasak jadual harianku. Sesekali terasa mahu
berhenti daripada terus belajar. Tapi, di mana nilai jati diriku? Fikiranku
mula bercelaru. Malu dengan janji yang pernah dilafazkan. Malu dengan
308
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
diri sendiri. Malu dengan rakan taulan. Aku gagahkan diri untuk menapak
dan melangkah dengan penuh hati-hati. Aku buang jauh nun di sana
segala kegusaran yang mengganggu fikiran. Peduli apa orang nak
kata. Perjalanan mesti diteruskan. Begitulah sedikit gambaran ketika
aku mula mendaftar masuk sebagai pelajar pascasiswazah. Tanggal 3
Mac 2014, saya mendaftar sebagai pelajar siswazah Universiti Malaysia
Terengganu pada usia 42 tahun.
Ingatlah bahawa perlu teguhkan jati diri kita sebagai pelajar yang
merupakan harapan ibu dan ayah. Jangan biarkan ibu bapa menangis
kerana kegagalan. Bulatkan tekad, sematkan azam, atur langkah
keyakinan untuk menebus setiap kegagalan. Ingatlah pesan pahlawan
Islam Tariq bin Ziyad kepada bala tentera Islam “di depan api, di belakang
musuh”. Dalam maksud di sebalik kata-kata ini. Hayatilah adik-adikku.
Menyorot kembali kisah pengajian PhD., pertama kali mengikuti
pembentangan siswazah, saya tidak mengerti apa yang dibincangkan.
Persoalan demi persoalan menghantui fikiran saya. Semalaman saya
tidak dapat melelapkan mata dengan baik sehingga mengganggu
keenakan lena yang dikecapi sebelum ini. Mungkinkah episod kegagalan
akan berulang kembali? Pesan nenek “anak jantan jangan tunjuk
selekeh di depan orang”. Pesanan ini tatkala saya mula berhijrah untuk
menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Ipoh, 28 tahun yang lalu.
Baru kini saya dapat hayati sepenuhnya maksud tersirat di sebalik
pesanan itu. Momentum diri untuk memulakan kembara ini mula
menguasai diri. Keyakinan diri mula berputik. Sedikit persoalan yang
menerjah mindaku sebelum ini terjawab.
Ingatlah bahawa selain bermimpi untuk kejayaan susuli dengan
keyakinan diri yang utuh. Ini kerana dalam kembara memburu kejayaan
menuntut sejuta pengorbanan dan kesabaran. Hanya insan yang cekal
dan tabah sahaja berjaya mengharunginya. Walau bagaimanapun,
laluannya sangat berbeza antara satu sama lain. Percaturan Yang Maha
Esa begitu rapi sekali. Ujian Allah SWT pada setiap hambanya juga
berbeza. Apa yang pastinya semua pelajar akan merasai masam manis
dan pahit maung sepanjang pengembaraan suci ini.
309
BIMBINGAN MENARA GADING
7. Sentiasa ingat tiada kejayaan tanpa pengorbanan
Jika diimbau perjalanan PhD. saya juga lekang daripada variasi
kegembiraan dan keperitan. Hukum alam bagi mereka yang menuntut
ilmu. Imbas kembali bagaimana Rasulullah SAW dalam usaha
menjalankan misi penyebaran agama Islam. Nabi dibaling batu oleh
penduduk Thaif. Begitu besar cabaran dan halangan yang baginda
terima sehingga terpaksa berpindah ke Yathrib. Begitu juga ilmuwan
terkenal seperti Imam Syafie dalam kembara beliau menuntut ilmu.
Pelbagai suka dan duka dilalui. Mengingatkan keperitan para ulama
yang terdahulu menuntut ilmu, aku berasakan keperitan yang ku alami
sepanjang kembara ini hanya sekelumit rasa sahaja. Sedikit sahaja
pengorbanan dan suka duka yang aku lalui jika dibandingkan dengan
Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin dan mereka yang memperjuangkan
Islam. Natijahnya “tiada kejayaan tanpa pengorbanan”. “No pain, no gain.”
Kata semangat ini kugenggam erat dan saya semat di sanubari
sepanjang kembara ini. Ia menjadi penguat semangat dikala saya
hampir terkulai layu. Mustahil kalau saya katakan perjalanan PhD. saya
tiada sebarang cabaran. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Justeru,
dalam misi kembara memburu kejayaan pengorbanan sangat penting.
Korbanlah gajet yang sentiasa melekat di tangan, skrin TV yang sentiasa
ditatap atau masa lepak bersama rakan-rakan. Namun, cuba cari ruang
untuk bersantai seketika melepaskan penat belajar. Kenapa saya berkata
demikian?
Sepanjang kembara, aku seakan terasing dari dunia luar.
Menonton televisyen jauh sekali. Hanya sesekali terutamanya berita
jam 8 hanya untuk mengetahui perkembangan semasa. Rutin melepak
santai di kedai kopi, hanya sekali-sekala. Saya hanya sempat beriadah
pada pagi Jumaat dan Sabtu. Kadang-kadang mengundang rasa dengki
dalam diri. Dengki pada kawan-kawan yang begitu gembira menjalani
kehidupan. Tapi bila dikenang “bukan senang nak senang” rasa dengki
semakin pudar. “Sibuk belajar pun, kesihatan kena jaga bang”. Pesan
kawan seperjuangan. Alhamdulillah, sepanjang kembara memburu
kejayaaan, Tuhan mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik. Syukur
pada Mu, Ya Allah.
Wahai adik-adikku, mungkin ada ketika perasaan malas lebih
menguasai diri kita. Walau malas sekali pun beleklah buku walau
310
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
selembar. Bacalah walau sepatah perkataan agar momentum untuk
memburu kejayaan tidak terbantut. Masih saya ingat pesan seorang
rakan baik Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang (semasa menuntut di
Maktab Perguruan Ipoh Perak pada sekitar 1992 sehingga 1994) yang
sama-sama membonceng motor Yamaha RXS 115 ketika saat semua
pulang ke kampung halaman yang kini bergelar pensyarah ketika saya
mengunjungi pejabat beliau di UKM,”Kalau malas sekali pun atau sibuk
sekali pun, buka je laptop bubuh tanda noktah satu. Dah cukup untuk
meneruskan momentum diri. Jangan tinggal langsung”.
Saya genggam erat pesanan itu. Ternyata benar sekali. Saya
berjaya menewaskan segala macam dugaan dan halangan dengan
izin Yang Maha Esa dan penuh kecintaan terhadap jalan yang kupilih.
Akhirnya, misi kembara memburu kejayaan berakhir dengan kejayaan
yang berganda. Berjaya dianugerahkan Ijazah PhD. dan Anugerah Pro-
Canselor.
Gambar 18.3 Menerima ijazah PhD. dan Anugerah Pro-Canselor UMT
311
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 18.4 Berkongsi kegembiraan bersama keluarga
Gambar 18.5. Bersama penerima anugerah pada Majlis Konvokesen ke-15, UMT
312
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
8. Hadirkan rasa cinta dalam diri
Kejayaan adalah milik anda dan semua orang yang inginkan kejayaan.
Tapi bukan milik mereka yang sering berputus asa. Kenapa? Jika saya
seorang yang berputus asa rasa cinta terhadap jalan yang kita pilih.
Pupuklah rasa cinta pada setiap ruang sepanjang pengembaraan misi
memburu kejayaan. Dalam penulisan ini saya zahirkan kata cinta melalui
ungkapan yang sering disebut oleh pasangan yang hangat bercinta LOVE.
Pernahkah anda bercinta? Pernahkah anda gagal bercinta? Bercintalah
dengan buku tatkala adik-adik di bangku sekolah. Kenapa dengan LOVE?
Penting sangat? Ya, Itulah jawapan saya. Sebagai contoh, dalam kembara
PhD, saya bukan sekadar melihat perkataan LOVE hanya pada kalimah
sahaja. Namun, saya merenung setiap huruf dalam kalimah itu dan
sedaya upaya menghayati falsafahnya. Antara mengejar kejayaan dan
mengajar cinta ada kesignifikannya. Maka, lahirlah Loving, Organizing,
Variety dan Energetic.
Loving (kecintaan)
Bagi saya untuk berjaya dan tidak berputus asa rasa kecintaan (Loving)
sangat penting terutamanya kepada Allah SWT. Dalam konteks
ini wujudkan kecintaan terhadap Yang Maha Esa dalam beribadah
kepadanya. Selain ibadah wajib, buat juga ibadah sunat seperti solat
hajat dan dhuha. Ini kerana sumber mutlak kejayaan adalah datangnya
daripada Yang Maha Esa. Itu adalah janji Allah SWT. Allah SWT tidak akan
mensia-siakan setiap usaha dan pengorbanan hamba Nya. Dalam surah
An-Najm ayat 39, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang
diusahakannya”.
Jadi, sepanjang kembara ini pupuk lah Loving pada Yang Maha
Esa agar dipermudahkan segalanya. Selain hubungan dan kecintaan
terhadap Pencipta, rasa yang sama juga perlu dipupuk sesama makhluk
yang akhirnya membuahkan kecintaan kepada diri sendiri. Justeru,
sepanjang kembara ini, pupuk rasa cinta, kasih, sayang, dan rindu pada
pensyarah penyelia.
313
BIMBINGAN MENARA GADING
Organizing (menganjurkan/mengurus)
Adik-adikku, mengurus diri sangat penting dalam suasana kita menerima
ujian kegagalan. Kita akan kecundang dan sering rasa berputus asa
sekiranya kita tidak dapat mengurus diri dengan baik. Dalam konteks
misi memburu kejayaan ‘Organizing’ adalah merujuk kepada pengurusan
dalam pembelajaran.
Mungkin adik-adik boleh memulakan dengan menyediakan “time
frame” perjalanan memburu kejayaan mengikut kemampuan sendiri.
Pengalaman saya berjaya dalam PhD dengan cemerlang adalah berjaya
mengurus “time frame” pengajian dengan baik yang diberi nama MY
PHD JOURNEY. Tapi awas, jangan ia hanya terpapar bisu di skrin monitor
atau telefon sahaja. Bagi memastikan saya melihatnya setiap hari, “time
frame” ini saya cetak di atas poster bersaiz 3 X 2 kaki persegi. Poster itu
aku tampal di ruang belajar dan di dalam bilik tidur.
Rajah 18.1 Mengurus Kejayaan: My PhD Journey
Namun, ketahuilah untuk mematuhi ‘progress’ yang dirancang
ini pelbagai onak duri, suka duka dan hilai tawa yang perlu kita
lalui. Kesenangan, kegembiraan dan kesukaran ini sebagai ‘Variety’
(kepelbagaian) dalam pengajian.
314
JANGAN PUTUS ASA: KEJAYAAN MILIK ANDA
Variety (kepelbagaian)
Ingatlah adik-adikku, dalam perjalanan memburu kejayaan kepelbagaian
onak dan duri yang perlu kita tempuhi. Jika kita bijak menaganinya, rasa
putus asa pasti menguasai diri kita. Mungkin kita rasa bosan dan malas
untuk belajar. Tapi harus diingat itu adalah cabaran sebagai seorang
pejuang ilmu. Namun, jika bijak mengatasinya adik-adik akan menjadi
seorang yang bertenaga (energetic).
Energetic (bertenaga)
‘Energetic?’ Ya, setiap pelajar perlu mempunyai tenaga yang mencukupi.
Tenaga untuk melawan rasa malas, kecewa dan putus asa. Dalam hal
ini, ada beberapa perkara perlu diambil kira oleh adik-adik agar sentiasa
lebih bertenaga. Pengalaman saya, elakkan tekanan ketika belajar.
Walaupun dalam perbincangan sebelum ini saya mengatakan setiap
hari perlu membelek buku, tapi bila tekanan mula menguasai diri,
tinggalkan seketika. Cari aktiviti yang berfaedah yang boleh meredakan
tekanan. Ikut cara dan minat adik-adik untuk mencari aktviti yang boleh
mengelakkan tekanan agar kekal bertenaga untuk belajar.
Akhirnya, sebagai pelajar LOVE boleh dirangkumkan sebagai
kecintaan kepada Yang Maha Esa. Hadirkan rasa cinta kepada Allah SWT
dengan mendekatkan diri kepada-Nya, bermunajat dan berdoa memohon
keredhaan menuju kejayaan. Insya-Allah kejayaan milik anda.
RUMUSAN
Tuntasnya, kegagalan bukan penamat kepada seseorang pelajar
sekiranya tidak berputus asa. Jadikan episod kegagalan sebagai
wadah untuk terus berjaya. Sebaliknya, bangkitlah daripada kegagalan
kerana kejayaan adalah milik anda dan milik semua. Sesungguhnya,
kecemerlangan itu adalah atas hasil usaha kita dengan izin-Nya. Justeru,
kekalkan sebagai insan yang cemerlang yang sanggup berkongsi
ilmu yang diperoleh dengan sesiapa sahaja yang berkehendak demi
kejayaan dan kecemerlangan insan lain. Jangan ada secalit rasa bakhil
terhadap ilmu. Sebarkan walaupun satu ayat demi untuk meneruskan
legasi kecemerlangan. ‘Good Bye’ rasa putus, hadirkan kecintaan pada
kejayaan.
315
BIODATA PENULIS
BIODATA PENULIS
AKADEMI
MENARA
GADING
316
BIODATA PENULIS
Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad
Anak jati kelahiran Temerloh, Pahang merupakan profesor
Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Mendapat BA (Hons) dari Universiti
Malaya, Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau
merupakan Pengurus Akademi Menara Gading-Yayasan Al-Sultan
Abdullah (AMG-YASA) semenjak penubuhannya pada 1999.
Beliau banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang
akademik, pembangunan komuniti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
Merupakan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
dan Felo di Academi Sains Malaysia, the World Academy of
Art and Science, the Malaysian Institute of Management dan
ahli seumur hidup Asian Academy of Management. Beliau
juga adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains
Islam Malaysia semenjak 1 April 2016. Berpengalaman luas
dalam pentadbiran universiti dan perhan dilantik sebagai Naib
Canselor Universiti Sains Malaysia dan juga Naib Cancelor
Universiti Antarabangsa Albukhairy.
Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman
Merupakan graduan dari Universiti of New South Wales, Sydney,
Australia. Mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dari
Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah Presiden Majlis
Bekas Wakil Rakyat Malaysia, Presiden Riding for the Disabled
Malaysia (RDA) dan Pengerusi IIUM Medical Specialist Centre.
Beliau juga adalah ahli Malaysian Institute of Certified Public
Accountants (MICPA) dan the Malaysian Institute of Accountants
(MIA). Beliau aktif menggerakkan Parlimen Mahasiswa, wacana
patriotisme dan dialog negara-bangsa.
Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin
Merupakan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Memperoleh MSc. (Math.) dari California State
Univ, USA, BSc. (Math.) dari Florida State Univ, USA dan Ph.D
(Information Sc.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia Bidang
kepakaran beliau adalah ICT dalam Pendidikan. Beliau aktif
dalam The Asia-Europe Meeting iaitu sebuah pertubuhan yang
menggerakkan dialog dan kerjasama pakar pelbagai bidang
antara negara-negara Asia dan Eropah.
317
BIODATA PENULIS
Katherine Diop
Katherine grew up in a small town in Wisconsin. She has a
BA in International Development and French, and an MBA in
Organizational Management. She studied abroad in Senegal and
in Zimbabwe, as well as at American University in Washington,
DC. Katherine joined the State Department Civil Service in 2004
as a Program Officer in the International Visitors Leadership
Program. Katherine has also worked at Embassies in Dakar,
Senegal; Bamako, Mali; Addis Ababa, Ethiopia; and Abidjan, Côte
d’Ivoire, before moving to Kuala Lumpur to take the position of
Cultural Affairs Officer.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi Malaysia. Dilahirkan di Kampung Sungai
Pinang, Klang, Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama
daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian
Kewartawanan daripada Wisconsin University, Amerika Syarikat.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra
Malaysia. Beliau kini aktif memberi perundingan pembangunan
motivasi dan keluarga enerusi syarikat beliau DMFK Inspration
Sdn Bhd.
Dato’ Dr. Qasim Ahmad
Mantan Profesor dalam bidang Sejarah Eropah dan telah terlibat
dalam pengajian tinggi selama lebih kurang empat puluh tahun
dari lewat 1970-an. Beliau mendapat ijazah BA Hons dan MA dari
Flinders University of South Australia dan PhD dari University of
London. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia,
Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi MARA. Beliau
banyak menyumbang idea kepakaran menerusi penerbitan
pelbagai genre yang diterbitkan di Malaysia dan juga di Amerika
Syarikat, United Kingdom, Sepanyol dan Indonesia.
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Merupakan Profesor Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan
dan Pengurusan, serta Penolong Naib Canselor (Perancangan
Strategik dan Pengantarabangsaan, Universiti Sains Islam
Malaysia. Beliau merupakan Pemangku Presiden, Persatuan
Pendidikan Komunikasi Malaysia. Berkelulusan doktor falsafah
daripada Universiti Malaya. Kepakaran beliau adalah dalam
bidang perhubungan awam, kewartawanan dan komunikasi.
318
BIODATA PENULIS
Prof. Dr. Fariza Md Sham
Merupakan Profesor di Pusat Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang Dakwah dan
Pembangunan Remaja serta Psikologi Islam/ Dakwah banyak
membuat penyelidikan dan menghasilkan penerbitan dalam
bidang ini. Banyak terlibat dalam pembentangan seminar/
persidangan serta khidmat masyarakat peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Kini, beliau adalah Pengarah, Institut Islam
Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Ahli Majlis,
Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang
Mendapat BA (Hons) dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana dari
Universiti Kebangsaan Malaysia dan ijazah Doktor Falsafah
dari Universiti Dundee, Scotland United Kingdom. Bidang
kepakaran adalah Sosiologi Pendidikan, Pendidikan Komuniti
dan Pendidikan Sejarah. Terlibat aktif dalam pembangunan
profesional komuniti guru, peningkatan kemahiran pembangunan
komuniti luar bandar dan AMG-YASA. Kini bertugas di Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek
Berkelulusan PhD bidang perancangan bandar pintar. Bertugas
sebagai pensyarah di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial
dan Persekitaran (SEEDS) dan juga Ketua Program Sarjana
Pengajian Rasuah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran dalam
pembangunan bandar pintar dan desa pintar. Buku beliau
Bandaraya Bestari: Sistem Kerajaan Elektronik dan Masyarakat
Global Bermaklumat telah memenangi Anugerah Buku Negara
2018. Ahli Jawatan Kuasa Akademi Menara Gading Yayasan Al-
Sultan Abdullah (YASA).
Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad
Anak Kelahiran Temerloh, Pahang ini merupakan Professor
Madya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi
Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran
beliau adalah kepelbagaian pelajar, psikologi motivasi serta
sosio-psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau
merupakan ahli jawatankuasa Akademi Menara Gading, Yayasan
Al-Sultan Abdullah (YASA).
319
BIODATA PENULIS
Prof. Madya Dr. Sayuti Ab Ghani
Profesor Madya di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Berkelulusan
Doktor Falsafah dalam bidang undang-undang harta Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Banyak menyumbang dan
melibatkan diri dalam bidang penulisan pengurusan harta
dalam Islam sama ada menerusi penyelidikan, jurnal, buku
dan pembentangan kertas kerja. Kini sebagai Pengarah Pusat
Wakaf, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Prof Madya Dr. Khairy Ariffin
Memperoleh Ijazah Sarjana Muda [B.A (Hons)] sehingga Ijazah
Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya.
Beliau pernah menjadi guru, pensyarah di Institut Pendidikan
Guru, pensyarah sambilan dan sekarang menyandang jawatan
Profesor Madya di Jabatan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Beliau juga terlibat dalam penyelidikan di bawah geran
universiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Institut Darul
Ridzuan, Negeri Perak.
Datin Dr. Anisa Saleha M. Nunuh Saleh
Memperoleh BA Hons Pendidikan dari Universitas Pendidikan
Indonesia dan kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan
(Psikologi Pendidikan) serta Ijazah Doktor Falsafah dalam
bidang Psikologi Pendidikan dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Merupakan Pengarah Urusan Uni
Akademia iaitu sebuah konsultan pendidikan yang menawarkan
program pendidikan tinggi dan juga latihan profesionalisme.
Beliau aktif dalam pembangunan komuniti, penerbitan artikel
jurnal dan kepelbagaian aktiviti kesejahteraan psikologi sosial
AMG-YASA.
Dr. Harwati Hashim
Merupakan pensyarah kanan di Pusat Inovasi Pembelajaran
dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang
Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)
dari UKM. Memiliki 17 tahun pegalaman mengajar. Bidang kajian
beliau meliputi pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua, strategi pembelajaran bahasa Inggeris, teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa serta pembelajaran mudah
alih (mobile learning). Beliau aktif dalam modul penguasaan
kemahiran komunikasi bahasa Inggeris kepada pelajar AMG-
YASA.
320
BIODATA PENULIS
Dr. Rozan Mohamad Yunus
Dilahirkan di Kampung Chempaka, Lanchang, Pahang dan
merupakan pelajar AMG-YASA kohort pertama. Menerima Ijazah
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Sains Bahan
dan Ijazah Sarjana Sains Bahan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang
kejuruteraan bahan di Kyushu University, Fukuoka, Jepun. Kini,
beliau bertugas sebagai pensyarah kanan dan felo penyelidik
di Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini
aktif memberi sumbangan kepada AMG-YASA.
Dr. Ramli Saadon
Merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Pendidikan di
peringkat ijazah Sarjana Muda Sastera di Fakulti Satera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya dalam bidang Sejarah. Ijazah Sarjana
dalam bidang Pendidikan yang mengkhusus dalam bidang
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan di Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sejarah
Malayisa di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Beliau aktif dalam pembangunan pelajar AMG-YASA.
Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman
Merupakan Timbalan Pengarah (Inovasi Pengajaran dan
Teknologi Pembelajaran) di Pusat Pengajaran dan Pembangunan
Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Pensyarah
Kanan di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan
Malaysia. Beliau merupakan Certified Professional Technologist
dan dilantik sebagai Pakar Pembelajaran Profesional oleh Apple
Education Malaysia untuk pembelajaran digital dan futurisik.
Dr. Mat Rahimi Yusof
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol,
Sekolah Menengah Agama Setiu, Sekolah Menengah Agama
Maarif, Besut Terengganu. Berkelulusan Sijil Perguruan dari
Maktab Perguruan Ipoh Perak, Sarjana muda bidang Pendidikan
Moral dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dari Universiti Malaysia Terengganu. Beliau meraih
Anugerah Pro-Canselor peringkat PhD Universiti Malaysia
Terengganu. Kini, bertugas sebagai pensyarah kanan di Sekolah
Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia.
321
BIODATA PENULIS
Dr. Siti Jamiah Abdul Jalil
Merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Memperoleh Ijazah
Sarjanamuda Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan)
dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Sains Sosial dan
Kemasayarakatan (Pembangunan Manusia) dari Universiti
Kebangsaan Malaysia serta Doktor Falsafah dari Universiti
Malaya. Beliau pernah bertugas sebagai pengajar di Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Megat Aiman Fatihin Megat Abdul Aziz
Berasal daripada Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang.
Merupakan alumni Akademi Menara Gading dari kohort X anjuran
Yayasan Al-Sultan Abdullah Sesi 2018/2019 dan antara pelajar
cemerlang Akademi Menara Gading yang mendapat keputusan
9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau melanjutkan pengajian
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia.
322
BIODATA PENULIS
BIBLIOGRAFI
1) Agbatogun, A. O. (2014). Developing Learners? Second Language Communicative
Competence through Active Learning: Clickers or Communicative Approach? Journal
of Educational Technology & Society, 17(2), 257.
2) Allen, David (2001). Getting things done: the Art of Stress-Free Productivity. New York:
Viking.
3) Ananda Kumar Palaniappan. 2006. Kreativiti dan pembangunan kerjaya abad ke-
21. Dalam Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Abd. Jalil Othman. Hala tuju
pengurusan sumber manusia dan kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributirs sdn. Bhd.
4) Anerbach, S.M. & Grambling, S.E. 1998. Stress management: Psychology foundation.
Upper Saddle, River NJ: Prentice-hall Inc.
5) Arthur, M.B., Hall, D.T. dan Lawrence, B.S. 1989. Generating new direction in career
theory: The case of a transdisciplinary approach. In Athur, M, B., Hall, D.T. and Lawrence,
B.S (ed.). Handbook of career theory. Cambridge University Press. Cambridge.
6) Azzyati Ahamd, 2018, ‘Terap nilai murni, peribadi mulia dari sekolah - Tun Mahathir’,
Astro Awani, Disember 11, http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terap-nilai-
murni-peribadi-mulia-dari-sekolah-tun-mahathir-193278, Diakses: 29.1.2019.
7) Benard, B. (1991). Fostering Resiliency in Kids: Protective Factors in the Family, School
and Community. ERIC
8) Bruner, J. 1996. The culture of education. Harvard: Harvard University Press.
9) Carl Rogers. 2007. Counseling and psychotherapy. Rogers Press.
10) Cicchetti, D., Curtis, W.J. (2006). The developing brain and neural plasticity: Implications
for normality, psychopathology, and resilience. In: Cicchetti D, Cohen D, editors.
Developmental psychopathology. Vol 2: developmental neuroscience. 2nd ed. New
York (NY): Wiley & Sons, Ltd; 2006. p 1-64
11) Cohen, B.F.G. 1984. Organizational factors affecting stress in theclrical worker. In
Cohen, B.G.F (ed.), Human aspects in office automation. Amsterdam: Elsevier.
12) Danoff, C.J. 2014. Peeragogy handbook. Http://peeragogy.org.
13) Etiennie Wenger. 1998. Community practice. Cambridge University Press.
14) Erberber, E. Stephens, M., Mamedova, S., Ferguson, S., & Kroeger, T. (2015). Socio-
economically disadvantaged students who are academically successful: Examining
academic resilience crossnationally. IEA’s Policy Brief Series, No. 5, Amsterdam, IEA.
Retrieved from http://www.iea.nl/policy_briefs.html
15) Fayombo, G. (2010). The relationship between personality traits and psychological
resilience among the carribean adolescents. International Journal of Psychological
Studies, 2(2): 105-116.
16) Finn, J. D. & Rock, D. A. (1997). Academic success among students at risk for school
failure. The Journal of applied psychology. 82 (2): 221–234.
323
BIBLIOGRAFI
17) Fiore, Neil A (2006). The Now Habit: A Strategic Program for Overcoming Procrastination
and Enjoying Guilt- Free Play. New York: Penguin Group.
18) George Siemens. 2006. Knowing knowledge. Lulu.com
19) Gilgun, J. F., & Abrams, L. S. (2005), Gendered adaptations, resilience, and the
perpetration of violence. In. M. Ungar’s (Ed.), Handbook for working with children and
youth: Pathways to resilience across cultures and contexts (pp.57-70). Thousand Oaks,
CA: Sage Publications Inc.
20) Gu, Y., & Johnson, R. K. (1996). Vocabulary learning strategies and language learning
outcomes. Language learning, 46(4), 643-679.
21) Haida Umiera Hashim, Melor Md Yunus, & Harwati Hashim. (2019). 3-minutes pitching
with flip grid: An antidote of innovation for speaking anxiety. International Journal of
Innovative Technology and Exploring Engineering, 8(7), 1798-1801.
22) Harwati Hashim & Ida Sariani Mohd Isa. (2012). Students’ anxiety level towards
speaking in English: Malaysia polytechnic experience. In 2012 IEEE Symposium on
Business, Engineering and Industrial Applications (pp. 595-599). IEEE.
23) Herrmann, H., Stewart, D.E.,Diaz-Granados, N., Berger Dphil, E.L., Jackson, B., Yuen, T.
(2011). The Canadian Journal of Psychiatry, 56(5), 258-265.
24) Hjemdal, O. (2007). Measuring protective factors: The development of two resilience
scales in Norway. Child and Adolescent Psychiatric Clinics of North America.16(2):
303–321.
25) https://afterschool.my/bm/berita/5-kerjaya-baru-yang-mendapat-permintaan-
tinggi-oleh-majikan-di-masa-kini-hadapan. Akses pada 25.12.2019.
26) https://blog.invoicely.com/highest-paying-freelance-jobs/. Akses pada 30.12.2019.
27) https://www.bharian.com.my/. Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup. 11 Jun 2017. Akses pada 31
Disember 2019.
28) https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/04/552171/pasaran-kerja-masa-
depan-perlukan-kemahiran-teknologi. Akses pada 25.12.2019.
29) Hutchins, E. 1980. Culture and inference. Harvard: Harvard University Press.
30) INTAN. 1994. Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara.
31) Johnson, R. T., & Johnson, D. W. (2008). Active learning: Cooperation in the classroom.
The annual report of educational psychology in Japan, 47, 29-30.
32) Joseph, S., Linley, P.A. (2006). Growth following adversity: theoretical perspective and
implications for clinical practice. Clin Psychol Rev. 26(8):1041-1053.
33) Kelly, C. (1997). David Kolb, the theory of experiential learning and ESL. The Internet
TESL Journal, 3(9), 1-5.
34) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
35) Knowles, M.S. 2015. The adult learner. London: Butterworth-Heinemann.
36) Lauren B. Resnick. 1987. Education and learning to think. Washington, D.C: National
Academy Press.
37) Lave, Jean, and Etienne Wenger. 1991. Situated Learning: Legitimate Peripheral
Participation. Cambridge: Cambridge University Press.
324
BIBLIOGRAFI
38) Le Blanc, Raymond (2008). Achieving Objectives Made Easy! Practical goal setting
tools & proven time management techniques. Maarheeze: Cranendonck Coaching.
39) Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
40) Mark Molloy, 2018, ‘Japanese fans clean up stadium after World Cup victory and inspire
other nations to follow suit’, The Telegraph, June 20, https://www.telegraph.co.uk/
news/2018/06/20/japanese-fans-clean-stadium-world-cup-victory-inspire-nations/
Diakses: 8.1.2019.
41) Mayora, C. A. (2009). Using YouTube to encourage authentic writing in EFL classrooms.
TESL Reporter, 42(1), 1-12.
42) Mcmillan, J. H. & Reed, D. F. (1994). At-Risk Students and Resiliency: Factors
Contributing to Academic Success. The Clearing House. 67(3): 137-140.
43) Morgenstern, Julie (2004). Time Management from the Inside Out: The Foolproof
System for Taking Control of Your Schedule—and Your Life (2nd ed.). New York: Henry
Holt/Owl Books. p. 285
44) Noriah, M. I. & Zuria, M. (2006). Redefining emotional intelligent from the Malaysian
teachers’perspective. Proceeding for AKU-IED Conference, Karachi, Pakistan
45) Nurmi, J. E. (1991). How do adolescents see their future? A review of the development
of future orientation and planning. Developmental Review, 11(1), 1- 59.
46) Partho (18 February 2009). “Top 10 Time Management Software for Windows”. Gaea
News Network. Archived from the original on 2017-01-12. Retrieved October 9, 2016.
47) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). 2015.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
48) Rohany Nasir & Fatimah Abdullah. 1987. Pendekatan dan bimbingan ke arah
kematangan kerjaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Majalah
Psikologi, Bil.8:17-35.
49) RuwaidaMdZain,2019,‘AgongtitahUiTMdaulatinstitusiRaja-RajaMelayu;,BeritaHarian,
ONLINE,Mac23,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/544515/
agong-titah-uitm-daulat-institusi-raja-raja-melayu Diakses: 30.1.2020.
50) Sahlizah Mohamed, 2019, ‘Alukan pelaksanaan program sekolah pemimpin masa
depan - Al-Sultan Abdullah‘Astro Awani, Mac 11, http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/alukan-pelaksanaan-program-sekolah-pemimpin-masa-depan-al-sultan-
abdullah-200792 Diakses : 18.1.2020.
51) Samantha Khor, 2017, ‘Local Journalist Was Humbled To See Japanese Reporters
Picking Up Rubbish At KL Hospital’, SAYS, February 24, https://says.com/my/news/
japanese-reporters-picked-up-left-behind-at-hospital-kuala-lumpur. Diakses pada
8.1.2019.
52) Schmidt, J.J. 2007. Counseling in schools. London: Pearson.
53) Secunda, Al (1999). The 15 second principle : short, simple steps to achieving long-term
goals. New York: New York : Berkley Books.
54) Siti Hajar, M. Y. & Yahya, D. (2016). Kefungsian keluarga dan ketahanan diri pelajar
sekolah menengah. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 131-138
55) t.n. 2018, ‘Dr M: Good knowledge and good character should go hand-in-hand’, The
Star ONLINE, November 7, https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/ 11/07/dr-
mgood-knowledge-and-good-character-should-go-handhand/Diakses: 8.1.2019.
325
BIBLIOGRAFI
56) Verma, M. H. (2005). Learner’s attitude and its impact on language learning. Retrieved
on March, 10, 2015.
57) Vygotsky (1896-1934) dalam Van der Veer & Yasnitsky (2016). Vygotsky’s published
works: a(n almost) definitive bibliography. In: Yasnitsky, A. & van der Veer, R. (Eds.)
(2016). Revisionist Revolution in Vygotsky Studies (pp. 243–260). London and New York:
Routledge
58) Waaktar, T., Christine, H. J., Borge, A. I. H., & Torgersen, S. (2004). How can young
people’s resilience be enhanced? Experience from a clinical intervention project.
Clinical Child Psychology and Psychiatry, 9(2), 167-183.
59) Wald, J., Taylor, S., Asmundson, G. J. G., et al. (2006). Literature review of concepts:
psychological resiliency. Toronto (ON): Defence R&D Canada.
60) Winn, J. 2012. Open education: From the freedom of things to the freedom of people.
In Neary, M., Stevenson, H. & Bell, D. (eds). Toward teaching in public, 133-147. London:
Continuum.
61) Yaakob Bin Baharom, 2018, ‘Jemaah Haji Jepun Kutip Sampah Di Mekah’, You Tube
Julai 29, https://www.youtube.com/watch?v=dETg-Eu1TQE Diakses: 8.1.2019.
62) Yochai Bankler. 2006. The wealth of network. Yale University Press.
63) Zaki, M. H. S., Yunus, M. M., & Hashim, H. (2017). The Use of Audio Visual Aids in Developing
Pupils’ Speaking Skills: Malaysian Context. Asian Social Science Journal, 4, 165-172.
326
BIBLIOGRAFI
LENSA AKTIVITI
AKADEMI
MENARA
GADING
327
LENSA AKTIVITI
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong dalam Aktiviti Akademi Menara Gading - YASA
328
LENSA AKTIVITI
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong dalam Aktiviti Akademi Menara Gading - YASA
329
LENSA AKTIVITI
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong dalam Aktiviti Akademi Menara Gading - YASA
330
LENSA AKTIVITI
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong dalam Aktiviti Akademi Menara Gading - YASA
331
LENSA AKTIVITI
YM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah dan
YM Tengku Iman Afzan Ibni Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa
Billah merasmikan Program AMG - YASA
332
LENSA AKTIVITI
Aktiviti Pembelajaran AMG - YASA
333
LENSA AKTIVITI
Program Motivasi dan Sahsiah Diri AMG - YASA
334
LENSA AKTIVITI
Program Mobiliti Pelajar AMG ke Takushoku University, Japan &
Chulalongkorn University, Thailand
335
LENSA AKTIVITI
Mobiliti AMG Academic Discourse ke Women’s University & Seoul
High School, Korea
336
LENSA AKTIVITI
Program Mobiliti AMG ke National University & Nayang University,
Singapore
337
LENSA AKTIVITI
Mobiliti AMG ke Universiti Pendidikan, Indonesia
338
LENSA AKTIVITI
Kepelbagaian Aktiviti AMG-YASA
339
LENSA AKTIVITI
Program English Camp bersama pensyarah & pelajar TESL Fakulti
Pendidikan, UKM AMG-YASA
340
LENSA AKTIVITI
Aktiviti bersama Pensyarah-pensyarah AMG - YASA
341
LENSA AKTIVITI
Access Leadership Program U.S. Embassy Kuala Lumpur - YASA
342
LENSA AKTIVITI
AMG-YASA MENGIKUT KOHORT 1999 - 2020
Kohort I, Sesi 1999 – 2001
Kohort II, Sesi 2001 – 2003
343
LENSA AKTIVITI
Kohort III, Sesi 2006 – 2008
Kohort IV, Sesi 2008 – 2010
Kohort V, Sesi 2010 – 2012
344
LENSA AKTIVITI
Kohort VI, Sesi 2010 - 2012
Kohort VII, Sesi 2012 - 2014
Kohort VIII, Sesi 2014 - 2016
345
LENSA AKTIVITI
Kohort IX, Sesi 2016 - 2018
Kohort X, Sesi 2018 - 2020
346
LENSA AKTIVITI
KERATAN AKHBAR
AKADEMI
MENARA
GADING
347
KERATAN AKHBAR
348
KERATAN AKHBAR
BERITA AMG - YASA
349
KERATAN AKHBAR
BERITA AMG - YASA
350