The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAHADZIR ADUN, 2020-07-17 21:46:21

Bimbingan Menara Gading ebook

Bimbingan Menara Gading ebook

Keywords: AMG-YASA

INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI KENDIRI

Manakala, keseimbangan luaran pula adalah daripada kemampuan
memenuhi hak-hak manusia lain yang berada di sekeliling pelajar
tersebut. Dalam al-Quran, Allah SWT menggambarkan bagaimana
seharusnya seorang Muslim, dan spesifiknya seorang pelajar, dalam
menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT
yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu
pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat
yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-
masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Al-Jum’ah, ayat 9-10).

Melalui peringatan Allah SWT dalam ayat tersebut, seseorang
yang seimbang, terutamanya bagi seseorang pelajar, pasti akan bijak
membahagikan fokus dan keperluan mereka (dalam dan luar bilik
kuliah) untuk berjaya dalam kehidupan di dunia mahu pun di akhirat.
Dan tidak dapat tidak, untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di
akhirat, seseorang itu perlulah mempunyai tahap ilmu dan pengetahuan
yang baik dan mampu menggembleng nilai-nilai holistik dari segi
keperibadian dan akhlak seseorang itu.

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan
manusia. Firman Allah SWT dalam al-Quran, bermaksud:

“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan
dan petunjuk hanyalah dalam kalangan hambanya yang berilmu dan
bijaksana” (Al-Zumar, ayat 9).

Bersandarkan peringatan Allah SWT ini, Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT) dan universiti di negara telah menggembleng dan
membangunkan kurikulum dan kokurikulum yang terbaik berpandukan
asas ilmu yang pelbagai dan kukuh dalam mengetengahkan potensi

101

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 4.3 Kecemerlangan sahsiah menerusi kem keibubapaan di
Akademi Menara Gading

diri pelajar yang sebenar. Keutuhan nilai kerohanian menjadikan pelajar
mudah dibentuk dan dikelola dengan suntikan program yang digagaskan
pada peringkat Kementerian mahupun universiti sendiri. Universiti
sepanjang masa menyediakan platform terbaik dan berusaha melahirkan
pelajar yang memilik sifat keseimbangan, holistik, mempunyai kemahiran
insaniah tersendiri, serta mempunyai ilmu, dan jati diri unggul.

Berteraskan nilai keseimbangan dalam kehidupan sebagai
pelajar di universiti, peluang yang luas telah sekian lama diberikan oleh
universiti-universiti kepada para pelajar untuk menonjolkan diri dalam
bidang berteraskan akademik, keusahawanan, inovasi, kebudayaan,
kepimpinan, pengurusan, sukan, dan lain-lain lagi. Peluang ini bertujuan
membentuk graduan yang holistik dan seimbang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Graduan berkenaan memiliki disiplin ilmu yang
relevan, akhlak dan penetapan minda yang sesuai, tingkah laku, dan
beradab untuk memajukan diri bagi membolehkan mereka memberikan
sumbangan kepada keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat,
negara dan komuniti global. Usaha yang berterusan dilakukan untuk
memastikan potensi dan “towering personality” terserlah dalam diri

102

INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI KENDIRI

pelajar bukan sekadar cemerlang semasa di universiti tetapi turut hebat
ketika berada dalam kalangan masyarakat luar. Persepsi masyarakat
luar yang baik dan kebolehterimaan pemain industri terhadap pelajar
di universiti terhasil melalui usaha keras pelbagai pihak baik Bahagian
Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa, Pusat
Kebudayaan, Pusat Sukan dan sebagainya.

Kesepaduan dalam menyediakan pelbagai inisiatif dan program
telah mencipta ruang yang luas untuk pelajar berdikari, membina
keupayaan diri, serta berkarya mengikut kekuatan diri masing-masing.
Natijahnya, lahirlah generasi pelajar yang bukan sekadar menjadi tokoh
dalam aspek akademik, malah menjadi profesional yang seimbang
dalam penglibatan dan sumbangan bukan akademiknya untuk berjasa
kepada bangsa dan negara serta menjadi penyelesai kepada masalah
ummah.

PENUTUP

Diceritakan bahawa suatu ketika dahulu, ada seorang pelopor ilmu yang
cukup bijaksana di sebuah negeri di jazirah Arab yang sangat dihormati
oleh sahabat dan lawan. Kehebatannya dalam dunia ilmu pengetahuan,
perniagaan dan sehingga dilantik menjadi ketua masyarakat
memberikan banyak kelebihan bukan sahaja kepada dirinya bahkan
kepada masyarakat di sekitarnya. Begitu pun dia tidak pernah berasa
bongkak, bahkan merupakan seorang yang disegani kerana sopan
santunnya, rendah hatinya, budi bicaranya dan sumbangannya yang
tidak putus-putus kepada pihak lain.

Suatu hari dia ditanya oleh masyarakat setempat: “Wahai ilmuan,
ketua kami yang disanjungi. Apakah rahsia Tuan sehingga mampu berdiri
sehebat ini berjaya dalam kehidupan? Kongsikanlah ia dengan kami?”
Orang bijaksana itu tersenyum lalu menjawab, “Tuan-tuan budiman
sekalian. Kejayaanku andai ia ditafsir sebagai kejayaan, aku temukan
sejak puluhan tahun yang lalu adalah “di dalam bilik tidurku”. Terkejut
dengan jawapan semudah itu, orang ramai bertanya lagi, “Hanya dalam
bilik tidur, bagaimanakah sebegitu mudah ia berada di situ?” Orang
bijaksana itu menjawab dengan panjang lebar. “Ya tuan-tuan, di dalam
bilik tidurku itu, setiap kali aku melihat kipas, seakan-akan ia berkata,

103

BIMBINGAN MENARA GADING

‘be cool’, tenanglah hadapi segala cabaran. Setiap kali aku melihat
bumbung, seakan-akan bumbung berkata, ciptalah matlamat setinggi
yang kau mampu. Setiap kali aku melihat jam, seakan-akan jam berkata,
hargailah setiap saat kerana masa itu sangat berharga. Setiap kali aku
melihat cermin, seakan-akan cermin berkata, lihatlah dirimu sendiri,
fikir sebelum kau bertindak. Setiap kali aku melihat, tingkap, seakan-
akan ia berkata, bukalah aku dan lihatlah keindahan dunia, Setiap kali
kumelihat pintu, seakan-akan ia berkata, bukalah aku dan keluarlah
menerobos pancaroba dunia ini. Akhirnya, setiap kali aku melihat
hamparan sejadah, seakan-akan ia berkata, bersujudlah, kerana apa
pun yang kau lakukan, ianya dengan keizinan Tuhan!”. Begitulah adanya,
ilham untuk mendapatkan kejayaan itu boleh berada di mana-mana.
Asalkan kita mahu, asalkan kita berkehendak, asalkan kita mahu berfikir
dan mengambil pengajaran, InsyaAllah akan dilorongkan jalan dan
cahaya oleh-Nya.

104

AMG: DARI LANCHANG KE JEPUN

AMG: Dari Lanchang
ke Jepun

Dr. Rozan Mohamad Yunus

(Alumni Akademi Menara Gading)
Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Tahun ini (2020), genap 21 tahun saya tamat mengikuti
program Akademi Menara Gading (AMG) atau
dahulunya dikenali sebagai Projek Menara Gading
2000 (PMG2000). Saya merupakan peserta kohort
pertama AMG di mana program ini telah bermula
sejak tahun 1999 ketika saya berada di tingkatan
empat. Menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-
Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah dan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-
Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj kerana
telah berkenan membantu kami anak-anak Pahang
sehingga berjaya ke menara gading, seterusnya
dapat membantu keluarga serta menyumbang
kembali kepada bangsa dan negara. Sepanjang 21

105

BIMBINGAN MENARA GADING

tahun ini, terdapat banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup
saya bermula dengan kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
sehingga kini telah menjawat jawatan sebagai pensyarah kanan dalam
bidang sains dan kejuruteraan di Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Kisah perjalanan hidup, pencapaian akademik serta
cabaran untuk mencapai kejayaan dalam akademik sehingga berjaya
melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Kyushu
University, Jepun akan diceritakan dalam bahagian berikutnya.

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bahaman
yang terletak di Lanchang, sebuah pekan kecil dalam Daerah Temerloh,
Pahang. Semasa di tingkatan empat, saya telah dipilih oleh pihak sekolah
bersama-sama sembilan rakan lain untuk mengikuti sesi pemilihan ke
program motivasi anjuran bersama Yayasan Istana Sultan Abdul Aziz
Shah, UKM dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh. Selepas
melalui proses pemilihan yang dijalankan oleh fasilitator dan pensyarah
UKM, kami seramai 50 orang telah terpilih dari sekitar Daerah Temerloh
untuk menjadi pelajar kohort pertama PMG2000. Secara umumnya,

Gambar 5.1 Ketika bersama rakan-rakan membacakan ikrar acara perasmian
Kem Perkhemahan Akademi Jiwa Murni PMG di Sungai Miang, Pekan, Kuantan

pada sekitar tahun 2000

106

AMG: DARI LANCHANG KE JEPUN

tujuan AMG dijalankan adalah untuk membantu para pelajar luar bandar
dan anak yatim di Negeri Pahang yang berpotensi untuk berjaya dalam
SPM dan seterusnya ke menara gading.

Pada awalnya, saya bertanggapan PMG2000 ini adalah program
motivasi tipikal seperti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PPD
sebelum ini. Namun, jangkaan saya ternyata meleset kerana program ini
merupakan suatu program yang tersusun aktivitinya serta mempunyai
modul yang komprehensif di samping penglibatan pensyarah UKM yang
sungguh dedikasi diketuai oleh Profesor Dato’ Dr. Razaq Ahmad.

LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA

Saya merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik. Ayah saya,
Encik Mohamad Yunus merupakan seorang pesara tentera, manakala
ibu saya, Puan Halimah adalah suri rumah tangga. Selepas bersara,
ayah saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar Mentakab,
manakala Ibu saya berniaga dengan menjual nasi lemak dan kuih-
muih berdekatan kawasan taman perumahan kami. Saya dapat melihat
kegigihan ibu dibantu oleh ayah untuk bangun seawal pukul empat
pagi untuk menyediakan juadah untuk dijual. Kegigihan ibu bapa saya
untuk membesarkan kami memberikan motivasi kepada saya untuk
belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran. Bila sudah
berjaya nanti saya berazam untuk membantu mereka pula dan tidak
mahu lagi melihat mereka dalam kesusahan. Walaupun ibu bapa
saya tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi, mereka
selalu memberi dorongan untuk saya berjaya dalam pelajaran. Namun,
perasaan rendah diri sentiasa membelenggu memandangkan pada
ketika itu, tiada seorang pun ahli keluarga yang berjaya menjejakkan
kaki ke menara gading. Pada ketika itu, saya hanyalah seorang budak
kampung yang memasang angan-angan ke menara gading tanpa tunjuk
ajar dan bimbingan untuk mencapai angan-angan tersebut.

Setelah menyertai AMG barulah saya jelas bagaimana dan kenapa
saya perlu belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran
hasil daripada bimbingan para pensyarah dan fasilitator UKM. Saya
juga berpeluang mengikuti beberapa sesi ceramah motivasi yang
disampaikan oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah yang merupakan pakar
motivasi yang terkenal di Malaysia. Melalui ceramah beliau, saya mula

107

BIMBINGAN MENARA GADING

memahami dengan jelas mengapa saya perlu belajar dengan gigih untuk
berjaya sehingga ke menara gading. Tiada siapa yang dapat mengubah
nasib saya dan keluarga melainkan saya sendiri. Jadi, bertitik tolak dari
situ saya sentiasa kuatkan azam saya untuk berjaya dalam pelajaran
dan ingin menjadi contoh yang baik kepada keluarga dan adik-beradik
yang lain.

PMG 2000, MATRIKULASI DAN MENARA GADING

Pada bahagian ini, saya akan ceritakan pengalaman pahit manis
sepanjang menyertai AMG. Kejayaan mengikuti semua kem yang
dianjurkan dalam AMG 1, terutama sekali kem latihan fizikal bersama
askar wataniah dan berpeluang merasai belajar di sekolah berasrama
penuh Seri Puteri serta dapat mempelajari teknik menjawab soalan SPM
daripada guru-guru yang hebat di sekolah tersebut adalah di antara
pengalaman berharga yang tidak dapat saya lupakan. Di samping itu, saya
sentiasa memastikan supaya hadir ke kelas tambahan yang diadakan
setiap hujung minggu oleh AMG. Kebiasaannya, saya dan empat orang
rakan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bahaman akan menaiki
bas dari Lanchang ke Temerloh untuk menghadiri kelas tersebut yang
mengambil masa lebih kurang 40- 50 minit untuk sampai ke kelas.

Pernah pada satu hari kami telah lewat ke kelas kerana bas
yang kami naiki terlibat dengan kemalangan kecil dan jari saya sedikit
tercedera. Tetapi, semangat kami untuk ke kelas pada ketika itu masih
kuat memandangkan guru-guru yang mengajar kami adalah guru pakar
yang datang dari sekolah yang hebat seperti Sekolah Alam Shah dan
Sekolah Seri Puteri. Terasa rugi sekiranya terlepas peluang belajar dengan
mereka, tambahan pula kelas tersebut adalah percuma ditanggung
sepenuhnya oleh pihak Yayasan Istana. Syukur dan menjunjung kasih
yang tidak terhingga kepada penaung program ini KDYMM Al Sultan
Abdullah serta pihak urus setia yang diketuai oleh Profesor Dato’ Dr.
Razaq atas peluang yang diberikan kepada saya sehingga saya berjaya
menjejakkan kaki ke menara gading.

Selepas berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM,
saya telah ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk mengikuti Progam Matrikulasi aliran Sains Tulen di Kolej Taj,
Sungkai Perak. Dengan berlatar belakang daripada sekolah menengah

108

AMG: DARI LANCHANG KE JEPUN

kebangsaan harian biasa, saya sentiasa ingatkan diri untuk belajar lebih
gigih daripada rakan-rakan lain kerana kebanyakan mereka datang
dari sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Ketika di matrikulasi, saya mendisplinkan diri dengan mengekalkan cara
belajar lima jam sehari. Saya sentiasa ingat akan pesanan Profesor Dato’
Dr. Razaq. Beliau sering mengingatkan kami, iaitu untuk berjaya dalam
pelajaran, disiplin diri perlu tinggi. Selama dua semester berjuang di
Matrikulasi dengan belajar bersungguh-sungguh, akhirnya saya berjaya
mendapat keputusan yang baik untuk ke menara gading. Akhirnya, saya
berjaya menjadi insan bergelar mahasiswa UKM selepas mendapat
tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan. Tentulah
ibu bapa saya orang yang paling gembira dengan berita ini kerana seperti
yang saya ceritakan daripada awal, sekiranya saya berjaya ke universiti
maknanya saya adalah yang pertama dalam keluarga ibu dan ayah saya
yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Ini selari dengan
matlamat yang digariskan oleh AMG.

Gambar 5.2 Saya sebagai peserta AMG Kohort I menghadap menjunjung kasih
tidak terhingga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

109

BIMBINGAN MENARA GADING

Pada awal tahun 2002, saya telah ditawarkan oleh UKM untuk
mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) untuk
tempoh tiga tahun. Saya telah ditempatkan di Jabatan Fizik Gunaan,
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Mendapat tawaran belajar di UKM
merupakan antara momen yang paling indah dalam hidup saya kerana
sebelum ini kami dibimbing oleh pensyarah UKM semasa di AMG. Oleh
itu, UKM sangat dekat di hati saya. Tambahan pula, saya merupakan
satu-satunya pelajar dari kohort pertama yang berjaya mendapat
tawaran mengikuti program Ijazah di UKM. Pada hari pertama saya di
UKM, saya sungguh teruja kerana sebelum ini semasa di AMG kami
telah beberapa kali pergi ke UKM untuk mengikuti kem motivasi seperti
ceramah daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah serta pensyarah UKM.
Pelajar AMG telah dibekalkan dengan cerita dan nasihat daripada kakak
dan abang fasilitator serta pensyarah berkenaan bagaimana mereka
melalui cabaran semasa belajar di universiti. Maka, hal ini boleh dijadikan
panduan kepada saya untuk menghadapi cabaran semasa di universiti.

Gambar 5.3 Kenangan semasa mewakili pelajar UKM bersama Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah UKM ke Shanghai dan Hangzhou,

China untuk lawatan akademik sekitar tahun 2005

110

AMG: DARI LANCHANG KE JEPUN

Gambar 5.4 Kenangan pada hari konvokesyen bersama keluarga sekitar
tahun 2005

Semasa di UKM, saya sememangnya memanfaatkan masa selama
tiga tahun untuk menimba sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja dalam
bidang akademik, malah saya juga terlibat aktif dalam aktiviti pelajar
seperti terpilih menjadi Penolong Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar
UKM (PMUKM) dan Exco Akademik dalam Jawatankuasa Siswa Siswi
(JAKSA) Kolej Tun Hussein Onn. Mengimbau kenangan semasa mengikuti
program AMG, kami diajar untuk sentiasa berdisiplin dengan menepati
masa kerana pengalaman mengikuti jadual yang padat pada setiap kali
kem AMG telah melatih saya untuk belajar mengurus masa dengan
baik. Saya berjaya menguruskan masa dengan baik semasa di universiti
kerana di samping komitmen yang tinggi untuk menghadiri kuliah, dan
menyiapkan tugasan tutorial serta makmal, saya masih boleh menyertai
aktiviti luar kuliah yang bagi saya rasa juga penting untuk melatih
kemahiran interpersonal diri seorang mahasiswa. Akhirnya, saya telah
berjaya menjadi graduan UKM dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda
(Sains Bahan) pada tahun 2005.

Seterusnya, saya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah
Sarjana Sains (Sains Bahan) secara penyelidikan dan berjaya bergraduat
pada tahun 2010. Ibu bapa sentiasa menjadi pendorong untuk saya

111

BIMBINGAN MENARA GADING

meneruskan pelajaran saya sehingga pada peringkat yang tertinggi.
Sebelum saya menyambung pengajian PhD, saya sempat bekerja
sebagai pegawai penyelidik di dua institusi penyelidikan, iaitu Institut
Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) selama enam
bulan dan Telekom Malaysia Research and Development (TMRND)
selama hampir empat tahun.

PENGAJIAN PHD DI KYUSHU UNIVERSITY, JEPUN

Kejayaan melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Kedoktoran
di Jepun merupakan kenangan yang paling manis dalam hidup saya.
Mana mungkin budak kampung dari Lanchang ini boleh sampai di
Jepun, mengikuti program PhD dan bergelar Dr.? Syukur Alhamdulillah,
Allah SWT telah menganugerahkan peluang ini melalui suami saya
yang mendapat biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD di Kyushu University.
Kemudian, saya telah membuat permohonan mengikuti program PhD
di fakulti yang sama dengan suami saya. Hasilnya, selepas menduduki
peperiksaan kemasukan ke universiti seperti ujian bertulis, temuduga
dan membuat pembentangan penyelidikan di hadapan panel universiti,
saya telah berjaya lulus kesemua ujian dan ditawarkan tempat di

Gambar 5.5 Ketika melanjutkan pengajian di Kyushu University, Jepun

112

AMG: DARI LANCHANG KE JEPUN

universiti tersebut. Kyushu University merupakan sebuah universiti
bertaraf imperial dan adalah antara 10 universiti terbaik di Jepun. Maka,
untuk diterima masuk ke sana juga adalah sukar. Akhirnya, saya berjaya
mendaftar sebagai pelajar PhD di Interdisciplinary Graduate School of
Engineering Sciences dalam bidang Kejuruteraan Bahan di bawah tajaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Cabaran utama saya sebagai pelajar di Jepun adalah kekangan
bahasa kerana saya perlu menggunakan instrumen di makmal yang
manualnya dicetak dalam tulisan Jepun (Kanji, Katakana dan Hiragana).
Setiap pagi sebelum memulakan eksperimen, saya gigih belajar
dengan rakan Jepun untuk menterjemahkan semua tulisan kepada
bahasa inggeris. Saya perlu menghafal banyak tulisan kanji supaya
tidak mengganggu rakan Jepun yang lain sekiranya terdapat masalah
dengan instrumen yang digunakan. Penyelia saya, Profesor Dr. Hiroki
Ago merupakan antara penyelidik yang disegani di Jepun dan dikenali di
dunia dalam bidang kejuruteraan bahan nano. Saya sentiasa diingatkan
untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi. Beliau juga
telah berpesan kepada saya bahawa untuk berjaya di Jepun, kita perlu
ikut cara berfikir dan cara bekerja orang Jepun. Saya pernah dimarahi
beliau kerana tidak berfikir secara kritis dan mendalam seperti orang

Gambar 5.6 Bersama penyelia dan pemeriksa tesis PhD selepas berjaya
dalam viva

113

BIMBINGAN MENARA GADING

Jepun dalam menjalankan penyelidikan. Namun, saya menerimanya
secara positif dengan bekerja lebih kuat lagi sehingga pada tahun kedua
pengajian, beliau memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan
dan menamatkan pengajian PhD saya.

Bagi saya, belajar di Jepun memerlukan ketahanan mental yang
tinggi kerana selain bahasa dan cara berfikir, budaya juga menjadi
cabaran yang besar di sana. Sebagai contoh, sememangnya orang
Jepun terkenal dengan budaya kerja kuat. Jadi, sudah tentu saya perlu
mengikuti budaya mereka sekiranya saya ingin berjaya dalam pelajaran
saya di sana. Sudah menjadi kebiasaan pulang lewat ke rumah sehingga
tengah malam kerana tuntutan kerja makmal dan perbincangan
bersama penyelia dan rakan-rakan. Namun, dengan pengurusan masa
yang baik, saya berjaya mengimbangi di antara tugas sebagai pelajar dan
tanggungjawab mengurus keluarga.

Sepanjang pengajian di Kyushu University, saya telah berjaya
membentangkan hasil kajian di sembilan persidangan antarabangsa
termasuk persidangan di Jepun dan di luar Jepun seperti di Boston,
Amerika Syarikat dan Bangkok, Thailand. Menerbitkan hasil penyelidikan
di beberapa jurnal tersohor dunia adalah antara kejayaan manis saya
di sana. Siapa sangka, budak Lanchang yang dahulunya kurang fasih

Gambar 5.7 Bersama-sama penyelia dan rakan-rakan dari Jepun, China,
Sepanyol, dan Australia

114

AMG: DARI LANCHANG KE JEPUN

Gambar 5.8 Bersama suami dan anak semasa lawatan kami ke Gunung Fuji,
Jepun

berbahasa Inggeris, boleh membentangkan hasil kajiannya dalam bidang
Sains dan Kejuruteraan di hadapan penyelidik dan saintis tersohor dunia
seperti di Jepun dan Amerika Syarikat. Alhamdulillah, pada bulan Febuari
2016, saya telah berjaya mengenggam segulung ijazah doktor falsafah
(PhD) setelah tiga tahun berjuang menuntut ilmu di Jepun. Selain Ibu
bapa, suami juga menjadi pendorong utama kejayaan saya di mana
kami berjaya menghadapi cabaran PhD bersama-sama di samping
menguruskan rumah tangga dan anak.

PENUTUP

Akhir sekali, benar kata bijak pandai, “kejayaan tidak datang bergolek
tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk
mencapai kejayaan yang diimpikan”. Saya sertakan pepatah pujangga
Arab yang terkenal yang sering diungkapkan oleh Profesor Dato’ Dr.
Abdul Razaq Ahmad untuk membakar semangat kami suatu ketika
dahulu. Ungkapan yang saya genggam erat daripada dahulu hingga hari
ini iaitu “Man jadda wa jadda” yang bermaksud sesiapa yang bersungguh-
sungguh, maka ia akan dapat atas apa yang diusahakannya, Insya-Allah.

115

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 5.9 KDYMM DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam
sesi bergambar dengan pelajar AMG Kohort VIII

116

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Melakar
Kecemerlangan SPM
di Akademi Menara
Gading

Megat Aiman Fatihin Megat Abdul Aziz

Alumni Akademi Menara Gading Kohort-X

PENGENALAN

Kejayaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-
kata dalam bidang akademik adalah impian semua
manusia yang bergelar pelajar di dunia ini, Namun,
tidak semua mampu untuk menggampainya kerana
ia memerlukan suatu usaha yang berterusan dari hari
ke hari. Saya telah menamatkan pendidikan peringkat
menengah (tingkatan 4 dan 5) dan juga menamatkan
penyertaan saya selama dua tahun di Akademi
Menara Gading atau lebih dikenali dengan nama
ringkasnya AMG. Menjunjung kasih kepada Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj, kerana telah perkenan membantu
kami anak-anak kelahiran Negeri Pahang untuk

117

BIMBINGAN MENARA GADING

berjaya di dalam bidang akademik bagi membolehkan kami melanjutkan
pelajaran ke menara gading untuk menjadi manusia yang berguna dan
dapat menyumbang bakti.

Sehingga pada hari ini Akademi Menara Gading telah berusia
lebih daripada dua dekad dan telah melahirkan lebih 1000 orang pelajar
yang dapat melanjutkan pelajaran ke pelbagai institut pendidikan tinggi
di dalam dan luar negara, dan saya merupakan salah seorang peserta
akademi ini yang telah memperolehi banyak perubahan di dalam
kehidupan seharian saya sebagai seorang pelajar. Perubahan yang
saya alami ini bukan perubahan yang bersifat sementara akan ianya
adalah sebuah perubahan yang bersifat kekal kerana kami dibiasakan
dengan gaya pembelajaran siswazah di universiti pada peringkat umur
yang muda. Antara perubahan ketara yang saya dan rakan-rakan alami
adalah perubahan dalam aspek gaya pembelajaran, kemahiran dalam
berkomunikasi, bijak menguruskan masa, pandai menyelesaikan
masalah yang kami hadapi dan yang paling penting adalah sikap
tidak mudah mengalah yang wajib ada dalam diri setiap mahasiswa
dan mahasiswi di dunia ini. Kesemua pengembaraan saya di Akademi
Menara Gading sehingga membolehkan saya memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM, iaitu 9A 1C.

Saya bersekolah di SMK Seri Damai yang terletak di Kampung
Seri Damai di dalam daerah Kuantan. Walaupun sekolah saya ini sedikit
jauh daripada bandar Kuantan kerana ia terletak di kawasan pedalaman,
namun saya bersyukur kerana banyak fasiliti di sekolah saya masih
dengan baik dan saya merupakan seorang Ketua Pengawas di Sekolah
ini pada tahun 2019. Sewaktu di tingkatan 4, saya dan 11 orang rakan
telah dipilih oleh guru kaunseling sekolah kami, iaitu Puan Chan untuk
menyertai program ini. Kami telah diberi sedikit taklimat oleh salah
seorang peserta AMG Kohort IX yang kini telah bergelar alumni. Dia telah
menceritakan tentang apakah itu Akademi Menara Gading dan implikasi
serta kelebihan yang bakal kami perolehi apabila menyertai akademi ini.
Pada mulanya saya berspekulasi bahawa akademi ini bersifat sehala
dan lebih ke arah untuk memberikan motivasi kepada kami semata-
mata. Pada keesokan harinya, saya dan 11 orang lagi rakan bergerak
ke Komplek Dagangan Negeri yang terletak di Indera Mahkota bagi
mengikuti program yang dianjurkan oleh Kompleks Dagangan Mahkota
yang terletak di Indera Mahkota bagi mengikuti program yang dianjurkan

118

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Gambar 6.1 Gambar ini diambil ketika ke semua para pelajar yang terpilih
daripada SMK Seri Damai telah selesai menjalani sesi taklimat dan pemilihan

peserta Akademi Menara Gading Kohort X

oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan Yayasan Kosma dengan
kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setiba sahaja di sana tanggapan yang berada dalam pemikiran saya
telah musnah kerana apa yang saya alami di sana luar daripada jangkaan
saya, Hal ini kerana, saya dan seluruh pelajar yang terpilih daripada
semua sekolah di Daerah Kuantan dan Pekan dihimpunkan dalam
dewan dan kami diberikan taklimat penuh mengenai Akademi Menara
Gading serta kami dikehendaki untuk beranikan diri dan menunjukkan
bakat kami supaya kami benar-benar layak untuk menyertai program ini.
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dia telah memberikan saya peluang
untuk menunjukkan bakat yang saya miliki untuk menyertai program ini
dan saya telah layak untuk menjadi salah seorang peserta program ini.
Seramai 250 orang pelajar sahaja yang dipilih daripada 500 pelajar yang
hadir di dewan itu dan saya salah seorang daripadanya. Prof. Dato’ Dr.
Abdul Razaq Ahmad yang menguruskan Akademi Menara Gading telah
memberikan kami nasihat bahawa program ini bukan sekadar program
untuk bersuka ria akan tetapi program ini adalah sebagai platform untuk

119

BIMBINGAN MENARA GADING

kami mengubah nasib keluarga kami melalui bidang akademik, maka
kami perlu kekal dalam program ini sehingga tamat dengan jayanya.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ayah
saya bernama Megat Abdul Aziz Bin Hussein, dia ialah seorang pemandu
teksi dan dia adalah antara sumber pendapatan utama keluarga kami.
Pendapatan bulanan yang ayah saya tidak menentu, namun boleh
dianggarkan sekitar RM1000 sebulan. Ayah saya menghidap penyakit
kencing manis dan masalah buah pinggang bermula pada tahun 2018.
Kos bagi merawat semula buah pinggangnya memerlukan kos yang
tinggi, namun terpaksa melupakan hasratnya dan beliau terpaksa
menebuk lehernya untuk menjadikan ia sebagai saluran pembersihan
darah ataupun dialisis. Tindakan ini kerana beliau menyedari bahawa duit
yang keluarga kami perolehi hanya cukup sekadar untuk bekalan makan
dan minum kami seharian. Ibu saya pula bernama Salawati Binti Mohd
Daud dan dia bekerja sebagai penjual aneka nasi di hadapan jalan rumah
kami, beliau terpaksa bangun seawal jam 3:30 pagi bagi menyiapkan ke
semua hidangan yang bakal dijual pada jam 6:30 pagi. Pendapatannya
juga merupakan sumber utama keluarga kami, iaitu pendapatannya
sebanyak RM1000 sahaja.

Kesungguhan mereka menimbulkan rasa sebak di hati saya
kerana saya melihat akan kepenatan dan keperitan yang mereka cari
agar mereka dapat memastikan anak-anaknya ini dapat memperolehi
pendidikan yang selesa dan tidak perlu menanggung sebarang masalah
berkaitan dengan masalah kewangan. Saya pernah berjanji pada diri
saya walaupun saya tidak sepandai rakan-rakan saya yang lain akan
tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan
saya akan dapat memperolehi kejayaan dalam bidang akademik bagi
membanggakan diri mereka di samping saya dapat menggapai cita-cita
yang saya ingini untuk menjadi seorang guru.

Pada masa yang sama, saya juga berkesempatan berjumpa dengan
orang-orang yang terkenal dan telah menginspirasikan diri saya secara
khususnya, antaranya ialah Ustaz Don Danial dan saya berkesempatan
bersemuka serta duduk semeja dengan beliau dalam sesi ceramah
dan taklimat motivasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sewaktu sesi

120

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

ceramah berlangsung, beliau telah memberitahu bahawa kejayaan yang
diingini hendaklah dibayar dengan pelbagai jenis rintangan ataupun
cabaran supaya ianya berbaloi, malah beliau menyeru para pelajar
Akademi Menara Gading untuk terus istiqamah sehingga kami dapat
menggapai apa yang kami ingini dalam hidup kami dan kata-kata nasihat
beliau, iaitu “Never Give In and Never Give Out”, akan saya jadikan ia
sebagai pegangan dalam hidup saya bagi memastikan kejayaan yang
telah tetapkan akan dapat saya perolehi pada masa akan datang.

PENGALAMAN BARU BERSAMA AKADEMI MENARA
GADING

Hari pertama bergelar sebagai pelajar Akademi Menara Gading, saya
merasakan sedikit janggal kerana pusat pembelajaran atau “Learning
centre” Akademi Menara Gading tersebut bertempat di Stadium Darul
Makmur, Kuantan, iaitu di kawasan bandar. Bagi seorang budak kampung
bandar bukanlah tempat yang biasa bagi kami bahkan di sana mempunyai
banyak pusat membeli-belah atau tempat untuk berseronok, namun bagi
memastikan matlamat saya tidak terpesong daripada jalannya maka
saya setiap kelebihan yang ada di bandar dan hanya memfokuskan diri
saya untuk hadir ke Akademi Menara Gading Learning Centre (Akademi
Menara Gading LC) sahaja. Pada hari pertama, seawal jam lapan pagi
lagi kami telah melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar Akademi
Menara Gading LC, kemudian kami telah diuji oleh para pensyarah yang
hadir pada hari tersebut. Kami diberikan kata-kata motivasi agar tidak
meremehkan akademi ini kerana ianya adalah sebuah tempat keramat
bagi melahirkan pelajar yang cemerlang di Negeri Pahang, khususnya
di Daerah Pekan dan Kuantan. Kami juga telah diterangkan berkenaan
ikrar yang perlu kami amalkan dan baca setiap hari. “Walaupun diulang-
ulang, namun jangan pernah jemu kerana ikrar ini adalah pegangan
wajib kamu semua’ kata Dato’ Razaq dan para pensyarah kepada kami.
Selain daripada ikrar kami juga diberikan taklimat berkenaan kem yang
bakal kami lalui dan yang paling menarik kami semua perlu mematuhi
10 Budaya Akademi Menara Gading yang luhur antaranya adalah seperti
berikut:

1. Jaga ibadah solat, dan belajar adalah satu ibadah.

2. Jujur, menepati masa dan janji.

121

BIMBINGAN MENARA GADING

3. Gigih berusaha tanpa jemu “i never complaint”.

4. Memastikan cemerlang dalam SPM dengan membaca lima jam
sehari.

5. Membudayakan amalan membaca setiap masa kreatif, cepat dan
pantas.

6. Bekerjasama dan sentiasa memberi pertolongan kepada orang lain.

7. Keterampilan dan kebersihan diri adalah keutamaan kami.

8. Berkomunikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

9. Sentiasa menghormati sesama sendiri dan orang lain.

10. Memberi senyuman, memberi salam dan ucapan terima kasih.

11. Tidak menganggu ketenteraman orang dengan membuat bising,
menggantikannya dengan aktiviti membaca al-Quran atau buku serta
hindari sikap membuang masa.

Nampak seperti mudah bukan untuk mengikuti setiap budaya
Akademi Menara Gading ini, tanpa kami sedari untuk memastikan budaya
ini dapat dipraktikkan di samping mengekalkan budaya ini sehingga kami
selesai untuk menamatkan pengajian kami bersama Akademi Menara
Gading ini selama dua tahun adalah suatu perkara yang sukar bagi diri
saya dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, kami telah dipertontonkan
pelbagai video berkenaan dengan kejayaan pelajar atau peserta pada
Kohort lepas. Secara tidak langsung, hati saya terdetik, “saya tidak akan
mampu untuk berjaya sama seperti pelajar yang lain” kerana saya sering
dihina oleh sesetengah saudara-mara saya sebagai seorang lembu
yang bodoh kerana sering gagal dalam semua mata pelajaran semasa
di sekolah rendah, manakala apabila berada di sekolah menengah
saya pernah berada di kelas yang paling tercorot yang tercorot, iaitu ‘1
DINAMIK’. Walaupun saya telah mengubah diri saya menjadi lebih baik
dan sewaktu peperiksaan PT3 saya hanya mendapat keputusan 3A
sahaja dan membolehkan saya mengambil bidang Prinsip Perakaunan
dan Perniagaan di tingkatan empat, namun perkara ini masih lagi tidak
dapat mengubah persepsi beberapa orang saudara saya terhadap diri
saya dan ini juga telah menyebabkan bapa saya berasa malu untuk
bersemuka dengan mereka, Hal ini kerana bagi mereka seseorang

122

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

yang bijak lebih patut diberi perhatian berbanding dengan orang yang
bodoh seperti saya. Saya salah seorang insan yang dilahirkan dalam
sebuah keluarga yang hampir ke semuanya mempunyai kehebatan dan
kefahaman yang tinggi dalam bidang akademik dan ada kalanya mereka
suka untuk membandingkan siapa yang lebih bijak dan hebat.

Apabila perkara ini membimbangkan diri saya, maka ia telah
menyebabkan saya berjumpa dengan Puan Faridah atau lebih dikenali
sebagai Ibu kami semasa di Akademi Menara Gading LC kerana dia
ialah penjaga kami sekiranya ketiadaan Dato’ Razaq di Akademi Menara
Gading LC. Saya telah mendapatkan bantuan beliau dan dia memberikan
pandangan supaya minda saya untuk menjadi lebih positif di samping
menggalakkan saya untuk mengubah corak kehidupan saya secara
keseluruhan. Pada 3 Minggu pertama perubahan yang saya buat adalah
secara evolusi dan bukannya revolusi di mana saya berhenti bermain
permainan di dalam telefon bimbit, saya berhenti untuk makan makanan
yang saya rasa boleh menjejaskan kondisi otak saya seperti maggi,
snek dan sebagainya, walaupun dalam tempoh tiga minggu ini saya
rasa kurang selesa, namun saya masih kuatkan diri untuk mencapai
matlamat yang diinginkan. Selepas tiga minggu tersebut saya berasa
lebih positif di samping berasa tenang dan lebih yakin untuk berjaya.

Selepas sebulan bersama Akademi Menara Gading, maka tibalah
masa kami untuk menamatkan kem kedua di Kem Bina Negara, Maran iaitu
Kem Latihan Tansformasi Negara. Kem ini mengambil masa selama tiga
hari yang mana saya telah dilatih bagaimana untuk menjadi warganegara
yang mempunyai integriti dan semangat patriotik yang tinggi dalam diri
setiap para pelajar Akademi Menara Gading secara khususnya. Yang
lebih menarik lagi saya dan rakan-rakan menerima tugasan daripada
salah seorang pensyarah yang hadir di kem itu, iaitu DR.H, dan beliau
memberikan kami tugasan pada jam tiga pagi untuk membuat dua
karangan dalam bahasa Inggeris dan kami perlu menyiapkan tugasan
tersebut dan perlu dihantar sewaktu solat subuh. Itulah merupakan
pengalaman pertama saya tidak tidur demi menyiapkan tugasan beliau.
Perkara ini menjadi lebih seronok apabila semua pelajar Akademi
Menara Gading lelaki di bilik saya sanggup menahan mata dan tidak tidur
bagi melaksanakan tugasan yang diberikan. Hasilnya, hubungan antara
kami menjadi semakin rapat bagaikan sebuah keluarga. Walaupun ini
hanya kem yang pertama bagi kami berada jauh daripada ibu bapa dan

123

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 6.2 Latihan kepimpinan yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr,
Abdul Aziz Abdul Rahman

tempohnya yang lama bagi kami, namun kami berasa gembira kerana
pelbagai perkara baru dan menarik yang dapat kami perolehi di samping
kami dapat berjumpa dengan orang-orang kenamaan dan tersohor di
Negeri Pahang.

MUSIBAH YANG TIDAK TERDUGA

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja
dan mengatakan ‘Kami Telah Beriman’ sedangkan mereka tidak diuji?”
Firman Allah S.W.T (Surah Al-Ankabuut: 2)
Sama seperti manusia yang lain saya juga pernah diduga dalam
kehidupan saya di mana saya tidak pernah terfikir bahawa satu tragedi
berlaku, 23 Mei 2018 bersamaan 7 Ramadhan, ayah saya seperti biasa
selepas sahur dia akan bersiap untuk melaksanakan kerjanya sebagai
seorang pemandu teksi. Seperti biasa setiap hari, wajahnya kelihatan
pucat kerana menghidap penyakit kegagalan buah pinggangnya. Ia
bukanlah suatu perkara yang pelik bagi kami. Namun, pada malam hari
tersebut kami sekeluarga dikejutkan dengan kejadian bahawa ayah saya

124

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

telah pengsan di rumah saudara saya di Pekan dan dia terpaksa dibawa
ke Hospital Pekan pada malam tersebut. Keadaan ayah di hospital telah
mengejutkan seluruh anggota keluarga kami sehingga menyebabkan
abang dan kakak saya yang masing-masingnya berada di Petaling Jaya
dan di Pulau Pinang menangis kerana mereka tidak dapat bersama ayah
pada waktu itu untuk melihat sendiri akan keadaannya. Saya dan ibu
bergegas ke Pekan untuk melihat keadaan ayah, namun kami dihalang
oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Tangan saya seakan mampu
menghancurkan dinding yang berada di hadapan saya kerana perasaan
resah dan gelisah saya ditukarkan kepada marah dan tidak dapat melihat
sendiri bagaimana keadaan ayah saya. Walau bagaimanapun, kami
terpaksa akur dan dipujuk oleh saudara kami untuk balik dan berehat
serta datang pada keesokan harinya.

Pada keesokannya, saya dan ibu serta adik saya hadir untuk
melihat bagaimana keadaan ayah saya, dan kami berasa amat terkejut
kerana tubuh badan ayah saya semakin teruk dan semakin menggurus.
Pada waktu itu, saya telah mengambil keputusan untuk menjaga ayah
ketika beliau di hospital. Walaupun sedikit sukar untuk dilakukan
tambahan pula pada bulan Ramadan, saya terpaksa cuti sekolah bagi
menjaga ayah supaya dia kembali sembuh. Pada hari pertama sehingga
hari ketiga, saya berasakan sedikit pelik kerana seorang doktor itu telah
memberikan sejenis ubat yang pada umumnya memang sangat tidak
kena dengan tubuh badan ayah saya di mana dia menyebabkan kulit
ayah saya mengelupas. Pada hari keempat dia secara tiba-tiba terkena
sawan yang mana ia mungkin kesan daripada ubat tersebut.

Akhirnya pada hari kelima, ayah saya dipindahkan ke Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan atas alasan di sana mempunyai
peralatan perubatan yang lebih lengkap. Kakak saya yang baru tiba
daripada Pulau Pinang telah berbincang dengan saya di mana kami bakal
menjaga ayah kami secara bergilir di mana dia akan menjaga dari jam
5:30 pagi sehingga 7:00 malam dan saya akan menjaganya pada jam 7:00
malam sehingga 5:30 pagi pada setiap hari. Ramai rakan dan sahabat
tidak mengetahui perkara yang kami lalui ini selama lebih sebulan. Pada
mulanya saya berasa amat letih kerana saya masih tidak biasa, di mana
selepas pulang daripada sekolah saya akan pergi ke kelas tambahan yang
dianjur oleh guru-guru di sekolah saya dan saya akan pulang pada jam
lima petang. Selepas tiba di rumah saya akan bersiap-siap untuk pergi

125

BIMBINGAN MENARA GADING

ke Hospital Tengku Ampuan Afzan menaiki Bas Rapid, dan kebiasaanya
saya akan menaiki bas ini pada jam 6:30 petang. Duit tambang untuk ke
Hospital Tengku Ampuan Afzan adalah daripada tabung wang simpanan
perbelanjaan harian sekolah saya. Pada bulan Ramadan duit belanja
sekolah saya gunakan keseluruhannya sebagai tambang dan membeli
roti untuk berbuka puasa. Di Hospital Tengku Ampuan Afzan, seperti
semua orang tahu bahawa penjaga pesakit tidak akan dibekalkan dengan
sebarang alas untuk tidur, maka selepas sahaja saya siap mengulang kaji
mata pelajaran di mana saya akan mengambil masa di antara empat jam
30 Minit dan saya akan tidur, iaitu pada jam 12 tengah malam di koridor
yang terletak di sebelah bilik pesakit. Walaupun tiada alas dan hanya
berlapikkan simen, namun saya berasa amat selesa kerana saya dapat
berbakti kepada ayah saya dan ianya sangat mengembirakan diri saya.
Yang paling mengujakan saya akan bangun pada jam 5:30 pagi dan akan
bertukar tempat dengan kakak untuk menjaga ayah saya. Ibu saya pula
akan akan menjemput saya. Pada bulan Ramadan saya akan bersahur
dengan makanan seperti air mineral dan mee goreng atau roti yang saya
telah beli di kedai runcit yang terdapat di hospital tersebut.

Manakala, pada hujung minggu saya akan ke Akademi Menara
Gading LC mengikuti kelas yang telah disediakan oleh akademi tersebut.
Bagi ramai yang masih belum mengetahui tentang sesi pembelajaran di
Akademi Menara Gading LC, sebenarnya kami para peserta akademi ini
akan memulakan kelas pada jam 8:30 pagi dan tamat pada jam 5:30 atau
6:00 petang di mana kami akan diajar oleh guru-guru yang profesional
atau para pensyarah yang mahir dalam subjek tersebut. Walaupun dalam
bulan Ramadan kelas akan berjalan seperti biasa. Bak kata pepatah
“Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga” inilah peribahasa yang paling tepat
pada diri saya kerana sewaktu ingin balik dari Akademi Menara Gading
LC ke HTAA saya tidak mempunyai wang cukup untuk menaiki bas.
Saya cuba merayu untuk menaiki bas tersebut dengan harga tambang
separuh kerana saya menganggap perjalanan saya sedikit dekat namun
pemandu bas tersebut tidak membenarkan dan menghalau saya menaiki
bas tersebut. Walaupun penat tambahan pula perkara ini berlaku pada
bulan Ramadan, hati saya terdetik mengapa saya perlu menerima ujian
seperti ini yang tidak sama seperti insan lain yang sentiasa diberikan
kesenangan dalam hidup mereka. Namun, apakan daya kerana saya telah
diberi amanah untuk menjaga ayah, maka saya terpaksa menempuh

126

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

juga cabaran tersebut. Bukannya mudah untuk berjalan yang kira-kira
satu kilometer di bawah matahari yang memancar di bulan Ramadan.
Setiba di HTAA saya terduduk di koridor bilik pesakit dan saya terus
menangis kerana berasakan dugaan yang saya hadapi ini teramatlah
berat bagi saya di samping bekalan hanyalah sebotol air mineral.
Perkara ini saya rahsiakan daripada ayah dan keluarga kerana saya
tidak mahu menyusahkan mereka. Kemudian seorang lelaki berkupiah
menghampiri saya dan dia memberikan makanannya sambil berkata
“Ambillah, bersyukurlah dan beribadahlah serta berdoalah kepada Allah
SWT”. Saya termenung seketika dan bertanya kepada diri saya “mungkin
Allah uji aku sebab aku sudah jauh tersasar daripada landasan yang
betul”, selepas daripada kejadian ini saya sentiasa perbaiki solat saya
dan sejak daripada ini juga saya tidak pernah berhenti berdoa agar Allah
SWT memberi rahmat kepada saya sekeluarga. Saya jangka bahawa
dugaan pada hari itu ialah sebagai suatu pengakhiran akan tetapi ianya
adalah suatu permulaan dalam diri hidup saya.

Pada tanggal 15 Jun 2018 bersamaan 1 Syawal, buat pertama
kali dalam sejarah hidup saya di mana saya perlu menyambut hari
raya di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Azan subuh dan takbir raya
berkumandang. Usai mendirikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri di
Masjid Jaya Gading kami sekeluarga terus bergegas untuk melihat
keadaan ketua keluarga kami. Kami terperanjat apabila ayah kami tiba-
tiba bertindak agresif kerana ingin keluar daripada hospital, namun
apakan daya dengan keadaannya fizikalnya yang masih belum mampu
untuk berada di luar, maka doktor menyarankan kami membiarkannya
kekal di hospital tersebut sehingga keadaannya benar-benar sihat dan
beliau dibenarkan discharge. Walaupun raya pada tahun tersebut sangat
berbeza daripada tahun sebelumnya, namun kami berasakan pelukan,
tangisan dan kemaafan amat bermakna. Malah, tanpa kami sedari
ayah juga menitiskan air matanya. Pada waktu itulah dia bercakap dan
menceritakan sifat-sifat anaknya termasuklah saya. Katanya, “awak
seorang yang bodoh tetapi jangan pernah hiraukan sebab papa tahu
bahawa awak adalah lebih baik daripada mereka jadi buktikanlah”.
Sungguh sebak perasaan ketika itu dan menyebabkan saya bersumpah
di hadapan ayah untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.

29 Mei saya dan keluarga mendapat panggilan daripada kakak kami
yang menjaga ayah di HTAA yang menyatakan bahawa ayah kami secara

127

BIMBINGAN MENARA GADING

tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor mengesahkan bahawa kini dia
berada dalam keadaan koma dan dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi
(I.C.U). Sebagai seorang anak tipulah jika kami tidak terkejut dengan
perkara yang berlaku, namun apakan daya pada waktu ini, apa yang kami
boleh hanyalah berdoa dan bersolat hajat mohon kepada Allah S.W.T
agar ayah kembali sedar. Setiap hari saya dan keluarga melawatnya dan
sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya walaupun kami
tahu dia tidak sedar, namun kami pasti dia mendengar sokongan kami
di dalam dirinya. Hari demi hari peluang yang saya jangkakan untuk
ayah pulih telah meleset apabila doktor memberitahu kami sekeluarga
bahawa ayah kami telah dijangkiti oleh kuman yang kini menyerang
hatinya. Bermula dari tempoh ayah dimasukkan ke dalam I.C.U, saya
tidak pernah berhenti membacakan Yasin untuknya, melaksanakan
Solat Tahajjud dan berdoa supaya dia kembali pulih. Saya sering tertidur
atas sejadah kerana terlalu penat beramal demi memohon pertolongan
Allah SWT. Namun Allah SWT berfirman bahawa:

“Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki
adanya sesuatu, hanyalah berfirman kepada (Hakikat) benda itu:
“Jadilah Engkau”. Maka ia terus menjadi” (Surah Yassin : 82)

Pada tarikh 4 Julai 2018 pada hari Rabu, jam 12:04 tengah malam
doktor telah memanggil kesemua ahli keluarga yang tidur di hadapan
koridor bilik ICU tersebut untuk masuk dan melihat keadaan ayah kami
dan apabila saya dan seluruh ahli keluarga melihat keadaan ayah,
kami telah tidak bermaya. Tidak lama kemudian, doktor mengesahkan
bahawa ayah telah meninggal dunia. Seluruh anggota badan saya berasa
kaku dan menangis kerana masih tidak boleh menerima hakikat telah
kehilangan wira yang paling dikagumi di dalam hidup saya.

PEMANGKIN SEMANGAT

Semua manusia akan berasa sedih selepas pemergian orang yang paling
disayangi, namun semua manusia juga perlu meneruskan kehidupannya
walaupun ianya adalah suatu perkara yang paling sukar. Selepas
pemergian arwah ayah, seperti biasa kami akan mengadakan majlis
untuk arwah ayah, namun pada malam itu saya berasa amat penat kerana
seharian menangis melihat gambar kenangan saya bersama arwah ayah.

128

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Gambar 6.3 Hanya satu dalam sejuta, semoga engkau sentiasa tenang di sana
(Allahyarham Megat Abdul Aziz Bin Hussein, 1 Februari 1969 - 4 Julai 2018)

Saya terus terlena atas sejadah dan pada malam itu dan bermimpi akan
seorang lelaki hadir berhampiran saya dan memberikan saya pelukan
dan beliau berkata, “bersyukurlah, beribadahlah serta berdoalah kepada
Allah S.W.T”. Secara tiba-tiba saya terjaga daripada tidur pada jam tiga
pagi, dan saya terus melaksanakan solat sunat Tahajud. Dalam fikiran
saya masih terngiang-ngiang akan kata-kata yang disebutkan oleh lelaki
tersebut lantas memohon kepada Allah SWT agar memberikan saya
hidayah dan keteguhan jiwa agar saya dapat mencapai apa yang diingini
oleh arwah ayah, selain dapat istiqamah dalam menegakkan agama-
Nya dalam kehidupan seharian. Entah bagaimana selepas sahaja pulang
daripada kubur arwah ayah pada hari kedua, saya mendapat semangat
yang baharu di mana ia membolehkan saya pergi ke kelas tambahan yang
diadakan di sekolah. Setiba sahaja saya di sekolah ke semua guru dan
rakan-rakan terkejut melihat saya ke sekolah. Mereka datang ke arah
saya sambil mengucapkan salam takziah dan ramai dalam kalangan
rakan-rakan yang rapat memeluk saya. Tidak lupa juga guru-guru yang
sentiasa memberikan kata-kata nasihat mereka lantas tanpa disedari
air mata saya mengalir. Ia adalah detik waktu untuk saya berubah secara
keseluruhan telahpun tiba.

129

BIMBINGAN MENARA GADING

Tidak dilupakan juga para pensyarah dan sahabat di Akademi
Menara Gading yang sentiasa memberikan motivasi, menyebabkan saya
menangis dan berasa amat terharu akan kata-kata semangat yang telah
mereka berikan. Selain itu, pihak Akademi Menara Gading juga pernah
memberikan saya sumbangan duit majlis tahlil di Akademi Menara
Gading atas kehilangan arwah ayah. Saya tidak pernah menjangkakan
bahawa perkara ini akan berlaku kerana apa yang dijangkakan apabila
saya ditimpa musibah tidak akan ada sesiapa yang sanggup menolong
sebaliknya, mereka mengembirakan saya kerana dibebani musibah.
Sahabat Akademi Menara Gading menghulurkan tangan agar beban yang
saya hadapi tidak akan diharungi seorang diri. Salah seorang sahabat
baik saya di Akademi Menara Gading iaitu saudara Salahuddin pernah
memeluk untuk menenangkan saya apabila berasa lemah dan tidak
bersemangat. Beliau juga pernah berkata “kita buat sama-sama, maka
kita habiskan sama-sama sebab kita semua ini sudah jadi satu keluarga”.
Kegelapan yang mengerikan hidup saya telah bertukar menjadi cahaya
terang yang tidak pernah saya duga, maka sejak daripada hari itu saya
semakin mengubah rentak hidup saya dari hari ke hari.

Tibalah masa untuk saya dan rakan-rakan mengharungi kem
ketiga kami di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Di kem inilah saya
dan rakan-rakan mendapat banyak pengalaman yang baharu seperti
dapat mengetahui bagaimana kisah kejayaan Dr. Ali dan Dr. Rozan.
Mereka sanggup menanggung keperitan seperti dihina, dimalukan dan
menerima tugasan yang banyak dalam waktu yang singkat, namun
demi menggapai kejayaan mereka sanggup mengharunginya, serta
mengulang kaji atau membaca buku selama lima jam sehari. Selain itu,
saya dapat berjumpa dengan Yang Mulia Tengku Iman dan barisan alumni
daripada kohort lapan, dan yang paling menarik kami diberi tugasan oleh
para alumni. Kami dilepaskan oleh mereka pada jam 3:30 pagi dan perlu
balik ke hostel kami yang jauhnya 1 kilometer dalam keadaan berlari
atau berjoging. Walaupun ianya sedikit perit bagi saya dan rakan-rakan,
namun ianya adalah suatu pengembaraan yang menarik kerana bagi
kami yang pahit itulah kenangan yang paling sukar untuk dilupakan.

Selepas tamat program tersebut, saya dan beberapa orang rakan
telah dipilih oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad untuk mengendali
sebuah kem yang dinamakan Program Kampung Akademik MUIP yang di
adakan di Bukit Kenau. Saya dan rakan-rakan yang dipilih telah diminta

130

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Gambar 6.4 Menjunjung kasih dan meraikan kejayaan bersama KDYMM Yang
Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Abdulaziz,
Kuantan, Pahang

untuk merancang setiap aktiviti yang kami akan lakukan bersama-sama
kanak-kanak Bukit Kenau dan para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan
5 daripada Sekolah Menengah Agama yang berdekatan.

Setelah tiba di Kem Kampung Akademik MUIP, apa yang
digambarkan sebagai sebuah kampung yang megah dan mempunyai
banyak fasiliti telah bertukar kerana kawasan di sana merupakan
kawasan perumahan bagi golongan asnaf. Kami tetap disambut baik
oleh masyarakat setempat sehinggakan mereka sanggup memberikan
pertolongan yang cukup padu kepada kami bagi menjayakan aktiviti
seperti bergotong-royong, mengajar para pelajar mengenai subjek yang
mereka lemah dan yang paling penting dapat mengeratkan silaturrahim
dengan masyarakat di sana. Yang paling mengejutkan apabila saya
terjumpa seorang anak yatim piatu pada umurnya 10 tahun. Namun,
apabila saya menanyakan dia tentang bagaimana keadaannya tanpa
keadaan arwah ibu dan ayahnya dan dia berkata “Semua orang akan
mati cuma membezakan kita hanyalah kematian kita dalam kejayaan
atau dalam kegagalan”. Kata-katanya itu membuatkan diri saya berasa
amat tersentuh dan meningkatkan lagi kesungguhan untuk mencapai
apa yang diinginkan oleh arwah ayah.

131

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 6.5 Sesi bergambar bersama Yang Mulia Tengku Iman Afzan Ibni
Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam program

AMG di Universiti Malaysia Pahang

PENGALAMAN KE LUAR NEGARA

Ramai pelajar Akademi Menara Gading yang tertunggu-tunggu untuk
menjalani Kem Mobiliti ke Luar Negara sama ada Korea Selatan,
Indonesia atau Singapura. Saya telah memilih Indonesia sebagai tempat
untuk menjalani kem mobiliti ini. Pada bulan Disember 2019, saya dan
beberapa pelajar akademi ini telah terbang ke Bandung, Indonesia.
Penerbangan mengambil masa selama dua jam dan setiba sahaja di
Bandung, kami disambut oleh para mahasiswa daripada Universitas
Pendidikan Indonesia. Mahasiswa univeristas itu merupakan fasilitator
kami selama tempoh kami berada di sana.

Pada hari pertama, kami telah dibawa untuk melawat Rumah
Mode dan berjalan sekeliling Indonesia bagi melihat bagaimana keadaan
di Bandung. Saya dapati masyarakatnya berlumba-lumba mencari
duit dengan berniaga di tepi jalan bagi menyara kehidupan seharian
mereka. Pada mulanya saya berasa sedikit janggal kerana perbezaan

132

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

masa, tempat dan sebagainya. Namun, itulah yang ingin ditunjukkan
melalui kem ini, iaitu keluar daripada keadaan yang biasa kita buat demi
mengenali dunia luar. Pada setiap malam, kami akan disoal oleh para
pensyarah yang hadir seperti Dr. Rozan, Dr. Aniza dan Dato’ Razaq.

Pada hari kedua, kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan
dengan seorang fasilitator yang membawa kami melawat sekolah yang
terdapat di sana. Saya dan lima orang rakan telah dipilih untuk dihantar
ke Pribadi Boarding School bersama fasilitator kami, bernama Cik Alya.
Sekolah yang kami lawati ini memang amat berbeza kerana merupakan
sekolah untuk para pelajar yang pintar dan golongan kelas atasan
ataupun dengan kata ringkasnya, bangsawan. Hal ini kerana, di sekolah
ini mereka mempunyai banyak fasiliti dan setiap pelajar hanya akan
menggunakan komputer riba atau tablet sebagai buku rujukan. Mereka
akan belajar di skrin yang menggunakan komputer serta di dalam bilik
pembelajaran akan dilengkapi dengan penghawa dingin yang tersendiri.
Pengalaman yang telah saya rasai ini teramatlah menarik kerana saya
menggambarkan bahawa di Indonesia banyak perkara yang masih
mundur jika dibandingkan dengan Malaysia, namun tanggapan saya
sememangnya silap. Kemudian, kami dibawa melawat ke Universitas
Pendidikan Indonesia (UPI).

Pada hari ketiga, kami telah dibawa melawat Pasar Baru di mana
banyak barang yang boleh ditemui seperti t-shirt kenangan dengan
harga yang sangatlah murah. Selain itu, kami juga telah pergi ke Wali
Kota, merupakan tempat utama bagi pengendalian di Bandung dan
mempunyai Bandung Command Centre yang tersendiri di mana setiap
aktiviti jenayah, kemalangan dan sebagainya akan dipaparkan di sana
terlebih dahulu sebagai bahan bukti bagi memastikan keadilan di negeri
tersebut akan dapat ditegakkan. Berbeza pada hari yang keempat di
mana Dato’ Razaq telah menyewa sebuah bas persendirian untuk kami
melihat sendiri tempat menarik seperti Ladang Teh, Muzium Sejarah
dan yang paling menarik adalah telatah masyarakatnya yang sanggup
membuang perasaan malu demi mendapatkan sedikit wang seperti
menahan bas kami dan menaikinya dan mendengdangkan sebuah lagu
bagi mendapatkan wang. Ini juga merupakan hari terakhir kami di sana,
namun saya tidak akan pernah melupakan setiap pengalaman dan ilmu

133

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 6.6 Pelajar Akademi Menara Gading yang menyertai Kem
Mobiliti ke Bandung, Indonesia

yang telah dipelajari. Malah, jika diberikan peluang saya ingin pergi ke
sana semula.

SEBUAH KELUARGA

Selain daripada Kem Mobiliti terdapat lagi dua kem, iaitu Kem Waja
Diri Dan Pengurusan Masa (Kem 4) serta Kem Inovasi Dan Kepimpinan
(Kem 5) di mana kedua-dua kem ini berlangsung selama lima hari dan
ianya sangat menguji mental, fizikal dan emosi kami. Kedua-dua kem
ini sangat menarik kerana melalui kem ini, saya dan rakan-rakan dapat
mempertingkatkan lagi semangat berpasukan. Pada masa yang sama,
saya dilantik untuk menjadi Ketua Akademi Menara Gading.

Pada Kem 4 yang saya lebih gemar untuk memanggilnya sebagai
kem Askar Wataniah yang berlangsung di Markas Rejimen 505 Askar
Wataniah, Kem Force 136, Pekan. Di kem ini tidak ada seminit pun masa
yang mampu disia-siakan kerana setiap saat akan dipenuhi dengan

134

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

pelbagai aktiviti seperti aktiviti berkawad, memasang senapang, melihat
kompas dan peta, berkhemah, bermain aktiviti lasak dan sebagainya.
Setiap aktiviti akan dipantau rapi oleh fasilitator yang merupakan
jurulatih sebenar askar wataniah. Kata cacian dan makian daripada
mereka tidak melemahkan semangat kami bahkan membuatkan kami
sedar akan kesilapan yang telah lakukan dikala leka. Walaupun sedikit
penat kerana kami akan tamat paling awal pada jam 12 tengah malam
dan paling lewat pada jam 3:30 pagi, namun itulah yang ingin ditonjolkan
oleh Dato’ Razaq dan barisan pensyarah kepada kami, iaitu untuk berjaya
tiada apa yang mudah dan tiada apa yang susah tidak mampu untuk
kami hadapi. Seingat saya, pada hari ketiga, kami telah didenda oleh
fasilitator kerana lewat selama dua minit untuk berkumpul semula di
padang kawad selepas sahaja melaksanakan solat fardu zohor. Saya
sebagai ketua, telah dipanggil oleh fasilitator untuk dikenakan hukuman
yang diberi nama “NUCKLE” terlebih dahulu kemudian diikuti rakan-
rakan untuk membuat tekan tubi di atas jalan tar yang panas. Walaupun
sakit, namun itulah yang meningkatkan semangat kami untuk terus

Gambar 6.7 Para pelajar Akademi Menara Gading Kohort X telah berjaya
menamatkan kem keempat mereka di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah
dengan menempuhi pelbagai jenis aktiviti yang amat menguji mental, fizikal

dan semangat semasa semua aktiviti sedang berlangsung

135

BIMBINGAN MENARA GADING

cekal menjadi seorang pelajar yang berguna dan berjaya tanpa mudah
dipatahkan semangat kami oleh sebarang dugaan yang bakal menimpa
kami.

Manakala, pada kem seterusnya, iaitu Kem Inovasi Dan Kepimpinan
yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Tidak pernah terbayang dalam fikiran saya untuk menjejakkan kaki ke
sana. Namun, dengan takdir Allah SWT, saya mampu ke sana dan dapat
bersemuka dengan barisan pensyarah yang ternama seperti Dekan,
Fakulti Pendidikan, iaitu Prof. Dato’ Dr. Norazah dan Ustaz Don Danial.
Pada kem tersebut, kami telah menerima banyak ilmu pengetahuan
baharu daripada para pesyarah. Misalnya, kami mengetahui bagaimana
keadaan emosi kami apabila dalam tekanan dan cara-cara yang perlu
dibuat untuk menangani tekanan yang dihadapi dalam kehidupan
seharian. Selain itu, kami juga mengikuti “English Camp” buat kali
ketiga yang dianjurkan oleh para pelajar jurusan Teaching English as a
Second Language (TESL). Secara tidak langsung kebolehan saya dalam
mengolah ayat dan berhujah telah bertambah baik. Kami juga disajikan
dengan belasan formula untuk menguasai bahasa Inggeris dengan
mudah. Pada masa yang sama kami dapat melihat tempat bekerja
Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad di Fakulti Pendidikan, Universiti

Gambar 6.8 Kenang-kenangan antara para pelajar Akademi Menara Gading
Kohort X bersama Dato’ Razaq sewaktu di UKM

136

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Kebangsaan Malaysia. Kami melihat sendiri bagaimana keadaan
berada di universiti dan melihat kawasan kampusnya. Di kem ini juga
kami memperolehi banyak pengalaman yang baharu yang tidak pernah
dialami sebelumnya. Semoga saya dan rakan-rakan Akademi Menara
Gading dapat menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia
pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada kohort yang akan
datang.

SEHINGGA KE SAAT AKHIR

Secara ringkas selepas daripada enam kem yang telah saya dan rakan-
rakan harungi bersama, maka hanya tinggal lagi tiga kem yang perlu
diharungi. Secara ringkasnya, kem yang ketiga terakhir ini dinamakan
sebagai Kem Kecemerlangan Milik Bersama SBP dan MRSM dan pada
kali ini saya bersama 11 lagi rakan telah dihantar ke Sekolah Menengah
Agama Persekutuan Labu (SMAP LABU) di Negeri Sembilan. Selama
seminggu saya di sana, saya telah mempelajari banyak strategi kejayaan
para pelajar di sekolah tersebut kerana sekolah tersebut merupakan
antara sekolah yang terbaik di Malaysia. Di samping itu, sekolah tersebut
amatlah menitikberatkan akan bab-bab keagamaan dalam panduan
hidup pelajar. Maka, tidak hairanlah ramai tokoh terkenal seperti Ustaz
Syamsul Debat dan sebagainya lahir daripada sekolah tersebut. Kami
juga telah mengetahui apakah rahsia sebenar kejayaan mereka untuk
memahami dan menguasai sesebuah topik yang sukar dalam sesebuah
subjek, iaitu mereka sanggup bangun malam untuk melaksanakan solat
tahajjud dan selepas itu mereka terus belajar untuk memahami dan
menguasai topik tersebut. Secara ringkasnya, waktu tidur mereka telah
mereka gantikan dengan mengulang kaji mata pelajaran yang mereka
lemah kerana bagi mereka untuk berjaya bukanlah mudah tetapi untuk
gagal tidaklah susah. Ini telah menyedari diri saya bahawa saya perlu
mengurangkan rehat dalam hidup saya dan menggantikannya dengan
menimba ilmu supaya dapat menguasai diri untuk berjaya.

Bagi kem kedua terakhir dan kem terakhir kami yang dilaksanakan
di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Pahang. Bagi kem kedua
terakhir ianya lebih menekankan kami mengenai taktik, strategi dan
cara menjawab agar memudahkan kami menjawab soalan peperiksaan

137

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 6.9 Kenang-kenangan di antara para pelajar Akademi Menara Gading
Kohort X bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu,

Negeri Sembilan

138

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Gambar 6.10 Bersama guru pakar mata pelajaran untuk persediaan
SPM AMG Kohort X

SPM yang bakal kami hadapi di samping dapat memperolehi keputusan
A bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Maka, tidak hairanlah kem
ini dinamakan sebagai kem SKOR A. Selain itu, kesemua formula yang
disajikan adalah bersumberkan daripada guru-guru pakar di seluruh
Malaysia. Ini dapat membantu disamping meningkatkan semangat kami
untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
SPM. Secara ringkasnya, formula tersebut telah dapat membantu saya
dan rakan-rakan yang lemah kerana dengan adanya formula yang
dicipta oleh guru-guru pakar ini tentunya kami dapat mengingat serta
mengadaptasikan formula berkenaan semasa meduduki peperiksaan
SPM. Dengan matlamat untuk mencapai keputusan yang sekurang-
kurangnya A- dalam subjek yang kami lemah. Selama tiga hari di sana,
kami telah melaksanakan banyak latihan bagi semua subjek bagi
mengasah lagi kebolehan masing-masing walaupun berada dalam
tekanan.

Bagi kem yang terakhir yang dinamakan sebagai Kem Psikologi
Peperiksaan dan Latih Tubi SPM yang amatlah menekankan kami
untuk memberi tumpuan menjawab kertas peperiksaan SPM dalam
tempoh masa yang singkat di mana masa yang sepatutnya digunakan
untuk menjawab soalan penuh telah dipotong setengah dan kami perlu

139

BIMBINGAN MENARA GADING

Gambar 6.11 English Camp AMG Kohort IX bersama pelajar TESL,
Fakulti Pendidikan UKM di AMG Learning Centre

menjawab soalan penuh dengan masa yang amat singkat. Perkara
ini amat menguji mentaliti disamping mengasah otak kami untuk
menyiapkan ke semua soalan yang diberi dengan masa yang singkat dan
disertai dengan tekanan yang sangatlah dahsyat buat kami. Walaupun
selama tiga hari dan dua malam, masa kami dihabiskan dengan menjawab
kertas soalan sahaja, namun kami tetap gembira kerana persiapan
untuk kami menghadapi peperiksaan SPM telah lengkap sepenuhnya.
Maka, kami tidak lagi perlu risau apabila masuk ke dewan peperiksaan
tersebut. Walaupun ini kem terakhir buat kami, namun persahabatan
di antara saya dengan rakan-rakan Akademi Menara Gading tidak akan
pernah hilang dalam kehidupan saya kerana setiap air mata bersama
mereka amatlah berharga buat saya. Hal ini kerana, merekalah satu-
satunya pemangkin semangat apabila saya jatuh dan bangun dalam
kehidupan. Dan, perkara paling menarik di kem ini adalah kami perlu
menjawab soalan kertas ramalan SPM bagi sesetengah subjek di atas
kerusi ataupun lantai selepas meja kami ditarik kerana Dato’ Razaq
mahu kami berdikari untuk menjadi lebih bersedia untuk menghadapi

140

MELAKAR KECEMERLANGAN SPM

Gambar 6.12 Kem Potensi Diri Peserta AMG Kohort XI

dugaan yang bakal kami perolehi sewaktu menduduki peperiksaan SPM.
Walaupun berasa amatlah sukar, namun itulah yang perlu kami tempohi
sebagai pelajar.

Walaupun dua tahun bersama Akademi Menara Gading, namun
saya berasakan sekejap sahaja kerana kami bakal menamatkan program
bimbingan akademik dan sahsiah diri bersama Akademi Menara Gading
dan akan menjadi alumni Akademi Menara Gading kelak. Sedih kerana
setiap perit, suka, dan duka saya bersama-sama rakan-rakan Akademi
Menara Gading sewaktu di kem tidak dapat diulangi. Namun, saya tetap
gembira dapat mempunyai satu pasukan yang boleh dikatakan sebagai
sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa
ada perasaan cemburu, iri hati dan sombong demi memastikan semua
dapat menggapai kejayaan yang dicita-citakan dalam akademik serta
kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga persahabatan kami tidak akan
putus sampai bila-bila. Setinggi penghargaan kepada barisan pensyarah
yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu serta tunjuk ajar dan yang paling
utama sentiasa memberikan kami kata-kata nasihat dan semangat agar
kami dapat memperolehi kejayaan yang diidamkan. Semoga Allah SWT

141

BIMBINGAN MENARA GADING

dapat memberikan ganjaran yang sebaiknya kepada mereka. Merekalah
“ibu bapa kedua” kami yang bakal kami tunaikan janji kepada mereka
untuk memperolehi keputusan yang terbaik dalam peperiksaan SPM
2019.

PENUTUP

Selama lima tahun saya menimba ilmu di sekolah dan selama dua tahun
pula saya menghabiskan setiap waktu saya bersama Akademi Menara
Gading Kohort X, maka hari ini telah tiba masanya dan merupakan hari
penentuan buat saya selepas dua tahun berusaha dengan gigihnya
sambil mendapat bantuan daripada pihak Akademi Menara Gading
sendiri. Saya bersyukur kepada Allah SWT, berkat doa dan orang-orang
yang disayangi, peperiksaan SPM saya berjalan dengan lancar walaupun
ianya sedikit sukar, namun masih bersyukur dengan usaha yang telah
dilaksanakan sebelum ini, peperiksaan yang paling digeruni di Malaysia
dapat dihadapi dengan mudah dan lancar. Sebelum menjejakkan kaki
saya masuk ke dalam dewan, buat kali terakhir selama tiga bulan saya
bertawakal kepada Allah SWT. Maka, itulah kali terakhir saya berdoa
kepada Allah SWT agar dikurniakan keputusan yang paling cemerlang
dalam hidup saya. Selangkah sahaja ke dalam dewan utama SMK Seri
Damai, maka pada waktu itulah hati saya berdegut kencang seperti
ianya mahu tercabut daripada tempat asalnya.

142

BIMBINGAN MENARA GADING

• BAHAGIAN 2 •

NILAI,
KEPERIBADIAN
DAN PENDIDIKAN

143

BIMBINGAN MENARA GADING
144

BIMBINGAN MENARA GADING

Membina Nilai dan
Jati Diri

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli
Abdul Razak

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

PENGENALAN

Malaysia mengalami perubahan mengejut pada 9
Mei 2018 ekoran keputusan Pilihanraya Umum Ke-14
(PRU-14) diumumkan. Ramai yang seolah-olah tidak
percaya kerana sejak kemerdekaan lagi – lebih enam
dekad lamanya – keputusan PRU boleh ditelah. Malah,
kali ini keadaannya begitu juga, tidak ramai yang
menjangka perubahan besar akan berlaku. Apatah
lagi tewasnya sebuah kerajaan yang telah bertapak 60
tahun lamanya. Apa pun ternyata bahawa tiada sesuatu
yang mustahil sekiranya masanya sudah sampai. Dan
bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) ia sudah sampai
ke pangkal jalan. Sekali gus terbentuknya sebuah
kerajaan baharu pada 10 Mei dinaungi oleh Pakatan
Harapan (PH) dengan satu “harapan” baharu yang
termaktub dalam Buku Harapan mengandungi segala
janji yang mendamaikan. Ramai yang tertarik dengan
slogan “10 janji dalam 100 hari” – yang menyasarkan
kepada isu utama yang mendesak dan memerlukan

145

BIMBINGAN MENARA GADING

penyelesaian segera. Bagaikan orang nazak yang memerlukan rawatan
kecemasan supaya dapat dipulihkan seperti sedia kala.

Berkaitan rapat dengan peristiwa, adalah isu nilai dan jati diri.
Jelasnya, kedua-dua aspek ini banyak menentukan masa hadapan
seseorang itu. Bahkan sesebuah negara sekalipun kerana kedua-
dua berkaitan rapat terutama sekali daripada segi membina dan
mempertahankan maruah serta kedaulatan negara. Kedua-dua aspek ini
adalah cerminan nilai dan jati diri, secara langsung atau tidak, khususnya
berhubung dengan soal kepemimpinan, jika tidakpun para pemimpin
yang terlibat. Pergolakan kepemimpinan sesebuah masyarakat itu
membayangkan pergolakan yang dialami oleh pemimpin berkaitan, dan
seterusnya membayangkan pula pergolakan nilai dan jati diri kelompok
atau individu. Malah, inilah yang sebenar berlaku dengan jelasnya dalam
peralihan kuasa PRU-14 lalu. Kelunturan nilai serta jati diri kerajaan
lama tidak lagi dapat dinafikan; atau sorok seperti tahun sebelum ini
yang belum mengenal teknologi canggih yang boleh menyelinap di mana
sahaja – dari peringkat individu, kelompok sehinggalah ke peringkat
kepimpinan. Apa dahulunya rahsia kini menjadi pengetahuan umum yang
ditular melalui teknologi tanpa mengenal sempadan. Maka, kekalahan
yang dihadapi kali ini adalah ‘kekalahan’ etika dan moral, kekalahan
membina, apa lagi memantapkan nilai serta jati diri yang sudah lama
luntur sedikit demi sedikit.

“Integrity is choosing your thoughts and actions based on values rather
than personal gain,” Paradigma Pendidikan dalam era Pasca-2020

Our deeply humanist DNA cannot let us reduce education to a technical
or technological issue, nor even to an economic one - Audrey Azoulay,
Ketua Pengarah UNESCO. Ucapan tentang peranan kepemimpinan
pendidikan UNESCO, September 26, 2019

PERANAN PENDIDIKAN

Dalam hal membina nilai serta jati diri, ia tidak dapat dipisahkan dengan
sektor dan sistem pendidikan sesebuah negara yang dilalui oleh rakyat
dan warganya. Dalam hal tertentu, ini boleh dianggap seolah-olah kes
nazak yang meminta rawatan rapi. Ini ternyata dalam Buku Harapan yang

146

MEMBINA NILAI JATI DIRI

menumpukan kepada usaha membaiki pendidikan secara berterusan,
daripada peringkat rendah hingga menengah dan melangkau ke
institit pengajian tinggi – universiti dan kolej universiti. Begitu juga
maktab serta politeknik dan sebagainya. Tumpuan utama adalah untuk
membebaskan pendidikan daripada belenggu yang mengikat mereka
selama ini, terutama sekali pada peringkat pengajian tinggi – universiti
awam. Malah, salah satu janji yang ditabur adalah membina semula
‘kebebasan’ dalam memupuk nilai serta jati diri dengan memulangkan
semula nilai autonomi, ataupun kebebasan akademik serta institusi
yang penting dalam membina jati diri institusi, hatta individu termasuk
para pelajar dan para guru yang bertanggungjawab dalam menentukan
bahawa pendidikan yang disampaikan mempunyai ‘roh’. Tanpa ‘roh’
bermakna tanpa nilai dan jati diri, dan ini termasuklah cara-cara
tadbir urus dan pengajaran-pembelajaran yang mendasari kerangka
pendidikan yang sewajarnya disuburi ‘roh’ sejak awal lagi. Bagi pengajian
tinggi, ini merujuk terus kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) bertanggungjawab menukar wajah universiti daripada apa yang
pernah dialami sebelum itu. Ketika itu, universiti membawa nilai-nilai
sejagat serta kemasyarakatan sebagai hasil kemenjadian pendidikan
kebangsaan mengikut acuannya sendiri. Bukan “satu-saiz-untuk-
semua” seperti hari ini. Para pelajarnya memahami akan peranan mereka
sebagai seseorang terpelajar (mahasiswa!) di samping menghargai hak-
hak dan tanggungjawab sebagai seorang warga negara Malaysia yang
taat setia sealiran dengan Rukun Negara.

Langkah-langkah ini jelas membina banyak nilai murni sejagat,
sekali gus memupuk jati diri yang tidak kurang nilai kesejagatannya.
Namun, semua ini tidak lagi ketara. Walaupun hakikat ini disedari, tetapi
kebelakangan ini tidak banyak dilakukan untuk bersungguh-sungguh
memperbetulkannya. Jadi, nilai dan jati diri terus ternoda tahun demi
tahun. Maka, dengan kemenangan kerajaan baharu timbul semula
semangat untuk melihat AUKU dimansuhkan dan membina semula nilai-
nilai dan jati diri yang penuh ‘roh’ seperti yang dijanji-janjikan. Mengapa
ini penting? Ini kerana ia sekali gus menangkis campur tangan politik
dalam sektor pendidikan amnya dan universiti khasnya yang selama
ini mengheret pendidikan dalam kemelut nilai dan jati diri yang amat
daif jika dilihat dari perspektif pendidikan terkini dengan kecanggihan
teknologinya. Buktinya, terlihat dengan kegagalan Wawasan 2020

147

BIMBINGAN MENARA GADING

terutama sekali cabaran yang berpaksi kepada nilai-nilai tertentu. Begitu
juga yang menyentuh asas jati diri yang mantap seperti pemupukan
Bangsa Malaysia (Cabaran 1), masyarakat penyayang serta prihatin
(Cabaran 4, 5, 7 dan 8) dan sebagainya. Umumnya daripada sembilan
cabaran Wawasan 2020, lima darinya dianggap tidak menepati sasaran
selepas hampir 30 tahun ‘menunggu’. Yang jelas, sekian lama universiti,
juga bangku sekolah, boleh dikatakan menjadi medan pengaruh politik
kepartian, menular secara langsung atau tidak, dan menodai pendidikan
daripada matlamat sucinya.

PENGARUH POLITIK

Perkara ini sudah lama menjadi sungutan pelbagai pihak tetapi tidak
dihiraukan. Sementara itu pendidikan terus-menerus menjadi kancah
politik sempit dan tidak sihat sambil meletakkan institusi pendidikan
dalam keadaan terumbang-ambing. Serentak nilai dan jati diri terbantut
kalau pun tidak terhakis sama sekali. Oleh itu, aspek autonomi merupakan
hadiah paling berharga kepada dunia pendidikan negara, seperti mana
di negara merdeka yang lain. Hal ini disambut dengan tangan dan hati
terbuka oleh semua lapisan pendidikan yang tulen dalam memacu
pendidikan bernilai tinggi. Malah, kita tidak hairan yang kemenangan
kerajaan baharu terkesan oleh kerana anak-anak muda yang mengundi
sebagai pernyataan rasa tidak puas hati generasi mereka tentang
campur tangan tersebut.

Oleh itu, soal nilai dan jati diri pada era pasca-2020 harus
mempunyai ketegasan sendiri, berbeza dengan era sebelumnya. Ini
dapat dirasai melalui beberapa lagi janji PH untuk menambah baik
sektor pendidikan, selain gagasan autonomi serta bebas dariada
pengaruh politik kepartian sempit. Umpamanya, skema PTPTN yang
juga merupakan tonggak utama memperagakan satu lagi nilai dan
jati diri yang mewarnai sifat serta sikap generasi muda pasca-2020.
Meleraikan hal-hal ini mempunyai natijahnya tersendiri kerana ia akan
lebih memudahkan pembangunan nilai serta jati diri yang berkaitan
apabila pihak terlibat lebih senang dibawa berunding untuk mencari
titik pertemuan berpandukan pendidikan, asalkan sahaja nilai dan jati
diri tidak dipergadaikan. Semua ini membawa seribu “harapan” kepada
negara yang nasibnya akan lebih terjamin tatkala insitusi pendidikan

148

MEMBINA NILAI JATI DIRI

turut terbela atas pegangan nilai yang kental kerana di situlah letaknya
benih yang mampu memugar semula masa hadapannya. Inilah yang
berlaku di seluruh dunia dewasa ini di mana pendidikan mengambil
peranan mempersembahkan suatu contoh teladan yang paling jelas
untuk memugar sebuah tamadun baharu berteraskan nilai serta jati diri
yang bersesuaian.

Ini bukannya sesuatu yang mustahil dilakukan seperti terdirinya
tamadun besar terdahulu. Walau bagaimanapun, ia berkehendakan
kefahaman nilai mendalam serta jati diri berakar umbi yang tidak mudah
lesu menghadapi cabaran mendatang. Hakikatnya, wajar ada kelainan
yang nyata apabila berlakunya perubahan daripada yang lama kepada
yang baharu, bukan sahaja dari segi intipati pendidikan itu sendiri, tetapi
penting juga persada di mana nilai serta jati diri dapat diangkat sebagai
paksi utama untuk memartabatkan pendidikan bernilai tinggi lagi
bermaruah. Sayugia dicatatkan yang struktur kementerian itu sendiri
penting dipugar selaras dengan nilai serta jati diri yang hendak diuar-
uarkan. Jika tidak ia akan menjadi hambatan paling besar tatkala ramai
yang sangsi dengan usaha membangunkan apa saja aktiviti dengan
ungkapan “cakap tak serupa bikin.” Ini rata-rata adalah satu-satunya
pengalaman pahit yang menyukarkan pembangunan nilai dan jati diri
dengan sempurna bak “ketam mengajar anaknya berjalan lurus!”

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Bagi memperbaiki hal ini kita perlu berlandaskan kepada satu
kefahaman yang dapat dikongsikan bersama khususnya dalam kalangan
sektor pendidikan. Pada masa yang sama ia berupaya mengembalikan
kewibawaan dalam kalangan warga profesional pendidikan dalam
melunaskan lagi amanah yang dipikul. Satu-satunya landasan berkenaan
adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (1996); yang terbit daripada
Falsafah Pendidikan Negara (1987), sedekad sebelum itu. Bahkan tidak
salah jika dikatakan bahawa FPK berupaya menyeragamkan kefahaman
tentang ciri-ciri penting “apa itu pendidikan?” dan bagaimana nilai serta
jati diri dapat tumbuh subur daripadanya. Selama ini, falsafah tersebut
hidup segan, mati tak mahu. Kita asyik merujuk ke sana ke mari untuk
mendapatkan pedoman serta pandangan daripada pihak luar: baik
negera, institusi, organisasi, serta individu. Walaupun ini ada buruk

149

BIMBINGAN MENARA GADING

baiknya, nanti apa yang menjadi tanda tanya adalah: Mengapakah FPK
seolah-olah tidak mendapat tempat sekalipun?

Memandangkan kewujudannya telah melampaui lebih 30 tahun,
mengapa kelibatnya hampir tidak kelihatan dalam banyak hal. Dalam
banyak ucapan utama dan rasmi yang menyentuh hal ehwal pendidikan,
FPK tidak langsung disebut. Apa lagi poster, kain rentang serta apa-
apa sahaja yang dapat mengingatkan kita kepada kewujudannya baik
di dalam bilik darjah, pejabat mahupun di persekitaran masing-masing,
termasuk pada peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekali
pun (Dzulkifli & Rosnani 2019). Maka, tidak salah jika dikatakan bahawa
FPK kini bak hilang di mata, gelap di hati. Pendidikan seolah-olah teraba-
raba untuk mencari masa hadapan serta pedoman walaupun semuanya
sudah termaktub dengan jelasnya dalam FPK. Dengan kata lain, nilai
serta jati diri yang menyusul darinya akan kekal lagi mantap sebagai
satu pegangan hidup diisi dengan ‘roh’ yang suci lagi murni. Anehnya,
selama ini masa telah banyak dipersia-siakan dalam kita memberi
makna mendalam kepada pendidikan, hatta negara, dalam acuan kita
sendiri seperti yang diidamkan Wawasan 2020.

Oleh yang demilkian, perubahan kerajaan pada Mei 2018 lalu
membuka ruang agak luas untuk melihat kembali tentang keberadaan
FPK sebagai satu kerangka utama pendidikan berasaskan Penyata
Razak (1956). Ekoran itu, pelbagai usaha untuk mencungkil permata
FPK secara sistematik dan berterusan sebagai pentafsiran baharu
sesuai pasca-2020. Malah, satu jilid buku berjudul ‘Pentafsiran Baharu
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020’
(Dzulkifli & Rosnani 2019) telahpun diterbitkan pada tahun 2019 demi
menyokong gagasan mengembalikan FPK ke arus perdana pendidikan.
Buku mangandungi 21 bab tersebut, mengupas FPK dari pelbagai sudut
sebagai jalan keluar sebaik mungkin dalam menghayati nilai yang
disuburi oleh falsafah tersebut.

Usaha seumpama akan terus membantu membina nilai dan jati diri
serentak dengan perkembangan semasa yang begitu pesat khususnya
dari segi teknologi yang sering menjadi cabaran besar kepada nilai-nilai
serta kefahaman jati diri sedia ada. Usaha ini amat sangat diperlukan
sekira FPK ingin terus dikumandangkan sebagai asas nilai dan jati
diri dalam acuan kita mengambil pelbagai sudut kefahaman dan juga

150


Click to View FlipBook Version