PEMBINAAN SAHSIAH DAN PEKERTI MULIA
pembinaan akhlak murni tetap boleh dilakukan. Proses ini tentulah
akan menjadi lebih mantap sekiranya ada program atau usaha intervensi
bagi mengukuhkan lagi sahsiah diri para pelajar serta pencapaian
akademik mereka. Sehubungan itu, usaha Yayasan Istana Abdulaziz (kini
Yayasan Al-Sultan Abdullah) melalui Akademi Menara Gading adalah
satu-satunya contoh yang amat unggul. Ia mempunyai objektif jelas
yang menggandingkan pembinaan “sahsiah diri serta pelajar bersifat
holistik” bersama dengan “kemahiran akademik secara komprehensif”8.
Hakikat bahawa sasarannya adalah pelajar daripada keluarga yang
kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan dengan sendirinya
menjadikan program ini lebih bermakna.
Sebaliknya, pembinaan peribadi di zaman kanak-kanak semata-
mata tidak terjamin boleh terus kekal begitu sahaja. Seandainya sifat
mulia itu tidak terus digarap dan dipertingkatkan dalam suasana dan
persekitaran yang kondusif lagi mesra akhlak, maka keunggulan jati diri
dan pekerti mulia itu juga boleh luntur akhirnya. Jadi, sayugialah proses
penambahbaikan akhlak dan pembinaan akhlak murni itu diteruskan
dari buaian hingga ke liang lahat. Konsep dan prinsip pembelajaran
sepanjang hayat itu jelaslah mesti merangkumi aspek pembinaan dan
peningkatan akhlak juga. Itulah sebabnya golongan seperti para sahabat
(R.A) sentiasa memperbaharui iman dan mempertingkatkan amalan
mereka sepanjang masa. Para sahabat (R.A.) rata-rata telah mula
membina dan memupuk keperibadian mulia setelah melangkah ke alam
dewasa.
SALING INGAT MEMPERINGATI
Oleh sebab sudah menjadi fitrah manusia mempunyai kelemahan dan
kelalaian maka, sikap saling ingat-memperingati adalah suatu yang
penting dan perlu. Lantas, misalnya, sesudah menjejak kaki ke universiti
dan ketika mahu melangkah keluar dengan ijazah pun para graduan
sering diingatkan untuk bersikap mulia dan berintegriti. Pucuk pimpinan
universiti tidak terkecuali dalam menyampaikan pesanan sebegini.
KDYMM Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah, selaku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM),
8 Universiti Kebangsaan Malaysia & Akademi Menara Gading, t.t., Akademi Menara Gading,
Yayasan Istana Abdulaziz, h.3.
201
BIMBINGAN MENARA GADING
misalnya, telah bertitah mengingatkan para graduan agar bekerja keras
untuk mencapai kejayaan dalam setiap kerjaya yang bakal diceburi.
Dalam titah yang disampaikan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-
90 UiTM itu, baginda menegaskan bahawa “Tiada jalan pintas untuk
mengecapi sesuatu kejayaan. Rahsia untuk berjaya dalam kehidupan
hanyalah melalui keperibadian yang disulami sifat usaha, takwa dan
mulia” 9. Semasa bertitah selepas merasmikan istiadat pembukaan
persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-14, Baginda telah
juga menyentuh persoalan ini. Baginda menyeru agar memperkasakan
lagi sistem pendidikan negara demi “melahirkan modal insan yang
berilmu, berkemahiran dan bersahsiah tinggi…10“
PENUTUP
Oleh sebab penulisan ini telah memuatkan beberapa pepatah Melayu
(dan sebuah pepatah Inggeris), maka mungkin perlu pada tempatnya jika
ia diakhiri dengan merujuk sekali lagi kepada pepatah atau peribahasa
Melayu. Perkara pokok yang diketengahkan dalam bab ini ialah budi
pekerti mulia adalah elemen yang amat penting dalam pendidikan.
Pengetahuan semata-mata tanpa kompas akhlak yang murni tidak
dapat mendatangkan faedah dan kebaikan kepada individu berkenaan
dan masyarakat amnya. Untuk menghasilkan pencapaian sedemikian itu
usaha gigih dan berterusan perlulah dilaksanakan. Sememangnya setiap
usaha gigih memerlukan pelaburan masa, tenaga dan pengorbanan.
Umpama pepatah Melayu, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”.
9 Ruwaida Md Zain, 2019, ‘Agong titah UiTM daulat institusi Raja-Raja Melayu;, Berita Harian,
ONLINE, Mac 23, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/544515/agong-
titah-uitm-daulat-institusi-raja-raja-melayu Diakses: 30.1.2020.
10 Sahlizah Mohamed, 2019, ‘Alukan pelaksanaan program sekolah pemimpin masa
depan - Al-Sultan Abdullah ‘ Astro Awani, Mac 11, http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/alukan-pelaksanaan-program-sekolah-pemimpin-masa-depan-al-sultan-
abdullah-200792 Diakses : 18.1.2020.
202
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
Kecemerlangan
Holistik Pelajar
Generasi Z
Prof. Dr. Fariza Md Sham
Dr. Siti Jamiah Abdul Jalil
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
“Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan
itu beriringan dengan kesabaran. Jalan keluar
beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah
kesulitan pasti akan datang kemudahan,”
Hadis Riwayat Tirmidzi
Kecemerlangan adalah perkara yang berkait secara
langsung dengan ilmu. Setiap individu yang ingin
mendapat kecemerlangan dalam apa jua bidang pasti
memerlukan ilmu – bersesuaian dengan takrif ilmu itu
sendiri yang bermaksud pengetahuan dan kepandaian
dalam sesuatu perkara yang merangkumi semua
aspek kehidupan dunia dan akhirat (Rahimin, 2008).
Daripada takrifan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu
itu bersifat luas sehingga merangkumi ilmu yang
berkaitan dengan kehidupan selepas mati iaitu akhirat.
Maka, ilmu itu sendiri adalah bersifat holistik. Orang
203
BIMBINGAN MENARA GADING
yang berilmu berpeluang untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Oleh sebab ilmu itu bersifat luas dan holistik, maka kecemerlangan yang
ingin dicapai oleh individu juga mestilah bersifat holistik dan luas. Adalah
tidak seimbang kehidupan sekiranya, kecemerlangan itu hanya dicapai
dalam sesuatu perkara, tetapi jahil dalam perkara yang lain. Contohnya,
seseorang pelajar yang cemerlang dalam akademik, mestilah juga
cemerlang dalam sahsiah, amalan agama, kemahiran komunikasi, etika,
dan kemahiran sosial. Inilah yang dikatakan mempunyai kecemerlangan
secara holistik.
GENERASI Z
Bagi melahirkan individu yang cemerlang secara holistik memerlukan
pendidikan peringkat awal lagi. Pendidikan yang diterapkan mestilah
sesuai dengan perubahan zaman, tahap pelajar dan menepati ciri-
ciri pelajar yang hidup pada zaman tersebut. Kesesuaian kaedah dan
kandungan pembelajaran akan membawa kecemerlangan kepada
pelajar yang dididik secara holistik atau menyeluruh. Dalam konteks
pelajar remaja pada masa kini, mereka adalah terdiri dalam golongan
generasi Z (Gen Z). Gen Z merupakan golongan yang berfokus kepada
dunia Internet dan teknologi. Oleh itu, sangat penting menerapkan
pembelajaran ilmu yang bersifat holistik agar mencapai kecemerlangan
secara holistik.
Gen Z ditakrifkan sebagai generasi yang lahir pada era 1998-2009
(Tapscott, 2009). Gen Z lahir dalam dunia teknologi maklumat (IT) tanpa
sempadan. Mereka boleh berhubung secara maya seluruh pelosok
dunia melalui media sosial. Itulah sebabnya Gen Z dikenali sebagai
“i-Generation”, generasi Internet atau generasi net (Fariza 2018). Gen
Z mempunyai hubungan yang istimewa dengan teknologi dan media
sosial. Oleh itu, nilai hidup mereka terbentuk dengan kecenderungan
sosial melalui IT (Turner 2015). Manakala, kajian Schwieger dan Ladwig
(2018), mendapati Gen Z memiliki kecenderungan diri yang kuat terhadap
tugasannya, fokus kepada diri dan kepentingan pendidikan tinggi, prihatin
terhadap kewangan, percaya kepada keperluan pengalaman profesional
dalam sesuatu bidang, mahir teknologi dan progresif terhadap polisi
sosial/awam.
204
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
Merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (AP-2017-001/3) tentang identiti Gen Z
dan pengawalan tingkah laku didapati, personaliti Gen Z adalah seorang
yang mempunyai kemahiran multitasking, berani menyuarakan pendapat
atau idea, berkebolehan menyelesaikan masalah, boleh menerima
pandangan orang lain dalam perbincangan, fokus terhadap kerja yang
diberikan, suka berkongsi maklumat dan pantas dalam mendapatkan
maklumat (Fariza 2018). Daripada hasil kajian ini menunjukkan bahawa
Gen Z mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri terutama dalam
aspek teknologi digital dan cyberspace. Hal ini kerana Gen Z membesar
dalam dunia yang berhubung menerusi teknologi ciptaan manusia.
Teknologi komunikasi bersifat nyata dan realistik bagi Gen Z.
Dalam dunia kerjaya pula, Gen Z mementingkan ketelusan,
kebebasan dan cuba membuktikan bahawa mereka boleh berdikari
(Singh, Lung & Mei 2016). Daripada segi kepuasan kerja juga berbeza
dengan generasi terdahulu. Gen Z cenderung untuk meletak jawatan
sekiranya tidak mendapat kepuasan dalam kerjaya mereka. Oleh
kerana Gen Z obses dengan dunia media sosial melalui IT, yang telah
menjadi sebahagian daripada diri mereka maka, proses pendidikan
dan pembentukan diri Gen Z juga perlu mengambil kira kaedah yang
berasaskan teknologi digital agar ia bersesuaian dengan jiwa dan
keperluan mereka. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang
bersesuaian dengan minat Gen Z, kejayaan untuk dicapai mungkin lebih
tinggi kerana mereka mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan
pola kehidupan nilai global hasil menikmati kemudahan IT (Hairol 2017).
Dengan bentuk pemikiran dan tingkah laku yang terdedah dengan nilai
global, pembentukan nilai moral tempatan dan agama perlu diterapkan
agar Gen Z tidak tergelincir daripada norma dan nilai masyarakat
Malaysia dan agama. Salah satu nilai hidup yang perlu diterapkan ialah
kecemerlangan bersifat holistik yang berasaskan konsep .
KECEMERLANGAN HOLISTIK
Holistik bermaksud saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu
sistem yang bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh
aspek tertentu sahaja (Kamus Dewan 1994). Ini bermakna kecemerlangan
pelajar secara holistik adalah kecemerlangan yang meliputi aspek
205
BIMBINGAN MENARA GADING
akademik, sahsiah, kemahiran komunikasi, pengurusan diri dan emosi.
Kecemerlangan secara holistik menyamai apa yang disebut sebagai
kecemerlangan pelajar yang seimbang. Konsep kecemerlangan
seimbang ini telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan, dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2020).
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum
dan kokurikulum dibentuk berasaskan falsafah dan matlamat
pendidikan tersebut yang ingin melahirkan insan seimbang. Oleh itu,
wujudlah konsep pendidikan secara holistik, iaitu ilmu yang diterapkan
di sekolah dan universiti bukan semata-mata bersifat akademik tetapi
kemahiran insaniah turut diberi tumpuan. Contoh, kemahiran insaniah
ialah kemahiran berfikir aras tinggi dan kreatif, kemahiran komunikasi
dan interpersonal, kemahiran pengurusan emosi dan pengawalan
diri, kemahiran etika dan moral, kemahiran interaksi sosial, dan
kebertanggungjawaban.
Dengan konsep pendidikan holistik, akan dapat melahirkan pelajar
yang berupaya untuk memperolehi identiti, makna dan tujuan hidup
melalui hubungan masyarakat, alam semula jadi, dan nilai-nilai rohani
seperti kasih sayang dan keamanan. Hal ini kerana pendidikan holistik
bertujuan untuk mengajak manusia menghormati kehidupan instrinsik
dan cintakan pembelajaran (Azizi 2015). Konsep melahirkan pelajar yang
cemerlang secara holistik turut dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM(PT)) 2015-2025, iaitu setiap graduan/pelajar
akan mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda, dan adab untuk
menjadi insan mulia (PPPM(PT) 2015-2025). Terdapat enam atribut yang
menjadi ukuran, iaitu etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti
nasional, kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, dan berpengetahuan
(PPPM 2013).
206
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
Setiap murid akan mempunyai ...
Kemahiran Kemahiran
Memimpin Dwibahasa
Kemahiran Etika dan
Berfikir Kerohanian
Pengetahuan Identiti
Nasional
... sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Rajah 11.1 Enam Ciri Utama Murid (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)
Oleh itu, setiap pelajar harus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan secara holistik dan seimbang, bukan semata-mata
cemerlang dari aspek akademik melalui peperiksaan secara formal
sahaja. Inilah yang dikatakan sebagai cemerlang atau yang
sebenar dan hakiki, iaitu mencapai di dunia dan akhirat.
Kecemerlangan yang sebenar dalam Islam adalah berlandaskan
konsep . Di dalam al-Quran istilah ( )فلاحberkait dengan
amalan dan prinsip untuk kesejahteraan kehidupan di dunia dan akhirat
(Siddiqi 1979; Mohd. Zain 2015). Menurut Kamal Hassan (2012)
menggabungkan pembangunan fizikal dan spiritual yang membentuk
keseimbangan dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Siddiqi (1979) pula menjelaskan berkait dengan moral yang
dicerminkan melalui tingkah laku dalam kehidupan mereka. Hal ini agak
berbeza dengan kejayaan berdasarkan konsep pandangan dunia yang
lebih memberi fokus kepada pencapaian bersifat material seperti tahap
ekonomi, pencapaian akademik dan kedudukan atau pangkat.
207
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 11.1 Menggenggam segulung ijazah adalah impian para pelajar
Bagi memahami dengan lebih terperinci berkaitan konsep ,
Mukhlis (2016) telah menyenaraikan 13 komponen berdasarkan 40
ayat al-Quran yang mengandungi perkataan . Komponen tersebut
ialah beriman kepada Allah SWT, bertakwa, tidak memakan riba, menjauhi
arak dan judi, menjauhi keburukan, mencari jalan untuk berjihad pada jalan
Allah SWT, ihsan, sabar, melakukan ibadat dengan melakukan perbuatan
baik, taubat, bekerja seiring dengan mengingati Allah SWT, teguh dan
mengingati Allah SWT apabila bersama dengan musuh, dan akhir sekali
ialah mengingati nikmat Allah SWT. Berdasarkan komponen tersebut jelas
menunjukkan bahawa nilai ‘ ’ atau kejayaan daripada perspektif
Islam menekankan nilai akhlak dalam setiap kegiatan yang mereka
lakukan serta pengabdian manusia terhadap Allah SWT bagi membentuk
sifat mahmudah yang dapat menguatkan kesejahteraan rohani atau
spiritual.
Berpandukan konsep , kejayaan atau kecemerlangan
pelajar seharusnya dinilai berdasarkan akhlak dan juga usaha atau
kesungguhan yang telah mereka tonjolkan. Hal ini lebih adil kepada
setiap pelajar kerana jika dinilai berdasarkan pencapaian akademik
semata-mata, tidak semua manusia dilahirkan dengan kecerdasan
intelektual (IQ) yang baik, dan tidak semua pelajar boleh menerima
208
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
cara mengajar seseorang guru kerana setiap manusia mempunyai
personaliti yang berbeza dan perlu kepada pendekatan pengajaran yang
berbeza. Malah, tidak semua pelajar mempunyai kemampuan daripada
sudut ekonomi untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan
kefahaman mereka. Segala persoalan ini memerlukan jawapan dengan
melakukan pengkajian yang lebih terperinci bagi memahami keperluan
yang berbeza antara pelajar. Ini bermakna tidak semestinya pelajar
yang mendapat keputusan yang kurang baik itu tidak berjaya, tetapi
pengiktirafan dan nilai merit perlu diberikan sewajarnya sesuai dengan
usaha bersungguh-sungguh mereka.
Kecerdasan intelektual dan segala hasil dan keputusan dalam
kehidupan ini merupakan anugerah daripada Maha Pencipta yang tidak
boleh dipilih. Allah SWT telah menentukan berdasarkan qada’ dan qadar
seseorang. Sebagai contoh, selalu berlaku perkara yang tidak disangka
setiap kali keputusan peperiksaan keluar. Ada pelajar harapan sekolah
tidak mendapat keputusan sebagaimana yang diharapkan, dan ada
pelajar yang membuat kejutan dengan keputusan yang baik. Ada juga
pelajar yang dilahirkan dalam keluarga yang stabil dari sudut ekonomi
dan ada pelajar yang lahir dalam keluarga susah yang memerlukan
mereka untuk terlibat membantu mencari pendapatan keluarga. Hal ini
menunjukkan rezeki yang meliputi keputusan dan hasil daripada usaha
yang telah dilakukan serta takdir dalam kehidupan bukan dalam urusan
manusia. Namun begitu, pelajar mempunyai kuasa memilih cara atau
kaedah untuk melalui takdir dan sumber rezeki yang telah ditentukan
sama ada dengan baik atau sebaliknya. Oleh itu, seorang pelajar boleh
memilih sama ada untuk menjadi seorang pelajar yang menepati konsep
seperti yang dinyatakan oleh al-Quran atau pelajar yang berjaya
hanya di dunia sahaja. Bagi memahami dengan lebih jelas tentang
pelajar dan pelajar berjaya.
209
BIMBINGAN MENARA GADING
PELAJAR AL-FALAH PELAJAR BERJAYA
Niat ke sekolah untuk menuntut Niat ke sekolah untuk
ilmu kerana Allah SWT menuntut ilmu
Menyaring ilmu yang bermanfaat Mendapatkan ilmu untuk
bagi menuju syurga Allah SWT manfaat kehidupan dunia
Rajah 11.2 Salah satu kondisi di antara pelajar dan pelajar berjaya di
dunia sahaja
Dalam membicarakan tentang peringkat kejayaan, sudah tentu
ada tahapnya. Peringkat kejayaan yang tinggi adalah cemerlang. Dalam
al-Quran, surah al-Baqarah ayat 2-5, menyenaraikan ciri-ciri orang yang
berjaya, iaitu orang yang beriman. Manakala, surah al-Mukmin ayat
1-11, menyenaraikan ciri-ciri orang beriman yang berjaya. Salah satu
ciri orang beriman ialah melakukan solat (al-Quran 2:3). Manakala, ciri
orang beriman yang berjaya ialah solat yang khusyuk (al-Quran 23:2). Hal
ini bermaksud, orang yang solat adalah orang yang berjaya dan orang
yang solat dengan khusyuk adalah orang yang cemerlang ( ).
Oleh itu, jika orang beriman adalah orang yang berjaya pada pandangan
Allah SWT maka, orang beriman yang berjaya adalah merupakan orang
yang cemerlang. Selain itu, Yusuf al-Qaradawi (2007) menyifatkan
kecemerlangan apabila seseorang itu mewarisi sifa Ibad al-Rahman
( )عباد الرحمنyang terkandung dalam surah al-Furqan (ayat 63-77). Mereka
yang memiliki sifat Ibad al-Rahman adalah individu yang menjaga
hubungan dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk Allah SWT
yang lain. Mereka tidak melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan
jika pernah melakukan kemungkaran mereka bertaubat dan melakukan
kebajikan.
210
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
Menurut Danial (2017) Islam tidak menolak kecemerlangan dunia
namun, kecemerlangan dunia hanya akan bermakna apabila menjadi
alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Apalah nilainya jika pelajar
yang cemerlang akademik, namun terlibat dengan perbuatan yang tidak
berfaedah apatah lagi yang memberi kesan buruk pada orang seperti
kes buli di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang
menggemparkan negara sehingga menyebabkan kematian (Agensi
Berita Nasional Malaysia 2017). Begitu juga dengan peningkatan jenayah
kolar putih seperti pecah amanah, rasuah dan sebagainya (Firdaus 2018).
Tidak kurang juga, mahasiswa yang mempunyai masalah kesihatan
mental sehingga mengambil langkah singkat dengan membunuh diri.
Mereka yang melakukan perbuatan tersebut merupakan golongan yang
cemerlang dari sudut akademik namun tidak cemerlang dari sudut
peribadi, akhlak dan spiritual. Jadi, di mana kelompangannya? Di sinilah
pentingnya nilai keimanan dan juga penghayatan nilai hamba (‘Ibad al-
Rahman) bagi mencapai kecemerlangan akhirat.
Selain itu, banyak kajian menunjukkan bahawa elemen spiritual
atau kerohanian mampu membentuk kualiti pendidikan khususnya
kepada para pelajar. Salasiah dan rakan-rakan (2012) mendapati
amalan spiritual ada kaitan dengan pencapaian akademik pelajar.
Revell (2008) pula mendapati keperluan menerapkan nilai kerohanian
dalam pembelajaran di sekolah bagi menghadapi gejala negatif kesan
pemodenan masyarakat. Campbell (2010) dalam kajiannya mengangkat
Gambar 11.2 Pemilihan peserta AMG yang memberi tumpuan kepada
kriteria holistik
211
BIMBINGAN MENARA GADING
peranan spiritual sebagai faktor penting dalam proses pendidikan.
Mohamad Shatar (2005) turut menyatakan aspek kerohanian berperanan
menyumbang kepada pembelajaran berkesan apabila berkait dengan
aspek psikologi dan mental dalam konteks kebergantungan manusia
kepada Tuhan.
Berdasarkan kajian literatur, kriteria kecemerlangan holistik
pelajar boleh diukur berdasarkan beberapa aspek utama, iaitu aspek
pembelajaran, kerohanian, akhlak, sosial, psikologi, dan kepimpinan.
Aspek pembelajaran iaitu berkaitan kesungguhan dengan menyiapkan
tugasan yang diberikan serta sentiasa menunjukkan peningkatan.
Daripada aspek kerohanian, iaitu menjaga ibadah fardu seperti solat
dan memperbanyakkan ibadah lain seperti membaca dan menghayati
al-Quran. Aspek akhlak, iaitu memiliki tingkah laku yang baik dan
menyenangkan. Aspek sosial, iaitu mempunyai hubungan yang baik
dengan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat. Aspek
psikologi pula pelajar sentiasa berada dalam keadaan tenang iaitu
mampu mengawal emosi dengan baik dan sering menunjukkan motivasi
yang positif. Manakala, aspek kepimpinan iaitu pelajar mampu bekerja
secara berkumpulan dan lebih mengamalkan konsep tolong-menolong
berbanding konsep persaingan. Rajah 11.3 menunjukkan kriteria
kecemerlangan holistik pelajar secara ringkas.
Dapat dirumuskan bahawa asas kecemerlangan adalah
kecemerlangan menuju akhirat. Menurut Zainal (2017) kecemerlangan
akhirat adalah kecemerlangan hakiki kerana tidak memerlukan
kecemerlangan lain selepas itu. Oleh itu, konsep merupakan
konsep kecemerlangan yang holistik. Konsep ini sepatutnya menjadi
kayu ukur kepada kecemerlangan seorang pelajar. Pelajar yang berkualiti
mampu dibentuk dengan menerapkan nilai dalam semua aktiviti
pelajar sama ada dalam kurikulum ataupun kokurikulum.
212
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
Kepimpinan Pembelajaran
Sosial Kerohanian
Psikologi Akhlak
Aspek Kecemerlangan Pelajar
Rajah 11.3 Aspek Kriteria Kecemerlangan Holistik Pelajar
PENUTUP
Gen Z yang mempunyai keistimewaan tersendiri mampu dan berpotensi
untuk mencapai kecemerlangan yang jauh lebih baik daripada generasi
terdahulu apabila pelbagai kemudahan teknologi yang dapat membantu
pelajar dalam proses pembelajaran. Namun begitu, teknologi ini juga
boleh menjadi alat perosak sekiranya pelajar tidak mempunyai nilai diri
dan tidak tahu mengawal serta menyaring maklumat yang tidak memberi
manfaat kepada perkembangan minda dan rohani pelajar. Konsep
yang dikehendaki Islam ialah melahirkan pelajar yang mencapai
keseimbangan yang holistik dalam menuju kecemerlangan seperti yang
telah diungkap dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM (2013-
2025). Terdapat beberapa ciri atau atribut yang perlu dimiliki oleh pelajar
melalui proses pendidikan yang mereka terima dan atribut ini mempunyai
persamaan konsep yang digambarkan dalam al-Quran.
213
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 11.3 Majlis Pelancaran Alumni AMG oleh Yang Amat Mulia Tengku
Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
214
KECEMERLANGAN HOLISTIK PELAJAR GENERASI Z
• BAHAGIAN 3 •
MOTIVASI
KEJAYAAN
215
BIMBINGAN MENARA GADING
216
BAGAIMANAKAH MENYERLAHKAN POTENSI DIRI?
Bagaimanakah
Menyerlahkan Potensi
Diri?
Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
DMFK Inspiration Sdn Bhd
PENGENALAN
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah.”
Allah SWT telah mencipta manusia dengan
berbekalkan pelbagai sumber yang ada dalam diri
dan perlu diserlahkan untuk cemerlang di dunia dan
di akhirat. Ramai di antara kita yang gagal untuk
mengenal sumber kehebatan diri. Natijahnya, ramai
yang gagal menyerlahkan potensi diri yang sebenar
hingga ke akhir hayat. Ini fenomena yang amat
merugikan. Potensi diri merupakan kemampuan
atau kekuatan dalam diri seseorang, sama ada di
sedari atau tidak, dan belum dimanfaatkan secara
maksimum oleh individu tersebut. Jika tiada usaha
untuk mengenal diri, seseorang itu tidak dapat
menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan
217
BIMBINGAN MENARA GADING
kekuatan yang dimiliki. Ilmu mengenal diri adalah untuk membongkar
segala kelebihan dan kekuatan yang Allah SWT berikan dan tidak lupa
juga untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahan yang ada dalam
diri. Dengan memupuk dan menyerlahkan kekuatan diri dan mengatasi
kelemahan diri, seseorang individu akan dapat membangunkan potensi
diri yang sebenar dan memahami hakikat kehidupan yang sebenar.
ANJAKAN PARADIGMA MENGENAI DIRI
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku dan Aku selalu menyertai
dia di mana ia ingat kepada Ku.” (H.R. Bukhari & Muslim). Hadis ini
menyarankan agar manusia yang beriman sentiasa bersangka baik
kepada Allah SWT dan berfikiran positif terhadap dirinya. Umar bin
Khatab R.A berkata: Orang yang paling aku sukai adalah orang yang
menunjukkan kesalahanku. Kata-kata Umar bin Khatab ini mendidik
kita untuk sentiasa berlapang dada dalam usaha untuk membangunkan
diri ke arah kecemerlangan. Malahan, teguran dan nasihat ibu bapa
dan guru merupakan ilham daripada Allah SWT untuk mendidik dan
membangunkan pelajar menjadi insan yang berjaya. Semoga semua
pelajar sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif ketika menerima
sebarang teguran atau nasihat daripada orang lain.
Gambar 12.1 Seminar Eksklusifkan Dirimu untuk membuat anjakan paradigma
218
BAGAIMANAKAH MENYERLAHKAN POTENSI DIRI?
Kajian di Malaysia, menunjukkan sekitar tiga peratus pelajar
yang yakin mereka pelajar cemerlang dan lebih 90 peratus pelajar yang
mengaku mereka golongan yang sederhana. Pelajar yang yakin mereka
golongan sederhana, amat sukar untuk dirangsang menjadi pelajar
cemerlang. Paradigma mengenal diri akan jadi penghalang kepada
usaha untuk transformasi diri ke arah kecemerlangan yang bersepadu.
Setiap pelajar harus memahami hakikat bahawa Tuhan mencipta setiap
insan untuk melengkapkan dunia, memberi nilai tambah yang signifikan
dan menjadi aset kepada masyarakat setempat dan alam sejagat.
Anjakan paradigma yang sebegini akan memacu pembangunan diri ke
arah pencapaian potensi yang sebenar.
PROFIL PERIBADI PELAJAR YANG GAGAL MENYERLAH
Berdasarkan kajian penulis, antara cabaran dan masalah yang dihadapi
pelajar yang gagal untuk menyerlahkan potensi diri yang sebenar adalah
seperti berikut:
1. Ingkar perintah Allah SWT dan cuai dalam melakukan ibadah
2. Tidak mendengar nasihat ibu bapa
3. Membenci atau tidak menghormati guru-guru
4. Gagal untuk mengenali peribadi diri yang sebenar
5. Hati yang tidak murni
6. Kurang mendoakan ibu bapa, guru-guru dan kawan- kawan
7. Tiada visi dan misi hidup yang jelas
8. Kehidupan yang tidak seimbang
9. Enggan melakukan perubahan dengan sengaja
10. Gagal membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang
dilakukan
11. Terlalu banyak masalah peribadi dan gagal mengurus diri
12. Mempunyai banyak sifat yang negatif
13. Terlalu taksub dengan penggunaan peranti dan alat elektronik
14. Tiada semangat untuk belajar
15. Gagal menggunakan teknik pembelajaran yang sesuai dengan gaya
pembelajaran individu
16. Tidak mempunyai kumpulan belajar (study group)
17. Silap dalam memilih kawan
18. Mengganggu atau dengki terhadap kawan
219
BIMBINGAN MENARA GADING
19. Sering mengulangi kesalahan yang sama
20. Mempunyai masalah nasisistik (merasai diri saja yang betul)
21. Tidak mempunyai semangat “survival”
22. Gagal menarik hidayah daripada Allah SWT
INTROSPEKSI DIRI PELAJAR
Ulama telah berpesan: “Barang siapa yang mengenal dirinya, dia
telah mengenal Tuhannya”. Justeru, kita wajib mengenal diri dengan
mendalam agar dapat menyerlahkan potensi diri yang sebenar. Antara
kaedah untuk mengenal diri adalah seperti berikut:
Nama Mempengaruhi Peribadi Seseorang
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tugas dan tanggungjawab bapa
terhadap anaknya ialah memberikan nama yang elok dan mendidik
adab.” (HR: al-Baihaqi). Nama bertindak sebagai doa dan juga terapi
kepada sifat negatif yang ada pada seseorang individu. Justeru, fahami
maksud nama seseorang itu dan panggil namanya yang lengkap atau
panggilan nama yang singkat tetapi mempunyai makna. Setiap individu
harus menghayati maksud namanya dan berusaha untuk membentuk
peribadi yang mulia sesuai dengan nama tersebut.
Ujian Psikometrik
Pakar psikologi telah membentuk ujian psikometrik untuk menilai
kesesuaian seseorang individu dalam bidang kerjaya berdasarkan
personaliti dan sikap individu tersebut. Ramai pelajar yang telah
menjalani ujian psikometrik untuk mendapat gambaran mengenai
personaliti mereka sebagai asas pembangunan kendiri.
Tarikh Lahir
Kedudukan matahari, bulan dan bintang berbanding kedudukan bumi
semasa seseorang individu dilahirkan, akan mempengaruhi peribadi
individu tersebut. Justeru, tarikh lahir seseorang dapat memberikan
gambaran mengenai peribadinya. Walau bagaimanapun, kita harus
waspada agar tidak terjebak dalam sebarang kaedah yang boleh
220
BAGAIMANAKAH MENYERLAHKAN POTENSI DIRI?
merosakkan akidah. Kajian ini merupakan alat untuk mengenal peribadi,
tetapi segala-galanya bergantung kepada ketentuan Allah SWT.
Keadaan Fizikal Mencerminkan Peribadi
Ramai sarjana yang menyarankan bahawa apa yang kita pamerkan di
luaran mencerminkan aspek dalaman kita sedangkan buah manggis
pun dapat ditentukan bilangan ulas isinya daripada kulitnya, inikan pula
manusia. Kajian menunjukkan bahawa majoriti anak yang mempunyai
wajah mirip wajah ibunya akan mempamerkan sifat, perlakuan,
kecenderungan, hobi, bakat, selera dan penyakit ibunya. Orang yang
hatinya murni dan sentiasa reda akan terpancar ketenangan pada
wajahnya. Justeru, kita harus berusaha untuk mencantikkan aspek
luaran dan dalaman kita secara seimbang agar disayangi Allah SWT dan
semua manusia.
Tulisan Menggambarkan Peribadi
Grafologi adalah satu bidang ilmu yang mengkaji perkaitan antara
bentuk tulisan dan peribadi seseorang. Penulis telah mempelajari dan
mengaplikasikan ilmu grafologi sejak 40 tahun yang lalu melalui bentuk
dan ciri-ciri tulisan tangan, sifat dan peribadi seseorang dapat dikenal
pasti. Apa yang lebih penting, dengan mengubah bentuk dan ciri-ciri
tulisan dengan sengaja, seseorang individu dapat berusaha untuk
mengubah sifat dan peribadinya. Jika dilakukan dengan kefahaman dan
keyakinan, tulisan tangan boleh digunakan sebagai terapi dan wahana
untuk pembaikan diri. Sebagai contoh, orang yang tulisannya besar
(lebih daripada 9mm) biasanya lebih extrovert, yakin diri, mempunyai
sifat kepemimpinan, pemurah, dan penyayang. Orang yang tulisannya
condong ke kanan lebih mudah berkawan, mudah berubah dan lebih
mudah dipujuk berbanding mereka yang tulisannya condong ke kiri.
Penulis telah membantu ratusan ribu pelajar di sekolah menengah dan
universiti untuk menyerlahkan potensi diri dengan mengubah tulisan
secara sistematik sejak tahun 1980. Pelajar yang mengaplikasikan ilmu
grafologi secara istiqamah, telah mempamerkan perubahan positif
dalam prestasi akademik, kokurikulum dan kehidupan bermasyarakat.
221
BIMBINGAN MENARA GADING
Nama
Mempengaruhi
Peribadi
Seseorang
Kenali Ujian
Diri Psikometrik
INTROSPEKSI
DIRI
Tulisan Tarikh
Menggambarkan Lahir
Peribadi
Keadaan
Fizikal
Mencerminkan
Peribadi
Rajah 12.1 Introspeksi Diri Anda
LANGKAH BIJAK UNTUK MENYERLAHKAN POTENSI DIRI
Orang yang biasa-biasa, tetapi bertindak luar biasa, akan menjadi
orang yang luar biasa dan eksklusif. Pelajar yang ingin menyerlahkan
potensi diri yang sebenar harus bersedia untuk melakukan langkah-
langkah yang sewajarnya secara berterusan. Kajian menunjukkan
sesuatu tabiat akan terbentuk dalam 40 hari. Justeru, pelajar yang ingin
menjana kecemerlangan diri harus gigih dalam menelusuri jejak ke arah
keunggulan diri.
Orang yang biasa-biasa,
tetapi bertindak luar biasa
Akan menjadi orang yang
luar biasa dan eksklusif
Rajah 12.2 Serlahkan Potensi Diri
222
BAGAIMANAKAH MENYERLAHKAN POTENSI DIRI?
Gambar 12.2 Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sedang berinteraksi dan
memberi motivasi kepada peserta AMG
Dalam usaha menyerlahkan potensi diri, berikut adalah langkah-langkah
yang boleh dilakukan, iaitu:
1. Kenali diri dengan mendalam, yakin kemampuan diri, sentiasa
optimistik dan tidak akan patah semangat.
2. Lakukan ibadah dengan sempurna untuk menjana kekuatan
rohani, mental, fizikal dan emosi. Ramai pelajar cemerlang yang
istiqamah melakukan solat-solat taubat, hajat, istikharah, tahajud
dan dhuha. Mereka juga membaca al-Quran setiap hari.
3. Menghormati ibu bapa, berbakti dan sentiasa mendoakan untuk
mereka.
4. Menghormati, menyayangi dan mendoakan semua guru sejak
tadika hingga sekarang.
5. Sayangi, tolong kawan dan elak daripada menganiaya kawan.
6. Belajar dengan niat untuk membantu atau mengajar orang lain.
Ada kajian yang menunjukkan bahawa pelajar yang belajar dengan
niat untuk menolong orang lain, akan mendapat sehingga 10 kali
daya kefahaman dan ingatan.
223
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 12.3 Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah bergambar kenangan
bersama sebahagian peserta AMG
7. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan bertindak
cemerlang.
8. Sentiasa melakukan setiap kegiatan sebaik mungkin dan sentiasa
berdisiplin.
9. Suka bertanya dan berinteraksi dengan guru.
10. Suka kepada setiap subjek yang dipelajari.
11. Sentiasa membuat persediaan yang rapi dan sentiasa siap siaga.
12. Memberi tumpuan yang maksimum kepada pengajaran guru dalam
kelas.
13. Membuat jadual waktu belajar yang anjal dan menarik.
14. Mengawal penggunaan peranti dan Internet.
15. Mengurus diri dan mengurus masa dengan sebaik mungkin.
16. Membentuk kumpulan belajar yang berdisiplin untuk membantu
dalam proses pembelajaran.
17. Memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada diri sendiri untuk
setiap kejayaan atau pembaikan yang di lakukan.
18. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat.
19. Mengamalkan riadah secara konsisten.
224
BAGAIMANAKAH MENYERLAHKAN POTENSI DIRI?
Gambar 12.4 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
Raja Permaisuri Agong bersama Kedutaan Besar Amerika Kuala Lumpur,
Presiden dan Rektor UIAM membincangkan tentang Program AMG
225
BIMBINGAN MENARA GADING
20. Melayari Internet, baca surat khabar dan tonton program televisyen
yang berfaedah untuk membuka minda dan mengetahui hal
semasa.
21. Jika ada peluang, hadiri kem motivasi atau kem kemahiran untuk
menginspirasikan diri.
22. Hadiri kelas tuisyen atau kelas tambahan dengan bersemangat.
23. Mencontohi dan ikut jejak mereka yang sudah berjaya.
24. Mahir mengenai sistem pembelajaran yang berkesan dan tekun
belajar.
25. Nilai diri secara berterusan dan lakukan perubahan dan pembaikan
diri mengikut keperluan.
PENUTUP
Proses untuk mengenal potensi diri yang sebenar bukanlah suatu perkara
yang mudah. Ramai orang yang gagal menjejaki potensi diri hingga ke
akhir hayat. Tiada tempoh tamat untuk mengenali potensi diri dan tiada
isu sudah terlewat untuk mengenal diri dan berubah. Beruntunglah
orang yang peka dan berazam untuk menyerlahkan potensi diri pada
awal usia. Moga diskusi di atas dapat menginspirasi pelajar menyedari
kepentingan menyerlahkan potensi diri untuk menjadi insan yang
terbilang dan diredai Allah SWT.
226
BAGAIMANAKAH MENYERLAHKAN POTENSI DIRI?
Persediaan Membina
Kerjaya Masa Depan
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Universiti Sains Islam Malaysia
PENGENALAN
“Discipline is the bridge between goals and
accomplishment” - Jim Rohn
Dalam alam baharu yang serba mencabar ini, bidang
kerjaya di negara ini turut merasai pengaruh dan
kesannya. Malaysia yang semakin membangun
dengan pesat bagi mengikut rentak globalisasi ini
amat memerlukan sumber manusia yang dapat
digunakan dalam sektor perkhidmatan, perindustrian,
perusahaan, pengangkutan, pembuatan, komunikasi,
teknologi maklumat dan pertanian sama ada di
sektor awam atau swasta, atau sebagai usahawan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya
dapat menampung keperluan negara buat masa
ini dan masa hadapan. Selaras dengan hasrat
negara untuk mencapai tahap negara maju adalah
penting rakyatnya diberikan pendidikan sejajar
227
BIMBINGAN MENARA GADING
dengan keperluan swasta bagi bidang tertentu seperti pengeluaran,
pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya. Oleh itu, dasar ini bukan
sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi kuantiti
tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya menggalakkan lebih
ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan
tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja.
Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan yang menekankan penyertaan
swasta secara aktif (Intan 1994).
Pekerja atau sumber manusia yang berkualiti merupakan elemen
paling penting dalam mencapai misi negara kita. Sejak Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK9) kerajaan telah menjadikan pembangunan
sumber manusia sebagai teras utamanya. Pembangunan sumber
manusia dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan
keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki
sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan
kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat (Laporan RMK9:249).
Maka, perancangan kerajaan berkaitan sumber manusia jelas membuka
peluang yang banyak kepada generasi muda untuk meningkatkan tahap
pendidikan atau kemahiran selepas menamatkan persekolahan.
KERJAYA
Arthur, Hall dan Lawrence (1989) mentakrifkan kerjaya sebagai satu
turutan perkembangan pengalaman seseorang dengan peredaran
masa. Manakala, Rohany dan Fatimah (1987) berpendapat kerjaya
merupakan satu rangkaian pekerjaan atau pengalaman yang dilakukan
oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan
tanggungjawabnya. Terdapat individu hanya mempunyai satu pekerjaan
dalam hidupnya sementara individu lain pula mempunyai lebih daripada
satu pekerjaan dan sering bertukar-tukar kerjaya di sepanjang hayat
mereka. Lazimnya, individu yang bertukar-tukar kerjaya disebabkan
oleh beberapa faktor seperti ingin meningkatkan pendapatan dan kualiti
hidup, memenuhi minta atau mencapai kepuasan bekerja.
Pemilihan kerjaya yang paling sesuai merupakan cabaran kepada
para pelajar atau orang dewasa yang ingin bertukar kerjaya mereka.
Proses pemilihan kerjaya biasanya bermula pada peringkat yang disebut
228
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
sebagai Kenal Diri, diikuti Penetapan Matlamat dan seterusnya Kenal
Peluang (Ananda Kumar 2006). Pada peringkat Kenal Diri, seseorang
akan mengenali minat dan kebolehannya secara terperinci dan jitu. Hal
ini memerlukan seorang profesional bidang psikologi dan personaliti
untuk menguji dan menentukan kecenderungan dan minat seseorang.
Peringkat kedua melibatkan Penetapan Matlamat dimana
seseorang akan memilih kerjaya yang paling sesuai berdasarkan profil
yang dikenal pasti pada peringkat pertama. Pada peringkat Mengenal
Peluang seseorang harus peka kepada persekitarannnya untuk
mengenali dan menggunakan peluang yang ada di sekitarnya untuk
mencapai kerjaya tersebut. Pemilihan kerjaya akan berlaku apabila
individu menyatakan keinginan dan maksud untuk memasuki atau
melibatkan diri dalam bidang pekerjaan. Dalam perkaitan ini, tiga perkara
perlu ada dalam membuat pemilihan kerjaya. Pertama, adanya beberapa
jenis pilihan – mesti ada dua atau lebih pekerjaan untuk dijadikan pilihan
dengan itu individu ada peluang untuk membuat pilihan kerja yang paling
ideal untuknya. Kedua, adanya insentif dalam membuat pilihan – Individu
bermotivasi untuk membuat pilihan tertentu kerana ada ganjaran
seperti sumber kewangan dan status dalam masyarakat. Ketiga, adanya
kebebasan memilih – Individu mestilah diberikan kebebasan untuk
memilih pekerjaan yang bermakna baginya.
1 Kenal Peluang
2 Penetapan Matlamat
3 Kenal Diri
Rajah 13.1 Proses Pemilihan Kerjaya
229
BIMBINGAN MENARA GADING
Jika kebebasan memilih disekat individu tidak dapat melakukan
pekerjaan yang paling ideal buat dirinya. Dan, ini memberi implikasi yang
besar kepada mutu kerja dan kepuasan peribadi individu. Proses bekerjaya
merupakan satu proses berterusan di mana individu melibatkan diri
dalam satu siri pekerjaan yang boleh membantu kepada perkembangan
peribadi terutamanya dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Amat
penting untuk seseorang individu membuat pemilihan kerjaya yang paling
sesuai untuk dirinya kerana apa yang diceburi ini banyak menyumbang
kepada kepuasan hidup pada masa hadapan. Kepuasan dengan pekerjaan
yang diceburi telah dikaitkan dengan beberapa perkara seperti penurunan
kadar penyakit fizikal, peningkatan tahap kesihatan mental (Cohen 1984),
melahirkan perasaan optimistik dan gembira serta perasaan dipunyai atau
dimiliki oleh kumpulan tertentu serta meningkatkan harga diri individu
(Anerbach & Grambling 1998).
PELUANG KERJAYA KONVENSIONAL
Kerjaya seseorang itu banyak dipengaruhi oleh jurusan yang diikuti sejak
pada peringkat sekolah menengah dan seterusnya di institusi pengajian.
Jurusan seperti sains, teknikal dan sastera ikhtisas di peringkat sekolah
adalah landasan para pelajar untuk menentukan pilihan. Apapun,
dalam pemilihan sesuatu kerjaya yang diminati atau dicita-citakan,
para pelajar perlu melihat dan mengkaji keperluan kerjaya di pasaran
dalam kedua-dua sektor, awam dan swasta supaya cita-cita kerjaya
tidak tersekat akibat ketiadaan pekerjaan. Kerjaya konvensional
seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraaan, undang-undang,
seni bina dan perguruan, masih menjadi rebutan calon lepasan sekolah
menyebabkan bidang-bidang ini menjadi pilihan utama dalam kalangan
pelajar cemerlang. Hal ini kerana bidang tersebut dilihat mempunyai
prospek kerjaya yang baik di pasaran pekerjaan.
Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan
Bidang perubatan, pergigian dan sains kesihatan dilihat sebagai bidang
kerjaya yang sentiasa memerlukan tenaga kerja khususnya yang
berkelulusan ijazah profesional. Sesetengah pelajar mahupun ibu bapa
sangat mengharapkan agar mereka atau anak-anak mereka berjaya
230
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
melanjutkan pengajian di bidang perubatan, pergigian atau farmasi dan
seterusnya bekerjaya sebagai doktor perubatan atau doktor pergigian
atau ahli farmasi. Kerajaan juga dari semasa ke semasa akan menambah
tenaga kerja dalam kategori pembantu kesihatan iaitu jurupulih
pekerjaan, inspektor kesihatan, pembantu perubatan, pembantu
makmal perubatan, pembantu pergigian, jururawat pergigian, pembantu
farmasi, dan jururawat. Selain itu, profesion sains kesihatan, termasuk
ahli fisioterapi, ahli pengimejan dianostik dan radio terapi, ahli kesihatan
persekitaran, ahli dietetik, ahli optometri, ahi terapi pertuturan, dan
ahli bioperubatan mempunyai prospek kerjaya yang baik. Hal ini kerana
kerjaya ini masih kurang diceburi di negara ini sedangkan permintaannya
adalah positif.
Kejuruteraan
Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan
lagi permintaan terhadap profesion jurutera serta yang berkaitan
dengannya. Sektor awam dan swasta memerlukan jurutera dalam
pelbagai bidang termasuk jurutera awam, elektrik dan elektronik,
kimia, dan mekanikal. Selain itu, negara memerlukan jurutera dalam
bidang bioperubatan, aeroangkasa, mekatronik, proses, sumber asli, kaji
terbang, telekomunikasi, dan pertanian.
Kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh institusi pengajian dan
kolej awam dan swasta berasaskan kejuruteraan jelas menunjukkan
bahawa kerajaan ingin memberi peluang kepada lebih ramai pelajar
melanjutkan pengajian dalam bidang ini bagi memenuhi permintaan
pasaran pekerjaan di negara ini. Negara ini juga sentiasa memerlukan
profesional sebagai juruteknik dalam pelbagai sektor termasuk
komputer, elektrik, bangunan, dan telekomunikasi.
Teknologi Maklumat
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sentiasa mendapat
perhatian daripada kerajaan. Sejak pada peringkat persekolahan, para
pelajar didedahkan dengan ICT supaya pada akhirnya masyarakat
celik ICT. Kerajaan memberi penekanan kepada bidang ini agar rakyat
mendapat faedah daripada ICT di samping mampu menguasainya dan,
231
BIMBINGAN MENARA GADING
seterusnya membuka banyak peluang kerjaya kepada para pelajar.
Kepesatan industri ICT serta aplikasinya dalam operasi pengeluaran dan
perkhidmatan akan mewujudkan keperluan terhadap kemahiran baharu.
Pekerja ICT termasuk jurutera sistem dan perkakasan, pemaju
dan jurutera perisian, juruanalisis sistem dan perniagaan, pengaturcara
program komputer, dan sokongan teknikal diperlukan oleh pasaran
pekerjaan. Selain, lulusan dalam bidang ini boleh menceburi kerjaya
sebagai pentadbir rangkaian data, eksekutif sistem pengurusan
maklumat, eksekutif pemasaran (perisian/perkakasan), pentadbir
pangkalan data, saintis maklumat, dan pegawai maklumat.
Pertanian
Kerajaan sentiasa mengambil langkah dengan menggiatkan sektor
pertanian bagi meningkatkan sumbangannya kepada pertumbuhan
serta pewujudan kekayaan. Penekanan diberi kepada pengeluaran
makanan melalui pembabitan sektor swasta secara lebih besar dalam
perladangan moden dan berskala besar terutamanya dalam kawasan
pengeluaran makanan kekal. Sumber baharu pertumbuhan juga
dibangunkan terutama dalam keluaran barangan berasaskan herba yang
bernilai tinggi, ikan hiasan dan bunga-bungaan, industri bioteknologi
serta pelancongan agro, dan pelancongan eko. Maka, pekerjaan utama
yang tinggi permintaannya adalah dalam bidang bioteknologi, aeroponik,
hidroponik, dan perladangan organik.
Usaha kerajaan untuk menggiatkan semula sektor pertanian
tentunya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Usaha ini dijangkakan menarik minat tenaga kerja untuk menceburi
sektor ini kerana mampu menjamin kerjaya yang lebih baik. Perkembangan
ini jelas menunjukkan bahawa lebih banyak peluang pekerjaan dapat
diwujudkan untuk para lepasan institusi latihan menceburi bidang
pertanian khususnya pertanian moden yang mengunakan pendekatan
bioteknologi, aeroponik, hidroponik, dan perladangan organik. Latihan
yang diperoleh daripada institusi latihan pertanian, misalnya membuka
peluang kepada generasi muda untuk menceburi pekerjaan termasuk
landskap, nurseri tanaman, perladangan, rekreasi, pemprosesan, dan
perusahaan pertanian.
232
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
Seni Bina dan Perancangan Bandar
Bidang seni bina dan perancangan bandar berkait rapat dengan
perancangan dan pembangunan fizikal yang kini dilihat tumbuh begitu
pesat di negara ini. Bidang seni bina dilihat mempunyai prospek kerjaya
yang sangat baik dan harus menjadi pilihan dan minat para pelajar.
Bidang ini memerlukan ahli seni bina bangunan dan ahli seni bina
lanskap. Akibat kepesatan pembangunan khususnya di bandar-bandar
besar dan kemunculan bandar baharu yang lebih terancang, ramai ahli
seni bina bangunan yang berkhidmat dengan syarikat pemaju, perunding,
pembekal bahan serta syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan.
Seni bina langskap adalah pelengkap kepada pembangunan fizikal
dan infrasutruktur selain, sebagai pengikat antara kesimbangan alam
sekitar dengan manusia. Kerajaan telah mewajibkan aspek lanskap
diambil kira dalam semua bentuk pembangunan di kawasan perumahan
di samping memastikan setiap skim perumahan disediakan dengan
pelan lanskap yang sewajarnya. Ahli seni bina lanskap boleh berkhidmat
sebagai perancang lanskap, perancang taman rekreasi dan perumahan,
pengurus tapak semaian dan perunding lanskap.
Ahli perancangan bandar juga diperlukan dari semasa ke semasa
kerana pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-
bandar baharu dan kawasan penempatan dan industri memerlukan
perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik bagi mengelak
masalah pada masa hadapan. Perkembangan ini tentunya akan
membuka peluang kerjaya kepada lulusan bidang ini.
Pendidikan
Kerjaya dalam bidang pendidikan iaitu guru dan pensyarah sememangnya
diminati ramai pelajar. Penambahan sekolah akibat peningkatan bilangan
murid menyebabkan tenaga manusia, iaitu guru diperlukan dari semasa
ke semasa. Begitu juga kerjaya sebagai pensyarah boleh diberi perhatian
serta menjadi pilihan kepada mereka yang berminat. Penambahan
bilangan universiti dan institusi pengajian tinggi dan program-program
pengajian baharu dari semasa ke semasa pasti memerlukan lebih ramai
tenaga akademik untuk mengajar di institusi tersebut.
233
BIMBINGAN MENARA GADING
Undang-undang
Malaysia masih kekurangan sumber manusia khususnya Bumiputera
yang menceburi bidang perundangan oleh kerana kekurangan tersebut,
maka mereka yang berkelayakan mempunyai peluang kerjaya yang
cukup luas. Kerjaya dalam bidang ini adalah luas kerana ia merangkumi
segala aspek kegiatan manusia, ekonomi, politik, dan sebagainya.
Dewasa ini mereka yang kelulusan undang-undang boleh berkhidmat
dalam sektor kerajaan atau swasta serta di institusi perundangan dan
kehakiman, kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah,
dan insurans sebagai penasihat undang-undang.
Perakaunan
Perakaunan masih merupakan satu bidang penting tetapi masih
kurang penglibatan khususnya dalam kalangan bumiputera. Kerjaya
yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin
antara faktor penyumbang yang menyebabkan pelajar kurang berminat
menceburi bidang ini. Perkembangan pesat sektor ekonomi dan
perdagangan negara telah membuka ruang yang cukup luas kepada
lulusan dalam bidang ini kerana setiap agensi kerajaan dan syarikat
swasta yang terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
memerlukan individu yang berpengetahuan dalam perakaunan. Peluang
pekerjaan bukan hanya kepada jawatan sebagai akauntan profesional,
tetapi kepada jawatan sokongan dalam profesion ini.
Calon boleh mengisi jawatan yang berkaitan perakaunan seperti
pembantu tadbir akaun atau penolong pegawai akaun yang memerlukan
kelulusan sijil atau diploma seperti simpan kira, pengajian perniagaan,
perakaunan, dan perakaunan perniagaan seperti yang ditawarkan di
politeknik dan kolej komuniti atau kolej swasta yang diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komunikasi dan Media
Bidang komunikasi dan media dilihat masih penting dan relevan
kepada negara. Apatah lagi dengan kemunculan teknologi komunikasi
baharu telah mencetus perkembangan positif dalam bidang ini di
Malaysia. Profesion dalam bidang perhubungan awam, periklanan,
234
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
kewartawanan, penerbitan, dan penyiaran mempunyai potensi untuk
berkembang, seterusnya menjanjikan peluang kerjaya yang luas.
Profesion perhubungan awam diperlukan bagi membantu menaikkan
imej positif organisasi yang diwakilinya. Periklanan diperlukan oleh
sektor swasta bagi membantu mengiklan dan memperkenalkan produk
dan perkhidmatan yang dijual kepada publik.
Profesion kewartawanan juga mampu meneroka peluang kerjaya
dalam industri ini. Organisasi media cetak dan elektronik memerlukan
lulusan kewartawanan untuk berkhidmat dengan mereka. Sementara
itu, bidang penerbitan juga terus berkembang di negara ini. Selain
penerbitan bercetak, penerbitan elektronik di Internet dilihat akan terus
berkembang kesan daripada teknologi komunikasi yang semakin meluas
penggunaan di negara ini. Stesen televisyen dan radio memerlukan
tenaga sokongan yang mahir seperti juruhebah, pelukis grafik, pereka
animasi, jurukamera, juruteknik, pembantu produksi multimedia.
Psikologi dan Kaunseling
Bidang psikologi khususnya kaunseling terus berkembang dalam
masyarakat memandangkan bidang ini mempunyai kaitan langsung
dengan kelakuan manusia. Bidang ini merupakan profesion yang
memerlukan seseorang yang berkemahiran, berkebolehan serta
berpengetahuan bagi membantu menyelesaikan masalah yang
berlaku kepada manusia. Pelbagai gejala sosial yang negaif berlaku di
sekeliling kita tentunya memerlukan pakar psikologi dan kaunseling
bagi membantu mengatasinya. Negara memerlukan ramai kaunselor
profesional untuk membantu menangani dan memantapkan tahap
kesihatan mental, emosi, dan tindakan dalam usaha memajukan diri,
keluarga dan negara. Pakar kaunseling ini juga diperlukan di sekolah.
Malah, terdapat syarikat-syarikat melantik ahli psikologi atau kaunselor
untuk menangani staf mereka yang mengalami masalah seperti tekanan
kerja.
235
BIMBINGAN MENARA GADING
1 Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan
2 Kejuruteraan
3 Teknologi Maklumat
4 Pertanian
5 Seni Bina dan Perancangan Bandar
6 Pendidikan
7 Undang-undang
8 Perakaunan
9 Komunikasi dan Media
10 Psikologi dan Kaunseling
Rajah 13.2 Peluang Kerjaya Konvensional
KERJAYA ALAF INDUSTRI 4.0
Berdasarkan perbincangan tersebut menunjukkan kerjaya dalam bidang
konvensional atau tradisi masih diperlukan oleh pasaran pekerjaan
di negara ini. Apa yang menarik, banyak bidang kerjaya tersebut telah
melalui proses permodenan hasil perkembangan teknologi masa kini.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, semakin banyak bidang
kerjaya baharu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan
semasa serta masa hadapan hasil daripada Revolusi Industri 4.0 (4IR atau
Industri 4.0). Bagi memenuhi permintaan sumber profesional di pasaran
kerja baharu ini, universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan dan
236
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
luar negara telah menyahut perkembangan ini dengan menawarkan
program pengajian berkaitan kepada calon yang berkelayakan dan
berminat menceburi bidang tersebut.
Para pelajar yang berminat kepada kerjaya baharu tersebut perlu
melakukan pembacaan dan penyelidikan mengenainya melalui media
massa khususnya lnternet. Dengan demikian, dapat memahami dengan
mendalam mengenai kerjaya baharu tersebut.
Saintis Data
Jurutera Robotik
Digital Marketers
Rajah 13.3 Kerjaya Alaf Industri 4.0
Para profesional dalam kerjaya baharu ini lazimnya memperolehi
pendapatan tinggi daripada majikan atau pelanggan yang merupakan
syarikat yang menggunakan kepakaran mereka. Banyak pihak telah
menganalisis dan berkongsi pendapat di media massa dan media sosial
mengenai kerjaya yang dikategorikan sebagai baharu yang sangat
diperlukan pada masa kini dan hadapan. Pengasas dan Pengerusi
Eksekutif, Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab, menerusi
bukunya, The Fourth Industrial Revolution menjelaskan bahawa Industri
4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu oleh
tiga domain teknologi utama, iaitu fizikal, digital dan biologikal yang
merentasi sembilan tonggak Industri 4.0. Ia merangkumi simulasi dan
realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri “Internet
of Things” (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan
bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.
Maka, untuk mendepani cabaran Industri 4.0, para pelajar institusi
pengajian tinggi mesti keluar daripada kebiasaan. Bagi membantu para
pelajar, WEF menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C, iaitu
237
BIMBINGAN MENARA GADING
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi, kerjasama, dan
kreativiti (www.bharian.com.my, 11 Jun 2017).
Menurut Pengarah Michael Page Malaysia, May Wah Chan (2019),
permintaan terhadap pasaran kerja di negara ini bagi dekad akan datang
akan menyaksikan peralihan daripada berintensifkan pekerja tradisional
kepada pekerjaan bergaji tinggi yang memerlukan kemahiran teknologi.
Pekerjaan yang berkaitan aspek seperti keselamatan siber, data raya,
perlindungan data dan kecerdikan buatan serta robotik juga akan lebih
mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja. Berikut adalah beberapa
kerjaya yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan serta menjanjikan
pendapatan yang tinggi di negara ini.
Saintis Data
Saintis data sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana dunia hari ini
berada di era digital. Individu yang memiliki kemahiran dalam bidang
penyelidikan data sangat diperlukan untuk membantu merancang
strategi yang lebih berkesan terutamanya dalam sektor perniagaan.
Pada masa ini dan masa hadapan, dunia perniagaan menggunakan
cara baharu yang sangat bergantung kepada data raya supaya usaha
mempromosi dan menjual barangan dan perkhidmatan kepada
pelanggan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berjaya.
Maka, mereka perlu menggunakan khidmat saintis data untuk
membantu merancang strategi perniagaan yang lebih berkesan.
Perkembangan ini menyebabkan banyak universiti dan institusi
pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini menawarkan program
pada peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bagi menampung
permintaan sumber manusia dalam bidang ini (https://afterschool.my).
Jurutera Robotik
Pengunaan robot sedang berkembang pesat dalam industri perkilangan
seperti automotif, makanan, minuman dan produk kesihatan. Semua
menggunakan pakai khidmat robot untuk mempercepatkan proses
pengeluaran produk, meningkatkan jumlah pengeluaran, menjimatkan
masa, wang, tenaga, dan sebagainya. Maka, sumber profesional dalam
kejuruteraan robotik diperlukan untuk mengendalikan robot sekali gus
memastikan kelancaran aktiviti pengeluaran produk.
238
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
Dengan kewujudan beratus-ratus kilang yang bergantung kepada
penggunaan robot, tentunya membuka banyak peluang pekerjaan.
Perkembangan ini menyebabkan banyak institusi pengajian tinggi di
negara ini menawarkan program kejuruteraan mekatronik dan robotik
pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda bagi menghasilkan
sumber manusia yang mahir dalam bidang ini (https://afterschool.my).
Digital Marketers
Digital marketers merupakan individu yang terlibat dalam aktiviti
pemasaran secara digital yang melibatkan peranti elektronik atau Internet.
Contohnya, periklanan melalui enjin carian (yahoo, google), media sosial,
emel, dan laman web. Kelebihan pemasaran secara digital ini adalah
dapat menyebarkan maklumat iklan kepada berjuta orang berbanding
kaedah lama melalui banting, poster, dan sebagainya. Memandangkan
ianya adalah bidang kerjaya yang baharu tetapi khidmatnya sangat
diperlukan oleh semua perniagaan, maka banyak institusi pengajian tinggi
menawarkan kursus ini (https://afterschool.my).
Bekerja secara Bebas
Satu lagi trend pekerjaan yang menjadi pilihan masa kini dalam
kalangan generasi millenia adalah bekerja secara bebas (freelance)
tanpa terikat dengan jadual waktu pejabat. Dalam kajian yang dijalankan
oleh Perkhidmatan Sumber Manusia Paychex, pasaran freelance telah
menunjukkan pertumbuhan pesat sejak tahun 2000. Kebangkitan
‘startup’, generasi millenia yang menginginkan jadual kerja yang lebih
anjal disokong oleh perkembangan ICT yang berterusan merupakan
antara faktor yang menyebabkan peralihan kepada bekerja secara
‘freelance’ ini berlaku. Menurut kajian tersebut, pada tahun 2019 terdapat
sembilan jenis pekerjaan ‘freelance’ yang mendapat bayaran tertinggi.
Pekerjaan tersebut adalah pembangunan laman web, pengaturcaraan,
pemasaran Internet, penterjemahan, pakar keselamatan digital,
penasihat undang-undang/guaman, penyuntingan video, penulisan, dan
lakonan suara (https://blog.invoicely.com).
239
BIMBINGAN MENARA GADING
SUMBER MANUSIA YANG SEIMBANG
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi) dengan menggariskan 10 Lonjakan bagi mencapai aspirasi
sistem dan aspirasi pelajar dan seterusnya memacu Malaysia menjadi
negara maju berpendapatan tinggi. Lonjakan ini akan mendorong
kecemerlangan berterusan, para pelajar dalam sistem pendidikan tinggi
seterusnya menyediakan mereka sebagai sumber manusia seimbang
untuk pasaran pekerjaan kelak. Selain itu, menjelaskan kaedah untuk
menangani isu berkaitan pengaruh persekitaran global yang semakin
mencorakkan landskap pendidikan tinggi negara ini. Pelan tersebut
dibentuk sejajar dengan keperluan dan tuntutan Industri 4.0.
Antara strategi yang terkandung dalam PPPM 2015-2025
adalah para pelajar perlu menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang merupakan
bahasa komunikasi antarabangsa. Pelajar juga harus mengambil inisiatif
untuk mempelajari satu bahasa global tambahan seperti bahasa Arab,
Mandarin atau Jepun sebagai nilai tambah.
Para pelajar juga perlu menghayati pendapat yang pelbagai,
berfikir secara kritikal dan inovatif, dan berkemahiran menyelesai
masalah serta berciri keusahawanan. Selain itu, mempunyai sikap ingin
tahu dan inovatif, boleh mengaplikasi dan menjana pengetahuan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.
Pelan tersebut juga mahukan para pelajar menguasai bidang
pilihan mereka, mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan
negara, di samping menghubung dan mengaplikasikan pengetahuan
yang dipelajari. Mereka juga mampu menghargai kesenian dan
kebudayaan, serta sains, teknologi kejuruteraan, dan matematik
(STEM). Melalui PPPM ini juga para pelajar diasuh supaya mempunyai
jati diri kebangsaan serta menghargai kepelbagaian yang wujud dalam
masyarakat majmuk yang merupakan aspirasi negara.
Oleh itu, generasi muda perlu dididik untuk menghadapi masa
hadapan yang semakin mencabar, bukan sahaja melengkapkan mereka
dengan kemahiran dan asas etika yang mantap, malah memperkasa daya
tahan dan meningkatkan ciri keusahawanan bagi meneroka peluang
240
PERSEDIAAN MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN
pekerjaan baharu. Matlamat akhir PPPM 2015-2025 untuk melahirkan
graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang yang berjiwa
mulia sebagai aset penting negara masa kini dan akan datang.
Menguasai Pelbagai Bahasa
Berfikir Secara Kritikal dan Inovatif
Berkemahiran Menyelesai Masalah
Berciri Keusahawanan
Sikap Ingin Tahu
Menguasai Bidang yang Dipilih
Rajah 13.4 Sumber Manusia Seimbang
PENUTUP
Hakikatnya, setiap individu bercita-cita mendapat pekerjaan yang
terbaik baginya selepas menamatkan persekolahan atau pengajian.
Status kerjaya yang diingini bergantung pula kepada kelulusan akademik
yang dicapai. Usaha kerajaaan secara berterusan dalam memajukan dan
mengembangkan ekonomi telah memberi ruang yang banyak dan selesa
kepada generasi muda khususnya untuk mendapatkan pekerjaan yang
menjadi pilihan mereka. KPM melalui PPPM 2015-2025 berusaha untuk
melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang yang
merupakan aset penting negara ini yang mampu memenuhi pasaran
pekerjaan masa hadapan.
241
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 15.1 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah menyampaikan Sumbangan Dana Endowment Tengku
Ampuan Afzan kepada UKM bagi aktiviti penyelidikan dan AMG
242
KERANGKA MINDA PELAJAR CEMERLANG
Kerangka Minda
Pelajar Cemerlang
Dr. Ramli Saadon
Prof. Madya Dr. Khairy Ariffin
Universiti Pendidikan Sultan Idris
PENGENALAN
“Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang
kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan
tindakan, tetapi kebiasaan” - Aristoteles
Dunia persekolahan merupakan alam yang penuh
dengan pelbagai cabaran dan kenangan samada
pahit atau manis bagi setiap insan yang bergelar
murid atau pelajar. Mengikut peraturan dan undang-
undang sedia ada di Malaysia, semua individu yang
berumur tujuh tahun dan ke atas perlu melalui sistem
pendidikan wajib yang bermula daripada darjah satu
hingga tingkatan lima. Alam persekolahan murid di
Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat penting
iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah. Di
peringkat rendah, murid dibahagikan kepada dua
tahap iaitu tahap satu dan tahap dua yang merangkumi
murid darjah satu hingga tiga dan tahap dua terdiri
243
BIMBINGAN MENARA GADING
daripada murid darjah empat sehinggalah ke darjah enam. Ketika murid
berada di tahun enam, murid perlu menduduki peperiksaan umum yang
dikenali sebagai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Penilaian ini
membolehkan murid mengenal pasti tahap kecemerlangan diri masing-
masing setelah belajar selama enam tahun di peringkat sekolah rendah
serta dapat membuat pilihan untuk memilih aliran contohnya aliran
sains, aliran sukan dan sebagainya setelah ke sekolah menengah nanti .
Selain itu, penilaian ini juga membolehkan murid membuat pilihan untuk
memilih institusi pendidikan seterusnya untuk menyambung pelajaran
masing-masing samada ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah
Sains Mara, ke sekolah harian biasa dan sebagainya. Walau apa pun,
penilaian ini bukanlah bermakna menyekat mereka untuk menyambung
pelajaran ke peringkat sekolah menengah bagi murid yang mendapat
keputusan yang kurang memberangsangkan. Disebabkan negara kita
menetapkan pendidikan wajib sehingga tamat tingkatan lima, proses
menyaring pelajar dari tingkatan satu untuk ke tingkatan empat tidaklah
begitu ketat. Ketika belajar di Tingkatan Tiga, mereka perlu menduduki
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan beberapa subjek yang perlu
dilalui dengan sistem peperiksaan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hal ini bermakna terdapat subjek yang
disediakan mengikut norma sekolah tempat murid itu belajar. Ketika
berada di tingkatan lima pelajar perlu berdepan dengan peperiksaan
kebangsaan yang seolah-olah menjadi penentu kepada cerah atau
gelap masa depan seseorang pelajar itu menjelang umur dewasa
kelak. Oleh itu, dalam konteks ini setelah Malaysia merdeka melebihi
60 tahun, sesuatu yang patut dilihat dan perlu diberi perhatian adalah
samada kecemerlangan seorang pelajar itu ihanya dinilai berasaskan
peperiksaan semata- mata ataupun perlu kepada perubahan minda
ataupun paradigma baharu dalam melihat masa depan secara terpisah
ataupun lebih bersifat global. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang dilihat dapat menjadi penyumbang tenaga muda terpenting,
jika tidak digarap dengan sebaik-baiknya akan membawa kerugian
kepada pembangunan negara secara keseluruhannya. Oleh itu, kerajaan
perlu melonjakkan taraf pendidikan negara kita setaraf dengan negara-
negara maju yang lain seperti Jepun.
244
KERANGKA MINDA PELAJAR CEMERLANG
MINDA PELAJAR DALAM SPM
Mengukur minda pelajar yang dianggap cemerlang lebih tertumpu kepada
peperiksaan kebangsaan di Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Boleh dikatakan secara purata lebih 400 ribu pelajar akan menduduki
peperiksaan SPM saban tahun. Pelbagai persiapan diadakan di peringkat
sekolah, komuniti dan juga keluarga.
Bagi ibu bapa, mereka mengharapkan anak-anak mereka
cemerlang agar dapat meneruskan pengajian di peringkat yang lebih
tinggi. Oleh itu, bebanan ibu bapa dan keluarga dalam memastikan anak-
anak untuk berjaya dalam SPM amat berat. Ada yang sanggup berkorban
tenaga dan wang ringgit demi pelaburan masa depan anak-anak
seperti menghantar anak-anak ke kelas-kelas bimbingan. Keadaan ini
berlaku disebabkan ada ibu bapa yang berasakan ilmu yang dicurahkan
oleh guru-guru pada waktu persekolahan tidak mencukupi bagi anak-
anak mereka. Persoalan penting dalam hal ini adalah, adakah aspek
kecemerlangan pelajaran itu datang daripada usaha-usaha tersebut
sahaja? Jika di sekolah harian, pelbagai aktiviti yang tentunya dengan
masa yang terhad perlu dikejar oleh guru-guru bagi memastikan para
pelajarnya mampu mendapat keputusan yang diharapkan. Manakala di
sekolah- sekolah yang lebih ekslusif sifatnya seperti Sekolah Berasrama
Penuh, pelbagai aspek berkaitan dengan program kecemerlangan
disediakan tanpa henti seolah-olah pelajar menjadi robot yang disuap
dengan pelbagai maklumat bagi membolehkan para pelajar menjawab
soalan peperiksaan persis skema jawapan.
Keadaan ini sebenarnya akan membawa kepada suatu persepsi
bahawa peperiksaanlah yang menjadi penentu kepada tahap
kecemerlangan seseorang individu dan nilai-nilai lain akan hadir
sekiranya pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan sedangkan banyak
aspek lain yang boleh menjadi penanda aras bagi mengukur tahap
kecemerlangan seseorang individu. Inilah yang menjadi persoalan
penting terhadap peranan sekolah iaitu, adakah pihak sekolah hanya
tertumpu kepada sistem peperiksaan sahaja untuk melahirkan generasi
yang cemerlang sedangkan apabila negara mahu berstatus negara
maju atau ingin setaraf dengan negara maju yang lain, banyak aspek
kecemerlangan harus dititik beratkan dan perlu wujud dalam minda
pelajar itu sendiri. Walaupun begitu, aspek ini kurang dititik beratkan
245
BIMBINGAN MENARA GADING
disebabkan asas pengukuran kecemerlangan seseorang individu lebih
tertumpu kepada keputusan yang dapat menghimpunkan jumlah
“A” yang banyak. Walaupun secara umumnya kecemerlangan dalam
peperiksaan itu ipenting, namun nilai-nilai kehidupan seperti amalan
murni, keagamaan, kepimpinan dan sebagainya perlu diterapkan dalam
diri agar dapat melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi
kebijaksanaan dan akhlaknya.
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Pendemokrasian pendidikan di Malaysia membawa kepada usaha
setiap generasi muda untuk memilih dan menentukan sendiri
keupayaan masing-masing dalam pembangunan ekonomi pada masa
hadapan. Dengan perkataan lain, mereka mempunyai kebebasan
dalam mencari dan menentukan hala tuju kerjaya mereka berasaskan
keupayaan minda dan nilai tambah yang dimiliki. Oleh itu, minat dan
kecenderungan terhadap aspek akademik adalah aspek penting bagi
membolehkan calon-calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
SPM mengukur keupayaan terhadap bidang-bidang yang patut diceburi
bagi membolehkan seseorang itu berminat dengan kerjaya mereka pada
masa hadapan. Sekiranya bimbingan yang betul diberi kepada mereka
khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPMsaban tahun
akan dapat menentukan bidang kerjaya dan dapat mengelakkan kerugian
terhadap tenaga muda tersebut.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan bahawa
semua individu yang merujuk kepada kalangan murid yang melalui
sistem persekolahan di Malaysia mempunyai potensi untuk mencapai
hasrat yang diharapkan melalui proses sosialisasi di peringkat sekolah.
Oleh itu, melalui pencapaian akademik dan sokongan akademik mampu
melahirkan pelbagai nilai tambah terhadap perkembangan potensi
murid yang akan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara
pada masa akan datang.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
246
KERANGKA MINDA PELAJAR CEMERLANG
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Menyingkap kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas
mengatakan bahawa kalangan pelajar yang diharapkan lahir dari sistem
persekolahan di negara ini adalah seorang individu yang cemerlang.
Namun, aspek penting yang perlu disedari oleh semua pihak yang
terlibat dalam sistem pendidikan adalah usaha untuk menjadikan
seseorang pelajar itu cemerlang. Sifat cemerlang itu digambarkan
sebagai seimbang dalam pemikiran mereka yang memperlihatkan
kesihatan mental dan fizikal. Oleh itu, nilai tambah ini sering dilupakan
kerana nilai kecemerlangan lebih banyak tertumpu kepada peperiksaan
dan mengejar gred yang dikelaskan sebagai “A” atau “A+”. Oleh itu,
pendefinisian minda cemerlang perlu diukur dari segala aspek bahawa
pencapaian akademik perlu seimbang dengan nilai yang sifatnya setara
seperti yang digambarkan dalam slip keputusan peperiksaan.
Begitu juga kandungan Akta Pendidikan yang menekankan kepada
kecemerlangan pelajar yang dilahirkan dari sistem persekolahan di
Malaysia.
“Dan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan
masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global,
kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.”
(Akta Pendidikan - Dalam Mukadimah Akta Pendidikan 1996)
Jelas sekali dalam Akta Pendidikan 1996, aspek kecemerlangan
pendidikan yang menjadi asasnya adalah pengetahuan dan daripada
pengetahuan tersebut perlu diberi makna sama ada ia memberi makna
sebenar ataupun sifatnya sekadar himpunan pelbagai pengetahuan
dan hanya menjadikan pelajar sebagai stor untuk mengumpul
pengetahuan.
Jelas sekali bahawa, perkataan bersaing memberi makna yang
amat mendalam iaitu sebagai nilai tambah yang bersifat sejagat hasil
247
BIMBINGAN MENARA GADING
Pengetahuan Kemahiran
Berfikir
Identiti MINDA Kemahiran
Nasional PELAJAR Memimpin
Etika dan Kemahiran
Kerohanian Dwibahasa
Rajah 14.1 Kerangka Minda Pelajar
daripada sistem pendidikan kita. Namun persoalannya ialah, mampukah
kita melaksanakan perkara ini ataupun hanya melihat sifat luaran
sahaja sedangkan kandungan minda pelajar tersebut tidak cemerlang
dalam aspek-aspek tertentu khususnya nilai, keyakinan diri, minda
global dan sebagainya. Oleh itu, pendemokrasian pendidikan di Malaysia
memerlukan pejuang-pejuang pendidikan yang sedia berkhidmat dalam
menyediakan minda pelajar yang sifat dan ciri-cirinya cemerlang dalam
semua aspek bagi kepentingan pembangunan negara.
MINDA PELAJAR
Persoalan penting terhadap minda pelajar adalah harapan yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
yang memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut yang sepatutnya
dicapai oleh setiap pelajar iaitu:
248
KERANGKA MINDA PELAJAR CEMERLANG
Pengetahuan
Ilmu pengetahuan adalah aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap
pelajar untuk menjana pelbagai kemahiran yang mampu diaplikasikan
dalam menghadapi kerjaya dan pembangunan diri, keluarga dan juga
negara. Ilmu pengetahuan sebenarnya merujuk kepada subjek- subjek
yang perlu di pelajari dan dikuasai oleh para pelajar sepanjang berada
dalam alam persekolahan. Pada masa kini pengetahuan bukan hanya
sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata namun ia perlu
dilonjakkan sehingga seseorang itu berupaya mencapai tahap pemikiran
aras tinggi.
Kemahiran Berfikir
Dalam kalangan generasi muda khususnya yang lahir zaman maklumat
di hujung jari, sepatutnya tidak lagi belajar semata-mata untuk
mengumpul maklumat. Tidak dinafikan maklumat sangat penting dan
untuk apa pengetahuan yang dipelajari adalah lebih penting. Oleh itu,
segala aspek yang dipelajari mesti mampu menjadikan seseorang
pelajar berupaya berfikir untuk melakukan aplikasi, menganalisis,
menilai dan seterusnya mereka cipta ciptaan baharu yang membawa
manfaat kepada pembangunan komuniti dan negara.
Kemahiran Memimpin
Ia merujuk kepada aspek nilai tambah terhadap pencapaian akademik
yang perlu ada dalam diri remaja ataupun pelajar pada hari ini. Kepimpinan
adalah usaha membentuk kumpulan ke arah yang diharapkan seperti
yang dipersetujui dalam konteks objektif dan juga matlamat. Oleh itu,
wujudnya kemahiran memimpin membolehkan setiap pelajar menyedari
bahawa dirinya ialah pemimpin dan memerlukan orang lain dalam
menjayakan sesuatu misi ataupun matlamat yang ingin dicapai.
Kemahiran Dwibahasa
Kemahiran dwibahasa adalah kemahiran menggunakan lebih daripada
satu bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting
dalam usaha mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan. Di Malaysia,
asas bahasa ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan
249
BIMBINGAN MENARA GADING
dan bahasa kedua ialah bahasa Inggeris. Namun, sejarah negara yang
membenarkan wujudnya masyarakat Cina dan India menjadikan
kepelbagaian bahasa digunakan dalam komunikasi di Malaysia. Oleh itu,
selain menguasai bahasa Melayu dan juga Inggeris, amatlah diharapkan
kalangan pelajar dapat menguasai pelbagai bahasa lain seperti Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil. Selain itu, terdapat pelbagai bahasa
etnik seperti bahasa Kadazan, Murut dan sebagainya menjadi bahasa
pertuturan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, negara amat menggalakkan
pelajar menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai nilai tambah
terhadap kecemerlangan seseorang pelajar.
Etika dan Kerohanian
Sistem nilai, etika dan kerohanian merupakan aset kepada pemikiran
terhadap sesuatu yang dapat diterima oleh pelbagai kumpulan
masyarakat dalam konteks budaya tinggi. Beretika bermakna sesuatu
nilai itu perlu diamalkan sama ada untuk diri sendiri ataupun dalam
kehidupan komuniti.
Identiti Nasional
Para pelajar yang akan menjadi generasi muda pada masa hadapan
perlu diterapkan dengan nilai patriotik agar sikap kenegaraan mereka
kukuh dan padu. Aspek ini berkaitan dengan nilai tambah yang dapat
dicapai melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mereka lalui
sepanjang zaman persekolahan. Oleh itu, jiwa yang patriotik terhadap
negara amatlah penting kerana pembangunan negara amat memerlukan
kalangan generasi muda kekal aktif dalam menjayakan matlamt
sesebuah negara maju sama ada daripada sudut politik, ekonomi dan
sosial.
Refleksi
Minda pelajar yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025 sering kali hanya menjadi khayalan di atas kertas sahaja
kerana proses mengaplikasikan segala aspek tersebut tidak akan dapat
dijalankan oleh pihak sekolah dan juga komuniti. Hal ini disebabkan
sekolah terpaksa menampung bilangan pelajar yang ramai dan tiada
250