MEMBINA NILAI JATI DIRI
pandangan, sekali gus membolehkan perlaksanaan secara lebih meluas
serta bersesuaian, termasuk mencakupi masa hadapan yang mirip
melibatkan teknologi canggih lagi termaju. Ini akan mengupayakannya
menjadi benteng mempertahankan nilai serta jati diri, dan berupaya
pula menunjukkan bahawa FPK berdaya dan berwawasan tinggi
dalam memugar pendidikan pasca-2020, jika benar-benar difahami
sepertimana yang dihuraikan dalam buku tersebut. Begitu juga daripada
segi kecapaiannya merentasi Malaysia pada peringkat global, malah
melebihi itu. Maka, tidak hairanlah yang buku tersebut diiktiraf dengan
memenangi Anugerah Buku Negara 2019 (Kategori Perdana).
NILAI KESEIMBANGAN
Pendek kata, walaupun FPK dipanggil ‘Kebangsaan’, namun pada
hakikatnya ia menjangkau lebih luas lagi. Dengan kata lain, peralihan
dalam memperdana aruskan FPK, kita turut mengupayakan peralihan
pendidikan kembali kepada maksud dan pengertian pendidikan
sebenarnya diaduni dengan nilai serta jati diri yang sesuai. Antaranya
adalah nilai keimbanganan lagi harmonis antara dimensi intelek, jasmani,
emosi, dan rohani. Kedua, keempat-empat dimensi tersebut berteraskan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bagi orang Muslim
ini boleh ditakrifkan dengan “maqasid syariah” sekali gus membawa
kepada matlamat terakhir yakni rahmat untuk sekalian alam. Daripada
segi ini FPK membayangkan individu tersebut sebagai mempunyai
“kesejahteraan diri” – yakni dalam keadaan seimbang lagi harmonis bagi
membolehkannya memberi kemakmuran kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Lantas dunia keseluruhannya dan kesemua ini mempunyai
nilai tersendiri yang kemudian menjadi sebahagian daripada jati diri
berkenaan.
Ambil sahaja kefahaman aspek keseimbangan seseorang itu
seperti yang tercatat dalam FPK. Generasi ini akan berupaya membawa
nilai ‘kesederhanaan’ (wassatiyyah) dengan baik melalui kawalan
diri mengikut asas ‘maqasid syariah’ yang diutarakan. Begitu jugalah
dengan aspek lain dalam FPK. Langkah-langkah ini boleh diterjemahkan
sebagai penawaran kursus wajib berkaitan FPK bagi semua yang
terlibat dengan pendidikan tanpa mengira peringkat serta kedudukan.
Seperti juga badan korporat yang berjaya, falsafah perniagaannya tidak
151
BIMBINGAN MENARA GADING
dikompromikan sama sekali di segenap lapisan organisasi tersebut. Ia
seolah-olah asas wajib bagi semua yang berkhidmat mendokong nilai
serta jati diri badan korporat berkenaan, tanpa apa-apa pengecualian.
Malangnya, bagi pendidikan keadaannya amat berbeza sekali selama ini,
dan hal ini mesti berubah untuk membina nilai dan jati diri yang utuh.
LANGKAH-LANGKAH UNESCO DAN FPK
Melalui kefahaman yang jitu dan tepat kita mampu melangkah dengan
lebih jauh atas dasar nilai serta jati diri yang unggul dan mirip acuan
FPK tanpa bimbang tersimpang sepertimana yang berlaku dewasa
ini. Tambahan pula FPK boleh mencakupi pelbagai agenda pendidikan
global yang dipelopori UNESCO, misalnya dengan kesesuaian nilai serta
jati diri yang sama. Sebagai contoh, Empat Tonggak Pendidikan untuk
Pembelajaran Abad Ke-21 (Four Pillars of Education for 21st Century
Learning, 1996), ataupun Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable
Development Goals) (SDGs) dari 2016 hingga 2030 yang diuar-uarkan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2015
lagi. SDGs juga dikenali sebagai Pendidikan 2030 (Education 2030)
mementingkan nilai-nilai ‘baharu’ seperti terangkuman, pembelajaran
sepanjang hayat, kesepaduan, serta kesaksamaan secara menyeluruh
dalam menempuhi abad-abad mendatang. Semua ini termaktub
dalam Deklarasi Incheon ekoran Forum Pendidikan Sedunia 2015 lagi
yang memberi penekanan baharu terhadap nilai dalam membina jati
diri. Apatah lagi untuk membolehkan semangat serta aspirasi dalam
gagasan Malaysia Baharu agar ia seiring dan selaras dengan hasrat
global agenda global UNESCO serta PBB dalam mengangkat martabat
pendidikan sejagat. Seperti yang dinyatakan tadi langkah utama ke
arah ini adalah pendidikan berasaskan nilai holistik, khasnya nilai-
nilai kemanusiaan agar dapat menentukan betapa maruah sejati tetap
dipertahankan seantero.
Ia juga menuntut bahawa manusia diberi keutamaan bagi
matlamat jangka panjang dalam menyelesaikan soal kemiskinan
(SDG 1), kebuluran (SDG 2), keafiatan serta kesihatan (SDG 3) yang
merangkumi berbagai penyakit termasuk kepincangan emosi, dan
sebagainya. Ini berlarutan kepada kesemua 17 matlamat SDG, termasuk
penyediaan dan kemudahan serta prasarana yang lestari, selesa dan
152
MEMBINA NILAI JATI DIRI
membantu meningkatkan kehidupan (SDG 8). Begitu juga dengan soal
persekitaran yang didamping termasuk faktor-faktor alam sekitar (SDG
7), sosiobudaya termasuk kedamaian dan keadilan (SDG 16) dan bukan
semata-mata isu ekonomi yang tidak seimbang dengan faktor berkaitan
sahaja. Pendek kata, kesemua 17 matlamat SDG harus tersempurna
melalui pemupukan nilai yang berkaitan, dan diterjemahkan pula
sebagai jati diri sejagat. Hanya dengan cara ini manusia sejagat dapat
menjamin yang dunia akan aman damai serta membentuk pembangunan
harmoni melalui perkongsian nilai bersama. Dengan demikian, akhirnya
terarah menjangkau jua kesejahteraan individu dan umum melalui
perhubungan erat serta kerjasama sama (SDG 17) rapat. Dan, bukan
terpaku dengan hasrat semata-mata memupuk daya saing yang lebih
sering menghambat kesepakatan, bahkan menggagalkan kesejahteraan
diri seperti yang terungkap dengan jelas dalam FPK. Bahkan istilah
‘kesejahteraan’ itu sendiri datang daripada kata sumber ‘sejahtera’ yang
tersendiri mempunyai maksud mendalam dan sarat nilai. FPK, misalnya
menggunakan kata-kata ‘kesejahateraan diri’ seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
KONSEP “SEJAHTERA”
Jika dibaca dari sudut ini, ‘kesejahteraan diri’ boleh difahami sebagai
satu prasyarat untuk ‘memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara’, namun hanya selepas
diri individu disejahterakan terlebih dahulu. Ertinya tanpa ‘kesejahteraan
diri’ sumbangan yang dimaksudkan kalaupun berlaku, tetapi tidak
sempurna dalam membawa nilai keharmonian dan kemakmuran yang
dimaksudkan. Natijahnya, seseorang yang tidak kenal nilai ‘sejahtera’ dan
tidak mengalami jati diri sejahtera tidak akan dapat mensejahterakan
153
BIMBINGAN MENARA GADING
orang lain, apatah lagi negara dan dunia. Lantas, tidak membentuk jati
diri yang menyakinkan. Dengan kata lain, ‘sejahtera’ merupakan kata
kunci yang wajar difahami serta dihayati sebelum ia dapat dizahirkan
agar tomakan “ketam mengajar anaknya berjalan lurus” (seperti yang
dikatakan sebelum ini) tidak akan timbul sama sekali.
Apa pun pada ketika ini, terpenting ditekankan bahawa nilai
asas serta jati diri yang menyelubungi istilah ‘sejahtera’ wajar diberi
pengiktirafan tertinggi untuk tujuan Pendidikan 2030, seraya cabaran
mendatang, serta sasaran pendidikan masa hadapan. Eropah misalnya,
melalui Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD) telah pun meletakkan sasaran bertemakan “Wellbeing 2030” yang
dikatakan memasuki peringkat terakhir dalam merangka masa hadapan
rantau Eropah dalam aspek kemasyarakatan sosial yang lebih utuh
bagi pembangunan jangka panjang rantau tersebut. Ini akan berupaya
menyediakan warga Eropah dengan nilai-nilai sejagat yang menyumbang
kepada pembentukan rantau Eropah menjelang 2030. Pembentukan nilai
serta jati diri ini berwawasan jauh dalam membayangkan masa hadapan
Eropah yang lebih damai serta berupaya menyelesaikan cabaran dan
pilihan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup rakyatnya. Sebagai contoh
tiga hasilan utama disasarkan. Yakni:
1. Membawa kefahaman ‘well-being’ (ala ‘sejahtera’) dan cara
mengukurnya melalui pendekatan jangka panjang bagi ‘Social
Europe’.
2. Menganalisis nilai-nilai Eropah dalam melakar satu gambaran
masyarakat masa hadapan untuk menzahirkan ‘well-being’ tahap
tinggi bagi warga rakyatnya.
3. Mengenal pasti pilihan strategik (sosial, ekonomik, dan persekitaran)
yang membayangkan kecenderungan warga Eropah, serta berupaya
menimbang cabaran semasa serta sumber yang ada bagi mengatasi
cabaran tersebut.
Sama ada kita setuju atau tidak dengan huraian tersebut bukan
soalannya. Apa yang perlu diberi perhatian adalah negara maju seperti
Eropah memandang serius tentang hal-hal serta nilai berkaitan ‘well-
being’ sebagai sasaran masa hadapan demi menghidupkan “Well-being
2030.” Berkaitan dengan ini adalah konsep “Social Europe” yang telah
dicipta juga membayangkan satu lagi nilai pandangan yang berbeza
154
MEMBINA NILAI JATI DIRI
haluannya dengan model ekonomi semasa; malah memerlukan bentuk
serta nilai pelaburan, juga dasar sosial yang lebih berlainan untuk
menjayakan “Well-being 2030” buat masa hadapan Eropah. Tambahan
pula, ia juga turut dikaitkan dengan matlamat SDG 3 yang menyebut
tentang aspek kesihatan dan ‘well-being’.
ASAS NILAI PENDIDIKAN PASCA-2020
Pendek kata, dalam menyediakan Malaysia pasca-2020, aspek-aspek
berkaitan wajar difikirkan sekiranya dimensi pendidikan ingin dilonjakkan
seiringan dengan negara lain dengan nilai serta jatidiri yang tepat lagi
jitu. Lebih-lebih lagi memandangkan yang FPK telahpun memuatkan
istilah ‘kesejahteraan diri’ dalam kerangkanya lebih awal lagi bagaimana
yang dibincang sebelum ini. Ini bermaksud, sejak lebih 30 tahun yang lalu,
Malaysia sudahpun prihatin tentang ‘well-being’, yang merupakan hanya
satu aspek kepada kefahaman ‘sejahtera’ keseluruhannya. Ringkasnya,
walaupun ‘sejahtera’ telah diberi berbagai takrifan oleh pelbagai pihak,
namun dalam konteks pendidikan perlu merangkumi keempat-empat
unsur yang tercatat dalam FPK – yakni jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI). Walaupun begitu, nilai tambah yang terbit boleh diluaskan
kepenggunaannya kepada enam (6) yang lain sebagai percambahan dari
empat (4) unsur tadi; masing-masing saling melengkapi sesuai dengan
tuntutan semasa (lihat Rajah 7.1). Khasnya dalam mencerna Pendidikan
2030 dan SDG 2016-2030.
Ambil sahaja misalnya aspek ‘etika’ yang walaupun tidak
dinyatakan secara khusus bagi JERI, namun ia mendasari keempat-
empat aspek tersebut sebagai nilai yang tidak boleh dikompromi.
Terutama sekali dalam memahami aspek rohani dan emosi yang
kian mencabar; sedangkan dari aspek ‘kognitif’ pula, ia berkait rapat
dengan intelek. Begitu juga dengan aspek ‘psikomotor’ (jasmani);
yang kesemuanya boleh dianggap sebagai ciri-ciri dalaman atau nilai
mikrokosmik kepada seseorang individu itu. Dan berkesudahan dengan
nilai ‘kesejahteraan diri’. Empat (4) lagi aspek tambahan adalah ciri-ciri
luaran atau nilai makrokosmik yakni aspek ‘kemasyarakatan’ (termasuk
‘budaya’), ‘ekonomi’ dan ‘ekologi’.
155
BIMBINGAN MENARA GADING
Ekologi Ekonomi
Aqal
Rohani Emosi
Sejahtera
Kognitif Psikomotor
Etika
Masyarakat Budaya
Rajah 7.1 Tiga lapisan Sejahtera dengan Sepuluh Unsurnya
Sumber: Dzulkifli & Rosnani (2019); Dzulkifli (2020)
Secara keseluruhannya, ia menggariskan medan di mana FPK
dapat bertindak dengan lebih jelas untuk menzahirkan sumbangannya
kepada keluarga, masyarakat serta negara, bahkan dunia, FPK meskipun
ditelusuri dengan sempurna serta terangkum bagi menepati matlamat
yang disasarkan, serentak dengan insan dan persekitarannya.
Secara formal, ‘sejahtera’ mengambil kira asal usul perkataannya
dan mengikut nuansa masyarakat awal yang turut membentuk konsep
kenegaraan di Semenanjung Tanah Melayu (Dzulkifli et al. 2018: 213),
meliputi kefahaman seperti: ‘Sejahtera’ tidak mudah diterjemah kepada
bahasa lain memandangkan makna dan nuansanya yang komprehensif
dan berlapis-lapis. Hal ini menekankan bahawa ilmu pengetahuan
dan kebijaksanaan asli mempunyai keunikan, kekuatan dan perkaitan
tersendiri bagi komuniti tempatan berkaitan setelah bertahun-tahun
lamanya. Walaupun perkara ini sering diterjemahkan sebagai ‘well-being’
atau ‘prosperity’, makna tersiratnya adalah lebih daripada itu. Sebenarnya,
hal ini menjangkaui ‘beyond well-being’. Ia berpusatkan manusia dan
kemanusiaan dalam erti kata merangkumi jaringan makrokosmos dan
mikrokosmos. Ini berasaskan imbangan makrokosmik kerana kaitan
dengan “dunia” (fitrah) manusia melalui persekitaran luaran termasuk
fitrah sesama manusia, juga kehidupan serta spesies lain. Oleh itu, ia
juga merupakan mikrokosmik kerana merangkumi ‘nafs’ dan dimensi
dalaman (esoterik), termasuk kesedaran kerohanian (Dzulkifli et al.,
2018: 211-212).
156
MEMBINA NILAI JATI DIRI
Oleh tu setakat ini kesimpulannya, ‘sejahtera’ berkait rapat dengan
pengurusan nilai diri individu itu sendiri (dari segi intrinsik/dalaman) dan
diseimbangkan dari segi ekstrinsik (luaran) mencakupi dunia luar melalui
lima deria asas utama insan – dengar, lihat, bau, rasa, dan sentuhan.
Hubungan antara deria ini, apa lagi pertimbangan tadbir urus luaran yang
lebih luas membayangkan betapa pentingnya ‘sejahtera’, perlu difahami
dan dihayati sepenuhnya selari dengan asas nilai serta jati diri yang
sempurna. Kesemua ini menampakkan betapa dalamnya kerangka FPK
sebagai suatu gagasan ‘nilai’ masa hadapan (pasca 2020) yang berupaya
mengaitkan semula dengan kefahaman secara terperinci di luar ruang
lingkup sempadan institusi, negara, antarabangsa, mahupun global.
Malah, universal sekalipun. Ini memandangkan terdapat sekurang-
kurangnya sepuluh lapisan ‘sejahtera’ yang penting dipertimbang dalam
membina nilai pasca-2020, lantas jatidiri dalam acuan kita sendiri.
MAQASID SHARIAH UNTUK KESEJAHTERAAN
Huraian ini menjadi lebih padu sekiranya ia disokong dengan lima (5)
aspek utama “maqasid syariah” seperti yang dtunjukkan dalam Jadual
7.1.
Jadual 7.1 Hubungan Lima Aspek Maqasid Syariah dengan 10 Sejahtera
Tahap 1 Kerohanian Emosi Etika
Maqasid Nilai/Jiwa Jiwa Harta
Tahap 2 Kognitif Psikomotor
Maqasid Intelek ‘Aqal Keturunan
‘Aqal Budaya
Tahap 3 Ekonomi Masyarakat
Ekologi
Keturunan
Maqasid Sumber Harta Sumber
Sumber: Dzulkifli & Rosnani 2019; Dzulkifli 2020
Jadual 7.1. Menunjukkan hubungan lima aspek maqasid syariah
dengan 10 ‘sejahtera’ sebagai nilai cara hidup dalam kerangka FPK.
Bertolak dari perbincangan di atas, suatu konsep ‘Sejahtera Malaysia’
setanding ’Social Europe’, akan berupaya mengingatkan semula apa
sewajarnya dicapai, termasuklah:
157
BIMBINGAN MENARA GADING
1. Membawa kefahaman ‘sejahtera’ dan cara melaksana dan
mengukurnya melalui perdekatan jangka panjang sepertimana
‘Social Europe’.
2. Menganalisis nilai-nilai Malaysia dalam melakar satu gambaran
masyarakat masa hadapan dalam menzahirkan ‘sejahtera’ tahap
tinggi bagi semua lapisan warga rakyatnya.
3. Mengenal pasti pilihan strategik (sosial, ekonomik, dan persekitaran)
yang membayangkan kecenderongan warga negara Malaysia serta
menimbang cabaran semasa serta sumber yang ada bagi mengatasi
cabaran tersebut.
Maka, dengan menuruti tafsiran FPK bagi ‘mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan sepadu’, supaya dapat melahirkan
‘individu seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani,’ sekali gus ‘kesejahteraan diri’ terasuh, tatkala nilai dan proses
pendidikan berpaut rapat dengan kerangka pemikiran FPK di mana
‘sejahtera’ menjadi neraca paradigma kualiti pendidikan (Dzulkifli 2019)
pasca-2020. Ini kerana ‘sejahtera’ berupaya bertindak sebagai satu nilai
kolektif yang menghubungkaitkan ciri-ciri yang ada pada FPK, ‘maqasid
syariah’ (kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan) serta susur galur
‘kesejahteraan diri’ yang seimbang lagi harmonis dalam memakmurkan
diri, keluarga, masyarakat dan negara; hatta global sekalipun.
TEKANAN TEKNOLOGI
Sungguhpun begitu, kita mesti berwaspada agar tidak telanjur dalam
menilai, apa lagi melaksana, beberapa hal tertentu supaya tidak
terjerumus ke kancah jati diri yang merosakkan nilai. Ini amat penting
diambil kira apabila berkecimpung secara melulu, dengan teknologi
umumnya, dan teknologi maklumat khasnya. Terutama sekali dalam
penafsiran apa yang dianggap sebagai ‘baharu’ untuk masa hadapan
pendidikan kononnya. Apabila kita menoleh ke belakang dalam hal ini,
banyak sekali nilai sedia ada diganggu gugat oleh teknologi ‘terkini’
tanpa menghiraukan nilai yang dibawa olehnya, atau jati diri yang
dianjurkannya tanpa ilmu serta pendidikan yang mendalam.
Dunia media sosial remaja dan anak muda adalah antara contoh
terbaik dalam kes ini. Dan, ini tidak terhad kepada Malaysia sahaja,
158
MEMBINA NILAI JATI DIRI
malah lebih meluas daripada itu. Telah terbukti melalui beberapa kajian
yang cuba menelah bagaimana masa hadapan akan berubah dua dekad
dari sekarang. Antaranya, ada yang meramalkan bahawa tempat dan
masa pembelajaran berubah serta pelbagai pendekatan diperkenalkan
tanpa menghiraukan soal nilai dan jati diri.
e-Pembelajaran dikatakan akan berperanan lebih penting, dan
bilik darjah tidak lagi terkongkong dalam bangunan, malah menjangkau
ke tempat lapangan di mana interaksi lebih luas meliputi bukan sahaja
antara pelajar tetapi juga dengan alam sekitar. Selain itu, pembelajaran
juga menjadi lebih ‘peribadi’ sifatnya di mana para pelajar mampu
menyesuaikan cara pembelajaran dengan cabaran yang dihadapi tanpa
mengabaikan nilai dan jati diri. Oleh itu, mereka yang lebih cerdas dan
bergerak pantas akan pacu ke hadapan berbanding yang terdahulu, agak
lambat. Maksudnya, pembelajaran tidak dipaksakan kepada seseorang
itu jika ia tidak sesuai dengan cara serta nilai yang berkaitan, ataupun
tekanan teknologi berkenaan. Sebaliknya, mencari kaedah yang lebih
tepat agar tidak tercicir menjadi urusan penting supaya pertimbangan
nilai serta etika yang kesudahannya mempengaruhi jati diri terbina
sempurna, kemudian mempengaruhi pula kelompok masyarakatnya.
Sekiranya nilai etika tidak menepati tuntutan tertentu, maka besar
kemungkinan akan terbentuk satu perilaku yang boleh menjejaskan
jati diri untuk jangka panjang. Umumnya, gelaran “digital native”
diperkenalkan sebagai satu desakan teknologi kepada generasi baharu.
Oleh itu, para guru dan persekitaran sekolah memainkan peranan
pemantauan utama dalam hal ini. Ia bermakna pendidikan masa
hadapan walaupun lebih banyak bergantung kepada pemilihan sendiri
menggunakan teknologi yang lebih digemari sesuai dengan keupayaan
pelajar tersebut, namun peranan para guru dan sekolah dalam menentu
keberkesanan nilai serta jati diri tidak boleh diabaikan. Tidak terkecuali
soal kurikulum yang mampu membuka ruang serta peluang bagi mencari
lebih pengalaman secara bersemuka dan melalui peristiwa sebenarnya
dalam dunia nyata. Walau bagaimanapun, ini memerlukan kemahiran
dan ilmu serta pengalaman yang lebih bersesuaian dengan nilai serta
jati diri yang bakal dikenalikan.
Terbaharu, pengendalian data raya adalah antara yang perlu
diberi perhatian khusus. Ini memandangkan banyak isu etika berkaitan
159
BIMBINGAN MENARA GADING
telahpun dilanggar (umpama kes skandal Cambridge Analytica dan
Facebook) sehingga mendatangkan kesan yang negatif, terutama sekali
apabila peranan manusia diambil alih oleh komputer berkaitan tugas
rutin atau yang mudah dilakukan walaupun mempunyai kaitan nilai dan
jati diri yang tinggi. Ini bererti literasi komputer (terutamanya algoritma)
turut perlu difahami agar pengendalian dan pentafsiran data menjadi
lebih sempurna dan tidak rakus. Begitu juga halnya dalam pengendalian
projek yang mementingkan silang-hubungan serta kerjasama antara
beberapa pihak yang lain, termasuk bersemuka dalam memupuk
kefahaman silang bidang berkaitan nilai tertentu. Pendek kata, tekanan
teknologi pada masa yang sama perlu dikawal dengan lebih rapi apabila
pemupukan nilai serta jati diri mempunyai implikasi tertentu secara
jangka panjang.
PEMANTAUAN NILAI DAN JATI DIRI
Dalam konteks ini, turut membawa implikasi adalah cara penilaian
dilakukan, dan pertanyaan apakah kesannya terhadap nilai serta
jati diri dalam rangka menyempurnakan aktiviti atau tugas untuk
menyelesaikan masalah tanpa menyalahi nilai serta jati diri yang
diidami. Maka, bukan sahaja membina nilai dan jati diri penting, begitu
juga mempertahankannya kerana ia berkaitan rapat dengan kerangka
FPK, dan membawa impak tertentu. Sehubungan ini, cara dan proses
memantauan nilai serta jati diri wajar dipertanggungjawabkan juga dan
bukan terletak kepada keputusan atau kerberhasilan semata-mata,
khasnya dalam suasana autonomi dan kebebasan seperti yang telah
dihujahkan sebelum ini.
Maknanya, semua pihak bertanggungjawab menentukan agar
pendidikan dipandu mengikut FPK bersama nilai dan etika yang
mendasarinya. Setelah mengambil kira semua aspek ini, maka amat
jelas sekali bahawa ‘roh’ pendidikan wajar dikembalikan melalui suatu
anjakan paradigma pasca-2020 seiring pembinaan nilai dan jati diri.
Selain merancang semua ini, apa sahaja langkah yang boleh melicinkan
pelaksanaan dan menepati sasaran matlamat perancangan yang
dihasratkan mesti diberi keutamaan. Ini sekali gus mencerminkan tahap
nilai tertinggi serentak dengan jati diri yang tidak ada tolok-bandingnya
demi masa hadapan FPK serta generasi muda keseluruhan.
160
MEMBINA NILAI JATI DIRI
Akhirnya, kesemua ini bergantung kepada adunan set minda yang
menjadi petanda utama sama ada pendidikan itu berjaya disampaikan
atau tidak, mengikut tuntutan zamannya, bergantung kepada akar umbinya
berpunca dari FPK. Lebih berkesan lagi jika ia mengambil iktibar dari
nilai serta jati diri abad ke-21 serentak dengan langkah-langkah sejagat
melalui UNESCO dan PBB. Bagaimanakah seseorang itu memantau
masa hadapan menggambarkan bagaimana ia mahir ‘membaca’ akan
nilai yang bakal mencorak masa hadapan tersebut? Dan bagaimana pula
tindak balas yang bakal akan berlaku ke atasnya? Kesemua ini menjadi
soal pokok dalam membina nilai dan jati diri, dan seperti mana acap kali
diperingkatkan, turut dipertahankan sekali gus.
Oleh itu, ia terus menentukan pendidikan mencorakkan nilai yang
sesuai dengan fitrah serta naluri manusia sejagat dalam meneroka masa
hadapan selanjutnya. Juga diperlukan pemantauan ke atas kesimbangan
serta keharmonian pada diri manusia secara positif (sambil menyekat
cara negatif) bagi mengasuh nilai dan jati diri. Dalam proses itu, masing-
masing akur kepada nilai sejagat sebagai langkah menuju kejayaan
dan kemakmuran bersama. Tambahan daripada itu, timbul satu lagi
aspek yang memerlukan pertimbangan berat: yakni keupayaan menilai
teknologi berkaitan dengan pendidikan semasa mengambil iktibar
nilai ‘baharu’ masa hadapan yang banyak bergantung kepada teknologi
termaju (termasuk robot).
Antara yang membimbangkan dalam hal ini adalah kemungkinan
ke arah penggunaan maklumat ‘palsu’ – lantas menganjurkan pula nilai
‘palsu’ dan kepalsuan atau yang songsang. Oleh kerana ini tidak akan
menguntungkan, malah sebaliknya mungkin ‘menggagalkan’ pendidikan
secara tidak langsung sekalipun, maka penekanannya amat penting
sekali. Ertinya, hindarkan didikan yang bergantung (atau berpaut)
kepada mana-mana teknologi sehingga menjadi ‘abdi’ kepadanya,
yakni tanpa teknologi tersebut manusia tidak boleh berfungsi dengan
sempurna bagai makhluk bernaluri, berfitrah apa lagi mempunyai ‘roh’
serta nilai dan jati diri sendiri. Barang perlu diingat bahawa umumnya
lagi teknologi tidak menghirau “nilai” dan etika sama sekali berbanding
dengan apa yang telah diprogram sebagai fungsi utamanya. Hal-hal
seumpama inilah yang banyak menimbulkan tanda tanya buat masa kini
kerana pendidikan masih bercelaru selagi pendidikan tidak mendakap
FPK dengan serius secepat mungkin. Yakni, pendidikan masih belum
161
BIMBINGAN MENARA GADING
mantap dalam penyelesaian masalah manusia sejagat (terkini wabak
Covid-19), sebaliknya jurang perbezaan terus meluas, keganasan turut
merebak dan pelbagai krisis alam semula jadi mengancam kelestarian
sejagat, dan perhubungan satu sama lain kian terencat.
Setiap satu daripada perkara ini mempunyai nilai tegar masing-
masing dalam mengeratkan lagi ukhuwah kemanusiaan ke arah rahmat
untuk sekalian alam dan oleh itu, merupakan tiang seri pendidikan masa
hadapan. Tanpanya, pelbagai gejala yang tidak diingini akan terbuka luas
kerana soal ekosistem pendidikan serta kesesuaiannya dengan cabaran
mendatang masih was-was dalam menterjemahkan makna nilai dan
jati diri yang sesuai. Hal ini lagi sekali membawa kita kepada persoalan
nilai set minda yang sewajar serentak dengan konsep kemanusiaan
dan ‘pembangunannya’. Sekali gus, menjadikan pendidikan, ilmu serta
pembelajaran terpenting dinilai semula, hatta ditransformasi untuk
masa hadapan.
PARADIGMA PASCA-2020
Agenda SDG, “Sejahtera 2030,” mahupun “Social Malaysia” (seiras
Wawasan Kemakmuran Bersama), paling kurang wajar diperimbang
dengan terkesan; begitu juga nilai-nilai yang dianjurkan oleh
laporan UNESCO terdahulu, seperti Global Education 2030 Agenda,
Rethinking Education (2015), dan The Treasure Within (1996) yang telah
memulakannya dewasa itu imbauan pendidikan dalam penentuan corak
pendidikan masa hadapan. Di sinilah masa dan ketikanya pendidikan
perlu diteliti semula untuk memastikan bahawa etosnya bertepatan
dengan matlamat FPK seperti sering diungkap dalam bab ini. Apatah
lagi, kini terbukti bahawa ketakseimbangan serta persengketaan terus
berleluasa disegenap pelusuk dunia sehingga nyawa pelbagai pihak
terus terancam. Kini, berjuta-juta dikatakan terlibat dalam cetusan
krisis demi krisis termasuk perubahan iklim, pemusnahan alam sekitar,
pergerakan berjuta-juta pendatang berbagai kaum dan keruntuhan
akhlak serta nilai moral. Ilmu tidak lagi dianggap ‘menyeluruh’ dalam
menghubungkaitkan satu sama lain yakni: manusia dengan manusia,
atau manusia dengan alam, apatah lagi manusia dengan Tuhan dan
manusia dengan dirinya sendiri.
162
MEMBINA NILAI JATI DIRI
Lantas, pelbagai kepincangan dapat dilihat melalui krisis
yang sedang melanda tanpa sebarang penyelesaian yang jitu untuk
dipertemukan. Konteks dan nilai sejarah, tamadun serta norma hidup
kini diganggu gugat oleh penularan teknologi canggih tanpa sebarang
sentuhan insan dan naluri serta fitrahnya. Jelas oleh itu, satu paradigma
baharu wajar diketengahkan semula, termasuk paradigma ‘lama’
diperbaharui mengambil kira konteks bersesuaian dengan keberadaan
semasa. Untuk menentukan semua ini, pendidikan berteraskan nilai
serta kesejahteraan amat wajar sekali difikirkan supaya berimbang serta
keharmonian dapat diwujudkan kembali. Ini bermakna dari segi nilai
dan jati diri cabaran masa hadapan yang bakal dihadapi memerlukan
pendekatan yang berlainan untuk menyediakan warga untuk dunia yang
lebih peka dan terkesan dalam pergaulan dan interaksinya.
Bukan sahaja pandangannya terkehadapan, malah aspek tradisi
yang menghargai masa lalu sebagai asas nilai dan tunjuk ajar bagi
jati diri tulen dapat memperkuatkan lagi pandangan alam yang lebih
menyeluruh dan realistik. Umpamanya, menghargai semua bentuk
kehidupan terangkum kewujudan spesies-spesies (haiwan) lain yang
telah membiak terdahulu daripada kewujudan manusia itu sendiri. Ini
satu lagi bentuk nilai yang wajar diraikan yang selama ini tidak mendapat
perhatian. Demikian juga dengan tumbuh-tumbuhan serta alam
semula jadi keseluruhannya. Kesedaran seumpama ini akan membina
satu lagi nilai cara hidup mempereratkan lagi hubungan manusia
dengan alam sekitar sebagai makhluk Tuhan yang lain dari perspektif
makrokosmos seperti yang dibincang. Cabang ini sering dilupakan
kerana nilai yang sering lebih nyata berkisar lebih diberatkan kepada
hubungan manusia sahaja. Malah, hubungan manusia dengan dirinya
dari perspektif mikrokosmos juga tidak mendapat perhatian yang sesuai
dan menyebabkan ketidakseimbangan ketara. Oleh yang demikian, nilai
‘baharu’ ini perlu diadun dan didokong dengan memperluas pendidikan
bagi turut menyokong pandangan alam seiring fahaman SDG untuk
semua pihak serta lapisan masyarakat dan ekosistem berkaitan. Yakni
pendidikan tetap serangkum dan saksama bagi mencipta masa hadapan
diperkongsikan. Seperti yang dihujahkan, perspektif lain sebelum ini
melalui pelbagai laporan tambahan terbitan UNESCO serta agensinya
seharus dirujuk dalam membina pendidikan global lebih ampuh dari
semasa ke semasa. Antaranya, sebagai contoh adalah: Faure Report
163
BIMBINGAN MENARA GADING
(1972), Learning: Learning to Be (1972), ‘Rethinking Education’ as a Public
Common Good (2015). UNESCO juga begitu ghairah menganjurkan
Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) seperti semasa “United
Nations Decade on Education for Sustainable Development” antara 2005
dan 2014, dan berjaya membawa banyak pendekatan berteraskan nilai
dan jati diri tersendiri.
Kemudian, disusul pula “Global Action Programme on Education
for Sustainable Development” (2015-2019) sebagai penyambung kepada
satu lagi kerangka “Education for Sustainable Development for 2030
Framework” (2020-2030). Semua ini menjejaki perubahan paradigma
pendidikan masa hadapan yang membawa imej lebih global dan digital
sifatnya, asalkan tetap seimbang serta terangkum nilainya. Yang pasti
pemusatan teknologi sahaja tidak memadai jika ia tidak seimbang
dan terangkum – umpama kecenderungan semasa yang dikatakan
‘techno-centric’ dan bukan ‘human-centric’ dalam usaha menginsankan
teknologi (Rujukan Berita Harian, 19 Julai 2019) yang bakal menjejaskan
masa hadapan segenap lapisan manusia sejagat. Maka, adalah penting
sekali penekanan kepada aspek nilai kemanusiaan serta jati diri
diutamakan berbanding teknologi digital semata-mata atas tahap
kecanggihan yang sering digembar-gemburkan tanpa mengungkap apa-
apa nilai bersesuaian dengan fitrah manusia umumnya.
Ringkasnya, kecerdasan ‘buatan’ (artificial intelligence) wajar
diimbangi dengan kecerdasan semula jadi (primal) dalam memupuk nilai
dan jati diri holistik dan sempurna. Di sini, kita kembali kepada konsep
Empat Tonggak Pendidikan untuk Abad ke-21 anjuran UNESCO seperti
yang telah dibincang, namun kali ini ada tambahan mengikut kenyataan
Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay, pada September 2019. Beliau
telah membuat pengumuman berkaitan “Our deeply humanist DNA
cannot let us reduce education to a technical or technological issue, nor
even to an economic one”, dan sekali gus melancarkan apa yang dikenali
sebagai tonggak Kelima: Belajar untuk Menjadi ataupun “Learning to
Become”. Ia berupaya menggerakkan potensi manusia melalui empat
tonggak yang lain yakni keupayaan mengetahui (Learning to Know),
melakukan (Learning to Do), keupayaan mengenal diri sendiri (Learning
to Be), seterusnya untuk hidup bersama-sama dengan sejahtera
(Learning to Live Together, Sustainably).
164
MEMBINA NILAI JATI DIRI
Maka Learning to Become membawa kesimpulan kepada
suatu nilai kehidupan yang lebih sejahtera dan makmur sama rata. Ia
berkehendakan transformasi agar aspek nilai etika terus terpelihara;
meningkatkan lagi maruah manusia dan kemanusiaan tanpa terkompromi
sama sekali. Bahkan ada kajian menunjukkan bahawa apabila teknologi
berkembang pesat terutamanya teknologi komunikasi (umpama media
sosial), aspek nilai etika dan moral juga perlu berkembang selari kerana
agak mustahil mana-mana pihak mampu memantau penggunaan
teknologi berkenaan secara berkesan. Ini mengambil kira para pengguna
yang amat luas, melibatkan berbilion manusia seluruh dunia! Dengan
kata lain, di sini sebenarnya pengangan nilai yang menyusup masuk
sebagai sebahagian jati diri yang bertindak atas satu landasan dan
manusia berupaya mengawal diri sendiri mengikut lunas etika sejagat.
Tanpa berbuat sedemikian, masa hadapan akan terus terancam dengan
pelbagai usaha serta aktiviti yang tidak beretika atau berprinsip dan
sifar-nilai. Data raya misalnya, boleh diselewengkan melanggar batasan
etika sehingga menjadikan sumber data yang tidak lagi boleh dipercayai,
malah merosakkan. Tambahan pula kebelakangan ini, berita karut dan
maklumat “palsu” dikatakan meningkat secara sengaja dan mampu
mengakibatkan kemelut buat masa hadapan.
PENUTUP
Kesimpulannya, amat jelas sekali: membina nilai dan jati diri adalah
kemuncak dalam pendidikan, umumnya dan bagi Malaysia melalui
FPK khasnya. Sesuai dengan ini, aspek kerohanian perlu penekanan
yang sewajarnya dalam mengadun sebahagian dari pendidikan masa
hadapan. Sekali gus, hikmah juga turut dipertingkat agar tahap
kesedaran membina masa hadapan berasaskan nilai menjadi yang
lebih cerah, cermat dan lestari. Apabila aspek kerohanian ini diperkenal
dengan lebih khusus dalam kerangka SDGs sebagai tambahan kepada 17
maklamat yang sedia ada, ternyata nilai dan jati diri akan terus terbela
dalam pendidikan arus perdana. Kita akan berupaya mengembalikan
‘roh’ dalam pendidikan tanpa mengadaikan sifat kemanusiaan kepada
algoritma yang kosong jiwanya dan tandus pula nilai ‘roh’nya. Masanya
telah tiba untuk hal-hal seumpama ini menjadi peneraju masa hadapan
pendidikan berteraskan pembinaan nilai dan jati diri yang matang dan
berterusan.
165
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 7.1 Sesi perasmian AMG oleh Yang Mulia Tengku Iman Afzan Ibni
Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah di UMP Pahang
166
KEPIMPINAN PELAJAR
Kepimpinan Pelajar
Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)
PENGENALAN
Pemimpin menjadi suri tauladan yang lebih kuat
saat mereka belajar, bukan saat mereka mengajar
(Elizabeth Moss). Kepemimpinan tidak boleh
dipisahkan dalam dunia pendidikan. Kepemimpinan
merupakan usaha untuk mempengaruhi insan lain
untuk mencapai hasil yang diinginkan (Cuban 1988).
Kejayaan dalam sistem pendidikan sesebuah negara
dikaitkan dengan kecemerlangan kepemimpinan di
sesebuah institusi pengajian bermula dari peringkat
rendah hingga peringkat yang lebih tinggi (Kantrowitz
& Wingert, 2000).
Justeru, pemimpin perlu memastikan supaya
modal insan yang lahir mempunyai keperibadian
tinggi (Mohd Najib 2010) dan mampu bersaing
pada peringkat global (Mohd Shafie 2013). Carter
(2007) menyokong menerusi pernyataan beliau,
iaitu kepemimpinan merupakan salah satu faktor
penentu kejayaan kepada sesebuah institusi. Seorang
167
BIMBINGAN MENARA GADING
pemimpin yang cekap dalam mengurus, melaksanakan tugas yang
diamanahkan, boleh mengawal organisasi, menganalisis perubahan yang
berlaku dalam organisasi yang dipimpin dan merancang adalah seorang
pemimpin yang amat diperlukan dalam memastikan kecemerlangan
sesebuah organisasi yang ditadbir (Ab. Aziz 2000). Oleh yang demikian,
dalam konteks dunia pendidikan, anjakan paradigm yang berterusan
perlu dilakukan kerana pelbagai cabaran global dan lokal lahir daripada
persekitaran pendidikan yang sentiasa berubah-rubah.
Keperluan kepada kepemimpinan berkesan dibuktikan menerusi
kajian yang telah dijalankan oleh Edmonds (1979) di mana pemimpin
pendidikan yang berkesan merupakan pemimpin yang benar-benar
memahami tanggungjawab dipikul dan dijalankan dalam program
pendidikan bagi memastikan kecemerlangan organisasi. Pemimpin
pendidikan yang berkesan bukan sekadar memahami tetapi mereka
mempunyai cita-cita yang tinggi, malahan bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi dalam
mencapai kecemerlangan. Lanjutan daripada pernyataan di atas, jelas
menggambarkan bahawa setiap institusi pengajian tinggi awam ataupun
swasta memerlukan kepada pemimpin.
Justeru, usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak
bertujuan untuk memastikan pengurusan kepemimpinan terhadap
pemimpin adalah cemerlang supaya kecemerlangan institusi pengajian
bermula dari sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi dapat
ditingkatkan (Mohd Najib 2010; Muhyiddin 2013; Fullan 2011; Harris
2005; Parise & Spillance 2010). Pernyataan di atas jelas menunjukkan
kepentingan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dalam
memartabatkan institusi pendidikan menerusi kepemimpinan.
Jadi, wajarlah kita memberi perhatian yang lebih serius dalam isu
kepemimpinan dalam pendidikan ini serta memastikan semua pemimpin
mencapai tahap kepemimpinan yang berkesan sekaligus memberi
keamanan serta mencemerlangkan institusi awam dan swasta yang
dipimpin.
KONSEP KEPEMIMPINAN
Kepemimpinan bermaksud keupayaan dan kebolehan memimpin.
Mengikut Certo (1997), kepemimpinan ialah proses pengarahan tingkah
168
KEPIMPINAN PELAJAR
laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan
bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau
mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Di dalam organisasi mahupun institusi pendidikan, kepemimpinan
berkesan menjadi tunjang utama kepada kejayaan dan kejatuhan
sesebuah institusi pendidikan. Bagi mensasarkan pencapaian melalui
ahli organisasi pada peringkat yang lebih tinggi serta di sekolah, emosi
dan kognitif ahli organisasi adalah cabaran yang perlu diuruskan oleh
pemimpin dan mereka juga perlu mengurus emosi mereka sendiri ke
arah mengamalkan kepemimpinan berkesan (Grobler 2014). Baharom,
Mohamad Johdi dan Che Noraini (2009) menegaskan, pemimpin yang
berkaliber dan berkesan dapat membantu organisasi mencapai objektif
organisasi tersebut. Sebaliknya, pemimpin yang tidak mempunyai visi
dan hala tuju, akan menyebabkan kegagalan sesebuah organisasi. Secara
ringkasnya, dalam memastikan kecemerlangan sesebuah institusi
pendidikan, pemimpin yang berkesan amat diperlukan. Justeru, ciri-ciri
kepemimpinan berkesan sewajarnya wujud dalam diri setiap pemimpin
serta mestilah dipraktikkan oleh setiap pemimpin dalam memastikan
kecemerlangan institusi pendidikan yang ditadbir.
Tingkah laku bermaksud perbuatan, gerak geri, kelakuan sikap,
dan perangai. Manakala, kepemimpinan bermaksud keupayaan
memimpin. Gaya kepemimpinan merujuk kepada tingkah laku pemimpin
yang mengamalkan secara tinggi atau rendah dalam satu atau kedua-
dua dimensi gaya kepemimpinan. Dimensi gaya kepemimpinan adalah
struktur tugas dan timbang rasa:
1. Dimensi Struktur Tugas: Menurut Yulk (1989), struktur tugas adalah
darjah seseorang pemimpin menstruktur dan mendefinisikan
peraturan pekerjanya ke arah mencapai matlamat.
2. Dimensi Timbang Rasa: Tingkah laku kepemimpinan timbang rasa
menurut Fleishmen (1969) membawa maksud gaya kepemimpinan
yang menunjukkan persahabatan, saling mempercayai, hormat
menghormati, kemesraan, dan hubungan baik antara pemimpin dan
pekerjanya.
169
BIMBINGAN MENARA GADING
KEPEMIMPINAN DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM
(WACANA DIRAJA)
Salah satu program yang boleh dijadikan contoh sebagai kepemimpinan
dalam melaksanakan program adalah seperti Program Wacana Diraja:
Raja Perlembagaan dan Patriotisme. Program ini merupakan inisiatif
oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) yang diketuai
oleh YBhg Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman, selaku Presiden MUBARAK
Malaysia dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Alumni Pemimpin
Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI). Perbincangan ilmiah serta
perbahasan intelektual ini dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman
tentang konsep Raja Berperlembagaan dan menyemarakkan semula nilai
patriotisme yang kini dilihat semakin jauh daripada rakyat khususnya
anak muda yang semakin goyah jati diri kenegaraannya.
Program yang disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah ini menganjurkan forum yang dibahagikan kepada dua
sesi. Pertama, membincangkan tajuk “Raja dan Perlembagaan: Pengikat
Kesatuan Bangsa” dan kedua, membincangkan tajuk “Patriotisme dan
Wasatiyyah: Menuju Kejayaan TN50”. Peserta yang menyertai wacana ini
terdiri daripada pelbagai kaum yang merupakan mahasiswa anak Pahang
dari institusi pendidikan tinggi, pertubuhan belia, serta profesional muda
dalam kalangan guru, pensyarah, pegawai kerajaan, dan institusi tahfiz.
Program ini mempunyai beberapa matlamat, iaitu pertama,
menjelaskan rasional pembentukan konsep Raja Berperlembagaan dan
keistimewaannya dalam demokrasi berparlimen di Malaysia. Kedua,
membentangkan perspektif sejarah berkaitan kedudukan Raja-Raja
sebagai Ketua Negeri bagi semua rakyat pelbagai kaum serta simbol
perpaduan negara. Ketiga, menganalisis trend serta cabaran masa hadapan
bagi sebuah negara yang berbilang kaum ini mengaplikasikan konsep
patriotisme dalam kehidupan seharian. Keempat, membentangkan kajian
analisis perbandingan konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di
Malaysia dengan 31 negara lain, bagi memperlihatkan bagaimana Malaysia
menguruskan perpaduan kaum. Kelima, menjelaskan kepada rakyat
Malaysia konsep wasatiyyah yang perlu diterapkan dalam masyarakat
melangkaui ras dan agama demi mencapai keharmonian yang kolektif.
170
KEPIMPINAN PELAJAR
Dan keenam, berkongsi sebanyak mungkin maklumat dengan kumpulan
yang mewakili kelompok masyarakat tertentu, khususnya generasi
muda (mahasiswa) supaya mereka memahami konsep Institusi Beraja
yang telah wujud lebih enam abad serta telah berakar umbi di bumi ini.
Perkara ini perlu dijelaskan dengan tuntas memandangkan banyak pihak
yang tidak memahami Institusi Beraja adalah sebaik-baik pendekatan
yang diluhurkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri. Seterusnya, diperkenalkan sistem berkerajaan dan bernegara
yang menggabungkan institusi beraja dan institusi rakyat berasaskan
konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Menerusi wacana ini, segala salah faham diharap dapat dirungkai,
sekali gus dapat memperkasa institusi beraja yang merupakan payung
kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap
warga tanpa mengira kaum agama dan kabilah politik. Malah, nilai
patriotisme diharapkan terus tersemat dalam diri masyarakat bagi
melestarikan raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan
sebagai lambang kuasa dan simbol perpaduan.
Program ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah bersama
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah.
Gambar 8.1 Sesi bergambar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Ahli Jawatankuasa Wacana Diraja:
Raja, Perlembagaan dan Patriotisme.
171
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 8.2 Titah ucapan perasmian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Gambar 8.3 Ucapan Aluan oleh YH Dato’ Sri Tan Sri Dr. Abdul Aziz Rahman,
Yang DiPertua MUBARAK Negeri Pahang merangkap Pengerusi Bersama
Wacana Diraja
172
KEPIMPINAN PELAJAR
Gambar 8.4 Ucaptama ketika Wacana Diraja: Raja, Perlembagaan
dan Patriotisme
Gambar 8.5 Peserta Wacana Diraja: Raja, Perlembagaan dan Patriotisme
173
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 8.6 Wacana Diraja: Raja, Perlembagaan dan Patriotisme
174
KEPIMPINAN PELAJAR
KEPEMIMPINAN DALAM PENDIDIKAN
Cabaran terhadap kepemimpinan dalam institusi pendidikan tinggi
telah lama wujud. Pada hari ini, cabaran yang dihadapi oleh komuniti
akademik ini bukan sekadar meliputi isu akademik dan latar belakang
pelajar, bahkan isu seperti sosial, politik, persekitaran teknologi
yang canggih dan bergerak pantas serta kedudukan ekonomi yang
sentiasa berubah-ubah. Isu ini harus ditangani bersama oleh barisan
kepemimpinan pengurusan pentadbiran dan profesional. Transformasi
besar-besaran dalam institusi pendidikan tinggi telah memberi kesan
dan impak kepada pendemokrasian ilmu dan akses, perebutan pasaran
dan pembiayaan, teknologi digital, mobiliti global, dan integrasi dengan
industri (Ernst dan Young 2012).
Jika diteliti, rata-rata pelajar yang menjadi penghuni di institusi
pendidikan tinggi berumur di antara 18 hingga 24 tahun bagi peringkat
praijazah dan berumur lebih 25 tahun bagi peringkat pascaijazah.
Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melayari teknologi
digital. Sebagai penjana modal insan dan pembekal sumber tenaga
kerja negara, institusi pendidikan tinggi memikul tanggungjawab
untuk membangunkan kapasiti para pelajar dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran, kepakaran dan membentuk sahsiah serta kualiti peribadi
pelajar agar negara dapat berdaya saing dalam era ekonomi global serta
selari dengan kemajuan dan kepantasan teknologi digital (Mohamed
Khaled 2008).
PROGRAM PARLIMEN MAHASISWA
Program Parlimen Mahasiswa telah berjalan selama 3 tahun (2015, 2016
dan 2017) dan mempunyai seramai 600 Alumni Parlimen Mahasiswa
yang dinamik telah dilahirkan menerusi program ini. Program ini dapat
memberi pengalaman kepada mahasiswa untuk melontar hujah dan
pandangan, memberi pendedehan kepada mereka berhubung proses
demokrasi parlimen serta mendekatkan mereka dengan ahli parlimen
yang sedia ada. Pendedahan ini amat berguna dan mereka yang terpilih
ini merupakan aset kepada pembangunan negara. Peserta daripada
program ini adalah terdiri daripada pemimpin mahasiswa (Majlis
Perwakilan Pelajar, Badan-badan Beruniform, Kelab).
175
BIMBINGAN MENARA GADING
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan melatih
mahasiswa berdebat sebagai satu medan untuk berbincang dan berbahas
secara rasional, intelektual, dan ilmiah. Selain daripada itu, program
ini dapat memberi ruang kepada mahasiswa untuk menyuarakan idea
dan mengetengahkan pandangan mengenai kepemimpinan unggul,
cekap, amanah, dan berintegriti di samping dapat melahirkan generasi
pemimpin pelapis masa hadapan. Pendedahan ini amat berguna dan
mereka yang terpilih merupakan aset kepada negara.
Gambar 8.7 Mahasiswa dan Pemimpin Tertinggi Negara
176
KEPIMPINAN PELAJAR
Gambar 8.8 Parlimen Mahasiswa di Parlimen Malaysia
KONSEP KEPEMIMPINAN DALAM PENDIDIKAN
Menurut Avolio dan Gardner (2005) kepemimpinan dilihat dari segi
sifat, ciri dan tingkah laku seseorang yang menekankan kepada visi,
tindakan yang jelas, pemodelan cara, hubungan, etika, kesesuaian,
kepercayaan, dan kerjasama di dalam organisasi yang dipimpinnya.
Manakala, menurut Boyatzis, Rochford dan Taylor (2015) kepemimpinan
merupakan sifat perhubungan seseorang pengikut dengan pemimpinnya
yang mempengaruhi kepuasan kerja, perolehan, hubungan positif,
kesejahteraan, dan produktiviti.
177
BIMBINGAN MENARA GADING
Menurut Richard (2011), kepemimpinan melibatkan pengaruh, ia
berlaku dalam kalangan pengikut, pengikut secara sengaja menginginkan
perubahan yang ketara demi mencapai kejayaan dan perubahan itu
mencerminkan tujuan utama yang dikongsi bersama oleh pemimpin dan
pengikutnya. Berdasarkan pendapat Scott, Coates dan Anderson (2008a)
pula, kepemimpinan merujuk kepada seseorang yang bertanggung jawab
dalam sesebuah organisasi atau unit secara idealnya bekerja dengan
cara saling melengkapi dan saling memperkuat antara satu sama lain
untuk mencapai objektif organisasi. Dapat disimpulkan bahawa seorang
pemimpin seharusnya memberikan kepemimpinan yang diperlukan
untuk memvisualisasikan, mengartikulasikan, menyelaraskan, dan
melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat dan memenuhi
kesemua kepentingan organisasi di bawah kepemimpinannya.
Justeru, pemimpin dalam bidang pendidikan atau pemimpin
pengajaran merupakan seorang yang mempunyai keupayaan luar biasa,
berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
tentang bagaimana untuk mengajar (teaching), bagaimana merangsang
pelajar dan rakan sebaya tentang pembelajaran (learning), dan
meningkatkan ilmu mengenai amalan pengajaran (best practices) yang
berkesan serta menyumbang tenaga yang besar dalam menginovasikan
pembelajaran pelajar (Sheryl 1996). Pemimpin pendidikan perlu sentiasa
dekat, rapat dan merupakan pengamal (practitioner) kepada proses
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan supaya dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan, iaitu pelajar mahu pun
kepada rakan ahli pendidik yang lain (Milind Sathye 2004).
KEPEMIMPINAN DALAM SUKAN DAN REKREASI
Kepemimpinan merupakan satu proses di mana seorang pemimpin cuba
mempengaruhi pekerjanya dengan cara berkomunikasi, memberikan
motivasi dan menyelesaikan isu berkaitan dengan tingkah laku perkerja
untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Kejayaan seseorang pemimpin
bergantung kepada bagaimana dia boleh menyelesaikan sesuatu tugasan
dengan baik tanpa mendatangkan konflik dalam kalangan pekerjanya.
Kegagalan pekerja merupakan juga kegagalan pemimpin juga. Menurut
Mull et al (1997) Sukan ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan
secara koperatif @ kompetitif dalam bentuk permainan. “Koperatif dan
178
KEPIMPINAN PELAJAR
Gambar 8.9 Sukan Polo berkuda
kompetitif” merujuk kepada gaya dan tindakan dalam sukan. Ia juga
merupakan tingkah laku asas manusia yang biasanya timbul semasa
berinteraksi. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama,
pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud
pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan dan kedua,
pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik,
profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu
bidang yang wajib. Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola,
mengarah, dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber
lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan
sebagai sebarang gabungan kemahiran berkaitan dengan perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan kewangan,
kepemimpinan, dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi
179
BIMBINGAN MENARA GADING
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
berkaitan dengan sukan. Manakala William, Charlie dan Warren (1972),
mendefinisikan pengurusan sukan sebagai satu proses mengguna pakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang
ditentukan.
PENUTUP
Pemimpin adalah penyebab kepada jatuh bangun kepada sesebuah
institusi pendidikan baik bermula dari peringkat rendah hingga
ke peringkat pengajian tinggi. Jelas bahawa pemimpin khususnya
dalam bidang pendidikan sewajarnya mengambil serius mengenai
kepemimpinan berkesan. Kualiti seorang pemimpin berkesan
memberikan kesan yang amat besar terhadap kecemerlangan institusi
pendidikan keseluruhannya. Dapatan analisis ini menunjukkan bahawa
pemimpin di institusi pendidikan tinggi sewajarnya mengenal pasti
tahap keberkesanan kepemimpinan dalam diri setiap pemimpin serta
ciri kepemimpinan yang ada dalam diri mereka dalam membentuk sekali
gus menjayakan diri pemimpin menjadi pemimpin berkesan. Justeru,
bagi mencapai objektif untuk menjadi pemimpin berkesan, pemimpin
perlu menyedari peranan mereka serta semestinya mengamalkan ciri-
ciri kepemimpinan berkesan bagi membentuk diri menjadi pemimpin
berkesan sekaligus menjadikan institusi pendidikan yang ditadbir
sebuah institusi yang cemerlang dan berada dalam keamanan hasil dari
kepemimpinan pemimpin yang berkesan.
Kejayaan seseorang pemimpin adalah terletak kepada corak
kepemimpinannya. Pemimpin boleh mempengaruhi orang lain, maka
pemimpin perlu menjadi seorang perancang strategik yang hebat.
Proses perancangan perlu mantap dan mengambil kira faktor masa,
kos, faedah dan nilai dalam membuat sesuatu keputusan. Selepas fasa
perancangan, fasa pelaksanaan juga perlu diberi perhatian. Perancangan
yang baik mestilah boleh dilaksanakan dalam fasa pelaksanaan. Jika
timbul masalah atau isu, pemimpin boleh menyelesaikan isu dengan
menggunakan pendekatan baharu, ilmu baharu, kreativiti, dan inovatif.
Kejayaan, kelestarian dan kerelevanan sesebuah institusi pendidikan
tinggi adalah terletak pada keintelektualan dan kesarjanaan seseorang
pemimpin akademik yang menerajui pengurusan pentadbiran secara
profesional.
180
KEPIMPINAN PELAJAR
Mendepani Era
Revolusi Industri Ke-4
Profesor Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin
Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
“To penétrate and dissipate these clouds of
darkness, the general mind must be strengthened
by education” – Thomas Jefferson
Dalam milenium baharu, teknologi menyelusur ke
dalam proses pendidikan. Semasa era Pendidikan 2.0,
pelajar dan guru pada masa itu mula menggunakan
teknologi secara asas. Apabila teknologi pendidikan
semakin dinamik, dengan kemunculan mendadak
jaringan Internet yang melibatkan jutaan pengguna di
seluruh dunia, maka Pendidikan 3.0 terbentuk. Pelajar
kini mempunyai akses kendiri kepada maklumat,
pilihan untuk belajar secara maya, dan platform untuk
mudah berhubung dengan guru, pensyarah, pelajar
lain, dan kenalan mereka yang lain. Pendidikan tidak
lagi tertumpu antara pelajar dan guru sahaja, tetapi
melibatkan rangkaian pembelajaran, dengan pelajar
181
BIMBINGAN MENARA GADING
mempunyai sambungan langsung kepada pelbagai sumber maklumat
yang berbeza. Ini menggalakkan pembangunan cara pembelajaran
yang lebih peribadi (personalized learning), di mana pelajar mempunyai
keluwesan untuk belajar dengan pendekatan yang unik pada bila-bila
masa, di mana-mana sahaja. Fasa baharu ini ialah Pendidikan 4.0 (Rajah
9.2) yang sedang kita lalui sekarang.
Rajah 9.1 Ilustrasi Revolusi Industri Ke-4 (Daily Monitor, 2019)
APAKAH PENDIDIKAN 4.0?
Pendidikan 4.0 adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
selaras dengan kemunculan Revolusi Industri Ke-4 (4IR) (Rajah 9.1).
Revolusi ini memberi tumpuan kepada teknologi pintar, kecerdasan
buatan, Internet of Things (IoT), realiti maya, robotik, dan sebagainya, yang
terdiri daripada sistem siber-fizikal. Kewujudan sistem siber-fizikal ini
memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Bagi institusi pendidikan
untuk terus menghasilkan graduan yang berjaya dan mempunyai tahap
kebolehpasaran yang tinggi, mereka mesti menyediakan pelajar mereka
untuk dunia di mana sistem siber-fizikal ini tersebar di semua industri.
Ini bermaksud teknologi ini perlu diberi keutamaan sebagai sebahagian
daripada kurikulum, mengubah pendekatan untuk belajar, dan
menggunakan teknologi ini untuk memperbaiki pengalaman pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih baik. Ini adalah suatu anjakan paradigma
yang signifikan, yang berlaku dalam sistem pendidikan.
182
MENDEPANI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4
MENYEDIAKAN PELAJAR UNTUK REVOLUSI INDUSTRI KE 4
Sistem siber-fizikal semakin menjadi lebih terintegrasi dalam pelbagai
industri, di mana perkara ini telah mempengaruhi keperluan kemahiran
untuk pekerja. Penyelidikan oleh McKinsey Digital mendedahkan
bahawa disebabkan Revolusi Industri Ke-4, sebanyak 60 peratus
daripada semua pekerjaan berpotensi mempunyai sekurang-kurangnya
satu pertiga daripada aktiviti mereka melibatkan automasi. Walaupun
begitu, terdapat lebih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan
untuk mempersiapkan graduan dengan pelbagai kemahiran, termasuk
kemahiran insaniah bagi mendepani revolusi ini. Pada tahun 2016, Forum
Ekonomi Dunia menghasilkan laporan tentang penerokaan perubahan
ini. Ramalan yang dibuat ialah, “lebih daripada satu pertiga daripada set
kemahiran teras yang dikehendaki kebanyakan pekerjaan akan terdiri
daripada kemahiran yang belum dianggap penting untuk pekerjaan hari
ini.” Beberapa kemahiran insaniah yang mereka ramal menjadi sangat
penting termasuk penyelesaian masalah yang rumit, kemahiran sosial,
dan kemahiran proses. Teknologi juga membolehkan kita sentiasa
berhubung, dan sebagai impaknya, peranan pekerjaan menjadi semakin
fleksibel. Sebenarnya, Pendidikan 4.0 adalah mengenai perkembangan
semasa, dan ini bermakna semua institusi pendidikan perlu memahami
apa yang diperlukan oleh graduan masa hadapan mereka.
Pendidikan 1.0
- Pengalaman pembelajaran dengan penghafalan
Pendidikan 2.0
- Pembelajaran menggunakan Internet
Pendidikan 3.0
- Penggunaan dan Penghasilan ilmu
Pendidikan 4.0
- Pemerkasaan pendidikan bagi menghasilkan inovasi
Rajah 9.2 Pendidikan 4.0
183
BIMBINGAN MENARA GADING
Institusi pendidikan tinggi sedang bergerak ke arah penggunaan
kaedah pembelajaran yang lebih peribadi. Dengan menggunakan data
dan menjejaki prestasi pelajar, institusi ini akan dapat mengenal pasti
pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dan menyediakan
strategi penyelesaian yang optimum untuk memenuhi keperluan mereka.
Pendidikan 4.0 menggunakan analitik pembelajaran (learning analytics)
dalam menganalisis prestasi setiap pelajar secara individu, dengan
konsep bahawa keperluan pembelajaran setiap individu dan hasil yang
diinginkan adalah berbeza. Pendekatan baharu untuk struktur program
dijangka menghasilkan pelajar yang lebih berketrampilan, holistik, serba
boleh, yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pilihan kerjaya,
serta menjadi aset negara. Walau apa pun, untuk menghasilkan graduan
yang bersedia dengan pekerjaan masa hadapan, institusi pendidikan
perlu menjalani proses evolusi, dan bersedia menerima hakikat bahawa
terdapat beberapa proses konvensional dalam pendidikan yang perlukan
perubahan agar institusi ini kekal relevan.
KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN BELIA DALAM
MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI KE-4
Sejak kebelakangan ini, pengangguran telah menjadi isu global yang
dihadapi oleh golongan muda. Walaupun ramai di antara mereka yang
mendapat pendidikan di kolej, dan juga memperoleh ijazah lanjutan,
mereka berjuang untuk mencari pekerjaan dalam industri pilihan
mereka. Terdapat banyak sebab peningkatan pengangguran, termasuk
kekurangan pekerjaan dan populasi yang semakin meningkat. Di Malaysia,
organisasi dikedua-dua sektor kerajaan dan swasta menganjurkan
pelbagai program untuk memperbaiki isu ini untuk menyokong belia
dalam membangun kemahiran pekerjaan. Bagi generasi muda hari ini,
adalah sangat penting untuk melengkapkan diri dengan sewajarnya
untuk memasuki dunia tenaga kerja. Walaupun berpendidikan dan
memiliki ijazah, ramai yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan
oleh industri. Bagi mendepani era Revolusi Industri Ke-4 ini, pelbagai
kemahiran baharu diperlukan oleh graduan untuk membantu mereka
mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan (Rajah 4.3) seperti
berikut:
184
MENDEPANI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4
Literasi Digital
Dalam dunia digital masa kini, hampir setiap kerjaya melibatkan
penggunaan pelbagai jenis teknologi. Semakin banyak seseorang
mengetahui tentang teknologi, semakin tertarik majikan untuk
mengambil mereka bekerja. Literasi digital adalah mengenai penglibatan
belia membiasakan diri dengan pelbagai teknologi, supaya mereka boleh
belajar menggunakan sebarang program atau peranti. Ketika generasi
muda bersiap sedia untuk tenaga kerja, mereka harus terus meningkatkan
pengetahuan mereka mengenai pelbagai teknologi yang baharu muncul
kerana ini akan membantu memiliki tahap kebolehpasaran yang tinggi.
Penyelesaian Masalah
Salah satu kemahiran yang penting, yang dapat dikembangkan oleh belia
sebelum memasuki pasaran kerja adalah kemahiran menyelesaikan
masalah. Belia memerlukan latihan yang cukup, pengalaman terbuka
dan sahih dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Pekerjaan hari
ini sangat luwes dan dinamik; belia perlu mampu menyesuaikan diri
dengan pelbagai masalah yang mungkin timbul. Kemahiran berfikir
kritikal adalah satu kemestian dan salah satu daripada aset utama yang
dituntut oleh majikan dalam mencari pekerja baharu.
Kewarganegaraan Global
Kewujudan teknologi canggih menjadikan dunia tidak bertepi lagi. Dunia
kita sekarang kelihatan lebih ‘kecil’ dari sebelumnya dengan kewujudan
jaringan Internet. Berbanding dengan masa lalu, di mana pekerja hanya
berurusan dengan orang di sekeliling mereka, belia kini akan bekerja
dengan masyarakat antarabangsa dari pelbagai pelosok dunia. Para
belia perlu memiliki pengetahuan dalam kewarganegaraan global,
dengan menghargai dan memahami pelbagai budaya antarabangsa.
Walaupun mengetahui lebih daripada satu bahasa adalah aset yang
hebat bagi seseorang belia, namun, sekiranya dapat berkomunikasi
dengan baik dan menjalin hubungan profesional dengan masyarakat
daripada pelbagai budaya lain, ini akan menjadikan seseorang lebih
‘berharga’ dalam sesuatu industri. Lazimnya, belia akan membina ciri-
ciri kewarganegaraan global melalui penjelajahan ke negara asing,
185
BIMBINGAN MENARA GADING
melalui program mobiliti dan berinteraksi dengan masyarakat dari
pelbagai negara dan budaya.
Keusahawanan Belia
Walaupun tidak semua belia meminati dunia perniagaan, seseorang belia
memerlukan aura keusahawanan sekiranya ingin berjaya dalam tenaga
kerja masa kini dan masa akan datang. Ini bermakna belia perlu sentiasa
bermotivasi dalam menjalankan pekerjaan mereka. Majikan memerlukan
pekerja yang mempunyai pemikiran futuristik dan mampu melakukan
perubahan dengan idea bernas mereka sendiri. Apabila seseorang belia
diterima untuk sesuatu pekerjaan, majikan beranggapan bahawa belia
tersebut mampu melakukan sesuatu yang lebih daripada biasa, iaitu
yang melangkaui jangkaan mereka. Majikan sentiasa mencari pekerja
baharu yang mampu melakukan perubahan dan mencipta kelainan
terhadap syarikatnya.
Naluri Ingin Tahu dan Berminat untuk Terus Belajar
Salah satu kemahiran yang paling penting yang diperlukan untuk
pekerjaan masa hadapan adalah perasaan ingin tahu dan berminat
untuk terus belajar. Sebagaimana semua ketahui, keadaan pada masa
hadapan sukar untuk dijangka. Justeru, pengetahuan yang diperlukan
oleh seseorang belia juga sudah tentu sangat luas. Pada masa hadapan,
pekerjaan yang wujud juga belum dapat kita gambarkan sekarang.
Justeru, tidak ada had tentang pengetahuan yang diperlukan oleh
pekerja pada masa depan. Belia perlu mempunyai sikap ingin tahu dan
terus ingin belajar, yang mereka miliki dari zaman kanak-kanak. Ciri-ciri
ini diterjemahkan dengan sempurna ke dalam persekitaran kerja moden.
Belia harus sentiasa mengejar pengetahuan dan mempelajari perkara
baharu pada setiap masa. Lebih berpengetahuan seseorang belia, lebih
holistik mereka dalam kerjaya. Majikan sentiasa mencari individu yang
cemerlang di tempat kerja dan sentiasa ingin belajar. Individu sedemikian
pasti menjadi aset kepada sesebuah syarikat.
Komunikasi
Antara kemahiran yang diperlukan dalam memperoleh pekerjaan
pada masa hadapan, dalam mendepani Revolusi Industri Ke-4 adalah
186
MENDEPANI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4
kemahiran komunikasi yang merupakan kemahiran kedua penting,
selepas kemahiran penyelesaian masalah. Walau bagaimana, hebatnya
idea seseorang, jika beliau tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan,
banyak kemahiran lain yang dimiliki menjadi tidak bermakna. Belia perlu
cekap melontar idea dalam bentuk penulisan dan pertuturan. Banyak
majikan menyenaraikan kemahiran penulisan dan pertuturan sebagai
ciri-ciri utama yang mereka cari dan inginkan dalam pekerja baharu.
Belia perlu terus meningkatkan kompetensi penulisan dan pertuturan
sehingga mereka yakin untuk berkomunikasi pada semua peringkat,
dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Penyesuaian (Adaptability) dan Keluwesan Kognitif
Dua kemahiran yang sangat penting untuk mendepani Revolusi Industri
Ke-4 yang pasti apa yang diperlukan oleh industri dalam dekad yang
akan datang. Belia perlu mampu menyesuaikan diri dengan keadaan
ini agar terus berjaya dalam alam pekerjaan. Banyak syarikat sentiasa
mengubah cara mereka melakukan sesuatu, dan mereka memerlukan
pekerja yang positif dengan perubahan. Belia perlu juga mempunyai
keluwesan kognitif. Ini bermakna mereka perlu mampu mengubah suai
pemikiran mereka setiap kali berhadapan dengan masalah dan situasi
yang baru muncul. Mereka perlu cekap melihat keadaan berdasarkan
pelbagai sudut dan merumuskan pelan tindakan yang terbaik.
Mengakses, Menilai dan Menganalisis Maklumat
Dengan kewujudan teknologi yang meluas, belia sangat mudah
mengakses maklumat, hanya di hujung jari. Pada masa kini, perkara
yang penting tidak lagi mengenai apa yang seseorang ketahui, tetapi
bagaimana seseorang itu menguruskan pengetahuan yang dimiliki.
Belia perlu memiliki kemahiran untuk mengakses maklumat yang
mereka perlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga
perlu cekap menapis, menilai dan menganalisis maklumat tersebut
untuk mencari apa yang relevan dalam penyelesaian sesuatu masalah.
Kemahiran ini amat penting untuk menentukan apa yang sebenarnya
bermakna dan bagaimana ia dapat digunakan.
187
BIMBINGAN MENARA GADING
Pengetahuan Kendiri dan Kecerdasan Emosi
Salah satu kemahiran yang paling penting yang diperlukan dalam
mendepani Revolusi Industri Ke-4 adalah pengetahuan kendiri.
Belia perlu memahami diri mereka sendiri dengan cukup baik untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka. Apabila seorang belia
memahami dirinya sendiri, beliau akan mampu membuat penyesuaian
di mana yang perlu dan melakukan yang terbaik. Belia yang mengenali
diri mereka sendiri bukan sahaja tahu cara untuk membuat pendekatan
dan menyelesaikan masalah, tetapi juga mampu berkolaborasi dengan
orang lain.
Di samping pengetahuan kendiri, belia juga perlu memahami
orang lain melalui kecerdasan emosi. Ini akan membolehkan mereka
menjalinkan hubungan yang profesional dengan rakan sekerja mereka,
golongan atasan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan syarikat
mereka. Hubungan yang kukuh antara seorang pekerja dengan yang lain
adalah sangat penting dalam semua industri. Majikan menginginkan
pekerja baharu yang boleh membentuk jaringan untuk mempromosikan
syarikat itu dan memberi kerjasama yang baik dengan orang lain.
PENDEKATAN BAHARU UNTUK PEMBELAJARAN
Dengan menyelaraskan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang, institusi pendidikan
Literasi Digital Kewarganegaraan Penyelesaian
Keusahawan Belia Global Masalah
Naluri Ingin Tahu Komunikasi
dan Minat untuk
Belajar
Penyesuaian dan Pengurusan Kecerdasan
Keluwesan Kognitif Maklumat Emosi
Rajah 9.3 Kemahiran Belia untuk Mendepani 4IR
188
MENDEPANI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4
dapat memastikan mereka berjaya mempersiapkan pelajar mereka untuk
4IR. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggalakkan
pembelajaran secara teradun (blended learning), di mana pengetahuan
teori diajar secara maya dengan menggunakan teknologi digital,
disamping memastikan kemahiran praktikal masih dipelajari secara
bersemuka. Ini adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
fleksibel yang memerlukan kebertanggungjawaban dan pengurusan
masa yang baik daripada pihak guru dan pelajar.
Kaedah lain adalah pembelajaran berasaskan projek, yang
menekankan kepentingan mempelajari pelbagai kemahiran yang
boleh diaplikasi kepada setiap senario. Pendekatan bagi peperiksaan
dan penilaian juga akan berubah, beralih daripada kaedah tradisional
yang berasaskan penghafalan maklumat. Pelajar akan dinilai dengan
menganalisis perjalanan pembelajaran mereka melalui aktiviti amali dan
projek atau kerja lapangan yang mengaplikasi pembelajaran berasaskan
pengalaman.
Pembelajaran aktif pula merupakan pendekatan yang bercirikan
penglibatan aktif pelajar terhadap bahan pengajaran, melalui
perbincangan, penyelesaian masalah, kajian kes, drama dan kaedah
lain. Pendekatan pembelajaran aktif adalah berpusatkan pelajar, yang
meletakkan tahap tanggungjawab yang lebih besar kepada pelajar
daripada pendekatan pasif seperti kuliah, tetapi panduan pengajar masih
penting dalam kelas pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif memberi
tumpuan lebih kepada kemahiran pelajar daripada menyebarkan
maklumat dan menghendaki pelajar melakukan sesuatu-membaca,
membincangkan, menulis-yang memerlukan pemikiran yang lebih tinggi.
Mereka juga cenderung meletakkan penekanan terhadap penerokaan
pelajar terhadap sikap dan nilai mereka sendiri.
189
BIMBINGAN MENARA GADING
Rajah 9.5 Revolusi Industri 4.0 memerlukan pelbagai kemahiran baru1
TREND PEMBELAJARAN DALAM ERA PENDIDIKAN 4.0
Untuk mempersiapkan graduan dalam era Revolusi Industri Ke-4,
institusi pendidikan perlu menyelaraskan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan kemajuan teknologi dan selaras dengan trend
pembelajaran dalam era Pendidikan 4.0 seperti berikut:
Masa dan tempat yang Fleksibel
Pelajar akan mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar pada masa
yang berlainan di tempat yang berbeza. Peralatan e-pembelajaran
memudahkan peluang pembelajaran di mana-mana, secara kadar
kendiri. Bilik darjah akan dibalikkan (flipped classroom), yang bermaksud
bahagian teori dipelajari di luar bilik darjah, manakala bahagian praktikal
diajar secara bersemuka dan secara interaktif.
Pembelajaran Peribadi
Pelajar akan belajar dengan perisian yang sesuai dengan kemampuannya.
Ini bermakna pelajar akan menerima tugasan yang mencabar
pemikirannya setiap kali dia telah mencapai sesuatu tahap. Pelajar
1 Imej awam daripada: https://restart-project.eu/industry-4-0-impact-education/
190
MENDEPANI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4
yang mengalami masalah dengan subjek akan mendapat peluang untuk
membuat latihan lebih banyak sehingga mereka mencapai tahap yang
diperlukan. Pelajar akan dipertingkatkan secara positif semasa proses
pembelajaran individu mereka. Ini dapat membawa kepada pengalaman
pembelajaran yang positif dan akan mengurangkan jumlah pelajar
yang kehilangan keyakinan terhadap kebolehan akademik mereka.
Tambahan pula, guru akan dapat mengenal pasti dengan jelas pelajar
yang memerlukan bantuan.
Kebebasan Membuat Pilihan
Walaupun setiap subjek yang diajarkan mempunyai tujuan yang sama,
proses untuk mencapainya adalah berlainan untuk setiap pelajar. Begitu
juga dengan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan, pelajar akan
dapat mengubah proses pembelajaran mereka dengan perisian yang
mereka rasa perlu untuk mereka. Pelajar akan belajar dengan pelbagai
peranti, program dan teknik yang berbeza berdasarkan keutamaan
mereka sendiri. Pembelajaran teradun, Flipped Classroom dan konsep
‘Bawa Peranti Anda Sendiri’ (Bring Your Own Devices (BYOD) membentuk
istilah penting dalam perubahan ini.
Berasaskan Projek
Oleh sebab kerjaya masa kini banyak mengadaptasikan ekonomi masa
hadapan, pelajar hari ini akan menyesuaikan diri dengan pembelajaran
dan masa depan alam kerjaya yang berasaskan projek. Ini bermakna
mereka perlu belajar menyesuaikan kemahiran mereka dalam masa
yang lebih singkat dalam pelbagai situasi. Pelajar seharusnya sudah
didedahkan dengan pembelajaran berasaskan projek di sekolah
menengah. Ini kerana pembelajaran berasaskan projek menerapkan
kemahiran pengurusan organisasi, bekerja secara kolaboratif dan
pengurusan masa yang pelajar boleh aplikasi dalam kerjaya akademik
mereka kelak.
Pengalaman Bidang
Teknologi mampu memudahkan lebih banyak kecekapan dalam domain
tertentu. Justeru, kurikulum akan memberi ruang kepada kemahiran
191
BIMBINGAN MENARA GADING
yang hanya memerlukan pengetahuan manusia (human knowledge) dan
interaksi bersemuka. Pengalaman dalam ‘bidang’ akan ditekankan dalam
kursus. Sekolah akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar
untuk mendapatkan kemahiran dunia sebenar, untuk mempersiapkan
pelajar kepada dunia pekerjaan. Ini bermaksud kurikulum yang direka
bentuk semula akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk pelajar
mengikuti latihan amali, kerja lapangan, projek bimbingan dan projek
kolaborasi.
Tafsiran Data
Walaupun Matematik dianggap sebagai salah satu daripada tiga literasi
(menulis, mengira, membaca), namun, pengiraan secara manual tidak
akan menjadi relevan dalam masa terdekat. Komputer yang akan
menganalisis data dan meramal trend masa hadapan. Tafsiran manusia
tentang data ini akan menjadi sebahagian daripada kurikulum masa
hadapan. Menggunakan pengetahuan teoritikal kepada nombor, dan
menggunakan pemikiran manusia untuk membuat keputusan logik dan
trend dari data ini akan menjadi aspek asas literasi matematik.
Reka Bentuk Semula Sistem Penilaian
Perisian kursus akan menilai keupayaan pelajar pada setiap langkah,
justeru, mengukur kecekapan mereka melalui soal jawab bersemuka
mungkin menjadi tidak relevan, atau mungkin tidak mencukupi.
Pendidik berpendapat bahawa peperiksaan perlu direka bentuk
semula agar mampu mengukur apa yang perlu mereka kuasai. Oleh
sebab pengetahuan fakta seorang pelajar dapat diukur semasa proses
pembelajaran, aplikasi pengetahuan mereka diuji dengan baik apabila
mereka mengerjakan projek di lapangan.
Pemilikan Pelajar (Student Ownership)
Keterlibatan pelajar adalah sangat penting dalam mereka bentuk
semula kurikulum. Mengekalkan kurikulum yang kontemporari, terkini
dan berguna menjadi lebih realistik apabila profesional serta generasi
muda terlibat. Input kritikal daripada pelajar mengenai kandungan
kursus mereka adalah kemestian untuk program pengajian yang lebih
luwes.
192
MENDEPANI ERA REVOLUSI INDUSTRI KE-4
Mentoring Menjadi Lebih Penting
Dalam masa 20 tahun akan datang, pelajar akan menjadi lebih independent
dalam proses pembelajaran mereka, di mana konsep mentoring akan
menjadi asas kepada kejayaan pelajar. Guru akan membentuk titik pusat
dalam ledakan maklumat yang menjadi rujukan pelajar.
kebebasan masa dan
membuat tempat
fleksibel
pilihan
pengalaman
bidang
reka bentuk Pendidikan 4.0: pembelajaran
semula sistem Trend Pembelajaran peribadi
penilaian
pemilikan mentoring
pelajar
berasaskan penafsiran
projek data
Rajah 9.4 Pendidikan 4.0: Trend Pembelajaran
193
BIMBINGAN MENARA GADING
PENUTUP
Perkembangan pesat Revolusi Industri Ke-4 memberi impak yang besar
kepada dunia pendidikan yang melonjakkan paradigma pendidikan
kepada Pendidikan 4.0. Revolusi yang melibatkan sistem siber-fizikal
ini memberi kesan kepada kehidupan seharian manusia. Bagi institusi
pendidikan tinggi, untuk terus menghasilkan graduan yang berjaya dan
mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi, sealiran dengan revolusi
ini, pelbagai kemahiran baharu perlu diterap dalam kalangan belia. Ini
adalah suatu anjakan paradigma yang signifikan, yang berlaku dalam
sistem pendidikan. Bab ini telah menerangkan pelbagai kemahiran
bagi mendepani Revolusi Industri Ke-4, yang meliputi literasi digital,
penyelesaian masalah, kewarganegaraan global, keusahawanan belia,
komunikasi, penyesuaian dan keluwesan kognitif, naluri ingin tahu dan
minat belajar, pengurusan maklumat, dan kecerdasan emosi. Revolusi
Industri Ke-4 juga telah memberi evolusi kepada trend pembelajaran,
seperti dalam Rajah 9.4, yang meliputi masa dan tempat yang fleksibel,
pembelajaran peribadi, kebebasan membuat pilihan, berasaskan projek,
pengalaman bidang, tafsiran data, reka bentuk semula sistem penilaian,
pemilikan pelajar, dan mentoring.
194
PEMBINAAN SAHSIAH DAN PEKERTI MULIA
Pembinaan Sahsiah
dan Pekerti Mulia
Dato’ Dr. Qasim Ahmad
Akademi Menara Gading
PENGENALAN
“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.” – Hamka.
Sememangnya kita semua amat biasa dan mahir
dengan pepatah atau peribahasa Melayu yang
berbunyi “Alah bisa tegal biasa”. Maksudnya, sesuatu
perkara itu apabila kerap dilakukan oleh seseorang
maka ia akan menjadi kian mudah untuk dikendalikan
dan hilanglah kesusahan atau bisanya. Untuk
membiasakan kita melakukan sesuatu tentulah
memerlukan kesabaran dan ketekunan. Tidak dapat
tidak ia juga melibatkan disiplin dan sedikit sebanyak
kesusahan. Setelah melalui peringkat kesuasahan itu,
maka kita akan memperolehi kesenangan akhirnya. Ini
menepati pula maksud sebuah lagi pepatah Melayu,
“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian”.
195
BIMBINGAN MENARA GADING
Dalam konteks ini, kalau kita mahu, boleh sahaja ditokok dengan sebuah
lagi peribahasa, yakni, “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang”. Dengan kata lain, untuk mendatangkan sesuatu hasil
itu, kita perlu berusaha (berikhtiar).
PENGHASILAN
Kita dapat melihat kebenaran daripada pernyataan tersebut dalam
kehidupan seharian kita. Ini meliputi pelbagai bidang atau akiviti.
Memanglah yang biasanya kita lihat ialah hasilnya. Kita terpesona
atau amat menghargai kelancaran seseorang hafiz/hafizah membaca
al-Quran, kepetahan seseorang profesor menyampaikan kuliahnya,
ketelitian seorang tukang kayu mengukir perhiasan rumah, ketangkasan
seseorang atlet dalam sesuatu aktiviti kesukanan dan sebagainya.
Sehubungan dengan ini, terdapat juga pepatah Inggeris yang
menggambarkan penghasilan sebegini, Practice makes perfect.
Sebaliknya, apa yang kita tidak biasa lihat, tidak tertera pada
pandangan mata kita, adalah penat lelah yang telah ditanggung oleh
para hafiz/hafizah, para profesor, golongan atlet, dan ahli pengukir
kayu mahir. Mereka telah gigih berusaha, tekun berlatih dan sabar
memperbaiki dan memurnikan lagi amalan mereka. Segala pengorbanan
itulah yang kemudiannya telah membolehkan mereka mempamerkan
prestasi yang cemerlang. Pada tahap akhirnya apa yang dilakukan oleh
mereka itu kelihatan begitu mudah dan unggul sekali.
PERMUALAAN MASA BERLATIH
Bertolak daripada pembicaraan di atas, persoalan yang seterusnya ialah
bilakah seseorang itu harus memulakan latihan atau pembelajarannya?
Mungkin jawapan umum yang boleh diberikan ialah: lagi cepat lagi
bagus. Walau bagaimanapun, dalam menentukan sesuatu bidang yang
mahu diceburi oleh sesorang itu tentulah beberapa perkara lain perlu
juga diambil kira. Antaranya adalah, bakat dan kecenderungan sesorang
itu, kemudahan atau keadaan persekitaran yang sedia ada, dalam hal
kehidupan kerjaya atau kerja masa depan dan prospek yang dijangka.
Bersabit perkara asas kehidupan yang perlu dimiliki oleh setiap
individu, maka perkiraannya tentulah berlainan pula. Permulaan untuk
196
PEMBINAAN SAHSIAH DAN PEKERTI MULIA
mempelajari dan mengamalkan asas kehidupan itu wajarlah dilakukan
pada tahap seawal mungkin. Misalnya, dalam kehidupan seorang
muslim/muslimat perkara asas atau wajib dalam agama kenalah diajar
dan diperkenalkan pada tahap seawal mungkin, yakni bila mana si anak
itu sudah mula boleh belajar. Dalam kehidupan masyarakat pula, sifat
dan akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap individu juga patut
disuntik dan dipupuk dalam kalangan anak-anak seawal mungkin. Ciri-
ciri tingkah laku dan budi pekerti mulia ini adalah perkara yang sejagat.
Ia tidak mengenal batasan agama dan budaya.
TAHAP AWAL
Telah menjadi fitrah manusia bahawa semasa zaman anak-anak
sesuatu perkara itu mudah dipelajai dan diingati. Seandainya apa yang
dipelajari dan dingati itu terus dipupuk, maka ia akan kekal menjadi sifat
dan amalan hingga dewasa. Lantas tidak hairanlah sekiranya seseorang
itu mahu menghafal al-Quran, mahu menjadi hafiz atau hafizah, maka
dia sepatutnya belajar dan diajar semasa zaman kanak-kanak. Malah,
terdapat para ibu yang sering membaca dan mengkhatamkan al-Quran
semasa mengandung demi kemanfaatan bayi dalam kandungan. Belajar
dari masa kecil dikatakan ibarat mengukir di atas batu sementara,
belajar bilamana sudah tua seolah-olah menulis di atas air. Anak-anak
juga biasa dan cepat mengambil teladan daripada masyarakat sekitar
mereka. Berkaitan hal ini, terungkaplah beberapa peribahasa Melayu
seperti “melentur rebung biar dari rebungnya” dan “bagaimana acuan
begitulah kuihnya”. Pepatah ini mencerminkan dan menepati perkara
yang diperkatakan ini.
MEMUDAHKAN ALAM PERSEKOLAHAN
Sekiranya peribadi dan sifat mulia serta pengetahuan asas anak-anak
sudah tersemai dan terbentuk kukuh pada peringkat awal kehidupan
keluarga dan/atau di tahap tadika, maka pembelajaran dan pengalaman
mereka pada peringkat persekolahan akan menjadi sesuatu yang kurang
bermasalah. Kalaulah mereka melanjutkan pengajian ke institusi
pengajian tinggi, kolej atau universiti, maka penekanan atau penerapan
nilai murni yang dilakukan pada peringkat tersebut akan merupakan
satu kesenimbungan. Ia adalah satu perkembangan logikal kepada apa
197
BIMBINGAN MENARA GADING
yang telah mereka pelajari dalam kehidupan sebelum itu dan dengan
sendirinya akan membantu memantapkan lagi sahsiah diri mereka.
Semasa melawat Jepun pada tahun 2018, Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah dilaporkan sebagai berkata bahawa ‘nilai moral yang
murni’ patut diajarkan dari peringkat ‘kindergarten [higgalah] ke
universiti’. Ilmu pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar haruslah
selari dengan pemupukan akhlak mulia dalam kalangan mereka. Kalau
pelajar dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tetapi tidak mempunyai
akhlak yang baik maka, kata beliau, ‘pengetahuan tersebut tidak akan
memanfaatkan masyarakat’ 1.
Pada bulan Disember 2018, beliau juga menekankan peri pentingnya
akhlak dan keperibadian mulia ini. Dalam program Bicara Khas melalui
TV1, RTM, beliau telah menegaskan bahawa “Kalau seseorang tidak
ada nilai-nilai murni dan [sebaliknya] mempunyai pemikiran jenayah
dia akan salah guna ilmu yang ada padanya” 2. Beliau turut melahirkan
pendapatnya bahawa institusi keluarga kini tidak lagi begitu berkesan
dalam memainkan peranan membimbing anak-anak ke arah memiliki
nilai-nilai murni dan keperibadian mulia sepertimana satu masa dulu.
Perkara sebegini berlaku, jelas beliau, kerana ibu bapa sibuk dengan
pekerjaan masing-masing. Oleh itu, “tugas menerapkan nilai-nilai murni
perlu pindah kepada sistem persekolahan untuk membentuk peribadi
mulia” 3.
CONTOH TERDAHULU
Ajaran agama kita memanglah sarat dengan peringatan agar anak-anak
disuruh beramal dan berbudi mulia dari semenjak alam kanak-kanak lagi.
Kanak-kanak diingatkan agar mentaati, bertutur dan bersopan-santun
dengan ibu bapa, para guru dan golongan dewasa atau tua amnya. Dalam
lipatan sejarah Islam dari zaman Sahabat (R.A,) dan berikutnya terdapat
begitu banyak contoh teladan yang mempamerkan akhlak dan tingkah
laku mulia ini yang amat mengkagumkan.
1. t.n. 2018, ‘ Dr M: Good knowledge and good character should go hand-in-hand’, The Star
ONLINE, November 7, https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/07/dr-mgood-
knowledge-and-good-character-should-go-handhand/ Diakses: 8.1.2019.
2 Azzyati Ahamd, 2018, ‘Terap nilai murni, peribadi mulia dari sekolah - Tun Mahathir’, Astro
Awani, Disember 11, http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terap-nilai-murni-
peribadi-mulia-dari-sekolah-tun-mahathir-193278, Diakses: 29.1.2019.
3 Azzyati Ahamd, 2018.
198
PEMBINAAN SAHSIAH DAN PEKERTI MULIA
Namun sayang sekali, bilamana generasi terkemudian dihinggapi
fenomena kelunturan iman dan kelemahan amal ibadat maka, ciri-ciri
akhlak mulia ini juga turut terhakis secara beransur-ansur. Lantaran itu,
kitu perlu belajar dari sejarah unggul umat terdahulu. Dengan menuruti
sifat mulia kehidupan para Sahabat (R.A.) dari segi keimanan dan amalan
mereka, insya-Allah, keunggulan itu akan dapat dihayati semula tahap
demi tahap.
HASIL DARIPADA PENANAMAN NILAI MURNI
Bilamana sesuatu golongan atau seseorang individu berusaha membina
dan memupuk nilai murni sehingga sebati dengan jiwa, maka pihak
berkenaan akan menuai hasilnya. Ia juga akan menjadi sesuatu yang
terserlah. Sekadar perbandingan dan sebagai mengambil teladan,
beberapa peristiwa yang membabitkan warganegara Jepun boleh
dikisahkan di sini. Mungkin di dunia hari ini tidak mudah kita mencari
contoh pembudayaan dan penghayatan sifat atau tabiat murni yang telah
dipamerkan oleh ahli masyarakat Jepun dalam situasi yang berbeza dan
di benua yang berlainan. Biarpun lokasi dan persekitarannya tidak sama,
namun sifat murninya tetap kekal sama: pengamalan kebersihan.
Di Kuala Lumpur pada tahun 2017, beberapa orang wartawan
Jepun bersama rakan sejawat antarabangsa mereka berkumpul hampir
semalaman di Hospital Kuala Lumpur menunggu laporan doktor
bersabit bedah siasat ke atas mayat warganegara Korea, Kim Jong-
nam yang terbunuh di KLIA. Setelah semua yang berkumpul beredar,
para wartawan Jepun telah mengutip sampah sarap yang ditinggalkan
bersepah. Mereka membawanya bersama kerana tidak kelihatan di
sekitar kawasan itu tempat pembuangan sampah. Pada persepsi mereka,
keadaan sekitar yang bersampah sarap adalah sesuatu yang sepatutnya
tidak boleh wujud.
Peristiwa wartawan Jepun membersihkan kawasan itu telah
disaksikan oleh seorang wartawan Agensi Berita Nasional (BERNAMA),
Amirul Sajadi. Katanya, “Perilaku petugas media Jepun ini mengkagumkan
saya dengan displin mereka mengekalkan kebersihan, biarpun mereka
bukan berada di negeri mereka sendiri” 4.
4 Samantha Khor, 2017, ‘ Local Journalist Was Humbled To See Japanese Reporters Picking
199
BIMBINGAN MENARA GADING
Di Rusia pada Jun tahun 2018, setelah pasukan bola sepak Jepun
mengalahkan pasukan Colombia dalam siri pertandingan Piala Dunia,
penyokong pasukan Jepun telah membersihkan lantai stadium yang
ditaburi sampah. Pekerti penyokong Jepun ini, kata akhbar The Telegraph
London, telah menerima sanjungan penuh penyokong Colombia. Seorang
peminat lain menggambarkannya sebagai contoh perilaku yang “tanpa
tolok bandingnya”5. Scott North, Profesor Sosiologi di Universiti Osaka
memberitahu British Broadcasting Corporation (BBC) bahawa amalan
orang Jepun itu adalah “satu tabiat yang telah ditanam sejak peringkat
kanak-kanak” 6.
Sebulan selepas peristiwa di Rusia itu, telah tular pula di YouTube
video yang menunjukkan sepasang ahli jemaah haji Jepun mengutip
sampah di jalanan yang dilalui mereka di Mekah. Sampah yang dipungut
dimasukkan ke dalam bag plastik yang mereka bawa sendiri. Inilah
natijah daripada didikan awal yang tentunya membabitkan peranan
keluarga, institusi pendidikan dan masyarakat amnya7. Nyatalah sifat
yang terbina dari peringkat awal kehidupan kekal dalam hati sanubari
mereka. Apa yang tertanam dalam lubuk jiwa telah dimanifestasikan di
mana jua mereka berada, tanpa mengira situasi atau keadaan sekeliling.
Inilah realiti yang dilakarkan dalam pepatah Inggeris, Actions speak
louder than words.
SELEPAS PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
Perjalanan kehidupan seseorang individu atau kaum itu tidak sama; tidak
semuanya bernasib baik dari alam kanak-kanak lagi. Namun begitu,
ini tidaklah bermakna peluang untuk membina akhlak murni itu telah
berlalu tanpa dapat ditampung sama sekali. Seperti yang ditegaskan
oleh Tun Dr. Mahathir, semasa di alam persekolahan penerapan dan
Up Rubbish At KL Hospital’, SAYS, February 24, https://says.com/my/news/japanese-
reporters-picked-up-left-behind-at-hospital-kuala-lumpur Diakses: 8.1.2019.
5 Mark Molloy, 2018, ‘ Japanese fans clean up stadium after World Cup victory and inspire
other nations to follow suit’, The Telegraph, June 20, https://www.telegraph.co.uk/
news/2018/06/20/japanese-fans-clean-stadium-world-cup-victory-inspire-nations/
Diakses: 8.1.2019.
6 Molloy, 2018.
7 Yaakob Bin Baharom, 2018, ‘Jemaah Haji Jepun Kutip Sampah Di Mekah’, You Tube Julai 29,
https://www.youtube.com/watch?v=dETg-Eu1TQE Diakses: 8.1.2019.
200