SURAT BUAT SAHABAT
Sahabat,
Aku yakin dikau sukar untuk melupakan apa yang telah terjadi kepada dirimu.
Kau sering kali tersungkur dan terus menjauh daripada Illahi
Yakinlah setiap kesusahan dan kepahitan itu akan memberikan kau sebuah
pengalaman yang dikau sendiri akan ingat bagi meninggalkan setiap kesilapan
tersebut.
Sahabat,
Hanya kau sahaja yang mengetahui apa yang kau lakukan. Aku yakin ada
kalanya kau menangis dan mencari cahaya agar dapat menerangi dikau di dalam
kegelapan. Cahaya itu hanyalah ada di dalam diri kau.
Ya dalam diri kau.
Kau sahaja yang mampu untuk memberikan cahaya di dalam diri kau. Bukan
orang lain. Aku hanya mapu memberikan tunjuk ajar kepadamu untuk kau kembali
pada hidup yang engkau inginkan.
Nukilan ini ku buat khas buatmu agar dapat memberikan pengajaran kepada
semua agar dirimu boleh jadikan sebagai pengajaran yang berguna untuk tidak terjerat
di dalam kancah masalah sosial yang membimbangkan hari ini.
Surat ini juga aku kirimkan buat kau. Aku yakin dengan apa yang aku ini
sampaikan ini akan buatkan dikau kembali mengetahui bahawa dirimu tidak
berseorangan. Aku yakin kau ada harapan untuk terus maju ke hadapan.
Buat mereka yang telah terjerat, jangan takut dan segan untuk berubah.
Perubahan akan membuatkan dirimu bahagia. Tak percaya? Cubalah. Aku yakin
engkau boleh berubah sebab kau adalah manusia yang hebat.
Salam Cinta Buatmu Sahabat
Sarah Rykal
SERUNGKAI KASIH
Di dalam dunia ini ada pelbagai ragam manusia yang dibentuk dalam pelbagai
personaliti. Ada kalanya mereka melakukan kesilapan sehingga terjatuh ke dalam
lembah kejahilan.
Kejahilan yang kita rasakan ia hanyalah sedikit, namun apabila seseorang itu
kerap melakukannya, lama-kelamaan ia akan menjadi besar sehingga kita sudah
terbiasa dengannya.
Datin Syafiqah terus mengambil sebentuk cawan yang berisi air lalu diminum
bagi menghilangkan rasa kehausan yang berada di dalam tekaknya. Alhmdulillah
terasa lega pada tekaknya.
Matanya terus memandang kearah surat khabar yang berada di hadapannnya. Dia
terus melemparkan wajah yang agak sedih sambil melihat wajah yang agak sedih di
kearah surat khabar tersebut.
Setiap manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan
kesalahan di dunia. Persoalannya, bagaimana cara untuk kita hindarkan diri
daripada tidak terjebak dengan segala kesilapan yang kita takuti.
Remaja Bunuh Ibu Kandung Kerana Tidak Diberikan Wang - Berita Harian
Siapa sahaja yang tidak pernah melakukan kesalahan. Itu adalah benda
normal sekiranya kita lakukan satu kesilapan. Namun kita ada cara untuk
hindarkan diri daripada melakukan kesilapan tersebut. Tapi bagaimana pula kalau
sudah terjerat? Sebaiknya kita kembali kepada Fitrah yang suci.
‘Mengapa ramai sangat remaja pada hari ini yang sangat longlai dari segi akhlak
dan moral. Kesian aku tengok remaja hari ini.’ Bisik Datin Syafiqah. Dia terus
termenung sambil melihat kearah langti yang sungguh cantik membiru.
‘Kalau begini keadaan remaja hari ini, sudah pasti negara kita akan rosak dan
akan menyebabkan negara kta akan ditindas oleh negara lain.’ Bisik Datin Syafiqah
sekali lagi. Dia terus menghembuskan sedekit keluhan.
Sedih. Itulah reaksi yang ditunjukkan olehnya sambil melihat kearah keratan
akhbar tersebut. Mengapa keruntuhan akhlak yang semakin meningkat seperti tiada
penghujungnya.
“Uhuk…..Uhuk.” Datin Syafiqah menutup mulut sambil mengurut-urut
dadanya. Dia terus mengambil air yang berada di sebelahnya lalu diteguk bagi
menghilangkan sedikit kekeringan dari tekaknya.
Matanya kembali melihat kearah suasana di luar rumahnya. Jauh di fikirannya
ingin melakukan beberapa cara bagi memulihkan akhlak remaja pada hari ini.
Seorang lelaki mendekatinya. Seperti ada sesuatu yang ingin dibicarakan
kepadanya. “Datin, pukul berapa kita nak pergi?” Soal Hafiz. Dia merupakan
pemandu merangkap Personal Assistant wanita tersebut.
Wanita tersebut terus mengelap air matanya sebelum mengeluarkan sedikit
keluhan dari dalam dirinya. “Dalam masa 5 minit lagi kita akan pergi.” Ujar Datin
Syafiqah sambil memandang kearah lelaki yang berada di hadapannya.
Hafiz hanya mengangguk. Dia terus meminta izin untuk beredar bagi
menyambung sedikit kerjanya. “Hafiz wait.” Langkah Hafiz terhenti. Dia terus
kembali memandang kearah wanta tersebut.
“Macam mana progress pusat yang saya cadangkan itu. Ada apa-apa masalah?”
Ujar Datin Syafiq sambil bersiap sedia untuk mendengar sedikit penerangan daripada
Hafiz.
Terdiam. Itulah reaksi yang ditunjukkan oleh Hafiz sambil memikirkan apa yang
boleh diberkan kepada Datin Syafiqah. “So far Alhamdulillah semuanya berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang. Kalau ada apa-apa kesulitan yang berlaku, saya
akan maklumkan kepada Datin.” Ujar Hafiz ambil melemparkan senyuman.
“Alhamdulillah.” Datin Syafiqah terus mengambil beg tangannya. “Kalau begitu,
jom temankan saya tengok bangunan pusat. Bagaimana progressnya.” Sambung Datin
Syafiqah sekali lagi.
Hafiz bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Mereka berdua terus beredar
untuk mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh Datin Syafiqah tanpa membantah.
Sampai sahaja di bangunan tersebut, mereka berdua hanya memandang sahaja
kearah tapak tersebut dengan gembira. Mengikut kontraktor, dalam masa dua minggu
lagi bangunan ini akan siap. Jadi dalam masa itu jugalah mereka akan berpindah di
sini.
‘Harapan aku adalah dengan tertubuhnya bangunan ini semua remaja akan lebih
terjaga dan terjamin dari segi akhlak, sahsiah dan moral mereka semua. Aku akan
pastikan semuanya akan mendapat perlindungan dan pendidikan di sini.’ Bisik Datin
Syafiqah dengan agak gembira.
BAB 1
Hati yang berderai tidak akan dapat disambung kembali. Ia berderai bagaikan
kaca yang jatuh lalu pecah. Agak sukar untuk disambung mahupun pulih semula.
Sekiranya dia kembali pulih, segala-galanya tidak sama seperti dahulu kala.
Malah ada yang lagi teruk dari apa yang kita jangkakan.
Air mata yang terus dilap oleh Fatin. Dadahnya masih lagi berombak bagi
menahan sebak yang dirasainya. Lantas dia terus menarik nafasnya dalam-dalam.
“Ibu, adik balik dulu. Nanti free adik datang balik.” Fatin terus bangun untuk
beredar daripada kawasan perkuburan. Dia masih lagi berada di dalam keadaan yang
sangat sedih.
Kematian itu pasti. Hal ini kerana di dalam Al-Quran juga ada tertulis bahawa
setiap kemian itu pasti akan dialami oleh semua manusia di dunia ini. Tapi
persoalannya, bagaimana persiapan kita untuk mengharungi satu keadaan yang
pasti berlaku kepada kita?
Sampai sahaja di rumah, Fatin terus mengambil semua pakaian yang berada di
dalam al-mari. Dia terus mengemas semua pakaiannya untuk beredar daripada perut
rumah itu. Namun hatinya tidak sanggup untuk keluar daripada bangunan tersebut.
‘Ya Allah mengapa berat untuk aku keluar daripada rumah ini. Sekiranya apa
yang Engkau berikan ini adalah satu petunjuk, aku akan duduk di sini sambil
memikirkan apa yang akan aku lakukan selepas ini.’ Bisik Fatin. Baginya tiada yang
istimewa di rumah ini setelah orang yang disayanginya pergi tak kembali lagi.
Sebuah potret terjatuh di lantai bilik. Dia mengambil sahaja gambar tersebut.
Terdampar potrert ayahnya yang terlihat. ‘Ayah walaupun ayah jahat macam
manapun, ayah tetap ayah Fatin. Fatin akan terima ayah walaupun bagaiamana pun.
Jangan risau, Fatin dah maafkan ayah.’
Pagi itu, Fatin bersiap untuk menuju ke kedai bagi bekerja mencari duit untuk
menyara hidupnya. Dia terus memandang kearah cermin sambil menempekkan sedikit
bedak dan make up pada wajahnya.
Bibirnya terus melemparkan senyuman sambil melihat cermin bersaiz sederhana
besar di hadapannya. Setelah semuanya siap, dia terus beredar untuk menuju ke lokasi
yang seterusnya.
“Fatin tunggu sekejap.” Langkah Fatin terhenti apabila disapa oleh nada suara
yang agak garau. Lantas dia terus memandang kearah suara tersebut bagi mengetahui
apa yang diinginkan oleh ayahnya.
“Ya ayah. Ada apa panggil Atin?” Fatin terus berdiri tegak bagai tiang lampu di
luar rumahnya.
“Aku nak kau duduk rumah. Sekejap lagi ada orang datang dan aku nak kau layan
mereka puas-puas. Bagi layanan yang terbaik. Bukan sedikit mereka bayar untuk
dapatkan layan first class dari kau.” Ujar Bakar. Dia terus melemparkan senyuman
yang nipis sambil menanti jawapan daripada anak perempuannya.
Fatin terkejut apabila mendengar segala yang dikatakan oleh ayahnya.
Sebenarnya dia sudah penat mengikut segala arahan yang tidak masuk akal dari
ayahnya. “Tak nak. Buat apa Atin nak ikut semua arahan ayah yang tidak masuk akal.”
Balas Fatin dengan nada suara yang agak tegas.
Bakar naik berang apabila mendengar segala ungkapan yang dilontarkan oleh
Fatin. Lantas dia terus menarik rambut anaknya dengan agak marah. “Kau memang
tak dengar atau buat-buat tak dengar. Aku cakap layan sahaja itu pun susah ke? Janji
kita dapat banyak duit.”
“Ya susah.” Fatin cuba untuk menahan kesakitannya sebelum menyambung
kata-katanya. “Sudahlah ayah sampai bila kita nak buat kerja macam ini. Tak takut
dosa ke?” Sambung Fatin. Air matanyna cuba disekat daripada mengalir.
Bakar terus gelisah. Dia terus menarik rambut anaknya tanpa ada belas kasihan.
“Kau siapa nak ajar aku tentang dosa dan pahala? Kau pun bukan betul sangat. Kalau
kau tak bagi mereka apa yang mereka inginkan, kita tak akan dapat banyak duit.”
Terus naik api kemarahannya setelah mendengar setiap kata-kata daripada anaknya.
Fatin terdiam. Dia terkejut apabila mendengar setiap perkataan yang keluar
daripada mulut ayahnya. Lelaki itu lebih memikirkan kepada wang ringgit berbanding
maruah anaknya sendiri sehingga sanggup mengadainya.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara seorang lelaki berada di luar rumah.
Bakar tersenyum sahaja apabila mendengar suara lelaki tersebut. Mana tidaknya, itu
bermakna rezekinya bakal masuk tidak lama lagi.
Fatin cuba melarikan diri. Dia tidak sanggup lagi untuk melakukan apa yang
diarahkan kepadanya lagi. Namun segala-galanya gagal. Bakal terus menarik tangan
anaknya lalu ditarik untuk masuk semula ke dalam bilik tidur. “Kau ingat, selagi aku
tak dapat duit, jangan harap kau boleh keluar. Ini arahan dari aku.” Balas Bakar
sebelum meninggalkan anaknya.
Fatin sedih apabila diperlakukan seperti itu. Baginya, tak guna apabila berwajah
cantik, tapi bekerja sebagai sebagai pemuas nafsu lelaki semata-mata. Tak guna duit
banyak, tapi tak ada berkat kerana kerja yang dilakukannya. Dia rela mati daripada
terus duduk di dalam dunia kejahilan yang melanda.
Seorang lelaki masuk ke dalam bilik yang sedang didudukinya. Dia ingin
melarikan daripada cengkaman lelaki tersebut. Namun segala-galanya tidak berhasil.
Dia terpaksa Redha dengan apa-apa yang bakal berlaku pada dirinya walaupun tanpa
kerelaan hatinya.
Jam tepat menunjukkan 9 malam. Badannya terasa sangat letih disamping sedikit
kesakitan. Dia hanya melihat kearah jendela di dalam rumah tersebut. ‘Ya Allah
kuatkan aku untuk mengharungi segala ujian yang bakal mendatang. Hanya kepada
Engkau sahaja aku berserah.” Bisik Fatin dia berasa sangat lemah daripada
kebiasaannya.
Tiba-tiba, dia melihat sesuatu berhampiran dengannya. Baginya inilah masa
untuk diri ini bebas daripada sebarang kesengsaraa yang sedang dialami. Lantas dia
terus mengambil beg pakaian lalu dia terus mengemas semua pakaiannya sebelum
meninggalkan rumah yang sedang diduduki.
Setelah selesai mengemas, beg yang berisi pakaian terus dicampak di luar rumah.
Dia terus memanjat tingkap lalu terus beredar daripada rumah tersebut dalam keadaan
yang tergesa-gesa. Dia tidak mahu ayahnya nampak dirinya sudah tiada di dalam
rumah tersebut.
Kakinya terus berlari dengan agak pantas bagi meninggalkan kawasan rumah
tersebut. Dia harap agar tiada sesiapa yang nampak dirinya lari daripada kampung
halamannya.
Sampai sahaja di tengah pekan, Fatin terus sahaja berlaku untuk menuju ke
tempat yang membolehkan dirinya berehat. Dia masih lagi berasa sangat penat di
samping mengantuk yang dirasainya pada malam itu.
Langkahnya terhenti di sebuah perhentian bas. Dia terus duduk sambil
memandang sahaja kearah sekelilingnya. Baginya tiada apa yang seronok saat ini. Dia
tidak tahu apa nasibnya pada keesokan hari sama ada baik ataupun sebaliknya. Kalau
baik, Alhamdulillah.
Fatin terus melabuhkan badannya. Walaupun terasa sangat sejuk sehingga
menyusuk tubuhnya, namun dia berasa sangat puas kerana dapat merehatkan
badannya. “Harap-harap kehidupan aku akan lebih baik. Aku tidak mampu lagi untuk
melakukan apa-apa lagi.” Tidak lama kemudian dia terus terlelap sambil dibuai
mimpi.
Datin Syafiqah terus memberkan bantuan kepada gelandangan yang tinggal di jalanan.
Itulah antara rutin harian yang dilakukannya pada setiap hujung minggu. Dia gembira
dengan aktivit yang dilakukannya.
Mata Datin Syafiqah terpandang kearah tubuh remaja wanita yang tidak jauh
daripada kawasan yang sedang diberikan bantuan. “Hafiz, cuba kamu berikan saya
sebungkus makanan. Saya nak bagi dekat budak itu.” Ujar Datin syafiqah sambil
menunjukkan kearah remaja tersebut.
Hafiz mengikut sahaja apa yang diinginkan oleh ketuanya. Mereka berdua terus
menuju kearah remaja tersebut. Terlintas rasa simpati apabila melihat wajah remaja
wanita tersebut.
“Awak rasa dia hidup lagi?” Soal Datin Syafiqah kepada Hafiz. Dia terus
memandang tepat wajah remaja tersebut.
Hafiz terus terdiam. Dia terus memandang kearah wanita tersebut sebelum
memberikan jawapan kepada ketuanya. Dia terus menyentuh wajah remaja tersebut
sambil memerhatikan dengan sebaiknya. “Saya rasa hidup lagi Datin.” Balas Hafiz
dengan penuh berkenyakinan.
Datin Syafiqah hanya mengangguk. Dia terus menggerak-gerakkan badan remaja
wanita tersebut. “Adik bangun. Adik.” Ujar Datin Syafiqah. Dia harap agar Fatin
memberikan respon kepada panggilannya.
Fatin tersedar setelah badannya digoncang oleh seseorang. Dia terus membuka
matanya dengan perlahan sambil melihat kearah siapa yang mengejutnya. Dia terdiam
sambil memerhati orang yang mengejutnya. Lantas dia terus bangun untuk beredar
daripada kawasan tersebut.
“Adik tunggu.” Fatin terus berhentikan langkahnya seketika. Entah mengapa kali
ini dia merasakan bahawa mereka akan membantunya.
BAB 2
“Kamu nak pergi mana?” Soal Datin Syafiqah sambil menanti sahaja jawapan yang
akan dijawab oleh remaja wanita tersebut. Mungkin ada sesuatu rahsia yang sedang
berada di dalam dirinya.
Fatin terhenti. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab pada ketika itu. “Dimana
saya selesa, di situ saya berhenti dan di situ jugalah rumah saya.” Balas Fatin. Dia
cuba untuk menahan sebak yang dirasainya.
“Walaupun awak rasa selesa dan kaki awak berhenti di tengah jalan raya?” Balas
Datin Syafiqah bagi mencabar seketika pemikiran Fatin. Dia terus mendekati remaja
tersebut. “Awak nak tinggal dengan saya? Kita akan pergi dan tinggal di tempat yang
lagi selesa dari apa yang awak jangkakan.” Pujuk Datin Syafiqah sekali lagi. Dia
harap pujukannya itu akan berhasil.
Fatin terdiam. Air matanya mencurah-curah mengalir bagaikan air hujan yang
sungguh lebat. “Mengapa dunia hari ini sunggu kejam?” Ujar Fatin sambil menahan
kesedihan yang dirasainya.
“Mengapa kamu cakap begitu?” Soal Datin Syafiqah sekali lagi. Dia ingin
mendengar penjelasan daripada Fatin. Mesti ada sesuatu yang ingin dijelaskan oleh
remaja wanita tersebut.
Fatin menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menjawab persoalan yang
diberikan kepadanya. “Ya, memang dunia ini terlampau kejam untuk saya sebab
ramai orang yang suka ambil kesempatan dekat saya. Mereka tahu saya lemah kerana
itu saya selalu digoda sehingga menjadi pemuas nafsu mereka semua.” Balas Fatin.
Secara jujunya, memang dia ingin menyembunyikan kisah hidupnya.
“Manusia dan nafsu memang tidak dapat dipisahkan. Namun ada kalanya kita
sebagai manusia perlulah mengawal daripada ia terus berleluasa sehingga menjadi
duri yang boleh menyakitkan orang lain.” Sambung Fatin. Dia terus mengelap air
matanya daripada terus mengalir.
“Akal fikiran yang Allah berikan ini adalah untuk berfikir secara waras. Nafsu
yang ada perlukan dijaga dengan sebaiknya dan ia mampu untuk dikawal. Bila kita
tidak mengawal, maka semuanya akan menjadi rosak.”Suara Fatin menurun secara
mendadak. Dia benar-benar rasa kesal pada saat itu.
Terkelu lidah Datin Syafiqah apabila mendengar segala perkataan yang keluar
dari mulut Fatin. Dia faham dengan apa yang cuba diluahkan oleh remaja tersebut.
Tiba-tiba dia mendapat satu idea untuk membantu Fatin untuk menyelesaikan segala
permasalahan yang sedang menghantuinya.
“Apa kata kalau ibu bawa awak pulang ke rumah ibu. Ibu janji awak akan selamat
tinggal dengan ibu dan tak ada sesiapa pun yang boleh menganggu kamu.” Balas
Datin Syafiqah bagi menarik minat Fatin untuk bersamanya. Harap-harap pujukannya
akan menjadi kenyataan.
Fatin terdiam. Dia agak sukar untuk menunaikan permintaan wanita di
hadapannya. Tapi dia yakin yang datin tidak berniat jahat. Kalau tidak, tak akanlah
datin yang melakukan kerja amal sanggup mendengar segala luahan hatinya.
“Apa jaminan yang saya akan selamat di bawah jagaan puan.” Soal Fatin. Dia
berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan apa yang ditawarkan oleh
Datin Syafiqah. Mana tahu selepas ini nasibnya akan berubah.
Datin Syafiqah terus mengeluarkan sesuatu. Lantas dia terus memberikan
sekeping kad kepada Fatin untuk menyakinkan remaja tersebut untuk mengikut apa
yang telah dirangkanya.
Datin Syafiqah Haji Roslan. - CEO Pusat Jagaan Datin Syafiqah.
“Ibu janji akan jaga awak seperti mana seorang ibu yang penyayang. Ibu akan
pertahankan awak daripada sebarang anasir kejahatan. Saya akan menyangi awak
sebagaimana ibu awak sendiri.” Pujuk Datin Syafiqah dengan penuh yakin
Fatin masih lagi terdiam. Dia masih lagi memikirkan tawaran tersebut setelah
mendengar penerangan daripada Datin Syafiqah. “Baiklah saya setuju.” Ujar Fatin
sebagai jawapan.
Semua kegembiraan yang aku dampakan selama beberapa tahun akhirnya
orang yang aku sayang pergi tak kembali. Pergi meninggalkan dunia yang
sungguh fana.
Ya memang betul semua manusia akan merasai kematian. Tapi aku tidak
mampu untuk menghadapi semua ini. Ia amat sakit untuk aku. Tapi aku akan
Redha dengan sela penentuan dari Illahi.
Kondisi badan Datin Syafiqah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang
lalu. Biasalah orang tua, mereka memang akan menghidapi pelbagai penyakit
disebabkan imunisasi mereka yang semakin lemah.
Fatin terus menuju kearah Datin. Dia tidak sanggup untuk melihat keadaan yang
ditunjukkan oleh wanita tersebut. “Ibu, bangun ibu. Makan ubat dulu. Lepas itu
sambung balik tidur.” Fatin terus mengoncangkan tubuh wanita tersebut untuk
menyedarkan daripada lamunannya.
Datin Syafiqah tersedar daripada lenanya. Dia terus bersandar pada birai katil.
Lantas dia terus tersenyum apabila memandang kearah anak angkatnya. “Kamu dah
makan?” Soal Datin Syafiqah bagi mengetahui aktiviti Fatin.
“Dah.” Balas Fatin dengan ringkas sambil mmberikan ubat kepada Datin
Syafiqah untuk dimakannya. Dia tidak tahu apa yang bakal dilakukannya melainkan
hanya duduk dan berdoa agar wanita tersebut sihat seperti sedia kala.
Datin Syafiqah terus mengambil ubat tersebu dan terus memandang tepat kearah
Fatin untuk mengatakan sesuatu kepada anak angkatnya. “Fatin tunggu sekejap, ibu
ada benda nak cakap.” Ujar Datin Syafiqah. Dia mengharapkan agar Fatin boleh
menunggu seketika.
“Ada apa ibu?” Fatin terus menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh Datin
Syafiqah.
“Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan kehidupan. Ibu
harap, selepas ini kamu boleh jaga diri baik-baik. Ibu sentiasa ada di dalam hati kamu.”
Balas Datin Syafiqah. Dia terus melemparkan senyuman kepada Fatin.
“Ibu sudah maafkan kamu seandainya kamu ada apa-apa kesalahan kamu dengan
ibu. Ingat tolong jaga pusat ini sebaik-baiknya dan lakukan kebaikan walaupun kita
berada di dalam kesusahan. Jangan kamu susahkan kehidupan orang lain kerana itu
adalah satu sikap sangat buruk.” Sambung Datin Syafiqah lagi.
Fatin terdiam. Dia masih secara tiba-tiba sebak apabila mendengar apa yang
dikatakan oleh Datin Syafiqah. Dia tahu bahawa wanita tersebut tidak lama di muka
bumi ini lagi.
Mereka berdua berpelukan. “Baik ibu. Atin ingat segala pesanan yang ibu berikan
itu.” Balas Fatin secara ringkas. Air matanya terus mengalir setelah mendengar segala
amanat yang terakhir untuknya.
Mata Fatin terus melihat sebuah potret yang berada diatas meja. Hatinya terus
menjadi sayu apabila melihat potret melihat potret tersebut. Sumpah hatinya tidak
kuat untuk menghadapi kehidupan pada hari-hari seterusnya.
‘Ya Allah, Kaun ampunkan segala dosa ibu. Dia seorang yang sungguh baik dan
banyak berbakti kepada umat yang memerlukan. Aku Redha dengan pemergian
dirinya.’ Bisik Fatin. Air matanya semakin deras berjujurai jatuh untuk membasahi
pipinya.
Dia terus bangun untuk beredar daripada rumah tersebut. Baginya tiada makna
lagi untuk berada di rumah tersebut. Biarlah dia membawa diri untuk memulakan
kehidupan yang baru.
Fatin memandang kearah rumah yang menyimpan banyak kenangan serta pahit
manis kehidupan. Di sinilah dia mula untuk mengenali kehidupannya dengan lebih
jitu. “Assalamualaikum.” Satu suara memecah kesuyian ketika itu. Fatin terus
memandang kearah suara yang didengarinya.
Mereka berdua terus duduk di ruang tamu. Fatin hanya menunggu sahaja apa
yang ingin dikatakan oleh lelaki yang berada di hadapannya. Entah apa diinginkan
oleh lelaki itu.
Mereka berdua terus menikmati minuman yang disediakan oleh Fatin sebelum
mereka memulakan perbicaraan. “Nama saya Hazwan. Saya datang sini ada hajat
sebenarnya untuk bertemu dengan Cik Fatin.” Hazwan terus memberikan sepucuk kad
kepada Fatin.
Hazwan Amirul - Peguam Bela.
“Tujuan saya datang ke sini adalah untuk membacakan sepucuk surat yang telah
ditinggalkan oleh Datin Syafiqah kepada awak. Untuk pengetahuan awak, Datin tiada
waris untuk mewarisi segala harta yang ada dalam keluarga ini.” Ujar Hazwan untuk
memberikan penerangan kepada Fatin. Lantas dia memberikan sepucuk surat kepada
Fatin.
Kehadapan anakandaku yang aku sayangi, wakah ini untuk anakanda setelah
pemergian bonda di bumi ini. Bonda ingin meminta ampun sekiranya bonda ada
melakukan kesilapan sepanjang menjaga kamu.
Untuk pengetahuan anakanda, bonda tidak akan meninggalkan kamu di dunia ini
dengan tangan kosong. Banyak harta yang bonda ingin berikan kepada anakanda.
Oleh itu, ini antara apa yang bonda boleh berikan sebagai bekalan kamu di dunia
dan Akhirat. Antara hadiah yang ingin bonda berikan ialah
1. Rumah banglo yang kita diami itu, bonda hadiahkan buat kamu agar kamu
boleh berlindung di dalamnya.
2. Pusat Pemulihan Datin Syafiqah yang bonda bina juga adalah hadiah buatmu.
Gunakan ia untuk kebaikan dunia dan Akhirat.
3. Akaun bank pensedirian dan akaun bank pusat juga bonda berikan kepada
kamu. Gunakan ia untuk masa hadapan dan kebaikan sejagat.
Akhir kata, bonda harap anakanda boleh gunakan segala kewangan dan harta
yang bonda tinggalkan bagi mendorong anakanda menuju ke Syurga Illahi kelak.
Sayangmu,
Datin Syafiqah Roslan.
Makin berjujurai air mata Fatin mengalir apabila mendengar segala segala apa
yang dibacakan oleh Hazwan. Dia tidak tahu apa lagi yang ingin dikatakan. Sungguh
berat amanah yang diberikan kepadanya.
Hazwan hanya memerhati sahaja reaksi yang ditonjolkan oleh Fatin. “Awak
okey?” Soalnya. Dia ingin mengetahui apa yang dirasai oleh wanita tersebut.
Fatin terus mengelap air matanya. Dia terus menghembuskan keluhan sebelum
menjawab soalan yang diberikan oleh Hazwan. “Okey. Boleh awak tunjukkan dimana
pusat pemulihan yang datin hadiakan untuk saya.” Balas Fatin sambil memerhati
sahaja lelaki tersebut.
Hazwan hanya mengangguk dan bersiap sedia untuk membawa ke pusat yag
diminta oleh wanita tersebut. Mungkin merka ingin melihat sendiri rangka bangunan
tersebut.
Sampai sahaja di hadapan bangunan tersebut, Fatin terpegun apabila melihat
bangunan tersebut tersergam megah terbentang di hadapan matanya. Dia sungguh
terpegun melihat pusat tersebut.
“Inilah bangunan yang datin hadiahkan. Saya harap awak boleh tunaikan segala
apa yang diamanahkan kepada awak.” Ujar Hazwan. Dia sangat berharap agar segala
amanah tersebut boleh dilakukan dengan sempurna.
Fatin mengangguk. Dia terus melangkahkan kakinya untuk masuk ke dalam
badan bangunan tersebut untuk melihat sendiri keadaan di dalamnya.
Apabila berada di dalam bangunan, Fatin tersenyum sahaja apabila melihat susun
alur di dalamnya. Dia tidak sangka bahawa saiz dan bangunan tersebut sungguh besar.
Jauh fikirannya sudah memikirkan apa yang ingin di lakukannya di dalam pusat
tersebut.
‘Ibu, Fatin janji akan tunaikan segala amanah yang diberikan ini. Fatin akan buat
dengan sebaiknya dan akan banggakan ibu di Sana.’ Bisik Fatin. Dia semakin
bersemangat untuk tunaikan segala yang telah diberikan kepadanya. Harap-harap
semuanya akan dipermudahkan.
BAB 3
Pengalaman lampau akan memberikan kita semua sebuah pengajaran yang baik
untuk kita meneruskan kehidupan yang lebih pada masa hadapan. Malah ia akan
memberikan kita melakukan sesuatu yang baik untuk setiap tingkah laku pada
masa hadapan.
Pengalaman juga boleh diibaratkan sebagai sebuah perjalanan bagi seseorang.
Perjalanan hidup semua orang itu berbeza-beza kerana pengalaman yang berbeza
itu akan memberikan kita untuk terus berjalan pada masa hadapan.
Setiap perjalanan itu adalah sebuah pengertian yang membolehkan diri kita
untuk nampak keadaan diri kita dengan orang lain. Tidak semua perjalanan itu
baik, malah ia akan diuji dengan penuh cabaran. Seandainya kita gagal dalam
ujian itu, sudah pasti ia akan menyukarkan kita pada masa hadapan.
Irdina Amiera terus terus memandang sahaja kearah suasana pusat tersebut. Dia
berasa sangat sedih apabila mengingati pengalaman pada lampaunya.
‘Ya Allah, aku ingin berubah. Engkah kurniakan Hidayah kepadaku. Hanya
Engkau sahaja yang tahu apa yang terbuku di dalam hari aku.” Bisik Hati Irdina
sambil mengalirkan air matanya.
Jauh di fikirannya terus melayang untuk mengingati kembali pengalaman
sebelum dirinya boleh sampai di pusat ini bagi menjaga adik-adik yang senasib
dengan dirinya dahulu.
Pagi itu seperti biasa Irdina bersiap sedia untuk menuju ke sekolah. Secara jujurnya
dia tidak suka untuk menuju ke institusi tersebut. Baginya tiada keperluan untuk dia
menuju ke bangunan tersebut.
Setelah bersiap, dia terus menuju ke dapur. Jarang sekali dia mengambil sarapan
pagi. Namun entah mengapa pagi ini, perutnya berasa sedikit lapar. Ini mungkin
kerana dia tidak menjamah apa-apa makanan sejak malam tadi.
Tudung salji dibuka bagi melihat apa yag ada untuk disantap pada pagi itu. Dia
berasa sedikit kecewa apabila melihat tiada apa-apa diatas menu makanan di atas
mejanya.
“Ibu!!!!” Jerit Irdina sehingga memecah kesunyian hening pagi itu. Entah
mengapa tiba-tiba sahaja dia menjerit bagai orang yang terkena histeria. Hatinya
secara tiba-tiba membara pagi itu.
Mak Limah berlari bagi mendapatkan anaknya. Dia agak terkejut apabila
mendengar jeritan daripada anaknya. “Ya nak, ada apa jerit pagi-pagi ini.” Dia ingin
mengetahui apa yang diinginkan oleh anaknya.
Irdina terus memandang tepat kearah ibunya. Perasaan amarahnya terus
menguasai dirinya. “Mana sarapan pagi ini?” Tengkin Irdina. Dia terus mencekak
pinggangnya.
Mak Limah terkejut apabila mendengar soalan yang diberikan oleh anaknya. “Ibu
tak masak sebab selalunya kamu tak makan pagi. Kenapa tiba-tiba sahaja kamu nak
sarapan?” Jelas Mak Limah. Dia tidak tahu bila masa pula anaknya sukan mengambil
sarapan.
Naik darah Irdina apabila mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya. Dia terus
menarik nafasnya seketika. “Kalau Dina tak makan, ibu nak makan apa? Sepatutnya
ibu kenalah masak untuk ibu.” Sekali lagi Irdina meninggikan suaranya. Dia terus
merampas begnya lalu terus meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
Semasa dalam perjalanan, Irdina tidak tahu apa yang menganggu fikirannya. Dia
berasa serba salah kerana peristiwa pagi tadi. Namun dia biarkan sahaja apa yang
sudah berlaku kepadanya. Benda sudah jadi dan tidak boleh berpatah balik.
Sampai sahaja di sebuah gerai, Irdina terus memberhentikan langkahnya.
Matanya terus melihat makanan yang dijual pada kedai tersebut. “Akak, saya nak nasi
lemak dua bungkus, kuih ini saya nak tiga ringgit.” Pesan Irdina. Dia menanti sahaja
pesanannya siap.
Penjaja terus melakukan apa yang diinginkan oleh Irdina. Dia tidak mahu terleka
atas alasan takut sekiranya Irdina akan memarahinya. Siapa sahaja tidak tahu perangai
perempuan tersebut yang suka naik angin tidak tentu pasal dan tidak menentu. “Nah
dik, semua sekali RM8.” Balasnya sambil menghulurkan bekalan tersebut.
Irdina terus memberikan wang seperti yang diinginkan oleh penjaja tersebut.
Setelah itu dia terus berlalu untuk menuju ke sekolah. Tambahan lagi, dia sudah agak
lewat.
Sampai sahaja di hadapan pintu pagar sekolah, dia terus melihat seorang
pengawas sekolah di hadapan pintu tersebut. Dia terus melangkahkan kakinya untuk
menuju ke daalm kawasan sekolah tanpa ada rasa bersalah mahupun terlewat.
“Weyy, kau berhenti sekarang.” Ujar pengawas tersebut kepada Irdina. Dia terus
menahan murid perempuan tersebut daripada terus melangkahkan kaki untuk menuju
masuk ke dalam kawasan sekolah.
“Apa hal?” Balas Irdina sambil memandang sahaja kearah pengawas yang
menahannya. Ada apa sahaja yang diinginkan oleh pengawas perempuan di
hadapannya. Ada juga yang kena karang.
“Kau dah lambat. So kau tak boleh masuk. Kalau kau masuk pun aku akan bagi
laporkan kepada cikgu disiplin.” Pengawas tersebut terus mencatat nama Irdina untuk
diberikan kepada cikgu yang dikatakannya.
Irdina rasa malas untuk berbahas. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. “Kau tak
payah nak tulis nama aku. Aku pun malas nak masuk sekolah. Gerak dulu. Simpanlah
nama aku untuk next year.” Selamba sahaja jawapan daripada Irdina. Lantas dia terus
melangkahkan kakinya untuk meninggalkan kawasan sekolah.
Irdina berhenti di sebuah perhentian bas. Dia terus menikmati makanan yang
dibelinya bagi menghilangkan sedikit rasa kelaparan yang membelenggu dirinya.
Alhamdulillah kenyang juga rasanya.
Telefonnya berbunyi. Irdina terus memandang sahaja kearah skrin telefon
tersebut untuk melihat siapa yang melakukan panggilan. Mungkin ada benda yang
penting yang perlu diketahuinya.
“Hello, apa hal?” Balas Irdina sambil menanti sahaja apa yang diinginkan oleh
rakan karibnya, June.
“Kau kat mana? Aku nak jumpa kau sekejap sebab ada benda nak bagitahu.”
Balas June sambil suaranya agak bersahaja.
Makanan yang berada di dalam mulut Irdina dikunyah dan ditelan sebelum
menjawab soalan yang diberikan kepadanya. “Dekat bus stop depan sekolah. Marilah
sini aku tengah breakfast.” Balas Irdina sambil menyambung semula untuk menikmati
makanan tersebut.
“Okey dalam masa 5 minit aku mai. Kau tunggu sahaja dekat sana.” Balas June.
Dia terus mematikan panggilan tersebut untuk bertemu rakannya.
Irdina terus mengerutakan dahinya. Dia terus menikmati makanan di hadapannya
sambil menanti sahaja rakannya itu tiba di lokasi yang dinyatakannya.
Tidak lama kemudian, June tiba bersamanya. Dia terus duduk bersama rakannya.
“Sedap kau makan.” Balas June lantas terus duduk bersama rakannya.
Irdina mengelap mulutnya. Dia terus menyedut air yang dibawanya. “Kau nak ke?
Aku ada sebungkus lagi.” Irdina terus menghulurkan makanan yang berada di
tangannya kepada June.
“Terima kasih.” June mengambil makanan yang dihulurkan oleh Irdihan. Sedap
juga makanan yang dibeli oleh rakannya. Kalau hari-hari makan free macam ini,
memang sedap tak terkata.
Tiba-tiba sahaja Irdina memikirkan apa tujuan utama rakannya ingin bertemu
dengannya.“Ada apa kau nak cakap tadi?” Soal Irdina kepada rakannya. Dia terus
meneguk air yang dihadapannya sambil menanti sahaja jawapan yang bakal diberikan
oleh rakannya. Harap-harap tiada apa yang serious bakal diberikan oleh June.
Sempat lagi June menelan makanan yang berada di dalam mulutnya sebelum
menjawab makanan yang berada di dalam mulutnya.“Aku nak bagitahu kau yang ada
seorang budak suka sangat cari pasal. Ka tahu sudah berapa kali dia tak nak bayar duit
kopi dengan kita. Banyak duit kita short sebab dia saja.” Balas June. Dia terus
menikmati makanan sambil menunggu sahaja jawapan daripada Irdina untuk tindakan
seterusnya.
Irdina sedikit marah setelah mendengar apa yang diberitahu oleh June. Siapa pula
yang berani untuk cuba mengingkari arahannya. “Berapa banyak dia tak bayar?” Soal
Irdina untuk mengetahui selajutnya berkenaan orang yang dikaitkan oleh rakannya.
“Tak adalah banyak sangat. Cuma dalam RM50 sahaja. Aku rasa elok kau
bertindak segera. Kalau tidak, memang naik lemak dia lepas ini.” June cuba untuk
mengapi-apikan rakannya. Dia ingin melihat sendiri apa yang bakal diberikan oleh
Irdina setelah mendengar apa yang diberikan olehnya.
Irdina terdiam. Dia cuba untuk memikirkan apa tindakan yang boleh
dilakukannya. “Kalau begitu, lepas makan kita pergi jumpa dia. Aku nak bagi
pengajaran yang dia akan ingat selamanya.” Balasnya dalam keadaan yang agak
marah.
June mengangguk. Dai faham dengan arahan yang diberikan. Dia juga akan
membantu sahaja rakannya dalam apa tindakan yang ingin dilakukan oleh Irdina.
Setelah bersarapan, mereka berdua terus menuju kearah tempat yang dikatakan
oleh June. Mereka inign melihat sendiri siapa yang di maksudkan oleh June ketika
makan sebentar tadi.
Sampai sahaja di tempat tersebut, mereka berdua melihat seorang budak
perempuan sedang menunggu seseorang. Budak tersebut tidak melihat kehadiran
Irdina dan June yang tidak jauh darinya. Kalau ternampak pun, dia tidak kesah kerana
dia tidak menganggu sesiapa.
“Itulah budak yang aku cakap tadi.” Balas June. Mereka berdua terus memandang
kearah budak tersebut. Nampak tenang sahaja budak keadaan dan wajah budak
tersebut.
Irdina merenung sahaja kearah tubuh budak tersebut. Dia menunggu sahaja masa
yang sesuai untuk bergerak bagi menuju kearah budak tersebut. Namun dia mendapat
satu idea. “Aku nak kau bawa dia jumpa aku. Lepas itu aku tahu nak buat apa.” Balas
Irdina. June terus mengangguk dan meninggalkan rakannya.
“Oi budak.” Jerkah June. Dia terus memerhati keadaan sekelilingnya sambil
memikirkan cara untuk memancing menuju kearah Irdina.
“Kau nak apa? Kalau sehari kau tak ganggu aku tak boleh ke? Aku penatlah nak
main kejar-kejar dengan kau.” Balas budak tersebut sambil melakukan reaksi yang
agak tenang. Sudah menjadi kebiasanan baginya untuk mengendalikan keadaan
seperti itu.
June tersenyum sahaja apabila mendengar soalan yang diberikan. “Penat? Kau
bukan lari jauh pun, so buat apa aku nak penat kejar kau.” June terus tergelak kecil
setelah menjawab soalan tersebut.
“Dah tu, apa kau nak dari aku? Kalau nak duit, sorry memang aku tak ada. Kau
boleh mintak orang lain. Dari aku, jangan harap kau nak dapat.” Tegas budak itu. Dia
tidak mahu melayan kerenah kerenah perempuan di hadapannya.
“Eh, siapa nak duit kau? Lagipun aku pun bukan nak duit dari kau. Cumanya ada
orang nak jumpa kau dekat sana.” Tunjuk June kearah tempat yang sedang ditunggu
oleh Irdina.
Mereka berdua terus menuju kearah tempat yang sedang diduduki oleh Irdina.
June hanya tersenyum sahaja apabila berjaya memancing budak tersebut untuk
mengikut arahannya.
Satu tendakan diberikan oleh Irdina kepada budak tersebut. Dia terus menubuk
budak itu dengan agak kuat. “Ini budak yang kau cakap dengan aku June. Kau nak
tunjuk belang dengan aku sangatkan. Sekarang kita tengok belang siapa yang lagi
menyerlah.” Balas Irdina dengan tona suara yang agak marah.
Irdina terus memukul budak tersebut tanpa belas kasihan. Dia seakan-akan
dirasuk oleh makluk halus. “Aku nak duit aku sekarang juga. Kalau kau tak nak bagi,
lagi teruk aku kerjakan kau.” Balas Irdina lagi. Kali ini suaranya agak lantang
berbanding tadi. Dia betul-betul marah dengan budak tersebut. Jarang juga dia
kelihatan begini.
June terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh rakannya. Dia terus berusaha
untuk menahan tubuh Irdina daripada memukul budak itu. “Weyy Dina, kau nak bagi
bagi dia mati ke? Karang tak pasal-pasal kita ke dalam.” Ujar June dalam keadaan
yang agak takut. Mana tidaknya, seandainya budak itu mati, confirm penjara tempat
mereka.
Irdina tidak memperdulikan apa yang dikatakan oleh rakannya. Biar hatinya puas
sebelum dia memberhentikan tingkah lakunya. “Kau jangan banyak bunyi. Aku nak
hak aku sahaja. Lepas dapat, baru aku bebaskan dia.” Balas Irdina. June hanay
terkaku sahaja apabila melihat rakannya yang seakan-akan dirasuk.
Setelah berpuas hati, dia terus mencari dompet milik perempuan tersebut. Dia
terus merobek segala isi dalam dompet tersebut. “Ini hutang kau dengan aku. Lain
kali jangan cuba-cuba untuk cabar aku.” Irdina terus mencium duit yang
diperolehinya sebelum beredar untuk meninggalkan kawasan tersebut.
June terus mengikut sahaja arah yang dituju oleh rakannya. “Weyy, kau nak pergi
mana?” June terus berlari bagi mendapatkan rakannya. Setelah itu dia terus
melepaskan sedikit kehulan.
“Kau ambil duit ini, buat belanja.” Irdina terus menghulurkan beberapa keping
wang lalu diberikan kepada June. Seperti biasa, dia tidak akan makan seorang hasil
yang diperolehi. Hal ini kerana mereka berdua yang berusaha untuk mendapatkan
segala kewangan tersebut/
“Woi!” Suara seorang lelaki kendengaran menuju kearah mereka berdua. Lelaki
tersebut nampak marah apabila memandang kearah Irdina dan June.
“June, kita berpecah. Kau pertgi sana, aku pergi sini. Nanti kita jumpa dekat
selekoh sana.” Cadang Irdina. June hanya mengangguk bagi bersetuju dengan
cadangan tersebut. Mereka berdua terus berpecah bagi mengelirukan lelaki tersebut
daripada menangkap mereka.
Irdina terus membuka langkah seribu. Dia terus berlari seperti lipas kudung.
Secara tiba-tiba dia berasa sedikit penat dek kerana hampir beberapa meter dia berlari.
Matanya terus mencari tempat untuk menyorok buat sementara. Apabila sudah
menjumpai, dia terus menuju ke tempat tersebut.
‘Ya Allah, Kau selamatkan aku dari ujian ini. Aku ak mampu untuk menghadapi
situasi begini.’ Bisik Irdina dalam diriny. Dia tidak mampu lagi untuk melawan lelaki
dengan lelaki yang mengejarnya. Dia risau apabila ditemui, sudah pasti bala akan
menimpanya.
Fatin yang lalu di kawasan itu, ternampak apa yang terjadi. Dia memikirkan
sesuatu apabila melihat kejadian tersebut. Mana pula perginya perempuan tadi?
Dia meneruskan perjalanan. Tiba-tiba dia terlihat kelibat orang yang dicarinya.
Lantas dia terus menuju kearah perempuan tersebut.
Irdina terkejut apabila bahunya disentuh. Dia terus melihat kearah orang yang
menegurnya. “Mari sini ikut aku.” Irdina hanya mengikut sahaja kemana arah yang
dituju oleh wanita yang menegurnya.
Mereka berdua terus menuju kearah yang bertentangan. Irdina hanya menikut
sahaja arah yang dibawa oleh Fatin. Kemana pula hala tuu mereka. “Kau nak bawa
aku pergi mana? Aku penatlah nak berjalan.” Adu Irdina. Dia terus membongkokan
badannya.
Fatin memberhentikan langkahnya. Dia terus memandang kearah melihat kearah
Irdina. “Aku nak bawa kau lari dari sini. Atau kau selesa tinggi di sini sampai lelaki
tadi jumpa kau?” Balas Fatin dengan agak tegas. Dia terus menunggu sahaja jawapan
yang bakal diterima dari Irdina.
Irdina terdiam. Jauh di fikirannya seakan-akan dapat mengagak bahawa dirinya
telah bertemu dengan orang yang baik. Lantas dia meneruskan perjalanan bagi
mengikut sahaja kemana arah yang dituju oleh Fatin.
‘Ya Allah, seandainya dia baik bagiku, tengkan langkah kakiku untuk
mengikutnya. Aku Redha dengan segala ketentuan Dari-Mu.” Bisik Irdina dalam
melangkahkan kakinya untuk mengikut arah yang dituju oleh Fatin.
BAB 4
Suasana pada malam itu agak sunyi. Hanya kedengaran salakan anjin yang memecah
kesunyian hening malam. Tambahan lagi, jam sudah menunjukkan 3 pagi. Pada waktu
ini semua manusia di Malaysia kebanyakannya sedang dibuai mimpi.
Seorang lelaki sedang mengemaskan pakaiannya setelah berjaya memuaskan
nafsunya. Dia terus memandang kerah cermin sebelum keluar daripada bilik tersebut.
“Thanks sayang for today. I puas sangat. Pandai you layan I. Tak sia-sia tau I
ambil you hari ini.” Balas Hafiz. Dia terus memandang kearah perempuan yang masih
lagi terbaring diatas katil.
Afiqah hanya tersenyum sahaja apabila dipuji oleh Hafiz. Dia terus bangun
bangun sambil menyelimuti tubuhnya dengan selimut yang disediakan oleh pihak
hotel. “Kalau you puas, marilah kita buat lagi. Lepas itu kita tidur sama-sama. I rasa
nak lagilah. You pun apa kurangnya, lagi power tau dari I. Please sayang.” Pujuk
Afiqah. Dai ingin terus melayan lelaki tersebut sehingga dirinya terasa sangat puas.
Hafiz terus melemparkan senyuman kepada afiqah kerana pujian yang diberikan
kepadanya. “Kalau kita buat lagi, nanti awak penat pula nak layan orang lain. Kesian
tau pelanggan awak sebab tak dapat service yang terbaik dari awak.” Alasan yang
diberikan oleh Hafiz. Dia terus duduk bersebelahan Afiqah.
Afiqah hanya menyebik. Dia tidak mahu lepaskan lelaki yang berada di
sebelahnya. “Saya boleh cancelkan semuanya untuk awak.” Balas Afiqah dalam nada
suara yang agak sedih. Dia memang tidak mahu melepaskan lelaki tersebut.
Sekali lagi Hafiz tersenyum dia malas ingin melayan kerenah Afiqah. Lantas dia
menghulurkan beberapa keping wang lalu dihulurkan kepada wanita itu. “Esok I
datang lagi.” Balas Hafiz sambil memberikan wang tersebut.
Afiqah hanya mengambil duit yang dihulurkan. Dia mengira beberapa ringgit
yang diperolehinya. Dia sedikit gembira apabila mendapat upah dan modal untuk
perbelanjaan harian. “Untung rasanya buat kerja macam ini. Ada juga punca
pendapatan aku.” Afiqah terus melemparkan senyuman sambil mencium duit yang
diperolehinya.
Dia terus bangun untuk bersiap untuk menerima pelanggan seterusnya. Dia ingin
memberikan layanan yang terbaik kepada setiap pelanggannya. Biar semuanya
berpuas hati dengan segala apa yang diberinya.
Pintu biliknya diketuk. Afiqah terus melarikan pandangan kearah daun pintu. Dia
terus melemparkan senyuman dan cuba untuk memberikan layanan yang istimewa
kepada langganan yang memerlukan perkhidmatannya.
“Sayang.” Afiqah terus melemparkan senyuman sambil memeluk lelaki yang
masuk ke dalam biliknya. “Kenapa lambat? Lama tau babby tunggu.”
Jasper terus melemparkan senyuman bersahaja apbila mendengar pertanyaan
daripada Afiqah. “Sorrylah. Tadi I ada meeting bisnes. Sebab itu I lambat.” Auta
Jasper. Dia terus membuka baju kemejanya dan hanya singlet sahaja yang menutupi
tubuhnya.
“I ingatkan you tak datang tadi. Kalau you tak datang, I merajuk tau.” Balas
Afiqah seakan-akan merajuk. Dia terus duduk bersama Jaspert sambil melemparkan
wajah seakan-akan tidak mahu melayan lelaki tersebut.
Jasper hanya tersenyum. Dia terus memeluk bahu wanita tersebut sebelum
memujuk Afiqah. “Alolo, sorrylah sayang. Okey, I janji hari ini I akan bagi you
puas-sepuasnya. Kalau you nak buat sampai pagi pun I tak kesah.” Balas Jasper bagi
memujuk wanita tersebut.
Afiqah terus mengangguk. Bibirnya terus melemparkan senyuman bagi
memberikan apa yang diinginkan oleh lelaki tersebut.
Keesokan harinya, Afiqah terus bangun dari tidurnya. Dia berasa agak penat
kerana semalam hampir 5 jam dia bekerja tanpa hentu. Matanya juga tidak boleh buka
pada pagi itu. Kalau dapat tidur, memang best.
Kaki Afiqah terus menuju keluar daripada bilik hotel tersebut. Dia ingin melihat
matahari yang menyinari muka bumi. Tambaha lagi, dia ingin balik ke rumahnya bagi
menghilangkan lelahnya.
Selang beberapa hari, Afiqah terus memengang perutnya. Dia merasakan sedikit
kesakitan sejak dari pagi tadi. Lantas, dia terus menuju ke sebuah klinik yang
berhampiran rumahnya.
Setelah menjalani rawatan, Afiqah menunggu sahaja jawapan daripada doktor
yang merawatnya. Harap-harap tak ada benda yang serious yangg menimpa dirinya.
“Saya harap awak bersabar dengan apa yang saya ingn kataka. “ Doktor Amalina
terus memandang seketika laporan yang telah ditulisnya. Dia terus menarik nafsnya
dalam-dalam sebelum menyambung semula kata-katannya.
“Maafkan saya, sebenarnya awak telah menghidapi penyakit usus yang agak
kronik.” Ujar Doktor Amalina. Dia berasa agak sedih untuk mengatakan perkara
tersebut. Namun apakan daya, disebabkan tanggungjawab, dia terpaksa memberitahu
perkara tersebut walaupun pahit.
Afiqah terkejut apabila mendengar segala yang diberikan kepadanya. Dia tidak
sangkat itulah perkhabaran yang bakal diterimanya. “Doktor bolehkan saya sembuh?”
Soal Afiqah dia inign kembali normal seperti sedia kala.
“Boleh. Tapi kos rawatan yang sangat tinggi. Kalau tak silap saya, lebih kurang
RM 30 ribu.” Ujar Doktor Amalina. Dia tahu apa yang diberitahunya itu sangat perir.
“Saya harap awak bersabar dengan ujian yang melanda diri awak.” Sambung Doktor
Amalina kembali.
Afiqah terus meminta diri untuk keluar daripada bilik tersebut. Hatinya hancur
bagaikan kaca yang berderai ke tanah. Kali ini dia tidak tahu apa yang perlu
dilakukannya.
Kakinya terus melangkah menuju kearah sebuah persimpatangan. Dia terus
terduduk sambil air matanya berjujurai jatuh menyambah bumi.
‘Ya Allah, Ya Tuhanku. Engkau ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan.
Aku telah melakukan dosa yang sangat besar aku lakukan. Aku tahu bahawa
perbuatan zina merupakan perbuatan terktutuk, namun kerana nafsu aku lakukan jua.”
Afiqah terus mengelap air matanya.
“Ya Allah, seandainya ujian yang Engkau berikan ini adalah untuk
menghapuskan segala dosa aku, aku Redha. Aku memang layak diberikan ujian yang
sungguh berat ini atas semua yang telah aku lakukan.” Kali ini lagi deras air mata
Afiqah mengalir sehingga membasahi wajahnya.
Fatin yang lalu di kawasan tersebut melihat apa yang sedang berlaku kepada
Afiqah. Lantas, dia terus menuju kearah tubuh wanita tersebut. Dia ining mengetahui
apa yang sebenarnya berlaku kepada wanita tersebut.
“Assalamualaikum.” Fatin terus duduk bersebelahan Afiqah sambil melemparkan
satu senyuman.
Kau siapa?” Soal Afiqah.dia ining mengetahi siapa yang berada di sebelahnya.
Sudahlah dia berada di dalam keadaan yang agak serabut, datang pula seseorang yang
dia tidak kenali.
Fatin terus memperkenalkan dirinya setelah memberitahu hasratnya kepada
Afiqah. Dia harap agar rakan barunya boleh menceritakan serta berkongsi apa yang
sedang dialaminya.
Afiqah terus menceritakan apa yang berlaku pada dirinya. Dia sangat
mempercayai Fatin dan merasakan bahawa wanita itu boleh membantunya.
“Adakah saya ada peluang untuk bertaubat dari segala dosa-dosa yang saya telah
lakukan ataupun saya tak ada masa untuk hidup di dunia ini?” Ujar Afiqh dengan
nada suara yang agak lemah. Dia tidak tahu apa yang boleh dilontarkannya melainkan
hanya rasa sedih yang dirasainya.
Fatin terdiam setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Afiqah. “Allah tak akan
berikan ujian itu seandainya kita mampu untuk harunginya. Saya yakin Allah ada
untuk bantu awak.” Fatin berhenti seketika daripada melontarkan kata-katanya.
“Kalauawak izinkan, saya akan bantu awak untuk selesaikan masalah yang awak
sedang hadapi sekarang.” Balas Fatin sambil melemparkan senyuman kepada Afiqah.
Dia harap tawaran itu akan memberikan kegembiraan kepada wanita tersebut.
Afiqah hanya membalas sahaja dengan anggukan sahaja. Dai terus memeluk
rakannya sambil matanya tidak henti-henti daripada mengalir air mata. Dia bersyukur
kerana dipertemukan dengan Fatin.
Sejarah yang melanda hidup kita, sudah pastinya akan menjadikan kita lebih
berguna untuk meneruskan perjalanan diri kita ke hadapan.
Ujian yang berlaku dalam diri ini merupakan satu amaran dari Dia agar tidak
leka dengan keasyikan dunia. Walaupun ujian itu pahit untuk ditelan dan diterima,
namun dengan bantuan Dia, kita akan berjaya untuk mengharunginya segalanya
dengan hati yang tenang.
Ubat kepada dosa ialah taubat. Ini kerana dengan taubat, kita akan kembali
pada-Nya. Malah kita akan merasakan bahawa diri ini telah bebas daripada
dibelenggu dosa. Kita juga akan mearsakan kita bebas seperti burung yang sedang
bebas terbang ke sana sini.
Walaupun kita boleh menyalahkan orang lain dan keadaan atas keslapan yang
dilakukan, namun sampai bila kita ingin salahkan semua itu walaupun sebenarnya
kita yang salah.
Kembalilah ke dunia yang nyata dengan penuh kebaikan yang kita bakal
lakukan. Hal ini kerana degan segala kebaikan yang dilakukan, akan memberikan
kita banyak kemudahan di dunia dan juga di sana.
‘Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana dipermukan dengan seorang yang
baik dan boleh menjaga aku. Aku akan membalas segala budi yang telah diberikan
kepadaku. ‘ Bisik Afiqah. Dia terus bangun untuk menuju kearah yang lebih jauh
sedikit.
‘Fatin, thanks for everything. Kalau kau tak ada, aku tidak akan ada di dunia ini
lagi kerana bertarung dengan penyakit yang aku pernah hidapi.” Bisik Afiqah sekali
lagi sambil merenung keara sebuah bangunan yang berada di hadapannya.
BAB 5
Selang beberapa tahun.
Fatin terus menyiapkan kerjanya. Dia sedikit sibuk setelah mendapat amanah
sebagai Pengerusi Pusat Pemulihan Datin Syafiqah. Walaupun agak sukar namn dia
menerimanya dengan hati yang terbuka segala amanah tersebut.
Matanya tertumpu kepada sebuah fail yang mengisi duit keluar dan masuk di
pusatnya. Dia terus memicit dahinya buat seketika. ‘Ya Allah banyak juga duit yang
keluar. Macam mana aku nak tambahkan kewangan yang kurang sekarang.’ Bisik
Fatin dalam-dalam. Dia terus memikirkan apa yang terbaik di dalam dirinya dan juga
pusat tersebut.
Pintu bilik diketuk. Fatin terus membetulkan tubuhnya seketika. “Masuk.” Ujar
Fatin. Irdina masuk ke dalam bilik tersebut. Dia terus menuju kearah Fatin untuk
membincangkan sesuatu.
“Atin, kita ada mendapat sedikit sumbangan daripada Hamba Allah tadi.” Irdina
terus membuerikan beberapa helaian dokuan kepada Fatin agar wanita tersebut boleh
melihat sendiri berapa bayak duit yang masuk ke dalam akaun pusat tersebut.
Fatin terdiam. Dia melihat kearah jumlah yang diberikan. “60 ribu? Banyak juga
bantuan yang diberikan. Alhamdulillah rezeki kita semua.” Balas Fatin sambil
melemparkan senyuman.
“Tapi sebenarnya kita perlukan banyak lagi kewangan kita untuk back up pada
masa hadapan.” Ujar Fatin. Dia merasakan sedikit sedih apabila mengenangkan masa
hadapan adik-adiknya.
Irdina diam. Dia faham dengan apa yang dirasai oleh Fatin. Kalau ikutkan, dia
ingin turut membantu Fatin dalam mengukuhkan kewangannya. Namun bagaimana
caranya?
Suasana di dalam bilik tersebut terus senyap. Kedua-dua mereka terus memikiran
sesuatu. “Perniagaan kau macam mana?” Soal Fatin. Dia ingin mengetahui serba
sedkit apa yang dilalui oleh adiknya.
“Alhamdulillah, setakat ini perniagaan aku boleh tahan jugalah. Boleh tampung
perbelajaan harian aku.” Balas Irdina sambil melemparkan senyuman.
Fatin turut bergembira dengan diberitahu oleh rakannya. Memang Irdina ada
bakat sebagai seorang perniaga yang berjaya sejak meeka bertemu lagi.
Afiqah masuk ke dalam pejabat teersebut. Dia melihat kedua-dua rakannya
berada di dalam ruangan mesyuarat. Mesti ada sesuatu yang mereka bincangkan
sebelum dia hadir ke ruangan tersebut.
“Kenapa korang berdua senyap saja? Ada masalah ke. Tak nak share dengan aku.
Mana tahu aku boleh bagi pendapat untuk selesaikan apa yang bermain di dalam
fikiran korang.” Afiqah terus duduk bersama rakan-rakannya. Dia menanti sahaja apa
yang ingin dibicarakan oleh mereka.
Fatin menjeling sahaja kearah Irdina untuk memberikan insyarat kepada wanita
tersebut menceritakan apa yang dibincangkan sebentar tadi. “Kau tengoklah ini.”
Balas Fatin sambil memberikan sekeping dokumen kepada Afiqah.
Dokumen itu bertukar tangan. Mata Afiqah terus melihat serta menyemak
beberapa helaian kertas. Dia sedikit terkejut apabila melihat perbelanjaan harian bagi
pusat tersebut
“Kalau begini, aku rasa kita akan susah. Aku risau nanti mereka semua tiada
makanan untuk diberikan.” Balas Irdina dengan nada suara yang agak kecewa. Dia
tidak tahu apa yang patut dilakukannya bagi memperkukuhkan sumber kewangan
pusat yang kian menyusut.
“Kau ada cadangan or cara untuk kita naikan kewangan kita? Aku dah puas
memikirkan masalah ini. Lagipun aku tak tahu nak buat dah.” Rungut Fatin. Dua
seakan-akan berputus asa untuk membangunkan pusat tersebut.
Afiqah terkejut dengan apa yang dikatakan oleh rakannya. Dia pelik apabila
melihat Fatin dan Irdina yang dalam keadaan yang lemah semangat. “Guys,
sebenarnya aku tak suka dengan perangai korang. Kita jaga mereka perlulah dengan
penuh keikhlasan.” Balas Afiqah dengan penuh bersemangat. Dia ingin
mempengaruhi kedua-dua rakannya.
“Korang nak ke semua pelatih kembali seperti kita dahulu atau lagi teruk dari kita?
So kita kenalah cari idea untuk terus mendapatkan dana bagi meneruskan pusat ini
beroperasi dan menghalang mereka semua daripada untuk kembali pada kesilapan
lalu.” Sambung Afiqah. Dia terus menghembuskan nafasnya seketika.
“Dah itu, kau ada idea bagaimana cara untuk kukuhkan kewangan pusat ini” Soal
Irdina dengan agak serious. Dia terpaksa bertegas dalam hal ini kerana ini semua
adakah berkenaan dengan duit.
Afiqah terus memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian, dia mendapat satu idea
untuk dibentangkan kepada rakannya. “Apa kata kita sendiri sumbangkan duit
perniagaan kita sedikit untuk pusat di samping duit sumbangan daripada semua penaja
dan orang ramai.” Balas Afiqah. Dia harap cadangannya akan diterima oleh
kedua-dua rakannya.
Fatin dan Irdina hanya hanya terdiam. Mereka berdua terus mengangguk sebagai
tanda setuju dengan cadangan tersebut. “Kalau itu yang terbaik, aku tak kesah. So
nanti aku nak kita buat tabung seorang satu and bila akhir bulan, baru bagi aku untuk
kita kumpul berapa jumlah keseluruhan duit kita. And duit itu aku akan masukkan di
dalam akaun pusat.” Balas Fatin. Mereka yang berada di dalam bilik tersebut terus
mengambil nota apa yang dibincangkan di dalam meeting tersebut.
Setelah mendapat kata putus, mereka bertiga terus beredar untuk menyambung
kerja masing-masing. Fatin berasa sedikit lega apabila sudah mendapat keputusan
yang terbaik di dalam mesyuarat tersebut. Dia terus bersandar untuk melepaskan
sedikit kepenatan dalam dirinya.
Telefonnya berdering. Fatin terus memandang sahaja kearah skrin tersebut.
Lantas dia terus menjawab panggilan tersebut. “Saya ada di office sekaran puan.
Boleh kalau nak puan nak datang sekarang.” Panggilan tersebut dimatikan. Dia terus
bersedia bagi memberikan laluan kepada Sarjan Wani untuk bertemunya.
Tuk…tuk…tuk.
Fatin terus menuju kearah pintu pejabatnya untuk menyambut tetamunya. “Puan,
silakan masuk.”Ujar Fatin sambil melemparkan senyuman kepada Sarjan Wani yang
masuk ke dalam biliknya.
Mereka berdua terus duduk di satu ruangan santai untuk berbincang sesuatu.
“Ada apa puang datang sini? Ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Fatin terus
memulakan perbicaraan mereka pada pagi itu.
“Aik, tak akan nak tengok pusat di bawah jagaan saya pun tak boleh?” Sarjan
Wanit terus memberikan sedikit ketawa. Dia tidak mahu agak serious terhadap Fatin.
Ini kerana dia suka untuk berurusan dengan wanita tersebut.
Fatik tergelak kecil apabila mendengar kata-kata yang diberikan oleh sarjan wani.
Memang dia tahu perangai wanita tersebut. “Bukan apa puan, sudah dua bulan puan
tak datang. Jadi saya terkejut juga apabila puan ingin ke sini.” Balas Fatin sambil
melemparkan senyuman kepada Sarjan Wani.
“Saya sibuk sangat. Sebab itu tak ada masa nak melawat adik-adik saya di sini.”
Balas Sarjan Wani. Dia terus mengingati semula tujuan dia datang bertemu Fatin.
Macam mana boleh terlupa tujuan utamanya.
Fatin mengangguk sebagai tanda faham. Dia mengakui bahawa tugas sebagai
anggota polis bukanlah mudah. Hal ini kerana mereka terpaksa menjaga ketenteraman
negara daripada ancaman bahaya. Ditambah lagi dengan senario penularan wabak
Covid-19 yang melanda negara sekarang. Memang berat tugas mereka dari biasa.
“Oh ya sebelum saya terlupa, sebenarnya ibu pejabat nak taja pusat kamu sebab
kami mendapat tahu bahawa pusat ini telah banyak mengeluarkan pelatih-pelatih yang
berkualiti.” Balas Sarjan Wani sambil melemparkan senyuman.
Fatin gembira apabila mendengat segala penjelasan kepadanya. Alhamdulillah,
akhirnya ada cara untuk mengurangkan bebanya dalam menguruskan masalah
kewangan pusat pemulihan tersebut dengan lebih teratur.
“Jom teman saya untuk melawat kawasan pusat ini. Saya nak buat post-mortem
sebelum membeikan bukti kepada pegawai atasan untuk melihat semua kawasan di
sini.” Sarjan Wani terus untuk meneruskan tujuan kehadirannya.
Mereka berdua terus meronda di sekitar kawsan asrama serta kawasan pusat bagi
melihat sendiri pelatih yang ada. Dia terus mengambil beberapa keping gambar
melalui telefonnya.
Afiqah dan Irdina terus menuju kearah kedua-dua wanita yang berada di kawasan
asrama. Mereka berdua ingin bertemu dengan Sarjan Wani. Sebagai tuan rumah,
mestilah melayan tetamu yang hadir.
“Asssalamualaikum puan.” Tegur Afiqah dan Irdina secara serentak. Mereka
berdua terus melemparkan senyuman kepada anggota polis yang berada dihadapan
mereka.
Sarjan Wani terus menyapa panggilan tersebut. Mereka berempat terus berbual
sambil melawat semua pelatih yang berada di kawasan asrama sambil melakukan
kerja kendiri.
Setelah puas berjalan-jalan, mereka berempat kembali ke pejabat. Ketika itu,
mereka ingin berehat seektika sambil membincangkan berkenaan dengan segala
urusan berkenaan dengan sponsor pusat tersebut.
“Nanti bila semua proposal dah siap, aku akan bawa Tuan Manaf untuk bertemu
dengan semua pelatih.” Balas Sarjan Wani. Dai terus bangun untuk beredar kembali
ke balai.
Mereka bertiga terus mengiringi kepulangan pegawai polis untuk meninggalkan
mereka semua. Fatin terus mengajak kedua0dua rakannya untuk terus masuk ke office
bagi menyambung kerja masing-masing.
“Fatin saya nak jumpa sekejap. Ada benda yang saya nak bagitahu awak
berkenaan dengan pusat ini.” Hafiz terus btermu dengan anak angkat arwah Datin
Syafiqah.
Fatin mengajak lelaki tersebut untuk menuju ke sebuah tempat yang agak santai
di dalam pusat tersebut. Di situ kawasan yang tenang untuk mereka membincangkan
berkenaan dengan pusat.
Sampai sahaja di kawasan tersebut, Fatin terus menunggu sahaja apa yang ingin
diungkapkan oleh Hafiz. “Ada apa awak nak bagitahu saya?” Soal Fatin sambil
menunggu sahaja jawapan daripada lelaki tersebut.
Hafiz mendiamkan diri buat seketika. Dia memikirkan cara untuk memulakan
perbicaraan bersama Fatin. “Saya sebenarnya tak tahu nak mula dari mana, and elok
juga saya berterus-terang dengan awak memandangkan saya dah lama bekerja di sini.
So, saya tahu semua tentang pusat ini.” Balas Hafiz dengan tenang. Dia terus
melemparkan senyuman kepada Fatin.
Mereka berdua terus berbual. Fatin banyak mendiamkan diri apabila mendengar
semua yang diceritakan oleh Hafiz. Banyak lagi yang dia tidak tahu dengan diri arwah
dulu.
“Jadi sebab itulah Tuan Manaf nak bantu kita?” Rumusan yang diberikan oleh
Fatin setelah mendengar cerita yang dilontarkan oleh Hafiz.
Hafiz hanya mengangguk sahaja sambil memberikan serba sedikit apa yang
terbuku di dalam hatinya. :Satu lagi, Datin hadiahkan pusat ini kepada awak sebab dia
nampak kejujurab yang ada dalam diri awak walaupun awak bukan ahli keluarganya.”
Balas Hafiz. Dia memandang kearah semua pelatih yang ada di sekitar kawsan.
“Saya harap sangat awak boleh saya semua pelatih di sini seperti adik-adik awak.
Mereka semua ada masa depan walaupun masa silam mereka dipenuhi dengan onak
duri. Awak bentuklah mereka dengan sebaiknya. Insya-Allah saya akan bantu mana
yang mampu.” Balas Hafiz. Dia yakin dengan kemampuan yang dimiliki oleh Fatin.
Selang beberapa hari, satu program telah diakan di pusat tersebut. Program itu
dihadiri oleh beberapa pengawai polis. Fatin dan rakannya melihat sahaja dari jauh
perlakuan daripada semua pelatih. Dia hanya melakukab pemantauan dari jauh sahaja.
Tuan Manaf terus berdiri sambil memerhati semua platih yang berada di
hadapannya. Dia terus memberikan ucapannya dengan bersuara yang agak lantang.
“Anak-anakku sekalian. Saya yakin zaman kamu dulu penuh dengan kegelapan.
Kamu melakukan semuanya disebabkan kerana mengikut hawa nafsu. Kamu fikir
kamu sahaja yang betul, tapi sebenarnya kamu silap bukan semua yang kamu fikirkan
itu betul dan terbaik untuk diri kamu. Malah makin lama kamu buat sesuatu itu, kamu
semakin alpa dengan godaan dunia.” Suara Tuan Manaf diturnkan. Ramai pelatih
yang mula sebak apabila mendengar ucapan daripada pengawai polis tersebut.
“Akhir kata dari saya, biarlah kenangan silam itu menjadi pengajaran yang
berguna untuk kita pada masa hadapan. Kini kita perlu lakukan perubahan agar diri
kita menjadi seorang yang hebat. Ingat orang yang hebat tak akan kenangkan masa
silamnya. Ini kerana kita perlu lakukan segala perubahan pada waktu sekarang. Here
and now adalah masa yang akan membantu kita untuk memacu kehidupan kita dengan
lebih masa bermakna pada masa akan darang. Sekian dahulu dari saya.
Assalamualaikum.” Tuan Manaf terus duduk bersama VVIP yang berada diatas
pentas. Dia terus meneguk air mineral bagi membasahkan tekannya setelah
berkata-kata.
Setelah tamat sahaja majlis, Fatin terus mengiringi Tuan Manaf untuk pulang ke
balai. Sambil-sambil itu mereka berbual sedikit berkenaan apa yang sudah
dibincangkan bagi menaikan lagi pusat kearah yang lebih selesa.
“Kamu jangan risau, walaupun saya nak buat sedikit perubahan untuk pusat ini,
tapi saya dah bincangkan benda ini dulu dengan arwah. Kami berdua ingin buka pusat
ini dengan lebih besar agar ia dapat beri manfaat kepada ramai remaja di luar sana.”
Balas Tuan Manaf. Mereka berdua terus berhenti di hadapan sebuah kereta.
“Kalau ada apa-apa masalah jangan segan silu untuk bagitahu saya. Insya-Allah
saya akan bantu bersama skuad yang saya bentuk.” Sambung lelaki tersebut. Fatin
hanya mendengar sahaja segala-gala kata-kata dari Tuan Manaf dengan penuh teliti.
Lelaki itu masuk ke dalam perut kereta. Dia membuka tingkap seakan-akan ada
sesuatu yang ingin disampaikan kepada Fatin.“Oh ya, sebelum saya terlpa, dalam
amasa beberapa hari, saya akan masukan beberapa ribu untuk perbelanjaan harian di
sini. Saya harap kamu boleh gunakan semua duit yang saya berikan itu untuk
kebajikan pelatihan di sini. Saya tak nak dengar ada apa-apa yang mencurigakan di
dalam pusat ini.” Pesanan yang dilontarkan oleh Tuan Manaf sebelum meninggalkan
kawasan pusat tersebut.
Fatin hanya mengangguk sahaja. Dia tidak banyak berkata-kata kerana ingin
mengingati apa yang diamanahkan kepadanya. Banyak juga amanah yang diberikan.
Harap-harap semuanya boleh dilakukan dengan sebaiknya.
Setelah keberangkatan Tuan Manaf, Fatin terus masuk ke biliknya. Dia terus
membuka beberapa fail bagi membaca sendiri apa yang berlaku kepada patih-peatih
di pusatnya. Kini kerjanya bakal bermula dengan penuh cabarang yang perlu
ditempuhi.
BAB 6
FAIL 001: PERGAULAN
Manusia merupakan makhluk yang kompleks. Kita boleh melakukan pelbagai
kerja yang dirasai terbaik untuk diri seorang individu. Malah ini akan memberikan
mereka untuk dapat hidup dengan penuh baik dan sejahtera.
Manusia juga adalah makhluk memerlukan mereka berkomunikasi antara
satu sama lain. Kadang kala kita terlupa dan alpa apabila kita banyak bercakap,
and ada kalanya kita menyakitkan hati dan perasaan orang di sekeliling. Dengan
kata-kata juga telah membuatkan kita terus diulit dengan kebencian daripada
orang sekeliling.
Manusia juga bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita inginkan. Kita
bebas untuk keluar ke sana sini, bebas memberi pendapat dan bebas untuk
mengatur kehidupan kita kearah yang lebih sempurna.
Namun ada kalanya kita tersilap langkah. Kita ingatkan semua yang kita
lakukan itu adalah madu tetapi ada kalanya ia adalah racun yang akan
membinasakan diri kita tanpa kita sedari. Kita alpa dan lupa bahawa ada antara
mereka yang aakn musnahkan hidup kita tanpa kita sedari.
Setiap kita ada pilihan. Lakukanlah pilihan yang terbaik agar dapat
menjadikan kita lebih baik dan terus melangkah ke hadapan dengan penuh impak
yang sangat positif. Teruskan usaha dalam melakukan kebaikan agar itulah yang
akan menjadi saham untuk kita menghadap-Nya.
Suasana ketika itu sunyi sepi. Sebuah rumah di perkampungan telah didiami oleh
seorang pasangan anak-beranak. Mereka sudah mendiami rumah tersebut hampri
beberapa tahun.
Sekujur tubuh melompat dari tingkap. Nasib baik dia mendarat dengan sebaiknya.
Kalau tidak, mesti dia akan tercedera akibat jatuh dari tempat yang agak tinggi.
Amira terus berlari daripada kawasan rumahnya untuk menuju kearah yang
berjauhan daripada perumahannya. Dia ingin bertemu dengan seseorang seperti yang
dijanjikan. Malah, dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu di rumahnya kerana takut
ibunya marah.
Di sebuah kawasan, Amri menunggu sahaja kelibat Amira di tempat yang telah
mereka jnjikan. Dia sudah lama menunggu kelibat perempuan tersebut. Lambat pula
Mira hari ini.
Tidak lama kemudian, Amira terus berlari untuk bertemu Amri. Dia memang
sudah lewat untuk bertemu janji dengan lelaki itu seperti biasa.
Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, Amira terus membongkokkan tubuhnya
seketika. Dia terus menghembuskan sedikit keluhan untuk menghilangkan penat yang
dirasainya.
“Sayang kenapa awak lambat? Nasib baik saya tak balik laagi. Kalau tidak,
kesian awak seorang diri di sini.” Balas Amri apabila melihat kehadiran Amira. Dia
melemparkan perasaan sedikit marah dengan kelewatan perempuan di hadapannya.
Tubuh Amira terus berdiri tegak bagai tiang bendera. Dia ingin menjawab soalan
yang dilontarkan kepadanya. “Sorrylah. Awak kena faham ibu saya macam mana.
Kalau dia tahu saya keluar, memang habis saya kena kurung.” Balas Amira. Dia terus
melemparkan wajah yang agak muram kepada Amri.
Amri menuju ke pangkit. Dia terus duduk sambil memandang kearah suasana
yang berada di hadapannya. Secara jujurnya dia ingin melihat bagaimana Amira
memujuknya. Amira mengikut sahaja langkah yang diatur oleh lelaki itu.
“Awak, saya tahu saya salah. Please forgive me. Janji lepas ini saya tak lewat.”
Pujuk Amira. Dia tidak tahu bagaimana cara yang boleh boleh memujuk lelaki yang
paling disayangi. Dia harap agar Amiri akan menerima pujukan tersebut.
Amri terus menjeling kearah Amirah. Dia terus memandang perempuan tersebut
dari atas sehingga bawah. “I boleh maafkan you, but I want yo do something for me.”
Balas Amri sambil mengariskan satu senyuman yang agak nakal.
Amira terus merapatkan tubuhnya pada Amri. Dia ingin mengetahui apa yang
ingin diungkapkan oleh lelaki itu. “Awak nak apa? Cakap sahaja asalkan awak boleh
maafkan saya.” Balas Amira dengan nada suara yang agak manja kepada lelaki yang
berada di hadapannya.
Amri tersenyum. Apabila mendengar jawapan yang diterima. Memang itulah
yang dia nanti-nantikan. Jauh di fikirannya telah memikirkan perkara ini dengan agak
lama. Jadi inilah peluang untuknya selesaikan hajat yang sudah terbuku di dalam
hatinya.
Petang itu, Amira terus pulang ke rumah. Jauh di sudut hatinya mengharapkan
agar ibu tidak memarahinya. Mana tidaknya, apa sahaja yang dilakukan olehnya, di
mata ibu semuanya salah dan ada sahaja yang tidak kena. Jarang sahaja semua yang
dilakukannya betul.
Sampai sahaja di hadapan rumah, dia terus melangkah untuk menuju ke pintu
belakang. Ini kerana dia tidak mahu bertembung dengan wanita tua tersebut. Kalau
tidak, confirm kena bebel.
Pintu rumah dibuka secara perlahan-lahan. Dia tidak mahu memberitahu bahawa
dirinya sudah pulang. Setelah itu, dia melangkahkan kakinya secara perlahan untuk
menuju kearah biliknya.
“Kau baru balik?” Maimun memandang sahaja kearah anaknya dengan mata bola
yang berapi. “Kau pegi mana sampai sekarang baru nak balik. Ingatkan tak nampak
jalan balik rumah.” Kali ini Maimun merenung kearah anaknya.
Amira terdiam. Dirinya masih lagi berdiri tegak sambil sel-sel otaknya berhubung
bagi menjawab soalan yang diberikan oleh ibunya. Dia tidak mampu utnuk
berkata-kata di samping lidahnya secara tiba-tiba menjadi kelu.
Maimun menanti sahaja jawapan yang akan diberikan oleh anaknya. Hatinya
mula panas apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh anaknya.
“Kau tak dengar ke apa yang aku cakap? Kau manusia atau pokok atau kau nak
bagi aku cakap guna tangan baru kau nak jawab soalan aku.” Kali ini suara Maimun
terus meninggi. Dia sangat marah apabila melihat reaksi yang ditonjolkan oleh
anaknya.
“Aku dengar tapi aku malas nak jawab. Nanti tak pasal-pasal kita bergaduh
sampai subuh.” Balas Amira. Nada suaranya sedikit tinggi sambil kakinya terus
melangkah untuk menuju kearah biliknya untuk berehat.
Maimun sedikit terkejut apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Amira. Dia
terus menuju kearah anaknya. Lantas dia terus menarik anaknya lalu terus memberi
tamparan kearah anaknya.
“Aku dah cakap dari dulu lagi. Kalau nak keluar boleh tapi jangan balik lambat.
Kau lepak dengan jantan mana tadi? Kau jangan ingat aku tahu tak selama ini apa kau
buat.” Balas Maimun setelah menghadiahkan satu tamparan kepada anaknya.
Pipinya digosok. Amira terus memandang ibu dengan wajah yang tidak berpuas
hati. Lantas dia terus menuju kearah biliknya. Hal ini kerana dia tidak mauh bergaduh
dengan ibunya.
“Kau jangan ingat kau hebat sangat. Hari ini orang ada untuk mendampingi kau,
nanti kau tengoklah masa aku tak ada, kau sendiri akan menyesal. Baru kau tahu
langit itu tinggi atau rendah.” Kali ini Maimun terus memekik dihadapan pintu bilik
anaknya. Biar anaknya mendengar segala tegurannya yang sangat pedas.
Amira terus menghempaskan badannya pada katil. Dia terus menutupkan telinga
dengan menggunakan bantal yang berda di katil. Dia terus menjerit sekuat hatinya
dapat melepaskan apa yang dirasainya sehingga marah pada dirinya.
Telefon bimbitnya berbunyi. Dia terus mengambil gadjet tersebut untuk melihat
siapa yang mesejnya. Bibirnya terus menguntuk senyuman apabila melihat nama yang
tertera pada skrin telefonnya.
Sayang buat apa tu? Dah tidur ke. Sorry kalau saya ganggu awak sekarang. - Amri.
Amira terus memikirkan sesuatu bagi membalas apa sahaja yang diberikan
kepadanya. Jarinya giat menaip sesuatu pada skrin telefonnya.
Tidur? Awal lagi awak. Lagipun saya memang selalu tidur lambat. Hehe. - Amira.
Saya nak ucapkan terimas kasih sangat-sangat untuk petang tadi. Saya janji akan
simpan semuanya baik-baik. Awak jangan risau, ia tak akan terlepas pada tangan
orang lain. - Amri.
Baiklah kalau awak cakap macam itu. Kalau awak bagi orang lain gambar tadi, saya
tak akan tergak-agak akan memberitahu family awak apa yang kita buat selama ini. -
Amira.
Oh, okey. Awak esok saya nak jumpa awak boleh? Tapi bukan dekat tempat biasa.
Kita pergi tempat yang adventure sedikit. - Amri.
Amira terus mengerutkan dahinya. Kalau bukan nak jumpa tempat biasa, dia nak
jumpa di mana? Harap-harap Amri tidak mengajaknya ke tempat yang bukan-bukan.
Awak nak kita jumpa di mana? Kalau nak buat lebih dari tadi, maaf saya tak boleh
nak lakukan. Please saya tak nak buat benda yang boleh menjatuhkan maruha saya
sendiri. - Amira.
Apa awak merepak ini? Saya tak terfikir lagi nak buat benda macam itu. Saya nak
ajak awak pergi ke satu tempat. Esok saya bagithu kemana hala tuju kita. Lepas rehat
kita pergilah. Itu pun kalau awak sudi. - Amri.
Esok bukan sekolah ke? Awak nak pergi mana pula. Nanti kalau kantoi, susah kita. -
Amira.
Awak jangan risaulah, saya dah rancang semuanya dengan baik. Awak just dapatkan
duit lebih and baju spare sahaja. Lepas rehat jumpa saya dekat belakang sekolah. -
Amri.
Tak ada orang ke dekat sana? Saya takutlah kalau nak buat macam itu. Biarlah awak
saja yang tengok tubuh saya. Bukan orang lain. - Amira.
Awak, bukan saya nak suruh awak tukar dekat semak itu. Kita tukar dekat toilet Shell
yang berdekatan sekolah. Lagipun saya tak nak ada orang tengok tubuh awak
melainkan saya. - Amri.
Okey saya setuju. Saya jumpa awak esok tau. Good night. - Amira.
Telefon bimbitnya terus diletakkan di sebelahnya. Dia terus memikirkan
bagaimana untuk mendapakan duit lebih dari ibunya. Bukan apa, dia agak takut
kalau-kalau ibunya tidak memberi mahupun banyak soalan yang bakal diberikan
kepadanya.
“I hope, tomorrow have a good day for me and love. I love you Amri. I hope
awak akan jaga saya sebagaimana keluarga saya menjaga saya.” Bisik Amira. Dia
terus menutup matanya untuk berehat.
BAB 7
Keesokan harinya, Amira bersiap untuk menuju ke sekolah. Dia terus mengambil
sepasang pakaian yang cantik, lalu terus dimasukkan pakaian tersebut di dalam beg
sekolah.
‘I hope hari ini akan dipermudahkan segala-galanya. Harap-harap tak ada yang
nampak kami berdua dekat pekan. Kalau tidak, habis kantoi dengan ibu.’ Bisik Amira.
Dia terus menuju ke dapur. Amira melihat ibunya masih lagi melakukan
kerja-kerja rumah sebelum menuju ke tempat kerja. Lantas dia terus duduk sambil
melihat sahaja makanan yang berada di atas meja.
“Lambat kau bangun.” Kali ini Maimun bersuara smbil tangannya terus mengelap
meja. “Kamu nak sekolah tau tak?” Sambung Maimun dalam keadaan yang agak
marah.
Amira terkejut apabila mendengar kata-kata dari ibunya. Memang Maimun tidak
boleh wajahnya kerana kalau berjumpa, mesti ada sahaja yang boleh menyakitkan
hatinya.
Maimun menghulurkan beberapa keping duit kepada anaknya. Walaupun dia
marah atau benci kepada Amira, tapi tnaggungjawab sebagai seorang ibu pelu
diutamakan.
“Tak cukup ibu. Mira nak beli buku.” Auta Amira. Dia terus melemparkan wajah
yang selamba dan berterus terang kepada ibunya. Bukan apa, nanti apa pula yang
mereka akan gaduhkan pada pagi itu.
Keluhan dikerluarkan. Maimun terus memberikan apa yang diinginkan oleh
anaknya. “Nanti kunci pintu. Aku nak pergi kerja.” Maimun terus beredar daripada
rumahnya. Dia meninggalkan anaknya berseorangan yang berada di dalam rumah.
Amira hanya mendiamkan diri. Dia terus bangun untuk meuju ke sekolah. Terasa
agak malas untuk menuju kearah bangunan tersebut. Namun kalau tidak pergi, terasa
bosan pula. Kalau tidak pun, ibunya pasti akan marah.
Sampai sahaja di sekolah, Amira terus menuju kearah kelas dan menunggu sahaja
perhimpunan harian bermula tidak lama lagi. Dia menarik nafasnya dalam-dalam
sambil duduk di tempatnya.
“Mira.” Auni datang menegurnya. Dia terus duduk di sebelah rakannya. Dia terus
membetulkan kedudukannya sebelum berbual bersama Amira. “Awal kau datang. Ibu
kau marah ke kalau kau datang lewat.” Auni terus memulakan perbualan mereka pada
pagi itu. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja di dalam perut kelas kerana ramai lagi
yang belum hadir.
Hanya reaksi yang bersahaja dilontarkan oleh Amira. “Saja datang awal. Ibu aku
macam biasa kalau tak membebel satu hari, memang tak sah.” Jawab Amira. Dia terus
bersandar sambil pandangannya jauh di renung ke hadapan.
Auni faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Amira. Tiba-tiba ada sesuatu
yang terlintas dalam fikirannya. “Sebenarnya aku ada something nak cakap.” Auni
terus menjeling ke sekelilingnya sebelum mengungkap apa yang terbuku di hatinya.
Mutlut aku didekatkan kearah telinga Amira untuk membisikan sesuatu. “Aku
dengan Pian cadang nak pergi mall time rehat. Kau nak join.” Balas Auni sambil
menjauhkan sedikit tubuhnya kearah Amira. Dia terus mengemas buku yang berada di
hadapannya.
Amira tersenyum sahaja apabila mendengar ajakan dari rakannya. Dia terus
meningati apa yang telah dirancang oleh Amri. “Aku bukan tak nak ikut. Tapi aku ada
program dengan Amri. Hope kau bergembiran dengan Babby Pian kau tu.” Ujar
Amira. Dia pun terus bangun untuk menuju ke tapak perhimpunan.
Pembelajaran hari itu diteruskan dengan kelas Math. Amira terus memandang
sahaja kearah luar kelas. Terasa sangat bosan dan mengantuk apabila mendengar
bebelan Cikgu Fauziah.
“Mira, saya nak kamu jawab soalan ini.” Ujar Cikgu Fauziah apabila melihat
anak muridnya tidak fokus dengan apa yang sedang diajarnya.
Amira terus memandang kearah papan putih bagi melihat soalan yang ada di
hadapannya. Namun dia terkelu apabila melihat semua soalan yang diberikan. Entah
apa jawapan yang tepat.
Cikgu Fauziah sedikit marah apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh anak
muridnya. “Apa jawapan dia? Kamu tahu atau tidak.” Kali ini suara cikgu sedikit
tegas.
Amira masih lagi terdiam. Entah apa jawapan yang tepat untuk dia berikan. Tadi
bukan nak fokus, sekarang sudah pasti dia mengelabah apabila ditanya dengan soalan
yang berada di hadapannya.
“Kamu mesti tak tahu. Apa yang kamu buat apabila saya mengajar tadi?
Berangan kahwin dengan anak raja. Saya nak awak berdiri di luar sekarang.” Arahan
yang diberikan. Amira akur dengan apa yang diarahkan kepadanya.
Banyak mata yang memerhati dirinya. Perasaan malu mula menyelebungi dirinya.
Pada masa yang sama, dia berasa sangat marah dengan tindakan daripada gurunya.
‘Tengoklah aku balas macam mana. Kau tak lepas.” Bisik Amira. Dia terus
mendengus sedikit keluhan.
Tibalah masanya untuk rehat. Amira terus menuju ke kantin untuk menikmati
makanan pada pagi itu. Dia tiada mood untuk menikmati apa-apa. Ini semua adalah
kerana apa yang berlaku kepadanya saat kelas sebentar tadi.
“Awak tak makan?” Soal Amri. Dia terus duduk sambil menikmati makan yang
dibeli. Terasa lapar juga pagi itu walaupun dia sudah menikmati sedikit makanan
sebelum menuju ke sekolah.
Amira hanya menggeleng sahaja. Dia terus melihat lelaki yang berada di
hadapannya itu menikmati makanan. Sambil-sambil itu dia tidak putus daripada
termenung.
Amri terus memetik jarinya kearah Amira. “Awak okey tak? Dari tadi saya
tengok asyik temenung saja.” Ujarnya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut
di samping menunggu jawapan daripada Amira.
“Awak, bila kita nak keluar dari tempat ini? Saya bosan asyik duduk saja.
Kadang-kadang rasa nak lari pun ada.” Adu Amira. Wajahnya terus melemparkan
seakan-akan tida sukakan tempat yang mereka berada sekarang.
Amri menelan makanan yang berada di dalam mulutnya. Lantas dia terus
meneguk air sebelum mengukap jawapan kepada Amira. “Tunggu kita lepasi Form 5
baru kita boleh bebas dari sini.” Selamba sahaja jawapan yang diberikan oleh Amri
sambil memasukan kembali makanan ke dalam mulutnya.
Lengan Amri dicubit dengan agak kuat. Namun lelaki itu hanya menahan sahaja
kesakitan yang dirasainya. “Kenapa awak cubit saya?” Balas Amri sambil
mengosok-gosok lengannya yang sedikit kesakitan.
“Padan muka. Siapa suruh jawab main-main. Saya serious tau.” Kali ini Amira
mengeluarkan suara seakan-akan marah. Dia terus melemparkan muka yang merajuk
kepada Amri.
Amri hanya tersenggih sahaja apabila melihat reaksi yang diberikan. Dia terus
meneguk air sebelum mengeluarkan kata-katanya. “Awak ada bawa apa yang saya
suruh semalam?” Soal Amri dalam keadaan yang berbisik agar tiada sesiapa pun yang
tahu rancangannya.
Amira hanya mengangguk. Dia menanti sahaja arahan daripada Amri. “Cantik.
Lepas rehat ini, awak balik kelas and then ambil semua barang awak. Kita jumpa
dekat tempat yang saya cakap semalam.” Balas Amri. Dia terus menyambung semula
untuk menikmati sarapan.
Amira terus beredar daripada kawasan kantin untuk menuju ke kelas. Dia terus
memerhati juga keadaan sekeliling agar tidak terbongkar segala yang ingin dilakuk.
Setelah merampas semua barangnya, dia terus menuju ke belakang sekolah.
Apabila melihat semuanya selamat, Amira terus memanjat pagar dan menuju kearah
tempat yang telah ditetapkan oleh Amri.
Pakaian terus ditukar di dalam tandas stesen minyak berdekatan agar tidak
diketahui bahawa mereka masih lagi bersekolah. Kalau tidak, mereka akan ditangka
dan dikembalkan ke pihak sekolah.
Tidak lama kemudian, Amira tiba di kawasan tersebut. Dia terus menarik tangan
Amira untuk mengikutinya supaya beredar daripada kawasan tersebut.
“Awak, kita nak pergi mana?” Soal Amira kepada lelaki yang membawanya. Dia
berasa agak pelik kerana dirinya dibawa dengan agak tergesa-gesa.
“Adalah. Awak ikut sahaja kemana saya pergi.” Balas Amri sambil tangannya
tidak lepas-lepas daripada menarik Amira. Dia tidak mahu lepaskan wanita tersebut
walaupun sesaat.
Amira terus diam sahaja apabila mendengar segala yang diungkapkan kepadanya.
Malas nak bertekak, lantas dia hanya mengikut sahaja kemana arah yang dilalui oleh
Amri. Nampak macam jauh juga tempat yang tujui.
Sampai sahaja di sebuah perhentian bas, Amira termenung sahaja. Jauh dia
memikirkan apa yang boleh mereka lakukan hari itu. Mungkin menarik ataupun
sebaliknya.
“Awak, kita nak pergi mana?” Soal Amira kembali dengan nada suara yang agak
pelik. Entah mengapa dari tadi dia merasakan kurang selesa apabila dibawa ke tempat
yang mereka tujui walaupun bersama Amri.
Tidak lama kemudian, sebuah bas tiba dengan agak laju berhenti betul-betul di
hadapannya. Lantas, langkah mereka diatur untuk menaiki bas. Amira melihat Amira
yang membayar semua tambang tiket bas yang mereka naiki.
Mereka berdua terus melihat sahaja kearah luar tingkap semasa menaiki bas yang
membawa mereka. Amira hanya mendiamkan dirinya bagi melupakan apa yang
terjadi di sekolah sebentar tadi. Kalau tidak, memang dia akan merasa susah hati
kerana pelbagai masalah yang membelengguinya.
Sampai sahaj di sebuah mall, Amira terus melemparkan senyuman sambil
memandang bangunan di hadapannya. Dia berasa sangat gembira apabila melihat
bangunan tersebut. Ini adalah kali pertama dia menjejakan kaki di kawasan tersebut.
Mereka berdua terus masuk ke dalam perut bangunan tersebut. Tidak banyak
barang yang dibeli oleh Amira. Baginya, sekiranya dapat keluar dan dapat release
tension, itu sudah cukup banginya walaupun tidak membeli apa-apa barang sekali
pun.
“Awak tak beli apa-apa?” Soal Amri. Dia agak pelik melihat amira yang tidak
beli apa-apa sahaja barang peribadi. Selalunya perempuan memang suka membeli apa
sahaja asalkan cantik dan terpaksa membelanja dengan agak banyak .
“Saya tak suka shopping. Sebab itu saya tak beli apa-apa.” Balas Amira. Dia terus
memandang sahaja suasana di dalam mall. Sungguh ramai pengunjung yang berada di
dalam banguna tersebut.
Amir faham dengan apa yang diberikan kepadanya. Yelah bukan senang untuk
shopping apabila berada di dalam keluarga yang tidak berduit. Oleh kerana itu, tidak
hairanlah apabila gadis tersebut tidak membeli apa-apa.
Fikiran Amri jauh memikirkan sesuatu. Dia ingin meluangkan masa bersama
gadis tersbeut. Lantas dia terus menarik tangan Amira untuk mengikutinya kearah
sebuah kedai yang berada di dalam pusat membeli-belah.
Amira terkejut apabila melihat Amri yang menarik tangannya. Kemana pula
lelaki ini ingin membawanya. Harap-harap janganlah dia dibawa ke tempat yang tidak
sepatutnya.
Mereka berdua berhenti betul-betul di hadapan sebuah food court. Amira terus
memandang kearah Amri sambil menanti sahaja apa yang akan dijawab leh Amri.
“Awak cakap awak tak minat shopping. So, saya belanja awak makan.” Omel Amri
kepadanya.
Amira terus mengangguk. Dapat makan pun jadilah. Sekurang-kurangnya perut
ini tidak mengamuk kerana inginkan makanan. Jadi lebih baik da makan dahulu
sebelum pulang ke rumah.
Setelah lama menunggu, Amri datang menuju kearahnya. Dia terus mengambil
semua makanan yang telah dipesan oleh Amri. Nampak sedap sahaja semua makanan
yang terbentang di hadapannya.
Amira hanya termenung sahaja. Tiada sesuap makanan pun yang masuk ke dalam
perutnya. Entah mengapa dia merasa tidak berselera untuk menikati makanan tersebut
walaupun perutnya berasa sangat lapar.
Amri mengerutkan dahinya. Dia merenung kearah gadis di hadapannya. “Kenapa
awak tak makan? Tak sedap. Kalau tak sedap, saya nak tukar menu lain untuk awak.”
Amri bangun untuk menuju ke kaunter utama.
Amira terus menahan lelaki tersebut. “Awak, wait.” Dia tidak mahu Amri beredr
begitu sahaja. Lantas dia terus melakukan reaksi untuk mengungkapkan sesuatu.
“Semua ini sedap. Tapi saya tak ada selera untuk makan. Awak jangan paksa saya
please.” Balas Amira. Lantas dia terus memberikan sekuntum senyuman kepada
Amri.
“Okey, saya tak nak paksa awak. Tapi kalau awak betul-betul rasa lapar, awak
makan. Kalau nak bungkus pun tak apa.” Balas Amri sambil menyuapkan makanan ke
dalam mulutnya.
Amira hanya mengangguk. Dia sangat tenang apabila bersama lelaki yang berada
di hadapannya. Mana tidaknya, segala apa yang dilontarkan oleh lelaki tersebut sangat
bermakna.
Jam menunjukkan 6 petang. Amira terus pulang ke rumah dengan agak gembira.
Mana tidaknya. Hampir satu hari dia berasmara bersama Amri. Memang bahagialah
dirinya dalam masa satu hari.
Kakinya terhenti apabila sampai di hadapan rumah. Dia tertunduk apabila melihat
ibunya sedang menunggu di hadapan daun pintu. Hadap sajalah apa yang bakal
dikenakan selepas ini.
BAB 8
Maimun mengawal perasaan marahnya daripada meletus apabila melihat Amira yang
berada di hadapannya. Dia tidak tahu bagaimana ingin menasihati anaknya.
Amira terus menelan air liurnya. Dia terus melangkah dengan agak peralan untuk
menuju ke rumahnya. Dia terpaksa menempuh ibunya sebelum masuk ke dalam
rumah tersebut.
“Kau pergi mana tadi?” Soal Maimun dengan nada suara yang agak garang.
Lantas dia terus merenung anaknya dengan pandangan yang agak tajam sambil
menuju sahaja jawapan daripada anaknya.
Sementara itu, Amira memikirkan sahaja apa yang ingin diauta kepada ibunya.
Kalau tersalah cakap, memang habislah. “Kelas tambahan.” Jawab Amira dengan
sangat ringkas.
Maimun mendegus kencang apabila mendengar jawapan yang diberikan. Da
mengengam tangannya untuk menahan api kemarahan yang menghantuinya. “Kau
nak tipu aku? Baik kau bagitahu aku kemana kau pergi sebenar.” Suara Maimun terus
tinggi.
Amira tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan keapda ibunya. Dia
terpaksa Redha sahaja untuk menerima apa sahaja yang bakal diterimanya.
“Kau pergi mallkan? Dengan siapa kau pergi. Baik kau cakap dengan aku
sekarang.” Maimun hilang sabar apabila melihat anaknya yang secara tiba-tiba diam
membisu seribu bahasa.
“Dengan siapa kau keluar?” Kali ini Maimun bertanyakan dengan agak marah
terhadap anaknya. Dia tidak sanggup untuk menahan kesabarannya terhadap anaknya.
Dia tidak sanggup untuk menahan kesabaran terhadap anaknya.
“Amri. Aku tak nak kau masuk campur lagi apa yang aku nak buat dekat luar
sana. Kau tak ada hak nak halang aku keluar.” Amira terus masuk ke dalam biliknya.
Dia tidak mahu lagi bergaduh bersama ibunya.
Di dalam biliknya, Amira terus menutup pintu biliknya dengan agak kuat. Dia
terus menghembuskan nafasnya dengan agak kuat bagi melepaskan api
kemarahannya.
Badannya terus dihempaskan pada katil. Dia ingin melepaskan lelahnya. Dia
berasa sangat penat apabila menghadapi satu perjalana yang sungguh panjang.
Matanya terasa sangat berat. Lebih baik dia tidur daripada memikirkan apa yang
berlaku kepadanya dan apa yang dibebelkan oleh ibunya.
Keesokan harinya, Amira tersedar dari lenanya. Dia terus melihat sahaja kearah
jam yang berada di sebelahnya. Jam tepat menunnjukkan 10 pagi. Dia sudah terlepas
untuk masuk ke sekolah.
Tangannya terus merampas telefonnya. Dia mencari nama ‘Amri’ untuk
mengetahui apa yang sedang dilakukannya pada pagi itu. Harap-harap Amri tidak ke
sekolah.
Hai sayang. Awak dekat sekolah ke? Maaf saya tak dapat datang ke sekolah sebab
bangun lewat tadi. - Amira.
Hai. Saya pun tak sekolah. Penat sangat ke semalam sampai tak pergi sekolah? -
Amri.
Cakap orang. Awak pun sama. Kenapa tak pergi sekolah? - Amira.
Saya uzur. Awak apa tahu. Hahaha. - Amri.
Banyaklah awak punya uzur. Ingat puasa ke boleh cuti sebab uzur? Tampo karang
nak. - Amira.
Haha. Awak janganlah marah. Macam ini, awak boleh temankan saya makan tak?
Ibu saya tak masak hari ini. - Amri.
Hurm, okey. Jus bagitahu sahaja masa dan tempat. - Amira.
Pukul 12. Gerai Mak Jah. - Amri.
Amira terus bangun untuk bersiap bagi menemani Amir yang ingin menikmati
makan tengahari. Bukan selalu dia menemani Amri makan. Selalunya di sekolah
sahaja. Kali ini, dia akan menemaninya diluar.
Sampai sahaja di Gerai Mak Jah, Amira terus mencari kelibat lelaki yang
disukainya. Setelah mendapati, dia terus melangkah untuk ke dalam badan kedai
untuk menuju kearah lelaki tersebut.
“Sorry sayang, I lambat tadi.” Ujar Amira. Lantas dia terus duduk untuk bersama
Amri. Dia terus memikirkan apa yang ingin dinikmati bagi membasahi tekaknya serta
mengisi kekosongan perutnya.
“Awak nak order ke? Saya dah ordekan untuk awak. So tak payah.” Balas Amri
sambil tangannya masih lagi menaip sesuatu pada telefonnya. Nampak macam sibuk
sahaja.
Amira hanya terdiam. Dia terus memandang sekelilingnya. Risau juga
kalau-kalau ibunya datang dan serang mereka. Lagi malu dibuatnya dengan penduduk
kampung lagi.
Amri menjeling sahaja kearah Amira. Dia berasa sedikit pelik apabila melihat
reaksi yang ditonjolkan oleh wanita tersebut. “Are you okey?” Soal Amri sambil
melihat Amira dihadapannya
Sementara itu, Amira tidak terus menjawab. Air yang telah dipesan sampai pada
mejanya. “Saya risau kalau-kalau ibu nampak kita berdua. Confirm saya akan
dipesalahkan.” Ujarnya dnegan nada suara yang agak rendah.
“Awak selalu gaduh dengan ibu?” Soal Amri untuk mengetahui apa yang selalu
terjadi kepada gadis yang berada di hadapannya. Mana tahu kalau-kalau boleh bantu
sekiranay Amira ada apa-apa masalah.
Terdiam. Amira tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Amri apa yang berlaku
kepada dirinya bersama ibunya. “Tak payahlah awak tahu. Biarlah hal ini saya dan
ibu sahaja yang selesaikan.” Balas Amira sambil melemparkan senyuman. Dia tidak
mahu Amri masuk campur segala masalah yang menimpanya.
Amri hanya melakukan reaksi yang biasa sahaja. Kalau tak nak cerita tidak
mengapa, dia tidak akan memaksa. “Saya tak nak paksa awak untuk ceritakan apa
yang berlaku didalam keluarga awak. Cumanya saya nak awak tahu yang saya
sentiasa ada bersama awak dalam apa juga keadaan.” Balas Amri. Dia terus
melemparkan senyuman sambil tangannya terus memengang Amira.
Mereka berdua terus berbual. Amira cuba untuk menghilangkan seketika segala
masalah antara dia dan ibu. Baginya semua itu tidak penting. Yang penting adalah
masanya bersama Amri.
Maimun melihat apa yang berlaku di gerai tersebut. Terus naik api kemarahannya
apabila melihat anaknya tidak bersekolah dan bertemu dengan lelaki di hadapannya.
Siaplah nanti bila kau balik rumah. Ada yang kena karang.
Setelah selesai menikmati makan tengahari, mereka berdua terus berlalu untuk
pulang ke rumah masing-masing. Yelah sudah hampir beberapa jam mereka
berasmara dikedai. Lantas mereka berdua terus memikirkan cara untuk membohongi
keluarga masing-masing daripada kantoi.
“Awak, kita jumpa nanti tau. Kalau ada apa-apa, just tell me. Saya balik dulu.”
Ujar Amri. Mereka berdua terus beredar daripada kawasan tersebut untuk menuju
pulang ke rumah masing-masing.
Dalam perjalanan pulang, Amira daapt merasakan kebahagaam yang tidak peranh
dirasainya. Mana tidaknya, baru sahaja dua berjumpa kekasih hatinya. Jadi siapa
sahaja yang tidak seronok.
Sampai sahaja di rumah, kakinya terus menuju untuk masuk ke dalam rumahnya.
Tiada kelibat ibunya di dala rumah tersebut. Mungkin ibunya belum pulang dari kerja.
Jadi tiada bebelan daripada wanita tersebut.
“Baru balik melepaskan rindu dengan jantan ke?” Balas Maimun yang keluar
daripada arah dapur. Dia terus menanti sahaja jawapan yang akan diberikan oleh
anaknya.
Mulut Amira secara automatik terkunci. Dia memikirkan jawapan yang sesuai
untuk diberikan kepada ibunya. Kalau tidak, memang melentinglah orang tua di
hadapannya.
Tubuh Maimun terus mengigil. Dia menahan sahaja kemarahannya terhadap
Amira. “Aku tanya kau lepak dengan siapa tadi? Kau ingat aku tak tahu kau pergi
mana tadi.” Suaranya terus tinggi sambil matanya terus merenung tepat kearah
anaknya.
“Dah tahu, buat apa aku nak bagitahu lagi. Buang masa saja aku layan kau.” Kali
ini Amira menjadi sedikit bengang. Dia terus beredar sebagai tanda protes dengan apa
yang terjadi.
“Kau jangan nak melawan cakap aku. Dasar anak tak kenang budi. Kalau aku
tahu perangai kau macam ini, dah lama aku gugurkan kau.” Balas Maimun dnegan
sangat marah. Dia terus terduduk bagi menghilangkan sedikit amarahnya.
Sementara itu, Amira terus mengambil earphone lalu dipakainya. Ini membuatkan
apa sahaja yang dikarakan oleh ibunya tidak didengari dengan jelas.
Jarinya terus mencari nombor Amir. Kali ini dia ingin meluahkan segala-galaya
kepada lelaki tersebut. Mana pula nombor dia ini? Time diperlukan dia hilang.
Setelah jumpa, dia terus mendail nombor tersebut. Dia mengharapkan agar Amri
boleh menjawab panggilan tersebut. Kalau tidak, memang dia tidak tahu kepada siapa
dia ingin mengadu semua masalah yang dihadapinya.
“Hai sayang. I ganggu ke?” Soal Amira sambil menanti sahaja jawapan daripada
lelaki tersebut. Dia risau sekiranya dia menganggu teman lelakinya. Karang tak
pasal-pasal kena marah lagi.
“Tak ada ganggu pun. Ada apa awak call saya? Rindu ke.” Usik Amri.
Kendengaran sedikit ketawa kecil daripada lelaki itu. Amira hanya tersenyum sahaja
mendengar usikan daripada Amri.
“Hurm bolehlah.” Amri terdiam seketika kerana memikirkan bagaiaman untuk
memulakan perbualan mereka. Kalau tersalah cakap, mungkin akan ada salah faham
antara mereka berdua.
“Awak ada nak cakap something ke?” Ujar Amri. Dia dapat merasakan ada
something yang ingin dikongsikan oleh wanita yang berada di dalam panggilan
tersebut.
Amira terus menceritakan apa yang teradi. Sejujurnya dia tidak sangup lagi untuk
tinggal di dalam rumah tersebut. Mana tidaknya, hampir setiap hari, dia dan ibunya
akan bergaduh. Tidak kiralah sama ada salah atau sebaliknya.
Amri terdiam. Dia mendengar sahaja apa yang diadukan kepadanya. Setelah itu,
dia bersiap sedia untuk memberika pendapatnya. “Apa kata kalau awak keluar sahaja
dari rumah itu. Saya akan berikan awak satu rumah yang dekat sahaja dengan rumah
rumah saya.” Cadang Amri. Dia berharap agar cadangannya itu akan diterima Amira.
Amira terus memkirkan sesuatu. Dia tidak tahu bagaimana untuk melakukan
keputusan berkenaan hidupnya. Memang susah untuk buat keputusan yang terbaik
untuk dirinya.
“Nanti saya fikir dulu. Apa-apa saya akan bagitahu awak okey?” Balas Amira.
Dia terus menamatkan panggilan tersebut dan melemparkan gadjet tersebut diatas
katil.
Badannya terus dihempas pada katil. Dia terus memerikikan apa yang terbak di
dalam dirinya. Kalau betul cadangan yang diberikan oleh Amri, dia akan ikut sahaja.
BAB 9
Keesokan harinya, Amira terus menuju ke dapur. Dia ingin menikmati sarapan.
Namun moodnya masih lagi tidak elok sejak bergaduh dengan ibunya.
Tudung salji dibuka. Dia melihat ada nasi goreng yang dimasak oleh ibunya. Dia
terus mengambil makanan tersebut untuk dinikmati. Namun dia tidak mahu makan
dengan kuantiti yang banyak kerana selepas ini dia ingin keluar.
Matanya terus memandang kearah sekeliling rumah. Sunyi sahaja keadaan rumah
tersebut. Mesti ibu sudah lama keluar untuk bekerja.
Pinggan yang digunakan terus dibasuh. Walaupun dia marah dan kurang selesa
ketika berada di rumah, namun dia faham dengan tanggungjawabnya sebagai anak.
Marah macam mana pun, dia tetap melakukan beberapa kerja rumah.
Setelah selesai, dia terus memakai kasut untuk menuju keluar dari rumahnya. Dia
ingin menuju kearah tempat biasa untuk bertemu Amri.
Kakinya terus melangkah. Jauh difikirannya memikirkan tindakan seterusnya.
Kalau tersalah buat tindakan, pasti akan memakan dirinya.
Sampai sahaja di tempat tersebut, dia melihat tiada sesiapa di pangkit tersebut.
Lantas dia terus menuju kearah pangkit untuk menanti sahaja kehadiran Amri.
Jauh termenung. Dia tidak tahu mengapa kehidupannya dibelenggu dengan
pelbagai masalah. Tiada secebis kegembiraan di dalam dirinya. Hanya penuh dnegan
penderitaan dan kesusahan.