“Kau apa hal? Dah macam orang hilang bini saja aku tengok.” Balas Aidil sambil
tangannya masih lagi bermain PUBG melalui telefonnya.
“Aku risaukan adik aku. Kau tak ada adik bolehlah cakap. Aku risaukan dia lebih
dari diri aku sendiri.” Kali ini Azim sedikit marah dengan apa yang terjadi. Rasa
sedikit kekesalan dalam dirinya.
Aidil yang tadi sibuk bermain game. Terus memandang kearah rakannya. “Kau
jangan risau, aku yakin adik kau tak apa-apa. Sekejap lagi dia baliklah. Kau pun masa
first time buat kerja ini pun tak adalah laju mana.” Balas Aidil yang cuba untuk
menenangkan Azim.
Tidak lama kemudian, Ema datang ke tempat mereka selalu lepak. Dia terus
menuju kearah Azim dan Aidil.
“Adik kau okey tak? Ada cedera mana-mana.” Balas Azim dengan agak risau.
Dia terus melemparkan wajah yang seakan-akan takut sambil memandang kearah
Ema.
Ema hanya mengangguk samabil melemparkan senyuman kepada Azim. Dia
terus memeluk Azim dengan penuh erat.
“Alahai korang, kalau nak buat drama melayu baik buat dekat rumah.” Aidil terus
menuju kearah kedua-dua rakannya. “Macam mana, banyak tau kau dapat?” Soalnya
kepada Ema.
Ema terus memberikan beberapa keping duit yang berada di dalam poketnya. Dia
tidak tahu berapa banyak duit yang diperolehinya kerana dia tidak mengiranya
walaupun satu sen.
Azim hanya melihat sahaja reaksi yang ditonjolkan oleh Aidil. Dia tidak banyak
berkata-kata sambil menanti sahaja berapa yang diperolehi oleh adiknya.
“Gilalah adik kau dapat 500 Ringgit. Kita awal-awal dulu pun tak macam ini.”
Balas Aidil dengan agak teruja. Dia terus memandang kearah Azim dengan wajah
yang agak gembira.
Azim hanya diam sahaja. Dia turut bergembira dengan pencapaian adiknya.
Lantas dia terus bangun dan menuju kerah yang berjauhan untuk menangkan diri.
Ema terus menuju untuk bertemu abangnya. Dia ingin membincangkan sesuatu.
Maybe ini akan memberikan sedikit kesenangan untuk Azim sekiranya mendengar
apa yang ingin disampaikan.
“Abang, adik tahu abang risaukan adik sekiranya adik buat kerja ini. Tapi adik
nak cakap yang adik buat kerja ini pada waktu malam saja. Waktu siang adik akan
belajar.” Terang Ema. Dia terus melemparkan reaksi yang agak simpati kepada
abangnya.
Azim terus menarik nafasnya dalam-dalam. Dia terus memikirkan apa yang perlu
dilakukan oleh adiknya. “Abang tak kesah kalau kamu nak join abang. Tapi abang
harap sangat yang kamu pandai jaga diri. Hati-hati bila bekerja.” Pesan Azim untuk
adiknya. Sejujurnya memang dia risau sekiranya Ema melakukan aktviti yang sama
seperti dirinya. Ini kerana risiko untuk ditangkap ada di mana-mana sahaja.
Hampir setiap malam Ema melakukan kerja yang salah dari segi undang. Namun
apakan daya, demi kelangsungan hidup, mereka akan melakukan apa sahaja walaupun
dia tahu benda itu salah.
Ema duduk di sebuah kedai. Dia akan menunggu kehadiran abangnya sambil
menikmati makanan yang berada diahdapannya. Terasa lapar pula setelah bekerja
dengan sangat gigih.
“Lama dah adik tunggu?” Soal Azim apabla sampai sahaja di dalam kedai
tersebut. Dia terus meminta teh ais di samping nasi goreng ayam untuk dinikmatnuua.
“Tak adalah lama sangat. Abang banyak income hari ini?” Soal Ema sambil
menikmati nasi goreng kampung yang berada di hadapannya.
Azim terus menghembsukan nafasnya sebelum menjawab soalan yang diberikan
oleh adiknya. “Bolehlah. Tapi abang tahu adik lagi banyak dapat.” Balas Azim sambil
melemparkan senyuman kepada adiknya.
“Ala abang jangan cakap macam itu. Nanti kalau abang nak pinjam duit adik, just
bagitahu saja. Adik akan bantu. Tak akanlah adik sanggup tengok abang susah.” Balas
Ema sambil menikmati makanan dihadapannya.
Azim hanya melakukan reaksi yang agak sedih apabila melihat adiknya.
Sepatutnya Ema boleh fokus dalam pelajaran dan tidak perlu melakukan kerja seperti
ini. Namun disebabkan kesempitan hidup dan kewangan, dia terpaksa melakukannya.
“Sekolah adik macam mana? Ada apa-apa masalah.” Balas Azim bagi
mengetahui perkembangan pelajaran adiknya.
“Okey.” Jawab Ema dengan sangat ringkas. Dia akui kerja yang dilakukannya ini
dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya terutama sekali kewangan.
Segala yuran dapat diselesaikannya.
Azim hanya mengangguk. Gembira hatinya apabila mendengar segala jawapan
daripada adiknya. Mana tidaknya, segala masalah yang dihadapi oleh Ema mudah
diselesaikannya.
Mereka berdua terus berbual. Biasanya mereka berbual soal keluarga mahupun
akademik. Namun berbeza untuk kali ini. Mereka banyak menceritakan cara untuk
mendapatkan duit dengan cepat.
Setelah lama mereka di luar, kedua-dua beradik terus pulang ke rumah untuk
berehat setelah seharian keluar dari rumah. Kerja mencuri pun ada kalanya penat juga.
Azim terus melangkah ke bilik adinya. Dia hanya memang sahaja wajah Ema
dengan penuh tanda tanya. Persoalan yang selalu bermain di benak fikirannya ialah,
sampai bila Ema akan melakukan kerja ini?
‘Sampai bila kau nak buat kerja ini. Kau tak kesian ke dekat diri kau? Aku faham
bukan senang nak cari duit, tapi kau kena fikir masa hadapan aku juga. Jangan jadi
macam aku yang tiada apa-apa di dunia ini.’ Azim terus mengelap air matanya
seketika.
‘Aku harap kau akan faham dan tahu bahawa semua yang lakukan ini adalah
salah. Kau akan tahu apa akibatnya kalau terus melakukan kerja ini.’ Sambung Azim
sebelum keluar dari bilik adiknya. Sempat juga dia menyelimutkan Ema yang sudah
nyenyak dibuai mimpi. Pintu bilik ditutup dengan sangat perlahan agar tidak
mengejutkan tubuh tersebut.
Azim terus termenung sahaja di luar jendela. Entah mengapa kali ini dia
betul-betul risaukan adiknya. Harap-harap tak ada apa-apa yang buruk berlaku
terhadap Ema mahupun dirinya sendiri. Kalau ada apa-apa perkara buruk yang
berlaku, sudah pasti akan menyusahkan mereka secara tidak langsung. Malah paling
sedih adalah Ema kerana tiada lagi tempat untuk berlindung dan mengadu segala
masalah yang dihadapinya.
“Harap-harap semuanya akan baik selepas ini. Seandainya aku tiada, aku yakin
Ema akan hidup berdikari. Tapi diharapkan tidak secepat ini kerana dia masih lagi
memerlukan kasih sayang dan belaian seorang abang.” Ujar Azim dalam dirinya.
BAB 19
Ema terus menuju kearah supermarket untuk membeli barang dapur yang banyak
kehabisan di rumahnya. Kalau tidak, bagaimana mereka ingin makan?
Suasana di dalam bangunan tersebut dipenuhi dengan orang ramai. Ema hanya
melihat sahaja barang-barang yang telah disenaraikan olehnya untuk dibeli. Biasanya
dia akan mencari barang-barang yang penting sahaja.
Ketika itu, dia melihat seorang wanita untuk membeli barang keperluan. Dia
hanya melakukan reaksi endah tak endah sahaja. Yelah tak akan nak jadi peramah
pula. Buatnya dia itu penculik, habis kena deduk dalam bangunan tersebut sambil
diikat oleh penculik.
Secara tiba-tba dompet wanita tersebut terjatuh di lantai. Ema hanya tersenyum
sahaja sambil melihat barang tersebut. Rezeki sudah berada dihadapan mata, tak akan
dia ingin lepaskan begitu sahaja.
Dengan perlahan, Ema menganbil sahaja dompet tersebut dengan penuh
berhati-hati agar tidak dilihat oleh pemiliknya. Setelah itu, dia berlagak seperti tiada
apa-apa yang terjadi.
Apabila selesai membeli barang, Ema terus menuju kearah bawah jambatan.
Entah mengapa secara tiba-tiba sahaja dia dapat merasakan keinsafan di dalam dirinya.
Dia tidak mahu lagi untuk melakukan kerja itu lagi.
‘Entah mengapa kali ini aku merasakan sesuatu dalam diri aku. Harap-harap tak
ada apa-apa yang terjadi kepada aku mahupun abangku.’ Bisik Ema. Dia masih lagi
termenung sahaja sambil memikirkan sesuatu.
Mata Ema mula berkaca. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sambil
menenangkan dirinya. ‘Rasa berdosa pula dengan kerja yang aku buat sekarang. Tapi
kalau ini sahaja kerja yang aku mampu buat, Aku Redha.’ Bisik Ema sekali lagi.
Dia terus melihat kearah sungai yang berada dihadapannya. Dia akan cuba untuk
menenangkan dirinya buat seketika. Entah mengapa perasaan serba salah secara
menghantuinya.
“Haa adik buat apa dekat sini. Ingat tadi ada di rumah.” Tegur Azim. Dia terus
duduk bersebelahan adiknya. Bukan selalu dapat lepak dengan Ema di sini.
Ema hanya terdiam sahaja. Dia cuba untuk menyatakan sesuatu kepada Azim
namun dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Harap-harap dia tahu
bahawa bukan senang untuk meninggalkan apa yang telah dilakukannya.
“Saja, nak ambil angin sekejap. Bosanlah kalau asyik duduk rumah.” Auta Ema
sambil melemparkan senyuman. Dia ingin melarikan seketika apa yang sedang
bermain di dalam fikirannya.
Azim tidak membalas. Dia terus membaling seketul batu ke dalam sungai yang
berdekatan. Dia terus memikirkan topik yang ingin dibualkan bersama adiknya.
“Adik, kalau abang nak cakap something boleh?” Balas Azim sambil menunggu
sahaj jawapan daripada adiknya.
“Apa dia yang abang ingin katakan itu?” Soal Ema sambil melemparkan
senyuman wajah yang ingin mengetahui apa yang ingn dikatakan oleh abangnya.
Azim menghembuskan sedikit keluhan kepada adiknya. Dia memikirkan
bagaimana cara untuk menyatakan hasrat hatinya. “Sebenarnya, abang nak kamu cuci
tangan. Kamu fahamkan apa yang kita lakukan ini salah dan berdosa. Janganlah kamu
biarkan dosa ini mengalir dalam diri kamu.” Balas Azim dalam keadaan yang agak
sedih. Dia berharap agar apa yang dikatakan itu diterima baik oleh adiknya.
Ema hanya terdiam. Dia terus memikirkan apa yang ingin disampaikan oleh
abangnya. “Habis itu, nanti siapa nak carikan duit untuk kita?” Dia terdiam seektika
sambil memikirkan apa yang boleh diberikan kepada abangnya. “Kalau abang tak
cukup tangan nak kerja macam mana? Abang boleh ke cover keluarga kita?”
Azim hanya memanda wajah adiknya tanpa ada apa-apa yang berlegar dalam
fikirannya. “Adik jangan risau abang mampu. Sepatutnya selepas kematian ayah,
memang abang yang patut ambil tanggungjawab untuk jaga dan memberi makan
minum kamu.” Balas Azim. Dia tidak mahu mengatakan secara membuta tuli.
Memang itulah yang sepatutnya.
Ema mengangguk sebagai mengiyakan apa yang diungkapkan oleh abangnya.
Kalau begitu yang dikatakan oleh Azim, dia dengan rela hati akan berhenti untuk
melakukan kerja-kerja mencuri
Kini kehidupanku telah berubah apabila aku tidak lagi melakukan kerja mencuri. Ya
memang betul, sekiranya kita bergelumang dengan dosa, hati kita tidak akan tenang.
Hal ini kerana, Apabila hati kita sudah menjadi hitam, ia akan memberi kesukaran
kepada kita untuk menerima cahaya dari Illahi. Cahaya Hidayah yang kita dambakan
itu seperti terawang-awangan.
Aku bersyukur kerana Engkau boleh memberikan aku jalan untuk kembali.
Segala apa yang berlaku kepada aku itu adalah berpunca dari aku sendiri
‘Ya Allah berilah aku kekuatan untuk terus menjadi Hamba-Mu yang taat.
Kuatkan hati aku untuk menjadi seseorang yang terus berbakti kepada masyarakat.
Teruslah pimpin aku sehingga ke Syurga-Mu yang aku impikan.’
Ema terus bangun untuk menuju ke dapur. Banyak kerja rumah yang perlu
dilakukan. Mana tidaknya, sejak dia berhenti, dia menjadi seorang yang sangat rajin
mengemas rumah.
Azim melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah. Dia terus mencari kelibat
adiknya. Kemana pula hilangnya Ema. Mustahil adiknya keluar.
“Dekat sini kamu. Puas abang mencari.” Balas Azim. Lantas dia terus duduk di
kerusi sambil melihat sahaja adiknya melakukan kerja.
“Abang nak makan ke? Kalau nak makan adik ada masak sardin, ikan goreng tak
masak lagi.” Soal Ema dalam keadaan yang agak ramah sambil membawa bekas nasi
keatas meja.
Azim hanya mengangguk. Dia tidak banyak soal. Lantas dia terus mencedk nasi
lalu terus dinikmatinya. Dia tidak pernah cerewek dalam soal makanan.
Sementara itu, Ema terus melakukan kerja rumah. Biarlah abangnya makan
dahulu sebelum berbual ataupun ada apa-apa rancangan yang dirancang untuk masa
hadapan.
Setelah selesai, Azim terus menuju kearah adiknya. Ema masih lagi mengemas
rumah. Kesian punada apabila melihat gadis itu melakukan kerja berseorang diri.
“Adik, ambil ini. Abang ada duit lebih tadi. Banyak tau abang dapat hari ini.”
Balas Azim sambil menghulurkan beberapa keping wang tunai kepada adiknya.
Ema tidak banyak soal. Dia terus mengambil sahaja wang tersebut sambil
bibirnya tidak lepas-lepas daripada mengariskan sneyuman. “Terima kasih abang.”
“Abang nak keluar sekejap. Mungkin malam nanti baru balik. Kamu jangan tidur
lambat pula. Esok nak sekolah.” Balas Azim. Lantas dia terus mencium dahi adiknya
sebelum beredar daripada rumah.
Malam itu, Ema terus menikmati makanan yang berada diatas meja berseorangan.
Abang memang tidak balik malam ini. Jadi terpaksalah dia berseorang di rumah.
Walaupun juadah yang dimasaknya agak simple, namun dia bersyukur keana
malam itu ada juga makanan untuk mengisi perutnya.
Dia terkenang seketika zaman gelapsnya dahulu. Ya memang betul kalau dulu.
waktu begini sudah pasti dia mencari tempat untuk mencuri barang orang sehingga
dia merasa puas. Duit yang diperolehinya bukan kaleng-kaleng boskurr.
Kini tidak lagi. Hal ini kerana sekarang dia tidak lagi mencuri. Dia ingin fokus di
dalam pelajarannya sehingga berjaya sehingga ke menara gading. Baru boleh duduk
rumah mewah.
Tuk….tuk.
Pintu rumahnya diketuk. Terus hilang lamunannya yang bermain di dalam
fikirannya. Dia terus melangkah ke kahdapan untk melihat siapa yang datang ke
rumahnya.
“Ema, aku nak bagitahu ini. Abang kau kantoi. Habis dia kena pukul. Nasib baik
aku dapat lari.” Balas Aidil sambil termengah-mengah. Dia terus menarik nafasnya
sebagai tanda lega.
Air mata Ema terus mengalir deras. Dia tidak mampu untuk mengatakan apa-apa.
Lutunya secara automatik menjadi lembik. ‘Abang. Harap-harap abang okey.’
Jom aku bawa kau ke tempat abang kau kena pukul.: Ujar Aidil. Dia terus
menarik tangan Ema untuk menuju ke tempat yang dimaksudkannya.
Semasa dalam perjalan, Ema tidak putus-putus berdoa agar abangnya selemat dari
sebarang bencana. Dia harap apa yang didengarinya itu adalah berita palsu.
Sampai sahaja di tempat kejadian, Ema melihat sebujur tubuh terbaring sambil
berlumuran darah. Nampak macam tiada harapan sahaja untuk menyelamatkan
abangnya.
Air mata Ema terus mengalir dengan deras. Dia terus mendapatkan abangnya
yang sudah tidak bernyawa.
“Abang bangun. Kalau abang tiada, siapa yang nak jaga adik? Adik tak ada siapa
lagi di duninia ini. Abang bangunlah.” Raung Ema sambil memeluk abangnya. Dia
tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.
Aidil cuba untuk menenangkan keadaan. Namun dia tidak berjaya. Dia berasa
sedikit kekesalan dengan apa yang terjadi kepada rakannya. Dia berjanji tidak akan
melakukan kerja ini lagi.
BAB 20
Selesai majlis perkembumian Azim, Ema masih lagi dalam keadaan yang sedih dan
terkejut dengan apa yang berlaku. Mengapa ini semua berlaku dengan sungguh cepat?
‘Ya Allah, Kau kuatkan aku untuk harungi hari-hari yang sungguh mencabar bagi
aku. Aku tidak mampu untuk lagi untuk meneruskan kehidupan ini Tanpa-Mu di
sisiku.’ Air mata Ema terus mengalir. Dia tidak mampu lagi untuk meneruskan
kata-katanya.
‘Kemana harus aku pergi? Kepada siapa aku harus mengadu. Siapa yan boleh
berikan aku kasih sayang?’
Itulah antara persoalan yang sedang bermain-main di fikirannya. Baginya
segala-gala impian yang diinginkan semuanya telah musnah. Ya, musnah dibawa arus
lautan yang sungguh deras.
Air mata Ema dikesat. Dia tidak bleh unuk menangis seperti ini sahaja. Kalau
tidak, memang dia akan mati dalam bayang-bayangnya sendiri. Lebih baik dia
mencari semula semangatnya yang hilang.
Dia terus merampas beg yang berada diatas katil. Segala barang peribadinya
dikemas. Dia ingin keluar dari rumah tersebut bagi mencari kehiudpan yang baru.
Kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.
Setelah siap segalanya, kakinya terus meninggalkan rumah tersebut. Sempat juga
dia memandang kebelakang bagi melihat rumahnya. Air matanya lagi deras mengalir.
‘Banyak kenangan rumah ini untuk aku. Tapi kalau aku tidak keluar dari rumah
ini, kehidupan aku tak akan berubah. Kini aku berseida untuk menempuh segala ujian
yang bakal mendatang. Terima kasih kenangan laluku.’
Dia terus melangkahkan kakinya unutk meninggalkan rumah tersebut. Dia tidak
memikirkan kemana arah yang ingin ditujunya. Mana tidaknya, semua keluarga yang
terdekat, masing-masing sudah tiada.
Smpai sahaja di sebuah restoran, dia terus duduk sambil memikirkan kemana arah
tujunya selepas ini. Entah mengapa secara tiba-tiba dia rasa sedikit bosan dan risau
dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.
Sepintas lalu, dia mengingati sejenak apa yang pernah dilakukan sebelum ini.
Bila difikirkan kembali, dia rasa seakan-akan bodoh dengan tindakan itu. Yelah
sanggup mencuri demi mencari kesenangan hidup. Walaupun benda itu salah.
Ketika dia ingin membayar, secara tiba-tiba dia terpandang sebuah dompet yang
berada di dalam begnya. Dia cuba untuk mengingati dari mana datang beg duit
tersebut.
‘Kalau tidak silap aku, dompet ini yang aku curi masa dekat pasar raya dulu.
Amalak. Kenaap aku tak buang lagi benda ini jauh-jauh?’ Dahinya ditepuk. Ema terus
menuju kearah tempat yang menjadi kunjungannya semasa Azim masih hidup.
Sampai sahaja di sungai, Ema mencari dompet tadi. Dia terus menyelongkar
segala isi dalamnya. Tiba-tiba dia terpandang sekeping kad.
Zakiah Afiqah - Warden Pusat Pemulihan Datin Syafiqah
Segala maklumat diliht dengan tekun olehnya. Lebih juga rasanya dia
mengembalikan apa yang telah dicuri ini. Namun dia takut sekiranya ada apa-apa
tindakan yang bakal diterimanya. Tak kesahlah, asalkan barang ini boleh dipulangkan.
Buat kebaikan yang kamu mampu selagi belum tibanya hari kiamat. Bertaubatlah
sebelum kamu betemu kematian. Insya-Allah kelak kamu akan mendapat kebaikan
dan Syurga yang kamu impikan.
Kata-kata tersebut sering bermain dalam fikirannya. Kali ini dia tekad untuk
pulangkan apa yang bukan miliknya walaupun dia tahu bahawa dia akan dikenakan
tindakan daripada tuan barang.
Sampai sahaja dihadapan sebuah bangunan, Ema melihat sahaja buat tersebut.
Jauh di sudut hatinya masih lagi takut untuk melakukan apa yang dia inginkan. Bukan
senang untuk pulangkan semula dompet tersebut.
Dia terus memerhati sahaja dalam bangunan tersebut melalui pintu pagar. Dia
berbelah bahagia untuk bertemu wanita yang bernama Zakiah Afiqah. Tapi siapa pula
wanita tersebut. Harap-harap dia tidak akan diapa-apakan oleh wanita tersebut.
Fatin berlalu pergi menuju ke cafe. Dia berasa sedikit lapar dan memerlukan
sesuatu untuk dimakan. Tidak kesahlah walaupun hanya sekeping biskut sahaja.
Asalkan biskut tersebut dapat mengisi kekosongan perutnya, itu sudah baik baginya.
Matanya terpandang kearah pintu pagar. Siapa pula yang datang ke pusatnya.
Gaya macam budak. Kakinya terus melangkah untuk menuju ke pagar bai mengetahui
apa yang diingini oleh budak itu.
“Assalamualaikum adik. Ada apa-apa yang akak boleh bantu?” Fatin menunggu
sahaja jawapan budak tersebut dengan penuh minat. Mana tahu kalau-kalau ada yang
perlukan bantuan darinya. Jadi bolehlah dia berikan bantuan dengan kadar yang
segera.
Ema terdiam. Dia terus memikirkan sama ada ingin memberitahu apa yang
terbuku di dalam hatinya atau tidak. “Hurm, saya nak jumpa Kak Zakiah Afiqah boleh.
Dia ada disini?” Balas Ema sambil menunggu sahaja jawapan daripada Fatin.
Fatin mengangguk. Dia terus mengajak Ema untuk masuk ke dalam pejabatnya
agar gadis itu boleh duduk dengan selesa. Nanti tak adalah Ema tunggu dalam
keadaan yang panas terik. Tambahan lagi, cuaca sejak akhir-akhir ini jarang mendapat
hujan dari Yang Maha Esa.
Sampai sahaja di dalam pejabat, Ema hanya menunggu. Dia terasa agak janggal
apabila berada di dalam kawasan tersebut. Mana tidaknya, dia melihat ramai anak
gadis seusianya dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada yang mengandung dan
sebagainya.
“Adik nak jumpa akak ke?” Balas Afiqah dalam keadaan yang ingin tahu. Dia
ingin mengetahui apa tujuan Ema bertemu dengannya.
Ema hanya mengerutkan dahinya. Jauh didalam fikirannya memikirkan siapa
pula wanita yang berada dihadapannya ini. Tiba-tiba sahaja terjah orang. Kalau ada
yang sakit jantung, mesti akan pengsan kerana terkejut dengan terjahan tersebut.
“Maaf. Nama Akak Zakiah Afiqah. Tadi Kak Fatin ada bagitahu yang kamu nak
jumpa akak. Ada apa-apa yang boleh akak bantu?” Balas Afiqah. Padanlah budak iini
diam. Dia terlupa untuk memperkenalkan dirinya tadi
Ema terus memikirkan bagaiama inign memulakan penceritaan. Dia merasakan
ketidakselesaan apabila berada didalam pejabat tersebut. “Boleh tak kalau kita cakap
jauh dari sini.” Pinta Ema. Dia harap agar permintaannnya akan diterima oleh Afiqah.
Afiqah terus membawa tetamunya kearah ruangan yang agak santai di pusat
tersebut. Disitu, Ema akan berkata apa sahaja yang terbuku didalam hatinya.
“Apa yang kmau nak ceritakan pada saya? Akak rasa sekarang dah selamat.”
Balas Afiqah sambil melemparkan senyuman. Dia menanti sahaja apa yang akan
diungkapkan oleh Ema.
Ema terdiam. Dia memikirkan bagaimana cara untuk memulakan perbualan
mereka. Dia terus mengambil dompet milik Afiqah dan menyerahkannya.
Dompet tersebut bertukar tangan. Afiqah terus membelek-belek dompet tersebut.
Dia terus membuka isi dalam dompet tersebut dan terkejut bahawa itu adalah
miliknya.
“Sebenarnya saya yang mencuri dompet akak dulu. Kalau akak nak pukul atau
hukum saya, silakan. Saya sedia untuk menerimanya.” Ujar Ema sambil tunduk
kebawah.
Afiqah berasa sedikit marah. Dia cuba untuk sedaya upapa menahan kesabaran
agar perasaan marahnya tidak meletus. Kalau tidak, memang habis budak ini akan
dipukul ataupun diberi hukuman.
Ema terus tunduk kebawah. Dia seakan-akan bersedia untuk menerima sebarang
hukuman yang akan diberikan oleh Afiqah. “Akak nak balas apa yang saya buat
silakan. Saya dah bersedia untuk menerimanya.” Ungkapan Ema sambil menitiskan
air matanya.
Terdetik rasa kesian dalam diri Afiqah. Dia terus memeluk perempuan
dihadapannya. “Kalau akak pukul kamu, itu bermakna akak yang berdendam dengan
kamu. Akak tak nak buat benda itu disebabkan perasaan marah sahaja.” Balas Afiqah
dalam keadaan yang agak sedih.
“Terima kasih kak.” Balas Ema sambil mengesat air matanya. Dia terus
memandang sahaja kearah Afiqah.
“Sebenarnya apa yang berlaku kepada kamu? Boleh kongsikan dengan akak.”
Balas Afiqah sambil menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh perempuan
tersebut.
Ema menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Dia tidak menyembunyikan apa
yang terjadi kepadanya sebelum ini. Dia harap agar Afiqah boleh membantunya.
Tersentuh Afiqah apabila mendengar apa yang diceritakan kepadanya. Terdetik
juga dalam hatinya untuk membantu Ema. Dia akan membantu perempuan itu untuk
kembali ke pangkal jalan.
“Kamu nak tinggal disini? Disini kami akan jaga kamu seperti mana keluarga
kamu menjaga kamu. Kamu jangan risau, akak tidak akan meninggalkan kamu.”
Pujuk Afiqah. Dia percaya dengan cara ini akan membantu Ema.
Ema hanya diam. Dia terus memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya. Maybe
inilah yang akan membantunya pada masa hadapan. “Baiklah saya setuju.” Jawab
Ema.
Afiqah turut gembura apabila mendengar jawapan yang diberikan. Lantas dia
terus menguruskan segala proses kemasukan untuk Ema. Walaupun dia telah mencuri,
tapi itu kisah lama. Dia perlu lakukan perkara yang baik untuk perubahan dalam
dirinya.
Kini telah beberapa bulan Ema berada di dalam pusat tersebut. Banyak perubahan
yang berlaku di dalam dirinya. Dia turut bergembira dengan perubahan yang
dilakukannya.
Kehidupan hari ini memang sungguh mencabar. Taraf ekonomi juga sangat
membimbangkan. Kemiskikan boleh berlaku tidak mengenal siapa pun kita.
Pada hari ini yang miskin akan terus miskin. Mereka akan terus mengems dan
meminta-minta pada yang kaya. Malah ada juga yang dihina dan dicaci.
Mereka yang kaya akan terus kaya. Mereka akan terus berasa sombong kerana
banyak duit. Malah mereka juga akan meminggirkan mereka yang berada di kelas
bawahan.
Oleh kerana itu, bagi mereka yang mulia adalah mereka yang sanggup
bersedekah bagi mendapatkan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.
Diari ditutup. Ema terus memandang sahaja kearah luar tingkap. Biarlah segala
kenangan lampau menjadi pengajaran untuk dirinya dan dia akan membawa dirinya
untuk menjadi seorang insan yang terbaik.
‘Semoga keluargaku sentiasa berada didalam Syurga yang aku rindui.
Harap-harap kita akan bertemu di Sana.’
BAB 21
FAIL 004: DADAH
Fatin dan warden lain sibuk membincangkan beberapa kerja yang mereka perlu
selesaikan. Malah mereka juga tidak lari daripada membincangkan berkenaan dengan
peraturan baru yang telah dikeluarkan oleh Sarjan Wani.
“Sebenarnya Sarjan Wani dah berbincang dengan saya. Dia akan membenarkan
setiap minggu pelatih untuk keluar tapi hanya tiga orang sahaja iaitu, ketua, penolong
dan pembantu untuk setiap bilik. Di samping itu mereka akan dikawal oleh pihak
PDRM dan seorang warden.” Beritahu Fatin kepada kedua-dua rakannya. Dia terus
memberikan sehelai kertas kepada Afiqah dan Irdina.
Mereka berdua terus memandang sahaja apa yang telah ditulis di dalam kertas
tersebut. Banyak juga peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak PDRM sambil
ditambah lagi dengan peraturan daripada pihak warden sendiri.
“So, ada apa-apa yang korang nak tambah? Kalau ada penambahan atau soalan
sila ajukan. Saya bersedia untuk menjawab.” Soal Fatin sambil menanti sahaja soalan
yang akan diberikan.
“Setiap warden yang akan pergi dengan semua pelatih masa keluar nanti?” Soal
Irdina. Kalau dia atau Afiqah yang pergi, nampak snagat tidak adil.
“Kita semua akan pergi. Saya akan buat jadual.” Jawab Fatin dengan agak
gembira. Dia tidak akan lepaskan tanggungjawab tersebut kepada dua orang rakannya.
Irdina dan Afiqah hanya mengangguk. Mereka bertiga terus membincangkan
bagaimana prosedur untuk outing. Banyak juga mereka bincangkan walaupun ia
nampak benda yang agak kecil.
Tuk….tuk…tuk.
Pintu bilik diketuk. Mereka bertiga terus memandang satu sama lain. Fatin terus
bangun untuk menuju kearah pintu biliknya.
“Ada apa kamu datang sini?” Soal Fatin setelah melihat dua orang budak sedang
berdiri tegak dihadapannya. Kelihatan reaksi yang agak cemas daripada kedua-dua
pelatih tersebut. Nampak seperti ada sesuatu yang serious sahaja berlaku di kawasan
asrama.
“Akak tolong, Hana mengamuk. Kami dah cuba tenangkan dia, tapi gagal. Kesian
Kak Ana kena pukul.” Soal Pelatih dihadapannya sambil melemparkan reaksi yang
sungguh cemas.
Fatin terus apabila mendengar apa yang diungkapkan oleh kedua-dua pelatih itu.
Lantas dia terus memanggil Afiqah dan Irdina untuk melihat apa yang sedang berlaku
di asrama.
Sampai sahaja di dalam kawasan asrama, semua pelatih yang sebilik Hana terus
keluar. Mereka takut kalau-kalau ada perbuatan yang tidak dijangka akan berlaku.
Tiba sahaja di dalam bilik, dia melihat banyak barang yang bertaburan. Fatin
terus menuju kearah berdekatan bilik tersebut sambil memerhati apa yang sedang
berlaku kepada Hana.
“Dina, Suruh mereka jauh sedikit. Fiqa ikut aku masuk dalam. Kita jumpa Hana.”
Arahan yang diberikan oleh Fatin. Kedua-dua mereka mengikut sahaja arahan yang
diberikan.
Apabila masuk di dalam bilik, Fatin terus mencari kelibat Hana. Memang
bersepah keadaan bilik tersebut. Mesti dia mengamuk sebab tak dapat apa yang
diinginkan.
Hana duduk bertelekup. Tubuh badannya mengigil seakan-akan sedang menahan
daripada sesuatu. Dia sedaya upaya menahan ketagihan yang satu pil yang menjadi
sebati dengan hidupnya.
Fatin terus mendekati tubuh pelatih tersebut. Afiqah tiba-tiba sahaja menahan apa
yang ingin dilakukan oleh rakannya. “Kau jangan risau. Insya-Allah semuanya akan
selamat.” Balas Fatin. Dia tetap meneruskan niat untuk bersama wanita tersebut.
“Hana, akak datang sini bukan nak hukum kamu dengan apa yang kamu lakukan.
Cumanya akak nak tahu sangat kenapa kamu menjerit sampai orang lain? Ada orang
kacau kamu ke?” Soal Ftin degna nada suara yang agak rendah. Dia akan terus
melunakan suaranya agar dapat menarik minat pelatihnya.
Hana masih lagi diam. Dia terus menangis sahaja sambil memikirkan apa yang
akan diceritakan kepada Fatin. “Aku nak barang. Kau ada tak barang itu? Kalau tidak,
aku akan mati.” Ujar Hana dengan nada suara yang agak marah. Matanya terus
dijenggilkan kearah Fatin.
Fatin faham dengan apa yang dikatakan oleh pelatihnya. Dia terus melemparkan
senyuman kepada Hana. “Barang? Bukan kamu dah tak ambil barang ke.” Balas Fatin
sambil mendekati Hana.
Hana terus mengigil. Dia cuba untuk menahan kemarahan daripada meletus.
“Apa kau merepek? Aku memang selalu makan benda itu. Sekarang aku nak barang
itu. Kau faham tak!” Ujar Hana sambil menumbuk Almari. Terus kemek almari besi
itu.
Fatin terus memandang kearah rakannya. Dia bersiap sedia untuk memikirkan apa
yang dingin dikatakan kepada Hana. “Tak payahlah. Barang itu tak baik untuk kamu.
Nanti kamu sakit kalau mengambilnya. Kamu nak sakit?”
“Tak kesahlah sakit ke tidak. Asalkan aku dapat lepaskan segala tekanan yang
ada. Kau faham tak.” Balas Hana. Dia terus mengamuk tanpa memikirkan siapa yang
berada dihadapannya.
Fatin sudah dapat mengagak mengapa pelatih tersebut mengamuk secara tiba-tiba.
“Okey, akak boleh tolong kamu. Tapi boleh kamu ceritakan apa yang terjadi kepada
kamu sekarang? Apa yang menyebabkan kamu marah.”
Secara tiba-tiba sahaja air matanya mengalir. Dia terus memberhentikan apa yang
sedang bermain di fikirannya. Dia tidak mampu untuk menceritakan apa yang berlaku
di dalam dirinya.
Fatin terus datang dan merapatkan tubuhnya pada Hana. Dia cuba untuk
menenangkn pelatihnya bagi menceritakan apa yang berlaku di dalam dirinya.
“Apa sebenarnya yang kamu fikirkan. Cuba bagitahu akak. Mana tahu akan dapat
bantu kamu. Ini janji akak.” Balas Fatin sambil memeluk Hana. Dia harap agar Hana
akan menceritakan apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.
Sementara itu, Hana terus mengalirkan air matanya. Dia tiak tahu bagaimana
untuk menceritkan apa yang sedang bermain di fikirannya,
“Please cakap sahaja apa yang kamu fikirkan. Akak akan sedia membantu kamu.”
Pujuk Fatin. Dia harap sangat bahawa Hana akan meluahkan segalanya.
“Kalau akak nak tahu, saya akan menceritakan apa yang terjadi kepada saya.”
Balas Hana. Dia terus memandang kearah warden yang berada dihadapannya dan
menunjukkan reaksi untuk terus bercerita kepada wanita tersebut.
BAB 22
Suasana di perkampungan agak sunyi dek kerana ramai yang sedang melakukan kerja
masing-masing. Ada yang berkebun, bertani dan tidak lupa juga kepda mereka yang
bekerja di bandar.
Hana terus bersiap sedia untuk keluar dari rumahnya. Malas nak duduk di dalam
rumah tersebut. Buat apa nak duduk dalam keadaan yang menekan dirinya. Stress
juga rasanya.
“Hana!!” Jerkah seorang lelaki di dalam bilik. Dia masih lagi dalam keadaan
yang mamai.
Dengan perasaan yang marah, Hana terus melangkahkan kakinya untuk menuju
kearah bilik tersebut. “Kau nak apa?” Soal Hana dengan perasaan yang agak marah.
Tak habis-habis nak buat dia marah sahaja.
“Kau nak apa? Kalau kau nak cakap dengan aku memang tak boleh cakap
elok-elok. Kau tahu tak aku penat sekarang.” Balas Kudin. Dia sangat marah sambil
melihat kearah adiknya.
Hana menarik nafasnya dalam-dalam. Perasaan benci terhadap abangnya semakin
membuak-buak. “Aku sibuk sekarang. Kalau kau nak makan, aku dah siapkan
makanan dekat dapur. Pandai-pandailah kau hidup dalam rumah ini.” Balas Hana
dengan meninggikan suaranya.
Da terus melangkahkan kakinya untuk meninggalkan rumah tersebut. Kudin tidak
pernah memberikan kesenangan kepada dirinya. Mesti ada sahaja yang akan
menyebabkan dirinya marah.
Kakinya berhenti di dalam kelas. Dia berasa sedikit tertekan dan memikirkan apa
yang boleh dilakukannya untuk mengubah kehidupan pada masa hadapan. Tap
bagaimana? Nampak semuanya seakan-akan suram sahaja.
“Hoi, kau okey tak?” Soal Yana. Dia terus meletakkan beg yang digalasnya bagi
bersama Hana.
Satu keluhan terus dihembuskan oleh Hana. Dia hanya diam sahaja sambil
memikirkan sama ada ingin menceritakan atau sebaliknya. Kau tak cerita, dia juga
akan rasa terseksa.
“Aku okey. Dahlah, baik kau fokus dengan kerja kau. Tahun ini nak amik STP.
Karang risau pula kau tak dapat apa yang kau target.” Balas Hana dengan nada suara
yang biasa.
Yana hanya tersenyum nipis. Dia tahu bahawa Hana cuba untuk menipunya. Dia
cuba untuk membantu rakannya. “Aku rasa ini semua mesti pasal abang kau.” Yana
memberhentikan seketika kata-katanya. Dia terus memberikan laluan kepada
rakannya utnuk bertenang seketika.
Hana terdiam. Betul apa yang dikatakan oleh Yana. Memang abangnya adalah
punca segala-gala yang berlaku kepada dirinya. Tekanan, kemurungan dan sebagainya.
Rasa nak sahaja dia keluar dari rumah tersebut.
“Kau sabarlah . kalau kau nak dapatkan ketenangan, aku boleh kenalkan kau
dengan seseorang ini. Dia boleh bagi kau ketenangan.” Sambung Yana sambil
melemparkan senyuman.
Hana terus mengangguk. Dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hana.
Harap-harap semuanya akan berikan ketenangan di dalam diriya. Bukan apa, dia
sudah bosan hidup dalam keadaan yang sungguh tertekan.
Waktu rehat. Yana terus membawa rakannya itu ke sebuah kawasan. Kawasan
tersebut agak terpencil dan tidak ramai yang lalu lalang.
Hana sedikit berdebar didalam hatinya. Entah mengapa dia rasa ingin batalkan
sahaja niatnya untuk mengikut apa yang sedang dilakukan oleh Yana. Namun, dia
sendiri ingin mengetahui apa yang akan diberikan oleh rakannya.
Dia terkejut apabila melihat segala yang terjadi dihadapannya. Lidahnya terkelu
tidak terkata.
Yana berdebar untuk join apa yang sedang dilakukan. Dia terus melihat sahaja
kearah Hana yang berdiri tegak bagaikan patung.
“Kau tak nak try?” Soal Yana sambil menghulurkan sebotol gam kepada
rakannya. Dia akan menghasut rakannya supaya melakukan perkara yang tidak
diingini itu.
Tangan Yana secara automatik mangambil apa yang dihulurkan oleh Yana.
Matanya hanya memerhati sahaja apa yang sedang berlaku.
Yana tersenyum sahaja apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Hana. Nampak
sangat kekok dengan apa yang ingin dilakukannya. Biasalah kalau orang tak pernah
buat benda jahat, memang selalunya akan begini.
“Mari sini, aku ajarkan.” Yana terus mengajarkan apa yang sedang dilakukannya
sebentar tadi. Untuk permulaan, memang dia agak perlahan. Lepas ini, mesti dia akan
menjadi pro.
Hana terus mencuba, secara tiba-tiba sahaja dia merasakan dunianya seakan-akan
berpusing-pusing. Dia berada di awang-awanga.
Yana tersenyum sahaja apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Hana. Kini dia
berjaya untuk merosakkan rakannya.
Semasa di dalam perjalanan pulang, Zain rakannya ters membimbing Hana untuk
pulang. Bahaya kalau biarkan Hana untuk pulang berseorangan ditambah lagi gadis
itu berjalan seperti ular kena katok.
Hana masih lagi berada didalam dunianya. Kadang-kadang dia tergelas sendiri.
Ada kalanya dia juga menangis. Pelbagai lagi reaksi yang ditunjukkan oleh Hana.
“Oi, jantan. Kau nak bawa aku pergi mana? Aku nak baliklah.” Ujar Hana sambil
tergelak-gelak seakan-akan mengejek Zain.
Zain tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada Hana. Dia meneruskan
perjalanannya untuk pulang ke rumah. Setakat hidup gam, buat apa. Tak best. Ini lagi
best.
“Aku nak bawa kau balik rumah. Kau tunggu sekejap tau, ada benda yang aku
nak bagi. Lagi best dari gam.” Balas Zain sambil tergelak sinis.
“Alahai kau ini tak payahlah. Aku rasa tak ada benda yang best melainkan gam.
Sibuklah kau nak pisahkan aku dengan dia.” Balas Hana. Dia tidak boleh berfikir
dengan waras.
Sampai sahaja di rumah, Zain terus membawa Hana masuk ke dalam bilik. Dia
terus membaringkan Hana sambil mencari sesuatu.
“Hana, lilin mana? Aku nak benda itu sekarang.” Balas Zain dalam keadaan yang
tergesa-gesa. Dia terus mencari barang yang diinginkannya.
Hana terus bangun. Dia tidak terus menjawab soalan yang diberikan kerana masih
lagi otaknya tidak dapat brfikir dengan waras.
Apabila masuk sahaja kearah bilik abangnya, dia terus menyelongkarkan seluruh
bilik tersebut. Dia mengerutkan dahinya sambil terus mencari.
Kudin tersedar apabila mendekgar ada orang sedang menyelongkarkan barang di
dalam biliknya. Dia terus membuka matanya dengan agak perlahan. “Kau nak apa?”
“Aku nak pinjam lilin.” Balas Hana. Dia terus melakukan sedikit reaksi yang
agak gelisah kepada lelaki tersebut.
Kudin terus mengambil sahaja apa yang diinginkan oleh adiknya. Setelah itu, dia
terus memberikan sahaja lilin tersebut kepada adaiknya. Lantas dia terus melakukan
reaksi untuk kembali khayal.
Setelah memperolehi apa yang diinginkan, Hana terus kembali ke biliknya. Dia
berada sedikit pelik apabila Kudin inginkan lilin. Apa yang ingin dilakukan oleh
rakannya itu. Baginya sekiranya lilin yang dipinta oleh Zain, sudah semestinya akan
ada dadah dari lelaki itu.
“Nah, awak. Saya dah dapatkan apa yang awak inginkan.” Balas Hana. Dia terus
mengerutkan dahinya smbil memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh Zain.
“Kau tak nak try?” Balas Zain sambl menghulurkan apa yang sedang dihidunya.
Dia terus bersandar sambil menanti sahaja apa yang akan dilakukan oleh wanita
tersebut.
Hana hanya melihat sahaja. Dia berbelah bahagi untuk melakukannya. Namun
disebabkan nafsu dan bisikan syaitan, akhirnya dia tertewas juga.
“Wow, ini lagi best dari tadi.” Balas Hana dalam keadaan khayal. Dia terus
bersandar sambil dia dapat merasakan nikmat dunia yang sugguh baik.
BAB 23
Pagi yang hening mengambil alih bagi menyinari bumi setelah kegelapan malam telah
menghiasi malam-malam indah. Cahaya mentari yang sungguh cerah juga mengambil
alih bagi menyuburkan tanaman yang memerlukan cahaya matahari untuk
meneruskan kehidupan.
Manusia di muka bumi mula berpusu-pusu untuk menuju kearah tempat kerja
agar dapat menyara keluarga serta kelangsungan hidup. Kanak-kanak sedang berlari
untuk masuk ke kelas bagi mencari secebis ilmu untuk kegunaan masa hadadapan.
Hana dan Zain masih lagi terlena. Waktu itu sudah jauh pagi. Menunggu masa
untuk masuk waktu tengahari sahaja. Hal ini kerana, mereka berdua terlena bukan
kerana penat, tetapi berkhayal.
Hana tersedar dari lenaanya. Dia terus melihat dan mencari sesuautu. Namun
tidak menjumpainya. Lantas dia trus mengerak-gerakan lelaki di sebelahnya. Dia
nampak sedikit gelisah dan panik.
“Kau nak apa? Aku mengantuklah. Jangan kacau aku boleh tak.” Balas Zain
apabila tubuhnya digoncang oleh Hana. Kacau sahaja orang nk tidur.
“Mana barang? Aku nak benda itu sekarang.” Kali ini Hana meracau-racau
sambil mencari apa yang diinginkan olehnya. Dia terus menarik-narik ramubutnya
bagi menghilangkan sedikit rasa marahnya.
“Alaa, nanti aku beli. Kau jangan nak bisinglah. Bagi aku tido sekejap.” Zain
terus meninggikan sedikit suaranya bagi memberitahu kepada Hana yang dia ingin
menyambung tidur.
“Kau tak faham ke? Aku nak benda itu sekarang. Aku tak tahanlah.” Rayu Hana.
Dia sangat meninginkan apa yang telah mengalir di dalam tubuhnya.
Zain terus bangun. Lantas dia terus bersiap utnuk keluar daripada rumah tersebut
untuk membeli apa yang diinginkan oleh Hana. Kalau tak beli, mesti Hana akan
bising sampai petang.
“Kau nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku seorang diri dekat sini please.”
Pujuk Hana. Dia terus melunakkan suaranya bagi meraih simpati kepada Zain.
Zain terus memandang kearah Hana. Dia tidak berkata apa-apa melainkan reaksi
yang sedang ketagih. “Aku nak beli barang. Kau nak ikut.” Soal Zain sambil
menunggu sahaja jawapan yang akan diberikan oleh Hana.
Apa yang dikatakan oleh Zain seakan-akan mengembirakan dirinya. Dia terus
bangun dan mengikut sahaja arah yang ingin dituju oleh rakannya.
Semasa di dalam perjalanan, Hana tidak banyak bercakap. Dia hanya melangkah
sahaja kakinya sambil tubuhnya masih lagi terketar-ketar.
“Jauh lagi ke zain tempat yang kau nak beli barang ini?”Kali ini Hana bersuara
setelah beberapa minit di dalam perjalanan. Dia menunggu sahaja jawapan yang akan
diberikan oleh Zain yang berada dihadapannya.
Zain terus memberhentikan langkahnya. Dia terus melulu kearah Hana. “Kau
ingat barang yang kita tengah hadap sekarang, ada juga dekat kedai runcit? Kau ingat
bukan semua orang makan apa yang kita hadap ini.” Bisik Zain dengan agak kasar.
Dia terus berlalu untuk meninggalkan Hana.
Hana terkejut apabila mendengar apa yang dikatkan oleh Zain. Dia terus
mengikut sahaja kemana arah yang ingin dilalui oleh rakannya. Dia tidak banyak
bercakap. Mereka berdua samapai sahaja di sebuah kawasan dan menanti sahaja
kehadran seseorang di kawasan tersebut.
“Kau tunggu siapa? Mana barang yang aku nak.” Soal Hana. Dia masih laggi
dalam keadaan yang agak gelisah dek kerana tidak mendapat benda haram yang
semakin serasi dengannya.
“Aku tunggu orang jual barang yang kau nak. Sekarang kau tunggu sekejap nanti
adalah barang yang kau nak itu.” Balas Zain dalam keadaan yang agak marah.
Matanya terus melilau mencari orang diingininya.
Mereka berdua masih lagi menunggu. Sudah hampir satu jam, namun kelibat
lelaki tersebut masih lagi tidak kunjung tiba.
Tiba-tiba kelibat seorang lelaki sedang menuju kearah mereka. Zain yang
mengenali lelaki tersebut terus menuju kearahnya bagi menyelesaikan beberapa
urusan.
“Bang barang ada tak? Saya naka sangat barang itu. Please.” Dia teru meminta
dengan lelaki tersebut untuk mendapat apa yang diinginkannya. Harap-harap
dapatlah.
Pusher itu terus memerhati sekeliling. Dia mendekatkan telinganya sambil
berbisik kepada Zain. “Kau ada duit tak? Kalau tak ada baik kau balik. Barang yang
kau nak ini memang mahal.” Balasnya. Dia terus memandang sekelilingnya sekali
lagi.
Zain terus mengeluarkan duit yang berada di dalam poketnya lalu menyerahkan
segala wang tersebut. “Cukup tak bang?” Balas Zain. Dia memang inginkan barang
itu agar dapat hilangkan ketagihannya.
Pusher terus mengira sahaja jumlah wang tersebut. Setelah itu dia terus
memberukan sebungus pil kepada Zain. “Kau ambil ini dan blah sekarang. Ingat kalau
kantoi, jangan petik nama aku. Blah sekarang.” Balasnya dengan nada yang agak
tegas.
Zain kembali kearah Hana yang menantinya. Dia terus berjumpa dengan wanita
tersebut bagi menyatakan bahawa dia sudah mendapat barang yang diinginkan
olehnya.
“Jom balik. Aku dah dapat barang yang kau nak.” Balas Zain. Dia terus mengajak
Hana kembali ke rumah bagi menikmati barang yang mereka inginkan.
Hana bergembira setelah mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.
Lantas dia terus bangun dan mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh Zain.
Akhirnya dia dapat juga apa yang dia inginkan.
Setiba di rumah, mereka berdua terus masuk ke dalam bilik. Hana terus
mencari-cari sesuatu. “Weyy, kau ambil barang aku dekat sana ke?” Soal Hana
dengan agak arah.
“Apa kau merepek? Bila masa pula aku mengambil barang kau. Tadi aku bayar
guna duit yang kita kongsi.” Balas Zain sambil mengerutkan dahinya. Dia pelik
apabila mendengar soalan yang diberikan oleh Hana.
“Seriouslah?”
“Ya.”
Hana terdiam. Kalau betul zain tidak mengambil telefonnya, siapa pula yang
ambil? Lantas dia terus melangkahkan kakinya untuk masuk ke dalam bilik abangnya.
“Kau ambil telefon akukan? Baik kau mengaku cepat.” Balas Hana. Dia melihat
abangnya yang baru shaja ingin keluar daripada perut biliknya.
“Bila masa pula aku ambil telefon kau? Kau yang letak merata, lepas itu hilang
kau tuduh aku yang mengambilnya.” Kudin masih lagi berlagai seperti tidak bersalah.
Padahal dia yang mengambil telefon adiknya untuk digadaikan bagi mendapatkan
wang untuk membeli dadah.
“Aku nak check poket kau.” Balas Hana. Dia terus mendekatkan tubuhnya bagi
meraba kedua-dua poket seluar abangnya untuk membuktikan bahawa Kudin tidak
bersalah.
“Tak payahlah. Aku cakap aku tak ambil barang kau. Aku tak ambil. Kenapa kau
degil sangat ini?” Degus Kudin dengan agak marah. Dia sangat bengang dengan apa
yang dituduh oleh adiknya.
Maka terjadinya sedikit pergelutan diantara kedua-dua adik-beradik itu. Agak
kecoh suana di dalam rumah tersebut dengan pergaduhan daripada mereka berdua.
Zain terus bangun untuk melihat aa yang kecoh di bilik sebelah. Lantas dia
sedikit terkejut apabila melihat Kudin dan Hana sedang bercakar. Dia terus cuba
untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku.
“Kau siapa”Soal kudin dengan agak kebingungan. Dia terus memandang kearah
Zain dengan agak marah. Siapa pula yang mengacau pergaduhan antara dia dan Hana.
Memang nak kena dia ini.
“Siapa aku tak perlu tahu. Yang kau perlu tahu, aku tak nak tengok korang
bergaduh. Bisinglah.” Balas Zain. Dia berasa sedikit marah apabila melihat apa yang
berlaku.
Kudin memerhati apa yang dilakukan oleh Hana. Dia terus berpaling kepada Zain
untuk melepaskan perasaan yang agak marah kepada lelaki tersebut.
“Aku tak kesah kau siapa. Sekarang kau dah halang aku. Kau nak terima akibat
daripada perbuatan kau tadi.” Balas Kudin dnegan nada suara yang agak menakutkan.
Lantas dia terus menyerang Zain. Dia tidak boleh menahan kesabaran dalam
dirinya terhadap lelaki yang berada di hadapannya. Siapa dia nak halang apa yang
berlaku didalam rumah tersebut.
Maka terjadinya pergaduhan antara kedua-dua lelaki tersebut. Mereka tidak
menghiraukan orang disekeliling mereka. Yang mereka tahu adalah puaskan hati dan
perasaan mereka sahaja.
Hana menjadi sedikit panik apabila melihat apa yang terjadi di dalam rumah
tersebut. Dia tidak tahu ingin buat apa. Hal ini kerana dia sendiri tidak mampu untuk
membantu kedua-dua lelaki tersebut daripada teus berkelahi.
Ketika mereka sedang bergaduh, secara tiba-tiba tangan Zain menarik sebuah
pasu yang berdekatan meja. Lantas dia terus memberikan satu hentakan kearah kepala
kudin sebanyak tigak kali hentakan.
Kudin mengerang kesakitan kerana kepalanya sudah dipukul oleh Zain. Dia cuba
untuk menahan kesakitan yang dirasainya. Sementara itu, Zain sedikit takut apabila
melihat perbuatan yang telah dilakukannya. Lantas dia terus menarik tangan Hana
untuk beredar daripada kawasan rumah tersebut.
Hana tidak menyangka perkara yang dilihatnya. Dia hanya mengikut sahaja
kemana arah yang ingin dituju oleh Zain. Adakalanya dia berasa sedikit penat kerana
tidak berhenti-henti daripada lariannya.
Sampai di satu kawasan, mereka berdua berhenti seketika. Hana terus
membongkokkan badannya bagi menghilangkan sedikit perasaan resah dan gelisah
yang dihadapi. Ditambah lagi dengan kepenatan kerana berlari.
‘Penat juga buat dosa ini.’ Bisik hati Hana secara ringkas.
BAB 24
Selang beberapa hari.
Kehidupan Hana semakin hari semakin berubah. Bukan berubah menjadi seorang
yang lebih baik, namun sebaliknya. Hal ini kerana mereka berdua selalu berlari dari
satu tempat ke satu tempat. Malah mereka juga berkehidupan seperti orang nomad.
Sudah beberapa hari mereka tidak menikmati makanan. Malah mereka hanya
menikmati pil khayal sebagai penyedap perut dan tubuh. Kalau tidak, mesti mereka
akan mati kelaparan. Bukan itu sahaja, emosi mereka juga akan berubah kerana tidak
mendapat apa yang mereka inginkan.
Hana masih lagi tidur. Dia tidak sedarkan diri kerana terlalu penat dan asyik
dengan khayalannya. Mana tidaknya, semalam dia hampir-hampir overdose kerana
mengambil pil dengan agak banyak.
Tidak lama kemudian, Zain hadir kearah Hana yang masih lagi tertidur. Dia terus
melihat tubuh perempuan yang masih lagi terlena dibuai mimpi.
“Hana bangun. Kita makan dulu. Lepas itu kau sambung balik tenangkan diri.”
Kejut Zain sambil meletakkan bungusan makanan yang dibelinya sebentar tadi.
Hana terus mengosok matanya. Dia terus duduk sambil memerhati sahaja
keadaan sekeliling dalam keadaan yang mamai. Dia terus termenung buat seketika.
“Nah, ambil makanan yang aku dah beli. Kalau kau tak puas, masa tengahari kita
keluar cari makanan lain.” Ujar Zain sambil memerhati kearah luar tingkap.
Hana tidak banyak bercakap. Dia terus menikmati makanan yang berada
dihadapannya dalam keadaan yang agak mengantuk. “Kau rasa orang tahu tak apa
yang terjadi dengan kudin? Aku risau akan ada orang tangkap kita atas tuduhan
membunuh.” Balas Hana. Dia menanti sahaja jawapan daripada Zain.
Terdiam. Zain tidak mampu untuk memberikan apa-apa jawapan. Bukan apa,
kalau terus menjawab dia merisaukan akan tersalah memberi andaian.
“Kau rasa semua orang tahu tak apa yang kita buat? Aku risau kita kantoi sahaja.”
Soal Hana sekali lagi. Dia tidak tahu apa lagi yang akan dibalas oleh lelaki yang
bersamaya.
Zain terus mendekati wanita yang berada di dalam rumahnya. “Kau jangan risau,
semua akan okey. Apa yang kita lakukan itu tak akan kantoi.” Balas Zain. Dia terus
menikmati makanan yang dibelinya bagi mengisi perutnya yang kelaparan.
Hana terdiam. Apa yang dia risaukan sekarang adalah kerana mereka telah
melakukan pembunuhan. Silap-silap hari bulan, mereka akan ke tali gantung. Kalau
hukuman paling ringan pun, mesti disebat mahupun penjara dengan kada masa yang
tertentu.
“Sudahlah. Kau tak payah fikir benda yang bukan-bukan. Kau jangan risau, aku
yakin semuanya okey.” Balas Zain menenangkan hati dan perasaan rakannya. Bukan
apa, kalau Hana takut, dia akan bertambah takut.
Mereka berdua terus menikmati makanan. Zain tidak akan memberikan apa-apa
lagi kata-kata agar wanita yang berdekatan tidak resah. Ditambah lagi, dia ingin
memberikan sedikit ketenangan agar tidak memikirkn apa yang sudah berlaku.
“Selepas in, kau nak ikut aku? Aku rasa nak keluar sekejap daripada tempat ini.
Bosan pula kalau asyik duduk disini sahaja.” Balas Zain setelah menikmati makanan
yang berada dihadapannya.
Hana tersenyum sahaja sambil mengangguk apabila mendengar apa yang
dikataka oleh Zain. Dia juga berasa sedkit bosan apabila tinggal di rumah tersebut.
Yelah bukan ada apa pun. Baik keluar sekejap. Dapat juga hilang rasa bosan di dalam
dirinya.
Pada tengahari itu, mereka berdua terus mengatur langkah untuk menuju ke
pekan. Jauh juga perjalanan mereka bagi menikmati pandangan di pekan.
“Kau nak bawa aku pergi mana? Panas tahu tak.” Rungut Hana. Dia terus
mengelah perluh yang mengalir serta membasahi wajahnya. Mana tidaknya, waktu
begini memang matahari sedang memanaskan bumi.
Zain terus melepaskan satu keluhan. Dia terus memandang sahaja kearah Hana
dan boleh menjawab soalan yang diberikan. “Aku nak pergi kedai sekejap. Lepas itu,
aku nak beli makanan untuk kita.” Balas Zain. Matanya seakan-akan seperti
memerhati sahaja keadaan sekeliling.
Hana sedikit pelik apabila memandang reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki di
sebelahnya. “Kau okey?” Soal Hana sambil mengerutkan dahinya.
Zain hanya mengangguk. Dia tidak mahu memberikan sedikit kegelisahan kepada
wanita yang berada disampingnya. Dia tidak banyak bercakap semasa di dalam
perjalanan.
Sampai sahaja dihadapan sebuah kedai, mereka berdua terus berhenti. Zain
mengluarkan beberapa helaian wang dan terus memandang kearah Hana. “Aku nak
pergi kedai beli barang. Kau ada benda nak pesan tak?” Soal Zain sambil menanti
sahaja sekiranya ada apa-apa yang inign dipesan oleh Hana.
Hana hanya menggeleng sahaja. Dia terus menundukkan kepalanya sahaja
sebagai tanda tiada apa-apa yang ingin dipesan kepada lelaki tersebut.
Zain terus meninggalkan wanita tersebut untuk menuju kedalam perut bangunan
tersebut bagi membeli barang keperluan harian mereka.
Kini Hana tinggal diluar kedai tersebut sambil menanti sahaja Zain keluar
daripada perut kedai tersebut. Secara tiba-tiba dia terlihat sesuatu didalam surat
khabar.
Disyaki oleh pihak polis atas tuduhan membunuh - Harian Metro
Hana terkejut apabila membaca surat khabar tersebut. Dia tidak sangka bahawa
kes kematian abangnya sudah terbongkar. Kini dia dan Zain dalam bahaya. Mereka
sedang diburu oleh pihak polis.
Tidak lama kemudian, Zain datang kearah Hana. Dia terus mengerutkan dahinya
sambil memandang Hana. “Kenapa?” Soalnya sambil mengambil apa yang sedang
dipegang oleh Hana.
Setelah membaca, dia menjadi sedikit terkejut. Lantas dia terus menarik tangan
Hana untuk beredar daripada kawasan kedai. Dia tidak mahu ada orang mengetahui
kelibat mereka berdua.
“Wey macam mana? Semua yang kita buat dah kantoi. Polis juga sedang buru
kita. Kau tak takut ke?” Ujar Hana semasa didalam perjalanan. Da tidak putus-putus
memberikan soalan untuk dijawab oleh Zain.
“Kau boleh rileks tak. Jangan risau kita akan selamat. Please jangan risau. Aku
rahu macam mana nak handle benda ini dengan syarat kau ikut sahaja arahan dan apa
yang aku dah rancang.” Balas Zain. Dia terpaksa bertegas dengan Hana.
Hana hanya mengangguk. Dia akan mengikut sahaja apa yang telah dirancangkan
oleh Zain. Kalau tidak, sekarang juga dia tinggalkan lelaki tersebut dekat sini.
Ketika mereka sedang bersiar-siar, tanpa mereka sedari ada beberapa orang
sedang memehati mereka dari jauh. Kemana sahaja arah yang dituju oleh Zain dan
Hana, mereka akan memerhati sahaja.
Secara tiba-tiba Zain memberhentikan langkahnya apabila tubuhnya ditarik. Dia
terus memandang ke belakang untuk melihat siapa yang menarik tubuhnya. Terdapat
tiga orang lelaki sedang berada di belakang mereka berdua.
“Hello kawan, mana you mau pergi. Hutang you sekarang bukan sedikit tau.”
Balas seseorang daripada mereka berdua. Dia terus memenang sebatang kayu bagi
menuju kearah Zain. Dia terus melakukan reaksi yang sangat bengis agar mereka
berdua takut kepadanya.
Zain terkejut apabila melihat siapa yang berada dihadapan mereka. Dia tidak
mampu untuk bercakap kerana sedang memikirkan alasan yang ingin diberikan
kepada mereka bertiga.
Lelaki tersebut terus memalingkan pandangan kearah Hana. Dia terus melakukan
reaksi seakan-akan ingin mengoda wanita tersebut. “Cantik cingey you. You kasi ini
perempuan sama aku, hutang settle.”
“No, aku akan bayar bayar hutang kau tapi bagi aku masa. Aku janji.” Balas ain
dengan agak marah. Dia tidak membenarkan mereka untuk menyentuh wanita yang
berada di sebelahnya.
“You nak bayar guna apa? Daun, batu. Duit pun tak ada. Kau jangan nak lari lagi.
Karang habis kau aku bunuh.” Kali ini suara tersebut sedikit tinggi. Dia nampak
sangat marah dengan apa yang dikatakan oleh Zain
“Sebab itu aku nak ini perempuan. Sekurang-kurangnya hutang you settle dan
aku puas.” Sambung lelaki itu sambil jarinya bermian pada rambut Hana yang
sungguh halus. Bibirnya terus melemparkan senyuman kearah perempuan tersebut.
Hana berasa sedikti rimas dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Secara
tiba-tiba dia mendapat satu idea bagaimana untuk melepaskan dirinya.
Satu tendangan tepat kearah celah kangkang lelaki itu. Lantas, dia terus menyiku
kepada mereka berdua yang memengangnya sebelum berjaya melarikan diri.
Seorang lelaki mengejarnya. Hana menjadi sedikit panik. Dia tidak tahu apa lagi
yang ingin dilakukan olehnya saat itu. Agak penat juga sekiranya asyik berlari sahaja.
Malah dia dapat merasakan sudah hampir 1500 meter dia berlari. Kalau Olimpik,
mesti sudah dapat pingat emas dan pecahkan rekod dunia.
Matanya melihat kearah sebuah tempat. Lantas dia terus berlari ke kawasan
tersebut untuk menyembunyikan dirinya daripada dilihat oleh lelaki yang
mengejarnya.
Dia terus melihat sedikit bagi melihat sama ada lelaki yang mengejarnya itu ada
di sekelilingnya atau sebaliknya.
Waktu terus berlalu. Sudah hampir beberapa jam dia bersembunyi di tempat
tersebut. Dia tersedar daripada tidurnya setelah terlelap sebentar tadi.
‘Lelaki tadi dah balik atau belum? Risau pula aku nak keluar. Harap-harap ada
orang yang akan menyelamatkan aku.’ Bisik Hana. Dia terus memikirkan apa yang
bakal berlaku selepas ini.
Secara tiba-tiba dihadapannya menjadi sedikit gelap. Dia melihat kearah kaki
yang berada dihadapannya. Hatinya berdebar-debar untuk melihat siapa yang berada
dihadapannya.
‘Harap-harap bukan lelaki yang mengejar aku. Kalau tidak, aku Redha sekiranya
ditangkap.’ Bisik hatinya sambil tidak mengerakka tubuhnya daripada tempat
persembunyian tersebut.
BAB 25
Fatin mendengar sahaja apa yang diluahkan kepadanya. Dia cuba sedaya upaya untuk
memahami dan berasa simpati dengan apa yang didengarinya.
“Setipa hari saya akan ambil benda itu. Ada akalanya saya rasa nak berhenti, tapi
saya memang tak mampu. Benda itu seakan-akan memangil saya.” Balas Hana dalam
keadaan yang agak sedih. Dia tetu menarik nafasnya dalam-dalam sambil memikirkan
apa yang akan disampaika kepadanya.
Hana hanya memandang kearah Afiqah. Dia terus melakukan reaksi seakan-akan
menyuruh rakannya beredar bagi meninggalkan mereka berdua untuk bersama.
Setelah Afiqah beredar, dia kembali memandang kearah Hana. Kini tinggal
mereka berdua sahaja di dalam bilik tersebuy. Baru senang nak mendengar dan fokus
dengan apa yang ingin disampaikan kepadanya.
“Kalau akak nak tahu, saya berasa sangat sedih. Mana tidaknya, keluarga saya
mati semuanya disebabkan dadah. Memang saya nak ubah keluarga saya. Tapi saya
tak mampu.” Adu Hana. Air matanya tidak henti-henti daripada terus mengalir dan
membasahi wajahnya.
Fatin terdiam. Dia sedaya upaya untuk membantu Hana. Dia faham bukan semua
senasib dengannya. Namun semua orang juga berhak dan boleh berubah untuk
menjadi lebih baik.
“Akak faham dengan apa awak luahkan. Just akak nak tahu bagaiaman kamu
boleh terfikir untuk join kawan lelaki awak sampai boleh terjebak di dalam najis
dadah?” Soal Fatin. Dia ingin mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku
kepada Hana.
Hana bersiap sedia untuk menceritakan apa yang tersimpan didalam lubuk
hatinya. Mungkin Fatin boleh membantunya.
“Semuanya sebab saya tertekan dengan hidup. Saya dapat merasakan bahawa
hidup saya sudah musnah. Family saya seorang demi seorang pergi disebabkan dadah.
Jadi buat apa saya teruskan hidup? Lebih baik saya juga mati.” Hana tersenyum sinis
sambil menceritakan apa yang terbuku didalam hatinya.
“Kalau begitu, tak akan kamu pun nak disebabkan dadah? Kamu sedar tak yang
mereka semua itu mati sia-sia.” Kali ini Fatin cuba untuk mengetuk pemikiran Hana
untuk kembali memikirkan apa yang telah berlaku didalam dirinya agar dapat
mencabar pemikirkan Hana.
“Saya tak kesah asalkan hidup saya tak susah. Saya akan lakukan apa sahaja
asalkan saya tenang daripada apa yang berlaku.” Balas Hana dengan nada suara yang
agak perlahan. Nampak sedikit kecewa sambil mendengar apa yang dikatakan oleh
Fatin.
Fatin terkejut apabila mendengar segala yang dikatakan oleh Hana. Dia mendapat
satu idea untuk menenangkan gadis itu. “Okey fine. Kalau Hana betul-betul nak cari
juga benda itu, akak cabar Hana, kalau berjaya hilangkan perasaan ketagih, akak akan
bagi kamu keluar dari sini selama 3 jam. Akak sendiri yang akan teman kamu.”
Balasnya sambil melemparkan senyuman. Harap dengan cabaran ini akan
membuatkan Hana meninggalkan ketagihan tersebut.
Afiqah dan Irdina terus mengikut sahaja kemana arah yang dituju oleh Fatin.
Sempat mereka menyuruh semua pelatih untuk kembali ke dalam bilik.
Mereka bertiga menuju ke kantin. Ada sesuatu yang ingin dibincankan oleh
mereka bertiga. Perbincangan ini berkenaan dengan apa yang berlaku didalam asrama
sebentar tadi.
“Sebenarnya saya ada cadangan untuk tukar bilik Hana ke bilik yang agak
personal untuk beberapa bulan. Terkejut saya tengok keadaan bilik tadi.” Cadang
Fatin keapda kedua-dua warden yang berada dihadapannya.
Irdina dan Afiqah terdiam. Mereka seakan-akan tidak bersetuju dengan cadangan
yang diberikan oleh Fatin. “Hurm, kami bukan tak setuju, tapi kau kena faham yang
penagih dadah memang tak boleh bersendirian. Risau nanti mereka akan lakukan
perkara di luar jangkaan kita.” Balas Irdina sambil melemparkan wajah tidak setuju.
“So, apa cadngan kamu?”
“Kita kurangkan ahli bilik. Dari empat kepada dua.” Balas Afiqah. Dia terus
memandang kearah kedua-dua rakannya. Harap cadangannya akan dipertimbangkan.
“Okey juga, kalau begitu kita akan uruskan proses pertukaran bilik pada esok.
Roomate Hana kita akan pilih secara random.” Balas Fatin bagi memberikan
persetujuan.
Mereka bertiga juga turut bersetuju. Lantas, mereka beredar untuk daripada
kawasan kantin untuk kembali ke bilik masing-masing.
Dadah bukanlah satu isu baru yang berlaku di negara kita. Tapi adakah kita
mengambil cakna berkenaan dengan kes-kes ketagihan dadah yang semakin
banyak dilaporkan.
Dadah bukan sahaja membunuh mereka yang ketagih, malah akan membunuh
ahli keluarganya sehingga meroskkan insitusi tersebut sehingga hancur menjadi
debu yang berterbangan di langit.
Pada hari ini, varian dadah mahupun ketagihan telah bertukar menjadi
sesuatu yang kita sendiri boleh dapat. Air ketum, sekiranya disalahguna, akan
menyebabkan kita menjadi ketagih dimana tiap-tiap hari kita inginkan minuman
tersebut.
Oleh kerana itu, lebih baik kita runtuhkan semua perkara ini seperti ketagihan
sebelum semua perkara yang ketagih ini akan menguasai hidup kita. Di samping
itu, hidup kita akan lebih bahagia dan tenang sekiranya kita menjauhi
benda-benda yang ketagih ini dari hidup kita.
BAB 26
Fail 005: SEKS BEBAS
Setiap manusia di muka bumi dikurniakan beberapa elemen untuk membantu
jati diri seseorang dan membezakan antara kita dengan makhluk lain. Ia
termasuklah akal fikiran yang waras serta hati untuk memahami sesuatu kebaikan,
keburukan mahupun nafsu dalam diri seseorang.
Agak menyedihkan kerana pada har ini, ramai antara kita tidak menggunakan
akal fikiran untuk melakukan sesuatu tindakan, hati yang dimiliki untuk
memahami sesebuah isu yang berbangkit.
Nafsu? Tidak diakui bahawa ada juga nafsu yang baik dan menyeru kita untuk
terus melakukan kebajikan. Ada juga nafsu yang jahat sehingga kita melakukan
kebatilan.
Persoalannya mengapa kita lebih suka dan gemar untuk mengikut nafsu yang
jahat? Nafsu yang tidak memberikan apa-apa makna untuk diri kita sehinggakan
kita boleh tersasar daripada Rab-Nya.
Duhai manusia, peganglah hatimu agar dapat memahami agama dan
pengajaran hidupmu dengan lebih mendalam. Fikirkan sesuatu perkara yang
boleh merosakkan mahupun tidak memberi keuntungan dirimu dan janganlah
dikau mengikut telunjuk kejahatan yang akan membawa keburukan kepada dirimu.
Sesungguhnya dirimua sangat berhrga di sisi kekasihmu.
Di sebuah rumah bersederhana mewah.
Seorang budak perempuan dalam lingkungan 17 tahun sedang bersiap untuk
menuju ke kelas tambahan. Dia ingin berlajar bersungguh-sungguh bagi mengapai apa
yang telah dicitanya. Malah dia juga adalah taruhan keluarga untuk mendapat masa
depan yang lebih cerah.
‘Cantiknya wajah aku hari ini. Aku akan buatkan keluarga aku bangga dengan
diri aku.’ Bisiknya. Dia terus melemparkan senyuman kearah cermin yang
memaparkan wajahnya.
Sementara itu, di dapur ibu sedang bersiap sarapan pada pagi itu. Walaupun tidak
banyak, namun mereka bersyukur kerana telah diberikan rezeki untuk mereka
meneruskan kehidupan sepanjang hari. “Yana, mari sini sarapan.” Jerkah Salmiah
untuk memanggil anaknya turun ke dapur.
“Sekejap ibu. Adik nak siap dah.” Balas Yana dengan agak tergesa-gesa. Dia
terus keluar dari bilik tersebut sambil dibahunya tergending beg untuk dibawa ke
kelas tambahan.
Sampai sahaja di dapur, dia melihat ibunya sedang sibuk menyediakan makanan
untuknya. Lantas dia terus duduk untuk meikmati makanan tersebut. “Ibu, tok wan.”
Balas Yana. Dia terus mengambil air teh o panas yang telah disediakan.
“Kelas kamu start pukul berapa?” Soal Salmiah untuk mengetahui perkembangan
serta aktviti yang dilakukan oleh anakanya .
Yana terus menelan makanan yang berada didalam mulutnya sebelum menjawab
soalan yang diberikan. Kalau tidak, mesti dia akan tercekik. “Pukul 8:30 ibu.”
Balasnya sambil menyambung untuk menikmati sarapan.
Salmiah faham dengan apa yang diberikan. Lantas dia terus bangun untuk menuju
ke kebun. “Ibu nak pergi dah. Nanti balik kamu tolong tengokkan tok wan. Ibu
mungkin balik lambat sediki.” Pesan Salmiah sebelum beredar daripada rumahnya.
Yana mengangguk. Dia terus menikmat makanan sehingga habis sebelum
menyambung agenda yang telah dirancang.
Semasa didalam perjalanan, Yana sedikit mengelamun. Dia memikirkan apa yang
telah terjadi kepadanya. Namun dia hanay abaikan sahaja. Mungkin itu adalah
permainan didalam fikirannya sahaja.
“Hai sayang, awak seorang ke? Jom saya temankan.” Seorang lelaki
menghampirinya. Dia terus melakukan reaksi yang sangat tenang sambil melangkah
bagi mengikut Hana.
Zack, siapa sahaja tidak kenal. Seorang lelaki yang sangat hensem dan menjadi
kegilaan wanita di sekolahnya. Malah ramai juga yang pernah menjadi teman
wanitanya. Biasalah buaya darat, mana cukup dengan seorang. Ditambah lagi, dengan
ketampanannya menjadi asbab untuk dia menjadi buaya darat di sekolahnya.
“Jom.” Balas Yana dengan sangat ringkas. Dia terus menghembuskan sedikit
keluhan sambil terus melangkahkan kaki untuk menuju ke sekolah.
Zack hanya tersenyum. Dia tahu bagaimana untuk handle situasi yang sedang
dihadapinya. “Sya tahu sebelum ini saya banyak menyakitkan hati awak. But I sorry.
Saya dah terpikat dengan awak. I love you sayang.”
“Awak, saya tak kesah pun dengan apa yang awak nak buat. Saya tahu perangai
buaya awak, memang susah nak ubah. Cumanya saya saja yang bodoh sebab boleh
terpikat dengan awak.” Balas Yana dengan berterus terang yang berada di sebelahnya.
“Sebab itulah saya nak minta maaf atas apa yang dah berlaku.” Zack terus
menarik tangan Yana sebelum menyambung kata-katanya. “Kita mulakan hidup baru
boleh?” Birbinya mula untuk mengukir senyuman.
Mata bertentang mata. Jantung mula berdeup kencang. Yana akhirnya tertewas
dengan apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Zack. Dia menerima semua kemaafan
yang diminta oleh lelaki tersebut.
Setelah tamat sahaja kelas tambahan, Yana sedikit terdiam sambil memikirkan
apa yang telah dilakukannya sebentr tadi. Fikirnnya tidak fokus ada jalan. Kakinya
terus melangkah kearah kedai ubat-ubatan.
Sampai sahaja di kedai, Yana terus mencari apa yang boleh menenangkan hatinya.
Namun tidak jumpa. Dia terus keluar dari kedai tersebut.
“Hallo adik, you apa cari?” Soal Tauke Tan yang menjaga kedai tersebut. Dia
terus menanti sahaja jawapan yang akan diberikan. Mana tahu kalau-kalau dia sendiri
boleh tolong pelanggannya itu.
Yana sedikit ragu-ragu. Dia harap agar lelaki cina itu boleh membantunya.
“Tauke, itu pil perancang ada?” Balas Yana sambil berterus terang tujuan dia datang
ke kedai tersebut.
“Haiya, kenapa you takla cakap awal-awal. Sekejap wa cali.” Balas Tauke Tan
sambil mendapatkan pil seperti yang diminta oleh pelanggannya. “Ini dia. You nak
buat apa dengan ini pil?”
“Adalah. Tauke jangan sibuk hal saya.” Yana terus memberikan wang untuk
membayar harga pil yang dibelinya. “You jangan bagitahu lain orang tau. Saya tak
mau ada orang lain tahu.” Pesan Yana sebelum meninggalkan kedai tersebut.
Semasa di dalam perjalanan, dia memikirkan banya benda. Ada sesuatu yang
menyebabkan dia berasa kurang selesa apabila mengenang semula apa yang dikatakan
oleh Zack.
“Kalau awak makan pil perancang, saya yakin semua benda yang kita buat tadi
tak ada apa-apa effect.”
Yana hanya menghembuskan nafasnya dalam-dalam. Kalau betul apa yang
dikatakan oleh Zack, dia tidak kesah. Asalkan dia tidak mahu mengandung dalam usia
yang cukup muda.
Sampai shaja di rumah, Yana terus mengbah sedikit reaksi yang agak biasa.
Bukan apa, kalau melakukan reaksi yang agak gelisah, sudah pasti semuanya akan
kecoh.
“Lambat kau balik. Ingatkan tak nampak jalan pulang tadi.” Balas Salmah dengan
nada suara yang agak sinis. Dia terus memadnang kearah anaknya.
Yana cuba bersabar selah mndengar kata-kata dari ibunya. Sempat juga ibunya
memerli. “Orang pergi library tadi. Sebab itu pulang lewat. Mana ada melencong
tempat lain.” Yana terus menuju masuk ke dalam rumahnya.
Salmiah tersentak dengan reaksi yang diberikan oleh anaknya. “Kalau study,
Alhamdulillah. Tapi kalau kau melencong tempat lain, siap kau.”
Yana hanay diam. Dia terus menuju kearah biliknya. Secara tiba-tiba langkahnya
terhenti dan melihat siapa dihadapannya. Abangnya turut berada dirumahnya.
“Kau baru balik.” Tegur Irwan sambi memandang tepat kearah adiknya. Dia
merasakan ada sesuatu yang peluk telah berlaku terhadap adiknya.
Yana tidak banyak bercakap. Dia terus brlalu untuk masuk ke dalam biliknya.
Namun sempat ditahan oleh Irwan. Dia sedaya untuk melawan, namun tidak berjaya.
“Kau jangan aku tak tahu apa yang kau buat dekat luar sana. Kau jangan sampai
ibu tahu, kalau tidak nahas kau kena dengan dia.” Sempat Irwan memberikan sedikit
teguran kepada adiknya. Dia terus melepaskan adiknya.
Renungan terus diberikan oleh Yana. Dia mengabaikan seketika pesanan yang
diberikan Irwan. Lantas dia terus masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Dia teeus menghempaskan tubuhnya pada badan katil. Perasaan takut sedikit
menyembunyikan dirinya dengan apa yang dipesan oleh abangnya.
‘Betul ke dia tahu atau dia saja nak takutkan aku? Biarlah maybe dia saja nak
takutkan aku.’ Bisik Yana. Dia terus menutup matanya dan terus terlena.
BAB 27
Malam itu, setelah menikmati makan malam bersama keluarga, Yana terus masuk ke
dalam biliknya atas alasan untuk mengulang kaji pelajaran.
Sebenarnya, dia masih lagi risau sekiranya apa yang berlaku kepadanya akan
diketahui oleh ibu. Tambahan lagi, dia dapat merasakan bahawa Abang Irwan
seakan-akan mengetahui apa yang terjadi kepada dirinya. Dia juga terus melarikan
diri daripada keluarganya.
Telefon diatas tilam. Mata dan jarinya terus mencari nama Zack untuk chat
bersama lelaki tersebut. Dia harap agar lelaki itu bolem membantunya. Kalau tidak,
dia akan sentiasa berasa serba salah terhadap apa yang telah dilakukan selama ini.
Awak sibuk ke? - Yana.
Typing…
Tidak. Ada apa awak chat saya? - Zack.
Nothing. Cumanya saya takut kalau segala perbuatan kita kantoi. Saya harap awak
boleh bantu saya. - Yana.
Awak jangan risau. Selagi ada pil itu, awak tak akan mengandung. And awak yakin
dengan saya yang segala perbuatan kita tidak akan diketahui orang. - Zack.
Yana terus tidak membalas apa yang telah dichat bersamanya. Dia terus menutup
telefonnya dan memikirkan apa yang akan dilakukan pada keesokan harinya. Kalau
tidak, bersiap sedialah untuk menghadapi azab dan api kemarahan dari ibunya.
Keesokan harinya, semasa waktu rehat Yana tidak banyak untuk berkata-kata.
Dia terus termenung sahaja sambil nasi lemak yang berada dihdapannya tidak terusik.
Entah apa yang sedang difikirnya.
“Hai awak.” Sapa Zack. Dia terus duduk berhadapan perempuan tersebut. “Awak
okey? Kalau ada apa-apa yang bermain di fikiran awak, boleh share dengan saya.”
Sambung Zack lagi.
Yana terus menceritakan apa yang dirasainya. Hatinya sedikit puas dan tenang
setelah mengungkapkan apa yang terbuku didalam hatinya. Dia ingin berhadapan
lelakir tersebut agar boleh membolehkan diri sedikit ketenangan.
Zack memahami apa yang diceritakan apa yang dirasainya. Lantas dia menarik
nafasnya sebelum menyatakan sesuatu. “Awak janganlah risau. Saya rasa abang awak
hanya nak main-main saja. Jangan risau, sebagai nak hiburkan hati awak, petang ini
jom kita together-together.” Ujarnya sambil melemparkan senyuman yang mengoda.
Yana seakan-akan terpukau. Dia bersetuju sahaja dengan apa yang telah
diungkapkan oleh Zack. Semakin hari, dia semakin suka perbuatannya bersama Zack.
Mana tidaknya perbuatan itu sangat memuaskan nafsunya dn dapat melepaskan segala
tekanan yang dirasainya.
Setelah tamat sahaja waktu persekolahan, mereka berdua terus menuju ke semak
yang berada tidak jauh dari persekolahan. Tempat itu sunyi dan jarang dilalui oleh
orang ramai.
“Sayang kita nak buat apa?” Soal Yana sambil memandang sahaja kearah
sekelilingnya. Dia berasa sedikit takut dengan apa yang bakal dilalui oleh mereka
berdua.
Zack hanya tersenyum sahaja apabila mendengar apa yang dikatkan oleh wanita
tersebut. “Bukan ke kita dah janji nak together-together. Sebab itu ke sini.” Balas
Zack. Dia terus membaringkan tubuhnya ditanah.
Dahi yana terus dikerutkan. Dia sedikit pelik apabila melalui situasi yang sedang
dilaminya. “Yelah, tapi tak akan disini. Saya tak selesalah.”
“Kalau awak banyak duit, boleh kita duduk hotel. Sekarang cepatlah buat
sebelum orang tahu.” Ujar Zack. Dia terus menarik tangan Yana untuk bersamanya.
Badan mereka terasa sungguh hangat, mereka berdua terus melakukan perkara
yang terkutuk oleh agama. Walaupun merekapuas, namun segala-gala itu hanyalah
kepusasan di dunia sahaja, di akhirat, hanya Allah sahaja yang tahu.
Setelah selesai, mereka berdua terus mengenakan kembali pakaian
masing-masing. Zack terus memandang sahaja kearah Yana dan sempat memberi satu
ciuman kepada Yana.
“Saya harap selepas ini, awak tak akan melakukan reaksi yang gelisah. Saya tak
semuanya kantoi.” Balas Zack. Dia sedaya upaya menenangkan Yana yang nampak
seakan-akan gelisah.
Yana hanya mengangguk lemah. Dia terus melakukan rekasi yang selamba
walaupun didalam hatinya tiada siapa yang tahu. Banyak juga dosa yang telah
dilakukannya.
“Jom kita makan. Awak jangan risau, saya yakin apa yang kita buat tak akan
kantoi percayalah cakap saya.” Sekal lagi dia ingin menghilangkan sedikit kegusaran
dalam dirinya.
“Oh ya, awak jangan risau kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku, saya
akan bertanggungjawab. Ini janji saya.” Balas Zack sambil melemparkan senyuman.
Dia hanya mengangguk sahaja sebagai tanda faham. Yana mengikut sahaja
arahan yang diberikan kepadanya. Hatinyna mula reda daripada kegelisahan yang
dirasainya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Zack.
Malam itu, Yana hanya tidur sahaja. Dia berasa sangat penat. Ini kerana bukan
sahaja belajar, malah dia juga ada melakukan perkara yang berada di luar jangakaan.
Namun dia tidak kesah asalakan lelaki itu ingin bertanggungjawab dengan apa yang
mereka lakukan itu sudah cukup baginya.
“Harap-harap awak ingat segala janji awak ini. Saya tak nak nanti jadi seperti
habis madu, serpah dibuang. I don’t like for this.” Balas Yana sambil mematikan
panggilan tersebut untuk beradu.
BAB 28
Keesokan harinya, Yana tersedar dari lenanya. Nasib baik hari ini adalah hari minggu.
Dapat juga dia tidur dengan agak lama
Notificatioan telefonnya berbunyi. Dia terus melihat sesiapa yang berada di talian
pada pagi yang sungguh hening ini. Dia dapat menganggak setelah melihat nama yang
terpangpang pada skrin whatappsnya.
Hai sayang, macam mana tidur semalam, ada mimpi saya? Mesti lena tidurkan. -
Zack.
Yana hanya memadang sahaja apa yang dichat oleh lelaki tersebut. Entah
mengapa dia merasa sangat malas untuk bersama lelaki itu yang setleha melakukan
beberapa perkara yang terkutuk.
Dia terus bangun dan menuju kearah bilik air untuk menyegarkan badannya.
Tubuhnya masih lagi berasa sedikit sengal-sengal dan sukar untuk bangun. Tapi kalau
tidak bangun, pasti ramai yang akan syak sesuatu.
Setelah itu, Yana terus menuju kearah biliknya untuk bersiap. Sambil itu dia
mengelap rambutnya dan bersiap-siap untuk melakukan beberapa aktiviti harian yang
telah dirancangnya.
Notification terus berbunyi. Banyak juga chat yang masuk melalui aplikasi
WhatApps. Termasuk juga mesej dari zack.
Awak, jom kita study smaa-sama. Saya tunggu awak dihadapan bus stop hadapan
sekolah. - Zack.
Yana terkesima. Dia berasa sedikit pelik kerana ajakan dari lelaki tersebut. Bukan
apa, jarang sekali Zack ajak dirinya untuk study. Sebab itu dia berasa sedikit pelik.
Barang peribadinya terus dikemas. Dia ingin menuju ke sekolah untuk study
bersama lelaki yang telah mengajaknya. Bukan selalu mereka berdua study bersama.
Rasanya ini adalah pertama kali.Mesti best.
Setelah bersiap, Yana terus keluar dari biliknya. Kali ini dia betul-betul ingin
belajar dengan lelaki tersebut walaupun sebelum ini dia banyak mensia-siakan masa
yang ada dengan melakukan beberapa perkara yang tidak elok dan perlu dilakukan.
Kakinya berhenti di dalam perhentian bas. Dia cuba untuk menanti sahaja
kehadiran lelaki tersebut. Selalu sangat lelaki itu lembat. Geram pula rasanya kali ini.
“Sorry awak saya lambat. Tadi ada benda saya tengah buat.” Balas Zack sambi
termengah-mengah. Dia terus menghembsukan nafasnya sebelum masuk ke
dalam kawasan sekolah.
“Dah tahu sibuk, tak payah nak berjanji untuk study sama-sama. Baik awak
duduk rumah sahaja.” Balas Yana dengan nada suara yang agak sinis. Dia berasa
agak kesian apabila memandang kearah Zack yang agak kepenatan.
Zack hanya tersenyum sahaja. Dia tahu bahawa Yana merisaukan dirinya. “Dah
janji, tak akan nak mungkiri pula. Tak baik tau orang cakap.” Ujar Zack. Dia terus
mengajak Yana untuk study bersama.
Mereka terus mengulakaji pelajaran bersama. Banyak juga maklumat yang
diperolehi hasil daripada ulangkaji tersebut. Ada kalanya mereka bergelak ketawa
bagi menghilangkan kesunyian yang mereka lalui.
Jam menununjukkan 2 petang. Mereka berdua terus mengemas barang sebelum
meninggalkan kelas tersebut. “Okey awak, saya nak balik dulu. Jumpa nanti tau.”
Ujar Yana sebelum beredar daripada perut kelas.
Zack tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Yana. Tiba-tiba fikiran jahatnya
mendapat satu idea. “Awak tunggu sekejap.” Balas Zack sambil memikirkan cara
untuk memuuk wanita tersebut mengikut arahannya.
Yana menunggu sahaja apa yang ingin diberikan oleh Zack. Mungkin ada sesuatu
yang agak penting ingin dibacarakan oleh lelaki tersebut.
“Boleh tak sebelum kita balik kita.”
“Nak buat lagi? Awak tak bosan ke kalau hari-hari kita buat yang tidak senonoh
itu?” Potong Yana. Dia betul-betul berasa kurang selesa. Mana tidaknya, kalau setiap
hari mereka melakukan perkara itu, sudah pasti akan menyeksa dirinya yang
menanggung sakit dan kelesuan.
Zack terus melakukan reaksi yang agak sedih sebelum menjawab soalan yang
diberikan oleh Yana. “Kalau dengan awak, kita buat apa sahaja tak akan bosan.” Dia
terus memberhentikan seketika kata-katanya dan terus menuju untuk bersama Yana.
“I love you sayang.”
Yana terkelu. Dia tersenyum dan mengikut sahaja keinginkan daripada Zack. Dia
merasakan bahawa dirinya sedang dipukau oleh lelaki itu.
Setelah hampir sejam, Yana trus memakai kembali pakaian dan bersiap untuk
pulang ke rumah. Dia tidak mahu ibunya risau sekiranya dia lambat pulang.
“Thanks for today awak. I very happy for this picture. Awak jangan risau, saya
akan jaga semua gambar ini daripada tersebar pada orang lain.” Ujar Zack. Sempat
lagi dia mencium pipi Yana.
Yana tidak membalas apa yang sedang diberikan oleh Zack. Dia terus meminta
diri untuk beredar daripada kawasan sekolah. Makin lama dia didalam kelas, makin
banyak benda yang berada diluar jangkaan akan terjadi.
Kakinya terus melangkah. Semasa didalam perjalanan, dia banyak memikirkan
berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka berdua selama ini.
Perutnya menghasikan satu irama yang kurang menyenangkan. Langkahnya
secara tiba-tiba menjadi longlai. Seharusnya dia mencari tempat untuk mengisi
pertunya dengan sedikit makanan agar dia tidak berbunyi.
Dia terus mencari kedai yang berdekatan bagi menikmati sedikit makanan yang
sangat diperlukan sekarang. Walaupun sedikit, namun sduah baik baginya untuk
meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Sampai sahaja di kedai, dia terus memesan makana untuk dinikmati.
Alhamdulillah, kini dia berasa sedikit bertenaga dan boleh kembali untuk meneruskan
perjalanan
Fikirannya masih memikirkan sesuatu. Dia berasa sedikit gelisah. Banyak perkara
yang bermain-main di benak minda dan hatinya masih tidak beberapa senang.
‘Kenapa aku rasa tak senang hati? Ada sesutu yang bakal terjadi kepada diriku ini?
Ah tak ada apalah. Mungkin semua ini hanya mainan fiirkan aku sahaja.’ Bisik Yana.
Dia meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, Yana tidak banyak barcakap. Dia terus menuju kedalam
bilik untuk berehat. Nasib baik ibu dan abang tiada dirumah. Mungkin mereka berdua
tidak pulang dari kerja. Sebab itulah rumah ini sunyi.
Hatinya masih algi gelisah. Dia berasa sangat kesal. Ini semua mungkin kerana
dosa yang telah dilakukannya. Walaupun dosa itu mulia di dunia, namun tidak
diakhirat.
Dia terus membaringkan badannya pada tubuh katil. Dirinya secara tiba-tiba
sedikit sebak disamping merasakan kesedihan. Air matanya secara tiba-tiba mengalir.
Dia hanya membiarkan sahaja air mata penyesalan dalam dirinya.
Matanya melihat kearah pil perancang. Dia terus mengambil dan terus makan.
Dia sangat berharap agar tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Mana tidaknya, dia
dapat merasakan sesuatu sedang membesar di dalam perutnya.
‘Aku harap sangat yang budak ini tidak terus membesar dalam diri aku. Aku tidak
mahu menjadi ibu muda disamping anak ini.’ Bisik Yana dalam dirinya.
BAB 28
Sosial media di dalam telefonnya terus disapu dan dibuka. Yana terus melihat segala
yang telah dipost didalamnya bagi menghilangkan rasa bosan yang berada di dalam
dirinya.
Secara tiba-tiba jarinya terhenti di satu post. Matanya tetumpu sahaja pada video
tersebut. Telinganya terus dipasangkan bagi mendengar apa yang akan diberikan oleh
influence yang dilihatnya.
“Wajah orang-orang beriman, kembalilah kepada Allah setelah kamu melakkan
dosa dengan melakukan taubat. Kembalikan kepada Dia dengan sebenar-benar
taubat. Dia tidak pernah tinggalkan kamu bersendirian. Cuma kita sahaja yang
tinggalkan Dia tanpa kita sedari. Walaupun dikau telah melakukan dosa zina, namun
seandainya kamu bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Wahai sahabatku, ayuh
kita berubah sehingga menjadi seorang yang baik dan kita ke Syurga sambil
berpimpingan tangan.”
Terjentik hati Yana apabila mendengar segala yang diungkapkan oleh video yang
berdurasi dalam lingkungan seminit. Dia berasa sangat sedih setelah mendengarnya.
Malah dia merasakan banyak dosa yang telah dilakukan olehnya sebelum ini.
Sempatkah dia bertaubat sebelum ajal menjemput?
‘Ya Allah, Engkau sungguh baik. Aku sahaja yang zalim. Aku ingin kembali
kepada Engkau. Maafkan aku atas segala dosa yang telah aku lakukan.’ Bisik Hati
Yana. Dia teus bersujud dengan rasa yang sangat kesal. Kali ini dia perlu bertaubat
dan kembali pada Illahi.
Dulu dia telah kejam dengan dirinya. Dia telah melakukan dosa yang sangat besar
dan tidak pernah dilakukannya. Tapi mengapa dia boleh terperangkap denan semua
dosa yang telah dilakukannya. Yana terus bangun dan melihat kearah luar tingkap.
Kakinyna terus melangkah untuk menuju ke bilik air. Secara tiba-tiba sahaja dia
berasa sedikit pening. Dia merasakan dirinya tidak sihat dan bertenaga.
Yana mengutarkan tubunya untuk bangun daripada pembaringan. Dia terus
mengambil sebiji epal yang berada didalam biliknya lalu dimakanya. Alhamdulillah
terasa sedikit kenyang dan merasakan sedikit tenaga bertambah.
Kakinya terus melangkah ke bilik air. Dia terus mgnambil wudu’ bagi
menunaikan solat taubat untuk menyerah serta mengabdikan diri kepada Allah. Dia
juga ingin memohon keampunan atas apa yang telah dilakukannya.
Setelah selesai sahaja solat, dia terus menadahkan tangan ke hadrat Illahi bagi
memohon keampunan dari Sang Pencipta. Dia ingin berdoa dengan sebenar-benar
taubat.
Telefon bimbitnya diambil. Dia terus mencari nama Zack. Kali ini dia akan
berterus terang untuk menyatakan hasrat hatinya. Dia sudah bersedia untuk menerima
apa sahaja yang bakal diberikan oleh lelaki tersebut.
“Hai awak, ada apa call saya? Rindu ke?” Soalan pertama yang memecah ke
gegendang telinganya. Seperti kebiasaan memang itulah yang akan ditanyakan oleh
Zack apabila menjawab panggilan telefon yang dari Yana.
Yana terus memikirkan apa yang ingin di balas kepada soalan tersebut. Dia tidak
boleh untuk berterus terang sangat kerana mungkin akan memberikan rasa yang
kurang senang kepada lelaki tersebut.
“Hurm tak adalah rindu sangat. Saya call ini sebab ada benda nak bagitahu awak.
Hope awak boleh bagi masa untuk terangkan apa yang terbuku didalam hati saya.”
Jawab Yana dengan nada suara yang agak berhati-hati.
“Apa dia yang awak nak sampaikan?” Soal Zack. Dia tidak sabar-sabar untuk
mendengar apa yang dikatakan itu adalah untuk bersamanya lagi. Kalau tidak, dia
akan fikirkan untuk cara lain pula.
Yana menarik nafasnya dalam-dalam. Dia perlu memikirkan juga akibat
daripada apa yang ingin dikatakan ini. Mungkin akan menyusahkan kedua-dua belah
pihak. “Saya harap awak boleh lupakan saya selepas ini. Saya nak fokus untuk
pelajaran saya sahaja.” Balas Yana. Jauh disudut hatinya mengharapkan agar lelaki itu
faham dengan apa yang dikatakannya.
Zack terdiam. Hatinya mula marah apabila mendengar setiap kata-kata yang
keluar dari mulut Yana. “Awak dah fikir ke apa yang awak katakan ini?” Soal Zack
untuk kepastian.
“Ya Zack, saya dah fikirkan soal ini. Keputusan saya adalah muktamad. Maafkan
saya Zack. Saya tak mampu lagi untuk menangung dosa yang kita sudah lakukan.
Saya harap awak faham.” Air matanya penyelesaian Yana mula mengalir. Sempat
juga dia berikan tazkirah ringkas kepada lelaki tersebut.
Zack sedikit marah apabila mendengar segala yang diungkpakan oleh Yana. Dia
cuba sedaya upaya untuk mengawal emosinya. “Awak betul-betul nak berubah?” Soal
Zack sekali lagi dengan nada suara yang agak tinggi.
“Ya, saya serious dan syaa menang nekad dengan keputusan saya.” Jawab Yana
dengan agak ringkas. Dia terus bertegas dengan keputusan yang telah dilakukannya.
“Kalau begitu keputusan awak, saya cakap awal-awal jangan menyesal dengan
keputusan awak. Assalamualaikum.” Panggilan tersebut terus dimatikan oleh Zack.
Dia berasa sangat bengang setelah mendengar keputusan dari Yana. Memang cari
nahas perempuan ini.
Yana terduduk diatas katil. Dia memejamkan matanya bagi menahan kesedihan
yang menyelebungi dirinya. Dia sedikit pun tidak kesah dengan segala ugutan yang
diterima dari Zack. Dia sudah bersedia untuk menerimanya.
Secara tiba-tiba perutnya berasa sedikit tidak selesa. Lantas dia terus keluar untuk
menuju ke bilik air bagi mengelurkan segala yang ada didalam perutnya. Yana
berharap agar dirinya tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Salmiah terkejut apabila mendengar anaknya sedang muntah di dalam bilik air.
Dia cuba untuk memastikan Yana dalam keadaan yang baik. “Yana, kamu okey ke?”
Ujar Salmiah sambil mengetuk-ketul pintu bilik air.
“Okey ibu.” Ujar Yana dalam keadaan yang sedikit pening. Dia teruskan
muntahnya sehingga berasa sangat selesa, barulah dia keluar daripada bilik air untuk
bertemu keluarganya.
“Kita pergi klinik nak? Ibu risaulah tengk keadaan keadaan kamu.” Ujar Salmiah
dalam intonasi yang agak rendah. Wajahnya juga melemparkan sedikit kerisauan
melihat anaknya.
“Tak apalah ibu. Mungin sekejap sahaja rasa ini. Nanti okeylah.” Ujar Yana. Dia
sedaya upaya untuk tidak merisaukan ibuny agar tiada apa-apa yang disyaki oleh
Salmiah
“Pergi sahaja klinik Yana. Mana tahu kalau kamu terkena kerancunan makanan.
Sekurang-kuangnya ada ubat yang boleh kau makan.” Balas Irwan yang datang dari
arah ruang tamu. Sempat dia mengambil makanan yang berada diatas meja.
“Betul cakap abang kamu. Lebih baik kamu pergi. Ibu risau sangat tengok
keadaan kamu.” Balas Salmiah bagi memberikan sokongan atas apa yang dikatakan
oleh anak sulungnya.
Yana terdiam. Dia memikirkan apa yang dikatakan oleh abang dan ibunya.
Setelah itu, dia terus mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh mereka berdua.
Semasa didalam perjalanan, Irwan terus menjeling sahaja kearah adiknya. Ada
satu persoalan yang bermain difikirannya. “Kamu masih lagi berhubung dengan
Zack?” Soalnya sambil tangannya berada di stereng.
“Baru lepas clash.” Jawab Yana dengan nada suara yang agak biasa. Dahinya
terus mengerut dan matanya terus memandang kearah Irwan. “Kenapa abang tanya?”
Soalnya dengan agak pelik.
Irwan hanya tersenyum sahaja apabila mendapat soalan daripada adiknya.
“Bukan apa, abang bersyukur sahaja kamu dah clash dengan buaya itu.” Ujar Irwan
bersahaja. Dia tidak mahu untuk memberitahu apa yang telah dilakukan oleh Irwan
sebelum ini.
“Buaya? Saya tahu dia buaya. Tapi sekarang saya nak tahu juga bagaimana abang
boleh tahu yang saya dengan Zack. Saya juga pelik kerana bagaimana abg boleh kenal
dia, Sebab bukan abang selalu ada dirumah.” Kali ini dia inginkan penjelasan dari
abangnya.
Irwan terus mengambil telefonnya. Dia seakan-akan mencari sesuatu sebelum
diserahkan kepada adiknya. “Tengok sediri apa yang ex-boyfriend kamu dah buat.”
Yana terus melihat sahaja apa yang diberikan oleh abangnya. Dia terkeju apabila
melihat segala yang berada didalam gadjet tersebut. Dia tidak menyangka bahawa
teruk perangani Zak dan apa yang dilaporkan oleh orang ramai.
“Kamu tahu berapa ramai anak gadis dia sudah rosakkan. Hampir setiap hari
kami dapat laporan berkenaan dia. Tak padan dengan budak-budak, sudah berani
melakukan jenayah. Kalau pihak polis dapat diam, memang kami aan bawa dia ke
sekolah juvana.” Balas Irwan dengan panjang lebar.
Yana faham. Kini dia berasa sedikit selamat apabila berjaya lepas daripada
gengaman lelaki tersebut. Namun apa yang dirisaukan sekarang adalah keadaanya.
Dia berdoa agar tidak mengandung di usia yang sangat muda. Kalau tidak, habis
keluarganya akan mendapat malu disebabkan apa yang dilakukan olehnya.
BAB 30
Yana terus duduk dimeja yang disediakan oleh pihak klinik. Dia terus menunggu
sahaja keputusan daripada doktor berkenaan dengan sakit yang dihadapi. Harap-harap
tiada apa-apa yang serious terjadi.
Doktor Haifa terus duduk sambil menulis sesuatu didalam kad laporan. Setelah
itu dia terus memandang kearah Yana dan Irwan yang duduk dihadapannya.
“So far, Alhamdulillah semua okey. Cumanya perut kamu masuk angin sebab itu
asyik muntah-muntah sahaja.” Ujar Doktor Haifa kepada pesakitnya. Bibirnya tidak
lekang daripada senyuman.
Yana bersyukur apabila mendengar segala yang di ungkapkan oleh doktor
tersebut. “Terima kasih doktor.” Balasnya dengan keadaan yang sedikit gembira.
Segala kerisauannya hilang begitu sahaja. Kini dia boleh hidup dengan sungguh
gembira tanpa ada perasaan yang takut terhadap lelaki yang durjana itu.
“Boleh saya tahu, sudah berapa hari kamu tidak makan?” Balas Doktor Haifa
untuk mengetahui apa yang berlaku kepada pesaktinya sehingga mendapat penyakit
tersebut.
“Saya makan saja doktor. Mungkin lambat. Cumanya semalam sahaja saya tidak
makan sebab terlampau penat.” Adu Yana. Dia bercakap dengan penuh jujur kepada
doktor yang merawatnya.
Doktor Haifa menulis sesuatu. Setelah itu, dia memberikan sekeping kertas
kepada Yana. “Nanti kamu ambil list ini dan hantar ke kaunter. Selepas dapat ubat,
kamu jaga lupa untuk makan walaupun sesibuk mana. Untuk dua tiga hari ini, cuba
makan yang ringan-ringan dahulu.”
“Baik doktor. Saya beredar dulu. Assalamualaikum.” Ujar Yana lantas terus
beredar daripada bilik tersebut. Mereka berdua terus melangkahkan kaki untuk
mengambil ubat seperti yang diaarahkan oleh Doktor Haifa.
Semasa di dalam perjalanan pulang, mereka berdua hanya diam sahaja. Tidak
seperti perjalanan pada pagi tadi banyak topik yang dibualkan oleh mereka berdua.
Jauh di sudut hatinya berasa lega kerana tiada apa-apa yang berlaku. Mana
tidaknya, dia risau juga sekiranya perbuatan yang dilakukannya sebelum ini menjadi
duri dalam daging kepada faktor kesihatannya.
Sampai sahaja dihadapan rumah, dia melihar Salmiah sedang menunggu
kehadiran mereka dengan melemparkan wajah seakan-akan harimau kelaparan.
Mereka berdua terus keluar daripada badan kereta milik Irwan.
“Kau memang nak malukan aku. Dasar anak tak kenang budi. Sia-sia sahaja aku
berikan apa yang kau inginkan, tapi ini balasan yang kau berikan kepada aku.” Ujar
Salmiah kepada kedua-dua anaknya. Tubuhnya menggeletar dek kerana menahan
kemarahan.
Irwan dan Yana hanya memandang Salmiah dengan pandangan yang kosong.
Entah apa yang dimaksudkan oleh ibunya. “Apa maksud ibu? Wan tak faham.”
Mereka berdua sedikit pelik dengan apa yang dikatakan oleh ibu.
“Kau tengok Wan apa yang adik kau dah buat. Dia malukan kita dengan
perbuatan jijik dia.” Salmiah menyerahkan telefon bimbit kepada anak sulungnya.
Irwan terus mengambil apa yang diberikan oleh ibunya. Kakinya longlai, reaksi
agak terkejut dengan apa yang terjadi. “Yana, apa yang kamu buat ini? Kamu dah gila.
Mana kami nak letak muka disebabkan aib yang kamu telah lakukan ini.” Ujar Irwan.
Dia terkejut apabila melihat gambar yang diberikan oleh Salmiah.”
Yana tidak memahami apa yang dikatakan oleh abang dan ibunya. Dia terus
merampas telefon ditangan Irwan untuk melihat apa yang sedang disaksikan oleh
mereka berdua.
‘Ya Allah, apa semua ini?” Bisik Yana dalam hatinya. Dia betul-betul tidak
menyangka yang Zack sanggup untuk melihat gambar itu lagi kerana ini akan
menyebabkan dirinya lebih bertambah kecewa.
“Aku dah agak benda ini berlaku. Yana kenapalah boleh terjerat dengan
permainan jantan tak guna ini. Kau tak takut dosa ke?” Suara Irwan sedikit tegas. Dia
memandang serious perkara ini kerana semua yang terjadi ini melihatkan maruah dan
aib keluarganya.
Yana terdiam. Dia betul-betul menyesal kerana telah mencalarkan maruah
keluargnya. Bukan itu sahaja, maruah dan kehormataannya sebagai seorang wanita
juga sudah dirobek oleh lelaki yang betul-betul tidak berguna.
Irwan secara tiba-tiba terus melulu sahaja untuk masuk ke dalam perut kereta. Dia
seakan-akan ada sesuatu yang merasuk dirinya. “Kemana pula kamu nak pergi Wan?”
Soal Salmiah apabila melihat keadaan anaknya yang seakan-akan lelaki itu
tergesa-gesa.
“Wan tahu semua ini angkara siapa. Wan nak tangkap dan heret dia ke penjara.”
Balas Irwan. Tanpa banyak soal, dia terus masuk ke dalamm kereta dan meninggalkan
keluarganya.
Salmiah dan Yana hanya melihat sahaja Irwan yang berlalu pergi. Jauh di sudut
hati Yana, mengharapkan akan ada satu tindakan yang akan dikenakan kepada Zacck.
Bukan apa, disebabkan dia ramai anak gadis yang telah rosak.
Malam itu, Salmiah dan Irwan rancak membincangkan sesuatu. Mungkin ini
adalah berkenaan dengan masa hadapan milik adiknya yang seakan-akan boleh
musnah sekiranya terus begini.
Yana hanya hanya menunggu sahaja keputusan daripada keluarganya. Dia pasrah
dan menerima sahaja apa hukuman yang bakal dikenakan kepadanya. Yelah ii semua
adalah hasil daripada kesilapan darinya.
Tidak lama kemudian, mereka berdua terus datang ke ruang tamu untuk bertemu
Yana. Mungkin keputusan yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah yang terbaik
untuk Yana.
Yana memerhati sahaja keadaan abang dan ibunya. Dia tidak banyak bercakap
dan sudah bersedia untuk mendengar hasil daripada perbincangan mereka berdua
sebentar tadi.