The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arief Ahmad, 2022-06-17 04:27:00

manuskrip penuh

manuskrip penuh

2 bulan sebelumnya.

Kini genap 4 bulan ayah Duerra meninggal dunia. Namun Duerra tidak mahu
untuk bersedih dengan agak lama. Bukan apa, kalau bersedih terlalu lama akan
menyebabkan pelajarannya akan terabai.

Kehidupan mereka juga bertambah selesa apabila ada pertambahan ahli
keluarganya. Sudah sebulan mereka mendapat ayah baru. Namun ada beberapa
perkara yang menjadi kemusykilan mereka berdua berkenaan ayah tiri mereka.

Suatu petang Duerra pulang dari sekolah. Dia seperti biasa akan pula rumah
dengan perasaan yang sedikit ceria. Biasalah, dia ingin rileks seektika sebelum
menyambung kerja sekolahnya,

Kaki Duerra terus melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia meihat ayah
tirinya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen.

“Ayah.” Tegur Duerra. Dia terus bersalaman dengan ayah tirinya sebelum masuk
dalam biliknya untuk menukar pakaian. Tak akan nak pakai pakaian seragam sekolah
dalam rumah. Nanti apa pula orang cakap.

Duerra terus menuju kearah dapur. Dia ingin melihat apa yang dimasak oleh
maknya untuk makan tengahari. “Mak masak apa?” Ujar Duerra apabila berada di
dapur.

“Ayam masak merah. Lepas itu ada sedikit sayur campur.” Ujar Salmah apabila
melihat kehadiran anaknya. Dia terus mempersiapkan makanan untuk dihidangkan
kepada keluarganya.

Duerra mengangguk. Dia terus menuju kearah meja untuk melihat sendiri apa
yang ada diatasnya. “Pergilah tukar pakaian dulu. Lepas itu baru kita makan
sama-sama.” Ujar sambil menuju kearah meja dengan membawa nasi ditangannya.

Duerra mengikut sahaja apa yang diberikan oleh Salmah. Dia terus menuju ke
bilik untuk menukar segala pakaian. Pada ketika itu, Akim turun ke dapur untuk
melihat apa yang sedang dilakukan oleh keluarganya.

“Era pergi mana?” Soal Akim lantas duduk bersama isterinya di meja tamu. Dia
terus menanti sahaja kemana arah yang ingin dituju oleh anak tirinya. Nampak seperti
kelam kabut sahaja.

Salmah terus melihat sahaja kearah suaminya. “Tukar pakaian. Duduklah dulu,
nanti kita makan sama-sama.” Smbungnya. Dia terus menuju kearah ruang untuk
berehat seketika.

Mereka terus menikmati makanan yang disediakan. Hari ini hanya 3 orang sahaja
yang makan bersama dek kerana Dayana belum pulang dari kerja. Biasalah seorang
pendidik, memang jarang melekat di rumah tambah lagi, sekarang adalah musim
peperiksaan.

“Lepas ini kamu nak buat apa?” Soal Salmah bagi mengetahui apa yang akan
dilakukan oleh anaknya. Mesti ada aktiviti menarik bakal dilakukan oleh anaknya
ketika berada dirumah.

Duerra terdiam. Dia terus memikirkan apa yang patut dilakukan selepas ini.
“Mungkin study. Tak ada moodlah nak keluar.” Balasnya sambil memberikan reaksi
yang agak bersahaja kepada keluarganya.

Salmah mengangguk. Dia terus memandang kearah suaminya. “Awak, minggu
ini saya kerja malam. Awak jaga rumah tau.” Pesan Salmah kepada suaminya yang
masih lagi terdiam.

Akim tersenyum nakal. Dia terus menjeling kearah Duerra sedang menikmati
makanan. Lantas dia terus mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh isterinya.

“Baik awak. Abang akan jaga rumah ini macam mana abang jaga awak.” Balas
Akim dengan agak romantik. Mereka berdua terus berkasih sayang tanpa
mengendahkan Duerra yang berada dihadapan mereka.

Sementera itu, Duerra tidak mengendahkan apa yang sedang dilakukan oleh ayah
tirinya bersama mak. Lantas dia terus makan dengan agak gelojoh agar dapat beredar
daripada meja tersebut.

Apabila selesai sahaja menikmati makanan, Duerra terus menuju kearah biliknya
untuk study. Dia tiak mahu membazirkan masa yang ada dengan benda-benda yang
tidak bermanfaat.

Salmah terus bersiap untuk menuju ke kilang. Seperti biasa untuk minggu ini dia
akan bekerja shift petang. Jadi terpaksa dia meninggalkan anaknya di malam hari.
Tapi hatinya berasa lega kerana ada orang yang akan menjaga keselamatan rumah dan
anak-anaknya semasa ketiadaannya di rumah.

“Sayang hati-hati tau pergi kerja nanti. I doakan segala urusan sayang akan
dipermudahkan apabila bekerja nanti.” Balas Akim dengan satu senyuman. Dia terus
mengiringi Salmah untuk menuju ke pintu utama dalam rumah tersebut.

Salmah faham dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Dia terus bersalaman
bersama Akim. “Insya-Allah saya ingat pesan abang. Saa dah lambat.” Salmah terus
beredar daripada kawasan rumah.

Kini tinggal Akim dan Duerra di dalam rumah tersebut. Dia dapat memikirkan
untuk melakukan sesuatu yang akan memberikan kesedapan untuk dirinya. Lagipun
dia sudah merancang sesuatu untuk dilakukan. Tapi adakah ini masa yang tepat untuk
dia melaukannya?

Akim terus menuju ke bilik Duerra. Dia melihat sahaja kearah pintu bilik tersebut.
Lantas dia memkirkan bagaimana untuk masuk kedalam bilik tersebut. Dia tidak
mahu untuk melakukannya dengan tergesa-gesa.

Pintu bilik dibuka secara perlahan. Dia melihat susuk tubuh Duerra yang sungguh
comel dan ingin membesar. Dia terus memerhati dengan renungan yang agak tajam.

Duerra merasakan tidak selesa dengan keadaan biliknya. Dia merasakan seperti
ada yang sedang memerhatinya. Dia terus menjeling kearah pintu biliknya. Nampak
seperti tiada sesiapa di hadapan pintu.

‘Ada orang ke dekat luar bilik? Kalau ada siapa.’ Duerra terus mengerutkan
dahinya. Dia memikirkan siapa yang berlaku diluar bilik. Namun dia abaikan sahaja.
Mungkin mainan perasaannya sahaja.

Sementara itu, Akim membuka sedikit pintu bilik tersebut dengan agak besar.
Kalau iktukan hati, nak sahaja dia masuk dan menerkam Duerra seperti harimau yang
sedang kelaparan.

“Assalamualaikum.” Dayana masuk kedalam rumah. Dia sedikit terkejut apabila
melihat apa yang sedang dilakukan oleh ayah tirinya. Namun dia hanya terdiam
kerana terkejut.

Akim berlari dan menuju kearah Dayana. Dia ters menarik tangan Dayana untuk
membincangkan sesuatu. Dia harap agar apa yang dilakukan sebentar tadi tidak dilihat
oleh sesiapa.

“Abah buat apa tadi? Abah jangan ingat Yana tak nampak.” Balas Dayana dengan
agak berani. Namun ketika itu dia masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Tidak sangka perangai Akim bagai syaitan bertopengkan manusia.

“Aku buat apa? Aku duduk sini sahaja dari tadi. Kau jangan tuduh aku
macam-macam.” Balas Akim. Dia terus berlalu pergi untuk masuk kedalam biliknya.
Jauh disudut hatinya masih risau dengan apa yang telah terjadi.

Dayana pelik dengan perangai Akim. Mungkin ada sesuatu yang dilakukan oleh
lelakit tersebut. Kalau tidak, mustahil akim nampak sedikit gelisah. Mungkin ada
sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuannya.

‘Apa yang berlaku sebenarnya? Sebelum apa-apa berlaku, aku mesti selamatkan
adik aku dulu.’ Bisik Dayana. Dia terus menuju kearah bilik adiknya. Dia ingin
menyelamatkan adiknya daripada sesuatu yang tidai diingini berlaku.

“Adik buka pintu sekejap.” Dayana terus mengetuk pintu bilik tersebut. Dia terus
memanggil adiknya untuk menemaninya makan.

Pintu bilik dibuka. Duerra keluar daripada bilik tersebut untuk mengetahui apa
yang diinginkan oleh kakaknya. “Ada apa kakak?”

“Temankan akak makan. Akak laparlah.” Balas Dayana sambil melemparkan
senyuman kepada Duerra. Dia harap agar adiknya akan menemaninya dan mereka
boleh berbual.

Duerra mengangguk. Lagipun sudah lama dia tidak menemani kakaknya
walaupun mereka berdua duduk di rumah yang sama. Jadi inileah perluang mereka
untu meluangkan masa bersama.

Mereka berdua terus berhenti di dapur. Duerra terus memanaskan lauk sementara
kakainya mandi unuk membersihkan badannya setelah pulang dari kerja. Tak akan dia
nak tidur dengan badan yang sedikit berpeluh dan berbau.

Setelah siap semuanya, Duerra terus membawa menu makanan yang telah
dipanaskan olehnya. Lantas dia menanti sahaja kehadiran Dayana ke meja makan.

Dayana masuk ke meja makan. Dia terus duduk dan melihat makan yang berada
diatas meja. Dia hanya tersenyum lantas mengambil nasi untuk dimakannya. “Kamu
tak makan?” Soal Dayana bagi menghilangkan kesunyian di meja tersebut.

“Tak apalah kak, adik dah makan dengan mak tadi sebelum mak pergi kerja.”
Balas Duerra sambil mengambil beberapa keping biskut lalu dimakannya.

“Macam mana kerja?” Soal Duerra sambil mulutnya masih lagi penuh dengan
makanan yang dimakannya.

“Alhamdulillah semuanya okey tapi kamu kenalah faham, kerja sebagai seorang
guru, bukan mudah. Kadang-kadang ada saja murid-murid yang buat pasal dengan
kami.” Balas Dayana. Dia terus mencubit ikan yang berda dihadapannya sebagai lauk
untuk disantap.

Duerra hanya tersenyum apabila mednegar apa yang diktakan oleh kakaknya. Dia
suka dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Dayana kerana boleh memberikan
motivasi kepada dirinya.

“Era, boleh tak kalau akak nak cakap sesuatu.” Ujar Dayana lantas memikirkan
apa yang boleh diberikan amanat kepada adiknya untuk menyelamatkan diri daripada
ayah tiri mereka.

Duerra menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh kakaknya. Nampak ada
suatu benda yang agak serious sahaja untuk dibicarakan kepadanya. Sejujurnya dia
tidak pernah melihat wajah Dayana yang agak tegas dengannya.

“Lepas ini, akak nak pintu bilik kamu sentasa berkunci. Akak tak nak cakap
banyak, cumanya kamu kena faham. Bahaya ada dimana-mana sahaja.” Ujar Dayana
sambil merendahkan suaranya agar tidak didengari oleh Akim. Bukan apa, nanti dia
juga akan dipersalahkan oleh ayah tirinya kerana sangkaan buruk terhadap lelaki itu.

Duerra hanya terdiam sahaja sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh
kakaknya. Mesti ada sesuatu rahsia yang disimpan oleh Dayana sehingga tidak mahu
memberitahu kepadanya.

“Baik kak. Adik akan ikut apa yang akak cakap sekiranya itu yang terbaik untuk
diri adik.” Balas Duerra sambil melemparkan senyuman bagi bersetuju dengan apa
yang diberikan oleh kakaknya. Mungkin ada sahaja yang tidak baik akan berlaku
terhadapnya. Sekiranya itu yang bakal berlaku, lebih baik elak awal-awal daripada
terjadi.

BAB 42

Keesokan pagi, Dayana bersiap sedia untuk menuju ke sekolah. Dia tidak mahu
terlewat untuk masuk ke tempat dimana dia mencari rezeki tersebut. Tambahan lagi,
sebagai seorang guru, dia perlu menunjukkan disiplin kepada anak muridnya.

Setelah bersiap, Dayanna terus megnambil barang kerjanya sebelum
meninggalkan perut rumah tersebut. Langkahnya terhenti apabila dihalang oleh Akim.
Matanya terus memandang kearah lelaki itu. “Ada apa kau nak jumpa aku?”

Akim tersenyum. Dia terus memerhati keadaan sekeliling rumah sebelum
mengantakan sesuatu. “Kau nak pergi mana?” Soalnya kepada anak sulung Salmah.
Matanya tidak putus-putus memandang kearah sekelilingnya.

“Aku nak pergi sekolah. Nanti bila aku balik, boleh aku menyekolahkan kau
supaya kau jadi lebih bijak dan kenal halal haram.” Balas Dayana dengan agak berani.
Dia tidak takut dengna apa yang bakal berlaku kepadanya.

Akim menjadi sedikit marah apabila mendengar segala yang dikatakan oleh anak
tirinya. Dia terus merapatkan tubuhnya kearah Dayana. “Kau jangan bagitahu mak
kau apa yang terjadi semalam. Kalau tidak nahas kau. Kalau tak dapst adik, kau pn
boleh tahan mengancam juga.” Balas Akim dengna senyuman yang sinis. Dia terus
beredar daripada tubuh anak tirinya sebelum Salmah pulang dari kerja.

Dayana tidak selesa dengan apa yang berlaku. Dia yakin suatu hari nanti dia pasti
akan membocorkan apa yang telah terjadi kepada adiknya. Yelah, selagi mana dia
ingin simpan segala maksiat yang terlihat dari hadapan mata.

Salmah pulang ke rumah. Dia terus melihat anaknya yang berada didalam
rumahnya. Bibirnya terus melemparkan senyuman sambil memandang kearah
Dayana.

Sementara itu, Dayana tidak banyak berkata-kata. Dia terus masuk kedalam
biliknya untuk menenangkan dirinya. Kalau tidak, pasti dia akan mengamuk dan
moodnya akan berubah serta-merta.

“Adik, kakak mari makan sekali. Nanti tak ada kamu berdua lapar masa dekat
sekolah.” Duerra terus keluar dari bilik dan menuju kearah dapur. Dia kesana dengan
sangat ceria.

Dayana yang keluar dari bilik terus menjeling kearah ayah tirinya. Perasaan
marah bercampur geram menyelembungi dirinya. Langkahnya terus menuju ke dapur
untuk bertemu maknya.

“Tak apalah mak, Yana dah lambat. Lagipun hari ini Yana ada meeting.” Balas
Dayana sambi menyambut salaman yang dihulurkan oleh Salmah. Sempat dia

menjeling kearah Akim yang tersenyum sinis kepadanya sebelum beredar daripada
rumah tesebut. Semakin benci dia melihat wajah lelaki yang bergelar ayah tirinya.

“Awak, kenapa dengan Yana? Saya rasa macam pelik sahajaa perangai dia hari
ini. Ada apa-apa yang berlaku dekat rumah masa saya tak ada?” Soal Salmah sambil
memandang kearah suaminya. Dia ingin tahu kalau ada sesuatu yang berlaku dikala
dia tida dirumah.

Akim sedikit terkejut apabila mendengar soalan yang diberikan oleh isterinya.
Dia meneguk kopi panas yang diberikan sebelum menjawab sesuatu kepada isterinya.

“Eh tak ada apa-apalah. Maybe dia penat saja. Sudahlah awak makan dulu, lepas
itu rehat. Nanti malam nak kerja lagi.” Balas Akim. Dia akan merahsiakan segala
yang berlaku kepada dirinya semalam.

Setelah tamat sahaja waktu persekolahan, Duerra terus pulang ke rumah. Dia
memikirkan apa yang dikataka oleh kakaknya semalam. Adakah apa-apa yang
berlaku semalam?

‘Mengapa kakak cakap macam itu dekat aku? Mungkin ada something yang dia
simpankan dari aku. Baik aku berhati-hati.’ Balasnya kepada diri yang sudah akan
berlaku yang tidak diingini.

Sampai sahaja di rumah, keadaan rumah nampak sunyi, mungkin semua orang
tiada dirumah. Dengan berat hati, dia terus melangkah masuk kedalam rumah tersebut
dan terus menuju ke bilik. Buku yang berada dihadapannya terus dibuka.

Kali ini dia mengikut sahaja apa ang diarahkan oleh kakaknya. Segala pintu bilik
dikunci. Mana tahu apa yang dikatakan oleh kakaknya itu ada kebaikan untuk dirinya
mahupun orang yang berada didalam rumah.

Akim terus masuk kedalam rumah. Dia tersenyum sahaja apabila berada dirumah.
Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk melepaskan segala apa yang dirasainya.

Dia terus menuju ke tingkap bilik anaknya. Terbeliak kedua pasang matanya
apabila melihat susuk tubuh Duerra yang agak seksi. Dia tidak dapat tak menahan
kegairahan yang sedang bermain didalam dirinya.

‘Duerra, kenapalah kau cantik hari ini. Kau cuba nak cabar kewibawaan aku
sebagai seorang lelaki? Aku tengah tahan daripada mengoda kau.’ Bisik Akim. Dia
tidak putus-putus daripada memandang Duerra dengan pandangan yang bernafsu.
Dalam masa yang sama, banyak bisikan-bisikan jahat yang cuba untuk menyuruh dia
melakukan perkara yang terkutu itu. Walaupun dia cuba bertahan, namun nampak
seakan-akan dia akan tewas.

Dayana ternampak apa yang berlaku dirumahnya. Dia terus masuk dalam
rumahnya bagi memikirkan apa yang patut dierikan kepada ayah tirinya. Nampaknya
lelaki itu memang betul-betul sedang mencabarnya.

Setelah hampir sejam, Akim terus masuk kedalam rumah. Dia sedikit terkejut
apabila melihat kelibat Dayana di ruang tamu. Harap-harap Dayana tidak melihat apa
yang berlaku tadi. “Kau dah balik.”

Dayana tidak terus menjawab apa yang diberikan oleh Akim. Dia memikirkan
cara untuk memerli ayah tirinya agar dia tahu bahawa segala-galanya sdah terbongkar
padanya.

“Tak adalah. Aku sekarang ada dekat cimena tengah tengok show. Best show tu.
Ada banyak adengan yang kita sendiri tidak mampu nak buat.” Balas Dayana dengan
suara yang agak tegas. Dia terus membuka masajalan yang berada disebelahnya.

Akim terus duduk bersama dayana diruangan tersebut. Dia merasakan bahawa
anak dara tersebut masih memarahinya dengan apa yang berlaku semalam.

“Kau nak apa duduk sebelah aku?” Soal Dayana sambil menjauhkan dirinya
daripada Akim. Dia tidak selesa apabila bersama lelaki disebelahnya.

Akim hanya tersenggih apabila melihat reaksi yang ditonjolkan oleh Dayana.
“Awak jangalah takut. Saya sentiasa ada disebelah awak sayang.” Balas Akim dengan
nadas suara yang agak mengoda kearah Dayana. Dia mengharapkan agar Dayana akan
terpikat dengannya.

Dayana cuba untuk menjauhkan dirinya daripada bapa tirinya. Perasaan tidak
semakin menyelebungi dirinya. Dia tidak mahu melayan lelaki yang berada
dihadapannya.

Akim secara tiba-tia terus menyerang Dayana dengan agak ganas. Dia ingin
melepaskan perasaan gairahnya kepada Dayana. Tak dapat adik, kakak pun jadilah.
Janji dapat lepaskan nafsunya.

Dayana terketju engan apa yang dilakukan Akim. Dia cuba melawan namun tidak
berjaya. Secara tiba-tiba dia terus memberikan satu sepakan kearah pertu Akim
dengan sekuat hatinya.

“Kau ingat, kau boleh rogol aku? Aku bagi amaran, kau janganbuat hal dalam
rumah ini. Kalau tidak, aku akan bagi kau lagi teruk dari ini.” Balas Dayana dengan
agak geram. Lantas dia terus menuju ke biliknya untuk melepaskan segala amarah
yang menghantuinya.

Akim masih lagi tersungkur dilantai. Dia terus memandang sahaja kearah Dayana
yang berlalu pergi dengan perasaan yang sangat bengang. ‘Kau cabar aku ya. Tak apa,
nanti keluarga kau akan terima padahnya. Tengoklah nanti.” Ujar Akim dalam dirinya.
Dia terus baring bagi melepaskan lelahnya.

BAB 43

Suasana dimalam itu sangat sunyi. Hal ini kerana ramai ahli keluarganya melakukan
kerja masing-masing. Dayana terpaksa ke sekolah kerana ada kelas tambahan.
Sementara Salmah bekerja untuk shift malam.

Kini tinggal Akim dan Duerra yang tinggal di dalam rumah tersebut. Dia terus
merebahkan badannya untuk berehat setelah bertungkus lumus mengulang kaji
pelajaran.

Akim terus memerhati keadaan sekeliling. Malam ini hanya tinggal mereka
berdua sahaja di dalam rumah tersebut. Inilah peluang untuknya memuaskan nafsu.
Kalau tidak, bila lagi. Peluang hanya datang sekali.

“Duerra mari sekejap.” Panggil Akim. Sambil-sambil itu dai terus memberikan
reaksi seperti badannya agak sakit dan lenguh. Dia ingin menjerat anak tirinya.
Harap-harap ikan makan umpan.

Duerra terus bangun dari katilnya dan menuju ke ruang tamu untuk melihat apa
yang diinginkan oleh Akim. “Ada apa abah?” Duerra terus emadnang sahaja ayah
tirinya dan menunggu apa yang diinginkan oleh lelaki tersebut.

“Mari sini sekejap. Abah nak kamu urut belakang abah sekejap. Tiba-tiba sahaja
belakang abah rasa lenguh.” Pujuk Akim. Dia terus mengharapkan agar Duerra dapat
hadir untuk memberikan apa diinginkannya.

Duerra terys menuju menuju kearah ayah tirinya. Dia terus mengambil minyak
panas lalu disapu ke tubuh Akim. Dia tidak tahu bagaiaman untuk mengurut. Dia
hanya menyapu sahaja minyak tersebut.

Akim berasa sedikit puas. Dia sangat selelsa. Mana tidaknya, tangan lembut
Duerra menyentuh tubuhnya. Makin membuak-buak nafsunya.

“Pandai kau ururt. Kalau hari-hari macam ini, memang hilang rasa lenguh aku.”
Akim terus menutup matanya sambil menghayati segala yang dilakukan kepadanya.
Serious sedap rasa apabila diurut oleh anak tirinya.

Duerra rasa kurang senang dengan apa yang dikatakan kepadanya. Dia terus
memberhentikan urutan tersebut untuk beredar daripada ruang tamu sebelum ada
apa-apa yang bakal berlaku kepada dirinya.

Sempat Akim memengang tangan anak tirinya. Dia terus mengengam tangan
tersebut dengan agak kuak agar Duerra tidak boleh lepas darinya. Akhirnya inilah
masanya yang dia tunggu-tunggu.

“Abah lepaskan Era. Abah!” Duerra berusaha untuk melepaskan tangannya agar
berjauhan daripada lelaki tersebut. Nampak seakan-akan tiada harapan untuk
melepaskan diri.

Akim sudah tergelak apabila mendengar rayuan daripada anak tirinya. “Sabarlah,
kita berasmara dulu. Lepas itu baru aku lepaskan kau. Boleh ya sayang.” Balasnya
sambil memerhati sahaja reaksi yang ditonjolkan oleh Duerra. Dia semakin seronok
apabila melihat anak tirinya.

Duerra terus melawan agar dapat melepaskan diri daripada Akim. Dia semakin
tidak selesa dengan apa yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut. Tidak lama kemudian
satu tamparan hinggap diwajah Duerra.

Akim bergembira apabila melihat tubuh Duerra yang sudah terbaring sambil
berlinagan air mata. Inilah masanya yang ditunggu-tunggu untuk meragut maruah
anak tirinya.

Setelah beberapa minit, Duerra terus masuk ke bilik dengan tangisan yang
teresak-esak. Dia berasa tidak larat kerana tenaganya seakan-akan habis kerana
perlakuan yang dilakukannya.

Duerra terus melepaskan tangisannya sehingga dapat menghilangkan rasa sakit
dan membuatkan dirinya puas. Dia tidak sangka akan terjebak dengan perkara yang
tidak senonoh tersebut.

Akim tersenyum dengan agak puas. Akhirnya hajat dan niat jahatnya diselesaikan.
Inilah nikmat dunia yang dia dambakan. “Alaa mula-mula memanglah sakit. Nanti
lama-lama kamu rasa seronok.” Omelnya. Dia terus menuju ke biliknya untuk tidur.

Duerra terus merebahkan badannya dikatil sambil disirami dengan air mata. Dia
berasa sangat sedih dengan apa yang terjadi. Biarlah air mata sahaja yang menemani
dan menyelesaikan masalahnya.

Keesokan paginya, Salmah pulang ke rumah. Dia terus menghempaskan
tubuhnya pada sofa bagi menghilangkan rasa lelah setelah penat seharian bekerja.

“Baru pulang?” Tegur Akim. Dia terus duduk sambil memakai pakaian pejabat
untuk bekerja seperti biasa. Dia harap apa yang berlaku semalam antara dia dan
Duerra tidak akan diketahui oleh seisi rumah.

Salmah terus memandang kearah suaminya. Dia terus melemparkan senyuman
dengan wajah yang sedikit penat. “Ya sayang. Hari ini saya penat sangat sebab
banyak order yang masuk.” Balas Salmah sambil terus melentokkan kepadanya
kearah bahu Akim.

Tidak lama kemudian, Duerra menuju kearah ruang tamu. Dia menjeling sahaja
kearah Akim yang berada di ruangan tersbut bersama maknya.

“Mak, adik pergi sekolah dulu. Jumpa petang nanti.” Balas Duerra sambil
bersalaman dengan maknya sebelum keluar dari rumah. Dia tidak banyak bercakap
pada pagi itu.

“Hati-hati ke sekolah. Kalau ada apa-apa nanti cakap dengan kakak.” Balas
Salmah. Dia agak pelik melihat keletah yang ditunjukkan oleh anaknya. Tidak pernah
anaknya melakukan reaksi seperti ini.

Akim melihat reaksi isterinya yang berubah serta merta. Dia terus memkirkan
bagaimana cara untuk mengalikan seketika andaian terhadap anaknya. Bukan apa, dia
risau seandainya apa yang dilakukannya itu terbongkar dengan isterinya.

“Awak nak tahu, semalam saya rotan Duerra sebab dia degil. Tadi tu, mesti dia
protes sebab marah dekat saya.” Auta Akim. Dia harap agar apa yang dikatakannya
itu akan menghasut isterinya.

Salmah hanya menggeleng sahaja. Tak habis-habis lagi anaknya buat hal. “Awak,
lepas ini saya izinkan kalau anak saya degil, awak rotan saja. Tapi jangan sampai
mendera pula.” Salmah terusbangun untuk meninggalkan suaminya. “Saya nak masuk
tidur dulu. Hati-hati kerja.” Smabungnya lagi. Sempat dia melemparkan senyuman
kepada suaminya.

Akim terus melemparkan senyuman apabila segala yang ditipunya itu akhirnya
dipercayai oleh isterinya. Jadi selepas ini, senang dia buat kerja yang terkutuk itu atas
alasan untuk mendidik anak-anak. Dia pasti akan mencari jalan membohongi isterinya
lagi. Namun risaukan sekarang adalah Dayana. Harap-harap semuanya tidak
terbongkar pada Dayana.

Setelah balik sahaja dari sekolah, Dayana terus masuk ke dalam rumah. Dia terus
memandang sahaja adiknya yang masih lagi duduk dihalaman rumahnya.

“Siapa ada dirumah?” Soal Dayana. Dia terus duduk bersebelahan dengan
adiknya. Sudah lama mereka tidak bersama untuk berbual dan melakukan aktiviti
bersama.

“Adik seorang saja.” Balas Duerra. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. “Akak,
adik ada benda nak cakap.” Ujar Duerra. Pandangannya terus dilarikan pada hadapan.

Pandangan Dayana terus dilarikan kearah adiknya. Dia ingin mengetahui apa
yang berlaku terhadap adiknya. “Ada apa adik nak cakap dengan kakak? Mana tahu

kalau akak boleh tolong.” Dayana bersiap sedia untuk mendengar apa yang akan
dikatakan oleh Duerra.

Secara tiba-tiba saja air mata Duerra menitis dengan deras. Dia sedaya upaya
untuk menyembunyikan perasaan yang sedang dialaminya. Dia tidak mahu
memberitahu apa yang telah berlaku antaranya dan Akim.

Dahinya terus mengerut. Dia merasa sedikit pelik apabila melihat adiknya secara
tiba-tiba menangis. “Adik apa yang dak berlaku? Bagitahu akak. Nanti akak tolong
settlekan.” Dayana ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa yang sudah berlaku
kepada adiknya.

Kereta milik Akim masuk ke dalam garaj. Dia terus keluar dari perut kereta
tersebut sambil memandang sahaja kearah kedua-dua anak tirinya yang berada tidak
jauh darinya.

Duerra terus melangkah masuk kedalam rumah. Dia tidak mampu untuk berkata
apa-apa. Malah dia berasa sangat benci apabila melihat kearah lelaki yang berada
dihadapan mereka.

Akim terus menuju untuk masuk ke dalam rumahnya. Dia tidak menghiraukan
kelibat Dayana yang sedang duduk dihadapan pintu rumah.

“Akim kau tunggu sekejap. Ada benda yang aku nak cakap dengan kau.” Kali ini
suaranya agak kasar. Dia tiak menghiraukan apa yang bakal dikatakan oleh lelaki
tersebut.

“Ada apa kau nak cakap dengan aku? Aku penatlah nak layan kau.” Soal Akim.
Dia tidak mengendahkan apa yang bakal dikatakan oleh wanita tersebut.

Dayana tersenyum sahaja apabila mendengar apa yang dikataka oleh lelaki
tersebut. “Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat adik aku.
Jangan sampai benda yang kau lakukan ini mak tahu.” Ugut Dayana. Sempat dia
melemparkan senyumman sinis kepada lelaki dihadapannya.

“Kau ada bukti nak sabitkan aku rogol adik kau?” Ujar Akim dengan penuh yakin.
Dia pasti apa yang dilakukannya tidak akan diketahui oleh sesiapa. Malah ini yang
menyebabkan dia ingin melakukan perkara tersebut dengan lebih kerap.

Dayana terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Akim. Dia juga tiada bukti
dengan tuduhan yang bakal diberikan itu. Dia hanya mampu terdiam seribu bahasa.
Nampak kali ini, dia akan tewas kepada lelaki yang berada dihadapannya.

“So aku rasa elok kau tak payah nak sibuk hal aku. Kalau tidak, kau aku jadikan
mangsa sama seperti adik kau.” Pesan Akim. Dia terus melangkah masuk ke dalam
rumahnya.

“Satu lagi, aku cabar kau bocorkan apa yang aku lakukan ini. Kalau tidak, kau
yang akan menerima padahnya.” Balas Akim. Dia terus masuk kedalam rumahnya
untuk meninggalkan Dayana.

Dayana naik bengang apabila mendengar semua yang disampaikan oleh Akim.
Dia terus memikirkan bagaiaman cara untuk menyahut cabaran tersebut. Dia akan
bocorkan semuanya.

BAB 44

Duerra semakin lama tidak sanggup untuk melakukan benda yang terkutuk itu. Dia
tidak mampu lagi untuk melakukan apa yang diinginkan oleh lelaki durjana itu.
Semakin hari, nafsu Akim semakin mengganas.

Akim pula semakin berani untuk melakukan perkara terktutu itu tanpa mengira
masa. Bila-bila masa sahaja nafsunya membuak-buak, ketika itu juga dia akan
melakukan perkara terkutuk itu.

“Kau kena ingat, aku kahwin dengan mak kau, sebab dia mempunyai anak yang
cantik. Kalau mak kau tak layan aku, kau boleh layan aku.” Balas Akim sambil
mengusap-gusap rambut Duerra.

Sementara itu, Duerra tidak mampu untuk berkata-kata. Dia sangat berharap agar
apa yang dirasainya ini akan tamat bila-bila masa sahaja. Dia tidak mampu lagi untuk
menanpung keperitan yang dialami.

“Aku ingatkan kau lagi sekali, kalau kau bagitahu mak kau berkenaan dengan apa
yang kita buat ini, aku tak teragak-agak untuk menceraikan mak kau.” Sambung Akim
lagi sebelum beredar daripada bilik tersebut.

Duerra masih lagi menangis. Dia memerlukan tempat untuk mengadu dan
berharap agar kakaknya akan menyelesaikan apa yang terjadi pada dirinya.

‘Ya Allah, Kau bantulah aku. Selamatkan aku daripada syaitan yang
bertopengkan manusia. Bongkarkan segala-galanya kepada mereka apa yang berlaku
kepada diriku ini.’ Duerra terus menutup matanya untuk berehat seketika.

Dayana masuk kedalam rumah. Dia agak pelik kerana keadaan rumah yang
sangat sunyi. Kemana pula hilang ayah tirinya. Selalu kalau pada waktu begini, dia
ada sahaja dirumah.

Pintu bilik adiknya dibuka. Dia merasa sedikit pelik apabila melihat bilik tersebut
tidak berkunci. Nampak seperti ada orang baru saja keluar daripada bilik tersebut.
Mungkin Akim ada melakukan perkara yang terkutuk itu bersama adiknya sekali lagi.

Rambut Duerra diurut dengan agak lembut. Dia berasa sangat sedih apabila
melihat adiknya yang terpaksa menanggung apa yang diingini oleh Akim. “Akak janji
akan tolong kamu. Akak akan jerat dia dan kantoitkan kepada mak.”

Dayana memikirkan cara untuk membantu adiknya. Dia tidak sanggup lagi untuk
melihat ayah tirinya melakukan aktiviti tidak bermoral itu. Sepantas kilat, dia dapat
memikirkan sesuatu dan idea untk membantu Duerra. Ini pasti akan berjaya.

Malam itu, Dayana bersiap untuk keluar sebentar. Dia pasti akan ada sesuatu
yang buruk berlaku didalam rumahnya. Namun dia tidak kesah kerana semuanya
sudah dirancang dengan penuh rapi. Dia akan pastikan bahawa Akim akan
terperangkap pada malam ini juga.

“Kau nak pergi mana?” Soal Akim apabila melihat Dayana yang berpakaian
sungguh cantik. Biasanya apabila berpakaian seperti ini, Dayana akan keluar.

“Aku nak keluar sekejap. Dalam pukul 12 baru aku balik.” Jawab Dayana. Dia
hanya menjeling sahaja kearah ayah tirinya sebelum keluar daripada rumah tersebut.
Bukan apa, dia semakin meluat melihat wajah Akim.

Keretanya terus memecut laju. Dalam hati Dayana masih lagi mengharapkan apa
yang dirancang akan menjadi kenyataan. Bukan apa, dia sudah tidak tahan lagi
apabila melihat segala yang dirancang akan berjaya. Bukan apa, dia sudah tidak tahan
lagi melihat kesengsaraan yang dilalui oleh adiknya.

Sampai sahaja di satu kawasan, Dayana memberhentikan kereta dan duduk sahaja
didalamnya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan memandang sahaja kearah luar
tingkap bagi menghilangkan sedikit rasa resah dalam dirinya.

Kerusi didalam kereta diturunkan sebentar. Dia terus membuka telefonnya dan
melihat sama ada rancangannya itu berjaya atau tidak. Dia mengharapkan agar apa
yang diinginkannya itu akan berhasil. Bukannya tidak sayangkan Duerra untuk
melakukan perkara tersebut, tapi ini semua hanyalah untuk memerangkap Akim.

‘Adik, akak minta maaf. Kali ini akak janji semua kesengsaraan adik akan brakhir
tidak lama lagi.’ Dayana memandang sahaja kearah luar seketika. Dia cuba tenangkan
diri walaupun jauh disudut hatinya berasa sedikit risau dengan apa yang sedang
berlaku dirumah.

‘Akim, kali ini kau tak akan terlepas. Setelah aku dapatkan bukit, kau akan
meringkup dalam penjara. Masa itu baru kau akan tahu sama ada langit itu tinggi atau
rendah.” Dayana hanya tersenyum sinis. Dia akan menunggu sahaja waktu yang
dirancangnya itu tamat, barulah dia pulang ke rumah.

Setelah hampir dua jam, Dayana terus pulang ke rumah. Dia ingin melihat apa
yang dilakukannya berhasil. Sekiranya berhasil, dia sendiri akan melaporkan kepada
pihak yang berwajib.

Sampai sahaja dirumah, keadaan gelap gelita. Ini mesti semua ahli keluarganya
sudah lena. Maklumlah, ketika ini waktu sudah jauh malam hanya burung hantu dan
kelawar sahaja yang berjaga sampai pagi.

Kakinya terus masuk ke bilik Duerra. Dia terus mengambil kamera yang
diletakkan didalam bilik tersebut. Setelah itu, dia terus kembali ke biliknya untuk
melihat apa yang telah dirakam oleh kamera tersebut.

Dayana terus menutup kamera tersebut. Dia tidak sanggup untuk melihatnya. Hal
ini kerana segala apa yang dilihatnya itu menyebabkan dirinya rasa meluat dengan
segala aksi didalam video rakaman tersebut.

“Dengan adanya segala rakaman ini, kau tak boleh lari dari aku. Aku yakin kau
akan menerima balasan atas segala yang kau lakukan. Kau tak boleh lari dari aku.”
Monolog Dayana dalam dirinya. Dia terus bangun dan meletakkan gadjet tersebut
diatas meja belajar.

“Adik, selagi akak hidup, akak akan membela dan menjaga adik. Tiada siapa
yang akan sakitkan adik. Akak akan menuntup segala hutang yang dilakukan oleh
Akim kepada kamu.” Sambung Dayana lagi. Dia terus merebahkan badannya dan
terus tertidur.

Keesokan harinya, Akim keluar dari bilik Duerra dengan agak gembira. Entah
kali ke berapa dia puaskan nafsunya untuk hari ini. Bukan hari ini sahaja, malah
hampir seminggu juga dia melakukan perkara tersebut bersama anak tirinya.

Matanya terus memadang sahaja kearah sekeliling rumah. Dia harap tiada sesipa
yang nampak apa yang telah dilakukannya. Hal ini kerana, dia tidak mahu segala yang
dilakukannya itu terbongkar. Secara tidak langsung, dia juga akan dimasukan ke
dalam penjara atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur.

Dalam masa yang sama, Salmah melihat apa yang berlaku didalam rumah
tersebut. Dia juga berasa sedikit pelik apabila melihat suaminya keluar dari bilik
Duerra.

‘Adakah sesuatu yang aku tak tahu berlaku didalam rumah ini semasa aku tiada?
Ya Allah Kau tunjukkan aku kebenaran apa yang berlaku didalam rumah ini.’

“Awak, saya nak bincang sesuatu.” Balas Salmah sambil menarik ke ruang tamu.
Dia nampak sangat tegas berbanding selalunya.

Mereka berdua terus duduk di ruang tamu. Salmah terus menarik nafasnya
dalam-dalam sebelum mengatakan apa yang ingin dibincangkan bersama suaminya.
Kali ini perbincangan yang serious akan berlaku antara mereka setelah bergelar suami
isteri.

“Kau buat apa dalam bilik anak kau tadi?” Suara Salmah terus tinggi. Dia tidak
mahu berselindung dan ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh suaminya.

Akim terdiam. Dia terus mencari alasan untuk melepaskan diri daripada apa yang
menjadi sangkaan daripada isterinya. “Tak ada apalah. Aku sibuk, nanti aku balik.”
Itu sahaja yang dijawab oleh Akim. Dia terus beredar daripada kawasan ruang tamu
dan keluar dari rumah tersebut. Risau juga kalau isterinya tahu apa yang terjadi
dirumah semasa ketiadaannya.

BAB 45

Dayana sampai dirumah. Dia terus masuk ke rumahnya dengan perasaan yang sangat
marah. Kali ini,dia pasti akan bongkarkan segala perbuatan ayah tirinya kepada ibu.

“Mak, abah mana?” Soalnya sambil mencari kelibat lelaki tersebut. Dia nampak
sangat tergesa-gesaseperti dikejar sesuatu.

“Sabar nak. Ada apa kamu mencari ayah tiri kamu?” Salmah terkejut dengan apa
yang ditunjukan oleh anak sulungnya.

Dayana terus duduk sambil menahan kesabarannya. Dia cuba untuk tenangkan
diri sebelum mengatakan sesuatu kepada mak. “Ada hal penting yang Yana nak
settelkan dengan abah.” Ujarnya sambl menyembunyikan sedikit apa yang berada
didalam rakaman video yang dirakamnya.

Salmah agak hairan apabila melihat anaknya. Tidak pernah Dayana melakukan
reaksi seperti itu. Kalau ada pun mesti ada benda yang pelik dan serious untuk
dibincangkan bersama.

“Ada apa-apa yang mak boleh tahu?”
“Tak ada apa mak. Kita tunggu abah datang baru kita start.” Balas Dayana. Dia
terus membuka telefonnya sebentar untuk meredakan api kemarahannya. Kalau tidak,
sudah pasti akan memberikan sedikit pergelutan didalam dirinya.
Suasana menjadi senyap. Salmah dan Dayana menanti sahaja kehadiran lelaki
yang ditunggu. Sambil-sambil itu, pihak polis telah menelefon Dayana dan
mengharapkan apa yang diancang akan berjaya.
Tidak lama kemudian, Akim masuk ke dalam rumah. Dia terus memandang
sahaja kearah ruang tamu. Salmah dan Dayana berada diruangan tersebut.
Kakinya terus melangkah kearah dapur. Dia malas masuk campur dalam
perbincangan kedua-dua anak beranak tersebut. “Awak tunggu sekejap. Ada benda
yang saya nak bincangkan dengan awak.” Kakinya terus melangkah kearah ruangan
tersebut.
Dayana tidak memandang wajah Akim. Dia terus mengengam penumbuk bagi
menahan geram. “Kau buat apa dengan adik aku semalam?” Soal Dayana terus
kepada lelaki tersebut.
Akim tersenggih sahaja. Dia tidak menjawab soalan yang diontarkan oleh Dayana.
Soalan tersebut dibiarkan seperti angin lalu sahaja. Yelah nak menjawab pun rasa
seperti tidak berbaloi pada drinya.

“Aku tak buat apa-apa dengan adik kau. Kau jangan nak tuduh aku
macam-macam.” Akim terus bangun untuk beredar daripada mereka berdua. Selagi
dia disitu, dia akan berasa tidak tenang kerana dengan tuduhan yang bakal diberikan
oleh mereka berdua.

“Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku semalam.” Balas Dayan dengan
penuh yakin. Sedikit lagi, pasti akan terbongkar semuanya.

Akim yakin dia berada dipihak yang benar. “Kau ada bukti apa yang kau cakap
ini?” Dia dapat merasakan bahawa Dayana tiada bukti untuk sabitkan dirinya dengan
kes Duerra.

Dayana tersenyum sahaja apabila mendengar segala kata-kata dari ayah tirinya.
Dia terus menayangkan apa yang berada didalam kamera yang diambilnya semalam.
Kali ini Akim tak akan terlepas.

Akim terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak percaya dengan apa yang
dipertontonkan oleh Dayana. “Tidak, itu semua palsu. Kau saja buat untuk fitnah aku.
Kau sahajakan.”

Dayana tersenyum sinis apabila melihat reaksi daripada Akim. “Dulu kau cabar
aku. Sekarang aku sahut cabaran kau dan untuk pengetahuan kau, video ini telah aku
laporkan kepada pihak polis. Kau tunggu sahaja pihak polis datang dan kau boleh
melingkup dalam penjara.” Kali ini giliran Dayana pula untuk tergela apabila melihat
reaksi daripada Akim.

Akim semakin gelisah. Kini dia betul-betul terperangkap dengan apa yang telah
dilakukannya. “Kau tipu aku. Kau saja nak menampakkan yang aku jahat.” Akim
terus berlari untuk keluar daripada rumah tersebut.

“Encik Hakim, sila ikut kamu ke balai. Kami terpaksa menahan encik atas
tuduhan merogol kanak-kanak dibawah umur.” Dua orang polis berdiri tegak
dihadapan pintu rumah. Salah seorang dari mereka terus mengari tangan Akim.

“Tunggu sekejap tuan.” Ujar Salmah. Dia terus menuu kearah pintu rumah untuk
bertemu suaminya. Air matanya terus mengalir tanpa henti.

Satu tamparan hinggap pada pipi Akim. “Aku sangkakan kau adalah permata
dalam keluarga aku tapi rupanya kau adalah najis dalam kebahagiaan. Kau ingat aku
berdiam diri dengan apa yang kau lakukan? Esok aku akan minta pasak dan kau boleh
berambus dari keluarga aku.” Balas Salmah dan terus beredar daripada kawasan
tersebut.

Kini sudah hampir sebulan Akim dimasukkan ke penjara. Kali ini, Salmah telah
menfailkan fasak kepada suaminya. Hanya tinggal mereka bertiga sahaja didalam
rumah tersebut.

Akibat dari kejadian tersebut menyebabkan Duerra berubah. Dia menjadi
pendiam dan haya mampu termenung sambil mengenangkan kejadian yang telah
menimpa dirinya.

Dayana dan Salmah risau dengan apa yang ditunjukkan oleh Duerra. Ada kalanya
Salmah sedih kerana melihat perubahan itu. Mana tidaknya, Duerra yang dulu seorang
yang ceria, kini menjadi seorang yang pendiam dan sering menangis.

“Yana tahu tak macam mana nak tolong adik? Mak risau tengok adik sekarang.”
Ujar Salmah. Dia menjeling sahaja kearah Duerra sambil melemparkan wajah yang
sedih.

Dayana faham dengan apa yang dirasai oleh maknya. Kalau itukan hati, memang
dia ingin membantu adiknya. Namun bagaimana caranya?

Matanya menjeling kearah Duerra. Secara tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Dia
yakin kali ini adiknya akan berubah untuk menjadi seorang yang lebih ceria
berbanding sebelumnya.

“Ibu, Yana ada kawan yang boleh tolong pulihkan adik. Tapi kita terpaksa
berkorban dan berpisah dengan dia.” Cadang dari Dayana. Dia berharap agar
cadangan itu akan diterima oleh Salmah.

Dayana terus menceritakan apa yang diperkatakan olehnya sebentar tadi. Dia
akan menyakinkan ibunya bahawa adiknya boleh berubah sekiranya dihantar ke pusat
pemulihan.

“Sekiranyaitu yang terbaik untuk adik kamu, ibu setuju. Ibu Redha dengan apa
yang kamu inginkan tadi. Semoga adik boleh berubah menjadi seperti sedia kala.”
Salmah terus beredar untuk menuju ke biliknya. Bukan senang untuk berpisah dengan
ankanya, namun apakan daya dia terpaksa.

Kehidupan Duerra semakin baik. Dia juga berjaya untuk keluar daripada segala
kesedihan dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Kali ini dia berada dilandasan
yang tepat untuk kembali.

“Ibu, akak tunggu adik tau. Kalau boleh adik nak keluar sahaja dari sini sekarang.
Tapi tunggulah apabila masanya tiba. I love you my family.” Balas Duerra sambil

memandang sahaja kearah sekeping potret yang memaparkan gambar Salmah dan
Dayana sebagai pengubat rindunya.

BAB 46

FAIL 009: BAYI

Di pusat itu, telah menempatkan beberapa bahagian. Ini kerana bagi memudahkan
pihak asrama dan warden untuk melihat serta memeriksa para pelatih. Malah
sekiranya ada sesuatu yang berlaku, mereka akan cepan dan pantas untuk
mendapatkan bantuan.

Disini juga terdapat bahagian yang menempatkan bahagian bagi buangan bayi
mahupun mereka yang melakukan zina. Malah mereka akan menempatkan disini
sehingga anak-anak itu lahir dan bersiap sedia untuk memberikan kepada mereka
yang mengambil anak angkat.

Di saat nafsu menyapa dikala sunyi didalam kegelapan malam, tidak ada
sesiapa pun memikiran sama ada sesuatu perkara itu halal mahupun haram. Ini
kerana keseronokan dunia telah menguasai diri.

Penipuan demi memulakan kehendak nafsu adalah yang utama sampai tidak
memikirkan apa yang bakal terjadi kepada diri kita. Malah ada kalanya ia akan
memalukan diri sendiri.

Adakalanya diri kita sendiri selalu diberikan peluang untuk jauhkan daripada
melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri, tapi kita sendiri yang
pergi untuk melakukannya.

Adakalanya disebabkan nafsu kita telah menyebabkan anak yang tidak
bersalah dijadikan mangsa keadaan kerana kita berasa sedikit malu dengan
kelahiran mereka. sehingga dibuang bagai seekor binatang ditepi jalan tanpa ada
perasaan salah pada diri kita.

Manusia yang mulia aadalah mereka yang bersifat Ehsan terhadap diri
mereka dan disekeliling mereka. Mereka menyanyagi satu sama lain tanpa mengira
sesama makhluk.

Wahai rakan-rakanku dengarlah luahan hatiku ini. Aku bukan mulia dan aku
juga bukan malaikat. Aku hanyalah insan yang penuh dosa dan sering kali terjadi
ke lembah kejahilan. Namun aku berusahan untuk berubah menjadi yang sangat
baik pada setiap hari.

Kedengaran suara teriakan bayi diruangan tersebut. Entah mengapa kali ini bayi
tersebut sering menangis. Mungkin teringatkan sesuatu atau ingin bersama ibunya.

Seorang wanita terus memujuk bayi untuk berhenti menangis. Dia risau dengan
tangisan itu akan menyusahkan orang disekelilingnya. Oleh sebab tiu, dia perlu
bertindak dengan cepat.

Khairiah terus mendodoi agar bayi itu terus tidur. Dia terus memberikan bayi
tersebut untuk diminumnya. Sambil-sambil itu matanya tidak putus-putus daripada
memandang bayi yang didukungnya.

Irdina terus daang untuk melihat apa aktiviti yang diakukan oleh pelatihnya.
Telah menjadi tugasnya untuk melihat dan memantau apa yang sedang dilakukan
oleh semua pelatih di pusat tersebut.

Kakinya terhenti pada Khairiah yang sibuk memberikan anaknya susu. Dia terus
menuju kearah dua beranak untuk merehatkan dirinya seketika. Yelah setelah penat
berjalan bagi memeriksa semua pelatih, kali ini biarlah dia duduk seketika.

“Comel anak kamu.” Tegur Irdina. Dia trus duduk bersebelahan pelatih yang
sedang sibuk memberikan ankanya susu. Matanya tidak lari daripada memandang
kearah bayi tersebut.

Khairiah tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Irdina. Dia masih lagi
menidurkan anaknya. Kalau terjaga, mesti anak itu akan menangis. Malah dia juga
yang penat untuk menujuk agar anaknya tidak terjaga dari tidur.

“Comel pun tapi kalau ayah dia tak mengaku ini anak dia, tak guna juga kak.”
Balas Khairiah dengan nada suara yang agak rendah. Dia sangat sedih dengan apa
yang terjadi didalam hidupnya. Segalanya nampak gelap dan gagal sahaja.

Irdina mengerutkan dahinya. Mesti ada sesuatu yang terjadi kepada pelatih itu.
“Boleh kamu ceritakan apa yang berlaku kepada diri kamu?” Balas Irdina. Dia cuba
untuk merungkaikan apa yang terjadi kepada Khairiah.

“Saya boleh ceritakan, tapi tunggu sekejap saya nak bawa anak saya masuk
dalam sekejap. Risau nanti dia terjaga sebab kita bising.” Khairiah terus bangun. Dia
melangkahkan kakinya untuk masuk kedalam sambl mengendong anaknya yang
sedang lena. Ketika itu, fikirannya teringat semula apa yang sudah terjadi
kepadanya.

Khairiah tersedar dari lenanya. Dia terus mengecilkan matanya untuk
memadang suasana didalam hotel yang ditinggalkannya. Sudah beberapa hari di sini
tempat dia untuk tidur dan makan.

Di sebelahnya ada seorang lelaki masih lagi terlena. Entah bila lelaki itu inign
bangun. Mana tidaknya, semalam mereka tidur dengan agak lewat kerana melakukan
beberapa aktiviti sehingga lewat malam. Dia juga agak keletihan namun digagahkan
juga untuk bangun.

“Sayang, bangunlah hari dah siang.” Kejut Khariah dengan suara agak lembut.
Dia terus mengoncang-goncangkan tubuh lelaki tersebut agar lelaki itu boleh sedar
dari lenanya..

Nazrin tersedar dari lenanya. Dia terus memandang kearah perempuan yang
berada di sebelahnya. Dia masih lagi dalam keadaan yang agak mamai. “Jam pukul
berapa?” Soalnya kepada Khairiah.

“Pukul 9 pagi. Awak bangunlah. Nanti lambat pula nak pergi kerja.” Balas
Khairiah lantas terus mengambil tuala yang berada didalam hotel tersebut. Dia terus
bersiap untuk melakukan aktiviti harian.

Nazrin mengangguk. Lantas dia terus mengambil telefonnya dan melihat sahaja
media sosial yang berada didalam gadjet trsebut sambil menunggu sahaja wanita
didalam bilik air tersebut habis mandi.

Khairiah terus keluar dari bilik air. Dia terus mengelap rambutnya sehingga
kering. Matanya menjeling sahaja kearah lelaki yang berada diatas katil. Nazrin
memandang sahaj kearah telefon dan seakan-akan menunggu dirinya keluar dari
bilik air.

“Awak, saya nak balik rumah sekejap, nanti malam kita jumpa.” Balas Khariah
sambil memandang sahaja kearah cermin didalam bilik tersebut.

“Okey, malam nanti jumpa saya dekat tempat biasa.” Ujar Nazrin. Dia terus
bangun dan merampas sahaja tuala yang tersangkut pada penyidai didalam bilik
tersebut. “Awak nak saya ambil atau pergi sendiri?”

Khairiah terdiam. Dia terus mengambil beg tangan miliknya sambil menuju
kearah pintu untuk keluar dari bilik tersebut. “Saya datang sendiri. Kita jumpa dekat
biasa sahaja.” Balasnya sambil melambaikan tangan kearah lelaki tersebut sebelum
beredar pulang.

BAB 47

Badrin menanti sahaja kepulangan anak saudaranya ke rumah. Sudah berapa
hari, Khairiah tidak pulang ke rumah. Dia sentiasa berdoa agar gadis itu tidak
melakukan perkara yang bukan-bukan diluar sana.

“Mana kau nak? Sudah dua hari kamu tak balik. Pak cik risau sangat kalau ada
apa-apa yang tidak baik berlaku pada diri kamu.” Balas Badrin. Matanya masih lagi
memandang kearah perkarangan rumah serta mengharapkan agar Khairiah pulang
dengan secepatnya.

Dia terus duduk dikerusi panjang yang berada didalam rumahnya. Dia terus
menghembuskan nafasnya dalam-dalam. Dia cuba untuk menenangkan fikirannya
yang agak serabut ketika ini.

Khairiah berhenti dihadapan rumah. Dia memikirkan alasan yang boleh
diberikan kepada Badrin sebaik sahaja masuk ke dalam rumah tersebut. Apabila
dapat, dia terus melangkahkan kakinya untuk menuju kearah rangka rumah.

“Kamu pergi mana sampai sekarang baru nak balik?” Soal Badrin apabila
melihat kehadiran anak gadis tersebut. Dia terus melakukan reaksi yang agak risau
sambil memandang Khairiah.

Khairiah terdiam. Dia akan memastikan jawapan yang diberikan itu selamat dan
boleh diterima oleh pak su. “Saya tidur rumah kawan. Ada kerja sedikit.” Auta
Khairiah. Dia teragak-agak ketika memberikan jawapan.

Badrin hanya melakukan reaksi yang agak selamba. Dia tahu bahawa Khairiah
menipunya. “Kamu tak tipu paksu?” Soal Badrin untuk kepastian. Bukan apa, orang
muda zaman sekarang, banyak sahaja helah untuk melepaskan diri. Sebab itu dia
perlu memastikan apa yang diceritakan itu adalah benar.

“Ya paksu. Saya tak tipu.” Balas Khairah sambil menutup kedua-dua matanya
seketika. Dia ingin memastikan bahawa yang dikatakan olehnya itu dapat dipercayai
oleh Badrin.

“Kalau betul, tak mengapa. Cumanya lain kali bagitahu paksu dulu. Tak adalah
paksu risau nak.” Balas Badrin dengan suara yang agak lembut. Dia risau sekiranya
anak sedaranya akan memberontak seandainya suaranya sedikit tinggi.

Khairiah terus mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal sebelum mengataakn
sesuatu kepada lelaki dihadapannya. “Baiklah paksu. Nanti kalau saya nak keuar,

saya akan bagitahu paksu. Saya masuk bilik dahulu. Assalamualaikum.” Balas
Khariah dan terus melangkahkan kakinyau untuk masuk ke dalam biliknya.

Sampai sahaja didalam bilik, Khairiah terus merebahka badannya pada katil.
Lega juga rasa tubuhnya setelah tubuh direbahkan pada katil. Dia ingin berehat
sambul menanti sahaja malam mnjla untuk keluar dan bersosial bersama lelaki yang
paling dicintai.

Telefonnya berdering. Khariah terus merampas telefon tersebut untuk melihat
siapa yang memanggilnya melalu panggilan tersebut. Bibirnya terus mengariskan
senyuman stelah melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.

“Hello sayang. Ada apa call saya?” Khairiah terus mengeliat bagi merengangkan
badannya yang terasa sangat penat. Malah dia juga terus bangun untuk mendengar
sedikit apa yang ingin dibualkan oleh lelaki tersebut.

“Saja. Rindulah kalau tak dengar suara awak walaupun sekejap.”
“So sweet. Nanti malan kita jump ya sayang. Tak lama pun, dalam beberapa jam
sahaja.”
“Okey. So malam nanti kita jumpa dekat tempat biasa dalam pukul 8:30 malam.
Kita nak lepak sampai pagi.”
“Okey sayang. Saya nak tidur dulu. Jumpa malam karang tau. Nanti malam tak
ada mengantuk masa jumpa awak. Bye.”
Panggilan tersebut dimatikan. Dia berasa sangat bahagia setelah dapat
mendengar suara daripada orang yang disayangi. Harap-harap hubungan ini akan
berkekalan sampai ke akhir hayat.
Malam itu, Khairiah terus bersiap untuk bertemu lelaki yang menjadi pujaan
haitnya. Dia tidak mahu terlewat untuk sampai ke tempat yang telah dijanjikan.
Bukan apa, kalau terlewat, sudah pasti akan menyebabkan lelaki yang berjanji
dengannya itu marah or tertunggu-tunggu.
Setelah siap, dia terus keluar daripada rumahnya. Dia harap agar tiada halangan
daripada sesiapa yang menjadi penghalang untuknya keluar.
“Kamu nak pergi mana?” Soal Badrin apabila melihat anak saudaranya yang
berada dihdapan untu rumah. Dia ingin mengetahui kemana arah yang ingin dituju
oleh Khairiah.
Khairiah tercengang apabila diterus oleh paksu. Dia terus memikirkan jawapan
yang boleh diberikan. “Saya nak jumpa kawan. Nanti saya balik.”

Badrin terus melemparkan wajah yang agak serious kepada Khairiah.
“Sebenarnya kamu pergi mna? Baik kamu cakap dengan paksu.” Soalnya dengan
nada suara yang agak tegas. Dia ingin tahu kemana hala tuju sebenar Khairiah.

Khairiah terdiam. Dia memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada rumah
tersebut. “Saya nak jumpa kawan dekat pekan. Paksu jangan risau, nanti bila dah
selesai, saya balik.” Balasnya sambil melemparkan senyuman.

“Kamu nak jumpa jantan mana hari ini? Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang
kau buat dekat luar sana.” Ujar Badrin. Dia ingin mendengar apa yang bakal dibalas
oleh Khairiah. Malah dia juga ingin mengetahui siapa lelaki yang bakal ditemui oleh
anak saudaranya.

Khairiah terkejut apabila mendengar apabila mendengar segala yang
diungkapkan oleh paksunya. “Apa yang paksu cakap ini? Tak baik tuduh saya buat
benda yang tak elok. Kalau benda itu semua tak betul, boleh jatuh fitnah.” Khairiah
sedikit marah setelah mendengar kata-kata daripada Badrin.

“Bukan paksu cakap, tapi paksu dengar dari penduduk kampung. Sudahlah
berhenti sahaja daripada melakukan kerja yang sia-sia ini. Tolonglah paksu merayu
agar kamu menjaga maruah kamu.” Balas Badrin sambil merendahkan jeda
suaranya.

“Jadi paksu lebih percayakan orang luar berbanding anak saudara paksu sendiri?”
Khairiah memberhentikan seketika kata-kata dan terus menghembuskan sedikit
keluhan. “Kalau macam ini, tak ada guna saya balik. Saya tahu paksu malu dengan
saya. Oleh itu, izinkan saya pergi paksu.” Kakinya terus melangkah keluar dari
rumah tersebut.

Kini tinggal Badrin berseorangan. Dia berasa sangat sedih apabila mendengar
semua kata-kata yang keluar dari mulut Khairiah. Dia tidak sangka bahawa
kata-katanya itu akan mengecewakan hatinya.

“Ya Allah, Kau bukalah hati Khairiah untuk kembali ke pangkal jalan. Kau
lindungilah dia daripada perkara yang buruk dan merosakkan tubuhnya. Hanya
Kepada-Mu aku berharap.

BAB 48

Nazrin melihat sahaja jam yang berada dipergelangan tangannya. Sudah hampir
9:30 Malam, namun gadis yang dinantinya tidak kunjung tiba. Kemana pula Khariah?
Sampai sekarang masih tak nampak batang hidung. Adakah ada apa-apa yang
berlaku kepada wanita itu?

Nazrin terus mengambil air yang dibeli setelah pulang dari kerja. Dia terus
menyedut air tersebut agar tekaknya dapat dibasahi oleh sedikit air. Alhamdulillah
Lega juga anak tekaknya. Setelah itu, dia terus menanti sahaja kehadiran daripada
gadis yang dinantinya.

Selang beberapa minit, kelibat Khairiah berjalan menuju kearahnya. Gadis
tersebut terus mempercepatkan langkahnya untuk menuju kearahnya.

Terukir senyuman di wajah Nazrin. Akhirnya orang yang dinanti sudah tiba.
Walaupun lambat, tapi tidak mengapa. Asalkan Khairiah hadir sudah cukup baginya.

“Sorry awak, saya lambat.” Balas Khairiah setelah tiba dihadapan lelaki yang
dicintainya. Dia terus berdiri bagai tunggul dihadapan Nazrin. Oleh kerana itu, dia
ingin memujuk lelaki itu dan meminta maaf atas kelewatannya.

“Kenapa awak lambat? Lama tau saya tunggu. Ingatkan awak tak jadi datang
tadi.” Balas Nazrin sambil duduk diatas motorsikal miliknya.

Khairiah terus menuju kearah Nazrin. Dia terus duduk bersebelahan lelaki
tersebut. “Sorry awak, tadi saya gaduh dengan paksu. Dia tak bagi saya keluar. Tapi
saya berkeras juga dan barulah boleh keluar. Bukan sengaja saya nak datang
lambat.”

Nazrin hanya tersenyum sahaja. Kalau begitu katanya, dia tidak akan marah
kepada Khairiah. Dia terus terus memeluk bahu gadis disebelahnya.

Mereka berdua terus melihat kearah suasana dihadapannya. Mereka berdua terus
bergembira apabila melihat sahaja suasana yang sungguh indah.

Lampu jalan menghiasi suasana pada malam itu. Menang menyenangkan siapa
sahaja yang melihatnya. Ditambah lagi cahaya bulan yang menyinari suasana ketika
itu.

“Sayang jom kita balik. Sejuklah malam ini. Tak baik tau kalau anak dara keluar
lewat malam.” Balas Nazrin. Dia harap agar wanita itu akan pulang bersamanya.
Bukan, kalau mereka berdua pulang bersama, sudah pasti ada peluang untuk Nazrin
merosakkan anak dara di hadapannya sekali lagi.

Khairiah hanya mengangguk sebagai tanda setuju. Mereka berdua terus
memakai helmet dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah Nazrin.

Semasa didalam perjalanan pulang, mereka berdua terus menimati perjalanan
pada malam hari. Sungguh bahagia mereka ketika itu sambil disinari oleh cahaya
bintang di ufuk langit. Ditambah lagi cahaya bulan yang terang menerangi langit
pada malam itu.

Sampai sahaja dirumah, Nazrin terus menarik tangan Khairiah kearah biliknya.
Dia terus mengunci pintu biliknya agar tiada sesiapa pun yang tahu keberadaannya
didalam rumah tersebut.

Mereka berdua duduk diatas katil. Sempat Nazrin membawa Khairiah ke hujung
katil sambil bersandar bersama. Mereka berdua terus bersiap untuk berbual sebelum
tidur malam itu.

“Sayang, awak nak tahu something tak?”
“Apa dia?”
Nazrin terus menarik tangan Khariah dan meletakkan diatas pehanya. “Saya
tiada sesiapa didunia ini melainkan awak. Saya sayang awak. Ikutkan hati saya, saya
nak mati bersama awak.”
Khairiah gembira apabila mendengar segala yang diungkapkan oleh lelaki
disebelahnya. Dia sangat bergembiran bersama Nazrin. “Sayang, saya janji akan
kekal bersama awak walau apa juga keadaan. I love you sayang.” Ujarnya sambil
melentokkan kepalanya pada bahu lelaki itu.
Terukir senyuman pada wajah mereka berdua. Nazrin terus memeluk wanita
disebelahnya dan terus melakukan beberapa perkara yang tidak diingini. Ini akan
menyebabkan hubungan mereka semakin akrab dan kerap melakukan hubungan
tersebut.
Keesokan harinya, Khairiah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan
dirinya. Entah mengapa kali ini, dia merasakan tidak beberapa sihat. Mungkin
kerana side effect yang berlaku kepadanya melalui apa yang dilakukan mereka
berdua semalam. Tapi mustahil didalam perutnya sudah berisi.
Dia melihat disebelahnya. Nazrin sudah tiada. Ini mungkn kerana dia sudah
lama keluar untuk kerja. Tapi dia nak buat apa disini berseorangan?
Khairiah mengagahkan diri untuk menuju kearah bilik air. Secara tiba-tiba
sahaja dia merasakan terhuyung hayang saat berjalan. Dikala itu juga, dia merasakan
bahawa ingin jatuh menyembah bumi.

‘Kenapa aku rasa seperti ini? Adakah in pertanda bahawa perut aku ada isi?
Harap-harap ini hanya sakit biasa sahaja.’ Bisik Khairiah. Dia tidak mahu
memikirkan apa yang akan berlaku terhadap dirinya.

Khairiah terus berdiri dihadapan cermin. Dia terus melihat sahaja wajahnya.
Sungguh pucat wajahnya bagai mayat yang tidak bernyawa. Ini membuatkan dirinya
sedikit tertekan dengan apa yang terjadi.

Pregnancy test terus diambil. Jauh disudut hatinya mengharapkan agar tiada
apa-apa yang bakal berlaku kepada dirinya. Benda yang paling ditakuti adalah
sekiranya dia mengandung. Ini pasti akan merungsingkan dirinya.

Dia berasa lega apabila melihat keputusannya negatif. Nasib baik, kalau tidak
sudah pasti dia tidak tahu apa yang patut dilakukan bersama anak yang berada
didalam kandungannya.

Dia tidak mahu lagi duduk di dalam rumah tersebut. Bukan apa, lagi lama dia di
rumah itu, lagi macam bahaya yang akan dihadapinya. So lebih baik, dia beredar
daripada rumah itu.

Sampai sahaja di rumah Badrin, Khairiah tidak banyak bercakap. Langkahnya
terus diatur untuk menuju kedalam biliknya. Sempat dia menjeling kearah paksu
yang sudah menantinya.

“Khairiah tunggu sekejap, ada benda yang paksu nak bincangkan dengan kamu.”
Balas Badrin. Dia berharap agar anak saudaranya ingin duduk dan berbincang
dengannya buat seketika.

Khairiah hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan. Dia ingin mendengar
apa yang ingin dikatakan oleh paksunya. Asalkan setiap kata-kata yang diberikan
tidak menyakitkan hatinya, ia sudah bagus.

Mereka berdua terus duduk di ruang perbincangan didalam rumah tersebut.
Khairiah menanti sahaja apa yang ingin dibicarakan oleh paksunya. Kalau ada soalan
yang menyakitkan hatinya, sudah pasti dia akan minta diri untuk berundur.

“Kamu pergi mana semalam, siang baru balik?” Soalan yang keluar daripada
mulut Badrin. Dia ingin mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Khairiah.

“Rumah kawan.” Jawab Khairiah dengan sangat ringkas. Dia malas nak berbual
panjang soal hidupnya ketika ini. Bukan apa, dia berasa sedikit rimas sekiranya ada
yang masuk campur soal hidupnya.

Badrin hanya tersenyum. Dia masih lagi berhati-hati ketika mengeluarkan
kata-katanya. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini Khairiah asyik marah sahaja. Ada
sahaja yang tidak kena dimatanya.

“Paksu tak halang kamu nak keluar dengan sesiapa pun, tapi kamu kena tahu
jaga diri. Ingat diluar sana bukan orang baik. Kena pandai memilih.” Ujar Badrin
dengan nada suara yang agak lembut.

Tersentap Khairiah apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan leh Badrin.
Entah mengapa pula Badrin boleh menyatakan hal ini kepadanya. “Habis itu paksu
nak cakap yang semua kawan-kawan saya semua jahat? Macamlah paksu ini baik
sangat.”

Badrin menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memikirkan bagaiaman cara yang
sesuai untuk menasihati Khairiah. “Semua orang dalam dunia ini ada kelemahan.
Paksu pun sama, salah ke paksu nak tegur kamu?” Soal Badrin dengan nada suara
yang sangat rendah.

“Tak salah. Tapi saya tahu paksu mesti rasa saya ini tka berguna sebab itu paksu
selalu sangat salahkan saya dalam banyak masalah yang ada.” Kali ini Khairiah
meninggikan suaranya.

Badrin terkejut setelah mendengar segala yang dikatakan oleh Khairiah. Dia
berasa sebak kerana tuduhan seperti itu. “Kamu salah nak. Siapa pun kamu paksu
akan terima kamu. Kamu bukan orang lain, anak saudara paksu juga.” Ujarnya
dengan nada suara yang sangat lembut.

Khairiah terus bangun. Dia tidak mahu lagi berbahas dnegan lelaki itu. Lantas
dia terus mengatur langkah untuk menuju kedalam biliknya. Malas dia ingin
melayan setiap kata-kata yang dilontarkan oleh Badrin.

Didalam biliknya, Khairiah hanya mengalirkan air matanya. Dia tidak tahu apa
yang patut dilakukannya sekarang. Rasa macam nak lari sahaja daripada segala
masalah yang dia sedang hadapi ketika ini.

Badannya terus direbahkan pada katil. Dia terus mengalirkan air matanya. Dia
berasa sangat sedih dan fikirannya masih lagi memikirkan apa yang patut
dilakukannya pada hari-hari seterusnya.

BAB 49

Khairiah termenung sahaja. Hari ini dia tidak tahu apa yang ingin dilakukannya.
Selalunya dia akan bertemu Nazrin, namun tidak untuk hari ini. Dia ingin berehat
dengan sepuasnya.

Matanya terus memandnag keluar tingkap bilik tersebut untk menenangkan hati
dan fikirannya. Adalah hatinya berdebar. Entah mengapa dia merasakan sedikit
keresahan dalam dirinya.

Tekaknya terasa loya. Dia terus berlari untuk menuju kearah bilik air untuk
mengeluarkan segala yang dimakannya pada pagi tadi.

Dia terkejut seketika. Sejujurnya dia tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Ini
adalah kali yang pertama terjadi dalam dirinya.

Setelah itu, dia terus keluar daripada bilik air. Dirinya terhoyong-hayang
bagaikan berada berada di angkasa lepas. Secara tiba-tiba matanya gelap gelita
bagaikan ada seseorang yang sedang menutupi pandangannya.

Mataya dibuka. Dia melihat sahaja keadaan disekelilingnya. Dia terus
memikirkan dimanakah dia berada sekarang. Jelingannya terus diberikan kearah
paksu yang berada di meja doktor.

“Sebenarnya anak pak cik mengandung dua bulan.” Ujar Doktor Zara kepada
Badrin. Dia terus duduk sambil menulis sedikit laporan untuk dijadikan rujukan. Dia
terus melakukan sedikit kerja.

Badrin terdiam sahaja apabila mengetahui apa yang terjadi kepada Khairiah.
Tiada reaksi yang gembira diraut wajahnya. Malah hanya kekesalan sahaja yang
dirasainya ketika ini.

“Oh ya, boleh saya tahu dimana suami dan ayah kepada anak ini?” Soal Doktor
Zara sambil memerhati sahaja sekeilingnya. Dia seakan-akan mencari sesuatu di
sekelilingnya.

“Dia kerja doktor. Lagipun nanti anak saya nak buat surprise untuk suami dia.
Inilah hadiah yang paling bermakna untuk menanti setiap suami di dunia doktor.”
Auta Badrin. Dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar apa yang sudah berlaku
kepada anak saudaranya.

“Oh okey. So pak cik ambil ini dan berikan Khairiah makan ubat yang akan
diberikan. Kalau ada apa-apa, boleh dtang untuk berjumpa saya.” Doktor Zara
memberikan sehelai kertas kepada Badrin sbeelum mereka berdua berpisah.

Ketika di rumah, Khairiah menanti sahaja yang ingin dibicarakan oleh Badrin.
Tidak pernah dia melihat wajah yag sangat serious yang dipamerkan oleh paksunya.
Sangat garang dan menakutkan dirinya.

Badrin memandang kearah Khairiah. Dia tidak tahu apa yang mampu
diperkatakan lagi kepada wanita tersebut. Lantas dia terus memberikan telefon
bimbit milik anak saudaranya. Lantas diberikan kepadanya.

“Untuk apa ini?”
“Kau call lelaki yang dah buntingkan kau dan suruh dia bertanggungjawab.”
Khairiah terus melakukan apa yang dirusuh oleh lelaki tersebut. Dia terpaksa
melakukannya kerana inilah masanya untuk dia berkahwin walaupun tidak bersedia
dan sanggup melalui alam tersebut.
Namun dalam masa yang sama dia kecewa dengan apa yang dilaluinya. Ini
semua nampak seakan-akan menumui jalan kegagalan. “Tak dapat paksu.” Ujarnya
dalam keadaan yang sangat takut. Dia hanya mampu tertunduk sahaja.
Badrin terduduk mendengar segala yang dikatakan oleh Khairiah. Dia cuba
sedaya upaya untuk bersabar sebelum mengatakan sesuatu kepada anak saudaranya.
“Kamu tahu sebab itulah paksu halang kamu nak keluar tengah malam. Bukanya
paksu tak tahu apa yang kamu buat, tapi paksu hanya pekakan telinga dan butakan
mata sahaja.” Balas Badrin dengan sangat kecewa. Dia tidak tahu apa yang patut
dilakukan lagi.
“Kamu fikirkan apa yang terbaik untuk diri kamu. Paksu harap agar apa yang
kamu lakukan selepas ini, adalah yang terbaik untuk diri kamu dan sesiapa sahaja.
Paksu nak masuk tidur dulu.” Sambung Badrin. Dia terus menuju ke biliknya untk
berehat
Kini tinggal Khairiah bersendirian. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Dia menyesal dengan apa yang sudah berlaku. Hatinya mula berasa sedih dengan
kejadian yang telah menimpa dirinya.
‘Ya Allah, aku berdosa dengan segala yang aku telah lakukan. Sungguh pedih
untuk aku lalui. Aku tiada sesiapa lagi. Apa yang harus aku aku lakukan sekarang?”
Bisik Khairiah dalam dirinya. Sejujurnya dia perlukan masa yang sesuai untuk
bertindak.
Langkahnya terus diatur untuk menuju ke biliknya. Dia terus duduk sambil
termenung bagi memikirkan sesuatu untuk dilakukannya. Kalau ikutkan hati,
memang dia ingin keluar dari rumah tersebut tanpa menghiraukan sesiapa pun.

Dia melihat sahaja beg yang berada dibawah katil. Lantas dia terus mengemas
semua pakaian yang berada didalam almari. Dia sudah fikirkan bahawa inilah yang
terbaik untuk dirinya. Biarlah dia berdikari untu menukan apa yang terbaik untuk
dirinya. Walaupun dia tahu kehidupannya selepas ini bukannya mudah seperti yang
disangka.

Dhuha menyisik setelah subuh menjelma. Badrin terus menuju kebilik Khairiah
walaupun dia berasa kecewa dengan apa yang sudah terjadi. Namun hubungan
kekeluargaan tidak akan diputuskan olehnya.

“Khairiah marilah keluar. Paksu ada bawakan makanan untuk kamu.” Pintu bilik
diketuk. Dia inign memujuk anak saudaranya agar dapat mengikut segala arahannya.
Dia berasa kesian dengan ujian yang dihadapi oleh Khairiah.

Badrin merasakan sedikit pelik. Seperti ada sesuatu yang berlaku dialam bilik
itu. Dia terus mmemulas tombol pintu agar dapat membukanya.

Pintu bilik terbuka. Dia terkejut apabila melihat tiada kelibat anak gadis yang
dicarinya. Dia terus meletakkan pinggan yang dibawanya.

“Khariah, kamu dimana nak?” Matanya terus mencari kelibat anak gadis
tersebut. Namun hampa. Dia terus menuju kearah ruang tamu.

Badrin terus menelefon Khariah.dia berharap agar dapat kembali bersama anak
saudaranya. Jauh disudut hatinya ingin mengetahui kemana gadis itu berada. Namun
hampa.

‘Ya Allah Engkau lindungilah Khairiah daripada berlaku sebarang kesulitan
untuknya. Aku berharap agar dia sentiasa sihat dan bahagia.”

Badrin cuba untuk tenangkan dirinya. Dia terus melihat sahaja suasana didalam
rumah tersebut. Nampak sunyi sahaja keadaan didalam rangka rumah tersebut.

‘Aku perlu hadapi semua ini secara bersendirian. Ya inilah masanya untuk
hilangkan apa yang telah berlaku dan aku hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja
untuk kamu Khairiah.’

BAB 50

Azan subuh berkumandang sebagai tanda sudah masuknya waktu solat fardhu
Subuh. Namun malang sekali, bukan semua manusia di muka ini tidak tersedar
daripada lena masing-masing.

Suasana di dalam masjid juga agak sunyi walapun disinari oleh lampu didalam
masjid. Namun seperti biasa, kehadiran jemaah yang hanya hanyalah suam-suam
kuku. Ia boleh dikira dengan jari sahaja.

Khairiah datang menuju ke masjid. Ditangannya ada tubuh bayi yang baru lahir.
Ke dunia ini. Itu adalah anaknya hasil persetubuhan bersama Nazrin. Namun lelaki
itu tidak mahu bertanggungjawab atas anak yang lahir.

Bayi tersebut terus diletakkan diatas rak kasut. Dia terus menuju anaknya
sebelum beredar daripdaa masjd tersbeut. Namun hatinya berasa serbak untuk
meninggalkan anak yang tidak berdosa tersebut.

Dia terus beredar daripada masjid. Dia tidak mahu ada sesiapa pun melihat apa
yang dilakukannya. “Adik tunggu sekejap.” Langkahnya terhenti. Dia terus menelan
air liur kerana apa yang dilakukannya sudah terbongkar.

“Ini anak adik ke?” Suara seorang lelaki menegurnya. Dia tidak tahu sama ada
ingin mengaku atau tidak itu adalah anaknya. “Adik tak kesian ke dekat anak ini?
Tengok dia menangis kerana inginkan ibunya.”

Khairiah tidak mampu untuk menjawab. Dia buntu untuk memberikan jawapan
kepada lelaki tua yang menegurnya. Dia terpaku dan mengharapkan agar ini semua
adalah khayalannya.

“Bawalah balik anak adik ini. Kesian dia. Jangan hukum dia disebabkan
kesilapan dan dosa yang telah kita lakukan. Dia tidak berdosa dik. Kamu boleh
bertaubat dengan apa yang sudah kamu lakukan.” Balas orang tua itu untuk
mengetuk pintu Khairiah.

Tersentuh hati kecil Khairiah setelah mendengar segala yang dikatakan
kepadanya. Dia terus mengambil anaknya dan beredar daripada kawasan masjd. Dia
terus memikirkan kemana hala tujunya selepas ini.

“Adik tunggu sekejap.” Lnagkah Khairiah sekali lagi terbantut. Dia terus
memerhati sahaja apa yang diinginkan oleh lelaki tua tadi. “Pak cik rasa baik kamu
pergi sini. Insya-Allah di tempat ini kamu dan anak ini akan dapat perlindungan
yang sebaiknya.”

“Oleh sebab pak cik itu, saya terus kesini. Kalau tidak disebab lelaki itu, memang
saya tak tahu kemana lagi saya akan pergi.” Balas Khairiah. Dia terus menjeling
sahaja ke dalam perut bilik kerana takut-takut anaknya tersedar dari lena.

Irdina mengangguk. Dia mengerti apa yang dikatakan oleh gadis yang berada
disebelahnya. Namun dia juga dapat merasai segala yang berlaku didalam diri
Khairiah.

“Betul kata pak cik itu. Mengapa saya nak menghukum anak ini atas dosa yang
telah saya lakukan? Anak ini tidak bersalah. Yang bersalah adalah saya.” Khairiah
memberhentikan kata-katanya sambil matanya terus dilarikan pada wajah Irdina.

“Kalau akak nak tahu, saya memang nak buang anak saya jauh-jauh dalam
hidup saya disebabkan malu lahirkannya didunia dengan taraf yang tidak sah serta
tidak berbapa di dunia ini. Tapi kakak, saya tak sanggup lakukannya.” Sambung
Khairiah. Dia mula rasa kesal didalam dirinya.

Irdina terus memeluk tubuh pelatih yang berada disebelahnya. Dia tidak
menjangka bahawa setiap penceritaan itu akan menyebabkan hatinya dijentik dan
diketuk. Kali ini, dia ingin menyenbunyikan apa yang dirasainya daripada
pengetahuan Khairiah.

“Kamu nak tahu, setiap apa yang kamu lakukan ini adalah satu pengajaran untuk
kita semua. Malah kamu adalah seorang yang kuat kerana itu kamu diberikan ujian
yang sehebat ini. Akak yakin kamu boleh lalui semua ini.” Bisik Irdina apabila
berada dalam dakapan gadis itu. Dia akan cuba sedaya upaya untuk memujuk dan
menaikan kembali semangat yang ada didalam diri setiap pelatih disini.

Kedengaran suasa bayi menangis secara tiba-tiba. Khairiah terus menjeling
sahaja kearah anaknya. Mesti anak itu perlukan belaian seoarang ibu. “Akak, saya
pergi dulu. Kalau free kita bual lagi.” Balasnya dan terus beredr untuk menuju
kearah anaknya.

Irdina terus bangun. Dia ingin melihat apa yang sedang dilakukan oleh semua
pelatih. Mana tahu kalau-kalau ada sesatu yang tidk menyenangkan hatinya, dia akan
menegur kesalahan tersebut.

Fatin terus menuju kearah biliknya. Dia baru sahaja pulang untuk bertemu
Sarjan Wani bagi membincangkan sedikit berkenaan dengan peraturan yang telah
dicadangkan olehnya. Alhamdulillah semuanya menenui jalan penyelesaian.

Secara tiba-tiba, difikirannya dilarikan daripada sesuatu yang dikatakan oleh
Sarjan Wani. Tapi dia tidak tahu sama ada segala yang dikatakan itu adalah baik
untuk mereka atau sebaliknya. Kerana ini adalah sesuatu yang berat untuk mereka
hadapi.

“Sebenarnya aku kesian dekat korang bertiga. Yelah kerja korang bukan sedikit.
Semakin hari semakin banyak.” Ujar Sarjan Wani. Dia terus memandang kearah
Fatin yang berada dihadapannya.

Fatin hanya tersenyum sahaja apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan.
Dia cuba untuk menenangkan dirinya seketika. “Sudah nama pun kerja puan,
mestilah banyak. Mana ada kerja yang sedikit. Semua sama sahaja.” Balasnya
dengan nada yang agak selamba.

“Memanglah nama kerja, tapi korang bertiga kena fikir juga, semua pelatih yang
ada ditempat kamu bukan sedikit. So tak akan kamu bertiga tak terasa sedikit lelah
sekalipun?” Balas Sarjan Wani sambil melontarkan suara yang agak sayu kepada
wanita dihadapannya.

Kali ini Fatin hanya tersenyum. Dia terus meneguk sedikit air yang disediakan
oleh Sarjan Wani. “Tak ada apalah kami tak ada rasa penat dalam kerja ini. Wani
jangan risau, kami dah biasa dengan cabaran yang ada didalam pusat itu. Kami akan
hadapi semua itu dengan sebaiknya.” Omel Fatin. Jauh disudut hatinya memang
merasa penat dan ada kalanya berasa sedikit berputus asa dengan kerjanya.

“Kamu jangan cakap begitu. Saya tahu korang semua penat. Tambahan lagi,
pusat kamu akan menerima pelatih tambahan seramai 30 orang. Mustahil kamu
boleh laluinya.” Balas Sarjan Wani. Dia pasti bahawa semua kata-katanya itu sudah
memberikan sedikit kerisauan daam diri Fatin.

Fatin terdiam. Sejujurya itu yang dia takutkan hari ini. Dia risau tidak dapat
memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelatih dibawah jagaannya. Ini
mungkin memberikan sedikit kerisauan di dalam dirinya.

“Kamu carilah seorang lagi pembantu yang bantu kamu di pusat itu. Kalau
kamu setuju, saya boleh carikan.” Balas Sarjan Wani. Dia berharap agar cadangan
ini akan diterima oleh Fatin.

Fatin terdiam. Dia tidak memberikan kata putus berkenaan dengan perbincangan
mereka. Dia perlu pulang dan berbincang bersama Afiqah dan Irdina sebelum
melakukan keputusan.

Fatin masih lagi termenung. Dia terus memikirkan segala yang dibincangkan sebentar
tadi. Dia mula merasakan sedikit kesusahan dengan apa yang dipikulnya. Malah dia
merasakan bebanan itu akan dirasai oleh dua lagi rakannya.

‘Dimana aku nak cari seorang lagi warden? Semua ini bukan kerja yang mudah.
Memag sukar. Tapi adakah Fiqah dan Rina akan bersetuju dengan cadangan ini?’
Bisik fatin dalam dirinya. Dia terus melihat sahaja kearah fail yang berada diatas
meja.

‘Pelatih makin hari makin bertambah. Aku risau tak dapat nak handle saja nanti.
Ya Allah berikan aku petunjuk untuk semua ini.’ Bisik hati kecil Fatin.

Keluhan kecil dikeluarkan oleh Fatin. Dia terus bersandar dan memikirkan apa
yang patut dilakukan selepas ini. Dia tidak mahu memikirkan segala yang
dimaksudkan oleh Sarjan Wani. Bukan masanya sekarang untuk memikirkan soal
itu.

Telefonnya berbunyi. Fatin terus mengambil alat komunikasi itu dan terus
melihat siapa yang menelefonnya. “Hello Afiqah, ada apa kau call aku?”

“Fatin tolong kita ada masalah dekat block 2 tingkat 2. Ada pelatih nak larikan
diri. Jenuh kami memujuknya, tapi tak berjaya.” Balas Afiqah dengan nada suara
yang tergesa-gesa. Dia harap agar bantuan daripada Fatin akan tiba.

Fatin terkeut apabila mendengar segala yang dikatakan oleh Afiqah. “Okey, aku
datang sekarang. Kau cuba tenangkan keadaan dulu.”

Langkah Fatin terus dicepatkan untuk bertemu pelatih tersebut. Dia harap tiada
apa-apa yang berlaku didalam bangunan tersebut. Dia akan cuba untuk
selesaikannya.

BAB 51

FAIL 010: LARI

Suasana dikawasan itu sangat bising dengan ramai pelatih yang cuba untuk
menenangkan keadaan yang agak kacau.

“Shera jangan macam ini. Kamu nak pergi mana? Hari sudah nak gelap. Kalau
kamu keluar sekali pun, kamu tak akan jumpa jalan pulang ke rumah sebab bas, teksi
mana ada di kawasan sini. Kawasan ini terpencil dan jauh dari orang.” Pujuk Afiqah.
Dia terus menarik tangan pelatih itu daripada terus mengoncang-goncangkan pintu
pagar didalam bangunan tersebut.

“Shera, kalau ada apa-apa masalah boleh ceritakan pada para warden. Kami
sedia membantu kamu. Tolong jangan begini. Tak kesian ke dengan kami semua?”
Kali ini Irdina pula cuba untuk memujuk Shera yang nampak tidak mahu berganjak
untuk melakukan niatnya itu.

Shera terus mengoncangkan pintu pagar tersebut. Dia sudah nekad untuk keluar
daripada penjara yang telah mengunci dirinya daripada suasana diluar. Dia sangat
tertekan dengan keadaan yang patut ditempuhinya.

Fatin melangkahkan kakinya untuk melihat apa yang terjadi. Sampai sahaja, dia
melihat ramai pelatih dan dua orang rakannya sedang menenangkan keadaan. Dia
terus mendekati Shera.

“Apa kecoh-kecoh ini?” Kali ini suara Fatin sangat tinggi. Dia terus memandang
sahaja kearah semua yang berada dikawasan tersebut. “Akak nak kamu semua balik
masing-masing dan jangan keluar sehingga akak panggil. Beredar sekarang!”

Semua pelatih yang berada dikawasan itu terus bersurai untuk mengikut arahan
yang diberikan. Mereka terkejut kerana sebelum ini Fatin tidak pernah marah seperti
itu. Ini menunjukkan Fatin akan marah sekiranya mereka tidak mengikut arahan
yang diberikan.

Fatin memandang kearah tiga orang yang berada dikawasan tersebut. Dia
menarik nafasnya dalam-dalam. “Kamu nak lari dari pusat ini. Kamu tahukan semua
perbuatan kamu ini akan dipantau oleh pihak berkuasa. Kamu nak duduk dalam
penjara?” Kali ini suara Fatin tampak lebih tegas.

“Kamu berdua bawa dia ke bilik kaunseling sekarang. Saya ada perhitungan
dengan budak ini.” Pesan Fatin sebelum beredar daripada kawasan itu. Afiqah dan

Irdina terus membawa sahaja Shera untuk menuju ke bilik yang dinyatakan oleh
Fatin. Malah nak melawan kerana melihat ketua mereka yang lebih tegas daripada
biasa.

Fatin terduduk seketika. Entah mengapa kali ini dia berasa tidak selesa dengan
apa yang dilakukannya sebentar tadi. Mungkin kerana dia marah kepada semua
pelatih yang berada didalam kawasan tersebut.

‘Mengapa aku jadi begini? Sepatutnya aku tidak boleh campur adukkan
perasaan aku dengan masalah yang aku hadapi didalam mendidik semua adik-adik
aku. Aku menyesal kali ini. Aku menyesal.” Bisik Fatin. Dia terus bangun dan
melihat sahaja keadaan diluar tingkap biliknya.

“Aku dah lakukan kesilapan sebentar tadi. Macam mana aku nak minta maaf
kepada mereka semua atas apa yang aku telah lakukan tadi?” Mata Fatin terus
bersinar. Dia terus duduk dan tertunduk.

Dalam keadaan yang sama, dia cuba untuk menenangkan dirinya seketika
sebelum bertemu Shera. Bukan apa, kalau dia terus pergi dalam keadaan begini,
memang habis pelath itu akan dimarahinya secara tidak sengaja.

Afiqah hadir ke dalam bilik tersebut. Dia terus masuk sambil tersenyum dan
mengerutkan dahinya seketika sambil matanya memandang kearah Fati yang masih
lagi tertunduk.

“Kau ada apa-apa masalah ke?” Afiqah terus duduk sambil menati sahaja
apa-apa yang ingin dikatakan oleh Fatin yang berada dihadapannya.

Fatin terdiam. Dia tidak tahu bagaimana ingin mengatakan kepada wanita yang
berada dihadapannya. Sejujurnya, dia berada didalam kesusahan dan mengharapkan
agar bantuan daripada rakan-rakannya. Di tambah lagi, fikirannya juga turut
rungsing dengan apa yang telah diberikan oleh Sarjan Wani.

“Kalau kau ada apa-apa yang merungsingkan fikiran kau, kongsilah dengan aku.
Aku sentiasa bersedia untuk mendengar.” Ujar Afiqah dalam keadaan yang ingin
mengetahui apa yang sedang bermain di fikiran fatin ketika ini.

Fatin menggeleng. Dia terus memandang sahaja kearah Afiqah. Baginya biarlah
segala masalah yang dihadapinya ini diselesaikan olehnya sendiri. Dia mahu semua
rakannya itu fokus kepada pelatih yang berada dibawah jagaan mereka.

“Fatin, kita dah mengaku sahajbat. Segala masalah yang kau hadapi ini adalah
masalah kita bertiga juga. Kalau kau terus berdiam diri, bagaimana masalah kau nak

selesai?” Kali ini Afiqah cuba untuk menyelongkar segala perasaan yang dirasai oleh
Fatin.

“Tak ada apalah. Aku rasa sekarang bukan masa yang terbaik untuk kita
bincangkan soal ini.” Fatin terus berhentikan seketika kata-katanya. Dia terus
melarikan matanya kepada Afiqah. “Shera dah ada didalam bilik ke?”

“Dah ada. Dia dan Dina sedang mennggu kau disana.” Jawab Afiqah bagi
menjawab persoalan daripda Fatin. Dia terus bersandar dan menunggu sahaja arahan
daripada ketuanya.

Fatin terus mengambil barang peribadinya. Dia bersiap sedia untuk menuju
kearah bilik kaunseling. “Okey jom kita pergi. Tapi aku nak masa aku masuk ke
bilik itu, kau dengan Dina keluarlah. Biar aku dengan shera sahaja didalam bilik
ini.”.

“Okey bos. Aku pun lepas ini ada kerja lain nak buat. Aku harap kau boleh
selesaikan masalah yang Shera hadapi dengan sebaikya.” Balas Afiqah. Dia tahu
dengan kemapuan yang dimiliki oleh rakannya.

Fatin hanya mengangguk sahaja. Dia faham dengan apa yang diberikan
kepadanya. Lantas kakinya terus menuju ke bilik tersebut dengan hati yang senang.
Malah dia ingin melupakan apa yang telah terjadi kepadanya.

Sampai sahaja didalam bilik, dia terus berhadapan dengan anak gadis yang
sedang dinantinya. Nampak sedikit kegelisahan di raut wajah Shera. Mungkin
sedang memikirkan hukuman yang bakal dikenakan kepadanya atas kesalahan yang
dilakukan.

Afiqah dan Irdina terus keluar untuk membiarkan sahaja mereka berdua dalam
bilik tersebut. Ini adalah arahan yang diberikan oleh Fatin untuk membiarkan sahaja
dia dan Shera.

Mereka berdua berada didalam bilik itu. Fatin terus melihat dan melemparkan
senyuman kepada Shera berada dihadapannya.

“Boleh kamu ceritakan mengapa kamu nak lari dari pusat ini?”Soal Fatin bagi
memberikan ruang kepada gadis itu untuk mengatakan apa yang dirasainya. Dia juga
tidak mahu untuk mengatakan apa yang dirasainya. Dia juga tidak mahu menekan
Shera untuk menceritakan kepadanya.

Shera masih lagi terdiam. Dia tidak mahu utnuk memberikan kerjasama bagi
menceritakan apa yang dirasainya. Malah dia baru sahaja dimarahi oleh Fatin
sebentar tadi.

Fatin sedaya upaya untuk menahan kesabaran yang sedang diuji oleh gadis
tersebut. Dia trus menarik nafasnya dan memikirkan cara untuk memberikan gadis
itu untuk bercerita.

Fatin memberikan sehelai kertas kepada Shera. Dia mengharapkan agar dengan
cara ini akan membolehkan Shera untuk mula berbicara berkenaan dengan apa yang
dirasainya.

“Saya nak kamu lukiskan apa yang kamu rasai sekarang. Kamu jangan risau,
saya akan terima sahaja apa yang diceritakan dan tidak akan menyalahi kamu untuk
segala penceritaan ini.” Balas Fatin sambil melemparkan senyuman kepada Shera.
Dia mengharapkan agar Shera akan mengiku sahaja arahn yang diberikan olehnya
dengan sebaiknya.

Shera terdiam. Dia tidak boleh fokus. Dia teringat apa yang berlaku kepada
dirinya. Mungkin kisah silamnya itu ada mempengaruhi diriya sekarang.

BAB 52

Kehidupan di kampung memang sungguh indah dan nyaman. Derupan angin
sepoi-sepoi bahasa memberikan kesejukan dan kesegaran kepada tubuh yang berada
di kawasan itu.

Shera terus masuk kedalam rumahnya. Dia mencari kelibat sesiapa sahaja di
dalam rumah tersebut. “Assalamuaikum umi.” Panggilnya sambil menanti sahaja
kelibat umi kluar.

‘Mana pula semua orang dalam rumah ini? Mustahil mereka keluar.” Shera terus
mencari kelibat keluarganya didalam rumah tersebut. Kalau keluar, mesti kasut
ataupun selipar tiada. Ini apabila dilihat, kasut dan selipar semuanya ada diluar
rumah.

Kakinya terus melangkah menuju kedalam rumah. Dia ingin berehat bagi
menghilangkan sedikit lelah yang dirasainya setelah pulang dari sekolah.

“Kau jangan ambil duit ini. Kau tahukan duit yang ada inilah nak bagi anak kita
makan. Nak tunggu kau bagi duit, memang sampai kiamat pun belum tentu kau tak
bagi.” Farah sedaya upaya untuk merebut kembali duit dari tangan suaminya. Dia
menjadi sedikit marah.

“Aku nak pinjam sekejap. Nanti aku ganti balik. Aku janji kali ini, memang aku
akan memang besar. Kau jangan risau okey.” Balas Razlan. Dia terus menuju
kehadapan sampai membawa wang yang dirampas dari tangan isterinya.

Shera terus menuju kehadapan ayahnya. Dia ingin menghalang ayahnya
daripada keluar dari rumah. “Ayah bagi balik duit umi. Kesian umi nanti nak makan
apa?” Ujar Shera. Dia harap agar rayuannya itu akan didengari oleh lelaki tersebut.

“Kau siapa nak halang aku?” Balas Razlan sambil menolak tubuh anaknya. Dia
mengira duit yang dirampas dari tangan isterinya.

Shera terus menghalang ayahnya. Dia tidak mahu lepaskan ayahnya kali ini.
“Sudahlah ayah tak kesian ke dengan kamu? Kalau ayah ambil duit itu, kami nak
makan apa?” Kali ini Shera cuba untuk menujuk ayahnya sekali lagi.

Razlan terus bangun. Dia terus memukul anaknya tanpa banyak soal. Farah terus
menghalang suaminya daripada terus memukul anaknya. Mana tidaknya, terasa
serba salah apabila melihat anaknya diperlakukan seperti itu.

Setelah puas, dia terus memandang sahaja kearah anak dan isterinya. “Kau ingat
aku kesah kau makan atau tidak? Lagipun kaukan kerja. Jadi kau boleh saja kau bagi
makan dekat keluarga ini.” Balas Razlan sebelum meninggalkan keluarganya.

Shera terus menangis setelah dipukul oleh ayahnya. Dia terus memegang
tangannya yang sangat sakit dirasa. Entah mengapa pula dia yang dijadikan pemuas
api kemarahan lelaki itu.

Farah terus memeluk anaknya agar dapat menenangkan anaknya. Dia berasa
sangat sedih dengan apa yang dilakukan oleh suaminya. Malah nafasnya juga terus
ditarik dalam-dalam sebelum mengungkapkan sesuatu.

“Umi minta maaf atas apa yang dilakukan oleh ayah tadi. Umi tak tahu nak
cakap macam mana lagi. Kita kena sabar dengan apa yang berlaku kepada diri kita.”
Farah tidak mampu untuk berkata apa-apa buat anaknya.

Shera tidak mampu untuk berkata apa-apa. Tubuhnya menjadi longlai setelah
dibedai oleh ayahnya. Lantas dia terus bangun dengan agak lemah lalu menuju ke
bilik tidur.

Shera hanya mampu menangis sahaja. Dia tidak tahu mengapa hidupnya tidak
seindah orang lain. Hanya kesabaran dan ketabahan bagi menjalani beberapa ujian
yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Mata Shera agak layu. Lantas dia terus terlena sambil menahan kesakitan akibat
dipukul oleh ayahnya. Entah mengapa kali ini dia juga dipukul walaupun dia
hanyalah ingin menenangkan keadaan sahaja.

Farah masuk ke bilik anaknya bagi melihat tubuh anaknya. Sejujurya dia sangat
sedih dengan apa yang berlaku terhadap anaknya. Tergamak Razlan memukul Shera
hanya disebabkan ingin duit untuk berjudi.

Shera tersedar dalam keadaan mamai. Dia tahu bahawa uminya sedang
mengubati lukanya. Dia tidak mahu bergerak dan membiarkan sahaja perbuatan dari
Farah.

“Era, umi minta maaf. Sepatutnya baukan kamu yang kena teruk begini, tetapi
umi. Lan kali, kalau kamu nampak sahaja ayah kamu,” Farah terus menangis. Dia
terus mengubati anaknya.

Shera tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia perlu kuat untuk menghadapi
segala halangan dan rintangan yabak ditempuhinya. Kali ini dia akan cuba untuk
membawa umi untuk keluar daripada kesengsaraan yang dihadapi.

Keesokan harinya, Shera bekerja seperti biasa. Dia ingin melupakan apa yang
berlaku kepadanya semalam. Bukan apa, dia tidak mahu rakannya dan ketua butik
tahu segala masalah yang dihadapi.

“Lambat kau datang Shera.” Soal Aleya apabila melihat rakannya masuk ke
dalam perut butik. Dia terus membetulkan pakaian pada patung agar nampak lebih
cantik dan berjaya memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah dengan cara itu
akan memberikan jualan mereka laku.

Shera terus menuju ke bilik simpanan barang pekerja. Dia membetulkan pakaian
serta wajahnya sebelum masuk ke ruang utama butik tersebut. “Aku ada hal pagi tadi.
Sebab itu aku lambat.” Balas Shera dan terus keluar untuk bersama rakannya.

Aleya hanya tersenyum nipis. Dia terus menuju kearah Shera untuk berbual
seketika. “Ayah kau ada balik ke” Soalnya untuk mengetahui serba sedikit
berkenaan keluarga rakannya.

Shera bagai malas untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Aleya. “Biasalah
Al, kalau dah lama kaki judi, memang jarang nampak dekat rumah. Kalau balik pun
sebab nak duit sahaja. Selain itu, jangan harap nak nampak batang hidung.”
Balasnya sambil mengambil ketas yang berada diatas meja.

Aleya tidak mampu untuk berkata. Dia terus menyambung sahaja kerja yang
dilakukannya sebentar tadi. Bukan apa, kalau mereka terus berbual, nanti akan
dimarahi oleh ketua mereka.

Iman masuk ke dalam butik. Dia terus masuk kedalam untuk melihat apa yang
dilakukan oleh kedua-dua orang pekerjanya. Mana tahu kalau ada apa-apa yang
mereka perluka bantuannya.

“Selamat pagi kak.” Tegur Shera apabila melihat kelibat ketuanya menuju
kedalam butik. Dia terus melemparkan senyuman kepada wanita dihadapannya.

“Selamat pagi Shera, Aleya. Macam mana hari ini, ada apaapa yang boleh saya
bantu?” Balas Iman sambil menunggu sahaja apa yang ingin dibualkan oleh
kedua-dua pekerjanya.

“Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa masalah dari kami. Semuanya okey.”
Balas Aleya pula kali ini. Dia terus menanti sahaja arahan seterusnya daripada
ketuanya.

Iman hanya mengangguk sebelum memberikan arahan kepada dua orang gadis
dihadapannya. “Alhamdulillah. Al, nanti akak nak kamu bagi akaun butik dan
hantarkan pada akak. Era, kamu jaga bahagian hadapan. Kalau boleh, tengok

costumer sambil-sambil itu kamu buatkan kerja lain juga.” Arahan yang diberikan
olehnya sebelum masuk kedalam bilik.

Shera mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh Iman. Dia ingin bekerja
dengan tekun dan rajin agar dapat memberikan sedikit duit kepada uminya. Dia
terpaksa bekerja bagi menyara keluarga. Nak harapkan ayah, dia hanya tahu
menghabiskan duit sahaja dengan berjudi. Kalau balik pun mesti akan menyakitkan
hatinya.

Hari ini merupakan gaji untuk mereka berdua. Shera tersenyum sahaja apabila
mendapat duit untuk diberikan kepada uminya. Dia harap dengan duit ini, akan
memberikan sedikit kesenangan kepada keluarganya.

Sampai sahaja dirumah, Shera terus mencari kelibat uminya. Dia ingin
memberikan beberapa keping hasil dari kerjanya bagi memberikan kesenangan
kepada umi.

“Umi, ambil duit ini buat belanja.” Balas Shera sambil menghulurkan wang
yang berada ditangannya. Dia harap agar Farah menerima pemberiannya. Itulah
antara sedikit bantuan yang boleh dihulurkan kepada keluarganya.

Farah terpaku. Dia teragak-agak untuk mengambil pemberian dari anaknya.
Bukan apa, dia merasakan sedikit terkilan kerana dia tidak pernah memberikan
apa-apa kepada anaknya.

Shera terus memangan tangan umi. Duit tersebut diletakkan di dalam gengaman
Farah, “Umi jangan risau, duit Era duit umi juga. Jaga duit ini elok-elok agar tidak
dicuri oleh ayah.

Farah mengangguk. Dia faham dengan apa yang dikatakan oleh anaknya. Dia
berjanji akan menyimpan segala yang diberikan oleh Shera dengan sebaik mungkin.

BAB 53

Razlan masuk ke dalam rumah tersebut. Dia terus melakukan reaksi yang agak marah
sehingga daun pintu rumah hampir-hampir pecah kerana dihentak olehnya. “Farah,
mana awak?” Jerkah Razlan sambil mencari kelibat isterinya.

Farah dan Shera terus menuju untuk bertemu lelaki yang menjerit diruang tamu.
“Ada apa awak cari saya?” Soal Farah apabila sampai sahaja diruangan tersebut. Dia
berasa sedikit akut dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal
berlaku.

Razlan terus mendekati anak dan isterinya. Dia terus menarik rambut Farah
dengan agak kasar. “Aku nak duit sekarang. Kau nak bagi atau tidak?” Balasnya
sambil tidak memikirkan perasaan Farah yang kesakitan.

Farah cuba untuk menahan kesakitan yang dirasai. Kalau boleh dia tidak mahu
untuk memberika duit yang baru sahaja diberikan oleh anaknya. “Aku tak ada duit.
Semua dut aku kau dan ambil. Jadi aku tak ada apa-apa simpanan lagi.” Auta Farah .

Razlan bengang. Dia terus menampar isterinya dengan sangat kecewa. Matanya
berpaling kearah Shera. Dia terus menarik anaknya sehingga tersungkur ke lantas.
“Aku tahu kau dah gaji. Bagi sni duit kau, nanti aku ganti balik.”

Shera tidak berkata apa-apa. Dia terus memengan dahinya yang sakit kerana
tersembam. Hatinya semakin marah dan mula membenci ayahnya secara tidak
langsung.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap?” Razlan terus bertindak melulu keatas
aaknya. Tanpa memikir panjang, dia terus menampar dan memukul Shera tanpa
belas kasihan.

Farah terus meghalang apa yang dilakukannya oleh suaminya. Dia tidak
sanggup untuk melihat anaknya dipukul dek kerana tidak mendapat duit untuk
melakukan perkara terkutuk.

“Sudahlah abang. Tak kesian ke dengan anak kita?” Farah terus menghalang
suaminya. Ada kalanya juga, dia masih lagi memikirkan apa yang terbaik untuk
menghalang perbuatan itu.

“Kalau abang pukul lagi anak kita, saya tak teragak-agak untuk laporkan pada
pihak polis apa bahawa abang telah memukul kami berdua.” Ugut Farah. Dia harap
agar suaminya berhenti daripada memukul anaknya.

Razlan terus berhenti. Dia terus menandang kearah isterinya dengan pandangna
yang sangat tajam. Ada sahaja yang dia tidak berpuas hati dengan wanita tersebut.
Kalau ikutkan hati, sudah pasti dia ingin memukul lagi kedua-dua keluarganya demi
memuaskan hatinya.

“Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tadi? Kalau kau berani, pergilah
bagitahu. Aku tak takutlah.” Satu tamparan dihadiahkan oleh Razlan kearah isterinya.
Entah mengapa kali ini dia mengamuk tanpa memikirkan sesiapa pun di dalam
rumah.

Shera terkejut dengan kejadian yang dilihatnya. Lantas dia terus menuju kearah
umi dan ayahnya untuk meleraikan pergaduhan tersebut agar tidak bertambah buruk.
Kalau tidak, memang tak akan habis pergaduahan tersebut.

“Ayah sudahlah. Tak kesian ke dekat umi?” Balas Shera sambil menarik lengan
Razlan agar memberhentikan segala perbuatan yang dilakukan itu.

“Kau jangan sibuk boleh tak? Balas Razlan lantas terus menampar dengan
sangat kuat kearah wajah anaknya sehingga menyebabkan Shera tidak sedarkan diri
akibat daripada dipukul dengan agak kuat oleh ayahnya.

“Shera!” Farah terus menuju ke tubuh anaknya. Dia tidak sanggup untuk melihat
anaknya yang terkulai ehingga tidak sedarkan diri.

“Sayang bangun sayang.” Farah mengoncangkan tubuh anaknya. “Tengok apa
yang awak dah buat. Kalau awak datang sini lagi, saya tidak teragak-agak untuk
laporkan hal ini kepada pihak polis. Ingat ini adalah amaran terakhir dari saya.
Sekarang saya nak awak pergi dari sini. Pergi!” Balas Farah dengan apa yang bakal
berlaku kepadanya selepas ini.

Razlan terkejut. Dia tidak pernah melihat Farah marah kepadanya agar tidak ada
tindakan yang seterusnya daripada isterinya.

Kini sudah dua jam Shera tidak sedarkan diri. Ini yang membuatkan Farah Risau.
Mana tidaknya, suaminya tidak pernah mengamuk sehingga menyebabkan anaknya
terkulai.

Shera membuka matanya secara perlahan. Dirinya terasa sangat berat untuk
bangun. Badannya terasa sangat lemah.

Farah terus melihat anaknya. Dia tersenyum sahaja apabila Shera sudah sedar
dari pengsan. “Kamu dah sedar. Alhamdulillah bersyukur kerana kamu tidak
apa-apa.” Dia terus membantu Shera untuk duduk.

Shera memengang kepalanya. Dia berasa sedikit pening. Dia terus memandang
kearah uminya. “Umi apa yang sudah terjadi? Kenapa Era rasa sakit sangat.” Balas
Shera dalam menahan kesakitan yang dirasainya.

Farah cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku kepada mereka berdua.
Dia tidak mahu anaknya ada perasaan marah terhadap Razlan. “Tak ada yang
berlaku. Mungkin kamu penat sangat. Sebab itu kamu pengsan. Kamu rehatlah, umi
nak buat bubur untuk kamu makan.” Balas Farah lantas meninggalkan anaknya.

Shera terdiam. Dia tahu bahawa umi cuba untuk menipunya. Tapi dia tidak
ambil hati dengan apa yang dilakukan oleh Farah. Dia terus mengambil telefonnya
dan menelefon Iman.

“Assalamualaikum Kak Iman. Saya call ini sebab ada benda nak cakap.”
“Walaikumusalam. Ada apa yang kamu ingin katakan?”
“Esok saya tak boleh masuk sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Saya harap
agar permohonan saya akan diterima.”
“Hurm, hal apa yang kamu nak katakan tadi? Kalau terlampau urgent, tak apa.
Esok akak tolak cuti tahun kamu.”
“Terima kasih akak. Sorry kalau ketidakhadiran saya menyusahkan ramai pihak.
Insya-Allah nanti saya akan cover balik semua kerja ang saya telah tinggalkan. Saya
minta diri dulu. Assalamualaikum.”
Panggilan tersebut dimatikan. Shera terus merebahkan tubuhnya secara
perlahan-lahan agar dapat meringankan sedikit kesakitan yang dirasainya.
Farah datang dengan membawa burbu untuk diberikan kepada anaknya. Biarlah
dia tidak makan asalkan anaknya dapat merasa sedikit makan. Tambah lagi, Shera
dalam keadaan sakit.
“Era, mari makan. Umi ada buat bubur untuk kamu.” Balas Farah sambil
meletakkan bubur diatas meja sebelum membantu anaknya bangun. Dia berasa
sangat sedih melihat keadaan yang menimpa anaknya. “Mari umi suapkan.”
Shera hanya mengangguk sahaja sambil membiarka sahaja apa yang ingin
dilakukan oleh Umi. “Umi, mengapa kehidupan kita macam ini. Ada ayah pun kaki
judi. Dia tidak kesian dengan kita ke?”Soal Shera sambil menikmati makanan
dengan agak perlahan.
Farah tidak menjawab soalan yang diberikan oleh anaknya. Dia tidak mahu
mengaibkan suaminya dihadapan Shera. “Kamu makan saja. Kita doakan agar ayah
kembali ke pangkal jalan. Kamu tunggu sini sekejap, umi nak pergi ambil air.”


Click to View FlipBook Version