Amri sampai ke tempat yang telah dijanjikan. Dia melihat Amirah yang
seakan-akan sedang menantinya. Mungkin dia tidak sabar untuk menanti sahaja
kehadirannya.
Langkahnya terus menuju kearah Amira. Dia terus melemparkan senyuman yang
manis untuk diberika kepada wanita tersebut. “Hai sayang. Sorry I late.” Ujar Amri
lantas terus duduk sahaja bersebelahan Amira.
Amira tidak menunjukkan sebarang reaksi. Otaknya sedang giat memikirkan apa
yang bakal dilakukan dalam kehidupannya. “Are you okey?” Satu soalan dilemparkan
oleh Amri.
Sementara itu, Amira terus menghembuskan satu keluhan. Lantas dia terus
memandang kearah Amri dan bersedia untuk menjawab soalan yang diberikan.
“So far okey.” Balas Amira. Ringkas sahaja jawapan yang diberkan olehnya.
Mood untuk menjawab soalan yang diberikan terus hilang bagai dibawa oleh angin
lalu. Entah bagaiman dia terlupa apa yang ingin dibicarakan kepada lelaki yang
berada di hadapannya.
Amri tersenyum. Dia terus memandang sahaja kearah gadis yang berada
disebelahnya. “Saya faham. Awak mesti gaduh lagi dengan ibu awak. Tak payah nak
explain, saya dapat mengagaknya.” Amri terus membaling batu kecil ke tanah bagi
menghilangkan rasa bosan.
“Entahlah awak, saya rasa macam nak lari saja dari rumah. Kadang kala saya rasa
bawa semua masalah saya semakin bertambah. Terbeban saya rasa sekarang.” Adu
Amira. Suaranya terus direndahkan secara automatik.
Amri mendengar dengan penuh teliti sebelum memberi jawapan kepada Amira.
“Awak saya dah cakap. Kalau awak rasa tidak selesa duduk dengan ibu, baik awak
keluar saja dari rumah itu. Nanti saya bagi awak rumah baru.” Cadang Amri. Dia
terus melemparkan reaksi yang agak selamba.
Amira terdiam. Dia sudah memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya. Kali ini
dia pasti ada pilihan yang tepat dan boleh mengembirakan hatinya.
“Hurm, tak apalah, nanti saya fikirkan apa yang terbaik untuk diri saya. Thanks
sebab bagi cadagan untuk saya.” Balas Amira sambil menghembuskan sedikit
keluhan.
Mereka berdua terus bermesraan. Amira dapat merasakan ketenangan apabila
bersama lelaki tersebut. Kalau hari-hari dapat begini, sudah pasti dia sentiasa bahagia
sampai ke penghujung hayatnya.
Petang menyisik tiba. Amira terus melangkahkan kakinya untuk pulang ke rumah.
Hatinya berdebar buat seketika. Harap-harap tak ada sesuatu yang buruk berlaku
kepada dirinya.
Sampai sahaja di rumah, dia melihat ada banyak kasut yang berada di luar rumah.
Nampak seperti ayahnya sudah pulang. Sekiranya ayah pulang, sudah pasti ada benda
buruk yang bakal berlaku kepada dia mahupun ibunya.
Dia mendengar ada pergelutan yang berlangsung di dalam rumah. Dia tidak
berhajat untuk bergaduh. Baginya biarlah keluaganya bergolak. Namun dia tidak
mahu masuk campur.
Kakinya terhenti apabila melihat wajah ayah. Dia terus berlari untuk masuk ke
dalam bilik. Ayahnya terus mengejar kemana arah yang dilaluinya.
“Hoi budak, kau nak pergi mana? Tunggu sekejap.” Kali ini Borhan terus
mengejar anaknya. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada Amira.
Jantung Amira berdegup kencang. Dia terus masuk ke dalam biliknya dan terus
menghempaskan pintu daripada dimasuki oleh ayahnya. Pintu tersebut terus dikunci
penuh rapi.
“Kau keluar sekarang. Kenapa kau degil sangat nak dengar cakap aku.” Ujar
Borhan sambil mengetuk pintu dengan sekuat hatinya. Orang bila sudah ketagih
dadah, perlakuannya sukar dijangka.
Air mata Amira terus mengalir dengan agak deras. Dia tidak tahu mengapa
keluarganya hancur dengan dilanda pelbagai masalah. Baginya, tiada apa yang perlu
dilakukan dan boleh dibanggakan melalui keluarganya.
‘Ya Allah, mengapa ujian yang Engkau berikan ini terlalu berat untuk aku lalui.
Ada kalanya aku rasa Engkau tidak sayangkan aku.’ Bisik Amira dalam dirinya.
Fikirannya terus teringat akan apa yang diperkatakan oleh Amri. Inilah masanya
yang terbaik untuk dia keluar dari rumah tersebut. Dia sudah tidak tahan lagi tinggal
di rumah tersebut.
‘Aku rasa masanya untuk aku keluar dari rumah ini.selamt tinggal semua
kenangan lamaku. Semoga kita berjumpa lagi.” Bisik Amira sambil mengambil beg
bajunya. Lantas dia mengemas semua barang peribadinya secepat mungkin.
Setelah selesai, dia terus mencampakan beg melalui tingkap rumah. Nasib baik
rumah kampung. Memang besar tingkap rumah tersebut. Jadi bolehlah dia keluar
melalui tingkap tersebut.
Setelah keluar dari rumah, Amirah terus berlari dengan sepantas yang mungkin
agar tidak dikesan oleh ayahnya. Dia risau sekiranya nanti dia akan ditangkap dan
akan diperlakukan sesuatu yang tidak diingini.
Langkah Amira terhenti di persimpangan jalan. Dia terus membongkokkan
badannya buat seketika bagi menghilangkan lelah yang dirasainya. Sudah agak jauh
dia berlari. Jadi, elok kalau dia berehat sebentar.
Telefonnya terus diletakkan pada etinga. Dia ingin mengetahui di mana kelibat
Amri. Dahinya berkerut. Nampak seperti tiada sesiapa di dalam panggilan tersebut.
“Mana awak Amri? Time saya perlukan awak sekarang awak menghilang.
Tolonglah jawab panggilan saya.” Degus Amira sambil terus melakukan panggilan
kepada lelaki tersebut. Namun ia berakhir dengan kehampaan.
Amira terus duduk seketika. Dia berasa sangat penat. Mana tidaknya, hari ini dia
tidak berhenti untuk berehat sejak dari pagi tadi.
“Assalamualaikum Amira.” Seorang wanita datang menghampirinya. Dia terus
memandang sahaja sambil memikirkan siapa geranga wanita yang menegurnya.
“Cikgu nak bagitahu yang mak kamu dah tak ada. Cikgu harap kamu akan
bersabar dengan ujian yang kamu lalui sekarang.” Cikgu Fauziah terus
menghembuskan keluhan kepada Amira.
Mata Amira mula berkaca. Dia mesti tidak percaya dengan apa yang
didengarinya. Adakah ini semua benar atau dia masih lagi dalam bermimpi sambil
tidur dengan sangat lena?
Cikgu Fauziah terus menuju kearah anak muridnya. Dia tahu perasaan yang
menyelubngi Amira. “Mari, cikgu teman kamu pulang untuk melihat arwah ibu.”
Pujuk Cikgu Fauziah dalam keadaan yang agak sedih.
Amira mengangguk. Dia mengikut sahjaa kemana arah yang dituju oleh Cikgu
Fauziah. Jantungnya sekana-akan berhenti apabila mendengar maklumat tersebut.
Ujian apa lagi yang Engkau berikan lagi Ya Allah.
Cikgu Fauziah terus mengambil beg pakaian yang dibawa oleh Amira. Dia terus
membimbing anak muridnya untuk menuju kearah rumahnya. Dia turut merasai apa
yang sedang dilalui oleh anak muridnya.
Sampai sahaja di halaman rumah, dia melihat ramai penduduk kampung berada di
rumah tersebut. Kakinya terus berlari untuk melangkah kearah perut rumahnya.
Kedengaran bacaan Surah Yasin kepada sekujur mayat yang berada di hadapan
mereka. Amira terus masuk dan berlari kearah mayat tersebut.
“Ibu!! Bangun ibu. Mira minta maaf kalau selama ini Mira banyak buat dosa
dengan ibu.” Amira terus memeluk tubuh ibunya walaupun cuba dihalang oleh orang
kampung. Namun Cikgu Fauziah membiarkan sahaja perlakuan dari Amira.
“Mira, sudahlah. Jangan meratap macam ini. Kita patut berdoa agar ibu diberi
ketenangan di Sana.” Cikgu Fauziah cuba untuk menarik tubuh anak muridnya agar
tidak meraung kepada mayat tersebut.
Amira tidak mengendahkan segala yang dikatakan oleh cikgunya. Dia masih lagi
meratapi tubuh ibunya. Tangisannya semakin kuat daripada sebentar tadi.
“Lepaskan saya cikgu. Ini ibu saya. Cikgu siapa nak halang saya berjumpa
dengan ibu saya?” Kali ini Amira bertegas agar tidak mahu untuk beredar daripada
mayat ibunya.
Terdiam. Cikgu Fauziah memikirkan untuk memujuk anak muridnya. “Ya, cikgu
tahu. Tapi kamu ingat ibu kamu suka ke tengok kamu macam ini? Dalam Islam juga
sangat melarang kita meratapi orang yang sudah pergi meninggalkan kita.” Balas
Cikgu Fauziah. Dia harap kata-katanya itu akan membuka minda anak muridnya.
Amira terdiam. Dia terus bangun dan menuju kearah luar rumah, dia tidak mahu
bersedih lagi. Makin lama dia disitu, makin mencurah-curah air matanya menyirami
tubuhnya.
Majlis perkembumian Maimun selesai. Orang ramai mula beredar daripada
kawasan perkuburan untuk pulang ke rumah masing-masing bagi menyambung
aktiviti harian mereka.
Amira masih lagi terduduk sambil berlinangan air mata. Dia benar-benar sedih
kerana kehilangan orang yang selalu ada bersamanya. Dia kesal dengan apa yang
sudah berlaku.
“Ibu, maafkan Mira. Mira banyak salah dengan ibu. Mira menyesal kerana degil
dan selalu melawan kata-kata ibu.”Amira terus memandang sahaja pusara ibunya
dengan penuh kesedihan.
Dia merasakan bahawa hidupnya sudah tiada erti. Semua masalah yang melanda
dirinya adalah hasil daripada kesilapanya sendiri. Kini dia akan hadap semuanya
bersendirian tanpa ada sesiapa di sisinya.
“Assalamualaikum Amira.” Amira terkejut apabila mendengar suara yang
menyapanya. Siapa pula yang memanggilnya?
BAB 10
Amira terus memandang kearah belakagnya. Dia melihat seorang wanita yang berada
di belakangnya. “Awak siapa? Kita tak pernah bertemu sebelum inikan?” Soal Amira
sambil menanti sahaja jawapan yang bakal diberikan.
“Saya Fatin. Saya kawan Cikgu Fauziah.” Langkah Fatin terus menuju kearah
berdekatan Amira. “Izinkan akak tolong kamu.” Jeda suara Fatin terus direndahkan
seakan-akan memujuk gadis tersebut.
Amira mengerutkan dahinya. Ada beberapa persoalan yang bermain di mindanya.
“Macam mana akak nak tolong saya? Akak nak hidupkan ibu saya supaya saya boleh
minta maaf atas apa yang saya dah lakukan.” Selamba sahaja dia membalas.
Senyuman sahaja yang dibalaskan oleh Fatin. Dia terus menghulurkan sekeping
name card untuk diberikan kepada Amira.
Amira mengambil sahaja kad tersebut. Dia terus melihat sahaja apa yang
diberikan. “Apa benda yang ada didalam pusat ini? Aku bukan penagih.” Balas Amira.
Dia menafiskan apa yang dialaminya.
Fatin terus melemparkan senyuman. Dia terus menceritakan keadaan yang
sebetulnya di pusat tersebut. Tiada satu pun yang disembunyikan olehnya.
“Akak nak bantu kamu. Akak harap kamu boleh memahami apa yang akak
ceritakan tadi.” Pujuk Fatin. Dia harap agar pujukan darinya akan diterima oleh budak
tersebut.
Amira terdiam. Entah apa jawapan yang akan diberikan kepada wanita
dihadapannya. “Tolong bagi saya masa. Saya tak tahu nak ikut akak atau tidak. Give
me time untuk buat keputusan.” Balas Amira. Dia terus beredar daripada kawasan
perkuburan untuk pulang ke rumahnya.
Fatin terdiam. Dia tidak tahu bagaiaman lagi untuk memujuk anak gadis itu.
Kalau hati sudah keras, memang sukar untuk menerima nasihat mahupun pendapat
orang lain walaupun pendapat itu baik untuk diri mereka.
Amira terus pulang ke rumah. Baginya biarlah apa sahaja yang berlaku, dia tidak
akan meninggalkan rumah yang telah ditinggalkan oleh ibunya. Malah ini adalah
salah satu harta yang ditinggalkan buatnya.
Langkahnya berhenti betul-betul dihadapan rumah. Perasaan sedih terus
menganggu fikirannya. Malah fikirannya juga membayangkan ibu seakan-akan masih
hidup di muka bumi.
Langkahnya sekali lagi diatur untuk masuk ke dalam rumah. Dia terus duduk di
ruang tamu bagi menghilangkan penatnya. Sunyi sahaja keadaan rumah tersebut. Dia
pasti akan merindui suasana rumahnya sebelum ibu meninggal.
Mata Amira terpandang sekeping surat yang berada diatas meja. Siapa pula yang
memberikan surat ini. Mustahil surat tawaran belajar. Lagipun dia belajar bukannya
pandai mana. Ponteng adalah. So macam mana nak masuk universiti.
Sampul surat dibuka. Secara tiba-tiba sebentuk cincin jatuh ke kakinya. Dahinya
berkerut sambil memikirkan siapa punya cincin yang ada bersama surat di dalamnya.
Kehadapan anakanda ibu, semoga sihat dan ceria selalu. Saat kamu membaca
warkah ini, ibu telah meninggalkan kamu buat selama-lamanya.
Ibu ingin minta maaf sekiranya ketika ibu berada di sisi kamu, ibu gagal
mendidik kamu. Sedih ibu tidak mampu mendidik kamu dengan akhlak. Ibu harap
kamu boleh berubah saat ibu pergi.
Sebenarnya ibu tiada harta pusaka yang boleh diberikan kepada kamu. Cumanya
cincin yang ibu berikan ini adalah sebahagian daripada kenangan yang ada bagi
dirimu lebih bahagia.
Gunakan pemberian ini untuk kegunaan pada masa hadapan. Kalau kamu ingin
menyimpannya, simpanlah elok-elok. Itulah kenangan yangg boleh ibu berikan buat
kamu.
Akhir kata, ibu maafkan semua kesalahan yang kamu lakukan di dunia ini. Ibu
juga telah menghalalkan setitis susu yang diberikan buatmu. Semoga kamu bahagia
di dunia ini.
Salam sayang dari ibumu,
Maimun
Air mata Amira terus mengalir. Dia berasa menyesal setelah membaca warkah
yang dikirimkan kepadanya. Dia tidak sangka ibu yang dibencinya selama ini,
mempunyai sifat keibuan yang sangat mulia.
‘Ibu maafkan Mira. Banyak salah yang Mira buat. Mira Menyesal ibu.
Insya-Allah Mira janji selepas ini akan cuba untuk berubah bagi berjaya di dunia ini.
Semoga ibu tenang di sana. Mira harap sangat agar kita boleh berjumpa di Syurga
nanti.’ Bisik hati Amira sambil air matanya tidak henti-henti daripada mengalir
membasahi wajahnya.
Penyelesaian yang dirasainya seperti tiada apa-apa makna. Ibu sdah pergi untuk
selama-lamanya. Nak berbakti jauh sekali. Apa yang harus dilakukannya sekarang?
‘Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa yang aku telah lakukan. Aku menyesal
kerana sekarang aku tidak mampu untuk berbekti kepada ibu. Banyak dosa aku
terhadap ibu. Maafkan aku Ya Allah.’ Doa Amira. Dia tidak henti-henti menangis
kekesalan yang dirasainya. Tidak pernah dia rasa serba salah seperti ini.
Cikgu Fauziah menghentikan kerta di hadapan sebuah rumah kayu. Dia terus
mengambil beberapa barang yang telah diberli untuk diberikan kepada anak
muridnya.
“Assalamualaikum.” Cikgu Fauziah terus memberi salam sebelum masuk ke
dalam rangka rumah tersebut. Dia berasa sedikit pelik kerana tiada sahutan daripada
anak muridnya. Kemana pula hilang Amira?
Setelah tiga kali sahutan tidak disahut, dia terus melangkah masuk ke dalam perut
rumah. Dia mengerrut dahinya seketika. Pintu rumah terbuka, tetapi orang tak ada di
dalamnya.
Dia terus mencari kelibat anak muridnya sehingga dapat. “Mira, cikgu datang.
Keluarlah.” Panggil Cikgu Fauziah. Dia tidak putus-putus untuk mencari kelibat anak
muridnya.
Dahinya mengerut. Kemana pulan hilang Amira? Mustahil sekiranya dia keluar
kerana pintu rumah tidak berkunci. Tambahan lagi selipar gadis itu berada diluar
rumahnya.
Dia terus terus mencari Amira. Hampir setiap ruang di dalam rumah tersebut
dilewatinya bagi mencari anak muridnya. Namun dia masih lagi tidak beremu.
Matanya menjeling kearah jendela. Dia melihat kelibat Amira yang sedang duduk
di dalam pondok. Mungkin ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh anak gadis itu.
Lantas dia terus melangkahkan bagi bersama Amira.
Sementara itu, Amira masih lagi termenung sambil memerhati sahaja keadaan
sekelilingnya. Dia terus menghembuskan keluhan yang sungguh berat.
“Jauh termenung.” Cikgu Fauziah terus duduk di sebelah Amira. Dia bersiap
sedia untuk memulakan perbicaraan bersama Amira.
“Cikgu boleh saya tanya sedikit.” Soal Amira. Dia terus tertunduk kekesalan
sebelum melontarkan soalan untuk diberikan kepada gurunya.
Cikgu Fauziah bersiap sedia untuk memanti sahaja soalan yang bakal diberikan
kepadanya. “Allah boleh maafkan saya ke cikgu, setelah banyak dosa yang saya telah
lakukan?” Soal Amira. Dia harap agar soalannya akan dijawab oleh cikgu di
sebelahnya.
“Kenapa kamu cakap begitu? Cikgu tak faham dengan apa yang kamu ingin
sampaikan.” Cikgu Fauziah ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa yang disampai
olehnya.
“Saya banyak dosa cikgu. Tambahan lagi kesalahan yang saya lakukan memang
sungguh besar.” Air mata Amira mula mengalir. Dia tidak boleh menahan lagi
kesedihan daripada keluar untuk membasahi wajahnya.
“Saya terlalu liar cikgu. Ibu saya pun tak mampu menghalang saya. Sebab itu
saya merasakan bahawa saya tidak akan mendapat kemaafan-Nya. Saya tak layak
menerimanya cikgu.” Amira terus menutup wajahnya sambil tidak henti-henti
daripada menangis.
Wanita di sebelahnya terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Amira. Terdetik
di dalam hatinya untuk membantu gadis itu. “Semua manusia melakukan kesilapan.
Kita banyak dosa. Allah Maha Pengampun. Dengan syarat, kita bertaubat dengan
sebenar-benar taubat.” Balas Cikgu Fauziah. Dia terus memeluk erat tubuh Amira.
“Cikgu tolong saya kembali ke pangkal jalan. Selama ini saya jahil. Saya dah
jauh terpesong dari-Nya.” Ujar Amira dengan nada suara yang tersekat-sekat.
Cikgu Fauziah terdiam. Bagaimana dia ingin membantu anak muridnya?
“Sebenarnya cikgu boleh tolong. Tapi apa kata kamu belajar dengan orang yang lebih
layak.” Balasnya. Dia harap agar Amira boleh menerima apa yang ingin
disampaikannya.
“Siapa yang layak untuk tolong saya cikgu?” Amira menanti sahaja jawapan
daripada cikgu tersebut. Harap apa yang bakal diberikan kepadanya kepadanya
bukanlah harapan palsu.
“Kak Fatin.”
“Cikgu yakin Kak Fatik boleh tolong saya?” Balas Amira sambil memandang
sahaja kearah Cikgu Fauziah yang masih lagi dengan wajah yang agak tenang.
“Ya. Dia ada buka pusat pemulihan akhlak dan di dalam pusat tersebut kamu
akan diajar dengan dengan ilmu agama, kehidupan dan sebagainya.” Pujuk Cikgu
Fauziah. Dia harap pujukannya itu akan berhasil.
Amira terdiam. Dia tidak tahu ingin bersetuju atau tidak dengan cadangan yang
diberikan oleh gurunya. Mungkin kali ini dia akan lakukan keputusan yang terbaik
untuk dirinya.
“Kalau itu yang terbaik, saya akan ikut.” Kali ini Amira memberikan persetujuan
dengan apa yang diungkapkan oleh gurunya.
Cikgu Fauziah tersenyum. Inilah yang pertama kali Amira melakukan keputusan
yang terbaik untuk dirinya. Dia bangga dengan anak muridnya walaupun dia tahu
Amira bukanlah seorang anak murid yang baik seperti murid-murid yang lain.
Selang beberapa hari, Fatin terus darang untuk bertemu Amira dan Cikgu Fauziah.
Dia terus melemparkan senyuman sambil memandang kearah Amira.
“Jadi Mira, sepanjang kami berada di pusat, kami akan mendidik kamu dengan
sepenuh hati kami. Sekiranya kamu berusaha untuk berubah, kamu sendiri akan
melihat perubahan dalam diri kamu.”
Amira hanya mendengar sahaja apa yang sedang diterangkan oleh Fatin.
Harap-harap apa yang diterangkan akan memberi penjelesan dalam dirinya.
“Kamu jangan takut, disana ramai yang sebaya dengan kamu. Jangan pernah rasa
serik untuk berubah. Akak harap kamu kuat untuk mengharungi perjuangan kamu
untuk berubah.” Balas Fatin sambil melemparkan senyuman dan memengang erat
tangan Amira.
Sementara itu, Amira masih lagi terdiam. Dia yakin dengan apa yang telah
dipilihnya. Ini adalah kebaikan dalam dirinya. Jadi tidak perlu rasa menyesal dengan
segala keputusan yang telah dilakukan.
Setelah mendapat persetujuan, Fatin terus membawa Amira untuk meninggalkan
kawasan rumah tersebut. Dia mengambil beg yang pakaian yang telah disediakan oleh
Amira.
Sementara itu, Amira terus menandang sahaja kearah hadapan rumah. Hatinya
mula berasa sedikit sayu. Ini kerana adalah pertama kali dia meninggalkan rumah
tersebut sejak dia dilahirnya.
‘Ini adalah pertama kali aku meninggalkan rumah ini. Banyak kenangan yang aku
telah lakarkan dalam rumah ini. Insya-Allah nanti bila aku bersedia dan sudah
berubah menjadi insan yang lebih baik, aku akan kembali ke sini. Ya Allah Engkau
mudahkan segala urusan kau dalam mencari perubahan di dalam diri ini.’ Bisik Amira
dalam dirinya.
Fatin tersenyum sahaja apabila melihat Amira. Kakinya terus melangkah untuk
mendekati anak gadis tersebut. “Mira, jom kita pergi.” Pujuk Fatin kepada Amira.
Amira hanya mengangguk. Dia terus melangkahkan kaki dengan sungguh berat
untuk meninggalkan rumah tersebut. Namun dia Redha dengan keputusan yang telah
dilakukannya itu.
Semasa di dalam perjalanan, Amira tidak banyak bercakap. Dia terus memandang
kearah suasana kampung. Banyak kenangan yang telah dicetusnya sejak lahir di
kawasan ini.
Fatin menjeling sahaja kearah Amira melalui cermin pandang belakang. Dia terus
membiarkan sahaja apa yang sedang dilakukan oleh Amira. Biarlah Amira
menenangkan dirinya. Nanti lama-lama mesti Amira akan biasa dengan keadaannya.
Setelah beberapa jam di dalam perjalanan, mereka berdua sampai di lokasi yang
dituju. Fatin memberhentikan keretanya di dalam garaj yang biasa diparkirnya.
“Jom kita masuk.” Balas Fatin. Dia terus keluar daripada perut kerrta bagi
menuju ke dalam bangunan tersebut.
Amira terus memandang sahaja bangunan tersebut. Dia terus menghembuskan
sedikit keluhan. ‘Aku harap tempat ini akan jadi tempat yang terbaik untuk aku
berubah kearah yang lebih baik. Aku ingin buktikan bahawa orang yang nakal mampu
berubah.’ Bisik Amira lantas melangkahkak kaki untuk mengikut sahaja arahan yang
dituju oleh Fatin.
Amira terus merenung ke bawah. Kini dia sudah berubah untuk menjadi seorang insan
yang lebih baik. Dia tidak sangka bahawa dia boleh mejadi seorang yang lebih baik.
Ya kenang lampau ada kalanya menganggu fikirannya.
Sementara itu, Fatin terus memandang sahaja kearah seorang pelath yang berada
di kawasan rehat. Dia terus melangkah untuk menuju kearah gadis itu. Mana tahu
kalau-kalau ada benda yang mereka boleh bualkan.
“Kamu buat apa dekat sini?” Soal Fatin bagi mengetahui apa yang dirasai oleh
pelatihnya.
Amira terdiam. Dia terus menarik nafasnya dalam-dalam dan bersiap sedia untuk
menceritakan apa yang dirasai di dalam dirinya.
“Saya sebenarnya tidak tahu bagaiamana perasaan saya sekarang. Saya tak
sangka boleh berubah sampai ke tahap ini. Terima kasih Kak Fatin kerana ada
bersama saya dalam mencari perubahan dalam diri ini.” Ungkapan yang sering
diberikan oleh Amira. Dia terus memandang kearah sekelilingnya.
“Alhamdulillah. Kamu nak tahu, setiap manusia boleh berubah kearah yang lebih
baik. Hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mencari titik perubahan tersebut.”
Fatin memberhentikan kata-katanya untuk diberikan kepada Amira. “Untuk peruahan
dalam diri, kita memerlukan suasana dan mereka yang positif. Kalau tidak agak sukar
untuk kamu berubah.” Sambung Fatin sekali lagi.
Amira sebak apabila mendengar setiap yang dikatakan oleh wanita di sebelahnya.
Dia tidak menyedarinya bahawa ketika itu air matanya secara tiba-tiba jatuh kearah
wajahnya. “Ibu saya pasti bangga dengan segala peubahan yang saya telah lakukan
ini.”
“Siapa sahaja yang tak bangga dengan perjalanan yang kamu lakukan ini. Banyak
perubahan dalam diri kamu. Akak harap kamu boleh teruskan beruba untuk menjadi
seorang yang sangat baik. “ Ujar Fatin. Lantas dia terus mendakap Amira.
Telefon berdering. Fatin terus mengambil telefon tersebut untuk melihat siapa
yang berada di talian.
“Hello, ada apa call saya?”
“Mai office lekaih, kita ada masalah dengan dua orang pelatih yang baru sahaja
ditangkap sebab ponteng program tadi.”
Fatin menarik nafasnya dalam-dalam. Ada apa lagi masalah yang dilakukan oleh
pelatihnya di pusat tersebut. Baru nak rehat sekejap, sudah ada kes baru.
“Okey dalam masa lima minit saya ke sana.”
Panggilan terus dimatikan. Fatin terus memandang sahaja kearah Amira yang
masih lagi berada di sebelahnya.
“Mira, akak terpaksa pergi ke pejabat sebab ada masalah. Akak doakan segala
urusan kamu akan dipermudahkan dan perubahan yang kamu inginkan ini akan
berkekalan sampai ke akhir hayat.” Pesan Fatin sebelum meninggalkan Amira.
Amira faham dengan segala pesanan yang diberikan. Lantas dia melihat sahaja
Fatin yang berlalu pergi. Biarlah dia duduk di sini sebentar untuk tenangkan diri
sebelum kembali ke bilik.
BAB 11
FAIL 002: PONTENG
Jam 10 pagi, di Dewan Utama Pusat Pemulihan Datin Syafiqah
Semua pelatih sedang menuju ke dewan utama kerana ada program bersama
pihak PDRM. Memang ini adalah salah satu program yang diwajibkan kepada semua
pelatih pada setiap 3 bulan.
Dua orang anak muda, Aida dan Aina sedang menuju kearah yang berlainan.
Mereka berdua selalu juga program yang ditetapkan oleh pihak pusat atas pelbagai
alasan.
“Kau pasti ke apa yang kita lakukan ini tiada siapa yang tahu?” Soal Aina.
Matanya terus memandang kearah sekeliling kawasan pusat. Dia berasa sedikit risau
sekiranya perbuatan mereka akan diketahui oleh pihak warden.
Aida terus meletakkan jarinya pada mulut sebagai tanda menyuruh rakannya
senyap. “Orang tak akan tahu kalau mulut kau tak membebel. Baik kau diam sekarang
sebelum kita kantoi dengan warden yang ada.” Kali ini suara Aida bertukar menjadi
tegas.
Mereka berdua meneruskan perjalanan untuk meninggalkan kawasan dewan.
Kakinya terus melangkah bagi menuju kearah kelas yang berjauhan daripada
bangunan tersebut untuk duduk di dalamnya.
Sampai sahaja di tempat yang dituju, Aida terus menutup daun pintu. Lantas dia
terus menuju kearah tempat duduk untuk bersama Aina.
“Kau rasa sampai bila itu akan berlangsung?” Soal Aina sambil duduk dan
menunggu sahaja jawapan yang bakal diberikan oleh rakannya.
Aida menarik nafasnya dalam-dalam dia terus memerhati sahaja rakannya
sebelum menjawab soalan yang diberi. “Selalu dalam tengahari. Tak apa, dalam pukul
1 nanti kita tengok balik sama ada program itu dah habis atau tidak.” Balasnya dengan
suara yang agak perlahan.
Mereka berdua terus berbual berkenaan masa hadapan. Mereka agak boring
kerana duduk di dalam pusat tersebut. Mana tidaknya, segala aktiviti mereka semua
dikawal oleh pihak berkuasa. Mereka juga sedikit tertekan.
Semasa berbual, tiba-tiba pintu kelas terbuka. Aida dan Aina memerhati sahaja
kearah daun pintu. Hati masing-masing berdebar menanti siapa sahaja yang berada di
luar kelas.
Irdina memerhati sahaja siapa yang berada di dalam kelas tersebut. Dia terkejut
apabila melihat dua orang wanita di dalam perut ruangan tersebut. “Kamu berdua buat
apa dekat sini?” Soalnya kepada kedua-dua pelatih yang ditemui.
Aida dan Aina terus terdiam. Entah mengapa mereka tidak mampu untuk
menjawab soalan yang diberikan. Lidah mereka terkelu bagi mendengar sendiri apa
yang berlaku kepada mereka berdua.
Irdina sedikit marah apabila melihat tubuh kedua-dua pelatih. Dia memikirkan
hukuman yang boleh diberikan kepada kedua-dua pelatih tersebut. “Saya nak kamu
berdua ikut saya ke pejabat sekarang.”
Aida dan Aina terus mengikut sahaja arahan yang diberikan. Mereka berdua
menuju kearah pejabat bagi menerima apa sahaja hukuman yang bakal diterima
mereka.
“Wey, macam mana boleh kantoi?” Soal Aina sambil menunggu sahaja jawapan
yang bakal diterimanya. Harap-harap jawapan itu boleh memuaskan hatinya.
Aida terus memandang kearah rakannya. “Manalah aku tahu. Baik kau diam,
nanti lagi teruk kita kena.” Balasnya sambil menolak tangan Aina.
Sementara itu, Irdina yang melihat apa yang dilakukan pelatih dihadapan dengan
perasaan yang agak marah. “Korang nak bergaduh, nanti saya buka gelanggang gusti
untuk kamu berdua. Sekarang pergi pejabat kita bincang apa yang telah terjadi.” Balas
Irdina dengan agak geram. Dia terus mengiringi kedua-dua pelatih itu untuk terus
menuju ke tempat yang ingin dituju.
Sampai sahaja di pejabat, mereka berdua terus duduk di bilik pengetua. Mereka
bertiga terus menanti sahaja apa hukuman yang bakal diberikan oleh warden.
“Kamu berdua tunggu sini sekejap. Kak Fatin nak jumpa kamu.” Balas Irdina
sambil meletakkan telefon diatas meja. Dia terus memandang kearah Aida dan Aina.
“Akak tahu helah kamu untuk lepaskan diri. Kalau kamu menipu, siaplah. Akak
tak teragak-agak untuk menghukum korang tanpa belas kasihah.” Kali ini Irdina
bertegas dengan kata-katanya. Matanya terus merenung kearah kedua-dua pelatih
dihadapannya.
Tidak lama kemudian, Fatin datang sambil membawa dua buah fail di tangannya.
Dia terus menuju kearah Irdina untuk mendengar apa yang sudah terjadi.
“Kes apa mereka berdua lakukan?” Soal Fatin dengan agak tegas. Dia menjeling
sahaja kearah kedua-dua pelatih yang sedang duduk sambil tertunduk.
“Macam biasalah kalau dah nama kaki ponteng, mesti akan mencari helah untuk
ponteng segala program yang kita dah jadualkan. Saya jumpa mereka berdua di kelas.”
Balas Irdina dengan agak serious. Dia terus memandang sahaja kearah kedua-dua
pelatih tersebut.
Fatin menghembuskan sedikit keluhan. Kakinya terus melangkah kearah hadapan
kedua-dua gadis itu. “Aida Amira dan Aina Syahirah.” Fatin terdiam seketika sambil
memandang tepat kearah kedua-dua gadis itu.
“Korang buat apa sampai nak ponteng dari program yang kami telah rancangkan?
Ini bukan sekolah tempat kamu senang-senang sahaja ponteng.” Fatin terdiam
seketika. Dia cuba untuk sabar bagi melayan kerenah kedua-dua pelatih yang
melakukan kesalahan itu.
“Kamu berdua tahu yang setiap program yang diadakan oleh pihak kamu
merupakan acara wajib bagi semua pelatih di sini. Apa alasan kamu?” Soal Fatin
dengan agak tegas. Dia ingin mendengar apa yang bakal diungkapkan oleh kedua-dua
pelatih tersebut.
Diam. Itulah reaksi yang ditunjukkan oleh Aida mahupun Aina. Mereka berdua
tidak tahu apa yang ingin dijawab kepada Fatin.
Sementara itu, Fatin mengaru-garu kepalanya. Setelah itu dia terus memberikan
sedikit keluhan kepada kedua-dua pelatih dihadapannya. “Kamu berdua nak saya
ingatkan balik kisah silam kamu berdua nak berterus terang dengan saya?” Balas
Fatin. Dia ingin mengugut agar kedua-dua pelatih itu memberitahu apa penyebab
mereka ponteng.
Aida dan Aina terus diam. Fikiran mereka secara tiba-tiba terus melayang
bagaiamana mereka berdua boleh dimasukkan di pusat ini. Rasa sangat berdosa
dengan apa yang telah dilakukannya.
2 bulan sebelumnya.
Dua buah beg sekolah terus dibalingkan kearah luar pagar. Beg tersebut tidak
besar, mungkin kerena tuan beg ini sudah merancang untuk ponteng sekolah dengan
lebih rapi.
Seorang pelajar perempuan bersiap sedia untuk memanjat pagar tersebut. Dia
terus memandang kearah rakannya. “Aina, kau tengok-tengok orang juga. Kalau
kantoi, sakit kita.” Ujar salah seorang daripada mereka berdua.
“Kau jangan risau, semuanya selamat. Lagipun bukan baru kita buat benda ini.”
Balas Aina sambil matanya tidak putus-putus menoleh ke kiri mahupun ke kanan bagi
memerhati sekiranya ada sesiapa di kawasan tersebut.
Gadis itu terus terjun untuk menuju keluar daripada kawasan sekolah. Lantas dia
menepuk-nepuk baunya yang sedikit berdebu. “Aina cepatlah, aku rasa line clear.”
Balas Aida. Dia terus memerhati sahaja keadaan dari luar kawasan sekolah.
Aina terus melakukan perkara yang sama seperti Aida. Sambil-sambil itu dia
terus memandang di sekitarnya. Mana tahu kalau-kalau ada yang memerhati kawasan
tersebut. Dia risau sekiranya ada orang yang memandang apa yang mereka telah
lakukan.
Tidak lama kemudian, mereka berdua terus berlari untuk meninggalkan kawasan
persekolahan untuk menuju ke bandar. Kali ini mereka berdua ingin menuju kearah
yang berlainan. Bukan apa, kalau asyik lepak di tempat yang sama, risau nanti akan
dijumpai oleh pihak sekolah.
Setelah berjauhan, mereka berdua terus mengendurkan langkah. Aida memerhati
sahaja rakannya yang termengah-mengah kerana kepenatan akibat daripada larian
yang sungguh laju. “Kau okey tak?”
Aina terus melepaskan lelahnya. Dia terus memandang kearah rakannya. “Okey.”
Ringkas sahaja jawapan yang diberikan olehnya. “So apa plan kau hari ini?” Sambung
Aina sambil menanti sahaja apa yang akan aktiviti mereka.
Suasana sunyi antara mereka berdua. Hanya kendengaran kereta yang lalu lanang
sahaja di kawasan tersebut. “Aku rasa kita lepak kedai makan sebalah sana. Aku
laparlah.” Cadang Aida sambil memandang sahaja kearah rakannya.
Aina mengangguk sebagai tanda setuju. Mereka berdua terus menuju kearah
kedai yang berdekatan. Perutnya juga sudah berbunyi. Jadi lebih baik dia mengikut
sahaja apa yang dicadangkan oleh Aida.
Sampai sahaja di kedai, mereka berdua terus mengambil nasi untuk dinikmati.
Setelah itu, mereka berdua terus mencari tempat untuk menikmati makanan tersebut.
“Kau selalu makan dekat sini?” Soal Aina sambil menyuapkan makanan yang
berada dihadapannya. Sedap juga makanan yang dinikmatinya itu.
Aida meneguk air sebelum menjawab soalan yang diberikan. “Tak pernah
langsung. Tapi, not bad jugalah makanan dekat sini. Sedap.” Balas Aida sambil
menikmati makanan dengan lahabnya. Tambahan lagi, mereka berdua memang
sedang lapar.
Aina tidak membalas. Dia terus menikmati makanan tersebut. Dia ingin
menikmati makanan tersebut sehingga licin. Tak adah membazir makan tersebut
sekiranya dibuang.
Suasana di kedai itu agak riuh dengan kehadiran ramai pelanggan yang keluar
masuk ke dalam kedia tersebut. Memang maju kedai ini walaupun tidak sebesar mana
kapisitinya.
“So lepas ini kita nak pergi mana?” Soal Aina sambil meneguk air yang sudah
dipesannya. Dia terus menunggu sahaja apa yang diracang olh Aida. Dia yakin
rakannya pasti ada rancangan yang menarik untuk mereka lakukan.
Sementara itu, Aida memikirkan apa yang akan dilakukannya. “Aku rasa nak
karoke pun ada. Jom teman aku nak?” Cadang Aida. Dia mengharapkan agar Aina
akan menerima apa yang telah dirancangnya.
“Okey jom. Lagipun makanan aku dah habis. Aku pun nak test suara juga.” Ujar
Aina sambil melemparkan satu senyuman yang agak gembira.
Mereka berdua terus bangun untuk membayar segala yang dimakan. Setelah itu,
mereka berdua untuk keluar daripada kedai tersebut.
Di persimpangan jalan, mereka berdua berhenti seketika. Aida memikirkan
kemana arah yang bakal dituju mereka. Time-time macam inilah nak blank pula.
“So kita nak kemana?” Soal Aina. Dia terus memerhati sahaja arah jalan yang
berada dihadapannya. Kali ini dia mengikut sahaja kemana arah yang ingin dituju.
Aida terdiam. Dia cuba untuk mengingati kembali kemana arah pusat karoke
tersebut. Tidak lama kemudian, dia dapat menginati semua arah bangunan tersebut.
“Jom ikut aku.” Balas Aida lantas mengatue langkah untuk meninggalkan
rakannya. Aina terus mengikut sahaja kemana arah yang dituju oleh rakannya.
Sampai sahaja di bangunan tersebut, Aina terus memdnang sahaja kearah
bangunan tersebut. Ini pertama kali dia dan Aida ponteng sehingga menuju ke pusat
karoke.
Pusat Karoke Happy Family
Mereka berdua masuk ke dalam bangunan tersebut. Lantas terus masuk bagi
menghilangkan kebosanan ketika berada di sekolah.
Hampir beberapa jam mereka berada di pusat tersebut. Mereka berdua terus
pulang ke rumah untuk berehat setelah seharian agak penat berada di pusat karoke.
Kini tibalah masanya untuk mereka berehat bagi menyambung aktiviti mereka pada
keesokan harinya.
BAB 12
Keesokan harinya, Aida terus bangun dari tidur. Di terus memasukkan sahaja baju di
dalam begnya. Apabila selesai, dia terus menuju ke dapur untuk bersarapan bersama
keluarganya.
“Aida, mari sini kita breakfast sekali.” Balas Puan Syazwani. Dia terus
melemparkan senyuman kepada anaknya.
Aida terus melangkah kakiny untuk menuju kearah meja makan. Bilas masanya
pula, keluarganya boleh berkumpul bersama? Selalunya waktu begini, mereka berdua
sudah ke pejabat.
Encik Farhan terus memandang kearah anaknya. Sudah lama dia tidak berbual
dengan anak tunggalnya. “Sekolah macam mana?” Soalnya kepada Amira.
Sementara itu, Aida yang sedang menuangkan air untuk dinikmatinya terus
memandang kearah ayahnya. “Okey. Cumanya sekarang ada masalah sedikit.” Ujar
Aida sambil mengambil roti bakar dihadapannya.
“Masalah? Tell me what.” Encik Farhan terus mengerutkan dahinya sambil
menunggu sahaja segala yang akan diadukan oleh anaknya.
Aida terus mengunyah roti di dalam mulutnya sebelum mengadu masalah yang
sedang dihadapi. “Saya tak cukup duit untuk beli buku.” Adu Aida kepada ayahnya.
Dia harap ada duit belanja untuk hari ini.
Encik Farhan terus mengeluarkan wang kertas berjumlah 100 Ringgit, lalu
diberikan kepada anaknya. “Kalau tak cukup bagitahu. Nanti ayah tambah lagi.” Balas
Encik Farhan lantas terus meninggalkan ruangan makan untuk menuju ke pejabat.
Hanya senyuman sahaja yang tergaris pada bibir Aida. Inilah peluang baginya
untuk mendapatkan banyak duik hasil daripada penipuannya.
Dia terus menikmati makanan tersebut dengan penuh berselera. Setelah habis, dia
terus bangun untuk menuju ke sekolah. “Mummy, Ida pergi sekolah dulu.” Balas Aida
sambil bersalaman dengan mummynya.
Langkahnya terus menuju ke jalan yang berbeza. Dia terus menuju ke tempat
yang telah dibincangkan untuk bertemu. Jauh juga tempat tersebut. Mungkin sebab itu
Aina menyuruh mereka untuk bertemu seawal pagi.
Sampai sahaja di tempat yang ditetapkan, Aina menunggu sahaja kehadiran
daripada rakannya. Jarang sekali Aida lambat. Mesti ada sedikit masalah yang
menimpa rakannya.
Tidak lama kemudia, Aida datang di tempat yang sedang ditunggu olehnya. Dia
terus menanti sahaja apa yang akan dibicarakan oleh rakannya.
“Sorry babe, aku lambat. Kau fahamlah bukan senang nak keluar pagi ini. Family
aku pula lambat pergi kerja.” Balas Aida sambil menghembuskan sedikit lelah yang
dirasainya.
Aina hanya melemparkan reaksi yang agak biasa sebelum melemparkan
kata-katanya. “Okey.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan olehnya. “So sekarang
kita nak buat apa?”
Aida terdiam. Dia terus memikirkan aktiviti mereka. Segalanya perlu dirancang
dengan sebaiknya. “Kita pergi tukar baju dulu. Lepas itu baru aku fikirkan kemana
arah tuju kita.” Balas Adia sambil membetulkan pakaian seragam sekolah.
Aina hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh rakannya. Baginya
sekiranya itu yang terbaik untuk dirinya, dia akan ikut sahaja segala yang telah
dirancang oleh Aida.
Setelah selesai menukar pakaian, mereka berdua terus memasuki sebuah kedai
mamak. Harap-harap penyamaran mereka tidak akan diketahui oleh sesiapa. Kalau
tidak memang mereka akan dimarahi.
“So kita nak buat apa sekarang?” Soal Aina sambil menikmati maggie goreng
yang sungguh enak. Memang itulah yang selalu dipesannya apabila melepak di kedai
mamak.
“Kau tengok telefon kau untuk timetable wayang karang. Aku rasa nak tengok
wayang pula. Bosanlah kalau lepaka dalam mall sahaja.” Balas Aida. Dia harap agar
ada cerita yang best untuk ditonton.
Aina melihat sahaja apa yang disuruh oleh Aida. Dia tersenyum sahaja apabila
melihat segala jadual yang terpapar di dalam jadual tersebut. “Aku rasa cerita ini best.”
Dia terus memberikan telefonnya kepada Aida.
Aida melihat sahaja apa yang diberikan. Dia tersenyum sahaja sambil
mengangguk sebagai tanda setuju memberikan persetujuan kepada Aina. “Kalau
macam itu, lepas makan nanti kita terus pergi ke pasar raya and tempah tiket. “ Balas
Aida. Dia terus mengambil telefonnya untuk melihat thriller movie tersebut di dalam
YouTube.
Mereka berdua terus menikmati makanan sehingga habis. Setelah itu, mereka
berdua terus mengatur langkah untuk menuu ke mall yang berdekatan. Nak cakap
dekat pun tidak sampai hati kerana terpaksa meniaki bas untuk untuk kesana. Jadi
boleh dikatakan sedikit jauh.
Sampai sahaja di tempat yang dituju, kelihatan agak ramai pengunjung yang
keluar masuk daripada perut bangunan tersebut walaupun masih awal pagi. Paling
ramai ialah orang muda dalam lingkungan 20-an.
Aida dan Aina melangkahkan kaki untuk masuk ke perut bangunan. Mereka
berdua berasa sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama.
Sampai sahaja di panggung, Aida terus membeli tiket untuk mereka berdua.
Walaupun agak malah harga tiket, namun mereka tidak kesah kerana dilahirkan dalam
keluarga yang sangat senang.
“Kita nak buat apa sekarang? Tak akan nak duduk sini sahaja selama 2 jam?
Bosan pun ada.” Soal Aina. Dia terus melakukan reaksi yang sunggul sahaja sebagai
tanda di agak bosan.
Aida terus memandang sekeliling sambil memikirkan apa aktiviti yang boleh
dilakukan. “Jom kita pergi butik baju. Aku nak tengok baju yang cantik-cantik. Mana
tahu boleh tertarik ke.” Cadang Aida.
Aina bersetuju. Mereka berdua terus menuju kearah butik yang berada di dalam
mall tersebut. Banyak juga yang dilihat oleh Aida. Memang betul semua baju itu
camtil dan menarik perhatiannya. Namun dia tidak mahu membelinya.
Secara tiba-tiba terpandang seorang yang dikenalinya. Lantas diaterus menarik
tangan Aida untuk beredar daripada butik tersebut untuk berjauhan daripada kawasan
tersebut.
Aida pelik dengan apa yang dilakukan oleh rakannya. Entah mengapa tiba-tiba
sahaja Aina menjadi sedikit mengelabah. Tidak pernah Aina melakukan reaksi seperti
itu.
“Kau apa hal?” Soal Aida setelah mereka berdua berada betul-betul di hadapan
Candy Rogers. Aida ingin mendengar sendiri dari mulut Aina apa yang dilihatnya
olehnya.
Aina tidak terus menjawab. Dia terus memandang sekeliling. “Aku nampak
Cikgu Yana tadi. Sebab itu aku terus berlari ke sini.” Balasnya sambil tergetar-getar.
Aida terkejut apabila mendengr segala yang dikatakan oleh rakannya. Dia terus
menarai rakannya untuk masuk ke dalam francais tersebut.
“Kita duduk sini dulu. Dalam masa beberapa minit, barulah kita bergerak ke
panggung.” Cadang Aina sambil berlalu perg untuk membeli sedikit makanan untuk
dimana bersama. Dalam masa yang sama, dia ingin menenangkan rakannya yang
nampak seakan-akan pucat.
Aina hanya duduk sambil memerhati keadaan sekelilin. Mana tahu kalau Cikgu
Yana datang ke sini pula.
Aida datang kearah rakannya. Dia terus mengerutkan dahinya sambil memerhati
tingkah laku rakannya. “Kau tengok apa?”
“Aku risau kalau Cikgu Yana datang lagi. Sebab itu aku tengok sekeliling.” Balas
Aina sambil matanya tidak putus-putus daripada memandang sekelilingnya.
Aida tidak memabalas apa yang diungkpakan oleh rakannya. Dia terus duduk dan
melemparkan wajahnya yang agak selamba sahaja kerah minuman yang sudah
dibelinya.
“Kau minum ini, then aku nak kau tenangkan diri. Jangan nak fikirkan sangat soal
Cikgu Yana.” Balas Aida sambil menghulurkan air kepada Aina
Mereka berdua terus berbual bagi menghilangkan rasa bosan dikala menunggu
movier yang ingin dilihatnya mengikut jadual seperti yang telah ditetapkan.
Apabila tiba masanya Aida dan Aina terus menuju kearah panggung. Mereka
pergi agak awal kerana tidak mahu berasak-asak untuk memasuki ke dalam bilik yang
telah ditetapkan. Lagipun kalau pergi awak, boleh buang air kecil mahupun besar
sebelum movie bermula.
Suasana terus gelap menunjukkan bahawa movie it uakan dimulakan. Aida dan
Aina terus menonton movie yang ditayangkan sambil menikmati popcorn yang dibeli
sebentar tadi.
Mereka berdua fokus di hadapan. Walaupun filem itu bergenre seram, namun
mereka layan sahaja. Adakalanya mereka berasa sedikit terkejut dengan babak yang
dipaparkan.
Setelah tamat, mereka berdua terus beredar daripada panggung. Kelihat wajah
yang gembira dizahirkan oleh mereka. Mana tidaknya, bukan selalu mereka berdua
dapat meluangkan masa seperti ini. Jadi tidak salah kalau nak berseronok sekalipun.
Langkah mereka diteruskan di hadapan food court. Mereka berpisah untuk
membeli hidangan untuk dinikmati masing-masing. Kali ini mereka tetapkan agar
makan mengikut selera masing-masing.
Setelah itu, mereka berdua terus mencari tempat untuk menikmati makanan yang
telah dibeli. Kali ini agak berbeza sedikit menu yang dibeli oleh Aida.
“Sejak bila kau makan makanan Jepun?” Soal Aina apabila melihat shushi yang
berada di hadapan Aida. Setahunya, Aida tidak pernah makan makanan dari luar
nergara tidak kiralah Jepun ataupun Korea.
Aida hanya tersenyum sahaja sebelum menjawab soalan uang diberikan oleh
Aina. “Selalu juga. Kalau dekat sekolah, aku makan saja apa yang mak cik kantin jua.”
Balas Aida sambil menyuapkan seketul Shushi ke mulutnya.
Aina tidak membalas apa yang diberikan kepadanya. Dia mendapat satu akal
untuk memulakan perbualan ketika itu. “Kau rasa esok kita kena panggil tak sebab
ponteng hari ini?” Soalnya sambil menanti sahaja jawapan yang bakal diberikan oleh
Aida.
Aida terus tersedak apabila mendengar soalan tersebut. Lantas dia terus menyedut
minuman sebelum mengatakan sesuatu keapada Aina. “Entalah. For me, hari ini kita
seronok dulu. Pasal esok, pandai-pandailah kita auta.” Baas Aida sambil
melemparkan senyuman kearah Aina.
Hilang sedikit resah yang berada di dalam diri Aina apabila mendengar apa yang
dikatakan oleh rakannya. Baginya dia paling risau sekiranya apa yang dilakukan ini
kantoi kepada keluarganya. Apa alasan yang akan dijawab nanti bagi melepaskan diri.
“Kau jangan risaulah, aku tah nak jawab apa kalau kantoi esok. Kau chill saja.
Sekarang let’s happy and enjoy your life.” Sempat Aida mengeyitkan matanya kearah
Aina.
Setelah itu, mereka berdua terus melawat suasana shopping mall tersebut. Hampir
setiap kedai dijelajah oleh mereka. Pendek kata, tiada satu pun yang tertinggal.
Setelah beberapa jam, mereka berdua terus pulang ke rumah masing-masing.
Aida terus membukat setiap bungkusan yang dibelinya sebentar tadi.
‘Seronok juga kalau setiap hari macam ini. Tapi kena berhati-hati, risau terkantoi
pula.’ Bisik Aida sambil terus terbaring bagi menghilangkan lelahnya.
Keeskan harinya, Aida seperti biasa akan menuju ke sekolah. Dia melakukan
reaksi yang agak biasa kerana tidak mahu semua orang mengesyaki apa yang terjadi
semalam. Kalau tidak, memang hais dia kena soal siasat oleh pihak sekolah.
Aina terus masuk ke kelas dan menuju kearah rakannya. Dia terus duduk sambil
memandang tepat kearah Aida. “Hai babe.” Soalnya dengan agak gembira.
“Happy nampak.” Soal Aida apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh
rakannya. Tidak pernah Aina menunjukkan reaksi yang sangat gembira.
Hanya kedengaran gelak yang kecil sahaja daripada Aina sebelum menjawab
kata-kata yang diberikan oleh rakannya. “Memang happy bos. Kalau tidak memang
kantoi sebab kita tak hadir semalam.”
Aida terus menarik rakannya dnegna agak kasar. “Kau jangan cakap kuat-kuat.
Kalau kantoi, memang sakit kita. Ingat semalam pun hampir-hampir Cikgu Yana
nampak kita.” Bisik Aida kepada rakannya.
Aina hanya mengangguk sahaja. Dia akan cuba untuk berhati-hati di dalam setiap
perbicaraan dan pergerakannya agar tidak disyaki oleh sesiapa.
Seperti biasa, mengikut jadual pihak sekolah akan melakukan perhimpunan untuk
setiap pagi. Ini adalah untuk memudahkan kepada semua guru kelas untuk mengambil
kehadiran setiap murid.
“Aida, Cikgu Yana nak jumpa kau dengan Aina di bilik disiplin sekarang.” Balas
Tisha sekali ketua kelas. Dia terus beredar untuk kembali masuk ke dalam barisan.
Aida dan aina tersentak. Mereka berdua seakan-akan dapat mengagak apa yng
akan disoal oleh guru itu.
“Kau rasa Cikgu Yana nak sembang apa dengan kita?” Soal Aina sambil
melangkahkan kaki bagi menuju kearah bilik disiplin.
Aida terdiam buat seketika sambil memikirkan jawapan yang akan diberikan.
“Aku rasa mesti ada kena mengena dengan semalam. Tapi kau jangan risau, aku dah
fikiran jawapan yang selamat untuk kita.” Balas Aida sambil melemparkan senyuman.
Aina hanya mengikut sahaja seperti yang dicadangkan oleh Aida. Dia yakin
bahawa Aida ada jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Cikgu Yana.
Sampai sahaja di hadapan bilik tersebut, mereka berdua terus berdiam sambil
membuka kasut. Setelah bersiap, langkah diatur untuk menuju ke badan bilik tersebut.
Setelah masuk sahaja, mereka berdua terus melihat kearah Cikgu Hanif yang
duduk seakan-akan menanti sahaja kehadiran mereka. Disamping itu, Cikgu Yana
juga tidak ketinggalan duduk di bilik tersebut.
“Saya minta izin dulu. Saya ada kelas pagi ini.” Balas Cikgu Yana sebelum
bngun untuk meninggalkan mereka bertiga di dalam bilik tersebut. Sempat juga dia
menjeling kearah kedua-dua anak muridnya.
“Aida, Aina sila duduk.”Arahan yang diberikan oleh Cikgu Hanif kepada dua
orang anak muridnya.
Aida dan Aina hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh cikgu terswbut.
Jantung mereka berdebar sahaja sambil menanti sahaja apa yang akan diungkapkan
oleh cikgu yang berada di hadapan mereka. Mereka dapat mengagak apa yang bakal
dipersoalkan kepadanya.
Cikgu Hanif kelihatan agak tenang. Dia terus memandang tepat kearah kedua-dua
anak muridnya. “Korang berdua tahu mengapa kami di panggilan ke sini.” Soal Cikgu
Hanif bagi memulaka perbualan mereka.
Diam. Itulah reaksi yang diberikan oleh mereka berdua. Disamping itu, mereka
berdua terus menepuk peha satu sama lain untuk memberi tanda agar menjawab
soalan yang diberikan.
Cikgu Hanif cuba untuk menahan sabarnya sambil melihat sahaja kedua-dua anak
muridnya yang secara tiba-tiba keras membatu.
Sehelai kertas terus diambil. Cikgu Hanif melihat sahaja laporan yang diperoleh
berkenaan dengan kedua-dua murid di hadapannya.
“Aida Amira dan Aina Syahirah. Kesalahan yang dilakukan adalah memanjat
pagar dan lari dari kawasan sekolah dua hari lepas. Alasan apa awak kali ini.” Balas
Cikgu Hanif sambil menunggu sahaja apa yang ingin diberikan kepadanya.
Mereka berdua terkelu. Nampak apa yang mereka lakukan dua hari lepas sudah
terbongkar. Namun bagaimana semua ini boleh diketahui oleh pihak sekolah?
Cikgu Hanif terus meletakkan laporan tersebtu diatas meja sambil memandang
sahaja kearah Aida dan Aina. “Kamu berdua tiada alasan untuk diberikan? Kalau tak
ada, kamu berdua memang ingin melarikan diri dari kawasan sekolah dengan niat.”
Kata-kata tersebut terhenti seketika.
“Saya sebenarnya sudah letih dengan laporang berkenaan kamu berdua. Setiap
hari, ada sahaja laporan dari cikgu-cikgu mahupun pengawas sekolah. Kamu berdia
ingin belajar disini atau tidak?” Sambung Cikgu Hanif sekali lagi.
Aida dan Aina berdiam diri sahaja sambil mendengar apa yang dikatakan oleh
guru tersebut. Mereka sudah biasa mendengar segala bebelan daripada guru tersebut.
Cikgu Hanif terus melemparkan keluhan sebelum memberkan kata-kata kepada
mereka berdua. “Saya tak nak cakap banyak. Ini adalah amarah yang terakhir dari
saya. Kalau kamu berdua buat hal lagi, saya tak teragak-agak untuk panggil
kedua-dua keluarga kamu.” Cikgu Hanif terus membenarkan kedua-dua muridnya
untuk masuk ke kelas.
Aida dan Aina terus beredar daripada bilik disiplin. Mereka berdua hanya diam
sahaja sambil melangkahkankaki untuk menuju ke kelas.
“Kau nak pergi kelas ke?” Soal Aida sambil memberhentikan langkahnya. Dia
terus memadang sahaja kearah Aina yang berada di sebelahnya. Aina tidak banyak
bicara sejak pagi tadi.
Aina terdiam. Dia terus memikirkan sesuatu. “Entahlah. Aku tasa tak ada mood
sebenarnya untuk study hari ini.” BalasAina dengan suara yang agak suram.
Aida terus membisikan sesuatu. Dia harap agar Aina menerima segala cadangan
darinya. “Kalau macam itu, aku setuju. Jom kita pergi sekarang.” Balas Aina dengan
agak gembira.
Mereka berdua terus menuju kearah tempat yang dikatakan oleh Aida. Kali ini
mereka betul0betul yakin untuk ponteng dari sekolah. Buat apa sekolah kalau mood
belajar hilang begitu sahaja. Lebih baik ponteng dan berhibur sampai habis waktu
sekolah.
BAB 13
Suasana agak binggit pada pagi setelah tamat sahaja waktu perhimpunan mingguan
apabila selesai sahaja dua hari bercuti. Semua murid berpusu-pusu bergerak untuk
masuk ke kelas masing-masing bagi menyambung pembelajaran dan pengajaran
seperti biasa.
Aida melangkah dengan lemah untuk ke kelas. Entah mengapa kali ini dia berasa
sangat mengantuk. Nak kata semalam tidur lewat, seawal jam 11 malam dia sudah
berdengkur sambil dibuai mimpi.
Sampai sahaja di dalam kelas, dia terus membongkokkan badannya seakan-akan
terbaring. Dia berhajat untuk tidur sekarang. Hal ini kerana selepas ini adalah mata
pelajaran yang paling lemah untu dia pelajari iaitu Matematik.
Cikgu Azwa masuk ke dalam kelas tersebut bagi meneruskan pembelajaran. Dia
terus memandang tepat kearah anak muridnya.
“Okey, kita akan sambung pelajaran pada minggu lepas. Tapi sebelum itu saya
nak tengok kerja yang saya bagi kamu. Siapa tak siap, sila bangun dan buat dihadapan
kelas.” Bebel Cikgu Azwa dengan suara yang agak lantang.
Semua murid terdiam. Semua mata memerhati sahaja kearah guru yang berada di
hadapan merka. Nampak macam marah sahaja cikgu ini.
“Okey, so let’sgo fot the first question.” Cikgu Azwa terus mengambil pen
whiteboard dan menulis soalan yang diberikannya semalam di hadapan kelas.
Aida hanya memandang apa yang ditulis oleh gurunya. Persaan mengantuk
semakin menyelubungi dirinya. Matanya semakin berat dan menunjukkan tanda-tanda
untuk terlelap.
Akhirnya dia tewas jua dalam pertarungan melawan mengantuknya. Dia terlena
begitu sahaja tanpa memikirkan siapa di hadapannya.
Cikgu Azwa terus memerhati sahaja anak muridnya. Perasaan marahnya sedikit
meningkat apabila melihat tingkah laku yang ditunjukkan oleh Aida.
“Aida bangun!” Jerkah Cikgu Azwa sambil memandang tepat kearah tubuh Aida
yang separa sedar. “Saya nak kamu jawab soalan ini.” Cikgu Azwa terus
menunjukkan soalan yang diberikan.
Aida terus bangun dan menuju kearah papan putih. Dia termenung sahaja sambil
memerhati soalan yang diberikan kepadanya.
“Lain kali, kalau saya mengajar sila fokus. Jangan tidur. Tengok soalan yang
senang macam ini pun kamu tak boleh nak jawab. Sebagai denda, saya nak kamu
berdiri di luar kelas.” Arah Cikgu Azwa dengan sangat marah. Dadanya juga sedang
berombak-ombak bagi menahan bengang yang dirasa.
Aida terus mengikut sahaja arahan yang diberikan. Semua mata di dalam kelas
memandangnya sambil mengeluarkan gelak yang sinis kerana melihat Aida yang di
denda oleh guru yang mengajarnya.
Aida hanya berdiri sambil memerhati keadaan di luar kelas. Malas dia nak
mendengar apa yang dibincangkan di dalam kelas. Bukan apa, dia berasa sakit hati
sahaja apabila mendengar suara daripada cikgu di dalam kelas tersebut.
Setelah sejam masa berlalu, Cikgu Azwa memanggil Aida untuk menghadapnya.
Aida mengikut sahaja arahan yang diberikan dan terus melangkah untuk berhadapan
guru tersebut.
“Saya nak kamu berjaya dalam pejalaran. Tak kesah sama ada subejk saya atau
guru lain. Kamu kena ingat yang kamu akan menghadapi peperiksaan yang sungguh
besar tahun ini. Saya tak nak tengok kamu gagal. Sebab itu saya marah dan denda
kamu.” Balas Cikgu Azwa sambil memandang Aida dengan penuh kasihan. Jeda
suaranya turut diturunkan dengan serendahnya.
Aida hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak membalas apa yang disampaikan
kepadanya. Sebenarnya dia sendiri tidak mahu mendengar segala bebelan
daripadaguru tersebut. Buat panas telinga sahaja.
“Saya nak kamu buat soalan di dalam buku teks muka surat 56. Next class saya
nak tengok.” Balas Cikgu Azwa sebelum mengemas barangnya dan beredar daripada
kelas.
Aida tidak menjawab. Dia terus merenung sahaja kearah Cikgu Azwa yang
melangkah keluar daripada kelat dengan perasaan yang sangat marah. ‘Kau belum
kenal aku siapa lagi. Jadi jangan harap kau boleh arah aku sesuka hati kau.’
Jauh di sudut hatinya berasa marah dengan apa yang dikenakan kepadnya. Mana
tidaknya, dia tidak pernah kena denda walaupun sedikit. Ini adalah kali pertama dia
dikenakan tindakan daripada guru yang mengajarnya.
Semasa waktu rehat, Aida tidak makan. Dia tiada selera untuk menikmati
walaupun sedikit makanan yang dijual di kantin sekolah. Hatinya masih lagi panas
dengan apa yang berlaku.
“Kau tak makan ke? Karang lapar jangan nak suruh aku temankan kau keluar
daro sekolah untuk kau berehat.” Balas Aida sambil menikmati makan pagi.
Aida tidak menjawab apa yang disaolankan kepadanya. Dia terus menarik
nafasnya dalam-dalam sambil memikirkan apa aktiviti mereka selepas waktu rehat.
“Memang aku nak ajak kau lepas pun lepak sini. Malas aku nak masuk kelas
lepas ini. Otak aku memang tak boleh masuk apa yang disampaikan oleh semua cikgu
di sini.” Adu Aida. Dia terus meneguk sedikit air bagi memabasahi tekaknya.
Aina tersenyum nipis sahaja apabila mendengan aduan daripada rakannya. Dia
dapat mengagak apa yang berlaku kepada Aida. “Kau masih marah dengan Cikgu
Azwa sebab dia denda kau tadikan?”
Mata Adia terus memandang tepat kepada rakannya. Dia hanya melemparkan
wajah yang agak serabut kepada rakannya. “Yup. So sebab itu aku rasa mood aku
terus hilang sekarang. Kalau kau nak ke kelas sambung belajar sampai dapat straight
A pergilah. Aku malas.” Ujar Aida dengan agak tegas. Kali ini dia sudah bertekad
untuk ponteng kelas seterusnya sehingga tamat waktu persekolahan.
Aina tergelak kecil apabila mendengar segala yang dilontarkan kepada rakannya.
Dia terus memandang kearah Aida. “Pernah ke aku tak follow kau? Tunggu sekejap
aku habiskan segala makanan ini kemudian kita pergi.” Balas Aina sambil menikmati
makanan tersebut dengan agak pantas.
Aida hanya tersenyum sahaja apabila mendengar segala yang diberikan oleh Aina.
Dia tahu bahawa Aina tidak akan meninggalkan dirinya untuk melakukan segala
aktiviti secara berseorangan.
Setelah menikmati makanan, mereka berdua terus menuju kearah pagar sekolah.
Kali ini mereka berdua tekad untuk keluar daripada sekolah tersebut dan pulang ke
rumah.
“Tengok orang juga. Aku risau nanti pisang berbuah dua kali.” Balas Aida kearah
rakannya. Matanya tidak putus-putus menoleh ke kiri dan kanan.
“Aida, Aina!” Jeritan Cikgu Hanif kedengaran. Aida dan Aina tersentak apabila
mendengar suara tersebut. Tak akan kantoi lagi kali ini.
Langkah Cikgu Hanif terus mendekati anak muridnya. Dia berasa sangat marah
dengan apa yang disaksikannya. “Turun dan ikut saya ke bilik disiplin sekarang.”
Suara cikgu itu sunggh tegas daripada sebelum ini.
Kedua-dua anak murid mengikut sahaja apa yang diarahkan kepada mereka. Aida
dan Aina tidak banyak bercakap semasa di dalam perjalanan untuk menuju ke bilik
tersebut.
Sampai sahaja di dalam bilik, Cikgu Hanif hanya menatap sahaja kearah
kedua-dua anak muridnya. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan marah yang
dirasainya.
“Kamu berdua nak pergi mana? Kamu tahukan sekarang masih di waktu
persekolahan. Kamu nak ponteng lagi?” Kali ini Cikgu Hanif terus menyatakan apa
yang dilakukan oleh dua orang anak muridnya. Di samping itu, dia cuba untuk
menahan marahnya daripada terus meletus.
Aida terdiam. Dia tidak tahu apa alasan yang patut diberikan kepada cikgu yang
berada di hadapannya. Dah terbukti mereka bersalah. Bagi alasan apa sekali pun,
mesti tak akan lepas. Jadi lebih baik diamkan diri sahaja.
Cikgu Hanif terus membetulkan kedudukannya sambil menyatakan sesuatu.
“Kamu lupa bahawa saya telah berikan amaran terakhir kepada kamu berdua tempoh
hari.” Cikgu Hanis cuba untuk bermain permainan minda kepada kedua-dua murid di
hadapannya.
Aida dan Aina tersentak dan serentak memandang ke lantai. Kali ini habislah
mereka sekiranya Cikgu Hanif memanggil keluarga mereka untuk datang ke sekolah.
Lagi terus mereka akan dimarahi oleh keluarga masing-masing.
“Kamu berdua jangan risau sebab saya tak akan beritahu perkara ini kepada
kedua-dua ibu bapa kamu. Sebab saya tak nak panjangkan kes kamu.” Balas Cikgu
Hanif sambil menghembuskan sedikit keluhan.
Aida dan Ana tersenyum sahaja apabila mendengar apa yang dikatakan oleh guru
disiplin itu. Nampak kali ini mereka ada harapan untuk lepas.
“Kamu jangan seronok sangat sebab saya akan hantarkan surat ini untuk ibu bapa
kamu berdua. Ingat pastikan surat ini sampai kalau tidak, saya tidak boleh bantu kamu
lagi kalau ada sebarang perlanggaran disiplin yang kamu lakukan.” Balas Cikgu Hanif
sambil menghulurkan sepucuk surat kepada kedua-dua murid dihadapannya.
“Kamu berdua oleh beredar sekarang. Ingat pa yang saya katakan tadi.” Pesan
Cikgu Hanis sebelum melepaskan kedua-dua anak murinya beredar dari biliknya.
Memo: Digantung Sekolah Sekiranya Melakukan Kesalahan Disiplin Yang
Sama
Aida membaca apa sahaj surat yang diperolehinya. Dia hanya tersenyum.
Baginya seberapa banyak amaran dia tidak kesah. Dia suka hidup begini.
‘Kau ingat aku nak sampaikan surat ini kepada mummy dan daddy? Kirim salam
saja pada surat yang berikan ini.’ Bisik Aida sambil mengoyak surat tersebut. Lantas
dia terus membuangnya di dalam longkang.
Dia terus mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jauh di fikirannya
memiirkan port yang bru untuk dia ponteng selepas ini. Tak boleh buat cara yang
sama sebab sudah banyak kali ditangkap. Jadi kena guna cara yang lain pula untu lari
dari sekolah. Tapi, bagaimana caranya dan dimana tempatnya?
BAB 14
Selang beberapa minggu.
Aida terus membawa Aina menuju kearah yang berlainan. Kali ini mereka berdua
sekali lagi akan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Mereka berharap agar kali ini
segala yang dilakukan akan menermui jalan kejayaan.
“Kau nak bawa aku pergi mana?” Soal Aina dalam keadaan yang sedikit
binggung. Dia memerlukan jawapan segera dengan apa yang dilakukan oleh
rakannya.
Aida hanya menjeling sahaja kearah rakannya. “Kau jangan banyak tanya boleh
tak? Ikut sahaja kemana aku pergi.” Balas Aida dengan suara yang agak lantang. Dia
meneruskan perjalanan tanpa sebarang kata-kata.
Aina terdiam sahaja apabila mendengarr segala yang diungkapkan oleh Aida. Dia
hanya mengikut sahaja kemana arah yang dituju oleh rakannya. Dia pasti ada sesuatu
yang disembunyikan oleh rakannya.
Sampai sahaja di belakang bangunan sekolah, mereka berdua terus melihat kearah
semak yang berada di kawasan tersebut. Aina masih lagi pelik dan banyak persoalan
yang bermain di mindanya.
“Mulai hari ini, aku nak kita lepak sana. Kau jangan risau, kali ini tak akan orang
yang mengetahui segala gerak-geri kita. Tambahan lagi, pondok sana jarang
dikunjungi orang.” Balas Aida. Dia tersenum sambil memandang kearah pondok yang
berdekatan.
Aina mengangguk setuju dengan apa yang diungkapkan oleh rakannya. Mereka
berdua terus menuju kearah pondok tersebut.
Sampai sahaja di dalam pondok, Aida terus terbaring sambil mengeluarkan
telefon bimbit miliknya. Dengan adanya gadjet tersebut, dia tidak akan bosan untuk
didi di dalam pondok itu dalam jangka masa yang lama.
“Macam mana kau tahu pondok ini? Setahu aku memang jarang orang tahu dekat
sini ada pondok.” Soal Aina sambil memandng sahaja keadaan pondok tersebut.
Walaupun nampak usang, namun sudah cukup untuk dijadikan tempat melepak.
Aida terus duduk sambil memandang kearah rakannya. Dia meletakkan telefon
sebelum menjawab soalan yang diberikan. “Adalah. Disebabkan tempat ini kurang
orang kunjungi, so kita boleh lepak disini sampai habis waktu sekolah.” Jawabnya
sambil tersenyum lebar.
Aina faham dengan apa yang dikatakan oleh rakannya. Dia gembira apabila
berada di pondok tersebut. Bukan setakat orang tidak tahu, malah angin di situ juga
terdapat angin yang bertiup sepoi-sepoi bahawa untuk menyejutkan lagi kawasan
tersebut.
Mereka berdua terus berehat sambil memandang kearah telefon masing-masing.
Nampak sedikit kegembiraan melalui reaksi yang ditonjolkan oleh dua anak gadis di
dalam pondok tersebut.
“Kau yakin ke tak ada orang yang tahu tempat ini?” Soal Aina untuk kepastian.
Ini kerana secara tiba-tiba sahaja rasa tidak enak.
“Kenapa kau tanya?”
“Aku rasa tak sedap hatilah. Macam ada benda yang akan terjadi.” Jujur Aina.
Dia terus melemparkan reaksi yang sedikit gelisah. Malah dia juga agak takut dengan
apa yang sedang dilakukan.
Aida terus bangun dari pembaringannya bagi memandang kearah Aina. “Kau ada
masalah ke? Kalau ada, sharelah dengan aku.” Balas Aida. Dia ingin mengetahui apa
yang sedang dilalui oleh rakannya.
Aina terdiam. Dia hanya mengeleng sahaja sebagai jawapan kepada soalan yang
diberikan kepadanya. Biarlah rahsia itu dia simpan daripada pengetahuan rakannya.
Aida tidak mahu menyoal lagi. Dia kembali baring sambil memakai earphone
bagi mendengar bagi mendengar lagu yang dimainkan melalui telefonnya.
Mereka berdua terus melakukan aktiviti sendirian ketika berada di dalam pondok.
Mereka tidak mahu untuk menganggu mood masing-masing yang nampak
seakan-akan gembira.
Tidak lama kemudian, Aida memandang kearah Aina yang sudah terlena. Dia
terus menutup mulutnya yang menguap secara tiba-tiba.
Aida terlelap. Dia tidak dapat menahan mengantuk yang sedang dirasainya.
Mungkin semalm dia tidur lewat. Sbab itulah dia tidak dapat menahan mengantuk di
siang hari.
Setelah hampir sejam, mereka berdua tersedar. Aida membuka matanya dalam
keadaan yang mamai. Dia dapat melihat susuk tubuh Cikgu Yana dihadapannya.
Aida terus mengejutkan rakannya yang masih lagi terlena. Dia tidak menyangka
akan terbongkar juga aap yang dilakukan. Nampaknya terpaksa sahaja merelakan diri
untuk berhadapan dengan tindakan daripada pihak sekolah.
Mereka berdua diarahkan untuk menuju ke bilik disiplin. Aida dan Aina hanya
mengikut sahaja apa yang diarahkan kepadanya.
Sampai sahaja di bilik tersebut, kedengaran suara seorang yang berumur sedang
berbincang bersama Cikgu Hanif. Mustahil suara daddy yang berada di dalam bilik
tersebut?
“Kamu berdua tunggu di sini sekejap. Jangan pergi mana-mana sampai cikgu
panggil kamu masuk.” Ujar Cikgu Yana sebelum melangkahkan kaki untuk masuk ke
dalam bilik tersebut.
Kedua-dua anak gadis itu hanya terdiam sahaja. Jauh di fikiran Aida memikirkan
apa yang bakal dikenakan kepadanya selepas ini. Mesti akan ada tindakan yang lebih
berat akan dikenakan kepada mereka berdua.
“Aida, macam mana ini. Aku rasa family kita berada di dalam bilik itu.” Ujar
Aina dengan nada suara yang agak perlahan. Dia sedikit mengigil sambil menanti
sahaja apa yang bakal dikenakan kepadanya.
Aida tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Aina. Dia tidak mampu untuk
berkata apa-apa dan menerima sahaja segala tindakan yang dikenakan pada dirinya
selepas ini.
Cikgu Yana datang untuk bertemu dengan dua orang anak murid yang berada
diluar bilik. Lega kerana mereka berdua masih berada di situ. “Aida, Aina mari masuk.
Cikgu Hanif nak jumpa kamu.”
Aida dan Aina mengikut sahaja arahan yang diberikan. Entah apa keputusan yang
akan kenakan keatas perbuatan mereka sebentar tadi.
Sampai sahaja dihadapan Cikgu Hanif, kelihatan keluarga mereka berdua berada
didalam bilik tersebut. Masing-masing muka seperti marah dengan apa yang mereka
bincangkan tadi.
Cikgu Hanif terus melemparan senyuman. “Aida, Aina silakan duduk.” Jemput
guru tersebut. Dia akan cuba untuk menengnakan keadaan sebelum menjadi tegang.
Kalau tidak semestinya akan terjadi pergaduhan antara kedua-dua keluarga ini.
Kedua-dua murid itu hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan. Nampak baik
sahaja reaksi yang ditunjukkan oleh mereka. Tidak banyak suara yang dikeluarkan
oleh mereka berdua.
“Sebenanya kami sudah berbincang satu sama lain berkenaan masa depan kamu
berdua di sekolah ini. Segala keputusan ini sebenarnya telah diputuskan oleh
kedua-dua belah pihak. Cikgu harao kamu menerima keputusan ini dengan hati yang
terbuka.” Cikgu Hanif mencari idea untuk memberitahu keputusan yang mereka
perolehi.
Aida dan Aina terus menundukkan wajahnya daripada melihat semua yang
berada dihadapan mereka. Hati mereka berasa kekesalan dengan apa yang terjadi.
“Kami dah buat keputusan untuk menghantar kamu ke pusat pemulihan akhlak.
Kami harap kamu boleh berubah disana kerana kami semua cikgu di sekolah ini tidak
mampu untuk mengubah kamu berdua.” Balas Cikgu Hanif sambil menghembuskan
keluhannya.
Air mata milik kedua-dua anak gadis itu terus mengalir. Tidak sangka itu adalah
keputusan yang telah diputuskan oleh mereka. Apa nak buat, nasi sudah menjadi
bubur. Nak menyesal sekarang memang tidak berguna.
“Daddy buat keputusan ini sebab tak sanggup nak dengar segala masalah yang
kamu buat di sekolah. Kamu nak belajar atau main-main? Ingat tahun ini nak SPM.”
Kali ini kedengaran suara yang agak tegas daripada Encik Farhan.
Aida hanya tertunduk sahaja apabila mendengar keputusan yang telah dibuat
untuk mereka berdua. Dia akut dan tidak membantah walaupun jauh disudut hatinya
secara automatik akan kehilnagan kasih sayang daripada mereka berdua.
Seorang wanita datang untuk menuju ke dalam bilik tersebut. Dia terus duduk dan
memperkenalkan dirinya. Dia terus membuka beberapa helaian dokumen untuk
diberikan kepada kedua-dua tersebut.
“Untuk pengetahuan tuan, puan di pusat jagaan kami, segala ilmu agama dan
akademik akan kami ajarkan kepada setiap pelatih. Kami tidak mahu mereka
ketinggalakan dalam kedua-dua ilmu pelajaran ini.” Ujar Afiqah dengan penuh
bersemangat.
Matanya terus melihat kearah kedua-dua orang pelatih bar yang akan dimasukan
di dalam pusat jagaannya. “Aida, aina kamu jangan risau. Di sana kamu berdua akan
mendapat ramai kawan baharu yang mempunyai nasib yang sama seperti kamu
berdua,” Sambung Afiqah lagi. Dia terus memandang kearah tetamu yang berada
dihadapannya.
“Bagaimana waktu melawat kami untuk melihat anak kami?” Soal Puan
Syazwani. Dia ingin mengetahui serba sedikit perjalanan jadual harian di pusat
tersebut.
Afiqah tersenyum sahaja apabila mendengar segala yang dikatakan kepadanya.
“Puan jangan risau, waktu melawat kami telah tetapkan sebulan dua kali dan waktu
melawat hanya pada hujung minggu dan cuti-cuti umum sahaja setelah mendapat
kebenaran daripada pihak pengetua.” Terang Afiqah. Dia bersiap sedia untuk
memberikan menerima soalan yang lain untuk dijawabnya.
Perbincangan diteruskan. Aida dan Aina hanya melihat sahaja apa yang
dibincangkan itu dengan hati yang kosong. Kali ini dia berasa sedikit marah terhadap
kedua-dua ibu bapanya.
Kedua-dua keluarga itu terus menandantangani beberapa helaian sebagai
perjanjian antara pihak pusat dan keluarga.
BAB 15
Throwback hilang
Kedua-dua pelatih masih lagi terdiam. Fatin dan warden-warden yang lain terus
bersabar untuk menyoal kedua-dua pelatih di hadapan mereka. Memang mencabar
kesabaran mereka berdua ini.
“Korang berdua memang tak ada suara atau memang nak jadi bisu? Jawablah
jangan nak senyap macam batu pula.” Kali ini Irdina tidak dapat bersabar dengan
reaksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelatih tersebut.
Fatin cuba untuk menenangkan keadaan. Dia terus memandang kearah kedua-dua
pelatih di hadapannya. “Aida, Aina akak yakin kamu berdua sangat baik. Akak tak
pernah marah berdua.” Intonasi Fatin sambil terus menurunkan lagi suaranya bagi
menarik minat kedua-dua pelatih itu ke dalam dunianya.
“Sekarang cuba kamu bagitahu kami mengapa kamu ponteng program tadi?
Kamu tahukan yang program tadi sangat penting untuk sahsiah dan membentuk
keperibadian kamu agar menjadi seorang insan yang berguna pada satu hari nanti.”
Sambung Fatin semula. Dia akan cuba sedaya upaya untuk mengorek segala rahsia
yang ada dalam diri kedua-dua individu tersebut.
Aida dan Aina masih lagi terdiam. Entah mengapa kali ini mereka membisu
bagaikan seorang yang tidak mendengar apa-apa soalan yang dilontarkan.
Fatin masih lagi memikirkan cara untuk memberikan kedua-dua pelatih tersebut
berkata-kata. Kalau macam ini, memang kerjanya tidak akan ada jalan
penyelesaiannya. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
“Dina, Fiqa, boleh tak kalau kamu berdua tinggalkan kami bertiga sebentar. Ada
benda yang kami nak bincangkan.” Balas Fatin dengan melemparkan reaksi yang
agak tenang kepada kedua-dua rakannya.
Irdina dan Afiqah hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan. Mereka faham
mesti ada cara yang ingin digunakan oleh Fatin bagi menyelesaikan apa yang sedang
mereka hadapi.
Kini tinggal mereka bertiga sahaja di dalam bilik tersebut. Fatin terus
memandang tepat kearah kedua-dua pelatih yang berada di hadapannya. “Sekarang
hanya tinggal kita bertiga sahaja. Jadi ada apa-apa yang kamu ingin kongsikan pada
akak?” Balas Fatin dengan sungguh tenang. Dia masih lagi merenung tepat kearah
Aida dan Aina.
Aida nampak seakan-akan bersiap sedia untuk memberitahu sesuatu. Dia tidak
tahu dari mana untuk memulakan perbicaraan yang terbuku di dalam hatinya.
“Ya Aida, ada apa-apa yang kamu nak bagitahu akak?” Soal Fatin apabila melihat
reaksi Aida yang seperti ingin memberitahu sesuatu kepadanya.
“Sebenarnya akak, kami berdua tertekan duduk disini. Sejak hari pertama kami
melangkahkan kaki di sini, hati kami merasakan ingin keluar. Hidup kami bukan
disini. Terkurung, terpenjara dan yang paling teruk kami tak boleh bertemu sesiapa.”
Ujar Aida dengan jujur.
Fatin mendengar sahaja apa yang diberikan kepadanya. Dia faham dengan apa
yang diceritakan kepada mereka. Mungkin kerana duduk terperap sahaja duduk di
dalam rumah tersebut.
“Haah kak, kami bosan asyik duduk di dalam sahaja. Sampai bila-bila pun kami
akan rasa tertekan. Akak dan warden-warden yang talin tak faham dengan kami
semua.” Kali ini giliran Aina untuk berkata-kata. Dia meninggikan sedikit suaranya.
Fatin terdiam. Dia menghembuskan sedikit keluhan sambil memikirkan apa yang
akan diberikan kepada kedua-dua pelatih yang berada di hadapannya.
“Macam ini, sebenarnya bukan akak tak nak bagi semua keluar dari rumah ini.
Cumanya kami dapat arahan daripada pihak polis untuk tidak melepaskan kamu
keluar. Tapi kalau kamu dah cakap begitu, nanti akak akan bincangkan semula
berkenaan dengan peraturann di dalam rumah ini.” Balas Fatin. Dia cuba sedaya
upaya membantu apa yang dilalui oleh para pelatih dibawah jagaannya.
Mereka berdua hanya menganggk sebagai tanda faham. Tugasnya sudah selesai.
Ingatkan susah sangat nak selesaikan masalah ini. Cumanya hanya perlu
menggunakan mainan psikologi sahaja.
“Sekarang akak nak kamu berdua balik ke bilik. Akak tak nak kamu berdua
merayau sekali lagi. Kalau akak tahu kamu buat hal lagi, akak tak teragak-agak akan
mendenda kamu.” Balas Fatin sambil bersandar pada badan kerusi. Dia terus
memandang tepat kearah kedua-dua pelatih dihadapannya.
Aida dan Aina hanya mengangguk sebagai tanda faham dengan apa yang
dikataan oleh Fatin. Mereka tidak sangka bahawa akan dibebsakan begitu sahaja tanpa
ada sebarang denda walaupun kesalahan yang mereka lakukan itu agak berat.
“Tapi sebelum akak bebaskan kamu, akak nak bagi sedikit tugasan untuk kamu.
Tugasan dai senang sahaja, akak nak kamu kemas surau sehingga bersih sehingga
bersih sambl dipantau oleh Kak Dina.” Balas Fatin sambil menelefon rakannya.
Tidak lama kemudian, Irdina tiba di dalam bilik tersebut. Dia terus menerima
arahan yang diberikan oleh Fatin. Lantas dai terus membawa kedua-dua pelatih
tersebut melakukan tugasan yang diberikan untuk dua orang pelatih tersebut.
Setelah pemergian rakannya, Fatin terus memikirkan cara untuk memberikan
semua boleh keluar dari rumah tersebut. Namun bagaimana dia ingin lakukan?
Fatin terus menuju kearah luar biliknya. Dia terus melihat kearah suasana di
dalam persekitaran pusat tersebut. Dia suka melihat suasana ketika itu. Ramai juga
pelatih yang sedang berjalan bagi menuju kearah asrama.
“Kau fikir apa?”Soal Afiqah yang berlalu menuju kearahnya dia terus melakkan
reaksi yang sama seperti Fatin.
Sementara itu, Fatin masih lagi terdiam daripada menjawab soalan yang diberikan.
Entah apa yang dia ingin lakukan bagi kebahagian ketika berada di pusat ini.
“Aku tahu kau banyak memikirkan apa yang terbaik untuk mereka semua. Kalau
kau rasa perlukan pertolongan aku, kau boleh storykan segala-galanya.” Balas Afiqah
sambil berlalu pergi masuk ke dalam pejabatnya. Dia tidak mahu menganggu apa
yang sedang bermain difikiran rakannya.
Fatin terus menuju ke dalam pejabat. Dia terus melangkah untuk betemu
rakannya bagi membincangkan sedikit apa yang dirasainya.
“Kau sibuk ke? Aku ada benda nak bincang dengan kau.” Balas Fatin setelah
bertemu rakannya. Dia terus memandang kearah Afiqah yang seakan-akan sibuk
dengan kerjanya.
Afiqah terus menjeling seketika pandangannya kearah Fatin. “Hurm, sekarang tak
ada sibuk sangat. Ada apa yang aku boleh tolong kau?” Soal Afiqah bagi mengetahui
niat kehadiran rakannya.
Fatin terus duduk berhadapan rakannya sebelum menyatakan hasratnya. “Aku
sebenarnya ada benda nak bincang dengan kau. Apa pendapat kau kalau kita ubah
sedikit peraturan pusat?”
Dahi Afiqah terus mengerut. Apa yang dimaksudkan oleh rakannya? “Ubah
peraturan? Peraturan mana yang kau nak ubah. Sebab semua peraturan ini telah
diberikan oleh pihak berkuasa. Aku tak berani nak ubah apa-apa.”
Terdiam. Ada betul juga apa yang diungkapkan oleh Afiqah. Bukan senang kalau
nak ubah segala apa yang telah ditetapkan. Memang memerlukan banyak prosedur
yang perlu dilakukan daripada kedua-dua belah pihak sama ada pihak pusat mahupun
pihak berkuasa.
“Aku bukan nak ubah apa-apa. Just aku nak tambah supaya membenarkan
mereka outing sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kesian aku tengok mereka duduk
dalam bangunan yang macam penjara ini.” Balas Fatin bagi menyatakan hasrat
hatinya.
Afiqah terdiam sambil memikirkan apa yang disampaikan kepadanya. Ada betul
juga segala yang dicadangkan oleh Fatin. “Kalau betul kau nak minta pelepasan, aku
setuju sangat. Nanti aku bantu kau untuk bertemu Sarjan Wani agar kita dapat
bincangkan hal ini.”
Fatin hanya mengangguk. Di berasa lega apabila mendengar penjelasan yang
telah diberikan oleh Afiqah. Dia bersyukur sangat kerana mendapat rakan yang boleh
memberikan buah idea dan membantunya dalam apa juga keadaan.
Tubuh Irdina terus menuju masuk ke dalam bilik tersebut. Dia terus duduk
bersama kedua-dua rakanya dan menunggu sahaja apa yang dibualkan oleh mereka
berdua.
“Kau dari mana?” Soal Afiqah ketika melihat rakannya yang seakan-akan penat
menuju ke mejanya.
“Surau. Fatin dua orang pelatih yang kau denda tadi dah selesaikan semua kerja
yang kau arahkan.” Lapor Irdina sambil memikirkan apa yang ingin diadunya. “Susah
juga nak handle mereka berdua.”
“Alhamdulillah. Itu adalah cabaran untuk kita hadapi di sini. Aku ada benda nak
bagitahu kau.” Balas Fatin bagi menerikan seketika melalui perbualan mereka tadi.
“Apa dia?” Ujar Irdina yang sangat berminat untuk mengetahui apa yang inign
diberikan oleh Fatin.
Fatin menceritakan apa yang ada di dalam hatinya. Dia juga menyatakan bahawa
Afiqah telah bersetuju dengan apa yang diberikannya. Harap-harap Irdina juga akan
bersetuju dengan apa yang diberikannya.
“Cadangan kau memang menarik. Tapi bagi aku, elok kalau kita tak bagi semua
keluar. Risau juga mereka jadi harimau bila dah bebas dari sini.” Balas Irdina dengan
nada suara yang sedikit tegas.
Fatin terus terdiam. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Irdina. Kalau semua
yang keluar, mesti akan terjadi beberapa masalah. Dia perlu fikirkan kembali
cadangannya sebentar tadi.
“Kalau tak boleh keluar semua, kita keluarkan beberapa orang sahaja. Setiap
minggu kita benarkan 4 atau 5 orang sahaja yang keluar melainkan pada minggu
tersebut kita ada program.” Cadang Afiqah. Dia harap agar cadangan itu akan
diterima oleh semua rakannya.
Irdian dan Fatin hanya mengangguk sahaja dengan apa yang dikatakan oleh
Afiqah. Kini mereka telah menemumi keputusan daripada sedikit permasalahan yang
melanda. Harap-harap semu perancangan yang dilaukan ini akan mendapat
persetujuan Sarjan Wani.
BAB 16
FAIL 003: CURI
Kehidupan pada hari ini sudah pasti memerlukan sejenis kawan yang bernama
wang. Tidak kiralah wang itu berapa jumlahnya dan pasti akan membahagiakan
setiap individu yang memperolehinya.
Pada hari ini, apabila kita miskin, hidup kita pasti akan ditindas dan akan
dipandang hina. Kita juga akan disepak, diherdik dan yang paling memalukan
adalah ada yang menganggap kami sebagai pengemis yang sangat malas.
Manusia sungguh kejam. Hanya dengan wang dan harta akan berlaku
pertumpahan darah di muka bumi. Yang paling menyedihkan apabila seseorang
abang sanggup membunuh adik dek kerana dengki dengan kekayaan yang dimiliki
oleh si adik. Dimanakah hati dan sanubari seseorang yang bergelar khalifah
dimuka bumi ini?
Sekiranya tidak dapat membunuh secara kasar, mereka juga akan mencuba
dengan cara halus seperti menyantau mahupun menyihir orang yang diinginkan
kerana ketamakan harta dan kekayaan yang dimiliki serta iri hati dengan apa yang
mereka perolehi.
Seandainya kes-kes ini semakin menjadi-jadi, ini akan menjadikan wang akan
menguasai dunia dan kehidupan seseorang. Seseorang yang kaya akan terus kaya
dengan berembira manakala merka yang miskin pula akan terus merana dan terus
ditindas.
Hilangkan perasaan sombong yang ada di dalam diri setiap manusia.
Sesungguhnnya mereka tidak tahu apa yang mereka telah lakukan kerana
terlampau sayangkan harta dan pangkat untuk menjadi lebih kaya di dunia
sehingga melupakan kekayaan di Sana.
Ya Allah seandainya kehidupan ini yang Engkau berikan padaku, aku Redha
dengan apa yang telah Engkau berikan sekiranya ini yang akan membawa
kebahagian kepadaku. Aku sudah bersedia untuk menempuh segala liku-liku
kehidupan tanpa wang yang banyak.
Pagi itu, di dalam sebuah rumah yang agak usang, terlihat sepasang adik-beradik yang
tinggal di situ. Ibu bapa mereka sudah lama meninggal dunia.
Ema bersiap sedia untuk ke sekolah. Walaupun berada di dalam kesempitan
hidup, ilmu adalah penting baginya. Dia perlu mencari pelajaran dan belajar
bersungguh-sungguh. Dia percaya dengan pelajaran sahaja boleh mengubah nasib
keluarganya untuk menuju kearah yang lebih baik dari sekarang.
“Abang, saya dah sediakan sarapan. Nanti abang makan tau.” Kejut Ema untuk
abangnya. Di samping itu juga dia tidak henti-henti daripada mengerak-gerakkan
tubuh lelaki itu.
Azim yang nyenyak di buai mimpi hanya mengangkat tangan sebagai tanda
faham dengan apa yang dikatakan oleh adiknya. Dia terus menyambung semula
lenanya.
Ema faham dengan apa yang ditunjukkan oleh abangnya. Lantas dia terus bersiap
sedia untuk menuju ke sekolah. Nanti kalau lambat, mesti akan di denda.
Suasana di sekolah agak riuh dengan kehadiran para muid yang berpusu-pusu
masuk ke kelas masing-masing. Bukan apa pagi itu akan diadakan perhimpunan,
kalau lambat cikgu pasti akan mencari kelibat mereka.
Sampai sahaja di sekolah, Ema terus menuju ke kelas. Pada ketika itu para murid
tidak ramai yang berada di perut bangunan tersebut. Biasalah selagi belum 7:30 pagi,
memang mereka akan menjejak kaki didalam pusat gendung ilmu tersebut.
Jauh di fikiran Ema memikirkan apakah nasibnya dan abang. Selepas kematiah
ibu bapanya, Azim yang menjaganya serta memberikan makan minumnya.
‘Sebenarnya abang kerja apa? Malam keluar, siang duduk rumah. Kadang-kadang
tak melekat pun dekat rumah.’ Itulah persoalan yang sering bermain di fikirannya.
Apabila ditanya soal kerja, Azim akan diam membisu dan hanya menyuruh dia belajar
sahaja.
“Hoi Ema, awal kau sampai.” Sapa Tisha. Dia terus terus mengerutkan dahinya
sambil memikirkan apa yang sedang difikirkan oleh rakan sekelasnya.
Ema sedikit tersentak apabila ditegur. Dia terus menarik nafasnya dalam-dalam
sambil berlagak seperti biasa. “Aku pun baru sampai. Tak adalah awal sangat.”
Balasnya sambi cuba untuk melarikan seketika apa yang sedang bermain di
fikirannya.
“Hahaha. Yeke kau baru sampai? Bukannya aku tak tahu, kau mana pernah
datang lambat. Lepas itu kau cakap baru sahaja sampai.” Balas Tisha sambil
mengeluarkan buku yang akan dipelajari sebentar nanti.
Ema hanya tersenyum sahaja apabila mendengar seglaa yang diperkatakan oleh
Tisha. Tisha adalah satu-satu kawan yang sangat rapat dengannya. Yang lain, tidak
mahu berkawan dengannya kerana bukan dalam golongan yang berada. Semua
mementingkan harta berbanding hubungan silaturrahim dan ukhuwah yang telah
diterapkan didalam diri seseorang.
Kringgg!!!!kring.
Loceng terus memekakan telinga para murid sebagai tanda merereka akan
meneruskan pembelajaran. Biasanya kelas akan bermula pada jam 8 pagi.
Mengikut jadual, sekarang adalah waktu mata pelajaran English. Subjek ini tidak
diminati oleh Ema. Namun dia tetap berusaha untuk belajar walaupun sukar bagi
memahami apa yang akan dipelajarinya.
Fikiran Ema melayang-layang keluar daripada jasadnya. Hanya tubuh sahaja di
dalam kelas sebagai tanda dia hadir. Pada hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu
dimana keberadaannya sekarang.
Setelah tamat sahaja waktu kelas, Ema tidak menuju ke kantin. Sebaliknya dia
hanya duduk di dalam kelas sambil membaca sahaja buku yang dipinjamkan dari
perpustakaan. Nak makan pun tak ada duit, jadi lebih baik duduk sahaja di dalam
perut kelas.
“Eh, ada budak miskinlah dekat sini.” Kedengaran suara gelak sinis daripada
mereka yang berada di dalam kelas. Mereka terus menuju kearah Ema.
“Hoi budak, kau tak pergi kantin ke? Ingat buku yang ada dihadapan kau ini
boleh bagi kau kenyang?” Sekali lagi kedengaran suara gelak tawa daripada Amy dan
rakan-rakannya.
Ema hanya diam sahaja. Dia malas nak membalas apa yang dilakukan oleh
mereka yang berada dihadapannya. Dia hanya melakukan reaksi seperti tiada apa-apa
yang berlaku.
“Kau jangan lupa, dia mana ada duit nak makan. Sebab itulah dia tak pergi
kantin.”
“Haah lupa pula aku. Weyy budak, kalau nak makan atau lapar, nanti kau minta
sahaja dekat aku. Aku sedia membantu budak miskin macam kau ini.” Balas Amy
sambil menarik tudung Ema dengan agak kasar.
Sementara itu, Ema mencuba sedaya upaya untuk menghalang tudungnya
daripada terbuka. Dia berharap agar ada orang yang baik hati akan membantunya bagi
menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
Pang!
Satu tamparan hinggap pada wajah Amy. Dia terus mencari siapa yang
memberanikan diri untuk menamparnya. Siapa pula yang memberanikan diri
menampar pipinya.
“Kau apa hal tampar aku? Tak puas hati cakap. Kita fight sekarang.” Balas Amy
apabila melihat wajah Tisha di sebelah Ema.
“Sebelum kau nak gaduh dengan aku, biar aku sepak kau dulu. Kau ingat kau
sangat ke nak lawan aku. Kalau berani, mari sini.” Balas Tisha dengan agak tegas. Dia
terus memandang tepat kearah Amy.
Amy terus mengengam tangannya. Dia cuba untuk menahan marahnya daripada
terus meletus.
“Kali ini kau bebas budak. Next time siap kau aku kerjakan.” Balas Amy dnengan
intonasi yang sangat marah.
“Kalau kau berani kacau dia, aku tak akan teragak-agak akan bagi dua kali ganda
apa yang kau buat.” Amaran yang diberikan oleh Tisha. Dia terus melemparkan wajah
yang agak bengis kepada Amya.
Amy hanya diam sahaja apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Tisha. Dia
terus beredar daripada kawasan tersebut dengan hati yang sangat marah.
Ema hanya terdiam sahaja apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Tisha.
Walaupun Tisha anak orang kaya, namun dia sangat memahami dan ingin berkawan
dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat mahupun harta yang dimiliki seseorang.
“Kalau mereka kacau kau lagi, bagitahu aku. Siaplah mereka aku kerjakan.”
Balas Tisha dengan agak marah. Dia terus duduk untuk bersama rakannya dikala itu
dia terus melihat sahaja kearah sekelilingnya seandainya Amy akan datang semula.
Ema hanya tersneyum sahaja. Dia membaca buku yang berada di tangannya. Dia
sangat bersyukur apabila memiliki seorang kawasan yang ada bersamanya ketika
susah.
Pada malam itu, Ema hanya duduk di rumah sahaja sambil mengulang kaji
pelajaran. Dia sudah berjanji dalam dirinya untuk mengubah nasib keluarganya
kearah yang lebih baik.
“Assalamualaikum.” Azim terus masuk ke dalam rumahnya. Dia terus
melangkahkan kakinya untuk mengambil tuasa yang disangkut pada ampaian di
rumahnya.
“Abang dah makan?” Soal Ema sambil menununggu sahaja jawapan daripada
Azim.
Azim terus memandang kearah adiknya. Dia terus memikirkan apa jawapan yang
dirasai ketika itu. “Abang dah makan dekat luar sebelum balik tadi. Kamu studylah,
abang nak masuk tidur.” Balas Azim dan terus menuju ke dalam bilik air untuk
membersihkan badannya.
Ema terus menuju ke dapur untuk mengemas sedikit barang yang berada diatas
meja makan. Dia ingin menyimpan makanan ke dalam peti ais agar tidak basi dan
boleh dimakan pada keesokan harinya.
“Kamu pergilah tidur. Esok nak sekolah. Nanti lambat pula kamu bangun.” Balas
Azim setelah keluar dari bilik air. Dia terus bersiap dengan mengenakan pakaian yang
sungguh cantik. Kemana pula abangnya ingin keluar pada lewat malam ini.
“Nanti saya tidur. Lagi sedikit sahaja nak habis kemas.” Jawab Ema lantas terus
menuju ke peti ais sambil ada lauk di tangannya.
“Kalau begitu tak mengapa.” Balas Azim buat seketika. Dia terus meninggalkan
adiknya. “Abang nak keluar sekejap. Jangan lupa kunci pintu.” Pesan Azim sebelum
keluar daripada rumahnya.
Ema hanya mengangguk sebagai tanda faham. Dia terus mengemas bahagian
dapur sebelum masuk tidur. Nanti tak adalah dapurnya akan dipenuhi oleh makhluk
perosak.
Setelah selesai mengemas dapur, dia terus menyiapkan kerja sekolah sehingga
selesai. Dia ingin selesaikannya sebelum masuk ke dalam bilik untuk tidur.
Jam menunjukkan 2 pagi. Ema terus menutup buku yang dipelajarinya dan terus
menuju ke bilik. Dia berasa sangat mengantuk. Harap-harap esok boleh bangun untuk
menyambung tugasnya sebagai seorang murid.
BAB 17
Ema termenung sahaja setelah tamat sahaja waktu persekolahan. Dia terus
memerhatisahaja sepucuk surat yang berada di tangannya. Hatinya berasa sedikit
sedih apabila melihat surat tersebut.
‘Ya Allah permudahkan segala urusan aku. Engkau bukakan pintu rezeki aku
seluas-luasnya. Aku ingin terus belajar dan membantu keluarga aku agar tidak
dipandang hina oleh orang ramai.’ Bisik Ema sambil air matanya terus menarik
nafasnya dalam-dalam sambil mengelap air matanya.
Dia terus melangkahkan kakinya untuk menuju ke kedai yang berdekatan. Dia
ingin menenangkan dirinya seketika sambil memikirkan tindakan yang perlu
dilakukannya selepas ini.
Ema terus memikirkan sesuatu. Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Bukan
senang kalau nak cari duit lebih dalam masa yang sangat singkat. Di tambah lagi pada
hari inisemua benda perlukan duit.
Sampai sahaja sahaja di sebuah kedai, ia terus duduk dn memesan air kosong.
Itulah air yang mampu diminum. Nak air lain, memang sampai ke sudah dia tak akan
dapat.
Secara tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang dikenalinya. ‘Itu bukan
Abang Azim ke?’ Bisiknya dalam-dalam. Ema terus memerhatikan apa yang sedang
dilakukan oleh abangnya.
Azim memerhati sekelilingnya. Dia harap tiada sesiapa pun yang nampak apa yang
ingin dilakukannya. Kalau tidak, memang dia akan terus ke penjara.
Dia terus memandang kearah rakannya. Nampak macam keadaan sudah clear.
Dia terus menuju kearah seseorang lelaki yang tidak jauh daripada kawasan tersebut.
Tangannya terus mengambil dompet yang berada di poket belakang seluar
tersebut. Setelah itu, dia terus beredar seperti tiada apa-apa yang berlaku. Lantas
Azim membonceng motorsikal dan berlalu daripada kawasan tersebut.
Mereka berdua berhenti di sebuah jambatan. Segala barang yang mereka curi
terus dikeluarkan. Kedua-dua mereka terus melemparkan senyuman.
“Banyak gila duit yang kita dapat. Tak pernah aku pengang duit banyak macam
ini.” Balas Aidil sambil terus menyelongkar semua barang yang diperolehi dengan
perasaan yang sungguh gembira. Mana tidaknya, sekiranya satu beg mereka dapat
dalam seribu lebih, kalau dua atau tiga beg mesti banyak.
“Abang apa semua ini? Apa yang abang lakukan ini adalah salah.” Ema terkejut
apabila melihat apa yang sedang dilakukan oleh abangnya. Dia juga sedikit marah
dengan apa yang sedang dilihatnya.
Azim terkejut dengan apa yang berlaku. Lantas, dia terus membawa adiknya ke
sebuah tempat untuk menerangkan apa yang berlaku.
Sampai sahaja, dia terus diam sejenak sambil memikirkan bagi meyusun ayat
untuk menerangkan segala-galanya kepada Ema. Jauh disudut hatinya memikirkan
akibatnya sekira tersalah cakap.
“Abang tahukan apa yang abang tadi itu salah. Abang tak takut ke kalau kena
tangkap? Siapa nak jaga adik. Abang tak sayang adik ke.” Balas Ema sambil
mengeluarkan suara yang agak serak.
Azim masih lagi terdiam. Dia kesian melihat wajah adiknya. “Abang terpaksa
buat semua ini. Inilah salah satu cara untuk kita dapatkan banyak duit.” Balas Aim
sambil memandang kearah adiknya.
“Walaupun terpaksa mencuri dan mengambil hak orang lain? Abang tak takut
dosa ke.” Balas Ema dalam keadaan yang agak sedih.
Tersentak hati Azim apabila mendengar segala yang dikatakan oleh adik
kesayangannya. Air matanya mula mengalir. Dia berasa kesian apabila melihat wajah
Ema.
“Jom Zim. Kita ada satu lagi job. Lepas itu baru kita balik.” Balas Aidil kpada
rakannya. Dia terus berlalu dan menuju kearah motor.
“Adik tak akan faham dengan apa yang lakukan. Adik baliklah. Nanti bila dapat
banyak duit, abang bagi adik.” Azim terus berlalu meninggalkan adiknya di bawah
jambatan berseorangan.
Ema hanya melihat sahaja pemergian abangnya. Lantas kakinya turut melangkah
untuk mengikut kemana arah yang dituju oleh Azim.
Mereka berdua sampai di sebuah kawasan. Kedua-dua pasang mata memerhati
sahaja keadaan sekeliling. Siapa yang akan menjadi mangsa mereka yang seterusnya.
Keluar seorang lelaki daripada pintu bank. Azim dan Aidil terus target untuk
mencuri segala wang yang sedang dibawa oleh lelaki tersebut.
“Azim go. Aku tunggu dekat sana.” Balas Aidil. Azim bersetuju dengan apa yang
sedang dikatakan oleh rakannya. dia terus turun daripada motosikal dan menuju
kearah lelaki yang dilihatnya. Dia harap agar kali ini semuanya akan berjalan dengan
jayanya.
Azim berhati-hati untuk melakukan kerja. Apabila line clear, dia terus merampas
duit pada tangan lelaki tersebut dan mengatur langkah seribu bagi meninggalkan
kawasan tersebut.
“Woi pencuri.” Lelaki itu ingin mengejar Azim. Dia terus berlari dengan sungguh
laju.
Azim terus berlari pecut 100 meter. Larian itu boleh memecah rekod dunia yang
sedang dipegang oleh Usain Bolt dari Jamaica.
“Abang tolong saya bang. Saya dah empat hari tak makan. Saya lapar.” Ema
datang untuk menahan lelaki tersebut. Air matanya teus mengalir bagi meraih simpati
dari lelaki tersebut.
“Tapi duit abang.”
“Abang tak kesian dekat saya ke?” Balas Ema dengan suara yang amat sedih. Dia
harap agar pujkan itu akan mendapat perhatian dripada lelaki tersebut.
Tidak lama kemudian, mereka berdua terus berlalu daripada kawasan tersebut
untuk menuju ke kedai yang berdekatan. Ema gembira kerana dapat membantu
abangnya.
Sementara itu, Azim sangat risau akan adiknya. Mana tidaknya, Ema sudah
terlihat kerjanya yang sedang dilakukan dan sekarang dia melihat adiknya ada
bersama lelaki yang baru sahaja dirompaknya. Dia terus menyepak angin yang tidak
bersalah.
“Kau apa hal? Tiba-tiba sahaja nak mengamuk.” Soal Aidil apabila melihat reaksi
yang ditonjolkan oleh rakannya. Tidak pernah dia melihat Azim mengamuk seperti
itu.
“Kau tak nampak ke tadi? Adik aku buat apa dekat sana. Kalau apa-apa terjadi
dekat dia, memang aku tak boleh maafkan diri aku.” Balas Azim dalam keadaan yang
sangat marah. Dia terus menjengilkan mata kearah rakannya.
“Kau rilekslah. Aku yakin adik kau tak apa-apa. Kau cuba fikir, kalau tadi adik
kau tak ada, memang kita akan ke dalam. Kau nak ke makan bubur sambil melihat
dinding putih?” Balas Aidil dalam keadaan yang agak marah.
Azim terus memicit dahinya. Dia harap tiada apa-apa yang terjadi kepada adiknya.
Kalau tidak dia tidak akan memaafkan dirinya. Sepatutnya dia tidak libatkan Ema
dalam hal ini.
Tidak lama kemudian Ema datang kearah jmbatan tersebut sambil membawa
beberapa bungkus nasi ditanganya.
Azim terus mendapatkan adiknya apabila melihat Ema menuju kearahnya. “Adik,
kau okey tak? Ada apa-apa dia buat dekat kau.” Balas Azim sambil mengoncangkan
tubuh adiknya.
“Okey kenapa?” Balas Ema dengan ringkas. Suaranya sedikit selamba sahaja
ketika itu sambil melemparkan sneyuman kearah abangnya.
Azim terus memeluk adiknya dengan penuh erat. Dia bersyukur apabila tiada
apa-apa yang belaku kepada adiknya. “Alhamdulillah kau tak apa-apa. Abang risau
kalau ada benda yang tak diingini terjadi dekat kau.” Balas Azim. Dia terus
memandang sahaja kearah adiknya.
“Abang jangan risau. Adik okey.” Balas Ema dengan tenang. Dia terus
menunjukkan beberapa bungkus makanan kearah abangnya. “Abang makanlah. Mesti
abang lapar. Adik dah kenyang makan tadi.” Balas Ema sambil melemparkan
senyuman.
“Pergg, adik kau memang bawa tuah untuk kita. Daripada kau fikirkan benda
yang dah jadi, baik kita mencekik dulu. Untung-untung jimat duit kita dapat makan
free.”Balas Aidil sambil mengambil makanan yang diberikan oleh Ema.
Ema hanya tersenyum sahaja apabila mendengar pujian yang dilemparkan oleh
Aidil. Tidak lama kemudian, lelaki itu terus menuju kearahnya.
“Azim, aku rasa adik kau akan bawa tuah untuk kita.” Aidil terus memandang
kearah Ema. “Apa kata kalau kau masuk team kita. Sekurang-kurangnya dia boleh
cover apa yang kita buat.” Sambung Aidil lagi.
Azim hanya terdiam apabila mendengar segala yang dikatakan oleh rakannya.
Kalau boleh, dia tidak mahu libatkan adiknyna dalam semua kerja yang dilakukan.
Namaun apabila memikirkan mereka terdesak mencari duit, dia terpaksa bersetuju
dengan cadangan itu.
‘Aku harap kau tahu bahawa kerja yang kau lakukan ini sangat berisiko. Aku
sayang kau Ema.” Bisik Azim dalam dirinya.
BAB 18
Azim dan Aidil terus membawa Ema untuk melakukan sedikit kerja seperti mereka.
Pada awalnya mereka hanya menunjukkan sahaja bagaimana kerja yang dilakukan ini
agar tidak diketahui oleh orang ramai.
Ema hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh kedua-dua yang profesional
dalam kerja tersebut. Dia faham bagaimana cara untuk melakukan kerja tersebut.
“Sekarang kami tinggalkan kau seorang untuk settlekan kerja kau. Ingat hat-hati
and jangan bagi kantoi. Lagi sejam, abang nak kamu balik ke bawah jambatan. Abang
yakin kamu boleh.” Pesan Azim sebelum beredar daripada tempat tersebut. Kini
tinggal Ema bersendirian di kawasan tersebut.
Setelah itu, dia terus menuju kearah seorang lelaki yang berada tidak jauh dari
tempat mereka lakukan kerja sebentar tadi. Ema hanya mengikut sahaja apa yang
telah dilihatnya.
Dia menoleh ke kiri dan kanan. Apabila line clear, dia terus mengambil barang
tersebut secara senyap. Apabila berjaya dia terus berjalan kearah yang samam dengan
mangsanya sebelum terus berlalu dengan agak pantas.
Setelah hampir sejam, Azim tidak senang duduk. Mana tidaknya, Ema masih
belum pulang ke tempat yang mereka selalu lepak setelah berjam lamanya.