The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arief Ahmad, 2022-06-17 04:27:00

manuskrip penuh

manuskrip penuh

Irwan bersiap sedia untuk mengataka sesuatu. Dia terus memandang sahaja wajah
adiknya. Sambil itu dia memikirkan cara untuk memberitahu adiknya. Namun dia
terpaksa mengunkap jua.

“Adik, sebenarnya apa yang abang nak bagitahu kamu ini adalah hasil daripada
perbincangan kami berdua dan sayangkan kamu.” Balas Irwan dengan berhati-hati.
Dia terdiam seketika.

“Sebenarnya kami akan hantar kami ke pusat pemulihan supaya kamu boleh
berubah. Disanan mereka akan ajarkan kamu akademik dan sahsiah agar kamu boleh
menjadimasnusa yang berguna.” Sambung Irwan. Dia tampak seakan-akan sukar
untuk memberitahu perkara tersebut.

Yana terkejut apabila mendengar segala yang dikatakan oleh abangnya. Air mata
terus megnalir tanda disedari. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengatakan apa-apa
saat itu.

:Kalau kamu tak setuju, kami akan paksa untuk kesana. Kamu sudah malukan
keluarga kita. Ibu harap ini adalah pengajaran kepada kamu. Kalau kamu tak insaf
juga, aku tak akan mengaku kau adalah anak aku.” Salmiah terus beredar daripada
ruang tamu. Dia tidak mahu memandang wajah anaknya.

Kini hanya tinggal Irwan dan adiknya di ruangan tersebut. Dia faham ibunya
sungguh kecewa dengan apa yang dilakukannya. Irwan terus duduk bersebelahan
adiknya.

“Abang tahu bukan senang kamu nak hadapi semua ini. Tapi abang yakin kamu
boleh berubah.” Irwan terus memeluk adiknya bagi memenangkan hati Yana yang
nampak sedih apabila mengetahui segala yang dibincangkan sebentar tadi.

“Adik tak kesah bang kalau itu yang terbaik untuk diri adik. Adik yakin dengan
semua ini ada kebaikan untuk saya. Oleh itu, adik janjji dengan abang yang adik akan
berubah.” Balas Yana dalam pelukan itu. Dia tidak mampu lagi untuk berkata
apa-apa.

“Adik minta maaf kalau semua perangai yang adik lakukan ini telah mengaibkan
kita sekelurga. Bukan adik nak sangat buat benda itu. Kerana nafsu, adik tersungkur.”
Sambung Yana lagi.

Irwan terus menahan sebak. Kalau dia turut menangis, mungkin tiada siapa pun
yang pujuk mereka. Tambah lagi, dia adalah seorang lelaki. Lelaki jarang menangis di
hadapan wanita.

Kini tibalah masanya yang Yana akan berangkat untuk ke pusat tersebut. Dia
terus bersalaman dengan abang dan ibunya. Walaupun Salmiah nampak marah dan
sukar untuk memaafkanya.

“Ibu, adik tahu ibu marahkan adik. Tapi yakinlah, saya pergi bukan kerana ingin
buktikan yang saya salah. Tapi saya naka berubah untuk kebaikan Yana pada masa
hadapan. Maafkan adik ibu.” Balas Yana dia terus mengesat air matanya.

Tidak lama kemudian, langkahnya longlai. Yana terus menuju kearah kereta yang
membawanya walaupun berat hatinya untuk meninggalkan keluarga itu. Namun
disebabkan dia ingin berubah, dia meneruskan juga niatnya untuk berubah.

‘Ya Allah, Engkau berikan aku kekuatan untuk diriku terus berubah dan menjadi
seorang yang lebih baik dari sekarang. Aku berjanji akan berusaha untuk menjadi
seseorang yang bergua untuk semua keluargaku.’ Tekad Yana dalam hati. Dia yakin
akan melakukan perubahan dalam diri. Ini adalah janji.

BAB 31

FAIL 006: MANGSA

Setiap mansia telah dikurniakan dengan dua benda. Akal fikiran yang waras
untuk kita berfikir serta nafsu serakah yang telah dikurniakan didalam dirinya
bagi memberikan kelengkapan kepada seseorang.

Nafsu yang ada adalam diri manusia boleh dikawal. Hal ini kerana mereka
sendiri yang mengawal nafsunya sendiri daripada melakukan keburukan. Setiap
dari kita perlu menjaga diri daripada mengikut kehendak apa yang difikirkan
dengan jahat.

Gunalah akal yang waras untuk menjana sebuah pemikira yang berkualiti dan
memacu kita untuk terus bergerak kehadapan.

Pada hari ini, manusia hanya tahu mengikut nafsu sahaja bagi melakukan
seseuatu keputusan berbanding daripada mengikut akal fikiran. Akal fikiran kita
ada kalanya tidak berfungsi tidak digunakan dengan sebaiknya.

Dek kerana berdendam dengan orang lain, ada orang yang menjadi mangsa
kerana kerakusan nafsu serakah sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang

lain. Kehormatan seorang wanita pada hari ini nampak sangat murah sama seperti
harga sebiji gula-gula hack.

Wahai manusi, ikutilah telunju akal fikiranmu yang paling waras berbanding
nafsu serakah. Kerana nafsu akan memberikan kesukaran kepada dirimu dan juga
orang lain berbanding akal fikiran yang akan membuatkan orang disekelilingmu
bahagia dengan cara dan tindakan darimu.

Rina memandang sahaja kearah ruangan taman yang dibina oleh pihak pusat
kepada semua pelatih. Walaupun taman tersebut tidaklah sebesar taman yang lain,
namun sudah cukup memberikan kesenangan dan kemudahan kepada mereka
sekiranya berada didalam kesukaran mahupun kegelisahan.

Rina bersiar-siar seketika untuk melihat keadaan sekeliling. Dia teruja apabila
melihat kegembiraan yang ditunjukkan oleh pelatih di pusat tersebut. Walaupun
berbeza umur dan latar belakang, namun mereka boleh membincangkan apa sahaja
masalah walaupun apa jua keadaan. Mereka memandang sama lain seandainya ada
apa-apa masalah.

Walaupun mereka telah melakukan kesilapan, namun mereka juga ada
peluang untuk buktikan yang mereka ada masa hadapan. Kesilapan dan kesalahan
itu biasa kerana kita semua tidak sempurna.

Kakinya melangkah. Adakalanya pelatih disitu menegurnya sebagai tanda hormat.
Begitu juga dia. Kalau dia rasa inginkan sedikit ruag bagi memberikan rasa disayangi
antara satu sama lain.

Mata Irdina tertumpu pada satu sudut. Dia seakan-akan ingin mengetahui apa
yang sedang dikirkan oleh pelatihnya. Mana tidaknya, orang lain sedang seronok
bermain dan berbual sedangkan dia bersendirian.

“Kamu tak main sekali?” Soal Irdina apabila sampai bersama pelatih itu. Baru
dia tahu bahawa Rina yang sedang duduk berseorangan.

“Hurm, saya rasa malas kak nak turun padang. Duduk sini seronok. Akak
duduklah sekali.” Ujar Rina dengan agak ramah. Dia terus mengeluarkan segaris
senyuman walaupun wajahnya lenjun dibasahi dengan air mata.

Irdina duduk bersama Rina. Betul apa yang disampaikan oleh Rina, duduk disini
memang tenang. “Kenapa kamu suka duduk sini?” Soalnya untuk memulakan topik
perbualan mereka berdua.

Rina menghembuskan sedikit keluhan. Sedikit lega sebelum menceritakan apa
yang sedang membebani dirinya. “Saya sejak dulu, kalau saya tak senang, tempat
macam ini saya akan pergi. Jauh dari ganguan orang. Ada kalanya hati saya seronok
sangat kak.” Terang Rina. Matanya tidak berganjak untuk memandang Irdina.

“Kenapa kamu seronok?”
“Sebab dapat tenangkan fikiran saya yang tengah serabut.”
“Kenapa kamu menangis kalau kamu rasa seronok sekarang?”
“Sebab dunia ini terlalu kejam untuk saya. Walaupun saya gembira, tapi ada
sesuatu yang memberikan diri saya sedikit serabut.” Balas Rina. Dia ingin meluahkan
apa yang berlaku kepada dirinya.
Irdina mula mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Rina. Dia terus memeluk
bahu pelatih itu. “Kalau kamu sudi, boleh ceritakan apa yang terjadi kepada kamu?”
Balas Irdina. Dia hanya tersenyum dan bersedia untuk menerima apa yang bakal
diungkapkan kepadanya.
Rina tertunduk. Memorinya seakan-akan dapat memberikan sedikit gambaran apa
yang berlaku. Oleh sebab masa lampaunya sangat buruk baginya. Malah sekiranya
diingati semula sudah pasti akan memberikan kesedihan kepada dirinya secara tidak
langsung.

Suatu petang yang indah, ramai orang yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah
masing-masing dek kerana kepenatan apabila seharian membanting tulang untuk
mencari sesuap nasi buat keluarga mereka.

Rina yang baru sahaja pulang dari kedai, terus membuka langkah seribu bagi
mempercepatkan dirinya bagi tiba di rumah. Mana tidaknya, kalau terlewat nanti, ibu
pasti akan marah.

Tiba di sebuah persimpangan, dia melihat kelibat dua orang lelaki seakan-akan
menunggu dirinya. Peluhnya mula membasahi wajah. Dia berasa sedikit takut dan
risau untuk melalui jalan tersebut.

‘Ya Allah, selamatkan aku.’ Bisik Rina. Dengan hati yang tabah, dia terus
melangkahkan kakinya untuk pulang walaupun di dalam hatinya hanya Allah sahaja
yang tahu.

“Hai adik manis, nak pergi mana tu? Marilah sini teman abang.” Ujar John
apabila melihar Rina sedang berlalu untuk pulang ke rumah.

Rina hanya melakukan reaksi tidak mengetahui segala teguran yang diberikan
oleh John. Dia terus berlalu pergi dengan agak laju agar tiada apa yang tidak di ingini
berlaku terhadap dirinya.

John dan Apek sedikit geram apabila panggilan mereka tidak di endahkan. Lantas
mereka berdua terus menuju kearah Rina bagi menahannya untuk terus pergi.

“Sayang nak pergi mana? Tunggulah abang.” Balas Apek dengan nada suara
seakan-akan ingin mengoda perempan yang berada dihadapannya.

“Pergi kubur sebab nak hantar korang berdua ke sana.” Jelas Rina dengan nada
suara yang agak sedikit marah. Dia berasa seram sejuk apabila disapa oleh kedua-dua
lelaki tersebut.

“Buat apa pergi kubur? Bawalah abang pergi rumah tok kadi, boleh tok kadi
sahkan hubungan kita.” Balas John sambil disambung dengan gelak dan tawa
daripada Apek.

Rina bertambah menyampah setelah mendengar apa yang diungkapkan oleh John.
Dia terus berlalu pergi dengan perasaan yang agak marah. Kalau ikutkan hati, mati
juga lelaki ini dikerjakan.

“Rina tunggu sekejap. Nanti balik kirim salam dekat bakal mak mertua abang.
Hati-hat jalan.” Balas Apek sambil melepaskan ketawa terbahak-bahak.

Rina tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Semua apa yang diungkapkan oleh John dan Apek hanya berlalu begitu sahaja. Bukan
apa, kalau melayan, sudah pasti dirinya akan berasa tidak berpuas hati.

Kakinya melangkah dengan penuh geram. Entah mengapa kali ini dia tidak selesa
dengan perbuatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua lelaki sebentar tadi. ‘Kalau ikut
hati aku, memang mati korang. Geramnya aku.’ Getus Rina dalam-dalam.

Sampai sahaja di rumah, Rina terus melemparkan satu reaksi yang tidak puas hati.
Baginya hari ini adalah hari yang sungguh malang. Mana tidaknya, terpaksa bertemu
dengan dua ekor beruk yang kurang ada, menambahkan lagi sakit hatinya.

Dia terus meletakkan barang tersebut dengan agak ganas. “Ibu, lain kali adik
malaslah nak pergi ke kedai Pak Maon.”Balasnya dengan nada suara yang sedikit
marah.

Rubiah terkejut apabila mendengar kata-kata dari anaknya. Tidak pernah Rina
melakukan reaksi seperti itu dihadapannya. “Kau kenapa? Ada apa-apa masalah ke
masa nak jalan tadi?”

“Apek dengan John tak habis-habis kacau Rina tadi. Rina tak selesalah masa
balik dari kedai. Elok kalau ibu yang pergi sahaja ke kedai itu selepas ini.” Ujar Rina
secara jujur. Dia terus duduk bersama anaknya dan melakukan reaksi yang tidak
berpuas hati.

Rubiah terus marah apabila mendengar apa yang diberitahu oleh anaknya. Dia
tidak menyangka bahawa kedua-dua lelaki tersebut mengacau anaknya. “Mereka
kacau kamu lagi? Kalau begitu kamu tunggu sini, biar ibu ajar segala perbuata
mereka.” Ujar Rubiah. Lantas dia terus keluar daripada rumah tersebut untuk bertemu
kedua-dua lelaki yang menganggu anaknya.

Sampai sahaja di satu persimpangan, Rubiah melihat kedua-dua lelaki sedang
melepak bagi menghabiskan masa muda mereka. Dia terus menuju kearah lelaki itu
bagi melakukan perhitungan.

“Korang berdua memang tak ada kerja lain ke selain daripada menganggu anak
dara orang?” Ujar Rubiah yang amat marah. Dia terus memandang kedua-dua remaja
itu bagi pandangan mata yang berapi.

John dan Apek terus melihat kearah perempuan yang dihadapan mereka. “Mak
cik nak apa petang-petang begini? Tak habis-habis kacau orang. Tak malu ke buat
kacau begini?” Soal John dalam keadaan yang agak terpingga-pingga.

“Kau ganggu anak aku, lepas itu kau cakap aku yang kacau kau? Hoi jantan,
korang ingat aku nak jadikan korang berdua menantu aku? Kerja tak ada, tahu nak
melepak sahaja. Kalau kau kahwin dengan anak kau, kau nak bagi anak aku makan
apa? Pasir.” Balas Rubiah dengan agak marah. Dia tidak boleh menahan kesabaran
dalam dirinya.

Apek terus memandang terus kearah Rubiah. Dia terus melemparkan senyuman
yang sinis. “Kau ingat anak kau cantik sampai aku boleh terkejar-kejar anak kau?
Kalau anak kau cantik macam miss universe, tak apalah juga.” Balasya sambil
tergelak. Dia terus melakukan reaksi yang agak selamba.

“Anak aku memang tak secantik miss universe, tapi anak aku yang paling cantik
dalam kampung ini. Nak dibandingkan dengan korang, kambing lagi hensem.” Ujar
Rubiah sebelum beredar daripada kawasan tersebut untuk pulang ke rumah.

John terasa sangat terhina apabila mendengar kata-kata dari Rubiah. Hatinya
mula merasa panas dan ingin membalas dendam atas apa yang diungkapkan oleh
wanita itu. ‘Kalau aku tak boleh dapat cara baik, aku akan dapatkan dengan cara
ganas. Siap kau Rina.’

BAB 32

Rina menangis apabila mengenangkan apa yang terjadi kepadanya pada masa lampau.
Memang perasaan itu yang sangat menghantui dirinya. Dia memikirkan apa yang
akan terjadi kepadanya sebelum ini.

“Apa yang kamu rasai sekarang?” Irdina sekali lagi cuba untuk mengetahui apa
yang berada didalam diri Rina. Dia sedaya upaya akan membantu sesiapa sahaja yang
berada didalam kesusahan.

Rina hanya diam. Dia terus memikirkan jawapan yang boleh diberikan kepada
Irdina. Mungkin dia tidak tahu apa yang patutu diberikan kepada perempuan yang
berada di sebelahnya. “Bercampur baur.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

“Kamu rasa tak selamat di sini?” Balas Irdina. Dia terus memberikan reaksi yang
ingin tahu apa yang dibicarakan kepadanya. Dia harap agar Rina boleh menceritakan
segala-gala yang terbuku didalam hati.

“Sebenarnya saya rasa selamat sahaja. Cumanya apabila mengenangkan semua
kisah lama, menyebabkan saya takut dan tertekan.” Ujar Rina sambil memandang
sahaja kehadapan. Lantas ingatannya kembali pada masa lampau.

Pada tengahari itu Rina terus pulang ke sekolah. Dia pulang dengan sedikit gembira
kerana nanti dia akan mewakili dalam pertandingan memanah tidak lama kemudian.

“Hai sayang. Baru balik sekolah ke? Nak abang temankan.” Ujar Apek yang
berada di sebelahnya.. dia terus melemparkan senyuman disamping suara yang agak
mengoda.

Rina hanya melakukan reaksi tidak tahu sahaja dengan apa yang dikatakan oleh
lelaki tersebut. Dia terus berlalu pergi tanpa banyak berbicara. Bukan apa, selagi dia
melayan, pasti ada lagi yang lebih teruk akan dilakukan oleh dua orang lelaki yang
tiada masa hadapan itu.

John dan Apek terus memerhati sahaja pemergian daripada anak gadis tersebut.
Mereka merasakan bahawa kali ini adalah masa yang tidak sesuai untuk mereka
melakukan apa-apa tindakan.

“Kali ini aku lepaskan kau Rina. Kau tunggu nanti. Memang aku tak kasi change.”
Ujar John secara perlahan. Dia tidak banyak bercakap dan terus menuju kearah yang
berbeza.

Sementara itu, Rina yang meneruskan perjalanan dengan perasaan yang sedikit
marah. Mana tidaknya, kemana sahaja dia pergi sudah pasti akan ada lelaki tersebut.

‘Apa lagi kau nak dari aku? Aku memang tak suka kau. Aku harap sangat selepas
ini, aku tidak akan betemu lagi korang berdua.’ Rina berkata-kata dalam dirinya.
Memang dia merasa sangat geram dengan apa yang telah berlaku pada dirinya.

Sampai sahaja dirumah, Rina terus masuk ke dalam biliknya. Dia sedaya upaya
untuk menenangkan dirinya. Baginya tiada apa pun yang boleh memberikan
ketenangan melainkan bari diatas tilam yang empuk.

Rubiah terus menuju kearah bilik anaknya. Pintu bilik diketuk agar dapat
meminta pertolongan dari anaknya. “Ina, boleh tolong ibu tak? Tolong belikan ibu
gula.” Rubiah terus mengetuk pintu bilik anaknya.

Pintu bilik dibuka. Rina terus keluar daripada bilik tersebut walaupun berada
sedikit penat. “Ada lagi ke?” Soal Rina sambil tangannya mengambil duit yang
berada ditangan ibunya.

Rubiah hanya menggeleng. Dia terus membenarkan anaknya mengikut segala
arahan yang telah diberi. Dia berharap agar anaknya akan selamat didalam perjalanan.

Semasa didalam perjalanan, Rina terus melajukan sahaja langkahnya agar dapat
menunaikan sahaja apa yang dihajati oleh ibunya.

Semasa didalam perjalanan pulang, Rina terserempak dengan dua orang lelaki
yang dikenalinya. Dia terus menelan air liurnya kerana takut yang dirasai.

John dan Apek terus mendekati gadis tersebut. Dia ingin melihat apa yang ibawa
oleh gadis itu. “Hai sayang, beli apa itu?” Soal John sambil memengan barang yang
berada di plastik pada tangan Rina.

“Gula, mak aku suruh beli. Kau kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?” Kali ini
suara Rina agak tinggi. Dia tidak boleh tahan lagi dengan apa yang dilakukan oleh
kedua-dua lelaki tersebut.

“Memang tak boleh selagi kau tak terima apa yang kamu inginkan. Kau ingat
kami akan lepaskan kau macam itu sahaja?” John terus merapati tubuh Rina. Dia terus
membawa gadis tersebut ke kawasan semak.

Rina meronta-ronta untuk melepaskan diri dari gengaman lelaki tersebut. Dia
tahu apa yang bakal diterimanya seandai tidak berjaya melepaskan diri. “Kau nak
bawa aku pergi mana?”

“Kau ikut sahaja. Jangan banyak soalan. Kalau taku aku akan pukul kau.” Balas
John dengan agak marah. Da terus menarik tangan Rina dengan sangat kasar.

“Lepaskan aku. Aku tak nak ikut kau. Aku nak balik. Kau jangan degil.” Getus
Rina dengan sangat geram. Dia terus meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

Sampai sahaja di satu kawasan yang agak jauh, mereka bertiga berhenti. Tubuh
Rina ditolak dengan kasar. “Sekarang kita jauh dari kawasan orang ramai. Apa-apa
sahaja kami boleh buat dekat kau. Kaalu kau melawan lagi terus aku buat.” Balas
John sambil ada sedikit ketawa keluar dari mulut mereka berdua.

“Tolong lepaskan aku. Aku mohon sangat apa-apa aku.” Kali ini Rina merayu
untuk dilepaskan. Dia tidak sanggup lagi untuk meneruskan agenda yang telah mereka
lakukan .

John dan Apek tidak henti-henti daripada bergelak ketawa apabila mendengar
rayuan dari Rina. “Kami boleh lepaskan kau tapi dengan satu syarat.”

John dan Apek terus membuka pakain masing-masing. Rina hanya terdiam sahaja
ketika itu. Tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Hanya tangisan sahaja yang
mampu diluahkan olehnya.

Rina terus mengkah longlai untuk pulang. Dia merasakan tiada tenaga yang
menyelebungi tubuhnya. Air mata terus mengalir dengan agak deras. Terasa dirinya
seakan-akan berada diawan-awangan.

‘Aku telah diperkosa Ya Allah. Kau tabahkan diri aku untuk memberitahu ibuku
apa yang telah berlaku.’ Bisik Rina dalam dirinya. Dia terus menangis dengan penuh
penyelesaian.

Sampai sahaja dihadapan rumah, Rina mengelap air matanya yang mengalir
membasahi wajahnya. Dia harap ibunya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Biar
dia sahaja yang menyimpan segala rahsia.

Langkah kaki Rina diteruskan dengan agak perlahan. Jantungnya berdegup
kencang sambil otaknya memikirkan cara untuk menyimpan masalah yang
dihadapinya.

“Lambat kau balik. Mana kau pergi?” Soal Rubiah apabila melihat kelibat
anaknya masuk untuk menuju kearahnya.

Rina hanya diam. Dia tidak mahu berkata-kata bersama ibunya. Setelah
meletakan barang yang dibeli, dia terus masuk menuju kedalam bilik untuk
melepaskan segala tekanan yang dirasai.

Rubiah terkeut apabila melihat reaksi daripada anaknya. Mengapa pula anaknya
secara tiba-tiba berubah perangainya. Mungkin penat ataupun sebaliknya?

Sementara itu, di bilik Rina tidak henti-henti daripada menangis. Dia tidak tahu
apa yang patut dilakukan. Namun jauh disudut hatinya berasa dendam yang kesumat
kepada kedua-dua lelaki tersebut.

‘Korang jangan harap boleh lepas dari aku lepas ini. Sampai mati pun aku akan
ingat apa yang korang buat dengan aku hari ini. Aku akan balas semuanya nanti
walaupun nyawa aku sudah melayang dari muka bumi ini.’

BAB 33

Tenghari itu, seperti biasa Rina akan pula ke sekolah dengan mengikut jalan yang
biasa dilalui. Hanya ada satu sahaja jalan yang menghubungkan lorong rumahnya dan
pekan.

Seperti biasa, kelibat dua orang lelaki yang tiada masa hadapan turut bersama
dijalan tersebut. Kerja mereka adalah menganggu anak dara yang lalu lalang dari
kawasan itu.

“John, itu bukan isteri kau ke? Apa lagi, pergilah tegur.” Ujar Apek apabila
melihat kelibat Rina yang berada tidak jauh daripada kawasan mereka sedang lepak.

“Mana?”
“Tu.” Jawab Apek sambil menunjuk kearah Rina dengan menggunakan bibirnya.
Lantas John terus melihat sahaja kearah yang ditunjuk oleh rakannya. Nampak
seakan-akan wajah yang gembira ditonjolkan Apek.

Rina memberhentikan langkahnya. Dia bersiap sedia untuk menerima segala
kemungkinan yang akan berlaku. Kali ini, dia yakin tidak akan menjadi mangsa
kepada dua orang lelaki keparat buat kali yang kedua.

Pisau disorok ditangannya. Dia terus melakukan reaksi seakan-akan biasa sahaja.
Namun pada ketika itu, dia berhasrat untuk mencederakan salah seorang daripada
mereka berdua.

Langkah Rina diteruskan kearah yang sedang diduduki oleh kedua-dua lelaki
tersebut. Dia hanya berjalan sahaja tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku. Kalau
mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak diingini itu, maka dia akan balas
semuanya.

John mendapat satu idea. Mungkin apa yang berlaku adalah tidak sebenarnya apa
yang mereka berdua inginkan. Dia harap agar rancangan itu akan menemui kejayaan.
“Jom.”

Mereka berdua terus melangkah untuk menuju kearah hadapan sedikit sambil
menunggu sahaja Rina untuk mendekatinya. Mereka berdua terus melemparkan
segaris senyuman yang nakal kepada Rina.

“Hai sayang, nak pegi mana? Marilah sini dekat abang.” Ujar John. Dia tidak
henti-henti memberikan ketawa kepada Rina.

Langkah Rina sedikit terbantut. Dia hanya terdiam dan menunggu sahaja apa
yang akan dikenakan oleh mereka berdua. “Korang nak apa?” Kali ini Rina memaksa
dirinya untuk berkata-kata.

“Kami berdua nak kau sayang. Kami terpukau dengan kecantikan kau sayang.”
Balas John. Dia terus melangkahkan kakinya untuk menghampir Rina. Dia hanya
tersenyum sahaja. Apa yang dia harap adalah dapat melepaskan segala nafsu
serakahnya hari ini juga.

Rina mendapat idea cara untuk memberikan pengajaran kepada kedua-dua lelaki
tersebut. “Kalau awak nak lagi, datanglah dekat saya. Saya dah bersedia untuk awak
sayang.” Pujuk Rina. Dia tidak mahu melepaskan lelaki tersebut.

John dan Apek merapati tubuh Rina. Kerana nafsu, mereka tidak memikirkan
kehormatan seseorang. “Aduh!!!” Jerit kedua-dua lelak tersebut sambil tangan mereka
berlurumah darah.

“Ini balasan sebab korang berdua menganggu aku. Ini amaran terakhir aku. Kalau
korang nak lagi macam ini, sila kacau aku lagi. Lagi teruk aku boleh bagi.” Pesan

Rina sebelum sebelum meninggalkan kawasan tersebut. Hatinya sedikit puas setelah
melihat kedua-dua lelaki itu sedang mengerang kesakitan.

Sampai sahaja dirumah, Rina terus masuk ke dalam biliknya. Dia berasa sangat
berpua hati dengan apa yang dilakukan sebentar tadi. Dia pasti selepas ini, John dan
Apek tidak berani untuk mengapa-apakan dirinya lagi.

‘Padan muka kau John. Hati aku puas dengan apa yang aku lakukan tadi. Kalau
kotang berani kacau aku lagi, aku tidak teragak-agak akan memberikan korang
penyelesalan dalam hidup. Ini janji aku.’ Bisik Rina. Dia terus duduk di meja belajar.

Buku latihan Mathematik dibuka. Tangannya giat melakukan segala latihan yang
ada. Ketika itu juga, dia ingin melupakan apa yang berlaku. Kalau terus berfikir, pasti
akan menyebabkan hatinya terasa sakit.

Tekaknya terasa sedikit loya. Dunianya kini berputar-putar seakan-akan ada
sesuatu yang mengerakkan bumi ini. Lantas dia terus menuju ke bilik air.

Sampai sahaja di bilik air, segala isi perutnya terus keluar dengan agak banyak.
Dia nampak sedikit terkejut. Adakah ini kerana apa yang telah dilakukan oleh John
dan Apek?

Rina menjadi sedikit gelisah. Dia menjadi semakin risau. Apa yang patut
dilakukan ketika ini? Sekiranya dia tidak melakukan apa-apa sudah pasti dirinya akan
nampak berisi.

Langkah Rina terus masuk ke dalam biliknya. Dia terus mencari bahan untuk
mengenalpasti apa punca serta tindakan awal sekiranya mengandung.

Dia terus membaca segala bahan tersebut. Dirinya agak terkejut apabila dirinya
ada beberapa faktor apabila seseorang wanita itu mengandung.

“Rina, mari makan.” Ujar Rubiah sambil tangannya mengetuk pintu bilik
anaknya. Seperti biasa, dia akan mengajak anaknya untuk menikmati makan tengahari
bersama.

Rina sedikit terkejut. Dia terus membetulkan keadaan dirinya sebelum keluar
daripada bilik tersebut. Lantas dia melangkahkan kakinya untuk membuka pintu.

Pintu bilik dibuka, dia melihat ibu sudah menunggu kehadirannya. Setelah itu,
mereka berdua terus menuju ke dapur untuk menikmati makanan yang sudah
disediakan oleh Rubiah.

Semasa di meja makan, mereka berdua hanya diam sahaja. Tidak banyak yang
dibualkan oleh Rina. Dia tidak mahu memberitahu ibu apa yang sudah berlaku
terhadap dirinya.

Disamping itu, Rina menikmati makanan dengan penuh berselera. Tidak pernah
dia melakukan reaksi seperti itu. Tambahan lagi, secara tiba-tiba sahaja perutnya
merasakan ingin menikmati makanan dengan kuantiti yang banyak. “Tambah lagi
ibu.”

Rubiah terkejut apabila melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Sejak bila
pula Rina makan seperti ini? “Kamu makan mengalahkan orang mengandung. Banyak
sangat kamu makan.” Ujar Rubiah sambil mengambil pinggan yang diberikan oleh
anaknya.

Rina terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya. Dia
terus mengerutkan dahinya setelah mengingati semula apa yang dia lakukan sekarang.

“Ibu pergi pasar tak? Kalau pergi, ibu tolong belikan nanas muda. Ina teringin
pula nak makan nanas muda.” Balas Rina sambil terus menikmati makanan
dihadapannya.

“Nanti ibu pergi pasar, ibu belikan.” Balas Rubiah. Dia terus bangun dan
meninggalkan kawasan dapur.

Rina terus menikmati makanan pada tengahari itu. Dia tidak mengendahkan apa
yang dikatakan oleh ibunya. Yang penting, dia ingin makan sehingga kenyang.

Setelah selesai makan, Rina terus membaca buku berkenaan dengan ibu
mengandung. Ditambah lagi, bacaannya juga dilarikan didalam internet. Sejujurnya
dia agak takut seandainya itu berlaku. Siapa sahaja nak menjadi seorang ibu dalam
keadaan yang sungguh muda.

Sementara itu, Rina juga agak gelisah. Dia dapat merasakan bahawa semua yang
tidak diinginikan olehnya akan berlaku. Harap dirinya baik-baik sahaja. Maklumlah
dia juga risau sekiranya akan ada manusia yang bakal membesar didalam perutnya. Di
tambah lagi, zuriat itu bukanlah hasil dari kerelaannya.

Tuk…tuk…tuk.

BAB 34

Rina terus membuka pintu biliknya. Dia ingin melihat siapa yang berada dihadapan
biliknya. Rubiah berada dihadapan mukanya sambil membawa sesuatu pada
tangannya.

“Ini ibu ada belikan apa yang kamu pesan.” Balas Rubiah sambil menghulurkan
plastik kepada anaknya. “Kamu jarang makan buah. Ada apa-apa ke yang kamu sorok
dari ibu?”

Rina tersentak apabila diberikan soalan begitu. “Hurm, okey saja. Cumanya
tiba-tiba teringin sangat nak makan buah. Sebab itu Rina suruh ibu beli tadi.” Balas
Rina. Dia terus menutup pintu biliknya untuk bersendirian.

Nanas muda yang berada ditangannya terus dimakan dengan penuh berselera. Dia
tidak tahu apa akibatnya daripada apa yang dilakukannya. Biarlah asalkan anak
didalam perutnya ini tidak membesar dan akan mengaibkan keluarganya. Itu sudah
cukup bagus baginya.

Secara tiba-tiba perutnya terasa sedikit sakit. Pandangannya menjadi sungguh
kabur malah kepalanya juga terasa sedikit pening. Akhirnya dirinya rebah tidak
sedarkan diri.

Rubiah merasakan ada sesuatu barang yang dia terlupa untuk membelinya. Lantas
dia terus keluar untuk kembali membeli barang-barang tersebut. Kalau tidak, mesti
masakannya tidak akan lengkap.

Di sebuah persimpangan, Rubiah melihat sahaja dua orang remaja yang nakal di
kampungnya. Dia hanya menggeleng sahaja sambil meneruskan perjalanan untuk
melangkah pergi.

“Amboi Kak Biah, nak pergi mana tu? Tak akan tak nampak kami berdua disini
ke?” Tegur John. Dia terus tergelak kecil setelah melontarkan kata-kata kepada
Rubiah.

“Korang berdua kalau tak kacau hidup aku tak boleh ke? Bukan aku sahaja,
semua orang kampung kamu nak kacau.” Naik darah Rubiah apabila mendengar
teguran daripada John.

John dan Apek hanya ketawa sahaja. Mereka berdua terus melangkahkan kaki
untuk bertemu Rubiah. “Mak cik jangan marah-marah. Bukan apa nanti risau kami
berdua jadi menantu dan ayah kepada cucu kepada Mak Cik Biah.” Balas John
dengan nada suara yang agak sinis.

Naik mendidih api kemarahan Rubiah apabila mendengar segala yang
diungkapkan oleh John. “Kau ingat aku nak jadikan kau sebagai menantu aku?
Korang berdua tak layak aku nak jadikan menantu. Kerja tak ada, masa depan entah
kemana. Ada hati nak kahwin dengan anak aku.” Kali ini gilirannya untuk
memberikan sedikit persoalan kepada kedua-dua lelaki dihadapannya.

Semakin kuat gelakkan daripada kedua-dua lelaki tersebut. “Mak cik pernah
tanya tak apa yang terjadi kepada Rina? Baik mak cik tanya apa yang terjadi. Kalau
tidak, mak cik juga yang menangung malu.” Balas Apek. Dia ingin mengetuk kotak
fikiran Rubiah.

Rubiah terdiam. Dia sedikit pelik apabila mendengar apa yang dikatakan oleh
oleh Apek. Mungkin ada satu rahsia yang disimpan oleh Rina tanpa pengetahuan
darinya.

John terus mendekati tubuh Rubiah. Dia bersiap sediaa utnuk memberikan sedikit
kata-kata kepada wanita tersebut. “Seeloknya mak cik balik dan bertanya kepada Rina

apa yang dah terjadi. Kalau kami cakap, mak cik tak nak percaya.” Balas John. Dia
sangat berharap agar Rubiah akan mngikut kata-kata mereka.

Rubiah tertekan. Lantas dia terus menuju pulang ke rumah untuk mendengar
sendiri dari mulut anaknya sendiri apa yang sudah berlaku. Jauh di sudut hatinya
mendoakan agar apa yang didengarinya itu adalah palsu dan kedua-dua lelaki tersebut
hanya menipu untuk menyedapkan hari mereka berdua sahaja.

Sampai sahaja di rumah, dia kelam kabut untuk mendapatkan anaknya. Dia ingin
mendengar sendiri dari mulut anaknya apa yang telah terjadi kepada satu-satunya
puteri yang dianugerahkan Illahi.

“Rina keluar kau. Rina.” Pintu bilik terus diketuk dengan agak kuat. Nasib baik
tidak pecah sahaja pintu bilik tersebut. Kalau tidak, memang kena beli baru. “Rina,
kau denganr tak aku panggil.” Jerkah Rubiah namun tidak dijawab oleh anaknya.

Rubiah terus memulas tombol pintu bilik anaknya. Pintu itu tidak berkunci. Dia
menolak pintu tersebut dengan agak perlahan bagi melihat apa yang sedang dilakukan
oleh anaknya.

“Ya Allah Rina.” Rubiah terkejut apabila melihat anaknya terbaring diatas lantai.
Disamping itu, dia agak pelik apabila melihat banyak darah yang keluar dari kain
anaknya.

“Rina bangun nak. Rina jangan tinggalkan ibu.” Kali ini Rubiah terkulai sambil
mengharapkan agar anaknya sedar dari pengsan.

Rubiah terus menjerit dari dalam rumahnya agar dapat pertolongan daripada jiran
tertanga. Kalau tidak, sudah pasti anaknya akan meninggal dunia.

Senah masuk ke dalam perut rumah jirannya setelah mendengar jeritan dari
Rubiah. Dia ingin melihat sendiri apa yang sedang berlaku terhadap jirannya. Mana
tahu kalau-kalau dia boleh tolong.

“Ya Allah Biah, apa dah jadi? Kita kena bawa anak kau pergi hospital cepat.
Kalau tidak, mungkin Rina akan mati. Sekejap aku panggil Samad untuk bawa kita ke
sana.” Balas Senah. Dia terus membantu Rubiah untuk membawa anaknya ke
hospital.

BAB 35

Suasana didalam rumah sakit sangat kelam kabut apabila ramai pesakit yang
memerlukan bantuan dengan kadar segera daripada doktor yang bertugas. Malah
suasana juga agak bingit seperti selalu.

Rubiah menanti sahaja apa keputusan yang akan diberikan oleh doktor. Jauh
disudut hatinya tidak putus-putus berdoa supaya anaknya selamat daripada sebarang
bahaya.

Senah turut berada di hospital. Baginya tidak mungkin untuk meninggalkan
Rubiah berseorangan. Tambah lagi, Rubiah berada dalam keadaan yang sangat sedih.
“Biah kau sabarlah. Aku yakin anak kau tak apa-apa.” Senah cuba untuk
menenangkan jirannya.

Air mata Rubiah tidak putus-putus mengalir dan membasahi wajahnya. Dia tidak
tahu apa yang patut dilakukan sekarang. Mulutnya juga terkunci, fikirannya juga tidak
mampu untuk bekerja dengan sebaliknya.

“Boleh aku tahu semua ini angkara siapa?” Soal Senah. Dia ingin mengetahui
bahawa apa yang beraku kepada Rubiah dan anaknya. Kalau tidak, mustahil Rina
mengalami kecederaan yang agak teruk.

Rubiah terus mengingati semula apa yang terjadi. Namun otaknya tidak boleh
memikirkan apa-apa. “Aku tak tahulah siapa punya angkara.” Balas Rubah dengan
nada suara yang agak serak akibat daripada tangisannya.

Terdiam. Senan membiarkan sahaja Rubiah menenangkan dirinya sebelum
memberikan sedikit pendapat. “Kalau begitu, sebelum ini ada orang tak yang
menganggu korang anak beranak?”

Tiba-tiba Rubiah terus mengingati bahawa John dan Apek selalu menganggu
mereka berdua. Tapi adakah ini semua angkara kedua-dua tersebut.

“Aku rasa ini semua kerja dua lelaki di kampung kita. Ya, aku pasti. Ini adalah
kerja John dan Apek yang selalu duduk di persimpangan jalan rumah kita.” Balas
Rubiah. Dia pasti semua ini adalah angkara merea berdua.

Belum sempat Senah memberi kata-kata, seorang doktor keluar dari bilik rawatan
Rina. Mungkin juga doktor itu ada sesuatu yang ingin dibicarakan kepada Rubiah.

“Puan Rubiah, boleh ikut saya sebentar. Ada benda yang kita ingin bincangkan.”
Doktor Tisha terus berlalu untuk menuju kearah pejabatnya. Dia mengantungkan
steleskop pada lehernya.

Sampai sahaja di dalam bilik tersebut, mereka berdua bersiap sedia untuk
membincangkan semuatu. Pejabat itu tidaklah sebesar mana. Hanya cukup sebagai
seorang dokot sahaja. Lagipun seorang doktor tidak memerlukan bilik besar kerana
mereka sentiasa akan bersama pesakit.

“Ada apa doktor ingin bejumpa saya?” Soal Rubiah. Dia sangat berharap agar
tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada anak kesayangannya.

Doktor Tisha terus melemparkan wajah yang sedikit sedih sebelum mengatakan
apa yang berlaku kepada Rina setelah diperiksanya. “Sebenarnya anak puan
keguguran. Now dia kehilangan banyak darah. Tapi puan jangan risau, kamu telah
usahakan agar Rina tidak apa-apa. Saya harap puan boleh berikan dia masa untuk
berehat.”

Rubiah terdiam. Maknanya betul apa yang dikatakan oleh kedua-dua lelaki
tersebut berkenaan dengan apa yang dilakukan oleh mereka terhadap Rina.

Setelah keluar sahaja daripada bilik tersebut, Rubiah terus duduk sebentar untuk
menghilangkan penatnya. Di samping itu, dia memikirkan apa yang akan
dilakukannya selepas ini.

“Rubiah, aku bukan nak cakap buruk berkenaan keluarga kau. Kalau aku jadi kau,
aku akan hantarkan anak aku pergi ke pusat pemulihan. Aku risau semangat dia akan
hilang setelah apa yang berlaku.” Ujar Senah setelah mendapatkan Rubiah yang tidak
jauh darinya.

Sementara itu, Rubiah terdiam. Dia terus memikirkan apa yang terbaik kepada
anaknya. Kalau itu caranya, dia bersetuju. “Boleh. Tapi kita kena tunggu Rina sembuh
dahulu. Lepas itu barulah kita rancang betul-betul.” Balas Rubih dengan nada suara
yang agak sedih.

Rubiah terus bangun untuk menuju kearah bilik anaknya. Dia ingin melihat
anaknya. Seburuk-buruk budak ini, Rina tetap anaknya. Jadi dia akan menerima
segala perbuatan baik mahupun buruk dari anaknya. Tapi ada beberapa persoalan
yang bermain di fikirannya.

“Rina, mengapa kamu buat perkara yang terkutuk itu nak. Ibu tak sanggup nak
hadapi saat-saat sukar ini. Kalau kamu sedar, ibu nak dengar sendiri apa sebenarnya
yang berlak kepada diri kamu.” Balas Rubiah secara perlahan. Tangannya masih lagi
mengosok-gosok rambut anaknya.

Rina tersedar dari pengsannya. Dengan perlahan-lahan, dia membuka matanya
sambil memandang kearah sekelilingnya. “Ibu, Ina dekat mana?” Soal Rina dalam
keadaan yang sangat lemah. Dia masih lagi memerhati keadaan didalam bilik rawatan.

“Kamu dekat hospital.” Rubiah terus menarik nafasnya dalam-dalam sebelum
mengingati sesuatu. “Sebenarnya apa yang berlaku kepada kamu nak.” Kali ini
Rubiah ingin mendengar penerangan dari anaknya.

Rina terus menceritakan apa yang terjadi. Tiada satu pun yang bersembunyi di
dalam dirinya. Inilah masa yang sesuai untuk ibu tahu apa yang terjadi. Kalau tidak,
sampai bila-bila dirinya akan diselembungi perasaan takut dan gelisah.

Rubiah mendengar sahaja apa yang diceritakan. Dia terkejut apabila mengetahui
bahawa adalah angkara daripada John dan Apek. Anak daranya kini telah dicabul
kehormatan oleh dua lelaki tak guna itu.

“Kamu jangan takut, ibu tahu kamu tak bersalah. Kini tibalah masanya untuk
mereka berdua dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.” Ujar Rubiah. Dia terus
memandang anaknya kembali. “Kamu rehatlah dulu, ibu nak pergi cafe sebentar.” Dia
ingin

Rubiah terus membuat laporan polis berkenaan apa yang terjadi kepada anaknya.
Dia tidak sanggup lagi untuk menyimpan segala rahsia berkenaan kedua-dua remaja
lelaki yang telah meragut kebahagian mereka sekeluarga. Apa yang diharapkan adalah
agar kedua-dua pesalah itu akan menerima hukuman yang setimpal.

Selang beberapa hari, kesihatan Rina semakin pulih. Dia terus bersemangat untuk
menghadpi segaa ujian yang mendatang kepadanya. Tambahan lagi, dia mendengar
bahawa John dan Apek telah diberkas oleh pihak polis.

Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah tersebut. Rina dan Rubiah melihat
sahaja siapa yang datang rumahnya. Bukan apa, rumah tersebut jarang dikunjungi
orang luar. Namun ada kalanya, perwatan Rina sedikit berubah. Dia tidak mahu
keluar kecuali ke sekolah kerana masih lagi fobia dengan apa yang terjadi. Itu pun
adalah setiap kali pergi dan pulang, pasti akan ditemani oleh rakan-rakannya.

Fatin dan Afiqah keluar daripada perut kereta. Mereka terus melangkahkan kaki
untuk menuju kearah perut rumah tersebut. Tambahan lagi, pusat mereka mendapat
panggilan berkenaan apa yang terjadi kepada Rina. Jadi mereka akan membantu agar
Rina kembali pulih seperti sedia kala.

Mereka berdua membincangkan berkenaan dengan pusat pemulihan yang
dicadangkah oleh Senah. Banyak juga yang dibincangkan oleh mereka. Rubiah hanya
mendengar sahaja apa yang patut dilakukan oleh Rina.

“Akak jangan risau, sepanjang berada disana, kami akan menjaga Rina dengan
sebaiknya. Kami juga akan memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
untuk membentuk kembali semangat didalam dirinya.” Terang Fatin. Dia harap agar
Rubiah faham dengan cara pembelajaran di pusat pemulihan tersebut.

“Akak, kami juga ada melakukan beberapa program yang khususnya bagi
memberikan semua pelatih kembali kearah modal insan yang berguna.” Balas Afiqah
sambil menutup beberapa helaian dokumen yang dibawanya.

Rubiah hanya terdiam. Jauh di benak fikiran kecil, memikirkan apa yang terbaik
untuk dilakukannya kepada anaknya. Dia sungguh menyanyangi Rina. Oleh sebab itu,
dia yakin segala yang dikatakan itu pasti akan membawa kebaikan kepada anak yang
disayangi.

Setelah menandantangani beberapa surat akuan janji, Rina terus keluar sambil
membawa beberapa buah beg ditangannya. Dia terus memandang ibunya sebelum
dibawa pergi oleh Afiqah dan Irdina.

“Ibu, maafkan Ina. Ina janji akan berubah ketika duduk disana. Ibu jagan diri tau
masa Ina tak ada.” Ujar Rina sambil air matanya mengalir.

Rubiah terus memeluk anaknya. Dia tidak mahu melepaskan anaknya. Namun
sudah menjadi suratan takdir, dia terpaksa membenarkannya. “Kamu jangan risau soal
ibu disini. Kamu duduk sana, belajar elok-elok dan yang penting betulkan niat ntuk
berubah. Kuatkan semangat kamu balik.” Pesan Rubiah sebelum mereka berdua
berpisah. Walaupun sedih, dia Redha dengan suaratannya.

Rina terus menenangkan diri dan cuba untuk menghilangkan segala ingatan yang
menghantuinya pada masa kini. Baginya, ayang lepas biarkan lepas. Kini dia perlu
kembali. Setelah beberapa bulan disini, hidupnya bertambah baik.

“Ina, masa lampau bukan untuk kita ingati dan tangisi. Masa lampau itu perlulah
kita pelajari agar hidup sekarang tidak terjerumus kembali. Akak yakin, sekarang Ina
dah banyak berubah.” Ujar Irdina. Dia tertarik dengan dua ekor burung yang
bermain-main dihadapan mereka.

“Tapi sekarang saya risau dengan benda yang lepas. Saya risau tak mampu untuk
melupakannya.” Terdengar satu dengusan kecil yang keluar daripada mulut Rina.

Irdina dapat menjangkakan soalan itu akan diberikannya. “Kalau kamu keluar,
kamu kenalah kuat. Semuanya ditangan kamu. Kamu kena yakin dengan diri kamu
boleh berubah. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar.” Balasnya lagu
untuk memberi semangat kepada Rina.

Rina terdiam. Ada betul uga apa yang dikatakan oleh Rina. Semuanya terletak
pada diri sendiri. Dia perlu yakin dengan dirinya yang dia akan berubah untuk
menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.

Irdina terus bangun. Dia harap apa yang dibincangkan tadi dapat memberikan
semangat kepada pelatihnya. “Akak nak naik office. Kalau ada apa-apa, kamu jangan
segan-silu bertemu dengan akak.” Irdian terus meninggalkan kawasan tersebut.

Kini tinggal Rina berseorangan. Dia cuba untuk mengingati kembali apa yang
dibincangkan bersama Irdina. Ada benda yang dia perlu mengambil kata-kata untuk
menaikan semangat bagi meneruskan hidup pada masa-masa akan datang.

BAB 36

FAIL 007: VIDEO

Ainul merenung sahaja kearah luar tingkap. Hatinya terasa tenang setelah melihat
segala ciptaan dari Illahi dari luar jendela biliknya. Dari satu sudut, rakan-rakannya
sedang sibuk bermain dengan penuh gembira bagai seorng anak kecil yang tiada
masalah.

Kakinya terus melangkah kearah meja. Diari miliknya dibuka dan disemak dari
helaian ke helaian yang lain. Setelah itu dia mencapai sebatang pen yang berada di
sebelahnya dan menulis sesuatu.

Dunia pada hari ini sangat luas berbanding 20 tahun lepas. Setiap dari kita
mudah mendapat maklumat tanpa mengira sama ada maklumat itu baik atau tidak.
Semua maklumat itu boleh didapati melalui hujung jari sahaja.

Dunia tanpa sempadan. Itulah ungkapan yang mudah untuk kita sesuaikan
degnan situasi sekarang. Yes memang betul, dunia hari ini menyebabkan diri kita
menjadi senang dan mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat tidak kiralah
maklumat itu baik mahupun sebaliknya.

‘Dunia dihujung jari. Dunia tanpa sempadan.’ Itulah ungkapan yang sering
kita dengari tidak kira umur. Tapi adakah kita faham dan amati dengan mendalam
apa yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut? Hal ini juga akan menyebabkan
ramai anak muda alpa kerana keasyikan bersama dengan dunia dialam maya.

Kita lihat pada hari ini kerana satu alat sahaja boleh menyebabkan ramai anak
muda semakin melupakan bagaimama untuk berbudi bahasa. Ramai dikalangan
mereka semakin tewas dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.

Cyberbully, Pornografi, Ketagihan Video Lucah dan ada sampai satu tahap
mereka melakukan itu smeua dalam dunia realiti tanpa memikirkan sama ada
semua perkara itu baik atau buruk, mahupun halal atau haram.

Wanita yang dulunya sangat dihormati kini menjadi alat pemuas nafsu setiap
lelaki didunia ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat wang
yang banyak bagi menampung kehidupan mereka serta untuk mendapat orang
yang dicintai dalam hidup masing-masing tanpa memikirkan halal mahupun
haram.

Sekiaranya ini berlaku, ia akan menyebabkan pembentukan modal insan di
sesebuah negara akan hancur. Negara itu akan dipimpin oleh mereka yang tidak
beramanah, mengambil rasuah, hanya mementingkan hal peribadi berbanding
rakyat yang berada di bawahnya dan sebagainya. Mereka juga akan mempimpin
dengan cara yang diktektor.

Hentikan segala apa yang menjadi pneyebab kepada pembentukan yang
kurang berkualiti didalam dunia remaja. Hal ini kerena mereka adalah pewaris
kepada pembentukan sesebuah negara bangsa pada masa hadapan.

“Selamat hari jadi Ainul.” Ujar satu suara yang bergema didalam kawasan ruang tamu.
Seraya itu juga, bunyi letupan belon dan beberapa lagi bunyian untuk memeriahkan
majlis tersebut.

Ainul terus meniup lilin yang terhadat pada kek dihadapannya. Lantas dia terus
memotong kek lalu diberikan kepada tetamu yang hadir. Wajahnya tidak putus-putus
melemparkan senyuman kepada semua yang hadir.

Ainul terus megnambil beberapa bungkusan hadiah yang diberikan kepadanya.
Hatinya berasa sangat gembira ketika itu. Hal ini kerana, dia tidak pernah mendapat
hadiah yang banyak seperti hari ini.

Qama dan Zain terus mengampiri anaknya. Mereka juga turut bergembira melihat
reaksi yang ditonjolkan oleh anak mereka. Malah mereka berdua juga tidak
putus-putus daripada senyuman kepada Ainul.

“Selamat hari jadi sayang. Semoga hari-hari sayang selepas ini akan bertambah
baik. Ini hadiah dari kami berdua.” Balas Qama sambil menghulurkan dua bungkus
hadiah yang berada ditangannya lalu diberikan kepada anaknya.

Ainul terus mengambil hadiah yang diberikan oleh kedua-dua orang tuanya. Dia
berasa sungguh gembira dengan pemberian tersebut. “Terima kasih mummy, daddy.
Malam nanti, Ainul buka hadiah ini.” Balas Ainul sambil memeluk Qama dan Zain.

Suasana majlis tersebut diteruskan sehingga lewat petang. Ramai rakan-rakan
Ainul dan jiran tertangga yang hadir untuk memeriahkan majlis. Ainul turut
bergembira apabila berada di majlis tersebut.

Pada malam itu, selesai shaja majlis hari lahirnya, Ainul terus duduk diatas katil
yang dihiasi dengan pelbagai kotak hadiah. Dia bersiap sedia untuk unboxing setiap
kotak yang diperolehi daripada rakan-rakannya.

Setelah hampir sejam, Ainu selesai untuk membuka hadiah yang diperolehi. Dia
berasa sungguh gembira apabila mendapat hadiah yang sungguh banyak. Dia tidak
sangka ramai yang appriciate kepada dirinya.

‘Alhamdulillah, terima kasih korang. Aku aprricate sangat dengan hadiah dari
korang. Aku harap hadiah ini akan menguatkan lagi hubungan persahabatan antara
kita semua.’ Bisik Ainul sambil terbaring pada badan katil. Tidak lama kemudian, dia
terlepap kerana kepenatan.

Keesokan harinya, Ainul bersiap sedia untuk menuju ke sekolah. Ini adalah hari
yang paling mengembirakan hidupnya. Mana tidak, semalam adalah majlis yang
paling bermakna dalam hidupnya.

“Ainul, mari sarapan dulu. Nanti tak ada kamu lapar masa dekat sekolah.” Ajak
Zain. Dia terus menikmati sarapan yang disediakan oleh gaji mereka iaitu Mak Cik
Jemah.

Ainul terus duduk bersama keluarganya. Dia tahu bahawa bukan senang untuk
mereka menikmati makanan bersama. Hal ini kerana keluaganya selalu sibuk dengan
kerja harian.

“Hari ini pergi sekolah naik bas atau nak daddy yang hantarkan?” Soal Zain
menyapu jem pada roti. Bukan selalu dia dapat menghantarkan anaknya ke sekolah.
Selalunya dia akan sibuk dengan kerja yang sedang dilakukan.

Ainul terdiam. Dia memikirkan apa jawapan yang patut diberikan kepada soalan
yang diberikan. “Tak apalah daddy. Hari ini Ainul pergi sendiri. Nanti bila daddy tak
sibuk, kita pergi sekali.”

Zain hanya mengangguk. Mereka terus menikmati makanan yang disediakan.
Disamping itu, mereka juga berbual berkenaan dengan pelbagai topok yang dibuka
bersama.

Ainul terus menuju ke sekolah untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang
murid. Walaupun dia orang yang berada, namun pelajaran sangat penting baginya.
Sekiranya tiada pelajaran, siapalah dirinya pada suatu hari nanti.

Di sekolah, Ainul adalah murid yang paling disenangani oleh semua guru yang
mengajarnya. Disamping itu, dia juga sangat aktif dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum.

“Hai awak. Amboi jalan sampai tak tengok kiri kanan. Habis saya tak dilihatnya.”
Seorang lelaki menegurnya sambil melemparkan senyuman. Dia juga memandang
kearah Ainul yang tidak jauh darinya.

Ainul terus mencari siapa yang menegurnya. Kelibat Aiman yang tidak jauh
darinya. Bibirnya terus mengariskan senyuman kearah lelaki itu. “Bukan tak nampak,
cumanya saya nak cepat masuk kedalam kelas.” Balas Ainul. Dia ingin berbual
bersama lelaki tersebut.

“Ala awal lagi. Lagipun waktu perhimpunan lambat lagi. Ada dalam lebih kurang
15 minit.” Balas Aiman. Dia terus mendekatkan dirinya untuk berbual bersama Ainul.
Pertama kali mereka dapat bermesraan seperti ini.

“Awak boleh tak kalau malam ini kita chat. Bukan apa, saya rindu sangat nak
berbual dengan awak and nak kenal lebih mendalam dengan awak.” Sambung Aiman.
Dia terus melemparkan senyuman kepada murid wanita dihadapannya.

Ainul tersenyum sahaja. Dia terus memandng ke kiri dan kanan sebelum
mengatakan sesuatu. “Boleh. Nanti awak chat sahaja saya.” Lantas Ainul menulis

sesuatu dan diberikan kepada Aiman. “Ini adalah nombor saya.” Balas Ainul sebelum
beredar daripada kawsan tersebut.

Semasa waktu pembelajaran di sekolahnya, Ainul tekun belajar tanpa
memikirkan orang yang berada di sekelilingnya. Dia telah menjawab banyak soalan
yang dilontarkan kepadanya.

Setelah tamat sahaja waktu persekolahan, Ainul terus pulang ke rumah untuk
berehat. Mana tidaknya, setelah separuh hari belajar di sekolah, kini dia inign berehat
sebelum menyambung semula untuk mengulang kaji pelajaran.

Notification telefonnya berbunyi. Ainul terus melihat sahaja yang chat pada
petang itu. Selalunya jarang sekali ada orang yang chat dikala dia sedang sibuk untuk
mengulang kaji pelajaran.

Hai awak, sorry ganggu kalau awak busy. - Aiman.

Ainul mngerutkan dahinya. Dia tidak pasti nombor siapa yang chat dirinya. Dia
juga agak confius.

Siapa ini? - Ainul.

Typing…

Aiman. Sorry sebab tak kenalkan diri tadi. - Aiman.

Ouh Aiman, saya ingatkan siapa tadi. Ada apa awak chat saya? - Ainul.

Saja. Awak jangan marah, sebab saya hanya nak berbual dengan awak. Seba itu saya
chat awak. - Aiman.

Mereka berdua terus berbual kosong bagi menghabiskan waktu pada petang itu.
Banyak juga apa yang dibualkan oleh mereka. Ia termasuklah benda yang agak
sensitif.

Awak pernah tengok video or dengar cerita tentang orang dewasa tak? - Aiman.

Tak. Buat apa saya tengok. Kita masih di bawah umur. Tak elok tengok video macam
itu. - Ainul.

Haha. Okey, tapi kalau awak nak tengok, nanti saya boleh kongsikan dengan awak. -
Aiman.

Ikut awaklah. - Ainul.

Tuk……tuk……tuk.

Ainul tercampak telefon ditangannya kerana terkejut. Lantas dia terus membuka
pintu bilk tersebut untuk melihat siapa yang berada di luar biliknya.

“Oh, Mak Jemah. Ada apa ketuk pintu bilik saya?” Soal Ainl sambil memandang
sahaja kearah orang gaji mereka sekeluarga.

“Tak ada apa. Cuma sekarang mummy dan daddy tak ada. So kamu nak makan
atau tidak malam ini?” Soal Mak Jemah sambil melemparkan kata-kata dengan agak
perlahan.

“Hurm, saa rasa tidak. Tak apalah mak cik makanlah seorang. Kalau saya rasa
lapar, tahulah saya nak makan apa nanti.” Balas Ainul. Da terus menutup pintu bilik
untuk menyambung semula perbualannya bersama Aiman.

Setelah membuka teelfon, Ainul terkejut apabila melihat apa yang dihantarkan
kepadanya. Tidak sangka bahawa lelaki itu menghantar satu video yang tidak senonoh
kepadanya.

Ainul hanya melihat sahaja. Ini adalah pertama kali dia melihat segala video yang
diberikan seperti itu. Ada kalanya dia bersama sedikit seronok dengan semua video
yang dikirimkan.

Apabila sudah puas melihatnya, Ainul terlelap buat seketika. Dia berasa sangat
mengantuk. Mungkin keraa baru sahaja melakukan perkara seperti di dalam video
tersebut.

BAB 37

Pada hujung minggu, semua ahli keluarganya masih sibuk dengan kerja
masing-masing. Biasalah apabila keluarga sudah ada business yang agak besar,
memang jarang mereka berada di rumah.

Kini sudah seminggu Ainul berkawan dengan Aiman. Dia suka berkawan lelaki
tersebut kerana lelaki Aiman banyak mendengar segala yang diceritakan olehnya.
Orang cakap memang menjadi pendengar setia.

Disamping itu, Aiman tidak putus-putus memberikan beberapa video yang tidak
senonoh kepadanya dengan alasan, video itu sahaja yang membuatkan Ainul berasa
tenang dan puas dalam dirinya.

Begitu juga dengan Ainul. Semakin hari dia semakin seronok apabila melihat
semua video yang didapati. Semakin hari dia semakin obses dengan semua apa yang
dilihatnya.

‘Best juga kalau dapat kahwin. Tambahan lagi, ada suami yang akan support diri
ini untuk melakukan semua kerja.’ Omel Ainul dalam dirinya. Jauh dia berfikir.
Lagipun kalau nak kahwin mesti keluarganya tidak membenarkan kerana umur belum
menjangkau 20-an. Namun dia suda pandai untuk berfikir soal itu.

Ainul terus bersiap untuk keluar sebentar dari rumah. Duduk sahaja didalam
bangunan tersebut membuatkan dirinya semakin bsan kerana tidak banyak aktiviti
yang boleh dilakukan.

“Kamu nak pergi mana?” Soal Mak Jemah apabila melihat anak tuannya bersiap
sedia untuk keluar. Bukan apa, kalau tiba-tiba Zain dan Qama tanya, senang untuknya
menjawab.

“Saya nak pergi taman sekejap. Mak cik jangan risau sebelum lunch saya balik.”
Balas Ainul sebelum beredar daripada rumah tersebut. Dia terus melangkahkan kaki
untuk keluar daripada rumah tersebut.

Semasa di dalam perjalanan menuju ke taman, tangan Ainul tidak lekang
daripada telefon. Matanya juga tidak fokus pada jalan. Ini kalau ada tahi lembu,
confirm dipijaknya kerana tidak melihat najis tersebut.

Apabila sampai sahaja ditaman, Ainul terus duduk diatas buaian agar tidak
lenguh. Matanya masih lagi fokus pada telefon bimbitnya. Entah apa yang best
didalam telefon bimbitnya itu sampai tidak putus-putus dilihat.

Tanpa dia sedari, Aiman turut berada di kawasan itu. Dia terues tersenyum sambil
memerhati apa yang sedang dilakukan oleh Ainul. Nampak fokus sahaja dengna
gadjer yang berada di tangannya. Kini dia sudah beraya untuk memusnahkan hidup
Ainul dalam diam.

“Amboi sibuk nampak. Tak perasan ke saya depan awak.” Ujar Aiman setelah
berada kawasan buaian. Dia terus duduk bersebelahan Ainul dan menjeling untuk
melihat aap yang berada di dalam telefon Ainul. “Awak tengok apa?”

Ainul terkejut apabila ditegur oleh lelaki tersebut. Dai terus menutup telefon dan
melarikan pandangan kearah Aiman. “Tak ada apalah. Bila masa awak sampai? Maaf
saya tak perasan tadi.” Ujar Ainul dan dia terus fokus memandang kehadapan dan
fokus terhadap lelaki yang berada di sebelahnya.

“Baru saja sampai.” Ringkas jawapan yang diberikan oleh Aiman. Dia terus
menarik nafasnya dalam-dalam sambil tidak tahu apa yang ingin dibualkan.

“Awak, saya nak tanya something boleh?”
“Apa dia?”
“Dari mana awak dapat semua video yang selalu awak berikan kepada saya? Saya
rasa hampir setiap hari awak hantar.” Soal Ainul untuk mengetahuinya. Dia terus
mengendurkan sedikit kegelisahan dalam dirinya.
Aiman tersenyum. Dia terpaksa bersikap jujur terhadap soalan yang diberikan
kepadanya. “Semua itu ada dalam satu lama web. Tapi biarlah menjadi rahsia saya
saja. Saya tak nak orang lain tahu pasal ini. Nanti kecoh pula.” Balasnya. Dia terpaksa
berahsia berkenaan video tersebut agar tidak dilawati oleh Ainul.
“Oh, begitu. Mesti banyak awak download. Kalau tidak, awak tak akan bagi
dekat saya setiap hari.” Ujar Ainul. Dia sedaya upaya untuk mengorek rahsia yang
tersimpan didalam diri lelaki tersebut.
Pecah ketawa Aiman apabila mendengar segala yang diungkapkan oleh Ainul.
Entah mengapa perempuan itu sanggup mengatakan begitu terhadapnya. “Tak ada
banyak sangat. Kalau awak nak, bagitahu saya. Nanti saya hantarkan.”
Ainul terus mengangguk. Dia menanti sahaja video yang baru akan dihatarkan
oleh Aiman. Dia sangat gembira serta dengan adanya video ini, dia pasti tidak akan
bosan ketika dirumah.
“Awak, saya nak balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa saya chat awak. Anywhere,
thanks for this video. I love it.” Ujar Ainul dan terus beredar daripada kawsan tersebut.
Aiman hanya melihat sahaja gadis itu meninggalkannya.
Sampai sahaja dirumah, Ainul terus menghempaskan tubuhnya pada sofa. Dia
ingin menghilangkan sedikitu penat yang dirasainya. Entah mengapa sejak beberapa
hari ini, dia terlalu cepat penat.
‘Aku harap agar apa yang aku lakukan ini tidak kantoi. Kalau tidak, memang
susah aku nak menjawab dengan keluarga aku.’ Bisik Ainul dalam dirinya. Dia terus
bangun dan menuju ke biliknya untuk menyambung semula rehat di ruangan tersebut.
Semakin hari, semakin teruk perangai yang ditonjolkan oleh Ainul. Dia tidak
boleh berpisah dengan alat komunikasi miliknya. Malah pelajarannya juga terabai
begitu sahaja dek kerana telefonnya.

Qama dan Zain melihat sahaja reaksi yang ditonjolkan oleh anak mereka. Mereka
berdua semakin pelik dengan apa yang berlaku. Tidak pernah melihat Ainul
melakukan reaksi seperti ini.

“Sayang, tengk anak kita, dari tadi asyik dengan telefon sahaja. Saya harap dia
tidak tengok video yang mengarut sudahlah.” Ujar Qama sambil melemparkan wajah
yang agak merisaukan.

Zain menarik nafasnya dalam-dalam. Dia pun perasan dengan tindakan yang
dilalui oleh anaknya. “Entahlah. Abang pun tengah fikir apa yang dilihatnya. Nak
tegur nanti dia marah pula.” Balas Zain dengna agak risau. Dia turut melemparkan
wajah yang agak merisaukan terhadap anaknya.

Mereka berdua terdiam. Jauh di benak fikiran mereka memikirkan cara yang
terbaik untuk menegur anaknya. Namun bagaimana dia ingin menegurnya?

“Tuan, puan makanan dah siap. Jemput makan.” Ajakkan daripada Mak Jemah.
Dia terus melemparkan senyuman kepada majikannya.

Mereka berdua terus mengangguk dan terus ke meja makan. “Oh ya, nanti kamu
tolong panggilkan Ainul. Risau pula karang dia tak makan.” Pesan Zain sebelum
beredar ke meja makan.

Mak Jemah hanya mengangguk. Dia terus mencari sahaja dimana kelibat Ainul
bukan apa, dia juga risau sekiranya gadis itu tidak menikmati walaupun sedikit
makanan.

Matanya terus pandang kearah tubuh Ainul yang masih sibuk dengan telefonnya.
Sempat dia menggeleng sebelum menuju kearah gadis itu. “Ainul, mummy dan dady
ajak makan. Jom.” Pujuk Mak Jemah.

“Tak apalah mak cik. Saya tak lapar lagi. Kalau saya lapar, saya makanlah.” Ujar
Ainul sambil matanya masih lagi memandang kearah telefonnya. Dia tidak fokus
dengan apa yang disampaikan oleh Mak Jemah.

“Kalau daddy marah macam mana? Apa yang mak cik nak cakap. Kalau kamu
kamu sakit macam mana kamu nak teruskan pelajaran.” Kali ini Mak Jemas memujuk
Ainu. Dia juga berharap agar Ainul akan mendengar segala kata-katanya supaya
ajakkan itu akan berhasil.

Ainul terus mendengus sedikit keluhan. Dia terus bangun dan menuju kearah
meja makan untuk mengikut sahaja arahan yang diberikan kepadanya.

Sampai sahaja di meja, dia melihat mummy dan daddy sedang bersantap
makanan yang berada dihadapan mereka. Lantas dia terus melangkahkan kakinya
untuk duduk bersama keluarganya.

“Sayang mari makan.” Ujar Qama kepada anaknya. Dia terus melemparkan
senyuman sambil mengarahkan anaknya supaya makan bersama. Hal ini kerana
mereka sudah lama tidak makan sekali.

Ainul terus mengambil nasi. Dia mencedoknya dengan kauntiti yang agak sedikit.
Hal ini kerana tiada selera untuk makan dengan agak banyak. Tambah lagi sekiranya
tidak habis, sudah pasti akan membazir.

Qama dan Zain agak pelik apabila melihat anaknya sedang mencedok semua lauk
yang terhidang. “Sedikit kamu makan. Karang lapar baru tahu.” Soal Zain sambil
meneguk air oren yang disediakan.

“Ainul dah kenyang sebab itulah saya makan sedikit.” Balas Ainul sambil
menikmati makanan yang sedikit sahaja diambilnya. Dia malas nak mendengar apa
sahaja yang bakal diberikan oleh keluarganya.

“Kamu kenyang makan telefonkan?” Kali ini Zain meninggikan suaranya bagi
memberikan sedikit ketegasan dan kesedaran kepada anaknya. Tambah lagi, dia juga
tidak berapa selesa dengan apa yang sedang dilakukan oleh anak kesayangannya.

Ainul buat-buat tidak mendengar segala yang dikatakan oleh Zain. Dia terus
menikmati makanan tersebut sambil membiarkan sahaja kata-kata itu bagai angin lalu.
Malah dia juga tidak mahu melawan apa yang dikatakan oleh daddynya.

Setelah selesai, Ainul terus bangun untuk menuju kearah biliknya untuk berehat.
“Ainul, daddy ada benda nak bincang dengan kamu. Tunggu dekat ruang tamu.”

Ainul tersentak. Dia terus menelan air liurnya. Lantas dia terus mengikut sahaja
arahan yang diberikan oleh keluarganya. Apa pula yang ingin dibincangkan oleh
mereka berdua.

BAB 38

Ainul dan keluarganya terus berada diruang tamu sambil menanti sahaja apa yang
bakal dibincangkan oleh mereka. Kali ini mungkin mereka akan bincangkan
berkenaan dengan topik yang agak serious.

“Daddy nak tanya, kamu tengok apa dalam telefon kamu sampai banyak kerja
yang kamu tinggalkan.” Balas Zain dengan nada suara yang agak lantang. Dia sedaya
upaya untuk menahan matanya daripada terus meletus.

Ainul terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dibalas kepda soalan yang
diberikan. Bukan apa, dia takut Zain marah sekiranya dia berterus terang apa yang
dilihatnya selama ini.

“Betul juga apa yang daddy kamu cakap. Mummy juga selalu nampak kamu
asyik main telefon sahaja. Ibu risau sekiranya pelajaran kamu terabai.” Balas Qama.
Dia terus melemparkan wajah yang sedikit kecewa apabila melihat reaksi yang telah
dilakukan oleh anaknya.

Ainul masih lagi terdiam apabila melihat reaksi yang ditonjolkan oleh kedua-dua
orang tuanya. Tidak pernah dia kena marah begitu. Wajahnya hanya mampu
ditundukkan sahaja.

“Daddy nak tengok telefon kamu.” Zain terus merenung sahaja anaknya. Dia
ingin menyiasat sendiri apa yang berlaku terhadap anaknya. Mana tahu kalau-kalau
ada benda yang tidak elok ditonton oleh Ainul.

Ainul terkejut apabila mendengar apa yang dikatakan oleh oleh daddy. Dia
tersepit buat seketika. Entah apa jawapan yang akan diberikan olehnya untuk
menyedapkan hati mummy dan daddy.

“Ainul, mummy pun rasa benda yang sama. Elok juga kalau kamu berikan telefon
kamu. Sekiranya kamu tidak melakukan kesalahan, kamu tak perlu takut.” Ujar Qama
untuk menyakinkan apa yang ingin dilakukan oleh keluarganya.

Ainul masih lagi terdiam. Dia cuba memikirkan bagaimana untuk menyakinkan
keluarganya bahawa dia akan berubah untuk tidak leka dengan telefon bimbitnya.

“Mummy, daddy, Ainul janji akan kurangkan bermain telefon. Please mummy,
daddy bagi last chance untuk saya.” Rayu Ainul kepada kedua-dua orang tuanya.

Qama dan Zain memandang satu sama lain. Kali ini mereka berdua memikirkan
apa yang terbaik untuk anaknya. Akhir sekali mereka bersetuju dengna permintaan
daripada anaknya.

“Kami akan bagi kamu last warning. Tapi ingat kalau kamu sia-siakan apa yang
kami berikan, kami berdua tidak teragak-akan untuk buat rindakan yang diluar
jangkaan kamu. Ingat pesan daddy.” Balas Zain sambil melemparkan serious dan
agak marah kepada anaknya.

“Okey, Ainul janji tidak akan sia-siakan peluang ini.” Janji Ainul. Lantas dia
terus kembali menuju ke bilinya untuk berehat. Kali ini dia bertekad untuk tidak
mensia-siakan apa sahaja yang telah diberikan oleh mummy dan daddy.

Ainul terus masuk kedalam biliknya sambil dilihat oleh keluarganya. Qama hanya
menggeleng sahaja. “Awak nak buat kalau dia langgar segala arahan abang?” Soal
Qama kearah suaminya.

Zain tersenggih setelah mendengar soalan daripada isterinya. Dia terus duduk dan
memandangnya. “Sayang jangan risau, abang tahu nak buat apa. Sayang perhatikan
sahaja gerak geri dia. Kalau ada benda yang mencurigakan, bagitahu abang.”

Qama faham dengan arahan yang diberikan oleh suaminya. Kemudian mereka
berada terus menuju kebilk untuk berehat. Tambahan lagi, esok mereka ada mesyuarat
yang penting pada esok pagi. Biasalah mereka selalu sangat sibuk dengan hal pejabat
sehingga ada kalanya mereka mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya.

Kini Ainul kembali dengan perasaan dan berwajah baru. Dia tidak melihat semua
video yang tidak elok. Dia juga berasa sangat selesa dengan kehidupan sekarang.
Yelah bebas daripada sebarang dosa dan noda.

Pada suatu hari, Ainul berasa sangat bosan. Dia tidak tahu apa yang perlu
dilakukan. Mungkin kerana ada banyak benda yang dilakukan dahulu kini sudah
ditinggalkan begitu sahaja.

Notification telefonnya berbunyi. Ainul terus meratapi skrin telefonnya. Mesej
dari Aiman. Dia melihat seakan-akan ada video yang dihantarkan oleh lelaki itu.

Ainul terus membuka video tersbeut. Kali ini Ainul tidak putus-putus daripada
menonton video yang dihantar. Dia semakin tertarik dengan apa yang dipertontonkan
kepadanya. Lagi banyak video yang diberikan oleh Aiman.

Kini Ainul kembali berubah menjadi seperti dahulu. Dia tidak putus-putus
daripada menonton video yang agak kotor. Di samping itu juga, pelajarannya semakin
diabaikan olehnya.

Qama melihat anaknya. Dia takut hal iniakan diketahui oleh suaminya tahu. Hal
ini kerana, apabila Zain mengetahuinya, sudah pasti akan memberikan kesusahan
kepada anaknya. Namun apakan daya, segala perjanjian dan pesanan itu semakin
dilupakan oleh anaknya. Ini amat merbahaya dan sekiranya diketahuinya sudah pasti
akan menaikan kembali api kemarahan daripada Zain.

Dia terus merapati anaknya. Dia terus duduk sambil memandang sahaja anaknya
dengan pandangan yang kosong. “Kamu buat apa?” Soal Qama kepada anaknya. Dia
ingin mendengar sahaja apa yang sedang dilihat oleh Ainul.

“Tak ada apa mummy. Cuma chat kawan.” Balas Ainul. Dia cuba untuk
menyembunyikan sesuatu yang dilakukannya. Kalau tidak mesti ibunya akan marah.
“Mummy, Ainul masuk bilik sekejap. Nak study.” Balas Ainul sebelum beredar
daripada ruang tamu.

Qama hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh anaknya. Namun jauh
disudut hatinya merasakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ainul.

Semasa didalam bilik, Ainul semakin ketagih dengan semua video yang diberikan
kepadanya. Ada kalanya dia mengabaikan pelajarannya. Banyak juga kerja yang
tertangguh.

Semakin hari, semakin teruk tingkah laku yang ditonjolkan oleh Ainul. Dia
semakin leka dengan video tersebut sehingga mengabaikan orang disekeliling. Malah
banyak masanya dihabiskan dengan video tersebut.

Setelah habis cuti penggal, Ainul akan menuju ke sekolah untuk menyambung
sesi persekolahan seperti biasa. Apabila sudah lama bercuti, perasaan malas akan
menguasai setiap diri kanak-kanak.

Ainul terus mengatur langkah untuk menuju ke kelas dengan perasaan yang
sangat malas. Entah mengapa hari ini dia tidak cergas seperti hari biasa. Mungkin
kerana semalam dia tidak tidur.

“Ainul.” Tegur Farah dengan agak gembira. Dia terus duduk bersebelahan rakan
karibnya. Lantas dia terus mengeluarkan semua buku yang berada didalam begnya.

Ainul tidak membalas apa yang dikatakan oleh rakannya. Dia terus membongkan
badannya dan terus terlelap buat seketika. Mana tahu apabila bangun sahaja dari tidur,
segala perasaan mengantuknya akan hilang sebelum masa pertama kelasnya bermula.

Farah hanya melihat sahaja rakannya. Sempat dia menggelengkan sahaja kepada
rakannya sebelum meninggalkan kelas sebelum untuk mengambil angin pada waktu
pagi. Dia tidak mahu menganggu rakannya tidur. Mungkin penat semalaman study.

Kelas bermula. Ainul terus memaksa dirinya untuk fokus. Namun ia nampak
seakan-akan gagal. Perasaan megnantuk lebih menguasai dirinya daripada perasaan
untuk belajar. Kalau tidak, dia sudah pasti akan gagal dalam pelajaran dan mesti dia
kena menjawab dengan daddy atas kegagalannya.

Akhirnya dia tertewas daripada melawan perasaan mengantuk. Mana tidaknya,
setelah semalaman tidak tidur disebabkan menonton beberapa video yang tidak
senonoh.

“Ainul!”
Ainul tersedar daripada lenanya. Dia terus memandang kehadapan dalam keadaan
yang sedikit kelam kabut.
“Cikgu nak kamu jawab soalan ini.” Balas Cikgu Faris sambil mengajukan soalan
yang diberikan kepada Ainul.

Ainul terus bangun dan berdiri untuk menuju ke hadapan. Dia terus menjawab
segala soalan yang diberikan oleh gurunya dengan agak tenang. Apabila sudah yakin
jawapan itu tepat. Dia kembali untuk duduk.

Cikgu Faris melihat sahaja jawapan yang diberikan oleh muridnya. Nampak dia
berpuas hati dengan segala jawapan yang diberikan oleh Ainul. Lantas bibirnya terus
mengariskan satu senyuman kepada seluruh kelas.

“Jawapan kamu betul. Saya berpuas hati. Walaupun tidur, kamu boleh
menjawabnya. Tapi ini bukan lesen untuk saya benarkan kamu tidur dalam kelas saya.”
Balas Cikgu Faris. Dia meneruskan pembelajarannya.

Setelah tamat sahaja waktu persekolahan, Ainul bergegas untuk pulang ke rumah.
Dia agak tergesa-gesa pulang seperti tidak mahu terlepas sesuatu. Malah dia berasa
sangat sedih dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Sampai sahaja dirumah, dia terus membuka telefonnya. Dia terus membaringkan
diri sambil melihat sahaja apa yang ada didalam telefonnya serta merehatkan diri agar
kembali segar untuk menjalani kehidupan hariannya.

Apabila berasa sedikit bosan, Ainul terus melihat kearah chat yang telah
diberikan oleh guru dan rakan-rakannya didalam group kelas.

Ujian penilaian semester dua akan bermula esok. Sila pastikan anda bersiap sedia
untuk ujian esok. Semoga dipermudahkan segala urusan dan boleh menjawab soalan
dengan jayanya. - Cikgu Faris.

Ainul sedikit terkejut apabila melihat memo yang diberikan oleh Cikgu Faris. Dia
menjadi kelam kabut dek kerana tidak study walaupun satu subjek untuk menghadapi
ujian tersebut.

Langkahnya terus menuju kearah meja. Dia menjadi tidak tentu arah. Kali ini dia
sanggup tidur lewat kerana terpaksa study sampai lewat malam.

Dirinya juga semakin tertekan apabila mengetahui semua yang terjadi adalah
hasil daripada kesilapan daripada dirinya. Dia tidak tahu bagaimana untuk belajar
dalam masa yang sangat singkat.

‘Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan aku. Aku mohon Dari-Mu Ya
Allah.’ Bisik Ainul lantas dia terus membuka buku yang berada dihadapannya.

BAB 39

Ujian Penilaian bermula. Semua murid bersiap untuk menjawab soalan yang akan
diberikan oleh guru mereka. Ini adalah untuk melihat sejauh mana pemahaman setiap
murid setelah hampir beberapa bulan mereka belajar.

Ainul bersiap sedia untuk menjawab. Matanya sedikit lebam kerana tidak tidur
semalaman. Hal ini kerana dia menghabiskan masanya dengan mengulangkaji
pelajaran.

“Baiklah semua, peperiksaan akan bermula. Saya harap tiada unsur-unsur
peniruan semasa peperiksaan berjalan. Kamu boleh mula menjawab sekarang dan
semoga kamu menjawab dengan jayanya.” Ujar Cikgu Faris selaku pengawas

peperiksaaan. Dia terus memandang sahaja kearah seisi kelas bagi memastikan tiada
unsur-unsur peniruan.

Ainul terus membuka setiap helaian kertas soalan yang berada dihadapannya.
Pada awalnya dia menjawab dengan sungguh cepat dan mudah. Namun tinggal satu
bahagian yang diberikan telah menyebabkan dirinya terkaku.

‘Ya Allah susahnya soalan yang diberikan ini. Aku mohon agar Engkau
permudahakan untuk aku menajwab setiap soalan yang diberikan.” Doa Ainul dalam
dirinya. Dia terus mengembuskan nafasnya dalam-dalam lantas terus menyambung
semua untuk menjawab soalan yang diberikan.

Setelah tamat sahaja waktu peperiksaan, Ainul terus termenung sahaja setelah
memikirkan apa jawapan yang tealh diberikan didalam kertas jawapan sebentar tadi.
Dia tidak yakun dengan jawapan yang diberika.

‘Mengapa kali ini aku merasakan diriku tidak tenang? Aku merasakan bahawa
setiap jawapan yang aku berikan tadi banyak salah. Adalah ini semua berpunca
daripada semua yang telah aku lakukan?’ Bisik Ainul dalam dirinya. Dia terus
menarik nafas sambil mengingati segala tingkah lakunya sebelum ini.

Farah memandang kearah rakannya. Nampak seakan-akan rakannya ada masalah.
Dia terus melangkahkan kaki untuk bersama Ainul yang tidak jauh dari kawasan
kantin.

“Ainul kau menangis?” Soal Farah sambil memberikan sehelai tisu kepada
rakannya. Dia bersiap sedai utnuk mendengar apa yang terjadi dalam diri Ainul.

Ainul mengambil tisu tersebut. Dia terus menarik nafasnya sebelum mengatakan
apa yang terjadi dalam hidupnya. “Aku tak boleh jawab soalan tadi.” Adu Ainul.

“Kenapa?”
Ainul menceritakan apa yang dilalui olehnya. Ada kalanya reaksi yang
ditonjolkan oleh Farah juga berbeza. Dia ingin membantu rakannya untuk keluar
daripada masalah yang mengantui Ainul.
“Jom aku bawa kau jumpa Cikgu Amran. Dia guru kaunseling sekolah kita. Aku
rasa dia boleh tolong kau.” Cadang Farah. Dia harap agar rakaannya ingin melakukan
apa yang telah diberikan olehnya.
Ainul terdiam. Dia juga memikirkan perkara yang sama seperti yang diungkapkan
oleh Farah. “Kalau begitu jom temankan aku.”
Mereka berdua terus melangkah untuk menuju ke Bilik Kaunseling yang berada

di tingkat 2 bangunan A. Ainul berharap agar keputusan yang dilakukannnya itu
sangat tepat.

Sampai sahaja dihadapan Bilik Kaunseling, Ainul dan Farah terus melangkahkan
kaki untuk masuk bilik tersebut. Mereka terus mencari kelibat guru yang
mengendalikan tatacara sesi kaunseling di sekolah tersebut.

“Assalamualaikum cikgu.” Ujar Ainul setelah mendapati guru tersebut. Nampak
macam sibuk sahaja Cikgu Amran sekarang.

“Waalaikumusalam. Ya, ada apa kamu berdua nak jumpa cikgu?” Soal Cikgu
Amra setelah berhenti daripada menulis laporan sesi kauseling yang telah dijalankan.

“Cikgu, boleh tak kalau saya nak bincangkan hal peribadi saya dengan cikgu?”
Ujar Ainul. Dia terus menunduk ke bawah dan berharap agar guru tersebtu boleh
membantunya.

Cikgu Amran terus menarik nafasnya dalam-dalam. Sudah menjadi kebiasaan
Cikgu Kaunseling akan membantu setiap murid dan guru yang memerlukan
bantuannya. “Kamu masuk dalam, yang kamu pula tunggu luar.”

Ainul terus masuk untuk bertenu gurunya. Dia ingin melepaskan semua bebannya
sebelum menjadi lebih terus dalam dirinya.

“Okey ada apa kamu nak jumpa saya?” Cikgu Amran bersiap sedia untuk
menerima apa sahaja yang dikongsikan oleh klienya.

Ainul terus menceritakan apa yang dialaminya. Ada kalanya dia air matanya
menitis dek kerana tidak boleh menahan sebak yang dirasainya.

Cikgu Amran terus melakukan penerokaan keatas apa yang diceritakan oleh
Ainul. Walaupun dia nampak seakan-akan samar, namun setelah dia memahami,
akhirnya dia tahu apa punca yang berlaku di dalam diri Ainul

“Cikgu dapat merasakan sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kamu ini adalah
brpunca daripada video yang kamu tonton. Boleh cikgu tahu apa yang hobi
kamu?”Ujar Cikgu Amran dengan lemah lebut.

“Membaca cikgu.”
“Kamu boleh pelbagaikan setiap bahan bacaan agar kamu tidak bosan. Bagi cikgu,
kamu boleh cuba bacaan yang ringan dan santai agar apa yang kamu baca tidak
terbeban. Seterusnya kamu akan dapat menghilangkan segala rasa keinginan kamu
melihat video tersebut.” Balas Cikgu Amran. Dia ingin mendengar sendiri apa yang
ingin dikatakan oleh anak muridnya.

“Baiklah cikgu. Insya-Allah saya akan cuba.” Balas Ainul dengan agak sedih. Dia
terasa sedikit lega apabila bebanan yang dilaluinya kini hilang begitu sahaja setelah
menceritakan segala yang berlaku didalam dirinya.

“Pasal keputusan peperiksaan pula, cikgu sendiri akan berjumpa keluarga kamu
dan bincangkan apa yang berlaku.” Sambung Cikgu Amran. Dia terus melemparkan
senyuman kepada murid bersamanya..

Ainul hanya mengangguk bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Amra.
Dia terus bangun untuk beredar daripada bilik tersebut dan menuju untuk study
berkenaan dengan peperiksaan seterusnya.

Kini, kehidupan Ainul bertambah semakin baik. Ini mungkin kerana dia selalu
meminta pandangan dan pendapat daripada gurunya. Memang betul, kaunseling
bukan untuk orang gila tapi ia adalah tempat untuk meluahkan sesuatu agar kita
berasa lebih tenang dihari kemudian.

Hari ini keputusan ujian pertengahan semester akan diumumkan. Ainul berharap
agar keputusan peperiksaan itu adalah baik dan tidak ada satu gred rendah. Walaupun
pada awalnya dia dilanda pelbagai msalah dan dugaan.

Ainul mengambil sahaja keputusan peperiksaan. Alhamdulillah semuanya baik
saja walaupun dia tahu pelbagai cabaran yang melanda dirinya. Keputusna ini tidaklah
seindah ujian yang lepas. Tapi sudah cukup memberikan dirinya sedikit kebahagian
dalam dirinya.

Kakinya melangkah utnuk menuju bertemu Cikgu Amran. Dha harap agar
perkhabaran ini juga akan mengembirakan guru tersebut.

“Cikgu, ini keputusan peperiksaan saya.” Ainul terus menyerahkan keputusan
tersebut kepada guru dihadapannya. Dia harap keputusan itu akan mengembirakan
hati cikgu yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Mata Cikgu Amran laju sahaja apabila melihat semua yang berada didalamnya.
Dia terus melemparkan senyuman diatas keputusan yang ditunjukkan oleh anak
muridnya. Nampak banyak juga yang lulus. Cumanya A tidak banyak. Tapi overall
nice.

“Tahniah Ainul. Cikgu bangga dengan kamu. So selepas ini bagaimana pula
kamu nak bagitahu keluarga kamu?” Soal Cikgu Amran. Dia terus duduk bersama
Ainul di ruangan yang agak santai.

“Terima kasih cikgu atas sokongan dan dorongan dari cikgu. Saya appriciate
sangat.” Balas Ainul dengan agak gembira. Dia tahu sejahat mana pun dirinya, sudah
pasti akan ada yang bersamanya.

“So macam mana pula dengan keluarga kamu?” Sekali lagi soal diajukan oleh
Cikgu Amran kepada Ainul yang berada di hadapannya. Dia ingin mendengar
sekiranya ada cadangan yang akan diungkapkan oleh anak murid itu.

Ainul terdiam sahaja sambil memikirkan bagaimana untuk berterus terang apa
yang berlaku selama ini. Ditambah lagi, dia tiada idea dengan apa yang diberikan oleh
Cikgu Amran. Harap-harap mereka akan faham dan tidak menghukum atas apa yang
terjadi.

BAB 40
Suasana didalam rumah agak sunyi. Mungkin tiada orang yang berada di dalam perut
banggunan tersebut. Biasalah time-time seperti ini, mestilah mereka berada di office.
Sibuk dengan kerja masing-masing.

Kasut sekolah terus diletakkan diatas rak. Setelah itu dia terus masuk ke dalam
rumahnya. Ainul tidak mahu mengatakan apa-apa walaupun keputusan
peperiksaannya nampak sedikit baik.

Langkah ainul terhenti apabila melihat wajah bengis Zain yang berada
dihadapannya. Dia cuba untuk menenangkan diri dan mendengar apa sahaja yang
ingin dibicarakan oleh Zain.

“Kau dari mana?” Soal Zain dengan nada suara yang agak tinggi. Matanya tidak
putus-putus daripada memandang anaknya.

“Se…..sekolah daddy.” Ujar Ainul dengan terketar-ketar. Dia terus tunduk ke
bawah sambil menunggu sahaja apa yang akan disoalkan kepadanya.

“Sekolah.” Zain memberhentikan seketika soalannya sambil menarik nafas
dalam-dalam. “Kau ada buat apa-apa yang aku tak tahu?” Sambung Zain sambil
memejamkan matanya.

Ainul hanya mengeleng sahaja. Mana dia tahu apa yang dilakukannya sampai
ayahnya boleh naik angin secara tiba-tiba.

“Fikir elok-elok.”
“Tak tahu daddy.”
Zain mengeluarkan telefon anaknya. Dia mencari sesuatu didalam gadjet tersebut.
Ainul hanya melihat sahaja sambil matany mula berkaca. “Ini apa!”
Terkejut Ainul apabila melihat segala yang ditunjukkan oleh daddynya. Belum
sempat dia mengatakan apa yang terjadi, semuanya sudah kantoi dahulu. Dia tidak
boleh buat apa-apa.
“Aku tak sangka ini kerja kau selama ini. Sebab itu kerja kau banyak tak siap.
Pelajaran kau semakin merosot.” Ujar Zain sambil menahan geram apabila melihat
anaknya. Dia sedaya upaya menahan kesabarannya.
“Daddy, Ainul minta maaf. Memang ini yang Ainul ingin ceritakan pada daddy
dengan mummy, tapi Ainul tidak tahu bagaiaman utnuk mengatakannya.” Balas Ainul.
Dia tidak sanggup untuk memandang kearah Zain yang semakin serious.
Zain menarik nafasnya dalam-dalam. Kalau ikutkan hati, memang dia ingin beri
pengajaran kepada budak ini. Dia sedaya upaya untuk cuba tidak melakukan semua
perkara diluar jangakaan. Sekiranya boleh berunding, dia akan berunding dengan
sebaiknya agar tiada yang tercedera.
“Kau tahu tak apa yang kau buat ini memang salah dan patut dihukum. Kalau
ikutkan hati aku dah lama aku cekik kau.” Sekali lagi pandangan Zain dimatikan pada

telefonnya. “Aku nak kau panggil lelaki ini datang sini sekarang juga.” Balas Zain
sambil menyerahkan telefonnya kepada Ainul.

Ainul mengikut sahaja arahan yang diberikan kepadanya. Lantas dia terus
mengatakan sesuatu yang kepada daddy. “Lagi 10 minit dia datang.” Balasnya.
Telefon tersebut terus dikembalikan kepada Zain.

“Kau tunggu sini sampai dia datang. Selagi dia tak datang, jangan harap aku nak
lepaskan kau.” Ujar Zain. Dia terus duduk sambil menanti sahaja kehadiran lelaki
tersebut.

Tidak lama kmudian, Aiman tiba di rumah tersebut. Dia terus meletakkan basikan
dan masuk ke dalam rumah tersebut. “Assalamualaikum.”

Zain terus menuju ke daun pintu untuk melihat siap yang berada dihadapan
rumahnya. “Kau aimankan?” Soal Zain sambil melemparkan wajah yang bengis.

“Ya pak cik.”
“Kau masuk sekarang.” Ajak Zain sambil masuk kedalam rumah. Aiman hanya
mengikut sahaja arah yang dituju oleh lelaki dihadapannya.
Aiman memberhentikan langkahnya betul-betul bersebelahan Ainul. Dia hanya
menunggu sahaja apa yang dikatakan oleh mereka berdua. Nampak macam berada di
balai polis pula dengan ada orang yang bakal menyiasat mereka berdua.
“Aku nak tanya, kau ada bagi video atau gambar yang tidak senonok dekat anak
aku?” Ujar Zain. Dia terus duduk sambil menanti sahaja apa yang bakal dijawab oleh
Aiman.
Aiman mengerutkan dahinya sebagai tanda tidak tahu apa-apa dengan soalan
yang diberikan kepadanya. “Haa, gambar apa? Video apa yang pula pak cik.” Aiman
terus mengaru rambutnya yang tidak gatal.
“Kau cakap elok-elok. Jangan smapai aku cakap guna tangan atau kaki.” Kali ini
Zain terpaksa berkeras dengan kedua-dua budak yang berada dihadapannya. Kalau
tidak memang Aiman tidak akan bersikp jujur dengannya.
“Serious pak cik, saya tak tahu apa-apa.” Aiman terus memandang sahaja kearah
Ainul yang berada disebelahnya. “Awak apa semua ini? Cuba jelaskan.” Kini soalan
itu terus dipindahkan kearah Ainul yang diam sahaja dari tadi.
“Kau nak aku jelaskan?” Zain terus menonjolkan apa yang berada didalam
telefon anaknya. “Ini bukan dari kau?”

Aiman terkesima. Dia diam seribu bahasa apabila melihat segala yang
dihantakrna kepdaa Ainul. Semuanya sudah terbongkar pada tangan Zain. Kini dia
tersepit diantara masalah yang dilakukannya sendiri.

Zain melangkahkan kakinya untuk menghampiri kedua-dua budak tersebut. Dia
masih lagi tidak melemparkan wajah yang senang kepada Aiman mahupun Ainul.

“Kenapa kau diam?”
“Saya minta maaf pak cik.”
“Kau ingat dengan maaf boleh menyelesaikan banyak benda? Kau dah buat
perkara yang kurang baik dengan aku, senang-senang sahaja kau nak minta maaf.”
Ujar Zain dengan anak aku, senang-senang sahaja kau nak minta maaf.” Ujar Zain
dengan agak tinggi. Api kemarahannya tidak boleh ditahan lagi. Bila-bila masa sahaja
akan meletus.
Ainul masih lagi terdiam. Dia tahu zain sedang marahkan mereka berdua. Sebab
itu dia tidak berani untuk mengatakan sesuatu walaupun sepetah perkataan melainkan
dirinya disoal.
Secar tiba-tiba satu tamparan hinggap pada wajah Aiman. Setelah itu Zain
memberikan lagi satu tumbukan sehingga budak itu jatuh tersungur di lantai.
Qama yang terkejut dengan perbuatan itu, terus menuju kearah kedua lelaki
tersebut. Dia cuba untuk menahan suaminya daripada terus memukul budak yang
tidak ada kena mengena dengan keluarganya.
“Awak sudahlah. Karang mati pula anak orang.” Ujar Qama. Dia tahu bukan
senang nak halang suaminya, tapi dia akan berusaha juga untuk tepis.
“Kau lepaskan aku. Budak ini memang kurang ajar. Biar aku bagi dia sedikit
pengajaran kepada dia.” Balas Zain dengan agak marah. Tangannya terus memukul
Aiman.
Sementara itu, Aiman meronta-ronta menahan kesakitan yang dirasainya.
Tambahan lagi, dia cuba untuk meminta maaf namun tidak berjaya kerana Zain tidak
henti-henti daripada memukulnya.
Cikgu Amran tiba dirumah tersebut kerana ingin memberikan semula slip
keputusan peperiksaan kepada Ainul. Dia terus melangkahkan kaki apabila
mendengar bunyi yang bising di dalam rumah tersebut.
Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat pergaduhan tersebut. Lantas dia
sedaya upaya untuk menahan lelaki tersebut daripada terus memukul anak muridnya.

Tambahan pula, dia kesian melihat Aiman yang masih lagi meronta-ronta untuk
meminta pertolongan daripada terus dipukul oleh Zain.

“Encik Zain sudah. Karang mati pula anak orang.” Balas Cikgu Amran sambil
tangannya terus menahan apa yang sedang berlaku dihadapannya.

“Kau lepaskan aku. Budak ini tak cukup moral cikgu. Biar aku yang ajar dia.”
Teas Zain dengan nada suara yang agak marah. Tangannya tidak putus-putus daripada
memukul Aiman.

Cikgu Amran terus menarik Zain agar tidak meneruskan pergelutan tersebut.
Tidak lama kemudian, dia berjaya meleraikan pergaduhan tersebut dan membawa
Zain untuk berjauhan daripada Aiman.

“Encik, kita boleh bincang elok-elok, buat apa gunakan kekerasan? Encik sedar
tak kalau mati anak orang, encik akan dipersalahkan atas tuduhan membunuh.” Balas
Cikgu Amran dalam keadaan yang agak letih.

Zain hanya melihat sahaja sahaja apa yang telah dilakukannya. Dadanya
berombak-ombak bagi menahan marah dan penat. Lantas dia terus beredar daripada
ruang tamu untuk naik ke tingkat atas rumahnya.

Sejak daripada peristiwa itu, keadaan di dalam rumah tersebut berubah. Zain
semakin hari meminggirkan diri daripada berhadapan dengan anaknya. Mungkin
kerana kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Ainul.

Ainul pula semakin sedih dengan keadaannya. Yelah setiap hari kemana sahaja
dia pergi didalam rumah, dia dipulaukan oleh ahli keluarganya. Dia betul-betul
kecewa dengan keadaan tersebut.

Mak Cik Jemah menuju kearah anak majikannya. Dia berasa kesian apabila
melihat Ainul yang tidak terurus. Lantas badannya terus dirapatkan untuk bertemu
gadis tersebut.

“Apa yang Ainul fikirkan?” Tegur Mak Cik Jemah. Dia terus duduk bersebelahan
gadis tersebut dan bersiap sedia untuk mendengar apa yang ingin dibualkan
kepadanya.

Ainul masih lagi diam. Dia memikirkan sama ada ini adalah masa yang terbaik
untuk dirinya menceritakan apa yang berada di benak fikirannya atau tidak.

“Ceritakan apa yang kamu rasa. Kalau kamu diam saja, sampai bila-bila pun
masalah kamu tak akan selesai.” Ujar Mak Cik Jemah bagi menyakinkan anak
majikannya untk berkongsi apa yang sedang bermain di fikirannya.

Ainul masih lagi terdiam. Betul juga apa yang dikatkan oleh orang gaji didalam
rumah tersebut. Mungkin dia ingin membantu sahaja. “Mak cik, apakah saya ini hina
sangat mak cik? Sampai daddy dan mummy abaikan saya, pinggirkan saya.” Balas
Ainul dengan nada suara yang sangat sedih.

Mak Cik Jemah terkejut apabila mendengar soalan yang diberikan. Dia terus
merapatkan tubuh kearah Ainul. “Tidak siapa dilahirkan dengan kehinaan dan
kehormatan. Kita banyak melakukan kesalahan dan maksiat dan tiada sesiapa pun
boleh terlepas daripada melakukan kesilapan itu.” Balasnya dengan berhati-hati agar
tidak menyakitkan hari Ainul.

Ainul hanya terdiam sahaja sambil memikirkan apa yang akan diberikan lagi
kepadanya. Dia faham semua yang berlaku ini adalah berpunca dari dirinya yang
tersilap langkah.

“Setiap manusia yang melakukan kesilapan perlulah bertaubat dan kembali ke
pangkal jalan. Mana ada manusia yang sempurna dan tidak pernah melakukan
kesilapan. Orang yang baik adalah mereka yang bertaubat.” Mak Cik Jemah terus
memeluk tubuh Ainul. Dia cuba menahan sebak yang dirasai.

Ainul berlenangan air mata. Dia tidak sangka dalam semua orang
memulaukannya, masih ada lagi manusia yang berada disampingnya. Dia tahu bukan
senang nak lalui masalah ini, namun dengan semangat yang ada dia akan tempuhi jua.

Selang beberapa hari, Zain memanggil anaknya untuk membincangkan sesuatu.
Dia berharap dengan keputusan yang dilakukan ini adalah benar dam terbaik untuk
anaknya.

“Mummy dan daddy dah bincang dan buat keputusan untuk menghantar kamu ke
pusat pemulihan akhlak. Disana adalah tempat yang baik untuk memberikan
kesedaran kepada kamu.” Sekali lagi suara Zain sangat tegas dengan apa yang
diberikan kepada anaknya.

Ainul terdiam. Dia tidak sanggup untuk membantah. Ini kerana apabila Zain telah
melakukan keputusan, memang tidak boleh diubah mahupun ada sebarang bantahan.

“Baiklah daddy, Ainul setuju.” Balas Ainul dengan terpaksa. Jauh disudut hatinya
berat untuk menerimanya. Namun dia terpaksa akur untuk memberikan sedikit
perubahan dan kesenangan kepada diri dan keluarganya.

Kini sudah hampir setahun Ainul tinggal di pusat. Sudah banyak dia pelajari
berkenaan penghijrahan. Baginya ia bertambah baik dari dulu.

Kini baru aku tahu bagaimana indahnya sesuatu perubahan. Pada mulanya
aku berasa sangat sakit dan tidak mampu. Namun akhirnya aku berjaya untuk
meninggalkan semua perkara yang buruk.

Bagi mereka, penghijrahan ada suatu yang sangat sukar untuk dilalu. Ianya
betul. Tapi apabila kita Ikhlas menerimanya, ia akan dipermudahkan. Aku rasa
hidup ini seakan bayi yang baru lahir dan semangat aku juga bertukar menjadi
lebih elok berbanding dahulu.

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan peluang yang Engkau berikan
kepada aku. Kuatkan aku untuk terus menghadapi ujian Dari-Mu. Aku yakin
dengan adanya Engkau dalam diriku, aku akan berubah menjadi insan yang lebih
tabah dan berguna.

BAB 41

FAIL 008: AYAH TIRI

Duerra terus membaringkan tubuhnya pada katil. Dia ingin melepaskan segala
lelahan yang dirasainya. Tambahan lagi, dia baru sahaja mengemas biliknya agar
menjadi sedikit cantik dan bersih.

Sekeping potret disebelahnya diambil. Dia melihat sahaja potert tersebut dan
terus tersenyum. Kelihatan sekeping potret yang menunjukkan sebuah keluarga yang
sangat bahagia.

‘Mak, abah adik rindu dengan mak dan abah. Lagi best kalau kita dapat macam
dulu.’ Duerra terus bangun dan menuju kearah meja. Tangannya giat menulis sesuatu.

Keluarga adalah tempat untuk kita berlindung dan mendapat kasih sayang yang
secukupnya dari mereka. Mereka sudah pasti akan membimbing kita untuk
menjadi seorang insa yang berguna pada masa hadapan.

Keluarga yang baik pasti akan memberikan pelbagai didikan kepada
anak-anak mereka. Ia tidak kira didikan ukhrawi mahupun duniawi. Paling baik
adalah mereka yang menguasai kedua-dua ilmu ini.

Namun bunga yang mekar lama-kelamaan akan layu apabila tidak disirami air
yang secukupnya. Begitu juga dengan diri manusia apabila kita tidak mendapat
kasih sayang yang secukupnya lama kelamaam akan membuatkan dirinya terasa
bebanan dalam diri kita.

Kehadiran orang baru dalam hidup ini telah mengubah lanskap kehidupan
aku secara keseluruhan. Semakin hari hati dan diri aku semakin tenat. Tenat
membawa segala masalah yang hadir didalam diri ini.

Kasih sayang yang berbeza, pendekatan yang berbeza. Yang sama adalah
nafkah mereka sahaja. Bukan itu yang aku inginkan, tapi hanya secebis kasih
sayang dan yang paling penting adalah seorang yang ayah yang boleh memberikan
aku perlindungan yang secukupnya.

Potret terus dilihatnya. Dia tersenyum dan menarik nafasnya dalam-dalam. Siapa
sahaja tidak rindu dengan maknya.

‘Mak, Era janji akan berusaha untuk cuba capai apa yang kita telah janjikan.
Yang paling penting apabila dah besar, Era akan jadi insan yang berguna. Ini janji
Era.’ Potert tersus dipeluk dengan penuh erat. Disamping itu, fikirannya
melayang-layang bagi memikirkan sesuatu.


Click to View FlipBook Version