The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arief Ahmad, 2022-06-17 04:27:00

manuskrip penuh

manuskrip penuh

Shera tinggal berseorangan. Dia tidak mahu menghalang umi untuk tinggalkan
dirinya seketika. Malah dia tahu yang Farah ingin menangis dibelakangnya kerana
soalan tadi mungkin menyingug hati dan perasaan wanita itu.

‘Ya Allah, Engkau berikan kami kekuatan untuk menempuhi segala ujian yang
Engkau berikan. Kembalikan ayahku kembali ke pangkal jalan. Aku ingin melihat
ayah aku kembali seperti dulu.’ Doa Shera dalam dirinya.

BAB 54

Setelah berehat hampir 2 hari, Shera kembali ke butik untuk bekerja. Dia cuba
untuk menenangkan dirinya sebelum menyambung semula kerjanya. Ditambah lagi,
dia akan cuba untuk melarikan diri daripada memikirkan apa yang sudah berlaku
kepada dirinya.

Aleya melangkahkan kakinya untuk masuk k edalam perut butik. Dia terus
melihat sahaja kearah meja. Mana tahu sekiranya ada rakanya yang berada didalam
perut bangunan tersebut.

“Eh Era, kau datang hari ini. Aku ingatkan kau cuti lagi.” Aleya menulis sesuatu
diatas kaunter pembayaran. Dia terus menuju ke belakang untuk melihat cermin bagi
menghiasi wajahnya.

Shera hanya diam sahaja. Dia ters menuju kebelakang untuk melakukan kerja
yang boleh dilakukannya di stor. Mana tahu kalau ada kerja dikawasan tersebut.
Boleh juga dia tolong kemaskan.

Aleya mencari sahaja rakannya. Entah mengapa kali ini dia merasakan ada
sesuatu yang disembunyikan oleh Shera dari pengetahuannya. Sebaiknya, Shera
menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

“Era, kau okey ke” sebenarnya kau sakit apa sampai dua hari kau ambil MC.”
Aleya terus bersama rakannya. Dia ingin mengetahui apa yang dirasai oleh rakannya
sehingga menyebabkan Shera untuk bercuti.

Shera terdiam. Dia memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu apa yang
berlaku kepada dirinya. “Aku kurang sihat. Sebab itu aku cuti.” Balas Shera sambil
memandang sahaja kotak yang berada dihadapannya.

Aleya memerhati rakannya. Dia terus mengerutkan dahinya dan melihat ada
sesuatu yang pelik berada pada tangan rakannya. “Shera, kenapa badan kau
lebam-lebam. Kau kena pukul lagi ke?”

Shera tidak menjawab. Secara tiba-tiba dia terus memeluk rakannya bagi
menghilangkan perasaan yang sangat sedih. “Aku tak tahan macam ini lagi babe.
Hampir setiap hari, aku akan dipukul oleh ayah aku sekiranya dia balik.”

“Kau sabarlah. Mungkin ini adalah ujian untuk kuatkan kau. Aku yakin kau
boleh hadapinya. Kalau kau perlukan bantuan, aku ada dengan kau.” Balas Aleya
sambil memujuk rakannya.

Shera hanya tersenyum sahaja. Ketika itu dia ada memikirkan untuk keluar dari
rumah tersebut. Tapi bagaimana? Dia juga tidak mahu meninggalkan ibunya
berseorangan di rumah itu sambil secara kemungkinan akan dipukul oleh lelaki yang
tidak bertanggungjawab.

Mereka berdua terus melakukan kerja masing-masing. Ada kalanya Shera
berhenti seketika kerana merasakan kesakitan yang masih belum sembuh. Namun
dia gagahkan diri untuk meneruskan kerjanya.

Aleya terus memerhati sahaja rakannya. Dia sedikit bersimpati apabila melihat
rakanny yang dibelenggu kesakitan. Dia terus melangkahkan kaki untuk bertemu
Shera.

“Babe, jom lunch. Sekarang dah masuk masuk waktu makan. Nanti kita
sambung balik kerja.” Pelawaan Aleya. Dia inign berbual bersama rakannya. Hal ini
kerana dia inign mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku kepada Shera.

Shera hanya mengangguk. Mereka berdua terus beredar daripada ruangan
tersebut untuk makan tengahari. Mereka hanya memesan dari food panda sahaja
kerana malas untuk keluar.

Shera hanya diam sahaja ketika menikmati makan tengahari. Tidak banyak yang
ingin dibualka olehyna. Malah lebih banyak termenung berbanding menikmati
makanan yang berada dihadapannya.

Aleya memandang sahaja rakannya. Dia terus mengetuk meja bagi
menghilangkan seketika lamunan Shera. “Babe, kau okey tak? Awat tak luak
makanan kau?” Soalnya sambil terus menikmati makan yang dibelinya.

Shera memikirkanapa yang ingin dilakukan. Dia terus sedaya upaya untuk
menghilangkan daripada lamunannya. “Okey. Weyy petang nanti kau temankan aku
balik. Boleh?” Balasnya. Dia sudah fikir untuk melarikan diri daripada gengaman
Razlan. Dia tidak mampu lgi untuk hidup didalam neraka dunia ini.

Aleya hanya mengangguk untuk mengikut sahaa apa yang dikatakan oleh
rakannya. Mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan oleh Shera setelah mereka
sampai ke rumah gadis itu petang nanti.

Petang itu, setelah sampai sahaja dirumah Shera, Aleya melangkah dengan
penuh debaran. Ditambah lagi kedengaran seperti ada orang sedang menyelongkar
rumah tersebut.

Shera memandang sahaja kearah rakannya. Dia seakan-akan ingin mengatakan
sesuatu kepada Aleya. “Kau tunggu sini. Nanti bila kau nampak sahja beg aku

campak kat bawah, kau ambil and then kita lari.” Pesan Shera sebelum
melangkahkan kaki untuk masuk kedalam rumah tersebut.

Aleya faham dengan arahan yang diberikan oleh Shera. Dia terus menunggu
sahaja diluar rumah dan menanti sahaja barang yang akan dicampak melalui tingkap
rumah tersebut.

Sementara itu, Shera berhati-hati untuk menuju kedalam biliknya. Dia sangat
risau sekiranya terserempak dengan Razlan. Bukan apa, nanti mesti lelaki itu akan
meminta duit untuk berjudi.

Setelah sampai sahaja didalam bilik, Shera terus mengemas apa yang patut
untuk keluar daripada rumah tersebut. Dia sudah tidak tahan lagi untuk berhadapan
dengan lelaki yang bertopengkan Syaitan.

Aleya memandang sahaja sekelilingnya sambil menanti sahaja barang yang akan
dibaling oleh rakannya. Dia juga tidak tahu apa yang telah dirancang oleh Shera.
Mungkin inilah salah satu cara untuk melepaskan diri daripada rumah yang
dikatakan seperti Neraka.

Apabila sudah siap sedia, Shera terus mencampakkan beg keluar daripada
tingkap rumah. “Al, ambil beg aku sekarang. Tunggu sekejap aku keluar.” Arahnya
sambil menutup semula tingkap tersebut.

“Kamu nak pergi mana?” Soal Razlan apabila melihat kelibat anaknya yang
ingin berlalu pergi daripada rumah tersebut. Adakah Shera akan meninggalkan
rumah tersebut? Kalau betul, memang dia tidak akan lepaskan anaknya dengan
mudah untuk keluar daripada rumah.

Shera terdiam. Dia tak tahu apa lagi yang diinginkan oleh lelaki tersebut.
“Keluar.” Balas Shera sambil bersiap sedia sekiranya ada satu tindakan diluar
jangaan daripada lelaki dibelakangnya.

Razlan menuju kearah anaknya. Dia ingin meininta sesuatu daripada lelaki
tersebut. “Aku nak duit.” Pintanya kepada Shera. Dia harap agar anaknya boleh
memberikan apa yang diinginkannya.

“Aku tak ada duit. Kau tak faham ke? Memang duit yang aku usahakan semua
untuk kau.” Kali ini suara Shera tinggi kerana agak marah dengan segala permintaan
daripada lelaki tersebut.

Razlan sedikit bengang apabila mendengar segala yang dikatakan oleh anaknya.
Dia terus menarik rambut anaknya. “Kau memang tak boleh cakap baik-baik dengan
aku ke? Semakin hari, semakin kurang ajar kau dengan aku.”

Shera cuba menahan kesakitan. Kalau boleh memang lelaki ini nak kasari
dirinya tanpa belas kasihan. “Kau pula tak habis-habis seksa aku. Lebih baik kau
bunuh sahaja aku. Biar puas hati kau.”

Kali ini Razlan tersentak dengan apa yang dikatakan oleh anaknya. Dengan
perasaan yang sangat marah, dia terus menarik rambut anaknya dengan sangat kasar.
“Kau yang minta semua ini, jadi aku bagilah. Kalau kau betul-betul nak mati, aku
boleh tunaikan hajat kau.” Ujar Razlan dengan nada suara yang agak tegas.

Shera terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri. Dia sedaya upaya untuk
memikirkna apa yang patutu dilakukan. Dia teringatkan Aleya diluar rumah.
“A….Aleya tolong aku.” Jerit Shera denga nada suara yang tersekat-sekat. Dia harap
agar Aleya boleh mendengar jeritannya.

Aleya yang berada diluar rumah mendengar jeritan tersebur. Dia terus masuk ke
dalam rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku diantara mereka berdua. Bunyi
di dalam rumah tersebut seperti ada pergelutan antara mereka.

“Era!” Aleya terkejut apabila melihat pergelutan yang sedang berlaku. Dia terus
menuju kearah mereka dan ingin membantu rakannya yang berada didalam
kesusahan.

“Baik kau lepaskan kawan aku.” Kali ini Aleya cuba untuk melawan. Dia tahu
tidak sepatutnya untuk masuk campur, namun dia terpaksa daripada pergelutan
tersebut menjadi lebih teruk.

Aleya mendapat satu idea. Dia terus memikul leher lelaki tersebut dengan
menggunakan beg pakaian yang dipeganggnya. Setelah itu, dia terus mengajak Shera
untuk keluar daripada rumah tersebut.

Razlan lantas bangun. Dia terus mengejar kedua-dua anak gadis dihadapannya.
Dia tidak akan lepaskan kedua-dua anak gadis ini dek kerana pergelutan sebentar
tadi.

Shera terus berlari dengan sungguh pantas. Dia tidak menghiraukan apa yang
berlaku dibelakangnya. Apa yang dia tahu adalah dia ingin melarikan diri daripada
gengaman lelaki tersebut,

Pin..pin!!!!!

BAB 55

Aleya kekal menemani rakannya dihospital. Sudah beberapa hari, Shera tidak
sedarkan diri. Dia berasa sangat kesal dengan apa yang sudah berlaku. Ini semua
adalah salahnya kerana melarikan diri sambil meninggalkan rakannya di belakang.

“Shera, cepatlah sedar. Kau tak kesian dekat aku ke?” Ujar Aleya dengan agak
perlahan. Dia terus memandang sahaja kearah rakannya yang masih lagi terbaring
tidak sedarkan diri.

Fatin datang untuk menuju kearah kedua-dua anak gadis. Dia ingin mengetahui
bagaimana keadaan budak yang dilanggarnya semalam. “Adik, macam mana
keadaan Shera?” Soalnya.

“Eh Kak Fatin. Doktor cakap dia okey. Tapi ambil masa untuk sedar kembali.”
Balas Aleya lantas memberikan ruang kepada wanita tersebut untuk duduk agar
dapat melihat rakannya yang masih lagi terbaring kaku.

Fatin hanya melemparkan wajah yang agak simpati. Terdetik dalam hatinya
untuk mengetahui apa yang terjadi kepada mereka berdua. “Adik, boleh temankan
aka makan dekat cafe?” Ujarnya sambil memandang sahaja kearah Shera.

Aleya tersentak. Dia terus mengangguk sebagai tanda setuju. Ditambah lagi, dia
juga belum makan dari pagi tadi. Jadi memang patut pun dia keluar seketika. “Jom
kak. Saya pun belum makan lagi.”

Mereka berdua terus cafe yang berada didalam badan hospital. Aleya hanya
terdiam sahaja sambil memikirkan apa yang telah berlaku kpda rakannya. Memang
sungguh ngeri.

Sampai sahaja di cafe, mereka berdua terus memesan makanan yang ingin
dimakan. “Akak kira semua.” Balas Fatin. Dia terus membayar kesemua makanan
yang diambil oleh Aleya.

Suasa di dalam cafe aga bising kerana kehadiran para doktor, jururawat serta
pelawat. Jadi memang agak sesak didalam bangunan yang kecil. Fatin dan Aleya
terus menikmati makanan di taman yang disediakan oleh pihak hospital.

Mereka hanya terdiam. Entah apa yang ingin dibualkan. Tambah lagi, mulut
mereka juga dipenuhi dengan makanan. Jadi lebih elok tunggu sahaja makanan
terseut habis, barulah berbual.

“Sedap.” Ujar Fatin dengan agak ringkas. Dia terus menjeling sahaja kearah
gadis yang berada disebelahnya.

Aleya hanya tersenyum. Dia tidak banyak berkata-kata. Matanya hanya
memandang sahja keadaan yang berada dihadapannya.

“Oh ya, sebenarnya akak nak tahu juga, mengapa kamu berdua lari macam kena
kejar hantu semasa akak terlanggar kamu berdua tempoh hari? Nasib baik kamu tak
apa-apa.” Soal Fatin. Dia sangat berharap Aleya akan menceritakan apa yang
berlaku kepada mereka berdua.

Aleya terdiam. Jauh difikirannya memikirkan apa yang patut diceritakan kepada
wanita yang berada disebelahnya. Mengapa pula wanita itu bersemangat untuk
mengetahui apa yang berlaku kepada mereka berdua? “Kenapa akak nak tahu?”

“Sebab kalau akak buat laporan polis, senang akak nak menceritakan semuanya.”
Balas Fatin dengan agak ringkas. Air oren diminum bagi menghilangkan seketika rsa
haus dalam tekaknya.

Aleya terdiam. Dia terus memdanang kearah Fatin. Lantas dia terus
menceritakan apa yang berlaku kepada Shera dan berharap agar wanita itu boleh
membantu mereka berdua.

Fatin faham dengan apa yang didengarinya. Lantas dia terus memandang sahaja
kearah Aleya. “Kenapa kamu berdua tak buat laporan polis? Biar mereka tangkap
lelaki jurjana itu.” Balas Fatin dengan agak geram.

“Shera tak nak. Sudah banyak kali saya suruh, tapi disebabkan sayangkan
ayahnya dia hanya diamkan sahaja.” Balas Aleya dengan nada suara yang agak
sedih.

Fatin faham dengan situasi yang dihadapi oleh Shera. Yelah sapa sahaja tidak
sayangkan ayah, sebab itu dia sanggup menyembunyikan segala yang berlaku.
Namun hal ini berterusan, Shera akan berada didalam bahaya.

Setelah selesai sahaja makan, mereka berdua terus melangkahkan kaki untuk
menuju kembali bertemu Shera. Harap-harap gadis itu sudah sedar dari pengsannya.

Sampai sahaja dikatil, Aleya terus memandang sahaja kearah rakannya.
Alhamdulillah, Shera sudah sedar dari tidur yang agak panjang. Dia terus duduk
bersama rakannya.

“Kau pergi mana?” Soal Shera dengan agak perlahan. Dia cuba menahan
kesakitan yang dialaminya. Dia terus duduk sambil bersandar untuk memberikan
kesenangan bagi berbual.

Aleya membantu sahaja rakannya sebelum menjawab soalan yang diberikan.
“Aku pergi cafe sekejap.” Dia terus memandang kearah Fatin. “Shera, aku kenalkan.

Ini Kak Fatin. Dia yang bawa kau datang sini.” Kenal Aleya kepada rakannya yang
masih lagi dalam keadaan yang sedikit mamai.

Shera hanya tersenyum sahaja. Dia tidak mampu untuk berkata secara
berlebihan kerana kesakitan yang dirasai. Dia sebetulnya ingin berehat sahaja pada
hari ini.

“Kau jangan banya bergerak. Banyakkan berehat. Jangan fikir sangat apa yang
berlaku.” Balas Aleya. Dia agak risau dengan apa yang dilihatnya.

Sher hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan kepadanya. Dia terus
merehatkan dirinya agar dapat menghilangkan sedikit kesakitan yang sedang
dirasainya.

Selang beberapa hari, Shera sudah dibenarkan oleh doktor untuk keluar dari
hospital. Dia berasa sedikit lega kerana tidak perlu makan ubat lagi. Malah dia juga
bebeas untuk melakukan kembali aktiviti hariannya seperti biasa.

Ada suatu perkara yang membuatkan hati Aleya sedikit risau kerana apabila
rakannya keluar dari hospital, segala perubahan ditunjukkan oleh Shera. Dia menjadi
seorang yang pendiam seperti hilang semangat untuk melakukan segala kerja.

“Akak tengoklah, sudah beberapa hari dia macam itu sahaja. Saya pun tak tahu
apa lagi nak buat.” Balas Aleya. Dia sangat risaukan rakannya. Harap-harap Shera
boleh berubah seperti sedia kala.

Fatin faham dengan apa yang dikatakan oleh Aleya. Tiba-tiba dia mendapat satu
idea untk membantu Shera. Jauh disudut hatinya mengharapkan dengan bantuan ini
akan membuatkan Shera kembali sedia kala.

Shera masih lagi tidak berkata apa-apa. Namun reaksi yang ditunjukkan olehnya
seakan sedikit marah. Dia ingin keluar dan bertemu Farah. Ini kerana dia sangat risau
dengan keadaan ibunya.

Fatin terus duduk bersama Shera. Dia terus membuka fail yang berada
ditangannya. Bibirnya teris mengukir senyuman. “Akak tahu kamu seorang yang
baik. Tapi kamu buat semua ini disebabkan kamu terdesak.”

Shea terus mengalirkan air mata setelah mengingati apa yang telah terjadi
kepadanya. Dia tidak tahu bagaimana keadaan ibu. Kalau boleh dia ingin keluar
sekarang juga.

“Akak bagi kamu tenangkan diri dulu. Lepas itu balik ke bilik. Akak harap
kamu boleh berubah kerana masa kamu untuk keluar dar pusat ini tidak lama.
Cumanya kamu jangan buat apa-apa masalah. Itu sahaja akak harapkan.” Balas Fatin
sambil melemparkan senyuman. Dia terus bangun dan menuju keluar daripada bilik
tersebut. Dia tidak mahu menganggu pelatih dihadapan itu untuk terus bertindak
seperti tadi.

“Akak.” Suara Shera agak perlahan. Dia ingin berbicara bersama wanita
tersebut.

Fatin menanti sahaja apa yang inign dikatakan oleh Shera. “Kalau ada berita
pasa ibu,bagitahu saya dan bagitahu dia yang saya akan keluar tidak lama lagi.”

Fatin mengangguk dia teru beredar bagi menyambung semula kerjayna. Dia
melihat melihat Afiqah dan Irdina berada diluar bilik seperti sedang menunggunya.
Dia ingin berjumpa dengan kedua-dua rakannya.

“Aku minta maaf sebab marah korang tadi.” Intonasi suara Fatin terus turun. Dia
hanya menunduk dan menanti sahaja apa yang akan dibicarakan oleh kedua-dua
rakannya.

Afiqah dan Irdina hanya tersenyum. Fatin memang seperti itu, tidak boleh
melakukan kesalahan, mesti cepat sahaja dia minta maaf.

“Tak apa. Kami dah maafkan. Aku faham kau tertekan, tapi jangan lepaskan
dekat semua pelatih. Aku risau nanti mereka akan salah anggap pula.” Balas Irdina.
Dia tidak mahu memarahi perbuatan daripada rakannya.

“Lain kali, kalau ada masalah ceritakan pada kami. Jangan simpan seorang.
Bukan apa, aku risau nanti kau juga yang tertekan macam sekarang.” Sempat Afiqah
memberikan pesanan kepada rakanya.

Fatin hanya mengangguk. Dia terus melemparkan senyuman walaupun jauh
disudut hatinya masih lagi kesal dengan apa yang berlaku.

Mereka bertiga terus berbual. Ada juga beberapa topik yang dibuka. Nampak
seakan-akan mereka sudah melupakan apa yang berlaku sebentar tadi. Yelah nak
kenang lama-lama pun tiada guna. Baik lupakan sahaja. Tiada yang akan sakit hati.

BAB 56

FAIL 011: PUKUL

Suasana di sebuah sekolah pada pagi tu dipenuhi oleh para murid yang menuju ke
kelas masing-masing selepas selesai sahaja waktu rehat. Mereka akan meneruskan
pembelajaran mereka untuk waktu seterusnya.

Seorang murid sedang berlari ke belakang sekolah. Nampak seakan-akan berlari
daripada dikejar oleh seseorang. Dia harap dapat melepaskan diri daripada
gengaman dua orang pembuli.

Nurin dan Fiqah masih lagi mengejar budak itu. Langkah mereka terhenti
apabila kelibat budak yang dicarinya hilang daripada pandangan. Laju pula budak itu
lari.

“Cis, tak guna punya budak. Dia dapat lari pula. Tak apa hari ini hari kau, nanti
bila aku dapat kau, nahas aku kerjakan.” Ujar Nurin dengan nada suara yang sangat
marah. Mereka berdua terus menuju ke kelas.

Ketika didalam kelas, Nurin tidak banyak bercakap. Dia masih lagi bengang
kerana tidak dapat apa yang diinginkannya. Kalau dapat, barulah puas hatinya tanpa
perlu memendamkan perasaan marahnya.

“Kau rasa mana budak tadi pergi?” Soal Nurin kepada rakannya. Dia ingin
mengetahui kemana arah tuju budak tersebut. Adakalanya dia juga berasa ingin
memukul seorang agar dapat melepaskan perasaan marahnya.

Fiqah terdiam. Dia terus memikirkan apa yang ingin dilakukan olehnya untuk
meredakan sedikit perasaan marah yang sedang dialami oleh Nurin. Dia mesti
mencari idea untuk membantu rakannya.

“Kau jangan susah hati. Kalau tak dapat budak itu time rehat, masa balik kita
tunggu dekat depan sekolah. Lepas itu kasi hentamlah.” Ujar Fiqah kepada rakannya.
Bibirnya juga melarikan sedikit senyuman.

Nurin bersetuju setelah mendengar segala yang diungkapkan oleh rakannya. Dia
juga yakin bahawa akan berjaya untuk membalas melepaskan perasaan amarahnya
untuk memukul seseorang.

“Petang ini aku nak kau bawa budak yang kita cari itu dekat kelas hujung
sekolah.” Cadang Nurin. Dia terus melemparkan senyuman dan mengharapkan agar
semuanya akan berjalan dengan lancar.

Mereka berdua bersetuju. Kali ini pastinya yang akan memandang betul-betul
agar tidak ada sebarang kesilapan pada petang nanti. Kalau ada sebarang kesilapan,
sudah pasti akan mereka rancangkan itu akan mengalami kesusahan dan kesulitan
kerana kegagalan tersebut.

Petang itu, Nurin menunggu sahaja kelibat perempuan yang dicarinya. Kali ini
dia tidak akan lepaskan budak itu kerana takut rakannya marah. Kalau tidak, sdah
pasti dia akan mendapat habuan daripada rakannya.

Seorang budak melihat sahaja kelibat pembuli. Dia terus berlari ke belakang
namun dia terkejut apabila melihat Nurin sedang berada dibelakangnya. Dia cuba
untuk melarikan diri, namun tidak berjaya.

Mereka bertiga terus menuju ke kelas kosong. Nurin terus menghadiahkan satu
tumbukan kepada budak tersebut. “Aku nak kau bagi duit. Kalau tidak, aku tidak
lepaskan kau.” Balas Nurin dengan agak marah.

Fiqah terus memengan tubuh budak tersebut. Dia harap agar budak tersebut
memberikan apa yang diinginkan oleh Nurin. “Kau ta sakit ke macam ini? Kau bagi
saja apa yang Nuri nak, lepas itu aku lepaskan kau.”

“Kau ingat aku nak bagi? Kau siapa nak ugut aku.” Balas budak tersebut dengan
sangat berani. Wajahnya juga berdarah akibat dipukul oleh kedua-dua pembuli
tersebut.

Nurin menjadi marah. Dia terus merampas dompet terkejut. Setelah dapat dia
terus mencampakkan benda tersebut kearah wajahnya. “Kau ingat, ini amarah yang
terakhir. Lain kali, bila aku nak, kau kena bagi. Fiqah, jom blah.” Mereka berdua
terus beredar daripada kelas tersebut.

Sampai sahaja diluar kawasan sekolah, Nurin terus mengeluarkan beberapa
keping wang yang diperolehi. Jarinya terus mengira sahaja untuk memberikan
kepada rakannya.

“Kau ambil duit ini. Esok aku harap kita akan dapat banyak lagi.” Ujar Nurin
sambil menghulurkan beberapa helaian kertas kepada Fiqah. Dia harap dengan duit
yang diberikan itu akan memberikan sedikit kesenangan kepada rakan karibnya itu.

Fiqah hanya tersenyum. Mereka berdua terus beredar daripada kawsan tersebut.
Dia tidak sabar untuk menanti sahaja keesokan harinya untuk melakukan aktiviti
yang digemarinya.

Nurin sangat puas. Dia sudah mendapat apa sahaja yang diingini walaupun
terpaksa merampaskan hak orang lain. Dia tidak kesah dengan semua itu. Asalkan
dia gembira setelah mendapat apa yang diingininya.

BAB 57

Sampai sahaja dirumah, Nurin terus masuk ke dalam perut rumahnya. Sunyi sepi
sahaja dalam rumah tersebut. Mungkin kakaknya masih lagi belum pulang dari kerja.
Biasalah kakaknya akan selalu pulang lewat malam. Paling awal pun mesti pada jam 7
malam.

Langkahnya terhenti betul-betul dihadapan televisyen. Dia terus menonton
sahaja rancangan yang disiarkan. Namun bukan semua yang dipertontonkan itu
menarik baginya.

“Kau baru balik?” Tegur Ida. Dia terus duduk untuk menemani adiknya. Ketika
itu juga, dia berasa sedikit penat dek kerana kerja yang agak banyak sebentar tadi.
Kalau dia tidak bekerja, siapa lagi yang ingin menyara hidupnya mahupun Nurin.

Nurin terus menghembuskan satu keluhan sebelum menjawab soalan yang
diberikan kepadanya. “Haah.”Ringkas sahaja jawapan yang diberikan. Dia terus
bangun dan menuju kearah biliknya.

Nurin terus menukar pakaian sekolah kepada pakaian yang lebih santai. Dia
ingin keluar bertemu rakannya. Semakin lama dia duduk dirumah, semakin panas
hatinya. Lebih baik keluar bertemu Fiqah.

Setelah bersiap, dia terus melangkahkan kaki untuk keluar daripada perut rumah.
Baginya sudah agak lewat. “Kau nak pergi mana?” Ida menegur sahaja adiknya
setelah melihat Nurin ingin keluar.

“Aku nak keluar sekejap.” Balas Nurin. Dia memberhentikan seketika
kata-katanya. “Kenapa kau tanya?” Kali ini gilirannya untuk bertanya. Mana
tidaknya, sebelum ini kakanya itu tidak pernah mengambil tahu kemana arah tuju
yang ingin dia pergi.

Ida mendekati adiknya. Dia ingin mengatakan sesuatu kepada satu-satu adik
kandungnya. “Kau balik pukul berapa? Senang nanti akak nak kunci pintu.” Balas
Ida. Dia menunggu sahaja jawapan daripada adiknya.

Nurin tidak menjawab terus apa yang dikatakan olehnya. Dia terus memakai
kasut dan keluar daripada rumah tersebtu. “Entahlah, mungkin tengah malam baru
aku balik. So kau tak payah tunggu.” Balasnya sebelum beredar daripada rumah
tersebut.

Apabila sampai sahaja disebuah kedai di pekan, Nurin terus menunggu sahaja
kelibat rakannya. Dia terus mengambil telefonnya dan memberitahu Fiqah dimana
lokasinya sekarang.

Tidak lama kemudian, Fiqah datang ditempat yang diberikan. Terukir senyuman
pada bibir Nurin apabila melihat kehadiran daripada rakannya. Ingatkan rakannya itu
lupa dengan apa yang sedang dirancang olehnya.

“Lambat kau datang.” Soal Nurin sambil menanti sahaja apa yang ingin
dibicarakan oleh rakannya. Dia terus menikmati air yang berada dihadapannya.

Fiqah terus duduk sambil menanti sahaja apa yang inign dibicarakan. Dia terus
memandang sahajaapa yang ingin dikatakan kepada rakannya. “Aku ada hal sedikit
tadi. Yang kau pula, tiba-tiba sahaja ajak aku keluar kenapa?” Balas Fiqah. Matanya
masih lagi memandang pada telefonnya.

“Saja. Bosanlah duduk rumah. Sebab itu aku ajak kau keluar.” Balas Nurin. Dia
terus memikirkan apa aktiviti mereka. Tak akan nak duduk begini sahaja. Tambah
lagi, waktu masih lagi muda untuk mereka berdua.

Fiqah terus memadang sahaja skrin telefon. Dia tidak melayan rakannya. Secara
tiba-tiba dia mendapat satu idea. “Rin, jom ikut aku. Bosanlah kalau malam-malam
macam ini tak ada apa-apa aktiviti yang best.” Ujarnya sambil memandang sahaja
kearah Nurin.

“Kau nak pergi mana?”
“Ikut saja. Kau jangan banyak soal.” Balas Fiqah. Lantas dia terus bangun untuk
meninggalkan kedai tersebut. Dia ada satu tempat yang menarik untuk dituju
bersama rakannya.
Nurin tidak banyak membantah, dia hanya mengikut sahaja kemana arah yang
ingin dituju oleh Fiqah. Kalau betul ada sesuatu yang menarik, why not kalau ikut.
Jadi tidak adalah dia berasa bosan pada malam itu.
Mereka berdua tiba disebuah tempat. Tempat itu jarang dikunjungi oleh orang
ramai. Memang kawasan tersebut selalunya ahli kongsi gelap yang duduk disitu.
“Kau buat apa dekat sini? Bukan ke tempat ini bahaya.” Soal Nurin sambil
matanya masih lagi memandang keadaan sekeliling. Bukan apa, dia risau sekiranya
ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kerpada mereka berdua.
“Aku nak ajak kau jumpa someone. Kau tunggu sekejap, nanti dia datang.”
Jawab Fiqah. Dia seakan-akan menanti sahaja seseorang datang untuk bertemu
dengannya.

Nurin hanya mengikut apa yang dikatakan oleh rakannya. Dia tidak kesah apa
yang dikatakan oleh rakannya. Dia harap tiada yang buruk berlaku pada mereka
berdua. Itu sudah cukup bagus.

Tiba-tiba datang seorang lelaki untuk beremu mereka berdua. Lelaki itu nampak
mesra sahaja apabila bersama Fiqah. “Rin , aku kenalkan kau dengan Johnny. Orang
panggil dia Lion. Dia ketua gengster dikawasan ini.”

Nurin hanya tersenyum setelah berkenalan dengan lelaki tersebut. Mereka terus
berbual. Secara tiba-tiba, wajah Johnny berubah. Dia terus bangun seakan-akan
untuk meninggalkan mereka berdua. “Aku ada kerja. Jumpa nanti.” Balas Johnny
sebelum beredr mereka berdua.

Fiqah terus mendekatkan diri untuk bersama Nurin. Dia seakan-akan ingin
membisikkan sesuatu. “Babe, jom follow aku tengok lion fight.” Dia harap agar
nurin akan mengikut sahaja apa yang diingini.

Nurin hanya terdiam. Dia tidak berkata apa-apa. Memang dia ingin mengikut,
tapi dia risau dengan keselamatan dirinya. “Tak bahaya ke?” Dia sedikit risa dengan
dirinya.

Fiqah hanya menggeleng sahaja. “Kau jangan risau, kita bukan tengok dekat,
kita cuba tengok dari jauh. Aku yakin kita tak akan diapa-apakan.” Balasnya dengan
cuba untuk menyakinkan Nurin dengan apa yag dikatakanya.

Nurin terdiam. Dia memikirkan sama ada dia ingin pergi atau tidak. Setelah itu,
dia hanya mengangguk untuk memberkan persetujuan soalan yang diberikan oleh
Fiqah.lantas mereka berdua terus bagnun dan menuju kearah Johnny.

Sampai sahaja ditempat tersebut, Nurin terpegun melihat apa yang dilakuan oleh
Johnny. Tidak sangka bahawa lelaki tersebut sangat padu dalam berlawan. Mana
tidaknya, sampai separuh mati musuhnya.

Setelah itu, mereka berdua terus menuju lelaki tersebut sambil menepuk tangan.
Johnny hanya memandang sahaja siapa yang menepuk tangan untuknya.

“Gua tak sangka lu makin hebat bos. Gua solute sama lu.” Balas Fiqah sambil
melakukan tabik spring ke[ada lelaki tersebut. Dia juga terus bersalaman dengan
lelaki tersebut.

“Thanks. So untuk raikan apa yang korang tengok, jom aku belanja korang
makan. Korang order sahaja apa yang korang nak. Gua payung.” Balas Johnny
sambil menghilangkan rasa lelahnya.

Nurin dan Fiqah hanya mengangguk. Mereka berdua terus berlaku untuk menuju
ke kedai yang berdekatan. Kali ini mereka ingin berehat dan meraikan kejayaan
lelaki tersebut.

Sampai sahaja di kedai, mereka bertiga terus menikmati makanan yang dipesan.
Nurin hanya diam. Tidak banyak untuk berkata apa-apa kepada rakannya. Lebih baik
diam sebab tiada apa pun yang perlu diperkatakan lagi.

Johnny bersiap sedia untuk mengatakan sesuatu kepada kedua-dua gadis di
hadapannya. “Sebenarnya aku ada benda nak bagitahu korag. Aku harap korang
berdua akan teruma tawaran yang aku ingin berikan ini.” Balas Johnny sambil
memadang tepat kearah mereka berdua.

“Apa dia?” Soal Fiqah dengan agak gembira. Dia tidaksabar untuk mengetahui
apa yang ingin diberikan oleh lelaki tersebut. Mana tahu ada tawaran yang menarik
perhatiannya.

“Nak tak kalau korang kerja bawah aku. Aku tahu korang berdua pun ada bakat
untuk jadi serang fighter.” Balas Johnny. Dia harap agar gadis itu akan mengikut
sahaja apa yang dikatakan sebentar tadi.

Nurin hanya terdiam. Dia tidak tahu ingin menerima atau menolak tawaran yang
diberikan. Namun dia faham, tawaran tersebut sangat menarik baginya. Tapi dia
perlu memikirkan risikonya. Kalau tersilap langkah, memang dia akan diberkas
mahupun ditangkap oleh pihak polis.

“Aku tak kesah. Sekarang ikut Rin saja. Kalau dia setuju, aku on.” Balas Fiqah
sambil memandang sahaja kearah Nurin. Jauh disudut hatinya mengharapkan agar
Nurin akan bersetuju dengan cadangan tersebut.

Nurin terus memikirkan tawaran tersebut. Dia tidak terus bersetuju mahupun
tidak. “Aku fikirkan dulu tawaran kau. Apa-apa hal nant aku bagitahu.” Balasnya.
Dia harap jawapan itu akan memuaskan hati kedua-dua mereka.

Sampai sahaja dirumah, Nurin terdiam sahaja sambil memikirkan tawaran yang
dikatakan oleh Johnny. Dia harap agar tida tersilap dalam melakukan apa-apa
keputusan. Bukan apa, ini soal hidup dan mati baginya. Kalau tersilap langkah
binasa hidupnya

Nurin terus melelapkan matanya. Dia tidak mahu memikirkan segala tawaran
yang diberikan. Mungkin esok atau lusa, dia akan fikirkan segala tawan yang terbaik
untuk dirinya.

BAB 58

Keesokan paginya, Nurin bangun dari lenanya. Dia terus menuju ke dapur untuk
menikmati sarapan. Walaupun di hujung minggu, dia bangun awal dan memikirkan
apa aktivitnya hari ini.

Hatinya sedikit marah apabila melihat tiada makanan pada pagi itu. Mana
tidaknya, selalunya mesti kakaknya akan menyediakan makanan unutk mereka
berdua. Dia terus menuju ke bilik kakaknya untuk menanyakan sesuatu.

“Akak, mana sarapan? Akak tak beli ke.” Soalnya dengan agak lembut. Dia
mengharapkan agar kakaknya akak menjawab soalan yang diberikan. Namun tiada
respon daripada kakaknya.

Dia terus mendekatikan diri bersama Ida. Dahinya terus dikerutkan disamping
jantungnya berdegup kencang. “Akak bangun.” Kali ini dia mengoncangkan tubuh
tersebut.

Tiada respon yang ditunjukkan oleh Ida. Kini dia tahu bahawa kakaknya sudah
tiada di dunia ini. Dia terus meratapi pemergian kakaknya. Tidak sangka bahawa
kakaknya sudah pergi meninggalkan dirinya bersendirian di dunia ini tanpa ada
teman.

Nurin terus memanggil orang kampung untuk menguruskan jenazah kakaknya.
Dia tidak tahu untuk menguruskan jenazah secara amnya. Jadi dia memerlukan
orang kampung untuk membantunya.

Nurin hanya menangis sahaja. Dia tidak mampu untuk memikirkan apa yang
bakal berlaku kepadanya. Kalau ini adalah sesuatu yang sukar untuknya, dia akan
berdikari dan hidup bersendirian.

“Rin, kami nak kebumikan jenazah dalam masa beberapa minit lagi. Ada lagi
saudara mara yng terdekat ingin datang untuk bagi penghormatan terakhir buat
jenazah?” Soal Imam Shakir. Dia merupakan imam muda di kampung itu.

Nurin hanya mengesat air matanya sebelum memberikan jawapan kepada imam
tersebut. “Saya rasa tak ada. Kalau imam nak kebumikan sekarang, saya izinkan.”
Jawabnya sambil menghembuskan sedikit keluhan.

Imam Shakir hanya mengangguk. Dai terus masuk ke dalam rumah untuk
bersama wanita yang menguruskan jenazah untuk membenarkan jenazah untuk
dimandikan dan dikafankan.

Nurin hanya melihat sahaja tubuh kakaknya diurus. Ida merupakan satu-satunya
kakak yang menjaganya sejak ketiadaan ibu dan ayah. Kini tiada lagi seorang kakak
yang akan bersamanya.

“Nurin, kamu nak cium kakak kamu tak buat kali terakhir?” Soal salah seorang
yang menguruskan jenazah Ida. Dia terus melemparkan segaris senyuman agar
Nurin boleh tenang seketika dan tidak berasa sangat sedih dengan pemergian arwah
kakaknya.

Kaki Nurin terus melangkah kearah tubuh Ida yang tidak bernyawa. Dia hanya
mampu melihat sahaja tubuh tersebut dengan perasaan yang sungguh hiba.“Kakak,
Rin doakan agar kakak tenang di Sana. Kirimkan salam Nurin buat ibu dan ayah.”
Balas Nurin sambil mencium dahi kakaknya. Air matanya terus menjurai-jurai jatuh
kerana tidak menyangka bahawa pada hari ini, seoarang lagi insan dalam hidupnya
akan pergi.

Setelah habis sahaja majlis perkembumian Ida, Nurin termenung sahaja. Dia
memikirkan apa yang perlu dilakukan. Jauh di fikirkannya memikirkan bagaimana
cara yang sesuai unuk mencari duit bagi meneruskan kehidupannya.

‘Apa aku nak buat sekarang? Bagaimana aku nak uruskan kewangan untuk aku
teruskan hidup.’ Bisik Nurin. Dia memikirkan apa yang patut dilakukan untuk masa
hadapan dan bagaimana soal pelajarannya.

Ditambah lagi, semagatnya juga hilang entah kemana. Kini apa yang boleh
memberikan dirinya untuk meneruskan kehidupan adalah dengan mencari duit. Tapi
kerja apa yang boleh dilakukannya?

Otaknya terus memikirkan sesuatu. Dia mencai seberapa banyak idea untuk
memberikan dia keputusan yang bijak bagi meneruskan kehidupan. “Mungkin aku
perlukan Fiqah untuk membantu aku membuat keputusan.”
Malam itu, Nurin hanya menunggu sahaja kehadiran dari rakannya ditempat biasa.
Dia ingin membincangkan sesuatu kepada rakannya. Mana tahu sekiranya Fiqah ada
idea bagi membantunya.

Fiqah tiba. Dia hanya menggeleng sahaja apabila melihat kelibat rakannya.
Langkahnya diteruskan untuk menuju kearah Nurin yang sedang menanti
kehadirannya.

“Aku ingatkan kau tak keluar sebab bersedih. Tak pun kau tengah sibuk uruskan
kenduri Tahlil untuk arwah kakak kau.” Ujar Fiqah smbil menarik kerusi yang
berada dihadapannya dan bibirnya terus melemparkan senyuman kepada Nurin.

Nurin hanya senyap sahaja. Dia agak tersentak apabila mendengar segala yang
dikatakan oleh rakannya. “Kenduri opah kau. Mana aku nak dapat duit bagi orang
makan.” Ujarnya sambil menyeduit milo ais yang berada dihadapannya.

Fiqah hanya tergelak sahaja apabila mendengar segala yang dikatakan oleh
rakannya. Dia terus memandang Nurin. “Okey. Kalau begitu ada apa kau nak jumpa
aku?” Soalnya dengan penuh minat.

Nurin hanya menunduk seketika. Dia terus memikirkan bagaimana cara untuk
memulakan perbicaraan mereka. “Fiqah aku rasa malas nak bersekolah. Aku rasa
masa depan aku dah hancur.” Balasnya dengan nada suara yang sedih.

Fiqah terkejut setelah mendengar apa yang diungkapkan oleh Nurin. Dia terus
memandang tepat kearah rakannya. “Kau dah fikir masak-masak ke dengan apa yang
kau cakap ini? Kau jangan terburu-buru untu teruskan dengan jawapan kau. Aku
risau nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Nurin terus menghembuskan nafasnya. Dia terus memikirkan sesuatu.mungkin
kali ini dia sudah bersedia untuk melakukan keputusan. “Aku yakin dengan
keputusan ini. Kalau aku sekolah, siapa nak bagi aku makan? Mana cukup babe duit
hasil dari budak-budak yang kita ugut selama ini.” Balas Nurin dengan
bersungguh-sungguh.

Fiqah terdiam. Dia cuba untuk memikirkan bagaimana untuk membantu
rakannya. “So kau jumpa aku untuk minta bantuan atau cadangan untuk kau
dapatkan duit?” Soalnya untuk kepastian.

“Aku nak bantuan dan cadangan kau.” Balas Nurin dengan nada suara yang
bersungguh-sungguh. Dia terus berpeluk tubuh sambil menanti sahaja apa yang ingin
dikatakan oleh rakannya.

“Apa susah kau terima sahaja tawaran dari Johnny. Paling tidak pun, kau akan
dapat perlindungan dari dia. Bukan itu sahaja, duit pun dapat.” Cadang Fiqah. Dia
merasakan itu sahja antara satu cadangan yang baik dan boleh diberikan kepada
rakannya.

Nurin masih lagi memikirkan segala yang dikatakan oleh Fiqah. Ada betul juga
kata gadis itu. Tapi mahukah Johnny mengambilnya untuk bekerja? Tambah lagi, dia
perlu belajar banyak benda untuk menjadi seorang fighter yang lebih baik.

“Kau nak tak? Masa tak cukup sekarang untuk buat keputusan. Aku harap kau
fikir baik-baik dengan tawaran yang diberikan. Bukan selalu kau dapat peluang
macam ini.” Balas Fiqah. Dia menanti sahaja jawapan yang akan diberikan.

Nurin tidak memberikan jawapan terus. Dia juga masih lagi memikirkan apa
yang perlu dilakukan. “Okey, aku ikut cadangan kau.” Balasnya dengan memberi
persetujuan.

Terus satu senyuman diberikan kepada Nurin. “Okey, kalau begitu lepas makan
kuta terus jumpa Johnny.” Balas Johnny. Dia gembiran apabila mendengar
keptusuan yang diberikan oleh Nurin. Dia semamangnya menantikan jawapan ini
keluar dari mulut rakannya. Bukan apa, inilah salah satu peluang untuk dia juga turut
bersama idola yang dia segani.

Setelah selesai sahaja menikmati makanan, mereka berdua terus menuju kearah
tempat yang sering dikunjungi oleh Johnny. Kali ini mereka ingin menyatakan
keputusan melalui apa yang dibincangkan.

“Johnny, hari ini kamu nak bagitahu berkenaan apa yang kau katakan semalam.”
Ujar Fiqah setelah sampai bersama Johnny. Dia terus mencuit lengan Nurin yang
berada disebelahnya.

Nurin tersentak. Da terus bersedia untuk memberitahu keputusannya. “Kami
akan join kau.” Ujar Nurin sambil suaranya agak terketar-ketar. Dia sedikit takut
bagi menyatakan hasrat yang terbuku di hatinya.

Johnny hanya tersenyum. Dia terus memandang kearah kedua-dua gadis yang
berada dibelakangnya. Dia tidak sangka bahawa perancangannya bakal berhasil tidak
lama lagi. “Mari sini, kita bincang something.”

Mereka bertiga terus membincangkan sesuatu. Banyak juga info dan syarat yang
diberikan oleh Johnny. Nurin hanya mengangguk sebagai tanda faham dengan apa
yang diberikan.

“Kalau korang berdua faham, esok korang akan mula kerja dengan aku. Ingat
risiko kita ditangkap sangat tinggi; aku harap korang berhati-hati untuk keselamatan
diri masing-masing.” Pesan Johnny sebelum beredar daripada kawasan tersebut.

Kini tinggal Nurin dan Fiqah. Jauh disudut hati Nurin mengharapkan agar
keputusan yang dilakukan ini adalah yang terbaik untuk dirinya. Dia ingin mengubah
hidupnya srtelah kehilangan kakak yang tersayang.

BAB 59

Kini sudah hampir 3 bulan mereka beraksi memukul mereka yang tidak bersalah.
Mereka juga tidak lari daripada mengugut mereka yang tidak mahu beri kerjasama
bersamanya.

Nurin terus merebahkan badannya. Dia terus memandang sahaja kearah
sekelilingnya. Dia terus memanggil seorang pelayan kedai untuk mengambil pesanan
mereka berdua.

“Saya nak nasi goreng ayam dengan teh ais.” Pesan Nurin sambil menunggu
sahaja pesanan dari rakannya. Dia terus membuka telefon sambil memadnang sahaja
gadjet tersebut.

“Berapa banyak income kita hari ini? Aku rasa mesti banyak sebab hari ini kita
banyak job.” Soal Fiqah sambil menunggu sahaja berapa jumlah duit yang bakal
diperolehi.

Nurin terus melarikan pandangan kearah Fiqah. Dia ingin mengatakan sesuatu
kepada rakannya. “Entahlah. Tapi kita kena tunggu dulu berapa Johnny nak bagi.”
Balasnya. Dia terus bersandar pada kerusi yang sedang didudukinya.

Tidak lama kemudian, makanan yang mereka pesan tiba. Mereka terus menikati
makanan sambil berbual. Tidak lama kemudian, kelibat Johnny tiba untuk bersama
mereka berdua.

“Makan Johnny.” Ajak Fiqah sambil menyuapkan makanan ke dalam mutlunya.
Dia terus menanti sahaja apa yang bakal diberikan oleh lelaki tersebut. Tidak
kesahlah berapa pun dia akan dapat, asalkan dapat menampung pembelanjaan
hariannya, itu sudah cukup baginya.

“Korang makanlah. Aku baru lepas makan tadi.” Johnny terus duduk untuk
bersama mereka berdua. Dia terus memerhati sahaja kearah Nurin. “Berapa banyak
duit yang korang dapat hari ini.” Bisiknya kepada Nurin.

Nurin tersentak. Dia terus menjeling kearah rakannya sebelum mengeluarkan
sampul lantas diberikan kepada Johnny. Dia terpaksa berhati-hati untuk
menghulurkan wang kerana takut sekiranya ada yang memerhati setiap tingkah laku
dari mereka berdua.

Johnny terus mengira pendapatan mereka. Dia terus memberikan senyuman
sambil mengira helaian duit. Setelah itu, dia memberikan kepada bahagian untuk
diberikan kepada kedua-dua gadis. “Ini untuk korang.”

Nurin dan Fiqah terus mengambil habuan yang diberikan kepada mereka berdua.
Terukir segaris senyuman pada wajah kedua-dua gadis tersebut. Mana tidaknya,
siapa sahaj yang tida gembira apabila mendapat duit. Semua orang akan gembira.

“Okey girls, esok aku ada job untuk korang. Habuan dia pula besar dan
menguntungkan kita kalau rancangan ini berhasil.” Balas Johnny dengan wajah
serious. Dia ingin membincangkan sesuatu kepada Nurin dan Fiqah berkenaan
dengan apa yang akan dilakukan pada keesokan harinya.

Perbincangan diteruskan. Nurin dan Fiqah terus mengangguk sambil memahami
apa yang dilakukan pada keesokan harinya. “Kalau korang faham, esok pagi aku nak
korang tunggu sini tepat jam 10 pagi.” Johnny terus beredar daripada kawasan
tersebut. Dia tidak mahu berada disana kerana ada kerja lain yang perlu
dilakukannya.

Mereka berdua berbual seketika. Banyak juga perbincangan berkenaan apa yang
dikatakan oleh Johnny. Tidak lama kemudian, mereka terus beredar untuk berehat
bagi meneruskan aktiviti pada keesokan harinya.

Tepat jam 10 pagi, Nurin dan Fiqah hanya menanti kehadiran Johnny. Selalunya
mereka akan bekerja berdua. Jarang Johnny akan mengikut mereka melainkan ada
seuatu kerja yang cukup besar untuk mereka berdua join.

“Mana Johnny.” Soal Fiqah. Dia ingin mengetahui kemana lelaki itu pergi
sampai sekarang tidak sampai. Dia tidak boleh sabar dengan kelewatan tersebut.
Mana tidaknya, masa adalah emas. Jadi memang sangat berharga.

“Kau memang tak boleh sabar ke? Aku rasa Johnny ada hal, sebab itu dia lambat
sedikit.” Balas Nurin sambil matanya memerhati sahaja keadaan sekeliling. Mana
tahu tiba-tiba sahaja Johnny tiba.

Fiqah tidak menjawab. Dia terus duduk dikaki jalan untuk menanti sahaja apa
kehadiran daripada lelaki tersebut. Ada kalanya dia berasa sedikit bosan dan letih
menunggu.

Johnny terus bertemu kedua-dua Nurin dan Fiqah. Dia terus mempercepatkan
langkahnya untuk bertemu kedua-dua anak buahnya. “Sorry guyss aku lambat. Tadi
ada hal sedikit. Pagi-pagi pun ada sahaja orang nak jumpa.” Balasnya setelah tiba
untuk bersama kedua-dua anak gadis itu.

Nurin dan Fiqah hanya memerhati sahaja reaksi yang ditonjolkan oleh lelaki
tersebut. Dah tahu lambat, memang kelam-kabutlah. “So bila kita nak gerak?” Soal
Nurin seakan-akan tidak sabar untuk meneruskan kerja mereka.

“Jom kita gerak sekarang.” Mereka berdua terus bergerak untuk melakukan apa
yang dibincangkan semalam. Jauh disudut hati Nurin berdebar untuk melakukan apa
yang mereka bincangkan.

Sampai sahaja di satu kawasan, mereka bertiga berhenti. Mereka melihat ada
dua orang lelaki sedang berada dihadapannya seakan-akan menanti sahaja kehadiran
mereka bertiga.

“Aku nak kau pergi dari sini sebelum aku kerjakan kau.” Balas Todak. Dia
sangat memusuhi lelaki tersebut. Ada kalanya dia berasa geram kerana segala tindak
tanduk lelaki itu.

“Kau sembang buat aku takutlah. Mana ada nama kau dekat sini. Jadi tempat ini
tempat aku juga. Kau boleh blah.” Balas Johnny sambil mengengam penumbuk pada
tangannya. Dia terus memerhati sahaja musuh dihadapannya.

“Kau jangan banyak bunyi. Kau nak blah atau tidak? Kalau tak nak, jom kita
tengok siapa yang lebih layak untuk pegang tempat ini.” Balas Todak dengan nada
yang sangat marah. Dia menunggu masa sahaja ntuk memukul lelaki dihadapannya.

Johnny hanya tersenyum sahaja apabila mendengar segala yang dikataka oleh
Todak. Dia terus memandang sahaja kearah lelaki tersebut. “Kau ingat aku takut?
Kalau kau berani, marilah.” Balasnya dengan agak lantang. Dia sudah lama menanti
sahaja wantu untuk lepaskan segala-galanya.

Maka terjadinya pergaduhan mereka berlima. Nurin dan Fiqah terus memukul
salah seorang dari mereka tidak memberi peluang untuk lelaki itu melakukan
apa-apa pada dirinya. Kalau tidak, memang habis apa yang diinginkan oleh Johnny
terkubur begitu sahaja.

Pergaduhan itu berlangsung hampir 30 minit. Todak dan rakannya hampir parah
apabila dipukul oleh mereka bertiga. Memang betul kali ini, Johnny dan dua lagi
rakannya tidak akan berikan jalan mudah kepada musuh mereka.

“Aku dah cakap jangan cari pasal dengan aku tapi kau berdua degil. Tengok apa
dah jadi dekat kau sekarang.” Sempat Johnny menghadiahkan satu sepakan kearah
tubuh todak. “Aku harap lepas ini kau boleh blah dari sini. Kalau tak, sudah kau
nanti.” Balasnya sambil merampas semua duit yang berada didalam poket dan beg
todak sebelum beredar.

Semasa didalam perjalanan, Johnny sibuk mengira duit yang berada ditangannya.
Dia ingin memberikan beberapa helaian duit kepada Nurin dan Fiqah. “Macam mana,
best tak kerja dengan aku?” Soal Johnny sambil mengira duit yang diperolehi.

“Gila tak best. Duit kita dapat, stress pun dapat hilang. Tak macam sekolah, lagi
serabut adalah.” Balas Fiqah dengan agak gembira. Nurin hanya bersetuju sahaja apa
yang dikatakan oleh rakannya.

Johnny tersenyum. Memang itulah jawapan yang dia ingin dengari daripada
mereka berdua. “Good. Nah ambil bahagian korang seperti yang dijanjikan.
Sekarang aku nak korang buat kerja seperti biasa. Jumpa malam nanti.” Balas
Johnny sebelum beredar daripada kawasan tersebut. Sempat dia melemparkan
senyuman gembira kepada rakannya.

Nurin dan Fiqah hanya memerhati sahaja sebelum berdar daripada kawsan
tersebut. Mereka berdua terus menuu kearah yang berbeza untuk meneruskan kerja
seperti biasa.

Semakin hari, semakin banyak duit yang diperolehi hasil dari kerja memukul
mereka. Sudah banyak juga korban dari tangan mereka berdua. Malah mereka juga
semakin mahir dan tidak ada sesiapa lagi yang sanggup menghalang segala kerja
mereka lakukan.

“Nah, ini bahagian korang berdua. Aku bangga dengan kerja kamu berdua. So,
selepas ini aku akan bagi banyak lagi job dan tempat untuk korang handle.” Balas
Johnny sambil tersenyum sahaja.

“Kami no hal bro. Lagi banyak job, lagi banyak duit yang kami akan dapat. So
kami tak kesah berapa banyak tempat kau nak kami jaga.” Balas Nurin dengan
lagaknya. Dia terus berpeluk tubuh sambil memerhati sahaja Johnny.

“Itu aku tahu. Tapi korang mesti ingat, kena hati-hati. Aku risau juga
keselamatan korang. Kawasan ini banyak mata-mata polis yang memerhati. Ingat.”
Pesan Johnny sambil memerhati sahaja keadaan sekelilingnya.

“Itu kau jangan risau. Kami tahu nak jaga diri. Segala apa yang kau pesan, ada
dalam otak kami.” Ujar Fiqah dengan bersungguh-sungguh. Dia juga agak gembira
dengan pujian dan hubuan yang telah diterima daripada ketua mereka.

Johnny hanya mengangguk. Dia tahu bahawa kali ini mereka berdua akan
menjaga diri masing-masing. Dia terus bangun untuk beredar. “Aku gerak dulu.
Jumpa esok.” Balasnya sebelum beredar daripada kawasan tersebut.

Nurin terus mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Dia ingin berehat kerana
kepenatan setelah seharian bekerja. Tambah lagi, jam juga telah menunjukkan 4 pagi.
Kaalu sampai rumah, mesti dalam pukul 5 pagi begitu.

Langkah mereka terhenti apabila melihat beberapa orang berada dihadapan dan
belakang. Siapa pula mereka? Kalau polis, memang mereka akan diberkas. Namun
agak mustahil kerana baju yang mereka pakai bukan pakaian polis. Jadi mesti
gengster yang ingin memukul mereka berdua.

Nurin mencari idea untuk melepaskan diri daripada gengaman lelaki tersebut.
Lantas dia menyuruh berlari kearah yang berbeza namun tidak berjaya. Mereka
berjaya ditangkap oleh lelaki tersebut.

Mereka berusaha untuk melepaskan diri. Namun tidak berjaya. “Lepaskan kami.
Kami tak kacau korang semua tau.” Kali ini suara Nurin agak tegas dan
mengharapkan agar mereka dilepaskan.

“Nurin, Fiqah kami terpaksa menahan kamu berdua atas tuduhan memukul dan
memeras ugut orang awam. Bawa mereka ke balai sekarang.” Ujar salah seorang
dari mereka.

Nurin dan Fiqah terpaku. Tidak sangka kali ini mereka akan kantoi. Ini adalah
pertama kali mereka akan dimasukkan kedalam penjara. Ia seakan mimpi mereka
yang mereka terpaksa alami. Adakah benar ini semua?

‘Ya Allah, ampuni aku.’

BAB 60

Nurin termenung seketika sambil memerhati sahaja keadaan gerigi besi yang
didudukinya. Dia terus terduduk dan memikirkan bagaimana kerja yang mereka
lakukan selama ini boleh terbongkar dengan pihak polis.

Fiqah terus memandang sahaja kearah rakannya. Dia agak bosan kerana tidak
tahu tahu apa yang mereka boleh lakukan. “Weyy Rin, kau tak bosan ke duduk sini.
Aku tak tahulah nak buat apa.” Ujarnya sambil melemparkan reaksi yang serious
kepada rakannya.

Nurin tidak membalas. Dia terus bersandar pada dinding sambil memehati
rakannya.. “Kau ingat kita dekat luar? Kau sedar tak kita berada dimana sekarang.
Penjara. Kalau dekat luar, aku tahu nak buat apa sekarang.” Balsnya sambil
melepaskan sedikit keluhan.

“Kau tahu macam mana kita boleh masuk sini? I mean, kalau ada siapa-siapa
yang bagitahu dekat mereka pasal kita.” Sekali lagi satu soalan keluar daripada
mulut Fiqah. Dia ingin tahu bagaimana mereka boleh tertangkap.

Nurin terus menuju kearah gerigis besi. Dia masih lagi melihat sahaja kearah
luar sambil menanti sahaja nasibnya. “Kalau aku tahu, boleh aku kerjakan dia. Tapi
masalahnya aku pun tak tahu.”

Dua pegawai polis wanita datang untuk bersama mereka. Dia terus membuka
pintu besi bagi melihat kedua-dua banduan yang berada didalam lokap. “Sekarang
saya nak kamu berdua ikut saya. Jangan banyak soal.”

Tangan mereka terus digari dan terus dibawa ke bilik siasatan. Mesti banyak
juga yang mereka akan dipersoalkan kepada mereka berdua berkenaan dengan
pergaduhan serta kekacauan yang dilakukan.

Mereka berdua terus duduk sambil menanti sahaja kehadiran seseorang. Hanya
senyap sahaja dek kerana tidak berani untuk mengeluarkan sebarang suara.
Sekiranya keluar, mesti mereka akan dipersalahkan oleh anggota polis yang berada
di dalam bilik tersebut.

Setelah itu, Inspektor Salina datang sambil melihat sahaja kepada dua orang
penjenayah yang berada didalam bilik itu. “Puan, ini dua orang suspek yang puan
ingin soal.” Ujar anggota polis yang berada di dalam bilik tersebut. Dia terus berdiri
di belakang kedua-dua penjenayah yang berada didalam bilik tersebut.

Inspektor Salina hanya mengangguk. Dia terus menuju kearah dua orang suspek
untuk disoal. “Kamu berdua tahu bagaimana kamu boleh diberkas?” Soalnya. Dia
terus bersandar sambil ingin mendengar penjelasan yang akan diberikan.

Nurin dan Fiqah hanya terdiam. Mereka tidak tahu bagaimana untuk
menjelaskan apa yang berlaku dan bagaimana mereka boleh masuk ke dalam
penjara.

“Aku tanya, kamu berdua ada telinga atau tidak?” Kali ini suara Inspektor Salina
agak lantang. Dia cuba untuk menahan marahnya. “Jawab soalan yang aku bagi tadi.
Kamu tahu atau tidak?”

“Kalau kami tahu, tak adalah kami diam. Kau memang tak faham ke situasi
kamu berdua?” Kali ini Nurin terus bangun seakan-akan marah dengan apa yang
diungkapkan oleh wanita itu.

“Baik puan jangan tanya soalan yang kami sendiri tidak tahu jawabnya. Puan
tahu marah puan sahaja. Marah kami, buat tak tahu.” Kali ini giliran Fiqah untuk
bersuara. Dia terus bangun bagi melepaskan segala api kemarahannya.

“Kamu berdua jangan kurang ajar dengan kami. Kalau tidak lagi teruk kamu
hukum kamu berdua.” Ujar salah seorang pegawai polis yang bersama mereka
berdua.

Nurin dan Fiqah terdiam. Kali ini mereka tidak mampu lagi untuk melawan
pegawai yang berada dihadapannya. Lebih baik diam daripada ada apa-apa tindakan
yang bakal dikenakan kepada mereka berdua.

Inspektor Salina tersenyum sahaja sambil melihat kearah kedua-dua pesalah.
Dia bersiap sedia untuk mengatakan sesuatu. “Kamu berdua pukul orang sehingga
hampir mati itu yang kamu cakap tak tahu apa-apa? Disebabkan kamu dibawah umur,
pihak kami tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Kamu berdua akan dimasukkan
di sebuah pusat pemulihan. Esok kamu berdua akan kesana.” Balasnya sebelum
beredar daripada bilik tersebut.

Nurin dan Fiqah terus dikembali ke penjara. Mereka berdua memikirkan apa
akan dikenakan kepada mereka berdua pada keesokan harinya. Biarlah apa pun yang
berlaku, mereka berdua akan hadapi bersama.

Keesokan harinya, Afiqah dan Irdina hadir ke balai polis setelah mendapat
arahan daripada Fatin. Walaupun Fatin ketua, namun apabila mendapat kerja diluar,
dia akan membenarkan kedua-dua mereka untuk menguruskannya.

“Puan, kami wakil dari Pusat Pemulihan Datin Syafiqah. Kami mendapat
perkhabaran bahawa ada pelatih yang akan dimasukkan ke pusat kami.” Balas Irdina
sambil memandang sahaja Inspektor Salina.

“Ya ada. Ini fail berkenaan degnan dua orang pelatih yang kamu nyatakan tadi.
ccSekiranya kamu sanggup untuk mengubah mereka, baru kami akan berikan kepada
pihak kamu.” Balas Inspektor Salina sambil menunggu sahaja jawapan daripada dua
wanita dihadapannya.

“Puan, sudah menjadi tanggungjawab kamu untuk menerima sesiapa sahaja
yang ingin berubah dan perlukan bantuan kami. Puan jangan risau, kami akan terima
sahaja mereka.” Balas Afiqah sambil memberikan beberapa dokumen persetujuan
kepada Inspektor Salina.

Setelah selesai sahaja perbincangan, mereka berdua terus pulang ke pusat untuk
menyambung kerja. Di samping itu, Nurin dan Fiqah turut bersama mereka. Kali ini
mereka berdua tidak boleh lari kerana ada anggota polis yang turut menghantar
mereka ke pusat tersebut.

Sampai sahaja, Nurin dan Fiqah dibawa ke pejabat untuk bertemu Fatin.
Biasanya mereka akan melakukan perkara ini apabila menerima kehadiran pelatih
baru untuk menerangkan beberapa peraturan yang telah ditetapkan.

Fatin masuk kedalam pejabat. Dia memandang sahaja kearah pelatih baru sambil
melihat laporan yang telah diberikan oleh pihak polis kepada mereka. Di situ, dia
boleh mengetahui kesalahan dan berapa lama mereka akan di tarbiah di pusat
pemulihan mereka.

“Nurin dan Fiqah. Apa kesalahan kamu berdua sampai diarahkan masuk ke sini?”
Soal Fatin sambil matanya melihat fail-fail yang berada diatas meja. Dia hanya
melakukan reaksi yang agak biasa. Tidak mahu bertegas sangat melainkan ada
sesuatu yang memaksanya.

“Aku rasa kau sendiri tahu apa kesalahan kami. Kenapa nak tanya juga? Jangan
bazirkan masa kami untuk menjawab semua soalan simple begitu.” Selamba sahaja
jawapan yang keluar daripada mulut Nurin. Dia terus melakukan reaksi seakan-akan
tidak mengetahui apa-apa.

Irdina agak marah apabila mendengar segala yang dikataka oleh Nurin. Dia
ingin memarahi kedua-dua pelatih baru, namun dihalang oleh Fatin.

“Kamu berdua pukul orang sehingga hampir mati. Kesalahan yang agak besar
kalau nak ikutkan. Kamu kena ingat, disini bukan macam diluar sana. Disini banyak

peraturan yang kamu kena ikut kalau nak bebas. Kalau tidak, kami akan hantar kamu
berdua ke pihak polis.” Balas Fatin sambil melemparkan senyuman yang sinis. Dia
masih lagi memandang kearah kedua-dua gadis dihadapannya.

Fiqah terus membalas senyuman yang diberikan sebelum menjawab apa yang
dikatakan oleh Fatin. “Korang bertiga ingat kami takut dengan ugutan itu? Lebih
baik kamu korang nak keluarkan kami dan kami janji tak akan ganggu kamu. Kalau
tidak kami akan musnahkan tempat ini.” Balasnya dengan agak berani.

“Korang ingat kami semua takut dengan ugutan itu? Kamu bebas nak buat apa
nak pukul orang lagi sampai mati. Setakat budak kecil macam kamu berdua, kami
tak takutlah. Silap-silap kamu berdua yang akan rasa seperti di dalam neraka apabila
tinggal disini.” Balas Irdina. Dia terus memandang tepat kearah wajah Fiqah.

Dua pelatih itu hanya diam. Mereka tidak tahu apa lagi yang ingin dikatakan
bagi melepaskan diri mereka dari dalam penjara dunia ini. Setiap apa yang mereka
katakan, pasti akan dipatahkan oleh Irdina.

“Dina, Atin aku rasa elok juga kita denda mereka berdua. Budak baru dah tunjuk
taring. Kita tengok siapa yang lagi ganas disini.” Balas Afiqah sambil memberikan
cadangan kepada kedua rakannya. Dia harap ada satu denda yang sesuai kepada
kedua pelatih itu.

Fatin terus bangun. Dia memberikan fail yang berada ditangannya sebelum
memberikan dendaan dan hukuman kepada kedua-dua pelatih baru. “Kurung mereka
didalam bilik tahanan selama dua minggu dan makan hanya dua kali sehari sahaja.
Sambil itu, kita akan berikan kaunseling khas kepada kepada mereka berdua.”
Balasnya lagi.

Nurin dan Fiqah dibawa pergi oleh Irdian dan Afiqah. Kini hanya tinggal Fatin
didalam pejabt sambil memikirkan program khas untuk mereka berdua. Kali ini agak
mencabar untuk membentuk mereka berdua kerana hati dan perasaan mereka sudah
hilang. Jadi, dia perlu bijak untuk menangani masalah ini.

Gengterisme adalah satu masalah dan gejala yang perlu ditangani. Hal ini
kerana ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengengal usia dan jantina.

Ada kalanyna mereka melakukan ini semua kerana ining melepaskan segala
kemarahan dan kepuasan didalam diri mereka.

Dalam erat ini, kaedah untuk menjadi seorang fighter sangat mudah dengan
perkembangan tekonologi yang berkembang dengan pesat serta maklumat yang
mereka perolehi.

Ibu bapa perlulah memainakan peranan untuk mengawasi tindak tanduk
anak-anak agar mereka tidak terjerumus dengan masalah ini. Ambil peduli dan
jangan leka dengan mereka.

Oleh kerana itu, kita perlulah bijak dan melihat apa yag dipertontonkan
kepada anak-anak diusia yang muda agar kita dapat menghindarkan gejala ini
dari usia muda sebelum menjadi lebih parah di kemudian hari.

BAB 61

FAIL 012: CHAT

Fatin terus menuju kearah asrama untuk melakukan satu pemeriksaan mengejut. Dia
ingin akan memeriksa sekiranya ada bantuan yang boleh diberikan olehnya. Sudah
menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan keselesaan para pelatih di sini.

Dia melihat semua pelatih sedang bergembira dan ada yang santai pada petang
itu. Ada juga yang keluar bermain serta menghirup udara segar. Biasalah ada saaja
aktivit mereka bagi menghilangkan kebosanan pada petang hari.

Fatin memasuki sebuah bilik yang agak kosong. Pintu bilik ini tidak berkunci.
Kemana pula tuan bilik ini. Walaupun mereka tidak memiliki barang yang berharga,
namn sebaiknya kunci pintu daripada dimasuki oleh mereka yang bukan ahli.

Dia tertarik dengan sebuah diari yang berada diatas meja. Dia ingin melihat
sendiri siapa punya diairi tersebut.

Namaku Asyiqin. Disini orang panggil aku Syiqin. Aku rasa memang itulah
panggilan manja aku sejak dari rumah lagi. Mungkin itulah nama panggilan
yang paling cantik untuk mereka yang bernama Asyiqin.

Untuk tahun ini adalah tahun keda aku disini. Orang cakap aku adalah
senior di pusat ini. Tiada siapa boleh lawan aku. Hahaha. Okey sorry aku
main-main sahaja. Jangan serious sangat.

Jom aku sambung cerita aku lagi. Kehadiran aku disini adalah kerana
seorang lelaki yang durjana yang aku pernah anggap dirinya sebagai seorang
yang mulia tapi rupanya dia adalah najis didalam belian yang bersinar.

Fatin tertarik dengan apa yang tertulis pada diari tersebut. Dia terus menarik
minatnya untuk mengetahui kisah seterusnya daripada empunya diairi tersebut.
Nampak macam menarik sahaja.

Bagi mereka yang ingin mengetahui kisah hidup aku, akanku ceritakan ia
dek kerana bukan untuk dibanggakan dengan apa yang aku telah lakukan.
Niatku hanya satu iaitu memberikan pengajaran kepada semua yang
membacanya.

Kisah ini bermula pada suatu petang yang sungguh indah…

Sebuah rumah banglo tersengam indah disebuah kawasan perumahan. Rumah itu oleh
sebuah keluarga yang sungguh berada serta sangat disegani oleh semua jiran
setempat.

Asyiqin masuk ke dalam biliknya setelah pulang dari kelas. Biasalah setiap hari
Isnin jadual kelasnya agak padat. Jadi setelah pulang, dia ingin berehat
sepuas-puasnya.

Tuala yang disangkut terus dirampas. Dia ingin menuju sahaja bilik air untuk
membersihkan dirinya yang sedkit melekit kerana dibasahi oleh peluh. Baru selesa
untuk berehat dikala badannya dalam keadaan yang sedikit segar.

Setelah itu, dia terus merebahkan tubuhnya pada katil. Air-cornd dipasang bagi
memberikan kedingingan didalam bilik tersebut. Baru best kalau begini. Di tambah
lagi, cuaca yang agak panas di luar.

Tubuh telefon terus dirampas. Matanya memerhati sahaja chat yang masuk
melalui massenger Instagram. Tidak pernah ada sesiapa yang chat dirinya melalui
aplikasi tersebut.

Ryan_hadi246

Asyiqin terus membuka chat tersbut. Dia ingin melihat sendiri apa yang
dibicarakan oleh lelaki tersebut kepadanya. Mana tahu kalau-kalau boleh buat kawan
ke? Dapat juga hilangkan rasa bosan dikala sunyi.

Hai intro. - Ryan_hadi246

Syiqin, 20 KL. You? - _ifsyqin.

Ryan. 20 Selangor. Nice to meet you. - Ryan_hadi246

Asyiqin hanya mengangguk. Mereka berdua terus berbalas mesej seperti orang
yang sudah lama kenal. Malah dia juga semakin serasi dengan lelaki yang baru
dikenali itu.

Kini sudah hampir 3 jam mereka mengenali satu sama lain. Banyak juga latar
belakang yang diteroka oleh lelaki itu. Begitu juga Asyiqin. Tiada sebarang rahsia
antara mereka berdua. Semuanya sudah diluahkan.

Awak, boleh tak kalau kita keluar sama-sama nanti? Dengan ini kita boleh satu
sama lain dengan lebih rapat. - Ryan_hadi246

Asyiqin terkedu. Bukan dia tidak mahu menerima perlawaan tersebut, dia
memikirkan bahawa baru sahaja kenal. Jadi memang sukar untuk memberikan
jawapan sama ada ya ataupun tidak.

Okey. But not now sebab I sibuk sedikit. I hope you understand. Okehlah awak
nanti kita chat lain. Saya ada kerja nak siapkan. Bye. - _ifsyiqin.

Fatin masih lagi membaca segala yang ditulis didalam diari tersebut. Dia menarik
nafasnya dalam-dalam serta memikirkan apa yang sebenarnya berlaku kepada pelatih
itu.

‘Berat juga ujian mereka yang berada disini. Alhamdulillah kerana Engkau
memberikan mereka jalan dan petunjuk untuk berubah.’ Bisik Fatin dalam dirinya.
Matanya terus dilarian pada akhir perenggan diairi tersebut.

Memang betul lelaki itulah yang diriku anggap suci dan boleh memberikan
kebahagiaan kepada diriku semasa aku bersedih, rupanya dia adalah racun
pemusnah hidupku.

Wahai kaum hawa diluar sana, aku mohon kepada kamu semua agar
berhati-hati untuk memilih rakan yang akan beri senyuman kepada dirimu.
Bukan semua madu itu baik tapi pasti ada racun disebaliknya.

Bijaklah dalam memilih….Biar kita dianggap cerewek asalkan segala
pemilihan yang dilakukan itu adalah baik untuk kita.

BAB 62

Asyiqin masuk kedalam biliknya setelah pulang dari taman. Dia agak terkejut
apabila melihat Fatin berada didalam biliknya. “Akak buat apa dalam bilik saya?”
Soalnya sambil menanti sahaja apa yang bakal dikatakan oleh Fatin.

Fatin hanya terdiam sahaja apabila melihat kelibat Asyiqin yang masuk kembali
ke dalam bilik tersebut. Dia sejujurnya terkejut apabila disapa oleh pelatih yang
berada dihadapan pintu.

“Akak ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soalnya sambil menanti sahaja
arahan yang akan diberikan oleh Fatin. Malah dia juga sedikit pelik apabila melihat
Fatin yang hanya diam sahaja sejak dari tadi.

Fatin terus melarikan pandangan pada Asyiqin. Dia terus menutup diari tersebut
dan bersiap sedia untuk berbual bersama pelatihnya. “Tak ada apa pun. Mari sini
duduk dengan akak, boleh kita berbual.”

Asyiqin tidak membantah apa yang dikatakan oleh Fatin. Dia ingin bersama
ketua pusat tersebut sambil mengetahui apa yang diingini oleh Fatin. Bukan apa,
mana tahu kalau ada apa-apa yang dia ingin diketahui oleh wanita tersebut.

“Maafkan akak sebab baca diairi kamu tanpa izin.” Balas Fatin sambil
menghulurkan diairi milik Asyiqin. Dia tidak mahu mengambil hak orang melainkan
setelah meminta keizinan.

Asyiqin terus membelek-belek iarinya. Dia terus melihat isi dalam sekiranya itu
benar diarinya atau tidak. “Tak apa kak. Saya izinkan. Kalau akak nak baca pun,
saya tak kesah. Saya halalkan segalanya.” Balasnya sambil melemparkan senyuman.
Sambil itu, punggungnya terus dilabuhkan pada sebelah Fatin.

“Sebenarnya akak nak tahu juga apa yang terjadi kepada kamu? Akak rasa elok
kamu sendiri yang ceritakan.” Balas Fatin. Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut
dari mulut Asyiqin apa yang berlaku.

Asyiqin hanya terdiam. Matanya mula berkaca. Fikirannya jauh memikirkan apa
yang berlaku kepada dirinya pada masa lampau. Dia sudah bersedia untuk
menceritakan apa yang berlaku.

“Saya jadi begini sebabkan dia. Dia yang patut bertanggungjawab atas
semuanya.” Balas Asyiqin. Dia terus melarikan sedikit pandangan untuk melihat ke
bawah buat seketika.

Fatin mengerutkan dahinya sebagai tanda tidak memahami dengan apa yang
dikatakan oleh gadis disebelahnya. “Akak tak faham. Boleh kamu jelaskan?”
Ujarnya sambil menuggu sahaja apa yang ingin dikatakan oleh pelatih yang berada
di sebelahnya.

Asyiqin terus bangun untuk menuju ke tingkap. Dia sedaya upaya untuk
mengingati semula apa yang berlaku. “Saya kenal dia di media sosial dan dia ingin
berjumpa saya. Kami telah buat satu temu janji tanpa rasa ragu-ragu.” Fikirannya
terus melayang untuk memikirkan apa yang akan diceritakan

Pada malam itu, kami telah berjanji untuk bertemu buat kali pertama. Mana tidaknya
selama dua minggu berkenalan dialam maya, kini tibalah masanya untuk bertemu
secara fizikal.

Asyiqin meletakkan sedikit make up pada wajahnya bagi menaikan sedikit seri
wajahnya. Setelah itu, terus memberikan lipstick pada bibirnya nampak sedikit
menyerlah. Apabila selesai, dia bersedia untuk keluar.

Kakinya terus melangkah keluar untuk menuju kearah kereta. Suasana di
rumahnya nampak sedikit sunyi. Mungkin mummy dan daddy keluar. Jadi memang
mudah baginya untuk keluar.

“Syiqin nak pergi mana?” Soal Suhana apabila melihat anaknya yang dalam
keadaan tergesa-gesa untuk keluar daripada perut rumah. Nampak seperti
seakan-akan lambat untuk menuju keluar.

Asyiqin memberhentikan langkahnya. Dia terus memandang kearah mummy.
“Saya nak keluar sekejap. Asyik duduk rumah sahaja, bosan pula rasanya.” Ujarnya
sambil melemparkan senyuman.

Suhana hanya mengangguk tanda faham. Dia terus menghulurkan beberapa
keping duit untuk diberikan kepada anaknya. “Ambil duit ini buat belanja. Tapi ingat
jangan balik lambat dan jangan membazir.”

Duit kertas bertukar tangan. Asyiqin terus memasukkan pemberian itu didalam
beg tangannya. “Terima kasih mummy. Syiqin janji akan balik awal dan berjimat
cermat. Bye. See you tonight.” Balasnya sambil menyambut tangan Suhana. Lantas
dia terus beredar dari rumah itu.

Semasa dalam perjalanan, Asyiqin memikirkan sesuatu. Jantungnya juga
beedegup kencang sambil menanti sahaja bagaimana reaksi daripada lelaki yang
bakal ditemuinya.

Sampai sahaja di lokasi yang ditetapkan, Asyiqin menanti sahaja kedatangan
lelaki tersebut. Dia terus membuka telefon bagi menghilangan sedikit rasa bosannya.
Malah dia juga tidak suka sekiranya menunggu dengan agak lama. Kalau tidak,
mesti dia tidak bosan.

Sudah hampir satu jam dia menunggu. Kehadiran lelaki tersebut masih lagi tidak
kelihatan. Dia menjadi sedikit bosan dan marah. ‘Mana pula Ryan ini. Sembang
pukul 8. Sekarang sudah pukul 9. Tak akan dia lupa pula?’ Balas Asyiqin dalam hati.
Dia masih lagi memikirkan sama ada ingin balik atau tidak.

Apabila telah berfikir panjang, beg tangan disebelahnya terus diambil. Dia ingin
pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat kecewa kerana ditipu oleh lelaki
tersebut.

“Awak Asyiqin ke?” Ujar suara seorang lelaki kepada dirinya. Dia tergamang
sambil memikirkan siapa pula lelaki yang menegurnya. Lelaki itu hanya menanti
sahaja dia tidak tersalah orang yang ditegurnya.

Asyiqin memalingkan wajahnya kearah suara tersebut. Dia terkesima apabila
melihat seorang lelaki yang menegurnya. Nampak agak kacak dan kemas sahaja
pada pakaian lelaki tersebut. “Awak Ryan?”

Ryan hanya mengangguk. Dia terus mengajak Asyiqin duduk bersamanya.
“Sorry saya terlewat. Ada hal sebelum datang sini tadi.” Balasnya sambil terus
memesan makanan yang ingin dinikmatinya.

“It’s okey. Lagipun saya baru sahaja sampai.” Auta Asyiqin. Dia tiak mahu ada
perasaan serba salah dalam diri Ryan kerana kelewatannya. Dia terus melakukan
reaksi yang agak tenang sahaja.

Ryan tahu Asyiqin sedang membohonginya. “Kalau macam itu, awak order apa
sahaja saya akan bayarkan semua yang awak inginkan.” Balasnya agar dapat
membalas atas kelewatannya.

Mereka berdua terus berbual. Ada kalanya mereka juga menceritakan hal
peribadi masing-masing. Pendek kata memang tak ada rahsia antara mereka. Kini
mereka sudah tahu serba sedikit tentang diri satu sama lain.

“Boleh tak awak janji dengan saya?” Soal Ryan kepada gadis yang berada
dihadapannya. Dia terus menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh lelaki
tersebut.

Secara tiba-tiba air muka Asyiqin berubah. Entah mengapa kali ini dia
merasakan seperti ada sesuatu yang akan dikatakan oleh lelaki tersebut. Harap-harap
tidak ada permintaan yang agak teruk untuk dilakukan olehnya.

“Saya harap awak boleh janji dengan saya yang awak akan setia dengan
hubungan kita sehingga kita mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.” Ujar Ryan
sambil memegang erat pergelangan tangan Asyiqin.

Asyiqin terkesima. Dia hanya mengangguk sebagai tanda akan mengikut sahaja
apa yang diinginkan oleh lelaki tersebut. Mana tidaknya, hati dan perasaannya sudah
terpikat dengan Ryan secara tidak sengaja.

Malam itu, Asyiqin tidak dapat tidur kerana membayangkan wajah Ryan. Apa
yang harapkan adalah Ryan adalah seorang lelaki yang akan membahagiakan dirinya
sehingga akhir hayat.

BAB 63

Hubungan antara Asyiqin dan Ryan semakin akrab dan bertambah erat. Mereka tidak
mengendahkan apa yang terjadi di sekeliling mereka. Malah hubungan itu nampak
menuju kearah yang lebih serious.

Asyiqin semakin hanyut dengan dunianya. Pelajaranya juga seakan-akan
bertemu jalan buntu. Semakin hari telefon bimbitnya menjadi kawan karibnya
berbanding dahulu yang mana buku menjadi peneman setia.

Matanya masih di alat komunikasi sambil jarinya masih lagi menaip sesuatu
pada skrin telefonnya. Ketika itu juga, wajahnya ada melemparkan senyuman kepada
perbualan mereka.

Tuk…..tuk….tuk.

Pintu bilik diketuk. Telefon tersebut diletakkan disebelahnya. Mata Asyiqin
terus dilarikan pada pintu biliknya. Siapa pula yang berada di luar pintu biliknya.
Kacau saja dua untuk berasrama bersama Ryan.

“Ya ada apa?” Soalnya sambil membetulkan suaranya. Asyiqin ingin
mengetahui apa yang diingini oleh orang yang berada dihadapan pintu. Kalau
memerlukan dia untuk keluar, dia akan keluar sebentar dari bilik tersebut.

“Marilah turun teman mummy dan daddy makan. Dah lama kita tak makan
sekali.” Pujuk Suhana sambil mengharapkan agar anaknya akan mengikut arahan
yang diberikan olehnya.

Asyiqin terus mengeliat bagi merengangkan badannya. Dia terus membetulkan
rambut sebelum membuka pintu biliknya. “Okey jom. Syiqin pun dah rasa lapar
sekarang.”

Kedua-da beranak terus menuju kearah ruang makan untuk menikmati makanan
yang telah disediakan. Kalau tidak ikut nanti, mesti akan dipersoalkan oleh
keluarganya. Disebabkan malas nak berbalah, lebih baik dia ikutkan sahaja.

Sampai sahaja di meja, Shah sudah bersiap sedia untuk menanti sahaja
kehadiran daripada isteri dan anaknya untuk menikmati makanan bersama. Bukan
dia tidak mahu makan seorang, tapi seeloknya lebih baik menunggu kehadiran
keluarganya.

Apabila sampai sahaja kehadiran Suhana dan Asyiqin, Shah bersiap sedia untuk
makan bersama. Kali ini dia berasa sangat gembira apabila bersama anak dan
isterinya.

“Syiqin macam mana pelajaran? Ada apa-apa masalah.” Soal Shah sambil
mengambil lauk yang disediakan oleh isterinya. Sambil itu dia ingin mengetahui
perkembangan anaknya.

Asyiqin terkejut apabila diberikan soalan begitu. Dia terus mencari idea untuk
menjawabnya. “Alhamdulillah setakat ini okey sahaja.” Balasnya sambil
melemparkan senyuman.

Shah hanya mengangguk. “Okey kalau ada apa-apa, kamu cakap sahaja pada
daddy. Nanti daddy akan tunaikan.” Balas Shah sambil terus menikmati makanan
yang berada dihadapannya.

Asyiqin hanya mengangguk. Lega rasa hatinya apabila mendengar segala yang
dilontarkan oleh daddy. Mana tidaknya, segala apa yang dimintanya mungkin akan
ditunaikan oleh mummy dan daddy.

Mereka bertiga terus berbual sambil menikmati makanan. Banyak juga topik
perbualan mereka, walaupun perbualan mereka hanyalah perbualan kosong, namun
sudah banyak boleh mengisi masa untuk mereka bersama.

Pintu bilik terus ditutup rapat. Badannya terus menuju kearah katil dan
mengambil telefon bimbit yang berada diatasnya. Dia ingin kembali menyambung
semula perbualan bersama seorang lelaki yang bernama Ryan.

Hai awak. Busy ke? I miss you so much dear. - Ryan.

Asyiqin terus memberikan segaris senyuman pada bibirnya. Dia terus menaip
sesuatu pada skrin gadjet tersebut bagi membalas apa diberikan.

Tak adalah busy mana. Kalau awak rindu saya, saya seribu kali merindui awak.
- Asyiqin.

Kalau awak rindukan saya, boleh tak kalau malam ini kita keluar. Saya ambil
awak. - Ryan.

Asyiqin terdiam. Dia tidak tahu sama ada untuk bersetuju atau tidak dengan
permintaan daripada lelaki yang berada di talian. Dia serba salah untuk memberikan
jawapan kepada Ryan.

Awak nak ajak saya pergi mana? Lagipun saya malaslah nak keluar. - Asyiqin.

Saya nak ajak awak pergi makan malam. Lepas itu kita jalan-jalan untuk spend
time bersama. Bolehlah awak, kali ini saja minta. - Ryan.

Asyiqin terkelu. Dia terus bangun dan memandang sahaja kearah tingkap.
Tangannya masih lagi memengang telefon dan fikirannya memikirkan bagaimana
menjawab soalan yang diberikan oleh Ryan.

Okey saya setuju. Jumpa malam nanti. - Asyiqin.

Chat terus ditamatkan. Asyiqin terus keluar dari biliknya untuk mengambil
angin dibawah. Dia ingin merehatkan dirinya buat seketika. Di samping itu, dia ingin
menenangkan juga fikirannya buat seketika.

Malam itu Asyiqin menunggu sahaja Ryan di sebuah lokasi yang diberikan. Dia
terus memandang jam tangan jenis Casio pada tangan kirinya. Jam sudah pun
menunjukkan hampir 8:30 malam. Ryan masih lagi tidak muncul.

Ryan tiba dengan menaiki kereta. Dia terus menuju kearah Asyiqin yang setia
menantinya. “Sorry awak saya terlewat. Ada hal tadi.” Balasnya apabila sampai
sahaja untuk bersama gadis disebelahnya.

Asyiqin melepaskan satu keluhan. Dia tidak memandang wajah Ryan yang
berada disebalahnya. “Kalau lambat or ada apa-apa urusan, lain kali tak payah ajak
saya keluar. Saya tak suka menunggu.”

Ryan tersenyum. Dia tahu bagaimana untuk memujuk gadis yang merajuk
disebelahnya. “Sorry sangat-sangat. Okey disebabkan saya lambat, saya akan belanja
awak makan.” Pujuknya.

Asyiqin menghembuskan satu keluhan. Dia terus mengikut sahaja apa yang
diinginkan oleh Ryan. Lagipun siapa tak nak makan free. Jimat duit aku malam ini
apabila semua benda akan dibayar oleh lelaki yang bersamanya.

Sampai sahaja di lokasi yang dijanjikan oleh Ryan, mereka berdua terus keluar
unutk masuk ke dalam perut restoran tersebut. Nampak mewah sahaja restoran
tersebut.

Seorang pelayan terus membawa mereka ke sebuah tempat yang kosong.
Nampak seperti ada layanan istimewa yang diberikan kepada mereka berdua. Rasa
seperti orang yang penting didalam sebuah majlis.

Malam itu, mereka makan seakan-akan berada di candle light dinner. Asyiqin
terharu bagi melalui malam ini. Hal ini kerana ia adalah kali pertama dia melalui
malam yang sungguh indah seperti ini.

“Awak, saya buat semua ini kerana saya sayangkan awak. Saya janji tak akan
mengecewakan awak.” Ujar Ryan sambil memengang kedua-dua pergelangan
tangan Asyiqin.

Asyiqin terdiam. Dia tidak tahu sama ada inign mengetahui sama ada lelaki itu
betul-betul ikhlas mencintainya atau sebaliknya. Hal ini kerana mereka tidak
mengetahui asal usul masing-masing dengan lebih dekat.

“Saya nk pergi tandas sekejap.” Asyiqin terus beredar untuk memikirkan apa
yang dikatakan oleh Ryan. Entahlah apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut sama
ada betul atau sebaliknya.

Ryan hanya memerhati sahaja pemergian Asyiqin. Dia terus membuka telefon
yang berada di dalam poketnya. Dia menunggu sahaja makanan dengan kehadiran
daripada gadis itu.

Di dalam tandas, Asyiqin hanya memandangsahaja kearah cermin yang berada
dibilik tersebut. Dia ingin memberikan sedikit ketenangan dalam dirinya agar dapat
memikirkan apa yang dilontarkan oleh Ryan.

“Betulkan dia sukakan aku atau ada muslihat yang aku tidak tahu? Tapi aku tak
kenal dia sepenuhnya. Adakah dia baik atau sebaliknya.” Monolog Asyiqin kepada
dirinya. Dia terus membasahkan wajahnya sebelum keluar untuk kembali bersama
Ryan.

Ryan menanti sahaja kehadiran daripada Asyiqin. Dia agak pelik kerana lambat
pula Syiqin pergi tandas. Tak akan balik pula. Nanti sejuk pula makanan yang
berada diatas meja.

“Sorry I late. Sakit perut tadi.” Ringkas sahaja ungkapan yang diberikan oleh
Asyiqin setelah tiba di meja. Matanya hanya memandang kearah makanan yang sdah
sampai di mejanya.

“It’s okey. Jom kita makan. Nanti sejuk pula makanan yang ada.” Ujar Ryan
sambil melemparkan senyuman. Dia mengharapkan agar apa yang dirancangnya itu
akan berjaya.

Mereka berdua menikmati sahaja makanan tersebut dengan agak senyap.
Sambil-sambil itu, mereka berbual sedikit bagi menghilangkan kebosanann mahupun
tidak terlalu sunyi dimeja makan.

Setelah makan malam, mereka berdua terus pulang. Secara tiba-tiba sahaja
Asyiqin merasakan sedikit pening. Entah mengapa secara tiba-tiba sahaja dia
merasakan tidak beberapa sihat.

Ryan melihat di sebelahnya. Dia sedikit pelik apabila melihat Asyiqin yang
memicit dahinya. “Are you okey?” Balasnya dalam keadaan yang sedikit risau.
Namun pada hatinya sudah berasa kegembiraan kerana rancangannya itu akan
menuju kejayaan.

“I don’t know. Awak, saya nak tidur sekejap. Tiba-tiba sahaja kepala saya terasa
sangat berat.” Balasnya. Tiba-tiba sahaja dia merasakan bahawa dunianya yang
cerah kini sudah gelap gelita seperti seorang yang celik sudah menjadi buta.

BAB 64

Ryan tersenyum sahaja apabila rancangan dia akhirnya menemui jalan yang sungguh
berjaya. Matanya terus menjeling ke tempat duduk sebelahnya. Sungguh cantik wajah
dan tubuh wanita yang berada di sebelahnya. Memang inilah yang akan memberikan
kejayaan kepada apa yang telah dirancangkan.

Tangannya terus memakai earphone dan mencari nombor rakannya. Dia harap
agar berita yang diberikan ini akan mengembirakan rakannya. Kalau tidak, dia
sendiri akan lakukan kerja seperti biasa secara sendirian.

“Kau kat mana? Ak ada ubibaik punya.” Ujar Ryan dengan sungguh gembira.
Dia menjeling kearah Asyiqin agar tidak menyedari rancangan yang telah
dilakukannya.

“Cantik. Kalau begitu kau bawa dia ke rumah aku. Malam ini kita settlekan ubi
yang aku bawa ini.”

Panggilan tersebut dimatikan. Kereta miliknya terus meluncur laju. Dia tidak
mahu terlewat sampai ke rumah. Mana tidaknya, dia merisaukan sekiranya Asyiqin
sedar dan akan mengagalkan semua rancangan yang telah diatur.

Sampai sahaja di rumah, kereta tersebut terus diparkirkan. Ryan terus membawa
Asyiqin untuk msuk ke dalam sebuah bilik.

Asyiqin terus dibaringkan diatas katil. Dia masih lagi tidak sedarkan diri dan
tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada dirinya.

“Cantik perempuan yang kau carikan ini.” Bals Joshua sambil memandang dan
membelek-belek wajah Asyiqin yang masih lagi tidur. Dia hanya melemparkan
senyuman sahaja sambil membelek-belek wajah Asyiqin.

Ryan terus terduduk. Dia ingin berehat seketika setelah mendapat apa yang
diinginkan oleh Joshua. “Kau tengoklah siapa yang mencari. Nak harapkan kau,
memang tak dapatlah secantik begini.”

Joshua hanya mengangguk. Dia terus memandang kearah Ryan. “Aku tahu
memang pandai cari ini anak ayam.” Dia menjeling kearah Asyiqin. “So bila nak
start?”

Ryan terus melemparkan senyuman. Inilah masa yang sesuai untuk melakukan
segala kerja apabila mereka mendapat seorang gadis yang berjaya untuk
diperangkapkan.

Joshua terus mengambil beberapa keping gambar. Gambar-gambar yang diambil
itu segalanya tidak senonoh dan menjolok mata. Malah gambar-gambar tersebut
akan dikirimkan di laman sesawang lucah.

Apabila selesai, mereka berdua terus menuju kearah bilik editing untuk
memberikan sedikit pencerahan pada gambar yang telah diambilnya agar nampak
lebih cerah dan lebih jelas dengan apa yang telah ditangkapnya.

“Aku yakin gambar yang kau ambil tadi pasti kan mendapat sambutan ramai.
Kau tengoklah bukan main cantik lagi wajah dan body dia.” Balas Joshua sambil
menunjukkan gambar-gambar yang telah dipindahkan ke komputer.

Ryan tersenyum sahaja. Dia teru duduk bersebelahan Joshua dan ingin berbual
bersama lelaki tersebut. “Well kau tengoklah siapa punya kerja.” Balasnya sambil
memandang kearah skrin komputer tersebut.

“Apa kau nak buat dengan perempuan dalam bilik tadi? Kalau kantoi, sakit kita.”
Balas Joshua sambil tersenggih sahaja. Dia dapat mengagak apa yang akan
dilakukan oleh rakannya.

“Macam biasalah.’ Ujar Ryan. Dia akan melenyapkan sesiap sahaja yang telah
menjadi mangsa mereka agar tiada bukti yang mereka lakukan itu. Kalau tidak,
mereka berdua sudah pasti akan ditangkap oleh polis.

Sementara itu, Asyiqin tersedar dari pengsan. Dia terus melihat keadaan
sekeliling. Tubuhnya terus bangun dan terkejut. Malah dia masih lagu cuba untuk
mengingati semula apa yang telah berlaku kepada dirinya.

‘Ya Allah aku telah dirogol. Dimana aku?’ Bisiknya. Tanpa membuang masa,
dia terus memakai semula pakaian dan bersiap sedia untuk keluar daripada rumah
tersebut.

Asyiqin terus megnambil beg dan telefon bimbitnya. Dia terus mencari idea
untuk keluar daripada rumah tersebut. Dia betul-betul terperangkap dengan lelaki
yang bernama Ryan.

Kaki Asyiqin terus menuju ke pintu. Dia ingin keluar daripada perangkap yang
dia sendiri tahu siapa yang melakukannya. Mungkin dia perlu keluar dengan
secepatnya.

Apabila sampai sahaja di pintu, dia terus berlari keluar dari rumah dan
meninggalkan bangunan itu. Dia harap agar tiada sesiapa sahaja yang akan
mengejarnya. Kalau tidak, memang dia sendiri akan kembali ke rumah tersebut dan
dia berada didalam keadaan yang sangat bahaya.

“Aku nak tengok perempuan itu sama ada sudah sedar atau tidak. Kalau belum,
senang sedikit aku nak lenyapkan dia.” Ujar Ryan dan terus menuju ke dalam biik
yang terdapat Asyiqin.

Sampai sahaja di dalam bilik tersebut, dia terkejut apabila melihat Asyiqin
sudah tada. “Awak pergi mana? Asyiqin.” Ryan mencari kelibat wanita yang berada
didalam bilik tersebut. Mana pula hilang Asyiqin?

“Joshua buda itu dah lari. Habislah kita kalau dia laprkan ke pihak polis.” Ryan
terus menghembuskan sedikit nafasnya. Dia penat kerana mencari Asyiqin yang
tidak dijumpainya.

Joshua terkejut apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Ryan. “Apa lagi
pergilah cari. Kalau dia report polis, kedalam kita tau.” Ujar Joshua dengan agak
marah.

“Baik Josh.” Balas Ryan dan terus keluar mencari Asyiqin. Dia juga sedikit
kelam kabut dan mengharapkan agar dapat bertemu perempuan tersebut. Kalau tidak,
mereka berdua dalam bahaya.

Semasa di dalam perjalanan, Asyiqin tidak henti-heti menangis dan menyesal
dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu bagaimana ingin memberitahu apa yang
berlaku dalam dirinya. Malah dimana dia ingin mengadu tentang apa yang telah
berlaku.

‘Ya Allah siapa yang melakukan ini dekat aku. Aku tak sangka bahwa akan
menjadi pemuas nafsu seseorang. Aku rasa sangat terhina dngan apa yang berlaku.’
Bisik Asyiqin dalam dirinya.

Asyiqin berlinangan air mata penyelesaian terhadap apa yang sudah berlaku.
Baginya nasi sudah menjadi bubur. Siapa yang melakukan perkara itu, diharapkan
akan menerima hukuman yang setimpal.

Namun apa yang menjadi persoalan dalam dirinya, kemana dia harus pergi
sekarang. Kalau balik rumah, pasti akan mendapat banyak soalan yang akan
diberikan oleh keluarganya. So apa yang dia perlu lakukan sekarang?

BAB 65

Asyiqin terus memandang ke bawah. Dia sedaya upaya untuk melupakan apa yang
berlaku kepada dirinya dulu. Bukan apa, apabila mengingati semula, akan
memberikan dirinya bertambah sedih.

Fatin terus terdiam. Dia tidak mahu mengatakan apa-apa kerana mungkin akan
mengusutkan hati dan perasaan gadis yang berada disebelahnya. Malah emosi
Ayiqin juga nampak seperti agak kusut.

“Tapi kak, saya rasa lega juga sebab Ryan telah ditangkap pada malam itu juga.
Saya rasaa menyesal dengan apa yang terjadi kepada diri saya.” Balas Asyiqin. Dia
terus mengesat air matanya.

“Kalau akak nak tahu bukan saya saja yang menjadi mangsa dia. Paling saya
terkilan ada di antara mereka yang mati dibunuh kerana ingin menutup apa yang
dilakukan.” Balas Asyiqin sekali lagi. Suaranya sedikit sunggul.

Fatin sebak apabila mendengar segala yang diceritakan oleh Asyiqin. Dia tidak
mampu untuk mengatakan apa-apa bagi dilontarkan kepada gadis itu. Malah dia juga
turut terkejut apabila mendengar segala yang diceritakan oleh pelatih di sebelahnya.

“Saya menyesal sangat sebab kenal dia. Saya tidak tahu bagaimana nak
mengharapkan kehidupan selepas ini. Saya tak kuat kak.” Asyiqin sebak. Dia ingin
melepaskan segala perasaan sedih dalam dirinya.

Fatin cuba untuk menenangkan keadaan. Dia faham segala yang diceritakan oleh
Asyiqin. Kalau diteruskan, mungkin akan menyebabkan kesedihan Asyiqin akan
bertambah.

“Sabarlah. Mungkin apa yang berlaku ini adalah satu ujian yang perlu kamu
lalui. Akak yakin kamu boleh. Ingat kalau kamu keluar saja suatu hari nanti,
berhati-hati dalam memilih kawan. Bukan semua orang diluar sana murni niatnya.”
Balas Fatin. Dia terus memeluk Asyiqin dan cuba untuk menenangkan wanita
tersebut.

Keesokan hrinya, Fatin mengarahkan Irdina dan Afiqah bertemu dengannya.
Ada sesuatu yang ingin dibincangkan olehnya kepada kedua-dua rakannya
berkenaan dengan pusat tersebut.

“Kita buat apa dekat sini?” Soal Irdina. Dia terus duduk sambil menanti sahaja
kehadiran daripada Fatin. Ada apa-apa yang dia perlu tahu? Tidak pernah Fatin
memanggil mereka dalam keadaan yang agak mengejut.

Afiqah menangkat bahunya. Dia terus memandang sahaja kearah rakannya.
“Mungkin ada benda yang dia ingin bincangkan. Kau tunggu sahaja dia datang.”
Balasnya sambil melihat sahaja kehadapan.

Fatin datang ke bilik smbil membawa seorang wanita yang berada disebelahnya.
Nampak mesra sahaja hubungan mereka seakan-akan sudah lama mengenali antara
satu sama lain.

Afiqah dan irdina memerhati sahaja Fatin. Mereka bersiap sedia untuk
memulakan perbincangan agar tidak terlepas daripada segala maklumat yang akan
diberikan oleh Fatin.

Fatin melihat kearah anak buahnya. Dia bersiap sedia untuk memulakan
mesyuarat pada pagi ini. “Tujuan saya panggil kamu berdua disini adalah untuk
memperkenalkan seorang warden baru.” Fatin terus menujukkan kearah Farhana.

“Hai, nam saya Farhana. Just call me Ana. I hope kita akan berusaha untuk
memberikan pengajaran kepada setiap pelatih disini. Kalau saya ada buat kesalahan,
boleh tegur saya.” Balas Farhana dengan agak gembira. Dia kembali duduk untuk
mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Fatin.

“Terima kasih. Saya selaku ketua di pusat ini mengucapkan selamat datang
kepada kamu. Kami harap dengan kehadiran kamu akan melancarkan dan
memberikan kesenangan kepada kamu semua.” Balas Fatin untuk memberikan
kata-kata pengharagaan kepada Farhana.

Setelah itu, mereka membincangkan agenda utama didalam mesyuarat. Farhana
memberika beberapa cadangan. Mereka bertiga ada yang meyokong apa yang
dikatakan oleh Farhanan.

Fatin terus membawa Farhana untuk menuju ke sebuah bilik kosong. Bilik itu
untuk menempatkan orang baru. “Ini pejabat kamu. Kalau kamu nak buat sesi, tanda
ini perlu diletakkan pada luar pintu.’ Balas Fatin sambil melemparkan senyuman.

Farhana hanya mengangguk sebagai tanda faham. Dia terus duduk dan
membuka sahaja fail yang berada diatas mejanya. “Kalau saya nak panggil klien
mereka yang berada dibawah jagaan saya boleh?”

“No problem. Kalau kamu nak jalankan sesi kaunseling, saya sangat
mengalu-alukan. Saya harap kamu suka dengan bilik ini.” Balas Fatin sambil
melemparkan senyuman. Memang itulah yang selalu dilakukan olehnya bagi
menyelesaikan beberapa isu didalam pusat tersebut.

Farhana mengangguk. Dia terus membuka fail untuk melihat apa yang tertulis
didalamnya. Dia ingin tahu apa yang telah dialankan di dalam pusat tersebut tanpa
ada sebarang kerahsiaan di dalam dirinya.

“Saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, kamu boleh tanya Dina atau Fiqa. Mereka
sedia membantu kamu.” Pesan Fatin sebelum beredar dari bilik tersebut. Dia ingin
menyambung semula kerjanya sehingga siap di samping malas untuk menganggu
rakan barunya.

Farhana tidak banyak berkata-kata. Dia terus meliha Fatin keluar dari bilik
tersebut. Setelah itu, dia terus memandang sahaja kearah fail yang berada diatas
mejanya untuk disemak dan dibaca.

Fatin menuju ke biliknya. Dia mengharapkan agar kehadiran Farhana akan
memberikan sedikit kesenangan untuk menguruskan beberapa pelatih yang
ditempatkan di pusat ini.

BAB 66

FAIL 013: MAK NYAH

Jam menunjukkan 1 tengahari. Biasanya pada waktu begini sudah tiba masanya
untuk semua insan menikmati makan tengahari sebelum menyambung semula kerja
mereka sehingga siap.

Irdina masuk ke bilik rakan barunya. Dia melihat Farhana sedang sibuk dengan
kerjanya. “Ana, jom lunch. Karang boleh sambung kerja balik.” Ajaknya. Dia harap
agar Farhana akan mengikut segala ajakannya.

Farhana memberhentikan kerjanya. Rakannya itu bersiap. Biarlah lama mana
pun, dia akan menanti sahaja dengan penuh kesabaran. Malah ini adalah kali pertama
berdua lepak sekali.

Setelah bersiap, mereka berdua terus berlalu untuk keluar daripada bilik tersebut.
Entah kemana mereka ingin pergi untuk menikmati makan tenghari. “Korang selalu
makan dekat mana?” Soal Farhana.

“Selalu kami makan dekat dewan makan. Tapi kalau kau nak makan luar, jom
aku temankan.” Balas Irdina sambil menanti jawapan yang akan diberikan oleh
Farhana.

“Kita makan dekat dewan makan sahaja. Nanti bila tekak aku rasa nak makan
luar, aku ajak kau.” Balas Farhana sambil melemparkan senyuman. Dia tidak mahu
menysahkan kawannya kerana untuk menemaninya makan.

Sampai sahaja di tempat yang dituju mereka terus mengambil makanan yang
telah disediakan. Walaupun menu mereka bersederhana, namun nampak sedap
dimata mereka.

“Ramai pelatih yang berada dibawah jagaan kau?” Soal Irdina bagi memulakan
perbualan mereka. Dia ingn mengetahui berapa pelatih yang berada di bawah jagaan
rakan barunya,

Farhana terus mengelap mulutnya serta menelan makanan yang berada di dalam
mulutnya. “Setakat ini baru 3 orang. Tapi aku tak tahu nak cari mereka macam
mana.” Balasnya sambil memandang kearah beberapa pelatih yang berada di dalam
bangunan tersebut.

“Apa susah, kalau kau nak jumpa sahaja pelatih yang berada dibawah jagaan
kau, kau boleh panggil sahaja. Lepas itu kau buat sesi.” Balas Irdina bagi membantu
rakannya.

Mereka berdua terus berbual berkenaan dengan pusat tersebut. Banyak juga info
yang diperolehi oleh Farhana. Dia bersyukur walaupun dia orang baru, namun
rakan-rakannya sedia membantunya tanpa ada sebarang keraguan terhadap dirinya.
Dia seronok kerja disitu.

Mereka berdua melangkah ke bangunan utama. Secara tiba-tiba sahaja seorang
pelatih telah melanggar Farhana. Irdina terkejut apabila melihat kejadian itu.

“Kau jalan memang tak nampak orang ke?” Kali ini Irdina agak marah apabila
melihat kejadian yang menimpa rakan barunya. Dia terus melakukan wajah yang
agak bengis kepada pelatih tersebut.

“Kau apa hal marah aku? Aku bukan sengaja pun langgar kawan kau.” Kali ini
pelatih itu agak marah apabila diherdik oleh Irdina. Dia bersiap sedia untuk melawan
wanita yang berada di hadapannya.

Irdina sedikit bengang. Dia terus menarik tangan wanita tersebut. “Kau angan
kurang ajar dengann aku. Hormat orang tua sedikit.” Balasnya dengan suara yang
agak tinggi.

Farhana terus melemparkan senyuman sambil memandang sahaja kearah mereka
berdua. “Siapa nama awak?” Soalnya untuk mengetahi siapa yang melanggarnya.

“Solehah. Tapi aku nak orang panggil aku Soleh.”
Farhana teringat kembali nama yang disebut kepadanya. Dia terus memandang
sahaja kearah pelatih itu. “Mari ikut saya sekejap. Ada benda yang saya nak bualkan
dengan kamu.” Balasnya kembali.
Irdina terkejut apabila melihat apa yang dilakukan oleh rakannya. Entah
mengapa pula kali ini, Farhana menjadi agak baik terhadap pelatih itu.
“Kau jangan risau, pelatih ini dibawah jagaan aku. So aku nak berkenalan
dengan dia.” Balas Farhana sambil mengajak Solehah beredar daripada kawasan
tersebut.
Sampai sahaja sebuah kawasan, Farhana terus mengajak pelatih tersebut untuk
berbual.
“Kau siapa? Kenapa kau bela aku tadi?” Balas Solehah sambil memandang
sahaja kearah Farhana dengan seribu persoalan. Dia tidak sangka masih ada lagi
yang membelanya ketika dia berada di pusat ini.


Click to View FlipBook Version