The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arief Ahmad, 2022-06-17 04:27:00

manuskrip penuh

manuskrip penuh

“Tak boleh ke akak bela kamu?”
“Walaupun aku dah langgar kau tadi?”
“Dah tu, awak nak saya buat apa? Pukul awak?”
Solehah terdiam. Dia tida tahu lagi nak membantah apa lagi yang dipersoalkan
Farhana. Kalau dia membantah, sudah pasti ada sahaja yang akan dibalas oleh
wanita yang berada di temuinya.
Farhana terus mendekatkan diri untuk bersama Solehah. Dia cuba memikirkan
bagaimana kehidupan Solehah sebelum dimasukkan ke pusat.
“Boleh akak tahu mengapa kamu dimasukkan di sini?” Soal Farhana kepada
pelatih yang berada disebelahnya. Dia tidak mahu ada jurang perhubungan antara
mereka berdua.
Solehah terdiam. Dia sedaya upaya untuk mengingati apa yang berlaku
kepadanya sebelum masuk ke pusat tersebut. Mungkin masa lampaunya tidak
seindah orang lain.

Solehah menunggu sahaja kelibat teman lelakinya. Kemana pula Razman menghilang.
Cepat pula lelaki itu menghilangkan dirinya. Dia terus membeli beberapa barang
makanan rungan untuk mengisi perutnya. Walaupun makanan tersebut tidak kenyang,
namun sudah cukup baginya untuk diberikan sedikit tenaga.

Razman hadir untuk bertemu Solehah. Dia terus tersenyum sahaja sambil
menuju kearah yang sedang diduduki oleh wanita tersebut.

“Awak pergi mana? Kenapa lambat.” Solehah terus melakukan reaksi
seakan-akan merajuk kepada teman lelakinya.

“Sorry sayang. Tadi I jumpa kawan I. sebab itu I lambat.” Balas Razman. Dia
terus memberikan aiskrim kepada Solehah bagi memujuk wanita tersebut.

Tersenyum solehah ketika itu. Dia tahu lelaki itu akan memujuknya. Ini salah
satu mengapa dia sukakan dengan lelaki tersebut.

Setelah menikmati makanan, mereka terus berbual. Sambil-sambil itu mereka
berdua bagi menghirup udara yang agak segar. Tambahan lagi mereka akan
meluangkan masa bersama seperti pasangan kekasih yang lain.

BAB 67

Hati Solehah berbunga-bunga setelah bertemu lelaki yang dicintainya. Dia
merasakan bahawa harinya sungguh indah. Ditambah lagi, dia mengharapkan tiada
apa-apa yang akan merosakkan harinya.

Kakinya masuk kedalam rumah. Dia terus melepaskan lelahnya ada kerusi malas
diruang tamu. “Baru balik?” Soal satu suara menegurnya.

“Haah umi. Malam nanti akak nak pergi rumah Huda sekejap.” Balas Solehah
kepada Rokiah. Dia terus melemparkan senyuman kepada wanita yang bergelar ibu.

Rokiah memahami apa yang diungkapkan oleh anaknya. Siapa dia nak
menghalang perbuatan anaknya. Asalkan dia tahu bahawa Solehah tidak melakukan
perkara yang buruk dan melanggar batas, sudah cukup baginya.

Ketika berada di rumah Huda, mereka berdua melakukan beberapa kerja yang
diberikan oleh guru mereka. Tambahan lagi tinggal beberapa minggu sahaja untuk
dia dan Huda menduduki peperiksaan yang sangat besar.

“Babe soalan ini kau tahu tak nak jawab?” Soal Huda. Dia terus memberikan
soalan tersebut kepada rakannya dengan harapan agar Solehah boleh membantunya.

Mata Solehah terus memandang sahaja soalan yang diberikan. Dia tahu jawapan
yang patut diberikan kepada rakannya. “Oh soalan ini senang sahaja. Mari sini aku
ajar kau.”

Solehah terus menunjukkan bagaimana cara untuk menyelesaikan soalan yang
diberikan. Huda hanya mengangguk sahaja sebagai tanda faham dengan apa yang
diberikan oleh rakannya.

“Thanks babe. Aku rasa lepas kau bagi tips dekat aku tadi, aku yakin boleh
menjawabnya.” Balas Huda dengan penuh bersemangat. Dia terus menyambung
semula kerjanya sehingga selesai.

“Aku bangga dengan kau. Lagipun aku dapat rasakan yang kau boleh buat.
Cumanya kau terlupa sahaja. Sebab itu kau blur sekejap tadi.” Balas Solehah. Dia
terus tergelak kecil.

Mereka berdua terus study bersama. Banyak juga perkongsian daripada Solehah
kepada rakannya. Malah ada juga pendapat dan cadangan yang dilontarkan oleh
Huda. Mereka juga sangat gembira apabila dapat berkongsi idea.

Mata Huda terus dilarikan seketika pada telefonnya. Dia ingin berehat seketika
setelah belajar bersama. Kalau terus belajar, sudah pasti dia akan penat. Jadi engan

masa yang ada ini cukup untuk mereka merehatkan minda seketika sebelum
menyambung semula kerja yang tertunggak.

Tiba-tiba, matanya terpandang satu status. Dia seakan-akan mengenali lelaki
tersebut. ‘Ini bukan Razman ke? Siapa pula perempuan disebelahnya? Kenapa
caption mereka sweet sanga.’ Bisik Huda dalam hati. Dia menjeling sahaja kearah
Solehah di sebelahnya.

Pandangannya terus dilarikan pada sebelahnya. Dia tidak tahu bagaimana untuk
memberitahu apa yang sedang dilihatnya. Babe, kalau aku cakap kau marah tak?”
Soalnya untuk kepastian.

“Kalau kena dengan soalan, aku tak marah. Apa benda yang kau nak tanya?”
Soal Solehah sambil tangannya sedang menulis sesuatu di dalam buku nota. Malah
dia lebih suka untuk menyimpan maklumat yang penting agar senang baginya untuk
study di kemudian hari.

Huda tertunduk. Dia masih memikirkan bagaimana untuk memberitahu apa
yang dilihatnya. “Tak ada apalah.” Balasnya sambil menyambung semula untuk
belajar dan menyelesaikan beberapa soalan lagi.

Solehah agak pelik dengan rakannya. Dia terus memalingkan wajahnya kearah
Huda. “Kau okey tak?” Soalnya bagi mengetahui apa yang dialami oleh Huda. Dia
sedikit pelik melihat reaksi yang ditonjolkan oleh Huda.

“Okey. Cepatlah kau siapkan. Nanti aku hantar kau balik.” Balasnya sambil
memandang kearah jam yang berada di dalam rumahnya. Sudah hampir masuk pada
lewat malam.

Solehah mengerutkan dahinya sambil memikirkan apa yang dilihat oleh
rakannya. Tidak pernah lagi Huda melakukan rekasi seperti itu. Mungkin ada satu
rahsia yang sedang disembunyikan olehnya.

Jam menunjukkan 12 tengah malam. Solehah terus bersiap untuk pulang. Kalau
terlalu lewat sudah pasti akan menyebabkan uminya risau. Tambah lagi, anak dara
tidak elok untuk keluar sehingga lewat malam.

Ketika di dalam kereta, Huda tidak banyak berbual dengan rakannya. Matanya
masih lagi fokus untuk memandang kearah jalan.

Solehah memandang kearah rakannya. “Kau okey tak?” Soalnya sambil
menunggu sahaja jawapan yang akan diberikan oleh rakannya.

“Okey.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Huda. Dia menjeling
kearah Solehah yang berada disebelahnya. “Kenapa kau tanya?”

“Nothing. Sebab aku tengok kau selepas cakap nak tanya something, kau terus
berubah. Ada apa-apa yang kau fikirkan ke?” Ujar Solehah. Dia ingin mengetahui
apa yang sedang difikirkan oleh Huda.

Sementera itu, Huda hanya tersenggih sahaja. Baginya belum masa yang sesuai
untuknya memberitahu apa yang sedang bermain di fikirannya. Bukan apa, nanti
mesti akan menyebabkan rakannya itu sedih dan susah hati.

Sampai sahaja di rumah, Solehah mengambil semua barang yang dibawanya
agar tiada dari pun yang tertinggal. “Thanks babe sebab hantarkan aku balik. Kau
hati-hati balik nanti.”

“No hal babe. Okeylah aku nak balik dulu. Jumpa esok. Bye.” Solehah terus
keluar dari perut kereta Huda. Dia terus berlaku untuk masuk ke rumahnya bagi
bereat setelah satu hari penuh dengan aktiviti.

Solehah terdiam. Dia tidak mahu lagi mengingati dan menceritakan apa yang berlaku
kepada dirinya sebelum ini.

“So apa yang kepada kamu sehingga menyebabkan kam ke sini?” Soal Farhana
untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang dilalui oleh pelatih itu.

Solehah masih lagi terdiam. Wajahnya berubah dari marah kepada sedih. “Saya.
Saya tidak mampu untuk mengingatinya. Maafkan saya.” Balasnya dengan nada
suara yang sangat perlahan.

Farhana terdiam. Dia mengeluarkan satu keluhan. Jauh difikirannya ingin
mengetahui apa yang berlaku kepada Solehah. “Maaf? Kamu tak buat salah jadi buat
apa nak minta maaf? And kamu perlu sahaja menceritakan apa yang berlaku kepada
saya sebab akak nak tolong kamu.”

“Akak nak tolong saya? Dah terlambt akak. Saya dah berada disini. Lagipun
saya dah selesa duduk disini.” Potong Solehah. Dia tidak sanggup lagi untuk
mendengar apa yang dikatakan oleh Farhanan/

“Terlambat? Dalam dunia ini tak ada istilah terlambat. Kalau kamu nak berubah,
lebih baik bermula dari sekarang.” Balas Farhana bagi memberikan kenyakinan
kepada Solehah untuk bercerita.

Solehah terdiam. Da tidak tahu ingin mula dari mana. “Akak nak tahu dari
mana?” Soalnya untuk mengetahui dari mana Farhana ingin mengetahui kisah
silamnya.

Bibir Farhana mula menguntumkan senyuman. Dia tenang sahaja apabila
mendengar setiap yang dikatakan oleh Solehah. “Boleh akak tahu bagaimana kamu
dapat nama Soleh?”

Solehah terus memikirkan cara untuk memulakan penceritaan. Kali ini dia yakin
bahawa Farhana akan menjadi pendengar yang baik untuk dirinya. Malah dia mula
rasa dirinya dihargai oleh Farhana.

BAB 68

Solehah duduk didalam biliknya. Dia memikirkan apa yang dikatakan oleh Huda
ketika mengulang kaji sebentar tadi. Nampak sepeti ada sesuatu yang sangat serious
berlaku kepada dirinya sebentar tadi.

Dia terus melepaskan badannya pada birai katil. Solehah terus membua telefon
untuk melihat sahaja apa yang berada didalam gadjet tersebut. Namun tidak ada
sesuatu yang pelik berkenaan dengan rakan-rakannya. Notification telefonnya
berbunyi. Solehah terus melihat siapa yang mesejnya.

Babe , esok jom temankan aku pergi mall. Ada barang aku nak beli. Kalau kau
free jomlah. - Huda.

Solehah memikirkan untuk menjawab soalan yang diberikan. Rasanya esok free
sahaja. So bolehlah dia teman Huda unutk membeli barang yang dia inginkan.

Aku okey saja. So bila kita nak pergi? - Solehah.

Dalam pukul 9 pagi aku ambil kau. - Huda.

Okey. Kita jumpa esok. Aku nak tidur dulu. Nanti pagi esok tak bangun pula. -
Solehah.

Perbualan tersebut terus ditamatkan. Solehah terus menutup telefonnya untuk
terlena. Dia ingin berehat agar keesokan harinya dia akan lebih cergas untuk
melakukan aktivtiti harian seperti biasa.

Keesokan harinya, Solehah bersiap untuk keluar. Biasanya pada waktu begini,
dia akan tiur bagi melayan mimpinya. Yelah waktu cuti, lebih baik tidur daripada
melakukan beberapa aktiviti yang tidak berfaedah.

Setelah siap, Solehah menunggu sahaja kehadiran daripada rakannya. Agak
lambat kehadiran Huda. Kemana pula perginya Huda? Selalunya tidak pernah lewat
sampai begini.

Tidak lama kemudian, kereta milik Huda tiba di perkarangan rumahnya. Dia
terus masuk kedalam perut kereta milik rakannya. “Lambat kau datang. Aku
ingatkan tak jadi tadi.” Balasnya sambil menutup daun pintu kereta.

Huda memasukan ke gear D untuk menggerakkan kereta yang dipandu. ‘Aku
bangun lewat tadi. Sorry sebab buat kau tertunggu-tunggu.” Balas Huda kepada
rakannya.

Solehah hanya tersneyum. Dia membiarkan sahaja rakannya itu memandu
dengan pemanduan selamat. Bukan apa, lebih baik rakannya fokus kearah jalan raya
sebelum dia menyambung perbualan dengannya.

“Kau nak beli apa? Selalunyna hujung minggu bukan kau kerja?” Soal Solehah.
Dia terus memandang kearah pemandangan melalui luar tingkap.

Huda tidak menjawab secara terus soalan yang diberikan. Matanya masih lagi
memandang kehadapan. “Adalah barang sedikit. Lagipun aku tengah boring duduk
rumah. So sebab itu aku nak keluar sekejap.” Balas Huda sambil tangannya masih
lagi berada pada stereng.

Solehah hanya diam. Dia tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Huda. Malas
dia ingin masuk campur atas apa yang berlaku kepada rakannya. Nanti ada pula yang
akan badmood pada hari ini.

Sampai sahaja di mall, mereka berdua berpisah untuk mencari barang
masing-masing. Solehah hanya melihat sahaja pakaian yang dijual. Biasalah kalau
dah nama perempuan, pasti tidak akan terlepas daripada melihat pakaian dan
sebagainya.

“Leha, aku nak pergi sebelah sana sekejap. Kau nak ikut tak?” Soal Huda sambil
mencari-cari tempat yang dia ingin tuju.

Solehah hanya menggeleng. Dia lebih untuk melihat pakaian yang dipamerkan
melalui beberapa butik yang ada di dalam pasar raya tersebut.

Ketika itu, pandangan Solehah kearah suatu sudut. Dia mereng sahaja kearah
sudut tersebut. Solehah dapat merasakan bahawa dia mengenali seseorang yang
dilihatnya.

“Babe, kau tengok apa?” Huda terus menerpa rakannya. Dia agak pelik apabila
melihat reaksi yang ditonjolkan oleh Solehah.

Solehah mengembalikan pandangan kearah Huda. Dia ingin menanyakan
kepada rakannya berkenaan dengan apa yang dilihatnya. “Babe kau tengok sekejap

sebelah sana. Aku tengok macam Razman.” Ujarnya sambil menunjuk kearah
disudut yang dipandangannya.

Huda menjeling sahaja kearah yag ditunjuk. Dia menelan air liurnya apabila
melihatnya. Memang itu Razman. Tapi dia tidak tahu siapa perempuan yag berada
disebelahnya.

Solehah trus menuju kearah sudut yang sudah lama dilihat sebentar tadi. Dia
ingin tahu siapa perempuan yang bersama pujaan hatinya.

“Awak siapa perempuan ini?” Ujar Solehah sambil memandang tepat kearah
lelaki diahdapannya. Dia ingin mendengar penjelasan yang akan diberikan oleh
Razman.

Terdiam. Razman tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan apa yang berlaku
kepada Solehah. Semuanya sudah terkantoi dengan sekelip mata. Dia bersiap sedia
untuk menerima segala-galanya.

“Kau siapa? Tiba-tiba sahaja berani dekat dengan Razman.” Soal Solehah. Dia
bersiap sedia untuk mendengar apa yang bakal diterangkan oleh perempuan tersebut.

Kedua-dua pasangan tesebut hanya diam. Entah bagaimana mereka inign
katakan kepada Solehah. “Kau nak cakap atau tidak?” Kali ini suara Solehah sedikit
tinggi.

Huda terkejut melihat reaksi yang diberikan oleh Solehah. Dia cepat-cepat
menghalang rakannya daripada berlakunya perbalahan antara mereka bertiga.

Solehah naik geram apabila melihat reaksi yang ditonjolkan oleh mereka berdua.
“Aku tak tahu pula kau pekak.” Kali ini dia bersiap sedia untuk menyerang
kedua-dua mereka dihadapannya.

Tidak lama kemudian, dia terus menyerang wanita yang berada disebelah
Razman. Dia tidak boleh lagi menahan geram yang berada didalam dirinya.

Huda terkejut apabila melihat apa yang berlaku. Dia cuba sedaya upaya untuk
menghalang kejadian ini berlaku lebih teruk. “Leha, berhenti. Kita dekat tempat
awam. Malulah orang tengok.”

Razman terus menghalang apa yang brlaku. Lantas tangannya terus menampar
Solehah. Dia terus memandang kearah gadis tersebut.

“Kau nak tahu dia siapa? Ini bakal tunang aku. Kami akan bertunang minggu
hadapan. Kau jangan kacau hubungan kami lagi.” Balas Razman. Dia terus
membawa tunagnya untuk beredar daripada kawasan tersebut.

Solehah terkejut apabila mendengar segala yang diungkapkan oleh Razman. Dia
berasa sangat sedih ditambah lagi dengan kecewa.

Huda simpat sahaja melihat rakannya. Dia terus menuju kearah Solehah agar
dapat memujuk gadis itu. “Leha, kau sabarlah. Mungkin ini adalah ujian untuk kau.”
Huda terus memeluk rakannya agar Solehah boleh tenangkan diri.

Solehah masih lagi berlinangan air mata. Dia tidak tahu bagaimana untuk
menahan kesengsaraan yang melanda hatinya. “Aku tak sangka dia sanggup buat aku
begini.” Balasnya dalam nada suara yang sangat sedh. Dia betul-betul down dengan
apa yang berlaku.

“Sudahlah. Aku yakin ada ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari Razman
untuk kau. Kau kena move on.” Balas Huda bagi memujuk rakannya yang sedang
menangis. Dia harap agar pujukannya akan diterima oleh Solehah.

Solehah terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk dirinya. ‘Aku
doakan kamu berdua tidak akan bahagia. Aku menyesal kenal dengan kau Razman.
Menyesat sangat.’ Bisik Soleha dalam-dalam.

“Jom balik. Aku harap esok kau akan lebih tenang dan akan kembali
bersemangat.’ Balas Huda. Dia terus membawa rakannya untuk pulang ke rumah.

Solehah hanya mengikut saaja kemana rakannya untuk pulang. Dia tidak tahu
apa yang patut dilakukan. ‘Mulai hari ini, aku akan membenci semua lelaki dengan
sebencinya. Aku tak akan bercinta lagi. Ini janji aku.’

BAB 69

Sampai dirumah, Solehah terus melaku berlalu untuk masuk kedalam biliknya.
Dia ingin melepaskan segala kekecewaan yang diarasainya.

Wajahnya memandang sahaja kearah dinding bilik. Dia tidak tahu apa yang
patut dilakukan setelah perpisahan bersama Razman.

‘Apa salah aku? Kenapa kau sanggup tinggalkan aku? Tidak cukupkah apa yang
aku bagi dekat kau selama ini?” Persoalan yang sering bermain didalam benak
fikirannya.

Solehah terus melabuhkan tubuhnya untuk merekatkan dirinya. Dia
mengharapkan agar dapat melupakan apa yang sedang dilakui olehnya. Sedar tak
sedar, dua terlena buat seketika.

Setelah solat, Rokiah terus menuju kearah dapur untuk menyediakan makanan
untuk malam nanti. Dia akan meyediakan lebih awal agar malam nanti tidak kelam
kabut.

Seorang lelaki mask kedalam rumah. “Mana semua orang dalam rumah ini!”
Jerkahnya. Dia terus mencari kelibat orang yang berada didalam rumah tersebut.

Solehah terjaga dari lenanya. Dia terus membuka sedikit pint biliknya. Suara
tersebut seakan-akan dikenalinya. Suara tersebut seakan-akan dikenalinya. Memang
lama abangnya tidak pulang ke rumah.

Rokiah terus menuju kearah ruang tamu. Dia ingin melihat siapa yang
terjerit-jerit didalam rumah tersebut. “Kamu nak apa nak?” Soalnya kepada Fakhrul
anak sulungnya.

“Aku nak duit.” Balas Fakhrul kepada ibunya. Suaranya memang sangat marah
kepada wanita yang berada di hadapannya.

“Ibu tak ada duit nak.” Ujar Rokiah dengan suara yang agak rendah agar dapat
memujuk anaknya daripada terus marah dan meminta-minta.

Fakhrul nampak bengang apabila mendengar segala yang dikatakan oleh ibunya.
Dengan sekuat hati, satu tamparan terus dilemparkan kepada wajah Rokiah.
Tamparan tersebut sungguh kuat sehinggakan ibunya tersungkur di lantai.

“Kau tipu aku. Kau saja tak nak bagi aku duit. Baik kau bagi duit dekat aku.
Kalau tidak aku akan mati.” Balas Fakhrul dengan agak kasar. Dia ingin mendengar
apa yang akan dikatakan oleh ibunya.

“Kalau kau mati pun tak kesah daripada hidup menyusahkan aku. Kalau balik
mesti kau nak duit sahaja. Aku naik bosan mendengarnya.” Rokiah berhenti seketika
kata-katanya. Dia ingin luahkan segala yang terbuku didalam hatinya.

“Kalau nak tahu, duit aku banyak kau ambil. Kau nak buat apa? Kau beli barang
itu sahaja. Bila barang itu dah habis, kau datang sini untuk minta duit. Dasar anak
tak sedar diri.” Sambung Rokiah lagi. Dia ingin melepaskan geramnya kepada
Fakhrul.

Fakhrul naik angin. Dia tida dapat menahan kesabaran lagi apabila mendengar
segala yang diungkapkan oleh ibunya. Secara automatik, dia terus menyerang
Rokiah bagi melepaskan segala marahnya.

Satu tumbukan ingin dihadiahkan kearah Rokiah. Namun secara tiba-tiba
tumbukan itu dihalang oleh seseorang. “Kau apa hal halang aku? Kau pun nak kena
dengan aku!”

Solehah terus memandang Fakhrul. Dia tidak kesah sama ada dipukul atau apa
pun yang ingin diberikan oleh abangnya. “Aku halang kau sebab kau telampau
biadap dengan ibu.” Balasnya dengan penuh berani.

Fakhrul menjengkilkan sahaja matanya kearah Solehah. Dia tidak berpuas hati
dengan adiknya. “Kalau kau halang aku, ia bermakna kau adalah musuh aku.”
Blasnya dan bersiap sedia untuk menyerang Solehah.

“Aku tak kesah. Kalau kau berani, mari sini kita tengok siapa lagi kuat.”
Solehah bersiap sedia untuk menerima segala kemungkinan daripada Fakhrul. Kalau
dia nak bergaduh, dia akan bergaduh sehingga menang.

Sementara itu, Fakhrul masih lgi tidak berpuas hati dengan adiknya. Dia terus
menyerang adiknya tanpa memperdulikan status dan hubungan mereka berdua
sebagai adik beradik.

Solehah terus menyerang lelaki itu tanpa memikirkan apa-apa. Dia merasakan
bahawa kebencian kepada semua lelaki. Ditambah lagi, Razman baru sahaja
menyakitkan hatinya.

Rokiah yang melihat perbalahan tersebut sedikit terkejut. Dia cuba untuk
menghalang pergaduhan tersebut daripada menjadi lebih teruk. “Sudah nak, jangan
bergadul lagi. Tolong jangan buat kecoh lagi.”

Rokiah terus menarik Solehah. Dia harap dapat menghalang pergaduhan itu.
Akhirnya dia berjaya meleraikan pergaduhan dua beradik itu untuk menjadi lebih
teruk.

Solehah menarik nafasnya dalam-dalam. Dia terus menuju kearah pintu utama
rumah dan beredar daripada bangunan tersebut untuk mendapatkan ketenangan.

Sampai sahaja di satu jambatan, dia terus melepaskan segala air matanya agar
diri ini puas. Mana tahu dengan cara ini akan membuatkan dirinya lega.

‘Kenapa diri aku selalu dirundum malang. Semua lelaki yang bersama aku
semuanya suka menyakinkan hati.’ Bisik Solehah sambil air matanya tidak
henti-henti daripada membasahi wajahnya.

‘Aku akan bersumpah yang akan membenci semua lelaki di dunia ini. Kalau
boleh, aku sendiri akan menukarkan perwatakan, aku sendiri akan mengubahnya.’
Sambung solehah sekali lagi. Dia terus melangkahkan kaki untuk pulang ke rumah.

Semasa di dalam perjalanan, dia memikirkan apa yang patut dilakukan. Dia akan
membalas semua yang terjadi kepada dirinya agar semua lelaki tahu apa yang
dirasainya.

Sampai sahaja di rumah, dia mendengar ada satu perbalahan. Ini mesti Fakhrul
buat hal lagi. Lantas solehah terus berlari untuk melihat apa yang berlaku.

Apabila berada didalamnya, Solehah terkejut apabila melihat Rokiah sudah
berlumurah darah. Tanpa berfikir panjang, dia telah mengambil sebatang besi lantas
dipukul pada Fakhrul.

Fakhrul tidak sedarkan diri. Solehah terkejut dengan apa yang dilakukan
olehnya. Dia terus berlari untuk meninggalkan kawasan tersebt agar tiada bukti
bahawa dia yang memukul abangnya.

BAB 70

Solehah melihat sahaja kearah sekelilingnya. Dia tidak kesah dengan apa yang
berlaku di sekelilingnya. Dia terus menuju kearah yang berlainan. Solehah tidak tahu
apa yang berlaku kepadanya selepas ini. Mungkin dia akan berhenti dimana sahaja
mengikut hati dan perasaannya.

Seorang wanita melanggarnya. Dia terus melihat kearah wanita itu dengan
wajah yang sangat bengis. “Kau ap ahal langgar aku? Nak gaduh ke.” Jerit Solehah
kearah wanita tersebut.

Wanita itu hanya menggeleng. Dia terus beredar daripada kawasan tersebut agar
tidak ada sesuatu yang bakal diberikan oleh Solehah. Mana tahu sekiranya dia akan
di pukul oleh wanita yang nampak macam marah sahaja.

Solehah hanya membiarkan sahaja wanita tersebut beredar bersamanya. Kalau
ikutkan hati, memang habis wanita itu diperlakukan beberapa tindakan yang tidak
bermoral darinya.

Hidup solehah sangat brcelaru dan tidak tentu arah sejak kematian keluarganya.
Kemana sahaja dia pergi, sudah pasti ada beberapa masalah yang berlaku kepada
dirinya. Sampai satu tahap, dia tidak tahu apa lagi yang akan terjadi kepada dirinya.

Langkahnya terhenti apabila melihat dua orang lelaki yang berada dihadapannya.
Dia pasti itu adalah beberapa orang Ah Long yang sudah dipinjamkan oleh
abangnya.

“Siapa kau?”
“Siapa kami kau tak perlu tahu. Yang penting sekarang aku nak semua hutang
abang kau diselesaikan sekarang juga.”
Solehah hanya tergelak sahaja apabila mendengar segala yang dikatakan oleh
salah seorang daripada mereka berdua. “Apa yang kelakar? Kami nak hutang kami
sekarang juga.”
“Korang berdua berhutang dengan abang aku. Pergilah minta dekat dia. Kalau
dia dah mati, pergi gali kubur dia. Kau minta dengan aku? Memang tak dapatlah.”
Balas Solehah sambil melemparkan segaris senyuman yang sangat sinis.
Lelaki tersebut agak bengang apabila mendengar segala yang dikatakan oleh
Solehah. Lantas mereka terus menyerang gadis tersebut.
Solehah terus berlari agar dapat melepaskan diri daripada lelaki yang
mengejarnya. Lintang pukang dia lari untuk menyelamatkan diri. Kemana sahaja dia

ingin tuju ketika itu. Asalkan dia dapat melarikan diri daripada kedua-dua lelaki
yang sedang mengejarnya.

Malang tidak berbau, akhirnya dia berjaya ditangkap oleh mereka. Tambahan itu
juga, dia dipukul oleh lelaki tersebut. Setelah beberapa minit dipukul, mereka terus
memandang tubuh Solehah yang terkulai.

“Aku minta baik-baik kau tak nak bagi. Sekarang siapa susah ini amaran
terakhir untuk kau. Kalau kau melawan aku lagi, aku akan tamatkan riwayat kau.”
Mereka terus meninggalkan Solehah yang sudah terbaring.

Solehah hanya terkulai sambil menahan kesakitan. Dia tidak sangka bahawa apa
yang dilakukan oleh abangnya terpaksa ditanggungnya. Akhirnya dia terus
menutupkan matanya.

Fatin yang melihat kejadian itu, berada simpati dengan apa yang berlaku. Lantas
dia terus membawa solehah untuk dibawa untuk ke hospital bagi merawat kesakitan
yang dialami oleh Solehah

Sampai sahaja di hospital, Fatin menanti sahaja keadaan gadis yang dibawanya.
Dia berdoa agar solehah kembali sihat dan ingin membantu gadis tersebut. Banyak
persoalan yang bermain dimindanya berkenaan dengan gadis tersebut.

Seorang doktor bertemu Fatin. Dia ingin memberitahu sesuatu kepada wanita
tersebut. “Doktor, macam mana engan gadis yang saya bawa tadi.”

“Kamu waris budak tadi ke?” Soal doktor itu untuk mengetahui siapa wanita
yang berada dihadapannya.

Fatin terdiam apabila mendengar soalan yang diberikan. Dia tidak tahu
bagaimana untuk menjawab soalan tersebut. “Saya bukan waris dia. Tadi saya
nampak dia terbaring di tepi jalan. Jadi saya bawa dia ke sini. Kenapa doktor?”
Balasnya sambil mendengar penjelasan daripada doktor dihadapannya.

Doktor tersebut terus mengubah air mukanya. Nampak macam ada sesuatu yang
serious sahaja. “Sebenarnya kondisi badan Solehah sangat lemah. Saya harap awak
bersabar.” Ujar dokor itu dan terus beredar untuk melihat pesakit yang lain pula.

Fatin terdiam. Dia tidak sangka itu jawapan yang diberikan. Dia berjanji untuk
memelihara solehah sama seperti adik kandungnya sendiri.

Solehah masih terdiam. Dia tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa. Perasaan
sedih terus menyelebungi dirinya apabila mengingati apa yang berlaku kepada
dirinya.

Farhana terdiam. Sangat sedih segala yang diceritakan oleh Solehah kepadanya.
Dia tidak tahu bahawa itulah antara skrip perjalanan yang dilalui oleh pelatih
dibawah jagaannya.

“Kamu okey?” Soal Farhana apabila melihat Solehah yang asyik senyap sahaja
sejak dari tadi. Dia ingin tahu lebih lanjut apa yang berlaku kepada Solehah.
Mungkin ada sesautu yang cuba disembunyikan oleh gadis itu.

Solehah tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa. Semangatnya turut hilang
bagaikan dibawa oleh angin lalu dihadapannya. Dia betul-betul tertekan dengan apa
yang dihadapinya.

‘Kalau saya okey sekalipun tiada siapa yang akan mengambil tahu tentang diri
saya. Saya sangat sedih dengan apa yang sudah berlaku kepada diri ini.”Balas
Solehah dengan nada suara yang agak tinggi sambil meronta-ronta.

Farhana terus memeluk Solehah yang berada dihadapannya. Dia tidak mahu lagi
pelatihnya tertekan. “Kamu jangan salahkan diri kamu. Akak ada dan akak akan
sentiasa bersama kamu.” Bisik Farhan ketika berada di dalam dakapan tersebut.

Solehah berasa sangat tenang. Dia tidak pernah mendapat pelukan daripada
sesiapa. Tidak lama kemudian, dia terus meminta diri untuk kembali kedalam
biliknya bagi berehat seketika.

Perubahan tingkah laku sangat baik dan diperlukan oleh setiap individu. Hal
ini kerana setiap perubahan yang buruk itu perlulah diubah kepada sesuatu yang
sangat baik.

Ada kalanya kita tersilap langkah kerana perubahan yang kita jangkakan
baik itu sebenarnya agak sukar kerana mereka juga melakukan perubahan yang
meroskan diri sendiri.

Setiap perubahan yang baik itu akan memberikan sesuatu kesenangan dalam
diri kita. Berusaha untuk mengubah kehidupan anda walaupun agak sukar.
Namun harus diingatkan pilihlah perubahan yang baik untuk diri kita agar
kehidupan kita akan disegani oleh semua orang yang berdekatan dengan diri kita.

Sayangilah diri dan keluarga sendiri. Hal ini kerana kita sangat memerlukan
kasih sayang dari mereka tidak kiralah sama ada kasih sayang seorang ayah,ibu

mahupun adik-beradik yang ada disekeliling kita. Mereka adalah yang terdekat
dengan kita dan mereka akan membantu diri kita tidak kita masalah itu besar
mahupun kecil.

Bagi mereka yang terlibat dengan najis dadah, carilah jalan untuk berubah
kerana dengan najis itu akan menyebabkan orang yang tersayang akan menjadi
mangsa keadaan yang hasi daripada diri kita sendiri.

Bagi mereka yang diuji dengan masalah yang sama iaitu ingin mengubah
identiti, carilah seseorang yang boleh dijadikan sebagai telinga dan mulut bagi
mendengar dan memberikan pandangan kepada anda agar anda boleh keluar
daripada masalah yang anda sedang hadapi. Walaupun masalah itu besar, akan
menjadi sangat kecil kerana apabila terus bercerita ia akan meringankan serba
sedikit masalah yang ada didalam diri kita.

BAB 71

FAIL 014: LGBT

Mengikut jadual, malam ini Fatin sebagai warden bertugas. Sudah banyak dia belajar
menjadi warden. Dia terus memantau semua pelatih yang sedang sibuk mengulangkaji
pelajaran.

Mereka yang ditempatkan dipusat tersebut, pasti akan diajar berkenaan dengan
beberapa ilmu akademik mahuun akhirat. Malah ada juga beberapa orang guru yang
akan mengajar mereka.

Dua orang pelatih menarik perhatian Fatin. Dia terus menuju kearah mereka
bagi mengetahui dengan lebih lanjut apa yang sedang dibualkan. Malah ini akan
memberikan sedikit pengetahuan kepada dirinya apa yang sedang dilakukan oleh dua
pelatih tersebut.

“Hai korang. Hurm, boleh akak duduk?” Soal Fatin sambil menarik perhatian
dua orang pelatih yang sedang berbual sebentar tadi.

“Eh, Kak Fatin. Jemput kak duduk sama kami.” Jemput Syirah sambil berganjak
sedikit bagi menerima kehadiran daripada Fatin.

Fatin terus duduk. Dia bersiap sedia unuk mengetahui apa yang sedang mereka
bualkan. ‘Korang berbaul berbual apa?akak tengok macam rancak sahaja tadi.”

Syirah terus memandang kearah rakannya. Mereka berdua terus mengingati
kembali apa yang sedang dibualkan mereka sebentar tadi.

“Kami banyak bincangkan berkenaan dengan masa lampau kami. Akak tahu
kami berdua kesini bukan disebabkan dosa yang kecil, tetap besar dosa yang kami
lakukan.” Balas Elsa dengan nada suara yang agak mendatar.

Fatin hanya tesenyum sahaja. Dia faham apa yang dikatakan oleh Elsa. Namun
dia ingin mendengar sendiri apa yang berlaku kepada mereka berdua lebih
mendalam.

“Sebenarnya kak, saya sering kali mengingati segala doasa yang saya lakukan
dulu.” Balas Syirah sambil memandang sahaj kebawah dengan penuh penyelesaian.

Fatin mengerutkan dahinya. “Apa yang sering kali bermain difikiran kamu?
Boleh akak tahu.” Balas Fatin bagi mengetahui apa yang sering bermain difikiran
Syirah.

Syirah memandang kearah Elsa sebagai meminta persetujuan agar dapat
menceritakan apa yang disoalkan oleh Fatin. Bukan apa, ini kerana segala yang ingin
disampaikan itu adalah aib dan rahsia mereka berdua.

“Kalau akak nak tahu, kami boleh ceritakan. Tapi apa yang saya harapkan ini
adalah sebagai pengajaran dan pendoman untuk kita semua sebagai insan didunia ini.”
Balas Syirah sambil bersiap sedia untuk bercerita.

Suasana disebuah rumah teres yang bersederhana besar agak sunyi dek kerana para
penghuni sedang melakukan kerja di bilik masing-masing. Malah ada juga yang
keluar untuk mengambil angin malam.

Syirah dan Elsa berselimut di dalam sebuah bilik. Mereka berdua terus
memandang sesama sendiri setelah melakukan onani bersama.

“Kau nak balik ke?” Soal Elsa kepada rakannya. Dia terus melihat sahaja kearah
Syirah yang bersiap untuk beredar daripada biliknya.

“Haah aku nak balik. Sebelum jom temankan aku makan sekejap. Kau jangan
risau, hari ini aku belanja.” Balas Syirah sambil membetulkan rambutnya sebelum
keluar dari bilik rakannya.

Elsa terus bangun. Dia menuju ke almari untuk bersiap. “Kau tunggu dekat luar.
Dalam masa 5 minit, aku keluar.” Balasnya sambil bersiap memakai pakaian yang
agak cantik.

Syirah hanya tersenyum. Dia terus menunggu sahaja keluar. Sambil itu, dai
melihat telefon untuk menghilangkan bosan yang dirasainya.

Elsa keluar dari bilik. Dia terus melangkah kaki untuk bertemu Syirah. “Kita
nak makan dekat mana?”

Syirah melihat sahaja pakaian yang dikenakan oleh Elsa. Pakaian tersebut
sungguh ketat dan akan menaikkan nafsu bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Kau okey tak?”
Syirah terus menghilangkan seketika apa yang sedang bermain di mindanya. Dia
ters mengangguk dan menuju sahaja untuk keluar daripada rumah tersebut.
Mereka berdua mencarisahaja kedai yang berdekatan. Biasalah mereka tidak
mahu berjalan dengan agak jauh dek kerana hari juga sudah jauh malam.
“Kau nak bawa aku pergi mana?” Soal Elsa. Dia ingin mengetahui kemana arah
tuju mereka pada malam itu.

Syirah terdiam. Dia memikirkan perjalanan mereka pada malam itu. “Aku tak
pasti lagi. Kau nak makan dekat mana?” Kali ini giliran Syirah untuk menyoal
rakannya bagi mengtahui arah tuju mereka.

“Aku ikutkan saja kemana kau pergi asalkan kita bersama.” Balas Elsa sambil
mengariskan sekuntum senyuman kepada Syira yang masih lagi fokus dengan
pemanduannya.

Syirah tidak membalas apa yang dikatakan oleh rakannya. Matanya masih lagi
mencari kemana arah tuju mereka.

Sampai sahaja di sebuah kedai, mereka berdua menunggu sahaja makanan
masing-masing. Dalam masa yang sama, mereka juga tidak memperdulikan orang
disekeliling yang seakan-akan mengejek apa yang dilakukan oleh mereka.

“Syirah, aku rasa tak selesalah makan dekat sini. Banyak mata lelaki yang sibuk
memandang aku sahaja.” Adunya Elsa. Dia terus mengeluarkan reaksi yang kurang
selesa dengan sekeliling.

Syirah hanya menjeling sahaja kearah lelaki yang berada selang beberapa meja.
“Kau tak payah lauyan mereka. Nanti kau juga yang sakit hati.” Spontan sahaja
jawapan yang keluar dari mulutnya.

Elsa hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh rakannya. Dia terus
mengabaikan apa sahaja yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki tersebut dan
mengikut sahaja seperti yang dikatakan oleh Syirah.

Makanan mereka sampai. Syirah terus menikmati makanana yang berada
dihadapannya. Dia malas nak menghiraukan apa yang berada disekelilignya.

“Syirah nah makanlah sedikit. Aku suapkan.” Balas Elsa sambil menghulurkan
makanan yang berada ditangannya. Di samping itu, dia mengharapkan agar rakannya
ingin menikmati mi goreng yang dipesannya.

Syirah memandang sekeliling. Dia tidak mahu mengecewakan rakannya. Lantas
dia terus menngikut sahaja apa yang diinginkan oleh Elsa.

Mereka berdua terus menikmati makanan yang telah dipesan. Nampak seperti
orang yang sedang bercinta sahaja. Memang sangat rapat dan seakan-akan ada
hubungan melebihi seorang kawan.

Selesai sahaja makan malam, Syirah terus pulang kerumahnya. Dia tidak mahu
tidur dirumah rakannya kerana nanti sudah pasti akan dimarahi oleh ibu dan
ayahnya.

Sampai sahaja dirumah, Syirah melangkahkan kaki untuk masuk ke rumah. Dia
harap agar keluarganya tidak bangun dari tidur.

Suasana didalam rumah sunyi sepi sahaja. Di tambah lagi dengan gelita sahaja
didalam perut rumah itu. Dia trus menuju ke biliknya dalam keadaan yang sedikit
senyap. Tambahan lagi, dia tidak mahu mengejutkan keluarganya atas
kepulangannya.

Lampu rumah terbuka. Syirah terus terpaku dengan agak terkejut kerana
tiba-tiba sahaja ruang tamu sudah menjadi terang. “Kau pergi mana? Sampai satu
hari tak ada dirumah.” Ujar Hamdan apabila melihat anaknya yang baru sahaja
pulang ke rumah.

Syirah masih terdiam. Dia tidak mampu untuk mengatakan apa-apa kepada
keluarganya. Kalau dikatakan bertemu Elsa, confirm akan dimarahi oleh ayahnya.

“Kamu jumpa Elsa ke?” Soal Fieya kepada anaknya. Dia ingin mengetahui
dengan siapa lagi anaknya bertemu.

“Ya ibu.” Jawab Syirah ringkas.
“Kamu jumpa lagi si budak Elsa? Aku dah cakap jangan jumpa, kenapa kau
degil sangat.” Kali ini suara Hamdan sedikit tinggi. Dia cuba ditenangkan oleh
isterinya.
Syirah hanya diam saja. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh
ayahnya. Lantas dia mengatur langkah untuk meninggalkan keluarganya.
“Kau ingat pesan aku baik-baik. Kalau aku jumpa dia lagi, siap kau.” Balas
Hamdan. Dia terus mengikut isterinya untuk masuk ke dalam bilik.
Syirah terdiam sahaja setelah dimarahi oleh ayahnya. Namun dia tidak
mengendahkan segala yang dikatakan lelaki tersebut.
‘Kau siapa nak halang aku? Suka hati akulah nak berkawan dengan siapa pun.
Aku dah besar dan aku boleh buat pilihan yang terbaik untuk diri aku.’ Bisik Syirah
dalam dirinya. Lantas dia terus merebahkan badan dan akhirnya terlelap.

BAB 72

Tamat sahaja kelas pada pagi hari itu, Syirah terus menuju ke cafe untuk berehat
sejurus selesai memerah otak didalam bangunan tersebut.

Syirah menuju ke kaunter air. Dia terus membeli sahaja minuman untuk
membasahi anak tekaknya. Setelah itu, dia terus menuju ke sebuah meja yang
kosong bagi merehatkan seketika tubuhnyna bagi menghilangkan lelah yang
dirasainya.

Fikirannya terus melayang untuk memikirkan apa yang dikatakan oleh ayahnya
semalam. Dia pelik dan sering kali menyoal didalam dirinya, mengapa ayah
menghalang dia untuk berkawan bersama Elsa?

“Aku tidak tahu mengapa mereka menghalang aku untuk berkawan dengan Elsa.
Padahal dia baik sahaja. Tidak pernah pula dia mengajak aku melakukan perkara
yang tidak berfaedah mahupun perkara yang jahat.

Aku dah lama berkawan dengna dia. Mengapa aku nak putuskan persahabatan
dengan Elsa. Aku sedih dan aku tak faham mengapa apa yang aku buat semuanya
akan dipersalahkan.

Kalau betul Elsa ajak aku buat benda yang tidak baik, aku nak korang tunjukkan
dan aku bukanlah suci sangat. Korang pun sama juga. Jadi jangan nak judge
persahabatan kami berdua.” Monolog Syirah dalam dirinya. Dia terus meneguk air
dan membuka terus telefonnya.

Kau ada mana? Jom lepak. - Elsa.

Cafe. Nak lepak mana? - Syirah

Datang rumah aku. Aku bosanlah sebab housemate aku semua tak ada. - Elsa.

Kau tunggu sekejap. Nanti aku datang rumah kau. - Syirah.

Syirah terus menuju untuk keluar daripada perut cafe untuk menuju ke rumah
sewa rakannya. Dia tidak tahu apa yang ingin dibualkan oleh rakannya.

Sampai sahaja dirumah sewa Elsa, Syirah terus keluar daripada perut keretanya.
Dengan perlahan, dia terus masuk ke halaman rumah tersebut untuk bertemu
rakannya.

“Aku ingatkan kau tak datang tadi.” Elsa terus membuka pintu dan grill rumah
sewanya untuk memberikan laluan kepada Syirah untuk masuk kedalam perut
rumahnya.

Syirah terus masuk ke dalam rumah. Dia terus melepaskan tubuhnya pada sofa
dan menanti sahaja kehadiran daripada Elsa untuk bersamanya.

“Kau ada apa suruh aku datang sini? Ada apa-apa.” Soal Syirah sambil melihat
tubuh rakannya yang dihempaskan disebelahnya.

Elsa terus melemparkan senyuman sebelum menjawab soalan yang diberikan
oleh rakannya. “Saja. Aku rindulah dengan kau.” Ujarnya sambil terus melentokkan
kepadanya pada bahu Syirah.

Syirah hanya tersenyum. Dia membiarkan sahaja tindakan daripada Elsa. Bukan
rakannya itu tidak pernah melakukan perkara itu. Malah ada yang lagi teruk dari itu.

“So apa kita nak buat sekarang?” Soal Syirah bagi mengetahui apa aktiviti
mereka ketika berada didalam rumah tersebut. Tak akan nak duduk sahaja. Mesti
bosan.

Elsa terus menarik tangan rakannya. Dia ingin melakukan beberapa aktivit bagi
menghilangkan rasa bosan dan akan memberikan keseronokkan kepada nafsu
masing-masing.

Petang itu, Syirah terus pulang rumah dia melihat haya tiada kelbibat kenderaan
ayah dan ibunya. Mungkin mereka keluar mahupun outstation kerana menyelesaikan
beberapa urusan perniagaan.

Pintu rumah dibuka. Sunyi sepi sahaja keadaan rumahnya. Mesti dai berasa
sangat bosan dan sunyi pada malam itu kerana tiada sesiapa didalam rumah tersebut.

Syirah, ayah dan ibu hari ini tak balik sebab ada urusan yang perlu
diselesaikan. Ayah dan bank-in duit sebanyak RM200 untuk kamu makan belanja
esok. Hopefully kamu baik-baik sahaja dirumah. Love you my daughter.

Syirah terus menghembuskan satu keluhan. Dia tidak tahu aap yang akan
dilakukan. Mesti perasaan bosan akan melanda dirinya ditambah lagi dengan
kesunyian didalam rumah itu.

Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Dia terus mengambil telefon yang berada
dihadapannya dan terus mencari nombor seseorang. Mungkin dia akan
membantunya pada malam ini.

“Hello elsa. Kau free tak malam nanti?”
“Aku free sahaja. Kenapa?”
“Cantik. Aku nak ajak kau temankan aku malam ini. Family aku tak ada di
rumah. So aku seorang sahaja di rumah.”
“Hurm aku rasa boleh sahaja. Macam ini, dalam pukul 9 malam aku datang
rumah kau.”
“Okey. Kau jangan tak datang pula. Pishang aku dekat rumah seorang-seorang.”
“Oraite sisi, kau jangan risau, aku datang punya. See you tonight dear. Bye.”
Panggilan tersebut dimatikan. Syirah terus memandang sahaja kearah televisyen.
Rancangan apa yang sedang disiarkan melalui televisyen tersebut. Layan saja, mana
tahu boleh hilangkan rasa bosan dalam dirinya.
Malam itu, Syirah menunggu sahaja kehadiran daripada rakannya. Dia
mengharapkan agar Elsa datang bagi menemaninya ketika berada didalam rumah
yang sungguh besar ini,

Tuk…..tuk.

Pntu rumah diketuk. Syirah terus menuju kearah pintu umtama untuk melihat
siapa yang berada diluar rumahnya. Kelihatan Elsa sudah berada diluar rumah.

“Jemputlah masuk.” Pinta Syirah. Dia terus membuka pintu agar dapat
memberikan rakannya untuk masuk ke perut rumahnya.

Elsa terus menuju ke ruang tengah sambil diiringi oleh rakannya. Mereka berdua
terus melihat sahaja televisyen yang dibuka oleh Syirah sebentar tadi.

“Kau buat apa tadi?” Soal Elsa sambil matanya masih lagi memandang sahaja
kearah televisyen yang berada dihadapannya. Entah rancangan apa yang dibuka oleh
rakannya.

Syirah tidak menjawab. Dia terus meletakkan telefonnya dan memandang sahaja
kehadapan. “Tak ada buat apa. Just tengok TV saja.” Balasnya sambil
mengembalikan padangan pada skrin telefon.

Elsa hanya diam. Dia terus menghulurkan sesuatu yang dibawanya. “Aku ada
beli makanan tadi. Kalau kau lapar, jom kita makan.” Ujarnya sambil melemparkan
senyuman.

Syirah hanya mengangguk. Dia terus membawa rakannya untuk menuju ke
dapur. Mereka berdua terus mengambil pinggan sebelum menikmati makanan.

“Kau tak takut ke duduk rumah besar macam ini seorang diri?” Soal Elsa smbil
memandang sahaja apa yang dibelinya. Dia ingin berbual bagi menghilangkan rasa
bosan ketika mereka sedang menikmati makanan. Hal ini nanti, tak ada yang akan
kesunyian.

Syirah mengambil minuman dan meneguk air yang berada dalam cawan
sebelum menjawab soalan yang diberikan. “Takutlah juga. Sebab itu aku ajak kau.
Kalau tidak, aku boleh sahaja duduk seorang.”

Elsa hanya terdiam sahaja. Dia faham dengan apa yang dikatakan oleh rakannya.
Mereka berdua terus menikmati makanan sambil berbual.

Setelah selesai menikmati makanan, Syirah terus mengajak Elsa untuk menuju
ke biliknya. Dia inign berehat secukupnya sebelum fajar menjelma.

“Besar bilik kau.” Ujar Elsa sambil memandang sahaja keadaan didalam bilik
tersebut. Dia terus melempaskan tubuhnya pada katil queen milik Syirah.

“Terima kasih.” Balas Syirah apabila dipuji oleh rakannya. Dia terus
melemparkan senyuman kepada Elsa

“So apa aktiviti kita malam ini?”
“Entahlah..” Ringks sahaja jawapan yang diberikan oleh Syirah bagi menjawab
soalan yang diberikan.
Elsa tersenyum. Dia terus mengeluarkan sesuatu didalam begnya. Lantas dia
terus menunjukkan apa yang dibawa lalu diserahkan kepada Syirah.
“Dari mana kau dapat benda ini?”
“Adalah. Tapi malam ini aku tahu kita nak buat apa.” Balas Elsa sambil
mengeyitkan matanya.
Syirah faham dengan apa yang dimaksudkan oleh rakannya. Mereka berdua
terus melemparkan senyuman dan meneruskan aktviti pada malam itu.

BAB 73

Syirah tersedar dari lenanya. Dia terus memandang sahaja kearah jam loceng
yang berada disebelahnya. Jam menunjukkan 9 pagi. Nasib baik tiada kelas pada
pagi ini. Kalau tidak, memang dia tidak hadir kerana masih belum melepaskan
tempat tidurnya.

Matanya terpandang disebelah. Elsa masih lagi dibuai mimpi dnegan sungguh
lena. Dia juga tidak sedarkan diri langsung. Nampak seakan-akan rakannya itu sudah
tiada di muka bumi ini.

“Babe bangun babe. Kau tak nak balik ke?” Ujar Syirah sambil
mengerak-gerakkan tubuh rakannya. Dia tidak mahu kehadiran Elsa diketahui oleh
ibu dan ayahnya. Kalau tidak, memang habis dia kena ceramah free selama 2 jam
tanpa henti.

Elsa tersedar dari lenanya. Dia terus melihat sahaja karah Syirah yang
melemparkan senyuman kepadanya. “Jam pukul berapa?” Soalnya sambil berdehem
bagi membetulkan suaranya yang agak serak.

Pukul 9. Kau bangunlah, karang kita breakfast dekat luar.” Balas Syirah sambil
mengambil tuala unuk menyegarkan tubuhnya setelah lena sepanjang malam.

Setelah bersiap, mereka berdua terus beredar untuk menujuk kearah sebuah
kedai yang berdekatan kawasan pekan. Mereka ingin bersarapan bersama sebelum
ke kelas pada sebelah tengahari.

“Kau lepas ini nak buat apa?” Soal Elsa kepada rakannya. Secubit roti canai
terus dinikmati olehnya sambil menanti sahaja jawapan daripada Syirah. Sedap juga
roti canai disini. Nanti boleh datang sini lagi.

Syirah terus menguyah nasi goreng yang dibelinya sebelum menjawab apa yang
diberikan oleh Elsa. “Aku rasa nak balik buat assignment yang Prof bagi. Nak
tunggu kelas lambat lagi.” Balasnya sambil menyedut minuman untuk melegakan
sedikit rasa tercekik yang dirasai.

Elsa terdiam. Dia terus mengunyah serta menikmati makanan yang berada
dihdapannya. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia merasakan ada sesuatu akan
berlaku kepada mereka berdua. Tapi dia sedaya upaya untuk menafikan perasaan
tersebut.

“Nanti lepas kelas, kita lepak sekejap. Lagipun aku rasa petang nanti mesti kau
free.” Balas Syirah sambil melepaskan sedikit keluhan kepada rakannya.

Elsa bersetuju. Itu adalah aktiviti yang wajib bagi mereka berdua setelah tamat
kelas. Meluangkan masa bersama sambil-sambil itu dapatlah bergosip serba sedikit
tentang apa sahaja.

Setelah bersarapan, Syirah terus masuk kedalam rumah untuk berehat. Kelasnya
akan bermula selepas waktu lunch hour. So memang ada banyak masa untuk berehat
mahupun melakukan apa-apa aktiviti yang berfaedah.

Kakinya terus melangkah ke bilik. Dia inign menyelesaikan beberapa tugasan
yang diberikan. Walaupun apa cara sekalipun, dia tidak mahu tertunda lagi kerana
segala assignment itu akan bertambah sekiranya dia terus leka dan dibuai mimpi
dunia.

Jam menunjukkan 12 tengahari. Syirah terus bersiap untuk ke kelas. Dia tidak
mahu terlewat untuk masuk ke dalam perut gedung ilmu bagi mencari ilmu agar
dapat menambahkan lagi pengetahuannya tentang bidang yang sedang diceburi.

Sampai sahaja diperut kelas, dia terus melihat keadaan sekeliling kelas. Nampak
macam Elsa tidak hadir. Adakah rakannya sakit atau ada sesuatu perkara yang terjadi
kepada rakannya itu?

Tidak lama kemudian, seorang pensyarah lelaki yang berusia lebih kurang 45
tahun masuk ke kelas tersebut. Da terus bersiap sedia untuk memberikan
syarahannya pada hari ini kepada setiap individu didalam perut bangunan tersebut.

Fokus terus diberikan oleh Syirah. Dia terus menumpukan perhatian ke hadapan
bagi mendapatkan setiap maklumat yang diberikan oleh penysarah tanpa ada
sebarang yang tetinggal. Dalam masa yang sama, dia uga mengambil beberapa nota
sebagai maklumat tambahan untuk study diluar waktu kelas.

Tamat sahaja kelas, Syirah terus menuju kearah yang berbeza. Jauh difikirannya
memikirkan apa yang terjadi kepada Elsa. Dia perlu mencai gadis tersebut dan
mengetahui alasan untuk diberikan kerana ketidakhadirannya ke kelas petang itu.

Tangannya terus mendail nombor Elsa dengan harapan agar rakannya itu
berjaya untuk dihubungi. Dia sangat merisaukan sekiranya terjadinya sesuatu kepada
gadis itu. Namun semuanya berakhir dengan kehampaan.

‘Aku kena pergi kerumah Elsa sekarang juga. Kalau tidak memang aku tidak
tahu apa yang terjadi kepadanya.’ Bisik Syirah dalam diri. Lantas dia terus menuju
kearah parkir kereta untuk membawa kereta bagi menuju kearah yang sudah
dicadangkan,

Ketika didalam perjalanan, secara tiba-tiba dirinya ditarik oleh seseorang. Syirah
meronta-ronta untuk melepaskan dirinya daripada gengaman orang tersebut. Namun
tidak berjaya.

“Kau diam saja. Jangan banyak bunyi. Karang aku pukul baru tahu.” Balas
seorang lelaki yang menangkapnya.

“Yelah, kau nak bawa aku pergi mana?” Sekali lagi soalan yang sama keluar
daripada mulut Syirah. Lantas satu sepakan kearah wajah lelaki tersebut.

Akibat terlalu marah dengan tindak agresif daripada Syirah, dia telah
dihadiahkan satu hayunan tangan tepat pada pipi Syirah. Lelaki itu terus menarik
nafasnya dalam-dalam dan berasa sedikit lega.

Syirah tidak melawan. Secara tiba-tiba sahaja dia merasakan bahawa suasanan
menjadi gelap. Entah apa yang bakal terjadi keapadanya selepas ini.

Syirah terus melarikan pandangan diluar kelas tersebut. Dia tidak mampu lagi untuk
meneruskan segala penceritaan berkenaan dengan apa yang terjadi kepada dirinya.
Kalau diingatkan kembali, sudah pasti akan memberikan kesedihan kepada dirinya.

“Jadi kamu berdua sudah lama melakukan hubungan intim sesama jantina?”
Soal Fatin bagi mengetahui dengan lebih lanjut apa yang terjadi kepada kedua-dua
pelatih dihadapannya.

Syirah dan Elsa hanya memadnang sesama satu sama lain. Mereka berdua hanya
mengangguk serntak sambil tertunduk malu. Yelah siapa sahaja yang tidak malu
apabila melakukan perkara terkutuk seperti itu.

“Selepas itu apa yang terjadi kepada kamu berdua?” Soal Fatin untuk
mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka berdua. Kisah
mereka telah menarik perhatiannya.

Syirah terus bangun. Dia ingin mncari idea untuk menceritakan semua apa yang
berlaku kepada diriny. Malah, fikirannya masih lagi membayangkan apa yang
berlaku kepada dirinya.

BAB 74

Syirah tersedar dari pengsan. Matanya terus melihat sahaja keadaan sekeliling.
Dimanakah dirinya berada sekarang? Tempat ini tidak pernah dia kunjugi sepanjang
hidup dimuka bumi.

Syirah cuba untuk melepaskan dirinya. Namun gagal. Hal ini kerana kaki dan
tangannya sudah diikat dengan sungguh rapi. Jadi memang sukar untuknya
melepaskan diri.

Secara tiba-tiba hadir beberapa orang lelaki menuju kearahnya. Syirah hanya
mampu untuk memandang sahaja kearah pandangan lelaki tersebut dan ingin
mengetahu apa yang diinginkan oleh mereka.

“Dah bangun pun kau. Aku ingatkan tadi dah mati tadi.” Balas seorang lelaki
tersebut sambil ketawa. Mata mereka masih lagi memandang sahaja kearah Syirah.

Syirah tidak menjawab apa yang dikatakan oleh lelaki tadi. Dalam masa yang
sama, dia cuba untuk memikirkan siapa yang berada dihadapannya. Mungkin dia
ingat atau sebaliknya.

Salah seorang mereka terus menuju kearahnya. Dia terus melemparkan
senyuman kepadanya. “Kau tahu kenapa kau kesini?”

Syirah hanya diam sahaja. Dia malas nak menjawab segala seorang yang
dilontarkan kepadanya. Dia lebih pentingkan keselamatan dirinya.

Lelaki itu memandang sahaja kearah Syirah. “Guyss korang tahukan apa nak
buat sekarang.” Balasnya kepada beberapa orang lelaki bersamanya. Setelah itu, dia
terus beredar daripada bilik tersebut.

Lelaki itu terus melakukan hubungan intim bersama Syirah. Mereka nampak
mereka gembira kerana nafsu serakah terhadap wanita bakal dipuskan oleh Syirah.

Syira tidak boleh berbuat apa-apa. Dia terpaksa menyerahkan kehormatannya
walaupun tidak rela. Nak menghalang pun tidak boleh kerana kaki dan tanganya
masih lgi terikat.

Setelah hampir 2 jam, semua lelak itu terus meninggalkan Syirah. Mereka sudah
puas melayari nagsu serakah masing-masing. Ada suara gelak tawa daripada semua
lelaki dengan sungguh puas.

Syirah hanya terbaring sahaja. Dia berasa sangat pentat ketika itu. Entah apa lagi
yang akan dilakukan oleh lelaki yang berada diluar sana.

Dia menggerak-gerakan tubuhnya. Terasa tubuh itu sudah tidak terikat lagi.
Lantas dai terus mencari pakaian yang membaluti tubuhnya sebelum beredar
daripada kawasan tersebut.

Dia cuba sedaya upaya untuk berdiri. Akhirnya dia berjaya walaupun dalam
keadaan yang agak sakit. Matanya terus memandang kearah sekeliling rumah agar
tidak dilihat oleh semua lelaki yang menangkapnya.

“Woi, kau nak lari mana!” Ujar salah seorang lelaki yang melihat kelibat Syirah
yang sedang melarikan diri daripada rumah tersebut.

Syirah terkejut. Dia terus melarikan diri walaupun dalam keadaan yang agak
sakit. Dia tetap ingin menyelamatkan diri daripada gengaman lelaki tersebut.

Apabila berjaya dapat keluar daripada rumah tersebut. Didalam benak
fikirannya terus mencari tempat untuk bersembunyi sebelum berjaya untuk
memikirkan jalan keluar dari tempat tersebut.

Setelah berlari hampir 100 meter, dia mendapat satu tempat persembunyian
untuk dirinya menyorok daripada beberapa lelaki yang sedang mengejarnya.

Beberapa orang berhenti dikawasan berhampiran tempat Syirah melarikan diri.
Mereka berdua melihat sahaja sekitar kawasn tersebut.

“Mana pula perempuan ini lari? Geram pula aku rasa.” Balas salah seorang
lelaki yang berada bersama mereka.

“Aku rasa dia mesti ada kawasan sini. Jom kita cari dia. Kalau tak jumpa, kita
cari perempuan lain” Mereka bertiga terus berpecah bagi mencari kelibat Syirah.

Syirah hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Dia
sentiasa berdoa agar semua lelaki itu tidak nampak dirinya.

Tidak lama kemudian, semua lelaki yang mencarinya kembali ke tempat tadi.
Mereka masih lagi tidak melihat siapa wanita yang dicarinya.

“Tak dapat pula budak ini. Kau rasa mana dia lari? Kalau Afif tahu, memang
habis kita kena dengan dia.

“Entahlah. Aku rasa elok kita pergi dari sini dan cari wanita lain. Pasal Afif kau
jangan risau, nanti aku cakap dengan dia. Jom.”

Semua lelaki itu pergi dengan perasaan yang sangat hampa. Dia tidak tahu
bagaimana ingin dikatakan kepada ketua mereka. Habis mereka akan dimarahi oleh
Afif.

Sementra itu, Syirah berasa sangat lega. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Di tambah lagi berasa sedikit trauma dengan apa yang sudah terjadi.

‘Terima kasih Ya Allah kerana selamatkan aku daripada gengaman lelaki
durjana ini. Kalau tidak, aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri ini.”

Syirah terus melepaskan sahaja sedikit lelahnya. Dia terus memerhati sahaja
sekelilingnya sebelum bangun untuk beredar dari kawasan tersebut.

‘Mulai saat ini, aku berjanji akan membenci semua lelaki yang ada didunia ini.
Mereka semua sama sahaja. Semua suka mengambil kesempatan terhadap diri
seorang wanita. Aku tidak akan mempercayai walaupun seorang lelaki lagi.’ Janji
Syirah dalam dirinya.

Syirah terus memberhentikan kata-katanya. Dia terus mengesat air mata yang
mengalir kerana kesedihan apabila menceritakan serta mengingati apa yang terjadi
kepada dirinya. Dia terus memandang sahaja kearah luar tingkap semua mengungkap
sesuatu.

“Sebenarnya saya tak sangka semua yang berlaku kepada diri saya adalah
angkara daripada abang saya sendiri. Dia yang mengaturkan semuanya.” Balas
Syirah dengan intonasi suara yang sungguh kecewa.

“Kalau akak nak tahu, masa Syirah kena tangkap, Afif telah memukul saya
sampai tidak sedarkan diri. Dia ingatkan Syirah ada bersama saya, tapi malangnya
tiada. Sebab itulah dia cari sampai ke universiti.” Ujar Elsa. Dia tidak menyangka
bahaw bahawa apa yang berlaku kepada Syirah lagi teruk darinya.

Fatin hanya terdiam. Jauh difikirannya ingin memikirkan cara untuk membantu
pelatih yang bersamanya. Tapi bagaimana caranya?

BAB 75

Suasana didalam kelas itu sunyi sepi. Hanya kedengaran kipas sahaja. Mereka
tidak tahu apa yang ingin dibualkan. Nak selongkar apa lagi seandainya semunya
sudah diceritakan. Jadi apa lagi yang boleh mereka bualkan.

“Akak simpati dengan segala yang kamu ceritakan tadi. Sungguh berat
penderitaan dan ujian yang kamu hadapi.” Ujar Fatin. Dia terus menarik nafasnya
dalam-dalam sebelum menyambung semula kata-katanya.

“Tapi sampai bila kamu berdua nak membenci lelaki di dunia ini? Kamu kena
ingat ayah kamu berdua juga seorang lelaki. Bukan semua lelaki itu sama.” Sambung
Fatin kembali.

Syirah dan Elsa hanya diam. Entah apa yang mereka ingin kaatakan lagi sudah
banyak pengalaman buruk kerana seorang lelaki yang mereka temui. Ini memang
tidak adil.

Fatin tersenyum. Dia sudah dapat merasakan bahawa pemikiran kedua-dua
pelatih berjaya dicabarnya. Kini dia akan cuba untuk meneruskan ke step seterusnya.

“Apa kata kalau kamu berdua ketepikan ialah segala tanggapan kamu berdua
berkenaan dengan seorang lelaki.” Cadang Fatin. Dia mengharapkan agar segala
yang dikatakannya boleh diterima oleh kedua-dua pelatih yang bersamanya.

Elsa sedikit tergamang apabila mendengar segala cadangan daripada Fatin. Dia
tidak berpuas hati apabila mendengarnya. “Apa dia kak? Lupakan. No, saya tak
setuju. Akak tak tahu bagaimana penderitaan kami berdua disebabkan lelak. Kalau
akak tahu, akak pun ada buat benda yang sama seperti yang kam sedang lakukan
sekarang.” Balasny dengan jeda suara yang agak tinggi.

Fatin terkejut apabila mendengar segala yang dikatakan oleh Elsa. Dia juga
itdak menyangka dengan tindak balas yang ditunjukan oleh Elsa yang agak berbeza
apabila mendengar cadangan yang diberikan.

“Akak tak tahu apa ertinya derita. Penderitaan kami ini sungguh tidak masuk
akal. Bagi kami, semua leaki ada sifat buruk yang sama iaitu ingin memuaskan nafsu
sahaja tanpa memikirkan siapa pun yang akan menjadi mangsanya.” Sambung Elsa
denan agak marah. Dia terus bangun unutk melepaskan segala kemarahan yang
dipendamnya.

Syirah terkejut apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Elsa. Dia terus
menuju untuk duduk disebelah rakannya bagi menenangkan keadaan yang nampak

seakan-akan boleh berlakunya pergaduhan. Tambahan pula, Elsa adalah seorang
yang tidak sabar. Ini yang merisaukan dirinya.

“Elsa kau sabarlah. Jangan marah. Kalau kau rerus bersikap begini, memang tak
akan menyelesaikan apa-apa masalah.” Balas Syirah sambil menyuruh rakannya
duduk agar dapat memberikan ruang kepada Elsa untk tenang seketika.

Elsa hanya terdiam. Dia terus menengangkan dirinya buat sambil mendengar
apa yang akan dibualkan oleh Syirah bersama Fatin. Kalau ikutkan hatinya, memang
dia ingin memarahi sahaja apa yang dikatakan oleh Fatin.

“Bukan kamu tak boleh nak maafkan semua lelaki, tetapi kami fobia dan tauma
dengan semua lelaki di dunia ini setelah apa terjadi. Mereka sangat kejam dengan
kami.” Syirah terus duduk bagi menunjukkan dia sudah bersiap sedia untuk berbual
bersama Fatin.

Fatin terdiam. Dia memahami apa yang dikatakan oleh mereka berdua. Kini dia
tidak mahu lagi meneroka dengan lebih mendalam berkenaan dengan sensetiviti
yang mereka alami sekarang. Karang ada juga yang menangis mahupun mengamuk
sekali lagi.“Sepanjang kamu berdua melakukan perkara yang terkutuk itu, apa
perasaan kamu?” Soalnya untuk mengetahui lebih lanjut perasaan yang sedang
bermain didalam diri pelatih tersebut.

Syirah dan Elsa hanya diam. Mereka memikirkan apa yang akn diberikan
kepada Fati. “Bercampur baur. Adakalanya kami seronok dan ada kalanya juga kami
gelisah.” Jawab Syirah apabila diajukan soalan oleh Fatin.

“Kamu tahu mengapa perasaan kamu berdua begitu?” Soal Fatin kembali. Dia
terus melemparkan satu senyuman kepada dua orangpelatih yang masih bersamanya.

Suasana hanya sunyi. Syirah dan Elsa tidak tahu jawapan yang betul daripada
soalan yang diberikan oleh Fatin. Bukan tak nak cakap, cumanya sekiranya salah,
sudah pasti akan ada tangapan buruk terhadap mereka berdua.

Sementara itu, Fatin bersiap sedia untuk memberikan jawapan kepada soalan
yang telah diajukan. “Semuanya adalah atas kesalahan masa lampau kamu yang
membuatkan perasaan kamu bercampur baur.”

Syirah dan Elsa terdiam. Mereka bertiga memandang satu sama lain. “Habis
macam mana kai nak buat sekarang?” Soal Elsa kepada Fatin. Suaranya sedikit
menurun berbanding tadi.

“Kembali kepada Dia. Dia akan kita semua ketenangan seandainya kita
bersama-Nya. “ Balas Fatin. Dia harap agar apa yang dikatakannya itu dapat
memberikan perubahan dalam diri kedua-dua pelatihnya.

Syirah dan Elsa hanya tertunduk menyesal. Dia akan mengikut sahaja apa yang
dikatakan oleh Fatin. Kali ini mereka betul-betul menyesal dengan segala tindak
tanduk mereka.

Fatin terus bangun. Dia iign memberikan ruang kepada pelatih yang berada di
dalam kelas untuk bersendirian. Biarlah mereka selesaikan tugasan yang diberikan
sehingga selesai.

Pemeriksaan diteruskan. Dia inign melihat sendiri kelancaran study diwaktu
malam. Dia tetap ignin mengetahui segjuh mana pemahaman semua pelatih
berkenaan dengan akademik.

Setelah beberapa jam melakukan rondaan, Fatin terus menuju ke bilik untuk
menulis sedikit aporan. Dia juga akan menyemak beberapa laporan yang telah ditulis
oleh semua rakannya.

Jam menunjukkan 1 pagi. Fatin baru sahaja selesai menyiapkan laporan. Secara
tiba-tiba, dia terpandang potret Datin Syafiqah yang diletakkan pada meja.

“Alhamdulullah cita-cita ibu akan tercapai tidak lama lagi. Kalau ibu ada hari ini,
mesti ibu insan yang paling gembira. Atin janji akan menjaga amanah yang ibu
berikan ini dengan sebaiknya. “ Ujar Fatin sambil memeluk potret tersebut. Tanpa
dia sedari, air matanya kian meluncur laju membasahi wajahnya.

Perasaan rindu terhadap Datin Syafiqah kian membuak-buak. Ini kerana sudah
hampir setahun pemergiannya. Namun Fatin bersyukur kerana pemergian ibunya
tidak sia-sia kerana pusat ini ada untuk mengubat rindu terhadap beliau.

“Pusat ini akan menjadi pusat tarbiah yangterbaik untuk semua mereka yang
inginkan. Ya Allah, kuatkan aku dan permudahkan segala urusan kami dalam
menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami. Ibu terima kasih atas pusat
ini. Fatin doakan agar ibu tenang dan bahagia di Sana.”

MERUNGKAI SEGALANYA

Afiqah, Irdina dan Farhana menunggu sahaja kehadiran Fatin di Bilik Mesyuarat. Ada
sesuatu yang ingin dibincangkan oleh ketua mereka.

“Kau rasa ada apa Fatin panggil kita?” Soal Irdina untuk mengetahui agenda
utama mesyuarat mereka pada pagi itu.

Afiqah yang menulis sesuatu,terus memberhentikan kerjanyauntuk menjawab
soalan yang diberikan oleh Irdina. “Entahlah. Kita tunggu sahaja kehadian dia untuk
mengetahui dengan lebih lanjut perbincangan kita hari ini.” Balasnya.

Farhanan hanya mendengar sahaja apa yang dibualkan oleh kedua-dua rakannya.
Dia tidak mahu masuk campur atas apa yang dibualkan oleh warden senior dipusat
tersebut.

Mereka hanya melakukan perkara sendiri sahaja sementara menunggu kehadiran
daripada Fatin untuk bersama mereka. Namun agak lewat ketima mereka itu untuk
hadir.

Fatin tiba di Bilik Mesyuarat. Dia terus duduk sambil memandang sahaja
kearah rakan-rakanny dan bersiap sedia untuk memulakan mesyarat pada pagi itu.

“Pagi ini saya ingin membincangkan berkenaan dengan Majlis Pulang Keluarga
kepada beberapa pelatih yang akan keluar dari pusat kita tidak lama lagi.” Ujar Fatin
bagi menyatakan agenda utama mesyuaratnya pada hari itu.

Semua yang berada didalam bilik tersebut menulis sesuatu. Mereka juga turut
mendengar apa yang akan diberikan oleh Fatin sambil menunggu apa yang ingin
dibincangkan oleh ketuanya.

“Saya panggil kamu semua adalah untuk membincangkan tentatif program dan
berapa orang pelatih yang terlibat nanti.” Ujarnya untuk memberikan agenda
seterusnya.

Mereka bertiga terus membincangkan segala agenda yang dinyatakan oleh Fatin.
Setelah itu mereka berempat mendapat kata putus dari apa yang telah dibincangkan.

“Jadi, kita telah mendapat kata putus berkenaan dengan program nanti. Untuk
pengetahuan kamu, pihak polis akan turut serta bersama kita pada majli itu. Sebelum
kita tamatkan meeting kita, ada apa-apa lagi yang kamu ingin bincangkan?” Ujar
Fatin sambil menunggu sahaja respon dari rakan-rakannya.

Sunyi. Tiada respon yang diberikan oleh semua yang berada didalam bilik
tersebut. Hanya kedengaran penghawa dingin sahaja bagi memberikan kesejukan

didalam bangunan tersebut. Masing-masing masih lagi memikirkan sekiranya ada
lagi perkara yang ingin dibangkitkan.

“Baiklah kalau tiada apa-apa, kita tamatkan mesyuarat kita hari ini. Saya harap
dan berdoa agar program kita akan berlangsung dengan jayanya.” Ujar Fatin
sebelum menamatkan mesyuarat. Setelah itu semua isi bilik keluar untuk
menyambung kerja masing-masing.

Tibalah masanya untuk majlis tersebut berlangsung. Kehadiran ramai ibu bapa
dan penjaga diraikan. Seramai 25 orang pelatih yang akan diraikan didalam majlis
yang serba sederhana itu.

Fatin terus menjemput beberapa orang pelawat yang hadir. Dia turut
melemparkan wajah yang mesra kepada semua tetamu yang hadir.

“Fatin, mari masuk. Majlis nak bermula. Nanti kalau kau tak ada, majlis ini tak
ada seri.” Ajak Irdina. Dia mengharapkan agar rakannya itu mengikut untuk masuk
ke dewan utama.

Fatin terus melangkah untuk masuk ke dewan utama. Apabila tiba, dia
mengambil tempat dibarisan hadapan bersama para VVIP yang dijemput bagi
kelancaran program pada hari ini.

Program terus berjalan dengan lancarnya. Kini tibalah masanya untuk acara
terakhir. Acara ini ialah upacara perpisahan untuk pelatih yang diraikan. Ini akan
memberikan suasana yang sedikit pilu buat semua pelatih yang terlibat.

Susana menjadi sedikit sedih apabila kebanyakkan pelatih menangis
teresak-esak. Fatin hanya melihat sahaja situasi itu dengan melakukan reaksi yang
biasa. Bukan apa, kalau dia terut sekali menangis, mesti ramai yang menganggap
dirinya tidak kuat.

Selang beberapa hari setelah tamatnya majlis tersebut, Fatin terus melakukan
kerjanya seperti biasa. Dia terus melihat sahaja beberapa fail untuk melihat redok
pelatih yang ada di dalam pusat tersebut.

‘Alhamdulillah semua pelatih yang sedia ada semakin sedikit. Tapi aku rasa ada
ramai lagi perlukan bantuan aku.’ Fatin terus bangun untuk menuju kearah tingkap
untuk melihat suasana diluar.

Kelihatan beberapa pelatih sedang berlari-lari dengan agak gembira. Fatin hanya
memandang sahaja dengan raut wajah yang biasa.

“Fatin tadi Sarjan Wani ada berikan beberapa fail kepada kita.” Afiqah terus
meletakkan beberapa fail yang berada ditangannya diatas meja.

Fatin terus menujuke meja. Dia melihat sahaja fail-fail yang berada diatas
mejanya. “Berapa banyak fail yang ada?” Soalnya kepada Afiqah.

“Ada dalam 30 fail. Tapi saya bawah 15 sahaja. Yang lebih ada di Bilik
Mesyuarat.” Balas Afiqah. Dia bersiap sedia untuk menerima arahan seterusnya
daripada Fatin.

“Okey, kalau begitu saya nak kamu panggil Irdina dan Farhana ke Bilik
Mesyuarat sekarang. Ada benda yang saya nak bincangkan dengan kamu semua.”
Arahan yang diberikan Fatin. Dia terus mengambil fail tersebut untuk dibawa ke
bilik yang dinyatakan.

Semasa didalam perjalanan, ada beberapa persoalan yang bermain di benak
fkirannya. Dia tidak menyaka akan mendapat amanah yang baru secepat ini.

Sampai sahaja di Bilik Mesyuarat, Fatin melihat banya fail yang berada diatas
meja. Dia terus pergi dan mengambil sahaja fail yang ada untuk melihat siapa yang
akan dipertanggungjawabkan kepada mereka semua.

Senarai nama diambil. Fatin terus duduk dan menulis sesuatu pada sehelai kertas.
Setelah itu, dia membahagikan fail kepada beberapa bahagian.

Semua warden masuk ke bilik tersebut. Mereka terus menanti sahaja apa yang
ingin dibincangkan oleh Fatin.

“Saya panggil kamu semua hari ini adalah untuk memberikan beberapa amanah
sebelum kamu menjalankan tugas seterusnya.” Fatin terus mengambil kertas yang
berada dihadapannya sebelum menyambung semula kata-katanya.

“Di tangan saya ada senarai nama pelatih baru yang akan masuk ke pusat kita
tidak lama lagi. Kamu jangan pening kerana saya dah pilihkan nama mereka
dibawah jagaan kamu.” Sambung Fatin smbil menunjukkan kertas yang berada pada
tangannya.

Semmua yang berada di dalam bilik tersebut hanya diam sahaa. Mereka
mendengar segala yang dibincangkan. Ada juga yang memberikan pendapat dan
mengetahui apa lebih lanjut berkenaan dengan apa yang dibincangkan.

“Fatin boleh kami tahu bila semua pelatih yang baru ini akan melaporkan diri?”
Soal Irdina. Dia ingin mengetahuilebih lanjut berkenaan dengan apa yang
dibincangkan,

Fatin menjeling seektika kearah muka hadapan surat yang berada ditangannya.
Dia mencari tarikh sebenar kehadirian mereka semua. “Lagi dua minggu. Jadi saya
nak kamu semua bersiap sedia untuk menerima kehadiran mereka. Bagi senarai

tugas semasa menyambut mereka, nanti saya akan berikan. Now kita fokus dengan
kerja yang ada dahulu sebelum mendapat pelatih baru.” Jawabnya sambil menark
nafasnya dalam-dalam.

Hanya anggukan sahaja yang dberikan oleh mereka. Tidak berapa lama
kemudian, Fatin menyerahkan fail untuk diberikan kepada semua rakan-rakannya.

“Saya harap kita semua akan berjaya membantu mereka diluar sana. Insya-Allah
hari ini kita bantu orang, nanti orang pula bantu kita. Ikhlaskan hati untuk membantu
mereka. Ganjaran yang besar akan menanti kamu semua nanti.” Pesanan terakhir
Fatin sebelum mengakhiri perjumpaan tersebut.

Apabila berakhirnya mesyuarat, mereka semua meninggalkan bilik tersebut.
Fain hanya melihat sahaja rakan-rakannya kelua. Dia ining merehatkan dirinya
sebelum menyambung kerja yang tertunggak. Sejujurnya perasaan bangga turut
bersama apabila melihat semua kerjasama yang diberikan oleh mereka yang berada
disekelilingnya.

‘Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku peluang untuk duduk disini bagi
membantu anak muda yang memerlukan segala bantuan dan petunjuk agar mereka
kembali pada jalan yang benar. Aku harap dengan terbentuknya Pusat Pemulihan
Datin Syafiqah ini akan memberikan banyak manfaat kepada semua golongan muda
untuk mengenali masa hadapan mereka dengan lebih cerah. Aku berjanji akan
membantu sesiapa sahaja yang berada disini dan akan menyenangkan mereka untuk
menentukan masa hadapan mereka agar tidak kembali ke sisi gelap mereka.’

-TAMAT-

DUHAI SAHABAT

Sahabat,

Awan yang mendung sudah pasti akan kembali cerah. Hujan yang turun sudah
pasti reda apabila tiba masanya. Namun apabila tiba masanya, kita patut bersyukur
kerana telah mendapat petunjuk dari-Nya.

Ketahuilah bahawa dirimu sebenarnya tidak bersendirian. Ramai yang
bersamamu saat kamu memerlukan sesiapa sahaja bagi membimbing , membantu,
mengajar serta mendengar dirimu disaat kamu berada didalam kegelapan dan
memerlukan seseorang untuk meluahkan.

Dosa itu umpama api yang membahang dalam diri seseorang. Api yang panas
membantu itu boleh dipadamkan dengan air yang sungguh dingin, bagi dosa yang
mengalir, ia boleh dipadamkan dengan taubat dan kembali pada-Nya.

Setiap makhluk yang bergelar manusia tidak akan lari dari dosa, kesalahan
mahupun kesilapan. Jangan malu dengan orang lain atas kesalahan yang dilakukan.
Malah malulah dengan Tuhan.

Oleh kerana itu, berubahlah dan berusaha untuk melakukan kebaikan. Setiap
kebaikan itu sudah pasti ada kesenangan yang tidak diketahui. Ketahuilah dikau
bahawa Allah tidak pernah jemu untuk mendengar keluhan dari diri yang sungguh
hina ini dan mengapa kita perlu ada perasaan malu untuk bersama-Nya.

Akhir kata, penganglah erat tubuh ini, ingatlah bahawa setiap yang berlaku
kepada diri kamu ini ada kalanya kerana kamu ingin memberontak. Hilangkan ego
yang ada dalam diri. Kerana segala kemarahan dan keegoan yang dikau lakukan ini
tidak akan menguntungkan kamu.

Aku yakin kau baik sahabat. Ada kalanya kamu kesuyian dan tidak tahu
bagaimana untuk luahkan apa yang terbuku didalam diri dikau. Carilah mereka yang
arif untuk membantu kamu, agar dirimu akan didengari dan dia akan bersamamu

tidak kira apa juga keadaan. Lupakan segala masa silam yang menyakitkan kerana
itu semua tidak membawa apa-apa erti untuk kamu. Yang menentukan masa
hadapam kamu ialah waktu sekarang. Jadi berusahlah untuk mengikut cahaya dari
mengikut kegelapan.

Hidup ini pilihan. Sekiranya engkau memilih untuk menjadi seorang yang
berguna, ia sudah pasti akan diterima oleh masyarakat. Seandainya tersalah dalam
memilih, sudah pasti kau akan menerima sebarang kesusahan pada masa hadapan.
Lakukan pilihan yang bijak, agar hidupmu akan lebih berharga.


Click to View FlipBook Version