RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Cadangan menambah Canopy Walk di Taman Negara sebagai tarikan dan aktiviti utama
pelancongan.
Cadangan mewujudkan zon penampan sekurang-kurangnya 200m mengikut Akta
Warisan Kebangsaan 2005 bagi Taman Negara.
Memperkembangkan promosi pelancongan perfileman di Taman Negara yang boleh
menjadi sumber pendapatan kepada daerah.
Memperkembangkan potensi pelancongan kesihatan di Taman Negara seperti bekam
dan spa.
Memperkukuhkan dan membangunkan aktiviti Eko Kembara atau Eco Challege di
Daerah Jerantut:-
i. Kembara pacuan empat roda (4WD)
ii. Rock climbing
iii. White Water Rafting
iv. Junggle Trekking
v. Berbasikal lasak
vi. Hiking
vii. Motorcross
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-10
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Hutan Lipur Som dibangunkan semula sebagai pusat rekreasi tempatan yang boleh
dikunjungi oleh penduduk daerah untuk beriadah atau menikmati keindahan taman.
Justifikasi Cadangan
Pelancongan Eko lebih tertumpu dan berpusat di Kuala Tahan manakala pelancongan
Eko Kembara lebih tertumpu dan berpusat di Bandar Jerantut selari dengan strategi
untuk memperkembangkan aktiviti pelancongan di seluruh Daerah.
Mengambilkira kesejahteraan dan pemeliharaan sungai, flora dan fauna alam
semulajadi bagi Daerah Jerantut.
Memperkembangkan potensi tema pelancongan eko bagi Daerah Jerantut selari
dengan Rancangan Struktur Negeri dan Koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER).
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-11
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. Zon Pelancongan Desa dan Agro
Ciri-ciri
Merupakan pelancongan yang berintegrasikan desa, flora dan fauna.
Pembangunan aktiviti pelancongan yang menonjolkan pengalaman dan penghayatan
budaya dan suasana alam semula jadi yang terdiri daripada produk-produk seperti
homestay, perkampungan tradisi dan perkampungan orang asli.
Pelancong melibatkan pengalaman secara terus terhadap aktiviti ternakan haiwan dan
tanaman domestik.
Skala Pembangunan
Berbentuk program yang dibangunkan melibatkan masyarakat setempat dan memerlukan
pengurusan yang baik.
Pembangunan keusahawan dan vokasional di kalangan pengusaha tempatan secara
intensif.
Pembangunan sumber manusia (komuniti tempatan) secara intensif berkaitan dengan
pembangunan produk, perkhidmatan pelancongan, pemasaran dan promosi serta
pengurusan.
Pembangunan infrastruktur, pembaikan serta pengindahan secara intensif yang bercirikan
imej desa dan semulajadi.
Mengintegrasikan pembangunan agro dengan program seperti lawatan dusun buah-
buahan, lawatan ladang sayuran, aktiviti pertanian dan aktiviti riadah pasif (memancing,
berkelah dan mandi-manda).
Lokasi Tumpuan
Pelancongan Desa Kg. Hulu Cheka
Pelancongan Agro Kg. Batu Balai
Kg. Binjai
Kg. Mat Daling
Kg. Bantal
Kg. Pulau Tawar
Kg. Bukit Nikmat
Tekam Plantation Resort
Pusat Perikanan Air Tawar
Perlok
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-13
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Cadangan program inap desa (homestay) di Kg. Hulu Cheka, Kg. Batu Balai, Kg. Binjai, Kg.
Mat Daling, Kg. Bantal, Kg. Pulau Tawar dan Kg. Bukit Nikmat.
Cadangan homestay adalah seperti berikut:-
i. Menyediakan homestay mengikut piawaian yang telah ditetapkan
ii. Meningkatkan kemahiran sumber manusia (pengusaha homestay)
iii. Menyediakan pakej-pakej pelancongan homestay yang menarik
Antara yang menjadikan tarikan homestay adalah seperti berikut:-
i. Aktiviti harian masyarakat setempat / masyarakat orang asli
ii. Persembahan muzik dan kebudayaan
iii. Permainan tradisional
iv. Industri kecil sederhana
v. Ladang pertanian (ayam, lembu, seladang dan lain-lain)
vi. Ladang buah buahan
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-14
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii. Zon Pelancongan Bandar Dan Warisan
Cadangan Pembangunan
Memperkembangkan potensi Kg. Hulu Cheka yang terkenal dengan Pawang Nom, Gula
Kabong, Padi Tumbuk dan kraftangan kayu Orang Asli Jahut Gunung Benom.
Memperkembangkan potensi Kg. Mat Daling dan Kg. Bantal yang terkenal dengan
kemahiran pembuatan perahu dan aktiviti pesta mengerau ikan.
Memperkembangkan potensi Kg. Pasir Durian dengan produk dan aktiviti pembuatan
tembikar sebagai tarikan pelancongan.
Memperkembangkan potensi Kg. Tekal dengan produk ternakan Seladang dan
ternakan kelah.
Memperkukuhkan aktiviti homestay dan potensi Tekah Agrotourism.
Justifikasi Cadangan
Daerah Jerantut mempunyai kawasan desa yang menarik dengan suasana kampung
yang menonjolkan identiti masyarakat luar bandar.
Membantu ekonomi dan pembangunan masyarakat setempat.
Budaya dan kemahiran masyarakat desa Daerah Jerantut diperkenalkan dan dijadikan
produk kepada aktiviti pelancongan yang boleh memberi pulangan terus kepada
masyarakat setempat.
Ciri-ciri
Merupakan integrasi produk-produk sejarah, budaya dan warisan, bangunan dan juga
warisan semulajadi.
Skala Pembangunan
Memperbaiki dan memperkukuhkan kemudahan sedia ada menjadi tarikan dan sesuai
dengan tema pelancongan.
Membangunkan infrastruktur dan prasarana untuk mempamerkan warisan yang
boleh dijadikan tarikan pelancongan.
Berbentuk pakej pelancongan atau pelancongan bertema yang disusun bertujuan
mempopularkan produk ini.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-16
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Pelancongan Bandar Lokasi Tumpuan
Warisan
Bandar Jerantut
Kuala Tahan
Pusat Rekreasi Lembah Kiol
Pulau Tawar
Kota Gelanggi
Kuala Tembeling
Lokasi Tumpuan
Menambahbaik, menaiktaraf dan meningkatkan identiti dan entiti pusat Bandar
Jerantut.
Dicadangkan beberapa aspek penambahbaikan seperti pembaikan imej stesen keretapi,
mewujudkan nodes tumpuan pelancong, membangunkan kawasan persisiran sungai di
pusat Bandar Jerantut, membina kemudahan galeri, muzium daerah dan pusat informasi
dan penerangan pelancongan.
Mewujudkan kawasan tumpuan berkonsepkan uptown berhampiran stesen keretapi
atau di kawasan bandar lama Jerantut.
Potensi deretan bangunan lama di Bandar Jerantut lama, Bangunan Jabatan Orang Asli,
Bangunan Pejabat Pos lama dan Balai Polis di Jerantut Feri sebagai tarikan pelancongan.
Taman Warisan diperkukuhkan dan dibangunkan semula sebagai kawasan rekreasi yang
lebih menarik.
Cadangan aktiviti river cruise ke Pulau Dedari dan Pulau Tawar sebagai produk tarikan
pelancong.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-17
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Warisan pahlawan negara (perjuangan Mat Kilau) sebagai produk pelancongan yang
baru berbentuk heritage trail.
Cadangan Kompleks Sejarah Mat Kilau di kawasan Pulau Tawar yang mempamerkan
artifak dan penghayatan era zaman penentangan Mat Kilau.
Tapak bersejarah seperti Makam Mat Kilau, Masjid Lama Pulau Tawar, Makam Raja di
Lubuk Pelam dan tapak bersejarah yang lain di Pulau Tawar perlu dijadikan tarikan
pelancongan.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-18
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Pusat Rekreasi Lembah Kiol yang mempunyai kemudahan untuk bermain golf
diperkukuhkan semula dengan aktiviti berbentuk team building dan summer camp.
Aktiviti yang dicadangkan merangkumi:
i. Aktiviti berkuda
ii. Flying Fox
iii. Abseiling
iv. Motorcross
v. Wood ball
vi. Memanah
vii. Paint ball
viii. Layang-layang
ix. Belon Panas
x. Berbasikal lasak
xi. Inner Jungle Trekking
Kompleks Gua Kota Gelanggi sebagai warisan arkeologi yang perlu diperkembangkan
menjadi salah satu tarikan pelancongan yang utama.
Cadangan mewujudkan akademi pacuan empat roda (4X4) di Kompleks Gua Kota
Gelanggi.
Justifikasi Cadangan
Bandar Jerantut perlu diperkembangkan dengan aktiviti pelancongan bagi
merealisasikan Bandar Jerantut sebagai bandar pelancongan selain hanya menjadi
pusat transit bagi pelancongan Taman Negara.
Memberi imej yang jelas kepada Daerah Jerantut.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-19
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
vi. Zon Pemangkin Pelancongan
Ciri-ciri
Zon pemangkin pelancongan dirancang dan dicadang bagi memberi impak ketara dan
pembangunan yang positif terhadap pembangunan pelancongan di Daerah Jerantut.
Terdiri daripada zon-zon yang menawarkan aktiviti atau kemudahan pelancongan
(pengangkutan dan sistem perhubungan, aktiviti perniagaan, kemudahan awam,
kemudahan perbankan dan kewangan).
Zon ini juga bertindak sebagai pemacu dalam menjana pertumbuhan pembangunan
pelancongan di zon dan lingkaran pelancongan sekitarnya.
Skala Pembangunan
Pembangunan berimpak besar.
Memerlukan insentif dan dorongan khas daripada pihak kerajaan sama ada peringkat
persekutuan, negeri dan tempatan.
Pembangunan intensif seperti infrastruktur, utiliti, pengangkutan, reka bentuk bandar,
perniagaan dan perhotelan diberi tumpuan di kawasan ini.
Lokasi Tumpuan
Bandar Jerantut
Kuala Tahan
Kuala Tembeling
Cadangan Pembangunan
Kuala Tahan memerlukan pembaikan Renewal dan Rezoning bagi membawa imej
pelancongan eko dengan reka bentuk dan landskap yang sensitif kepada tema
pelancongan.
Kuala Tahan perlu dilengkapi dengan kemudahan perbankan (ATM) dan penukaran
wang.
Menyediakan kemudahan penginapan tambahan berjumlah sebanyak 400 bilik (2
hingga 4 hotel bertaraf 3 atau 4 bintang) sehingga 2020 dari semasa ke semasa
mengikut permintaan pelancongan terutamanya di Kuala Tahan dan Bandar Jerantut.
Cadangan Sekolah Rendah di Kuala Tahan dipindahkan dan bangunan sekolah asal
dijadikan Bajet Hotel
Pembangunan rumah penginapan skala kecil dibenarkan dibangunkan di Kuala Tahan
mengikut keperluan permintaan pelancong dengan mematuhi kawalan perancangan
yang ditetapkan.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-22
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Cadangan pengangkutan pelancongan berbentuk shuttle di Kuala Tahan bertujuan
menghadkan kemasukan kenderaan persendirian bagi mengurangkan kesesakkan.
Cadangan pusat informasi dan penerangan pelancongan di Bandar Jerantut.
Cadangan pembangunan semula Rumah Rehat Jerantut.
Cadangan Terminal River Cruise di Jerantut Feri.
Kuala Tembeling menjadi pusat transit pelancongan eko melalui jalan sungai.
Cadangan papan tanda produk pelancongan beserta peta panduan arah disediakan
di setiap pintu masuk utama dan di persimpangan yang strategik.
Menyediakan pelan bandar yang jelas menunjukkan lokasi-lokasi produk
pelancongan di Daerah Jerantut di samping informasi berkaitan kemudahan-
kemudahan pengangkutan awam yang disediakan.
Menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien ke lokasi-lokasi tumpuan
pelancongan untuk memudahkan pelancong berkunjung ke destinasi-destinasi
pelancongan di Daerah Jerantut.
Membangunkan semula lapangan kapal terbang (airstrip) Sg. Tiang.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-23
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan Pemangkin Khas
Mewujudkan zon pemangkin safari park berhampiran Bandar Jerantut (Kompleks Kota
Gelanggi) yang akan menjadi tarikan dan penyerap aktiviti di Taman Negara supaya nilai
semulajadinya dapat dikekalkan dan mengurangkan tekanan carrying capacity.
Konsep Safari berkeluasan minimum 500 ekar berbentuk kurungan perimeter bukan
kurungan sangkar dan pelawat sama ada berjalan kaki atau membawa kenderaan.
Melibatkan fauna liar tempatan dan jinak domestik.
Cadangan haiwan tempatan seperti seladang, kerbau, lembu, kambing, tapir, rusa,
pelanduk, kijang, badak, gajah, musang, harimau, ular, buaya, ayam, itik, kera, orang utan,
ungka, angsa, itik, ayam dan arnab.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-24
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan Pemangkin Khas
Justifikasi Cadangan
Bandar Jerantut dan Kuala Tahan memerlukan perancangan dan pembangunan
infrastruktur dan prasarana untuk menampung kegiatan pelancongan.
Pembangunan Safari Park sesuai dengan tema pelancongan eko bagi Daerah Jerantut.
Cadangan pembangunan Safari Park memberi tumpuan untuk menarik pelancong
tempatan, penduduk Konurbasi Kuala Lumpur dan pelancong antarabangsa.
Lokasi cadangan pembangunan Safari Park adalah berhampiran dengan Bandar Jerantut
kerana kemudahan infrastruktur yang tersedia baik memudahkan akses dan
mengurangkan kos pembangunan.
Cadangan pembangunan Safari Park di Daerah Jerantut dilihat sebagai mengambil
peluang kesan limpahan dan juga kedudukan dalam koridor pelancongan Taman
Negara.
Suntikan pelaburan diperlukan bagi cadangan pembangunan Safari Park terutamanya
daripada penglibatan syarikat-syarikat swasta, agensi seperti FELDA, syarikat GLC dan
pihak Majlis Daerah Jerantut.
Cadangan pembangunan Safari Park di Daerah Jerantut memerlukan sokongan kerajaan
Negeri Pahang memandangkan tapak yang dicadangkan meliputi kawasan hutan
simpan.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-25
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
v. Pakej Pelancongan
Pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian dicadangkan sebagai tarikan dan promosi
pelancongan di Daerah Jerantut.
Jadual 8.1.2 : Cadangan Pakej Pelancongan Daerah Jerantut
Pakej Aktiviti Destinasi Golongan Sasaran
Pakej Desa Desa, budaya, - Hulu Cheka, Pelajar, pelancong
homestay - Gunung Benom, tempatan dan
Pakej Urban - Kg. Mat Daling, antarabangsa
Warisan, Uptown, - Kg. Bantal
Pakej Eko Safari, Rekreasi - Bandar Jerantut, Pelajar, pelancong
Kembara tempatan dan
Pacuan empat roda Kompleks Kota Gelanggi, antarabangsa
Pakej (4WD), jungle - Lembah Kiol Peminat sukan
Warisan Mat trekking, air terjun lasak, pelancong
Kilau - Sg. Salan, tempatan dan
Tapak sejarah, river - Gunung Dulang, antarabangsa
Pakej Agro cruise, berakit, - Gunung Ais
jungle trekking Pelajar, pencinta
- Pulau Tawar, warisan, pelancong
Agro resort, - Kuala Tembeling tempatan dan
akuakultur, ladang antarabangsa
- Tekam Residence,
- Pusat Perikanan Air Pelajar, pelancong
tempatan dan
Tawar Perlok, antarabangsa
- Pusat Kraftangan Temin
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-28
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
vi. Pemasaran dan Promosi
Cadangan Pembangunan
Penjenamaan dan promosi Daerah Jerantut sebagai “Daerah Taman Negara (Taman
Negara District)” dan Bandar Jerantut sebagai “Gerbang Taman Negara” (Gateway of
Taman Negara)”.
Peningkatan usaha-usaha untuk promosi produk pelancongan kawasan perlulah
dilakukan bersama Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, Majlis Daerah Jerantut dan
operator pelancongan swasta.
Pemasaran produk pelancongan melalui pakej pelancongan negeri seperti
memperkenalkan Tahun Melawat Daerah di dalam Negeri Pahang dan memperkenalkan
Bulan Melawat Jerantut.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-29
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Kaedah promosi melalui laman web ke arah kaedah promosi tanpa sempadan. Laman
web sedia ada perlulah dikemas kini supaya lebih mudah, menarik dan lebih berkesan.
Antara perkara yang perlu diambil kira dalam penyediaan laman web ini adalah seperti
berikut:-
i. Maklumat keunikan
ii. Pakej-pakej yang disediakan
iii. Pendaftaran pelancongan secara online
iv. Kalendar aktiviti tahunan pelancongan daerah
v. Maklumat kemudahan sokongan seperti kemudahan penginapan, bank,
pengangkutan dan lain-lain.
Justifikasi Cadangan
Penjenamaan Daerah Jerantut dan Bandar Jerantut dengan ‘Taman Negara’ adalah
sinonim dengan Daerah Jerantut sebagai pintu masuk utama Taman Negara yang
diketahui di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-30
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
vii. Pengurusan Dan Pembangunan Pelancongan Bersepadu
Cadangan Pembangunan
Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi Kuala Tahan
Mendapatkan pengiktirafan Taman Negara sebagai Warisan Negara
Mendapatkan pengiktirafan Taman Negara di peringkat dunia iaitu UNESCO.
Insentif ECER untuk aktiviti dan pembangunan kawasan pelancongan dicadangkan
dilebarkan melibatkan Daerah Jerantut juga:
i. Pengecualian cukai pendapatan selama 5 tahun atau Investment Tax Allowance
100% daripada perbelanjaan modal yang layak selama 5 tahun.
ii. Lain-lain seperti dalam lampiran.
Dicadangkan MDJ memberi pelepasan cukai harta bagi projek-projek pemangkin
pelancongan selama 5 tahun.
MDJ, agensi awam dan operator swasta perlu memainkan peranan bersama dalam
merancang, mengurus, mengendali dan menyelenggara pembangunan pelancongan di
Daerah Jerantut.
Penubuhan Perbadanan yang berkenaan bagi pengurusan Taman Negara dan
pembangunan kawasan pelancongan.
Program homestay perlu dibangunkan dengan penubuhan jawatankuasa yang
menyelaras dan memantau pembangunan aktiviti homestay.
Justifikasi Cadangan
RKK Kuala Tahan akan membantu perancangan fizikal secara terperinci bagi pusat
petempatan Kuala Tahan dan pelaksanaan pengurusan bagi Taman Negara.
Pengiktirafan peringkat kebangsaan dan peringkat dunia akan membantu Daerah
Jerantut untuk memperoleh dana bagi pembangunan Taman Negara.
TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-31
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
9.0 TERAS 6 : KEMUDAHSAMPAIAN YANG TINGGI DAN MENYELURUH
9.1 Sektor Pengangkutan Dan Lalulintas
9.1.1 Strategi Pengangkutan & Lalulintas
Pembentukan strategi yang komprehensif bagi penyediaan sistem pengangkutan yang
efisyen dan bersepadu adalah perlu dalam melonjak dan menggerakkan pembangunan dari
dalam dan luar Daerah Jerantut. Dalam mewujudkan sistem pengangkutan yang efisyen dan
bersepadu, beberapa strategi dibentuk sebagaimana berikut :-
i. STRATEGI 1 : Mempertingkatkan Sistem Perhubungan Dan Tahap
Aksessibiliti Antara Daerah
Menaiktaraf jalan-jalan sediada dan membina jalan-jalan baru.
ii. STRATEGI 2 : Mempertingkatkan Aksessibiliti Dalam Daerah Bagi
Menyokong Aktiviti Ekonomi Tempatan
Menaiktaraf jalan-jalan sediada dan membina jalan-jalan baru.
Menaiktaraf jambatan sediada dan membina jambatan baru.
iii. STRATEGI 3 : Mempertingkatkan Sistem Pengurusan Trafik Bagi
Keselesaan Dan Keselamatan Pengguna Jalan Raya
Menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi dan sistematik.
Menyediakan kemudahan dan lintasan pejalan kaki di kawasan tumpuan awam.
Memasang papan tanda isyarat trafik dan meningkatkan elemen-elemen
keselamatan jalan raya.
Memperbaiki sistem pengurusan trafik pusat bandar.
iv. STRATEGI 4 : Mempertingkatkan Penggunaan Dan Kualiti Kemudahan
Pengangkutan Awam
Membina terminal bas baru di Bandar Jerantut.
Memperbaiki kualiti perkhidmatan
Pengangkutan awam untuk menyokong cadangan sempadan had masuk kenderaan
persendirian ke Taman Negara serta menyokong Sektor Pelancongan Taman
Negara.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-1
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
9.1.2 Cadangan Pengangkutan Dan Lalulintas
i. STRATEGI 1 : Mempertingkatkan Sistem Perhubungan Dan Tahap
Aksessibiliti Antara Daerah
Strategi ini mengemukakan beberapa cadangan menaiktaraf jalan dan cadangan jalan baru
bagi meningkatkan tahap aksessibiliti antara daerah. Ianya juga dijangka mampu memberi
impak yang besar kepada pembangunan Daerah Jerantut terutama dari aspek ekonomi.
a. CADANGAN 1 : Menaiktaraf Jalan Sediada Dan Membina Jalan Baru
i. Membina Jalan Baru Dari Jalan Jerantut ke Perlok Untuk Di Sambung Ke Mempaga
Dan Bentong
Jalan ini dijangka dapat memudahkan serta mempercepatkan lagi perhubungan
jalan darat ke Bentong dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak. Pembinaan
jalan ini juga turut dapat melancarkan pemasaran hasil pertanian dan memajukan
kawasan yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan seperti kawasan rekreasi
Lata Bujang, Pusat Akuakultur Kg. Perlok dan lain-lain kawasan yang berpotensi.
ii. Membina Jalan Baru Dari Jalan Kampung Gemuncur Ke Kampung Batu Balak.
Jalan di Kg. Batu Balak yang terletak kira-kira 20 km dari simpang jalan Kuala Lipis
ini dibina bertujuan untuk menyambung jalan tersebut kepada jalan sediada iaitu di
Kg. Gemunchur, Kuala Lipis. Keadaan semasa jalan di Kg. Batu Balak ini merupakan
jalan tanah merah yang mengalami kerosakan yang ketara ketika hujan. Pembinaan
jalan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan tersebut.
iii. Membina Jalan Baru Dari Jerantut Ke Kuantan Melalui Sungai Lembing
Pembinaan jalan baru ini di jangka dapat membantu memasarkan hasil pertanian
Daerah Jerantut ke Kuantan dengan lebih efektif selaras dengan strategi
pembangunan pertanian Daerah Jerantut yang dirancang menjadi pembekal
makanan kepada daerah lain seperti Kuantan dan Lembah Klang. Jalan ini bakal
menjimatkan masa perjalanan selain dapat meningkatkan tahap aksessibiliti antara
kedua-dua daerah ini. (rujuk Rajah 9.1.1 dan 9.1.2).
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-2
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 9.1.1 : Cadangan Pembinaan Jalan Baru Antara Daerah
Cadangan Jalan BP Rizab Jalan (M) Panjang Jalan Cadangan Fasa
6 (KM) Pelaksanaan
Membina jalan baru dari Jalan 5
Jerantut ke Perlok untuk di 2 20 100.0 2015
sambung ke Mempaga dan
Bentong 20 6.0 2012
Membina jalan baru dari Jalan 30 54.0
Kampung Gemuncur ke Kampung 2015
Batu Balak.
Membina jalan baru dari Jerantut
ke Kuantan melalui Sungai
Lembing
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020.
ii. STRATEGI 2 : Mempertingkatkan Aksessibiliti Dalam Daerah Bagi
Menyokong Aktiviti Ekonomi Tempatan
a. CADANGAN 1 : Cadangan Menaiktaraf Jalan Sediada
Pelaksanaan menaiktaraf jalan melalui program-program seperti pelebaran jalan sediada,
penjajaran semula, penyediaan bahu jalan dan penurapan jalan. Antara jalan-jalan yang
dicadangkan adalah :-
i. Menaiktaraf Jalan Dari Batu Embun Ke Sempadan Kuala Lipis (Sebahagian Dari Jalan
- Cameron Highlands - Kuala Lipis - Jerantut) (NJ 2)
Cadangan melebarkan bahu jalan dan menyediakan lorong memotong serta
membuat penjajaran baru di beberapa selekoh tajam di KM 1 hingga KM 15 bagi
memberi keselesaan kepada pengguna jalan ini. Jalan ini menghubungkan Daerah
Jerantut dengan Daerah Lipis selain Jalan Benta yang lebih jauh jaraknya. Selain itu
jalan ini juga merupakan laluan alternatif pelancong yang ingin menggunakan laluan
air dari Jeti Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara. Selain itu, ia bagi
meningkatkan kapasiti jalan sediada serta meningkatkan tahap keselamatan dan
keselesaan kepada pengguna jalan raya.
ii. Menaiktaraf Jalan Dari Bandar Jerantut ke Kampung Sempadan (NJ 1)
Jalan ini merupakan jalan utama yang menghubungkan Jerantut ke Kuala Lipis /
Raub. Keadaan jalan ini adalah berselekoh termasuk beberapa jambatan yang
sempit. Jalan ini dinaik taraf dan diperbaiki bagi memastikan tahap keselesaan yang
memuaskan bagi menampung permintaan isipadu trafik di masa hadapan. Jalan
Persekutuan 64 yang menghubungkan Jerantut dan Benta dicadangkan supaya
dinaik taraf dengan menyediakan bahu jalan selebar 0.9 meter di kedua-dua belah
jalan.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-3
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii. Menaiktaraf Jalan Padang Piol Ke Kuala Tahan Melalui Sungai Retang (NJ 3)
Jalan ini merupakan laluan utama untuk ke Taman Negara. Pembangunan sektor
pelancongan dan pertanian di kawasan tersebut haruslah selaras dengan
kemudahan aksessibiliti dari segi kapasiti dan tahap perkhidmatan jalan tersebut
bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna. Cadangan
menaiktaraf jalan ini adalah seperti di bawah:-
KM 16 dan 17
- Membuat penjajaran baru dan meluruskan selekoh berbahaya.
- Menyediakan bahu jalan selebar 0.9 meter sebelah (minimum).
KM 21
- Membuat penjajaran baru dan meluruskan selekoh berbahaya.
- Menyediakan bahu jalan selebar 0.9 meter sebelah (minimum).
KM 44-46
- Menyediakan lorong memotong sepanjang 1 ½ - 2.0 km.
Jadual 9.1.2 : Cadangan Naik Taraf Jalan Raya
Cadangan Jalan BP Rizab Jalan Panjang Jalan Cadangan Fasa
Menaiktaraf jalan dari Jerantut ke (m) (KM) Pelaksanaan
sempadan Kuala Lipis (sebahagian dari
Jalan Cameron Highlands- Kuala Lipis – 3,5 20 20.0 2010
Jerantut)
1,6 20 64.0 2013
Menaiktaraf Jalan dari Bandar Jerantut ke 4 20 70.0 2010
Kampung Sempadan
Menaiktaraf Jalan Padang Piol ke Kuala
Tahan melalui Sungai Retang.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-4
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. CADANGAN 2 : Cadangan Pembinaan Jalan Baru Bagi Menyokong Sektor
Pertanian Dan Pelancongan
i. Membina Jalan Dari Kg. Sungai Tiang Ke Felcra Tembeling Tengah (JB 2)
Cadangan jalan ini adalah bagi meningkatkan aksessibiliti dan memberi keselesaan
kepada penduduk untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur yang baik.
ii. Membina Jalan Baru Dari Jalan Kg. Tuit Ke Kg. Mat Daling (JB 3)
Pembinaan jalan dan jambatan baru dari Kg. Tuit ke Kg. Mat Daling adalah bagi
memberi keselesaan kepada penduduk sekitar kawasan ini dengan kemudahan
infrastruktur yang baik untuk tujuan perhubungan darat terutamanya ke Bandar
Jerantut. Ketiadaan jalan darat untuk ke kawasan ini menyebabkan kesukaran
pemasaran hasil pertanian dilakukan dan keciciran dari segi kemudahan asas, sosio
ekonomi dan pembangunan penduduk setempat.
iii. Membina Jalan Lingkaran Batu Embun / Kampung Jaya, Bandar Jerantut dan Susur
ke Kampung Tampin, Jerantut (JB 5)
Cadangan jalan lingkaran Batu Embun / Kampung Jaya, Bandar Jerantut dan Susur
ke Kampung Tampin dicadangkan bagi memberi keselesaan, menjimatkan masa,
mengurangkan kesesakan di aliran sediada dan meningkatkan keselamatan
pengguna jalan raya. Selain itu, cadangan jalan lingkaran luar ini juga mewujudkan
akses baru ke Temin dengan menyediakan laluan terus ke Jalan Persekutuan 98
Temin tanpa perlu memasuki Pusat Bandar Jerantut. (rujuk Rajah 9.1.5). Cadangan
jalan lingkaran ini adalah sepanjang 15.2 km. (Rujuk Rajah 9.1.2).
Jadual 9.1.3 : Cadangan Pembinaan Jalan Baru
Cadangan Jalan BP Rizab Jalan Panjang Cadangan Fasa
(M) Jalan (KM) Pelaksanaan
Membina Jalan dari Kg. Sungai
Tiang ke Felcra Tembeling Tengah 4 20 6.7 2013
Membina jalan baru dari Jalan Kg.
Tuit ke Kg. Mat Daling 10 20 60.0 2015
Membina Jalan lingkaran Batu
Embun / Kg.Jaya, Bandar Jerantut 1 30 15.2 2011
dan susur ke Kg.Tampin
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-6
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
c. CADANGAN 3 : Cadangan Peningkatan Taraf Persimpangan Sediada dan
Persimpangan Baru
Bagi persimpangan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi, pemasangan sistem lampu
isyarat adalah disyorkan untuk meningkatkan kapasiti, mengurangkan kelengahan dan
meningkatkan keselamatan di persimpangan. Semua reka bentuk persimpangan perlu
merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Arahan
Teknik (Jalan) 8/86 dan 11/87.
Secara keseluruhannya, tahap keupayaan bagi persimpangan sediada masih berada di tahap
yang baik. Terdapat dua persimpangan yang akan dinaik taraf dan dua persimpangan baru
bagi cadangan jalan baru yang telah dikemukakan. Jadual 9.1.3 dan 9.1.4 dan Jadual
menunjukkan cadangan naik taraf dan cadangan persimpangan baru di Daerah Jerantut.
(Rujuk Rajah 9.1.3).
Jadual 9.1.4 : Cadangan Naik Taraf Persimpangan
Lokasi Cadangan Jangka Pendek Cadangan Jangka
Blok Perancangan 3 (2015) Panjang (2020)
Persimpangan Tiga Laluan Persekutuan 64/
Jalan Dulang1 Persimpangan Berlampu Persimpangan
Isyarat 3 fasa Berlampu Isyarat
Blok Perancangan 1 & 3 3 fasa
Persimpangan Tiga Laluan Persekutuan 64
(Maran Temerloh) / Sungai Jan Persimpangan berlampu Persimpangan
isyarat Berlampu Isyarat
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020.
Persimpangan Tiga Laluan Persekutuan 64 / Persimpangan Tiga Laluan Persekutuan 64
Jalan Dulang (Maran-Temerloh)/Sungai Jan
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-8
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 9.1.5 : Cadangan Persimpangan Baru
Lokasi Cadangan Cadangan
Jangka Pendek Jangka Panjang
Blok Perancangan 2
Persimpangan Kampung Padang Saujana- Persimpangan Persimpangan
berhampiran JPJ Berlampu Isyarat Berlampu Isyarat
Blok Perancangan 1 Persimpangan Persimpangan
Persimpangan Kg Melayu - Jalan Benta Berlampu Isyarat Berlampu Isyarat
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020.
d. CADANGAN 4 : Membina Jambatan Baru
i. Membina Jambatan Konkrit Di Muara Sungai Pahang (Kuala Tembeling ke Pasir
Tambang)
Pembinaan jambatan konkrit merentasi muara Sungai Pahang iaitu di antara Kuala
Tembeling dan Pasir Tambang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerantut ini
adalah untuk memudahkan perhubungan dan meningkatkan aksessibiliti penduduk
ke Bandar Jerantut. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan terputus hubungan dengan
kawasan sekitar apabila berlakunya banjir yang disebabkan oleh peningkatan paras
air Sungai Jelai dan Sungai Tembeling.
Pembinaan jambatan konkrit ini adalah sepanjang 1 km dan di naikaraskan melepasi
paras banjir bagi mengatasi masalah terputus hubungan pada setiap kali musim
banjir. Ia juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan tersebut.
(rujuk Rajah 9.1.5)
iii. STRATEGI 3 : Mempertingkatkan Sistem Pengurusan Trafik Bagi Keselesaan
Dan Keselamatan Pengguna Jalan Raya
a. CADANGAN 1 : Memperbaiki Sistem Pengurusan Trafik Pusat Bandar
Kajian ini mencadangkan agar sistem pengurusan trafik di pusat bandar dipertingkatkan. Ini
penting untuk mewujudkan aliran trafik yang lancar di samping mengurangkan konflik
lalulintas di pusat bandar Jerantut.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-10
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Memperlahankan pergerakan trafik di pusat bandar Jerantut, Kuala Tahan, Kuala
Tembeling dan Ulu Cheka melalui tindakan tenang trafik (traffic calming) dan
memberi kemudahan kepada pejalan kaki dan pengguna basikal.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif di pusat bandar menggunakan pendekatan
Traffic Calming yang dapat memberi kebaikan dan menjamin keselamatan
pengguna. Contohnya di BPK 1.1 Bandar Jerantut, BPK 4.1 Kuala Tahan, BPK 5.1
Kuala Tembeling. Cadangan penggunaan elemen traffic calming iaitu Flat Top Hump
bertujuan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan terutamanya lori dan
meningkatkan keselamatan pejalan kaki. (Rujuk Rajah 9.1.4 hingga Rajah 9.1.6).
b. CADANGAN 2: Menyediakan Kemudahan Dan Lintasan Pejalan Kaki di
Kawasan Tumpuan Awam
Kajian ini mencadangkan agar sistem rangkaian pejalan kaki dibina di kawasan Bandar
Jerantut Lama, Bandar Baru Jerantut dan Bandar Inderapura di sepanjang jalan utama untuk
menghubungkan kawasan aktiviti perniagaan, perdagangan, pendidikan dan perumahan
untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya. Lintasan pejalan kaki juga perlu
disediakan terutamanya di persimpangan yang mempunyai bilangan pejalan kaki yang tinggi
seperti di kawasan sekolah, pasar awam dan sebagainya. Ini dapat mewujudkan keselesaan
kepada pejalan kaki disamping mengurangkan konflik antara pejalan kaki dengan trafik.
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Laluan pejalan kaki yang menyeluruh perlu disediakan di kawasan perdagangan
melibatkan kawasan perkedaian dan jalan-jalan tertentu yang menghubungkan
kepada kawasan tumpuan pengunjung atau sebagai alternatif jalan pintas kepada
pejalan kaki. Selain itu, lintasan pejalan kaki harus disediakan di kawasan sekolah
bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar. Cadangan ini termasuklah di BPK 1.1
Bandar Jerantut, BPK 10.1 Kuala Tahan, BPK 5.1 Kuala Tembeling.
2. Penyediaan rangkaian pejalan kaki dari segi kelebaran minimum yang dicadangkan
ialah 1.5 meter dan ruang pejalan kaki melintas ialah 1.2 meter. (rujuk Rajah 9.1.4
hingga Rajah 9.1.6).
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-14
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
3. Elemen landskap khasnya suasana teduh perlu disediakan di kawasan laluan pejalan
kaki untuk mengindah dan menggalakkan penggunaannya di kalangan penduduk
dan pengunjung.
4. Perabot jalan seperti tong sampah, peti pos surat, kerusi panjang, wakaf, papan
iklan, papan tanda jalan dan pondok telefon hendaklah disediakan bersama untuk
memberi kemudahan kepada pengguna di kawasan bandar.
5. Adalah disarankan laluan pejalan kaki supaya menggunakan bahan ubin saling kunci
(interlocking tiles) dengan reka bentuk warna yang khusus bagi mewujudkan
perbezaan di antara laluan pejalan kaki dan kenderaan serta memberi keselesaan
kepada pengguna.
c. CADANGAN 3 : Menyediakan Petak Letak Kereta Yang Mencukupi
Peruntukan kawasan tempat letak kereta (TLK) yang mencukupi perlulah disediakan bagi
memastikan ia dapat menampung pertambahan permintaan tempat letak kereta di Daerah
Jerantut. Petak letak kereta yang mencukupi harus disediakan khususnya di Bandar Jerantut
serta dikenakan bayaran letak kereta.
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Mengemas kini sistem TLK sediada dan mengecat petak/garisan lot serta
menyediakan TLK khusus untuk pengguna kurang upaya terutamanya di BPK 1.1
Pusat Bandar Jerantut (Jalan Dulang 1).
2. Memindahkan sebahagian tempat meletak kenderaan di tepi jalan yang
mengganggu trafik ke kawasan lain yang lebih sesuai terutamanya di pusat
perniagaan Bandar Baru Jerantut. TLK di tepi jalan dan on-street parking boleh
dibenarkan sekiranya tidak mengganggu kelancaran trafik.
3. Menyediakan lebih banyak TLK jenis off-street di lokasi-lokasi strategik di Pusat
Bandar Jerantut dan Kuala Tahan kemudahan orang ramai meletakkan kenderaan.
4. Menyediakan tempat letak kereta untuk pengunjung Taman Negara di Kuala Tahan
kira-kira 300 meter dari Jeti Kuala Tahan. Pengunjung Taman Negara dicadang
menggunakan pengangkutan shuttle untuk ke Jeti atau ke hotel di Kuala Tahan
(Rujuk Rajah 9.1.6).
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-15
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
5. Menyediakan ruang pemunggahan barangan (loading and unloading) oleh
kenderaan berat di lorong belakang bangunan perniagaan di kawasan BP1.
6. Larangan meletak kenderaan berat di bahu-bahu jalan di kawasan perniagaan serta
kawasan perumahan perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan kesesakan,
kemalangan dan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya dan orang awam.
Dicadangkan pihak berkuasa yang terlibat mewartakan kawasan-kawasan tersebut
sebagai kawasan larangan meletak kenderaan berat.
7. Melaksanakan pengurusan yang lebih sistematik dari segi kutipan bayaran TLK serta
meningkatkan tahap penguatkuasaan terhadap kesalahan meletak kereta di
kawasan-kawasan tertentu.
d. CADANGAN 4 : Memasang Papan Tanda Isyarat Trafik Dan Meningkatkan
Elemen-Elemen Keselamatan Jalan Raya
Pemasangan papan tanda dan elemen-elemen keselamatan jalan raya memainkan peranan
yang penting dalam pengurusan trafik. Penyediaan isyarat trafik diperlukan bagi mengawal,
mengarah dan menasihat pemandu-pemandu kenderaan supaya lebih berhati-hati semasa
berada di jalan raya.
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Memasang papan tanda dan tanda lorong yang sesuai untuk mengasingkan aliran
trafik.
2. Papan tanda kawalan had laju yang sesuai dicadang diperkenalkan terutamanya di
sepanjang jalan yang menghampiri pusat bandar terutamanya pusat perniagaan dan
pusat tumpuan aktiviti penduduk di BPK 1.1 Bandar Jerantut, BPK 5.1 Kuala
Tembeling, BPK 4 Kuala Tahan, dan BPK 6.3 Ulu Cheka.
3. Memasang lampu amaran / panduan di selekoh berbahaya untuk meningkatkan
keselamatan terutamanya di kawasan jalan yang bengkang-bengkok iaitu di Jalan
Persekutuan 64 (Jerantut-Benta), Jalan Negeri C9 (Simpang Batu Embun-Kuala
Tembeling), dan Jalan Jerantut-Padang Piol-Kuala Tahan.
4. Menggunakan kon atau bollard yang boleh memantulkan cahaya untuk
meningkatkan jarak nampakan dan memandu arah bagi meningkatkan keselamatan
pemandu.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-16
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iv. STRATEGI 4 : Mempertingkatkan Penggunaan Dan Kualiti Kemudahan
Pengangkutan Awam
a. CADANGAN 1 : Membina Terminal Bas Baru di Pusat Bandar Jerantut
Antara cadangan untuk meningkatkan pengangkutan awam di Daerah Jerantut adalah
pembinaan terminal bas baru di Pusat Bandar Jerantut yang dilengkapi dengan kemudahan
penumpang yang lebih baik. Cadangan terminal bas baru ini adalah cadangan komited yang
terletak bersebelahan dengan Pasar Awam Jerantut. Cadangan terminal bas baru ini
bertujuan untuk meningkatkan kapasiti terminal, memberi persekitaran yang lebih selesa
kepada penumpang dan memberi peluang kepada perkhidmatan sokongan kepada terminal
teksi dan kereta sewa. Di samping itu, cadangan laluan bas juga di buat bagi memastikan
laluan pengangkutan awam menjadi lancar.
Antara elemen-elemen yang perlu disediakan di terminal bas adalah seperti petak letak bas,
petak letak teksi, kaunter penjualan tiket, kaunter maklumat, kemudahan seperti tandas,
surau dan gerai, ruang menunggu serta tempat duduk yang selesa, tempat letak kereta,
tempat letak motosikal, sirkulasi dan landskap.
b. CADANGAN 2 : Mengenalpasti Laluan Baru Perkhidmatan Bas Dan
Menggunakan Sistem Bas Mini Untuk Meningkatkan
Aksesibiliti Kawasan Luar Bandar Terutama Kawasan
Petempatan FELDA
Cadangan laluan baru perkhidmatan bas awam ke rancangan-rancangan FELDA yang
berpotensi seperti dari Bandar Jerantut ke Gugusan FELDA Gelangggi 1,2,3 dan 4 dan Bandar
Jerantut ke FELDA Sungai Tekam dan FELDA Tekam Utara. Cadangan ini termasuklah
menggunakan sistem bas mini yang berkapasiti kecil iaitu antara 20 hingga 24 orang.
c. CADANGAN 3 : Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam
Untuk Menyokong Cadangan Sempadan Had Masuk
Kenderaan Persendirian ke Taman Negara serta
Menyokong Sektor Pelancongan Taman Negara
Perkhidmatan pengangkutan awam harus diperbaiki melalui perkhidmatan berintegrasi.
Perkhidmatan bas dan kereta sewa perlu diintegrasi dengan perkhidmatan keretapi melalui
penyediaan tempat-tempat bas dan kereta sewa serta ruang menunggu di stesen KTMB
Bandar Jerantut bagi mewujudkan perkhidmatan yang berkesan.
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-17
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Selain itu, perkhidmatan bas ke Taman Negara (shuttle bus) dipertingkatkan dengan
menghadkan kenderaan persendirian masuk ke Taman Negara bagi menjaga kemampanan
kawasan Taman Negara di samping mengatasi masalah kesesakan dan ketidakcukupan
ruang meletak kenderaan di kawasan Jeti Kuala Tahan. Cadangan had masuk kenderaan
persendirian ke Taman Negara ini adalah sejauh 300 m dari Jeti Kuala Tahan dan semua
kenderaan persendirian harus diletakkan di kawasan tempat letak kereta berhampiran yang
disediakan di pintu masuk tersebut. (Rujuk Rajah 9.1.6)
TERAS 6 – SEKTOR PENGANGKUTAN & LALULINTAS
9-18
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
10.0 PENUTUP
Penglibatan pelbagai jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta maklum
balas dari orang awam semasa program publisiti diadakan berupaya memantapkan laporan ini.
Memandangkan ia berbentuk multi sektoral, maka ianya sesuai untuk rujukan pelbagai jabatan yang
lazimnya terlibat dengan pembangunan di Daerah Jerantut.
Oleh kerana perancangan dan pengurusan guna tanah berkait rapat dengan kuasa pasaran yang
sentiasa bersifat dinamik, pengubahsuaian terhadap laporan ini adalah wajar dan diperuntukkan
dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Kerjasama dengan Majlis Daerah Jerantut bagi menjadikan laporan ini sentiasa relevan untuk
rujukan adalah satu tindakan murni bagi menjamin penghasilan output dan outcome yang berkualiti.
PENUTUP
10-1