RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.7 : Cadangan Pembangunan Infrastruktur Pertanian di Tapak Pertanian dan
Penternakan Haiwan.
Cadangan Pembangunan Pembinaan Infrastruktur Pertanian Di Tapak Pertanian Dan
Penternakan Haiwan.
Membangunkan sistem pengairan dan saliran.
Menurap jalan sediada yang belum berturap.
Menambah jalan-jalan baru dengan jalan berturap.
Mukim/Blok Perancangan Semua kawasan pertanian dan penternakan.
Penggunaan Tanah Sediada Kelapa sawit, getah dan tanaman lain.
Ekonomi- Meningkatkan produktiviti tanaman dan penternakan
haiwan.
Justifikasi Cadangan Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi petani dan penduduk
setempat.
Viabiliti –Berdaya maju
Agensi Berkaitan Majlis Daerah Jerantut
Jabatan Kerja Raya
Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Pertanian
Pelan Rajah 4.1.3 : Meningkatkan Produktiviti Pertanian (Tanaman).
v. Cadangan Pembangunan Tanah-tanah Pertanian Terbiar
Tanah terbiar yang terdapat di Daerah Jerantut perlu dibangunkan untuk menjadikan
kawasan-kawasan tersebut sebagai kawasan pertanian yang produktif. Bagi kawasan padi,
usaha perlu dijalankan bagi mengadakan sistem pengairan dan saliran bagi membolehkan
kawasan ini dibangunkan secara komersil. Bagi kawasan berisiko banjir pula ianya boleh
digunakan dengan menanam tanaman singkat masa di luar musim banjir.
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-14
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.8 : Cadangan Pembangunan Semula Tanah Pertanian Terbiar.
Cadangan Pembangunan Pembangunan Semula Tanah-tanah Pertanian Terbiar, Semak,
Belukar Dan Lalang
Mukim/Blok Perancangan BP1, BP2 BP3, BP4, BP5, BP6, BP7, BP8, BP9 BP10
BPK 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 2.1, 2.2, 2.3, 3.1, 3.2, 3.3, 4.2, 5.2, 5.3, 6.1,
6.2, 6.4, 6.5, 6.6, 6.7, 6.8, 6.9 7.1, 7.2, 8.1, 9.1 10.1, 10.3
Luas Kawasan Cadangan
(Hektar) 4,706 hektar
( Kelapa Sawit = 243 hektar)
( Getah = 487 hektar)
( Lain-lain tanaman = 297 hektar)
( Pemuliharaan hutan = 3,679 hektar)
Penggunaan Tanah Sediada Tanah Terbiar (Semak, belukar dan lalang).
Justifikasi Cadangan
Ekonomi- Memajukan tanah pertanian terbiar akan
mendatangkan keuntungan dan pendapatan kepada petani
seperti tanaman padi, getah, buah-buahan, tanaman herba dan
sebagainya.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi petani.
Viabiliti –Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Pertanian
Jabatan Perikanan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Pemilik tanah/Petani
Pelan Rajah 4.1.3 : Meningkatkan Produktiviti Pertanian (Tanaman).
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-15
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
4.1.3 Cadangan Pembangunan Penternakan Haiwan
i. Cadangan Pembangunan Projek Integrasi Pertanian Dan Penternakan
Salah satu caranya adalah dengan mengintegrasikan ternakan haiwan atau perikanan ke
dalam kawasan tanaman. Di antara projek integrasi yang boleh berdaya maju adalah
ternakan ayam. Lembu, kambing dan bebiri dalam kawasan kelapa sawit, kebun getah dan
kebun buah-buahan, serta ternakan ikan air tawar dalam kawasan sawah padi termasuk
kawasan tali air dan di kawasan berpaya.
Projek ini berpotensi untuk membangun dan dimajukan bagi meningkatkan taraf sosio-
ekonomi penduduk setempat, selain membangunkan tanah pertanian secara optimum.
Jadual 4.1.9 : Unjuran Pelbagai Jenis Ternakan Di Daerah Jerantut.
Jenis 2007 2010 2015 2020 Perbezaan
Ternakan (2020-2007)
7,195 10,000 18,000 30,000
Lembu 22,805
241
Kerbau 259 270 280 500
1,171 2,500 5,000 8,000 6,829
Kambing & 301,900 320,400 354,000 390,500
Bebiri 88,600
-1,500
Ayam & Itik 116,975
Babi 1,500 0 0 0
Jumlah 312,025 333,170 377,280 429,000
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-17
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.10 : Cadangan Projek Integrasi Pertanian dan Penternakan.
Cadangan Pembangunan Projek Integrasi Pertanian Dan Penternakan
Mukim/Blok Perancangan BP1, BP2, BP3, BP4, BP5, BP6
BPK 1.4, 2.1, 2.2, 2.4, 2.5, 3.3, 4.5, 5.2, 6.4
Luas Kawasan Cadangan
Penggunaan Tanah Sediada Kesemua kawasan pertanian, terutamanya kelapa sawit dan
getah.
Kelapa sawit dan getah
Justifikasi Cadangan Ekonomi-Meningkatkan pendapatan petani serta
meningkatkan produktiviti penternakan haiwan khususnya.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi petani dan penternak.
Viabiliti – Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
FELDA
FELCRA
RISDA
Pelan Rajah 4.1.4 : Cadangan Pembangunan Penternakan Haiwan.
ii. Cadangan Meningkatkan Produktiviti Ternakan Ayam Secara Mesra Alam
Aktiviti pernternakan ayam di Daerah Jeantut harus dipertingkatkan dan dibangunkan secara
komersil. Ladang perusahaan penternakan ayam pedaging dan ayam penelur harus
dinaiktarafkan kepada ”Sistem Tertutup” yang tidak mencemarkan alam sekitar.
Jadual 4.1.11 : Cadangan Meningkatkan Produktiviti Ternakan Ayam Secara Mesra
Alam.
Cadangan Pembangunan Meningkatkan Produktiviti Ternakan Ayam Secara Mesra
Alam
Mengunakan reban ”sistem tertutup” dan mewujudkan
suasana persekitaran yang mesra alam.
Meningkatkan pengeluaran daging ayam yang bermutu,
penghasilan telur yang berkualiti.
Memperbesarkan kawasan sediada.
Mukim/Blok Perancangan BP2, BP4 dan BP6
BPK 2.1, 4.5 dan 6.4
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-18
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Sambungan Jadual 4.1.11 Penternakan Ayam
Penggunaan Tanah Sediada Ekonomi - Menambahkan pendapatan penduduk dan
penternak.
Justifikasi Cadangan
Sosial - Mewujudkan suasana persekitaran yang mesra alam
Agensi Berkaitan dan kawalan keselamatan yang tinggi di samping meningkatkan
Pelan sosio- ekonomi penternak.
Viabiliti – Berdaya maju.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Majlis Daerah Jerantut
Pihak Swasta
Rajah 4.1.4 : Cadangan Pembangunan Penternakan Haiwan
iii. Cadangan Penternakan Burung Walit Secara Komersil Dan Terkawal
Ternakan burung walit mestilah dijalankan di luar kawasan bandar dan mematuhi ”Garis
Panduan Penternakan Burung Walit” yang diusulkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Seperti ternakan lain, lesen kebenaran mestilah diperolehi dari Majlis Daerah Jerantut.
Kawalan penternakan harus dikuatkuasa dan dilaksanakan bagi memastikan agar aktiviti ini
dapat dijalankan secara mesra alam dan tidak membahayakan manusia atau hidupan lain.
Aktiviti ini perlu dikawal selia secara berkesan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar .
Antara isu-isu penternakan burung walit yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:-
Kawasan penternakan haruslah terletak di luar kawasan bandar.
Penternak mestilah mendapat lesen untuk menjalankan aktiviti ini.
Aspek kebersihan dan kesihatan mesti dikawal selia dengan rapi dan ketat.
Tidak dibenarkan percampuran di antara manusia dan ternakan dalam satu
bangunan.
Penternakan mesti dijalankan secara mesra alam dan tidak mencemarkan.
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-19
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.12 : Cadangan Penternakan Burung Walit
Cadangan Pembangunan Perternakan Burung Walit Secara Komersil Dan Mesra Alam
Mukim/Blok Perancangan BP2, BP3
BPK 2.2, 2.4, 2.5, 3.3
Justifikasi Cadangan Ekonomi- Meningkatkan ekonomi kawasan kajian serta
menambahkan pendapatan penduduk dan penternak.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi penternak.
Viabiliti – Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Majlis Daerah Jerantut
Pihak Swasta
Pelan Rajah 4.1.4 : Cadangan Pembangunan Penternakan Haiwan.
iv. Cadangan Mewartakan Kawasan Rizab Padang Ragut
Kawasan rizab haiwan (padang ragut) perlu diwartakan bagi menentukan kawasan-kawasan
ini sentiasa berfungsi sebagai kawasan TKPM untuk ternakan. Kawasan ini juga perlu
dibangunkan sepenuhnya dan diusahakan secara komersil. Di samping pembangunan
sebagai TKPM, padang ragut ini juga boleh dibangunkan sebagai pusat pembangunan khusus
produk ternakan. Contohnya untuk:
Program agro pelancongan
Pengurusan ternakan tempatan
Formulasi makanan ternakan
Program pembiakan baka
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-20
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.13 : Mewartakan Kawasan Rizab Padang Ragut.
Cadangan Pembangunan Mewartakan Kawasan Rizab Padang Ragut
Mukim/Blok Perancangan BP1, BP2, BP3, BP4, BP5, BP6, BP7, BP9 dan BP10
BPK 1.3, 2.3, 2.3, 3.1, 4.3, 4.5, 5.1, 5.3, 6.1, 6.2, 6.6,7.1, 9.1, 10.2
Luas Kawasan Cadangan
(hektar) 1,963 hektar
112 hektar telah diwartakan ( 5 kawasan).
Justifikasi Cadangan 1,851 hektar masih belum diwartakan ( 27 kawasan).
Ekonomi - Meningkatkan ekonomi kawasan kajian serta
menambahkan pendapatan penduduk dan penternak.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi penternak.
Viabiliti – Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Pelan Pihak Swasta
Pejabat Tanah dan Daerah
Rajah 4.1.4 : Cadangan Pembangunan Penternakan Haiwan.
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-21
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
4.1.4 Cadangan Pembangunan Perikanan (Akuakultur)
i. Cadangan Meningkatkan Produktiviti Perikanan (Akuakultur)
Kawasan aktiviti akuakultur dicadang dipertingkatkan lagi untuk meningkatkan produktiviti
perikanan. Di antara program yang dicadang untuk dilaksanakan termasuklah
membangunkan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan aktiviti akuakultur sediada
dengan menambahkan keluasan kolam dan sangkar kepada anggaran 1640
(kolam/sangkar/tangki simen). Selain itu, semua kawasan sungai dan kawasan berpaya yang
berpotensi untuk aktiviti akuakultur juga dicadang untuk dikenalpasti dan dibangunkan
sebagai kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA).
Jadual 4.1.14 : Cadangan Meningkatkan Produktiviti Perikanan (Akuakultur).
Cadangan Pembangunan Meningkatkan Produktiviti Perikanan (Akuakultur)
Mukim/Blok Perancangan BP1, BP2, BP3, BP4, BP5, BP6, BP7, BP8, BP10
BPK 1.2, 2.2, 2.3, 2.4,3.1, 3.2, 3.3, 4.1, 4.5, 5.1, 5.3, 6.1, 6.3, 6.4, 6.6,
7.1, 8.1, 10.2, 10.3
Semasa 2020
Bilangan Sangkar, Kolam Sangkar 630 1000
Dan Tangki Kolam 567 600
Tangki 27 40
Sungai dan Kolam
Penggunaan tanah
sediada Ekonomi - Kawasan-kawasan yang dicadangkan ini berpotensi dan
sesuai untuk ternakan akuakultur dan ia harus digunakan
Justifikasi Cadangan sepenuhnya untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran
akuakultur serta meningkatkan pendapatan pengusaha dan
ekonomi Daerah Jerantut.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi pengusaha
Viabiliti – Berdaya maju
Agensi Berkaitan Jabatan Perikanan
Pihak Swasta
Pelan Rajah 4.1.5 : Cadangan Pembangunan Perikanan (Akuakultur).
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-23
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. Cadangan Menambahkan Pengeluaran Anak Benih Ikan Dan Memperkayakan
Sumber Ikan Dan Perikanan Rekreasi Di Perairan Umum
Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok telah pun memulakan program ”pelepasan umum”
sejak tahun 2005 dan dianggarkan sebanyak 1,000,000 ekor anak ikan dilepaskan setahun.
Program ini dicadang dipertingkatkan kepada 2,000,000 ekor setahun. Program ini akan
menjadikan sungai-sungai di Daerah Jerantut kaya dengan sumber ikan dan seterusnya akan
menggalakkan penduduk menambah mata pencarian dengan menangkap ikan dan pada
masa yang sama menggalakkan sport fishing.
Jadual 4.1.15 : Cadangan Menambah Pengeluaran Anak Benih Ikan dan
Memperkayakan Sumber Ikan dan Perikanan Rekreasi di Perairan
Umum
Cadangan Pembangunan Menambah Pengeluaran Anak Benih Ikan Dan
Memperkayakan Sumber Ikan Serta Perikanan Rekreasi Di
Perairan Umum
Mukim/Blok Perancangan BP 3 , BP 6
BPK 3.1, 6.4
Penggunaan Tanah Sediada Aliran Sungai (Sg. Pahang, Sg. Tembeling), badan air awam dan
kawasan berpaya
Justifikasi Cadangan Ekonomi – Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan kawasan
memancing, terutamanya untuk menarik minat pelancong dan
sungai yang ada ini boleh dijadikan sebagai produk
pelancongan sukan memancing (perikanan rekreasi).
Sosial – Meningkatkan sosio- ekonomi penduduk tempatan
Viabiliti – Berdaya maju
Agensi Berkaitan Jabatan Perikanan
Majlis Daerah Jerantut
JKKK
PPA Perlok ( Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok
Pelan Rajah 4.1.5 : Cadangan Pembangunan Perikanan (Akuakultur)
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-24
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii. Cadangan Memperluaskan Kawasan Santuari Kelah dan Memperkenalkan Zon
Larangan Menangkap Ikan
Bagi menjadikan ikan Kelah menjadi ikon kepada Daerah Jerantut dan tarikan utama
pelancong, Santuari Kelah sediada perlu dikekalkan dan kawasan baru yang sesuai
diwujudkan sebagai Santuari Kelah. Seiring dengan itu dua lagi sungai akan dizonkan sebagai
kawasan larangan menangkap ikan iaitu di Sungai Keniyam dan Sungai Sat.
Jadual 4.1.16 : Cadangan Memperluaskan Kawasan Santuari Kelah Sediada Dan
Memperkenalkan Lokasi Baru
Cadangan pembangunan Memperluaskan Kawasan Santuari Kelah Sediada Dan
Mukim/Blok Perancangan Memperkenalkan Lokasi Baru Bagi Santuari Kelah dan Zon
BPK Larangan Menangkap Ikan
Penggunaan Tanah Sediada
BP 4, BP 10
Justifikasi Cadangan
4.6, 10.1
Kawasan sungai dan hutan.
Ekonomi - Menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan
antarabangsa serta mempromosi ikan Kelah.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi penduduk tempatan.
Viabiliti – Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Perhilitan
Jabatan Perikanan
Majlis Daerah Jerantut
Pelan Rajah 4.1.5 : Cadangan Pembangunan Perikanan (Akuakultur).
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-25
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
4.1.5 Cadangan Pembangunan Aktiviti Industri Asas Tani (IAT)
Industri asas tani boleh dianggap telah berjaya bertapak di Daerah Jerantut. Daya usaha
untuk membangunkan lagi sub sektor ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya
pengusaha sediada dapat mengembangkan perusahaannya manakala usahawan baru
diperkenalkan. Perkembangan aktiviti ini akan menambah permintaan bahan asas dan
seterusnya menambah pendapatan bukan sahaja pengusaha IAT bahkan juga petani
setempat. Antara komponen pembangunan yang boleh dimajukan adalah:-
Kedai-kedai dan gerai jualan mampu milik atau untuk disewa kepada petani,
penternak dan para pengusaha sektor pertanian serta industri asas tani iaitu Pusat
Pengumpulan Dan Pemasaran Hasil Pertanian.
Melatih pengusaha sediada dan pengusaha baru.
Menggalakkan pengusaha sediada menambahkan pengeluaran.
Jadual 4.1.17 : Cadangan Pembangunan Aktiviti Industri Asas Tani.
Cadangan Pembangunan Membangunkan Dan Mengembangkan Aktiviti Industri Asas
Tani
Mukim/Blok Perancangan BP 2, BP6, BP7
BPK 2.3, 6.1, 6.3, 6.6, 7.1
Justifikasi Cadangan
Ekonomi - Mengembangkan perusahaan IAT dan meningkatkan
pendapatan pengusahanya disamping meningkatkan ekonomi
kawasan kajian.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi penduduk tempatan.
Agensi Berkaitan Viabiliti – Berdaya maju.
Pelan
Jabatan Pertanian
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perikanan
FELDA
FELCRA
RISDA
Rajah 4.1.6 : Cadangan Pembangunan Industri Asas Tani dan
Pusat Pengumpulan Dan Pemasaran Hasil Pertanian
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-27
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
4.1.6 Cadangan Pembangunan Pusat Pengumpulan Dan Pemasaran Hasil Pertanian
Pembangunan pusat pengumpulan dan pemasaran hasil pertanian dapat membantu
meningkatkan sumber pendapatan kepada para petani, penternak dan pengusaha IAT.
Pembangunan pusat ini terdiri daripada kedai-kedai dan gerai-gerai jualan mampu milik
atau untuk disewa kepada petani, penternak dan para pengusaha di sektor pertanian serta
industri asas tani.
Jadual 4.1.18 : Cadangan Pembangunan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil
Pertanian
Cadangan Pembangunan Membangunkan Pusat Pengumpulan Dan Pemasaran Hasil
Pertanian
Mukim/Blok Perancangan
BPK BP1
1.1
Luas Kawasan Cadangan 8-10 pintu/ lot komersil bagi setiap Pusat Pengumpulan Dan
Penggunaan Tanah Sediada Pemasaran Hasil Pertanian
Justifikasi Cadangan Tanah Kosong
Agensi Berkaitan Ekonomi – Meningkatkan sumber pendapatan kepada para
Pelan petani, penternak dan pengusaha IAT dengan menjanjikan
pasaran yang tetap dan harga pemasaran yang berpatutan
tanpa melalui orang tengah.
Sosial - Meningkatkan sosio ekonomi penduduk tempatan,
terutama petani /penternak terlibat.
Viabiliti –Berdaya maju
Jabatan Pertanian
Jabatan Kerja Raya
Majlis Daerah Jerantut
Peserta-peserta TKPM
Rajah 4.1.6 : Cadangan Pembangunan Industri Asas Tani dan
Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Pertanian
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-28
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Rajah 4.1.6 : Pelan Cadangan Pembangunan Industri Asas Tani Dan Pusat
Pengumpulan Dan Pemasaran Hasil Pertanian
JALAN JERANTUT - MARAN
77777333333
HHeennttiiaann
77777777999999 IInnddeerraappuurraa
TTaammaann IInnddeerraappuurraa
77778888999222
7777888999333
TTaammaann PPeeddaahh JJaayyaa
4.1.7 Cadangan Pembangunan Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
Selaras dengan matlamat membangunkan satu daerah satu industri, Daerah Jerantut
dicadang untuk memajukan industri yang berkaitan dengan produk perikanan seperti ikan
Kelah dan ikan Temoleh. Bagi menyokong pembangunan ini, kawasan Santuari Kelah
sediada akan diperluaskan serta memajukan kawasan baru untuk pembangunan Santuari
Kelah di Sungai Keniyam dan Sungai Sat. Cadangan memperkenalkan zon baru larangan
menangkap ikan di Sungai Tembeling juga akan membantu menyokong industri ini.
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-29
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
4.1.8 Cadangan Pembangunan Perhutanan
i. Menambah Baik Kawasan Hutan Lipur
Kawasan hutan lipur merupakan produk terbaik bagi menarik pelancong. Hutan-hutan lipur
sediada perlu dibaik pulih untuk menarik lebih ramai pelancong, terutamanya pelancong
asing. Di samping itu aspek pengangkutan juga antara infrastruktur yang perlu diberi
perhatian adalah rangkaian jalan raya.
Kawasan Kompleks Pelancongan di Sungai Tabung perlu dibaik pulih dan dijadikan tarikan
pelancong dengan membaik pulih kemudahan sediada seperti hostel, chalet, jeti dan canopy
walk.
Jadual 4.1.19 : Cadangan Menambahbaik Kawasan Hutan Lipur
Cadangan Pembangunan Menambahbaik Kawasan Hutan Lipur
Mukim/Blok Perancangan BP5, BP7, BP10
BPK 5.4, 7.2, 10.2
Penggunaan Tanah Sediada Hutan
Justifikasi Cadangan Ekonomi - Menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan
antarabangsa.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi penduduk tempatan.
Viabiliti – Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Perhutanan
Majlis Daerah Jerantut
Pelan Rajah 4.1.7 : Cadangan Pembangunan Perhutanan
ii. Cadangan Membangunkan Institut Taman Negara
Bagi memantapkan lagi pembangunan Taman Negara sebagai daya tarikan utama
pelancongan dan sumber flora dan fauna adalah dicadangkan supaya Institut Taman Negara
ditubuhkan dan dibangunkan di Kuala Tahan.
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-30
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.20 : Cadangan Membangunkan Institut Taman Negara.
Cadangan Pembangunan Membangunkan Institut Taman Negara
Mukim/Blok Perancangan BP 4
BPK 4.4
Penggunaan Tanah Sediada Tanah kosong milik kerajaan
Ekonomi - Menarik kedatangan pelancong tempatan dan
antarabangsa.
Justifikasi Cadangan Sosial – Melatih dan melengkapkan pengetahuan terhadap
pembangunan Taman Negara.
Penyelidikan— Penyelidikan mengenai fauna dan flora
secara saintifik oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa.
Viabiliti – Berdaya maju ( Memelihara hutan semasa).
Agensi Berkaitan Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan lain-lain
berkaitan
Pelan Rajah 4.1.7 : Cadangan Pembangunan Perhutanan
iii. Cadangan Membaikpulih Kawasan Hutan Dengan Memperkayakan Biodiversiti
Flora Dan Fauna Serta Perhutanan Semula Kawasan-kawasan Tanah Terbiar Di
Dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Dan Taman Negara.
Bagi mengatasi masalah kekurangan binatang liar dan flora yang menjadi tarikan pelancong
ekologi, usaha memperkayakan biodiversiti flora dan fauna perlu dilakukan. Di antara
binatang liar yang boleh diperkayakan termasuklah rusa, kancil, burung, ikan, ayam hutan,
badak, tapir, seladang, kerbau, biawak dan monyet. Sungai-sungai yang berada di kawasan
hutan diperkayakan dengan kehidupan air melalui pelepasan benih ikan.
Kawasan tanah terbiar belukar dan semak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal
dicadangkan untuk dibaik pulih dengan perhutanan semula supaya sumber hutan dipelihara
dan dijaga.
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-31
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.1.21 : Cadangan Memperkayakan Biodiversiti Flora Dan Fauna.
Cadangan pembangunan Membaik Pulih Kawasan Hutan Dan Memperkayakan
Biodiversiti Flora Dan Fauna
Mukim/Blok Perancangan BP 2, BP4, BP4, BP5, BP6, BP7, BP10
BPK 2.5, 4.3, 4.4, 4.5, 4.6, 5.4, 6.9, 7.2, 10.1, 10.2, 10.3
Luas Kawasan Cadangan Keseluruhan Kawasan Hutan Simpan Kekal dan Taman Negara.
(Hektar)
Penggunaan Tanah Sediada Hutan/ Tanah Terbiar di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal.
Justifikasi Cadangan Ekonomi - Menarik kedatangan pelancong tempatan dan
antarabangsa.
Sosial - Meningkatkan sosio- ekonomi penduduk tempatan.
Viabiliti – Berdaya maju.
Agensi Berkaitan Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhilitan
WWF
Pelan Rajah 4.1.7 : Cadangan Pembangunan Perhutanan
TERAS 1 : SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
4-32
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
4.2 PERINDUSTRIAN
4.2.1 Prospek Perindustrian Daerah Jerantut
Kajian mendapati keluasan kawasan industri sediada adalah seluas 141.057 hektar,
merangkumi kawasan industri terancang dan luar kawasan terancang. Hanya terdapat
sebuah industri terancang iaitu Kawasan Industri Jerantut di persimpangan Jalan ke
Temerloh dan Jalan ke Maran. Tiada industri komited di Daerah Jerantut. Walau
bagaimanapun wujud keperluan tanah industri terutama bagi pembangunan industri kecil
sederhana dan industri berasaskan sumber. Di samping itu pertimbangan bagi
mengezonkan sebahagian kawasan industri luar kawasan terancang di Jalan Jerantut-Maran
perlu diambil kira terutama dengan kewujudan industri bermodal besar seperti Lee Rubber
(Kilang Sawit) dan kawasan kilang papan di Jerantut Feri.
Dalam aspek sumbangan KDNK perindustrian, asas kajian adalah RSN Pahang yang
mengunjurkan pertumbuhan KDDK industri bagi seluruh daerah dalam Negeri Pahang.
Daerah Jerantut dijangka akan mengalami pertumbuhan sederhana tinggi iaitu KPPT purata
2000-2020 sebanyak 8.3% berbanding peringkat negeri 10.75%. Perkembangan Daerah
Jerantut ini lebih rendah daripada Daerah Kuantan (11.7%), Bentong (11.5%) dan Temerloh
(11.2%) yang menjadi tumpuan industri negeri dengan kelebihan kemudahsampaian melalui
Lebuhraya Pantai Timur, kemudahan infrastruktur sokongan yang kukuh (pelabuhan) dan
tumpuan industri asas eksport.
Strategi dan polisi ECER yang memperkenalkan tumpuan Negeri Pahang sebagai kawasan
industri pembuatan :
Produk Asas Tani
Kelompok Industri Minyak Sawit
Makanan Dan Produk Halal
Kelompok Asas Kayu Getah
Plastik dan Polimer
Automotif Dan Alatan Pengangkutan
Bahan Elektrik Dan Elektronik
Kraftangan, Tekstil Dan Pakaian
Dalam senarai industri di atas, industri berasaskan produk asas tani, kelompok industri
minyak sawit, makanan dan produk halal dan industri berasaskan kayu dan kayu getah
merupakan potensi utama di Daerah Jerantut.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-34
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Walaupun Jerantut tidak disenaraikan sebagai kawasan utama industri di peringkat ECER,
penekanan industri di Kuantan dan Pekan serta pelaburan bagi menjadikan Pelabuhan
Kuantan (KPC) sebagai pusat pengagihan utama produk halal bagi kawasan timur dan Asia
Pasifik akan memberi kesan positif industri berasaskan makanan dan produk halal yang akan
dicadangkan di Jerantut.
Kajian RSN Pahang 2020 telah mengunjurkan sumbangan KDNK perindustrian di peringkat
Daerah Jerantut dijangka akan meningkat daripada 83.4 juta pada tahun 2000 kepada 410
juta pada tahun 2020 merupakan sumbangan tertinggi bagi Zon Utara Negeri Pahang.
Kepentingan sektor perindustrian di peringkat Daerah Jerantut dijangka lebih ketara pada
tahun 2020 dengan pertumbuhan tertinggi sektoral adalah di bidang pembuatan, kewangan
dan perdagangan. (Rajah 4.2.1).
Rajah 4.2.1 : KDNK Daerah Jerantut Mengikut Sektor, 2000 dan 2020
Sumber : Draf Laporan Teknikal, RSN Pahang 2020 (Bab 4 (M/s 46)
i. Kelompok Industri Berpotensi
Kajian mendapati kelompok industri utama yang berpotensi adalah :
Industri berasaskan kayu dan keluaran kayu, papan gergaji dan perabut.
Kelompok Makanan dan Produk Halal
Industri hiliran berasaskan keluaran hasil pertanian terutama kelapa sawit seperti
sabun, minyak dan lain-lain.
Industri IKS besi dalam pembentukan logam dan hardware.
Industri perkhidmatan (bengkel) dan industri bahan binaan.
Industri IKS pertanian dan kraftangan berasaskan keperluan dan permintaan
pelancongan seperti cenderamata, makanan dan minuman.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-35
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jenis lot yang perlu disediakan adalah lot bersaiz sederhana dan besar dengan keluasan
minimum sesebuah adalah 1000 mps hingga 1500 mps; berkembar 500 mps hingga 1000
mps per unit. Sementara lot-lot teres perlu diminimumkan untuk tujuan industri
perkhidmatan seperti bengkel dengan jumlah yang bersesuaian.
ii. Unjuran dan Keperluan Industri Masa Hadapan
Berdasarkan penemuan dan analisis di atas, Jadual 4.2.1 menunjukkan unjuran keperluan
kawasan industri di Daerah Jerantut.
Justifikasi bagi unjuran keperluan industri adalah dirumuskan sebagaimana berikut :
Disebabkan unjuran RSN Pahang 2020 yang agak tinggi berbanding prestasi ekonomi
semasa dan sektor industri di Daerah Jerantut, unjuran keperluan industri masa
hadapan telah menggunakan kajian asas semasa sebagaimana Laporan Penemuan
RTD Jerantut.
Jumlah tenaga kerja dalam sektor pembuatan adalah berasaskan unjuran tenaga
buruh perindustrian yang dikira berdasarkan senario perkembangan industri semasa
dan kajian Laporan Penduduk, RTD Jerantut 2020. Jumlah tenaga kerja industri
dianggarkan berjumlah 4,182 orang pada tahun 2020, berbanding 3,592 pada
tahun 2000.
Peratus bilangan penyertaan pekerja dalam bidang industri adalah berasaskan
jumlah 4.45% , iaitu lebih rendah dari peringkat negeri.
Keperluan tanah industri terancang adalah diunjurkan seluas 107 hektar sehingga
tahun 2020 dengan tambahan minimum 85.72 hektar diperlukan sebelum tahun
2020.
Cadangan hub industri baru dicadangkan untuk mengukuhkan sektor perindustrian
di Daerah Jerantut. Pelaburan utama dijangka akan bertambah untuk perindustrian
sektor perkayuan e-perkhidmatan dan industri makanan halal.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-36
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 4.2.1 : Unjuran Keperluan Kawasan Industri Daerah Jerantut, 2010 - 2020
Perkara 2000 2010 2015 2020
80,685 99,934 108,546 117,110
Jumlah Penduduk 3,592 3,701
3,845 4,182
Jumlah Tenaga Kerja Sektor - 21.28
Pembuatan1 0 0 - -
Keluasan kawasan industri - - - -
terancang semasa (hek)2 99 107
Jumlah Komited3 - - 77.72 85.72
hektar hektar
Jumlah Keperluan Keluasan
Kawasan Industri (hek)4
Tambahan diperlukan4
Sumber : RT Daerah Jerantut Sektor Industri dan RSN Pahang 2020
1. Jumlah tenaga kerja sektor PEMBUATAN sahaja
2. Hanya industri terancang SEMASA (2010)
3. Jumlah komited adalah tiada
4. Jumlah keperluan dan tambahan hanya untuk masa depan
Penekanan pembangunan industri bagi Daerah Jerantut adalah untuk menggalakkan dan
meningkatkan daya saing dan comparative advantage pelaburan industri, memperkenalkan
dan mengukuhkan kelompok industri berpotensi dan berdaya maju serta mengelakkan
industri yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar; sesuai dengan wawasan
pembangunan Daerah Jerantut iaitu Daerah Taman Negara.
4.2.2 Konsep Dan Strategi Pembangunan
Strategi utama pembangunan perindustrian dibentuk dengan tujuan supaya ia mudah
laksana dan berasaskan potensi sediada di Daerah Jerantut. Pembangunan industri perlu
ditumpukan di dalam pengkhususan tertentu dan dengan penekanan untuk meningkatkan
keupayaan infrastruktur daerah untuk menarik pelaburan sehingga 2020. Sektor perkayuan
dan perkhidmatan; dan pelaburan utama adalah di bidang industri makanan halal.
STRATEGI 1 Mengukuhkan Comparative Advantages Bagi Peningkatan Pelaburan Dan
Daya Saing Sektor Industri Di Jerantut.
STRATEGI 2 Mengukuhkan Kelompok Industri Semasa Berpotensi Iaitu Kelompok
Perkayuan Dan Perkhidmatan.
STRATEGI 3 Memperkenalkan Jenis Dan Kelompok Industri Baru Yang Berdaya Maju
Dan Berpotensi Untuk Diperkembangkan Di Jerantut.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-37
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
STRATEGI 4 Memperkukuhkan Pengawalan Industri Yang Memberi Kesan Negatif
Terhadap Alam Sekitar.
4.2.3 Cadangan Pembangunan
Cadangan utama kawasan industri adalah ditujukan dalam Jadual 4.2.2.
Jadual 4.2.2 : Cadangan Kawasan Perindustrian Daerah Jerantut 2020
BP / Kawasan Status Maklumat Industri
BP1 BPK 1.2 Cadangan Luas keseluruhan 43.564 hektar.
Terletak di Jalan Jerantut-Maran dan
Jerantut Feri Kawasan kawasan Jerantut Feri
Kawasan kelompok perkayuan,
Perindustrian hardware dan perkhidmatan
Disokong oleh bilangan penduduk BP
Utama/Baru Pedah di Jerantut paling tinggi dan
tumpuan
Berasaskan IKS Kawasan kelompok perkayuan,
hardware dan perkhidmatan
dan Produk
Kawasan kelompok perkayuan,
Makanan Halal hardware dan perkhidmatan
BPK 1.1 Cadangan Luas kawasan setiap satu adalah 4
Bandar Jerantut Kawasan hektar.
BPK 1.3 Perindustrian Terletak di kawasan tumpuan utama
Betong Baru petempatan di Daerah Jerantut
BPK 1.4 Kawasan cadangan adalah kawasan
Sg. Par potensi sediada dan mempunyai
(Jln Batu 1) sumber tempatan
Industri berasaskan pertanian dan
BP2 BPK 2.1 Cadangan kecil-kecilan di peringkat tempatan
Temin Kawasan
Perindustrian
Baru
BP6 Hulu Cheka, Cadangan
Damak Kawasan
Industri Kecil
BP4 Kuala Tahan
BP10 Hulu
Tembeling
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
Industri Pembuatan (Perkayuan), Perkhidmatan Dan Pembuatan Makanan Halal Dijangka
Mampu Menyumbang Kepada Ekonomi Daerah Jerantut.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-38
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Penerangan bagi strategi tersebut adalah dijelaskan sebagaimana berikut:
i. STRATEGI 1 : Mengukuhkan Comparative Advantages Bagi Peningkatan
Pelaburan Dan Daya Saing Sektor Industri Daerah Jerantut.
a. Cadangan 1 : Peningkatan Aksessibiliti Jalanraya
Di antara aspek utama dicadangkan dalam mencapai strategi ini adalah aksessibiliti sebagai
satu aspek peningkatan minat pelabur. Penaiktarafan jalan sediada sangat diperlukan di
samping memastikan penyediaan rangkaian jalan baru. Di antara cadangan penting
jalanraya yang memberi kesan kepada pembangunan industri adalah seperti berikut :
• Naik taraf rangkaian jalanraya wilayah; terutama yang menghubungkan Jerantut
dengan bandar utama di daerah bersempadan seperti Jalan Jerantut - Temerloh
(melibatkan bersama laluan ke Lebuhraya Pantai Timur), Jalan Jerantut-Maran; Jalan
Jerantut – Lipis dan Jerantut – Benta.
• Rangkaian jalan dalaman bagi kawasan industri yang dikenal pasti iaitu Kawasan
Industri Jerantut.
• Rangkaian jalan dalaman dan aksessibiliti yang berkesan bagi cadangan kawasan
perindustrian yang baru.
Sila rujuk cadangan pembangunan jalanraya dalam Sektor Pengangkutan Dan Lalulintas dan
perincian cadangan mengikut blok perancangan.
b. Cadangan 2 : Peningkatan Kemudahan Asas Dan Infrastruktur Utama
Daerah Jerantut mempunyai kemudahan asas yang tidak memberi sumbangan dalam sektor
perindustrian. Di antara aspek utama kemudahan asas yang perlu dititik beratkan adalah
bekalan air yang berterusan dan tidak terganggu; bekalan elektrik yang memenuhi kapasiti,
telekomunikasi dan teknologi maklumat. Di antara cadangan penambahbaikan adalah :
Sistem bekalan air dengan kapasiti mencukupi dan berterusan tanpa gangguan.
Pada masa kini sistem bekalan air mengalami gangguan kerap yang akan
mengganggu kelancaran proses pengeluaran dan produktiviti. Sistem rangkaian
dengan pembinaan tangki air bersesuaian akan dicadangan di kawasan industri
baru.
Bekalan elektrik berdasarkan kapasiti diperlukan dan tanpa gangguan.
Sistem telekomunikasi dan teknologi maklumat terkini bagi menampung keperluan
dan permintaan sektor industri.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-39
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan melibatkan infrastruktur asas terperinci adalah dijelaskan dalam Sektor
Infrastruktur Dan Utiliti.
c. Cadangan 3 : Pengurusan Pelaburan Dan Memudahkan Kelulusan
Permohonan
Peranan MIDA, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan Majlis Daerah Jerantut di
peringkat tempatan boleh diperkemaskan dalam memastikan pelabur berminat mendapat
peluang dan mudah mendapat kelulusan pembangunan industri.
Di antara cadangan dikenal pasti adalah :
Pihak MIDA dan PKNP menyalurkan pelaburan peringkat negeri bagi pelaburan
bersesuaian dengan kegiatan industri yang telah diluluskan di peringkat Negeri iaitu
dalam kelompok-kelompok IKS berasaskan pertanian, makanan dan pelancongan
perkayuan, papan dan pengeluaran perabot.
MDJ berperanan meluluskan industri berpotensi dengan membantu dalam
melicinkan proses berkaitan seperti kelulusan lesen, kelulusan bangunan dan
penyaluran bekalan kemudahan. Kerjasama dengan agensi lain yang turut terlibat
dengan IKS terutamanya yang melibatkan penduduk tempatan seperti yang
dijalankan oleh RISDA dalam Program Aktiviti Ekonomi Tambahan(PAET) perlu
mendapat kerjasama dan sokongan padu MDJ, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Memperkenalkan dan mewujudkan kawasan industri khas yang berasaskan
kelompok IKS makanan halal dan kelompok perkayuan. Ia bertujuan memusatkan
kegiatan industri dan memudahkan perancangan, penumpuan penyediaan
kemudahan dan infrastruktur dan galakan pelaburan.
i. STRATEGI 2 : Pengukuhan Kluster Industri Semasa Berpotensi Iaitu Kluster
Perkayuan Dan Perkhidmatan
a. Cadangan 1 : Industri Berasaskan Perkayuan Dan Perkhidmatan Sediada
Penemuan utama menunjukkan industri utama sediada di Daerah Jerantut adalah
kewujudan kilang-kilang papan yang mengeluarkan papan lapis dan kayu bergergaji. Rajah
4.2.2 menunjukkan lokasi kawasan industri perkhidmatan sediada di Taman Industri
Jerantut dan Jalan Jerantut-Maran. Pengukuhan industri ini adalah dengan cara :
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-40
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Pengezonan kawasan industri berkaitan kepada kawasan kelompok perkayuan yang
melibatkan kilang papan, perabot dan lain-lain produk perkayuan. Kawasan
tersebut iaitu di Jerantut Feri (Simpang Jerantut-Maran ke Kuala Tahan) juga
membuka peluang kepada pelabur bagi membuka kilang baru di kawasan tersebut.
Memperkenalkan kawasan industri terancang di kawasan pinggir jalan di sebahagian
besar jalan utama tersebut.
Penyusunan semula kawasan dengan penyediaan kemudahan seperti jalanraya dan
lain-lain infrastruktur asas.
Pemutihan industri tidak terancang sebagai zon industri terkawal (sepanjang Jalan
Jerantut – Maran ke Jerantut Feri).
b. Cadangan 2 : Memindahkan Zon Kelompok Industri Perkhidmatan Ke Jalan
Feri Dan Ke Jalan Batu 1
Kawasan industri sediada di Bandar Jerantut mengalami kemerosotan persekitaran,
menyebabkan banjir berlaku apabila hujan lebat, kurang bersih dan terbiar terutama bagi
lot-lot yang tidak berhadapan jalanraya utama.
Kawasan Industri Jerantut dicadangkan supaya dipindahkan zon kelompok industri
perkhidmatan di Bandar Jerantut ke Jalan Feri dan sebahagiannya ke Jalan Batu 1
berhampiran Kilang Terramaju.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-41
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
i. STRATEGI 3 : Memperkenalkan Kluster Industri Baru Berdaya Maju Dan
Berpotensi Untuk Diperkembangkan Di Daerah Jerantut
a. Cadangan 1 : Mencadangkan Kelompok IKS Makanan Dan Menjadikan
Jerantut Salah Satu Pusat Pengeluaran Makanan Halal Di
Jerantut
Cadangan ini adalah merupakan antara cadangan utama industri di Daerah Jerantut.
Sebuah kawasan telah dikenal pasti seluas 43.564 hektar di Kg. Paya Tampak berhampiran
Jerantut Feri (Rujuk Rajah 4.2.3) yang dizonkan sebagai industri berasaskan makanan dan
IKS.
Kawasan industri dicadangkan sebagaimana berikut :
Melibatkan pengambilan balik tanah bagi tanah yang terletak dalam hakmilik
persendirian.
Penyediaan zon pemisah yang mencukupi bagi mengelakkan kesan negatif kepada
petempatan penduduk terdekat.
Menyediakan lot industri yang telah didirikan bangunan.
Menyediakan tanah kosong yang telah diluluskan dengan bangunan industri
berasaskan pelan seragam yang telah disediakan oleh pihak pemaju dan tuan punya
tanah.
Tumpuan kelompok ini adalah pembuatan makanan halal yang perlu disahkan oleh
Majlis Agama Islam. Di antara industri terbabit yang boleh dicadangkan adalah
pembuatan mi dan bihun, keropok ikan dan bahan berasaskan ikan (fishball dan
lain-lain), sos, kerepek, roti, kek dan lain-lain keluaran bahan berasaskan gandum
dan beras dan sebagainya.
Tumpuan pasaran utama adalah Lembah Klang yang mempunyai jarak 2 jam dari
Jerantut, Kuantan dan pasaran daerah berdekatan seperti Temerloh dan Kuala Lipis.
Perincian cadangan Taman Halal telah diperincikan dalam Garis Panduan Pembangunan
Taman Halal (Jilid 2).
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-43
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Antara Produk-produk Pembuatan Makanan Halal Yang Boleh Diwujudkan.
b. Cadangan 2 : Kelompok Industri Berasaskan Pertanian dan Sumber
Sediada
Kelompok ini sangat penting bagi Daerah Jerantut yang merupakan daerah yang berasaskan
ekonomi pertanian. Cadangan utama bagi strategi ini adalah (Rujuk Rajah 4.2.4) :
Mewujudkan taman-taman industri kecil berasaskan IKS pertanian di Hulu
Tembeling, Kuala Tahan, Ulu Cheka, Damak dan Kuala Tembeling.
Kawasan industri kecil ini mempunyai keluasan antara 4-5 hektar dan
dibangunkan berasaskan kepada potensi industri semasa tempatan.
Pengeluaran utama adalah bahan makanan sama ada skala sederhana atau
kecil-kecilan seperti pengeluaran keropok, manisan, sos dan minuman
hinggalah kepada pemprosesan mi, bihun dan kek atau pastri. Ia bertujuan
memenuhi keperluan penduduk tempatan dan Daerah Jerantut sendiri.
Galakan khas adalah industri kecil yang berasaskan pertanian dan sumber
setempat seperti contohnya ikan salai dan pekasam berasaskan ikan sungai,
membuat gula kabung, dodol dan sebagainya.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-45
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
c. Cadangan 3 : Membangunkan Dan Menggalakkan Industri Berasaskan
Pelancongan
Industri berasaskan pelancongan adalah industri desa, kraftangan dan makanan ringan dan
tradisional. Antara kawasan dikenal pasti adalah di Temin, Ulu Cheka, Bandar Jerantut, Kuala
Tahan dan Kuala Tembeling (Rujuk Rajah 4.2.5). Industri sediada tersebut kebanyakannya
berasaskan makanan seperti bahulu, kerepek dan kuih muih.
Kraftangan utama yang boleh dimajukan adalah barangan berasaskan kayu terbuang dan
kayu hanyut, barangan berasaskan tanah liat (tembikar) dan lain-lain. Lain-lain kraftangan
yang sangat penting dalam memajukan industri jenis ini adalah kraftangan kaum asli seperti
bakul, bahan-bahan pertukangan hutan dan peralatan tradisi masyarakat asli (sumpit,
tombak, lembing, perahu, rakit, bubu, anyaman rotan dan sebagainya). Makanan dan
kraftangan tradisi masyarakat Melayu Pahang seperti songket dan batik Pahang, makanan
berasaskan durian (lempuk, tempoyak, cucur durian), lemang dan rendang Pahang, ikan
sungai salai dan sebagainya juga perlu digalakkan dan diberi perhatian terutama di peringkat
R&D oleh jabatan-jabatan bertanggungjawab bagi memastikan mutu dan kualiti, daya tahan
dan tahap kesihatan serta keselamatan makanan dalam pembuatannya.
iv. STRATEGI 4 : Memperkukuhkan Pengawalan Industri Yang Memberi
Kesan Negatif Terhadap Alam Sekitar
Strategi ini dijangka dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam Sektor Alam Sekitar. Strategi ini
sangat perlu ditekankan memandangkan Daerah Jerantut adalah Daerah Taman Negara
yang mempunyai sumber bio-diversiti yang sangat bernilai dan perlu dipelihara. Terdapat
jenis industri yang berterusan menyebabkan pencemaran terutamanya sumber air seperti
kilang-kilang kelapa sawit yang menganggu sistem ekologi sungai dan bekalan air bersih.
Oleh yang berikut demikian, perkara berikut perlu diberi penekanan;
Memastikan kaedah pengawalan pembangunan yang digariskan oleh JPBD
Negeri dan Persekutuan dilaksanakan. Garis panduan ini terutamanya
melibatkan perancangan dan permohonan kawasan dan jenis industri baru.
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-47
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Memastikan pemantauan dan pengawalan alam sekitar oleh jabatan
berkaitan terutama terhadap sumber air dan takat pengambilan air
dilaksanakan dengan ketat. Ini melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan
Bekalan Air dan Jabatan Kesihatan di peringkat daerah dan negeri.
Menjalankan pembersihan dan penyusunan kawasan industri sediada iaitu
(Kawasan Industri Jerantut) dengan penyediaan sistem perparitan dengan
penyaluran sisa bengkel yang berkesan, pengawalan jenis aktiviti semasa
dan mewujudkan zon penampan dengan kawasan perumahan di sekitar
Taman Inderapura dengan menyediakan kawasan lapang dan penanaman
pokok-pokok.
Kraftangan Berbentuk Keris, Barangan Rotan, Tikar Dan Sebagainya Boleh Dikomersilkan
Sebagai Produk Pelancongan
TERAS 1 – SEKTOR PERINDUSTRIAN
4-49
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
5.0 TERAS 2 : KEMUDAHAN ASAS DAN SOKONGAN YANG LENGKAP
5.1 Sektor Perumahan Dan Kemudahan Masyarakat
Pembangunan perumahan di Daerah Jerantut sehingga tahun 2020 akan lebih menekankan
penumpuan pembangunan perumahan terancang baru dan tidak berskala kecil di pusat-pusat
pertumbuhan utama iaitu Bandar Jerantut, Jerantut Feri, Pulau Tawar, Kuala Tembeling dan Damak.
Bagi kawasan lain, perumahan terancang yang telah komited akan terus dijalankan serta beberapa
kawasan dicadangkan sebagai kawasan perumahan tidak terancang sebagai stok kesediaan tanah
untuk perumahan terancang untuk tahun perancangan yang lebih ke hadapan.
Dari segi jenis perumahan pula, rumah mampu milik jenis teres satu tingkat serta berkembar satu
tingkat adalah digalakkan di pusat-pusat petempatan yang dinyatakan. Selain itu, perumahan baru
pada masa hadapan perlu dipantau oleh pihak berkuasa khususnya MDJ untuk memastikan bahawa
penyediaannya memenuhi piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Ini bagi mewujudkan
suasana Perumahan yang lebih lengkap serta kondusif kepada penduduk.
Manakala cadangan penyediaan kemudahan masyarakat adalah perlu bagi menyokong dan
memenuhi keperluan kesan daripada pertambahan penduduk dan perubahan fungsi sesuatu
kawasan. Penyediaan kemudahan yang lengkap di Daerah Jerantut membantu meningkatkan taraf
dan kualiti hidup masyarakat Daerah Jerantut.
Rasional agihan kemudahan adalah berdasarkan penduduk tadahan, tahap kemudahsampaian,
pengelompokan kemudahan sediada, hierarki pertumbuhan bandar.
5.1.1 Konsep Dan Strategi Pembangunan
A. Perumahan
Konsep pembangunan perumahan di Daerah Jerantut sehingga tahun 2020 adalah
penumpuan pembangunan perumahan baru di pusat pertumbuhan sediada. Selain itu,
penekanan juga diberikan kepada penyediaan rumah mampu milik berdasarkan trend
permintaan penduduk semasa.
Tiga strategi pembangunan telah dibentuk bagi memandu arah pembangunan perumahan di
Daerah Jerantut sehingga tahun 2020 iaitu :
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-1
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
STRATEGI 1 Menumpukan Pembangunan Perumahan Baru Di Pusat Pertumbuhan
STRATEGI 2 Utama Daerah
STRATEGI 3 Menumpukan Pembangunan Rumah Mampu Milik Di Kawasan Bandar
Serta Pusat Petempatan Desa Terpilih
Penyediaan Kemudahan Secara Konsep Pusat Kejiranan /
Pengelompokan Bagi Kawasan Perumahan Baru
B. Kemudahan Masyarakat
Strategi utama penyediaan kemudahan masyarakat adalah dengan memperlengkapkan
Daerah Jerantut dengan kemudahan awam yang mencukupi, berkualiti menerusi konsep
pengelompokan komponen kemudahan agar perkhidmatan yang optimum dan seimbang
dapat disalurkan kepada semua penduduk.
Selain itu, strategi untuk mewujudkan kemudahan berupa institusi pendidikan dijangka akan
dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di Daerah Jerantut. Secara tidak langsung
kesan baik terhadap peningkatan ekonomi dan perkembangan bandar-bandar yang terlibat
akan dapat diperkukuhkan. Strategi utama yang akan dirangka untuk dicapai adalah :
STRATEGI 1 Menyediakan Kemudahan Yang Mencukupi Melalui Pengelompokan
STRATEGI 2 Kemudahan Bagi Petempatan/Kampung Yang Berjajar Atau Berjauhan
STRATEGI 3
Mengukuhkan Peranan Bandar Jerantut Sebagai Pusat Separa Wilayah
STRATEGI 4 Dengan Penyediaan Kompleks Kemudahan (Kompleks Komuniti)
STRATEGI 5
Mengukuhkan peranan Pusat Petempatan Utama (PPU) Dengan
Penyediaan Pusat Komuniti Yang Berfungsi Sebagai Pusat Aktiviti
Penduduk
Mewujudkan Institut Taman Negara Bagi Tujuan Penyelidikan Dan
Pembangunan (R&D) Dan Kepentingan Biodiversiti Taman Negara
Mencadangkan Kemudahan Pendidikan Utama – IPTA, Sekolah
Berasrama Penuh, Vokasional Atau Pusat Latihan Kemahiran
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-2
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
5.1.2 Cadangan Pembangunan
A. Cadangan Perumahan
Pada masa kini, Daerah Jerantut mempunyai jumlah unit perumahan terancang sebanyak
11,590 unit dengan keluasan 1,186.11 hektar bagi kawasan perumahan terancang. Sehingga
tahun 2020, jumlah unit ini dianggarkan bertambah sebanyak 12,314 unit rumah. Dari segi
keluasan pula, sebanyak 672.789 hektar diperuntukkan untuk pembangunan perumahan
terancang, manakala 244.601 hektar pula diperuntukkan untuk perumahan tidak terancang;
sekaligus sebagai stok kesediaan tanah untuk pembangunan perumahan terancang baru
pada masa hadapan. (Rujuk Jadual 5.1.1).
Pertambahan unit rumah dan keluasan ini adalah berdasarkan beberapa rasional iaitu :
Unjuran penduduk sehingga tahun 2020.
Bilangan unit perumahan komited.
Jumlah keluasan perumahan terancang pada tahun 2020 adalah berdasarkan
andaian pecahan peratus keperluan unit rumah mengikut jenis (kos rendah–55%,
kos sederhana–35%; kos tinggi–10%).
Pertimbangan terhadap tahap kemampuan purata penduduk semasa dan akan
datang.
Luas kawasan yang diperuntukkan untuk pembangunan perumahan adalah tiga kali
ganda berbanding luas yang diperlukan. Ini bagi menyokong dan menampung
keperluan pertambahan penduduk hasil pembangunan pelbagai sektor ekonomi di
Daerah Jerantut sehingga melebihi tahun 2020.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-3
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.1 : Unjuran Jumlah Unit Serta Keluasan Perumahan Terancang Mengikut Blok
Perancangan.
Blok Penduduk Bil Unit Luas Bil Unit Penduduk Bil Unit Luas *Luas
Perancangan Semasa Rumah Guna Tanah Perumahan Unjuran Rumah Tambahan Berasaskan
(2008) Semasa Perumahan (2020) Tambahan sehingga
BP 1 - Pedah 32,100 (2009) Komited 2020 (ha) Unjuran
24,900 Semasa Penduduk
BP 2 – 8,700 5,913 (2009)(ha) 1,523 39,078 524 65.67 (2020) (ha)
Pulau Tawar 8,500
254.638 305.7
BP 3 - Teh 3,200 724.913
2,377 603.35 718 30,010 3,071 121.56 155.02
BP 4 - 8,100 117.63
Tembeling 818 112.12 269 10,575 1,068 42.9
3,300 48.224
BP 5 – 400 1,162 87.54 26 10,235 912 30.09
Kuala 4,800 80.885
Tembeling 150 27.754 - 3,879 638 20.47
2,600 40.568
BP 6 – 529 33.565 170 9,810 1,305 47.32 3.11
Hulu Cheka 84.59
-- 1 3,983 808 25.96
BP 7 – -- - 524 97 3.11 20.5
Tebing Tinggi 641 67.14 68 5,826 476 17.45
BP 8 -Kelola -- - 3,189 639 20.5
BP 9 -Burau
BP 10 –
Hulu
Tembeling
Jumlah 96,600 11,590 1,186.11 2,775 117,109 9,538 395.03 1,581.14
Sumber : RT Daerah Jerantut 2020.
*Nota : Pengiraan adalah berasaskan unjuran penduduk tahun 2020 serta purata luas sebuah rumah mengikut
kategori kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi.
Jadual di atas menunjukkan unjuran keluasan berdasarkan anggaran purata luas sebuah
rumah mengikut kos rendah, sederhana dan tinggi sehingga tahun 2020. Namun, bagi
menyokong pembangunan pelbagai aktiviti ekonomi di Daerah Jerantut; sekaligus
menampung keperluan penduduk yang dijangka bertambah sehingga selepas tahun 2020.
Perumahan terancang sehingga tahun 2020 adalah dicadangkan lebih banyak bertumpu di
pusat-pusat pertumbuhan sediada serta yang dinaik taraf sehingga tahun 2020 iaitu Bandar
Jerantut, Jerantut Feri, Pulau Tawar, Damak dan Kuala Tembeling. Namun, terdapat juga
beberapa cadangan perumahan baru yang telah komited di mukim-mukim lain yang
berskala kecil. Perumahan di sekitar Bandar Jerantut dan Jerantut Feri khususnya, adalah
amat digalakkan dibangunkan dalam skala yang besar bagi mengoptimumkan penyediaan
dan penggunaan kemudahan masyarakat.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-4
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Bagi mengawal pembangunan perumahan dari segi jenis dan kepadatan pula, Jadual 5.1.2
menunjukkan cadangan kawalan jenis rumah serta kepadatan yang sesuai bagi Daerah
Jerantut.
Perumahan jenis berbilang tingkat atau strata seperti kondominimum dan pangsapuri
adalah tidak digalakkan untuk dibangunkan di Daerah Jerantut berdasarkan tren pasaran
dan pemilikan rumah di Daerah Jerantut pada masa kini.
Jadual 5.1.2 : Cadangan Kepadatan Rumah Mengikut Jenis.
Kategori Jenis Rumah Kepadatan /hektar
40
Kos Rendah Rumah teres 1 & 2 tingkat 30
Kos Sederhana
Rumah teres 1 & 2 tingkat 15
Kos Tinggi Rumah kluster
Rumah berkembar 1 tingkat
Rumah teres 1 & 2 tingkat
Rumah kluster
Rumah berkembar 1 & 2 tingkat
Rumah sesebuah
Cadangan terperinci bagi pembangunan perumahan di Daerah Jerantut adalah berdasarkan
strategi pembangunan yang telah dibentuk.
i. STRATEGI 1 : Menumpukan Pembangunan Perumahan Baru Di Pusat
Pertumbuhan Utama Daerah
Pembangunan perumahan baru adalah digalakkan di Daearah Jerantut. Namun, ia tidak
digalakkan dibangunkan secara berselerak, berskala kecil serta terletak berjauhan antara
satu sama lain. Sebaliknya, pembangunan perumahan perlu lebih bersifat berkelompok,
tertumpu serta berskala besar.
Cadangan pengezonan bagi kawasan perumahan bagi Daerah Jerantut dibahagikan kepada
dua iaitu zon perumahan terancang dan zon perumahan tidak terancang. Ini bertujuan
untuk menghadkan kawasan yang dibenarkan untuk pembangunan perumahan terancang;
sekaligus menentukan stok kesediaan tanah untuk pembangunan perumahan pada tahun
perancangan akan datang selepas 2020.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-5
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Dua cadangan utama bagi pembangunan perumahan baru di Daerah Jerantut dibentuk iaitu:
a. Cadangan 1 : Pembangunan Kawasan Perumahan Terancang Baru Di Blok
Perancangan; Terutamanya Di Pusat-Pusat Pertumbuhan
Utama Daerah.
Terdapat cadangan pembangunan perumahan baru di setiap Blok Perancangan (BP) di
Daerah Jerantut; kecuali di BP 8 - Kelola dan BP 10 - Hulu Tembeling. Namun, kebanyakan
kawasan cadangan adalah bertumpu di pusat-pusat pertumbuhan sediada terutamanya
Bandar Jerantut dan Jerantut Feri.
Ini adalah bertujuan untuk menampung keperluan pertambahan penduduk sehingga tahun
2020, sekaligus bagi melaksanakan strategi kajian RTD ini iaitu untuk membangunkan Bandar
Jerantut.
Namun, terdapat juga beberapa BP yang tidak dicadangkan pertambahan unit dan keluasan
bagi perumahan terancang yang baru. Sebaliknya, hanya unit perumahan yang komited
sahaja dibenarkan untuk dibangunkan sehingga tahun 2020. BP yang terlibat adalah:
i. BP4 – Tembeling
ii. BP6 - Hulu Cheka
iii. BP7 - Tebing Tinggi
Jadual 5.1.3 menunjukkan luas kawasan cadangan perumahan baru yang diperuntukkan bagi
setiap Blok Perancangan di Daerah Jerantut.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-6
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.3 : Luas Cadangan Pembangunan Perumahan Baru.
Mukim / *Luas (hek)
Blok Perancangan
BPK Terancang Tidak
BP 1 - Pedah Terancang
BPK 1.1 – Bandar
Jerantut 347.145 24.040
BPK 1.2 – Jerantut 135.817 7.137
Feri
BPK 1.3 - Betong 5.434 -
BP 2 - Pulau Tawar BPK 2.1 - Temin - 139.605
BPK 2.2 - Gelanggi 71.091 -
BP 3 - Teh BPK 3.1 - Batu 61.991 3.414
BP 4 - Tembeling Embun
BP 5 - Kuala Tembeling BPK 4.2 – 34.191 -
BP 6 - Hulu Cheka Tembeling Tengah 1.247 -
BP 7 - Tebing Tinggi BPK 4.5 - Tekai 14.067 54.166
BP 9 - Burau BPK 5.1 –
Kuala Tembeling 2.355 -
BPK 6.1 - Damak 3.301 16.239
BPK 6.2 - Batu
Balai 1.938 -
BPK 7.1 - Tebing 3.32 -
Tinggi
BPK 9.1 - Burau
Jenis Rumah Teres, Berkembar dan Sesebuah – 1 atau 2 tingkat
Penggunaan Tanah Sediada Pertanian / Kampung
Justifikasi Cadangan Ekonomi - Menyediakan perumahan mengikut jenis yang
memenuhi keperluan dan tahap kemampuan purata
penduduk semasa dan akan datang.
Sosial - Memenuhi keperluan Perumahan untuk penduduk
yang bekerja di dalam dan luar Daerah Jerantut.
Viabiliti – Menyokong pembangunan sektor ekonomi lain
seperti pelancongan, perkhidmatan, pertanian dan lain-lain
Agensi Berkaitan MDJ, Pejabat Tanah, PKNP dan Pemaju.
*Nota : Luas kawasan cadangan perumahan generasi kedua FELDA ini telah termasuk di dalam luas
kawasan perumahan terancang seperti di Jadual 5.1.3.
Sumber : RT Daerah Jerantut 2020.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-7
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. Cadangan 1 : Perumahan Generasi Kedua FELDA
Perumahan bagi generasi kedua FELDA adalah dicadangkan di dua buah FELDA di Daerah
Jerantut iaitu di FELDA Tekam dan FELDA Gelanggi. Luas bagi kawasan cadangan adalah
61.69 hektar bagi FELDA Tekam, manakala 229.93 hektar bagi FELDA Gelanggi. Bagi FELDA
Gelanggi, kawasan yang dicadangkan adalah hasil pengelompokan jumlah keluasan yang
diperlukan bagi 4 buah FELDA iaitu FELDA Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4.
Jadual 5.1.4 : Cadangan Pembangunan Perumahan Baru Bagi Generasi Kedua FELDA.
Luas (hek)
Mukim / Blok Perancangan BPK FELDA FELDA
BP 2 – BPK2.2 - Tekam Gelanggi
Pulau Tawar Gelanggi
61.69 229.93
Jenis Rumah Teres atau Sesebuah – 1 tingkat
Penggunaan Tanah Sediada Pertanian (ladang FELDA)
Justifikasi Cadangan Sosial - Memenuhi keperluan Perumahan untuk
generasi kedua FELDA
Agensi Berkaitan FELDA dan MDJ
*Nota : Peruntukan luas untuk pembangunan perumahan baru mengikut Peta Cadangan RT
Daerah Jerantut 2020.
Sumber : RT Daerah Jerantut 2020.
ii. STRATEGI 2 : Menumpukan Pembangunan Rumah Mampu Milik di Kawasan
Bandar Serta Pusat Petempatan Desa Terpilih
Berdasarkan keadaan semasa, trend permintaan penduduk terhadap perumahan adalah
lebih tertumpu kepada rumah kos rendah jenis teres satu tingkat serta rumah berkembar
satu tingkat. Oleh itu, rumah mampu milik jenis teres dan berkembar satu tingkat adalah
amat digalakkan dibina di pusat-pusat serta koridor pembangunan yang telah dinyatakan.
Manakala perumahan jenis berbilang tingkat seperti kondominium dan pangsapuri adalah
amat tidak digalakkan di Daerah Jerantut sehingga tahun 2020. sekiranya terdapat pemaju
yang ingin membangunkan perumahan jenis ini, rundingan dan pemantauan oleh pihak
JPBD dan MDJ perlu diambil kira.
Ini bagi memastikan penawaran perumahan pada masa akan datang memenuhi permintaan
dan kemampuan penduduk selain memastikan lebihan rumah tidak berlaku di Daerah
Jerantut sehingga tahun 2020.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-8
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii STRATEGI 3 : Penyediaan Kemudahan Secara Konsep Pusat Kejiranan /
Pengelompokan Bagi Kawasan Perumahan Baru
Sehingga tahun 2020, pembangunan perumahan baru di Daerah Jerantut adalah
dicadangkan dengan beberapa ciri iaitu :
• Bertumpu dan berkelompok di pusat serta koridor pertumbuhan sediada iaitu
Bandar Jerantut, Jerantut Feri, Kuala Tembeling, Damak, FELDA Tekam dan FELDA
Kota Gelanggi
• Dibangunkan dalam skala yang tidak terlalu kecil.
• Dibangunkan dengan mengambil kira aksessibiliti, kemudahan dan infrastruktur
sediada
Tujuan utama ciri-ciri yang dinyatakan adalah bagi mengoptimumkan kemudahan
berhampiran yang sediada. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan perancangan
kemudahan masyarakat seperti dewan, balai raya, poliklinik, balai polis serta lain-lain
kemudahan termasuk rekreasi pada masa hadapan. Kesemua kemudahan ini boleh
disediakan secara berkelompok dan lebih lengkap di dalam sebuah Pusat Komuniti bagi
kegunaan penduduk di kawasan perumahan sekitarnya. Beberapa kawasan juga telah
dikenal pasti di kelompok perumahan sediada bagi kemudahan penduduk pada masa kini
dan akan datang. (Rujuk cadangan oleh Sektor Kemudahan Masyarakat).
Rajah 5.1.1 hingga Rajah 5.1.8 menunjukkan kawasan cadangan perumahan baru di Daerah
Jerantut.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-9
RAJAH 5.1.2 (a) PELAN KAWASAN CADANGAN PERUMAHAN BARU BAGI BP2 - PULAU TAWAR
999999991111333 999999111777
111111000003333311111166666 KKKKKKeeeeFFFFFFEEEEEELLLLLLDDDDDDAAAAAAKKKKKooooottttaaaaGGGGGeeeeeelllllaaaaaannnnnnggggggggggiiii55555 9999944442221111
99999999911111111 99999999992222244444 11111100000333322222777777 <<<<<<<<<< 999994444422200000
999999999933331111 9999999999922222288888 <<<<<<<<<<<<
FFFFFEEEEEELLLLLDDDDDAAAAAKKKKoooottttttaaaaaaGGGGGGeeeelllllaaaaannnnngggggggggggiiiiDDDDDuuuuuaaaaaa
9999933333888889999
999944444999999333333
7777777777777799999 FFFFEEEEELLLLLDDDDDAAAAAKKKKKooootttaaaaGGGGGGeeeeellllllaaaaaannnnngggggggggggiiiiiTTTTTiiiiiiggggaaaaa 111110000003333336666661111 9999944444499999555555
88888999991111144444 99999999999933333555555 FFFFEEEEELLLLLLDDDDDAAAAAAKKKKKooootttttaaaaaGGGGGeeeeeelllllaaaaannnnngggggggiiiiiiEEEEEEmmmmpppppaaaaatttttt 999944449999997777
88888899999111116666 99999888883333377777
1111000033337777711111 999999777777777777
SSSSSRRRRR 1111110000003333338888887777 999997777777999999 9999996666622222288888
PPPPKKKKK 111110000333888888888 999977777788888811111 9999966666622222299999
999996666644441111 999999666666222222111111 99999666666666111111
9999977777700000077777 999997777000006666
99999966666444440000
999999888844400000 11111000000333338888899999 99997777771111122222 999666666333333999999
9999977777711111666666
9999996666644443333 99999966644444444444
9999977777711111111111
9999977777711111144444 99999777111133333 9999996666664444446666
999996666664444477777
1111100000333333999992222 99999777777222223333 99999977772222244444
99999777772222211111 99999966665555577777
999999888888444444444444 FFFEEEEELLLLLDDDDDAAAAAKKKKKKoooootttttaaaaaaGGGGGGeeeeeellllllaaaaaannnnnggggggggggiiiiiiSSSSSaaaatttttuuuuu
99999988884444499999 99999988884444466666 111111000000444440000000000 99997777222288888 999999777772222255555 999966666655555522222 9999966666555553333 99966666555544444 9999996666655555555 99999966666677777999999
99999977744444111 <<<<<<<<<<<< 99996666677777000000
<<<<<<<<<<
9999990000888880000 99999777733333999999 KKKKKeeeeeeFFFFFEEEEEELLLLLDDDDDAAAASSSSSSuuuuuunnnnnggggaaaaaiiiiiTTTTeeeeekkkkkaaaammmmUUUUUtttttaaaaaarrrrraaaaaa
CADANGAN PERUM999990000333222 AHAN FELDA KOTA GELANGGI 1 & 3 CADANGAN PERUMAHAN FELDA9999996666667777755555 GELANGGI 2 & 4
KELUASAN: 123.94 HEKTAR KELUASAN: 97.82 HEKTAR
999990000088888844444
<<<<<<<<<< 999999777775555566666 999977777733333333333
999999777555577777 KKKKKeeeeeFFFFFEEEEEELLLLDDDDDAAAAKKKKKKooooottttttaaaaGGGGGeeeeeelllaalaaannnnggggggggggiiiii44444
KKKKKKeeeeeeFFFFFEEEEEELLLLLDDDDAAAAAA
KKKKKKoooootttaaaaaGGGGGeeeelllallaaannnngggggggggiiiii555
KKKKggggg.....SSSSSggggg.....KKKKeeeeeppppppoooooonnnnnggggg 9999996666699999333333
222224444433333222222
66663333666677777
444443333111111111 BBBBBPPPPPP LLLLLLLLL 888882222299999999999 88822244888
>>>>>>>>>>>> FFFFFEEEEELLLLDDDDDAAAASSSSSSgggg.... TTTTTTeeeekkkkaaaammmmmm UUUUUttttaaaaarrrrraaaaa 8888883333300004444
KKKKeeeeeSSSSSuuuuuunnnnnggggggaaaiiiiiiJJJJJeeeeerrrrriiikikkk
222233333355555533333 222222333333666666222222 888884444488888855555
2222333366666633333
SSSSSRRRRR KKKKKKKKKKK 88888822222227777 SSSSSRRRRR 888888333300006666 8888822222255555544444
DDDDOOOOOORRRRR 222223333335555557777 8888222222111144444 SSSSAAAA
22222333337774444
DDDDDSSSSS PPPPFFFF PPPPPPPPPP
SSSSSSAAAAA 222222333338888111
MMM
2222223333377777777777
FFFFEEEELLLDDDDAAAAASSSSSggggg.....TTTTeeeeekkkkkaaaammmm
PPPPPPFFFF BBBBUUUUU KKKKKKKK 888882222266666655555
DDDDDSSSS JJJJJKKKKKKKKKKKKKKK 88882222277777744444
222222333333666666111111
8888822222000001111
2222233333888880000 KKKKKeeeeFFFFFEEEEELLLDDDDDAAAAASSSSSuuuuuunnnnnggggggaaaaaiiiiiiTTTTeeeekkkkkaaaaaammmmmm
222223333888887777 888888111999966666
888844444999911111 8888444449999944444 22222233333777771111 888888111111999999333333
88888822222888888888888
8888855551111111 8888822222999999444444
2222233333999555555 888882222288888833333
222224444400000000 8888822229999911111
CADANGAN PERUMAHAN FELDA SUNGAI TEKAM222224444442222220000 CADANGAN PERUMAHAN FELDA SUNGAI TEKAM UTARA
KELUASAN: 52.53 HEKTAR KELUASAN: 67.19 HEKTAR
PENUNJUK Semasa Cadangan 22222255555999999222222
Perumahan SR - Sekolah Rendah
Pembangunan Bercampur SM - Sekolah Menengah
Kemudahan Masyarakat SA - Sekolah Agama
Pertanian M - Masjid
Jalan Raya KK - Klinik Kesihatan
Sungai/Saliran BP - Balai Polis
PP - Pondok Polis
PF - Pejabat FELDA
PK - Kompleks JKK FELDA
DS - Dewan Serbaguna
DOR - Dewan Orang Ramai
BU - Bangunan UMNO
JKKK - Jawatankuasa Kemajuan Kampung
5-12