RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. STRATEGI 2 : Pengurangan Isipadu Sisa Pepejal Yang Dilupuskan
Pengurangan isipadu sisa pepejal ini boleh dilaksanakan dengan mempergiatkan program
kitar semula. Program ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mengurangkan jumlah isipadu sisa
pepejal yang semakin meningkat di daerah ini.
c. STRATEGI 3 : Memperkenalkan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal Yang Lebih
Sanitari Bagi Daerah Jerantut
Kaedah pelupusan sampah pada masa kini di daerah ini adalah berbentuk open dumping
yang tidak sanitari dan cenderung kepada pencemaran-pencemaran alam sekitar. Oleh itu,
strategi pembangunan hendaklah menjurus kepada penggantian kaedah-kaedah lama
kepada kaedah baru yang lebih sanitari dan tidak membawa impak negatif terhadap
kawasan sekitar.
5.2.3 Cadangan Pembangunan Infrastruktur Dan Utiliti Daerah Jerantut
Bahagian ini akan membincangkan cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Jerantut
yang melibatkan keseluruhan elemen infrastruktur asas seperti bekalan air, bekalan elektrik,
sistem telekomunikasi, sistem saliran, sistem pembetungan dan sistem pengurusan sisa
pepejal.
i. Cadangan Pembangunan Bekalan Air
a. CADANGAN 1 : Menjaga Sumber Air Sediada Melalui Perancangan Dan
Pengurusan Sumber Air Dengan Menggunapakai Integrated
River Basin Management (IRBM)
IRBM menggunakan kaedah pengurusan lembangan sungai dengan mengintegrasikan
konsep pengurusan dengan perancangan guna tanah di lembangan sungai. Konsep ini juga
mengambilkira impak pengurusan tanah dan pembangunan di sekitar sungai. Antara aspek-
aspek pengurusan yang boleh diambil kira dalam pengurusan lembangan sungai ini adalah
seperti pengurusan sumber air di lembangan sungai, pengurusan air di bandar dan
pengurusan air bagi air bawah tanah (groundwater).
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-61
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. CADANGAN 2 : Penguatkuasaan Akta Alam Sekitar Ke Atas Pembangunan
Dalam Lembangan Sungai Untuk Menjamin Kualiti Air
Bersih.
Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) ini membolehkan pembangunan yang melibatkan kawasan
pinggiran punca air tidak memberi impak negatif terhadap kualiti air di kawasan tersebut.
Kajian EIA boleh dianggap satu dokumen penting yang boleh membantu pihak terbabit
menjaga kualiti air sungai supaya selamat untuk digunakan.
Bagi meningkatkan kualiti air bersih, dicadangkan Jabatan Alam Sekitar menubuhkan
unitnya di Daerah Jerantut. Unit ini bertindak memantau kualiti alam sekitar di daerah
terutamanya di kawasan lembangan sungai dan kawasan-kawasan pelancongan utama
seperti di Taman Negara.
c. CADANGAN 3 : Mengambil Langkah-langkah Ke Arah Menggalakkan
Program Penjimatan Air Dan Pengurusan Air Yang Baik.
Kempen-kempen penjimatan air perlu diperhebatkan lagi. Langkah-langkah mengurangkan
masalah pembaziran air melalui penggunaan teknologi mampan seperti kitar semula dan
sistem dual-flush perlu diperhebatkan. Penekanan harus diberi kepada pengurusan
permintaan air. Kaedah-kaedah ekonomik (economic instruments) sebagai alat pengurusan
permintaan air boleh diperkenalkan. Antara kaedah ini ialah penetapan tarif bekalan air
secara berperingkat dimana caj yang dikenakan meningkat mengikut peningkatan isipadu
penggunaan air. Kaedah-kaedah lain pula termasuklah penerapan konsep penggunaan
semula dan kitar semula air, serta penggunaan air hujan. Atas faktor kesihatan, air hujan
baik digalakkan untuk tujuan selain dari minuman seperti penyiraman dan basuhan.
Talang mengumpul air Tangki air bagi kegunaan
hujan dom es tik
Paip pengumpul dari talang ke
tangki simpanan air hujan
Paip pengagihan air hujan untuk Tangki simpanan air hujan
kegunaan bukan minuman seperti
Air utama untuk kegunaan domestik
berkebun dan bilik air daripada sistem retikulasi dari syarikat
air
Contoh Kaedah Penjimatan Bekalan Air Di Rumah
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-62
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
d. CADANGAN 4: Mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) Dari 31
Peratus Ke 15 Peratus Menjelang 2020.
Punca sebenar air tidak berhasil (NRW) perlu ditentukan dan langkah-langkah untuk
membaik pulih perlu diambil untuk mengurangkan kehilangan yang ketara.
Pemantauan paip-paip dan injap serta lain- lain infrastruktur bekalan adalah perlu untuk
mengurangkan kemungkinan kebocoran paip/injap dan pencemaran air dalam paip.
Masalah peningkatan air tidak berhasil (NRW) melalui sambungan air secara tidak sah
juga perlu diatasi.
Antara Punca Peningkatan Kadar Air Tidak Berhasil
Rajah 5.2.3 : Pelan Cadangan Loji Air Daerah Jerantut
11220011
11220011 Loji Air Batu Embun
11122200000 BPK 3.1 - Batu Embun
111122000011 Lot 2710
11112222000111 Kapasiti :
1112220002222 Fasa 1 : 3.5 JLH
Fasa 2 : 4.0 JLH
11112220000111 1112200011 Fasa 3 : 18.7 JLH
Fasa 4 : 27 JLH (Siap 2010)
Fasa 5 : 25 JLH (Cadangan)
Cadangan Loji Air
11220011
887788
JJBBAA 1111220009999
22332255
11122220006666 11112221110000
SSuurraauu
111222004444 BBaallaaii
RRaayyaa
335544 11227766
33339933 887799 111122200007777 1112220088 22332266
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-63
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. Cadangan Pembangunan Bekalan Elektrik
a. CADANGAN 1 : Mempertingkatkan Bekalan Elektrik Ke Kawasan
Pedalaman Melalui Teknologi Yang Sesuai Seperti Tenaga
Solar Dan Mini/Mikrohidro.
Faktor jarak antara bekalan dengan jumlah pengguna yang kecil sering menjadi masalah
yang berbangkit apabila dikaitkan dengan penyaluran kemudahan elektrik di kawasan
pedalaman. Dengan penyaluran bekalan elektrik melalui teknologi hijau seperti tenaga
solar dan mini/mikro hidro, perkampungan terpencil dapat menikmati bekalan elektrik
secara eko-efisyen dan ekonomik.
Contoh Tenaga Solar Dan Mini Hidro
b. CADANGAN 2 : Menurunkan Kadar SAIDI Semasa (81.46) Ke Tahap Purata
Kebangsaan (11)
Isu bekalan elektrik tidak stabil perlu diatasi dengan meletakkan sasaran penurunan
gangguan bekalan. Antara ukuran yang biasa digunakan ialah System Average
Interuption Duration Index (SAIDI) yang memberi gambaran mengenai purata tempoh
masa setiap pelanggan mengalami gangguan bekalan.
Tahap SAIDI semasa sebanyak 81.46 minit/pelanggan/bulan harus dikurangkan ke tahap
purata kebangsaan 11 minit/pelanggan/bulan.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-64
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
c. CADANGAN 3 : Menggalakkan Penjimatan Elektrik Melalui Kempen,
Pendidikan Dan Juga Insentif-Insentif Lain Terutamanya
Berbentuk Ekonomik Seperti Tarif Elektrik Berkala
Membantu dalam mengurangkan pembaziran bekalan elektrik dan pengurangan
pelepasan karbon dioksida. Kempen penjimatan penggunaan elektrik melalui
peningkatan penggunaan tenaga solar dan juga barangan elektrik yang diiktirafkan
menggunakan teknologi hijau (green technology) perlu diperhebatkan. Insentif secara
ekonomik (kewangan) berbentuk kadar tarif yang berbeza menurut jumlah tenaga
elektrik yang digunakan perlu diperluaskan.
d. CADANGAN 4 : Menggalakkan Aktiviti Berisiko Rendah Yang Sesuai Di Atas
Tanah Rizab Talian Penghantar Elektrik (Kabel Elektrik)
Aktiviti seperti menanam sayuran, tanaman kontan, padang ragut dan nurseri harus
digalakkan di atas tanah rizab talian penghantar elektrik dengan kebenaran TNB tetapi
pembangunan perumahan, perdagangan dan perindustrian perlu dielakkan. Kebenaran
TNB perlu diperolehi dan harus mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Contoh Tanaman Tebu Perlu Digalakkan Dalam
Rizab Talian TNB
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-65
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Rajah 5.2.4 : Pelan Cadangan Pencawang Masuk Utama (PMU) Daerah Jerantut
TTmmnn.. PPeellaannggii UU
TTiiddaakkMMeennggiikkuutt SSkkaallaa
PMU
5554449999 5544446666
554444888 5555444777
PMU JERANTUT
RRKK
BPK 1.1 - Bandar Jerantut
Kapasiti 3 x 7.5 MVA
Cadangan Naik Taraf ke 2 x 30 MVA
iii. Cadangan Pembangunan Sistem Telekomunikasi
a. CADANGAN 1 : Menambah Liputan Sistem Telekomunikasi Selular Bagi
Kawasan-kawasan Yang Masih Mempunyai Masalah
Cadangan ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi yang
terdapat di negara ini seperti Digi, Maxis mahupun Celcom. Antara kawasan yang masih
mempunyai masalah liputan telekomunikasi selular ialah Mukim Ulu Cheka (BP6) dan Hulu
Tembeling (BP10).
b. CADANGAN 2 : Meningkatkan Akses Internet Terutamanya Di Bandar
Jerantut Dan Juga Kawasan Tumpuan Pelancong
Peningkatan akses internet adalah penting terutamanya bagi urusan-urusan rasmi kerajaan.
Peningkatan akses internet memudahkan pertukaran maklumat dilakukan dan
meningkatkan tahap kecekapan badan-badan kerajaan. Kawasan Bandar Jerantut (BP1)
perlu disegerakan peningkatan akses internetnya untuk kemudahan urusan-urusan rasmi
kerajaan. Ini sejajar dengan dasar kerajaan yang menggalakkan peningkatan penggunaan
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-66
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi (high speed broadband network). Kawasan
pelancongan seperti Kuala Tahan (BP8) juga hendaklah dilengkapi dengan akses internet
bagi tujuan kemudahan transaksi pelancongan dan telekomunikasi untuk para pelancong.
c. CADANGAN 3 : Menentukan Kaedah Bekalan Talian Tetap (Fixed) Ke Semua
Taman Perumahan Di Bandar Jerantut
Beberapa perumahan baru di Bandar Jerantut pada masa kini menggunakan talian CDMA
(Code Division Multiple Access) yang kurang memuaskan. Oleh itu, adalah penting untuk
pihak TM meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan telekomunikasi di sekitar kawasan yang
terlibat.
d. CADANGAN 4 : Menggalakkan Rekabentuk Dan Perletakan Menara
Telekomunikasi Yang Lebih Mesra Alam
Rekabentuk dan perletakan menara telekomunikasi haruslah mengambilkira faktor-faktor
pemandangan dan mesra alam disamping faktor-faktor keselamatan. Perkongsian menara
antara pembekal-pembekal perkhimatan juga digalakkan agar jumlah menara yang perlu
didirikan dapat dikurangkan. Dasar dan garis panduan sediada dan yang akan disediakan
perlu patuhi. Garis panduan-garis panduan yang disediakan oleh Suruhanjaya Multimedia
dan Telekomunikasi Malaysia hendaklah dipatuhi.
iv. Cadangan Pembangunan Sistem Saliran
a. CADANGAN 1 : Penyediaan Pelan Induk Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir
Kilat Terutamanya Di Bandar Jerantut
Pelan Induk Saliran ini adalah penting dan digunakan sebagai panduan bagi pembangunan
akan datang. Pelan Induk Saliran ini dicadangkan dihasilkan untuk Bandar Jerantut bagi
mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku.
b. CADANGAN 2 : Melaksanakan Dan Meneruskan Projek Tebatan Banjir Di
Bandar Jerantut Dan Menaiktaraf Kerja-kerja Penyelenggaraan
Sistem Perparitan
Projek-projek tebatan banjir tiga fasa yang melibatkan Sg. Betong dan Sg. Nahar dalam
Bandar Jerantut (BP1) hendaklah diteruskan bagi mengatasi masalah saliran terutamanya di
kawasan pusat bandar. Penyelenggaraan sistem perparitan dalam bandar hendaklah
dilakukan secara berkala oleh pihak-pihak terbabit iaitu Majlis Daerah Jerantut dan Jabatan
Pengairan dan Saliran.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-67
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
c. CADANGAN 3 : Memasang Perangkap Sampah Di Setiap Titik Masuk Parit
Monsun Ke Anak Sungai Atau Parit Yang Ke Sungai Utama.
Langkah ini bagi mengurangkan pencemaran oleh sampah dan gangguan aliran air di sungai
utama, sekaligus boleh mengurangkan masalah banjir kilat di dalam bandar.
d. CADANGAN 4 : Menggalakkan Penggunaan Konsep Low Impact Development
(LID) Untuk Pengurusan Air Larian Di Kawasan Pembangunan
Baru
Permohonan pembangunan yang baru perlu digalakkan untuk menggunakan pendekatan
LID umpamanya penggunaan teknik penggunaan semula air hujan, rain garden, grassed
swales dan sebagainya. Teknik-teknik ini ada disentuh secara konsepnya di dalam Manual
Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
Contoh Perangkap Sampah
v. Cadangan Pembangunan Sistem Pembetungan
a. CADANGAN 1 : Loji Pembetungan Hendaklah Dikendalikan Dengan Cekap Dari
Segi Penyelenggaraan Dan Reka Bentuk
Ini adalah bagi mengelakkan dari masalah ke atas alam sekitar dan mestilah mematuhi
piawaian yang ditetapkan (Piawai A atau Piawai B Jadual Ketiga Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 bergantung kepada kedudukan loji rawatan samada di hulu atau hilir muka sauk
bekalan air bersih). Loji pembetungan hendaklah dari sistem yang telah diluluskan oleh
Ketua Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan mempunyai kelengkapan
untuk memproses enapcemar sehingga 25% dry solid. Bagi pembangunan yang melebihi 30
unit (150 PE) perlu disediakan loji rawatan kumbahan serta zon penampan yang mencukupi.
Manakala pembangunan yang kurang dari 30 unit (150 PE) perlu menyediakan tangki septik
individu (IST) yang direka bentuk sewajarnya.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-68
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. CADANGAN 2 : Loji-loji Lama Yang Kecil Dan Tidak Cekap Perlu Digantikan
Dengan Loji Yang Lebih Baik Berkonsepkan Rawatan Berpusat
Loji-loji rawatan kumbahan awam yang tidak mengikut piawaian hendaklah beransur-ansur
dipertingkatkan atau dibaikpulih. Pihak IWK hendaklah mengenalpasti bilangan loji-loji
awam dan persendirian yang sediada bagi tujuan naiktaraf ke loji kumbahan berpusat.
c. CADANGAN 3 : Menyediakan Sistem Rawatan Enapcemar Secara Mekanikal
Dalam strategi jangka masa panjangnya pihak IWK telah mencadangkan sistem rawatan
enapcemar secara mekanikal (Sistem Rawatan Berpusat) di Bandar Jerantut. Pihak Majlis
Daerah Jerantut perlu bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dan IWK
dalam mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk tujuan ini dan luas kawasan yang
diperlukan ialah 2 hektar.
Rajah 5.2.5 : Pelan Cadangan Tapak Sistem Rawatan Berpusat (SRB)Daerah Jerantut
33557799 33558800 33558811 33558822 33558833 33558844
33558888 SSRRBP 22886644
11778899
22886633
22886655
44552255
33559911 33559922
660022 660033 660044
660055
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-69
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
vi. Cadangan Pembangunan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal
a. CADANGAN 1 : Meluaskan Lagi Liputan Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal
Di Pekan Lain Dalam Daerah Jerantut Terutamanya Di Kuala
Tahan Yang Menjadi Tumpuan Pelancong Luar
Liputan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal terutamanya di kawasan pelancongan adalah
sangat penting. Kawasan tumpuan seperti Kuala Tahan hendaklah diberi perhatian oleh
pihak Alam Flora dengan menyalurkan perkhidmatan secara berkala dan berterusan. Sistem
pungutan, simpanan dan pelupusan sisa pepejal perlu distruktur semula supaya menjadi
lebih teratur dan berjadual serta memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan dengan lebih
baik dan berkesan.
b. CADANGAN 2 : Menghidupkan Semula Kempen Kitar Semula Dan
Menyediakan Kemudahan-kemudahan Yang Menggalakkan
Aktiviti Kitar Semula Terutamanya Di Bandar Jerantut Dan
Kuala Tahan
Kempen kitar semula adalah perlu sebagai elemen untuk kesedaran penduduk tempatan.
Pengitaran semula telah terbukti berjaya mengurangkan jumlah sisa pepejal dan telah
dipraktis dengan jayanya oleh kebanyakan negara maju seperti di Jepun. Oleh itu,
kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan seperti tong kitar semula. Antara
lokasi-lokasi yang sesuai untuk disediakan tong kitar semula adalah di kawasan-kawasan
awam seperti sekolah, hospital, pejabat-pejabat kerajaan, dewan orang ramai dan kawasan-
kawasan rekreasi.
Selain itu, premis persendirian seperti pusat membeli-belah, flat, apartmen, dan lain-lain
juga perlu bekerjasama untuk menyediakan kemudahan tong kitar semula. Sebagai
tambahan, tong-tong kitar semula yang kecil juga perlu disediakan di semua lokasi tong
sampah sediada seperti di perhentian bas, taman-taman permainan, laluan pejalan kaki, dan
lain-lain bagi memastikan budaya kitar semula dapat diterapkan di kalangan penduduk.
Selain itu, kempen-kempen pengurangan penjanaan sisa pepejal, kitar semula, dan guna
semula perlu dipergiatkan oleh pelbagai pihak daripada sektor kerajaan, swasta dan NGO.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-70
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
C
Contoh Kemudahan Untuk Kitar Semula Dan Poster Kempen Kitar Semula
CADANGAN 3 : Menggalakkan Proses Pengasingan Sisa Pepejal Di Puncanya (Seperti
Di Rumah) Melalui Insentif-insentif Ekonomik Yang Menarik
Umpamanya Pembelian Balik Bahan Kitar Semula
Pengasingan dari rumah ini lebih dikenali sebagai at-source separation di mana pengguna
hendaklah mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis-jenis tertentu seperti bahan organik,
barangan yang boleh dikitar semula (kertas, plastik, kaca) dan barangan pukal (seperti
televisyen lama atau almari lama). Sistem pengasingan bukan sahaja memudahkan
pengguna malahan memudahkan pihak pengurusan sisa pepejal bagi mengasing bahan
buangan dari rumah.
CADANGAN 4 : Mengenalpasti Tapak Pelupusan Baru Bagi Menggantikan Tapak
Pelupusan Sediada Yang Sudah Sampai Tempoh Hayatnya. Tapak
Pelupusan Baru Perlu Mengamalkan Kaedah Sanitary Landfill
Berbanding Kaedah Crude/Open Dumping Semasa Yang Mencemarkan
Tapak pelupusan sediada di Kg. Mat Kilau yang tidak mesra alam sedang dalam proses
penutupan di bawah pengawasan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan
Awam (PPSPPA) Daerah Jerantut dan dijangka akan ditutup sepenuhnya pertengahan Tahun
2010. Satu tapak baru telah dikenal pasti iaitu Lot 1042 di Kampung Besul (BP5) seluas 17.7
hektar dan pihak Majlis Daerah Jerantut.
Daerah Jerantut akan membuat permohonan untuk membuka tapak pelupusan baru
tersebut. Kaedah pelupusan di tapak baru ini perlulah dinaiktarafkan ke tahap sanitary
landfill sekiranya kesihatan awam dan keselamatan alam sekitar diutamakan.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-71
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Contoh Skematik Tapak Pelupusan Sistem Sanitary Landfill.
Rajah 5.2.6 : Pelan Cadangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Daerah Jerantut
UU 777711117777
33777444 TTiiddaakkMMeennggiikkuuttSSkkaallaa
99944333 KKgg.. TTgg.. GGaattaall
99994466
4444111133
44411666
555551111 5555111111111
5555557777
PENUNJUK:
Cadangan
CaTdaapngaaknPTealpuapkuSsiasanPepejal
Sisa Pepejal
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-72
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
6.0 TERAS 3 : PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG
Bandar Jerantut merupakan pusat tumpuan pembangunan utama bagi Daerah Jerantut. Ia berfungsi
sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri dengan fungsi khusus sebagai pusat transit utama
pelancongan. Bagi mengukuhkan fungsi Daerah Jerantut sebagai pintu masuk ke Taman Negara
dan kedudukannya dalam Zon Pembangunan Utara Negeri Pahang bersama Lipis, Raub dan
Cameron Highlands, pembangunan di pusat-pusat petempatan utama akan diberi keutamaan.
Cadangan-cadangan utama pusat bandar dan perniagaan akan mengambil kira isu-isu semasa dan
potensi bagi pusat-pusat petempatan dalam Daerah Jerantut. Tiga strategi utama yang
dicadangkan ialah meningkatkan imej bandar dan penambahbaikan struktur bandar, peningkatan
elemen rekabentuk dan identiti pusat bandar serta peningkatan fungsi dan hierarki bandar dan
pengukuhan pusat-pusat perniagaan.
6.1 Pusat Bandar
6.1.1 Pengukuhan Hierarki Petempatan dan Fungsi Pusat Bandar
i. Strategi : Memaju dan Meningkatkan Imej Pusat Bandar Berdasarkan Fungsi
Dan Hierarki
a. Fungsi Khusus Berdasarkan Hierarki Perbandaran
Setiap bandar dan pekan mempunyai fungsi yang jelas kepada pengunjung dan
penduduk setempat. Pembangunan pusat bandar dan pekan di Daerah Jerantut
dirancang untuk mencapai fungsi dan peranan hierarki petempatan seperti
Jadual 6.1.1 dan Rajah 6.1.1.
Damak, Kuala Tembeling dan Kuala Tahan pula berfungsi sebagai pusat
perniagaan dan perkhidmatan sokongan bagi Daerah Jerantut. Manakala pusat
petempatan lain seperti Batu Embun, Jerantut Feri, Temin, Batu Balai, Ibol
Tunggal, Pulau Tawar, Ulu Cheka dan beberapa pusat petempatan FELDA akan
diberi penekanan terhadap peningkatan imej bandar dan berfungsi sebagai pusat
perkhidmatan terhad kepada penduduk tempatan.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-1
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 6.1.1 : Hierarki dan Fungsi Pusat Petempatan Daerah Jerantut 2020
Bandar Hierarki Fungsi
Bandar Jerantut
Pusat Separa Wilayah Pusat transit pelancongan utama.
Negeri (PSWN)
Pusat pentadbiran / perkhidmatan /
perdagangan peringkat wilayah
tengah Negeri Pahang.
Damak Pusat kemudahan peringkat primer
Batu Embun dan perdagangan peringkat
Temin tempatan.
Jerantut Feri
Kuala Tembeling Pusat pentadbiran, perdagangan/
Kuala Tahan
komersial dan industri peringkat
Pusat Petempatan tempatan yang menyokong Pusat
Utama (PPU)
Separa Wilayah Negeri
Perkhidmatan sokongan lain. Pusat
perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad. Pusat
perkhidmatan dan kemudahan asas
dan sosial.
Batu Balai
Ibol Tunggal
Pulau Tawar
Ulu Cheka
Pusat Petempatan
FELDA Sg. Retang
FELDA Sg. Piol Pusat Perkhidmatan kepada
FELDA Kota dan
Gelanggi Pusat Petempatan kampung rangkaian
Kecil (PPK)
petempatan FELDA.
FELDA Tekam Pusat perkhidmatan dan
kemudahan asas dan sosial.
FELDA Jengka 24
Pusat
Penyelidikan
Pertanian Tun
Abdul Razak
(PPPTR) Sungai
Tekam
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-2
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. Pengukuhan Imej Dan Identiti Pusat-pusat Bandar
Setiap pusat bandar di Daerah Jerantut akan dirancang dengan imej dan identiti bandar yang
sesuai dengan fungsi dan peranan bandar tersebut. Pembangunan elemen-elemen
rekabentuk bandar mencerminkan imej, karektor dan identiti yang tersendiri berdasarkan
peranan dan fungsi kawasan tersebut. Imej dan identiti bandar utama Daerah Jerantut
adalah seperti Jadual 6.1.2 berikut :
Jadual 6.1.2 : Imej Dan Identiti Pusat-pusat Bandar Utama Daerah Jerantut 2020
Pusat Bandar Tema Imej
Jerantut Bandar Gerbang Taman Bandar Sejahtera
Negara
Kuala Tahan Bandar Eko Pelancongan Bandar Sejahtera
Kuala Tembeling Bandar Eko Pelancongan Bandar Sejahtera
Temin Bandar Institusi Bandar Bestari
Bandar Tradisional
Damak, Bandar Tradisional
Batu Balai dan Bandar Agro
Ulu Cheka
Pusat Bandar Persinggahan
Petempatan Lain
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
Bandar Jerantut memiliki aset pemandangan yang indah berlatar belakangkan alam
semulajadi. Kawalan nisbah plot dan densiti pembangunan dapat memelihara elemen di
atas yang menyumbang kepada imej Bandar Sejahtera selain menentukan corak dan fabrik
bandar supaya lebih terancang dan tersusun.
Bagi mencapai dan memenuhi imej dan identiti bandar tersebut, beberapa langkah utama
yang dikenal pasti ialah :
Merancang zon-zon guna tanah bandar dengan fungsi yang jelas.
Membina elemen-elemen rekabentuk bandar dan landskap yang menarik selaras
dengan imej yang dicadangkan dan dapat menonjolkan tema bandar.
Melengkapkan komponen perbandaran bagi bandar-bandar tertentu khususnya
kawasan rekreasi bandar.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-4
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Mengawal rekabentuk pembangunan infill perlu mempunyai kesinambungan reka
bentuk dengan bangunan-bangunan bersebelahan seperti dari segi ketinggian,
anjakan dan garis mendatar.
Mengawal pengalaman visual bersiri bandar dan penyediaan pintu masuk
bandar/daerah.
Memelihara bangunan warisan sebagai aset budaya dan daerah.
c. Mewujudkan Sense of Welcoming Di Setiap Pintu Masuk Daerah Dan Pusat Bandar
Bagi mengukuhkan suasana masuk ke Daerah Jerantut (Sense Of Welcome) dan peningkatan
imej daerah kepada pengunjung, penanda sempadan daerah dicadangkan di sempadan
utama.
Bagi meningkatkan imej pusat-pusat petempatan yang utama pula, pintu-pintu masuk
bandar dan pusat pertumbuhan akan disediakan dengan elemen penyataan ketibaan sama
ada dalam bentuk pintu gerbang, arca, landskap hiasan dan lain-lain bentuk yang ketara bagi
memberi gambaran bahawa pengguna jalan raya sedang memasuki kawasan bandar atau
kawasan perumahan.
ii. Strategi : Mewujudkan Elemen-Elemen Rekabentuk Bandar Yang
Berteraskan Imej dan Tema
Bagi mencapai matlamat sebagai “Bandar Gerbang Taman Negara”, beberapa elemen perlu
dirancang dan dipertimbangkan di dalam cadangan pembangunan iaitu;
Mewujudkan taman bandar sebagai kawasan sivik dan riadah penduduk bandar
dengan gaya senibina tropika. Gabungan komponen yang berasaskan air, tanah dan
pokok akan mewujudkan ciri-ciri alam semulajadi dengan rekabentuk bangunan
sokongan juga menggambarkan kawasan tropika.
Mendirikan mercu tanda dan peningkatan kualiti imej pintu masuk ke pusat bandar
seperti pintu gerbang bercirikan warisan tempatan.
Membina elemen rekabentuk bandar berteraskan Bandar Gerbang Taman Negara.
Elemen-elemen rekaan dikenalpasti untuk membantu memperkukuhkan dan menonjolkan
imej Jerantut sebagai “Bandar Gerbang Taman Negara” adalah melalui beberapa tindakan
seperti berikut;
Membina beberapa pintu gerbang atau arca yang direka bentuk berdasarkan konsep
tropika di semua pintu masuk utama Bandar Jerantut.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-5
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Mereka bentuk struktur landskap kejur seperti wakaf bercorak tropika di
lokasi-lokasi sesuai.
Membina taman bandar yang berkonsepkan reka bentuk berkaitan dengan lebih
redup dan rekaan tempatan. Kemudahan yang disediakan adalah secara bersepadu
seperti mercu tanda, air terjun, wakaf dan kiosk jualan.
Corak reka bentuk perabot jalan akan dilaksanakan secara bersepadu di
kawasan-kawasan perniagaan utama dengan berunsurkan sejarah tempatan.
a. Mempertingkatkan Elemen Landskap di Kawasan Tumpuan
Elemen landskap kejur bagi setiap pusat bandar dan pusat pertumbuhan juga akan
disediakan bagi menterjemah ciri-ciri imej bandar yang dikenalpasti. Sebagai contoh,
Bandar Jerantut akan menggunakan tema “Bandar Gerbang Taman Negara”. Semua
perincian landskap kejur dan landskap lembut akan dilakukan dengan menjurus kepada
pembentukan imej berteraskan alam semulajadi yang juga mesra pengguna, selaras dengan
ciri-ciri hutan tropika dan lokasi bandar ini.
b. Pembentukan Elemen Perbandaran Dan Zon Bandar
Bandar-bandar yang mempunyai reka bentuk bandar yang menarik juga adalah bandar yang
mempunyai ciri-ciri yang jelas kepada pengunjung. Bagi mencapai matlamat itu, kewujudan
zon-zon khas berdasarkan ciri-ciri daerah bandar dan elemen reka bentuk bandar seperti
mercu tanda, rangkaian pejalan kaki dan nodus boleh dirancangkan bagi membentuk dan
menghubungkan bandar-bandar dengan jelas
Bagi meningkatkan imej bandar dan pusat petempatan penambahan dan pembaikan mercu
tanda perlu dibuat. Pembersihan sungai-sungai di Bandar Jerantut juga boleh dijadikan
sebagai aset pengindahan pusat bandar. Selain itu terdapat percanggahan guna bangunan
antara deretan bangunan rumah kedai dimana terdapat aktiviti perniagaan, kediaman dan
bengkel atau industri.
Bagi meningkatkan imej, cadangan bagi setiap pusat bandar merangkumi :
Cadangan zon kawalan pembangunan bandar.
Cadangan zon guna tanah.
Mercu tanda pintu masuk, pintu gerbang dan arca.
Pengindahan laluan masuk utama.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-6
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii. Strategi : Mempertingkatkan Komponen Perbandaran Mengikut Hierarki
Petempatan
Bagi memperkukuhkan hierarki pusat-pusat petempatan, beberapa komponen perbandaran
bagi setiap pusat petempatan perlu ditambah dan dipertingkatkan mengikut kesesuaian.
Jadual 6.1.3 : Cadangan Peningkatan Fungsi Dan Hierarki Bandar
Pusat Hierarki Hierarki Pusat MePusaPusat
Petempatan Semasa Semasa Membet Membeli
(2009) (2010) Belah
Kawasan Pentadbiran
Pusat Perniagaan,
Perkhidmatan &
Pejabat
Kemudahan Sukan
Institusi Kerajaan
Kawasan Pernigaan
Pusat Sivik &
Kebudayaan
Keagamaan &
Kemudahan
Masyarakat
Kemudahan Rekreasi
Jerantut PPU PSWN × // /// / / /
Jerantut PPK PPK /× / / ×
Feri
Batu PPK PPU /×× / / ×
Embun PPK PPK / ×
Temin PPK PPK ×× / / ×
PPK PPU /× / / ×
Batu Balai PPK PPU //× / / ×
Damak PPK PPU / // / / ×
Kuala
Tembeling PPK PPK // / × ×
Kuala
Tahan PPD PPK ×× × / ×
Ibol PPD PPK / ×
Tunggal ×× /
Pulau // /
Tawar
Ulu Cheka
Penunjuk :
i) PSWN (Pusat Separa Wilayah Negeri), PPU (Pusat Petempatan Utama), PPK (Pusat Petempatan Kecil)
ii) √ (ada) X (tiada) Tidak Berkaitan
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
iv. Strategi : Mewujudkan Keselesaan Dan Mengurangkan Konflik
Penyediaan rangkaian pejalan kaki antara pusat-pusat tumpuan penduduk di dalam pusat
bandar secara sistematik akan dapat mewujudkan keselesaan kepada pejalan kaki dan
akan dapat mengurangkan konflik di antara kenderaan bermotor dengan pejalan kaki.
Penyediaan rangkaian pejalan kaki yang komprehensif perlu diintergrasikan dengan
landskap bagi mewujudkan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-7
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
v. Strategi : Menyelaras Semula Guna Tanah Di Bandar Utama
Guna tanah utama cadangan bagi bandar-bandar utama seperti Bandar Jerantut, Kuala
Tahan, Kuala Tembeling dan Damak terdiri dari perumahan terancang, institusi kerajaan,
kawasan perniagaan, kawasan rekreasi dan pengekalan kawasan hijau dan pertanian.
Kawasan Pembangunan Bandar Jerantut dilaksanakan secara berperingkat yang terletak di
tengah-tengah pusat bandar dan merupakan pembangunan semula tanah-tanah perniagaan
dan institusi kerajaan.
6.1.2 Imej Dan Rekabentuk Pusat Bandar
i. Strategi : Membangunkan Bandar Jerantut Dengan Penekanan Kepada
Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan Bandar
Perancangan pusat bandar masa hadapan akan dibuat berdasarkan prinsip
pengukuhan pusat bandar semasa pembangunan semula, pembangunan baru
dan pemeliharaan dan peningkatan aspek reka bentuk bandar mercu tanda,
nodus, elemen landskap dan vista. Perancangan pembangunan semula
mengambil kira pembangunan baru infrastruktur seperti menaiktaraf jalan dan
pembinaan jalan-jalan baru. Ini dapat memastikan persekitaran reka bentuk
bandar yang menarik selaras dengan peranan fungsi bandar yang dirancang.
Bagi memperkukuhkan kualiti dan imej bandar, beberapa garis panduan dan
kawalan perlu disediakan iaitu:
a. Kawasan Pembangunan Baru
Perlu mengikut zon guna tanah yang telah ditetapkan.
Pembangunan kawasan perniagaan pusat bandar digalakkan dalam
bentuk free standing building atau rumah kedai dan kedai pejabat.
b. Kawasan Pembangunan Semula :
Pembangunan rumah kedai sediada perlu dikemaskan dengan
penyediaan jalan susur, tempat letak kenderaan dan landskap.
Menggalakkan penyusunan semula tempat niaga informal di kawasan
khas dan bersesuaian di pusat bandar.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-8
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan di dalam pusat bandar semasa
seperti tanah kosong dan kawasan usang akan diberi keutamaan untuk dibangunkan
disamping pemuliharaan warisan bandar serta penyelenggaraan kawasan bandar lama.
Terdapat 20 buah bangunan lama sebelum perang di Bandar Lama Jerantut. Bangunan
yang dikenalpasti di bandar ini keseluruhannya terdiri daripada rumah kedai yang dibina
sebelum tahun 1940 an. Bangunan-bangunan ini mempunyai ciri-ciri istimewa seperti
muka bangunan (fasad), dinding, pintu dan tingkap yang menarik. Reka bentuk rumah
kedai ini terdapat motif dan ciri-ciri simbolik kebudayaan masyarakat Cina, Melayu dan
pengaruh senibina Eropah.
Antara Bangunan Sebelum Perang Di Bandar Lama Jerantut
20 unit bangunan sebelum perang yang berpotensi untuk dikekalkan mempunyai gred dua
iaitu mempunyai ciri-ciri istimewa tetapi memerlukan baik pulih pada struktur dan
penyelenggaraan pada permukaan. Tambahan baru yang melindungi atau merubah rupa
asal hendaklah dielakkan.
Contoh Pemeliharaan Rupa Bentuk Bangunan
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-9
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Semua bangunan ini dicadangkan dipulihara sepenuhnya dan dibenarkan tukar guna
bangunan bagi membolehkan aktiviti yang menarik dijalankan. Satu laluan bersejarah
heritage trail boleh disediakan untuk menghubungkan bangunan-bangunan ini dalam
pakej pelancongan. Kaedah pemeliharaan yang dicadangkan adalah melalui kaedah yang
perlu mendapat verifikasi perunding di dalam menentukan keselamatan struktur bangunan
(Jadual 6.1.4).
Jadual 6.1.4 : Kaedah-kaedah Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Warisan
Kategori Tindakan
Kategori 1 : Pengekalan fasad bangunan.
Bangunan-bangunan terdiri Kerja-kerja meroboh dan menutup fasad
daripada bangunan gred 2 dan adalah ditegah.
gred 3 tetapi terdapat bangunan Pembangunan baru terhadap dalaman
baru pada blok tersebut. bangunan boleh dilakukan mengikut garis
panduan kawalan pembangunan khusus bagi
Kategori 2 : pengekalan dan pemeliharaan tanpa
Bangunan di dalam lingkungan menjejaskan kestabilan dan keunikan fasad
kawasan pemeliharaan luar.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020 Tukar guna bangunan kepada kegunaan yang
sepadan adalah dibenarkan.
Keseluruhan bangunan boleh dirobohkan dan
dibangunkan semula dengan reka bentuk
mengikut era senibina bangunan sekitarnya.
Bangunan-bangunan warisan dalam Bandar Lama Jerantut mempunyai ciri-ciri istimewa
tetapi memerlukan baik pulih pada struktur dan penyelenggaraan pada permukaan. Ia
dicadangkan untuk dikekalkan kerana sumbangan kepada karektor jalan dan kawasan.
ii. Strategi : Meningkatkan Imej Dan Identiti Pusat Bandar Bagi
Bandar-Bandar Dalam Daerah Jerantut Melalui Penekanan
Kepada Aspek Reka Bentuk Pusat Bandar
Cadangan meningkatkan imej dan identiti pusat bandar adalah penting bagi
memperkukuh fungsi dan peranan bandar di samping menyelesaikan isu-isu pusat
bandar dan mengeksploitasi aset-aset dan potensi pusat bandar.
Cadangan-cadangan reka bentuk bandar berdasarkan isu-isu, aset dan potensi pusat
bandar adalah seperti Jadual 6.1.5.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-10
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Penekanan aspek reka bentuk bandar yang dicadangkan ialah:
1. Membangunkan kawasan yang berpotensi untuk pembangunan baru dalam
kawasan pusat bandar yang telah dikenalpasti.
2. Membangunkan semula atau memperbaiki kawasan-kawasan usang dalam pusat
bandar
3. Memelihara dan memulihara bangunan warisan dalam bandar.
4. Melengkapkan komponen kesejahteraan dan keselamatan dalam bandar melalui
komponen rekreasi dan kemudahan.
5. Memelihara vista menarik dan pandangan terbuka.
6. Menyediakan elemen penyataan ketibaan menarik di pintu-pintu masuk pusat
bandar yang mempunyai sense of welcoming.
7. Mewujudkan dan menaik taraf titik-titik tumpuan baru/ nodus dan mercu
tanda-mercu tanda yang menarik.
8. Meningkatkan elemen-eleman landskap di pusat-pusat bandar.
Pusat Bandar Jerantut, Kuala Tahan, Kuala Tembeling dan Damak mempunyai imej dan
identiti yang jelas dan dapat membentuk tema setempat masing-masing. Pusat
petempatan tersebut juga mempunyai potensi dan memerlukan pengukuhan fungsi dan
hierarki bandar.
Bagi memberikan imej reka bentuk daerah bercirikan budaya tempatan, gabungan
senibina warisan Pahang dan bercirikan alam semulajadi dicadang untuk diketengahkan
dalam pelaksanaan mercu tanda-mercu tanda seperti pintu gerbang dan arca serta
bangunan-bangunan kerajaan dan perniagaan.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-11
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 6.1.5 : Justifikasi Cadangan Imej Dan Reka Bentuk Bandar
Justifikasi Cadangan-cadangan Utama
Kekurangan mercu tanda dan imej Penambahan dan pembaikan mercu tanda
bandar yang kurang jelas bagi setiap dan imej bandar semasa.
bandar dan pusat petempatan kecil.
Pembersihan sungai-sungai di Bandar
Rumah kedai di Damak, Batu Balai Jerantut, Kuala Tahan dan Kuala
dan Ibol Tunggal dalam keadaan Tembeling dijadikan sebagai aset
buruk dan tidak terancang dari segi pengindahan pusat bandar.
kemudahan tempat letak kenderaan
dan susun aturnya. Bangunan-bangunan berstruktur tidak
Tiada keseragaman fasad bangunan kekal dan berkeadaan buruk dicadangkan
di antara bangunan sediada dan untuk pembangunan semula bagi
bangunan binaan baru di antaranya memelihara imej pusat bandar.
khususnya Jerantut.
Pembangunan infill perlu mempunyai
Kekurangan kemudahan laluan kesinambungan reka bentuk dengan
bangunan-bangunan bersebelahan seperti
pejalan kaki di pusat perdagangan. dari segi ketinggian, anjakan dan garis
mendatar.
Bangunan sebelum perang yang
mempunyai ciri seni bina menarik Mewujudkan kesinambungan laluan
tidak dipelihara sepenuhnya pejalan kaki, nodus dan kawasan
terutama di Bandar Lama Jerantut. lapang.Penyediaan kemudahan perabot
jalan dan laluan pejalan kaki yang dapat
menghubungkan setiap pusat tumpuan
dengan menerapkan ciri-ciri bandar
selamat dan sejahtera serta mengambil
kira golongan-golongan kurang upaya.
Cadangan kawasan pemeliharaan dan
kawalan pembangunan di kawasan
tersebut
Terdapat percanggahan guna Digalakkan pemindahan aktiviti industri ke
bangunan antara deretan bangunan tempat lain yang lebih sesuai dan
rumah kedai antara aktiviti terancang.
perniagaan, kediaman dan bengkel
Kawasan lapang dan rekreasi sediada di
atau industri. dalam kawasan perdagangan perlu
diwartakan.
Kawasan lapang atau kawasan hijau
di dalam kawasan perdagangan
adalah terhad.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-12
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Sambungan Jadual 6.1.5 Cadangan-cadangan Utama
Justifikasi Penambahan papan tanda menarik
Papan tanda dan tunjuk arah jalan mengikut ciri budaya tempatan untuk
kurang mencukupi di sesetengah menunjuk arah tempat-tempat tumpuan
kawasan pusat tumpuan. yang tertentu.
Terdapat 20 unit bangunan yang Papan tanda yang memberi maklumat lain
mempunyai nilai sejarah dan ciri seni seperti visi dan konsep pembangunan
bina yang menarik di Bandar Lama bandar serta tempat menarik juga sesuai
Jerantut. di sediakan.
Peningkatan identiti pusat bandar Cadangan Berdasarkan Aset dan Potensi
setiap bandar mempunyai
unsur-unsur bandar dan aset Penentuan pemuliharaan dan
semulajadi yang dapat mewujudkan pemeliharaan bangunan mengikut
imej. kemampuan pihak berkuasa.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020 Menambah dan memperbaiki unsur-unsur
bandar.
Laluan,
Tepian @ pinggiran,
Nodus,
Kawasan, dan
Mercu tanda.
6.1.3 Imej dan Reka Bentuk Bandar Jerantut
Bandar Jerantut dicadangkan sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri (PSWN) bagi Negeri
Pahang pada tahun 2020 dengan fungsi utama sebagai Pusat Pentadbiran dan Perdagangan
bagi wilayah tengah Negeri Pahang. Cadangan pembangunan Pusat Bandar Jerantut
merangkumi peningkatan imej dan identiti pusat bandar melalui penekanan aspek
rekabentuk pusat bandar.
Bagi mencapai pembangunan yang seimbang, had kawasan pembangunan bagi Bandar
Jerantut perlu ditentukan bagi memastikan pusat-pusat petempatan lain sekitar Bandar
Jerantut turut membangun. Tiga pusat petempatan utama yang dicadang diberi
penekanan dan dimasukkan ke dalam kawasan had pembangunan Jerantut ialah Batu
Embun di bahagian utara, Jerantut Feri di bahagian timur dan Temin di bahagian selatan.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-13
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
i. Pengukuhan Aspek Reka Bentuk Pusat Bandar Jerantut
Pengindahan Bandar Jerantut adalah berdasarkan imej ‘Bandar Sejahtera’ dan tema Bandar
Gerbang Taman Negara. Asas pemilihan tema tersebut adalah kerana kedudukannya dan
suasana persekitaran yang indah menyumbang kepada keharmonian hidup yang merupakan
penzahiran kewujudan bandar yang sejahtera. Antara elemen-elemen bandar yang
menyumbang kepada imej bandar ini ialah Taman Warisan, Padang MDJ, Jejak Warisan
Jerantut, Bandar Lama, Dataran Jerantut, Taman Linear dan Taman Mini. Elemen-eleman
tersebut dicadang supaya dinaik taraf dan dihubungkan melalui laluan pejalan kaki dan
lingkaran hijau yang menarik.
Padang Taman Mini
Jerantut Hill Taman Warisan
Antara Komponen Bandar Sejahtera Jerantut
ii. Kawasan Pembangunan Baru
Kawasan pembangunan baru Pusat Bandar Jerantut merupakan kawasan yang terdiri
daripada kawasan tanah kosong, tanah pertanian dan semak. Tanah kosong dalam Pusat
Bandar Jerantut terletak di bahagian tengah (kawasan berbukit bersebelahan Bandar
Inderapura), Tanah Rizab KTM dan sekitar pasar awam. Kawasan berpotensi pembangunan
baru ini dicadangkan sebagai kawasan baru perniagaan, pembangunan kemudahan
masyarakat dan kawasan rekreasi peringkat daerah.
Pembangunan kawasan baru perlulah mengikut zon guna tanah dan kawalan pembangunan
yang telah ditetapkan.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-14
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii. Kawasan Pembangunan Semula
Cadangan pembangunan semula Pusat Bandar Jerantut merupakan kawasan yang terdiri
dari kawasan kampung baru, kawasan pembangunan bercampur dan kawasan bangunan
yang berkeadaan buruk. Kawasan ini memerlukan pemulihan ciri dan rupa fizikal
bangunan sediada. Sesetengah kawasan hanya memerlukan pembaikan rupa bentuk
bangunan dan persekitaran supaya lebih menarik. Kawasan selatan pusat bandar (Rumah
Rehat) dan kawasan institusi kerajaan dicadangkan dibangunkan semula dengan
pembangunan baru.
iv. Pemeliharaan Bangunan Warisan
Bandar Jerantut mempunyai 20 unit bangunan warisan yang perlu dipelihara dan dipulihara.
Ia merupakan mercu tanda dan menjadi titik tumpuan di bandar ini khususnya sebagai
pusat transit pelancong ke Taman Negara. Penekanan aspek reka bentuk bandar
diberikan kepada elemen tersebut ke arah mencapai imej dan identiti Bandar Sejahtera
disokong oleh aktiviti pelancongan.
v. Pandangan Rupa Bandar dan Keselesaan
a. Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap (pedesterian mall
menghubungkan titik tumpuan aktiviti :
i. Sepanjang Jalan Tahan – Cadangan Siar Kaki Jerantut.
ii. Stesen bas, teksi dan Bangunan MDJ - Cadangan Dataran Jerantut.
iii. Lingkaran Hijau; Taman Warisan - Padang MDJ - Jejak Warisan
Bandar - Dataran Jerantut - Taman Linear - Taman Mini.
b. Pengindahan arca dan mercu tanda sediada dan cadangan mercu tanda
baru di kawasan-kawasan pembangunan baru.
c. Bangunan Warisan perlu dipulihara dan perlu dipastikan mercu tanda
kepada pusat Bandar Jerantut ini tidak terhalang pandangannya oleh
pembangunan baru.
d. Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-15
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
vi. Aktiviti Tidak Formal
Aktiviti penjaja dan gerai di kiri kanan jalan dan antara ruang bangunan tidak dibenarkan.
Aktiviti ini telah dikhususkan di tempat yang disediakan bagi tujuan tersebut.
Contoh Aktiviti Gerai Terbuka Berpusat Bagi
Penempatan Semula Gerai Tepi Jalan
vii. Laluan Masuk Utama
Bandar Jerantut perlu penekanan dari segi pengindahan dan kemudahan yang disediakan.
Laluan masuk utama ke bandar ini yang juga sebagai pintu masuk ke Taman Negara perlulah
menarik dan mempunyai imej tersendiri. Bagi memastikan laluan masuk yang jelas,
Bandar Jerantut memerlukan keseragaman landskap dan perabot jalan.
Selain itu, papan penunjuk arah berserta pelan lokasi perlu disediakan di tempat sesuai yang
menjadi tumpuan pengunjung seperti di Dataran Jerantut. Laluan masuk ke komponen
pembangunan penting seperti pasaraya dan pejabat kerajaan perlu mempunyai petunjuk
arah yang seragam.
Bagi laluan utama kenderaan, ruang-ruang terbuka yang mempunyai pandangan terus ke
arah laluan perlu dipelihara dan tiada pembangunan tinggi dibenarkan di ruangan ini.
Bagi membentuk imej ‘Bandar Sejahtera’, garis panduan khusus yang akan diguna pakai
adalah seperti Jadual Garis Panduan Khusus Senireka Bangunan dan Elemen Bandar.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-16
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 6.1.6 : Garis Panduan Reka Bentuk Bangunan
Perkara Garis Panduan Reka bentuk
Reka bentuk bangunan Kesinambungan rekabentuk fasad hadapan
pembangunan infill
Ciri-ciri senibina menarik dan berkarektor tempatan.
Free Standing Building Ketinggian tidak melebihi 5 tingkat
Karektor bangunan dan perabot jalan berbentuk senibina
Karektor bangunan/ moden
fasad bangunan
Bumbung/ latar langit Bumbung bangunan berbentuk gable/ hip roof .
Warna bangunan Bangunan rumah kedai mesti berberanda rendah 1.5 meter
Satu warna yang sama bagi seluruh bangunan
Satu warna yang sama tetapi dengan ton warna dan mengikut
urutan
Warna-warna yang berlainan antara unit dan mengikut urutan
Ketinggian bangunan Maksima 2 – 3 tingkat (Teres)
Orientasi bangunan Utara selatan atau menghadap jalan.
Muka hadapan Menghadap jalan utama dan persimpangan.
Anjakan bangunan Penyediaan ruang pejalan kaki selebar 1.5 – 1.8meter dari
sempadan plot menjadi anjakan bangunan.
Anjakan hadapan Mempunyai beranda minima 1.5 meter.
Ketinggian tidak melebihi dan ketinggian bangunan kecuali di
Papan iklan kawasan lapang.
Reka bentuk mencerminkan budaya tempatan.
Bahasa Melayu diwajibkan.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-17
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
6.1.4. Cadangan Utama Bandar Jerantut
a. Cadangan Pembangunan Jerantut Square
Pembangunan Jerantut Square akan menjadi nodus baru kepada pembangunan Pusat
Bandar Jerantut. Ia merangkum tapak stesen bas, teksi sediada dan gerai. Rujuk
Jadual 6.1.7 dan Rajah 6.1.2.
Jadual 6.1.7 : Cadangan Pembangunan Jerantut Square
Cadangan Pembangunan Cadangan Pembangunan Jerantut Square
Mukim/ Blok Perancangan BP 1 Pedah
BPK BPK 1.1—Bandar Jerantut
Luas Kawasan (Hektar) 0.81 hektar
Penggunaan Tanah Sediada Stesen bas dan teksi
Justifikasi Cadangan
Jalan Tahan mempunyai pandangan vista
yang menarik berlatarbelakangkan Taman
Warisan yang terdapat berhampiran Bandar
Jerantut Penanaman pokok yang
bersesuaian mampu mewujudkan sense
of welcome kepada Bandar Jerantut
Jalan Tahan merupakan laluan utama yang
bertindak sebagai pintu masuk utama ke
Pusat Bandar Jerantut
Kawasan tumpuan pengunjung dan
pelancong untuk membeli belah dan
mendapatkan keperluan harian ini
memerlukan penambahbaikan agar lebih
selesa kepada peniaga dan pengunjung.
Komponen-komponen imej bandar tidak
berhubung antara satu sama lain dan
terdapat kawasan yang berpotensi sebagai
nodus bandar.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-18
Sambungan Jadual 6.1.7 RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Cadangan Pembangunan
Cadangan pembangunan Jerantut Square
Komponen Cadangan Pusat Bandar Jerantut perlu menyediakan
Agensi Berkaitan perkhidmatan pelancongan sebagai pusat
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020 transit pelancong ke Taman Negara.
Nodus-nodus dan mercu tanda yang menarik
perlu diwujudkan.
Pelancong-pelancong yang berkunjung ke
Taman Negara mempunyai peluang melawat
bandar Jerantut sebagai salah satu pakej yang
ditawarkan. Penyediaan kiosk, bistro dan
gerai-gerai jualan yang menarik dan memenuhi
keperluan mereka akan menarik minat mereka
untuk melawat bandar Jerantut.
Kiosk, bistro dan ruang perniagaan yang selesa
dan tersusun.
Laluan pejalan kaki
Landskap kejur : tempat duduk, lampu hiasan,
telefon awam, papan tanda, arca, lampu Jalan,
bangku/tempat duduk, tong sampah dan
sebagainya.
Landskap lembut yang terdiri daripada
pokok-pokok .
Laluan kenderaan
Majlis Daerah Jerantut, Jabatan Landskap Negara
Rajah 6.1.2 menunjukkan cadangan pembangunan Jerantut Square.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-19
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. Cadangan Pesisiran Herba Sungai Betong (Sungai Dalam Bandar Jerantut)
Cadangan pembangunan ini bermula dari kawasan pasar awam hingga ke Stesen
Keretapi Jerantut. Jarak projek pengindahan sungai sepanjang 800 meter.
Penekanan reka bentuk diberikan kepada menaiktaraf landskap kawasan sediada dan
penyediaan laluan awam dan penggunaan tebing sungai sebagai sebahagian daripada
rekreasi komprehensif dan kemudahan rekreasi. Rujuk Jadual 6.1.8 dan Rajah 6.1.3.
Jadual 6.1.8 : Cadangan Pembangunan Pesisiran Herba Sungai Betong
Cadangan Pembangunan Cadangan Pesisiran Herba Sungai Betong
Mukim/ Blok Perancangan Pedah/ BP 1
BPK BPK 1.1—Bandar Jerantut
Luas Kawasan (Hektar) 0.81 hektar
Penggunaan Tanah Sediada Gerai penjaja dan tanah kosong
Justifikasi Cadangan Pembangunan kawasan pesisiran herba
Sungai Betong ini adalah berkonsepkan
Komponen Pembangunan kepada pendekatan alam semulajadi dan
Sumber : RT Daerah Jerantut 2020 lebih mesra alam disebabkan oleh sensitiviti
kawasan melalui masyarakat setempat dan
kesan yang dapat diberikan kepada
tempat-tempat yang berdekatan.
Kawasan ini didapati amat sesuai bagi
kegiatan separa pasif releksasi dan pelbagai
kegiatan apresiasi alam semulajadi.
Menaiktaraf saluran sediada dengan
menggunakan tembok interlocking walling
system.
Pengindahan landskap di persisiran sungai
berkonsepkan pokok-pokok herba.
Jenis-jenis tanaman herba dalam projek ini
seperti : Tongkat Ali, Serai Wangi, Pokok
Misai Kucing, Pandan, Limau Kasturi, Daun
Selasih, Daun Pengaga dan sebagainya.
Siar kaki ,wakaf & jambatan
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-21
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
c. Cadangan-cadangan Utama Lain :
Cadangan Naik Taraf Taman Mini Bandar Baru Jerantut.
Cadangan Taman Linear Kaki Bukit.
Cadangan Pembangunan Semula Kawasan Institusi dan Rumah Rehat.
Cadangan Menaiktaraf Taman Warisan Sebagai Taman Bandar (Rujuk Rajah
6.1.4 : Pelan Sisip Cadangan Menaiktaraf Taman Warisan).
Cadangan Pembangunan Semula Bandar Lama.
Cadangan Pembangunan Semula Tanah KTM.
Cadangan Pusat Penjaja.
Cadangan Jerantut Trail.
Cadangan Menaiktaraf Gerai Jalan Stesen Keretapi.
Cadangan Terminal Bas (Baru)
Cadangan Naiktaraf Pasar Awam.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-23
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
6.1.5 Aspek Reka Bentuk Bandar Pusat Petempatan Utama Dalam Kawasan Had
Pembangunan Jerantut
Bandar Jerantut mempunyai beberapa Pusat Petempatan Utama (PPU) dalam radius
tadahan bandar iaitu Temin, Jerantut Feri dan Batu Embun. Imej dan identiti pusat bandar
PPU ini perlu ditingkatkan. Antara tindakan utama reka bentuk bandar untuk pusat
petempatan dalam kawasan had pembangunan Jerantut ialah penaiktarafan landskap di
kawasan pinggir jalan raya utama di samping kawasan-kawasan persendirian. Selain itu
juga mercu tanda dan arca ketibaan akan disediakan di semua PPU.
Kawasan tumpuan utama penduduk adalah di kawasan perniagaan dalam mendapatkan
keperluan harian dan perkhidmatan. Lokasi tumpuan tersebut juga perlu di lengkapi
dengan kemudahan dan komponen-komponen landskap yang menarik.
i. Kawasan Pembangunan Baru
Kawasan yang berpotensi pembangunan baru di pusat petempatan kecil ialah kawasan
tanah kosong, semak belukar, bangunan usang dan tanah pertanian yang tidak diusahakan.
Pembangunan kawasan baru perlulah mengikut zon guna tanah dan kawalan pembangunan
yang telah ditetapkan.
Pulau Tawar menjadi pusat petempatan berpotensi dibangunkan sebagai pusat perniagaan
utama di luar pusat Bandar Jerantut. Beberapa cadangan pembangunan yang dijangka dapat
meningkatkan fungsi dan imej Bandar Pulau Tawar iaitu Jerantut Fest yang berkonsepkan
perniagaan di Nilai 3.
ii. Kawasan Pembangunan Semula
Kawasan berpotensi untuk pembangunan semula kawasan perkampungan dan rumah kedai
usang di kawasan pusat bandar. Sebahagian besar kawasan pembangunan semula
merupakan kawasan rumah kedai lama dan buruk yang memerlukan pemulihan ciri dan
rupa fizikal bangunan sediada dengan lebih terancang dan mengikut zon pembangunan
ditetapkan. Bagi bangunan kekal tetapi keadaannya kurang penjagaan, ia memerlukan
pembaikan dari segi rupa bentuk dan pembaikan persekitaran.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-25
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iii. Pandangan Rupa Bandar dan Keselesaan
Bandar Temin, Bandar Batu Embun dan Bandar Jerantut Feri
Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan
aktiviti antara gerai - kawasan pekedaian - kemudahan dan taman
perumahan.
Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
Contoh Pembangunan Aktiviti Laluan Pejalan Kaki
dan Rekreasi Tepi Sungai Di Kawasan Rekreasi
Contoh Pembangunan Semula Rumah Kedai Pengekalan Vista Menarik
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-26
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
6.1.6 Aspek Reka Bentuk Bandar Kuala Tahan
i. Imej Bandar
Pengindahan Bandar Kuala Tahan berdasarkan tema sebagai ‘Bandar Pelancongan’
menggunakan Taman Negara sebagai sumber tarikan eko pelancongan peringkat
antarabangsa.
ii. Kawasan Pembangunan Baru
Kawasan pembangunan baru Kuala Tahan merupakan kawasan yang terdiri daripada
kawasan tanah kosong di belakang kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, tanah
pertanian dan semak. Pembangunan baru perlulah mengikut zon guna tanah dan
kawalan pembangunan yang telah ditetapkan.
iii. Kawasan Rekreasi
Cadangan Riverfront Community Park di pesisir Sungai Tahan dapat mewujudkan
keselesaan kepada pengguna.
Elemen-elemen Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Imej Kuala Tahan
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-27
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iv. Kawasan Pembangunan Semula
Pembangunan semula Kuala Tahan merupakan kawasan yang terdiri daripada
kawasan perkampungan, kawasan pembangunan bercampur dan kawasan
bangunan yang berkeadaan buruk. Kawasan pembangunan semula merupakan
kawasan chalet dan institusi kerajaan yang memerlukan pemulihan ciri dan rupa
fizikal bangunan sediada dengan lebih terancang dan mengikut zon pembangunan
ditetapkan. Sesetengah kawasan yang berstruktur kekal tetapi kurang penjagaan
hanya memerlukan pembaikan rupa bentuk bangunan dan persekitaran supaya
lebih menarik. Kawasan utama yang memerlukan tindakan ini ialah sekolah, balai
polis, masjid dan poliklinik.
Aktiviti-aktiviti Yang Dicadangkan Di Legaran Tahan Kuala Tahan
v. Pandangan Rupa Bandar dan Keselesaan
a. Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan
aktiviti
b. Resort – institusi kerajaan kawasan perniagaan, pusat pelancongan, jeti
dan restoran
c. Hotel Teresek, masjid dan kawasan perkampungan
d. Pengindahan arca dan mercu tanda sediada dan cadangan mercu tanda
baru di kawasan-kawasan pembangunan baru.
e. Cadangan Esplanade di tebing sungai atau Dataran Tahan merupakan mercu
tanda baru bagi Kuala Tahan.
f. Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-28
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
g. Bagi menghubungkan titik-titik tumpuan dalam Kuala Tahan dengan PPD
Tekah, Kompleks Perniagaan Kuala Tahan dan PPD Tembeling Tengah,
sebuah peningkatan landskap laluan utama dicadangkan dengan disokong
dengan komponen kemudahan pengangkutan dan awam yang lain.
Bagi tujuan peningkatan imej Kuala Tahan sebagai bandar pelancongan dan pintu masuk
utama Taman Negara serta peningkatan keselesaan pengunjung, cadangan pembangunan
Legaran Tahan yang merangkumi pedestrian mall dalam kawasan Kuala Tahan, aktiviti
penjajaan yang disokong dengan elemen landskap yang menarik dapat menyokong fungsi
dan matlamat tersebut. Sebahagian kawasan pusat bandar Kuala Tahan (sepanjang pintu
masuk sehingga ke jeti) dicadangkan sebagai zon bebas kenderaan.
vi. Aktiviti Tidak Formal
Aktiviti gerai di kiri dan kanan jalan tidak dibenarkan. Aktiviti ini telah dikhususkan di
tempat yang disediakan bagi tujuan tersebut. Dataran Tahan, Legaran Tahan dan
cadangan medan selera merupakan lokasi terbaik bagi perancangan semula aktiviti-aktiviti
tidak formal ini.
vii. Laluan Masuk Utama
Sebagai Bandar Pelancongan, Kuala Tahan memerlukan landskap, perabot jalan dan papan
petunjuk arah yang seragam dan mempunyai imej daerah dan negeri. Selain itu, bagi
laluan utama kenderaan, ruang-ruang terbuka yang mempunyai pandangan terus ke arah
kawasan pusat perlu dipelihara dan tiada pembangunan tinggi dibenarkan di ruangan ini.
6.1.7 Aspek Reka Bentuk Pusat Bandar Kuala Tembeling
i. Kawasan Pembangunan Baru
Kuala Tembeling merupakan pusat petempatan utama yang menyediakan kemudahan
kepada kawasan sekitar serta kawasan perkampungan yang berhampiran. Pusat pekan ini
merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui jalan sungai. Selain itu, kawasan
pembangunan baru Kuala Tembeling juga merupakan kawasan yang terdiri daripada
kawasan tanah kosong, tanah pertanian dan semak terutama tanah kerajaan yang masih
belum dibangunkan. Pembangunan kawasan baru di Kuala Tembeling perlu mengikut zon
guna tanah dan kawalan pembangunan yang telah ditetapkan.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-29
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. Kawasan Pembangunan Semula
Kawasan pembangunan semula merupakan kawasan institusi dan pusat perniagaan yang
memerlukan pemulihan ciri dan rupa fizikal bangunan sediada dengan lebih terancang dan
mengikut zon pembangunan ditetapkan. Sesetengan kawasan yang berstruktur kekal
tetapi kurang penjagaan hanya memerlukan pembaikan rupa bentuk bangunan dan
persekitaran supaya lebih menarik. Pembangunan semula Kuala Tembeling merupakan
kawasan yang terdiri dari kawasan perkampungan, kawasan pembangunan bercampur
dan kawasan bangunan yang berkeadaan buruk.
iii. Pandangan Rupa Bandar dan Keselesaan
Pekan Kuala Tembeling merupakan pusat persinggahan utama bagi laluan daripada Jerantut
ke Taman Negara seterusnya ke Kuala Lipis. Bagi menggalakkan fungsi tersebut dapat
ditingkatkan, keselesaan pengguna dan penduduk perlu diberi keutamaan. Dua cadangan
utama yang dapat meningkatkan persekitaran Kuala Tembeling dan keselesaan penduduk
ialah :
a. Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan aktiviti
antara kawasan perniagaan – kawasan kampung – kawasan institusi dan nodus
semasa.
b. Penyusunan semula kawasan perniagaan dengan cadangan kedai baru dengan lebih
tersusun dan terancang.
Bagi meningkatkan imej Kuala Tembeling, pembangunan Tembeling Mall dicadangkan yang
merangkumi laluan pejalan kaki menarik dan selesa menghubungkan kawasan institusi -
kawasan perniagaan dan perkampungan. Selain itu sebuah taman mini dicadangkan
berhampiran dengan jeti Kuala Tembeling
iv. Aktiviti Tidak Formal
Pembinaan pusat komersil Kuala Tembeling dan medan selera yang menarik akan dapat
menyokong penjanaan semula aktiviti gerai. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini perlu
digalakkan supaya pusat petempatan ini hidup dan aktif. Oleh itu, aktiviti ini telah
dikhususkan di tempat yang disediakan bagi tujuan tersebut.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-30
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
v. Laluan Masuk Utama
Sebagai tempat persinggahan, elemen ketibaan yang menarik perlu disediakan. Mercu
tanda semasa menggambarkan imej yang sesuai untuk Kuala Tembeling perlu dibina.
Selain itu juga elemen ketibaan terutama dari arah Jerantut juga memerlukan landskap,
perabot jalan dan papan petunjuk arah yang seragam.
Elemen-elemen Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Imej Kuala Tembeling
Dan Cadangan Tembeling Mall
6.1.8 Aspek Reka Bentuk Bandar Damak
i. Kawasan Pembangunan Baru
Damak merupakan pusat petempatan utama yang menyediakan kemudahan kepada
kawasan sekitar serta petempatan lain yang berhampiran seperti Batu Balai dan Ulu Cheka.
Pekan Damak mempunyai potensi dibangunkan pada masa akan datang sebagai pusat
petempatan utama di bahagian barat Daerah Jerantut.
Selain itu, kawasan pembangunan baru Damak juga merupakan kawasan yang terdiri
daripada tanah kosong, tanah pertanian dan semak. Pembangunan kawasan baru di
Damak perlu mengikut zon guna tanah dan kawalan pembangunan yang telah ditetapkan.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-31
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. Kawasan Pembangunan Semula
Kawasan pembangunan semula merupakan kawasan rumah kedai lama dan buruk yang
memerlukan pemulihan ciri dan rupa fizikal bangunan sediada dengan lebih terancang dan
mengikut zon pembangunan yang ditetapkan. Sesetengah kawasan yang berstruktur kekal
tetapi kurang penjagaan hanya memerlukan pembaikan rupa bentuk bangunan dan
persekitaran supaya lebih menarik. Pembangunan semula Bandar Damak merupakan
kawasan yang terdiri dari kawasan perkampungan, kawasan pembangunan bercampur dan
kawasan bangunan yang berkeadaan buruk.
Bangunan Rumah Kedai Yang Memerlukan Pemulihan Dan Pembaikan Rupa Bentuk Dan
Persekitaran
iii. Pandangan Rupa Bandar Dan Keselesaan
Damak merupakan lokasi persinggahan utama bagi laluan daripada Jerantut ke Benta
seterusnya ke Kuala Lipis. Bagi menggalakkan fungsi tersebut, keselesaan pengguna dan
penduduk tempatan perlu diberi keutamaan. Dua cadangan utama yang dapat
meningkatkan fungsi Damak ialah :
a. Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan aktiviti
antara kawasan perniagaan – sekolah – kompleks pentadbiran – poliklinik komuniti.
b. Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan lebih
tersusun dan terancang.
Bagi meningkatkan imej Damak, pembangunan Bazar Damak dicadangkan yang merangkumi
laluan pejalan kaki menarik dan selesa, perabut jalan dan stesen bas. Selain itu sebuah
taman mini dicadangkan berhampiran persimpangan Damak.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-32
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Elemen-elemen Yang Dicadangkan Di Bazar Damak
iv. Aktiviti Tidak Formal
Pembinaan pusat komersil Damak dan medan selera akan dapat mengatasi aktiviti gerai di
kiri dan kanan jalan dan antara ruang bangunan yang tidak dibenarkan. Walau
bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini perlu digalakkan supaya ianya hidup dan aktif. Oleh itu,
aktiviti ini perlu disediakan di tempat yang khusus.
Sebelum Selepas
Bangunan Perniagaan Yang Buruk Memerlukan Pembangunan Semula Bagi
Meningkatkan Imej Pusat Bandar
v. Laluan Masuk Utama
Sebagai bandar persinggahan, elemen ketibaan yang menarik perlu disediakan.
Pembinaan arca atau mercu tanda lain akan dapat meningkatkan imej bandar Damak.
Selain itu juga landskap, perabot jalan dan papan petunjuk arah yang seragam perlu
disediakan Bagi laluan terus ke persimpangan Damak – Batu Balai – Hulu Cheka,
ruang-ruang terbuka yang mempunyai pandangan terus ke arah laluan perlu dipelihara dan
diselenggara dengan baik.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-33
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
6.1.9 Imej Dan Reka Bentuk Pusat-Pusat Petempatan Kecil
Batu Balai
Ibol Tunggal
Ulu Cheka
Pulau Tawar
Pusat-pusat Petempatan FELDA
Imej dan identiti pusat bandar di empat Pusat Petempatan Kecil (PPK) dalam Daerah
Jerantut adalah kurang menonjol sama ada dari segi mercu tanda, landskap atau pun
senibina bangunannya. Fungsi bandar tersebut yang rendah juga memerlukan cadangan
umum imej dan aspek reka bentuk bandar dengan skala yang kecil.
Antara tindakan utama reka bentuk bandar untuk kawasan perdagangan utama yang terdiri
dari PPK dalam Daerah Jerantut ialah penaiktarafan landskap di kawasan pinggir jalan raya
utama di samping kawasan-kawasan persendirian. Selain itu juga mercu tanda dan arca
ketibaan akan disediakan di semua pekan.
Tempat tumpuan utama penduduk bagi Pusat Petempatan tersebut adalah di kawasan
perniagaan bagi mendapatkan keperluan harian dan perkhidmatan institusi-institusi
kerajaan. Lokasi tumpuan tersebut juga perlu dilengkapi dengan kemudahan dan
komponen-komponen landskap yang menarik dan memudahkan orang ramai.
i. Kawasan Pembangunan Baru
Kawasan potensi pembangunan baru pusat petempatan kecil ialah kawasan tanah kosong,
semak belukar, bangunan usang dan tanah pertanian tidak diusahakan. Pembangunan
kawasan baru perlulah mengikut zon guna tanah dan kawalan pembangunan yang telah
ditetapkan.
ii. Kawasan Pembangunan Semula
Kawasan berpotensi untuk pembangunan semula adalah kawasan perkampungan dan
rumah kedai usang di kawasan pusat bandar. Pembangunan semula pusat petempatan
kecil tersebut juga merupakan kawasan yang terdiri daripada kawasan perkampungan,
kawasan yang bercampur aduk aktiviti dan kawasan bangunan yang berkeadaan buruk.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-34
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Sebahagian besar kawasan pembangunan semula merupakan kawasan rumah kedai lama
dan buruk yang memerlukan pemulihan ciri dan rupa fizikal bangunan sediada dengan lebih
terancang dan mengikut zon pembangunan yang ditetapkan. Bagi bangunan kekal tetapi
keadaannya kurang penjagaan, ia memerlukan pembaikan dari segi rupa bentuk dan
pembaikan persekitaran.
iii. Pandangan Rupa Bandar Dan Keselesaan
a. Batu Balai
Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan
aktiviti antara gerai - kawasan perniagaan - kemudahan dan taman
perumahan.
Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
b. Ibol Tunggal
Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan
aktiviti antara kemudahan dan kawasan perniagaan.
Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
c. Ulu Cheka
Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan
aktiviti antara klinik desa – Pejabat Komuniti - kawasan perniagaan – masjid
dan balai polis.
Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
d. Pulau Tawar
Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap di Pusat Perkhidmatan Kecil Pulau
Tawar menghubungkan titik tumpuan aktiviti antara kawasan kemudahan
dengan kawasan perniagaan.
Penyusunan semula bengkel dan kawasan gerai dengan cadangan kedai baru
dengan lebih tersusun dan terancang.
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-35
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
e. Pusat-pusat Petempatan FELDA
Penyediaan laluan pejalan kaki berlandskap menghubungkan titik tumpuan
aktiviti antara pejabat FELDA dengan kemudahan awam iaitu masjid, sekolah,
tadika) dan dengan kawasan perniagaan dan jalan utama.
Penyusunan semula kedai-kedai lama dengan cadangan kedai baru dengan
lebih tersusun dan terancang.
f. Aktiviti Tidak Formal
Aktiviti gerai di kiri dan kanan jalan dan antara ruang bangunan tidak
dibenarkan dalam pusat petempatan kecil. Aktiviti ini perlu ditempatkan
semula di medan-medan majlis atau gerai jualan yang telah dikhususkan
tujuan tersebut.
g. Laluan Masuk Utama
Penekanan elemen laluan masuk utama berskala kecil boleh disediakan
dengan mengintegrasikan dengan landskap, perabot jalan dan papan
petunjuk arah yang seragam. Bagi laluan-laluan utama kenderaan,
ruang-ruang terbuka yang mempunyai pandangan terus ke arah laluan perlu
dipelihara dan tiada pembangunan tinggi dibenarkan di ruangan ini.
Elemen Meningkatkan Rupa Bandar Dan Keselesaan
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-36
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
6.2 Pembangunan Perniagaan
Berdasarkan strategi dan konsep pembangunan peringkat Negeri dan Daerah,
pembangunan di Bandar Jerantut menekankan konsep untuk menjadikan Bandar Jerantut
sebagai pusat persinggahan utama ke Taman Negara. Cadangan ini adalah selari dengan
dasar yang telah digariskan dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang.
Bagi pembangunan di Daerah Jerantut, lebih 90% dari keseluruhan tanah adalah dizonkan
sebagai zon KSAS di mana kawasan tersebut telah dihadkan untuk pembangunan dan perlu
dipelihara. Sementara itu, koridor pembangunan yang dibenarkan adalah bertumpu di
sepanjang jalan utama berhampiran dengan Bandar Jerantut.
Bandar Jerantut akan berperanan sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri di mana fungsinya
sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan. Damak, Kuala Tembeling, Kuala Tahan, Batu
Embun, Jerantut Feri dan Temin dikenalpasti sebagai Pusat Petempatan Utama di mana
fungsinya adalah sebagai pusat perdagangan yang menyokong Bandar Jerantut.
Sementara itu, Hulu Cheka, Pulau Tawar, Batu Balai, Ibol Tunggal dan 7 petempatan FELDA
yang lain merupakan Pusat Petempatan Kecil di mana fungsinya ialah sebagai memberi
perkhidmatan kepada penduduk tempatan.
Berdasarkan unjuran semasa yang telah diperolehi, keseluruhan Daerah Jerantut
memerlukan keluasan ruang lantai sebanyak 259,353.49 mps pada tahun 2020. Ini diambil
kira berdasarkan keluasan ruang lantai semasa dan juga unjuran penduduk tahun 2020.
Jadual 6.1.9 : Unjuran Keluasan Ruang Lantai Sehingga Tahun 2020(mps).
Blok Perancangan 2008 2010 2015 2020
BP 1 Pedah 169,889.00 176,075.92 191,868.72 206,820.01
BP 2 Pulau Tawar - - - -
BP 3 Teh
BP 4 Tembeling 9,186.00 9,520.53 10,374.46 11,182.88
BP 5 Kuala - - - -
Tembeling 4,852.00 5,046.08 5,529.41 5,951.16
BP 6 Hulu Cheka
BP 7 Tebing Tinggi 2,7561.00 28,500.12 30,932.97 33,379.43
BP 8 Kelola - - - -
BP 9 Burau - - - -
- - - -
Jumlah 213,496.00 221,152.65 240,720.56 259,353.49
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 3 – SEKTOR PUSAT BANDAR DAN PERNIAGAAN
6-37