RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
B. Cadangan Kemudahan Masyarakat
i. STRATEGI 1 : Menyediakan Kemudahan Yang Mencukupi Melalui
Pengelompokan Bagi Petempatan Dan Kampung Yang Berjajar
Atau Berjauhan.
Perancangan dan penyediaan kemudahan masyarakat adalah berdasarkan unjuran
keperluan penduduk Daerah Jerantut pada tahun 2020. Bilangan kemudahan yang telah
diunjurkan pada peringkat penemuan telah diselaraskan penyediaannya bagi memastikan
tiada pertindihan fungsi serta lebihan penawaran antara jenis kemudahan yang sama
contohnya pejabat pos dengan mini pos dan dewan dengan balai raya.
Selain mengambil kira unjuran penduduk, cadangan kemudahan ini juga meneliti dari aspek
liputan kawasan kemudahan sediada, keperluan mengikut hierarki kemudahan atau hierarki
petempatan, serta syor daripada jabatan-jabatan berkaitan bagi memastikan komponen
yang dicadangkan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan dan kepentingannya.
Pertimbangan yang diambil kira dalam menentukan penyediaan kemudahan ini adalah :
Unjuran pertambahan penduduk sehingga tahun 2020 (mengikut BP).
Taburan kemudahan masyarakat sediada.
Faktor jarak atau kemudahsampaian di antara kawasan Perumahan dengan
kemudahan.
Potensi guna tanah semasa bagi memudahkan usaha membangunkan tanah.
Garis panduan perancangan kemudahan masyarakat.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-20
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.5 : Senarai Keperluan Kemudahan Masyarakat Daerah Jerantut Sehingga Tahun
2020.
Kemudahan
Keperluan Mengikut Piawaian Sediada Bil Keperluan Cadangan DRT
(Unit/hek) Tambahan
(Unit)*
Tadika – 1:2,500 pddk Mengikut
37 10 keperluan
piawaian
Pendidikan Sekolah Rendah 46 - 2 (RMK10)
– 1:3,000 pddk 17 - 1(RMK10)
Sekolah Menengah
– 1:9,000 pddk
Sekolah Berasrama Penuh - - 1
IPT / Kolej/Institut Latihan 2 1 2
Hospital Daerah 1 - 1NT & sebuah
– 1 bagi setiap daerah rizab
Kesihatan Klinik Kesihatan 2
– 1:20,000 pddk
8-
Klinik Desa – 1:5,000 pddk 24 - 2 NT
Masjid 57 - -
– 1 :20,000 pddk 48 - -
Keagamaan Surau
– 1 :2,500 pddk
Keselamatan Rumah Sembahan – 1:2,500 8 - -
pddk 1 -
Balai Bomba – 1:200,000 pddk 3 4 1
Balai Polis – 1:15,000 pddk 3
8 1
Pondok Polis – 1:10,000 pddk 1
Perkuburan Islam 118.56 - -
– 10,00 pddk : 2.5 ekar 10.76 0.95 -
1
Lain-lain 3 7 1
– 10,000 pddk : 1.0 ekar 8 -
Kemudahan Pos Pejabat Pos – 1:15,000 pddk
Wakil/Mini Pos
– 1:3,000 pddk
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-21
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Sambungan Jadual 5.1.5
Kemudahan Keperluan Mengikut Sediada Bil. Keperluan Cadangan
Piawaian (Unit/hek.) Tambahan DRT
Kemudahan (Unit)*
Sosial Dewan Serbaguna 8 3
– 1:10,000 pddk - -
Dewan Orang Ramai 17 - -
– 1:3,000 pddk 25 -
4 16 4
Balai Raya
– 1 : 1,000 pddk
Perpustakaan
– 1: setiap PPU pddk
Pusat Info Desa 3 7 7
1 : setiap pusat petempatan
utama**
Kompleks /Pusat Komuniti - - 7
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
Nota :
i) Keperluan tambahan telah diselaraskan semula mengikut hierarki bagi mengelakkan pertindihan fungsi
dan lebihan penawaran kemudahan; di samping mengambilkira kemudahan sediada, kesesuaian
tempoh perancangan sehingga tahun 2020 dan pandangan jabatan berkaitan. Walau bagaimanapun
lain-lain kemudahan yang tidak dicadangkan, perlulah berdasarkan piawaian perancangan semasa
sekiranya terdapat keperluan pada masa akan datang.
ii) ** Olahan mengikut kesesuaian setempat
Sebahagian perancangan dan penyediaan cadangan-cadangan kemudahan ini telah
diperincikan ke atas lot-lot tanah mengikut Blok Perancangan. Penentuan lokasi di
peringkat Blok Perancangan hanya untuk melihat lot mana yang terlibat untuk tujuan rizab
kemudahan dan seterusnya memudahkan perancangan pada masa akan datang oleh agensi
terlibat.
Cadangan penyediaan kemudahan masyarakat di Daerah Jerantut mengikut Blok
Perancangan ditunjukkan dalam Jadual 5.1.6 .
Sehingga tahun 2020 hanya kemudahan pendidikan utama, klinik kesihatan, klinik desa,
pondok polis, kemudahan pos, tanah perkuburan, dewan, perpustakaan dan pusat komuniti
(info desa, perpustakaan) sahaja yang akan ditambah.
Walaupun hanya sebahagian sahaja kemudahan yang diberi keutamaan, namun kualiti dan
fungsi kemudahan sediada perlu dipantau dan dipastikan berada dalam keadaan baik dari
semasa ke semasa supaya ianya dapat berfungsi dengan optimum.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-22
Jadual 5.1.6 : Cadangan Keseluruhan Kemudahan Masyarakat Mengiku
JENIS PEDAH PULAU TAW AR TEH TEM B ELIN G KU AL A
No (BP1) (BP2) (BP3) (BP4) TEM B ELIN
KEMUDAHAN S UCS UC S UC S UC (BP5)
16 13 1 7 10 - 3 4- 5 31
1 Sekolah Rendah 4 415 31 1 1- 2 1- SU
2 Sekolah 11
- - -2 -1 - -- - -1 20
Menengah
3 Institut IP TA / 1 1* - -- - -- - -- --
Penyelidikan 2 2-2 2 - - 1- 1 11 --
4 Hospital 1 8 - 4 6 1* 2 2- 3 2-
1 31- 23 1 0- - 1- 10
5 Klinik Kesihatan 1 4-1 3 - 1 0- 1 0- -1
6 Klinik Desa 1 -- 1 - -- 10
7 IPD/Balai Polis 7 2 - 16 2 - 6 1- 7 1 -0
8 Pondok Polis 13 16 - 6 12 - 8 4- 5 1- -
9 Balai Bomba 4 8-1 6 - 1 2- - 4- 30
10 Masjid 2- 42
11 Surau --
12 Rumah 19.8 9.77 - 23.7 7.50 - 20.9 2.64 - 11.95 2.56 -
9.86 0.97
Sembahan
13 Perkuburan Islam
14 Perkuburan lain- 8.21 3.91 - - 3.00 - - 1.06 - - 1.02 - - 0.39
lain
15 Pejabat Pos 2 3-- 2-- 1- - 1- - 0
16 Pejabat Pos Mini - 13 - 4 10 - 1 4- 1 3- - 1
17 Dewan 5 4 - 6 4 - 1 2- 2 211 1
18 Balai Ray a 5 39 - 4 30 - 3 11 - 1 10 - 2 4
19 Perpustakaan / 1 711 9 11 11 - 111 0
Pusat Info Desa - -2- -1- -1 - -1 - -
20 Kompleks / Pusat
Komuniti
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2009
Nota: (*) Cadangan Naiktaraf S - Sediada U - Unjuran C - Cadangan
* Pertaburan : Jumlah Dalam Ekar
5-2
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ut Blok Perancangan Bagi Daerah Jerantut
NG HULU CHEKA TEBING TINGGI K ELOL A BURAU HULU TEM- JUML A H
(BP8) (BP9) BELING
(BP6) (BP7) (BP10)
CS U CS UC S UCS U CS UC S UC
-8 3 -4 1- - 0-2 1 - 46 38 2
-2 1- - 0- - 0-1 2- - 0 - 17 11 2
1- -
-- --- --- --- -- - -- 2 -2
-- --- --- --- -- - -- 1 11
-2 0- - 0- - 0- - 0- - 0- 8 62
-3 2 -5 1 1* - 0-3 1- 3 1 - 24 24 2
-- 1- - 0- - 0- - 0- - 0- 3 73
-2 1 -1 0- - 0- - 111 0- 8 91
-- -- - 02
-7 -- -- -- 0- 5 -1 6-
-8 0 -3 0-1 0-2 2- - 0 - 57 47 -
-1 4 -2 2- - 0-2 1- - 1 - 48 23 -
2- - 1- - - -1 1- 8
- 8.61 2.45 - 1.61 1.00 - 4.05 0.13 - 16.2 1.46 - 1.92 0.80 - 118.6 29.28 -
- 2.55 0.98 - - 0.40 - - 0.05 - - 0.58 - - 0.32 - 10.76 11.71 -
11 1- - 1- - 0- - 0- - 1- 3 10 1
-- 3 11 0- - 0- - 2- 1
17 2 13 1-1 0-2 2- - 1- 8 37 1
-3 10 - 3 4- - 1-3 6- 1
11 1 11 2- - 0-1 1- - 1 - 28 24 3
3 - 25 118 -
1- 7 23 4
1- - 1- --- --- -- - -- - -7
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
23
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
a. Cadangan 1 : Cadangan Menambah Dan Menaiktaraf Kemudahan
Kesihatan untuk Menampung Keperluan Penduduk Sehingga
Tahun 2020
Hospital Jerantut akan dinaiktaraf sebagai Hospital Daerah bagi menampung
keperluan sehingga tahun 2020. Hospital ini akan dinaiktaraf dari segi
kualiti dan kuantiti seperti kemudahan perubatan, kepakaran, bilangan katil,
bilangan wad, kualiti persekitaran dan sebagainya supaya setaraf dengan
hierarkinya sebagai Hospital Daerah.
Walau bagaimanapun, kajian telah mengenal pasti kawasan yang sesuai
untuk dizonkan sebagai rizab Hospital Daerah yang baru sekiranya terdapat
keperluan terhadap peluasannya pada masa akan datang (selepas tahun
2020); memandangkan luas kawasan sediada (6 hektar) yang agak terhad
berbanding keperluan piawaian iaitu 12 hektar.
Menjelang tahun 2020, dianggarkan sekurang-kurangnya 2 buah klinik desa
perlu dibangunkan atau dinaiktaraf untuk mengimbangi liputan kemudahan
kesihatan di Daerah Jerantut. (Rujuk Jadual 5.1.7)
Dari segi bilangan, klinik kesihatan di Daerah Jerantut dijangka dapat
menampung keperluan sehingga ke tahun 2020. Berdasarkan penemuan,
keperluan penambahan terhadap bilangan klinik desa yang banyak telah
dapat dikurangkan oleh penyediaan klinik kesihatan. Walau bagaimanapun,
keupayaan klinik-klinik sediada ini perlu dipantau dari semasa ke semasa
bagi memastikan perkhidmatan yang disalurkan dapat menampung
keperluan semasa penduduk.
Selain itu, terdapat cadangan pembangunan klinik kesihatan yang telah
komited di Bandar Jerantut (Klinik Kesihatan Jerantut). Ianya lengkap
dengan perkhidmatan Pesakit Luar yang mana selama ini ditumpangkan di
Hospital Jerantut. Tapak bekas klinik kesihatan tersebut akan dicadangkan
sebagai Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
Keseluruhannya kemudahan kesihatan telah disediakan hampir di semua
kawasan tumpuan utama penduduk. Oleh itu, kemungkinan penambahan
yang diperlukan adalah di kawasan-kawasan pembangunan perumahan
baru dengan merujuk kepada keperluan piawaian semasa atau
penaiktarafan dari segi kemudahan seperti kuarters.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-32
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.7 : Cadangan Kemudahan Kesihatan
Cadangan Hospital Cadangan Klinik Desa (KD) &
Klinik Kesihatan (KK)
Cadangan
BPK Naiktaraf sebagai Unit BPK Cadangan Unit
Hospital Daerah
BPK (naiktaraf kualiti, BPK Naiktaraf KD Sg. Tekam 1
1.1 kemudahan 1
infrastruktur dan 2.2 Getah kepada KD (2G) 1
tenaga pakar)
BPK Klinik Kesihatan Batu
1 3.1 Embun
Lokasi BPK Cadangan Klinik
4.2 Kesihatan Kuala Tahan
BPK Klinik Kesihatan (3) BPK Naiktaraf KD Sg. Lekok 1
1.1
7.1 ke KD (2G)
BPK Rizab Hospital
2.1 Daerah (20 hek) 1
Jumlah 2 Jumlah 3
STRATEGI 1 - Cadangan 1 Justifikasi Buat masa ini Hospital sediada akan dijadikan sebagai Hospital Daerah
Jerantut; manakala rizab seluas 20 hektar yang disediakan di BPK 2.1 adalah
bertujuan untuk keperluan akan datang.
Cadangan penyediaan klinik kesihatan dan klinik desa ini telah pun diselaraskan
dengan cadangan Pejabat Kesihatan Daerah berdasarkan keperluan dan
perancangan yang disyorkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Sebuah klinik kesihatan baru (komited) yang akan dibangunkan di Bandar
Jerantut, Mukim Pedah. Kemudahan ini dijangka akan dapat menampung
keperluan pesakit luar bagi Bandar Jerantut yang sebelum ini menumpang di
Hospital Jerantut.
Sebuah lagi klinik kesihatan dicadangkan di Batu Embun (2.49 hektar).
Manakala 2 buah klinik desa akan dinaiktaraf dengan kemudahan lebih baik
iaitu KD Sg. Tekam Getah di Mukim Pulau Tawar dan Klinik Desa Sg. Lekok di
Tebing Tinggi.
Kuala Tahan akan dicadangkan dengan sebuah klinik kesihatan bagi
menggantikan klinik kesihatan lama. Manakala tapak lama akan dicadangkan
sebagai Pusat Transit dan bilik penyimpanan. Perkhidmatan ini dijangka akan
dapat menampung keperluan dan menyokong keperluan sektor pelancongan.
Komponen Cadangan Naiktaraf Hospital :
Cadangan Tambahan kemudahan sokongan, infrastruktur (bil katil, wad, kemudahan
peralatan, sistem ICT), jumlah tenaga pakar dan sebagainya.
Cadangan Klinik Kesihatan / Klinik Desa :
Bangunan utama, kuarters, tempat letak kereta dan lain-lain kemudahan sokongan
seperti bilik sembahyang, tandas dan lain-lain.
Agensi Kementerian Kesihatan Malaysia
Pelaksana
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-33
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. Cadangan 2 : Cadangan Menambah Dan Menaiktaraf Kemudahan
Keselamatan Untuk Menampung Keperluan Penduduk
Sehingga Tahun 2020.
Walaupun dari segi unjuran balai polis memerlukan penambahan unit, tetapi dari
segi liputan jarak sebahagian besar kemudahan ini dijangka masih dapat
menampung keperluan penduduk di kebanyakan kawasan berpetempatan sehingga
tahun 2020.
Asas-asas pemilihan lokasi bagi mengagihkan kemudahan keselamatan adalah seperti
berikut:
Guna tanah semasa dan zon guna tanah pada masa hadapan; keutamaan kepada
zon Perumahan/perumahan;
Kemudahan keselamatan sediada;
Radius kawasan perkhidmatan kemudahan keselamatan atau pengelompokan
kemudahan semasa;
Peluang dan tampungan untuk menaiktaraf kemudahan polis sediada;
Faktor kepada kawasan risiko dan tumpuan pembangunan.
Dicadangkan Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut sediada dibina semula di tapak baru
iaitu seluas 5.25 hektar. Manakala tapak IPD sediada akan dikekalkan sebagai Balai
Polis Daerah Jerantut. (Rujuk Jadual 5.1.8).
Berdasarkan cadangan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut sebanyak sebuah
pondok polis dan 2 buah balai polis perlu dibangunkan menjelang tahun 2020 iaitu
di Kota Gelanggi, Lepar dan juga Jengka 24. Penyediaan kemudahan polis di kawasan
ini perlu diberi keutamaan kerana kedudukannya agak jauh daripada liputan
kawasan perkhidmatan sediada.
Manakala Balai Polis Kuala Tahan perlu dinaiktaraf dengan mewujudkan Unit Polis
Pelancong bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan di Kuala Tahan.
Selain itu, sebuah Balai Bomba juga akan diwujudkan di Kuala Tahan dan lokasi
tapak telah diselaraskan dengan perancangan Jabatan Bomba Daerah Jerantut
dalam RMKe 10.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-34
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.8 : Cadangan Kemudahan Keselamatan
Balai Polis dan Pondok Polis Balai Bomba
BPK Cadangan Jumlah BPK Cadangan Jumlah
BPK IPD Jerantut 1 BPK 4.2 Balai Bomba 1
1.1 Kuala Tahan
BPK Balai Polis Lepar BPK 2.3 Balai Bomba 1
2.4 Balai Polis
Lokasi BPK Kota Gelanggi 2 Adtec
2.2
Justifikasi
Komponen BPK Balai Polis 1
Cadangan 4.1 (Naiktaraf)
STRATEGI 1 - Cadangan 2 BPK Pondok Polis 1 Jumlah 2
9.1 Jengka 24 4
Jumlah
Cadangan Ibu Pejabat Polis Daerah seluas 5.25 hektar.
2 buah balai polis dirizabkan di kawasan FELDA kerana jauh daripada
liputan perkhidmatan sediada.
Sebuah pondok polis dicadangkan di Jengka 24 untuk menampung
keperluan penduduk FELDA terutama dalam memantau gejala sosial.
Manakala Balai Polis Kuala Tahan diwujudkan Unit Polis Pelancong untuk
memantau dan menjaga Kuala Tahan.
Balai Bomba perlu diwujudkan di Kuala Tahan berdasarkan keperluan dari
segi jarak yang jauh daripada kemudahan sediada serta keperluan untuk
menyokong perkembangan sektor pelancongan di Kuala Tahan.
Balai Bomba dicadangkan di Lot 5016, 5018, 5029, 1224, 6259, 6228,7803
berhampiran Adtec
Balai Polis / Pondok Polis :
Bangunan utama, kuarters, tempat letak kenderaan, bangunan penyimpanan
barang kes.
Balai Bomba:
Bangunan utama, bilik jentera, kuarters, infrastruktur sokongan.
Agensi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri,
Pelaksana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
c. Cadangan 3 : Cadangan Menambah Kemudahan Pos untuk Menampung
Keperluan Penduduk Sehingga Tahun 2020
Penyediaan kemudahan pos sediada adalah kurang; walau bagaimanapun
cadangan ini hanya mencadangkan kemudahan pos di pusat-pusat
petempatan utama bagi memastikan penyediaan kemudahan yang lengkap
di semua Pusat Penempatan Utama (PPU) dan Pusat Penempatan Kecil
(PPK). Kemudahan pejabat pos akan dicadangkan di Kuala Tembeling (BP5)
dan di Hulu Cheka (BPK6.3).
Cadangan mini pos akan dicadangkan bagi menyokong keperluan penduduk
terhadap pejabat pos terutama di kawasan PPK.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-35
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Bagi cadangan pejabat pos dan pos mini adalah digalakkan penyediaannya
di unit-unit rumah kedai, dewan atau di dalam kompleks kemudahan/pusat
komuniti kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk operasinya.
(Rujuk Jadual Jadual 5.1.9).
Jadual 5.1.9 : Cadangan Kemudahan Pos.
Pejabat Pos Mini Pos
BPK Cadangan Unit BPK Cadangan Unit
Lokasi BPK Kuala BPK 1
Justifikasi 1 Hulu Cheka
5.1 Tembeling* 6.3
Jumlah 1 Jumlah 1
STRATEGI 1 - Cadangan 3 Kemudahan pos mengutamakan penyediaan pejabat pos di kawasan PPU
dan PPK. Hanya Kuala Tembeling dan Hulu Cheka yang belum disediakan
dengan kemudahan pejabat pos.
Kemudahan pos (pejabat pos, mini pos) ini juga digalakkan penyediaannya
di dalam pusat komuniti atau unit- unit kedai. Kemudahan pejabat pos
bagi Kuala Tembeling akan disediakan di dalam Pusat Komuniti yang akan
dicadangkan.
Seterusnya, penambahan lain boleh dibuat sekiranya terdapat
pembangunan baru mengikut keperluan piawaian semasa terutama di BP
1 - Pedah.
Komponen
Bangunan / bilik operasi dan pengurusan, tempat letak kenderaan
Cadangan
Agensi Pos Malaysia Berhad
Pelaksana
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
d. Cadangan 4 : Cadangan Menambah Kemudahan Pendidikan Untuk
Menampung Keperluan Penduduk Sehingga Tahun 2020
Berdasarkan unjuran penduduk, hanya tambahan sekolah rendah sahaja
diperlukan. Tambahan sebanyak 3 buah sekolah rendah diperlukan di BP 2
(Pulau Tawar), sebuah di BP 3 (Teh) sebuah di BP 9 (Hulu Tembeling).
Manakala sebuah di BP 1(Pedah) dan BPK 4.2 (Kuala Tahan).
Walaupun berdasarkan unjuran, tiada penambahan sekolah diperlukan bagi
kawasan BP 1 (Pedah) dan BP 4 (Tembeling), tetapi kemudahan tersebut
diperlukan kerana merupakan kawasan tumpuan penduduk terutama
Bandar Jerantut. Cadangan ini juga adalah berdasarkan syor Jabatan
Pelajaran Daerah dalam perancangan Rancangan Malaysia ke-10 yang telah
dibuat. Rujuk Jadual 5.1.10.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-36
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.10 : Cadangan Kemudahan Pendidikan (Sekolah Rendah & Sekolah
Menengah)
BPK Sekolah Rendah Sekolah Menengah
BPK 1.1 Cadangan Unit BPK Cadangan Unit
SK Jerantut Indah 1
BPK 4.2 SK Kuala Tahan 1
Lokasi BPK 2.1 Pembangunan 3 BPK SM 1
BPK 2.2 baru Gelanggi & 1.1 Jerantut 1
Temin Indah
BPK 3.1 Pembangunan 1
baru Batu Embun
STRATEGI 1 - Cadangan 4
BPK 5.1 Kawasan Hulu 1
Tembeling
Jumlah 7 Jumlah
Justifikasi SK Jerantut Indah 3.68 ha, SK Kuala Tahan 6.07 hek, SM Jerantut Indah
4.0 hek merupakan cadangan oleh Pejabat Pelajaran Daerah berdasarkan
keperluan perancangan dalam RMKe10.
Manakala cadangan bagi BP2, BP3 dan BP5 adalah berdasarkan
permintaan semasa penduduk dan boleh dibangunkan di dalam kawasan
pembangunan perumahan baru.
Sekolah Rendah: Sekolah Menengah:
Bangunan utama, dewan, bilik
Komponen komputer, kantin, tempat letak Bangunan utama sekolah,
Cadangan kenderaan dan padang.
pentadbiran, makmal IT dan
dilengkapi dengan sistem ICT yang
lengkap dan lain-lain.
Agensi Kementerian Pelajaran Malaysia
Pelaksana Pejabat Pelajaran Negeri Pahang
Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
e. Cadangan 5 : Cadangan Menambah Kemudahan Sosial untuk Menampung
Keperluan Penduduk Sehingga Tahun 2020
Kemudahan sosial terdiri daripada kemudahan dewan, balai raya,
perpustakaan dan Pusat Info Desa. Walau bagaimanapun, hanya
kemudahan dewan, perpustakaan dan pusat info desa sahaja yang akan
dicadangkan bagi melengkapkan kemudahan di Daerah Jerantut
berdasarkan tempoh pelaksanaan sehingga tahun 2020.
Bagi mengukuhkan peranan pusat petempatan utama (PPU) dan pusat
petempatan kecil (PPK) kemudahan dewan, perpustakaan dan pusat info
desa /ICT akan dicadangkan. Kawasan PPU dan PPK ini akan menjadi
kawasan pengelompokan kemudahan utama untuk menampung keperluan
kawasan yang berhampiran.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-37
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Bagi PPU, sebahagian kemudahan yang dicadangkan akan dibangunkan di
kawasan Pusat Komuniti. Manakala bagi PPK, cadangan kemudahan ICT
pula akan diintegrasikan bersama cadangan perpustakaan.
Kemudahan-kemudahan sosial ini sebolehnya dicadangkan di kawasan
pengelompokan kemudahan sediada bagi memberi akses dan
kemudahsampaian yang optimum kepada penduduk kawasan berkenaan
dan kawasan sekitarnya.
Bagi kawasan yang masih belum lengkap dengan kemudahan seperti dewan
atau balai raya, pusat info desa, perpustakaan, kemudahan pos, klinik dan
sebagainya; adalah dicadangkan untuk diintegrasikan di dalam satu kawasan
sama ada berbentuk kompleks atau lot-lot rizab kemudahan. Rujuk Jadual
5.1.11
Kemudahan Perpustakaan Desa Dapat Memberi Kemudahan Penyediaan Gelanggang Sukan Juga
Rujukan Kepada Pelbagai Peringkat Umur Dan Golongan Boleh Disediakan Dalam
Dewan Serbaguna.
.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-38
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.11 : Cadangan Kemudahan Dewan dan Perpustakaan
Dewan Orang Ramai / Perpustakaan / Pusat Info Desa
Serbaguna
BPK Cadangan Unit BPK Cadangan Unit
BPK 5.1 Kuala 1 BPK 1.2 Jerantut 1
Tembeling* Feri* 1
1
Lokasi Temin*,
Kuala BPK 2.1 Pulau
Tahan*
BPK 4.1 1 Tawar
BPK 4.1 Kuala
Tahan*
BPK 6.3 Hulu Cheka 1 BPK 6.2 Batu Balai 1
Jumlah 3 Jumlah 4
STRATEGI 1 - Cadangan 5 Justifikasi Bagi kawasan PPU dan PPK, sekurang-kurangnya sebuah dewan,
perpustakaan, pusat info desa akan dipastikan disediakan sebagai daya
penggerak aktiviti selain mengukuhkan hierarkinya sebagai pusat-pusat
pertumbuhan.
Bagi mengurangkan penyediaan balai raya, adalah digalakkan dengan
menaiktaraf balai raya-balai raya sediada yang berpotensi kepada dewan
orang ramai. Kaedah ini lebih menjimatkan kos penyediaan. Walau
bagaimanapun ianya perlulah dilihat dari segi kesesuaian lokasi dan
perkongsian dengan kawasan sekitar.
Pusat-pusat info desa dilengkapi dengan kemudahan ICT yang lengkap.
Penduduk didedahkan dengan kursus-kursus aplikasi komputer.
Bagi kawasan lain (terutama kawasan perumahan terancang), penyediaan
perpustakaan awam ini boleh disediakan di dalam kedai teres (2 unit
kedai bahagian tepi)
Walau bagaimanapun pembangunan perpustakaan akan dibangunkan
mengikut keperluan penduduk dan ianya digalakkan untuk dinaiktaraf
bagi mengurangkan bilangan penyediaan perpustakaan dengan cara
perkongsian kemudahan.
Komponen Bangunan perpustakaan dan pusat info desa boleh dibangunkan bersama.
Komponen: Ruang perpustakaan, Pusat ICT, tempat letak kereta, tandas dan
Cadangan bilik sembahyang.
Agensi Majlis Daerah Jerantut, JKKK Kampung/kawasan
Pelaksana MIMOS
Perbadanan Perpustakaan Nasional
Pejabat Daerah Jerantut
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
(* ) Disediakan di dalam Pusat Komuniti
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-39
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. STRATEGI 2 : Mengukuhkan Peranan Bandar Jerantut Sebagai Pusat
Separa Wilayah Dengan Penyediaan Kompleks Kemudahan
(Kompleks Sukan Dan Komuniti).
a. Cadangan 1 : Cadangan Kompleks Sukan Dan Komuniti Bandar Jerantut
Selaras dengan peranan Bandar Jerantut sebagai Pusat Separa Wilayah, sebuah
rizab untuk pengelompokan kemudahan telah dicadangkan iaitu dalam bentuk
Kompleks Sukan dan Komuniti (Jadual 5.1.12).
• Kompleks Sukan Dan Komuniti ini memperuntukkan ruang untuk
penyediaan komponen tambahan pada masa akan datang. Komponen
kemudahan yang akan dibangunkan ini adalah sebagai pelengkap bagi
menyokong fungsi Bandar Jerantut kepada hierarki yang lebih tinggi.
• Kompleks kemudahan ini akan dibangunkan sebagai Kompleks Sukan Dan
Komuniti yang terdiri daripada mini stadium, kompleks sukan, dewan
serbaguna, perpustakaan awam, pusat pemulihan dalam komuniti, tandas,
bilik solat dan kemudahan tempat letak kereta serta kemudahan yang
berkaitan.
Kompleks Sukan Dan Komuniti Dengan Pengelompokan Pelbagai
Kemudahan Institusi
untuk kegunaan awam
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-40
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.12 : Cadangan Kompleks Sukan Dan Komuniti Bandar Jerantut
Cadangan Kompleks Kemudahan (Kompleks Komuniti)
Lokasi BPK Cadangan Luas (hek)
Justifikasi
BPK 1.1 Kompleks Sukan Dan Komuniti Bandar 5.99 hek
Jerantut
STRATEGI 2 - Cadangan 1 Komponen kemudahan dikelompokkan di dalam rizab kemudahan
berupa kompleks komuniti sebagai ruang aktiviti dan sosial
penduduk.
Disediakan bagi melengkapi dan menyokong fungsi Bandar Jerantut
kepada hierarki yang lebih tinggi.
Penyediaan komponen kemudahan di dalam kompleks kemudahan
ini mengambil kira jenis kemudahan yang belum disediakan.
Bakal berfungsi sebagai kompleks komuniti kepada penduduk di
sekitar Bandar Jerantut dan kawasan berhampiran termasuk kawasan
Batu Embun.
Dikelompokkan kawasan kejiranan dan kemudahan sediada untuk
memberi akses dan perkhidmatan yang paling optimum dan
seimbang.
Komponen Boleh disediakan dalam bentuk kompleks bangunan yang terdiri
Cadangan daripada komponen pusat info desa, perpustakaan, Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK), surau, dewan serbaguna, dan kompleks sukan
atau mini stadium mengikut kesesuaian.
Agensi Pejabat Daerah Jerantut
Pelaksana Majlis Daerah Jerantut
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
Kementerian Kesihatan
KEMAS
MIMOS
Perbadanan Perpustakaan Nasional
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia
Jabatan Belia dan Sukan.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
iii. STRATEGI 3 : Mengukuhkan Peranan Pusat Petempatan Utama (PPU)
Dengan Penyediaan Pusat Komuniti Yang Berfungsi Sebagai
Pusat Aktiviti Penduduk
a. Cadangan 1 : Cadangan Pusat Komuniti
Selain kemudahan yang telah diperuntukkan berdasarkan keperluan piawaian, beberapa
rizab khas untuk kegunaan atau pengelompokan kemudahan telah dicadangkan di setiap
Pusat Petempatan Utama (PPU) iaitu:
Damak
Batu Embun
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-41
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Temin
Jerantut Feri
Kuala Tembeling
Kuala Tahan
Penyediaan kawasan ini bertujuan mewujudkan sebuah Pusat Komuniti dengan fungsi
utamanya adalah sebagai pusat kegiatan sosial penduduk dan boleh juga berfungsi untuk
tujuan penyediaan komponen tambahan kemudahan sekiranya terdapat keperluan pada
masa akan datang.
Cadangan rizab bagi kemudahan ini boleh digunakan hanya untuk pembangunan
kemudahan masyarakat sahaja termasuklah kemudahan rekreasi seperti gelanggang sukan
yang bertujuan untuk kegunaan awam.
Kawasan kemudahan ini dirancang kedudukannya berdasarkan pengelompokan guna tanah
kemudahan sediada supaya kemudahan tersebut dapat disediakan secara berpusat.
Perancangannya juga mengambil kira kesesuaian secara guna tanah sekitar dan jenis
kemudahan yang belum disediakan.
.
Aktiviti di Pusat Info Desa Untuk Semua Peringkat Umur Termasuk Warga Emas
Untuk Menambah Kemahiran
Jadual 5.1.13 menunjukkan Cadangan Pusat Komuniti Bagi Pusat-pusat Petempatan Utama
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-42
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.1.13 : Cadangan Pusat Komuniti Bagi Pusat-pusat Petempatan Utama
Cadangan Pusat Komuniti
BP Cadangan (BPK) Unit Luas
1 (heK)
BP1 Pusat Komuniti Jerantut Feri 1 2.03
(BPK 1.2) 1.87
(sediada)
Pusat Komuniti Temin 0.65
BP2 (BPK 2.1) (naiktaraf)
1.10
Lokasi BP3 Pusat Komuniti Batu Embun 1
(BPK 3.1) 1 1.59
1
BP4 Pusat Komuniti Kuala Tahan 1 1.68
(BPK 4.1)
BP5 Pusat Komuniti Kuala Tembeling
(BPK 5.1)
STRATEGI 3 - Cadangan 1 BP6 Pusat Komuniti Damak
(BPK 6.1)
Jumlah 6 8.92
Justifikasi Cadangan Pusat Komuniti dicadangkan di setiap PPU yang berfungsi
sebagai pusat gerakan aktiviti penduduk.
Komponen Disediakan sekurang-kurang pusat info desa (Pusat ICT).
Cadangan Juga berfungsi sebagai rizab tambahan untuk penyediaan lain-lain
kemudahan sekiranya diperlukan.
Boleh digunakan sebagai pusat pemindahan banjir.
Antara komponen yang boleh dibangunkan di dalam Pusat Komuniti :
Bilik mesyuarat, pusat ICT, perpustakaan, ruang untuk pameran/jualan
produk kampung, bilik Pos Mini, taska / tadika, bilik pemulihan dalam
komuniti, pusat jagaan warga emas, gelanggang sukan, bilik
sembahyang atau pusat untuk pemindahan banjir (mengikut
kesesuaian dan keperluan semasa).
Agensi Pejabat Daerah Jerantut
Pelaksana Majlis Daerah Jerantut
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Belia dan Sukan
KEMAS
MIMOS
Perbadanan Perpustakaan Nasional
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-43
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
iv. STRATEGI 4 : Mewujudkan Institut Pengajian Tinggi Sebagai Pemangkin
Pembangunan Dan Cadangan Institut Taman Negara, Bagi
Tujuan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Dan Kepentingan
Biodiversiti Taman Negara
a. Cadangan 1 : Cadangan Institut Pengajian Tinggi Awam
Cadangan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dicadangkan di atas tanah kerajaan iaitu
tanah rizab Jabatan Penerbangan Awam di BPK 2.1 Temin. Keluasan yang dicadangkan ialah
145 hektar.
Justifikasi Pembangunan IPTA tersebut adalah kerana Daerah Jerantut masih belum
mempunyai institut pengajian tinggi bertaraf universiti. Dengan wujudnya cadangan IPTA di
sini, dijangka membuka lebih banyak peluang pembangunan lain. Selain itu ia menjadi
pemangkin pembangunan di koridor Temin. Rujuk Jadual 5.1.14.
Jadual 5.1.14 : Cadangan Institusi Pengajian Tinggi Awam
BP Cadangan Institusi Pengajian Tinggi Awam Luas (hek.)
BPK 2.1 Cadangan
Lokasi
Institusi Pengajian Tinggi Awam di Temin 145.0
Jumlah 145.0
STRATEGI 4- Cadangan 1 Jerantut masih belum mempunyai institut pengajian tinggi awam
bertaraf universiti.
Justifikasi Membuka lebih banyak peluang pembangunan lain.
Komponen Pemangkin pembangunan di Koridor Temin.
Cadangan
Agensi Kesediaan tanah iaitu tanah kerajaan (rizab Jabatan Penerbangan
Pelaksana
Awam).
Bangunan Utama – TLK
Pusat pentadbiran – Surau
Makmal dan Bengkel – Kuarters Kakitangan dan lain-lain
Asrama dan Kafeteria
Perpustakaan Dan Pusat Akademik
Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi berkaitan.
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-44
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
a. Cadangan 2 : Cadangan Institut Taman Negara
Taman Negara merupakan aset yang besar kepada Daerah Jerantut. Walau bagaimanapun
keunikan dan kepentingan biodiversitinya masih belum diterokai sepenuhnya bagi
membuktikan keistimewaannya untuk diiktiraf ke peringkat yang di dunia.
Oleh itu, sebuah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Centre) telah cadang
diwujudkan di daerah ini yang akan dikenali sebagai Institut Taman Negara. Institut seluas
53.40 hektar ini berperanan mengkaji secara mendalam mengenai keunikan biodiversiti
Taman Negara.
Dalam masa yang sama ianya bertujuan menarik golongan-golongan pengkaji dari luar untuk
turut serta. Secara tidak langsung cadangan institut ini dijangka membantu mengukuhkan
promosi penjenamaan Daerah Jerantut sebagai Daerah Taman Negara. Rujuk Jadual 5.1.15.
Jadual 5.1.15 : Cadangan Institut Taman Negara
Cadangan Institut Taman Negara
Lokasi BPK Cadangan Luas (hek.)
BPK 4.3 Institut Taman Negara di Kuala Tahan 53.40
Jumlah 53.40
STRATEGI 4- Cadangan 2 Justifikasi Institut Taman Negara diwujudkan bagi mengukuhkan penjenamaan
Daerah Jerantut sebagai ‘Daerah Taman Negara’.
Tapak dicadangkan dalam jarak berhampiran dengan Taman Negara
Berperanan dalam mengkaji keunikan spesis flora dan fauna serta
biodiversiti hutan Taman Negara untuk menjaga kepentingan
kepelbagaian bio Taman Negara.
Berfungsi sebagai pusat R&D dengan cara membenarkan para pengkaji
yang terdiri daripada pelbagai golongan penyelidik (antaranya pelajar
universiti tempatan, pelajar universiti luar negara, penyelidik-
penyelidik tempatan, agensi berkaitan dan penyelidik luar negara)
berkaitan untuk mengkaji dan menyelidik keunikan Taman Negara
(contohnya oleh FRIM dan UPM menerusi Fakulti Perhutanan).
Menyediakan pelbagai kelengkapan, prasarana dan infrastruktur bagi
menarik golongan penyelidik sama ada dalam atau luar negara selain
menggalakkan kerjasama antara golongan penyelidik.
Komponen Bangunan utama, pusat pengurusan, makmal penyelidikan, asrama,
Cadangan kafeteria, pusat sumber, tempat letak kereta, surau dan lain-lain.
Agensi Jabatan Perhutanan, Kementerian Pendidikan Tinggi Nasional dan
Pelaksana FRIM
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-45
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
v. STRATEGI 5 : Mencadangkan Kemudahan Pendidikan Utama
a. Cadangan 1 : Cadangan Sekolah Asrama Penuh
Berdasarkan penemuan, kajian mendapati Daerah Jerantut kurang dilengkapi dengan
kemudahan pendidikan bertaraf tinggi seperti sekolah kawalan atau sekolah elite sama ada
Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Teknik atau Maktab Rendah Sains MARA.
Penyediaan kemudahan pendidikan seperti ini mampu bertindak sebagai pemangkin dan
dipercayai berupaya memberi suntikan positif terhadap pembangunan Daerah Jerantut.
Cadangan-cadangan ini dijangka akan dapat menarik kemasukan pelawat selain menyokong
perkembangan guna tanah sekitar terutama guna tanah perumahan dan perdagangan pada
masa akan datang. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk
tempatan termasuk peluang pekerjaan dan menyokong perkembangan sektor pelancongan.
Rujuk Jadual 5.1.16.
Jadual 5.1.16 : Cadangan Kemudahan Pendidikan Utama
Cadangan Institusi Pendidikan Utama
BP Cadangan Luas (hek.)
Lokasi BPK 2.3 Cadangan sekolah kawalan (Sekolah 17.3
Justifikasi Berasrama Penuh)
STRATEGI 5- Cadangan 1
Jumlah 17.3
Dicadangkan supaya dibina Sekolah Berasrama Penuh di Pulau Tawar
kerana kesusaian tapak dan dapat membantu menjana
perkembangan di BP 2 Pulau Tawar.
Komponen Bangunan utama, pusat pentadbiran, makmal / bengkel, asrama,
Cadangan kafeteria, perpustakaan, pusat akademik, tempat letak kereta, surau,
kuarters kakitangan dan lain-lain.
Agensi Kementerian Pelajaran Malaysia
Pelaksana Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut
MARA
Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020
Cadangan Sekolah Berasrama Penuh seluas 17.3 hektar ini dijangka memberi kesan baik
kepada penduduk daerah dari aspek peluang pendidikan dan pemangkin pembangunan.
TERAS 2 – SEKTOR PERUMAHAN & KEMUDAHAN MASYARAKAT
5-46
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
5.2 Sektor Infrastruktur dan Utiliti
Penyediaan infrastruktur dan utiliti yang berkesan adalah penting bagi menyokong kemajuan sektor
utama bagi Daerah Jerantut. Sektor ini telah dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu
pembangunan infrastruktur yang melibatkan sistem perparitan dan saliran, sistem pembetungan
dan sistem pelupusan sisa pepejal. Manakala bahagian kedua adalah pembangunan utiliti yang
terdiri daripada pembangunan bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi. Sektor ini dapat
membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi Daerah Jerantut melalui penyaluran
infrastruktur dan utiliti yang efektif. Dalam menyahut cabaran alam sekitar masa kini, kemampanan
sektor infrastruktur dan utiliti juga perlu diberi penekanan.
5.2.1 Konsep Pembangunan Infrastruktur Dan Utiliti Daerah Jerantut
Konsep pembangunan yang dicadangkan ialah Konsep Infrastruktur Mampan (Sustainable
Infrastructure). Konsep ini memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur yang
menjurus ke arah pencapaian matlamat pembangunan mampan (sustainable development).
Ianya boleh dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu:-
i. Pendekatan Infrastruktur Hijau (Green Infrastructure Approach)
ii. Pendekatan Eko-Efisyen
Pembangunan infrastruktur mampan dari segi asasnya menekankan pendekatan teknologi
dan polisi yang menjurus ke arah pembangunan mampan. Oleh itu, boleh dikatakan konsep
infrastruktur mampan ini mengambil kira bukan sahaja dari segi aspek alam sekitar, malahan
dari segi aspek ekonomi dan impaknya kepada sosial. Konsep infrastruktur mampan ini
telah banyak dipraktikkan di negara-negara luar seperti di Kanada dan Jepun. Ia didapati
berkesan dalam menangani masalah pembangunan infrastruktur di sesebuah tempat.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-47
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Rajah 5.2.1 : Cadangan Konsep Dan Pendekatan Pembangunan Infrastruktur
Dan Utiliti.
i. Pendekatan Infrastruktur Hijau
Pendekatan Infrastruktur Hijau ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat yang
menekankan kepentingan alam sekitar di dalam proses membuat keputusan
terutamanya apabila berkaitan dengan perancangan guna tanah. Infrastruktur hijau
dianggap sebagai nadi untuk mencapai matlamat pembangunan mampan. Terdapat
beberapa kriteria di dalam pendekatan infrastruktur hijau iaitu:-
Beragihan (Distributed)
Berkelompok (Clustered)
Saling Berkaitan (Interconnected)
Berintegrasi (Integrated)
Berorientasikan Perkhidmatan (Service-Oriented)
Responsif (Responsive)
Boleh Diperbaharui (Renewable)
Berpadanan (Well-Matched)
Apa yang dimaksudkan oleh kriteria-kriteria di atas ialah pembangunan infrastruktur dan
utiliti perlu mesra alam dan bermatlamatkan pembangunan mampan. Tidak semestinya
perkhidmatan infrastruktur dan utiliti yang dibekalkan bersifat berpusat (centralised) tetapi
dalam keadaan tertentu ia perlu berbentuk beragihan atau berkelompok supaya modal yang
diperlukan berpadanan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping itu bentuk
perkhidmatan yang ditawarkan harus responsif kepada permintaan perkhidmatan dan
keadaan sekeliling dan dalam apa jua hal perkidmatan infrastuktur dan utiliti harus memberi
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-48
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
keutamaan kepada sumber yang boleh diperbaharui. Jika diambil bekalan elektrik ke
perkampungan kecil di kawasan pedalaman sebagai contoh, pendekatan infrastruktur hijau
akan mengutamakan penggunaan teknologi tenaga solar atau mikro-hidro kerana ia lebih
mesra alam dan menjimatkan dalam jangka masa panjang. Ini berbanding dengan bekalan
dari grid tenaga nasional yang memerlukan modal yang tinggi dan jaringan kabel yang
panjang sekadar untuk membekalkan tenaga kepada beberapa pelanggan domestik yang
keperluan elektriknya rendah.
ii. Pendekatan Eko-Efisyen
Pendekatan ini sering dikaitkan dengan menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti tanpa
menggunakan banyak sumber. Pendekatan ini dapat dilakukan dengan menggunakan
sumber yang ada dengan cekap, menghasilkan satu sistem pengurusan yang dinamik yang
boleh mengoptimumkan tahap perkhidmatan dan kualiti penyaluran sesuatu infrastruktur.
Berdasarkan konsep tersebut beberapa strategi pembangunan telah dibentuk seperti yang
dibincangkan di bahagian seterusnya.
5.2.2 Strategi Pembangunan Infrastruktur Dan Utiliti Daerah Jerantut
i. Strategi Pembangunan Bekalan Air
Daerah Jerantut berpotensi sebagai pembekal utama bekalan air bersih di negeri ini pada
masa hadapan berdasarkan kedudukannya yang terletak di kawasan sumber air mentah
Negeri Pahang dan sebahagian besar kawasannya masih lagi diliputi hutan. Penyediaan
bekalan air untuk menampung permintaan masa hadapan perlu dipastikan dapat memenuhi
keperluan dengan mengambil kira permintaan dari dalam dan juga luar Daerah Jerantut.
Jadual 5.2.1 menunjukkan unjuran jumlah permintaan bekalan air sehingga Tahun 2025
seperti yang tertera di dalam Conceptual Report Rancangan Bekalan Air Daerah Jerantut
(2004). Jumlah ini meningkat sejajar dengan peningkatan penduduk dengan andaian
bahawa tiada perubahan pada purata jumlah penggunaan air per kapita per hari.
Walaubagaimanapun, perubahan cara hidup dan peningkatan kesedaran tentang
penjimatan sumber air boleh meningkatkan atau menurunkan jumlah yang diunjurkan ini.
Oleh itu, strategi pembangunan bekalan air hendaklah bukan sahaja untuk meningkatkan
keupayaan untuk menampung permintaan bekalan air pada masa hadapan, tetapi juga
untuk mencapai objektif dan konsep infrastruktur mampan secara keseluruhan.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-49
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.2.1 : Unjuran Permintaan Bekalan Air Daerah Jerantut dari 2010 - 2025
Permintaan (jlh)
Loji Tahun
Loji Batu Embun 2010 2015 2020 2025
Loji Padang Piol 33.16 41.62 52.23 65.59
Loji Sg. Tekam Getah 4.63 5.82 7.30 9.16
Loji Sg. Tekam Utara 3.25 4.06 5.11 6.42
Loji Jengka 8 3.92 4.92 6.17 7.75
Loji Batu Balai 4.63 5.82 7.30 9.16
4.27 5.35 6.72 8.44
Jumlah
53.86 67.59 84.83 106.52
Sumber : Conceptual Report (Revised) Rancangan Bekalan Air Jerantut, Pahang (2004).
Strategi-strategi pembangunan bekalan air yang dicadangkan adalah seperti berikut:
a. STRATEGI 1 : Peningkatan Kualiti Dan Kuantiti Bekalan Air Dengan
Memperkenalkan Pengurusan Lembangan Sungai Secara
Bersepadu (Integrated River Basin Management - IRBM).
IRBM merupakan satu instrumen pengurusan sumber bekalan air yang berkesan
terutamanya dari segi pengurusan bekalan air yang cekap. Terdapat beberapa elemen
utama yang penting di dalam pelaksanaan IRBM ini. Antara elemen-elemen pengurusan
sumber air adalah seperti berkut:-
i. Pengintegrasian polisi, kos dan keputusan pembangunan dari sektor guna tanah lain
dengan sumber air seperti industri, pertanian dan pembangunan bandar.
ii. Penglibatan aktif semua pihak yang berkaitan dalam pembangunan sumber air.
Perancangan dan keputusan yang dibuat hendaklah telus bagi menjamin
penglibatan aktif setiap pihak terbabit.
ii. Pihak kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu untuk melabur dan
melahirkan pelan strategik untuk pengurusan sumber air.
iv. Mempunyai visi jangka panjang dalam pengurusan sumber air dan visi ini adalah
tanggungjawab semua pihak yang terlibat.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-50
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
b. STRATEGI 2 : Pengurangan Jumlah Gangguan Bekalan Air Melalui Pemantauan
Guna Tanah Dalam Kawasan Tadahan Sungai
Bagi menjamin bekalan air yang berterusan tanpa gangguan untuk tujuan kegunaan industri
mahupun domestik, bekalan sumber air mentah hendaklah dihindari dari pencemaran agar
loji rawatan air dapat berfungsi dengan baik. Pencemaran utama sumber air mentah di
Daerah Jerantut iaitu kadar kelodakan yang tinggi dalam air sungai dapat dikurangkan
dengan melaksanakan IRBM ke seluruh kawasan tadahan sungai yang terlibat. Pelaksanaan
IRBM ke seluruh kawasan tadahan sungai adalah penting untuk tujuan ini kerana sumber
pencemaran berasal dari hulu sungai yang terletak di luar Daerah Jerantut, umpamanya di
Cameron Highlands yang terkenal dengan aktiviti pertanian sayur-sayuran.
c. STRATEGI 3 : Penyaluran Bekalan Air Kepada Penduduk Secara Berpusat Atau
Setempat
Penyaluran bekalan air hendaklah secara berpusat dan setempat bergantung kepada
taburan penduduk. Ini bakal memudahkan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) terutamanya
dalam penyaluran perkhidmatan bekalan air kepada pengguna. Bekalan secara berpusat
sesuai untuk kawasan yang mempunyai taburan pengguna yang berdensiti tinggi seperti di
kawasan-kawasan bandar dan pekan manakala bekalan secara setempat pula sesuai untuk
pengguna yang kecil jumlahnya dimana bekalan setempat lebih ekonomik. Bekalan
setempat ini kebiasaannya dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan menggunakan sumber air
bersih tempatan sebagai alternatif kepada pemasangan paip-paip bekalan dari sumber
berpusat memerlukan belanja yang tinggi.
d. STRATEGI 4 : Pengurangan Jumlah Air Tidak Berhasil—Non Revenue Water
(NRW)
Pengurangan pembaziran air ini boleh diatasi dengan keprihatinan semua pihak
terutamanya pihak Jabatan Bekalan Air dan pengguna. Pemantauan berkala hendaklah
sentiasa dilakukan bagi memastikan pembaziran tidak berlaku.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-51
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
ii. Strategi Pembangunan Bekalan Elektrik
Strategi pembangunan bekalan elektrik bertujuan bagi memastikan Daerah Jerantut sentiasa
dapat menampung permintaan bekalan elektrik semasa dan masa hadapan. Jadual 5.2.2
menunjukkan jumlah bilangan pencawang sediada dan kapasiti serta kegunaan semasa.
Perminataan bekalan dijangkakan akan terus meningkat dan diunjurkan bahawa beban ke
atas pencawang masuk utama (PMU) akan terus meningkat sepertimana dalam Jadual 5.2.3.
Jadual 5.2.2 : Pembekalan Tenaga Elektrik Semasa Di Daerah Jerantut
Mukim/ Kawasan Keupayaan Kegunaan
Blok Perancangan Liputan Pencawang Semasa (KVA)
BP 1-Pedah
Bandar Jerantut (KVA) 5,995
BP 2-Pulau Tawar Jerantut Feri 750
11,250
Temin 1,400 770
1,600
BP 3-Teh Batu Embun 1,600 880
BP 4-Tembeling Kuala Tahan 3,000 300
BP 5 Kuala-Tembeling Kuala Tembeling 500 330
BP 6-Hulu Cheka Batu Balai 700 380
Damak 700 420
Jumlah 20,750 9,825
Sumber: TNB Daerah Jerantut, 2009.
Jadual 5.2.3 : Unjuran Beban PMU Sediada Sehingga Tahun 2025(MW Permintaan)
Tahun 2010 2015 2020 2025
Kapasiti (MW Permintaan) 24.4 28.4 32.2 35.8
Sumber: TNB Daerah Jerantut, 2009.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-52
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Oleh itu, strategi bagi memperbaiki lagi perkhidmatan bekalan elektrik di Daerah Jerantut
adalah seperti berikut:
a. STRATEGI 1 : Meluaskan Perkhidmatan Bekalan Elektrik Ke Seluruh Daerah
Jerantut
Bekalan elektrik semasa di Daerah Jerantut adalah di tahap 95 peratus. Masih terdapat
beberapa perkampungan orang asli iaitu Kampong Orang Asli Kuala Atok dan Kampong
Orang Asli Matau Balak masih tidak mendapat bekalan elektrik. Gangguan bekalan elektrik
juga hendaklah dikurangkan
b. STRATEGI 2 : Memastikan Perkhidmatan Bekalan Elektrik Yang Memuaskan
Tanpa Gangguan Bekalan
Salah satu ukuran yang biasa digunakan ialah System Average Interuption Duration Index
(SAIDI) yang memberi gambaran mengenai purata tempoh masa setiap pelanggan
mengalami gangguan bekalan dan unitnya adalah minit/pelanggan/sebulan atau setahun.
c. STRATEGI 3 : Meluaskan Kempen Penjimatan Bekalan Elektrik
Membantu dalam mengurangkan pembaziran bekalan elektrik dan pengurangan pelepasan
karbon dioksida. Kempen-kempen penjimatan penggunaan elektrik melalui peningkatan
penggunaan tenaga solar dan juga barangan elektrik yang diiktirafkan menggunakan
teknologi hijau (green technology) perlu diperhebatkan. Insentif secara ekonomik
(kewangan) berbentuk kadar tarif yang berbeza menurut jumlah tenaga elektrik yang
digunakan perlu diperluaskan.
iii. Strategi Pembangunan Sistem Telekomunikasi
Selaras dengan perkembangan sistem teknologi yang semakin maju dan canggih, Daerah
Jerantut juga perlu melengkapkan diri dengan kemudahan telekomunikasi dan ICT yang
setaraf dengan kawasan-kawasan lain. Sistem telekomunikasi dan ICT ini bukan sahaja perlu
dibangunkan di kawasan bandar tetapi juga perlu menembusi kawasan luar bandar bagi
merapatkan jurang digital antara bandar dengan luar bandar.
Jadual 5.2.4 menunjukkan jumlah ibu sawat telekomunikasi sediada di Daerah Jerantut.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-53
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.2.4 : Kapasiti Ibu Sawat Jerantut Dan Cawangan-Cawangannya.
Ibu Cawangan Kapasiti Kawasan Perkhidmatan Kegunaan
Sawat Sediada Semasa
(Talian) Mukim Pedah (BP 1) (Talian)
Bandar - Bandar Jerantut dan Jerantut Feri
Jerantut 12,000 4,760
Mukim Pulau Tawar (BP2) - Temin
318
Mukim Tembeling (BP 4)
- Kuala Tahan
Bandar Damak 480 Mukim Hulu Cheka (BP 6) 356
Jerantut - Batu Balai dan Damak 433
Kuala
Tembeling 480 Mukim Kuala Tembeling (BP 5)-
Kuala Tembeling
Padang 680 Mukim Teh (BP 3) 460
Piol - Padang Piol dan Felda Sg Retang
1,113
Sungai 3,000 Mukim Pedah (BP 1) 7,440
Tekam - Sg. Tekam dan sekitarnya
Jumlah 16,640
Sumber: Telekom Malaysia Berhad, Daerah Jerantut, Pahang, 2009.
Manakala Jadual 5.2.5 adalah unjuran untuk talian telekomunikasi di daerah ini sehingga
tahun 2025.
Jadual 5.2.5 : Unjuran Permintaan Talian Telekomunikasi Sehingga Tahun 2025.
Tahun 2010 2015 2020 2025
Unit Talian 11,716 14,190 16,664 19,138
Sumber: Telekom Malaysia Berhad, Daerah Jerantut, Pahang, 2009.
Strategi pembangunan yang telah dikenalpasti bagi pembangunan sistem telekomunikasi di
Daerah Jerantut adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-54
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
a. STRATEGI 1 : Meluaskan ICT Di Daerah Jerantut
Usaha meluaskan ICT di daerah ini memudahkan urusan-urusan rasmi dikendalikan dengan
efektif dan mudah. Sistem perhubungan juga akan menjadi lebih meluas dengan luasnya
penggunaan internet di daerah ini.
b. STRATEGI 2 : Menyediakan Pelan Perancangan Perletakan Menara
Telekomunikasi Yang Lebih Komprehensif Untuk
Pembangunan Masa Hadapan
Perletakan menara telekomunikasi secara tidak terancang dapat merosakkan nilai-nilai
estetika pemandangan sesuatu kawasan. Oleh itu, penyediaan pelan perancangan
perletakan menara telekomunikasi yang komprehensif diperlukan dalam usaha menangani
masalah ini dan juga masalah keselamatan, kesesuaian guna tanah dan sebagainya.
Keprihatinan oleh pengusaha-pengusaha telekomunikasi dalam menentukan reka bentuk
dan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pembinaan menara telekomunikasi
adalah penting dalam hal ini.
iv. Strategi Pembangunan Sistem Saliran
Perubahan guna tanah di Daerah Jerantut daripada guna tanah luar bandar iaitu pertanian
dan perhutanan ke guna tanah bandar seperti perumahan, komersil dan perindustrian akan
meningkatkan jumlah air larian yang terhasil di kawasan tepubina dan seterusnya
mempengaruhi sistem saliran dan pengairan. Penambahan jumlah air larian hujan adalah
ketara terutamanya di Bandar Jerantut di mana banjir kilat sering berlaku ketika hujan lebat.
Peningkatan air larian ini berlaku disebabkan oleh perubahan guna tanah di kawasan
bandar.
Ini selalunya mengakibatkan peningkatan peratus kawasan tidak telap air dan pemendekan
tempoh tepu air larian. Aktiviti pembinaan yang tidak dikawal juga menyumbang kepada
kejadian banjir melalui pemendakan sungai oleh kelodak hakisan dan halangan aliran
melalui kalbat oleh sampah sarap. Keadaan ini menyebabkan sungai sediada menjadi cetek
dan perlu diselenggara serta dilebarkan bagi menampung keperluan air larian tersebut.
Oleh itu, sistem perparitan dan saliran di Daerah Jerantut perlulah dibangunkan secara
sistematik dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
termasuklah Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Selain itu, pelaksanaan konsep
pembangunan Low Impact Development (LID) juga sesuai digunakan bagi mengurangkan
risiko bencana.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-55
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Jadual 5.2.6 menunjukkan cadangan projek saliran bagi Rancangan Malaysia ke-10 oleh
Majlis Daerah Jerantut dalam mengatasi masalah banjir di dalam Daerah Jerantut.
Jadual 5.2.6 : Cadangan Projek Saliran RMK-10 Oleh Majlis Daerah Jerantut
Tahun Tujuan Lokasi Bajet
2011 RM 10juta
Kajian menyeluruh sistem
2012 saliran Bandar Jerantut & RM 8juta
2013 alternatif saliran RM 8juta
Pembersihan, peluasan saliran Bandar Jerantut (BPK 1.1)
sediada dan pengambilan Kuala Tahan (BPK 4.1)
tanah (jika perlu) Kuala Tembeling (BPK 5.1)
Damak (BPK 6.1)
Pembinaan
2014 Pembinaan RM 8juta
2015 Pembinaan RM 8juta
Jumlah RM 42 juta
Sumber: Majlis Daerah Jerantut, 2009.
Strategi-strategi yang telah dibentuk untuk pembangunan sistem saliran adalah seperti
berikut:
a. STRATEGI 1 : Menyediakan Pelan Induk Saliran Untuk Kawasan Bandar
Pelan Induk Saliran merupakan suatu pelan saliran yang disediakan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran untuk tujuan pengurusan sistem saliran bagi sesebuah bandar secara
menyeluruh dengan mengambilkira cadangan pembangunan di masa hadapan. Bagi Daerah
Jerantut ini dicadangkan disediakan Pelan Induk Saliran bagi Bandar Jerantut setelah
mengambilkira kepesatan pembangunan dan masalah saliran yang sedang dihadapinya.
Pelan Induk Saliran ini akan memudahkan perancangan saliran Bandar Jerantut pada masa
hadapan.
b. STRATEGI 2 : Penguatkuasaan Pemakaian Garis Panduan Sediada
Terdapat beberapa garis panduan seperti MSMA (Manual Saliran Mesra Alam), Manual JPS
2009 serta Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai Dan Rizab Sungai yang
disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Semenanjung Malaysia pula menyediakan Garis Panduan Kawasan Rizab Sungai Sebagai
Sebahagian Tanah Lapang Awam. Penggunaan garis panduan-garis panduan ini boleh
menjadi satu instrumen pembangunan yang berkesan sekiranya dipraktikkan dengan baik.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-56
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
c. STRATEGI 3 : Menggunapakai Konsep Low Impact Development Untuk
Pembangunan Masa Hadapan
Elemen-elemen reka bentuk Low Impact Development (LID) harus digunapakai dalam pelan
susunatur bagi kawasan perumahan yang baru sebagai penambahbaikan kepada reka
bentuk konvensional. Ia adalah satu konsep pembangunan yang menekankan pengurusan
air (air hujan/air larian) berasaskan imbangan kitaran air secara semulajadi di mana
peratusan air larian, air resapan (infiltration) dan air transevaporasi (transevaporation) cuba
dikekalkan hampir kepada tahap semulajadi. Ini dilakukan dengan pelbagai kaedah di mana
antaranya ialah penggunaan parit tanah berumput (grassed swales), rain garden atau
bioretentions, penggunaan semula air hujan dan penggunaan permukaan poros air di
tempat letak kereta dan sebagainya. Rujuk Rajah 5.2.2.
Rajah 5.2.2 : Elemen-elemen Low Impact Development (LID)
Pemeliharaan Kawalan Skala
Kecil
Mengekalkan pokok-pokok, tana- Menyerupai
man dan tanah tempatan. hidrologi dan
proses semulajadi.
Mengekalkan bentuk perparitan
semulajadi.
Penyelenggaraan, Pencegahan Elemen Rekabentuk Tapak
Pencemaran dan Pendidikan Utama Berse suaian
Mengurangk an jumlah pencemar LID Memastikan setiap tapak
dan meningkatkan kecekapan dan dapat memelihara
jangka hayat. keseluruhan kawasan
tadahan air.
Mendidik dan melibatkan orang
awam Membawa Air Larian Permukaan
ke Kawasan Semulajadi
Menggalakkan penyerapan dan
penambahan semula (recharge)
air sungai, paya, dan air bawah
tanah.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-57
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
v. Strategi Pembangunan Sistem Pembetungan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merupakan pihak yang bertanggungjawab bagi
pengurusan sistem pembetungan. Syarikat Konsesi Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)
merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja perancangan, operasi dan
penyelenggaraan sistem pembetungan. Jadual 5.2.7 menunjukkan senarai loji-loji
pembetungan di Daerah Jerantut.
Jadual 5.2.7 : Senarai Loji Pembetungan Awam Dalam Daerah Jerantut
Bil Lokasi Jenis P.E
1 Taman Sentosa Loji 220
ITPS
2 Taman Muhibbah OP 1, 465
3 Taman Pelangi – Fasa I EA 805
EA 908
4 Taman Inderapura – Jerantut EA 655
Fasa I
5 Taman Perdana
6 Quarters Polis Jerantut EA 685
7 Taman Pine EAAS 1.487
8 Rumah Kilat Sg. Jan Peringkat I CST 80
EA 644
9 Taman Chempaka dan Taman EA 730
Alamanda
10 Taman Impian
11 Taman Gemilang I EA 290
12 Taman Sri Makmur EA 197
13 Taman Inderapura EA 237
14 Taman Pedah Permai EA 590
15 Taman Damai EA 1015
16 Taman Seri Damak EA 925
17 Taman Seri Jaya EA 1,100
18 Taman Seroja EA 560
19 Taman Kelisa Emas EA 715
Jumlah 13,308
Sumber : IWK Cawangan Timur, 2009
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-58
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Strategi-strategi yang boleh digunakan untuk pembangunan sistem pembetungan di daerah
ini adalah seperti berikut:-
a. STRATEGI 1 : Strategi Jangka Masa Segera
Menaiktaraf/baik pulih loji rawatan kumbahan yang kritikal bagi mencapai tujuan
rekabentuk/mematuhi kualiti alam sekitar sebagaimana di dalam Akta Alam
Sekeliling, 1974.
Pemulihan rangkaian paip pembetungan awam. Menyediakan kemudahan rawatan
enapcemar secukupnya bagi menampung enapcemar dari pengosongan tangki
septik individu dan loji rawatan kumbahan.
Pengambilan balik tanah bagi pembinaan sistem pembetungan berpusat.
Kajian tadahan pembetungan bagi Daerah Jerantut.
b. STRATEGI 2 : Strategi Jangka Pendek
Menaiktaraf loji rawatan kumbahan bagi mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Alam Sekitar (Kategori 1).
Menaiktaraf kemudahan rawatan enapcemar dari sistem trenching kepada sludge
drying bed atau sistem nyahair mekanikal.
Menyediakan kemudahan bagi pelupusan enapcemar kering atau penggunaan
semula bio-solids.
c. STRATEGI 3 : Strategi Jangka Panjang
Menaiktaraf loji rawatan kumbahan bagi mencapai Kategori 1 Piawai Akta Alam
Sekeliling.
Menaiktaraf kemudahan rawatan enapcemar dari sludge drying bed kepada jenis
mekanikal.
Menyediakan pelupusan enapcemar kering atau penggunaan semula bio-solids bagi
kawasan-kawasan lain.
Pembinaan sistem pembetungan berpusat bagi kawasan keutamaan seperti Bandar
Jerantut.
Rasionalisasi bagi loji-loji rawatan kumbahan yang berada di dalam kawasan sistem
pembetungan berpusat.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-59
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS
Contoh Loji Rawatan Kumbahan Berpusat
vi. Strategi Pembangunan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal
Mulai tahun 1998, Syarikat Alam Flora Sdn Bhd telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Daerah
Jerantut untuk mengurus pungutan dan pelupusan sisa pepejal di beberapa kawasan di Daerah
Jerantut iaitu di Bandar Jerantut, Batu Embun, Jerantut Feri, Damak dan Batu Balai. Jadual 5.2.8 di
bawah menunjukkan unjuran isipadu sisa pepejal di daerah ini sehingga tahun 2025.
Jadual 5.2.8 : Unjuran Penjanaan Sisa Pepejal Daerah Jerantut
Tahun 2010 2015 2020 2025
65.56
Berat (tan/hari) 45.61 52.26 58.91
Sumber: RT Daerah Jerantut 2020.
Strategi-strategi di bawah telah dikenal pasti untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal di Daerah Jerantut.
a. STRATEGI 1 : Menstruktur Semula Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Dengan
Lebih Teratur Dan Menyeluruh
Sistem pungutan, simpanan dan pelupusan sisa pepejal perlu distruktur semula supaya
menjadi lebih teratur dan berjadual serta memastikan pelaksanaannya dijalankan dengan
lebih baik dan menyeluruh. Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal perlu meliputi kawasan-
kawasan tumpuan lain dalam kawasan Rancangan Tempatan yang masih belum menerima
perkhidmatan seperti di Kuala Tahan dan kawasan-kawasan FELDA.
TERAS 2 – SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
5-60