The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pu3isya, 2019-07-23 04:25:10

LAPORAN RTD JERANTUT - JILID 1

LAPORAN RTD JERANTUT - JILID 1

Jadual 7.1.25 : Kelas Kegunaan Tanah BP 8 – Kelola.

7-8

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
89

Sambungan Jadual 7.1.25
7-9

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
90

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

i. Blok Perancangan 9 - Burau

Blok Perancangan 9 (BP 9 - Burau) meliputi kawasan seluas 9,672.04 hektar iaitu
1.34 peratus daripada luas keseluruhan Daerah Jerantut. Blok Perancangan Kecil
(BPK) yang termasuk dalam BP 9 adalah :-

BPK 9.1 - Burau

Secara keseluruhannya guna tanah di BP 9 juga didominasi oleh kawasan bukan tepu
bina yang majoritinya kawasan pertanian. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
penempatan kecil di BP 9 seperti Kampung Bukit Ketupat, Kampung Bukit Dinding,
Kampung Tanjung Antan, Kampung Tanjung Benta, FELDA Jengka 24 dan beberapa
kampung lain. Berdasarkan hierarki dan fungsi pusat petempatan Daerah Jerantut
2020, kawasan FELDA Jengka 24 akan diNaiktaraf menjadi sebahagian Pusat
Petempatan Kecil di BP 9 yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan
kemudahan asas kepada penduduk dan kawasan sekitarnya. Kemudahan sediada
dijangka masih mampu menampung keperluan penduduk sehingga 2020. Oleh yang
demikian hanya cadangan kemudahan masyarakat yang dirancang untuk
dibangunkan di BP 9. (Rujuk Jadual 7.1.26, Jadual 7.1.27 dan Rajah 7.1.10.)

Jadual 7.1.26 : Senarai Cadangan / Projek Pembangunan BP 9 - Burau

BPK Jenis Cadangan / Projek Keluasan
Guna Tanah (Hektar)
9.1 – Cadangan pembangunan perumahan baru
Burau Perumahan (Jenis berkembar). 3.32

Kemudahan Cadangan Pondok Polis Jengka 24 0.915
Masyarakat (Bersebelahan tadika Jengka 24)

Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
7-91

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Jadual 7.1.27 : Cadangan Guna Tanah 2020, BP 9 - Burau

Komponen Keluasan (Hektar) Pelan Cadangan
Guna Tanah
Sediada Cadangan/Komited Jumlah %
(Hektar)

Kawasan Tepu Bina

Perumahan 67.06 3.32 70.38 0.73
0.43 0.00
Perniagaan 0.43 0.00 0.00 0.00

Perindustrian 0.00 0.00 160.91 1.66
0.00 0.00
Institusi dan 159.99 0.92 33.85 0.35
Kemudahan Masyarakat 64.49 0.67
3.41
Infrastruktur dan Utiliti 0.00 0.00 330.07
33.85 0.00
Pengangkutan
64.25 0.24
Tanah Lapang dan
Rekreasi

Jumlah Kecil 325.59 4.48

Kawasan Bukan Tepu Bina

Pertanian 8,454.45 0.00 8,454.45 87.41
793.91 8.21
Kawasan Hutan 793.91 0.00 93.61 0.97
9,341.97 96.59
Badan Air 93.61 0.00
9,672.04 100.00
Jumlah Kecil 9,348.14 4.48

Jumlah Keseluruhan 9,667.56 4.48
(Tepu Bina + Bukan
Tepu Bina )

Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
7-92



Jadual 7.1.28 : Kelas Kegunaan Tanah BP 9 – Burau

7-9

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
94

Sambungan Jadual 7.1.28
7-9

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
95

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

J. Blok Perancangan 10 : Hulu Tembeling

Blok Perancangan 10 (BP 10 : Hulu Tembeling) meliputi kawasan seluas 409,840.45
hektar iaitu 56.86 peratus daripada luas keseluruhan Daerah Jerantut. Blok
Perancangan Kecil (BPK) yang termasuk dalam BP 10 adalah:-

BPK 10.1 : Taman Negara 1
BPK 10.2 : Hutan Simpan Hulu Tembeling
BPK 10.3 : Jeram Nusa 1

Hampir keseluruhan kawasan di BP 10 merupakan kawasan sensitif alam sekitar
(KSAS) yang perlu dilindungi dan dipelihara. Oleh yang demikian hanya cadangan
jalan baru dan cadangan pertanian yang dicadangkan di BP 10, termasuk
memperkenalkan lokasi baru bagi Santuari Kelah serta mewujudkan zon larangan
menangkap ikan. Manakala guna tanah sediada akan dikekalkan. Cadangan guna
tanah di BP 10 dapat dijelaskan melalui Jadual 7.1.29, Jadual 7.1.30 dan Rajah
7.1.11.

Jadual 7.1.29 : Senarai Cadangan / Projek Pembangunan BP 10 –Hulu Tembeling

Jenis Cadangan / Projek Keluasan
BPK Guna Tanah

10.1 – Pertanian Memperkenalkan lokasi baru Santuari Kelah -
(Lokasi : Kuala Keniyam, Tanjung Kelapah).
Taman Negara 1

Mewujudkan zon larangan menangkap ikan -
(Lokasi : Sungai Keniyam dan Sungai Sat).

Alam Sekitar Menyediakan zon penampan di sekeliling 200 meter dan

sempadan Taman Negara. 1,500 meter

10.2 – Pengangkutan Cadangan membina jalan baru dari Jalan Panjang :
60 km
Hutan Simpan dan Lalulintas Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling.

Hulu Tembeling

10.3 – - - -
Jeram Nusa 1

Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
7-96

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Jadual 7.1.30 : Cadangan Guna Tanah BP 10 – Hulu Tembeling

Komponen Keluasan (Hektar) Pelan Cadangan
Guna Tanah
Sediada Komited Cadangan Jumlah (Hektar) %

Perumahan 0.00 Kawasan Tepu Bina 0.00 0.00
0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
Perniagaan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
0.00 0.00
Perindustrian 0.00 0.00 0.00
0.00 0.00
Institusi dan
Kemudahan
Masyarakat

Infrastruktur dan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
Utiliti 0.00 0.00
0.00 0.00
Pengangkutan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
0.00 0.00 0.00
Tanah Lapang 2,475.21 0.60
dan Rekreasi 0.00 0.00

Jumlah Kecil 0.00 0.00 0.00 283,718.11 69.23
Kawasan Bukan Tepu Bina
Pertanian 2,211.06 122,495.20 29.89
Tanah Kosong 1,526.36 0.00 264.15 1,151.93 0.28
Kawasan Hutan 282,455.90 0.00 (-)1526.36 100.00
(Tidak termasuk 409,840.45
Taman Negara) 0.00 2,238.68 100.00
409,480
Taman Negara 122,495.20 0.00 0.00
0.00 0.00
Badan Air 1,151.93 0.00 976.47

Jumlah Kecil 408,863.98 0.00 976.47

Jumlah 408,863.98
Keseluruhan
(Tepu Bina +
Bukan Tepu Bina

Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
7-97



Jadual 7.1.31 : Kelas Kegunaan Tanah BP 10 – Hulu Tembeling

7-9

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

TERAS 4– SEKTOR GUNA TANAH
99



RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

7.2 SEKTOR ALAM SEKITAR

Keseimbangan pembangunan fizikal dengan pemuliharaan, dan pemeliharaan alam sekitar,
sumber asli semula jadi dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) menjadi agenda utama
menjana pembangunan guna tanah mampan kerana alam sekitar yang baik menjadi
indikator bagi menentukan status kualiti hidup di sesuatu kawasan. Kawasan Sensitif Alam
Sekitar (KSAS) di Daerah Jerantut seperti kawasan tanah tinggi, Taman Negara, Hutan
Simpan Kekal (HSK), rizab sungai, tapak arkeologi, kawasan rekreasi, dan petempatan orang
asli merupakan kawasan yang sensitif kepada perubahan guna tanah dan perlu diberi
perhatian yang khusus atau pertimbangan sewajarnya sebelum sesuatu pembangunan
dijalankan. Oleh itu, perancangan pembangunan guna tanah yang mampan perlu
mengintegrasikan aspek-aspek berkaitan dengan pengurusan alam sekitar dan sumber asli
serta Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Ia bukan sahaja dapat memastikan penerusan
penawaran sumber semula jadi yang berkekalan malahan dapat mengurangkan
kebergantungan kepada sumber asli yang tidak boleh diperbaharui disamping dapat
meningkatkan pemuliharaan kepelbagaian sumber semula jadi.

7.2.1 Konsep dan Strategi Pembangunan

a. Pembangunan mampan akan terus diperkukuhkan di Daerah Jerantut dengan
menyokong cadangan pembangunan yang mengambil kira pengurusan KSAS,
pemeliharaan sumber semulajadi dan impak negatif ke atas alam sekitar.

b. Pengenalpastian KSAS dan pengurusan KSAS yang berkesan berpandukan kepada
garis panduan berkaitan.

c. Pewartaan kawasan hutan melebihi 1000 m sebagai kawasan tadahan air dan
pewartaan kawasan tadahan air masyarakat untuk mengekalkan fungsinya sebagai
kawasan tadahan bagi membekalkan sumber bekalan air bersih.

d. Pembentukan Central Forest Spine untuk membentuk jajaran linear negara sebagai
kawasan rekreasi dan mengekalkan keseimbangan ekologi.

e. Mengadakan zon penampan 200 m dan 1.5 km dari sekeliling sempadan Taman
Negara dengan kawasan bersebelahan.

f. Mengekalkan kualiti air sungai sekurang-kurangnya Kelas II ke atas dan pada status
bersih serta mengelakkan kemerosotan kualiti air dengan mengurangkan ancaman
pencemaran.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-100

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

g. Kawalan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan tidak membenarkan sebarang
pembangunan di kawasan berkecerunan melebihi 35°.

h. Penggunaan teknologi mesra alam akan digalakkan di dalam sektor pertanian dan
penternakan bagi mengurangkan kesan pencemaran.

i. Pemusatan dan penempatan semula kawasan industri di kawasan industri terancang
dan galakan penggunaan teknologi bersih dan teknologi pelepasan pencemaran sifar
di setiap industri.

j. Menekankan kepentingan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dan Penilaian
Strategik Alam Sekitar (SEA) dalam perancangan pembangunan.

7.2.2 Cadangan Pembangunan

Cadangan pembangunan alam sekitar dibentuk daripada strategi-strategi yang telah
dirangka seperti strategi pengurusan alam sekitar, Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan
pembangunan mampan. Menumpukan kepada usaha mengintegrasikan cadangan
pembangunan di Daerah Jerantut dengan pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar,
sumber asli dan kualiti alam sekitar yang baik bagi mencapai matlamat pembangunan
mampan di samping mengelakkan konflik dan kesan-kesan negatif pada masa akan datang.

i) Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

a. Tahap KSAS

Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) adalah kawasan yang sangat sensitif dan mudah
dipengaruhi oleh perubahan pada persekitarannya, yang mana degradasi atau
kemusnahannya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti kehidupan serta
kesejahteraan umum. Cadangan ini adalah untuk mengezonkan KSAS di Daerah Jerantut
berdasarkan tahap kesensitifan dan fungsinya bagi memastikan pengurusan yang berkesan.
Kawasan KSAS di Daerah Jerantut dikelaskan mengikut tahap kesensitifan dan nilainya
seperti berikut:-

KSAS Tahap 1 - Tiada Pembangunan Perbandaran, Pertanian Dan Pembalakan
Dibenarkan Kecuali Pelancongaan Alam Semulajadi Yang
Mempunyai Kesan Rendah, Penyelidikan Dan Pembelajaran (R&D).

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-101

KSAS Tahap 2 RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
KSAS Tahap 3 JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

- Tiada Pembangunan Perbandaran Dan Pertanian. Pembalakan
Berimpak Rendah Dan Aktiviti Pelancongan Semulajadi Yang
Mempunyai Kesan Yang Rendah Dibenarkan Bergantung Kepada
Kesesuaian Dan Halangan Setempat.

- Pembangunan Terkawal Di Mana Jenis Dan Kepadatan
Pembangunan Perlu Dikawal Bergantung Kepada Halangan
Setempat.

Jadual 7.2.1 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar Daerah Jerantut

Tahap Keterangan
Taman Negara Pahang (247, 700 hektar)

Hutan Perlindungan yang mempunyai ketinggian melebihi 1000 m
(15, 534.94 hektar)

Projek Mini Hidro Sungai Salan dan Sungai Rengat

Tahap 1 Kawasan yang mempunyai kecerunan melebihi 35°

Hutan Dara Sg. Tekam

Hutan Lipur - HL Lata Meraung, HL Jeram Nusa, HL Ulu Tembeling,
dan HL Som

Kawasan bercerun melebihi 35° (10, 265.2 hektar)

Hutan Simpan Kekal berketinggian antara 300 – 1000 m dpl (249,
004.64 hektar)

Kawasan dalam zon penampan 200 m dan 1.5 km dari sekeliling
sempadan Taman Negara.

Kawasan Tadahan Air Masyarakat

Kawasan yang mempunyai kecerunan 25° - 35° (95, 620.15 hektar)

Tahap 2 Tapak arkeologi dan monumen dalam senarai Jabatan Alam Sekitar.

Tapak prasejarah yang telah dikenalpasti dan dieskavasi oleh
Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Kawasan akuakultur dalam senarai Jabatan Alam Sekitar.

Kawasan rekreasi dalam senarai Jabatan Alam Sekitar.

Rizab sungai yang telah diwartakan oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran

Kawasan petempatan Orang Asli.

Kawasan tadahan untuk takat pengambilan air.

Tahap 3 Kawasan berisiko kehilangan tanah sangat tinggi > 150 tan/ha/thn
(458, 447.17 hektar)

Kawasan yang mempunyai kecerunan 15° - 25° (215, 685.23 hektar).

Takat Pengambilan Air bagi Skim Perbekalan Air.

Kawasan berketinggian antara 150 - 300 m dpl

(216, 976.32 hektar).

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-102



RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

b. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 (Kawasan Perlindungan
Sepenuhnya)

i. Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang yang dipercayai hutan tertua di dunia termasuk dalam KSAS
Tahap 1 yang memerlukan perlindungan yang menyeluruh bagi memastikan
pengekalan ekosistemnya. Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 2,477 km
persegi iaitu kira-kira 57 % dari keluasan keseluruhan Taman Negara. Sebahagian
besar muka buminya merupakan kawasan berbukit bukau dan puncaknya terdiri
daripada Gunung Teku, Gunung Tangga Dua Belas dan Gunung Tahan. Sungai Tahan
yang bermula dari Gunung Tahan merupakan sungai utama yang membentuk sistem
saliran di dalam Taman Negara Pahang.

ii. Hutan Perlindungan (Ketinggian Melebihi 1000 m, Hutan Lipur Dan Hutan Dara)

Hutan merupakan KSAS menyeluruh kerana terdiri daripada pelbagai fungsi iaitu
berkepentingan sokongan hidup, bernilai khazanah dan warisan dan berisiko
bencana. Daerah Jerantut mempunyai sebuah Taman Negara dan tiga belas buah
hutan yang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal yang mempunyai pelbagai
tahap KSAS bergantung kepada fungsi, ketinggian dan kecerunannya. Hutan Simpan
Kekal terbahagi kepada dua iaitu hutan perlindungan (termasuk hutan lipur) dan
hutan pengeluaran. Hutan perlindungan termasuklah kawasan hutan yang
berketinggian melebihi 1000 m yang kebiasaannya terlalu curam untuk pembalakan
dan dikekalkan untuk kawalan hakisan tanah dan kawasan tadahan air. Hutan
simpan dara dan hutan lipur juga dikategorikan sebagai hutan perlindungan yang
perlu dikekalkan untuk tujuan pembelajaran, penyelidikan dan rekreasi. Antara
kawasan hutan yang mempunyai ketinggian melebihi 1000 m dpl ialah:-

Sebahagian Taman Negara
Sebahagian Hutan Simpan Kekal Gunung Aais
Sebahagian Hutan Simpan Kekal Berkelah
Sebahagian Hutan Simpan Kekal Tekai Tembeling
Sebahagian Hutan Simpan Kekal Jerantut

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-104

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

iii. Projek Mini-Hidro

Projek mini-hidro termasuk dalam KSAS Tahap 1 kerana mempunyai kawasan
tadahan yang dilindungi untuk menjana kuasa hidro-elektrik seperti berikut :

Jadual 7.2.2 : Projek Mini-Hidro Di Daerah Jerantut

Projek Lokasi Kawasan Tadahan Kuasa Kawasan
Keluaran Tadahan (km2)
Mini Sungai Rengat, 22 km HS Tekai
Hidro Sg. daripada Jerantut Jerantut(Tambahan) (kW) 44.0
Rengat
HS Tekai 185 123.0
Mini Sungai Salan, 10 km (Tembeling)
Hidro Sg. timur daripada Jerantut 70
Salan

Sumber : RT Daerah Jerantut, 2020

c. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 2 (Kawasan Pembangunan Terhad)

i. Kawasan Hutan Berketinggian 300 – 1,000 m dpl

Hutan Simpan Kekal yang diurus di bawah Sistem Pengurusan Memilih (SMS) di
mana aktiviti pembalakan dibenarkan di kawasan Timber Production 1 dan 2 (TP1
dan TP2). Kedua-dua kawasan tersebut meliputi kawasan seluas 242,241.5 hektar
yang terdapat di HSK berikut:-

Jadual 7.2.3 : Senarai Hutan Simpan Kekal Yang Berada Dalam Kelas II Di Daerah

Jerantut

Bil. Nama Hutan Keluasan (hektar) Mengikut Rancangan
Pengurusan Hutan (RPH)

1. HSK Berkelah Sebahagian

2. Gunung Aais Sebahagian

3. Gunung Aais (Tambahan) 14, 311.20

4. Jerantut Sebahagian

5. Jerantut (Tambahan) 14, 874.80

6. Som 12, 622.80

7. Tekai Tembeling 89, 878.10

8. Tekai (Tembeling) Tambahan) 45, 956.90

9. Tekam 42, 094.50

10. Ulu Beruit 1, 159.50

11. Ulu Mas 1, 191.10

12. Yong 19, 660.60

13. Yong (Tambahan) 1, 203.40
Sumber : Pejabat Hutan Daerah Jerantut, 2009

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-105

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

ii. Kawasan dalam Zon Penampan 200 m dan 1.5 km dari Sekeliling Sempadan Taman
Negara.

Kawasan dalam zon penampan 200 m dan 1.5 km dari sekeliling sempadan Taman
Negara perlu dilindungi bagi memelihara dan mengawal aktiviti yang boleh
menggugat keadaan semulajadi Taman Negara. Kawasan dalam 200 m dari
sekeliling sempadan Taman Negara merupakan kawasan pemuliharaan mengikut
pelan pengurusan pemuliharaan manakala kawasan dalam zon penampan 1.5 km
tidak dibenarkan sebarang pembalakan dilakukan.

iii. Tadahan Air Masyarakat

Kawasan Tadahan air masyarakat merujuk kepada beberapa empangan yang dibina
bagi membekalkan air bersih kepada penduduk kampung yang berada di kawasan
pedalaman. Tadahan air masyarakat terdapat di dalam hutan simpan kekal di
Daerah Jerantut yang mempunyai keluasan 2,638 hektar seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 7.2.4 dan Rajah 7.2.2.

Jadual 7.2.4 : Kawasan Tadahan Air Masyarakat

Bil. Hutan Simpan Kekal Bahagian Keluasan (hektar)

1. Jerantut (Tambahan) 51 73.0

3 253.1
317.7
9 184.2
240.3
18 281.7
224.2
35 279.1
278.8
2. Tekai (Tembeling) (Tambahan) 36 376.1
129.8
48 2, 638.0

54

80

99

3. Ulu Beruit 2

Jumlah

Sumber : Pahang State Forest Management Plan, 2006-2015

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-106

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Antara lokasi yang menerima sumber air dari tadahan air masyarakat yang dikelolakan
oleh Jabatan Kesihatan ialah:-

Kg. Bt. Mat Daling Kg. Sg. Berjuang
Kg. Sg. Terlang Kg. Ulu Cheka
Kg. Ulu Jelai Kg. Perlok
Kg. Burau Kg. Bukit Cermin
Kg. Merting Kg. Kuala Sat
Kg. Tekai Kg. Sg. Mai
Kg. Batu 10, Sg. Retang Kg. Gusai
Kg. Batu Balai Kg. Padang

d. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 3 (Kawasan Pembangunan Terkawal)

i. Tapak Arkeologi

Tapak arkeologi perlu dipelihara dan dikawal pembangunan sekitarnya kerana
mempunyai sumber sejarah dan warisan Daerah Jerantut. Antara tapak arkeologi
yang berada dalam senarai Jabatan Muzium, 1992 ialah :-

Burau
Gua Batu
Gua Jerai
Gua Kota Gelanggi
Gua Orang Bertapa
Kota Gelanggi
Kota Tongkat
Ladang Jerantut

ii. Tapak Pra Sejarah

Tapak-tapak pra sejarah yang telah diekskavasi oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti
ialah Bukit Komel dan Kampung Bantal di Hulu Tembeling. Manakala Kota Tongkat,
Kota Balai dan Gua Angin di Kompleks Kota Gelanggi. Tapak pra sejarah lain yang
telah dikenal pasti tetapi belum diekskavasi ialah Gua Luas dan Jeram Koi di Hulu
Tembeling.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-107



RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

iii. Kawasan Akuakultur

Kawasan Akuakultur tersenarai dalam fungsi KSAS sokongan hidup kerana
membekalkan sumber makanan asas. Kawasan akuakultur yang disenaraikan sebagai
KSAS oleh Jabatan Alam Sekitar ialah:-

Kg. Som
Kg. Koi
Kg. Pulau Tawar
Kg. Pulau Mangsuk
Kg. Perlok

iv. Kawasan Rekreasi

Kawasan Rekreasi juga tergolong dalam KSAS kerana mempunyai warisan geologi
dan landskap. Kawasan rekreasi yang telah disenaraikan sebagai KSAS oleh Jabatan
Alam Sekitar ialah:-

Air Terjun Sg. Salan
Lata Besin

v. Rizab Sungai Yang Telah Diwartakan

Rizab sungai yang telah diwartakan oleh JPS Pahang di bawah peruntukan Seksyen
62 Kanun Tanah Negara perlu dipelihara kerana mempunyai pelbagai fungsi yang
menjurus kepada pemeliharaan sungai seperti ruang untuk melebar dan melurus
sungai yang bertindak sebagai dataran banjir, memelihara kestabilan tebing dan
ruang untuk tujuan awam. Kelebaran rizab sungai adalah berdasarkan kepada
kelebaran sungai yang sediada berpandukan kepada Garis Panduan Konsep
Pembangunan Berhadapan Sungai.

vi. Kawasan Petempatan Orang Asli

Jumlah penduduk Orang Asli di Jerantut sehingga Oktober 2009 ialah seramai 2,858
orang dari 639 keluarga yang mendiami 15 buah kampung. Antara suku kaum Orang
Asli yang terdapat di Daerah Jerantut terdiri daripada kaum Jahut, Semodberi dan
Bateq. Tiada rizab Orang Asli yang telah diwartakan di Daerah Jerantut, namun
penempatan utama perlu dipelihara kerana mempunyai fungsi bernilai khazanah
dan warisan.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-109

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Antara kawasan petempatan Orang Asli yang terdapat di Daerah Jerantut ialah di :

Kg. Sungai Berjuang Kg. Kuala Atok
Kg. Sungai Kuching Kg. Sungai Keniyam
Kg. Sungai Tiang Kg. Sungai Tekai
Kg. Sungai Retang Kg. Kuala Yong
Kg. Sungai Sat Kg. Sungai Kol
Kg. Paya Lintah Kg. Paya Petai
Kg. Sungai Bangkong Kg. Sungai Mai
Kg. Sungai Kiol

e. Justifikasi

Pembangunan guna tanah yang mengintegrasikan KSAS dapat mewujudkan
pembangunan mampan di Daerah Jerantut.

Bagi menguruskan KSAS di Daerah Jerantut untuk memastikan semua jenis
pembangunan fizikal dikawal secara menyeluruh dalam usaha meningkatkan
kualiti alam sekitar.

f. Agensi Berkaitan

Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

ii) Cadangan Pewartaan Hutan Tadahan Air dan Tadahan Air Masyarakat

a. Cadangan Pewartaan Hutan Tadahan Air

Mewartakan sebahagian kawasan hutan yang mempunyai ketinggian melebihi
1000m sebagai Hutan Tadahan Air di mana kawasan hutan ini dikekalkan untuk
fungsi hidrologi dan perlindungan tanah. Kawasan hutan yang terlibat ialah:

Kawasan berketinggian melebihi 1000 m :-
Sebahagian HSK Gunung Aais
Sebahagian HSK Tekai (Tembeling)
Sebahagian HSK Berkelah
Sebahagian HSK Jerantut

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-110

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

b. Cadangan Tadahan Air Masyarakat

Kawasan tadahan air masyarakat yang membekalkan sumber air bersih di kawasan
pedalaman perlu diwartakan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan yang
menyebabkan gangguan sumber bekalan air bersih di kawasan terlibat. Antara
kampung yang menerima bekalan air bersih dari Tadahan Air Masyarakat ialah:

Kg. Pagi Kg. Bt. Mat Daling
Kg. Gusal Kg. Perlok
Kg. Sat Kg. Padang
Kg. Benih Kg. K. Pengau
Kg. Kuala Tahan Kg. Merting
Kg. Batu Balai Kg. Sg. Berjuang
Kg. K. Retang Kg. Sg. Mai
Kg. Sg. Tekai Kg. Hulu Jelai
Kg. Hulu Cheka

c. Justifikasi

Hutan tadahan air merupakan salah satu fungsi hutan sebagaimana yang
dinyatakan dalam Akta Perhutanan Negara 1984 untuk tujuan pengekalan
yang berfungsi secara hidrologi untuk tadahan air dan juga sebagai kawasan
perlindungan tanah.

Kawasan tadahan air masyarakat yang membekalkan sumber air bersih di
kawasan pedalaman perlu diwartakan bagi mengelakkan sebarang
pencerobohan yang boleh menyebabkan gangguan sumber bekalan air bersih
di kawasan terlibat.

d. Agensi Berkaitan

Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut dan Jabatan Hutan Daerah Jerantut.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR
7-111

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

iii) Cadangan Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal sebagai Central Forest Spine

a. Kawasan Terlibat

Selaras dengan polisi Rancangan Fizikal Negara (RFN) berkaitan alam sekitar dan
pemeliharaan sumber asli, kawasan Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal di dalam
Daerah Jerantut merupakan Central Forest Spine (CFS) yang terletak di dalam
kompleks hutan Taman Negara (Banjaran Timur). CFS membentuk jaringan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS) iaitu Second Linkage- Krau Wildlife Reserve – Bencah
Forest – Som Forest – Yong Forest. Strategi utama adalah bagi menyambungkan
Krau Wildlife Reserve dengan Greater Taman Negara Forest Complex dengan
membuat linkage Hutan Simpan Jerantut Tambahan dan Hutan Simpan Som. Di
antara langkah-langkah yang mesti diambil adalah seperti:

i. Pewartaan Hutan Simpan

Mewartakan hutan tanah negeri dalam koridor yang dikenal pasti
sebagai hutan simpan.
Mewartakan semua tanah hutan pokok-pokok rendah (shrub) dalam
koridor sebagai sebahagian daripada hutan simpan.
Menubuhkan penghubung (link) ke Krau Wildlife Reserve.

ii. Menubuhkan Koridor Riparian (Create Reparian Corridor).

Merizabkan kawasan riparian sebagai koridor hidupan liar ( 50m
lebar pada kedua-dua bahagian) untuk tujuan menghubungkan Krau
Complex dengan Sungai Jelai.
Menghalang pengasingan tanah dan pembangunan di kawasan
riparian reserves.
Sungai Som dikenalpasti untuk dijadikan Riparian Reserve sebagai
Koridor Semulajadi untuk haiwan.
Menjalankan pengayaan tanaman dan penghutanan semula pada
kawasan riparian reserves.
Menanam spesis pokok tertentu bagi menarik haiwan dan burung-
burung.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR
7-112





RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

iii. Pengurusan Hutan
Mengekalkan Hutan Simpan Som dan Jerantut Tambahan (no further
degazettment)
Hutan tanah negeri yang tidak dilindungi harus digabungkan dengan
rangkaian hutan simpan. Pembalakan berimpak rendah dan terpilih
boleh dijalankan selagi kesan terhadap penghubungan dikawal.

iv. Kawalan Pengurusan Guna Tanah
Menerapkan pertanian berterusan (sustainable agriculture) seperti
yang tersedia dalam Guidelines For Sustainable Agricultural
Management Of Plantation.
Menubuhkan Special Management Areas (SMA) bagi mengurangkan
konflik hidupan liar dengan manusia.

b. Justifikasi

Selaras dengan Dasar Rancangan Fizikal Negara, Central Forest Spine (CFS)
perlu diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
Sungai merupakan koridor perhubungan untuk memelihara integriti dan
ekosistem hutan di mana konsep sungai dan hutan sebagai tulang belakang
negara diwujudkan untuk membentuk jajaran linear kawasan rekreasi dan
pengekalan keseimbangan ekologi.

c. Agensi Berkaitan

Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR
7-115

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

iv) Cadangan Menyediakan Zon Penampan di Sekeliling Sempadan Taman
Negara

a. Penyediaan Zon Penampan
Menyediakan zon penampan dari sekeliling sempadan Taman Negara ke kawasan
bersebelahan seperti berikut :-

200 m : Taman Negara sebagai tapak warisan perlu dipelihara dan dipulihara
mengikut Pelan Pengurusan Taman Negara seperti yang dinyatakan di dalam
Akta Warisan Kebangsaan 2005.
1500 m : Tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam
kawasan zon penampan.

b. Justifikasi

Penyediaan zon penampan adalah bertujuan menjaga keaslian Taman
Negara dengan mengawal pembangunan di sekitarnya supaya tidak
mengancam ekosistem Taman Negara.

c. Agensi Berkaitan

Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut. (Rujuk Rajah 7.2.4)

v) Program Peningkatan Dan Pencegahan Pencemaran Kualiti Air Lembangan
Sungai Pahang Di Dalam Daerah Jerantut

Program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air di semua
sungai di Daerah Jerantut adalah bertujuan untuk mengawal semua punca
pencemaran air disamping meningkatkan nilai estetika sungai tersebut.
Langkah terbaik pengawalan pencemaran adalah menghapuskan atau
meminimumkan sebarang bentuk pencemaran dari puncanya. Antara
cadangan kawalan pencemaran dari punca ialah:

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-116

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

a. Strategi Jangka Pendek

Menaik taraf sistem rawatan kumbahan yang tidak berfungsi dengan
baik.
Menukarkan sistem tangki simbah kepada tangki septik
individu/komunal.
Menyediakan sistem rawatan kumbahan berpusat di kawasan
perbandaran dan petempatan utama penduduk.
Memasang perangkap, lemak, minyak, dan gris (FOG) di kilang
berasaskan makanan dan minuman, stesen minyak, restoran, kedai
makan dan bengkel.
Memasang perangkap sampah di longkang-longkang utama
terutamanya di kawasan perbandaran.
Menggunakan kaedah Bioteknologi Efektif Mikroorganisma (EM) ke
dalam longkang, parit dan sungai yang telah tercemar.
Menyediakan sistem rawatan biologi di pasar basah.
Mengaplikasi MASMA dalam setiap pembangunan baru bagi
mengawal kelodakan dan hakisan.

b. Strategi Jangka Panjang

Menjalankan satu kajian terperinci mengenai Kajian Pencegahan
Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Lembangan Sungai Pahang yang
merangkumi komponen berikut :-

Penentuan kualiti air di dalam anak-anak Sungai Pahang dan
lembangan-lembangan kecil sungai ini secara keseluruhan.
Menyediakan inventori punca-punca pencemaran khusus dan
punca-punca pencemaran umum.
Penentuan beban pencemaran berdasarkan punca-punca yang telah
dikenal pasti.
Penentuan satu sistem membuat keputusan atau Decision Support
System (DSS).
Penyediaan permodelan kualiti air atau Water Quality Modeling
yang boleh digunakan untuk simulasi kawalan pelepasan beban
pencemaran dengan mengambil kira kualiti dan kuantiti air setiap
segmen lembangan Sungai Pahang pada setiap musim.
Cadangan polisi, strategi dan pelan-pelan tindakan.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-117

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

c. Justifikasi

Peningkatan kualiti air sungai-sungai di Lembangan Pahang dan
lembangan-lembangan kecil di dalam Daerah Jerantut kepada Kelas
II dan ke atas mengikut Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS)
untuk Malaysia dan mengurangkan ancaman pencemaran melalui
strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan berdasarkan inventori
pencemaran yang menyeluruh.

d. Agensi Berkaitan

Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS)
dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

vi) Cadangan Pencegahan/Pengurangan Risiko Hakisan Tanah di Kawasan
Berisiko Hakisan Tanah yang Tinggi

a. Risiko Kehilangan Tanah

Sangat Tinggi (>150 tan/ha/thn) : 458, 447.17 hek.
175, 394.00 hek.
Tinggi (100 —150 tan/ha/thn) : 39, 529.20 hek.
47, 390.03 hek.
Sederhana Tinggi (50 —100 tan/ha/thn) :

Sederhana (10 —50 tan/ha/thn) :

Purata kehilangan tanah boleh dikira menggunakan Persamaan Kehilangan
Tanah Universal atau Universal Soil Loss Equation (USLE):

A = RKLSCP di mana

A = purata kehilangan tanah tahunan tan/ha/tahun
R = indeks hujan dan hakisan air larian
K = faktor hakisan tanah
L = faktor panjang cerun
S = faktor kecuraman cerun
C = faktor pengurusan penutupan-tanaman tutup bumi
P = faktor amalan pemuliharaan (tanah)

Rujuk Rajah 7.2.5.

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-118



RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

b. Cadangan

Pengawalan pembangunan di kawasan tanah tinggi dengan
mengguna pakai Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Tanah
Tinggi.
Menggamalkan Sistem Pengurusan Memilih (SMS) untuk sebarang
aktiviti pembalakan bagi mengelakkan masalah pepejal terampai
yang tinggi disebabkan oleh aktviti pembalakan
Tidak dibenarkan sebarang pembangunan di kawasan Kelas IV
(berkecerunan melebihi 35°).
Tidak dibenarkan aktiviti pertanian dijalankan di kawasan
berkecerunan melebihi 25°.
Aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan berkecerunan kurang
25° hendaklah mematuhi Garis Panduan Pembangunan Pertanian di
Tanah Bercerun, 2000.
Menjalankan pembangunan secara berperingkat untuk
meminimumkan risiko hakisan tanah.
Menyediakan kemudahan asas untuk aktiviti pemantauan atau
pengukuran tanah cerun dan hakisan.

c. Justifikasi

Langkah pencegahan melalui pengawalan pembangunan bagi
mengelakkan sebarang risiko tanah runtuh, ketidakstabilan cerun,
pembatasan geoteknikal yang tinggi dan kos kejuruteraan yang
ekstrem.

d. Agensi Berkaitan

Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Jabatan Mineral dan GeoSains (JMG),
Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-120

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

vii) Cadangan Pencegahan dan Penstabilan Hakisan Tebing Sungai

a. Cadangan

Mengawal pembalakan di kawasan berdekatan sungai dan
kawasan hulu bagi mengelakkan struktur tanah di tepi sungai
menjadi longgar dan mengundang masalah kelodakan dan
hakisan.
Setiap pembangunan baru berhadapan sungai mestilah
mengambil kira zon penampan dan rizab sungai yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

b. Justifikasi

Pemilihan kaedah perlindungan tebing sungai mestilah
mengambil kira faktor semulajadi dan kesesuaiannya.
Penggunaan binaan konkrit yang tegak tidak dapat dielakkan
di kawasan bandar untuk mengatasi masalah keruntuhan
tebing kerana kapasiti sungai perlu dipertingkatkan dan
disebabkan oleh rizab sungai yang terhad.

c. Agensi Berkaitan

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR)
dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ)

TERAS 4– SEKTOR ALAM SEKITAR

7-121



RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

8.0 TERAS 5 : TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8.1 Sektor Pembangunan Pelancongan

Sektor pelancongan dilihat sebagai sektor teras yang berpotensi dibangunkan bagi menjana
pertumbuhan ekonomi di Daerah Jerantut. Secara amnya, Daerah Jerantut berupaya,
berkemampuan dan mempunyai sumber-sumber yang berpotensi untuk dibangunkan bagi memberi
impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi daerah untuk jangka masa yang akan datang.

Kedatangan pelancong ke Daerah Jerantut pada masa kini lebih tertumpu kepada Taman Negara
yang menerima pelancong dari tempatan mahupun luar negara. Justeru, Daerah Jerantut lebih
sinonim dengan aktiviti pelancongan eko. Potensi pembangunan pelancongan di Daerah Jerantut
perlu dilihat secara menyeluruh bagi merangka pembangunan pelancongan yang lebih baik.

Rajah 8.1.1 : Unjuran Jumlah Ketibaan Pelancong Ke Daerah Jerantut

Domestik Antarabangsa
Sumber: RT Daerah Jerantut 2020

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-1

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Jadual 8.1.1 : Tema Produk Pelancongan, Kategori Produk Dan Kawasan Tarikan
Pelancongan Di Daerah Jerantut
Tema Produk
Pelancongan Kategori Produk Kawasan Pelancongan
Pelancongan Eko
Taman Negara Taman Negara, Kuala Tahan

Air Terjun Air Terjun Lata Meraung
The Lost Waterfall
Lata Lebah & Lata Telur
Taman Jepun
Sungai Salan

Lembangan Sungai Sungai Pahang
Sungai Tembeling

Hutan Lipur/Hutan Hutan Lipur Som
Simpan Pusat Rekreasi Lembah Kiol (Golf
Course)
Hutan Simpan Krau
Jeram Nusa

Pelancongan Gua, Gunung dan Bukit Gua Kota Gelanggi
Desa/Agro Bukau Gunung Benom

Pelancongan Bandar Agro Tekam Plantation Resort
Dan Warisan
Homestay Tekah Agrotourism
Kg. Mat Daling
Desa Kg. Bantal

Penternakan dan Pusat Perikanan Air Tawar Perlok
Pemuliharaan
Taman Warisan/Taman Taman Bandar Jerantut
Bandar/Tempat Makam Mat Kilau, Pulau Tawar
Bersejarah
Seni Warisan dan Kraftangan Orang Asli Sungai Kiol
Kebudayaan Pusat Kraftangan Temin

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-2

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

8.1.1 Konsep Dan Strategi Pembangunan
Konsep pembangunan pelancongan bagi Daerah Jerantut yang dirangka adalah
berlandaskan kepada beberapa perkara iaitu:-

Pelancongan berasaskan sumber dan darjah tarikan
Pelancongan sepanjang tahun
Seimbang kepada profil pengunjung
Pemanjangan tempoh penginapan
Berteraskan sumbangan dan impak kepada ekonomi, sosial dan persekitaran

Rajah 8.1.2 : Konsep Pembangunan Pelancongan Daerah Jerantut

Sumber: RT Daerah Jerantut 2020

Berasaskan kepada konsep ini beberapa strategi utama telah dirangka bagi membantu
pertumbuhan pembangunan pelancongan di Daerah Jerantut.
Rajah 8.1.3 : Strategi Pembangunan Pelancongan Daerah Jerantut

Sumber: RT Daerah Jerantut 2020

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-3

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

i. Pembahagian Zon Pembangunan Pelancongan

Zon pembangunan pelancongan dikenal pasti dan diwujudkan mengikut produk dan
sumber pelancongan yang bersesuaian. Zon pembangunan yang dikenal pasti bagi
Daerah Jerantut adalah zon pelancongan eko, zon pelancongan eko kembara, zon
pelancongan lembangan sungai, zon pelancongan bandar dan warisan, zon
pelancongan agro dan desa serta zon pemangkin pelancongan.

ii. Pembangunan Produk Pelancongan

Pembangunan produk pelancongan yang baru perlu bagi memperkembangkan
aktiviti pelancongan di Daerah Jerantut. Tumpuan pelancongan pada masa kini
adalah Taman Negara dan strategi pembangunan pelancongan di Daerah Jerantut
adalah untuk memperluaskan tarikan pelancongan kepada seluruh daerah.
Pembangunan produk pelancongan yang baru adalah sesuai mengikut tema dan
sumber sedia ada yang boleh diketengahkan. Selain itu, strategi bagi
membangunkan produk yang mempunyai impak kepada aktiviti pelancongan di
Daerah Jerantut juga perlu dirangka.

iii. Pengekalan Taman Negara

Strategi ini mengambilkira kepentingan biodiversiti dan kekangan carrying capacity
Taman Negara supaya nilai semulajadinya dapat dikekalkan dan dipelihara. Strategi
ini merangkumi pemeliharaan dan pemuliharaan sungai, flora dan fauna semulajadi.

iv. Pembangunan Pakej Pelancongan

Merupakan strategi yang dapat membantu ke arah merealisasikan pengurusan
produk pelancongan yang lebih teratur dan bertujuan untuk memudahkan
perjalanan pelancong. Pakej ini berlandaskan kepada produk pelancongan yang
terdapat di Daerah Jerantut.

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-4

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

v. Pengurusan Dan Pembangunan Pelancongan Yang Bersepadu
Strategi ini memerlukan penglibatan Majlis Daerah Jerantut, pelbagai agensi awam
dan operator swasta bagi merancang, merangka dan mengurus pembangunan
pelancongan di Daerah Jerantut. Adalah perlu bagi pihak bertanggungjawab untuk
menyediakan peruntukan khas penyelenggaraan tahunan bagi memastikan
kemudahan yang disediakan kekal pada tahap yang baik.

vi. Memperkukuh Kemudahan Sokongan Pelancongan
Strategi memperkukuhkan kemudahan sokongan pelancongan di Daerah Jerantut
perlu agar lebih kondusif bagi memenuhi permintaan yang positif terhadap aktiviti
pelancongan di Daerah Jerantut.

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-5





RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

8.1.2 Cadangan Pembangunan

Cadangan pembangunan pelancongan dibentuk daripada strategi-strategi yang telah
dirangka.

i. Zon Pelancongan Eko dan Eko Kembara

Ciri-ciri

Pelancongan eko berbentuk pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semulajadi.
Zon eko kembara berbentuk zon intensif untuk pembangunan eko pelancongan
yang berkonsepkan kembara, adventure dan extreme.

Skala Pembangunan

Pembangunan yang mengambil kira kesejahteraan alam semulajadi.
Pembangunan semula reka bentuk fizikal dan kemudahan yang bercirikan kawasan
pelancongan eko.
Penyediaan insentif-insentif untuk menggalakkan pembangunan aktiviti-aktiviti
pelancongan eko.
Penyediaan aktiviti-aktiviti dan tema pelancongan yang bersesuaian dengan
produk pelancongan eko yang sedia ada.

Lokasi Tumpuan

Pelancongan Eko Taman Negara (Kuala Tahan)
Pelancongan Eko Kembara Hutan Lipur Som

Sg. Salan
Gunung Aais
Gunung Dulang
Lata Meraung

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-8

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020
JILID 1 : PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Lokasi Tumpuan
Memelihara sungai dan biodiversiti Taman Negara.
Penjanaan semula flora dan fauna Taman negara.
Memperketatkan undang-undang dan penguatkuasaan bagi pengurusan dan pemeliharaan
Taman Negara.
Memperkukuhkan aktiviti pelancongan eko sedia ada di Taman Negara:

i. Bird Watching
ii. River Cruise
iii. Melihat haiwan liar Wildlife Observation
iv. Jungle Trekking dan Plant Spotting
v. Cave Explorations
vi. Mendaki bukit
vii. Berenang
viii. Lawatan penempatan Orang Asli
ix. Canopy Walk

TERAS 5 – TAMAN NEGARA DAN PELANCONGAN MAMPAN
8-9


Click to View FlipBook Version