BMMB3193 - PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU
BAHAN KULIAH
MINGGU 2
Disediakan oleh :
1. Fazlinda Kesumie anak Jelly
2. Jacklyn Julan Juk
3. Demica Irene anak Jepriten
LATAR BELAKANG
KESUSASTERAAN
MELAYU
KONSEP
KESUSASTERAAN
Konsep Kesusasteraan
● Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud
huruf atau buku indah.
● Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan literature dalam bahasa
Inggeris iaitu berasal daripada litera yang bermaksud huruf atau abjad.
● Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam
Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi
dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
● Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan,
idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan
keperibadian.
PERKEMBANGAN
SASTERA
TRADISIONAL
Kesusasteraan Melayu Klasik/Tradisional
● Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau merupakan gambaran
yang jelas tentang sejarah silam bangsa itu sendiri.
● Terbukti dalam sejarah bahawa telah wujud satu bangsa bernama bangsa Melayu yang amat
mementingkan bahasa, adat resam dan kebudayaan bangsanya.
Klasik ;
➔ serius dan abadi nilainya
➔ tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain
➔ mempunyai gaya yang sederhana
➔ mempunyai ciri-ciri yang lazim
➔ tidak berubah mengikut peredaran waktu
(Siti hajar Abdul Aziz, 2011)
Kesusasteraan Melayu Klasik/Tradisional
● Sastera klasik ialah bentuk sastera yang masih kekal dan sentiasa mekar dalam kalangan
masyarakat Melayu.
➔ Sebagai sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku, perundangan dan
identiti masyarakat Melayu.
● Sastera Melayu klasik pada awalnya menerima pengaruh Hindu dan Buddha.
● Karya-karya yang digunakan adalah dalam bahasa Sanskrit.
(Puisi bertajuk Jakatamala ; merupakan puisi sanjungan terhadap dewa-dewa)
● Namun, sastera Hindu-Buddha kurang membantu dalam perkembangan kesusasteraan
Melayu klasik.
Sebab :
➔ Penggunaan bahasa dan cerita yang dipaparkan sukar untuk difahami.
➔ Bahasa yang digunakan ialah bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno.
➔ Cerita-cerita yang dipaparkan berkisarkan dewa-dewa (jauh daripada kehidupan seharian
masyarakat Melayu).
Kesusasteraan Melayu Klasik/Tradisional
● Pada abad ke-14 hingga abad ke-16, kesusasteraan Melayu klasik telah mengalami perubahan
dengan kehadiran Islam.
● Menyebabkan munculnya satu tulisan yang amat penting kepada penganut Islam iaitu tulisan
Jawi.
● Agama Islam mula bertapak di istana-istana dan mengambil alih peranan agama Hindu dan
Buddha.
● Istana menjadi pusat perkembangan kesusasteraan Melayu klasik yang utama.
● Mereka yang mempunyai kemahiran menulis akan bertugas di istana sebagai pujangga atau
penulis khas kepada golongan raja dan bangsawan.
● Golongan bangsawan turut mengupah dan membayar pujangga untuk menghasilkan hikayat.
● Hikayat yang dihasilkan tidak terhad kepada bidang kesusasteraan sahaja, tetapi merangkumi
bidang agama, perubatan dan sejarah.
● Apabila keperluan karya bertambah, maka muncul pula pusat penyalinan dan penerbitan hasil
kesusasteraan.
Genre Kesusasteraan
● Kesusasteraan Melayu klasik ialah hasil karya seni yang disampaikan melalui perantaraan
bahasa, secara lisan atau tulisan.
● Menggabungkan falsafah pencipta dengan penerimanya pada zaman tersebut.
● Sastera Melayu klasik atau tradisional dapat dibahagikan kepada dua genre ;
1. Sastera lisan
2. Sastera tulisan
● Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat, manakala sastera tulisan disebut
sebagai sastera istana.
Sastera Rakyat (lisan)
● Sastera rakyat bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan
imaginatif pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai pandangan dunia
oleh masyarakat itu sendiri.
● Merupakan hasil-hasil sastera yang dilahirkan oleh masyarakat yang diaspirasikan melalui
bentuk lisan.
● Menjadi hasil sastera milik masyarakat yang diperturunkan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain secara lisan.
Jenis Sastera Rakyat
Ciri Sastera Rakyat
➔ Penyebaran dan diwariskan secara lisan
➔ Bersifat tradisional dan lama
➔ Wujud dalam variasi yang berbeza-beza
➔ Bersifat anonimi (menggunakan nama samaran atau langsung tiada nama pencipta)
➔ Menjadi hak milik bersama masyarakat
➔ Mempunyai fungsi tertentu (contohnya : memberikan pengajaran)
➔ Penulisannya bersifat sederhana, sopan dan kadangkala agak kasar
a. Mitos
● Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi serta dianggap suci oleh orang yang
empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya.
● Mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk
muka bumi, gejala alam dan sebagainya.
Ciri-ciri mitos :
➔ Dianggap benar-benar terjadi
➔ Peristiwa yang berlaku aneh tetapi penting
➔ Dianggap keramat dan memberikan kesan kepada masyarakat
➔ Latar belakang berlaku pada zaman lampau
➔ Tokoh yang terlibat ialah
Jenis-jenis Mitos
● Mitos asal usul - cerita yang berlaku pada zaman lampau yang boleh dianggap keramat
dan mempengaruhi hal kehidupan masyarakat Melayu.
● Mitos institusi sosial atau budaya - mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam
masyarakat.
● Mitos politik - merupakan cerita yang berkisar tentang struktur pemerintahan dan
kerajaan, misalnya mitos keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesebuah negeri
atau kerajaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera.
b. Lagenda
● Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku, tetapi tidak dianggap suci.
● Tokohnya terdiri daripada manusia yang mempunyai sifat-sifat luar biasa.
Ciri-ciri lagenda
➔ Sejenis komunikasi lisan bercorakkan cerita berasaskan kisah-kisah.
➔ Latar masa atau sejarah tidak semestinya masa lampau, tetapi masih ada hubung kaitnya
dengan masa silam.
➔ Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi.
➔ Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri istimewa.
➔ Peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam masyarakat.
➔ Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging dan benar-benar wujud dalam sejarah
bangsa.
➔ Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam masyarakat.
Jenis-jenis Lagenda
● Lagenda keagamaan - cerita mengenai orang alim dan penyebar agama.
● Lagenda alam ghaib/ memorat - kisah yang dianggap benar-benar terjadi dan pernah
dialami seseorang.
● Lagenda perseorangan - cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap
benar-benar terjadi.
● Lagenda setempat - cerita berhubung dengan suatu tempat, nama tempat, dan bentuk
topografi yakni bentuk permukaan suatu daerah.
c. Cerita Rakyat
● Cerita rakyat adalah dalam bentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi.
Jenis cerita rakyat :
1. Cerita binatang - cerita yang bersifat menghiburkan dan mendidik.
➔ Cerita ditokohi oleh binatang.
➔ Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-kata, berfikir
dan bertindak seperti manusia.
2. Cerita lipur lara - cerita yang dituturkan olej para penglipur lara.
PERKEMBANGAN
SASTERA MODEN
Sastera moden
● Hasil karya sastera seepas tahun 1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden.
● Pembahagian dari segi masa ialah bertujuan untuk menyenangkan kita memahami bentuk dan
unsur perbezaan dalam sastera Melayu.
● Faktor lain yang memisahkan sastera Melayu moden dan klasik ialah cara
01. Cerpen
a. Merupakan gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek.
b. Menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang
Melayu dan dapat memberikan gambaran tentang sesuatu zaman.
c. Biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama pusat
penceritaan.
Sastera moden
02. Novel
a. Merupakan prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada
sebuah kehidupan.
b. Istilah novel berasal daripada perkataan Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda
kecil yang baharu.
c. Mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada serpihan hidup.
03. Sajak
a. Melahirkan perasaan ingin bebas dan terlepas daripada segala ikatan.
b. Perkara yang dijadikan landasan ialah ekspresi jiwa, iaitu bahasa, bentuk irama dan
pensajakan harus tunduk pada cetusan jiwa pengarangnya.
c. Daripada cara penulisan yang baharu itulah timbul beberapa sifat sajak seperti balada,
roman, oda, epigram dan lain-lain.
GENRE
KESUSASTERAAN
Jenis-jenis (Genre) Sastera
Jenis-jenis (Genre) Sastera
A. Sastera imajinatif
Sastera yang berupaya menerangkan, menjelaskan, memahami, membuka pandangan baru dan
memberikan makna realitas kehidupan agar manusia lebih mengerti dan bersikap yang
semestinya terhadap realitas kehidupan.
B. Sastera nonimajinatif
Sastera yang lebih menonjolkan unsur terkini daripada daya khayalan dan disokong dengan
penggunaan bahasa yang cenderung denotatif.
Jenis-jenis (Genre) Sastera
Genre dalam Kesusasteraan Melayu
Prosa Melayu Tradisional Puisi Melayu Tradisional
Jenis-jenis (Genre) Sastera
Prosa Melayu Tradisional 01. Prosa Melayu tradisional mempunyai dua cabang
a. Naratif
b. Bukan Naratif
02. Naratif:
a. Naratif lisan
b. Naratif Tulisan
1. Mitos
a. Cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur
konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa,
kejadian-kejadian alam, dsb.
b. Cerita tentang seseorang atau sesauatu yang tidak benar atau direka-reka, dongeng.
Jenis-jenis (Genre) Sastera
1. M
2. Lagenda
a. Cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.
3. Cerita Rakyat
a. Cerita rekaan yang disukai ramai pada zaman dahulu dalam sesuatu masyarakat yang
diturunkan daripada generasi kepada generasi secara lisan.
b. Terbahagi kepada tiga subgenre:
i. Jenaka
ii. Binatang
iii. Dongeng
Jenis-jenis (Genre) Sastera
Puisi Melayu Tradisional ● Puisi merupakan genre saster paling awal bagi semua
bangsa di dunia.
● Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk
menghasilkan dua epik yang berjudul Lliad dan
Odyssey.
● Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk
melahirkan Mahabharata dan Ramayana.
● Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam
bentuk puisi.
● Puisi-puisi yang terbaik digantung di Ka’abah pada
Zaman Jahiliah.
● Orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka
yang dinamakan pantun.
Jenis-jenis (Genre) Sastera
Puisi Melayu Tradisional ● Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua
kumpulan utama
○ Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu
■ Terikat : Pantun dan Gurindam
■ Bebas : Seloka
○ Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam
■ Syair
TOKOH SASTERA
HAMZAH AL-FANSURI
● Hamzah Fansuri adalah tokoh ugama yang
menggegarkan dunia melalui puisi-puisi
sufinya.
● Hamzah Fansuri juga merupakan pencipta
“Syair melayu” yang bercirikan puisi empat
baris dengan pola rima akhit “a-a-a-a”
● Hamzah Fansuri lahir di Barus atau Fansur
iaitu sebuah kawasan yang merupakan pusat
pendidikan islam dan melahirkan ramai
ulama terkenal.
HAMZAH AL-FANSURI
● Hamzah telah mendapat pendidikan di
merata tempat seperti jawa, Tanah melayu,
India, Parsai dan negara-negara Arab
● Beliau menjadi guru agama di Acheh pada
zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
Syah (1588-1604).
● Salah seorang pelajarnya ialah Syamsuddin
Al-Sumateani.
● Hamzah berkebolehan dalam bidang
pendidikan dan pernah menjadi penasihat
kepada Sultan Acheh dan banyak membantu
Sultan Acheh dalam hal pentadbiran negeri.
Sumbangan :
1. Memperkenalkan sastera sufi atau mistik
a. Pengasas dan pemegang kuat kepada Aliran Wahdatul Wujud.
2. Pengarang pertama menghasilkan karya kesusasteraan bercorak
keagamaan.
3. Sumbangan dalam bidang Sastera :
a. Menghasilkan karya berbentuk prosa dan puisi
b. Contoh karya ialah Asrarul Ariffin, Syarab al Asyikin dan Al-Muhtahi
c. Karya puisi : Syair Perahu, Syair Burung Pingai dan Syair Sidang Fakir
4. Pengarang pertama mencatat nama pengaranf iaitu mencatat nama di
rangkap akhir.
5. Pengarang pertama memperkenalkan mukadimah dalam karya ilmiah.
RAJA ALI HAJI
● Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad atau juga
dikenali dengan nama Raja Ali Haji.
● Beliau ialah seorang ulama, ahli sejarah, serta
pujangga Bugis-Melayu.
● Merupakan keturunan kedua (cucu) kepada
Raja Haji Fisabilillah, Yang DIpertuan IV dari
Kesultanan Lingga-Riau.
● Gurindam Dua Belas yang diterbitkan pada
tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran
kesusasteraan pada zamannya.
RAJA ALI HAJI
● Beliau pernah belajar beberapa bidang
keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan
Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh
● Bukunya berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa
nerupakan kamus loghat Melayu
Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan
pertama serta kamus ekabahasa yang
pertama di Nusantara.
● Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair
Suluh Pegawai, Syair Hukum NIkah serta
Syair Sultan Abdul Muluk.
● Dalam bidang ketatanegaraan dan
undang-undang, beliau juga menulis
Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan
politik).
ABDULLAH MUNSYI
● Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali
sebagai Abdullah Munsyi (1796-1854) ialah seorang
penulis kelahiran Melaka.
● Merupakan Bapa Sastera Melayu Moden.
● Beliau disegani antara pelopor dalam bidang
persuratan bahasa Melayu secara amnya khususnya
dalam penerapan kewartawanan.
● Beliau diberikan gelaran “Munshi” atas
kebijaksanaannya, gelaran bahasa Parsi ini
bermaksud “pendidik” atau “guru”.
● Hikayat Abdullah merupakan karya sastera
utamanya yang telah diterbitkan pada tahun 1849.
ABDULLAH MUNSYI
● Beliau telah menghasilkan karya pertamanya bertajuk
Syair Singapura Terbakar (1830).
● Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan
bahasa Melayu namun juga menyedari pentingnya buku
nahu bahasa tersebut.
● Dalam riwayat penceritaan diri beliau, Hikayat Abdullah,
beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai
pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British
ke Tanah Melayu.
● Beliau dilihat ramai pengkaji sebagai pengkarya pertama
yang lari daripada corak penulisan tradisional sastera
Melayu yang lebih berpaksikan cerita rakyat dan lagenda.
● Banyak antara karya beliau mengandungi unsur
pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika
penggunaan bahasa dan budaya.
Sasterawan Negara
● Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang
menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia.
● Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij
demi mengangkat martabat sastera di negara kita.
● Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
● Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani
kehidupan dan berkarya.
● Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan
menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.
Sasterawan Negara
Penerima SEA Write Award Terpilih
● Anugerah Penulis S.E.A. (S.E.A. Write Award), atau
Anugerah Penulis Asia Tenggara - Southeast Asian
Writers Award, merupakan anugerah yang diberikan
setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis
di Asia Tenggara.
● Anugerah ini diberikan kepada penulis dari setiap negara
yang terdiri daripada ASEAN, sungguhpun bukan semua
negara dalam ASEAN telah diwakili setiap tahun
● Anugerah ini kadang kala diberikan bagi hasil tulisan khas
penulis, atau ia boleh diberikan bagi pencapaian
sepanjang hayat.
● Jenis kerja yang dihargai sebegini pelbagai, dan
merangkumi hasil kerja puisi, cerpen, novel, drama,
cerita rakyat dan pengajian dan keagamaan.
Penerima SEA Write Award Terpilih
Penerima SEA Write Award Terpilih
Penerima SEA Write Award Terpilih
Penerima SEA Write Award Terpilih
PERANAN
PERTUBUHAN
PENGEMBANGAN
SASTERA
World
DayBook
01
DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA
(DBP)
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
● Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.
● Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa
kebangsaan.
● Menerbitkan buku, kamus, bahan-bahan persuratan lain
dalam bahasa kebangsaan.
● Menyeragamkan ejaan dan sebutan serta menggubal
istilah.
● Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa
kebangsaan.
MEMAJUKAN BAKAT KESUSASTERAAN TERUTAMA
DALAM BAHASA KEBANGSAAN
● Menurut Berita Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu
Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda.
● Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa
depan.
● Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi
menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan
sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
● Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia
diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen
pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera.
Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan
baik.
World
DayBook
02
GABUNGAN
PERSATUAN
PENULIS NASIONAL
(GAPENA)
PERANAN GAPENA
❖ Mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
dan bahasa rasmi negara sebagaimana termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
❖ Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan
kebudayaan Kebangsaan di peringkat negeri, negara dan
antarabangsa.
❖ Menyatupadukan persatuan-persatuan penulis Malaysia yang
bergiat dalam bahasa Kebangsaan.
❖ Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan
penulis.
❖ Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis
memajukan bakat mereka.
Antara kegiatan GAPENA ialah :
❏ Mengeluarkan majalah rasmi.
❏ Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya
kesusasteraan dan ilmu pengetahuan.
❏ Mewakili penulis tanah air dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan
penulis di dalam :
i. Persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar
negeri.
ii. Jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali
yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
iii. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan
penulis.
iv. Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke
semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.