The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 288-21-nurrabbiatullah, 2022-11-20 22:33:09

BMMB3193 BAHAN KULIAH KESELURUHAN

BMMB3193 BAHAN KULIAH KESELURUHAN

KONSEP LEGENDA

Legenda dikenali sebagai dongengan sejarah kerana cerita lagenda selalunya
mengenai seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat.
Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah.
Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan di tempat
yangwujudnya legenda tersebut.
Tokoh legenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok
bandingannya. Oleh itu, tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat.
Tokoh ini amat istimewa, mempunyai kelebihan yang tinggi,bersifat kudus dan suci.


FUNGSI Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota
CERITA masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang
LEGENDA bercorak sejarah.
Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan
kepada masyarakat tentang kepahlawanan dan kegagahan.
Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa
Melayu; kata-kata Hang Tuah ‘Tak Melayu Hilang Didunia’
menjadi sebutan orang Melayu.
Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagai
orang yang gagah dan mulia.
Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti
keagungan kesultanan Melayu Melaka.
Untuk dijadikan sebagai idola/ model seorang pahlawan
atau pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.
Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap
agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam
disamping untuk menggantikan lagenda yang bersumber
daripada kepercayaan hindu-buddha).


PENGLIPUR LARA


Penglipur Definisi
lara
Cerita-cerita yang mengandungi unsur pengembaraan
(adventure) anak-anak raja. Ia mengisahkan cerita-
cerita mengenai Raja-raja atau golongan istana dengan
segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian
serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural).
Cerita penglipura disampaikan oleh tukang-tukang
cerita yang memiliki keistimewaan dan kelebihan
menyampaikan isi cerita. Tukang cerita menggunakan
berbagai-bagai cara bagi menarik hati pendengar
mengikut cerita dari awal hingga akhir.
Tukang cerita menggunakan atau memainkan alat-alat
bunyian sambil bercerita seperti menggesek selampit,
memukul gendang, bermain rebab, bercerita mengikut
irama bunyian yang dimainkan.
Pendengar tertarik bukan sahaja kerana suara tukang
cerita yang merdu, tetapi berbagai gaya dan lagu, cerita
bagi menggambarkan suasana ada riang, sedih, marah,
pujuk rayu dan sebagainya.


Rebab merupakan sejenis alat
muzik bertali yang berasal dari
Tukang cerita penglipura berbeza Afghanistan. Rebab
peranan mengikut daerah atau menggunakan penggesek dan
negeri. mempunyai tiga utas tali
Negeri Kelatan – Tok Selampit daripada dawai logam. Rebab
bermain alat bunyian rebab dianggap merupakan keluarga
kecapi.
1.Kedah – Awang Batil.
2.Perak – Penglipura.
3.Selangor – Awang Belanga.
4.Minangkabau (Indonesia) – Tukan

Kaba.
5.Brunei – Diandangan (alat bunyian

– Dombak)


Antara cerita-cerita Penglipur Lara yang terkenal ialah:

Hikayat Malim Deman
Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Hikayat Anggun Cik Tunggal
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Raja Budiman II
Hikayat Raja Muda
Hikayat Raja Ambung, Raja Dunan,
Hikayat Seri Rama, Hikayat Indera Putera dan Selampit.


Cerita-cerita ini disampaikan pada ketika-ketika tertentu oleh dalang-
dalang, ahli-ahli penglipur lara dalam majlis-majlis perkahwinan,
memuja umur Sultan atau pada masa menyambut sesuatu perayaan.

Cerita-cerita penglipur lara ini mempunyai bentuk yang tersendiri yang
mementingkan pendengaran dan bila dibukukan hilanglah setengah
daripada keindahannya.

Juga cerita-cerita ini dapat memberi imbasan mengenai masyarakat
lama dalam pandangan, gambaran dan tujuan-tujuannya.


Ciri-Ciri Umum Cerita Penglipurlara
Umumnya struktur cerita penglipurlara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian Pengenalan:
Cerita penglipura akan mengisahkan sebelum belaku pengembaraan. Mengenai Kelahiraan putera-puteri raja
dan kehidupan puteri-piteri raja zaman kecil / kanak-kanak, dipenuhi dengan kejadian yang luar biasa,
terutama mengenai kelahiran disertai dengan hujan rebut, kilat, petir serta suasana alam yang luar biasa.
Contoh: Hikayat Malim Deman.

Kisah awal menceritakan asal-usul Malim Deman. Baginda putera kepada Raja Malim Dewa yang memerintah
Bandar Muar. Ketika bonda Malim Deman akan melahirkan Malim Deman ke dunia, suasana alam dengan
serta-merta berubah, air pasha penuh, berbunyi genta, rebut dan taufan turut serta menandakan akan lahir
seorang yang perkasa.

Bahagian Pengembaraan:
Dalam bahagian ini, cerita penglipura mengisahkan mengenai sebab-sebab anak raja mengembara serta
kisah-kisah yang berlaku sewaktu berbagai-nagai rintangan, berlakunya peperangan dengan musuh-musuh,
perkahwinan, cabaran dan kesusahan yang dideritai oleh anak raja, sebelum berjaya mencapai yang dihajaiti.


Contohnya:

Hikayat Halim Menceritakan sebab-sebab Malim Deman keluar dari Istana, kerana ingin mencari isteri yang
Deman dinyatakan dalam mimpi baginda. Malim Deman bermimpi seorang tua yang berjanggut
putih menyuruh baginda keluar mengembara ke hulu Sungai Muar. Di sana baginda akan
bertemu denga puteri kayangan bernam Puteri Bong yang akan menjadi isterinya nanti.

Bahagian selepas pengembaraan (bahagian akhir cerita). Kisah-kisah selepas menghadapi
rintangan dalam masa pengembaraan. Membawa kejayaan watak utama dalam mencapai
hajat atau tujuan pengembaraan. Watak utama berjaya memperolehi hidup bahagia dan
gembira dengan kerajaan yang besar dan penih dengan kemegahan.

Contoh: Hikayat Malim Deman.
Watak utama Malim Deman Berjaya mendapatkan isterinya Puteri Bongsu, sebelum pulang
ke istan di Negeri Bandar Muar. Malim Deman berkahwin dengan anak Raja Jin Islam
bernama Tuan Puteri Turus Mata. Mereka kembali ke istana dan memerintah kerjaan yang
besar.
Sebahagian besar daripada cerita penglipura bertemakan percintaan antara wira dengan
wirawati dan peperangan. Wira sangatlah ditonjolkan. Jelasnya percintaan kesaktian wira
dan pengagungan wira adalah tema cerita-cerita penglipura.


Fungsi cerita penglipurlara

Fungsi utama cerita penglipura dalam masyarakat Melayu tradisional ialah sebagai ‘alat’
hiburan.
Melalui cerita penglipurlara masyarakat dapat menikmati hiburan yang dapat melupakan
mereka dari kesukaran, dan kepayahan hidup.
Ia dapat memberikan kelapangan fikiran kegembiraan. Fungsi ini jelas di mana tukang-
tukang cerita dengan diiringi irama dan lagu yang menarik, gaya bercerita, cara
berpakaian.
Isi cerita. Cerita penglipurlara mengisahkan mengenai kecantikan, kemewahan,
kelebihan anak-anak raja, sifat gagah berani, kebijaksaan menentang musuh serta alam
kayangan di luar daripada kehidupan manusia biasa.
Mendengar cerita-cerita ini dapat meringkan penat lelah setelah sehari berkerja di siang
hari. Keistimewassn tukang-tukang cerita berperanan penting menarik perhatian
pendengar serta berupaya member kesan hiburan yang menarik dan indah.


Fungsi cerita penglipurlara

Ia juga berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral. Antara nilai-nilai moral dan etika yang
ditonjolkan ialah: Sifat hormat kepada Ibubapa dan orang tua; Sifat tanggungjawab pemimpin (raja);
Sifat-sifat patriotik dan cintakan tanahair; Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan
rakyat; Berbuat baik kepada ibubapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik; serta Sifat berdikari
dan mencari untung.

Latar ceritanya bukan sahaja bermain di dunia kita, bahkan ada kalanya beredar di permukaan air laut
dan meninggi hingga ke kayangan. Perkara yang harus disedari dalam mengkaji cerita ini ialah: cerita-
cerita ini mestilah dikaji berdasarkan zamannya, zaman yang tidak mengenal ilmu sains, zaman di mana
datuk nenek kita berdamping rapat dengan fenomena alam. Jikalau dikaji dengan mendampingkan
masyarakat zamannya, baharulah kita dapat memahami selok-belok kepercayaan mereka, faham sosial
dan masyarakat mereka. Berasaskan masyarakat zamannya, cerita-cerita ini berupa kebenaran, boleh
berlaku, dan lantaran itulah maka cerita-cerita ini disukai oleh setiap ahli masyarakat.


CERITA RAKYAT


Merupakan rekaan dan disampaikan secara lisan
daripada satu generasi kepada satu generasi.
Hasil tinggalan nenek moyang yang tidak diketahui
penciptanya - dianggap milik bersama masyarakat.
Sekitar masyarakat petani dan nelayan.
Sebagai sumber hiburan, bahan pengajaran, alat
mengenali warisan nenek moyang dan alat
komunikasi.


Genre tertua

Cerita Kejadian, nama
rakyat tempat, manusia,

alam, haiwan

Berkait dgn
kepercayaan Hindu

& animisme


Cerita Cerita asal-usul bertemakan sesuatu benda, tempat ,
asal peristiwa , haiwan dan sebagainya yang biasanya
usul berkait-rapat dengan kehidupan manusia.
Kebiasaannya, watak-watak cerita asal terdiri
daripada :
1. Manusia
2. Haiwan
3. Tumbuh-tumbuhan


Cerita asal-usul banyak memperihalkan mengenai
sejarah sesuatu perkara . Tidak kiralah sama ada
sejarah tersebut berkenaan perkara yang hidup
ataupun tidak . Terdapat dua jenis fungsi yang jelas
dalam karya cerita asal-usul ini iaitu :
1. Sebagai sumber pendidikan dan pengajaran
2. Kepuasan estetik


Cerita Binatang

Cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak
utama.
Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti
boleh berkata-kata, berfikir serta bertindak seperti manusia.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Cerita Binatang Asal Usul,
Cerita Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang Epik
(Beast Epic).


Cerita binatang Mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya
asal usul Cerita Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak
Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa Hilang Bisa,
Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya.

Cerita binatang Berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing
FABLE Dengan Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-
kura, Cerita Bangau Dengan Ketam dan sebagainya.

Cerita epik Seperti Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat Sang
binatang Kancil


CERITA Dalam masyarakat kuno, terdapat satu
HANTU kumpulan cerita, iaitu kisah berkenaan
makhluk yang bukan manusia.
Masyarakat Melayu lama amat biasa dgn
cerita penanggalan (tenggelong), langsuir,
puaka, hantu bungkus, pelesit, jin,
mambang, pocong, dll.
Kadang kala cerita berkenaan
bunian/orang halus juga dimasukkan
dalam kumpulan cerita hantu.
Oleh itu, dalam masyarakat ,tradisi adat/
amalan/ ritual tertentu juga dikaitkan
dengan cerita-cerita ini.


Peranan Cerita Hantu dalam Masyarakat

Bagi memberi pengajaran moral atau ilmu pengetahuan tentang
perkongsian makhluk Tuhan di muka bumi.
Sengaja menimbulkan rasa seram dan takut di hati orang yang
mendengar cerita tersebut.
Bagi mendisiplinkan kanak-kanak khususnya mereka yang
hiperaktif.
Menimbulkan raa hormat terhadap alam ghaib yang juga didiami
oleh makhluk ciptaan Allah selain manusia.
Menimbulkan rasa hormat masyarakat terhadap seseorang atau
sebuah kawasan.


CERITA Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi
JENAKA unsur-unsur humor / lucu / jenaka yang boleh
menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati
khalayak. Watak-watak Cerita Jenaka diberikan sifat dan
peranan yang melucukan.
Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka
Tempatan dan Cerita Jenaka Pengaruh Asing. Contoh
Cerita Jenaka Tempatan ialah Cerita Pak Pandir, Cerita Pak
Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita
Si Luncai.
Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada
Cerita Mat Jenin ( Hindu ) dan Cerita Musang Berjanggut
dan Cerita Abu Nawas. ( Arab/Parsi/Islam )
Watak-watak dalam Cerita Jenaka Tempatan terbahagi
kepada 3 golongan iaitu Watak Bodoh-Pintar seperti Pak
Pandir, Watak Bodoh-Sial seperti Pak Kaduk dan Lebai
Malang dan Watak Pintar-Lucu seperti Pak Belalang dan Si
Luncai.


Cerita TELADAN

Mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan gagasan bahawa
watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak yang jahat
akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh
mereka.
Penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang diterapkan melalui nilai-
nilai murni.
Biasanya berlegar di sekitar cerita rakyat biasa dalam tradisi lisan dan tulisan.
Watak putih/baik (protagonis) akan bertentangan dengan watak hitam/jahat
(antagonis).
Pembinaan ceritanya berkisar tentang penderitaan/kesengsaraan watak
putih/protagonis.
Menanam simpati khalayak terhadap watak putih, misalnya dalam cerita Batu Belah
Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah atau Si Tanggang.


Bawang Putih Bawang Merah

Berkisar tentang kehidupan 2 adik-beradik, iaitu Bawang Putih dan Bawang
Merah yang berlainan ibu.
Walaupun kedua-duanya cantik tetapi watak Bawang Putih
digambarkan'diberi perwatakan negatif, berbeza dari Bawang Merah yang
rajin, sabar, berbudi bahasa dan lemah lembut.
Kematian bapa dan kemudian ibunya menyebabkan kehidupan Bawang
Merah bertukar dari kesenangan kepada kesengsaraan.
Bapanya mati (disengat ikan sembilang).
Ibu Bawang Merah (Mak Labu - dibunuh oleh Mak Kundur, ibu Bawang
Putih).
Kehidupan Bawang Merah berubah kerana dikahwini oleh raja, namun
watak jahat (Bawang Putih dan ibunya) masih berterusan di istana
sehinggalah akhirnya mereka dihukum oleh raja.


SEKIAN,
TERIMA KASIH.


Prosa
Melayu
Tradisional

Syamil bin Wahap, Nur'Aisyah Syafiqah binti Bidaree,
Khairunnisa' Labibah binti Jamaludin


Pengenalan

Wujud sejak kelahiran manusia, sebelum
zaman percetakan

Prosa Melayu Tradisional merupakan
karangan panjang

Sastera rakyat/lisan, bentuk
kesusasteraan terawal


Merupakan satu daripada elemen kebudayaan Melayu dalam
bentuk bahan sastera dan bahan bukan sastera.
Merujuk kepada maksud kolektif milik bersama dan kebanyakan
hasilnya tidak dinamakan kepada pemiliknya kerana milik
masyarakat sejak zaman ke zaman - sukar untuk mengetahui
identiti penulis.
Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai bentuk dan ciri
yang berbeza daripada kesusasteraan moden.
Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur, plot, gaya dan
teknik serta konvensi lain sastera yang dicirikan oleh bahasa,
persembahan, fungsi dan faktor-faktor luaran lain.


Fungsi
Prosa

Pengesahan Medium sindiran kritikan
kelompok/institusi/tokoh

Alat Wadah Cerminan corak
pengajaran hiburan hidup masyarakat


Prosa tradisional terbahagi kepada dua, iaitu:

NARATIF BUKAN
NARATIF


Naratif tuNlisaanratif Merupakan karya-karya naratif dalam kesusasteraan
lisan Melayu tradisional yang disampaikan melalui lisan dari
mulut ke mulut.

NARATIF Terbahagi kepada tiga iaitu mitos, lagenda dan cerita
LISAN rakyat.

Cerita rakyat pula dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti cerita binatang, cerita dongeng, cerita jenaka dan
pelbagai cerita lisan.


MITOS NARATIF CERITA
LISAN RAKYAT

LEGENDA

BINATANG penglipur
lara
jenaka TELADAN


CERITA MITOS & LEGENDA


MITOS

Dianggap Dianggap Berlaku dalam
benar suci, berkaitan tempoh masa
oleh kepercayaan terlalu silam

masyarakat


Bentuk

ASAL USUL PENGISLAMAN KEJADIAN/NAMA

Berkaitan asal RAJA MELAYU TEMPAT
sesuatu
peristiwa/kejadian Perjalanan Raja Kewujudan nama
Susur galur Raja Melayu sebelum tempat
Melaka Islam Pembukaan Pasai
Pengislaman Raja dari nama
Kecil Besar (Sultan Samudra
Muhammad)


Fungsi Dapat menerangkan perasaan ingin tahu
Mitos manusia terhadap sesuatu kejadian alam yang
tidak terjawab melalui pemikiran biasa.
Berfungsi menghubungkan manusia dengan
kuasa yang agung - yang di luar daripada
batas-batas kehidupan manusia biasa.
Sebagai alat kawalan sosial.
Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan
contoh teladan.
Untuk menerangkan sebab dan akibat sesuatu
kejadian itu.
Untuk memberi pengesahan atau
pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial.
Memberi hiburan kepada pendengar-
pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu
yang terdapat dalam kehidupan mereka.


Dianggap sebagai cerita rekaan tetapi Ciri-ciri
masyarakat tradisional mempercayai bahawa Mitos

ia benar-benar berlaku.
Dari segi isi dan tema, ia biasanya
dihubungkan dengan asal usul bermulanya

sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia,

asal usul nama tempat, asal usul keturunan

raja dan lain-lain.
Setiap asal usul tersebut dikaitkan dengan
pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar
biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.
Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita
mitos ialah suci dan mulia serta berlawanan
kepada sifat duniawi.
Biasanya menceritakan tentang dewa-dewi
dari kayangan dan dipercayai ada kaitan
dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan

kudus.


Latar masa Latar tempat

Zaman pra-sejarah iaitu Berlaku di dunia luar, di dunia
zaman "animisme". kayangan dan di dasar laut.
Semua masyarakat Latar tempat sejarah juga
Melayu lama percaya terdapat dalam cerita mitos
pada kepercayaan misalnya asal usul negeri
animisme. Melaka.
Latar tempat di dasar laut pula
melalui mitos dinasti seperti
yang digambar oleh seorang
daripada anak cuci Raja
Iskandar Zul-Karnain memasuki
dan melawat negeri bawah laut
bernama Dika.


Terdiri daripada WATAK
Tuhan dan
dewa-dewi Sebagai contoh:
sebagai watak-
watak bukan Samudera-Pasai berasal
manusia. daripada semut besar. Diperoleh
Terdapat juga daripada peristiwa seekor
watak manusia anjing bernama Si Pasai yang
dan binatang. menyalak bukit kerana
ternampak semut sebesar
kucing.


Musulenryaajata-kraanjaassaerl ta Ia berperanan dalam menggambarkan serta memuliakan
tempat golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yang
luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan
dewa-dewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja
serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat
dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat
Hang Tuah dan Hikayat Merong Mahawangsa.

PERANAN Ia berperanan sebagai mengkritik serta menyindir sikap
MITOS golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya.
Misalnya melalui mitos alegori peristiwa Singapura diserang ikan
todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliman raja
Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang dengan tidak sengaja
menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja
permaisuri. Ekoran itu, Singapura menerima bala dan bencana
serangan todak.


KUPASAN PETIKAN CERITA

"Hikayat Merong Mahawangsa"
Kononnya di negeri Perak terdapat seorang nakhoda bernama Kasim. Dia
telah memperisteri seorang wanita keturunan sakai putih. Pada suatu hari

berlakulah banjir di negeri Perak. Banjir itu telah membawa buih yang
sangat banyak ke tempat permandian isteri Nakhoda Kasim. Lalu buih itu
berkumpul sebesar gajah. Nakhoda Kasim pula membuangnya sedikit demi
sedikit buih tu dengan menggunakan galah. Alangkah terperanjatnya apabila

Nakhoda Kasim menemui seorang budak perempuan yang cantik rupa
parasnya di dalam buih itu. Lalu diambilnya dan dijadikan anak angkatnya

dengan diberi nama Tan Putih.


Cerita Legenda

DEFINISI:

“Legenda ialah sebuah pernyataan yang selalunya bercorak
cerita, yang berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh

diingat oleh masyarakat berkenaan; yang mungkin
menghubungkan pengalaman masa lampau dengan yang
terkini. Legenda dipercayai benar oleh penyampainya dan

oleh mereka yang menerima penyampaian cerita itu,
terutama sekali apabila wujud tanda-tanda di muka bumi
yang seolah-olah mensahihkan sesuatu cerita lagenda itu.”

- Mohd Khalid Taib


KONSEP LEGENDA

Legenda dikenali sebagai dongengan sejarah kerana cerita lagenda selalunya
mengenai seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat.
Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah.
Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan di tempat
yangwujudnya legenda tersebut.
Tokoh legenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok
bandingannya. Oleh itu, tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat.
Tokoh ini amat istimewa, mempunyai kelebihan yang tinggi,bersifat kudus dan suci.


FUNGSI Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota
CERITA masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang
LEGENDA bercorak sejarah.
Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan
kepada masyarakat tentang kepahlawanan dan kegagahan.
Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa
Melayu; kata-kata Hang Tuah ‘Tak Melayu Hilang Didunia’
menjadi sebutan orang Melayu.
Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagai
orang yang gagah dan mulia.
Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti
keagungan kesultanan Melayu Melaka.
Untuk dijadikan sebagai idola/ model seorang pahlawan
atau pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.
Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap
agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam
disamping untuk menggantikan lagenda yang bersumber
daripada kepercayaan hindu-buddha).


PENGLIPUR LARA


Penglipur Definisi
lara
Cerita-cerita yang mengandungi unsur pengembaraan
(adventure) anak-anak raja. Ia mengisahkan cerita-
cerita mengenai Raja-raja atau golongan istana dengan
segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian
serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural).
Cerita penglipura disampaikan oleh tukang-tukang
cerita yang memiliki keistimewaan dan kelebihan
menyampaikan isi cerita. Tukang cerita menggunakan
berbagai-bagai cara bagi menarik hati pendengar
mengikut cerita dari awal hingga akhir.
Tukang cerita menggunakan atau memainkan alat-alat
bunyian sambil bercerita seperti menggesek selampit,
memukul gendang, bermain rebab, bercerita mengikut
irama bunyian yang dimainkan.
Pendengar tertarik bukan sahaja kerana suara tukang
cerita yang merdu, tetapi berbagai gaya dan lagu, cerita
bagi menggambarkan suasana ada riang, sedih, marah,
pujuk rayu dan sebagainya.


Rebab merupakan sejenis alat
muzik bertali yang berasal dari
Tukang cerita penglipura berbeza Afghanistan. Rebab
peranan mengikut daerah atau menggunakan penggesek dan
negeri. mempunyai tiga utas tali
Negeri Kelatan – Tok Selampit daripada dawai logam. Rebab
bermain alat bunyian rebab dianggap merupakan keluarga
kecapi.
1.Kedah – Awang Batil.
2.Perak – Penglipura.
3.Selangor – Awang Belanga.
4.Minangkabau (Indonesia) – Tukan

Kaba.
5.Brunei – Diandangan (alat bunyian

– Dombak)


Antara cerita-cerita Penglipur Lara yang terkenal ialah:

Hikayat Malim Deman
Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Hikayat Anggun Cik Tunggal
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Raja Budiman II
Hikayat Raja Muda
Hikayat Raja Ambung, Raja Dunan,
Hikayat Seri Rama, Hikayat Indera Putera dan Selampit.


Cerita-cerita ini disampaikan pada ketika-ketika tertentu oleh dalang-
dalang, ahli-ahli penglipur lara dalam majlis-majlis perkahwinan,
memuja umur Sultan atau pada masa menyambut sesuatu perayaan.

Cerita-cerita penglipur lara ini mempunyai bentuk yang tersendiri yang
mementingkan pendengaran dan bila dibukukan hilanglah setengah
daripada keindahannya.

Juga cerita-cerita ini dapat memberi imbasan mengenai masyarakat
lama dalam pandangan, gambaran dan tujuan-tujuannya.


Ciri-Ciri Umum Cerita Penglipurlara
Umumnya struktur cerita penglipurlara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian Pengenalan:
Cerita penglipura akan mengisahkan sebelum belaku pengembaraan. Mengenai Kelahiraan putera-puteri raja
dan kehidupan puteri-piteri raja zaman kecil / kanak-kanak, dipenuhi dengan kejadian yang luar biasa,
terutama mengenai kelahiran disertai dengan hujan rebut, kilat, petir serta suasana alam yang luar biasa.
Contoh: Hikayat Malim Deman.

Kisah awal menceritakan asal-usul Malim Deman. Baginda putera kepada Raja Malim Dewa yang memerintah
Bandar Muar. Ketika bonda Malim Deman akan melahirkan Malim Deman ke dunia, suasana alam dengan
serta-merta berubah, air pasha penuh, berbunyi genta, rebut dan taufan turut serta menandakan akan lahir
seorang yang perkasa.

Bahagian Pengembaraan:
Dalam bahagian ini, cerita penglipura mengisahkan mengenai sebab-sebab anak raja mengembara serta
kisah-kisah yang berlaku sewaktu berbagai-nagai rintangan, berlakunya peperangan dengan musuh-musuh,
perkahwinan, cabaran dan kesusahan yang dideritai oleh anak raja, sebelum berjaya mencapai yang dihajaiti.


Contohnya:

Hikayat Halim Menceritakan sebab-sebab Malim Deman keluar dari Istana, kerana ingin mencari isteri yang
Deman dinyatakan dalam mimpi baginda. Malim Deman bermimpi seorang tua yang berjanggut
putih menyuruh baginda keluar mengembara ke hulu Sungai Muar. Di sana baginda akan
bertemu denga puteri kayangan bernam Puteri Bong yang akan menjadi isterinya nanti.

Bahagian selepas pengembaraan (bahagian akhir cerita). Kisah-kisah selepas menghadapi
rintangan dalam masa pengembaraan. Membawa kejayaan watak utama dalam mencapai
hajat atau tujuan pengembaraan. Watak utama berjaya memperolehi hidup bahagia dan
gembira dengan kerajaan yang besar dan penih dengan kemegahan.

Contoh: Hikayat Malim Deman.
Watak utama Malim Deman Berjaya mendapatkan isterinya Puteri Bongsu, sebelum pulang
ke istan di Negeri Bandar Muar. Malim Deman berkahwin dengan anak Raja Jin Islam
bernama Tuan Puteri Turus Mata. Mereka kembali ke istana dan memerintah kerjaan yang
besar.
Sebahagian besar daripada cerita penglipura bertemakan percintaan antara wira dengan
wirawati dan peperangan. Wira sangatlah ditonjolkan. Jelasnya percintaan kesaktian wira
dan pengagungan wira adalah tema cerita-cerita penglipura.


Fungsi cerita penglipurlara

Fungsi utama cerita penglipura dalam masyarakat Melayu tradisional ialah sebagai ‘alat’
hiburan.
Melalui cerita penglipurlara masyarakat dapat menikmati hiburan yang dapat melupakan
mereka dari kesukaran, dan kepayahan hidup.
Ia dapat memberikan kelapangan fikiran kegembiraan. Fungsi ini jelas di mana tukang-
tukang cerita dengan diiringi irama dan lagu yang menarik, gaya bercerita, cara
berpakaian.
Isi cerita. Cerita penglipurlara mengisahkan mengenai kecantikan, kemewahan,
kelebihan anak-anak raja, sifat gagah berani, kebijaksaan menentang musuh serta alam
kayangan di luar daripada kehidupan manusia biasa.
Mendengar cerita-cerita ini dapat meringkan penat lelah setelah sehari berkerja di siang
hari. Keistimewassn tukang-tukang cerita berperanan penting menarik perhatian
pendengar serta berupaya member kesan hiburan yang menarik dan indah.


Click to View FlipBook Version