The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 288-21-nurrabbiatullah, 2022-11-20 22:33:09

BMMB3193 BAHAN KULIAH KESELURUHAN

BMMB3193 BAHAN KULIAH KESELURUHAN

APLIKASI KRITIKAN SASTERA

01 TEORI 03 TEORI
STRUKTURALISME SEMIOTIK

02 TEORI 04 TEORI
PENGKAEDAHAN PERSURATAN

MELAYU BARU


TEORI STRUKTURALISME

CERPEN : CINTA AHMAD MUTAWAKKIL OLEH
ZAINAL RASYID AHMAD


CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

KARYA ZAINAL RASYID AHMAD

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan
Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah
memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad
Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula
daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja
berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil
bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di
kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya
digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya
yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak
penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di
situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda
tanya kepada penduduk di situ.


Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila.
Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak
komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk
kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya.
Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak
pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil
terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan
kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas
Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke
kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.


Aspek Contoh Penjelasan

Tema Kegigihan dan keberanian Cerita ini berkisarkan tentang watak utama
seorang pemuda berkorban yang bernama Ahmad Mutawakkil yang
nyawa untuk mendapatkan merupakan seorang pejuang nasionalis dan
kemerdekaan tanah air. patriotik terhadap tanah airnya iaitu Perak
dengan menentang pihak komunis dari terus
mengambil kesempatan terhadap penduduk.

Persoalan Kasih sayang sesama ahli Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa
keluarga semua ahli keluarganya berpindah semasa
penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi
keluarganya.


WATAK DAN
PERWATAKAN

Ahmad Mutawakkil Ahmad Mutawakkil merupakan seorang
pemuda yang sanggup berkorban demi
-Meninggal dunia ketika tanah air tercinta. Ini dapat dilihat dalam
berusia 25 tahun cerpen yang menunjukkan Ahmad
-Merupakan anak Mutawakkil sanggup meniupkan semangat
tunggal Wak Sadir dan dan menyeru penduduk setempat untuk
menjadi yatim piatu tidak mudah mengalah dalam menentang
apabila bapanya Parti Komunis Malaya walaupun telah diberi
meninggal dunia amaran yang beliau akan dibunuh jika masih
bersuara.


TEORI SEMIOTIK

Gaya Bahasa Contoh dalam Teks
Simile “Laksana lampu ayam”
Inversi …..perlahan dan sangat rengsa bunyinya
Personafikasi …..diratah dan dirobek peluru
Hiperbola Kami masih keras membatu
Metafora Ambang maut


Teori Semiotik


CERPEN GUNUNG OLEH SHAHNON AHMAD

SINOPSIS

Cerpen ini merupakan penerima Hadiah Sastera pada tahun 1988. Cerpen ini merupakan
cerpen yang memberikan sindiran yang sangat sinis terhadap pemimpin yang daya
kepimpinannya sudah goyah dan tidak bagus sehingga menyebabkan negara
berpecah-belah dan tidak lagi bersatu padu. Perkara ini dilihat dari sudut pandangan ‘aku’
yang dicipta oleh penulis. Gunung yang dulunya teguh sudah hilang keteguhannya di
permukaan bumi. Pelukisan kelemahan gunung digarap dengan penuh teliti sehingga
pembaca boleh membayangkan tentang keadaan gunung yang dahulunya ‘gagah perkasa’
di mata semua yang memandang tetapi kini sudah runtuh dan tidak bermaya lagi. Plot
cerpen ini menjadi hidup apabila ‘aku’ melihat dan mengkhayalkan dirinya untuk
mengandaikan gunung tadi seperti manusia. Plot cerita ini agak mendatar namun
bahasa-bahasa yang digunakan sungguh sinis dan mampu memberikan impak kepada
pihak yang disindir oleh penulis.


PENGGUNAAN KOSA KATA YANG LUAS

● Shahnon Ahmad berjaya menggunakan segala kosa kata yang ada
dalam bahasa Melayu untuk mengkritik pemimpin secara halus.

● Shahnon tidak terus menghentam pemimpin tetapi beliau
mengumpamakan ‘gunung’ itu seperti pemimpin.

● Bahasa yang digunakan sangat halus dan mampu menimbulkan
kekeliruan kepada pembaca yang lazim mentafsir cerpen secara tersurat
atau zahirnya sahaja.


Kod hermeneutik ataupun kod teka-teki

Kod yang menimbulkan tanda tanya kepada pembaca, terdapat satu petikan yang sangat
memberikan tanda tanya kepada pembaca.

“Sebelum ini dalam mimpiku, Gunung Gaya maha tumpul pernah muncul
dalam bentuk seorang insan yang amat biasa sekali. Ada kakinya. Ada
tangannya. Ada matanya. Ada telinganya ; malah lengkap seperti aku dan
juga anda. ”

(Muka surat 50, perenggan 1)


Cerpen ini mengisahkan sebuah gunung yang berdiri megah tetapi akhir-akhir ini semakin runtuh
dengan runtuhan yang sangat dashyat. Pembaca akan menganggap memang penulis akan bercerita
tentang gunung yang sebenarnya. Apabila pembaca membaca petikan ayat di atas, pembaca akan
mula tertanya-tanya adakah gunung itu benar-benar gunung ataupun gunung itu sebenarnya simbolik
kepada manusia. Dalam petikan di atas, penulis menyatakan Gunung Gayamahatumpul hadir ke dalam
mimpi ‘aku’ sebagai manusia biasa. Sedangkan sebelum petikan ini, penulis menjelaskan bahawa
Gunung Gayamahatumpul merupakan sebuah gunung yang berdiri megah dan mulai runtuh satu per
satu. Penulis itu sendiri menyatakan bahawa ‘aku’ menyaksikan gunung itu runtuh. Penulis menerangkan
secara terperinci tentang cara gunung itu runtuh. Namun tiba-tiba penulis menyatakan bahawa
Gayamahatumpul itu manusia biasa. Hal ini juga menimbulkan persoalan siapakah manusia di sebalik
Gunung Gayamahatumpul itu. Mungkin manusia itu benar-benar orang ataupun hanya siluman.
Pelbagai persoalan bermain di minda pembaca untuk merungkai siapakah sebenarnya di sebalik
Gunung Gayamahatumpul. Penulis bijak bermain dengan kata-kata dengan menyatakan bahawa
Gunung Gayamahatumpul itu sama seperti ‘aku’ dan ‘anda’.


KOD SEMANTIK

(ayat, frasa atau perkataan yang mempunyai dua maksud dalam satu pernyataan)

“Mu seorang bupala belah buluh”
Raung semakin bercempera, semakin bersipongang tingkah-meningkah sampai
membengangkan telinga.
(Muka surat 51, perenggan 3)

Petikan di atas mengandungi frasa yang mengandungi kod semik iaitu ‘belah buluh’.
Perlakuan ‘belah buluh’ ini adalah satu perbuatan di mana membelah buluh kepada dua
bahagian menggunakan benda tajam. Namun begitu, dalam petikan di atas, ‘belah buluh’
ini membawa maksud yang berbeza. Orang yang membelah buluh akan memijak hujung
buluh menggunakan kaki sehingga batangnya patah dan memegang sebelah hujung buluh
menggunakan tangan dengan perlakuan menjulang ke langit. Perbuatan ini simbolik dengan
satu bahagian dibenci dan satu bahagian disayangi. Hal ini menjelaskan ‘bupala’ atau
pemimpin yang berat sebelah atau pilih kasih dalam tampuk kepimpinannya. Pihak yang
disayang oleh pemimpin itu adalah bahagian buluh yang dipegang manakala pihak yang
dibenci itu adalah bahagian buluh yang dipijak.


TEORI
PENGKAEDAHAN
MELAYU
(PENDEKATAN
MORAL)


CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG KARYA

GHAZALI LATEH

Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula
peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun
sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai
kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun
kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia
untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan
arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang
sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya.
Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan.
Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin
berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah
Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama-sama ibunya yang
uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun
yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima
kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar
kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.


SIFAT TANGGUNGJAWAB DAN BAIK HATI

● Dalam cerpen tersebut, pengarang jelas terlihat meletakkan sifat Cikgu Harun sebagai pendidik yang
bertanggungjawab dan baik hati walaupun bersikap tegas.

● Pada mulanya, Ahmad telah didenda untuk memakai kasut kelopak jantung oleh Cikgu Harun. Namun,
tindakannya ini menyebabkan Ahmad berniat untuk berhenti sekolah. Cikgu Harun yang tersentak
mendengar berita tersebut bertindak untuk mengunjungi Ahmad.

● Perasaan beliau semakin berasa bersalah apabila beliau melihat keadaan jalan yang teruk sepanjang
perjalanan ke rumah Ahmad serta kedaifan keluarga Ahmad. Ini menyebabkan beliau tersentuh hati dan
sifatnya yang bertanggungjawab itu menyebabkan beliau bertindak untuk membeli pakaian sekolah dan
kasut baharu untuk Ahmad.

● Tindakan Cikgu Harun ini berjaya menyelamatkan masa depan muridnya. Hal ini berlaku kerana sifat
bertanggungjawab yang lahir dalam diri Cikgu Harun. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,
dia tidak menganggap tugasnya selesai setakat di bilik darjah tetapi sanggup berkorban masa demi anak
muridnya.


PENGALAMAN SEBAGAI SUATU TELADAN

● Dalam cerpen ini, pengarang cuba menitipkan pengalaman yang sangat berharga yang dilalui oleh
Cikgu Harun selaku seorang pendidik yang berjaya mendidik anak didiknya.

● Pengalaman Cikgu Harun dalam mendidik anak muridnya selama tiga puluh tahun amatlah bernilai
untuk dijadikan teladan kepada pendidik-pendidik lain yang turut mengharungi dunia pendidikan itu
sendiri.

● Melihat kepada bungkusan yang diterimanya setiap Hari Guru, ini menyebabkan Cikgu Harun
terkesima dan mengenang peristiwa lalu yang melihat kedaifan sinonim dengan kehidupan marhaen
di luar bandar.

● Pengalaman yang bermoral dan bersifat mulia sewajarnya dikongsi agar ia dapat dijadikan pedoman
dan panduan kepada pihak lain. Sepertimana tindakan Cikgu Harun telah menjadi pegangan hidup
bagi Ahmad, ini menyebabkan dia berjaya dalam hidup. Ini seperti yang ditegaskan dalam Pendekatan
Moral bahawa sastera sebagai penyingkapan dan pernyataan pengalaman boleh mengambil
bentuk-bentuk peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu. Peristiwa ini ditinjau sebagai
pengibaratan atau pengiktibaran kepada pembaca dan pengguna sastera.


SUMBER MAKLUMAT DAN ILMU PENGETAHUAN

● Dalam cerpen tersebut, ia meletakkan sumber ilmu pengetahuan yang berkisar tentang dunia pendidikan
dengan mengupas tentang cara ilmu atau pengalaman seorang guru hendak mengendalikan masalah
muridnya. Dalam cerpen ini juga, guru haruslah bijak dalam memikirkan kaedah alternatif dalam mengatasi
sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh muridnya.

● Dapat dilihat bahawa dalam cerpen ini, Cikgu Harun telah melaksanakan penenguhan negatif kepada Ahmad
disebabkan beliau berfikiran bahawa Ahmad itu bersikap degil dan tidak mahu berubah. Cikgu Harun pun
bertindak untuk mendenda Ahmad dengan menyuruhnya memakai kasut kelopak jantung. Dendaan ini
menyebabkan Ahmad berasa malu, sedih dan kecewa sehingga membuat keputusan untuk tidak bersekolah.

● Cikgu Harun yang mempunyai keperibadian yang tinggi pun tidak berdiam diri lalu pergi ke rumah Ahmad
untuk mengetahui masalah yang dihadapi dengan lebih lanjut. Di sini, pengarang menyalurkan pengetahuan
kepada guru-guru untuk bersikap profesional iaitu cuba menelesuri permasalahan murid contohnya Cikgu
Harun yang sanggup bertandang ke rumah muridnya untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

● Mengetahui masalah yang dihadapi, ini menyebabkan Cikgu Harun sedar akan tindakannya lalu membelikan
pakaian dan kasut baru untuk Ahmad. Tindakannya inilah menyebabkan Ahmad dapat berjaya dalam hidup. Di
sini juga, pengarang ingin menegaskan bahawa seorang guru itu tidak menyalahkan masalah namun mencari
punca masalah untuk menyelesaikan masalah seperti yang diterapkan dalam ilmu psikologi yang
dipelajarinya dalam maktab dahulu.


TEORI
PERSURATAN

BARU


MAYAT DAN KELUARGA

KARYA SHAHNON AHMAD

Cerpen ‘Mayat dan Keluarga’ menggambarkan situasi masyarakat kampung dan keluarga Haji Ahmad menghadapi peristiwa
kematian Haji Ahmad. Peristiwa bermula seluruh anak cucu Haji Ahmad telah berkumpul di rumah Haji Ahmad yang nazak
menghadapi kematian kecuali Azad, Zakuan dan Fauzana. Haji Solih, anak kepada Haji Ahmad yang membaca surah Yassin
terhenti bacaannya yang berasa ayahnya telah sampai ke hujung nyawanya. Fauzana yang melihat situasi tersebut segera masuk
ke bilik untuk mengejutkan ayahnya Husin dan ibunya Dasimah. Husin setelah mengenakan songkok dan isterinya Dasimah pula
dengan kain tudung segera keluar untuk menghadap mayat Haji Ahmad.

Seluruh keluarga yang ada di situ telah maklum yang Haji Ahmad telah meninggal dunia. Husin yang menghadapi situasi
ini melepaskan tangisan yang tidak terkawal dan diikuti oleh isterinya, Dasimah. Husin iaitu anak sulung Haji Ahmad
menyembamkan muka di hujung tilam mayat bapanya. Tangisan Husin semakin keras disebabkan dia teringat betapa semasa
hidup Haji Ahmad, dia amat jarang pulang ke kampung menziarahi ayah dan ibunya. Watak Husin amat berbeza dengan adiknya
Haji Solih dan Salmah. Cerpen ini menunjukkan pertembungan budaya antara masyarakat kota yang disuguhkan dengan
kehidupan moden yang diwakili oleh keluarga Husin dan anak-anaknya iaitu Zakuan dan Fauzana tetapi berbeza dengan anaknya
Fauzan yang menyambung pengajiannya di tahun akhir di USM. Fauzan sering berkunjung ke kampung untuk menziarahi
keluarganya.


MAYAT DAN KELUARGA
KARYA SHAHNON AHMAD

Pengurusan pengebumian Haji Ahmad akan diuruskan selepas kehadiran anak-anak Husin iaitu Zakuan dan Fauzana tetapi Azad
yang berada di luar negara tidak ditunggu kehadirannya kerana faktor jarak yang tidak mengizinkannya untuk menziarahi Haji
Ahmad. Mereka mengambil keputusan sekiranya sehingga jam 4.00 petang mereka tidak dapat hadir maka jenazah Haji Ahmad
akan diruskan tanpa kehadiran anak-anak Haji Husin. Isteri Haji Ahmad iaitu Hajah Kalsum kurang bersetuju untuk menunggu
kehadiran dua beradik itu tetapi Haji Solih tetap ingin menunggu sebab Haji Ahmad sendiri pernah berwasiat agar jenazahnya
diuruskan dengan memastikan semua anak cucu hadir pada majlis tersebut. Hajah Kalsum bimbang kehadiran dua beradik itu
akan meninggalkan kesan kurang baik bagi tanggapan masyarakat kampung. Akhirnya kedua beradik itu sampai tetapi seperti
yang dibimbangkan oleh Hajah Kalsum berlaku dengan ketibaan dua beradik itu iaitu mereka mengenakan pakaian yang tidak
senonoh yang mengaibkan keluarga Haji Ahmad. Ibunya Dasimah membawa kedua-dua ananya untuk menukar pakaian yang lebih
sopan. Sesudah jenazah Haji Ahmad diuruskan sebagaimana kehendak syariat Islam sendiri.


PENDEKATAN UNSUR DAKWAH

● Dalam cerpen ini, pemgarang cuba membawa unsur dakwah melalui kematian Haji Ahmad
ditonjolkan kepada pembaca bahawa kematian itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Justeru
setiap individu perlu membuat persiapan yang rapi sebelum menghadap pecipta di akhir
hidupnya.

● Ini dapat dilihat apabila Haji Solih dan Hajah Jiwahir duduk tenang ketika menatap wajah Haji
Ahmad bagaikan dalam detik kekhusyukan yang amat halus. Dalam ketenangan wajah mereka,
dapat dilihat bahawa mereka benar-benar menerima ujian dan tidak mempersoalkan kematian
ayahanda mereka.

● Ini menunjukkan betapa mereka yang mempunyai iman yang teguh tidak sedikit pun menggugah
hati mereka apabila sesuatu ujian itu datang seperti kehilangan orang yang tercinta ataupun
tersayang. Ia menunjukkan juga bahawa Haji Ahmad berjaya mendidik anaknya, Haji Solih dalam
bidang agama Islam walaupun gagal apabila dilihat pada kehidupan Husin.


PENITIKBERATAN SOAL ILMU YANG
BERLANDASKAN AJARAN ISLAM

● Dalam cerpen ini, pengarang menimbulkan tentang kepentingan ilmu yang bersandarkan Islam
dalam menentu hala tuju perjalanan hidup berlandaskan ajaran Islam itu sendiri. Ini dapat dilihat
apabila Husin yang terlalu mengejar duniawi menyebabkan dia semakin terasing dengan ajaran
Islam. Pendidikan sekular menyebabkan Husin semakin terpinggir dan langsung tidak
mempunyai pengetahuan dalam menguruskan jenazah Haji Ahmad.

● Hal ini berbeza dengan watak adiknya Haji Solih yang mendapat pendidikan agama sepenuhnya.
Haji Ahmad menghantar anaknya itu ke pondok pengajian di Penanti. Berkat ilmu yang ada, Haji
Solih membuka pondok pengajian dalam menyebarkan ilmu agama kepada murid-muridnya
bahkan anaknya pun dihantar belajar ke Madinah untuk mendalami ilmu agama.

● Haji Solih juga benar-benar teliti dalam menghantar anaknya untuk belajar mendalami ilmu
agama di tempat yang betul dan tidak sewenang-wenang menghantar anak ke tempat
pendidikan yang mungkin boleh merisikokan akidah anaknya terutamanya berkaitan pendidikan
agama yang melibatkan iman seseorang.


SEKIAN,
TERIMA KASIH.

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon, infographics & images by Freepik

Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version