PENDEKATAN DAKWAH
Pendekatan dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah untuk
mempertingkatkan nilai ketakwaanseseorang insan terhadap Allah.
Sastera dalam maksud tanggapan kudus begini, sewajarnya mengandungi
persoalan-persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan
ketinggian Allah.
Sastera di sini dapat dijadikan semacam “kitab” yang daripadanya para
insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk sifat dan diri
Tuhan, sehingga timbul rasa kecintaan dan kehormatan insan yang lebih
besar dan murni terhadap-Nya.
PENDEKATAN DAKWAH
·Di samping itu, sastera harus juga mempersoalkan akan dapat
menimbulkan daya tarikan yang lebih mendalam terhadap kesucian agama
Islam, baik daripada kalangan insan muslim mahupun bukan muslim.
·Apabila pendekatan sebegini digunakan maka kajian lebih banyak
tertumpu kepada aspek-aspek tema dan amanat yang mengarah kepada
penyeelahan permasalahan tersebut.
·Aspek watak dan perlakuan serta peribadinya juga menjadi menarik untuk
dikaji dalam kaitannya dengan sifat-sifat mulia seorang insan muslim
seperti yang terpancar di dalam sastera menjadi bahan penelitian.
PENDEKATAN KEMASYARAKATAN
Lebih menekankan tanggapan kedua yang melihat unsur kebaikan dalam kesusasteraan ini.
Dalam konteks begini, sastera dianggap sebagai penciptaan yang berfungsi khusus dengan
membawakan perutusan atau (mission) besar mensejahterakan dan membahagiakan umat
manusia.
Disini, unsur amanat diletakkan pada tempat teratas di samping unsur-unsur lainseperti
bentuk, teknik penceritaan, dan gaya bahasa, tanpa sama sekali mengabaikan kehadiran
keindahan.
Dengan tanggapan sedemikian, sastera Islam dikatakan sebagai lumrah untukmendedahkan
rupa bentuk kehidupan manusia yang baik dan sempurna, yang diredai Allah.
PENDEKATAN KEMASYARAKATAN
·Karya itu dipandang sebagai bertujuan untuk menegakkan ajaran-Nya supayamembina
kehidupan yang demikian dan membuat kebajikan kepada semua manusiadengan penonjolan
watak-watak yang beriman dan beramal soleh, mengerjakan segalasuruhan Tuhan seperti
bersolat, berpuasa, berzakat, atau membuat amal jariah tanpaberbuat mungkar dalam
sebarang bentuk.
·Dalam pada itu, karya itu juga turut memaparkan kehidupan yang penuh dengankemungkaran
seperti ketidakadilan, kemunafikan, keresahan, kekejaman, korupsi, penipuan, penindasan,
dan pernbunuhan iaitu segala permasalahan yang mejadipunca kepincangan masyarakat yang
kegoyahan iman.
·Segala-galanya ini dilihatdaripada kaca mata Islam untuk membezakannya secara jelas
daripada apa yangmenjadi tanggapan Barat.
PENDEKATAN KEMASYARAKATAN
·Persoalan kemasyarakatan sedemikian, yang tergarapdalam sastera, sama sekali tidak
digunakan sebagai bahan propaganda yang membohongi kenyataan seperti yang biasa
berlaku dalam karya beraliran barat,melainkan untuk menjadi contoh teladan atau kias ibarat
dalam usaha mencarikesejahteraan hidup bermasyarakat dan kekuatan iman serta takwa.
·Dengan pegangan dasar sebegitu rupa, penilaian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada soal-
soal isi dan tema untuk melihat segala permasalahan kemasyarakatan tadi.
PENDEKATAN SENI
Pendekatan seni ialah pendekatan yang menjadikan unsur keindahan
dalam karya saster sebagai persoalan pokok.
Keindahan yang dimaksudkanialah keindahan yang membataskan dirinya
kepada nilai-nilai estika dan etikaislam serta tidak bertentangan dengan
akidah, ajaran dan fahaman islam.
Dalam bentuknya yang lebih tegas dapat disebutkan bahawa keindahan
itu berteraskan tauhid.
PENDEKATAN SENI
Keindahan yang demikian sifatnya dan tuntutannya menjadi objekpenelitian untuk
ditemukan dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaanya seperti
bentuk hanafiah dan dalamanya, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan
watak, atau pemakaian sudut pandangan dan gaya bahasa.
Pendekatan seni dari sudut penelitian sastera ialah menemukan segala-galanya
untuk, kemudianya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan tapak-tapak asas
yang murni lagi suci, iaitu keimanan, ketakwaan dan kecintaan kepada Allah.
Selain itu, hasil dari penelitian dan penilaian itu akan dapat dirumuskan suatu bentuk
keindahan yang khusus bagi sesebuah karya kesusasteraan tertentu yang dikaji,
disamping kewujudan suatu dasar keindahan atau estetika islam yang umum.
CONTOH KARYA
NOVEL HIDAYAH.
NOVEL HIDAYAH HASIL KARYA HARUN HAJI SALLEH MEMILIKI SIFAT YANG DAPAT MEMENUHI
KEPERLUAN PENDEKATAN DAKWAH . PENDEKATAN DAKWAH DAPAT DILIHAT DALAM ASPEK
PERSOALAN.
CONTOH KARYA
1. Dakwah bukan paksaan.
Novel Hidayah menampilkan persoalan keindahan agama islam.Watak yang menjadi
penggerak utama penceritaan terdiri daripada keluarga islam, yang menjalani kehidupan
berteraskan keunggulan dan keluhuran islam yang semurninya, baik pada perbuatan
mahupun pada perkataan. Ustaz Mazlan adalah watak utama, memperlihatkan teladan
perlakuan orang muslim yang mempunyai fikiran terbuka dan kefahaman mendalam
terhadap islam untuk rela berdebat, atau berbincang dengan masyarakat bukan muslim.
Perdebatan yang berlaku antara Ustaz Mazlan dengan Cikgu Mary Munang dan Cikgu Francis
Unggai untuk menunjukan kebenaran agama islam. Kemudianya Cikgu Mary Munang menjadi
tertarik dengan islam dan memeluk islam setelah memahami secara mendalam selepas
melalui perbahasan panjang yang disertai pula dengan penyaksian lama terhadap amalan
praktis yang amat islamiah daripada kehidupan Ustaz Mazlan. Dia malah berkahwin dengan
Ustaz Mazlan tanpa ada paksaan tetapi kerana kecintaan dan kefahaman yang mendalam
terhadap islam itu sendiri. Penganutan dan perkahwinan Cikgu Mary Munang ini membuktikan
wujudnya kebebasan dalam amalan dakwah Islam.
CONTOH KARYA
2. Dakwah bukan magis.
Cikgu Mary Munang terpengaruh dengan keindahan islam bukan kerana terlalu cinta dan
tergoda dengan ketampanan wajah Ustaz yang memang digambarkan sebagai sungguh
anggun atau bukan kerana terpukau oleh keirasan wajah ustaz tadi dengan wajah bekas
kekasihnya. Sebaliknya dia begitu tertarik dengan kemurnian Islam oleh adanya pengamatan
dan pertimbangan dengan fikiran yang sepenuhnya waras dan sedar daripada dalam dirinya
sendiri. Dia mendalami islam melalalui pembacaan yang luas terhadap kitab-kitab agama
dan karya-karya kajian yang autonomus seperti Injil Bernabas, Antologi Perjanjian Baru, dan
Whither Isllam dan setelah melakukan semuanya itu barulah dia memperaku kebenaran serta
kemurnian islam.
TEORI
PERSURATAN
BARU
PERSURATAN BARU
Persuratan Baru adalah merupakan suatu gagasan.
Gagasan Persuratan Baru ini telah ditunjangi Tuan Haji
Mohd. Affandi Hassan.
Gagasan ini merupakan satu teori baru yang menjadi
perbualan hangat dalam kalangan penggiat sastera tanah
air.
Teori ini terhasil bagi menolak teori kesusasteraan gaya
lama yang berkiblatkan barat.
Persuratan Baru menekankan konsep ilmu yang benar iaitu
ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan Tuhan.
Karya yang sarat pengajaran dan mengangkat estetika
tauhid dan taklif menjadi tunjang kepada gagasan ini.
Unsur lagha (melalaikan) dan realisme yang melampau
seperti kandungan teks bersifat tahyul (kayangan), lucah
dan menjauhkan manusia dari kebenaran dan Pencipta
ditolak sama sekali dengan pendirian gagasan ini.
DALAM SESEBUAH KARYA KESUSASTERAAN PLOT DIANGGAP PENTING
BAGI MENYAMPAIKAN CERITA YANG DI BALIKNYA HARUS
TERKANDUNG FALSAFAH, MAKA PERSURATAN BARU ADALAH
SEBALIKNYA, IAITU PLOT TIDAK LAGI PENTING, TETAPI HANYA
SEMATA-MATA SEBAGAI ALAT BAGI MENYAMPAIKAN ILMU. HAL INI
MENJADIKAN KARYA YANG ADA NASIHAT DAKWAH MENGAJAK
MANUSIA KEMBALI MENGINGATI TUHAN SEBAGAI SATU KARYA YANG
MENJADI CERMINAN BUDAYA BANGSA.
PANDANGAN NEGATIF BERKAITAN PERSURATAN BARU
Dr. Zawiah Yahya berpendapat gagasan Persuratan
Baru “menyisihkan” budaya Melayu dengan memberi
penekanan berlebihan kepada Islam, seolah-olah
Melayu itu tidak pernah kenal budayanya dari sumber
bukan Islam yang memang diwarisinya.
.
KRITIKAN BEGINI TIMBUL KERANA BELIAU TIDAK MENGAITKAN
GAGASAN PERSURATAN BARU DENGAN EPISTEMOLOGI ISLAM, YANG
TIDAK LANGSUNG DISEBUTNYA, PADAHAL ITULAH YANG MENJADI
ASAS GAGASAN PERSURATAN BARU. INI TERJADI KERANA BELIAU
INGIN MENEKANKAN PENTINGNYA PENGARUH BARAT DALAM
KEHIDUPAN MODEN, DI KALANGAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA
ISLAM SEKALIPUN. TERSIRAT DI SINI IALAH KEENGGANAN BELIAU
MENERIMA EPISTEMOLOGI ISLAM SEBAGAI ASAS DALAM PEMIKIRAN
SASTERA DAN DALAM PEMBENTUKAN TEORI PERSURATAN MELAYU.
ANALISIS PENGKAEDAHAN PERSURATAN BARU
Pada umumnya ramai sarjana sastera, dan boleh dikatakan
majoriti para sasterawan, tidak memberi perhatian sewajarnya
kepada gagasan Persuratan Baru sebagai satu kaedah yang
boleh dipakai dalam menilai karya kreatif atau menjadi
panduan dalam menulis karya baru.
Para sasterawan negara sendiri tidak mahu karya mereka
dinilai berdasarkan gagasan Persuratan Baru, kerana menurut
mereka karya mereka tidak ditulis mengikut acuan gagasan
Persuratan Baru; tetapi mereka tidak membantah sekiranya
karya mereka dinilai menurut teori sastera Barat kerana
menurut mereka teori sastera Barat sesuai dipakai untuk
karya di mana-mana sekali pun kerana sifatnya yang
“universal”.
ANALISIS MELALUI PENGKAEDAHAN PERSURATAN
BARU
Karya persuratan, karya sastera, dan karya picisan dapat ditentukan
melalui pengkaedahan gagasan Persuratan Baru.
Sebagai contoh novel Salina oleh A. Samad Said. Mengikut penilaian
Panel Anugerah Sastera Negara, novel ini bermutu tinggi kerana meniru
novel Barat dan memakai idea dari Barat sepenuhnya. Kesimpulan ini
diterima tanpa sebarang sanggahan, sehinggalah munculnya gagasan
Persuratan Baru yang meletakkan novel ini dalam kategori ketiga,
sebuah novel picisan. Novel Salina pada mulanya dikategorikan sebagai
karya besar oleh Panel Anugerah Sastera Negara, tetapi ternyata palsu
apabila dianalisis dan dihujahkan dari perspektif gagasan Persuratan
Baru. Dilihat dalam konteks ini, jelas sekali gagasan Persuratan Baru
berguna besar untuk menentukan kedudukan sesebuah karya, sama ada
sebuah karya persuratan, karya sastera, atau karya picisan.
Pembahagian ini penting untuk menentukan kualiti sesebuah karya
secara tepat dan objektif.
ANALISIS MELALUI PENGKAEDAHAN PERSURATAN
BARU
Selain itu, analisis berdasarkan kaedah Persuratan Baru
menunjukkan novel Dr. Fatimah Busu, Salam Maria, dengan pasti
dan amat meyakinkan bahawa karya beliau itu adalah sebuah
karya sastera yang biasa, tidak dapat dikategorikan sebagai karya
persuratan yang mengutamakan ilmu yang benar. Tidak terdapat
wacana bersifat ilmu dalam novel itu, kecuali penggembelingan
cerita semata-mata, hatta ketika mengutip ayat-ayat Quran dan
hadis pun novel ini hanya melakukannya dalam maksud untuk
memperpanjangkan cerita, bukan untuk menyerlahkan ilmu.
Perkara ini amatlah jelas bertentangan dengan gagasan Pesuratan
Baru yang lebih menumpukan penyampaian ilmu yang berguna.
RUJUKAN
https://anyflip.com/dfjfj/vqcf/basic
https://www.scribd.com/doc/309913479/t
eori-sastera-tempatan
http://wanyusof444.blogspot.com/2014/12
/persuratan-baru-satu-teori-baru.html
http://pbaru.blogspot.com/2011/06/gagasa
n-persuratan-baru-sebagai-kayu.html
SEKIAN
TERIMA KASIH !
Pengenalan
Kritikan Sastera
Nama Ahli Kumpulan:
1) Mohamad Azzairie bin Azrie
2) Ainul Safiah binti Rahimi
3) Nur Liyana Syakirah binti Ibrahim
Pengenalan
Kritikan
Istilah Kritikan
Perkataan kritik berasal dari perkataan Yunani Kuno krites yang bermaksud hakim.
Oleh itu mengkritik merupakan usaha menghakim, memutuskan nilai baik atau
buruknya sesebuah karya sastera. Akar kata krites dikembangkan kepada frasa nama
kriterion atau disebuat kriteria yang bermaksud penghakiman. Orang yang membuat
kritikan digelar kritikos di mana ia kini ditulis sebagai kritikus.
Kata criticus dalam bahasa Latin bermaksud orang yang mentafsir dan menilai hasil
karya sastera. Terdapat kata lain yang mempunyai persamaan makna iaitu grammaticus
dan philosopicus. Kedua-dua kata ini mempunyai pertalian dengan penghakiman
sastera
Definisi Kritikan Sastera
mmMeeemnnilpuaurinukytaaHri yfaausnhsgiamssi-tAfeurwnagasnsigeyca(a1n9rg8a5tjeu:rjsu8er0nd)diarknir. itsikisatnemsaatsitke. rKarmiteikraunpaskaasntesruaatmueruusapahakamn ecmapbearntgimbilmaungydaanng
SaBmmdieteeetamrnneudtegeaneanltptasaukaarsakrrtkankaiaknanekna,l srtmiyifatGaeaiuknnltoaggssnhyaeuamrrprniieunagnlgaiI,ysdotdmdirimaliaoegnihrltuikunmipasKeaedkneckaasiaalnnaurn.isamakKcseaakrtnrbreiutyairntaiknaitsgaukjnetaspsueeum(snhs1eug9abatl8seuujtb8ianaei:hyhnr16aa3yshaame)aninsre.gpiunleusbns,rejeuerantlahid,usisla,bbunuiaadntsagtuanaenrnuybhkadiaujaedrsnkaaagspnsaatnntkeaerrhrtaatdi,tle-ainkhdrtaeipulnsaegmdybaeaaannngdgauteliuaftjiesuenalsaaisnenhi,i.
pKdseearbnliatgamihgkaaamyinaestmusaaabntus, utaeptreilamnkrguiatmniykeaaarlinnusg.ipsaasknaainndtaifsniukaptkeuenrilaadinaisanipliinasesmielmbeunugaghyuanknaagkraysnaaipnsetanifsditkeekrakate.arnaKnraaittiakiaaun mdseitatusamtdeporuloakgai ndtikeakrettpaeakndataun
Kritikan sastera melibatkan penghayatan. Proses penghayatan merangkumi apresiasi, pengamatan,
bpeamcaaahan.man, tanggapan, perasaan, serta pemikiran yang terjelma sebagai reaksi terhadap sesuatu
aAcosnnpaetlokishispsedenragtlahamahyuakjotaanhtne.ykasPngkernkigtoaiknlaakmrniatsnad-saptenenrgmaaulanbamersaasnibfaaaht.pmreesnigahsui radii,jemlaesmkabnincadnegn,gamnemmbeednaghe,mduakankmanendbaulakmti,i
Kritikan sastera turut melibatkan proses penilaian. Berdasarkan penghayatan dan
penganalisisan, seseorang itu dapat memberikan pandangan, bahasan, dan keputusan sama
ada karya itu berjaya dan bermutu atau sebaliknya. Sesebuah penilaian dilakukan hasil
daripada pengamatan, pentafsiran, penganalisisan, pertimbangan serta penghakiman yang
rasional, tepat, adil dan menyakinkan.
Oleh itu, dapatlah dirumuskan kritikan sastera sebagai cabang ilmu saintifik dan merupakan
satu kegiatan menghayati secara total, menganalisis secara interpretif serta melakukan
penilaian secara rasional. Proses kritikan melibatkan pengaliran semula reaksi terhadap
pembacaan sesebuah karya sastera atau menonton sebuah pementasan drama. Kritikan
sastera meruakan penelitian yang kritis, jitu dan memberi pertimbangan yang adil terhadap
baik atau buruk sesuatu karya sastera dengan memanfaatkan pendekatan tertentu
ataupun tidak. Kritikan sastera merupakan suatu yang memberi manfaat kepada khalayak
pembaca, pengkaji yang lain dan pengarang itu sendiri.
Jenis Kritikan
Pembahagian
Jenis Kritikan
Kritikan sastera dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu kritikan bercorak teoritis yang disebut
sebagai kritikan teoritikal dan kritikan bercorak
praktis yang dikenali sebagai kritikan praktikal.
Kritikan teoritikal merupakan kritikan yang
berhubung dengan teori kritikan seperti
perbincangan di sekitar definisi, prinsip, konsep,
kriteria, pendekatan atau metodologi.
1. Kritikan Teoritikal
Kri12tK.t3ik.pkrKer.pPtaeirpoieTtsethenniernaitoaeierkkniitsi.oablrnsakiaetlKiiitranannlioepaauinpcitrrayesansaeoaiyananstnnnye.ad,isniegmktTaretntglaaeiiknegeatAtnldragroiinmdihkahtalurgaaiamaenabnigkklsamdatnsathuemadahbueipkkbrepaiksaarmrnanrtghiscmnnigytuseiaeankeapaiadrksaydnmaiaaaluagamnnkbknankpyr.yeaik.antKkianaentkauneagapnickskhsaprdgreraiasmeauydninmitsnkapnmadieiudtuklemktnnseAaelraaia-jekognuhannransarnmuydtctdsigatkiiabeaaapuidskarnknttrneeaahgmaiupbpa.dlem.aaattagnThededeinyaaaenaooondoygrrppkaieriiiaeeoasinnknnrnaistirtlgigaarisudutgtshaii.ikud:ktirrTwdneaeiiaapoeatnrasaoli.,aokadnPrdagdraiaentii-nnct.sekdiigaPloropaaki,setrtsirirfaiaaiaikatbrrlkahiiikesnakantkamcnaasaltaeiikrmslen.daymdeoganaaenarnrgimnbstsihpeeoiaiakfarmsatasdidbaalitaalukdluisaausibamtnidrnuakamalanm
2. Kritikan Praktikal
4pp3kK2e.eao.1rk.rMnmrj.MrmistMgteyeeiMteeithikemammkrnleiatimakbebhujnsiyaanfpuaerkgaa,nutknlltgpusatatnuguartkskaiyrdankaaedkei,naanalaarnkingsindtaknldytlaateaaiaskiamsuhmnmntaalej,agabiuelmuthsammaknwbaeaeannerteokannkaamurasmrr,adknhbidsaepkntauuaamaenmnibnakksggrerabuaattgcmnyesnirneutuiaaayngnyrbnupanatgaasadaralkarraaeakaabdalknsaiamnkesataktgnttairkannsseaiaaktekp,trncmeuanre,dataneutlnautmerandsidanniaraudauaaestltakplnakhnumieesueka.arhnemsntshstun:mmieaaealnuianoenstnsg.idlgruuiaaKglsakaanukreskalltua.hairrttduDkamitsktiaakantaaiainank.esannpnMarsyksdemaerrpaeabnbi-uemeintgaadtkrgeihnkaugtrtaa.masulessunaeijarink.lurnatysaSaeetnpanernneetassdtrnuueineuatnfalgnaait.sntkgTthuegauakupmynnytjeaeauertmnaontugbgrnijauidcbaiabanerrui
Jenis-jenis Kritikan Sastera
Hasil dari kajian sejarah sastera, kritikan sastera dapat dibahagikan
kepada empat jenis atau kategori. Pembahagian ini berdasarkan
kepada hubungan karya dengan alam, pembaca, pengarang dan
dengan karya itu sendiri. Jenis-jenis tersebut ialah kritikan mitetik,
kritikan pragmatis, kritikan ekspresif dan kritikan ekspresif.
Menurut M.H. Abrams ada empat unsur utama dalam meneliti karya
seni. Pertama ialah karya seperti puisi yang dicipta oleh penyair atau
lukisan oleh pelukis. Kedua ialah unsur alam kejadian ciptaan Tuhan
sama ada dunia yang nyata atau ideal yang ditiru sebagai penghasilan
karya sastera. Ketiga, unsur pengarang yang menghasilkan karya
sastera. Keempat ialah khalayak seni di mana karya itu ditujukan.
Sekiranya prengkritik melihat dari perspektif alam ia menggunakan
teori mimetik. Jika di pandangan dari kesan karya terhadap peminat ia
menggunakan teori pragmatis. Manakala karya yang dilihat dari sudut
penciptanya ia menggunakan teori ekspresif dan jika dilihat dari aspek
bentuk karya ia menggunakan teori objektif. Penggunaan-penggunaan
teori ini akan membentuk jenis-jenis kritikan itu sendiri.
a) Kritikan Mimetik
Kritikan mimetik melihat karya sebagai suatu peniruan atau cerminan (reflection). Alam
dan kehidupan manusia diceritakan dalam karya sastera. Kritikan ini melihat sejauh
mana tepatnya karya sastera itu menceritakan kembali tentang alam dan kehidupan
manusia. Tugas pengarang adalah untuk menggambarkan kejadian dan peristiwa apa
sahaja yang terjadi di dunia ini. Pengarang hanya meniru atau menyalin semula segala
riwayat alamiah. Kebenaran dilihat dari sudut bagaimana pengarang dapat
mengemukakan dengan tepat setiap apa yang berlaku dalam karyanya. Kritikan ini
bertolak dari teori peniruan yang dikemukakan oleh Aristotle.
Objek peniruan dalam kritikan mimetik ialah manusia, fikiran, emosi dengan alam yang
menjadi bahan dan pusat perbincangan. Kritikan mimetik menganalisis mengapa bentuk
dan corak hidup manusia berubah-ubah. Kritikan mimetik mengharapkan karya sastera
sebagai suatu yang bermanfaat dan berfungsi ia bukanlah sepenuhnya peniruan alam
tetapi suatu peniruan kehidupan supaya pembaca dapat mengetahui baik buruknya
gejala masyarakat
b) Kritikan Pragmatis
Kritikan pragmatis melihat sebuah karya sastera sebagai suatu yang dicipta dengan tujuan
memberi kesan tertentu terhadap pembacanya. Kesan-kesan yang diperlukan seperti
kepuasan estetika, pengajaran atau emosi tertentu. Kritikan ini melihat keberkesanan karya
melalui kejayaan mencapai matlamat kesan tersebut. Kritikan ini juga mahu membuktikan
kejayaan atau kegagalan pengarang dalam mencapai motif penciptaan karyanya. Karya
yang baik adalah karya yang memberikan kesan yang mendalam, melahirkan pemikiran dan
falsafah berguna serta membangkitkan keseronokan pembaca. Kritikan pragmatis menolak
karya yang tidak bermutu atau tidak bermoral.
Kritikan pragmatis akan meneliti bahagian-bahagian eksplisit atau implisit dalam karya yang
menjadikan pembaca terpukau atau terpikat. Ia melihat segala usaha pengarang untuk
menjadikan karyanya berkesan serta dihargai pembaca. Respon pembaca secara tidak
langsung memberi kesan terhadap sesebuah karya sastera. Oleh itu pembaca menjadi
penentu bagaimana sesebuah karya itu perlu dihasilkan untuk memenuhi kehendak dan
keperluan mereka.
c) Kritikan Ekspresif
Kritikan ekspresif menghubungkan karya sastera dengan pengarang. Kritikan ekspresif melihat karya sastera sebagai alat
pengarang menyatakan emosi dan fikiran. Karya dilihat sebagai suatu ekspresi atau pembanjiran pengucapan perasaan atau
hasil imaginasi pengarang terhadap pengamatan, fikiran dan emosi. Ia bertujuan menilai kejujuran, ketulenan atau
kesempurnaan visi pengarang dalam karyanya. Kritikan ini akan melihat emosi dan pengalaman pengarang secara sedar
atau tanpa sedar mendedahkan dirinya dalam karya sastera.
Sastera menjadi alat seni pengucapan, pernyataan dan pencurahan idea, emosi, pemikiran dan falsafah. Aspek-aspek yang
abstrak seperti imaginasi, sensitiviti, bakat dan kesungguhan pengarang dihurai untuk melihat unsur keunikan dan
keistimewaan karya berkenaan. Kritikan ekspresif mengutamakan keaslian, kejujuran serta kebenaran dalam berkarya.
Kritikan memberi perhatian terhadap pengarang bagi menjamin lahirnya karya sastera yang bermutu. Karya yang unggul
mempunyai tema yang berkaitan dengan ketamadunan bangsa yang bersumberkan aspirasi rakyat atau negara. Fikiran dan
falsafah harus tersembunyi di sebalik karya yang dihasilkan di samping menunjukkan kepintaran dan kebijaksanaan
pengarangnya. Kejujuran bermaksud keikhlasan membawa unsur didaktik dan moral serta kebaikan dan bertepatan dengan
hasrat pengarang.
d) Kritikan Objektif
Kritikan objektif melihat karya sastera sebagai sesuatu yang bebas dari pengarang, pembaca dan alam. Karya sastera
mempunyai dunia tersendiri yang perlu dianalisis dan diniali secara intrinsik. Ia mengandungi sifat kompleksiti,
hubungan dan kesatuan antara unsur-unsur dalaman, perseimbangan dan gaya bahasa. Kritikan objektif memberi
tumpuan terhadap aspek struktur sebuah karya sastera.
Tumpuan diberikan kepada komposisi karya dan memusatkan penilaian terhadap isi dan bentuk. Isi merupakan
perbincangan di sekitar tema, persoalan, pemikiran, falsafah, mesej, motif, dan ceritanya. Bentuk pula merupakan
komponen-komponen yang membina karya seperti plot, perwatakan, bahasa, latar, sudut pandangan, nada dan
lambang. Pengarang perlu mempunyai sensitiviti untuk mencipta isi dan bentuk supaya ia sebati dalam satu teknik
yang kemas, padu dan kukuh.
Karya sastera mempunyai kompleksitinya dan kritikan objektif melihat bagaimana proses kompleksiti itu dibangunkan
dalam karya sastera. Kompleksiti dilihat daripada susunan plot yang penuh suspen, dilema, atau ironi. Ia juga dapat
ditimbulkan dalam pelukisan watak yang penuh aksi, dramatik dan komplikasi, serta penggunaan bahasa yang padat
dan berkesan. Unsur ekstrinsik ditinggalkan dalam penilaian karya agar ia benar-benar dapat memberi pertimbangan
yang saksama kepada pengarang.
Ciri dan Sifat
Kritikan
1) Kritikan Sanjungan
2) Kritikan Teguran
3) Kritikan Penganalisian
4) Kritikan Penilaian
5) Kritikan saranan
6) Kritikan Pendekatan
Kritikan sanjungan
Kritikan sanjungan adalah perbuatan memuji seseorang pengarang dan karyanya yang
menampilkan pemikirannya yang bernas. Sanjungan juga bermaksud menghargai, meletakkan
sesuatu pada tempatnya yang mulia. Dalam kritikan sanjungan, pengkritik melihat pengarang
mempunyai keupayaan dalam menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik.
Elemen dalaman karya yang baik membolehkan pengkritik melakukan kritikan dan memuji
pengarang berdasarkan karya yang telah dihasilkan. Pengkritik secara umumnya melihat perkara
yang baik yang ditonjolkan oleh pengarang. Antara pengkritik yang menggunakan kritikan jenis ini
adalah Muhammad Yassin Maamor (Keris Melayu) dan Mohd Yusof Ahmad (Anak Negeri). Namun
begitu, kritikan sanjungan ini dapat dilihat dalam esei Othman Puteh iaitu “Pemikiran Dalam Novel
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” yang memperlihatkan beliau memuji hasil karya Anwar
Ridhwan dengan jelas mengandungi pemikiran yang bernas. Jelaslah, kritikan sanjungan adalah
tindakan memuji pengarang dan hasil karyanya yang memaparkan pemikiran yang baik dan
bernas.
Kritikan Teguran
Kritikkaarnyatesgausrtaenramoleemhppeernlighkartiktiakn. Pkeenkgukartaitnikdaaknaknemkuerliahnagtaknespeasdeabuah
kekkuersaenlguarnuhkaanrykaatreyrasedbauntm. Kermitbikuaant tkergituirkaannmmeemlabluoilekhekkaunatpaenndgaanrang
mengambil tindakan dalam menghasilkan karya yang lebih baik pada
masa Ahmadianpuadnd.iTnoBkaokhi tyearnagwmaleymanpgerpliehnattiknagndpaelarmkekmrbitaiknagnantekgruitriaknanadalah
kesKuosrabsatenrKaaensuMciealnaykua.rByealiKaeurtiselMahasm. Delaalkaumkaknriktirkiatinknaynat,ebrehiaaduatpelnaohvel
mtideankyadtaapkaatndtietenntatunkgapnloptecnedriirtiaanbewrgaetarakk-wseaptaekrtdi aallairmannsouvnegl atei rhsienbgugta.
IngMgearliashd, abnelmiauenjuygaraamnkeanngkbreibtiekrappeangcgaudannagananguaynatubkahmaesma ipaeitrubabiakhiaksaarya
tersebut. Jadi, kritikaknekteugautraanndaadnaklaehlemmeanhgaknr.itik karya dari aspek
Kritikan
Penganalisian
Kritikan penganalisisan mempunyai maksud pengkritik meneliti secara mendalam
sesebuah karya sastera untuk memperoleh maklumat. Antara maklumat itu adalah
pemikiran, teknik penceritaan, tema, persoalan bagi meneliti mutu karya sastera yang
dihasilkan. Oleh itu, pengkritik seharusnya menguasai bidang dan teori yang hendak
diaplikasikan dalam membuat kritikan. Pengkritik perlu benar-benar memahami
perkara yang hendak disampaikan dan keadaan itu membolehkan pengkritik
menghasilkan kritikan dengan baik. Hal ini kerana kritikan ini memerlukan
penguasaan yang mendalam terhadap karya yang dihasilkan oleh pengarang. Ketika
menganalisis, pengkritik akan melihat sesuatu aspek secara rinci tentang bahasa
figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra, watak, pemikiran,
perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah dalam karya
sastera. Sebagai contoh, Ungku Maimunah Tahir telah mengkritik novel “Tivi” karya
Shahnon Ahmad dan menganalisis menggunakan gagasan Persuratan Baru. Dengan
itu, kritikan penganalisisan menuntut pengkritik untuk melakukan usaha dengan
mendalami teori yang akan digunakan,
Kritikan Penilaian
mtPihseuieerjnmaasgtheekabrryluuuiattknim.kagenPsareekpenjaelgenynkvagraknmintrgieiktdnhiaikelhannaimdrkaseuoelksinhskeadarbtisdiutaialkmsehdeipsabatkneiiakmlurasemynawakmoaslsaaeeamhnmsbatpdeeearrnsniaegkraaktirnaeaakijtnuuumgsr.teaminKnfgeigekelaiaahmndsauaitnkkayaanadkra.ayinranii
mdkdpPaeaaageenrunnnriynlguaagkpuki.aranedinktstOa.eauikrlknuleiMrhmssmueeiehsegbimataniuunlgbnia,sneeyhiylraakaai,nkkrtkoaitanavnniukoneoavlvhmneypeuelaeljsannpienghegSjiknaryiissltlaaiiuttniidniipaamkgaanekybhwaheemamanreksdaemtieantleaacktdpasakdaieplapaibrauirnkeitytalaaaimdndrhaauaktpApkduaeaac.ntnluag.skkSmadurasippittmmeeimkarerldeliaahnmakaeutySwnakkaiaaanlaidnnngi
Kritikan Saranan
Kritikan saranan bermaksud cadangan sesuatu perkara dalam
sesebuah karya sastera untuk dimantapkan. Pengkritik
mencadangkan kepada pengarang dalam melakukan
penambahbaikan terhadap karya yang dihasilkan. Misalnya,
pengkritik akan memberikan cadangan terhadap usaha
memantapkan pemikiran, persoalan, tema, teknik penceritaan dan
watak perwatakan dalam sesebuah karya sastera.
Menurut Othman Puteh, kritikan Aminuddin Baki terhadap novel
Korban Kesucian karya Keris Mas menepati kehendak kritikan
saranan. Malah, memberi teguran dan saranan positif tentang
unsur kreatif seperti gaya bahasa, plot, teknik, watak dan
perwatakan. Kritikan saranan dilakukan untuk memperbaiki karya
agar lebih berjaya. Dengan itu, kritikan saranan adalah pengkritik
memberikan cadangan untuk pengarang memantapkan karyanya.
Kritikan
pendekatan
Pendekatan Intrinsik Pendekatan ekstrinsik
Pendekatan intrinsik merupakan Pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan
pendekatan terhadap karya sastera dengan ilmu bantu bukan sastera seperti sejarah, agama,
psikologi, politik, dan sosiologi. Antara pendekatan
menerapkan teori dan kaedah sastera
berpandukan kepada karya sastera. Unsur- yang digunakan dalam kritikan ini adalah
pendekatan moral, pendekatan psikologi,
unsur dalaman yang akan dikritik adalah pendekatan sosiologi dan lain-lain. Sebagai contoh,
plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pendekatan sosiologi digunakan oleh pengkritik
dalam sesebuah karya untuk melihat kepada
pandangan dan gaya bahasa. masyarakat iaitu dengan tiga prinsip utama; karya
sebagai cerminan masyarakat, karya sebagai
dokumentasi sosial dan protes sosial.
Fungsi
Kritikan Sastera
fungsi kritikan sastera
Menurut Hashim Awang (1988 : 5) terdapat sembilan fungsi kritikan sastera iaitu :
1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya menyebarkan pengetahuan itu
2. Mempunyai tugas untuk menolong pembaca lain menghayati hasil kesusasteraan, iaitu
menerangkan tentang karya sastera dan pengarang yang dikritik dengan jelas
3. Menolong membezakan karya yang baik dan yang tidak baik
4. Menolong pengarang mendidik orang ramai setelah pengarang mengetahui kegemaran dan
kemahuan pembaca.
5. Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri dengan pembacanya
6. Memberi perangsang dan mendidik orang ramai agar minat membaca
7. Menolong menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera
8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada orang yang tidak sempat membacanya
9. Membaiki kesalahfahaman yang timbul di antara pengarang dengan pembaca
-Menurut Muhammad Hj. Salleh (1998), kritikan sastera juga berperanan dalam pembinaan dan
pendekatan kesusasteraan yang baharu. Hal ini demikian kerana, kewujudan teori atau pendekatan
sastera yang baharu tersebut didorong oleh kritikan yang dilakukan terhadap sesebuah karya
sastera. Hal ini bermakna, pendekatan dan teori kritikan akan sentiasa mengalami perubahan,
modifikasi dan perkembangan apabila munculnya teori-teori yang baharu.
- Fungsi kritikan sastera yang berikutnya adalah untuk memperjelaskan aspek-aspek penting dalam
binaan sesebuah karya (Rahman Shaari, 1981). Aktiviti menilai karya kesusasteraan tidak akan
terlepas daripada membincangkan perihal kekuatan dan kelemahan karya berkenaan.
-Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dianggap kurang bermutu oleh ahli panel Peraduan
Mengarang Novel sempena 10 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pengkritik Mohd Affandi Hassan,
namun bagi A. Teeuw novel Salina dianggap bermutu dan mencapai taraf antarabangsa.
-Perbezaan ini terjadi kerana bagi pihak yang menolak novel Salina, mereka menilai dari aspek moral
manakala pihak yang menerima, mereka menilai dari aspek seni sastera dan nilai kemanusiaan
sejagat. Oleh sebab itu saya menyarankan, lebih baik menganalisis karya-karya kesusasteraan
Malaysia menggunakan teori atau pendekatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
-Hal inilah yang dikatakan ‘dapat memperjelaskan aspek-aspek penting dalam karya’ sebagai bukti
hujahan terhadap penerimaan dan penolakan. Seterusnya, apabila pengkritik membicarakan aspek-
aspek yang membina karya secara tidak langsung telah memperkenalkan aspek-aspek kesusasteraan
itu sendiri. Misalnya gaya bahasa jenis matafora, personifikasi, atau plot bentuk kronologi atau
teknik naratif, imbas kembali dan sebagainya.
Antara fungsi kritikan Pembacaan Sekiranya pengkritik
sastera ialah untuk secara berulang menyatakan bahawa
menentukan sama ada kali terhadap sesebuah karya sastera tersebut
karya sastera perlu tidak bermutu tinggi,
sesebuah karya dilakukan oleh pengkritik
kesusasteraan itu bagi membolehkan pengkritik perlu
bermutu atau sebaliknya seseorang pengkritik itu menunjukkan kelemahan,
(Lutfi Abas, 1995). Dalam memahami makna tersirat kekurangan, kerendahan
melakukan kritikan dan tersurat yang
terhadap sesebuah karya terkandung dalam pencapaian mutu seni
sastera, pengkritik harus sesebuah karya sastera. karya sastera tersebut.
bersikap adil dan Oleh yang demikian,
saksama terhadap pengkritik seharusnya Oleh yang demikian,
sesebuah karya serta memberikan hujah dan kepakaran pengkritik
pengarang karya contoh yang konkrit untuk amat diperlukan dalam
membuktikan bahawa
tersebut. sesebuah karya sastera itu menentukan mutu
bermutu tinggi dalam sesebuah karya sastera.
pelbagai aspek.
-Kritikan sastera yang seterusnya ialah membolehkan para pembaca memahami sesuatu karya
s(Rasathemraamn Senhaearuris,i1p9e9n8)e.rangan tentang karya tersebut beserta pengarangnya dengan jelas
-inKgeibniamsaeanngnuytaar,apkeanngaprealbnaggmaieimdepaumnyeaniemruostiifktaerrytaennytua udnaltaumk dmikernigtihkaastilakuandikkaornygas.iPbeenrgsaamraang
pkaeendgakhrintyikadyaanngpetemrsbeancda.irDi.alam mengutarakan buah fikirannya, pengarang menggunakan
-Sebagai tamsilan, pengarang akan memilih diksi yang tertentu, simbol tertentu yang harus
diasosiasikan atau ditafsirkan sesuai dengan isu yang ditampilkan dalam karya.
-Pengkritik yang peka terhadap karya sastera sudah tentu berupayah untuk mengenal pasti
mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk membolehkan para pembaca memahami
karya sastera tersebut.
-Pengkritik juga sewajarnya membantu pembaca menghuraikan segala makna atau citra yang
tteekrssedmabnuknoynitdeaklsa.m simbol-simbol dan mengasosiasikan kemungkinan-kemungkinan antara
-Keupayaan dan kekritisan pengkritik dalam mengkritik karya sastera mengembangkan
pengetahuan baharu dalam kalangan pembaca.
Sekian Terima Kasih
BMMB 3193
Asas Kritikan Sastera
SYAMIL BIN WAHAP
NUR’AISYAH SYAFIQAH BINTI BIDAREE
KHAIRUNNISA’ LABIBAH BINTI JAMALUDIN