Pengurus Projek
Wan Mohd Rashidi Bin Wan Ab Rashid
Penulis
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Editor Bahasa & Syariah
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Idea dan Konsep
Wan Mohd Rashidi Bin Wan Ab Rashid
Pruf Bahasa
Simi Suhaina Binti Ismail
Pereka Grafik
Mohd Noor Arriffin Bin Sudin
Fotografi
Manjafoto & Mohd Hasanuddin
Illustrasi
Faizal Rahmat
Norsalim Bin Mohamed Dawam
Mohd Nur Faezin
Abdul Rahman Putra
Shafiq Omar
Cetakan Pertama 2017
Cetakan Kedua 2020
© Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis dari penerbit buku ini.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hasanuddin Yusof
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA : MEMBONGKAR KEAGUNGANNYA
BERDASARKAN CATATAN PORTUGIS / HASANUDDIN YUSOF ;
Fotografi: Manjafoto & Mohd Hasanuddin ; Editor Bahasa & Syariah:
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof ; Ilustrasi: Abdul Rahman Putra, Syed Nahar,
Shafiq Omar.
ISBN 978-967-16795-2-4
1. Melaka (Malaysia)--History--15th century.
2 Melaka (Malaysia)--Kings and rulers--History.
3.Melaka (Malaysia)--Social life and customs.
I. Abdul Rahman Putra.
II. Shafiq Omar.
III. Manjafoto.
IV. Judul.
959.5118
Diterbitkan oleh:
PENERBIT ALAMI SDN BHD
No. 2301, Tingkat 1, Jalan SJ 10/1,
Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 019 -729 0135
KANDUNGAN
KATA PENGANTAR PENERBIT vii
KATA PENGANTAR PENULIS viii
PENDAHULUAN 1
TEKNOLOGI ALAM MELAYU SEBELUM MELAKA 3
5
Tamadun Di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Melaka
Sriwijaya : Kerajaan Berteknologi Tinggi dan Berasalnya 19
Kesultanan Melayu Melaka
KEAGUNGAN KESULTANAN MELAKA 27
Kota Yang Besar, Padat Dan Sibuk 27
Kota Yang Dihuni Pedagang-Pedagang Kaya 33
Pelabuhan Yang Terkaya Di Dunia 35
Pelabuhan Antarabangsa 42
Harta Kekayaan Melaka 47
MELAKA : MASYARAKAT YANG INTELEK 54
Penduduk Yang Bertamadun 54
Penggalakan Budaya Ilmu 57
Sistem Pentadbiran Yang Teratur 58
Kepintaran Dalam Muzik 65
Permainan Catur Adalah Permainan Rakyat 66
Kepintaran Ilmu Matematik 72
Kepintaran Dalam Seni Kraftangan 74 iii
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
TEKNOLOGI BINAAN 77
77
Keagungan Binaan Istana Melaka 80
Teknologi Binaan Batu Dan Marmar 88
Rumah Bergerak (Mudah Alih) 89
Bangunan Kalis Api 89
Teknologi Binaan Bawah Tanah 94
Pembinaan Menara
INFRASTRUKTUR KOTA MELAKA 105
Kota Yang Terancang 105
Rangkaian Dan Jaringan Jalan Darat 106
Pembinaan Jambatan 112
Pelabuhan Yang Sistematik Dan Berkemudahan 116
TEKNOLOGI PERTANIAN DAN PENGAIRAN 122
TEKNOLOGI SENJATA API 137
Meriam 137
Meriam Kecil (Lela dan Rentaka) 144
Senapang 150
Periuk Api 153
Perahu Berapi 156
TEKNOLOGI PELAYARAN 159
Pembinaan Kapal Laut Yang Berkualiti 159
Kemahiran Ilmu Pelayaran 170
Padoman : Kompas Kuno Melayu 181
PETA DUNIA DARI MELAKA 192
iv TEKNOLOGI PENGANGKUTAN DARAT 196
Kereta Bergajah 196
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
TEKNOLOGI PERUBATAN DAN BAHAN KIMIA 206
206
Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Ubat-Ubatan 207
Kemahiran Dalam Ilmu Perubatan 211
Kemudahan Hospital Di Kota Melaka 212
Kemahiran Menggunakan Bahan Kimia Dan Racun 213
Kemahiran Teknik Penyulingan
TEKNOLOGI PERLOMBONGAN DAN GALIAN 218
Minyak Tanah 218
Emas Dan Perak 219
Bijih Timah 220
TEKNOLOGI TEMPAAN LOGAM 223
Senjata 223
Matawang 228
Peralatan Harian 228
TEKNOLOGI KETENTERAAN 232
Angkatan Tentera Melaka Lengkap Bersenjata 232
Pertahanan Yang Kukuh 233
Strategi Perang Yang Bijaksana 238
Pasukan-Pasukan Angkatan Tentera Melaka 246
KEKUATAN ANGKATAN TENTERA MELAKA 256
Angkatan Tentera Melaka Digeruni Musuh 256
Kekuatan Fizikal Yang Terserlah 262
Keberanian Yang Tinggi 262
Tentera Yang Mahir Berperang Di Laut 264
Tentera Yang Mahir Menggunakan Senjata 266
Bantuan Tentera Islam Dari Luar 267 v
ULAMA PENGGERAK UTAMA JIHAD DI MELAKA 271
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
TENTERA PORTUGIS HAMPIR TEWAS 284
PUNCA KEKALAHAN TENTERA MELAKA 290
Kelemahan Sultan 290
Pengkhianatan Dari Dalam 291
Maklumat Sulit Pertahanan Melaka Dibocorkan 295
PENGHAPUSAN ISLAM DI MELAKA 300
Sentimen Perang Salib 300
Pengusiran Umat Islam Dari Melaka 301
Penghapusan Kesan-Kesan Islam 306
BIOGRAFI PENCATAT-PENCATAT PORTUGIS 312
Tome Pires 312
Duarte Barbosa 313
Gaspar Correia 315
Joao De Barros 316
Fernao Lopes De Castanheda 317
Damiao De Goes 318
Godinho De Eredia 319
BIBLIOGRAFI 321
vi
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
KATA PENGANTAR PENERBIT
Dalam kehidupan seharian yang semakin mencabar pada hari ini,
rujukan kepada sejarah sangat penting agar kita dapat merancang
masa depan dengan lebih baik. Berdasarkan prinsip ini, setiap kajian
berkaitan sejarah tamadun Islam sememangnya wajar diterbitkan. Oleh
yang demikian, Penerbit Alami Sdn. Bhd. berbesar hati mengambil
tanggungjawab untuk menerbitkan kajian-kajian dan karya-karya yang
berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam.
Segala kesyukuran dirafakkan kepada Allah kerana pada kali ini,
Penerbit Alami Sdn. Bhd. telah berjaya menerbitkan sebuah karya
berkaitan sejarah ketamadunan Islam. Apa yang lebih membanggakan
ianya berkaitan dengan sejarah tanah air kita sendiri.
Ramai di kalangan masyarakat kita masih tidak menyedari tentang
keagungan peradaban Kesultanan Melayu Melaka. Maka menjadi
tanggungjawab kepada pihak kami untuk menerbitkan buku Teknologi
Kesultanan Melaka ini. Selaku penerbit, Penerbit Alami Sdn. Bhd.
berharap agar semua golongan terutama golongan pencinta sejarah
Islam memiliki naskhah karya yang sangat bermanfaat ini. Insya Allah
pada masa akan datang, Penerbit Alami Sdn. Bhd. akan berusaha untuk
menerbit lebih banyak lagi karya-karya berkaitan sejarah ketamadunan
Islam.
vii
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
KATA PENGANTAR PENULIS
Saya bersyukur kepada Allah di atas bantuan dan petunjukNya
dapat saya menyiapkan naskhah yang serba kerdil ini. Buku
Teknologi Kesultanan Melaka ini ditulis atas rasa tanggungjawab
untuk menyebarkan maklumat sebenar tentang keagungan peradaban
Kesultanan Melayu Melaka, sebuah kerajaan Islam yang ulung
di Nusantara. Dalam membongkar teknologi-teknologi serta peradaban
yang dimiliki oleh Kesultanan Melayu Melaka, saya cuba mengumpulkan
catatan-catatan Portugis tentang Kesultanan Melayu Melaka di samping
menggandingkannya dengan catatan sejarawan ulung tempatan iaitu
Tun Seri Lanang.
Ternyata dari catatan-catatan mereka ini, kita akan mendapati
bahawa Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang
berkemajuan tinggi pada zamannya. Sebagai sebuah pelabuhan yang
terkenal di dunia dan dikunjungi oleh pelbagai bangsa dari seluruh dunia
sebagaimana catatan Tome Pires dalam Suma Oriental, mustahil Melaka
hidup dalam kemunduran.
Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu memiliki pelabuhan yang
terkaya di dunia dan memiliki perdagangan yang terpenting di dunia iaitu
perdagangan rempah ratus. Maka sewajarnya Melaka memiliki kemajuan
yang setara dengan kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu umpama
kerajaan dinasti Ming di China, Kesultanan Mamluk di Mesir dan Daulah
Uthmaniyyah di Turki. Apatah lagi kuasa-kuasa besar ini memiliki
hubungan perdagangan dengan Melaka.
Akhir kata, tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pihak penerbit iaitu Penerbit Alami Sdn. Bhd.
kerana sudi menerbitkan karya ini. Terima kasih yang tidak terhingga
juga saya ucapkan kepada keluarga dan para sahabat yang sentiasa
viii memberikan sokongan dan galakan ke atas saya dalam melakukan
kajian-kajian sejarah ketamadunan Islam.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
PENDAHULUAN
Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami zaman kegemilangan yang
unggul. Pada akhir kurun ke-15 hingga awal kurun ke-16, Kesultanan
Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling kaya, masyhur dan
gemilang dalam sejarah Nusantara. Kehebatan empayar Melaka boleh
dijadikan lambang kejayaan tamadun Alam Melayu. Empayar Kesultanan
Melayu Melaka meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian
besar Kepulauan Sumatera.
Sepanjang sejarah penubuhannya, Melaka telah diperintah oleh 8 orang
sultan. Bermula daripada pengasasnya iaitu Parameswara atau Sultan
Iskandar Syah (nama Parameswara setelah memeluk Islam) hingga ke
sultan yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah. Empayar ini berkuasa
kira-kira 111 tahun di mana Parameswara yang merupakan seorang
putera raja dari Palembang yang berketurunan pemerintah Sriwijaya dari
Dinasti Sailendra mengasaskan kesultanan Melaka pada tahun 1400.
Melaka berada di puncak kegemilangan ketika zaman pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Ala’uddin Riayat
Syah. Bendahara yang menjadi tulang belakang bagi kejayaan Melaka ini
ialah Tun Perak yang menjadi bendahara bagi ketiga-tiga sultan tersebut.
Ketika Melaka berada di zaman kemuncaknya, pelabuhan Melaka
menjadi sebutan dan tumpuan masyarakat sedunia seperti pedagang-
pedagang dari Arab, India, Turki, Parsi dan China.
Bangsa-bangsa tersebut merupakan bangsa yang maju dan menguasai 1
perdagangan dunia pada ketika itu. Ini menyebabkan Melaka terdedah
dengan tamadun-tamadun luar pada waktu itu. Sedikit sebanyak,
tempias kemajuan tamadun-tamadun tersebut pasti sampai ke Melaka.
Selain itu, Melaka turut berfungsi sebagai pusat penyebaran agama Islam
di Nusantara. Kesultanan Melaka berakhir pada tahun 1511 ketika zaman
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
pemerintahan Sultan Mahmud Syah apabila Portugis berjaya menawan
Kota Melaka yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah terpaksa
melarikan diri ke Kampar, Sumatera.
Apabila Portugis menakluki Kota Melaka, sejarah kemajuan tamadun
Kesultanan Melayu Melaka telah digelapkan. Semua kesan-kesan
peninggalan telah dimusnahkan atau diambil oleh Portugis. Namun
catatan-catatan sejarawan Portugis tentang Melaka telah ditemui.
Sebahagian besar sejarawan Portugis ini hidup sezaman dengan
penaklukan Melaka pada tahun 1511. Catatan-catatan ini sedikit
sebanyak membuktikan kehebatan peradaban Kesultanan Melayu
Melaka terutamanya dari segi teknologinya.
2
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
STEEKBNEOLULMOGMI AELLAAMKAMELAYU
Sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, beberapa buah kerajaan
telah terbina di kepulauan Nusantara ini termasuk di Semenanjung Tanah
Melayu. Sejarawan menyatakan bahawa tamadun yang dibina oleh
kerajaan-kerajaan di kepulauan Nusantara ini bermula seawal zaman
tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir iaitu kira-kira 5,000 tahun
sebelum Masihi. Ini dapat dibuktikan dengan penggunaan cengkih
dan kapur barus dalam masyarakat kuno di Mesir dan Mesopotamia.
Pada waktu itu, kedua-dua komoditi itu hanya boleh didapati di wilayah
kepulauan Nusantara.
Masyarakat Mesir dikatakan telah mengimport sejumlah komoditi di
antaranya kapur barus dari kota Barus di pesisir timur Sumatera. Kapur
Barus yang diperolehi dari kayu kamfer telah dibawa ke Mesir untuk
digunakan bagi tujuan mengawet mayat sejak zaman kekuasaan Firaun
Ramses II iaitu sekitar 5,000 tahun sebelum Masihi.
Dalam artikel yang bertajuk “Aktiviti Perdagangan Pedagang Arab-Parsi
di Semenanjung Tanah Melayu Berdasarkan Sumber Asing dan Data
Arkeologi”, Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Zuliskandar
Ramli menyatakan seperti berikut :
“Kehadiran pedagang-pedagang Arab-Parsi ini adalah untuk memperolehi 3
komoditi yang bernilai yang terdapat di Asia Tenggara. Mereka telah
membawa barangan hasil teknologi yang telah lama berkembang
terutamanya di Timur Tengah yang bermula sejak era Mesopotamia
lagi. Antara barangan yang diimport dari kawasan Asia Tenggara ialah
rempah ratus, kapur barus, kayu gaharu, kayu cendana, hasil hutan, kulit
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
kayu manis dan damar manakala barang yang dieksport ialah seramik,
barangan daripada kaca, alatan besi, senjata, perak, manik, paku, kipas,
barangan perhiasan, sutera dan minyak wangi. Dalam konteks arkeologi,
artifak yang boleh menunjukkan dengan lebih jelas tentang kehadiran
pedagang-pedagang dari Arab-Parsi ialah jumpaan artifak yang
berasaskan kaca dan juga tembikar. Barangan kaca yang boleh dikenal-
pasti ialah seperti lampu pelita, bekas minyak wangi dan juga manik
polikrom manakala barangan tembikar pula boleh dikategorikan sebagai
tembikar Timur Tengah bersepuh hijau gelap dan biru gelap dan tembikar
Timur Tengah berlakar kilat.”
Lebih menarik lagi, seorang sarjana dari Universiti Oxford yang bernama
Stephen Oppenheimer menyatakan dalam bukunya yang bertajuk “Eden
In The East” bahawa Nusantara yang dahulunya merupakan sebuah
benua yang tenggelam yang dipanggil pentas Sunda atau Sundaland
adalah induk bagi peradaban dunia. Ini bermakna seluruh peradaban
dunia bermula dari Nusantara. Stephen Oppenheimer turut menyatakan
bahawa penanaman padi bermula dari Semenanjung Tanah Melayu
iaitu kira-kira 9,000 tahun yang lalu. Jadi orang-orang di India, China,
Jepun dan lain-lain belajar kaedah menanam padi dari masyarakat
di Semenanjung Tanah Melayu.
Sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, beberapa buah kerajaan
telah terbina di kepulauan Nusantara ini termasuk di Semenanjung Tanah
4 Sebuah binaan berbentuk bulat yang dibina di tapak ketamadunan Kedah Tua
yang terletak di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Bangunan ini dikatakan
berusia sebelum dari abad ke-6 Masihi lagi.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Melayu. Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang begitu strategik
iaitu di pertengahan jalan antara timur tengah dan timur jauh serta Selat
Melaka yang terlindung dari tiupan taufan menjadikannya pilihan bagi
pedagang-pedagang asing untuk singgah di sini. Selain itu, hasil bumi
yang kaya raya seperti herba-herba, rempah ratus, hasil galian dan
banyak lagi menyebabkan aktiviti perdagangan begitu aktif di Nusantara
terutamanya Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-dua faktor yang utama
ini iaitu kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan hasil bumi
menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan yang bertamadun tinggi di
sini
Tamadun Di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Melaka
Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua dipercayai telah wujud sekurang-kurangnya sejak
500 tahun sebelum Masihi. Pada abad ke-3, kerajaan ini terkenal sebagai
antara tempat industri pembuatan besi yang terbesar di dunia. Malah
kerajaan Kedah Tua telah menghasilkan besi antara yang terbaik di dunia.
Banyak catatan-catatan tentang Kedah Tua terdapat dalam catatan
pelayar-pelayar asing. Orang-orang Arab merujuk Kedah Tua dengan
nama “Qal’ah” atau “Kalah”. Orang-orang China pula menyebut Kedah
Tua sebagai “Chia Cha” atau “Chieh Chia”. Manakala orang-orang India
pula memanggil Kedah Tua dengan nama “Kadaram”.
5
Sumber gambar : Ihsan Penulis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
6
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 2 Oktober 2016 yang menerangkan tentang keagungan kerajaan Kedah Tua.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 2 Oktober 2016 yang menerangkan tentang penguasaan teknologi besi dalam
kerajaan Kedah Tua.
7
8
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Industri Besi Di Kedah Tua Sumber gambar : Ihsan Penulis
Kedah Tua diiktiraf sebagai antara pengeluar besi yang terbaik di dunia pada
kurun ke-3 hingga kurun ke-5 Masihi. Teknologi besi merupakan teknologi yang
tertinggi pada ketika itu. Maka barangsiapa yang menguasai teknologi besi,
maka dia telah pun menguasai semua teknologi yang ada pada ketika itu. Selain
itu, Kerajaan Kedah Tua juga mengeksport hasil mahsul buminya seperti kapur
barus. Oleh itu, Kedah Tua sudah menjadi pelabuhan tumpuan bagi pedagang-
pedagang asing dari seluruh dunia pada ketika itu.
Paul Wheatley telah menyatakan di dalam bukunya “The Golden
Khersonese” bahawa Kerajaan Kedah Tua telah didapati dalam catatan
China pada tahun 638 Masihi. Catatan itu menceritakan tentang
pengutusan seorang duta kerajaan Kedah Tua ke China. Dalam catatan
Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya
ke istana China pada tahun 638 Masihi. Manakala seorang sami Buddha
yang terkenal di China pada zaman Dinasti Tang yang bernama Yi
Jing (I-Ching) menyebut tentang Kedah ketika dalam perjalanannya ke
Nalanda, India bagi mendalami agama Buddha. Beliau menyebut Kedah
dengan nama Chieh Chia.
Kedah Tua telah pun menjadi pelabuhan entrepot yang penting sejak abad
ke-4 Masihi berdasarkan pentarikhan relatif yang dibuat berdasarkan
inskripsi-inskripsi yang dijumpai di Lembah Bujang sebelum menjalinkan
hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 671 Masihi, ketika Yi
Jing tinggal di Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Nalanda, India,
kerajaan Kedah masih sebuah kerajaan yang bebas dan Yi Jing juga
ada menyatakan bahawa kesemua perjalanan beliau dilakukan dengan
menggunakan kapal milik Melayu.
Dalam perjalanan pulang pada tahun 685 Masihi, Yi Jing singgah lagi di
Kedah dan melaporkan bahawa Kedah pada ketika itu sudah menjadi
naungan Sriwijaya berserta dengan kerajaan Mo lo yu (Jambi). Yi Jing
juga menyebutkan tentang biarawan lain yang mengikuti pengembaraan
yang sama dengan beliau dan salah seorang di antaranya meninggal
dunia di Kedah, dua orang di Langkasuka dan tidak kurang 13 orang
biarawan yang mati di India.
Paul Wheatley menyatakan di dalam The Golden Khersonese bahawa 9
pada tahun 940 Masihi, seorang pelayar Islam dari Bukhara yang bernama
Abu Dulaf al-Muhalhil telah singgah di Kedah dan beliau mencatatkan
seperti berikut :-
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Apabila aku tiba di Kalah (Kedah), aku mendapati tempat ini merupakan
tempat yang cantik yang mana ianya dikelilingi oleh dinding-dinding
kubunya, taman-taman bunga dan air yang mengalir dari mata air. Aku
melihat lombong bijih timah yang tiada tara bandingannya dengan mana-
mana tempat di dunia. Di dalam kota aku melihat pembuat-pembuat
pedang “qala’i” iaitu pedang asal orang India….sebagaimana di China,
orang-orang di sini memakan daging yang tidak disembelih. Masyarakat di
sini memiliki sistem perundangan yang mana ianya meliputi penggunaan
penjara dan sistem denda sebagai salah satu bentuk hukuman.
Mereka memakan gandum, tamar, sayur-sayuran yang mana ianya
ditimbang sebelum dijual dan roti-roti dijual secara bertimbun-timbun.
Mereka tidak memiliki bilik mandi awam seperti orang Turki (hamam),
tetapi mereka mandi di sungai-sungai yang mengalir deras. Matawang
mereka adalah dari perak…yang dipanggil ‘fahri’. Mereka memakai sutera
yang sangat mahal sama seperti orang-orang China….Raja Kalah (Kedah)
membayar ufti kepada China dan mereka menyebut nama Maharaja
China dalam upacara keagamaan mereka. Raja Kalah menghadap ke arah
Maharaja China ketika sembahyang….”
Chih Tu
Keterangan terperinci tentang Chih Tu muncul dalam sumber China yang
bertajuk “Chih Tu Guo Ji”, sebuah dokumentari yang dihasilkan dari
kunjungan Kerajaan Sui yang menghantar utusan pada tahun 607 hingga
610 Masihi. Chih Tu itu digambarkan sebagai sebahagian dari kerajaan
Funan (berpusat di Vietnam sekarang), dan terletak di Laut China
Selatan, 100 hari perjalanan melalui laut dari China. Sumber tersebut
menyebutkan bahawa nama kerajaan yang berasal dari warna tanahnya
yang ‘sebahagian besarnya berwarna merah’.
10 Berdasarkan huraian China, lokasi Chih Tu telah banyak diperdebatkan
oleh para sarjana. Lokasi yang paling sesuai adalah bahagian pantai
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
timur Semenanjung Malaysia, di sekitar daerah hulu Sungai Kelantan.
Selain dari pertimbangan-pertimbangan umum, termasuk, geografi,
iklim dan warna tanah, salah satu alasan utama untuk meletakkan lokasi
Chih Tu atau di sebut Zhi Sheng atau Shi Zi di Hulu Kelantan apabila
digambarkan lokasi boleh dicapai hanya selepas satu bulan perjalanan
ke hulu sungai.
Sungai Kelantan adalah pilihan yang paling sesuai kerana ia merupakan
laluan air utama, dilayari oleh kapal-kapal bersaiz kecil dan sederhana
untuk perjalanan lebih kurang 160 kilometer ke arah hulu dan juga
sebagai laluan utama ke lombong-lombong emas di Kelantan dan
Pahang. Daerah ini yang dikenali sebagai Ulu Kelantan, telah dihuni
selama sekurang-kurangnya 10,000 tahun, sebagaimana dibuktikan
oleh pengebumian prasejarah ditemui di Gua Chawas. Penyelidikan dan
ekskavasi di Gua Chawas, Ulu Kelantan telah mendedahkan sejumlah
besar penemuan kepingan-kepingan pembayaran nazar dan korban
kepada Buddha Mahayana yang mungkin berasal dari zaman Sriwijaya
(abad ke-9 hingga ke-11). Namun, sampai saat ini, tidak ada bukti nyata
diperoleh untuk mengesahkan lokasi Chih Tu yang sebenar.
11
Illustrasi keadaan di dalam Balairong kerajaan Chih Tu
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Banyak aspek sosial-politik dan budaya kerajaan Chih Tu dijelaskan
dalam catatan China hasil kunjungan ini. Menurut sumber ini, kerajaan
itu diperintah oleh keluarga dikenali sebagai Chu Dan. Raja Chih Tu
yang bernama Li Fo Duo Se, menaiki takhta ketika ayahnya melepaskan
takhtanya untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada dunia. Pada saat
kunjungan utusan Maharaja Sui, raja Chih Tu telah memerintah selama 16
tahun dan mempunyai tiga isteri yang merupakan puteri raja negeri-negeri
jiran. Istananya dikatakan terletak di hulu Seng Zhi dan digambarkan
mempunyai ‘tiga gerbang yang terletak lebih dari seratus langkah setiap
satu’, dilukis dengan gambar Bodhisattva dan digantung dengan bunga
dan loceng. Gerbang ini dikawal oleh wanita berpakaian seperti raksasa.
Mereka yang ditempatkan di luar gerbang dilengkapi dengan senjata,
manakala yang tinggal di dalam kota memegang kain putih dan jaring
putih untuk mengumpul bunga.
Nama Chih Tu Guo Ji diambil dari mereka yang menyusun dan
menyenaraikan pegawai-pegawai yang berjawatan dalam pentadbiran
raja. Ini termasuk mereka yang ditugaskan untuk mengatur urusan politik
dan satu lagi untuk menjalankan pentadbiran undang-undang jenayah.
Para Chih Tu Guo Ji juga mengawal dan berkuasa terhadap beberapa
kerajaan lain di mana pentadbiran dikendalikan oleh mereka yang dilantik
oleh raja.
Catatan dari utusan Maharaja Sui ini juga menyatakan bahawa adat bagi
lelaki dan perempuan di Chih Tu untuk menindik telinga, melumuri tubuh
mereka dengan minyak wangi serta memakai bunga mawar dan kain
berwarna polos. Para wanita memakai sanggul di rambut yang kelihatan
di bahagian tengkuk. Rakyat harus mendapatkan izin dari raja untuk
memakai loket emas yang istimewa, bahkan keluarga kaya juga harus
mendapatkan kebenaran kerajaan untuk mendapat hak istimewa ini.
12
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Tan Tan
Kerajaan Tan Tan telah mengadakan hubungan diplomatik rasmi dengan
China sejak dari Dinasti Liang (502-557 Masihi) lagi. Dalam Liang Shu
(Kepustakaan Dinasti Liang) jilid 54 terdapatnya catatan yang menyatakan
bahawa pada tahun 503 dan 535, raja negeri Tan Tan berturut-turut
mengirim utusan bagi menghantar surat raja dan hadiah berupa emas,
perak, gading, permata dan bau-bauan. Namun begitu, catatan tentang
kerajaan Tan Tan ini yang lebih lengkap dinyatakan di dalam Tong Dian
(Kepustakaan Umum).
Paul Wheatley di dalam The Golden Khersonese menyatakan bahawa
lokasi kerajaan ini terletak di Besut, Terengganu. Penerangan mengenai
kerajaan ini terdapat dalam catatan Tong Dian (Kepustakaan Umum)
(Jilid 188, Bahagian 4) antaranya seperti berikut:
Negeri Tan Tan sudah terkenal sejak zaman Dinasti Shui. Letaknya di 13
sebelah barat laut To Lo Ma (Taruma) dan sebelah tenggara Zhengzhou
(Pulau Hainan). Nama keluarga raja ialah Sha Li (Kshatriya), nama raja
ialah Shi Ling Jia (Sri Linga). Terdapat lebih daripada 20,000 keluarga
yang tinggal di ibu kota. Ada daerah-daerahnya yang dikuasai oleh
ketua daerah. Rajanya tiap hari pagi dan petang dua kali menerima
penghadapan. Menteri besarnya ada lapan orang, disebut lapan teras,
dipegang oleh seorang Brahmin. Tubuh raja diseliputi dengan bedak
harum, bermahkota yang menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu
manikam, berpakaian warna-warni dan berkasut kulit. Kalau berpergian,
dekat naik kenderaan, jauh menunggang gajah. Ketika berperang orang
meniup serunai dan memalu gendering. Hukumannya keras, pencuri
tiada dipandang dosanya besar kecil semua dibunuh. Hasil mahsul negeri
Tan Tan adalah emas, perak, kayu cendana putih, kayu sepang dan sirih
pinang.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Salah satu runtuhan binaan kerajaan Langkasuka yang terletak di pusat pemerintahan
Langkasuka di Yarang, Pattani. Kerajaan Langkasuka meliputi selatan Thailand dan utara
Semenanjung Malaysia termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Gambaran Kota Langkasuka dalam filem “Queen of Langkasuka”. Langkasuka
yang wujud ratusan tahun sebelum Kesultanan Melayu Melaka digambarkan
memiliki teknologi yang tinggi.
14
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Batu Bersurat Terengganu
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai oleh penduduk kampung
di kawasan di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang,
Terengganu. Kemudian, Batu Bersurat ini dijadikan alas membasuh kaki
untuk naik ke tangga surau di kampong tersebut. Pada tahun 1902,
seorang ahli perniagaan yang bernama Sayyid Hussein bin Ghulam
al-Bukhari telah menyedari bahawa alas kaki tersebut merupakan
satu bahan sejarah yang sangat bernilai. Sayyid Hussein bin Ghulam
al-Bukhari menyarankan kepada penghulu kampong tersebut agar Batu
Bersurat itu dipersembahkan kepada baginda Sultan Zainal Abidin III,
Sultan Terengganu pada waktu itu.
Batu Bersurat Terengganu ditulis dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan tulisan jawi. Ditulis pada hari Jumaat 4 Rejab 702 Hijrah
bersamaan 22 Februari 1303 Masihi. Sebahagian daripada batu itu telah
patah iaitu di sebelah atasnya yang menyebabkan kandungan Batu
Bersurat ini tidak dapat dibaca dengan sempurna. Apa yang menariknya,
sebongkah Batu Bersurat ini membuktikan beberapa perkara antaranya
kemasukan Islam di Tanah Melayu, kewujudan kerajaan Islam di Terengganu
sebelum Kesultanan Melayu Melaka dan kearifan masyarakat Melayu
dalam pelbagai bidang seperti perundangan Islam, ilmu matematik, ilmu
falak, ilmu geografi dan sebagainya.
Isi Kandungan Batu Bersurat
Pada keempat-empat sisi Batu Bersurat itu terkandung maklumat berikut:-
Sisi 1 15
Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka. Asa pada Dewata Mulia
Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam. Dengan benar bicara derma
mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya. Di benuaku ini penentu
agama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Salam, Raja Mandalika yang benar
bicara sebelah Dewata Mulia Raya. Di dalam behumi penentua itu fardhu
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya
dengan benar. Bicara berbahiki benua penentuan itu maka titah Seri
Paduka Tuhan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama
ada Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan, Baginda Rasulullah telah lalu
tujuh ratus dua.
Sisi 2
Keluarga di benua jauh…….kan datang berikan. Keempat, orang
berpiutang jangan mengambil………..ambil hilangkan emas. Kelima derma
barang orang yang merdeka, jangan mengambil tugas buat temasyanya
jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang orang berbuat bala
cara laki-laki perempuan satitah Dewata Mulia Raya, jika merdeka bujang,
palu seratus rotan, jika merdeka beristeri atawa perempuan bersuami
ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu matikan. Jika
ingkar hambalang jika anak mandalika.….
Sisi 3
Bujang dendanya sepuluh tengah tiga jika ia……….Menteri bujang
dendanya tujuh tahil sepaha……….tengah tiga. Jika tetua bujang
dendanya lima tahil……..tujuh tahil sepaha masuk bandara jika orang
merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak……..tiada dapat
bersuami jika ia berbuat balabicara……..
Sisi 4
………tiada benar dendanya setahil sepaha. Kesembilan derma……….
Seri Paduka Tuhan siapa tiada harta dendanya……..Kesepuluh derma
jika anakku, atawa pemainku atawa cucuku atawa keluargaku atawa
anak………..tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra
ini laknat Dewata Mulia Raya………dijadikan Dewata Mulia Raya bagi
yang langgar acara tamra ini.
16
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Maksud perkataan-perkataan pada Batu Bersurat :-
PERKATAAN MAKNA
santabi sahabat dan tabi’in, pengikut
Dewata Mulia Raya Tuhan yang Maha Berkuasa
meneguhkan menguatkan, mengukuhkan
bicara keputusan, penentuan, ketetapan
derma satu daripada makna undang-undang
meraksa memerintah, menjaga, menaungi
benua negeri
penentu pengatur, orang yang melaksanakan hukum-
hukum atau peraturan-peraturan
sebelah yang berpihak, menurut perintah, mewakili
behumi bumi
Raja Mandalika Wakil Raja
Seri Paduka Tuhan Seri Paduka Tuan, Raja Pemerintah
setitah satu perintah
penentua aturan, hukum-hukum agama
tamara batu bersurat
adi permulaan
sasanakala waktu pindah
hambalang rejam
balabicara maksiat, kejahatan
atawa atau
17
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
18
Batu Bersurat Terengganu yang asal dipamerkan di Muzium Terengganu
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sriwijaya : Kerajaan Berteknologi Tinggi dan Berasalnya
Kesultanan Melayu Melaka
Parameswara adalah pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Beliau adalah
seorang putera raja Palembang yang berketurunan raja-raja Sriwijaya
dari Dinasti Sailendra. Beliau meninggalkan Palembang kerana diburu
oleh Raja Majapahit dan melarikan diri ke Singapura. Dari sana, beliau
kemudiannya berpindah ke Melaka dan mendirikan kerajaan di situ.
Kerajaan Sriwijaya di bawah dinasti Sailendra telah mencapai kemajuannya
sejak abad ke-8 lagi. Raja Sriwijaya yang bernama Dharanindra telah
berjaya meluaskan kekuasaan Sriwijaya yang merangkumi pulau Jawa,
Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Indo China. Ini termasuklah
kerajaan yang maju seperti Kedah Tua.
Pada zaman pemerintahan beliau, Candi Borobudur juga mula dibina
sekitar tahun 775 Masihi dan candi ini siap sekitar tahun 825 Masihi.
Pembinaan Candi Borobudur ini melambangkan ketinggian tahap
teknologi pembinaan kerajaan Sriwijaya di bawah Dinasti Sailendra.
Candi ini dibina dengan menggunakan batu. Pada dinding-dinding candi
ini diukir aktiviti-aktiviti masyarakat pada masa itu yang melambangkan
kemajuan mereka. Candi Borobudur dikatakan dibina bukan sebagai
tempat ibadah semata-mata, tetapi adalah sebagai pusat pengajian
Buddha yang terulung di rantau ini. Sehingga hari ini, Candi Borobudur
merupakan antara candi Buddha yang terbesar di dunia.
Selain daripada Candi Borobudur, Kerajaan Sriwijaya juga telah membina 19
beberapa buah binaan-binaan yang hebat seperti Candi Muara Takus
dan Candi Muaro Jambi. Oleh itu, ketika Parameswara mengasaskan
Kesultanan Melayu Melaka, beliau telah memiliki pengetahuan tentang
teknologi-teknologi binaan yang unggul. Di samping itu, jarak masa
di antara Candi Borobudur disiapkan dan penubuhan Kesultanan Melayu
Melaka adalah 600 tahun! Mustahil Parameswara tidak mempunyai
sebarang pengetahuan tentang teknologi binaan menggunakan batu
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
sedangkan beliau adalah putera raja berketurunan pemerintah Sriwijaya
Dinasti Sailendra yang mana Candi Borobudur dibina oleh nenek
moyangnya.
Kerajaan Sriwijaya juga telah membina terusan-terusan yang panjang
yang masih kekal pada hari ini antaranya di Palembang dan Muaro
Jambi. Raja Sriwijaya juga telah menjalinkan hubungan diplomasi
dengan dunia Islam seawal zaman pemerintahan Khalifah Muawiyyah bin
Abu Sufyan. Raja Sriwijaya pada waktu itu yang bernama Lokitavarman
telah menulis surat kepada Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan. Perkara
ini telah diterangkan oleh Amr bin Bahr al-Jahiz (783-869 Masihi) dalam
bukunya yang bertajuk “Kitab al-Hayawan”. Beliau menukilkan bahawa
al-Haytham bin Adi telah meriwayatkan dari Abu Ya’qub al-Thaqafi dari
Abdul Malik bin Umayr bahawa beliau telah melihat di dalam pejabat
Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan surat dari seorang raja di sebuah
kerajaan di timur. Surat tersebut mengandungi seperti berikut :-
20
Candi Borobudur mula dibina sekitar tahun 775 Masihi dan siap sekitar tahun
825 Masihi.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
“Dari Raja al-Hind yang memiliki seribu ekor gajah dalam kandangnya,
yang mana istananya dibina dari bongkahan emas-emas dan perak-perak,
yang dilayani oleh seribu orang puteri-puteri raja, yang mana wilayahnya
memiliki dua batang sungai yang mengalir mengairi pohon-pohon gaharu,
kepada Muawiyyah…..”
Seorang sarjana Andalusia yang benama Ibnu Abd Rabbih (860-940
Masihi) menulis di dalam bukunya yang bertajuk “Al-Iqd Al-Farid”
(Kalung yang Istimewa) bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah
Hind yang mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Kandungan surat adalah seperti berikut :-
“Dari Raja sekalian para raja (Malik al Amlak) yang juga adalah keturunan
ribuan raja, yang isterinya pun adalah cucu dari ribuan raja, yang tamannya
dipenuhi dengan ribuan ekor gajah, yang wilayah kekuasaannya terdiri
dari dua batang sungai yang mengairi tanaman gaharu, rempah wangi,
pokok pala, dan kapur barus yang bau keharumannya semerbak sehingga
12 batu jauhnya. Kepada Raja Arab (Khalifah Umar bin Abdul Aziz) yang
tidak menyembah tuhan-tuhan lain selain Tuhan yang satu. Aku telah
mengirimkan kepada engkau hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda
persahabatan. Aku harap engkau sudi mengutuskan seseorang untuk
menerangkan ajaran Islam dan segala hukum-hukumnya kepadaku”...
Prof Q.S Fatimi menjelaskan bahawa wilayah Hind yang dimaksudkan
dalam surat-surat itu adalah Sriwijaya. Maka Raja Sriwijaya yang
mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu adalah Sri
Indavarman (Raja Sriwijaya). Ini kerana pada zaman itu, orang-orang
Arab memanggil wilayah Nusantara sebagai Aqsal Hind (India yang jauh).
Wilayah Champa (Vietnam & Kemboja) pula dipanggil Hindi Siniyyah (dari
sini terbit perkataan Indo China).
21
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
22 Candi Muara Takus yang terletak di Riau pernah menjadi pusat pemerintahan
kerajaan Sriwijaya.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Hikayat Pembangunan Yang Hebat Di Pulau Zabaj (Sriwijaya)
Saudagar Yunus bin Mihran As-Sirafi telah memberitahuku dan beliau
pernah masuk ke Zabaj dengan katanya:-
Aku telah melihat di negeri yang menjadi tempat bersemayam Maharaja
iaitu raja bagi Zabaj, pasar-pasar yang besar sekali begitu banyak tidak
terhitung bilangannya. Aku mengira-ngira bilangan pengurup wang di
negeri ini, lalu aku dapati bilangannya ada sebanyak lapan ratus pengurup
wang. Bilangan itu tidak termasuk pengurup wang yang berselerakan di
pasar-pasar.
Beliau juga telah menghikayatkan perkara-perkara berkenaan Pulau Zabaj
dari segi pembangunannya serta banyaknya negeri dan penempatan-
penempatan di dalamnya memang sukar untuk digambarkan.
Catatan Buzurg al-Ramhurmuzi dalam Aja’ibul Hind Barrihi Wa Bahrihi
23
Sumber gambar : Ihsan Penulis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Prof Fatimi juga menyatakan wilayah yang dimaksudkan oleh Sri
Indavarman dalam suratnya kepada Umar Abdul Aziz itu adalah Muara
Takus. Ini berdasarkan tulisan Dr. Schnitger yang bertajuk “The Forgetten
Kingdom in Sumatera”, bahawa Muara Takus merupakan tempat
banyak gajah dan direntangi oleh dua batang sungai. Hubungan antara
dunia Islam dan Sriwijaya dapat dibuktikan lagi dengan kewujudan
perkampungan Arab di Palembang yang wujud sejak dari zaman Dinasti
Umayyah. Hubungan antara Sriwijaya dan dunia Islam dari timur tengah
ini juga menyebabkan kepesatan budaya keilmuan berlaku disini yang
menghasilkan ketamadunan yang gemilang.
Oleh itu, ketika Parameswara mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka,
beliau telah memiliki pengetahuan tentang teknologi-teknologi binaan
yang unggul. Di samping itu, jarak masa di antara Candi Borobudur
disiapkan dan penubuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah 600 tahun!
Mustahil Parameswara tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang
teknologi binaan menggunakan batu sedangkan beliau adalah putera
raja berketurunan raja-raja Sriwijaya Dinasti Sailendra yang mana candi
Borobudur dibina oleh nenek moyangnya.
Ukiran kapal laut yang terdapat pada dinding Candi Borobudur membuktikan
masyarakat di Alam Melayu sudah lama terlibat dalam aktiviti pelayaran.
24
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Replika peta glob Daulah Sumber gambar : Ihsan Penulis
Abbasiyah. Peta yang asal
dibuat pada awal kurun
ke-3 Hijrah. Pada peta
ini jelas kelihatan Pulau
Sumatera yang dipanggil
sebagai “Jazirah al-Zinj
(Zabaj)” yang bermaksud
Pulau Sriwijaya.
Kemudi kapal laut kuno zaman kerajaan Sriwijaya yang kini dipamerkan di
Muzium Sriwijaya, Palembang. Kemudi ini ditemui di sekitar Palembang.
25
Sumber gambar : Ihsan Penulis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Terusan Kuno yang dibina oleh kerajaan Sriwijaya. Terusan yang sepanjang
hampir 2 km ini dibina bagi menghubungkan penempatan masyarakat dan
Sungai Musi di Palembang.
26
Sumber gambar : Ihsan Penulis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
MKEEALGAUKNAGAN KESULTANAN
Kota Yang Besar, Padat Dan Sibuk
Kota Melaka terletak hampir di tengah-tengah selat pada latitud dua
darjah utara. Ianya menjangkau satu liga di sepanjang persisir pantai,
dan terdapat sebatang sungai yang mengalir dari arah daratan yang
memisahkan kota ini kepada dua bahagian, yang mana dibina sebuah
jambatan di atasnya untuk kedua-dua bahagian ini berhubung.
Walaupun rumah-rumah dibina daripada kayu melainkan masjid dan
beberapa buah bangunan milik sultan, kota ini kelihatan sangat besar
dan hebat oleh kerana saiznya, jumlah kapal-kapal yang berlabuh
di dermaga dan betapa giatnya pergerakan manusia di darat dan
di laut yang mana dalam pandangan tentera-tentera dari armada
Portugis bahawa kota ini sebenarnya lebih hebat dari apa yang
pernah mereka dengar sebelum ini dan pada kota ini mereka telah
melihat lebih banyak kekayaan dari apa yang ada di India.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Terdapat banyak kota-kota di kawasan tanah rendah. Masyarakat tinggal
di rumah-rumah yang diperbuat daripada jerami. Mereka adalah terdiri
daripada umat Islam dan juga bukan Islam. Mereka bercakap bahasa
Melayu. Mereka mempunyai taraf kehidupan yang setara. Sumber
makanan sangat banyak. Mereka memelihara binatang ternakan.
Memburu adalah aktiviti yang biasa. Ia (Melaka) penuh dengan warga
asing, kerana ia merupakan pusat perdagangan yang sibuk.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy 27
King Dom Manuel of Glorious Memory
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran binaan bangunan-bangunan yang terdapat dalam Kota Melaka
28 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
29
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran Kota Melaka zaman Kesultanan Melayu Melaka.
30
Lukisan Portugis tentang keadaan Kota Melaka ketika Portugis meraikan
kejayaan menakluki Kota Melaka pada tahun 1511.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Kota ini pada masa ini adalah sempit dan tersebar di sepanjang pantai
(seperti di Lisbon dari Dexobiegas ke biara Belem.) Di dalamnya
terdapat kira-kira tiga puluh ribu buah rumah, dan terdapat sungai
yang membahagikan kota kepada dua bahagian. Setiap bahagian
berhubung dengan bahagian yang lain melalui jambatan kayu. Banyak
rumah diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya dibina di persisiran
laut. Rumah-rumah yang lain yang diperbuat daripada batu dan kapur
turut kelihatan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese
Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Hindia dan ianya juga
terletak benar-benar di tengah-tengah semua perdagangan yang kaya di
kawasan ini.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India.
* Hindia merujuk kepada wilayah yang bermula dari Asia Selatan (India,
Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives) hingga ke Asia
Tenggara
Walau bagaimanapun, disebabkan kota itu terlalu besar, dan para tentera
(Melaka) yang mempertahankan kota itu juga berjumlah besar, para
penduduk yakin Portugis akan dihancurkan, dan pahlawan-pahlawan
mereka akan meninggalkan medan perang dan berundur.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Melaka adalah sangat besar bahawa semasa musim angin monsun 31
terdapat dua ratus ribu orang lelaki, tidak termasuk ahli-ahli keluarga
mereka yang jumlahnya lebih ramai. -
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Melaka adalah sebuah kota yang besar, dan ianya kelihatan sukar untuk
ditawan. Ini akan menjadi begitu jika Sultan mempunyai sebuah lagi kota
yang lain yang dia boleh mengukuhkannya; tetapi dia tidak memilikinya.
Jika dia kehilangan Melaka, dia akan mengalami kerugian yang mutlak.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Ulasan :
Portugis sendiri mengakui tentang kepadatan dan kesibukan kota
Melaka melalui catatan-catatan para sarjana mereka sebagai mana
catatan-catatan di atas. Malah Gaspar Correia mencatatkan bahawa
kota Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Hindia
(merangkumi Asia Selatan hingga ke Asia tenggara). Catatan sebegini
jelas sekali membuktikan keistimewaan Melaka berbanding kota-kota
yang lain yang terdapat di seluruh Hindia. Kepadatan dan kesibukan kota
Melaka disebabkan beberapa faktor antaranya kerana kestabilan politik,
kecekapan pemerintah Melaka, infrastruktur dan kemudahan awam yang
baik, kedudukan Melaka yang strategik, polisi kerajaan Melaka terhadap
pedagang-pedagang asing dan lain-lain.
Keluasan, kepadatan dan kesibukan kota Melaka ini turut dinukilkan oleh
sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang. Dalam Sejarah Melayu, Tun
Seri Lanang mencatatkan seperti berikut:-
“Adapun zaman itu negeri Melaka terlalu ramai sekali, segala dagang pun
berkampung. Maka dari Ayer Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada
berputusan lagi, dari Kampung Keling datang ke Kuala Penajuh itu pun
tiada berputusan. Jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada membawa
api lagi barang di mana berhenti di sana adalah rumah orang. Dari sebelah
hingga datang ke Batu Pahat demikian juga, kerana masa itu rakyat
Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang ada di dalam negeri juga”.
32
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Kota Yang Dihuni Pedagang-Pedagang Kaya
Seperti apa yang aku katakan, terdapat ramai peniaga yang tinggal
di pinggir kota. Mereka terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan
Islam terutamanya mereka yang berasal dari Paliakat tetapi tinggal
di Melaka. Mereka adalah orang-orang terkaya dan memiliki
perdagangan yang terbesar yang dikenali di dunia pada masa ini.
Mereka mengukur kekayaan mereka dengan bahara-bahara emas,
di mana sebahagian daripada mereka mempunyai enam puluh quintaes
(ukuran Portugis). Tiada pedagang ini yang akan menganggap dirinya
kaya melainkan jika setiap hari dia mampu menerima tiga atau empat
kapal-kapal dagang yang sarat dengan barang, membayar untuk kapal-
kapal dagang tersebut dengan harta mereka sendiri.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese
Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, dan ianya
wujud di atas manfaat-manfaat perdagangan. Kebanyakan pedagang
adalah orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang dikenali di India
dan juga di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu
untuk berdagang di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak
boleh membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan
dalam kuantiti yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan
Venice. Kota ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Calicut
sebelum kita menakluki India.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
33
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Faktanya bahawa apabila dia telah menawan Melaka membawa makna
bahawa hampir semua perdagangan rempah-rempah yang dikendalikan
oleh orang-orang Islam ke Laut Merah telah dihentikan, kerana, selain
daripada Calicut, Melaka merupakan sumber utama rempah-rempah.
Semua yang ditinggalkan kepada orang-orang Islam adalah perdagangan
dari Calicut, yang mana ianya sedikit berbanding dari Melaka, dan sedikit
yang telah dihalang oleh tentera-tentera Portugis yang mengawal pantai
Malabar.
Melaka adalah penaklukan yang agung, dan ia memerlukan seorang
gabenor yang lain dengan tenaga kerja dan satu armada tentera miliknya
sebagaimana gabenor di India; disebabkan dalam kawasan Melaka
terdapat lebih ramai umat Islam, lebih banyak kekayaan dan lebih ramai
pedagang yang kaya berbanding di India.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Ulasan :
Catatan-catatan di atas jelas sekali membuktikan bahawa Melaka
merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang penting di dunia
pada ketika itu. Manakala di bahagian timur, Melaka dianggap sebagai
pusat perdagangan yang termasyhur, terpenting dan terkaya. Perkara ini
disebabkan pedagang-pedagang yang kaya-kaya di dunia pada ketika
itu berkumpul di Melaka. Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang
unggul dan kaya di dunia menyebabkan para pedagang yang kaya raya
memilih Melaka sebagai tempat persinggahan mereka. Melaka juga
menjadi pusat berkumpulnya barang-barang perdagangan dari timur
dan barat yang memudahkan pedagang-pedagang dari timur dan barat
menjalinkan hubungan perdagangan di antara satu sama lain
34
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pelabuhan Yang Terkaya Di Dunia
Kota Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah
perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan
yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia. Emas
mengalir ke sana dengan banyaknya sehinggakan para pedagang yang
terkemuka berurusan dengannya. Mereka tidak menilai harta mereka
mahu pun simpanan mereka melainkan dengan emas yang berjumlah
berbahara-bahara yang mana satu bahara menyamai empat “quintal”
Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa
Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik
leher (dapat mengusai) Venice.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Tidak diketahui adanya pelabuhan lain yang sebesar Melaka atau pun
pelabuhan di mana perdagangan barang-barang yang sangat berkualiti
dan mahal dijalankan. Segala barang yang berasal dari timur dapat
ditemukan di sini, begitu juga segala barang dari barat dijual di tempat
ini. Tidak diragukan lagi bahawa perdagangan Melaka merupakan
sesuatu yang penting dan mendatangkan banyak keuntungan serta
kehormatan. Ini adalah sebuat tempat yang tidak akan pernah
mengalami penurunan, beralih-alih dan akan selalu berkembang
dari kedudukannya. Di akhir musim hujan, anda akan menemukan
apa pun yang anda cari, bahkan kadangkala (akan temui) lebih dari
apa yang anda inginkan.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
35
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pada masa ini, Melaka dikenali sebagai kota yang terkaya di dunia
kerana para peniaga yang tinggal di situ sangat kaya. Kekayaan
mereka diukur dalam bahar-bahar emas - satu bahar adalah bersamaan
dengan empat “quintal”. Sebahagian peniaga memiliki kekayaan
mencecah sepuluh atau dua belas bahar.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory
(Quintal adalah ukuran berat bagi Portugis. Satu quintal bersamaan 100
kilogram. Maka 10 bahar emas bersamaan 4,000 kilogram emas)
Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang
paling kaya yang dikenali di dunia. Jong-jong dari China berlabuh di
sana dengan membawa emas, perak, mutiara, kasturi, stok-stok ubatan
akar kayu, permata, kain satin, kain bercorak, kain taf, sutera yang
ditenun, tembikar, peti keemasan, cincin, dan barang-barang lain yang
indah, lebih indah daripada yang dibuat oleh sami-sami mereka. Mereka
mengimport besi dan bahan pengawet makanan. Mereka menjalankan
perdagangan secara barter (tukar barang) dalam perdagangan lada sulah
dan kain dari Cambay, Bengal, dan Paliakat. Begitu juga dengan gandum,
kunyit, batu karang, delima, air raksa, ubat dari Cambay yang dipanggil
“cacho-pucho” dan barang-barang lain yang melalui Laut Merah.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese
Para raja berpergian (mengunjungi) ke Melaka. Melaka tidak dapat
ditandingi oleh pulau-pulau atau wilayah mana pun, disebabkan
tempat ini merupakan pelabuhan di mana angin musim berakhir.
Di pelabuhan inilah berbagai jong dan kapal berlabuh. Semua yang
36 datang akan membayar cukai, mereka yang tidak mampu membayar
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran kekayaan pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka.
37
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
akan mempersembahkan hadiah yang bernilai setara dengan cukai.
Sultan melabur saham pada tiap-tiap jong yang keluar untuk berdagang.
Dengan cara inilah baginda mendapat wang dalam jumlah yang besar.
Tidak ada keraguan bahawa sultan-sultan Melaka memang kaya raya.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Ulasan :
Sejarah membuktikan bahawa empayar Kesultanan Melayu Melaka
merupakan sebuah pelabuhan yang terbesar di dunia di zaman
kegemilangannya. Sebagai sebuah kerajaan maritim, Melaka mudah
dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari luar. Selain itu kedudukan
Melaka yang merupakan jalan tengah di antara benua Arab dan China
menjadikan ianya tempat pertemuan masyarakat dari seluruh dunia. Fakta
ini dicatatkan oleh sejarawan Portugis dan juga sejarawan tempatan.
Gambaran kesibukan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di
dunia.
38
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Selat Melaka
SIAM Selat Melaka yang memisahkan antara
pulau Sumatera dan Semenanjung Malaysia
PATANI pernah menjadi laluan laut yang paling sibuk
KEDAH dan paling masyhur di dunia ketika zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Selat yang
sepanjang kira-kira 800 kilometer ini pernah
dikuasai oleh Kesultanan Melayu Melaka
dan ia menempa kemasyhurannya pada
zaman tersebut. Dengan sebab itu, selat
ini dinamakan sebagai “Selat Melaka” yang
mana nama ini mula diberikan pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dan berkekalan
sehingga hari ini.
KELANTAN
ARU PERAK TERENGGANU
SELANGOR PAHANGMELAKA
SELAT
MELAKA
JOHOR RIAU
LINGGA
ROKAN
SIAK
SUMATERA
KAMPAR
INDRAGIRI
Wilayah kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka 39
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
40
Pelabuhan Melaka semasa pemerintahan Kesultanan Melayu pada tahun
1508 mengikut lakaran Portugis.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
41
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA