The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:38:17

Teknologi Kesultanan Melaka

Teknologi Kesultanan Melaka

Gambaran binaan bangunan bawah tanah di Kota Melaka zaman Kesultanan
92 Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

93

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Pembinaan Menara

Selain dari memiliki bangunan-bangunan yang hebat yang diperbuat
dari kayu dan batu-bata, menara-menara juga telah dibina di Melaka.
Pembinaan menara bukanlah sesuatu yang asing. Ratusan tahun sebelum
kewujudan Kesultanan Melaka, kerajaan Sriwijaya telah membina
menara-menara yang diperbuat dari batu-bata seperti menara Candi
Muara Takus di Riau yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Selain itu,
Ibnu Battutah dalam catatannya menyatakan bahawa Samudera Pasai
ialah sebuah kota yang cantik dan besar yang dikelilingi oleh tembok
dan menara-menara kayu. Beliau turut menyatakan rasa kekagumannya
pada keindahan dan kehebatan kota itu.

Pembinaan menara-menara di Melaka telah dicatatkan oleh Ma Huan,
seorang pelayar China yang beragama Islam yang mengiringi Laksama
Zheng He ke Melaka. Ma Huan di dalam catatannya yang bertajuk Ying
Ya Shen Lan (Pemandangan Indah Di Seberang Laut) menyatakan seperti
berikut :-

“Ketika kapal-kapal Zheng He (laksamana Cheng Ho) berlabuh
di Melaka. Di satu tempat dibuat pagar kayu runcing yang
mengelilingi seperti tembok kota. Di empat penjuru
pintu gerbang dibina menara-menara tempat
orang menabuh beduk untuk memberitahu
waktu pada malam hari. Malam ada
penjaga yang meronda dengan
membawa canang (loceng). Di
dalam kawasan itu terdapat
pagar kayu runcing sebagai
tembok kota kecil…”
94

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gereja St. Paul

Gereja St. Paul yang terletak di atas Bukit St. Paul dibina sebaik sahaja
Portugis dapat menawan Kota Melaka. Gereja ini dibina dengan
menggunakan batu-batu binaan Istana Kesultanan Melaka dan Masjid Besar
Melaka.

Benteng Kota Melaka

Benteng Kota Melaka yang dibina oleh Albuquerqe mengandungi
sebuah gereja kecil untuk menampung keperluan askar-askar Portugis.
Pada tahun 1521, seorang Kapten iaitu Duarto Coelho telah membina
sebuah gereja kecil di puncak Bukit Melaka (sekarang Bukit St. Paul).
Gereja ini dijadikan sasaran serangan-serangan terhadap Portugis
di Kota Melaka kerana ketinggiannya memudahkan penyerang menembak
sasarannya. Serangan Johor pada tahun 1550-1551 ialah serangan yang
paling dahsyat yang dihadapi oleh Portugis. Oleh itu, Portugis mengambil
keputusan untuk membina ‘benteng kota’ mengelilingi Kota Melaka. Semasa
pembinaan benteng kota dijalankan, pihak gereja juga ingin membesarkan
Gereja Madre de Deus (Gereja Nabi Isa) kerana kerosakan teruk yang telah
dialami di situ.

Kerja-kerja membesarkan gereja bermula pada tahun 1556. Sebahagian
dinding gereja dikekalkan. Dinding lama bahagian belakang dan stor telah
dipecahkan. Bahagian timur dan selatan dibesarkan dan ditinggikan.
Bahagian selatan mengandungi dua tingkat yang menjadi kediaman serta
kubu kota semasa peperangan. Kerja-kerja pembinan mengambil masa lebih
daripada 12 tahun. Gereja dibina dengan blok-blok batu lada dan plaster
kapur. Ianya diambil dari Pulau Upeh dan dibawa ke puncak bukit untuk
digunakan dalam pembinaan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh orang-orang yang
ditawan. Pengepungan bukit dan kubu pertahanan gereja ini menguatkan
kedudukan Kota Portugis sehingga ke tahun 1641.

95

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kota A Famosa

Setelah kota ini siap dan tersergam kukuh di kaki Bukit St. Paul, ia diberi
nama Kota Famosa, ertinya Kota Yang Termasyhur. Kota ini berbentuk
hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4
meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu
utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai.
Menurut catatan Abdullah Munshi pada tahun 1805, kekuatan Kota
Famosa ini amat hebat sekali. Kota ini juga mempunyai 8 buah menara
tempat kawalan setinggi 18 hingga 24 meter dan tebal temboknya 4.5
meter Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman
tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.

Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat
kawalan itu untuk kemudahan pada masa
peperangan. Sementara itu, di sekeliling
tembok kota juga ditempatkan 60 orang
sepoi yang lengkap bersenjata. Tidak
seorang pun dibenarkan masuk ke
dalam kota selepas pukul
6 petang. Pada

96
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

pukul 8 malam, jambatan jungkit yang merentangi sungai ditarik naik ke
atas kota. Sesiapa yang berjalan di sekitar kota tanpa membawa jamong
atau lampu suluh, akan ditahan oleh askar-askar yang berkawal. Begitu
juga sesiapa yang tidak menyahut cabaran pengawal akan ditembak.

97

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Pemandangan tapak asal Istana Melaka dari bawah Bukit St. Paul.

Sumber gambar : Ihsan Penulis
98

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

99

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis
Pemandangan laut dari tapak asal istana Kesultanan Melaka.

Sumber gambar : Ihsan Penulis
100

Pemandangan bawah dari tapak Istana Sultan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Batu Nisan Sultan Mansur Syah

Ini adalah sepasang batu nisan makam Sultan Mansur Syah. Satu
daripadanya dipamerkan di Muzium Negara manakala satu lagi dipamerkan
di Muzium Melaka. Menurut inskripsi yang tercatat pada batu nisan
ini, Sultan Mansur Syah mangkat pada 2 Rejab 880 Hijrah bersamaan 1
November 1477. Batu nisan ini ditemui di Bukit St. Paul. Kedudukan asalnya
ialah di Makam Diraja Melaka yang terletak di dalam kawasan Masjid Besar
Melaka. Portugis telah mencabut semua batu-batu nisan dan meruntuhkan
bangunan-bangunan batu yang terdapat di Kota Melaka untuk mendirikan
kubu Portugis yang dinamakan Fortaleza dan juga gereja St. Paul.

101

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

KUBU CHOHONG

Sumber gambar : Ihsan Penulis

102
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kubu Chohong di Jasin, Melaka dipercayai dibina pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Dinding kubu ini dibina dari bongkahan batu laterit yang
dipotong rapi. Dinding kubu ini menyamai dinding Gereja St. Paul dan
kubu A Famosa. Sehubungan itu, binaan Gereja St. Paul dan kubu A Famosa
diyakini dibina dari runtuhan bangunan-bangunan Kesultanan Melayu
Melaka.

Sumber gambar : Ihsan Penulis 103

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis
Sumber gambar : Ihsan Penulis

104 Batu-batu kubu Kota Melaka yang baru ditemui.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

INFRASTRUKTUR KOTA MELAKA

Kota Yang Terancang

Di bahagian selatan kota terbinanya istana Sultan yang terletak
di atas bukit dan juga sebuah masjid yang besar. Di bahagian selatan
itu juga merupakan kawasan penempatan golongan yang berkedudukan
tinggi (bangsawan). Di bahagian utara merupakan tempat tinggal para
pedagang yang dikenali sebagai “Kling”. Bahagian ini adalah lebih luas
berbanding bahagian-bahagian lain di dalam kota.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese

Kota ini pada masa ini adalah sempit dan tersebar di sepanjang
pantai (seperti Lisbon dari Dexobiegas ke biara Belem.) Di dalamnya
terdapat kira-kira tiga puluh ribu buah rumah, dan terdapat sungai yang
membahagikan kota kepada dua bahagian. Setiap bahagian berhubung
dengan bahagian yang lain melalui jambatan kayu. Banyak rumah
diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya dibina di persisiran laut.
Rumah-rumah yang lain yang diperbuat daripada batu dan kapur turut
kelihatan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan: 105
Sebagai sebuah kota yang utama di dunia yang dikunjungi oleh
pedagang-pedagang asing dari pelbagai negara di dunia, kota Melaka
adalah sebuah kota terancang. Dalam sistem pemerintahan Kesultanan
Melaka, Sultan dan Bendahara bertanggungjawab dalam merancang
dan menyusun pembangunan kota. Manakala Temenggung pula
bertanggungjawab sebagai pihak penguatkuasa tentang hal ehwal yang

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

berkaitan dengan kota. Ini termasuk dengan susun atur kedudukan premis
perniagaan, bangunan-bangunan lain dan jalan raya di kota. Perkara ini
turut dijelaskan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut:-

Adapun akan adat segala orang muda-muda Tun Hassan Temenggung,
apabila ia berjalan tiada berbelanja, maka ia berkata pada Tun Hassan
Temenggung, “Tunku, sekarang lebuh kita tiada betul, banyak kedai yang
menganjur, baik juga tuanku membetuli; kalau-kalau Yang Dipertuan
berangkat, dilihat baginda lebuh tiada betul, murka kelak akan tunku.”
Maka kata Tun Hassan Temenggung, “Baiklah, pergilah kamu semua
perbetul, rentangi tali lebuh itu.” Maka segala orang muda-muda Tun
Hassan Temenggung pun pergilah dengan segala pertanda merentang
tali; maka oleh segala mereka itu, pada tengah rumah saudagar yang
kaya-kaya itu direntanginya tali, disuruhnya roboh………..Maka tali itu
pun diperbenarnya mengikut seperti yang betulnya; segala kedai yang
menganjur itu juga disuruhnya buang.

Rangkaian Dan Jaringan Jalan Darat

Satu lagi pasukan tentera akan menyerang ke arah sisi kota di mana
terletaknya masjid yang besar itu, yang berhampiran dengan istana-
istana Sultan. Dalam pasukan ini adalah D. Joao de Lima, Fernao Peres
de Andrade, Bastiao de Miranda, Gaspar de Paiva dan Jaime Pereira
Teixeira. Mereka telah diarahkan bahawa, sebaik sahaja mereka mendarat,
mereka perlu menyerang ke arah jambatan, dan kekal di situ sebagai satu
pasukan tentera, kerana adalah penting untuk mempertahankan jambatan
daripada serangan dari kedua-dua belah arah, jika sekiranya musuh cuba
untuk masuk semula ke kota melalui jambatan. Disebabkan semua jalan-
jalan utama di kota menghala ke jambatan itu, gerombolan pasukan
106

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

tentera musuh akan cuba untuk memberi tumpuan ke atasnya. Dan jika
Tuhan mengizinkan tentera Portugis untuk memperolehi kedudukan yang
paling strategik itu, mereka akan bertapak dengan kukuh di dalam kota
agar mendapat setiap perkembangan yang seterusnya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Dinis Fernandes, yang diikuti oleh tentera-tentera di bawah
arahannya, menuju ke arah jalan yang paling besar. Dia berhadapan
dengan Sultan yang diiringi oleh sepasukan tentera berjumlah seramai
seribu lima ratus orang. Apa yang membuat dia berasa curiga adalah
Sultan dan pasukan tenteranya hanya tetap kekal di situ seolah-olah
berharap agar Fernandes dan para tenteranya meneruskan kemaraan
mereka sehingga ke atas jalan itu untuk menghadapinya. Kemudian
Fernandes sedar bahawa pada jalan itu terdapatnya jerangkap samar
yang mengandungi pancang-pancang dan damak-damak beracun. Apa
yang dia tidak dapat lihat adalah periuk-periuk api dari belerang. Jika
dia dan para tenteranya mara ke sepanjang jalan maka tiada yang akan
kekal hidup.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Para kapten kemudiannya kembali membantu Gabenor, yang
berjuang dengan sekumpulan tentera di jalan masuk ke jalan utama
kota. Musuh yang ramai, telah melihat bagaimana sedikit bilangannya
Portugis, lalu menyerang mereka dengan beraninya dan berperang
dengan penuh keyakinan.

107

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Walau bagaimanapun, Portugis memaksa mereka untuk berundur
di sepanjang jalan sehinggalah mereka tiba di persimpangan jalan-
jalan yang lain, dari mana musuh masuk, berharap untuk menyekat
Portugis di tengah-tengah jalan dari kedua-dua belah arah.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Tiada tentera Islam yang dapat meneruskan serangan mereka, dan
dengan demikian tentera-tentera Islam, bersama Bendahara, mula
berundur ke arah jalan raya sehingga mereka tiba di persimpangan jalan.
Di situ terdapat sebilangan besar tentera Islam yang bergajah bertemu
dengan tentera Portugis. Gajah-gajah menjadi naik minyak disebabkan
bunyi trompet mereka yang kuat, dan (untuk seketika) tentera-tentera
Portugis menjadi panik dan menangguhkan untuk maju ke arah jalan
di mana gajah-gajah itu berada. Tiada apa yang boleh mereka lakukan
melainkan jika mereka dapat mencederakan gajah-gajah tersebut.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan mengutuskan jawapan yang mengelirukan untuk menangguh-
nangguhkan masa. Dalam masa yang sama, baginda telah menyekat
semua jalan-jalan yang menghala ke pantai, dan kubu-kubu yang kukuh
telah dibina dengan tiang-tiang yang tebal dan batu-batu kasar, di kota
itu tidak terdapat benteng. Di luar kubu-kubu diletakkan periuk-periuk
api, lubang-lubang dan jerangkap samar.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

108

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sebelum malam menjadi semakin gelap dua pucuk meriam berat
dibawa (ke masjid) dan dari semasa ke semasa salah satu daripada
meriam-meriam itu menembak ke arah sebatang jalan, dan sepucuk lagi
meriam yang menembak ke arah jalan yang lain. Nuno Vaz mengambil
giliran berjaga malam bersama empat ratus orang tentera yang lain.
Mereka berjaga-jaga di sepanjang malam dan setiap suku jam melepaskan
tembakan meriam menuju ke arah jalan-jalan, yang lurus dan panjang.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Catatan-catatan Portugis tersebut membuktikan bahawa Kota Melaka
memiliki rangkaian jalan yang baik di mana terdapatnya jalan besar,
jalan utama serta persimpangan jalan-jalan yang menghubungkan
satu jalan dengan jalan yang lain. Tun Seri Lanang turut menukilkan
tentang kewujudan simpang empat di tengah-tengah Kota Melaka yang
membuktikan wujudnya jaringan jalan raya-jalan raya di Kota Melaka.
Di dalam Sulalatus Salatin, Tun Seri Lanang menyatakan seperti berikut:-

“Maka titah Sultan Alauddin kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh
membuat balai di simpang empat di tengah negeri, disuruh bubuh
seorang penghulu diam di sana”.

“Maka pergilah baginda berkuda; maka gemparlah segala lebuh pekan,
melihat Raja Zainal lalu itu”.

109

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Tapak asal Masjid Raya
Kesultanan Melayu Melaka.

110
Kawasan Pelabuhan Kota Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Tapak asal Istana
Kesultanan Melayu Melaka.

111

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Pembinaan Jambatan

Melihat kepada persediaan-persediaan tersebut, Gabenor merasa sedih
kerana orang-orangnya telah mengalami kesukaran dan mereka akan
mengalaminya lebih lagi. Tiada tempat bagi tentera-tentera Portugis
yang boleh mengukuhkan kedudukan mereka setelah mereka mendarat.
Orang-orang Islam (tentera Melaka) telah menjadikan diri mereka sangat
kuat di kedua-dua bahagian jambatan yang diperbuat dari kayu yang
berat dengan membina kedudukan-kedudukan pertahanan yang baik,
terutamanya pada sebelah kanan tebing sungai di mana terdapatnya
penduduk yang padat di pinggir kota. Manakala kota (Melaka) itu sendiri
terletak di sebelah kiri tebing sungai.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan membina rumah kayu yang besar; berhampiran dengan jambatan
sebagai tempat jamuan.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Sultan Mansur Syah membina masjid yang indah, di lokasi tersebut kini
dibina kubu Melaka (A Famosa). Masjid tersebut dahulunya merupakan
bangunan yang paling indah di wilayah ini. Baginda memerintahkan
pembinaan jambatan-jambatan yang penuh hiasan di atas sungai.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan:
Selain dari memiliki rangkaian jalan yang terancang dan tersusun,
jambatan-jambatan juga dibina di Melaka bagi menghubungkan jalan-
112 jalan darat yang dipisahkan oleh sungai. Perkara ini turut dinukilkan oleh
Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin yang menyatakan seperti
berikut

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis 113

Jambatan Rantai
Jambatan Rantai yang terletak di Banten, Indonesia dibina oleh Sultan
Maulana Yusuf pada tahun 1570 iaitu 61 tahun selepas penaklukan
Kota Melaka oleh Portugis. Ini adalah sebuah jambatan yang boleh
“buka tutup”. Jambatan seperti ini adalah teknologi yang biasa dibina
di Nusantara sebelum kedatangan penjajah barat. Ianya dibina bagi
tujuan mengutip cukai. Kapal-kapal dan perahu-perahu asing yang ingin
masuk ke pelabuhan akan disekat dengan jambatan sebelum mereka
membayar cukai pelabuhan. Setelah itu, jambatan akan diangkat dengan
menggunakan rantai untuk membenarkan kapal-kapal dan perahu-
perahu melintasinya.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Jambatan Melaka
Jambatan di Bandar Hilir Melaka yang
baru dibina. Di sini juga pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka,
jambatan-jambatan telah dibina untuk
menghubungkan kawasan di seberang
sungai dengan kawasan Istana Kesultanan
Melaka.

114

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Dua buah lukisan Portugis tentang Kota Melaka zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Dari lukisan-lukisan ini jelas menunjukkan tentang keagungan
Kesultanan Melayu Melaka.

115

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

“Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi,
terlalu banyak hulubalang mengiringi baginda; maka oleh Sultan Ahmad
Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah
berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya. Maka
dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar
bunyinya. Maka Sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung
jambatan, khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat
datangnya itu”.

Pelabuhan Yang Sistematik Dan Berkemudahan

Melaka mengelolakan keluar masuknya jong-jong dalam jumlah yang
sangat besar. Oleh kerana itu, kekayaan tidak dapat dihindarkan oleh
Sultan.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Di Melaka terdapat empat orang Syahbandar yang bermaksud pegawai
ibu kota. Mereka adalah para pegawai yang menyambut nakhoda-
nakhoda jong yang berlabuh di wilayah masing-masing. Mereka
melaporkan kepada Bendahara, membahagikan pembahagian gudang
kepada para nakhoda, membuat laporan mengenai komoditi yang
dibawa. Apabila nakhoda-nakhoda tersebut dilengkapi dengan surat-
surat, maka mereka akan menyediakan penginapan. Mereka juga
memberikan perintah berkait dengan gajah-gajah (pengangkutan darat).

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Sultan kemudiannya mengutuskan jawapan bahawa baginda berasa
116 begitu senang dengan permintaan mereka untuk menjalinkan perjanjian

persahabatan, dan dengan sebab itu mereka boleh mendarat dengan
jaminan keselamatan, untuk membeli dan menjual seperti pedagang-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

pedagang lain yang datang ke kota itu dan membayar cukai-cukai yang
dikehendaki. Baginda akan mengeluarkan arahan-arahan supaya mereka
disediakan dengan penginapan yang berhampiran dengan pantai untuk
keselesaan yang lebih baik.

Diogo Lopes menunjukkan betapa gembiranya dia menerima jawapan
Sultan dengan serta merta mengutuskan Rui D’ Araujo untuk mendarat
sebagai wakilnya, beserta hadiah untuk Sultan sebagai rasa terima
kasih atas kesudian baginda untuk menerima mereka. Rui D’ Araujo
juga mengambil alih bangunan-bangunan yang besar dan kukuh dan
berhampiran dengan persisiran pantai. Berasa gembira dengan hadiah
yang baginda terima, Sultan dengan serta merta memerintahkan seorang
pembantunya untuk pergi menunjukkan bangunan-bangunan yang
baginda peruntukkan kepada wakil Portugis itu, yang akan mengambil
alih bangunan-bangunan itu. Bangunan-bangunan tersebut berkeadaan
baik dan kukuh yang mana ianya terletak di tepi pantai dan dapat dicapai
oleh bot-bot kapal...

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan : 117
Sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia, sudah tentu pelabuhan
Melaka menyediakan infrastruktur yang berkelas dunia. Ini dibuktikan
oleh catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India yang menyatakan
terdapatnya bangunan-bangunan yang besar dan kukuh yang terletak
di pelabuhan Melaka. Sultan Melaka juga menyediakan kemudahan
penginapan (hotel) kepada pedagang-pedagang asing yang berdagang
di Melaka. Penyediaan infrastruktur bertaraf dunia di perlabuhan inilah
yang menjadi antara sebab Melaka terus dikunjungi oleh pedagang-
pedagang asing dari seluruh dunia. Tun Seri Lanang menukilkan

di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

“Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka
segala dagang Arab dinamainya Malaqat, yakni perhimpunan segala
dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan
segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama”.

118

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambaran kapal-kapal dagang yang berlabuh di
pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka.

119

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Pelabuhan Melaka

Kedudukan Kota Melaka menjadikan kapal-kapal dagang dari China, Arab,
Nusantara, India dan Parsi bertumpu di Melaka. Pelabuhan Melaka dianggap
sebagai penghubung antara dunia timur dan barat. Dengan sebab itu, ada
pendapat menyatakan bahawa nama ‘Melaka’ itu berasal dari perkataan Arab
“Malaqat” yang bermaksud tempat pertemuan. Maka aktiviti perdagangan
pun menjadi sangat pesat. Kapal-kapal ini menukarkan barangan sebelum
kembali ke destinasi masing-masing. Kapal-kapal dagang tersebut
menurunkan banyak jenis barangan di Melaka dan ini memerlukan usaha
mengenakan cukai, menyimpan barangan dan keperluan logistik.

Dengan kepesatan aktiviti perdagangan di Pelabuhan Kota Melaka, Sultan
mewujudkan jawatan Syahbandar yang dianggap sebagai ‘raja’ di kawasan
pelabuhan. Pelbagai jawatan lain yang berada di bawah kelolaan Syahbnadar
juga turut diwujudkan untuk membantu Syahbandar menguruskan urusan-
urusan perdagangan dan kebajikan pedagang-pedagang dari seluruh dunia
di pelabuhan. Sultan Melaka juga mewujudkan pelbagai kemudahan untuk
pedagang-pedagang dari luar seperti gudang tempat menyimpan barangan,
tempat penginapan, khidmat pengangkutan barang dan lain-lain. Sistem
pentadbiran yang teratur dan infrastruktur pelabuhan yang bertaraf dunia
120 ini menyebabkan Melaka terus dikunjugi oleh pedagang-pedagang dari luar
sehinggalah Melaka menjadi pelabuhan yang terkaya dan terkenal di dunia
pada waktu itu.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

121

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

TDEAKNNPOELNOGGAI IPREARNTANIAN

Apabila mereka penat dengan kehidupan kota, mereka akan
meninggalkannya untuk pergi ke kebun-kebun mereka yang terdapat di
luar kota untuk mereka berehat. Kebun-kebun ini terletak di pedalaman
di sepanjang tebing sungai dan sangat indah.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese

Melaka terletak di sepanjang pantai Siam, di muara sungai kecil. Ia
bermula beberapa liga (ukuran jarak bagi Portugis) di sepanjang pantai.
Ia adalah panjang dan sangat sempit. Ia mempunyai penduduk seramai
tiga puluh ribu. Terdapat kebun-kebun subur dan banyak sumber air
bersih. Bekalan-bekalan lain adalah diimport. Di dalamnya, terdapat
buah-buahan seperti articok (sejenis sayur yang terdapat di negara
Mediteranean), menyerupai sitron (sejenis buah yang terdapat di negara
Mediteranean) dan ia dipanggil durian. Rasanya begitu manis dan lazat
yang mana ramai warga asing tinggal di dalam kota hanya kerana itu,
walaupun persekitaran kota itu tidak sihat.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Di kawasan luar kota semua buah-buahan yang baik ditemui di sekitarnya,
termasuk beberapa jenis buah yang kelihatan seperti anggur. Setiap
empat bulan terdapat (musim) durian, iaitu buah yang seperti articok
(sejenis sayur yang terdapat di negara Mediteranean) dalam bentuk
dan saiz buah sitron yang besar (sejenis buah yang terdapat di negara
Mediteranean). Rasanya sangat pelik dan dikatakan bahawa ia adalah
buah yang dimakan oleh Nabi Adam yang menyebabkan dia berdosa.
122 Terdapat juga buah berangan dan buah-buahan yang lain yang sangat

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

berbeza daripada buah yang terdapat di Portugal. Air yang sangat bersih
boleh didapati di sana.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese

Mereka tinggal di rumah besar di luar kota yang terdapat banyak kebun,
taman-taman dan tangki-tangki air di mana mereka menjalani kehidupan
yang menyenangkan.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Kota Melaka ini kaya dengan buah-buahan dan sumber air yang baik;
bekalan utama sumber-sumber makanannya datang melalui laut dari luar
negara.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Di pantai laut dalam wilayah Melaka masih kekal beberapa peninggalan
silam Parameswara dan keturunan yang menggantikan beliau, misalnya,
di tempat yang dinamakan Panchor terdapat apa yang dipanggil “Kolam
Raja”. Ini adalah sebuah kolam yang dibina daripada marmar sebagai
tempat untuk Raja mandi. Air di dalamnya diisi dari mata air yang sangat
bersih yang sentiasa mengalir yang mana ia kemudiannya mengalir ke
laut di antara batu-batu besar melalui hutan dan belukar yang dipenuhi
dengan rusa, pelanduk dan semua jenis haiwan serta burung yang saling
berkejaran.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan : 123
Kedudukan wilayah Nusantara (Gugusan Kepulauan Alam Melayu)
yang terletak di garis khatulistiwa yang subur menyebabkan wilayah ini
sangat kaya dengan hasil bumi. Ribuan jenis tumbuh-tumbuhan hidup
dan tumbuh dengan begitu subur di wilayah ini. Maka tidak hairanlah

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

seorang saintis barat yang bernama Stephen Oppenheimer menukilkan
di dalam bukunya yang berjudul Eden In The East bahawa penduduk
di Semenanjung Tanah Melayu merupakan golongan yang pertama
menanam padi di muka bumi ini iaitu kira-kira 9,000 tahun sebelum
masihi. Disebabkan bidang pertanian aktif di wilayah ini, maka teknologi
berkaitan pertanian juga berkembang seiring dengan kepesatan aktiviti
pertanian.

124
Menurut Godinho de Eredia nama Panchor berasal dari pancuran air yang
terdapat di kolam raja yang dibina di tempat ini.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Masyarakat di Nusantara yang menjadikan padi sebagai tanaman yang
utama sememangnya mahir dengan teknik-teknik dan teknologi yang
berkaitan dengan sistem pengairan. Ini termasuklah masyarakat petani
di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antara teknologi yang digunakan
ialah pembinaan kincir air, penggalian terusan-terusan, pembuatan
perlatan pertanian seperti alat membajak, menuai dan menanam padi
dan sebagainya.

Selain itu, Kesultanan Melaka merupakan sebuah
kerajaan yang terdedah dengan kepakaran
teknologi-teknologi dari seluruh dunia. Ini
termasuklah teknologi pengairan, saliran serta
teknologi membuat pancuran air.

125

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambaran pancuran air dan kolam mandi milik Sultan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
126

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

127

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambar kincir air tradisional yang terdapat di Negeri Sembilan
pada tahun 1950.
Sumber gambar : JMBRAS.1972. Vol 45 Part 2

128
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka yang dibina di
tepi Sungai Melaka ini menggambarkan tentang kejayaan
Kesultanan Melayu Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa
yang terkemuka dunia. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, kincir air ini berfungsi untuk mengatur permukaan
air di muara Sungai Melaka yang mana setiap hari ianya
dikunjungi oleh sekitar dua ribu buah kapal dagang dari
seluruh dunia. Ianya juga berfungsi sebagai alat pengangkut
air bagi kemudahan pedagang-pedagang di pelabuhan ini.

129

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

130

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kincir Air : Teknologi Kuno Nusantara

Kincir air merupakan salah satu teknologi kuno
di Alam Melayu (Nusantara) yang telah diamalkan sejak
ribuan tahun dahulu iaitu sebelum kedatangan Islam
di Nusantara. Antara fungsi kincir air ialah untuk
menyalurkan air dari sungai ke sawah padi dan untuk
menumbuk padi dan beras menjadi tepung. Setelah
kemasukan Islam, kincir air juga berfungsi sebagai
penyalur air wudhuk dan untuk lain-lain kegunaan air
di masjid-masjid. Maka kincir-kincir air telah dibina
di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain dari tujuan
pertanian, ianya juga berfungsi sebagai alat pengangkut air
untuk kegunaan seharian.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kincir air tradisional yang terdapat di Paya Kumbuh, Sumatera Barat. Teknologi 131
kincir air seperti ini telah digunakan sejak lebih 1,000 tahun yang lalu.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Pendedahan ini disebabkan hubungan-hubungan yang dijalinkan
oleh Sultan Melaka dengan kerajaan-kerajaan besar di dunia pada
ketika itu seperti kerajaan dinasti Ming di China, Kerajaan Majapahit
di Jawa, Kerajaan Ryukyu di Jepun, kerajaan Mamluk di Mesir, kerajaan
Uthmaniyah di Turki dan kerajaan-kerajaan lain.

Di samping itu, kedatangan pedagang-pedagang asing dari seluruh
pelusuk dunia juga menyebabkan Melaka terdedah dengan teknologi-
teknologi yang mengagumkan dari luar. Tamadun Islam di timur tengah
pada masa itu sememangnya menguasai teknologi saliran dan pengairan.
Antara teknologi ajaib yang dikuasai oleh orang-orang Islam di timur
tengah ialah membuat pancuran air.

Mengikut penelitian penulis, terdapat sistem pengairan dan perparitan
yang sistematik dalam penempatan Majapahit di Trowulan, Indonesia.
Antaranya ialah sebuah kolam, saluran longkang-longkang di sekitar
penempatan dan pembuatan saluran paip dari tanah liat yang dibakar.
Semua teknologi ini telah wujud sezaman dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Maka tidak mustahil sistem-sistem pengairan dan perparitan
yang terdapat di Jawa zaman Majapahit turut dilaksanakan di Melaka
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Tun Seri Lanang mencatatkan di dalam Sulalatus Salatin tentang
wujudnya sistem kumbahan dan pembentungan di zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Beliau menyatakan bahawa wujudnya tandas untuk
pembuangan najis dan tempat mandian yang khusus sepertimana
berikut:-

“Sebermula setelah siang hari maka segala inang pengasuh Tun
Teja datang mendapatkan Tun Teja, maka dilihatnya Tun Teja tiada di
peraduannya. Maka dicarinya ke tandas, disangkanya buang air, di tandas
132 pun tiada; maka dilihatnya ke pemandian, di pemandian pun tiada”.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Replika taman istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak di Muzium
Kesultanan Melayu Melaka, Bandar Hilir, Melaka. Kewujudan taman dalam
istana Kesultanan Melayu Melaka membuktikan kemahiran masyarakat
Melayu dalam bidang pertanian dan landskap.

Sumber gambar : Ihsan Penulis 133

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambar sebatang terusan di Kubang Rotan yang bersambung dengan Sungai
Kuala Kedah. Barangkali inilah terusan atau sungai buatan yang dibina pada
zaman pemerintahan Sultan Ata’Allah Muhammad Syah di Kedah yang sezaman
134 dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan dalam
At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Teknologi Pembinaan Terusan Di Semenanjung Tanah Melayu
Sebagai masyarakat yang menjadikan beras sebagai makanan asasi,
orang-orang Semenanjung Tanah Melayu telah mahir dalam ilmu teknologi
pembinaan terusan yang mana pembinaan terusan ini sangat penting bagi
penanaman padi di kawasan sawah. Di samping itu, pembinaan terusan juga
sangat penting bagi memudahkan laluan perahu dari laut atau sungai ke
kawasan-kawasan penempatan masyarakat.

Sejak dari zaman Kedah Tua lagi, orang-orang Melayu berkemahiran membina
terusan atau sungai buatan. Dalam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
dicatatkan bahawa pada zaman pemerintahan Sultan Ata’Allah Muhammad
Syah (1423 Masihi hingga 1471 Masihi), satu projek pembinaan terusan yang
begitu panjang telah dilakukan. Jika dilihat pada garis masa, pemerintahan
Sultan Ata’Allah Muhammad Syah adalah sezaman dengan pemerintahan
Sultan Muhammad Syah hingga ke zaman Sultan Mansur Syah di Melaka.

At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mencatatkan seperti berikut:-

“Adapun pada masa Sultan Ata’Allah Muhammad Syah Yang Maha Mulia
di atas takhta kerajaan itu baginda bermuafakat dengan segala menteri-
menterinya mengorek sebatang sungai dari Sungai Jerlun sampai ke Alor
Janggus. Dari Alor Janggus hingga sampai ke Kubang Rotan menghubungi
hujung Sungai Mati. Kuala Sungai Mati itu tembus ke sungai besar Kuala
Kedah.”

Sumber gambar : Ihsan Penulis

135

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Teknologi Pengairan Majapahit

Kolam mandi Raja Majapahit dan saliran air pada
tapak arkeologi penempatan Majapahit yang terletak
di Trowulan, Jawa Timur. Kedua-dua teknologi pengairan
Majapahit ini wujud sezaman dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Berkemungkinan besar Kesultanan Melayu
Melaka turut belajar dan mengambil manfaat dari teknologi
Majapahit memandangkan Kesultanan Melayu Melaka
dan Majapahit memiliki hubungan diplomatik yang erat.
Menurut sumber Sulalatus Salatin, Sultan Mansur Syah telah
membawa sebuah rombongan ke Majapahit. Rombongan
itu turut disertai oleh pembesar-pembesar Melaka seperti
Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu.

136 Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

TEKNOLOGI SENJATA API

Meriam

Di kawasan pantai, yang disyaki sebagai kedudukan pertahanan yang
lemah, Sultan meletakkan pegawai-pegawai yang lain sebagai orang
yang bertanggungjawab berserta dengan meriam-meriam yang
diperlukan. Putera-putera, iaitu anaknya dan menantunya masing-
masing diberikan tanggungjawab untuk memimpin pasukan tentera
yang bersedia untuk pergi ke kawasan di mana di situ terdapat bahaya
yang paling besar. Satu lagi pasukan tentera, bersama-sama dengan
gajah-gajah kerajaan, akan tinggal bersama dengan Sultan sebagai
perlindungan ke atas diri Sultan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Sebilangan besar musuh-musuh telah terbunuh yang mana adalah
mustahil untuk dihitung jumlah mangsa korban. Ramai daripada orang-
orang kita cedera dan lebih daripada lapan puluh orang telah dibunuh. Di
dalam kota, mereka menemui lebih daripada tiga ribu pucuk meriam
besar dan kecil, yang dibuat daripada besi dan tembaga, salah satu
daripada meriam-meriam tersebut terdapat meriam yang sangat
berat yang diberikan oleh Raja Calicut bersama-sama dengan
meriam-meriam yang lain kepada Sultan Melaka.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Walaupun orang-orang Islam telah membawa harta benda mereka dalam 137
jumlah yang banyak keluar dari kota itu, kota itu masih begitu kaya
di mana harta-harta rampasan yang tinggal berjumlah lebih daripada lima
puluh ribu cruzado. Terdapat tiga ribu pucuk meriam daripada lapan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

ribu pucuk meriam yang dimiliki oleh musuh telah ditemui yang mana
jumlahnya dimaklumkan oleh Rui D’ Araujo tatkala dia memberikan
maklumat (kepada Albuquerque selepas dia dibebaskan, sebelum
berlakunya serangan ke atas kota). Beberapa pucuk meriam sangat
berat, dan salah satu daripada meriam-meriam yang sangat berat itu
adalah sangat cantik yang mana ianya dihadiahkan oleh Raja Calicut
tidak beberapa lama sebelum ini.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Dalam gudang-gudang milik Sultan ditemui sejumlah besar
tembaga, keluli, besi, timah hitam, bijih timah, belerang, ubat bedil,
serbuk peluru, senjata-senjata dan peluru-peluru perang yang lain
serta selimut-selimut kapal (kain penutup kapal) dalam jumlah yang
banyak. Segala-galanya telah diambil untuk raja kita (Raja Portugal)
beserta hasil-hasil rompakan barang-barang yang diambil dari kota,
yang mana ianya menyumbang sejumlah lebih dua ribu cruzado kepada
Raja kita, di samping barang-barang yang diseludup keluar yang mana
jumlahnya jauh lebih besar. Maka tiada emas atau perak yang telah
dilelong, begitu juga dengan orang-orang tawanan yang begitu ramai.
Apabila semuanya dihitung bersama-sama dengan apa (harta) yang
musuh telah berjaya selamatkan dari kota, jumlah kekayaan (harta benda)
adalah tidak terbatas banyaknya.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Sebaik sahaja jong (Portugis) itu melintasi beting pasir dan berlabuh
berhampiran jambatan, meriam-meriam tentera Islam mula
menembak ke arahnya. Sebahagian daripada peluru-peluru meriam
138 yang menembak, yang diperbuat dari bijih timah hitam, menembusi
di kedua-dua belah jong tersebut yang menyebabkan berlakunya
korban jiwa yang besar di kalangan tentera-tentera Portugis. Dalam

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

kedahsyatan peperangan tersebut Antonio de Abreu telah tercedera
di rahang disebabkan tembakan senapang, banyak giginya hilang dan
bahagian tulang rahangnya cedera, setelah lama dari peristiwa itu,
selepas kecederaan rahangnya pulih, rahangnya telah teralih.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Kapten-kapten Portugis bersetuju dengan alasan Albuquerque untuk
berundur, perintah yang diberikan oleh Gabenor untuk berundur
bermula pada waktu matahari terbenam. Beliau merupakan orang
pertama sekali berundur, supaya orang lain yang melihatnya berundur
akan turut berbuat demikian dan sebahagian daripada mereka yang
telah menjarah istana Sultan yang serba lengkap itu menghentikan
tindakan mereka. Dari kota, mereka menawan tujuh puluh dua pucuk
meriam dan memasangkannya pada kubu-kubu kayu berhampiran
jambatan. Sebahagian daripada meriam-meriam tersebut diperbuat
daripada gangsa dan sebahagian yang lain diperbuat daripada besi.
Sebahagian dari pada peluru meriam besi itu disalut dengan timah hitam
dan sebahagian peluru yang lain diperbuat dari batu.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Antara meriam-meriam yang ditemui adalah beberapa pucuk meriam
besar, yang mana ianya dikatakan dihantar oleh pemerintah Kerajaan
Calicut kepada Sultan Melaka. Maka banyak senjata-senjata telah
ditemui.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

139

Portugis telah memberi tekanan dengan begitu keras dan menyebabkan
banyak kematian di kalangan tentera Islam yang mana ramai melarikan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

diri dari kubu-kubu. Akibat dikejar oleh Portugis, mereka terpaksa
menggunakan jambatan kayu merentasi sungai air tawar yang agak
dalam. Gabenor, apabila menyedari bahawa orang-orangnya mahu
menyerang jambatan, maka beliau memerintahkan mereka agar
menghentikannya, dan tidak menyeberangi sungai tersebut. Mereka pun
kembali, dan beberapa orang dari tenteranya dianugerahkan sebagai
pahlawan dengan serta merta oleh Gabenor. Disebabkan mereka
letih beliau membenarkan mereka untuk berehat, tetapi beliau
mengutuskan Dinis Fernandes de Melo dan Pedo D’Alpoem dengan
beberapa orang tentera dari perahu-perahu untuk mengumpulkan
meriam dari kubu-kubu (tentera Melaka).
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

140
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Meriam-meriam Kesultanan Melayu Melaka

Meriam merupakan senjata utama Kesultanan Melayu Melaka
ketika bertempur dengan Portugis. Pencatat-pencatat sejarah
Portugis menyatakan bahawa semasa Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1511, sebanyak kira-kira 8,000 pucuk meriam
digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka ketika bertempur
dengan Portugis, Namun hanya 3,000 pucuk meriam sahaja
ditemui manakala bakinya berjaya dibawa lari oleh tentera-tentera
Kesultanan Melayu Melaka.

Gambar ini ialah replika meriam yang dinamakan Peca 141
De Malaca. Meriam yang asal terdapat di Muzium
Tentera di Lisbon, Portugal. Meriam ini dibuat di India
dan dihadiahkan kepada Sultan Melaka. Ia kemudiannya
dirampas oleh Portugis di Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Click to View FlipBook Version