142 Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 13 Februari 2016, menceritakan tentang
penemuan meriam dari Kesultanan Melayu Melaka di Goa, India.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
143
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Meriam Kecil (Lela dan Rentaka)
Dalam pada itu Sultan mempertahankan kota dengan pagar-pagar
kubu kayu dan parit-parit. Selain daripada tentera dan gajah, baginda
mempunyai lapan ribu pucuk senjata api, separuh daripadanya
berukuran di antara meriam dan senapang. Sementara menunggu
kedatangan Laksamana, Sultan menjadikan situasi yang sukar buat
Albuquerque dengan tidak mengutuskan kepadanya sebarang balasan
(bagi pesanannya) dan dengan tidak membebaskan tawanan-tawanan
atau barang-barang yang baginda telah rampas dari Portugis. Dengan
cara ini Sultan dapat memastikan bahawa tidak akan wujud sebarang
perdamaian atau persahabatan di antara baginda dan Portugis.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
* Apa yang dimaksudkan senjata berukuran di antara meriam dan
senapang barangkali adalah lela rentaka.
Disebabkan tentera Portugis telah diberi amaran awal, maka mereka
dapat mengelak daripada perangkap-perangkap dan dapat sampai kubu-
kubu tersebut, di mana pertempuran secara langsung berlaku. Tentera-
tentera Islam sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata dengan
senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam logam
yang kecil, busur bersilang, lembing dan tombak-tombak, yang mana
panjang dan diperbuat daripada buluh, dengan mata besi yang kelihatan
seperti nyalaan api.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
144
Sumber gambar : Ihsan Penulis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Lela Rentaka merupakan senjata api ringan Melayu Lama. Ianya juga telah 145
digunakan di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sultan berada di atas gajah baginda, puteranya, di atas gajah yang lain
dan menantunya yang ketiga pergi ke kota untuk melihat apa yang perlu
dilakukan. Tentera Islam berada pada kedudukan mereka, menembak
meriam-meriam mereka, tetapi hanya memberikan sedikit kerosakan,
meriam-meriam mereka terdiri daripada meriam kecil dan yang sangat
kecil. Namun mereka mempunyai banyak senapang-senapang.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Sultan yang berada di atas gajah baginda, melihat pasukan pimpinan
Joao de Lima berpatah balik, menunggang ke tempat yang lain untuk
memberi bantuan dengan sebilangan besar tentera dan sepuluh ekor
gajah yang membawa binaan seperti istana di belakangnya. Melihat
perkara ini, tentera Portugis yang masih berada di kubu-kubu tidak dapat
maju ke arah jalan-jalan, dan mereka telah ditembak dengan tembakan-
tembakan senapang, peluru-peluru meriam kecil dan anak-anak panah
beracun.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Ulasan:
Meriam adalah salah satu senjata api utama tentera Melaka. Angkatan
tentera Melaka tidak hanya menggunakan senjata-senjata seperti keris,
tombak dan parang sahaja, malah mereka telah pun menggunakan
senjata api jauh sebelum kedatangan Portugis. Penggunaan meriam
dalam angkatan tentera Melaka turut dinukilkan oleh Tun Seri Lanang
di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-
Maka berperanglah Temenggung Seri Udani dengan Peringgi, terlalu
azamat bertembak-tembakan; bunyi meriam seperti halilintar membelah;
bunyi pelurunya seperti kumbang dijolok; maka yang mati pun terlalu
146 banyak sebelah menyebelah. Sehari semalam lamanya perang itu, maka
ubat bedil pun habis, maka Seri Udani menyuruh memohonkan ubat bedil
serta bantu. Maka disuruh beri ubat bedil sehabis-habisnya, hanya empat
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
tempayan; dan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara, dititahkan Sultan
Mahmud Syah membantu Temenggung Seri Udani.
Setelah keesokan harinya, dari pagi-pagi hari, maka Sultan Ala’uddin pun
keluarlah dengan sekalian kelengkapan baginda, lalu sekaliannya belayar;
Laksamana Hang Nadim akan kepala kelengkapan, perahunya dendang,
panjang tiga belas; dua sehaluan meriamnya, dan rentakanya sepuluh
sebelah, tahan turut dua; dan pengapitnya Seri Bija Diraja, cucu kepada
Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, perahunya Jong, panjang sebelas; dua
juga meriamnya sehaluan, dan rentakanya delapan sebelah, tahan-turut
dua. Adapun kepada masa itu bedil yang lepas ketika Kopak alah, meriam
dua puluh dan rentaka tiga ratus;
Penggunaan meriam dalam peperangan bukan sahaja digunakan
ketika bertempur dengan tentera Portugis, malah sebelum itu iaitu
ketika angkatan tentera Melaka berperang dengan Siam, meriam telah
digunakan sebagai senjata. Perkara ini disahkan oleh seorang pengkaji
barat yang benama William Linehan dalam sebuah artikel yang bertajuk
“Some Discoveries on the Tembeling”. Beliau telah menemui beberapa
kesan peninggalan acu membuat meriam yang digunakan oleh orang-
orang Melayu di Pahang ketika berperang menentang orang-orang Siam.
Ini membuktikan orang-orang Melayu merupakan masyarakat yang 147
mahir membuat dan menggunakan meriam. Di dalam catatan Portugis
dinyatakan bahawa sebahagian dari meriam-meriam di Melaka diimport
dari luar dan sebahagian lagi dibuat oleh masyarakat Melayu terutamanya
di Pahang. Di dalam buku Peluru Petunang ada menerangkan tentang
teknik-teknik berperang menggunakan meriam dan senapang kuno
Melayu. Antara jenis-jenis meriam Melayu adalah seperti meriam agong,
meriam jolong atau jenjulong, meriam kalok, meriam dua se kalam,
meriam peminggang, meriam turat, meriam lela, meriam rentaka dan
bermacam-macam lagi.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pembuatan Meriam Tempatan Dalam Kesultanan Melayu Melaka
Terdapat laporan di dalam makalah Royal Asiatic Society tahun 1928, seorang
ahli arkeologi Inggeris yang bernama William Linehan telah melakukan
kajian arkeologi di Jeram Kawi, berhampiran Sungai Tembeling, Pahang.
Beliau telah menemui dua buah bekas tanah liat yang dibakar (seperti labu
sayong) yang berbentuk meriam. Hasil daripada kajian tersebut, beliau
mendapati bahawa dua bekas tanah liat yang berbentuk meriam itu adalah
acu bagi pembuatan meriam di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pahang
dijadikan pusat pembuatan meriam bagi menghadapi Siam yang merupakan
ancaman utama Melaka pada ketika itu. Acu meriam tersebut berkeluasan
19.9 sentimeter diameter dan ketebalannya masing-masing berukuran 7
sentimeter dan 1.3 sentimeter. Selain itu, Linehan turut menemui batu-bata
binaan asas bagi tembok ataupun benteng. Pada batu-bata ini terdapat
tanah liat yang dibakar yang berfungsi sebagai simen untuk melekatkan
antara satu bata dengan bata yang lain.
Ini adalah sebahagian senapang atau istinggar
Melayu yang masih wujud pada hari ini. Istinggar
begini telah pun digunakan oleh tentera-tentera
Kesultanan Melayu Melaka ketika berperang
menentang Portugis.
148
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Beberapa pucuk meriam kuno dan peluru-pelurunya yang dijumpai di Lubuk
Batu, Segamat. Meriam ini dipercayai digunakan oleh tentera Kesultanan
Melayu Melaka ketika berperang menentang Portugis pada tahun 1511.
149
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Senapang
Baginda bukan sahaja melakukan tindakan ini tetapi juga membawa
keluar banyak kapal penjajap dari bawah jambatan dengan
senapang-senapang dan baginda menembak secara rawak. Pada
waktu itu, mereka muncul dari setiap arah, semua yang ditandakan
sebagai pos-pos bersenjata pun menembak, manakala yang lain pula
datang dengan membawa maklumat dari kota itu kepada gabenor bahawa
tidak lama lagi beberapa jong-jong bersenjata akan tiba di pelabuhan
untuk mempertahankan Sultan. Ini dilakukan untuk meyakinkan gabenor
supaya meninggalkan Melaka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Sebaik sahaja senapang-senapang mula menembak, musuh
berundur ke jalan-jalan lain di kota. Ini tidak menghalang musuh untuk
menyerang Portugis dari jalan-jalan yang mereka telah berundur itu dan
yang mana belum lagi diledakkan. Dengan bersembunyi di atas teres
rumah-rumah mereka, mereka telah menembak dengan senapang-
senapang mereka dan menyebabkan beberapa nyawa terkorban.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Tembakan dari meriam dan dari senapang-senapang datang dari
kubu-kubu musuh apabila Portugis telah mendarat dengan begitu
semangat di mana ianya memberikan gambaran bahawa di sebalik
setiap tiang dalam kubu-kubu terdapat dua pucuk meriam, dan bagi
setiap pucuk meriam terdapat lima laras senapang.
150 Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Ketika semua kerja-kerja membina kubu ini sedang berlangsung, musuh
telah menyebabkan beberapa korban jiwa ke atas Portugis dengan
menggunakan meriam-meriam dan senapang-senapang mereka.
Senjata-senjata ini telah menembak dari teres-teres rumah di sebuah
kawasan besar di pinggir kota di mana mereka selamat dari tembakan
meriam Portugis.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Pada keesokan harinya, hari perayaan sang syahid St. Lawrence yang
diberkati, pada pukul dua pagi, semua kapten pergi ke atas kapal utama
manakala tentera mereka naik ke dalam sebuah perahu kapal. Setelah
semuanya membuat pengakuan umum mereka dan setelah menerima
pengampunan dari seorang paderi, mereka mula menuju ke kota itu, air
pasang semakin tinggi. Pada serangan pertama mereka telah dihujani
dengan peluru meriam dan senapang, kali ini ke tahap yang lebih
besar lagi, tetapi ini tidak menghalang kemaraan mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Beberapa orang tentera Islam yang telah berlindung di tempat yang agak
jauh di kota mula menembak hendap ke atas Portugis dengan senapang-
senapang. Disebabkan segolongan tentera Portugis telah mengalami
kecederaan dan matahari juga sangat terik, maka Gabenor mengarahkan
bot-bot kapal untuk berundur (ke armada laut).
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Alfonso De Albuquerque yang pada ketika itu merupakan Kapten 151
Jeneral India, menyerang kota itu dengan armadanya untuk menuntut
pembalasan terhadap Sultan, dan dia tidak mahu berunding lagi
dengan Sultan, dia menyerang kota itu dan menakluknya dengan
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
angkatan tentera bersenjata, mengusir Sultan keluar daripadanya; yang
mana Sultan mempertahankan dirinya bersama rakyatnya. Mereka
berperang dengan sangat berani dengan menggunakan banyak meriam,
senapang-senapang, anak-anak panah beracun dan lembing panjang
yang hebat, juga bersama dengan pahlawan-pahlawan Jawa. Banyak
gajah dilengkapi dengan istana kayu dengan para tentera pejuang
di dalamnya seperti mana kebiasaan di India.
Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa
Hanya ketika berperang sahaja mereka berlatih dengan senjata api dan
senapang. Mereka tidak menggunakan kuda-kuda walaupun mereka
memperolehinya dari Jawa dan Bima dalam jumlah yang agak banyak.....
Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca
Ulasan:
Berdasarkan catatan-catatan Portugis, senapang merupakan antara
senjata utama angkatan tentera Kesultanan Melaka. Perkara ini tidaklah
mustahil memandangkan Melaka terdedah dengan teknologi-teknologi
dari luar. Malah di dalam bukunya yang bertajuk “The European Outthrust
and Encounter” dinyatakan bahawa orang-orang Melakalah yang
memperkenalkan penggunaan senapang pada orang-orang Jepun dan
model senapang orang-orang Jepun dipengaruhi oleh model senapang
orang-orang Melayu dari Melaka.
Antara jenis-jenis senapang yang masyhur dalam masyarakat Melayu
sejak zaman dahulu lagi ialah istinggar, terakol dan pemuras. Di dalam
buku Peluru Petunang, dinyatakan tentang teknik-teknik menembak
menggunakan senapang. Antaranya seperti berikut:-
152 “Adalah titah Almarhum, jikalau hendak menembak sesuatu itu, melainkan
angkat tarkul (terakol) itu, rebahkan hujung tarkul itu biar sama rata dengan
alamat; janganlah tinggi dan janganlah rendah..”
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Periuk Api
Apabila Alfonso de Albuquerque telah berundur ke kapal-kapalnya,
Sultan Mahmud serentak dengan usaha yang besar mengarahkan agar
kedudukan-kedudukan baginda diperkukuhkan dan jumlah meriam
digandakan. Baginda telah menyedari pada hari di mana tentera Portugis
memasuki kota tersebut, mereka telah menuju ke arah jalan yang luas.
Oleh itu, baginda mengarahkan agar sebuah kubu didirikan di jalan
masuk menuju ke jalan tersebut dan seluruh jalan tersebut dipenuhi
dengan periuk api yang mengandungi rotan-rotan tebal yang diisi
dengan belerang, dan di mana tempat tentera Portugis akan masuk
(ke kota) pancang besi yang disalut dengan racun akan dipasang.
Semua ini dilakukan untuk menyekat kemasukan Portugis dan untuk
mencederakan mereka.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Dinis Fernandes, yang diikuti oleh tentera-tentera di bawah arahannya, 153
menuju ke jalan yang paling besar. Dia berhadapan dengan Sultan yang
diiringi oleh sepasukan tentera berjumlah seramai seribu lima ratus
orang. Apa yang membuat dia berasa curiga adalah Sultan dan pasukan
tenteranya hanya tetap kekal di situ seolah-olah berharap agar Fernandes
dan para tenteranya meneruskan kemaraan mereka sehingga ke atas jalan
itu untuk menghadapinya. Kemudian Fernandes sedar bahawa pada
jalan itu terdapatnya jerangkap samar yang mengandungi pancang-
pancang dan damak-damak beracun. Apa yang dia tidak dapat lihat
adalah periuk-periuk api dari belerang. Jika dia dan para tenteranya
mara ke sepanjang jalan maka tiada yang akan kekal hidup.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sultan mengutuskan jawapan yang mengelirukan untuk menangguh-
nangguhkan masa. Dalam masa yang sama, baginda telah menyekat
semua jalan-jalan yang menghala ke pantai, dan kubu-kubu yang kukuh
telah dibina dengan tiang-tiang yang tebal dan batu-batu kasar, di kota
itu tidak terdapat benteng. Di luar kubu-kubu diletakkan periuk-periuk
api, lubang-lubang dan jerangkap samar.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Pada hari berikutnya, enam orang kapten Cina datang ke kapal gabenor
dan memberitahu beliau bahawa dalam tempoh banyak hari Sultan telah
menahan mereka dan orang-orang mereka, disebabkan dia mempunyai
niat untuk mempergunakan orang-orang mereka dan senjata-senjata
yang mereka bawa untuk berperang dengan Raja Aru. Namun disebabkan
Sultan sedang asyik dengan usaha membentengi kota itu, mereka
berpeluang melarikan diri ke jong mereka. Mereka meminta izin pada
Albuquerque untuk pulang ke negara mereka sendiri, dan mereka berjanji
kepadanya bahawa sekiranya dia berjaya menakluk Melaka, mereka akan
kembali dengan membawa muatan yang penuh dengan barang-barang.
Sebagai sahabat, mereka meminta beliau untuk mempertimbangkan
keputusan beliau untuk menyerang Kota Melaka dengan penuh berhati-
hati disebabkan kota itu dibentengi dengan baik. Sultan memiliki dua
puluh ribu orang tentera yang lengkap disediakan dengan bekalan
makanan, peluru senjata api, sejumlah besar senjata api dan anak-anak
panah beracun yang boleh dilepaskan dengan sumpit. Di luar kubu-kubu
dan di persisir pantai terdapatnya lubang-lubang yang diisi dengan
serbuk api dan ranjau-ranjau yang tersembunyi di bawah jerami. Di
situ juga terdapat sebanyak dua puluh ekor gajah dengan binaan seperti
kubu pada gading-gadingnya dan ia semuanya dilatih untuk berperang.
154 Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Ulasan :
Sebagai sebuah masyarakat yang terdedah dengan tamadun-tamadun
yang hebat dari luar, masyarakat Melaka sememangnya sudah biasa
menggunakan periuk api sebagai senjata pertahanan mereka. Selain
daripada catatan-catatan sejarawan Portugis di atas, Tun Seri Lanang
juga menukilkan di dalam Sulalatus Salatin bahawa masyarakat Melaka
berkemampuan menghasilkan periuk api dan mercun (bahan letupan).
Sebagai contoh terjadinya peristiwa di mana Seri Wak Raja yang mahu
meminang anak Kadi Kesultanan Melaka iaitu Kadi Menawar. Oleh itu,
bagi menguji keberanian Seri Wak Raja, Kadi Menawar telah menanam
periuk-periuk api dan mercun-mercun di jalan menuju ke rumahnya. Seri
Wak Raja yang menunggang gajahnya yang bernama Balidsi berjaya
merempuhi periuk-periuk api dan mercun-mercun tersebut. Tun Seri
Lanang menukilkan seperti berikut :-
“Adapun Kadi Menawar berhadir di kampungnya dengan mercun dan
periuk api; pintu pagarnya ditutupkannya. Maka kata Kadi Menawar,
“Jikalau dapat Seri Wak Raja masuk ke kampung hamba ini, maka hamba
dudukkan dengan anak hamba, jikalau tiada dapat masuk tiadalah hamba
kahwinkan; biar hilang belanja hamba.” Setelah datang gajah Seri Wak
Raja keluar pintu Kadi Menawar, dipasangnyalah mercun dan periuk api,
serta tempik sorak bergemuruh bunyinya, bercampur dengan segala
bunyi-bunyian terlalu azamat bunyinya. Maka Balidsi pun terkejut, lalu lari;
beberapa pun ditahani oleh Tun Abdul Karim, tiada juga bertahan. Setelah
dilihat oleh Seri Wak Raja kelakuan gajah itu, maka katanya pada Tun Abdul
Karim, “Abang, abang, baiklah undur ke tengah, biar beta ke kepala pula.”
Maka Tun Abdul Karim pun ke tengahlah. Maka Seri Wak Raja pula tampil
ke kepala gajah; maka dipalingnya Balidsi, lalu dilanggarnya pintu pagar
Kadi Menawar; beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api, dan
tempik sorak seperti tagar, tiada dihisabkannya; dirempuhnya juga”.
155
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran periuk api yang meletus ketika peperangan di antara Melaka dan
Portugis tahun 1511. Periuk api merupakan salah satu senjata yang digunakan
oleh pasukan tentera Kesultanan Melayu Melaka.
Perahu Berapi
Apa yang membimbangkan para tentera yang berada dalam jong
adalah perahu-perahu berapi yang dihanyutkan oleh tentera musuh
melalui sungai sebagai percubaan untuk membakar jong tersebut.
Tentera-tentera Islam tidak mampu untuk menenggelamkan jong
tersebut dengan meriam mereka, disebabkan jarak yang begitu jauh
dan bahagian-bahagian jong tersebut adalah tinggi, maka kebanyakan
kerosakan yang berjaya dilakukan hanyalah pada bahagian-bahagian
yang kurang penting pada jong tersebut.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
156 Setiap malam tiga buah perahu panjang yang diisi penuh dengan kayu
yang direndam di dalam minyak tanah dan minyak dihanyutkan ke dalam
sungai. Untuk mengelakkannya daripada membakar jambatan, bahan
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
api itu dinyalakan hanya selepas perahu-perahu tersebut telah
melepasi bawah jambatan itu, tetapi apabila perahu-perahu tersebut
menghampiri jong itu ianya terbakar dengan begitu marak sekali dan
nyalaan api itu telah menjilat seluruh sungai dan tebing-tebingnya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Penggunaan rakit berapi tidak bermakna musuh mengabaikan sejata
api mereka. Mereka menembak ke arah jong (Portugis) dari segenap
arah. Beberapa peluru meriam mengenai jong dan menembusi bahagian
sisinya, terutamanya selepas jong itu melepasi tebing pasir dan berada
dalam kedudukan yang hampir dengan jambatan. Peluru-peluru meriam
tersebut diperbuat dari besi tetapi diselaputi dengan plumbum dan bersaiz
kecil seperti sebuah meriam kecil tentera Portugis. Walau bagaimanapun,
mereka telah menembaknya dengan bertalu-talu, sambil diringi dengan
tembakan senapang-senapang, dengan sebab itu jika jong tersebut tidak
dapat melindungi mana-mana tentera yang berada di dalamnya dengan
berkesan, mereka akan lari dari dicederai atau dibunuh.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Ulasan: 157
Penggunaan perahu api sebagai senjata oleh tentera-tentera Melaka
sebagaimana catatan-catatan Portugis ini jarang didengar dan
diungkapkan. Bahkan, perahu yang dinyalakan api ini merupakan
salah satu senjata yang ditakuti Portugis. Ini adalah salah satu contoh
kebijaksanaan angkatan tentera Kesultanan Melaka. Mereka bukan
sahaja tahu memanfaatkan bahan bakar untuk tujuan peperangan,
malah mereka juga mampu membuat anggaran tentang jarak atau masa
berkaitan perubahan api yang dibakar pada perahu itu bertukar menjadi
marak. Kepakaran sebegini sudah semestinya terhasil disebabkan
penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
158 Gambaran perahu-perahu berapi yang digunakan oleh angkatan tentera
Melaka untuk menyerang dan membakar kapal Portugis.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
TEKNOLOGI PELAYARAN
Pembinaan Kapal Laut Yang Berkualiti
Raja Muzaffar Syah memiliki ramai isteri yang berasal dari anak-anak
perempuan negeri jiran. Menurut cerita, dia dianggap sebagai raja
terbaik dibandingkan dengan raja-raja lain yang sudah terlebih dahulu
mangkat. Dia memperkukuhkan hubungannya dengan Siam, Jawa China
dan Lequios. Dia adalah seorang raja yang adil dan sangat berdedikasi
terhadap kemajuan Melaka. Dia membeli dan membina jong-jong,
kemudian mengutuskannya bersama para pedagang.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Jika Sultan bermusafir melalui jalan laut, dia akan menaiki perahu atau
lancar yang memiliki empat tiang putih setinggi tujuh atau lapan depa;
dua di antaranya dipasang di buritan dan dua bakinya di haluan. Tiang
layar ini dikenali dengan nama “galah”. Kapal Laksamana biasanya
memiliki tiang yang serupa di haluan kapal..
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang Islam 159
(Melaka) yang telah kita tawan boleh menampung lebih banyak kargo
lebih daripada dua puluh buah kapal-kapal (galleon) kita. Berapa banyak
lagi yang boleh di bawa ke dalam semua kapal-kapal Melaka yang mana
setiap hari meninggalkan pelabuhan ini...
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Melintasi beting pasir, sebelum tiba di (pantai) Melaka, kapal tersebut
bertemu dengan sebuah jong yang lain, yang datang dalam (jarak)
penglihatan kapal itu pada waktu fajar. Galleon dan Caravel (dua buah
kapal Portugis) yang mana lebih dekat dengan jong tersebut belayar ke
arahnya dan mengarahkannya untuk berhenti. Jong tersebut bertindak
balas dengan menembak beberapa tembakan untuk menghentikan
kapal-kapal Portugis tersebut. Mereka juga mengibarkan bendera-
bendera dan membuat bunyi-bunyian perang dengan menjerit dan
memukul gendang-gendang dan gong-gong.
Apabila gabenor melihat jong tersebut telah menyerang salah satu
daripada kapal-kapalnya, maka dia memerintahkan agar seluruh armada
kapal-kapal Portugis menghampiri jong tersebut. Kapal-kapal Portugis
mula membedil jong tersebut, namun jong tersebut terus bergerak belayar
sementara anak-anak kapal jong itu terus membuat bunyi bising dengan
memukul gendang-gendang dan gong-gong mereka. Kapal-kapal
Portugis menembak ke arah layar jong itu, dan anak-anak kapal jong
itu segera menurunkan layar-layarnya untuk mengelakkan kemusnahan.
(Bahagian-bahagian tepi) jong tersebut sangat tinggi sehinggakan
orang-orang Portugis tidak mampu untuk menaikinya, dan
disebabkan badan jong tersebut terdiri daripada empat lapisan
kayu, peluru-peluru meriam hanya menyebabkan kerosakan yang
sedikit pada jong itu.
Berang dengan kekalahan tersebut, Albuquerque mengarahkan anak-
anak kapalnya supaya bersedia untuk bergelut dengan jong tersebut,
disebabkan kapalnya, Flor de la Mar memiliki haluan (bahagian
depan) dan buritan (bahagian belakang) kapal yang paling tinggi
di antara kapal-kapal Portugis yang lain, yang mana ianya hanya
mampu mencapai geladak jong tersebut yang mana geladak jong
160
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
tersebut lebih tinggi sedikit. Disebabkan tentera-tentera dari Flor de la
Mar cuba untuk mendarat di atas jong tersebut, tentera-tentera dalam
jong tersebut telah melawan dengan berani untuk menentang mereka.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Jong-jong datang dari Jawa dengan bekalan yang besar dan banyak
senjata yang baik seperti tombak, lembing, pedang, pedang bengkok,
keris (yang seperti pisau) dan perisai, semuanya diperbuat dari besi keluli
yang baik yang dihiasi dengan seni ukiran yang mana pembuatnya adalah
karyawan yang mahir. Jong-jong ini, iaitu gelaran yang diberikan pada
kapal-kapal besar mereka adalah sangat besar dan berbeza dari
kapal-kapal di mana-mana wilayah lain di dunia. Bahagian atas dan
bawah kapal mempunyai bentuk yang sama. Setiap jong masing-masing
mempunyai hanya satu kemudi kapal dan hanya satu layar.
Layar itu dibuat daripada rotan Bengali dalam bentuk yang nipis, bidai-
bidai kecil diikat bersama. Layar tersebut tidak menggelembung seperti
mana kapal orang-orang Portugis, dan apabila ia diturunkan ia tidak
perlu digulung dan diikat, tetapi hanya dijatuhkan (ke dek) sahaja. Jong-
jong tersebut sangat stabil di laut, boleh membawa beban yang lebih
besar dan lebih kuat dari kapal-kapal Portugis.
Rangka-rangka jong tersebut sangat tebal di mana besi sauh pun tidak
dapat menembusinya. Setiap kali mereka membaiki jong-jong ini, mereka
akan menyapunya dengan tar segar yang dicampur dengan bitumen
putih yang mana mereka menyebutnya dengan nama “gala-gala”. Bahan-
bahan ini disapu sebanyak tujuh lapis pada jong-jong tersebut. Dengan
sebab itu, jong-jong tersebut dapat bertahan lama.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese 161
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sebelum Sultan dan Bendahara menghantar pesanan, Sultan
memerintahkan bahawa kapal armada laut, yang disebut sebagai
‘manchua’ (masunghara), ‘lanchara’ (lancaran), ‘calaluze’ (kelulus),
‘baloen’(baluk), yang penuh dengan busur dan anak panah untuk
disamarkan sebagai perahu kargo. Pelaut mereka pula menyamar
sebagai pedagang. Anak-anak dan Utimutiraja dan Nahodebeguea akan
memimpin mereka dalam serangan tatkala melihat isyarat asap.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory
Baginda bukan sahaja melakukan tindakan ini tetapi juga membawa
keluar banyak kapal penjajap (pangajava) dari bawah jambatan
dengan senapang-senapang dan baginda menembak secara rawak.
Pada waktu itu, mereka muncul dari setiap arah, semua yang ditandakan
sebagai pos-pos bersenjata pun menembak, manakala yang lain pula
datang dengan membawa maklumat dari kota itu kepada gabenor
bahawa tidak lama lagi beberapa jong-jong bersenjata akan tiba
di pelabuhan untuk mempertahankan Sultan. Ini dilakukan untuk
meyakinkan Gabenor supaya meninggalkan Melaka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Kemudian muncul sebuah kapal penjajap (pangajava), perahu bagi
wilayah ini yang mana ianya panjang dan rendah, dan mampu belayar
dan meluncur dengan baik. Di dalamnya terdapat Nakhoda.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Orang-orang Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga
menempatkan banyak lancang (kapal) di laut, perahu di sungai,
162 jong-jong serta kapal Gujerat di laut. Semuanya siap untuk berperang.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Mereka mengatakan bahawa orang-orang China membuat undang-
undang yang tidak membenarkan orang ramai untuk pergi ke Canton
(Guangzhou) kerana takut akan bangsa Jawa dan Melayu, kerana
sudah jelas bahawa salah satu jong dari bangsa tersebut (Jawa dan
Melayu) mampu mengepung dua puluh buah jong China.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Dengan harta ini, baginda memutuskan untuk berziarah (haji) ke
Mekah dengan membawa banyak emas yang diangkut oleh jong yang,
berdasarkan perintahnya, dibina di Jawa. Baginda juga membina jong
lain berukuran besar di Pegu; jika penyakit tidak menghalanginya
melakukan semua ini, baginda akan tetap berangkat ke Mekah. Baginda
telah menghabiskan banyak perbelanjaan (melibatkan) ramai orang demi
perjalanan ini.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Ulasan :
Sebagai satu bangsa pelayar, membina kapal laut dan perahu
merupakan salah satu kepakaran orang-orang Melayu. Faktor geografi
gugusan kepulauan Nusantara juga menyumbang kepada kepesatan
bidang pembinaan kapal laut yang menjadi pengangkutan utama
masyarakat di sini. Laluan laut dan sungai juga merupakan satu-
satunya medium yang menghubungkan antara penduduk-penduduk
di Nusantara memandangkan keadaan di daratan yang dipenuhi dengan
hutan yang tebal serta bergunung-ganang. Sulalatus Salatin telah
menukilkan tentang betapa pentingnya kapal dan perahu yang menjadi
pengangkutan utama dalam Kesultanan Melaka. Tun Seri Lanang
menyatakan seperti berikut :-
163
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
“Baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja menyuruh
berlengkap; maka baginda pun mengerah segala orang supaya berlengkap
perahu, masing-masing dengan kuasanya. Ada lima ratus banyaknya
perahu yang besar-besar, lain pula perahu yang kecil-kecil tiada terbilang;
kerana pada masa itu kelengkapan Singapura sahaja seratus buah
lancaran bertiang tiga...”
“Setelah keesokan harinya, dari pagi-pagi hari, maka Sultan Ala’uddin pun
keluarlah dengan sekalian kelengkapan baginda, lalu sekaliannya belayar;
Laksamana Hang Nadim akan kepala kelengkapan, perahunya dendang,
panjang tiga belas; dua sehaluan meriamnya, dan rentakanya sepuluh
sebelah, tahan turut dua; dan pengapitnya Seri Bija Diraja, cucu kepada
Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, perahunya Jong, panjang sebelas; dua
juga meriamnya sehaluan, dan rentakanya delapan sebelah, tahan-turut
dua. Adapun kepada masa itu bedil yang lepas ketika Kopak alah, meriam
dua puluh dan rentaka tiga ratus”
164
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran jong-jong perdagangan Melayu di pelabuhan Melaka.
165
Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
UTUSAN MALAYSIA
Kapal Melayu Lebih Besar
09 Julai 2016
Lakaran Jong Melayu yang lebih besar daripada kapal Galleon Portugis oleh
Godinho. Petikan Antthony Reid. YALE UNIVERSITY
ORANG Melayu bukan sahaja menguasai kemahiran berkaitan ilmu
pelayaran, malah turut memiliki kepakaran dalam pembuatan jong atau
perahu.
Menurut Timbalan Pengarah, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam
dan Taman Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.
Zuliskandar Ramli, kehebatan orang Melayu terserlah apabila jong atau
perahu yang dihasilkan lebih besar, melebihi saiz kapal yang dimiliki
di barat. Malah, orang Melayu juga mempunyai teknologi pembuatan dan
ciri-ciri yang tersendiri.
“Banyak catatan sejarah yang memberi gambaran bahawa teknologi
166 pembuatan perahu oleh orang Melayu telah mencapai tahap yang tinggi
sehingga dikagumi masyarakat luar. Perahu yang dibina orang Melayu
dikatakan lebih besar daripada kapal lain dari barat mahupun China.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
“Dalam teks klasik China pada abad ketiga dan kelapan, ada menyebut
tentang teknologi dan kehebatan perahu Melayu. Catatan pertama
menyatakan orang dari alam Melayu mempunyai perahu besar sehingga
boleh memuatkan 6,000
hingga 7,000 orang
dan membawa muatan
250 hingga 1,000 tan.
“Malah perahu berkenaan dilengkapi empat buah layar,
membolehkannya
belayar dengan laju.
“Selain itu, catatan Portugis juga menunjukkan mereka turut terpegun
melihat perahu di alam Melayu yang sangat besar melebihi perahu
mereka.
“Bukan itu sahaja, orang Melayu juga menguasai teknik pelayaran
dengan belayar ke sesuatu tempat tanpa menggunakan kompas dan
peta tetapi berpandukan warna air laut, hidupan dalam laut serta bentuk
dan corak ombak di permukaan laut, di samping belayar mengikut angin
dan bintang pada waktu malam. Penggunaan layar juga merupakan
salah satu teknologi yang dihasilkan Melayu,” katanya.
Sementara itu, menurut penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi
Malaysia, Zaharah Sulaiman, berdasarkan catatan
teks Ensiklopedia
Cina antara abad ke-10 hingga ke-13, terdapat sebuah keluarga Melayu
Cham beragama Islam yang pakar dalam ilmu maritim.
“Dikatakan keluarga Pu adalah pembuat kapal terbesar pada abad
tersebut. Ketika pencerobohan Dai Vet di Kemboja, keluarga Pu
membawa diri dan berpindah di Sanyan di selatan Hainan, Fujian dan
Guangdong di China, seterusnya ke Terengganu, Kelantan, Brunei dan
kepulauan Melayu menggunakan kapal mereka.
“Kemampuan dan prestasi keluarga Pu membuat kapal besar dibuktikan 167
pada 1281 apabila Raja Mongol menempah sebanyak
200 buah kapal
bersaiz besar,” katanya.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
168
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Replika kapal Lancaran atau Lanchara. Kapal ini dinamakan sebagai Lancaran
kerana kemampuannya untuk berlayar lebih laju berbanding kapal-kapal yang
lain. Kapal Lancaran merupakan kapal yang disukai oleh Sultan Melaka ketika
berlayar.
169
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Kemahiran Ilmu Pelayaran
Pedro de Alpoem telah mengekori jong yang dialun ombak itu tatkala
dia melihat perahu-perahu kapal telah ditolak. Dia cuba untuk bergelut
dengan jong itu tetapi sebelum dia dapat mencapai di samping jong
tersebut, tentera Islam telah mengemudikan jong tersebut dengan
penuh kepakaran dengan menggunakan layar-layarnya, Pedo
de Alpoem mendapati perahunya menghadapi arah angin yang
bertentangan, dan dia tidak mampu untuk mendekati jong tersebut.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Ulasan :
Bangsa Melayu (bangsa Nusantara) merupakan satu-satunya bangsa
di dunia ini yang mana habitat asal mereka bukan di atas satu dataran
besar, tetapi di atas gugusan-gugusan kepulauan. Nama “Nusantara” itu
sendiri berasal dari perkataan “nusa” dan “antara” yang bermaksud satu
benua yang terdiri dari pulau-pulau.
Bentuk muka bumi Nusantara yang terdiri daripada gugusan pulau-
pulau di samping hutan tebal di daratannya menyebabkan perhubungan
menggunakan pengangkutan di laut lebih mudah dan cepat berbanding
dengan pengangkutan di darat. Oleh yang demikian, orang-orang
Melayu itu sebenarnya lebih mahir menggunakan jalan laut berbanding
jalan darat.
Kepakaran orang Melayu dari Kesultanan Melaka dalam bidang pelayaran
bukan satu rahsia lagi. Malah satu fakta yang masyhur yang biasa
didengari ialah Ferdinand Magellan menggunakan kepakaran seorang
tokoh dari Melaka iaitu Panglima Awang Hitam atau Enrique of Malacca
170 untuk melakukan pelayaran mengelilingi dunia.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Dr. Barry Fell, seorang ahli arkeologi barat telah menemui bukti
kedatangan pelayar Melayu Islam dari Melaka di Amerika. Bukti tersebut
merupakan satu perkataan iaitu “Katib Malaka Haji Mi Malaya” yang
ditulis dengan tulisan jawi/ arab yang ditemui terukir di sebuah gua
di daerah Corinto, El Salvador.
Dr. Barry Fell percaya bahawa pelayar ini datang dari sebuah tempat di
Asia Tenggara yang bernama Melaka. Hasil penemuan ini telah dinyatakan
oleh Dr. Barry Fell dalam bukunya yang bertajuk Saga America. Beliau
selanjutnya menyatakan bahawa tulisan ini membuktikan bahawa pelayar
Melayu Islam telah sampai di benua Amerika sebelum kedatangan
Columbus.
Boleh jadi “Haji Mi Malaya” telah melakukan pelayaran dari empayar
Melaka ke Mekah bagi menunaikan haji dan beliau melanjutkan
perjalanannya ke benua Amerika dari semenanjung Tanah Arab.
Empayar Melaka ketika zaman pertengahan bukan semata-mata
negeri Melaka. Empayar Melaka meliputi keseluruhan semenanjung
Tanah Melayu dan sebahagian Sumatera. Sememangnya tidak mustahil
orang-orang Melayu di zaman abad pertama hingga abad ke-15 Masihi
mampu belayar sejauh itu kerana bangsa Melayu memang terkenal
sebagai bangsa pelayar.
171
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Salah satu model kapal Melayu.
172
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
173
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran pelayar Melayu dari Kesultanan Melayu Melaka iaitu Haji Mi yang
174 tiba di benua Amerika sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Barry Fell di
dalam kajiannya.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Perkataan “Katib Malaka” bererti penulis Melaka. Barangkali “Haji Mi
Malaya” diutus secara rasmi oleh kerajaan Melaka untuk melakukan
pelayaran mengelilingi dunia dan membuat pencatatan rasmi tentang
pelayaran tersebut bagi maklumat kerajaan. Sepertimana yang kita sedia
maklum, apabila Portugis menjajah Melaka, mereka telah menyimpan dan
memusnahkan karya-karya tempatan. Boleh jadi juga Haji Mi Malaya ini
adalah pelayar persendirian sepertimana Ibnu Battutah (tidak diutuskan
oleh mana-mana kerajaan). Fakta ini juga sebenarnya sedikit sebanyak
menunjukkan bahawa Panglima Awang Hitam dan Ferdinand Magellan
bukanlah orang yang pertama mengelilingi dunia, sebelum mereka
pelayar-pelayar Melayu telah pun mengelilingi dunia menggunakan jalan
laut.
(tanda
mi haji nokhtah malaka katib
/wakaf) (melaka)
malaya
(melayu)
Tulisan di atas ini dijumpai terukir di sebuah gua di daerah Corinto, El Salvador. 175
Tulisan ini adalah tulisan jawi lama yang mencatatkan perkataan “Katib Malaka
(Melaka) Haji Mi Malaya”. Dengan penemuan tulisan ini, Dr. Barry Fell menyakini
bahawa orang Melayu Islam dari Empayar Melayu Melaka telah sampai ke
Amerika sebelum kedatangan Christopher Columbus.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pelabuhan
Kerajaan
Mali
El Salvador
T
176 Laluan kebarangkalian pelayaran Haji Mi Malaya dari Wilayah
Kesultanan Melayu Melaka ke El Salvador.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Hormuz
Jeddah Orissa
Aden Gujerat
Habsyah Malabar Pegu
Sri Lanka
Malindi Wilayah Kesultanan
Kilwa Melayu Melaka
Madagaskar
Tanjung Harapan
177
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
178
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Keratan akhbar Strait Times 22 Oktober 1955 179
yang menerangkan tentang pengisytiharan
panglima Awang Hitam sebagai orang pertama
yang mengelilingi dunia. Panglima Awang
Hitam merupakan salah seorang panglima
Kesultanan Melayu Melaka dan beliau terlibat
menentang Portugis. Ketika Kesultanan
Melaka tewas, panglima Awang Hitam ditawan
oleh Alfonso de Albuquerque. Setelah itu,
Albuquerque menyerahkan panglima Awang
Hitam kepada salah seorang kaptennya iaitu
Ferdinand Magellan untuk dijadikan hamba
abdi. Panglima Awang Hitam kemudiannya
dipaksa untuk memeluk agama Kristian lalu
nama beliau ditukarkan kepada “Enrique”.
Ferdinand Magellan menggunakan kepakaran
panglima Awang Hitam dalam misi pelayaran
untuk mengelilingi dunia. Namun Ferdinand
Magellan gagal melengkapkan misinya itu
apabila dia terbunuh di Mactan, Filipina. Oleh
itu, panglima Awang Hitam telah melengkapkan
misi pelayaran mengelilingi dunia tersebut.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Kepakaran orang-orang Melayu dalam bidang pelayar juga telah
dibuktikan oleh sarjana-sarjana barat. Sebagai contoh, Kevin Reilly telah
membuktikan bahawa orang-orang Melayu adalah pelayar yang pertama
belayar di lautan luas. Beliau menyatakan di dalam bukunya yang
bertajuk “The Human Journey: A Concise Introduction to World History”
seperti berikut :
“Pelayar-pelayar Melayu merupakan golongan yang mula mula sekali
belayar di lautan luas. Berdasarkan catatan tentang pelayaran mereka
merentasi lautan Pasifik, mereka telah mencipta perahu kembar yang tirus
(asal bagi bot catamaran moden) bagi kestabilan meredah ombak lautan.
Bagi mengharungi angin kencang di lautan, mereka telah mencipta palang
layar yang seimbang yang mana layar tersebut kelihatan seperti anak
panah yang tumpul yang diacu ke hadapan. Tiang layar diikat pada palang
tersebut dengan kain-kain layar yang banyak dipasang pada tiang yang
membolehkannya belayar di atas air. Dengan itu, angin mampu menolak
perahu tersebut ke hadapan.
Perahu Melayu mungkin menjadi inspirasi kepada pelayar-pelayar Arab
yang mana mereka membina layar segi tiga yang serupa dengannya.
Pelayar-pelayar Melayu juga merupakan pencetus jalan laut yang terawal
di antara India dan China. Walaupun ketika di zaman kemasyhuran jalan
sutera di daratan, pelayar-pelayar Melayu telah menemui cara belayar
menggunakan angin monsun dari selatan India ke China melalui selat
Melaka. Dari India atau Sri Lanka, mereka menggunakan angin musim
sejuk selatan melalui selat Melaka. Di situ mereka menunggu pula angin
musim panas untuk membawa mereka ke utara iaitu ke China. Mereka
menggunakan cara yang sama untuk pulang semula dari China. Pelayar-
pelayar Melayu juga telah menghubungkan produk-produk dari timur
Afrika dan rempah ratus dari kepulauan Nusantara ke dalam perdagangan
di lautan India”.
180
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Michael Adas menerangkan di dalam buku yang bertajuk “Agricultural
and Pastoral Societies in Ancient and Classical History” bahawa sejak
300 tahun sebelum Masihi, pelayar Melayu mula belayar menggunakan
angin monsun ke China dan India. Tidak syak lagi bahawa pelayar Melayu
adalah golongan yang paling berani belayar pada ketika itu. Michael Adas
seterusnya menyatakan bahawa pelayar Melayu telah tiba di pantai timur
Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi.
Michael Adas juga menyatakan bahawa terdapat bukti yang menunjukkan
pelayar-pelayar Melayu telah meredah Laut Merah. Dari Nusantara
mereka membawa cengkih ke Afrika Timur dan Laut Merah. Pada sekitar
tahun 400 Masihi, pelayar-pelayar Melayu telah menerokai jalan laut
dengan mengelilingi dua pertiga (2/3) keluasan dunia bermula dari Pulau
Easter hingga ke Afrika Timur.
Berdasarkan kajian sarjana-sarjana barat tersebut, tidak mustahil bagi
masyarakat Melayu untuk melakar peta dunia memandangkan mereka
telah menjelajah laluan di laut lebih seribu tahun yang lalu.
Padoman : Kompas Kuno Melayu
Sebenarnya, pelayar-pelayar Melayu amat mahir menentukan arah ketika 181
belayar hanya dengan melihat bintang-bintang di langit. Bintang-bintang
ini dinamakan sebagai bintang pedoman. Hal ini diakui oleh Michael Adas
di dalam bukunya yang bertajuk “Agricultural and Pastoral Societies in
Ancient and Classical History”. Namun begitu, orang-orang Melayu telah
mencipta dan menggunakan kompas bermagnet yang hampir sama
dengan ciri-ciri kompas moden. John Crawfurd telah menulis di dalam
“A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries”
bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum
orang-orang Eropah.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Terdapat perkataan dalam Bahasa Melayu bagi magnet iaitu “besi
berani” dan dengan besi berani ini orang Melayu membuat kompas yang
digunakan untuk menentukan arah dalam pelayaran dan aktiviti yang
lain. Kompas ini dikenali dengan nama “Padoman” atau “Pandoman”
(asal perkataan pedoman). Pada padoman ini diletakkan jarum bagi
menunjukkan arah.
Kompas kuno Melayu ini terbahagi kepada 16 bahagian penunjuk arah
yang mana 4 daripadanya menunjukkan arah yang utama (timur, barat,
utara dan selatan). Manakala 12 bahagian yang lain menunjukkan arah-
arah yang lain. Seterusnya John Crawfurd menyatakan bahawa dengan
sebab itu, kuil-kuil Hindu kuno di Jawa dibina dengan memiliki ketepatan
arah yang mengejutkan yang mana pintu hadapannya dibina menghala
ke barat dan timur.
Selain itu, John Crawfurd juga menyatakan bahawa ketika Portugis tiba
di India, mereka mendapati bahawa pedagang-pedagang Islam belayar
ke timur dengan menggunakan kompas. John Crawfurd seterusnya
menyatakan bahawa di antara tahun 1505 hingga 1506, terdapat
seorang pelayar Portugis yang belayar di antara kepulauan-kepulauan
di Nusantara. Ketika beliau belayar dari Borneo ke Jawa, beliau mendapati
bahawa seorang pemilik kapal di Jawa telah belayar dengan membawa
kompas yang menggunakan magnet.
182
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran padoman atau pandoman iaitu kompas Melayu kuno yang
menggunakan besi berani (magnet) telah digunakan oleh pelayar-pelayar Melayu
bagi menentukan arah ketika belayar.
FAKTA Keunggulan Teknologi Perkapalan Melayu Kuno 183
Catatan China pada abad ke-3 Masihi menyatakan bahawa kapal-
kapal Melayu yang disebut Kun Lun Po besarnya melebihi 50 meter
panjang dan terapung di permukaan air setinggi empat hingga lima
meter. Kapal-kapal ini membawa antara 600 hingga 700 orang
anak kapal dengan muatan sekitar 250 hingga 1,000 tan barangan.
Kapal-kapal ini boleh belayar dengan laju ketika angin kencang dan
gelombang yang besar
Catatan pendeta Buddha abad ke-8 Masihi bahawa enam atau tujuh
kaki dari bahagian kapal-kapal Melayu di bawah air. Kapal-kapal
Melayu ini laju dan mampu membawa 1,000 orang. Kapal-kapal ini
tidak menggunakan paku besi kerana mengelak kebakaran akibat
pemanasan besi dan kapal-kapal ini tidak boleh bergerak dengan
tenaga manusia semata-mata.
Sumber – Prof Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun
Bangsa Melayu
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pelayaran Pedagang-Pedagang Melayu Ke Timur Afrika
Heidi Roupp menukilkan dalam Teaching World History: A Resource
Book bahawa pelayar-pelayar Melayu telah tiba di timur Afrika selewat-
lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi.
Seorang ahli geografi Arab yang masyhur iaitu al-Idrisi (1099-1165
Masihi) pernah mencatatkan tentang kehadiran orang-orang Melayu dari
kerajan Sriwijaya di timur Afrika. Dalam catatannya, beliau menyatakan
seperti berikut:-
“Orang-orang Zanj (orang Afrika Timur) tidak mempunyai kapal sendiri
untuk mereka mengembara, oleh itu mereka menumpang kapal-kapal
dari tanah Oman dan lain-lain yang menuju ke Kepulauan Zabaj (Melayu
Sriwijaya), yang merupakan sebahagian daripada Hind (India). Orang asing
ini kemudian menjual barangan mereka dan membeli hasil-hasil negara
itu. Penduduk kepulauan Zabaj (Melayu Sriwijaya), pergi ke Zanzibar
(Afrika Timur) menaiki pelbagai jenis kapal, dan mendapat keuntungan
dengan cara menjual barangan mereka kerana mereka memahami bahasa
antara satu dengan lain”.
Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa pedagang-pedagang Alam Melayu
sudah mahir belayar jauh sehingga ke timur Afrika sejak ribuan tahun
dahulu. Oleh itu, pedagang-pedagang Melayu dari Kesultanan Melayu
Melaka juga telah belayar dan menjalankan pedagangan hingga ke timur
Afrika.
184
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
185
Gambaran kapal pelayaran pedagang Melayu dari Kesultanan Melayu Melaka.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Lakaran kapal Lancaran dalam buku Godinho
de Eredia.
Kapal Lancar atau Lancaran
Kapal Lancar atau Lancaran adalah sebuah
kapal yang biasa digunakan di Nusantara.
Pencatat-pencatat Portugis menyebutnya
“Lanchara”. Kapal ini dinamakan sebagai Lancar
atau Lancaran disebabkan kelebihan yang ada
padanya iaitu boleh belayar lebih laju di lautan
berbanding kapal-kapal besar yang lain.
Sumber gambar : Ihsan Penulis
186
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
187
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Lancang Kuning
Lancang adalah sejenis kapal yang digunakan
di Nusantara. Antara lancang yang terkenal
ialah “Lancang Kuning” yang mendapat nama
kerana ianya dicat dengan warna rasmi raja
iaitu warna kuning. Lancang Kuning menjadi
kapal rasmi bagi para raja dan sering digunakan
oleh para raja atau pemerintah ketika melawat
kawasan jajahan takluknya. Sebuah rumah
adat dibina di dalam lancang ini dan dijadikan
tempat bersemayam raja. Lancang Kuning juga
dilengkapi dengan meriam lela sebagai senjata
pertahanan.
Sumber gambar : Ihsan Penulis
188
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
189
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Tingkat Atas Tiga Layar
untuk Parajurit Untuk menggerakkan kapal
dengan tiupan angin di
Kabin 3 Tingkat samping kuasa dayungan 38
untuk Sultan pendayung
Tingkat Tengah Tiang Agung
untuk Pembesar Tiang utama di
tengah dan
Paling besar
Tingkat Bawah
untuk Pendayung
190
19 pendayung atau 38 180 kaki atau 55 meter
pendayung kedua dua belah panjang kapal
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Mendam Berahi
Kapal Mendam Berahi merupakan sebuah kapal agung yang dibina dalam
Kesultanan Melayu Melaka. Kapal Mendam Berahi ini adalah sebuah kapal
jenis ‘ghali’. Ianya dibina oleh tukang-tukang kapal di Melaka untuk pelayaran
pertama Sultan Melaka dan rombongannya ke Majapahit di Jawa. Nama
“Mendam Berahi” ini dikatakan diberikan oleh Laksamana Hang Tuah. Gambaran
terperinci kapal Mendam Berahi telah dinukilkan di dalam Hikayat Hang Tuah
di mana ianya mempunyai tiga geladak dan tiga puluh lapan pengayuh.
Manakala badannya diperkukuhkan dengan empat lapisan papan bagi menahan
tembakan meriam musuh. Profesor Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia, Prof Emeritus Dr. Hashim bin Musa menyatakan
di dalam Harian Metro bahawa geladak atas dan tengah kapal ini menempatkan
Sultan atau jika kapal ini digunakan dalam peperangan, ia menempatkan askar
dan panglima perang. Manakala geladak bawah pula untuk pengayuh. Kapal ini
juga memiliki tiga buah layar.
Seni Bina Dalaman Kapal Mendam Berahi
1) Dinding kapal diletakkan kayu ukir dinamakan ‘papan
kambi’
2) Diletakkan baldu berwarna kuning, merah dan hijau.
3) Diletakkan kaca kerangan (kaca tidak lut sinar)
di bahagian hadapan kapal.
4) Bumbung kapal ini dibina daripada kaca kuning dan
merah
5) Mempunyai ukiran seperti jurai awan dan petir.
6) Bahagian tengah diletakkan ukiran awan berarak
7) Tiga tiang layar - Tiang tengah dinamakan Tiang Agung iaitu
tiang yang paling tinggi antara ketiga-tiga tiang itu.
Geladak
kemudi
dan
peninjau
Sisi
36 kaki atau Atas Belakang
12 meter
lebar kapal Depan 191
Perempuh Sumber grafik : Harian Metro
Untuk menenggelamkan kapal
musuh, di perbuat dari kayu
cengal yang keras
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA