The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:38:17

Teknologi Kesultanan Melaka

Teknologi Kesultanan Melaka

Tun Seri Lanang menyatakan di dalam Sulalatus Salatin “Maka segala
dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke
Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala
dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang,
dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala
Orang Besar-besarnya pun sangat saksama”.

Amat malang jika kita sendiri menganggap bahawa pelabuhan Melaka
hanyalah pelabuhan biasa yang sekadar menjadi tempat persinggahan
pedagang-pedagang sahaja. Para sejarawan Portugis mencatatkan
bahawa Melaka merupakan pelabuhan yang paling kaya di dunia pada
ketika itu. Perkara ini sangat munasabah kerana barangan yang paling
bernilai sekitar abad ke-15 hingga abad ke-16 ialah rempah ratus.

Melaka merupakan pusat perdagangan rempah ratus pada ketika itu
yang menjadikannya pelabuhan paling kaya di dunia. Dengan sebab
itu, setelah Portugis keluar dari zaman gelapnya dan mereka berjaya
menawan sebahagian wilayah Andalusia, matlamat utama mereka adalah
untuk menguasai pelabuhan Melaka. Atas matlamat ini, Raja Portugal
mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar dan melakukan sedaya
upaya usaha penaklukan. Portugal juga menakluki pelabuhan Goa di
India semata-mata untuk dijadikan pengkalan bagi menakluki Melaka.
Sekiranya Portugal gagal menawan Melaka, bererti mereka bakal muflis.
Disebabkan mereka berjaya menawan kota Melaka, maka Portugal
berjaya menjadi kuasa besar dunia pada ketika itu.

Pelabuhan Antarabangsa

Orang-orang Islam datang dari Kaherah, Mekah, Aden dan Habsyah,
orang-orang dari Kilwa, Malindi, Hormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkmen,
42 orang Kristian Armenia, orang Gujerat, Chaul, Dabhol, Goa, Kerajaan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Dekkan, Malabar, Kalinga, para pedagang dari Orissa, Sri Lanka, Bengal,
Arakan, Pegu, Siam, Kedah, Melayu Pahang, Patani, Kemboja, Champa,
Cochincina, China, Lequeos (Taiwan), Brunei, Lucoes (Luzon, Filipina),
Tanjungpura, Laue, Bangka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, Timor,
Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Inderagiri, Kappata,
Minangkabau, Siak, Arkat, Aru, Batak, Negeri Tamiang, Pasai, Pedir dan
Maladewa (Maldives).

Di samping pulau-pulau yang berjumlah sangat banyak, (ada juga)
wilayah-wilayah lain yang menyediakan hamba dan menghasilkan beras.
Tempat-tempat tersebut tidak melakukan banyak perdagangan dan oleh
kerana itu namanya tidak disebutkan. Hanya orang-orang dari tempat-
tempat tersebut di atas yang datang ke Melaka dengan menaiki jong,
penjajap dan kapal-kapal. Sebaliknya, orang-orang pun belayar dari
Melaka ke tempat-tempat tersebut. Hal ini akan dibahas lebih lanjut
dalam pembahasan tiap-tiap wilayah. Pada akhirnya, di Melaka lah
kita menemui penggunaan lapan puluh empat bahasa. Masing-
masing bahasa tersebut memiliki ciri khasnya, sebagaimana yang
disaksikan oleh penduduk Melaka.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Waktu-waktu di mana kapal-kapal biasanya tiba di pelabuhan kota
Melaka adalah seperti berikut:-

Pedagang-pedagang dari Gore tiba pada bulan Januari, dan pulang 43
kembali ke negara mereka pada bulan April, menghabiskan masa selama
empat puluh hari untuk datang dan empat puluh hari lebih untuk pulang.
Mereka membawa bersama mereka barang-barang dagangan terdiri
daripada sutera, kasturi, keranda-keranda yang bersalut emas, pedang-
pedang, pisau-pisau belati, tembaga, gandum dan emas dalam bentuk
lapisan. Mereka membawa pulang lada hitam dan sedikit cengkih. Setiap

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

tahun, jong-jong mereka yang dimiliki oleh raja mereka datang ke sini
tetapi tidak bagi jong-jong yang lain disebabkan raja tidak membenarkan
mana-mana jong belayar ke Melaka selain daripada jong-jong miliknya.....

Pedagang-pedagang Cina juga datang pada masa yang sewajarnya bagi
mereka iaitu pada bulan April, dan meninggalkan pelabuhan ini untuk
pulang ke negara mereka pada bulan Mei. Perjalanan pulang mereka
mengambil masa selama dua puluh hingga tiga puluh hari, dan begitu
juga ketika mereka belayar ke sini. Mereka membawa bersama kasturi,
sutera, kain satin, “colnijam”, kapur, sebahagian daun rhubarb dan biji
mutiara-mutiara...tawas yang sangat baik. Setiap tahun lapan hingga
sepuluh buah jong datang ke sini dan mereka membawa pulang ke
negara mereka sejumlah besar lada hitam dan sedikit cengkih.

Pedagang-pedagang dari Jawa tiba pada bulan Oktober dan November
dan mereka membawa beras, hamba-hamba dan sedikit kiub lada hitam.
Dari sini mereka belayar ke Pedir untuk mengangkut lada hitam. Setiap
tahun di antara 50 hingga 60 buah jong yang kecil dan besar datang dan
pergi.

Pedagang-pedagang Bengali tiba di sini pada bulan April. Perjalanan
mereka berlangsung selama tiga puluh lima hingga empat puluh hari
dan tempoh waktu yang sama bagi perjalanan pulang mereka. Mereka
berangkat pada bulan September dan barang dagangan yang mereka
bawa ke sini termasuk beras, kain kapas dan pakaian, gula dan pengawet
makanan. Mereka membawa pulang lada hitam dari Pedir, dan tiba setiap
tahun dengan satu atau dua buah jong dan dalam jumlah yang sama
berangkat dari sini.

Kapal-kapal dari Pegu datang dan pergi pada waktu yang sama (seperti
44 di atas) dan mengambil tempoh waktu yang sama bagi perjalanan-

perjalanan mereka. Mereka membawa bersama beras, cat varnish,

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

kasturi yang sangat baik dan sedikit batu delima. Setiap tahun empat
buah jong tiba dan dari sini jumlah yang sama pulang kembali dan kargo-
kargo yang mereka membawa pulang termasuk lada hitam.

Di sekitar Melaka, terdapat dua buah lombong emas yang lain, dan
daripada kedua-dua buah lombong ini, mereka yang datang dari tanah
Gore dikatakan membawa pulang setiap tahun sebanyak sembilan
hingga sepuluh bahar (ukuran berat India) emas. Salah sebuah lombong
itu terletak di Pahang dan dari sini ianya mengambil masa selama tujuh
atau lapan hari untuk tiba di Melaka melalui jalan darat. Sebuah lagi
lombong yang lain terletak di Minangkabau, di pulau Sumatera dan dari
sini ianya mengambil masa selama sembilan atau sepuluh hari untuk tiba
di Melaka melalui jalan laut dan sungai.

Catatan Artur Basilio De Sa Insulinda dalam Documents On The
History of The Portuguese Patronage In The Far East

Sebahagian daripada Sumatera kaya dengan kemenyan (yang kualitinya
sangat baik) dan kapur. Di sana terdapat banyak lombong-lombong
emas. Emas juga ditemui di sungai-sungai. Barang-barang ini dieksport
ke negara-negara lain terutamanya ke Melaka.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Pedagang-pedagang datang dari tanah jauh ke Melaka. Mereka datang 45
dari Quilon, Laut Arab, Parsi, China, Liu-Kiu (Taiwan) dan Luzon. Mereka
bertukar-tukar barangan mereka untuk pelbagai jenis barangan lain.
Pedagang-pedagang tersebut mengembalikan muatan kapal mereka
yang berlebihan kepada peniaga-peniaga yang mereka telah membeli

barang tersebut daripadanya.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Hasil mengalir masuk dari perdagangan. Sultan mengumpulkan wang
dari perkapalan dan cukai. Baginda menjadi begitu kuat sehingga
baginda enggan mengakui kekuasaan Raja Siam, yang mana baginda
adalah di bawah naungannya. Raja Siam tidak mendatangkan apa-apa
masalah kepada Melaka lagi kerana ia telah menjadi sebuah pelabuhan
antarabangsa yang hebat. Ia adalah pusat perdagangan import dan
eksport. Ia adalah pelabuhan yang kaya.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Perahu-perahu dari Sumatera iaitu dari Kerajaan Minangkabau yang
sarat dengan serbuk emas turut datang ke pelabuhan ini (Melaka). Begitu
juga dengan lada sulah yang datang dari pulau yang sama (Sumatera)
dan juga dari Malabar. Barang-barang datang dari India iaitu pantai
Coromendel (bahagian pantai di selatan India), Bengal, Tenasserim, Pegu
(daripada sini barang-barang yang mahal dalam kuantiti yang besar),
cengkih dari Maluku, kopi dari Borneo, cokmar (selaput biji puah pala)
dan buah pala dari Banda; kayu cendana putih dan merah dari Timor.
Dengan perdagangan dalam semua komoditi yang telah disebutkan itu,
ia (Melaka) adalah pelabuhan terkaya di seluruh dunia.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan:
Melaka bukan sahaja merupakan pelabuhan yang terkaya di dunia,
tetapi Melaka juga merupakan pelabuhan antarabangsa yang termasyhur
di dunia. Tome Pires sendiri menukilkan bahawa semua bangsa-bangsa
pedagang yang utama di dunia datang untuk berdagang di Melaka. Atas
sebab ini, maka sudah tentu Melaka dikenali oleh kerajaan-kerajaan
besar pada ketika itu seperti Kerajaan Mamluk di Mesir dan Kerajaan
46 Uthmaniyyah di Turki.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Atas sifat-sifatnya iaitu pusat perdagangan rempah yang utama,
pelabuhan yang terkaya, kemasyhuran yang tiada tolok bandingannya
serta dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari seluruh dunia, maka
sudah pasti Kesultanan Melaka memiliki hubungan yang rasmi dengan
kerajaan-kerajaan Islam yang besar pada ketika itu seperti Uthmaniyyah
dan Mamluk. Namun sejarah hubungan dua hala antara Melaka dengan
kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah seolah-olah telah digelapkan.

Peranan Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa juga diakui

oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Seri Lanang menukilkan
seperti berikut :-

Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka
oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala
dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan
segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama.

Harta Kekayaan Melaka

Gabenor kemudiannya menghantar mesej kepada pegawai-pegawainya, 47
untuk mengambil apa yang mereka temui di kota, dan tidak membenarkan
apa-apa kerosakan dilakukan atau membakar apa-apa. Pegawai-pegawai
kemudiannya menawan kota itu dan memerintahkan tentera-tentera
mereka serta hamba-hamba untuk masuk ke bangunan-bangunan dan
membawa keluar mana-mana barang-barang yang mereka temui di
situ ke jalan-jalan. Jalan-jalan itu telah dipenuhi dengan barang-barang
dagangan dari segala jenis, seperti kapur barus dan kasturi di dalam
belanga-belanga; peti-peti yang penuh dengan sutera, kain satin, kain taf,
sutera putih, kapur dan gaharu-gaharu. Beberapa buah rumah didapati
penuh dengan kayu cendana, yang mereka tidak dapat membawanya

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

kerana untuk membawanya mesti melibatkan ramai pekerja. Setiap dari
mereka akan mengambil apa yang mereka mampu ambil dan barangan
yang terbaik akan dihantar ke bot-bot kapal.

Sebahagian barangan yang diambil telah dikumpulkan oleh pegawai-
pegawai dan ianya disimpan dalam gudang yang besar sehingga sampai
waktu di mana mereka boleh membawanya ke kapal. Gudang-gudang
ini separuh daripadanya di atas tanah (dan separuh lagi di bawah tanah).
Separuh bahagian yang atas telah di simen dengan batu kapur untuk
melindungi rumah-rumah dari api. Barang-barang tersebut dalam jumlah
besar dan arahan-arahan diberikan bahawa hanya yang bernilai sahaja
yang dihantar ke kapal-kapal, seperti kapur barus, kasturi, kain sutera,
sutera halus dan tembikar yang berharga. Barang-barang lain yang
kurang berharga dibiarkan terbuang di jalan-jalan kerana mereka tidak
mahu mengambilnya. Beberapa buah balang yang tertanam didapati
dipenuhi dengan jongkong-jongkong emas dan mutiara-mutiara dari
China. Selepas penemuan ini, semua mereka mula mencari gudang-
gudang perbendaharaan dan menggalinya lagi, dan harta kekayaan yang
banyak daripada jenis-jenis tersebut dijumpai. Dalam proses menggali
banyak kerosakan telah dilakukan, dan Rui D ‘Araujo melaporkan perkara
ini kepada Gabenor, yang mengarahkan agar isyarat-isyarat dihantar
melalui tiupan trompet untuk memanggil tentera mengambil apa yang
mereka mahu dan berundur. Kebenaran untuk mengambil harta rampasan
secara bebas berakhir apabila matahari terbenam.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Albuquerque mendengar bahawa dalam istana terdapat sebuah peti yang
besar dengan empat kaki dipenuhi dengan permata dianggarkan bernilai
enam puluh ribu cruzado, dan empat balang emas yang mengandungi
minyak wangi, setiap satu bernilai empat puluh ribu cruzado, biji-biji
48 mutiara dan balang-balang emas, nilainya, jika dibahagikan, bagi setiap
orang tentera akan mendapat 400,000 cruzado. Barang-barang ini

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

dijumpai di atas katil Sultan. Istana ini menempatkan gadis-gadis cantik
(dayang-dayang) yang pernah berkhidmat dengan Sultan dan isterinya.

Penaklukan istana berakhir hingga larut malam, dan harta rampasan
yang diambil adalah yang terbesar yang pernah diambil di mana-mana
bahagian di dunia dan yang pernah dirampas. Para tentera menjual
barang-barang kepada peniaga-peniaga di tempat itu. Walaupun
menjualnya dengan harga yang murah, para tentera menjadi begitu kaya
sehingga mereka hanya menggunakan wang dalam jumlah tiga atau
empat ribu cruzado. Selain daripada barangan mereka menjual, mereka
juga memiliki sebahagian barang-barang di atas kapal-kapal.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Gabenor gembira ketika melihat pegawai-pegawainya dan tentera-
tenteranya bergembira dengan apa yang mereka miliki. Dia sedar
sepenuhnya bahawa mereka telah mengambil hanya satu pertiga
daripada harta kekayaan kota ini, banyak yang telah ditanam di dalam
bilik kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang kukuh.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan mengenakan cukai untuk barang-barang dagangan, sebagaimana
yang akan dijelaskan lebih lanjut nanti. Hal-hal inilah yang membuatnya
sangat dihormati oleh penduduk tempatan mahupun orang asing. Berkat
penghormatan ini, baginda berhasil mendapat kekayaan dan timbunan
harta yang besar. Khabarnya, sultan memiliki 120 quintal emas dan batu
manikam dalam jumlah besar. Dengan harta ini, baginda memutuskan
untuk berziarah (haji) ke Mekah dengan membawa banyak emas yang
diangkut oleh jong yang, berdasarkan perintahnya, dibina di Jawa.

49

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Baginda juga membina jong lain berukuran besar di Pegu; jika penyakit
tidak menghalanginya melakukan semua ini, baginda akan tetap
berangkat ke Mekah. Baginda telah menghabiskan banyak perbelanjaan
(melibatkan) ramai orang demi perjalanan ini.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Kejayaan dan kekayaan Melaka terlalu besar sehingga tidak ada seorang
pun yang dapat menghitung nilai yang sebenarnya. Melaka merupakan
sebuah kota yang khusus dibuat untuk barang dagangan. Kota ini sangat
sesuai bagi barang dagangan, lebih dari kota mana pun di seluruh dunia,
terutama di akhir musim hujan, di awal musim berikutnya. Melaka terletak
di tengah-tengah, dikelilingi oleh wilayah-wilayah lain. Perdagangan dan
perniagaan antarabangsa yang terletak beberapa liga jauhnya, pasti
melalui Melaka. Tempat ini akan memiliki kebesaran dan kemakmuran
yang tidak dapat dinafikan oleh tempat mana pun di seluruh dunia....

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Kota Melaka ini kaya dengan buah-buahan dan sumber air yang baik;
bekalan utama sumber-sumber makanannya datang melalui laut dari
luar negara. Rajanya memiliki kekuasaan yang besar dengan khazanah
dan pendapatan yang besar. Baginda menjadikan pemerintah Pahang
di bawah naungan baginda, yang mana sebelum ini berada di bawah
taklukan Kerajaan Siam. Pemerintah Pahang bangkit menentang
pemerintahan Siam dan di dalam wilayah Pahang ini, terdapat sangat
banyak emas yang berkualiti rendah.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

50

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Ulasan:
Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia
menjadikannya melimpah dengan harta kekayaan. Dengan sebab itu,
Sultan Melaka merupakan antara orang yang terkaya di dunia pada
ketika itu. Maka tidak hairanlah jika Tun Seri Lanang mencatatkan
bahawa mana-mana istana di rantau ini tidak akan dapat menandingi
Istana Sultan Melaka. Sejarawan Portugis mencatatkan hanya satu
pertiga sahaja daripada harta kekayaan Melaka yang berjaya diambil
oleh Portugis. Manakala bakinya berjaya dibawa lari dan disembunyikan
di tempat-tempat yang tidak diketahui. Dengan jumlah sebegitu sahaja
pun berjaya menjadikan Portugis kaya.

Ketika zaman kegemilangan Melaka, bukan sahaja Sultan yang kaya
raya, malah penduduk Melaka juga rata-ratanya merupakan pedagang
yang kaya. Kekayaan Kesultanan Melaka yang luar biasa memberi kesan
positif terhadap taraf hidup masyarakat Melaka pada ketika itu. Keadaan
ini dinukilkan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut:-

“Maka Hang Nadim pun pergilah naik kapal Hang Isap; kerana orang
Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal. Maka
belayarlah ia ke benua Keling”.

51

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Surat dari Sultan Iskandar Muda di Aceh
kepada Raja James di England.
52

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA ANTARABANGSA

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai salah
satu bahasa dunia pada abad ke-15 hingga
abd ke-17 menjadi bukti yang paling kuat
tentang peranan Kesultanan Melayu Melaka
sebagai pelabuhan utama dunia pada ketika
itu. Seorang sarjana Belanda yang bernama
Francois Valentijn menerangkan tentang
status Bahasa Melayu pada abad ke-16
seperti berikut:

“Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu
itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah
mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa
itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih
jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya
sehingga kepulauan Filipina.’’

Surat dari Sultan Abul Dengan sebab itu, sultan-sultan dari wilayah- 53
Fath di Banten kepada wilayah di Nusantara menggunakan bahasa
Raja Christian V di Melayu sebagai bahasa perantaraan apabila
Denmark. mereka berhubung dengan kerajaan-
kerajaan lain. Bahkan, Sultan Iskandar Muda
ketika menghantar surat kepada Raja James
di England dan Sultan Abul Fath ketika
mengutuskan surat kepada Raja Christian
V di Denmark turut menggunakan bahasa
Melayu dalam surat mereka. Ini membuktikan
bahawa terdapatnya penterjemah bahasa
Melayu di istana-istana raja di Eropah pada
abad ke-17.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

YMAENLGAKINAT:EMLEAKSYARAKAT

Penduduk Yang Bertamadun

Kota ini dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan oleh sebuah jambatan
kayu. Terdapat banyak rumah-rumah batu yang cantik. Rumah-rumah
yang lain diperbuat daripada kayu dengan atap rumbia. Sultan dan
penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah.
Orang-orang Melayu berkulit coklat gelap. Bahasa mereka adalah
menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan
berpenampilan rapi. Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki
dan wanita hidup dalam keadaan gembira. Mereka adalah tentera
yang berani bersedia untuk membahayakan nyawa mereka dalam
peperangan-peperangan.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Sultan adalah seorang Muslim, begitu juga dengan semua penduduk
asal. Bahasa mereka adalah bahasa Melayu yang merupakan bahasa
yang indah dan mudah untuk belajar. Orang-orangnya berkulit kuning
langsat, kacak dan bertubuh sasa. Orang-orangnya bersifat berani
secara semula jadi, bersopan santun dan cintakan kedamaian.
Wanita-wanitanya berwajah cantik dan mereka semua suka untuk hidup
dalam kehidupan yang mudah.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

54

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Di kota ini terdapat ramai warga asing dari pelbagai wilayah, yang tinggal
di sana dan dilahirkan di negara ini. Seperti yang saya katakan, mereka
adalah orang-orang Islam dengan bahasa tersendiri dan dipanggil
Melayu. Lelaki-lelaki mereka segak bergaya dan tidak berpakaian dari
pinggang ke atas tetapi memakai pakaian kain kapas di bawah. Orang-
orang yang paling terkenal di antara mereka, memakai pakaian-pakaian
pendek yang dipakai separuh badan pada peha. Kain itu dikait atau
disulam dan sebagai tambahan mereka memakai ikat pinggang. Pada
pinggang mereka, tersemat senjata besi yang disepuh yang mereka
panggil “keris”.

Wanita-wanita mereka adalah berkulit “kuning kecoklatan” memakai
pakaian sutera yang sangat halus dan baju pendek (dihiasi dengan
emas dan permata). “Mereka sangat cantik, sentiasa berpakaian kemas,
dan mempunyai rambut yang sangat baik” (Ramusio berkata “Mereka
menyimpan rambut panjang, menghiaskan di atasnya dengan permata
dan beberapa jenis bunga-bunga”).

Orang-orang Melayu ini berpegang pada Al-Quran daripada ajaran
Muhammad dengan begitu taat sekali. Mereka mempunyai masjid-
masjid mereka, orang-orang yang mati dari kalangan mereka
dikuburkan dan anak-anak mereka adalah pewaris mereka. Mereka
tinggal di rumah besar di luar kota yang terdapat banyak kebun,
taman-taman dan tangki-tangki air di mana mereka menjalani
kehidupan yang menyenangkan. Mereka mempunyai rumah yang
berasingan untuk perniagaan mereka di dalam kota. Mereka memiliki
ramai hamba berserta isteri-isteri dan anak-anak yang hidup
berasingan dan mematuhi semua arahan mereka. Mereka lemah
lembut dan bersopan santun, menyintai muzik dan dikurniakan sifat
mencintai.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa 55

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambaran Masjid Raya Kesultanan Melayu
Melaka.

Ulasan :
Catatan-catatan Portugis membuktikan bahawa rakyat Melaka merupakan
masyarakat yang bertamadun. Perkara ini tidaklah menghairankan
memandangkan Melaka merupakan tempat persinggahan pedagang-
pedagang asing. Oleh itu, masyarakat Melaka terdedah dengan tamadun-
tamadun besar dari luar seperti Arab, China, India dan Turki. Apatah lagi
mereka telah memeluk Islam dan berpegang dengan ajaran-ajaran Islam.
Pembelajaran ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Al-Quran, Hadith, tasawuf,
fiqh dan lain-lain sudah tentu menjadikan masyarakat Melaka sebagai
sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi.

Penggalakan Budaya Ilmu

Khabarnya, Sultan (Ala’uddin Riayat Syah) jauh lebih memperhatikan
masalah masjid dibandingkan permasalahan yang lain-lain.
56
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Ulasan :
Catatan Tome Pires tentang sikap Sultan Ala’uddin Riayat Syah yang
lebih mengambil berat masalah masjid bermakna Sultan lebih mengambil
berat dalam urusan-urusan agama seperti majlis pengajian ilmu dan
penyebaran dakwah. Sultan-sultan Melaka sememangnya menunjukkan
contoh kepada rakyat tentang betapa pentingnya budaya menuntut
ilmu. Tun Seri Lanang mencatatkan bagaimana Sultan Mahmud Syah
sanggup mengadap Kadi Maulana Yusuf semata-mata untuk menuntut
ilmu. Sedangkan baginda diriwayatkan memiliki banyak sifat-sifat yang
negatif. Dalam Sulalatus Salatin, dicatatkan seperti berikut:-

Maka Sultan Mahmud pun pergi dua berbudak, kitab Maklumat baginda 57
sendiri membawa dia. Setelah datang keluar pintu pagar Maulana Yusuf,
maka titah Sultan Mahmud pada penunggu pintu, “Beritahu Maulana,
bahawa fakir Mahmud datang”. Maka kata Maulana Yusuf, “Jikalau fakir
Mahmud datang, bukai pintu; kerana fakir patutlah datang ke rumah

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

sesama fakir”. Maka Sultan Mahmud dibawa naik, duduk ke rumahnya.
Maka Sultan Mahmud pun mengaji Maklumat pada Maulana Yusuf.

Di samping Sultan-sultan menunjukkan minat pada budaya ilmu,
mereka juga memberi galakan kepada rakyat untuk menuntut ilmu.
Malah rakyat yang pintar dan berkebolehan diberi penghargaan
oleh Sultan. Sulalatus Salatin menceritakan bahawa Sultan Mansur
Syah menawarkan biasiswa pada mereka yang mempelajari ilmu
hulubalang dan ilmu melatih haiwan tunggangan seperti gajah dan
kuda. Sulalatus Salatin mencatatkan seperti berikut :-

“..kerana adat Sultan Mansur Syah apabila orang tahu pada ilmu
gajah atau kuda, atau tahu bermain pelbagai senjata, istimewa tahu
akan ilmu hulubalang, maka segala Anak Tuan-tuan sekalian disuruh
baginda belajar atau mencari, akan belanjanya baginda menganugerahi
mereka”.

Sistem Pentadbiran Yang Teratur

Sultan menghantar utusan untuk menyambut Diogo Lopes dengan
keizinan untuk mengadap. Pegawai-pegawai bandar dan istana
membuat persediaan rumit untuk lawatan itu. Diogo Lopes de Sequeira
menunggang gajah yang dihiasi ke istana. Beliau telah disambut dengan
penuh istiadat (mengikut adat resam) di istana oleh rombongan Sultan
dan disampaikan kepada Bendahara. Diogo Lopes memberikannya surat
daripada Raja Portugal. Selepas pertukaran rasmi, beliau telah diiringi ke
kapalnya dengan rombongan Sultan.

58 Sejak itu, Diogo Lopes mula berurusan secara rasmi dengan Sultan
melalui pihak ketiga. Mereka menandatangani Perjanjian Persahabatan,

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

dimeteraikan oleh Sultan dan disahkan oleh Bendahara, Mahkamah
dan pegawai-pegawai kerajaan. Diogo Lopes mengangkat sumpah
pada injilnya untuk mematuhi perjanjian itu.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Di Melaka terdapat masyarakat pelbagai kaum, dan setiap kaum
memiliki mahkamah dan kastam yang tersendiri. Jadi di kota terdapat
Bendahara, masing-masing satu untuk orang tempatan (Melayu),
orang-orang Islam (bukan Melayu) dan orang bukan Islam. Terdapat
juga Bendahara-bendahara yang asing untuk golongan pendagang-
pedagang asing seperti Cina, Taiwan, Siam, Keling, peniaga-peniaga
di Timur (Pantai India) sehingga Tanjung Comorin dan pedagang-
pedagang dari Bengal. Ketua-ketua msyarakat ini, atau Bendahara-
bendahara, setiap seorang berurusan secara berasingan dalam hal ehwal
keadilan dan kastam (dalam masyarakat mereka).

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Melalui cara ini, para penduduk di wilayah tersebut dapat hidup dengan
sistematik dalam menjalankan perdagangan mereka. Cara-cara ini
dijalankan dengan teratur. Mereka tidak berpihak pada para pedagang
dari kapal, namun juga tidak membuat mereka marah. Melaka pun
terkenal dengan hukum dan penentuan harga barang-barang
dagangannya.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Tiada seseorang pun yang boleh menjual rumah atau kebun tanpa lesen 59
(kebenaran) daripada Sultan atau Bendahara. Bagi memperolehi lesen
penjualan kebun beserta dengan rumah, seseorang itu mesti membayar
hadiah yang telah ditetapkan.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

PERANAN SULTAN, BENDAHARA DAN PEMBESAR BEREMPAT

SULTAN

- Sebagai Ketua Negara dan berkuasa
mutlak dalam hal ehwal pentadbiran.

- Menjamin keselamatan rakyat dan
negeri.

- Menjadi lambang perpaduan dan
kedaulatan negara.

- Menjalankan hubungan diplomatik
dengan luar negara.

BENDAHARA LAKSAMANA TEMENGGUNG

- Ketua Pentadbiran dan penasihat - Ketua Tertinggi Angkatan Laut - Menyelesaikan kes jenayah yang kecil.
Sultan dalam pemerintahan negeri - Utusan rasmi tertinggi dan duta utama - Menentukan undang-undang

- Menjadi Pemangku Sultan ketika Kesultanan Melayu Melaka di negara dijalankan dengan sempurna.
Sultan berangkat ke luar negeri. asing. - Menjadi pengiring apabila Sultan
- Mengawasi perairan laut Melaka
- Berperanan sebagai Ketua Turus - Memastikan keselamatan pelayaran berangkat menaiki gajah.
Angkatan Tentera Laut dan Darat di laut. - Bertanggungjawab mengatur susunan
semasa perang. - Melindungi Sultan atau Bendahara
sewaktu perbicaraan dan tempat duduk bagi istiadat
- Menjalankan segala hukuman kecuali - Bertanggungjawab ke atas mengadap Sultan.
hukuman mati. keselamatan pembesar dan tetamu - Berperanan menentukan sukatan dan
khas kerajaan timbangan yang betul di pasar.
- Melantik pengganti Sultan dan - Bertanggungjawab ke atas pertahanan
mengetuai adat istiadat dan menjaga negeri
alat kebesaran diraja.

PENGHULU BENDAHARI SYAHBANDAR

- Menjadi ketua adat bagi istiadat dan - Mengurus kebenaran berniaga dengan
acara diraja di istana. persetujuan Bendahara.

- Mengetuai perbendaharaan negeri - Mengawasi sistem perkapalan dan
dan ketua kepada Syahbandar yang organisasinya.
terdapat di Melaka serta mengendalikan
hamba-hamba Sultan. - Menyeragam dan melaksanakan
pungutan cukai.
- Berfungsi sebagai menteri kewangan
bagi Kerajaan Melayu Melaka. - Menyelia urusan anak yatim, nakhoda
dan pasar perniagaan.
- Memungut cukai dan menjaga harta
- Menguatkuasa peraturan dan
60 benda kerajaan. menyimpan barang di gudang dan
kediaman yang disediakan.

- Menjaga kebajikan dan kepentingan
para pedagang.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

SENARAI NAMA BENDAHARA MELAKA 61
● Tun Perpatih Besar Bendahara Seriwa Raja
● Bendahara Seri Amar Diraja
● Tun Perpatih Sedang
● Tun Ali Nara Diraja
● Tun Perak Bendahara Paduka Raja
● Tun Perpatih Putih
● Tun Mutahir
● Bendahara Tepok

SENARAI NAMA LAKSAMANA MELAKA
● Laksamana Hang Tuah
● Laksamana Hang Jebat (ketika Hang Tuah
dijatuhkan hukuman)
● Laksamana Tun Hamzah (Dato' Bongkok)
● Laksamana Khoja Hassan
● Laksamana Hang Nadim

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

SENARAI NAMA SULTAN MELAKA DAN TAHUN
MEMERINTAH

Nama Sultan Tahun Memerintah Tahun Memerintah
(Pendapat pertama) (Pendapat kedua)

Parameswara 1400 - 1414 1262 - 1281
(Sultan Iskandar Syah)

Sultan Megat Iskandar 1414 - 1424 1281 - 1283
Syah

Sultan Muhammad Syah 1424 - 1444 1283 - 1339

Sultan Abu Syahid 1444 - 1446 1339 - 1340
(Raja Ibrahim)

Sultan Muzaffar Syah 1446 - 1456 1340 - 1378
(Raja Kassim)

Sultan Mansur Syah 1456 -1477 1378 - 1449
(Raja Abdullah)

Sultan Ala'uddin Riayat 1477 - 1488 1449 - 1481
Syah (Raja Hussin)

* Sultan Mahmud Syah 1488 - 1511 1481 - 1511
(Raja Mahmud)

* Sultan Mahmud Syah iaitu Sultan Melaka yang terakhir mangkat pada
tahun 1528

Terdapat dua pendapat tentang tarikh penubuhan Kesultanan Melayu
Melaka. Menurut pendapat pertama, Kesultanan Melaka ditubuhkan oleh
Parameswara pada tahun 1400 Masihi. Antara yang mengemukakan
pendapat ini ialah sejarawan-sejarawan Portugis seperti Tome Pires.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan bahawa Kesultanan Melayu

Melaka ditubuhkan pada tahun 1262 Masihi. Pendapat ini diasaskan dari

Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu yang mana tercatat Kesultanan Melayu
62 Melaka diasaskan pada tahun 660 Hijrah iaitu bersamaan 1262 Masihi.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA

Sultan

Bendahara

Pembesar
Berempat

Syahbandar Laksamana

Penghulu Temenggung
Bendahari

Pembesar
Berlapan

Pembesar 63
Berenambelas

Pembesar
Bertiga puluh dua

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Ulasan:
Di antara sebab mengapa Melaka berjaya menjadi pilihan utama
pedagang-pedagang asing sekaligus menjadikannya pelabuhan yang
penting di dunia ialah kerana sistem pentadbirannya yang teratur. Sistem
pentadbiran yang teratur ini membuktikan kebijaksanaan pemerintah
dalam Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka wujudnya jawatan-jawatan
khas di samping tugasan-tugasan dan bidangkuasa masing-masing.

Sistem pemerintahan Melaka berbentuk hierarki dengan Sultan berada
di hierarki yang teratas. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Besar Empat
yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan
Temenggung. Di bawah empat pembesar utama ini ialah Majlis Orang
Besar Delapan diikuti oleh Majlis Orang Besar Enam Belas dan Majlis
Orang Besar Tiga Puluh Dua. Sistem pentadbiran yang tersusun dan
teratur ini menjadikan Kesultanan Melaka muncul sebagai sebuah
kerajaan yang agung di rantau ini kerana kestabilan politiknya akibat
kelicinan dalam bidang pentadbiran.

Selain daripada sistem pentadbiran yang teratur, Melaka juga memiliki
undang-undang berkanun yang khas seperti Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka. Kewujudan undang-undang ini
di samping penguatkuasaannya juga menjadikan Melaka sebagai
sebuah kerajaan yang stabil lagi berdaulat. Para sejarawan Portugis juga
mengesahkan bahawa terdapatnya mahkamah-mahkamah dan jabatan
kastam di Melaka yang membuktikan Melaka sebuah kerajaan Islam
yang bertamadun tinggi.

64

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kepintaran Dalam Muzik

Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki dan wanita hidup
dalam keadaan gembira. Mereka adalah tentera yang berani bersedia
untuk membahayakan nyawa mereka dalam peperangan-peperangan.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang
mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk melihat
begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya lengkap bersenjata,
sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak panah, manakala
yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang seukuran panjang
pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain pula memiliki sumpit
yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis dengan kuatnya
sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada penawar untuk
luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan :
Permainan alat-alat muzik merupakan antara hobi masyarakat Melayu
Melaka. Terdapat banyak peralatan muzik masyarakat Melayu Melaka.
Sebahagian daripadanya merupakan alat muzik yang menghasilkan
bunyi melalui tali, tiupan dan ketukan atau pukulan. Tun Seri Lanang

menukilkan di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Maka bunyi-bunyian Melayu dengan bunyi-bunyian Jawa pun bertarulah 65
bunyinya; gong, gendang, serunai, nafiri, nagara, gendir, sambiannya,
sekati, kopak ceracap, celimpong dan rebab, gelinang, suling, gambang,

dandi, tiadalah sangka bunyi lagi”.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Penciptaan alat-alat muzik ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu
merupakan masyarakat yang memiliki daya berfikir yang tinggi serta
kreatif. Mereka mampu menghasilkan pelbagai jenis bunyi-bunyian
yang indah yang digabungkan sehingga menghasilkan sebuah melodi.
Permainan alat-alat muzik ini bukan sahaja menjadi medium hiburan,
malah ianya menjadi acara rasmi kerajaan seperti hari pertabalan serta
menjadi pembakar semangat ketika berjuang di medan perang.

Permainan Catur Adalah Permainan Rakyat

Fernao de Magalhaes sangat terkejut apabila mendapati Diogo Lopes de
Sequeira agak lalai dengan bahaya di sekelilingnya (sedangkan peristiwa
di balai jamuan itu baru sahaja berlaku), dia bermain catur dengan
lapan orang Melayu. Antaranya ialah anak-anak kepada Utimutiraja
dan Nahodabeguea. Apabila dia mendapat mesej tersebut, dia berpaling
kepada ketua kelasi kapal dan meminta beliau untuk memanjat ke puncak
layar, untuk memeriksa sama ada perahu sedang diisi dengan rempah-
rempah. Semasa menyampaikan mesej tersebut, Fernao de Magalhaes
kembali ke ‘taforea’ itu. Terdapat hanya beberapa orang lelaki di atas
kapal dengan Kapten Garcia de Sousa.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Selepas tiga puluh orang telah pergi ke bandar, seorang pemuda, anak
utimutiraja, datang ke kapal Diogo Lopes untuk melawat bersama-
sama dengan orang-orang yang terhormat (bangsawan), manakala
Diego Lopes sedang bermain permainan catur. Sebaik sahaja mereka
menaiki kapal, dia berhenti bermain untuk menyambut mereka. Orang
Islam itu yang mempunyai niat jahat di dalam hatinya, sedang menunggu
66 peluang yang lebih baik untuk mendapatkan Diego Lopes. Dia duduk
di situ sehingga dia melihat isyarat sebagaimana yang dirancangkan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Dia meminta Diego Lopes untuk meneruskan permainan kerana
dia ingin melihatnya dan selepas dia memerhatikan pergerakannya
(permainan catur Portugis) maka dia sedar tentang permainan itu
dan berkata bahawa bangsanya juga mempunyai permainan seperti
itu juga, tetapi dengan bilangan buah (catur) yang kurang….

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam Portuguese Documents
on Malacca 1509 to 1511

Ulasan :
Selain daripada kepintaran dalam muzik, catur juga adalah bukti
ketinggian intelektual masyarakat Melayu Melaka. Permainan catur
adalah permainan yang sangat berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
Orang yang pakar bermain catur bermakna dia memiliki kemahiran
berfikir yang tinggi. Permainan catur menjadi satu permainan umum
masyarakat Melaka. Ini menggambarkan bahawa hiburan-hiburan orang
Melaka adalah hiburan yang menguji kekuatan minda dan sekaligus
membuktikan ketamadunan masyarakat Melaka. Pemainan catur
menjadi salah satu pemainan rakyat di Melaka turut dinyatakan oleh Tun

Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

Sekali persetua ada seorang, Tun Bahara namanya, orang Pasai, ia 67
datang ke Melaka. Maka Tun Bahara itu pandai terlalu ia bermain catur,
tiada siapa menyamai dia pada zaman itu. Maka bercaturlah Tun Bahara
itu dengan orang Melaka. Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang
kiri, pandang kanan sambil ia bersyair, dan berbait, dan bergurindam,
dan berseloka. Serta sudah ia perang, berjalan tiada dengan berfikir lagi,
terlalu bangat. Maka segala orang yang tahu-tahu bercatur, semuanya
alah olehnya, seorang tiada dapat melawan dia, melainkan Tun Pikrama,
anak Bendahara Paduka Raja; ia juga yang dapat sedikit melawan Tun
Bahara itu, tetapi jikalau lalai Tun Pikrama, digelar oleh Tun Bahara itu
‘sayur keladi’, dan jika Tun Bahara membuang sebiji bidak ujung jua pun,

alah pula Tun Bahara oleh Tun Pikrama, itulah yang tahu bercatur.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambaran penduduk Melaka sedang bermain catur

68 Bentuk buah-buah
catur Melayu lama.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gamelan dan cak lempong merupakan peralatan muzik yang mampu menghasilkan
irama yang menarik. Peralatan muzik ini menggambarkan kebijaksanaan
masyarakat Alam Melayu dalam bidang muzik

Batu Bersurat Pengkalan Kempas

Batu bersurat yang diletakkan
di sisi makam Syeikh Ahmad Majnun
menerangkan tentang Syeikh Ahmad
Majnun. Beliau adalah seorang ulama
di zaman Kesultanan Melayu Melaka
yang hidup semasa pemerintahan
Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat
di Pengkalan Kempas, Linggi dalam
perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan
berdakwah. Berdasarkan catatan yang
tertulis pada batu bersurat ini, Syeikh
Ahmad Majnun dikatakan wafat sekitar
tahun 1467 Masihi

69

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambaran wanita sedang menenun kain. Masyarakat Alam Melayu mahir
dalam bidang penenunan kain.
70

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

71

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kepintaran Ilmu Matematik

Kati pada emas Melaka sama nilainya dengan 20 tahil. Maka anda boleh
menghitung bahawa 20 darab 256 adalah 5,120. Dengan cara inilah nilai
emas dihitung. Sultan melantik sejumlah jurukira untuk melaksanakan
pekerjaan ini. Jawatan ini diserahkan oleh Sultan kepada seseorang
dengan memberikan separuh kati emas setiap tahun. Dalam melakukan
penilaian emas, dia tidak mengambil untung dari Sultan mahupun para
pembesar. Namun dia meminta bayaran sebanyak satu calaim untuk setiap
tahil- sama nilainya dengan sebelas reis dari orang yang menggunakan
perkhidmatannya. Selain itu, dia juga mendapat keuntungan sebanyak
beberapa calaim dari batu delima. Ini menjadi pendapatan tersendiri
yang signifikan. Tidak seorang pun, kecuali orang yang berjawatan ini,
yang dapat melakukan penilaian terhadap emas. Di Melaka, jawatan
ini merupakan kedudukan yang signifikan kerana pendapatannya yang
besar.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Cukai yang harus dibayar oleh mereka (pedagang-pedagang dari
Kaherah, Aden dan Mekah) adalah sebanyak enam peratus. Jika mereka
mahu, kapal mereka boleh terlebih dahulu diperiksa oleh para pentaksir
yang akan menentukan nilai kapal.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Sebagai satu bentuk kebajikan, setiap penduduk diberi kebenaran untuk
membuka kedai di depan rumah mereka sebagai tempat berniaga atau
disewakan kepada orang lain. Para pembesar juga mengenakan cukai
72 ke atas buah-buahan dan ikan dan ini merupakan cukai yang tidak
penting. Di samping cukai-cukai lain, cukai utama merupakan cukai

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

yang dikenakan ketika proses menimbang barang-barang dagangan
yang datang dan pergi. Setiap seratus barang dagangan dikenakan satu
calaim. Bagi menjalankan urusan ini, Sultan menugaskan setiausaha-
setiausaha dan penerima-penerima cukai.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan
Matematik sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan perdagangan.
Sebagai satu bangsa pedagang, kemahiran dalam ilmu matematik
bukanlah sesuatu yang asing buat masyarakat Melayu. Malah, status
Melaka sebagai pelabuhan yang paling sibuk dalam dunia menyebabkan
amalan berdagang sangat aktif di sini.

Pedagang-pedagang Melayu di Melaka mahir dengan ukuran-ukuran
dalam timbangan seperti tahil, kati, gantang, bahar dan sebagainya.
Malah, para pembesar dan pedagang di Melaka telah membuat rekod
perdagangan atau akaun yang merekodkan pengaliran tunai dan untung
rugi perniagaan. Mereka telah mencatat akaun-akaun dengan jumlah
perniagaan yang besar seperti perniagaan import dan eksport.

Selain itu, sebagai sebuah masyarakat Muslim, sudah pasti orang-orang
Melaka memiliki kemahiran matematik yang digunakan dalam ibadah-
ibadah seperti pengiraan zakat, pembahagian harta pusaka, pengukuran
kuantiti air wudhuk, pengukuran arah kiblat, ilmu falak dan sebagainya.

73

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kepintaran Dalam Seni Kraftangan

Rakyat jelata (Melaka) memiliki sifat yang lebih baik, disebabkan
mereka biasanya sibuk dengan kerja seni-seni mekanikal dalam
menyara kehidupan mereka; ramai daripada mereka terdiri daripada ahli
pertukangan yang sangat mahir dalam seni ukiran dan juga dalam ilmu
kimia, melakukan seni tempaan yang halus pada besi dan keluli untuk
membuat senjata-senjata.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan
Antara kepintaran orang Melayu yang begitu ketara ialah dalam seni
ukiran dan kraftangan. Maka dengan sebab itu, antara faktor mengapa
masyarakat Melayu lebih memilih membina binaan dengan menggunakan
kayu kerana mereka mahu menterjemahkan kepakaran mereka dalam
mengukir seni ukiran pada kayu-kayu tersebut dengan halus.

Masyarakat Melayu juga sangat kreatif dalam mencipta peralatan
kegunaan harian seperti alat menangkap ikan, alat menjerat haiwan,
peralatan dapur dan sebagainya. Mereka juga bijak memanfaatkan alam
sekitar untuk kegunaan harian mereka. Sebagai contoh, wujudnya gelaran
bagi pokok kelapa sebagai “pokok seribu kegunaan”. Ini membuktikan
kekreatifan masyarakat Melayu dalam memanfaatkan pengunaan pokok
kelapa untuk dijadikan bahan kraftangan bagi kegunaan harian di rumah.

74

74 TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA Batu Megalitik Pengkalan Kempas, Linggi
Batu-batu megalitik yang diukir ditemui di Pengkalan Kempas, Linggi. Batu-batu ini dipercayai diukir ketika zaman
Kesultanan Melayu Melaka ataupun lebih awal lagi. Salah satu daripada batu ini diukir perkataan “Allah” menunjukkan
bahawa batu-batu ini diukir setelah kemasukan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu. Pengukiran batu-batu ini
membuktikan kepintaran masyarakat di zaman tersebut. Kini batu-batu ini diletakkan berhampiran dengan makam
Syeikh Ahmad Majnun.

Sumber gambar : Ihsan Penulis
75

76

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Penawanan Golongan Cerdik Pandai Melaka
Terdapat sebuah ruang penjara di dalam Kapal Portugis yang bernama Kapal Flor De La Mar. Ketika Portugis berjaya
menawan Melaka pada tahun 1511, Alfonso de Albuquerque telah menangkap sebilangan cerdik pandai dan pakar

dalam masyarakat Melayu Melaka seperti golongan tabib yang pakar dalam ilmu herba dan perubatan. Mereka ingin

dibawa ke Portugal untuk berkhidmat dengan Raja Portugal iaitu Raja Dom Manuel. Namun Kapal Flor De La Mar
telah tenggelam di Selat Melaka ketika hampi tiba di Aceh. Tawanan-tawanan perang ini dipercayai mati kerana lemas

tenggelam.

TEKNOLOGI BINAAN

Keagungan Binaan Istana Melaka

Di bahagian selatan kota terbinanya istana Sultan yang terletak di
atas bukit dan juga sebuah masjid yang besar. Di bahagian selatan itu
juga merupakan kawasan penempatan golongan yang berkedudukan
tinggi (bangsawan). Di bahagian utara merupakan tempat tinggal para
pedagang yang dikenali sebagai “Kling”. Bahagian ini adalah lebih luas
berbanding bahagian-bahagian lain di dalam kota.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Apabila angin sepoi-sepoi bertiup, beliau mengarahkan Gaspar de Paiva
bersama seratus orang tentera untuk membakar bahagian kota yang
dekat dengan jambatan. Simao Martins telah diberikan tugasan yang
sama di kawasan masjid di mana terletaknya istana Sultan. Arahan-
arahan telah dilaksanakan, menyebabkan kemusnahan beranda istana
yang mengandungi kerusi yang bersadur, beberapa permaidani, langsir
sutera bersulam emas dan banyak barang berharga yang lain.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Sultan, menunggang seekor gajah, berfikir bahawa pertempuran telah
berlaku (di tepi pantai), bersembunyi di belakang istananya, yang besar
dan kukuh, dan di mana baginda merasakan baginda boleh selamat dari

peluru-peluru meriam.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India 77

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Ulasan:
Tun Seri Lanang menukilkan tentang keagungan binaan istana Kesultanan
Melaka di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga
depa luasnya; besar tiangnya sepemuluk, tujuh pangkat kemuncaknya.
Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu
diberinya bumbungan melintang dan bergajah menyusu; sekaliannya
bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan bersengkuap. Pada
antara sengkuap itu diperbuatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat
dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar
matahari, bernyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding
istana ianya berkambi, maka ditampali dengan cermin China yang besar,
apabila kena panas matahari bernyala-nyala rupanya; kilau-kilauan tiada
nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta
lebarnya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta
lebarnya, dan tebalnya sehasta, diukirnya rembatan pintu istana itu empat
puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Indah perbuatan
istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada
sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang `Mahligai
Hawa Nafsu’; atap tembaga dan timah disiripkan.

“Maka Bendahara pun mengerahkan orang membuat istana dan
balairung. Orang Ungaran berbuat istana besar, orang Sugal sebuah
istana, dan orang Buru sebuah istana dan orang Suir sebuah istana,
dan orang Pancur Serapung membuat balairung, orang Sudir membuat
balai penghadapan, dan orang Merba membuat penanggahan, dan orang
Sawang membuat balai jawatan di sisi balairung, orang Kundur membuat
balai apit pintu keduanya, dan orang Suntai berbuat balai kendi, orang
Melai berbuat pemandian. Orang Upang berbuat bangsal gajah, orang
Tungkal membuat masjid, orang Bintan membuat pagar istana, orang
78 Muar membuat kota wang. Adapun istana itu baik pula daripada dahulu.
Setelah sudah sekaliannya, maka Sultan Mansur Syah pun diamlah di
istana baharu itu kararlah selama-lamanya”.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gambaran Istana Kesultanan Melayu Melaka. 79

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Petikan dari Sulalatus Salatin tersebut menerangkan ciri-ciri istana
Melaka zaman Sultan Mansur Syah. Istana ini adalah istana yang
terbaik di rantau ini dari segi binaannya. Ini berdasarkan catatan “Indah
perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini
tiada sepertinya pada zaman itu”. Ianya juga melambangkan kemajuan
teknologi binaan Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya. Selain
itu, petikan di atas juga menerangkan bahawa istana ini dibina setinggi
tujuh tingkat. Ini bermakna orang-orang Melaka berkemahiran membina
binaan yang tinggi walaupun dengan menggunakan kayu.

Setelah istana Melaka terbakar, Sultan Mansur Syah hanya memerlukan
masa sebulan sahaja untuk membina istana yang lebih baik daripada
sebelumnya. Pembinaan ini dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat
adalah dengan kepakaran orang-orang Melaka dalam bidang teknologi
pembinaan.

Teknologi Binaan Batu Dan Marmar

Kota ini dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan oleh sebuah jambatan
kayu. Terdapat banyak rumah-rumah batu yang cantik. Rumah-
rumah yang lain diperbuat daripada kayu dengan atap rumbia. Sultan
dan penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah.
Orang-orang Melayu berkulit coklat gelap. Bahasa mereka adalah
menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan
berpenampilan rapi. Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki dan
wanita hidup dalam keadaan gembira. Mereka adalah tentera yang berani
bersedia untuk membahayakan nyawa mereka dalam peperangan-
peperangan.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory
80

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Kota ini pada masa ini adalah sempit dan tersebar di sepanjang
pantai (seperti Lisbon dari Dexobiegas ke biara Belem.) Di dalamnya
terdapat kira-kira tiga puluh ribu buah rumah, dan terdapat sungai yang
membahagikan kota kepada dua bahagian. Setiap bahagian berhubung
dengan bahagian yang lain melalui jambatan kayu. Banyak rumah
diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya dibina di persisiran laut.
Rumah-rumah yang lain yang diperbuat daripada batu dan kapur
turut kelihatan.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Disebabkan matahari sudah pun terbenam Gabenor memberi
arahan untuk berundur ke masjid, yang diperbuat daripada batu,
yang mana ia adalah bangunan yang kukuh. Di sana terdapat Joao
de Lima bermalam dengan beberapa orang bangsawan dan empat ratus
orang tenetra yang lain.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Di situ terdapat sebuah masjid yang besar yang dibina dengan
bongkahan-bongkahan batu, begitu juga dengan bangunan-bangunan
yang lebih kecil (dari masjid) dan batu nisan juga diperbuat dengan batu-
batu.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Di hujung Tanjong Tuan atau Caborachado, di atas puncak sebuah bukit 81
terdapat sebuah bangunan lain yang masih kekal, yang kelihatan seperti
sebuah bekas yang diperbuat daripada bongkah-bongkah marmar
atau seperti runtuhan dasar piramid, di mana tempat Parameswara
dikebumikan. Ini adalah asal usul nama “Tanjung Tuan”. Di Teluk Mas,
di bahagian tenggara Sungai Melaka, di luar daerah Punggor

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

di sepanjang pantai yang sama, pada suatu jarak dari laut, berdirinya
sebuah bangunan besar yang diperbuat dari bongkahan batu, yang
berbentuk empat segi dengan sudut yang tepat, dan dipenuhi dengan
pokok-pokok, ianya kelihatan seperti sebuah istana atau kubu.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Tidak jauh dari Panchor ke arah barat daya terdapat anak sungai
yang mengalir ke kolam-kolam diraja, Ayer Raja dan Ayer Putri, dan
terutamanya tempat yang bernama Batu Gajah, yang terdapat binaan
marmar yang berbentuk seekor gajah, sebuah binaan yang dianggap
sebagai satu keajaiban yang besar oleh penduduk tempatan.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan:
Berdasarkan catatan-catatan di atas menunjukkan membina bangunan
menggunakan kayu merupakan pilihan bagi masyarakat Melaka
bukannya disebabkan keterbatasan teknologi. Membina binaan dengan
batu-bata bukanlah satu teknologi yang baru dalam masyarakat
Nusantara. Beratus tahun sebelum kewujudan Kesultanan Melayu
Melaka, masyarakat di Nusantara telah pun menggunakan batu-bata
sebagai bahan binaan. Kesan peninggalannya pun masih lagi wujud
sehingga hari ini seperti Kota Kedah Tua di Sungai Batu, Kedah, Candi
Borobudur di Jawa, Kota Batu di Brunei, batu-batu asas bangunan
di Samudera Pasai dan banyak lagi.

82

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Istana Kesultanan Melayu Melaka Di Zaman Sultan Mansur
Syah

Diriwayatkan bahawa Sultan Mansur Syah telah membina istananya sebanyak
dua kali di zaman pemerintahannya. Suatu ketika, pertarungan hebat antara
Hang Tuah dan Hang Jebat telah berlaku di Istana Sultan Mansur Syah yang
mana berakhir dengan pembunuhan Hang Jebat. Disebabkan peristiwa pahit itu
dan pencemaran di istana, Sultan Mansur Syah tidak ingin mendiami istana itu
lagi. Maka diititahkan supaya istana itu dirobohkan dan dibuang ke laut. Arahan
Baginda dilaksanakan dengan sempurna.

Setelah itu, sebuah istana baru yang cantik telah dibina di tapak istana yang
dirobohkan. Istana ini dinamakan ‘Istana Mahligai’ kerana keagungannya.
Istana Mahligai Sultan Mansur Syah ialah kebanggaan Kesultanan Melayu
Melaka. la melambangkan kekayaan, kemakmuran dan kekuasaan Melaka.
Istana ini melambangkan keunggulan senibina Melaka. Istana besar itu amat
indah dipandang dan kemuncak istana pula dipasang satu permata besar yang
bersinar-sinar pada siang hari.

Suatu ketika, Istana Mahligai itu pun tiba-tiba terbakar. Kemungkinan fokus
sinaran kepada atap genting kayu berlian yang kering semasa musim kemarau
mengakibatkan kebakaran tersebut. Kebakaran itu dilihat oleh semua penduduk
Kota Melaka yang datang untuk memadamkannya. Beberapa hulubalang dapat
masuk ke dalam istana dan menyelamatkan harta Sultan. Oleh kerana suhu
kebakarannya terlalu tinggi, maka api tidak dapat dipadamkan atau kesemua
barang yang berharga dikeluarkan. Istana Mahligai pun hangus terbakar.

Selepas beberapa hari, Sultan Mansur Syah memerintahkan supaya dibina
sebuah istana yang baru di tapak yang sama. Pembinaan tersebut selesai cuma
dalam tempoh sebulan. Tun Perak dapat mendirikan sebuah istana batu yang
tidak kurang indahnya dari Istana Mahligai. Istana Kesultanan Melaka dikatakan
sebagai bangunan yang terindah di rantau ini.

83

Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Bongkahan-bongkahan batu runtuhan
bangunan-bangunan di Kota Batu,
Brunei. Kota Batu di Brunei adalah
sebuah kota lama yang telah wujud
sezaman dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, banyak bangunan-bangunan
84 yang diperbuat dari batu seperti mana
yang dicatatkan oleh sejarawan-
sejarawan Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kesan peninggalan Perigi Raja yang dibina oleh Sultan Mansur Syah 85
di kaki Bukit China dan Perigi Hang Tuah di Duyong masih lagi kekal
hingga hari ini. Kedua-dua buah perigi ini dibina dengan menggunakan
bongkahan batu-batu seperti mana bongkahan batu-batu yang terdapat
pada bangunan A Farmosa dan Gereja St. Paul. Pembinaan dinding
perigi-perigi ini membuktikan kemampuan jurubina dalam Kesultanan
Melayu Melaka membina binaan berdiameter bulat dengan menggunakan
bongkah-bongkah batu.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Batu Gajah, Melaka

Nama Batu Gajah di Melaka seperti
yang dicatatkan oleh Godinho de Eredia
berasal dari sebuah binaan berbentuk
gajah yang diperbuat daripada batu
marmar. Binaan ini dianggap sebagai
satu binaan yang ajaib oleh penduduk
tempatan pada ketika itu.

86
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

87

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Rumah Bergerak (Mudah Alih)

Sebaik sahaja para tentera berjaya membakar rumah-rumah tersebut,
tembakan anak-anak panah dan sumpit-sumpit dapat dihentikan,
disebabkan rumah-rumah tersebut dibina daripada papan dan beratapkan
jerami daun-daun kelapa, ianya terbakar dengan mudah dan api tersebut
dimarakkan oleh angin yang bertiup, yang menyebabkan rumah-rumah
itu rebah ke tanah dalam masa yang singkat. Gudang-gudang di mana
harta benda disimpan, dan sebahagian daripada masjid turut musnah.
Begitu juga dengan sebuah rumah baru yang dibina di atas roda-
roda (sepertimana yang dinyatakan sebelum ini) bagi menyambut
majlis perkahwinan puteri Sultan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Kemudian masjid itu dibakar. Bumbung masjid itu diperbuat dari jerami
daun kelapa, dibakar dan di dalamnya terdapat banyak barang yang
diperbuat daripada kayu telah musnah. Selain itu, yang dimusnahkan
juga adalah sebuah rumah kayu yang dibina di atas sebuah pelantar
yang boleh bergerak yang mempunyai tiga puluh buah roda. Setiap
roda tersebut berukuran sebesar sebuah bilik. Rumah itu telah
dibuat oleh Sultan Melaka untuk dinaiki oleh Sultan Pahang. Kali yang
terakhir baginda datang ialah ketika menghadiri majlis perkahwinan anak
lelakinya dengan anak perempuan Sultan Melaka. Sambutan yang besar
telah disediakan untuk majlis itu, yang mana rumah tersebut merupakan
salah satu hadiah kejutan. Rumah tersebut dihiasi dengan sutera di
bahagian dalamnya dan di luarnya pula dihiasi dengan panji-panji.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

88

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Bangunan Kalis Api

Disebabkan keputusan untuk berperang, para pedagang menjadi takut
akan kehilangan harta benda mereka. Maka, walaupun Sultan memberi
amaran bahawa tiada apa yang boleh dibawa keluar dari kota itu,
para pedagang pada waktu malam secara rahsia mengosongkan
gudang-gudang mereka, yang mana ianya dibina separuh bawah
tanah dan kalis api. Gudang-gudang ini terletak di tebing-tebing sungai,
berhampiran dengan muara sungai dan di hulu jauh. Harta benda itu telah
dibawa jauh ke kawasan pedalaman dan disembunyikan dalam kebun-
kebun pedagang yang dipanggil “Dusun”.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Teknologi Binaan Bawah Tanah

Arahan-arahan telah diberikan oleh Gabenor kepada Pero D‘ Alpoem,
Rui de Araujo, Antonio Fernandes (si hitam), Joao Mendes Botelho
dan Ruy de Brito Patalim untuk pergi ke istana Sultan, mengumpulkan
apa yang mereka temui di sana, dan, sebelum mereka kembali, untuk
memusnahkan istana dengan membakarnya menggunakan api. Mereka
pergi, dan menemui satu bangunan bawah tanah di istana, terdapat
sejumlah besar barang-barang emas dan perak.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Albuquerqe berasa sangat sedih (dengan cadangan Rui D’ Araujo), beliau 89
berkata bahawa jika kota ini hanya dapat ditawan dengan cara membakar
seluruh kota (seperti mana cadangan tersebut), maka tenteranya hanya
mengalami kepayahan dan tidak mendapat sebarang keuntungan (dari
harta-harta Melaka). Maka Rui D’ Araujo memberitahu beliau:-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

“Tuan, sungguh pun tuan membakar seluruh kota ini, barang-barang
yang terbaik akan kekal (tidak terbakar) kerana ianya disimpan di gudang
yang dibina dengan batu yang kukuh. Separuh dari gudang-gudang
ini dibina di bawah tanah dan pintu-pintunya telah diperkukuhkan.
Jadi tiada sebarang api yang dapat memberi kesan kepada gudang-
gudang tersebut yang mana tersimpannya harta kekayaan terbanyak
di kota ini”

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sebahagian barangan yang diambil telah dikumpulkan oleh pegawai-
pegawai dan ianya disimpan dalam gudang yang besar sehingga
sampai waktu di mana mereka boleh membawanya ke kapal. Gudang-
gudang ini separuh daripadanya di atas tanah (dan separuh lagi di
bawah tanah). Separuh bahagian yang atas telah disimen dengan
batu kapur untuk melindungi rumah-rumah dari api. Barang-barang
tersebut dalam jumlah dan arahan-arahan diberikan bahawa hanya yang
bernilai sahaja yang dihantar ke kapal-kapal, seperti kapur barus, kasturi,
kain sutera, sutera halus dan tembikar yang berharga. Barang-barang
lain yang kurang berharga dibiarkan terbuang di jalan-jalan kerana
mereka tidak mahu mengambilnya. Beberapa buah balang yang tertanam
didapati dipenuhi dengan jongkong-jongkong emas dan mutiara-mutiara
dari China. Selepas penemuan ini, semua mereka mula mencari gudang-
gudang perbendaharaan dan menggalinya lagi, dan harta kekayaan yang
banyak daripada jenis-jenis tersebut dijumpai. Dalam proses menggali
banyak kerosakan telah dilakukan, dan Rui D’ Araujo melaporkan perkara
ini kepada Gabenor, yang mengarahkan agar isyarat-isyarat dihantar
melalui tiupan trompet untuk memanggil tentera mengambil apa yang
mereka mahu dan berundur. Kebenaran untuk mengambil harta rampasan
secara bebas berakhir apabila matahari terbenam.

90 Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Gabenor gembira ketika melihat pegawai-pegawainya dan tentera-
tenteranya bergembira dengan apa yang mereka miliki. Dia sedar
sepenuhnya bahawa mereka telah mengambil hanya satu pertiga
daripada harta kekayaan kota ini, banyak yang telah ditanam di dalam
bilik kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang kukuh.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Catatan-catatan Portugis di atas jelas membuktikan kehebatan ilmu
senibina dalam Kesultanan Melayu Melaka. Catatan-catatan Portugis
tentang kewujudan bangunan bergerak atau mudah alih, bangunan
kalis api serta bangunan di bawah tanah membuktikan Melaka memiliki
kejuruteraan binaan yang hebat. Dengan ini, Kesultanan Melayu Melaka
sudah pasti memiliki jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir
dalam bidang senibina. Kewujudan ahli-ahli dalam senibina sama ada
jurutera atau arkitek bukanlah sesuatu yang baru di alam Nusantara.
Sebagai contoh, arkitek-arkitek dalam Kerajaan Sriwijaya dahulu
dinamakan sebagai Sthapaka. Mereka inilah yang merancang pembinaan
bangunan-bangunan yang besar seperti Candi Borobudur, Candi Muara
Takus dan Candi Prambanan.

91

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Click to View FlipBook Version