242
Gambaran kubu kayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
243
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Apabila Dinis Fernandes de Melo, yang berada di hadapan angkatan
tentera Portugis, melihat bahawa masjid itu kosong, dia berhenti
mengejar Sultan, sekalipun dia datang dekat kepada angkatan tentera
Sultan, disebabkan Gabenor telah memberikan arahan bahawa tidak ada
seorang pun yang boleh pergi melepasi masjid atas apa-apa sebab. Ianya
dapat diketahui kemudian bahawa jika Dinis Fernandes mengejar Sultan
ke jalan besar yang lain, mereka akan berhadapan dengan angkatan
tentera Sultan yang sangat besar dan akan diusir kembali.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
4) Teknik pengunduran yang pantas
Apabila dua ekor gajah mengalami kecederaan yang disebabkan oleh
tombak-tombak itu, gajah-gajah itu mengerang, berpaling ke belakang
tanpa mempedulikan jurulatih-jurulatih mereka dan tentera-tentera
di belakang mereka, dan merempuh melalui barisan para tentera yang
menyebabkan mereka melarikan diri. Mereka melarikan diri dengan
begitu pantas sehinggakan tentera Portugis sukar untuk menyedari
bagaimana mereka hilang.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
5) Strategi membakar perahu
Para tentera Portugis yang berada dalam perahu-perahu kecil yang
berusaha untuk memadamkan api tersebut, menghadapi satu bahaya
yang besar di mana mereka mencuba untuk menolak perahu-perahu yang
terbakar jauh daripada jong tersebut. Kebakaran yang menyebabkan
malam menjadi terang benderang itu tidak hanya membantu tentera
244 Islam melihat apa yang dilakukan oleh tentera Portugis tetapi ianya juga
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
menampakkan tentera-tentera Portugis kepada tentera-tentera Islam
yang membolehkan tentera-tentera Islam menembak ke arah tentera-
tentera Portugis dengan meriam-meriam mereka.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
6) Strategi ‘amukan gajah’
Tiada tentera Islam yang mampu bertahan dengan serangan-serangan
tentera Portugis, dan dengan sebab itu, bersama dengan Bendahara,
mereka mula berundur ke jalan sehingga mereka tiba di sebatang jalan
simpang empat. Di situ terdapat tentera-tentera Islam dalam bilangan
yang ramai bersama dengan gajah-gajah mereka telah bertemu
dengan tentera Portugis. Gajah-gajah tersebut mula mengamuk tatkala
mendengar bunyi trompet yang kuat, dan (sementara itu) tentera Portugis
menjadi panik dan mereka menangguhkan hasrat untuk mara ke jalan itu
di mana gajah-gajah tersebut berada. Tiada apa yang mampu tentera
Portugis lakukan melainkan terdapat kemungkinan untuk mencederakan
gajah-gajah tersebut.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Ulasan : 245
Teknik-teknik perang yang bijaksana yang digunakan oleh angkatan
tentera Melaka membuktikan bahawa mereka merupakan golongan
tentera yang terlatih. Mereka juga dipimpin oleh panglima-panglima
perang yang bijaksana dan berkebolehan seperti Laksamana Hang
Nadim. Di samping itu, penyertaan tentera-tentera Islam dari luar Melaka
mendedahkan para tentera tempatan dengan pelbagai teknik-teknik
peperangan. Sebagai contoh, salah seorang panglima perang dari luar
telah dilantik oleh Sultan. Beliau yang bernama Tuan Bandar, seorang
Islam berbangsa Bengali dikenali sebagai seorang panglima perang yang
licik dan berani.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pasukan-Pasukan Angkatan Tentera Melaka
1) Pasukan penyerang hendap (skuad komando)
Dari dua buah rumah yang berhampiran dengan jambatan, musuh
terus menembak di sepanjang malam menggunakan sejumlah besar
senjata yang berbeza dan menyebabkan banyak kerosakan. Oleh itu
pada hari kedua Albuquerque mengarahkan mereka yang berikut (untuk
menghentikan tembakan tersebut): Jorge Botelho, Alfonso Pessoa dan
Simao Martins. Mereka memasang meriam ringan pada beberapa teres,
dan mereka telah membebaskan kawasan di hadapan jambatan daripada
api yang memusnahkan yang dinyalakan oleh musuh.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Sebaik sahaja angin laut mula bertiup, Albuquerque mengutuskan
Gaspar de Paiva dengan seratus orang tentera ke salah satu bahagian
di tepi sungai dan Simao Martins berserta seratus orang tentera yang
lain di seberangnya untuk membakar rumah-rumah yang dekat dengan
jambatan, kerana mereka telah mengalami ramai korban disebabkan
anak-anak panah dan sumpit beracun yang dilepaskan oleh tentera-
tentera Islam dari rumah-rumah tersebut, dan kerana dekatnya jarak
rumah-rumah tersebut dengan jambatan, anak-anak sumpit dengan
mudah mengenai sasarannya. Di samping itu, kemusnahan rumah-rumah
itu akan mewujudkan ruang atau kawasan yang kosong bersebelahan
dengan jambatan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Sebaik sahaja senapang-senapang mula menembak, musuh berundur ke
246 jalan-jalan lain di kota. Ini tidak menghalang musuh untuk menyerang
Portugis dari jalan-jalan yang mereka telah berundur itu dan yang
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA Jenis-jenis Senapang Melayu
Gambaran senapang yang digunakan oleh tentera pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
247
mana belum lagi diledakkan. Dengan bersembunyi di atas teres
rumah-rumah mereka, mereka telah menembak dengan senapang-
senapang mereka dan menyebabkan beberapa korban jiwa.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Dalam formasi tersebut berserta dengan bunyi trompet-trompet dan
puji-pujian ke atas St. James dan St. Bartholomeu, mereka masuk ke
kota, dua skuad (di bawah pimpinan Garcia de Sousa dan Gabenor)
memimpin pergerakan pasukan tentera. Apabila mereka berada dalam
kawasan yang berjarak boleh dijangkau oleh anak panah, tentera-
tentera Islam muncul (dari tempat persembunyian masing-masing)
dan menembak anak-anak sumpit beracun ke arah tentera Portugis
dengan menggunakan sumpit-sumpit, dan melontarkan lembing-
lembing ke arah tentera Portugis.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
248 Gambaran lela rentaka dan terakol yang digunakan oleh tentera pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
248 TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
2) Pasukan tentera elit
Suatu ketika, Dom Joao de Lima, Fernao Peres, Gaspar de Paiva, Bastiao
D’ Miranda dan Jaime Teixeira memasuki kubu kayu di kawasan masjid,
mereka berhadapan dengan Sultan yang disertai oleh sebilangan
besar tentera, iaitu pahlawan yang terbaik di kota ini. Mereka datang
dengan menunggang gajah dan bersenjatakan pedang-pedang panjang
yang diikatkan pada gading-gading gajah tersebut dan di belakang
gajah-gajah tersebut terdapat binaan seperti istana yang di dalamnya
dipenuhi dengan pejuang-pejuang bersenjatakan sumpit. Orang yang
mengetuai angkatan tersebut adalah Sultan yang menunggang salah
seekor daripada gajah-gajah tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
3) Pasukan tentera bergajah
Tiada tentera Islam yang dapat meneruskan serangan mereka, dan
dengan demikian tentera-tentera Islam, bersama Bendahara, mula
berundur ke arah jalan raya sehingga mereka tiba di persimpangan
jalan. Di situ terdapat sebilangan besar tentera Islam yang bergajah
bertemu dengan tentera Portugis. Gajah-gajah menjadi naik minyak
disebabkan bunyi trompet mereka yang kuat, dan (untuk seketika)
tentera-tentera Portugis menjadi panik dan menangguhkan untuk maju
ke arah jalan di mana gajah-gajah itu berada. Tiada apa yang boleh
mereka lakukan melainkan jika mereka dapat mencederakan gajah-gajah
tersebut.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
249
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Ulasan :
Pembahagian-pembahagian pasukan dalam angkatan tentera Kesultanan
Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis di atas, telah membuktikan
bahawa ianya adalah sebuah angkatan tentera yang sistematik. Bukanlah
sesuatu yang menghairankan bagi sebuah kerajaan yang ulung seperti
Melaka untuk memiliki angkatan tentera yang teratur dan terlatih. Maka
dengan sebab ini, angkatan tentera Melaka telah mencapai kemenangan
dalam beberapa peperangan sebelum kedatangan Portugis termasuk
peperangan dengan kerajaan Siam.
250
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
KELENGKAPAN TENTERA MELAKA MENURUT CATATAN
PORTUGIS Sumpit
Anak Panah
Lembing
Panah
Meriam
Baju Besi
Keris
Perisai
Senapang
251
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Kubu Kota Johor Lama.
Sumber gambar : Ihsan Penulis
252
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
LAKARAN TEKNOLOGI KUBU KOTA JOHOR LAMA
Dinding Kubu Lapisan Tanah
Lapisan Tanah
Kubu Kota Johor Lama
Kubu di Kota Johor Lama yang dibina pada tahun 1540 di zaman pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah II (1528-1564). Kubu ini merupakan kubu pertahanan
yang terbaik di antara kubu-kubu pertahanan yang dibina di sepanjang Sungai
Johor. Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511, Kota Johor
Lama yang terletak di pinggir Sungai Johor telah dijadikan pusat pemerintahan
dan sebagai kota pertahanan utama untuk menyerang balas kedudukan Portugis
di Melaka. Dengan sebab itu, teknologi pembinaan kubu kota Johor Lama ini
mewarisi teknologi Kesultanan Melaka.
Lokasi semulajadi kota ini yang sangat strategik memudahkan pengawasan
dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal bagi mengelakkan
serangan dan ancaman Portugis. Pada tahun 1587, kubu ini juga telah jatuh
ke tangan Portugis disebabkan pengkhianatan dan pertelagahan. Seluruh Kota
Johor Lama dibakar dan harta benda termasuk senjata api telah dirampas oleh
Portugis. Kubu ini diperbuat daripada bongkahan-bongkahan batu dan dilapisi
pada bahagian luarnya dengan tanah. Ini menyebabkan bedilan-bedilan peluru
meriam tidak dapat memberi kesan pada dinding kubu kerana lapisan tanah
di bahagian luar itu menyerap hentakan dari bedilan peluru meriam.
253
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
BENTENG KUNO MELAYU
Tapak benteng kuno Melayu yang dijumpai di Fort Canning (Bukit Larangan),
Singapura. Benteng ini dipercayai dibina sebelum penubuhan Kesultanan Melayu
Melaka atau pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dr. Ahmad Dahlan di dalam
bukunya yang bertajuk “Sejarah Melayu” telah menukilkan seperti berikut :-
“Dari jejak-jejak arkeologi yang digali di Fort Canning (Bukit Larangan) dan tepi
Sungai Singapura telah ditemukan bukti kuat bahawa pulau tersebut pernah
dihuni sekitar abad ke-14 Masihi, sesuai dengan era pulau tersebut menjadi pusat
Kerajaan Melayu Singapura. Alfonso de Albuquerque, Sang penakluk Melaka,
menyebut pada abad ke-14 Masihi, Pulau Singapura telah memiliki kota yang
cukup ramai penghuninya. Sayangnya bukti runtuhan yang ditemukan oleh de
Albuquerque sudah musnah ketika kota ini dibangun menjadi seperti sekarang.
Catatan yang ditinggalkan Raffles dan Crawford juga membuktikan bahawa
pernah wujud sistem pertahanan besar yang bercirikan kota kuno Melayu dengan
bentengnya yang kukuh di Pulau Temasik (Singapura)”.
254
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
KUBU BENTAYAN 255
Pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah yang memerintah Kerajaan Melayu
Melaka pada waktu itu telah melarikan diri ke daerah Muar dan menjadikan
satu kawasan sebagai kubu untuk berlindung dari serangan musuh. Sebagai
memperingati peristiwa itu, maka sebuah papan tanda peringatan telah
dibina disebuah kawasan yang bernama Bentayan iaitu tapak asal bagi Kubu
Bentayan. Papan tanda peringatan ini telah di bina di kawasan Perhentian
Bas Dan Teksi Bentayan yang berhampiran dengan Pasar Awam Muar.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
MKEEKLUAAKTAAN ANGKATAN TENTERA
Angkatan Tentera Melaka Digeruni Musuh
Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang
mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk
melihat begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya
lengkap bersenjata, sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak
panah, manakala yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang
seukuran panjang pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain
pula memiliki sumpit yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis
dengan kuatnya sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada
penawar untuk luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Ketakutan adalah satu masalah lain. Salah satu kebimbangan mereka
adalah tentera-tentera Islam akan pergi lebih jauh ke hulu sungai, tatkala
air pasang-surut pada waktu malam, menghantar rakit yang terbakar
ke tengah-tengah kedudukan mereka. Selanjutnya, menurut maklumat
yang diperolehi dari Rui de Araujo, Sultan mempunyai armada laut yang
besar yang dimiliki baginda di bawah perintah seorang lelaki yang gagah
perkasa yang dipanggil Laksamana yang mampu membakar armada
Portugis. Perkara-perkara ini telah dibincangkan, dan telah diputuskan
adalah lebih selamat bagi tentera-tentera Portugis yang sangat keletihan
dan tercedera untuk tidur di atas kapal kapal mereka.
256 Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Apabila tidak menerima sebarang jawapan, Kapten Major berunding
dengan kapten-kaptennya tentang apa yang perlu dilakukan. Beliau telah
memutuskan bahawa oleh kerana Melaka adalah terlalu kuat, maka
amat bodoh untuk memeranginya. Di samping pulang ke pelabuhan,
mereka harus kembali ke India sebelum “monsun kecil” ‘berakhir. Jika
mereka tidak pulang, mereka perlu menunggu tiga atau empat bulan
untuk “monsun besar” dan tiada tempat untuk menunggu, mereka akan
merasa kehilangan. Adalah lebih baik untuk kehilangan orang-orang
tawanan yang masih tinggal di darat dari kehilangan seluruh armada
perang, yang pasti akan hilang jika mereka menentang musuh yang telah
bersedia untuk melakukan sedaya upaya bagi memusnahkannya, jika
armada perang kekal lebih lama.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese
Mereka berkira-kira untuk menyerah kalah kepada manusia angkuh
seperti kapten itu (Alfonso de Albuquerque), yang mana tiada apa yang
patut ditakutkan padanya melainkan kata-katanya, bersifat tidak bijak,
sebagai perbandingan lebih kepada sifat penakut seorang perempuan
berbanding kebijaksanaan seorang lelaki. Selain itu, mereka berkata,
apakah lagi yang akan tinggal pada orang-orang Melayu sekiranya
mereka menyerah kalah, sebagai tentera yang ditakuti dan pahlawan-
pahlawan yang dihormati di rantau ini, serta berjaya menewaskan
kuasa Raja Siam yang mana dengannya mereka telah berperang untuk
tempoh masa yang panjang.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
257
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Rui D’ Araujo menyatakan pendapatnya kepada Gabenor bahawa
sekiranya dia berjaya menawan jambatan, maka Sultan akan menyerah
diri. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dilihat selepas itu,
pendapat ini adalah salah, dan juga Rui D ‘Araujo tidak tahu keadaan
sebenarnya, tetapi hanya bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya
sahaja. Ketua-ketua orang Cina memberikan maklumat yang lebih
baik mengenai kekuatan angkatan tentera Melaka, dan mereka
melihat bahawa kuasa Portugis adalah begitu kecil, iaitu hanya
satu persembilan belas daripada ukuran tentera Melaka. Mereka
menasihati Gabenor agar tidak mendarat dan memberikannya fakta
sebenar tentang angkatan tentera Melaka. Musuh boleh dikalahkan
dengan baik dengan melakukan kepungan, kata mereka, kerana tentera
Melaka akan terputus bekalan mereka sendiri dan bergantung kepada
makanan yang masuk melalui jalan laut. Jadi, jika bekalan melalui jalan
laut terputus, maka angkatan Melaka boleh mengalami kebuluran dan
membawa kepada kekalahan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Rui D’Araujo sentiasa berada di sisi Gabenor, dengannya dia suka untuk
membincangkan banyak perkara. Melihatkan kesungguhan Gabenor
untuk menawan kota ini, Araujo memberitahunya bahawa dia tidak
memiliki kekuatan ketenteraan yang mencukupi untuk menawan
kota itu, yang mana ianya sangat besar dan mempunyai ramai
pejuang dan angkatan tentera laut yang besar. Walaupun jika kubu-
kubu dan jalan masuk telah ditawan, ia akan memerlukan tenaga kerja
yang besar untuk menduduki kota ini. Akibatnya, ianya akan membawa
kepada kesukaran yang besar untuk menawan kota tersebut, melainkan
jika dia terpaksa membakar (bahagian-bahagian dalam kota ini).
258 Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran tentera penghendap pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 259
Tentera penghendap ini umpama pasukan komando dalam pasukan tentera
moden.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
260
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran seorang pahlawan Melaka yang lengkap 261
bersenjata.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Kekuatan Fizikal Yang Terserlah
Sang putera, yang merupakan pewaris kesultanan, yang dipanggil
Alauddin dan Sultan Pahang (seperti yang telah dinyatakan) yang telah
datang ke Melaka untuk menghadiri perkahwinan anaknya dengan kakak
kepada sang putera Sultan, dan para bangsawan yang lain-lain tidak
bersetuju dengan pendapat pedagang-pedagang (untuk berbaik dengan
Portugis). Mereka yakin dengan senjata-senjata berat mereka, tiga
puluh ribu orang tentera, sebilangan besar meriam-meriam dan
gajah-gajah, berserta anggapan bahawa seorang tentera Melaka
yang berada di rumah mereka sendiri adalah menyamai kekuatan
sepuluh orang tentera (dari luar negara). Tambahan pula, dengan
perhitungan ke atas jumlah kapal-kapal layar, di mana Portugis paling
ramai pun mempunyai seribu orang tentera sahaja, yang mana tidak
dapat bertahan untuk hidup lebih daripada dua bulan. Ini kerana mereka
memerlukan makanan dan minuman, dan mereka akan terjejas teruk
disebabkan penyakit, dan dengan sikap dingin penduduk tempatan
terhadap mereka. Maka dengan itu, sama ada mereka mesti meninggalkan
kota ini atau mereka akan dimusnahkan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Keberanian Yang Tinggi
Mereka berkira-kira untuk menyerah kalah kepada manusia angkuh
seperti kapten itu (Alfonso de Albuquerque), yang mana tiada apa yang
patut ditakutkan padanya melainkan kata-katanya, bersifat tidak bijak,
sebagai perbandingan lebih kepada sifat penakut seorang perempuan
berbanding kebijaksanaan seorang lelaki. Selain itu, mereka berkata,
apakah lagi yang akan tinggal pada orang-orang Melayu sekiranya
262 mereka menyerah kalah, sebagai tentera yang ditakuti dan pahlawan-
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
pahlawan yang dihormati di rantau ini, serta berjaya menewaskan
kuasa Raja Siam yang mana dengannya mereka telah berperang untuk
tempoh masa yang panjang.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Para tentera Islam yang menyerang kapten-kapten di seberang jambatan
itu adalah mereka yang baru berperang, dan dalam tugasan mereka
yang pertama itu, mereka berjaya mengusir kembali tentera Portugis
dua pertiga daripada bahagian jambatan tersebut. Dengan semata-
mata ramainya jumlah mereka dan mereka berjuang dengan penuh
kegilaan, mereka berjaya menembusi jalan mereka di atas jambatan
walaupun hanya mereka yang berada di hadapan sahaja yang bertempur.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Tentera-tentera Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di jambatan 263
itu, tetapi Albuquerque mendapati bahawa jalan (yang luas) itu yang mana
beliau pernah menyerangnya telah memiliki pertahanan yang jauh lebih
baik daripada sebelum ini dengan meriam-meriam, senapang-senapang,
busur-busur dan anak-anak panah, sumpit-sumpit dan lastik-lastik, dan
dalam serangan pertamanya ke atas jalan tersebut, lapan puluh orang
tenteranya telah tercedera. tentera-tentera Islam berjuang sebagai orang
lelaki berperang untuk isteri-isteri, anak-anak dan harta benda mereka.
Dengan banyak benda mereka yang kehilangan berbanding dengan
orang-orang asing yang tinggal di wilayah itu, mereka mendapat
reputasi sebagai pahlawan yang berani. Di mana sahaja mereka
ditemui dalam angkatan perang, mereka berani untuk melakukan
serangan dan mereka gigih dalam melakukan serangan hendap.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Kota ini dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan oleh sebuah jambatan
kayu. Terdapat banyak rumah-rumah batu yang cantik. Rumah-rumah yang
lain diperbuat daripada kayu dengan atap rumbia. Sultan dan penduduk
asal beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah. Orang-orang
Melayu berkulit coklat gelap. Bahasa mereka adalah menyenangkan
dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan berpenampilan rapi.
Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki dan wanita hidup dalam
keadaan gembira. Mereka adalah tentera yang berani bersedia untuk
membahayakan nyawa mereka dalam peperangan-peperangan.
The Chronicle of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious
Memory
Di sebelah pihak musuh-musuh, terdapat ramai juga yang berjuang
dengan berani. Sultan telah cedera pada salah satu tangannya oleh
tombak. Jika dia dikenali (oleh orang yang mencederakannya) nescaya
dia ditangkap, tetapi sebaliknya mereka membiarkannya pergi.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Tentera Yang Mahir Berperang Di Laut
Pada malam hari jamuan St. John the Baptist, mereka telah melihat
sebuah jong yang besar seberat kira-kira 600 tan, dan dengan serta merta
perahu-perahu kapal dari kapal-kapal Joao de Lima, Dinis Fernandes dan
Nuno Vaz de Castelo Branco diarahkan untuk menyerang jong tersebut.
Alfonso Pessoa pergi dengan kapalnya.
Jong tersebut tidak mengendahkan isyarat-isyarat (untuk berhenti)
yang diberikan oleh orang-orang Portugis. Sebaliknya, anak-anak
264 kapal jong itu dengan beraninya pergi ke atas geladak (dek) kapal dan
secara mengganas melemparkan lembing-lembing ke arah orang-orang
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Portugis, dan Alfonso Pessoa telah ditikam pada pehanya dengan salah
satu daripada lembing-lembing itu.
Pedro de Alpoem telah mengekori jong yang dialun ombak itu tatkala
dia melihat perahu-perahu kapal telah ditolak. Dia cuba untuk bergelut
dengan jong itu tetapi sebelum dia dapat mencapai di samping
jong tersebut, tentera Islam telah mengemudikan jong tersebut
dengan penuh kepakaran dengan menggunakan layar-layarnya,
Pero de Alpoem mendapati perahunya menghadapi arah angin yang
bertentangan, dan dia tidak mampu untuk mendekati jong tersebut.
Peristiwa ini berlaku pada waktu petang. Pada awal subuh hari
berikutnya, Alfonso de Albuquerque cuba untuk bergelut dengan jong
tersebut dengan menggunakan kapal beliau, iaitu Flor de la Mar. Beliau
telah menembak jong tersebut dengan meriamnya, menyebabkan ianya
rosak teruk dan berjaya membunuh empat puluh orang tentera Islam
daripada tiga ratus orang. Musuh, bagaimanapun, sangat mahir dalam
pertempuran-pertempuran di laut, dan dengan membakar jong
mereka, mereka memaksa Albuquerque untuk berundur. Kapalnya
berundur tepat pada masanya, disebabkan api sudah menjilat bahagian
anjung depan kapal beliau.
Albuquerque melarikan diri dari kerosakan itu kerana beliau sedar
bahawa tentera-tentera Islam di rantau ini telah menggunakan muslihat
sedemikian. Beliau dan perahu-perahunya telah bersedia untuk itu dan
mereka berjaya meninggalkan jong mereka dengan mengayuh dayung-
dayung bersungguh-sungguh.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
265
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Baginda segera menghantar pesanan kepada laksamana baginda,
laksamana armada lautnya, yang telah belayar di sepanjang pantai, untuk
datang ke Melaka dan menyerang armada Portugis, menyerang mereka
secara mengejut, dan membakar armada-armada tentera Portugis.
Beberapa perahu tentera lautnya berada di sungai melepasi jambatan.
Mereka telah diarahkan untuk menyerang Portugis dari arah depan, dan
untuk tidak membiarkan seorang pun dari tentera Portugis hidup.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Menurut cerita, Sultan berkata kepada Laksamana dan Bendahara,
“Tuan hamba, Laksamana, akan menempatkan lancar-lancar tuan hamba
di laut kemudian membunuh mereka semua. Jangan tenggelamkan
kapal-kapal Portugal, namun simpan senjata-senjata yang mereka
miliki untuk beta, begitu juga dengan kapal induknya. Manakala
Bendahara akan menyerang mereka yang mengangkut barang di darat.
Kita akan mengusir mereka semua. Berhati-hati di laut, meskipun kalian
sendiri pasti mampu mengalahkan sepuluh kapal seperti itu. Kalian
mampu menghancurkan pahlawan-pahlawan Siam di laut terbuka,
sedangkan mereka memiliki (nisbah) 100 orang pahlawan untuk seorang
pahlawan kita. Apa yang boleh kita lakukan pada sebuah kapal kecil
di pelabuhan? Kita boleh mendatangi mereka (Portugis) dan memberi
tahu bahawa ayam merupakan lawan yang tepat untuk mereka. Sejauh
yang beta ketahui, mereka bukanlah ahli perang.
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Tentera Yang Mahir Menggunakan Senjata
Di sebalik semua ini, lelaki-lelakinya adalah perwira yang (mahir)
266 menggunakan lembing, perisai dan panah.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang
mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk melihat
begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya lengkap bersenjata,
sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak panah, manakala
yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang seukuran panjang
pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain pula memiliki sumpit
yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis dengan kuatnya
sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada penawar untuk
luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Di sebalik semua rintangan ini, tentera-tentera Portugis mendarat dan
mula maju ke hadapan dengan teriakan yang kuat dan bunyi trompet-
trompet. Tentera musuh telah menghujani sejumlah besar anak panah
dari sumpit-sumpit dan dari busur-busur panah, dan dilemparkan batu-
batu dan tombak-tombak, dengan sebab itu, lebih daripada lapan puluh
orang tentera Portugis tercedera.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Bantuan Tentera Islam Dari Luar
Gabenor meminta bantuan orang Cina dalam menyediakan kepadanya 267
dua buah jong yang beliau menjangkakan bahawa beliau akan
memerlukannya untuk serangan ke atas kota, yang dipertahankan oleh
dua puluh ribu orang tentera. Sepuluh ribu daripada mereka adalah tentera
biasa, yang merupakan pahlawan yang handal dan lengkap bersenjata,
begitu juga dengan orang pejuang-pejuang Arab yang bersenjatakan
pedang bengkok, pedang-pedang dan perisai-perisai yang dibekalkan
kepada mereka oleh orang-orang Gujerat. Selain daripada dua puluh
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
ribu orang tentera tersebut, yang merupakan penduduk tempatan,
terdapat ramai tentera Jawa, Turki, Rom yang berbaju besi, dan
orang-orang Parsi yang merupakan pemanah yang mahir. Sultan juga
mempunyai dua puluh gajah perang. Tidak hairanlah mengapa Sultan
tidak mempunyai sebarang keraguan untuk membuat keputusan ke atas
bala tenteranya bagi menghadapi mana-mana peperangan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Albuquerque datang untuk membantu (dua orang kaptennya) dan,
kerana dia tidak sabar untuk memiliki semula kedudukan di jambatan itu,
dan mengukuhkan kedudukannya di situ. Tiga panglima Sultan terbunuh
termasuk Tuan Bandar, yang telah diamanahkan untuk mempertahankan
jambatan tersebut. Tuan Bandar merupakan seorang Bengali, dan
amat bijak serta licik.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Pedagang-pedagang asing berkata, “Walaupun Portugis menyerang,
Sultan mempunyai bala tentera yang mencukupi untuk menghalang
mereka, dan tidak ada seorang pun (di Melaka) yang tidak bersedia untuk
mati dan mereka bersedia untuk menghabiskan semua apa yang mereka
ada dalam mempertahankan Melaka.
Golongan yang paling lantang ialah orang-orang Islam dari Cambay,
yang mana mereka menawarkan kepada Sultan empat puluh pucuk
meriam serta sokongan dari Shahbandar mereka, pemimpin bagi semua
peniaga dari Cambay dan orang yang sangat penting di Melaka serta
berpengaruh terhadap Sultan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
268 Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Alfonso de Albuquerque adalah Kapten Mayor dan Gabenor India, beliau
tiba di Melaka pada awal Julai tahun 1511 dengan 15 buah kapal, sama
ada yang berukuran besar mahupun kecil dengan membawa 16,000
orang askar. Pada waktu itu, Melaka khabarnya memiliki 100,000 orang
tentera pejuang yang tersebar dari Kuala Linggi hingga pedalaman
dan Kesang, yang merupakan sempadan Kota Melaka. Orang-orang
Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga menempatkan
banyak lancang (kapal) di laut, perahu di sungai, jong-jong serta kapal
Gujerat di laut. Semuanya siap untuk berperang. Pada saat itu di Melaka,
terdapat seorang kapten yang berasal dari Gujerat. Dia ditugaskan
untuk mempersiapkan angkatan perang (Melaka). Nampaknya, dia
sendiri sahaja cukup kuat untuk mengatasi kapal-kapal dan tentera kita
(Portugis).
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental
Ulasan :
Penglibatan tentera-tentera Islam dari luar negara dalam perang
menentang Portugis membuktikan semangat persaudaraan yang tinggi
di kalangan orang-orang Islam pada waktu itu. Mereka menganggap
bahawa perang tersebut bukan semata-mata perang merebut wilayah,
tetapi perang mempertahankan agama Islam. Di samping itu, penglibatan
para tentera dari Turki dan Rom (Turki Uthmaniyah) sebagaimana yang
dicatatkan oleh Fernao Lopes De Castanheda boleh membuktikan
wujudnya hubungan langsung di antara Daulah Uthmaniyah dan
Kesultanan Melayu Melaka.
269
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran dua pasukan tentera Melaka dalam formasi masing-masing iaitu
pasukan bergajah dan pasukan pejalan kaki.
Gambaran angkatan tentera Melaka yang sedang
berlatih menembak.
270 Lukisan Portugis yang mengambarkan serangan
tentera Portugis ke atas Kota Melaka. Kelihatan seorang
tentera Melaka terkorban di sisi tentera Portugis.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
JUILHAAMDADPI EMNEGLGAEKRAAK UTAMA
Orang-orang Melayu juga mendesak Sultan, begitu juga dengan Kadi-
kadi (ulama-ulama) mereka yang telah melakukan banyak ucapan
kepada khalayak orang-orang Melayu di mana mereka (kadi-kadi)
menyatakan bahawa Portugis adalah pengkhianat dan pencuri
yang ingin menguasai seluruh dunia. Jika Portugis mengukuhkan
kedudukan mereka di Melaka, maka mereka akan mengambil alih
tempat ini untuk diri mereka sendiri dan umat Islam akan kehilangan
semua perdagangan mereka. Portugis telah melakukan sebegini di
India, mereka (kadi-kadi) berkata bahawa keadaan sebegitu tidak harus
dibenarkan untuk berlaku di Melaka, begitu juga tidak patut mengadakan
perdamaian dengan mereka (Portugis).
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Ulasan:
Para ulama di Melaka berperanan sangat besar dalam membangkitkan
semangat jihad di kalangan tentera Melaka. Di ambang peperangan
di antara Portugis dan Melaka, para ulama sering memberikan
ucapan-ucapan yang menaikkan semangat jihad orang-orang Melaka.
Di samping itu, para ulama juga menjadi perancang dan penggerak
utama dalam perang menentang Portugis.
Para ulama di dalam Kesultanan Melaka juga mahir dengan ilmu-ilmu 271
perang seperti ilmu persilatan, ilmu teknologi senjata api, ilmu bermain
senjata, ilmu menunggang kuda dan banyak lagi. Ini dapat dibuktikan
melalui catatan Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut :-
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
“Adapun akan Kadi Menawar itu terlalu tahu menetakkan baladau, ia
belajar kepada raja Maluku yang datang ke Melaka dahulu. Apabila Kadi
Menawar duduk dihadap segala muridnya, tempat ia duduk itu berkisi-
kisi, maka kata Kadi Menawar pada segala muridnya, “Berapa batang
kehendak tuan hamba diputuskan kisi-kisi itu, hamba tetak dengan
beladau. Maka sembah segala muridnya, dua batang; maka ditetak oleh
Kadi dengan beladaunya dua batang, putus. Jika dikata orang itu tiga
batang, tiga batang putus. Berapa dikehendaki orang demikian juga
putusnya; demikianlah peri tahunya Kadi Menawar menetakkan beladau,
sentiasa beladau itu ada diletakkan di sisinya”.
“Adapun Kadi Menawar berhadir di kampungnya dengan mercun dan
periuk api; pintu pagarnya ditutupkannya. Maka kata Kadi Menawar,
“Jikalau dapat Seri Wak Raja masuk ke kampung hamba ini, maka hamba
dudukkan dengan anak hamba, jikalau tiada dapat masuk tiadalah hamba
kahwinkan; biar hilang belanja hamba.” Setelah datang gajah Seri Wak
Raja keluar pintu Kadi Menawar, dipasangnyalah mercun dan periuk api,
serta tempik sorak bergemuruh bunyinya, bercampur dengan segala
bunyi-bunyian terlalu azamat bunyinya. Maka Balidsi pun terkejut, lalu lari;
beberapa pun ditahani oleh Tun Abdul Karim, tiada juga bertahan. Setelah
dilihat oleh Seri Wak Raja kelakuan gajah itu, maka katanya pada Tun Abdul
Karim, “Abang, abang, baiklah undur ke tengah, biar beta ke kepala pula.”
Maka Tun Abdul Karim pun ke tengahlah. Maka Seri Wak Raja pula tampil
ke kepala gajah; maka dipalingnya Balidsi, lalu dilanggarnya pintu pagar
Kadi Menawar; beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api, dan
tempik sorak seperti tagar, tiada dihisabkannya; dirempuhnya juga”.
Ulama-ulama di Melaka juga menjadikan kitab Dalailul Khairat sebagai
amalan kepada para angkatan tentera Melaka. Kitab yang ditulis dan
disusun oleh Imam Abu Abdullah Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli
sememangnya menjadi amalan tentera-tentera jihad di seluruh dunia
272 pada suatu ketika dahulu termasuk tentera Uthmaniyyah di Turki.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Dalam buku Perang Sabil karya Mualimbunsu Syam dinyatakan seperti
berikut :-
“Dikhabarkan bahawa panglima dan bala-bala tentera Sultan banyak
yang menghafal dan mempraktikkan amalan dalam kitab ini (Dalailul
Khairat). Maka tidak hairan kalau kitab tersebut sering dijumpai bersama
jasad para syuhada yang melawan kafir penjajah di era awal 1511 Masihi,
menghadapi pasukan kerajaan Katholik Portugis yang datang menyerang
Kesultanan Melaka.....”
Menurut sebuah sejarah yang termaktub di Negeri Melaka, antara ulama
yang begitu gigih dalam menentang Portugis di Melaka ialah Imam Diraja
Kesultanan Melaka yang bernama Syeikh Jailani Mendik Masab atau
lebih dikenali dengan gelaran “Datuk Machap”. Sehingga hari ini makam
Datuk Machap boleh ditemui di Machap, Melaka.
Sulalatus Salatin juga menerangkan tentang begitu pentingnya peranan
ulama di medan perang. Sultan membawa ulama di sisi baginda semasa
berlangsungnya pertempuran. Tun Seri Lanang mencatatkan di dalam
Sulalatus Salatin seperti berikut :-
“Maka Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani
di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah, Makhdum Sadar Jahan
dibawa baginda bertimbal rengka, kerana baginda berguru ilmu tauhid
kepadanya”.
Sulalatus Salatin menyambung bahawa Sultan sendiri mendengar nasihat
ulama semasa di medan perang. Sulalatus Salatin menukilkan seperti
berikut :-
“Maka Sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan, 273
khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya
itu. Maka makhdum berpegang dua-dua tangannya pada kiri kanan
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
rengka; kata makhdum Sadar Jahan pada Sultan Ahmad, “Hei
Sultan, di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali”. Maka Sultan
Ahmad pun tersenyum, lalu baginda pun kembalilah ke istana. Maka
Peringgi pun berseru dari kapal, katanya, “Hei orang Melaka! Ingat-ingat
kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat”. Maka sahut
orang Melaka, “Baiklah!”.
Gambaran tentera bergajah Melaka menghadapi serangan angkatan tentera
Portugis.
274
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran dua orang ulama sedang memberikan ucapan pembangkit
semangat kepada angkatan tentera Melaka untuk bangkit berjihad menentang
Portugis.
275
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam
Kedatangan Syed Abdul Aziz ke Melaka menjadi satu peristiwa
penting dalam sejarah Negeri Melaka. Dari sebuah kerajaan Hindu,
Melaka bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam. Dari situ, bermulalah
kegiatan-kegiatan penyebaran Islam di Nusantara ini yang menjadikan
Melaka sebagai pusat perkembangan Islam. Maka bermulalah
peranan dan kepentingan ulama dalam pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka. Malah ulama dikatakan menjadi tulang belakang
pemerintahan sehinggakan orang yang paling dihormati oleh Sultan
adalah golongan ulama. Hasil dari penglibatan dan peranan golongan
ulama, Kesultanan Melaka telah dapat menghantar pendakwah-
pendakwah ke luar negeri untuk menyebarkan agama Islam. Peranan
sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara hanya
merosot apabila penjajah menguasai Melaka.
276
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
277
Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Syeikh Ahmad Majnun.
Syeikh Ahmad Majnun dikatakan seorang ulama dalam
Kesultanan Melaka yang hidup di zaman pemerintahan
Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat di Pengkalan
Kempas, Linggi dalam perjalanan ke sebuah tempat
bagi tujuan berdakwah. Berdasarkan inskripsi pada
batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau,
Syeikh Ahmad Majnun dikatakan wafat pada tahun
1467 Masihi.
Sumber gambar : Ihsan Penulis
278
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sumber gambar : Ihsan Penulis
Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i
Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i bukanlah Kadi Kesultanan Melaka, tetapi beliau
adalah Ketua Kadi (Hakim) Kesultanan Aceh Darussalam. Beliau juga masyhur
dengan panggilan Syeikh Syamsuddin Pasai. Beliau dilantik sebagai Qadi Malikul
Adil (Ketua Hakim) Kesultanan Aceh Darussalam oleh Sultan Iskandar Muda
(memerintah kerajaan Aceh dari tahun 1607 hingga 1636). Beliau merupakan anak
murid kepada seorang ulama yang terkenal di Aceh pada waktu itu iaitu Syeikh
Hamzah al-Fansuri. Beliau dikenali sebagai seorang yang faqih, alim dan warak.
Beliau juga merupakan antara ulama di Aceh yang berpengaruh yang meniupkan
semangat jihad di kalangan rakyat Aceh agar mereka bangkit menentang Portugis.
Kesultanan Aceh Darussalam telah banyak belajar dan mewarisi ilmu-ilmu tentang
institusi kehakiman Islam dari Melaka. Sultan Iskandar Muda sendiri telah merujuk
Hukum Kanun Melaka apabila baginda ingin menggubal Kanun Mahkota Alam
(Undang-undang rasmi Kesultanan Aceh Darussalam).
Seolah-olah ingin membalas jasa Kesultanan Melayu Melaka, pada tahun 1629, 279
tentera Aceh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah datang ke Melaka
untuk menyerang Portugis di Melaka. Kira-kira 20,000 tentera disertai dengan 236
buah kapal perang Aceh menuju ke Melaka demi menyerang Portugis. Peperangan
yang dahsyat ini berlangsung selama hampir lapan bulan. Walaupun Aceh tewas
dalam perang menentang Portugis ini, namun Portugis telah menerima tekanan
yang amat hebat dari Aceh sehingga mereka hampir mengibarkan bendera putih.
Ramai dari kalangan orang-orang Aceh yang menyertai misi jihad ini terkorban
termasuklah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i dan Panglima Pidi. Sehubungan
dengan itu, jenazah Asy Syahid Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i dimakamkan di
Kampung Ketek, Melaka.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
280
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Datuk Machap 281
Jailani Mendik Masab atau lebih dikenali dengan nama “Datuk
Machap”. Beliau ialah seorang ulama dan pahlawan Bugis yang
berasal dari Makasar, Sulawesi. Beliau datang ke Melaka untuk
berdagang sekitar tahun 1500 iaitu ketika zaman pemerintahan
Sultan Mahmud Syah. Keilmuannya dalam bidang agama dan
ketinggian akhlaknya telah menarik perhatian Sultan sehingga
beliau dilantik menjadi “Imam Diraja”. Ketika Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1511, Datuk Machap berjuang bersama-sama
umat Islam di Melaka untuk mengusir Portugis dari Melaka. Datuk
Machap dan para pengikutnya telah memberikan tentangan yang
sangat hebat sehingga Portugis menganggapnya sebagai salah
satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan Namun Datuk
Machap gagal juga untuk menewaskan angkatan tentera Portugis
kerana Portugis telah dibantu oleh pengkhianat-pengkhianat
di bumi Melaka.
Oleh yang demikian, Datuk Machap bersama para pengikutnya
terpaksa melarikan diri dari Kota Melaka. Angkatan tentera Portugis
berusaha mengejar Datuk Machap dan para pengikutnya. Namun
mereka tidak berjaya. Angkatan tentera Portugis tersebut hanya
berjaya sampai ke Pengkalan Tampoi, Kerubong dan mereka membina
sebuah gereja di situ. Datuk Machap bersama para pengikutnya
kemudiannya tiba di sebuah penempatan dan mereka mula
berkampung di situ. Datuk Machap bersama para pengikutnya telah
membina sebuah masjid dan masjid itu menjadi pusat pentadbiran
penempatan tersebut. Datuk Machap juga terus diangkat oleh para
pengikutnya menjadi pemimpin mereka dan beliau juga menjalankan
tugas-tugas sebagai seorang Kadi kepada penduduk penempatan
tersebut selain daripada menjadi imam kepada masyarakat.
Pada tahun 1865, seorang mubaligh Islam berbangsa Cina telah
menjalankan usaha untuk memperbaiki masjid yang dibina oleh Datuk
Machap itu. Beliau bersama penduduk tempatan telah menggantikan
binaan kayu masjid tersebut dengan binaan batu bata. Masjid tersebut
masih kekal sehingga hari ini.
Sumber gambar : Ihsan Penulis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
282
Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Serangan Aceh Terhadap Portugis Di Melaka
Apabila Melaka diambil alih oleh Portugis, pedagang-pedagang
memindahkan perniagaan mereka ke Pasai, Pedir dan Aceh
di Sumatera Utara. Portugis yang ingin menguasai perdagangan di
Selat Melaka meletakkan satu pasukan tentera laut untuk mengalihkan
kapal-kapal pedagang dari Pasai ke Melaka. Pada tahun 1521, mereka
telah campur tangan dalam politik Pasai dan meletakkan penyokong
mereka sebagai sultan. Apabila Portugis mencuba taktik yang sama
di Pedir, Aceh mengambil alih Pedir. Portugis terpaksa menyerang
Aceh dan mengalami kekalahan yang teruk.
Pada tahun 1523, Aceh menakluki Pasai dan mengusir Portugis dari
Sumatera Utara. Pertarungan yang sengit bermula di antara Aceh dan
Portugis yang mengakibatkan situasi yang tidak selamat bagi Portugis
di Selat Melaka. Serangan pertama Aceh ke atas Kota Portugis di
Melaka berlaku pada tahun 1537 semasa zaman pemerintahan
Sultan Alauddin al-Qahar. Aceh telah mendapat bantuan Kerajaan
Uthmaniyyah di Turki dalam usaha mengusir Portugis dari Melaka.
Sebelum itu, mereka cuba menyatukan kerajaan-kerajaan tempatan
di utara Semenanjung melawan Portugis.
Pada suatu malam, tiga ribu orang askar Aceh telah mengejutkan
Kota Melaka. Walaupun dapat menaiki Kota A Famosa, mereka
tidak dapat mengatasi askar-askar Portugis. Pada hari kedua,
askar-askar Portugis lebih bersedia dan menembak kapal-kapal
Aceh dan memasang pelita-pelita di sekeliling kota. Akhirnya,
orang-orang Aceh membakar dua kapal Portugis yang ada
di pelabuhan dan berundur ke Kedah.
Pada tahun 1629 iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda,
Aceh sekali lagi menyerang Portugis di Melaka dengan bala tentera
seramai 20,000 orang dan disertai dengan 236 buah kapal perang.
Antara yang menyertai perang ini ialah Syeikh Syamsuddin as-
Sumatra-i dan Panglima Pidi. Kedua-dua mereka syahid di Melaka
dan dikebumikan di sini.
283
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
HTEANMTPEIRRATPEOWRATSUGIS
Para kapten dan bangsawan sangat letih dan berasa ragu sama ada Kota
Melaka dapat ditawan. Kota itu sangat besar dan ramai penduduknya
yang suka berperang. Sebaliknya, orang-orang Portugis berjumlah
sedikit dan ramai di kalangan mereka yang telah tercedera.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Tindakan yang utama berakhir dalam masa dua jam selepas tengah hari,
namun tentera-tentera Portugis terus berperang dengan tentera-tentera
Islam yang menyerang di kedua-dua belah hujung jambatan. Tentera-
tentera Portugis sangat letih tetapi tiada masa untuk berehat di dalam
parit-parit yang digali oleh mereka.
Albuquerque memberikan ceramah yang singkat, dengan berdiri, kepada
kapten-kapten. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka
di atas tindakan mereka, dan menunjukkan faktor-faktor tertentu yang
tidak kondusif kepada mereka dalam mengekalkan penguasaan mereka
ke atas jambatan. Beliau telah menyedari bahawa, selepas kegilaan
dalam pertempuran telah berkurangan, para tenteranya menunjukkan
sikap tidak bersemangat dalam kerja-kerja menggali parit yang telah
diarahkan kepada mereka. Cuaca begitu membahang, dan kerja-kerja
dan peperangan begitu meletihkan yang menyebabkan semangat
mereka menurun. Paling penting, tiada seorang pun daripada mereka
yang telah dapat makan apa-apa makanan pada hari itu.
284 Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Sebaik sahaja jong (Portugis) itu melintasi beting pasir dan berlabuh
berhampiran jambatan, meriam-meriam tentera Islam mula menembak
ke arahnya. Sebahagian daripada peluru-peluru meriam yang menembak,
yang diperbuat dari bijih timah hitam, menembusi di kedua-dua belah
jong tersebut yang menyebabkan berlakunya korban jiwa yang besar
di kalangan tentera-tentera Portugis. Dalam kedahsyatan peperangan
tersebut Antonio de Abreu telah tercedera di rahang disebabkan tembakan
senapang, banyak giginya hilang dan bahagian tulang rahangnya cedera,
setelah lama dari peristiwa itu, selepas kecederaan rahangnya pulih,
rahangnya telah teralih.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Alfonso de Albuquerque menyedari tentang korban jiwa yang sedang
dialami oleh tentera-tenteranya, bagaimana tidak terlindungnya mereka,
dan bagaimana keletihan yang dialami mereka akibat dari tindakan yang
berterusan. Mereka yang tercedera dalam serangan pertama ke atas kota
masih belum pulih lagi. Beliau takut bahawa jika mereka yang berada
di dalam jong tersebut berterusan diserang oleh perahu-perahu berapi,
mereka semua akan tercedera. Maka dengan beberapa orang tentera
yang bersama-sama dengan beliau, pada hari Jumaat, lapan haribulan
Ogos, enam belas hari selepas serangan pertama ke atas kota itu, beliau
telah menawan jambatan, di mana jong tersebut sudah berada pada
kedudukannya ketika air pasang.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
Beberapa orang tentera Portugis telah cedera, terutamanya mereka 285
yang telah ditugaskan di bahagian hadapan. Sultan yang telah cedera
melarikan diri bersama orang-orangnya menuju ke bukit di mana
terletaknya rumah-rumah mereka, dan berkumpul semula di sana.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Angkatan tentera Portugis tidak mengejar mereka, kerana mereka
pergi membantu Gabenor yang berada dalam keadaan yang genting.
Tatkala pertempuran dengan Sultan telah bermula, Gabenor ditinggalkan
dengan hanya tiga orang panglima untuk melawan angkatan musuh
yang berjumlah sekitar tujuh ratus orang. Selebihnya telah pergi untuk
bergabung dengan mereka yang bertempur di jambatan. Melihat Gabenor
yang menghadapi tentangan yang kuat daripada pasukan musuh, mereka
bergegas ke belakang beliau untuk membantu beliau, tetapi tidak banyak
yang mereka boleh membantu beliau di bahagian hadapan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Gabenor cuba untuk membina kubu yang lain di sebelah masjid
di jambatan itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana gangguan
berterusan dari pihak musuh. Tentera Portugis mengalami kepenatan
yang bersangatan kesan dari pertempuran itu dan dari terus berjaga
sepanjang malam sebelumnya di mana mereka hampir tidak dapat
berdiri di atas kaki mereka sendiri. Apabila waktu tengah hari, dan
panas yang melampau dan usaha yang penuh tumpuan menjadikan
mereka begitu lesu dan lemah di mana adalah mustahil untuk menugaskan
mereka dengan kerja yang lebih.
Tiada apa-apa yang boleh membuatkan para tentera Portugis
mendapatkan semula kekuatan mereka. Terdapat beberapa bot kapal bagi
para tentera untuk mendarat dan selain itu, di situ tiada sebarang ruang
untuk bekalan makanan tambahan. Gabenor percaya kepada pendapat
Rui D’Araujo bahawa apabila Portugis telah dapat mengukuhkan
kedudukan mereka di kawasan jambatan itu, makanan boleh dibawa
masuk dari armada apabila ia diperlukan. Tambahan pula, mereka telah
286 menjangkakan bahawa Sultan akan menyerah kalah sekiranya jambatan
itu ditawan.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Apabila Albuquerque menyedari bahawa kejadian yang berlaku
ternyata bertentangan dengan apa yang telah diramalkan, beliau
memutuskan agar seluruh angkatan tentera kembali ke kapal
armada. Ia tidak boleh dilaksanakan untuk mengutuskan sebahagian
tentera ke kapal armada untuk membawa balik makanan kerana setiap
tentera yang bersama dengannya memang benar-benar diperlukan. Tidak
mungkin untuk mereka dapat mengukuhkan kubu di jambatan dalam
keadaan tenteranya mengalami keletihan sebagaimana dirinya. Mereka
tidak mampu untuk membangunkan kubu kayu. Jika beliau mara ke
kawasan masjid, pasti akan mengalami kekalahan, disebabkan
musuh akan mengatasi tentera-tenteranya. Atas sebab-sebab
sedemikian, beliau mengambil keputusan untuk berundur.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
Sebahagian tentera Islam (Melaka) yang berlindung di kota pada beberapa
jarak yang jauh mula mengacukan ke arah tentera-tentera Portugis
dengan senapang-senapang. Disebabkan sebilangan tentera Portugis
telah cedera dan matahari sangat terik, Gabenor telah mengarahkan
untuk berundur dalam perahu (untuk ke kapal armada).
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India
Semasa keadaan ini berlaku, Gabenor memaklumkan kepada 287
beberapa orang pegawainya mengenai keputusannya untuk
berundur, dengan memberikan alasan-alasan beliau. Beliau juga
menyatakan bahawa beliau meletakkan harapan pada Tuhan bahawa
mereka boleh kembali semula tidak lama lagi dan menakluk kota tersebut
yang mana kemudiannya akan kekal menjadi milik mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Ulasan :
Portugis hampir menyerah kalah ketika berperang dengan Melaka
disebabkan mereka mengambil keputusan berundur. Perkara
ini terjadi kerana Portugis menerima tentangan yang sangat
hebat dari tentera Melaka. Malah kapten-kapten Portugis seperti
Rui D’ Araujo memujuk Alfonso de Albuquerque untuk berundur ke Goa
dan membatalkan hasrat menakluki kota Melaka. Namun kesungguhan
Alfonso de Albuquerque untuk meneruskan misinya menawan Melaka
menyebabkan Portugis terus bertahan. Di samping itu, Portugis
menggunakan jalan kotor untuk menewaskan tentera Melaka seperti
merasuah pembesar-pembesar Melaka dan pedagang asing supaya
mereka membocorkan maklumat dan bekerjasama dengan pihak
Portugis.
Pengunduran Portugis dari medan perang akibat kalah berperang dengan
tentera Melaka turut dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus
Salatin seperti berikut:
Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi,*
terlalu banyak hulubalang mengiringi baginda; maka oleh Sultan Ahmad
Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah
berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya.
Maka bertemulah segala orang Melaka dengan segala Peringgi lalu
berperang, terlalu sabur, rupa senjata seperti hujan yang lebat; lalu
ditempuh Tun Hassan Temenggung berserta hulubalang Melaka, maka
segala Peringgi pun patah perangnya, dan banyak matinya, lalu undur.
Maka oleh orang Melaka digulungnya sekali-kali, maka Peringgi pun
pecahlah, berhamburan terjun ke air, diperhambat oleh orang Melaka.
Maka segala Peringgi pun naiklah ke kapalnya, lalu belayar kembali ke
Goa.
288
*Peringgi bermaksud Portugis
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran suasana peperangan yang sengit antara angkatan tentera Melaka dan
angkatan tentera Portugis pada tahun 1511.
289
MPUENLCAAKAKEKALAHAN TENTERA
Kelemahan Sultan
Sultan Mahmud, walaupun berasa amat terganggu, dan berfirasat tentang
kehancuran mutlak baginda, tetap tidak ingin menunjukkan kelemahan
semangat. Baginda juga berharap untuk menggembirakan Sultan Pahang,
yang telah datang ke majlis perkahwinan (seperti yang dinyatakan sebelum
ini) dan yang berpendapat sama dengan anaknya. Oleh yang demikian,
Sultan Mahmud mengambil keputusan untuk mempertahankan kota itu,
dan jika nasib tidak berpihak padanya, dia akan menyerahkan kota itu
kepada Albuquerque. Walau bagaimanapun, baginda menyerahkan
urusan mempertahankan kota itu kepada kedua-dua anaknya,
lebih sebagai permintaan daripada sebagai perintah. Untuk itu,
baginda berkata, baginda tidak mempunyai lagi daya upaya dalam
masa tuanya ini untuk memaksa dan hanya berdaya untuk memberi
nasihat. Sebagai seorang yang tua, baginda lebih mengutamakan
perdamaian daripada berperang. Maka semua kuasa ketenteraan
dan keputusan-keputusan diletakkan pada anak-anaknya. Akan
tetapi baginda juga tidak mahu kelihatan seolah-oleh mencuci tangan
sepenuhnya dari tanggungjawabnya. Baginda menasihatkan mereka
tentang cara-cara dan kaedah-kaedah dalam pertahanan kota, bermula
dengan membahagikan kedudukan pertahanan kepada empat bahagian,
setiap satunya akan dipimpin oleh pemimpin yang berbeza.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
290
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Pengkhianatan Dari Dalam
Untuk kefahaman yang lebih baik tentang pertahanan kota ini, maka
penting untuk mengetahui bahawa di sana terdapat dua masyarakat
yang menghuni kota, (salah satunya) masyarakat keturunan Jawa,
yang mana telah bermustautin di situ sejak dari dahulu dan melalui
perdagangan telah menjadikan mereka kaya raya dengan harta benda,
keluarga dan kapal-kapal. Disebabkan tiada tempat yang sesuai
di kota (untuk mereka menetap), Sultan telah menganugerahkan
pada mereka kawasan penempatan di pinggir kota. Salah seorang
daripada mereka, yang dinamakan Utimutiraja, telah dianugerahkan
kawasan pinggir kota yang dipanggil Upeh. Dalam kawasan tersebut,
dia menerima semua orang-orang Jawa yang berasal dari kota Tuban,
Jepara, Sunda, Palembang dan daerah-daerah sekitar (mereka). Mereka
dianjurkan untuk bertemu dengannya disebabkan dia bertindak sebagai
wakil Sultan di wilayah tersebut.
Dia adalah seorang lelaki yang berusia tujuh puluh tahun dan setelah
Sultan, dia adalah orang yang terkaya (di Melaka) yang memiliki banyak
wang dan hamba-hamba yang mana keluarga mereka juga turut
berkhidmat untuknya. Dia bersama anak-anaknya, mengira pekerja-
pekerja di laut dalam kapal-kapal mereka begitu juga dengan mereka
yang di darat. Mereka memiliki lebih dari sepuluh ribu orang lelaki
yang berkhidmat untuk mereka. Utimutiraja memiliki tenaga kerja dan
perdagangan yang besar dan beliau adalah seorang yang dominan
di kawasan pinggir kota iaitu Upeh.
Di dalam hatinya dia memendamkan perasaan tidak senang terhadap 291
Sultan. Sebaik sahaja dia melihat armada Portugis di pelabuhan,
dalam kelicikannya, dia merasakan bahawa ketibaan mereka boleh
membawa kepada kejatuhan Sultan. Secara rahsia dia meminta
keamanan untuk dirinya dan keluarganya, dan ianya telah diberikan
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA