The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam. Koleksi tulisan Dr Muhammad Uthman el Muhammady

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-02-23 20:16:22

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam. Koleksi tulisan Dr Muhammad Uthman el Muhammady

Keywords: uthman el muhammady

KETUHANAN, KEBUDAYAAN
DAN PERADABAN ISLAM

MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY

PENYUSUN
MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

Kandungan
Persoalan Sekularisme Dalam Pendidikan Dan Kesusasteraan
Da’wah Sebagai Teras Induk Menegakkan Islam
Epistemologi Ahlis-Sunnah Wal-Jama'ah Dan Kepentingannya Dalam Pembinaan
Tamadun
Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah
Konspirasi Intelektual Serang Institusi Mufti Falsafah Pasca Modenisme
Pengaruhi Tafsiran Al-Quran
Akal Ubudiah Bagaimana Menjayakannya – Beberapa Catatan Awal
Ajaran Dan Pemikiran Sesat Dalam Konteks Islam
Martabat Tujuh
Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu Dalam Konteks Wacana Sunni- Satu
Pengamatan Awal
Kebudayaan Dalam Pandangan Islam

Penafian

Penulis hanya mengumpul dan menyusun hasil tulisan ini. Awalnya, ia untuk
simpanan untuk bacaan diri sendiri. Semoga pengkongsian ini bermanfaat.

Persoalan Sekularisme Dalam Pendidikan dan Kesusasteraan

Oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady

Dalam kertas ringkas ini insya’ Allah akan dibicarakan erti istilah sekularisme dan
ciri-cirinya dan bagaimana manifestasinya mungkin timbul dalam pendidikan; juga
apa bahaya-bahayanya dari segi ilmu dan budaya dan bagaimana perlu adanya
langkah-langkah untuk menanganinya, supaya dengan itu kedudukan umat sebagai
penganut wahyu dan nubuwwah dan Islam sebagai agama yang lengkap dan
syumul tidak terjejas dalam menjalani hidupnya dan menghadapi isu-isu dalam alaf
baharu ini.

Makna Sekularisme dan Sekular Dalam Peradaban Barat.

Dalam The New Encyclopedia Britannica jld ix 1977, (macropaedia) terdapat
kenyataan tentang Secularism bahawa ianya “Satu gerakan dalam masyarakat yang
terarah mengelak diri daripada keakhiratan kepada keduniaan (from
otherworldlinedss to this-worldliness).Dalam zaman tengah terdapat
kecenderungan yang kuat pada orang-orang yang sangat kuat agamanya untuk
memandang rendah urusan-urusan manusiawi dan bertafakur mengingati Tuhan
dan alam akhirat.Sebagai reaksi terhadap kecenderungan zaman tengah ini, maka
sekularisme pada zaman Renaissance, menzahirkan dirinya dalam perkembangan
alirah humanisme, bilamana manusia mula menunjukkan minat yang lebih

terhadap kejayaan-kejayaan budaya dan kemungkinan-kemungkinan
pencapaiannya dalam hidup dunia ini.”

Dinyatakan bahawa “Gerakan kearah sekularisme telahpun berjalan dan
berkembang maju dalam seluruh sejarah moden dan dipandang sebagai bersifat
anti-Kristian dan anti-keagamaan.Bagaimanapun, dalam separuh kemudian abad
ke-20 sebilangan ahli-ahli teologi Kristian mula mengenengahkan dan
memperjuangkan agama Kristian yang sekular (“secular Christianity”) .Mereka
mencadangkan bagaimana agama Kristian sepatutnya mempedulikan bukan sahaja
apa yang suci (sacred) dan yang bersifat keakhiratan tetapi juga manusia
sepatutnya mendapati dalam dunia yang sekular ini peluang untuk
mempromosikan nilai-nilai Kristian.Ahli-ahli teologi ini berpendapat bahawa makna
yang sebenarnya bagi mesej Jesus boleh ditemui dan dicapai dalam urusan hidup
harian dalam kota yang sekular (secular urban living)” (hlm.19.)

Dalam Encyclopedia Americana, jld 24 halaman 510 terdapat kenyataan bahawa:

“Sekularisme ialah satu sistem etika yang diasaskan atas prinsip-prinsip moral yang
tabi’I (bukan berdasarkan kepada wahyu-p) dan terbebas daripada agama yang
diwahyukan atau daripada kepercayaan kepada alam ghaib
(supernaturalism).Sekularisme mula-mulanya dikemukakan sebagai satu sistem
falsafah secara formal oleh George J.Holyoake sekitar tahun 1846 di
England.Dasarnya yang pertama ialah kebebasan berfikir itu hak bagi setiap orang
manusia, untuk berfikir demi kepentingan dirinya sendiri.Terkandung sebagai
implikasi dalam dasar ini ialah hak untuk berbeza pendapat dalam semua subjek

berfikir.Hak ini ternafi tanpa adanya hak untuk menyatakan kelainan fikiran
itu.Akhirnya sekularisme menegaskan hak untuk berbincang dan berdebat semua
persoalan-persoalan yang penting berhubungan dengan kewajipan-kewajipan
moral, kewujudan Tuhan, keabadian roh, dan otoritas dhamir (conscience)
manusia”.

Dinyatakan bahawa”Sekularisme bukannya menegaskan bahawa tidak ada
kebaikan lagi selain daripada kebaikan hidup dunia sekaran ini, tetapi ia
menegaskan bahawa kebaikan hidup dunia sekarang ini ialah kebaikan yang benar-
benar real, dan usaha untuk mendapatkan kebaikan itu adalah kebaikan pula.Ianya
bermatlamat untuk mencari dan mencapai keadaan kebendaan yang di dalamnya
menjadi mustahil untuk manusia menjadi terhalang daripada mendapat
keperluannya atau menjadi miskin atau papa. Dalam hidup dunia ini katanya
agensi-agensi kebendaan tidak boleh dikesampingkan tanpa mengakibatkan
kebodohan atau kemudaratan, dan adalah kebijaksanaan, kasihan belas, dan tugas
bagi manusia untuk menjayakannya.Ianya tidak menentang dasar-dasar agama
Kristian (the postulates of Christianity) dan juga ianya tidak menyatakan bahawa
tidak ada lagi cahaya atau bimbingan selain daripada yang ada daam alam
tabi’i.Bahkan ianya mengajarkan bahawa ada terdapat cahaya dan bimbingan
dalam kebenaran yang sekular (secular truth) yang hal-halnya dan hukuman-
hukumannya memang wujud (whose conditions and sanctions exist) dengan bebas,
bertindak secara bebas dan buat selama-lamanya”.

Dalam Oxford Dictionary of the English Language, jilid ix, 1970, hlm 365-367
Sekularisme ditakrifkan sebagai :

“Ajaran bahawa moraliti hendaklah didasarkan hanya atas kepedulian terhadap
kemaslahatan manusia dalam hidup di dunia ini sahaja, dengan mengecualikan
semua pertimbangan-pertimbangan yang diambil daripada kepercayaan terhadap
Tuhan, atau hidup dalam alam selepas mati.a.Sebagai nama bagi satu sistem
kepercayaan yang diyakini dan diperpegangi, yang diperjuangkan oleh
G.J.Holyoake (1817-1906) .b.Dalam pengertian yang lebih luas, ianya
memaksudkan satu cara berfikir (mode of thought) yang berlebih kurang demikian
sifatnya, yang diyakini secara implisit, dan diamalkan.

Ajaran atau pandangan bahawa pendidikan ataupun pendidikan yang disediakan
dengan dana awam (public fund) hendaklah bersifat sekular sahaja”

Tentang kata sifat “secular” atau sekular dalam Bahasa Melayunya,kamus ini
memberi maklumat demikian :

“bermaksud ‘hidup keduniaan’ sebagai yang berlawanan dengan ‘gereja’.Sebagai
kata sifat ianya bermakna ‘yang datang dari atau berkaitan dengan dunia’.

1. Tentang ahli-ahli gereja, mereka yang hidup ‘dalam hidup dunia’ dan bukannya
‘hidup dalam keadaan terpidsah daripada dunia dalam gereja’ (‘monastic seclusion
‘), yang berlainan daripada mereka ‘yang regular’ atau ‘yang keagamaan atau
religious’; kalau abbot yang sekular maknanya seseorang yang bukan padri tetapi
yang ada gelaran dan bahagian daripada pendapatan yang diberikan kepadanya,
tetapi tidak berfungsi sebagai abbot (yang menjaga gereja).

Juga maknanya berhubung atau dari ahli kepadrian yang sekular (secular clergy).

2. Maknanya juga milik bagi dunia dan segala urusannya , yang berbeza daripada
gereja dan agama; yang bersifat awam (civil), bukan padri (lay), dan keduniaan
(temporal). Bila digunakan sebagai istilah secara negatif maknanya bukan-gereja
(non-ecclesiastical), bukan keagamaan (ghair dini), atau bukan suci.

Dalam hubungan dengan sastera, sejarah, seni (terutama muzik), dan dengan itu
para penulis atau artis, maknanya tidak mempedulikan atau tidak berkenaan atau
tidak berkhidmat untuk kepentingan agama; tidak suci; keduniaan tidak suci
(profane); dalam hubungan dengan bangunan-bangunan dan seterusnya
maknanya tidak didedikasikan untuk kegunaan-kegunaan keagamaan.

Dalam hubungan dengan pendidikan dan pengajaran kata sekular ertinya yang
berkaitan dengan matapelajaran yang bukan keagamaan(Dalam penggunaan yang
baharu sahaja digunakan maknanya pendidikan dan pengajaran yang
mengecualikan di dalamnya pendidikan keagamaan , atau yang mengecualikan
pendidikan keagamaan daripada dijayakan dengan menggunakan dana
awam).Kalau merujuk kepada sekolah, maka sekolah sekular maknanya sekolah
yang memberi pendidikan sekular dalam erti di atas.

3. Ertinya juga dari atau milik dunia atau alam sekarang yang ada yang boleh dilihat
(the present and visible world) yang berlainan daripada alam yang kekal abadi, atau
alam kerohanian; bersifat keduniaan atau temporal, duniawi (worldly).

Yang mempedulikan hidup dunia ini sahaja; yang tidak spiritual.

4. Digunakan untuk menyebut apa-apa yang berkaitan dengan atau yang menerima
ajaran sekularisme atau yang ‘secularistic’, ‘bersifat sekular’.

Juga bermakna dari atau milik bagi sesuatu zaman atau masa yang lama.

5. Berlaku atau dirayakan sekali sekali dalam satu zaman, satu abad, atau dalam
masa yang terlalu amat lama.Seperti dalam ungkapan ‘permainan-permainan
sekular’, secular games, drama-drama yang sekular (secular plays).

6. Hidup atau wujud lama dalam sesuatu zaman atau zaman berzaman .

7. Dalam penggunaan saintifik dinisbahkan kepada proses-proses perubahan, iaitu
yang memakan masa yang terlalu lama; terus menerus zaman demi zaman.

Dalam astronomi merujuk kepada perubahan-perubahan dalam edaran-edaran
atau zaman-zaman yang di dalamnya berlaku pusingan planet-planet;erti yang
lebih kurang sama digunakan dalam geologi dan geografi fisikal.

Dalam Kamus yang sama kita boleh perhatikan penggnaan kata ‘secularization”
atau sekularisasi. Ertinya ialah:

1. Mengubahkan sesuatu institusi kegerejaan atau keagamaan atau hartanya atau
miliknya kepada milik atau penggunaan yang bersifat sekular (mungkin boleh
dibandingkannya dengan penggunaan harta wakaf untuk tujuan-tujuan
keduniaanh selain daripada tujuan asalnya-p); atau mengubahkan sesuatu negeri
atau negara daripada pihak yang berkuasa gereja kepada pihak yang berkuasa yang
bukan-gereja (‘lay’).

2. Memberikan ciri atau sifat sekular atau tidak suci atau memberikan arah yang
sedemikian (kepada seni, pengajian dan seterusnya)’; atau meletakkan moral di
atas asas sekular; atau membataskan pendidikan kepada matapelajaran-
matapelajaran sekular sahaja.

3. Atau pengubahan seorang padri atau petugas gereja (eccelesistic) daripada
kedudukan kegerejaan (regular) kepada kedudukan dan fungsi sekular.

Antara “sekularisme” dan “yang sekular”

Yang sekular itu tidak semestinya sekukarisme.Sudah diketahui bahawa
sekularisme sebagai falsafah dan ideologi adalah kekufuran kerana ianya berupa
faham atau falsafah yang memisahkan secara total antara kehidupan dengan
agama.

Sekularisme dalam erti pihak resmi tidak boleh menjadikan agama sebagai program
resmi dan ia tidak boleh menggunakan dana awam untuk menjayakan pendidikan
agama dan programa agama sahaja tidak membawa kepada kekufuran,

tetapibagaimanapun ia berupa pengkhianatan terhadap fungsi pemerintahan
sebab pemerintahan adalah untuk menjayakan agama selain daripada menjayakan
kemaslahatan manusia daroi segi kolektif.

Yang bersifat sekular tidak semestinya sekularisme ialah seperti aturan jalan raya
misalnya, ianya aturan sekular tetapi ia menjaga nyawa manusia dan harta benda
dan anggota. Kalau dilanggar ia boleh menyebabkan kebinasaan. Maka aturan itu
patut dan mesti diikut. Ini bersifat sekular tetapi ia bukan sekularisme sebagai
falsafah, dan bukan negatif tetapi positif.

Ilmu teknik dan yang sepertinya ianya sekular dari segi sifatnya tetapi ianya boleh
digunakan untuk kebaikan dan boleh membantu dalam menjayakan agama.Ianya
sekular tetapi tidak berupa sekularisme; bukan negatif tetapi boleh menjadi positif.

Aturan-aturan dalam perakaunan adalah aturan sekular, bukan ada dalam kitab
fiqh atau Quran dan Sunnah, tetapi saidina ‘Umar rd menyuruh orang Islam
zamannya mempelajarinya dari orang Yunani untuk menjayakan perakaunan
zamannya.ianya sekular tetapi tidak sekulkarisme.

Demikian perkara-perkara lain yang sekukar sifatnya, yang bukan bersifat suci atau
keagamaan atau keakhiratan tetapi bersifat positif dan tidak terlarang.

Contoh-contoh lain ialah seperti rasionalisme, sebagai falsafah membawa kepada
kekufiuran kerana ia berupa falsafah yang menyatakan pemikiran atau rasio
menentukan segala.Ini membawa kepada kekufuran, dijauhkan Allah. Tetapi sifat

rasional tidak terlarang bahkan disuruh sebab Nabi saw menyuruh manusia
berbicara kepada orang yang ditujukan mengikut kadar kemampuan fikiran
mereka, rasional. Maka sifat rasional bukan ditegah bahkan disuruh, tetapi
rasionalisme terlarang kerana ianya kekufuran.

Demikian pula pragmatisme sebagai falsafah adalah terlarang, tetapi sifat
pragmatik adalah baik sebab ia bermaksud sikap melakukan sesuatu dengan
memerhatikan kesan atau hasilnya supaya berjaya. Maka pragmatisme sebagai
falsafah ditolak tetapi sifat pragmatik adalah baik dan dipuji.

Kesimpulannya apa yang sekular bukan semestinya dilarang, tetapi sekularisme
terlarang.

Sejarah:

Tanpa berbicara panjang tentang sejarah pemikiran Barat dengan pelbagai aliran
pemikirannya seperti humanisme, positivisme, resalisme, idealisme, moderniti,
kebendaan, dan seterusnya, kita boleh perhatikan bagaimana di Amerika Syarikat
ada American Secular Union and Freethought Federation, iaitu Persatuan Sekular
dan Pemikiran Bebas yang memisahkan negara daripada agama yang sebagai
plaftorm perjuangannya yang membuat 9 tuntutan Liberalisme: (lihat
“Secularism”, The Catholic Encyclopedia,
http://www.newadvent.org/cathen/13676a.htm):

1. Bahawa Gereja dan mana-mana harta gereja h4endaklah tidak dikecualikan
daripada membayar cukai;

2. bahawa pengambilan ‘chaplain’bertugas di Kongres , dalam dewan
undangan negeri, tentera dan navi, penjara, tempat perlindungan orang gila,
dan semua institusi yang dibiayai dengan dana awam, hendaklah dihentikan,
dan semua khidmat-khidmat keagamaan yang dibiayai oleh negara , negeri,
atau kerajaan tempatan, akan ditamatkan;

3. bahawa semua penggunaan dana awam untuk kepentingan pendidikan dan
kebajikan (educational and charitable institutions) yang bersifat sektarian
(keagamaan) dihentikan;

4. dan manakala memperjuangkan pendidikan moral yang paling tinggi dan
mulia dan menerapkan moral tinggi yang seketatnya, pengajaran agama dan
penggunaan Bible untuk tujuan-tujuan keagamaan dalam sekolah-sekolah
awam dihentikan;

5. bahawa perlantikan Presiden Amerika Syarikat dan governor-governor bagi
negeri-negeri , perayaan-perayaan keagamaan , puasa, dan hari-hari khas
untuk sembahyang dan kesyukuran (prayer and thanksgiving) mesti
dihentikan;

6. bahawa sumpahan ‘theological’ dalam mahkamah-mahkamah dan lan-lain
jabatan kerajaan mesti dihapuskan, dan penegasan secara biasa dan
sederhana (‘simple affirmation’) dengan diingatkan hukuman kalau berlaku
pemalsuan dan penipuan, ditetapkan sebagai gantinya.

7. bahawa semua undang-undang secara langsung atau tidak langsung yang
menguatkuasakan mana-mana kadar dogma keagamaan atau teologi
tentang perlaksanaan amalan Hari Ahad atau Sabbath hendaklah
dihapuskan;

8. bahawa semua undang-undang yang memandang kepada penguatkuasaan
moraliti Kristian sebagaimana keadaannya hendaklah dimansukhkan, dan
bahawa semua undang-undang mesti mengikut moraliti tabi’i (‘natural
morality’) persamaan hak, dan keadilann yang objektif (impartial justice);

9. bahawa, bersesuaian dengan Perlembagaan Amerika Syarikat dan
perlembagaan beberapa negeri, maka hendaklah jangan ada hak-hak
istimewa atau faedah-faedah diberikan kepada Agama Kristian atau mana-
mana agama; bahawa sistem politik kita seluruhnya hendaklah dilaksanakan
dan ditadbirkan hanya diatas dasar sekular semata-mata, dan bahawa apa-
apa perubahan yang perlu ke arah matlamat ini hendaklah secara konsisten
dan tidak berganjak dilakukan dengan segera.

Walaupun sekularisme nampaknya baharu sahaja timbul ianya berupa pelbagai
doktrin yang diajarkan oleh pemikir-pemikir “free-thinker” (yang tidak percaya
kepada Tuhan) dalam semua zaman. Dinyatakan bahawa “The term Secularism was
chosen to express the extension of free thought to ethich”: istilah Sekularisme
dipilih untuk melafazkan sambungan-atau pemanjangan-pemikiran ‘freethought’
(tidak percaya kepada Tuhan) kepada ethika’ (ibid.) Dalam hubungan dengan
fahaman atheis, boleh diperhatikan bahawa Bradlaugh seorang atheis; Holyoake
seorang agnostik, iaitu tidak percaya bahawa ilmu yang benar boleh tercapai.
Holyoake nmenganggap bahawa Sikularisme hanya berdasarkan kepada alam tabi’I
dan tidak ada kena mengena dengan agama, manakala Bradlaugh mendakwa
Sekularisme sepatutnya bermula dengan pembuktian menafikan agama.Dalam
debat di hadapan umum yang berlaku pada tahun 1870 antara dua orang Sekularis
Bradlaugh menyatakan bahawa “Walaupun sekarang mungkin benar bahawa

semua orang yang Sekularis bukan Atheis, saya menyatapan pendapat bahawa
natijah logikal daripada penerimaan Sekularisme mestilah manusia itu pergi kepada
Atheisme kakau ia ada mempunyai otak untuk faham. Kamu tidak mungkin
mempunyai skima moraliti tanpa Atheisme…”. Dalam banyak petikan daripada
tulisan-tulisannya Holyoake pergi lebih jauh lagi dan cuba membuktikan penafian
kebenaran Kristian. Selain daripada kritikan terhadap teologi, Sekularisme
mempedulikan bidang budaya, kemajuan kemasyarakatan, dan perbaikan keadaan
kebendaan kehidupan manusia, terutama untuk golongan pekerja.Maka
berlakulah Sekularisme di Barat sampai sekarang dan agama terpisah daripada
kehidupan kolektif dan budaya serta pengetahuan.Percubaan pihak Kristian untuk
menanganinya tidak mencapai kejayaan.

Di Timur ianya diterima dengan cara total oleh Turki selepas penghapusan Kerajaan
Turki Uthmaniyah. Ini ternyata daripada dasar-dasar perlembagaan Turki yang
disebut sebagai “Prinsip-prinsip Ataturk” yang diringkaskan ke dalam 6 pokok asasi:
(http://www.mkutup.gov.tr/Ataturk/principles.html):

1. Republikanisme: dinyatakan: pembaharuan Kemalist berupa perubahan
daripada empayar multinasional (khilafah ‘Uthmaniyah) kepada terasasnya negara
-bangsa Turki dan realisasi identiti bangsa Turki modern.Kemalisme hanya
mengakui pemerintahan republikan Turki.Kemalisme mempercayai bahawa hanya
pemerintahan republikan yang boleh mewakili cara terbaik hasrat rakyat Turki.

2. Populisme: Revolusi Kemalist juga berupa revolusi sosial dari segi kandungan dan
matlamat-matlamatnya.Ianya berupa revolusi yang dipimpin oleh satu golongan

elit dengan orientasi ke arah orang ramai secara amnya.Pembaharuan Kemalist
membawa perubahan revolusionari dalam status wanita melalui penrlaksanan kod
undang-undang Barat di Turki, terutamanya undang-undang sivil Swis.Tambahan
lagi para wanita menerima hak mengundi tahun 1934.Ataturk menyatakan dalam
beberapa kesempatan bahawa pemerintah-pemerintah Turki sebenarnya ialah
para petaninya.

3. Sekularisme: Sekularisme Kemalist bukan hanya bermakna pengasingan antara
negara dan agama tetapi juga pengasingan agama daripada urusan-urusan
pendidikan,kebudayaan dan undang-undang.ianya bermakna kebebasan
pemikiran dan institusi-institusi daripada bidang pemikiran keagamaan dan
institusi-institusinya. Dengan itu revolusi Kemalist juga berupa revolusi
sekularist.Banyak pembaharuan-pembaharuan Kemalist yang dilakukan kerana
sekularisme dijayakan.Prinsip sekularisme Kemalist tidak memperjuangkan
atheisme. Ianya bukan berupa prinsip anti-Tuhan. Ianya berupa sekularisme yang
rasionalist dan anti-clerical (anti golongan agama-p). Prinsip sekularisme Kemalist
bukannya bercanggah dengan Islam yang mengalami pencerahan (‘enlightened
Islam’) tetapi ianya bercanggah dengan Islam yang menentang modernisasi.

Kemudian dihuraikan prinsip-prinsip Reformisme, Nasionalisme, dan Statisme

Tentang 4. Reformisme, dinyatakan bahawa maksudnya ialah bahawa Turki
mengadakan pembaharuan-pembaharuan yang membawa Turki kepada langkah
menggantikan institusi-institusi tradisional dengan institusi-institusi moden .ianya
bermakna bahawa konsep-konsep tradisional dihapuskan dan konsep-konsep

moden dilaksanakan. Prinsip pembaharuan (reformasi) itu pergi lebih jauh lagi
melintasi pengiktirafan pembaharuan-pembaharuan yang diadakan.

Inilah Sekularisme Turki yang membawanya menghapuskan khilafah ‘Uthmaniyah,
sekolah-sekolah agama, pakaian hijab, bahkan tudung kepaala wanita pun tidak
dibenarkan, walhal itu boleh diamal di negera-negara Barat (kecuali dalam sekolah
di Francis dan di German antaranya) ,undang-undang Syara’, pakaian yang
menunjukkan ulama seperti jubah dan serban serta tarbush, tarikat-tarikat sufiah,
bahkan ulamapun.Azan digantikan dengan bahasa Truki, dan sembahyangpun
diperintah supaya berlaku dalam Bahasa Turki, dan huruf Arab dihapuskan
digantikan dengan huruf Latin

Sampai sekarang pendirian rasmi di Turki masih berdasarkan kepada
sekularisme.Antaranya ialah negara itu perlembagaannya masih berpegang kepaa
prinsip-prinsip yang enam itu dengan apa yang disebutkan sebagai prinsip-prinsip
Sekularisme Ataturk.Ini bermakna negara Turki tidak beragama (non religious) yang
menjauhkan dirinya daripada apa-apa yang ada hubungan dengan Islam.

Ianya mesti kekal sebahagian daripada dunia barat yang tidak beriman, dan bukan
sangat menjadi sebahagian daripada blok Islam di Timur. Ia mesti mempertahankan
hubungannya supaya kuat dengan Barat ; dan ianya mesti mempertahankan
keahliannya dalam NATO. Dan pihak rasminya mesti berusaha untuk menjadikan
Turki sebagai ahli Persatuan Eropah.(antaranya lihat
http://www.khilafah.com/culture/arbakan.htm – pautan ini sudah tiada lagi).

Selain daripada Turki nampaknya tidak ada negeri-neger Islam yang sampai secara
resmi menyebut pegangannya ialah Sekularisme sebagai falsafah negara walaupun
dari segi amalannya ada unsur-unsur yang bersifat sekular dalam pengertian yang
dihuraikan di atas. Maka sangat perlu diperhatikan dan diambil kira Sekularisme
sebagai falsafah dan pandangan hidup yang dianuti sebagai ganti agama dengan
sifat-sifat sekular yang ada dalam masyarakat kerana kelemahan iman manusia
terhadap Tuhan dan agama. Untuk penegasan ini kita boleh merujuk kembali
kepada pentakrifan dari teks-teks Barat berkenaan dengan sekularisme dan sifat
sekular di atas.

Kesimpulan dari pengertian sekularisme dan apa yang sekular

Antaranya ialah:

· ajaran moraliti hanya menyentuh kesejehteraan di dunia sahaja tanpa
mempedulikan kewujudan Tuhan atau akhirat

· sistem ethika berdasarkan kepada moraliti tabi’I terbebas daripada agama wahyu

· mempersoalkan kewujudan Tuhan dan keabadian roh

· mempersoalkan otoritas hati-kecil (dhamir atau conscience)

· menganggap kebaikan dunia semata-mada tanpa merujuk kepada keabadian atau
Tuhan adalah kebaikan yang benar-benar real

· menganggap kebenaran sekular seagai mencukupi sebagai cahaya dan bimbingan
hidup terakhir

· perkara yang berkait dengan dunia ini sahaja atau dari dunia ini sahaja

· perkara duniawi berbeza daripada urusan gereja dan agama, bukan suci

· kalau sastera, seni, sejarah dan yang sepertinya: tidak terkait dengan pengabdian
untuk agama, duniawi, tidak suci (termasuk bangunan)

· kalau pendidikan dan pengajaran berkait dengan subjek-subjek bukan-agama

· penggunaan baharu: mengecualikan pendidikan agama daripada sistem
pendidikan yang menggunakan dana awam

· milik bagi dunia lahiriah ini sahaja bukan milik alam rohani atau alam kekal abadi

· melibatkan masa yang terlalu amat lama, berabad-abad

· sekular dalam penggunaan saintifik seperti ilmu bintang, geologi dan geografi
yang tidak ada konotasi negatif.

Nampaknya sekularisme ada beberapa paras. Pertamanya paras falsafah seperti
falsafah yang mengajarkan agama terpisah langsung daripada kehidupan kolektif,

ianya hanya untuk ritual dan hidup orang perseorangan.Ini kekufuran yang tidak
dibenarkan oleh keyakinan dan padangan hidup Islam dan faham
ilmunya.Dijauhkan Allah.

Keduanya, pandangan bahawa akhlak mesti dirujuk hanya kepada pertimbangan-
pertimbangan dunia ini, bukan berkait dengan natijah daripada kepercayaan
kepada Tuhan, keabadian roh dan keberadaan alam abadi .Ini juga
kekufuran.Dijauhkan Allah.

Ketiganya Sekularisme dalam erti pihak rasmi tidak boleh menggunakan dana
awam untuk membiayai pendidikan Islam, ianya mesti diserahkan kepada individu
atau pihak lain.Ini terlarang dan berupa pengkhianatan pihak yang berkenaan,
sebab pihak yang berkuasa dalam Islam bertanggungjawab untuk melindungi
agama dan melaksanakannya dalam hidup kolektif.

Keempatnya pihak rasmi tidak boleh menjadikan rancangan agama sebagai
rancangan rasminya, itu hak orang perseorangan.Ini juga terlarang dan berupa
pengkhianatan tugas.

Nampaknya Sekularisme dalam pengertian-pengertian ini ternafi dalam kalangan
kita.

Tentang apa yang bersifat sekular, sebagai sifat, ada beberapa paras. Pertamanya
paras yang berupa kekufuran seperti falsafah sekular dan pandangan moral sekular
sebagaimana yang disebutkan di atas.

Keduanya pandangan ketiga dan keempat di atas tentang pendidikan dan
rancangan agama, itu terlarang dan membawa kepada dosa besar.

Ketiganya ada perkara yang sekular yang harus – dalam erti ianya bukan
keagamaan – seperti dewan orang ramai yan bukan masjid, bukan pula kelab judi,
ianya harus, dan kalau digunakan untuk kebaikan, ianya mendatangkan pahala dan
meningkatkan hidup rohaniah.Termasuk ke dalamnya seperti bermain bola bila
dilakukan tanpa melanggar aturan agama; bila diniatkan untuk menjaga kesihatan
supaya ianya boleh hidup sebagai orang yang taat kepada Allah, maka ianya
menjadi amalan yang membawa kepada perdampingan kepada Tuhan.

Keempatnya bangunan-bangunan seperti kelab judi, maka ianya terlarang; dan
amalan-amalan seperti berjudi, ianya haram. Termasuk ke dalamnya perkara
sekular yang harus ialah kaedah dan ilmu sekular seperti mantik yang diambil oleh
ulama Islam yang kemudiannya dijadikan alat untuk mempertahankan akidah islam
dan membina ilmu usul al-fiqh dan membina fiqh yang sedemikian teratur
dengannya.Kalau sekarang antaranya ilmu geografi, bahasa, sains dan yang
sepertinya yang berfaedah kepada manusia; maka sifatnya yang sekular dalam erti
ianya non-agama, bukan bertentangan dengan agama (irrelegious atau anti-
religious) adalah baik dan berfaedah, dan dengan niatyang betul dan baik ianya
mendatangkan pahala.Demikian seterusnya.

Dengan ini maka boleh difahamkan bahawa Sekularisme ada yang menyebabkan
kekufuran dan ada yang terlarang.yang sekular pula ada yang positif dan ada yang

negatif, ada yang tidak terlarang dan ada yang terlarang.yanmg harus pula bila
dilakukan dengan niat yang baik maka dikurniakan pahala (thawab) kerananya.
Maka Sekularisme yang menyebabkan kekufuran dan hukum haram kita mengelak
diri daripadanya, dan yang sekular pula kita teruskan dengan apa yang positif dan
kita hentikan apa yang negatif.yang harus kita lakukan dengan niat yang baik dan
betul supaya tertunailah apa yang kita lafazkan dalam doa iftitah kita selepas takbir
sembahyang “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku (atau pengorbananku),
hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian
alam”.Allahumma amin.Maka kita janganlah pula “sekularkan” amalan kita seperti
ibadat sembahyang dan memberi sedekah misalnya dengan niat untuk mendapat
sanjungan dan pengaruh di kalangan orang ramai; dengan itu kita menjadi “orang
yang membohongi agama” yang disebut dalam Surah al-Ma’un..

Erti Sekularisme dalam Pendidikan dan Sastera:

Sebagaimana yang dinyatakan di atas Sekularisme dalam pendidikan merujuk
kepada dasar bahawa pendidikan mesti terpisah dengan agama atau tidak ada kena
mengena dengan agama atau akhirat atau kemaslahatan manusia di alam yang
kekal abadi, atau tidak ada kena mengena dengan pertimbangan-pertimbangan
yang timbul daripada kewujudan Tuhan, atau keabadian roh.Dasar yang demikian
bila dijadikan pegangan menjadikan seseorang itu terkeluar daripada agama
Islam.Dijauhkan Allah.

Juga maknanya ialah pendidikan keagamaan jangan dilaksanakan dengan
menggunakan dana awam, kerana ianya urusan peribadi bukan urusan negara atau

pihak resmi.Ianya terletak pada usaha peribadi atau kalau di Barat terletak pada
pihak gereja untuk menjayakannya.Jelas negeri-negeri Islam tidak berpegang
kepada dasar ini kerana mereka menjayakan pendidikan keagamaan (Islam)
dengan menggunakan dana awam, kecuali Turki. Tentang banyak sedikitnya kadar
dana itu itu persoalan yang lain pula.Pada pokoknya Sekularisme menghalang
penggunaan dana awam untuk pendidikan keagamaan.

Dalam Islam sekularisme dalam pengertian ini tidak wajar bahkan pengkhianatan
terhadap agama kerana tujuan kewujudan negara atau pihak resmi adalah untuk
menjaga agama.

Sekularisme dalam pendidikan juga, sebagaimana yang dilihat di atas pendidikan
yang mengambil kira kemaslahatan manusia di dunia ini sahaja, tanpa mengira
dimensi-dimensi yang lain lagi.nampaknya tidak ada negeri Islam yang berpegang
kepada Sekularisme dengan erti pandangan falsafah pendidikan yang sedemikian,
kecuali Turki.

Dalam pendidikan kita, bila tersebut dalam Falsafah pendidikan pembinaan
manusia yang berktrampilan, beriman kepada Tuhan, berjasa kepada umat dan
negara, dengan tumpuan kepada pengembangan semua potensi manusiawinya,
maka itu falsafah yang bersesuaian dengan Islam, dan ianya menafikan Sekularisme
pada paras falsafah dan konsepsual.Maka yang timbul ialah keperluan untuk
berbicara tentang aspek-aspek yang bersifat sekular dalam amalan, yang ada
padanya yang positif dan ada padanya yang negatif.

Tentang unsur-unsur yang bersifat sekular (yang bukan semestinya bermakna sama
dengan Sekularisme) yang ada dalam pendidikan ada beberapa perkara yang boleh
disebutkan.Antaranya ialah yang bersifat mendidik untuk kemahiran duniawi
sahaja, tetapi kalau dalam perkara yang harus, maka harus hukumnya, seperi pusat
latihan pertanian atau perinagaan, atau pertukangan, atau kemahiran IT.Kalau
amalan yang harus itu diniatkan untuk kebaikan maka ianya menjadi sunat dan
mendatangkan pahala; atau kalau ianya menjurus kepada fardhu kifayah maka
dicapai pahala menunaikan fardhu kifayah melalui kegiatan sekular yang harus
itu.Antaranya kemahiran bersukan bila dilakukan dengan mengikut tuntutan
agama dan tidak melanggarnya, dan dengan niat yang betul untuk kerehatan badan
dan menyehatkannya supaya tersedia diri untuk menjadi orang yang taat kepada
Allah, maka permainan itu menjadi taqarrub kepada Allah sebagaimana yang
disebutkan oleh Imamal-Ghazali rh dalam ‘al-Ihya’ nya.Kalau dilakukan semata-
mata untuk bersuka-suka, tanpa melakukan apa-apa yang dilarang, maka itu harus.

Di Barat mata-mata pelajaran yang selain daripada agama atau gereja dan
sejarahnya dianggap matapelajaran sekular; ini kerana ianya tidak bersifat
keagamaan berbanding dengan teologi atau cara-cara melakukan amalan spiritual
dalam agama Kristian; dan ini bukan dalam pengertian yang negatif, bahkan ianya
boleh bersifat positif, seperti matapelajaran perniagaan; kedudukannya sebagai
matapelajaran sekular tidak menjadikannya sebagai matapelajaran yang anti-
Kristian sebagaimana yang dikatakan oleh John Stuart Mill dalam ceramahnya yang
terkenal itu.Misalnya matapelajaran geografi atau geologi atau bahasa.

Beliau menyatakan :”Yang sekular itu ialah yang merujuk kepada hidup dunia
ini.Pendidikan sekular (secular instruction) ialah pendidikan berkenaan dengan
urusan-urusan dunia ini.Mata-mata pelajaran sekular, oleh itu, ialah semua mata-
mata pelajaran kecuali agama.Kalau dikatakan bahawa yang sekular itu ialah yang
bercanggah dengan agama (irreligious) maka ertinya semua ilmu-ilmu cawangan
sastera dan sains adalah bercanggah dengan agama, dan ini sama dengan koita
mengatakan bahawa semua profesi kecuali undang-undang adalah menyalahi
undang-undang (illegal).Ada terdapat perbezaan antara yang bercanggah dengan
agama dengan yang bukan bersifat keagamaan…” (“Speech on Secular Education”,
http://www.utilitarian.org/texts/education.html).

Dalam Islam ilmu-ilmu yang bukan bersifat keagamaan yang berfaedah untuk
manusia boleh dimasukkan ke dalam “jalan membawa kesyurga” sebagaimana
yang dimaksudkan dalam sebuah hadith yang menyebut orang yang berjalan ke
jalan ilmu maka ia dibawa berjalan ke jalan syurga.Ini dengan syarat ia tidak
mengabaikan ilmu keagamaan dan amalan yang menjadi kemestian atas dirinya.

Antara beberapa perkara yang “sekular” dalam pendidikan yang mungkin ada ialah
suasana kehidupan dalam kawasan pendidikan yang tidak serasi dengan tuntutan
Islam seperti pergaulan yang tidak terkawal, atau kecuaian dalam menutup aurat,
atau adanya amalan-amalan lain yang tidak mengikut tuntutan agama seperti anak-
anak dan tenaga pengajar yang tidak menunaikan suruhan agama kerana
“kesibukan dengan tugas” dan seterusnya.Maka perkara-perkara demikian perlu
diusahakan supaya berubah dan keadaan menjadi kembali kepada suasana taat
kepada kehendalk-kehendak Islam.

Antaranya kerana kesibukan dengan sukan ada mereka yang tidak melakukan
sembahyang yang wajib; atau dalam nmelaksanakan sukan aurat terdedah walhal
itu wajiub dielakkan.Juga antaranya percampuran antara lelaki dan wanita dalam
masa bersukan di dewan atau di padang, itu juga mesti dielakkan.

Antara yang bersifat sekular ialah beberapa perkara dalam matapelajaran yang
menuntut perubahan. Dalam sains terdapat teori tentang benda atau tenaga yang
tidak boleh diciptakan dan dimusnahkan.Perlu ianya diberi perspektif yang betul
dengan menyatakan bahawa itu benar dalam hubungan dengan manusia tetapi
dalam hubungan Tuhan itu berlaku kerana KuasaNya yang mutlak, berbeza dengan
kuasa makhluk yang nisbi.Demikian pula teori sebab musabbab dalam mengajarnya
perlu diberikan perspektif Sunni yang mengajarkan bahawa pada hakikatnya
makhluk tidak memberi kesan yang mendatangkan kesan pada hakikatnya ialah
Tuhan, walaupun kita meraikan sebab musabbab dalam hidup kita dan pengajian
tentang sains.

Dalam mengajar biologi misalnya timbul teori evolusi yang mengajarkan manusia
sepupu dengan monyet, iaitu datuknya dengan datuk monyet orang yang
sama..Teori itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam tentang penciptaan manusia
dengan penciptaan yang khusus sebagai khalifah Tuhan dan hambaNya.Evolusi
yang ama nampaknya tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah ialah
“megaevolusi” yang melibatkan semua sampai kepada manusia.Maka perlu
diberikan diberikan perspektif yang benar.

Ini semua adalah selain daripada konsep Islamisasi ilmu-ilmu sebagaimana yang
dibicarakan oleh alm prof ismail al-Faruqi dalam bukunya tentang “Islamization of
knowledge” yang perlu dibantu perlaksanaannya dan peluasannya.

Antaranya para pelajar perlu didedahkan kepada persoalan-persoalan dan
cabaran-cabaran yang menentang agamanya dan hidup keagamaannya dan
jawapan-jawapannya supaya mereka tidak tersasul dalam hidupnya dan ilmunya.

Dalam mengajar geografi seseorang itu memberi huraian tentang kejadian hujan,
tiupan angin dan seterusnya dengan awannya, embunnya bahkan saljinya, dengan
itu maka kepercayaan tentang alam kemalaikatan dengan fungsi-fungsinya
terhakis.Maka kepada para pelajar Muslim perlu diberikan perspektif bahawa itu
adalah fenomena lahir, disebaliknya berfungsi aspek-aspek kemalaikatan dalam
hidup alam tabi’I sepert manusia yang kelihatan ialah gerak lahirnya, tetapi yang
menentukannya ialah ‘alam tidak kelihatan” dalam dirinya dengan pemikirannya,
azamnya, dan niatnya.Gerak lahir manusia seperti alam tabi’I yang lahir dan gerak
batin dan jiwa seperti fungsi alam kemalaikatan.

Sekularisme dalam sastera

Sekularisme dalam sastera, berdasarkan kepada apa yang ditakrifkan di atas boleh
dianggap sebagai penulisan kreatif atau bukan kreatif yang memberi gambaran
tentang moraliti atau akhlak dalam hidup manusia terpisah daripada wahyu atau
ajaran agama dan membelanya.Atau ianya memberi gambaran tentang benarnya
atheism atau kekufuran dan membelanya.Kalau diberikan gambaran sebagai realiti

yang ada dalam budaya dan diisyaratkan kritikan terhadapnya dan ditunjukkan
kejahatannya serta kepalsuannya maka itu sastera yang sewajarnya.Kalau tidak
ianya menyesatkan.

Demikian pula mengajarkan sastera yang demikian dengan menyokongnya adalah
sekukarisme, tetapi kalau diajarkan sastera itu sebagai contoh kegiatan sastera
atau budaya yang perlu diberikan perspektif yang betul terhadapnya maka itu
usaha yang wajar.

Pada kita sastera yang mendokong sekularisme di Barat antara lain-lainnya pada
zaman klasik “The Art of Love” oleh penyaer Roman Ovid; dan antarannya dalam
abad ke 20 ialah karangan D.H.awrence “lady Chatterly’s Lover” dan “The Woman
of Rome” oleh Alberto Moravia yang berbicara berkenaan dengan cinta kenafsuan
dan pemuasannya tanpa apa-apa ajaran yang mendalam dan benar secara yang
wajar yang dikemukakan di dalamnya, walaupun ada serpihan-serpihan perkara
yang benar datri segi pengelaman hidup manusiawi. Antaranya ialai “Lolita” oleh
Vladimir Nabokov dan lain-lainnya.

Penulisan prosa yang bukan kreatif dalam sastera dunia ialah sekadar menyebut
beberapa buah seperti “Das Capital” oleh marx, “The Prince” oleh Machiavelli, dan
“Meinkamf” oleh Adolf Hitler yang berbicara tentang kesahihan kuasa manusia
secara mutlak dengan segala kejahatan, penipuan dan penindasannya tanpa
kasihan belas.Sudah tentu antaranya “The Origin of Species” oleh Darwin yang
berbicara tentang evolusi tanpa kepercayaan kepada hakikat yang lebih tinggi
daripada benda dan parasnya, juga antaranya teori psikoanalisis oleh Freud dengan

teorinya tentang ego dan super-ego dan idnya.Demikian seterusnya. Demikian pula
semua penulis-penulis buku tentang aliran kebendaan, positivisme, saintisme, dan
sebagainya dengan pecahan-pecahannya, termasuk yang teralkhir pasca-
modenisme yang menolah metanaratif dari kebenaran-kebenaran abadi dalam
agama, dan penonjolan kenisbian dalam pemikiran dan budaya.

Sastera klasik kita banyak melahirkan sastera yaqng bercirikan Islam dengan kisah-
kisah dan tulisan-tulisan prosanya yang memberi pengajarn seain daripada kisah-
kisah seperti “Sejarah Melayu” dan “Tuhfatiun-Nafis”, selain daripada teks-teks
persuratan Islam secara strik.

Penulisan novel gaya barat – walaupun novel itu di Barat ada disebut sebagai
“secular literature”, ianya boleh menunnjukkan pengajaran kepada kebenaran,
kemurnian, kesucian hidup, dan kewujudan makna dan pengertian, bukan
kekosongan atau nihilisme yang membunuh.Dan sastera sekulatr boleh dibaca
untuk perbandingan bagi orang yang matang untuk mendapat faedahnya, bukan
bagi orang yang tidak ada persediaannya.

Tentang aliran sastera maka itu terserah kepada penulis-penulis kita untuk
melakukan pengembaraan dalam penulisan kreatif asalkan ianya tidak bercanggah
dengan pandangan hidup, faham ilmu dan nilai-nilai kita.Pokoknya janganlah
kepalsuan dipandang sebagai kebenaran, kejelekan dipandangan sebagai
keindahan, kejahatan sebagai kebaikan.ianya tergabung daripada unsur-unsur
kebenaran, keindahan, dan kesucian serta daya tarikan yang mempesonakan serta

meningkatkan martabat manusiawi dari segi intelektuil, aestetika, moral dan
budaya.

Apa yang harus dilakukan ialah pendedahan tentang ciri-ciri penulisan yang unggul
perlu didedahkan kepada mereka yang ingin menjadi penulis selain daripada
mereka diberkan galakan untuk menulis dan ruang untuk mereka menafaatkan.

Terjemahan teks-teks sastera yang unggul perlu dilakukan untuk menjadi contoh
tauladan sebelum berlakunya penulisan asli dalam bidang penulsan kreatif dan juga
prosa yang bukan kreatif.Peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam bidang ini memberangsangkan dan ianya diharapkan akan bertambah lagi
pada masa akan datang berserta dengan peluasan skopnya.Wallahu a’lam.

Wanita

Sebagai menyambung perbincangan kita boleh menyebut sekularisme dalam
hubungan dengan hidup wanita.Sekularisme dalam hubungan dengannya ialah
pemikiran yang menganggap bahawa pemikran tentang urusan wanita adalah
terletak kepada pemikiran kita sahaja tanpa merujuk kepada natijah daripada
keyakinan kepada Tuhan, wahyu, alam Ghaib, atau keabadian roh.Dan kalau ada
kenyataan dalam nas-nas seperti Quran atau sunah yang sahih ditolaknya kerana
tidak sesuai denganemikiran semasa.Itu membawa kepada kekufuran.Dijauhkan
Allah.

Sekularisme juga merujuk kepada pandangan pandangan bahawa huraian-huraian
tentang kedudukan wanita yang ada dalam sunnah dan Quran mesti ditolak kerana
ianya “sexist”, menunjukkan diskriminasi seks, anti-feminisme, berlawanan dengan
pascamodenisme, falsafah untuk pascamoden, ini membawa kepada gugurnya
iman seseorang.Dijauhkan Allah.

Antara perkara-perkara sekular yang terlarang yang diamalkan oleh setengah orang
ialah pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang dikatakan sebagai progressive
dan global; juga pendedahan aurat terlarang bagi wanita, kecuali muka dan tapak
tangan bila tidak ditakuti fitnah.Antaranya amalan melakukan kerja-kerja yang
selayaknya dilakukan oleh lelaki, yang mengkompromikan keduduan dan
maruahnya sebagai wanita, kecuali dalam keadaan dharurat.

Maka para wanita wajib menjaga maruahnya dalam pergaulan dan dalam hidup
rumahtangga.Kedudukannya dengan lelki dalam kehidupan adalah komplementari
dan bukan dalam keadaan berlumba-lumbaan untuk satu mengatasi yang lainnya,
melainkan perlumbaan dalam kebajikan sebagaimana yang terkandung dalam ayat
“hendaklah kamu berlumba-lumba dalam kebajikan” (khairat).Wallahu a’lam.

September 12, 2008 — akarimomar

Da’wah Sebagai Teras Induk Menegakkan Islam

Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
ISTAC, IIUM, MIM, Yayasan Karyawan

1. Bi-‘aunika ya Latif! Yang dimaksudkan ‘teras induk’ di sini ialah ia sesuatu dasar
yang terpenting, sebagai ‘ibu’ yang berupa ‘paksi’ yang di atasnya berlegar
pengembangan kebenaran agama dan natijah-natijahnhya dalam masyarakat umat
manusia. Sebab itu ia berupa tugas para anbia dan rasul serta para hukama dan
ulama dalam seluruh zaman dalam sejarah bani Adam mulai dari Adam alaihissalam
hingga ke zaman nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam.

Dasar tentang dakwah

2. Ayat-ayat yang menyentuh dasar dakwah termasuk amar ma’ruf dan nahi
munkar yang penting ini (yang berupa sebahagian daripada kurnia Tuhan kepada
nabi salla Llahu ‘alaihi wa sallam pada malam Isra’ Mi’rajnya bersekali dengan
Islam, jihad, hijrah, amar makruh nahi munkar, sadaqah, hijrah , sudah tentu
sembahyang, asas-asas pembinaan peradaban rabbani) antaranya ialah ayat { ‫َو ْلتَ ُكن‬
ْ‫ } ٱ ْل ُم ْفل ُحو َْن ُه ُْم َوأُ ْو َل ٰـئ َكْ ٱ ْل ُم ْن َك ْر َعنْ َويَ ْن َه ْو َْن بٱ ْل َم ْع ُرو ْف َويَأْ ُمْ ُرو َْن ٱ ْل َخ ْي ْر إلَى يَ ْد ُعو َنْ أُ َّمةْ ِّم ْن ُك ْم‬yang
bermaksud ‘Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan

keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (ali
‘Imran: 104).

3. Antaranya juga ialah ayat yang menyebut tentang jati diri umat ini sebagai ‘umat
terbaik yang dikeluarkan untuk kebaikaikan umat manusia yang melakukan seruan
da’wah dalam ayat { ‫بٱَ َّللْ َوتُ ْؤمنُو َْن ٱ ْل ُم ْن َكرْ َعنْ َوتَ ْن َه ْو َْن بٱ ْل َم ْع ُرو ْف تَأْ ُم ُرو َنْ للنَّا ْس أُ ْخر َج ْْت أُ َّمْة َخ ْي َْر ُك ْنتُ ْْم‬
ْ‫ } ٱ ْل َفاسقُو َنْ َوأَ ْكثَ ُر ُه ُْم ٱ ْل ُم ْؤمنُو َْن ِّم ْن ُه ُمْ لَّ ُه ْمْ َخ ْيراْ َل َكا َنْ ٱ ْلكتَابْ أَ ْه ُْل آ َم َنْ َولَ ْو‬yang bermaksud: Kamu (wahai
umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan
Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka orang-orang yang fasik.’’ (ali ‘Imran: 110). Dari ayat ini jelas umat ini adalah
umat da’wah sebagai ciri utamanya untuk direalisasikan bagi kebaikan umat
manusia seluruhnya.

4. Bersekali dengan jati diri umat yang demikian ada pula ialah realiti umat ini
sebagai umat menengah yang utama dan adil (ummatan wasata) dalam ayat (‫َو َك َذل َْك‬
‫َعلَ ْي َهآ ُكن َتْ ٱلَّتي ٱ ْلق ْبلَةَْ َجعَ ْلنَا َو َما َشهيدْا َع َل ْي ُك ْمْ ٱل َّر ُسو ُلْ َويَ ُكو َْن ٱلنَّاسْ َع َلى ُش َه َدآ َْء لِّتَ ُكونُواْْ َو َسطاْ أُ َّمْة َج َع ْلنَا ُك ْْم‬
َّ‫ٱَ َّللُْ َكا َْن َو َما ٱَ َّللُْ َه َدى ٱلَّذي َْن َع َلى إ ْلَّ لَ َكبي َرةْ َكا َن ْْت َوإن َعقبَ ْيهْ َعلَ ْٰى َين َقل ُبْ م َّمن ٱل َّر ُسو َْل يَتَّب ُْع َمن لنَ ْع َل َْم إ ْل‬
‫ ) َّرحيْم َل َر ُءوفْ بٱلنَّا ْس ٱَ َّللَْ إ َّنْ إي َما َن ُك ْْم ليُضي َْع‬yang bermaksud: ‘Dan demikian (pula) Kami
telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan (ummatan wasata)
agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad)
menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang

menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa
yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat)
itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh
Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia’(al-Baqarah :143). Dinyatakan
dalam Tafsir Baidhawi tentang umat ini sebagai umat menengah yang utama dan
adil supaya ia menjadi saksi atas umat manusia dan menyampaikan seruan dakwah
dan nasihat kepada mereka; maka sebagaimana Rasul adalah saksi bagi umat ini
maka umat ini pula adalah saksi atas umat manusia. (‫من لكم نصب فيما بالتأمل لتعلموا أي‬
‫الحجج‬، ‫ظلم وما أحد على بخل ما تعالى أنه الكتاب من عليكم وأنزل‬، ‫الرسل وأرسل السبل أوضح بل‬، ‫فبلغوا‬
‫ونصحوا‬. ) (Tafsir Baidhawi jilid 1, 195. Dar al-Kutub al-Arabiyyah al-Kubra, Kahirah,
tanpa tarikh, naskhah yang digunakan untuk pengajaran di Azhar tahun ke 6).

5. Yang jelas lagi kenyataan tentang umat ini, umat yang memiliki Quran untuk
menjadi penunjuk ‘neraca’ –oleh itu dakwah kepada manusia – ialah ayat {‫إ َل ْي َكْ َوأَن َز ْلنَآ‬
‫َع َّما أَ ْه َوآ َء ُه ْمْ تَتَّب ْعْ َو ْلَ ٱَ َّللُْ أَن َز َْل ب َمآ َب ْي َن ُهم َفٱ ْح ُكم َعلَ ْيْه َو ُم َه ْيمنْا ٱ ْلكتَا ْب م َْن َي َد ْيْه بَ ْي َْن لِّ َما ُم َص ِّدقْا بٱ ْل َح ِّقْ ٱ ْلكتَا َْب‬
‫آتَا ُكم َمآ في لِّيَ ْبلُ َو ُك ْمْ َولَ ٰـْكن َواح َدةْ أُ َّمةْ َل َج َع َل ُك ْمْ ٱَ َّللُْ َشآ َْء َولَ ْْو َوم ْن َهاجْا ش ْر َعةْ من ُك ْمْ َجعَ ْلنَا ل ُك ِّْل ٱ ْل َح ِّْق م َنْ َجآ َء َْك‬
‫ } تَ ْختَلفُو َْن فيْه ُكنتُ ْمْ ب َما فَيُنَبِّئُ ُكم َجميعاْ َم ْرجعُ ُك ْْم الله إلَ ْٰى ال َخ ْي َراتْ َفا ْستَبقُوا‬yang bermaksud: Dan Kami
turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan
sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya ( ‫) عليه مهيمنا‬. Maka
jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari
kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan)

suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau
Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam
agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang
telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat
kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan
padanya’ (al-Ma’idah: 48).

6. Jelas dalam ayat ini umat Islam berkewajipan untuk berpegang kepada Quran
(dan Sunnah yang datang bersekali dengannya) serta menjadikan Quran sebagain
neraca untuk membezakan apa ajaran yang benar dan apa yang tidak benar dan
menunjukkan kepada umat manusia apa yang benar dan apa yang sebaliknya;
mereka adalah umat yang sepatutnya mempunyai kriteria intelektuil dan
kerohanian untuk dijadikan pedoman bagi manusia (erti luas bagi ‫) عليه مهيمنا‬, jangan
ia menjadi pengikut aliran-aliran yang tidak menentu sama ada yang datang dari
dalam negara atau luar negara, dari dalam umat atau dari umat lain. Sebagaimana
yang ditunjukkan oleh baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dalam perlembagaan
Madinah bahawa mereka hidup aman damai dengan umat lain; kalau dalam
kalangan kita di Malaysia kita hidup dalam keadaan aman dan harmonis antara kita
dan umat lain dalam negara yang tercinta (‘in peace and harmony’) sebagaimana
yang termaktub dalam perlembagaan negara ini; tetapi ingat-ingat jangan kita
hilang pedoman sebab kita mesti menjalankan tugas sebagai ‘muhaiminan ‘alaihi’
dalam hubungan dengan ajaran agama yang kita terima dari para nabi a.s.s.
khususnya dari nabi Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam. Bagi kita contoh hidup
dengan aman dan damai dengan pemluk agama lain, selain daripada contoh zaman

baginda dan para khalifah, ialah contoh di Andalusia, antaranya sebagaimana yang
digambarkan dalam buku ‘The Ornament of the World’ oleh Maria Rosa Menocal
dari Harvard; saya menyebut ini kerana ia datang dari pengakuan sarjana Barat
yang menegaskan keadaan hidup harmonis dan aman damai untuk menjadi
tauladan itu. Tetapi kita tahu bahawa keadaan di Andalusia berakhir dengan
malapetaka kerana perpecahan dalaman sesama Muslimin dan pihak lain
mengambil peluang untuk memporak-perandakan umat. Berwaspadalah.

7. Berkenaan dengan da’wah juga khususnya ayat yang selalu disebut-sebut,
memang tepat, ialah ayat (‫أَ ْح َس ُنْ ه َْي بٱلَّتي َو ٰ َجد ْل ُهم ٱ ْل َح َس َنْة َوٱ ْل َم ْوع َظةْ بٱ ْلح ْك َمْة َربِّ َْك َسبيلْ إلَ ْٰى ٱ ْد ُْع‬
ْ‫ ) بٱ ْل ُم ْهتَدي َْن أَ ْعلَ ُمْ َو ُه َْو َسبيلهْ َعن َض َّلْ ب َمن أَ ْع َل ُْم ُه َوْ َربَّ َكْ إ َّن‬yang bermaksud: “Serulah ke jalan
Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (al-Nakhl: 125).

8. Dalam ayat ini seruan itu berlaku dalam tiga tahap, tahap hikmah kebijaksanaan
bagi mereka yang layak digunakan kaedah itu, tahap nasihat yang baik bagi mereka
yang patut digunakan kaedah nasihat yang baik itu, tahap menggunakan kaedah
‘berbahas’, ‘berhujah’ dengan mereka yang agak keras hati dan sesuai diseru
dengan kaedah itu. Ini memerlukan orang-orang yang mempunyai persiapan untuk
melakukannya; ada orang yang mampu menggunakan ‘hikmah kebijaksanaan’
kerana ia ‘memiliki hikmah kebijaksanaan’ (bukan ‘taktik dan strategi’ yang biasa

disuarakan) dengan ilmunya yang mantap dan jiwa yang halus serta faham yang

jitu, dengan kehalusan rasa menyelam jiwa dan pemikiran orang; bertuahlah orang
yang bertemu dengan orang yang sedemikian; ada orang yang bersedia untuk
melakukan nasihat yang baik kerana bahasanya beradab, memberansangkan,
menggembirakan, juga ‘menakutkan’ secara wajar, dengan kisah-kisah menarik,
dengan niat yang ikhlas untuk membawa manusia melihat kebenaran; bertuahlah
orang yang bertemu dengan orang yang sedemikian. Ada orang yang ilmunya
mantap, fahamnya betul dan jelas, cahara berbicaranya teratur dengan mantiknya
yang baik, ilustrasinya kena pada tempatnya, hujahnya halus dan tajam, menusuk
akal dan kalbu, ia bukan hendakkan kemenangan tetapi hendak berkongsi fahaman
tentang kebenaran, ia melakukan itu dengan kasihan belas, bukan dengan dendam
dan benci; berjayalan orang yang mempunyai persiapan dan kemahiran
sedemikian, amin.

9. Hadith yang membawa pengertian tentang da’wah juga ialah hadis yang biasa
disebut-sebut iaitu:

‫ بيده فليغيره منكرا منكم منرأى‬.‫ فبلسانه يستطع لم فإن‬.‫ فبقلبه يستطع لم ومن‬.‫الإيمان أضعف وذلك‬

)‫الراوي‬: ‫ الخدري سعيد أبو‬-: ‫ مسلم‬-: ‫)الصحيح‬

Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah
dengan tangannya (atau kekuasaannya), kalau ia tidak berupaya melakukan
demikian, ubahlah dengan percakapannya, kalau tidak mampu (juga) ubahlah
dengan kalbunya (dalam hatinya) itu adalah sedhaif-dhaif iman. (sahih Muslim, Abu
Said al-Khudri).

10. Antaranya ialah hadith berikut iaitu:

‫حديث لهم يستجاب فلا خياركم يدعوا ثم شراركم عليكم الله ليسلطن أو المنكر عن ولتنهون بالمعروف لتأمرن‬
‫أخرجه لهم يستجاب فلا خياركم يدعوا ثم شراركم عليكم الله ليسلطن أو المنكر عن ولتنهون بالمعروف لتأمرن‬
‫هريرة أبي حديث من الأوسط في والطبراني الخطاب بن عمر حديث من البزار‬

Maksudnya: benar-benar kamu akan menyuruh kepada perkara ma’ruf dan
mencegah kemungkaran atau (kalau tidak akibatnya) Allah akan meletakkan atas
kamu orangorang yang paling jahat kemudian orang-orang yang baik-baik berdoa
(kepada Allah) tetapi tidak dimustajabkan doanya –dikeluaran oleh al-Bazzar dari
hadis ‘Umar bin al-khattab dan al-Tabarani dalam al-Ausat dari hadis Abu
Hurairah.Hadis yang bermaksud hampir sama ada riwayatnya iaitu hadits:

‫لكم يستجيب فلا تدعونه ثم منه عقابا عليكم يبعث أن الله ليوشكن أو قال انه إل نحوه حذيفة حديث من وللترمذي‬
‫يخافونهم فلا الشرار أعين من مهابتهم تسقط معناه حسن حديث هذا قال‬

Maksudnya ada hadis riwayat dari Tirmidhi sepertinya melainkan katanya-katanya
(bermaksud) Atau hampir-hampirlah Allah akan timpakan azab hukuman atas kamu
(kerana tidak melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar) kemudian kamu berdoa
kepadanya tetapi tidak dimustajabkan doanya.Katanya ini hadis hasan.Dengan itu
maka kehebatan mereka hilang pada pandangan mereka yang jahat lalu mereka
tidak merasa takut lagi terhadapnya. (Hadis ini disebutkan di bahagian awal kitab
‘amar ma’ruf dan nahi munkar Ihya’ Ulum al-Din oleh al-Ghazali). Dijauhkan Allah
keadaan sedemikian ini.

Da’wah para anbia

Dalam Qur’an dinyatakan kisah-kisah sejarah para anbia dengan seruan dakwah
mereka, Nuh, Salih, Ibrahim, Musa, Yusuf, Yunus, Sulaiman, ‘Isa, Musa, dan Nabi
Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dengan umat mereka masing-masing,
yang kisahnya terlalu terang dalam Quran. Kemudian dalam sejarah umat ini
da’wah dilakukan oleh para mujaddid, imam-imam-mujtahid, para ulama dan
ilmuan serta da’i sepanjang zaman. Sejarah itu tidak kita sentuh di sini. Dakwah
perlu dilakukan oleh para ulama dan ilmuan demikian juga orang awam mengikut
kadar masing-masing tetapi dengan mempunyai persiapan yang seperlunya.

Syarat-syarat dan cara berdakwah

11. Tentang syarat-syarat da’wa itu secara ringkasnya boleh diingatkan syarat
pengetahuan agama yang memadai tentang Quran dan Sunnah, akidah, Syariat,
akhlak, sejarah, dan sirah, juga pendedahan tentang ilmu dakwah; termasuk ke
dalam persiapan ini ialah pengetahuan tentang aliran-aliran pemikiran semasa
yang menjadi penghalang kepada dakwah. Selain daripada ilmu pengetahuan ialah
syarat pembentukan peribadi da’i yang teguh dan baik supaya ia mampu
berhadapan dengan cabaran-cabaran yang ada sama ada cabaran yang menyentuh
ilmu atau juga cabaran moral. Ada orang yang boleh berhadapan dengan cabaran
ilmu, tetapi tidak mampu berdepan dengan cabaran moral, Allahumma sallimna
wal-Muslimin.

12. Dakwah boleh dilakukan secara lisan, tulisan, kalau sekarang melibatkan
penggunaan internet, e-mail, facebook, twitter dan yang sepertinya. Dakwah
berlaku melalui contoh kehidupan yang amali yang menunjukkan contoh yang baik
berdasarkan ‘uswah hasanah’ yang kemuncak keunggulannya ada pada Rasulullah
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Contoh itu terutamanya ada para hidup peribadi dan
keluarga serta juga hidup masyaraklat Muslimin sendiri. Kekurangan-kekurangan
yang ada dalam segi-segi tersebut perlu diatasi oleh semua orang yang beriman.
Kalau menyebut tentang penulisan maka timbullah keperluan kepada penulisan
yang baik tentang ajaran Ahli Sunnah dan penerangan tentang aliran-aliran yang
mencabarnya. Dalam hubungan dengan persiapan sedemikian perlu juga disentuk
keperluan menguasai setakat yang diperlukan pemikiran yang mencabar Islam yang
datang dari luar seperti cabaran pascamodernisme, modernisme, pluralisme,
liberalisme, dan yang sepertinya, selain daripada cabaran pegangan-pegangan
sesat dalam masyarakat, atau cabaran dari aliran Syiah dan aliran yang senang
menuduh orang Ahli Sunnah sebagai ahli bid’ah tetapi itu disebut sebagai reformasi
pemikiran. Maha suci Allah. Lagi pula adakah negeri-negeri yang mengikut kaedah
seperti itu menunjukkan bukti kejayaan yang boleh diikuti keunggulannya?

13. Meneruskan bicara tentang dakwah perlu ditekankan ini, yakni da’wah ialah
menyeru orang ramai menegakkan agama, menguatkannya, menjaganya daripada
gangguan, menerukan keberadaan dan perlaksanaannya dalam umat, ini tugas
utama, sebab alam ini dijadikan demi untuk menjadikan manusia mengenal Tuhan,
tunduk kepadanya dan beribadat kepadanya serta melakukan amal salih yang
menjadi kesejahteraan manusia di dunia dan juga di alam abadi.

14. Ini jelas dalam ayat-ayat Quran seperti {ُ‫َيتَ َن َّز ُلْ مثْ َل ُه َّنْ ٱلأَ ْر ْض َوم َْن َس ٰ َم ٰ َو ْت َس ْب َْع َخ َل َْق ٱلَّذي ٱَ َّلْل‬
‫ } ع ْلمْا َْش ْي ْء ب ُك ِّلْ أَ َحا َْط َق ْْد ٱَ َّللَْ َوأَ َّْن َقدي ْر َش ْي ْء ُك ِّلْ َع َل ٰىْ ٱَ َّلْلَ أَ َّنْ لِّتَ ْعلَ ُم ۤوْاْ بَ ْينَ ُه َّْن ٱلأَ ْم ُْر‬yang bermaksud
‘Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya
yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan
tiap-tiap sesuatu’ (al-Talaq:12); satu lagi ialah ayat yang menunjukkan alam ini dan
hidup manusia adalah untuk menjayakan ibadat kepada Allah dalam ayat {‫َخلَ ْق ُْت َو َما‬
‫ }ل َي ْعبُ ُدو ْن إ ْلَّ َوٱلإن َسْ ٱ ْلج َّْن‬yang bermaksud “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ‘(al-
Dzariyat: 56); satu lagi ayatnya ialah {‫َو ُه َْو َع َملاْ أَ ْح َس ُنْ أَيُّ ُك ْْم ليَ ْبلُ َو ُك ْمْ َوٱ ْل َح َياْةَ ٱ ْل َم ْو َتْ َخلَ َْق ٱلَّذي‬
ْ‫ } ٱ ْل َغفُو ُرْ ٱ ْل َعزي ُز‬yang bermaksud ‘Dialah [Tuhan] yang telah mentakdirkan adanya
mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah
di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal
kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);‘ (al-Mulk: 2).
Jelas dalam ajaran Qur’an bahawa alam dijadikan untuk memberi kepada manusia
ni’mat mengenal Tuhan, beribadat kepada-Nya dan juga melakukan amalan salih
yang menjadikan hidupnya bermakna dan mendatangkan kepuasan dan
kebahagiaan yang sesungguhnya. Amalan-amalan lain yang dilakukan oleh manusia
memberi erti dan makna dalam konteks pandangan hidup yang sedemikian. Maka
seruan dakwah ialah seruan kepada kehidupan yang sedemikian.

15. Dengan itu maka yang disampaikan ialah kebenaran-kenbenaran agama dalam
akidah, ibadat, muamalah, akhlak, cara kehidupan, dengan cabaran-cabaran

semasa yang ada. Termasuk ke dalamnya mempertahankan kebenaran agama
dalam pelbagi bidangnya serta mendepani aliran-aliran faham yang bercanggah
dengannya, baik yang berbentuk tradisional atau baru, yang datang dari luar atau
dari dalam masyarakat islam sendiri; termasuk ke dalam perkara ini ialah aliran-
aliran dari luar tajaan pihak asing yang mahu menggangu kehidupan umat dan
negara; maka da’i perlu ada kepekaan dalam perkara ini.

16. Golongan-golongan yang ditujukan sebagaimana yang ada dalam ‘al-Da’wah al-
Tammah’ oleh Syeikh ‘Abdullah al-Haddad, (terbitan Dar al-Al-Hawi,tahun 2000);
da’wah perlu dilakukan kepada semua golongan ahli masyarakat; disebut oleh
beliau da’wah itu hendaklah ditujukan kepada golongan ulama’ (hal. 53 dan
seterusnya), para ahli ‘ibadat dan orang-orang zahid (hal. 89 dan seterusnya), para
umara dan salatin serta mereka yang menjaga urusan am (wulat al-umur) Muslimin
(hal. 125 dan seterusnya), ahli perniagaan, pertanian dan pertukangan (hal. 153
dan seterusnya), orang-orang fakir dan dhaif serta mereka yang terkenal bala (hal.
179 dan seterusnya), da’wah kepada mereka yang menjadi pengikut-pengikut di
bawah jagaan orang yang berpengaruh, termasuk kanak-kanak, para wanita dan
hamba orang (sekarang diharamkan oleh undang-undang) (hal. 199 dan
seterusnya), da’wah kepada orang-orang yang taat dan juga yang melakukan
maksiat (hal. 225 dan seterusnya). Dengan itu semua ahli masyarakat menjadi
tumpuan da’wah demi untuk menjayakan agama dan umat dengan erti yang
sebenarnya; dan beliau menjadikan amalan da’wah perjalanan hidupnya, Allah
memberi rahmat kepadanya, amin. Kitab ini panduan yang sangat
memberansangkan bagi para da’i. Ini adalah selain daripada tambahan-tambahan
kitab da’wah yang boleh dimunafaatkan daripengarang-pengarang dan da’i zaman

kini, seperti kalau di Dunia Melayukita sebutkan Pak Natsir dan Hamka dan yang
sepertinya termasuk Syeikh Ahmad al-Fatani dan lainnya. Dan mereka ini
hendaklah dilakukan da’wahnya oleh mereka yang layak baginya, mereka yang ada
persediaan dari segi ilmu, peribadi, serta kemahiran da’wah dengan ikhlasnya. Kita
perlu mencari jalan untuk menjayakan da’wah kepada semua golongan seperti ini,
yang memang merupakan tugas umat yang amat berat untuk dilaksanakan, tetapi
ia tugas yang mesti dipikul oleh mereka yang layak sebenarnya. Dan tidak harus kita
mencari alasan untuk mengelak daripadanya dengan alasan kita tidak beramal
dengan amalan yang cukup untuk bersikap sebagai da’i, sebab tiap-tiap orang perlu
melakukannya, mengikut kadar kemampuannya. Termasuk ke dalam kategori
mereka itu ialah golongan yang tidak membawa iman dan hidup dalam kesyirikan
yang perlu diselamatkan; memang ini perlu dilakukan dengan cermat kerana
keadaan dan suasana kepelbagaian budaya dan sistem kepercayaan yang ada di
sekeliling kita.

Jalan ke Hadapan

17. Dalam menyebut tentang ‘jalan ke hadapan’ dalam hubungan dengan da’wah
di Malaysia, maka elok disebutkan beberapa perkara yang perlu didepani bersama
antaranya ialah:

Bagaimana dakwah menonjol dalam tahun-tahun tujuh puluhan melibatkan
organisasi-organisasi bukan kerajaan dan penglibatan jabatan-jabatan kerajaan-
yang kemudiannya menimbulkan usaha penerapan nilai-nilai Islam; demikianlah
momentum berjalan seterusnya dengan kesan-kesannya masih ada sekarang

walaupun ada berlaku beberapa darjah kekurangan pada tumpuan dan
kegiatannya.Usaha seperti ini perlu dibaharui semula dengan membetulkan tekad,
matlamat, cara, dan penyusunan kerja, termasuk usaha menentukan keutamaan.
Janganlah dikorbankan dakwah untuk kepentingan-kepentingan lain, termasuk
soal percaturan yang melibatkan kekuasaan. Maha suci Allah.Kalau tidak kita akan
berdepan dengan keadaan bilamana kata-kata Said Nursi rh menjadi penuh
keabsahannya iaitu kata-kata‫ والسياسة الرجيم الشيطان من بالله اعوذ‬: Aku mohon
perindungan kepada Allah daripada Syaitan yang terkena rejam dan siasah’.

18. Kesan daripada kesedaran untuk mengembalikan ‘kesihatan’ umat, dan
keperluan kepada pengetahuan dan dan dakwah, berlakulah apa yang kita lihat:
Kemunculan institusi-institusi Islam, universiti-universiti, bank-bank Islam, takaful,
sudah tentu Tabung Haji dengan prestasinya yang cemerlang, musalla-musalla di
tempat awam, hingga ke pusat-pusat R&R di lebuh-lebuh raya, demikian
seterusnya, kemudian selepas masa kecergasan itu, dengan ‘bulan dakwahnya’ dan
lainnya usaha dakwah agak ‘menurun’. Mereka yang terlebat di dalamnya hidup
dalam keadaan mewah atau agak mewah, dengan kesan-kesan yang memang
dimengerti oleh mereka yang membaca falsafah sejarah seperti karangan ibn
Khaldun, Toynbee, dan , bahkan Sejarah Melayu, tentang perubahan yang berlaku
bila manusia mengecap kemewahan, walaupun bukan semua yang mengikuti jalan
seperti itu, dan perkembangan lainnya.

19. Kemunculan fahaman–fahaman yang mencabar umat islam- golongan anti-
hadith, golongan yang mendewa-dewan tokoh sehingga menganggapnya akan
menjadi Mahadi, atau ‘wakil mahadi’, ‘kerajaan langit’ ‘nabi Melayu’ dan pelbagai

lagi; timbul kesedaran tentang kelemahan umat dalam mengamalkan Ahli Sunnah
wal-jamaah; dengan itu timbul usaha dalam penegasan kembali ajaran Ahli Sunnah
wal-Jamaah secara nyata dengan melihatnya sebagai ‘akidah, epistemologi, dan
kerangka peradaban, selain daripada pembicaraan tentang sifat-sifat Tuhan dan
rasul dan yang berkaitan dengan keimanan, serta tajuk-tajuk tentang amal ibadat
dalam hidup. Muncul sebutan tentang peradaban Islam dan pusat-pusatnya yang
terpandu oleh ajaran Ahli Sunnah hingga ke hari ini dan rahmat Ilahi terpancar dari
peradaban-peradaban sedemikian hingga ke hari ini. Dan ini perlu dijadikan neraca
seutuhnya. Di celah-celah keadaan sedemikian timbul fahaman dari pihak-pihak
tertentu yang mencemuh-cemuhkan amalan Muslimin di rantau ini –timbul
golongan yang menyebut tentang gerakan ‘pembaharuan’ tetapi melibatkan
‘qunut bid’ah’, tahill bid’ah, zikir beramai-ramai bid’ah, tasawwuf bid’ah,
sembahyang mengikut imam mazhab bukan mengikut sembahyang nabi, mengaji
usul al-din dan ilmu kalam seperti yang dibuat oleh ulama Ahli sunnah bid’ah- dan
pelbagai lagi, -bagaimanakah cara berfikir seperti ini dikatakan sebagai
‘pembaharuan’ dalam pemikiran dan peradaban, walhal masalah-masalah yang
menghantui umat sedemikian banyaknya- Islam Liberal, pluralisme agama, Islam
agama keganasan, penghinaan terhadap nabi, bahkan ‘thesis Max Weber’ tentang
Islam belum diselesaikan; kata beliau dalam bukunya ‘Economy and Society’ dan
tulisan-tulisan lainnya membuat komen-komen negative tentang undang-undang
Islam; kalau diamal aturan Syarak ikut Islam tak ada keadilan, yang ada ‘keadilan
tok kadhi’ (kadhi justice’), seperti kadhi duduk di pasar menyelesaikan kes-kes
begitu sahaja secara ad-hoc, konon katanya ‘keadilan to’ kadhi’, keputusan undang-
undang tak teratur, tak boleh diandaikan sebab undang—undang islam ‘tidak
rasional’ dan manusia tidak akan maju, yang maju hanya bila ada undang-undang

yang rasional, undang-undang Syarak tidak rasional katanya, demikian seterusnya.
Maka suci Allah. Alhamdulillah Negara ini, berkat kerjasama umat dan ulil-amri,
jelas thesis Max Weber itu tidak benar. Dan terbukti dalam penyelidikan Haim
Gerber dalam bukunya State Society in Islam bahawa tohmahan Max Weber
meleset bila diteliti fakta-fakta sejarahnya; tetapi sangkaan Weber itu masih terus
berjalan terutama di kalangan meraka yang bukan Islam dan yang terpengaruh
dengan konsep seperti itu dalam negara ini dan kita Muslimin tidak bermuafakat
untuk menyelesaikannya, tetapi kita bercakap tentang reformasi pemikiran dan
macam-macam lagi tajuk yang besar-besar namanya. Maha suci Allah.

20. Mendepani cabaran-cabaran Islam Liberal, yang mengajar tidak ada ‘hukum
Tuhan’, ‘tidak ada keistimewaan nabi Muhammad’, ‘wahyu berterusan walaupun
orang menulis dalam akhbarpun dari wahy’ ‘aturan-aturan hukum agama itu untuk
zaman lampau’ demikian seterusnya, dan Pluralisme Agama yang mengajarkan
semuanya sama, sama benar, semua membawa ke syurga seperti dakwaan John
Hick misalnya dalam bukunya ‘Pholosophy of Religion’ yang mula ada pengikutnya
di negeri ini, Kesatuan Transcendent Agama-agama, fahaman Frithjof Schuon
kononnya berasaskan metafisika yang berada pada bahagian inti agama-agama,
yang mengatasi bentuk rupa lahiriah agama (the external forms of religions) itu
perlu diselesaikan dengan berkesan sebab ia membawa Muslimin kepada
kemurtadan dan kekufuran, dijauhkan Allah. Yang parahnya ada pihak-pihak yang
mengatakan ini diajarkan oleh ulama Islam dahulu seperti ibn Arabi, Jalaluddin
Rumi, dan ada yang memasukkan nama Abd al-Ghani al-nablusi ke dalam senarai
itu dan lain –lain lagi. Teringat saya kepada da’i wanita terkenal itu Puan Maryam
Jameelah katanya bila ia kenal isteri ketiga tokoh pembentang ‘kesatuan

transenden agama-agama’ itu dia malu dengan buku-buku karangan tokoh itu,
walaupun dahulunya beliau terpengaruh dengannya; ini dinyatakan dalam
wawancaranya dalam sebuah majalah Islam di Pakistan tidak lama sebelum ini.

21. Konsep-konsep baru tentang neo-kapitalisme, hidup berdasarkan kepada
‘conspicuous consumerism’, suka membeli dan menggunakan barang-barang
untuk menunjuk-nunjuk, yang membawa malapetaka, ‘the curse of the third
generation’ kata mereka, bagi kita itu bukan semestinya ‘curse’ tetapi keadaan di
mana kita berhadapan dengan ujian dalam kehidupan dan sejarah hidup manusia
dengan kemewahannya; bila generasi ketiga merasai ni’mat dan seterusnya ‘lupa
daratan’. Ini disebut oleh ibn Khaldun dalam Mukaddimahnya bila ia berbicara
tentang generasi-generasi umat manusia dalam mengalami tahap-tahap
perkembangannya.

22. Kesilapan fahaman tentang sekularisme dan ‘asabiyyah yang membawa kepada
perpecahan dan perbalahan sesama sendiri, hingga putus silaturrahim, tanpa
alasan ilmiah yang tepat dan teguh, berdekad-dekad lamanya, keperluan
berwaspada terhadap dana asing yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara
(walaupun pada mulanya tidak kelihatan demikian, tetapi ia berpotensi
menimbulkan keadaan huru hara itu atas nama ‘kebebasan manusia sejagat’,
‘usaha menegakkan demokrasi’ dan yang sepertinya. Teringat kita kepada kata-
kata seorang bekas pemimpin dalam SUHAKAM yang menyebut bahawa setengah
pihak mendapat dana dengan memberi gambaran yang negatif tentang negeri
sendiri, semakin buruk gambaran yang diberikan, semakin banyak dana yang
didapati dari luar. Maha suci Allah.

23. Perlu kepada usaha-usaha dakwah yang menjurus kepada prinsip-prinsip dan
nilai-nilai dalam wacana arus perdana Islam; kembali kepada ajaran arus perdana
yang meliputi seperti yang tersebut tadi bersekali dengan pengajaran tentang adab
ikhtilaf yang sangat diperlukan, supaya dielak daripada ikhtilaf yang membawa
kepada perpecahan.

24. Perlu ada usaha sungguh-sungguh untuk mengelak daripada kekurangan-
kekurangan atau kesilapan-kesilapan (kalau ada) yang telah lalu dengan cara
bermuafakat atas dasar kasih sayang dan bukan dengan cabar-mencabar yang
memecah-belahkan umat;

25. Hendaklah dielak daripada membuat tuduhan melulu sesama Islam bahawa
berlaku perlaksanaan sekularisme Barat, tanpa mengambil pengajaran sebenar
daripada erti yang tepat istilah itu dalam tamadun asalnya lalu membawa kepada
kegawatan pemikiran dan timbul masalah sosial dan lainnya. Perkara seperti ini
sampai termasuk ke dalam alam academia seperti misalnya yang ada dalam buku
‘Nationalism and Globalization East and West’ diselenggarakan oleh Leo
Suryadinata, terbitan di Singapura, tahun 2000, lihat bab berkenaan dengan
Malaysia tulisan seorang ahli akademik tempatan di salah sebuah universiti
tempatan kita. Kita hanya mengurut dada mengeluh panjang dan beristighfar
melihat gelagat ahli umat ini yang meletak pisau dileher bangsanya sendiri
menyangka itu kenyataan ilmiah. Maha suci Allah.

26. Timbul keperluan untuk mengelak daripada terpesona dengan teori-teori dari
tokoh-tokoh tertentu dan melupai ajaran menyeluruh arus perdana umat Islam dan
panduan intelektuil dan rohaninya; usaha memahami ajaran arus perdana ini perlu
dilakukan, bersekali dengan memahami trend semasa, kerana ini sahaja yang
mampu memberi kekuatan kepada umat dan negara dan menunjukkan arah yang
menyelamatkan kita, agama dan Negara serta umat. Amin.

27. Perlu diulangi kemestian ada usaha memupuk perpaduan dan mengelak
daripada perpecahan bila berusaha menegakkan agama sebab menegakkan agama
jangan dengan berpecah-pecah belah sebab itu ayat tentang menegakkan agama
bersekali dengan ayat jangan berpecah-belah (huraian Fakhr al-Din al-Razi).
Ayatnya ialah ayat 13 Surah al-Syura, yakni yang bermaksud: “Allah telah
menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan
hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami
(Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah
pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada
dasarnya” (al-Syura: 13). Perkataan ‘tegakkan agama (iqamamah al-din) disebutkan
bersekali dengan ‘jangan berpecah di dalamnya’.Kata Imam Fakhr al-Din al-Razi rh
dalam ‘Tafsir al-Kabirnya tentang ayat ini (bahagian ‘jangan berpecah itu dengan
kata-kata:

‫تعالى قوله‬: ‫والعقل الشرع في مطلوب أمر الموافقة حصول بأن مشعر } فيهْ تَتَفَ َّرقُوْاْ َو ْلَ ٱل ِّدي َنْ أَقي ُموْاْ أَ ْْن‬، ‫وبيان‬
‫الأول وجوه من منفعته‬: ‫تأثيرات للنفوس أن‬، ‫الثاني التأثير قوي واحد على وتوافقت النفوس تطابقت وإذا‬: ‫أنها‬
‫المعين المقصود ذلك في للآخر معيناْ منها واحد كل صار توافقت إذا‬، ‫المقصود حصول توجب الأعوان وكثرة‬،

‫الثالث المقصود يحصل فلا فضعفت وتجادلت تنازعت تخالفت إذا أما‬: ‫العالم مصلحة ضد التنازع حصول أن‬
‫والنهب والقتل والمرج الهرج إلى يفضي ذلك لأن‬، ‫على الدين بإقامة الآية هذه في تعالى الله أمر السبب فلهذا‬
‫التفرق إلى يفضي ل وجه‬

firman Allah taala yang bermaksud ‘Hendaklah kamu dirikan agama dan jangan
berpecah belah di dalamnya: difahami bahawa terhasil muafakat itu perkara yang
dituntut pada sisi Syara’ dan akal, dan menafaatnya ada beberapa segi: jiwa
manusia mendatangkan kesan, bila jiwa mereka menjadi tersusun [melalui
fahaman misalnya] dan bermuafakat tentang sesuatu [matlamat] maka menjadi
kuatlah kesannya; keduanya bila bersepakat maka jadilah tiap-tiap seorang (atau
satu jiwa itu) membantu yang lainnya dalam matlamat yang tertentu itu, dan
banyaknya bantuan memestikan terhasil maksud [yang dikehendaki]; bila berlaku
perbezaan dan perselisihan dan berlaku jidal atau perbahasan timbul kelemahan
dan maksud tidak terhasil; ketiganya dengan berlakunya perselisihan maka itu
berlawanan dengan kemaslahatan alam kerana itu membawa kepada perpecahan
dan konflik, pembunuhan dan kemusnahan harta benda; kerana itu Allah
menyuruh dalam ayat ini supaya mendirikan agama dengan cara yang tidak
membawa kepada perpecahan (al-tafarruq). (Tafsir al-Kabir, al-Syura ayat 143, juz
27, hal. 157 percetakan pertama Medan Jami’ al-Azhar, Kahirah, tanpa tarikh).
Maka dalam urusan dakwah hendaklah jangan ada perpecahan terutama dari segi
fahaman agamnya dan perjuangannya, walaupun kumpulan boleh berlainan,
seperti mazhab dalam Ahli Sunnah wal-jamaah. Dan ketiadaan berpecah ini penting
sekali, sebab itu ayat berkenaan dengan mendirikan agama ini disekalikan dengan
sebutan ‘jangan berpecah’.


Click to View FlipBook Version