termasuk Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong, yang menghentam
Islam sejak puluhan tahun lalu.
Apakah seorang mufti tidak boleh menzahirkan pandangan berbeza dengan mufti
lain.
Kita mesti menghormati mufti lain, terutama mufti yang lebih tua. Bagaimanapun,
keadaan sekarang tidak begitu. Kebiadapan mula menonjol. Ada mufti suka
mengeluarkan pendapat peribadi dan tidak mahu mengikut arus perdana yang
mementingkan musyawarah.
Tertib seorang mufti mesti membuat keputusan berdasarkan kaedah dan prosedur
arus perdana. Di Malaysia, kaedah yang berlaku adalah arus perdana. Saya
menghadiri banyak persidangan serantau mengenai fatwa dan jelas apa yang
berlaku adalah arus perdana.
Bagaimanapun, ada orang yang mahu menunjukkan identiti berbeza. Sebabnya
Wallahualam. Adakah berdasarkan alasan intelektual yang hebat atau mengikut
agenda pihak lain yang ada kepentingan. Saya bimbang jika membabitkan pihak lain
yang memang suka melihat kita berpecah.
Apakah yang perlu dilakukan apabila ada perbezaan pandangan mengenai sesuatu
isu?
Jika kita tidak bersetuju dengan pendapat mufti lain, jangan katakan dalam media
massa secara terang-terangan atau membantah dengan menunjukkan
keangkuhan. Tulis kertas kerja dan bentangkan dalam mesyuarat. Kemudian
putuskan secara muafakat supaya tidak ada konflik dan umat Islam tidak keliru. Jika
selalu didedahkan dalam media massa, orang keliru dan kemudian isu itu diulas
oleh pihak yang selari dengannya. Jadilah bertambah bingung.
Ini yang menampakkan pada mata masyarakat bahawa umat Islam dari segi
intelektual adalah tidak seragam dan tidak matang. Saya cakap secara umum dan
jika kebetulan kena pada individu tertentu, kenalah. Jika makan lada, dialah rasa
pedas. Saya perhatikan ini apa sedang yang berlaku dalam media massa sejak
beberapa tahun lalu.
Tidakkah kaedah menulis kertas kerja dan membentangkan dalam mesyuarat atau
seminar boleh dianggap sebagai birokrasi.
Ini bukan birokrasi! Ini adab dan tertib. Ini yang menyebabkan Ibn Khaldun berkata,
‘apabila bangsa itu bertamadun tinggi, dia akan mempunyai tatatertib dan disiplin
dalam semua bidang, sama ada dalam urusan agama atau duniawi’. Dalam
tamadun Melayu pun sama, cuba tengok ungkapan tradisional Melayu dalam buku
Tunas Effendi. Bagaimana orang kita beradab untuk menyelesaikan masalah.
Sumber: Berita Minggu (15/07/2007), Bahagian Rencana.
AKAL UBUDIAH BAGAIMANA MENJAYAKANNYA – BEBERAPA
CATATAN AWAL
Oleh: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
Catatan yang sangat sederhana ialah sebagai nota awal berkenaan dengan akal
ubudiah dalam suluhan cahaya ajaran Qur’an, sebagaimana yang dapat dilihat
dalam tradisi wacana arus perdana Islam. Penulis bukan menggambarkan ini
sebagai pengamatan yang lengkap, tetapi sebagai renungan-renungan awal
tentang tajuk ini.
Kita boleh bermula dengan menyebut ayat Qu’ran dalam Surah ali Imran:
{ } ٱلأَ ْلبَا ْب لأُ ْولي لآيَا ْت َوٱلنَّ َهارْ ٱ ْللَّ ْيلْ َوٱ ْختلاَ ْف َوٱلأَ ْر ْض ٱل َّس َما َوا ْت َخ ْلقْ في إ َّْن
Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan
siang ada tanda-tanda [yang menunjukkan Maha mengetahuiNya dan Maha
berkuasaNya Tuhan] pada mereka yang berakal tinggi (ulil-albab) (Surah Ali
Imran:190)… dan seterusnya.
Ayat ini menunjukan pencerahan dalaman yang berlaku dalam diri dengan
menyebut perkara-perkara yang menunjukkan kepada tauhid, sifat–sifat
ketuhanan, keagungan dan kehebatanNya. (al-tauhid, al-ilahiyyah, al-kibriya’, al-
jalal).
Dalam hubungan dengan ayat ini ibn ‘Umar rd berkata kepada Siti ‘Aisyah rd:
Beritahu kepada hamba perkara yang paling ajaib sekali yang bonda lihat pada
Rasulullah s.a.w.; bonda Aisyah menangis, lama tangisnya. Kemudian ia berkata:
Semua perkara pada baginda adalah ajaib. (Kullu amrihi ’ajabun)
Pada suatu malam baginda datang kepadaku, kemudian baginda berkata kepadaku:
Aisyah, bolehkan anda izinkan kepadaku pada malam ini untuk beribadat kepada
Tuhanku? Aku menjawab: Wahai Rasulullah, hamba suka berada hampir dengan
tuan hamba, dan hamba suka kepada apa yang tuan hamba sukai, hamba izinkan
tuan hamba [beribadat kepada Tuhan]. Maka bagindapun berdiri pergi ke bekas
menyimpan airnya (daripada kulit) yang ada dalam rumah itu, baginda berwudhu’,
tidak banyak air yang dicurahnya itu, kemudian baginda berdiri dan melakukan
sembahyang, baginda membaca Qur’an [dalam sembahyang itu] dan mula
menangis, kemudian ia mengangkat tangannya, ia menangis lagi, sehingga aku
melihat air matanya mengenai bumi, kemudian Bilal datang untuk menyuarakan
azan bagi mendirikan sembahyang Subuh, maka dilihat oleh Bilal baginda menangis
itu. Kata Bilal: Wahai Rasulullah, Adakah tuan hamba menangis walhal Allah telah
mengampunkan bagi tuan hamba doa yang terdahulu dan apa yang datang
kemudian? Sabda baginda: ’Wahai Bilal, tidakkah patut aku menjadi hamba yang
bersyukur?’ Kemudian baginda bersabda: Bagaimanakah aku tidak menangis
walhal telah diturunkan Allah pada malam ini (ayat inni fi khalqissamawat wal-
ard…) kemudian baginda bersabda: Binasalah orang yang membaca ayat itu dan
tidak berfikir tentangnya. Dan diriwayat (juga hadith itu dengan bentuk begini)
Binasalah orang yang memamah-mamahnya dengan mulutnya tetapi tidak berfikir
tentangnya (lakaha baina fakkaihi wa lam yata’ammal fiha). Dan diriwayatkan
daripada ’Ali rd bahawa Nabi s.a.w. biasa berdiri pada malam hari selepas tidurnya,
baginda bersiwak, kemudian melihat langit dan berkata: Sesungguhnya pada
…kejadian langit dan bumi
Riwayat itu ialah seperti di bawah ini:
معرفة في الستغراق الى بالخلق الشتغال عن والأرواح القلوب جذب الكريم الكتاب هذا من المقصود أن اعلم
تقرير في الكلام طال فلما ،الحق
والكبرياء والإلهية التوحيد على يدل ما بذكر القلوب إنارة الى عاد المبطلين شبهات عن والجواب الأحكام
عليه الله صلى الله رسول من رأيت ما بأعجب أخبريني :لعائشة قلت :عمر ابن قال .الآية هذه فذكر ،والجلال
قال ثم ،بجلدي جلده ألصق حتى لحافي في فدخل ليلتي في أتاني ،عجب أمره كل :قالت ثم وأطالت فبكت ،وسلم
قد مرادك وأحب قربك لأحب إني الله رسول يا :فقلت ،ربي عبادة في الليلة لي تأذني أن لك هل عائشة يا :لي
وجعل القرآن من فقرأ ،يصلي قام ثم ،الماء صب من يكثر ولم فتوضأ البيت في ماء من قربة الى فقام .لك أذنت
فقال ،يبكي فرآه الغداة بصلاة يؤذنه بلال فأتاه ،الأرض بلت قد دموعه رأيت حتى يبكي فجعل يديه رفع ثم ،يبكي
ثم ” ،شكورا عبدا أكون أفلا بلال يا ” :فقال ،تأخر وما ذنبك من تقدم ما لك الله غفر وقد أتبكي الله رسول يا :له
قرأها لمن ويل ” :قال ثم ” } َوٱلأَ ْر َضْ ٱل َّس َم ٰـ َواتْ َخ ْل ْق في إ َّنْ { :الليلة هذه في الله أنزل وقد أبكي ل لي ما ” :قال
الله صلى النبي أن :عنه الله رضي علي وعن .فيها يتأمل ولم فكيه بين لكها لمن ويل :وروي ” فيها يتفكر ولم
…والأرض السموات خلق في إن :ويقول السماء الى ينظر ثم يتسوك الليل من قام إذا كان وسلم عليه
.Disebutkan oleh Imam Fakhr al-Razi rh: Bila Tuhan memerintah orang yang
beriman “maka ingatlah kepadaKu”, “Sebutlah namaKu” dengan ibadat-ibadat, dan
“bersyukurlah kepadaKu” dengan apa-apa yang bertalian dengan syukur itu,
disebutkan pula, berikutnya apa yang membantu ke arah menjayakan kedua-
duanya, maka diperintahkan ( ) الخاشعين على ال لكبيرة انها والصلاة باالصبر واستعينوا: “minta
tolonglah kamu untuk menjayakannya dengan sabar dan mendirikan
sembahyang”; dikhaskan sebutan kedua itu kerana di dalamnya ada perkara-
perkara yang membantu dalam menjayakan ibadat-ibadat;
Sabar ialah memaksakan diri (jiwa) menanggung perkara-perkara yang tidak disukai
kerana Allah taala dan menjadikannya tetap atas menanggung kesukaran dan
mengelak daripada gelisah tidak sabar; sesiapa yang berkuasa menanggung disiplin
diri dan hatinya dengan bersifat demikian, maka senang baginya melakukan amalan
taat dan menanggung kesukaran melakukan ibadat, mengelak daripada yang
terlarang.
Dalam hubungan dengan jihad dan tetap atasnya ([الأنفال: 45 ) { } فَٱثْبُتُواْْ فئَْة َلقيتُ ْْم إ َذا
Tentang tetap dalam sembahyang dan doa dengan jiwa yang teguh di dalamnya
dinyatakan dalam Qur’an
{ ٱ ْل َك ٰـفري َْن ٱ ْلقَ ْومْ َع َلى وٱن ُص ْرنَا أَ ْق َدا َمنَا َوثَبِّ ْْت أَ ْمرنَا فى َوإ ْس َرا َفنَا ُذنُوبَنَا لَنَا ٱ ْغف ْرْ ربَّ َنا َقالُواْْ أَن إلَّْ قَ ْو َل ُه ْمْ َكا َْن َو َما
}
[عمران آل: 147].
Maka meminta tolong dengan melakukan sembahyang ialah melalui sembahyang
dengan cara merendah diri di dalamnya, tunduk menghina diri kepada Yang
disembah, dengan ikhlas keranaNya; wajib ditumpukan himah dan hati atas yang
demikian, dalam membaca ayat-ayat dan zikir-zikirnya, mentadabur makna-
maknanya, janji balasan baiknya, balasan yang sebaliknya kerana kederhakaan,
peransang atas kebaikan dan ketaatan, dan amaran menakutkan daripada
kejahatan. Sesiapa yang melalui jalan yang demikian dalam sembahyang maka
senanglah baginya untuk menanggung kesusahan dalam melakukan amalan-
amalan baik lainnya. Kerana itu dinyatakan (innassolata tanha ‘anil fakhsha’ wal-
munkar) ( ( )والمنكر الفحشاء عن تنهى الصلاة انSurah Ankabut:45)
Sebab itu kita melihat para peribadi utama bergegas melakukan sembahyang bila
ada sesuatu yang mengejutkan.
Kemudian Allah berfirman ْٱل َّص ٰـبري َْن َم َْع ٱَ َّل َْل إ َّن
Sesungguhnya Allah berserta dengan mereka yang sabar, yakni Ia memberi
pertolongan kepada mereka kerana sikap mereka yang demikian. Dan firmanNya:
] البقرة[ } ٱ ْل َعلي ُْم ٱل َّسمي ُْع َو ُه َوْ ٱَ َّللُْ َف َس َي ْكفي َك ُه ُْم: 137[
Maka seolah-olah Allah memberi jaminan bagi mereka bahawa bila mereka
meminta pertolongan untuk mencapai kejayaan atas taat dengan sabar dan
melakukan sembahyang bahawa Tuhan menambahkan kepada mereka taufik, jalan
yang betul dan tepat, serta mengurniakan bantuan-bantuan dari Sifat Maha lemah
lembutNya itu sebagaimana firmanNya:
{ ْ} ُهدى ٱ ْهتَ َدواْْ ٱلَّذي َنْ ٱَ َّلْلُ َويَزي ُد
Dan Allah menambahkan bimbingan [lagi] kepada mereka yang mengikut jalan
yang benar itu[مريم: 76] ( (Tafsir ‘Futuh al-Ghaib’ oleh Fakhr al-Razi rh dalam:
http://altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=4&tSoraNo=2&tAyahNo=1
53&tDisplay=yes&UserProfile=0)
Imam Fakhr al-Razi menyebutkan ayat yang sama dalam Surah al-Baqarah:164.
Ayatnya ialah:
أنزل وما الناس ينفع بما البحر في تجري التي والفلك والنهار الليل واختلاف والأرض السماوات خلق في {إن
بين المسخر والسحاب الرياح وتصريف دابة كل من فيها وبث موتها بعد الأرض به فأحيا ماء من السماء من الله
يعقلون} لقوم لآيات والأرض السماء
Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang
serta kapal yang belayar di laut dengan apa yang mendatangkan faedah bagi umat
manusia dan hujan yang diturunkan dari langit dan menjadikan hidup dengannya
bumi selepas matinya, dan berkembang di dalamnya tiap-tiap jenis binatang yang
melata di bumi, serta pergantian angin dan awan yang ditundukkan antara langit
dan bumi (dalam tadbir Ilahi) ada padanya tanda-tanda (Kebesaran dan Hikmah
kebijaksanaan Tuhan) bagi mereka yang menggunakan akal. (Surah al-Baqarah:
164).
Fakhr al-Razi rh menyebutkan bahawa bila digabungkan dalil-dalil dalam al-Baqarah
dan ali-Imran ini maka jumlahnya ialah lapan: langit, bumi, malam dan siang.
Dalam hubungan dengan ayat-ayat ini kata imam ini: mata hati yang batin
(suwaida’ al-basirah) itu berfungsi seperti mata hitam; sebagaimana hitam mata itu
tidak mampu untuk mencakupi secara meliputi dua perkara dalam pandangannya,
bahkan bila matanya memandang kepada sesuatu benda maka tidak bolehlah
dalam keadaan itu matanya memandang benda yang lain pula, demikian pula di sini
bila akal manusia itu menghalakan tumpuannya kepada sesuatu yang ma’kul
(tanggapan atau idea) maka dalam hal itu tidak boleh ia menghalakan tumpuan akal
itu kepada ma’kul yang lain lagi. Berdasarkan kepada realiti demikian ini, maka
bilamana akal itu lebih banyak sibuknya dengan tertumpu kepada ma’kulat-
ma’kulat yang berlainan, maka terhalangnya daripada meneliti secara meliputi
perkara-perkara taakulat dan idrakat (perkara-perkara yang difahami oleh akal dan
yang dicapai dalam pengilmuannya itu) lebih banyak lagi, maka berdasarkan
kepada yang demikian ini, seseorang yang menuju kepada Allah mestilah pada
tahap permulaannya ia memperbanyakkan dalil-dalil; maka bila kalbu itu mendapat
pencerahan dengan mengenal Allah, jadilah kesibukannya dengan dalil-dalil itu
berupa sebagai hijab yang menghalang daripada tenggelam kalbunya dalam
mengenal Allah. Maka orang salik pada awal mulanya memperbanyakkan dalil-
dalil, dan bila terpancar nur dalam kalbunya jadilah ia mensedikitkan dalil-dalilnya
pula.
القاعدة هذه عرفت إذا، الدلئل من أنواع ثمانية البقرة سورة في فذكر، منها أنواع ثلاثة السورة هذه في أعاد ثم،
معرفة في الستغراق له ليكمل الدلئل الى اللتفات تقليل من له بد ل عارفا صيرورته بعد العارف أن على تنبيها
المدلول، البقية وحذف الدلئل من أنواع ثلاثة إعادة من الغرض فكان، ذكرناه ما على التنبيه، تعالى إنه ثم
الباقية الخمسة الدلئل وحذف السماوية الدلئل الآية هذه في استقصى، الأرضية الدلئل هي التي، لأن وذلك
وأبهر أقهر السماوية الدلئل، أكثر فيها والعجائب، أشد وكبريائه الله عظمة الى منها القلب وانتقال، تلك ختم ثم
بقوله الآية: { بقوله الآية هذه وختم } يَ ْعقلُو َْن لِّقَ ْوْم: { لب وله ظاهر له العقل لأن } ٱلأَ ْل َب ٰـبْ لأُ ْولى، الأمر أول ففي
عقلا يكون، لبا يكون الحال كمال وفي، ذكرناه ما يقوي أيضا وهذا، بالبال خطر ما فهذا، كلامه بأسرار أعلم والله
الحكيم الكريم العظيم.
Beliau menyatakan lagi bahawa dalam surah al-Baqarah itu ada lapan dalil, dalam
surah ali Imran ada tiga dalil, ini menjadi peringatan kepada pengajaran bahawa
orang yang arif itu selepas ia menjadi arif, maka ia perlu tidak berpaling kepada
banyak dalil-dalil demi untuk menyempurnakan penenggelamannya dalam
mengenali apa yang ditunjukkan oleh dalil-dalil (ma’rifah al-madlul); inilah tujuan
mengulangi tiga dalil dalam surah ali Imran dan membuang yang baki itu., yang
terdiri daripada dalil-dalil ‘kebumian’ itu. Ini ialah kerana dalil-dalil ‘langit’ lebih
kuat dan gemilang, dan perkara-perkara ajaibnya lebih banyak. Maka berpalingnya
kalbu daripada itu semua pergi kepada keagungan dan kehebatan Ilahi
(‘azamatillahi wa kibriya’ihi) adalah lebih kuat, kemudian diakhiri ayat ini dengan
‘mereka yang menggunakan akal’ dan diakhiri ayat dalam surah ali Imran ini dengan
mereka yang berakal tinggi (ulil-albab), kerana akal itu ada zahir baginya dan ada
lubb pula; maka pada tahap awal itu ia adalah akal, dan pada tahap sempurnanya
ia menjadi ‘lubb’ atau inti.( لب وله ظاهر له العقل لأن، عقلا يكون الأمر أول ففي، الحال كمال وفي
) لبا يكون
(Dalam:
http://altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=4&tSoraNo=3&tAyahNo=1
90&tDisplay=yes&Page=2&Size=1)
Kemudian Imam Fakhr al-Din al-Razi rh menyebut huraiannya berkenaan dengan
ayat yang berikutnya:
{ ْبَاطلاْ َهذا َخ َل ْق َْت َما َربَّ َنآ َوٱلأَ ْر ْض ٱل َّس َما َوا ْت َخ ْل ْق في َو َيتَفَ َّك ُرو َْن ُجنُوبه ْمْ َو َع َل ٰىْ َوقُعُوداْ ق َيامْا ٱَ َّللَْ يَ ْذ ُك ُرو َنْ ٱلَّذي َن
ْ} أَ ْن َصارْ م ْْن لل َّظالمي َْن َو َما أَ ْخ َز ْيتَْهُ فَ َق ْدْ ٱلنَّا َْر تُ ْدخلْ َْمن إنَّ َْك َربَّنَآ { * } النَّا ْر َع َذا َْب فَق َنا ُس ْب َحا َن َك
Iaitu mereka yang menyebut nama-nama Allah waktu berdiri, duduk dan sewaktu
berbaring atas lambung mereka, dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (lalu
berkata dengan penuh kesedaran selepas berfikir) Tuhan kami, tidaklah Engkau
jadikan ini semua dengan sia-sia, Maha suci Engkau (daripada apa-apa yang tidak
layak dengan maha SempurnaNya Zat dan Sifat-SifatMu), selamatkanlah kami
daripada Neraka (Surah Ali ‘Imran:191).
(Penulis ini hendak menyebutkan: akal ubudiah di sini memuncak dengan
kesedaran, dari alam dunia ini sampai ia ke alam yang abadi dalam ‘tauhidic
intellectuality’nya). Ayat berikutnya ialah (Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang
Engkau masukkan ke dalam neraka (kerana kederhakaannya) maka Engkau
menghinakannya dan mereka yang zalim itu tiada pembantu bagi mereka).
Kata Imam Fahr al-Din al-Razi rh:
يتصل ما بعدها ذكر الربوبية بتقرير يتصل ما وهو والحكمة والقدرة الإلهية دلئل ذكر لما تعالى أنه اعلم
بالعبودية، أقسام ثلاثة العبودية وأصناف: بالقلب التصديق، باللسان والإقرار، بالجوارح والعمل، تعالى فقوله: {
اللسان عبودية إلى إشارة } ٱَ َّللَْ َي ْذ ُك ُرو َْن، وقوله: { ْالجوارح عبودية الى إشارة } ُجنُوبه ْمْ َو َع َل ْٰى َوقُعُوداْ قيَ ٰـما
والأعضاء، وقوله: { والروح والفكر القلب عبودية الى إشارة } َوٱلأَ ْر ْض ٱل َّس َم ٰـ َوا ْت َخ ْل ْق ْفى َو َيتَفَ َّك ُرو َْن،
المجموع هذا إلى ليس والنسان، الذكر في مستغرقا اللسان كان فإذا، الشكر في والأركان، الفكر في والجنان،
العبودية في أجزائه بجميع مستغرقا العبد هذا كان، الربوبية كمال على دالة الأولى فالآية، على دالة الآية وهذه
العبودية كمال، الحق الى الخلق من الأرواح جذب في الترتيب هذا أحسن فما، عالم جانب من الأسرار نقل وفي
الغفور الملك جناب الى الغرور
Maksudnya lebih kurang: Ketahuilah bahawa bila Allah menyebutkan dalil-dalil
ketuhanan, kekuasaan dan hikmahNya, iaitu apa yang membawa kepada
penetapan rububiyyahNya, ia menyebut pula selepasnya apa-apa yang berhubung
dengan ubudiyyah terhadapNya. Dan ubudiyyah itu ada tiga kategori:
a. tasdiq atau membenarkan dengan hati,
b. ikrar atau pengakuan dengan lidah, dan
c. amalan dengan anggota badan (al-tasdiq bil-qalb, wa al-iqrar billisan, wa al-‘amal
bil-jawarih).
Maka ayat ‘yadhkuruna’Llah itu mengisyaratkan ubudiyyah pada lidah, ayat
‘qiyaman wa qu’udan wa ‘ala junubihim’ menunjukkan ubudiyyah anggota badan,
dan ‘wa yatafakkaruna fi khalqissamawati wal-ard’ itu menunjukkan ubudiyyah
kalbu, fakir dan roh; dan insan itu tidak lain melainkan terdiri daripada tiga
himpunan ini; maka bila manusia itu lidahnya tenggelam dalam zikir, anggota
badannya dalam syukur, dan akalnya dalam fikir (wa al-janan fi’l-fikr) maka hamba
Tuhan ini tenggelam dengan seluruh bahagian dirinya dalam pengabdian
(ubudiyyah), maka ayat yang pertama menunjukkan kesempurnaan rububiyyah,
dan ayat ini pula menunjukkan kesempurnaan ubudiyyah, maka alangkah indahnya
susunan tertib berkenaan dengan peri tertariknya arwah daripada penciptaan
Tuhan kepada al-Haq (yang mencipta segala), perpindahan asrar (batin hati)
daripada alam al-ghurur tempat penuh ujian dan penipuan, ke hadhrat al-malik al-
Ghafur, Tuhan raja Hakiki Yang Maha Pengampun.
Dalam:
(http://altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=4&tSoraNo=3&tAyahNo=
191&tDisplay=yes&UserProfile=0)
Dalam Surah ali Imran: 190-191 ini nampaknya disebutkan pengembangan akal
tafakur (rational, syllogistic intellect) dan akal ubudiah (contemplative intellect)
dengan sebaiknya yang melahirkan ulul-albab itu. Kedua-dua jenis akal ini perlu
dikembangkan bersama untuk melahirkan manusia yang beriman dan beramal
soleh, yang terpandu peribadinya oleh kebijaksanaan tertinggi dari segi teori
(hikmah nazariyyah, iaitu iman) dan kebijaksanaan amali (hikmah amaliyyah), amal
soleh, ketaqwaan.
Kalau kita cuba cerakinkan:
Akal tafakur dalam erti akal yang rasional itu terdiri daripada beberapa perkara
seperti:
1. Berfikiran tajam
2. Berfikiran secara teratur, sistematis
3. Berfikir mencapai matlamat, tahap demi tahap
4. Berfikir secara deduktif
5. Berfikir secara induktif
Contoh:
Berfikir tentang memerlukan bumbung – pergi ke belakang kepada dinding, tiang –
pergi ke belakang lagi kepada asas atau tapak bangunan – pergi ke belakang lagi,
penulis ini tambah kepada contoh ibn Khaldun – keperluan memilik tanah. Dari
tahap 1 ke tahap 4.
Bermula tindakan:
Tindakan bermula daripada tahap terakhir dalam fikir – iaitu membeli tanah,
kemudian ke 2 menyediakan tapak, kemudian ke 3 menyediakan dinding dan tiang
– kemudian ke 4 membuat bumbung dan meletakkannya di atas tiang dan dinding.
Siap kerja dan rancangan.
Kata ibn Khaldun setengah orang berfikir 3 tahap, setengah 4, setengah lima,
demikian seterusnya mengikut kematangan akal masing-masing.
Bila dilatih akal manusia menjadi tajam dan beroperasi secara berkesan,
dibahagikannya kepada beberapa bahagian: akal tamyizi, akal pembeza yang
membezakan antara sesuatu dengan yang lain, daripada yang bersifat kebendaan
kepada yang bersifat maknawi.
Akal tajribi, akal pengalaman, yang mendapat faedah dengan pengalaman dan
percubaan yang dilalui, dengan dicamkannya apa yang berfaedah dan apa yang
tidak dan sebagainya.
Akal nazari, akal teori, akal yang mampu membuat huraian teori yang mengaitkan
sesuatu dengan yang lain-lainnya sampai tercapai huraian tentang sesuatu secara
sistematis.
Akal amali, akal yang mahir dalam kerja-kerja praktikal melalui latihan-latihan yang
diperlukan, sampai berjaya orang yang berkenaan.
Akal mazid (al-’aqlul mazid) akal tambahan, additional intelligence, iaitu
perhimpunan kepandaian kelas tinggi dalam sesuatu setting budaya kekotaan yang
canggih yang memajukan sesuatu umat dalam pengetahuan-pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran tinggi. (Kalau sekarang boleh disebutkan teknologi tinggi)
Dalam wacana ibn Khaldun ini dikaitkan pula dengan pembentukan ’malakah’:
malakah imaniyyah’ dalam soal iman, ’malakah ubudiyyah’ dalam soal ubudiyyah,
’malakiyyah khuluqiyyah’ malakah dalam akhlak yang terlatih dengan baik,
’malakah sina’iyyah’ malakah pertukangan atau kemahiran, ’malakah lughawiyyah’
malakah dalam penguasaan bahasa, demikian seterusnya, sehingga menjadilah
manusia yang berkenaan itu mempunyai kemahiran dalam bidangnya seolah-olah
seperti berenang dalam air pada ikan dan terbang di angkasa pada burung.
Sebelum menyebut tentang berfikir Imam Ghazali rd menyebut tentang akal: akal
yang mula-mula berupa naluri membezakan antara haiwan dan manusia, kemudian
akal dalam anak-anak yang berkembang seperti sinaran cahaya subuh, dengan
kesedarannya tahap demi tahap, kemudian akal dalam lelaki dewasa yang
membawa kepada ilmu amali dan teori, kemudian akal yang ada pada orang yang
paling matang, yang menjadikannya memahami persoalan-persoalan sampai ke
hujungnya, yang membawa kepada pengawasan diri yang tinggi.
Perkembangan akal mantiki Imam Ghazali rd boleh dilihat dalam ’al-Munqiudh’,
’Tahafut al-falasifah’, ’Maqasid al-Falasifah’ dan ’Mi’yar al’’Ilm’ antara lain-lainnya.
Imam Ghazali rd menyebut berfikir dalam ’Ihya’ yang bercabang-cabang seperti
ranting pokok kayu – mulai dua, menjadi empat, menjadi lapan, menjadi enam
belas demikian seterusnya melalui proses fikir yang digariskannya dalam ’kitab
tafakur’ jilid 4 ’Ihya’nya.
Pembentukan akal ubudiyyah Imam al-Ghazali rd boleh dilihat dalam huraiannya
berkenaan dengan sembahyang dengan tahap-tahapnya, puasa dengan huraian-
huraiannya, haji dengan huraian tentang kesedarannya, bacaan Qur’an dengan
memahami maksud-maksudnya, wirid-wirid dan doa-doanya.
Sebagai contohnya dalam sembahyang boleh diingatkan beberapa perkara seperti
berikut:
Doa Nabi Ibrahim yang mencahayai alam itu doa:
ا ْل َحكي ُْم ا ْل َعزي ُزْ أَ ْن َْت إنَّ َكْ َويُ َز ِّكيه ْمْ َوا ْلح ْك َمةَْ ا ْلْكتَا َْب ٍُ َويُ َعلِّ ُم ُهم آيَات َْك َعلَ ْيه ْمْ يَتْلُو م ْن ُه ْمْ َر ُسولْ فيه ْْم َوا ْب َع ْثْ َربَّنَا
Ertinya: Wahai Tuhan kami! Utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri, yang akan membaca kepada mereka ayat-ayat
(firman)Mu, dan yang mengajar kepada mereka isi kandungan Kitab (al-Qur’an)
serta hikmah kebijaksanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik
dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana. (Al-
Baqarah 129)
Ayatnya lagi:
ا ْل َخاشعي َْن َع َلى إ َّْل َل َكبي َرْة َوإنَّ َها َوال َّص َلْاْة بال َّص ْب ْر َوا ْستَعينُوا
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan
sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali bagi orang-orang
yang khusyuk. (Al-Baqarah 145)
Antara ayat-ayat tentangnya lagi ialah Al-‘Ankabut 45.
َن ْر ُزقُ َكْ َن ْح ُْن ر ْزقا نَ ْسأَلُ َكْ َْل َع َل ْي َها َوا ْص َطب ْرْ بال َّص َلاةْ أَ ْهلَ َكْ َوأْ ُم ْْر
ُللتَّ ْق َوى َوا ْلعَاق َبْة
Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah engkau tekun bersabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki
kepada kamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan ingatlah
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Antara ayat tentangnya lagi ialah:
ْيَ ْعلَ ُْم َوّل َّلْاُ أَ ْكبَ ُْر ّل َّلاْ َو َلذ ْك ُْر َوا ْل ُم ْن َك ْر ا ْل َف ْح َشاءْ تَ ْن َهىعَنْ ال َّص َلاْةَ إ َّنْ ال َّص َلاةَْ َوأَقمْ ا ْلكتَابْ م َْن إ َل ْي َكْ أُوح َيْ َما اتْ ُل
َْماتَ ْصنَعُو َن
Bacalah serta ikutilah (wahai Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu dari al-
Qur’an dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar dan sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya dari segalanya); dan ingatlah Allah
mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-‘Ankabut 45)
Disebut sifat-sifat utama kaum yang dikurniakan kedudukan yang teguh
memerintah di muka bumi ayatnya:
ا ْلأُ ُمو ْر َعاقبَْةُ َوَ َّللْ ا ْل ُم ْن َكرْ َع ْن َونَ َه ْوا با ْل َم ْع ُرو ْف ال َّز َكاةَ َوأَ َم ُروا َوآتَ ُوا ال َّص َلاةَْ أَقَا ُموا ا ْلأَ ْر ْض في َم َّكنَّا ُه ْمْ إ ْنْ الَّذي َْن
Iaitu mereka (yakni umat islam) yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di
bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang kejahatan dan perbuatan yang
munkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj.41)
Tentang ayat ini dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan:
ْ” ا ْلأَ ْرض في لَ َي ْستَ ْخلفَنِّ ُه ْمْ ال َّصال َحات َو َعملُوا م ْن ُك ْمْ آ َمنُوا الَّذي َنْ ّل َّلْا َو َع َْد ” َكقَ ْولْه ا ْلآيَة َهذْه ا ْل َع ْوف ِّْي َعطيَّة َو َقا َل
َما ثَ َواب ّل َّلاْ َوع ْند ا ْلأُ ُمور َعاقبَة َوَ َّللْ أَ ْس َلم ْبن َز ْيد َوقَا َْل ل ْل ُمتَّقي َنْ َوا ْلعَاق َبة تَعَا َلى َك َق ْولْه ” ا ْلأُ ُمور َعاقبَة َوَ َّلْل ” َوقَ ْوله
َص َنعُوا.
Kata ‘Atiyyah al-‘Aufi: Ayat ini adalam seperti ayat (yang bermaksud): Allah
menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan yang
melakukan amalan solih bahawa Ia akan benar-benar memberi kekuasaan
memerintah kepada kamu di muka bumi (hi hujungnya ‘sebagaimana Ia telah
memberikan kekuasaan memerintah kepada mereka yang dahulu daripada kamu),
dan ayat (yang bererti) dan bagi Allah kesudahan semua perkara adalah seperti ayat
(yang bermaksud): Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertaqwa.
(http://quran.al-
islam.com/Tafseer/DispTafsser.asp?nType=1&bm=&nSeg=0&l=arb&nSora=22&nA
ya=41&taf=KATHEER&tashkeel=0)
Yang berjaya yang mencapai kejayaan sebenarnya, terdapat ayat-ayat seperti
berikut:
• ُم ْعر ُضو َْن اللَّ ْغ ْو َعنْ ُه ْمْ َوالَّذي َْن َخاشعُو َنْ َص َلاته ْمْ في ُه ْْم الَّذي َْن ا ْل ُم ْؤمنُو َنا أَ ْفلَ َحْ َق ْْد
• َغ ْي ُْر َفإنَّ ُه ْمْ أَ ْي َمانُ ُه ْمْ َم َل َك ْْت َما أَ ْوْ أَ ْز َواجه ْْم َْعلَى إ َّْل َحاف ُظو َْن لفُ ُروجه ْْم ُه ْْم َوالَّذي َنْ ٍَ فَاعلُون لل َّز َكاةْ ُه ْْم َوالَّذي َْن
َملُومي َْن
• َصلَ َواته ْمْ َع َلى ُه ْمْ َوالَّذي َْن ٍَ َرا ُعون َو َع ْهده ْْم لأَ َمانَاته ْْم ُه ْْم َوالَّذي َْن ا ْل َعا ُدو َْن ُه ُمْ َفأُو َلئ َكْ َذل َْك َو َرا َءْ ا ْبتَغَى فَ َم ْن
يُ َحاف ُظو َْن
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk
dalam sembahyangnya; iaitu mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan
dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
(dengan membayar zakat dan lainnya); dan mereka yang menjuaga
kehormatannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka
sesungguhnya mereka tidaklah tercela; kemudian sesiapa yang mengingini selain
daripada demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan
mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara
sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; yang akan
mewarisi syurga Firdaus; kekal mereka di dalamnya. (Al-Mu’minun: 1-11)
yang mempunyai makna-makna yang sedemikian dengan beberapa tambahan lagi
ialah seperti berikut:
َْدائ ُمو َنْ َص َلاته ْمْ َعلَى ُه ْمْ الَّذي َْن ا ْل ُم َصلِّي َْن َمنُوعاإ َّْل ا ْل َخ ْي ُرْ َم َّسْهُ َج ُزوعا َوإ َذا ال َّش ُّْر َم َّسهُْ َهلُوعاإ َذا ُخل َقْ ا ْلإ ْن َسا َْن إ َّن
ُْم ْشفقُو َْن َربِّه ْْم َع َذا ْب م ْنْ ُه ْْم َوالَّذي َْن ال ِّدي ْن بيَ ْومْ يُ َص ِّْدقُو َْن َوالَّذي َْنٍ َوا ْل َم ْح ُروم لل َّسائ ْل َم ْعلُوْم َحقْ أَ ْم َواله ْْم في َوالَّذي َن
َْغ ْي ُرْ َفإنَّ ُه ْمْ أَ ْي َمانُ ُه ْمْ َملَ َك ْتْ َما أَ ْوْ أَ ْز َواجه ْْم َعلَى إ َّْل َحاف ُظو َْن لفُ ُروجه ْمْ ُه ْْم َوالَّذي َنْ َمأْ ُمو ْن َغ ْي ُْر َربِّه ْْم َع َذا َْب إ َّن
ْب َش َها َداته ْمْ ُه ْْم َوالَّذي َنْ َرا ُعو َْن َو َع ْهده ْمْ لأَ َما َناته ْمْ ُه ْْم َوالَّذي َْن ا ْلعَا ُدو َنْ ُه ُْم َفأُو َلئ َكْ َذل َْك َو َرا َْء ا ْبتَغَى َف َمنْ َملُومي َن
ُْم ْك َر ُمو َْن َجنَّاتْ في أُولَئ َْك يُ َحاف ُظو َْن َص َلاته ْْم َعلَى ُه ْْم َوالَّذي َنْ َقائ ُمو َن
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh
kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan
sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. Dan mereka
(yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada
meminta). Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan
amal-amal yang soleh sebagai buktinya). Dan mereka yang cemas takut daripada
ditimpa azab Tuhannya. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut
(bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya. Dan mereka yang menjaga
kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka
sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari
yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka
yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang memberikan keterangan
dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi). Dan mereka yang tetap
memelihara sembahyangnya. Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di
dalam Syurga dengan diberikan penghormatan. (Al-Ma’arij.19-35.)
Bersuci: bersuci itu pula ada kategori-kategorinya, sebagaimana yang diajarkan
oleh imam al-Ghazali rd dalam mazhab Syafie. Beliau menyebutkan dalam kitab
‘Ihya’nya [Ihya’ ‘Ulum al-din, Mustafa al-babi al-Halabi, 1358/1939, jilid I hal. 131]
bahawa bersuci (al-taharah) itu ada empat kategorinya; bersuci zahir badan
daripada hadath dan najis; bersuci anggota badan daripada berbuat salah dan dosa;
kemudian bersuci hati daripada sifat-sifat yang buruk dan jahat seperti dengki,
takbur dan yang sepertinya, dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia, kemudian
yang tertinggi sekali, bersuci batin hati -al-sirr- daripada apa yang selain daripada
Allah.Katanya ini taharah anbia dan siddiqin. Matlamat yang penghabisan sekali
bagi batin hati -al-sirr- ialah supaya tersingkapnya kehebatan Allah dan
keagungannya kepada orang yang beribadat kepadaNya (Jalal Allah wa ‘azamatihi).
[Ibid.jilid I hal. 131]
Hendaklah pengetahuan dan amalan tentang bersuci ini dicapai dengan cermat dan
betul dan amalannya hendaklah dilaksanakan dengan betul supaya ia sah, dan
akhirnya amalan bersuci ini menjadi tabiat kedua bagi diri. Ia menjadi ’malakah
taharah’, kalau boleh dikatakan demikian; ini boleh dicapai memalui pengajian,
mendengar pengajaran, telaah kitab-kitab yang diakui, dan mengamalkannya kali
demi kali sehingga menjadi sebati dengan diri.
Demikian juga ’taharah’ dalam erti yang lebih jauh lagi itu: taharah anggota badan
daripada perbuatan derhaka dan maksiat, taharah hati daripada sifat-sifat yang
tercela, akhirnya, bagi orang yang beruntung, taharaih batin-hati -al-sirr- daripada
tertumpu kepada yang lain selain daripada Allah. Ini taharah anbia dan siddiqin kata
Imam al-Ghazali rd.
Selain daripada ’sah rukun tiga belas’ itu dalam mazhab Syafie, maka sayugialah
orang yang sembahyang itu menjayakan ’adab batin yang enam perkara’ itu supaya
dengan itu terjaminlah sifat khusyu’ dalam sembahyang itu. Dan mengikut Sureah
al-Mu’minun ayat yang kedua, itu syarat kejayaan yang sebenarnya dalam hidup.
Syarat-syarat yang lain disebut kemudian seperti: mengelak daripada kesia-siaan,
membayar zakat, kehidupan kelamin yang terkawal bersih, menjaga amanah dan
janji, kemudian disebut menjaga amalan sembahyang.
Enam adab yang batin itu ialah: hadhir hati bahawa kita berada dalam sembahyang,
tidak tertumpu kepada yang lain. Sebagaimana badan terarah ke arah kiblat, itu
kiblat badan, maka kalbu atau ingatan tumpuan hati ialah kepada Allah, itu kiblat
kalbu. Dengan itu hendaklah dalam sembahyang itu sama-sama tercapai kejayaan
mengadap ke arah kiblat badan dan kiblat hakiki bagi kalbu. Dengan itu bila
dilafazkan ’Allahu akbar’ benar-benar itu tertuju kepada Allah. Pada waktu merasai
kebesaran Allah itulah diniatkan sembahyang itu dengan niat yang tersebut seperti:
Aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat kerana Allah”. Jangan ingat dalam hati
’Allah Maha Besar’ sebagai yang disangka oleh setengah pihak, itu bukan niat
sembahyang, itu terjemahan Allahu akbar. Terjemahan itu tidak diperlukan sebab
rasa kebesaran Allah ada dalam hati sebelum daripada lafaz ’Allahu akbar’, lafaz
’Allahu akbar’ itu sebenarnya terjemahan apa yang sudah terasa dalam hati; itu
tidak perlu diterjemah lagi. Dalam masa itulah diniatkan niat sembahyang itu
sebagaimana yang diuhuraikan oleh ulama iaitu kasad melakukan sesuatu serentak
dengan perbuatannya. Ini berdasarkan hadith ’innamal-a’malu bi’nniyat:
Sesungguhnya amalan itu dikira serentak, sekali gus dengan perbuatan
melakukannya. Dalam hadith itu ’ba’nya ialah ’ba’ al-musahabah’ yang
menunjukkan makna keserentakan. ()بفعله مقترنا الشىء قصد
Imam Ghazali rd menerangkan cara-cara mencapai kejayaan dalam sembahyang
dengan membetulkan perlaksanaan rukun-rukun dan syarat-syarat serta adab-
adabnya, yang disebut oleh beliau sebagai ’al-asrar’ atau ’rahsia-rahsia. Beliau
menerangkan bahawa cara mencapai kekhusyukan – yang disebut sebagai syarat
orang yang benar-benar berjaya dalam Surah al-Mu’minun ayat kedua – sifat hati
tertumpu ke hadhrat Allah, tetap tumpuannya, konsentrasinya, dan anggota badan
pula tetap, tenang dalam masa melakukan rukun berkenaan, ialah dengan
mengamalkan enam adab seperti berikut:
1. Hadhir hati
2. Faham
3. Takut
4. Ta’zim
5. Harap
6. Malu
Pertamanya dengan ada hadhir hati dalam sembahyang itu, yakni hati ingat benar-
benar hal ia dalam sembahyang mengadap Allah Yang Maha Besar, Maha Tinggi,
Maha Menyaksi. Keduanya ia memahami apa-apa yang dibacanya dalam
sembahyang. Ia bermula dengan mengingati niat sembahyang, kemudian erti
bacaan doa iftitah. Dalam iftitah diingatkan ia mengadap Tuhan, Yang menjadikan
langit dan bumi, ia beragama Islam tunduk kepada Tuhan; ertinya orang Islam ialah
orang lain selamat daripada lidah dan tangannya, baharulah itu Islam sebagaimana
yang disebut dalam hadith. Kemudian ia mengingatkan wajah hatinya mengadap
Tuhan, kemudian sembahyang dan pengorbanannya dalam hidup adalah kerana
Allah, kemudian aktivitinya dalam hidupnya kerana Allah, matinya kerana Allah.
Ingatan-ingatan dan konsentrasi akal, hati dan roh kepada makna-makna ini akan
membentuk peribadi yang sungguh bersih dan perkasa untuk dikurniakan sifat
khusyu’ oleh Tuhan. Dan sifat inilah yang dituntut atas hati manusia, atau akal
ubudiahnya. (Ertinya kita boleh perhatikan bahawa dalam Islam akal atau hati itu
untuk mencapai dua keperkasaan: keperkasaan ubudiah dalam mengingati Allah,
kedua keperkasaan dalam berfikir secara betul, tepat, mencapai natijah atau
matlamat, atau rasional dan ’syllogistic’, mampu membuat kenyataan-kenyataan
yang betul dan tepat berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang betul dan
tepat sebelumnya.
Qur’an menggabungkan dua aspek keperkasaan akal-hati itu dalam ayat tentang
zikir dan tafakur. Ayat itu ialah:
َْوقُعُودا ق َياما ّل َّلاَْ َي ْذ ُك ُرو َْن ابالَّذي َْن ا ْلأَ ْل َْب لأُولي َوالنَّ َهار َلآيَا ْت اللَّ ْيلْ َوا ْخت َلافْ َوا ْلأَ ْر ْض ال َّس َما َوا ْت َخ ْل ْق في إ َّن
النَّارْ َع َذا َْب فَق َنا ُس ْب َحانَ َكْ بَاطلْا َه َذا َخ َل ْق َْت َما َربَّنَا َوا ْلأَ ْر ْض ال َّس َما َوا ْت َخ ْلقْ َويَتَ َف َّك ُرونَفي ُجنُوبه ْمْ َو َع َلى
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan
siang, adatanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal. (Surah Ali ‘Imran 190, 191)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab Neraka.
Dalam ayat ini tergabung keperkasaan akal ubudiah (akal kontemplatif yang
khusyuk kepada Tuhan) dan akal tafakur yang rasional, berfikir dalam suasana
mentauhidkan Allah, dalam intelektualiti ketauhidan (‘tauhidic intellectuality’).
Istilah (‘tauhidic intellectuality’) yang saya gunakan dalam ceramah ringkas tidak
lama sebelum ini di hadapan para ilmuwan di USM, dan ini boleh diakses dalam
laman web http://www.geocities.com/traditionalislam/TauhidicIntellectuality.htm
Dalam peradaban Islam kita boleh melihat dua aspek akal dan roh ini
dimanifestasikan dalam diri Rasulullah s.a.w., para Sahabat seperti Abu Bakar,
Umar, Uthman, Ali – Allah meredhai mereka amin, dan lainnya, kemudian para
tabi’in, kemudian para ulama zaman kemudian seperti Syafie, dan lainnya, Imam
al-Ghazali
Yang membicarakan akal kontemplatif dalam ‘Ihya dan ‘Kimiya al-saadah’ serta
‘Mishkatul-Anwar’nya, kemudian membicarakan analisis falsafah dalam ‘Tahafut
al-Falasifah’nya. Demikian juga mereka di zaman kemudian seperti ibn Khaldun
yang memahami dua aspek akal ini, dan terbentuk kedua-duanya dalam dirinya
sendiri, demikian pula pada ibn Sina terbentuk kedua-duanya sebagaimana yang
boleh dilihat dalam ‘al-Qanun fi’t-Tib’nya dan juga dalam ‘Al-Isharat wa at-
Tanbihat’ yang pada bahagian kemudian dalam kitabnya beliau membicarakan
hidup kerohanian. Dalam hidupnya sendiri bila ia menghadapi masalah ia
sembahyang dan mendapat bimbingan rohani dalam menyelesaikan masalah-
masalah keilmuannya. Demikian juga peribadi seperti Fakhru’d-Din al-Razi, dan
kemudiannya Syah Waliyu’llah dari Delhi yang terbentuk intelektualitinya mengikut
paradigma yang sedemikian.
Keduanya, katanya hendaklah seseorang itu memahami apa yang dibacanya;
kemudian ia merasai kebesaran Tuhan dengan kalbu dan akalnya; kemudian ia
merasai kehebatan Tuhannya; kemudian ia berharap kepada Tuhannya; akhirnya ia
merasa malu kepada Tuhannya kerana banyak taksirnya dalam melakukan amalan-
amalan dan pembentukan sikap yang dikehendaki olehNya. Inilah antaranya
ramuan-ramuan bagi pembentukan kekhusyukan dalam sembahyang yang
menjayakan manusia secara hakiki. Dengan usaha melaksanakan sembahyang
seperti ini akan tercapailah akal ubudiyyah atau akal kontemplatif itu.
Gugusan makna dalam sembahyang: sebanyak gugusan makna dari amalan-
amalan sembahyang yang membentuk akal kontemplatif yang dikehendaki itu,
berserta dengan akal yang tajam, bila ia dimanafaatkan sebaiknya.
Mula dengan azan mengingati kebesaran Allah
Mengingati kebenaran pengakuan syahadah menyambung janji asal menjadikan
Tuhan sebagai Rabb
Seruan untuk datang mendirikan sembahyang
Seruan datang kepada kejayaan hakiki
Ulangan Tuhan Maha Besar
Ulangan tiada tuhan melainkan Allah, hakikat teragung dalam seluruh yang
maujud.
Penyucian badan daripada kekotoran dan najis
Kesedaran tentang perlu membuang kemaksiatan dari anggota badan
Membuang kemaksiatan dari kalbu dan jiwa
Memberi tumpuan kepada hadrat Tuhan dengan batin hati
Takbir dengan kesan merasai kebesaran Tuhan pada permulaan sembahyang
Amalannya kerana Allah.
Mengadap wajah kalbu kepada Tuhan, badan mengadap ke arah Kiblat
Pengakuan sembahyang, hidup mati kerana Allah.
Basmalah: memulakan semua kegiatan dengan Nama Tuhan (Surah al-’Alaq
memerintah demikian, ayat mula-mula diturunkan)
Memuji Allah atas sekelian niamat
Menyebut kasih sayang Tuhan
Menyebut hari kemudian, maka mesti bersedia untuk hisab, memperbaiki diri
Memohon jalan hidup yang lurus, perlu memperbetul diri dengan hakikat ini
Mengakui ubudiah kepada Tuhan semata-mata
Menyerah diri, memohon pertolongan Tuhan (dengan harap dan yakin)
Mengingati jalan manusia utama dalam seluruh tamadun: para nabi, siddiqin,
syuhada dan solihin sebagai ’role model’ bukan lain
Mengelak diri daripada jalan mereka yang sesat
Mengelak jalan mereka yang dimurkai Tuhan (dari al-fatihah dan iftitah). Mohon
perkenan dengan yakin dan harap yang penuh.
Menegaskan tidak menyembah apa yang musyrikin sembah
Menegaskan kuffar tidak menyembah apa yang disembah oleh mu’minin
Bagi si mu’min agamanya dengan yakin, mereka yang kuffar dengan agama
mereka (si muslin jangan tergugat, teguh dengan jalan kebenarannya , tetapi
beradab dengan pihak lain, jangan terhakis keimanannya) (kandungan surah al-
kafirun)
Ulangan al-fatihah dengan mesej dan ingatannya dalam rakaat kedua, ketiga atau
keempat)
Mengingati kebesaran Allah pada tiap-tiap gerak berpindah rukun
Tunduk ruku’ menandakan tunduk kepada kebesaran Tuhan, dengan tasbihnya,
menghayati ertinya
Kalau dalam sembahyang Subuh: permintaan untuk mendapat hidayat, afiat, sihat,
perlindungan, keberkatan, jagaan daripada keburukan takdir atas diri, Dia yang
menentukan, tidak ada yang ditentukan atasNya, tidak hina orang yang
dilindungiNya, tidak mulia orang yang dimusuhiNya, Maha Berkat Allah dan Maha
Tinggilah Ia, kepadaNya segala puji atas apa yang ditentukanNya, minta ampun
kepadaNya …
Bangkit i’tidal, menyebut Allah mendengar orang memujiNya, lalu ia memujiNya,
puji memenuhi langi dan bumi dan bahkan apa yang ada selain daripadanya
Tunduk sujud, ke tempat paling rendah, tanah, tempat asalnya, tempat
kembalinya, asal bagi dirinya, seolah-olah fana dirinya, hina dinanya, Tuhan dengan
Maha KetinggianNya dengan KetuhananNya
Tasbih sujud dan penghayatan ertinya pada akal dan kalbu serta jiwa dan roh
Bangun kepada julus antara dua sujud, memohon kepadaNya keampunan,
kerahiman, menyempurnakan cacat celanya, kemaafan daripadaNya, dan yang
sepertinya
Sujud lagi, kerendahan dirinya, kembali ke bumi asal dirinya, tempat kembalinya
Bangun kepada rakaat seterusnya
Atau mengingati permohonan untuk berlindung dengan Tuhan Pencipta Pecahnya
Hari Siang – dengan kemungkinan-kemungkinannya
Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya
Daripada kejahatan yang datang dengan jelmaan gelap malam
Daripada kejahatan ahli sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan
melakukan sihir-alam kejiwaan yang jahat dan gelap
Daripada kejahatan pendengki (kandungan al-Falaq)
Atau memohon perlindungan-dengan kerendahan hati-kepada Tuhan manusia
Raja Manusia (berkuasa atas segala-galanya)
Yang disembah oleh manusia
Daripada bisikan-bisikan syaitan Khannas
Yang berbisik ke dalam dada manusia (membawa kejahatan dan kepalsuan)
Dari kalangan manusia dan jin (kandungan Surah an-Nas)
Menegaskan Allah Maha Esa – terhunjam ke dalam akal, hati, jiwa keEsaan Tuhan,
semua di bawah tadbirnya
Maha Kaya Kekal Abadi, semua berhajat kepadanya secara mutlak, walaupun yang
tidak menyedarinya, walaupun atom-atom yang tak bernyawa
Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, bukan dua tiga, bukan menyerupai makhluk
Tidak ada yang kufu denganNya – tauhid mutlak tanpa tara – diulang-ulang untuk
keberkesanan dalam kalbu, akal, jiwa. Kebenaran teragung dalam faham alam
mu’min. (Surah al-Ikhlas)
Mengingati Pokok Tin, dan Zaitun (terkait dengan agama terdahulu)
Mengingati Tur sina –nabi Musa a.s. , syariatnya, keagungannya
Negeri Aman-Mekah tempat asal nabi s.a.w.
Manusia tercipta dalam sebaik-baik kejadian
Tetapi risiko kejatuhan terlalu besar, mermusnahkan kejadian yang sebaik-baik itu
Melainkan yang berlindung di bawah iman dan amal solih – kebijaksanaan pada
ilmu dan pegangan, kebijaksanaan pada amalan dan perbuatan
Kebaikan berterusan
Jangan membohongi agama (kebenaran abadi untuk manusia)
Allah hakim yang seadil-adilnya (wat-Tin)
Atau: bersumpah dengan waktu Dhuha’ (lambang kemunculan cahaya, kebenaran)
Malam yang sunyi (untuk tafakur, ketenangnan, musyahadah, zikir, dll)
Tuhan tidak benci, tidak meninggalkan (para hambaNya, maka berharaplah)…
Yang akhir lebih baikk dari permulaan, perjuangan akan mencapai kemenangan,
atau akhirat adalah lebih baik (dunia alat penyampai kepada kesempurnaan
akhirat, maka jangan dukacita, jangan putus harap)
Tuhan akan memberi kurnia, hati akan puas (pada nabi khusus, pada mu’minin
umum)
Manusia yatim (segi kerohaniannya) kemudian Tuhan melindungiNya…(khusus
pada nabi, umum pada mu’minin sebagai pengajaran)
Manusia dalam mencari-cari, Tuhan memberi pertunjuk (khusus pada nabi, umum
pada mu’minin)
Manusia kekurangan, Tuhan memberi kecukupan (rohani jasmani) khusus pada
nabi umum pada mu’minin.
Jangan menindas yang yatim, buat baik kepadanya
Yang meminta jangan diherdik, beradablah
Sebut dan ingat niamat Tuhan (wad-Dhuha)
Istighfar, minta ampun lepas sembahyang (istighfar)
Fatihah, ertinya yang mencakupi kebenaran Kitab, faham alam, nilai, ilmu (Fatihah)
Mengingati Tuhan Kesejahteraan, Punca Kesejehteraan, semua kembali kepada
Negeri Sejahtera, Syurga…Amin
Berlindung daripada Syaitan
Membaca ayat Kursi: Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Hidup, Berdiri Sendiri,
Tanpa lalai menjaga alam kedua-duanya
Langit bumi semua milikNya
Syafaat hanya dengan izinNya
IlmuNya Masha meliputi segala-di hadapan dan di belakang sekalian makhluk
KursiNya meliputi langit bumi
Tidak lalai daripada menjaga segalanya (maka kita yakin dengan jagaanNya) (Ayat
Kursi)
Subhana’Llah 33 kali
Al-hamdulillah 33 kali
Allahu akbar 33 kali
La ilaha illa’lah
Mulai doa dengan basmalah
Al-hamdulillah
Solawat kepada nabi memohon rahmat, kemudiaan, kesejahteraan…kembali
semuanya kepada diri pula
Minta ampun
Memohon kebaikan dunia dan akhirat
Solawat dan salam
Al-hamdulillah … (Doa selepas sembahyang, Tuhan sedia memakbulkan doa selepas
sembahyang)—dengan ini terbina akal ubudiah, akal kontemplatif, selain daripada
akal rasional untuk berfikir secara baik dan berkesan serta teratur.
Dalam doa diminta keampunan, kesejahteraan, perlindungan, jagaan daripada
kufur dan maksiat, kecukupan rezeki, zuriat yang bertakwa, ilmu yang bermanafaat,
rezeki halal, dan seterusnya, kebaikan dunia dan akhirat, lindungan daripada
musuh…
Akal rasional menguatkan akal kontemplatif, akal kontemplatif menguatkan akal
rasional dan seterusnya, kuat-menguatkan, membentuk akal yang seimbang,
berfikir, berzikir, khusyu’, beradab, berfaham dalam, demikian seterusnya.
Tentang sembahyang berjemaah pula, terdapat padanya fadhilat melebihi
sembahyang seorang dengan dua puluh kali ganda atau dua puluh lima kali ganda
atau dua puluh tujuh kali ganda sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Bukhari
seperti berikut. (Sahih al-Bukhari, syarah Fath al-Bari ‘al-adhan’ bab fadhilah solah
al-jamaah 609)
Orang yang berjaya membentuk akal ubudiah selain daripada akal rasionalnya
adalah orang yang berbahagia, dijamin Allah kesejahteraannya yang abadi. Dan
dalam hidup dunia orang yang mempunyai kekuatan itu boleh menghadapi sepuluh
kali ganda bilangan musuh, kalau penuh dengan persediaan dan mempunyai
kesabaran dalam ertinya yang merangkumi, tetapi bila masa lemah masih boleh
berhadapan dengan mereka yang dua kali ganda bilangannya. (Al-Anfal: 65).
Ertinya orang-orang mukmin yang mempunyai akal ubudiah ini bila ia membuat
persediaan yang memadai akan membuahkan kelebihan dua kali ganda daripada
pihak lain, walaupun ia dalam keadaan lemah. Maka hendaklah aspek akal ubudiah
ini diberikan tempatnya yang sewajarnya, dalam kita membentuk modal insan yang
paling mahal ini.
Dengan itu hendaklah setiap orang yang beriman mendapatkan pendedahan untuk
dirinya supaya ia mempunyai pengetahuan yang cukup baik tentang sembahyang,
kepentingannya, syarat-rukun serta adab-adabnya, supaya dalam menjalankan
sembahyangnya itu ia mencapai ’malakah ubudiha’, berserta dengan ’malakah
imaniyyah’, malakah khuluqiyyah, serta mendapat kekuatan daripada akal
ubudiyyah atau kontemplatif serta akal tafakur yang sangat digalakkan oleh Qur’an
dan Sunnah. Inilah ’tiang agama’ dan ’kepala sekalian ibadat’ yang disebutkan
dalam hadith; tamadun akan merusut dan musnah bila manusia mula
meninggalkan sembahyang. Sebab itu ulil-amri dan ibu bapa wajib memastikan
mereka yang di bawah tadbir urusnya menunaikan sembahyang demi
kesejahteraan mereka yang berkenaan, masyarakat dan bahkan negara.
Wallahu a’lam.
Pada:30 Sep 2006
Semakan & tambahan:4 Dis 2007
Ajaran Dan Pemikiran Sesat Dalam Konteks Islam
Oleh:
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Julai 12, 2013 — akarimomar
Ajaran Dan Pemikiran Sesat Dalam Konteks Islam
UEM-2011Ajaran atau pemikiran sesat yang terkait dengan agama Islam boleh
menyentuh bidang akidah, hidup kerohanian atau ibadat, akhlak dan hukum. Kalau
disebut dari segi bidangnya, maka ianya menyentuh usul al-din, fiqh dan akhlak
atau tasawwuf. Insha Allah dalam nota ringkas ini akan disebutkan beberapa aspek
kesesatan dalam bidang-bidang berkenaan dengan beberapa cirinya, juga faktor-
faktor yang memungkinnya; sebagai tambahan akan disebutkan juga pemikiran-
pemikiran sesat dari kacamata Islam demi untuk menjadi panduan dalam hidup
beragama.
Kesesatan
“Sesat” dalam “Kamus Dewan” memaksudkan “tidak mengikut jalan yang betul,
tersalah, tersilap (jalan), tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dll),
menyimpang dari jalan yang benar”.
Dalam kitab “al-Mufradat fi Ghara’ib al-Qur’an” oleh al-Isfahani rh[1] dinyatakan
dengan agak panjang maksud istilah “al-dalal” iaitu: keadaan terseleweng daripada
jalan yang benar (at-tariq al-mustaqim) dan berlawanan dengan bimbingan hidayah
Ilahi. Dinyatakan bahawa keadaan “dalal” ialah tiap-tiap keadaan terseleweng
daripada perjalanan yang betul (al-manhaj) baik dengan sengaja atau dengan
terlupa, banyak atau sedikit. Dinyatakan dalam hubungan dengan ini bahawa jalan
yang benar (at-tariq al-mustaqim) yang berupa jalan yang diredhai itu sangat sukar.
Dalam kitab yang sama dinyatakan bahawa dari segi lain kesesatan (“dalal”) ada
dua bahagian, iaitu kesesatan dalam ilmu nazari – ilmu yang bersifat teori – seperti
kesesatan dalam hubungan dengan pengenalan atau ma’rifat terhadap Allah dan
KeesaanNya, pengenalan terhadap kenabian dan hal-hal yang sepertinya; ini
sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat:
بعيدا ضلال ضل فقد الخر واليوم ورسله وكتبه ملائكته و بالله يكفر ومن
Yang bermaksud “Dan sesiapa yang kufur terhadap Allah dan para malaikatNya,
kitab-kitabNya, para RasulNya, dan Hari Akhirat, maka sesatlah ia dengan
kesesatan yang sejauhnya (dari kebenaran)[2]
Dan keduanya kesesatan dalam ilmu-ilmu amaliah seperti ilmu tentang hukum-
hukum syara’ berkenaan dengan amalan-amalan ibadat.
Dan “kesesatan yang jauh” (“al-dalal al-ba’id”) isyarat kepada kekufuran seperti
yang tersebut dalam ayat yang di atas itu “sesiapa yang kufur”, dan ayat yang satu
lagi ialah ayat:
البعيد الضلال و العذاب في
Yang bermaksud: “Mereka itu berada dalam azab (di akhirat) dan kesesatan yang
sejauhnya (di dunia)”[3]
Dan ayat yang satu lagi ialah:
كبير ضلال في ال انتم ان
[Yang bermaksud: “Kamu tidak lain melainkan berada dalam kesesatan yang
besar.”[4]
السبيل سواء عن وضلوا كتيرا واضلوا قبل من ضلوا قد
Yang bermaksud:
Mereka telah sesat dahulunya dan menyesatkan ramai (orang lain) dan mereka itu
tersesat daripada jalan yang betul.”[5]
Kalau difahamkan bahawa kesesatan itu terdiri daripada dua jenis ini (bahagian
ilmu nazari dan ilmu ‘amali) maka kita boleh cerakinkan lagi kesesatan itu kepada
bahagian-bahagian seperti: akidah, ibadat, akhlak, dan hukum. Dan nampaknya
kesesatan itu ada kalanya menyentuh akidah sampai kepada kekufuran (na’udhu
billahi min dhalik), dan ada yang sampai kepada had sesat tanpa membawa kepada
kekufuran.
Tanpa menyentuh agama-agama lain selain daripada Islam, dengan memahami
Islam yang memandang dirinya sebagai agama sebenarnya dari Allah, maka
kesesatan yang dikaitkan dengan Islam, atau pemeluknya asalnya Islam, dalam
teks-teks klasik seperti “al-Farqun bainal-Firaq” oleh ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh,
“Maqalat al-Islamiyyin” oleh Abul-Hasan al-Asy’ari rd, “al-Milal wan-Nihal” oleh al-
Syahrastani rh, termasuk juga Ibn Khaldun rh dalam ‘al-Muqaddimah”nya, ada
beberapa jenis yang besar iaitu:
1. Mu’tazilah
2. Jabariah
3. Khawarij
4. Murji’ah
5. Syi’ah Rafidhah
6. Batiniah
Tanpa berpanjang kalam tentang golongan-golongan ini, kita boleh katakan
bahawa kebanyakan daripada firkah-firkah ini sekarang tinggal namanya sahaja,
dan ianya tidak berkembang; yang masih ada dengan namanya dan doktrinnya
ialah Syiah Imamiah dan juga pecahan-pecahan Syiah yang ghuluw atau pelampau.
Bagaimanapun trend-trend pemikiran firkah-firkah ini masih terdapat masakini
yang boleh mengancam akidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. Akidah yang terjamin
benar dan pemikiran yang terjamin benar adalah akidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah
dan pemikiran yang berkembang dalam “perimeter”nya secara selamat. Oleh itu
maka pengecaman tentang akidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah secara jelas dan nyata
serta pemikiran yang terasuh di dalam kawalannya sahaja yang boleh menjamin
seseorang daripada terjebak ke dalam kesesatan dari segi fahaman dan juga
amalan dan nilai-nilainya.
Mu’tazilah
mengajarkan bahawa hamba pencipta amalannya sendiri secara bebas merdeka,
dan ia diberikan ganjaran mengikut amalannya. (berbeza daripada Ahlis-Sunnah
yang mengajarkan manusia mengusahakan perbuatannya, atas usahanya itu ia
diberi balasan, dan manusia tertakluk kepada Qada dan Qadar)
mengajarkan kita tidak boleh berpegang kepada ijma’ ulama
mengajarkan sikap tidak mementingkan hadith (aliran anti hadith adalah percikan
pengaruh Mu’tazila)
mengajarkan sikap terlalu “rasional” dalam pendekatan agama (Ahlis-Sunnah pun
bersikap rasional dalam batasan-batasannya) tetapi bukan “terlampau
sebagaimana golongan Mu’tazilah.
tentang Tuhan mereka mengajarkan Allah melihat dengan ZatNya, berilmu dengan
ZatNya, mendengar dengan ZatNya demikian seterusnya (berlainan dengan Ahlis-
Sunnah yang mengajarkan Allah melihat dengan sifat melihatNya, berilmu dengan
sifat IlmuNya, mendengar dengan sifat mendengarNya demikian seterusnya).
Mengajarkan Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata kepala di akhirat (berlainan
daripada Ahlis-Sunnah yang mengajarkan Tuhan dilihat dengan mata kepala oleh
mu’minin di akhirat).
Jabariah
mengajarkan manusia tidak ada usaha dan ikhtiar
manusia seperti bulu ditiup angin (berbeza daripada Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan manusia ada usaha bukan di”paksa” melakukan sesuatu. Ia diberi
balasan mengikut usahanya; yang “menjadikan” amalan perbuatannya ialah Allah;
yang “mengusahakan” amalan itu ialah manusia).
Khawarij
orang yang melakukan dosa menjadi kafir (berbeza daripada Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan manusia menjadi fasik dengan melakukan dosa, bukan kafir, kecuali
ia mengharuskan dosa).
menganggap semua golongan selain daripada mereka halal darahnya.
Murji’ah
yang mengajarkan bahawa bila manusia beriman perbuatan dosanya tidak
memberi kesan (berbeza daripada Ahlis-Sunnah yang mengajarkan perbuatan itu
memberi kesan melemahkan iman)
Syiah
Syiah banyak cawangannya; semuanya berpunca daripada pendewaan mereka
yang melampau melebihi batas terhadap Ali rd. Antara akidah Syiah Imamiah yang
paling berpengaruh sekarang ini ialah:
ajaran mereka tentang imam maksum; bahawa dalam kalangan mereka ada 12
orang imam yang sirinya bermula dengan Ali rd, Hasan dan Husain rd dan
seterusnya sampailah kepada Hasanal-Askari dan Muhammad bin Hasan al-Askari
yang mereka percaya maksum semuanya dan melebihi nabi dan rasul dari segi
darjatnya. (Pada Ahlis-Sunnah yang maksum hanya nabi dan rasul bukan imam-
imam).
Ajaran tentang Mushaf Fatimah – iaitu Quran yang dikatakan mereka diwahyukan
kepada Fatimah selepas wafat Rasulullah s.a.w. dan Ali rd menjadi tukang tulisnya.
Isinya dikatakan tiga kali ganda besarnya daripada Mushaf Uthman rd. (Ijma’ dalam
Ahlis-Sunnah bahawa tidak ada Quran lain selain daripada Quran yang ada
sekarang yang terjamin dan terkawal oleh Allah sendiri seperti yang tersebut dalam
ayat yang bermaksud “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Quran yang
memberi peringatan dan sesungguhnya Kamilah Yang menjaganya”[6]) Ajaran ini
menyebabkan seseorang terkeluar daripada ajaran Islam.
ajaran mereka bahawa para sahabat rd menjadi murtad selepas wafat Rasulullah
s.a.w melainkan empat orang sahaja atau selebihnya tidak sampai sepuluh orang.
(Ini berlawanan dengan ajaran Ahlis-Sunnah yang mengajarkan para sahabat rd
orang-orang yang adil semuanya, dan mana-mana yang ada melakukan kesilapan
di kalangan mereka diampunkan, seperti yang diisyaratkan dalam hadith sahih
tentang ahli Badar dan juga hadith-hadith lain, selain daripara ayat Quran yang
menyebut “as-sabiqun al-awalun” terdiri daripada Muhajirin dan Ansar).
Ajaran mereka tentang ar-raj’ah iaitu manusia dihidupkan semula sebelum kiamat
untuk menerima balasan daripada imam mereka kemudian selepas itu baharu
mereka mati semula, lepas itu baharulah berdiri kiamat. (Tidak ada akidah demikian
dalam ajaran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah).
Ajaran mereka tentang taqiyyah, iaitu kepura-puraan sehingga dikatakan ada
riwayat di kalangan mereka bahawa Jaafar Sadiq ada menyatakan “Taqiyyah adalah
dari agamaku dan agama datuk nenekku” – iaitu dari Nabi Muhammad s.a.w. –
na’udhu billlahi mindhalik). (Dalam Ahlis-Sunnah diajarkan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersifat dengan sifat sidik, amanah, tabligh dan fatanah, dan
bukannya sifat taqiyyah yang bermakna kepura-puraan.
mereka mengajarkan nikah mut’ah diharuskan, dengan ada kelebihan-
kelebihannya. Nikah mut’ah ialah nikah seseorang dengan seseorang perempuan
dengan had masa tertentu, tanpa wali atau saksi. Ini dilarang dengan ijma’ dalam
umat ini dan ianya pernah berlaku beberapa waktu kemudian diharamkan oleh
Nabi s.a.w.
Batiniyah
Secara amnya golongan yang mengajarkan bahawa bentuk-bentuk amalan lahir
dan hukum lahir seperti sembahyang, puasa, haji dan seterusnya tidak mempunyai
makna apa-apa, boleh dilanggar, yang penting ialah hakikat batinnya. (Ini
berlawanan dengan Quran dan Sunnah serta ijma’ yang mementingkan lahir batin
kedua-duanya sekali).
Orang yang berpegang kepada ajaran yang membatalkan Syara’ ini terkeluar
daripada agama Islam, na’udhu billahi min dhalik. Imam al-Ghazali rd menyebut
dalam“al-Ihya’” bahawa golongan yang sedemikian lebih berat daripada kafir asli.
Ajaran-ajaran dan pemikiran-pemikiran sesat yang dikaitkan dengan tasawwuf:
Antaranya yang timbul dalam konteks Malaysia:
Ajaran Tuhan dalam diri berdasarkan kepada hadith qudsi “Dalam sirr itu Aku” dan
penafsirannya yang zindik (banding dengan hadith dalam “Ihya’” yang menyebut
“Tuhan dalam hatikamu”.
Ajaran bahawa manusia itu Tuhan, “dia Tuhan, kamu Tuhan, aku Tuhan, semua
Tuhan” dikatakannya itu hakikat.
Ajaran bahawa yang dilihat oleh mata ini “Tuhan belaka” didakwa kononnya itu
tasawwuf tinggi, ilmu hakikat.
Ajaran yang mengajarkan Syurga Neraka dalam diri, bahkan semua alam dalam diri,
tidak ada Syurga Neraka, tidak ada Arasy Kursi, dan lainnya.
Tidak ada kiamat, sebab takkan Tuhan bodoh hendak menghapuskan semua ini
selepas dijadikanNya.
Ajaran yang menyebut hukum Syara’ itu “kulit” tidak perlu dipatuhi oleh orang
muntahi yang “sampai kepada hakikat”. Dengan itu sembahyang, puasa, haji dan
sebagainya dan juga hukum haram halalnya tidak perlu diamal. Na’udhu billahi min
dhalik.
Ajaran yang mengajarkan Quran yang ada ini kertas sahaja, Quran sebenar Quran
hakikat dalam hati manusia.
Yang mengajarkan bila dalam suluk tidak wajib sembahyang Jumuat, sebab
“penyakit hati lebih berat daripada penyakit jasmani”.
Ajaran yang menyebarkan bahawa makna Quran yang sebenar ialah yang batin,
makna dalam tafsir seperti “Jalalain” tidak perlu dipakai, ijma’ ulama tidak perlu
dipakai. (Quran memang ada takwilnya sebagaimana yang disebut dalam “Lataif al-
Isyarat” oleh al-Qusyairi r.d. dan dalam “al-Ihya’” bab bacaan Quran oleh Imam al-
Ghazali r.d., tetapi maknanya yang ada dalam tafsir-tafsir yang diakui seperti
“Jalalain”, “Baidhawi”, “al-Jamal” dan lainnya wajib dipakai dalam perkara-perkara
yang wajib dan mesti diterima pakai.
Ajaran yang menyebarkan bahawa guru yang berkenaan seperti Khidhir, seperti
Musa mesti taat kepadanya maka murid mesti taat kepada “yang seperti Khidhir”
ini.
Ajaran yang menyebarkan bahawa kata-kata guru tertentu seperti Quran, kalau
melanggarnya seperti melanggar wahyu Quran.
Ajaran yang menyebarkan guru tertentu itu “bayangan Mahadi”, atau “akan
menjadi Mahadi”.
Ajaran yang menyebarkan bahawa kumpulan tertentu “jamaah sebenar” seperti
“jamaah Rasulullah” dan di dalamnya ada “orang-orang seperti sahabat-sahabat
Nabi” dan di dalamnya ada orang “seperti Abu Bakar”.
Ajaran yang menyebarkan ada orang tertentu yang ilmunya “seperti Nabi Yusuf”
mengetahui takwil tentang apa-apa yang berlaku.
Ajaran yang menyebarkan bahawa jamaah tertentu kalau orang keluar daripadanya
“akan mati murtad”, atau “mati munafiqin”, na’udhu billahi min dhalik.
Ajaran yang menyebarkan bahawa kalau seseorang balik ke kampung daripada
berada dalam sesuatu jamaah maka orang itu “murtad secara rohani”.
Ajaran yang menyebarkan ada di alamnya orang-orang seperti “Nabi Isa”, “Nabi
Musa”, “Khidhir” dan sebagainya.
Pemikiran berkaitan dengan Hukum
Ajaran yang menyebarkan bahawa “semua orang boleh berijtihad sendiri tidak
wajib ikut mazhab tertentu daripada mazhab-mazhab yang empat” seperti yang
tertera dalam kitab “Hal al-Muslim mulzam bi’t-tiba’ al-madhhab al-mu’ayyan
mina-Madhahib al-arba’ah” karangan Syaikh Muhammad al-Khojandi al-Ma’sumi.
Ajaran yang menyebarkan bahawa orang yang mengikut mazhab tertentu adalah
seperti Yahudi dan Nasara yang menjadikan “rahib-rahib dan pendita-pendita
mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah”[7].
Ajaran yang mengajarkan bahawa boleh seseorang melihat/membaca terjemahan
Quran dan terjemahan hadith dan kemudian membina hukum sendiri daripadanya
tanpa merujuk kepada kitab-kitab hukum Islam, apa lagi dengan ada internet yang
boleh didapati terjemahan Quran dan hadith daripadanya dengan mudah.
Ajaran yang menyebarkan bahawa memadai difahami usul al-din daripada
terjemahan Quran dan hadith secara bersendirian tanpa mempelajari usul-al-din
bahkan bid’ah sebab Nabi s.a.w. dan para Sahabat tidak mengajar usul al-din.
Ajaran yang menyebarkan bahawa amalan-amalan wirid, tahlil beramai-ramai, dan
lain-lain sebagainya yang ada dalam mazhab Syafi’i antaranya (disebut Syafi’i sebab
ini mazhab di Nusantara) adalah bid’ah dhalalah yang menepati maksud hadith
yang bermaksud “semua yang dhalalah dalam Neraka”.
Ajaran yang disebarkan bahawa tasawwuf adalah bid’ah dan tidak ada dalam Islam
serta tidak diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para Sahabat dan orang-orang salaf yang
soleh.
Ajaran yang disebarkan bahawa orang-orang yang hidup tidak sampai pahala
amalannya kepada si mati walaupun diniatkan untuk mereka, kerana ini
berlawanan dengan ijma’ sebagaimana yang disebut dalam “Mausu’atul-Ijma’”
karangan Sa’di Abu Jaib dan dalam “Majmu’ Fatawal-Kubra” oleh Ibn Taimiyah
dalam “kitab al-Jana’iz” jilid 3.
Pemikiran Moden Yang Menyesatkan Dari Perspektif Islam
Sekularisme:yang mengajarkan pemisahan total antara hidup jasmani dan rohani,
keagamaan dan keduniaan. Memang ada yang bersifat keduniaan antara kegiatan-
kegiatan manusia tetapi semuanya terletak di bawah kawalan hukum agama.
Materialisme: yang mengajarkan hakikat sebenar yang ada hanya benda sama ada
dalam erti fisik klasik sesuatu yang bertempat dan ada beratnya atau fisik quantum
yang mentakrifkan benda sebagai gelombang (waves) atau zarah (particles). Benda
memang ada tetapi hakikat tertinggi adalah bukan bersifat material, seperti Tuhan
dan alam ghaib yang memang ada, dan dalam agama ianya lebih realistik daripada
alam benda.
Pascamodenisme: yang mengajarkan semuanya nisbi, tidak tetap mutlak dan
menentu, meta-naratif dalam bentuk agama-agama besar tidak berguna, dan nilai-
nilai baik dan buruk tidak boleh dipakai. Ini menyanggahi akidah Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan ada ajaran yang mutlak yang tidak berubah-ubah seperti Tauhid,
wahyu, kenabian, dan akhirat, ada bentuk-bentuk ibadat yang tetap dan pasti, ada
yang baik dan buruk yang tetap dan tentu.
Saintisme: yang mengajarkan hanya teori-teori dan penemuan-penemuan sains
sahaja yang boleh dipakai sebagai ilmu yang benar, yang lain yang bercanggah
dengannya seperti kenyataan-kenyataan dalam ajaran agama dan teks-teks suci
mesti ditolak atas alasan bercanggahan dengan sains dan teori-teorinya. Ini
bercanggah dengan epistemologi atau faham ilmu Sunni yang mengajarkan adanya
tempat yang wajar untuk sains dalam skemanya tetapi kebenaran-kebenaran yang
mutlak dalam agama dan wahyu bukan bidang yang boleh dihakimi oleh sains dan
teori-teorinya.
teori-teori tentang asal usul manusia dan agama dalam kaji sosial (sosiologi)– ini
yang perlu diawasi.
teori-teori dalam sains seperti evolusi dan yang sepertinya yang perlu diawasi,
termasuk kenyataan-kenyataan tentang tenaga (energy), dan benda (matter).
teori-teori psikologi seperti konsep seks yang menentu segala dalam fahaman
Sigmund Freud, penafsiran pengalaman jiwa oleh Carl Jung dan yang sepertinya
yang perlu diawasi. Kita boleh mempelajarinya untuk bahan bandingan tetapi
untuk menjadi pegangan diperlukan pengamatan yang tajam dan kewaspadaan
intelektuil yang tinggi.
Empat Wacana Agung Yang Menentukan di Nusantara
Sebagaimana yang saya telah nyatakan dalam pertemuan Dunia Islam Dunia
Melayu di Melaka baharu-baharu ini[8], demi untuk menjaga jati diri Sunni
Nusantara di kalangan Muslimin rumpun Melayu ini, kebenaran pegangan dan
amalan mereka serta keseragaman identiti intelektuil dan aksiologi atau faham
nilainya, maka perlu diteruskan tiga wacana agung, dengan tambahan-tambahan
seperlunya mengikut suasana yang dihadapi:
Segi akidah semenjak awal lagi kita dipandu oleh wacana intelektuil dan rohani
Sunni dengan ajaran Imam Abul-Hasan al-Asy’ari rd – dengan tambahan-tambahan
seperlunya sesuai dengan perkembangan pengetahuan semasa.
Segi hukumnya kita dipandu oleh wacana ilmu oleh Imam Syafi’I r.d. dengan
tambahan-tambahan seperlunya.
Segi kerohanian dan akhlak kita dipandu oleh wacana agung Imam al-Ghazali r.d.,
dengan tambahan-tambahan seperlunya.
Keempatnya saya hendak menambah sebagai syor, iaitu untuk pemerkasaan hidup
budaya dan tamadun kita berusaha untuk dipandu oleh wacana agung Ibn Khaldun
r.h. dengan ‘al-Muqaddimah’nya, dengan tambahan-tambahan seperlunya.
Dengan berpandukan Quran dan Sunnah dan wacana-wacana agung ini serta
dengan tambahan-tambahan ilmu pengetahuan dan teknologi semasa yang kita
pilih untuk kemanfaatan kita, kita akan selamat dalam menjaga kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat. Allahuma amin.
Cadangan-Cadangan
Perlu disebarkan akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah dengan huraian-huraian yang
senang diterima dan berkesan untuk semua golongan sasaran baik di kalangan
orang awam dan juga kalangan akademik dan media serta pelajar.
Saluran pendidikan ini ialah melalui sistem pendidikan dan juga media dan
pemanfaatan institusi-institusi seperti masjid-masjid dan persatuan-persatuan
belia.
Pendedahan epistemologi Sunni atau faham ilmunya secara menyeluruh perlu
diberikan dalam seminar-seminar dan yang sepertinya pada peringkat negeri,
kebangsaan, bahkan serantau, demi untuk memandu umat ini dalam berpegang
Kesimpulan:
Sebagai kesimpulannya, inilah makna kesesatan dan ciri-ciri ajaran sesat dalam
konteks Islam Sunni yang perlu diketahui dan disedari dalam bentuk-bentuk klasik
dan modennya. Maka perlu dibentuk kewaspadaan intelektuil yang tinggi di
kalangan umat Islam demi untuk menjaga kebenaran dan kesahihan pegangan,
amalan dan pemikiran mereka dalam menghadapi hidup yang mencabar termasuk
cabaran globalisasi yang bukan sahaja akan mengubahkan wajah hidup kita dalam
ekonomi dan pengetahuan tetapi juga dalam masalah akidah dan pegangan kalau
tidak dihadapi dengan baik dengan izin Ilahi. Allahumman amin.