The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam. Koleksi tulisan Dr Muhammad Uthman el Muhammady

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-02-23 20:16:22

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam. Koleksi tulisan Dr Muhammad Uthman el Muhammady

Keywords: uthman el muhammady

Wallahu a’lam.
Nota hujung:
[1] al-Mufradat h.306-308
[2] Surah an-Nisa: ayat 8
[3] Surah Saba: ayat 8
[4] Surah Mulk: ayat 9
[5] Surah Al Ma’idah: ayat 77
[6] Surah Al-Hijr: ayat 9
[7] Surah at-Taubah: ayat 32
[8] Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam, 18-21 Oktober 2000
Dikirim dalam artikel. Leave a Comment »
Puisi Ustaz Uthman El-Muhammady: Sempena Mengingati Syaikh Muhammad
Arsyad Al-Banjari
Jun 15, 2013 — akarimomar

‫الرحيم الرحمن الله بسم‬
‫الكريم رسوله على ونصلى نحمده‬

MARTABAT TUJUH

OLEH:

MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY

Nota ini, insya' Allah, akan membicarakan dengan ringkas, setakat memadai, tajuk
'Martabat Tujuh" sebagaimana yang terkenal dalam teks-teks Melayu-Jawi, dan
dalam kalangan ahli persuratan dan ulama di Dunia Melayu, dan mengaitkannya
pula dengan unsur-unsur yang ada dalam setengah penulisan tasauf yang ada
dalam kalangan Ahlis-Sunnah wa'l-Jama'ah, dengen menyebut ciri-ciri dan dasar-
dasarnya. Kemudian akan dibicarakan kedudukannya dalam konteks fahaman ilmu
atau epistemologi Ahlis-Sunnah, adakah ia mempunyai 'tempat' yang memang
sesuai baginya, yang perlu dibicarakan oleh mereka yang tertentu yang mempunyai
persiapan-persiapan tertentu, ataupun, sebaliknya, ia sesuatu yang perlu dilupakan
dan ditiadakan dalam wanaca keagamaan Dunia Melayu yang berpegang kepada
Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah semenjak dahulu sehingga sekarang, walaupun ada
usaha untuk 'menyemak'nya oleh setengah kalangan. Dahulunya tajuk ini
dibicarakan oleh kalangan mereka yang dikirakan 'ahli' sebenarnya; tetapi sekarang
isu ini sudah 'keluar' daripada 'tempat'nya, dan dibicarakan oleh 'semua' pihak.
Oleh itu timbullah keperluan untuk membicarakannya.Penulis ini yang tidak
memandang dirinya ahli dalam bidang ini, tetapi yang bergantung kepada para
ulama yang muktabar dan hasil-hasil para penyelidik bidangnya, mengharapkan
perbincangan ini berlaku dalam keadaan 'fikiran yang dingin' dan sejahtera, demi

untuk mencapai sesuatu yang jernih dan menyelamatkan, tanpa melanggar adab-
adab yang dikehendaki terhadap ilmu dan para ulama, Allah memberi rahmat
kepada mereka.Amin. "Input-input" yang berguna amat dialu-alukan untuk
menyempurnakan perbincangan bersama.

Tasauf Di Dunia Melayu

Imam al-Ghazali rd dalam kitab Ihya' 'Ulumi'd-Din yang terkenal itu membahagikan
tasauf kepada dua bahagian, iaitu tasawwuf mu'amalah dan tasauf mukasyafah.(1),
yang mu'amalah ialah berkenaan dengan isu-isu seperti bersuci, beribadat, sifat-
sifat yang buruk yang perlu dihilangkan daripada diri dan sifat-sifat yang baik yang
perlu dijadikan perhiasan diri. Demikian pula di dalamnya termasuk soal-soal
kehidupan seperti nikah-kahwin, usaha mencari rezeki yang halal, kehidupan
berjiran, dan persoalan-persoalan yang sedemikian.

Perkara-perkara yang dimasukkan ke dalam bidang 'mukasyafah' ialah perkara-
perkara yang menyentuh hakikat-hakikat tentang roh dan jiwa, hakikat ketuhanan,
hubungan Tuhan dengan alam, hal-ahal alam yang kekal abadi yang selain daripada
fardu 'ain dalam pembicaraan.Maka boleh dik,atakan bahawa pembicaraan
tentang 'Martabat Tujuh' ini adalah termasuk ke dalam bahagian atau bidang yang
disebut 'mukasyafah' itul,

Dalam hubungan dengan perkembangan Islam di Dunia Melayu, nampaknya dalam
beberapa abad awal perkembangan itu situasinya berkebetulan dengan masa
perkembangan tasawwudf dan tarikat-tarikat dalam erti yang biasa dimengerti. Ini

adalah selain daripada hakikat bagaimana amalan-amalan rohaniah itu memang
sudah ada pada zaman awal lagi, dan berkembang dengan baiknya, sebagaimana
yang disebutkan oleh ibn Khaldun dalam al-Muqaddimahnya dan juga oleh ulama
sufi dalam teks-teks mereka yang terkenal seperti Risalah al-Qushairiyyah dan
Kashf al-Mahjub antara yang sekian banyaknya itu. Imam al-Ghazali rd menulis
kitab berkenaan dengan tasawwuf yang menyentuh soal-soal akhlak dan
pembentukan rohani secara 'moderat' mengikut setengah pihak, bagaimanapun ia
menulis pula teks-teks seperti Mishkat al-Anwar misalnya, dan Tahafut al-Falasifah
serta juga al-Maqsad al-Asna yang menghuraikan makna-makna yang sangtat
dalam tentang Nama-Nama tuhan.Beliau meninggal dalam tahun 1111 , dan ibn
'Arabi rd yang banyak mempengaruhi para sufi kemudian, dengan al-Futuhat al-
Makkiyyahnya dan Fusus al-Hikamnya meninggal tahun 1240; manakala Shaikh
'Abd al-Qadir al-Jilani rd meninggal dalam 1166, dan Shaikh Abul-Hasan al-Shadhili
rd meninggal dalam tahun 1258. Dan Islam yang berkembang di Dunia Melayu
nampaknya banyak menunjukkan pengaruh tasauf dan amalannya. Dengan itu
nampaknya tasauf merupakan sesuatu unsur yang sangat penting dalam
perkembangan Islam di rantau ini.(2)

Nampaknya sebutan tentang "Martabat Tujuh" ini dikaitkan dengan nama Hamzah
Fansuri dan muridnya Syamsuddin al-Sumatrani atau Syamduddin Pasai, serta juga
'Abdur-Rauf Singkel yang hidup yang bergiat di Acheh dalam abad ke 16 dan ke
17.(3) Hamzah Fansuri mengeluarkan fahamannya dan pengelamannya melalui
tulisan prosa dan puisi, dan ia muncul sebagai ahli puisi sufi yang teragung di rantau
ini. Dalam karangan-karangannya ia mengeluarkan kata-kata yang menyatakan
tentang 'keesaan yang wujud' ('wihdatul-wujud') yang terkait dengan nama ibn

'Arabi rd yang terkenal itu. Nampaknya ia mengamalkan tarikat Qadiriyyah dan
mungkin juga ia 'khalifah' tarikat yang berkenaan.

Pengarang yang terkenal seorang lagi di Acheh ialah Shamsuddin Pasai (men.1630)
yang mengharang dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu; beliau tidak muncul
sebagai penggubah puisi tetapi tulisannya lebih sistematis, dan memberi huraian
tentang ajaran metafisika yang sama dengan gurunya tentang 'keesaan yang
wujud'. Pada van Bruinessen nampaknya beliau pengarang yang pertama dalam
Dunia Melayu memberi huraian berkenaan dengan martabat tujuh ini , yang
merupakan adaptasi daripada teori ibn 'Arabi tentang emanasi atau 'faid' dari
Tuhan yang popular di rantau ini.(4) Dalam hubungan dengan ini mungkin beliau
mengikuti contoh pengarang Gujerat Muhammad b.Fadl Allah al-Burhanpuri yang
menghuraikan doktrin yang sama dalam Tuhfah al-Mursalah ila Ruh al-Nabi , yang
siap digubahnya pada 1590, dan kemudian menjadi popular di kalangan Muslimin
Dunia melayu.(5)Mungkin beliau mengenali kitab ini di Acheh, atau di Makkah, atau
di India. Burhanpuri beramal dengan tarikat Shattariyyah, dan selepas meninggal
Shamsul-Din tarikat itu menjadi popular dari kalangan mereka yang pulang
daripada menunaikan haji.

Mungkin boleh ditambah beberapa maklumat berkenaan dengan teks-teks
karangan Syams al-Din Pasai ini.Antaranya ialah: Jawhar al-Haqa'iq (30 halaman
dalam Bahasa Arab), karyanya yangpaling lengkap, disunting oleh Van
Nieuwenhuijze, yang membicarakan martabat tujuh dan jalan mendampingi diri
sengan Tuhan; kitab Risalah Tubayyin Mulahazat al-Muwahhidin wa al-Mulhidin fi
Dhikr Allah (berbahasa Arab), lapan halaman, diedit oleh Van Nieuwenhuijze,

mengandungi huraian tentang perbezaan antara kaum yang berpegang kepada
tauhid yang benar dan kaum yang mulhid; kitab Mir'at al-Mu'min (70 halaman)
dalam Bahasa Melayu, menjelaskan keimanan kepada Allah, RasulNya, kitab-
kitabNya, para malaikatNya, akhirat, qada'Nya, dalam akidah Ahlis-Sunnah wa al-
Jama'ah (mengikut Imam Asy'ari dan Maturidi rd). Kitab Sharah Ruba'I Hamzah
Fansuri, 24 halaman berbahasa Melayu, menjelaskan pengertian wihdatul-wujud.
Kitab Syarah Sya'ir Ikan Tongkol (20 halaman, dalam Bahasa Melayu),ulasan 48
baris syair Hamzah Fansuri yang mengupas nur Muhammad dan cara mencapai
fana' fi'Llah. Kitab Nur al-Daqa'iq (dalam 9 halaman, berbahasa Melayu,
ditranskripsi oleh A.H. Johns (1953) huraian tentang rahasia ma'rifat , dalam
martabat tujuh. Kitab Tariq al-Salikin (18 halaman, berbahasa Melayu),
menjelaskan istilah-istilah seperti wujud, 'adam, haqq, batil, wajib, mumkin,
mumtani', dan yang sepertinya. Kitab Mir'at al-Iman atau Bahr al-Nur,12 halaman,
berbahasa Melayu, membicarakan ma'rifah, roh, dan martabat tujuh.Kitab al-
Harakah , 4 halaman, ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Melayu,
membicarakan ma'rifah atau martabat tujuh.(6)

Kemudian ulama yang terkenal yang menentang Shamsu'l-Din Pasai dan Hamzah
Fansuri ialah Nuru'l-Din al-Raniri rh, dan mungkin akibat penentangannya yang
teruk, ia terpaksa meninggalkan bumi Acheh.

Shaikh Nurul-Din menuduh ajaran Hamzah Fansuri sebagai 'panteisme' dan
membandingkannya dengan falsafah Vedanta Hindu dan ajaran Buddha Mahayana
di Tibet.(7)

Seorang ulama basar Acheh ialah 'Abdul-Ra'uf Singkel rh (1615?-93) .Beliau berada
di Mekah dan Madinah selama 19 tahun kemudian kembali ke Dunia
Melayu.Nampaknya para penduduk ranrau ini sangat ramai menunaikan haji
berbanding dengan para penduduk rantau lain walaupun jarak mereka dengan
Mekah adalah jauh. Dan dengan adanya masyarakat mereka di sana yang kuat
perpaduannya, maka pengaruh ulama Mekah besar di rantau ini. Antara ulama di
sana yang berpengaruh di rantaum ini ialah Ahmad al-Qushashi rh, Ibrahim al-
Kurani rh, dan anak Ibrahim bernama Muhammad Tahir yang berada di Madinah.

Pada pendapat van Bruinessen (8) Qushashi (men.1660) dan Kurani (men.1691)
merupakan sintesis tradisi India dan Mesir yang berupa warisan kesarjanaan fikh
dan tasawwuf Zakaria al-Ansari rh dan 'Abd al-Wahhab al-Sha'rani rh di satu pihak
dan perlibatan dengan pengambilan bai'ah dalam tarikat-tarikat dari India
terutamanya Shattariyyah dan Naqswhabandiah di satu pihak lainnya. Katanya
tarikat-tarikat ini diperkenalkan oleh Shaikh Sibghatullah yang menetap di
Madinah dalam tahun 1605.Kurani pula , yang ia adalah seorang bangsa Kurdi,
mempunyai kemahiran dalam sastera berbahasa Parsi dari India, danj selain
daripada kepakarannya dalam hadith beliau mempunyai minat yang mendalam
tentang metafisika. Dalam menghadapi kontroversi-kontroversi, maka ulama India
berpaling kepadanya untuk mendapat bimbingan. Demikian pula orang-orang
Dunia Melayu. Kerana permintaan mereka maka ditulisnya syarah terhadap kitab
Tuhfah al-Mursalah mengikut cara fahaman Ahlis-Sunnah wa al-jamaah. (9)

Beberapa generasi lamanya orang-orang Dunia Melayu mempelajari ilmu agama di
Semenanjung Arab dengan ulama yang datang selepas daripada Kurani, dan
mereka menuntut bai'ah dalam tarikat Shattariyyah, kadang-kadang dengan
kombinasi tarikat-tarikat lainnya. Maka melalui tarikat Syattariyyahlah idea-idea
metafisika sufi dan pembahagian-pembahagian atau klasifikasi berdasarkan ajaran
martabat tujuh menjadi sebahagian daripada kepercayaan Orangt-Orang Jawa
yang popular.

Hampir-hampir seabad kemudian Orang-Orang Dunia Melayu di negeri Arab
sangat tertarik kepada Syaikh Muhammad bin 'Abd al-Karim al-Samman rh
(men.1775) di Madinah, yang sangat dipercayai mempunyai keberkatan yang
sangat besar, bertugas sebagai penjaga makam Nabi salla'llahu 'alaihi wa sallam
dan mengarang beberapa buah kitab tentang metafisika sufi; beliau berpengaruh
kerana ia pengasas tarikat Sammaniyyah; banyak kisah-kisah 'manakib' yang
menunjukkan kekeramatannya, yang tersebar di Dunia Melayu.

Murid Syaikh Muhammad bin 'Abd al-Karim al-Samman yang terkenal sekali di
Dunia Melayu ialah Syaikh 'Abd al-Samad al-Falimbani rh yang menulis beberapa
buah kitab, antara yang terkenalnya ialah Siyar al-Salikin 'ila 'ibadati Rabbil-'Alamin
yang berdasarkan kepada isi kandungan Ihya' Imam al-Ghazali rd. Selepas
meninggalnya Syaikh Samman rh ia digantikan oleh khalifahnya Siddiq bin 'Umar
Khan. Maka tersebarlah tarikat itu dengan meluasnya.

Kitab-kitab yang ada mempunyai huraian-huraian tentang metafisika ini disebutkan
oleh Syaikh 'Abd al-Samad palembang rh dalam teksnya Sayr al-Salikin dalam jilid

3.Antaranya ialah teks-teks karangan ibn 'Arabi rd seperti Futuhat al-Makkiyyah
dan Fusus al-Hikamnya yang disebutkannya sebagai teks untuk orangt-orang
muntahi atau yang berada pada tahap penghabisan dalam perjalanan rohani.

Al-Manhalu's-Safi[ fi Bayani Rumuzi Ahli's-sufi]:

Antara teks-teks tentang metafisika sufi yang boleh disebutkan secara tepat
sebagai beraliran 'martabat tujuh' ialah Kitab al-Manhali's-Safi yang kuat dikatakan
ia karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.Antara ulama yang mengajar kitab itu kepada
mereka yang dikirakan sesuai untuk mendengarnya ialah alm haji 'Abd al-Rahman
di Wakaf Baru, Kelantan. Saya sendiri pernah beberapa kali bercakap
dengannya.Allahumma yarhamuh. Beliau mengajar kitab Hikam [yang dinisbahkan
kepada To' Pulau Manis] dan juga al-Manhalus-Safi dan beliau menerangkannya
mengikut apa yang diterimanya daripada To' Syafi' Kedah rh.Oleh kerana teks ini
masih senang didapati sekarang dan ada tersesbar dalam masyarakat maka saya
gunakan teks ini untuk perbincangan ini. Yang menarik laginya ialah teks ini ada
nota-nota pada tepi beberapa halaman yang menunjukkan bahawa ia telah
dijadikan teks untuk pengajian.

Isi kandungan maklumat tentang martabat tujuh dalam teks ini ialah seperti
berikut (berdasarkan kepada MS yang ada pada saya, kerana yang tercetaknya
tidak ada pada aya sekarang).Dalam naskah yang ada pada ayahanda Syaikh Ahmad
al-Fatani sebagaimana yang diberitahu oleh rakan kita Wan Mohd Shaghir
Abdullah, melalui saudara Zaidi Mohd Hasan, Allah membalas kebaikan kepada

mereka, amin, karangan itu ialah memang karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.MS
yang ada pada saya ini bertarikh 1302 H. tertulis oleh Syihab al-Din bin Ismail syin
ya (?), di tulis namanya dengan huruf berasing-asingan tidak disambungnya, di
Makkah al-Mukarramah.Ia terdiri daripada 15 folio.

Pada folio 1 katakanlah 1B selepas mukadimah dengan basmalah, hamdalah, dan
salawat, katanya…"bahawasanya adalah bagi segala kaum penghulu ahli al-saufi itu
beberapa istilah mereka itu yang tiada mengetahui akan dia melainkan
ahlinya.Maka tiada harus [bagi] yan g bukan ahlinya itu mentelaahkan segala kitab
mereka itu kerana yang tiada mengetahui akan kehendaknya diambilnya atas zahir
perkataan mereka itu maka membawa' kepada kufur; sebab itulah diharamkan
metala'ah segala kitab mereka itu [mereka] yang bukan ahlinya, seperti kata Syaikh
Muhyi'l-Din ibn al-'Arabi radiya'Llahu 'anhu, nahnu qaumun tahrim mutala'ati
kutubina …ertinya bahawasanya adalah kami sduatu kaum yang haram
mentala'ahkan segala kitab kami' yakni apabila tiada tahu akan segala istilah
mereka itu.

Katanya:

Maka sayugianya jangan kita memudah-mudahkan segala perkataan mereka itu
dengan ilham Tuhan mereka itu.Maka kebanyakan segala kitab mereka itu dengan
mutasyabihat tiada dapat bagi segala orang yang ahli al-zahir mengambil dengan
zahir katanya [yang pada zahirnya itu] menyalahi syariat dan hakikatnya sekali-kali
tiada menyalahi batin syariat ; maka wajib atas murid apabila yang tiada tahu akan
kehendak mereka itu ia menyerahkan segala perkataan mereka itu kepadanya,

jangan ia meng(ing)karkandia dan jangan menyalahkan dia sepertim kata Syaikh
Abul-Hasan al-Syadhili (rd);

‫صغرى ولية علمنا فى التصديق‬

Maka bermula orangn yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil

Katanya

Maka setengah daripada istilah mereka itu 'huruf aliyat' yang lagi akan datang
kenyataannya dua bait syair karangan Syaikh Muhyi al-Din ibn al-'Arabi, dan
demikian lagi seperti kata tilmidh (atau murid)nya dan khalifahnya Sadr al-Din [al-
Qonyawi] Buni, 'wa ra'al-haqq mir'ah' yura' yang lagi akan datang kenyataannya
beberapa banyak.Maka apabila engkau ketahui akan perkataan segala ahli saufi
dengan isyarat jua, maka ta' dapat tiada daripada kita ketahui akian
isyaratnya.Maka sekaranglah hamba nyatakan:

Ketahui olehmu bahawasanya adalah bagi Hak Subhanahu wa Ta'ala itu beberapa
martabat [pada sisi pandangan rohaniah dalam kesedaran para 'arifin, bukan pada
falsafah yang ditanggapi dengan lamunan otak atau minda-ujem] pertama Ahadiah,
maka (1B)

Ahadiah

Iaitu martabah 'la ta'ayyun', iaitu 'kunhi zat' [iaitu semata-mata Zat Allah ta'ala
tiada lainnya], kedua 'wahdah' [di]namakan dia 'ta'ayyun awwal' yaitu ibarat
daripada ta'luk IlmuNya akan ZatNya dan akan sifatNya dan akan segala yang
maujudat atas jalan ijmal, maka dinama akan dia Hakikah al-Muhammadiyyah
[bukan nabi Muhammad s.a.w. yang di Mekah dan Medinah secara zahir itu], ;
ketiga wahidiyyah dinama akan dia 'ta'ayyun thani', yaitu ibarat daripada ta'aluk
ilmuNya akan ZatNya dan segala SifatNya dan segala maujudat atas jalan tafsil
[terperinci satu demi satu, tetapi masih dalam Ilmu Allah yang Kadim dan azali],
dan dinamakan dia hakikat insaniah [tidak bersangkut dengan manusia itu lagi,
sebab ini beluam ada apa-apa].Maka ketiga[-tiga] martabat ini [martabat Ahadiah,
Wahdah dan Wahidiyyah] itu kadim lagi dinamakan martabat keTuhanan.

Katanya:

Dan adalah [ia, yang dikatakan martabat keTuhanan, belum ada apa-apa yang lain
itu] diu[m]pamakan 'ilman martabat Ahadiyah seperti kertas yang lapang, yang
tiada di dalamnya suatu kaid jua [tak ada kaitan dengan apa-apa], demikian
rupanya O .Sebab inilah dinamakan 'martabat itlak' yakni lepas daripada ada
sesuatu dan 'la ta'ayyun'.[Dikatakan demikian] dengan sebab tiada ada nyata
sesuatu juapun .

Wahdah

Katanya:

Dan mithal pula akan martabat wahdah itu u[m]pama noktah di dalam da'irah [atau
bulatan] yakni titik yang satu demikian rupanya . , maka noktah itu asal bagi segala
huruf, yakni menerima lagi mengandung segala huruf yang hendak disuratkan,
tetapi ijmal di dalamnya yakni berhimpun di dalamnya tiada ada kenyataan huruf,

Wahidiyyah

Dan mithal pula akan martabat wahidiyyah itu u[m]pama 'alif' asatu huruf yang lain
yang nyata dalam dairah [atau bulatan] demikian rupanya O [maka dibuat rajah
bulatan ditengah-tengahnya ada alif], maka alif itu kesempurnaan noktah yang
ijmal lagi ta'ayyun yang nyata sekira-kira tiada menerima paling lagi, sebab itulah
dinamakan ta';ayyun thani', kerana noktah itu ta'ayyun awal, dan alif itu ta'ayyun
thani , demikianlah mithal bila tashbih, walillahi'l-mathalul-a'la [ayat Qur'an surah
al-Nahl ayat 60].
Katanya;

Dan demikian lagi [di]mithalkan pula oleh setengah ulama akan ketiga martabat
itu supaya me[ng]hampirkan [kepada] faham kita , maka martabat ahadiyah itu
seu[m]pama zihin [atau fikiran atau minda] kita tatkala sunyi ia daripada
musta'kalkan sesuatu yakni merupakan suatu [dalam fikiran itu minda itu], maka
dikatakan 'la ta'ayyun'.Maka apabila memulai engkau pada musta'kal kan sesuatu
maka dinamakan ta'yyun awal' dan apabila [di]lanjutkan (folio 2A)

ta'akul itu, lagi berkekalan pula ia dinamakan ta'ayyun thani ; maka adalah dua
martabat ini [dalam syuhud orang yang 'arif dalam pandangannya yang tinggi itu]
yaitu wahdah dan wahidiyyah ibarat daripada dairah [atau lingkungan] ilmunya
yang kadim; maka dari kerana inilah [maka] dinamakan dia 'a'yan thabitah' ['ain-
'ain yang tetap dalam ilmu Allah yang kadim dan azali belum tercipta lagi]; maka
ertinya 'a'yan thabitah' itu barang yang sabit di dalam ta'aluk ma'lum ilmuNya Allah
ta'ala pada azalnya, tiada ada di sana itu melainkan ZatNya [semata-mata] dan
segala SifatNya yang kadim jua.

A'yan Thabitah

Tentang a'yan thabitah itu katanya:

Maka a'yan thabitah itu [ialah] barang yang tiada mencium bau wujud, yakni belum
lagi keluar daripada kalimah 'kun', maka apabila dikehendaki akan wujudnya, maka
dikhitabkan kepada a'yan thabitah dengan [seolah-olahnya-uem] dijadikan kuat
pendengaran daripadanya dan dilafaz 'kun' maka jadilah seumpama yang a'yan
thabitah itu dengan Kodrat Allah subahanahu wa ta'ala , maka dinamakan dia
kemudian daripada wujud khitab itu a'yan kharijiyyah; maka adalah ia muhdath
[baharu], yang baharu, kerana athar [atau bekas, kesan] Kodrat yang kadim.Maka
jangan engkau sangkakan a'yan kharijiyyah yaitu daripada a'yan thabitah, kerana
a'yan thabitah itu tiada mencium bau wujud sekali-kali lagi kadim, betapa ia
menerima keluar , maka betapa jadi hadath [atau hadith, baharu], , maka
hanyasanya yang a'yan kharijiyyah itu 'bayan' bagi a'yan thabitah.

Dan adapun a'yan thabitah itu ka'in,[ada], yakni tetap ada iaitu, sabit, berkekalan
seperti adaNya jua, kerana ma'lim ilmuNya itu tiada bercerai daripada ZatNya,
seperti tiada bercerai segala sifatNya yang kadim.Demikian difahamkan perkataan
ini.

A'yan Kharijiyyah

Tentang a'yan kharijiyyah, katanya:

Dan adalah a'yan kharijiyyah itu martabat 'ubudiyyah, yakni kehambaan, dan
adalah martabat ta'ayyun awwal dan ta'ayyun thani makam anbia' dan aktab [para
wali kutub], yang dapat mawarinya (?) daripada mereka itu daripada kadarNya
dan pada dapat ia pandangkan wahdah di dalam kathrah [pandang yang satu dalam
yang banyak dalam pendangan kerohanian] ialah makam [atau darjah kerohanian]
orang yang taraqqi [orang yang mendaki] yakni memandang Allah ta'ala di dalamk
tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti hulul, seperti Tuhan 'meresap' ke dalam
sesuatu, sebab Tuhan bukan benda], seperti kata ahli'Llah, 'ma ra'aitu shai'an illla
wa ra'aitu'Llaha fihi': ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang
Allah padanya'.Maka tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan
pelbagainya makhluk itu] akan memandang keesaan Allah t'ala (folio 2B)

Dan dapat pula memandangkan 'kathrah' di dalam wahdah, yaitu makam orang
yang tanazzul, yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di
dalam wahdah , yakni Tuhan yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang
'arif yang kamil mukammil [yang sempurna segi rohani dirinya dan boleh

menyempurnakan orang] itu daripada menilik keduanya kerana kathrah itu tidak
dapat tiada daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni menjadi
merdeka tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu
mempunmyai sifat dan asma' dan af'al yang memnyabitkan athar Kodrat dan
Iradah yang menyabitkan kathrah yaitu wujud segala alam.

Selepas itu, katanya tentang kata-kata ibn 'Arabi:

Maka apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkauketahui pula akan kata-
kata Imam al-'Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-'Arabi di dalam kitab Manazil al-
Insaniyyah,demikian bunyinya: [dalam] syair: 'kunna hurufan 'aliyat …(tak terang)
…ertinya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu
Tuhan yang kadim dan azali sebelum dicipta olehNya ala mini], belum lagi dijadikan
akan kita dengan firmanNya 'kun', dan adalah kita muta'allaq [bergantung
bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai] dengan segala
kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf Ilmu Tuhan kita
[yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita], masing-masing, dan bercerai-cerai
mahiyyahnya, dan itu adalah dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak
aku-engkau di dalamnya, dan kami dan engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian
pada 'huwa' itu Ia jua.

Lepas itu katanya;

Maka tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma'rifat dan mengenal
Tuhan sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh

dengan katanya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum
lagi dijadikan akan kita ini, yakni telah adalah kita pada azal beberapa haqa'iq
ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang thabit sekelian kita di dalam ilmu hak
ta'ala belum lagi kita dijadikan… kerana adalah bagi tiap-tiap yang maujud (folio
3A)…

Itu ada dengan 'mahiyyah' kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan
hukumnya dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma'lum ilmu [Tuhan] yang kadim,
dan dikehendaki dengan katanya 'dan adalah yang demikian itu di dalam kepala-
kepala segala bukit', yakni di dalam ta'ayyun awal, yang dinamakan dia martabat
wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya,

Katanya lagi:

Dan yang dikehendaki dengan katanya 'aku engkau di dalamnya dan kami engkau
dan engkau ia' itu, yakni daripada pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza
setengah daripada setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu
engkau jua dan ia ia jua, misalkan yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti
air digugurkan ke dalam laut, maka tatkala itu adalah kita dapat membezakan dia
daripada air laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air, tetapi yang laut itu laut
juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala hakikat itu tiada
dapat bertukar-tukar

Katanya lagi:

Dan taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita daripada
memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan janganlah
pula terfikir dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya dengan zat
kita, Allah adalah Allah, Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya].

Katanya;

Dan dikehendaki dengan katanya:' dan sekeliannya pada 'huwa' itu ia jua yakni
adalah sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam
penyaksian batin serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan] yakni hapus
di dalamnya ia jua, kerana nyata tiada menerima di sana lain daripada nama 'huwa'
dan ia nama hadrat 'la shay' ma'ahu [tiada sesuatu denganNya, merujuk kepada
hadith yang bermaksud, telah adalah Allah walhal tiada ada sesuatu berserta
denganNya], dan segala hadrat yang dibawahNya [di bawah dari segi darjat
hakikinya, 'ontologinya'] di namakan hadrat 'wa huwa ma'akum ainama kuntum'
[Ia bersama dengan kamu di mana kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya
'maka tanya olehmu akan orang yang wasil, yakni apabila [engkau ber]kehendak
mengetahui demikian itu, maka tanya olehmu akan orang yang sampai pada
pengetahuan itu, maka apabila engkau tanya akan dia nescaya diberinya jawab
akan dikau daripada yang demikian itu.(folio.3B).

Seterusnya katanya, kita ini :

…pada ta'ayyun awal yang ia hadrah 'alam ijmali, itu 'haqa'iq ghaibiyyah'
namanya dan 'shu'un dhatiyyah' pun namanya, tiada membeza setengahnya

daripada setengahnya daripada pihak ijmalnya.Dan adalah 'shu'un' itu pada hadrah
ta'ayyun thani yang ia hadrat ilmu tafsil a'yan thabitah namanya; maka pada hadrat
itu berbeza setengahnya daripada setengahnya.Maka manusia itu akan rupa
manusia dan jin itu akan rupa jinnya dan malaikat akan rupa malaikatnya dan bumi
itu dengan rupa buminya…masing-masing dengan kelakuan yang tertentu dengan
dia pada hal tiadalah dapat dikatakan di sana yakni pada hadrat ta'ayyun thani itu
aku engkau dan kami engkau daripada pihak ia sudah masing-masing dengan
kelakuannya yang tertentu dengan dia dan adalah sekelian itu kadim darpada
pihak ta'aluk ilmu kepadaNya (folio 4A).

Kemudian katanya berhubungan dengan hadrah ini, dengan membenarkan
pengarang Tuhfah al-Mursalah dengan kenyataan:

Bermula jika dikata oleh seseorang aku engkau atau kami engkau ia atau sekelian
itu ia serta dikehendakinya dengan katanya itu pada azalnya, yakni pada ta'ayyun
awal daripada pihak ijmal di dalamnya dan dikehendakinya dengan katanya atau
sekelian ia itu ahadiyah daripada pihak tamsi di dalamnya, maka itu benar dengan
kata ini sayugianya kita ta'wilkan dan kita tanggungkan kata sahib 'Tuhfah al-
Mursalah' wa amma min haithu al-haqiqah fal-kull wa huwa al-haqq' ertinya
adapun daripada hakikat yakni asal, maka sekelian itu yaitu hak (folio 4A)

Seterusnya:

Maka tiada dapat kita ambilkan kepada zahirnya kerana zahirnya itu tempat
tergelincir segalam orang yang awam; dan jika dikehendakinya dengan katanya aku

engkau dan kami engkau itu sekarang kemudian daripada nyata sekeliannya ini
nescaya tiadalah benar ke atasnya itu istimewa pula jikalau ia mengatakan
sekeliannya ia mithal bila tashbih dengan dua mithal pertama seperti segala huruf
yangh dua puluh delapan itu tatkala ia belum terb unyi di dalam da'wat adalah ia
'ain da'wat dan tatkala ia pada hujung kalam pun 'ain da'wah jua tatkala ia tersurat
dalam lauh maka adalah ia lain daripada da'wat dan lain daripada kalam dan misal
yang keduanya seperti ra[n]ting dan cawan[g] [yaitu dahan] dan segala daun maka
tatkala terkandung sekelian itu di dalam biji daripada pihak lenyap yakni sekelian
di dalamnya maka sekelian itu dapat dikatakan dia 'ain biji daripada pihak yang
tersebut itu dan tatkala nyatalah sekelian itu masing-masing dengan ketentuannya
maka yaitu lain daripada biji; dan jangan engkau sangkakan perkataan itu bahawa
adalah sekelian itu dahulu daripada nyatanya 'ain biji yang kemudian berpindah ia
kepada yang lain daripadanya maka yang demikian itu muhal (yaitu mustahil)
adanya, hanya biji itu biji jua dan ra[n]ting itu ra[n]ting jua dan cawan[g] itu
cawan[g]nya jua dan daun itu daun jua jikalau belum lagi keluar ia daripada biji
sekalipun yang haqa'iq itu tiada dapat bercampur dan tiada dapat bertukar hanya
yang dapat bertukar itu mithal yakni rupa jua seperti kata 'arifin 'al-'abdu 'abdun
wa in taraqqa wa l-rabb rabbun wa in tanazzal, ertinya yang hamba itu hamba jua
dan jikalau naik kepada itlak sekalipun dan Tuhan itu Tuhan jua dan jikalau 'turun'
sekalipun pada pihak tajalli pada barang rupa yang dikehendakinya.Maka inilah
dua mithal yang menghampirkan kepada faham kita mengetahui masalah 'ainiyah
dan ghairiyyah . (Folio. 4B).

Kemudian katanya sebagai kesimpulan:

Dan hasil perkataan ini [ialah] bahawa alam ini atau segala perkara ini bukan ia
sekali-kali kerana Hak Ta'ala dan bukan ia (fol.4B) lain daripadanya pula dengan
lain yang mustakil [terpisah, terasing] sendirinya.Dan kerana inilah kaTa Syaikh Sadr
al-Din Bawwani [?] khalifah Muhyi al-Din ibn al-'Arabi qaddasal'Llahu sirrahu
hamba pada men[g]hikayatkan : Pandang orang yang sempurna ma'rifatnya
dengan katanya wa ra'a nafsahu wa kulla shai'in min wajhi ghairi'l-Haqq wa min
wajhi sha'nin wa min wajhi 'ainihi wa ra'al-Haqqa mir'atan yara minha tafasil ahwal
'ainihi kama yara 'ainahu mazhara wujudi'l-Haqq kullu dhalika fi anin wahidin:
ertinya: Telah dilihat orang yang arif itu akan dirinya dan tiap-tiap sesuatu daripada
sesuatu pihak lain daripada hak, dan pada sesuatu pihak pekerjaannya dilihatnya
Hak Ta'ala itu cermin yang dilihat di dalamnya itu akan beberapa hal dirinya seperti
ia melihat dirinya tempat nyata bagi wujud Hak Ta'ala maka adalah segala pandang
yang demikian itu pada suatu masa jua.

Katanya:

Dan dikehendaki dengan katanya 'dirinya' itu tiap-tiap sesuatu; yaitu segala akwan
[alam yang ada] ini daripada pihak suatu pihak yakni daripada pihak ta'ayyuun thani
lain daripada Hak kerana sudah bermasing-masing kelakuannya yang tertentu dan
jikalau ada ada ia kadim sekalipun kerana ia ibarat daripada ma'lum
ilmuNya…(fol.5A)Dan demikian seterusnya.

Seterusnya dalam hubungan dengan kenyataan 'melihjat dirinya tempat nyata bagi
wujud Hak Taq'ala maka 'melihat Tuhannya itu di dalam dirinya' katanya: dan
segala asma'Nya dan segala sifatNya dengan sekira-kira penerimaannya yakni

I'tibar tajalliNya kerana adalah sekelian alam ini tajalli bagi keadaan wujudNya ;
maka adalah tiap-tiap tajalliNya itu dapat menyatakan seperti u[m]pama cermin
yang dilihatkan bagi dirinya dan lagi adalah difaham daripada kalam ini
me[ng]isyaratkan pula akan dua makam, yang pertamanya itu katanya 'dilihat akan
Hak ta'ala cermin yang menyatakan tafsil hal dirinya itu pandang kathrah di dalam
wahdah yang dimithalkan oleh setengah 'arifin seperti biji korma maka
dipandangkan pada bijinya itu akan pohonnya dan pelepahnya dan bunganya dan
buahnya sekelian [itu] lengkap pada bijinya; dan pada katanya 'seperti melihat
dirinya itu tempat nyata bagi wujud Hak' me[ng]isyaratkan pada makam pandang
wahdah di dalam kathrah, yakni seperti ia memandang kepada buahnya dan pada
bunganya dan pada pelepahnya dan batangnya itu akan bijinya.Maka nyatalah
daripada kata Sadr al-Din radiya'Llahu 'anhu bahawa alam dan segala perkara itu
tiada ada 'ain sekali-kali dan tiada ada ghair [sifat sebagai lain daripada Tuhan] yang
mustaqil [terbebas terasing daripada Tuhan] sekali-kali; dan thabit 'ain pun ada dan
thabit ghair pun ada…(fol.5B). Diikuti dengan kenyataan tertkenal 'man 'arafa
nafsahu faqad 'arafa Rabbahu'

Kemudian beliau menyebut hadith 'kana Allah wa la shay' ma'ahu' wa Huwa al-ana
kama kana 'alaihi [ertinya] Adalah Allah taala dan tiada ada suatu sertaNya dan
yaitu sekarang seperti barang keadaan atasnya maka diketahuinya daripada hadith
ini (fol.5B) [bahawa] segala akwan [alam yang ada] ini tiadalah pada akikatnya yang
sebenar-benar dan yang ada itu Tuhan yang maujud yang sebenar-benarnya kerana
adalah diri hamba dan segala perkara hapus di dalam hadithnya.(fol.6A).

Kemudian ia menyebut kenyataan Syaikh Ahmad al-Qushashi rh 'al-wujud wahidun
bi al-dhati' wa muta'addidun bil-nasabi wa al-idafat ertinya : yang maujud itu esa
dengan zatnya dan yang berbilang-bilang itu segala bangsanya dan segala
sandarannya jua.Wallahu a'lam.(fol.5B).

Katanya lagi:

Adapun kemudian daripada zuhurnya [yaitu zahirnya] dan ta'ayyunnya maka tiada
dikatakan sekelian itu Hak, dan dikatakanm Hak itu Hak dan hamba itu hamba; dan
kerana inilah dinamakan kemudian pada zuhurnya dan ta'ayyunnya dengan 'Al-
Awwalu wa al-Akhiru wa al-Zahiru wa al-Batinu" dan adalah ia awal dengan nisbah
kepada zuhurnya sebab shu'unnya dan af'alnya dan ahkamnya jua bukan nisbah
pada zatNya kerana zatnya itu tiada baginya awal dan Ialah yang akhir dengan
nisbah kembali segala pekerjaan kepadaNya jua tiada ZatNya itu kesudahan dan
adalah ia zahir dengan nisbah kepada segala kalbu yang kamil lagi wasil [yang
sempurna dan sampai kepada ma'rifat Tuhan yang sebenarnya]dan adalah ia yang
batin dengan nisbah kepada segala kalbu kafir lagi jahil, dan adalah ia zahir pada
'ain [mata batin] dan batin pada 'ain zahirnya dan awal pada 'ain zahirnya dan awal
pada 'ain akhirnya dan akhir ia pada 'ain awalnya (fol.6B).

Katanya lagi:

Dan adalah ia muhit yakni meliputi pada awal dan akhir pada zahirnya dan batin
seperti firman Allah:
‫محيط وراءهم من والله‬

Yakni bahawa Allah yang meliputi daripada segala makhluk ; demikianlah disebut
oleh Syaikh Nur al-Din [al-Raniri] di dalam kitabnya Jauhar al-'Ulum . (fol.7A).

Alam Arwah:

Katanya berkenaan dengan martabat ke empat alam arwah ini:

Martabat alam arwah, yaitu alam segala nyawa dan yaitu ibarat daripada beberapa
perkara kauniyyah yakni yang masuk di bawah kalimah 'kun' yang keluar daripada
pekerjaan Tuhan dengan tiada pertengahan dan perantaraan lagi mujarrad yakni
yang sunyi daripada berkening [yakni bersifat] dengan tabi'at [alam tabi'i] lagi
basitiah [yakni zat-zat bukan benda] yang tiada bersusun padanya yang nyata ia
atas segala zatnya .Maka mengenal dirinya dan dikenal setengahnya akan
setengahnya, dan atas segala u[m]pamanya .Maka adalah yang pertama-tama yang
dijadikan Allah ta'ala Nur Nabi Muhammad salla'llahu 'alaihi wa sallam daripada
NurNya, yakni dijadikan Nur Muhammad itu dengan Nur Tuhannya bukan ia
setengah daripada nur Allah, kerana adalah setengah daripada asma' Allah itu Nur
sesperti firman Allah Ta'ala:

‫والرض السموات نور الله‬

Bermula Allah ta'ala menerangkan tujkuh petala langit dan bumi. [Surah al-
Nur.35]Maka dinamakan Nabi kita pun nur pula seperti firmanNya

‫نور الله من جاءكم قد‬

"Sesungguhnya telah datangkan kemu daripada Allah nur", yaitu Muhammad
kerana adalah difahamkan oleh setengah orang yang jahil itu bermula Muhammad
itu daripada Nur Allah maka zahirlah salahnya jadi Muhammad setengah daripada
Allah subhanahu wa ta'ala.Ta'ala Allah 'an dhalika 'uluwwan kabira daripada yang
disifat oleh zalimun .

kemudian maka dijadikan daripada Nur Nabi kita akan arwah segala anbia' dan
mursalin dan segala mukminin .Maka adalah ruh nabi kita asal al-arwah , sebab
itulah dinamai akan dia mazhar al-atamm dengan sebab itulah jadi [ia] khatam al-
nabiyyin wa sayyid al-mursalin wa rahmatan lil-'alamin.Maka adalah nabi kita itu
kenyataan yang sempurna bagi asma' Allah dan sifatNya, maka ialah yang
memerintahkan pada alam kabir dan alam saghir [alam kabir alam yang kelihatan
ini alam saghir adalam manusia].(fol.7A).(Perbincangan tentang 'Nur Muhammad"
ada disediakanh oleh penulis ini, dan ia boleh diakses dalam laman web:
http://www.oocities.com/traditionalislam/-di bawah tajuk: "Konsep Nur
Muhammad di Dunia Melayu Dalam Konteks Wacana Sunni" dengan pemaparan
nas-nasnya, untuk pertimbangan mereka yang mahir di dalamnya.-penulis).

Alam Mithal:

Katanya: Martabat yang kelima martabat alam mithal yang dinamakan dia 'alam
khiyal yang terbit [nisbah manusia] di hadapan otak , ialah akal yang ditaruh pada
hadapan otak [selain daripada akal yang ada pada kalbu -uem] dan digelarkan

dengan ard al-simsimah dan ard al-haqiqah dan [nisbahpada alam semesta pula-
uem] iaitu alam mithal itu ibarat daripada segala perkara kauniyyah yang masuk di
bawah kalimah 'kun' lagi bersusun daripada beberapa suku yang khiyali lagi halus
yang tiada menerima suku-sukukan yakni tiada menerima bahagi dan tiada
menerima cerai-cerai dan tiada menerima setengah yakni tiada menerima bahagi
dan tiada menerima carik dan bertemu kerana halusnya dan tiada kasarnya .(fol.7B)

Alam Ajsam:

Yaitu [alam] …yang kasar yang tersusun daripada beberapa kerjadian yang empat
yaitu api dan hawa dan air dan tanah [dalam fisik klasik, yang sekarang terlalu amat
banyak 'elements'nya], maka keluar daripadanya lima perkara pula pertama jamad
[benda-benda padat], dan nabat [tanaman], dan haiwan, dan insan dan jin ; maka
adalah alam ajsam itu ibarat daripada segala perkara yang kauniyah yakni yang
masuk di bawah lafaz 'kun' [perintah Allah] yang bersusun daripada perkara yang
kasar lagi menerima suku-sukukan dan dibahagikan dan carik dan bertemu. (fol.7B)

Martabat yang ketujuh:

Katanya: dan martabat yang ketujuh martabat yang jami' [yang menghimpunkan
semua] bagi segala martabat yang jasmani, yaitu alam mithal, dan alam ajsam, dan
yang nurani yang kadim yaitu ahadiah, dan nurani yang hadith 'alam arwah dan
yang menghimpunkan pula martabat wahdah dan wahidiah, maka ialah yang
dinamakan tajalli yang akhir, yaitu dinamakan martabat insan yang kamil.

Inilah metafisika sufi tentang martabat tujuh yang terkenal dikalangan ulama
rantau ini, berdasarkan wacana ulama yang terdahulu secara implikasi dan
dihuraikan secara mendetail oleh ibn 'Arabi, dengan sedikit modifikasi
kemudiannya. Ertinya Syaikh Daud al-Fatani rh yang menulis tentang fiqh seperti
Furu' al-masa'il dan Bughyah al-Tullab, dan dalam akidah menulis Al-Durruth-
Thamin dan Ward al-Zawahir, demikian pula menulis tentangt tasauf dalam
terjemahannya ke atas Minhaj al-'Abidin Imam al-Ghazali dengan memberi judul
yang sama, dan memberi huraian tasauf Abu Madyan al-maghribi rd dalam Kanz
al-Minan Syarah Hikam Abi Madyan ;kemudian ia menulis pula kitab metafisika
tasauf al-Manhal al-Safi [fi bayan Ruimuz Ahl al-Sufi] ini.

Ia antara mereka yang mewakili dengan baiknya kesepaduan intelektualiti ulama
Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah di rantau ini.

Seterusnya lagi beliau berbicara berkenaan dengan perjalanan
kerohanian.Katanya:

Ketahui olehmu bahawasanya orang yang salik kepada Allah apabila bersungguh-
sungguh ia berjalan kepada Tuhannya dan serta beradab ia pula dengan gurunya
yang menjalani nescaya diputuskan beberapa 'alam hingga sampai kepada
Tuhannya ; maka pertama alam yang diputuskan yakni yang dilalukan 'alam mulk
dan dinamakan alam nasut pula yaitu barang yang didapatkan dengan mata kepala

seperti segala ajsam dan lainnya, iaitulah dinamakan pula alam nafs; kemudian [ia]
lalukan pula [dalam perjalanan rohaninya itu] alam (fol.7B)

Malakut , iaitu barang yang [di]dapatkan dia dengan matahati dan iaitu 'alam al-
qalb dan dinamakan pula 'alam akhirat [jangan dikelirukan itu dengan apa yang
berlaku selepas daripada kiamat sebab ini berlaku atas seseorang sebelum kiamat-
uem]; kemudian dilalunya pula alam al-jabarut dan iaitu alam al-arwah kemudian
dilalunya pula alam lahut, iaitu alam sirr yakni rahasia Allah ta'ala; dan padanya
hilang segala asma' dan segala rasm yakni segala athar [athar kesan, bekas], dan
tiada dipandangnya di sana itu melainkan Wahid al-Ahad dan padanya sehingga [-
hingga] fana hamba dengan Tuhannya yakni selesailah ia daripada memandang
kepada aghyar [jamak bagi 'ghair', yang lain daripada Allah], dan sucilah hatinya
daripada akdarnya [karat-karat rohaniah], aghyar, dan sucilah hatinya daripada
akdar dan aghyar [nampaknya ini ulangan yang dibuat oleh penulis khatnya], dan
ketika itulah dipenuhkan di dalam segala ma'rifat dan asrar [asrar jamak bagi sir,
rahasia], patutlah ia tempat tajalli Tuhannya sebab lepas [ia daripada-]
diperhambakan segala aghyar maka dinamakan hatinya tatkala itu ka'babatu'Llah
[ka'bah bagi Allah, bukannya Allah ada di dalam tetapi disebut demikian sebab
ternyata iman adalah perbuatan hati, apa lagi iman yang setinggi yang
dimaksudkan ini] dan mahligai Allah dan rumah Allah yakni murad daripadanya
[ialah] tempat tajalliNya dan tempat tiliknya [ingat kepada hadith yang menyebut
Allah tidak memandang kepada …melainkan ia memandang kepada hati kamu],
dan rahasiaNya [Tuhan akan curahkan fahaman-fahaman yang mendalam
kepadanya] dan patutlah menanggung Amanah Allah dan patut ia mengenal akan
Allah seperti firmanNya di dalam hadith kudsi :

‫وفى شغافا الفوءاد وفى فوءادا )القلب وفى( قلبا الصدر وفى صدرا القصر وفى قصرا ادم ابن جوف فى بنيت‬
‫أنا السر وفى سرا اللب وفى لبا الشغاف‬

Ertinya:Telah Ku perbuat di dalam rongga anak Adam itu suatu ma[h]ligai dan
adalah di dalam ma[h]ligai itu dada, dan di dalam dada itu hati, dan di dalam hati
itu fua'd, dan di dalam fu'ad itu syaghaf dan di dalam syaghaf itu lubb, dan di dalam
lubb itu sirr dan di dalam sirr itu Aku.

Yakni di dalam sirr itu tempat tajalli Aku dan tempat ia mengenal akan Daku.

Dan lagi firmanNya kepada Nabi Allah Daud 'alaihis-salam :

‫فيه أسكن بيتا لى فرغ‬

Ertinya; Hai Daud selesaikan olehmu [yakni kosongkan olehmu] bagiKu suatu
rumah supaya diam Aku di dalamnya. Maka sembahnya:…maka betapa hai
Tuhanku? Maka firmanNya …selesaikan olehmu [yakni kosongkan olehmu] hatimu
maka apabila keluarlah seorang itu daripada dirinya maka dinamakan martabat
(folio.8 A)

Haqqul-yaqin seperti kata Syaikh Ruslan di dalam Hikamnya; 'Al-yaqinu khurujuka
'anka' ertinya bermula yakin itu keluar engkau daripada diri engkau, yakni keluar
engkau daripada melihat akan wujud dirinya akan dayanya dan upayanya maka
melihat sekelian itu daripada Allah dengan Allah bagi Allah, …(folio.8B).

Teks ini seterusnya membicarakan hal-hal lanjutan tentang beberapa aspek lagi
yang menyentuh perjalanan rohani hamba kepada Tuhannya.

Antaranya yang disentuh itu ialah tinggalkan yang lain dari Allah [dari segi
rohaninya dan kesedarannya] (fol.8B), sehingga jadilah pendengarannya
pendengaran Allah dan seterusnya (ibid), itu dikatakan martabat wahdah 'yang
hapus daripada asma dan rusum' dan ini diisyaratkan [dari segi Allah pula] 'kana
Allah wa la shay' ma'ahu' ertinya adalah Allah taala sebelum lagi dijadikan alam
dan tiada suatu sertaNya(fol.8B).

Antaranya disebutkan bagaimana 'tajalli' sifat sama' dalam hubungan dengan
hamba.Katanya: 'Jika ditajalli Allah ta'ala dengan sifat sama' maka jadilah orang
yang(fol.8B)

Salik itu mendengar daripada af'al itu yaitu barang yang dibukakan Allah bagi hanya
salik daripada af'al ta'ala sekira-kira dilihat sekelian perkara itu berlaku dengan
kudrat Allah ta'ala Ialah yang menggerakkan dan ,mendiamkan akan sebagai
syuhud yang hali [iaitu pemandangan secara rohani yang dialami betul-betul oleh
orang itu] lagi dhauqi [dhauq, 'secara kecapan rasa [rohani], bukan 'secara fikir']
tiada mengetahui melainkan ahlinya; maka di sinilah tempat tergelincir kaki orang
yang salik [apa lagi orang yang hanya 'fikir sendiri ' seperti membaca surat khabar
harian lalu 'fikir sendiri'] kerana ia menafikan perbuatannya sekali-kali maka
hendaklah sangat-sangat memegang akan Syari'at " (fol10A).

Seterusnya dibicarakan istilah-istilah yang berkaitan dengan pengelaman rohani
dengan Tuhan seperti hal dan maqam (fol.10A), 'ilmul-yaqin (ibid), 'ainul-yaqin
(ibid), al-jam' (ibid), jam' al-jam'I (ibid), yang disebutkan [dalam hubungan dengan
orang yang mengalaminya] martabat Ahadiah (perlu diingat martabat Ahadiah
dalam hubungan dengan Tuhan sewaktu tiada ta'ayyun, itu satu, martabat ahadiah
yang dialami oleh orang 'arif terhadap Tuhan itu suatu perkara pula], al-farq al-
awwal (ibid), al-farq al-thani (ibid), tajrid (fol.10B), siddiq (ibid), taqwa (ibid),
haibah (ibid), munajat (ibid), salih (ibid), wali (ibid), al-tasawwuf (fol.11A), ini
menarik.

Tentang tasawwuf katanya:"Iaitu berhenti serta adab syari'at yang zahir dan yang
batinnya; maka melihat akan hukumnya daripada zahirnya dalam batinnya dan
daripada batin pada zahirnya, maka hasillah daripada dua hukum itu sempurna
yang tiada sempurnakan kemudian daripadanya", atau dikata[kan]nya "iaitu jernih
zahirnya daripada dosa dan jernih batinnya daripada aghyar" (fol.11A).

Antaranya dibicarakan : al-shari'ah (ibid), 'ishq dan 'ashiq (ibid), ma'shuq (ibid),
a'yan thabitah (ibid), a'yan kharijiyyah (fol.11B), dan mahw dan ithbat dan lain-
lainnya.termasuk beberapa kategori tauhid (fol.12A ), sebutan tentang 'tujuh
makam' makam zulumat yang aghyar, iaitu dinamakan nafsu, padanya itu nafsu
ammarah bissu', kedua makam nur [anwar?], dan dinamakan nafsu padanya
dengan nafsu lawwamah, ketiga makam asrar dinamakan nafsu padanya dengan
mulhamah, keempat makam kamal dan dinamakan pula nafsu padanya itu dengan
mutma'innah, kelima makam wasal dan dinamakan nafsu padanya itu radiyah,
keenam makam tajalliyyat al-af'al dan dinamakan nafsu padanya itu dengan

mardiyyah, ketujuh makam tajalliyyat al-sifat dan asma' dan dinamakan nafsu
padanya itu dengan kamilah.(fol.14A).

Antara nama-nama ulama yang menjadi sandaran dalam teks ini ialah ibn 'Arabi
(fol.1B, 3A), Sadr al-Din Buni [al-Qunyawi] (fol.1B, 5A), Syaikh Ahmad al-Qusyasyi
(fol.6B), Nur al-Din al-Raniri (fol.7A), Syaikh Qasim Khan (fol.9A), Muhammad anak
Sahal anak 'Ata' menyebut kata-katanya (fol.11A), Syaikh Abul-Mawahib
Muhammad Zain al-'Abidin ibn al-Ghumari dengan tauhid empat martabat
(fol.12A),

Beberapa persoalan yang mungkin timbul dalam hubungan dengan martabat Tujuh
sebagaimana yang terdapat dalam teks Syaikh Daud ini-rahimahu'Llahu ta'ala- 'alim
yang arif tentang akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jamaah , fiqh Ahlis-Sunnah, tasawwuf
Ahlis-Sunnah [dan huraian dalam 'al-Manhal al-Safi' adalah Ahlis-Sunnah, bukan
Khawarij, bukan Mu'tazilah, bukan Rafidah atau Syi'a]), adalah seperti berikut.

1.Adakah perkara seumpama ini ada pada zaman nabi? Sehubungan dengan itu
kita juga boleh bertanya: Adakah perkara seumpama fiqh, usul al-din, tafsir, nahu
saraf, ada pada zaman nabi? Kalau demikian bagaimanakah kita melihatnya?

2.Tidakkah ber'falsafah-falsafah' seperti ini asing daripada Islam, agama yang
bersifat dengan tuntutan ke atas orang supaya beriman dan beramal? Tidakkah ini
pengaruh dari luar yang sebenarnya hendak meruntuhkan Islam? Meruntuhkan
Syari'at dari dalam?

3.Tidakkah ini berlawanan dengan fahaman ilmu Ahlis-Sunnah yang sebenarnya?
Atau tidakkah ini sebenarnya adalah ajaran sesat dalam masyarakat Islam?

4.Tidakkah istilah-istilah itu direka-reka untuk mengusutkan fikiran Muslimin
supaya mereka habis umur dengannya dan terbangkalai tugas-tugas mereka
terhadap Islam dan umat?

5.Tidakkah fahaman yang sedemikian ini akan merosakkan syariat Islam yang
mementingkan ketaatan dan taqwa?

6.Tidakkah ini tasauf theosofi atau tasauf falsafi yang asing daripada tasauf Sunni
yang moderat seperti huraian Imam al-Ghazali? Tidakkah ini bercanggah dengan
matlamat tasauf sebenarnya mengikut ulama yang muktabar?

7.Tidakkah cara berfikir yang sedemikian ini bercanggah dengan kepentingan umat
yang mesti mengambil bahagian dalam teknologi untuk menghadapi globalisasi?
Tidakkah ini bercanggah dengan kepentingan umat yang mesti mencapai kekuatan
untuk menjaga kepentingannya?

Mungkin respons yang boleh terlintas kepada kita dalam hubungan dengan soalan-
soalan di atas adalah seperti berikut:

1.Memang nampaknya tidak ada perkara yang seumpama ini pada zaman nabi
s.a.w. dan zaman sahabat dan zaman salaf, Allah meredhai mereka semuanya.

Bagaimanapun perkara yang sama boleh ditanya dalam hubungan dengan ilmu-
silmu syara' yang lain itu. Sebagaimana yang dihuraikan oleh ibn Khaldun rh dalam
"al-Muqaddimah"nya, dengan berlalu zaman dan sejarah maka ilmu-ilmu Islam itu
muncul dengan perkembangan manusia dan masing-masing menjadi disiplin-
disiplin dengan istilah-istilahnya sendiri, fiqh dengan fiqhnya, usul al-fiqh dengan
usul al-fiqhnya, tafsir dengan tafsirnya, hadth dengan tafsirnya, tasawwuf dengan
tasawwufnya dengan istilah-istilahnya masing-masing.Perkembangan ilmu-ilmu
Islam ini dicatitkan sejarahnya dan isi kandungannya oleh ibn Nadim dalam 'al-
Fihrist' dan 'Kasyf al-Zunnun' oleh Hajji Khalifah. Allah memberi rahmat kepada
mereka semuanya.Amin.

Bagaimanapun dasar-dasar untuk perkembangan ilmu-ilmu itu semuanya ada
dalam Qur'an dan Sunnah , istilah-istilahnya belum ada, juga masalah-masalah
detailnya.Masalah-masalah pokoknya sudah ada. Maka dalam hubungan dengan
ini boleh dinyatakan secara am dalam Ahlis-Sunnah bahawa apa-apa
perkembangan yang baharu yang tidak bercanggah dengan Qur'an, Sunnah dan
ijma' maka itu boleh diterima, termasuk di bawah hukum yang lima.

Dalam hubungan dengan ini kita boleh merenung: Adakah 'salah' ulama hadith
menghuraikan istilah-istilah 'sahih', "da'if', 'hasan' , 'mutawatir', 'mustafid' 'ahad,
dengan maksud-maksudnya kerana nabi saw tidak membicarakannya? Adakah
'salah' dalam al-Itqan al-Suyuti itu ada huraian-huraian tentang apa yang 'makki',
yang 'madani', yang 'am', 'yang khas', yang 'safari', yang 'hadari' dan lain-lain?
Adakah 'salah' ulama fiqh menghuraikan apa itu 'sah', 'batal' 'fasid', 'sunat', 'harus',
makruh, dan lain-lain? Dan dalam usul al-fiqh pula Imam Syafi'I menghuraikan apa

itu bayan? Dan lain-lain. Demikian pula salahkah kalau kita fikirkan ulama sufi bila
terbaca kalimat 'ahad' dalam Surah al-ikhlas terlintas pada pandangan rohaninya
pengenalan terhadap Tuhan dalam 'ahadiah'? Bila bertemu dengan kata 'wahid' ia
terlintas pula wahidiah? Dan ada yang mengalami yang demikian dalam sejarah
mereka? "Salah"kah kalau terlihat dalam Qur'an kata 'wahid' terpandang pada
syuhudnya pengenalan ma'rifat tahap 'wahidiah'? Kalau mereka melihat alam ,
maka hakikat disebaliknya ialah Tuhan? Bukan alam itu dengan juzuk-juzuknya
Tuhan, itu makhluk, tetapi bila terlihat alam, terpandang hakikat di sebaliknya,
Tuhan? Maka timbullah wahdah fi al-kathrah? Demikian seterusnya.

2. Ajaran Martabat Tujuh yang diwakili oleh teks yang dibicarakan ini tidak
meruntuhkan syariat, bahkan ia mengehendaki supaya syariat diamalkan dengan
seboleh-bolehnya, kem udian didalamkan kesedaran batin supaya ketakwaan itu
mencapai darjah 'ihsan' yang tinggi , dengan kejernihan hati dan sir. Dengan itu
tergabunglah ketaatan terhadap syara' dan ketinggian iman dan keikhlasan.

Tentang 'pengaruh dari luar' yang kerap disebut-sebut oleh Orientalis, Neo-
Platonisme, dan pelbagai lagi, (sampai orang yang pintar seperti Iqbal pun-Allah
yarhamuh- terkena kesannya) itu adalah kemungkinan dari segi peristilahan; itu
boleh berlaku sebab budaya mendapat pengaruh horizontal dalam sejarah, seperti
kiita sekarang juga ada istilah-istilah moden yang kita pakai, tetapi istilah itu
bukanlah bermakna kita sudah berhenti menjadi Muslimin dan berfikir sebagai
Muslimin dan menjadi orang yang berpegang kepada moderniti sebagai falsafah,
atau kadang-kadang kita menggunakan istilah positif, bukan bermakna kita

mengikut Auguste Comte dengan falsafah positivisme; kita gunakan istilah itu
dalam gugusan istilah dalam faham alam atau kehidupan cara kita.

Demikian para ulama kita dahulu, misalnya mereka mengambil istilah mantik
Yunani, bukan bermakna mereka menerima falsafah Yunani dengan
keseluruhannya dengan kesilapan-kesilapannya, mereka menerima yang
berfaedah daripadanya, sebagaimana yang Imam al-Ghazali rd tunjukkan
kaedahnya dalam "Tahafut al-Falasifah" dan "al-Munqidh Min al-Dalal"nya.

Lagi pula ulama kita tidak mengajarkan Martabat Tujuh itu kepada sesiapa sahaja,
tetapi kepada mereka yang ada persediaan yang patut, dan mereka memerlukan
huraian itu dari segi intelektuil sebenarnya, sebagai dokongan kesedaran rohani
mereka, selepas mereka mengetahui akidah Ahlis-Sunnah, hukum-hukumnya, dan
tasawuf mu'amalah.Ini bukan falsafah dalam erti huraian mental spekulatif semata,
tetapi ia huraian tentang syuhud para 'arifin yang sahih. Sebab itu Waliyu'Llah al-
Dihlawi rh menyatakan bahawa sebenarnya aliran wahdatul-wujud ibn 'Arabi yang
ada dalam teks ini dengan aliran wihdatul-syuhud al-Sirhindi adalah sebenarnya
merujuk kepada perkara yang sama, dengan istilah-istilahnya sahaja yang berbeza
sahaja.(Lihat Burhan Ahmad Faruqi dalam The Mujaddid's Conception of Tawhid,
Sh Muhammnadٍ Ashraf, Lahore, 1970, hal.97-100).

Ungkapan pengaruh luar kerap disebut oleh Orientalis untuk menunjukkan bahawa
ilmu kerohanian sebenarnya tidak begitu ada dalam islam, ia kemuflisan dari segi
ini, maka ia terpaksa 'meminjam'. Sebaliknya ulama Ahlis-Sunnah menyebut

bahawa tasawwuf adalah daripada Qur'an dan Sunnah dan pengelaman rohani
mereka yang muktabar dalam umat yang dirahmati Allah ini.

Mereka yang berpegang kepada ajaran tasauf seperti ini tidak meruntuhkan
Syari'at bahkan mereka menguatkannya, sebagaimana yang boleh dilihat dalam
huraian-hurain mereka itu, juga sebagaimana yang boleh dilihat dalam sejarah
mereka, baik dalam kawasan asal Islam atau di Nusantara.Kemunculan kaum zindik
yang mengenepikan Syariat itu adalah dengan ijma' diharamkan, membawa kepada
kekufuran, na'udhubillahi min dhali.Kalau di rantau ini yang berpandangan
demikian ialah Syaikh Nur al-Din al-Raniri Syaikh 'Abd al-Rauf Singkel, Syaikh 'Abd
al-Samad al-Falimbani, Syaikh Arsyad al-Banjari, rakannya Syaikh Daud al-Fatani,
Syaikh Ahmad al-Fatani, yang ayahandanya memiliki naskah 'al-Manhal al-Safi' ini,
Allah memberi rahmat kepada mereka antara yang sekian ramai itu.

3.Ajaran sedemikian ini ada dalam kalangan ulama Ahlis-Sunnah wa al-Jamaah,
hanya ia tidak disebut oleh al-Asy'ari rd dan al-Syafi'I rd. Tetapi ia dihuraikan oleh
mereka yang berpegang kepada ajaran mereka berdua; dan ia bukan termaswuk
ajaran sesat. Ini antaranya jelas daripada fatwa ibn Hajar rh dalam "al-Tuhfah", (10)
katanya:

ْ‫ بَ ْينَ ُه ْمْ َعلَ ْيْه ُم ْص َطلَ ْح ُه َوْ ب َما تَأْويلْه أَ ْوْ َغ ْيبَتهْ َحا َلْ َول ِّْي َو َش ْطح‬، ْ‫اللَّ ْف ُظْ إ ْذْ َغ ْي ُر ُه ْمْ َجه َلهُْ َوإ ْن‬
ْ‫َو َغ ْي ُر ُه ْمْ ا ْل َك َلاْم أَئ َّمةُْ َحقَّقَهُْ َك َْما َغ ْيره ْمْ ل ْصط َلا ْح ب ُم َخالَفَتْه َع َل ْيه ْْم يُ ْعتَ َر ُضْ فَ َلْا أَ ْهلْه ع ْن َدْ َحقي َقْة َع َل ْيهْ ا ْل ُم ْص َطلَ ُح‬
ْ‫تَ َكلَّ َمْ في َم ْنْ النَّ َظ ُْر َو َيتَ َر َّد ُْد م ْنهُْ بَريئُو َْن ُه ْمْ ب َما ال ُّصوفيَّةْ ُم َحقِّقي َعلَى التَّ ْهويلْ في َكثي ُرو َنْ َز َّلْ ثَ َّمْ َوم ْن‬

ْ‫ب َم ْنعْ قي َلْ لَ ْْو بَ ْلْ م ْنْهُ َم ْنعهْ ُو ُجو ُبْ َيتَعَيَّ ُْن َب ْْل َي ْن َبغي َواَلَّذي بهْ َج ْهلْه َمْ َْع َلْهُ قَاصدا ُكتُبه ْْم في ا ْل ُمقَ َّر ْر با ْصط َلاحه ْم‬
‫َي ْبعُ ُدْ َل ْمْ ل َظ َوْاهر َها ُم ْعتَقدْ َغ ْي َْر إلَ ْيه ْمْ ن ْسبَت َها َم َْع إ َّْل ا ْل ُم ْشكلَةْ ب َكل َماته ْمْ التَّ َكلُّمْ م ْنْ ال َّصاد ْق بالتَّ َص ُّوفْ ا ْل ُم ْشتَ َه ْر َغ ْي ْر‬
‫تَ ْخ َفى َلْ َم َفاس َدْ فيهْ لأَ َّنْ ؛‬

Ertinya: Dan [perkataan yang bersifat sebagai] syatahat yang keluar daripada
seorang wali masa hal pengelaman ghaibahnya [masa fananya] atau ta'wilan [kata-
kata] yang dijadikan istilah teknikal di kalangan mereka, [tidak menjadi sebab kufur]
walaupun yang lain dari kalangan mereka tidak mengetahui hal itu, kerana lafaz
yang dijadikan istilah [di kalangan mereka yang ahli dalam sesuatu ilmu itu] adalah
hakikat pada sisi mereka yang ahli di dalamnya, maka yang demikian itu tidak
ditentang mereka itu kerana istilah mereka menyalahi istilah golongan yang selain
daripada golongan mereka , sebagaimana yang ditahkikkan tentang ini oleh imam-
imam dalam ilm al-kalam dan yang lain daripada mereka.

Dengan itu, maka ramai mereka yang tergelincir kerana menyerang golongan
muhakkikin dari kalangan sufiah dalam perkara-perkara yang mereka [sebenarnya]
terbebas daripada [tuduhan] yang demikian, dan mereka berpergi datang melihat
di kalangan mereka yang berbicara tentang istilah mereka yang tertulis dalam
kitab-kitab mereka mencari-cari untuk itu [untuk menyerang], walhal mereka tidak
mengetahui tentangnya [tentang maksud yang sebenar yang diketahui di kalangan
golongan muhakkikin itu]. Maka tentu dan nyata mesti wajib ditegah mereka
daripada yang demikian itu; bahkan kalau dikatakan bahawa mesti ditegah orang
yang tidak terkenal dengan [penglibatan dengan betul dengan ] tasauf dengan cara
yang benar, daripada berbicara tentang kata-kata [istilah] mereka yang boleh
mendatangkan kemusykilan [ke atas masyarakat], kecuali dengan menisbahkan

kepada mereka [mengikut benar-benar huraian kitab mereka] serta tidak
beriktikad dengan apa yang zahir [daripada lafaz-lafaz itu] maka itu tidak jauh
[daripada apa yang sebenarnya, ertinya hendaklah orang yang berbicara dengan
cara yang menyalahi kitab-kitab ahli tasauf sendiri, mereka-reka tafsiran sendiri,
hendaklah mereka ditegah daripada berbicara tentang itu], kerana dalam perkara
yang demikian itu [yakni orang yang berbicara bukan mengikut ulama tasauf secara
sadiq, tetapi memandai sendiri, dan mengambil lafaz mengiktu zahirnya] itu
mendatangkan kerosakan yang tidak tersembunyi lagi [memang nyatalah
kerosakannya].

[Adapun mereka yang memang sesat akidahnya selepas dipereksa, dan itu bukan
ajaran tasauf, tetapi dinisbahkan sahaja kepada mereka, kerana ada kepentingan,
maka wali al-amr mesti mengambil tindakan terhadap mereka-penulis kertas].
Katanya lagi (11)
ْ‫َكا َْن إ ْنْ لأَنَّْهُ ؛ نَ َظرْ فيْه َم ْع ُصوْم َغ ْي ُرْ لأَنَّْهُ و َليَتَهُْ َذل َْك يُنَافي َو َلْ ّل َّلْاُ أَ َنا قَا َلْ َوليْ يُ َع َّز ُرْ ال َّس َلاْم َع ْبْد ا ْبنْ َوقَ ْو ُل‬
‫َحالهْ في َش َك ْك َنا إ َذا َما َع َلى َح ْملُهُْ َويُ ْمك ُْن َكاف ْر فَ ُه َْو َوإ َّلْ ب َم ْقبُو ْل أُ ِّو َلْ لَ ْوْ َك َما يُ َع َّز ُرْ َلْ ُم َكلَّفْ َغ ْي ُرْ فَ ُه َْو َغائبا‬
‫ َم ْع ُصوْم َغ ْي ُرْ لأَنَّْهُ ؛ ا ْلو َليَْة بعَ َدمْ َو َْل ُع ْذرْه ل ْحت َما ْل با ْل ُك ْفرْ َع َل ْيْه يُ ْح َك ُْم َو َلْ لَْهُ َف ْطما فَيُ َع َّز ُْر‬...( ْ‫بَ ْع ُضْ قَا َْل ) تَ ْنبيه‬
ْ‫تَ ْدوين َها َع َلى َللُ ْمتُ ُه ْمْ ا ْل َكل َما ْت ت ْل َكْ أَ ْربَا َبْ أَ ْد َر ْك ُْت َل ْوْ َوا ْل َع ْقليَّْة النَّ ْقليَّْة َوا ْلعُلُومْ التَّ َص ُّوفْ بَ ْي َنْ َج َم َعْ م َّم ْنْ َم َشايخنَا َم َشايخ‬
ْ‫َغ َر ْض َل ُه ْْم َي ُك ْنْ َل ْمْ إ ْْن يُتَّ َجْهُ َوإنَّ َما ا ْنتَ َهى للتَّ َص ُّو ْف ا ْل ُم َّدعي َنْ َوا ْلأَ ْغبيَا ْء ل ْل َع َوا ِّْم َمزلَّْة لأَنَّ َها ؛ ل َحقِّيَّت َها ا ْعتقَادي َم َع‬
ْ‫إلَ ْي َها نَ َظ َْر َف َلْا ال َّش ْر ْع أَئ َّمْةُ َي ْد َر ُؤ َها ا ْل َم َفاس ُدْ َوت ْل َْك ا ْصط َلاحه ْمْ ا ْند َراسْ َك َخ ْشيَةْ تَ ْدوين َها في َصحيح‬

Dan pendapat 'Izzuddin ibn 'Abdis-Salam [rh] bahawa wali yang berkata 'Aku Allah'
hendaklah dikenakan hukum ta'zir, itu tidak menafikan kewaliannya, kerana ia
tidak ma'sum, padanya ada penilitian.Kerana, kalaulah ia dalam 'ghaibah', maka ia
tidak mukallaf [waktu itu], maka dengan itu ia tidak dikenakan hukum ta'zir

sebagaimana kalau dita'wilkan dengan yang makbul, kalau tidak [kalau ta' boleh
dita'wilkan], maka ia kafir. Maka boleh ditanggungkan maknananya bahawa bila
kita syak tentang halnya, maka ia dihukumkan dengan ta'zir, untuk menjauhkan
dirinya [daripada 'kesalahan' yang demikian], dan tidak dihukumkan ia itu kafir
kerana ihtimal [andaian] ia teruzur, dan juga bukan tidak dihukum ia bukan wali;
kerana ia tidak ma'sum…(Peringatan) Kata setengah daripada syaikh-syaikh bagi
syaikh-syaikh kami dari kalangan mereka yang menghimpunkan [dalam diri
mereka] antara tasawwuf dan ilmu-ilmu nakliah dan akliah, :kalau aku bertemu
dengan orang-orang yang ahli tentang istilah-istilah [sufiah yang sulit-sulit itu] aku
akan mencela mereka menulis kitab tentangnya walhal aku beriktikad itu adalah
benar, kerana ia adalah tempat tergelincir orang-orang awam dan orang-orang
yang bodoh yang mendakwa penglibatan dengan tasauf.(Seleasi kenyataannya).
Dan sesungguhnya yang lebih beralasan ialah [maksud kata-kata itu melarang
mereka menulis itu] ialah bila pada mereka itu tidak ada alasan dan matlamat yang
sahih dalam mengarang tentangnya seperti [antara matlamat yang boleh diterima
itu ialah] takut terluputnya istilah-istilah mereka itu , maka kerosakan-
kerosakan[yang telah tersebut dalam larangan tadi] tidak diambil kira oleh imam-
imama syara'iah maka tidak diberi perhatian kepadanya [dengan itu kitab-kitab itu
boleh ditulis untuk ahlinya dan tidak ditegah]. (10).

Katanya seterusnya :

( ُ‫ َق ْولُْه‬: ‫ قَ ْوْلُْهُ ( ل َسا ْن َس ْبقْ َق ْولهْ َع َلى َع ْطفْ ) َول ْي َو َش ْط ْح‬: ‫ قَ ْولُهُْ ( َغ ْي َبتْه َع َلى َع ْط ْف ) تَأْويلْه أَ ْْو‬: ‫أَ ْيْ ) ثَ َّْم َوم ْْن‬
ْ‫ قَ ْولُهُْ ( َغ ْيره ْمْ ل ْصط َلاحْ ا ْل ُم َخا َلفَْة لأَ ْجل‬: ‫َش َّْك َم ْْن ُك ْفرْ َع َلى لغَ ْيرْه تَبَعا ا ْل ُم ْقري ا ْب ُنْ َو َج َرى ) إلَ ْْخ َكثي ُرو َنْ َز َّْل‬

‫ التِّ َحا ُْد َك َلامه ْْم َظاه ُرْ الَّذي َنْ َع َرب ِّْي ا ْبنْ َطائفَْةْ ُك ْف ْر في‬، ‫َك َلا َمْ َولَك َّْن َك َلامه ْْم َظاهرْ م ْْن َفه ُموْهُ َما ب َح َسبْ َو ُه َْو‬
ْ‫َب ْع َدْ َذل َْك َع َلى ا ْستَ َم َّْر فَإ ْنْ يُعَ َّر ُفْ َفإنَّهُْ ال ُّصوفيَّْة َج َهلَةْ م ْْن َظاه َرهُْ ا ْعتَقَ َْد َم ْنْ َوأَ َّما ا ْصط َلاحه ْْم َعلَى َجارْ َه ُؤ َلء‬
ْ‫ُم ْغني هـ ا تَ َعالَى ّل َّلاُْ َشا َْء إ ْْن ال ِّسيَرْ كتَا ْب في َه َذا َع َلى ا ْل َك َلا ُْم َو َسيَأْتي َكافرا َصا َرْ َم ْعر َفته‬
(Katanya: dan kata-kata syatahat seorang wali) sambungan atas katanya terlanjur
lidahnya (katanya atau ta'wilnya) sambungan atas keadaan ghaibahnya (katanya
kerana itu) yakni kerana menyalahi [istilah mereka dengan] istilah golongan lain
[seperti istilah fuqaha atau ahli usul aldin] (katanya: tergelincir ramai dan
seterusnya sampai habis ayat) dan ibn al-Muqri mengikut bagi orang yang selainnya
berpendapat kafir orang yang syak tentang kafirnya golongan ibn 'Arabi [termasuk,
kalau diterima, mereka yang mengikut huraiannya di Dunia Melayu, termasuk
'martabat tujuh' dalam al-Manhal al-Safi karangan Syaikh Daud ini] yang zahir kata-
kata mereka [memaksudkan] bersatu [antara Tuhan dan makhluk], itu adalah
dengan kadar apa yang mereka faham dari zahir kata-kata mereka , tetapi kata-kata
golongan ini adalah mengikut [system] peristilahan mereka ; adapun orang yang
beriktikad atas zahirnya dari kalangan orang jahil antara mereka yang beramal
dengan tasauf, maka hendaklah diberitahu dan diajarkan [apa yang sebenarnya,
bukan zahir lafaznya], dan kalau ia meneruskan halnya selepas daripada
mengetahui tentangnya [selepas diajar] maka ia menjadi kafir, dan pembicaraan ini
akan dilakukan dalam 'kitab al-Siyar' insya' Allah. Habis kenyataan dalam kitab 'al-
Mughni'. (11)

Dalam Mughni al-Muhtaj terdapat kenyataan yang hamper sama maksudnya:

‫إ َذا ا ْل َول َّْي أَ َّنْ ال َّس َلامْ َع ْبْد ْب ْن ال ِّدينْ ع ِّزْ ال َّش ْيخْ أَ َمالي فَفي ‪َ ،‬غ ْي َبته ْمْ َحالْ في ا ْلأَ ْوليَا ْء م ْنْ ال َّصاد َرْةُ ا ْل َكل َمْا ُْت َو َك َذا‬
‫م ْنْ ‪ :‬ا ْلقُ َش ْير ِّْي َق ْو َْل َه َذا َويُنَافي ‪َ ،‬م ْْع ُصومي َنْ َغ ْي ُْر لأَنَّ ُه ْْم ا ْلو َل َيةَْ يُنَافي َو َْل ‪ ،‬ال َّش ْرع َّيْ التَّ ْعزي َْر ُع ِّز َْر ّل َّلْاُ أَ َنا ‪ :‬قَا َْل‬
‫ا ْعت َراضْ َعلَ ْيهْ لل َّش ْر ْع َكا َْن َم ْْن فَ ُك ُّلْ ‪َ ،‬م ْع ُصوما َي ُكو َْن أَ ْْن النَّب ِّْي َش ْرطْ م ْنْ أَ َّنْ َك َما ‪َ ،‬م ْحفُوظا َي ُكو َْن أَ ْنْ ا ْل َول ِّْي َش ْرطْ‬
‫َقا َْل ل َما ا ْل َح َّلاجْ ا ْل ُح َس ْينْ َع ْنْ ُس َر ْي ْج ا ْب ُنْ ُسئ َلْ َو َق ْدْ ‪ ،‬ا ْل ُم َوافَقَْة َع َلى أَ ْف َعالُْهُ تَ َوالَ ْْت الَّذي َفا ْل َول ُّْي ‪ُ ،‬م َخاد ْع َم ْغ ُرورْ َف ُه َوْ‬
‫َع ْمرو أَبُو ا ْلقَاضي بْ َذل َْك ب ُك ْفرهْ َوأَ ْفتَى ‪َ ،‬ش ْيئا فيهْ أَقُو ُلْ َو َما أَ ْم ُرْهُ َع َل َّْي َخف َيْ َر ُجلْ َه َذا ‪َ :‬وقَا َلْ فيْه َفتَ َوقَّ َْف ا ْل َح ُّْق أَنَا ‪:‬‬
‫َي ُم ْتْ لَ ْْم فَإ ْنْ ‪ ،‬أُ ْخ َرى أَ ْلفا ُضر َْب َوإ َّلْ ‪َ ،‬ما َتْ فَإ ْْن ‪َ ،‬س ْو ْط أَ ْل َْف ب َض ْربْه ا ْل ُم ْقتَد ُْر َوأَ َم َرْ ‪َ ،‬ع ْصرْه َوفُقَ َها ُْء َوا ْل ُج َن ْي ُدْ‬
‫‪َ ،‬وثَ َلاثمائَةْ ت ْسعْ َسنَةَْ ا ْلح َّجْة ذي م ْنْ بَ َق ْي َنْ لس ِّْت َذل َْك َجمي َْع بهْ فَفُع َْل ‪ُ ،‬عنُقُهُْ يُ ْض َر ُبْ ثُ َّمْ َور ْج َلاهُْ يَ َداهُْ قُط َع ْتْ‬
‫ال َّش ْر ْع ب َس ْي ْف قُت َْل لأَنَّْهُ يُ َكفِّ ُرهُْ َم ْْن َوم ْن ُه ْْم ‪ ،‬تَ ْعظيمهْ في يُ َبال ُغْ َم ْْن َفم ْن ُه ْمْ ‪ ،‬أَ ْمرهْ في ُم ْختَلفُو َْن َذل َْك َم َْع َوالنَّا ُسْ‬
‫َغ ْيره ْمْ ع ْن َْد َك َلامه ْْم َظاه ُرْ الَّذي َنْ َع َرب ِّْي ا ْبنْ َطائفَْة ُك ْف ْر في َش َّكْ َم ْْن ُك ْف ْر َع َلى لغَ ْيرهْ تَ َبعا ا ْل ُم ْقري ا ْب ُْن َو َج َرى ‪،‬‬
‫اللَّ ْف ُْظ إ َذا ‪ ،‬ا ْْصط َلاحه ْْم َعلَى َجارْ َه ُؤ َلءْ َك َلا َْم َو َلك َّْن ‪َ ،‬ك َلامه ْْم َظاه ْر م ْنْ َفه ُموهُْ َما ب َح َسبْ َو ُه َْو التِّ َحا ُدْ‬
‫‪َ .‬صحي ْح ل َم ْعنى ُم ْعتَقْد ل َم ْع َناْهُ م ْن ُه ْْم َوا ْل ُم ْعتَق ُْد ‪َ ،‬غ ْيرهْ في َم َجا ْز ال ْصط َلاح ِّْي َم ْع َناْهُ في َحقي َقْة َع َل ْيْه ا ْل ُم ْص َط َل ُحْ‬
‫َو َس َيأْتي ‪َ ،‬كافرا َصا َْر تَ ْعريفْه بَ ْع َدْ َذل َكْ َعلَى ا ْستَ َم َّْر فَإ ْْن ‪َ ،‬ي ْعر ُْف فَإنَّهُْ ال ُّصوفيَّةْ َج َهلَْة م ْنْ َظاه َرْهُ ا ْعتَ َق َْد َم ْْن َوأَ َّما‬
‫‪ .‬تَ َعالَى ّل َّلْاُ َشا َْء إ ْنْ ال ِّسيَ ْر كتَابْ في أَ ْيضا َه َذا َع َلى ا ْل َك َلا ُمْ‬

‫‪Ertinya: Demikian pula kata-kata yang keluar dari para aulia dalam hal pengelaman‬‬

‫‪ghaibah mereka; dan dalam kitab 'al-Amali' Syaikh 'Izzuddin ibn 'Abdis-Salam :‬‬

‫‪Sesungguhnya wali itu bila ia berkata:"Aku Allah' hendaklah dikenakan hukuman‬‬

‫‪ta'zir dengan ta'zir syari'i, dan itu tidak menafikan kewalian [orang yang‬‬

‫‪berkenaan], kerana mereka bukannya maksum [seperti ma'sum anbia], dan ini‬‬

‫‪diinafikan oleh pendapat al-Qusyairi :Termasuk ke dalam syarat kewalian ialah ia‬‬

‫‪'mahfuz' [terjaga] sebagaimana daripada nabi [pula] syaratnya ialah ma'sum, maka‬‬

‫‪setiap orang yang bercanggah dengan syara' maka ia terpedaya, menipu [diri‬‬

‫‪sendiri], maka wali itu ialah orang yang berterusan amalannya bermuafakat‬‬

‫‪[dengan Syara'], dan ditanya ibn Suraij berkenaan dengan Husain al-Hallaj bila ia‬‬

‫‪mengatakan 'Aku Allah', maka ia bertawakuf tentangnya.Ia lelaki yang tidak nyata‬‬

‫‪kepadaku urusannya, dan aku tidak katakana sesuatu[pun] tentangnya.Dan al-‬‬

Qadhi Abu 'Amru dan Junaid dan fukaha zamannya mengkafirkannya kerana yang
demikian itu, dan dinasihati supaya al-Muqtadir memukulnya dengan seribu
pukulan kalau ia mati, kalau tidak seribu lagi, kalau ia tidak mati maka dipotong
tangannya dan kakinya, kemudian dipotong lehernya.Itu semua dilakukan
kepadanya …dan manusia walaupun demikian mempunyai pendapat yang
berlainan tentangnya.Antara mereka yang terlalu mengagung-agungnya,,
antaranya mereka yang mengkafirkannya, kerana ia dibunuh dengan pedang
Syara', dan ibn al-Muqri berpendapat mengikut mereka yang lain itu , menganggap
kafir orang yang syak tentang kufurnya golongan ibn 'Arabi yang zahir k,ata-kata
mereka [menunjukkan makna] penyatuan (al-ittihad) [antara Tuhan dan makhluk],
dan itu adalah mengikut kadar apa yang mereka fahamkan dari kata-kata
mereka.Tetapi golongan ini kata-kata mereka mengikut [system] peristilahan
mereka [sendiri], kerana lafaz istilah itu bersifat hakiki pada maknanya secara
istilah [teknikal] dan bersifat majazi dalam yang lain daripadanya, maka orang yang
beriktikad dari kalangan mereka adalah mengikut makna yang sahih, adapun orang
yang beriktikad zahir [pada lafaznya] dari kalangan jahil pengikut tasauf maka ia
hendaklah diberitahu [tentangnya], kalau ia terus juga dengan keadaannya
[mengambil maknanya yang zahir pada lafaz juga], maka menjadi kafirlah
ia.Huraian tenhtang ini juga akan dilakukan nanti dalam kitab al-siyar.In sya'
Allah.(12)

4.Tentang istilah-istilah yang muncul itu adalah proses yang berlaku terhadap
semua ilmu-ilmu Islam seperti fiqh, tafsir, hadith, sirah, dan lainnya termasuk
tasauf; dan tasauf pula ada yang mu'amalah dan ada yang mukasyafah; tentang
martabat tujuh ini, ia termasuk ke dalam bahagian mukasyafah; tidak semua orang

memerlukannya. Kedudukan tentang istilah-istilahnya disebut antaranya dalam
kitab Tuhfah oleh ibn Hajar rh dan Mughnil-Muhtaj oleh Khatib Sharbini rh. Yang
penting ialah kita memahai istilahy-istilah mengikut apa yang difahami di kalangan
mereka yang ahli baginya.Ini pendirian ulama dalam Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah
yang tidak menjadi tabiat dan resminya untuk mengkafirkan sesama sendiri
sebagaimana yang dijelaskan antaranya dalam al-Tabsir fid-Din oleh al-Isfara'ini rh
juga al-Baghdadi rh dalam al-Farq bain al-Firaq.

5.Tasauf demikian adalah bertujuan untuk memantapkan ketaatan dan taqwa
dengan memberi huraian-huraian yang bersifat intelektuil bagi mereka yang
memerlukan; ia bukan untuk orang yang tidak memerlukannya, apa lagi mereka
yang hendak memahaminya mengikut system istilah mereka sendiri. Hendaklah
dibezakan mereka ini daripada golongan yang mendakwa tasauf dan melemparkan
syariat daripada hidup mereka dan memperlekeh-lekehkannya.Na'udhu billahi min
dhalik.

6.Sebenarnya ia bukan tasauf falsafah, sebab falsafah ialah setakat lamunan mental
dengan fikiran dan minda, dan tidak menyentuh aspek-aspek yang batin dan rohani
manusia. Adapun yang demikian ini adalah huraian tentang syuhud 'arifin dengan
system peristilahan mereka sendiri. Dan ia sebahagian daripada tasauf bahagian
mukasyafahnya.Dan mereka adalah Ahlis-Sunnah bukan terkeluar daripada Ahlis-
Sunnah, melainkan golongan yang memang disebutkan terkeluar daripada Ahlis-
Sunnah sepertri yang disenaraikan dalam kitab Tuhfgah al-Raghibin karangan
Syaikh Arsyad al-Banjari rh (13).Dalam hubungan dengan ini eloklah kita ingatkan
pembahagian ibn 'Arabi rd tentang ilmu itu ada tida kategori: ada yang akliah, yang

boleh difahami dengan akal, ada yang bersifat sebagai "hal" yangh dialami oleh
jiwa dan roh, ada yang bersifat 'hakikat-hakikat" (al-haqa'iq).Ini boleh didapati
pada awal "Futuhat"nya, jilid I.

Seperkara lagi ia bukan akidah, ia syuhud, ini perlu dibezakan maksudnya.Kalau
akidah semua orang mesti mengetahuinya dan meyakininya, seperti sifat-sifat
Tuhan dalam ilmu akidah, berdasarkan Qur'an, hadith dan ijma'.Adapun
pengelamanb syuhud para 'arifin itu "hal" mereka, atau "makam" mereka, yang
mereka alami, bukan akidah yang mesti dipelajari oleh semua mukallaf. Sebab itu
'salah' kalau dikatakan akidah ibn 'Arabi rd adalah 'wihdatul-wujud', sebab
akidahnya ialah sebagaimana yang dibentangkannya pada awal kitab al-
Futuhatnya, yang isinya hampir-hampir sama dengan akidah Imam al-Ghazali rd
dalam Ihya'nya. Adapun pengelaman syuhudiah, itulah yang disebutkan orang
sebagai wihdatul-wujud itu.

7.Tentang kepentingan adanya sains dan teknologi, ini tidak menjadi persoalan,
sebab metafisika tasauf yang demikian bukannya bercanggah dengannya, bahkan
ia memberi kerangka metafisika dan rohani kepada ilmu sains dan teknologi, dan
ia tidak menafikan undang-undang sebab musabbab pada alam syahadah ini;
seseorang boleh menjadi sufi sebenarnya (selain daripada mengingati contoh para
Sahabat rd dan Tabi'in dan generasi Salaf rd) dan juga ahli sains; sebab tasauf yang
sebenar yang dimaksudkan boleh ada pada ahli fakir seperti Imam al-Ghazali, ahli
sejarah dan sosiologi, seperti ibn Khaldun, boleh ada pada pemerintah seperti
Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan 'Abdul Hamid Turki (sayangnya ia menjadi mangsa
konspirasi manusia zamannya, termasuk manusia yang Islam, selain daripada

konspirasi Barat), atau tasauf yang ada pada bendahara Tun Perak di Melaka. Kalau
di Negara kita sarjana sains seperti Prof Osman Bakar boleh mendapat fahaman
yang jelas dalam metafisika sufi untuk fahaman sainsnya, demikian juga sarjana
seperti Prof Mohd Yusoff Othman, sekadar menyebut beberapa nama, walaupun
tidak dikaitkan mereka dengan tasauf secara yang tersangat ketat.

Kesimpulan:

Nampaknya perbincangan menunjukkan bahawa Martabat Tujuh sebagaimana
yang difahami oleh mereka yang ahli sebenarnya adalah harmonis dan mendapat
tempat dalam wacana ilmu Ahlis-Sunnah ; hanya ia perlu difahami dengan
sebenarnya, mengikut para ahlinya, sebab semua pengetahuan ada
ahlinya.Tentang adanya golongan sesat dalam masyarakat yang menisbahkan diri
kepada tasauf, atau adanya orang yang jahil yang memahaminya secara zahir
lafaznya, maka itu bukan alasan untuk dinyatakan ia terkeluar daripada Ahlis-
Sunnah ataupun terkeluar daripada lingkungan keimanan, na'udhu billahi min
dhalik.Apa lagilah, sikap negatif itu tidak menasabah, bila diingatkan, bahawa
dalam rantau ini, ia melibatkan peribadi-peribadi seperti Wali Sunan Kalijaga,
Sunan Bonang, Syaikh Nur al-Din al-Raniri, Syaikh 'Abdul-Rauf Singkel, Syaikh al-
Qusyasyi, Syaikh Syamsul-Din Pasai, Syaikh Arsyad al-Banjari, Syaikh Yusuf al-
Makasari yang menentang penjajah itu, Syaikh 'Abd al-Samad al-Falimbani
penyebar faham Imam al-Ghazali, Syaikh Daud al-Fatani, Syaikh Ahmad al-Fatani
(guru To' Kenali) [editor kitab-kitab Jawi zaman kerajaan Othmaniah dulu], dan
seluruh gernerasi mereka itu-Allah memberi rahmat kepada mereka.Amin; kalau
diambil sikap yang negatif sebagaimana mula dikesani, maka seolah-olah sudah

berlaku satu jenis "dekonstruksi ilmu Ahlis-Sunnah" –sementara ada ungkapan
yang lebih menasabah untuk ini- dalam hubungan dengan mereka yang sebenarnya
wajib diberikan layanan yang "lebih beradab" dan "lebih bertamadun". Dan
tentang perlunya bidang ini tidak diceburi oleh mereka yang tidak sewajarnya di
kalangan orang awam, itu juga diterima, dan wali al-amri perlu melakukan tindakan
kawalan dengan bantuan mereka yang ahli di dalamnya. Dan ia tidak boleh
dibicarakan dihadapan orang awam. Wallahu a'lam.

Nota:

(1)Dalam Ihya' 'Ulumi'd-Din, kitab berkenaan dengan ilmu.

(2) Lihat Martin van Bruinessen, "Sufism and the Islamization of the Archipelago",
dalam http://www.let.uu.nl/~martin.vanbruinessen/personal/publications/Sufi...

(3)ibid.

(4)C.A.O.van Nieuwenhuijze, Shamsusu'l-Din van Pasai, (Leiden, Brill,1945), lihat
ibid.

(5)Lihat Anthony H.Johns The Gift Addressed to the Spirit of the
Prophet,(Canberra, ANU, 1965).cf ibid.

Skima Syaikh Syams al-Din Pasai tentang martabat wujud yang tujuh itu ialah
Ahadiah, Zat Tuhan yang kadim, wahdah, Zat Tuhan dengan Sifat-SifatNya , yang
kadim, dengan kepelbagaian sifat-sifatNya, kadim, Wahidiah, juga kadim, abadi,
Tuhan dengan nama-Namanya, Alam Arwah, yang diciptakanNya, dengan
bahagian-bahagian alamnya, Alam Mithal, yang diciptanya, wujud Tuhan tertajalli
padanya, Alam Ajsam, alam jism-jisim, tercipta olehNya, tertajalli wujud Tuhan
padanya, Alam al-Insan, yang tercipta, yang tertatajalli wujud Tuhan padanya. Lihat
ringkasan tentangnya dalam karangan Peter Riddell, Islam and the Malay-
Indonesian World, Horizons Books, Singapore, 2003, p113. Skima yang sedemikian
boleh didapati dalam al-Manhal al-Safi karangan Syaikh daud al-Fatani rh yang akan
dibicarakan kemudian.

(6)"Sufi Legendaris dari Nagaroe Aceh" dalam www.sufinews.com/

(7)Sir Richard Winstedt, A History of Classical Malay Literature, JMRAS, jilid 31,
bahagian 3, no.183 , 1961. hal.121. Tentang ibn 'Arabi rd di Dunia melayu
nampaknya ada penulisan yang serius tentangnya yang dilakukan oleh Dr Kautsar
Azhari Noer, Ibn 'Arabi Wahdat al-Wujud Dalam Perdebatan, dengan pengantar
oleh Kamaruddin Hidayat, Paramadina, Jakarta, 1995.

(8) Dalam "Sufism and the Islamization of the Archipelago", dalam
http://www.let.uu.nl/~martin.vanbruinessen/personal/publications/Sufi...

(9)http://feqah.al-
islam.com/Display.asp?DocID=69&MaksamID=1&ParagraphID=3275&Sharh=0

(10)ibid.

(11)ibid.

(12)http://feqh.al
islam.com/Display.asp?DocID=70&MaksamID=1&ParagraphID=2940&Sharh=0
‫الردة كتاب > المنهاج ألفاظ معرفة إلى المحتاج مغني > الكتب تصنيف > الرئيسية الصفحة‬

(13) yang dihurai isi kandungannya oleh penulis kertas iuni berdasarkan

pembentangannya dalam seminar antarabangsa di Brunei, tidak lama sebelum

ini.Ini boleh diakses dalam laman web berikut:

http://traditionalislam.tripod.com/Tasawwuf_Kedudukannya_DiNusantara.htm -

di bawah tajuk "Tasawwuf dan Kedudukaannya di Nusantara", bahagian

"wujudiah".Dalam laman web:

http://www.oocities.com/traditionalislam/pendidikandakwahAlbanjari.htm-

dibawah tajuk Pendidikan dan Dakwah Syaikh Arsyad al-Banjari, yang dibentangkan

dalam persidanganm antarabangsa tentang Syaikh Arsyad al-Banjari di Banjarmasin

tahun 2001, penulis menerangkan hal ini di bawah tajuk "tasawwuf" mengikut

syaikh Muhammad Arsyad rh.


Click to View FlipBook Version