The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam. Koleksi tulisan Dr Muhammad Uthman el Muhammady

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-02-23 20:16:22

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam

Ketuhanan, Kebudayaan dan Peradaban Islam. Koleksi tulisan Dr Muhammad Uthman el Muhammady

Keywords: uthman el muhammady

LAMPIRAN:

Dalam Lampiran ini penulis hendak perkenalkan naskah tulisan tangan kitab Syaikh
Daud rh yang menjadi "rakan" kepada kitab "al-Manhal al-Safi" ini, judulnya Riyad
al-Nufus al-Zakiyyah ila al-Taraqqi A'la Maqam al-Nufus al-Mutma'innah, ["Taman-
Taman Jiwa Yang Suci kepada Pendakian ke Makam-Makam Tertinggi Nafsu
Mutma'innah"] , terjemahan kitab Sair al-Suluk ila Malik al-Muluk karangan al-'Arif
billah Malik al-Muridin Hujjah al-Muhaqqiqin, Shaikh Qasim Khan al-Halabi. Beliau
menyatakannya pada bahagian akhir terjemahan "Inilah akhir yang hamba hendak
kenang [?] risalah yang bernama akan dia Riyad al-Nufus al-Zakiyyah ila al-taraqqi
'ala Maqam al-Nafs al-Mutma'innah, pada menyatakan nama nafsu yang tujuh
masyhur pada ahlinya, maka adalah sekeliannya hamba nakal daripada kitab yang
bernama Sair al-Suluk ila malik al-Muluk karangan bagi al-'Arif billah…Qasim Khan
al-Halabi nafa'ana 'Llahu biha kama nafa'a bi-asliha .Amin." (fol.17B). Katanya
"telah selesai faqir ila 'Llah ta'ala Daud bin 'Abdullah daripada mentaswid [yakni
menulis] akan bayad [kertas ] ini pada malam Rabu delapan belas haribulan Rabi'
al-Awwal, di Makkah al-Musharrafah pada Hijrah (fol.17b) seribu dua ratus empat
puluh…" (fol.18A). MS ini ditulis oleh Ma' Saleh ibn Jenal pada 3 haribulan Syawwal
1324, dengan tandatangannya pada akhirnya. Saya ucapkan "jazaka'Llahu khairal-
jaza' " kepada rakan baik saya saudara Zaidi Mohd Hassan atas baik budinya
membekalkan saya dengan salinan naskah MS yang bernilai ini. Takdirnya yang
menyebut kitab "al-Manh al-Safi" karangan Syaikh Daud rh pada tahun 1976 dalam
tulisan saya "Peradaban Dalam Islam" itu saya , waktu itu kitab itu nampaknya
belum tersebut dalam persuratan, dan sekarang kitab beliau ini saya sebutkan di
sini dalam sessi ini. Fali'Llahi '-hamd 'ala'n-ni'am.

Kandungannya mennandungi huraian berkenaan dengan "Nafsu Tujuh" pada
bahagian awal lagi disebutkan ia berbicara berkenaan dengan "perbezaan nafsu
ammarah dan nafsu lawwamah, dan nafsu mulhamah, dan nafsu mutma'innah, dan
nnafsu radiyah, dan kamilah yang tujuh namanya, dan menyatakan perjalanannya,
dan alamnya, dan halnya, dan tempatnya, dan waridnya, dan sifatnya, dan
kejahatannya, dan kaifiat melepaskan daripadanya dan kaifiat naik ke atas yakni
naik nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah dan daripada nafsu mulhamah
hingga kepada tujuhnya.Fasal yang pertama pada menyatakan nafsu ammarah dan
perjalannya dan alamnya dan halnya dan tempatnya…"( fol.1B).

Dikkuti dengan perbincangan tentang nafsu ammarah dengan ringkas (fol.2A)
kemudian nafsu lawwamah katanya "perjalannya ila'Llah yakni kepada Allah dan
alamnya itu alam syahadah yakni mulki yang didapat dengan pancaindera yang
lima, dan tempatnya dada dan halnya yakni kelakuannya condong kepada
kejahatan dan waridnya itu syari'at…" (fol.2A).

Tentang nafsu itu berbilang-bilang tetapi ia yang satu itu juga, katanya "pada
hakikatnya itu nafsu suatu jua tetapi yang berbiulang-bilang itu namanya
bersalahyan perangai jkua, dan lagi bahawasanya nafsu itu ialah yang berkata dan
iaitu hati sweperti mana Allah ta'ala [berfirman] padanya [iaitu berkenaan
dengannya] ( ‫' ) قلب له كان لمن ذلك‬yang demikian bagi orang yang ada baginya hati'
kerana tiada dikehendaki daripada hati itu sepotong daging[dalam badan manusia],
maka bahawasanya kehendak hati [itu ialah] hanya nur yang latif [iaitu zat halus
yang bukan benda] yakni yang halus lagi rabbani yakni yang dibangsakan rabbani

[yakni dinisbahkan kepara Tuhan, Rab], tetapi tatkala [ber]cerai sebab cenderung
kepada tabi'ah dan syahwah dan berjinak-jinak akan nafsu syahwaniyyah yakni roh
haiyawani jadi berlutur [?] ia serupa pada perjalan[an]nya haiyawanat dan
bertukarlah segala sifat yang kepujian dengan sifat yang kecelaannya, dan jadilah
[ia] tiada dapat berbeza daripada mereka itu melainkan dengan rupa [jadilah ia
seumpama] syaitan daripada tenteranya." (fol.2b).

Katanya meneruskan huraiannya :"Ketahui olehmu bahawasanya cahaya hati itu
enam ba[ha]gi, pertama qalb tempatnya nur yang kelam kedua syaghaf tempat nur
yang merah ketiga fu'ad tempat nur yang kuning keempat habbatul-qalb [lit. inti
hati]tempat nur yang putih, kelima bahjah al-qalb tempat nur samadiyyah cahaya
yang tidak boleh dibagaikan, iaitulah sirr , eenam suwaid al-qalb tempat nur yang
hitam lagi sangtat halusnya .(ali-ha' [ertinya intaha, habis nukilan kata]). [katanya]
Dan setengah daripada sifatnya itu yakni sifat nafsu ammarah itu jahil dan bakhil
dan loba dan takabur dan pemarah [ikut syahwat] dan dengki dan jahat perangai
dan masuk di dalam perci[n]ta (berangan-angan) dan pekerjaan yang tiada
memberi faedah daripada perkataan dan lainnya dan [ber]senda-senda dan
pemarah dan mensakiti [yakni menyakiti] akan orang dengan tangannya dan
lidahnya dan yang lain daripadakeduanya berbagai-bagai yang jahat; maka iaitu
nafsu yang amat jahat…"(fol.2B-3A).

Ini diikuti dengan zikir dan wirid untuknya . Kemudian ia pewrgi kepada nafsu
lawwamah (fol.4B dengan huraian tentang perjalannya, alamnya, tempatnya,
waridnya, sifatnya, ubat untuk menyelesaikan masalah-masalahnya, dan
seterusnya sampai kepada akhir perbincangan tentang nafsu nyang tujuh itu.

Kitab diringkaskan isinya oleh Syaikh 'Abd al-Samad al-Falimbani dalam Sair al-
Salikinnya dalam jilid III hal.8-13.

Ringkasnya kitab ini adalah"rakan" yang menyempurnakan huraian dalam 'al-
manhal al-Safi" ini.

---
*Nota yang disediakan untuk pembentangan dalam Seminar Tasawwuf anjuran
Jabatan Agama Negeri Sembilan, pada 14 Ogos 2004 di Allison Kelana Resort
Seremban, Negeri Sembilan Darulkhusus.

Penulis ialah Fellow Amat Utama Akademik Institut Pemikiran dan Peradaban
Islam, UIAM juga Fellow Kehormat IKIM.

‫الرحيم الرحمن الله بسم‬
‫الكريم رسوله على ونصلى نحمده‬

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU
DALAM KONTEKS WACANA SUNNI

- SATU PENGAMATAN AWAL

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)

Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana
yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri,
Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat
kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-
Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu
Ta’ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith
yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan
sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan
dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki
dalam hadith “al-din al-nasihah” dalam hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’,
antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-
Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan
Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah
seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita
mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.

Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada
panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat
memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah–mudahan kita ini
mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada
Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-
Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat
tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran
Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-
nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud:
“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku
dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’
Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam
semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh
nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa
sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang
bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”. (ibid. 10).
Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang
pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah

daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga
hadith yang bermaksud: “Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau
(wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). Juga
dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak
jadikan sekelian falak ini.” (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:
“Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11).

Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang
bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11);
dan yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-
Qalam”, (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang diciptakan
Allah ialah ruh-ruh” (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh
itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada
hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang
diciptakan Allah ialah nurku” (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud:
“Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11).

Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada
pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum
yang bermakna: “Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah
Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh
Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada -
uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang
dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan,
sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh
Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu
dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan
nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min
yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang
fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid.
13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan
daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian
syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu
nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang
melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan
segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).

Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula,
hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang
menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh
petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari,
bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan
sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian
dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu,

lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu
terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia
lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib
atas umat Muhammad s.a.w.

Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah.
(ibid. 15).

Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad
dalam bentuk burung merak

Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah”
Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-
Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-
Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar”
oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh
(Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh
beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan
dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad
‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah
menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia

Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah
riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur
Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa
burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka
mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun,
kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan
berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia
akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada
Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi
oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu,
dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada
titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang
keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan
pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi” (hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu,
menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas
Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia
malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat,
daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari,
bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh
dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh
belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat
masjid dalam dunia. (hal. 3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan
mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di
dalamnya (hal. 4)

Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di
hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar,
‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh
ribu tahun.

Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya
dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan
segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang
merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian
dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di
dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam
sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil

nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu
selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik
kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara
sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang
menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua
keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia
menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia
berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang
besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan.
Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat
anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti.
Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5).
Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan
seperti Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5).

Beliau menyebut hadith qudsi ( ‫) لعرف الخلق فخلقت أعرف أن فأحببت مخفيا كنزا كنت‬

Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan
diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan
daku. (hal. 6)

Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w. ‫روحى رواية وفى نورى تعالى الله خلق ما أول‬

Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada
suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan

Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh
tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi: ‫لجلى وخلقتك لجلك الشياء خلقت‬

Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku
jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada
wasitah suatu jua pun. (hal. 6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di
kalangan Muslimin sebelah sini.

Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin
Isma’il Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang
dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang
tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-
Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh
Zain al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu
genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi
Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat
bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam,
sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat
mereka. Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada

bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian
makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk
sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam
seumpama alif, ruku’ seumpama ha’, sujud seumpama mim, duduk seperti rupa
dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala
bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki
seperti rupa dal.

Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh
Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya
diterbitkan oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan
oleh Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini
berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua
makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh
Syaikh Zain al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini
sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam
bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada
dalam kitab terjemahan ini.

Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab
“Maulid al-Barzanji”. Dalam mensyarahkan kata-kata dalam “al-Barzanji” hal. 2-3
(Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud “Segala puji-pujian
bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-
Muhammadi”) yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya
oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima
puluh ribu tahun.

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya:
“Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan
menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah
kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang
bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil
katanya: Al-hamdulillah, kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau
dan menamakan engkau Muhammad, daripada engkau Aku memulakan
penciptaan dan (dengan engkau) Aku mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian
Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada
yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah
berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam … selama seribu tahun kepara
kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak
tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’
maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing
kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam
sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang
derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah
dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya
dimasukkanNya ke dalam Neraka…

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, … umat nabi Musa …,
umat Nabi ‘Isa …, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., … kemudian bila
Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan
dimasukkan ke dalam Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai
Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini
diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian
yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada
yang kedua dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan
cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur
Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy
sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada
belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke
dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur
Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di
belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur
kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian
Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda.
Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu

diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-
tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa’,
kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah
daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi
‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).

Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:

Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya
dalam Qur’an dan Sunnah.

Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (Al
Quran 5:15).

Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu
ialah “rasulullah s.a.w.”.

"‫َظاهر بَيِّن " ُمبين" قُ ْرآن " َوكتَاب" َو َسلَّ َمْ َعلَ ْيْه ّل َّلاْ َصلَّى النَّب ِّيْ ُه َْو "نُور ّل َّلاْ م ْْن َجا َء ُك ْمْ قَ ْْد‬

Dalam “Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini:
" ‫ قي َْل ; ضيَاء أَ ْيْ " نُور ّل َّلاْ م ْْن َجا َء ُك ْْم َق ْْد‬: ‫ ا ْلإ ْس َلام‬, ْ‫ َوقي َل‬: ‫ ال َّز َّجاج َع ْنْ ; ال َّس َلام َع َل ْيْه ُم َح َّمْد‬.
Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan
dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an.

Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur”: telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan
Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang
dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

ْ‫ نُور ّل َّلاْ م ْنْ َوا ْلإ ْنجيل التَّ ْو َراة أَ ْهل يَا َجا َء ُك ْْم قَ ْد‬, ‫ َو َسلَّ َمْ َع َل ْيهْ ّل َّلْا َصلَّى ُم َح َّمد بالنُّورْ َي ْعْني‬, ‫بهْ ّل َّلْا أَ َنا َرْ الَّذي‬
ْ‫ ا ْل َح ِّق‬, ‫ ا ْلإ ْس َلام بهْ َوأَ ْظ َه َْر‬, ْ‫ال ِّش ْرك بهْ َو َم َح َق‬

Dalam “Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan:

ْ‫با ْل ُه َدى ُم َح َّمدا َر ُسوله أَ ْر َس َلْ قَ ْدْ أَنَّْهُ ا ْل َكري َمْة َن ْفسْه َع ْْن ُم ْخبرا تَ َعا َلى يَقُول " ُمبينْ َوكتَا ْب نُورْ ّل َّلْا م ْنْ َجا َء ُك ْمْ قَ ْد‬
‫ا ْلأَ ْرض أَ ْهل َجميع إ َلى ا ْل َح ِّْق َودين‬

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi
khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya
Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli
bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’

ْ‫ال َّساجدي َْن في َوتَقَلُّ َب َك‬

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

ْ‫ َو َقتَا َدة ُم َجاهد َقا َل‬: ‫ ا ْل ُم َصلِّي َنْ في‬. ْ‫ َعبَّاس ا ْبن َو َقا َل‬: ‫ ا ْلآ َباء أَ ْص َلاب في أَ ْْي‬, ‫َنبيا أَ ْخ َر َجْهُ َحتَّى َوإ ْب َراهيم َونُوح آ َدم‬
. ْ‫ ع ْكر َمة َوقَا َل‬: ‫أَ ْيضا َعبَّاس ا ْبن َو َقا َلهُْ ; َو َساجدا َو َراكعا قَائما َي َراك‬

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang
sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-
sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah
keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau
berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.

Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat
kenyataan:

‫ال َّساجدي َْن في َوتَ َقلُّبَ َْك‬
‫ال َّص َلاة في قَا َْل " ال َّساجدي َنْ في َوتَقَلُّبك تَقُوم حين َي َراك الَّذي " َقتَا َدة َقا َلْ " ال َّساجدي َنْ في َوتَ َقلُّبك " تَعَالَى َوقَ ْوله‬
‫َر ُسول َكا َْن ُم َجاهد َو َقا َْل ا ْلبَ ْصر ِّيْ َوا ْل َح َسن ا ْل ُخ َرا َسان ِّْي َو َع َطاء ع ْكر َمة قَ ْول َو َه َذا ا ْل َج ْمع في َويَ َراك َو ْحدك يَ َراك‬
‫ُصفُوف ُك ْْم َس ُّووا " ا ْل َحديث في َص َّحْ َما ل َه َذا َو َي ْش َهد أَ َمامه م ْْن يَ َرى َك َما َخ ْلفه م ْنْ َي َرى َو َسلَّ َْم َعلَ ْيهْ ّل َّلاْ َصلَّى ّل َّلْا‬
‫يَ ْعني ا ْلآيَة َهذهْ في قَا َلْ أَنَّْهُ َعبَّاس ا ْبن َع ْْن َطريقَ ْينْ م ْنْ َحاتم أَبي َوا ْبن ا ْلبَ َّزار َو َر َوى " َظ ْهري َو َراء م ْنْ أَ َرا ُك ْْم فَإنِّي‬
‫ َنبيا أَ ْخ َر َجْهُ َحتَّى نَب ِّيْ ُص ْلب إ َلى َنب ِّيْ ُص ْلب م ْنْ تَ َقلُّبه‬.

Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud.
Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak
engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau
keseorangan dan dalam jemaah. Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta
Hasan al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang
Baginda sebagaimana ia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia

menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan
saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-
Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan
tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi
nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda
(ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi.

Dalam Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan dengan
ayat 5:15, kenyataannya ialah seperti berikut:

(Berkenaan dengan ayat yang bermaksud: “Telah datang kepada dari Allah nur dan
kitab yang nyata”)-nur yang agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-
anwar), nabi yang terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang
kepada pendapat ini, juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh
(daripada kebenaran) pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga)
ialah nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘ataf yang
dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu nur dan kitab itu
kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi, kedua-duanya itu adalah
merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak bahawa sebutan itu
tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam (iaitu Nabi
Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya,
maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Tidaklah Kami mengutus engkau
wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam
Tafsir Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut:

Hakikat keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya
adalah dengan mengambil kira Baginda sebagai perantara (wasitah) untuk
limpahan rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-
mumkinat) daripada permulaan lagi; kerana itulah maka nurnya adalah perkara
yang mula-mula sekali dijadikan Allah; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal
yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah
taala Maha pemberi dan aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim).

Dalam “Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang ayat yang
bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang nyata”
(15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur (yang agung), nur
dari segala nur, dan nabi yang terpilih-salla’llahu ‘alaihi wa sallam- ini pandangan
yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa yang terkenal itu) memilih
pendapat ini…Dan pada sisiku tidak jauh (dari kebenaran) bahawa yang
dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya merujuk kepada )
nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yang digunakan itu adalah
seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I (ulama Mu’tazilah yang
terkenal itu) (pada al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab itu merujuk kepada Qur’an
, adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.), dan
mungkin anda merasa teragak-agak untuk menerima pendapat ini dari segi
ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak boleh

menerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima dari segi
isayaratnya)…” (ibid. III. 369).

Dalam kitab yang sama, (Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang
bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan
sebagai rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya:
“Hakikat keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua

yangt wujud (“lil-jami’”) itu ialah dengan iktibar bahawa Baginda adalah penengah
–wasitah- bagi limpahan rahm at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”) atas sekelian
makhluk (“al-mumkinat”) dari awalnya, dan itu ialah kerana nur Baginda salla’Llahu
‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal; maka dalam hadith dinyatakan
“perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau wahai Jabir…” dan
datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala adalah Maha pemberi dan aku adalah
Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah – Allah menyucikan asrar mereka - ada
terdapat huraian berkenaan dengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada
ini.”

Kemudian al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya
“Miftah al-sa’adah”. Katanya “Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada
langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam
hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan, dan manusia akan berkedudukan
seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang
setengahnya berseteru dengan yang lainnya.

Maka setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesan nubuwwah, dan
tiap-tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yang akan berlaku adalah
dengan sebab terselindungnya kesan nubuwwah dan pengarjian tentangnya. Maka
alam ini adalah seumpamna jasad dan rohnya ialah nubuwwah, maka tanpa rohnya
jasad itu tidak akan ada dokongannya; kerana itu (bila tidak ada langsung kesan
nubuwwah dan pengajiannya) buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di
atasnya akan binasa, maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan
dengan kesan-kesan nubuwwah (iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”.
juz 9, hal. 100).

Dalam kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu di kalangan
mereka yang sujud” (al-Shu’ara 217-219), selain daripada maksud bahawa nabi
beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, dengan da’wahnya dan lainnya,
pengarang “Ruh al-Ma’ani” (jilid X.hal.135) menerangkan bahawa: “dan daripada
ibn Jubair bahawa maksud mereka itu ialah para anbia ‘a.s.s., dan makna “melihat
gerak-geri engkau sebagaimana gerak-geri mereka yang selain daripada engkau
dari kalangan para anbia ‘a.s. dalam mereka menyampaikan apa yang
diperintahkan kepada mereka, sebagaimana yang kamu lihat”, dan tafsir tentang
“mereka yang sujud” itu para anbia, diriwayatkan oleh satu jemaah, antara mereka
ialah Tabarani, al-Bazzar, dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas juga , melainkan bahawa
beliau itu –Allah meredhainya- menafsirkan “gerak-geri engkau di kalangan
mereka” itu sebagai bermakna berpindah-pindahnya Baginda (sebagai Nur
Muhammad-UEM) dalam sulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –
alaihis-salatu wassalam- …’(ibid.X.135)

Dalam Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-Imam Abul-Hasan ‘Ali
bin Ahmad al-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang bermaksud Telah
datang kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitab yang nyata, katanya nur ya’ni Nabi
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan Kitab yang nyata ya’ni Qur’an …(Jilid II hal.196.

Demikian juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzil al-Musamma Mirah
Labid li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau
ulama Nusan tara, dari Bentan yang terkenal dalam abad ke-19) - di tepinya Tafsir
al-Wajiz karangan al-Wahidi- jilid II hal. 196 ada dinyatakan:

Ayat yang bermaksud Telah datang (…dari Allah kepada kamu nur) yaitu Rasul iaitu
Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (dan Kitab yang nyata) iaitu Qur’an…

Dan dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud: dan
pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud, yaitu Ia melihat gerak-geri kamu
dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan sujud serta duduk bersama-sama
mereka yang semb ahyang bila engkau menjadi imam dalam berjemaah dengan
mereka, dan dikatakan dan Ia melihat engkau berpindah –pindah dalam sulbi para
mu’minin dan mu’minat, semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada ‘Abdullah
dan Aminah; maka semua nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita Muhammad
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam lelaki dan perempuan, tidak termasuk syirik ke
dalamdiri mereka kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi)
dalam lelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu) daripadanya kepada
orang yang kemudiannya, maka m ungkin orang itu menyembah yang selain
daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim) tidak menyembah berhala melainkan

‫‪selepas berpindah Nur itu kepada Ibrahim, adapun sebelum berpindahnya (kepada‬‬
‫‪Ibrahim) ia tidak menyembah selain dari Allah…(ibid.II.119).‬‬

‫‪Hadith berkenaan dengan Nur:‬‬

‫‪Tentang hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah:‬‬
‫‪Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith‬‬
‫‪‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):‬‬

‫الحديث – جابر يا نبي ْك نو ُْر اللهُْ خلق ما أول – ‪(827‬‬
‫أول عن أخبرني ‪،‬وأمي أنت بأبي ‪،‬الله رسول يا قلت‪ :‬قال بلفظ الله عبد بن جابر عن بسنده الرزاق عبد رواه‬
‫النور ذلك فجعل ‪،‬نوره من نبيك نور الأشياء قبل خلق تعالى الله إن ‪،‬جابر يا قال‪ :‬الأشياء‪ .‬قبل الله خلقه شيء‬
‫أرض ول سماء ول ملك ول نار ول جنة ول قلم ول لوح الوقت ذلك في يكن ولم ‪،‬الله شاء حيث بالقُدرة يدور‬
‫الجزء من فخلق أجزاء‪ :‬أربعة النور ذلك قسم الخلق يخلق أن الله أراد فلما ‪،‬إنسي ول جنِّ ْي ول قمر ول شمس ول‬
‫الأول الجزء من فخلق ‪،‬أجزاء أربعة الرابع الجزء قسم ثم ‪،‬العرش الثالث ومن ‪،‬اللوح الثاني ومن ‪،‬القلم الأول‬
‫من فخلق أجزاء‪ :‬أربعة الرابع الجزء قسم ثم ‪،‬الملائكة باقي الثالث ومن ‪،‬الكرسي الثاني ومن ‪،‬العرش َح َم َلة‬
‫الأول من فخلق ‪،‬أجزاء أربعة الرابع قسم ثم ‪،‬والنار الجنة الثالث ومن ‪،‬الأرضين الثاني ومن ‪،‬السماوات الأول‬
‫إل إله ل التوحيد وهو إنسهم نور الثالث ومن ‪،‬بالله المعرفة وهى قلوبهم نور الثاني ومن ‪،‬المؤمنين أبصار نور‬
‫(المواهب‪ .‬في كذا الحديث‪ .‬الله‪ .‬رسول محمد الله‬

‫‪Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau,‬‬
‫‪wahai Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin‬‬
‫‪‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda‬‬
‫‪hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal‬‬
‫‪yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir,‬‬

sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada
NurNya, kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang
dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam,
Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia.
Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu
kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang
kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arash,
kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi,
maka daripada juzu’ yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada
juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki
lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi
yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya
Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat
bahagian: yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada
yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga
dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan
Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib” (iaitu al-
Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai
rujukan itu).

Dan seterusnya:

‫ فيها وقال‬:‫ يعلى أبو الحافظ فقال ل؟ أم المحمدي النور بعد المخلوقات أول القلم هل واختُلف أيضا‬:‫الهمداني‬
‫القلم قبل العرش أن الأصح‬، ‫ عليه الله صلى الله رسول قال قال عمر ابن عن الصحيح في ثبت لما‬:‫الله قدر وسلم‬
‫سنة ألف بخمسين والأرض السماوات يخلق أن قبل الخلق مقادير‬، ‫الماء على عرشه وكان‬، ‫أن في صريح فهذا‬

‫العرش خلق بعد وقع التقدير‬، ‫القلم خلق أول عند وقع والتقدير‬، ‫ صفحة<فحديث‬311> ‫مرفوعا الصامت بن عبادة‬
‫القلم الله خلق ما "أول‬، ‫أكتب له فقال‬، ‫والترمذي أحمد رواه شيء" كل مقادير أكتب قال أكتب؟ وما رب فقال‬
.‫وصححه‬
‫ العقيلي رزين أبي حديث من أيضا وصححه والترمذي أحمد وروى‬:‫ قبل خلق الماء إن مرفوعا‬.‫العرش‬
‫الماء قبل خلق مما شيئا يخلق لم الله إن متعددة بأسانيد السدي وروى‬، ‫القلم أولية بأن قبله ما وبين بينه فيجمع‬
‫انتهى والعرش والماء المحمدي النبوي النور عدا ما إلى بالنسبة‬

Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah
Qalam makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak? Al-Hafiz Abu
Ya’la al-Hamadani: yang asah ialah ‘Arash sebelum daripada Qalam, mengikut
riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya: Sabda Rasulullah
s.a.w: Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan
langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arashnya atas air; ini sarih atau nyata
dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arash; takdir ada pada
awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ubadah bin al-samit, marfu’, “Awal
diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah
yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat
oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu
Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arash”.

Dan al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak
menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan

‫‪antara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan Qalam dalam hubungan‬‬
‫‪dengan yang selain daripada Nur Muhammad, Air, dan ‘Arasy.Habis.‬‬

‫‪Dan yang menyebut kejadian yang pertama itu “al-Qalam” ialah:‬‬
‫القلم‪ .‬الله خلق ما أول –‪824‬‬
‫قال أكتب؟ وما رب قال ‪،‬أكتب له فقال بزيادة مرفوعا الصامت بن عبادة عن وصححه والترمذي أحمد رواه‬
‫‪،‬شيء كل مقادير أكتب‬
‫العرش خلق الله إن رواية وفي ‪،‬طرق من صح بل الحديث هذا أي ورد قد الحديثية الفتاوى في حجر ابن قال‬
‫من خلقي في وكائن خالق أنا بما قال أجري؟ بم رب يا فقال ‪،‬بإذنه يجري أن فأمره القلم خلق ثم ‪،‬عليه فاستوى‬
‫الضحاك إل ثقات ورجاله ‪،‬القيامة يوم إلى كائن هو بما القلم فجرى ‪،‬أجل أو رزق أو أثر أو نفس أو نبات أو قطر‬
‫عنهما الله رضي عباس ابن عن وجاء ‪،‬جماعة وضعفه ‪،‬عباس ابن من يسمع لم وقال حبان ابن فوثقه مزاحم بن‬
‫‪،‬ثقات ورجاله شيء كل يكتب أن فأمره ‪،‬القلم الله خلقه شيء أول إن عليه‪ :‬موقوفا‬
‫ما اكتب له قال ثم ‪،‬الدواة وهي ‪،‬النون خلق ثم ‪،‬القلم الله خلقه شيء أول إن مرفوعة عساكر لبن رواية وفي‬
‫الحديث – كائن هو ما أو يكون‬
‫لوح قال يسطرون} وما والقلم (ن)) مكان (نون) الأصل (في {ن قال وسلم عليه الله صلى أنه جرير ابن وروى‬
‫انتهى القيامة يوم إلى كائن هو بما يجري ‪،‬نور من وقلم ‪،‬نور من‬

‫‪824. Perkara terawal dijadikan Allah ialah Qalam.‬‬

‫‪Riwayat Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih, dari ‘Ubadah bin al-samit,‬‬
‫‪marfu’, dengan tambahan, Ia berfirman: “Tulislah”, kata (Qalam)”Apakah yang‬‬
‫‪hamba (akan) tulis?” FirmanNya: “Tulislah takdir segala sesuatu”.‬‬

‫‪Kata ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah”: “Datang riwayat, iaitu hadith ini,‬‬
‫‪bahkan ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalam riwayat” Allah menjadikan‬‬
‫‪‘Arasy kemudian Ia beristiwa atasnya, kemudian Ia menjadikan Qalam, kemudian‬‬

Ia memerintah supaya menulis dengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba
(akan) tulis? FirmanNya: tentang apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam
makhlukKu, terdiri daripada titik hujan, tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau ajal;
maka Qalampun menulis tentang apa yang ada sampai ke Hari Kiamat. Rijalnya atau
periwayatnya adalah mereka yang dipercayai (rijaluhu thiqat), melainkan Qahhak
bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya boleh dipercayai, katanya ia tidak
mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satu kelumpuk menganggapnya dhaif; dan
datang riwayat daripada ibn ‘Abbas –Allah meredhai keduanya-maukuf atasnya:
Perkara awal yang dijadikanNya Qalam, kemudian Ia menyuruhynya menulis; para
periwayatnya boleh dipercayai (rijaluhu thiqat).

Dan dalam riwayat ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkarea awal yang dijadikan Allah
ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, Tulislah, apa
yang akan ada dan yang ada.

Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

Nun, Demi Qalam dan apa yang mereka tulis katanya: Lauh daripada nur, Qalam
daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat. Seterusnya
dalam teks yang sama ada riwayat seperti berikut:

‫القلم الله خلق شيء أول أن هريرة أبي عن الترمذي الحكيم روى النجم وفى‬، ‫الدواة وهي النون خلق ثم‬، ‫قال ثم‬
‫أكتب له‬، ‫أكتب وما قال‬، ‫يسطرون} وما والقلم {ن تعالى قوله وذلك القيامة يوم إلى كائن هو وما كان ما أكتب قال‬
‫القيامة يوم إلى ينطق ول ينطق فلم القلم فم على ختم ثم‬، ‫العقل الله خلق ثم‬، ‫في َمن لأ ْكم َلنَّ َكْ وجلالي وعزتي فقال‬
ْ‫أحبب ُت‬، ‫ صفحة<ولأ ْنقُ َصنَّ َْك‬309> ‫أبغضت فيمن‬، ‫ شرح في (اللاقاني)) الأصل (في اللقاني وقال‬:‫القلم جوهرته‬

‫الله خلقه نوراني جسم‬، ‫القيامة يوم إلى يكون وما كان ما ب َكتْ ْب وأمره‬، ‫حقيقته بتعيين الجزم عن وتمسك‬، ‫وفي‬
‫القلم الله خلقه شيء أول الآثار بعض‬، ‫شيء كل يكتب أن وأمره‬، ‫اليراع خلق الله إن بعضها وفي‬، ‫القصب وهو‬
‫القلم منه خلق ثم‬، ‫ تاب من على أتوب التواب أنا القلم كتبه شيء أول رواية وفي‬.‫انتهى‬

Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hjurairah, bahawa
“Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat,
kemudian firmanNya; Tulislah, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis?
FirmanNya: Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat. Itulah
firmannya: Nun. Demi Qalam dan apa yang mereka tulis. Kemudian dikhatamkan
atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata sampai Kiamat.
Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu dan
KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam kalangan yang aku kasihi.
Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka yang aku murkai.

Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada
nur), yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan
yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan
hakikatnya; dalam setengah athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam,
kemudian diperintahnya menulis tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah
menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau Qasab, seperti Batang, kemudian
dijadikan daripadanya Qalam. Dalam satu riwayat perkara awal yang ditulisman
oleh Qalam ialah ‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang
bertaubat’. Habis.

(al-‘Ajluni, dalam “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas…”,

http://www.alelman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=143&CID=22#s1)

Dalam Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam

Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’,

no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, terdapat kenyataan:

194-‫ّل ِّلْا خلق ما أول‬
- ‫ أنها اللقاني جوهرة على حواشيه من الوجود مبحث في الأمير ذكر‬.‫متواترة‬
)‫) ّل ِّلاْ خلق ما أول أن الأحاديث بعض في ورد (قلت‬1( ‫) بعضها وفي المحمدي النور‬2( ‫) بعضها في العرش‬3(
‫) ّل ِّلاْ خلق ما أول حديث وصح القصب أي البراع‬4( ‫) ّل ِّلاْ خلق ما أول غيره وفي القلم‬5( ‫وجاء المحفوظ اللوح‬
‫) متعددة بأسانيد‬6( ‫) الأخبار بعض وفي شيء قبله يخلق لم الماء أن‬7( ‫) بعضها وفي الروح مخلوق أول أن‬8(
‫*فقط ضعيف وبعضهم موضوع هو يقول بعضهم الحديث لأئمة كلام فيه العقل حديث أن إل العقل‬
‫قبل خلق واحد كل وأن نسبية إضافية وغيره حقيقية المحمدي النور أولية بأن فيها الواقع التعارض عن وأجيب‬
‫فالعرش جنسه من هو ما‬

Al-Amir dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah
al-Laqqani”, bahawa hadith tentang itu mutawatir. Pengarang itu menyatakan
bahawa ia berkata);

Datang riwayat dalam setengah hadith tentang perkara awal yang dijadikan itu (1)
Nur Muhammad, dalam setengahynya (2) ‘Arasy, dalam setengahnya pula (3) “al-
yara” iaitu qasab, Batang, dan sah hadith tentang perkara awal yang dijadikan Allah
Qalam, dalam yang lain dinyatakan awal yang dijadikan Allah (4) Qalam, dalam yang
lain pula awal dijadikanNya ialah (5) alo-lauh al-mahfuz, dan datang dalam
berbilang sanad bahawa ia (6) Air, dan tidak dijadikan sesuatu sebelum

daripadanya; dalam setengah riwayat (al-akhbar) ia (7) awal makhluk ialah ruh,
dalam setengahnya (8) ‘Akal, melainkan hadith tentang akal di dalamnya ada
kenyataan para imam hadith, setengahnya menyatakan maudhu’, setengahnya
menyatakan daif sahaja.

Katanya: boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur
Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara
nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya) dijadikan sebelum daripada yang
terdiri daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal
sebelum daripada jisim-jisim yang halus (latif), ‘yara’ awal daripada makhluk
tumbuhan (nabatiah), demikianlah. Allah Maha Mengetahui. (Dari “Nazm al-
Mutanathir min al-hadith al-Mutawatir”, dari kitab al-iman sampai kepada kitab al-
manaqib, -491 dalam
http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=144&CID=10#s7 )

Dalam “Al-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah” (2 jilid),
karangan Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastallani (men.923
Hijrah), dalam jilid pertama halaman 5 terdapat kenyataan:

Ketahuilah wahai pembaca yang mempunyai akal yang sejahtera dan yang bersifat
dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kelengkapan – mudah-mudahan Allah
memberi taufik kepadaku dan kepada anda-dengan hidayah kepada Jalan Yang
Lurus bahawa sesungguhnya bila berlakulah (lit. bergantunglah) Iradat Allah taala
untuk mengadakan makhluknya dan menentukan rezekinya, maka Ia menzahirkan
hakikat Muhammadiyyah daripada Nur-Nur Samadiyyah dalam hadhrat

Ahadiyah(Nya), kemudian Ia menjadikan alam-alam, semua sekali, alam tingginya
dan alam rendahnya dalam rupa bentuk hukumNya sebagaimana yang telah
terdahulu ada dalam IradatNya dan IlmuNya yang terdahulu (dari Azali lagi),
kemudian Ia mem beritahu tentang kenabiannya dan berita baiknya dengan
kerasulannya ini, walhal Adam masih belum ada, sebagaimana yang dinyatakannya
bahada Adam adalah antara ruh dan jasad.

Kemudian terpancarlah daripadanya –salla’Llahu ‘alaihi wa sallam- ‘ain sekelian
arwah, maka zahirlah Al-Mala’ al-A’la dengan mazhar yuang paling hebat, maka
bagi mereka itu ada jalan yang paling manis, ia salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, jenis
tinggi, mengatasi segala jenis makhluk, ia Bapa Teragung bagi sekelian yang maujud
dan manusia (sekelian).

Maka bila habislah masa dengan nama batinnya, dalam hubungan dengan hak
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (untuk) wujud dalam rupa jisimnya, dan berkaikt ruh
dengan jasadnya, berpindahlah hukum zaman kepada nama zahirnya, maka
zahirlah Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan jasad dan
ruhnya walaupun terkemudian jasadnya (zahir) anda mengetahui tentang nilainya,
(iaitu) ia adalah khizanah atau perbendahraan rahasia dan pusat berlakunya
perintah; maka tidak lulus perintah melainkan daripadanya; tidak berpindah
kebaikan melainkan daripadanya…Dikeluarkan riwayat hadith oleh Imam Muslim
dalam kitab ‘Sahih’nya dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar dari Nabi s.a.w. bahawa
Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk
sebelum Ia menjadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan
‘ArasyNya di atas air

…Dan dari “Irbad bin Sariyah dari Nabi s.a.w. ‘Sesungguhnya aku di sisi Allah sebagai
khatam al-Nabiyyin-penutup sekelian nabi-walhal Adam masih terbujur dalam
tanahnya (sebelum roh ditiupkan ke dalamnya);’ riwayat Ahmad dan Baihaqi serta
al-Hakim. Kata al-Hakim isnadnya sahih.

Seterusnya kata beliau: Dari Maisarah al-Dabbi katanya, bahawa katanya: ‘Aku
berkata, wahai rasulul.lah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? jawabnya s.a.w.
bersabda: ‘Waktu Adam masih antara ruh dan jasad.’ Ini lafaz riwayat Ahmad dan
al-Bukhari dalam ‘; Tarikh’nya serta Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah”, al-Hakim
menyatakan ia sahih.

Selepas menyebut beberapa hadith lagi berkenaan dengan tajuk ini, Qastallani
memberi huraian berkenaan dengan maksud hadith-hadith itu katanya:

Maka boleh diihtimalkan hadith itu (tentang Nabi Muhammad sudah nabi walhal
Adam masih antara roh dan jasad) serta dengan riwayat al-‘Irbad bin Sariyah
tentangt wajibnya kenabian bagi Baginda dan sabitnya, kemudian zahirnya pula ke
alam nyata. Sesungguhnya penulisan (al-kitabah) digunakan dalam sesuatu yang
wajib; firman Allah ta’ala (maksud)’Diwajibkan atas kamu (lit. dituliskan) puasa ‘
dan ‘Allah mewajibkan (lit. Allah menulis) bahawa Aku akan benar-benar
mengatasi’. Dan dalam hadith dari Abu Hurairah (dinyatakan) bahawa mereka (iaitu
para Sahabat) bertanya bilakah diwajibkan kenabian bagi tuan hamba? Baginda
menjawab: ‘(Waktu) Adam masih antara roh dan jasad’. Riwayat Tirmidhi, katanya
hadith hasan sahih.

Kemudian Qastallani menyebut riwayat dalam ‘Amali ibn Sahalal-Qattan’ dari Sahal
ibn Salih al-Hamadhani katanya: Aku bertanya kepada Abu Ja’far Muhammad bin
‘Ali bagaimana nabi Muhammad menjadi nabi yang mendahului para anbia walhal
Baginda terakhir dibangkitkan. Kata beliau: ‘Sesungguhnya Allah ta’ala –bila Ia
mengambil dari anak Adam dari zuriat mereka dari belakang merekadan
menjadikan mereka menjadi saksi atas diri mereka, ‘Tidakkah Aku Tuhan kamu?’
adalah nabi Muhammad orang yang pertama yang mengatakan ‘Ya, ‘ kerana itu
Baginda menjadi terdahulu dari sekelian anbia walhal ia terakhir dibangkitkan
(dalam sejarah dunia). Kalau anda berkata: ‘Nubuwwah adalah satu sifat yang mesti
ada orang yang disifatkan itu, walhal sesungguhnya beliau itu ada hanya selepas
sampai umur empat puluh tahun, maka bagaimanakah disifatkan beliau itu
sebelum wujudnya dan sebelum ia diutus sebagai rasul? Maka boleh diberikan
jawapan bahawa al-Ghazali dalam’ kitab al-nafkh wa al-taswiyah’ berkenaan
dengan hal ini dan berkenaan dengan hadith ‘ Aku nabi terawal dari segi penciptaan
dan terakhir dari segi dbangkitkan (dalam sejarah), bahawa maksud ‘penciptaan’
(al-khalq) di sini ialah takdir atau penetapan bukannya mengadakan (‘’al-taqdir
duna al-ijad’); maka Baginda itu sebelum bondanya melahirkannya tidak wujud
sebagai makhluk, tetapi (wujud) dalam bentuk matlamat-matlamat dan aspek-
aspek kesempurnaan (‘al-ghayat wa al-kamalat’) yang mendahului dalam takdir

yang mengikutinya dalam wujud.Inilah makna kata-kata mereka (yang bijaksana):’

Awal fikiran ialah akhir amalan, dan akhir amalan adalah awal fikiran” (‘awwal al-
fikrah akhir al-‘amal wa akhir al-‘amal awwal al-fikrah’).

Kemudian dalam memberi huraian tentang perkara ini beliau menyebut berkenaan
dengan jurutera yang mempunyai konsep dan rupa bentuk (‘surah’) awal tentang
bangunan yang hendak dibinanya dalam mindanya, dengan rupa bentuk yang
lengkap sempurna (‘dar kamilah’); itulah yang ada dalam ‘takdir’ atau
ketetapannya. Itulah yang ada kemudiannya yang zahir sebagai hasil daripada
amalannya. Maka bangunan yang lengkap sempurna itu yang terawal dalam
‘takdir’nya, dan itulah yang terakhir dari segi wujudnya. Demikianlah-kiasnya-
hadith ‘Aku nabi’ itu isyarat kepada apa yang dinyatakan, iaitru nabi dalam ‘takdir’
Ilahi sebelum sempurna penciptaan Adam a.s., kerana tidaklah diciptakan Adam
melainkan untuk dikeluarkan daripada zuriatnya Mujhammad s.a.w.

Kemudian beliau menyatakan bahawa ‘hakikat ini tidak boleh difahami melainkan
dengan mengetahui bahawa rumah atau bangunan itu ada dua wujud, satu wujud
dalam minda jurutera dan otaknya, dan ia melihat kepada rupa bentuk rumah di
luar daripada minda dalam zat-zat (al-a’yan’) dan wujud zihin adalah sebab bagi
wujud yang zahir di luar zihin yang boleh dipandang dengan mata, dan itu mesti
mendahului. Demikianlah- hendaklah anda ketahui- bahawa Allah menentukan
takdir, kemudian Ia mengadakan mengikut persepakatan dengan takdir…(Dalam
‘al-Mawahib al-Laduniyyah’juz hal.7).

Selepas daripada ini beliau menyebut hadith-hadith berkenaan dengan awalnya
Nur Muhammad s.a.w. dan bagaimana perkara-perkara lain dijadikan
daripadanya.(Al-Mawahib al-laduniyyah, juz I hal 7 dst)

Tentang kedudukan ‘Abd al-Razzaq sebagai sandaran tentang hadith berkenaan
dengan Nur Muhammad s.a.w. sebagai punca penciptaan segala, itu nampaknya
tidak menjadi masalah, memandangkan antaranya al-Bukhari mengambil
daripadanya 120 riwayat dan Muslim mengambil 400 riwayat. (GF Haddad, “Light
of the Full Moon”, dalam http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html)

Dalam hubungan dengan ‘Abd al-Razzaq, ada kenyataan dalam kitab Al-Risalah al-
Mustatrafah li Bayan Mashhur Kutub al-Sunnah al-Musharrafah, karangan Maulana
al-Imam al-Sayyid Muhammad Ja’far al-Kattani (Maktab al-Kulliyat al-Azhariyyah-
Qahiran, tanpa tarikh) pada halaman 13 bahawa Musannaf Abi Bakr ‘Abd al-Razzaq
bin Humam bin Nafi’ al-Humairi meninggal tahun 211 Hijrah adalah lebih kecil
daripada Musannaf ibn Abi Shaibah, disusun mengikut kiktab-kitab dan bab-bab.
Dan Jami’ ‘Abd al-Razzaq yang selain daripada ‘Musannaf’ adalah kitab yang
terkenal jami’ yang besar dan kebanyakan daripada hadith-hadithnya dikeluarkan
oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) dan empat imam hadith Dengan itu beliau
menerima ‘Abd al-Razzaq dengan baik sebagai muhaddith.

Seterusnya, dalam kitab Al-Shifa karangan Qadhi ‘Iyad rahimahu’Llah, terdapat
kenyataan dari Ibn ‘Abbas rd. bahawa Nabi s.a.w. adalah ruhnya itu berada di sisi
Allah sebelum Ia menjadikan Adam a.s. selama dua ribu tahun, bertasbih nur itu
sebagai malaikat bertasbih; daripadanya dijadikan Adam a.s. Bila Adam dijadikan
maka nur itu diletakkan pada sulbinya. Sabda nabi s.a.w. Kemudian Allah turunkan
aku ke bumi dalam sulbi Adam, kemudian dijadikan aku dalam sulbi Nuh, sulbi
Ibrahim, kemudian tidak berhenti-henti Allah memindahkan aku dari sulbi-aulbi
mereka yang mulia-mulia dan rahim-rahim para wanita yang suci, sehinggalah Ia

keluarkan daku dari kedua ibu bapaku, yang mereka itu tidak terkena kekejian
sedikitpun. Yang menjadi saksi tentang sahihnya kisah dan khabar ini ialah sya’ir al-
‘Abbas yang masyhur yang memuji Nabi s.a.w. (Kitab al-Shifa, oleh Qadhi ‘Iyad, I,
hal.83).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: “dan mengetahui tentang gerak-
geri engkau dalam kalangan mereka yang sujud”, kata ibn ‘Abbas rd maknanya “dari
seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarklan engkau sebagai nabi (di
zaman engkau dibangkitkan).” (Qadi ‘Iyad, al-Shifa, I.halaman 15-16).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Allah adalah cahaya langit dan
bumi, kata Ka’b al-Akhbar dan ibn Jubair maksud nur yang kedua itu, iaitu mithalan
bagi nurnya, ialah Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Maka mithalan bagi
nurnya ialah Nur Muhammad s.a.w. Ia di pertaruhkan ke dalam sulbi-sulbi para
anbia seperti ceruk cahaya (ka mishkat) sifatnya sedemikian, dan lampu (al-misbah)
adalah kalbunya, kaca (al-zujajah) ialah dadanya: iaitu ia seumpama bintang kerana
apa yang ada padanya terdiri daripada iman dan hikmah kebijaksanaan, yang
dinyalakan daripada pokok yang diberkati, iaitu daripada Nur Ibrahim ‘alaihis-
salam; diumpamakan sebagai pokok yang diberkati; hampir-hampir minyaknya
menyala iaitu hampir-hampir nubuwwah nabi Muhammad itu …nyata kepada
manusia sebelum daripada kata-katanya, seumpama minyak…(al-Shifa,I.hal.17-18).

Berhubungan dengan nur nabi ini dinyatakan dalam Al-Shifa.I.366:

Daripada yang demikian itu ialah zahir tanda-tanda pada waktu kelahiran Nabi
s.a.w. dan apa yang dikisahkan oleh bondanya dan apa yang ada pada wakltu itu
yang ajib-ajib, bagaimana ia mengangkat kepalanya waktu kelahirannya
memandang ke langit, dan ada yang bondanya lihat nur yang keluar sewaktu
Baginda dilahirkan; (juga) apa yang dilihat oleh Umm ‘Uthman ibn Abi al-‘As
tentang bintang turun dan kemunculan nur sewaktu kelahiran Baginda sehingga
sehingga tidak terlihat melainkan nur, dan kenyataan al-Shafa Umm ‘Abd al-
rahman bin ‘Auf: Bila keluar Rasulullah s.a.w….Baginda Rasulullah s.a.w. …ia
mendengar suara ‘Allah memberi Rahmat kepada anda dan cerah nyata bagiku
antara Timur dan barat sehingga aku melihat istana-istana Rum” (ibid).

Dalam kitab al-Madkhal oleh ibn al-Hajj terdapat beberapa riwayat berkenaan
dengan Nur Muhammad ini. Antaranya terdapat riwayat, iaitu: Dinukilkan oleh al-
Imam ‘Abd al-Rahman al-Siqilli rahimahu’Llahu ta’ala dalam kitab ‘al-dalalat ‘
baginya, yang lafaznya ialah: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan makhluk yang
paling dicintai olehNya yang lebih lagi daripada umat ini; dan tidak ada yang lebih
mulia lagi daripada nabinya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam; kemudian para nabi
selepas daripadanya, kemudian siddiqin, kemudian para aulia yang terpilih. Dan
(berkaitan dengan) demikian itu sesungguhnya Allah menjadikan Nur Muhammad
salla’llahu ‘alaihi wa sallam sebelum daripada dijadikan Adam selama dua ribu
tahun, dijadikanNya dalam bentuk tiang di hadapan ‘Arasynya ia bertasbih kepada
Allah dan mentakdiskanNya; kemudian Ia menjadikan Adam ‘alaihis-salatu was-
salam, daripada Nur Muhammad s.a.w. dan dijadikanNya nur para nabi ‘alaihimus-
salatu wassalam daripada Nur Adam ‘alaihis-salam, habis. (al-Madkhal ibn al-
Hajj.II.28).

Seterusnya dalam al-Madkhal.II.29 terdapat riwayat:

Al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi’ memberi isyarat dalam kitabnya ‘Shifa’ al-Sudur’
kepada beberapa perkara yang hebat dan agung; antaranya apa yang diriwayat,
iaitu bila Allah Yang Maha Bijaksana hendak menjadikan zat nabi salla’Llahu ‘alaihi
wa sallam yang diberkati dan such, Ia memerintah Jibril a.s. turun ke bumi dan
membawa dengannya bumi yang menjadi jantung bagi bumi, dengan
kegemilangannya dan nurnya…(sampai kepada penciptaan nur Muhammad) dan
nur Muhammad itu bergemilang di belakang Adam, maka para malaikat berdiri di
belakang Adam melihat nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam …kemudian
Adam memohon supaya nur itu diletakkan supaya ia sendiri boleh melihatnya,
maka Allah menjadikan Adam boleh melihatnya…itu dengan isyarat ‘la ilaha
illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah dan sembahyang (dengan melihat kepada jari
telunjuknya)…kemudian nur itu diletakkan di dahi Adam kelihatan seperti matahari
dalam pusingan falaknya atau bulan dalam masa penuhnya (al-Madkhal ibn al-
Hajj.II.30)

Dalam kitab yang sama disebut bagaimana perkara yang mula-mula dijadikan Allah
ialah Nur Muhammad dan kemudian daripadanya dijadikan sekelian yang lainnya.

Berhubungan dengan Nur Muhammad ini terdapat kenyataan dalam kitab
Hujjatu’Llah ‘alal-‘Alamin fi Mu’jizati Sayyidil-Mursalin oleh Syaikh Yusuf al-
Nabhani. Katanya:

Maka tidak dikurniakan kemuliaan (‘karamah’) dan kelebihan (‘fadhilah’) kepada
seseorang dari kalangan mereka (iaitu dari kalangan anbia) melainkan dikurniakan
kepada Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang sepertinya. Maka Adam ‘alaihis-
salam diberikan Allah kurnia, iaitu ia dijadikan Allah dengan TanganNya, maka Allah
kurniakan pula kepada nabi Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam pembukaan
dadanya dan pengambilannya rapat denganNya dengan melapangkan dadanya
bagi DiriNya dan dijadikan di dalamnya iman dan hikmah kebijaksanaan, dan ini
akhlak nabawi; maka kurniaan kepada Adam khalq wujud (baginya) dan kepada
nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan akhlak nabawi walaupun maksud kejadian
Adam adalah penciptaan nabi kita dalam sulbinya; maka penghulu kita Muhammad
s.a.w. adalah maksudnya dan Adam alaihis salam adalah wasilah baginya, dan
maksud mendahului wasilah. Adapun sujud malaikat kepada Adam a.s., kata Fakhr
al-razi dalam tafsirnya ialah: para malaikat itu diperintah sujud kepada Adam
kerana ada Nur Muhammad s.a.w. pada dahinya. (hal.15 ).

Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim rh terdapat beberapa riwayat berkenaan
dengan nur Baginda s.a.w. Antaranya ialah:

(Diriwayatkan kepada kami) oleh ‘Ali bin Hamshad al-‘adl secara rencana (imla),
Harun bin ‘Abbas al-hashimi meriwayatkan kepada kami, Jundul bin Waliq
meriwayatkan kepada kami, (seterusnya sampai kepada al-‘Abbas rd) bahawa
Baginda bersabda: Allah mewahyukan kepada ‘Isa alaihis-salam, wahai ‘Isa,
berimanlah engkau kepada Muhammad dan suruhlah sesiapa yang mendapatkan
Baginda dari kalangan umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana
Muhammad Aku tidak menjadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tidak

Aku jadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Syurga, dan
Neraka, Aku jadikan ‘Arash atas air, kemudian ia bergoncang, maka ditulis atasnya
‘la ilaha illa’llah Muhammadun Rasulu’Llah, maka iapun tenang. (Ini hadith sahih
(kata al-Hakim) yang tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim). (al-Mustadrak al-
Hakim II.614-615).

Dari Maysarah al-Fakhr, katanya bahawa ia bertanya kepada Rasulullah “Ya
Rasulullah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? Jawabnya: walhal Adam masih
antara roh dan jasad. (al-Mustadrak.II.608-609). Sahih riwayatnya.

Dari Maisarah al-fakhr lagi, katanya bahawa ia bertanya kepada Baginda bila
Baginda menjadi nabi. Jawabnya (Sewaktu) Adam masih antara roh dan j asad.
Hadith sahih. (al-Mustadrak.II.609.)

Dari Irbad bin Sariah katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
Sesungguhnya aku di sisi Allah pada awal Kitab khatam sekelian anbiya, walhal
Adam terbujur dalam jasadnya, aku akan memberitahu kepada kamu takwilan
tentang itu, (aku) adalah do’a bapaku Ibrahim, berita gembira saudaraku ‘Isa
kepada umatnya, dan aku pemandangan bondaku, yang ia lihat keluar daripadanya
nur yang menjadikan terang baginya istana-istana di Syam. Sahih. (al-
Mustadrak.II.600).

Berkenaan dengan yang demikian ada riwayat daripada Khalid bin Ma’dan, dari
beberapa Sahabat nabi s.a.w. bahawa mereka bertanya kepada Baginda: Beritaku
kepada kami berkenaan dengan tuan hamba.Baginda menjawab: Aku doa bapaku

Ibrahim, berita gembira ‘Isa (kepada umatnya tentang aku akan diutus), dsan
bondaku melihat sewaktu aku dilahirkan keluar daripadanya nur yang menerangi
baginya Busra, dan Busra adalah di negeri Syam.Al-hakim menyatakan Khalid ibn
Ma’dan dari kalangan tabi’in yang sebaik-baiknya yang bersahabat dengan Mu’adh
bin Jabal.sahih pada al-Hakim.(al-Mustadrak.II.600).

Dalam kitab Jam’ al-Wasa’il fi Sharh al-Shama’il (lit-Tirmidhi) karangan Mulla ‘Ali
bin Sultan Muhammad al-Qari rh (men. 1014 H.) ada terdapat beberapa huraian,
antaranya:

Tentang kenyataan dalam Shama’il Tirmidhi bahawa orang yang melihat nabi tanpa
mengenalinya terlebih dahulu terasa sangat hebat, maka Mulla ‘Ali al-Qari
menghuraikan aspek kehebatan Baginda itu katanya: kerana ada pada Baginda sifat
jalal dan atasnya ada kehebatan dari sisi Tuhan dan limpahan kurnia dari alam
samawi (sifah al-jalal wa ‘alaihi al-haibah al-ilahiyyah wal-fuyud al-samawiyyah).
(Jam’ al-wasa’il. hal. 28). Dan dalam kitab yang sama dalam kenyataan al-Shama’il
bahawa Baginda itu lebih cantik daripada bulan –ahsan minal-qamar- beliau
memberikan huraian katanya: tentang nurnya zahir dalam ufuk-ufuk (alam zahir)
dan alam anfus (diri manusia) dengan tambahan sifat-sifat kesempurnaan dalam
bentuk rupa lahir dan ma’nawi, bahkan pada hakikatnya tiap-tiap nur dijadikan
daripada nurnya (ma’a ziyadah al-kamalat al-suwariyyah wal-ma’nawiyyah, bal fil-
haqiqah kullu nurin khuliqa min nurih); dan dikatakan dalam hubungan dengan ayat
bermaksud:’Allah adalah cahaya langit dan bumi, dan misalan bagi nurnya-iaitu nur
Muhammad- maka nur wajahnya –s.a.w.- yang sejati, pada zatnya, tidak terpisah
daripadanya sesaatpun malam dan siang, walhal nur bagi bulan muktasab, dipinjam

(daripada cahaya matahari) sekali berkurang dan sekali terselindung. (jam’ al-
Wassa’il Sharah al-Shama’il.hal.47).

Dalam huraian Shaikh al-Munawi rh tentang Baginda itu lebih cantik daripada bulan
sebagaimana yang ternyata dalam kitab Shama’il al-Tirmidhi, beliau menyatakan:
itulah wajah Baginda pada sisi tiap-tiap orang; dan dalam riwayat ibn al-Jauzi dan
lainnya dari Jabir juga ‘pada mataku’ ganti bagi ‘pada sisiku’ (‘indi’); dalam riwayat
Abu Nu’aim dari Abu Bakr adalah wajah Baginda itu seumpama pagar atau
kandungan bulan (‘daratul-qamar’) dan bagi riwayat Darimi dari al-Rabi’ binti al-
Mu’awwidh katanya: Aku melihatnya aku mel,ihat matahari sedang naik
memancar. Dalam riwayat ibn al-Mubarak dan ibn al-jauzi dari ibn ‘Abbas bahawa
Baginda tidak ada bayang (‘lam yakun lahu zill’), dan Baginda tidak berdiri dalam
matahari melainkan cahaya Baginda mengatasi cahaya matahari, sebagaimana
yang ada dalam Baijuri. (Sharah al-Muhaddith al-Shaikh al-Munawi pada Shama’il
Tirmidhi,I. halaman 47).

Dalam huraian Shaikh al-Munawi lagi, dalam menghuraikan kata-kata bermaksud:
seperti cahaya keluar antara celah-celah gigi Baginda, katanya: tidak perlu kepada
kata ‘seperti’ (‘ka’) tambahan, seperti yang dilakukan oleh pensyarah (‘Shama’il’),
bagaimana demikian, kerana itu (yang keluar di celah-celah gigi Baginda) adalah
nur hissi (atau cahaya lahiriah, bukan maknawi, abstrak), dan kata beliau kalau tidak
hissi maka bagaimana digunakan ru’iya-dilihat. Ertinya ia bukan ma’nawi. (ibid.I.55-
56).

Dalam hubungan dengan kenyataan dalam al-Shasma’il bila nabi s.a.w. datang ke
Madinah menjadi cerah (tiap-tiap sesuatu) ,kata Mulla ‘Ali al-Qari iaitu: menjadi
cerah tiap-tiap juzuk dari kota Madinah dengan nur yang hissi-atau cahaya lahiriah
yang dipandang dengan mata—atau juga cahaya ma’nawi kerana dengan
masuknya Baginda maka ada cahaya hidayah yang am dan terangkat kerananya
berbagai jenis kegelapan, dengan isyarah bahasa menunjukkan teramat sangat (al-
mubalaghah), yang tiap-tiap sesuatu dari alam ini mengambil cahaya dari Madinah
pada hari itu. Ataupun pencerahan itu ialah kiasan bagi kesukaan yang amat sangat
bagi para penduduk kota itu – serta dengan tidak mempedulikan (dalam suasana
itu) kepada mereka yang berseteru (dengan Baginda dan Islam). Beliau juga
menyebut pendapat al-Tibbi yang memandang itu adalah cahaya secara hissi.
(Mulla ‘Ali al-Qari, Sharah al-Shama’il al-Tirmidhi, II.209).

Dalam syarah al-Munawi berkenaan dengan potongan yang sama dalam al-
Shama’il Tirmidhi katanya: Yang asah ialah maksudnya tiap-tiap juzuk daripada
juzuk-juzuk kota Madinah itu menjadi cerah dengan cahaya secara hakikatnya
(bukan kiasan lagi) bukan tajrid (bukan secara abstrak lagi), bagaimana tidak, walhal
Baginda itu zat dirinya pada keseluruhannya adalah cahaya (‘wa qad kanat dhatuhu
kullaha nuran) maka Allah taala telah berfirman: Telah datang kepada kamu dari
Allah Nur dan Kitab yang nyata, maka Baginda adalah cahaya yang menjadikan
cerah bagi sekelian alam, dan Baginda adalah lampu yang cerah mengeluarkan
cahaya. (Sharah al-Munawi atas al-Shama’il Tirmidhi, di tepi syharah Mulla ‘Ali al-
Qari, II.55).

Dalam al-Mawahib al-Laduniyyah – Hashiyah Shama’il al-Tirmidhi karangan Shaikh
Ibrahim al-Bajuri (men. 1276 Hijrah) terdapat beberapa kenyataan yang
mencerahkan. Dalam hubungan dengan potongan yang bermaksud: iaitu orang
yang melihat Baginda secara badihah (belum mengenalinya) akan merasa hebat
dengannya-iaitu melihat Baginda sebelum menilik kepada akhlaknya yang teramat
tinggi dan hal dirinya yang teramat berharga, merasa gerun dengannya, kerana ada
padanya sifat jalal atau kehebatan dari sisi Tuhan (sifat al-jalal al-rabbaniyyah) dan
apa yang ada padanya dari kehebatan dari sisi Tuhan (lima ‘alaihi minal-haibah al-
ilahiyyah).

Kemudian beliau mengutip kata-kata dari ibn al-Qayyim: Perbezaan antara
kehebatan dan takabur (pada seseorang insan) ialah: kehebatan itu adalah kesan
daripada beberapa kesan yang banyak yang memenuhi kalbu orang itu kerana
merasa kehebatan Allah (bi ‘azamati al-rabb) dan kasih kepadaNya, serta merasa
Ketinggian HebatNya (wa ijlaliHi); maka bila hati seseorang penuh dengan yang
demikian bertempatlah padanya nur, turunlah atasnya rasa ketenangan dan
kebeningan (al-sakinah), dan dipakaikanlah kepadanya selendang kehebatan; maka
(dengan yang demikian) jadilah percakapannya nur, ilmunya nur, kalau ia diam,
maka ada atas dirinya kehebatan dan keagungan (al-waqar), dan bila ia berkata-
kata

Ia menarik hati manusia dan pandangan mereka. Adapun sikap takabur itu adalah
kesan daripada sekian banyak kesan yang memenuhi kalbu, daripada kejahilan,
kezaliman, dan ujub atau heran kepada diri sendiri. Maka bila kalbu dipenuhi
dengan yang demikian, terkeluarlah daripadanya kehambaan (‘ubudiyyah) dan

turunlah ke atasnya kegelapan zulmat, sifat marah, maka berjalannya antara
manusia dengan bongkak, mu’amalahnya dengan mereka secara takabur, tidak
memulakan memberi salam (kepada orang lain)…(dalam al-mawahib al-laduniyyah
–hashiyah al-Shaikh Ibrahim al-Bajuri ‘ala al-Shama’il al-Muhammadiyyah lit-
Tirmidhi-hal.16).

Dalam kitab yang sama (hal.19) dalam hubungan dengan potongan dalam al-
shama’il yang bermaksud: Adalah Baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam bercahaya-
cahaya wajahnya seumpama bercahayanya bulan sewaktu penuh purnama –
lalatul-badr-iaitu malam kesempurnaannya, kerana Nabi s.a.w. menghapuskan
kegelapan kufur sebagaimana bulan menghilangkan kegelapan malam, dan
sesungguhnya datang riuwayat (juga) misalan Baginda seumpama matahari dengan
memandang kepada matahari itu lebih lengkap dalam pencerahan kegimalangan
cahayanya, dan pencerahan dengan cahayanya itu ada juga datang misalan Baginda
seumpama kedua-duanya (matahari dan juga bulan) dengan memandang kepada
keadaan Nabi s.a.w. menghimpunkan dalam dirinya tiap-tiap segi kesempurnaan,
dan misal umpama itu adalah sekadar untuk mendekatkaqn kepada faham, kalau
tidak tidak ada apa-apa yang menyamai Baginda dalam gambaran sifat-sifatnya.

Dalam teks yang sama (hal. 24) dalam hubungan dengan kenyataan Jabir bahawa
ia melihat Rasulullah s.a.w. pada malam bulan penuh purnama ---aku melihat
kepada Baginda dan kepada bulan padaku Baginda lebih cantik daripada
bulan.(ahsan minal-qamar), kata al-Baijuri:
Yang demikian itu adalah pada tiap-tiap orang yang melihat Baginda s.a.w.
Hanyasanya Baginda itu lebih cantik kerana nurnya mengatasi nur bulan (li’anna

dau’ahu yaghlibu ‘ala dau’I al-qamar), bahkan mengatasi cahaya matahari (bal wa
‘ala dauy’i al-shamsi); bahkan dalam satu riwayat ibn Mubarak dan ibn al-Jauzi
Baginda itu tidak ada bayang, dan bila Baginda berdiri dalam sinaran cahaya
matahari maka cahayanya mengatasi cahaya matahari, dan bila ia berdiri dalam
cahaya lampu maka cahayanya mengatasi cahaya lampu itu. (ghalaba dau’uhu ‘ala
dau’i al-siraj).

Dan berkenaan dengan cahaya yang keluar di celah-celah gigi Nabi s.a.w. al-Baijuri
menafsirkan bahjawa itu cahaya hissi bukan hanya ma’nawi, sebab kalimah ru’iya
itu merujuk kepada melihat. (ibid. hal. 27).

Dan dalam hubungan dengan kenyataan kota Madinah cerah dengan cahaya
dengan kedatangan nabi s.a.w. beliau memahaminya cahaya yang hissi selain
daripada yang ma’nawinya. (ibid. hal.196).

Dalam hubungan dengan hadith yang kuat sandarannya dalam Tirmidhi berkenaan
dengan Allah mengenakan cahayanya atas sekelian makhluk, dan yang
mengenanya dan yang tidak mengenannya ialah seperti berikut:

‫ال َّد ْيلَم ِّيْ ْب ْن ّل َّلْا َع ْبْد َع ْنْ ال َّس ْي َبان ِّيْ َع ْمرو أَبي ْب ْن َي ْحيَى َع ْنْ َعيَّا ْش ْب ُنْ إ ْس َمعي ُْل َح َّدثَ َنا َع َرفَةَْ ْب ُْن ا ْل َح َس ُْن َح َّدثَ َنا‬
‫َيقُو ُْل َع ْمرو ْب َنْ ّل َّلاْ َع ْب َدْ َسم ْع ُْت قَال‬
ْ‫ُظ ْل َمْة في َخ ْل َقْهُ َخلَ َْق َو َج َّْل َع َّْز ّل َّلاَْ إ َّنْ َيقُو ُْل َو َسلَّ َْم َعلَ ْيهْ ّل َّلاُْ َصلَّى ّل َّلاْ َر ُْسو َلْ َسم ْع ُت‬
‫ّل َّلاْ ع ْلمْ َعلَى ا ْلقََْل ُمْ َج َّْف أَقُو ُْل فَل َذل َكْ َض َّلْ أَ ْخ َطأَْهُ َو َم ْنْ ا ْهتَ َدى النُّورْ َذل َْك م ْْن أَ َصابَْهُ َف َم ْنْ نُورهْ م ْنْ َع َل ْيه ْْم َفأَ ْلقَى‬
ْ‫َح َس ْن َحديثْ َه َذا عي َسى أَبُو َقا َل‬

Diriwayatkan kepada kami oleh al-Hasan bin ‘Arafah, Isma’il bin ‘Iyash
meriwayatkan kepada kami dari Yahya bin Abi ‘Amru al-Syaibani, dari ‘Abdullah bin
al-Dailami, katanya Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata: Aku mendengar
Rasulullah salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla
menjadikan sekelian makhluk dalam zulmah, kemudian Ia melemparkan ke atas
mereka daripada NurNya, maka sesiapa yang terkena daripada Nur itu dia
mendapat hidayat dan sesiapa yang tidak terkena Nur itu atasnya ia
tersesat.Dengan itu maka aku berkata: Qalam sudah kering atas Ilmu Allah.Kata
Abu ‘Isa (Tirmidhi): hadith hasan. (http://www.hadith.al-
islam.com/Display/Display-asp?Doc=2&ID=41787&SearchText)

Hadith ini ialah berkenaan dengan takdir Ilahi tentang taraf-taraf makhluk
mendapat cahaya-nur- dari Tuhan dalam kehidupannya dan agamanya. Dengan ini
maka boleh difahamkan bahawa hidup mukminin adalah berdasarkan hakikat
cahayanya, dan Nabi s.a.w. adalah mukmin yang pertama sekali yang mendapat
bahagian cahaya itu, dan ia melebihi orang lain dengan sifatnya sebagai cahaya-
termasuklah melebihi walaupun malaikat yang terjadi daripada cahaya. Maka Nabi
s.a.w. adalah makhluk pertama yang mendapat cahaya itu melebihi para malaikat
dan lainnya.

Dalam kitab Al-Anwar al-Muhammadiyyah mkin al-Mawahib al-laduniyyah
karangan Syaikh Yusuf bin Ismai’l al-Nabhani (Dar al-Fikr, tanpa tarik) disebut oleh
beliau beberapa maklumat berkenaan dengan Nur Muhammad. Antaranya ialah
seperti berikut:

Maksud yang pertama (dalam Kitab al-Anwar al-Muhammadiyyah…): Ketahuilah
bahawa bilamana berhubung Iradat Allah Taala bagi mengadakan makhlukNya
maka Ia menzahirkan Hakikat Muhammadiyyah dari anwarNya (dengan Qudrat dan
IradatNya-UEM) kemudian Ia menimbulkan daripada (nur itu) alam-alam
semuanya, alam tingginya dan alam rendahnya, kemudian Ia memasyhurkan
kenabian Baginda walhal Adam belum ada lagi, melainkan sebagaimana yang
disabdakan oleh Baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam-(ia adalah) antara roh dan
jasad (yakni belum ada lagi), kemudian terpancarlah daripada Baginda (yaitu
nurnya itu-UEM) para arwah , maka ia adalah dari jenis yang tinggi mengatasi
semua jenis, dan ia adalah bapa akbar (punca terbesar) bagi sekelian yang wujud
(al-ab al-akbar li-jami’ al-maujudat);dan bila habis edaran masa dengan Nama yang
Batin pada haknya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (bagi berpindah) kepada wujud
jasadnya dan pertambatan roh dengannya, berpindahlah hukum zaman itu kepada
Nama yang Zahir, maka zahirlah Muhammad salla’Llah u ‘alaihi wa sallam dengan
keseluruhan (dirinya dan hakikat)nya, dengan jisim dan rohnya sekali. Maka (makna
yang sedemikian itu boleh terdapat) dalam (riwayat) Sahih Imam Muslim,
bahawasanya Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Taala memaktubkan takdir
sekelian makhluk (maqadir al-khalq) sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima
puluh ribu tahun (melambangkan masa yang terlalu amat lama yang tidak boleh
ditentukan oleh manusia-UEM) dan ‘ArashNya berada di atas air. Dan termasuk ke
dalam jumlah yang termaktub (demikian itu) ialah bahawa Nabi Muhammad adalah
khatam al-Nabiyyin. (Maka dalam hubungan dengan hakikat yang sedemikian
itulah ada riwayat-UEM) dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya aku di Sisi Allah adalah khatam
sekelian para nabi walhal Adam masih terbujur dalam jasadnya, terbujur jasaadnya,


Click to View FlipBook Version