V
VI KATA ALUAN Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka Maksudnya: “Sesiapa yang Allah SWT mahukan kebaikan kepadanya, nescaya Allah SWT mengurniakan kepadanya kefahaman yang mendalam tentang agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, No. 71 dan Muslim, No. 1037) Kegawatan yang berlaku di alam Islam setakat ini membawa umat Islam membaca kembali ayat-ayat al-Quran dan teks-teks hadis. Perkara-perkara pelik dan mengejutkan yang berlaku menyebabkan mereka cuba untuk memahami hakikat, dan sebahagian jawapannya ada diisyaratkan melalui nas-nas yang telah lama wujud.
VII Berkenaan akhir zaman, banyak disebut oleh hadis berbanding al-Quran. Hadis-hadis yang membahaskan tentang peristiwa akhir zaman disebut sebagai Hadis Fitan (ujian) ataupun Hadis ‘Asyratu Sa’ah (tanda-tanda kiamat). Manakala ilmu berkenaan akhir zaman disebut sebagai ilmu fitan. Di dalam dunia akademik, ilmu kajian tentang ramalan akhir zaman dikenali sebagai eskatologi. Secara umumnya, fenomena merujuk kepada hadis bagi menafsirkan kejadian semasa adalah suatu yang baik. Namun jika tidak berhati-hati, amat mudah untuk menyebabkan kita silap faham, lalu menghukum pihak tertentu tanpa kaedah pembuktian yang sebenar. Ia juga boleh melahirkan sikap pasif daripada memperjuangkan Islam, sama ada kerana takut ataupun kerana mengambil langkah menunggu hingga tiba apa yang disebutkan hadis tanpa sebarang usaha. Dengan kemunculan buku Empat Puluh Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat karya ustaz Haji Mohammad Najib bin Md Norani ini, saya berharap ia dapat membantu para pembaca dan masyarakat memahami tentang keadaan umat masa kini dan peristiwa-peristiwa yang sedang dan akan berlaku menepati sepertimana sabdaan Nabi Muhammad SAW. Ia juga sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi fitnah-fitnah di akhir zaman ini. Buku ini menarik perhatian saya kerana ia berkisar tentang keadaan umat manusia yang kini sudah berada di penghujung usia dunia dan pelbagai peristiwa yang kita tidak pernah jangkakan telah berlaku hari ini. Di samping itu disertakan juga dengan penerangan yang lengkap serta pendedahan ilmu takhrij hadis secara ringkas yang mudah difahami, terperinci dan menyeluruh. Buku ini amat wajar untuk dibaca oleh para pencinta ilmu sebagai mempersiapkan diri dalam menghadapi mehnah dan ujian kehidupan di penghujung zaman ini. Ia memberi sumbangan besar kepada dunia dakwah khususnya di negeri Melaka. Harus dimiliki, dikaji dan dijadikan sebagai kitab pengajian. Tahniah kepada ustaz Haji Mohammad Najib bin Md Norani!
VIII Waktu yang singkat terasa padat, Berlalunya bulan hari dan saat, Amal ibadat belum dibuat, Begitulah ‘Keadaan Umat Sebelum Kiamat’. Marilah kita bersama-sama mendalami, menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW bagi membolehkan kita terselamat daripada fitnah akhir zaman. “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya, Kitab Allah dan Sunnah NabiNya” (Hadis Riwayat Malik, No.1628) ................................................................... Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
IX KATA PENGARANG Ustaz Haji Mohammad Najib Bin Md Norani Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (Fussilat: 33) Segala puji dan syukur kehadrat Ilahi, Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala limpahan Rahmat, Inayah, Taufik dan Hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta mereka yang mengikuti sunnahnya sehingga hari kiamat kelak. Pembaca yang dirahmati, Saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran, pujaan dan pujian kepada Allah SWT yang memberi kekuatan, peluang dan pertolongan kepada hamba-Nya yang kerdil dan faqir ini untuk menyusun buku kecil yang bertajuk: Empat Puluh Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat ini. Syukur tidak terhingga kerana buku ini berjaya diselesaikan penulisannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Walaupun pada asalnya, ia merupakan sebahagian daripada koleksi dapatan nota mengajar penulis di masjid-masjid dan surausurau hasil daripada pembacaan dan pemahaman penulis dari pelbagai sumber yang telah diolah dan dipadatkan dengan beberapa penambahan maklumat agar buku ini lebih mantap dan huraian yang lebih jelas.
X Memandangkan buku ini adalah hasil penulisan pertama penulis sudah pastilah terdapat sedikit sebanyak kekurangan terutama daripada segi uslub (gaya bahasa) yang mungkin kurang menepati citarasa pembaca. Pembaca yang dikasihi, Harapan saya semoga buku ini membantu menambah pengetahuan dan pengalaman bagi para pembaca, sehingga saya dapat memperbaiki bentuk mahupun isi buku ini pada masa akan datang. Akhir kata, semoga buku ini dapat menjadi sumbangan bermakna penulis yang tidak seberapa dalam memperkayakan khazanah ilmu di bumi Malaysia yang tercinta ini. Mudah-mudahan juga ia dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dan sesiapa sahaja yang membacanya. Amin. Penulis Ustaz Haji Mohammad Najib Md Norani 22 April 2020 bersamaan 28 Syaaban 1441
XI PENGENALAN Hadis merupakan sumber hukum yang disepakati oleh ulama untuk dijadikan dalil atau sandaran kepada sesebuah perkara yang melibatkan perkara akidah, ibadah mahupun perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka. Secara umumnya, pengertian hadis ialah apa sahaja yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW berupa perkataan, perbuatan, taqrir iaitu sikap diam yang menandakan setuju. Manakala sejarah perkembangan hadis bermula secara berperingkat-peringkat bermula sewaktu zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat, zaman tabi’in dan diikuti pula oleh zaman ulama-ulama hadis sehinggalah ia tersebar sehingga ke hari ini. Perkembangan tersebut juga meliputi perbahasan dalam kalangan ulama yang melibatkan permulaan hadith dalam diri Rasulullah SAW. Dalil yang menunjukkan bahawa hadis adalah sumber perundangan Islam dan merupakan hujjah tidak perlu dipersoalkan lagi, kerana ia terlalu banyak. Di sini akan disebut secara ringkas, sebagai asas. Dalil Pertama: Dalil-Dalil Daripada Ayat Suci Al-Quran. 1. Ayat yang menunjukkan bahawa Sunnah Rasulullah SAW merupakan wahyu. Maksudnya : “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. (An-Najm: 3-4)
XII Lihat juga (al-Haaqqah: 44-47), (at-Taubah: 29), (al-A’raf: 157) dll. 2. Ayat yang menunjukkan bahawa tugas Rasulullah SAW adalah memberikan penerangan tentang al-Quran. Maksudnya : “...dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannyadan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.” (An-Nahl: 44) Lihat juga (An-Nahl: 64), (Ali Imran: 164) dan lain-lain. 3. Ayat yang menunjukkan bahawa tiada pilihan lain bagi orang yang beriman setelah datangnya ketentuan daripada Rasulullah SAW.
XIII Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Al-Ahzaab: 36) Dalil Kedua: Dalil-Dalil Daripada Hadis Terdapat terlalu banyak hadis yang menunjukkan bahawa wajibnya menjadikan hadis sebagai sumber perundangan Islam dan hujjah yang wajib digunakan. Antaranya ialah: 1. Hadis yang menunjukkan bahawa diwahyukan kepada baginda al-Quran dan juga hadis, dan apa yang disyariatkan baginda SAW sebenarnya adalah syariat dari Allah SWT. Maksudnya : Daripada al-Miqdam bin Ma’di Kariba RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan (diberikan juga) yang seumpamanya (iaitu hadis) bersamanya. (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4604) Status: Hadis Sahih
XIV 2. Hadis yang menyuruh supaya sentiasa berpegang dengan sunnahnya. Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat jika berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunnahku (al-Hadis). (Hadis Riwayat al-Hakim, No. 319) Status Hadis Sahih 3. Hadis yang melarang menderhakai Rasulullah SAW. Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mentaatiku maka dia sebenarnya telah mentaati Allah, dan sesiapa yang derhaka kepadaku, maka dia telah menderhakai Allah”. (Muttafaqun ‘Alayh: Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6718 dan Muslim, No. 1835)
XV Dalil Ketiga: Ijmak Para Ulamak Dalam Mengamalkan Hadis. Telah ijmak kaum Muslimin semenjak zaman sahabat sehingga hari ini mewajibkan beramal dengan hadis. Berkata Imam Syafie: “Telah berlaku ijmak bahawa sesiapa yang telah jelas kepadanya sunnah Rasulullah SAW, bahawa tidak harus baginya untuk meninggalkannya kerana pendapat sesiapapun”. Beliau juga berkata: “Aku tidak pernah dengar seorang ahli ilmu pun ingkarkan bahawa Allah SWT telah mewajibkan mengikut perintah Rasulullah SAW dan menerima ketentuan Baginda Nabi SAW, dan Allah SWT tidak membenarkan seseorang pun selepas Baginda Nabi SAW melainkan wajib mengikuti Baginda Nabi SAW…” Dalil Keempat: Logik Akal Logik akal menunjukkan perlunya mengamalkan hadis. Ini kerana Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT kepada manusia yang mana kita wajib beriman dengannya. Rasulullah SAW adalah utusanNya yang dikuatkan dengan mukjizat sebagai tanda kebenarannya. Maka apa gunanya keimanan kepada Rasulullah SAW kalau kita tidak diwajibkan menerima apa yang datang daripada Baginda Nabi SAW, sedangkan apa yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW sebenarnya adalah daripada Allah SWT. Sebagaimana yang diketahui, buku Empat Puluh Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat ini adalah sebahagian daripada buku-buku yang mensyarahkan hadis-hadis yang berkaitan dengan peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman dengan pelbagai uslub (gaya bahasa) dan wacana yang berbeza-beza antara mereka. Sebagai insan yang baru bermula menceburi bidang penulisan buat kali pertama, penulis telah merujuk buku-buku yang mensyarahkan dan menerangkan hadis-hadis yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman. Setelah menelaah buku-buku tersebut dan mendapatkan gambaran yang sesuai, penulis telah membina satu kerangka secara
XVI berstruktur bertujuan memudahkan pembaca memahaminya. Buku yang penulis tulis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini penulis susun secara berstruktur bagi memudahkan para pembaca dan guru-guru agama yang mengajar dapat menyampaikan hadis memenuhi maksud matan hadis tersebut. Susunannya adalah seperti berikut: Dalam mensyarahkan hadis yang terdapat dalam buku ini, penulis menyusun rangka seperti berikut: 1. Matan hadis. 2. Maksud hadis. 3. Sanad hadis yang lengkap. 4. Takhrij hadis. 5. Nombor hadis. 6. Status hadis. 7. Keterangan hadis. 8. Kesimpulan daripada tajuk hadis yang dibincangkan. Seterusnya penulis meletakkan tanda henti bagi setiap matan hadis bagi memudahkan para membaca dapat membaca hadis dan berhenti di tempat yang betul. Juga disertakan dalil Al-Quran, alHadis dan pendapat ulama bagi menguatkan keterangan hadis yang dipaparkan. Penulis juga meletakkan senarai lengkap perawi-perawi hadis bagi setiap hadis serta ditakhrijkan secara ringkas hadis tersebut dengan meletakkan nama perawi, nombor hadis dan status hadis yang dinyatakan. Dan di akhir keterangan hadis penulis rumuskan dalam kesimpulan untuk para pembaca mendapat gambaran keseluruhan tentang tajuk setiap hadis yang dipaparkan. Kepada para pembaca buku Empat Puluh Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat ini, seandainya jika didapati ada kekurangan padanya, maka itu adalah kelemahan daripada penulis. Penulis memohon agar teguran dan pandangan para pengkoreksi, semoga dapat meluruskan kesilapan dan kelemahan tersebut. Sepertimana yang diucapkan oleh Saidina Umar al-Khattab RA:
XVII ِ َ ِ اطل ْ ِ ف ال ْ َ ِادي َّم َ اتل َْ ِ من َي ِّ خ َق ْ َ ال ِل ُ إ ُوع ج ُّ َّ الر ِن إ َ و Maksudnya: Dan sesungguhnya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan). Akhir kata selamat membaca dan selamat menikmati hidangan ilmu dalam buku ini. Seandainya hidangan ilmu air tangan penulis ini mendapat tempat di hati para pembaca, insyaa-Allah akan menyusul pula hidangan ilmu dalam menu yang baharu. Penulis Ustaz Haji Mohammad Najib Md Norani Kuala Sungai Baru, Melaka.
XVIII
1 HADIS 1 BERTAKWA KEPADA ALLAH, MENDENGAR
2 Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakwan al-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami al-Walid bin Muslim, dia berkata: telah menceritakan kepada kami Abdullah bin al-A’la’ iaitu Ibn Zabrin, dia berkata: telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ dia berkata; aku mendengar ‘Irbad bin Sariyah RA berkata; “Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda SAW memberikan nasihat yang sangat menyentuh, membuatkan hati menjadi gementar, dan air mata berlinangan. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah SAW, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat.” Baginda SAW bersabda: “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habsyi. Dan sepeninggalanku nanti, kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kamu mengikuti perkara-perkara agama (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah1 No. 42) Status: Hadis Sahih2 Keterangan: Nabi Muhammad SAW dikenali oleh para sahabatnya RA.hum sebagai seorang yang memiliki jawami’ul kalim (perkataan dan ucapan yang ringkas, namun padat). Oleh itu, sesiapa yang inginkan keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat maka hendaklah dia mengikuti tunjuk ajar yang telah diperintahkan Allah SWT dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW seperti berikut: 1. Wasiat untuk bertakwa kepada Allah SWT. Takwa merupakan pokok kebaikan dan inti daripada segala perkara. Seluruh seruan kepada pintu kebaikan mahupun larangan kepada keburukan terkumpul dalam kalimah takwa ini. Sepertimana firmanNya 3 :
3 Maksudnya: “...dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).” (Al-Baqarah: 197) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah RA berkata, saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada’ 4 . Baginda SAW bersabda: “Hendaklah kamu bertakwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan apa yang difardhukan) iaitu solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi5 , No. 616) Status: Hadis Sahih 2. Wasiat untuk mendengar dan taat. Skop yang dimaksudkan dengan mendengar dan taat oleh Rasulullah SAW di sini adalah kepada para pemimpin umat, kerana taat kepada mereka akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Apabila mentaati mereka, maka akan baiklah kehidupan orang-orang yang dipimpin (rakyat) dan menjadi amanlah negeri. Di samping dapat membantu menegakkan agama Islam di tempat pemerintahan masing-masing. Tentunya ketaatan kepada pemimpin itu jika dia seorang Muslim dan sentiasa mengajak saudaranya dalam melakukan perkara yang ma’ruf (kebaikan), tanpa melanggar hak Allah SWT. Firman Allah SWT:
4 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasulullah SAW dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah SAW dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisa’: 59) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda: ،: َ َال َ ق م َّ ل َ َس ِه و ْ ي َ ل َ ُ ع َّ اهلل َ ل ِّ ص َّب ِ ْ انل َن ُ، ع ه ْ ن َ ُ ع َضِ َ اهلل اهلل ر ِد ِ ْ ب َ ْ ع َن ع ْ ر َ م ْ ؤ ُ ْ ي م َ َا ل َ م ه ِ ر َ َك َّ و َب ح َ َا أ ِلِم ِ ، فيم ْ ُس م ْ ِء ال ْ ر َ م ْ ُ ع ََ ال ة َ َّ اع َالط ُ و ع ْ َّم َ الس ة َ َ اع َال ط َ و ع ْ َم َال س ٍة ف َ ِصي ْ ع َ ِم َ ب ِمر ُ َا أ ِذ إ َ ٍة، ف َ ِصي ْ ع َ ِم ،ب Maksudnya: “Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan
5 kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati.” (Muttafaqun ‘Alayh. Hadis Riwayat al-Bukhari 6 , No. 7144 dan Muslim7 , No. 1839) 3. Wasiat untuk berpegang teguh dengan al-Sunnah. Ini merupakan salah satu tanda antara tanda-tanda kenabian Nabi SAW di mana Baginda SAW mengkhabarkan kepada para sahabatnya tentang perkara yang akan datang selepas kewafatannya. Iaitu akan terjadi perselisihan yang banyak dalam kalangan umat Baginda SAW. Kerana itu, dalam kitab Jami’ul ‘Ulum wal Hikam8 menyatakan bahawa sebagai bahtera penyelamat daripada gelombang perselisihan dan perpecahan ini adalah dengan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah SAW dan para Khulafaur Rasyidin. Betapa kuatnya keperluan pegangan tersebut sehingga diibaratkan seperti menggigit dengan geraham. Sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).” (Al-Hasyr: 7)
6 Sabda Rasulullah SAW: َ ِّني ِدي ْ ه َ م ْ َ ال َّ ِ اش ِدين َ ِاء الر ف َ ل ُ ْ ِة ال َّ ن ُ َس ِت، و َّ ُ ن ِس ب ْ ُم ْك ي َ ل َ ع َ ف Maksudnya: “Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2676) Status: Hadis Hasan Sahih 9 4. Wasiat untuk berhati-hati daripada melakukan perkara bid’ah. Ini merupakan peringatan kepada umat Nabi Muhammad SAW daripada melakukan perkara baharu yang diada-adakan, lalu disandarkan kepada agama. Sedangkan perkara tersebut tidak ada asalnya sama sekali dalam syariat Islam. Adapun ucapan para ulama yang menganggap baik sebahagian bid’ah (Bid’ah Hasanah/Mahmudah10 ), maka kembalinya hal tersebut kepada pengertian bid’ah secara bahasa iaitu “perkara baharu dalam urusan agama11 ” bukan bid’ah menurut syariat (agama). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa membuat suatu perkara baharu dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 2697) Baginda SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 867)
7 Kita hendaklah sentiasa mendahulukan firman Allah SWT dan sabda RasulNya daripada seluruh ucapan manusia di dunia ini walau setinggi mana pun kedudukannya dan semulia apa pun nasabnya (keturunan). Tidak boleh kita taklid buta12 kepada seseorang kerana jika dia tergelincir dalam suatu permasalahan, maka kita tetap mengikuti ketergelincirannya. Allah SWT memberitakan tentang orang-orang Yahudi dan Nasara yang telah mengangkat orang-orang ‘alim dan rahib-rahib mereka sebagai “tuhan-tuhan”13 (ikutan) selainNya. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah SWT, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan.” (At-Taubah: 31) Rasulullah SAW melarang umatnya melakukan suatu perkara baharu dalam urusan kami ini (urusan agama): ٌّ د َ َ ر و ُ ه َ ُ، ف ه ْ ْ َس ِ من ي َ َا ل َا، م َذ َا ه ن ِ ر ْ م َ ِ ف أ َ َث ْد ح َ ْ أ َن م
8 Maksudnya: “Barang siapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 2697) ٌّ د َ َ ر و ُ ه َ َا، ف ن ُ ر ْ م َ ِه أ ْ ي َ ل َ ْ َس ع ي َ ً، ل َال م َ َ ع ِمل َ ْ ع َن م Maksudnya: “Barang siapa melakukan suatu amalan (agama) yang bukan berasal daripada kami, maka amalan tersebut tertolak” (Hadis Riwayat Muslim, No. 1718) َش َ ُ ٍد، و َ م َُ َى م ُد َى ه ُد ه ْ ُْ ال َي َخ ُ اهلل، و َاب كت ِد ِ يث ِ َ ْ َْ ال َي َ خ ِن إ َ ُ ف د ْ ع َ َا ب م َ أ ٌ ة َ ل َ َ ال ٍة ض َ ْع ِد ب ُُ َك َا، و ه ُ َات ث َ د ْ ُ ِ م ُور م ُ ،األ Maksudnya: “Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 867) Seorang ulama yang bernama Imam Abu Ishak As-Syatibi14 RH (790H) adalah antara ulama yang paling banyak mendedahkan bahaya perbuatan bid’ah dalam kitabnya Al-I’etisam15 ( ) (berpegang teguh untuk melindungi diri) dan beliau adalah antara ulama yang lantang menentang amalan-amalan Ahlul Bid’ah ( )pada zamannya sehingga dilemparkan pelbagai tuduhan fitnah yang
9 sangat berat terhadapnya. Kebanyakan ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaa’h16 dan Salafus Soleh17 selalu mengungkapkan perkataan “ ” iaitu mencari perlindungan dengan berpegang kepada al-Quran18 dan al-Sunnah19 . Imam As-Syatibi RH membongkarkan dalam kitabnya bahawa antara amalan Ahlul Bid’ah (pelaku Bid’ah/pereka amalan baharu dalam agama) dan Ahlul Hawa’ (pengikut hawa nafsu) ialah mereka menggunakan dalil naqli (al-Quran dan al-Hadis) untuk menguatkan dan membenarkan amalan mereka tanpa ada sebarang panduan ilmu yang sahih yang bersandarkan pada usul yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu. Ahlul Bid’ah mendakwa bahawa mereka juga mengikut manhaj (jalan yang jelas dan terang) Ahlus Sunnah, maka untuk menguatkan dakwaan tersebut mereka terpaksa dan akan mencari dalil demi membuktikan kebenaran amalan ciptaan mereka sepertimana yang dilakukan oleh Ahlus Sunnah. Setiap Ahlul Bid’ah dalam kalangan ummah ini mendakwa bahawa hanya kumpulan mereka sahajalah yang melakukan amalan mengikut sunnah dan menafikan amalan kumpulan-kumpulan lain. Namun, apabila mereka hendak membuktikan bahawa amalan mereka benar maka mereka perlu menyatakan dalil mengikut disiplin ilmu sepertimana ulama-ulama terdahulu yang alim dalam ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu lengkap yang berkaitan dengan syariat keseluruhannya. Namun jelas kepada kita bahawa mereka ini rupa-rupanya masih belum mencapai tahap kefahaman ilmu atau disiplin ilmu yang diperlukan. Oleh yang demikian, apabila mereka hendak membuktikan bahawa amalan mereka bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah maka segala dalil yang mereka bawa akan bercanggah dengan disiplin ilmu para ulama terdahulu. Kata-kata Imam al-Syafi’ie yang dinukilkan daripada kitab Mausu’ah Muwaqif al-Salaf fi al-Aqidah wa al-Manhaj wa al-Tarbiyah20 ada menyebut:
10 Maksudnya: “Orang Islam telah berijmak (bersepakat) bahawa barang siapa yang telah jelas padanya sunnah Rasulullah SAW maka tidak boleh sesekali dia meninggalkannya kerana ingin mengikut pendapat seseorang.” Dalam wasiat yang lain, juga daripada Imam al- Syafi’ie sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Khatib al-Baghdadi RH dalam kitabnya al-Faqih wa al-Mutafaqqih21 : Maksudnya: “Apabila kamu temui di dalam kitabku apa yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW, maka berpeganglah dengan sunnah Rasulullah SAW dan tinggalkan apa yang aku katakan.”
11 Kesimpulan : 1. Sifat takwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Takwa yang dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin. 2. Bagi mencapai sifat takwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah (tetap atau berpendirian teguh atas kebenaran) dalam setiap amalan kebaikan di dunia serta mesti menepati petunjuk daripada al-Quran dan al-Sunnah kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat. 3. Sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan adanya pengecualian untuk amalan bid’ah yang baik maka dalil tersebut harus daripada al-Quran atau hadis Nabi SAW atau ijmak (kesepakatan) para ulama. Adapun perkataan sebahagian ulama maka itu bukanlah dalil yang mengkhususkan dan mengecualikan keumuman kaedah Nabi SAW bahawa “Semua bid’ah adalah sesat”. 4. Seandainya kita melihat seseorang bersama Ahlul Bid’ah, maka berikanlah peringatan keras dan jelaskanlah kepadanya mengenai apa itu bid’ah serta nyatakan ciri-ciri Ahlul Bid’ah tersebut. Sekiranya dia tetap duduk-duduk22 bersama ahlul bid’ah setelah dia mengetahui akan kesesatannya, maka jauhilah dia kerana dibimbangi kita dan dia termasuk pengikut hawa nafsu (Ahlul al-Hawa’).
12 HADIS 2 JIKALAU KEJAHATAN SUDAH TERLALU BANYAK Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair, telah menceritakan kepada kami al-Laith daripada U’qail daripada Ibn Shihab daripada U’rwah bin al-Zubair, sesungguhnya Zainab binti Abi Salamah, telah menceritakan kepadanya daripada Ummi Habibah binti Abi Sufyan daripada Zainab binti Jahsy RA (isteri-isteri Rasulullah SAW), beliau berkata, “(Pada suatu hari)
13 Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka23 bagi bangsa Arab daripada kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini,” dan Baginda SAW menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dalam kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi SAW bersabda: “Ya, seandainya kejahatan sudah terlalu banyak.” (Muttafaqun ‘Alayh24, al-Bukhari: No. 3346 & Muslim: No. 2880) Keterangan: Hadis di atas menerangkan bahawa isyarat jari daripada Rasulullah SAW bukanlah menunjukkan tempoh yang tertentu. Bahkan ia hanya perumpamaan yang membawa maksud waktu tersebut telah hampir. Jumhur ulama mentafsirkan makna “ ” dengan kefasiqan dan perbuatan dosa. Dikatakan juga bahawa ia bermaksud zina dan dikatakan juga anak zina. Akan tetapi, yang zahirnya adalah maksiat keseluruhannya. Dalam kitab Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim25 , Imam al-Nawawi berkata, makna hadis ini adalah apabila maksiat itu berleluasa maka ia boleh mendatangkan kemusnahan secara amnya walaupun pada tempat tersebut terdapat orang-orang yang soleh. Apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan26, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Firman Allah SWT:
14 Maksudnya: “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancurhancurnya.” (Al-Israa’: 16) 77. Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah).” 78. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Al-A’raaf: 77-78)
15 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengazab manusia secara umum hanya kerana perbuatan dosa segelintir manusia, sehingga mereka melihat kemungkaran dan mereka pun mampu untuk mengingkarinya, namun mereka tidak mengingkarinya. Jika mereka telah melakukan perkara itu, maka Allah akan menyeksa segelintir manusia itu dan juga manusia secara menyeluruh.” (Hadis Riwayat Ahmad27, No. 17756) Status: Hadis Hasan28 Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita sendiri adalah daripada kalangan mereka, dan golongan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya daripada kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali daripada bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam perkara yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi agama Islam (al-Quran) adalah bahasa Arab. Manakala bangsa Ya’juj dan Ma’juj (mereka adalah keturunan Nabi Adam AS29) akan keluar apabila tibanya akhir zaman dan tatkala hampir berlakunya kiamat. Mereka mendiami suatu tempat di barat daya Mongolia. Bangsa ini juga dikenali sebagai bangsa Mongol30 dan Tartar. Para ulama mentarjihkan bahawa Ya’juj dan Ma’juj tinggal dan menetap di kawasan Mongolia di negara China dan Turkestan di negara Rusia.
16 Dalam kitab Ma‘a Qisas al-Sabiqin Fi al-Qur’an, Durus Fi al-Iman wa al-Da‘wah wa al-Jihad31 membahaskan mengenai kemunculan mereka ke bumi, terdapat dua pandangan: Pertama: Menyebut bahawa Ya’juj dan Ma’juj muncul dan keluar sekali sahaja iaitu tatkala hampirnya kiamat. Kedua: Menyebut bahawa mereka akan muncul beberapa kali bermula sejak kurun pra sejarah hinggalah pengakhirannya dengan kemunculan besar yang membawa kemusnahan yang dahsyat tatkala kiamat hampir terjadi32. Firman Allah SWT: Maksudnya: “(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.” (Al-Anbiyaa’: 96) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT berfirman, “Wahai Adam!” Kemudian Adam berkata, “Labbaik wa sa’daik! Kebaikan berada di tanganMu.” Allah pun berkata, “Pisahkanlah penghuni-penghuni neraka!” Adam AS berkata, “Siapakah penghuni-penghuni neraka itu?” Allah berkata, “Pada setiap seribu orang ada sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang.” Itu adalah ketika mana anak kecil akan beruban, setiap wanita hamil akan keguguran dan kamu melihat manusia seolah-olah mabuk, padahal mereka tidak mabuk. Akan tetapi, azab Allahlah yang sangat pedih.” Para sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah! Siapakah di antara kami satu orang tersebut?”
17 Kemudian Baginda SAW menjawab, “Bergembiralah kamu. Sesungguhnya dari setiap orang daripada kamu, maka dari Ya’juj dan Ma’juj ada seribu orang...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3348) Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa orang kafir selain daripada Ya’juj dan Ma’juj akan masuk ke neraka bersama dengan Ya’juj dan Ma’juj. Selain itu, hadis tersebut juga memberi gambaran kepada kita bahawa banyaknya bilangan Ya’juj dan Ma’juj ini serta sedikitnya daripada kalangan orang yang beriman masuk ke dalam neraka. Kesimpulan: 1. Masalah dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan adalah berpunca daripada tiga perkara; jauh daripada agama, kurang ilmu, dan tidak mahu bersatu-padu. Jika ketiga-tiga perkara ini dapat diatasi segera, pastilah selamat dan aman damai umat Islam di seluruh dunia. 2. Apabila suatu kaum sudah melakukan maksiat dan menentang perintah-perintah Allah SWT serta mengkufuri nikmat-nikmatNya, maka sesungguhnya Allah SWT akan menurunkan kehinaan dan kebinasaan kepada mereka, baik kehinaan di dunia mahupun kehinaan di akhirat. 3. Adapun isu Ya’juj dan Ma’juj adalah isu yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga umat Islam sejak zaman berzaman. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar.
18 HADIS 3 CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abdul Rahman bin Ibrahim al-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr, telah menceritakan kepada kami Ibn Jabir, telah menceritakan kepadaku Abu Abdul Salam, daripada Tsauban RA berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni
19 kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Hadis Riwayat Abu Daud33, No. 4297 dan Ahmad, No. 278) Status: Hadis Sahih Keterangan: Jika kita lihat dari segi jumlah penduduk bumi, umat Islam adalah penghuni kedua terbanyak di bumi ini. Data pada tahun 2012 menunjukkan bahawa lebih kurang 1.8 bilion manusia beragama Islam iaitu sebanyak 24.1% daripada jumlah keseluruhan penduduk bumi34. Dan negara yang mempunyai jumlah populasi umat Islam terbanyak adalah negara Indonesia iaitu sebanyak 200 juta penduduk yang beragama Islam35. Ini merupakan satu jumlah angka yang menakjubkan dan kita yakin bahawa jumlah ini akan terus bertambah seiring dengan berjalannya dakwah Islamiyah di seluruh pelosok dunia. Dari segi sumber alam pula, negara-negara Islam adalah antara negara yang mempunyai sumber alam yang melimpah-ruah. Negaranegara di Timur Tengah kaya dengan ladang dan telaga minyaknya sehingga mampu melonjakkan ekonomi negara daripada status negara miskin berubah menjadi negara terkaya; seperti Qatar, UAE, Kuwait, Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. Manakala di Nusantara pula, siapakah yang berani meragui akan kekayaan negara kita? Bahkan tongkat, batu dan kayu pun boleh berubah menjadi tanaman jika kita campak benihnya ke tanah. Ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa kayanya negara ini. Dan kita tahu kekayaan dalam negara-negara Islam ini sentiasa menjadi rebutan negara-negara kuasa besar36 yang lain yang secara kebetulannya adalah negara bukan Islam. Oleh kerana itu Allah SWT menyeru supaya umat Islam perlu
20 bersatu menerusi firmanNya: Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai…” (Ali ‘Imraan: 103) Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW tentang kepentingan perpaduan dan kasih sayang dalam Islam yang bermaksud: “Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati, dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit, dia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5665, Muslim, No. 2586) Penyakit wahan adalah punca mengapa umat Islam hari ini terbelakang. Ia boleh dikatakan sebagai penyakit yang membuatkan umat Islam hari ini menjadi tidak bertaji dan berkuku walaupun jumlahnya begitu berkembang pesat dan tercabutnya rasa takut musuh kepada umat Islam itu sendiri. Orang yang mengutamakan kesibukan duniawi sehingga lalai dengan urusan ukhrawi tidak akan mendapat sebarang keuntungan di akhirat dan Allah SWT tidak akan berkatakata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat nanti sepertimana firmanNya:
21 Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Ali ‘Imraan: 77) Rasulullah SAW menyebutkan bahawa wahan adalah cinta kepada dunia secara berlebih-lebihan dan takut akan kematian. Ia adalah dua perkara yang saling berkaitan. Sebab itu jika seseorang selalu menjadikan dunia sebagai matlamat yang dikejar, maka dia akan takut pada kematian kerana kematian akan menyebabkan terputusnya segala kenikmatan dunia yang dia dambakan, sepertimana firmanNya:
22 Maksudnya: 27. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). 28. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anakanak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal: 27-28) Ketika seseorang lebih mencintai dunia berbanding akhirat maka dia telah mengkhianati Allah SWT kerana dia telah bermaksiat kepadaNya. Demikian pendapat jumhur (majoriti) ulama sepertimana yang dinyatakan dalam tafsir Ibnu Katsir. Setiap perbuatan dosa besar atau dosa kecil atau sebarang bentuk kemaksiatan kepada Allah SWT disebut sebagai pengkhianatan terhadapNya. Kecintaan kepada dunia membuatkan manusia hanya berfikir tentang kebendaan semata-mata. Ilmu pengetahuan yang tidak didasari iman akan menenggelamkan manusia ke dalam lautan keduniaan. Ia akan menyebabkan manusia khususnya umat Islam meyakini bahawa semua yang dia ada adalah kerana usahanya sendiri tanpa menyandarkannya kepada Allah SWT. Mereka yang mencintai dunia lupa bahawa dunia ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Takut mati di sini bukanlah bermaksud “takut mati” yang sifatnya sudah menjadi tabiat bagi manusia, tetapi yang disebabkan akibat kerana terlalu cintanya pada dunia secara berlebih-lebihan sehingga dia tidak merasa puas dengan kelazatan dunia dan tidak mahu berpisah dengannya. Allah SWT mengingatkan kita hidup dan mati adalah ujian daripadaNya. Firman Allah SWT:
23 Maksudnya: “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (Al-Mulk: 2) Orang yang cerdik akan ingat mati. Maksud sabdaan Rasulullah SAW tentang siapakah orang yang paling cerdik; Daripada Ibnu ‘Umar RA, dia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah SAW, lalu seorang Ansor datang menemui Baginda SAW, dia memberi salam lalu bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, mukmin manakah yang paling baik?” Baginda SAW menjawab, “(Mereka) yang paling baik akhlaknya.” “Lalu mukmin manakah yang paling cerdik?” dia kembali bertanya. Baginda SAW menjawab, “(Mereka) yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdik.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah37, No. 4259) Status: Hadis Hasan Para ulama menggolongkan sifat takut akan kematian38 kepada dua iaitu: 1. Pertama: Sifat takut yang tidak tercela, iaitu takut mati yang sifatnya tabiat semula jadi; setiap orang memilikinya.
24 2. Kedua: Sifat takut yang tercela, iaitu takut mati yang menunjukkan tanda lemahnya iman. Takut seperti ini muncul kerana dia terlalu cinta pada dunia dan tertipu dengan gemerlapnya dunia sehingga banyak memuaskan diri dengan kelazatan dan kesenangan tersebut. Inilah yang disebutkan dalam hadis dengan penyakit wahan, iaitu cinta dunia dan takut mati. Antara ciri-ciri orang yang terkena penyakit wahan adalah: 1. Dia tidak suka beribadah. Termasuk dalam hal ini adalah malas beribadah dan ketika beribadah dia melakukannya secara pantas dan ingin cepat selesai. Dia hanya melakukan ibadah sekiranya ada kepentingan duniawi sahaja seperti sedekah untuk mendapat nama dan pujian. 2. Dia bersikap bakhil dan kikir. Orang yang cinta dunia akan cenderung kepada sifat kikir dan bakhil, dia khuatir dengan bersedekah nanti akan berkurangan hartanya. 3. Dia suka berdusta. Suka berdusta di sini sifatnya umum, baik dalam jual beli mahupun dalam urusan lain. Dia tidak takut dengan ancaman Allah SWT maka oleh sebab itu dia berani berdusta. 4. Dia suka berkhianat atau ingkar janji. Khianat merupakan perbuatan yang tidak setia dan bertentangan dengan janji yang dibuat. Dia sanggup melakukan khianat atau ingkar janji kerana bimbang akan berlaku kekurangan pada hartanya. 5. Dia bersikap pengecut dan malu dengan kebenaran. Ini adalah sifat yang tercela dan tidak digalakkan, misalnya dia malu untuk mengatakan atau melakukan sesuatu yang benar, sedangkan tidak wujud sebarang halangan untuk berbuat demikian. 6. Dia tidak mahu melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar 39 Orang yang meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar maka permintaannya (doanya) tidak akan dikabulkan oleh Allah SWT
25 dan mendapatkan laknat daripadaNya. Kesimpulan: 1. Bagi mengatasi masalah ini, seharusnya kita semua perlu kembali semula kepada asas pegangan umat Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Kerana di situ terdapat segala asas pembentukan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam. Nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya yang bermaksud: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat Imam Malik40, No. 3338) Status: Hadis Sahih 2. Umat Islam perlu mendalami dan menekuni ilmu-ilmu yang berkaitan dengan rukun Iman, Islam dan Ihsan. Kerana ketiga-tiga perkara ini akan membuatkan umat Islam sentiasa mempunyai pedoman dan panduan hidup. 3. Buanglah sikap mementingkan diri sendiri. Kerana orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Sebab itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana kepentingan diri lebih penting daripada kepentingan pembangunan ummah. Berdoalah agar Allah SWT menurunkan nushrahNya (bantuan) kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
26 HADIS 4 ILMU DIANGKAT DENGAN MEMATIKAN ALIM ULAMA Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Abi Uwais, dia berkata: telah menceritakan kepadaku Malik, daripada Hisyam bin U’rwah, daripada bapanya, daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekali gus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa
27 tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Muttafaqun ‘Alayh: Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 100 dan Muslim, No. 2673) Keterangan: Dalam buku himpunan biografi ulama-ulama besar41 yang meninggal dunia sepanjang 1435H, karya Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fi Wada’ al-A’lam42 (Selamat Tinggal Ulama) ada dicatatkan namanama sebahagian besar para ulama yang masyhur di dunia yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2014 yang lalu43. Sesungguhnya kematian ulama adalah satu musibah besar kepada ummah. Kerana kebiasaannya manusia mampu menggantikan jawatan tetapi tidak mampu menggantikan ilmu, sikap dan nilai yang dimiliki oleh seseorang. Bacalah daripada sumber sejarah, maka kita akan dapati bahawa ulama yang berpengaruh yang begitu memberi kesan pada jiwa orang kampungnya atau negerinya sudah pasti tidak dapat dicari ganti selepas kematiannya. Berikut adalah keterangan mengenai ulama iaitu: 1. Ulama ialah pemimpin agama yang telah mencapai kedudukan besar dengan sebab mereka berijtihad, sabar dan sempurna keyakinan, seperti firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan Kami jadikan daripada kalangan mereka beberapa
28 pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (As-Sajdah: 24) 2. Ulama juga ialah golongan yang masyarakat dan umat ini belajar dan bertafaqquh dalam ilmu agama yang kemudian menyampaikan dakwah serta peringatan. 3. Ulama ialah pemberi petunjuk kepada manusia yang sentiasa wujud di sepanjang zaman untuk membela agamanya. Persoalan seterusnya, bagaimana cara kita mengenali ulama? Antaranya ialah: 1. Dengan ilmu yang mereka miliki dan interaksi mereka dengan ilmu. 2. Dengan kedalaman ilmu mereka dalam perkara syubhah sehingga mereka dapat membuat perbezaan dengan jelas dan nyata tentang hukumnya. 3. Dapat diketahui melalui jihad, juhud (kesungguhan) dan dakwah serta mewakafkan seluruh kehidupan mereka pada jalan Allah SWT. 4. Mereka juga dikenali kerana kuat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat, bersifat tawaduk dan takwa mereka kepada Allah SWT. 5. Mereka dikenali melalui kemuliaan akhlak dan tidak tertawan oleh tipu daya dunia, ini bertentangan dengan ulama su’44. 6. Paling penting, ulama dikenali berdasarkan pengiktirafan45 dan pengakuan guru-gurunya tentang ketinggian ilmu mereka. Sebab itu, Imam Malik menukilkan, “Tidak sewenang-wenangnya
29 seseorang merasa dirinya hebat dan berkeahlian sehingga ditanya kepada orang yang lebih alim daripadanya.” Berfatwa tanpa ilmu menyesatkan, oleh itu sebahagian ulama mengatakan, “Jangan sekali-kali kamu mengucapkan sesuatu yang kamu tidak ada ilmu padanya.” Kerana sesungguhnya orang yang berkata sesuatu isu dalam perkara agama tanpa ilmu adalah merupakan kedustaan atas nama Allah SWT seperti firmanNya: Maksudnya: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggotaanggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Al-Israa’: 36) Sabda Rasulullah SAW tentang kewajipan menuntut ilmu yang bermaksud: “Menuntut ilmu merupakan kewajipan atas setiap Muslim.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, No. 224) Status: Hadis Sahih Imam al-Ghazali mengkategorikan hubung kait manusia dengan ilmu kepada empat kumpulan: Kumpulan pertama: Golongan yang sedar mereka tahu (mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmunya), kumpulan ini wajar dipuji kerana keilmuannya.
30 Kumpulan kedua: Tidak menyedari mereka tahu (mempunyai ilmu), sehingga perlu disedarkan dengan keilmuan mereka. Kumpulan ketiga: Golongan yang maklum bahawa mereka tidak tahu (tidak ada ilmu), justeru mereka mempunyai kesedaran dan berusaha untuk menuntut ilmu. Kumpulan keempat: Tidak sedar yang mereka tidak tahu (tidak ada ilmu). Kumpulan ini boleh dikatakan ramai pada masa kini. Mereka bukan sekadar tidak tahu dengan sebab kejahilan sendiri, tetapi berbangga dengan kejahilan yang mereka miliki. Istilah ‘bodoh sombong’ sesuai dinamakan untuk kumpulan ini. Justeru, terdapat ramai dalam kalangan mereka yang mahu mengurus urusan umum (khususnya dalam perkara agama) tanpa menyedari bahawa mereka tiada keahlian dalam urusan berkenaan46. Istilah inilah yang disebut oleh Baginda Nabi SAW sebagai golongan Ruwaibidhah (tajuk hadis yang ke-18).