The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abu Najihin, 2023-11-04 21:27:43

40 Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat

40 Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat

31 Kesimpulan: 1. Kematian ulama adalah musibah besar kepada ummah, kerana pada kebiasaannya manusia mampu menggantikan jawatan tetapi tidak mampu menggantikan ilmu, ketokohan, sikap dan nilai ilmu yang dimiliki oleh seseorang. 2. Berfatwa tentang permasalahan agama adalah urusan yang sangat besar. Tidak boleh ada yang melakukannya selain daripada orang-orang yang telah matang ilmu dan akalnya. Iaitu orang-orang yang benar-benar telah menimba ilmu daripada para ulama Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah. 3. Akhir zaman ini, bilangan ulama hanya tinggal sedikit dan semakin berkurangan. Namun demikian, usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Kematian ulama dianggap sebagai musibah yang besar kerana ulama adalah pewaris nabi dan pelita bagi umat ini. 4. Untuk melahirkan ulama yang berwibawa dan mursyid ummah (pembimbing kepada umat), memerlukan tempoh yang panjang dan tapisan yang teliti. Justeru, sedikit sahaja mereka yang tergolong dalam golongan ulama rabbani yang berani menyatakan kebenaran dan berdakwah dengan penuh hikmah. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan penyelesaiannya.


32 HADIS 5 KAMU AKAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH UMAT-UMAT SEBELUM KAMU Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Abi Maryam, telah menceritakan kepada kami Abu Ghussan dia berkata, telah menceritakan kepadaku Zaid bin Aslam, daripada ‘Atha’ bin Yasar, daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda: Kamu benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu semua akan memasukinya. Kami (iaitu para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi (kalau bukan mereka)? (Muttafaqun ‘Alayh, Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3456 dan Muslim, No. 2669)


33 Keterangan: Hadis ini menceritakan bagaimana umat Islam akhir zaman atau lebih sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini mengikuti jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani, daripada urusan kecil sehinggalah kepada perkara-perkara yang tidak munasabah. ‘Lubang biawak’ yang disebutkan dalam hadis ini adalah bersifat kinayah atau kiasan yang bermaksud umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani. Umpamanya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Sikap iri hati orang-orang Yahudi terhadap orang-orang yang beriman ini mendorong mereka untuk bekerja keras dalam usaha memesongkan akidah dan cara hidup orang-orang beriman daripada kebenaran, memurtadkan orang Islam daripada agama dan mengembalikan mereka kepada kekufuran. Perkara ini telah pun diterangkan dalam firmanNya: Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). “ (Al-Baqarah: 120) Menurut Buya Hamka dalam Tafsir al-Azhar47, perkataan “Lan” ( ) dalam ayat tersebut bererti bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah reda terhadap agama Islam untuk selamalamanya, kecuali orang Islam itu mengikuti millah (agama) mereka.


34 Maksudnya: “Kebanyakan di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Baqarah: 109) Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dalam kitab Fathul Bari48 bahawa, boleh jadi maksud ayat ini (masuk lubang biawak) ialah umat Islam akan mencontohi Nasrani dan Yahudi dari sudut keagamaan dan mencontohi Parsi dan Rom49 dari sudut politik dan pemerintahan. Kerana ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Parsi dan Rom adalah dua kuasa besar. Kebanyakan kerajaan lain semuanya akan berkaitan dengannya sama ada dengan Rom atau Parsi. Fenomena meniru dan mengikuti gaya hidup dan budaya menyimpang umat-umat terdahulu kini telah merebak ke dalam kalangan masyarakat Muslim. Gejala “masuk lubang biawak” telah merasuk ke hampir seluruh aspek kehidupan serta menjangkiti hampir seluruh lapisan masyakat.


35 Tidak dinafikan bahawa ilmuwan dan pemimpin juga telah terjebak dalam worldview (pandangan dunia) dan framework (kerangka kerja) pihak Barat50. Akibatnya mereka secara tidak langsung telah menjadi ejen yang memasarkan konsep-konsep Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Salah satu contoh ialah isu liberalisasi51 dan westernisasi52 (kebaratan) dalam dunia Islam yang dijalankan oleh sebahagian sarjana Muslim. Penyebaran fahaman pluralisme53 agama dan feminisme54 juga merupakan antara contoh lain sikap “masuk lubang biawak”. Sepatutnya sebagai umat Islam kita menyampaikan dakwah, agar orang bukan Islam tertarik dengan cara hidup Islam yang sejahtera dan indah. Serta tertarik untuk menuruti dan seterusnya beriman kepada Allah SWT. Tetapi lain pula yang terjadi sekarang, apabila umat Islam pula yang berbondong-bondong mengikut jejak langkah ataupun “cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani. Zaman sekarang kita dapat lihat kenyataan dan kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini. Hakikatnya sebilangan orang-orang bukan Islam mula terbuka hati untuk bersama kita, namun ramai pula orang Islam sendiri yang kehilangan pegangan dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nasrani sama ada secara mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Antara pengaruh-pengaruh Yahudi dan Nasrani yang dapat kita lihat hari ini ialah melalui hiburan melampau yang mana ia jelas tidak mengikut syariat Islam. Lagu, filem, iklan, majalah dan pelbagai lagi, semuanya diterapkan dengan unsur-unsur kelalaian yang menjauhkan diri daripada mengingati janji Tuhan di akhirat kelak. Sebahagian umat Islam yang jahil, kehidupannya hanya diisi dengan hiburan. Mereka sibuk mengumpul harta dunia yang tak pernah cukup, sibuk mengikut telunjuk nafsu dan keinginan sendiri. Salah satu kejayaan agenda Yahudi ialah mereka mahu melihat umat Islam sesat daripada matlamat yang berteraskan Islam. Kalau kita lihat dari segi fesyen, secara terang-terangan sebahagian umat


36 Islam mengikut jejak Yahudi dan Nasrani terutamanya cara pemakaian muda-mudi hari ini. Pakaian yang terdedah sana sini, sendat dan ketat bagi yang wanita. Manakala golongan lelaki pula memakai seluar pendek paras lututnya, subang, rantai, rambut terpacak (punk) serta mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak (qaza’55) dan lain-lain. Dalam sebuah hadis yang daripada Abdullah bin ‘Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 3512) Status: Hadis Sahih Tidak kurang juga dengan mereka yang taksub pada barangan jenama-jenama dari Barat. Seolah-olah semua yang terbaik adalah dari Barat walaupun ia menyalahi hukum agama. Gambaran sebeginilah yang Yahudi mahukan. Pakaian yang berlandaskan sunnah dipandang jelik. Sehinggakan mula timbul rasa malu kepada umat Islam untuk berpakaian sopan dan menutup aurat. Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dan meminta kepada Allah SWT dalam solat agar ditunjukkan jalan yang lurus dan jalan kebenaran. Iaitu jalan para Nabi, para solihin, siddiqin dan bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan jalan orang sesat iaitu jalan Yahudi dan Nasrani (jalan orang-orang kafir).


37 Kesimpulan: 1. Barang siapa yang diberikan petunjuk oleh Allah SWT, maka tiada suatu apa pun yang dapat menyesatkannya dan barang siapa pula yang disesatkanNya, maka tiada suatu apa pun yang mampu memberikan petunjuk kepadanya lagi. 2. Hiburan, pergaulan lelaki dan wanita, gelak ketawa dan bermacam-macam bentuk kelalaian sememangnya memberi keseronokan kepada kita. Tetapi fikirkanlah kembali keseronokan apakah yang kita sedang lalui ini? Adakah Allah SWT reda ataupun tidak? 3. Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani itu bukanlah contoh teladan yang baik buat kita. Kita hanya ada satu sahaja contoh teladan yang Allah SWT perintahkan supaya kita mengikutinya iaitu Rasulullah SAW. 4. Kemasukan ideologi-ideologi yang datang daripada Barat yang didalangi oleh Yahudi dan Nasrani tanpa sebarang tapisan boleh membawa implikasi negatif terhadap iman umat Islam. Ideologi-ideologi seumpama ini, apabila dibiarkan membudaya dalam masyarakat Islam akan melahirkan individu-individu muslim yang berfahaman ateis, sekularis, hedonis dan lain-lain.


38 HADIS 6 PEGANGAN KAMI DAN KAMU HANYALAH AL-QURAN Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah, dia berkata, telah menceritakan kepada kami Zaid bin al-Hubbab, daripada Mua’wiyah bin Solehin dia berkata, telah menceritakan kepadaku al-Hasan bin Jabir, daripada Miqdam bin Ma’dikariba al-Kindi RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk


39 bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka dia berkata: “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan.” Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah SAW samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 12) Status: Hadis Sahih Keterangan: Siapakah yang dimaksudkan dengan “lelaki” dalam hadis ini? Dia ialah seseorang yang mengingkari akan kedudukan hadis Nabi SAW sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Dia hanya berpegang dan percaya kepada al-Quran sahaja. Pada pandangannya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sebagai sumber hukum dan tempat rujukan. Pada akhir zaman golongan ini dikenali sebagai Anti Hadis56. Latar belakang sejarah golongan Anti Hadis ini bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi, bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau dalam kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran Baginda SAW serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada Islam. Namun, mereka ini tidaklah dikategorikan sebagai golongan Anti Hadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman terhadap ajaran Islam itu sendiri. Semasa zaman sahabat RA, terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Dia telah membincangkan hal tersebut dengan Abdullah bin Umar RA. Namun, Ibnu Umar RA telah mengingatkannya agar menerima dan melaksanakan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sungguhpun begitu, ia hanyalah dalam ruang lingkup pandangan peribadi seseorang dan tidaklah berkembang dalam bentuk kumpulan atau gerakan57 . Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar daripada ikatan


40 agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahami al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi SAW. Matlamat utama golongan Anti Hadis ini adalah untuk melemahkan ajaran Islam dari dalam. Di sesetengah tempat, golongan ini turut dikenali sebagai Quraniyyun@Quranis58, Mungkir Sunnah dan Firqah Inkar as-Sunnah. Golongan Anti Hadis ini terbahagi kepada tiga kategori berdasarkan kepada pegangan mereka, iaitu: Pertama: Golongan yang sememangnya bermatlamat menghancurkan Islam. Kedua: Golongan yang hanya memadai dengan mengikut al-Quran sahaja dan mengingkari hadis secara umum. Ketiga: Golongan yang menerima hadis tertentu tetapi menolak sebahagian yang lain kerana mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata. Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya di antara kamu pasti akan menyaksikan perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Mahdiyyin al-Rasyidin, berpaut teguhlah kepadanya dan gigitlah ia sekuat-kuatnya dengan gerahammu.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4607) Status: Hadis Sahih Al-Quran banyak menerangkan perkara-perkara yang besar dan menunjukkan garis panduan secara umum. Maka hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan perkara-perkara yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi SAW. Firman Allah SWT:


41 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisaa’: 59) Antara hujah yang sering diguna pakai oleh golongan Anti Hadis untuk mengelirukan masyarakat ialah59: 1. Mereka menganggap hadis merupakan satu penyelewengan daripada ajaran-ajaran Nabi Muhammad SAW dan tidak boleh diterima sebagai sumber perundangan Islam. Malahan, ia dianggap muncul selepas kewafatan Rasulullah SAW60 lalu dikaitkan dengan Baginda Nabi SAW. 2. Mereka mengatakan al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril serta dianggap telah lengkap, sempurna dan terperinci. Oleh itu, al-Quran tidak memerlukan sebarang bentuk penghuraian mahupun pentafsiran61.


42 3. Beranggapan bahawa umat Islam telah menyeleweng daripada ajaran Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar adalah semasa zaman Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir serta yang dibawa oleh Baginda SAW ialah al-Quran dan tidak ada yang lain daripada itu. 4. Menganggap hadis sebagai satu catatan sejarah yang boleh dan perlu dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai zaman itu. 5. Lafaz dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam kini adalah dilarang oleh al-Quran kerana syahadah yang pertama sahaja diterima manakala syahadah yang kedua terbatal. 6. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar rukun keenam yang merupakan salah satu perkara terpenting dalam Rukun Iman. Hanya kerana ia dinyatakan melalui hadis lalu dianggap bertentangan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran62. 7. Mereka merujuk tafsiran oleh Maulana Muhammad Ali63 yang menyatakan bahawa kalimah al-Hikmah adalah salah satu nama al-Quran seterusnya menghuraikan maksud ayat al-Quran dalam surah an-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud, “Wahai orangorang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah” dengan menyatakan bahawa kita disuruh mentaati Rasul ialah mentaati perutusannya dan bukan mentaati Nabi Muhammad SAW. 8. Dengan merujuk surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” mereka menyatakan bahawa ayat ini tidak bermaksud untuk merujuk kepada gerak-geri dan kelakuan Nabi Muhammad SAW seperti cara beliau makan, pakai, tidur dan sebagainya64. Ia sebenarnya merujuk kepada keyakinan, pegangan, pendirian dan perjuangan. Malahan, semua kelakuan dan gerak-geri seseorang itu ditentukan oleh faktor-faktor seperti kebudayaan, pendidikan, semasa, tempat dan perbuatan65.


43 Golongan Anti Hadis yang timbul kebelakangan ini sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain adalah pelopor kepada satu kefahaman yang salah yang tidak pernah timbul dalam sejarah umat Islam walaupun oleh pencipta-pencipta hadis palsu atau oleh golongan Muktazilah66, Murjiah67 dan sebagainya68. Golongan Anti Hadis adalah golongan yang langsung tidak mempercayai bahawa perkataan Nabi Muhammad SAW adalah benar (walaupun dapat dibuktikan kebenarannya) kerana kebenaran dalam sunnah tidak langsung diimani oleh golongan Anti Hadis. Lebih-lebih lagi, mereka tidak langsung membuat petikan kepada sunnah dalam penulisan mereka (walaupun mereka sebenarnya melakukannya tanpa diakui oleh mereka seperti dalam kisah pengumpulan al-Quran). Kefahaman golongan Anti Hadis tidak berasas sama sekali dan kalau hendak digunakan penghujahan Anti Hadis, sudah pasti alQuran sendiri pun tidak dapat diterima sebagai benar. Malah, kronologi pengumpulan al-Quran sendiri pun diasaskan kepada sunnah kerana tidak ada sumber lain yang dapat memberitahu hal ini.


44 Kesimpulan: 1. Pemikiran golongan Anti Hadis juga dilihat tidak konsisten dengan menerima hadis tertentu yang selari dengan pemikiran mereka, namun pada masa yang sama menolak hadis tertentu yang bercanggah dengan pemikiran mereka. 2. Para ulama juga semenjak dari dahulu sehingga kini telah banyak menjawab kepada pemikiran menyimpang golongan Anti Hadis dengan penghasilan buku, jurnal, makalah, artikel dalam majalah dan akhbar. Mereka tidak pernah jemu dalam menyatakan kebenaran Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis. 3. Sesungguhnya, bagi mendepani golongan Anti Hadis kita hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu khususnya ilmu agama dengan mempelajarinya daripada ulama yang muktabar bagi mendapatkan ilmu yang benarbenar menepati ajaran Islam. 4. Umar bin al-Khattab RA berkata: “Jauhilah orang-orang yang hanya mendahulukan akalnya semata-mata kerana mereka adalah musuh Sunnah. Mereka tidak mampu menghafal hadis-hadis, maka mereka bersandar kepada akal sehingga mereka sesat dan menyesatkan,” Umar bin Al-Khattab RA.


45 HADIS 7 GOLONGAN YANG BERJAYA DALAM PERJUANGAN Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami U’baidullah bin Musa, daripada Ismail, daripada Qais, daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA berkata: daripada Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasa dalam kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mereka sentiasa berjaya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 7311) Keterangan: Jika kita meneliti sejarah umat Islam bermula dari zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari in i, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah69 dengan ujian yang beratberat. Ujian itu bermula daripada tentangan golongan Musyrikin70 di Mekah dan Munafiqin71, Yahudi72 dan Nasrani73 di Madinah seterusnya berlaku gerakan al-Riddah74, Majusi75 yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyyah76, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,


46 serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamadun Baghdad (1258M) pada pertengahan abad keenam Hijrah. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” (Ali ‘Imran: 19) Begitu pula halnya dengan pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai ke atas kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus77 (Sepanyol) pada tahun 1492M dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis (penjajah) Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis78 Yahudi dan missionary (pendakwah) Nasrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan dari segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat dalam peta dunia di hari ini.


47 Umat Islam pernah berada di puncak kegemilangan ketamadunan dengan kombinasi kecemerlangan yang dicapai di Timur dan Barat. Di sebelah timur, kemajuan yang dicapai di Kufah, Baghdad dan Damsyik menjadi titik tolak ke arah melonjakkan Tamadun Islam. Manakala di sebelah Barat, kejayaan menguasai Sicily telah membuka mata dunia. Manakala kejayaan yang dicapai di Andalusia tidak dapat ditandingi pada waktu tersebut oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain. Penguasaan Islam ke atas blok Timur dan Barat itu seakan menunjukkan kekuatan dan menjelmakan keunggulan umat Islam lampau sehingga mereka dijadikan contoh dalam pembinaan Tamadun Barat. Walaupun pada hari ini terdapat dalam kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walaupun ramai dalam kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Ali ‘Imran: 139)


48 Sabda Rasulullah SAW: ِه ْ ي َ ل َ َ ع ْل ع ُ َ ي َل ُو و ل ْ ع َ ُ ي َ م ْل ِس ْ ال Maksudnya: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang dapat mengalahkan ketinggiannya.” (Hadis Riwayat Al-Daruquthni79, No. 3620) Status: Hadis Hasan Kesimpulan: 1. Umat Islam pada ketika kegemilangannya berjaya mencetuskan satu revolusi ilmu yang menjadi subjek kajian Barat terutama pada zaman penguasaan Islam di Barat melalui penguasaan ke atas Andalusia dan juga kecemerlangan saintis Islam di Timur yang berpusat di Baghdad. 2. Tamadun Islam yang telah melalui zaman gemilang telah mengalami zaman kemunduran disebabkan oleh kelemahan kepimpinan, perebutan jawatan, tiada kesatuan dalam kalangan umat Islam, ekonomi yang lemah, kemewahan yang melampau dan tiada kesepakatan wehdatul fikri (kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah) dan wehdatul amal (kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, hala tuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah) dalam mentadbir. 3. Untuk mengembalikan semula kegemilangan umat Islam bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh dilakukan sekelip mata. Namun ianya tidak mustahil dan boleh dilakukan kerana bilangan umat Islam di dunia ini sahaja sudah menghampiri 2 bilion atau melebihi 1/3 penduduk dunia.


49 HADIS 8 PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU Maksudnya: Telah menceritakan Abu al-Abbas Muhammad bin Yaakob, telah memberitakan Muhammad bin Abdullah, telah memberitakan Ibn Wahb, telah mengkhabarkan kepadaku Abu Hani’ Humaid bin Hani’ al-Khaulaniy, telah menceritakan kepadaku Abu Said al-Ghifari, sesungguhnya dia berkata: aku mendengar Abu Hurairah RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.” Sahabat bertanya,


50 “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi antara satu sama lain.” (Hadis Riwayat Hakim80, No. 7311) Status: Hadis Sahih Keterangan: Secara jujur, jika kita lihat kepada suasana yang ada pada hari ini, maka kita akan mengakui bahawa sabda Nabi SAW di atas sungguh sudah benar-benar terjadi di tengah-tengah manusia khususnya ke atas umat Islam. Apa yang disabdakan oleh Nabi SAW itu dapat dihuraikan sebagai berikut: 1. Berseronok atau berhibur tidak dilarang dalam Islam asalkan keseronokan atau hiburan itu tidak mendatangkan keburukan kepada persekitaran, manusia dan mempengaruhi fikiran sehingga boleh merosakkan akal yang sihat81. Bagi mengelakkan manusia hidup dalam kelekaan dan hilang nikmatnya yang lain maka Allah SWT menetapkan bahawa keseronokan atau hiburan tidak boleh dilakukan sesuka hati dan berdasarkan nafsu semata-mata tanpa kawalan. Keseronokan atau hiburan tanpa kawalan akan lebih cenderung kepada pembentukan budaya yang berbaur hedonisme (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup). Menikmati keseronokan atau hiburan dibolehkan, tetapi mestilah berpada-pada, bukan melampau dan terlampau bebas serta melanggar syariat Islam. 2. Terlalu mewah akan menyebabkan berlakunya pemborosan dan pembaziran. Ini merupakan satu perilaku hidup yang tidak baik namun sukar untuk dihindari. Biasanya sifat hidup seperti ini banyak ditemui dalam masyarakat moden yang terbiasa dengan kehidupan mewah. Firman Allah SWT:


51 Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Al-Israa’: 27) Terdapat banyak kesan negatif akibat daripada terlalu mewah dan hidup boros. Antaranya ialah harta yang dia perolehi akan cepat habis, tidak memiliki tabungan di masa depan, tidak peduli dengan kehidupan sosial, dia hanya akan sibuk mencari harta, menjauhkan diri daripada masyarakat, bersikap kurang bersyukur. Ia juga akan menimbulkan sifat negatif seperti iri, dengki dan kikir, gila harta, ingin selalu hidup mewah, bersikap sombong, dia akan hanya menuruti hawa nafsu sematamata, suka berlebih-lebihan dalam berbelanja, jauh dari sifat bersederhana, menjadi teman syaitan dan dibenci Allah SWT. Inilah punca mengapa sifat terlalu mewah dan boros harus dijauhkan dari kehidupan seseorang. Di mana apabila sifat terlalu mewah dan boros terus berada dalam hatinya maka syaitan pun berjaya masuk untuk menggoda hawa nafsunya dan menyebabkan dia akan menjadi semakin jauh daripada Allah SWT. 3. Menghimpun harta sebanyak mungkin adalah dilarang dalam Islam kerana ia akan melalaikan kita daripada mengingati Allah sepertimana firmanNya:


52 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munafiqun: 9) Menghimpun harta sebanyak mungkin tidak sepatutnya melupakan kita kepada Allah SWT, sebaliknya ia sepatutnya mengingatkan lagi kita kepada Allah SWT. Kita sepatutnya belajar bagaimana kekayaan yang menyebabkan kita lupa Allah itu sepatutnya menyebabkan kita ingat kepada Allah. Kita perlu mengubah kefahaman bagaimana cara untuk memanfaatkan harta ke jalan yang Allah SWT redhai. Orang yang menghimpun harta sebanyak mungkin sebenarnya akan lebih mudah tergelincir ke dalam lautan duniawi jika tidak ada sifat al-Khauf82 (takut) dan al-Raja’83 (mengharap) kepada Allah SWT. Ia akan mudah melekakan kita sebagaimana pendapat yang diberikan oleh ahli tafsir yang menyatakan bahawa orang yang menghimpun harta sebanyak mungkin mempunyai keinginan untuk memperolehi banyak benda. Mereka akan bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan keduniaan tanpa menghiraukan batasan syariat. Mereka juga mempunyai perasaan bangga dan bongkak kalau mereka ada lebih lagi daripada orang lain. 4. Tipu menipu dalam merebut harta benda, kuasa dan pangkat di dunia. Masyarakat akhir zaman juga kian diserang penyakit jiwa yang kronik. Sifat angkuh dan bongkak semakin tumbuh mekar


53 dan bertakhta di jiwa. Manakala kehidupan secara bermewahmewahan dijadikan satu kebanggaan demi mengejar pangkat dan habuan dunia, tipu menipu, dengki-mendengki serta fitnah dijadikan sebagai amalan untuk merebut harta, kuasa dan pangkat di dunia. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (An-Nisaa’: 29) Allah SWT melarang orang-orang yang beriman daripada memakan harta sesama mereka secara bathil84 iaitu melalui cara yang tidak syar’ie. Memakan harta secara bathil termasuklah mendapatkan harta melalui cara haram seperti riba85, rasuah86, berjudi, penipuan (scam), mencuri, memeras dan merampas tanpa hak. Di samping itu, pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan yang halal juga boleh menjadi sumber yang bathil jika tidak amanah dalam pekerjaan. Takutilah harta yang diperolehi dengan cara bathil. Ia akan menjadi makanan yang haram yang akan masuk ke dalam perut kita dan ahli keluarga yang akan tumbuh menjadi darah daging.


54 Ia memberi kesan negatif pada kehidupan jiwa dan akhlak kita kerana tiada lagi keberkatan padanya. 5. Saling memarahi adalah perbuatan atau tindakan meluapkan emosi dan juga kemarahan dengan menggunakan perkataan kotor, caci maki yang melampaui batas, hinaan yang menyakiti hati seseorang dan juga pelbagai kata keji yang tidak sepatutnya diucapkan boleh tergolong dalam kategori marah yang hukumnya diharamkan. Perkara ini terjadi kerana orang yang sedang marah tidak mampu mengawal hawa nafsunya. Syaitan mula menguasai dirinya sehingga timbullah perbuatan yang melampaui batas padahal perbuatan tersebut sebenarnya tidak sepatutnya dilakukan. Akhirnya ia hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak saja. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: Maksudnya: “Berilah aku wasiat.” Baginda SAW menjawab, “Engkau jangan marah!” Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian Nabi SAW bersabda: “Engkau jangan marah!” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6116) 6. Sikap hasut menghasut (namimah) sehingga jadi zalim menzalimi ialah seseorang yang berusaha agar orang-orang Mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya. Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah. Firman Allah


55 SWT: Maksudnya: “Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orangorang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Al-Ahzaab: 58) Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ‘’Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.’’ (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6056 dan Muslim, No. 105) Para ulama mengatakan bahawa kesan dan akibat namimah ini akan menyebabkan: 1. Merosakkan hubungan antara satu sama lain dan memporakperandakan keharmonian hidup seseorang serta mewujudkan suasana yang tidak kondusif, huru-hara dan kepincangan hidup bermasyarakat. 2. Timbulnya perasaan syak wasangka dan tuduh-menuduh dalam masyarakat sehingga memberi kesan buruk dan menyebabkan terjadinya kebencian dan permusuhan sesama Muslim dan punca terputusnya hubungan silaturahim. 3. Menyebabkan keresahan, kekecohan dan mengganggu ketenteraman masyarakat di mana akhirnya berlaku perbalahan


56 dan huru-hara. Jika dilihat pada keenam-enam jenis ancaman yang disebutkan ini, ia bukan hanya sekadar berdasarkan tindakan luaran sahaja namun ia juga merupakan pengaruh antara tubuh badan dan juga hati yang lemah. Mungkin tanpa disedari kita telah terkena salah satu daripada penyakit-penyakit di atas. Disebabkan itu, hati diibaratkan seperti raja dan tubuh badan adalah rakyatnya. Jika baik sang raja, maka baiklah pula rakyatnya yang lain. Maka marilah kita kembali ke pangkal ajaran agama Islam dan berpegang kuat kepada ajaran-ajaranNya, insyaa-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. Kesimpulan: 1. Terlalu banyak seronok atau suka berhibur akan memudarkan nilai-nilai keagamaan dalam diri golongan masyarakat. Nilai keagamaan sangat penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita dalam menjalani likuliku kehidupan yang semakin mencabar. 2. Islam tidak melarang umatnya membelanjakan harta yang dimiliki asalkan ia berfaedah serta mengikut etikaetika dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan syarak iaitu membelanjakan harta mengikut keperluan bukannya kemahuan. 3. Jagalah hubungan baik dengan Allah SWT dan menjaga hubungan baik sesama manusia dan sentiasa bermuhasabah diri agar dapat memperbaiki amalanamalan kita setiap hari.


57 HADIS 9 BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abbad bersama Ibn Abi Umar, daripada Marwan al-Fazariy, telah berkata Ibn Abbad: telah menceritakan kepada kami Marwan, daripada Yazid iaitu Ibn Kaisan, daripada Abi Hazim, daripada Abu Hurairah RA berkata: Bersabda Rasulullah SAW: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 232) Dalam riwayat yang lain:


58 Maksudnya: Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasulullah siapa yang asing itu (al-Ghuraba)?” Rasulullah SAW bersabda: “Iaitu orang-orang yang melakukan pembaikan dalam kalangan manusia yang berbuat kerosakan.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 16690) Status: Sanadnya Dhaif87 Dan dalam lafaz yang lain: Maksudnya: ”Mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosakkan oleh manusia.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2630) Status : Sanadnya Dhaif Keterangan: Semasa kedatangan Islam88, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairanan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai ahli sihir, agenda orang gila dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Islam mulai tersebar di Mekah dalam keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dilihat ganjil bukan hanya pada pandangan dunia bahkan pada pandangan orang Islam itu sendiri. Orang yang bersungguhsungguh melaksanakan tuntutan agama dianggap aneh. Amalan mereka tampak asing. Mereka melaksanakan amal soleh dan ibadah berdasarkan tuntunan sahih89 daripada Rasulullah SAW, tetapi manusia


59 mengingkarinya. Ini menunjukkan bahawa memperjuangkan dan melaksanakan ajaran Islam sememangnya memerlukan keterasingan dari negeri. Ketika itu perlu ada kesabaran yang tinggi dalam menghadapi keterasingan sebagaimana keadaan Islam di awal-awal, demikian penjelasan As-Sindi90. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biarpun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” (Al-An’aam: 116) Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat orang Islam yang iltizam (komited) dengan ajaran Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan ini dianggap seolah-olah tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak solat sambil bersenda-senda ketika orang lain menunaikan solat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Tindakan mereka ini menunjukkan bahawa seolah-olah seperti orang


60 yang tidak beriman seperti firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).” (Yusuf: 103) Akibatnya perlakuan maksiat tidak lagi dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Perlakuan jijik ini diberi istilah yang indahindah. Umpamanya perlakuan zina (berkhalwat/bersekedudukan/suka sama suka) merupakan perbuatan yang haram kini sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Perbuatan meminum arak (minuman keras) yang menukar sikap kemanusiaan kepada bersikap kebinatangan kini seolah-olah sudah diterima sebagai satu perkara normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan. Amalan riba (faedah/bunga) yang mencengkam dan menyeksa kehidupan manusia kini sudah diterima pakai sebagai satu tatacara hidup. Sedangkan jual beli yang halal, bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai keuntungan masa depan. Walaupun sistem perhambaan, perzinaan, meminum arak, berjudi, amalan riba dan melakukan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, namun ia lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah menjadi amalan biasa masyarakat ketika itu. Berbanding mengusahakan perubahan, biarpun ia menjanjikan jalan keluar daripada kegelapan Jahiliah tersebut, namun begitulah nasib agama Islam di awal zaman perkembangannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia daripada terjerumus kepada kerosakan dibalas dengan maki hamun. Nabi SAW diherdik dengan penghinaan. Tubuh Baginda SAW dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal


61 kedatangannya. Begitulah seterusnya nasib agama lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih daripada masyarakat, bahkan tersisih daripada pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam. Perkataan ‘thuba’ memberi banyak makna. Imam Nawawi RH menyebutkan bahawa terdapat pelbagai makna daripada perkataan ‘thuba’ sehingga kepada makna ‘thuba lil ghuroba’91. Ia adalah seperti berikut: 1. Kegembiraan dan penyejuk mata, iaitu mereka adalah yang paling gembira dan menjadi penyejuk mata, sebagaimana riwayat daripada Ibnu ‘Abbas. 2. Ni’ma maa lahum, iaitu sebaik-baik sesuatu yang mereka miliki, sebagaimana pendapat daripada ‘Ikrimah. 3. Ghibto lahum, iaitu mereka yang bersegera melakukan kebaikan iaitu berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan, sebagaimana pendapat Ad-Dhohak. 4. Husna lahum, iaitu mereka yang berhak mendapat kebaikan, sebagaimana pendapat daripada Qatadah. 5. Khairul lahum wa karamah, iaitu mereka yang mendapat kebaikan dan karamah, sebagaimana pendapat daripada Ibrahim. 6. Dawamul khoir, iaitu mereka yang sentiasa mendapat kebaikan sebagaimana pendapat daripada Ibnu ‘Ajlan. 7. Terdapat ulama yang mengatakan bahawa ‘thuba’ adalah nama pohon di syurga.


62 Kesimpulan: 1. “Al-Ghuroba” adalah golongan orang-orang yang istiqamah, yang tetap melakukan kebaikan ketika manusia telah rosak. Merekalah manusia yang dijanjikan syurga dan kebahagiaan. Mereka istiqamah di atas agama Allah dan memurnikan tauhid serta mengikhlaskan ibadah mereka hanya kepada Allah SWT. 2. Islam bermula dalam keadaan asing sebagaimana keadaan di Mekah dan di Madinah ketika awalawal hijrah. Islam tidak diketahui dan tidak ada yang mengamalkan kecuali sedikit orang saja. Kemudian ia mulai tersebar dan orang-orang masuk Islam dengan jumlah yang banyak dan dominan (paling berpengaruh) di atas agama-agama yang lain. 3. Bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat92. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya.


63 HADIS 10 HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KEADAAN KAMU DI HARI ITU


64 Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Hannad, dia telah berkata: telah menceritakan kepada kami Yunus bin Bukair daripada Muhammad bin Ishak, dia telah berkata: telah menceritakan kepadaku Yazid bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ka’bin al-Quradziy, dia telah berkata: telah menceritakan kepadaku siapa yang telah mendengar Ali bin Abi Thalib RA berkata, “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair RA dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya Baginda SAW menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab RA ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab RA sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki.” Lalu Nabi SAW. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2476) Status : Hadis Hasan Gharib93


65 Keterangan: Hidup ini adalah satu ujian. Ujian pula boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada insan yang diuji dengan kesusahan, keperitan, penderitaan dan kesakitan. Ada pula insan yang diuji dengan kesenangan, kemewahan, keseronokan dan kebahagiaan. Antara dua bentuk ujian ini, setiap insan pasti akan menghadapinya kerana ujian adalah pelengkap kepada kehidupan. Waktu bilamana dia diuji dengan kesusahan, kebiasaannya dia akan membawa manusia untuk semakin hampir kepada Pencipta. Rukuk dan sujud penuh keinsafan. Merasai kekerdilan diri, kehinaan dan kelemahan hakikat diri. Lalu, merayu dan mengadu agar dilepaskan daripada segala kesusahan yang sedang dihadapi. Tatkala diuji dengan kesenangan, kadangkala inilah detik berbahaya bagi sebahagian insan. Kesenangan dan kemewahan yang dikecapi, gagal membentuknya menjadi hamba yang semakin taat dan bersyukur. Bahkan, semakin lalai dan alpa kepada Pencipta, sombong dan bongkak sesama manusia. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (iaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘Alayh. Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6439 dan Muslim, No. 1048) Hidup mewah itu akan menjadi haram sekiranya pada individu itu terdapat ciri-ciri di bawah ini:


66 1. Diperolehi secara haram; wang dan kekayaan yang diperolehi secara haram, tentu haram pula untuk dipakai dan dinikmati. 2. Niat untuk takabbur dan menyombongkan diri; hidup mewah itu haram apabila niatnya semata-mata hanya ingin takabbur dan menyombongkan diri. Sifat takabbur dan sombong itu bukan sifat hamba yang beriman. Sifat takabbur dan sombong hanya hak Allah SWT semata. 3. Kedekut dan bakhil; hidup mewah itu haram, apabila seseorang tidak mengeluarkan dari sebahagian hartanya untuk membantu orang-orang fakir dan miskin. 4. Hidup semata-mata berlumba-lumba mengejar kemewahan; hidup mewah tetapi tidak bersyukur, sombong, dan tidak ambil peduli dengan fakir miskin tidak dibolehkan. Dan hal itu amat jauh berbeza dengan hidup secara zuhud94 dan tawadhu’95. Sebab itu Allah SWT tidak melarang seseorang menjadi kaya dan menikmati kekayaannya serta suka kepada sesuatu yang mahal dan bagus. Hakikatnya itu merupakan fitrah yang Allah SWT ciptakan buat manusia juga sepertimana firmanNya:


67 Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatangbinatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Ali ’Imran: 14) Maksudnya: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa sematamata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak


68 pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terperdaya.” (Al-Hadiid: 20) Kesimpulan: 1. Begitulah gambaran sebenar terhadap ketamakan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Dia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah dia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah dia sedar dengan seribu satu penyesalan. 2. Carilah harta benda pada batas-batas keperluan sahaja, kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. 3. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan dia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.


69 HADIS 11 SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT


70 Maksudnya: Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Abu Mua’wiyah daripada AlAa’mash, daripada Zaid bin Wahb, daripada Huzaifah bin AlYaman RA katanya, “Rasulullah SAW pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah SAW memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orangorang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah SAW menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu baginda bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gilingkan dengan kakimu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa.”


71 Ketika Rasulullah SAW menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya. “Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tidak ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” “Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubayya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau dia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Adapun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja).” (Muttafaqun ‘Alayh. Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6497 dan Muslim, No. 230) Keterangan: Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa begitulah keadaan kebanyakan masyarakat kita pada hari ini. Ramai antara kita yang terperdaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh untuk memikul amanah, tetapi sebenarnya dia pun telah berlaku curang terhadap amanah dan kepercayaan yang diberi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang


72 sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6496) Amanah itu berat. Islam adalah agama yang sangat mengutamakan perkara-perkara amanah, firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab: 72) Sesungguhnya beruntunglah orang yang amanah itu. Kerana telah melaksanakan perintah Allah SWT dan RasulNya dengan sebaikbaiknya terhadap amanah yang dipikulkan kepadanya. Amanah juga merupakan antara sifat bagi para Nabi dan Rasul. Firman Allah SWT:


73 Maksudnya: 107. “Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.” 108. “ Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. (Asy-Syu’araa’: 107-108) Sifat amanah dibahagikan kepada beberapa kategori: 1. Amanah kita kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Anfaal: 27) Dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan maksud ayat ini, bahawa mengkhianati amanah Allah SWT dan RasulNya ialah dengan meninggalkan suruhanNya dan melanggar laranganNya. Mengkhianati amanah pula ialah amanah orang sama ada yang berupa harta benda atau rahsia atau apa jua.


74 2. Amanah dalam kepimpinan. Termasuklah atas nama kita sebagai pemimpin, suami, isteri serta sebagai pembantu itu adalah amanah yang berat dan akan dipersoalkan ketika di dunia dan juga di hari kiamat kelak. Sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang amir (pemerintah, pemimpin atau ketua) akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin akan ditanya terhadap keluarga yang dipimpinnya. Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin terhadap rumah tangga suaminya akan dipertanggungjawabkan terhadap tugasnya. Bahkan seorang hamba (pembantu) juga adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan terhadap barang milik tuannya, juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu semua adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap hal dipimpinnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 893 & Muslim, No. 1829) 3. Amanah dalam memberikan keadilan dan hak. Allah SWT memerintahkan supaya kita menjaga amanah serta serahkan segala amanah kepada orang yang berhak, firmanNya: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang


75 berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (An-Nisaa’: 58) Dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman juga menjelaskan tentang perkara amanah berkenaan, bahawa amanah itu ialah sesuatu yang wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya dan diserahkan kepada tuannya. Orang yang tidak menjaga amanah dan tidak menyampaikannya, menjadilah dia orang yang khianat. 4. Amanah dalam mesyuarat iaitu perkara yang dibincang dan diputuskan dalam satu-satu mesyuarat juga merupakan amanah yang mesti dijaga, yakni tidak wajar diberikan atau disebarkan kepada orang yang tidak berhak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi dalam hadisnya yang bermaksud; Daripada Jabir bin Abdullah ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah seseorang berlaku amanah dalam bermajlis, kecuali tiga majlis iaitu membunuh darah yang diharamkan, kemaluan yang diharamkan (zina) dan mengambil harta dengan tanpa hak.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4226) Status: Hadis Dhaif 5. Amanah dalam perniagaan. Firman Allah SWT:


76 Maksudnya: “…Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya…” (Al-Baqarah: 283) Termasuklah para peniaga sama ada perniagaan besar, kecil atau sebagai penjaja dan sebagainya, jika mereka menjaga dan melaksanakan amanah sebaik-baiknya dalam urusan perniagaan, jujur, tidak menipu dalam timbangan dan seumpamanya. Orang yang berniaga dengan jujur dan amanah akan memperolehi tempat yang istimewa dan tinggi darjat mereka di sisi Allah, kerana pada hari kiamat nanti mereka merupakan golongan VIP (Very Important Person) (orang penting atau orang kenamaan) yang akan duduk sebaris dengan para Nabi, siddiqin dan para syuhada. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pedagang yang jujur amanah bersama-sama para Nabi, siddiqin dan para syuhada kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 1130 dan Ibnu Majah, No. 2130) Status: Hadis Dhaif Termasuk sikap jujur dan amanah ialah peniaga yang sentiasa menjaga amanah dalam memastikan makan, minum dan barang/bahan gunaan yang benar-benar halal, bersih dan berkhasiat. Beruntunglah mereka, selain memperolehi keberkatan dalam perniagaan, mendapat pula reda di sisi Allah SWT serta keuntungan berupa wang ringgit dan sebagainya. 6. Amanah dalam kemasyarakatan. Firman Allah SWT:


77 Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya...” (Al-Mu’minun: 8) Dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan lagi mafhum ayat ini, yakni orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya dan apabila mereka berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya, kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang munafik, sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis Nabi SAW. Kesimpulan: 1. Amanah adalah tanggungjawab setiap individu dan semua manusia wajar menjadikan sifat amanah utuh dalam diri agar mampu menghadapi cabaran dunia globalisasi. 2. Menjaga dan melaksanakan amanah adalah tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman bagi seorang yang tidak amanah, sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad daripada Anas bin Malik RA, No. 12567) Status : Hadis Hasan 3. Kesedaran bahawa rezeki adalah juga amanah dari Allah SWT akan menerbitkan pula rasa bertanggungjawab dalam urusan membelanjakan harta. Setiap sen akan dibelanjakan dengan cara yang diredaiNya kerana dia yakin semua pemberian itu akan disoal Allah SWT di akhirat nanti.


78 HADIS 12 GOLONGAN YANG TIDAK AKAN MASUK SYURGA Maksudnya: Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb, telah menceritakan kepada kami Jarir, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga


79 dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2128) Keterangan: Kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini dapat kita lihat daripada realiti masyarakat yang ada pada hari ini: Pertama: Pemimpin yang zalim. Terdapat golongan pemimpin yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Mengatur kemaslahatan umat merupakan tanggungjawab terbesar seorang pemimpin. Kemakmuran atau kesengsaraan rakyat sangat tergantung kepada peranan yang dimainkannya. Ketika seorang pemimpin berlaku adil sesuai dengan petunjuk syariat Islam maka rakyat pun akan sejahtera. Demikian sebaliknya, ketika pemimpin tersebut berlaku zalim dan tidak jujur dalam menjalankan amanahnya maka rakyat pun akan berakhir dengan kesengsaraan. Oleh kerana itu, pada hari kiamat kelak, pemimpin yang adil akan dijanjikan dengan pelbagai macam keutamaan oleh Allah SWT. Sementara pemimpin zalim dan tidak jujur dalam menjalankan amanahnya akan diancam dengan pelbagai macam ancaman. Antara bentuk ancaman tersebut adalah sebagai berikut: 1. Menjadi manusia yang paling dibenci oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


80 “Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 1329) Status: Hadis Hasan Gharib 2. Allah SWT akan menelantarkannya pada hari kiamat dan tidak mengampuni dosa-dosanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang Allah enggan berbicara dengan mereka pada hari kiamat kelak. (Dia) tidak sudi memandang muka mereka, (Dia) tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Dan bagi mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah): Orang tua yang berzina, pemimpin yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 172 3. Akan dimasukkan ke dalam neraka serta diharamkan syurga baginya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa pun pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 227) Kedua: Perempuan yang tidak menutup auratnya. Hadis di atas juga memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil daripada perkataan Arab ‘aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fikah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram.


Click to View FlipBook Version