281 berasal dari Barat dan berkait rapat dengan keagamaan masyarakat di sana. 54 Feminisme adalah sebuah gerakan dilakukan oleh golongan wanita yang menuntut emansipasi atau kesamaan dan keadilan yang setara dengan golongan lelaki. Fahaman persamaan hak antara lelaki dan perempuan ini akan mempengaruhi struktur hukum dalam keluarga, sehingga dengan alasan ’persamaan hak’ mereka menuntut larangan berpoligami, kerana poligami merupakan ketidakadilan terhadap wanita. Demikian juga dengan alasan ’persamaan gender’ gerakan ini menuntut agar diubah hukum perkahwinan berbeza agama, kerana perkahwinan berdasarkan agama menurut gerakan ini bertentangan dengan asas persamaan hak. 55 Dalam kitab Feqhul Islam wa Adillatuhu menyatakan bahawa qaza’ adalah tindakan mencukur rambut anak kecil pada beberapa titik (secara acak) dan membiarkannya di beberapa titik lainnya sehingga tidak teratur seperti gumpalan awan. Menurut Imam Nawawi qaza’ adalah mencukur sebahagian kepala secara keseluruhan. Hadis daripada Ibnu ‘Umar RA bahawa dia berkata, Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang daripada melakukan Qaza’.” Ditanyakan kepada Nafi’ yang meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, “Apakah Qaza’ itu?” Nafi’ menjawab, “Sebahagian kepala anak kecil dicukur dan sebahagian yang lainnya ditinggalkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5921 dan Muslim, No. 2120) 56 Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti hadisnya. Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. 57 Muhammad Ali Rahibin. (2012). Menyingkap Tabir Kegalauan Dari Perspektif Hadis. Jakarta: Darul Zikir. 58 Quranis bermaksud kalangan yang cuba membawa satu pendekatan pentafsiran al-Quran dengan cara mereka sendiri. Mereka memperlekeh cara pentafsiran al-Quran dalam kalangan ulama turun temurun. Hujah mereka, pentafsiran al-Quran turuntemurun itu tidak membawa kejayaan kepada umat Islam. Mereka menyuruh supaya pentafsiran al-Quran menggunakan Bible. Mereka menolak pentafsiran al-Quran menggunakan hadis Nabi SAW. Mereka juga mendakwa bahawa hanya dengan merujuk kepada al-Quran (tanpa hadis) sahaja dapat menghasilkan teori-teori yang
282 boleh melawan teori falsafah Barat. 59 Zulkifli Mohd. Al Bakri, 2014, Anti Hadis, Inilah Jawapannya, Pustaka Cahaya Kasturi, Kuala Lumpur. 60 Hadis dibukukan sejak Rasulullah SAW masih hidup. Memandangkan hadishadis sahih ini adalah sumber hukum kedua selepas al-Quran, pemeliharaan hadis amat diberikan perhatian oleh para sahabat Nabi SAW. Mereka menghafaznya dengan menggunakan ingatan mereka yang kuat. Bagi sesetengah sahabat pula mereka menulisnya dalam catatan untuk membantu ingatan mereka. Pada awalnya mereka dilarang untuk menulis perkara selain al-Quran seperti yang terdapat dalam sebuah hadis sahih, maksudnya: “Jangan tulis daripadaku selain al-Quran. Sesiapa yang menulis selain al-Quran, maka hendaklah dia memadamnya.” Tetapi larangan itu hanya bersifat sementara dan Rasulullah SAW sendiri selepas itu telah memberikan kebenaran kepada para sahabat untuk menulis hadis. Apabila tiba zaman para tabi’in, mereka juga mewarisi sikap ini daripada para sahabat Nabi SAW. Ada antara mereka yang menghafaznya dan ada antara mereka yang menulisnya bagi membantu hafazan mereka. Mereka sentiasa mengikuti kelas-kelas pengajian yang diadakan oleh para sahabat dan mereka akan mencatat apa sahaja yang disampaikan oleh para sahabat. Begitulah keadaannya sehingga tiba zaman pemerintahan khalifah Islam yang terkenal iaitu Umar Ibn Abd. Aziz (101H) di sekitar seratus tahun pertama Hijrah. Umar Abd. Aziz telah mengarahkan supaya hadis-hadis Nabi SAW dikumpulkan secara rasmi dan tersusun supaya tidak hilang daripada pengetahuan orang ramai. Beliau telah memerintahkan dua orang ulama yang terkenal untuk menjalankan proses pembukuan rasmi hadis-hadis ini. Mereka ialah: Abu Bakr Ibn Amru Ibn Hazm (120H) dan Ibn Shihab al Zuhri. 61 Peranan hadis terhadap al-Quran meliputi tiga perkara utama iaitu: 1. Menguatkan dan menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran. 2. Menghuraikan dan memperincikan yang menyeluruh (mujmal), mengaitkan yang mutlak dan mentakhsiskan yang umum(am), Tafsil, Takyid, dan Takhsis berfungsi menjelaskan apa yang dikehendaki al-Quran. Rasulullah SAW mempunyai tugas menjelaskan al-Quran sebagaimana maksud firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (An-Nahl: 44) 3. Menetapkan dan mengadakan hukum yang tidak disebutkan dalam al-Quran. Hukum yang terjadi adalah merupakan sumber Hadis/Sunnah yang tidak ditunjukkan oleh al-Quran. Contoh: Larangan mengahwini perempuan dengan saudaranya dari sebelah ibu, haram memakan burung yang berkuku tajam, haram memakai cincin emas dan kain sutera bagi lelaki. 62 Dalil Qada’ dan Qadar: 1. Segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan. Maksudnya: Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir. (Surah al-Ra’d: 8)
283 Al-Maraghi mengulas: Setiap sesuatu mempunyai batas waktu yang telah ditentukan iaitu tidak lebih dan tidak kurang. 2. Segala sesuatu diciptakan dengan takdir. Maksudnya: Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu. (Surah al-Hijr: 21) 3. Sayyid Qutb berkata: Hanya kepada Allah SWT pulangnya segala sesuatu dan pulangnya setiap orang tepat pada waktunya yang ditetapkan. 4. Segala sesuatu diciptakan dengan takdir. Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan takdir. (Surah al-Qamar: 49) 5. Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan dunia ini, adalah ketentuan Allah SWT dan pembentukannya, menurut ketentuan hikmah-Nya Yang Maha Bijaksana dan aturan-Nya yang menyeluruh dan sesuai dengan sunnah-sunnah yang Dia letakkan pada makhluk-Nya.” 63 Maulana Muhammad Ali (1874–1951) adalah seorang penulis, cendekiawan dan tokoh terkenal gerakan Ahmadiyyah dari Pakistan. Ahmadiyya di Malaysia lebih dikenali dengan gelaran ajaran Qadiyani, yang merujuk kepada kawasan kelahiran Mirza Ghulam Ahmad iaitu Qadian. Ajaran ini difatwakan sesat pada 24 September 1998 kerana menyalahi ajaran Islam yang sebenar dengan majoriti ulama’ Islam serata dunia menganggap pengikut ajaran ini sebahagian daripada orang kafir. Semua pengikut Qadiani diwartakan sebagai murtad dan serentak dengan pengeluaran fatwa itu, beberapa bahan bacaan yang berpaksikan ajaran ini diharamkan daripada jualan atau pemilikan individu-individu di negara kita. 64 Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya al-Wajiz menceritakan tentang perbuatan Nabi SAW ini sebahagiannya menjadi sumber tasyri’ ( ) dan sebahagian lagi tidak menjadi sumber dalam tasyri’ ( ). 1. Sunnah Tasyri’iyyah adalah apa yang datang daripada Nabi SAW dengan diiktibarkan bahawa baginda adalah seorang nabi atau rasul dan juga utusan daripada Allah SWT maka ia dinamakan sebagai sumber pensyariatan (Tasyri’iyyah). Contoh: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6307) 2. Sunnah bukan Tasyri’yyah atau nama lainnya adalah Jibiliyyah adalah apa yang datang daripada Nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan Baginda SAW yang tidak diiktibar bahawa baginda adalah seorang nabi atau rasul dan juga utusan daripada Allah SWT tetapi diiktibar bahawa Baginda SAW adalah seorang manusia biasa atau disebabkan pengalaman Baginda SAW dalam perkara-perkara dunia. Contoh: “Adapun Rasulullah SAW menggemari manisan dan madu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5431) 65 Ishak Hj. Sulaiman, 2001, Autoriti Hadis Menangani Gerakan Anti Hadith. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
284 66 Muktazilah (Bahasa Arab: al-Mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini daripada pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil ‘aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam. Muktazilah adalah golongan yang terperangkap dengan pemikiran logik dan falsafah Yunani, falsafah India dan falsafah Parsi. Majoriti mereka memiliki dasar pemikiran keparsian. Kesudahannya, mereka cuba mengadaptasikan al-Quran dengan ajaran-ajaran falsafah tersebut. Di samping itu, mereka juga tidak mempercayai hadis-hadis yang didakwa bertentangan dengan logika Paganisme Yunani. (Lihat al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami, Hlm. 7) 67 Sufyan al-Thauri RA berkata: “Adapun Murji’ah mereka menyatakan iman hanyalah ucapan tanpa amal perbuatan. Barang siapa yang bersyahadah La’ilaha illallah maka dia telah sempurna keimanannya. Imannya seperti imannya Jibril dan para malaikat meskipun dia membunuh (yang diharamkan darahnya), dia tetap dikatakan sebagai Mukmin. Dan meskipun dia meninggalkan mandi janabah serta tidak solat. Mereka juga menghalalkan darah kaum Muslimin.” (Lihat Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, 13/1071) 68 Hafiz Firdaus Abdullah, 2002, 20 Hujah Golongan Anti Hadis, Jahabersa, Selangor. 69 Agama Islam telah muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masihi apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Allah SWT. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerajaan Islam mula dan semakin berkembang di Barat dan Asia Tengah. Seterusnya umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan Islam lain yang muncul. Namun kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk di Turki, kerajaan Uthmaniyah di Turki, Empayar Moghul di India, dan Kesultanan Melaka telah menjadikan kerajaan Islam sebagai sebuah empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat-tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu-satunya Tamadun Islam yang agung. Lahirnya ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya dari negeri-negeri Islam terutamanya pada zaman keemasan Islam. Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam yang telah jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I Empayar Turki Uthmaniyah iaitu empayar Islam terakhir. 70 Musyrikin Mekah (Arab Jahiliyah) adalah golongan yang beragama dan mereka mendakwa mengikut ajaran Nabi Ibrahim AS. Dalam kalangan mereka terdapat dua golongan: 1) Golongan yang fasiq (jahat), zindik dan yang jahil. Orang-orang fasiq adalah yang mengikuti nafsu, melakukan perbuatan kehaiwanan dan keganasan yang bertentangan dengan agama. Orang-orang zindik pula adalah terkeluar daripada agama, melakukan bid’ah dan bebas dari ikatan millah (agama).
285 2) Golongan jahil yang merupakan golongan paling ramai Quraisy adalah lalai dan langsung tidak menghiraukan agama. 71 Munafik atau Munafiq (kata nama, daripada bahasa Arab: , jamak munafiqun) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya. 72 Yahudi adalah agama samawi (yang berdasarkan wahyu daripada Allah SWT). Agama ini muncul sekitar 2,000 tahun sebelum agama Islam turun. Kitab sucinya adalah at-Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS. Ada beberapa pendapat mengenai asal perkataan Yahudi, antara yang paling mendekati kebenaran adalah bahawa perkataan Yahud diambil daripada perkataan Hada Yahudu yang bererti raja’a yarji’u (kembali). 73 Agama Nasrani (Kristian) adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Nasrani adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Nasrani berkongsi semua kitab dalam al-Kitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Nasrani atau Kristian mengikuti ajaran Nabi Isa AS atau Jesus Christ (Ibrani: , Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan ‘Al-Masih’. 74 Gerakan al-Riddah merupakan peperangan menentang kelompok pemberontak Arab murtad yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. 75 Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti Taoisme dari China. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti di mana kebanyakan mereka bertumpu di India. 76 Pada pendapat Imam al-Ghazali gerakan sesat, menyeleweng dan menghancurkan Islam dinamakan dengan nama Bathiniyyah kerana dakwaan mereka terdapat makna-makna batin di sebalik makna-makna atau pengertianpengertian zahir bagi ayat-ayat Quran dan Hadis. Ia boleh diibaratkan seperti kulit dan isi. 77 Kejatuhan Andalus adalah berpunca daripada kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu dicapai buat sementara waktu sahaja. Selain itu, ia turut disebabkan oleh beberapa faktor internal dan eksternal, iaitu : 1. Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan
286 pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya mewariskan kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada akauntabiliti dan hilang integriti di mata rakyat. 2. Tiada wala’ terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan. 3. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. 4. Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul ikhtilaf dalam kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa kepada jatuh-menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati. 5. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka. 78 Zionisme (Bahasa Ibrani: , Tsiyonut; Bahasa Arab: , Sohyuniyyah; Bahasa Inggeris: Zionism) adalah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang menghasilkan negara bangsa Israel di kawasan Palestin. Asal-usul gerakan ini lebih awal tetapi secara rasmi ditubuhkan oleh wartawan berbangsa Yahudi AustriaHungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya Der Judenstaat. 79 Al-Daraqutni, Abu Hasan Ali ibn Umar ibn Ahmad ibn Mahdi al-Daraqutni, 2012, Sunan al-Daraqutn, Muhaqqiq: Majdi bin Mansur bin Sayyid Al-Shura, Dar AlKotob Al-Ilmiyyah, Beirut, Lebanon. Jld. 3, Hlm. 252, No. Hadis.31. 80 Al-Hakim. Abu Abdullah al-Hakim al-Nisaburi, 2018, Al-Mustadrak ‘Ala alShahihain, Dar al-Ma’rifah, Beirut-Lubnan, Jld. 4, Hlm. 185. 81 Terdapat sebuah hadis berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Hanzalah RA yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah SWT dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi SAW. Baginda SAW bersabda: Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan. (Hadis Riwayat Muslim, No. 2750). Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang
287 bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus; 2. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram; 3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; 4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan 5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. 82 Khauf secara bahasa berasal dari kata “khaafa, yakhaafu, khaufan” yang ertinya takut. Istilah, khauf ialah takut kepada Allah SWT dengan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Syeikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin RA berkata: “Khauf (rasa takut) adalah suatu pengaruh yang dihasilkan oleh perasaan khuatir terhadap kebinasaan, bahaya, dan gangguan. Allah SWT telah melarang daripada takut kepada wali-wali syaitan dan memerintahkan hanya takut kepadaNya” [Syarh Tsalatsatul Ushul: 56]. 83 Raja’ secara bahasa berasal daripada bahasa Arab yang bererti berharap atau optimisme. Raja’ adalah perasaan hati yang senang kerana menanti sesuatu yang diinginkan dan disenangi. Secara istilah, raja’ diertikan sebagai suatu sikap mental optimis dalam memperolehi kurnia dan nikmat Ilahi yang disediakan kepada hambahambaNya yang soleh. 84 Bathil ialah perkataan Arab yang membawa pengertian “tidak benar” atau “palsu” dan boleh digunakan untuk menghuraikan sesuatu perbuatan atau kontrak yang tidak sah atau dibatalkan, menurut Syariat Islam. 85 Riba ertinya adalah al-Ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan mata wang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran. 86 Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek
288 kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. 87 Menurut bahasa dhaif bererti ‘ajiz iaitu lemah, lawan daripada perkataan Qawiyyu yang ertinya kuat. Jadi secara bahasa, yang dimaksudkan dengan hadis dhaif adalah hadis yang lemah atau hadis yang tidak kuat. Adapun menurut istilah, yang dimaksud dengan hadis dhaif adalah hadis yang di dalamnya tidak didapati syarat hadis sahih dan tidak pula didapati syarat hadis Hasan. Para ulama yang lain mendefinisikan hadis dhaif itu ialah suatu hadis yang terputus sanadnya, atau antara perawinya ada yang cacat. Manakala, dha’if pada istilah ialah: Kata Ibn Salah: “Hadis Dhaif ialah hadis yang tidak mencukupi sifat hadis Sahih ataupun hadis Hasan.” Kata Ibn Hajar: “Hadis Dhaif ialah hadis yang sifat-sifat penerimaan (syarat-syarat hadis Sahih dan Hasan) tidak ada padanya.” Ulama bermazhab Syafi’ie mentakrifkan hadis dhaif sebagai hadis yang tidak memenuhi syarat sahih. 88 Marhalah (peringkat) dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa: Fasa Makkah: hampir 13 tahun Dakwah rahsia: 3 tahun Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun Dakwah kepada semua: 3 tahun Fasa Madinah: 10 tahun 89 Daripada Abu Hurairah RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Orang yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak maka baginya ganjaran syahid.” [Lihat: Mu’jam al-Awsath, no. Hadis 5414, 315/5 dan al-Jami’ al-Saghir, no. Hadis 9171, 357/2] 90 Al-Sindi, Al-Imam Abi Al-Hasan Al-Hanafi, Sunan Ibn Majah, Dar Al-Ma’rifah, Beirut Lubnan, Jld. 4, Hlm. 349., No. Hadis. 3986. 91 Ketika menyebutkan pelbagai tafsiran tentang makna daripada perkataan ‘thuba’ sehingga makna ‘thuba lil ghuroba’ di atas, Imam Nawawi menyatakan bahawa semuanya boleh ditafsirkan makna hadis yang dibahas. (Syarh Shahih Muslim, 2: 153). 92 Hadis riwayat al-Tirmidzi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain. 93 Hadis “Hasan Gharib” tidak sama dengan istilah hadis hasan. Yang dimaksudkan dengan hadis Hasan Gharib adalah hasan (bagus) secara sanad dan tidak dikenal/ asing (Gharib) disebabkan kerana salah seorang perawinya meriwayatkan hadis tersebut seorang diri. 94 Pengertian Zuhud. Menurut bahasa, zuhud ialah berpaling daripada sesuatu
289 atau tidak menghendaki kepada sesuatu kerana tiada mutu atau nilainya. Manakala menurut syarak, zuhud ialah mengambil sekadar yang perlu daripada sesuatu yang diyakini halalnya. Huraian makna zuhud menurut istilah dapat digambarkan sebagaimana berikut: 1. Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya. 2. Meninggalkan kesenangan dunia kerana memilih kesenangan akhirat. 3. Hati tidak terpikat daripada sesuatu yang dikosongkan oleh tangan (yang tiada di tangan atau yang tidak dipunyai). 4. Menghindarkan duka atas yang tiada dan menghilangkan gembira dengan yang ada. 95 Tawadhu’ adalah reda jika dianggap mempunyai kedudukan lebih rendah daripada yang sepatutnya. Tawadhu’ merupakan sikap pertengahan antara sombong dan merendahkan diri. Sombong bererti mengangkat diri terlalu tinggi hingga lebih daripada yang sepatutnya. Sedangkan merendahkan diri yang dimaksudkan adalah meletakkan diri terlalu rendah sehingga sampai pada pencabulan hak (Lihat Adz Dzari’ah ila Makarim Asy Syari’ah, Ar Roghib Al Ash-fahani, 299). Ibnu Hajar berkata, “Tawadhu’ adalah menampakkan diri lebih rendah kepada orang yang ingin mengagungkannya. Ada pula yang mengatakan bahawa tawadhu’ adalah memuliakan orang yang lebih mulia daripadanya.” (Fathul Bari, 11: 341) 96 Hadis daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Wanitawanita yang berpakaian tapi telanjang, dan berjalan melenggak-lenggok tidak akan masuk syurga atau pun mencium baunya, padahal bau syurga tercium dari jarak perjalanan lima ratus tahun.” (Hadis Riwayat Imam Malik dalam Muwattha’, No. 1421) Status: Hadis Sahih 97 Dr. Mustafa al-Khin, Syaikh Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji, 2008, Fiqh Manhaji Ala Mazhab Syafie, Dar al-Mustafa, Dimasyq. 98 Arak merupakan satu perkara yang diharamkan secara jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Betapa besarnya mudarat arak sehingga Islam mengharamkan kita daripada melibatkan diri dengan sebarang urusan yang melibatkan arak. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA: Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 1295) Status: Hadis Hasan Sahih
290 99 Nutrition and Diagnosis-Related Care, Sylvia Escott-Stump, 7th Edition. 100 Ahmed Yousef al-Sayed, Mahasin al-Islam (Keindahan Islam; Hikmah-Hikmah di Sebalik Pensyariatan), Penterjemah: Dr. Abdul Basit Abd. Rahman, Telaga Biru. 101 National Institute of Health. (2008, 04). National Institute of Alcohol Abuse and Alcoholism. Retrieved 06 20, 2013, from http://www.niaaa.nih.gov: http://www.niaaa. nih.gov/alcohol-health/alcohols-effects-body 102 Al-Qurthubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Fahr AlAnsori Al-Khazraji Al-Andalusi Al-Qurtubi (671H), 2006, Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran Wa Al-Mubayyin Li Ma Tadhammanahu Min As-Sunnah Wa Aiy Al-Furqan, Muassasah al-Risalah, Beirut. 103 Dalam kamus Mu’jam al-Wasith, safih adalah orang yang mensia-siakan hartanya, berlaku boros dan buruk kelakuannya. Manakala dalam kamus Mukhtar alSihah, safih disebut lawan kepada perkataan bijak (al-hilm). Ibn Mazhur berkata, safih ialah orang yang sedikit rasa bijak (khiffah al-hilm) atau tidak punya kebijaksanaan. Safih juga nama lain dari jahil atau orang bodoh (Lisan al-Arab). 104 Al-Thabari, Abu Jaa’far Muhammad bin Jarir al-Thabari (310H), 2007, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil ay al-Qur’an, Dar Hijr, Mesir. 105 Ibn Kathir, Abu al-Fida Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Dimasyqi (774H), 1966, Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Andalus, Beirut. 106 The World Bank 2015. Accessed August 25. http://data.worldbank.org/ indicator/SP.POP.TOTL.FE.ZS/ countries/all?display=default 107 Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Nawawi (676H), 1972, AlMinhaj Syarhu Sohih Muslim ibni Al-Hajjaj, Dar Ihya al-Turats al-‘Arabi, Beirut. 108 Al-‘Asqalani, Imam al-Hafidz Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqalani (852H), 1997, Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Maktabah al-Risalah al-Haditsiah, Amman. 109 Syaikh Dr. Musthofa Dib al-Bugho dan Dr. Muhyiddin Mistu, 2010, Al-Wafi fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, Dar al-Mustafa, Dimasyq. 110 Al-Mubarakfuri, Imam al-Hafidh Abu al-’Ula Muhammad Abd al-Rahman ibn Abd al-Rahim, 1990, Tuhfah al-Ahwazi Syarah Sunan Al Tirmizi, Dar al-Kutub al- ‘Ilmiah, Beirut.
291 111 Al-Mubarakfuri, Abul ‘Ala Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim alMubarakfuri, 2015, Tuhfat ul-Ahwazi Sharh Jami’ Tirmidhi Wa Ma’hu Shifaul ‘Alal Sharh Kitab al-’Ilal, Dar al-Ghad al-Jadid, Kaherah. 112 Ath-Thibi, Syarafuddin Husen bin Abdullah bin Muhammad At Thibi (743H), 2008, Syarah Thibi Ala Misykatil Mashabih, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut. 113 Al-Sindi, Muhammad bin Abd. Al-Hadi (1138H), 2012, Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah, Dar al-Ma’rifah, Beirut. 114 Al-Jauhari, Abu Nasr Ismail bin Hammad Al-Jauhari al-Farabi (393H), 1987, Al-Sihah Taj al-Lughah wa Sihah al-‘Arabiah, Dar al-‘Ilmi Lil Malayin-Beirut. 115 Al-Jazari, Ibn Athir al-Jazari. 2014. Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wal Athar. Wizarah al-Auqaf wa Syu’un al-Islamiyyah-Qatar. Jld. 2. Hlm. 185. 116 Ahmad, Abu ‘Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilaal bin Asad bin Idriis bin ‘Abdillah bin Hayyaan adz-Dzuhliy asy-Syaibaaniy al-Marwaziy (241H), 2004, Musnad Imam Ahmad, Dar al-Hadis, Kaherah. 117 Al-Thahawi, Abu Ja’afar bin Muhammad bin Salamah bin Salmah al-Azdiy alThahawi (321H), 2010, Syarh Musyhkil al-Athar, Muassasah al-Risalah, Beirut. 118 Salaf ialah nama “zaman” iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW hingga 300 Hijrah. 1. Golongan generasi pertama dari 300 tahun Hijrah itu disebut “Sahabat Nabi SAW” kerana mereka pernah bertemu Nabi SAW. 2. Golongan generasi kedua pula disebut “Tabi’in” iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat Nabi SAW tetapi tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW. 3. Golongan generasi ketiga disebut sebagai “Tabi’ tabi’in” iaitu golongan yang tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW dan Sahabat tetapi bertemu dengan Tabi’in. 119 Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman. 120 Perang Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun tamatnya Perang Dunia Pertama. Perang ini berlaku antara tahun 1933 hingga tahun 1945. Perang Dunia
292 Kedua melibatkan dua pakatan iaitu, Pakatan Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. Pakatan yang lagi satu ialah Pakatan Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Jepun dan Itali. Perang Dunia Kedua dilihat lebih menyeluruh berbanding Perang Dunia Pertama di mana sewaktu Perang Dunia Pertama hanya melibatkan negara-negara Eropah, manakala dalam Perang Dunia Kedua melibatkan negara Asia, Eropah, Afrika dan Kepulauan Pasifik. 121 Selepas tamat Perang Dunia Kedua, muncul dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Hubungan antara kedua-dua kuasa ini semakin tegang meskipun semasa Perang Dunia Kedua, mereka bernaung di bawah satu pakatan yang sama iaitu Pihak Berikat. Kemuncak ketegangan ini telah menyebabkan tercetusnya Perang Dingin di Eropah antara kuasa Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Perang Dingin bermula pada tahun 1945 dan tamat pada tahun 1989 iaitu selepas keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur. Perang Dingin merujuk kepada konflik antara blok kapitalis yang diterajui Amerika Syarikat dan blok komunis yang dipimpin oleh Soviet Union sejak tamatnya Perang Dunia Kedua. Kedua-dua kuasa ini bersaing antara satu sama lain dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing. Perang Dingin ini berlaku tanpa melibatkan sebarang pertempuran bersenjata secara langsung. Semasa Perang Dingin meletus, kedua-dua kuasa besar dunia menjalankan kegiatan subversif, propaganda, pengintipan dan perang psikologi secara tidak langsung menerusi sekutu mereka. Terdapat banyak sebab yang membawa kepada Perang Dingin. 122 Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan yang ditakluki antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953. 123 Perang Vietnam disebut juga “Perang Indochina” ataupun “Konflik Vietnam”. Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai “Perang Amerika” ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam “Peperangan Menentang Amerika”. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan tewas keseluruhannya. 124 Perang Enam Hari juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria. Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteranya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmuqaddis dan Netanya. Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan
293 Timur Tengah sehingga hari ini. 125 Perang Teluk Parsi berlaku pada 2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991, nama kod Operasi Ribut Padang Pasir (17 Januari 1991 – 28 Februari 1991) atau ringkasnya dikenali sebagai Perang Teluk, adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990. Meskipun terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom. 126 Al-Karmani, Muhammad bin Yusuf bin Ali bin Said, Shamsudin al-Karmani (786H), 2010, Syarah al-Karmani ‘Ala Sahih al-Bukhari, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut. 127 Mahir Ahmad al-Sufi, Mausu’ah al-Akhirah, Maktabah al-‘Asriah, Jld. 2, Hlm. 172. 128 Al-Wabil, Dr. Yusuf bin Abdillah bin Yusuf Al-Wabil, 2009, Asyrat al-Sa’ah, Dar Ibn Jauzi, Riyadh, Hlm. 328. 129 Al-Nawawi, Al-Hafiz Syeikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawi (676H), 1991, Riyadhus Salihin Min Kalam Sayyid al-Mursalin , AlMaktabah Al-‘Asriyah, Beirut. 130 Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudahmudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (At-Taubah: 122) 131 Dr. Syauqi Abu Khalil, 2002, Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Dar al-Fikr, Dimasyq. 132 Al-Muttaqi al-Hindi, ‘Ala al-Din ‘Ali ibn ‘Abd-al-Malik Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi (975H), 2003, Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, Dar al-Ghad
294 al-Jadid, Mesir. 133 Saddam Hussein al Tikriti; bahasa Arab: (28 April 1937-30 Disember 2006) merupakan Presiden Iraq dari 1979 sehingga 2003. 134 Sungai Furat (Bahasa Inggeris: Euphrates, Bahasa Arab: ) ialah salah satu daripada sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Dajlah) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu). 135 “Ittiba’ ialah apabila seseorang mengikuti apa yang datangnya daripada Nabi SWT dan daripada para sahabat baginda. Kemudian dari sesudah tabi’in adalah perkara yang pilihan”. Setiap orang yang beriman adalah wajib bermanhaj (berittiba’) atau mengikut jalannya para Salaf as-Soleh. Ia adalah manhaj al-Quran, di atas manhaj inilah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beramal yang diikuti oleh para sahabat dan semua para a’immah Salaf as-Soleh kemudiannya. Manhaj inilah menjadikan para sahabat golongan yang terpuji, paling sempurna dan terbaik. 136 Ajam merupakan perkataan yang digunakan dalam kesusasteraan Parsi dan Arab, tetapi dengan makna berbeza. Dalam bahasa Arab, Ajam memiliki erti utama: “selain-Arab”. Secara harfiah ia bererti “orang yang buta huruf mengenai bahasa”, “senyap” atau “bisu”, dan merujuk pada bukan-Arab secara umum. Dalam erti kata sebelumnya, ia memiliki makna neutral yang bererti “asing” atau “orang luar.” 137 Pengertian riya’ dalam Bahasa Arab, al-Riya’ ( ) berasal daripada kata kerja raâ ( ) yang bermaksud memperlihatkan. Riya’ adalah memperlihatkan sekali gus memperbaguskan suatu amal ibadah dengan tujuan agar diperhatikan dan mendapat pujian daripada orang lain. Riya’ termasuk kerana niat ibadah selain kepada Allah SWT. 138 Bathil ialah perkataan Arab yang membawa pengertian “tidak benar” atau “palsu” dan boleh digunakan untuk menghuraikan sesuatu perbuatan atau kontrak yang tidak sah atau dibatalkan, menurut Syariat Islam. 139 Kata ta’ashub secara bahasa berasal dari kata Al-‘Ashabiyah yang bererti semangat golongan. Sedang kata Ta’ashaba bererti pengencangan pembalut, atau perkumpulan atau ikatan. Dan Ta’ashaba bi as-syai’ ertinya radhiya bihi (rela terhadapnya). Ta’ashub adalah istilah dalam Islam yang ertinya fanatik buta. Ta’ashub bukanlah sebuah kenikmatan ataupun sebuah keagungan melainkan sebuah penyakit yang secara sedar atau tidak sedar mampu menginfeksi siapa saja. Penyakit ini termasuk penyakit yang berbahaya dan memiliki kemampuan untuk merosak tatanan syariat Islam.
295 140 Abu ‘Abdullah Al Hakim Al Nisaburi, Tahqiq: Mustafa ‘Abdal Qadir ‘Ata, AlMustadrak ‘alaa al-Sahihain (Al-Mustadrak ala Ash-Shahihain), Dar Al-Kutub AlIlmiyyah. 141 Ibn Taymiyyah, Tahqiq: Mustafa ‘Abd al-Qadir ‘Ata, Majmu’ al-Fatawa, Dar AlKutub Al-Ilmiyah, Beirut. 142 Ibnul Qayyim al-Jauziyah, Shams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Abi Bakr ibn Ayyub al-Zuri al-Dimashqi al-Hanbali (751H), 2011, Miftah Daris Sa’adah Wa Mansyur Wilayah Ahl al-‘Ilm Wa al-Iradah, Dar Ibn Hazm, Beirut. 143 Atsar menurut daripada pendekatan bahasa ertinya sama dengan khabar, hadis dan sunnah. Sementara itu, atsar menurut istilah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat RA.hum dan boleh juga disandarkan terhadap perkataan Nabi Muhammad SAW. 144 Keburukan yang bertingkat-tingkat dan keburukan paling parah disebut “fahisyah” ( ), jamaknya “fawahisy” ( ). Bentuk lain daripadanya adalah “fuhsy” ( ) dan “fahsya’” ( ) yang sama ertinya. Menurut ahli bahasa, semua perkara yang melampaui batas disebut “fahisyah“, tetapi ini khusus untuk perkaraperkara yang buruk dan tidak disukai fitrah yang normal, baik dalam bentuk perkataan ataupun tindakan. Semua perkara yang tidak sesuai dengan kebenaran dan wajar juga disebut “fahisyah“. Ia merupakan salah satu jenis keliaran dan kebodohan, berlawanan daripada kesantunan, pengurusan diri dan akal waras. 145 Kalimah sum’ah ( ) berasal daripada perkataan ( ) samma’a (memperdengarkan). Kalimah samma’an naasa bi ‘amalihi digunakan jika seseorang menampakkan amalnya kepada manusia yang semula tidak mengetahuinya. Pengertian sum’ah secara istilah adalah sikap seorang Muslim yang membicarakan atau memberitahukan amal solehnya -yang sebelumnya tidak diketahui atau tersembunyikepada manusia lain agar dirinya mendapatkan kedudukan dan/atau penghargaan dari mereka, atau mengharapkan keuntungan kebendaan. Ibnu Hajar Al-Asqalani mengetengahkan pendapat Izzudin bin Abdussalam bahawa sum’ah adalah sikap seseorang yang menyembunyikan amalnya untuk Allah SWT, namun dia hebahkan perkara tersebut kepada manusia. 146 Abadi, Abu al-Tayyib Muhammad Syams al-Haqq bin Amir ‘Ali bin Maqsud ‘Ali al-Siddiqi al-‘Adzim Abadi, Tahqiq: Ahmad Muhammad Syakir & Muhammad Hamid Al-Fiqi, Ta’liq: Al Imam Ibnul Qayyim, 1979, ‘Aun al-Ma’bud ‘Ala Sunan Abi Daud, Dar al-Fikr, Beirut. 147 Al-Munawi, Imam ‘Abdur Rauf al-Munawi, 2010, Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Shaghir, Al-Maktabah al-Tijariah al-Kubra, Mesir.
296 148 As-Sa’di, Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di (1377H), 2009, Taisir AlKarim Ar-Rahman Fi al-Tafsir Kalam al-Manan, Dar al-Salam Lil al-Nasyr Wa al-tauzi’, Riyadh. 149 Judas Iscariot merupakan nama yang tidak asing dalam agama Kristian dan ia tercatat di dalam kitab-kitab Bible. Dia dianggap sebagai pengkhianat oleh orang-orang Kristian kerana telah menyerahkan Nabi Isa AS (Jesus Christ) kepada orang Yahudi untuk dibunuh dan disalib. Dalam Islam, peristiwa pembunuhan dan penyaliban Nabi Isa AS sebagaimana dakwaan Kristian juga diceritakan oleh Allah SWT di dalam alQuran. Namun, Islam menganggap orang yang dibunuh dan disalib itu bukannya Nabi Isa AS, tetapi orang lain yang diserupakan wajahnya oleh Allah SWT dengan wajah Nabi Isa AS. Cuma identiti orang yang dibunuh ini tidak dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Walaupun begitu, kalau kita merujuk kepada pandangan ahli-ahli tafsir, terdapat beberapa nama yang boleh dikaitkan dengan individu tersebut. 150 Al-Hakim, Abu Abdullah Muhammad ibn Abdullah al-Hakim al-Nishapuri, AlMustadrak ‘Ala al-Sahihain, Dar al-Haramain, Arab Saudi. 151 Imam al-Alusi, Abu al-Thana’ Shihab ad-Din Sayyid Mahmud ibn ‘Abd Allah al-Husayni al-Alusi al-Baghdadi (1270H), 2014, Ruh Al-Ma’ani fi Tafseer Al-Qur’an Al-’Adhim wa Al-Sab’ Al-Mathani, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, Beirut. 152 Al-Sa’di, Syeikh Abdul Rahman Nasir al-Sa’di, 2006, Risalataan fi Fitnatu Dajjal wa Ya’juj wa Ma’juj, Dar Ibn Jauzi. Arab Saudi. 153 M.A Zuberi, 9 April 2010, NASA comfirms possibility of sun rising from the West. Business Recorder-Pakistan. 154 Pokok Gharqad atau nama saintifiknya, ‘Nitraria Retusa’ adalah sejenis pohon berduri dan mempunyai dahan serta daun yang berjalinan. Maklumat ini ada dicatatkan dalam jurnal dan buku-buku contohnya Western Arabia & The Red Sea oleh Naval Intelligence Division. Kaum Yahudi telah menanam pohon ini secara besar-besaran dan menggalakkan penduduknya menanam pohon ini di setiap rumah sebagai alasan untuk menghijaukan bumi. Mereka juga sedang giat menanam pohon ini sebagai persediaan menghadapi tentera Islam apabila tiba masanya kelak seperti yang dinyatakan dalam hadis. 155 Lod ialah sebuah bandar di Daerah Tengah, Israel, sekitar 20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah. Pada akhir tahun 2007, jumlah penduduk kota ini lebih kurang 67,000 orang, di mana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi daripada kalangan bangsa Arab Palestin berikutan projek peluasan tapak penempatan haram Yahudi. Nama lama kota ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd. Dan kota ini juga terkenal dengan nama Diospolis. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mujami bin Jariyah al-Anshari
297 RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Isa bin Maryam akan membunuh Dajal di Bab Lud (Gerbang Lod).” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Tirmidzi dan Nu’aim bin Hamad). Manakala dalam kitab Injil (1, Tawarikh: 8) disebutkan bahawa kota ini pernah menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada Nabi Yaakub AS dan adik kepada Nabi Yusuf AS). Orang-orang Yahudi memberi nama kota tersebut sebagai Lod. Negara-negara Arab memberikan nama Al-Lud atau Lud. Kota ini tak besar, hanya sekitar 13 kilometer. 156 Konstantinopel adalah nama lama bagi Istanbul. Sejarah awal Istanbul yakni berasal daripada sabda Rasulullah SAW yang mengatakan terkait dengan kepemimpinan. Baginda SAW secara langsung mengatakan bahawa sebaik-baiknya pemimpin adalah mereka yang dapat menaklukkan Konstantinopel. “Sesungguhnya akan dibuka Kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, No.235 & al-Bukhari, No.139) 157 Nama Byzantine diambil dari kota bernama Byzantium, kota purba di Bosphorus, kota yang strategik bertempat antara Laut Hitam dan Laut Aegean. Pada kurun ke-4 Masihi, Maharaja Rom iaitu Constantine menamakan kota itu dengan nama Constantinople dan menjadikannya sebagai ibu kota kedua dalam empayarnya. Bahagian timur empayar Rom telah lama bertahan selama beribu-ribu tahun, melindungi Eropah dari invasi musuh di Timur seperti kaum Parsi, Arab dan Turki. 158 Abu ‘Amru, Uthman bin Said al-Muqri’ al-Dani (444H), Al-Sunan al-Waridah fi al-Fitan wa Ghawailuha wa al-Sa’ah wa Asyratuha, Dar al-‘Asimah, Riyadh. 159 Hadis Mursal adalah hadis yang gugur daripada sanadnya sahabat. Sanadnya tidak dinyatakan (gugur) sahabat iaitu riwayat tabi’in (sama ada tabi’in itu besar atau kecil) terus kepada Nabi SAW. Hukumnya adalah dhaif kerana sanadnya terputus dan ini merupakan pendapat ahli hadis seperti Imam Muslim. 160 Pada 20 Jamadil Awal 857H telah mencatatkan sebuah peristiwa penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Setelah hampir dua bulan melakukan kepungan, akhirnya dengan izin Allah SWT tentera Muslimin yang dipimpin oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali dengan gelaran al-Fateh (Pembebas atau Pembuka) telah berjaya menawan Kota Konstantinopel yang merupakan pusat pemerintahan Empayar Byzantine. Dengan angkatan tentera berjumlah melebihi 250,000 dan armada yang terdiri daripada lebih 300 buah kapal, Sultan Muhammad telah merealisasikan bisyarah (khabar gembira) yang dituturkan oleh junjungan mulia Rasulullah SAW yang bermaksud, “Konstantinopel pasti akan dibuka. Sebaik-baik amir adalah amirnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” (Hadis Riwayat Ahmad). Kejayaan pembukaan Kota Konstantinopel ini turut diungkapkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al-As RA yang berkata, “Tatkala kami bersama Rasulullah SAW, kami mencatat ketika Rasulullah SAW ditanya, ‘Di antara dua kota, yang mana satukah akan dibuka lebih dahulu, Konstantinopel atau
298 Rom?’ Rasulullah SAW menjawab: ‘Kota Heraklius akan dibuka lebih dahulu, yakni Konstantinopel.’” (Hadis Riwayat Ahmad, Ad-Darimi, dan Al-Hakim). 161 Ibn Kathir, Abu al-Fida Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Dimasyqi (774H), 2012, Al-Nihayah fil Fitan wal Malahim, Maktabah al-Risalah, Dimasyq. 162 Ibn Baz, Abdul Aziz ibn Abdullah ibn Baz (1420H), 2010, Tuhfah al-Karimah fi al-Ahadith al-Mawdhuah wa al-Dha’ifah, Dar Asalat al-Hadhir, Riyadh. 163 Al-Tantawi, Syeikh al-Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi (1431H), 1992, alWasit fi Tafsir al-Quran al-Karim, Dar al-Ma’arif, Mesir. 164 Al-Thobari, Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Al-Thobari, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil ay al-Qur’an Tafsir al-Thobari, Tahqiq: Ahmad Abdul Razzaq al-Bikri, Muhammad Adil Muhammad, Muhammad Abdul Latif Khalaf & Mahmud Mursi Abdul Hamid, Dar al-Salam, Kaherah. 165 Syeikh Mahir Ahmad al-Sufi, 2008, Asyrat al-Sa’ah al-‘Alamat al-Sughra Wa al-Wustha, Mausu’ah al-Akhirah, Al-Maktabah Al-‘Asriyah, Beirut. 166 Syeikh Umar bin Sulaiman al-Asyqar adalah seorang ulama yang sangat disegani oleh pelbagai kalangan organisasi dan perkumpulan. Sebagaimana sumber dari Ikhwanwiki.com, beliau dianggap sebagai simbol keilmuan Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordan. 167 Iaitu Abu Uthman Affan bin Muslim bin Abdullah al-Saffar al-Basri. Beliau seorang yang thiqah, thabit dan hujah serta banyak meriwayatkan hadis. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah. (Lihat Tahzib al-Tahzib, Jld. 7, Hlm. 230-234) 168 Al-Jailani, Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani ibn Salih ibn Jangidost (561H), 2009, Tafsir al-Jailani, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, Beirut, Jld. 4, Hlm. 149. 169 Isfahan atau Esfahan (juga dieja sebagai Ispahan, Bahasa Parsi Lama Aspadana, Bahasa Parsi Pertengahan Spahan, , Esfahan) adalah pusat pentadbiran Wilayah Isfahan di Iran. Ia adalah bandar ketiga terbesar di negara ini dengan mempunyai populasi seramai 1,600,554 penduduk pada tahun 2007. Isfahan pernah suatu masa menjadi bandar terbesar di dunia. Kegemilangannya adalah dari 1050 hingga 1722 ketika ia menjadi ibu kota empayar Parsi dibawah pemerintahan kerajaan Safavid. Pada hari ini, ia mempunyai banyak bangunan-bangunan sejarah yang dibina oleh raja-raja Safavid. 170 Thayalisah adalah sejenis kain selendang/topi penutup kepala yang dipakai di pundak. Ia menyerupai baju/jubah tetapi tidak memiliki jahitan.
299 171 Al-Asyqar, Dr. ‘Umar Sulaiman bin Abdullah al-Asyqar (1433H), 1997, AlYaumul Akhir al Qiyamatu al-Shugro, Dar an-Nafais, Amman. 172 Nebuchadnezzar II (Aramaic) sekitar 634 – 562 SM adalah seorang pemerintah bagi Empayar Baru Babylon semasa dinasti Chaldea. Baginda memerintah sekitar 605 SM – 562 SM, pemerintahan raja empayar baru Babylon paling lama. Berdasarkan pada kitab Injil, baginda telah menakluki Judah dan Jerusalem, dan menghalau Yahudi menjadi orang buangan. Baginda dikenali dengan pembinaan Taman Tergantung Babylon. Baginda dikisahkan dalam Buku Daniel dan juga disebut dalam beberapa buku dalam Injil. 173 Al-Nasr, Al-Walid bin Muhammad Nubaih bin Saif al-Nasr, 2019 , Syarah Ushul al-Sunnah Lil Imam Ahmad bin Hanbal, Dar Ilmi Publishing, Yogyakarta. 174 Al-Mubayyadh, Dr. Muhammad Ahmad al-Mubayyadh, 2006, Al-Mausua’h fil Fitan wal Malahim wa Asyrati as-Saa’h, Muassasah al-Mukhtar lil al-Nasyr wa al-Tauzi’, Kaherah. 175 Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab, “Syiah” bermaksud, “Pengikut dan pembela seseorang”. Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam, “Golongan yang berpendapat bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan. Pada mulanya, Syiah berpecah daripada Islam menjadi satu firqah. Ia berpunca daripada persoalan siasah (politik). Demikian juga dengan firqah Khawarij, namun ketika peristiwa kematian Sayidina Hussin Bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab yang telah menyentuh persoalan akidah. Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil yang diperkenalkan oleh golongan Syiah sehingga membawa pada percanggahan dalam masalah akidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh. Asalnya, mereka ingin mempertahankan Ahlul Bait Rasulullah SAW, namun semangat kecintaan tersebut telah diselewengkan oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk melalui para munafik. Sebahagian ulama berpendapat, pengasas utama Syiah adalah Abdullah Bin Saba’ yang berpura-pura menganut Islam tetapi hakikatnya adalah “duri dalam daging” bagi umat Islam. Sejarah ini disokong oleh kebanyakan ulama ASWJ dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak As-Saba’iah. Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah Bin Saba’ pernah berjumpa dengan Sayidina Ali Bin Abi Talib RA: “Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan).” Beliau mengulanginya beberapa kali. Maka Sayidina Ali RA berkata: “Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu).” Sayidina Ali RA bertanya: “Siapakah aku yang sebenarnya?” Lalu Abdullah Bin Saba’ berkata lagi: “Kamulah Allah!” Lantaran kata-kata Abdullah Bin Saba’ tersebut, maka Sayidina Ali RA telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut yang tidak mahu bertaubat daripada pegangan sesat mereka itu.
300 176 Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Menurut Dr. Muhammad ‘Imarah, kumpulan Khawarij pada awalnya muncul kebanyakannya daripada kalangan golongan al-Qurra’ yang majoritinya terdiri daripada golongan ‘Arab Badwi yang tidak memahami selok-belok percaturan politik. Mereka juga tidak mampu untuk menerima hakikat apabila kaum Quraish mengambil alih kepimpinan dan memiliki keistimewaan tertentu setelah Islam menyamaratakan antara kaum Muslimin. Golongan al-Qurra’ berperanan besar sehingga tercetusnya pemberontakan terhadap Saidina Uthman bin Affan, terutamanya ketika timbulnya isu yang melibatkan kaum kerabat Bani Umayyah pada enam tahun kedua pemerintahan Saidina Uthman. Selepas pembunuhan Saidina Uthman, golongan al-Qurra’ menjadi kumpulan teramai yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib dalam memerangi penentang-penentang Saidina Ali. Bagaimanapun setelah perang Siffin dan peristiwa tahkim antara Saidina Ali dan Mu‘awiyah, golongan ini telah keluar daripada kumpulan Saidina Ali kerana tidak bersetuju dengan tindakan Saidina Ali untuk menerima tahkim. Kumpulan ini kemudiannya dikenali dengan gelaran Khawarij. (Lihat Tayyarat al-Fikr al-Islami, 15-19). Kata-kata terkenal yang dilaungkan oleh puak Khawarij ketika menolak tahkim antara Saidina Ali dan Mu’awiyah adalah, “Kedua-dua pengadil itu telah kafir, tidak ada pengadilan melainkan bagi Allah.” (Lihat Tarikh al-Ya’qubi, 2/190) Peristiwa tahkim adalah titik mula kemunculan golongan Khawarij. 177 Perkataan Jabariyyah berasal dari kata jabara yang bererti memaksa dan mewajibkannya melakukan sesuatu. (Lihat al-Munjid, Hlm. 78). Dari sudut istilah, AlJabr adalah penafian hakikat perbuatan kepada hamba dan menyandarkannya kepada Allah SWT. Aliran Jabariyyah mempunyai beberapa kelompok antaranya Jabariyyah Khalisah (Tulen) dan Jabariyyah Mutawassitah (Pertengahan/Sederhana). Jabariyyah Khalisah adalah kelompok yang tidak menetapkan perbuatan bagi hamba, begitu juga kekuasaan bagi perbuatan tersebut secara hakikatnya. Jabariyyah Mutawassitah pula menetapkan kekuasaan bagi hamba namun ianya tidak memberi kesan. Mereka menamakan usaha (kasb) tersebut sebagai al-qudrah al-hadithah. (Lihat al-Milal wa al-Nihal, 1/85). Mereka adalah golongan yang berlebih-lebihan dalam masalah takdir sehingga menganggap bahawa manusia tidak memiliki kehendak dan tidak memiliki pilihan untuk berbuat. Semua serba dipaksa oleh Allah SWT, sepertimana gerakan getar tubuh yang tidak dapat dikawal oleh pemiliknya. Pemikiran Jabariyyah ini lebih kepada pemikiran tradisional. 178 Nama al-Qadariyyah berasal daripada perkataan al-Qadr. Perkataan ini merujuk kepada pengertian kuasa, kebebasan kehendak. Justeru itu, nama al-Qadariyyah diambil daripada perkataan tersebut, disebabkan pendirian dan pegangan mereka tentang persoalan sama ada manusia berkuasa atau tidak membuat pilihan iaitu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Allah (SWT) tidak berkuasa ke atas perbuatan manusia. Al-Qadariyyah merupakan salah sebuah aliran pemikiran yang terawal dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam. Aliran al-Qadariyyah atau juga dikenali sebagai madhhab al-Ikhtiyariyyah yang dipelopori oleh Ma’bad alJuhani dan Ghaylan al-Dimasyqi dikatakan menjadi lawan kepada aliran al-Jabariyyah
301 atau al-Mujbirah yang dipelopori oleh Jahm bin Safwan. Pemikiran Qadariyyah ini bercorak liberal. 179 Mohd Aizam bin Mas’od, 2013, Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hlm. 57. 180 Ar-Razi, Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi (327H), 1986, Manaqib Al-Imam AlSyafi’ie, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, Beirut. 181 Al-Syaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Syaukani (1173H), 2009, Fath al-Qadir al-Jami’ Baina al-Fanni al-Riwayat Wa al-Dirayah Min ‘Ilm al-Tafsir, Dar al-Ma’rifah, Beirut. 182 Al-Maqdisi, Al Imam Shams al-Din Abu Abd Allah Muhammad ibn Muflih ibn Muhammad ibn Mufarraj al-Ramini al-Maqdisi (763H), Al-Adab Asy Syar’iyyah, Risalah Alamiyyah, Dimasyq. 183 Al-Zuhaili, Dr Wahbah Mustafa al-Zuhaili (1436H), 2017, Fatawa Mu’asirah, Dar al-Fikr al-Mu’asir, Beirut. 184 Al-Nawawi Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf (676 H), Syarah Nawawi Shahih Muslim, Dar al-Ma’rifah, Beirut. 185 Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukarram ibn `Ali ibn Ahmad ibn Manzur alAnsari al-Ifriqi al-Misri al-Khazraji Jamal al-Din Abu al-Fadl (1311H), 1990, Lisan al-Arab, Dar Sadir, Beirut. 186 Perkataan Jahiliah berasal dari perkataan al-Jahl yang mengandungi beberapa pengertian antaranya: 1. Al-Jahl bererti “tidak tahu” lawan kepada perkataan al-Ilm. 2. Al-Jahl bererti “sesat” (dhalalah) lawan kepada perkataan “petunjuk” (al-Huda) 3. Al-Jahl bererti bodoh, tolol, kasar, tongong dan permusuhan. Pengertian Jahiliyah mengikut istilah Islam adalah tidak mempunyai akidah yang benar, berhakimkan kepada hawa nafsu bertuhankan kepada Taghut, degil setelah diberitahu akan kebenaran dan bongkak setelah diberitahu akan kesalahannya. 187 Sahih Lighairihi, iaitu hadis yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam sesetengah syaratnya. Ia menjadi sahih kerana diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya, “Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi (siwak) setiap akan solat.” (Hadis Riwayat Hasan).