131 HADIS 22 BERIMAN WAKTU PAGI, WAKTU PETANG JADI KAFIR Maksudnya: Telah diceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah dan Ibn Hujr secara bersama daripada Ismail bin Gaa’far, telah berkata Ayyub: telah diceritakan kepada kami Ismail, dia telah berkata: aku telah diberitahu oleh al-A’la’ daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan
132 sedikit daripada mata benda dunia.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 186) Keterangan: Kufur ialah sifat ingkar kepada apa-apa yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya beriman kepadaNya setelah ditegakkan hujahhujah, disampaikan kebenaran itu dan dinyatakan kepada mereka yang melakukan amalan-amalan yang dianggap ingkar menurut nasnasnya. Keingkaran itu berlaku dengan hati seperti difirmankan oleh Allah SWT: Maksudnya: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah: 10) Sesungguhnya orang-orang yang beriman menyedari bahawa pada hari ini kita sedang menjalani kehidupan sebagaimana yang tergambar dalam hadis di atas. Sama ada kita suka atau pun tidak, kita perlu mengakui hakikat bahawa masyarakat kita sedang hidup dalam kegelapan dan kesamaran akidah seperti kepekatan akhir malam yang gelap-gelita.
133 Pada hari ini kita menjalani kehidupan dalam suasana fitnah dan ujian yang begitu dahsyat terhadap keimanan di mana kebanyakan insan tidak lagi mengenali agama mereka melainkan hanya dengan sangkaan-sangkaan bahawa mereka mengetahui. Sesiapa sahaja boleh mengaku diri sebagai Muslim dan Mukmin, sedangkan mereka telah jelas melanggar garis sempadan yang memisahkan antara wilayah iman dan kufur. Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada kita tentang bahaya suasana di akhir zaman terhadap umatnya yang dilanda sindrom keimanan yang tidak stabil. Pada waktu pagi mereka beriman, sementara pada waktu petangnya mereka kufur. iman dan kufur silih berganti pada hari yang sama. Maksud daripada kufur di sini bukanlah makna kiasan, tetapi lawan daripada iman atau tidak beriman lagi dengan agamanya. Al-Qurthubi RH menjelaskan bahawa, “Tidak mungkin kita memahami makna hadis ini dengan makna zahirnya (benar-benar kafir). Kerana ujian dan fitnah apabila ia datang berturutturut akan merosakkan hati dan menewaskannya. Ia akan memberikan kesan kepada kerasnya hati dan kelalaian yang merupakan sebab berlakunya kebinasaan.” Para ulama mengingatkan kita bahawa zaman ini adalah zaman fitnah dan ujian serta sibuknya manusia dengan urusan dunianya yang melalaikan. Dua sumber utama fitnah iaitu syubhat dan syahwat sangat mudah menyambar manusia di era Internet dan media sosial saat ini. Fitnah tersebut perlahan-lahan akan mengeraskan hati sebagaimana tikar yang dianyam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Fitnahfitnah akan mendatangi hati bagaikan anyaman tikar yang tersusun seutas demi seutas.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 144) Fitnah akhir zaman ini amat tidak terduga, kadang-kadang perbuatan kita boleh mengundang fitnah. Fitnah terbesar adalah berpaling daripada iman kepada kufur. Kerana hambatan dunia kita terfitnah sehingga gugur iman. Kerana takut miskin, papa, hilang
134 kuasa dan pengaruh sanggup buat apa sahaja termasuk menjadi kufur. Seolah-olah dunialah segala-galanya bagi kita. Allah SWT mengingatkan kita tentang keutamaan akhirat berbanding dunia dalam firmanNya: Maksudnya: “Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” (Adh-Dhuha: 4) Kebanyakan orang Islam hari ini tidak lagi meneliti terhadap apa yang diperkatakan oleh lidah mereka, tidak memperhatikan apa yang dilakukan oleh anggota tubuh mereka dan tidak memperhalusi apa yang diiktikadkan dalam hati mereka. Adakah ianya benar atau salah? Adakah ianya haq atau bathil? Kebanyakan mereka tersungkur dalam masalah akidah ini berpunca daripada kejahilan mereka. Semoga Allah SWT mengampunkan hamba-hambaNya yang jahil dan memberikan kepada mereka peluang untuk bertaubat dan menuntut ilmu pengetahuan yang sahih. Manakala bagi mereka yang terus-menerus ingkar dan memalingkan diri mereka daripada kebenaran, kepada Allah SWT jualah terserah urusan mereka pada hari akhirat. Dan mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya. Semoga dengan itu Allah SWT akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
135 Kesimpulan: 1. Pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) yang bersifat seimbang dan meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama perlu diperkukuh kerana ia akan menyelamatkan umat Islam daripada bencana lebih besar termasuk penyelewengan akidah. 2. Hadis di atas juga memberi motivasi kepada kita untuk bersegera beramal sebelum datang waktu di mana kita tidak mampu beramal lagi seperti sakit tenat secara tibatiba atau kematian mengejut yang banyak berlaku di hari ini. 3. Kekuatan akidah menjadi sumber inspirasi kehidupan Muslim termasuklah dalam perkara ibadah, munakahah, muamalah, jenayah dan siyasah al-Daulah. 4. Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah SWT akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
136 HADIS 23 NILAI IBADAH PADA WAKTU HURU-HARA Maksudnya: Telah diceritakan kepada kami Yahya bin Yahya, telah diberitakan kepada kami Hammad bin Zaid, daripada Mua’lla bin Ziyad, daripada Mua’wiyah bin Qurrah, daripada Ma’qil bin Yasar RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Beribadat pada waktu huruhara (dunia kacau-bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 130) Keterangan: Hadis ini secara umumnya menyatakan bahawa al-Harj bermaksud huru-hara yakni berlakunya pembunuhan, pergaduhan, perpecahan, bala, bencana, dan seumpamanya. Tatkala berlaku fitnah seumpama ini, Nabi SAW menyarankan supaya kita memperbanyakkan ibadah, di mana Baginda SAW menyatakan bahawa keutamaan beribadah pada masa ini sama seperti kita berhijrah kepada Baginda SAW.
137 Namun hijrah yang dimaksudkan bukanlah kita bertemu Nabi SAW seperti yang dipercayai oleh sebahagian golongan sufi yang mendakwa mereka bertemu dengan Nabi SAW dalam jaga ( ). Yang dimaksudkan dengan hijrah kepada Nabi SAW adalah meninggalkan fitnah dan keburukan itu menuju ketaatan terhadap Nabi SAW. Ini kerana Nabi SAW tidak pernah sama sekali meninggalkan ibadat pada masa ditimpa musibah. Hatta dalam peperangan, ibadat kepada Allah SWT tetap diutamakan. Hijrah bererti ‘meninggalkan’, maka kita dituntut meninggalkan fitnah dan pergi kepada kebaikan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Imam Al-Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Salihin129 meletakkan satu bab khusus mengenainya iaitu Bab Fadhli Al-Ibadati fi Al-Harji Wa Huwa Al-Ikhtilath Wa Al-Fitan (Bab Kelebihan Beribadat ketika Al-Harj iaitu Kekacauan dan Merebaknya Fitnah). Beliau menjelaskan lagi pengertian al-Harj sebagai fitnah dan keadaan urusan manusia yang berkecamuk. Besarnya keutamaan beribadat pada waktu itu adalah kerana manusia biasanya melupakan dan melalaikan ibadat apabila dia disibukkan dengan perkara lain. Pada waktu yang mana fitnah sedang berkecamuk dan berleluasa sehingga tidak ada orang yang bersungguh-sungguh melakukan ibadat kecuali segelintir sahaja. Jika dilihat pada hari ini, hampir semua orang sibuk dengan isu semasa, politik, gaya hidup dan sebagainya. Hanya segelintir sahaja yang menyibukkan diri untuk mendalami ilmu agama dan memperbaiki amal ibadah. Sedangkan keutamaan menuntut ilmu sangat besar sehingga Islam mewajibkan sebahagian umat Islam untuk tinggal dan tidak ikut berjihad130 (berperang) semata-mata untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama, untuk disampaikan dan disebarkan kepada yang lain. Betapa masyarakat Islam pada hari ini begitu memandang remeh tentang urusan ilmu dan ibadah. Ini dapat kita lihat apabila mereka boleh berbicara dan berhujah tentang masalah dunia dan politik. Tetapi jika ditanya tentang permasalahan akidah dan ibadah atau jika diminta dalil mengapa mereka beribadah sedemikian; kebanyakannya
138 menggaru kepala (tidak tahu). Sama ada dia akan memberi jawapan yang salah atau jawapan yang dia sendiri tidak yakini. Maka dalam keadaan masyarakat kita pada hari ini, masingmasing lupa dan leka untuk beribadah kepada Allah SWT. Barang siapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah SWT maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berhijrah. Iaitu pahala yang telah diperolehi oleh golongan Muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang-orang Muhajirin namun pahala hijrah itu maksudnya ialah ganjaran pahala yang sangat besar di sisi Allah SWT. Kenapa pahala yang begitu besar diberikan kepada kita oleh Allah SWT? Ini kerana pada akhir zaman orang semakin lupa untuk beribadah. Tidak seperti ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana di zaman Nabi SAW, zaman para sahabat, zaman tabi’in dan zaman Salafus Soleh. Pada masa tersebut pahala yang didapati tidak sebanyak seperti pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak. Zaman kita ini ramai yang tidak berusaha mencari akhirat tetapi apabila kita masih lagi mencarinya maka banyak pahala yang akan diperolehi. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbukti sekarang ini masing-masing sibuk, sibuk sehingga tidak sempat pergi ke masjid. Dia hanya mampu sekali seminggu sahaja pergi ke masjid, itu pun pada hari Jumaat. Kalau tidak dia hanya solat setahun dua kali iaitu solat sunat dua hari raya sahaja. Umat kini begitu sibuk sehingga tidak sempat untuk menadah kitab. Bilamana ada pengajian hadis, dia tidak boleh hadir. Jika ada pengajian tafsir, dia ada urusan di pejabat. Pihak pengurusan masjid anjurkan kuliah fiqh supaya amali solat dapat diperbaiki, dia tidak ada masa. Ustaz mengajar pengajian akidah, dia ada mesyuarat. Setiap minggu ada kelas tadabbur al-Quran supaya sebutan ayat betul
139 dan fasih, dia di padang golf. Kenapa ini berlaku? Ini kerana pada anggapannya urusan dunia (yang tidak kekal) lebih penting daripada mencari bekalan menuju ke akhirat (yang kekal abadi). Ini bermakna kita sangat sibuk dengan urusan dunia yang memenuhi hawa nafsu. Maka di zaman orang yang sangat sibuk ini, barang siapa yang sempat melakukan ibadah maka kitalah orang yang terpilih. Sebagai manusia dan hamba Tuhan yang berakal serta dikurniakan taufik dan hidayah maka dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai. Allah SWT mengingatkan kita dengan berfirman: Maksudnya: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (An-Nur: 37) Sebagai hambaNya kita perlu laksanakan ibadah dengan penuh ikhlas. Segala perkara baik yang kita niatkan kerana Allah SWT akan menjadi satu ibadah seperti memasak, membasuh kereta, membaca dan bermuamalah dengan masyarakat kerana Allah SWT. Jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Sepertimana firmanNya:
140 Maksudnya: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An’am: 162) Hati adalah elemen utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 52 & Muslim, No. 1599) Beruntunglah orang-orang yang membersihkan hati. Mudahmudahan kita termasuk dalam kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun berada dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan. Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran pahala yang besar seperti yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Selalulah berdoa kepada Allah SWT memohon keteguhan iman dan penjagaan daripada segala bentuk fitnah yang merosak agama. Antara doa yang sering diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah: َ ِنك ْ دي ْ ع ََ ِ ب ِ ْ ل َ ْ ق ت ِّ ب َ ِب ث ْ و ُ ل ُ ق ْ َ ال ب ِّ ل َ ق ُ َا م ي Maksudnya: “Ya (Allah) Yang Maha Membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 448) Status: Hadis Sahih
141 Nabi SAW apabila menyatakan akan terjadinya al-Harj atau fitnah, Baginda SAW tidak membiarkan umatnya terpinga-pinga tanpa solusi. Sebaliknya Baginda SAW memberi solusinya secara jelas untuk diikuti, antaranya: 1. Menjauhkan diri dari terlibat dengan fitnah yakni berlepas diri daripadanya. Baginda SAW memuji orang yang menjauhi tempat berkumpulnya manusia kerana menjaga nyawa dan agama daripada fitnah. Termasuk berlepas diri daripada menyebarkan dan memperkatakan sesuatu yang dia tidak ada ilmu tentangnya. 2. Beribadah kepada Allah SWT, termasuk berdoa memohon perlindungan daripada segala bentuk fitnah, memohon keampunan, serta beramal ibadat yang lain. 3. Melazimi para ulama dan meminta fatwa mereka berkaitan fitnah yang berlaku, sebagaimana kata Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya jika fitnah datang, ia telah diketahui oleh ulama dan jika ia telah berlaku maka barulah diketahui oleh setiap yang jahil. Para ulama diberi firasat oleh Allah SWT di mana mereka mengetahui bilamana fitnah itu datang dan mereka mengetahui jika sesuatu tindakan atau ucapan itu akan mendatangkan fitnah. Sebaliknya orang awam yang jahil hanya menyedari ianya fitnah apabila ia telah berakhir dan telah mengorbankan banyak nyawa.” 4. Tidak keluar daripada ketaatan terhadap pemerintah dalam perkara yang makruf. Kerana mentaati pemerintah ketika terjadinya fitnah merupakan sebab selamatnya agama dan nyawa seseorang Muslim. Jangan sama sekali terperdaya dengan pemikiran dan gerakan Khawarij yang menggunakan pelbagai jenama. Justeru, dalam isu golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Islamic State (IS) di Syria dan Iraq, kita dapati para ulama dari seluruh dunia termasuk di Syria dan Iraq sendiri telah bersepakat mengatakan bahawa ciri-ciri yang wujud pada kumpulan ini menyamai dengan ciri-ciri yang wujud pada kumpulan Khawarij. Ini kerana mereka telah mengkafir dan menghalalkan darah sesama umat Islam. Gerakan seperti inilah
142 sebenarnya yang menjadi punca fitnah dan kekacauan terbesar sejak zaman-berzaman. Kesimpulan: 1. Menjauhkan diri daripada terlibat dengan fitnah yakni berlepas diri daripadanya. Baginda SAW memuji orang yang menjauhi tempat berkumpulnya manusia kerana menjaga nyawa dan agama daripada fitnah. Termasuk berlepas diri daripada menyebarkan dan memperkatakan sesuatu yang dia tidak ada ilmu tentangnya. 2. Beribadah kepada Allah SWT, termasuk berdoa memohon perlindungan daripada segala bentuk fitnah, memohon keampunan serta beramal ibadat yang lain. 3. Melazimi para ulama dan meminta fatwa mereka berkaitan fitnah yang berlaku, sebagaimana kata Hasan al-Basri, “Sesungguhnya jika fitnah datang, ia telah diketahui oleh ulama dan jika ia telah berlaku maka barulah diketahui oleh setiap yang jahil.” 4. Para ulama diberi firasat oleh Allah SWT di mana mereka mengetahui bilamana fitnah itu datang dan mereka mengetahui jika sesuatu tindakan atau ucapan itu akan mendatangkan fitnah. Sebaliknya orang awam yang jahil hanya menyedari ianya fitnah apabila ia telah berakhir dan telah mengorbankan banyak nyawa.
143 HADIS 24 GUNUNG EMAS RAMAI YANG MEREBUTKANNYA
144 Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said, telah menceritakan kepada kami Yaa’kob iaitu Ibn Abdul Rahman alQari, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abi Hurairah RA berkata: bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; ‘Tidak terjadi hari kiamat sehingga sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 29) Dalam riwayat lain ada disebutkan; “Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Said al-Kindiy, telah menceritakan kepada kami U’qbah bin Khalid, telah menceritakan kepada kami U’baidullah, daripada Hubaib bin Abdul Rahman, daripada datuknya Hafs bin A’sim, daripada Abi Hurairah RA dia telah berkata: sabda Rasulullah SAW, ‘Sudah hampir suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun daripada harta itu’.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 7119) Keterangan: Mengapa Rasulullah SAW melarang kita mengambilnya? Ini kerana proses untuk mengambilnya akan menyebabkan peperangan dan berbunuh-bunuhan. Umat Islam sudah banyak berperang sesama sendiri sebelum ini. Kebanyakannya berpunca dari pertelingkahan politik. Dan kalau mereka mengingkari tegahan Rasulullah SAW dalam hal ini, nescaya terjadilah apa yang terjadi. Hanya 1% manusia yang hidup daripada sekian banyak manusia yang tamak terhadap gunung emas itu.
145 Hadis ini juga menceritakan tentang Sungai Furat yang mengalir di tiga negara berikut iaitu Turki, Syria dan Iraq. Dalam bahasa Arab, Furat dikenal dengan nama Al-Furat atau air paling segar. Menurut Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi131, Furat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki. Peperangan yang berlaku kerana perbezaan politik berbeza dengan peperangan kerana merebut kekayaan gunung emas. Pertelingkahan politik masih menggunakan kewarasan berfikir walaupun penuh emosi dan kebencian. Tetapi berperang kerana merebut kekayaan akan lebih parah. Masing-masing tamak untuk membolot kekayaan itu. Sebab itu mereka sanggup saling berbunuhbunuhan untuk mencapai kemahuan nafsu mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Dua serigala lapar yang dilepaskan di tengah-tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosak dibandingkan dengan sifat tamak manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosakkan agamanya.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2376) Status: Hadis Sahih Maka kerana itu, umat Islam dilarang mendekati gunung emas itu. Sekuat mana pun manusia berebut-rebutan dan berbunuhbunuhan sesama mereka, namun mereka gagal mencapai hasilnya. Gunung emas itu hanyalah pemandangan fatamorgana yang menjerat setiap orang yang kehausan. Ia ibarat wap air yang tidak boleh diminum sama sekali, maksudnya mudah sekali, gunung emas itu ada, tetapi ia tidak dapat dimiliki oleh sesiapa pun. Berebut-rebutan untuk menguasainya adalah sia-sia. Dan berbunuh-bunuhan terhadapnya juga adalah sia-sia. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!” (Al-Fajr: 20)
146 Maksudnya: “Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).” (Al-’Adiyat: 8) Kemudian dalam hadis lain, Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa, “Sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Iraq itu pada suatu waktu nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman132 diungkapkan bahawa keringnya Sungai Furat merupakan saat datangnya Al-Mahdi Al-Muntazar akhir zaman. Hadis ini jelas menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan di sekitarnya akan berlaku peperangan yang berpunca daripada mereka yang merebutkan kekayaan yang ada di sana. Ramai umat Islam yang terkorban dan masing-masing bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat. Semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussein133 (Presiden Iraq) pada pertengahan tahun 80-an, kerajaan Iraq telah membina empangan di sepanjang Sungai Furat134 dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam. Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka. Ratib al-Kubaisi seorang pegawai di Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar menyatakan, “Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi
147 dengan terjumpanya tapak ini ia menjadikannya sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq. Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq.” Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati pesanan Rasulullah SAW supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut. Kesimpulan: 1. Manusia sangat tamak kepada harta dan hati manusia senantiasa muda dengan cinta dunia dan panjang angan-angan. Manusia juga tidak pernah puas dengan apa yang diperolehnya. 2. Ketamakan manusia kepada harta akan merosakkan agama dan kemuliaan seseorang seperti serigala yang menerkam sekumpulan kambing. 3. Hendaknya seorang Muslim membekalkan dirinya di dunia dengan ilmu yang bermanfaat, melakukan amalamal soleh dan berlumba-lumba melakukan kebajikan dengan ikhlas dan ittiba’135 al-Sunnah sebagai bekal menuju kehidupan yang abadi, yakni akhirat. Cuba kita tanya diri sendiri dengan jujur. Di manakah aku tatkala sebuah gunung emas tiba-tiba muncul di hadapanku?
148 HADIS 25 ULAMA SUDAH TIDAK DIIKUTI Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Hasan bin Musa, telah memberitahu kepada kami Ibn Lahia’h, telah menceritakan kepada kami Jamil al-Aslami, daripada Sahl bin Saad RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 22283) Status: Hadis Hasan
149 Keterangan: Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa keadaan umat pada zaman ini sudah menghampiri keadaan sepertimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW. Masyarakat hari ini nampaknya sudah mulai jauh daripada para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Segelintir ahli masyarakat pada hari ini sudah tidak berasa malu untuk melakukan maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Kadangkadang mereka sengaja melakukan perkara maksiat itu di hadapan para ulama untuk menunjukkan perasaan ego dan bongkak dengan tujuan untuk mencabar kewibawaan ulama. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsai musuhnya. Makna “hati mereka seperti hati orang A’jam136” adalah kiasan untuk menggambarkan lunturnya akhlak mulia daripada diri mereka. Hati mereka sudah dipenuhi sifat-sifat buruk dan tercela seperti riya’137 dan kemunafikan. Adapun yang dimaksud ‘lisan mereka seperti lidah orang Arab’ adalah untuk menggambarkan perilaku buruk yang mewarnai sikap mereka seperti sikap memfasih-fasihkan (pandai bertutur kata) diri, meremehkan orang lain dengan bertutur kata, menggunakan ungkapan yang mengesankan tingginya ilmu dan rumitnya pembicaraan. Demikian pula mereka senantiasa memperlihatkan diri mereka lebih ‘alim (berilmu) seolah-olah mereka adalah orang yang paling faham dan paling pakar. Realitinya, ia telah berlaku di zaman kita. Pemikiran menolak golongan alim ulama menular ke dalam masyarakat akhir zaman ini. Orang alim tidak lagi dipedulikan. Berapa ramai yang kenal ulama melebihi artis dan pemain bola sepak? Alim ulama tidak diberikan autoriti dan kuasa. Kalau ada pun hanya sekadar pembaca doa sahaja. Inilah yang Allah SWT nukilkan dalam kitabNya:
150 Maksudnya: “Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orangorang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).” (Al-Baqarah: 212) Orang yang berpekerti tinggi juga tidak lagi disegani. Maksiat dilakukan di khalayak ramai. Perempuan bertudung labuh berjalan dengan rakan freehair (wanita tidak bertudung) menjadi perkara biasa. Malah ada yang sengaja melakukan kemungkaran di hadapan orang berakhlak bertujuan mencabar dan menghina. Golongan ini memiliki hati ‘bangsa asing’ pada kebuasannya, namun lidah umpama Arab pada kefasihannya berhujah dalih. Inilah realiti sikap pembenci ulama. Jika ditegur, mereka pandai bermain hujah mempertahankan tindakannya. Sedang hakikatnya mereka hanya berdalih. Hati mereka menolak mentah dan tidak sukakan kebenaran Islam. Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama jika mereka mendengar suatu ucapan ulama yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada al-Quran dan
151 al-Hadis, tetapi kerana si jahil tidak ada ilmu sebenar dan tidak tahu disiplin tentang perkara agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan menyanggah ulama. Golongan jahil ini hakikatnya sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil138, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran. Kita bukan disuruh ta’ashub139 kepada seseorang atau mana-mana ulama. Tetapi berpadapadalah dan jangan sampai menghina ulama yang memperjuangkan Islam dan berpegang kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Ulamaulama yang ada hari ini pun bukannya daripada kalangan nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Tetapi jangan disebabkan kerana terdapat ulama yang tersilap kata tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan hukuman yang berat serta menghinanya. Hadis ini juga menjelaskan bahawa penilaian sikap masyarakat terhadap pelbagai isu dan permasalahan yang menjadi punca pergeseran mereka. Orang-orang soleh dan jujur akan dikhianati dan didustakan. Sebaliknya para pengkhianat dan penentang Islam pula di percayai dan dibela. Ironinya golongan pendusta dan pengkhianat terhadap ajaran Islam ini mendabik dada mengaku merekalah golongan paling amanah. Kesimpulan: 1. Kini kita banyak menjumpai manusia-manusia yang tidak menjadikan orang alim sebagai ikutan dan orang-orang jujur dan lurus sebagai teladan. Mereka hanya mengikuti secara sangka-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Mereka mentaati orang-orang yang sesat dan memusuhi orang yang lurus dan benar. 2. Ramai dalam kalangan masyarakat kita telah keliru dalam persepsi, yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar. Lalu mereka menjadi pembela
152 kemungkaran dan memusuhi kebenaran. Akhirnya, mereka menyuruh orang pada kemungkaran dan melarang orang daripada melakukan kebajikan. 3. Masyarakat kini sudah agak jauh daripada para ulama. Mereka takut mendekati para ulama kerana bimbang perbuatan mereka akan ditegur dan mereka juga tidak segan silu melakukan maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi peribadinya. 4. Kelebihan ulama dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh. 5. Ilmu agama wajib dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak. Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senanglah kita ditipu dan diserang oleh musuh.
153 HADIS 26 ISLAM AKAN LUSUH SEPERTI CORAK PADA PAKAIAN
154 Maksudnya: Telah diberitahu kepadaku Abu Bakar Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Hafid, telah menceritakan kepada kami datukku, telah diceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah memberitakan kepada kami Abu Mua’wiyah, daripada Abi Malik al-Asyjai’e, daripada Ribi’e, daripada Hudzaifah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan alQuran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal di permukaan bumi daripadanya walaupun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, antaranya orangorang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimah “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga.” Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). (Hadis Riwayat Hakim140, No. 8460) Status: Hadis Sahih
155 Keterangan: Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti ilmu tentang Islam akan diangkat oleh Allah SWT dengan mematikan para ulama. Ulama merupakan pewaris Nabi dan para sahabat RA.hum. Mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang dikuasai. Jika seseorang itu meletakkan jawatan, pasti esok atau lusa akan ada penggantinya. Namun, jika hari ini seorang ulama meninggal dunia, pasti dia akan dikenang sepanjang masa dan sukar untuk mencari penggantinya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekali gus mencabutnya daripada hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga apabila sudah tiada ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari No: 98) Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan bumi ini. AlQuran yang diturunkan Allah SWT dari langit ke bumi melalui malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW hingga ke tangan kaum Muslimin sampai ketika ini. Allah SWT pun berjanji akan menjaganya sehingga sampai ketika ini tidak ada satu pun perkataan atau huruf yang berkurang atau bertambah dan menjadi kitab suci yang menjadi pedoman kaum Muslimin di muka bumi. Firman Allah SWT:
156 Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr: 9) Namun akan datang suatu masa al-Quran yang memiliki keutamaan akan diangkat kembali ke langit sehingga tidak akan tersisa satu ayat pun di muka bumi. Al-Quran akan hilang daripada ingatan manusia dan lembaran-lembaran mushaf al-Quran pun akan kosong. Sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.” (Al-Israa’: 86) Syeikh al-Islam berkata dalam kitab Majmu’ al-Fatawa141: “AlQuran akan diangkat pada akhir zaman daripada mushaf dan dada sehingga tiada kekal pada dada manusia walau satu kalimah dan pada mushaf walau satu huruf.” Peristiwa ini akan terjadi ketika ajaran Islam memudar secara perlahan hingga puncaknya, ritual ibadah seperti solat, puasa, haji, dan sedekah tidak lagi dikenal orang, itulah saat hari kiamat akan tiba. Orang ramai hanyalah mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu. Mereka melakukan amalan tanpa mengetahui apa tujuan dan sebab
157 musabab amalan itu dilakukan. Akibat daripada kekurangan ilmu dan jahil hukum agama menyebabkan mereka melakukan suatu amalan secara membuta tuli. Akibat kejahilan dalam melakukan amal ibadah, bukan sahaja ibadahnya itu tidak dianggap sebagai amalan yang diterima, bahkan dibimbangi ‘ibadah’ yang dilakukan itu penyebab dia masuk ke dalam api neraka. Dalam kitab Miftah Daris Sa’adah142 karya Ibnul Qayyim menukilkan pesanan Hasan al-Basri RH dengan berkata, “Orang yang beramal tanpa ilmu seperti orang yang berjalan bukan pada jalan yang sebenarnya. Orang yang beramal tanpa ilmu hanya membuat banyak kerosakan berbanding mendatangkan kebaikan. Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh, namun jangan sampai meninggalkan ibadah. Gemarlah pula beribadah, namun jangan sampai meninggalkan ilmu. Kerana ada segolongan orang yang rajin ibadah, namun meninggalkan belajar.” Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat “Lailaha illallah”, tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu terhadap mereka. Walau bagaimanapun, Allah SWT dengan belas kasihannya masih menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Walaupun ilmu mereka sedikit tetapi tetap melaksanakan apa yang mereka tahu. Ini termaktub dalam sebuah hadis berkaitan dengan melaksanakan amalan sedikit tetapi berterusan yang diriwayatkan daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun bilangannya sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari, No. 6465) Status: Hadis Sahih Dalam sebuah atsar143 (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Saidina Ali RA berkata, “Barang siapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan daripada mencari syurga dan lari daripada neraka iaitu:
158 Kesimpulan: 1. Para ulama adalah cendekiawan dan ilmuwan yang mewarisi para Rasul AS. Akan sampai ketikanya Allah SWT akan mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama. Apabila tiada para ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang jahil dan ketika ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan. 2. Akan datang satu hari di mana kitab Allah SWT akan dipadamkan dan dihilangkan daripada dada-dada manusia dan juga kertas sehingga tidak tinggal satu ayat pun, bahkan ia diangkat ke langit. 3. Seseorang yang beribadah tanpa ilmu akan lebih banyak menuai mudarat berbanding manfaat. Manfaatnya sedikit justeru mudaratnya lebih banyak. Itulah kenyataan yang akan dihadapi oleh setiap orang yang beramal tanpa ilmu. 4. Walaupun iman seseorang itu sedikit tapi atas kasih sayang dan rahmat Allah SWT atas amalan yang dia lakukan walaupun atas keterbatasan ilmu namun dia tetap berpotensi untuk masuk ke syurga Allah SWT.
159 HADIS 27 LIMA MAKSIAT YANG DIBALAKAN
160 Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Khalid alDimasyqi, dia telah berkata: telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Abdul Rahman Abu Ayyub, daripada Ibn Abi Malik, daripada bapanya, daripada A’tha’ bin Abi Rabah, daripada Abdullah bin Umar RA, dia berkata: Rasulullah SAW menghadap kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda SAW bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara jika kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkaraperkara itu ialah: 1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak dalam kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu. 2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. 3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
161 4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah SWT dan RasulNya kecuali Allah SWT akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. 5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah SWT akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri .” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, No. 4019) Status: Hadis Hasan Keterangan: Hadis di atas menerangkan bahawa: 1. Penyakit Tha’un dan AIDS adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan. Pada zaman ini sudah terbukti, iaitu munculnya penyakit akibat daripada perbuatan zina (faahisyah144) yang tersebar secara meluas seperti penyakit HIV (Human Immunodeficiency Virus) AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome), sifilis, gonore, herpes dan lain-lain. Penyakitpenyakit ini disebut dengan “penyakit menular seksual” (Sexually Transmitted Disease) kerana ia menular melalui hubungan seksual. 2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan (muthaffif). “Muthaffif” adalah orang yang mengurangi sukatan dan timbangan secara sedikit-sedikit; dia hanya mencuri sedikit saja. Namun begitu, dia tetap termasuk dalam golongan orang yang mencuri, khianat dan memakan barang haram. Firman Allah:
162 Maksudnya: 1. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), 2. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, 3. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. (Al-Mutaffifin: 1-3) 3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan mendirikan solat. Oleh itu, ulama bersepakat menyatakan bahawa orang yang menentang dan mengingkari zakat adalah kafir dan murtad. Darahnya halal dibunuh sekiranya tidak bertaubat. Ini kerana zakat merupakan perkara yang mudah diketahui kefardhuannya dalam kalangan orang Islam yang tidak memerlukan kepada hujah dan dalil. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah SWT harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari kiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1338)
163 4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin daripada tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka yang mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga: jika berbicara dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 33 & Muslim, No. 107) Takrifan khianat membawa maksud perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia. Semuanya menjurus ke arah perbuatan negatif dan perlu dijadikan sempadan oleh manusia. Firman Allah: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Anfal: 27) Perbuatan khianat ini boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang dikhianati tanpa mengira individu ataupun organisasi. Keamanan dan perpaduan yang kukuh pasti akan runtuh apabila terdapat sebarang bentuk khianat dalam masyarakatnya.
164 5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengetepikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai undangundang dalam kehidupan. Perpecahan umat Islam berpunca daripada sikap hanya menjadikan al-Quran sebagai sumber teori tetapi tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Firman Allah: Maksudnya: “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.” (Al-Ma’idah: 49) Antara sebab utama berlakunya perpecahan umat Islam pada hari ini ialah kerana kegagalan mereka sendiri untuk menjadikan alQuran dan al-hadis sebagai pegangan hidup yang tunggal dan unggul. Suatu perkara yang mendukacitakan kita, apabila didapati ada dalam kalangan umat Islam yang menafikan langsung peranan al-Quran dan al-hadis ini, malah ada juga yang menerimanya secara berpilih-pilih mengikut kesesuaian cara hidupnya. Hal ini bererti bahawa penyatuan ummah pada dasarnya lebih banyak terhenti atas kejayaan atau sebaliknya menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai perlembagaan hidup yang tunggal.
165 Kesimpulan: 1. Jika dilihat dari sudut pandang Islam, ternyata apa yang menimpa manusia hari ini adalah berupa bala bencana dan seumpama dengannya iaitu ia ada hubung kait dengan perilaku diri mereka sendiri. 2. Adanya wabak, penyakit yang belum pernah ada, kemarau panjang, penguasa zalim, kemarau, berkuasanya musuh dan merebaknya rasa takut dalam kalangan masyarakat akibat perbuatan manusia itu sendiri. 3. Ketiadaan pegangan dan kepatuhan secara mutlak terhadap ajaran-ajaran dan hukum-hukum al-Quran menyebabkan umat Islam kehilangan arah dalam kehidupan. Malah dalam beberapa keadaan tertentu mereka boleh disifatkan sebagai orang yang beriman secara selektif. Memilih hukum yang sesuai dengan hawa nafsu mereka sahaja.
166 HADIS 28 APABILA AMANAH TELAH DISIA-SIAKAN Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan, dia telah berkata: telah menceritakan kepada kami Fulaih, dia telah berkata: telah menceritakan bapaku kepadaku, dia telah berkata: telah menceritakan kepadaku Hilal bin Ali, daripada
167 A’tha’ bin Yasar, daripada Abu Hurairah RA berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi SAW sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah SAW, “Bilakah akan terjadi hari kiamat?” Maka Nabi SAW pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Baginda SAW mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya.” Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu.” Sehingga apabila Nabi SAW selesai dari percakapannya Baginda SAW bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah.” Maka Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari kiamat.” Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi SAW menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 59) Keterangan: Amanah adalah salah satu sifat yang dimiliki Rasulullah SAW. Amanah bererti orang yang terpercaya atau mampu menjaga kerahsiaan. Setiap orang harus memiliki sifat amanah lebih-lebih lagi jika dia seorang pemimpin. Pemimpin yang baik harus mampu mendapatkan kepercayaan dari setiap rakyatnya. Disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan, “Ketika Adam AS dipertanggungjawabkan dengan amanah itu dan selepas Baginda AS sanggup menerimanya, Allah SWT menjelaskan maksud amanah itu adalah sesuatu yang jika ditunaikan maka dia akan mendapat ganjaran. Sebaliknya jika diabaikan akan dihukum.” Sifat amanah akan diangkat dari hati, sehingga seseorang boleh berubah menjadi pengkhianat padahal sebelumnya dia adalah orang yang dipercayai. Hal ini hanyalah terjadi kepada orang yang telah hilang rasa takutnya kepada Allah SWT, lemah imannya, bergaul
168 dengan orang yang selalu khianat sehingga dia menjadi seorang pengkhianat. Antara bentuk nyata hilangnya amanah adalah dalam memberikan pelbagai tanggungjawab kepada individu sama ada berupa kepimpinan, khilafah, keadilan, pekerjaan dan apa saja bentuk kepercayaan. Jika diberi kepada individu yang bukan ahlinya, iaitu bukan kepada orang yang mampu untuk melaksanakannya juga menjaganya maka akan berlakulah kerosakan dan kemusnahan terhadap amanah yang diberi. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (An-Nisa’: 58) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa diberi beban (amanah) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan Syurga atasnya.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 203)
169 Dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan tentang perkara amanah berkenaan, bahawa amanah itu ialah sesuatu yang wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya dan diserahkan kepada tuannya (orang yang layak menerimanya). Bagi orang yang tidak menjaga amanah dan tidak menyampaikannya maka jadilah dia orang yang khianat. Allah SWT dan RasulNya menunjukkan jalan kehidupan yang sebenar menerusi kitab al-Quran dan al-Sunnah, tetapi manusia mengabaikannya tanpa menjadikannya sebagai sumber rujukan dalam menjalani kehidupan. Oleh yang demikian, inilah akibat daripada tidak melaksanakan amanah seperti yang diperintahkanNya: Ingatlah bahawa kepemimpinan dan kekuasaan adalah amanah yang berat dan berbahaya. Sesiapa yang diberi amanah dan tanggungjawab maka hendaklah dia benar-benar melaksanakannya dan jangan bersifat tipu dan khianat. Jika dia tunaikan dengan jujur dan benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyatnya maka dia akan mendapat keutamaan yang besar iaitu naungan ‘Arasy Allah SWT pada hari kiamat kelak.
170 Kesimpulan: 1. Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi. 2. Dalam aspek pengurusan agama, pemerintahan, penghakiman, pemfatwaan dan seumpamanya, Islam meletakkan pra syarat yang utama iaitu amanah. Sifat ini mesti dimiliki oleh seseorang sebelum dia dilantik. 3. Jika seseorang yang dilantik itu tidak memiliki sifat amanah maka akan rosaklah semuanya dan tunggulah saat dunia ini akan binasa dan lenyap selamanya.
171 HADIS 29 BINA MASJID SATU KEMEGAHAN Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abdul Somad, telah menceritakan kepada kami Hammad iaitu Ibn Salamah, daripada Ayyub, daripada Abi Qilabah, daripada Anas dan Qatadah, daripada Anas bin Malik RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 12379) Status: Hadis Sahih Keterangan: Antara tanda hampirnya hari kiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada
172 pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja. Hadis ini menunjukkan manusia akan bermegahmegah dengan pembinaannya iaitu masing-masing akan berbangga dengan masjidnya dengan menyatakan masjidku lebih tinggi, lebih cantik, lebih luas, lebih baik dengan perasaan riya’, sum’ah145 (suka didengari) serta mencari pujian. Rasulullah SAW mengingatkan umatnya dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan memperindahkan dan menghiasinya sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani memperindahkan dan menghiasi (tempat ibadat mereka).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 539) Umar al-Khattab RA pernah melarang menghiasi masjid dan memperindahkannya kerana perkara tersebut boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang. Beliau berkata ketika memerintahkan untuk memperbaharui pembangunan Masjid al-Nabawi: “Lindungilah manusia daripada hujan dan janganlah kamu menghiasinya dengan warna merah atau kuning, sehingga orang ramai boleh terganggu dengannya.” Dalam Asyrat al-Sa’ah oleh Yusuf al-Wabil, beliau menukilkan: “Mudah-mudahan Allah SWT memberi rahmat kepada Saidina Umar RA, kerana terbukti orang ramai tidak memegang wasiatnya. Mereka bukan sahaja memberi warna merah atau kuning, malah mereka menghiasnya sepertimana mereka menghias pakaian. Para raja dan khalifah bermegah-megah dalam membangunkan masjid dan menghiasinya sehingga mereka melakukan sesuatu yang sangat menakjubkan. Masjid-masjid itu tetap berdiri tegak sehingga saat ini, sepertimana yang terdapat di Syam, Mesir, Maghribi, Andalusia dan sebagainya. Dan sehingga sekarang, umat Islam sentiasa berlumbalumba dan bermegah-megah dalam menghiasi masjid.”
173 Dalam kitab ‘Aun al-Ma’bud146 menyatakan bahawa hadis ini merupakan mukjizat yang zahir berdasarkan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang apa yang akan berlaku selepas kewafatannya. Tambahan pula, mencantikkan masjid serta bermegah dengannya telah banyak berlaku pada zaman ini. Selain itu juga, apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW ini telah berlaku di sebahagian masjid yang mana kos pembinaannya telah menelan belanja sehingga berjuta-juta. Daripada jumlah tersebut boleh dibina berpuluh buah masjid sekiranya pembinaan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Rasulullah SAW memberi peringatan dalam bersabda yang bermaksud: “Jika kamu menghiasi masjid-masjid dan mushaf kamu, maka kehancuranlah yang akan menimpa kamu.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 220) Status: Hadis Hasan Imam al-Munawi RH dalam kitab Faidh al-Qadir147 berkata, “Menghias masjid dan mushaf adalah sesuatu yang dilarang, kerana perkara itu boleh menyibukkan hati, dan menghilangkan kekhusyukan daripada bertadabbur dan hadirnya hati dengan mengingat Allah SWT. Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa menghiasi masjid – walaupun Ka’bah – dengan emas atau perak diharamkan secara mutlak. Adapun dengan selain keduanya hukumnya adalah makruh.”
174 Kesimpulan: 1. Bermegah-megah dengan masjid adalah termasuk dalam salah satu tanda-tanda kiamat sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. 2. Tidak diragukan lagi bahawa memperindah, menghias dan bermegah-megah dalam pembangunan masjid merupakan ciri sikap boros. Sedangkan memakmurkannya hanyalah dengan melakukan ketaatan dan zikir kepada Allah SWT di dalamnya. Cukuplah bagi manusia membuat sesuatu yang dapat melindungi mereka daripada panas, dingin, dan hujan. 3. Fungsi masjid bukan hanya menjadi tempat untuk mendirikan solat semata-mata, namun juga sebagai pusat sehenti pelbagai kegiatan masyarakat seperti penganjuran pelbagai program keilmuan, pusat kebajikan dan aduan masyarakat terutamanya mengenai permasalahan agama dan sebagainya. 4. Walaupun begitu, amat penting untuk sama-sama kita membina dan membangunkan masjid dengan cantik dan indah, akan tetapi matlamat pengimarahan masjid adalah jauh lebih utama. Itulah pengisian peribadatan kepada Allah SWT
175 HADIS 30 KEADAAN UMAT SEBELUM KIAMAT Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abu Nua’im, daripada Basyir bin Salman, daripada Sayyyar Abi al-Hakam, daripada Thariq RA berkata:... daripada Rasulullah SAW bersabda: Apabila kiamat sudah hampir tiba: Orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, perniagaan akan bertambah maju sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, banyak orang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan), dan berkembangnya ilmu penulisan (dan banyak kitab), banyak saksi palsu (orang suka menyembunyikan penyaksian yang benar). (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1049)
176 Keterangan: Pada akhir zaman orang hanya akan memberi salam kepada sahabat yang dia telah kenali sahaja bukan seperti yang dituntut dalam agama supaya kita mengucapkan salam kepada semua orang Islam sama ada yang kita kenali atau yang tidak dikenali. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan kemesraan antara kaum Muslimin sudah berkurangan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kamu mengerjakannya nescaya kamu akan saling menyayangi sesama kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 81) Begitu pula cara hidup di akhir zaman bila mana ia terlalu mendorong orang perempuan untuk bekerja atau berkerjaya di luar rumah, terutama dalam bidang perniagaan. Orang perempuan ‘terpaksa’ bekerja akibat daripada kos kehidupan yang tinggi sehingga gaji suami tidak cukup untuk memenuhi keseluruhan keperluan keluarga, maka terpaksalah si isteri turut bekerja. Wanita yang berkerjaya mestilah memahami tugas hakiki sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya yang inginkan dambaan kasih sayang serta bantuannya ketika berada di rumah. Ini akan melahirkan perasaan kasih sayang, rahmah dan sakinah (tenang) di alam rumahtangga yang akan menatijahkan Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku). Memahami tanggungjawab dan hak sebagai ibu atau isteri serta dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin sudah tentu akan menjadikan dia lebih dihormati dan kehidupan kekeluargaan akan berjalan dalam keadaan harmoni.
177 Bilamana isteri sudah bekerjaya maka dibimbangi ia akan mengakibatkan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Isteri tidak lagi taat pada suami kerana dia juga banyak memiliki wang dan mungkin lebih banyak daripada wang suaminya. Manakala anak-anak pula menjadi mangsa kehilangan kasih sayang ibu bapa kerana mereka hanya menyerahkannya kepada orang gaji (pembantu rumah) sahaja. Bukan sedikit orang yang memutuskan silaturahim hanya kerana masalah peribadi akibat daripada perasaan sakit hati, cemburu dengan kejayaan, perbezaan taraf hidup dan sebagainya. Sebenarnya perkara tersebut tidak boleh kita lakukannya. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tidak halal bagi umat Islam yang tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga malam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal seorang Muslim mendiamkan saudaranya lebih daripada tiga malam di mana keduanya bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu berpaling. Yang terbaik di antara keduanya ialah orang yang memulai mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2560) Memutuskan silaturahim adalah termasuk antara dosa-dosa besar secara ijmak ulama. Memutuskan silaturahim boleh berlaku dengan memencilkan hati saudaranya/kerabat terdekatnya dan meminggirkan mereka sama ada dengan cara tidak berbuat ihsan kepada mereka seperti tidak memberikan harta atau bantuan ketika mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan sedangkan kita berkemampuan daripada sudut kewangan atau tidak menziarahi mereka tanpa ada sebarang keuzuran. Uzur yang dimaksudkan adalah seperti seseorang itu hilang sesuatu yang boleh menyatukan hubungan dengan mereka seperti hilang harta ataupun ada harta tapi harta tersebut hanya memenuhi hajatnya sahaja yang lebih utama untuk dibelanjakan. Penyaksian palsu pula adalah pembohongan yang disengajakan dalam penyaksian. Maka, sebagaimana penyaksian palsu sebagai sebab pembatalan kebenaran, demikian pula menyembunyikan
178 penyaksian sebagai sebab pembatalan kebenaran. Firman Allah SWT: Maksudnya: “...Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 283) Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang dosa yang paling besar. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar yang paling besar?’ (Baginda SAW mengulanginya sebanyak tiga kali), ‘Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, penyaksian palsu (ucapan bohong).” Ketika itu Baginda SAW bersandar, lalu duduk, senantiasa baginda mengulang-ulangnya hingga kami berkata (dalam hati), “Andaikata baginda diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6919 & Muslim, No. 143) Maksud ( ) ialah banyak manusia hari ini yang telah pandai menulis (berpendidikan) khususnya dalam bidang penulisan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia berbanding penulisan yang berkaitan dengan akhirat. Manusia lebih suka mencari ilmu dunia berbanding ilmu akhirat. Firman Allah SWT:
179 Maksudnya: “Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Al-A’la: 17) Maksudnya: “Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” (Adh-Dhuha: 4) Terdapat dalil yang menunjukkan celaan bagi orang yang hanya pandai dalam ilmu duniawi, namun dia lalai terhadap urusan akhirat (ilmu syar’ie). Inilah suasana yang dihadapi oleh kaum muslimin ketika ini yang mana ilmu syar’ie benar-benar sudah dilupakan daripada menjadi keutamaan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.” (Ar-Rum: 7) Sebahagian besar manusia hari ini tidak mempunyai ilmu kecuali ilmu tentang keduniaan dan segala yang berkaitan dengannya. Mereka ‘sangat pandai’ dalam hal tersebut namun lalai dalam masalah-masalah agama dan apa yang mampu memberikan manfaat bagi akhirat mereka. Mereka jahil dalam mengenal Allah SWT dan Rasulullah SAW.
180 Hasan al-Basri RH berkata, “Demi Allah, salah seorang daripada mereka telah mencapai keilmuan yang tinggi dalam hal dunia, di mana ia mampu memberitahukan kepadamu mengenai berat sebuah dirham (wang perak) hanya dengan membalik wang tersebut pada hujung kukunya, sedangkan dirinya sendiri tidak berilmu dalam melaksanakan solat.” Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di RH dalam kitab Taisir Karimirrahman fit Tafsiri Kalamil Mannan148 berkata, “Sungguh menghairankan ada yang begitu bijak dan cerdik dalam ilmu sains, elektronik bahkan mereka ialah pakar dalam bidang kenderaan di darat, laut dan udara. Masyarakat melihat mereka sangat pandai dalam ilmu keduniaan tadi dan mereka memandang orang lain tidak sehebat mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Namun amatlah malang kerana mereka ‘buta’ dalam urusan agama dan menjadi orang yang benar-benar lalai dari akhirat. Mereka tidak memandang bahawa hidup di dunia pasti akan berakhir. Mereka benar-benar berada dalam kejahilan. Mereka lupa pada Alah, maka sudah pasti mereka juga lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”