The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abu Najihin, 2023-11-04 21:27:43

40 Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat

40 Hadis Keadaan Umat Sebelum Kiamat

231 sekarang yang menggambarkan bahawa kaum Syi’ah mengusir Yahudi dan memerdekakan negeri mereka daripada Yahudi. Demi Allah, semua itulah politik dan kedustaan.” Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dajjal itu keluar dari bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti tameng (perisai) yang dilapisi kulit.” Kata Ibnu Katsir RH pula dalam kitab An Nihayah Al Fitan wal Malahim, “Nampaknya –wallahu a’lam- mereka adalah bangsa Turk yang menjadi penolong Dajjal nantinya.” Terdapat juga hadis yang menunjukkan pula bahawa pengikut Dajjal adalah terdiri daripada golongan bukan Arab. Ini dapat kita lihat dari dua riwayat berikut: 1. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kamu sekalian memerangi satu kaum yang sandal-sandal mereka terbuat daripada bulu, dan kamu sekalian memerangi bangsa Turk yang bermata sepet, berwajah merah, hidungnya pesek, wajahwajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3587) 2. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi bangsa Turk, iaitu kaum di mana wajah-wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit, mereka memakai (pakaian) yang terbuat daripada bulu dan berjalan (dengan sandal) yang terbuat daripada bulu” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2912)


232 Namun pengikut Dajjal juga ada yang berasal daripada bangsa Arab seperti yang dinyatakan dalam hadis sebelum ini. Ini kerana akibat kebodohan yang menimpa mereka. Kesimpulan: 1. Kewujudan orang Yahudi di Iran pada ketika ini yang mana mereka semua berasal dari Isfahan dianggarkan seramai 30,000 orang. Dalam hadis disebutkan jumlah mereka sampai 70000, maka akan terjadilah di akhir zaman nanti. 2. Pakaian at-thayalisah ini masih terus dipakai oleh Yahudi Isfahan di Iran hingga ke waktu ini, sedangkan Nabi Muhammad SAW tidak pernah pergi ke Isfahan dan bertemu dengan mereka, namun itu adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Baginda Nabi SAW. 3. Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang. Seramai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel (negara Palestin yang dirampas). Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.


233 HADIS 39 DAJJAL MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad, telah menceritakan kepada kami Abdul Razzaq, telah mengkhabarkan kepada kami Ma’mar, daripada Hammam, daripada Abu Hurairah RA katanya: Nabi SAW bersabda; “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang. Terjadi peperangan besar antara keduanya padahal mereka mendakwa berlaku hanya satu peperangan. Dan tidak akan terjadi kiamat sehingga dibangkitkan ‘dajjal-dajjal’ pendusta yang jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahawa mereka adalah utusan Allah SWT.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3609 dan Muslim: 1473)


234 Keterangan: Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga beberapa kelompok daripada umatku mengikuti kaum musyrikin dan sehingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada pada umatku tiga puluh orang pendusta, semuanya mengaku bahawa dia adalah seorang nabi, padahal aku adalah penutup para nabi, tidak ada nabi setelahku. (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2219) Status: Hadis Hasan Sahih Dajjal akan mempunyai ramai pengikut hari demi hari. Dalam buku Al-Mausu’ah fil Fitan wal Malahim wa Asyrati as-Saa’h174, Dr. Muhammad Ahmad al-Mubayyadh menyatakan bahawa berdasarkan nas-nas yang ada, terdapat 10 golongan pengikut Dajjal pada akhir zaman. Mereka ialah: Golongan Pertama: Orang Yahudi Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa suatu ketika nanti Dajjal ahli neraka akan diikuti oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi dari Ashbahan (sekarang dikenali sebagai wilayah Iran) yang memakai baju tebal berjahit. (Hadis Riwayat Muslim, No. 2944) Hadis ini bukan bermaksud untuk menunjukkan bilangan banyak dari segi had jumlah ramainya pengikut Dajjal tetapi ia hendak menunjukkan bahawa betapa banyaknya pengikut Dajjal ahli neraka pada waktu itu dan tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Jika di Ashbahan sahaja pengikutnya sebanyak itu, apalagi di wilayahwilayah lainnya. Dajjal juga diberikan kemampuan luar biasa untuk mengelilingi dunia dan memasuki semua tempat dalam waktu yang begitu singkat kecuali Mekah dan Madinah kerana kedua-dua tempat ini dijaga oleh malaikat.


235 Golongan Kedua: Al-Khawarij Golongan al-Khawarij adalah satu golongan dalam tubuh umat Islam. Mereka tidak sekadar pandai membaca al-Quran tetapi juga memahaminya. Sayangnya, mereka tidak mengamalkan isi Kitab Suci tersebut seperti yang diajarkan Nabi SAW. Mereka juga berlebihlebihan dalam beribadah. Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari berkata: “(Golongan al-Khawarij) itu dahulu digelar al-Qurra’ disebabkan oleh kerajinan mereka dalam membaca al-Quran dan beribadah. Kecuali mereka mentakwilkan al-Quran dengan apa yang tidak dimaksudkan dengannya. Taksub dengan pemikiran mereka dan berlebih-lebihan dalam zuhud, khusyuk dan selainnya.” Sehingga Nabi SAW pun menyebut ibadah yang dilakukan para sahabat tidak ada apa-apanya jika dibandingkan mereka. “Sesungguhnya di antara umatku ada orang-orang yang membaca al-Quran, tapi tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Mereka keluar daripada Islam secepat anak panah melesat dari busurnya. Sungguh, jika aku mendapati mereka, pasti aku akan bunuh mereka seperti (Nabi Hud) membunuh kaum ‘Aad,” (Hadis Riwayat Muslim, No. 1762) Dalam hadis yang lain menceritakan bahawa golongan ini akan bersama-sama dengan Dajjal sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan muncul sekelompok manusia dari arah timur, yang membaca alQuran, tapi tidak melewati tenggorokan (kerongkong) mereka. Tiap kali generasi mereka putus, muncul generasi berikutnya hingga generasi akhir mereka akan bersama Dajjal,” (Hadis Riwayat Ahmad, 19808) Status: Hadis Dhaif


236 Daripada hadis tersebut dapatlah disimpulkan bahawa salah satu pengikut Dajjal adalah al-Khawarij. Ini memberi satu gambaran umum bagi orang-orang yang dungu dan jahil dalam memahami ajaran-ajaran Islam yang sebenar Mereka hanya memahami Islam dari sudut lahiriahnya sahaja. Mereka juga mudah mengkafirkan orang yang berbeza pandangan dan amalan tanpa didasari kefahaman ilmu. Sikap sedemikian menzahirkan ‘kepandiran’ mereka dan golongan ini kelak akan menjadi pengikut setia Dajjal. Golongan Ketiga: Pelaku Bid’ah Dan Kesesatan Terdapat segelintir masyarakat Islam yang berpendapat bahawa tidak mengapa jika berpegang dengan fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ini kerana, berpegang dengan fahaman selain Ahli Sunnah Wal-Jamaah, bukan bermakna keluar daripada agama Islam, tetapi ia sekadar fahaman yang berbeza dengan pegangan umat Islam majoriti. Justeru, tidak mengapa seseorang berpegang dengan fahaman Syiah175 atau al-Khawarij176, Mu’tazilah atau Jabbariyyah177 atau Qadariyyah178 atau yang seumpama dengannya kerana ia bukan bermakna murtad daripada agama Islam. Adakah ini pendirian yang tepat? Dalam konteks Malaysia, golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dihukumkan sebagai sesat sepertimana yang dinyatakan dalam Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia179. Ini sebagaimana takrifan ajaran sesat yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti berikut: “Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orangorang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah (iaitu hadis sahih) serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.” Allah SWT melarang hamba-hambaNya melakukan kezaliman dengan membuat kedustaan terhadapNya sepertimana yang dinukilkan dalam al-Quran:


237 Maksudnya: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahipun kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah.” Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakrat’ul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya.” (Al-An’am: 93)


238 Hudzaifah RA pernah mendengar sabda Nabi SAW: “Bahawa setiap umat ada Majusinya, sementara Majusi umat ini adalah mereka yang tidak percaya takdir. Kalau berjumpa dengan orang seperti ini, Nabi SAW melarang untuk menghadiri jenazahnya dan dilarang menziarahi mereka ketika sakit kerana mereka adalah pengikut Dajjal ahli neraka. (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4691) Status: Hadis Hasan Hadis ini menggambarkan secara tersirat bahawa kelak pengikut Dajjal ahli neraka adalah orang-orang yang suka melakukan bid’ah (baik secara akidah mahupun ibadah) dan suka mengerjakan kesesatan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya tiaptiap umat ada Majusinya, dan Majusi umatku adalah orangorang yang mengatakan tidak ada takdir. Jika mereka sakit, maka jangan dijenguk, dan jika meninggal dunia jangan disaksikan jenazahnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim, No. 339) Status: Hadis Hasan Dalam Manaqib al-Syafi’ie180 Al-Buwaiti (murid Imam alSyafi’ie) mengatakan, aku bertanya kepada Imam al-Syafi’ie, “Adakah harus aku solat di belakang seorang Rafidhi (Syiah)? Beliau menjawab: Jangan kamu solat di belakang seorang Rafidhi, tidak juga Qadari, tidak juga Murji’. Aku berkata: Sifatkan mereka itu kepada kami. Beliau menjawab: Sesiapa yang mengatakan iman itu dengan perkataan (sahaja) maka dia adalah Murji’. Sesiapa yang mengatakan bahawa Abu Bakar dan Umar kedua-duanya bukan imam maka dia Rafidhi. Dan sesiapa yang menjadikan kehendak (masyi’ah) kembali kepada dirinya sendiri maka dia Qadari.” Al-Syaukani dalam kitab Fath al-Qadir181 berkata, “Dan kadangkadang kebinasaan mengikut hawa nafsu golongan bid’ah lebih bahaya ke atas agama ini (Islam) berbanding mengikut hawa nafsu agama


239 lain. Ini kerana golongan bid’ah mereka bersandar kepada Islam, menzahirkan kepada manusia bahawa mereka memenangkan agama dan mengikutinya dengan baik. Padahal mereka adalah sebaliknya dan bertentangan dengan apa yang sebenarnya, mereka berterusan membawa orang yang cenderung kepada hawa nafsu mereka daripada satu bid’ah ke satu bid’ah, mendorongnya daripada melakukan satu penyelewengan ke satu penyelewengan, sehingga mengeluarkannya daripada agama, sedangkan dia menyangka bahawa dia berada dalam kebenaran dan jalan yang dilaluinya adalah jalan yang lurus.” Dinukilkan daripada kitab al-Adab al-Syar’iyyah182, berkata Abu ‘Ali al-Mufadhdhal al-Bajali: “Aku telah menemui Imam Ahmad bin Hanbal, lalu telah datang kepadanya pesuruh khalifah bertanya tentang hukum meminta bantuan dengan golongan bid’ah. Imam Ahmad menjawab: Tidak boleh meminta pertolongan mereka. Lalu ditanya: Boleh minta pertolongan Yahudi dan Nasrani, tapi tidak boleh meminta pertolongan mereka (ahli bid’ah)? Jawab Imam Ahmad: Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak menyeru kepada agama mereka, sedangkan golongan bid’ah menyeru (kepada ajaran mereka).” Golongan Keempat: Para Wanita Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sampaisampai ada seorang yang pergi ke isterinya, ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan makciknya kemudian mengikatnya kerana khuatir keluar menuju Dajjal.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 5353) Status: Hadis Hasan Hadis di atas perlu dibaca bersama hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang menyatakan bagaimana kaum wanita boleh menjadi ramai sepertimana sabda


240 Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu adalah; diangkat ilmu agama, tersebar kejahilan terhadap agama, arak diminum secara berleluasa, dan zahirnya zina (dilakukan secara terangterangan).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 81 dan Muslim, No. 2671) Hadis ini sama sekali bukan bermaksud merendahkan wanita. Menurut Dr. Mubayyadh, ramai dalam kalangan wanita yang mengikut Dajjal kerana mudah tergoda dengan nikmat dunia dan mereka tidak menggunakan akal atau berfikir secara rasional sebagaimana kaum lelaki. Sementara itu, fitnah Dajjal yang paling menggoda ialah apabila dia boleh menjadikan api diperlihatkan menjadi air, sebaliknya air diperlihatkan bagai api dan berbagai fitnah lainnya sangat sukar untuk dilawan sekiranya tidak dibentengi keimanan. Golongan Kelima: Syaitan Dalam hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash RA, disebutkan sabda Nabi SAW: ، َ َ ِ اطني ي َ ِ ش ر ْ َح ْ ِ ف ال َّ ِن َ : إ َال َ ِ اص، ق ع ْ ِ ال ْن ِو ب ر ْ م َ ِ ع ْن اهلل ب ِد ِ ْ ب َ ْ ع َن ع ا ً ْآن ر ُ َّ ِاس ق َ ع ََ انل أ َ ر ْ ق َ ت َ َ ، ف ُج ر ْ َ ْ ت ن َ ُ أ ُ ِوشك ُ ، ي َان م ْ ي َ ل ُ َا س ه َ ق َ ث ْ و َ ً، أ ة َ ُون ْج َس م Maksudnya: “Bahawa di laut ada syaitan–syaitan yang dipenjara oleh Nabi Sulaiman AS yang kelak akan keluar membacakan sesuatu kepada manusia.., (Hadis Riwayat Muslim, No. 7)


241 Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).” (Sad: 37) Kemungkinan keluarnya syaitan-syaitan ini adalah menjelang atau ketika waktu Dajjal itu muncul. Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa kelak syaitan-syaitan akan berjalan di depan Dajjal yang menyerukan fitnahnya di pelbagai negeri dan kota yang dimasuki Dajjal. Golongan Keenam: Tukang Sihir Berdasarkan penelitian Dr. Mubayyadh, di sebahagian riwayat ada yang menunjukkan bahawa tukang sihir (dukun dan seumpamanya) kelak akan menjadi pengikut Dajjal. Mereka berjalan di hadapan Dajjal dengan kebohongan dan kedustaan yang dibuatbuat untuk menyebarkan fitnah Dajjal ahli neraka. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fatawa al-Mu’asirah183 berkata: Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir. Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis daripada syirik kepada Allah SWT kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain Allah SWT.


242 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 5957) Golongan Ketujuh: Pengikut Hawa Nafsu (Ahlul Hawa’) Pengikut Dajjal yang lain adalah mereka yang tahu bahawa Dajjal itu dusta, namun mereka tiada kekuatan untuk bersabar menahan fitnahnya dan akhirnya mereka termakan juga dengan tipu daya Dajjal. Abu Nu’aim meriwayatkan dari Ubaid bin Umar al-Laitsi bahawa ketika keluarnya Dajjal, salah satu yang mengikutinya adalah orang-orang yang mengetahui bahawa Dajjal adalah kafir tetapi mereka tetap mengikutinya kerana ingin mendapatkan makanan serta keperluan lain. Namun ketika turunnya kemurkaan Allah SWT, maka mereka juga terkena tempiasnya. Firman Allah SWT: Maksudnya: “...Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.” (Al-An’am: 119)


243 Maksudnya: “...dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).” (Al-Qasas: 50) Golongan Kelapan: Berdusta/Berbohong Bukan Sifat Seorang Muslim Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang mencela sikap suka berdusta antaranya: 1. Allah SWT mengutuk orang yang banyak berbohong: Maksudnya: “Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,” (Adh-Dhariyat: 10) 2. Seksa yang pedih di neraka disediakan untuk para pendusta:


244 Maksudnya: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah SWT tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah: 10) 3. Orang yang banyak berdusta akan ditimpa kecelakaan: Maksudnya: “Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa,” (Al-Jathiya: 7) Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu selalu melakukan perkara yang benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama mana orang yang melakukan perkara yang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa


245 kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6094 & Muslim, No. 2607) Dusta adalah satu ciri orang munafik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diberi amanah dia khianati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 33 & Muslim, No. 59) Berdusta bukanlah sifat seorang Mukmin: “Seorang mukmin mempunyai tabiat atas segala sifat aib kecuali khianat dan dusta. (Hadis Riwayat Ahmad, No. 252) Status: Hadis Dhaif Golongan Kesembilan: Namimah/Adu Domba Antara maksiat melalui lisan ialah namimah. Maksud namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan dalam kalangan manusia. Imam anNawawi (676H) dalam kitabnya Syarah Nawawi untuk Shahih Muslim184 mengatakan bahawa: “Para ulama mendefinisikan namimah sebagai menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan di antara mereka.” Adu domba atau namimah merupakan sebuah perbuatan yang sangat tercela kerana tujuan daripada adu domba itu ialah untuk menyebarluaskan berita yang tidak benar (fitnah) agar individu atau masyarakat Muslim saling tidak menyukai satu sama lain dan akhirnya terjadi pertikaian dan peperangan. Dengan kata lain, adu domba merupakan suatu perbuatan yang direka-reka yang sengaja dilakukan untuk merosak, memfitnah, atau menghancurkan orang lain serta merupakan pemicu terjadinya permusuhan. Hal ini sangat bertentangan


246 dengan syari’at Islam, di mana tujuan bermasyarakat dalam Islam ialah membangun individu dan masyarakat yang berlandaskan iman dan takwa serta peribadi yang sahih yang terikat dalam jalinan cinta dan kasih sayang serta keramahan antara sesama. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak dapat masuk syurga seorang yang gemar mengadu domba.” (Muttafaqun ‘Alayh; al-Bukhari, No. 6056 & Muslim, No. 105) Allah SWT berfirman: Maksudnya: 10. “Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), 11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai),” (Al-Qalam: 10-11) Apabila seseorang itu memilih sikap untuk tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh golongan manusia yang jenis nammam (pembawa mulut) kerana membawa mulut itu adalah orang fasiq yang melakukan maksiat. Maka jangan benarkan diri kita mempercayai orang seperti itu. Golongan Kesepuluh: ‘Ashabiyyah/Fanatisme Kumpulan Menurut Ibn Manzhur dalam kitab Lisan al-‘Arab185 menyatakan: “Ashabiyyah/fanatisme adalah ajakan seseorang untuk membela keluarga tidak peduli sama ada keluarganya berlaku zalim ataupun tidak dan tidak peduli daripada siapa pun yang menyerang mereka.” Menurutnya, penggunaan kata ‘ashabiyyah dalam hadis tersebut


247 identik (tidak berbeza sedikit pun) dengan orang yang menolong kaumnya sedangkan mereka melakukan kezaliman. Islam amat melarang keras sikap ‘ashabiyyah kelompok dan membanggabanggakan kelompoknya kerana Islam itu adalah satu. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jundab bin Abdullah Al-Bajaliy RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa terbunuh kerana membela bendera kefanatikan yang menyeru kepada kebangsaan atau mendukungnya, maka matinya seperti mati Jahiliyyah186.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 3440) Jubair bin Muta’im RA, Rasulullah SAW bersabda: ْ َس ي َ ل َ ٍة، و َّ ِي َ ب َص َ ع ََ ع ل َ َات ْ ق َن َّا م ْ َس ِ من ي َ ل َ ٍة، و َّ ِي َ ب َص َ ع ِل َ إ َع ْ د َن َّا م ْ َس ِ من ي َ ل ٍة َّ ِي َ ب َص َ ع ََ ع َات ْ م َن َّا م ِمن Maksudnya: “Bukan termasuk umatku siapa saja yang menyeru orang pada ‘ashabiyyah, bukan daripada golongan kami orang yang berperang kerana ‘ashabiyyah, dan bukan daripada golongan kami orang yang mati kerana ‘ashabiyyah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 5121) Status: Hadis Dhaif Maksudnya: “...maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.” (An-Najm: 32)


248 Maksudnya: “…Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masingmasing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu).” (Ar-Rum: 32) Maksudnya: “Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku daripada api, sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.” (Sad: 76) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,: “Tiga perkara berasal daripada iman: 1. Tidak mengkafirkan orang yang mengucapkan “Laailaaha illallah” kerana suatu dosa yang dilakukannya atau mengeluarkannya daripada Islam kerana sesuatu perbuatan. 2. Jihad akan terus berlangsung semenjak Allah SAW mengutusku sampai pada saat yang terakhir daripada umat ini memerangi Dajjal tidak dapat diubah oleh kezaliman seorang zalim atau keadilan seorang yang adil.


249 3. Beriman kepada takdir-takdir.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 2532) Status: Hadis Dhaif Kesimpulan: 1. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang akan dihadapi oleh umat Islam di muka bumi. Fitnah Dajjal menjadi isyarat akhir dunia, sebab merupakan ujian akhir bagi seluruh penduduk bumi di akhir zaman. 2. Dajjal merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang menjadi salah satu petanda akan segera tibanya hari penghancuran di alam semesta. Ia akan senantiasa memperdaya manusia dengan fitnah-fitnah yang menjerumuskan serta mengikis keimanan seseorang kepada Allah SWT. 3. Demikianlah maklumat-maklumat mengenai sepuluh golongan yang akan menjadi pengikut Dajjal menjelang hari kiamat nanti. Sebagai umat Islam kita harus senantiasa berwaspada agar kita tidak terjerumus dan menjadi salah seorang daripada pengikut-pengikut Dajjal yang membawa kesesatan ketika tiba hari kiamat.


250 HADIS 40 SIFAT-SIFAT DAJJAL Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami Al Laits daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab daripada Salim daripada ‘Abdullah bin Umar, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku tidur, aku bermimpi thawaf di Kaabah, tidak tahunya ada seseorang yang rambutnya lurus, kepalanya menitiskan atau mengalirkan air. Maka saya bertanya; “Siapakah ini?” Mereka mengatakan; “Ini adalah Isa bin Maryam.” Kemudian aku menoleh, tidak tahunya


251 ada seseorang yang berbadan besar, warnanya kemerahmerahan, rambutnya keriting, matanya buta sebelah kanan, seolah-olah matanya anggur yang terjuntai (tersembul keluar). Mereka menjelaskan; “Sedang ini adalah Dajjal, manusia yang paling mirip dengannya adalah Ibnu Qaththan, lelaki daripada Bani Khuza’ah.” (Muttafaqun ‘Alayh. Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6595 & Muslim, No. 250) Keterangan: Berikut adalah hadis-hadis yang menceritakan tentang sifat-sifat Dajjal secara terperinci: 1. Daripada Ibn Umar RA, bahawa Rasulullah SAW menceritakan Dajjal berada di tengah-tengah manusia, lalu beliau bersabda: َّ ن َ أ َ َ ، ك ْن ُم ْ ِ ال ْ َي ع ْ ُ ال َر و ْ ع َ َ أ َّال َّج َ ادل ِسيح َ م ْ َّ ال ِن َال إ َ، أ َر و ْ ع َ أ ِ ْ َس ب ي َ َ ل َّ اهلل ِن إ ٌ ة َ َ ِافي ٌ ط ة َ ب َ ُ ِ عن ه َ ن ْ ي َ ع Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak buta sebelah, dan ketahuilah sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah buta mata sebelah kanannya. Matanya bagaikan anggur yang terjuntai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3184) 2. Dalam satu hadis yang panjang diriwayatkan daripada Nawwas ibn Sam’an RA, beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut dalam menyifatkan Dajjal dalam sabdanya: ٍ َ ن ط َ ِ ق ْن َّى ب ز ُ ع ْ ِد ال ْ ب َ ِع ب ُ ه ُ ه ِّ ب َ ش ُ ِّ أ ن َ أ َ ٌ، ك ة َ ِئ َ اف ُ ط ه ُ ن ْ ي َ ع ٌ َ ط ط َ ٌّ ق َ اب ُ ش ه َّ ِن إ


252 Maksudnya: “Sesungguhnya dia (Dajjal) itu ialah seorang pemuda, yang rambutnya keriting, matanya menonjol ke depan. Aku perumpamakan dia dengan Abdul ‘Uzza Ibni Qathn.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 7560) Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah menceritakan mengenai Dajjal kepada kamu hingga aku khuatir kamu tidak lagi mampu memahaminya. Sesungguhnya Masih al-Dajjal itu seorang lelaki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah matanya, tidak terlalu tersembul dan tidak pula terlalu tenggelam. Jika kamu merasa bingung, ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta’ala tidak buta sebelah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4320 dan Ahmad, No. 2344) Status: Hadis Sahih 3. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:


253 Maksudnya: “Adapun Masih al-Dhalalah (Dajjal), maka sesungguhnya dia buta sebelah matanya, dahinya lebar, dadanya bidang dan badannya agak bongkok.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 7892) Status: Hadis Hasan 4. Daripada Huzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda: ُ ه ُ َار ن َ ٌ ، ف َار ن َ و ٌ ة َّ ن َ ُ ج ه َ ع َ ِ ، م ر َ ع َّ ُ الش َال ف ُ ُس ْ َى ، ج ي ْ ِ ال ْ َي ع ْ ُ ال َر و ْ ع َ ُ أ َّال َّج ادل ٌ َار ن ُ ه ُ ت َّ ن َ َج و ٌ ة َّ ن َ ج Maksudnya: “Dajjal itu cacat matanya yang kiri, kerinting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya ialah syurga dan syurganya ialah neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2934) 5. Daripada Ibnu Abbas RA daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “(Dajjal) buta sebelah, putih dan berkilau, seolah kepalanya adalah (kepala) ular, dan (dia) adalah orang yang paling mirip dengan Abdul Uzza bin Qathan. Jika dia itu celaka dan sesat, maka ketahuilah bahawa Tuhan kamu sekalian tidaklah buta sebelah.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 2148) Status: Hadis Sahih Lighairihi186


254 6. Daripada Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Di antara kedua matanya tertulis perkataan KAFIR yang (tulisan tersebut) mampu dibaca oleh orang yang membenci perbuatannya atau mampu dibaca oleh setiap orang Mukmin.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 169) 7. Dalam hadis diceritakan mengenai Dajjal bahawa dia tidak memiliki keturunan. Daripada Ibn Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: ُ َ ُ ل َ ول ُ َ ي ُ ل ه َّ ِن إ Maksudnya: “Dajjal itu mandul.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2927)


255 Kesimpulan: 1. Kini kita telah berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan alSunnah. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah (ujian) yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita. 2. Amalkanlah doa yang Rasulullah SAW ajarkan kepada umatnya: ْ ِمن َ ِ، و ْ َب ق ْ ِ اب ال َ َذ ْ ع ِمن َ َ، و م َّ ن َ ه َ ِ اب ج َ َذ ْ ع َ ِ من ِك ب ُ ُوذ ع َ ِّ أ ِن َّ إ ُم الله ال ِ َّ َّج ِس ِيح ادل َ م ْ ِة ال َ ن ْ ِت ْ ش َ ِّ ف ِمن َ َ ِ ات، و م َ م ْ َال َا و ي ْ َح م ْ ِة ال َ ن ْ ِت ، ف Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 588) Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam pertama sepertimana yang disebutkan dalam hadis. 3. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin


256 HADIS 41 TIPU DAYA DAJJAL MENJELANG KIAMAT Maksudnya: Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ishaq al-Hadhrami, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Al-Mukhtar, telah menceritakan kepada kami Ayyub, daripada Humaid bin Hilal, daripada beberapa orang diantaranya Abu Ad-Dahma’ dan Abu Qatadah, mereka berkata: Kami melintasi Hisyam


257 bin Amir untuk menemui Imran bin Hushain. Pada suatu hari dia berkata: Sesungguhnya kamu sekalian melintasiku untuk menemui beberapa orang, mereka tidak lebih sering mendatangi Rasulullah SAW melebihiku dan mereka tidak lebih mengetahui hadis Baginda Nabi SAW melebihiku. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada wujud manusia sejak Adam AS diciptakan sehingga terjadinya kiamat yang lebih besar daripada Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim: No. 5239) Keterangan: Peringatan tentang Dajjal sebenarnya bukanlah hanya disampaikan oleh Rasulullah SAW, bahkan para nabi terdahulu seawal Nabi Nuh AS telah memberi peringatan kepada kaumnya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: ُ ه َ م ْ و َ ٌ ق ُوح َ ن ر َ ذ ْ ن َ ْ أ د َ ُ، لق ه َ م ْ و َ ُ ق ه َ ر َ ذ ْ ن َ َّ أ ٍّ إل َب ِ َ ِ ا من ن َم ُ، و ُوه م ُ ُك ِذر ْ ن ُ َ ِّ ل إن Maksudnya: “Sesungguhnya aku benar-benar telah memperingatkan kamu daripadanya (Dajjal). Tiada seorang nabi pun kecuali dia pasti memperingatkan kaumnya. Sungguh Nuh AS telah memperingatkan kaumnya…” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3337) Mungkin ramai antara kita yang masih tertanya-tanya, kenapa fitnah Dajjal ini merupakan fitnah terbesar yang ada di dunia ini? Sebagaimana disebutkan dalam hadis sebelumnya? Ini adalah kerana Dajjal memiliki ilmu sihir terhebat di dunia dan dialah penghulu kepada seluruh tukang sihir. Dajjal merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang menjadi salah satu tanda akan segera tibanya hari penghancuran di alam


258 semesta. Banyak riwayat menyebutkan bahawa makhluk bermata satu ini menjadi ujian (fitnah) keimanan terbesar kaum Muslimin di dunia. Dia akan sentiasa memperdaya manusia dengan fitnah-fitnah yang menjerumuskan serta mengikis keimanan seseorang kepada Allah SWT. Bahkan Dajjal juga diberikan kemampuan oleh Allah SWT untuk menunjukkan tipu daya sihir yang membuat manusia kagum dan akhirnya menjadi pengikutnya. Dajjal akan menunjukkan sihirnya yang terhebat agar manusia percaya bahawa dia adalah Tuhan. Oleh sebab itu, kita harus sentiasa berwaspada dengan tipu daya sihir Dajjal menjelang hari kiamat nanti. Apakah tipu daya yang dimaksudkan? Antara bentuk tipu daya sihirnya adalah: 1. Membawa air dan api. Tipu daya sihir yang pertama dilakukan oleh Dajjal apabila menjelangnya hari kiamat adalah dia akan membawa air dan api. Ramai manusia yang tertipu dengan sihir tersebut, mereka menyangka bahawa air yang dibawa Dajjal adalah air sebenar, padahal itu adalah api yang membakar. Sepertimana yang dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Uqbah bin Amr berkata pada Hudzaifah RA tidakkah kamu ceritakan kepada kami apa yang kamu dengar daripada Rasulullah SAW. Hudzaifah RA berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jika keluar Dajjal dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat oleh orang-orang itu api maka sesungguhnya itulah air yang dingin, sedangkan apa yang dilihat oleh orangorang itu air yang dingin, maka itulah api yang membakar. Maka barang siapa yang mendapatinya hendaklah masuk kepada apa yang dilihatnya menyerupai api sebab sebenarnya itu adalah air tawar yang dingin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3450 dan Muslim No. 2935) 2. Menyembuhkan buta dan penyakit belang/sopak. Selain


259 melakukan sihir dengan menipu membawa air dan api, ternyata Dajjal juga menipu manusia dengan kemampuan untuk menyembuhkan penyakit buta dan penyakit belang (sopak/ hiperpigmentasi). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dia (Dajjal) mampu menyembuhkan kebutaan, dan penyakit belang-belang.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 20151) Status: Hadis Sahih 3. Mengaku sebagai nabi lalu mengaku Tuhan. Ketika kemunculan Dajjal, dia akan menunjukkan segala kekuasaan dan keajaiban yang dia miliki atas izin Allah SWT. Selepas itu, dia mengaku sebagai seorang nabi. Tidak cukup sampai di situ, Dajjal juga melakukan penipuan dengan menghidupkan orang yang telah mati dan kemudian dirinya mengaku sebagai Tuhan. Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga beberapa kelompok daripada umatku mengikuti kaum musyrikin dan hingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada pada umatku tiga puluh orang pendusta, semuanya mengaku bahawa dia adalah seorang nabi, padahal aku adalah penutup para nabi, tidak ada nabi setelahku.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2219) Status: Hadis Hasan Sahih Dari Abu Umamah Al Bahili Rasulullah SAW bersabda, “Pada awal kemunculannya, dia berkata: “Aku adalah nabi. Padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian dia memuji dirinya sambil berkata: Aku adalah Rabb (Tuhan), padahal kamu sekalian tidak dapat melihat Rabb sehingga mati.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjah, No. 4077) Status: Hadis Dhaif


260 4. Menurunkan hujan dan menyuburkan tanah. Tidak hanya menunjukkan tipuan dan mengaku sebagai nabi serta Tuhan. Dajjal juga akan menyebarkan fitnah besar kepada manusia. Dajjal juga mendakwa yang dia berkuasa untuk memerintahkan langit untuk menurunkan hujan. Selain diberi kuasa untuk menurunkan hujan, Dajjal juga melakukan tipu daya dengan mengaku berkuasa menyuburkan tanah. Padahal itu semua hanyalah tipu daya agar banyak manusia yang kurang kuat imannya untuk percaya kepadanya. Daripada An-Nawas bin Sam’an, Rasulullah SAW bersabda: “Maka Dajjal mendatangi kaum dan menyeru mereka, mereka menerimanya. Dia memerintahkan langit agar menurunkan hujan, lalu langit menurunkan hujan. Dia memerintahkan bumi agar mengeluarkan tumbuhtumbuhan, lalu bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Lalu binatang ternak mereka pergi dengan bonggol yang panjang, perut yang lebar dan kantung susu yang berisi lalu kehancuran datang lalu dia berkata padanya: ‘Keluarkan harta simpananmu.’ Lalu harta simpanannya mengikutinya seperti lebah-lebah jantan.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2937) 5. Memiliki bukit roti dan sungai. Dajjal tidak hanya melakukan tipu daya sihir dengan mengaku berkuasa menurunkan hujan dan menyuburkan tanah, namun ada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Dajjal itu mempunyai bukit roti dan sungai. Hadis daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA, dia berkata: “Seseorang bertanya kepada Nabi tentang Dajjal lalu Nabi SAW bersabda kepadaku: Apa kepentinganmu? Aku menjawab: “Orang-orang berkata bahawa Dajjal mempunyai bukit roti dan sungai air?” Lalu Nabi menjawab: “Itu sangat remeh bagi Allah” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 7122 dan Muslim, No. 2152)


261 6. Menghidupkan manusia yang dibunuhnya serta menyeksa orang beriman. Ketika kemunculannya, Dajjal akan melakukan segala bentuk kejahatan dan kezaliman. Salah satunya adalah dengan cara membunuh kaum Muslimin yang tidak mempercayai bahawa dirinya adalah Tuhan. Namun, setelah membunuh orang tersebut, Dajjal kemudian menghidupkan kembali orang tersebut. Sepertimana yang diriwayatkan dalam hadis Muslim, No. 1815. Rujuk tajuk hadis yang ke-35. 7. Disokong oleh syaitan. Tujuan syaitan memberi bantuan kepada Dajjal adalah untuk memperkukuhkan kedudukannya. Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal kerana bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Nabi Adam AS. Sepertimana hadis daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersama Dajjal Allah akan mengutus syaitan-syaitan yang mengajak berbicara pada manusia” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 14954) Status: Hadis Sahih Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dajjal akan keluar kepada umatku, maka tinggallah penjahat-penjahat manusia dalam kecepatan burung dan jiwa serigala yang tidak mengenal kebaikan dan tidak menolak kemungkaran. Hingga syaitan menyerupai mereka dan berkata kepada mereka: Tidakkah kamu menyambut saya? Mereka menjawab: Apakah yang kau perintahkan kepada kami dengan menyuruh kami menyembah berhala?” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2940) Berikut adalah cara-cara untuk kita berdepan dengan fitnah Dajjal: 1. Berpegang dengan petunjuk daripada al-Quran dan al-Sunnah


262 2. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah dan memperbanyakkan amalan soleh. 3. Beruzlah (menjauhkan diri) daripada fitnah yang berlaku. 4. Menyertai dan sentiasa bersama dengan gerakan islam yang ada pada waktu itu. 5. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT. 6. Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah dan Madinah. 7. Memperbanyakkan zikrullah (berzikir kepada Allah SWT) dan sentiasa ingat kepadaNya berdasarkan hadis di atas. 8. Dajjal dilihat seperti orang beriman dan melakukan syubhat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husain RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mendengar tentang Dajjal maka hendaklah dia menjauh diri daripadanya, kerana demi Allah, sesungguhnya akan ada seseorang lelaki yang mendatanginya dan menyangka Dajjal itu seorang yang beriman lalu dia mengikutinya kerana hebatnya syubhat yang dia bangkitkan, atau kerana syubhat yang dia tebarkan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4319) Status: Hadis Sahih 9. Fitnah Dajjal berlangsung selama 439 hari. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Nawwas bin Sam’an RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, berapa lama Dajjal tinggal di bumi?” Baginda SAW menjawab:


263 “40 hari, sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, dan baki hari lainnya sebagaimana hari-hari biasa kalian.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2937) Kesimpulan: 1. Sungguh dahsyat fitnah Dajjal terhadap manusia dan sesiapa sahaja yang menjadi pengikutnya (barangkali kita pun boleh termasuk akibat kejahilan dan lemahnya iman), maka sudah pasti kita harus mengetahui bagaimanakah cara melepaskan diri daripada fitnah tersebut. 2. Daripada hadis-hadis Nabi SAW di atas, jelaslah bagi kita bahawa Dajjal bukanlah sebuah bentuk pemerintahan dan bukan pula negara tertentu. 3. Kita wajib mengimani adanya Dajjal yang akan keluar nanti di akhir zaman sebagaimana yang telah disampaikan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mudahmudahan Allah SWT melindungi kita, keluarga dan masyarakat kita dari fitnah Dajjal. 4. Terdapat banyak lagi tipu daya Dajjal yang disebut dalam hadis, namun cukuplah kita ambil pengajaran dahulu daripada sembilan tipu daya Dajjal ini. Persoalannya, mampukah kita terselamat kita daripada tipu daya Dajjal ini? Sedangkan dengan tipu daya, fitnah dan propaganda melalui media sosial dan media elektronik pun sudah ramai antara kita yang tertipu?


264 5. Perbanyakkanlah berdoa seperti yang diajar Rasulullah SAW yang bermaksud: ْ ِمن َ ِ، و َّار ِ اب انل َ َذ ْ ع ِمن َ ِ، و ْ َب ِ اب الق َ َذ ْ ع َ ِ من ِك ب ُ ُوذ ع َ ِّ أ ِن َّ إ ُم ه َّ الل ال ِ َّ َّج ِس ِيح ادل َ ِة الم َ ن ْ ِت ْ ف ِمن َ َ ِ ات، و م َ َالم َا و ي ْ َح ِة الم َ ن ْ ِت ،ف Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur, dan daripada azab neraka, dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah Dajjal.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1377 dan Muslim, No. 589)


265 HADIS 42 HARI KIAMAT JARAKNYA SEPERTI DUA JARI Maksudnya: Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad alJu’fi, telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, daripada Qatadah dan Abu Thayyah, daripada Anas, daripada Nabi SAW bersabda, “Aku diutus dan jarak antara aku dan kiamat bagai dua ini.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6504 & Muslim, No. 2951) Keterangan:


266 Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-A’raf: 187) Ayat ini jelas menunjukan bahawa pengetahuan mengenai waktu terjadinya kiamat hanyalah milik Tuhan. Kiamat akan terjadi secara tiba-tiba dan Rasulullah SAW tidak mengetahui bilakah akan terjadi kiamat. Kiamat adalah salah satu daripada lima kunci keghaiban yang merupakan ilmu Allah SWT yang tersembunyi. Hadis ini adalah sebagai isyarat dekat kerana hampirnya dua jari ini. Ia bermaksud waktu yang berbaki adalah sedikit berbanding usia dunia yang sudah mencapai bilion tahun. Justeru itu, tiadalah sama sesuatu di hadapan ilmu Allah SWT yang menyamakan satu hari di sisiNya, dengan seribu tahun mengikut kiraan kita. Isyarat jari telunjuk dengan jari tengah itu adalah gambaran umur kehidupan di dunia ini hingga hari kiamat. Sedangkan jari telunjuk adalah lamanya waktu mulai dunia ini ada hingga pengutusan Nabi Muhammad SAW. Adapun jarak pengutusan Nabi SAW dengan hari kiamat adalah selisih antara jari tengah dan jari telunjuk. Bandingkanlah umur dunia ini hingga Nabi SAW diutus dengan masa setelah Baginda Nabi SAW diutus hingga hari kiamat. Jika kita bandingkan, waktu terjadinya kiamat itu sangatlah dekat dengan umat Rasulluah SAW. Manusia mungkin merasakan kiamat itu masih sangat lama. Namun


267 itulah pemikiran dan pandangan manusia yang dangkal. Rabb kita dan RasulNya menganggap bahawa kiamat itu semakin dekat. Firman Allah SWT: Maksudnya: “...sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.” (Al-Hajj: 47) Maksudnya: “Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Al-Anbiya’: 1) Maksudnya: 6. Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku), 7. Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku), (Al-Ma’arij: 7)


268 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jarak diutusnya aku dan hari kiamat secara bersamaan, hampir saja dia mendahuluiku.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 22947) Status: Hadis Hasan Li Ghairihi Imam al-Qurtubi RH menyebutkan dalam kitab Al-Jami’ li Ahkam al-Quran: “Satu hari di sisi Tuhan kamu sama seperti seribu tahun mengikut kiraanmu. Ibn Abbas berkata -begitu juga Mujahid-: “Yakni hari-hari yang Allah SWT ciptakan padanya langit dan bumi.” Ikrimah pula berkata: “Yakni hari-hari akhirat.” Ibn Kathir RH dalam kitab Tafsir al-Quran al-‘Azim menyebut: “Iaitu Allah SWT Maha Tinggi, Dia tidak mempercepatkan masa. Sesungguhnya kadar seribu tahun di sisi makhlukNya sama seperti sehari di sisiNya mengikut hukumNya. Ini kerana ilmuNya yang mampu membalas dan berkuasa, sedangkan sesuatu tidak luput daripadaNya sekalipun dia menangguh dan menta’khirkannya.” Tidak ada satu riwayat pun dengan sanad yang sahih daripada Rasulullah SAW yang menerangkan batasan waktu dunia sehingga boleh kita jadikan sebagai rujukan agar diketahui ukuran waktu yang ada sebelum datangnya kiamat. Tentunya waktu yang berbaki ini adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan waktu yang telah berlalu. Justeru, marilah sama-sama kita meningkatkan amalan dan memperbanyakkannya dengan penuh keikhlasan agar kita membawa bekalan sebaik-baiknya di hadapan Allah SWT pada hari akhirat kelak. Benarlah firman Allah SWT:


269 Maksudnya: “... Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepadaKu hai orang-orang yang berakal.” (Al-Baqarah: 197) Kesimpulan: 1. Rasulullah SAW telah memberitahu kita bahawa jarak kehidupan di zaman baginda SAW dengan kiamat adalah antara dua jari sahaja. Jarak yang Rasulullah SAW sebut itu adalah ketika zaman Baginda SAW masih hidup iaitu lebih kurang 1,400 tahun yang lalu. Kalau jarak itu dibandingkan dengan zaman kita sekarang ini sudah tentu makin hampir jaraknya itu. Mungkin tidak sampai satu jari! 2. Gambaran jari tengah itu adalah umur kehidupan di dunia ini hingga hari kiamat. Sedangkan jari telunjuk adalah lamanya waktu mulai dunia ini ada hingga pengutusan Nabi Muhammad SAW. Adapun jarak pengutusan Nabi SAW dengan hari kiamat adalah selisih antara jari tengah dan jari telunjuk. 3. Hidup kita di dunia ini tidaklah lama. Dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara. Berlumbalumbalah beramal ibadah dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. -tamat-


270 RUJUKAN 1 Ibn Majah, Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Rabi’l bin Majah al-Qazwini al-Hafidz (275H), 2011, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. 2 Hadis sahih adalah hadis yang tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya. Hadis sahih adalah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu. Hadis yang bersambung sanadnya, dengan diriwayatkan oleh perawi yang ‘adil (berintegriti dan dipercayai) dan dabit (kekuatan hafazan dan tulisan) daripada perawi yang sepertinya, sehingga ke penghujung atau tidak terputus sanad, tanpa keganjilan (shaz) dan kecacatan (illah). Hukumnya : Status hadis sahih adalah kuat dan wajib beramal dengannya. 3 Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih, 2013, Mushaf Malaysia Rasm Uthmani, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30 Juz), Darul -Fikir, Kuala Lumpur. 4 Haji Wida’ atau Haji Wada’ atau Hajjatul-Wada’ (Bahasa Arab: /Haji Perpisahan) ialah ibadah haji yang dilakukan oleh Muhammad pada bulan Zulhijjah 10 Hijrah. Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya pada haji terakhir ini sebelum wafat. Haji Wida’ adalah satu-satunya ibadah haji yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad selepas dilantik menjadi Rasul. 5 Al-Tirmidzi, Muhammad bin Isa bin Tsaurah bin Musa bin ad-Dhahak, atTirmidzi, Abu Isa (279H), 1975, Sunan al-Tirmidzi, Syarikat Maktabah Wa Matbua’h Mustafa al-Bani al-Halabi-Mesir. 6 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari al-Ja’fi (256H), 2001, Al-Jami’ al-Musnad as-Shahih al-Mukhtasar Min Umuri Rasulillahi SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi = Sahih al-Bukhari, Dar Tawwiqu an-Najah. 7 Muslim, Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Hasan al-Qusyairi an-Nisaburi (261H), 2010, al-Musnad as-Shahih al-Mukhtasar Binaqlin al-A’dli A’n al-A’dli Ila Rasulillahi SAW, Dar Ihya’ at-Turath al-‘Arabi. 8 Ibnu Rajab, Zain ad-Din, Abu al-Faraj, ‘Abd ar-Rahman ibn Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Abi al-Barakat Mas’ud as-Sulami, alBaghdadi, al-Hanbali (795H), Jami’ul Ulum wal Hikam fi Syarah Khamsin Hadisan min Jawami’ al-Kalim, Muasasah al-Risalah Nasyirun, Beirut. 9 Imam Ibn Kathir dalam kitabnya ada menyebut makna Hasan Sahih oleh Imam al-Tirmizi terdapat padanya sedikit kemusykilan kerana menghimpunkan keduanya (iaitu Hasan dan Sahih) dalam satu hadis seperti terdapat satu ketidakpastian. Berikut merupakan beberapa maksud yang telah diberikan oleh para ulama berkaitan definisi


271 atau maksud Hasan Sahih: Hadis Hasan Sahih adalah hadis yang mempunyai dua sanad (jalur) dan satu sanadnya adalah hasan dan satu lagi sanadnya adalah sahih. Hadis Hasan Sahih adalah hadis yang hasan pada matannya (makna) dan sahih pada sanadnya. Hadis Hasan Sahih adalah hadis yang martabatnya atau kedudukannya lebih rendah daripada hadis Sahih tetapi ia lebih tinggi daripada hadis Hasan. [Lihat: al-Ba’ith al-Hathith, 52-53]. Hadis Hasan Sahih adalah disebabkan para ulama berselisih pandangan pada status hadis tersebut sama ada Hasan atau Sahih sekiranya hadis tersebut mempunyai satu sanad. Sekiranya hadis tersebut mempunyai dua sanad (jalur), maka berkemungkinan satu sanadnya hasan dan satu lagi adalah sahih. Hadis Hasan termasuk dalam kategori hadis Sahih dan ia juga boleh dijadikan hujah. 10 Imam Syafie membahagikan bid’ah kepada dua jenis, iaitu bid’ah dipuji dan bid’ah dikeji, iaitu apa yang selari dengan sunnah, maka ia dipuji, manakala perkara yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji. Bid’ah Hasanah/Mahmudah ialah perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW tetapi ia mempunyai dalil yang umum atau tidak bertentangan dengan syarak. 11 Hadis daripada Anas RA tentang mengahwinkan (pendebungaan) kurma. Suatu ketika Nabi SAW melintasi kawasan para sahabatnya yang sedang mengahwinkan kurma. Lalu Baginda SAW bertanya, “Apa yang kamu lakukan ini?” Para sahabat menjawab, “Dengan begini, kurma jadi baik, wahai Rasulullah!” Baginda SAW lalu bersabda, ( ) “Seandainya kamu semua tidak melakukan seperti itu pun, nescaya kurma itu tetaplah bagus.” Setelah Baginda SAW berkata demikian, mereka pun tidak mengahwinkan kurma lagi, namun hasil kurmanya berkurangan. Ketika melihat hasilnya seperti itu, Nabi SAW bertanya, ( ) “Kenapa hasil kurma kamu berkurangan seperti ini?” Kata mereka, “Wahai Rasulullah, Engkau telah berkata kepada kita begini dan begitu…” Kemudian Baginda SAW bersabda, ( ). “Kamu lebih mengetahui urusan duniamu.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2363) 12 Taklid dari segi bahasa adalah meletakkan sesuatu di leher melingkunginya, ini dinamakan qaladah atau kalung. (Lihat Lisan al-‘Arab, 3/367; Mukhtar al-Sihhah, m. 58). Taqlid dari segi istilah seperti yang didefinisi oleh Al-Amidi adalah “satu istilah yang disebut bagi pengamalan yang bersandarkan pendapat orang lain tanpa disertai hujah yang menuntut kewajipan pengamalan tersebut”. (Lihat al-Ihkam, 4/221). Adapun istilah “taklid buta” ialah menerima perkataan atau pendapat seseorang tanpa berdasarkan hujah. Berikut pandangan imam-imam mazhab berkenaan dengan taklid buta: Pertama: Imam Malik bin Anas (mazhab Maliki/guru imam As-Syafie): 1. “Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi SAW).” 2. Sesungguhnya aku ini manusia yang boleh jadi benar dan boleh jadi salah, maka dari itu, bandingkan perkataanku kepada Kitab dan sunnah.” 3. “Tidak tiap-tiap perkataan yang dikatakan oleh seseorang sekalipun dia mempunyai kelebihan harus diturut perkataannya.” Kedua: Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi):


272 1. “Tidak halal bagi seseorang berkata dengan perkataan kami hingga dia mengetahui dari mana kami mengatakannya.” 2. “Haram atas sesiapa yang belum mengetahui dalil fatwaku bahawa dia berfatwa dengan perkataanku.” 3. “Jika perkataanku menyalahi Kitab Allah dan khabar Rasul, maka kamu tinggalkanlah perkataanku itu.” Ketiga: Imam Ahmad bin Hambal (mazhab Hambali/anak murid imam AsSyafie): 1. “Salah satu tanda kekurangan pengertian seseorang ialah bertaqlid kepada orang lain tentang agamanya.” 2. “Janganlah engkau bertaklid kepada seseorang tentang agamamu.” 3. “Hendaklah kamu memerhatikan tentang urusan agamamu kerana sesungguhnya taklid kepada yang lain selain kepada yang maksum (Nabi SAW) itu tercela dan padanya membutakan bagi kecerdikan pandangan.” Keempat: Imam Muhammad bin Idris /Imam Shafie (mazhab As-Shafie): 1. “Apa yang telah aku katakan padahal Nabi SAW sungguh telah menyatakan dengan menyalahi perkataanku, maka apa yang telah sah dari hadis Nabi SAW lebih utama dan janganlah kamu bertaklid kepadaku.” 2. “Tiap-tiap masalah yang sah padanya khabar (hadis) dari Rasulullah SAW dengan menyalahi apa yang telah aku katakan, maka aku akan rujuk (kembali mengikut) kepadanya di waktu aku hidup dan sesudah aku mati.” 3. “Apabila kamu dapati dalam kitabku sesuatu yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW, maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah SAW dan tinggalkanlah perkataanku.” 13 Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Imam Ahmad, Imam al-Tirmidzi dan Imam Ibnu Jarir telah meriwayatkan hadis tentang seorang lelaki yang telah masuk Islam, namanya Adi bin Hatim, tapi dia belum jelas tentang agama Islam kerana baru masuk Islam. Dan apabila dia mendengar ayat ini (At-Taubah: 31), dia berkata bahawa, “Sesungguhnya mereka tidak menyembahnya.” Rasulullah SAW bersabda: “Tidak, sesungguhnya mereka mengharamkan hal yang halal kepada para pengikutnya dan menghalalkan hal yang haram kepada mereka, lalu mereka mengikutinya; yang demikian itulah ibadah mereka kepada orang-orang alim dan rahib-rahib mereka.” Oleh itu, apabila pemuka agama mereka halalkan yang haram dan haramkan yang halal, mereka ikut mereka. Tidakkah itu menjadikan pemuka agama mereka itu sebagai tuhan/rabb? Kerana sepatutnya mengharamkan dan menghalalkan adalah haq Tuhan. Dan kerana mereka mengiyakan apa yang dikatakan oleh ulama dan rahib mereka itu, mereka juga telah kufur. 14 Abu Ishaq al-Shatibi (720-790H/1320-1388M) ialah seorang ulama Sunnah al-Andalus yang bermazhab Maliki. Beliau meninggal dunia di Granada pada tahun 1388M. Nama penuh beliau ialah Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Shatibi alGharnati. Keluarga beliau berketurunan Bani Lakhm. Kuniyah beliau ialah Abu Ishaq, dan nisbah beliau ialah “Al-Lakhmi”, “Al-Gharnati”, “Al-Maliki” dan “Al-Shatibi”. Tarikh dan tempat kelahiran beliau tidak diketahui. Bagaimanapun, salah satu nisbah beliau, “Al-Shatibi”, menunjuk pada kota Xativa, yang menunjukkan bahawa beliau


273 ialah keturunan pendatang dari kota tersebut. 15 As-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim Ibn Musa Al-Syatibi (790 H), 2008, Al-I’etisam, al-Maktabah al-Tijariah al-Kubra, Mesir. 16 Ahli Sunah Waljama’ah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahasa Arab: ) atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau Ahlu alSunnah (Bahasa Arab: ) atau Sunni. Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa berdiri tegak di atas Islam berdasarkan al-Quran dan hadis yang sahih dengan mengikuti pemahaman para sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in. 17 Ada beberapa pendapat daripada para ulama dalam mentakrifkan istilah “Salaf” dan terhadap siapa kata itu sesuai untuk diberikan. Pendapat tersebut terbagi menjadi empat pandangan: 1. Terdapat ulama ada yang membataskan makna “Salaf” hanya kepada para Sahabat Nabi RA.hum sahaja. 2. Ada juga ulama yang berpendapat bahawa “Salaf” adalah para Sahabat Nabi dan Tabi’in (orang yang berguru kepada Sahabat). 3. Ada juga ulama yang berkata bahawa “Salaf” adalah para Sahabat Nabi, Tabi’in, dan Tabi’ut Tabi’in. (Luzumul Jama’ah (hlm: 276-277)). Dan pendapat yang betul dan masyhur, yang mana sebahagian besar ulama Ahlus Sunnah berpendapat adalah pendapat yang ketiga. 4. Apa yang dimaksudkan dengan “Salaf” dari sisi waktu adalah masa utama selama tiga kurun yang telah diberi penyaksian Rasulullah SAW dalam hadis. Mereka itulah yang berada di tiga kurun iaitu para sahabat, Tabi’in dan Tabi’ut Tabi’in. Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada masaku, kemudian manusia yang hidup pada masa berikutnya, kemudian manusia yang hidup pada masa berikutnya.” (HR. Bukhari: 2652, Muslim: 2533) 18 Al-Quran dari sudut bahasa adalah bacaan atau sesuatu yang dibaca berulangulang. Menurut Imam al-Ghazali yang mendefinisikan al-Quran sebagai: “Kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah iaitu Nabi Muhammad SAW, yang tertulis dalam mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa ada sebarang keraguan.” [Lihat al-Mustasfa Min Ilm al-Usul, 1/65]. Para ulama’ juga memberikan definisi al-Qur’an sebagai: “Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya adalah satu ibadah.” [Lihat: Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, 17] 19 Sunnah dari sudut bahasa adalah jalan atau kehidupan sama ada ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Adapun dari sudut istilah pula terbahagi kepada dua antara definisi ahli hadis dan juga ahli usul. Di sisi ahli Hadis: “Sunnah adalah setiap yang


274 disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah, sifat khalqiyyah dan kehidupan Baginda SAW sama ada sebelum perutusan Baginda SAW menjadi rasul.” [Lihat: Qawaid al-Tahdith, 61] 20 Al-Maghrawi Muhammad bin Abd Rahman al-Maghrawi, 2011, Mausu’ah Muwaqif al-Salaf fi al-Aqidah wa al-Manhaj wa al-Tarbiyah, Jld. 10, Hlm. 135. 21 Al-Baghdadi, al-Imam al-Hafidz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit al-Khatib al-Baghdadi, al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Dar Ibn Hazm, Beirut, Jld. 1, Hlm. 389. 22 Fudhail bin Iyadh RA berkata, “Barang siapa yang duduk bersama Ahlul Bid’ah, berhati-hatilah daripadanya. Barang siapa duduk bersama Ahlul Bid’ah, dia tidak akan diberi hikmah (kebijaksanaan). Aku menginginkan supaya ada benteng penghadang daripada besi yang memisahkan aku dengan Ahlul Bid’ah.” Beliau RA juga berkata, “Aku bertemu orang-orang terbaik -mereka semua adalah Ahlus Sunnah- semuanya melarang bergaul dengan Ahlul Bid’ah.” 23 Ibnu Manzhur RH dalam kamusnya Lisanul ‘Arab menyatakan: Maksudnya: “Al-Wail dikatakan kepada orang yang terjerumus dalam kebinasaan” “Perkataan (wailun) perlu dilihat kepada (siyaq ialah perkara yang menunjukkan maksud perbicaraan/pertuturan) ayat kerana ianya bukan bermakna zamm (maki hamun) semata-mata.” Kata dasar wail sebenarnya wai li fulan [ ] yang bermaksud kesedihan bagi si fulan. Kemudian bila banyaknya penggunaan, huruf Lam ( ) termasuk dalam perkataan [ ].” Yang dimaksudkan dengan perkataan “ ” dalam banyak hadis sahih adalah “sungguh kasihan”. Kesimpulan daripada maksud ialah:- [1] Azab dan kebinasaan. [2] Seksaan yang sangat berat. [3] Orang ‘Arab guna untuk menyebut orang yang terjerumus ke dalam kebinasaan. [4] Amat malang/sungguh kasihan. 24 Imam al-Sayuthi (849H–911H), dalam bukunya Tadrib al-Rawi menyatakan bahawa: “Apabila ulama-ulama hadis mengatakan, ‘Hadis ini Sahih dan Muttafaq ‘Alaih” atau ‘Hadis ini Muttafaq ‘Ala Shihhatih’, maka maksudnya adalah hadis tersebut diriwayatkan oleh dua imam besar hadis tersebut, Bukhari dan Muslim.” Hadis yang disebut Muttafaq ‘Alaih itu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari sumber yang sama iaitu daripada seorang sahabat Nabi SAW, misalnya Abu Hurairah RA. Jika jalur periwayatan Bukhari berakhir pada Abu Hurairah RA, misalnya. Dan jalur periwayatan Muslim berakhir pada Anas bin Malik RA (Abu Hurairah dan Anas bin Malik sama-sama sahabat Nabi SAW), maka hadis tersebut tidak disebut Muttafaq ‘Alaih, melainkan ‘hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim’.


275 25 Abu Zakaria, Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy (676 H), 1971, Syarah Nawawi ‘Ala Shahih Muslim (Al-Minhaj Syarhu Shohih Muslim ibni Al-Hajjaj), Dar Ihya’ At-Turats Al-‘Arabi, Beirut. 26 Imam Abu Ja’far At-Thabari menerangkan, “Makna kata ‘fasiq’ secara bahasa, dalam dialek masyarakat Arab adalah : keluar daripada sesuatu. Kerana itu, tikus gurun dinamakan fuwaisiqah (Arab: ) kerana dia sering keluar dari tempat persembunyiannya. Demikian pula orang munafik dan orang kafir disebut orang fasiq. Syaikh Utsaimin memberi penjelasan, “Fasiq adalah orang yang keluar dari ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya.” 27 Imam Ahmad, Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad Asy-Syaibani (241H), 2001, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, Muassasah al-Risalah, Beirut. 28 Imam al-Baiquniy menyatakan dalam manzhumahnya -merupakan naskah kecil/saku (matan) pengantar ilmu hadis (musthalah hadits)- dalam memberi definisi hadis Hasan ini adalah seperti berikut: Maksudnya: “Dan (Hadis Hasan) dikenali dengan banyaknya thuruq (jalur). Rijalnya (perawi) tidak semasyhur seperti perawi bagi hadis yang Sahih.” Hadis Hasan juga adalah hadis yang diketahui sumbernya dan dikenali perawiperawinya atau hadis yang bersambung sanadnya oleh perawi yang adil tetapi kurang tahap hafalannya serta terselamat daripada syaz (bersendiri) dan juga ‘illah (kecacatan). [Lihat: ‘Ulum al-Hadith wa Nusus min al-Athar, 124]. 29 Nabi SAW bersabda; “Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu termasuk anak keturunan Nabi Adam, andai kata mereka dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia. Tiada seorang lelaki pun yang mati antara mereka kecuali dia meninggalkan keturunannya yang berjumlah 1,000 orang atau lebih....” (Hadis Riwayat At-Tabrani). 30 Orang Mongol mula muncul di pentas sejarah pada abad ke-12 M. Pada masa itu mereka mula berkembang di bawah pimpinan Genghis Khan. Mereka dikenali sebagai bangsa nomad yang dahagakan pertumpahan darah. Salah satu bukti kekejaman orang Mongol adalah ketika mereka membakar kota Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat peradaban dunia. 31 Al-Khalidi, Solah Abdul Fatah al-Khalidi, 1989, Ma‘a Qisas al-Sabiqin Fi alQur’an, Durus Fi al-Iman wa al-Da‘wah wa al-Jihad, Dar al-Qalam, Dimasyq, Jld. 2, Hlm. 279-282. 32 Al-Alusi berkata: Iaitu mereka mengganas dengan membunuh, merosakkan dan segala bentuk kerosakan terhadap manusia. (Lihat Ruh al-Ma’ani, 16/479). Al-


276 Maraghi berkata: Sebenarnya Ya’juj dan Ma’juj telah melakukan kezaliman di negeri itu dengan melakukan pembunuhan, kehancuran, perampasan makanan dan segala bentuk kerosakan lain. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/4179) 33 Abu Daud, Abu Daud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (276H), 2001, Sunan Abu Daud, Maktabah al-‘Asriyah-Beirut. 34 Major Religions of the World Ranked by Number of Adherents. Adherents.com. 35 The Pew Forum on Religion & Public Life. https://www.pewforum.org/ 36 Sejarah Penjajahan di Tanah Melayu: Tahun 1400M - 1511M: Zaman Kesultanan Melaka (abad ke-13), Tahun 1511M - 1641M: Melaka jatuh ke tangan Portugis, Tahun 1641M - 1824M: Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda, Tahun 1824M - 1942M: dijajah oleh British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda, Tahun 1942M - 1945M: Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun, Tahun 1948M - 1960M: pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya menentang British, Pada 31 Ogos 1957: Tanah Melayu mencapai kemerdekaan melalui rundingan dengan British. 37 Ibn Majah, Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Quzwaini (273H), 1952, Sunan Ibn Majah, Tahqiq: Muhammad Fuad Abd Baqi, Dar Ehya’ al-Kitab al- ’Arabiyah, Beirut. 38 Dalam kitab Mizan al-’Amal, Imam Ghazali menjelaskan beberapa alasan mengapa manusia takut terhadap kematian: Pertama, kerana ia ingin bersenang-senang dan menikmati hidup ini lebih lama lagi. Kedua, dia tidak bersedia untuk berpisah dengan orang-orang yang dicintai, termasuk harta dan kekayaannya yang selama ini dikumpulkannya dengan susah payah. Ketiga, kerana dia tidak tahu bagaimana keadaan dia akan mati nanti. Keempat, kerana dia takut kepada dosa-dosa yang dia lakukan selama ini. 39 Amar makruf dan nahi mungkar (Bahasa Arab: ) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud “mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Mengajak kebaikan ialah mengajak manusia kepada Allah SWT atau mentaati perintah Allah SWT. 40 Imam Malik, Malik bin Anas bin Malik bin Aa’mir al-Ashbahi al-Madani (179H), 1985, Muwattha’ al-Imam Malik, Dar al-Ehya’ at-Turath al-A’rabi-Beirut. 41 Antara ulama-ulama yang telah meninggal dunia: 1. Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD al-Azhar tahun 80, Univ.


277 Zarqa Ahalliah. Tokoh ulama dalam bidang Feqh, Usul Feqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir. Fatwa ‘Am. Terkenal di Jordan. (1940 - 10 Ogos 2012). 2. Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria, PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Tokoh ulama dalam bidang Fatwa Am, Bidang Feqh, Sirah, Tafsir dan lainlain. Mantan Majma’ Feqh. Dekan Kuliah Usuluddin Universiti Dimasyq. Mencapai tahap mujtahid. (1929 - 21 Mac 2013). Karyanya Feqh Sirah Nabawiyyah. 3. Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria, Jordan. Pakar Bidang Hadis. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dan lainlain. (1928 - 27 Oktober 2016) 42 Al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradhawi, 2003, Fi Wada’ al-A’lam, Dar al-Fikr al-Mu’asir lil al-Tiba’ah wa al-Nasyr wa al-Tauzi’, Beirut. 43 Antara nama-nama ulama yang dimuatkan dalam buku Fi Wada’ al-A’lam ini ialah: 1. Profesor Dr. Abdul Karim Zaidan, (1921 - 27 Januari 2014, umur 93 tahun). Beliau juga merupakan Muraqib ‘Am (bekas penasihat umum) bagi gerakan Ikhwan Muslimin di Iraq. Antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi asy-Syari’ah al-Islamiyyah (ensiklopedia Hukumhakam berkaitan Wanita dan Keluarga Muslim sebanyak 11 juzuk) yang mendapat Anugerah Antarabangsa Raja Malik Faisal pada tahun 1997M/1417 H. 2. Syeikh Muhammad Qutb, (26 April 1919 - 4 April 2014, umur 94 tahun). Beliau adalah adik kepada Sayyid Qutb penulis kitab Fi Dzilalil Quran. Antara karya beliau yang terkenal ialah Mafahim Yanbaghi an Tasih (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan/Salah Faham Terhadap Islam). 3. Profesor Dr. Rawwas Qal’ah Ji, (1934 - 2013, umur 79 tahun). Antara karya beliau yang terkenal ialah Mu’jam Lughatil Fuqahaa’ (Kamus Bahasa Para Ulama Feqah). 4. Syeikh Muhammad Hisham Al-Burhani, (1932 - 27 April 2014, umur 82 tahun). Antara karya beliau yang terkenal ialah Ilm Tajwid al-Qur’an. 5. Syeikh Munir Al-Ghadban, (1942 - 1 Jun 2014, umur 71 tahun). Antara karya beliau yang terkenal ialah Tarbiyyah Qiyadiyah (Pendidikan Kepimpinan). 44 Ulama Su’ ialah ahli ilmu atau ilmuwan yang buruk dan jahat. Imam Ghazali memberi beberapa ciri utama bagi mengenali ulama su’ iaitu: 1. Ulama yang menjadikan kedudukan ulamanya sebagai modal untuk mendapatkan harta dunia. 2. Ulama yang dengan kedudukan ulamanya mendekatkan diri kepada pemimpin yang zalim. 3. Begitu mudahnya mereka mengeluarkan fatwa, demi kepentingan dan keuntungan kebendaan atau duniawi. Berikut adalah dalil mengenai ulama su’: 1. Dalam al-Qur’an, Allah SWT menyebutkan kisah seorang yang berilmu (Bala’m bin Baura’) namun diberi gelaran buruk. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 175 - 177.


278 Maksudnya: 175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. 176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. 177. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. 2. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Ingatlah, sehina-hina keburukan adalah keburukan ulama dan sebaikbaik kebaikan adalah kebaikan ulama.” (Hadis Riwayat ad-Darimi, No. 382) Status: Hadis Dhaif 3. Hadis daripada Abu Dzar, sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal? Lalu ada orang yang bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Mereka ialah Ulama Su’ yakni ulama yang jahat.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, No. 21296) Hadis Sahih Lighairih 45 Pujian Para Ulama Terhadap 4 Imam Mazhab Ahlu al-Sunnah Wal Jamaah : 1. Abu Hanifah RH: Imam Syafi’ie RH berkata, “Barang siapa ingin mutabahir (memiliki ilmu seluas lautan) dalam masalah fiqih hendaklah dia belajar kepada Abu Hanifah.” 2. Imam Malik RA: Imam Syafi’ie RH berkata: “Imam Malik adalah Hujjatullah atas


279 makhlukNya setelah para Tabi’in.” 3. Imam Syafi’ie RH: Imam Ahmad RH berkata, “Beliau adalah seorang mujtahid mutlak, imam fiqh, hadis, dan ushul. Beliau mampu memadukan fiqh ahli Iraq dan fiqh ahli Hijaz. “Beliau (Imam Syafi’ie RH) adalah orang yang paling faqih dalam Al-Quran dan As-Sunnah.” 4. Imam Ahmad bin Hanbal RA: Imam Syafi’ie RH puji Imam Ahmad RA berkata, ‘’Aku keluar (meninggalkan) Baghdad, sementara itu tidak aku tinggalkan di kota tersebut orang yang lebih wara, lebih fakih, dan lebih bertakwa daripada Ahmad bin Hanbal RA.’’ 46 Dalam kalangan Muslim dalam melihat ilmu agama, ia ada beberapa kategori: 1. Mempunyai pendidikan agama secara formal. 2. Mempunyai pendidikan agama secara formal, serta mempunyai pembelajaran secara takhassus terhadap sesuatu bidang tradisi ilmu. 3. Tidak mempunyai pendidikan agama secara formal, tetapi mempunyai kebijaksanaan dalam memahami tradisi Pengajian Islam dengan baik. 4. Orang yang tidak mempunyai pendidikan formal, dan tidak ada kebijaksanaan untuk memahami tradisi ilmu . 5. Tidak belajar agama langsung. Mereka beragama secara ikut-ikutan. 47 Hamka, Prof. Dr. Hj. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) (1402H), 2018, Tafsir Al-Azhar, PTS Publishing House, Selangor. 48 Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Hafiz Shihabuddin Abu’l-Fadl Ahmad ibn Ali ibn Muhammad, Fath al-Bari fi Syarah Sahih al-Bukhari, Dar al-Salam, Riyadh. 49 1. Kerajaan lama Iran dikenali sebagai Empayar Parsi atau Parsi sehinggalah pada tahun 1935 di mana Shah Reza mengumumkan nama tempatan Parsi iaitu Iran. Nama Parsi ini diambil dari perkataan Yunani: Persis. Orang Parsi pula menamakan tamadun mereka Iran atau Iranshahr sejak zaman Sassanid. 2. Empayar Byzantine (Rom) adalah empayar yang terkuat selepas Parsi. Empayar Parsi dan Byzantine sering berperang tetapi keputusannya seri. Ternyata keduadua kerajaan itu sama kuat. Tetapi, kedatangan bangsa Arab telah menumbangkan kawasan Empayar Byzantine di Timur Tengah. Empayar Byzantine bermula dari Itali, Bulgaria, Yugoslavia, Romania, Constantinople, Anatolia (Turki) dan beberapa kawasan di Tanah Arab seperti Mesir, Afrika Utara dan Maghribi termasuk Baitul Muqaddis sebelum ditawan tentera Islam. 50 Ilmuwan dan pemimpin yang berfahaman barat: 1. Liberalisme - Kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL) sejak dekad awal 1970-an di Indonesia yang dipelopori Nurcholis Majid bersama rakannya, Johan Efendi dan Ahmad Wahib. 2. Westernisasi- Mustafa Kamal Ataturk (1919-1923)– Presiden Turki berfahaman sekular digelar Bapa Pemodenan Turki. Beliau telah menghapuskan Daulah Khalifah Uthmaniyyah.


280 3. Pluralisme- Abdulaziz Sachedina yang menetap di Amerika merupakan cendekiawan Islam Shi’i yang terawal menyokong dan menjustifikasikan fahaman pluralisme agama dengan al-Quran. Di negara-negara Arab, fahaman pluralisme agama disebarkan oleh beberapa tokoh liberal seperti Nasr Hamid Abu Zaid dan Jamal al-Banna. Abu Zaid mengemukakan konsep agama cinta (religion of love) yang baginya merupakan inti dalam beragama dan asas penting bagi pluralisme dan inklusivisme. Manakala Jamal al-Banna yang beraliran sosialis iaitu saudara kandung kepada Hasan al-Banna telah menegaskan bahawa agama apa pun yang dianut oleh seseorang itu tidak penting, yang paling penting ialah mereka berbuat baik. Menurut Jamal, sesiapa sahaja boleh masuk syurga asalkan mereka orang yang baik. 4. Feminisme- Sisters in Islam, Wafa Sultan, Irshad Manji dan Amina Wadud adalah contoh kumpulan yang berfahaman feminisme. Amina Wadud seorang pensyarah Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University menulis sebuah buku bertajuk ‘Inside the Gender Jihad: Women’s Reform in Islam’ pada tahun 2006. Pada Ogos 1994, beliau pernah menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Beliau juga pernah memimpin solat Jumaat pada 18 Mac 2005 kepada 100 orang lelaki dan perempuan di Gereja Besar Keuskupan St. John the Divine di New York. 51 Umumnya pemikiran liberal ini mempunyai tiga asas iaitu kebebasan, individualisme dan rasionalis. Liberalisme adalah satu fahaman berkenaan kebebasan. Ia mengajarkan tentang kebebasan manusia dalam apa jua hal. Kebebasan beragama, kebebasan berpendapat, kebebasan berperilaku dan kebebasan kepemilikan. Dari liberalisme ini muncullah gerakan-gerakan baru yang mengatasnamakan gerakan memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74 pada 25 – 27 Julai 2006 telah memutuskan gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berpegang kepada konsep pluralisme agama, mendakwa akal manusia adalah wahyu, mempersoalkan metodologi pentafsiran al-Quran dan al-Hadis dan lain-lain. Berdasarkan kepada ciriciri penyelewengan tersebut muzakarah memutuskan bahawa pemikiran liberalisme agama adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam. 52 Westernisasi/Westernization secara umum dan khusus dapat dimaksudkan sebagai proses membaratkan sesebuah negara atau kecenderungan untuk menjadi sama seperti negara Barat dan tidak berpaksikan pada ajaran Islam yang murni. Westernisasi paling mudah dilihat dalam perilaku seseorang yang kebarat-baratan. Kesan yang ditimbulkan daripada Westernisasi salah satunya ialah ia dapat melunturkan rasa nasionalisme seseorang dan menghilangkan jati diri sesuatu bangsa. Selain itu, Westernisasi dapat membunuh kreativiti seseorang akibat peniruan budaya Barat secara berlebihan. 53 Pluralisme agama adalah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti: (a) Kebenaran ada dalam semua agama, dan (b) Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama. Istilah pluralisme agama


Click to View FlipBook Version