81 Ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun dia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Al-A’raaf: 26) Batasan aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Perintah untuk menutup aurat ini diwajibkan ke atas kaum lelaki dan wanita. Firman Allah SWT:
82 Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Ahzab: 59) Rasulullah SAW juga telah memberitahu kepada kita tentang batasan aurat wanita dalam Islam yang diperbolehkan untuk dilihat. Dalam sebuah hadis riwayat Aisyah RA, bahawa kakaknya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah SAW berpaling daripadanya lalu berkata yang bermaksud: “Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tidak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4104) Status: Hadis Hasan Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti bonggol unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium
83 bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya96 . Kesimpulan: 1. Mentaati pemimpin itu adalah perkara yang jelas dalam syariat Islam. Kefasiqan dan kezaliman seorang pemimpin itu tidak menghilangkan akan hak ditaati oleh rakyatnya selagi mana ianya tidak berkait dengan arahan yang bertentangan dengan suruhan agama dan kezaliman itu tidak sehingga mencapai tahap bughah (pemberontak). 2. Taat kepada pemimpin fasiq bukanlah bermaksud tunduk dan senyap terhadap kezaliman yang dilakukan, teguran dan juga nasihat amar makruf nahi mungkar hendaklah berterusan cumanya tidaklah sehingga kepada menjatuhkan pemimpin dengan pemberontakan lalu memberi mudarat besar kepada umat Islam. 3. Jika ada wanita yang berpandangan bahawa dia ingin memperbaiki hatinya dahulu sebelum menutup auratnya, maka fikirkanlah kembali azab yang akan diterima. Sesungguhnya akhlak dan keimanan akan terikut dengan sendirinya jika wanita itu telah menutup auratnya.
84 HADIS 13 HARTA DARIPADA SUMBER HALAL ATAU HARAM Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Adam, telah menceritakan kepada kami Ibn Abi Dzi’bin, telah menceritakan kepada kami Said al-Maqburiy daripada Abu Hurairah RA berkata, bersabda Rasulullah SAW, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana dia memperolehi harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1975) Keterangan: Zaman sekarang merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme (kebendaan). Segala sesuatu adalah dinilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memiliki sebanyak mungkin harta kekayaan dan kuasa. Mereka tidak mempedulikan dari mana
85 dan bagaimana harta dan kuasa itu diperolehi, apakah dari sumber dan cara yang halal atau dari sumber dan cara yang haram. Apa yang penting, harta dan kuasa dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah: 168) Maksudnya: “Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus: 59)
86 Allah SWT telah menjamin rezeki kepada semua hambanya. Manusia, jin, haiwan bahkan tumbuhan semuanya sudah dijamin rezekinya oleh Allah SWT selagi masih bernyawa. Sepertimana firmanNya: Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Hud: 6) Allah SWT telah menjamin rezeki seluruh hambaNya yang bernyawa, namun Allah SWT memberikan jalan kepada hambanya untuk mencapai rezeki yang telah ditakdirkan untuknya. Dalam mencari rezeki manusia boleh memilih antara dua cara; halal atau haram. Baik dengan cara halal ataupun haram manusia mampu mendapatkan harta, namun kedua-dua cara tersebut memiliki kesan dan balasan di dunia dan akhirat. Harta yang diperolehi dengan cara yang halal dan digunakan kepada perkara-perkara yang halal akan menjadi keberkatan kepada seseorang. Jika Allah SWT sudah memberkatinya maka harta tersebut akan mencukupi bahkan boleh berkembang. Sedangkan harta yang didapatkan melalui cara yang haram akan menjadi racun yang suatu ketika akan mencelakakan pemiliknya sama ada cepat ataupun lambat, di dunia ataupun di akhirat.
87 Orang yang memperolehi harta dengan cara haram, hidupnya tidak akan merasakan ketenangan walaupun dia memiliki harta yang melimpah-ruah, dia akan selalu dihantui oleh kekhuatiran dan rasa bersalah. Dan itu adalah hukuman yang paling minimum baginya di dunia dan di akhirat tentulah hukumannya jauh lebih berat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu yang haram maka neraka lebih berhak baginya.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 14441) Status: Hadis Dhaif Harta yang haram akan menjadi penghalang antara seorang hamba dengan Allah SWT. Harta tersebut akan menjadi penghalang dikabulkan doanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian Baginda SAW membaca firman Allah, “Hai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.” Dan firmanNya, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu.” Kemudian Baginda SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa, ‘Wahai Tuhanku wahai Tuhanku.’ Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram dan dia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 65) Mencari harta dengan cara yang haram banyak bentuknya seperti dengan cara mencuri, merompak, mengamalkan rasuah, menipu dalam jual beli, makan hasil riba, sogokan, pengkhianatan dan lain-lain. Dan semuanya tidak akan luput daripada pengadilan Allah
88 SWT di akhirat kelak andai orang yang mencari harta dengan cara haram tidak dihukum daripada pengadilan dunia, dia pasti tidak akan terlepas daripada pengadilan Allah SWT di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Tidak akan bergerak kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai dia ditanya tentang empat perkara; Tentang badannya, untuk apa dia gunakan, tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang hartanya daripada mana dia peroleh dan dalam perkara apa dia belanjakan, dan tentang ilmunya bagaimana dia beramal dengannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2417) Status: Hadis Sahih
89 Kesimpulan: 1. Kita hendaklah berhati-hati dalam mencari rezeki ini. Jangan sampai kita tercebur kepada perkara yang haram seperti memakan makanan yang haram ataupun menjual barang-barang yang haram dan diragukan kehalalannya. 2. Hindarkanlah diri kita daripada memakan makanan yang haram itu kerana orang yang memakan makanan yang haram api neraka lebih utama baginya. 3. Kita wajiblah berhati-hati dalam mencari dan mendapatkan rezeki, apalah gunanya kita mempunyai kekayaan di dunia ini tetapi segala ibadat dan amal bakti kita kepada Allah SWT tidak diredaiNya, disebabkan kita terlalu rakus dalam mencari harta sehingga mencampuradukkan antara yang haq dan bathil.
90 HADIS 14 MEMINUM ARAK SAMBIL DIALUNKAN MUZIK DAN PENYANYI WANITA Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Said dia telah berkata: telah menceritakan kepada kami Ma’n bin Isa daripada Mua’wiyah bin Soleh daripada Hatim bin Huraith daripada Malik bin Abi Maryam daripada Abdul Rahman bin Ghanmin al-Asya’ri daripada Abi Malik Al-Asy’ari RA bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama lain, (mereka
91 meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik serta penyanyi wanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau khinzir.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 688 dan Ibnu Majah, No. 4020) Status: Hadis Sahih Keterangan: Hadis di atas menyatakan bahawa terdapat dalam kalangan orang Islam ini yang meminum khamar (arak) dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’. Dalam kitab Fiqh al-Manhaji97, para penulisnya menjelaskan tentang kedudukan arak dalam Islam. Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak ( ), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Ma’idah: 90)
92 Kemudian menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian penyanyi-penyanyi. Rasulullah SAW menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau khinzir. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Suatu puak daripada umatku pada waktu malamnya makan dan minum serta bermain dan berhibur kemudian pada paginya bertukar menjadi kera dan khinzir. Dan dihantar kepada orang-orang yang hidup dalam kalangan mereka suatu angin yang akan mengubah kejadian mereka sebagaimana telah diubah kejadian orang-orang yang sebelum mereka dengan sebab mereka menghalalkan minum arak dan muzik yang melalaikan dan mendengar mereka akan penyanyi-penyanyi wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 22231) Status: Hadis Dhaif Sangat benar sabdaan Nabi Muhammad SAW ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah SWT. Jikalau golongan ini belum sampai ke peringkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan khinzir tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan khinzir. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sungguh pasti akan terjadi suatu hari pada kalangan umatku kaum yang menghalalkan perzinaan, sutera, minuman keras dan alatalat muzik. Dan pasti akan ada kaum yang pergi ke tepi bukit yang tinggi, lalu para penggembala dengan kambingnya mendatangi mereka, lantas berkata: Kembalilah kepada kami esok hari. Kemudian pada malam harinya Allah membinasakan mereka dan menghempaskan bukit itu ke atas mereka sedang yang lain diubah kejadian mereka menjadi monyet dan khinzir sampai hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5590)
93 Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya98. Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya. Ancaman kepada peminum arak pada hari kiamat kelak ialah balasan yang amat dahsyat selagi mereka tidak mendapat pengampunan dan kemaafan daripada Allah SWT. Ini berdasarkan hadis daripada Jabir RA, sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan ( ). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2002) Empat hikmah di sebalik pengharaman arak. 1. Menjaga agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berzina seorang penzina ketika dia berzina dia dalam keadaan beriman. Tidak meminum arak oleh seseorang ketika meminumnya dia dalam keadaan beriman. Dan tidak mencuri seorang pencuri ketika dia mencuri, berada dalam keadaan beriman.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5578 dan Muslim, No. 100) Orang yang beriman dan patuh pada suruhan agama, dia tidak akan sesekali mencuba mendekati bahkan meminum arak. Arak akan mencemarkan imej dan peribadi seseorang yang beragama Islam.
94 Jelas bahawa Islam melarang umatnya meminum arak. Arak juga akan menjejaskan dan menghalang daripada meningkatnya kualiti solat seseorang. Bayangkan jika seseorang itu solat dalam keadaan mabuk, ia akan menganggu fokus dan menyebabkan kehilangan akal yang waras. Serta terlupa rakaat, tersilap bacaan dan merosakkan solat. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.” (An-Nisa’: 43) 2. Menjaga kesihatan tubuh badan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.” (Al-A’la: 8) Selain itu, arak boleh menyebabkan kerosakan hati99. Penyakit ini lebih banyak menimpa kepada orang yang ketagih arak berbanding orang lain pada kadar 6 atau 8 kali ganda. Bukan itu sahaja, ia juga
95 menyebabkan saluran darah tersekat. Terbuktilah bahawa arak menyebabkan banyak masalah dan penyakit kepada tubuh badan. Oleh itu, pengharaman arak menjadi antara satu langkah awal yang tepat untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada penyakit yang berbahaya. 3. Menjauhi pembaziran. Meminum arak akan menyebabkan banyak kerugian dan pembaziran. Ketagihan yang melampau akan memberi kesan kepada kewangan. Di Britain dianggarkan bahawa kerugian kewangan akibat alkohol dari segi masalah perubatan adalah £640 juta Pound Sterling (RM3.4 trilion) dalam setahun. Kerugian keseluruhan akibat daripada meminum minuman memabukkan dianggarkan sebanyak £20,000 juta Pound Sterling setahun. Manakala kerugian negara Amerika akibat kekurangan produktiviti dan kehilangan pekerjaan akibat minuman arak melebihi USD71 juta dolar setahun100. Inilah hikmahnya mengapa Allah SWT mengharamkan arak. Arak telah menyebabkan pelbagai kesan buruk yang akan menjejaskan sesebuah negara. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui mana yang baik untuk hambaNya. 4. Menjaga keselamatan diri, keluarga dan negara. Akal akan menjadi tidak waras apabila arak diminum dalam jumlah yang tertentu. Disebabkan itu, sesetengah tingkah laku dan perbuatan dilakukan tanpa sedar dan tidak terkawal. Banyak kesan buruk yang akan menimpa keluarga dan masyarakat khususnya. Penderaan isteri dan anak-anak, kes rogol, kes kemalangan yang boleh membawa maut dan pelbagai kesan yang membimbangkan. Menurut hasil kajian101 yang dijalankan di Barat mengatakan bahawa: 1. Satu pertiga daripada kemalangan jalan raya berpunca daripada arak. 2. Satu perlima daripada isu pencabulan seksual atas kanak-kanak adalah disebabkan arak. 3. Satu perdua daripada korban kebakaran adalah disebabkan arak.
96 Oleh itu, janganlah sesekali teringin untuk mencuba minuman yang memabukkan ini. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada si peminum, malah kepada keluarga, masyarakat dan bahkan negara turut menerima tempiasnya. Kesimpulan: 1. Semua minuman yang memabukkan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak faedah dan kelebihannya. Keperluan pengharaman arak bukan sahaja terhad kepada individu yang meminumnya, malahan juga perlu melibatkan individu yang membuat, mengedar, mengimport, menjual dan meluluskan penubuhan kilangnya. Semua yang terlibat dalam urus niaga yang melibatkan arak yang diminum oleh manusia sejagat dikira haram. 2. Majoriti agama besar mengharamkan arak. Malah secara logiknya juga manusia menolak akan kemudaratan terhadap pengambilan arak. Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukannya nescaya senarai keburukannya terlalu banyak untuk disenaraikan. Malah dengan pengambilan arak juga manusia boleh terjebak dengan jenayah yang lain-lain kerana akal mereka sudah tidak stabil lagi. Jika agama-agama selain Islam mengizinkannya, maka ia termasuk dalam kebebasan beragama dan Islam tidak ada masalah dengannya. 3. Mengadakan pesta arak secara terbuka adalah tidak ada kewajarannya dari sudut pendirian yang matang kerana mempromosikan arak itu sendiri adalah satu hal yang tidak bermanfaat. Seseorang Muslim itu diharamkan untuk duduk di dalam majlis yang terdapat padanya hidangan arak. Hal ini bertujuan untuk menzahirkan syiar dan keizzahan (keunggulan) Islam, menjaga maruah dan kehormatan diri, mengelakkan fitnah ke atas diri sendiri, serta menjauhi sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akhlak dan keperibadian seseorang itu.
97 HADIS 15 SEDIKIT ILMU BANYAK KEJAHILAN Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Musaddad dia berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya, daripada Syu’bah, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik RA dia berkata, “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 81 & Muslim, No. 2671)
98 Keterangan: Dalam hadis di atas, Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa antara tanda hampirnya hari kiamat ialah: 1. Sedikit ilmu agama sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “…serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” (Al-A’raaf: 199) Imam al-Qurthubi dalam tafsiran beliau Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi102 ke atas ayat ini berkata: ‘’Pada ayat ini terdapat gesaan untuk seseorang itu mengikat dirinya dengan ilmu, berpaling dari golongan yang dalam kezaliman, mengelakkan diri dari berbantahan dengan golongan sufaha’103 (bodoh), serta menjauhkan diri daripada menyamai golongan yang jahil lagi tidak cerdik.’’ Oleh kerana itu Imam al-Thabari RH dalam kitabnya Al-Jami’ al-Bayan104 berkata: ‘’Ini adalah didikan daripada Allah SWT kepada sekalian ciptaanNya (untuk berpaling) daripada golongan yang menzalimi dan melampaui batas kepada mereka, dan bukannya berpaling daripada golongan yang tidak mengetahui apa yang wajib ke atas dirinya dari hak-hak Allah.” Oleh kerana itu Imam Ahmad ketika menjelaskan niat sebenar yang perlu ada pada diri seseorang dalam proses menuntut ilmu beliau berkata: “Tidak ada yang setanding dengan ilmu bagi mereka yang telah betul niatnya.’’ Lalu ditanyakan: “Bagaimanakah seseorang itu dapat membetulkan niatnya?’’ Kata Imam Ahmad: “Dia berniat untuk mengangkat kejahilan ke atas dirinya dan juga ke atas selainnya.”
99 2. Banyak kejahilan bermaksud kejahilan yang telah dijelaskan oleh para ulama iaitu: Apabila seseorang Mukmin mengaku beriman tetapi masih timbul keraguan dalam dirinya kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor: 1. Jahil - Seseorang yang tidak tahu menahu tentang iman sedikit atau banyak. 2. Syak - Keyakinan 50%, keraguan 50%. 3. Dzan - Keyakinan 75%, keraguan 25%. 4. Waham - Keyakinan 25%, keraguan 75%. Apabila iman seseorang dicampur dengan jahil, syak, dzan atau waham, maka dia belum dapat dikatakan beriman. Lima bahaya penyakit akibat daripada kejahilan: 1. Kejahilan boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT. 2. Kejahilan boleh menyebabkan manusia menjauhi kita. 3. Kejahilan boleh berjangkit. Ini adalah pandangan sebahagian sarjana silam yang melihat bahawa banyak bergaul dengan orang yang bodoh akan menjadikan diri kita seperti mereka.
100 4. Kejahilan boleh menewaskan kita. Saidina Umar al-Khattab RA pernah menasihatkan supaya jangan berdebat dengan orang bodoh kerana dia akan menewaskan kita dengan kejahilannya. 5. Kebodohan itu tidak bertepi. Ibrahim al-Nazzam pula pernah ditanya tentang had atau batas kebodohan. Seorang lelaki bertanya kepada beliau: “Apakah had sesuatu kebodohan itu? Jawab Ibrahim: Sesungguhnya engkau telah bertanya kepadaku sesuatu yang tidak ada had baginya.” Bererti kebodohan itu tiada batas, bodoh terkadang tidak bertepi. Semoga Allah melindungi kita dari kejahilan dan kebodohan. 3. Banyak berlaku perzinaan. Jika dahulu perbuatan itu hanya dilakukan oleh sekelompok orang tertentu, namun hari ini kita menyaksikan bahawa ia telah menjadi menu seharihari kebanyakan orang. Bukan hanya kaum muda saja yang terjerumus dalam kekejian ini, bahkan yang paling mengerikan adalah perbuatan itu juga dilakukan oleh anak-anak yang belum baligh, termasuk remaja. Skalanya bukan hanya di bandar dan hotel berbintang, namun juga bercambah di merata pelosok desa dan tempat-tempat awam. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Isra’: 32) Ibn Kathir RH dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Azim105
101 berkata: Allah SWT melarang para hambaNya daripada perbuatan zina dan menegah daripada mendekatinya. Begitu juga setiap yang membawa kepada zina seperti faktor-faktor dan aspek-aspek yang membawa kepadanya. 4. Sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan. Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11)106. Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki. Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah SWT menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.
102 Kesimpulan: 1. Ilmu amatlah penting dalam kehidupan harian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan mereka. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Ilmu juga membezakan kita (manusia) dengan haiwan. 2. Kita perlu mengubah sikap terhadap ilmu yang memberi manfaat bagi kehidupan dunia dan akhirat dengan memuliakan para pendidik dan ulama, mendampingi mereka, tidak pernah berhenti menuntut ilmu, memberi sokongan dan berkorban apa sahaja demi menghapuskan kejahilan dalam kalangan keluarga dan masyarakat. 3. Selain daripada faktor sedikitnya jumlah kelahiran kaum lelaki dibandingkan dengan wanita, perkara itu juga disebabkan kerana banyaknya fitnah yang terjadi di akhir zaman seperti banyaknya peperangan. Banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum lelaki itu disebabkan perginya kaum lelaki dan tetap tinggalnya kaum wanita, iaitu kaum lelaki pergi berperang dan kaum wanita tinggal di rumah.
103 HADIS 16 HAMBA AKAN MELAHIRKAN TUANNYA Maksudnya: Telah diceritakan kepadaku Abu Khaithamah Zuhair bin Harb, telah diceritakan kepada kami Waki’, daripada Kahmas, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya’mar, dia telah berkata...maka dipersetujui kepada kami Abdullah bin Umar RA (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW, “Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Maka Jibrail AS lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya,” maka Nabi SAW menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan
104 tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 8) Keterangan: Tanda pertama apabila hamba akan melahirkan tuannya. Dari sudut bahasa, al-amah bermaksud hamba wanita yang diperolehi melalui tawanan perang di medan pertempuran. Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Minhaj Syarh al-Nawawi ‘Ala Muslim107 menyatakan kebanyakan ulama menyatakan bahawa ia bermaksud akan berleluasanya perhambaan dan anak-anak yang lahir daripada hamba wanita yang disetubuhi tuan mereka, dan anak-anak ini akan menjadi tuan kepada ibu mereka sendiri. Namun Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari108 sewaktu mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa maksud yang paling tepat bagi lafaz ‘hamba wanita melahirkan tuannya’ ialah akan terjadinya banyak penderhakaan terhadap ibu bapa, di mana anak-anak akan melayan ibu mereka sepertimana seorang tuan melayan hambanya, dengan kata-kata penghinaan, cacian, memukul dan memaksa mereka melakukan kerja-kerja. Pandangan ini juga bersesuaian dengan konteks hadis yang membicarakan salah satu soal tanda kiamat, iaitu golongan yang rendah menjadi tinggi, dan ibu bapa yang sepatutnya menjadi penguasa, dikuasai oleh anak-anak mereka sendiri. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan majoriti ulama yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi, kerana perhambaan sememangnya sudah pun berlaku, dan hamba-hamba wanita yang melahirkan anak kepada tuan mereka juga sememangnya telah wujud pada zaman Nabi SAW. Menurut Syeikh Mustofa Dib al-Bugha dan Syeikh Muhyiddin Mistu dalam kitab al-Wafi fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah109, lafaz ini merupakan bahasa kiasan (kinayah) akan berleluasanya perbuatan derhaka terhadap ibu bapa oleh anak-anak, hingga digambarkan
105 seorang ibu atau bapa takut kepada anak-anak mereka sepertimana takutnya seorang hamba kepada tuannya, dan ini berlaku pada fasa kerosakan zaman (fasad al-zaman) dan tunggang-terbaliknya aturan kehidupan (inqilab al-ahwal). Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman: 14) Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya dia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba dia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Terdapat beberapa pendapat tentang maksud ‘orang miskin yang tidak berkasut, tidak berpakaian, hidup menggembala kambing dapat meninggikan bangunan dan bermegah’ iaitu: 1. Seseorang itu asalnya miskin maka sepatutnya dia perlu memenuhi keperluannya dahulu seperti kasut tetapi akibat bersikap tidak ‘ukur baju di badan sendiri’ lalu dia sanggup berhutang untuk memenuhi kehendaknya dan bermegah-megah dengan perbuatannya itu.
106 2. Seseorang itu sanggup pinjam daripada pihak ceti haram ‘along’ untuk memenuhi kehendak diri. 3. Seseorang itu membuat pinjaman bank bukannya atas keperluan tetapi untuk bermewah dan bermegahmegah. 4. Seseorang itu bersikap seperti Qarun bilamana dia sudah hidup senang dan mewah tetapi enggan untuk menunaikan kefardhuan zakat. 5. Seseorang itu asalnya miskin tiba-tiba menjadi kaya sama ada melalui skim cepat kaya, amalan rasuah, untung atas angin atau mengambil komisen melalui kuasa yang ada padanya. Kesimpulan: 1. Secara literal lafaz hadis tersebut sememangnya menyatakan antara tanda kiamat ialah hamba wanita akan melahirkan tuannya sendiri, dan itulah yang dipegang oleh majoriti ulama. 2. Namun terdapat ulama seperti Imam Ibn Hajar al- ‘Asqalani dan Syeikh Mustofa Dib al-Bugha yang memahaminya melalui konteks yang lebih luas, lalu sampai kepada kesimpulan bahawa ia merupakan kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya. 3. Kekayaan adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada orang yang Dia kehendaki sebagai ujian, apakah mereka akan bersyukur atau tidak? Atas dasar itu, tidak boleh seorang pun hasad kepada orang yang kaya, kerana itu merupakan pembahagian rezeki daripada Allah SWT Yang Maha Kuasa.
107 HADIS 17 PEGANG AGAMA LAKSANA GENGGAM BARA API Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Musa al-Fazariy Ibn Bint Al-Suddiy al-Kufiy, dia telah berkata: telah menceritakan kepada kami Umar bin Syakir, daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2260) Status: Hadis Sahih Keterangan: Rasulullah SAW menyatakan bahawa pada suatu masa, orang yang bersabar menjaga agamanya dengan meninggalkan dunia seperti sabarnya orang yang menggenggam bara api dalam hal kesulitan dan puncak ujian. Demikian diterangkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi110.
108 Hadis ini menggambarkan akan perihal dan keadaan manusia di akhir zaman yang penuh dengan cabaran dan ujian iaitu bagi mereka yang ingin berpegang dengan agama. Pada waktu itu, umat Islam perlulah menjaga agama mereka dan dalam masa yang sama perlu meninggalkan nikmat dunia yang sementara ini. Tambahan pula, persekitaran dan suasana pada waktu itu tidak membantu seseorang itu untuk menunaikan segala kewajipan dan tuntutan agama, bahkan apa yang ada di sekelilingnya lebih mendorong untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan keimanan seseorang itu. Disebabkan itu, Nabi SAW mengumpamakan orang yang hidup di zaman itu seperti seorang yang memegang bara api dalam melaksanakan tuntutan agama. Al-Qari’ dalam kitab Tuhfah al-Ahwazi111 berkata, “Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan dia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi.” Ath-Thibi berkata, “Maknanya ialah sebagaimana tidak sanggupnya orang yang menggenggam bara api untuk bersabar kerana bara api tersebut akan membakar tangannya, demikian pula orang yang beragama pada waktu tersebut. Dia menghadapi cabaran untuk berdiri kukuh dan istiqamah di atas agamanya kerana dominannya orang-orang yang bermaksiat dan kemaksiatan, tersebarnya kefasiqan, dan kelemahan iman112.” Antara cara untuk berdepan dengan fitnah akhir zaman adalah: 1. Berpegang dengan petunjuk daripada al-Quran dan alSunnah. 2. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah dan memperbanyakkan amalan soleh. 3. Beruzlah (menjauhkan diri) daripada fitnah yang berlaku.
109 4. Menyertai dan sentiasa bersama dengan gerakan Islam yang ada pada waktu itu. 5. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT. 6. Meningkatkan tahap kesabaran sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10) Mungkinkah zaman yang dimaksud itu adalah zaman kita sekarang? Kerana pada hari ini betapa sukarnya berpegang dengan agama yang haq dan menepati sunnah Nabi Muhammad SAW pada zaman kita ini. Betapa besarnya kesabaran dalam keterasingan memegang al-haq (kebenaran) di tengah-tengah manusia yang menyelisihi amalan Rasulullah SAW.
110 Kesimpulan: 1. Zaman yang sedang kita lalui ketika ini adalah zaman fitnah. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita. 2. Kita harus sedar bahawa berpegang kepada kebenaran itu tidak mudah. Kerana pemegang kebenaran yang tetap kukuh itu semakin sedikit dari masa ke masa, apatah lagi di akhir zaman ini. 3. Itulah gambaran kesukaran bagi mereka yang istiqamah mengamalkan ajaran Islam pada ketika ini, iaitu mereka yang ingin mengamalkan sunnah menepati cara sunnah Rasulullah SAW begitu mencabar dan tercabar. Hinggakan ada ketika mereka menerima cacian dan diperlekehkan oleh masyarakat sekitar. Namun bagi mereka ini balasannya di sisi Allah SWT begitu besar sekiranya mereka bersabar.
111 HADIS 18 KENALI RUWAIBIDHAH Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Yazid, telah memberitahukan kepada kami Abdul Malik bin Qudamah, telah menceritakan kepada kami Ishak bin Bakr bin Abi al-Furat, daripada Said bin Abi Said, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang
112 amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil (cetek ilmu) dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 7912) Status: Hadis Hasan Keterangan: Hadis yang agung ini memberi peringatan kepada kita akan bahaya berbicara tanpa landasan ilmu. Rasulullah SAW mengkhabarkan kepada umatnya bahawa akan datang tahun-tahun yang disifatkan oleh baginda Nabi SAW dengan ( ), tahun-tahun yang sangat menipu. Para ulama telah mentafsirkan beberapa makna bagi Ruwaibidhah, antaranya ialah: 1. Dalam kitab Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah113 menyatakan bahawa Ruwaibidhah adalah sighah tasghir bagi Rabidhah ( ) dan ta’ marbuthah di akhirnya bagi menunjukkan mubalaghah. Al-Rabidhah ialah seseorang yang lemah dan tenggelam dalam hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya. 2. Al-Jauhari114 berkata, “Ruwaibidhah adalah orang yang bodoh dan hina.” Sementara Ibnu Atsir115 –selain keduanya- menambahkan kata “khasiis” (buruk, rendah dan keji). 3. Riwayat dalam Musnad Ahmad116 mengatakan: Orang yang bodoh bercakap perkara umum. 4. Riwayat dalam Syarh Musyhkil al-Athar117: Orang yang fasiq bercakap perkara umum.
113 5. Imam al-Syatibi dalam kitabnya al-I’etisam: Orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap. Hadis ini memberi gambaran kepada kita bahawa di akhir zaman ini orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap, yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi oleh masyarakat. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggotaanggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Al-Israa’: 36) Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasiq. Mereka ini digelar sebagai Ruwaibidhah. Nabi SAW menyifatkan Ruwaibidhah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.
114 Walaupun hadis ini tidak menyebut secara langsung kaitan amanah dengan pemimpin, lafaz hadis terakhir, iaitu ‘amr al-‘ammah’ merujuk kepada urusan umum atau besar. Kebiasaannya orang yang terbabit urusan sedemikian adalah dalam kalangan ahli politik dan pemimpin. Antara ciri-ciri yang utama Ruwaibidhah ini ialah sistem yang dipegang, amalan pentadbiran dan cara hidup era tersebut telah menyebabkan, hanya golongan Ruwaibidhah sahaja yang bercakap. Manakala, penyertaan suara yang selain daripada mereka tidak diberikan. Keadaan ini menyebabkan maklumat menjadi tidak seimbang, masyarakat akan mendengar sebelah pihak dan menelan “bulat-bulat” propaganda mereka. Dengan sebab inilah masyarakat menjadi semakin bodoh kerana diperbodohkan. Setelah masyarakat tidak cerdik, maka berleluasalah gejala lain seperti orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjungsanjung dan didewa-dewakan. Golongan Ruwaibidhah muncul dalam kalangan masyarakat. Mereka sebenarnya tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Sama ada melalui pentas kepimpinan masyarakat, ataupun dalam gelanggang ilmu. Inilah dua peluang besar untuk seseorang muncul dan dapat bercakap, berbicara, memberikan pandangan mengenai urusanurusan awam dan persoalan-persoalan besar. Bukannya kesalahan itu kerana mereka memberi pandangan, tetapi kerana ketidaklayakan mereka berbicara mengenai sesuatu yang bukan bidang mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam. Ilmu Islam dianggap begitu murah dan lekeh. Bidang-bidang lain, orang tidak berani masuk campur melainkan jika memiliki pengetahuan yang cukup mengenainya. Ilmu agama pula sebaliknya. Jika tidak ditakuti akan tergolong dalam golongan Ruwaibidhah, kepada Allah SWT kita pohon agar kita tidak tergolong dalam golongan ini. Jalan keluar ketika menghadapi situasi kacau seperti ini adalah dengan kembali kepada asas iaitu mendalami ilmu dan berguru dengan alim ulama. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bersumberkan dari al-Quran dan al-Sunnah dengan pemahaman salafus soleh118. Manakala yang dimaksudkan dengan ulama pula adalah ahli ilmu yang mengikuti perjalanan Nabi SAW dan para sahabat dalam hal ilmu, amal, dakwah mahupun jihad.
115 Kesimpulan: 1. Ruwaibidhah adalah orang yang fasiq lagi hina, pendosa, dan jahil. Namun, dengan kelancangan dan kepetahan lidah mereka berjaya meloloskan diri untuk berbicara tentang masalah umat. 2. Ramai orang bodoh dan jahil dalam urusan agama dengan petah berbicara dan berfatwa di tengah khalayak. Dapat digambarkan betapa besar kerosakan yang menimpa umat manusia ketika orang seperti mereka berbicara tentang urusan yang bukan bidangnya. 3. Dengan fatwa-fatwa yang tidak bertanggungjawab, golongan Ruwaibidhah mengkafirkan para pemimpin dan masyarakat. Dengan mempergunakan dalil jihad mereka membunuh orang kafir yang tidak boleh dibunuh, bahkan orang Muslim pun tidak terlepas dari menjadi korban kejahatan mereka. 4. Marilah kita kuatkan semangat mendidik diri kita dan generasi kita dengan bersumberkan ilmu al-Quran dan al-Sunnah. Tuntutlah ilmu al-Quran dan al-Sunnah sebelum ilmu dicabut dengan dimatikannya para ulama. 5. Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasiq. Mereka ini digelar sebagai Ruwaibidhah. 6. Nabi SAW menyifatkan Ruwaibidhah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkaraperkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.
116 HADIS 19 BANYAK BERLAKU AL-HARJ Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said, telah menceritakan kepada kami Yaakub iaitu Ibn Abdul Rahman, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga banyak berlakunya ‘al-Harj’. Sahabat bertanya, “Apakah ‘al-Harj’ itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Peperangan demi peperangan.” (Hadis Riwayat Muslim: No. 18) Keterangan: Peperangan bermaksud sesebuah negara yang mempunyai semangat imperialisme (penjajahan) yang tinggi untuk menakluk negara lain. Mereka mahu menakluk disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi iaitu negara yang kaya dengan bahan mentah, kedudukan yang strategik, tanah yang subur dan sebagainya. Peperangan boleh
117 menyebabkan banyak jiwa yang terkorban sedangkan mereka tidak berdosa. Misalnya wanita, orang tua, dan anak-anak kecil. Peperangan dilakukan oleh orang yang tiada perikemanusiaan demi memenuhi nafsu tamak haloba mereka. Peperangan juga boleh ditakrifkan sebagai konflik antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. Ia bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Keinginan untuk menguasai dan mengawal pihak lain demi kepentingan peribadi menjadi punca tercetusnya peperangan di seluruh dunia. Sejarah juga turut melakarkan bahawa peperangan sebelum abad ke-20 adalah lebih bersifat regional (serantau). Namun di abad ini, peperangan berlaku dari segenap sudut antaranya kepemimpinan, perlumbaan dalam teknologi ketenteraan, imperialisme ekonomi, geografi, dan politik. Perang Dunia Pertama119 sahaja telah mengorbankan lebih daripada 20 juta nyawa manusia. Manakala Perang Dunia Kedua120 pula menghancurkan dan meragut lebih daripada 50 juta nyawa. Tidak puas dengan itu, peperangan demi peperangan terus terjadi hingga mengakibatkan kemusnahan dunia dan jutaan nyawa melayang. Pelbagai konflik terus tercetus pada pasca Perang Dunia Kedua seperti Perang Dingin121, Perang Korea122, Perang Vietnam123, Perang Arablsrael124, Perang Teluk125 dan sebagainya. Begitu juga dengan perang antara agama juga berlaku seperti di Bosnia, Palestin. Checnya, Selatan Thailand. Afghanistan. Kashmir, Rohingya dan sebagainya. Perang saudara juga semakin kerap terjadi seperti kekacauan di Yaman, Syria, Mesir dan sebagainya. Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi SAW. Harta benda melimpah ruah. Banyak alatan moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan.
118 Allah SWT memberi keizinan untuk berperang menerusi firmanNya: Maksudnya: 39. “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). 40. Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempattempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjidmasjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al-Hajj: 39 – 40)
119 Dalam ayat di atas juga menyatakan, keizinan peperangan juga adalah bagi mengelakkan berlakunya kerosakan lebih besar lagi kesan dari golongan musuh yang tegar memerangi tanpa mahu berbincang secara damai. Persiapan berperang adalah untuk menjaga perdamaian, dan peperangan yang tercetus adalah mencegah kerosakan dari penjahat yang berterusan memerangi. Kelalaian dalam mempersiapkan kekuatan perang adalah membuka ruang untuk diperangi dan dihancurkan oleh musuh. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula di tempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakar. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia Barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Islam hanya membenarkan peperangan itu ke atas musuh yang memerangi Islam, bukan kerana agama mereka yang selain Islam. Akan tetapi kerana sikap mereka memulakan tindakan memerangi Islam. Sepertimana firman Allah SWT:
120 Maksudnya: 190. “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. 191. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah: 190–191) Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampai ke titik akhirnya iaitu kiamat. Kesimpulan: 1. Peperangan ialah konflik terancang yang lazimnya berpanjangan antara dua atau lebih negara atau aktivis bukan negara. Perang merupakan perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat, merosakkan sosial dan memusnahkan ekonomi. 2. Rakyat di sesebuah negara yang berperang akan diancam kematian. Peperangan menyebabkan banyak nyawa orang awam melayang baik yang dewasa, kanak-kanak, mahupun warga tua. Ramai yang akan mengalami kecacatan akibat kecederaan semasa perang dan banyak juga yang mati akibat penyakit yang begitu mudah merebak semasa peperangan berlaku.
121 3. Kesan buruk peperangan menyebabkan banyak berlaku kehilangan nyawa rakyat yang tidak berdosa, banyak terjadi kemusnahan harta benda terutamanya tinggalan tamadun silam, prasarana pendidikan tidak dapat disediakan dengan sempurna dan kemajuan dan pembangunan negara tidak dapat dibina dan dilaksana dengan baik. 4. Menjejaskan banyak sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, perkhidmatan dan perdagangan. Menimbulkan krisis ekonomi seperti inflasi dan pengangguran. 5. Krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat negara yang terlibat. Kurang bahan makanan dan bekalan ubat-ubatan. Kebuluran dan penularan penyakit berlaku dan taraf kesihatan merosot. Ramai yang dapat penyakit akibat kurang zat sepertimana yang berlaku pada zaman Jepun di Malaya pada tahun 1941-1945. 6. Jika peperangan dapat dielakkan maka rakyat dapat hidup dengan selesa dan sempurna, kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya ke arah membangunkan negara, ekonomi negara bertambah kukuh dan kuat dan proses pendidikan berjalan lancar dan maju.
122 HADIS 20 MASA AKAN MENJADI SINGKAT Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad ad-Duriy berkata, telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Umar alUmariy, daripada Sa’d bin Sa’id al-Ansori, daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2332) Status: Hadis Sahih
123 Keterangan: Dunia pada hari ini penuh dengan perkara-perkara luar biasa yang berlaku sehingga mereka merasakan bahawa hampir berlakunya kiamat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa umat yang hidup di akhir zaman akan berdepan dengan pelbagai ujian, fitnah dan cubaan yang cukup mencabar. Ini kerana, hanya dengan keimanan yang teguh serta dengan ilmu yang sahih sahaja akan menyelamatkan kita semua daripada ujian, fitnah dan cubaan ini. Firman Allah SWT: Maksudnya: 1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-‘Asr: 1-3) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1036) Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pandangan dalam memahami makna masa berlalu dengan pantas seperti pendeknya umur, pendeknya malam dan siang seperti yang disokong dalam hadis lain yang menyatakan masa berlalu dengan pantas
124 sehingga setahun dirasa seperti sebulan dan juga manusia berterusan berada dalam kejahilan. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani126 itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat. Pada masa kini, masa terasa singkat sekiranya kita banyak menghabiskannya dengan bergembira dan bersuka ria. Kemudahan gadget terutamanya tidak digunakan untuk perkara yang berfaedah. Kita lalai menggunakan gadget sehingga tidak sedar yang waktu makin meninggalkan kita. Waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk beribadah, mengkhatam al-Quran, membaca bahan-bahan ilmiah dan motivasi diri habis begitu saja. Pada era masa kini teknologi manusia seperti teknologi pengangkutan, komunikasi dan komputer berada pada kemuncaknya. Bukti kemajuan teknologi manusia pada waktu itu adalah kemampuan teknologi ‘memintas waktu’. Contohnya, dengan menggunakan teknologi pengangkutan, manusia mampu memendekkan waktu perjalanan, sehingga perjalanan yang sebelum itu mengambil masa setahun mampu dipendekkan kepada hanya sebulan, malah mampu lebih cepat daripada itu. Dengan demikian, masa seakan berlalu dengan begitu pantas. Terdapat dalam kalangan ulama yang mentafsirkan hadis ini sebagai mudahnya perhubungan dan kecanggihan teknologi hingga proses membeli-belah menjadi mudah dan pantas. Ini seperti perniagaan dalam talian yang mudah diakses dan dekat di hujung jari. Selain itu, pergerakan masa yang cepat juga menyebabkan kita berasa bimbang. Begitu cepat masa berlalu hingga kini. Walaupun dalam sains juga ada dikaji mengenai peredaran bumi yang mengelilingi matahari dan boleh mempengaruhi masa yang berjalan, namun Baginda SAW menyebut bahawa peredaran
125 tersebut yang berlaku dengan pantas juga merupakan tanda-tanda kiamat ditambah dengan bencana dan ujian yang diturunkan di bumi, semuanya adalah peringatan yang diberikan olehNya. Justeru, hadis ini bermaksud manusia pada akhir zaman akan menghabiskan masa mereka untuk menikmati kelazatan dunia tanpa henti. Ramalan ini juga mungkin bermaksud, manusia menjadi begitu sibuk dengan dunia sehingga mereka tidak mempunyai masa bagi agama. Ia juga mungkin bermaksud, manusia tidak menghargai masa lantas membuang masa begitu sahaja. Kesimpulan: 1. Masa terasa begitu pantas disebabkan hilangnya keberkatan (dalam kehidupan), sedikitnya amalan untuk akhirat, membuang waktu pada perkara yang tidak penting dan berfaedah sehingga tiada lagi nilainya. 2. Bagi mereka yang menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara bermanfaat, insyaa-Allah masa akan sentiasa cukup baginya kerana berkat masa bersamanya. Seimbangkanlah antara urusan dunia dan akhirat agar kita tidak terlalu tenggelam dalam kelalaian dunia. 3. Insafilah bahawa masa merupakan nikmat agung yang Allah SWT berikan kepada kita yang perlu kita hargai dan jaga dengan baik, dan janganlah sekali-kali kita membuang masa kerana masa itu bukan hak kita untuk dibuang-buang, tetapi ia adalah hak milik Allah SWT. Membuang masa seumpama membazirkan sebahagian daripada diri kita sendiri.
126 HADIS 21 TANAH ARAB MENJADI SUBUR MAKMUR Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said, telah menceritakan kepada kami Yaa’kob dan dia adalah anak kepada Abdul Rahman al-Qari, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi ke mana-mana sambil membawa-bawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 60)
127 Keterangan: Dalam kitab Mausu’ah al-Akhirah127 oleh Syeikh Mahir Ahmad alSufi menyatakan bahawa harta pernah menjadi melimpah-ruah pada zaman Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, bahkan sehinggalah ada seseorang pada zaman beliau menawarkan harta sedekah tetapi tidak didapati orang yang mahu menerima daripadanya. Walau bagaimanapun, pendapat yang paling hampir seperti yang dinyatakan dalam kitab ini adalah ia akan berlaku pada zaman al-Mahdi dan Nabi Isa AS. Ini kerana banyaknya harta yang melimpah dan bumi mengeluarkan keberkatan serta galiannya. Di negara Arab Saudi sendiri misalnya salji telah beberapa kali turun di kawasan Tabuk. Padahal seperti yang kita ketahui, salji merupakan komponen utama untuk pembentukan tanah menjadi basah dan berair, sehingga tanah yang gersang jika tertimpa salji terus-menerus akan menjadikannya subur, terlebih lagi di Arab Saudi pada ketika ini sering turun hujan dan banjir seperti di Riyadh dan sekitarnya. Profesor Korner (Ahli Geografi dan Astronomi) memaklumkan bahawa apa yang dikhabarkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW 1400 yang lalu bahawa sekali lagi dataran Arab itu akan menjadi daerah yang subur serta dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai benar-benar akan terjadi. Ini kerana Era Salji Baru (New Snow Age) sebenarnya telah bermula sekali lagi dan sekarang salji di Kutub Utara sedang merangkak atau bergeser perlahan-lahan ke arah selatan mendekati Semenanjung Tanah Arab. Pandangan Profesor Korner hampir sama seperti pandangan Dr. Yusuf bin Abdillah bin Yusuf Al-Wabil dalam bukunya Asyrat alSa’ah128 (Tanda-Tanda Hari Kiamat) yang mengatakan bahawa sekiranya kita menggali tanah di Jazirah Arab maka kita akan menemui peninggalan-peninggalan yang menunjukkan bahawa dahulunya Jazirah Arab pernah menjadi daerah yang subur. Buktinya sangat banyak, antaranya adalah peninggalan-peninggalan yang ditemui di
128 bawah bebatuan. Disebut kembali hijau kerana ternyata dahulunya Tanah Arab memang hijau. Antara buktinya adalah penemuan para ilmuwan geologi. Namun menjelang hari kiamat, Tanah Arab akan kembali subur ditanami aneka tumbuhan dan dialiri sungai-sungai. Apa yang jelas daripada hadis tersebut bahawa negara-negara Arab akan dilimpahi dengan air yang banyak, sehingga menjadi beberapa sungai. Tumbuh di atasnya pelbagai jenis tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun-kebun, dan hutan-hutan. Bukti yang mendukung pendapat ini adalah munculnya di zaman ini sumber-sumber air bagaikan sungai dan tumbuh di atasnya pelbagai jenis tanaman dan akan terbukti segala hal yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. Mu’adz bin Jabal RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika perang Tabuk yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu -InsyaAllah- akan mendatangi mata air Tabuk esok hari, dan sesungguhnya kamu tidak akan mendatanginya sehingga siang sudah meninggi (waktu Dhuha). Barang siapa daripada kamu mendatanginya, maka janganlah ia menyentuh airnya sedikit pun hingga aku tiba.” “Akhirnya kami datang dan ternyata ada dua orang yang telah mendahului kami. Mata air itu bagaikan tali sandal yang mengucurkan sedikit air.” Mu’adz berkata, “Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada kedua-duanya, ‘Apakah kamu berdua telah menyentuh sedikit daripada airnya?’ Keduanya menjawab, ‘Betul,’ kemudian Rasulullah SAW mencerca keduanya dan mengatakan pelbagai perkara kepada keduanya.” Mu’adz berkata, “Kemudian mereka mencedok air daripada mata air sedikit demi sedikit, sehingga air tersebut terkumpul di suatu wadah.” Mu’adz berkata, “Akhirnya Rasulullah SAW mencuci kedua tangan juga muka di dalamnya, lalu baginda SAW mengembalikan air tersebut ke dalam mata air, kemudian mata air itu memancarkan air dengan jumlah yang sangat banyak,” atau dia berkata, “Dengan melimpah,” … sehingga
129 semua orang dapat menggunakannya. Akhirnya Rasulullah SAW bersabda, ‘Hampir saja wahai Mu’adz! Seandainya umurmu panjang, nescaya engkau akan melihat tempat ini dipenuhi dengan kebun-kebun.” (Hadis Riwayat Muslim: No. 10) Sebahagian ulama berpandangan bahawa perkataan ‘murujan wa anharan’ ( ) bermaksud subur lagi makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai. Bahkan telah dibuktikan melalui ilmu geografi bahawa Tanah Arab itu asalnya tandus kemudian menjadi subur. Perkara ini dibuktikan dengan fakta dan kajian sains di mana tanda-tanda itu nampak jelas dalam angin salji yang menghujani bahagian utara Eropah dan Amerika setiap musim salji tiba. Dan sekarang terbukti bahawa salji telah beberapa kali turun di Dataran Arab sebagaimana diberitakan melalui media. Bahkan kini di Gurun Sahara pun telah mulai menunjukkan fenomena yang mengagumkan di mana gurun pasir pada ketika ini telah mulai hijau kembali dengan tumbuhnya rumput-rumput hijau. Kita banyak melihat Tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering-kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon. Sekarang ini Padang Arafah telah dipenuhi pohon sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana Padang Mahsyar iaitu tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari kiamat nanti. Ia merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil daripada suasana wuquf jemaah haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijah tahun Hijriyyah.
130 Kesimpulan: 1. Hari ini ramai orang memiliki harta melimpah-ruah seperti air yang tumpah berbanding dahulu kerana pada ketika itu untuk menjadi kaya mereka terpaksa bekerja keras mengeluarkan peluh tetapi kini dengan “duduk sahaja” pun boleh menjadi kaya. 2. Hadis ini juga mengajak kita untuk melihat dengan pandangan mata hati seraya membuat persiapan rapi untuk menghadapinya. Setidak-tidaknya bersedia menghadapi kematian yang juga kiamat kecil yakni penghabisan kehidupan di dunia. 3. Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi saat-saat fitnah akhir zaman ini. Hal ini kerana, tidak ada apa pun yang dapat menyelamatkan kita daripada segala fitnah dan ujian ini melainkan dengan iman.