181 Kesimpulan: 1. Budaya memberi salam dalam masyarakat Islam pada hari ini sudah mulai hilang sedangkan ia merupakan satu sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah SAW kerana ia mampu untuk menyatukan perpaduan umat Islam. 2. Pada zaman ini, wanita berkerjaya tidaklah pelik dan bukanlah satu perkara yang asing. Walau bagaimanapun, kerjaya pertama dan terbesar wanita yang tidak dapat disangkal dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pesaing adalah mendidik seluruh generasi. Tugas ini disediakan oleh Allah SWT untuk wanita secara fizikal dan mental. 3. Menjaga dan menghubungkan silaturahim merupakan perkara yang dituntut dalam agama. Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutuskan tali silaturahim dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada ertinya di sisi Allah SWT. 4. Memberikan penyaksian palsu adalah punca kepada timbulnya kezaliman, melakukan jenayah sewenangwenangnya dan menghilangkan hak orang lain dalam harta juga kehormatan. 5. Agama Islam amat menggalakkan dan menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anakanak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga amanah Allah SWT ini dengan sebaik-baiknya dengan memberikan anak-anak mereka pendidikan yang sempurna dan seimbang iaitu duniawi dan ukhrawi bagi membentuk jati diri yang teguh dan Muslim yang sejati dan sebenar. Kehidupan dunia dan akhirat perlu ada keseimbangan, namun Islam meletakkan kehidupan di akhirat yang lebih utama.
182 HADIS 31 UMATKU TERPECAH JADI 73 GOLONGAN Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin ‘Utsman bin Sa’id bin Katsir bin Dinar Al Himshi telah menceritakan kepada kami ‘Abbad bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Shafwan bin ‘Amru daripada Rasyid bin Sa’d dari ‘Auf bin Malik RA dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang Yahudi akan
183 terpecah menjadi tujuh puluh satu golongan, satu golongan akan masuk syurga dan yang tujuh puluh golongan akan masuk neraka. Dan orang-orang Nasrani terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, yang tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan yang satu golongan akan masuk syurga. Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, sungguh umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, yang satu golongan masuk syurga dan yang tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka.” Lalu Baginda SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah mereka (yang masuk syurga)?” Baginda SAW menjawab: “Iaitu al-Jama’ah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, No. 3982) Status: Hadis Sahih Keterangan: Islam adalah agama yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Sebagai Muslim seharusnya kita mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih menurut pemahaman para sahabat (Salafus Soleh). Pemahaman para sahabat RA yang merupakan aplikasi penerapan secara langsung daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah satu-satunya pemahaman yang benar. Dalam hadis ini menyatakan bahawa maksud satu golongan daripada umat Yahudi yang akan masuk syurga adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dan mengikut ajaran Nabi Musa AS serta mati dalam keadaan beriman. Begitu juga maksud satu golongan Nasrani yang masuk syurga adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dan mengikut ajaran Nabi Isa AS sebagai Nabi, Rasul dan hamba Allah SWT serta mati dalam keadaan beriman. Adapun setelah diutuskan Nabi Muhammad SAW, maka semua umat Yahudi dan Nasrani wajib beriman dan mengikuti ajaran Islam, iaitu agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagai penutup para nabi.
184 Prinsip ini adalah berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW yang bermaksud: “Demi (Rabb) yang diri Muhammad ada di tanganNya, tidaklah seorang daripada umat Yahudi dan Nasrani yang mendengar tentangku (Muhammad), kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman terhadap ajaran yang aku bawa, nescaya dia termasuk penghuni neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 153) Antara sebab-sebab berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam ialah: 1. Tidak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini ada dinyatakan dan ditegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran agar kita berpegang teguh dengan jalan Allah SWT iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-An’am: 153)
185 2. Tidak mengambil keseluruhan agama itu. Perkara ini juga merupakan antara sebab utama berlakunya perpecahan iaitu mengambil sebahagian daripada agama dan meninggalkan sebahagian yang lain. Inilah yang berlaku kepada golongan Nasrani. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat;.” (Al-Ma’idah: 14) 3. Kejahilan merupakan salah satu faktor yang akan menatijahkan kepada perpecahan kerana ia tidak didasari dengan ilmu. Selain itu, antara tanda kiamat ialah akan berleluasanya kejahilan dan ilmu pula akan diangkat. Mengabaikan masalah-masalah hukum dan hubungan kemasyarakatan bukan sahaja menimbulkan kerosakan dalam masyarakat itu sendiri, malah akan mengakibatkan tergugatnya sebuah kehidupan yang damai. Firman Allah SWT:
186 Maksudnya: “...serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” (Al-A’raf: 199) Islam yang ditegakkan melalui hubungan damai dan mementingkan perdamaian akan terjejas dengan sendirinya oleh sikap lemah dan jahil penganutnya yang sanggup mengetepikan rasa cinta sesama manusia dan membiarkan tuntutan nafsu menggantikan keimanan. Perselisihan seperti ini harus diatasi dengan dakwah dan amar makruf nahi mungkar. Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi merumuskan dengan menyatakan bahawa hadis di atas tidak menunjukkan bahawa perpecahan yang berlaku itu akan kekal sehingga ke hari akhirat. Apabila muncul perpecahan dalam kalangan umat Islam cukuplah ia menjadi bukti akan kebenaran hadis ini. Ini kerana, mungkin sebahagiannya telah muncul dan kemudian ia berjaya ditumbangkan oleh kebenaran sehingga ia lenyap selama-lamanya.
187 Kesimpulan: 1. Islam merupakan agama yang menentang segala perkara yang membawa kepada perpecahan. Ini kerana, Islam amat menitikberatkan perpaduan dalam kalangan umatnya sama ada sesama Islam atau sebaliknya. 2. Golongan yang terselamat sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis adalah golongan yang berpegang teguh dengan al-Quran, Sunnah Nabi SAW dan golongan yang mengikuti jejak langkah para sahabat Nabi SAW. Hal ini kerana, Nabi SAW sendiri mengakui bahawa kurun yang terbaik adalah tiga kurun yang pertama dan ia termasuklah kurun para sahabat Nabi SAW. 3. Golongan yang selamat adalah Ahlu al-Sunnah Wa al-Jamaah, iaitu mereka yang mengikuti sunnah Nabi SAW. Mereka konsisten dengan apa yang dijalankan Rasulullah SAW dan para sahabat RA.hum.
188 HADIS 32 API YANG KELUAR DARIPADA ARAH NEGERI YAMAN
189 Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abu Khaitsamah Zuhair bin Harb dan Ishak bin Ibrahim dan Ibn Abi Umar al-Makki- dan lafaz ini bagi Zuhair, telah berkata Ishak: telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata dua perawi yang lain: telah menceritakan kepada kami – Sufyan bin U’yainah daripada Furat al-Qazzar, daripada Abi al-Thufail daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.” Kemudian Baginda SAW menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam AS, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2901) Keterangan: Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah SAW dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi pada waktu hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah: 1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema dalam kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Apa yang disebutkan oleh para ulama bahawa wabak selesema yang melanda umat Islam ketika itu, dimulai dengan asap yang disebut sebagai Dukhan dalam Bahasa Arab( ). Asap tersebut telah menyebabkan umat Islam mengalami selesema, manakala orang kafir dalam
190 situasi kemabukan. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terperdaya dengan seruannya. Dajjal akan melata di seluruh muka bumi melainkan Mekah dan Madinah dengan menyebarkan fitnah-fitnah kepada manusia pada waktu itu. Di samping itu juga, ramai dalam kalangan manusia yang terperdaya dengan fitnah Dajjal ini, lalu mereka bersama dengan Dajjal dan akan menjadi pengikutnya. Tidak ramai daripada kalangan umat manusia yang berjaya menyelamatkan diri daripada terkena fitnah itu. Pada waktu itulah Allah SWT akan menurunkan Nabi Isa AS ke dunia bagi tujuan membunuh Dajjal. Ketika Nabi Isa AS turun ke dunia, Dajjal sedang menuju ke Bait al-Maqdis (Palestin). Kemudian, mereka bertemu di sebuah pintu yang dinamakan pintu Lud ( ). Apabila Nabi Isa AS melihat Dajjal, Baginda AS terus membunuhnya dengan menggunakan pedang sambil berkata: “Sesungguhnya bagiku kepada engkau satu pukulan yang mana dengan pukulan ini kamu tidak akan dapat melepaskan diri daripadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 4077). Status: Hadis Dhaif 3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT. Ibn Katsir RH berpendapat bahawa keluarnya binatang besar yang aneh merupakan tanda kiamat besar pertama yang terjadi di muka bumi (alam bawah), kerana binatang yang berbicara dengan manusia dan membezakan antara seorang mukmin dan kafir adalah perkara yang luar biasa. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Firman Allah SWT:
191 Maksudnya: “Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tandatanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: “Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami).” (Al-An’am: 158) Daripada Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah terbenamnya, jika manusia melihat akan perkara itu maka mereka akan beriman semuanya. Dan waktu itu adalah waktu di mana ‘Tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya) ‘-Al An’am 158-.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 3758) Status: Hadis Sahih
192 Ibnu Katsir RH berkata, “Jika tumbuh keimanan pada seorang kafir ketika itu, maka keimanannya tidak akan diterima. Adapun orang yang telah beriman sebelumnya, jika dia baik dalam perbuatannya, maka dia berada dalam kebaikan yang sangat besar. Adapun jika dia adalah orang yang mencampurbaurkan antara kebaikan dan keburukan, lalu dia bertaubat, maka taubatnya tidak diterima ketika itu.” 5. Turunnya Nabi Isa AS ke permukaan bumi ini. Sebagaimana umat Islam ketahui bahawa Nabi Isa AS tidak pernah meninggal dunia. Baginda AS diangkat ke langit sebelum orang-orang kafir ingin membunuhnya dengan cara menyalibnya. Dan akhirnya muridnya yang khianat iaitu Yudas Iskariot149 ditukar wajahnya seiras Nabi Isa AS itulah yang disalib. Disebutkan bahawa pada hari kiamat Nabi Isa AS akan turun di atas menara putih yang terletak sebelah timur kota Dimasyq di negeri Syria. Baginda AS akan menyokong dan memperkukuhkan pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan Baginda AS akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan Baginda AS juga yang akan membunuh Dajjal. 6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat daripada besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. Firman Allah SWT :
193 Maksudnya: “Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (Al-Kahfi: 94) Bangsa Ya’juj dan Ma’juj akan keluar apabila tibanya akhir zaman dan tatkala hampir berlakunya kiamat. Mereka mendiami di suatu tempat di barat daya Mongolia. Bangsa ini juga dikenali sebagai bangsa Mongol dan Tartar. Para ulama mentarjihkan bahawa Ya’juj dan Ma’juj tinggal dan menetap di kawasan Mongolia di negara China dan Turkistan yang terletak di negara Rusia. Sifat Ya’juj Ma’juj berdasarkan apa yang Rasulullah SAW sifatkan, mereka adalah: 1. Bangsa yang kuat, tubuh yang gagah. 2. Tiada manusia mampu memerangi mereka. 3. Mereka mempunyai muka yang lebar. 4. Kecil matanya. 5. Bilangan mereka sangat ramai sepertimana hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak150 berbanding dengan manusia yang hanya satu persepuluh daripada mereka. Begitu juga pendapat Ibnu Kathir RH , jumlah mereka cukup ramai. 6. Imam al-Alusi151 berpendapat bahawa Ya’juj dan Ma’juj mempunyai umur yang paling panjang.
194 7. Syeikh Abdul Rahman Nasir al-Sa’di dalam kitab Fitnatu Dajjal wa Ya’juj wa Ma’juj152 berkata, mereka adalah manusia dan bukanlah hidup di alam ghaib dan bukan juga seperti jin. Tanda kiamat yang ke-7. Gempa bumi di Timur, ke-8. Gempa bumi di Barat, ke-9. Gempa bumi di Semenanjung Arab dan ke-10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar dan api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Sebelum berlakunya kiamat, akan berlaku tiga gempa bumi (tanah runtuh) di timur, barat dan semenanjung Arab yang menenggelamkan kawasan tersebut. Dan yang terakhir keluarnya api besar yang menyala dari Yaman dari lembah ‘Adn akan mengumpulkan manusia ke Ardhul-Mahsyar, iaitu Syam (bumi tempat berkumpul). Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani RH dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) daripada himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala tanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku di permukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kewafatan Nabi Isa AS (setelah Baginda AS turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tanda-tanda (kiamat) seperti mutiara yang tersusun pada seutas benang, jika benang itu dipotong maka sebahagiannya akan mengikuti sebahagian yang lain (jatuh).” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 7040) Status: Hadis Sahih
195 Kesimpulan: 1. Sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi saat-saat ini. Ini kerana, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita daripada segala fitnah dan ujian ini melainkan dengan iman. 2. Para saintis Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) telah mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh153. Cuma yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa. 3. Hasil dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tandatanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ia akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. 4. Begitulah antara tanda-tanda besar kiamat yang kedatangannya cukup menggerunkan hati kita. Hanya iman saja yang dapat menyelamatkan kita daripada segala bentuk fitnah dan ujian berkenaan.
196 HADIS 33 YAHUDI SEMBUNYI DI SEBALIK BATU DAN POHON Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said, telah menceritakan kepada kami Yaa’kub iaitu Ibn Abdul Rahman daripada Suhail daripada bapanya daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!” Kecuali pohon gharqad (bentuknya seakan-akan
197 pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya).” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2922) Keterangan: Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi, walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga dalam kepungan umat Islam. Dalam al-Quran dan al-Hadis telah diceritakan bagaimana di akhir zaman iaitu sewaktu hari kiamat hampir tiba, umat Islam akan ditindas habis-habisan oleh Yahudi. Tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan umat Islam walaupun pada ketika itu orang-orang Islam terlalu lemah untuk berperang. Namun selepas sekian lama umat Islam ditindas, akhirnya umat Islam akan bangun dengan kekuatan yang ada dan diceritakan dalam peperangan tersebut, umat Islam dapat menewaskan dan membunuh kaum Yahudi. Pada ketika itu, umat Islam akan menentang Yahudi secara besar-besaran. Orang-orang Yahudi ini akan berselindung di sebalik pokok-pokok dan batuan kerana takut akan dibunuh oleh tentera umat Islam. Dengan kuasa Allah SWT, pokok-pokok dan batuan akan segera memberitahu umat Islam bahawa terdapat orang Yahudi yang sedang menyorok di belakangnya, tetapi sejenis pokok yang dikenali sebagai ‘Gharqad154’ atau ‘Pokok Yahudi’ iaitu sejenis pokok yang berduri bertindak sebaliknya. Pohon ini banyak ditanam di Israel kerana orang-orang Yahudi atau Israel yakin dengan ungkapan Nabi Muhammad SAW dan mereka mencari perlindungan daripada ditangkap oleh tentera Islam nanti. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, hinggakan batu dan
198 pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka. Kata-kata - - yang maksudnya, sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka. Sedangkan dalam hadis Ibnu Umar RA di atas disebutkan dengan lafaz - - yang maksudnya, kaum Yahudi nanti akan memerangi kamu, tetapi kamu akan (diberi kekuatan) menguasai (mengalahkan mereka). Bila kedua lafaz ini digabungkan, menunjukkan kedua pihak akan saling menyerang. Hanya saja, akhirnya Allah SWT akan memberikan kekuatan kepada kaum Muslimin sehingga dapat mendesak dan membuat kaum Yahudi ditakluki. Peristiwa ini terjadi pada waktu kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa AS iaitu ketika kaum Muslimin berada di barisan bersama Nabi Isa AS, sedangkan Yahudi bersama Dajjal sehingga Nabi Isa AS membunuh Dajjal di Bab (pintu) Lud155 di Palestin. Ada pula yang berpendapat, peperangan yang dimaksud dalam hadis di atas adalah beberapa waktu sebelum kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa AS. Kemudian berlanjutan hingga Dajjal muncul yang diikuti oleh Yahudi, dan Nabi Isa AS turun, lalu bergabung bersama barisan kaum Muslimin.
199 Kesimpulan: 1. Kiamat bermula dengan tanda-tanda sepertimana yang dinyatakan oleh hadis tersebut. Kiamat tidak akan terjadi sehingga seluruh tandanya telah muncul menurut kehendak dan hikmah Allah SWT. 2. Peperangan orang-orang Mukminin dengan orang-orang kafir akan tetap ada sehingga menjelang datangnya kiamat. Berita gembira tentang kemuncak kemenangan yang akan diraih kaum Muslimin iaitu mereka akan memerangi dan membunuh orang-orang Yahudi pada ketika menjelang tibanya kiamat. Adapun waktunya adalah pada waktu kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa AS. 3. Hadis ini merupakan satu berita yang menyatakan bahawa pasukan Yahudi pada waktu itu berada di bawah arahan Dajjal dan kaum Muslimin akan bersama Nabi Isa AS sehingga Dajjal berjaya dibunuh oleh Nabi Isa AS. 4. Persenjataan perang pada waktu itu adalah sebagaimana persenjataan masa lalu, seperti pedang, tombak dan seumpamanya. 5. Pokok gharqad adalah pokok yang akan dijadikan tempat persembunyian orang-orang Yahudi pada waktu mereka lari bersembunyi daripada tentera Islam di bawah panji Nabi Isa AS.
200 HADIS 34 TANDA-TANDA MUNCULNYA AL-MALHAMAH Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abbas al-A’nbariy, telah menceritakan kepada kami Hasyim bin al-Qasim, telah menceritakan kepada kami Abdul Rahman bin Tsabit bin Tsauban, daripada bapanya, daripada Makhul, daripada Jubair bin Nufair, daripada Malik bin Yukhamir, daripada Muaz Ibn Jabal RA: Rasulullah SAW bersabda: “Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib, kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Konstantinopel , pembebasan Konstantinopel156 merupakan tanda kemunculan Dajjal.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4294) Status: Hadis Hasan
201 Keterangan: Al-Malhamah ( ) adalah daripada perkataan asal lahm ( ) yang bermaksud daging. Kata jamaknya ialah al-Malahim ( ). Ia merujuk kepada peperangan yang mengakibatkan banyak kematian. Jika kalimah al-Malhamah digandingkan dengan kalimah al-kubra ia membawa maksud peperangan besar yang mengakibatkan begitu banyak kematian. Al-Malhamah al-Kubra hanya akan terjadi pada akhir zaman dan merupakan salah satu dari tanda-tanda besar hari kiamat. Peristiwa ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama hadis. Ia juga boleh disebut sebagai ‘perang dunia terbesar’. Ada juga pendapat yang memberi istilah perang ini sebagai ‘Armageddon’. Semasa kedatangan Islam, Semenanjung Arab hampir dikelilingi oleh penganut agama Kristian, iaitu orang Rom dan Syam dalam Empayar Byzantine157 (Empayar Rom Timur) di sebelah utara, orang Habsyah (Ethiopia) di sebelah selatan dan orang Qibti Mesir di sebelah Barat. Namun setelah kemunculan Islam, agama Islam mula menjadi pesaing utama kepada agama Kristian. Islam menjadi kuasa besar baru yang dianggap sebagai ancaman utama kepada pengaruh agama Kristian. Berikut merupakan hadis-hadis berkaitan al-Malhamah al-Kubra yang menggambarkan bagaimana hubungan dan pertembungan Islam-Kristian di akhir zaman kelak. Peristiwa-peristiwa yang akan berlaku menjelang al-Malhamah: 1. Fitnah berleluasa. Sepertimana yang dinukilkan dalam kitab alSunan al-Waridah fi al-Fitan158 yang diriwayatkan daripada alHasan RA secara mursal159 katanya, Rasulullah SAW bersabda:
202 “Akan berlaku ketika hampirnya al-Malhamah fitnahfitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati.” (Hadis Riwayat Abu ‘Amr al-Dani, No. 20) Status: Hadis Dhaif 2. Penubuhan pasukan-pasukan tentera Islam. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hawalah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Keadaan agama ini akan sampai kepada suatu masa kamu sekalian menjadi tentera yang berpasukanpasukan, satu pasukan di Syam (Syria), satu pasukan di Yaman dan satu pasukan di Iraq.” Ibnu Hawalah berkata; Pilihkan untukku (tempat terbaik) wahai Rasulullah, jika aku menemui keadaan tersebut. Lalu Baginda SAW bersabda: “Hendaklah engkau menetap di Syam kerana sesungguhnya ia adalah bumi Allah SWT yang terpilih, Allah SWT akan menghimpunkan kepadanya orangorang yang terpilih daripada kalangan hamba-hambaNya. Adapun jika kamu sekalian enggan, maka hendaklah kamu menetap di Yaman dan minumlah dari kolam-kolam air kamu. Sesungguhnya Allah SWT telah menjamin untukku (menjaga) daerah Syam dan penduduknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 2124) Status: Hadis Hasan Li Ghairihi 3. Penaklukan Baitul Maqdis. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Zughbi al-Iyadi berkata: “Abdullah bin Hawalah alAzdi pernah singgah di tempatku, lalu dia berkata kepadaku; Rasulullah SAW pernah mengutus kami untuk mendapatkan harta rampasan perang dengan berjalan kaki. Bagaimanapun, kami hanya pulang dan tidak mendapatkan sesuatu apa pun. Baginda SAW menyedari kesan susah payah pada wajah kami. Lalu Baginda Nabi SAW berdiri dan berdoa:
203 “Ya Allah, janganlah Engkau serahkan mereka kepadaku hinggakan aku lemah untuk menanggung mereka, dan janganlah Engkau serahkan mereka kepada diri mereka sendiri hinggakan mereka nanti tidak mampu menanggung diri mereka, dan janganlah Engkau serahkan mereka kepada manusia hinggakan mereka nanti mementingkan diri mereka ke atas mereka itu.” Kemudian Baginda SAW meletakkan tangannya di atas kepalaku - atau di atas ubunubunku -. Kemudian bersabda: “Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang disucikan, maka sungguh telah dekatlah bencana gempa bumi, malapetaka serta perkara-perkara besar. Pada saat itu, hari kiamat lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini dari kepalamu.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 2535) Status: Hadis Sahih 4. Ghutah kubu kuat Islam. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pangkalan (kubu) kaum muslimin saat terjadinya peperangan besar berada di Ghutah, suatu tempat berdekatan sebuah kota yang dipanggil dengan nama Dimasyq, antara kota terbaik di daerah Syam.” Dalam riwayat lain: “…sebaik-baik tempat tinggal kaum Muslimin pada masa itu.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4298) Status: Hadis Sahih 5. Perjanjian damai antara Islam dan Kristian. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jubair bin Nufair katanya: Kami pernah pergi untuk menemui Dhi Mikhbar - seorang sahabat Nabi SAW - hinggalah kami menemuinya. Lalu Jubair pun bertanya tentang perjanjian. Maka katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:
204 “Kamu sekalian akan mengadakan satu perjanjian perdamaian dengan bangsa Rom. Lalu kamu sekalian akan bekerjasama dengan mereka melawan suatu musuh yang datang dari belakang kamu sekalian. Maka kamu sekalian akan diberi kemenangan dan selamat, kemudian kamu sekalian akan pulang sehinggalah berhenti pada suatu padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Tibatiba, ada seorang lelaki daripada kaum Nasrani (Kristian) mengangkat salibnya seraya berkata; ‘Salib telah menang!’ Maka berasa marahlah seorang lelaki daripada kalangan kaum Muslimin, lalu dia pun menumbuknya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat dan berhimpun untuk peperangan.” Dalam riwayat lain: “Maka seorang lelaki daripada kalangan kaum Muslimin pun menuju kepadanya, lalu membunuhnya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat sehingga terjadilah peperangan-peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu sekalian dan datang di bawah 80 panji-panji dan bersama-sama setiap satu panji terdapat 10,000 tentera.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4292) Status: Hadis Sahih 6. Sekatan ekonomi daripada pihak Kristian. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Nadhrah berkata: Kami berada di sisi Jabir bin Abdullah, dia berkata: “Hampir sahaja penduduk Iraq tidak akan dibawa masuk kepada mereka sebarang takar makanan mahupun sekeping dirham. Kami bertanya: Dari manakah puncanya? Beliau menjawab: Dari pihak bangsa ‘Ajam, merekalah yang menahannya. Setelah itu beliau berkata: Hampir sahaja penduduk Syam tidak akan dibawa masuk kepada mereka sekeping dinar mahu pun sebarang takar makanan. Kami bertanya: Dari manakah puncanya? Beliau menjawab: Dari pihak bangsa Rom. Kemudian beliau diam sejenak, lalu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada di akhir
205 umatku nanti seorang khalifah yang membahagi harta tanpa menghitungnya.” Aku berkata kepada Abu Nadhrah dan Abu al-‘Ala`: Apakah kamu sekalian berpendapat dia ialah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz? Kedua-duanya menjawab: Tidak. (Hadis Riwayat Muslim, No. 5189) 7. Pertempuran tentera Kristian dan tentera Islam. Dinyatakan bahawa al-Malhamah al-Kubra akan terjadi di A’maq atau Dabiq, nama dua buah tempat berdekatan Halab, Syria dan Antakia, Turki. Ini merupakan pertempuran terdahsyat antara tentera Islam dengan tentera Kristian, di mana mereka mengerahkan 80 pasukan tentera yang setiap satu terdiri dari 12,000 tentera. Bermakna mereka mempunyai kekuatan seramai 960,000 orang perajurit. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A’maq atau Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: ‘Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami! ‘Kaum Muslimin menjawab: ‘Tidak, demi Allah SWT, kami tidak akan membiarkan kamu sekalian memerangi saudara-saudara kami.’ Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah SWT tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada’ di sisi Allah SWT, dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lalu mereka akan menakluki Konstantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba syaitan meneriak
206 terhadap mereka: ‘Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kamu sekalian, maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam AS, lalu Baginda AS mengimami mereka. Apabila musuh Allah SWT (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah SWT ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu Baginda AS memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 5157) 8. Pembukaan Konstantinopel160. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz ibn Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda: “Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib, kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Konstantinopel, pembebasan Konstantinopel merupakan tanda kemunculan Dajjal.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4294) Status: Hadis Hasan 9. Tibanya waktu kehancuran pihak Kristian. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Mustaurid RA, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang paling keras ke atas kamu sekalian ialah bangsa Rom. Akan tetapi kehancuran mereka adalah bersama hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad, No. 18052) Status: Hadis Hasan
207 10. Jaminan kemenangan untuk tentera Islam. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Samurah daripada Nafi’ bin Utbah berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam suatu peperangan.” Dia (Nafi’) bercerita: “Maka ada suatu kaum dari sebelah Maghrib datang menemui Nabi SAW dan mereka itu memakai baju bulu. Mereka menemui Baginda SAW dekat dengan sebuah bukit. Mereka berdiri sementara Rasulullah SAW duduk.” Dia berkata lagi: “Hatiku berkata: Datangilah mereka dan berdirilah di antara mereka dengan Baginda SAW agar mereka tidak mengapa-apakan Baginda SAW.” Lalu aku berkata: Mungkin Baginda SAW berbicara secara rahsia dengan mereka. Maka aku pun mendatangi mereka, lalu aku berdiri di antara mereka dan Baginda SAW. Aku menghafal empat kalimat daripada Baginda SAW, aku menghitungnya dengan tanganku. Baginda SAW bersabda: “Kamu sekalian akan memerangi Semenanjung Tanah Arab lalu Allah SWT akan menaklukkannya, setelah itu Parsi lalu Allah SWT akan menaklukkannya, kemudian kamu sekalian akan memerangi Rom lalu Allah SWT akan menaklukkannya, selanjutnya kamu sekalian akan memerangi Dajjal lalu Allah akan menaklukkannya juga.” Kemudian Nafi’ berkata: “Wahai Jabir, kami tidak berpendapat Dajjal akan muncul sehinggalah Rom ditakluki.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 5161)
208 Kesimpulan: 1. Sejarah dan realiti semasa telah membuktikan bahawa hubungan Islam-Kristian sentiasa berada dalam konflik yang tidak berkesudahan, sama ada secara jelas nyata mahupun secara halus. 2. Seorang Muslim yang bijak mesti mengetahui peranan dirinya terhadap agama dan masyarakat. Ia bukan sahaja wajib memperbaiki dirinya, malah perlu mengajak orang lain juga untuk mempersiapkan diri. Apakah jiwa kita sentiasa siap sedia untuk berjihad fi sabilillah atau masih rasa takut dan tidak ambil peduli? 3. Hadis-hadis tentang al-Malhamah al-Kubra tersebut tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk umat Islam menyebarkan dakwah Islam kepada para penganut Kristian yang segelintirnya masih dahagakan ilmu dan kebenaran.
209 HADIS 35 DAJJAL TIDAK MEMBAHAYAKAN ORANG MUKMIN
210 Maksudnya: Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Abdullah bin Quhzadz, daripada Ahli Marwa, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Utsman, daripada Abi Hamzah, daripada Qais bin Wahb, daripada Abi al-Waddak, dan daripada Abi Sa’id Al-Khudri RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada waktu keluarnya Dajjal ada seorang daripada kaum Mukmin yang (dengan beraninya) pergi menemui Dajjal lalu dia disambut oleh pengawal Dajjal dan ditanyakan: Hendak ke mana engkau? Dia menjawab, “Saya ingin menemui orang yang baharu saja keluar (Dajjal). Lalu mereka bertanya: “Apakah kamu belum percaya kepada Tuhan kami (Dajjal)?” Orang Mukmin itu menjawab: “Tuhan kami tidak samar.” Maka berkatalah pengawal Dajjal:
211 “Bunuhlah dia” Tapi sebahagian pengawal mereka yang lain mengatakan: “Jangan, Tuhan kami (Dajjal) melarang membunuh seseorang melainkan dengan perintahnya.” Maka dibawalah Mukmin tersebut menghadap pada Dajjal. Maka ketika orang Mukmin itu melihat Dajjal dia berkata: “Hai sekalian manusia, inilah Dajjal yang telah disebut oleh Rasulullah SAW.” Maka segera Dajjal menyuruh merebahkan Mukmin tersebut dan diperintahkan dikupas kulit dan dipukuli punggung dan perutnya. Lalu Dajjal bertanya: “Apakah engkau tetap tidak percaya kepada kami?” Mukmin itu menjawab: “Engkaulah Al-Masih pendusta.” Maka Dajjal memerintahkan Mukmin itu digergaji badannya dari kepalanya hingga ke kakinya menjadi dua bahagian lalu Dajjal berjalan di tengah kedua badannya. Lalu Dajjal memerintahkan: “Bangunlah!” Maka bangunlah orang Mukmin itu (seperti sediakala). Lalu Dajjal kembali bertanya: “Apakah kamu belum percaya kepadaku?” Mukmin itu menjawab: “Tidak berkurang keyakinanku bahawa engkaulah Dajjal bahkan bertambah yakin.” Kemudian orang Mukmin itu berkata: “Hai sekalian manusia dia (Dajjal) tidak dapat berbuat demikian lagi kepada seorang pun.” Maka Dajjal berusaha membunuh lagi orang Mukmin tersebut namun Allah SWT telah meletakkan di antara leher hingga belakang orang itu seolah-olah tembaga sehingga tidak dapat disembelihnya. Mereka menyangka dia dilempar ke dalam neraka padahal dilempar ke syurga. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Itulah manusia yang paling besar kesaksiannya (syahid) di sisi Rabbul ‘Alamin.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2938) Keterangan: Jika ditanya bagaimana Dajjal ini tidak akan membahayakan orang Islam, padahal telah dinyatakan bahawa dia akan membunuh sesiapa sahaja yang melawannya, bahkan menggergaji mereka dengan gergajinya? Bukankah ini bahaya yang paling besar bagi mereka? Jawapannya: Maksud orang Islam yang selamat daripada fitnah Dajjal yang dinyatakan oleh hadis tersebut adalah orang Islam yang benar-
212 benar teguh mempertahankan agamanya, sehingga tidak terperdaya sedikit pun dengan tipu daya Dajjal. Adapun orang Islam yang bukan sedemikian, maka dia akan mendapat fitnah daripadanya; dia akan meninggalkan agamanya dan mengikut kemahuan Dajjal tersebut. Nabi Muhammad SAW telah memberi panduan bagaimana untuk menghadapi fitnah Dajjal ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ال ِ َّ ج َّ َ ادل َ ِ من ِصم ُ ْف ع ه َ ك ْ ِة ال َ ُور ِل س َّ و َ ْ أ َ ٍ ات ِ من َش ْ َ آي َ ع ِفظ َ ْ ح َن م Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah alKahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 1342) Para ulama juga menyarankan kepada kita cara-cara untuk menghadapi fitnah (ujian) Dajjal ini. Antara cara-cara untuk kita berhadapan dengan fitnah Dajjal adalah: 1. Berpegang dengan petunjuk daripada al-Quran dan alHadis. 2. Memperbanyakkan amalan soleh dan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah. 3. Beruzlah (menjauhkan atau mengasingkan diri) daripada fitnah yang berlaku. 4. Menyertai dan sentiasa bersama dengan Jemaah Islam yang ada pada waktu itu. 5. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT. 6. Dajjal tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana terdapat malaikat yang menjaga kedua tanah suci itu.
213 7. Memperbanyakkan zikrullah (zikir kepada Allah SWT) dan sentiasa ingat kepadaNya berdasarkan hadis di atas. 8. Sentiasa mengamalkan doa yang diajarkan Nabi SAW. Doa ini dibaca selepas tasyahud akhir dan sebelum salam. ِس ِيح َ م ْ ِة ال َ ن ْ ِت ْ ف َ ِ من ِك ب ُ ُوذ ع َ أ َ ِ، و ْ َب ق ْ ِ اب ال َ َذ ْ ع َ ِ من ِك ب ُ ُوذ ع َ ّ أ ِِن َّ إ ُم ه َّ الل َ ِك ب ُ ُوذ ع َ ّ أ ِِن َّ إ ُم ه َّ َ ِ ات، الل م َ م ْ ِة ال َ ن ْ ِت ف َ َا و ي ْ َح م ْ ِة ال َ ن ْ ِت ْ ف َ ِ من ِك ب ُ ُوذ ع َ أ َ ال، و ِ َّ َّج ادل ِم َ ر ْ غ َ م ْ َال ِم و َ ث ْ أ َ م ْ ْ ال ،ِمن Maksudnya: (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada seksa kubur dan aku berlindung kepadaMu daripada fitnah Al Masih al-Dajjal dan aku berlindung kepadaMu daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada perbuatan dosa dan hutang) (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 832 dan Muslim, No. 589)
214 Kesimpulan: 1. Dajjal memiliki beberapa kelebihan dan dia dikenali sebagai pembawa fitnah yang sangat besar sehinggakan orang yang beriman boleh bertukar keimanannya setelah melihat beberapa fitnah yang ditimbulkan. 2. Dajjal mengunjungi seluruh dunia dengan mempromosikan ‘dunia baru’ ciptaannya yang penuh dengan nikmat dan keseronokan. Dia telah membuktikan realiti dunia ciptaannya dengan melakukan beberapa siri penyihiran terhadap manusia di seluruh negara. Mereka yang jahil pastinya terperdaya. 3. Kita telah berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita.
215 HADIS 36 LAHIRNYA IMAM MAHDI Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami U’baid bin Asbath bin Muhammad Al-Qurasyi Al-Kufi, dia telah berkata: telah menceritakan kepadaku Sufyan al-Tsauri, daripada A’sim Ibn Buhdalah, daripada Zirr, daripada Abdullah bin Mas’ud RA, dia telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, No. 2230) Status: Hadis Hasan Sahih Keterangan: Berikut dinyatakan beberapa hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kemunculan al-Mahdi dan kekhalifahannya:
216 1. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ف ِيه ِ َ َث ع ْ ب َ َّ ي َت َ، ح م ْ َو ْ َ ال لِك َ ُ ذ َ اهلل َّل َ و ط َ ٌ ل م ْ و َ ي َّ ِال َا، إ ي ْ ن ُّ َ ادل َ ِ من ْق ب َ ْ ي م َ ْ ل و َ ل ِب، َ َ أ ْ م ِ ِيه اس ب َ ُ أ ْ م َاس ِم، و ْ ُ اس ه ُ ْم ُ اس َ ِ اطئ و ُ ِت، ي ْ ي َ ِ ب ْل ه َ ْ أ ْ ِ من و َ ِّ ، أ ِ من ً ُال َج ر ًا. ر ْ و َ َج ًا و م ْ ُ ل ْ ظ َت ِلئ ُ َا م م َ ً، ك ْال َد َع ً ا و ْ ط ِس َ ق ْض ر َ ُ األ ْأل م َ ي Maksudnya: “Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu daripada kalangan aku – atau daripada ahli Baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4282) Status: Hadis Hasan Sahih 2. Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: ، ً ْال َد َع ً ا و ْ ط ِس َ ق ْض ر َ ُ األ ْأل م َ ِف، ي ْ ن َ َ األ ْن ق َ ِة أ َ ه ْ ب َ ْ َ ال ْل ج َ ِّ ، أ ُّ ِ من ِدي ْ ه َ م ْ ال َ ِني َ ِ سن ع ْ ب َ ُ س ِلك ْ م َ ًا ي م ْ ُ ل َظ ًا و ر ْ و َ ْ ج َت ِلئ ُ َا م م َ ،ك Maksudnya: “Al-Mahdi daripadaku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4285) Status: Hadis Hasan
217 3. Daripada Ummu Salamah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: َ ة َ ِ اطم َ ِ ف َ َل ْ و ِت ِ من َْ ْ ِ عت ُّ ِ من ِدي ْ ه َ م ْ ال Maksudnya: “Al-Mahdi daripada itrah (keturunan) ku daripada anak Fatimah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4284) Status: Hadis Sahih 4. Daripada Saidina Ali bin Abi Thalib RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: ٍة َ ل ْ َ ِ ف ل ُ ُ اهلل ُه ِلح ْ ُص ِت ي ْ ي َ ْ َ ال ْل ه َ َّا أ ُّ ِ من ِدي ْ ه َ م ْ ال Maksudnya: “Al-Mahdi daripada kalangan kami - ahli bait - yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 4085) Status: Hadis Sahih Kata al-Imam Ibn Kathir RH dalam kitabnya Al-Nihayah fil Fitan wal Malahim161: “Iaitu Allah SWT mengampunkannya dan memberi taufiq kepadanya serta Allah SWT memberi ilham dan petunjuk kepadanya sedangkan dia tidak diberikan perkara tersebut sebelumnya. 5. Diriwayatkan daripada Tsauban RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: ا َ فيه ِ َّ ِن إ َ َا، ف َأتوه َ ف َ ان َاس ر ُ ِ خ َل ِب ْ ق ْ ِ من َت َاء ْ ج د َ ُّ ِود ق َ الس َات َّاي ْ الر م ُ يت َ أ َ َا ر ِذ إ ِدي ْ ه َ َة اهلل الم ِليف َ خ
218 Maksudnya: “Apabila kamu sekalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.” (Hadis Riwayat al-Hakim, No. 8531) Status: Hadis Sahih Demikianlah hadis-hadis sahih yang diriwayatkan berkaitan dengan al-Mahdi dan kemunculannya. Hadis-hadis tersebut telah disepakati dan dikuatkan kesahihannya oleh majoriti para ulama Islam. Pada keseluruhan hadis di atas, ia merupakan tanda penguat daripada Rasulullah SAW bahawa al-Mahdi akan keluar di akhir zaman dan tidak ada syak lagi padanya. Beliau akan keluar dan menguasai keseluruhan bangsa Arab serta akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan saksama. Kekuasaannya juga selama tempoh tujuh tahun sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis. Menurut pandangan al-Syeikh Abd Al-Aziz bin Abd Allah bin Baz162 RH: “Isu al-Mahdi adalah perkara yang diketahui. Hadis-hadis yang berkaitan dengannya sangat banyak bahkan ia berstatus mutawatir dan saling menguatkan. Kebanyakan ulama telah menyatakan bahawa ia sampai ke tahap mutawatir dan mutawatirnya adalah mutawatir maknawi disebabkan banyaknya jalan periwayatannya. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa individu yang dijanjikan ini akan benarbenar muncul pada akhir zaman kelak.” Berikut merupakan beberapa ciri yang terdapat pada diri alImam al-Mahdi: 1. Pada bahagian bahunya ada tanda yang sama pada bahu Nabi SAW. 2. Al-Mahdi akan berkumpul bersama Nabi Isa AS dan Baginda AS akan bersolat di belakangnya. 3. Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar.
219 4. Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun. Waktu keluarnya al-Mahdi seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Fitan wal- Malahim, Ibn Kathir RH berkata: “Aku menyangka bahawa keluarnya al-Mahdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa AS.” Ini berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Isa bin Maryam AS turun lalu berkata pemimpin mereka (AlMahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa AS berkata: Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu sekalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 247) Hadis di atas menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan kiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa A’jam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah SAW iaitu Imam Mahdi. Dia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum Muslimin. Dia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajjal dan turun pula Nabi Isa AS yang akan membunuh Dajjal itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir di saat umat Islam berpecah-belah dan di masa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini di bawah kekuasaan Islam.
220 Kesimpulan: 1. Kehadiran Imam Mahdi ke atas umat manusia di akhir zaman membawa misi untuk mengakhiri segala tindakan kezaliman, penyelewengan dan kemungkaran yang menguasai dunia. Segalanya dibersihkan dan ditegakkan dengan “Deenul Islam” yang bersumberkan daripada alQuran dan al-Sunnah. 2. Imam Mahdi akan menjadi hakim yang adil, jujur dan memurnikan jiwa insan, menabur cahaya kedamaian akibat pertikaian dan peperangan dengan cara menghentikan perang dan konflik yang berpanjangan. 3. Akhlak Imam Mahdi seiras akhlak Baginda Nabi SAW. Maka amat beruntunglah orang yang dapat melihat akhlak Baginda Nabi SAW semasa hayatnya dan beruntung juga orang yang dapat melihat akhlak Imam Mahdi semasa turunnya di atas muka bumi.
221 HADIS 37 DABBATUL ARD HAKIKAT DAN KEMUNCULANNYA Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaibah, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr, daripada Abi Hayyan, daripada Abi Zura’h, daripada Abdullah bin A’mr RA dia berkata: “Aku telah menghafaz daripada Rasulullah SAW satu hadis yang aku belum lupa (tentang isi kandungannya). Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tanda-tanda kiamat pertama yang akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu Dhuha, yang mana pun di antara dua perkara ini akan mula-mula terjadi, maka yang
222 keduanya akan terjadi dalam waktu yang dekat.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2941) Keterangan: Apa yang dimaksudkan dengan Dabbatul Ardh ialah segala binatang yang melata di muka bumi sama ada berkaki dua, empat atau merayap. Imam al-Tantawi, bekas Syeikh al-Azhar dalam kitab tafsirnya, al-Wasit fi Tafsir al-Quran al-Karim163 memberikan pengertian; Dabbah ialah kata nama untuk setiap haiwan yang memiliki roh, tidak kira jantan atau betina, berakal atau tidak berakal. Terdapat banyak nas tentang kemunculan Dabbatul Ardh pada akhir zaman. Antaranya Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.” (Saba’: 14)
223 Maksudnya: “Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.” (An-Naml: 82) Imam al-Thobari RH dalam kitab Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an164 menjelaskan ayat di atas menyebut: “Kebanyakan ulama berkata: Keluarnya Dabbah yang disebut ini apabila manusia sudah tidak menyeru yang makruf dan tidak mencegah yang mungkar. Antara yang berpendapat sedemikian ialah Ibn Umar RA sepertimana diriwayatkan berkata: “Ianya berlaku apabila tidak ada lagi yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.” Begitu juga daripada ‘Atiyyah, katanya: “Apabila manusia sudah tidak mengenal yang makruf (kebaikan) dan sudah tidak mengingkari yang mungkar (kejahatan).” Ibn Kathir RH dalam kitab Tafsir al-Quran al-‘Azim berkata: Binatang ini akan keluar pada akhir zaman semasa manusia telah rosak dan meninggalkan perintah-perintah Allah SWT serta menukar agama yang haq (dengan mengikut kebathilan). Maka Allah SWT akan mengeluarkan kepada mereka binatang dari bumi. Dikatakan ia dari Mekah. Dan dikatakan juga dari selainnya. Maka manusia mula berbicara berkenaan binatang tersebut.
224 Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang al-Dabbah ini antaranya ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 1. “Hari Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah kamu melihat sepuluh tanda: Kemudian disebut al-Dukhan (asap), Dajjal, al-Dabbah, keluar matahari dari arah barat, turunnya Isa bin Maryam AS, munculnya Yakjuj dan Makjuj, terdapat tiga kabus tebal; satunya di timur, keduanya di barat dan satunya di Semenanjung Tanah Arab dan akhir sekali keluarnya api dari negeri Yaman hingga menghimpunkan manusia ke tempat Mahsyar mereka. (Hadis Riwayat Muslim, No. 7467) 2. “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari arah barat, asap, Dajjal, al-Dabbah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (kiamat).” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2947) 3. “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari arah barat, keluarnya Dajjal dan juga Dabbatul Ardh (al-Dabbah yang melata di bumi).” (Hadis Riwayat Muslim, No. 158) Dalam kitab Asyrat al-Sa’at: al-‘Alamat al-Kubra dalam Mausu’ah al-Akhirah oleh Mahir Ahmad al-Sufi165, Ibn Hajar RH berkata: “Hikmah yang demikian itu bahawa keluarnya matahari dari sebelah Barat sebagai menutup pintu taubat. Kemudian, datang Dabbatul Ardh yang membezakan antara orang yang beriman dan orang kafir sebagai penyempurnaan untuk maksud sebenar pintu taubat telah tertutup.”
225 Dr. ‘Umar Sulaiman al-Asyqar166 berkata: “Binatang yang melata ini adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT yang akan keluar di akhir zaman, ketika kejahatan bermaharajalela dan kerosakan meluas, manakala kebaikan sangat sedikit. Binatang melata ini adalah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-firmanNya (pada ayat 82, Surah al-Naml), “Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.” Tempat keluar Dabbatul Ardh berdasarkan ayat 82 Surah alNaml yang disebut adalah dari dalam bumi, bukan dari langit dan lain-lain. Persoalan yang timbul adalah, di bahagian bumi manakah ia akan dikeluarkan? Berkenaan dari arah mana ia akan keluar para ulama berselisih pendapat tentangnya antaranya: 1. Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA, katanya: Rasulullah SAW menyebut tentang al-Dabbah, lalu Huzaifah bertanya: Ya Rasulullah, dari mana ia akan keluar? Sabda Rasulullah SAW: اهلل ً ع ََ ِ ة َ ْم ُر اجِد ح ِ َ َس م ْ ِم ال َ ْظ ع َ ْ أ ِمن Maksudnya: “Dari masjid teragung yang paling dimuliakan Allah (Masjid al-Haram).” (Hadis Riwayat Tabrani, No. 1635 dan Hakim, No. 8490) Status: Hadis Hasan 2. Imam al-Thobari RH dalam kitab tafsirnya Jami’ al-Bayan ‘An Ta’wil Ay al-Qur’an berkata: “Dikatakan bahawa bumi tempat keluarnya al-Dabbah ialah Mekah.”
226 3. Ibn Kathir RH dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-‘Azim juga menyebut: “Allah SWT mengeluarkan bagi mereka Dabbah dari bumi, dikatakan dari Mekah dan dikatakan dari tempat lain.” Dabbatul Ardh akan membawa bersamanya tongkat Nabi Musa AS dan cincin Nabi Sulaiman AS. Sepertimana hadis daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dabbatul Ardh akan keluar dan bersamanya tongkat Musa AS dan cincin Sulaiman AS. Ia akan menekap kepada orang kafir. Kata Affan167, “Pada hidung orang kafir dengan cincinnya dan jelaslah keceriaan wajah orang beriman (dan) dengan tongkatnya sehingga ahli khiwan (yang sedang makan) berhimpun pada hidangan masingmasing. Salah seorang berkata: “Hai yang beriman” dan berkata: “Hai yang kafir.” (Hadis Riwayat Ahmad (No. 7937), Ibn Majah (No. 4066) dan alTirmidzi (No. 3187) Status: Hadis Hasan. Adapun ciri-ciri dan rupa bentuk Dabbatul Ardh itu tidak terdapat hadis-hadis yang sahih yang boleh dijadikan sebagai sandaran untuk menerangkan sifat-sifat besarnya. Walaupun ada yang menerangkan sifat-sifat ini dengan terperinci yang menunjukkan betapa besarnya ia, di mana apabila ia keluar dari sebuah celah di bukit Safa di Mekah secepat larian kuda selama tiga hari. Maka belum akan keluar sepertiga dari badannya dan sebagainya daripada sifat-sifat yang menunjukkan betapa besarnya ia. Berdasarkan kepada himpunan nas, dinyatakan beberapa ciri Dabbatul Ardh antaranya: 1. Ia merupakan haiwan yang aneh. Tidak seperti haiwan yang biasa. 2. Berbulu.
227 3. Berkaki empat dan berkuku. 4. Tidak berekor. 5. Bertanduk. 6. Tinggi dan besar. 7. Ia boleh berkata-kata dan memahami bahasa manusia. 8. Ia akan berkata kepada orang yang tidak beriman bahawa manusia telah tidak lagi meyakini ayat-ayat Allah SWT seperti terakam dalam surah al-Naml ayat 82. Manakala antara sifat yang bukan termasuk Dabbatul Ardh ialah: 1. Ia bukan keturunan manusia. 2. Ia bukan haiwan yang membiak tetapi satu haiwan sahaja. 3. Ia bukan keturunan haiwan yang sedia ada di muka bumi, tetapi dikeluarkan oleh Allah SWT seperti firmanNya “ ”. 4. Ia bukan makhluk asing yang datang dari langit, sebaliknya ia datang dari bumi seperti firmanNya “ ” Pendapat Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani RH dalam kitab Tafsir al-Jailani168: (Dabbah) yang besar (dari bumi) untuk menjadi sebagai alamat berlakunya kiamat, dalil atas menunjukkan bahawa sempurnanya kekuasaan Kami atas menghidupkan yang mati daripada tulang yang hancur. Tingginya tujuh puluh hasta. Ia memiliki kaki dan berbulu halus berwarna kuning seperti bulu al-Farakh dan mempunyai dua sayap berbulu. Dan ada yang mengatakannya sebagai al-Jassasah, tidak pergi kalau dihalau dan tidak berjumpa jika dicari.
228 Kesimpulan: 1. Sesungguhnya Dabbatul Ardh adalah salah satu daripada tanda kiamat besar yang akan berlaku sebelum dunia kiamat. 2. Sebahagian ulama menganggap kemunculan Dabbatul Ardh dengan izin Allah SWT adalah salah satu daripada antara tanda-tanda akhir yang besar yang akan berlaku. 3. Kedatangan dan kemunculan Dabbatul Ardh memperihalkan dan berkata kepada manusia dengan pemisahan mereka yang beriman dan kufur. Justeru, sewajarnya kita imani dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT berkenaan dengan hari akhirat dan tandatanda kiamat.
229 HADIS 38 YAHUDI DARI ASHBAHAN (IRAN) Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Mansur bin Abi Muzahim, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hamzah, daripada al-A’uzai’e, daripada Ishak bin Abdullah, daripada pakciknya Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan169 (Iran) dan jumlahnya ada 70000 orang dan mereka memakai atThayalisah (yang menutup pundak dan badan)” (Hadis Riwayat Muslim, No. 2944) Keterangan: Yahudi Isfahan adalah salah satu daripada 12 suku Yahudi. Mereka biasa memakai gelaran at-Thayalisah iaitu sejenis syal (selendang) khas Parsi. Dalam bahasa Ibrani komuniti Ibrani ini disebut Askenaz. Mereka
230 adalah kaum Yahudi Eropah yang tinggal di Rhiemland, Jerman. Namun begitu banyak bangsa Askenazi bermigrasi (berhijrah) keluar dari Jerman menuju ke negara Amerika Syarikat dan negara haram Israel. Dan mereka menguasai pelbagai industri terutama di industri kewangan dan hiburan. Kaum Yahudi ini juga ramai yang menetap di kota Isfahan iaitu kota terbesar yang ketiga di negara Iran sejak tahun 727SM. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan kami membahagikan mereka (Bani Israel) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,…” (Al-A’raf: 160) Rasulullah SAW menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai at-Thayalisah70 (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri yang membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut. Dalam kitab Al-Yaum al- Akhir al-Qiyamatu al-Shugro171 menyatakan bahawa gelombang kedatangan Yahudi ke Parsi (Iran) semakin besar, ketika nenek moyang bangsa Israel ini diusir oleh Raja Nebukatnezar172. Para pelarian Yahudi pada masa kerajaan Babylon inilah yang menjadi sebahagian daripada sejarah Parsi. Dalam kalangan penganut Yahudi, Dajjal dikenali dengan al-Masih bin Dawud. Syaikh Salim bin I’ed Al Hilali ketika beliau menerangkan kitab Syarah Ushul al-Sunnah Lil Imam Ahmad bin Hanbal173 berkata, “Mengapa Nabi SAW menyebutkan Yahudi Ashbahan (Iran) secara khusus?! Jawabnya, kerana hubungan yang amat erat antara Yahudi dengan Syi’ah. Sejarah mencatat bahawa kaum Syi’ah sepanjang masa selalu membantu kaum Yahudi untuk menghancurkan kaum Muslimin, tidak seperti yang sering digambarkan oleh media-media penyesat