i
ii Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis, penerbit dan penerbit bersekutu. Penerbit Nama Penerbit Penerbit Bersekutu Nama Penerbit Bersekutu Editor Perunding Nama Editor Perunding Pereka Grafik Nama Pereka Grafik Dicetak Oleh Nama Pencetak
iii Mukadimah Kata-kata aluan atau penghargaan.......
iv Selamat membaca! Datuk Raya Erom ....sambungan kata-kata aluan atau penghargaan.......
1 HADIAH SEBUAH PERJALANAN KEHIDUPAN SAYA YANG SEBENAR 1 ANUGERAH FORBES : TOKOH WANITA PERTAMA NEGARA – MALAYSIAFORBE ALHAMDULILLAH… Hidup ini tidak semudah yang kita impikan, Ia bagaikan sebuah keindahan gunung yang menjulang ke atas awan kelabu yang menjadi ‘sorotan’ bagi semua orang di sekeliling. Saya memang tidak sesempurna orang lain akan tetapi saya cuba melakukan semua kerja dengan baik dan penuh keikhlasan. Ada yang ingin menjadikan saya idola dan saingan mereka akan tetapi sebenarnya saya tidak suka bersaing dengan sesiapa. Saya hanya suka bersaing dengan diri saya sendiri. Hidup ini sebuah perjalanan yang jauh sebenarnya, kita tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain. Berdirilah di atas kaki sendiri, walau impian dipasak setinggi langit tetapi tidak lupa rumput di bumi. Kita masing-masing ada kekuatan dan kebolehan tersendiri maka jalani hidup ini dengan keikhlasan tanpa meniru cara dan gaya kehidupan orang lain. Jangan sesekali hidup menjadi wayang Tok Dalang atau di balik bayang-bayang orang lain. “Saya ingin membantu seramai mungkin orang-orang yang memerlukan, itu katakata dan janji saya kepada bapa sejak kecil sehingga kini..”
2 Alhamdulillah… Tuhan mengurniakan saya limpahan rezeki dan saya mahu berkongsi bersama mereka yang memerlukan, bukan hanya untuk diri sendiri. Memang benar saya pernah memegang gelaran WIRA DERMAWAN ASIA 2009 dan menjadi Wanita pertama Negera yang memecahkan Tradisi Dominasi Dermawan Lelaki dan masih kekal satu-satunya Muslimah Dermawan atas Anugerah FORBES Asia sebagai Tokoh Filantropi dan Altruis dari 12 negara termasuk Australia, Cina dan India dan menempatkan saya sebaris dengan bintang filem Hong dan Jet Li bintang Filem China. Editor bersekutu Majalah Forbes Asia, John Koppisch menjelaskan bahawa penerima kali ini tidak semestinya di kalangan pemberi sumbangan derma yang terbanyak dan terbesar. Saya agak terkejut menerima pengharagaan yang berprestig tinggi seperti itu. Sebenarnya saya hanya mendermakan semula duit yang saya perolehi untuk kebajikan. Saya dermakan balik duit yang saya dapat hasil sumbangan dan penjualan lukisan dan buku-buku saya. Semasa berita pengumuman yang dimaklumkan kepada saya melalui Stesen TV3, benar-benar mengujakan, walaupun pada asalnya menjadi kesangsian kerana saya tidak pernah membaca majalah Forbes Asia. Waktu pun terlalu sukar diramal kerana saya tidak pernah bermimpi untuk mendapatkan sebarang ganjaran dari kerja-kerja amal yang saya lakukan. Sebenarnya saya tidak pernah menyangka akan mendapat Anugerah itu. Ketika Ketika pengumuman itu disiarkan di TV, kebetulan waktu itu saya dan suami baru balik dari luar negara, London mengiringi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertua Agong Tengku Mizan dan Raja Permaisuri Agong dalam lawatan mempromosi Kraftangan Malaysia di sana. Saya tidak pernah berharap apa-apa daripada sumbangan yang saya beri, sejak dahulu HADIAH SEBUAH PERJALANAN
3 sehingga kini lebih dari 30tahun menjalankan kerja-kerja amal, kesukarelawanan dan kebajikan. Ini sebuah tanggungjawab besar, bukan sekadar anugerah ia belum cukup untuk saya tersenyum dan berpuas hati. Bagi saya, ia sememangnya signifian dengan aspirasi itu, saya bukan hanya menjadi menyumbang, sekadar ‘mencuci tangan’ melalui tandatangan di atas cek malah sebaliknya, saya sendiri menyinsing lengan untuk memastikan setiap perancangan dan perlaksaan projek-projek amal yang dilaksanakan sampai tepat kepada kumpulan sasaran. Inilah yang mungkin membezakan saya dengan orang lain. Saya hanyalah orang biasa dari biasa yang kemudiannya menjadi orang luar biasa, sebagai ‘Tokoh’ tetap berdiri sendiri di balik latar kredibiliti suami saya Datuk Seri Doktor Salleh Said Keruak, Mantan Ketua Menteri Sabah. Selain melukis, saya juga aktif menulis dengan menghasilkan beberapa buah buku seperti Autobiagrafi Tun Said Keruak, Tun Hamdan Abdullah, Cermin Kehidupan, Koleksi Lukisan, beberapa buah Kumpulan Sajak, Cerpen dan Kolumnis di Utusan Borneo, Sabah. Walaupun saya mendapat Anugerah yang sama sebagai Wira Dermawan Asia, namun itu tidak pernah mengubah penampilan dan cara gaya hidup seharian saya. Saya tetap mengamal cara hidup biasa, seperti selalu saya suka berjalan sendiri ‘tanpa pengawal peribadi’ di sekitar pasar ikan atau tamu. Jiwa saya ada seni estetika manusiawi kerana saya adalah seorang pengiat seni Teater dibawa bimbingan Prof. Dr. Ghouse Nasuruddin dari Universiti Sains Malaysia. Saya juga seorang pelukis dan kebanyakkan lukisan saya tersebar merata untuk hadiah atau penghargaan bagi penyumbang kepada Yayasan Kebajikan Suria. Cita-cita saya hanya satu iaitu membantu seramai mungkin orang-orang sejak dari bangku sekolah lagi saya menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam pembangunan kanak-kanak dan pendidikan, kesihatan dan kesenian, muzik, perlindungan alam sekitar dan kesukanan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
4 Sebagai penyumbang mudah tetapi saya sendiri turut menyinsing lengan untuk memastikan setiap Program Amal dilaksanakan dengan lancar. Ianya mengajar saya untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sebagai insan yang biasa dididik dengan hidup yang mencabar, saya tidak ada masalah untuk membuat sebarang pekerjaan dengan segala persiapan kerana semua itu akan membawa kita kepada distinasi yang mahu dituju. Saya pernah menerima beberapa Anugerah seperti Pingat Gemilang Darjah Kinabalu – PGDK dari Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2009, Wira Dermawan 2009 dari Majalah FORBES Asia (2009). Anugerah Tokoh Sukarelawan Kebajikan Wanita daripada Kerajaan Negeri Sabah (2003), Anugerah Khas Tokoh Belia Wanita daripada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (2003) dan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul daripada Kerajaan Negeri Sabah (2002), Anugerah Wanita Cemerlang daripada Kerajaan Negeri Sabah, bersempena Hari Wanita (2004), Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada tahun 2000. Cara hidup saya selalu santai, itu sudah kebiasaan sejak zaman remaja. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengenali saya bila pertama kali bersua. Ada juga yang terpukau melihat keterampilan saya berpakaian ‘simple’ sekadar berseluar ‘jeans’ dan berkemeja tanpa memakai sebarang aksesori penyeri diri yang melaratlarat sebagaimana orang-orang kenamaan Utama VIP. Saya memang mewarisi sebahagian dari hasil dari perniagaan keluarga saya tapi itu tidak bererti saya tidak berusaha untuk memperbaiki kedudukan kendiri termasuk memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu serta pengetahuan am luar dan dalam negeri. Sebagai seorang Wanita harus memperlengkapkan diri itu tanpa bergantung kepada orang lain. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
5 “Tangan wanita yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”
6 Yayasan Kebajikan Suria menubuhkan Bahagaian Kaunseling Wanita bagi menangani cabaran Kerjaya, Kemurungan dan Penderaan keras Kaum Hawa. Yayasan juga mengendalikan talian ‘Free Tol’ untuk anak-anak remaja yang bermasalah, terutama sekali kes-kes pembuangan bayi. Ianya ditubuhkan untuk menangani kes remaja yang lari dari rumah dan tidak ada tempat mengadu. Ramai di antara mereka ini anak-anak yang masih bersekolah, terpengaruh dengan gelaja ubat-ubatan terlarang. Empat bulan pertama pengendalian kelab ini beroperasi, kami berjaya menyelamatkan empat orang bayi. Di mana mereka ini masih di bawah jagaan ibu-bapa dan ternyata mereka tidak menceritakan masalah kepada mereka. Peliknya, keluarga tidak mengambil serius dan mereka terpaksa melahirkan anak itu dan diberikan kepada keluarga angkat. Dalam masa yang sama Yayasan Kebajikan Suria menubuhkan kaunseling untuk wanita bagi menangani cabaran kerjaya, kemurungan dan juga gejala penderaan oleh suami atau keluarga suami. Ini terjadi bila wanita ini tidak mempunyai pekerja atau keberanian untuk bangkit bila kehilangan suami tempat mereka bergantung. Di sinilah peranan Unit Kaunseling ini penting, mereka diberi suntikan semangat dan motivasi agar mereka mendapat bangun untuk meneruskan kehidupan mereka. Bapa dan Mama telah membesarkan kami dengan budaya kampung yang baik, tidak suka mementingkan diri sendiri dan sentiasa membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Seperti kehidupan orang lain, keluarga kami HADIAH SEBUAH PERJALANAN
7 dikenali kalangan masyarakat kampung dengan sikap kesederhanaan, suka memberi dan selalu menghormati adat budaya orang di sekeliling. 2 HIDUP 50-50 DENGAN PENYAKIT ASMA ‘KRONIK’ DAN TALASMEA Hidup ini bagaikan sebuah keindahan, saya mempunyai personaliti yang agak keras berbeza dengan adik beradik yang lain. Impian saya ingin cemerlang dalam hidup, saya mempunyai hati yang besar, walaupun banyak menderita dan saya jarang menunjukkan kesedihan itu kepada orang lain. Saya dilahirkan di Pogun Lawid, Tutu Tuaran. Sebuah perkampungan yang agak jauh dari kesibukan kota. Masa itu belum ada jalanraya penghubung sampai ke rumah kami, kalau adapun jalan yang berhabuk dan becak bila hujan, kalau ada keperluan mendadak kami terpaksa mengayuh basikal ke pekan, itulah satu-satunya basikal buruk bapa yang sudah uzur. Jangka talian hidup saya kata doktor tidak akan bertahan lama, hanya ada potensi untuk hidup seketika. Itupun terpulang dengan kondisi kesihatan saya yang semakin hari semakin menurun, saya menghidap penyakit Asma (kronik) pernafasan saya sering terganggu setiap kali ada perubahan cuaca dan juga jika tersalah mengambil makanan Doktor pernah meramalkan kepada mama mengenai jangka hayat saya yang tidak akan lama, untuk kelangsung hidup 50-50 kerana di samping penyakit masalah kekurangan darah merah ‘Miner Talasmea’, masalah kulit yang berkepanjangan dan kesemua penyakit ini adalah keturunan dari genetik keluarga. Hidup saya tidak seperti orang lain, bebas ke mana-mana. Saya menghidap penyakit HADIAH SEBUAH PERJALANAN
8 Asma ‘kronik’, sejak lahir sehingga usia saya 12 tahun. Mama adalah orang yang tegar sanggup tidak tidur sepanjang malam untuk menjaga saya. Pernah suatu waktu saya pengsan selepas mandi pagi pada jam 6 pagi, saya terjatuh dan tidak sedarkan diri beberapa jam. Kepala saya terbentur batu keras lalu saya tidak sedarkan diri, ada kesan biru di bahagian dahi bahagian kepala pastinya darah membeku, saya biarkan saja selepas beberapa minit saya terbangun dan perlahanlahan duduk sambal mengusap kesan di dahi yang sakit. Tak lama selepas itu saya mandi dan terus ke pejabat. Sejak hari itu saya selalu merasa pening dan sakit kepala, setiap kali sakit pastinya saya akan mengambil ‘Panadol’ lepas itu baik. Selang beberapa tahun barulah satu ujian besar datang dalam hidup saya, waktu itu saya dan kawan-kawan pergi berkelah di sebuah pulau di Pulau Gaya, tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu. Masa itu saya di’rasuk’ oleh ‘Orang halus’ di mana sewaktu bermain pasir, kawankawan mengubur seluruh tubuh badan saya dengan pasir selepas itu mereka memberi tiang nisan di sebelah kepala, kemungkinan saat ini terjadilah ‘teguran’ dari penghuni laut. Kononya ‘semangat’ saya diikat oleh mereka. Semasa pulang seluruh tubuh badan saya terasa berat dan ‘mengigil’ kesejukkan, ia berlarutan beberapa hari barulah Kakak saya membawa saya berjumpa Dr Daljit di hospital kerajaan Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Di sinilah bermulanya saya mengetahui sejarah penyakit keturunan ‘jenatik’ keluarga iaitu kekurangan darah merah atau lebuh dikenali dengan Kanser darah iaitu Talasmia. Seringkali juga saya tidur tanpa sedar kerana pening dan selalu merasa penat. Mereka menyangkakan nadi saya sudah berhenti kerana nafas sudah tidak ada namun Tuhan masih sayangkan saya. Dia menyambung denyutan nadi saya semula. Alhamdulillah, saya masih bernyawa sehingga buku ini siap ditulis. Mama memberikan saya suntikan semangat dan keberanian untuk terus hidup. Saya HADIAH SEBUAH PERJALANAN
9 terus bersabar mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku-liku ujian, dengan harapan agar ada keajaiban berlaku. Walaupun hidup saya mempunyai banyak perkara yang tidak adil namun saya tidak pernah menyerah kalah. Hati saya bagaikan bercahaya, meskipun saya sudah banyak mengesat air mata sebelum ini namun saya telah melalui berbagai renjatan api dan pernah berlari di atas kerikil tajam sebelum menjadi insan yang kuat seperti hari ini. Usia saya waktu itu sudah meningkat 12 tahun tapi ukuran badan saya terlalu kecil tidak sepadan dengan usia saya yang sebenar, hanya kulit membalut tulang, silap hari bulan boleh terbang ditiup angin. Gangguan ini datang pada waktu malam, mungkin sejuk dan saya terpaksa tidur dalam keadaan duduk bersandarkan bantal yang disusun (empat atau lima buah), Mama terpaksa mengikat dada saya dengan tuala nipis untuk membantu megempiskan dada yang semakin meninggi dan sukar untuk bernafas. Sungguh seksa kerana sukar untuk tidur dengan deringan bunyi yang tidak meyenangkan, apa lagi dalam keadaan sejuk badan saya akan menggigil terpaksa menggunakan kain panas tebal. Saya tidak boleh terdedah dengan suasana yang berhabuk, untuk mengelak semua itu, saya terpaksa berkurung di dalam bilik yang dipenuhi dengan kain. Size badan saya pada usia 12 tahun terlalu kecil tak sepadan dengan usia sebenar, hanya kelihatan kulit dan tulang. Penyakit kekurangan Sel darah merah, sampai ke hari ini saya terpaksa mengambil vitamin tambah dari doktor. Masalah kekurangan darah merah ini akan mengakibatkan saya pening dan jika terlalu letih dan tidak cukup tidur maka terjadilah pelbagai masalah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
10 Pengalaman sejak kecil dengan kesengsaraan menghidap penyakit asma mengajar lebih berani menghadapi masalah hidup. Sewaktu kecil sudah terbiasa dengan cabaran tidur dan makan yang tidak teratur. Apa lagi sekadar tidak cukup makan, itu sudah perkara biasa. Tidur dalam keadaan duduk, itu juga bukan perkara luar biasa, semuanya pernah saya alami. Memang tak selesa, apa lagi bila hujan keadaan bertambah kacau kerana angin bertiup kencang, zink rumah bergesel dengan bunyi yang bising. Pastinya membuat Mama tak tidur semalaman menjaga saya. Hidup saya terkongkong dengan pelbagai pantang-larang dan kekangan seperti tidak boleh bermain hujan dan tidak boleh terkena bahang panas matahari. Pendek kata apa-apa saja aktiviti luar dan terbuka hampir kesemuanya tidak boleh saya lakukan. Masa sangat membantu saya menyedari bertapa kuatnya semangat yang ada dalam diri saya tidak pernah saya sia-siakan. Kehidupan kami sederhana dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang, saya banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat dan kadang-kadang banyak juga tekanan yang datang, namun semuanya saya biarkan, meski ia sangat meletihkan. Bapa dan Mama telah membesarkan kami dengan budaya kampung yang baik, tidak suka mementingkan diri sendiri dan sentiasa membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Seperti kehidupan orang lain, keluarga kami dikenali kalangan masyarakat kampung dengan sikap kesedarhanaan suka memberi dan selalu menghormati adat budaya orang di sekeliling. Saya mahu menjadikan Mama dan Bapa berbangga dengan kejayaan dari setiap perjuangan dalam setiap perjalanan kehidupan saya. Walaupun saya pernah melalui berbagai liku onak dengan mengesat air mata namun saya tetap tersenyum tidak pernah menyerah kerana semua pengalaman yang saya lalui menjadikan saya lebih kuat dan bersemangat untuk melangkah terus ke hadapan. Tuhan tidak pernah tidak pernah tidur, setiap usaha yang baik akan tetap ada ganjaran dan pahalanya. Tidak ada yang mustahil kecuali Allah SWT. Tidak izinkan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
11 Walaupun hidup saya mempunyai banyak perkara yang tidak adil namun saya tidak pernah menyerah kalah. Hati saya bagaikan bercahaya, meskipun saya sudah banyak mengesat air mata sebelum ini namun saya telah melalui berbagai renjatan api dan pernah berlari di atas kerikil tajam sebelum menjadi insan yang kuat seperti hari ini. Usia saya waktu itu sudah meningkat 12 tahun tapi ukuran badan saya terlalu kecil tidak sepadan dengan usia saya yang sebenar, hanya kulit membalut tulang, silap hari bulan boleh terbang ditiup angin. Gangguan ini datang pada waktu malam, mungkin sejuk dan saya terpaksa tidur dalam keadaan duduk bersandarkan bantal yang disusun (empat atau lima buah), Mama terpaksa mengikat dada saya dengan tuala nipis untuk membantu megempiskan dada yang semakin meninggi dan sukar untuk bernafas. Sungguh seksa kerana sukar untuk tidur dengan deringan bunyi yang tidak meyenangkan, apa lagi dalam keadaan sejuk badan saya akan menggigil terpaksa menggunakan kain panas tebal. Saya tidak boleh terdedah dengan suasana yang berhabuk, untuk mengelak semua itu, saya terpaksa berkurung di dalam bilik yang dipenuhi dengan kain. Saiz badan saya pada usia 12 tahun terlalu kecil tak sepadan dengan usia sebenar, hanya kelihatan kulit dan tulang. Penyakit kekurangan sel darah merah, sampai ke hari ini saya terpaksa mengambil vitamin tambah dari doktor. Masalah kekurangan darah merah ini akan mengakibatkan saya pening dan jika terlalu letih dan tidak cukup tidur maka terjadilah pelbagai masalah. Suatu hari saya menyertai pertandingan golf yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan sempena menyambut hari lahir suami dan sebelah malamnya pula, saya ada acara lain iaitu majlis malam amal dan kebetulan saya adalah tetamu kehormat dan kena menyanyi lagu Cina di mana lagu ini di taja oleh beberapa Syarikat dan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
12 individu untuk sumbangan kepada Warga Tua – Kelab Kecergasan KOAT. Waktu itu kepala saya sakit memikirkan kerja yang banyak dan bila saya bila sampai di lubang ke 3, Par 5, saya menghayun ‘driver’ (kayu golf -1) untuk ‘tee off’ namun selepas itu saya terjatuh dan sempat disambut oleh seorang kawan untuk dibawa duduk di atas ‘buggy’ sebuah kereta kecil yang selalu digunakan semasa main golf. Saat itu pemandangan saya gelap, yang saya nampak bintang tetapi saya sempat melihat bola golf saya terbang dan turun ‘lending’lalu menuju ke arah laut, pastinya masuk air. Alhamdulillah tak sampai setengah jam dua orang doktor datang sekali gus. Dalam keadaan keterpaksaan dan separuh sedar saya terdengar suara doktor. Pendik cerita, masa itu saya sudah sedar namun kepala masih lagi sakit bagai otak saya diperah dan mata saya masih lagi tutup, tidak lama kemudian mereka menghantar saya pulang walaupun perminanan golf masih lagi berlangsung. Sesampainya di rumah, saya terus baring dan cuba merehatkan badan. Tidak sampai setengah jam saya bangun dan bergegas ke dewan KDCA tempat majlis makan malam di adakan. Alhamdulillah, kekuatan yang luar biasa saya dapat menyampaikan lagu Yue Liang Dai Biao Wo De Xin – Teresa Teng dengan baik. Ramai juga yang tidak percaya saya boleh menyanyikan lagu itu. Demi sebuah janji kepada Kelab Kecergasan Warga Tua KOAT kami berjaya mengutip RM100 ribu malam itu. Tidak terbayang jika saya tidak bangkit untuk hadir malam itu, apa akan terjadi dengan majlis itu tentunya mereka kecewa dan akan mengutuk ketidak hadiran saya… Tapi pada akhirnya, mereka berterima kasih dengan segala usaha yang saya buat tanpa memberitahu keadaan yang berlaku. Terkadang dalam kehidupan kita tidak perlu menceritakan kepada orang lain masalah yang kita hadapi kerana sesetengah orang tidak ada masa untuk memahaminya. Biarlah masa akan membuktikan apa sebenar yang ingin kita lakukan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
13 Rasa Ria, Tuaran. Selain aktiviti sukan badminton, saya juga bermain Golf - Hampir semua Kelab di Sabah saya pernah main. Pernah bermain bersama mantan Raja Paramaisuri DYMM Yang Dipertuan Agong Negeri Sembilan, Tuan Ku Najihah. Masa ini saya bermain dengan baik, saya pernah mencipta rekod dengan mengalahkan lelaki ‘longest drive’ di kejohan Golf di Karambunai. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
14 3 KEAJAIBAN MERUBAH HIDUP SAYA 360 DARJAH.. Mujur suatu keajaiban berlaku dalam hidup saya, semasa bermain dengan kawankawan di kawasan rumah, saya terjatuh dan dada saya terhempas di atas ‘sibor’ (permatang padi). Kemalangan itu tidak disangka-sangka. Petang itu secara tidak sengaja terlanggar pokok dan terjatuh di atas sibor, masa itu saya merasakan nyawa saya sudah terbang, tiada air mata jatuh dan waktu itu juga saya melihat Bintang serta terus pitam dan tidak sedarkan diri. Selepas beberapa minit saya tersedar dan hati saya berkata:- “Mungkin inilah pengakhiran hidup saya….” Namun saya hanya bermimpi rupanya, ia bagai suatu hikmah menjadi permulaan bab dalam kehidupan saya, selepas itu penyakit yang saya deritai selama lebih dari 12 tahun tidak pernah datang lagi. Sejak detik itu, saya semakin yakin hidup saya ada sinar di hari esoknya. Saya sangat gembira, hidup saya berubah 360 darjah. Saya terus bersemangat, bulan bintang dan matahari terasa lebih terang dari biasa. Saya mula merasakan perubahan dalam hidup saya. Sejak kejadian itu saya belajar makan ‘nasi keras’ termasuk kerak nasi kerana selama ini saya hanya makan ‘nasi lembik’ iaitu bubur yang bergenang dengan air. Wah!..memang menyeronokkan, saya sangat gembira, bersemangat, ia telah membebaskan saya dari kekangan dan peraturan harian, semua penderitaan selama 12 tahun sudah berakhir, saya sudah ada dunia baru. Alhamdulillah… Kesukaran menempuh hidup saya, memberikan saya bersemangat untuk terus cekal dan ternyata airmata yang selama ini tidak pernah tumpah, sudah ada titik penamatnya. Suatu ketika dulu, saya terpaksa duduk di rumah berhari-hari kerana tidak boleh keluar. Suasana di luar sejuk kerana hujan dan kadang-kadang kepanasan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
15 matahari pun boleh mengganggu kesihatan saya. Itulah sejarah hitam yang mengunci kehidupan saya selama ini. Mama terpaksa pergi ke sekolah untuk mengambil kerja rumah yang diberikan oleh guru dan keesokan harinya dihantar balik ke sekolah untuk diperiksa. Itulah rutin hidup saya selama menghidap penyakit itu. Mama bangga dengan saya, walaupun saya sakit dan hanya mampu duduk di rumah membuat kerja-kerja sekolah akan tetapi saya tidak pernah ketinggalan pelajaran. Mama banyak menyuntik semangat saya untuk terus berusaha walaupun dalam keadaan yang sukar. Hairan juga, bila tiba keputusan peperiksaan darjah 6, saya mendapat keputusan terbaik - memecahkan rekod sekolah keputusan ‘terbaik’ dalam peperiksaan darjah enam, pada tahun itu. Guru Besar sekolah terkejut, dia tidak pernah menyangka anak kecil sekerdil saya boleh membanggakan sekolah. Dia hampir tak percaya hari boleh berjaya mengharumkan nama sekolah. Suatu waktu dulu, saya memang suka menjawab bila-bila saja ada soalan, saya tidak pernah mengalah, lalu cikgu itu naik geram dengan saya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
16 4 SEMANGAT HIDUP SAYA MENGIKUT JEJAK MAMA Menurut Mama, saya dilahirkan dalam keadaan ‘normal’ biasanya disambut oleh bidan kampung dengan bantuan beberapa orang saudara-saudara perempuan mama yang lain. Saya anak keenam dari lapan orang adik-beradik, empat perempuan dan empat lelaki. Tapi mengikut saiz, sayalah anak yang paling kecil dan kurus kering, akibat dari penyakit sejak lahir. Ukuran badan memang tidak sesuai dengan usia saya sebenar – Usia masuk 13 tahun, baru saya pandai berlari di padang, waktu itu tubuh hanya tinggal kulit dan tulang, silap haribulan kalau ditiup angin boleh terbang. Saya memiliki semangat yang kuat mengikut jejak Mama yang berani dan saya tidak pernah tergoyahkan oleh sesiapa. Mama sentiasa memberikan saya semangat motivasi untuk hidup, ia memberikan saya tenaga untuk mengatasi semua kesusahan yang saya alami. Mama memang seorang ibu yang baik, sentiasa mengikut perkembangan kehidupan saya dan adik beradik yang lain. Waktu kecil saya banyak masa terbuang berulang-alik ke klinik berdekatan. Jarum dan ubat memang sudah menjadi makanan saya sejak lahir. Pernah sekali Mama mengirim ubat dari Makkah melalui seorang pakcik yang sedang berangkat mengerjakan ibadah haji. Masa itu, orang-orang yang pergi haji menaiki kapal laut yang memakan masa berbulan-bulan untuk kembali ke tanah air. Saya bersyukur mempunyai Mama semacam cahaya memandu kehidupan saya, mama kata saya bagaikan sebuah anugerah bagi kehidupan keluarga kami. Walaupun mereka menempuh banyak kesukaran untuk menghidupkan saya namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan mental yang luar biasa seperti mama dapat menyanggupinya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
17 Mama semasa muda remaja – cergas dan kuat dan penuh kasih sayang HADIAH SEBUAH PERJALANAN
18 Kasih sayang Mama menjadikan saya kuat dan lebih bersemangat, semuanya kerana mama percaya ada pelangi selepas hujan turun. Alahamdulillah, saya dapat melepasi semua masa-masa sukar dengan susah payah. Waktu kecil saya banyak masa terbuang berulang-alik ke klinik berdekatan. Jarum dan ubat memang sudah menjadi makanan saya sejak lahir. Pernah sekali Mama mengirim ubat dari Makkah melalui seorang pakcik yang sedang berangkat mengerjakan ibadah haji. Masa itu, orang-orang yang pergi haji menaiki kapal laut yang memakan masa berbulanbulan untuk kembali ke tanah air. Menurut Mama ubat yang dibawa oleh pakcik itu mujarab dan berkat kerana selepas beberapa kali mengambilnya, penyakit saya sembuh dan tidak jarang datang. Waktu itu Mama percaya ianya sesuatu yang ajaib membantu membersihkan paru-paru dan mungkin juga waktu itu tubuh badan saya sudah berubah dan masalah pernafasan pun sudah berubah, ia memberi harapan yang cerah untuk sembuh. Mama mempunyai semangat yang tinggi, dia tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan orang lain namun semanggatnya kental tidak mudah mengalah dan berputus asa. Kekuatanya ada pada diri saya, dia banyak menurunkan ilmu yang dia tahu kepada saya. Mama selalu memberikan saya tenaga untuk mengatasi semua kesukaran yang saya alami. Saya amat bersyukur mempunyai seseorang seperti Mama. Dia adalah cahaya pemandu dalam hidup saya, saya selalu memikirkan demikian, tanpa Mama saya hidup ini tidak akan bererti. Alhamdulillah, Tuhan telah mengurniakan seorang insan yang istimewa kepada kami, dia begitu baik dan berdedikasi menjaga kami sejak kecil sehinggalah kami dewasa. Mama tidak pernah menyerah. Pernah suatu ketika mama memikul semua kerja-kerja urusan kebajikan kami rumah kerana kesibukan bapa di luar kota. Mama sering menekankan soal pendidikan kepada kami. Walaupun hidup kami serba kekurangan, Mama tidak pernah mengabaikan pelajaran, semua adik-beradik diberi peluang untuk belajar, Mama tidak suka kami membuang masa tak tentu pasal, Mama tidak suka kami ketinggalan dalam pelajaran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
19 Sekali pun Mama tidak benarkan cari alasan untuk kami ponteng sekolah. Ada kalanya kami buat alasan baju basah atau kasut basah tapi akhirnya kami kena ‘denda’ tak bagi duit belanja. Mama mengajar kami berdikari untuk mencari wang. Kami hanya diberi pakaian seragam sekolah sepasang setahun dan setiap hari kena cuci kerana kotor. Doktor pernah meramalkan kepada mama mengenai jangka hayat saya yang tidak akan lama, untuk kelangsung hidup 50-50 kerana di samping penyakit masalah kekurangan darah merah ‘Miner Talasmea’, masalah kulit yang berkepanjangan dan kesemua penyakit ini adalah keturunan dari genetik keluarga. Pernah suatu waktu saya pengsan selepas mandi pagi pada jam 6 pagi, saya terjatuh dan tidak sedarkan diri beberapa jam. Di kepala sebelah kiri saya biru, selepas itu saya pergi jumpa doktor, mereka menyangkakan nadi saya sudah berhenti kerana nafas sudah tidak ada namun Tuhan masih sayangkan saya. Dia menyambung denyutan nadi saya semula. Alhamdulillah, saya masih bernyawa sehingga buku ini siap ditulis. Mama memberikan saya suntikan semangat dan keberanian untuk terus hidup. Saya terus bersabar mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku-liku ujian, dengan harapan agar ada keajaiban berlaku. Walaupun hidup saya mempunyai banyak perkara yang tidak adil namun saya tidak pernah menyerah kalah. Hati saya bagaikan bercahaya, meskipun saya sudah banyak mengesat air mata sebelum ini namun saya telah melalui berbagai renjatan api dan pernah berlari di atas kerikil tajam sebelum menjadi insan yang kuat seperti hari ini. Usia saya waktu itu sudah meningkat 12 tahun tapi ukuran badan saya terlalu kecil tidak sepadan dengan usia saya yang sebenar, hanya kulit membalut tulang, silap hari bulan boleh terbang ditiup angin. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
20 Hidup ini bagaikan sebuah keindahan, saya mempunyai personaliti yang agak keras tidak seperti adik beradik yang lain. Impian saya ingin cemerlang dalam hidup, saya mempunyai hati yang besar, walaupun banyak menderita dan saya jarang menunjukkan kesdihan itu kepada orang lain. Saya mahu Mama dan Bapa berbangga dengan kejayaan dari setiap perjuangan dalam perjalanan kehidupan saya. Walaupun saya pernah melalui berbagai liku onak dengan mengesat air mata namun saya tetap tersenyum tidak pernah menyerah kerana semua pengalaman yang saya lalui menjadikan saya lebih kuat dan bersemangat untuk melangkah terus ke hadapan. Keluarga kami dalam keadaan harmoni. Memang keluarga kami tidak mewah tapi kaya dengan budaya memaafkan kesalahan orang lain bila terjadi sebarang ketidakfahaman dengan orang lain kami mengamalkan budaya ‘sogit’ (memohon maaf) ini sebagai ‘denda’ kepada mereka yang bersalah. Pihak yang dituduh mesti memaklumkan ‘orang tua kampung’ (setiap kampung ada Ketua) dan orang yang bersalah haruslah membayar ‘sogit’ jumlah bayaran atau denda akan ditentukan oleh mereka, itulah budaya orang-orang Dusun – Lotud sehingga ke hari ini. Tapi sebelum membayar ‘sogit’ masalah yang dihadapi harus dibincang dulu dengan memanggil saksi dan sesudah mendapat keterangan barulah orang tua tadi membuat keputusan. Kesukaran menempuh hidup saya, memberikan saya bersemangat untuk terus cekal dan ternyata airmata yang selama ini tidak pernah tumpah, sudah ada titik penamatnya. Suatu ketika dulu, saya terpaksa duduk di rumah berhari-hari kerana tidak boleh keluar. Suasana di luar sejuk kerana hujan dan kadang-kadang kepanasan matahari pun boleh mengganggu kesihatan saya. Itulah sejarah hitam yang mengunci kehidupan saya selama ini. Mama terpaksa pergi ke sekolah untuk mengambil kerja rumah yang diberikan oleh guru dan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
21 keesokan harinya dihantar balik ke sekolah untuk diperiksa. Itulah rutin hidup saya selama menghidap penyakit itu. Mama bangga dengan saya, walaupun saya sakit dan hanya mampu duduk di rumah tapi saya tidak pernah ketinggalan pelajaran. Yang menghirankan, saya pernah memecahkan rekod sekolah mendapatkan keputusan ‘terbaik’ dalam peperiksaan darjah enam. Guru Besar sekolah terkejut, dia tidak pernah menyangka gadis sekerdil saya yang hampir mahu ditamparnya suatu hari boleh berjaya mengharumkan nama sekolah. Waktu itu, saya selalu menjawab bila ada soalan saya tidak pernah mengalah, mungkin cikgu itu naik geram dengan cara saya bergurau. Bapa dan Mama telah membesarkan kami dengan budaya kampung yang baik, tidak suka mementingkan diri sendiri dan sentiasa membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Seperti kehidupan orang lain, keluarga kami dikenali kalangan masyarakat kampung dengan sikap kesedarhanaan suka memberi dan selalu menghormati adat budaya orang di sekeliling. Saya memiliki semangat yang kuat mengikut jejak Mama yang berani dan saya tidak pernah tergoyahkan oleh sesiapa. Mama sentiasa memberikan saya semangat motivasi untuk hidup, ia memberikan saya tenaga untuk mengatasi semua kesusahan yang saya alami. Mama memang seorang ibu yang baik, sentiasa mengikut perkembangan kehidupan saya dan adik beradik yang lain. Saya bersyukur mempunyai Mama semacam cahaya memandu kehidupan saya. Apa pun berlaku Mama bagai bulan yang bersinar di saat yang paling getir, dia menjadi penyelamat disaat saya memerlukanya, saya bangga mempunyai seorang mama seperti dia. Kesusahan sememang sudah sebati dengan kehidupan kami, semuanya dalam kekurangan dan kesempitan. Kami sudah terbiasa dengan peraturan hidup yang tersusun, disiplin yang keras. Jarang sekali masa kami terbuang sia-sia tanpa melakukan tugasan di rumah, Mama tidak membenarkanya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
22 Mama mendidik kami berdikari sejak kecil, membuat semua kerja rumah sendiri termasuk kerja-kerja mencari kayu api, sayur-sayur kampung dari dalam hutan dan juga mengambil air dari perigi rumah jiran kerana masa itu belum ada bekalan air paip. Selepas pualng sekolah kami diajar mencuci pakaian sekolah dan menyiapkan semua sekolah dan juga kerja-kerja rumah termasuk memasak nasi dan lauk. Seawal usia 9 tahun, saya sudah terbiasa memasak nasi dengan menggunakan dapur kayu, masa itu belum ada dapur gas. Kadang-kadang kami disuruh mencari kayu api di hutan yang berdekatan dengan rumah kami di kampung, sesekali seronok juga masuk hutan mencari kayu api. Ada sekali kami terserempak seekor ular besar, nasib baiklah ular itu yang sedang nyenyak tidur. Alahai!...bayangkan jika ular itu bangun, bukankah nahas kami dimakanya. Walaupun saya bersekolah di bandar, saya banyak belajar cara kehidupan di kampung. Sejak kecil lagi saya sudah belajar memimpin mereka untuk berkerja atau kerja secara giliran, hari ini kerja di tempat saya, besok giliran kawan lain dan selepas itu kawan yang lain pula. Ada empat orang semuanya dalam kumpulan, kami juga suka tidur di kemah sementara menunggu buah-buahan ‘jatuh’ pada musim buah-buahan. Memang seronok zaman itu. Waktu itu belum ada gangguan telivesyen, yang ada hanya radio dengan harga $75 ringgit sahaja. Pada masa kecil dulu, saya selalu membantu Mama berjualan di pasar, masa itu saya berada di tingkatan 2 baru berusia 14 tahun. Pada musim menuai padi pula kami selalu bergotong royong mengetam padi. Kami dalam kumpulan bergotong royong bantu membantu di kalangan kawan-kawan yang mengusahakan padi. Saya mulanya agak kekok juga kerana selama ini saya terkurung di dalam rumah dan kini selepas bebas dari kekangan penyakit asma saya bebas mengikut semua aktiviti yang belum pernah saya lakukan selama ini, pernah sekali saya terluka di jari dan terkena parang bahagian lutut. Apa pun semua ini banyak mengajar saya jadi kuat untuk menghadapi semua cabaran hidup. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
23 Saya memang datang dari keluarga susah, kesusahan itu sudah sebati dengan kehidupan kami. Bayangkan saya hanya mengenal dan merasa makanan keras selepas berusia 12 tahun. Waktu saya menghidap panyakit asma dulu saya disekat untuk makan lain selain bubur nasi dan susu. Ada masanya tabiat nakal saya keluar cuba mencuri-curi makan makanan yang tidak sepatutnya, seperti buah-buah dan sayur-sayuran tapi selalunya tidak sampai satu jam penyakit saya datang lagi meski pun makan ubat selepas itu. Pengalaman itu mengajar saya sentiasa bersyukur dan berjanji untuk berusaha membangun diri untuk berjaya agar dapat membantu orang lain. Selepas saya, ada lagi dua orang adik beradik yang masih kecil terpaksa saya jaga bila Mama keluar mencari pekan untuk membeli barang-barang untuk dijual. Mama berusaha mencari duit lebih untuk keperluan kami sekeluarga, jika mengharapkan kiriman dari bapa memang tak mencukupi. Lagi pula Mama seorang yang sangat berdikari, sejak kecil Mam sudah diasuh untuk melakukan semua pekerjaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Untuk mengikuti jalan yang benar kata Mama, kita harus mengatasi halangan demi halangan yang kadang-kadang halangan itu hanyalah satu samaran sebagai persediaan untuk masa depan kita yang mendatang, hanya saja kita tidak menyedarinya, itu kata Mama. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
24 5 MERAYAKAN HARIJADI MAMA YANG KE 83 TAHUN “Selamat Hari Jadi Mama” Kekuatan mu sebagai perempuan membuktikan Kepada kami bahawa perempuan itu sangat kuat Kerana mampu menahan bebanan dari dalam rahim Kepada kelahiran selepas sembilan bulan mengandung Kerana itu kami lahir sebagai penyambung generasi kuat Kerana kami lahir sebagai pejuang kehidupan yang hebat… Kehebatan mu memelihara dan membesarkan anak-anak meski Ketiadaan suami di samping menemani sepanjang kehidupanmu. Kata-kata mu membuktikan bahawa perempuan itu kuat Kerana intuisinya mampu melindungi anak-anak mu dalam Keadaan tidak baik, bahkan ketika semangat mereka hampir padam. Kehangatan jiwamu akan mengorbarkan semangatnya hidup Kembali. Kekuatanya itu, ketika dia harus menahan lidahnya berkata-kata dusta, Ketika dihina atau dicaci maki oleh orang yang menderanya, bah kan Ketika kata-kata itu dari orang yang kita kasihi tempat kita bergantung. Kesedihanya kelihatan di wajah ada air mata mengalir namun ada Ketika diperlakukan kasar oleh orang lain, di bibirnya masih terucap “Aku tidak apa-apa kok, aku baik-baik saja…” Kuatnya perempuan itu bila dia mampu berdiri tegar di samping suami Ketika ada masalah, meski terkadang tanpa kata-kata yang terucap Ketika ada masalah yang terkadang dirinya sendiri terinspiratif yang Ketika ada laki-laki terpacu melihat dia menyembunyikan kesedihanya. Ketika pagi dia tersenyum seolah-olah dia tidak menanggis semalam HADIAH SEBUAH PERJALANAN
25 Kerana sebuah sentuhan lembutnya adalah kuasa boleh membangun Kesemua impian dan cita-cita yang ada dalam kehidupanya, bahkan Ketika dunia menguburkan kasih sayang yang memberi harapan dan Kekuatan tanpa diminta dikasihani oleh sesiapa pun di dunia. Kekuatan seorang Wanita itu kerana dia belajar untuk mencintai meski Kadang-kadang dia disakiti dan tersakiti oleh mereka yang disayangi, Kerana Cinta seorang Wanita itu tanpa syarat & tidak mengharap dia Kembali, setidanya aku melihat seorang Wanita yang kuat dalam Kehidupan ku – dia adalah Ibu ku…Selamat Hari Jadi Mama. Berdiri dari kiri : Deminggu, Demsih, Javear Duduk dari kiri : Penulis sendiri, Mama, Rinjen dan Kak Dayang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
26 Mama sedang memotong Kek yang kami sediakan malam itu. Sengaja kami memberikanya kejutan, walaupun harijadi bukan pada hari itu. Setiap tahun Mama akan bertanya bulan berapa sekarang? Atau kadang-kadang dia rindu kepulangan kami adik beradik, maklumlah masing-masing sibuk dan tidak punya kesempatan pulang bersama-sama. Mama tinggal bersama kakak Dayang, anak keempat dan dua orang pembantu. Abang sulung Balanting serta keluarga dan beberapa orang adik beradik yang lain Rinjen dan Demsih tinggal berdekatan. Saya dan Kakak “Seringkali masalah yang datang dari luar tidaklah sebesar masalah yang datang dari dalam diri sendiri, oleh kerana itu kuasailah dirimu” kata Mama. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
27 Mariam datang hanya pada hujung minggu sahaja, itu pun jika tidak ada kesibukan lain. Inilah kali pertama kami merayakan harijadi Mama secara besar-besaran. Hampir semua kawan taulanya dijemput, untuk turut merayakanya. Masa itu mama kuat, turun naik tangga rumah macam perkara biasa. Mama kelihatan gembira terbayang di wajahnya. tersenyum sumbing tak tentu pasal dan sesekali bertanya; Siapa lagi yang kami jemput? Siapa lagi yang akan datang? Kenapa ada bendera? Kenapa ada pentas? Aduh!..macam-macam lagi soalan, dalam hati geram juga tapi kami memilih diam sengaja tidak mahu melayan kerenahnya apa lagi menyakitkan hatinya. Kami menyediakan pentas untuk orang menyanyi dan berkaraoke. Ada juga sebahagian sumbangan dari Jabatan Penerangan dan RTM, kebetulan masa itu suami saya Datuk Salleh adalah Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia. Kami mahu melihat Mama gembira merayakan hari-hari senja di penghujung usianya. Semoga dia berbahagia meniti hari-hari tua bersama semua ahli keluarga. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
28 Saat inilah yang sangat mengembirakan keluarga kami, semua adik-beradik balik dan macam-macam cerita mereka bawa, suasana sibuk sendiri masing-masing dengan tugasan, sambil mengembirakan hati Mama. Masa itu, dia masih kuat bergerak dan di wajahnya ceria. Dia kelihatan tersenyum lebar semasa memberikan hadiah oleholeh untuk kawan-kawanya. Semua hadiah itu kami sediah untuk semua sahabatsahabatnya yang hadir. Mama menyantuni kawan-kawanya pada Majlis harijadinya yang ke-83 tahun. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir untuk merayakanya pada malam itu. Mama memang seorang yang mempunyai hati emas yang tulin, saya bangga dengan sikapnya, dia sentiasa menyimpan kenangan terbaik buat saya. Dari kiri : Deminggu Erom (4) Dayang Dadan Erom (3) Mariam Erom (2) Aldrin Balanting Erom (1) MAMA – Pansuran Lijar, Datuk Salleh Said Keruak (menantu) Raya Erom (6) Rantis Erom (5) Dari kanan ke kiri (berdiri) : Allahyarhamah Ramhat Jhan bte Kahar (Menantu), Esmi bte Undang (Menantu), Demsih Erom (7), Mathew (Menantu), Rinjen Erom (8) dan Julainah Pilang (Menantu) HADIAH SEBUAH PERJALANAN
29 Dia sanggup menjaga dan melindungi saya dari digigit nyamuk sehinggalah saya dewasa, dia sanggup mengajar saya menjadi insan yang berguna. Dia banyak membimbing saya dalam banyak situasi, memberikan saya semangat bila saya dalam keadaan lemah, meniupkan obor kekuatan dalam ‘ruh’ saya bila tenggelam dengan segala macam masalah. “Tetaplah menjadi baik dengan cara mu sendiri, walaupun orang lain tidak memperlakukan kamu dengan baik…” Kesusahan sememang sudah sebati dengan kehidupan kami, semuanya dalam kekurangan dan kesempitan. Kami sudah terbiasa dengan peraturan hidup yang tersusun, disiplin yang keras. Jarang sekali masa kami terbuang sia-sia tanpa melakukan tugasan di rumah, Mama tidak membenarkanya. Mama mendidik kami berdikari sejak kecil, membuat semua kerja rumah sendiri termasuk mencari kayu api di dalam hutan dan mengambil air dari perigi rumah jiran. Selepas sekolah kami mencuci pakaian sendiri dan membuat kerja-kerja rumah. Saya terpaksa menjaga kebajikan dua orang lagi adik yang masih kecil bila Mama keluar mencari pekan untuk membeli buah-buahan untuk dijual. Mama berusaha mencari duit lebih untuk keperluan kami sekeluarga, jika mengharapkan kiriman dari bapa memang tak mencukupi. Lagi pula Mama seorang yang sangat berdikari, sejak kecil Mam sudah diasuh untuk melakukan semua pekerjaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Inilah sifat Mama yang sangat saya banggakan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
30 Gambar kenangan – Bersama Mama dan keluarga di harijadi yang ke-83 tahun dan merupakan kali terakhir HADIAH SEBUAH PERJALANAN
31 6 BAPA HANYALAH SEORANG ‘TUKANG KAYU’ BIASA Bapa memang hebat!.. dia hanyalah seorang ‘tukang kayu’ biasa, bapa memang banyak kelebihan dikalangan kawan-kawanya. Bapa membuat rumah sendiri dan bapa banyak membantu orang-orang kampung membuat rumah. Walaupun bapa hanyalah seorang tukang kayu biasa, bapa pakar membuat rumah dia banyak membantu orang-orang kampung membuat rumah dan yang paling hebatnya bapa membuat rumah ‘papan’ kami yang pertama di kampung Pogun lawid. Sehingga ke hari ini belum ada yang menyaingi kebolehan bapa bertukang, ini terbukti bila melihat hasil kerja dengan kudratnya rumah kami terbangun megah di atas bukit, Selupoh yang bapa hasilkan. Saya bangga dengan bapa semangat dan kebolehanya. Bapa memang hebat!.. Saya salut bapa. Bapa dia tidak pernah bergantung dengan orang lain, dia suka bekerja sendiri dan pernah suatu ketika bapa bekerja dengan seorang ‘Tau keh’ Cina di bandar Kota Kinabalu. Orang ini, mengikut bapa berasal dari Kuala Lumpur dan mempunyai syarikat membuat bangunan di Sabah. Saya punya kurang pasti bagaimana bapa mengenalinya. Bapa menjadi rakan kongsi Taukeh dalam Syarikat yang berpusat di Kota Kinabalu. Bapa mengambil kesempatan untuk belajar banyak tentang selok belok perniagaan darinya. Untuk memudahkan bapa berurusan dengan syarikat Cina ini, bapa terpaksa tinggal di bandar dan hanya akan balik seminggu sekali ke kampung halaman, kalau pun ada keperluan kami terpaksa pergi ke tempat kerja bapa. Ini adalah sesuatu yang sukar tapi inilah pengorbanan seorang bapa terhadap kami di kampung. Bapa adalah wira bagi hidup saya, dia telah menurunkan bakat semula jadi dan semangatnya kepada saya. Dia bagaikan pahlawan yang tidak pernah kalah oleh sesiapa pun, saya merasa bangga dengan caranya mendidik kami adik-beradik. saya HADIAH SEBUAH PERJALANAN
32 mungkin budak degil tapi saya rajin, semua kerja saya boleh buat sendiri, meski pun tidak sihat saya masih boleh memberikan tumpuan sepenuh jiwa raga saya untuk menuntaskan semua tugas secara total. Alhamdulillah... Bapa seorang yang suka membantu orang susah, lebih-lebih lagi bila orang itu ada pertalian keluarga. Pernah juga suatu masa dulu ada orang meminta pertolongan membaiki rumah tapi orang itu tidak cukup duit, bapa tetap bantu. Jawatan terakhir Gambar kenangan Bapa dan ‘Abang’ Nizam Salleh. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
33 yang pernah dipangku olehnya ialah Ketua Daerah OKK @ Orang Kaya-Kaya, bagi suku kaum Dusun di daerah Tuaran. Suatu masa dulu, Bapa selalu berpesan; ‘jangan selalu buang masa, masa itu emas! Waktu itu saya masih menuntut di Universiti. Dia sering mengingatkan kami, jangan lalai, waktu belajar, waktu main-main. Maka hidup kami terbiasa seperti putaran jam, setiap saat ada ‘detik’ lonceng berbunyi. Bapa seorang yang tegas, walaupun dia hanya bersekolah setakat dari Lima Melayu (Waktu itu – Kelas pelajaran yang paling tinggi) namun dia seorang yang bijak, pandai dan luas pengetahuan. Dia banyak menghabiskan masa membaca, walaupun rumah kampung kecil namun penuh dengan bahan bacaan. Tak kira surat khabar lama, Majalah dan macam-macam lagi. Saya bangga dengan bapa, walaupun keluarga kami tidak kaya tapi bapa mampu membina sebuah rumah papan yang ‘pertama’ di kampung Pogun Lawid. Saya masih ingat, waktu itu semua orang bercerita tentang rumah papan kami, ada kawan-kawan saya ikut tumpang tidur di rumah semata-mata untuk merasakan suasana di dalam rumah, kesian pula saya waktu itu terpaksa bersesak dan berhimpithimpit dalam ruang yang sempit. Sehingga ke hari ini belum ada yang menyaingi kebolehan bapa bertukang, ini terbukti bila melihat hasil kerja dengan kudratnya rumah kami terbangun megah di atas bukit, Selupoh yang bapa hasilkan. Saya bangga dengan bapa semangat dan kebolehanya. Bapa memang hebat!.. Saya salut bapa. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
34 7 BAPA MENJADIKAN RUMAH KAMI SEBAGAI SEKOLAH DEWASA Bapa memang seorang yang prihatin tentang kebajikan orang-orang kampung, tidak hairanlah pada masa zaman British Bapa menjadikan rumah kami dijadikan sebagai ‘sekolah dewasa’ untuk sementara. Pada masa itu ramai orang-orang kampung yang masih belum pandai membaca ‘buta huruf’. Mama adalah salah seorang yang menjadi pelajarnya. Alhamdulillah, mama boleh menulis dan membaca namanya sendiri. “Jika memandang langit di atas jangan lupa rumput di bumi…” Kata-kata bapa masih terniang-ngiang di telinga saya sehingga kini. Masa itu saya berangkat ke USM. Pulau Pinang untuk menyambung pelajaran. Bapa mengharapkan kejayaan saya dalam pelajaran, kali ini saya kena berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita saya walaupun tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dari Kerajaan. Hati saya bulat untuk meneruskan pelajaran setelah berehat selama dua tahun kerana masalah kewangan. Bapa tidak mampu untuk menyekolahkan kami. Saya terpaksa mencari kerja sementara sebelum meneruskan pelajaran. Masa inilah saya mengambil kesempatan bekerja sementara di Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah. Inilah kali pertama bekerja, macam-macam cabaran. Kena belajar berjimat, makan minum kena bawa dari rumah. dan saya berjaya mengumpulkan wang untuk yuran pendaftaran ke Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang. Alhamdulillah saya berjaya mengatasi cabaran, wang untuk bayar yuran pendaftaran ke Universiti Sains Malaysia, sudah cukup. Saya kecewa tidak mendapat bantuan biasiswa dari kerajaan. Meskipun demikian, saya redho dan sanggup berjuang HADIAH SEBUAH PERJALANAN
35 untuk meneruskan pelajaran. Semua ini adalah cabaran kecil dan sementara saya tidak alpa pada tujuan asal perjuangan hidup saya untuk ke Universiti. Semasa berada di sana, saya terpaksa berkongsi bilik dengan seorang kawan dari Labuan kerana belum dapat tempat tinggal. Soal makan dan minum terpaksa berjimat kadang-kadang kena ‘ikat perut’ al maklum, masa itu semuanya kena tanggung sendiri. Sehingga suatu masa, saya terpaksa mengambil kerja sambil iaitu membantu para mahasiswa lain membuat tugasan mereka, ada juga yang meminta saya menjadi ‘Model’ sambilan untuk projek ‘Potret’. Apapun semua itu memberikan saya kekuatan. Kadang-kadang saya berasa sangat beruntung dalam kehidupan kerana saya banyak pengalaman membuat kerja-kerja sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Bapalah orang yang banyak memberikan saya inspirasi dalam kehidupan, bapa memberikan saya kekuatan sejak kecil. Rakan-rakan bapa banyak memberikan panduan kehidupan kami. Selepas menamatkan pengajian, saya kembali ke negeri Sabah dan bekerja sebagai jurulatih drama di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Saya adalah satu-satunya jurulatih wanita pada waktu itu, oleh itu saya terpaksa bersaing dengan tujuh orang jurulatih lelaki waktu itu. Kebanyakkan tugas luar saya terpaksa buat sendiri. Saya berpeluang menjelajah seluruh ke daerah di Pantai Barat dan Selatan negeri Sabah. Saya mengajar pelajar tingkat 5 dan tingkatan 6 yang tinggal di luar bandar. Terkadang tugas memimpin perbarisan pun saya kena buat, ramai di antara mereka lebih usia ari saya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
36 Kisah seorang ‘aunty’ yang sering saya temui di kaki lima. Saya sudah kenal lama dengan dia, selalu sendirian dan suka makan di kedai. Suatu hari kami bercerita tentang jiranya tapi saya tidak bagi tahu siapa saya, pagi itu kebetulan saya sibuk dan tak banyak masa bercerita saya tinggalkan dia wang RM50 untuk membayar makanannya. Kesian sungguh melihat keadaanya, seorang ibu yang berdikari dengan membawa semua barangnya dalam troli. Dalam usia 80-an belum ada tanda-tanda sakit. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
37 Bapa selalu mengingatkan saya tentang asal usul dan budaya suku kaum Dusun, jangan selalu terpedaya dengan kehidupan dunia yang hanya sementara. Bapa seorang yang baik dan mempunyai prinsipal yang tegas, saya bangga denganya. Di rumah, kami ada mini perpustaan untuk menyimpan bahan-bahan bacaan, majalah dan surat khabar lama. Di sinilah bapa banyak membuang masa untuk membaca. Ilmunya tinggi, walau pun sekolahnya setakat darjah 5, maklumlah zaman zaman perang belum ada kesempatan untuk belajar. Masa itu, rumah di kampung kebanyakanya dibuat dari daun rumbia atau buluh dan kayu bakau. Tapi akhirnya rumah itu terbakar, seminggu sebelum saya berangkat ke Universiti Sains, waktu itu saya baru berusia 21 tahun. Mama kurang sihat tidur di dalam bilik. Tepat jam 12 tengah hari api marak dari bahagian bilik hujung, ini akibat dari bermain mancis oleh anak abang kami yang baru berusia 4 tahun. Kami tidak sedar dia bangun awal dan mengambil macis itu sebagai bahan mainan dan api itu terkena bantal dan kain selimut di atas katil. Nasib baik juga, anak kecil itu selamat keluar sebelum api merebak ke seluruh bahagian rumah. Tidak sampai sejam, rumah kami ranap, hangus dan tidak ada apa-apa yang boleh diselamatkan kerana tidak ada kemudahan bomba waktu itu. Bapa tidak ada di rumah masa itu, dia berada di bandar Kota Kinabalu selalunya Bapa hanya akan balik pada hujung minggu Sabtu atau Ahad. Bapa sedih dan kami terpaksa tidur di atas lantai tanah yang berlapiskan tikar getah, itulah pengalaman pertama kami tidur di bumi yang indah beratapkan langit. Namun bertindak cepat dan bijak, pada keesokkan harinya bapa menggumpulkan beberapa orang kampung untuk bergotong royong membangun rumah ‘sementara’ bersebelahan dengan rumah kami yang terbakar itu. Walaupun bapa tidak kaya namun dia banyak mengambil pekerja sekeliling dan sekali gus dijadikan sebahagian dari keluarga, makan dan minum semuanya ditanggung. Tidak hairanlah waktu masih kecil dulu, saya keliru kerana rumah HADIAH SEBUAH PERJALANAN
38 selalu dipenuhi oleh orang-orang pelbagai bangsa ada yang berbangsa Timur, Brunei, Filipina dan Bugis. Mereka semua orang baik dan rajin, makan minum mereka ditanggung, Kekadang kami makan bersama seperpti sebuah keluarga besar. Masa inilah sibuk menyiapkan makanan, sekali masak 10 kilo lebih kurang cukup dan lauk pauk mereka tidak cerewet. Sesekali Bapa akan membawa mereka turun ke laut untuk menangkap ikan. Satu hari saya bertanya pada Bapa, “Kenapa dia terlalu baik pada orang?.” “Jika kita baik dengan orang, suatu hari akan bantu kita balik.” Bapa adalah hero bagi saya, dia telah mewariskan semangat yang ada padanya pada saya. Dia banyak menyokong perjuangan perjalanan hidup saya, saya berjanaji suatu hari bila saya senang saya akan membantu seberapa ramai orang dan tidak akan melakukan apa-apa yang akan membuat bapa kecewa. Bapa memang bersifat pendiam seperti sikap saya, dia tidak suka bergaul dengan orang-orang yang suka bercakap besar. Bapa juga sering mengelak berdepan dengan orang-orang besar kerana bagi bapa dia lebih senang buat kerja yang mendatangkan faedah. Bapa bukanlah seorang yang cerewat, pernah suatu hari kami bawa dia berjalanjalan ke Genting Highland, waktu makan tengah hari, dia tidak tahu mahu memilih jenis makanan, jadi dia kata ikut saja, “sama… semua sama” saya pun gelihati dengan cara begitu. Adakalanya bila kita membeli hadiah berupa jam tangan, atau baju dan sebagainya. Bapa memang ramai kawan, dia selalu menjemput mereka datang ke rumah untuk makan-makan bila ada di antara mereka datang ke rumah, melepaslah hadiah itu ke tangan mereka, ini adalah antara hobi bapa. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
39 Bapa adalah wira, dia telah menurunkan bakat semula jadi dan semangatnya kepada saya. Dia bagaikan pahlawan yang tidak pernah kalah oleh sesiapa pun, saya merasa bangga dengan caranya mendidik kami. Saya mungkin budak degil tapi saya rajin berusaha untuk membuat semua kerja yang boleh saya boleh buat sendiri. Inilah kunci kejayaan yang bapa tanamkan di jiwa saya meski pun sejak kecil saya berpenyakitan dan senantiasa tidak sihat tapi saya masih boleh memberikan tumpuan dengan sepenuh jiwa raga saya untuk menuntaskan semua tugas secara total. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
40 HIDUP SEBUAH PERJALANAN….. Hidup ini tidak selalunya indah. Kita diuji dengan pelbagai persoalan Bila kita minta setangkai bunga segar Allah berikan kita kaktus berduri. Bila kita minta Mungil yang cantik Allah memberi ulat yang berbulu… Lalu, Kita bersedih, kecewa… Dan mula memprotes… Bertapa tidak adilnya Allah? Kemudian kaktus itu berbunga cantik Lalu…Ulat bulu itu membesar dan berubah menjadi kupu-kupu. Allah tidak akan memberi apa yang kita harapkan tapi Allah akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup. Kadang-kadang kita bersedih keciwa dan terluka tapi jauh dari atas segalanya Allah sedang merancang apa yang terbaik untuk kehidupan kita bukan disebaliknya.
41 Saya tidak sempurna tetapi saya sentiasa menjadi diri saya sendiri. Saya mempunyai hati seperti gelembung air, rapuh tetapi tidak mudah dijangkau. Saya selalu berusaha keras bagi saya lebih suka menangis kerana berusaha tapi bukan menangis kerana penyesalan. Saya tidak ada masalah dan tidak ada sesiapa yang boleh meniru usaha saya untuk berjaya. Pengalaman telah banyak mengajar saya untuk sentiasa berhati-hati dengan musuh sekeliling.. Hidup ini tidak selalunya indah… Perjuangan hidup saya tidak pernah berhenti, ia seumpama sebuah perjalanan yang dipenuhi dengan seribu satu pengajaran serta pemgalaman untuk bekalan masa depan. Segala kepayahan, kesenangan, kedukaan, kegembiraan dan setiap detik yang menyentuh perasaan tersimpan erti bagi yang merasai dan menjiwainya. Pagi itu hujan, tak ramai murid pergi ke sekolah, kebetulan bapa berjumpa dengan guru besar untuk melihat keputusan peperiksaan darjah 6. Guru Besar mencari saya dia hairan kenapa saya tidak pergi sekolah. Bapa pun tidak tahu mahu jawap apa, sebab saya dan kawan-kawan pergi ke sawah padi menanggap ikan. Saya mendapat keputusan tertinggi dalam peperiksaan darjah 6. Bapa pasti dengan keputusan itu. Inilah masa yang paling menyeronokan. Kami sanggup ponteng sekolah mencari ikan di sawah padi. Saya berjanji dengan kawan-kawan malam sebelumnya untuk tidak ke sekolah, awal pagi kami sudah siap dengan pakaian hujan dan payung. Kami pun apa lagi kami terus masuk Kawasan sawah padi yang sudah lama tidak ada air. Masa ini anak-anak ikan berlari-lari kerana takut ditangkap. Kadang-kadang belum sampai sejam baldi kami sudah penuh dengan ikan ‘keruk’. Ketika pulang bapa dan mama pasti tersenyum lebar melihat kami membawa ikan pulang. Saya pernah berada di titik kosong sehingga tidak tahu bagaimana untuk bangun. Namun keyakinan saya sebuah teguran dari Allah. Sekalipun saya tidak pernah bercakap tentang ujian sehingga saya terbentuk menjadi orang yang berkebolehan. Hati saya bagaikan matahari terbenam yang sentiasa cair dan dipenuhi dengan semangat, keberanian dan kekuatan. Walaupun saya telah membina tembok di HADIAH SEBUAH PERJALANAN
42 sekeliling untuk tidak dipengaruhi oleh gejala jahat namun sukar untuk kita berbuat demikian kerana ramai di antara mereka tidak akan memahaminya. Jika ada sesiapa yang cuba mengkhianati, saya tidak akan teragak-agak untuk mengusir mereka dalam hidup saya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN