143 diadakan sebagai sebahagian dari matlamat Kementerian supaya menjelang tahun 1997 semua hospital di seluruh negara mencapai tahap ‘teman kanak-kanak’ Dalam ucapannya Datin Raya, menyifatkan kempen susuan ibu sebagai satu usaha yang kena pada waktunya memandangkan bahawa semakin ramai ibu-ibu moden hari ini menyusukan bayi baru lahir dengan susu binatang. Susuan ibu, katanya bukan sahaja baik untuk bayi yang baru lahir dari segi memperolehi zat makanan yang penting untuk pertumbuhan badan bayi tetapi juga merapatkan hubungan di antara ibu dan anak. “Pengurusan Keluarga yang baik penting untuk wujudkan Kebahagiaan - Datuk Raya Erom…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
144 FORUM SEMARAK KASIH Pengurusan keluarga yang baik penting untuk mewujudkan rumahtangga yang bahagia. Ia harus mengikut prinsip-prinsip keluarga bahagia akan membolehkan rumahtangga menjadi syurga kepada semua anggota. Ia boleh dilakukan dengan mencapai sifar masalah, sifar sengketa, sifar malapetaka, sifar jenayah, sifar pengurusan dadah dan lain-lain. Dalam keadaan masyarakat semakin maju dan terpelajar sepatutnya gejala seperti keruntuhan rumahtangga dan keluarga tidak berlaku kerana setiap individu sudah tahu mengurus keluarga masing-masing tetap hakikat yang wujud adalah disebaliknya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
145 Dalam banyak tugasan saya paling suka melukis kerana ianya banyak memberikan otak saya latihan berinteraksi dengan mainan warna. Amat mudah sebenarnya kita mencipta dengan lakaran warna tidak begitu stress meski pun jari jemari kita kotor tapia mat menghiburkan hati. Bayangkan saya boleh melukis dari pagi hingga petang dan kadang-kadang juga boleh menyiapkan sehingga 20 lukisan sehari, makasudnya jika idea kita keluar dengan baik. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
146 KAD HARI IBU – Salah seorang dari penghuni Bukit Harapan – Eric Awang Damit, 11 tahun, menyampaikan Kad Ucapan Hari Ibu kepada Isteri Ketua Menteri – Datuk Raya, di majlis makan malam yang diberikan olehnya -1995 Gambar di atas juga salah satu lukisan saya yang dijadikan kad hari Ibu. Saya memang suka mencipta sesuatu yang baru untuk dijadikan hadiah. Ada juga yang meminta saya lukiskan untuk dijadikan hadiah dengan bayaran yang lumayan sehingga puluhan ringgit. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
147 KOMEN 6 Datuk Raya yang saya kenali.. Dia memang hebat Komited dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan. Kami sama-sama ahli dalam Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah BAKISA. Saya betul-betul kagum dengan dia ini, dia boleh bermain badminton dalam masa berpuasa, saya ndak faham macam mana dia boleh bertahan, kalau saya, sudah lama pingsan. Selama kami bersama dalam BAKISA, dia sentiasa sibuk, melukislah, menulis dan macam-macam lagi kerja yang dibuatnya. Saya pun tertanya-tanya bila masa dia tidur. Seorang kawan kami Datin Mahani, pernah berkata; “Datuk Raya tu ndak pandai tidur bah lai…jam dua pagi masih lagi menulis, entah..apa kah yang ditulisnya..Melukislah dia tapi..Aku pun ndak faham, apa yang dilukisnya…” Itulah Datuk Raya yang saya kenal…Kuat semangat dan kuat tenaga. Aku minta ampun, surrender tak boleh lawan dia bekerja – 24 jam tidak berhenti. Datin Nursuadah Haji Basah Bekas Setiausaha BAKISA. Isteri kepada Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Gaffur Salleh. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
148 BANTUAN KEBAKARAN – Isteri kepada ketua Menteri Datin Raya menyampaikan bantuan berupa makanan dan barang keperluan kepada sebahagian mangsa kebakaran di Pulau Gaya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
149 KOMEN 7 Datuk Raya, Banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk orang lain. Dia bukan menunjuknunjuk akan tetapi ramai orang perasan dia berbuat demikian Kehidupanya seperti orang lain dan sukar dibayangkan bila masa dia berehat kerana dia selalu sibuk, ke sana- ke mari untuk bekerja, bantu orang dan macam-macam lagi kerjanya. Baginya masa luang tidak ada, dia bekerja 24jam. Seawal jam 5.30 pagi ada kelas Mengaji Quran lepas tu, olaraga; berbasikal, lepas itu persatuan dan kaunseling. Dia sanggup mengubah pekara yang paling buruk yang dilemparkan oleh dunia kepadanya. Untuk memindahkan gunung demi kebahagiaan orang lain, itu adalah perkara mudah, baginya… Weena Borneo Bulettin. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
150 “Kaum wanita harus yakin pada kemampuan diri – Raya Erom bilangan kaum wanita Bumiputera di negeri ini yang menceburi dunia perniagaan dan bidang profesional masih terlalu sedikit. Keadaan ini kemungkinan berpunca daripada kurangnya keyakinan pada diri…” Kaum wanita harus mempunyai kepercayaan diri bahawa mereka juga mempunyai keupayaan dan bakat untuk memajukan diri sendiri dalam mencapai kebahagiaan sama ada dalam rumahtangga atau pun kerjaya yang diceburi. Kaum wanita harus merasa bertuah kerana pada masa kini, kebanyakan wanita mempunyai peluang untuk membuat pilihan sendiri sama ada menjadi suri rumahtangga atau bekerja atau memilih kedua-duanya sekali. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
151 Saya yakin dengan kemajuan dan pembangunan kaum wanita dan pembangunan kaum wanita di negeri ini khususnya akan lebih dihormati dan disegani oleh negara lain di dunia ini. Semasa menjadi Yang Dipertua BAKISA – Badan Amal Isteri-Isteri Wakil Rakyat Sabah. Ciptaan LOGO dalam BAKISA juga saya buat begitu juga dengan lakaran di atas batik yang dijadikan pakaian seragam persatuan ini. Senang untuk melakukan tugas jika kita berminat untuk melakukanya. Ini bukan suatu paksaan malah suatu yang menghiburkan hati walaupun saya tidak mendapat sebarang bayaran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
152 Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah (depan, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan hadir ke Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Baginda sebagai Yang DI Pertuan Agong di Istana Negara malam ini. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia – Datuk Seri Najib Tun Razak – Foto : BERNAMA. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
153 Menjadi Penyambut Tetamu Diraja di Istana Negara sempena Pelantikan Yang DYMM yang baharu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
154 Menjadi Penyambut tetamu diRaja semasa Pelantikan DYMM yang baharu di Istana Negara – Kuala Lumpur. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
155 Memang kewajipan seorang wanita itu tentu sekali untuk mengabadikan dan menyembahkan dirinya hanya kepada Allah Swt. Tetapi naluri seseorang itu terkadang lari dari garis panduan. Kecintaan dan pengabadikan mereka terhadap suami, ibu dan keluarga melebih-lebih. Ini juga penting dalam kerangka hidup tapi tidak boleh bertentangan dengan perintahNya Gambar dari skrin peti telivesyen – Siaran Langsung dari Kompleks Bunga Raya, lapangan Antarabangsa, Kuala Lumpur sempena Keberangkat balik DYMM Tuan Ku Abdul Halim Mu’azam Shah dan Raja PermaisuriAgong Tuan Ku Hajjah Haminah ke Istana Anak Bukit, Kedah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
156 Sarapan pagi bersama YAB Datin Seri Rosmah Mansor, selepas menerima ketibaan DYMM Yang di-Pertua Agong yang Ke-15 – Sultan Muhammad Ke-V. Menjadi seorang ister orang kenamaan bukan sesuatu yang mudah akan tetapi bagi saya kenalah belajar untuk sesuatu perkara yang baru. Kadang-kadang hidup kita milik orang lain, terkejar sana-terkejar sini dengan masa yang penuh dengan jadual dan pakaian serta perhiasan yang disesuaikan dengan keadaan majlis. Keterampilan tidak semestinya mahal. Adakalanya majlis ada menyediakan warna yang patut kita pakai dan ada juga disediakan unifom seragam untuk sesuatu majlis, ini untuk menyesuaikan majlis tersebut. Pernah sekali saya terpaksa menjahit sendiri pakai yang mesti dipakai kerana masalah tukang jahit bukan mudah, apa lagi di saat akhir. Tapi boleh tahan juga kerana saya pun mempunyai kebolehan untuk menjahit. Saya juga pernah mengajar kawan-kawan saya untuk menjahit cadar ketika ada kesempatan di hujung minggu. Memang bukan mudah tapi amat menyeronokkan. Sebahagianya kami jual untuk tabung kebajikan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
157 16 MENJADI AHLI BADAN AMAL ISTERI WAKIL RAKYAT - BAKTI “Carilah Allah, baru Allah aturkan cara untuk menyelesaikan masalah. Usah mengeluh, pada hakikatnya Allah ada perancangan lain yang lebih baik. Kita hanya mencang, tapi Allah yang menentukan” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
158 Saya juga merupakan ahli BAKTI - Ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga IsteriIsteri Menteri dan Timbalan Menteri. Saya juga merupakan ahli BAKTI - Ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
159 Menghadiri Majlis Perasmian Retreat Kepimpinan Perdana 2017 anjuran BAKTI di ILMU, Janda Baik. Seramai 286 kepimpinan mahasiswa IPTA menjadi peserta retreat yang dikenali sebagai REKEP Perdana 2017. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
160 17 MENJADI PENAUNG PUSPANITA KEMENTERIAN KEMUNIKASI – KKMM Merasmikan Mesyuarat Agung PUSPANITA Ke-35, merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2017 Jangan terlalu memikirkan masa depan yang terlalu jauh. Fikirkan hari ini untuk hari esok, esok dan seterusnya. Apa yang penting harus melihat realiti hari ini untuk cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Kepimpinan harus ada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang bersedia ditegur dan dikritik oleh orang lain. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
161 Ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berwibawa mesti ada 6 ketagori penting : Mempunyaii jati diri yang kuat dan berintergriti tinggi. Berketerampilan menarik dan kemas. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Bijaksana dalam melakukan tugas. Jujur dalam memikul amanah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
162 Merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA – Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia –KKMM HADIAH SEBUAH PERJALANAN
163 “Adalah mustahil anda melihat dengan jelas, apakah halangan apabila anda mula bertindak untuk mencapai matlamat anda. Selagi anda dapat melihat dengan jelas matlamat anda pada masa yang sukar, anda akan terus bertindak.” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
164 18 Menubuhkan Kelab Kanak-kanak TalasEmIa Mereka ini terdiri dari mereka yang mempunyai masalah kekurangan sel darah merah. Selalunya mereka akan ke hospital untuk mendapatkan tambahan darah tambahan, tergantung dengan keperluan tubuh badan mereka. Akan tetapi, transfuse darah yang berpanjangan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan dan ini akan menjadikan fungsi organ-orang seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas. Penyakit Talasemia ini adalah gentik. Ia berlaku apabila anak mewarisi gen bermutasi daripada ibu bapa yang mengubah haemoglobin darah. Satu dari dua puluh ribu penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia, kebanyakan pesakita adalah keturunan Melayu, Cina dan Bumiputera Sabah. Penyakit ini juga boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesame pembawa- pembawa gentik talasemia. Pihak hospital akan mencari penyumbang darah setiap bulan, di sinilah fungsinya kelab ini untuk membantu mencari penyumbang darah. Sesungguhnya banyak masalah yang akan dihadapai oleh pesakit ini jika tidak dirawat dengan baik. Ada banyak lagi aktiviti lain yang disediakan kepada mereka termasuk memberikan mereka kesedaran tentang menjaga makan minum dan aktiviti juga sukan serta hiburan disamping memberikan mereka peluang kemahiran untuk masa depan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
165 “Jika kita berbuat baik tetapi orang lain tidak menyukainya, tidak apa, sebab yang kita cari adalah reda Allah bukan reda manusia.” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
166 KOMEN 8 Datuk Raya, Manusia yang jarang kita temui, tidak sepatutnya kalah dalam hidup kerana dia seorang yang sangat kuat berdikari dan sentiasa berpegang pada diri sendiri. Dia membuktikan bahawa dia mempunyai hati yang lebih besar. Sesiapa yang dekat denganya amat beruntung tetapi jangan sesekali mengambil anda mengambil kesempatan atas kebaikkanya – Anda akan berada dalam bahaya!!.. Shahira Teman Seperjuangan Kuala Lumpur. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
167 Ada 5 tip untuk menlawan penyakit Talasemia ; Ada dua jenis talasemia yang perlu kita tahu iaitu; Pertama, Alpha Talasemia iaitu gen protein alpha globin hilang atau bermutasi; Kedua, Beta Talasemia iaitu kerosakan pada gen yang boleh mempengaruhi pembuatan protein beta globin. Pesakit yang mewarisi gen talasemia daripada kedua-dua orang ibu bapa akan menghidap talasemia major. Jika pesakit hanya mendapat gen pesakit ini daripada ibu atau pun bapa, talasemia yang dihidapinya hanyalah talasemia minor. Disebabkan penyakit ini merupakan penyakit keturunan, sukar untuk kita mengelak daripada menghidapnya jika kedua-dua ibubapanya mempunya genetik ini. Penghidap Talasemia harus mengabil vaksinasi. Amalkan diet rendah zat besi. Pilih makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D. Lakukan senaman untuk mencegah penyakit talasemia. Banyakkan rehat dan kurangkan tekanan perasaan. 1. 2. 3. 4. 5. Mereka ini lebih mudah untuk mengatasi tekanan perasaan jika dikelilingi oleh ahli keluarga yang senantiasa memberikan sokongan terhadap hidup mereka. Penyakit Talasemia bukan halangan untuk kita beraktiviti, walaupun ianya tidak boleh dirawat secara total. Kita boleh mengawalnya dengan menjalani kehidupan dengan berkualiti, mengikut plan rawatan sebaik mungkin. Paling penting jaga makan dan selalu menjaga kebersihan tubuh badan dan kurangkan risiko jangkitan. Banyak masa terluang yang saya isi dengan melawat pusat-pusat pertubuhan di sekitan negeri Sabah, termasuk Kelab Talasemia Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kuala Lumpur. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
168 HADIAH SEBUAH PERJALANAN
169 Merayakan hari kanak-kanak sedunia di Kota Belud, Sabah. Lebih dari 200 orang kanakkanak diraikan di Dewan Kota Belud. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
170 Jangan berharap sesiapa pun untuk memahami jalan hidup mu. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak pernah berjalan berdua dengan mu. Ada orang mengambil kesempatan atas kebaikan…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
171 Bila takdir berbicara Hidup ini perlukan pengorbanan, Hidup ini perlukan sebuah kekuatan, Lidah kelu tak boleh berkata apa-apa. Senyumlah walau pun sukar, Ketika kau sedang diuji olehNya, Bertahanlah, kuatkan iman mu, Bertahanlah, kuatkan tekad mu, Berdoalah…bertasbih, Kau perlu ingat, Dia sedang menguji mental, Bertahanlah – selagi kau mampu. Kata Allah “Hadiah sedang menunggu mu di hujung garisan” Mereka tidak pernah minta dilahirkan begini, Kelainan upaya bukan bererti, Legagalan dalam kehidupan mereka, Malah pencantas usaha & menguatkan tekad, Fokus melakan kerja. Allah menentukan segala-galanya, Dia Maha tahu semuanya - Pasti!! Dia tau segala-galanya - Pasti!!. Ada hikmah di sebaliknya, Senyumlah walau sukar, Ketika anda sedang diuji, Di sinilah perlunya kekuatan mental, Bertahanlah selagi anda mampu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
172 Inilah kehidupan mereka di sini - GOLD, Anak2 ‘Down sindrom’ yang diajar melakukan kerja-kerja, Kemahiran agar mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri. Aku ‘tabik’ perjuang kecil ini, Meneruskan kehidupan mereka, Air mata ku tak mengalir saat itu, Pasti!!! Mereka tidak perlukan itu, Hanya pengertian itu yang penting, Titik!!. Allah Maha Besar, Dia akan memberikan bahagia, Untuk mereka memahami hidup mereka, Insyallah… Waktu pulang ku titipkan ‘Sumbangan’, Tanpa sedar air mataku menitis di pipi, Lalu ku rembes dengan saputangan, Hati ku dibungai seribu kepuasan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
173 Masa muda memanglah manis dinikmati saat keindahanya. Begitu riang gembira dan pahit manis yang kita tempuhi semuanya. Alangkah indahnya kehidupan jika tidak ada yang menyekatnya. Kita bebas dan kita terbuai dengan seribu satu macam kebahagiaan namun rahmat Allah itu hanya sementara kerana akhirnya nanti akan membuat kita terlupa kepadaNya. Saya pendamkan perasaan sehingga saya menubuhkan persatuan Teater KanakKanak Salfarena semata-mata untuk menghilangkan rasa terkilan dengan pengesahkan doktor itu. Seratus budak – budak pelarian yang sebahagiannya tidak punya identiti, saya asuh mereka dan jadikan mereka anak-anak angkat. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
174 Mereka semuanya suka dengan cara saya mendidik mereka kerana setiap hari saya bagi makan dan minum sebelum mengajar mereka bermain teater atas pentas. Mereka enjoy dan begitu juga ibu bapa mereka. Setiap hari mereka datang ke rumah dan petang pula kami pergi ke sebuah kawasan yang mempunyai pentas terbuka berhadapan dengan hospital Queen Elizabeth. Di sana saya akan mengajar mereka bernafas dan berteriak serta menggerakkan badan mengikut watak masing-masing. Mereka gembira. Sampai satu tahap saya menjadi salah sebuah kumpulan teater yang akan menyertai pertandingan tapi malang tidak kesampaian kerana ada pihak yang tidak senang dengan kumpulan kami dan melaporkan kepada pihak polis kononnya kumpulan saya membawa anak-anak ini tanpa kad lahir dan akhirnya saya tidak meneruskan lagi niat untuk mengajar mereka. Rasa sedih, anak-anak ini menanggis sehingga ada yang jatuh sakit dan ibu bapa mereka mencari saya di rumah. Ini pula (rujuk gambar kiri), seorang kanak-kanak yang bermasalah tumbesaran yang tersekat. Mengikut ibu bapanya dia tidak boleh berhenti makan. Tubuh badanyanya sudah 10 kg walau baru berusia 4 tahun. Amat sukar untuk menyekatnya makan kerana dia menanggis jika tidak ditunaikan kehendaknya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
175 “Jika Engkau beramal dengan redha dan yakin, kerjakanlah, akan tetapi jika engkau tidak mampu maka sesungguhnya dalam kesabaran terhadap hal-hal yang tidak disukai oleh hawa nafsu mu mengandungi kebaikan-kebaikan yang banyak”
176 Melawat dan menyerahkan sumbangan kepada sepasang kembar Alistair dan Brandon, 4 tahun yang menghidap muscular dystrophy. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
177 Menyapa penghuni muda Pusat Spastik Sandakan sewaktu program lawatan ke rumah-rumah kebajikan di Bahagian Pantai Timur Sabah HADIAH SEBUAH PERJALANAN
178 LAWATAN KE HOSPITAL. Lawatan Sosial hampir ke seluruh hospital di negeri Sabah. Alhamdulillah, semasa menjadi isteri Ketua Menteri dahulu, saya berpeluang mengikuti suami melawat ke seluruh negeri Sabah dan kesempatan inilah saya gunakan untuk melawat. Di samping lawatan ini, Yayasan juga mengadakan program bersama hospital negeri untuk projek pembedahan kelainan alat kelamin dan juga mulut sumbing dan segala macam kecacatan anak-anak yang mana semua kos dibiayai oleh pihak Yayasan. Cita-cita saya hanyalah satu, ingin membantu seberapa banyak mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa dan agama. “Miskin macam mana pun kita, ada lagi orang lain yang miskin…kita mesti bantu….” itu prinsip bapa saya ketika hidup, saya masih ingat. Seorang ibu merasa gembira sejurus anaknya selamat dalam pembedahan mulut sumbing oleh pakar bedah dari Kuala Lumpur. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
179 Anak ini baru saja menjalani pembedah kerana ada kelainan bentuk di bibir. Alhamdulillah, kini dia boleh tersenyum tanpa malu-malu lagi. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
180 KOMEN 9 Datuk Raya, mempunyai kehidupan yang tidak mudah. Dia sentiasa bekerja keras kerana perkara yang paling penting dalam hidupnya ialah membawa kehidupan yang lebih baik kepada orang yang dia sayangi. Dia berkesanguppan menggunakan kekuatan dalaman, dalam dirinya untuk menerangi hari-hari gelap dalam masa yang sama dia boleh mengubah ‘parut’ menjadi cantik. Hidupnya berubah menjadi lebih baik dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Kesukaran dan kebimbangan bukanlah suatu penghalang baginya untuk mencapai impian. Masa depanya adalah Emas dan terjamin… Eevvel Borneo Post HADIAH SEBUAH PERJALANAN
181 HOBI MENULIS Memang sifat semula jadi saya suka mencatatkan setiap apa yang saya lihat dan setiao kisah yang saya dengar. Bagi saya semua itu ada nilai, malah menjadi berharga sebagai pintalan sejarah. Minat menulis dalam dunia penulisan sudah sebati sejak kecil dan tidak pernah pudar sehingga kini. Ketika saya berada dalam darjah 3 ketika umur 9tahun saya sudah pandai menghantar Madah Pujangga ke radio ke rancangan taman kanakkanak Radio TV Malaysia RTM. Sekali siaran saya mendapat bayaran sebanyak RM10.00. Pada masa itu, tinggi nilainya bagi saya. Kemudian seiring dengan peredaran masa saya teruskan minat biarpun dalam keterbatasan waktu lantaran menjadi isteri seorang pemimpin politik, namun minat menulis tidak pernah saya padam. Malah pada suatu ketika saya pernah menerbitkan sebuah akhbar bersaiz tabloid Harian Mercu untuk menyediakan wadah dan ruang kepada penulis untuk berkarya, juga untuk memperkayakan khazanah bacaan. Penglibatan saya dalam dunia penulisan mekar berbunga sekitar tahun 1980an, apabila saya memenangi Pertandingan Mendeklamasi Puisi peringkat Negeri Sabah. Pernah menyandang pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sabah. Usaha untuk memperjuang seni tidak berhenti begitu sahaja kerana menyedari bahawa ruang ini penting untuk membangun karya seni generasi tempatan di masa akan datang saya mengambil inisiatif menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
182 Majlis Pelancaran Kempen 3B Baca (Dunia) Bersama BERNAMA HADIAH SEBUAH PERJALANAN
183 HOBI KEDUA MELUKIS Aku melukis… Aku tak kisah…. Aku tak peduli…. Aku terus melukis… Aku teruskan minat.. Aku terima tempahan.. Aku terima rezeki ku di sini… Aku terkesima, ramai peminat lukisan ku.. Aku tersenyum, riang gembira akan tetapi.. Aku terkejut ada orang rasa marah dan lupa diri.. Aku tak kisah, itu bukan urusan utama dalam hidup ku. Aku tak mengerti ada hati busuk melihat kejayaan orang lain. MOUNT CLAREMONT WESTERN AUSTRALIA… Inilah Lukisan pertama saya semasa belajar melukis di Perth, Australia. Ketika itu, itu saya tak yakin sebenarnya mengakui itu lukisan saya tapi bila ada ‘Orang Putih’ menegur, “Very nice” Wah! Kembang pula hati saya mendengar pujian itu. Sejak itulah saya meneruskan minat melukis. Lalu Orang Putih tadi menawarkan untuk membelinya. Dalam hati, berkira-kira pula berapa harganya? Dia menawarkan AUZ 50, saya terus angguk setuju. Aduh!..bah, kesian. Harga lukisan saya pun tak tahu. 50 AUZ itu hanya RM150.00 wang Malaysia. Alhamdulillah, saya begitu terharu bercampur gembira, ada orang lain yang menghargai lukisan saya. Sekembali ke Malaysia, saya meneruskan minat dengan belajar mengenal jenis-jenis warna dan kertas lukisan. Selang beberapa bulan saya berjaya melukis lebih dari 100 buah lukisan. Dan selepas beberapa bulan (lebih kurang 4 bulan) saya berjaya mengadakan Pameran Lukisan SOLO saya yang HADIAH SEBUAH PERJALANAN
184 pertama di Dewan BTC, Inanam. Huuh! Siapa sangka saya ada keberanian berbuat begitu, Pengarah Balai Seni Lukis – Allahyarham Datuk Ahmad Mus hairan dan bertanya; “Siapa punya lukisan ini?..” “Boss saya, Datin Raya” kata Juliano, Pegawai Khas saya yang kebetulan menyambutnya petang itu. Dia terpegun dan hairan, selama ini dia tidak pernah tahu yang saya pandai melukis. “Wow!....bila dia pandai melukis?”tanya Datuk Yaman Ahmad Mus lagi. Keratan akhbar Utusan Malaysia, 3 Jun 2022. Perasmian Buku Koleksi Lukisan Datuk Raya Erom. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
185 Untuk persiapan semua ini, saya terpaksa terbang ke Guangzhou, China Bersama Datuk Andy, Datin Sharon untuk membeli peralatan yang diperlukan dalam pameran itu kelak. Ianya timbul kebetulan sahaja, iaitu semasa saya menjaga anak-anak saya bersekolah di Perth, Australia. Masa itu anak saya selalu mensiakan-siakan potongan warna – jadi saya pun mengutip potongan warna itu dan mencuba melukis. Alhamdulillah menjadi. Lukisan pertama saya frame dan dijadikan cerita saya mendapat tawaran seorang warga ‘orang putih’ membelinya dengan harga Auze. 50 dollar, saya terharu. Sejak itu minat saya timbul dan terus mengasa bakat untuk mengisi masa lapang, shingga kini saya sudah melukis lebih dari 700 – lukisan. Tak sangka pula dalam masa yang singkat saya berjaya mengadakan dua buah Pameran ‘Solo’ di Kota Kinabalu, satu di Dewan BTC, Inanam dan satu lagi Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2022 Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menebitkan buku Koleksi lukisan saya yang pertama “Mengimbau Dunia” di Galeri Azman Hashim. Ianya memuatkan 180 buah karya dan terbahagi kepada beberapa elemen seni seperti garisan, jalinan, bentuk, ruang dan warna dalam aliran ‘Naif’ abstrak ekspresionsma dalam konsep feminisme aliran berkaitan dengan gender. Tajuk buku ini beertepatan kerana mengimbau bermaksud menyeru semula atau memanggil pengalaman semangat saya menjelajah dunia sebagai isteri kepada Ahli politik serta mantan Ketua Menteri Sabah. Agak-agak saya sudah mengelilingi hampir semua pelosok dunia dan setiap perisitiwa yang ada di nampak, saya realisasikan dalam kepelbagaian elemen seni, tak kira lukisan atau tulisan. Buku ini berkulit tebal, cantik menarik dengan naskah terhad. Buku ini siap dalam masa yang singkat, pada tahun 2019 ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia di mana segala aktiviti tempatan dan dunia terhenti kerana waktu itu rakyat Malaysia diarah ‘perintah berkurung’ atau PKP. Namun dalam mengharung musibah waktu HADIAH SEBUAH PERJALANAN
186 itu, saya berjaya menghasilkan lukisan yang sangaat mengujakan di mana hasil karya yang kadang-kadang cenderung kepada sindiran masyarakat dan juga sosial komen terhadap sikap masyarakat waktu itu. Saya banyak menyentuh tentang konotasi imej berbentuk tumbuhan dedaun keladi yang banyak terdapat di dalam pedalaman dan juga hutan rimba namun warna-warninya menunjukan ia menjilat serta memakan tumbuhan hijau umpama kemusnahan alam sekitar. Ada juga yang menceritakan tentang keperitan hidup menumpang membawa mesej peribadi yang saya lalui merasai dengan memberikan kesedaran melalui konfessi sendiri. Banyak lagi kisah yang saya ceritakan dalam lukisan. Terutama zaman kanakkanak dahulu, di kampung Selupoh, Tuaran. Kami hanya berpeluang menggunakan pastel atau pensil kayu. Masa itu tidak banyak galakan dari guru atau keluarga. Jadi minat tidak begitu berkembang. Saya banyak mengimbau pengalaman sepanjang kehidupan yang terkumpul dalam karya yang berkonsepkan Feminisma dan bendabenda yang menekankan kepentingan gender atau emansipasi wanita. Falasafah saya ialah ingin menghasilkan seberapa banyak lukisan yang boleh menyedarkan manusia atau masyarakat berkhidmat serta berinfak kepada kesejateraan kehidupan manusia yang kurang berkemampuan. Matlamatnya ialah untuk membantu merealisasikan tanggungjawab sesama insan melalui karya seni dan budaya. Saya suka kepada keindahan dan warna-warni itu adalah seni keindahan. Tujuan saya ialah ingin mengangkat martabat wanita dalam bidang lukisan, saya ingin mendekatkan mereka kepada seni kemanusiaan, kebaikan dalam kehidupan dan ketuhanan. Saya juga masih mempunyai pelbagai karya seni yang tidak dimuatkan dalam buku ini kerana sebahagian besar bilangan karya yang lain sudah terjual kepada kolektor, hadiah kepada badan amal dan orang orang-orang perseorangan. Sehingga kini HADIAH SEBUAH PERJALANAN
187 ada karya saya yang sampai ke Taiwan, Korea, Hong Kong, Australia, Turki dan Makkah Al-Mukarammah. Alhamdulillah!.. Sebelum ini, saya ada mengadakan Pameran lukisan Solo saya di dewan BTC. Inanam. Suatu keberanian bagi saya mengadakanya kerana baru berjinak-jinak melukis waktu itu. Ramai yang tidak percaya saya boleh melukis termasuk Pengarah Pusat Seni negeri, Sabah – Datuk Yaman Haji Mus kerana selama ini saya tidak pernah menunjukkan minat dalam bidang ini. Walau macamana sambutanya amat mengalakkan. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Faridah Tussin, isteri Ketua Menteri Sabah. Karya yang ada dalam buku ini, sebahagian besarnya adalah hasil luahan rasa serta persepsi seni yang saya harapkan dapat di garap dan dinikmati dalam menjalani kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat seperti pepatah Inggeris dalam puisi John Keats ‘A thing of beauty is joy Forever’. Saya begitu berterima kasih kepada penasihat saya Profesor Emeritus Datuk Dr. Haji Ghouse Nasaruddin dari Universiti Sains Malaysia dan Prof. Madya Dr. Haji Baharudin Haji Arus – seorang pesara Pensyarah Akademi Seni Teknologi Kreratif (ASTIF) UMS, mereka banyak memberi sokongan dan membantu saya dalam bidang ini. Majlis pelancaran buku dan pameran lukisan buat pertama kali dibuat di Galeri Tan Sri Azman Hashim ini disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (jaringan Industri dan Masyarakat) UMS, Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri mewakili Naib Canselor UMS. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
188 Dunia ini sebuah manifestasi yang mengumpulkan pengalaman hidup. Semuanya saya rakamkan dalam lukisan dan juga tulisan saya. Ianya satu jalinan garisan dan warna. Sebagai seniman saya mempunayi kontra yang sangat ekstrem dari kampung sehingga ke Istana, jestru itu secara tidak langsung saya terpanggil membuat analisis serta mentafsirkanya dalam setiap inci karya yang terkandung dalam lukisan. Inilah Ilustrasi yang terkandung dalam buku Koleksi Lukisan saya yang pertama Mengimbau Dunia terbitan Universiti Malaysia Sabah. Ilustrasi buku ini bermula dari muka surat pertama dengan memaparkan bab pengenalan berkaitan aktiviti berkarya serta acara penyerahan karya seni lukis kepada kolektor, peraih seni serta hadiah dan cenderhati kepada badan amal. Aktiviti yang saya utarakan dalam buku ‘Mengimbau Dunia ini’ yang mengambil nama dari tema Pameran Lukisan yang julung kali diadakan di Galeri Azman Hashim GAH di Universiti Malaysia Sabah sebagai pameran sebelum pembukaan Mengisi lapang dengan menghasilkan karya bersama cucu, Intan Surayya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
189 rasmi Galeri ini. Sebanyak 16 muka surat yang dimuatkan dengan gambar-gambar lukisan yang saya lukis, yang kebanyakanya dibeli oleh peminat. Saya juga menghadiahkan lukisan sebagai menghargai para dermawan dan bekerjasama dengan Yayasan Suria antaranya Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, seorang ahli perniagaan yang berjaya. Datuk Lee Chong Wei, mantan Juara Badminton Dunia. Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Ahli Politik, Erra Fazira, seorang pelakon dan penyanyi terkenal di Malaysia, Orked Farhan juga seorang penyanyi. Majlis pelancaran buku ini hampir ditunda pada saat akhir kerana bertembung dengan acara lain. Alhamdulillah, bena pun sempat disiapkan dan dipasang di hadapan pintu masuk ke galeri Azman Hashim, meskipun pada saat akhir. Banner Majlis Pelancaran Buku Koleksi Lukisan Datuk Raya Erom di luar bangunan Galeri Azman Hashim - UMS HADIAH SEBUAH PERJALANAN
190 KOTA KINABALU – Sebuah buku terbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertajuk ‘Mengimbau Dunia’ Koleksi Lukisan Datuk Raya Erom dilancarkan di Galeri Azman Hashim. Buku ini mengisahkan perjalanan aktivis seni yang cukup berdidikasi berasal dari Kampung Selupoh Tuaran, Sabah. Muka depan Buku Koleksi Lukisan Datuk Raya Erom HADIAH SEBUAH PERJALANAN
191 Karya bertajuk ‘Putaran Dunia’ yang berlegar seperti angin rebut yang bersabung adalah antara lukisan yang dipamerkan di Galeri Azman Hashim - UMS digunakan sebagai ilustrasi poster pameran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
192 Menjadi salah seorang artis jemputan sempena program Lavista Art & Photography Exhibition di Kompleks Kewangan Labuan. Hampir 20 buah lukisan telah dipamerkan dan melibatkan 11 orang karyawan dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah di Lavista Art & Photography Exhibition pada 26 - 27hb Mac 2022. Bergambar bersama rakan karyawan di ruang pameran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN