193 Hadiah lukisan buat sahabat Orked Farhan, penyanyi tanah air. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
194 Dengan luka kita belajar berhati-hati Dengan sakit kita belajar menjaga diri Dengan sedih kita belajar bersyukur Dengan kehilangan kita belajar menghargai Dengan kerinduan kita belajar ikatan kesetiaan Berfikirlah sejenak bila memprotes, mengeluarkan kata-kata, Menyalahkan keadaan, berdoalah memohon kebaikan.
195 MELAKAR SEJARAH Pencinta Seni, penulis dan Pelukis Datuk Hajah Raya Erom melakar Sejarah peribadi apabila hasil lukisanya sampai ke Mekah dan mendapat perhatian sejumlah peminat di sana. Raya yang ketika ini berada di Tanah Suci membawa hasil lukisanya tanpa diduga, nyata ramai pula peminat lukisan itu sejurus sampai di hotel tampat beliau menginap. Dalam kesibukan masa ini juga saya sempat membawa beberapa buah lukisan dan buku hasil karya saya dari Malaysia. Saya memang sudah lama bercitacita hendak membawanya ke luar negeri, terutama di Mekah. Sekejap menulis sekejap melukis dan memasak. Itulah cara hidup harian saya, kadang-kadang makan pun tak sempat. Siri Kaligrafi Untuk ilustrasi Kulit Al-Quran. Kalimah Allah dan Nabi Muhammad menunjukkan Kaharmonian hidup berpaksikan pegangan agama, melaksanakan suruhan Allah dan sunnah Nabi Muhammad. Alhamdulillah, buat Pertama kalinya karya saya sampai di Masjidil Haram – Makkah AlMukarammah. Saya hadiahkan kepada Wakil Mutavif dari Indonesia yang bertugas mengurus rombongan kami di sana. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
196 Hadiah karya untuk Duta dari Turki, sempena lawatan Duta Turki ke Universiti Malaysia Sabah. Hadiah karya untuk Tokoh Korporat Perniagaan Tan Sri Vincent, Pengasas BERJAYA Corporation Berhad. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
197 Hadiah lukisan untuk anak DYMM Yang di-Pertua Agong, Malaysia, sempena lawatan beliau ke Sabah. Hadiah lukisan untuk Datuk Peter Chu - Salah seorang Penyumbang Dana yang turut memberikan sokongan Malam Amal Yayasan Suria. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
198 Hadiah lukisan untuk Penyumbang dana kepada Yayasan 1Suria, Datuk Harun Ismail - Managing Director SOGDC Sdn. Bhd. Sejambak bunga sebagai hadiah. Untuk Pengarah Penjara Negeri Sabah Puan Nora Awang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
199 Gambar atas – Siri Kaligrafi untuk ilustrasi Kulit Al-Quran. Kalimah Allah dan Nabi Muhammad menunjukkan kaharmonian hidup berpaksikan pegangan agama, melaksanakan suruhan Allah dan sunnah Nabi Muhammad. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
200 CANTUMAN WARNA PELANGI ALIRAN BUDI – oleh taburan kristal intan berlian memancarkan warna-warna pelangi dalam bentuk gelung warna yang bersambung setiap gelung umpama getran jiwa Wanita gelap lukisan tersebut mengutarakan perasaan pencinta batu permata yang menyinar cahaya indah menunjukkkan aliran gelombang budi dengan lembut disimbolkan garisan empat warna kuning, merah, biru dan putih. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
201 Kilauan Permata yang bersinar, menghasilkan beberapa cantuman warna yang bersinar. Replika ini diperbuat dari besi di mana di pamerkan di tengah bandaraya di Tokyo. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
202 HADIAH SEBUAH PERJALANAN
203 KOMEN 10 Datuk Raya, Seorang yang degil, tapi rajin bekerja keras dengan berjiwa pejuang. Dia seorang yang bijak, bedidikasi dan ramai yang suka dengan caranya bekerja. Dia meminat bidang seni penulisan sejak sekolah rendah. Seawal usia 9 tahun dia sudah berani menghantar hasil karyanya ke RTM, waktu sebuah ‘Madah’ dibayar RM10.00. Jumlah itu begitu besar nilainya waktu itu. Dia berani mencuba dan mengambil risiko dalam cabaran dengan kekuatan mentalnya yang luar biasa. Dia jarang mengaku kalah sebelum mencuba sesuatu cabaran. Dia serorang yang periang suka bergaul dengan semua orang, sesiapa yang berkesempatan bersamanya pasti bertuah kerana dia lucu dan mengembirakan. Mohd Ridhwan Abdullah HADIAH SEBUAH PERJALANAN
204 BADMINTON Saya rajin berolah raga terutama sekali sukan badminton. Minat dalam sukan ini sejak kecil tapi tidak dapat dikembangkan belum ada peluang. Semasa bertugas di Lembaga Sukan negeri Sabah Likas, saya meneruskan. Dalam beberapa kejohanan sebelum ini saya banyak belajar erti kesabaran. Saya pernah menjadi Ketua Pasukan Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Sabah BAKISA ke peringkat Kebangsaan di seluruh Malaysia dan berjaya menjuarai Piala Perdana beberapa kali. Semasa suami saya menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kuala Lumpur, saya terpaksa berpindah ke pasukan Badan Amal isteri-isteri wakil Rakyat BAKTI. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
205 Saya menjadi pemain biasa bukan lagi ‘Ketua’ dan cara pengurusan agak berbeza. Selepas itu saya menubuhkan pula Kelab Badminton Suria, untuk menampung ramai para belia yang berminat. Dalam Piala Dunia tahun 2023 di Taiwan, saya penuh berazam dan bersungguhsungguh berlatih, walaupun dalam masa berpuasa. Saya memang ada disiplin yang begitu tinggi jika ada tanggungjawab yang penting saya diamanahkan. Saya berusaha bersungguh-sungguh, tak kira apa halangan sekali pun. Alhamdulillah, dalam kejohanan tersebut saya dan pasangan dari Taiwan (Kategori VI) berjaya menjadi Naib Johan. Menang Naib Johan dalam Kategori VIP Jemputan. Berpasangan dengan seorang pemain dari Taiwan. Pusingan pertama saya dan pasangan bertemu dengan pasukan dari Cina dan selepas itu berjumpa dengan kumpulan dari Taipei. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
206 Bergambar bersama rombongan ke Taipei Taiwan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
207 Menjulang Piala Juara Piala Perdana 11 kali – Masa ini saya menjadi Pengurus BAKISA – Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah. Turut sama dalam gambar ini ialah salah seorang dari pemain Datin Mahani dan di belakang ialah Datin Mary Yong. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
208 HOBI BERBASIKAL Hobi berbasikal timbul bila sejak remaja dan bila ada kawan-kawan keluar bersama. Selalunya kami beriadah pada hujung minggu kerana jalan tidak begitu sibuk, kenderaan empat roda tidak banyak. Di Sabah ini belum ada jalan khas untuk pengayuh basikal. Suatu masa dulu kerajaan memberi peluang kepada semua jabatan menganjur acara santai berbasikal, ianya turut disertai oleh semua ketuaketua jabatan dan kementerian. Rekod terbaik saya pernah mengayuh sejauh 80 Km. iaitu di Kajang Selatan LEKAS Highway pada bulan Oktober 2023. Saya berjaya menghabiskan kayuhan selama tiga jam setengah tanpa henti, waktu itu saya adalah satu-satunya wakil tunggal, dari Kota Kinabalu, Sabah. Hampir 7,000 orang pengayuh seluruh 12 negara turut serta dalam program ini. Walaupun santai namun berbahaya kerana ramai dari mereka ini berpengalaman dan laju. Ianya terbahagia empat kategori, dewasa 120Km, 80Km, 20Km dan 10Km Bahagia kanak-kanak. Seminggu selepas itu saya ikut serta dalam kayuhan bersama TYT Yang DiPertuan Negeri Sabah sejauh 30Km sempena hari jadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri, Sabah. Ini acara santai namun penganjuran agak ‘slow’ kerana pengayuh tidak Bahagi kepada beberapa bahagian, peluang untuk memotong memang tidak dibenarkan kerana mengikut aturan kita terpaksa mengayuh di belakang isteri Tuan Yang Terutama Yang DiPertuan Negeri. Agak mengecewakan kerana keadaan panas dan jalan raya juga sempit. Pada akhirnya saya terpaksa mengayuh laju untuk mendaki jambatan yang agak tinggi dan waktu itu saya dibenarkan memotong terus ke hadapan bersama salah seorang pegawai dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Beliau terus mengiring saya sampai ke garisan penamat di padang bandaran, Kota Kinabalu. Ramai yang turun terpaksa menyorong basikal masing-masing. Sebenarnya saya tidak mempunyai banyak masalah dalam tenaga untuk berbasikal HADIAH SEBUAH PERJALANAN
209 kerana saya berlatih setiap hari di rumah dengan catatan 20km. hingga 40km. Ini hanyalah latihan biasa untuk kesihatan. Banyak pengalaman ketika ikut serta dalam aktiviti ini, pernah terjatuh beberapa kali. Pernah terpelanting dan tertindih oleh basikal sendiri, masa itu saya berlatih sendiri di bukit istana, di mana tempat saya selalu berlatih. Alhamdulillah, sehingga kini belum ada pula masalah besar. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
210 Rekod terbaik saya pernah mengayuh sejauh 80 km. Iaitu di Kajang selama 3 jam setengah tanpa henti. Waktu itu saya adalah satu-satunya wakil tunggal wanita dari Kota Kinabalu, Sabah. Seminggu selepas itu saya ikut serta dalam kayuhan bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah sejauh 30 km sempena Perayaan Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
211 Bersama Suami Datuk Salleh Tun Said Keruak, semasa Kayuhan amal berbasikal 40Km, anjuran Kementerian Komunikasi Multi Media KKM, dari Kompleks Yayasan Kebajikan Suria, Tuaran ke Pekan Kota Belud, sempena bulan Kemerdekaan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
212 Disepanjang aktiviti berbasikal sejauh 20 km. Sempena Hari Kebangsaan, bermula dari SSK Center ke Kawasan Kedamaian dan Kem Askar Kota Belud. Aktiviti Berbasikal 20 km sempena Hari Kebangsaan 2023 – Kota Belud Sabah HADIAH SEBUAH PERJALANAN
213 MINAT MEMASAK Saya sebenarnya belajar memasak selepas berkahwin, waktu itu saya suka mencuba resipi yang baru. Bila saja ada resipi baru, mula saya mencuba dengan cara kreativiti sendiri. Sehingga kini saya sudah mencipta lebih dari 100 jenis resipi. Antaranya ialah :- Nasi Lemak Kampung. Sup Tom Yam Bambangan Sup Tulang Perut Ikan Salmon Sup Sayur Bayam Brazil Sup Ayam Kampung. Puding Buah Naga Puding Buah-buahan Puding Buah Durian Merah Puding Nenas Campuran Puding Pisang Campuran Puding Sayur Bayam Brazil Program memasak Bersama DRE di Hospital Kota Belud. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
214 Pagi 30hb. Ogos, 2023.Buat pertama kalinya kami dari Yayasan 1Suria membuat program kejutan buat Pengarah dan lebih dari 100 orang kaki tangan hospital Kota Belud. Ini adalah sebahagian program sempena merayakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Sebelum bermula, saya sempat melawat bilik rawatan Buah Pinggang dan memberi sumbangan sebuah mesin dialisis yang berharga lebih kurang RM55,000.00. Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat membantu pihak kerajaan menangani kekurangan peralatan yang tidak cukup, saya difahamkan mereka ada13 buah mesin tetapi sebahagiannya tidak berfungsi. Bersama kakitangan hospital Kota Belud, selepas programe lawatan sempena merayakan Hari Kebangsaan 31hb. Ogos HADIAH SEBUAH PERJALANAN
215 Acara memasak di perkarangan SSK Center sempena bulan puasa. Beginilah selalunya bila ada kesempatan saya suka mencuba resepi yang baru. Ini Sup Tom Yam Bambangan, resepi ciptaan saya sendiri. Paste diperbuat dari buah bambangan yang menjadikan sup ini diminati ramai orang. Bahan-bahanya simple ; Ikan dan tulang ikan Salmon, sayur-sayuran, tomato, bawang putih, bawang merah, lengkuas, serai dan paste bambangan. Cara-cara memasaknya : Ikan di potong (asingkan isi dan tulangnya) tulangnya direbus untuk mendapatkan sup. Gorengkan bawang dan lengkuas serta serai. Selepas naik bau masukan sup tadi dan isi ikan dan mee. Lepas itu boleh dihidang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
216 Bahan-bahanya : Isi Durian Merah, serbuk agar-agar, susu manis dan sedikit kepingan roti. Cara membuatnya : Kisar semua bahan-bahan dan selepas itu masukkan ke dalam acuan. Sejukan dan selepas itu masukan ke dalam peti sejuk sebelum dihidang. Rasanya enak dimakan waktu sejuk. Puding Durian Merah dan Tarap. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
217 Bahan-bahannya : Isi buah guava, susu manis, roti dan sedikit sirap rose, pewarna dan serbuk agar-agar. Cara membuatnya : Kisar isi buah guava, sirap dan juga serbuk roti. Selepas itu masak bahan-bahan yang dikisar tadi, sesuaikan rasa dan selepas itu masukan ke dalam acuan yang sesuai. Biarkan sejuk dan selespas itu masukkan ke dalam peti sejuk. Puding Guava HADIAH SEBUAH PERJALANAN
218 Bahan-bahannya : Isi buah guava, susu manis, roti dan sedikit sirap rose, pewarna dan serbuk agar-agar. Cara membuatnya : Kisar isi buah guava, sirap dan juga serbuk roti. Selepas itu masak bahan-bahan yang dikisar tadi, sesuaikan rasa dan selepas itu masukan ke dalam acuan yang sesuai. Biarkan sejuk dan selespas itu masukkan ke dalam peti sejuk. Puding Guava HADIAH SEBUAH PERJALANAN
219 Bahan-bahanya ; Beberapa potong roti, isi durian,telor, serbuk agar-agar dan buah-buahan campuran sebagai hiasan. Cara membuatnya ; Kisar roti dan isi durian. Masak bahanbahan yang dikisar tadi dan masukan serbu agar-agar dan telur. Selepas itu masukan dalam acuan yang sesuai dan bila sudah sejuk masukan ke dalam peti ice. Puding Roti Campur Durian HADIAH SEBUAH PERJALANAN
220 Bahan-bahanya : Mee gie, sedikit udang / apa-apa saja makanan laut, Pes Bambangan, sedikit sayuran, daun bawang, cili dan sedikit hirisan timun dan tomato sebagai hiasan. Cara memasaknya : Rebus mee gie sampai lembut selepas itu buang air dan cuci, selepas itu tos kan. Dalam kuali panaskan minyak dan goreng pes bambangan, masukan ikan / udang, mee dan sayuran. Tambahkan air dan sesuaikan rasa sebelum dihidang. Mee Gie Korea Goreng - Pes Bambangan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
221 Selepas pengambaraan acara memasak untuk Rancangan Televisyen di hotel Berjaya, Kuala Lumpur. Rancangan ini di host kan oleh penyanyi Marsa Milan. Alhamdulillah, saya berjaya memasak 8 jenis masakan tradisi. Rancangan ini disiarkan pada Hari Raya Haji tahun 2017 di rancangan RTM. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
222 KOMEN 11 Datuk Hajjah, Adalah seorang seniman yang sangat gigih walaupun mempunyai kemewahan di sekeliling beliau namuan perjuanganya tidak pernah mengenal lelah dalam arena seni. Bakat seni yang mengalir dalam jiwa beliau diwarisis dari bapanya. Beliau adalah seorang isteri yang solehah kepada YB. Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Mohd Said.Sanggup berkorban masa dan tenaga mengurus kebajikan, rumahtangga tidak kira susah dan senang..Baginya kehidupan ini bagai air laut yang ada pasang surutnya, semuanya sama saja. Dia sentiasa menyokong perjuangan suaminya sama ada ada jawatan atau tidak ada sama saja. Datuk Hajjah banyak membawa kawan-kawanya dari golongan VIP untuk belajar mengaji dengan saya. Satu lagi yang menarik tentang Datuk Hajjah ialah semua kaki tangan di rumahnya, dari pengawal keselamatan, pemandu, tukang masak semuanya diwajibkan belajar Al-Quran. Secara kasar semua pekerja mestilah pandai mengaji barulah dinaikan ‘gaji’ itulah diantara peraturan yang diamalkan oleh beliau. Ustaz Haji Harun Haji Tafsir Masjid Bandaraya – Kota Kinabalu HADIAH SEBUAH PERJALANAN
223 19 KETAHANAN MENTAL MENGHADAPI DUGAAN Apa-apapun yang menimpa hidup kita akan menjadi kebaikan, jika kita menghadapinya dengan positif, meski pun keadaanya amat berat. Saya terpaksa berlatih dengan gigih dan berterusan, untuk mental dalam apa saja aktiviti intelek seperti membaca, menonton vedio filem, dan aktiviti kreatif yang berkaitan dengan mental. Saya juga memilih permakanan yang sesuai dengan kehendak tubuh badan seperti kismis, kuning telur dan multi-vitamin yang baik untuk ingatan. Selain itu juga, saya selalu melatih dari untuk ‘berpuasa’ Isnin & Khamis. Untuk tujuan melatih Kesabaran jiwa, mengawal rasa marah dan juga mengawal permakanan. Dengan cara ini, saya boleh menjadikan saya seorang yang penyabar dan mampu menghadapi apa-apa juga dugaan dengan mudah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
224 Ujian itu adalah ekspreasi cinta dari Allah SWT. Dia memberikan kita ujian agar kita lebih dewasa dan lebih matang menghadapi kehidupan. Semakin berat ujian yang diturunkan kepada kita, maka semakin beratlah pula pahala yang dilimpahkanNya kepada kita. Anas.r.a pernah bersabda; “Sesungguhnya, besarnya pahala itu, tergangtung kepada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah SWT itu mencintai sesuatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, maka dialah yang mendapat KeredhaanNya dan barang siapa yang murka maka dia pun mendapat KemurkaanNya” - H. R. Tirmidzi. Ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita buat. Nabi kita Muhammad SAW pernah bersabda;- “Seorang Muslim yang ditimpa penderitaan, kegundaahan, Kesedihan, Kesakitan, gangguan emosi dan kerisauan,’bahkan hanya terkena ‘duri’ sekali pun, semua itu merupakan ‘kafarat’ (penebus) dari dosa-dosanya - H.R. Bukhari dan Muslim. Selalulah berfikiran Positif bahawa ; apa-apa pun yang menimpa kita akan menjadi kebaikan. Rasullah Saw pernah bersabda: “Sesungguh nya sikap seoranh mukmin itu, segala keadaan dianggap baik dan tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur maka itu lebih baik baginya dan apa bila ditimpa penderitaan dia bersabar maka itu lebih baik baginya - HR Muslim Yakinlah, setelah kita ditimpa kesulitan maka akan ada kemudahan. Idea yang hebat selalu datang ketika kita berada dalam keadaan sukar. “Sesungguhnya, sesudah kesulitan baru ada kemudahan” (Quran Surah- Alam Nasroh 94: 5&6). 1. 2. 3. 4. 5. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menghadapi ujian hidup : HADIAH SEBUAH PERJALANAN
225 “Tetap Kuat” Orang lain bercakap akan melihat apa yang mereka lihat akan tetapi mereka tidak faham berapa banyaknya jahitan yang kita bebani sendiri… HADIAH SEBUAH PERJALANAN
226 MENCARI IDENTITI DIRI SENDIRI Mencari identiti diri sendiri. Kita menginginkan manusia yang berani mendepani sebarang perubahan. Saya sendiri adalah di antaranya. Kita adalah salah seorang inginkan perubahan dan sentiasa berbicara tentang makna hidup. Setiap kita mempunyai keperibadian diri, ciri-ciri masing-masing yang boleh kita sebut sebagai pengenalan diri. Ia adalah ciri khas yang boleh membezakan seseorang dengan yang lain. Bagaimana kita mengenal seseorang yang diciptakan? Adakah fakta yang penting bahawa seseorang itu selalu membawa kehormatan / keaiban? Atau selalu mengikut penerimaan masyarakat? Sungguh malang dalam hidup kita banyak kepura-puraan. Ramai di antara kita kurang arif dan tidak memiliki daya penarik peribadi pada diri sendiri. Ini disebab kan mereka selalu mengucapkan dan melakukan perkara-perkara yang mengelirukan siapa diri mereka sebenar. Sebab itulah mereka sampai ter’jebak’ mengambil ‘ilmu hitam’ untuk bergantung. Bomoh / pawanglah yang menentukan jalan cerita hidup HADIAH SEBUAH PERJALANAN
227 mereka. Kalau nak jadi kaya maka bomoh itulah yang mengatur hidup mereka. Pastikan hasil kerja kita merupakan sesuatu yang besar dan merupakan ciri khas tanda pengenalan diri kita sebenar. Tidak ada yang dapat menyaingi diri kita dalam mengambarkan kekuasaan diri kita sendiri. Penghalang kedua untuk mereka berubah adalah diri mereka sendiri. Mereka tidak ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat kerana malu dengan masa silam mereka. Bagi mengatasi masalah mereka ini cuba dekati mereka secara perlahan-lahan dengan bertanya khabar dan aktiviti mereka seharian. Apabila mereka boleh menerima keadaan, minta mereka masuk dalam masyarakat. Hal ini kerana mereka dibelengu oleh rasa malu yang mendalam. Mereka memang tidak suka dikritik dan sensitif bila orang meragui kebolehan mereka. Mereka juga sering tidak menyangi diri mereka sendiri, sehingga sanggup merosakan kehidupan mereka sendiri. Permasalahan mereka semakin rumit apabila ibu bapa mereka terlalu mengherdik mereka sewaktu kecil. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita cuba membantu mereka keluarkan mereka dari kepompong perasaan malu dan tidak disayangi. Binalah akaun yang positif. Jangan malu berubah, walau pun anda pernah me‘rai’ gelaran penipu. Itu memang sukar di delete tapi kata peribahasa, ‘Terlanjur perahu boleh diundur - terlanjur tingkah bawa masuk kubur’ eeeiii, betul ke? HADIAH SEBUAH PERJALANAN
228 Saya tahu kalau ada orang lain membohongi saya, Saya tahu kalau ada orang lain jujur dengan saya, Saya tahu kejujuran itu kunci ketenangan hidup, Saya tahu untuk meneruskan usaha walaupun sukar, Saya tetap ada keyakinan untuk semua yang berlaku, Saya tetap ada keyakinan ada balasan karma menanti, Saya tetap yakin dia tak pernah salah alamat. Saya tidak pernah berhenti berjuang, Saya tidak pernah berhenti mencuba, Saya tidak pernah memungkiri janji, Saya tidak pernah bosan berusaha, Saya tidak pernah hilang keyakinan, Saya tidak pernah hilang harapan. Hidup ini tidak selalunya indah, Kita diuji dengan pelbagai persoalan, Bila kita minta setangkai bunga segar, Allah berikan kita kaktus berduri, Bila kita minta mungil yang cantik, Allah memberi ulat yang berbulu. Lalu, Kita bersedih, kecewa, Dan mula memprotes, Betapa tidak adilnya Allah? Kemudian kaktus itu berbunga cantik , Lalu.. Ulat bulu itu membesar dan berubah menjadi kupu-kupu, Allah tidak akan memberi apa yang kita harapkan tapi, Allah akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
229 Kadang-kadang kita bersedih kecewa dan terluka, Tapi jauh dari atas segalanya Allah sedang merancang apa yang terbaik, Untuk kehidupan kita bukan disebaliknya. Tetap tegar meski pun nyaris menyerah kalah. Tetap sabar meski pun ingin mengeluh, tetap kuat meski pun hampir terjatuh. Dan saat seorang wanita terdiam, saat itulah jutaan hal ada dalam fikiranya. Wanita lemah dari sudut hatinya, tapi terselit ketabahan yang jauh lebih kuat. Semakin ingin kita berubah, semakin hebat juga ujian yang Allah beri, bukan Allah tidak sayang tapi Allah ingin kita lebih hebat setelah diuji. Awas!...dia tidak menangis. Tapi jauh dalam hatinya sudah tidak ada lagi tempat untuk anda berberbicara. Wanita itu menangis bukan kerana dari kelemahannya, hanya saja begitulah cara mereka mengekspresikan perasaan mereka yang terluka dalam dan hancur berderai. Itulah saja caranya mereka mengungkapkan kesedihannya. Pada akhirnya yang kita pelajari daripada hidup ini adalah bagaimana cara kita menerima suatu keadaan tanpa melelahkan suatu kenyataan. Terkadang kita terlalu berlebihan memikirkan sesuatu yang sudah Allah aturkan, pada hal kita hanya perlu menjalani dan yakin bahawa rencana Allah itu adalah yang terbaik buat kita. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
230 HARIAN MERCU Saya mengendalikan sebuah Surat Khabar HARIAN MERCU. Pada mulanya, pengurusan dikendalikan oleh orang lain dan saya hanyalah menulis dalam ruangan khas iaitu soaljawap dan kemuskilan wanita. Akhbar ini walaupun baru tapi memenuhi banyak memenuhi aspek ruangan untuk pembaca, meskipun banyak kemelut yang menganggu bahagian penjualan saya namun saya cuba menanganinya. Bahagian pengurusan yang dipertanggungjawabkan gagal untuk melaksanakan tugas dengan baik, beberapa orang kakitangan mencuri tulang. Sehingga akhirnya saya terpaksa mengambil semua urusan syarikat pencetakan surat akhbar ini. Dengan berbekalkan keyakinan saya untuk menangani segala kesulitan yang di bahagian pengurusan pencetakan dan pemasaran. Pada mulanya ia berhasil tapi ada-ada saja masalah lain seperti ketepatan waktu penghantaran dan unit pemasaran tidak tepat. Hidup ini sebuah perjalanan yang jauh dan pada akhirnya, selepas 8 tahun mengusahakan syarikat ini saya terpaksa menghentikan penerbitannya kerana terlalu banyak masalah yang dipenuhi dengan penipuan pihak ketiga iaitu dari percetakan - syarikat yang bertanggungjawab untuk mengurus mesin pencetakan tidak bertanggungjawab. Dia menipu syarikat dengan hampir semua mesin komputer syarikat dia ubah suai dan akhirnya dia pindah menjadi milik syarikatnya. Ini satu pengajaran serta pengalaman yang menjadikan saya berhati-hati dengan orang yang selalu bercakap baik tapi akhirnya dia mengambil kesempatan. Semua ini saya jadikan bekalan ke arah tujuan untuk memperbaiki diri dari terjerumus ke lembah yang lebih dalam. Kita mungkin tersadung pada rintangan yang datang di antara jalan yang ditakdirkan kita lalui. Saya tidak kecewa tapi saya berbangga dengan diri saya berani berdepan dengan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
231 insan yang tidak berperikemanusiaan. Segala kepayahan, kesenangan, kedukaan, kegembiraan dan di sebalik setiap detik yang menyentuh perasaan yang tersimpan seribu satu erti bagi merasai menjiwai serta memahami. Sesungguhnya jika kita ingin berubah, berdoalah setiap hari agar hati kita menjadi lembut suka kepada kebaikan, mudah melihat kelemahan diri. Ubah dalaman diri dan lihat dunia luar agar kehidupan kita menjadi positif. Sentiasa bersyukur, jangan megeluh atau merungut dan menyalahkan masa lepas. Belajar memudahkan urusan orang lain yang selalu menolong urusan hidup kita. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
232 ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG BAIK Meskipun kehidupan kita di dalam Istana, belum tentu kita bahagia. Kebahagiaan itu tidak terletak pada tempat dan suasana kita tinggal akan tetapi pada keimanan seseorang. Ada Allah di dalam hati kerana hati itu adalah subjek yang paling penting utama pernilaian Tuhan kepada diri kita. Ketika hati kita sudah tertancap sebuah keyakinan maka muncullah sebuah kebahagiaan. Takrifan kebahagiaan yang berkekalan apabila ikatan hubungan di antara ahli keluarga itu sendiri. Ini melambang kan sebuah keharmoniaan hidup seisi keluarga. Peraturan disiplin yang longgar tetspi bersesuaian dengan cara hidup semua peringkat (tidak seperti di pejabat) akan mencerminkan kehidupan yang baik. Kita perlu sentiasa berasa diperlukan atau memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita harus memupuk hubungan harmonis dari awal-awal lagi. Jangan ada krisis berpanjangan atau sekurang-kurangnya carilah jalan penyelesaian untuk mengurangkan jurang ketidakserasian itu. Kekurangan iman dalam diri akan mengurangkan keupayaan kita untuk menangani permasalahan dalam kehidupan kita. Berusahalah sedaya upaya untuk memperbaharui iman disetiap masa. Jika tidak lama kelamaan iman kita akan luntur kerana iman itu seperti pakaian, kalau selalu dipakai dan dicuci akhirnya akan pudar. Kita harus keluar dari keselesaan hidup, perbaiki kualiti hidup dan bersahabatlah dengan orang-orang yang mempunyai kejayaan dalam hidup. Apabila bergaul dengan mereka, kita akan ada keinginan untuk mencapai tahap kehidupan yang setaraf dengan kehidupan mereka, insyallah hati kita akan bergerak untuk memperbaiki diri. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
233 “Kesabaran mungkin tidak akan memberikan kemenangan, tapi ia akan mampu memberikan kekuatan untuk menghadapi ujian” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
234 Selepas beberapa tahun, saya mengambil keputusan untuk menyaman syarikat yang mengambil kesempatan ke atas saya. Peguam yang saya suruh memang seorang yang boleh di percayai tapi akhirnya dia menipulasi dan berpihak kepada pihak lawan. Dia ingin melibatkan pihak ketiga, ia itu memanggil saksi yang tidak sepatutnya, pada akhirnya saya berserah dan keputusan gagal untuk memulihkan syarikat. Saya tidak pernah berpura-pura dalam hidup. Saya seorang yang berdikari dan mempunyai hati yang sentiasa bersangka baik. Satu perkara yang mencabar ialah saya sering risau pada orang sekeliling dan selalu mengambil tahu tentang mereka. Kadang-kadang saya suka berterus-terang tentang kebenaran akan tetapi nadanya mungkin sedikit keras. Kehidupan ini adalah dengan tujuan membawa kita ke distinasi hidup yang hakiki. Pelbagai cabaran suka dan duka bukanlah yang abadi namun pada ketikanya kita masih juga pada ketikanya kita masih alpa. Cabaran serta pengalaman di sini adalah untuk menguji keberanian, kekuatan, kelemahan dan iman kita. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
235 Hidup ini sebuah perjuangan, Harus ada sebuah matlamat, Harus tau cara menyelusurinya, Harus tau cara mensyukurinya, Harus tau carafokus sebenarnya, Harus ada usaha kerja keras, Harus ada komitmen yang jitu, Harus ada iringan doa dan zikir, Harus hilangkan sikap ego, Harus hilangkan sikap malas, Jangan Sombong, Baru boleh berjaya…. Allah Maha mengetahui setiap helai daun, Yang gugur dari pohonnya, Kenapa kita masih ragu, Kemampuannya mencabut setiap akar masalah kita? Yakinlah dengan semua ketentuan, Allah yang diberikan kepada kita, Kerana setiap yang telah ditetapkan, Adalah yang terbaik untuk hamba Nya... HADIAH SEBUAH PERJALANAN
236 “Menjadi orang yang kalah, tetapi benar adalah lebih baik daripada menjadi orang yang menang tetapi zalim”
237 MINAT DALAM SENI LAKON DAN TEATER Saya meminati teater sejak zaman remaja. Secara kebetulan kawan saya membawa saya masuk sebuah persatuan Teater Ibu KotaTIK, waktu itu saya baru berjinakjinak dalam bidang seni. Bidang pertama yang saya ceburi ialah bidang Sajak. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
238 Saya pernah memenangi beberapa pertandingan Dekalamasi Sajak Peringkat Negeri Sabah. Selepas itu saya cuba pula dalam bidang teater dan drama. Seronok, ia memberikan saya inspirasi untuk meneruskan minat dalam bidang seni. Saya banyak mencari peluang untuk mengasa bakat sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah Pelakon Terbaik dan juga Juara lantunan suara terbaik dalam bidang lakonan. Beginilah keadaan saya semasa belajar di Universiti Sains Malaysia, Minden Pulau Pinang. Di samping belajar, saya aktif dalam teater, dibawah bimbingan Profesor Ghouse Nasuruddin. Beliau banyak mengajar saya Teknik pergerakan dan juga bernafasan dalam lakonan pentas. Beliau juga banyak memberikan saya motivasi untuk tidak mengalah bila ada masalah. Pernah juga beliau mencabar saya beberapa kali untuk banyak perkara, kononya saya; “Seorang pejuang yang pantang dicabar” Hidup ini tidak semudah yang kita impikan, ia bagaikan sebuah keindahan dunia dari dalam ke luar. Namun saya telah mengesat air mata dan tersenyum melalui semua itu kerana tiada apa yang tidak boleh saya tangani. Saya bagaikan cahaya pada hari yang paling gelap kerana seperti burung phoenix saya telah berjalan melalui api dan muncul semula dengan lebih kuat. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
239 Adalah sesuatu yang amat menyakitkan, Hidup ini terlalu singkat, Oleh itu sayangilah diri anda.. Gembirakan diri anda.... Dan senyumlah selalu.... Sebelum anda bercakap - fikirkan terlebih dahulu.... Sebelum anda menulis - fikirlah terlebih dahulu.... Sebelum anda berbelanja pastikan anda ada pendapatan, Jangan menyakiti orang jika anda tidak mahu disakiti, Belajarlah memaafkan orang lain...kerana Sikap ini sangat Mulia, Berani mengakui kelemahan diri, Meskipun anda sendiri belum tentu bersalah.... Berjuanglah terlebih dahulu sebelum anda kalah, Insyallah anda akan Hidup Bahagia... BERDIKARI DENGAN BERANI Apa yang anda lihat pada diri saya adalah yang sebenar tidak ada sikap kepalsuan, tidak ada pembohongan. Kebanyakan orang tidak suka apabila mereka bertemu dengan saya buat pertama kalinya akan tapi ramai pula yang senang dan mereka akan cepat mesra dengan saya. Mungkin juga ada orang berkata; “saya ada hati Malaikat” ada cahaya di balik senyuman. Saya percaya semua orang itu sama, hanya saja pemikiran kita selalu terkongkong, suka dengar khabar angin dan kita terus percaya. Saya tak lah hebat sangat seperti rakan-rakan saya cakap tapi bangga kerana saya boleh berdiri di atas kaki sendiri, tak pernah bergantung kepada sesiapa. Saya HADIAH SEBUAH PERJALANAN
240 seorang yang berpendirian tegas. Saya jarang mengeluh bila berdepan dengan sebarang cabaran. Kalau saya tak suka saya tak teragak-agak ‘Speak out’ tegur terus depan-depan. Ramai juga yang tak faham dan keliru dengan cara saya tapi bagi saya ia bersesuaian untuk mengubah corak pemikiran mereka bila berdepan dengan sesuatu masalah Bahagia hadir bila hati kita tenang dan ikhlas menerima segala yang sudah diatur oleh Allah. Cuma saya agak penat, sentiasa meluangkan masa untuk melayan dan menjaga mereka yang saya sayangi. Hanya mereka tak faham keadaan diri saya sebenar. Insyallah saya tidak ada masalah besar, saya boleh melakukan semua tugasan dengan baik. Ramai juga yang mengagumi saya dan mereka bercita-cita menjadi seperti saya. Saya umpama gunung yang tinggi menjulang di atas awan dan menjadi sorotan penting, bukan mudah untuk mencapainya. seorang yang pendiam tetapi jika orang sudah biasa dengan cara saya, ada masanya saya bercakap hal-hal yang penting sahaja. Saya suka kualiti kehidupan seseorang. Saya ingin menjadi Juara dalam semua pertandingan. Saya bukan berkebolehan akan tetapi saya percaya kepada usaha dan kesanggupan untuk mencuba tidak gagal. Itu rahsia dan kunci kejayaan,. Saya telah melalui banyak kesakitan tetapi pengalaman itu telah membuat saya bersinar dan menjadi orang yang lebih kuat dan bijak. Saya sentiasa tahu cara mengasihi dan mengambil berat terhadap orang lain dengan segala kebaikan yang saya miliki, personaliti yang lebih cerah daripada Matahari. Hanya orang-orang yang dekat dengan saya tahu bertapa bertuahnya mereka kerana tidak semua orang mempunyai kunci untuk membuka hati saya. Tidak ada orang yang pemurah, baik hati dan menyokong seperti apa yang saya lakukan, itu sebabnya orang harus faham kedudukan saya. Ramai orang mengagumi pendirian saya dan ada juga yang bercita-cita menjadi diri saya, entah kenapa? Adakah pujian HADIAH SEBUAH PERJALANAN
241 ini kerana kerja keras yang saya lakukan? Kesabaran dengan keluarga adalah kasih. Kesabaran dengan orang lain adalah hormat. Kesabaran dengan diri sendiri adalah keyakinan. Kesabaran dengan Tuhan adalah Iman. Jangan terlalu mengingat masalah kerana itu akan membawa airmata. Jangan terlalu memikirkan masa depa kerana itu akan mendatangkan ketakutan. Jalan hidup saat ini dengan senyuman kerana hal itu akan membawa kecerian. Ingat rencana Tuhan pastilah yang terbaik. Saya telah melalui tahun-tahun yang sukar dengan pelbagai cabaran, namun saya tidak meminta banyak dalam kehidupan ini, cukup yang sedarhana dengan cinta dan kepuasan. Saya sering tertekan kerana terlalu banyak tanggungjawab di bahu akan tetapi saya sentiasa tersenyum, walaupun dalam keadaan letih. Sekarang adalah masa untuk saya cuba mencatit apa yang telah saya perolehi dari sepanjang perjalanan hidup ini. Kadang-kadang hidup saya dalam tekanan kerana terlalu ramai yang bergantung harapan dengan saya. Kadang-kadang hidup saya tekanan kerana terlalu ramai yang bergantung harapan kepada saya. Mereka tahu cara saya memimpin mereka dengan baik, aku sentiasa meletakkan seluruh diri saya dalam apa saja yang saya lakukan kerana tiada siapa yang dapat menanggung semua bebanan itu selain diri saya sendiri.Mereka tahu cara saya memimpin mereka dengan baik, saya akan meletakkan seluruh diri saya dalam apa saja yang saya lakukan kerana tiada siapa yang dapat menanggung semua bebanan itu selain diri saya sendiri. Walaupun saya menghadapi pelbagai cabaran, saya telah berjuang melalui penderitaan, mengekalkan senyuman untuk orang-orang yang saya sayangi. saya unik,saya inginkan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang lain yang saya sayangi bukanlah satu perkara mewah, cukup dengan kesederhanaan yang biasa. “Menjadi wanita memang mudah tetapi menjadi wanita pilihan adalah sukar…Kita harus mempunyai ‘pakej’ agar boleh menjadi ‘smart partnership’ untuk membantu HADIAH SEBUAH PERJALANAN
242 melengkapi suami pasangan kita mencapai kecemeralangan dalam hidup”. Tidak akan pernah tahu bertapa indahnya mendekati Tuhan Bersama jutaan doa dan harapan. Andai semua yang kita harapkan berlaku seperti yang kita rancang maka kita tidak akan pernah belajar bahawa gagal itu sebenarnya sebuah kekuatan. Ketika menanam pada yang tumbuh bukan hanya lalang akan tumbuh bersamanya yang menganggu hasil padi. Apakah itu salah mu? Belum tentu. Itulah hidup. Ketika kita berbuat baik bukan bererti menjamin kamu akan selalu bertemu dengan orang baik-baik saja akan tetapi ada juga orang-orang yang menjahati mu, menzalimi mu, meniup mu, mengecewakan mu. Ada cubaan dan ada kesedihan dan itulah ujian hidup. Senario kehidupan sudah tertulis dengan begitu indah. Telah Tuhan rencanakan dengan begitu baik dan sempurna tugas kita hanyalah memastikan bahawa setiap halaman kita buka dengan doa. Semoga rasa sabar ini semakin di luaskan agar kuat menghadapi ujian yang Allah berikan. Walaupun hidup ini mempunyai banyak perkara yang tidak adil tapi saya tak kisah, saya akan menghadapi semua cabaran dengan tenang, senyum dan kepala dingin, insyallah saya tidak pernah berhenti berdoa HADIAH SEBUAH PERJALANAN