43 Pengorbanan seorang Bapa Bapa memang tidak pernah menyusui ku Namun setiap tetesan keringat bapa menjadi air susu Yang membesarkan diri ku dan adik-adik yang lain. Mama memang lebih kerap menjaga ku sewatu kecil. Mamalah yang sering mengendongku Namun aku tidak tahu bahawa ketika Bapa pulang bekerja dengan wajah letih Bapalah yabg sering bertanya khabar tentang kegiatan ku Meskipun Bapa tidak pernah bertanya langsung kepada ku Kerana terlalu letih mencari nafkah dan juga melihat aku tidur Di saat aku sakit, Bapa marah; “sudah bagi tahu, jangan makan ‘ice-cream’ makan juga…” Kemudian aku merunggut menjauhi bapa Lalu aku menanggis dalam dakapan Mama. Namun aku tidak tahu bahawa, bapalah yang risau dengan keadaanku sampai Bapa hanya mampu menggigit bibir menahan kesakitan ku, saat itu. Semasa aku remaja, aku pernah meminta izin untuk keluar malam, bapa dengan tegas berkata; “Tidak boleh!...” Aku sedar, bahawa Bapa hanya mahu melindungiku kerana Bapa lebih tahu dunia luar dibandingkan dengan aku. Kadang-kadang, aku melanggar kepercayaanya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
44 Tapi Bapalah yang setia menungguku di ruang tamu denganrasa sangat risau lalu menyuruh Mama menelefon kawan-kawan ku yang lain dan bertanyakan tentang aku… “Aku di mana?...Apa aku buat di sana?...” Meskipun Mama yang menghantar ku ke sekolah, namun aku tidak tahu bahawa Bapalah yang meyuruh ibuku.. Di saat aku merenggek, memerlukan sesuatu buat keperluan kuliah, Bapa hanya merabah dahinya tanpa menolak. Bapa pasti akan memenuhi dan pula Cuma berfikir… ”Ke mana akan harus ku mencari Wang? Sedangkan gaji ku pun hanya cukup makan sahaja dan sudah tidak ada tempat untuk membuat pinjaman. Di saat aku sudah berjaya, Bapa mengambarkan, Bapalah orang pertama yang akan berdiri di depanku dan bertepuk tangan untuk ku, Bapalah yang akan mengabarkan kepada semua orang sanak saudara; “Anak ku sudah berjaya…” Meskipun kadang-kadang, aku cuma mampu membelikanya baju T’shirt untuknya, itu pun setahun sekali, bapa bakal tersenyum dengan bangga akan aku. Dalam sujud akhirnya, di saat bapa melihatku duduk di pelaminan, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
45 Bapa tersenyum Bahagia tapi aku tidak pernah terfikir bahawa Bapa menanggis kali kerana Bahagia dan Bapa sempat berdoa;- “Ya Allah, tugas ku sudah selesai, bahagiakan anak-anakku sehingga ke akhirat…” Lalu, Mama berpesan padaku; “Anakku, benar Bapa tidak mengandung mu Namun darahnya mengalir di darah mu, Namanya melekat di namamu, Benar Bapa tidak menyusui mu Namun ari keringatnyalah terhasil Titisan yang menggalir jadi susu mama. Nak, Bapa benar-benar tidak menjaga mu Namun tahukah kau bahawa senantiasa ada nama mu? Tanggisanya tak pernah kau dengar kerana dia ingat melihat mu jadi kuat dan berani. Pelukanya tidak sehangat pelukan mama kerana kecintaanya kepada mu, dia tidak sanggup melepaskan mu. Dia ingin melihat mu berdikari, biar masa kami tiada kau boleh menghadapi segala-galanya seorang diri. Cinta Bapa mu kepada mu sama besarnya cinta mama kepada mu.. Salam, Mama… HADIAH SEBUAH PERJALANAN
46 “Seringkali masalah yang datang dari luar tidaklah sebesar masalah yang datang dari dalam diri sendiri, oleh kerana itu kuasailah dirimu” kata Mama. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
47 8 MAMA MENINGGALKAN KAMI UNTUK SELAMANYA-LAMANYA Pesan Mama, Kehidupan ini seumpama sebuah perjalanan…. Yang dipenuhi dengan onak dan duri yang dipenuhi Onak dan duri namun ia membuat mu menemui pelbagai pengalaman yang nantinya akan menjadi bekalan mu di akhirat. Semua jeri payah, susah senang dan kegembiraan di sebalik detik yang menyentuh perasaan yang tersimpan seribu erti bagai merasai dan menjiwai untuk memahami semuanya perjalanan kehidupan. Kehidupan ini banyak cabaran suka duka tapi itu bukan suatu yang kekal namun ada ketikanya kita masih juga alpa. Semua cabaran serta pengalaman ini adalah untuk menguji keberanian, kekuatan, kelemahan dan keimanan kita. Kita mungkin tersandung pada rintangan yang kita lalui atau ditakdirkan kita terjatuh, jangan! Putus asa kerana setiap yang jatuh tidak semestinya gagal. Anggaplah ia sebahagian dari pancoba ujian hidup yang ditakdirkan untuk kita. Pasti!..Tuhan mahu yang terbaik untuk orang yang sabar dan tabah. Untuk mengikut arah jalan yang sebenar, kita harus mengatasi halangan demi halangan. Kadang-kadang rintangan ini hanyalah sebuah ‘samaran’ sebagai persediaan untuk masa depan yang akan datang. Hanya saja kita tidak menyedarinya. Harapan Mama, suatu hari nanti ketika kamu sudah berjaya, suksess, masa depan mu indah penuh dengan keberkahan boleh mengangkat darjat keluarga kita di dunia dan akhirat… Jagalah adab dan lisan mu ketika berdebat kerana tidak semua soalan orang HADIAH SEBUAH PERJALANAN
48 ‘bodoh’ perlu dijawap oleh mu. Ingat!..sekali kau mengungkap kata-kata keras pasti akan melukan hati orang lain. Selalu ingat di belakang nama mu ada nama Bapa dan Mama. Baik buruk mu selalu menjadi ukuran orang tua yang mendidik mu dengan baik. Nama baik orang tua mu tergantung atas kelakuan mu. Ingat pesan Mama, jangan menabur pasir di dalam periuk nasi orang lain kerana rezeki kita juga belum tentu terjamin, bimbang nanti kita pula yang terpaksa melutut menadah nasi di hadapan orang lain. Mama… HADIAH SEBUAH PERJALANAN
49 Sesungguhnya kami akur kehendak takdir, Mama pergi buat selama-lamanya, selepas menderita pelbagai komplekasi penyakit darah tinggi dan jantung serta ingatanya terganggu atau sekejap ingat sekejap lupa). Mama pergi meninggalkan kasih luka di hati, begitu cepat masa berlalu kenangan bersama mama sering terigau-igau dalam ingatan tapi kami reda setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Takdir menentukan segala-galanya, Mama meninggal akibat sakit tua dan mengalami komplikasi penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya. Setahun sebelum meninggal, Mama memang keluar masuk hospital. Puas juga kami berusaha mencari ubat dan doktor yang berpengalaman tapi apakan daya, takdir menentukan segalanya - mama pergi juga akhirnya. Kita cuba mencari ubat dan doktor yang berpengalaman tapi apakan daya, takdir menentukan segalanya - Mama pergi juga akhirnya. Saya masih ingat pagi itu saat akhir Mama berada di hospital, Tuaran. Dalam perjalanan ke majlis Perasmian Penutupan Minggu Hari Kebangsaan di sekolah Suria, saya singgah menjenguknya tapi masa itu masih terlalu awal jam 7.00 pagi, guard yang bertugas tidak membenarkan saya masuk tapi saya cari alasan dan merayu ada hal penting doktor mahu berjumpa dengan saya - akhirnya saya dibenarkan masuk. Puas juga pusing mencarinya kerana semalam Mama di Unit Kecemasan baru tengah malam tadi dia dipindahkan ke bilik ini. Melihat wajah Mama sudah berubah, saya hampir tidak mengenalinya, namun saya kuatkan hati dan mohon izin meninggalkanya sebentar untuk pergi ke sekolah ada majlis penting yang saya harus rasmikan pagi itu. Sesampai di sekolah saya memohon majlis dimulakan lebih awal dan saya selepas ucapan akan balik lagi ke hospital. Memang emosi saya agak terganggu pagi itu, namun ini tugas penting yang harus saya pikul. Mereka faham dan akur, guru besar menggumunkan untuk memulakan majlis tepat jam 8 pagi. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
50 Tepat seperti yang saya katakan, Mama sudah pergi saat saya sampai di hospital. Tapi mengikut peraturan pihak hospital, kita kena menunggu pengesahan terlebih dahulu dari doktor yang bertugas. Hari ini, sudah genap setahun Mama pergi meninggalkan kami. Banyak kenangan yang tidak dapat kami lupakan, rasanya terlalu cepat masa berlalu terasa baru semalam dia pergi. Sebagai anak, kami beranggugjawab membuat majlis memperingati hari itu. Kami adakan majlis keluarga, semua adik beradik berkumpul dan masingmasing memberi sumbangan. Majlis dimulakan pada hari Jumaat, mereka siap menyembelih seekor kerbau dan semua urusan memasak kami serahkan pada katering. Saya tidak campur banyak tentang perjalanan majlis ini, adik mereka lakukan mengikut adat dan aturan yang telah ditetapkan. Selalunya mereka siapkan dengan orang yang telah diamanahkan, selepas itu diadakan majlis sembahyang. Semuanya berjalan lancar dan keesokan harinya barulah jiran-jiran dan oramg ramai dijemput datang untuk makan siang Mama yang baru meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Semoga dia beroleh kehidupan yang lebih baik daripada di dunia. Mendapat kerahmatan yang lebih indah dan damai dari sebelumnya. Kenangan bersama mama tidak akan pernah hilang bila-bila. Cinta Mama adalah sesuatu yang bererti yang tidak boleh menjelaskan. Cinta dari pengorbanan yang tidak pernah berakhir hingga hujung nyawa. Walau apapun, cinta Mama tidak akan berpenghujung. Ia akan tetap bersinar dengan keindahan dalam kehidupan kami, ia bagaikan permata yang indah dan tidak boleh dimengertikan. Walau apapun, kasih Mama di antara sejuta rasa yang kami simpan, percayalah sehingga saat ini kenangan bersamanya masih segar dan pesananya masih terngiangngiang di telinga, terasa baru semalam dia pergi untuk selama-lamanya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
51 Mama yang selalu risau tentang yang bakal terjadi kepada masa depan kami anakanaknya. Tapi Mama seorang yang bijak, awal-awal lagi dia membahagi-bahagikan beberapa keping tanah dan harta pusaka milik dia dan Bapa. Saya adalah di antara yang mendapat bahagian dari tanah Mama tapi saya menolak tidak mahu ambil bahagian yang diberikan pada saya namun mama berkeras dan akhirnya saya akur untuk tidak menyakitkan hatinya. Apapun hasilnya nanti kata Mama berbanggalah pada setiap proses yang kamu lalui, hargai dirimu dan terus berusaha untuk menjadi orang yang baik. Selalu bersyukur dan ucapkan terima kasih pada dirimu yang tidak pernah menyerah dengan sebarang cabaran. Engkau kena kuat tidak perlu membuktikan apa pun dan kepada sesiapa pun. Kata Mama lagi, perjalanan hidup mu masih jauh - hanya dirimu sendiri yang tahu bertapa letihnya kamu berjuang dan begitupun disebaliknya dengan kesedihan kamu. Cuma kamu yang menanggungnya bukan orang lain, orang lain hanya tahu tertawa melihat mu bersedih. Maka dari itu jadilah dirimu sendiri, sayangi dirimu, jaga dirimu kerana yang bertanggungjawab untuk mengisi cinta dan bahagia dalam dirimu adalah dirimu sendiri. Jangan pernah berhenti berdoa, kata Mama. Yakinlah pada suatu saat nanti semua doa-doa mu akan termakbul dan engkau akan menikmati segala apa yang kamu usahakan selama ini. Teringat semua pengorbanan Mama membesarkan kami adik beradik. Mama seorang yang tabah, Mama seorang yang gigih memberikan kami kekuatan. Ibu Mama meninggal ketika dia masih keci dan bapanya berkahwin lagi dengan orang lain yang mempunyai beberapa orang anak yang sudah dewasa. Maka Mama hiduplah dijaga oleh ibu tirinya dalam keadaan yang kurang menyenangkan, penuh dengan kesengsaraan pelbagai tekanan keluarga dari tirinya. Mengikut cerita Mama, dia sering menjadi mangsa buli dan sebahagian kisah HADIAH SEBUAH PERJALANAN
52 kehidupanya menjadikan Mama berani dan berkeyakinan sehingga Mama dewasa. Kebahagiaan tidak akan tercipta tanpa penyatuan daripada semua ahli keluarga, insan tersayang juga sahabat handai. Meskipun dalam kesibukan tidak boleh dijadikan alasan, kenapa kita tidak boleh berkorban sedikit. Mama berani mempertahankan hak keluarganya. Mama pernah turun naik makamah untuk menuntut harta turunan ibunya yang diambil oleh keluarga tirinya. Waktu itu, kami masih kecil masih di tangga sekolah rendah, dalam kepala tertanya-tanya juga apa yang Mama sibuk turun naik mahkamah. Setelah saya dewasa baru dapat jawapan yang sebenar. Sungguh hati Mama tabah dan akhirnya Mama mendapatkan semua hak milik Mama selepas berjuang beberapa tahun. Saya merasa cukup bahagia dengan perjuanganya mendapatkan hak milik sebenar harta perninggalan ibunya. Ini yang menjadi kami anak-anaknya tidak mudah merasa lemah dan berputus asa. Mama bukan berharap sangat sesuatu balasan dari apa yang dia berikan. Dia hanya nak tumpang gembira. Bila kita hulurkan sedikit wang, itu bermakna kita ingat padanya, itu sudah cukup mengembirakan hatinya. Mama selalu menasihati kami, hidup ini terlalu singkat untuk diabaikan. Oleh itu sayanglah diri kamu, bila bercakap dan menulis, fikirlah dahulu. Jangan menyakiti orang lain jika kamu tidak mahu disakiti. Sikap ini sangat mulia, berani mengakui kelemahan diri meskipun kita sendiri belum tentu bersalah. Ya Allah, Engkau kuatkanlah Mama, agar dia boleh membalut luka di hatinya dengan penuh kesabaran dan mampu menghapus dendam dengan ikhlas memaafkan kerana apa pun yang terjadi dalam hidup ini tidak ada yang sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Tuhan memiliki rencana terindah dan terbaik untuk hamba-Nya. Semoga setiap keringat peluh dan air mata Mama yang tumpah akan menjadi HADIAH SEBUAH PERJALANAN
53 sungai yang mengalir di Syurga. Ya Tuhan kasihanilah Mama, sebagai mana dia mengasihani kami sewaktu kami kecil dulu, gembirakanlah dia seperti dia mengembirakan kami suatu ketika dulu. Ya Allah, kurniakan Mama Kebahagiaan dengan senyuman, ringankanlah bebananya dan berikanlah dia keselasaan yang tidak akan lelah selepas itu. Aamiin. Gambar bersama Mama semasa berada di Brisbane menghadiri Garaduasi anak sulung saya Mohd Syarulnizam yang berjaya – menamatkan ‘Master of Law’ pada usia 21 tahun. Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan kursus sarjana dalam usia yang muda. Inilah saat yang amat mengembirakan hati Mama, saya gembira dapat berkongsi kejayaan dengan mereka. Dalam rombongan kami juga ada saya bawa bersama dua orang abang dan isteri serta anak-anak mereka. Turut sama dua orang lagi anak-anak saya iaitu Syazeera dan Syeera. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
54 “Mama memang mempunyai hati emas yang tulen, saya sentiasa menyimpan kenangan terindah bersamanya sehingga akhir hayat, Insya-Allah.” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
55 Apa pun hasilnya nanti kata Mama berbanggalah pada setiap proses yang kamu lalui, hargai dirimu yang terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Ucapkan terima kasih pada dirimu yang tidak pernah menyerah, berjuanglah terlebih dahulu sebelum kamu mengaku kalah. Mama adalah cahaya bagi kami tidak ada seorang pun yang akan dapat menggantikannya. Kini kami sangat merinduinya dengan omelan ketika kami tidak mahu mendengar nasihatnya, Tidak terhitung bertapanya nyanyian yang Mama alunankan untuk kami tidur sewaktu kecil, ucapan terima kasih tidak akan pernah cukup untuk kami membalasnya. Belaian kasih Mama masih kami perlukan dan sehingga kini terasa hangatnya pelukan, mama sudah lama meninggalkan kami, dunia ini terasa kosong. Mama bagaikan malaikat tak bersayap saat kami tinggal jauh diperantaun, semoga mama berbahagia di sana. Di saat saya sakit mama tidak pernah tidur, kasih mama jauh lebih besar dari sesiapa pun di dunia ini. Mama sanggup tak tidur malam sehingga menitiskan air mata hanya untuk kesembuhan saya. Mama tunjukan saya bagaimana menjadi diri sendiri, mama mendorong saya untuk menyuarakan fikiran. Mama mengingatkan saya untuk tidak takut pada mimpi… Terima kasih Mama. Pernah dulu, saya melawan cakap Mama, kata mama: “Nanti kami akan menanggis bila mama sudah tiada…” Dan saya percaya kata-kata mama itu sekarang, saya menanggis dalam hati bila saja melihat katil mama yang kosong. Katil itu baru saja kami beli sebelum mama meninggal, kerana katil yang lama tidak sesuai untuk kegunaan mama dalam sakit dan tidak boleh bangun. Selepas sebulan Mama meninggal kami serah katil dan kerusi roda mama di hospital Tuaran, tempat mama menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga boleh menjadi amal untuk hadiah pahala untuk mama di akhirat nanti. Kasih kami tidak pernah berakhir untuk mama, ianya kekal sepanjang hidup kami di dunia sehingga ke Syurga. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
56 RINDU MAMA… Wajah lembut penuh kasih sayang Meski kulit berkedut di sana sini Awura mu masih terukir manis Kening mengukir garis harapan Bila tersenyum bila gembira… Mama, masih terbayang saat itu Kau memimpin ku berjalan Ketika Aku kesakitan, kaki ku berkudis Lalu, kata mu..kedegilan pasti ada Untuk menjadikan hati mu kuat.. Bila dewasa, bar uku sedar bertapa Berertinya nasihat Mama pada ku Bertama bergunanya azimat kata mu Bertapa pentingnya isi teguran mu Bertama beruntungya aku saat itu. Mama, Aku masih tidak pernah lupa kasih mu Aku masih tidak pernah lupa cerita mu Aku masih tidak pernah lupa pesan mu Aku masih tidak pernah lupa doa mu Aku masih tidak pernah lupa harapan mu Aku masih tidak pernah lupa usapan cinta mu Aku merindui mu sampai hari ini dan selama-lamanya.. DRErom 2018 HADIAH SEBUAH PERJALANAN
57 9 SAYA MENDAPAT HIDAYAH MASUK ISLAM Alhamdulillah! Saya memeluk agama Islam pada usia 23 tahun, sebulan sebelum saya berkahwin dengan suami, Datuk Mohd Salleh iaitu pada tahun 1986. Saya mengenal Islam sejak di bangku sekolah rendah. Dalam kelas saya selalu diejek oleh rakan-rakan kenapa saya suka sangat mengikut kelas agama, lebih-lebih lagi kisah sejarah para nabi dan perjuangan mereka ketika diperangi oleh Raja zalim Firaun. . Saya begitu seronok, sehingga kena denda naik atas kerusi oleh Ustaz yang mengajar agama Islam. Selepas mengucap Shahada Allah SWT memberikan saya Rahmat dan dapat mengatasi semua badai dalam kehidupan. Hanya sebulan saja saya berjaya mendirikan solat dengan baik. Saya belajar dengan beberapa orang ustazah, ada yang bertauliah dari Indonesia dan seorang lagi guru kampung, isteri seorang ustaz. Pada mulanya dia tidak mahu mengajar saya kerana segan katanya, sebab saya dianggap ‘orang besar’ - VIP. Masa itu, suami saya adalah Timbalan Ketua Menteri, Sabah tapi bila nampak kesungguhan saya belajar sehari belajar 2/3 jam dengan menghabiskan10-12 muka surat , akhirnya selepas 9 bulan saya Qatam. Berkat bimbingan dari Allah saya dapat mengatasi semua badai dalam kehidupan. Hanya sebulan saja saya berjaya mendirikan solat dengan baik. Saya belajar dengan beberapa orang ustazah, ada yang bertauliah dari Indonesia dan seorang lagi guru kampung, isteri seorang ustaz. Pada mulanya dia tidak mahu mengajar saya kerana segan sebab saya dianggap ‘orang besar’ - VIP. Masa itu, suami saya adalah Timbalan Ketua Menteri tapi bila dia nampak kesungguhan saya, akhirnya dia pun setuju. Alhamdulillah saya dapat mengenal Islam dalam masa yang cepat, ustazah mengajar saya setiap hari lebih kurang 10 muka surat dalam masa 2 jam. Saya Qatam dalam masa 9 bulan sahaja dan selepas itu saya mengikut rombongan keluarga suami mengerjakan ibadah umrah. Itulah pertama kalinya, saya pijak Masjid Madinah AlHADIAH SEBUAH PERJALANAN
58 Munawarah dan Masjidil Haram, di Makkah. Banyak cabaran saya untuk mendapatkan hidayah dari-Nya. Bermula dengan ujian kesakitan dan dikeluarkan dari asrama kerana menipu mengaku Islam dalam bulan puasa. Waktu itu, rakan-rakan memasukkan nama saya dalam senarai orang yang berpuasa untuk mendapatkan kelonggaran bersahur. Akhirnya bila mereka tahu maka saya didenda dan diarah keluar dari asrama pada keesokan harinya – kononnya saya melanggar peraturan sekolah kerana berbohong. Tidak kira bertapa sukarnya keadaan, saya mempunyai keyakinan untuk bergerak terus ke hadapan. Selang beberapa tahun, waktu saya aktif teater di Kota Kinabalu, saya mengalami masalah penampungan air di dalam tubuh badan, kaki saya membengkak dan sukar untuk berjalan. Doktor mengatakan nyawa saya terancam dan berisiko mati tidak lebih dari 7 jam. Saya tergamam dan memberitahu kawankawan, saya tidak dapat datang untuk berlatih. Mereka mengajak saya solat hajat di masjid negeri. Namun masa itu saya belum masuk Islam, usia saya sudah masuk 21 tahun, macam mana nak sembahyang? Mereka marah kerana selama ini, mereka tidak tahu saya bukan Islam. Selepas beberapa tahun satu lagi peristiwa yang tidak boleh saya lupakan, bila saya mengalami satu lagi masalah penyakit kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Penyakit ini selalu menjadikan kepala saya pening (hampir setiap hari). Bila diperiksa, penyakit ini datang dari faktor genetik keluarga iaitu dari Mama. Itulah sebahagian dari cabaran saya mencari hidayah dan sehingga kini saya masih berjuang untuk mendapatkan keredaan-Nya. Beberapa tahun selepas itu saya mengikut rombongan keluarga suami dan Ibu Mertua mengerjakan ibadah umrah. Itulah pertama kalinya, saya pijak Masjid Madinah Al-Munawarah dan Masjidil Haram, di Makkah. Kebetulan masa kami pergi ke sana dalam bulan Puasa, inilah cabaran yang terpaksa kami lallu, apatah lagi dengan membawa dua orang anak-anak yang masih kecil, Syazeera 5 dan Syarulnizam 8 tahun. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
59 Sekembali dari Tanah Suci saya mendapat banyak pengajaran dan pengalaman yang boleh memantapkan lagi ilmu agama. Pada keesokan harinya saya saya ke pejabat dan menerima seorang tamu, kawan lama say, dia berbangsa Cina ingin memeluk Islam, saya terkejut juga tapi rupanya dia sudah lama ingin memeluk agama Islam. Alhamdulillah, saya serononk menjalani rutin kehidupan sebagai Muslim, sesibuk manapun urusan di dunia, urusan Allah harus didahulukan. Tapi suasana di sini berbeza jika dibandingkan dengan di Mekkah. Banyak cabaran saya untuk mendapatkan hidayah dari-Nya. Bermula dengan ujian kesakitan dan dikeluarkan dari asrama kerana menipu mengaku Islam dalam bulan puasa. Waktu itu, rakan-rakan memasukkan nama saya dalam senarai orang yang berpuasa untuk mendapatkan kelonggaran bersahur. Akhirnya bila mereka tahu maka saya didenda dan diarah keluar dari asrama pada keesokan harinya – kononnya saya melanggar peraturan sekolah kerana berbohong. Tidak kira bertapa sukarnya keadaan, saya mempunyai keyakinan untuk bergerak terus ke hadapan. Selang beberapa tahun, waktu saya aktif teater di Kota Kinabalu, saya mengalami masalah penampungan air di dalam tubuh badan, kaki saya membengkak dan sukar untuk berjalan. Doktor mengatakan nyawa saya terancam dan berisiko mati tidak lebih dari 7 jam. Saya tergamam dan memberitahu kawan-kawan, saya tidak dapat datang untuk berlatih. Mereka mengajak saya solat hajat di masjid negeri. Namun masa itu saya belum masuk Islam, usia saya sudah masuk 21 tahun, macam mana nak sembahyang? Mereka marah kerana selama ini, mereka tidak tahu saya bukan Islam. Selepas beberapa tahun satu lagi peristiwa yang tidak boleh saya lupakan, bila saya mengalami satu lagi masalah penyakit kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Penyakit ini selalu menjadikan kepala saya pening (hampir setiap hari). Bila diperiksa, penyakit ini datang dari faktor genetik keluarga iaitu dari Mama. Itulah sebahagian dari cabaran saya mencari hidayah dan sehingga kini saya masih HADIAH SEBUAH PERJALANAN
60 berjuang untuk mendapatkan keredaan-Nya. Saya selalu merasa bahagia, bagaikan matahari yang terbenam yang senantiasa cair dan dipenuhi dengan semangat keberanian dan kekuatan. Walaupun saya telah memina tembok di sekeliling untuk tidak dipengaruhi oleh gejala jahat namun sukar untuk kita berbuat demikian kerana ramai di antara mereka yang tidak memahaminya. kamu mahu tahu kenapa? Saya tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan daripada apa yang telah saya berikan, kerana mengharapkan sesuatu, itu amat menyakitkan. Hidup ini terlalu singkat untuk diabaikan. Oleh itu sayangilah dirimu, gembirakan dirimu dan tersenyumlah selalu. Bercakap, befikirkanlah terlebih dahulu sebelum menulis. Jangan menyakiti hati orang lain jika tidak mahu disakiti. Sikap ini sangat mulia, berani mengakui kelemahan diri meskipun kita sendiri belum tentu bersalah. Berjuanglah dahulu sebelum kau mengaku kalah. Insyallah hidup kita akan bahagia. Saya memang seorang yang bertanggungjawab dan suka bekerja keras dengan hati yang bersinar seperti matahari dengan semangat pahlawan yang gigih. Walaupun sentiasa mendapat tekanan namun tanggungjawab di atas bahu tetap terlaksana. Saya akan menyelesaikannya sebelum mengambil masa untuk berehat. Tidak kira bertapa sukarnya keadaan, saya mempunyai keyakinan untuk bergerak terus ke hadapan. Selang beberapa tahun, waktu saya aktif teater di Kota Kinabalu, saya mengalami masalah penampungan air di dalam tubuh badan, kaki saya membengkak dan sukar untuk berjalan. Doktor mengatakan nyawa saya terancam dan berisiko mati tidak lebih dari 7 jam. Saya tergamam dan memberitahu kawan-kawan, saya tidak dapat datang untuk berlatih. Mereka mengajak saya solat hajat di masjid negeri. Namun masa itu saya belum masuk Islam, usia saya sudah masuk 21 tahun, macam mana nak sembahyang? Mereka marah kerana selama ini, mereka tidak tahu saya bukan Islam. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
61 “Saya tahu kalau ada orang lain membohongi saya Saya tahu kalau ada orang lain jujur dengan saya Saya tahu kejujuran itu kunci ketenangan hidup Saya tahu untuk meneruskan usaha walaupun sukar Saya tetap ada keyakinan untuk semua yang berlaku Saya tetap ada keyakinan ada balasan karma menanti Saya tetap yakin dia tak pernah salah alamat. Saya tidak pernah berhenti berjuang Saya tidak pernah berhenti mencuba Saya tidak pernah memungkiri janji Saya tidak pernah bosan berusaha Saya tidak pernah hilang keyakinan” Selepas beberapa tahun satu lagi peristiwa yang tidak boleh saya lupakan, bila saya mengalami satu lagi masalah penyakit kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Penyakit ini selalu menjadikan kepala saya pening (hampir setiap hari). Bila diperiksa, penyakit ini datang dari faktor genetik keluarga iaitu dari Mama. Itulah sebahagian dari cabaran saya mencari hidayah dan sehingga kini saya masih berjuang untuk mendapatkan keredaan-Nya. Penyakit Talasemia ini adalah gentik. Ia berlaku apabila anak mewarisi gen bermutasi daripada ibu bapa yang mengubah haemoglobin darah. Satu dari dua puluh ribu penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia, kebanyakan pesakit adalah keturunan Melayu, Cina dan Bumiputera Sabah. Penyakit ini juga boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa- pembawa gentik talasemia. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
62 Akan tetapi, transfuse darah yang berpanjangan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan dan ini akan menjadikan fungsi organ-orang seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas. Menyerahkan sumbangan berupa bahan perubatan keperluan pesakit talasemia sempena program Bersama Anak-Anak Talasemia, Kota Belud. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
63 HIDUP SEBUAH PERJALANAN….. Hidup ini tidak selalunya indah. Kita diuji dengan pelbagai persoalan Bila kita minta setangkai bunga segar Allah berikan kita kaktus berduri. Bila kita minta Mungil yang cantik Allah memberi ulat yang berbulu… Lalu, Kita bersedih, kecewa… Dan mula memprotes… Bertapa tidak adilnya Allah? Kemudian kaktus itu berbunga cantik Lalu…Ulat bulu itu membesar dan berubah menjadi kupu-kupu. Allah tidak akan memberi apa yang kita harapkan tapi Allah akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup. Kadang-kadang kita bersedih kecewa dan terluka tapi jauh dari atas segalanya Allah sedang merancang apa yang terbaik untuk kehidupan kita bukan disebaliknya. Jangan terlalu banyak keluhan untuk menghadapi hidup ini. Yakinlah Allah sebaik-baiknya perancang. Insya-Allah kita akan selamat. Peliharalah keimanan diri sepanjang jadi manusia. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
64 Meskipun masalah saling berganti dalam kehidupan saya, namun tidak pernah berputus asa. Biarlah saya tidak sempurna tetapi, saya sentiasa menjadi diri saya sendiri. Saya berusaha untuk mempelbagaikan usaha untuk memperbaiki diri. Suatu hari nanti ada keajaiban, Allah maha mendengar kerana Dia tidak pernah tidur dan sering memberikan kesaksian dalam kehidupan sehingga hari kiamat. Saya mempunyai hati seperti gelembung air, rapuh tetapi tidak mudah dijangkau. Saya selalu berusaha keras bagi saya lebih suka menangis kerana berusaha tapi bukan menangis kerana penyesalan. Saya tidak ada masalah tidak ada peluang untuk banyak perkara dan tidak ada sesiapa yang boleh meniru usaha saya untuk berjaya. Pengalaman telah banyak mengajar saya untuk sentiasa berhati-hati dengan musuh sekeliling. Ramai di antara sahabat-sahabat saya tidak banyak masa untuk berkongsi masalah dengan saya meskipun demikian ajar diri untuk tidak bergantung dengan sesiapa. Hidup ini tidak selalunya indah kerana air laut pun selalu bergelora bila ditiup angin. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
65 “Pintu terbesar menuju ketenangan hati adalah ikhlas menerima apa yang telah Allah tetapkan…”
66 KOMEN 1 DRErom seperti sebutir permata, memang sukar kita dapat menemuinya. Berhati bersih, murni dan penuh dengan rasa kasih sayang. Saya bukanlah orang ternama sepertinya, bukan pula artis terkenal dan jauh sekali seorang pemain golf sepertinya tapi saya bersyukur perkenalan kami melalui Facebook, walaupun tidak pernah bertemu sebelumnya DRE memberi saya kejutan bila dia sanggup datang menemui ‘anak istimewa’ Allahyarhamah Siti Nurfatihah sempena hari lahirnya di rumah. Saya terharu DRE sanggup menaiki tangga flat sehingga ke aras 4 di Universiti Apartment, Sepanggar. DRE banyak memberikan saya inspirasi dengan semangat memberi joran untuk mengail bukan sekadar memberi ikan semata-mata. Maslinah Yusof HADIAH SEBUAH PERJALANAN
67 10 MENUBUHKAN YAYASAN KEBAJIKAN SURIA Saya menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria, di mana saya mengurus dan menjalankan semua kerja-kerjanya. Pejabat operasi bermula di Likas sebelum berpindah ke Kompleks Yayasan Suria di Tuaran. Selain asrama anak-anak Yatim dan bilik darjah, kita ada juga kelas agama untuk orang-orang lanjut usia dan pelbagai lagi aktiviti dalam komuniti. Di bawah Yayasan ini, saya menubuhkan juga Rumah Kebajikan dan Asrama Suria di Kota Belud yang boleh menampung lebih dari 200 penuntut di sekitar Kota Belud yang Kawasan Parlimen Kota Belud - Kedamaian, Usukan dan Tempasuk. Selain itu kita juga ada Pusat Seni dan Galeri di Likas, Kota Kinabalu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
68 PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA SURIA Penubuhan Sekolah Agama Suria adalah kerana kita mahu anak-anak di daerah Tuaran ini mendapat peluang untuk belajar dalam bidang akademik dan agama. Ianya ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 15hb Disember 2015. Sekolah Agama Suria mempunyai DWI Kurikulum yang berteraskan kepada silibus pengajaran Sekolah Kebangsaan dan silibus Pengajaran daripada sekolah Rendah Agama Negeri (SAN) yang berada di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Sekolah ini kemudian telah diserapkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Tanggal 20hb June, 2016 sekolah ini telah menandatangani memorandum bersama Kementerian Pendidikan Malaysia di Wisma Pendidikan Negeri Sabah. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah rendah SABK yang berada di dalam bahagian Pantai Barat Negeri Sabah. Pada mulanya tidak ada peruntukan dari pihak kerajaan. Pihak Lembaga terpaksa menanggung semua perbelanjaan termasuk gaji kakitangan dan guru-guru di kampung Panjut, Berungis Tuaran. Pada waktu itu kita ada dua buah class dengan 30 orang murid. Pada tahun 2017, sekolah ini berpindah ke Kampung Tajau, Jalan Serusop, Tuaran. Sekolah baru ini mempunyai 2 buah blok – merangkumi kelas, kantin dan bilik guru serta dewan dan surau. Selepas dua tahun lamanya, sekolah ini diserapkan ke dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini sekolah ini sudah mendapat peruntukan dari pihak kerajaan, dan mempunyai 3 buah blok yang merangkumi satu kelas tahun 1 hingga 6. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan asas seperti padang bola dan ruang pejabat, pentadbiran dan perpustaan serta bilik Mesyuarat. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
69 KARNIVAL SURIA 2016 Penganjuran Karnival Suria yang diadakan pada tanggal 27 – 29 Mei adalah untuk membantu Yayasan Kebajikan Suria (YKS) mengumpul dana bagi membina bangunan baharu, asrama dan sekolah dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia KKMM. Selain daripada aspek pembangunan, dana itu juga akan digunakan untuk kebajikan pelajar dan keluarga mereka yang mempunyai masalah kewangan dan masalah kesihatan. Yayasan Kebajikan Suria akan memulakan program sejak awal tahun ini, seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak di sekitar Kota Kinabalu dan Pertandingan Bintang Kecil bagi mempromosikan Karnival berkenaan. Selain itu, beberapa pertandingan seperti lumba basikal, irian dan membuat jualan pakaian terpakai seperti baju, seluar dan tudung. Semasa berada di luar negeri saya tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri akan aktiviti seni budaya di setiap negara yang saya lawati. Gambaran yang saya nampak akan memberikan saya banyak idea untuk memperbaiki dan meningkatkan program Yayasan 1 Suria untuk tujuan dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan terutama di luar bandar. TELEKASIH – PANGGILAN FREE TOL Telekasih saya ilhamkan sendiri, sebagai Pengerusinya, Ianya dilancarkan secara rasmi pada 31hb Mach, 1997. Telekasih merupakan talian hotline 24 jam dan dikendalikan oleh sukarelawan daripada Yayasan Kebajikan Suria dan diiktiraf oleh Kementerian Perkhidmatan Sosial. Ia dimulakan sebagai reaksi kepada meningkatnya kejadian buang bayi di Malaysia. Ditaja bersama oleh Innosabah yang juga aktif dalam projek kemasyarakatan, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
70 Telekasih bertujuan membantu wanita muda yang mengandung dan keseorangan serta mengalami tekanan perasaan. Ia dimulakan sebagai reaksi kepada meningkatnya kejadian buang bayi di Malaysia. Sukarelawan dari Suria akan mendengar, menasihat dan mencadangkan bantuan kepada pemanggil jika perlu. Menyediakan talian khidmat masyarakat kepada remaja masa kini yang menghadapi masalah sosial. Yayasan juga mengendalikan talian ‘Free Tol’ untuk anak-anak remaja yang bermasalah, terutama sekali kes-kes pembuangan bayi. Empat bulan pertama pengendalian kelab ini beroperasi, kami berjaya menyelamatkan 4 orang bayi. Rata-rata anak-anak remaja sekolah Menengah dan Universiti tempatan terlibat dengan masalah JUVANA dan juga kes lari dari rumah. Mendukung seorang bayi di hospital Kota Belud HADIAH SEBUAH PERJALANAN
71 Saya dapat ilham ini sebagai reaksi kepada meningkatnya kejadian pembuangan di Malaysia. Program ini bekerja sama dengan Innosabah yang juga aktif dalam projek kemasyarakatan. Ianya merupakan talian 24 jam dan dikendalikan oleh beberapa orang dengan bantuan beberapa sukarelawan daripada Yayasan Kebajikan Suria yang diiktiraf oleh Kementerian Perkhidmatan Sosial negeri Sabah. Ia bertujuan untuk membantu para remaja yang ‘terlanjur’ dan mereka yang keseorangan dalam menghadapi tekanan perasaan atau kemurungan. Sukarelawan dari Suria akan mendengar, menasihati dan mencadangkan bantuan kepada mereka. Sehingga kini sudah rama yang berjaya dibantu. Menyediakan talian untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan kehidupan dalam persekolahan akibat kemiskinan. Terbaru Yayasan Kebajikan Suria menubuhkan Bahagaian Kaunseling Wanita bagi menangani cabaran Kerjaya, Kemurungan dan Penderaan keras Kaum Hawa. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
72 Menyediakan ruang kepada remaja yang bermasalah, sama ada sudah berkahwin atau belum berkahwin, Menyediakan talian khidmat Masyarakat kepada remaja masa kini yang menghadapi masalah sosial, kemurungan dan lari dari rumah, Menyediakan talian untuk membantu mereka yang bermasalah dengan keluarga atau saudara mara yang bermasalah. 1. 2. 3. MATLAMAT : HADIAH SEBUAH PERJALANAN
73 Cita-citanya hanya satu, membantu seramai mungkin orang-orang yang memerlukan, sejak dibangku sekolah lagi dengan menjalankan kerja-kerja amal dan Kebajikan dalam Pembangunan Kanak-kanak Pendidikan, kesihantan, kesenian, muzik, perlindungan alam sekitar dan kesukanan. Terbaru YKS menubuhkan bahagian Kaunseling Wanita bagi menangani Cabaran Kerjaya, Kemurungan, Kemandulan dan Pederaan ke atas kaum Wanita. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
74 “Saya ingin membantu seramai mungkin orang-orang yang memerlukan. Sejak kecil Bapa selalu mengingatkan saya, jika memandang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi, saya masih ingat sampai sekarang walaupun bapa sudah meninggal….” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
75 HADIAH SEBUAH PERJALANAN
76 Alhamdulillah! Saya masih boleh bertahan dengan segala macam ujian-ujian dan dengan adanya rahmat keajaiban yang berlaku dari-Nya. Saya berjaya menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria, di mana saya sendiri menjadi Pengerusi Eksekutif-nya. Di bawah Yayasan ini, saya mempelbagaikan kerja dan keutamaan seperti Rumah Anak-Anak Yatim Kebajikan dan Asrama Suria di Kota Belud. Asrama ini boleh menampung lebih dari 200 orang, mereka di sekitar kawasan Parlimen Kota Belud iaitu bahagian Kedamaian, Usukan dan Tempasuk. Selepas beberapa tahun mengendalikan rumah kebajikan anak-anak Yatim dan berkeperluan ini, pihak Suria mendapat kepercayaan dari Kementerian PendidikAN Malaysia untuk membuka Sekolah Agama Suria, di samping ada pusat Kaunseling dan asrama anak-anak Suria. Pihak Suria mendapat kepercayaan dari pihak Kementerian untuk mengendalikan sekolah ini. Jabatan Pendidikan Malaysia memberikan kami peluang untuk mengendali sekolah ini sepenuhnya. Kami terpaksa mencari beberapa orang guru dan anak-anak murid yang baru untuk memenuhi syarat sekolah ini. Ini bukanlah kerja yang mudah, saya terpaksa bekerja keras bersama beberapa orang ahli jawatan kuasa yang lain. Oleh kerana anak-anak murid bertambah, saya terpaksa membesarkan bangunan yang sedia ada, akan tetapi kawasan dulu adalah bekas sawah padi, ia memerlukan kerja-kerja ‘cerucuk’ untuk menanam tiang yang kuat, agar bangunan itu nanti tidak mudah runtuh. Akhirnya kami terpaksa berpindah ke tempat lain. Kebetulan tidak jauh dari tempat bangunan kompleks Suria ini, saya ada tanah kebun yang tidak lagi diusahakan, maka saya terus membuat bangunan sekolah itu di sini. Maka tidak lama kemudian lebih kurang dua tahun lebih maka kami pun memindahkan sekolah tersebut ke Kampung Tajau. Sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan ini beroperasi sepenuhnya di bangunan baru di Kompleks Yayasan Suria, Berungis Tuaran pada awal HADIAH SEBUAH PERJALANAN
77 Februari,2001. Kompleks ini mempunyai dua blok asrama untuk penghuni lelaki dsn perempuan, ruang pejabat, dewan Pameran, dapur, surau dan rumah untuk kakitangan. Kompleks ini juga turut menyediakan perpustakaan untuk kemudahan dan rujukan Pembelajaran anak-anak. Kelas tambahan dan Kelas Agana turut diadakam kepada anak-anak ini dan kami juha mendapat bantuan tenaga pengajar dari Jabatan Pendidikan Malaysian (JAKIM). Mereka juga mendapat pendidikan asas di sekolah Kerajaan di sekitar daerah Tuaran. Kemudahan Pengangkutan pergi balik ke sekolah disediakan oleh pihak Yayasan. MATLAMAT PENUBUHAN Membantu mereka yang memerlukan, insan istimewa, anak-anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan, Meningkatkan kesedaran untuk berilmu dan memupuk semangat berdikari, berakhlak serta berkeyakinan, Menanam sikap penyayang di kalangan masyarakat tanpa jurang perbezaan taraf hidup, Mereka juga didedahkan dengan kebolehan berdikari dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. 1. 2. 3. 4. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
78 PENUBUHAN ASRAMA SURIA Asrama ini ditubuhkan untuk memberikan perlindungan kepada anak-anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan. Penghuni asrama yayasan ini terdiri daripada anak-anak yang memerlukan dari seluruh daerah di negeri Sabah. Buat masa itu YKS mempunyai lebih kurang 80 orang anak-anak. Mereka berumur di antara 7 hingga 17 tahun. Aktiviti riadah dan bersukan seperti bermain bola sepak, badminton dan kesempatan untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk menambahkan pengetahuan dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih dekat lagi. Mereka juga dilatih kemahiran bertani dan berkebun. Mereka juga didedahkan kepada aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan seperti program keluarga angkat dan juga aktiviti-aktiviti sosial yang lain. Sebahagian bantuan dari pihak kerajaan Sumbangan dari orang perseorangan Sektor swasta Persatuan-persatuan sukarelawan 1. 2. 3. 4. BANTUAN : TELEKASIH Telekasih saya ilhamkan sendiri, sebagai Pengerusinya, Ianya dilancarkan secara rasmipada 31 Mac 1997, Telekasih merupakan talian hotline 24 jam dan dikendalikan oleh sukarelawan daripada Yayasan Kebajikan Suria dan diiktiraf oleh Kementerian Perkhidmatan Sosial. Ia dimulakan sebagai reaksi kepada meningkatnya kejadian buang bayi di Malaysia. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
79 Ditaja bersama oleh Innosabah yang juga aktif dalam projek kemasyarakatan, Telekasih bertujuan membantu wanita muda yang mengandung dan keseorangan serta mengalami tekanan perasaan. YAYASAN 1SURIA Yayasan 1Suria telah mendapat kelulusan mengikut subseksyen 44(6)ACP 1967 di mana segala derma wang tunai kepada Yayasan 1Suria layak diberi pelepasan cukai dalam mengira jumlah pendapatan kepada penderma-pendermanya dan semua pendapatan yang diteriama oleh yayasan (kecuali dividen) dikecualikan daripada cukai pendapatan mengikut perenggan 13 Jadual 6, ACP 1967 oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (No. Rujukan LHDN. 01/35/42/51/179-6.6922). HADIAH SEBUAH PERJALANAN
80 Berbakti kepada yang memerlukan Membantu insan istimewa dan anak-anak tidak berkemampuan Meningkatkan kesedaran berilmu dan memupuk semangat berdikari, berakhlak dan berkeyakinan Memberi ruang kepada setiap individu yang ingin berbakti Menanam sikap penyayang di kalangan masyarakat tanpa jurang perbezaan Asrama Yayasan Kebajikan Suria Pusat Seni Suria Sekolah Agama Suria 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. MATLAMAT PENUBUHAN : KOMPONEN DI BAWAH NAUNGAN YAYASAN 1SURIA : HADIAH SEBUAH PERJALANAN
81 Pengajuran Karnival Suria untuk membantu Yaysan Suria mengumpul dana untuk membina bangunan baharu – tambahan bilik darjah dan asrama sekolah dengan Kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Tujuan utama Karnival ini adalah untuk menambah dana yang sedia ada, sekurangkurangnya RM500,000.00 untuk menyiapkan bangunan baru untuk kegunaan sekolah dan asrama untuk anak-anak sekolah. Dalam perancangan kami ingin mencari lebih dari itu sekurang-kurangnya RM1juta akan tetapi tapak tanah adalah milik sendiri dan tidak perlu mengeluarkan ongkos utnuk membelinya. Meskipun demikian kita terpaksa meratakanya dengan ongkos yang agak lumayan juga. Selain dari menaiktarafkan bangunan itu, kami memerlukan juga untuk membeli kerusi meja, katil dal lain-lain lagi kemudahan yang diperlukan. Sebenarnya pihak Yayasan telah memulakan program Karnival ini sejak awal tahun (sebulan sebelum tarikh akhir). Ianya termasuklah pertandingan menyanyi bahagian anak-anak sekolah rendah dan beberapa aktiviti jualan makanan dan lainlain lagi. Pihak KKM menjemput bebrapa jabtan kerajaan untuk turut serta dalam penganjuran karnival ini. Ia termasuklah Jabatan Kerajaan, Swasta, badan-badan berkanun yang terpilih dan juga syarikat telekomunikasi di negeri Sabah. Karnival ini memberi fokus kearah melahirkan kesedaran masyarakat terhadap aspek dan peranan yang dimainkan oleh pihak Yayasan Kebajikan 1Suria. Di antara aktiviti Karnival berkonsepkan pameran jabatan Kerajaan, Swasta, NGO, demonstrasi produk, perkhidmatan dan nasihat/kaunseling kerjaya dan hiburan serta interaktif. Pengisianya pula termasuklah kayuhan basikal, Pameran kereta dan Motorsikal serta Titian Mesra Radio Televisyen Malaysia RTM, sukan rakyat, jualan produk dan pertandiungan lagu-lagu rakyat. Diadakan juga cabutan tiket bertuah yang menawarkan sebuah kereta produa AXIA dan sebuah Motorsikal serta beberapa barangan eletronik. Selain itu, turut diadakan juga persembahan hiburan dari artis jemputan antaranya Jamal Abdillah dan juga Rozaro bekas Bintang RTM 2016. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
82 Beberapa buah Syarikat memberi Kerjasama mengambil bahagian dengan menyewa gerai untuk menjual barang-barang pakaian, makanan, minuman dan lain-lain produk. Di tengah kesibukan saya juga mengambil kesempatan untuk membuat demonstrasi masakan ‘Sup Tom’ Bambangan dan memasak kueh tradisinonal ‘Penjaram’ yang diperbuat daripapda tepung gandum. Demikian juga dengan menjual buku dan lukisan hasil karya saya sendiri, hasil jualan akan disumbangkan kepada Yayasan 1Suria. Kami bercadang untuk membina sebuah lagi bangunan yang memerlukan lebih kurang kos kira-kira RM1 juta di atas tanah kebun yang berhampiran. Dalam kesibukan masa ini juga saya sempat membawa beberapa buah lukisan dan buku hasil karya saya dari Malaysia. Saya memang sudah lama bercita-cita hendak membawanya ke luar negeri, terutama di Mekah. Sekejap menulis, sekejap melukis dan memasak. Itulah cara hidup harian saya, kadang-kadang makan pun tak sempat. Penulis sedang menurunkan tandatangan di atas buku – Cermin Kehidupan – hasil karyanya sendiri. Hasil jualan semuanya disumbangkan kepada pihak Yayasan 1Suria. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
83 Kompleks Suria asalnya hanyalah dua blok asrama sahaja kerana penghuninya belum berapa rama iaitu sekitar 20 orang sahaja dan selepas bebrapa tahun, ramai pula yang masuk, sebahagianya terpaksa kami tolak kerana ketiadaan tempat. Dalam Kawasan lebih kurang 2.5 ekar sahaja dapat memuatkan sebuah surau dan dua buah dewan untuk kegunaan penghuni dan juga para kakitangan yang tinggal bersama mereka. Kami terpaksa memberikan mereka ruang untuk menjaga anakanak sepanjang masa. Adakalanya ada gangguan dari pihak luar Kawasan yang singgah untuk menganggu anak-anak di dalam asrama. Mereka diberikan kelas tambahan dan kelas Agama. Pihak Yayasan juga mendapat Kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Malaysia (JAKIM) untuk mengajar anakanak Pendidikan asas di sekolah Kerjaan di sekitar daerah Tuaran, kemudahan asas seperti Bas pengangkutan pergi balik ke sekolah juga disediakan oleh pihak Yayasan. Matlamat utama ialah untuk membantu mereka insan istimewa dan anak-anak Yatim dari golongan mereka yang tidak berkemampuan di samping meningkatkan kesedaran untuk berilmu dan memupuk semangat berdikari, berakhlak serta berkeyakinan. Pihak Yayasan juga menanam sikap penyayang di kalangan masyarkat tanpa jurang perbezaan taraf hidup. Bagi mereka yang berkebolehan didedahkan dengan sikap berdikari supaya dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat bila dewasa kelak. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
84 KOMEN 2 Datuk Raya seorang IKON wanita yang saya kagumi. Dia seorang yang kuat memperjuangkan hak-hak dan dia seorang ibu yang penyayang. Dia seorang yang rajin, tahu mengurus jadual dengan baik, walau sesibuk mana pun beliau tetap mendahulukan kepentingan keluarga. Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan badminton dan berbasikal (sejak zaman muda- sehingga kini) mengalahkan orang-orang muda seperti saya. “Ha….ha….ha…” saya pun tidak tahu dari mana kekuatannya itu. “She’s loud” Interpretasi saya tentang beliau ialah, dia memberi inspirasi kepada saya, tegurannya sangat baik dan sangat mendalam dengan kata-kata semangat yang tidak pernah putus-putus, walaupun kadang caranya agak ‘keras’ tapi berkesan bagi saya. Datuk Raya menyampaikan nasihat dan kata-kata semangat melalui ‘Puisi dan Sajak’…beliau seorang penulis. Kadang-kadang kita ajak menyanyi tapi jarang, walaupun suaranya baik & dirindui. Katanya; “Antara menyanyi dan main basikal, saya suka main basikal…” ha…ha…ha.. Walau sesibuk mana pun, dia boleh ada masa untuk menyediakan jamuan untuk tetamu…Aduh!..saya respect dari mana dia dapat masa. Begitulah seorang ibu dan wanita yang saya kagumi, betul-betul menguja saya… ORKED FARHAN Penyanyi > AF.. Your sincerely friend HADIAH SEBUAH PERJALANAN
85 Pusat Seni ditempatkan di bangunan yang sedarhana besar akan tetapi lengkap dengan infrastruktur terkini sebagai dewan pertemuan dan aktiviti masyarakat kondusif. Biasanya saya selalu berada di sini pada hujung minggu bila tetamu jemputan atau saya menjemput tamu dari kalangan teman-teman untuk menjalankan aktiviti seni di hujung minggu untuk melakukan aktiviti seni seperti baca puisi atau ceramah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
86 Semasa berada di Pengajian Tinggi dulu, saya banyak belajar tentang seni visual dan persembahan secara natural. Saya percaya dengan usaha yang gigih boleh memperkayakan kreativiti yang baik. Bukan semua warga seni dapat mencapai matlamat mereka kerana ketiadaan disiplin yang baik. Dalam bidang seni lakon saya banyak mendapat bimbingan dan kekuatan dari tunjuk ajar yang mendalam dari Prof Emeritus Mohor Ghouse Nasarudin yang menjadi mentor saya semasa berada di menara gading. Sekolah agama pula menyediakan ruang untuk pendidikan agama. Ianya terletak di kampung halaman saya di Tuaran. Di tempat ini saya mendapat separuh bantuan kerajaan untuk membayar gaji serta serba-serbi keperluan asas. Sehingga kini sekolah ini mempunyai lebih dari 30 orang guru dan kakitangan serta lebih dari 200 orang murid-murid. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
87 Anda mungkin nampak saya berjuang namun anda tidak pernah nampak saya berputus asa. Saya seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai hati yang besar dan ingin menyerlah selalu. Saya jenis orang yang semua boleh belajar banyak dari kebolehan saya, sebab saya jujur dan tidak malu pada diri sendiri. Saya selalu menyibar ilmu positif, tidak kira di mana saja saya pergi atau siapa saja di sekeliling saya. Walaupun hidup ini penuh dengan rintangan, alhamdulillah saya dapat mengatasi semua dengan kekuatan mental, tenaga, usaha dan akhirnya saya serahkan kepada Allah SWT. Secara jujur saya tidak pernah menilai seseorang tanpa sebab walaupun saya boleh melakukannya. Mengendalikan sendiri kerja-kerja di Pusat Seni HADIAH SEBUAH PERJALANAN
88 Jiwa saya optimis dan selalu berazam untuk maju ke hadapan, walaupun banyak kesusahan yang saya alami namun saya sentiasa percaya pada diri sendiri dan tidak pernah kehilangan harapan kerana saya tahu selepas hujan pasti ada pelangi dan matahari akan muncul dan akan datang hari-hari bahagia. Dengan kebesaran jiwa, saya sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang sayang terutama keluarga dan anak-anak. Satu-satunya kelemahan saya ialah, saya jarang mengecewakan mereka, walaupun itu perlu. Saya hidup seperti matahari terbit pada waktu malam, misteri dan menarik. Saya tidak seperti sesiapa yang pernah anda temui, saya mempunyai daya tahan yang luar biasa, berdikari dan sangat baik hati. Walaupun saya memikul seluruh dunia ini di bahu namun senyuman tetap terpancar di wajah saya. Saya bukan orang sembarangan, boleh di gugat oleh sesiapa. Saya tak kisah siapa, saya akan menghadapi semua orang dengan tiada ada rasa gentar di hati. Saya ada akan menghadapi semua masalah dengan tenang. Keyakinan dan dan kekuatan sentiasa seiring dalam hidup saya. Saya ingin mempastikan setiap perjuangan tidak sia-sia. Saya sentiasa pasrah kepada keadaan, namun sama sekali tidak pernah menyerah sebelum mencuba. Cuma tidak ramai yang mengetahui kepedihan yang saya alami sebelum ini, saya pernah mengalami kesakitan yang hampir meragut nyawa saya, akan tetapi kesakitan itu tidak akan dapat menghancurkan cita-cita saya, insyallah. Selepas dua tahun saya meneruskan pelajaran ke Universiti Sains, Minden, Pulau Pinang. Selepas menamatkan pengajian, saya kembali ke negeri Sabah dan bekerja sebagai jurulatih drama di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Di sini saya berpeluang menjelajah seluruh daerah di Pantai Barat dan Selatan negeri Sabah mengajar anak-anak muda yang tinggal di luar bandar. Sebagai jurulatih satu-satunya wanita pada waktu itu saya terpaksa bersaing dengan jurulatih lelaki. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
89 Di sini saya berpeluang menjelajah seluruh daerah di Pantai Barat dan Selatan negeri Sabah mengajar anak-anak muda yang tinggal di luar bandar. Sebagai jurulatih satu-satunya wanita pada waktu itu saya terpaksa bersaing dengan jurulatih lelaki. Mereka banyak memberikan bebanan tugas kepada saya. Kadang-kadang tugas untuk memimpin perbarisan pun saya terpaksa buat, agak-agaklah jika yang dipimpin itu semuanya veteran. Memang seronok mengendalikan tugas ini, akan tetapi saya terpaksa berhenti, beberapa bulan selepas saya berkahwin kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada rumahtangga. Menteri Komunikasi Kementerian Malaysia Santor YB Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak bersama rombongan dalam lawatan ke Padang, Indonesia. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
90 Bergambar bersama penari dan penyambut tamu HADIAH SEBUAH PERJALANAN
91 Alam bersosial dengan jabatan kerajaan termasuk ke BERNAMA Radio, RTM dan pelbagai jabatan yang menjemput saya memberi ceramah. BERNAMA memberi peluang untuk kita berinteraksi dengan pendengar. Menyampaikan hadiah kepada pemenang acara larian bahagian Wanita, sekeping Check dan sebuah barangan sukan. Lebih dari 500 orang mengambil bahagian dalam acara ini. Ianya bermula seawal jam 6.00 pagi. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
92 Mencuba skill memasak ‘Kuih Panjaram’ sejenis kuih tradisi orang-orang Sabah. Ramai yang sukakan kuih ini, cara membuatnya taklah susah sangat tapi kita jarang mencuba. Ia memerlukan kesabaran kerana kuih ini cepat hangus dan terbakar, mereka yang rajin sahajalah yang boleh membuatnya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN