293 perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus. Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.” Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya. Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.” Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya. Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama. Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus. Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali. Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang. Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya. Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing HADIAH SEBUAH PERJALANAN
294 untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan. Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung. Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan. Wahai anakku, beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu. Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini. Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah katakata semangat. Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat Semua orang boleh mencapai kejayaan, walaupun kita mempunyai kelemahan. Yang penting kita tahu tujuan hidup. fokus dengan penuh teliti, usaha yang berterusan dan selebihnya kita berserah kepada Allah Swt. Kita mesti ada kesanggupan yang tinggi meninggalkan tebiat malas dan engan berusaha, sambil lewa membuang waktu tak tentu pasal. Cuma orang orang yang gagah dan teguh hatinya akan menjalani kehidupan ini dengan baik. Hidup ini sebuah Pengembaraan yang panjang tidak tahu bila penamatnya. Saya tidak pernah menyesal malah bersyukur dan menghargai semua masalah yang menjadikan saya dewasa. Inilah jalur kehidupan untuk memahami arah mana yang harus kita pilih dalam hidup ini. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
295 “Sesungguhnya Allah mentakdirkan adanya hidup dan mati untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapa yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun…” Surah Al-Mulk, ayat 2. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
296 Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain lebih-lebih lagi jika kita mereka tidak pernah berjalan berdua dengan kita. Impian tidak akan terwujud dengan sendirinya, namun impian itu akan datang jika kita berusaha untuk mencapainya. Percayalah pada diri sendiri, apapun yang berlaku hanya kita sendiri yang melakukannya. Hidup ini tidak seperti yang kita bayangkan tapi hidup seperti yang Allah rencanakan Dengan luka kita belajar berhati-hati. Dengan kehilangan kita belajar menghargai. Tidak penting siapa anda atau berapa kali anda jatuh tapi yang penting berapa kali anda bangkit. Dengan. Percayalah, apa yang kita nampak di luar belum tentu sama dengan apa yang ada di dalam. Berpada-padalah menghadapi hidup, jangan terlalu mengharapkan orang lain menghormati kita jika kita sendiri tidak pandai menghormati orang lain. Seandainya kita mampu menebus masa lalu dengan mengukir apa yang kita inginkan kembali necaya kembali kepada masa lalu itu lebih wajib. “Hidup ini tidak seperti yang kita bayangkan tapi hidup ini seperti perencanaan Allah Swt…Dengan luka kita belajar berhati-hati, dengan kehilangan kita belajar menghargai…” Perjalanan kehidupan manusia tidak selalu sesuai dengan apa yang dia harapkan, kadang-kadang seseorang harus melalui jalan yang berliku-liku, setelah beberapa waktu menikmati jalan yang landai. Laluan kita berubah kepada laluan jalan yang penuh dengan warna-warni. Namun kadang-kadang ada masanya kita akan menemui rasa sedih. Itulah putaran kehidupan manusia. “Boleh jadi kita membenci sesuatu, pada hal ia amat baik untuk kita dan boleh jadi kita menyukai sesuatu pada hal itu amat buruk untuk kita….” Menjadi seorang yang baik bukanlah mudah. Banyak cabaran yang bakal kita tempuhi kerana bila kita melakukan kebaikkan kita akan menemui berbagai-bagai ujian. Ramai manusia di luar sana dengan pelbagai jenis dan ragam. Ada yang baik, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
297 ada yang zalim dan bermacam-macam lagi. Apapun kita kena kuat dan cekal untuk menghadapinya kerana tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kita jangan memperlecehkan hal-hal kecil, pada hal itu amat berharga di mata Allah swt. Sedar kah kita bahawa segelas air tidak akan berharga jika dibandingkan dengan minum air mewah lain, akan tetapi air putih amat berharga bagi seseorang yang sangat kehausan di tengah terik matahari. Seruan berbuat baik adalah tuntutan agama, baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Titik Kebahagiaan yang sebenarnya adalah ketika kita mampu mengikhlaskan serta memaafkan juga melupakan apa-apa yang telah berlaku. Tidak mudah menerima keadaan yang kita tidak ingini. Namun kita kena redho terhadap takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. Mungkin kita boleh memikirkan yang ini adalah sebuah kebahagiaan tapi jangan lupa bahawa hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Percayalah suatu hari nanti kita akan menemukan kebaikan yang ditakadirkan untuk kita. Hidup ini sementara sahaja, pejam celik – pejam celik umur kita sudah bertambah, dari itu belajarlah menghargai masa. Kebahagiaan kita adalah ketika kita masih ada sifat baik dalam diri kita sendiri. Dengan itu, kita akan mendapat pujian sehingga yang tidak baik tidak ada dalam diri kita sendiri. Kita boleh menikmati kebahagiaan hidup dengan belajar kekurangan orang lain, contohnya pasangan hidup kita kerana semua itu adalah ujian. Manusia sentiasa dalam kesedihan dan kebodohan bila dalam dirinya ada sifat berprasangka buruk terhadap orang lain. Kedudukan kita lebih tinggi daripada pendengki. Saat kita menoleh ke belakang, kita selalu nampak banyaknya pengalaman yang telah kita lalui. Saat melihat ke sisi, kita akan nampak siapa yang sentiasa bersama kita dalam perjalanan ini. Saat melihat ke atas, kita sedar ada Allah yang sentiasa HADIAH SEBUAH PERJALANAN
298 mengajar kita untuk sabar dan redha. Saat memandang ke bawah ,kita sedar bumi mana yang kita pijak dan tanah mana kita bersujud. Ini membuatkan kita lebih banyak bersyukur. “Dunia ini hanya sebuah persingahan, di mana hidup kita hanya sebuah perjalanan yang diatur oleh Allah kepada Allah …. Jangan pernah persiakan kerana tempat sebenarnya adalah akhirat…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
299 Dunia ini hanya Persinggahan Di sebuah persingahan yang dinamakan kehidupan, Di mana pernah kita pernah lewati malam dan siang, Di mana kita pernah mencumbui sepi bersama sang bayu, DI selisih dedebu ungas yang ganas menerpa pantai, Di celah kasih bebunga, tiada harum, tiada warna, DI celah keramahan senja yang membelai yang kelam, Di sini pernah kau unggapkan janji mengikat kasih, Di sini aku masih menunggu, namun kau di mana? Di sini aku setia menahan rasa rindu seperti dulu, Di sini langit mendung lalu memperli ku tiada cahaya, Di sini akhir cinta kasih berakhir sebuah kehidupan, Rupanya semua itu kau cipta hanya sementara kasih.. Rupanya semua itu kau buat Sederhana untuk mainan, Rupanya semua itu kau buat hanya persinggahan.
300 Hadiah Koleksi Buku Lukisan kepada Abang sulung Datuk Balanting Erom. Gambar dari kiri ; Mohd Riduan Rantis Erom dan (di belakang saya) Puan Esmi dan Demsih Erom. Allah menaruhi tempat mu sekarang bukan kerana kebetulan tetapi Allah telah menentukan yang terbaik. Allah sedang melatih mu menjadi kuat dan hebat. Orangorang yang hebat tidak hasilkan melalui kemudahan, kesenangan dan kenyaman, mereka dibentuk dengan kesusahan. Keberhasilan hidup seseorang itu tergantung kepada niat, usaha dan doa. Jika setiap peluang yang ada kita gunakan dengan baik, tidak ada perjuangan yang sia-sia. Ini semua adalah suatu proses pendewasaan menuju tujuan untuk memantaskan diri untuk meraih tujuan hidup. Impian tidak akan terwujud dengan sendirinya, namun impian itu akan datang ketika kita berusaha gigih untuk mencapainya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
301 Perjalanan hidup ini jauh lebih mudah jika kita tidak membawa masa lalu. Hal-hal yang menganggu perjalanan hidup harus diketepikan. Jangan terlalu egoes, semua kerja kita campur adukan dengan perkara yang remeh. Dalam setiap perjuangan terkadang kita boleh berjaya dan terkadang kita belajar untuk tidak gagal. Ketika dalam perjuangan juga terdapat banyak tentangan yang besar bererti kejayaan yang menanti juga lebih besar. Pada dasarnya perbuatan baik merupakan suatu bentuk kasih sayang serta keprihatinan kepada semua orang. Sejak kecil hidup kami dipagari dengan segala macam bentuk disiplin dan undangundang kecil dalam keluarga. Dengan cara ini, kita dapat mengatasi stress dalam pelbagai faktor dalam tugasan harian. Otak dan fikiran lebih tenang dan rileks. Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi oleh Allah, malah diberikan ganjaran pahala. Untuk mencapai segala tujuan yang kita inginkan memerlukan sesuatu perjuangan yang tak kenal lelah dan putus asa. Ramai orang merasa lelah, kehilangan semangat dan akhirnya menyerah. Namun sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dengan rintangan dan juga permasalahan hidup. Percayalah bahawa hasil yang kita dapat tidak akan mengkhianati perjuangan yang telah kita lakukan sebelumnya. Tidak ada yang terjadi secara kebetulan di dunia ini, semuanya sudah diatur dan ditetapkan oleh Tuahn dengan alasan yang terbaik disetiap kejadian. Perjalanan hidup kita memang sudah diatur. Perancangan memang mudah meski pun terkadang perlu bersusah payah menuding segala macam perintah. Itulah HADIAH SEBUAH PERJALANAN
302 suasana kehidupan. Sepanjang hari sibuk dengan jadual-jadual yang tidak pernah berhenti. Setiap detik matahari bergerak tidak pernah terlewat memancu perjalanan hidup ini. Kita perlukan kejayaan dalam hidup ini, yang penting ada kemahuan dan kesediaan untuk berkorban. Ada seorang sahabat pernah bertanya kepada saya (melalui Facebook) rahsia untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Mereka hairan bagaimana saya boleh membahagi-bahagikan masa dengan kerjakerja kebajikan sedangkan saya ada banyak tanggungjawab lain kepada anak-anak sendiri disamping tanggungjawab untuk masyarakat dan juga pengurusan dua buah sekolah agama. “Sebenarnya dalam hidup ini, tidak ada yang mudah dan tidak ada yang rahsia khusus untuk mencapai Kejayaan. Yang penting kita ada perancangan dan anganangan..” “Angan-angan?...” Dia hairan, bila saya sebut pasal angan-angan. “Bukanlah angan-angan macam angan-angan Mat Jenin..” tegas saya. ‘Oh!...OK…” “Kita harus ada keseriusan dalam mencanai angan-angan, itu untuk dijadikan citacita yang dibantu oleh imaginas dalam minda” Kita bayangkan dalam mencapai kejayaan, sebelum mencapainya lalu diikuti dengan berdoa kepada Tuhan dan memohon petunjuk dan jangana sekali-kali menyerah pada setiap cabaran. Memang tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini akan kita dapat. Kadang-kadang lain yang kita inginkan lain pula yang kita dapat. Ini semua kerana yang menentukan kejayaan seseorang bergantung kepada ketentuan takdir dari Allah Swt. Hidup ini tidak boleh terlalu bergantung kepada nasib semata-mata kerana nasib seseorang itu tidak sama. Usaha harus seiring dengan nasib iaitu lipat gandakan usaha yang berterusan. Kita perlukan kecekalan semangat, kerajinan yang berterusan dan kekentalan tekad yang luar biasa. pendek kata sesuatu yang lain iaitu supernatural ia suatu rahmat dan anugerah dari Allah SWT. Mesti ada inisiatif serta keyakinan dan ketabahan yang tinggi disamping tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada, jangan takut mencuba dan pergunakan setiap inci ruang dan peluang yang ada, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
303 kerana ianya hanya datang hanya sekali. Sekali terlepas kita akan merana. Jangan mudah patah semangat!..Jangan terlalu bergantung kepada bantuan orang lain..Jangan Cepat melenting jika ditegur dan yang paling penting jangan malu mengakui kelemahan diri sendiri…” Dalam meneroka kehidupan, kita harus ada arah tujuan. Selari dengan usaha dan semangat kita berjaya, pembentukan kelemahan diri sendiri dahulu dan berusaha untuk melakukan perubahan. Kita harus jujur pada diri sendiri kerana hati yang meyimpang ke jalan yang salah tidak akan menjanjikan apa-apa. Kejayaan yang dicapai dengan cara menipu tidak akan kekal lama. Ia tidak berkat dan akan hancur dengan cara yang lebih buruk lagi akan mempermalukan diri sendiri. Ini tidak mustahil. Kita tidak akan memiliki kemampuan untuk mengubah apa yang berlalu dan tidak mampu untuk menentukan masa depan yang sesuai dengan gambaran yang kita inginkan. Jangan berharap jalan hidup mu akan sama seperti orang lain. Perjalanan hidup kita adalah unik seperti diri kita sendiri juga. Percayalah pada diri sendiri, meskipun sebenarnya kau tidak percaya, berpura-puralah sampai suatu hari nanti engkau akan benar-benar percaya pada diri mu sendiri. Jangan berjanji untuk apa pun kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi hari esok tetapi ubahlah janji itu dengan “Kita berusaha untuk berbuat baik, berusaha untuk melakukan yang terbaik”. Setiap kita pasti ada beban. Orang yang boleh memahami dengan baik maka seberat apapun beban akan terasa ringan. Kita akan terima dalam keadaan bahawa sebenarnya kita tidak memiliki beban. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
304 Hidup ini, Sebuah perjalanan yang harus dilalui, Tidak peduli seberapa buruk jalan yang harus dilalui Menyukat laluan yang berliku berlantaikan batu kerikil Tanpa terfikir sampai ke mana, kita meneruskan langkah Di kelilingi rimbunan pokok dalam hutan belantara. Kentalan ilmu dan keteguhan iman Adalah senjata hebat di dalam dada Memayungi saat-saat mencabar ini Laluan untuk jalan keluar bukan mudah Kita pasrah dan yakin pada janji Allah SWT Sesungguhnya semua rencana hanyalah pilihan. Kita sanggupi semua yang kita cita-citakan Menawan sebuah angan-angan yang pasti Menunggu tuaian hasil usaha yang kamu lakukan Yakin pada ketentuan Mu, agar semuanya tidak akan sia-sia. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
305 Kita selalu bersemangat melalui hari-hari dengan meraih apa yang belum kita raih. Tak ada sesuatu hal pun dalam dunia ini kita raih tanpa perjuangan. Jangan! Pernah menyerah, jangan malas. Yakinlah bahawa keletihan itu akan hilang bila kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan. Sesekali behenti untuk istirehat namun jangan terlalu lama dan terus bangkit, berjalan dan kalau perlu terus berlari. Dalam kesedihan apapun pasti ada hikmah, asal kita kembalikan sepenuhnya kepada pemilik jiwa. Insyallah Allah akan mengabulkan semua doa-doa orang-orang yang memiliki keyakinan dan kemahuan untuk mewujudkan harapan. Waktu selalu beredar terlalu pantas dan tak akan berhenti hanya di suatu titik. Begitu juga kita jangan puas dengan apa yang kita capai namun cubalah berusaha untuk mencapai yang kita inginkan. Untuk itu kita harus boleh menjaga dan mensyukurinya. Jangan sia-siakan setiap masa dengan kemalasan. Gunakan sebaik mungkin. Isi waktu dengan penuh kebaikan kerana hari ini tidak akan berulang kembali. Hari ini adalah kesempatan kerana hari esok tidak pernah menjanjikan apa-apa. Berusahalah dan berikan hal yang terindah untuk orang yang begitu berharga dalam hidup mu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
306 23 BINA KEKUATAN DIRI UNTUK BERJAYA Setiap individu pasti pernah melalui saat yang sukar dalam hidup. Menghadapi situasi begini bukan mudah tergantung kepada daya ketahanan mental atau resillience seseorang. Apa itu ketahanan mental atau resilience? Ia adalah proses yang membolehkan seseorang menyesuai kan diri ketika berhadapan dengan kesukaran, trauma atau tekanan. Ia boleh membolehkan kita ‘bangun semula’ selepas mengalami masa yang sukar. Ini adalah satu proses berterusan yang mengambil masa serta usaha oleh seseorang yang terbabit. Mereka yang mempunyai daya tahan bukan bermakna mereka tidak ada tekanan langsung kerana ia adalah tindak balas notmal orang-orang terhadap masalah. Tetapi ia boleh membantu kita menghadapi tekanan dengan baik tanpa menjejaskan fungsi individu tersebut. Bersama suami tersayang, Datuk Seri Panglima Dr. Mohammad Salleh Tun Haji Mohamed Said Keruak. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
307 Ia bukan berlaku secara semula jadi tapi sebaliknya melibatkan perubahan tingkah laku, pemikiran serta tindakan yang boleh dipelajari oleh sesiapa pun melalui pengalaman san pemerhatian. Faktor yang boleh membantu ketahanan mental ini mengikut American Psychologicsl Association ialah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan masyarakat. Ia berlandaskan kasih sayang, kepercayaan, sokongan dan contoh yang baik kepada individu supaya dapat meningkatkan daya tahan. Untuk itu, penting untuk keluarga stabil serta sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak, ini kerana ibu-bapa sering menjadi contoh kepada mereka bila menghadapi masalah hidup. BAGAIMANA MENJAGA DIRI DENGAN BAIK? Sebenarnya tiada siapa pun yang boleh menjaga diri dengan baik sebaik diri kita sendiri. Ini kerana kita saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Jagalah emosi serta keperluan diri sendiri. Libatkan diri dalam segala macam aktiviti yang menyeronokan serta merehatkan minda. Kesihatan juga perlu dititik beratkan. Kalau kita sihat baru boleh melakukan kerja-kerja dengan baik, ianya akan membantu untuk menghadapi waktu kesukaran. Ini paling ketara bagi wanita / ibu rumahtangga di mana mereka terlalu mengutamakan suami, anak-anak, kerjaya dan segala macam sehingga mengabaikan keperluan diri sendiri. Belajar untuk melihat potensi diri. Ramai diantara kita fokus pada kekurangan diri. Cuba belajar dan senaraikan kekuatan diri kita sendiri. Jangan malu, nampak macam ‘angkat bakul’ tapi ‘bakul’ anda sendiri yang angkat jika tidak siapa yang mahu mengangkatnya? Inilah salah satu cara untuk mempupuk keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. sentiasa cari peluang untuk memperbaiki diri. Sebenarnya kita boleh HADIAH SEBUAH PERJALANAN
308 belajar menghadapi masalah melalui pengalaman. Bukan saja melalui pengalaman sendiri akan tetapi melalui pengalaman orang lain bagaimana mereka melepasi saat-saat sukar mereka dalam kehidupan. Kenapa sesetengah orang susah sangat nak berubah? Ramai orang nak berubah tetapi niat yang baik itu tak kesampaian. Kenapakah sering terjadi begitu? Orang yang mahu berubah dari sikap negatif kepada sikap positif : Mesti berdoa dan paksa diri untuk berhijarah meninggalkan kebiasaan dan kawan-kawan lama yang bersikap negatif. Jangan biarkan alam sekeliling menentukan fikiran dan emosi kita. Penghalang kepada peluang untuk kita berubah adalah kerana masalah yang datang dari tanggapan maayarakat. Banyak yang menghukum berdasarkan kesilapan yang telah dilakukanya 1. 2. Dalam hidup ini, setiap orang ingin bahagia dan tidak ada stu pun manusia yang ingin merasakan hidup susah. Hanya cara kita sahaja yang berbeza-beza untuk meraih kebahagiaan itu. Di sinilah letaknya kita boleh membezakan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
309 Ada setengah orang merasa bahagia dengan mendengar lagu, muzik sebagaimana orang bahagia dengan membaca dan menghafal Al-Quran. Ada juga yang merasa bahagia dengan cara menipu sebagaimana ada orang yang bahagia bekerja yang halal meski pun hasilnya tidak banyak. “Jangan berharap sesiapa pun untuk memahami jalan hidup mu. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak pernah berjalan berdua dengan mu. Ada orang mengambil kesempatan atas kebaikan..” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
310 Beliau mengimbau masa lalu dengan semangat yang cekal dan ternyata air matanya tidak pernah tumpah, walaupun menghadapi ujian yang perit waktu itu. Dia terpaksa berkurung di rumah dan tidak dapat bermain sesuka hati kerana pergerakannya terbatas, tidak boleh terdedah dengan angin atau hujan, apa lagi panas terik matahari. Kesukaran hidupnya menanamkan lagi azam yang tinggi dari gunung Kinabalu untuk terus berjuang. Ramai orang tidak percaya dia masih ada peluang untuk hidu. Seorang wanita yang bergelar ibu adalah satu-satunya anugerah mulia dari Allah Swt. Ibu-ibu yang hebat inilah yang akan melahirkan generasi masa depan yang bertakwa dan mempeerjuangkan kebenaran. Tapi yang penting mereka harus memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu. Peranan seorang ibu tidak pernah berhenti selepas melahirkan sahaja malah Islam benar-benar meletakan para wanita ini di tingkatan yang paling tinggi sekali, dialah penyumbang kepada kebijaksaan dalam sesebuah masyarakat. Contohnya ; para pemimpin-pemimpin dalam masyarakat hasil didikan siapa? Ya, pastinya dari seorang HADIAH SEBUAH PERJALANAN
311 perempuan yang duduk di rumah, melahirkan, mendidik dan membesarkanya. Para wanita adalah pendamping suami dan anak-anak yang saling menguatkan kesempurnaan kehidupan seorang lelaki. Kalau ada lelaki yang merasakan dirinya hebat tanpa ingat jasa seorang ibu yang membesarkanya, itu adalah lelaki yang tidak pandai mengenang budi. Ketika janin di dalam perut,.. “Siapa engkau?.. Ketika engkau lahir, “Siapa yang melahirkan diri mu…” Seorang ibu, ketika engkau menangis,… “Siapa yang kalian nampak?...” “Ibu..bukan?...” Jadi!, peranan seorang wanita itu sangat dahsyat. “Seorang isteri adalah seorang pmimpin di dalam sebuah rumahtangga dan suami bertanggungjawab ke atas kepemimpinanya..” Jadi kejayaan seorang ibu, walaupun sekolahnya tak begitu tinggi tapi powernya dapat dirasai sehingga ke akhir zaman. Contohnya peranan ibu Imam As Syafie, Ibu hebat ini bernama Fatimah binti Ubaidillah. Ada yang menyebut ibunda adalah Ahlul Bait iaitu keturunan Rasulullah S.A.W dari jalur Ubaidillah bin Hassan bin Hussien bin Ali bin Abi Thalib. Ibunda seorang Wanita bijak dan merupakan madrasah pertama Imam Syafie. Kekuatan seorang Ibu sangat dasyat, mampu membentuk seorang insan hebat, walaupun tanpa seorang suami di sini. “Sungguh rugi, sungguh rugi dan sungguh rugi, orang yang mempunyai kedua ibu-bapanya yang tinggal lanjut usia, salah seorang atau keduanya tetapi tidak menyebabkanya masuk syurga” (Riwayat Imam Muslim n0 2551) Ibu adalah madrah yang pertama bagi anak-anak Sejak dari perut, anak-anak itu sudah disekolahkan. Selepas dilahirkan, ibulah yang mengajarnya itu – ini dan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
312 seterusnya sehingga dewasa. Diletakan dalam dakapanya dengan penuh kasih sayang, disusukan dan dimanjakan dengan penuh kasih sayang, sehingga tertidur. Itulah power seorang ibu. Dalam degupan jantungnya menjadikan anak itu selesa dan lena dalam pelukan jauh dari gangguan iblis dan syaitan. Ramai orang pandai bercakap sebenarnya tapi saya tidak berbuat begitu. Selalu saya tenggelam dengan kesibukan membuat urusan-urusan dunia kebajikan. Ada juga yang bertanya untuk apa?...Entahlah!...saya melakukan semua ini kerana terpanggil sejak sedar tak sedar kehidupan masalah yang harus kita lalui menjadikan kita berusaha untuk memperbaikinya lalu menanamkan cita-cita untuk keluar dari belenggu kemiskinan kita perlu berusaha membantu dan jangan hanya menunggu dibantu oleh orang lain. Nyawa kita hanyalah satu, akan tetapi dengan membuat kebaikan boleh membantu kita memperpanjangkan amalan untuk akhirat, insya Allah. Hanya satu yang kita harapkan iaitu redha Allah SWT. Ayuhlah.. Kita berusaha mengumpulkan kekuatan untuk menjadi antara bintang-bintang di langit kerana kita tidak mungkin mengharapkan pelangi yang sudah hilang, perginya tidak akan kau temui lagi, percayalah. Semua orang boleh mencapai kejayaan, walaupun kita mempunyai kelemahan. Yang penting kita tahu tujuan hidup. fokus dengan penuh teliti, usaha yang berterusan dan selebihnya kita berserah kepada Allah Swt. Kita mesti ada kesanggupan yang tinggi meninggalkan tebiat malas dan engan berusaha, sambil lewa membuang waktu tak tentu pasal. Cuma orang orang yang gagah dan teguh hatinya akan menjalani kehidupan ini dengan baik. Hidup ini sebuah Pengembaraan yang panjang tidak tahu bila penamatnya. Saya tidak pernah menyesal malah bersyukur dan menghargai semua masalah yang menjadikan saya dewasa. Inilah jalur kehidupan untuk memahami arah mana yang harus kita pilih dalam hidup ini. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
313 “Prinsip hidup saya, jangan takut menawan impian….” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
314 Berfikirlah positif, jangan terburu-buru protes. Mengeluh keadaan dan menyalahkan keadaan dan persekitaran. Berdoalah dan moholah kepada Allah kebaikan. Ingat!.. selalu bersabar dan masa akan menemukan jawapan yang sebenar, insyallah. Pernah suatu hari orang bertanya bagaimana saya boleh melakukan semua tugasan dengan cepat, tepat dan hebat?..Wow! Ini bukan kebetulan, saya terpaksa mendisiplinkan diri dengan ketepatan waktu yang singkat, terutama dalam bidang pendidikan anak-anak. Biasanya kita mendengar sikap anak-anak rosak akibat pengaruh rakan sebaya dan tidak terdidik dengan baik. Tentunya sebagai ibu bapa kita merasa takut. Jadi untuk membentuk peribadi mereka, kita memerlukan cara mendidik yang betul. Apa cara yang betul? Kita harus menjiwai karakter anak-anak itu dengan tegas dan garang. Jadi jangan rasa tersingunggung sekiranya cara kita mendidik itu sedikit berbeza dengan orang lain. Ada 11 sebab kenapa, kita perlu mendidik anak-anak jadi berdisiplin dan tidak menjadi nakal. Pertama Menyuruh anak-anak tidur lebih awal. Cara ini memang wajib bagi anak-anak itu ikuti. Ianya akan merehatkan tubuh badan mereka supaya sihat dan otak mereka boleh bekerja lebih baik selepas keletihan bermain dan seharian berada di sekolah. Kedua Seorang ibu melarang anak-anak mengambil gula atau makanan manis kerana bimbang menyebabkan kerosakan gigi dan masalah lain seperti kelebihan berat badan dan sebagainya. Tapi ini tidak bererti mereka tidak boleh langsung makanan manis. Ketiga Anak-anak diajar membayar barangan sendiri. Cara ini mendidik mereka untuk berdikari dengan cara berjimat dalam berbelanja. Pastinya mereka selalu ingat pesanan itu sehingga dewasa. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
315 Keempat Biarkan mereka melakukan kerja-kerja yang sukar. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Dengan cara ini mereka belajar sesuatu dengan usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya dalam masalah pembelajaran matematik. Biarkan dia mencari jawapanya dengan melihat buku nota atau bertanya dengan guru. Jangan sekali-kali kita cuba memudahkan tugas mereka kerana cara ini akan mematikan cara mereka untuk jadi manusia dewasa yang pintar. Kelima Selalu berikan anak-anak jam tangan atau jam lonceng, supaya mereka tahu mengunakan masa dengan baik. Ini akan memberikan mereka keyakinan dan membantu mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu. Keenam Tidak membeli barang yang terbaik atau berjenama. Cara mendidik anak yang betul ialah tidak membiasakan mereka menikmati sesuatu benda yang terkini. Mereka harus tahu cara ini bukanlah penting dalam hidup. Tapi mereka harus tahu menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka mampu memiliki. Ketujuh Biarkan mereka merasa kehilangan dan kegagalan. Bila seorang anak memecahkan sesuatu yang dimiliki, kita tidak perlu mengantikan dengan yang baru tapi mereka harus belajar menghargai yang diberikan itu bukan sewenang-wenangnya merosakan selepas dimiliki. Biarkan mereka merasa gagal, supaya mereka sedar dan bekerja lebih keras dalam mencapai sesuatu yang diidam-idamkanya. Sekaligus dapat mengajar mereka untuk lebih bertanggungjawab di masa akan datang. Kelapan Mengawal pengunaan media, internet dan telepon bimbit. Pengunaan media, telipon dan internet perlu tapi jangan membiarkan mereka berlebihan sehingga melalaikan. Jadi tak ada salahnya kita menjadi garang dan tegas ketika mendisiplinkan anakanak obses bermain telefon atau internet dan sebagainya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
316 Kesembilan Mengajar anak memohon maaf jika berbuat salah. Jika kita tidak mengajar mereka memohon maaf bila membuat salah, bagaimana kehidupan mereka nanti? Jadi, kita harus mendidik mereka dengan betul apa bila melakukan kesalahan bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga pada orang lain, sahabat atau jiran-jiran yang lain. Mereka harus sedar apa yang mereka lakukan itu salah dan tidak akan mengulanginya lagi di lain masa. Kesepuluh Ajar anak beradab sejak kecil. Anak – nak perlu diajar beradab supaya tingkah laku mereka tidak kasar dan kurang ajar. Sopan santun dan budi pekerti haruas ditanam sejak kecil supaya mereka membesar menjadi anak yang berguna. Kesebelas Membuat kerja dengan sukarela – Mendidik anak dengan membersihkan rumah atau membantu ibu memasak dan mengemas rumah baik untuk mengajar mereka bermurah hati dengan belas kasihan. Ianya juga mengajar mereka meletakan diri mereka kepada keperluan orang lain yang lebiuh memerlukan bantuan. Oleh yang demikan, jangan bimbang sekiranya anak-anak mengelarkan anda ibu yang garang sebab disebalik perwatan yang garang itu sebenarnya mendidik mereka menjadi manusia yang berguna. Manusia akan berubah dalam dua keadaan, pertama - Jika kesedaranya meningkat dan Kedua, jika hatinya yang telah hancur. Manusia akan berubah, apabila kesedaran tentang keagungan Allah dan imanya meningkat. Yang kedua apabila hatinya hancur dan mula sedar bahawa selama ada manusia yang boleh mempermainkan dirinya. Dari sinsi dia akan bangkit untuk membuktikan kekuatanya tanpa bergantung kepada manusia. Orang yang berjaya dalam hidup selalunya menamakan ‘kegagalan’ sebagai satu kegagalan selepas mengambil sesuatu tindakan yang kemudian diterjemahkan sebagai ilmu dan pengalaman. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
317 “Jangan menyalahkan keadaan dan sekitar. Doa dan mohon kepada Allah kebaikan, lalu bersabaarlah, waktu akan membawa mu menemukan jawapan yang sebenar”.
318 Allah menaruh mu di tempat mu sekarang bukan kerana kebetulan tetapi Allah telah menentukan yang terbaik. Allah sedang melatih mu menjadi kuat dan hebat. Orangorang yang hebat tidak hasilkan melalui kemudahan, kesenangan dan kenyamanan mereka dibentuk dengan kesukarelaan. Keberhasilan hidup seseorang itu tergantung kepada niat, usaha dan doa. Jika setiap peluang yang ada kita gunakan dengan baik, tidak ada perjuangan yang sia-sia. Ini semua adalah suatu proses pendewasaan menuju tujuan untuk memantaskan diri untuk meraih tujuan hidup. Impian tidak akan terwujud dengan sendirinya, namun impian itu akan datang ketika kita berusaha gigih untuk mencapainya. Pada dasarnya perbuatan baik merupakan suatu bentuk kasih sayang serta keprihatinan kepada semua orang. Sejak kecil hidup kami dipagari dengan segala macam bentuk disiplin dan undang-undang kecil dalam keluarga. Dengan cara ini, kita dapat mengatasi stress dalam pelbagai faktor dalam tugasan harian. Otak dan fikiran lebih tenang dan rileks. Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi oleh Allah, malah diberikan ganjaran pahala. Bicara memang mudah tapi kenyataannya, sukar untuk melakukannya jika sekiranya Allah Maha Besar, Akan memberikan bahagia, Untuk mereka memahami cara hidup mereka, Aamiin… Waktu pulang aku titipkan sarung surat ‘Sumbangan’, Tanpa sedar airmataku menitis di pipi, Lalu ku rembes dengan saputangan, Hati ku dibungai dengan kepuasan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
319 tidak menyedari bahawa hidup ini adalah sebuah perjuangan. Dalam perjuangan semestinya kita memerlukan pengorbanan. Suka duka biasalah, ia akan mewarnai perjalanan hidup kita, kerana hidup ini selalu berputar seperti sebuah roda terkadang kita harus berada di bawah dan kadang-kadang juga kita berada di atas. Perjuangan saya dalam kerja-kerja amal Kebajikan lebih separuh dari usia saya – tiga puluh tahun. Untuk mencapai segala tujuan yang kita inginkan memerlukan sesuatu perjuangan yang tak kenal lelah dan putus asa. Ramai orang merasa lelah, kehilangan semangat dan akhirnya menyerah. Namun sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dengan rintangan dan juga permasalahan hidup. Percayalah bahawa hasil yang kita dapat tidak akan mengkhianati perjuangan yang telah kita lakukan sebelumnya. Tidak ada yang terjadi secara kebetulan di dunia ini, semuanya sudah diatur dan ditetapkan oleh Tuahn dengan alasan yang terbaik disetiap kejadian. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
320 Perjalanan hidup kita memang sudah diatur. Perancangan memang mudah meski pun terkadang perlu bersusah payah menuding segala macam perintah. Itulah suasana kehidupan. Sepanjang hari sibuk dengan jadual-jadual yang tidak pernah berhenti. Setiap detik matahari bergerak tidak pernah terlewat memancu perjalanan hidup ini. Kita perlukan kejayaan dalam hidup ini, yang penting ada kemahuan dan kesediaan untuk berkorban. Ada seorang sahabat pernah bertanya kepada saya (melalui Facebook) rahsia untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Mereka hairan bagaimana saya boleh membahagi-bahagikan masa dengan kerjakerja kebajikan sedangkan saya ada banyak tanggungjawab lain kepada anak-anak sendiri disamping tanggungjawab untuk masyarakat dan juga pengurusan dua buah sekolah agama. “Sebenarnya dalam hidup ini, tidak ada yang mudah dan tidak ada yang rahsia khusus untuk mencapai Kejayaan. Yang penting kita ada perancangan dan anganangan..” “Angan-angan?...” Dia hairan, bila saya sebut pasal angan-angan. “Bukanlah angan-angan macam angan-angan Mat Jenin..” tegas saya. ‘Oh!...OK…” Kita harus ada keseriusan dalam mencanai angan-angan, itu untuk dijadikan citacita yang dibantu oleh imaginasi dalam minda..Kita bayangkan dalam mencapai kejayaan, sebelum mencapainya lalu diikuti dengan berdoa kepada Tuhan dan memohon petunjuk dan jangan sekali-kali menyerah pada setiap cabaran. Memang tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini akan kita dapat. Kadang-kadang lain yang kita inginkan lain pula yang kita dapat. Ini semua kerana yang menentukan kejayaan seseorang bergantung kepada ketentuan takdir dari Allah Swt. Hidup ini tidak boleh terlalu bergantung kepada nasib semata-mata kerana nasib seseorang itu tidak sama. Usaha harus seiring dengan nasib iaitu lipat gandakan usaha yang berterusan. Kita perlukan kecekalan semangat, kerajinan yang berterusan dan kekentalan tekad yang luar biasa. pendek kata sesuatu yang lain iaitu ‘Supernatural’ ia suatu rahmat dan anugerah dari Allah SWT. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
321 Mesti ada inisiatif serta keyakinan dan ketabahan yang tinggi di samping tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada, jangan takut mencuba dan pergunakan setiap inci ruang dan peluang yang ada, kerana ianya hanya datang hanya sekali. Sekali terlepas kita akan merana. Jangan mudah patah semangat!..Jangan terlalu bergantung kepada bantuan orang lain..Jangan Cepat melenting jika ditegur dan yang paling penting jangan malu mengakui kelemahan diri sendiri…” Dalam meneroka kehidupan, kita harus ada ara tujuan. Selari dengan usaha dan semangat kita berjaya, pembentukan kelemahan diri sendiri dahulu dan berusaha untuk melakukan perubahan. Kita harus jujur pada diri sendiri kerana hati yang menyimpang ke jalan yang salah tidak akan menjanjikan apa-apa. Kejayaan yang dicapai dengan cara menipu tidak akan kekal lama. Ia tidak berkat dan akan hancur dengan cara yang lebih buruk lagi akan mempermalukan diri sendiri. Ini tidak mustahil. Kita tidak akan memiliki kemampuan untuk mengubah apa yang berlalu dan tidak mampu untuk menentukan masa depan yang sesuai dengan gambaran yang kita inginkan. Hidup ini, Sebuah perjalanan yang harus dilalui, Tidak peduli seberapa buruk jalan yang harus dilalui, Menyukat laluan yang berliku berlantaikan batu kerikil, Tanpa terfikir sampai ke mana, Kita meneruskan langkah, Di kelilingi rimbunan pokok dalam hutan belantara. Kentalan ilmu dan keteguhan iman, Adalah senjata hebat di dalam dada, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
322 Memayungi saat-saat mencabar ini, Laluan untuk jalan keluar bukan mudah, Kita pasrah dan yakin pada janji Allah SWT, Sesungguhnya semua rencana hanyalah pilihan. Kita sanggupi semua yang kita cita-citakan, Menawan sebuah angan-angan yang pasti, Menunggu tuaian hasil usaha yang kamu lakukan, Yakin pada ketentuan Mu, Agar semuanya tidak akan sia-sia. Jangan berharap jalan hidup mu akan sama seperti orang lain. Perjalanan hidup kita adalah unik seperti diri kita sendiri juga. Percayalah pada diri sendiri, meskipun sebenarnya kau tidak percaya, berpura-puralah sampai suatu hari nanti engkau akan benar-benar percaya pada diri mu sendiri. Jangan berjanji untuk apa pun kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi hari esok tetapi ubahlah janji itu dengan “Kita berusaha untuk berbuat baik, berusaha untuk melakukan yang terbaik” Setiap kita pasti ada beban. Orang yang boleh memahami dengan baik maka seberat apapun beban akan terasa ringan. Kita akan terima dalam keadaan bahawa sebenarnya kita tidak memiliki beban. Kita selalu bersemangat melalui hari-hari dengan meraih apa yang belum kita raih. Tak ada sesuatu hal pun dalam dunia ini kita raih tanpa perjuangan. Jangan! Pernah menyerah, jangan malas. Yakinlah bahawa keletihan itu akan hilang bila kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan. Sesekali berhenti untuk istirahat namun jangan terlalu lama dan terus bangkit, berjalan dan kalau perlu terus berlari. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
323 Dalam kesedihan apapun pasti ada hikmah, asal kita kembalikan sepenuhnya kepada pemilik jiwa. Insyallah Allah akan mengabulkan semua doa-doa orang-orang yang memiliki keyakinan dan kemahuan untuk mewujudkan harapan. Waktu selalu beredar terlalu pantas dan tak akan berhenti hanya di suatu titik. Begitu juga kita jangan puas dengan apa yang kita capai namun cubalah berusaha untuk mencapai yang kita inginkan. Untuk itu kita harus boleh menjaga dan mensyukurinya. Jangan sia-siakan setiap masa dengan kemalasan. Gunakan sebaik mungkin. Isi waktu dengan penuh kebaikan kerana hari ini tidak akan berulang kembali. Hari ini adalah kesempatan kerana hari esok tidak pernah menjanjikan apa-apa. Bagi saya, Iisteri yang baik perlu memberikan kebahagiaan kepada keluarga dan membantu suami dalam menjalankan tugasan di rumah kerana tugas suami ialah mencari nafkah...” Peranan wanita terhadap anak-anak adalah penting kerana mereka adalah anugerah dari Allah Swt. Yang perlu dididik untuk menjadi peyambung generasi, apa lagi ibu adalah paling dekat dengan mereka sejak dari perut sehingga mereka dewasa. Saya selalu bercita-cita ingin menjalani aktiviti dengan bekerja dan berkarya dengan baik sesuai dengan kemampuan. Tentunya bukan mudah untuk berkarya dan bekerja, ini tentunya mereka yang saja boleh melaksanakan tugasan yang menjadi media untuk menyalurkan rasa cinta dan bangga menjadi warga negara yang berwibawa. “Apa!..Petang esok ke Brisbane?” hampir terlupa. Suami saya mengingatkan VISA dan jadual penerbangan saya esok. Saya terpaksa berangkat ke sana untuk menghadiri Konvokesyen anak sulung saya Nizam 21, yang baru menamatkan LLM (Master in Law) Dia memecahkan rekod menjadi Peguam ‘termuda’ menamatkan ijazah itu dalam tempuh yang singkat. Alhamdulillah, saya bangga dengan pencapaianya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
324 Dalam hidup ini tiada yang mudah. Saya terpaksa mengatur jadual yang agak padat. Sering terkejar ke sana-sini semata-mata untuk melaksanakan tugasan dan tidak pernah sekali pun mengeluh. Kita yang memilih jalan hidup ini, jadi berusahalah untuk lebih cekap melaksanakan tugas. Syukurlah, keredhaan hati mencapai ketenangan jiwa yang dingin. Kekuatan dalam menghadapi segala cabaran dan berbagai permasalahan yang bertindih-tindih selesai dengan baik. Kekuatan mental dan kesabaran hati menjadi senjata utama saya. Sesibuk macam mana pun tanggungjawab di rumah dan urusan anak-anak tidak boleh diabaikan. “Dalam hidup ini, tidak ada kesulitan dengan kemustahilan jika kita mampu berbuat baik dan terus bergerak…” Inilah satu-satu azimat yang sering saya semat dalam kepala. Saya tidak pernah mengetepikan urusan rumahtangga sekalipun terpaksa melakukan tugasan di luar. Saya mempunyai pengurusan waktu yang agak kelam-kabut tetapi semuanya teratur, Alhamdulilah..setakat ini belum ada yang gagal, walaupun terpaksa mengorbankan masa tidur. Purata tidur saya sekitar 2 hingga 4 jam sahaja sehari. Saya banyak melihat Youtube tanggapan bahawa luar biasa wanita itu hebat kerana mereka boleh melakukan banyak masa untuk berusaha memperbaiki diri. Wanita tangguh memiliki banyak cara untuk berkarya dan bukan hanya bergaya sematamata. Hidup adalah pilihan dan pilihan itu mestilah dari diri kita sendiri. Kita harus menguasai masa dengan cara teratur. Kita boleh memilih bentuk ketidakadilan atau membiarkan sesuatu yang tidak baik datang tanpa persiapan. Dengan adanya penguasaan masa yang baik kita boleh meningkatkan kualiti diri sehingga akan menjadi lebih optimis. Bagi saya, jangan menunggu kesempatan datang untuk melakukan sesuatu kerana HADIAH SEBUAH PERJALANAN
325 itu hanya akan membuang masa. Lebih baik kita mencari kesempatan barulah senang untuk kita mencari soliso agar tetap produktif dari waktu menunggu. Dengan cara ini, waktu itu menjadi lebih berharga dan bermanfaat. Saya suka menjadi seorang wanita yang kompetitif. Saya mempunya sifat yang tidak suka mengalah dengan orang lain. Sifat ini sejak dari sekolah lagi. Saya selalu berusaha agar mendapat yang terbaik meskipun pelajaran yang saya tidak suka seperti Bahasa Inggeris. Sikap seperti inilah menjadikan saya tidak pernah puas untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti diri. Sebagai seorang suri rumah kita adalah pembekal sumber insan terpenting kepada Ummah, pembentuk akidah, akhlak, jati diri, minda , fizikal dan emosi dalam ekonomi dan sosial. Jika ibunya bijak, anak-anaknya pun bijak. Tapak semaian HADIAH SEBUAH PERJALANAN
326 selepas keluar dari rahim ibu adalah sebuah rumah tangga ummah dan negara bermula di rumah. Kita tidak boleh menjadi Ibu terbaik supermom kecuali kamu datang dari superwoman kalau kita terpelajar, anak kita perlu juga seimbang dan memahami antara satu sama lain. Dalam sebuah rumahtangga mesti ada perkongsian. Ada barang-barang yang perlu kita guna bersama. Dalam hidup memang kita tidak akan terlepas dari cabaran. Kita semua ada akal dan fikiran. Jadilah manusia yang kuat dan boleh menerima teguran dan kritikan. Ikutlah ada suruhan Allah swt. Jangan pula kita pilih atau dukung perkara yang tidak baik. Apa pun pilihan ada di tangan kita. “Jika orang lain boleh buat, saya juga tak mahu kalah” Dengan cara ini, saya memiliki motivasi diri dan bercita-cita untuk mencapai tempat yang tertinggi dalam hidup. Selain itu, konsisten dalam perjuangan sangat penting untuk mencapai tujuan hidup. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
327 Wanita Penjana Ekonomi Negara Wahai Wanita, Di atas tuah dan kurnia kemerdekaan ini, Di atas bumi yang terbentang lebar di alam ini, Lucutkanlah selimut kekalutan, Yang telah membungkus diri mu sekian lama, Atau engkau harus pasrah di atas kesediaan dan keinsafan, Lalu bergeraklah seiring langkah mu demi, Anak-anak bangsa yang masih kehausan ilmu, Tanpa mengira di mana kau berada, Bagaimana atau di mana? Kau lupakan saja soal itu, Kerana imbalanya akan terbalas, Apabila melihat untaian generasi muda ini, Berdiri megah tanpa segan dan silu mengenalkan dirinya, Bahawa engkaulah Ibu mereka yang menjadi tunjang keimanan negara… Wahai wanita, Di bahu mu tergantung seribu tanggungjawab, Di bibir mu terukir senyuman dan harapan, Di hati mu tersurat seribu doa dan kata-kata, Engkaulah sebenarnya yang berjaya, sebenarnya berubah, Usahlah membebel kepalsuan dan sering menyalahkan keadaan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
328 Jika tersalah langkah, Tersadai atau terlalai, Lalu kecundang dan keinsafan itu pudah, Kerana kita adalah peneroka alam yang berani, Sering pasrah dengan keimanan, Menguntum senyum melihat dunia, Dengan mata penuh harapan menuju ke hadapan. Ayuh! Hayun langkah mu, Tanpa lengah dan membilang jejari masa, Gerakan anak-anak bangsa yang kehausan, Merdekalah dan terus merdeka, Esok adalah suatu penentuan, Kita teruskan usaha. Kepada yang tersesat atau tersasar di pinggiran, Lupakan jalur itu dalam kehidupan, Dari sebuah daerah keindahan dan kegelapan, Kita papahkan kemudaratan itu dengan kekuatan iman, Demi kemajuan bersama, Majulah wahai anak-anak bangsa ku. SELAMAT HARI WANITA Villa Puteri – Kula Lumpur HADIAH SEBUAH PERJALANAN
329 “Wanita yang kuat itu adalah wanita yang membantu wanita lain menjadi kuat.” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
330 Allah SWT telah mencipta dunia dan seluruh isinya untuk manusia. Kemudian menciptakan manusia dalam dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Wanita mempunyai banyak fungsi, bukan sahaja dari segi kepimpinan tetapi bertanggungjawab terhadap amanah yang Allah Swt kurniakan. Selain dari menjadi pemimpin dalam urusan rumahtangga kita juga boleh memimpin pertubuhan sukarelawan dengan kadar masa yang kita tetapkan. Kita tidak boleh menjadi hebat dalam sesebuah pertubuhan melainkan anda menjadi seorang ibu yang hebat.Dalam urusan rumahtangga kita ada kerja-kerja yang terpaksa dikongsi atau dibantu. Perlu ada keseimbangan barulah aman. Kita harus sedar bahawa seseorang itu diciptakan dengan jalan hidupnya sendiri dan panjang perjalanan kehidupan seseorang juga berbeza-beza. Ada yang sudah sampai tujuan ada yang setengah jalan dan ada juga yang baru bermula. Jadi tidak usah cemburu drngsan kehidupan orang lain, kerana kita mempunya posisi dan waktu masing-masing sesuai dengan usaha dan kerja keras serta doa yang mengiring perjalan hidup kita, Insya-Allah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
331
332
333
334