93 LAGU: YAYASAN KEBAJIKAN SURIA Yayasan Kebajikan Suria Yang Penuh Prihatin Meskipun mereka tiada bersuara Melihat Sinar yang membara Pada yang yatim dan papa Mereka tahu masa ada cahaya Harapan untuk masa depan Yang sanggup berkorban untuk mu Di sini..jejambat menyambut kehidupan Sisa-sisa yang terbiar dan harga nilainya Ada cahaya yang menyuluh mu Dan simpati membungkus mu Demi mereka yang memerlukan Sebuah sinar yang bernama Suria Tetap teguh menjadi pelindung Sebagai penyuluh masa hadapan Bagai lilin membakar diri. Seni kata dalam lagu Yayasan Suria diadaptasikan dari sebuah sajak hasil karya saya sendiri, ianya dinyanyikan oleh anak-anak di setiap acara dan perayaan yang kendalikan oleh pihak Yayasan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
94 Gambar semasa rakaman Rancangan Memasak Radio TV Malaysia. Ianya disiarkan sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun 2016. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
95 PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA SURIA Penubuhan Sekolah Agama Suria adalah kerana kita mahu anak-anak di daerah Tuaran ini mendapat peluang untuk belajar dalam bidang akademik dan agama. Ianya ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 15hb Disember 2015. Sekolah Agama Suria mempunyai DWI Kurikulum yang berteraskan kepada silibus pengajaran Sekolah Kebangsaan dan silibus Pengajaran daripada sekolah Rendah Agama Negeri (SAN) yang berada di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Sekolah ini kemudian telah diserapkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
96 (SABK) Tanggal 20hb June, 2016 sekolah ini telah menandatangani memorandum bersama Kementerian Pendidikan Malaysia di Wisma Pendidikan Negeri Sabah. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah rendah SABK yang berada di dalam bahagian Pantai Barat Negeri Sabah. Pada mulanya tidak ada peruntukan dari pihak kerajaan. Pihak Lembaga terpaksa menanggung semua perbelanjaan termasuk gaji kakitangan dan guru-guru di kampung Panjut, Berungis Tuaran. Pada waktu itu kita ada dua buah kelas dengan 30 orang murid. Pada tahun 2017, sekolah ini berpindah ke Kampung Tajau, Jalan Serusop, Tuaran. Sekolah baru ini mempunyai 2 buah blok – merangkumi kelas, kantin dan bilik guru serta dewan dan surau. Selepas dua tahun lamanya, sekolah ini diserapkan ke dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini sekolah ini sudah mendapat peruntukan dari pihak kerajaan, dan mempunyai 3 buah blok yang merangkumi satu kelas tahun 1 hingga 6. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan asas seperti padang bola dan ruang pejabat, pentadbiran dan perpustaan serta bilik Mesyuarat. SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SENI SURIA Penubuhan Pusat Seni yang bernaung di bawah Yayasan 1Suria yang kita namakan Pusat Seni Suria yang berlokasi di Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan utama penubuhan pusat ini adalah sebagai wadah pendidikan seni dan penyaluran bagi anak asuhan di Yayasan 1Suria, dan juga membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak, remaja serta penggiat seni yang ada di sekitar pantai barat Sabah. Sebagai langkah awal, ianya akan memulakan dengan membuka kelas Seni Tari, Lakonan, Muzik dan Lukisan kepada mereka yang berminat untuk mempelajarinya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
97 Selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada 100 orang anak-anak yatim. “Jika Engkau beramal dengan redha dan yakin, kerjakanlah, akan tetapi jika engkau tidak mampu maka sesungguhnya dalam kesabaran terhadap hal-hal yang tidak disukai oleh hawa nafsu mu mengandungi kebaikan-kebaikan yang banyak” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
98 Bila musim cuti….inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka pada masa cutilah mereka ada kebabasan untuk mengikuti pelbagai program dan lawatan ke luar daerah. Mereka diajar berdikari - berdiri di atas kaki sendiri. kerana ada yang tinggal dengan keluarga angkat dan saudara mara yang masih ada keluarga angkat. Anak-anak inilah yang membuat saya terinspirasi untuk meneruskan bakti membantu mereka yang kurang mampu. Ramai mereka ini mempunyai potensi akan tertapi ketidakmampuan menghalang mereka untuk meneruskan pelajaran. Melalui Yayasan 1Suria mereka boleh merealisasi cita-cita mereka ke mercu kejayaan. Saya selalu merasa bahagia melihat perkembangan anak-anak ini membesar bagaikan matahari yang terbenam yang senantiasa cair dan dipenuhi kasih sayang semangat keberanian dan kekuatan. Mereka menjadi kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan membantu mereka yang kehausan ilmu kehidupan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
99 Walaupun saya terpaksa mengorbankan banyak waktu memindah tembok di sekeliling untuk tidak dipenuhi oleh gejala jahat namun sukar untuk saya berbuat demikian kerana ramai di antara mereka yang tidak memahami kehidupan persekitaran saya. Saya tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan terhadap apa yang saya berikan kerana itu hanya akan menyakitkan hati. Hidup ini terlalu singkat untuk diabaikan, gembirakan hidup dengan membantu orang lain kerana membantu orang lain itu sama dengan membantu diri mu sendiri. Tentu saja bercakap itu lebih mudah dari melakukan sesuatu. Jarang di antara kita mempunyai kebolehan untuk befikirkan tentang orang lain, saya bersyukur saya mempunyai keistimewaan untuk melangkah jauh memintas orang lain yang mempunyai kelebihan untuk membantu mereka. “Sikap seperti ini sangat mulia…” kata bapa. Saya berani mengakui kelemahan diri meskipun saya sendiri belum tentu bersalah. Saya mahu memperjuangkan wakaupun ramai yang tidak memahami tujuan asal kita mahu membantu. Ada sesetengah dari mereka ini mengambil kesempatan untuk mengambi keuntungan demi untuk diri sendiri dan ada pula yang menipulasi keadaan, saya faham tapi kadang-kadang itu keterlaluan kerana kesibukan saya terpaksa diamkan saja. Saya memang seorang yang bertanggungjawab dan suka bekerja keras dengan hati yang bersinar seperti matahari dengan semangat pahlawan yang gigih. Walaupun sentiasa mendapat tekanan namun tanggungjawab di atas bahu tetap terlaksana. Saya akan menyelesaikannya sebelum mengambil masa untuk berehat. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
100 Anak-anak SURIA sedang berada di bangunan sekolah yang baru – Sekolah Rendah Thafiz Suria, Tuaran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
101 Beginilah keadaanya anak-anak santai makan di atas karpet. Mereka masing-masing mengambil bahagian dan duduk di tempat yang disediakan di tengah-tengah dewan. Lihatlah bertapa sempitnya tempat ini, apa tah lagi jika ada lagi pertambahan yang baru. Setakat ini makin ramai yang memohon untuk masuk akan tetapi masalah tempat pihak Yayasan terpaksa menolaknya. “Janji Allah itu Pasti. Jadi jangan putus semangat dalam melakukan kebaikan dan terjebak dalam kerja kejahatan. Segala yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan, apa yang kau tau tanam itulah yang kau tuai…” Beginilah keadaan mereka di saat ada perayaan ramai yang tampil memberi sumbangan dan terkadang kami tak cukup tangan untuk menerima semua jemputan yang datang. Ianya bagai air laut sekali datang maka banyaklah pula rezeki yang HADIAH SEBUAH PERJALANAN
102 kami dapat akan tetapi bila tiba masa kering maka kami terpaksa berusaha untuk mencukupkan semua keperluan. Air kan ada pasang surutnya, lumrah hidup – ala bisa tegal biasa. Tidak semua jalur sesuai dengan cerita kita. Takdir memiliki jalanya sendiri. Pada akhirnuya kita kena ikhlas, itulah pilihan terbaik meski terkadang penuh dengan air mata. Ini adalah sebahagian dari program anjuran ersama Media Prima dengan kehadiran ramai anak-anak Yatim di sekitar Kota Kinabalu termasuk anakanak Suria yang diraikan sempena bulan puasa. Pihak Media Prima memberikan sumbangan kepada anak-anak semasa bulan puasa di Desa Ria, Likas Kota Kinabalu,Sabah. Alhamdulillah… HADIAH SEBUAH PERJALANAN
103 KOMEN 2 Datuk Raya, Selalu cekap dan bertenang sebelum setiap badai kehidupan. Dia adalah seorang pejuang dalam menghadapi setiap masalah dengan yakin dan berkebolehan melawan rebut dan badai. Selalunya dia gunakan senyumanya yang manis bila menghadapi setiap permasalahan. Ramai orang keliru dengan caranya yang berbeza apabila membuat keputusan tetapi dia akan membuktikan bahawa tiada siapa yang mempunyai hati yang lebih besar darinya di alam semesta. Jika ada yang cuba mengkhianatinya, dia tidak akan teragak-agak menendangnya keluar dalam kehidupanya. Dia seperti matahari boleh hilang dan boleh bersinar walaupun dia vbersendirian. Ustaz Azahari. Guru Besar, Sekolah Agama SURIA, HADIAH SEBUAH PERJALANAN
104 MERASMIKAN MAJLIS APRESIASI & KHATAM AL-QURAN Bergambar bersama-sama anak-anak darjah 6 dan Guru-guru yang terlibat mengajar mereka. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
105 Bersama anak-anak yatim di Padang Sumatera Jawa “Jika Engkau ingin mengubah dunia ini, mulalah dengan mengemaskan tempat tidur mu,jika engkau mengemaskan tempat tidur mu setiap pagi, kamu telah menyelesaikan tugas pada hari itu, itu akan menjadikan mu sedikit bangga dan ini mendorong mu untuk melakukan tugasan yang lain dengan lebih baik dan pada akhirnya semua tugasan yang lain akan selesai. Mengemas tempat tidur juga menujukkan kemampuan mu untuk menyelesaikan masalahmasalah kecil, jika kau mampu bererti kamu tidak ada masalah untuk menyelesaikan hal-hal yang lebih besar dan jika kamu mengalami masalah yang menyedihkan kamu pulanglah ke tempat tidur yang sudah kamu kemaskan. Ini akan memberikan mu dorongan bahawa esok akan jadi lebih baik. Jika kamu ingin mengubah dunia ini, mulalah dengan mengemas tempat tidur mu dengan baik…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
106 CABARAN MENERAJUI YAYASAN KEBAJIKAN SURIA Sungguh mencabar sekali kerja-kerja amal yang dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang amat tinggi. Nampak gaya memang senang tapi amat menggugat kesabaran kita. Semua kerja-kerja kena buat sendiri, sungguh memeningkan kepala dan memedihkan mata. Apa lagi mereka ini datang dari latar belakang yang berbezabeza. Tapi jujur, saya memang hampir-hampir kecundang mengendalikanya. Namun kesabaran serta semangat yang kental, memberikan saya kekuatan yang luar biasa menitih dan menatah urusan memikul segala tanggungjawab ini. Sebagai Wira kepada mereka yang lemah dan tertindas, saya tidak mahu tunduk kepada kegagalan. Tak kisahlah apa orang lain kata, yang penting Allah Swt. Redha. Kes Pertama; Saya diuji dengan ‘sihir’, oleh seorang pemaju syarikat. Manusia bertuah ini tidak puas hati dengan pembayaran projek surau yang agak sedikit lambat. Pihak Syarikat Takaful menyumbang dan untuk pembinaan surau lebih kurang RM100 ribu, untuk menimbun dan meratakan tanah terpaksa dibayar oleh Yayasan. Sebenarnya saya tidak percaya ada benda-benda sihir dan bomoh dalam dunia moden. Tapi orang, sebelum kita mengalaminya kita tidak akan tahu akan kebenaranya. Sungguh menyakitkan, bila orang yang kita percayai mengkhianti kita. Meskipun demikian jika kita pandai menghindarinya tidak ada masalah, ia satu kebodohan, jika kita melayan manusia ‘bodoh’ seperti ini. Saya percaya hidup tidak akan tenang meski pun hari ini mereka menipu namun semuanya adalah takdir, akhirnya nanti mereka akan menyesal. Sifat saya waktu itu, menjadi cepat marah, emosi terganggu dan selalu sensitif dengan hal-hal kecil. Orang sekeliling sedar dengan perubahan ini, mereka pun hairan, ketakutan dengan perubahan sikap saya yang cepat naik angin, sehingga buku dan barang-barang yang saya pegang pernah terbang saya baling. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
107 Satu kejadian lagi, bila 6 batang pisang yang baru ditanan habis jatuh saya ‘karate’ orang-orang yang ada di sekeliling tergamam dan terkejut, macam mana saya boleh menumbangkan pokok pisang dengan mudah, tak sampai 5 minit semua selesai tumbang. Cara menanam tidak betul, pokok pisang yang sudah tua baru ditanam. Mereka tidak dapat dengan cara baik, mereka menggunakan cara kotor, dengan mengupah ‘orang suruhan’ memberi makan atau minuman. Barang-barang sihir ini halus dan senang masuk jika kita tidak berhati-hati kerana orang yang mengenakan kita adalah orang yang rapat dengan kita. Dia berlagak macam orang baik, selalu datang pejabat dan kadang-kadang bawa buah tangan. Hampir sembilan bulan jugalah emosi saya terganggu dan tak dapat tidur. Macammacam mimpi datang menganggu, amat menyakitkan oleh manusia yang tidak bersifat perikemanusiaan. Ada juga jenis orang macam ini dalam dunia. Kita sibuk membantu orang lain, dia pula mengambil mengambil kesempatan dengan cara yang ‘jahat’ untuk mendapatkan projek-projek mengubah suai bilik darjah dan juga pintu. Selepas kejadian pertama ada lagi kejadian lain, semua ini yang menganggu perjalanan kerja-kerja saya, meskipun demikian saya bermunajat dan selalu meminta pertolongan dari Allah SWT. Alhamdulillah, semuanya telah berlalu dengan baik. Kes Kedua :- Seorang manusia, yang dikenali Sapri badannya agak gedimpul sedikit, berlakon seperti orang baik bak kata pepatah ‘pijak semut pun tak mati’. Dia hanyalah orang suruhan biasa di dalam organisasi, selepas di tamatkan perkhidmatanya dari SSK center dia dipindahkan di SmartBah sebuah syarikat Multimedia di bawah pengawasan anak saya Nizam, namun di sini pun dia gagal menjalankan tugas dengan baik dan akhirnya dia dipindahkan ke Yayasan Kemajuan Sosial. Yayasan Suria Kemajuan Sosial mengendalikan aktiviti kemasyarakatan dan juga sesekali membantu kerja-kerja kebajikan dalam Yayasan Kebajikan 1Suria. Di sini juga dia gagal menjalankan kerja-kerja. Banyak kerja terbengkalai kerana dia tidak HADIAH SEBUAH PERJALANAN
108 dapat boleh melaksanakan dengan baik. Orang ini mempunyai niat tidak baik. Manusia ini tidak bertemadun suka menipu mengunakan ilmu gaib ‘Bomoh’ dia berlagak macam burung gagak tua, pura-pura tak mahu makan, makanan yang di hidang di hadapan mata. Orang ini pernah mencuba untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja penambahan bilik darjah di Sekolah Thafiz Agama Suria dengan tawaran RM1.7 juta, dengan menggunakan syarikat kawannya tapi pihak sekolah tidak menerima permohonanya. Pada mulanya, dia mahu membantu jentera pilihanraya, kebetulan waktu itu pilihanraya negeri sudah dekat dengan dia diberi elaun RM2000K, itu belum masuk elaun makan, minyak kereta dan segala macam tuntutan. Lepas pilihanraya - dia memohon bekerja dengan gaji seberapa saja katanya (tapi ikut anggaran - lepas bayaran loan kereta dan loan beli tanah) Jumlah kesemuanya RM5000.00. Orang ini pintar, selain gaji, ada saja alasan alasan dia‘terpakai’ duit poket, dia bayar itu, bayar ini dan pada akhir sebelum dia berhenti jumlah ‘tuntutan sebanyak RM12 ribu tapi tidak dilayan, kesian. Akhirnya dia gigit jari tidak mendapat apa-apa bayaran. Kadang-kadang ada lakonanya yang tak masuk akal, kononya entah ‘claim’ dari PETRONAS kerana sebelum ini dia bekerja di sana. Balik-balik dia ‘klik-klik’ telipon. “Kenapa? ada call mau tunggu?…” Wah!..mukanya merah padam, pura-puralah dia berkata; “Bulan ni kereta saya, sudah dua bulan belum bayar..claim belum masuk…” “Oh!!..” kalau begitu fahamlah saya maksud skrip dia seterusnya sebab saya HADIAH SEBUAH PERJALANAN
109 memang ‘Major Seni Lakon’ dari Universiti Sains duluSaya tidak perlu lagi ajukan soalan, yang pasti saya keluarkan wang ringgit. “Saya akan bayar…..” katanya. Itu janji dia tapi sehingga buku ini siap orang ini belum bayar, bila ditanya bila mau bayar dia akan baerkata; “ Saya bukan pinjam duit tapi kena bagi…” Wah!..hebat juga dia pusing cerita, memanglah tidak ada perjanjian hitam puith. Orang ini biasa menipulasi mudah baginya berkata-kata begitu. Kemungkinan ini sudah menjadi kebiasaan dia melakukan demikian, saya pun tidak tahu. Saya pun tidak faham sebenarnya ada manusia seperti ini, tidak ada rasa ‘malu’ sering meminta duit dengan cara yang halus, masalah pinjaman kereta tak bayar, masalah rumah sewa- ‘paip bocor’, tandas sumbat dan masalah keperluan dapur pun ada, ia berulang dan berulang dan yang paling sedih sehingga kini wang untuk pergi Umrah pun dia telan –Saya harap Allah SWT masih memberikan dia peluang untuk bertaubat. Masyallah-Akhirnya orang ini hilang tiba-tiba, semua kawankawan sekeliling membencinya. “Apakah aku ini Jahat?..” Soalan bodoh itu keluar dari mulutnya. Ini lah antara manusia yang manipulasi saya dalam perjuangan saya dalam Yayasan untuk membangun dan melaksanakan projek amal. Dia pura-pura bertanya, seolah-olah tidak tahu apa-apa. Dia menggunakan ilmu sihir untuk memukau orang untuk mendapatkan wang. Saya percaya saya bukanlah orang pertama yang dia buat demikian. Gaya laku macam orang baik, berlagak tak mahu makan tapi bila tidak ada orang, dengan pingan sekali dia telan, siap mahu ‘bolot’ semua makanan untuk dibawa pulang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
110 Memang hebat lakonannya. Dia sebenarnya biadap tidak tahu ada menghormati orang lain. Pakaiannya selalu ber’jenama’ layaknya macam orang besar yang ada kedudukan, ego pun lebih, bila kita cerita pasal lawatan luar negeri, nah! Mulalah dia cerita tentang negeri yang pernah dia pergi… Suatu waktu bila kita masuk kedai beli barang keperluan dapur, dia pun sibuk cari barang. Kadang-kadang beli daging imported - Wagiu dari luar negara Australia yang harganya mahal. Saya pun tidak kisah apa yang terjadi kerana kita hanya mahu membantu dia Kalau tengok sekali imbas, memang manusia ini pintar, pendiam tapi di sebaliknya dia sanggup mengupah bomoh tukang sihir. “Dia menjanjikan projek besar nanti bayarannya besar…” Dia mengaku dibayar oleh orang ini. Pastinya dia tidak mengaku kerana tidak ada bukti, itulah alasannya selalu. Dia tidak tahu ada ustaz boleh berkomunikasi dengan bomoh itu malah sampai disebut nama dia olehnya tukang sihir itu. Projek yang dia janjikan itu adalah projek penambahan bilik darjah di Sekolah Rendah Suria tetapi belum tentu lagi sebab masih menunggu budget dari Jabatan Pendidikan Malaysia. Dia awal-awal lagi mengambil bahagian dengan menghantar sebut harga RM1.7 juta dengan menggunakan nama syarikat kawan dia, pastinya nanti akan berakhir dengan penipuan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
111 MULANYA DI SINI…. Mulanya di sini, Cerita dia bermula Dia mulakan tentang derita nya Kononnya dia ditipu oleh temanya Kononnya dia tertipu lalu dia bersedih Lalu, dia terus menipu orang lain… Sehingga kini dia masih menjadi penipu Sebaris penipu jalanan yang sering menipu Sebaris jutawan yang tidak boleh dikenali pasti Sebaris penipu jutawan yang mewah dengan penipuan. Sampai mana agaknya dia boleh menipu? Sedang awan pun terkadang mendung bila hujan turun… Sampai mana agaknya dia boleh menipu? Sedang matahari pun terkadng teduh bila ada awan... Sampai bila agaknya dia jadi terus menipu? Sedang mimpi tidak selalunya indah… Sedarlah tak selamanya hidup dia begini Sedarlah sebelum terlambat… Sedarlah sebelum pintu taubat tertutup!.. Sedarlah SUPRii… SURIA. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
112 Kehidupan ini bagaikan sebuah pergolakan jiwa sebuah lautan yang sentiasa bergelora. Kadang-kadang ua dilanda ombak yang ganas ada ketikanya ia dipukul oleh tiupan angin kencang tapi yang pasti ia mempunyai kekuatan untuk kembali tenang. Sedar tak sedar kita terpaksa menerima keadaan ini. Memang bukan mudah menyusuri kehidupan yang getir dengan pelbagai rintangan ranjau onak dan duri. Jangan pernah menipu Orang lain dalam bisnes atau kehidupan kerana akhirnya nanti anda akan mengalami nasib yang lebih teruk. Belajar menerima untuk apa pun yang telah terjadi kemarin dan hari ini semoga dada kita lapang untuk menerimanya. Jika esok hari keadaannya belum kunjung membaik, tolong cukupkan diri tidak menyalahkan sesiapa pun. Percayalah, bahawa segala hal yang terjadi berkat campur tangan Allah dan untuk segala bahagia yang masih diselimuti tanda tanya, ada sesuatu yang lebih baik yang tengah Allah uji. Saya tidak pernah berhenti berjuang, saya suka membuat semua orang bahagia. Saya tidak pernah berhenti mencuba dan terus mencuba. Saya tidak pernah mungkir janji seperti sesetengah orang. “Adakalanya kita korbankan perasaan untuk membantu orang lain meskipun orang itu tidak harga. Tapi, percayalah akan sampai ketikanya nanti semua persoalan itu terjawap bila Allah mempersiap bahagia untuk mu. Tidak ada kebaikan yang sia-sia. Akhirnya orang yang menipulasi mu akan mendapat balasan setimpal dengan perbuatanya. Percayalah Allah tidak akan melepaskanya begitu saja. ‘Nothing is free’. Kau buat jahat kau akan dapat balasanya…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
113 “Hati senantiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, Orang-orang baik, Tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik...”
114 Ketiga;- Kakitangan yang tidak bertanggungjawab, mengambil barang-barang yang disumbangkan sepertto kipas angin, peti telivsyen, peralatan dapur, meja kerusi dan banyak lagi. Terkadang sukar untuk dikawal kerana kakitangan saling bertukar ganti, siang dan malam. Ada juga kes lain seperti sumbangan kewangan berupa ‘Ang Pow’ dan barang-barang dapur seperti beras, gula, milo, susu dan sebagainya. Kes kehilangan yang paling besar ialah kecurian peralatan surau seperti pembesar suara dan beberapa peralatan unit komputer. Selepas enam tahun kemudian, ada lagi ujian besar iaitu kemasukan beberapa orang sebagai sukarelawan dalam kerja-kerja amal dalam di Yayasan. Mereka didalangi oleh orang yang mahu menghancurkan Yayasan. Mereka berpura-pura membantu dan saya tidak ada prasangka terhadap perbuatan mereka. Tapi dalam naluri saya, merasakan mereka ada niat lain mengambil kesempatan untuk mencari kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan lalu mereka sebarkan keluar untuk merosakkan nama Yayasan. Selang beberapa bulan selepas itu ada lagi kejadian yang tidak menyenangkan iaitu; seorang bapa menampar seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun bergaduh dengan anaknya. Anak yang baru kematian ayah mengamuk dan buat hal lain (lari dari asrama). Saya terpaksa berdepan dengan mereka dan buat laporan kepada polis. Walaupun pada akhirnya bapa yang menampar tadi memohon maaf tapi terlambat kerana kenaikan pangkatnya sebagai anggota polis dibatalkan dan akhirnya dia menyesal dan terus dibuang kerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada beguna. Macam-macam lagi kejadian yang tak dapat saya catitkan, kerana setiap hari adaada saja masalah mereka bawa kepada saya, sehingga akhirnya saya terpaksa mengupah pihak polis dan RELA untuk membantu keselamatan anak-anak yang tinggal di asrama. Ada pula pernah terjadi seorang penjaga yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan anak-anak. Mereka mengambil kesempatan di sebelah malam, terutama semua pintu sudah di tutup dan kadang-kadang mereka mengambil alasan memeriksa anak-anak sebelum mereka tidur. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
115 KOMEN 3 Datuk Raya, Wanita ‘hebat’ yang tak pernah bergantung kepada sesiapa. Dia seorang yang tegas, berpendirian dan rajin bekerja. Jarang mengeluh dalam sebarang cabaran dan ujian. Dia seorang pemberani. Kalau dia tak suka dia tak teragak-agak speak out tegur depan-depan. Ramai orang tak faham caranya tapi bagi saya itu sesuai bagi yang mahu mengubah corak pemikiran mereka. Dia rajin berolahraga, tertutama sukan badminton. Dalam Kejohanan Piala Dunia tahun 2023, dia mempelihatkan keazamanya begitu bersungguh-sungguh dengan disiplin yang tinggi –usaha beliau begitu hebat. Berlatih walaupun dalam keadaan berpuasa, semua itu baginya bukan halangan. Mereka dan pasanganya berjaya mendapat Naib Johan. Disebalik ketegasanya, dia seorang yang suka bergurau dan selalu memberikan kami motivasi untuk kehidupan sehari-hari. Dia selalu menghantar nasihat dan kata-kata pendorong untuk dikongsi. Datuk Raya, kamu menginspirasikan saya, terima kasih segalanya. Cqueen Cqin’s Maktab Kent Tuaran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
116 11 MENYUMBANG RUMAH KEBAJIKAN SURIA KEPADA PENJARA - UNTUK PERLINDUNGAN SEMENTARA - PENJARA MALAYSIA Perjuangan hidup ini memiliki nilai penting yang tidak tergantikan, sebagaimana orang yang benar-benar ikhlas membantu orang lain. Kita hadapi hidup ini dengan melihat sekeliling seperti kupu-kupu yang harus berjuang mengembangkan sayapnya, kita juga akan mengalami kesulitan untuk tumbuh sendirian tanpa bantuan orang lain. Ingatlah, setiap perjuangan membentuk kita menjadi versi terbaik dari diri sendiri untuk terus maju mengembangkan minda menuju pencapaian yang luar biasa. Semoga para ‘bekas-bekas’ penghuni dari penjara ini mendapat meneruskan perjuangan hidup dengan penuh tekad untuk berubah dan berkeyakinan kerana Menerima Anugerah Khas – Penghargaan ke atas Sumbangan Kompleks Kebajikan Suria – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Naasarah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
117 disebalik setiap rintangan terdapat peluang untuk berkembang dan mencapai kejayaan yang cemerlang, insyallah. Pada akhirnya kita kena pelajari dari hidup ini bagaimana cara menerima sesuatu keadaan tanpa menyalahkan sesuatu kenyataan. Terkadang kita berlebihan memikirkan sesuatu yang sudah Allah atur pada hal kita hanya perlu menjalani dengan yakin bahawa rencana Allah itu yang terbaik, insyallah. Saya menyerahkan sebuah bangunan bekas rumah kebajikan yang lama di atas tapak tanah seluas 2 ekar setengah di Berungis, Tuaran. Saya berharap ini akan dapat membantu mereka menyelengarakan rumah perlindungan sementara sebelum mereka kembali kepada keluarga masing-masing. Dengan adanya kemudahan Mendapat Penghargaan Khas dari Jabatan Penjara Malaysia HADIAH SEBUAH PERJALANAN
118 ini pihak Penjara boleh mempelbagaikan aktiviti kemahiran bertukang kayu, memperbaiki barangan letrik dan lain-lain lagi aktivti. Sumbangan ikhlas ini mendapat pengiktifan Menteri Keselamatan Dalam Negeri KDN di Parlimen pada tahun 2023. Beliau berharap ia boleh membantu insiatif pemulihan dan reintergerasi warga bekas banduan kepada Masyarakat dan komuniti setempat. Ketua Pengarah Komisioner Jeneral Penjara Malaysia KJP Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad begitu mengalu-alukan rumah dan kawasan tanah yang luas ini untuk keperluan jabatan ini. Mereka mengamal konsep pemulihan dalam komuniti untuk memulihkan mereka yang sudah tamat tempoh tahanan sebelum kembali ke pangguan keluarga mereka. Ini boleh membantu kerana selama ini mereka hanya menyewa beberapa buah rumah yang sempit dan tidak menampung jumlah yang ramai. Program Pemulihan memulihkan parol dan perkhidmatan komuniti amat berkesan dalam memulihkan banduan apabila hanya satu daripada 800 banduan mengikuti pemulihan kembali ke penjara. Jumlah itu menunjukkan peraturan amat kecil 0.12%, berbanding peratus banduan yang tidak mengikuti program berkenanan kembali ke penjara iaitu 186%. Dengan adanya konsep pemulihan dalam komuniti ini dapat meringankan jabatan untuk menampung para banduan yang kembali ke masalah lama. Rata-rata bekas banduan ini masih muda remaja, perjalanan hidup mereka pun masih jauh dalam tahanan ada yang menyambung pembelajaran belajar dan mengambil peperiksaan. Tujuan program pemulihan ini supaya mereka boleh menyingkapi hidup dengan baik. Ada sesetengah keluarga tidak boleh menerima mereka kembali kerana rasa malu dengan masyarakat sekeliling dan ada yang telah hilang kepercayaan terhadap mereka. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
119 Dari kiri ke kanan; Hajjah Nora Musa – Pengarah Penjara Negeri Sabah, Penulis – Datuk Raya Erom, Komisioner Penjara Supri bin Hasyim Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Malaysia dan Puan Zalina binti Mohd Yunus – Pengarah Penjara Wanita Kajang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
120 KOMEN 4 Semoga Rumah Perantara ini dipenuhi dengan ikatan tali persaudaraan sebagai sebuah keluarga mawaddah Wal Rahmah dan Sakinah- Terima kasih Yang Berbahagia Datuk Raya Erom atas keikhlasan membantu dan menyumbang untuk mereka yang memerlukan atas semua jasa mu untuk memberikan peluang kedua untuk mereka terus hidup Kembali.. Semoga Allah SWT merahmati segala niat murni mu, insyallah. Hajjah Nora Musa Pengarah Penjara Negeri Sabah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
121 Penyerahan bangunan Kompleks Yayasan Kebajikan SURIA Ketua Pengarah Komisioner Jeneral Penjara Malaysia KJP Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad melawat Kompleks Kebajikan Suria. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
122 12 YAYASAN INSAF MENYERAHKAN SEBUAH BILIK PUSAT SUMBER KEPADA SEKOLAH RENDAH KERAJAAN SELUPOH, TUARAN Alhamdulillah, sebagai bekas pelajar sekolah ini, saya sangat berbangga dapat membantu sekolah rendah kerajaan Selupoh, Tuaran. Yayasan Suria dengan kerjasama Yayasan Insaf memberikan sumbangan sebuah bilik Pusat Sumber yang berharga RM15,000.00. Hampir setiap tahun Yayasan Insaf mengagih-agihkan sumbangan ke sekolahsekolah di seluruh Pantai Barat dan Selatan, negeri Sabah. Pada tahun 1996 Yayasan Insaf memberikan sumbangan untuk beberapa sekolah di sekitar Pantai Barat Selatan berupa buku-buku untuk kegunaan sekolah.. Semoga dengan sumbangan dari Yayasan Insaf ini dapat memberikan mereka semangat untuk belajar. Guru Besar kami waktu itu Cikgu Enjin Ujoh begitu bersemangat dalam ucapanya, mengalu-alukan kedatangan saya dan 8 orang AJK Yayasan Insaf. Masa itu, saya hampir terlupa, status kedudukan saya adalah isteri Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said. Sambutan begitu hebat. Hampir 200 orang anak-anak murid berbaris sambil mengibarkan bendera Malaysia di sepanjang simpang masuk ke sekolah. Masyallah!.. saya terharu sehingga tak sedar ada titisan air jernih mengalir di pipi. Inilah kali pertama mereka memberikan sambutan seperti itu. Teringat pula kisah silam saya semasa menyambut ketibaan Yang Amat Mulia DYMM Yang DiPertuan Agong ke Sabah. Waktu itu baru berumur 14tahun dalam Tingkatan 2, di Maktab Sabah pada tahun 1976. Pagi itu selepas main golf, di Sabah Golf - Bukit Padang, Kota Kinabalu, saya bergegas ke sini. Jarak perjalanan lebih kurang 45 minit sahaja tapi jalanraya tidak begitu baik (bengkang bengkok) maklum belum ada ‘highway’, sempat juga saya HADIAH SEBUAH PERJALANAN
123 memakai ‘make Up’ dalam kereta. Selepas main golf saya lansung mandi dan berpakaian rasmi baju kebaya labuh. Selalunya begitulah cara saya mengejar masa, sentiasa bawa dalam kereta. Apa lagi kalau ada dua atau tiga acara sampai malam, terpaksalah mencari mana-mana tempat untuk menukar pakaian. Bersama bekas Guru Besar Sekolah Rendah Kerajaan Selupoh, Tuaran. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
124 “Teruskanlah usaha mu melakukan kebaikan, walaupun apa pun rintangan. Anggaplah ia suatu perjalanan yang diiringi pancaran matahari yang hampir hilang, secara jujur tidak ada yang mudah dalam kehidupan ini…”
125 13 MENUBUHKAN KELAB KECERGASAN WARGA TUA – KOAT Sebelum penubuhan Yayasan Kebajikan Suria, saya terlibat dalam penubuhan Kelab Kecergasan Warga Tua – KOAT. Di mana ahli-ahlinya terdiri dari warga tua yang bersara, rata-ratanya mereka berbangsa kaum Cina. Secara kebetulan berjumpa dengan beberapa orang guru-guru dan ibu-bapa di taman didikan Kanak-kanak, di mana anak sulung saya Nizam belajar. Seorang bekas guru Madam Khoo, seorang pengendali tadika di mana anak saya sulung saya Nizam besekolah. Waktu itu, saya bertanggungjawab dalam pengendalian dan pembentukan ahli-ahli Jawatankuasa keseluruhan Kelab tersebut. Saya mahu membantu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan tempat bergantung. Bersama Allayarhamah Toh Puan Bandong Hasbollah, bekas isteri Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Said Keruak. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
126 “Maka barang siapa yang melakukan kebaikan, walau sebijih Zarah pun, necaya dia akan melihat balasanya..”
127 Persatuan ini ditubuhkan untuk tujuan membantu warga tua meneruskan kehidupan seharian dengan pelbagai aktiviti memenuhi masa lapang. Mereka juga boleh mewariskan kepakaran mereka kepada generasi muda. Memandangkan pembangunan hari ini begitu pesat, kehidupan pun turut bertambah mewah, kehidupan jangka hayat hidup manusia bertambah panjang. Oleh sebab itu, keprihatinan masyarakat sekeliling amatlah penting, agar mereka dapat bergaul di kalangan rakan sebaya di samping mereka dapat mewariskan kepakaran mereka kepada generasi muda. Objektifnya ialah untuk mempertahankan tradisi nilai-nilai murni menghormati orang tua, membantu mereka menanam kecenderungan dan hobi demi memperkasakan kehidupan harian mereka supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan menyeronokan agar mereka dapat mewariskan kepakaran mereka kepada generasi akan datang. Untuk membangunkan semangat kerohanian, berbagai-bagai aktiviti yang berkaitan dengan seni dan budaya dijalankan. Selain daripada itu, pusat ini bergantung bahu dengan persatuan lain untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan kebajikan warga tua. Saya bersyukur dalam kesibukan mengurus anak-anak yang masih kecil dan mengurus syarikat milik keluarga saya masih ada masih masa membantu para warga emas menubuhkan persatuan Kelab Kecergasan Warga Tua. Pada mulanya mereka kurang yakin boleh melakukannya namun semuanya berjaya atas kerjasama semua pihak. Ramai yang tampil memberi sumbangan dan sokongan. Saya kagum dengan kesungguhan dan kegigihan ahli jawatan kuasa yang bersungguh-sungguh menjalankan tugasan dengan tanggungjawab dengan penuh komitmen. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa bantuan para penyumbang yang prihatin. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
128 Kami melakukan banyak aktiviti kepada ahli-ahli dan berjaya mengumpul lebih dari 1000 ahli selama setatahun. KOAT mendapat beberapa kejayaan dari Kerajaan. Sehingga Kelab ini mendapat pengiktirafan dari pihak Persekutuan. Kami juga menganjur lawatan-lawatan ke luar negeri seperti Taiwan dan Hong Kong. Namun selepasa beberapa waktu, saya terpaka melepaskan KOAT kerana kesibukan masa dan juga permasalah perebutan kuasa kerana politik. Saya dilantik sebagai Pengerusi dan tanpa berfikir panjang, saya mengambil tanggungjawab itu dan tidak sampai setahun maka tertubuhlah Kelab Kecergasan Warga Tua atau KOAT. Kami merancang pelbagai aktiviti termasuk pembelian sebuah rumah untuk kegunaan kelab tersebut. Alhamdulillah!..kami berjaya Majlis Merayakan Warga Emas di Dewan Masyarakat Kota Belud HADIAH SEBUAH PERJALANAN
129 memilikinya walaupun kami terpaksa mencari dana yang banyak. Saya sendiri terpaksa mengeluarkan dana (wang peribadi) untuk membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Walaupun saya tidak pandai berbahasa Cina, ada di antara mereka boleh berbahasa Malayu dan memberikan saya kepercayaan untuk memimpin kelab ini. Pada akhirnya saya menjadi Penaung sahaja kerana usia saya baru masuk 32 tahun waktu itu, belum layak jadi ahli kerana usia untuk menjadi ahli kelab ini ialah 55 tahun dan ke atas. Mendapat hadiah Cenderhati ‘duit emas’ daripada Mayor di Taiwan, sempena lawatan saya bersama Warga Emas di sana. Turut sama bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Wakil Rakyat Sabah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
130 Sebuah percubaan karya Kaligrafi Cina yang pernah saya hasilkan HADIAH SEBUAH PERJALANAN
131 “Kepada diri sendiri – Terima Kasih. Kita sudah berlari, sudah mencari.. Kita pernah jatruh Tapi memilih untuk Bangkit.. Kita pernah menyerkat air mata berulang-ulang kali Tapi saatnya kita berserah pada ALLAH…Apabila kita terkagum dengan diri sendiri sebenarnya itu hanya kekaguman kita terhadap keindahan akhlak dan budi pekertimu di sebalik tirai Allah yang menutup segala keaibanmu.” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
132 14 MENCARI KEBAHAGIAN DALAM KEHIDUPAN Kehidupan telah mengajar saya untuk tidak mengubah cara hidup untuk sesiapa sahaja. Saya menjalani hidup ini dengan cara saya sendiri. Persepsi peribadi luaran terhadap keluarga kami, ramai yang tidak tepat, apa lagi tidak rapat dengan keluarga kami. Kami sentiasa rapat bersilaturahim dengan semua lapisan masyarakat tidak kira status. Perjuangan utama dalam kehidupan saya ialah ingin melihat semua orang hidup dalam harmoni. Dalam keadaan tertentu kami terpaksa juga mengenepikan kepentingan peribadi semata-mata untuk tidak mengecilkan hati orang lain. Bagaimana aku membahagi-bahagikan masa untuk semua jadual tugasan?.... Yang pertama kita tetapkan masa untuk setiap tugasan; contoh satu tugasan perlu siapkan dalam satu jam, ia perlu siap kalau tidak tinggalkan nanti kita akan sambung. Yang Kedua; senaraikan semua tugas dan pilih yang mana kita perlu dahulukan dan yang kurang penting dikemudiankan. Kita mesti ada perancangan agar tidak membuang masa pada kerja-kerja yang remeh dan tidak berfaedah. Selalunya kita merancang pada waktu malam. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
133 15 MENUBUHKAN BADAN AMAL KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT SABAH – BAKISA Semasa suami saya menjadi Ketua Menteri Sabah, peranan saya bertambah dengan menubuhkan lagi sebuah badan amal untuk menyatukan isteri-isteri wakil rakyat yang dikenali sebagai Badan Amal dan Kebajikan isteri-isteri Wakil Rakyat Sabah (BAKISA). Proses ini bukanlah mudah kerana mereka datang dari pelbagai parti yang mewakili bangsa masing-masing. Bermula dengan mempelbagaikan ilmu untuk menaikkan keyakinan dan imej diri sehinggalah ke acara olahraga dan acara mencuba bakat dalam nyanyian, karaoke dan segala macam tapi akhirnya semua berhasil menjadikan kami sebuah keluarga yang akrab dalam Bakisa. Objektif badan ini ditubuhkan ialah mengenal dan mengeratkan silaturahim di kalangan ahli-ahlinya, menggembleng tenaga dan daya usaha ahli-ahli untuk kebajikan pihak-pihak yang kurang bernasib baik, mengumpul dan mengisi tabung kewangan melalui derma-derma mahu pun atas kegiatan badan dan menyumbangkan kepada yang memerlukan. Selain boleh merapatkan hubungan di antara ahli, badan ini juga patut mengadakan kursus menaikan imej para isteri wakil-wakil rakyat. Dengan adanya kerjasama padu dari ahli-ahli badan, kesemua objektifnya akan dilaksanakan dengan baik. Masa berlalu begitu cepat, sepanjang menjadi isteri Ketua Menteri saya turut mengambil peranan melawat semua hospital di seluruh negeri Sabah. Ini menyedarkan saya bertapa ramainya masalah orang-orang di luar sana. Suatu ketika saya sempat melawat seorang pesakit TB, yang sedang menunggu saat kematian, saya kuatnya semangat dan memeluknya meskipun saat itu kawan-kawan melarang saya masuk ke dalam bilik khas yang diasingkan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
134 Agak mencabar kerana mereka ini lebih berpengalaman dari saya. Pelbagai cara saya ambil untuk menarik hati dan minat mereka. Bermula dengan mempelbagaikan ilmu untuk menaikkan keyakinan dan imej diri sehinggalah ke acara olahraga dan acara mencuba bakat dalam nyanyian, karaoke dan segala macam tapi akhirnya semua berhasil menjadikan kami sebuah keluarga yang akrab dalam BAKISA. Sebagai seorang isteri wakil rakyat saya adalah di antara mereka yang terlibat dalam menubuhkan Pertubuhan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah BAKISA. Ini adalah antara tanggungjawab kami membantu menyatukan mereka dalam satu wadah agar sama-sama memainkan peranan untuk menangani masalah rakyat. Selaku isteri kami terpaksa berganding bahu untuk menggubal undang-undang serta merancang semua aktiviti dalam badan ini. Ada di antara mereka memerlukan banyak pendedahan serta perlu mempelajari selok belok pergaulan serta tatacara pergaulan dengan orang ramai terutama tatacara majlis berprotokol di istana. Kami juga membantu ahli-ahli mencari dana dan pelbagai program untuk meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai isteri wakil rakyat harus ada ilmu untuk mengajar orang lain supaya boleh berdikari dan menjadi contoh kepada orang lain. Sebagai peneraju utama dalam badan ini, sayalah yang bertanggungjawab mencipta logo dan juga corak batik untuk jadi pakaian seragam ahli-ahli pertubuhan. Bukan sesuatu yang mudah akan tetapi pengalaman saya sebagai pelukis memberikan saya banyak idea untuk mengendalikan semua kerja-kerja dengan mudah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
135 Pertubuhan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat BAKISA merintis jalan kepada ahli-ahlinya untuk menjalankan amal jariah dan amal bakti kepada rakyat di negeri Sabah. Sebelum ini, peranan isteri-isteri wakil-wakil rakyat kurang menonjol. Ini kerana tidak ada badan yang menyatukan mereka. Selain memainkan peranan sebagai isteri kepada suami, mereka lebih suka berada di sebalik tabir kejayaan suami mereka. Malah rakyat tidak berpeluang langsung mengenali mereka secara dekat. Kami sedar bahawa penglibatan kami dalam membangunkan negeri ini adalah sama berat dengan tanggungjawab suami kami. Sebagai isteri kami mengetahui tugas HADIAH SEBUAH PERJALANAN
136 berat perlu dipikul oleh suami. Maka dengan adanya badan seumpama ini, kami percaya akan dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan lagi. Sudah menjadi kelaziman bagi isteri wakil-wakil rakyat untuk turut sama menghadapi masalah rakyat di kawasan masing-masing, tetapi menerusi badan ini seseorang isteri itu tidak akan berseorangan menghadapi masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan segala macam tapi akhirnya semua berhasil menjadikan kami sebuah keluarga yang akrab dalam Bakisa. Kesibukan pada suami dengan tugas serta tanggungjawab mereka menyebabkan mereka kadang kala tidak terdaya memenuhi masalah yang mendatang. Pada ketika ini kami terpaksa memainkan peranan. Ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kami dan insyallah akan kami tunaikan sebaik mungkin. Melayan anak autisme di sebuah rumah kebajikan di Kota Kinabalu HADIAH SEBUAH PERJALANAN
137 Dunia kehidupan kanak-kanak cacat tidak selalunya indah tetap tidak dilupakan dan mendapat simpati dari individu yang prihatin dan sentiasa berbakti kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Sebagai tanda simpati. Datuk Raya Erom bermurah hati menyumbang kerusi roda kepada adik Brandon Wong, 5 tahun dan abangnya Adriaan Wong, 15 tahun di pejabat Yayasan Suria. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
138 MEREKA BOLEH MELIHAT LAGI Alhamdulillah, mereka boleh melihat lagi kembali selepas menjalani pembedahan katarak mata. Selepas beberapa minit Doktor membuka balutan mata makcik Piah, dia berkata: “Saya mahu melihat orang pertama yang menaja pembedahan mata saya. “Saya lah Datuk Raya…” kebetulan saya singgah melihat mereka sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur petang itu. “Kamu Datuk Raya?... “ dia hampir tidak percaya orang yang ada di depanya adalah saya. Perlahan dia melirik saya dan mencium tangan saya sambal mengucapkan terima kasih. Piah Alip (kiri) dan Karim Sampir kedua-duanya berjaya mendapat penglihatan mereka kembali. Alhamdulillah mereka adalah di antara mereka yang mendapat peluang pembedahan atas tajaan usaha murni Yayasan Kebajikan Suria, yang saya pimpin sendiri sejak beberapa tahun yang lalu. Hampir setiap tahun kami menaja mereka yang layak untuk menerima dana yang kami peruntukan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
139 KOMEN 5 Datuk Hajjah memperjuangkan anak-anak yang memerlukan melalui Yayasan Kebajikan Suria. Ia sebuah pejuanganya kepada mereka yang memerlukan. Beliau sanggup terjun ke lapangan ini dengan mencari dana dan mengurus sumbangan kepada rumah kebajikan, anak-anak yatim dan sekolah agama. Kita doakan semoga Datuk Hajjah dapat meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan demi kecemerlangan umat yang ketinggalan ke belakang dan anak-anak yang memerlukan. Haji Awang Rablah Pendakwah Bebas. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
140 “Kesempurnaan diri dan keadaan semakin kita kejar semakin membuat kita binggung stress. Sibuk mengejar kesempurnaan secara peribadi atau duniawi” HADIAH SEBUAH PERJALANAN
141 UNTUK YANG MISKIN: Menteri Perkhidmatan Sosial Raymond Tan Shu Kiah (kiri) merasmikan Rumah Yayasan Kebajikan Suria di Kampung Likas pada hari Sabtu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN
142 Terima Teknologi baru untuk maksimumkan Kaedah Pengajaran Kota Kinabalu – Ahad 28hb.Ogos, 1995. Para pendidik harus mensesuaikan diri dan menerima teknologi baru untuk memaksimumkan teknik dan kaedah pengajaran mereka supaya tidak ketinggalan dalam semua bidang - Datuk Raya Erom. Katanya rangkaian maklumat yang canggih seperti lebuhraya maklumat dan internet menjadikan pendidik terdedah kepada spektrum maklumat dan pembelajaran yang baru. Beliau berkata, kaum pendidik hendaklah melengkapkan diri dengan teknologi ini, sekiranya ingin maju dan menangani cabaran-cabaran masa depan. “Kita harus berusaha memperbaiki sistem yang ada dari masa ke semasa..”katanya semasa merasmikan Perayaan Hari Ulang Tahun ke-50 Tadika Chung Hwa, Likas hari ini. Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan Tiong Hwa Sabah, Datuk Mohd. Sri Datuk Haji Nuar. Forum Perdana sehari yang dianjurkan sempena usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dan Unicef menggalakkan susuan ibu. Di Malaysia Program ini HADIAH SEBUAH PERJALANAN