The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Intan Hamzah, 2024-01-23 07:17:14

Hadiah Sebuah Perjalanan_Draf 1

Hadiah Sebuah Perjalanan_Draf 1

243 HADIAH TERBAIK Hadiah terbaik untuk sahabat ialah doa, Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan, Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan, Hadiah terbaik untuk seorang murid adalah teladan, Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih saying, Hadiah terbaik untuk sebuah kematian ialah Al-Fatihah, Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian, Hadiah terbaik bagi seorang isteri adalah penghargaan, Hadiah terbaik bagi seorang suami ialah kesetiaan, Hadiah terbaik bagi seorang anak adalah pendidikan, Hadiah terbaik bagi diri sendiri adalaj kejujuran, Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w adalah selawat, Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan.


244 Perjalanan kehidupan manusia tidak selalu sesuai dengan apa yang dia harapkan, kadang-kadang seseorang harus melalui jalan yang berliku-liku, setelah beberapa waktu menikmati jalan yang landai. Laluan kita berubah kepada laluan jalan yang penuh dengan warna-warni. Namun kadang-kadang ada masanya kita akan menemui rasa sedih. Itulah putaran kehidupan manusia. “Boleh jadi kita membenci sesuatu, pada hal ia amat baik untuk kita dan boleh jadi kita menyukai sesuatu pada hal itu amat buruk untuk kita….” Menjadi seorang yang baik bukanlah mudah. Banyak cabaran yang bakal kita tempuhi kerana bila kita melakukan kebaikkan kita akan menemui berbagai-bagai ujian. Ramai manusia di luar sana dengan pelbagai jenis dan ragam. Ada yang baik, ada yang zalim dan bermacam-macam lagi. Apapun kita kena kuat dan cekal untuk menghadapinya kerana tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kita jangan memperlecehkan hal-hal kecil, pada hal itu amat berharga di mata Allah SWT. Sedar kah kita bahawa segelas air tidak akan berharga jika dibandingkan dengan minum air mewah lain, akan tetapi air putih amat berharga bagi seseorang yang sangat kehausan di tengah terik matahari. Seruan berbuat baik adalah tuntutan agama, baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Titik kebahagiaan yang sebenarnya adalah ketika kita mampu mengikhlaskan serta memaafkan juga melupakan apa-apa yang telah berlaku. Tidak mudah menerima keadaan yang kita tidak ingini. Namun kita kena redho terhadap takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. Mungkin kita boleh memikirkan yang ini adalah sebuah kebahagiaan tapi jangan lupa bahawa hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Percayalah suatu hari nanti kita akan menemukan kebaikan yang ditakadirkan untuk kita. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini mempunyai bakat masing-masing, saya banyak mengasah bakat dengan mencuba pelbagai cara. Terkadang terpaksa HADIAH SEBUAH PERJALANAN


245 mengambil guru dan ada juga membuat kajian sendiri. Orang yang paling merana jiwanya adalah orang-orang yang ingin menjadi orang lain, sedangkan orang yang bijak adalah orang yang selalu mempelajari akan kelemahan dan kekurangannya. Pesan pada hati.. Tak semua orang sukakan kita, Tak semua orang ikhlas terhadap kita, Tak semua orang jujur dengan kita, Kita tak buat apa pun, orang boleh benci.. Sebab manusia sentiasa berubah, Dan manusia tak pernah ada rasa puas, Itulah lumrah kehidupan yang perlu kita tempuh… Kita memang tak mampu memuaskan hati semua orang, Maka buatlah sekadar yang mampu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


246 “Titik kebahagiaan yang sebenarnya ialah kita mampu mengikhlaskan, memaafkan dan melupakan” HADIAH SEBUAH PERJALANAN


247 KOMEN 12 Datuk Raya, adadalah wanita yang berkualiti. Boleh menjelmakan seorang juara dalam semua bidang yang dia lakukan. Dia serba boleh untuk bertahap dan rajin bekerja. Dia tidak pernah merasa takut untuk mencuba sebarang pekerjaan dalam semua bidang. Dia berani melakukan benda-benda yang jarang orang lain lakukan. Satusatunya perkara yang sukar baginya bila dia tidak boleh membantu orang lain mengubah dirinya sendiri.. Weel HADIAH SEBUAH PERJALANAN


248 “Hidup ini banyak mengajar saya mempercayai diri sendiri, saya telah mengatasi banyak kesukaran dan sampai bila-bila pun saya akan pertahankan kekuatan saya itu…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN


249 Bicara memang mudah tapi kenyataannya, sukar untuk melakukannya jika sekiranya tidak menyedari bahawa hidup ini adalah sebuah perjuangan. Dalam perjuangan semestinya kita memerlukan pengorbanan. Suka duka biasalah, ia akan mewarnai perjalanan hidup kita, kerana hidup ini selalu berputar seperti sebuah roda terkadang kita harus berada di bawah dan kadang-kadang juga kita berada di atas. Perjuangan saya dalam kerja-kerja amal Kebajikan lebih separuh dari usia saya – tiga puluh tahun. Untuk mencapai segala tujuan yang kita inginkan memerlukan sesuatu perjuangan yang tak kenal lelah dan putus asa. Ramai orang merasa lelah, kehilangan semangat dan akhirnya menyerah. Namun sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dengan rintangan dan juga permasalahan hidup. Percayalah bahawa hasil yang kita dapat tidak akan mengkhianati perjuangan yang telah kita lakukan sebelumnya. Tidak ada yang terjadi secara kebetulan di dunia ini, semuanya sudah diatur dan ditetapkan oleh tuah dengan alasan yang terbaik disetiap kejadian. Perjalanan hidup kita memang sudah diatur. Perancangan memang mudah meski pun terkadang perlu bersusah payah menuding segala macam perintah. Itulah suasana kehidupan. Sepanjang hari sibuk dengan jadual-jadual yang tidak pernah berhenti. Setiap detik matahari bergerak tidak pernah terlewat memancu perjalanan hidup ini. Kita perlukan kejayaan dalam hidup ini, yang penting ada kemahuan dan kesediaan untuk berkorban. Ada seorang sahabat pernah bertanya kepada saya (melalui Facebook) rahsia untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Mereka hairan bagaimana saya boleh membahagi-bahagikan masa dengan kerjakerja kebajikan sedangkan saya ada banyak tanggungjawab lain kepada anak-anak sendiri disamping tanggungjawab untuk masyarakat dan juga pengurusan dua buah sekolah agama. “Sebenarnya dalam hidup ini, tidak ada yang mudah dan tidak ada yang rahsia khusus untuk mencapai Kejayaan. Yang penting kita ada perancangan dan anganangan..” HADIAH SEBUAH PERJALANAN


250 “Angan-angan?...” Dia hairan, bila saya sebut pasal angan-angan. “Bukanlah angan-angan macam angan-angan Mat Jenin..” tegas saya. ‘Oh!...OK…” Kita harus ada keseriusan dalam mencanai angan-angan, itu untuk dijadikan citacita yang dibantu oleh imaginas dalam minda. Kita bayangkan dalam mencapai kejayaan, sebelum mencapainya lalu diikuti dengan berdoa kepada Tuhan dan memohon petunjuk dan jangana sekali-kali menyerah pada setiap cabaran. Memang tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini akan kita dapat. Kadang-kadang lain yang kita inginkan lain pula yang kita dapat. Ini semua kerana yang menentukan kejayaan seseorang bergantung kepada ketentuan takdir dari Allah Swt. Hidup ini tidak boleh terlalu bergantung kepada nasib semata-mata kerana nasib seseorang itu tidak sama. Usaha harus seiring dengan nasib iaitu lipat gandakan usaha yang berterusan. Kita perlukan kecekalan semangat, kerajinan yang berterusan dan kekentalan tekad yang luar biasa. pendek kata sesuatu yang lain iaitu ‘Supernatural’ ia suatu rahmat dan anugerah dari Allah SWT. Bagaimana saya membahagi-bahagikan masa untuk mengatur semua jadual waktu tugasan? Saya tetapkan masa untuk setiap tugasan – Contoh :- Satu tugasan menulis selama 1 jam, ia perlu siap atau tinggalkan. KIV sambung nanti. Saya buat senarai kerja yang perlu di dahulukan (List to do first) yang pentig saya dahulukan, yang kurang penting, saya kemudiankan. 2. Membuat perancangan – Jika kita tiada perancangan kita akan buang masa pada kerja-kerja yang remeh temeh. Pada waktu malam selalunya kita rancang sesuatu yang mesti kita selesaikan. 3. Kita buat kerja yang penting pada waktu pagi. Masa ini kita masih ada tenaga kuat. 4. 1. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


251 Belajar menyerahkan tugas kepada orang lain. Dengan membuat delegasi kita boleh fokus kerja lain. 5. Jangan buat kerja separuh jalan, mesti siapkan pada masa yang ditetapkan kecuali ada hal lain yang tidak boleh dielakkan. 6. Tukar jadual dan paling penting ada ruang untuk berehat di antara tugasan yang diatur. 7. Hidup ini sementara sahaja, pejam celik – pejam celik umur kita sudah bertambah, dari itu belajarlah menghargai masa. Kebahagiaan kita adalah ketika kita masih ada sifat baik dalam diri kita sendiri. Dengan itu, kita akan mendapat pujian sehingga yang tidak baik tidak ada dalam diri kita sendiri. Kita boleh menikmati kebahagiaan hidup dengan belajar kekurangan orang lain, contohnya pasangan hidup kita kerana semua itu adalah ujian. Manusia sentiasa dalam kesedihan dan kebodohan bila dalam dirinya ada sifat berprasangka buruk terhadap orang lain. Kedudukan kita lebih tinggi daripada pendengki. Saat kita menoleh ke belakang, kita selalu nampak banyaknya pengalaman yang telah kita lalui. Saat melihat ke sisi, kita akan nampak siapa yang sentiasa bersama kita dalam perjalanan ini. Saat melihat ke ata, kita sedar ada allah yang sentiasa mengajar kita untuk sabar dan redha. Saat memandang ke bawah ,kita sedar bumi mana yang kita pijak dan tanah mana kita bersujud. Ini membuatkan kita lebih banyak bersyukur. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


252 Di sebuah persingahan yang dinamakan kehidupan, Di mana pernah kita pernah lewati malam dan siang, Di mana kita pernah mencumbui sepi bersama sang bayu, DI selisih dedebu ungas yang ganas menerpa pantai, Di celah kasih bebunga, Tiada harum, Tiada warna, Dicelah keramahan senja yang membelai yang kelam, Di sini pernah kau unggapkan janji mengikat kasih, Di sini aku masih menunggu, Namun kau di mana? Di sini aku setia menahan rasa rindu seperti dulu.. Di sini langit mendung lalu memperli ku tiada cahaya.. Di sini akhir cinta kasih berakhir sebuah kehidupan..


253 Bersama Wanita-wanita di Kota Belud selepas memberi Ceramah dan Tazkirah. Program ini senantiasa memberikan saya semangat untuk membantu mereka menjalani kehidupan sebagai suri rumahtangga. Hidup mengajar saya mempercayai diri sendiri, saya mengatasi banyak kesukaran dan saya yakin saya boleh berjaya walau apapun berlaku, saya yakin pada janji Allah itu Pasti, insyallah. Anda mungkin Nampak saya berjuang tapi anda tidak pernah melihat saya berputus asa. Saya sentiasa bekerja keras kerana perkara yang paling penting dalam hidup saya ialah membawa kehidupan yang lebih baik. Saya sanggup mengubah kekuatan dalaman dalam diri saya untuk menerangi hari-hari gelap pada masa yang sama membolehkan kita mengubat ‘parut’ menjadi cantik. Sesekali kita buat, orang akan ingat untuk selama-lamanya. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


254 Di sebalik semua kepayahan yang telah saya lalui. Saya berjuang untuk mengatasi segala kesakitan dan akan berhenti terus tersenyum kerana orang-orang yang saya sayang. Saya tidak perlukan kereta baru atau perhiasan mahal hanya mahu melihat orang-orang yang saya sayangi sihat walafiat, selamat dan bahagia. Insya-Allah kita Bahagia melihat mereka tersenyum, semoga semua keperitan hidup ini akan terbayar dengan adanya hadiah dari Allah. Jangan sekali-kali memandang rendah orang yang bebas. Saya menghadapi masalah dengan sendirian, sesiapa yang mengenali diri saya mereka akan faham. Walaupun dalam pertempuran saya tetap tenang, pemikiran saya seperti seorang pahlawan – dunia ini bukanlah segala-galanya untuk kita perjuangkan bermati-matian. Tuhan sentiasa membimbing dan menerangi kehidupan saya. Perjalanan hidup saya tidak mudah, semuanya berkat kekuatan dan doa kita pasti berjaya melewati segala segala penyakit iri hati dan sifat tamak. Saya mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Mohd Said Keruak dan dianugerahkan empat cahaya mata iaitu Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera serta ramai anak-anak angkat yang tinggal di Rumah Kebajikan Suria, Tuaran. Alhamdulillah suami saya banyak menyokong dan mengangkat perjuangan saya dalam perjuangan membantu masyarakat. Dia memahami jatuh bangun saya dalam bidang ini. Dia banyak memberikan harapan dan kekuatan kepada saya, lebih-lebih lagi bila saya merasa lemah dan tidak mampu melangkah lagi. Dia adalah tongak dalam kehidupan. Kasih sayang dan kekuatannya banyak membantu saya mengatasi kegagalan yang lalu. Dia sentiasa berada di sisi bila masa saya memerlukanya. Dia mengetahui impian hidup saya tidak kira berfaedah atau merugikan kehidupan ini. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


255 HADIAH SEBUAH PERJALANAN


256 Saya sayangkan anak-anak. Mereka menjadi sumber kekuatan semangat saya yang hebat dalam hidup. Tidak kira bertapa penat sekali pun, saya tetap ada masa untuk mereka. Mereka adalah cahaya di mata dan degupan jantung dalam diri saya. Saya akan lakukan segalanya untuk mereka. ANAK PERTAMA – MOHD SYARULNIZAM Lahir pada pagi 10hb. September di Klinik Dr. Raja. Seorang anak yang lasak, sejak kecil penuh dengan karenah. Suka untuk dikawal, semua perkara dia akan tanya; kenapa, mengapa, bagaimana dan macam-macam soalan di kepalanya. Kini dia menjadi seorang peguam dan mempunyai sebuah firma sendiri. Cita-cita asalnya mahu menjadi seorang ahli matematik mahu jadi macam anak Lee Kuan Yew – Perdana Menteri Singapura, katanya. Namun bapanya kurang setuju dan menyarankan dia menjadi peguam. Sewaktu kecil-kecil dulu, saya sudah siapkan dia dengan bimbingan untuk jadi seorang yang ‘berani’ dan tidak suka mengalah. Pernah sekali sewaktu dia patah tangan terjatuh tapi saya bawa juga dia ke latihan ‘karate’. Dia kena akur dan ikut latihan, biar pun sekejap. Saya memberi dia semangat dan sokongan. “Kenapa?” Biar dia berani dan faham erti sebuah perjuangan, masa ini dia baru berusia 7 tahun. Seperti orang lain, dia membesar dengan baik, saya biarkan dia berkawan dengan teman-teman di sekolah biasa. Cuma saya pastikan dia ke sekolah saya sendiri menghantarnya kecuali terlalu sibuk. Selalunya kita sediakan makan dalam kereta dan sampai di rumah dia tidak buang masa untuk bermain atau tengok tv sebelum menyiapkan semua kerja-kerja sekolah. Memang dalam setiap kesempatan kami akan membawa anak-anak bersama HADIAH SEBUAH PERJALANAN


257 memperlihatkan segala aktiviti tugasan kami seharian dalam urusan rasmi di dalam dan di luar negeri. Suatu yang melucukan, bila suatu hari anak saya ni, kami panggil nama timangtimanganya ‘abang’ mahu berpakaian kemeja coat dan tali leher serta membawa beg ‘James Bond’ seperti selalu dilakukan oleh Bapanya ke pejabat. Saat itu saya terkejut dan terdiam sambal tertawa, betul! Saya tak menyangka dia mahu ikut jejak bapanya. “Abang, mau pigi mana?” saya bertanya. “Saya mahu jadi macam Bapa” katanya. Sakit perut saya ketawa. Dia mahu jadi macam Bapa dia? Waktu itu, suami saya berjawatan Ketua Menteri dan selalunya dia menghantar abang ke sekolah sebelum ke pejabat. Mungkin dengan sebab itu dia bercita-cita mengikut jejak bapanya. Alhamdulillah. Selepas itu saya memujuknya dan membawa dia makan KFC, barulah dia diam dan menukar baju. Saya bangga dengan sikapnya yang berani, walaupun belum tahu apa-apa tapi sudah ada tanda-tanda keberanian dalam dirinya. Sikap ini penting untuk dipupuk sejak kecil supaya mereka berani menghadapi masa depan dengan baik, Insy-Allah. Pada masa pendaftaran di Universiti … dia mengambil dua bidang sekali gus. Satu bidang sains politik dan satu lagi Undang-undang. Meskipun ini bukan Universiti ini bukan pilihan pertamanya, dia terpaksa masuk kerana takut ketinggal, maka dia meneruskan sehingga habis setahun. Tidak lama kemudian dia mendapat panggilan dari Universiti pertamanya di Western Australia, berdekatan dengan rumah tempat tinggal mereka. Di sini sistem berbeza dia mendapat kejutan bahawa semua mata pelajaran yang dia sudah belajar di unversiti yang lama sudah dia pelajari di tahun 2. Jadi dia terus masuk ke tahun 3. Selepas itu dia mengambil ‘Master’ dan tamat dalam usia 21 tahun – menjadi seorang Mahasiswa yang termuda menamatkan kursusnya pada waktu itu. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


258 HADIAH SEBUAH PERJALANAN


259 Bahagia itu bukan kita memiliki segala-galanya Tapi kerana kita bersyukur atas segalanya. Alhamdulillah..sebulan setelah berkahwin saya disahkan mengandung, kebetulan pagi itu kakak ipar saya Sandra membawa kedua anaknya Nazim dan Nadia ke klinik, saya pun ikut sama. Pada mulanya, saya tidak percaya apa yang doktor katakan; “Awak mengandung tiga minggu…tahniah!...” “Apa?...” Saya terkejut dan tidak percaya Dr. Daljit mengesahkan saya tidak punya anak kerana penyakit turunan yang saya alami sejak lahir iaitu kekurangan sel darah merah dengan masalah hormon yang tidak stabil. Saya mempercayai kata-kata doktor itu dan sejak itu saya sudah bersedia dengan mind set tidak akan punya anak. Pagi itu satu sejarah yang tidak dapat saya lupakan, mau rasanya mencari doktor itu untuk bertanya kenapa dia berkata demikian. Agak terseksa dengan perasaan sedih dan marah tapi semuanya sudah berlalu. Saya pendamkan perasaan sehingga saya menubuhkan persatuan Teater Kanak-Kanak Salfarena semata-mata untuk menghilangkan rasa terkilan dengan pengesahkan doktor itu. Seratus budak – budak pelarian yang sebahagiannya tidak punya identiti, saya asuh mereka dan jadikan mereka anak-anak angkat. Mereka semuanya suka dengan cara saya mendidik mereka kerana setiap hari saya bagi makan dan minum sebelum mengajar mereka bermain teater atas pentas. Mereka enjoy dan begitu juga ibu bapa mereka. Setiap hari mereka datang ke rumah dan petang pula kami pergi ke sebuah kawasan yang mempunyai pentas terbuka berhadapan dengan hospital Queen Elizabeth. Di sana saya akan mengajar mereka bernafas dan berteriak serta menggerakkan badan mengikut watak masing-masing. Mereka gembira. Sampai satu tahap saya menjadi salah sebuah kumpulan teater yang akan menyertai pertandingan tapi malang tidak kesampaian kerana ada pihak yang tidak senang dengan kumpulan HADIAH SEBUAH PERJALANAN


260 kami dan melaporkan kepada pihak polis kononnya saya membawa anak-anak ini tanpa kad kelahiran dan akhirnya saya tidak meneruskan lagi niat saya untuk mengajar mereka teater. Petang itu sebenarnya saya dan suami mahu makan malam di Hyatt tapi oleh kerana hujan agak lebat kami putuskan untuk menunggu hujan berhenti. Sementara menunggu perut rasa sakit, tapi dalam perkiraan saya masa melahirkan dua minggu lagi. Saya pun cuba bertenang dan duduk di kerusi dekat dengan dapur tapi rasanya makin lama semakin sakit kami pun putus untuk terus ke klinik Dr Rajagopal di Damai, Kota Kinabalu. Tiba di sana lebih kurang jam 8 malam, saya tak tahan terus duduk di kerusi panjang di sudut klinik itu. Semakin lama-semakin sakit pula perut saya, saya cuba bertahan menarik nafas panjang-panjang. Rasa nak buang air besar tapi saya bertahan tidak dapat berbuat apa-apa dan akhirnya saya berbaring di atas kerusi panjang itu. Saat itu pinggang saya terlalu sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk masuk ke dalam bilik bersalin dan terus di suruh menukar baju. Di ringkas cerita masa menunggu kelahiran tidak lama, lebih kurang 5 jam. Tepat jam 11 malam tangisan bayi saya kedengaran. Alhamdulillah – Maha Suci Allah, mengurniakan saya seorang anak lelaki yang kami namakan Mohd Syarulnizam. Sebenarnya, saya bukan mahu mengada-adakan cerita, ini kisah benar saya membimbing ini sejak dari perut. Selepas saja saya disahkan mengandung saya sudah mengatur jadual makan dan juga segala macam selok belok perwatakan termasuk hendak membeli buah-buahan pun kena beli dari orang yang baik-baik sentiasa senyum, kononnya mengikut adat dan cerita orang-orang tua anak dalam kandungan mengikut apa yang kita buat semasa mengandung. Makanan pun kena jaga, semuanya disukat dan dikira jumlah dan kandungan vitaminnya. Tapi bila masa mengidam terlepas juga kadang-kadang. Bayangkan saya boleh menghabiskan sebiji tembikai bersaiz sederhana lebih kurang 2 kg. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


261 Alhamdulillah sebagai orang tua amat penting dalam mencorakkan masa depan mereka. Walaupun abang tidak bekerja di Kuala Lumpur, namun kami biarkan dia memilih langkah untuk bekerja dengan sebuah Syarikat Guaman di Kota Kinabalu. Dengan gaji tiga ribu lima ratus. Dia bertahan juga sampai tiga tahun, kami membiarkan dia bersusah-susah dahulu. Selepas itu, dia berhenti dan cuba mengendalikan Syarikat Guaman sendiri ‘JP Keruak’ namanya, mengambil sempena nama Allahyarham neneknya Tun Said Bin Keruak. Kami pun tidak halangan. “Kamu kena belajar berdikari, usaha sendiri dan yang penting cari duit sendiri..” Walaupun dia nampak cool sebenarnya anak ini lasak sejak kecil. Keluar masuk hospital adalah perkara biasa bagi kami. Ketika umurnya baru masuk 7 bulan, jari kelingkingnya hampir-hampir terputus kerana terjepit pintu yang tiba-tiba tertutup ditiup angin. Waktu itu saya biarkan dia bermain dan berjalan-jalan menggunakan walker. Oleh kerana panik, kami terus membawanya ke Sabah Medical Center, kami terpaksa menunggu 4 jam baru boleh dijahit melalui pembedahan kecil kerana dia baru habis makan petang. Alahai!..tidak sampai empat bulan, kami masuk lagi hospital yang sama kerana dagunya terkoyak selepas tersangkut di kerusi make-up saya, Masa itu dia leka bermain kepala singa yang baru dibeli oleh bapanya dari Hong Kong. Apa lagi, kita pun biarkan dia main sendiri tanpa kawalan sesiapa. Dia memang suka main singa, sehinggakan setiap tahun kami terpaksa memanggil pasukan pemain tarian singa ke rumah. Jiran-jiran pun hairan, mereka fikir kami orang Cina kerana turut mengadakan tarian singa di rumah. Demi kerana anak kita turut saja, lagi pun ini satu budaya dan harganya pun cuma RM100 untuk sebuah tarian lebih kurang 20 minit. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


262 Hidup dalam keluarga besar sentiasa dikelilingi oleh orang ramai bukan mudah, banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Saya tidak mahu anak-anak saya terdedah dengan pelbagai jenayah dan segala macam perkara yang tidak diingini. Inilah salah satu sebab kenapa saya memilih untuk menghantar mereka ke belajar ke luar negara. Alasan lain sebenarnya saya berselisih faham dengan guru kelas darjahnya. “Kenapa? Adakah anak saya ini tidak pintar?...” Saya disuruh untuk semak IQnya. Astagfirullahalaziim!...darah saya naik panas, 24 jam saya mengambil keputusan untuk memindahkan anak saya ke sekolah lain. Pada mulanya, saya bercadang untuk mencari sekolah di sekitar Kota Kinabalu saja tapi gagal kerana masalahnya sekolah kerajaan terlalu ramai lebih kurang 55-60 orang dalam sebuah kelas. Akhirnya saya terbang ke Perth, Australia untuk mencari sekolah yang sesuai. Alhamdulillah, selepas pencarian lebih kurang 2bulan lamanya ada sebuah sekolah yang sesuai, iaitu Western College tidak begitu jauh dari bandar Perth. Empat bulan proses persiapan temu duga dan mencari tempat tinggal, saya pun membawanya ke sana. Hari pertama sehingga minggu kedua saya menghantarnya ke sekolah. Sepuluh tahun juga saya berulang-alik ke Perth Australia. Saya terpaksa mencari apartment yang berdekatan dengan sekolah dan untuk memenuhi masa lapang belajar undang-undang selok belok kehidupan di sini begitu juga memandu kereta untuk memudahkan kami bergerak ke sana-sini. Empat tahun berada di Western College, abang lulus dan mendapat tawaran ke sebuah Universiti yang agak jauh dari rumah tempat kami menginap sehingga ke tahun kedua, dia mendapat satu lagi tawaran berpindah ke sebuah Universiti yang berdekatan dengan rumah. Ini kerana keputusan pertama dia terima itu kerana takut terlepas tawaran ke Universiti yang dia pohon. Almaklum persaingan begitu sengit dan tanpa menunggu dia ambil tawaran pertama tadi. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


263 Untuk tahun pertama abang mengambil dua jurusan sekali gus, iaitu Pengkhususuan Undang-undang dan Sains Politik. Buat semester pertama dan kedua dia tidak ada masalah kerana bahasa penghantar dalam dua bidang ini berbeza, dia tidak terpaksa meninggalkan Sains Politik dan meneruskan pengkhususan dalam bidang Undangundang sehingga tamat dalam masa yang 4tahun setengah. Selepas menamatkan tahun akhir, abang mendapat tawaran Master ke Quenland Universiti di Brisbane. Inilah kali pertama abang pergi sendiri untuk meneruskan pelajaran ke sana. Semasa cuti semester saya membawa Hafeez melawatnya. Hampir seminggu kami bersama mereka di sana, untuk memenuhi masa lapang, saya mengambil kelas memandu kapal terbang. Kebetulan di sana ada kelab belajar memandu kapal terbang. Che!..saja nak teruskan cita-cita menjadi pilot yang tak kesampaian sebelum ini. Tapi baru saja nak buat latihan penerbangan pertama, suami pula tahu dan dia menyuruh abang menahan saya terbang dan menyuruhnya untuk menahan pasport saya dan akhirnya saya disuruh pulang…Aduh!..frust juga masa itu, melepaslah peluang untuk mencuba. Setahun setengah, abang lulus dengan mencapai keputusan cemerlang menamatkan Master Of Law dan mencipta rekod terbaik. Alhamdulillah, suatu pencapaian yang amat membanggakan dia berjaya satu-satunya garaduan termuda yang berjaya menamatkan kursus dalam masa yang singkat. Selalunya jangka masa kursus ini akan selesai 5 tahun setengah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


264 Hafeez mencuba topi abangnya yang baru mendapat Ijazah Undang-undang dari Universiti Queensland, Brisbane Australia. Sekembali ke tanah air, dia terus berkerja dengan salah sebuah Syarikat guaman Mr. Pang & Co. di Kota Kinabalu. Dengan gaji miniman RM3,500.00, sekadar untuk mencari pengalaman, beberapa tahun kemudian barulah dia membuka pejabat guamanya sendiri, JPKeruak namanya. Alhamdulillah, dia sudah mampu bekerja dengan yakin dan mempunyai banyak pelanggan di samping membantu mengajar anak-anak guam yang masih baru. Sebelum ini dia sempat menjadi Setiausaha kepada Persatuan Peguam Sabah dan di Brisbane dahulu dia pernah menjadi Persiden Mahasiswa Malaysia. Abang berkahwin dengan Faezahnur bte Saddi, anak salah orang bekas Yang Berhormat dari Beluran Sandakan. Mereka mempunyai seorang anak, namanya Rynata Orked berusia 8 tahun. Usia perkahwinan mereka sudah masuk 9 tahun. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


265 Kami rayakan mengikut adat tradisi suku kaum Bajau dan Dusun kerana saya dan suami dari suku kaum Dusun dan Bajau manakala pihak perempuan keturunan Dusun dan Sungai. Tahun ini 2023, abang sudah masuk 36 tahun, semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan seluruh rahmatnya pada abang dan keluarga tercinta, Pija dan Orked. Rasanya baru semalam saya menghantarnya ke sekolah tadika tapi masa berjalan begitu cepat. Sekarang abang sudah dewasa kena pandai jaga diri, perapikan iman dan yang penting jaga hubungan dengan Allah. Jadilah pemimpin yang baik dan jalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan komitmen. Mudah-mudahan berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah. Abang berusia 3 tahun dia sudah masuk play school. Usia 7 bulan dia sudah sampai di Jepun, negeri matahari terbit. Dia anak yang lasak dan hobinya suka membaca dan tidak banyak ramai kawan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


266 Saya membenarkan dia bergaul dengan sebarang orang-orang yang tidak kami kenali, kalau adapun mereka mesti kawan-kawan mereka harus datang ke rumah. Kami selalu membantu mereka belajar dari pergerakan jam tangan yang selalu boleh dilihat atau tidak tetap saja bergerak, dihargai atau tidak tetap saja berpusing, walaupun tidak ada yang berterima kasih dia tetap bekerja setiap masa setiap jam setiap minit bahkan setiap saat. Begitulah kehidupan ini, senantiasa berbuat baik walaupun kebaikan kami tidak pernah diendahkan oleh orang lain. Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur turut hadir di Majlis perkahwinan anak kami Mohd Syarul Nizam dan isterinya Faezahnor bte Saddi. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


267 Perkahwinan dengan menggunakan pakaian tradisi suku kaum Bajau. Mereka menyiapkan kuda bajau untuk membawa pengantin lelaki ke rumah pengantin. Abang berkahwin dengan Faezahnur bte Saddi, anak salah orang bekas Yang Berhormat dari Beluran Sandakan. Kami rayakan mengikut adat tradisi suku kaum Bajau dan Dusun kerana saya dan suami dari suku kaum Dusun dan Bajau manakala pihak perempuan keturunan Dusun dan Sungai. Perjalanan hidup ini seperti langit, terkadang cerah dan bersinar indah, layakanya ada harapan dan impian kita.. Kini mereka mempunyai seorang anak Rynata Orked berusia 8 tahun. Usia perkahwinan mereka sudah masuk 9 tahun. Pasangan Pengantin dengan pakaian tradisi Bajau – Kota Belud Lelaki akan menggayakan Badu Sampit (baju), Tanjak, Suar (seluar), Ingkot Pangkat (tali pinggang) dan Selendang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


268 Adakalanya awan pekat menampakkan tanda-tanda hujan, gelap gelita ibarat hari akan menjadi malam. Itulah realiti kehidupan berjalan, semakin besar harapan tentang kehidupan, semakin banyak rasa kecewa yang kamu dapat. Ketika kamu mempunyai hati yang baik, kamu akan mudah kasihan dengan orang lain, kamu akan mudah memberi, kamu akan sering menolong orang, kamu akan sering mengalah untuk kepentingan orang lain dan seterusnya. Biasanya kamu adalah orang yang sering disakiti kerana bukan semua orang tahu diri untuk berterima kasih. Hanya saja kamu selalu percaya, jika Allah tidak pernah tidur untuk mengetahui semua kebaikanmu Mengambil hak orang yang bukan milik kita bukanlah pencapaian yang boleh dibanggakan. Kita memerlukan usaha dan titik peluh. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup ini. Sebagai seorang usahawan kita perlu berusaha keras dan tidak bertindak semberono untuk mendapatkan wang. Seharusnya kita melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita, kalau kail panjang sejenkal janganlah lautan hendak diduga. Setiap orang memilih kemampuan tertentu untuk melakukan sesuatu dan kadang-kadang jika tuah menyebelahi kita akan mendapat lebih daripada yang kita harapkan. Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa bahawa kita juga mengambil risiko. Orked bersama Daddy dan Mummynya. Dia Qatam Al-Quran dalam usia 5 tahun dan kini dia sudah berada di dalam Darjah 2. Alhamdulillah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


269 KES EBIT LIEW – Anak saya, Mohd Syarul Nizam menjadi salah seorang peguam yang membantu kes salah laku gangguan seksual beliau. Perbicaraan di lakukan di Mahkamah Tenom. ANAK KEDUA - SYAZEERA Anak kedua saya Bernama Syazeera berkahwin dengan Mohd Syafiee seorang jurutera dan mempunyai seorang anak perempuan Intan Surraya , berumur 5 tahun. Kelulusan seorang Interior Arkitek, Mantra Design dari Curtin Universiti , Perth Australia. Kini sedang mengusahakan syarikat sendiri dengan pelbagai aktiviti kebajikan syarikat keluarga. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


270 Tersenyumlah meski hari mu tidak seindah mimpi, Selama kesabaran di dalam hati mu masih ada, Maka selalu ada terbaik untuk di syukuri, Di saat kamu ikhlas dengan keadaan mu, Di situlah Allah sedang merencakan kebahagiaan mu. Jadilah diri sendiri, ramah baik hati itu, Yang perlu kita pelajari, Hidup itu sulit tetapi seberapa sulitnya kehidupan di situ pasti ada jalan, Dan dibalik jalan yang kita temukan pasti ada kemudahan, Di setiap kemudahan pasti ada sebuah keberkahan. Syazeera bersama Erra Fazira, selebriti tanah air HADIAH SEBUAH PERJALANAN


271 Gambar Perkahwinan Syazzera dan Syafiee dalam pakaian tradisi suku kaum Dusun Lotud, Tuaran. (Dari kiri – Syaffie, Mama dan Mak Cik & Syazeera) Majlis Potong Rambut anak sulung mereka Intan Surraya. Gambar bersama ibu bapa Syaffie Datuk Haji Anan dan Datuk Halimah. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


272 Intan Surraya 5 tahun. Seorang anak yang pintar dan cergas.Sekarang berada di play school dan sedang giat belajar mengaji. Insyallah tahun ini Qatam sekarang sudah masuk juzuk 12. “Hai! Nama saya Intan Surraya, saya anak Malaysia” Sambutan Hari Jadi Intan yang Ke-5 tahun. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


273 ANAK KETIGA – MOHD HAFEEZ SALLEH Hidup sedarhana, suka mencuba sesuatu yang baru. Pernah belajar di Islamic International School, Perth Australia sebelum ke Jepun. Never Give Up. Menangis lah kerana berulang kali gagal tetapi jangan pernah menyerah kerana ramai kawan-kawan di belakang mu memberikan sokongan untuk terus berjaya, Hafeez. Hafeez 11 tahun dan Syeera 7 tahun, Perth Australia. Enjoy Your Life, Kita adalah orang yang menarik, Bagi mereka yang memahami kita, Kita adalah istimewa bagi mereka, Yang menyayangi kita, Tapi kita adalah peribadi yang menjengkelkan, Bagi yang tidak menyukai kita, HADIAH SEBUAH PERJALANAN


274 Akan ada orang yang tidak selesa dengan kelebihan kita namun begitu kita tidak perlu risau, yang penting kita tahu apa yang kita buat bukan apa yang mereka suka, elakkan dari terlalu mendengar cakap orang-orang di sekeliling kita dan jangan terlalu bergantung kepada mereka, yang paling baik bergantunglah kepada Allah. Semasa belajar di Islamic International School, Perth Australia. Hafeez menayang dengan bangga hadiah Medal badminton – Naib Johan, Piala Dunia – Moning Cup, Taipei di Taiwan. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


275 ANAK KEEMPAT SYEERA. Anak keempat Syeera, dia ada berbeza sikit karakternya. Sifatnya agak pendiam dan suka menyendiri di dalam bilik. Umur 2 tahun lebih sudah saya hantar ke taman permainan kanak-kanak Chung Hwa. Dialah satu-satunya anak kami yang boleh menguasai bahasa Cina dengan baik. Saya menghantarnya ke Chung Hwa Play School, waktu itu, dia baharu berusia empat tahun, selepas itu dia meneruskan ke darjah satu sehinggalah ke darjah tiga. Oleh kerana tekanan yang agak berlebihan dari peraturan di sekolah ini (tidak ada rehat langsung) Seawal 5.30-selepas Subuh pergi sekolah dan berakhir 5.30 lewat petang, lepas itu sambung dengan tuisyen dalam Bahasa Cina kecuali Bahasa Malaysia saya mengajarnya sendiri. Selepas darjah tiga saya menghantarnya ke sekolah Antarabangsa di Kota Kinabalu. Di sekolah baru ini ramai guru-guru dan ibu bapa dari luar negara. Sementara menunggu anak saya Syeera balik, saya mengambil kesempatan untuk mengajar Bahasa Malaysia. Ramai juga di kalangan mereka turut mengambil bahagian. Saya tidak kenakan apa-apa bayar hanya sebagai sumbangan biasa. Dua tahun kemudian, dia ada masalah kerana menurut kata guru kelasnya, Syeera adalah di antara budak yang pandai dan ramai dari kawan-kawan perempuannya cemburu. Dia dibuli oleh mereka, masalah ini saya tidak ketahui HADIAH SEBUAH PERJALANAN


276 sehinggalah kakaknya Syazeera yang belajar di Perth, Australia waktu menghantar salinan surat ugutan daripada salah seorang rakan sekelasnya. Pada mulanya saya menyangka tidak ada apa-apa tetapi bila saya mendapat salinan surat ugutan daripada murid itu, darah saya mendidih lalu keesokan harinya saya terus berjumpa dengan guru kelas tetapi guru itu kata: “Nothing to worry..” “Ok..sorry..” Selepas beberapa hari kejadian itu, semakin kerap pula Syeera membuat alasan untuk tidak ke sekolah, bermula dengan pakaian seragam tidak kering dan tidak ada kelas dan macam-macam lagi alasan lain yang tidak masuk akal. Kali ini, saya tidak lagi berlengah terus berjumpa dengan Guru Besar sekolah itu. Berkali-kali juga saya membuat temu janji tapi macam-macam alasan mereka beri - Guru Besar sibuk, dia tak datang pagi mungkin petang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


277 Pagi itu selepas menghantar Syeera ke kelasnya, sekali lagi saya berjumpa dengan guru kelasnya namun kali ini dia senyum membuatkan hati saya bertambah panas dan mengambil keputusan untuk buat laporan ke Balai Polis Karamunsing. Pegawai Peribadi suami saya – Tony Seng membuat temu janji dengan Ketua Polis Karamunsing namun waktu itu beliau berada di Tawau. Saya pun tidak kisah, meneruskan juga niat ke sana, walaupun terpaksa membatalkan program lawatan ke Hospital Likas bersama isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sesampai di balai, saya berjumpa dengan seorang kakitangan polis yang bertugas. Beliau mengambil laporan dengan pantas dan terus menulis. Tengah-tengah menulis laporan dia berhenti dan keluar bersama beberapa orang pegawai polis yang turun dari tingkat atas untuk menunggu, kononnya mahu menyambut kedatangan Datuk Raya. Astagafirullahalaziiim… Masa itu mereka tidak mengenali saya kerana penampilan saya agak ‘selekeh’ dengan jeans dan T-shirt sahaja, almaklumlah saya baru balik dari sekolah menghantar Syeera ke sekolah. “Kenapa?...” “Maaf, Puan. Kami sedang menunggu kedatangan Datuk Raya tadi ada panggilan dari Ketua kami, datang pagi ini.” “Alahai!...sayalah Datuk Raya?....” Mereka ketawa, semacam tidak percaya. Mungkin juga melihat penampilan saya, pakaian biasa T-shirt dan seluar jeans. Hairan bin Ajaib! Bila mereka semak laporan saya tadi, baru mereka tergamam kerana dalam laporan itu tidak saya nyatakan siapa saya. Pendidikan (?) cerita-dalam keadaan serba salah mereka menjemput saya masuk ke dalam bilik khas dan di sinilah saya menyambung laporan tadi. Tidak sampai 1 jam salah seorang pegawai polis terus ke sekolah untuk siasatan. Tidak menunggu lama, lewat jam 2 petang saya mendapat panggilan dari Guru Besar sekolah ingin berjumpa dengan saya tapi saya kata “Sibuk!...” kebetulan HADIAH SEBUAH PERJALANAN


278 saya ada kawan dari luar negara. Saya pun mengambil kesempatan untuk tidak melayan mereka. Sibuk jugalah mereka merayu untuk saya menarik laporan polis kerana akan membawa masalah kepada penutupan sekolah tersebut. Sehingga lewat malam lebih kurang jam 9.30, pegawai polis datang ke rumah untuk saya meminta saya menandatangani surat penarikan laporan. Saya pun akur dan menurunkan tandatangan dengan syarat semua ibu-bapa anak-anak yang menganggu anak saya memohon maaf secara bertulis. Selepas beberapa minggu Syeera sudah takut ke sekolah, puas juga dipujuk tapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sebuah sekolah antarabangsa di Nilai, Negeri Sembilan. Di sinilah dia meneruskan persekolahnya sebelum terbang ke Perth, Australia. Kami mempunyai dua orang cucu yang comel, Orked dan Intan Surraya. Merekalah penghibur bila kami sunyi. Orked adalah cucu sulung kami, anak kepada abang dan Pija. Saya menjaganya sejak lahir, sehinggalah mereka mendapat pembantu yang menjaganya di rumah. Kedua ibubapanya sibuk, bapanya sebagai Peguam dan ibunya pula seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah. Bersama Intan Surraya 5 tahun dan Renyata Orked 8 tahun HADIAH SEBUAH PERJALANAN


279 Orked belajar mengaji dengan saya sejak pandai bercakap 3-4 tahun. Dalam usia 5 tahun dia sudah qatam Al-Quran. Sehingga kini dia masih lagi meneruskan hafazan surah-surah pendek dan sudah mula belajar solat. Prinsip hidup saya, jangan takut menawan impian. Semua orang boleh mencapainya, walaupun kita mempunyai kelemahan. Kehidupan ini, merupakan sebuah perjalanan yang penuh dengan onak dan duri. Yang menentukanya adalah diri sendiri, suka atau duka kita yang menanggungnya. Ia adalah sebuah ibadah dan perlu dipupuk dari awal untuk segenap keperluan kehidupan kita. Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan setiap orang hanya dibalas mengikut yang dia niatkan. “Prinsip hidup saya, senang…. Jangan! Takut menawan impian. Sekali anda melangkah teruskan… jangan pernah takut pada cabaran…” HADIAH SEBUAH PERJALANAN


280 HADIAH SEBUAH PERJALANAN


281 PENGALAMAN HIDUP MENGAJAR SAYA, LEBIH BERANI Pagi ini, saya melawat sekolah Suria. Waktu mesyuarat dengan Guru Besar, saya sempat bercerita tentang tabiat ‘Semut Merah’. Dua hari lalu saya menyiram tanaman di kebun bunga, saya melihat semut-semut berjalan ke hulu ke hilir mereka menundukkan kepala bila mereka bertemu antara satu dengan yang lain. Aduh! Dalam kepala saya tertanya-tanya apa agaknya erti di sebalik bahasa isyarat yang mereka lakukan itu. Mungkinkah ini cara mereka bersapa atau menghormati di antara satu dengan yang lain? Mungkin juga. saya tertarik dengan cara mereka berinteraksi, kalau begitulah budaya kita hormat menghormati antara satu sama dengan yang lain alangkah baiknya. Lalu, semut merah itu meneruskan pejalananya. Tetiba mata saya fokus kepada salah seekor semut yang patah kakinya. Alamak!...Kesian pula, ada kawan dia menolong, ada yang menarik kakinya dan ada pula yang cuba menarik daun kayu untuk dijadikan kenderaan untuk mengangkatnya ke tempat yang selamat dan berpuluh-puluh ekor lagi yang lain membantu, ada juga yang sekadar mengiring di belakang. Begitulah cara mereka bekerja, hebat cara mereka bekerjasama. Tahniah! Semut. Alahai!..seronoknya jadi semut. Aku melihat budaya mereka suka menolong antara satu sama yang lain-tidak seperti sesetengah manusia, ada yang bodoh tapi sombong, tidak mahu menolong orang lain. Ada pula sesetengah tu suka menindas orang lain atau membiarkan kawan dalam kesusahan – memijak mereka tanpa belas kasihan. Tapi bila kawan dia senang, cepat pula dia datang bertanya khabar. Mengaku saudaralah, kawan baiklah...ha-ha-ha. Alangkah baiknya, kalau budaya kita sama seperti budaya semut merah ini. Tidak ada perlanggaran adat dan norma-norma kehidupan, apa lagi Covid-19. Siapakah nanti yang akan membantu, jika budaya membantu dan memahami ini hilang? Kesian juga semut merah, tiada lagi yang memahami kehidupan mereka. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


282 Wahai semut merah, janganlah kau bersedih dan berputus asa bersabarlah. Suatu masa nanti Engkau pasti akan mencapai kejayaan. Percayalah, itu janji Allah Swt, itu pasti!.. Selamat ya semut merah. Berjuang lah sehingga ke titisan darah yang terakhir, jangan goyah dan jangan berputus asa, selagi kau bernafas, selagi itu kau terus berjuang. Hidup ini adalah berjuangan!.. Insyallah kau akan berjaya – ‘Kun Fayya Kun’. Itulah akhirnya cerita semut mereka yang boleh kita jadikan panduan. MINAT MENANAM BUNGA Saya memang gila bunga. Sanggup ke luar negeri semata-mata mencari bunga. Setakat ini saya punya banyak tanaman bunga Orked dan segala macam jenis bunga. Hobi ini banyak memberikan saya inspirasi untu berkarya, menulis dan melukis sambil melihat bunga. Saya banyak menggunakan wang untuk membeli berbagai-bagai jenis orked untuk ditanam di rumah. Ada setengah orang merasa bahagia dengan mendengar lagu, muzik sebagaimana orang bahagia dengan membaca dan menghafal al-Quran tapi saya bahagia melihat bunga yang kembang. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


283 20 LAWATAN SOSIAL “Saat kamu melakukan gagal kamu akan mendapatkan hikmah. Jika kamu tidak melakukan apa-apa, kamu kalah oleh rasa takut, percayalah kamu akan rugi.” Selain melawat ke pusat kebajikan dan agensi-agensi kerajaan, saya gemar singgah ke tamu di sekitar Sabah yang memiliki keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai bahan mentah dan barangan keperluan masyarakat majmuk di Sabah seperti sayuran, buah eksotik dan makan tradisi. Aktiviti pada hujung minggu; Membeli sayuran segar di pasar tamu Keningau. Di mana mereka ini adalah penduduk kampung yang perlu diberikan perhatian kerana kegigihan mereka berusaha. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


284 Inilah salah satu cara saya berkenalan dengan orang-orang kampung . Pernah suatu hari saya masuk kampung ‘Tombotuon’ di mana masa itu kami bermalam di Home Stay yang dikendalikan oleh Datuk Andy Chua, semasa riadah pagi itu, saya anakanak Suria bersama kawan-kawan satu rombongan ikut mencabut kacang tanah, kebetulan dia sedang mencabut. Lalu seorang kawan bertanya padanya, siapa saya? Kenalkah?.. Pada mulanya, dia betul-betul tak percaya, saya adalah isteri kepada wakil rakyat Usukan – kebetulan waktu itu, suami saya Datuk Salleh Tun Said, adalah wakil rakyat. Selama ini mereka hanya mendengar nama saya, kononya saya berasal dari Semenanjung, tak pernah masuk kampung apa lagi bergaul dengan masyarakat kampung. Lucu juga kisah ini tapi ini adalah pengalaman pertama saya berada di kampung. Selepas semua kekacang itu dibersihkan, mereka masukan dalam tiga jenis karung untuk di bawah ke tamu untuk dijual. Bayangkan harga kekacang ini boleh menampung keperluan dapur sebulan. Bayangkan berapa saja hasilnya, tak sampai RM50.00,dapat membeli beras, gulakopi dan ikan masin. Itu belum masuk untuk tambang pengangkutan dan keperluan lain. Saat itu hati saya sedih lalu membeli semua kekacang itu dengan menghulurkan wang kertas RM100.00. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


285 Ini adalah salah seorang penjual di tepian jalan. Dia ingin sekali mengenali saya, lalu saya pun mengajak dia bergambar tanpa memperkenalkan saya siapa. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


286 Tamu Tamparuli ; Pebagai jenis buah-buahan ada di sini, kita dapat menikmatinya dengan harga yang murah. Saya berkesempatan bercerita dengan mereka, peniaga kecil ini datang dari jauh di pelusuk kampung. Mereka sanggup berkorban untuk keluarga. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


287 Uniknya Tamu Kota Belud bukan sekadar pasar minggu. Ia sudah berusia 135 tahun, dimulakan oleh William Preyman, Residen British pertama di Tempasuk waktu itu. Ia terletak di kampung Siasai. Setiap Ahad, seawal jam 6 pagi, orang ramai mula memenuhi tamu ini, ia terletak 76 km dari Kota Kinabalu. Untuk membeli barang keperluan seperti makanan, kueh mueh hingga kraftangan, dengan ada pengujung datang dari lain daerah seperti Tuaran, Kudat, Ranau, Penampang dan seluruh negeri Sabah. Apa yang menarik di sini? Bagi saya, uniknya tamu ini, kitab oleh berkomunikasi dengan pelbagai bahasa dengan para peniaga atau pengunjung yang mampu berbahasa selain Bahasa Malaysia. Jangan merasa terkejut jika ada yang mendengar masyarakat Cina bercakap dalam Bahasa Bajau, Kadazan serta Iranun. Tamu Kota Belud : Tempat ini memang terkenal dengan barang-barang antik seperti parang ‘etnik’ Bajau. Rata-rata mereka ini membuat sendiri dengan bermacam-macam bentuk. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


288 21 BERDAKWAH DALAM ISLAM Saya mengenal Islam sebelum memeluk agama ini. Seawal usia 12 tahun saya sudah mengikut kelas agama di sekolah rendah. Pada masa itu tidak ada larangan untuk mereka yang bukan beragama Islam belajar agama Islam. Saya menghadapi banyak rintangan mencari hidayah Islam. Saya pernah disuruh berdiri di atas kursi semasa berada di tingkatan 2. kerana tidak membaca Al-Fatihan dalam ujian. bila disuruh oleh Ustaz yang mengajar kami menyuruh kami menghafal surah ini. Saya sudah menghafalnya awal-awal surah ini tapi seorang kawan saya Salbiah mengatakan - orang bukan Islam tidak boleh membacanya. Jadi saya pun akur, bila sampai giliran saya, saya hanya diam dan akhirnya saya di suruh berdiri di atas kerusi sehingga kelas agama berakhir (lebih kurang 30 minit). HADIAH SEBUAH PERJALANAN


289 22 PEMIKIRAN MASA DEPAN Kita harus ada pemikiran yang kukuh pada disiplin ilmu tertentu barulah kita boleh berjaya dalam hidup. Fikiran yang kukuh dan disiplin ilmu akan mampu mensintesiskan segala bentuk kemajuan dan pelbagai sumber.Selain itu, kita tidak akan mampu mengambil faedah dari maklumat yang banyak, tiada kemampuan untuk kita berfikir menghasilkan karya yang baru dan hanya akan dikendalikan oleh teknologi. Pendidikan adalah kunci untuk membangun untuk masa depan, manakala pendidikan masa lalu akam menanggung beban melatih minda. Untuk mengembangkan bakat dan pemikiran mereka kita perlu memberikan ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan ilmu. Kita harus melihat masa depan mereka dengan mengevaluasikan tren dan mengideenfitasikan senario yang mungkin dapat mentafsirkan masa lalu. Kita tidak hanya perlu memiliki rencana tetapi kita harus menerapkanya dalam kerjaya atau latihan. Tuhan memberikan kita ilmu untuk dikongsi bersama, kenapa kita tidak melakukan itu terhadap mereka yang masih belum ada kemahiran berfikir, apa lagi untuk masa depan mereka. Kita tidak boleh merasa puas dengan apa yang kita miliki. Kita perlu melatih diri untuk bertanya; “Apa ada lagikah yang harus kita belajar?..” Mengambil pandangan holistik tentang masa lalu yang boleh menghasilkan wawasan yang sering disembunyikan kepada orang lain. Menjadi pandai dalam pemikiran strategis bererti kita tidak mampu untuk hanya hidup di masa sekarang. Kita harus mengembangkan intuisi yang sihat tentang masa depan dan pemahaman yang jernih HADIAH SEBUAH PERJALANAN


290 tentang masa lalu. Tuhan memberikan kita rezeki untuk dikongsi bersama, bukan hanya untuk diri sendiri. Cita-cita saya hanya satu ingin membantu seberapa ramai mereka yang memerlukan. Dalam hidup ini, setiap orang ingin bahagia dan tidak ada stu pun manusia yang ingin merasakan hidup susah. Hanya cara kita sahaja yang berbeza-beza untuk meraih kebahagiaan itu. Di sinilah letaknya kita boleh membezakan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman. HADIAH SEBUAH PERJALANAN


291 Sahabat, Sebuah perjalanan yang jauh, Pastinya akan membuat mu lebih, Memahami akan kehidupan sebenar, Carilah makna dan pengalaman hidup, Ianya adalah ilmu yang besar dan serius, akan membawa mu kembali ke dalam, Diri mu sendiri. Perjalanan akan mengajar mu lebih toleransi, Dan membuat mu lebih kaya dengan pengalaman, Ingat!.. hidup ini sekali sahaja, Pengalaman akan mendidik mu, Menjadi manusia yang bermarwah, Kutiplah ilmu sebanyak mungkin, Aku akan terus mendoakan mu, Meski pun dari kejauhan. Ingat!.. Hidup ini sebuah perjuangan, Berjuanglah demi Bangsa dan Negara, Berjuanglah Demi Bangsa & Negara! DRE


292 Ramai orang pandai bercakap sebenarnya tapi saya tidak berbuat begitu. Selalu saya tenggelam dengan kesibukan membuat urusan-urusan dunia kebajikan. Ada juga yang bertanya untuk apa? Entahlah! Saya melakukan semua ini kerana terpanggil sejak sedar tak sedar kehidupan masalah yang harus kita lalui menjadikan kita berusaha untuk memperbaikinya lalu menanamkan cita-cita untuk keluar dari belenggu kemiskinan kita perlu berusaha membantu dan jangan hanya menunggu dibantu oleh orang lain. Nyawa kita hanyalah satu, akan tetapi dengan membuat kebaikan boleh membantu kita memperpanjangkan amalan untuk akhirat, insya Allah. Hanya satu yang kita harapkan iaitu redha Allah SWT. Ayuhlah.. Kita berusaha mengumpulkan kekuatan untuk menjadi antara bintang-bintang di langit kerana kita tidak mungkin mengharapkan pelangi yang sudah hilang, perginya tidak akan kau temui lagi, percayalah Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya... Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan. “Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan. Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus! Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawankawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!” Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.” Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus. “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada HADIAH SEBUAH PERJALANAN


Click to View FlipBook Version