The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46278490, 2021-07-26 09:02:29

FOLIO BINA INSAN GURU 2021

FOLIO BINA INSAN GURU 2021

Bentuk Berdinding Bentuk Terowong

Khemah Terbuka

 Mendirikan Khemah (Khemah Dome)
o Bersihkan tapak khemah seperti membuang batu, ranting atau dahan kering.
o Pastikan arah angin. Elakkan dari bertentangan dengan arah angin masuk jika
khemah hanya mempunyai 1 pintu masuk sahaja.
o Hamparkan khemah dan pasangkan pancang tapak pada sudut 45 darjah.
Pastikan pancang ditanam rapat ke tanah.
o Masukkan kerangka, dan naikkan badan khemah ke atas dan kedua hujung
rangka dilekatkan pada tapak yang disediakan oleh pengeluar.
o Aklhir sekali, pasangkan helaian atas(flying sheet) bagi tujuan kalis air dan
penebat cahaya.
o Ikat semua tali yang disediakan. Jika tali yang disediakan pengilang terlalu
kecil, tukar kepada tali yang lebih besar supaya mudah diikat.

 Penyelenggaraan Khemah
o Merupakan proses yang paling penting untuk memastikan jangka hayat
khemah lebih lama dan sentiasa sedia untuk digunakan.
o Proses ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu

a. Sebelum
i. Minta peserta periksa keadaan khemah dari segi
kesempurnaan dan kesediaan untuk digunakan.
ii. Latih peserta mendirikan khemah terlebih dahulu dan berikan
aspek-aspek penting yang perlu difahami seperti langkah
mendirikan khemah, ikatan atau simpulan, teknik pemasangan
pancang, baik pulih bahagian yang rosak atau lengkapkan item
yang kurang.
iii. Kenalkan mereka bahagian khemah dan fungsinya.

iv. Kemas dan simpan khemah dengan tandakan mengikut identiti
peserta yang memeriksa.

b. Semasa
i. Agihkan khemah kepada peserta mengikut khemah yang telah
diperiksa oleh mereka sendiri.
ii. Pastikan langkah, teknik ikatan, pemancang dilakukan dengan
betul.
iii. Pastikan pemilihan tapak dan posisi khemah adalah betul dan
sesuai.

iv. Pastikan peserta sentiasa memeriksa keadaan khemah dari
masa ke semasa.

c. Selepas
i. Peringkat ini paling penting diberi perhatian oleh pengelola
perkhemahan.
ii. Pastikan peserta buka khemah dengan tertib :
 Bersihkan khemah dengan mengeluarkan barang-
barang dan sampah.
 Buka dan lipat helaian atas khemah.
 Buka ikatan tali dan pancang, pastikan dibersihkan dan
simpan dengan sempurna dalam sampulnya.
 Buka kerangka atau tiang dan simpan dalam bekas yang
disediakan.
 Lipat badan khemah dan bersihkan dari lumpur atau
pasir yang melekat.
 Simpan dalam beg. Pastikan khemah itu benar-benar
kering.
 Basuh khemah jika diperlukan.

 Keringkan dengan cara gantung khemah secara
terbalik. (tapak di atas)

2.2 Malaysia Cergas, P a t ri o t i k , S e n a m r o b i k da n A k t i v i t i K a li s t e ni k
Malaysia Cergas adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi penekanan

kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan bakal
guru.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan yang berteraskan kepada
penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Disamping itu
juga, aktiviti ini bertujuan menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Malaysia khususnya bakal guru.akan kepentingan kesihatan yang perlu dipupuk melalui
kegiatan fizikal dan rekreasi. Amalan sihat ini perlulah dikekalkan dan dilakukan secara
berterusan. Aktiviti yang dijalankan dalam Malaysia Cergas ialah menaikkan bendera, kawad
kaki dan diakhiri dengan senamrobik.

2.3 Menaikkan Bendera dan Kawad Kaki
Aktiviti naik bendera akan diadakan pada setiap pagi.
a. Lantik seorang Ketua Peserta atau ketua yang bertugas. Ketua Peserta berdiri
di tengah-tengah menghadap barisan kumpulan. Ketua Peserta menentukan
petugas untuk menaikkan bendera dan pembaca doa.
b. Bariskan anggota/peserta bertiga-tiga mengikut kumpulan menghadap tiang
bendera. Ketua Kumpulan berada di hadapan di tengah-tengah kumpulan.
c. Ketua Kumpulan dikehendaki melapor kepada Ketua Peserta tentang jumlah /
kedudukan ahli kumpulan
d. Ketua Peserta/Petugas akan memberikan hukuman:
 Sedia
 Ke kanan lurus ( dan pandang depan)
 Bendera (Panggilan)
 Lagu Negara-Ku
 Lagu Guru Malaysia
 Bacaan doa.
e. Selepas upacara naik bendera, Ketua Peserta akan menyerahkan kepada
Ketua Jurulatih untuk menyampaikan amanat untuk hari tersebut.

Susunan Upacara Naik Bendera
(protokol susunan bendera mengikut negeri masing-masing)

JJJ Bendera Petunjuk:
21 3
KK 1 : Bendera Malaysia
xxx xxx JJJ 2 : Bendera negeri
xxx xxx 3 : Bendera Institut/BPG
xxx xxx KP J : Jurulatih

KKK KP : KETUA PESERTA
xxx xxx xxx K : Ketua Kumpulan
xxx xxx xxx xxx : Barisan peserta
xxx xxx xxx
K
xxx
xxx
xxx

2.4 Tazkirah / Kerohnian / Moral
Aktiviti tazkirah dan kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri yang

mantap dalam kalangan bakal guru sekiranya dilaksanakan sejajar dengan keperluan
pelajar.Justeru adalah penting bagi institusi pendidikan guru melatih bakal-bakal guru untuk
menjadi insan yang bermoral dan memiliki sahsiah yang dikagumi.

2.4.1 Pemantapan Etika Kerohanian

2.4.1.1 Tazkirah Imam Ghazali

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam al-
Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan
kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh
dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan
bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka
berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’

Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada
masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: “Apa yang
paling besar di dunia ini?”

Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan
itu benar, kata Imam al-Ghazali.

Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila
rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf).

Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu
menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab
baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan benar, kata
Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat ayat 72,
surah al-Ahzab)

Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu
ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai
manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang
menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali,
tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’

Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-
muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.

Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah
manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai
perasaan rakan sendiri.

Sekian, assalamulaikum...dan bertemu di waktu yang sama.

2.4.2 Amalan Solat

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

- Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat
Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud
merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali
Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

- Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat
& 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL
hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang
benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada
waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan
minuman.

- Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu
akan dipenuhi.

- Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah
janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari
itu.

- Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas
Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa
mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan
orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan
memberkati rezeki.

- Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda:
“Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran
adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di
dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah
Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

- Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir],
100x selawat & 100x istighfar}.

- Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan

berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah
akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya
selain dosa syirik.”

- Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi
keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

- Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah
mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan
menemuinya.

- Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada
azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk
dan surah As-Sajdah.

= Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan
kejahatan.

= Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW
tunjuk ajar.

- Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah
keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang
baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

- Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan
peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk
sifat Taqwa.

- Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-
Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah
ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

- Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di
hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda:
‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah
cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

- Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua
kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’
sebagai amalan tetap dan berkekalan.

- Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan
daripada suami-suami kamu.

- Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi
SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat
besar.

= Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan
mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

- Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga,
lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana
yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan
ibadat.

2.4.3 Solat Sewaktu Darurat
Solat Khauf iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Solat Khauf adalah
kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam solat-solat yang
lain. ‘Solat Ketakutan’ ini adalah solat yang dilakukan dalam keadaan suasana peperangan
kerana bimbang akan diserang musuh.
Firman Allah ‫ سبحانه وتعالى‬:

‫َوإِ َذا ُكن َت فِي ِه ْم َفأَ َق ْم َت لَ ُه ُم ال َّص ََل َة َف ْل َتقُ ْم َطا ِئ َف ٌة ِّم ْن ُهم َّم َع َك َو ْل َيأْ ُخ ُذوا أَ ْسلِ َح َت ُه ْم َفإِ َذا َس َج ُدوا َف ْل َي ُكو ُنوا ِمن َو َرا ِئ ُك ْم َو ْل َتأْ ِت َطا ِئ َف ٌة أُ ْخ َر ٰى لَ ْم‬
‫ۚ َو َّد الَّ ِذي َن َك َف ُروا لَ ْو َت ْغفُلُو َن َع ْن أَ ْسلِ َحتِ ُك ْم َوأَ ْمتِ َع ِت ُك ْم َف َي ِميلُو َن َعلَ ْي ُكم َّم ْي َل ًة َوا ِح َد ًة ۗ ُي َصلُّوا َف ْل ُي َصلُّوا َم َع َك َو ْل َيأْ ُخ ُذوا ِح ْذ َر ُه ْم َوأَ ْسلِ َح َت ُه ْم‬
‫إِ َّن اللَّـ َه أَ َع َّد لِ ْل َكافِ ِري َن َع َذا ًبا ُّم ِهي ًنا ۗ َو ُخ ُذوا ِح ْذ َر ُك ْم ۖ َو ََل ُج َنا َح َعلَ ْي ُك ْم إِن َكا َن بِ ُك ْم أَ ًذى ِّمن َّم َطر أَ ْو ُكن ُتم َّم ْر َض ٰى أَن َت َض ُعوا أَ ْسلِ َح َت ُك ْم‬

١٠٢﴿

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang),
lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari
mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang
senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka
berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak
yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah
mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah

berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka
kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka
dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa
meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan
disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga.
Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat
menghina.” (Surah An-Nisa’ 4; Ayat 102)

.
Ulamak–ulamak fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat
khauf ini,“Khauf bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh malah
termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas
dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan
kehancuran.”

.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman:

‫َفإِ ْن ِخ ْف ُت ْم َف ِر َجا ًَل أَ ْو ُر ْك َبا ًنا‬
“Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan kaki atau naik
kenderaan.” (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 239)

.
.
2.4.4 Bila Dan Di mana ?
.
Solat Khauf boleh dilakukan dimana saja, tanpa mengira masa, tempat dan keadaan.
1. Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu.
2. Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau berkenderaan.

3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat.
4. Boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat..

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bersabda: “Jika keadaan itu

terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan atau berkenderaan, menghadap
kiblat ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

2.4.5 Batal Solat Khauf
Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf:
1) Terbatal wuduk ketika sedang solat

2) Menjerit dan melaung (sekiranya tidak diperlukan)
3) Melakukan banyak pergerakan yang tiada kaitan dengan peperangan
4) Keluar darah yang banyak tidak menjejaskan solat (di sisi mazhab Maliki tetapi imam

Syafie ia membatalkan solat kecuali kerana terpaksa atau darurat) maka ianya dimaafkan.
..

2.4.6 Cara Solat Khauf .
Islam cukup menitikberatkan solat dan ianya harus ditunaikan kerana ia merupakan
kewajipan ke atas setiap muslim.dalam apa jua keadaan yang berlaku sama ada ketika sakit,
keuzuran atau pun ketika di medan peperangan.dengan cara-cara yang telah ditetapkan.

Ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat qasar dan jamak. Solat
ketika perang tidak begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat bergerak,
menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas berperang.

2.5 Amalan Pemakanan Sihat
Aspek pemakanan perlu dititikberatkan semasa melaksanakan aktiviti perkhemahan.

Asas pertimbangan pemakanan seharusnya meliputi aspek-aspek berikut:
- Memahami kepentingan makanan dalam hidup manusia
- Memahami piramid makanan
- Memahami keperluan pengambilan makanan berdasarkan aktiviti yang
dilakukan

Pelajar akan berbincang dengan jurulatih berkenaan menu makanan sebelum dan
semasa perkhemahan.

2.6 Etiket sosial dan Protokol
2.6.1 Etiket Pengendalian Majlis Rasmi

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada
dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang
berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua peri laku yang dilakukan oleh seseorang yang
mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang
berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang
tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang
diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan

peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis
yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan
sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

2.6.2 Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat
Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran,
menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.

2. Majlis Rasmi dan Formal
Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk
seseorang ketua negara asing.

3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal
Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh
sempena hari kebangsaan.

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal
Majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol
seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau
Menteri.

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal
Majlis yang tidak memerlukan protokol seperti hari keluarga sesebuah
agensi kerajaan atau swasta.

2.6.3 Aspek Pengurusan Pelbagai Majlis Rasmi Atau formal

1. Jawatankuasa
2. Tempat majlis
3. Penyediaan senarai jemputan
4. Aturcara majlis
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
7. Pemilihan Menu
8. Susunan keutamaan

9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan Majlis Formal
12. Penyediaan aturcara pentadbiran
13. Peranan penyambut tetamu
14. Raptai
15. Nilai-nilai Islam
16. Postmortem

2.6.4 Elemen Penting Etiket
1. Citarasa Berpakaian
2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
3. Penampilan Diri
4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis Luar Rumah)
12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13. Mengenali Peralatan Jamuan
14. Cara Menghidang
15. Tertib di Meja Makan

2.6.5 Perkara-Perkara Penting Dalam Etiket

I. Tertib Perkenalan
a) Prinsip Perkenalan
Perkenalkan lelaki kepada wanita
 Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih
 penting
Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang
 lebih tinggi pangkatnya
Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua


b) Keberkesanan dalam perkenalan
 Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima
perkenalan
 Sebut nama dengan jelas dan betul
 Perlakuan yang tertib
 Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan
 Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik- baiknya
akui
 Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu
 Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau
menggenggam dengan kuat
 Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas

c) Tertib Memperkenalkan
 Izinkan saya memperkenalkan............
 Puan.......inilah Encik........
 Boleh saya memperkenalkan..............

d) Cara Menjawab Yang Sopan
 Apa Khabar?
 Bertuah dapat berkenalan !
 Hello !

e) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan
 Elakkan bertanya tentang asal usul tempat/daerah/bangsa/agama
 Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus
 Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara
 Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain
 Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan
 Elakkan memberi senyuman sinis/tidak ikhlas

II. Berjabat Tangan (Bersalam)
a) Pelbagai cara
Kasar dan agresif
 Mengawal


 Hujung jari sahaja
 Tarik
 Sejuk
 Erat dan mesra

b) Perkara-perkara negatif semasa bersalam
 Pegangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa
 Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting
 Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting/kurang suka dan tidak
berminat
 Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah
 Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci
 Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh
adalahmengikut keadaan. Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat.
Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan
kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan
pelapik seperti tudung/sapu tangan untuk bersalam.

III Perbualan Sosial
a) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai

 Hobi
 Sukan
 Muzik
 Rancangan Televisyen
 Pakaian
 Menanam bunga (Gardening)
 Makanan
 Pengembaraan
 Kesenian
 Cuaca
b) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai
 Perbualan peribadi
 Fahaman politik
 Keagamaan
 Peperangan

c) Tertib perbualan sosial
 Kedua-dua pihak berminat
 Pandang ke arah orang yang bercakap
 Mendengar dengan teliti
 Bercakap dengan nada yang biasa
 Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama)
 Bercakap secara bersahaja
 Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap
 Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam
sesuatu kumpulan

IV. Tatahias Pakaian Dan Gaya
Kepentingan Tatahias
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf
majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan
rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-
i. Imej organisasi tempat berkhidmat
ii. Imej peribadi

a) Kesesuaian pakaian wanita
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian:-
 Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari
 Elakkan daripada memakai satu warna sahaja
 jangan melebihi empat warna pada satu masa
 Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan
bentuk badan
 Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai
 Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang
 Apabila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan
 gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat
 Rambut hendaklah tersisir rapi
 Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai
tudung
 Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah bertentangan
dengan warna baju

 Bila gunakan sarung kaki pilih warna `skin colour`
 Corak fabrik tidak lebih daripada empat warna
 Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang

berloceng yang akan berbunyi apabila anda berjalan
 Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol(frills) ataupun

berbunga besar
 Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata
 Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang sama

b) Kesesuaian Pakaian Lelaki
 Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
 Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang
kolar)
 Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
 Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
 Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali
pinggang
 Sesuaikan warna tali leher dengan baju
 Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
 Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
 Sesuaikan warna stoking dengan seluar
 Kasut hendaklah bersih dan berkilat
 Stoking putih tidak sesuai dalam majlis
 Gunakan `cologne` dan deodoron yang lembut. Jika bergaul dengan
orang ramai sapukan `cologne` di kedua belah bahu
 Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan
singlet tersebut
 Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
 Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama. Lain-lain warna tanpa
corak (light and plain) sebagai pilihan kedua
 Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar
 Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan
badan dan tangan
 Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur
keseluruhannya

 Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat
hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat
(drainpipe)

 Stoking berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat
melainkan berpakaian putih/berpakaian sukan

 Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan
rasmi

V. Hiasan
Barang-barang kemas sama ada tulen atau tiruan seperti subang,
gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin dan rantai leher memang
perlu dipakai. Perhiasan yang sederhana adalah penting kerana ia
merupakan sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh
hal yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai.
Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

a) Tali pinggang
i) daripada jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b) Selendang dan Skaf
i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di
majlis rasmi dengan cara disangkutkan di bahu

ii) dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian -
selendang menutupi seluruh kepala

c) Beg Tangan
Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti:
i) kegunaan harian di pejabat
ii) kegunaan pelbagai
iii) kegunaan majlis rasmi

VI. Minyak Wangi
Pilihan yang lembut, supaya tidak melemaskan atau memeningkan

a) Minyak wangi tulen
i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja

b) Eau de toilette
i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah dan perlu dipakai
beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat

c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat

VII. Kesihatan, Kebersihan dan Kesihatan
Aspek ini amat penting,hal ini menggambarkan sejauhmana seseorang
itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.
Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

a) Bahagian kepala dan muka
 rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
 misai dan janggut diurus dengan rapi
 bulu hidung tidak kelihatan liar
 gigi sentiasa bersih
 pernafasan tidak berbau

b) Bahagian badan dan tangan
 badan tidak berbau
 baju tidak ada tanda carik
 baju tidak kelihatan berdaki di lengan,poket dan kolar
 baju kelihatan tidak bergosok
 kuku jari dipotong, tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-
gigit
 kulit dilengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda
penyakit atau bersisik

c) Bahagian punggung dan kaki
 seluar perlu bergosok
 seluar tidak kelihatan carik
 berstoking
 Elakkan daripada memakai stoking melebihi had harinya
 bagi wanita, jangan pakai stoking berwarna perang atau
berbunga
 kasut kelihatan kelabu
 kasut coklat kelihatan hitam
 tumit kasut hendaklah dalam keadaan yang baik.

2.6.6 Etiket di Meja Makan (Table Manner)

Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap
individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh
boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan itu, kita mestilah
mengetahui asas etika di meja makan.

Penggunaan peralatan yang digunakan untuk makan yang betul boleh
menyelamatkan kita daripada terjebak di dalam situasi yang kekok apabila berada di
meja makan. Peralatan bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu.
Peralatan bagi sajian cina dan melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak
panganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan
rasmi.Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting.

Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah
kiri sekiranya sajian makanan melayu dihidangkan. Memegang pisau di sebelah kanan
dan garpu di sebelah kiri untuk sajian barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian
makanan cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.

a) Makan sup
 Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan
mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
 Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap hendaklah
tundukkan kepala sedikit.
 Menyeduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
 Untuk memakan isi sup pula ( sayur atau daging ) boleh dimakan melalui
hujung sudu.
 Sup tidak boleh dihirup sehingga kedengaran bunyi yang nyaring.
 Bila ingin makan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan bukan
dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu mentega
sahaja.
 Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah kanan
di sisi mangkuk atau dibiarkan di dalam mangkuk jika tidak berpiring.

b) Majlis Makan Rasmi
 Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum
anda mula makan.

 Apabila memakan masakan utama seperti stek/ayam atau bahan-bahan
pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda.

 Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu dengan
tertib.

 Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
 Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda

mengambil bahagian yang terdekat sekali.
 Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda

tidak menggemarinya. Jika tercekiuk tulang, cepat-cepat ke bilik air.
 Makanan utama di makan dengan menggunakan pisau dan garpu di tangan

kiri, garpu dengan posisi telungkup.
 Daging , ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih tetap

di tangan kiri.
 Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan
 Apabila selesai makan, pisau dan garpu hendaklah di letakkan sebelah

menyebelah dengan posisi tangkai arah kanan dan hujungnya pula mengarah
tangan.

c) Panduan Menggunakan Pisau, Sudu dan Garpu Dengan Betul
 Susunan pisau, sudu dan garpu di meja makan cara barat
 Makan tengah hari atau makan malam
 Pisau mentega (diletak di atas piring untuk roti)
 Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan dan salad)
 Garpu makan hidangan utama
 Camca sedang `dessert`(jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan
pisau makanan pencuci mulut)
 Garpu sedang (dessert)
 Gelas
 Napkin
 Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan
pisau untuk ikan sebagai ganti)
 Sudu makan hidangan utama (di Malaysia digunakan untuk nasi)
 Pisau hidang, garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis
hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di sebelah
kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu

 Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau diletakkan
dengan mata pisau menghadap ke piring.

 Tuala makan diletakkan dengan terlipat senduknya rapi di atas piring utama
jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan sudah di
piring seperti di restoren, serbetnya diletakkan di tempat piring atau di sebelah
paling kiri dari letak garpu

 Pelbagai gelas minuman terletak berderet di sebelah kanan atas
 Piring mentega atau roti dan beberapa tempat penyedap makanan berada di

sebelah atas kiri
 Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang paling

luar dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita berada: senduk
sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu dan barulah pisau dan garpu utama

d) Fungsi Napkin

Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagai bentuk.Kebiasaannya diletak
di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walau bagaimanapun ia
kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk menggunakaannya.
Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting ketika berada di meja makan.

Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk
mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Napkin mampu
menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang mungkin terjatuh atau
tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan. Selain daripada itu, napkin
berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa tidak selesa dan mahu terbatuk.

Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan yang
berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ini membawa
maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas meja makan,
memberitahu pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah meninggalkan
jamuan makan.

2.6.7 Adab Makan di Majlis Rasmi : Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu

Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan
semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial
dan perangai sebenar seseorang individu.

Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnyqa dilabel sebagai
seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang
nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai
seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.

Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan
dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda
mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa
makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.

a) Menggunakan Pisau, Garpu, Sudu dan Kadang-Kadang Tangan
Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan
yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz
besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh steak, lamb chop, grilled
chicken dan sebagainya.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu
tahu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci
mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda
keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan
sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali
dan bergerak ke arah dalam.

Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu
yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu paling kiri. Namun, trend yang
digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan
dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja.

Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini
kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-
mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan
tangan kiri.

Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang
dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil
beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan
pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan
dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.

Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di
antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang
telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja.
Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas
kerana tidak stabil. Sudu dan garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan
untuk mengalas mangkuk.

b) Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Menggunakan Peralatan Yang
Sesuai Atau Dengan Tangan

 Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak
dalam dan bulat bentuknya. Sup mestilah dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai
mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut dianggap tidak sopan.

 Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit
berbanding garpu biasa.

 Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan
selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.

 Daging – gunakan garpu utama yang disediakan
 Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya.

Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau
piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.
 Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus
tersebut tidak disaluti apa-apa sos. jika tidak, anda boleh menggunakan garpu
yang disediakan untuk salad.
 Daging nipis – apabila daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak,
anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. hal ini
kerana agak susah untuk memotong daging nipis yang garing menjadi kepingan
kecil. Anda juga tidak mahu kepingan daging nipis tersebut terpelanting ke tempat
lain semasa memotong.

 Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau.
Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak
cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakanj, gunakan pisau untuk menyapu
mentega tersebut poada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya
anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan menyapu
mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.

 Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-
buahan atau tuna di atasnya.

 Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh
menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-
sebiji, anda dibenarkan makan menggunakan tangan. sekiranya mentega
disediakan, gunakan piusau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan
dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.

 Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini
dikatogerikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-
majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau
chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.

 Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filing yang terlalu
tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.

 Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut,
dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih
bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya
anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi
berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang. Bagi gugusan buah anggur
yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama
tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. jangan ambil buahnya sahaja
kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak
menyelerakan bagi orang lain.

2.7 Latihan Dalam Kumpulan
Peserta-peserta kursus akan didedahkan dengan Latihan Dalam Kumpulan bagi

memperkukuhkan Pembinaan Kumpulan. Fasilitator yang dilantik akan menyediakan aktiviti-
aktiviti yang besesuaian ke arah memperkukuhkan keberkesanan matlamat yang ingin dicapai.

1. Bincangkan jenis-jenis khemah yang sesuai berdasarkan tapak perkhemahan
anda.

2. Bincangkan amalan pemakanan yang sihat semasa melaksanakan aktiviti
perkhemahan.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

B. Media Digunakan
i. Facebook Live atau WhatsApp
ii. Masa 4 jam. Rujuk tugasan.

B. Tajuk Pembelajaran:
i. Jenis-jenis khemah dan kesesuaian.
ii. Amalan Pemakanan sihat.

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Jenis-jenis khemah dan kesesuaian (2 jam)
ii. Amalan Pemakanan sihat berdasarkan aktiviti dalam perkhemahan. (2 jam)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian

UNIT 3 KEMBARA DAN IKHTIAR HIDUP

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai Prosedur Operasi
Standard (SOP), solat semasa aktiviti, dan pendidikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

1. Menghuraikan Prosedur Operasi Standard bagi aktiviti kembara dan ikhtiar hidup.
2. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan.

KERANGKA TAJUK

3.1 Prosedur Operasi Standard
3.2 Solat Semasa Kembara / Darurat
3.3 Pendidikan Konservasi
3.4 Asas Orienteering

3.1 Prosedur Operasi Standard
Merentas hutan ialah aktiviti kembara yang boleh dilaksanakan melalui dua cara iaitu
menggunakan perkhidmatan juru pandu yang menggunakan “ route / track” yang sedia
ada atau penggunaan alat-alat seperti peta dan kompas. Juru pandu akan
menggunakan route / track yang sedia ada untuk membawa peserta-peserta
menyusuri track tersebut hingga ke destinasi yang hendak ditujui. Manakala untuk
lebih mencabar atau “adventure” aktiviti merentas hutan ini bolehlah dijalankan
dengan menggunakan peta dan kompas yang lebih dikenali sebagai aktiviti pandu
arah atau dalam Bahasa Inggeris “navigation”. Dengan penggunaan kompas dan peta
peserta-peserta akan lebih mengenali dan mendapat maklumat lain kerana hanya peta
yang dapat menceritakan maklumat muka bumi di kawasan tersebut. Malahan anda

tidak akan tersesat atau boleh pergi ke mana tempat dipeta itu jika anda tahu
menggunakannya.

Peralatan yang perlu dibawa semasa aktiviti kembara bergantung kepada beberapa
aspek seperti jangka masa,tempat dan bilangan peserta. Peralatan yang perlu dibawa
mengikut kesesuaian adalah seperti berikut :

 beg galas
 botol air / bekas minuman
 sarung tangan
 tali
 parang
 lampu picit
 peti pertolongan cemas
 mancis /lilin / pemetik api
 ponco / baju hujan
 pelita / hurricane lamp
 bekalan / alatan memasak
 keperluan peribadi (ubatan)

Persiapan Awal sebelum Memulakan Aktiviti
 Taklimat diberikan kepada semua peserta dan pemandu
 maklumat berkenaan jumlah peserta dikenalpasti
 kumpulan kecil akan dibentuk dan seorang ketua dilantik dalam
kumpulan masing-masing
 memberi nombor kepada para peserta
 memberi penerangan berkenaan jarak dan gambaran persekitaraan
yang akan ditempoh oleh setiap peserta
 memperkenalkan dan menetapkan formasi pergerakan. Semua
peserta akan dijelaskan tentang kedudukan ketua, perintis jalan,
pemandu arah dan perawat kecemasan
 diterangkan juga tindakan yang perlu diambil oleh peserta sekiranya
berlaku kecemasan
 Aktiviti memanaskan badan
 seorang ketua akan membuat aktiviti memanaskan badan
 pastikan stamina dalam keadaan yang baik
 sentiasa dalam keadaan yang bersedia

 pastikan peralatan yang dibawa mencukupi dan tidak terlalu banyak

 Bacaan Doa
 Bagi yang beragama islam, carilah yang mampu membaca doa secara
beramai-ramai
 Bagi yang Non Muslim, mereka dibenarkan berdoa sendiri atau pun
berdiam diri

3.2 Solat Semasa Kembara / Darurat

Rujuk Topik 2, Bab Solat.

3.3 Pendidikan Konservasi
Hutan merupakan sebuah `ecosystem’ iaitu tempat di mana benda hidup dan

bekerjasama. Tumbuhan-tumbuhan, binatang, tanah dan udara bergantung antara satu
dengan lain untuk kesihatan dan untuk terus hidup atau wujud. Maka orang yang memasuki
hutan harus mengambil langkah-langkah untuk tidak merosakkan persekitaran `fragile’ yang
sedia ada.

Amalan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan
diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentinhnya konservasi alam. ini akan
membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam
sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam.
Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan
penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat disampaikan kepada generasi masa
depan yang akan menjadi pemimpin bangsa yang mempunyai keberanian,
bertanggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika dan mempunyai visi yang berwawasan.

Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivitinya di Institut
Pendidikan Guru (IPG) untuk pelatih guru yang mengikuti program Bina Insan Guru (BIG).
Aktiviti seperti berakit, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada
guru pelatih. Alam sekitar memainkan peranan yang penting kehidupan seharian kita. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.
Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan
aktiviti-aktiviti pembangunan sekiranya alam sekitar di negara kita tidk dijaga dengan baik.

Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber

makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem

yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam

kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan

bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

a. Beberapa petua semasa berada dalam hutan :
i) jalanlah ikut rintisan / track / route
ii) bawa keluar sampah yang dibawa masuk
iii) tanamkan najis
iv) jarak lubang najis 30m / 50’ dari punca air
v) guna dapur yang kecil supaya hutan tidak terbakar
vi) jangan guna bahan kimia dalam sungai / tasik
vii) jangan gali / ratakan tapak perkhemahan
viii) apa sahaja yang dialih cuba gantikannya
ix) jangan bunuh haiwan dan rosakkan tumbuhan
x) peliharalah fauna dan flora sebaik-baiknya
xi) bising akan mengganggu / menakutkan ‘jiran’ anda yang lain

b. Peranan anda semasa kembara hutan:
i) jadilah seorang rakan / sahabat kepada alam semulajadi
ii) ajar / tegur orang lain tentang etika hutan
iii) kutip sampah sarap yang sedia ada (orang lain buat)
iv) bantu sembuhkan parut-parut yang orang lain buat
v) jadilah seorang doktor pada hutan
vi) kecantikan alam semulajadi dapat dipelihara melalui pemikiran,
timbangrasa dan tindakan manusia
vii) bawa kembali gambar / kenangan dan hanya bekas tapak kaki yang
ditinggalkan di hutan belantara

3.4 Asas Orienteering

Kembara hutan juga boleh dilakukan secara orienteering di mana peserta- peserta akan

diorientasi mengenai penggunaan kompas dan peta ataupun fasilitator / jurulatih menetapkan

terlebih dahulu kawasan, kemudian beri kompas untuk peserta melakukannya.

Pelaksanaan :
a. Sebelum:
i) teori membaca / menggunakan ;
 peta topo
 protekter
 kompas
 pandu arah
ii) amali menggunakan kompas
iii) latihan pandu arah.
iv) tinjauan kawasan
v) set chek point
vi) set blazer
vii) set bearing
viii) set tugasan / soalan

ix) bahagi kumpulan

b. Semasa :
i) peserta berkumpul
ii) beri bearing ke titik mula
iii) peserta dilepas samada secara serentak / starggart (time quarantine)
iv) peserta hendaklah mencari semua check point yang ditetapkan
v) cut-off masa jika masa diambil agak lama
vi) fasilitator / jurulatih boleh ikut kumpulan tetapi sebagai pemerhati kecuali
ada kes-kes kecemasan / kecederaan
vii) bawa peti pertolongan cemas/lampu pici

c. Selepas :
i) peserta lapor diri setelah tamat aktiviti
ii) pastikan semua peralatan tidak hilang
iii) pastikan semua peserta mencukupi
iv) istiharkan pemenang
v) buat rumusan / refleksi mengenai aktiviti

1. Bincangkan jenis-jenis kompas dan penggunaannya dalam aktiviti kembara.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. Facebook Live atau WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Rujuk tugasan.

B. Tajuk Pembelajaran:
i. Kompas dan penggunaannya.

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Jenis-jenis kompas (0.5 jam)
ii. Cara menggunaakanya dalam aktiviti kembara (1.5 jam)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian

UNIT 4 AKTIVITI AIR

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah berkenaan Prosedur Operasi
Standard aktiviti air, apungan, kemahiran asas renang, kemahiran asas menyelamat dan
aktiviti berakit serta berkayak.
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :
Menjelaskan apa itu Prosedur Operasi standard (SOP) bagi aktiviti air, teknik-teknik
apungan, asas renang, asas menyelamat, asas rakit atau asas kayak.

iv. MengKhEurRaAikNaGn KkoAnsTeApJ,UdKefinisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.

v. 4.1MengPhruorsaeikdaunr mOaptelaramsai tSPtaennddaidrdikAanktIivsiltai mAirdari perspektif Sarjana Islam.
4.2 Keyakinan di air (Apungan, Asas Renang dan Asas Menyelamat)

vi. 4.3MenjeBlaesrakkaint /faBlsearkfahyadkan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan Islam.

4.1 Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air

4.1.1 Peraturan keselamatan di dalam air
 Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada
orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan
mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.
 Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pusingkan
badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan jika ternampak
seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah
dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
 Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.

 Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air,
segera keluar dari kolam

 Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian
renang

 Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing

4.1.2 Perkara yang boleh dilakukan
 keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan walaupan
anda seorang perenang yang mahir
 perhatikan bendera kuning di kawasan berenang
 kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya untuk
berenang
 jauhi mereka yang bermain surf board
 jauhi bot dan jet ski
 sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan perenang
 berhati – hati dengan pasang dan surut air laut
 air pasang boleh membahayakan perenang
 mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas
 tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan
 perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak

4.1.3 Perkara yang dilarang
 berenang berseorangan di dalam gelap
 sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara
 merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menunjukkan
bahaya
 boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya
 berenang ketika bendera merah dinaikkan
 bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu
 menggunakan airbates di dalam laut
 ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya
 berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian
 menolak rakan ke kolam renang
 mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut licin
 berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang mahir
 memakai pelampung tangan di kaki

4.1.4 Keselamatan di Kolam Renang
 beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang
atau tempat-tempat lain
 pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum
menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang
 cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk tujuan
bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ program atau
penyewaan/ penggunaan secara harian
 semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta
keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang kerosakan/ kehilangan
perlu diganti
 orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh
dibeli di kolam renang
 kanak-kanak yang berumer 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk.
Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang penjaga.
 semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup
 pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi
yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta mengikut etika berpakaian
di kolam renang
 pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
 pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau mengganggu orang
lain
 orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan
penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
 pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merbahaya dan
yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman,
kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya
 bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan
kolam renang
 pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta
di kolam renang daripada dirosakkan atau disalahgunakan
 sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan
 tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
 pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin
pakaian di dalam kawasan kolam renang
 pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang

 pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam
renang

 setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi
renang untuk mengelakkan rambut gugur

 binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke
kawasan kolam renang

 penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan
syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai
yang bertugas

4.2 Keyakinan di Air
4.2.1 Asas Keyakinan di Air
Perkara-perkara penting yang perlu diikuti:
 Memakai baju keselamatan
o ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan
o pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju
keselamatan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya
tidak tertolak ke atas apabila terapung.
 Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan
o pastikan peserta mestilah dalam berpasangan
o bantu membantu antara satu sama lain
o jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan
o semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam
kumpulan
o arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan
jurulatih

4.2.2 Asas Apungan
Apungan merupakan salah satu kemahiran asas dalam berenang. Keapungan
adalah sifat semulajadi tubuh kerana ianya dibantu oleh kandungan udara
dalam paru-paru. Terdapat tiga unsur yang mengawal keapungan iaitu:
 kawalan nafas
 posisi tubuh
 kesantaian/rehat

Apungan dengan menggunakan baju keselamatan

 Latihan bernafas (blow bubbles)
o berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja
o tahan nafas dan selamkan muka
o apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan
hembuskan melalui hidung
o selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air
dan tarik nafas
o bertindak sebagai daya apungan badan. Badan yang
beroksigen lebih mudah terapung
o memanjangkan stamina apabila berada di dalam air
o mengurangkan kepenatan selepas aktiviti renangan; blow
bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita.

 Aktiviti apungan

o asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh
berenang

o berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar
arahan

o apungan berdiri
o depa tangan - bernafas dengan tenang dan masih

berpegangan tangan
o buat bulatan 5 – 6 orang dengan berpegangan tangan
o Apungan Terlentang

 peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan
 kaki dibuka membentuk `V` dan tangan didepa

membentuk `T`seperti bintang
 kedudukan badan adalah selari dengan permukaan air
 depa tangan – bernafas dengan tenang
 terlentang sambil berpegangan tangan
o Apungan Meniarap
 rebahkan badan ke hadapan
 luruskan kaki
 masih berpegangan tangan
 muka dimasukkan ke dalam air
 peralatan pernafasan biasa boleh digunakan
o Apungan Cendawan
 teknik yang paling mudah

 kaki dibengkokkan dan tangan memeluk kaki, kepala
ditundukkan sehingga badan seperti bola

 tenang dan santai, anda pasti terapung

4.2.3 Asas Renang
Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya.
Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka
merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum
mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh
disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan serta kebolehan. Aktiviti
renang membolehkan seseorang itu dapat melakukan senaman yang amat
berguna lagi menyeronokkan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang
untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokkan.
Di sekolah acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum
kebangsaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum,
terutamanya bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja
mereka meninggalkan sekolah rendah, kanak-kanak itu seharusnya boleh
berenang sekurang-kuranngnya 25 meter dan mampu memperlihatkan
kefahaman mengenai keselamatan dalam air.

4.2.3.1 Gaya Renang
Ada empat gaya renang yang dipertandingkan sehingga ke peringkat
sukan Olimpik iaitu gaya kuak dada, gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak
lentang dan gaya bebas.
I. Gaya kuak dada
o Gaya kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk
renang rekreasi. Gaya ini juga dikenali dengan nama gaya
katak. Gaya ini memerlukan tubuh stabil dan kepala boleh
berada di luar atau di dalam air untuk suatu tempoh yang lama.
o Kedua-dua belah kaki perlu ditendang keluar sementara kedua-
dua belah tangan diluruskan ke hadapan. Kemudian kedua-dua
beelah tangan dibuka ke arah sisi badan seperti gerakan
membelah air supaya badan maju ke hadapan. Gerakan ini
seolah-olah meniru gaya seekor katak yang sedang
berenang. Perenang melakukan pernafasan ketika mulut
berada di permukaan air. Ini di selang seli dengan satu kali
gerakan tangan kaki atau dua kali gerakan tangan kaki.

o Bagi individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan
diajar untuk berenang gaya kuak dada ataupun gaya bebas.
Renang gaya kuak dada ini adalah renang yang paling lambat
sekali mengikut aturan yang dikeluarkan olah Federasi Renang
Internasional.

II. Gaya Kuak Lentang

o Gaya kuak lentang ialah perenang melakukan renangan
dengan cara menelentang di atas permukaan air. Wajah
perenang menghadapa ke atas dan ini memudahkan perenang
bernafas. Namun perenang hanya boleh memandang ke atas
dan tidak boleh memandang ke hadapan. Ketika berlumba
perenang mengetahui jarak dinding dengan mengira jumlah
gerakan kayuhan renang mereka.

o Dalam gaya kuak lentang, gerakan tangan dan kaki serupa
dengan gaya bebas. Kedua – dua belah tangan secara bergilir
digerakkan menuju ke pinggang seperti pergerakan mengayuh.
Di dalam pertandingan, permulaan acara gaya kuak lentang
adalah berbeza dengan gaya bebas, kuak dada dan gaya kupu
– kupu yang semuanya bermula di atas blok permulaan. Gaya
kuak lentang, perenang peril bermula di dalam
kolam. Perenang akan menghadap dinding dengan kedua-dua
belah tangan memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua
– dua lutut dibengkokkan ke dada dan tapak kaki bertumpu di
dinding kolam. Apabila siren dibunyikan perenang akan
menolak dinding dengan dan badan akan mula membelah air
kolam.

o Gaya kuak lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali
sejaak zaman kuno lagi. Ianya pertama kali dipertandingkan
pada tahun 1900 di Olimpiade Paris. Oleh itu ianya merupakan
gaya renang kedua tertua selepas gaya bebas.

III. Gaya Kupu – kupu
o Gaya kupu – kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu
gaya berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan
air. Kedua belah lengan secara bersamaan ditekan ke bawah
dan digerakkan ke arah luar sebelum diayunkan ke depan. Kaki

pula digerakkan dengan cara menendang ke atas dan ke bawah
bersama-sama. Udara dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan
hidung sebelum kepala muncul dipermukaan air. Udara dihirup
ketika berada di luar air.
o Gaya kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan merupakan gaya
renang yang paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya
ini perlu mempelajari gaya renang ini dengan lebih lama
berbanding dengan gaya renang yang lain. Ini kerana gaya
renang ini memerlukan waktu yang lebih lama untuk koordinasi
gerakan tangan dan kaki.
o Gaya renang kupu-kupu ini juga memaksa perenang
menggunakan tenaga yang lebih banyak. Kelajuan gaya renang
ini diperolehi daripada ayunan kedua belah tangan secara
sama. Perenang yang berenang dengan menggunakan gaya
renang kupu-kupu ini boleh mengatasi kepantasan perenang
yang berenang dengan gaya bebas.

IV. Gaya bebas
o Gaya bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap
ke permukaan air. Kedua belah lengan secara bergantian
digerakkan jauh ke depan dengan gerakan mengayuh,
sementara kedua belah kaki secara bergantian digerakkan naik
turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu berenang gaya bebas,
posisi wajah menghadap ke permukaan air. Pernafasan
dilakukan semasa lengan digerakkan keluar dari air, semasa
tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa
mengambil nafas, perenang boleh memilih untuk menoleh ke
kiri atau ke kanan
o Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang
mengambil nafas.
o Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara bergantian (tanpa
henti).
o Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan
menyentuh permukaan air. Jadiseolah-olah hujung ibu jari
tangan yang menyentuh permukaan air terlebih dahulu.
o Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil
nafas, kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke

dalam air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangan
kiri) selesai.
o Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih
stabil, pengambilan nafas dilakukan setelah 2 - 3 set gerakan
tangan.

4.2.4 Asas menyelamat
Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun
cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini
dimana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamatnya yang tersendiri.
Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh
dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi
situasi yang lebih merbahaya contohnya situasi yang boleh membawa kepada
kematian, kecederaan ataupun kecacatan yang berpanjangan dan berterusan.

4.2.4.1 Prinsip-Prinsip Menyelamat
 Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab
 Mengenali kewujudan masalah
 Menginterperastasikan peristiwa
 Berasa tanggungjawab

4.2.4.2 Penilaian
 Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum
memasuki air
 Keselamatan kendiri
 Kesedaran tentang kebolehan fizikal
 Bantuan yang diperolehi
 Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa
 Keadaan persekitaran
 Bilangan mangsa
 Pakaian yang perlu ditanggalkan
 “cross bearings”

4.2.4.3 Tindakan
 Keadaan air
 Tingginya tempat memasuki air

 Jenis alat bantuan yang dibawa
 Jenis dasar air
 Keadaan mangsa
 Kepantasan yang diperlukan
4.2.4.4 Cara-cara memasuki air
 Melangkah masuk
 Lompat
 Junam
 Lompat “straddle”
4.2.4.5 Mendekati mangsa
 Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman

mangsa
 Pendekatan bercakap
 Pendekatan menggunakan alat bantuan
 Mendekati mangsa yang tidak sedar
 Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air

dan mencari mangsa di dalam air
 Kecederaan tulang belakang
 Menyokong mangsa
 Memberi bantuan pernafasan
4.2.4.6 Menunda mangsa
 Mengiringi mangsa dengan alat bantuan
 Menunda tanpa sentuhan
 Menunda dengan sentuhan

4.2.4.7 Mendaratkan mangsa
 Mendaratkan mangsa dengan cara yang betul
 Meminta bantuan dengan segera

4.2.4.8 Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
 Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali
 Kecederaan

4.3 Kayak / Rakit

Dilaksanakan secara atas talian

2. Bincangkan anatomi kayak / rakit.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. Facebook Live atau WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Rujuk tugasan.

B. Tajuk Pembelajaran:
i. Anatomi kayak / rakit.

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Jenis-jenis kayak / rakit (0.5 jam)
ii. Anatomi kayak / rakit (1.5 jam)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian

UNIT 5 AKTIVITI FLYING FOX / ABSEILING

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai Prosedur Operasi Standard
(SOP) sebelum, semasa, dan selepas menjalankan aktiviti tali meliputi aktiviti Flying Fox dan
Abseiling

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :
Menjelaskan apa itu Prosedur Operasi standard (SOP) bagi aktiviti tali aras tinggi
serta memahami teknik-teknik melakukan aktiviti flying fox dan abseiling.

vii. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.

viii. MengKhEurRaAikNaGn KmAatlTaAmJaUt KPendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.

ix. Menje5l.a1sPkaronsfeadlsuarfaOhpedraansihSastarantdpaerdngAgkutibvaitilaTnaKli urikulum Pendidikan Islam.
5.2 Abseiling / Flying Fox

5.1 Prosedur Operasi Standard
Rujuk Topik 1

5.2 Abseiling / Flying Fox
5.2.1 Aktiviti Abseiling
Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat
yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang
kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran

imbangan yang tinggi. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau
cara menurun curam dengan menggunakan peralatan yang khusus.

5.2.2 Aktiviti Flying Fox
Juga dikenali sebagai aktiviti Kubung Terbang. Merupakan aktiviti turun

dari tempat tinggi ke tempat rendah. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan
mampu menguji ketahanan mental peserta. Peserta akan dibawa naik ke atas
pelantar yang tinggi dan dengan menggunakan peralatan khusus, peserta
akan menggelongsor turun ke bawah mengikut kecuraman tali.

5.2.3 Peralatan
 Tali
 Tali Karmental (kernmantle)

o Tali ’kernmantle’ terdiri dari dua lapisan :
o kern (core) – iaitu pintalan beberapa serat tali kecil yang

membentuk satu teras yang kuat ; dan
o mantle(shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk

membentuk satu lapisan kulit luar.
o Kernmental digunakan untuk aktiviti rekreasi luar. Gabungan bahan

semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2 kategori iaitu low stretch rope
& dynamic rope. Kernmental merupakan satu-satunya tali yang di
sahkan oleh Union Internationale des Association d’Alpinisme
(UIAA) yang menepati kehendak keselamatan bagi menjalankan
aktiviti elemen tali. Ia terdiri daripada simpulan nylon bahagian
dalam yang dikenali sebagai ‘kern’ dan lapisan luar yang turut terdiri
dari anyaman nylon yg dikenali sebagai ‘mantle’ Tali kernmental
adalah ringan dan boleh menampung berat sehingga 2 ton metrik.

 Tali Nylon
o Nylon merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer sintetik
yang dikenali sebagai polyamid dan merupakan jenis tali yang
paling mudah di temui dipasaran.
o Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan
memanjat, tali pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket
badminton.

 Polyester
o Merupakan tali kategori polimer. Polyester turut dikenali melalui
nama saintifiknya iaitu polyethylene terephthalate (PET). Polyester
adalah kukuh dan tidak terurai walaupun terdedah kepada alam
Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan tayar, tali, fabrik
untuk tali pinggang keledar dan tali konvayer (conveyor belts)

 Hemp
o Merupakan tali yang diperbuat dari fiber-fiber tumbuhan yang
dipintal. Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok kapas,
pokok jut, sabut kelapa, pokok manila hemp, pokok papyrus dan
sebagainya. Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh dan ia
akan menjadi lebih kuat jika dalam keadaan basah.

 Hawser laid
o merupakan tali-tali kecil yang dipintal untuk menjadikan satu tali
yang kukuh .Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada hasilan 3
tali yang dipintal. Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan
dengan menggunakan mesin khas. Terdapat juga tali yang terdiri
daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid.

 Helmet

Digunakan untuk melindung kepala dari
terhantuk ke batu dan ditimpa batu atau objek

 Hand Glove Aksesori untuk menahan geseran pada
 Harness tangan semasa menuruni tali dan penebat

haba

Half Harness ( Seat harness)
Alat untuk menyokong dan menampung beban
badan. Half harness hanya menyokong pada

bahagian pinggang dan pinggul sahaja

Full Harness
Dapat menyokong keseluruhan badan

 Hardware - Karabiner

Screw gate
Alat yang digunakan untuk mencangkuk objek
seperti harness, figure of eight, kenmantle dan
sebagainya dan diperbuat dari logam (alloy).

Snap
Alat yang digunakan untuk mencangkuk objek
seperti harness, figure of eight, kenmantle dan
sebagainya dan diperbuat dari logam (alloy).

Tanpa screw

 Hardware - Figure of eight

Merupakan salah satu ”alat decender” yang
diperbuat dari logam (alloy). Digunakan

sebagai perintang kelajuan semasa menuruni
tali

 Hoof (Alas kaki / Kasut bertutup)
o Yang sesuai dan bertutup
o

 Sling tape

Adalah alat utama untuk melakukan
kegiatan high rope, Sling merupakan
conector antara harness/tubuh dan catrol
sekaligus alat pegangan tangan untuk

keseimbangan

5.2.4 Penjagaan dan Keselamatan tali
 Cara mencuci alatan

1)
a) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa
menggunakan sebarang bahan pencuci (mengelakkan tindakbalas
kimia). Tali yang kotor perlu direndam terlebih dahulu, kemudian dicuci
secara teliti dari hujung ke hujung tali.

2) Cara mengeringkan peralatan.
a) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang alik
pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah terus
kepada cahaya matahari (terlindung). Sebaik-baiknya tempat tersebut
mestilah mempunyai kitaran udara yang baik. Kaedah ini akan dapat
mengekalkan kualiti tali kernmantel.

b) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan
baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak
digunakan di masa hadapan.

3) Cara menggulung dan membawa tali karmental
a) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan
baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak
digunakan di masa hadapan.
b) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan kaedah
i) Mountaineering

Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.

Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.

Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.

Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.

Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati
satu gulungan tali yang besar.

Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat
pada bahagian tengah gulungan secara simpul manuk.
ii) Butterfly

Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis.

Pegang hujung salah satu hujung dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5 meter.
Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.

Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke bawah.
Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali.

Anda akan dapati satu gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.


Click to View FlipBook Version