The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46278490, 2021-07-26 09:02:29

FOLIO BINA INSAN GURU 2021

FOLIO BINA INSAN GURU 2021

TAMAT

TAJUK/ AKTIVITI : ABSEILING / FLYING FOX

Aktiviti sebelum abseiling/flying fox
1. Taklimat dan pengenalan abseiling/flying fox

 maklumat umum mengenai abseiling/flying fox
 maklumat jumlah peserta dan jurulatih
 masa, jarak dan aktiviti sepanjang perjalanan
 perlantikan ketua kumpulan
 mengingat peserta mengenai konservasi dan menjaga kebersihan alam sekitar

Taklimat peralatan dan bahan abseiling/flying fox
1. Melaksanakan taklimat peralatan

 setiap peserta diberikan nombor panggilan
 menjelaskan peraturan dan prosedur keselamatan
 memastikan aspek keselamatan diambilkira pada setiap masa dan mengetahui tindakan

yang perlu diambil jika berlaku kecemasan
 memastikan peserta memakai pakaian yang lengkap, bersesuaian dan selamat

 menyatakan peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling.
o Helmet
o Hand Glove
o Harness
o Hardware (Karabinar dan Figure of eight)
o Hoof (Alas kaki / Kasut bertutup)
o Tali kermantel

Asas kemahiran ikatan dalam abseiling
Melaksanakan latihan dan tunjukcara ikatan/simpulan yg berguna dalam abseiling

 Simpulan tindih kasih (safety line)
 Simpulan no 8 (figure of 8)
 Ikatan manuk
 Ikatan Roundturn ½ hitches

Taklimat aktiviti abseiling/flying fox
1. Melaksanakan taklimat keselamatan
 setiap peserta diberikan nombor panggilan
 menjelaskan peraturan dan prosedur keselamatan
 memastikan aspek keselamatan diambilkira pada setiap masa dan mengetahui tindakan
yang perlu diambil jika berlaku kecemasan
 memastikan peserta memakai pakaian yang lengkap, bersesuaian dan selamat
 menyatakan dan mengagihkan peralatan-peralatan yang diperlukan semasa aktiviti
abseiling/flying fox mengikut kumpulan
 menyatakan dan mengagihkan peralatan dan bahan masakan semasa aktiviti
abseiling/flying fox mengikut kumpulan
 memastikan setiap kumpulan bertanggungjawab dan menjaga semua peralatan dan
bahan yang diberikan

Memanaskan badan
melakukan aktiviti kelonggaran dan keregangan sebelum memulakan abseiling/flying fox

Pelaksanaan aktiviti abseiling/flying fox
 bacaan doa sebelum memulakan aktiviti abseiling/flying fox
 menyemak bilangan peserta sebelum bergerak
 mendaki mengikut arahan jurulatih
 pergerakan yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi seperti mendaki, menurun,
melalui air dan sebagainya
 mematuhi semua arahan semasa abseiling/flying fox

Aktiviti selepas abseiling / flying fox dan refleksi
 menyemak bilangan peserta agar cukup
 memastikan semuanya selamat dan jika ada yang tercedera, pastikan mendapat rawatan
yang sepatutnya
 berehat dan menguruskan keperluan diri

Nota Sisipan
Abseiling – Standard Prosedur Keselamatan (SOP)

1. Pengenalan

Abseiling ialah aktiviti turun dari tempat yang tinggi dengan penggunaan tali karamental
sebagai laluan. Alatan decender (figure of eight) pula akan bertindak sebagai pengawal
pergerakan semasa turun.

2. Peralatan

Terdapat beberapa peralatan yang perlu digunakan semasa melakukan aktiviti ini.
 Helmet
 Hand Glove
 Harness
 Hardware (Karabiner dan Figure of eight)
 Hoof (Alas kaki / Kasut bertutup)
 Tali kermantel
 Sling tape

3. Prosedur Perlaksanaan

Fasa 1: Pemakaian Peralatan
a. Pastikan pemakaian peralatan (5 H) dengan sempurna. Semak sendiri dari atas
ke bawah.
i. Helmet
1. Pastikan helmet diikat sesuai dengan peserta
2. Digalakkan memakai topi peribadi terlebih dahulu sebelum
mengenakan helmet.
ii. Hand Glove

1. No ring – tiada cincin pada mana-mana jari.
2. Periksa glove sebelum pakai.
3. Selitkan glove di atas bahu di bawah baju.
4. Pakai glove sebelum melakukan abseiling.
iii. Harness
1. Perlu kemaskan pemakaian harness dengan mengetatkan

bahagian pinggang terlebih dahulu diikuti bahagian peha.

iv. Hardware (Karabiner dan Figure of eight)
1. Pasangkan karabiner pada bahagian loop.
2. Lekatkan figure of eight pada karabiner.
3. Selitkan di bahagian pinggang harness

v. Hoof (Alas kaki / Kasut bertutup)
1. Pastikan tali kasut sentiasa terikat.

b. Semak secara buddy sistem.

Fasa 2:Pergerakan ke lokasi puncak mula .
a. Bergerak menuju ke lokasi puncak mula (permulaan abseiling).
i. Menggunakan trek (Nature pro)
1. Mohon kebenaran kepada ketua kumpulan. Teruskan perjalanan.
2. Berhati-hati sepanjang perjalanan.
3. Laporkan diri kepada jurulatih apabila tiba di lokasi Puncak.
ii. Menggunakan tangga (Tower / pokok)
1. Minta kebenaran ”ladder on” dan ”climbing”
2. Berhati-hati semasa mendaki.
b. Pasang tali keselamatan ” Safety 1 on”. Pastikan peserta memakai tali
keselamatan sepanjang berada di lokasi puncak mula.

Fasa 3:Persediaan melakukan abseiling.
a. Buka hardware. Lekatkan figure of eight pada tali utama ( line 1 / line 2)
b. Pasang tali keselamatan 2 (belay line). Gunakan ikatan figure of eight follow
through atau double figure of eight on the bike untuk lekatkan pada loop harness
menggunakan karabiner.
c. Semak semula 5 H ikut urutan atas – bawah. Pastikan glove dipakai.
d. Mohon belayer bersedia ”on belay”.
e. Belayer sahut “belay on”
f. Buka tali keselamatan 1 dan peserta perlu jerit “safety one off”.
g. Mulakan pergerakan dengan sebutkan ”decending on line 1 / line 2”.

Fasa 4:Pendaratan
a. Apabila selamat menjejak kaki ke tanah, peserta perlu jerit “on land”. Kemudian
buka tali kedua tali dan sebut ”rope off”.
b. Ucapkan – Terima Kasih, belayer.

Ulang prosedur bagi setiap peserta.

4. Aspek Keselamatan
1. Utamakan keselamatan.
2. Pakai helmet di helmet zone.
3. Pastikan anda memakai peralatan dengan betul. Periksa dengan rakan anda. Periksa
seberapa kerap yang boleh.

4. Dapatkan kebenaran dari jurulatih atau ketua kumpulan sebelum melakukan aktiviti.
5. Jangan bergurau senda semasa aktiviti berjalan.
6. Jangan bermain-main dengan peralatan yang tidak digunakan.
7.

IKATAN DAN SIMPULAN
Buku Sila.( Reef knot )
Tujuan:
Menyambung dua utas tali yang sama saiz dan jenis. Kedua tali yang disambung tidak mudah
terlerai. Simpulan ini kerapa digunakan terutama mengikat anduh.

Buku Sila : Langkah simpulan dan gambarajah

Silangkan kedua utas tali.

Belitkan kedua hujung tali. Tali Kanan
melalui atas tali kiri, membelit ke bawah dan
melangkau atas tali kiri.

Temukan kedua hujung tali dan lakukan
teknik belit-silang yang serupa.

Tarik kedua-dua hujung serentak untuk
mengetatkan simpulan.

Bunga Keti ( Sheet bend )
Tujuan:
Menyambung dua utas tali yang tidak sama saiz dan jenis. Kedua tali yang disambung tidak
mudah terlerai.

Bunga Keti : Langkah simpulan dan gambarajah

Silangkan kedua utas tali.

Belitkan kedua hujung tali. Tali kecil melalui
bawah tali besar, melangkau ke atas dan
membelit ke bawah tali besar. Kedua
hujung ditemukan semula. Belitkan tali kecil
kepada tali besar selari dengan belitan
pertama.

Bunga Keti : Langkah simpulan dan gambarajah

Tali kecil melangkau atas tali besar dan
menyusup bawah tali kecil kemudian
melangkau sekali lagi atas tali besar.

Tarik kedua-dua hujung serentak untuk
mengetatkan simpulan.

Simpul Manok ( Clove Hitch )
Tujuan:
Mengikat tali pada tiang /pokok /anggota tangan dan kaki. Simpul manok tidak mudah terurai
kerana semakin kuat ditarik akan semakin ketat simpulannya.

Simpul Manok : Langkah simpulan dan gambarajah
Belitkan tali pada tiang dengan satu lilitan
dan silangkan .

Belitkan untuk kali ke 2 dan bawa hujung tali
ke tempat tali bersilang.

Simpul Manok : Langkah simpulan dan gambarajah

Susupkan tali ke bawah silangan tali dan
susun bersebelahan.

Tarik hujung tali untuk mengetatkan
simpulan dan susun kedudukan tali supaya
kelihatan rapi..

Tindih Kasih ( Bowline )
Tujuan:
Ikatan atau simpulan untuk mengikat tali pada pada objek atau benda hidup tanpa menjerut objek
tersebut seperti mengikat tali pada lubang cincin khemah.

Tindih Kasih : Langkah simpulan dan gambarajah

Buatkan satu gelung kecil.

Masukkan hujung tali ke dalam gelung.
Pastikan arah masuk bertentangan dengan
arah punca tali.

Tindih Kasih : Langkah simpulan dan gambarajah

Teruskan pergerakan hujung tali keluar
dari gelung.

Bawa hujung tali melintas/menyusup
atas/bawah tali utama.

Seterusnya masukkan kembali hujung tali
ke gelung tadi dan tarik untuk
mengetatkan simpulan.

Gelung akan terbentuk tanpa menjerut
objek.

Simpulan Pengail ( Fisherman Knot )
Tujuan:
Ikatan atau simpulan untuk menyambung dua tali yang licin atau halus.

Simpulan Pengail : Langkah simpulan dan gambarajah

Susun kedua utas tali secara selari.

Simpulan Pengail : Langkah simpulan dan gambarajah

Belitkan kedua-hujung tali kepada tali yang
bertentangan dan jadikan gelung ringkas.

Masukkan kedua hujung tali ke dalam
gelung masing-masing dan ketatkan.

Tarik kedua tali sehingga kedua simpulan
bertemu.

Simpulan lapan dan simpulan lapan berganda( Figure of eight knot and follow through )
Tujuan:
Simpulan lapan adalah bertujuan mematikan hujung tali manakala simpulan lapan berganda
adalah untuk membentuk gelung seperti tindih kasih.

Simpulan lapan : Langkah simpulan dan gambarajah

Bentukkan gelung pertama dan diikuti
gelung ke dua. Laluan gelung kedua
mestilah bertentangan laluan asal.

Bawa hujung tali masuk ke dalam gelung
pertama.

Simpulan lapan : Langkah simpulan dan gambarajah

Teruskan pergerakan untuk membentuk
angka lapan.

Seterusnya, bawa hujung tali balik semula
ke simpulan lapan. Susup ikut arah dating
tali. Pastikan gelung tidak terlucut.

Lilitkan tali mengikut susunan laluan asal.

Simpulan lapan : Langkah simpulan dan gambarajah

Teruskan mengikut susunan asal.

Belit gelung dan ikut susunan asal dan
susup masuk ke dalam lubang simpulan.

Tarik hujung tali dan kejapkan simpulan.

PENGURUSAN TALI DAN PERALATAN ABSEILING
Pengenalan peralatan
1) Tali Karmental (kernmantle)

Tali ’kernmantle’ terdiri dari dua lapisan : kern (core) – iaitu pintalan beberapa serat tali kecil yang
membentuk satu teras yang kuat dan mantle(shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber
untuk membentuk satu lapisan kulit luar.
2) Karabiner

a. Screw gate b.

Snap

Alat yang digunakan untuk mencangkuk objek seperti harness, figure of eight, kenmantle dan
sebagainya dan diperbuat dari logam (alloy). Terdapat dua jenis yang biasa digunakan iaitu
screw gates (mempunyai pengunci berskrew ) dan snap ( tanpa screw )

3) Figure of eight

Merupakan salah satu ”alat decender” yang diperbuat dari logam (alloy). Digunakan sebagai
perintang kelajuan semasa menuruni tali.

4) Harness

a) Half Harness ( Seat harness)

Alat untuk menyokong dan menampung beban badan. Half harness hanya menyokong pada
bahagian pinggang dan pinggul sahaja.

b) Full Harness

Full harness pula dapat menyokong keseluruhan badan.

5) Helmet

Digunakan untuk melindung kepala dari terhantuk ke batu dan ditimpa batu atau objek.

6) Glove

Aksesori untuk menahan geseran pada tangan semasa menuruni tali dan penebat haba.
PENJAGAAN ALATAN
1) Cara mencuci alatan

a) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa menggunakan sebarang
bahan pencuci (mengelakkan tindakbalas kimia). Tali yang kotor perlu direndam terlebih
dahulu, kemudian dicuci secara teliti dari hujung ke hujung tali.

b) Bagi peralatan yang diperbuat dari bahan logam seperti karabiner, figure of eight,
ascender dan sebagainya, perlu dibilas dengan air tawar untuk membuang kotoran, dilap
dan kemudian disembur dengan cecair anti karat seperti WD-40.

c) Pada bahagian screw gate karabiner perlu disembur cecair anti karat dan putar-putar
screw tersebut sehingga putarannya lancar, dengan tujuan menghancurkan benda asing
seperti zarah pasir dan tanah yang terlekat di bahagian tersebut.

2) Cara mengeringkan peralatan.
a) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang alik pada pokok atau
tempat yang bersesuaian tanpa terdedah terus kepada cahaya matahari (terlindung).
Sebaik-baiknya tempat tersebut mestilah mempunyai kitaran udara yang baik. Kaedah
ini akan dapat mengekalkan kualiti tali kernmantel.

b) Peralatan logam seperti karabiner, F-O-8, ascender dan lain-lain yang telah siap dicuci
dan disembur dengan cecair anti karat, boleh dikeringkan dengan cara menggantung
peralatan tersebut dengan tali pada kitaran udara.

c) Bagi harness, glove dan sling tape perlu dijemur pada sinaran matahari dengan kitaran
udara yang baik untuk dikeringkan dengan kadar segera.

TAJUK/ AKTIVITI : PENGURUSAN TALI TEMALI

Jenis jenis tali

1) Tali Karmental (kernmantle)

 Tali ’kernmantle’ terdiri dari dua lapisan :
 kern (core) – iaitu pintalan beberapa serat tali kecil yang membentuk satu teras yang

kuat ; dan
 mantle(shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk membentuk satu lapisan

kulit luar.

Penjagaan dan keselamatan tali.

1) Cara mencuci alatan
a) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa menggunakan
sebarang bahan pencuci (mengelakkan tindakbalas kimia). Tali yang kotor perlu
direndam terlebih dahulu, kemudian dicuci secara teliti dari hujung ke hujung tali.

2) Cara mengeringkan peralatan.
Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang alik pada pokok
atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah terus kepada cahaya matahari
(terlindung). Sebaik-baiknya tempat tersebut mestilah mempunyai kitaran udara
yang baik. Kaedah ini akan dapat mengekalkan kualiti tali kernmantel.

a) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan baik. Ini bagi
mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak digunakan di masa hadapan.

b)
Cara menggulung dan membawa tali karmental

1) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan kaedah
i) Mountaineering
(1) Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.
(2) Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.
(3) Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
(4) Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.
(5) Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati satu gulungan tali
yang besar.
(6) Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat pada bahagian tengah gulungan
secara simpul manuk.
ii) Mountaineering
(1) Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.
(2) Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.
(3) Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
(4) Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.

(5) Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati satu gulungan tali
yang besar.

(6) Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat pada bahagian tengah gulungan
secara simpul manuk.

3) Kaedah membawa tali.
1) Menggunakan beg khas. - Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.
2) Menggalas di belakang. - Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di
belakang.
3) Menyilang di badan. - Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang ke
badan untuk dibawa ke

Nota Sisipan
1) Cara menggulung tali karmental
a) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan baik. Ini bagi
mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak digunakan di masa hadapan.
b) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan kaedah
i) Mountaineering

Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.

Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.

Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.
Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati satu gulungan tali yang

besar.

Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat pada bahagian tengah gulungan secara
simpul manuk.

i) Butterfly
Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis. Pegang hujung salah satu hujung
dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5 meter.

Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.
Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke bawah.

Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali.

Anda akan dapati satu gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.

Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.

1) Kaedah membawa tali.
a) Menggunakan beg khas.
b)

Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.

c) Menggalas di belakang.
Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di belakang.

d) Menyilang di badan.

Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang ke badan untuk dibawa ke
lokasi.

e) Menggalas di sisi.

Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkai beg tangan.

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

BUKU SUMBER

PENGURUSAN TALI TINGGI
TAHAP 1

PERSEKUTUAN MENDAKI i
M A L AY S I A



BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

PRAKATA

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sentiasa berusaha dalam memastikan kualiti siswa
pendidik keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) dapat menguasai 4K (kemahiran asas,
kejurulatihan, kepegawaian dan kepengelolaan) bagi memastikan siswa pendidik ini bersedia
bertugas di sekolah nanti.

Buku sumber ini diharap boleh dijadikan rujukan dan panduan di IPG untuk semua aktiviti yang
berasaskan tali terutamanya aras tinggi dan tak kurang pentingnya aras rendah. Syarat kelayakan
untuk menyertai Kursus Pengurusan Tali Tinggi Tahap 1 ini hendaklah telah menghadiri Kursus
Sukan Mendaki SEACF Tahap 1 seperti yang telah disyaratkan oleh Persekutuan Mendaki
Malaysia (PMM) .

Pendekatan buku sumber ini adalah berasaskan teori kejurulatihan sukan yang membahagikan
latihan kepada empat bidang iaitu fizikal dan fisiologi, teknikal, psikologi dan strategi. Namun
begitu mungkin ada ruang yang akan diperkemaskan lagi untuk edisi terbitan seterusnya
bagi memastikan maklumat terkini dan lebih komprehensif dapat dikongsikan kepada semua
peserta Kursus Pengurusan Tali Tinggi Tahap 1 ini.

Buku sumber ini merupakan panduan asas kepada peserta kursus untuk ditauliahkan pensijilan
yang diiktiraf oleh Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) bagi yang ingin memulakan aktiviti
yang berasaskan tali sama ada abseiling, repelling, flying fox, tree climbing dan lain-lain lagi
yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, amalan secara teori ini perlu dikukuhkan melalui latihan secara praktikal
di lapangan bagi mempertajamkan dan memperkemaskan segala ilmu terkandung di dalam
buku sumber ini.

IPGM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMM atas kerjasama yang dihulurkan
serta memberikan ruang dan peluang yang sangat besar dalam memastikan elemen sukan
berasakan tali ini boleh dikembangkan di IPG seluruh negara. Semoga kerjasama yang lebih
erat akan diteruskan demi memastikan sukan mendaki ini terus berkembang di Malaysia.

Selamat berkursus.

Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

iii

Isi Kandungan

M/S

Rangka Kursus Pengurusan Tali Tinggi Tahap 1 ................................................. 1

Pengenalan ................................................................................................................... 2

Gambar Pemakaian Lengkap Asas Bagi Semua Aktiviti High Rope ............ 3

‘Flying Fox’ (Zip Line) ................................................................................................. 4

Peralatan Keselamatan .............................................................................................. 4

Anchor System ............................................................................................................. 5

Gambar Perlaksanaan Flying Fox ........................................................................... 7

Tatacara Operasi Aktiviti Flying Fox ...................................................................... 10

Aktiviti Abseiling / Rappeling .................................................................................. 14

Set Peralatan ................................................................................................................. 15

Pemasangan Abseiling .............................................................................................. 16

Tatacara Operasi, Aktiviti ‘Abseiling’ ..................................................................... 17

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

RANGKA KURSUS PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

LEVEL 1 PMM.

TAJUK PERINCIAN

Pengenalan Kurikulum ini direka khusus untuk menyediakan suatu
siri pentauliahan kecekapan, kecemerlangan dan
perkembangan Kemahiran Asas Teknikal Tali Tinggi
yang selaras dan sistematik di seluruh negara.

Objektif Kursus ini direka khusus sebagai persediaan asas
kemahiran dikalangan penggiat sukan ini bagi
mewujudkan suasana aktiviti yang selamat dan
menyeronokkan.

Tumpuan Kemahiran Kurikulum ini memberikan penumpuan utama terhadap
aspek pengenalan kemahiran tentang asas permainan
ditempat tinggi.

Lokasi Aktiviti Tembok sukan mendaki, tebing batu, atau pun kawasan
yang boleh dikatogerikan sebagai tempat beraktiviti
serta bangunan-bangunan, pokok dan juga menara.

Pegawai Pengendali Jurulatih SEACF atau High Rope 2 (Kelayakan
minimum).
* Jurulatih Tauliah PMM

Prasyarat Had umur minima 18 tahun. (di bawah 18, sokongan
PMM) Memiliki kecergasan fizikal, mental dan berminat
untuk mempelajari kemahiran aktiviti ini.

Jangkamasa Kursus 6-8 jam (1 hari) * Minima boleh dipelbagaikan.

Aspek Penilaian Keterlibatan aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Bayaran Kursus RM 185.00

Pentauliahan Sijil Asas Tali Tinggi. High Rope 1 PMM.

Peralatan Peralatan Memanjat Teknikal (Technical Climbing)
Alatan-alatan Keselamatan Aktiviti Tempat Tinggi.

Penyertaan Minimum Syarat penyertaan minimum ialah 10 orang.

Ratio Jurulatih Peserta 2 jurulatih : maksimum 8 orang peserta.

Silibus Tali Tinggi Level 1. High Rope 1 PMM.

Nota HIGH ROPE 1 - PMM (SEACF Standard).

Lantikan Seterusnya Minimum satu bulan.
*Sokongan PMM, bagi Jurulatih dan penggiat yang
telah menghadiri kursus dan kelayakannya disokong
PMM.

AMARAN !
PENGGUNAAN / PEGAMBILAN DADAH & BAHAN HAYAL ADALAH DILARANG SAMA SEKALI

1

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

1. PENGENALAN

Bagi aktiviti-aktiviti tempat tinggi yang menggunakan kelengkapan peralatan
keselamatan. PMM telah mengkhususkan latihan / kursus bagi aktiviti Flying
Fox dan Abseil serta Jumar(Ascender) diambil sebagai contoh yang boleh
digunakan kepada lain-lain aktiviti. Ianya kerana ‘setting’ kelengkapan
peralatannya boleh digunakan kepada pelbagai aktiviti lain seperti River
Crossing, Canyoning, Viaferata, Tree Climbing dan lain-lain lagi. Manakala
permainan yang direka dalam aras tinggi pula adalah seperti Post Man Walk,
Burma Bridge, Multy Vine Travers, Cat Walk, X Cross dan pelbagai-bagai lagi.

Standard SEACF Sport Climbing Level 1 pula adalah permulaan asas yang
mesti dipelajari dan difahami sebelum mengikuti mana-mana aktiviti yang
mengunakan peralatan keselamatan yang sama seperti alat keselamatan
yang digunakan untuk pekerjaan, menyelamat, aktiviti lasak dan sebagainya
dengan bentuk yang berbeza mengikut kesesuaian pengunaan dan juga
pengeluaran sesebuah syarikat.

PMM telah mengubal satu tatacara pengunaan dan ketetapan dalam aktiviti
ini dan bertujuan menyelaraskan (standard) yang digunapakai bagi kursus-
kursus yang dijalankan oleh PMM. Walaubagaimana, mana-mana pengguna
wajib menghadiri kursus ini bagi kefahaman, penerangan dan perlaksanaan
agar ianya tidak disalah ertikan. Penggunaan beberapa bahasa juga
digunakan dalam pelajaran ini supaya selaras dengan bahasa-bahasa dalam
aktiviti Climbing yang digunakan di antarabangsa.

PMM memohon maaf kepada mana-mana syarikat ataupun orang-orang
tertentu yang mana dalam pelajaran ini menggunakan jenama-jenama dalam
bentuk bergambar mahupun gambarajah yang terdapat dalam sesetengah
produk yang dibekalkan ataupun milik peribadi yang ada dipamirkan dan
dijual di seluruh dunia. Lain-lain, telah dibenarkan oleh PETZL (2014).

Definasi Tali Tinggi (High Rope)
Tali Tinggi ataupun yang disebut sebagai “High Rope” adalah satu aktiviti
yang dijalankan di kawasan tinggi dengan kaedah pengunaan Tali atau Kabel
atau bahan-bahan lain dengan menggunakan peralatan keselamatan yang
dapat membantu seseorang daripada terjatuh dari tempat aktiviti tersebut
ataupun mengelak dari berlaku apa-apa kecederaan semasa aktiviti tersebut
dijalankan.

2

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

Gambar Pemakaian Lengkap
Asas Bagi Semua Aktiviti High Rope

3

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

A. ‘FLYING FOX’ (ZIP LINE)

Ianya adalah satu aktiviti yang mana membolehkan seseorang melunsur
menggunakan landasan jaluran yang ditegangkan (Kernmentel Rope) atau
(Steel Cabel) dibahagian atas melebihi kepala dan bergerak melunsur dari
satu kawasan tinggi ke kawasan rendah atau cerun.

PERALATAN KESELAMATAN
(Setting menggunakan Kernmantel Rope)

1.1 Tali Kernmantle jenis Static, (Landasan).
*Nota : juga terdapat penggunaan jenis Steel Cable.
Bagi pembelajaran ini pemasangan adalah menggunakan Kernmantel
Rope.

1.2 Harness.
Jenis Full Body Harness. Pemakaian lebih selesa dan menyeluruh.

1.3 Landyard.
Jenis Y Rope ataupun Sling. Kesesuaian dari segi penggunaan
meliputi 2 penyambung keselamatan selain dari Harness loop.

1.4 Helmet.
Climbing Helmet atau Outdoor Helmet, digunakan bagi melindungi
kepala dari bahaya.

1.5 Carabiner.
Jenis Steel, lebih sesuai untuk aktiviti ini.

1.6 Pulley.
1 roda atau jenis Tandem dengan 2 roda mengikut pengunaan kabel
atau tali.

1.7 Sarung Tangan,
Digunakan bagi mengelakan kecederaan pada tangan.

1.8 Cermin Mata Keselamatan. Safety Glass Eyeware.
Untuk melindungi mata sekiranya ada objek yang hadir semasa
pelunsuran dan kemalangan semasa pemasangan.

1.9 Balaclava.
Digunakan bagi orang yang berambut panjang bagi mengelakkan
bahagian rambut masuk ke bahagian mekanikal.

4

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

1.10 Lain-Lain Kelengkapan.
a. Stopper Zone.
- Kernmantle Dinamic, Manila Rope, Puley/Steel Crab untuk memberhentikan
objek.
b. Manila Rope ataupun bahan lain sokongan bagi mengelakan kerosakan
peralatan semasa pelanggaran 2 alat mekanikal semasa memberhentikan
objek.
c. Bahan Bebanan bagi menguji Tali Landasan yang ditegangkan.
d. Sling/Tali Prusik sebagai bahan sokongan untuk menahan ketegangan Jalur
Landasan.
e. System Menegangkan Tali - Zigzag Hauling System.

1.11 Transit Zone.
Kernmantel Rope Panjang yang sesuai bagi kecemasan sekira berlaku
pemberhentian di Jalur Landasan atau kecemasan.
Safety Equipment Beg : 2 Sling Anchor, 2 Belay Devise, 1 Sling Loop, 4
Karabiner, 2 Pulley, 1 Kernmantel Rope mengikut ketinggian & 1 Cutter/Knife.

ANCHOR SYSTEM

1. Anchor Atas
Ikatan yang digunakan, Clove Hitch dengan back up Sling atau Prusic.
(2 point anchor system)
*Crab tambahan untuk melonggarkan tali selepas selesai.

2. Anchor Bawah
Cara Tegangan berdasarkan Sistem Zig Zag dengan pulley dan backup
sementara dengan sling ‘bucket’, Prusic Knot dan back up Clove Hitch
(selepas di tegangkan).

Anchor Clove Hitch Dengan Backup Knot

5

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

* Anchor Sling Bucket
* Attach Karabiner
(Guna Steel Crab / 2 Crab

aluminium yang bertentangan)
* With Rope, Fig. 8 Double Loops
* Alas Ikatan tersebut bagi

penjagaan tali dan juga
pokok/tiang.
TEKNIK MENEGANG TALI
System Pulley digabungkan dengan Prusic Knot. Juga disebut dengan
system zigzac.

AMARAN!!!
Setiap tali atau Steel Cable yang ditegangkan adalah didalam keadaan yang
sangat MERBAHAYA.
Segala kerja-kerja pemasangan hendaklah dijalankan dengan berhati-hati.
Diwajibkan memakai Helmet dan juga perlindungan lain seperti
‘Safety Glass Eyeware’ dan ‘Glove’.
Kawasan persekitaran, tiada orang lain selain dari pegawai-pegawai teknikal
yang dibenarkan.

6

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

GAMBAR PERLAKSANAAN FLYING FOX.

1. Pemeriksaan
Keselamatan di atas

Menara
“Transit Zone” *Pelunsur

berada ditengah.

2. Pelunsur, merendahkan badan bagi memastikan beliau
merasai keseimbangan dan telah dipasangkan peralatan

keselamatan.
*Tujuan :

Pelunsur Menguji Pemasangan kelengkapan kali ke 2.
(Ujian kali ke-2)

(Ujian Pertama, dilakukan di bahagian tengah menara)

7

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

Pelunsur dilepaskan
untuk melunsur.

Cara ini dicadangkan
bagi persediaan
pemberhentian.

8

Stoper Zone BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

Peserta diberhentikan di Peserta SELAMAT
Stopper Zone diberhentikan di

Manila Rope dipasang Stopper Zone
bagi mengurangkan 9
kesan pelanggaran
peralatan mekenikal
antara Pulley atau bahan

lain.

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

TATACARA OPERASI AKTIVITI FLYING FOX

1. KAWASAN DAN PENUGASAN. ZON-ZON.

ISOLATION ZON
Kawasan Berkumpul yang berdekatan.

Pegawai Teknikal Bertugas :
Tahap 1 & ke atas (HR1).

Penugasan :
* Memberi penerangan cara-cara pemakaian harness serta memeriksa

alatan yang digunakan oleh pengguna/peserta.
* Peserta juga perlu diterangkan bagaimana tatacara aktiviti yang hendak

dijalankan.
* Diberi penerangan sekiranya berlaku pemberhentian mengejut semasa

peluncuran dan lain-lain kecemasan.

1.1 ZON A. CALL ZON

Kawasan :
Bawah menara, ‘base’, ‘Stucture’ atau Binaan, kawasan tinggi atau bangunan.

Pegawai Teknikal Bertugas :
Tahap 1 & ke atas (HR1).

Penugasan :
* Memeriksa kelengkapan-kelengkapan pengguna / peserta dan

membenarkan peserta bergerak ke Zon seterusnya.
* Setelah mendapat arahan dari Pegawai Zon B.
* Pemasangan kelengkapan keselamatan sebagai ‘backup’ hendaklah

dipasang oleh Pegawai Teknikal dari Zon ini.

1.2 ZON B. TRANSIT ZON

Kawasan :
Pelantar Teratas (Kawasan Pelepas).

Pegawai Teknikal Bertugas :
Dua orang (2) tidak kurang dari ‘Supervisor HR2’.

Penugasan :
* Pemeriksaan & memasangkan kelengkapan.
* Menguji berat peserta dengan kelengkapan penuh yang telah dipasangkan

pada jaluran sebelum membuat perlepasan.
* Pelepasan oleh Pegawai HR 2 yang pertama. Manakala pegawai HR2

yang kedua akan bertindak sebagai Pegawai Kecemasan.

10

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

1.3 ZON C. STOPPER ZON.

Kawasan :
Kawasan Berhenti Luncur.

Pegawai Teknikal Bertugas :
Dua orang (2) tidak kurang HR 1.

Penugasan :
* Seorang bertugas untuk memberhentikan pengguna/peserta yang

melunsur dari Zon C.
* Dan seorang lagi membantu meleraikan peralatan keselamatan peserta.
* Sekiranya beban yang hendak diberhentikan laju, Stopper kedua perlu

diadakan. Sebagai tambahan (2 Stopper).
(Buat Perbincangan bagaimana menguruskan pemberhentian).

2. TATACARA PELEPASAN (LUNSUR).

(HR Supervisor) akan memberi amaran untuk perlepasan kepada semua
pertugas.

2.1 Pertanyaan Pertama
“STOPPER READY?”
(Pertanyaan kepada Pegawai di Stopper Zon).
Isyarat : Menggunakan Tanda, Warna, Wisel, Jari dsbnya.

2.2 Pertanyaan Kedua
“BELAYER READY?”
(Pertanyaan kepada HR Supervisor Ke-2)

2.3 Pertanyaan Ketiga
“ARE YOU READY?”
(Pertanyaan kepada Peserta/Pelunsur)

2.4 Perlepasan.
“READY.. ATTENSION........! GO!”
Pegawai di Zon C hendaklah memerhatikan peserta sehingga
diberhentikan di ‘stopper zon’.

3. TATACARA MEMBERHENTIKAN.

3.1 “OK. BRAKE!”
Pegawai Zon C (Stopper).

11

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

* Memberitahu peluncur bahawa peluncur telah dikawal untuk
pemberhentian.

* Stopper memberhentikan peserta.
* Menanggalkan peralatan keselamatan.

3.2 “STOPPER OFF!”
Makluman penugasan yang telah selesai kepada semua teknikal &
keadaan tidak bersedia.

4. TIDAK JADI PERLEPASAN. & KECEMASAN.

“BRAKE-BRAKE-BRAKE!”
Mana-mana PEGAWAI / PESERTA boleh memberi arahan untuk
memberhentikan pelepasan, sekiranya berlaku kesalahan semasa
pelepasan atau lain-lain kecemasan yang boleh merbahayakan
keselamatan mana-mana pengguna.

KESELURUHAN PERJALANAN MELUNCUR DARI MENARA – HIGH ROPE

(Flying Fox)

-Ringkas-

TATACARA LATIHAN FLYING FOX / MELUNCUR DARI MENARA.

Arahan HR2 (Supervisor)

HR2 : 1. Stopper readyyy? (pertanyaan kepada Stopper Zon).

2. Belayer Readyy? (pertanyaan kepada pembantu).

3. Are you Readyyy, Atensionn???? GOOO..

- Setelah mendapat arahan ‘Go’ dari HR Supervisor

peserta/pelatih meluncur keluar dari menara.

- Kedua-dua belah kaki dirapatkan dan lurus kehadapan.

- Kedudukan badan adalah seperti L SHAPE.

4. OK BRAKE!! (Diberhentikan di Stopper Zon).

5. BRAKE-BRAKE-BRAKE (Kecemasan).

5. UJIAN KETAHANAN PERALATAN.

Gambarajah Ujian Bebanan sebelum memulakan aktiviti

Ujian Bebanan 100Kg Jalur Landasan.
12

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

6. PENUGASAN.
Gambar rajah di bawah, perlu di bincangkan bagi tatacara tindakan semasa kecemasan.

Gambarajah 4 menunjukkan, Pegawai zon A dan zon C akan berlari di tengah.
Pegawai Zon B (Transit/Perlepasan) mengambil tindakan untuk menguruskan peserta yang tersangkut ditengah.

13

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

AKTIVITI ABSEILING/RAPPELING
1. ABSEILING

Pergerakkan seseorang yang TURUN dari atas tempat tinggi ke bahagian BAWAH dengan menggunakan peralatan
keselamatan. Juga disebut sebagai Rapeling.

Gambar cara-cara aktiviti Abseiling

1 . Dari Bahagian Atas 2. Turun Mengunakan Tali 3. Kebahagian Bawah

14

SET PERALATAN BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

1.1 Set Kelengkapan Jurulatih. 15
• Adalah sama seperti lain-lain
aktiviti.
Harness yang sesuai.
Helmet, Glove, Safety Eyeware &
Landyard dengan Karabiner.
Belay Devise beserta Karabiner.
Kelengkapan Backup

- Valaclawa
(Perlu disediakan bagi peserta
wanita/lelaki yang berambut
panjang. Serta kain tudung
yang biasanya boleh memasuki
bahagian mekenikal alat mendaki).

1.2 Set Kelengkapan Peserta.
Harness yang sesuai.
* Sama seperti lain-lain aktiviti.
Helmet, Glove, Safety Eyeware
&Landyard dengan Karabiner.
Figure 8 Devise beserta Karabiner.

1.3 Set Kelengkapan Abseiling :
Kernmantle Rope, panjang tali dari
Anchor Point ke bawah mestilah
berlebihan.
Jenis sambungan tali Fig. 8 Double
Loop.
Anchor Sling jenis Bucket.
Disambung dengan Karabiner.

1.4 Lain-lain.
(Bahagian Atas) Backup Top Belay
oleh jurulatih.
Kernmantel Rope, Anchor Point
Sling Bucket, Karabiner, Figure 8
Belay Divise.
(Bahagian Bawah) Jurulatih
bersedia untuk menerima peserta
yang turun.

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

PEMASANGAN ABSEILING

2.1 Anchor
A. Abseil.
Pangkal Tali Atas dengan simpulan Fig. 8 Double Loop. Loop disambungkan kepada Carabiner.
Carabiner pula disambungkan kepada Sling yang dililitkan pada bahagian Anhcor.

B. Top Belay.
Sebagai backup kepada pengguna yang sedang menjalankankan aktiviti Abseil.
*Rujuk Gambarajah

A. Abseilling B. Belay Tope Rope (Backup)

* Cara lain, bagi tatacara
menyelamat atau menurunkan
mangsa (Lowering).
- Italian Munter Hitch.
- Fig. Eight with lock dan ll.

16

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

TATACARA OPERASI, AKTIVITI ‘ABSEILING’

1. KAWASAN DAN PENUGASAN.

ISOLATION ZON.
Kawasan Berkumpul yang berdekatan.
Pegawai Teknikal Tahap 2 TT(HR).

Penugasan :
Memberi penerangan cara-cara pemakaian hardness dan memeriksa
hardness serta alatan yang digunakan oleh pengguna/peserta.

1.1 Zon A. CALL ZON.

Bawah Menara,’ Base’ ‘Stucture’ atau Binaan, kawasan tinggi atau

Bangunan.

Pegawai Teknikal Tahap 2 TT(HR).

Penugasan :
Memeriksa kali kedua, kelengkapan-kelengkapan pengguna/peserta
dan bolehlah mengarahkan peserta bergerak ke Zon C setelah menerima
arahan dari Zon C. Pemasangan kelengkapan keselamatan sebagai
‘backup’ hendaklah dipasang oleh Pegawai Teknikal Zon B ini terlebih
dahulu sebelum perjalanan ke Zon C.

1.2 Zon B. TRANSIT ZON (PLAT FORM).

Pelantar Teratas (Kawasan Pelepas).

Seorang (1) ‘Supervisor HR’, Seorang (1) Pegawai Teknikal Tahap 2 TT(HR)

dan Dua (2) Orang Belayer.

Penugasan :
- Pemasangan kelengkapan terakhir.
- Pelepasan oleh ‘Supervisor HR’ dan dibantu oleh Pegawai TT2.

1.3 Zon C. BASE. (TOWER/BANGUNAN DLL BENTUK)

Kawasan Selamat Sampai (Kawasan Di Bawah Pelepas).

Dua (2) Orang TT(HR).

Penugasan :
- Membuat demonstrasi.
- Bertugas untuk memberhentikan pengguna/peserta yang turun dari
Zon C. (jika berlaku kecemasan)
- Memberi arahan atau teguran jika perlu.
- Membantu meleraikan peralatan keselamatan peserta.

17

BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1 4. KECEMASAN DAN PEMBERHENTIAN

Peringatan : “BRAKE-BRAKE-BRAKE“
Jika Aktiviti di AIR TERJUN, sediakan: Atau Wisel ditiup berulangkali untuk memberitahu
i. Live Jacket & Wisel. bahawa aktiviti perlu dihentikan segera atas
ii. Panjang Rope bahagian bawah. sebab-sebab keselamatan.
iii. Panjang Rope dari bahagian Achor.

2. PELEPASAN. 5. LATIHAN ABSEILING.

Arahan dan Pertanyaan dari TT(HR) Supervisor. - Dalam keadaan berdiri menghadap bahagian
2.1 “STOPPER READY ?” dalam pelantar/HR Supervisor.

Pertanyaan kepada Stopper Officer. - Kedua-dua belah kaki dibuka sedikit, untuk
Contoh : Jari menunjukkan isyarat sedia ‘good’ kestabilan dan keseimbangan badan.
kepada Stopper sehinggalah mendapat maklum
balas/isyarat dari Stopper yang menunjukkan - Tangan kiri memegang tali hadapan dan tangan
stopper telah bersedia. kanan memegang tali di bawah belay devise
untuk brake rope.
2.2 “BELAYER READY ?”
Pertanyaan dari TT(HR) Supervisor kepada Belay - Rendahkan badan perlahan-lahan ke belakang
Officer. dan jadikan bentuk badan seperti L SHAPE.

2.3 “ARE YOU READY ?” - Setelah mendapat arahan ‘Go’ dari HR
Pertanyaan dari TT(HR) Supervisor kepada Peserta. Supervisor, ‘abseiler’ keluar dari pelantar
dengan badan menghadap ke Menara dan tali
2.4 READY !!, ATTENSION........! GO! yang digenggam dilongarkan perlahan-lahan
Pegawai di Zon C hendaklah memerhatikan peserta bagi menurunkan badan ke bawah.
sehingga selamat sampai ke Zon akhir.
Selesai. Selamat Beraktiviti.
3. PEMBERHENTIAN.

3.1 “OK SAFE!”
Memberitahu peserta mengatakan beliau telah
selamat sampai di bawah (base) dan akan
dikeluarkan dari zon tersebut.

3.2 “BELAY OFF!”
Belayer memaklumkan penugasan yang telah
selesai atau belum bersedia.

18



BUKU SUMBER : PENGURUSAN TALI TINGGI TAHAP 1

DITERBITKAN OLEH

JABATAN KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
Tel : 03-8312 6666
Fax : 03-8312 6655

DENGAN KERJASAMA

PERSEKUTUAN MENDAKI
M A L AY S I A

20


Click to View FlipBook Version