The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustazah Nadirah, 2023-01-27 21:38:29

PROSIDING ISPC

PROSIDING ISPC

195 3.2 Instrument Kajian Instrumen soal selidik yang digunakan berstruktur ringkas bertujuan bagi mencapai objektif kajian. Soal selidik yang dibentuk adalah berpendukan pemboleh ubah kajian iaitu kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan abad ke 21 dari aspek pemikiran kognitif, sikap dan emosi dan tingkah laku. Soal selidik ini telah dibentuk dengan berpandukan konsep kesediaan pembelajaran yang dimodelkan oleh Maddox et.at (2000). Item-item soal selidik yang dikonstruk juga direka berpandukan soal selidik Strategi Motivasi Untuk Pembelajaran (Motivated Strategies for Learning Questionare, MSLQ) yang sering digunakan dalam pelbagai kajian bidang pendidikan. Borang soal selidik mengandungi 29 item berkaitan kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi berdasarkan tiga aspek yang dinyatakan; pemikiran kognitif, sikap dan emosi dan tingkah laku. Insturmen ini telah dibina berdasarkan maklumat dan hasil dapatan yang telah diubah suai berpandukan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan juga hasil dari perbincangan dengan penyelia kajian. Skala Likert telah digunakan dalam pengukuran kesediaan pelajar terhahap penggunaan teknologi. Data data yang diperoleh dari boring soal selidik dikumpul dan telah direkodkan untuk dianalisa secara purata, median skor dan sisihan piawai. Jadual 1 menunjukkan pengkelasan yang telah digunakan oleh pengkaji bagi tujuan analisa data berdsarkan purata, median dan sisihan piawai. Jadual 1 : Pengkelasan Skor Tahap Min Rendah 1.00 - 2.39 Sederhana 2.40 - 3.79 Tinggi 3.80 - 5.00 Sumber: Adaptasi daripada Landell, K (1997) 3.3 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis dan sebanyak 47 set borang soal selidik telah diagihkan kepada sampel kajian. Kebolehpercayaan item dilihat berdasarkan nilai Alpha Cronbach (α). Nilai indeks kebolehpercayaan diperoleh melebihi 0.60 adalah baik kerana indeks tersebut menunjukkan bahawa terdapatnya ciri-ciri konsistensi dalaman terhadap item-item yang dibentuk. Jadual 2 menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang diperoleh oleh setiap item dalam instrument soal selidik yang digunakan oleh penyelidik. Jadual 2: Analisa Kebolehpercayaan Item Instrumen Item Bil. Item Soalan Nilai Alpha Cronbach Kognitif 10 .740 Sikap dan Emosi 10 .722 Tingkah laku 9 .728


196 4. ANALISA DATA DAN DAPATAN Dapatan kajian diperoleh daripada hasil borang soal selidik yang telah dijawab oleh 272 orang responden iaitu pelajar tingkatan dua di lima buah sekolah sekitar daerah Seremban. Elemen penting yang diambil kira dalam analisa data ini adalah tiga item yang diukur iaitu, kognitif, sikap dan emosi dan yang terakhir tingkah laku. Data-data yang diperoleh dikumpulkan, direkodkan dan dianalisa berdasarkan nilai purata, median dan sisihan piawai. Jadual 3: Perbezaan Skor Minimum Variasi Kesediaan Variasi Kesediaan Purata Median Sisihan piawai Skewness Kurtosis kognitif 3.64338 4 0.620701 0.420294 -0.657065 emosi &sikap 3.91176 4 0.28416 -2.91959 6.572279 tingkah laku 3.72426 4 0.447708 -1.009256 -0.988726 Data yang telah direkod dan dianalisis diringkaskan dalam Jadual 3 menunjukkan nilai purata, median dan sisihan piawai mengikut variasi kesediaan; kognitif, emosi dan sikap serta tingkah laku. Untuk menguji nilai normaliti bagi setiap variasi kesediaan, satu ujian statistik dijalankan untuk menguji kenormalan data. Ujian statistik Kolmogorov-Smirnov dijalankan ke atas ketiga-tiga variasi kesediaan dan hasil dapatan boleh dlihat dalam Jadual 3. Ujian statistik yang dijalankan menunjukkan bahawa nilai signifikasi bagi ketiga-tiga variasi kesediaan adalah kurang dari 0.05, p < 0.05. Oleh kerana data yang diperolehi tidak memenuhi syarat normaliti, ujian statistik bukan parametrik, Ujian Kruskal-Wallis dijalankan bagi melihat signifikasi perbezaan di antara serakan dalam kumpulan dengan serakan di antara kumpulan variasi kesediaan. Ujian Kruskal-Willis merupakan alternatif kepada ujian ANOVA sehala. Ianya digunakan untuk membandingkan 3 atau lebih sampel untuk memastikan sampel-sampel tersebut datang daripada populasi yang sama. Ujian Kruskal-Wallis menggunakan skala ukuran ordinal dan setiap sampel mempunyai sekurang-kurangnya 5 pemerhatian. Nilai H statistik yang diperoleh dari ujian statistik bukan parametrik, Kruskal-Wallis adalah 32.9416 (2, N = 816). Nilai p adalah < .00001. Keputusan ujian adalah signifikan pada p < .05 . Ini membuktikan bahawa ketiga-tiga variasi kesediaan mempunyai saiz kelas median yang sama. Menurut dapatan, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pada waktu ini para pelajar terutamanya pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah daerah Seremban, Negeri Sembilan telah bersedia untuk penggunaan teknologi dalam pembelajaran semasa mereka. Jika dilihat dari jadual 3, aspek kesediaan para pelajar dari aspek sikap dan emosi menunjukkan minimum skor yang tinggi iaitu 3.91, manakala aspek kesediaan kognitif dan tingkah laku pula berada di tahap yang sederhana masing-masing sebanyak 3.64 dan 3.72. Secara purata, skor minimum yang ditunjukkan pelajar telah bersedia tetapi bukan secara keseluruhannya terutama di dalam beberapa perkara di dalam aspek kognitif dan juga tingkah laku. Bagi aspek kesediaan kognitif misalnya, para pelajar menyatakan bahawa mereka mempunyai akses yang mudah dan pantas dengan teknologi yang diperlukan seperti komputer riba dan juga telefon pintar. Namun begitu, dapatan menunjukkan para pelajar mempunyai pemikiran dan pemahaman yang lemah dalam aplikasi teknologi asasi pendidikan seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excell. Kesediaan para pelajar juga masih berada di tahap yang sederhana dalam penggunaan teknologi pendidikan, kemahiran memahami teknologi pendidikan dan pengintegrasian teknologi pendidikan ke dalam dunia sebenar. Pengetahuan dan kemahiran asas kognitif ini amatlah penting dalam membantu pelajar untuk bersedia sepenuhnya untuk menggunakan teknologi di dalam proses pembelajaran. Para pelajar dan guru hendaklah


197 mengambil inisiatif dalam meningkatkan kemahiran kognitif bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti penggunaan teknologi dalam pendidikan. Aspek sikap emosi keseluruhannya berada di tahap yang tinggi dan memuaskan. Ini kerana pelajar sudah terdedah kepada keterujaan dan keseronokan penggunaan teknologi sama ada secara formal atau tidak formal. Pendedahan awal seperti ini yang merangsang emosi para pelajar untuk lebih bersedia dan sentiasa bersikap terbuka terhadap penggunaan teknologi di dalam kelas. Namun begitu, para pelajar hendaklah tahu membezakan teknologi dan aplikasi yang sesuai digunakan untuk tujuan pendidikan atau atas tujuan sosial. Seterusnya adalah aspek tingkah laku para pelajar yang merangkumi kesediaan pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas, mengambil bahagian secara aktif, membuat bahan bacaan dan melakukan kerja sekolah atau latihan melalui penggunaan teknologi. Berdasarkan dapatan kajian item-item seperti menumpukan perhatian terhadap penggunaan teknologi di dalam kelas, mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas apabila teknologi digunakan, berkolaborasi dengan rakan dan guru menggunakan teknologi dan kesediaan membuat latihan atau aktiviti menggunakan teknologi berada di tahap yang tinggi. Ini menujukkan bahawa penggunaan teknologi di dalam proses pembelajaran dapat mewujudkan suasana yang lebih aktif dan meningkatkan kualiti pembelajaran. Menurut Zulzana et al. (2012) minat dan sikap yang positif mampu mendorong pelajar untuk berfikiran kritis, bersikap aktif, bekerjasama serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dan komunikasi. Dalam konteks yang lain, para pelajar kurang pengetahuan dan pendedahan tentang teknologi dan aplikasi yang berkaitan dengan pendidikan. Para pelajar juga kurang membuat bacaan tambahan berkenaan teknologi pendidikan dan seterusnya jarang menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahan teknologi seperti komputer riba, telefon pintar, aplikasi pendidikan dan latihan atas talian sememangnya memberi impak yang amat positif dalam pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran. Menerusi penggunaan teknologi, bukan sahaja para pelajar yang memperoleh kebaikan tetapi juga guru, ibu bapa dan masyarakat. Guru dan para pelajar dapat berkongsi nota dan latihan secara atas talian dengan lebih mudah, ibu bapa juga boleh memantau perkembangan latihan anak-anak di sekolah dengan lebih kerap dan carian maklumat pembelajaran juga akan berlaku dengan lebih pantas. Pembelajaran kini tidak lagi beraasakan buku-buku sama ada buku teks atau buku latihan sahaja tetapi penggunaan bahan teknologi seperti telefon bimbit, komputer dan internet. Medium pembelajaran sebegini dapat membantu menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih mudah, difahami dan berkesan. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2003 oleh Chelus telah mendapati bahawa pelajar yang mempunyai lebih banyak akses kepada teknologi dan internet akan lebih melibatkan diri di dalam kelas serta mendapat gred yang lebih tinggi. Penggunaan teknologi dalam pendidikan sebagai medium pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi pendidikan pada waktu ini dan menjadikan Malaysia setara dengan negara-negara maju pendidikan yang lain seperti Jepun, Finland dan Australia. Konsep pendidikan mudah alih yang lebih fleksibel dan berbantukan teknologi sewajarnya ditambah baik ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat konvesional. Tumpuan harus diberi terhadap kesediaan kognitif para pelajar terutamanya tentang pengetahuan dan kefahaman para pelajar dalam penggunaan teknologi pendidikan. Ironinya, para pelajar sudah lama terdedah kepada teknologi dan aplikasi yang berasaskan social namun masih mentah dalam pengintegrasian teknologi berasaskan pendidikan. Sehubungan dengan itu, guru, ibu bapa, sekolah dan Kementerian Pendidikan hendaklah mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mendekatkan para pelajar dengan teknologi berasaskan pendidikan. Langkah inisiatif ini bukan sahaja terhad di sekolah namun juga hendaklah ditekankan di luar sekolah.


198 5. KESIMPULAN Hasil dapatan kajian mendapati bahawa para pelajar sudah bersedia dengan penggunaan teknologi pendidikan yang lebih meluas di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian ini juga berjaya mencapai objektif yang ditetapkan di mana setiap aspek kesediaan pendidikan telah direkod, dikumpul dan dianalisa. Kesediaan para pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam aspek kognitif dan tingkah laku berada di tahap sederhana tetapi masih memuaskan. Para pelajar juga menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi dalam aspek sikap dan emosi mereka. Hasil perbincangan daripata dapatan kajian ini boleh digunakan oleh para guru untuk merangka proses pembangunan pengajaran, membantu dalam pemilihan teknologi dan aplikasi yang bersesuaian, mereka bentuk aplikasi dan untuk menjayakan pelaksanaan teknologi dalam pendidikan abad ke-21. Seterusnya ini akan membantu untuk membina satu komoditi pendidikan yang berteknologi tinggi, membuat pelajar sentiasa bersemangat, lebih berinteraksi antara satu sama lain serta membuatkan satu-satu proses pembelajaran itu lebih berkualiti dan bermakna. 5.1 Limitasi Dan Penambahbaikkan Limitasi kepada kajian yang dijalankan adalah jumlah sampel yang kecil. Oleh kerana kajian mendalam dalam bidang teknologi pendidikan di Malaysia masih lagi di peringkat permulaan dan tidak meluas, hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai landasan untuk para pengkaji lebih meneroka bidang teknologi pendidikan. Para pengkaji juga boleh melakukan kajian yang lebih mendalam tentang tiga variasi kesediaan yang dikaji pada kali ini; kognitif, sikap dan emosi serta tingkah laku. Kajian korelasi antara setiap variasi dan eksplorasi yang lebih mendalam dalam ujian statistik juga membantu dalam mengembangkan lagi hasil dapatan kajian in RUJUKAN Chapelle, C.A. (2003). English language learning and technology. Chelus, C. (2003). Access, assessment, and bandwidth: High speed Internet and distance education. Unpublished doctoral dissertation, University of Buffalo, Buffalo, New York. Djamarah, S.B. 2002. Strategi belajar mengajar. Rineka Cipta, Jakarta. Ely, D.P. (1997). Technology is the answer! But what was the question? In D.P. Ely, R.M. Branch, & B.B. Minor (Eds). Hao, Y. (2016). Middle school students' flipped learning readiness in foreign language classrooms: Exploring its relationship with personal characteristics and individual circumstances. Maddox E. Nick, Monique Forte, Robert W. Boozer (2000). Learning Readiness: An Underappreciated Yet Vital Dimension In Experiential Learning. Radlow, J. (1986). Computers and the information society. New York: McGraw-Hill. Book Company. Tinio, V.L. (2002). ICT in education. Retrieved July 23, 2019 from http:// www.apdip.net/publications/iespprimers/eprimer-edu:pdf. Zulzana Zulkarnain, Mohamed Saim dan Roslina Abd. Talib. (2012). Hubungan Antara Minat, Sikap Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus CC301 – Quantity Measurement


199 KATEGORI MASALAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PERINGKAT NEGERI JOHOR. Zaihan Ramli1 , Siti Nur Hadis Abd Rahman2 Mahibah Mohamid Ali3 and Dr. Aminudin Hehsan4 1 Islamic Civilisation Academy, Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] 2 Islamic Civilisation Academy, Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] 3 Islamic Civilisation Academy, Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] 4 Centre of Research for Fiqh Science and Technology. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] ABSTRAK Terdapat banyak kajian mengenalpasti kategori masalah pelajar di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Universiti tetapi amat kurang sekali kajian dilakukan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMKA). Kajian-kajian ini lebih tertumpu pada sampel yang kecil dan setempat (peringkat sekolah zon, dan daerah) tetapi tidak di peringkat negeri. Instrumen (Mooney Problem Checklist, 1957) yang digunakan pula bagi mengenalpasti kategori masalah pelajar ini telah ketinggalan lebih 60 tahun dan tidak lagi sesuai untuk masa kini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah pelajar sekolah agama peringkat negeri Johor dengan menggunakan instrumen Shafex Problem Checklist (n=180). Persampelan rawak berganda digunakan bagi memilih sekolah (rawak mudah), tingkatan (rawak kelompok), dan pemilihan pelajar (rawak bersistematik). Data dikumpul dan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Teknik statistik Crosstabulation dan pemeratusan digunakan bagi mengenalpasti kategori masalah pelajar yang paling mengganggu dari segi jantina (lelaki dan perempuan), tingkatan (satu dan empat) serta aliran (Sains dan akaun). Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir separuh pelajar SMKA Johor mengalami masalah akademik, sukan dan rekreasi dan emosi. Hampir kesemua pelajar mengadu mengalami masalah akademik sebagai masalah yang paling utama mengikut jantina, tingkatan dan aliran. Kebanyakkan mereka mengadu risau dan takut gagal dalam peperiksaan, bermasalah dalam pengurusan mata pelajaran, tidak cukup memperuntukkan masa pada pelajaran serta tidak ingat apa yang dipelajari. Dari segi sukan dan rekreasi pula mereka mengadu tidak berpeluang menonton tv dan mendengar muzik, melakukan aktiviti sukan dan riadah seperti jungle tracking dan tidak berkesempatan membaca apa yang mereka sukai. Implikasi kajian dan cadangan turut dibincangkan. Keywords: Kategori, Masalah, Pelajar SMKA, Peringkat 1. PENGENALAN Matlamat sistem pendidikan di Malaysia iaitu ingin melahirkan generasi yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Matlamat tidak akan tercapai jika terdapat pelbagai masalah yang membelenggu remaja masa kini. Setiap permasalahan perlu diatasi dengan mencari solusi dan mengenalpasti setiap kategori masalah yang paling menganggu kehidupan harian mereka. Terdapat banyak kajian mengenai kategori masalah yang mengganggu pelajar di Malaysia ini menggunakan instrumen Mooney Problem Checklist yang dibangunkan oleh Mooney pada tahun 1957. Instrumen ini adalah terlalu lama untuk digunakan masa kini kerana


200 ianya adalah tidak relevan dari segi masa dan budaya tempatan. Walaupun terdapat usaha ubahsuai dan alihbahasa dilakukan, namun kesahan konstruknya diragui. Oleh demikian, kajian ini tidak akan menggunakan Mooney Problem Checklist yang telah ketinggalan, tetapi akan menggunakan Shafex Problem Checklist (SPCL) yang dibangunkan oleh Syed Shafeq, (2008) bagi mengenal pasti kategori masalah yang menganggu pelajar. SPCL adalah bercirikan budaya tempatan, mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, dan kesahan konstruk berasaskan Rasch Model. Selain daripada itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kategori masalah pelajar di peringkat negeri dan bukan di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah. Ini bagi membolehkan penyeluruhan dibuat kepada negeri-negeri yang lain di Malaysia. Satu lagi ciri lain yang menarik ialah kajian ini memfokuskan kepada pelajar sekolah menengah agama kerana telah terdapat banyak kajian kategori masalah di peringkat menengah dan di daerah. Malah, Kajian-kajian yang lepas hanya menumpu kepada golongan pertengahan remaja di sekolah menengah tetapi tidak mengkaji golongan awal remaja yang transisi dari sekolah rendah ke menengah dan membandingkan dengan cabaran yang dihadapi golongan pertengahan remaja iaitu transisi dari menengah rendah kepada menengah. Selain daripada itu, pelajar-pelajar sekolah menengah agama (SMKA) diwajibkan mempelajari matapelajaran Bahasa Arab. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar ini juga mengikuti jurusan aliran sains, akaun, lukisan kejuruteraan, dan asas kelestarian tetapi kajian ini berfokus kepada aliran sains dan aliran akaun. Pelajar-pelajar SMKA juga diwajibkan tinggal diasrama dengan penambahan masa pembelajaran yang agak panjang. Oleh demikian, berasaskan pernyataanpernyataan diatas, maka satu kajian kategori masalah yang mengganggu pelajar-pelajar SMKA di peringkat negeri dari segi perbezaan jantina, tingkatan dan aliran perlu dilakukan. 2. PERNYATAAN MASALAH Sudah banyak terdapat kajian mengenai kategori masalah dalam kalangan murid di Sekolah Rendah, pelajar di Sekolah Menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan dan mahasiswa di Universiti tetapi amat kurang sekali kajian dilakukan dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMKA). Malah, kajian mengenalpasti kategori masalah pelajar lebih tertumpu pada sampel yang kecil dan setempat (peringkat sekolah, zon, dan daerah) tetapi tidak di peringkat negeri. Instrumen Mooney Problem Checklist sering digunakan bagi mengenalpasti kategori masalah pelajar ini pula sudah ketinggalan lebih 60 tahun dan tidak lagi relevan untuk masa kini. Kebanyakkan dapatan kajian kategori masalah pelajar ini pula tidak diklasifikasikan mengikut fasa awal remaja (tingkatan satu) dan peringkat remaja (tingkatan empat). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kategori masalah pelajar SMKA peringkat negeri Johor (n=180) dengan menggunakan Shafex Problem Checklist (SPCL) serta mengenalpasti kategori masalah dari segi demografi (jantina, aliran, tingkatan). 3. OBJEKTIF KAJIAN Secara spesifik, objektif kajian ini adalah untuk: i) Mengenal pasti tahap kategori masalah pelajar SMKA peringkat negeri Johor. ii) Mengenal pasti kategori masalah pelajar SMKA peringkat negeri Johor dari segi demografi (jantina, aliran, tingkatan). 4. KEPENTINGAN KAJIAN Antara kepentingan kajian ini adalah ;


201 i. Menambah rujukan literatur kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang. ii. Dapat membantu pihak sekolah merancangkan program pencegahan dan pemulihan pelajar berasaskan dapatan kajian ini. iii. Guru-guru akan lebih memahami keperluan dan kehendak pelajar berasaskan data yang saintifik dan tepat tanpa andaian. iv. Dapat membantu ibu bapa untuk memahami tekanan yang dialami oleh anak mereka dan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. v. Dapatan ini boleh dijadikan sebagai indeks perbandingan dengan kajian di negeri lain bagi merangka program pencegahan dan pemulihan. vi. Menghasilkan nilai kebolehpercayaan instrument Shafex Problem Check List dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama. 5. REKABENTUK KAJIAN Kajian secara tinjauan menggunakan soal-selidik ini dijalankan ke atas 180 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Negeri Johor. Instrumen kajian SPCL yang dibina oleh Syed Shafeq (2008) telah digunakan bagi mengukur kategori masalah pelajar (Kategori Kesihatan dan pertumbuhan jasmani, kewangan, sukan dan rekreasi, hubungan dengan keluarga, nilai moral dan keagamaan, akademik, matlamat dan masa depan, dan pengajaran dan pembelajaran). Rekabentuk tinjauan secara soal selidik ini digunakan bagi menjimatkan kos, masa dan tenaga. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah kategori masalah pelajar, manakala pembolehubah bebas ialah jantina, aliran, dan tingkatan. Rajah 1: Kerangka kajian Kategori Masalah Pelajar Kesihatan dan pertumbuhan jasmani Kewangan Sukan & Rekreasi Hubungan Interpersonal Emosi Hubungan dengan Ahli Keluarga Nilai Moral dan Keagamaan Akademik Pengajaran dan Pembelajaran Matlamat dan Masa Depan Demografi Kategori Masalah Jantina Tingkatan Aliran P e r b e z a a n


202 6. POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Terdapat tiga buah SMKA (Bandar Penawar, Pagoh dan Johor Bahru) di peringkat negeri Johor. Dalam kajian ini, persampelan berperingkat (multi stage sampling ) digunakan bagi pemilihan sekolah (rawak mudah) pemilihan aliran, jantina dan tingkatan (rawak kelompok), dan pemilihan setiap responden (rawak bersistematik) dengan jumlah 180 orang. Sekolah yang terpilih (Penawar, Pagoh, Johor Bahru), aliran akaun (n=45), aliran sains (n=45), jantina lelaki (n=45), jantina perempuan (n=45). Jadual 1: Populasi dan Persampelan kajian SMKA (Penawar, Pagoh, Johor Bahru) mengikut tingkatan, aliran dan jantina. Tingkatan Satu Tingkatan Empat Lelaki Perempuan Aliran Sains Aliran Akaun SMKA Bandar Penawar 15 15 15 15 SMKA Pagoh 15 15 15 15 SMKA Johor Bahru 15 15 15 15 Jumlah 45 45 45 45 Jadual satu (1) menunjukkan jumlah pelajar iaitu seramai 180 orang daripada tiga buah sekolah yang terpilih daripada SMKA negeri Johor (Bandar Penawar, Pagoh dan Johor Bahru), terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan tingkatan satu dan empat. Manakala tingkatan empat memfokuskan aliran sains dan akaun. 7. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian kategori masalah pelajar ini dibangunkan oleh Syed Shafeq (2008). Ia mengandungi 10 kategori masalah (Kategori Kesihatan dan Pertumbuhan mempunyai 15 item, Kategori Kewangan mempunyai 6 item, kategori Sukan dan Rekreasi mempunyai 8 item, kategori Hubungan Interpersonal mempunyai 16 item, kategori Emosi mempunyai 6 item, kategori Hubungan dan Keluarga mempunyai 6 item , kategori Nilai Moral dan Keagamaan mempunyai 4 item, kategori Akademik mempuyai 13 item, kategori Matlamat dan masa depan mempunyai 4 item dan kategori pengajaran dan pembelajaran mempunyai 11 item) . Instrumen ini mengandungi 90 item dan responden dikehendaki memberi respon kepada penyataan yang diberikan dengan pilihan YA atau TIDAK. Senarai semak ini amat releven bagi tujuan kajian ke atas masalah yang dihadapi oleh remaja atau belia terutama bagi mereka yang masih berada dibangku sekolah. Shafex Problem Checklist Online (SPCL-Versi IPT) juga boleh didapati dalam bentuk online atau atas talian. Beberapa siri kajian secara paper & pencil telah dilakukan sebelum pembangunan SPCL secara Online. Antara siri kajian awal pembentukan instrumen ini ialah kategori masalah dalam kalangan pelajar IPTA (Mansur & Syed Shafeq, 1997), dalam kalangan pelajar tahun satu universiti (Hanisa, 2006), dalam kalangan pelajar sekolah menengah (Tau Wei Peng, 2006), dan dalam kalangan pelajar Diploma (Hasmah, 2007). Beberapa siri kajian turut dilakukan bagi menguji kebolehpercayaan keatas beberapa jenis responden seperti kajian kategori masalah pelajar dalam kalangan tahun satu


203 universiti (Sanita, 2009; Welfed, 2009), dan dalam kalangan pelajar antarabangsa (Masoumeh Alavi, 2011; Nudin, 2010; Norhidayah, 2010). SPCL juga telah diterjemah dalam Bahasa Mandarin (Chew, 2012) dan juga Bahasa Inggeris (Masoumeh Alavi, 2009), dan Bahasa Tamil (Ambarasa, 2014) Kebolehpercayaan instrumen ini telah diuji secara rintis (n=60) dengan keputusan alpha Cronbach antara 0.78 – 0.80 seperti berikut: Kesihatan dan Pertumbuhan (0.85), Kategori Kewangan (0.68), kategori Sukan dan Rekreasi (0.74), kategori Hubungan Interpersonal (0.79), kategori Emosi (0.75), kategori Hubungan dan Keluarga (0.68), kategori Nilai Moral dan Keagamaan (0.69), kategori Akademik (0.82), kategori Matlamat dan masa depan (0.77) dan kategori pengajaran dan pembelajaran (0.82). Dapatan nilai kebolehpercayaan instrumen ini juga dilapor tinggi antara 0.74-0.85 (Adibah, Yahya, Hamdan. dan Rosli (2014)).. Oleh itu, instrumen ini boleh digunakan kerana mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 8. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian akan dibincangkan dari segi objektif kajian iaitu kategori masalah pelajar dari segi demografi (jantina, aliran, tingkatan). Analisis keputusan kategori masalah yang paling mengganggu pelajar SMKA peringkat negeri Johor adalah kategori akademik diikuti dengan kategori gangguan emosi, akademik, hubungan interpersonal dan kategori pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1.2: Analisis keputusan kategori masalah yang paling mengganggu pelajar lelaki dan perempuan SMKA Johor secara keseluruhan Lelaki (%) Perempuan (%) Akademik 52.05 Sukan dan rekreasi 59.44 Sukan dan rekreasi 42.36 Emosi 57.04 Emosi 41.48 Akademik 54.10 Hubungan interpersonal 36.25 Hubungan interpersonal 49.79 Pengajaran dan pembelajaran 35.45 Pengajaran dan pembelajaran 48.99 Jadual 1.2 diatas menunjukkan bahawa hampir separuh (50-60%) pelajar perempuan mengalami masalah Sukan dan rekreasi, Emosi, Akademik, Hubungan interpersonal dan Pengajaran dan pembelajaran. Manakala pelajar lelaki menunjukkan gangguan di kategori akademik iaitu 50%, diikuti sukan dan rekreasi 42.36%, Emosi 41.48%. Manakala permasalahan hubungan interpersonal dan pengajaran dan pembelajaran sekitar (30-40%). Jadual 1.2.1: Analisis Keputusan Item Kategori Utama Yang Paling Mengganggu Pelajar Lelaki (Akademik) dan pelajar perempuan (Sukan dan Rekreasi) Kategori masalah yang paling mengganggu pelajar lelaki Kategori masalah yang paling mengganggu pelajar perempuan Kategori Akademik (%) Kategori Sukan dan Rekreasi (%) bh10 - Takut gagal dalam peperiksaan 88.89 bc1 - Kurang masa untuk berekreasi (BBQ, camping, jungle tracking, memancing) 84.44 bh8 - Risau tentang peperiksaan 83.33 bc2 - Terlalu sedikit masa untuk bersukan 78.89 bh7 - Bermasalah dalam mengurus mata pelajaran 65.56 bc4 - Kurang masa untuk menonton tv/ wayang 74.44


204 bh3 - Lupa perkara yang diajar semasa di kelas 60.00 bc3 - Kurang masa untuk mendengar muzik 70.00 bh4 - Mendapat gred yang rendah 55.56 bc8 - Kurang berbakat dalam sukan 66.67 Jadual 1.2.1 diatas pula menunjukkan bahawa item yang paling mengganggu pelajar lelaki (kategori akademik) ialah takut dan risau tentang peperiksan (80-90%), dengan pengakuan bermasalah dalam mengurus matapelajaran serta lupa apa yang dipelajari dan mendapat gred yang rendah (55-66%). Manakala item yang menganggu pelajar perempuan pula (kategori sukan dan rekreasi) melaporkan bahawa mereka kurang masa untuk berekreasi (BBQ, camping, jungle tracking, memancing) (85%). Kurang bakat dan masa untuk bersukan, kurang menonton tv dan mendengar muzik (70-80%). Jadual 1.3: Analisis keputusan kategori masalah yang paling mengganggu pelajar tingkatan satu dan empat Tingkatan Satu (%) Tingkatan Empat (%) Sukan dan rekreasi 52.08 Akademik 58.21 Akademik 47.95 Emosi 50.74 Emosi 47.78 Sukan dan rekreasi 49.72 Hubungan interpersonal 44.79 Pengajaran dan pembelajaran 42.53 Pengajaran dan pembelajaran 41.92 Hubungan interpersonal 41.25 Jadual 1.3 diatas pula menunjukkan bahawa hampir separuh daripada responden tingkatan empat mengalami gangguan di kategori masalah akademik (58.21%), emosi (50.74%), sukan dan rekreasi (49.72%). Hampir separuh juga pelajar tingkatan satu menunjukkan gangguan yang hampir sama dengan tingkatan empat iaitu kategori masalah sukan dan rekreasi, akademik dan emosi (40-50%). Jadual 1.3.1: Analisis Keputusan Item Kategori Utama Yang Paling Mengganggu Pelajar tingkatan satu (Akademik) dan pelajar tingkatan empat (Sukan dan tingkatan satu Rekreasi) Kategori masalah yang paling mengganggu pelajar tingkatan satu Kategori masalah yang paling mengganggu pelajar tingkatan empat Kategori sukan dan rekeasi (%) Kategori akademik (%) bc4 - Kurang masa untuk menonton tv/ wayang 72.22 bh10 - Takut gagal dalam peperiksaan 94.44 bc3 - Kurang masa untuk mendengar muzik 71.11 bh8 - Risau tentang peperiksaan 87.78 bc1 - Kurang masa untuk berekreasi (BBQ, camping, jungle tracking, memancing) 67.78 bh7 - Bermasalah dalam mengurus mata pelajaran 77.78 bc2 - Terlalu sedikit masa untuk bersukan 58.89 bh3 - Lupa perkara yang diajar semasa di kelas 73.33 bc8 - Kurang berbakat dalam sukan 54.44 bh4 - Mendapat gred yang rendah 65.56 Jadual 1.3.1 diatas pula menunjukkan bahawa item yang paling mengganggu pelajar tingkatan empat (kategori akademik) ialah takut dan risau tentang peperiksan (90%), dengan pengakuan bermasalah dalam mengurus matapelajaran serta lupa apa yang dipelajari hingga menyebabkan mendapat gred yang rendah (65-78%). Manakala item yang menganggu pelajar tingkatan satu pula (kategori sukan dan rekreasi) melaporkan bahawa mereka kurang masa menonton tv dan mendengar muzik serta berekreasi (70%). Manakala lebih separuh daripada pelajar tingkatan satu mengadu kurang bakat dan masa untuk bersukan.


205 Jadual 1.4: analisis keputusan kategori masalah yang paling mengganggu pelajar aliran sains dan akaun (tingkatan empat) Aliran Sains (%) Aliran Akaun (%) Akademik 55.56 Akademik 60.85 Sukan dan rekreasi 50.83 Emosi 60.37 Emosi 41.11 Matlamat dan masa depan 53.89 Hubungan interpersonal 36.81 Pengajaran dan pembelajaran 49.29 Pengajaran dan pembelajaran 35.76 Sukan dan rekreasi 48.61 Jadual 1.4 pula menunjukkan bahawa 50-55% pelajar aliran sains terganggu dari segi akademik dan sukan & rekreasi. Lebih dari separuh pelajar aliran akaun menunjukkan gangguan dikesemua lima kategori yang tertinggi antara 50-60% (akademik iaitu 60.85%, emosi iaitu 60.37%, matlamat masa depan iaitu 53.89%, pengajaran & pembelajaran iaitu 49.29% dan sukan & rekreasi iaitu 48.61%). Jadual 1.4.1: Analisis Item Keputusan Kategori Masalah Utama Yang Paling Mengganggu Pelajar tingkatan empat aliran sains dan akaun (Akademik) Kategori masalah yang paling mengganggu pelajar tingkatan empat aliran sains Kategori masalah yang paling mengganggu pelajar tingkatan empat aliran akaun Kategori Akademik (%) Kategori Akademik (%) bh10 - Takut gagal dalam peperiksaan 97.78 bh10 - Takut gagal dalam peperiksaan 91.11 bh8 - Risau tentang peperiksaan 86.67 bh8 - Risau tentang peperiksaan 88.89 bh7 - Bermasalah dalam mengurus mata pelajaran 80.00 bh6 - Tidak memperuntukkan banyak masa untuk belajar 75.56 bh3 - Lupa perkara yang diajar semasa di kelas 77.78 bh7 - Bermasalah dalam mengurus mata pelajaran 75.56 bh4 - Mendapat gred yang rendah 71.11 bh3 - Lupa perkara yang diajar semasa di kelas 68.89 Jadual 1.4.1 menunjukkan bahawa hampir 90-100% pelajar aliran sains dan akaun takut dan risau tentang peperiksaan. Pelajar aliran sains dan akaun juga mengadu mengalami masalah dalam mengurus mata pelajaran, serta lupa apa yang dipelajari dan mendapat gred yang rendah (70-80%). Merujuk jadual secara terperinci dimana menunjukkan dalam pengurusan mata pelajaran, pelajar tingkatan empat aliran sains 80% antara mereka tidak dapat membuat pengurusan pelajaran dengan baik. Manakala pelajar tingkatan empat aliran akaun juga mengakui perkara yang sama dengan keputusan 75.56%. Mereka juga sering lupa perkara yang diajar semasa dikelas iaitu 77.78% (aliran sains) manakala aliran akaun iaitu 68.89%. 9. RUMUSAN Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa pelajar paling risau dan takut pada peperiksaan (Pelajar lelaki, pelajar aliran sains dan akaun, pelajar lelaki tingkatan satu dan empat, dan pelajar perempuan tingkatan empat) dan kajian ini menyamai dengan kajian Zarina (2019), Law Seet Chan (2006), Mustafa Kamal (2005) dan Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Sabihah Sapuan (2010). Dapatan ini disokong dengan item-item yang menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai perancangan dan peruntukkan masa untuk belajar serta bermasalah


206 untuk mengurus mata pelajaran hingga menyebabkan mereka tidak ingati apa yang mereka pelajari. Ini menunjukkan bahawa pelajar SMKA memerlukan teknik dan pendekatan manghadapi peperiksaan, pengurusan stress serta teknik mengingat apa yang mereka pelajari. Pada lazimnya pihak sekolah memang mengadakan program-program teknik belajar namun mereka patut dipantau dari segi amalan secara berkumpulan bagi menjimatkan kos, tenaga dan masa. Dari segi sukan dan rekreasi pula pelajar mengadu tidak berpeluang untuk beriadah, menonton tv dan mendengar muzik serta melakukan aktiviti sukan. Walaupun sekolah mempunyai padang dan ruang yang luas namun penggunaan ruang ini dilakukan hanya oleh segelintir pelajar dalam aktiviti bola sepak dan bola jaring. Sebahagian besar pelajar tidak berpeluang untuk beriadah. Adalah dicadangkan aktiviti riadah dalam kumpulan-kumpulan kecil seperti sepak raga dalam bulatan, senamrobik agar dapat penyertaan yang lebih ramai pelajar untuk beriadah. RUJUKAN Alavi. (2011). Categories of Problems Among International Students In A Higher Learning Institution In Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 30, 1581 – 1587. Retrieved 18 Feb 2020. www.sciencedirect.com Anbarasa A/L Mutugayan. (2015). Tinjauan Kategori Masalah Dengan Demografi Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar India di Sekolah Menengah Shafex Problem Check List (SPCL). Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis yang tidak diterbitkan. Mooney, R. L., & Gordon, L. V. (1950). Manual: the Mooney Problem Checklist. Psychological Corporation New York Online Readings in Psychology and Culture (2002). Mustafa Kamal. (2005). Tinjauan Kategori Masalah Dengan Demografi Dikalangan Pelajar Bandaraya Johor Bahru. Tesis Sarjana UTM yang Tidak Diterbitkan. Norhidayah. (2010). Satu Kajian Kategori Masalah dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Di Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat UTM, Skudai, Johor. Peringkat Doktor Falsafah. Tesis Sarjana UTM yang Tidak Diterbitkan Sanita. (2009). Kajian Kategori Masalah Pelajar Tahun Satu Di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Projek Sarjana Muda SC Law. (2006). Pengenalpastian Jenis-jenis Masalah di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat dan Cara Mengatasi Masalah Pelajar. Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Kebangsaan, Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Sains Dan Serta Pendidikan (Fizik) Syed Mohamed Shafeq (2008). Senarai Semak Masalah Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. Syed Mohamed Shafeq, et. al (2016).Shafex Problem Checklist Sistem Online Pengesanan Kategori Masalah Pelajar. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan Kali ke- 5 Institusi Pembangunan Felo, Universiti Teknologi Malaysia Tan Hong Goon. (2004). Tinjauan Mengenai Kategori-Kategori Masalah Di Kalangan Mahasiswa-Mahasiswa Tahun Satu, Bahagian Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda. Tan Wei Peng. (2006). Hubungan Kategori Masalah Dengan Demografi Di Antara Pelajar Tahun Satu Di Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Projek Sarjana Muda Welfred. (2009). Hubungan Kategori Masalah Dengan Demografi Di Antara Pelajar Tahun Satu Sesi 2008/2009 Yang Tinggal Di Kolej Tun Hussein Onn. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Projek Sarjana Muda


207 Yahaya, Azizi and Yahaya, Noordin and Sapuan, Sabihah (2010). Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Mersing Berasaskan Senarai Semak Mooney. unspesified . (Unpublished) Zarina. (2019). Hubungan Permasalahan Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat dengan Demografi. Sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis yang tidak diterbitkan.


208 PENYELESAIAN MASALAH MENERUSI PEMBELAJARAN INFORMAL DALAM BISNES DALAM KALANGAN USAHAWAN WANITA MELAYU: SUATU PANDANGAN AWAL Normala Abu Hassan1 dan Mohd Azhar Abd Hamid2 1Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] 2Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] ABSTRAK Kertas kerja konseptual ini menjelaskan tentang proses penyelesaian masalah yang digunakan dalam Bisnes oleh usahawan wanita Melayu. Proses penyelesaian masalah banyak dibincangkan oleh para sarjana merentas pelbagai disiplin seperti matematik, kejuruteraan, psikologi, perniagaan, sains, inovasi dan sebagainya. Kebanyakan kajiankajian literatur dalam penyelesaian masalah dalam pelbagai bidang ini menjelaskan sudut penyelesaian masalah yang bersifat berstruktur. Namun dalam kertas kerja ini, pembelajaran informal dijadikan asas kepada bagaimana sesuatu penyelesaian masalah dalam bisnes berlaku. Justeru, kertas kerja ini akan menyorot secara sederhana proses pembelajaran masalah menerusi pembelajaran informal yang masih baru literatur kajian informal. Proses penyelesaian masalah begitu penting terhadap usahawan Melayu wanita dalam merancang strategi menerusi pembelajaran yang berlaku. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan konsep penyelesaian masalah dalam konteks pembelajaran informal. Matlamat kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan bagaimana usahawan wanita Melayu melakukan analisis proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, persepsi masalah, kesediaan menyelesaikan masalah dan juga strategi penyelesaian yang membantu usahawan Melayu wanita menyelesaikan masalah dalam bisnes mereka. Katakunci: penyelesaian masalah, proses penyelesaian masalah, strategi, usahawan wanita melayu 1. PENGENALAN Setiap individu sudah pastinya akan menghadapi masalah dalam kehidupan seharian mereka dan masalah yang dihadapi itu pula tidak kira sama kecil ataupun besar. Masalah ialah satu proses yang berterusan yang merupakan satu bahagian yang berintegrasi dengan kehidupan dan pekerjaan kita (Kamarudin, 2003). Manakala menurut Mohd Azhar (2003) masalah sebagai situasi yang mana terdapat jurang antara jangkaan dan realiti. Masalah sering dilihat dan difahami secara negatif. Ini membuatkan individu berasa tertekan, berfikiran kusut dan tidak ceria dalam meneruskan kehidupan. Hakikatnya masalah adalah sumber input kepada kecerdasan manusia yang mana dapat meluaskan daya imiginasi dan kecerdasan otak manusia (Mumtazah dan Husna, 2008). Anderson (2005) menyatakan bahawa secara umum dan hampir semua ahli psikologi kognitif bersepakat bahawa masalah adalah suatu jurang yang menghubungkan antara situasi sekarang dengan situasi yang akan datang atau tujuan yang diinginkan (problem is a gap or discrepancy between present state and future state or desired goal). Menurut Linhart (1976) definisi masalah ialah :- a) masalah adalah hubungan interaktif antara individu dan persekitarannya, yang menggabungkan konflik dalaman yang diselesaikan oleh individu dengan mencari peralihan dari keadaan awal ke keadaan akhir (tujuan) b) kewujudan konflik menyebabkan dinamik aktiviti dan ia mewujudkan sumber aktiviti yang bermotivasi


209 c) semasa menyelesaikan konflik, individu melebihi jangkaan sesuatu yang dinyatakan secara langsung, iaitu melebihi keadaan semasa dan menyatakan maklumat dan mencari pendekatan baru Duncker (1945) menyatakan bahawa masalah timbul, apabila seseorang mempunyai tujuan tertentu tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Individu menyedari masalah yang telah timbul dan kemudian dia menetapkan tujuan untuk menghapuskan kesulitan dan ketidakpastian yang menyebabkan individu berasa terbeban. Masalahnya ditakrifkan hubungan antara individu dan situasi persekitaran. 1.1 Penyelesaian Masalah Secara umumnya terdapat pelbagai definisi penyelesaian masalah. Menurut Mohd Azhar (2003) konsep penyelesaian masalah sebagai kesimpulan perubahan pada kesanggupan survival manusia. Penyelesaian masalah adalah satu proses kognitif yang bertujuan untuk mencapai matlamat apabila tiada kaedah penyelesaian jelas kepada penyelesaian masalah (Mayer, 1995). Masalah dalam penyelesaian itu meningkatkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi dengan menerapkan yang pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk mengumpulkan maklumat bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai. Mayer (1991) menyatakan bahawa penyelesaian masalah melibatkan empat idea utama: kognitif, personal, diarahkan (directed) dan menunjukkan proses. Greeno (1978) membincangkan penyelesaian masalah dari konsep pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat, sesuatu penyelesaian masalah dianalisis secara terperinci, dan ditafsirkan secara teortikal termasuk andaian mengenai proses kognitif komponen yang terlibat dalam prestasi. Penyelesaian Masalah adalah proses kognitif yang mengenal pasti keadaan tertentu, bertujuan untuk mengubah suai atau membetulkannya, dan mencapai penyelesaian yang munasabah dalam beberapa cara yang berbeza. Aktiviti ini berlaku hampir di mana-mana dan dalam semua disiplin, dari beberapa perspektif yang berbeza, dan menggunakan terminologi yang berbeza dan agak unik. Proses ini digunakan untuk masalah yang berlanjutan dari yang ditakrifkan dengan jelas hingga tidak jelas dan berbeza dalam matlamat atau objektif yang dikehendaki. Bagi ahli-ahli psikologi kognitif seperti Thorndike, John Dewey dan Gestalt, mereka melihat penyelesaian masalah sebagai satu tahap pemprosesan maklumat. Kebanyakan ahli psikologi kognitif berminat untuk memahami apa yang berlaku dalam minda manusia apabila mereka menyelesaikan masalah dan bagaimana mereka mengendalikan maklumat untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran penyelesaian masalah boleh diajar. Bagi tujuan untuk kemahiran, penyelesaian masalah adalah berbeza. Contohnya, untuk mengajar kemahiran penyelesaian masalah dalam industri memerlukan kreativiti selain dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Secara umumnya, penyelesaian masalah bertujuan meningkatkan prestasi (Mayer, 1983). Dari sudut pandangan yang lain pula, pengajaran penyelesaian masalah mampu meningkatkan keupayaan pelajar semasa penyelesaian masalah, sambil meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah dalam pandangan yang lebih luas (Mayer, 1994). Kemahiran yang berkaitan boleh diajar untuk menyelesaikan masalah adalah seperti kemahiran mendefinisikan masalah, brainstorming, dan membuat keputusan (Heppner & Krieshok, 1983). Penyelesaian masalah membantu individu dalam membangunkan perilaku individu, di antaranya: a) Penyelesaian Masalah Memerlukan Kesabaran (Problem solving requires patience)


210 Apabila menyelesaikan masalah, jangan terlalu mencari penyelesaian dengan cepat, penyelesaian masalah tidak menilai kepantasan tetapi menilai proses dan hasil akhir penyelesaian. b) Penyelesaian Masalah Memerlukan Ketekunan (Problem solving requires persistence) Individu mungkin perlu mencuba beberapa strategi sebelum mencari jawapan jika strategi itu tidak memberikan penyelesaian secara langsung. c) Penyelesaian Masalah memerlukan pengambilan risiko (Problem solving requires risk tasking) Penyelesaian masalah memerlukan pengambilan risiko. "firasat" mereka, dengan harapan mereka dapat mencari jalan penyelesaian. d) Penyelesaian masalah memerlukan kerjasama (Problem solving requires cooperation) Individu boleh berkongsi idea dan bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut Krulik & Rudnick (1995) terdapat beberapa aktiviti untuk menilai penyelesaian masalah, iaitu 1) pemerhatian (observation) 2) jurnal metakognitif (metacognitive journal) 3) ringkasan perenggan (summary paragraph) 4) ujian (tests) 5) portfolio (portfolios). 1.2 Jenis Penyelesaian Masalah Masalah berlaku apabila individu melihat jurang antara pengetahuan yang sedia ada dan pengetahuan tambahan apabila individu cuba untuk mendapatkan penyelesaian. Dalam pendidikan ia bertujuannya untuk memaparkan masalah dalam format dan pernyataan yang berbeza untuk mencapai matlamat (Gilhooly, 1982; Mayer, 1991). Setiap definisi jenis masalah, individu mempunyai pandangan dan pendapat tentang jenis masalah. Mayer (1991) menjelaskan pelbagai jenis masalah berdasarkan kepada spesifikasi penyataan dalam masalah dan tahap kreativiti yang diperlukan: a) Well-defined problems vs. ill-defined problems. Masalah yang ditakrifkan dengan jelas menunjukkan komponen masalah yang dibentangkan dengan jelas dalam operasi. Sebaliknya, tidak jelas masalah mempunyai satu atau lebih komponen yang tidak dinyatakan dengan jelas. Umumnya, masalahnya terdiri daripada tiga komponen utama: permulaan, matlamat dan proses (Gilhooly, 1982). b) Routine problems vs. non-routine problems: Apabila individu mempunyai strategi untuk menyelesaikan masalah, masalahnya adalah rutin; masalah tidak rutin apabila individu tidak melakukannya Sebagai contoh, "7891/13 = ____ (ms 285)" adalah masalah rutin untuk orang dewasa biasa. Masalah tidak rutin memerlukan kreativiti untuk menjana dan menilai alternatif penyelesaian.


211 Greeno (1978) menyatakan tiga jenis masalah: a) Membina masalah berstruktur. Dalam masalah ini, penyelesai masalah diberi beberapa contoh dan diminta untuk mencari contoh peraturan dalam masalah ini (Mayer, 1991). Greeno (1978) menyatakan bahawa pemahaman adalah keupayaan kognitif utama untuk dicontohi b) Masalah transformasi. Apabila penyelesai masalah diberikan situasi awal, matlamat, dan satu keadaan untuk membuat perubahan dalam situasi yang berbeza, masalah transformasi berlaku. Dalam masalah ini, penyelesai masalah mesti "mencari keadaan yang mengubah keadaan awal ke matlamat" (Greeno, 1978) c) Masalah mengurus. Masalah berlaku apabila beberapa eleman disediakan dan penyelesai masalah diperlukan untuk menyusun eleman tersebut untuk menghasilkan penyelesaian. Masalah anagram dan masalah cryptarithmetic adalah contoh (Mayer, 1991). Di samping masalah yang jelas dan masalah yang tidak jelas, Gilhooly (1982) mencadangkan jenis masalah yang lain:- a) Adversary problems vs. non-adversary problems. Dua jenis masalah berkaitan dengan bagaimana individu menangani masalah. Pertandingan dengan pasukan lawan adalah tugas utama masalah musuh seperti bermain catur dan poker (Gilhooly, 1982; Mayer, 1991).bagi , non-adversary problem, salah seorang atau individu bekerja dalam satu kumpulan akan menemui penyelesaian (Mayer, 1991). Cabarannya adalah bahawa masalah sebenar tidak bertindak balas dengan aktif kepada penyelesaikan, yang mungkin akan melemahkan individu. b) Masalah deduktif vs masalah induktif. Masalah ini berkaitan dengan pemikiran. Dalam deduktif, penyelesai masalah mesti menentukan kesimpulan secara logik tentang penyataan tertentu. Bagi masalah induktif pula, penyelesai masalah mesti menentukan implikasi dari maklumat yang terhad untuk menguji hipotesis. Mayer (1991) mengelaskan masalah induktif sebagai masalah yang berstruktur dan masalah deduktif sebagai masalah transformasi. 1.3 Proses Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah ialah proses yang mana penyelesai masalah membuat satu kaedah untuk mengubah masalah dari keadaan semasa ke keadaan yang diinginkan apabila penyelesaian segera tidak jelas (Anita et al., 2018). Proses penyelesaian masalah adalah berdasarkan kepada pelbagai sebab seperti membuat kerja tepat pada masa yang ditetapkan, mengelakkan usaha yang sia-sia, mengurangkan kekaburan dan lain-lain lagi (Wilson, 1993). Rangka kerja proses penyelesaian masalah terdiri daripada beberapa peringkat penyelesaian masalah dan kaedah penyelesaian masalah. Kaedah yang berfungsi secara berperingkat adalah langkah-langkah utama dalam proses penyelesaian masalah (Wu, 1994). Menurut Mumtazah dan Husna (2008) penyelesaian masalah sebagai usaha untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif bagi mengatasi halangan yang ada bagi mencapai suatu matlamat. Ia merupakan satu proses mental yang kompleks dan rumit yang juga melibatkan tindakan fizikal. Semasa penyelesaian masalah individu sering menghadapi banyak halangan dan pelbagai kemungkinan atau andaian yang harus individu dpilih semasa penyelesaian masalah. Keperibadian individu


212 adalah rumit dan ia sering bercanggah. Penyelesaian masalah adalah proses peribadi dan bertujuan yang mana aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh individu semasa proses penyelesaian masalah membawa kepada tujuan peribadi (Mayer dan Wittrock, 2006). Terdapat pelbagai model penyelesaian masalah. Akan tetapi semuanya mempunyai langkah-langkah utama yang serupa (Mohd Azhar, 2003) :- a) Mengenalpasti masalah Apakah masalah yang dihadapi? Apakah syaratnya? Bagaimana untuk menyelesaikan keadaan ini? Tanpa pemahaman tentang masalah yang diberikan, seseorang tidak dapat mengenalpasti masalah dengan betul. b) Menganalisis masalah Proses bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semula kemungkinan. Objektif utama pada peringkat ini ialah mencari punca masalah. Beberapa persoalan perlu ditanya iaitu apa, dimana, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. c) Menghasilkan jalan penyelesaian Peringkat ini perlu beralih kepada kitaran penyimpangan pemikiran lain. Salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. Kaedah ini adalah salah satu teknik yang mana ramai orang dalam satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. d) Menilai dan memilih jalan penyelesaian Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian. Faktor yang paling penting dalam penilaian adalah kesan pada jalan penyelesaian. e) Melaksanakan jalan penyelesaian Keempat-empat peringkat di atas hanya terkanding dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, alternatif itu perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. f) Menilai semula dan mempiawaikan jalan penyelesaian Keberkesanan jalan penyelesaian yang dipilih dinilai dengan membandingkan kesan yang dijangka dengan realiti. Apabila keputusannya gagal proses penyelesaian masalah perlu diulangi.


213 Sumber: Mohd Azhar Abd Hamid (2003). Meningkatkan Daya Fikir Seorang ahli matematik iaitu Polya (1974) menyatakan penyelesaian masalah yang mana individu mencari jalan keluar daripada masalah sekeliling dan mempunyai matlamat yang tidak difahami dengan serta merta. Beliau mencadangkan empat proses dalam penyelesaian masalah iaitu (i) Memahami dan mengenal pasti masalah (ii) Membuat perancangan (iii) Melaksanakan perancangan dan (iv) Menyemak semula. Dewey pula menggariskan enam dalam proses penyelesaian masalah i) mengenalpasti masalah (ii) Analisis masalah (iii) Satu penyelesaian diterima sebulat suara (iv)perkara-perkara yang hendak diingat (v) melaksanakan penyelesaian (vi) penilaian. Proses dalam penyelesaian masalah adalah penting dan perlu diikuti bagi memastikan setiap masalah dapat diselesaikan sengan cara yang betul dan sistematik. Penyelesaian masalah juga boleh melalui pelbagai cara dan kaedah. Oleh itu, cara terbaik perlulah diambil untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dan tepat. Penilaian keberkesanan dapat memastikan langkah yang diambil menepati sasaran dan seperti apa yang diharapkan. 2.0 PEMBELAJARAN INFORMAL DAN PENYELESAIAN MASALAH 2.1 Konsep pembelajaran informal Pembelajaran informal merupakan pembelajaran sepanjang hayat yang mana individu melalui fasa pembelajaran sepanjang kehidupan mereka. Individu mula melalui fasa pembelajaran bermula dari peringkat sekolah, universiti atau kolej sehinggalah ke fasa alam pekerjaan yang mana individu melalui proses pembelajaran yang pelbagai. Menurut Carliner (2012) pembelajaran informal bermaksud situasi yang mana gabungan antara proses, lokasi, tujuan, dan kandungan arahan ditetapkan oleh individu yang sedar atau tidak sedar tentang proses pembelajaran yang sudah berlaku. Coombs (1984) menyatakan bahawa pembelajaran informal merupakan satu proses sepanjang hidup individu yang mana seseorang memperoleh dan mengumpul pengetahuan, kemahiran, sikap dan pandangan menerusi pengalaman dan pendedahan kepada alam sekitar di rumah, tempat kerja, taman permainan, tingkah laku dan sikap keluarga dan kawan. Ini adalah selaras dengan Livingstone (2001) yang menjelaskan Mengenalpasti masalah Menganalisis masalah Menghasilkan jalan penyelesaian Menilai dan memilih jalan penyelesaian Melaksanakan jalan penyelesaian Menilai semula dan memiawaikan jalan penyelesaian


214 bahawa pembelajaran informal mempunyai fleksibiliti yang hebat yang membolehkan individu mendapat pengetahuan tanpa tenaga pengajar dan kriteria kurikulum yang telah ditetapkan. Pembelajaran informal adalah proses seumur hidup, yang mana sikap, kemahiran dan pengetahuan diperoleh individu menerusi pengalaman sehari-hari dalam persekitarannya, keluarga, media massa, di tempat kerja dan bahkan ketika dia bermain. Pelaksanaan pendidikan informal tidak terikat dengan waktu atau keadaan tertentu sehingga pembelajaran informal boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dalam keluarga, bekerja dan dalam perhubungan seharian. Pembelajaran informal menawarkan kebebasan dan kelonggaran yang lebih besar bagi orang dewasa berfikiran dan mengambil tindakan mereka sendiri yang boleh menghasilkan pengetahuan tacit. Bennett (2012) membahagikan pembelajaran informal kepada empat kategori, iaitu selfdirected (conscious and intentional), incidental (conscious and unintentional), integratif (nonconscious and intentional) dan tacit (nonconscious and unintentional). Ini bergantung kepada individu untuk mencari pengetahuan. Pembelajaran arah kendiri berlaku apabila individu secara aktif mencari pengetahuan dan menyedari proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran secara tidak sengaja berlaku apabila individu secara tidak sengaja mencari pengetahuan tetapi menyedari bahawa pembelajaran telah berlaku. Pembelajaran integratif berlaku apabila individu sengaja mencari pengetahuan, tetapi tidak menyedari bahawa proses pembelajaran telah berlaku. Pembelajaran tacit berlaku apabila individu tidak mencari pengetahuan dan tidak menyedari proses pembelajaran telah berlaku. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa pembelajaran informal berlaku dalam konteks musik (Jones, 2014), muzium (Wilson, 2013), tempat kerja (Barto, 2014; Savia, 2014; Smith, 2011; Stowe, 2012), sekolah (Jamil, 2014; McCarthy, 2016; Roberts, 2012), perpustakaan (Spicer, 2017), restoran (Boccia, 2016) dan sebagainya. Kajian-kajian sebelum ini banyak lebih menjurus pembelajaran informal dalam konteks organisasi. Ini disebabkan pembelajaran informal banyak berlaku di tempat kerja seperti kajian oleh Mieko (2009) yang menjalankan kajian berkaitan dengan juruaudit dalaman, Savia (2014) kajian terhadap job developer (Barto, 2014), Smith (2011) menjalankan kajian terhadap jururawat dan sebagainya. Tujuan kajian dalam konteks organisasi adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran informal yang berlaku menerusi mentoring, pemerhatian, pembacaaan dan sebagainya. Berbanding dengan individu yang mana mereka belajar secara individu yang mana mereka tidak mempunyai mentor atau rakan sekerja untuk berbincang apabila timbulnya masalah (Bell, 1995; Hall, 2016; Howard, 2010; Lim, 2010). Pembelajaran informal boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan keadaan samada di organisasi ataupun pada individu. Akan tetapi ramai tidak menyedari bahawa pembelajaran informal telah berlaku. Ini kerana menurut Eraut (2010) pembelajaran informal sukar untuk dikaji kerana ia mungkin tidak dapat dilihat yang mana tidak ada ujian bertulis untuk diambil atau transkrip untuk diproses dan ia berlaku tanpa disedari oleh individu apabila ingin mengetahui maklumat tertentu (Reber, 1993). Akibatnya, pembelajaran informal sering diambil mudah kerana menganggap tidak penting kerana ia berlaku tanpa disedari dan dirancang seperti pembelajaran formal dan non formal. Apabila berlakunya pembelajaran informal, adakalanya individu tidak menyedari apa yang telah dipelajari. Menurut Eraut (2010), pembelajaran informal dapat memberikan kontras kepada pembelajaran formal yang membolehkan fleksibiliti atau kebebasan untuk individu dan mengiktiraf kepentingan pembelajaran dari orang lain sebagai pembangunan diri individu


215 2.2 Matlamat pembelajaran informal Burton (2005), menegaskan pembelajaran informal merupakan keystone kepada kejayaan seseorang kerana kebanyakan pembelajaran bagi orang dewasa berlaku secara informal. Justeru itu, Pembelajaran informal telah diiktiraf oleh banyak pihak dalam pembinaan kompetensi individu. Pembelajaran informal memainkan peranan yang penting dalam meningkat dalam kemahiran bagaimana kita berberfikir menerusi pembelajaran. Jika kita ingin tahu atau belajar sesuatu, kita boleh melihatnya dalam buku, melihatnya secara dalam talian atau hubungi seseorang untuk mendapat sokongan. Pembelajaran informal tidak berstruktur,berlaku di luar kelas, dimulakan oleh pelajar, dan juga membantu individu untuk belajar melakukan sesuatu kerja. Dengan kata lain, pembelajaran informal berperanan untuk menaikkan semangat orang dewasa untuk belajar, menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar, pengalaman hidup adalah sumber utama pembelajaran, belajar dengan rakan sekerja (Marsick & Watkins, 2001) dan ia sering terjadi di tempat kerja tetapi proses pembelajaran yang berlaku tidak ditentukan oleh organisasi ataupun latihan yang dirancang. Penglibatan individu dalam pembelajaran informal adalah untuk memperoleh pengetahuan, mengubah sikap dan menambah kemahiran yang sedia ada (Kim et. al., 2004) 2.3 Pembelajaran Informal dan Penyelesaian masalah Pembelajaran informal adalah aktiviti pembelajaran yang teratur yang berlaku diluar institusi pendidikan seperti di gereja, persatuan dan sebagainya (Merriam & Caffarella, 1999). Pembelajaran informal juga penting dalam memahami proses penyelesaian masalah. Kajian oleh Jones (2011) pekerja teknologi radiologi membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka melalui pengalaman di tempat kerja menerusi pembelajaran informal dengan menggunakan gabungan pembelajaran yang tidak disengajakan. Pembelajaran yang berlaku menerusi masalah sebenar dalam amalan klinikal dan bukan melalui latihan formal. Newmark (2007) dalam kajian kesnya yang menggambarkan pelaksanaan pendekatan penyertaan kepada penyelesaian masalah di pejabat yang dihadapi antaranya masalah perkhidmatan pelanggan, semangat pekerja yang lemah dan kadar pemberhentian pekerja yang tinggi. Satu pasukan ditubuhkan untuk mengumpulkan dan menganalisis data, yang membawa kepada reka bentuk dan pelaksanaan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Hasilnya pemberhatian kakitangan, pengambilan pekerja, dan kepuasan bertambah baik, penambahbaikan yang ketara dalam kepuasan pelanggan dan jabatan mengalami peningkatan jumlah pesakit serta meningkatkan lagi pendapatan organisasi. Dalam kajian lepas ini menunjukkan bahawa pembelajaran informal dan penyelesaian masalah adalah satu proses pembelajaran yang mana individu bertanggungjawab ke atas pembelajaran yang berlaku. Individu mengenalpasti matlamat dan meneroka strategi yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Penyelesaian masalah juga sebagai satu proses kognitif berperingkat tinggi yang memerlukan pengawalan kemahiran yang lebih rutin. Ahli perniagaan sering menghadapi masalah rumit yang jelas dan aspek yang tidak menentu. Keupayaan untuk menyelesaikan masalah yang rumit adalah penting untuk ahli perniagaan. Ia akan membantu ahli perniagaan untuk mengenal pasti situasi yang memerlukan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang membawa kepada kepakaran penyelesaian masalah, dan mengakui keadaan khusus yang menyokong pembelajaran melalui pengalaman. Dunia bisnes amat kompetitif, dan mencabar. Malah dunia bisnes amat berisiko dan berdepan dengan ketidaktentuan serta pelanggan yang sangat demanding. Oleh sebab itulah, usahawan perlu lebih berhemat dan berhati-hati dalam menyelesaiakan dan mencari solusi bisnesnya agar ia memberi kesan yang baik dan bersifat lestari (sustainable). Justeru itu, ia memerlukan


216 seseorang usahawan berfikir dan menyelesaiakan masalah dengan cepat, kreatif dan inovatif. Justeru dalam konteks ini, lazimnya usahawan belajar secara informal banyak perkara tentang bisnes termasuklah yang paling penting adalah penyelesaian masalah. Seperti yang telah dinyatakan, penyelesaian masalah dalam konteks pembelajaran masalah adalah suatu yang masih baru dan perlu diteroka untuk memahami fenomena ini berlaku. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bertujuan untuk meneroka proses pembelajaran informal dalam kalangan usahawan wanita melayu di Lembah Klang. Kajian ini adalah berbentuk induktif kualitatif dan ia menepati dengan falsafah pengkajian secara konstruktif. Menurut Creswell (2013) paradigm kualitatif berdasarkan kepada andaian bahawa individu berusaha untuk memahami “worldview” dalam kehidupan yang membina makna melalui pengalaman. Data diperolehi menerusi kajian kualitatif yang mana data diperolehi melalui temubual,perbincangan kumpulan (focus group discussion) dan analisis dokumen. Berdasarkan kepada kajian literatur yang lepas, kebanyakan sarjana menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian mereka iaitu dalam konteks pembelajaran dewasa (Taylor, 2001, 2007; Mezirow, 1991 dan Merriam, 2001). Menurut Creswell (2014) pendekatan kualitatif amat sesuai untuk meneroka bidang yang kurang dijalankan kajian sebelum ini dan boleh memberi kefahaman yang jelas dan terperinci mengenai fenomena yang akan dikaji. Pengkaji berpeluang untuk meneroka dan memahami lebih mendalam terhadap pembelajaran informal yang berlaku menerusi proses penyelesaian masalah. Denzin dan Lincoln (2011) berpandangan bahawa bagi masalah yang begitu rumit dan begitu kompleks kaedah lain kurang berjaya. Oleh itu, melalui pendekatan kualitatif pengkaji berpeluang untuk meneroka dan memahami pembelajaran informal yang berlaku khususnya dalam kalangan usahawan wanita Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah “grounded theory” dengan menggunakan pendekatan Charmaz (2000). Usahawan wanita melayu sebagai sampel dalam kajian ini. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang mana melalui pemilihan sampel ini maklumat yang diperolehi adalah padat dan boleh dikaji dengan lebih mendalam dalam pembelajaran informal yang berlaku. Beberapa kriteria telah ditetapkan dalam kajian ini dan ia dapat menfokuskan kepada sampel kajian. Bagi pengumpulan data menggunakan kaedah temubual mendalam dan secara berstruktur. Protokal soalan akan dibina dan perlu disahkan oleh pakar pembelajaran dewasa dan juga pakar kualitatif. Sebelum melakukan temubual, pengkaji haruslah mendapat kebenaran daripada informan dengan menandatangani surat akuan sebagai tanda bersetuju untuk ditemubual. Selain itu perbincangan kumpulan fokus (FGD) dan analisis dokumen turut digunakan dalam pengumpulan data. Untuk penganalisan data, perisian berbantukan computer iaitu Nvivo 12 digunakan yang bertujuan untuk membantu dalam membina tema dalam kajian ini. Segala data temubual akan melalui proses pengekodan data setelah data disemak. Setelah menganalisis data, pengkaji akan memindahkan data ke dalam perisian yang membantu dalam menguruskan data kualitatif. Pengkaji akan membina dan membentuk tema-tema penting daripada data tersebut. Proses ini dijalankan secara sistematik, teliti dan berulang sehingga sampai pada tahap ketepuan data. Dengan menggunakan perisian Nvivo 12 ini akan memudahkan lagi proses analisis data. 4.0 KESIMPULAN Penyelesaian masalah merupakan penyelesaian masalah yang terbaik bagi usahawan wanita untuk memahami isi pelajaran. Usahawan wanita mencabar kebolehan dan memberikan kepuasan untuk mengetahui pembelajaran baru untuk individu. Selain itu menerusi


217 penyelesaian masalah boleh meningkatkan aktiviti pembelajaran individu dan dapat membantu untuk memindahkan pengetahuan individu dengan memahami masalah dalam kehidupan sebenar. Penyelesaian masalah juga boleh meluaskan kemahiran berfikir kritis individu. Individu juga berkeupayaaan untuk menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru dan sekaligus memberi peluang kepada individu untuk mengaplikasikan pengetahuan yang mereka miliki dalam kehidupan seharian mereka. RUJUKAN Barto, J. (2014). How Freelance Graphic Informallly to Develop Independent Practices. Unpublished Ph.D Dissertation. Teachers College, Columbia University. Bell, A. (1995). Stroke Survivors: Finding Their Way Through Informal and Incidental Learning. Unpublished Ph.D Dissertation. The University of Texas at Austin. Bennett, E. E. (2010). Informal adult learning in simulated and virtual environments. In V.C.X. Wang‘s (Ed.), Encyclopedia of Information Communication Technologies and Adult Education Integration (pp. 838-856). Hershey, PA: IGI Global. Boccia, M. (2016). Restaurants as Learning Organizations : A Multiple-site Case Study of U . S . Non-chain Restaurants. Unpublished Ph.D Dissertation. The George Washington University Coombs, P., (1983) Attacking Rural Poverty: How Nonformal Education Can Help. Baltimore: Johns Hopkins University Press Duncker, K. (1945). On Problem Solving. Psychological Monographs Greeno, J.G. (1978). A study of problem solving In R. Glaser (Ed.).: Advances in Instructional Psychology Behavior Vol. 1. Hillsdale, NJ: Erlbaum. Hall, A. M. (2016). Informal and Incidental Learning during Congregational Leadership Transitions. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Georgia Heppner, P. P., & Krieshok, T. S. (1983). An applied investigation of problem-solving appraisal, vocational identity, and career service requests, utilization, and subsequent evaluations. The Vocational Guidance Quarterly, 31, 240-249. Howard, Y. B. (2010). Women Entrepreneurs Reflect on Informal/Self Directed Learning in Business and Life. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Idaho University of Idaho. Jamil, A. B. (2014). Pembelajaran Informal dalam Kalangan Guru Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Unpublished Ph.D Dissertation Universiti Teknologi Malaysia. Jones, S. K. (2014). An Exploration of Band Students ’ Experiences With Informal Learning. Unpublished Ph.D Dissertation. Northwestern University Jones, V. C. (2011). Complex Problem Solving in Radiologic Technology:Understanding the Roles of Experience, Reflective Judgement and Workplave Culture. Unpublished Ph.D Dissertation. Teachers College, Columbia University. Kamarudin Hj Husin (2003). Kemahiran Berfikir Dan Berkomunikasi. Kumpulan Budiman Sdn Bhd Krulik, S., & Rudnick, J. A. (1987). Problem solving: A handbook for teachers (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon. Lee, C. W. (1997). Selected Factors Associates with Formal and Informal Learning During The First Pregnancy. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Georgia, Lim, H. (2010). Learning and Social Process of Aging Aging Among Korean Older Married Women:The Cultural-Historical activity Theory Analysis. Unpublished Ph.D Dissertation. The Pennsylvania State University. Linhart, J. (1976). Activity and Cognition. Academia. Praha. Livingstone, D.W. (2001). Adults’ Informal Learning: Definition, Findings, Gaps, and Future Research. NALL Working Paper #21. Human Resources Development Canada.


218 Marsick, V.J & Watkins. K.E (2001). Informal And Incidential Learning In The Workplace. New Update On Adult Education Learning Theory. San Fransisco. Jossey-Bass. Mayer, R. E. (1990). Problem solving, in W. M. Eysenck (ed.), The Blackwell Dictionary of Cognitive Psychology, Basil Blackwell, Oxford, 284–288. Mayer, R. E. (1998). Cognitive, metacognitive, and motivational aspects of problem solving, Instructional Science, Vol. 26, 49–63 McCarthy, K. E. (2016). An Analysis of the Formal and Informal Professional Learning Practices of Middle and High School Mathematics Teachers. Unpublished Ph.D Dissertation. University of South Florida. Merriam, S.B & Caffarella, R.S (1991). Learning In Adulthood. A Comprehensive Guide San Fransisco: Jossey- Bass Mieko Kobayashi. (2009). How Japanese Working Women Learn to Attain Leadership Positions In The Japanese Business Environment. Unpublished Ph.D Dissertation. Teachers College, Columbia University, Mohd Azhar Abd Hamid (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Kuala Lumpur: PTS Publication Mumtazah Othman & Husna Sulaiman (2008). Penyelesaian Masalah, Teknik & Aplikasi. Penerbit Universiti Putra Malaysia Roberts, L. N. (2012). The Relationship Between Learning Styles and Learning Outcomes for Adults in an Informal Educational Setting. Unpublished Ph.D Dissertation. Northcentral University. Saul Carliner (2012). Informal Learning Basics. United state. ASTD Press Savia, R. Della. (2014). Job Developer in Transition : A Study of Informal and Nonformal Job Skills Training of Job Developer in Nonprofit Organisations in Ontario. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Toronto (Canada) Smith, W. L. (2011). Exploring The Learning Experiences of Filipino Nurse Immigrants New to the U.S. Healthcare Industry. Unpublished Ph.D Dissertation. Northern Illinois University. Spicer, N. K. (2017). An Exploration of How Interpersonal Relationships Facilitate Informal Learning Among Librarians. Unpublished Ph.D Dissertation. The University of Arizona Stowe, S. L. (2012). The Effects of Cultural and Economic Capital on Both Formal and Informal Learnining for the Workplace. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Toronto (Canada). Wilson, M. A. (2013). The Role of Experience : A Qualitative of Adult Learning in History Museums. Unpublished Ph.D Dissertation. Capella University.


219 KECEMERLANGAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL DI JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK MELAKA DALAM PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI ILMIAH PELAJAR Noorkhairan Nordin1 1 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini membincangkan tentang peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka dalam usaha membangunkan kecemerlangan pegawai dan pelajar yang berpengetahuan seiring dengan keperluan industri. Sebagai sebuah jabatan sokongan, sudah pasti jabatan ini berhadapan dengan cabaran di dalam merangka keseimbangan bagi melahirkan pegawai dan pelajar yang memiliki kecemerlangan holistik. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral dalam aktiviti penyelidikan dan pengurusan aktiviti ilmiah pelajar di Politeknik Melaka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, wawancara dan pemerhatian. Empat pegawai yang terlibat secara langsung di dalam menyelia aktiviti pelajar telah diwawancara. Enam kertas kerja penyelidikan dan lapan kertas kerja aktiviti ilmiah telah dianalisa. Hasil kajian mendapati pegawai Unit Pendidikan Islam dan Moral berperanan dalam menjalankan penyelidikan dan penghasilan karya ilmiah serta penyeliaan aktiviti ilmiah menerusi aspek kajian, ceramah, karnival, kursus dan bengkel, lawatan pendidikan, wacana dan diskusi ilmiah. Usaha ini sememangnya menjadi pemangkin bagi meningkatkan kepakaran dan kompetensi pegawai serta pelajar sekaligus membantu menaikkan mutu kerja ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Di samping itu, beberapa penambahbaikan dan cadangan kajian masa hadapan juga dibincangkan. Kata kunci: Aktiviti Ilmiah, Kecemerlangan, Penyelidikan 1. PENGENALAN Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan sokongan yang bekerjasama dengan empat jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Jabatan ini memegang amanah untuk melahirkan pelajar berwibawa yang cemerlang, bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, malah pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar (Politeknik Melaka, 2019). Jabatan Pengajian Am terdiri daripada dua unit iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam & Moral yang berperanan menawarkan modul seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Proses penerapan ilmu yang berterusan mampu membentuk individu yang seimbang sekaligus ia akan memenuhi tuntutan dan kerangka Maqasid Syariah dalam pendidikan (Zubair, Nur Mardia, Mohd Fuad & Nan Nurhidayu, 2019). Para pensyarah diwajibkan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan bagi memperkembangkan kemahiran dalam penulisan ilmiah dan mengendalikan aktiviti ilmiah bagi membangunkan potensi pelajar. Melalui perancangan yang disusun, jabatan ini bukan sahaja dapat melahirkan pensyarah yang kompeten, bahkan dapat melengkapkan diri pelajar dengan nilai kebaikan yang tinggi. Justeru itu, penyelidikakan membuat kajian berkaitan pelaksanaanaktiviti penyelidikan oleh pensyarah dan aktiviti ilmiah yang melibatkan pelajar Politeknik Melaka bagi menilai perancangan kecemerlangan yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Am.


220 2. SOROTAN KAJIAN Di dalam membincangkan kajian yang diketengahkan, beberapa kajian berkaitan kecemerlangan institusidapat dijadikan asas perbincangan dalam kajian. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Mohd Hafiz Safiai, Afiqah Nur Rajwani Ramli, dan Ibnor Azli Ibrahim (2018) bertajuk Kecemerlangan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak dalam Penyelidikan dan Pendidikan Ilmu Falak mengetengahkan peranan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak dalam penyelidikan dan pendidikan ilmu falak menerusi aspek kajian, bengkel, kursus, karnival dan ceramah. Kajian mendapati penglibatan Bahagian Falak ke institusi pendidikan secara langsung dapat memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Metode kajian yang digunakan oleh penulis dijadikan panduan oleh pengkaji bagi mengkaji kemajuan yang disusun oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral di dalam merangka kecemerlangandi institusi berkenaan. Kajian oleh Shaliza Amira Sarif, Nurul Liyana Mahmod dan Nuraishahtul Akmar Kamaruddin (2017) bertajuk Kecenderungan Menjalankan Penyelidikan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Selandar, Melakapula mengetengahkan tentang faktor yang mempengaruhi kecenderungan pensyarah Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam menjalankan penyelidikan.Kajian mendapati kecenderungan penyelidikan pensyarah adalah dipengaruhi oleh beban tugas, kemudahan penyelidikan, pengetahuan, sokongan pihak pengurusan tertinggi dan pakar rujuk. Di dalam kajian ini, pengkaji mencadangkan agar diadakan bengkel penyelidikan secara terpandu iaitu mengikut proses dan secara berkumpulan. Selain itu pihak pengurusan atasan harus memberikan sokongan dan dorongan dengan menyediakan keperluan-keperluan penyelidikan seperti penyediaan dana, tenaga kepakaran, latihan dan sebagainya bagi memudahkan aktiviti penyelidikan dilaksanakan. Begitu juga kajian yang dijalankan olehRosnida Othman dan Nur Farrah Azwa Jasni (2016) bertajuk Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyahmenyatakan bahawa aktiviti kokurikulum yang dilakukan di luar kelas merupakan elemen penting dalam mengukuhkan program atau aktiviti pembelajaran di bilik kuliah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang yang mempengaruhi tahap penglibatan pelajar Semester 5 dan 6 dalam aktiviti kokurikulum di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyediaan infrastruktur yang bersesuaian dan mencukupi berpotensi meningkatkan penglibatan pelajar. Perancangan waktu aktiviti, pemilihan ahli kumpulan dan kepelbagaian aktiviti juga perlu bagi mempengaruhi pelajar melibatkan aktiviti secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. 2.1 Pernyataan Masalah Pembangunan yang menyeluruh dalam membentuk kompetensi individu amat menyumbang kepada pembinaan sesebuah negara.Sebagai pensyarah, penyelidikan merupakan tugas sampingan yang amat berkait rapat dengan fungsipendidik apabila menempatkan diri di institusi pendidikan tinggi. Manakala peranan membangunkan pelajar menjamin keseimbangan kecemerlangan antara akademik dan kokurikulum. Hasrat yang murni ini tidak mudah untuk dicapai kerana terdapat tanggapan penglibatan pelajar di dalam aktiviti berpersatuan adalah tidak penting berbanding kecemerlangan akademik (Nurul Haerani, 2013). Menyedari kepentingan jabatan sokongan sebagai pemangkin kepada perubahan,peranan Jabatan Pengajian Am tidak boleh dinafikan terutamanya di dalam menyumbang ke arah pembinaan kecemerlangan yang holistik. Oleh itu, kajian ini wajar dilaksanakan bagi meneliti peranan jabatan sokongan sebagai pelengkap kecemerlangan di sesebuah institusi.


221 2.2 Objektif dan Persoalan Kajian Objektif kajian yang hendak dicapai dalam kajian ini ialah: 1. Meneliti peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral dalam bidang penyelidikan bagi memajukan kompetensi pegawai 2. Mengkaji peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral sebagai pelengkap kecemerlangan di dalam merancang pembangunan aktiviti ilmiah pelajar Persoalan kajian yang difikirkan sesuai bagi merealisasikan kajian di atas adalah: 1. Apakah peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral di dalam mengurus kecemerlangan penyelidikan para pegawai di unit berkenaan. 2. Apakah strategi pengurusan kecemerlangan yang telah dirangka oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral di dalam aspek perancangan aktiviti ilmiah pelajar. 2.3 Kepentingan dan Impak Kajian 1. Hasil kajian boleh dijadikan panduan bagi menambahbaik Perancangan Strategik Unit Pendidikan Islam dan Moral pada tahun seterusnya 2. Hasil kajian boleh dijadikan panduan bagi kesinambungan kajian dalam konteks yang berbeza 3. Hasil kajian ini akan memberi input ke arah penyeragaman projek penyelidikan dan pengurusan aktiviti ilmiah secara keseluruhannya 4. Hasil kajian dapat membuka peluang kepada kerjasama pendidikan bersama agensi luar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang hal ehwal Islam 2.4 Skop Kajian Manakala skop kajian melalui wawancara terhadap 4 responden Unit Pendidikan Islam dan Moral. Enam kertas kerja penyelidikan dan lapan kertas kerja aktiviti ilmiah telah dipilih dan dianalisa bagi kajian ini. Pemilihan tersebut adalah mewakili aktiviti ilmiah yang telah dilaksanakan bermula tahun 2017 sehingga 2019 berdasarkan kepada penentuan Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Am. 2.5 Instrumen Kajian Instrumen kajian merupakan alat penyelidikan atau alat yang digunakan untuk mengumpul data bagi menghasilkan sesuatu kajian (Sarimah & Siti Fatimah, n.d.). Kajian ini menggunakan protokol wawancara dan pita rakaman sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Wawancara antara penyelidik dengan responden direkodkan menggunakan alat perakam suara. 3. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengaplikasi pendekatan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, wawancara dan pemerhatian. Menurut Strauss dan Corbin, kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu fenomena yang belum lagi diketahui (Othman Lebar, 2007). Ini bermaksud, melalui kajian kualitatif, penyelidik boleh mendalami peranan yang telah dimainkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral yang menjadi penyumbang kecemerlangan kepada organisasi. Empat pegawai yang terlibat di dalam


222 menyelia aktiviti pelajar telah diwawancara. Manakala enam kertas kerja penyelidikan dan lapan kertas kerja aktiviti ilmiah telah dianalisa. 4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Aktiviti Penyelidikan Unit Pendidikan Islam dan Moral 4.1.1 Islamization of Knowledge: An Analysis of The Concept of Al-Attas Penulisan di atas telah dihasilkan bagi membincangkan tentang konsep Islamisasi ilmu menurut sudut pandang Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (Politeknik Melaka, 2016). Di dalam artikel ini, penulis menganalisa tentang konsep Islamisasi ilmu menurut Al-Attas di mana argumen beliau menyatakan bahawa sistem pendidikan sekular adalah tidak relevan sama sekali untuk dunia Islam (Wan Mohd Nor, 1998). Melalui konsep Al-Attas, idea pengIslamisasian ilmu boleh dirumuskan seperti berikut: 1. Islamisasi adalah pembebasan intelek insan daripada segala keraguan kepada perkara yang pasti meliputi aspek kerohanian, kefahaman dan alam sekeliling. 2. Islamisasi merujuk kepada pembebasan ilmu daripada tafsiran dan maksud berdasarkan ideologi sekular. 3. Pengiktirafan terhadap kepimpinan dan personaliti Rasulullah s.a.w sebagai ikutan bagi umat manusia dan pembentukan masyarakat Muslim adalah berdasarkan umat yang telah dibentuk pada zaman nubuwwah. 4. Pembentukan sistem Pendidikan Islam melalui institusi pendidikan tinggi adalah bagi melahirkan manusia yang sempurna. Tokoh agama perlu menguasai beberapa bidang ilmu dan berautoriti di dalam ilmu-ilmu tersebut. 5. Penyebaran ilmu yang bersumberkan Islam bermula dengan mengasingkan elemen asing di dalam ilmu tersebut supaya tidak berlaku kekeliruan 6. Peranan Bahasa Arab sebagai elemen utama di dalam menghubungkan segala bidang ilmu sekaligus menjadikan bahasa sebagai karakter penting di dalam proses pengIslamisasian ilmu. Melalui penulisan ini, penulis menyimpulkan tentang keperluan setiap pemikir Islam bagi memahami konsep ini bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tafsiran yang akan menjejaskan pelaksanaannya. 4.1.2 Kajian Kefatwaan Terhadap Kaedah Penyelidikan Fatwa Semasa Jabatan Mufti Negeri Melaka Kajian ini adalah untuk meneliti kaedah kefatwaan yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka (JFNM) dalam menyelesaikan isu-isu semasa (Noorkhairan, 2019). Dua sampel fatwa semasa telah dipilih iaitu isu agihan zakat MAIM: Isu skim bantuan perkahwinan dan pinjaman perniagaan kepada asnaf gharimin (Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa, 2011) dan isu pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bersama Syarikat DIGI Telecommunications (Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa, 2013). Tiga kaedah telah digunapakai iaitu kaedah perpustakaan, kaedah temubual, dan kaedah perbandingan yang dilakukan khusus menerusi penganalisaan terhadap sampel fatwa semasa yang diputuskan dengan menilai kaedah berfatwa yang perlu dipraktikkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa, penggunaan kaedah Usul al-Fiqh sebagai kaedah penentuan fatwa diaplikasi secara ringkas. Ini disebabkan oleh keterbatasan bilangan pegawai,


223 penguasaan terhadap ilmu Usul al-Fiqh dan kaedah penyelidikan yang tepat. Manakala inputinput semasa dinyatakan sebagai keutamaan tanpa huraian yang jelas. Hasil analisis melibatkan dua perkara. Pertama ialah proses dan kaedah asas pengeluaran fatwa yang telah ditetapkan oleh sarjana Islam (Mohd Faez & Naemah, 2014). Manakala kedua ialah kaedah penetapan fatwa yang telah diaplikasi oleh penyelidik fatwa. Rajah di bawah menjelaskan dapatan daripada analisis tersebut: Jadual 1: Pengaplikasian proses dan kaedah asas berfatwa FATWA 1 FATWA 2 APLIKASI Al-Tasawwur (pemahaman isu) ✓ - 1 Al-Takyif (pemadanan isu dengan sumber hukum) ✓ ✓ 2 Al-Hukm (penetapan hukum) ✓ ✓ 2 Al-Ifta’(pengeluaran fatwa dan implikasi) ✓ ✓ 2 Pengaplikasian Usul al-Fiqh ✓ ✓ 2 Proses Pendalilan Hukum - - 0 Maqasid al-Syariah ✓ ✓ 1 Pertimbangan terhadap elemen semasa ✓ ✓ 1 Jadual 2a: Pengaplikasian kaedah kepustakaan oleh penyelidik fatwa Jabatan Fatwa Negeri Melaka FATWA 1 FATWA 2 APLIKASI Pendalilan nas ✓ ✓ 2 Pengaplikasian Usul al-Fiqh ✓ ✓ 2 Rujukan kitab terdahulu - - 0 Rujukan fatwa semasa - ✓ 1 Jadual 2b: Pengaplikasian kaedah kajian lapangan oleh penyelidik fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka FATWA 1 FATWA 2 APLIKASI Penyelidikan di lokasi - - 0 Rujukan kepada pakar ✓ - 1 Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah pemfatwaan yang telah diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berteraskan kepada kaedah kefatwaan yang telah ditetapkan oleh sarjana Islam di samping rujukan kepada maklumat semasa melalui kajian lapangan dan rujukan pakar terhadap sesuatu isu. 4.1.3 Kajian Keberkesanan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi di Sekolah Angkat Jabatan Mufti Negeri Melaka Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) adalah untuk menilai tahap keberkesanan penubuhan kelab falak dan astronomi melaluianalisa persepsi pelajar terhadap ilmu falak, kesan penubuhan kelab dan impak pelaksanaan aktiviti kelab falak terhadap pelajar di sekolah angkat JMNM (Noorkhairan, 2019). Cadangan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi adalah satu inisiatif pihak JMNM dalam usaha menyebarkan kefahaman ilmu falak kepada pelajar. Seramai 42 orang responden mewakili enam daripada sebelas buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini yangmeliputi tiga daerah utama iaitu Melaka Tengah,


224 Jasin, dan Alor Gajah. Dapatan kajian menunjukkan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi berjaya mencapai matlamat utama penubuhannya dalam menimbulkan kesedaran dan kefahaman ilmu falak dan astronomi kepada pelajar. Dapatan kajian mendapati, penubuhan Kelab Falak dan Astronomi telah memberi impak peningkatan pengetahuan pelajar terhadap ilmu falak. Percambahan ilmu falak diperolehi melalui modul pelaksanaan aktiviti telah memberi garis panduan terarah kepada ahli kelab bagi mendalami ilmu ini. Sebahagian besar responden mempunyai tahap minat yang baik terhadap ilmu falak. Keadaan ini bersesuaian dengan situasi responden yang terdedah dengan aktiviti berasaskan ilmu sains yang melibatkan Persatuan Sains, Teknologi dan Matematik yang terdapat di sekolah masing-masing. Selain itu, pelaksanaan aktiviti kelab telah meningkatkan nilai positif dalam diri pelajar terutama dalam aspek sosialisasi memandangkan penglibatan pelajar yang terdiri daripada pelbagai aliran dan bidang. Tambahan pula, penglibatan secara langsung pihakJMNM melalui penyediaan modul menjadikan program yang dilaksanakan adalah teratur dan tersusun. Cadangan pada masa hadapan agar kajian ini diteruskan kepada sekolah-sekolah lain adalah signifikan bagi mendapatkan hasil kajian yang menyeluruh. 4.1.4 Kajian Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam di Politeknik: Kajian di Politeknik Melaka Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam di Politeknik Melaka (Wan Mohd Tarmizi & Noorkhairan, 2018). Kursus ini baharu diperkenalkan dalam sistem pengajian politeknik. Kajian yang menyeluruh diharapkan dapat membuat beberapa penambahbaikan terhadap kurikulum yang sedang dilaksanakan di politeknik. Di dalam artikel ini, lima bahagian penilaian telah dianalisa iaitu demografi peribadi pelajar, maklumat pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar, kepentingan kursus bagi memenuhi keperluan pelajar politeknik kekuatan dan kelemahan kandungan silibus, serta kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan kursus. Dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa kursus ini berada pada tahap yang baik melalui aspek penilaian dan kajian yang telah dijalankan. Pelaksanaan kursus ini adalah tepat dan sesuai dengan konteks semasa bagi melengkapkan diri pelajar dengan pengetahuan berkaitan komunikasi dan penyiaran sekaligus melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran dan nilai murni yang holistik. 4.1.5 Penggunaan Kaedah Pengecaman Simbol (KPS) Bagi Memperelokkan Bacaan AlQuran Kertas konsep ini ditulis bagi memperkenalkan kaedah baharu dalam pembelajaran AlQuran iaitu dengan menggunakan Kaedah Pengecaman Simbol (KPS). KPS merupakan inovasi tahsin Al-Quran bagi membantu golongan yang boleh membaca Al-Quran tetapi bermasalah dalam mempraktikkan hukum tajwid. Permasalahan bacaan Al-Quran yang ketara ialah berkaitan bacaan dengung, tidak dengung, panjang, pendek, dan sebutan makhraj huruf yang tidak tepat. Melalui kaedah ini, pembaca tidak perlu mengingat nama-nama hukum tajwid tetapi dapat membaca Al-Quran secara bertajwid dengan tepat dan sempurna. Bagi menguasai kaedah ini, tujuh tonggak utama akan dipelajari iaitu bacaan dengung, bacaan tanpa dengung, bacaan panjang, bacaan pendek, sebutan makhraj huruf yang tepat, bersuara kuat, dan bacaan berlagu (Mohammad Zamri, 2019). Inovasi tahsin Al-Quran ini telah dibentangkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelbagai anugerah telah diraih yang mengiktiraf kaedah baru dalam pembelajaran Al-Quran. KPS merupakan kaedah yang amat mudah dan praktikal kepada semua pembaca Al-Quran tanpa mengira peringkat umur.


225 4.1.6 Kaedah At-Tahajji (KAT) Asas Kecemerlangan Al-Quran dan Bahasa Arab Kaedah At-Tahajji adalah inovasi baharu kemahiran membaca Al-Quran dengan mengenal punca bunyi. Kebiasaan kaedah tradisional mengutamakan bunyi sebutan dan tidak mementingkan kemahiran punca bunyi (Mohammad Zamri, 2019). Kaedah At-Tahajji merupakan gabungan kaedah tradisional (mengeja dan menyebut) dan kaedah kontemporari (penggunaan bahan bantu mengajar). Melalui kaedah ini, pembaca Al-Quran akan dapat mengenal huruf, mengenal baris (fathah, kasrah, dhommah) dan membunyikan huruf. Inovasi terkini ini adalah kaedah alternatif kepada kaedah pembacaan Al-Quran sedia ada. Ia merupakan kaedah peringkat asas membaca Al-Quran. Justeru itu, kajian yang dibangunkan merupakan langkah awal untuk menempatkan kaedah alternatif baharu ini di dalam arus perdana pendidikan Al-Quran di Malaysia. 4.2 Aktiviti Ilmiah Pelajar Unit Pendidikan Islam dan Moral 4.2.1. Program Pencarian Imam Muda Politeknik Melaka Program Pencarian Imam Muda dilaksanakan sebagai satu usaha membentuk Imam Muda dalam kalangan pelajar yang mampu mengalas tugas pendakwah di kampus politeknik (Jabatan Pengajian Am, 2017). Program ini bertujuan melatih pelajar dengan segala kemahiran yang diperlukan seperti pengurusan, intelek, komunikasi dan perancangan. Program yang diwakili oleh seorang pelajar yang mewakili jabatan masing-masing telah menghasilkan impak yang sangat memberangsangkan. Melalui platform ini, keyakinan diri peserta berhadapan dengan audien terutama di dalam memantapkan kemahiran pengucapan awam dapat dipertingkatkan. Kemampuan peserta mengupas topik yang dipilih berdasarkan pengetahuan dan sedia ada di samping penghujahan yang diselangi dengan dalil Al-Quran dan Al-Sunnah menyerlahkan kemampuan para peserta di dalam program ini. Kejayaan mencungkil bakat kepimpinan muda diharapkan dapat membantu ke arah persediaan membina modal insan yang berketrampilan. 4.2.2 Program Kecemerlangan Bersama Sekolah Kebangsaan Tengkera Dua, Melaka Kecemerlangan merujuk kepada kemampuan diri untuk menggunakan keseluruhan potensi yang dianugerahkan oleh Allah Taala secara bersepadu ke jalan yang diredai oleh Allah. Program Kem Kecemerlangan yang dianjurkan ini merupakan program berbentuk Corporate Social Responsibilities (CSR) kepada masyarakat sekitar. Program ini melibatkan Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral. Program yang menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Jawi melalui aktiviti telah menarik minat penglibatan para pelajar Tahun Enam di sekolah berkenaan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah What Say You?, Wheel of Language, Snake & Ladder, Mari Membaca Jawi, Mari Mengeja Jawi dan Mari Belajar Bahasa Arab. Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan: “Sebenarnya… program CSR ni… program kolaborasi dengan PIBG SK Tengkera Dua… kita bantú pihak PIBG untuk buat program murid sebelum UPSR… cikgu-cikgu semua bagi komitmen… sekurang-kurangnya murid-murid ni boleh komunikasi… ada sifat yakin dirilah… rasanya boleh anjur lagi tahun depan…”. (Nor Suriati, 2019)


226 Melalui wawancara ini, didapati program ini dilaksanakan bagi mengukuhkan kemahiran komunikasi dan memupuk sifat yakin diri di dalam diri pelajar di samping mewujudkan jalinan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Tengkera Dua. 4.2.3 Pertandingan Video Ilmiah Pertandingan Video Ilmiah disertai oleh pelajar Semester Lima yang mengambil Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam. Video Ilmiah yang dihasilkan mengikut topik yang terkandung di dalam kursus berkenaan. Pensyarah kursus akan memantau penghasilan video tersebut sebelum dihantar bagi penilaian oleh pihak juri. Penilaian oleh juri berdasarkan kepada isi kandungan video, kualiti dan kreativiti video yang dihasilkan (Jabatan Pengajian Am, 2018). Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan: “Pelajar memang perlu buat video PnP… rujuk topik dalam silibus dan buat video dengan kumpulan… kumpulan pilih sendiri… kat sini boleh tengok kerja berpasukan berjalan atau tak… pensyarah kursus akan pantau… biasanya kemahiran pelajar buat video tak sama ikut jabatan-jabatan ni… tapi overall semua ok… komitmen ada… bila buat penilaian kita boleh tengok setakat mana kecekapan pelajar guna ICT untuk hasilkan video tu…”. (Tuan Mohd Azhar, 2019) Melalui wawancara ini, didapati matlamat utama pelaksanaan program adalah untuk menyemai semangat berpasukan, melahirkan pelajar yang kreatif, dan pendedahan kepada budaya pembelajaran menggunakan ICT di samping menggilap kemahiran penyampaian dakwah kepada semua golongan masyarakat. 4.2.4 Karnival Pengajian Malaysia Kursus Pengajian Malaysia merupakan kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar politeknik. Penganjuran karnival ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar tentang kursus Pengajian Malaysia selain menerapkan nilai positif dalam diri pelajar seperti semangat kerjasama, melahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara (Jabatan Pengajian Am, 2018). Enam booth dibuka dan pelbagai aktiviti seperti kuiz dan permainan telah disediakan. Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan: “Karnival ni macam program tetap jabatan ni… biasanya akhir semester kita buat… ada enam booth… setiap booth tu bincang topik beza-beza… ada pasal negeri-negeri, tokoh kemerdekaan, budaya, agama masyarakat termasuk juga dasar negara… bila semua checkpoint dah lalu, boleh pilih hadiah yang kita sediakan… so far ada pelajar yang tahu semua benda… ada juga yang tak dapat jawab… tapi pensyarah yang jaga booth bantu juga untuk lepaskan pelajar dari booth tu… bila kita anjur karnival… kita nampak tahap peduli student kita berkaitan tanah air kita ini…”. (Nor Suriati, 2019)


227 Dapatan daripada wawancara ini menjelaskan karnival ini sangat bermanfaat bagi mengukuhkan pemahaman pelajar tentang kursus Pengajian Malaysia selain daripada penglibatan pelajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang dilaksanakan. 4.2.5 Wacana Kelestarian dan Keharmonian Negara Wacana yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan telah menekankan tentang kepentingan masyarakat yang bersatu padu di dalam konteks Malaysia. Penyertaan terdiri daripada pelajar Semester Dua yang mengikuti Kursus Nilai Masyarakat Malaysia di Politeknik Melaka. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah terkemuka Malaysia dalam bidang Perbandingan Agama iaitu Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji dengan tajuk: Unity Within Multicultural Societies: Malaysian Experience.Objektif wacana ilmiah ini diadakan adalah memupuk penghayatan ideniti nasional dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik (Jabatan Pengajian Am, 2018). Diskusi ini merupakan pendekatan terbaik di dalam membincangkan isu perpaduan melalui pendidikan berhemah tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara (Wan Mohd Tarmizi, 2019). Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan: “Saya berpandangan program ini sangat baik… sebab ia peluang untuk kita dedahkan kepada pelajar berkaitan makna unity… sangat penting untuk dimulakan di kampus… bukan sahaja untuk hindari konflik tapi nak sebarkan kebaikan kepada semua orang… kita duduk dalam satu negara… mesti dididik bersatu padu melalui pendidikan…”. (Wan Mohd Tarmizi, 2019) Dapatan wawancara ini menjelaskan bahawa, peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dapat dipertingkatkan untuk menyalurkan maklumat yang benar kepada masyarakat awam berkaitan isu-isu semasa dalam negara selain berjaya menghindari konflik disebabkan perbezaan budaya dan agama. 4.2.6 Lawatan Pendidikan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Cerapan Langit Malam Ilmu falak amat berkait rapat dengan kajian alam cakerawala secara keseluruhannya. Program yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian kerjasama strategik yang sedang dibangunkan antara Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Mufti Negeri Melaka (Jabatan Pengajian Am, 2018). Lawatan Pendidikan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang dianjurkan ini bertujuan untuk membekalkan pengetahuan kepada para pelajar berkaitan ilmu astronomi seperti bulan, bintang dan planet. Aktiviti cerapan langit malam pula membolehkan pelajar meneroka ilmu falak dengan menggunakan peta bintang dan teleskop yang disediakan (Jabatan Pengajian Am, 2019).Lawatan ini melibatkan pelajar Semester 2 yang mengikuti Kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Program dimulakan dengan ceramah berkaitan “Ilmu Falak dan Kaitannya Dengan Ibadah”, tayangan video 3D berkaitan bintang dan planet dan aktiviti cerapan langit malam menggunakan teleskop yang disediakan. Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan:


228 “Pelajar teknikal ni… saya berpandangan pelajar kita perlu juga tahu pasal sumbangan tokohtokoh Islam zaman silam… kita buat lawatan akademik di sana bukan saja nak tahu tokoh tu… tapi nak tahu juga sumbangan mereka… ada student yang tak terdedah dengan alatan di sana… sekurang-kurangya bila pergi buat lawatan… mereka akan familiar dengan alatan tu… masa cerap langit malam… pelajar dapat belajar bintang langit… ada yang nampak… ada yang tak nampak… faktor cuaca pun mempengaruhi juga…”. (Nor Suriati, 2019) Wawancara ini menjelaskan bahawa, penganjuran program ini wajar diteruskan dan ia merupakan salah satu cara pembelajaran di luar bilik kuliah yang sangat berkesan di dalam menerapkan nilai murni dan positif secara langsung kepada pelajar. 4.2.7 Kursus Penentuan Arah Kiblat Kursus Penentuan Arah Kiblat adalah program kerjasama dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka yang diadakan bagi memberi kefahaman kepada para pelajar tentang cara penentuan arah kiblat. Penganjuran kursus ini adalah untuk menjana pengetahuan tentang ilmu falak dan ilmu syarak. Sesi teori dan praktikal telah dikendalikan oleh Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Melaka (Jabatan Pengajian Am, 2019). Peserta kursus terdiri daripada pelajar Semester Dua Kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Kejayaan pelaksanaan program ini merupakan metod terbaik memasyarakatkan ilmu falak menerusi aktiviti pendidikan (Mohd Hafiz Safiai et al, 2018). Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan: “Kita memang ada kerjasama strategik dengan jabatan muftí… salah satu program untuk tentukan arah kiblat… kita rancang kursus ni untuk beri ilmu tambahan selain yang mereka dapat dalam kelas… Alhamdulillah… komitmen jabatan muftí sangat baik… pelajar pun enjoy dengan kursus yang kita buat kali ni…”. (Nor Suriati, 2019) Dapatan daripada wawancara ini menunjukkan pengendalian aktiviti secara teori dan praktikal dapat mempercepat proses pemahaman pelajar berkaitan isu-isu semasa tentang arah kiblat. 4.2.8 First Year Unity Discourse: Wacana Pemantapan Keharmonian Mahasiswa Program diskusi ilmiah ini merupakan platform bagi menjadikan dialog sebagai satu pendekatan bagi meningkatkan hubungan dan keharmonian sosial dalam kalangan mahasiswa (Jabatan Pengajian Am, 2019). Penganjuran program ini bertujuan untuk menjadikan Politeknik Melaka sebagai medan membangunkan individu yang bersatu padu dan memiliki toleransi yang tinggi. Program dialog ini melibatkan pelajar Semester Satu dan Semester Lima dan telah dikendalikan oleh Pn. Malar Vellai Suppramaniam, Managing Director dari Heart & Minds Development Centre. Melalui pendekatan ini, para peserta dididik tentang keperluan memahami dan menghayati nilai budaya cemerlang, kerendahan hati, dan mempunyai integriti yang tinggi. Berikut adalah maklumbalas daripada penyelaras program menerusi sesi wawancara yang dilaksanakan:


229 “Pelajar dapat menghayati event ini melalui sesi teori dan aktiviti… penceramah ni sangat berpengalaman untuk relatekan content ceramah dan aktiviti yang hendak dilaksanakan… sekurang-kurangnya jika pelajar tidak bercampur di dunia luar… mereka dapat bercampur melalui aktiviti berkumpulan… saya lihat ketidakstabilan di luar berpunca daripada kegagalan memahami diversity masyarakat yang ada… sepatutnya platform terbaik adalah melalui pendidikan…”. (Gan Lai Kuen, 2019) Dapatan daripada wawancara ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaksanaan program ini akan menjadi pemangkin kepada keterbukaan masyarakat yang akan menjadi titik pertemuan kepada keharmonian sejagat. 5. RUMUSAN Berdasarkan kepada kajian ini, perancangan kecemerlangan Unit Pendidikan Islam dan Moral dapat dirumuskan melalui jadual di bawah: Jadual 3: Rumusan Perancangan Kecemerlangan Unit Pendidikan Islam dan Moral Mengikut Kategori Aktiviti KATEGORI AKTIVITI PENYELIDIKAN AKTIVITI ILMIAH Akademik 3 - Kepimpinan 1 1 Khidmat Sosial - 1 Patriotisme / Perpaduan - 3 Kreatif / Inovasi 2 1 Kerohanian - 2 Jumlah 6 8 Kesemua dapatan ini menjelaskan bahawa aktiviti penyelidikan di Unit Pendidikan Islam dan Moral sangat aktif dijalankan melalui catatan penyertaan para pegawai ke pelbagai persidangan dan pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Manakala, penganjuran aktiviti ilmiah seperti bengkel, ceramah, kursus, dan karnival adalah salah satu metod penerusan kecemerlangan untuk memastikan setiap pelajar diisi dengan pengetahuan tambahan di luar bilik kuliah. Pelaksanaan program yang dikendalikan oleh pihak luar juga dapat menyumbang kepada percambahan idea baharu sekaligus membuka sudut pandang pemahaman yang lebih luas. Penyelidik juga mendapati, penglibatan pelajar pelbagai bangsa dan latar belakang berjaya memupuk sikap saling memahami dan dapat memperkembangkan kemahiran sosialisasi dalam kalangan pelajar sekaligus membangunkan ciri-ciri insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan pelajar yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cadangan yang bolehditambahbaik bagi mengekalkan kecemerlangan tersebut. Antaranya ialah menyediakan kursus berkala kepada para pensyarah bagi merancakkan aktiviti penyelidikan terutama kepada pensyarah baharu.Di samping itu, penyelidikan dalam bidang ilmu yang berlainan juga perlu diteroka bagi memberi nilai tambah kepada kualiti penyelidikan yang dilakukan. Bagi aktiviti pelajar, penstrukturan aktiviti ilmiah yang diperlukan oleh pelajar mengikut semester adalah penting agar peningkatan pelajar dapat dipantau mengikut tahun pengajian. Kerjasama yang dijalinkan bersama jabatan induk amat dialu-alukan agar hasrat ini dapat difahami dan didokong oleh semua pihak. Selain


230 itu, penilaian berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi menilai keberkesanan aktiviti penyelidikan dan aktiviti ilmiah pelajar bersama laporan lengkap perlu diambil maklum agar peningkatan kualiti berterusan (CQI) dapat dirangka dan ditambahbaik. Penyelidik juga mencadangkan agar kajian ini diteruskan kepada Unit Pendidikan Islam dan Moral dari Politeknik Malaysia yang lain sama ada kajian perbandingan, penilaian, keberkesanan danlainlain bagi mendapatkan kajian yang menyeluruh dan holistik. RUJUKAN Gan, Lai Kuen. (2019, September 4). Program First Year Unity Discourse. (Wawancara). Melaka, Jabatan Mufti. (2011). Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Isu Skim Bantuan Perkahwinan dan Pinjaman Perniagaan. Melaka: Jabatan Mufti Melaka. ___________. (2013). Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Isu Pembayaran Zakat Fitrah Melalui SMS Bersama Syarikat DIGI Telecommunications.Melaka: Jabatan Mufti Melaka. Mohammad Zamri Jusoh & Farihah Hussain. (2019). Penggunaan Kaedah Pengecaman Simbol (KPS) Bagi Memperelokkan Bacaan Al-Quran. 3 rd International Islamic Heritage Conference (ISHEC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Bandaraya. Mohammad Zamri Jusoh, et.al. (2019). Kaedah At-Tahajji (KAT) Asas Kecemerlangan AlQuran Dan Bahasa Arab. Prosiding Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Mohd Faez Mohd Shah dan Noor Naemah Abdul Rahman. (2014). Kepentingan Kaedah Penyelidikan Moden Dalam Fatwa Semasa. Nilai: Jurnal Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia. Mohd Hafiz Safiai,Afiqah Nur Rajwani Ramli & Ibnor Azli Ibrahim. Kecemerlangan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak dalam Penyelidikan dan Pendidikan Ilmu Falak. Penyelidikan ini ditaja oleh Dana Pembangunan Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pembiaya melalui Geran Universiti Penyelidikan (GUP-2015- 013; GUP-2016-018); dan Dana Penyelidikan STEM (STEM-2014-002). Nor Suriati Jamaludin. (2019, Ogos 30). Program Kecemerlangan Bersama Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Karnival Pengajian Malaysia, Lawatan Pendidikan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kursus Penentuan Arah Kiblat. (Wawancara). Noorkhairan Nordin. (2016). Islamization of Knowledge: An Analysis of the Concept of AlAttas. Koleksi Penulisan Kreatif, Politeknik Melaka, Bil. 1. ___________. (2019). Kajian Keberkesanan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi di Sekolah Angkat Jabatan Mufti Negeri Melaka. Seminar Kebangsaan Sains Sosial 1.0, Kolej Universiti Islam Melaka. ___________. (2019). Kajian Kefatwaan Terhadap Kaedah Penyelidikan Fatwa Semasa Jabatan Mufti Negeri Melaka. National Technology Research In Engineering, Design And Social Science Conference (Ntrends’19). Nurul Haerani Mohamad. (2013). Pembangunan Modal Insan Holistik Pelajar Menerusi Aktiviti Kokurikulum Politeknik. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Othman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif-Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim. Pengajian Am, Jabatan. (2019). Kertas Kerja First Year Unity Discourse: Wacana Pemantapan Keharmonian Mahasiswa Politeknik Melaka. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2018). Kertas Kerja Karnival Pengajian Malaysia. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2019). Kertas Kerja Kursus Penentuan Arah Kiblat. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2019). Kertas Kerja Lawatan Pendidikan Ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Melaka: Politeknik Melaka.


231 ___________. (2018). Kertas Kerja Pertandingan Video Ilmiah. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2017). Kertas Kerja Program Kem Kecemerlangan Bersama Sekolah Kebangsaan Tengkera Dua. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2017). Kertas Kerja Program Pencarian Imam Muda Politeknik Melaka. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2018). Kertas Kerja Wacana Kelestarian dan Keharmonian Negara. Melaka: Politeknik Melaka. ___________. (2019). Pengenalan. Dicapai pada 13 Oktober 2019 melalui http://www.polimelaka.edu.my/portalpmk/index.php/en/2015-10-16-08-08-22/2015-10- 30-07-16-28/pengenalan. Rosnida Othman dan Nur Farrah Azwa Jasni. (2016). Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 1. Sarimah Ismail & Siti Fatimah Mohd Ali. (n.d.). Kepuasan Bekerja Di Kalangan Staf Sokongan Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada 13 Oktober 2019 melalui http://eprints.utm.my/id/eprint/12040/1/Kepuasan_Bekerja_Di_Kalangan_Staf_Sokonga n_Jabatan_Pendidikan_Teknikal_Dan_Kejuruteraan.pdf. Shaliza Amira Sarif, Nurul Liyana Mahmod & Nuraishahtul Akmar Kamaruddin. (2017). Kecenderungan Menjalankan Penyelidikan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Selandar, Melaka. E-Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17). Tuan Mohd Azhar Tuan Ngah. (2019, Ogos 22). Pertandingan Video Ilmiah. (Wawancara). Wan Mohd Nor Wan Daud. (1998). The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization. ISTAC: Kuala Lumpur. Wan Mohd Tarmizi Wan Othman. (2019, September 3). Wacana Kelestarian dan Keharmonian Negara. (Wawancara). Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Noorkhairan Nordin & Mohammad Zamri Jusoh. (2018). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Kursus Komunikasi Dan Penyiaran Islam Di Politeknik: Kajian Di Politeknik Melaka. SAST Journal Of Social Science, Vol. 1, No. 1, January 2018. Zubair Amir Nur Rashid, Nur Madia Mazri, Mohd Fuad Md Sawari & Nan Noorhidayu Megat Laksamana. (2019). Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia: Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Business, Economicsand Law, Vol. 18, Issue 6 (April).


232 ZOO NEGARA SEBAGAI RUANG PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL BAGI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Etty Harniza Harun1 , Musdiana Mohamad Salleh2 and Siti Meriam Ali3 1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia [email protected] 2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia [email protected] ABSTRAK Masalah pencemaran alam sekitar, kesan rumah hijau dan pulau haba memerlukan perhatian dari semua pihak dimana penambahbaikan dari segi pendidikan perlu dilaksanakan. Pendidikan Alam sekitar yang dilaksanakan di Malaysia hanya sebagai mata pelajaran merentasi kurikulum di mana ia bukanlah merupakan satu mata pelajaran khusus. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti kesesuaian Zoo Negara sebagai ruang pembelajaran tidak formal dan mengetahui inisiatif yang telah dijalankan oleh Zoo Negara bagi menyokong pendidkan alam sekitar. Pembelajaran tidak formal ini mampu memberi pengalaman secara praktikal sekaligus menjadikan sesuatu maklumat itu dapat disampaikan secara terus. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual. Seramai dua orang pegawai dari zoo telah ditemubual dan hasil temubual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Kaijan mendapati Zoo Negara sangat sesuai dijadikan ruang bagi pembelajaran tidak formal. Tambahan pula, pelbagai inisiatif telah dijlankan oleh pihak zoo Negara. Justeru, semakan semula berkaitan pelaksanaan program ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dijalankan pada masa akan datang. Kata Kunci : Alam sekitar, Pembelajaran tidak formal, , pendidikan alam sekitar, 1. PENGENALAN Pendidikan di Malaysia memfokuskan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, setiap program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memfokuskan kepada keberhasilan pembelajaran murid itu sendiri (KPM, 2006). Menurut Phang et al., (2014) sejak tahun 1967, kerajaan Malaysia telah mensasarkan kadar peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains berbanding sastera pada nisbah 60:40. Pendidikan terbahagi kepada beberapa jenis strategi pembelajaran merangkumi pendidikan formal, pembelajaran tidak formal (informal) dan pembelajaran bukan formal (nonformal). Setiap kaedah pembelajaran ini membawa maksud yang berlainan dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Namun demikian, matlamat dan tujuan pembelajaran ini adalah lebih kurang sama iaitu bertujuan meluaskan pengetahuan disamping menjanjikan pembelajaran yang mampu memenuhi tuntutan pembelajaran sepanjang hayat. Sektor pendidikan dianggap sebagai salah satu pelaburan dan penting dalam pembangunan modal insan dalam membentuk negara yang lebih maju dan berdaya saing. Tambahan pula, pendidikan yang terancang dan strategik akan memberi kesan kepada keberkesanan pembangunan modal insan. Konsep pendidikan perlu diperluas skopnya supaya lebih kepada pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pendidikan formal, tidak formal (informal) dan bukan formal (non-formal). Pembelajaran tidak formal ini juga mempunyai tiga jenis pengajaran iaitu pembelajaran kendiri, pembelajaran sampingan dan pembelajaran secara sosial (Schugurensky, 2000).


233 Perlaksanaan Pendidikan Alam sekitar di Malaysia hanya sebagai mata pelajaran merentasi kurikulum di mana ia bukanlah merupakan satu subjek sebaliknya satu elemen berkaitan alam sekitar yang diterapkan di dalam kebanyakan kurikulum telah tersedia seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam, dan Pendidikan Sivik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Ini kerana kerajaan tidak mahu menambah lagi kurikulum negara yang telah tersedia padat. Pembelajaran tidak formal ini mampu memberi pengalaman secara praktikal sekaligus menjadikan sesuatu maklumat itu dapat disampaikan secara terus. Lantaran itu, guru tersebut akan mempunyai ilmu bukan sekadar teori melalui bahan bacaan semata namun mengalami sendiri pengalaman tersebut menjadikan pengetahuan guru tersebut lebih baik. Tambahan pula, guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang konsep-konsep alam sekitar mempunyai sikap yang positif terhadap pengajaran Pendidikan Alam Sekitar (Azizi et al., 2015). a. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti kesesuaian Zoo Negara sebagai ruang pembelajaran tidak formal 2. Mengetahui inisiatif yang telah dijalankan oleh Zoo Negara bagi menyokong pendidikan alam sekitar 2.0 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendidikan Alam Sekitar Permasalahan berkaitan alam sekitar seperti pemanasan global, kepupusan hidupan liar, pencemaran alam yang serius juga telah mendapat perhatian dari masyarakat sekaligus menjadikan mereka semakin peka dan prihatin akan isy berkaitan alam sekitar. Masalah alam sekitar yang semakin serius ini telah meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pentingnya memelihara alam sekitar (Hafizah et al., 2013). Pendidikan Alam Sekitar merujuk kepada usaha terancang yang dilakukan untuk mendidik masyarakat sama ada secara formal atau sebaliknya supaya kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat dan alam sekitar terpelihara dan berkekalan (Haliza, 2017). Pendidikan alam sekitar adalah satu proses pengajaran bagaimana alam semulajadi berfungsi dan bagaimana setiap tindakan manusia dapat memberi kesan terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini juga merupakan bidang yang sangat luas (Grimmette 2014). Salah satu faktor yang dapat mengelak daripada berlaku masalah alam sekitar ini adalah melalui pendidkan alam sekitar dan tahap kesihatan individu juga sebenarnya berkait rapat dengan keadaan alam sekitar. Pelajar perlu membina hubungan dengan alam sekitar supaya kepentingan alam sekitar itu dapat dirasai dan difahami dengan lebih mendalam. Menurut Haliza (2017), pendidikan telah diterima sebagai alat asas untuk mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari. Manakala sekolah pula menjadi medium dalam menyampaikan ilmu sekaligus meningkatkan kesedaran untuk menangani masalah-masalah berkaitan Alam sekitar. Hal ini kerana pendidikan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran dan kualiti alam sekitar. Tambahan pula beberapa kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik telah membuktikan bahawa cara ini berjaya meningkatkan kesedaran alam sekitar.


234 Pendidikan alam sekitar turut diperbaiki dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah. Manakala, latihan turut dijadualkan untuk guru – guru dan bahan pengajaran yang sesuai disediakan bagi membantu usaha ini. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pemikiran para pelajar tambahan pula bagi pelajar yang masih di peringkat kanak-kanak. Hal ini kerana para pelajar akan lebih terdorong untuk meniru dan mengikut guru yang dianggap sebagai model dalam kehidupan mereka. 2.2 Tahap kesedaran dan amalan tingkahlaku alam sekitar Kedudukan geografi sekolah yang berbeza membawa kepada persekitaran sekolah Banyak kajian telah dijalankan berkaitan pencapaian, persepsi, sikap para pelajar dan guru pelatih terhadap Alam sekitar. Kebanyakan kajian membuktikan bahawa kesedaran para pelajar terhadap kepentingan Alam Sekitar belum menjamin amalan tingkah laku yang baik terhadap Alam Sekitar. Negara luar turut tidak terkecuali kerana menurut Altin et al., (2014) hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran Alam Sekitar para pelajar dari tiga sekolah yang berbeza berada pada tahap yang tinggi dan memuaskan. Akan tetapi, tahap kesedaran yang tinggi masih belum mampu menjamin amalan tingkahlaku yang baik dan penglibatan yang aktif dalam usaha menjaga Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pendidikan ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya pelajar banyak mengalami pengalaman yang mmapu membantu pembelajaran mereka di awal usia kanak-kanak. Namun demikian, kaedah penerapan alam sekitar ini juga memainkan peranan yang sangat penting. Kaedah yang menarik akan menjadikan pelajar tersebut memandang sesuatu perkara tersebut dengan penuh minat dan hasil dari kesedaran yang tinggi itu akan mampu mempengaruhi amalan tingkahlaku para pelajar tersebut. Sebagai contoh, satu kajian telah dijalankan oleh Nurul Izzati dan Zanaton Iksan (2017) berkaitan hubungan antara tingkah laku dan kesedaran pelajar melalui aktiviti Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS). Pengkaji telah menggunakan aktiviti KAKAS sebagai langkah untuk para pelajar mengalami sendiri pengalaman bagaimana menguruskan Alam Sekitar. Hasil kajian selama 14 minggu telah menunjukkan hubungan positif yang kuat telah telah berlaku antara tingkah laku dan kesedaran pelajar melalui aktiviti KAKAS ini. 3.0 METODOLOGI 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Pengkaji menjalankan kaedah kajian tinjauan secara temubual bagi menjawab objektif kajian. 3.2 Sampel Sasaran sampel kajian yang telah dipilih adalah dua orang pegawai berpengalaman dari Zoo Negara. Informan yang seterusnya adalah terdiri daripada komuniti yang terlibat di kawasan kajian lapangan. 3.3 Pengumpulan Data Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan instrument temubual berdasarkan tiga tema iaitu pengetahuan mengenai pendidikan alam sekitar, inisiatif dan usaha yang dijalankan oleh pihak Zoo Negara dan yang terakhir adalah pandangan mengenai kaedah pembelajaran tidak formal bagi pendidikan alam sekitar. Seterusnya pengkaji akan membina dan mengkategorikan setiap item dan jawapan yang dikemukan oleh subjek kajian kepada tiga


235 bahagian. Pada bahagian pertama ialah berkaitan dengan program atau aktiviti dari pihak berkaitan yang disertai pelajar; kedua ialah berkaitan dengan peranan pihak Zoo Negara dalam menerima kunjungan pelajar; ketiga ialah kemudahan yang tersedia untuk pelajar. Data dari instrumen temubual ini dianalisis secara wacana iaitu pengeluaran makna dari teks. 4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN i) Tema pengetahuan pendidikan alam sekitar Hasil dapatan temubual yang dijalankan mendapati bahawa kedua-dua pegawai yang terlibat dalam kajian ini memahami dan mengetahui mengenai pembelajaran tidak formal dan pendidikan alam sekitar. Dapatan ini juga bertepatan dengan definisi penbelajaran tidak formal yang mengatakan pembelajaran yang tidak formal berlaku dalam yang dirancang tetapi cara yang sangat menyesuaikan diri dalam institusi, organisasi, dan situasi di luar bidang formal atau pendidikan tidak formal. Ia berkongsi ciri-ciri dengan pendidikan formal, tetapi motivasi untuk belajar adalah lebih kerana pelajar mengalami pengalaman itu secara praktikal (Eshach 2007). Hal ini turut dinyatakan dengan jelas akan kepentingan pembelajaran tidak formal dan kaitannya dengan pendidikan alam sekitar: “..pembelajaran tidak formal ni macam zoo lah salah satu tempat dia sebab cikgu bawa student and then belajar tentang haiwan dan tumbuhan. Kalau haiwan , boleh belajar tentang pemakanan, diet, anatomi, struktur tulang semua tu. Lepas tu kalau join program kami akan sediakan aktiviti yang sekaligus akan memaksa pelajar untuk gain knowledge secara automatik dan lepas tu kami akan explain apa kesan pada alam sekitar semua.” (P1) Kenyataan ini seiring dengan program Kancil Ranger yang telah disertai oleh sebuah sekolah antarabangsa melibatakan lingkungan umur 9 tahun hingga 17 tahun. Melalui pemerhatian yang turut dijalankan, para pelajar sangat tertarik dan berlaku banyak sesi soal jawab dan interaksi antara pegawai tersebut bersama para pelajar. Mereka kelihatan sangat tertarik dan akan memerhatikan haiwan dan tumbuhan yang dijelaskan oleh pegawai tersebut sebelum mengajukan soalan. Melalui situasi ini, kita dapat lihat bahawa proses pembelajaran berlaku di mana pelajar tersebut sentiasa berfikir serta soalan yang diajukan juga adalah solan yang sangat ilmiah dan berkaitan dengan alam sekitar. ii) Tema inisiatif dan usaha yang dijalankan Antara salah satu usaha yang sentiasa dijalankan adalah dari segi 13 pakej yang telah disediakan oleh pihak Zoo Negara. Dalam masa yang sama, pihak zoo turut mengadakan sesi interaktif bersama para pengunjung bagi menyampaikan informasi dalam masa yang sama membantu memberi pendedahan berkaitan alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran oran ramai. Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pendidikan alam sekitar kerana kesedaran dari ibu bapa sangat penting supaya golongan turut sama didedahkan akan hal ini sejak dari kecil dan pembelajaran yang paling baik adalah dari rumah itu sendiri. Hal ini turut dinyatakan oleh pegawai tersebut seperti berikut: “..kalau macam sabtu ahad, kami ada buat interactive session. Before this buat dekat bird aviary which is tempat tu akan berubah. Depends pada isu jugak lah. Kalau macam sekarang buat dekat tiger walk. Ni bukan untuk budak sekolah je tapi untuk semua orang awam.” (P1)


236 Selain itu, pihak Zoo Negara juga sedang merancang satu perancangan yang besar bagi menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh yang demikian, silibus sains dari tahun 1 hingga tahun 6 sedang disemak semula bagi memasukkan aktiviti melawat zoo dan tempat yang berunsurkan pendidikan sebagai salah satu langkah awal bagi menjalankan pembelajaran tidak formal secara meluas. Perkara tersebut dinyatakan oleh peserta kajian dalam temubual tersebut: “ sebab tu kami pihak zoo sangat encourage pihak sekolah untuk approach pihak zoo untuk buat program dekat zoo. Sedang usahakan untuk appoach pihak kpm bagi mengadakan kerjasama antara sekolah dan pihak zoo. So, update terbaru sekarang kami tengah revise semula buku teks untuk masukkan pembelajaran yang berkaitan dengan zoo. Dan kami pilih sekolah rendah sebab nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau plan ni berhasil insyaallah kami akan teruskan ke peringkat lebih tinggi.” (P1) Dalam masa yang sama, usaha ini juga bukan sahaja memberi fokus kepada lawatan ke Zoo sahaja. Malahan ke semua tempat yang berpusatkan pendidikan supaya setiap kemudahan yang telah disediakan oleh sesetengah pihak boleh dimanfaatkan dengan baik. Selain itu, setiap maklumat yang disampaikan adalah dari sumber rujukan yang betul. Malahan, setiap soalan yang diajukan akan dijawab berdasarkan bidang masing-masing dimana pegawai yang bertugas akan rujuk kepada pakar yang berkaitan seperti Pegawai Zoologi atau veterinar. Peserta kajian turut menyatakan dalam sesi temubual: “kalau ada soalan yang kami tak boleh jawab waktu tu, kami akan KIV dulu dan rujuk pada yang arif then kami akan emel pada dia. Kami akan mintak lah emel dia semua sebab bidang wildlie luas. Mungkin kami tak mampu nak jawab semua jadinya biarlah confirmkan dengan yang betul arif” (P1) Zoo Negara juga turut membuka peluang kepada pelajar untuk menjalankan kajian dan menyediakan program sukarela bagi pelajar dan orang awam yang berminat. Setiap penyertaan mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi seperti yang dinyatakan di website Zoo Negara iii) Tema pandangan kesesuaian kaedah pembelajaran tidak formal Kedua-dua pegawai bersetuju mengatakan bahawa kaedah pembelajaran tidak formal ini sangat bersesuaian dengan para pelajar khususnya bagi pendidikan alam sekitar. Kemudahan dan kemajuan yang telah sedia ada ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya kepada bidang pendidikan. Meneroka secara praktikal akan memberikan pengalaman yang lebih menarik seklaigus menjadikan sesorang pelajar itu akan mengingati dalam tempoh masa yang lama. Hal ini turut disokong oleh Anon (2008) yang menyatakan pendidikan berbentuk non formal dan informal seperti lawatan sambil belajar, berkhemah, mendaki gunung dan berkayak yang berasaskan pengalaman juga membentuk perubahan tingkah laku yang berpanjangan melalui pengalaman sepanjang hayat. Oleh yang demikian, paserta kajian sangat menyokong pembelajaran tidak formal ini seperti yang dinyatakan dalam temubual: “saya rasa sangat sesuai sebab bila kita dalam kelas, cikgu Cuma cerita berdasarkan gambar and Cuma berdasarkan teori sahaja then balik2 refer teks book . dalam teks book tu pulak Cuma gambar je. So kalau dia datang, dia boleh touch the animal. Sebab kalau ada join program tu, akan ada pegawai kami sendiri dalam bidang education


237 yang akan assist. Sepatutmya zoo as a venue untuk belajar mengenai alam sekitar ni dah cukup bagus.” (P1) Namun dalam masa yang sama, masih terdapat kekangan dalam melaksakan kaedah ini secara menyeluruh. Antara kekangan yang dikenal pasti adalah dari segi mentaliti rakyat Malaysia, kewangan dan tenaga kerja. Mentaliti rakyat malaysia masih ditahap sederhana seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian. Kebanyakan masih kurang kesedaran dan kurang memberi pendedahan dari rumah sejak kecil. Kekangan dari segi kewangan turut disebut oleh peerta kajian : “Malaysia ni bajet dia terhad jadi itu yang menghadkan mereka sebenarnya. So bila dia tengok kena bayar extra mungkin ada ibu bapa yang tak sanggup. So cikgu terpaksa amek lawatan yang cikgu sendiri yang kena bawak.” (P2) Jika dilihat dari jumlah lawatan, Zoo Negara menerima kunjungan lebih banyak dari sekolah kebangsaan tetapi hanya sebagai pelawat biasa tanpa mengambil pakej yang disediakan. Namun demikian, pelajar dari sekolah antarabangsa merupakan antara pelajar yang lebih kerap mendaftar untuk menyertai pakej yang disediakan. Maka jelaslah bahawa masalah kewangan merupakan salah satu kekangan yang agak sukar dibendung dan memberikan kesan kepada penyertaan pelajar. Penyertaan dari pelajar sekolah antarabangsa turut dinyatakan oleh sampel kajian dalam temubual : “Kalau yang bandingkan dengan international school, dorang lagi ramai yang ambil pakej Sebab mereka pentingkan kepuasan hati apa yang mereka dapat, kalau kena bayar extra pun okay takde masalah asalkan pengalaman tu yang penting” Hasil dapatan mendapati sampel kajian berpandangan kaedah pembelajaran tidak formal ini sangat sesuai bagi melaksanakan pendidikan alam sekitar namun masih terdapat beberapa kekangan yang perlu dikaji semula. 5.0 KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan bahawa pihak zoo telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha bagi memelihara alam sekitar seperti menyediakan pakej berkaitan alam sekitar, menjalankan program di sekolah-sekolah terlibat, membuka peluang kepada pelajar untuk menjalankan kajian, program sukarela dan antara usaha dan perancangan paling menarik adalah pihak zoo juga masih dalam proses untuk menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kedua-dua pegawai turut bersetuju menyatakan pandangan bahawa kaedah pembelajaran tidak formal sangat sesuai digunakan bagi pendidikan alam sekitar khususnya zoo sebagai ruang pembelajaran bagi para pelajar. Antara kerjasama yang boleh dilakukan oleh adalah dari ibu bapa itu sendiri. Pendedahan dan kesedaran mengenai alam sekitar ini perlu dipupuk dari rumah dan sejak kecil lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi juga perlu mengambil langkah untuk manjalankan kerjasama dengan pihak zoo. Namun demikian, terdapat kekangan yang paling besar adalah dari segi mentaliti rakyat Malaysia dan bajet untuk menjalankan setiap program yang melibatkan aktiviti di luar kelas.


238 5.1 Limitasi dan Cadangan Penambahbaikan Dapatan kajian ini hanya merangkumi inisiatif dan pandnagan dari pihak Zoo Negara sahaja. Justeru itu, kajian lanjutan boleh dilakukan berkaitan pandangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan kaedah penbelajaran tidak formal. Dalam masa yang sama, kajian mengenai mentaliti rakyat Malaysia mengenai isu ini juga boleh dijalankan untuk mengetahui adakah sama seperti yang dinyatakan oleh sampel kajian. RUJUKAN Ahmad, J. H., Mustafa, H., Hamid, H. A., & Wahab, J. A. (2011).Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar (Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding Environmental Issues).Akademika, 81(3). Aho, E., Haverinen, H. L., Juuso, H., Laukka, S. J., & Sutinen, A. (2010).Teachers’ principles of decision-making and classroom management; a case study and a new observation method.Procedia-Social and Behavioral Sciences, 9, 395- 402. Almekhlafi, A. G., & Almeqdadi, F. A. (2010). Teachers' perceptions of technology integration in the United Arab Emirates school classrooms. Journal of Educational Technology & Society, 13(1), 165. Altin, A., Tecer, S., Tecer, L., Altin, S., & Kahraman, B. F. (2014). Environmental awareness level of secondary school students: a case study in Balıkesir (Türkiye). Procedia-Social and Behavioral Sciences, 141, 1208-1214. Azizi, M., Masitah, M. Y., Nazifah, S. I., Khaidir, A., & Noriati, A. R. (2015). Hubungan antara tahap pengetahuan, sikap, kesedaran dengan kepemimpinan instruksional pendidikan alam sekitar dalam kalangan pengetua di negeri Kedah dan Pulau Pinang.Seminar Kebangsaan Majlis Dekan. Butchart, S. H., Walpole, M., Collen, B., Van Strien, A., Scharlemann, J. P., Almond, R. E., & Carpenter, K. E. (2010). Global biodiversity: indicators of recent declines. Science, 1187512. Derraik, J. G. (2002). The pollution of the marine environment by plastic debris: a review. Marine pollution bulletin, 44(9), 842-852. Haliza, A. R.. (2017). Usaha Dan Cabaran Dalam Mengaplikasikan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Sistem Persekolahan Di Malaysia (Efforts And Challenges In The Application Of Environmental Education In Malaysian School System)). Haryati, S. (2012).Pendidikan alam sekitar menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat Malaysia.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004. Maria, S., & Hazinah, N. H. (2009). Penerapan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum di kalangan guru sekolah menengah: Satu tinjauan. (Laporan Geran FRGS). Universiti Pendidikan Sultan Idris. (In Malay) Nurul-Akhma, Z., Shuhaimi-Othman, M., & Azmah, M. (2012). Penggunaan biomonitor multispesies air tawar dalam menilai perubahan kelakuan ikan gapi, poecilia reticulata dan udang air tawar, macrobrachium lanchesteri Terhadap Air Larut Resap dari Tapak Pelupusan Sampah. Sains Malaysiana, 41(5),573-583. Osman, K., & Meerah, T. S. M. (2011). The Impact of Module Based Curriculum and ExtraCurriculum Activities’ in Developing Environmental Skills among Saudi's Secondary Students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 15, 1756-1760. Osman, Kamisah, and T. Subahan Mohd Meerah."The effectiveness of classroom and non classroom activities on developing Saudi Arabian secondary students’ environmental values."Procedia-Social and Behavioral Sciences 9 (2010): 408-413. Pendidikan, P. I. P. (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia.


239 Peng, Y. K. (2007). Tahap pencapaian dan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih. Universiti Sains Malaysia. Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2(4). Sadik, F., & Sadik, S. (2014).A study on environmental knowledge and attitudes of teacher candidates. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 116, 2379-2385. San, T. P., & Azman, N. (2011). Hubungan antara komitmen terhadap alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Pesonalia Pelajar, 14, 11-22. Schugurensky, D. (2000). The forms of informal learning: Towards a conceptualization of the field. Yusof, M. M., Muda, A., Abdullah, A. M., Samah, B. A., Basri, R., & Rashid, N. A. (2013).Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah Di Malaysia Dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar.Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 28. Eshach, H. (2007). Bridging in-school and out-of-school learning: Formal, non-formal, and informal education. Journal of science education and technology, 16(2), 171


240 THE PERFORMANCE ANALYSIS PARAMETER OF CLIMBERS Siti Noraishah Salim1 , Halijah Ibrahim2 and Diyana Zulaika Abdul Ghani3 1Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] 2Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] 3Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia [email protected] ABSTRACT Performance analysis is fundamental in sport. It is required to understand and improve tactics, techniques, and movements skills in sports. As such, basic climbing skills and techniques are essential in sport climbing to ensure the safety of the climbers. This study aims to review literature related to the performance of climbers as the first step to identify the research gap in the study. All literature was searched using electronic databases and several other sources from Google Scholar, Scopus, Web of Science, Springerlink, ScienceDirect and other indexed journals with publications from 2012 to date. Three most frequently analysed performance parameters in sport climbing were: manipulative skills, body positioning and basic type of manoeuvres of the climbers. Thus, these three main performance parameters in climbing will be used as a reference in the present study. Keywords: body positioning, basic manoeuvre, climbers, manipulative skills and performance analysis. 1. INTRODUCTION The past few decades have seen sport climbing as an indoor or rock-climbing activity that is not limited to geographical locations. In recent years, sport climbing has turned out to be a popular sport worldwide, in terms of accessibility in training for personal recreation or competition. Sport climbing is not listed in the Olympic Sport Competition but it was exhibited in the Winter Olympics, Torino 2006 (Fuss & Niegl, 2008). The Summer Olympics in Tokyo, Japan (Sanchez, Torregrossa, Woodman, Jones, and Llewellyn (2019) will include speed climbing, bouldering, and lead climbing. According to the International Olympics Committee (IOC), 18 additional sports were proposed and only 5 sports (baseball/softball, skateboarding, sport climbing and surfing) were approved for inclusion at the 2020 Summer Olympics in Tokyo, Japan (Games, 2020). The International Federation of Sport Climbing (IFSC) has estimated that 25 million citizens (with more than 2 million Europeans) enjoy daily sport climbing, and there are over 300 indoor climbing gyms in London and Paris (Cha et al., 2015). Ironically, from 2007 to 2012, the number of indoor climbing gyms rose by over 50% (Orth, Davids, & Seifert, 2016). On the same note, Yang (2020) stated that Singapore has started with almost 20 rock climbing gyms in 2019 while Malaysia has 16. Sport climbing is a new sport among Malaysians. The largest rock-climbing gym in Malaysia is Camp5 at 1Utama, Kuala Lumpur which is also known as Asia’s premier indoor rock-climbing gym. Sport climbing is known as an extreme, adventure, or action sport. Extreme sports are activities involving high-risk taking and challenges (Schweitzer, 2013). Sport climbing often involves speed, height, physically demanding, and used specialized gears for safety. The climber climbs on the wall with different types of artificial holds that use hands and feet. Sport climbing is generally carried out for recreational purposes and also as a competition, both indoor and outdoor. There are several types sport climbing activities such as bouldering, indoor bouldering, sport climbing, deep water solo, ice climbing, traditional climbing and aid climbing


241 (Ladha, Hammerla, Olivier, & Plötz, 2013; Michailov, 2014; Schöffl, Morrison, Schöffl, & Küpper, 2012). Each discipline has its specialities such as the type of terrain, ethics of protection and tactics used (Orth et al., 2016). Indoor bouldering and sport climbing are practised in an indoor climbing gym. The indoor climbing gym is constructed from plywood and used for artificial rock. Indoor climbing consists of types of disciplines such as a boulder, speed, lead and top-rope climbing. Previous research indicated that each of the disciplines of indoor climbing gym involves grade of route difficulty, climbing surface, type of rock or handhold and foothold, specific movements and technique (Schöffl, Morrison, Schwarz, Schöffl, & Küpper, 2010). Performance analysis of the climbers is a process of observing, studying and evaluating the performance of climbers while performing and undergoing the climbing tasks. Performance analysis is important as a sport needs to measure the performance for all serious sports practitioners (O'Donoghue, 2010). Thus, to improve the tactics, techniques, and movements, technology is used to analyse the athletes’ performance during training and competition (Worsey, Espinosa, Shepherd, & Thiel, 2019). Sport climbing is physically demanding and requires high skills and techniques. The analysis performance of the climbers is required to measure various performance features, identifying and addressing the problems faced by the climbers. The results will be more acceptable, accurate and valid with the use of technology. The quality of the climber’s performance is categorised as high or low according to their ability to complete the route in a specific level of routes and different types of wall. There is not much research about exploring the difference between strategies and physical performances of climbers according to particular movement and strategies at different levels of the route. The developments of technical and physical performance profile are helpful to improve the quality of the performance of climbers (Zhang et al. (2017). It reveals new insight and useful information to support instructors in coaching and measure effective strategies and training programme for the climbers. 2. RESEARCH OBJECTIVES (RO1) To identify the performance analysis parameter of climbers. 3. RESEARCH QUESTION (RQ1) What is the performance analysis parameter of climbers? 4. METHODOLOGY This study was conducted to answer the research question stated above. To obtain the answer, we analyzed and reviewed relevant literature from Google Scholar, Scopus, Web of Science, Springer link and other indexed journals. The keywords used: the exploratory process of body positioning, basic manoeuvre, climbers, manipulative skills and performance analysis. This study only includes selected papers that have been published in recent years to ensure the relevancy of the systematic review (2012 until 2020). There are two steps in analyzing the literature. Firstly, all segments of literature were assigned according to the authors, titles and findings as in Table 1. The findings from Table 1 were then used as justification to conclude more specific details related to the performance analysis parameters in climbers (Table 2). The conclusion is derived from the meta-analysis as shown in Table 2.


242 Table 1:A systematic review of the performance analysis parameter of climbers. NO AUTHORS (YEAR) TITLE FINDINGS 1. (Gurer, 2015) Investigation of sport rock climbers’ handgrip strength Having hands and feet optimally close to each other reduces the ration of vertical manual adjustments and increases the risk of slipping. Strengthening finger grip and improving handgrip techniques also help improve performance. 2. (Cha et al., 2015) Analysis of climbing postures and movements in sport climbing for realistic 3D climbing animations The climber uses three holds stays on the wall to maintain balance. The law of the Left-Right rule is described as climbing a wall using the contralateral hand and foot. If the climber climbs using the ipsilateral hand and foot in pairs, the climber will falls uncontrollably away from the wall, which triggers an activity known as the barn door. The most important methods to successful climbing are hands and feet. 3. (Orth et al., 2016) Coordination in climbing: effect of skill, practice and constraints manipulation Coordination of powers at hand keep leads to success in climbing. 4. (Abdulhassan & Abbas, 2013) Kinematic analysis of human climbing up and downstairs at different inclinations The stair ascent commands greater stability among subjects. Stair ascent has longer double support and shorter single limb support phases. 5. (Saul, Steinmetz, Lehmann, & Schilling, 2019) Determinants for success in climbing Effective climbing style results in constant concentration, precision and high postural stability. 6. (Deyhle et al., 2015) The relative importance of four muscle groups for indoor rock-climbing performance Developing climbing activity techniques will delay the onset of tiredness in these muscle groups and enable the climber to make more progress in climbing and thus improve the chances of completing the climb. 7. (Yuan & Chen, 2014) Kinematic uncertainties in human motion tracking and interaction Uncertainties may influence the consistency of body postures and the proper presentation of the contacts with the environment. 8. (Phillips, Sassaman, & Smoliga, 2012) Optimizing Rock Climbing Performance Through Sport-Specific Strength and Conditioning The more climbing holds and positions a climber gets used to, and be comfortable with, the more efficient the climber becomes. A combination of isometric and isotonic contractions to strength is part of the climbing manoeuvre. Adequate shoulder flexibility is essential for manoeuvres, which require a large reaching component, such as the dead point or a large degree of internal rotation, such as the mantle. 9. (Donahoe & Luebben, 2014) Rock climbing: Mastering basic skills Climbing is about movement. Using good techniques, moving efficiently, confident feet placements, finding the best handholds maximizes the efficiency and increases the performance of the climbers. 10. (Laukkanen, Pesola, Havu, Sääkslahti, & Finni, 2014) Relationship between habitual physical activity and gross motor skills is Manipulative techniques for the gross motor play an important role in sustaining the quality of physical activity during life activities.


243 multifaceted in 5 to 8 year‐old children In Table 1, it can be seen that the most frequent performance parameters used are: 1. Manipulative skills 2. Body positioning 3. Type of basic manoeuvres Table 2: Meta-analysis N o Authors (Year) Title Analysis techniques Parameter 1 2 3 1. (Gurer, 2015) Investigation of sport rock climbers’ handgrip strength Fine motor skills Gross motor skills ✓ 2. (Cha et al., 2015) Analysis of climbing postures and movements in sport climbing for realistic 3D climbing animations Centre of gravity ✓ ✓ 3. (Orth et al., 2016) Coordination in climbing: effect of skill, practice and constraints manipulation Fine motor skills Gross motor skills Centre of gravity ✓ ✓ 4. (Abdulhassa n & Abbas, 2013) Kinematic analysis of human climbing up and down the stairs at different inclinations Centre of gravity ✓ 5. (Saul et al., 2019) Determinants for success in climbing Fine motor skills Gross motor skills Centre of gravity ✓ ✓ 6. (Yuan & Chen, 2014) Kinematic uncertainties in human motion tracking and interaction Centre of gravity ✓ 7. (Deyhle et al., 2015) The relative importance of four muscle groups for indoor rockclimbing performance Gross motor skills Centre of gravity Basic skills manoeuvre ✓ ✓ ✓ 8. (Phillips et al., 2012) Optimizing Rock Climbing Performance Through Fine motor skills gross motor skills ✓ ✓ ✓


244 Sport-Specific Strength and Conditioning Centre of gravity Basic manoeuvre skills 9. (Donahoe & Luebben, 2014) Rock climbing: Mastering basic skills Basic manoeuvre skills ✓ ✓ 10 . (Laukkanen et al., 2014) Relationship between habitual physical activity and gross motor skills is multifaceted in 5‐ to 8‐year‐old children Gross motor skills Fine motor skills ✓ ✓ 5. RESULTS AND DISCUSSION Based on the findings in Table 2, it can be concluded that there are three most frequent performance parameters during the analysis of sport climbing. Hence, Table 3 is designed to spot the performance analysis parameter of the climbers. Table 3: Related article on performance analysis parameter of climbers Parameters Analysis techniques References Manipulative skills 1. Fine motor skills 2. Gross motor skills 3. Centre of gravity 4. Basic skills manoeuvre (Deyhle et al., 2015; Donahoe & Luebben, 2014; Gurer, 2015; Laukkanen et al., 2014; Phillips et al., 2012; Saul et al., 2019) Body positioning 1. Fine motor skills 2. Gross motor skills 3. Centre of gravity 4. Basic skills manoeuvre 5. (Abdulhassan & Abbas, 2013; Cha et al., 2015; Deyhle et al., 2015; Orth et al., 2016; Phillips et al., 2012; Saul et al., 2019; Yuan & Chen, 2014). Type of Basic Manoeuvre 1. Fine motor skills 2. Gross motor skills 3. Centre of gravity 4. Basic skills manoeuvre (Cha et al., 2015; Deyhle et al., 2015; Donahoe & Luebben, 2014; Laukkanen et al., 2014; Phillips et al., 2012; Saul et al., 2019) Climber’s performance is frequently analysed based on the climber’s body positioning, manipulative skills, and the type of basic manoeuvre. The manipulative skills used could enhance the performance or the quality of climbers, to preserve their energy while climbing and to feel less tired. Ideally, the effective skills and techniques require the climbers to use the upper and lower body to move, pull, push, and keep the essential balance to avoid the body from giving out and falling off. The previous study by (Robert, Rouard, & Seifert, 2013) mentioned that The method used must be used properly to reduce the exhaustion of the climber and to secure the axe placement. This is also necessary to help improve the climber’s performance.


Click to View FlipBook Version