The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazilzainal5337, 2021-06-12 09:38:43

ebook_psikologi pendidikan

ebook_psikologi pendidikan

Edisi Pertama 2008
© AZIZI YAHAYA, SHAHRIN AHMAD & YUSOF BOON 2008

Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Psikologi pendidikan / editor Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon.
ISBN 978-983-52-0536-1
1. Educational psychology. 2. Teaching--Psychological aspects. I. Azizi
Yahaya. II. Shahrin Hashim. III. Yusof Boon. IV. Judul.
370.15

Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN

Diatur huruf oleh / Typeset by
AZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKAN

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

PENERBIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai,

Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9
Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

KANDUNGAN

Prakata vi
1
Bab 1 Konsep Dan Sejarah Perkembangan
Bab 2 Psikologi 12
Azizi Yahaya & Wan Noraini Wan Razab 31
57
Teori-Teori Perkembangan 94
117
Zainuddin Abu Bakar 145
174
Bab 3 Kecerdasan
Bab 4 Azizi Yahaya
Bab 5
Bab 6 Kecerdasan Emosi
Bab 7 Azizi Yahaya
Bab 8
Ingatan
Yusof Boon

Pengertian Konsep Kendiri
Jamaludin Ramli

Pengamatan

Ahmad Johari Sihes

Penyelesaian Masalah
Azizi Yahaya

vi Kandungan

Bab 9 Pemikiran Kritikal 212
Shahrin Hashim

Bab 10 Konsep Pembelajaran 243
Ahmad Johari Sihes

Bab 11 Teori Pembelajaran 266

Ahmad Johari Sihes & Wan Noraini Wan Razab

Indeks 324

PRAKATA

Buku psikologi pendidikan mengandungi beberapa teori yang
sesuai untuk diapplikasikan dalam bilik darjah, di antaranya ialah
teori-teori pembelajaran. Oleh itu dari segi pengajaran dan
pembelajaran, guru dapat memahami tingkah laku pelajar dalam
proses pengajaran dan pe,belajaran. Di sini letaknya kekuatan ilmu
dan kemahiran yang perlu diaplikasikan oleh pembaca. Bukan
setakat itu sahaja, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga
adalah lebih menekankan kepada pemusatan pelajar.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga
membincangkan motivasi dalam bilik datjah. Dengan cara ini
pelajar yang menghadapi masalah dari segi mendapat rawatan
semangat serta memberi perhatian khas supaya mereka dapat
menerima ransangan-ransangan dengan jelas dan tepat.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga
membincangkan penggunaan pancaindera bagi meningkatkan
kemahiran pengamatan pelajar. Ini termasuklah menggunakan
pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini pelajar yang
menghadapi masalah dari segi pengamatan visual dan pengamatan
auditori mendapat rawatan serta memberi perhatian khas supaya
mereka dapat menerima ransangan-ransangan dengan jelas dan
tepat.

Bagi meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah di
kalangan pelajar, di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku
mempunyai beberapa pendekatan yang boleh diertimbangkan
dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan. Di

viii Prakata

antaranya ialah memperkembangkan kemahiran berfikir yang
pelbagai seperti pemikiran strategik, kritikal, logikal, saintifik,
kreatif, induktif dan deduktif. Perasaan inkuiri pelajar juga
haruslah digalakkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya buku ini mengandungi 14 bab dan
sesuai dibaca oleh para pendidik, pelajar-pelajar maktab
perguruan, universiti dan orang perseorangan yang berminat
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Azizi Yahaya
Shahrin Hashim
Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008

1

KONSEP DAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

Azizi Yahaya
Wan Noraini Wan Razab

PENGENALAN

Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu. Jadi
Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang
dibuat secara sistematik dan saintifik. Ia satu disiplin ilmu yang
yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan,
khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan,
keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan
persekitaran sosial.

Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology
of Human Growth and Development psikologi mengkaji tingkah
laku manusia dengan menggunakan data dan prinsip yang telah
dihimpunkan dengan teliti.

Davidoff (1976) mengjelaskan bahawa psikologi adalah
kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara
nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada
kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau
diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari,
bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian
selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri,
motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Menurut Fantino (1974)
psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti
ingatan, mimpi, pemikiran kebimbangan dan tekanan.

2 Psikologi Pendidikan

Kenapa Mempelajari Psikologi

Ada beberapa tujuan mempelajari psikologi. Antaranya seperti
berikut

i) Memahami tingkah laku manusia agar wujud persefahaman
seterusnya memelihara perhubungan manusia yang baik
dan berkesan. Contoh; guru dapat berempati dengan
pelajar, dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik
antara guru-pelajar.

ii) Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku
yang diingini. Contohnya seseorang lebih berjaya
mengubah tingkah laku individu lain atau sebagai
pembimbing dengan pengetahuan tentang modifikasi
tingkah laku.

iii) Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau yang
bercanggah dengan kehendak masyarakat seperti tingkah
laku yang agresif yang boleh dikawal agar seseorang
individu menjadi warganegara yang berguna kepada
negara.

iv) Meramal atau menelah gerak balas tingkah laku dalam
sesuatu situasi. Contohnya, jika seseorang pelajar tidak
bermotivasi untuk belajar, guru yang berpengetahuan
psikologi dapat membantu pelajar atau mendorong pelajar
mengatasi kegagalan.

v) Menilai tingkah laku manusia dalam sesuatu masyarakat.
Contohnya pengetahuan psikologi guru akan
memudahkannya menilai tingkah laku pelajar berlandaskan
kriteria-kriteria tertentu.

vi) Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan
emosi agar guru dapat memberi layanan yang sewajarnya
kepada pelajar.

vii) Memahami keperluan biologi dan psikologi manusia dan
dengan itu seseorang dapat berusaha untuk memenuhinya.

viii) Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku seperti

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 3

hiperaktif, bimbang, pengunduran diri dan pergantungan
berlebihan serta langkah-langkah yang boleh diatasi.
xi) Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
seseorang individu seseorang.

x) Memahami bagaimana konsep kendiri seseorang individu.

PENDEKATAN PSIKOLOGI

1. Pendekatan Behaviorisme
2. Pendekatan Kognitif
3. Pendekatan Humanis
4. Pendekatan Psikoanalisis
5. Pendekatan Neurobiologi

Pendekatan Behaviorisme
Umumnya behaviorisme adalah teori pembelajaran yang
menumpukan kajian tentang tingkah laku nyata yang boleh
diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000). Ia dilihat satu
gerak balas terhadap rangsangan yang boleh dilihat secara
kuantitatif. Pendekatan ini juga disebut sebagai rangsangan gerak
balas atau psikologi R-G (ringkasan) Contohnya apabila pelajar
berdiri ketika diarah oleh guru. Berdiri adalah gerak balas,
rangsangan daripada arahan guru. Ahli psikologi dalam
perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B.,
Thorndike, E., Skinner, B.F.

Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang
terkenal dengan kajian pelaziman klasik. Pavlov menggunakan
rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila mendengar
loceng, air liur anjing akan keluar berak balas terhadap bunyi
loceng walaupun tanpa makanan. Kemunculan John Watson
(1874- 1957) dengan memfokus kepada aturan pembelajaran yang
memperkenalkan psikologi sekolah. Mengasaskan teori
behaviorisme. Idea utama beliau adalah mengkaji perkembangan
kanak-kanak dengan teori pembelajaran. Kajiannya menggunakan

4 Psikologi Pendidikan

kanak-kanak yang takut dengan bunyi tikus akan menjahui tikus.
Kanak-kanak belajar dengan pengalamannya. Skinner(1904-1990)
memperkenalkan teori pelaziman operasi yang berhubung dengan
perubahan dalam tingkah laku yang tidak menghiraukan apa proses
yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan tuil.
Jika dia meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan
mengambil masa yang lama untuk menekan tuil bagi mendapatkan
makanan. Mula-mula mungkin makanan akan diperoleh dengan
menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis.

Pendekatan Kognitif
Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta
minda. Dia meletakkan tikus dalam kotak maze, di dapati tikus
tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga berjumpa
makanan (operasi pelaziman). Teori ini menggunakan
pengamatan, penyelesaian masalah, ingatan. Ahli psikologi lain
yang terkenal ialah Brunner, Ausubel dan Piaget. Teori ini
mendapati yang kebanyakan pembelajaran melibatkan
penggabungan atau perkaitan yang menggunakan proses ulangan.

Othman Mohamad (2000), telah menyusun empat dimensi
konstruk diri mengikut psikologi kognitif Ad-din yang terdiri
daripada :
i) Ruh atau Roh-keupayaan mendapatkan ilmu yang menjadi

salah satu keistimewaan manusia sebagai khalifah
ii) Al-qalb atau Qalbu - membolehkan manusia membuat

pertimbangan antara benar, baik dan salah. Dengan ini
dapatlah manusia memahami tentang diri sendiri.
iii) Al-Nafs atau Diri- membolehkan manusia memahami
tingkah laku diri. Diri terbahagi kepada 2 nilai iaitu nilai
material dan fizikal dan nilai bukan material (spiritual).
Dalam diri terkandung pelbagai bentuk, pola, kederiaan,
idea, ingatan dan perasaan agar dapat menghampiri jasad
insan dengan lebih sempurna.
iv) Al-aqal atau cendekia- akal mampu mengatasi rangsangan
yang boleh merosakkan diri.

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 5

Pendekatan Humanis
Pendekatan yang menumpukan apa yang berlaku dalam diri
seseorang seperti perasaan atau emosi. Menurut pendekatan ini,
kuasa motivasi yang menyebabkan seseorang individu cenderong
untuk mencapai kebenaran diri. Setiap individu mempunyai
keperluan untuk memperkembangkan potensi sehingga ke tahap
maksimum (Konsep Maslow) Pendekatan Psikoanalisis

Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud. Ia
melibatkan diri dalam penyelidikan yang menumpukan kepada
kecelaruan saraf -penyakit mental. Dia percaya manusia dilahirkan
dengan desakan naluri semula jadi. Fahaman in menyatakan yang
manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan
yang merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000).

Pendekatan Neurobiologi
Pendekatan ini berkaitan dengan proses biologi yang berlaku di
dalam otak dan sistem saraf manusia. Mengkaji aktiviti sel dan
saraf di dalam otak ketika mata kita melihat sesuatu. Jadi
seseorang ahli psikologi neurobiologi menyiasat jenis perubahan di
dalam sistem saraf ketika belajar. Kajian menunjukkan integrasi
aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam
menghasilkan pembelajaran yang optimum. Sel-sel otak boleh
dipertingkatkan perkembangannya melalui beberapa aktiviti
rangsangan dan saranan (Ab. Fatah Hasan, 1994)

KONSEP ASAS PSIKOLOGI

Psikologi telah didefinisikan sebagai kajian tingkah laku. Apakah
yang mempengaruhi tingkah laku seseorang adalah naluri,
keperluan, desakan dan motivasi.

Naluri: Menurut Freud, dia telah mengelaskan naluri kepada 2
iaitu naluri hidup yang berkaitan pertumbuhan dan perkembangan;
dan naluri kematian iaitu bunuh diri. Naluri adalah perlakuan
semula jadi yang merupakan kuasa daripada dalam yang

6 Psikologi Pendidikan

menggerakkan seseorang meneruskan hidupnya.

Antara naluri-naluri yang utama adalah seperti :

1. Naluri ingin tahu-mendorong manusia ingin menyiasat
2. Naluri melarikan diri- mendorong untuk melepaskan diri

dari ketakutan atau tekanan
3. Naluri ingin berkumpul- mendorong manusia untuk hidup

berkumpul.
4. Naluri ingin meniru- menggerakkan seseorang untuk

melakukan perbuatan orang lain.
5. Naluri ingin melawan-mendorong seseorang yang marah

bertindak melawan terhadap penghalangnya.
6. Naluri mencari makan-dorongan yang wujud ketika

dilahirkan.
7. Naluri minta pertolongan-berkehendakkan bantuan orang

lain.
8. Naluri merendahkan diri-ia wujud apabila seseorang berasa

dirinya lemah.
9. Naluri ingin runtuh dan membina- kanak-kanak suka

merosakkan barang, mengoyak buku, memasang roda dan
bahagian kenderaan.
10. Naluri memperaga diri-apabila berasa diri pandai dan
cekap.

Naluri ini wujud secara semual jadi dan diwarisi. Ia adalah
kompleks dan agak kekal. Tingkah laku yang wujud hasil daripada
naluri ini adalah sama bagi semua ahli dalam sesuatu kumpulan
tertentu atau spesies. Kewujudannya bukan disebabkan oleh
sebarang rangsangan.

Desakan: Ia timbul akibat satu-satu keperluan makanan, minuman,
oksigen dan lain-lain yang tidak dipenuhi. Desakan terdiri daripada
tiga iaitu:
i desakan kelaparan;
ii desakan kehausan; dan

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 7

iii desakan seks

Contohnya semasa mengigil semasa sejuk. Gerak balas ini akan
menyebabkan bulu roma berdiri dan memerangkap lapisan udara
(penebat haba) yang memanaskan badan. Ataupun semasa dahaga,
seseorang akan minum air untuk menyeimbangkan keadaan badan
yang kehilangan air. Ciri desakan dapat dilihat adalah disebabkan
kekurangan fisiologi dan ia akan berterusan sehingga keperluan
fisiologi dapat diatasi. Setelah keperluan dipenuhi mengikut
kadarnya ia akan hilang. Desakan merupakan rangsangan yang
mendorong seseorang bertindak untuk memenuhi keperluan.

Keperluan: Istilah keperluan amat sesuai digunakan ketika
menghuraikan mengenai motivasi sebenarnya. Ia bermakna suatu
kekurangan yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk
berfungsi. Manusia mungkin kekurangan makanan, air, udara suhu
optimum keseimbangan badan. Ia disebut sebagai keperluan asas.
Keperluan fisiologi adalah keperluan keselamatan, kasih sayang,
penerimaan dan penghargaan. Keperluan yang tertinggi adalah
keperluan mencapai hasrat diri. Konsep ini menekankan
kecenderungan manusia untuk mencurahkan perhatian dan tenaga
demi untuk memenuhi desakan fisiologi. (Baller dan Charles,
1968). Maslow, pengasas idea keperluan mencadangkan hierarki
keperluan yang terdiri daripada :
i) Keperluan fisiologi contohnya dahaga dan lapar
ii) Keperluan keselamatan contohnya menyelamatkan diri

daripada ancaman.
iii) Keperluan kasih sayang contohnya cinta, efeksi,

penerimaan dan perasaan semasa berhubungan dengan ibu
bapa, guru, rakan dan masyarakat.
iv) Self-esteem contohnya penguasaan dan keyakinan dalam
diri, kecukupan dan kedudukan serta penerimaan dalam
suatu kumpulan sosial.
v) Keperluan pencapaian hasrat diri melalui pernyataan diri
secara sendiri dan pencapaian sosial; keperluan untuk
bebas(antara batasan keperluan umum dengan keperluan

8 Psikologi Pendidikan

sosial; untuk menyakinkan segala keraguan dan untuk
memahami diri orang lain. (Baller dan Charles, 1968).
Dalam teori keperluan Al-Ghazali pula mengelaskan dua bahagian
jasad manusia yang memerlukan keperluan yang berlainan untuk
dipenuhi. Yang pertama ialah jasad dan yang kedua ialah roh.
Unsur keperluan manusia menurut Al-Ghazali ialah kerohaniaan,
ilmu, adap, kuasa dan jasmani.

Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organisma yang
dirangsang oleh sesuatu insentif. Rangsangan terdiri daripada
rangsangan dalaman (intrinsik) dan rangsangan luaran (ekstrinsik).
Rangsangan dalaman adalah seperti reka cipta, bermain alat muzik
dan mengatasi masalah. Contoh rangsangan luaran adalah seperti
mendapat hadiah, mendapat pujian dan mendapat ganjaran. Jika
kita lapar kita terdorong untuk mencari makanan. Setelah
mencapai matlamat iaitu makanan motivasi akan berkurangan.
Ciri-ciri ini tidak boleh diwarisi dan bukan bersifat semula jadi. Ia
diwujudkan oleh keperluan Fisiologi dan psikologi. Motivasi
cenderong untuk ke arah mencapai matlamat dan arasnya pula
berbeza-beza antara satu sama lain. Lagi kuat keinginan lagi
tinggi matlamat.

Aplikasi Psikologi

Disiplin psikologi boleh digunakan kepada banyak bidang.
Perniagaan, indusri, institusi kerajaan, agensi pertahanan; bidang-
bidang ini ataupun bidang yang lain yang tidak disebutkan telah
menggunakan kaedah psikologi dan ilmu psikologi dalam
organisasi masing-masing. Ada banyak bidang psikologi yang
utamanya iaitu;

1. Psikolgi umum; mengkaji prinsip asas tingkah laku manusia
seperti kajian mengenai aspek personaliti, pemikiran, emosi,
motivasi dan sebagainya.

2. Psikologi ekperimen: mengkaji aspek penyelidikan seperti
pengamatan, pemerhatian, pemikiran dan pembelajaran.

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 9

3. Psikologi klinikal: membuat diagnosis dan rawatan masalah
emosi dan tingkah laku seperti kes salah laku, alkoholisme,
mental, masalah perkahwinan dan sebagainya.

4. Psikolgi genetik: psikologi yang mengkaji aspek
perkembangan individu.

5. Psikologi pendidikan: kajian semua aspek mengenai
pendidikan seperti bilik darjah, kemahiran dan konsep
pengajaran dan pembelajaran, memperbaiki teknik pengajaran
dan kurikulum, tingkah laku individu pelajar yang berbeza
dalam bilik darjah dan sebagainya yang boleh menyelesaikan
segala masalah mengenai pendidikan.

6. Psikologi fisiologi: kajian mengenai pertalian antara proses
tubuh badan dengan tingkah laku.

7. Psikologi industri: kajian mengenai tingkah laku manusia yang
terlibat dalam perindustrian. Ia merangkumi aspek mencari
jalan memotivasi pekerja, pemilihan pekerja atau merancang
program latihan pekerja.

8. Psikologi Perkembangan: kajian menentukan tingkah laku
manusia dari pralahir sehingga dewasa. Ia meliputi
pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi
manusia mengikut peringkat umur (Noraini Ahmad, 1994).

9. Psikologi kanak-kanak: mengkaji pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi mental
dan sosial.

10. Psikologi remaja: kajian tingkah laku individu di peringkat
umur 13-24 tahun dari aspek emosi, mental, sosial dan moral.
(Noraini Ahmad 1994).

11. Psikolgi dewasa: kajian tingkah laku individu pada peringkat
selepas remaja.

12. Psikolgi sosial: kajian tingkah laku individu dalam situasi
kumpulan dan perhubungan individu antara kumpulan yang
mementingkan aspek nilai, sikap, prasangka individu.

10 Psikologi Pendidikan

RUJUKAN

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley
& Sons, Inc.

Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.

Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.

Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York

Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew
(1996). Environmental Psychology (Fourth Edition).
New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.

Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.

Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.

Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).
Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 11

Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:
Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of
America : Harcort Brace
McGraw-Hill, Inc.
Medin, Douglas L. dan Ross,Brain H.(1997). “Cognitive
Psychology.” 2nd Ed.United
Mok Soon Sang (2001) Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi
Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.

2

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

Zainuddin Abu Bakar

PENGENALAN
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah
sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada
semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan.
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang
saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan
perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan
konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan
membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada
peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui
jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai
peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar
yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlama bidang
psikologi pertumbuhan dan perkembangn adalah :

(a) Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan
sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan
psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta
ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi
tersebut.

(b) Untuk memahami makanisme, proses dan penentu
penentu tingkah laku.

(c) Untuk meramal tingkah laku.

Teori-Teori Perkembangan 13

Definisi Pertumbuhan
Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu
perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu
peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu
jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan
perubahan darii segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada
dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan
jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan
struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju
kematangan.

Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan
merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz
badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan
kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan
yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada
pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa.

Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan
bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat
ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu
yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal
cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum
yang terjadi pada manusia.

Ciri-ciri Pertumbuhan

Antara ciri -ciri yang menonjol semasa pertumbuhan manusia
ialah:

(a) pertumbuhan manusia mengikut corak atau urutan
tertentu berdasarkan proses kematangan sistem tubuh
contohnya menirap sebelum merangakak

(b) struktur mendahului fungsi. Kumpulan otot-otot adalah
lengkap sebelum dapat digunakan pepenuhnya,
contohnya otot bayi yang kuat sebelum boleh berdiri.

(c) Pertumbuhan bersifat berterusan , berkuantiti, dapat
diukur dan dan dilihat dengan nyata.

14 Psikologi Pendidikan

(d) Pertumbuhan mempunyai arah tertentu dari umum
kepada khusus, contohnya kanak-kanak akan menjalani
latihan sendiri latihan merangkak sebelum berjalan.

(e) Melalui peringkat pertumbuhan yang sama tetapi pada
kadar yang berlainan kerana terdapatnya factor-faktor
yang mempengaruhi pertumbuhan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.
Kanak-kanak membesar pada peringkat yang sama tetapi pada
kadar berlainan adalah disebabkan terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kadar pertumbuhan iaitu:

(a) Baka : baka adalah potesi yang yang diwarisi seperti
jenis darah, warna mata, warna rambut, struktur badan
dan penyakit.

(b) Kesihatan ibu ketika hamil : Ibu yang hamil perlu
menjaga kesihatan serta pengambilan makanan yang
seimbang untuk menjamin pertumbuhan fetus.

(c) Trauma lahir : Kesulitan ketika bersalin yang
mengakibatkan kecederaan dan kecacatan fizikal boleh
menjejaskan pertumbuhan bayi serta mengakibatkan
gangguan mental dan emosi.

(d) Pertumbuhan kanak-kanak bergantung juga kepada
taraf sosio-ekonomi keluarga, kemudahan perubatan
dan kesihatan.

(e) Iklim: kanak-kanak yang hidup dalam iklim sejuik akan
lebih cenderung untuk mempunyai saiz badan yang
besar.

Definisi Perkembangan
Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku
yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan
ini akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan.
Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang
berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu.

Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada

Teori-Teori Perkembangan 15

struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada
fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar.
Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif
tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu
dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan
bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai
kematangan, pengukuhan dan kestabilan.

Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan
perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari
segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl
E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan
yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor
mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku
dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur
organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan
pertambahan umur.

Atan Long menerangkan perkembangan merupakan
perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu
organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun
peringkat kematangan telah dilampaui.
Ciri-ciri Perkembangan
Antara ciri-ciri perkembangan ialah:

(a) Secara umumnya perkembangan berlaku secara
berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja,
dewasa dan tua.

(b) Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang
sama tetapi dalam kadar yang berlainan.

(c) Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu
sepanjang hayat seseorang individu itu.

(d) Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang
berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran.

(e) Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan
persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakala persekitaran akan menolong perkembangan

16 Psikologi Pendidikan

ke satu tahap maksimum.
(f) Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi

bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi dan
sebagainya.

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

Prinsip utama tentang pertumbuhan dan perkembangan ialah ianya
mengikut arah tertentu seperti berikut :

(a) Arah kepala ke kaki (sefalokandal ) – Sturktur dan
fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu
kemudian bahagian belakang badan dan akhir sekali di
bahagian kaki.

(b) Arah tengah ke tepi (promiksodistal) – Perkembnagan
berlaku di bahagian tengah badan menghala ke
bahagian hujung anggota . Bayi dapat menggunakan
lengan dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari.

(c) Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum fungsi -
otot perlulah kuat dan lengkap sebelum sesuatu
bahagian badan dapat digunakan.

(d) Pembezaan – Perkembangan bermulaa secara umum
dan diikuti secara khusus.

(e) Konkrit kepada abstrak – kanak-kanak mempunyai
keupayaan mental untuk memikirkan objek yang boleh
dilihat sebelum dapat memikirkan sesuatu yang tidak
dapat dilihat.

(f) Egosentrik kepada pandangan orang lain – Kanak-
kanak hanya mementingkan hal-hal tentang dirinya
sahaja. Melalui peningkatan umur barulah mereka
menerima pandangan orang lain.

Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan
saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi,

Teori-Teori Perkembangan 17

mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan
kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan
sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan
dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial
adalah seperti jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1 :Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

Jasmani Jasmani
Tinggi, berat, saiz, Kemahiran menggunakan
pertumbuhan urat, saraf, daging anggota badan seperti berjalan,
gigi dan pancaindera berlari dan sebagainya.

Mental Mental
Keupayaan berfikir Kemahiran menggunakan
berkembang termasuk perkara bahasa, perkataan angka,
subjektif pemikiran dan penaakulan.

Emosi Emosi
Perasaan saying, suka, duka, Berupaya menguasai perasaan
marah dan sebagainya dan mengawal perasaan

Sosial Sosial
Berinteraksi dengan keluarga, Timbul kesedaran perbezaan
rakan sebaya jiran dan jantina, disiplin kumpulan,
masyarakat peranan dan penyesuaian
dengan rakan sebaya

Teori-teori Perkembangan

Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan
membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap
sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan

18 Psikologi Pendidikan

untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori
dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teori-
teori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa,
guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak.

Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-
ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah:

(a) Teori Perkembangan Arnold Gesell
(b) Teori Perkembangan Robert Haringshurst
(c) Teori Perkembangan Jean Piaget
(d) Teori Perkembangan Sigmund Freud
(e) Teori Perkembangan Erik Erikson

Teori Perkembangan Arnold Gesell

Teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell berupa teori
kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu
berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau
kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses
pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, perumbuhan tisu
dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan
urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanak-
kanak boleh diramalkan.

Oleh kerana Gesell mempercayai kematangan menjadai
faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau
mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap
perkembangan kanak-kanak . Faktor-faktor persekitaran dan
kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang
dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan.

Gesell menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan
mempercayai pendididikan bebas bagi kanak-kanak. Kanak-kanak
harus dibenarkan berkembang menmgikut kadar perkembangan
sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu
peringkat perkembangan . Personaliti, kadar peertumbuhan minat
dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu.
Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainann yang berlaku

Teori-Teori Perkembangan 19

pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering
berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat.

Gesell membahagikan perkembangan kanak-kank kepada
lima peringkat seperti di bawah:

(a) Peringkat Pertama ( 0 – 1 tahun )
Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan
tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar
dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia
4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan
emosi seperti ketawa apabila gembira sementara di
usia 8 bulaln, perkembangan psikomotor bayi telah
meningkat di mana bayi boleh menggenggan objek
yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun
pula telah boleh berdiri.

(b) Paringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
Kanak-kanak mulai berlajar berjalan , bercakap dan
memahami makna “jangan” Diakhir peringkat ini
boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi
masih pelat.

(c) Peringkat Ketiga ( 2 – 3 tahun )
Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap
menggunakan ayat yang mudah.

(d) Peringkat Keempat ( 3 – 4 tahun )
Kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga dan
dapat menerima arahan mudah ibu bapa.

(e) Peringkat kelima ( 4 – 6 tahun )
Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya
mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanak-
kanak sudah boleh membezakan di antara yang betul
dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang
lain.

Teori Perkembangan Robert Havinghurst

20 Psikologi Pendidikan

Pendekatan Robert Havinghurst merupakan perkembang bercorak
sosiobudaya dan antropologi. Mengikut pandangan ini, kanak-
kanak adalah hasil dari tekanan sosiobudaya yang
mempengaruhinya. Nilai dan institusi setiap kebudayan akan
mehasilkan personaliti tertentu. Oleh itu kaitan harus memahami
faktor kebudayan, sosiobudaya dan psikologi untuk membolehkan
kita memahami kanak-kanak sepenuhnya.

Manurut Havinghurst selain budaya faktor biologi, sosial
dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang
individu yang melahirkan konsep tugas-tugas perkembangan.
Tugas kerja yang dikemukan oleh beliau adalah seperti berikut :

…tugas yang lahir pada masa atau kurang lebih
pada satu masa di dalam hidup individu tersebut, pencapaian tugas
ini dengan jayanya akan membawa kegembiraan dan kejayaan di
dalam tugas selanjutnya, manakala kegagalan akan membawa
kesedihan individu tersebut, tidak diperkenankan oleh masyarakat,
dan kesusahan dengan tugas-tugas selanjutnya.

Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang
lahir pada satu masa di dalam hidup individu tersebut. Tugas ini
dihuraikan daripada segi pembelajaran yang diperlukan oleh
individu berdasarkan kebudayaan beliau. Keadaan ini adalah
untuk melihat perhubungan di antara keperluan , proses
kematangan dan tekanan kebudayaan . Konsep tugas ini berguna
untuk menerangkan kepentingan tugas bagi kanak-kanak di
peringkat umur yang berlainan agar dapat disediakan kegiatan
pendidikan yang sesuai untuk peringkat umur yang tertentu. Dalam
membincangkan peringkat perkembangan kanak-kanak dan
remaja, Havinghurst membahagikannya kepada tiga peringkat.

(a) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (sejak lahir – 6
tahun).
Peringkat ini kakak-kanak mula belajar bercakap,
membentuk konsep yang mudah tentang realiti sosial
dan fizikal dan berinteraksi dengan orang lain. Kanak-
kanak boleh bertolak ansur dan menerima pendapat

Teori-Teori Perkembangan 21

orang lain.
(b) Peringkat pertengahan kanak-kanak (6 – 12 tahun)

Kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis
,mengira, menguasai kemahiran tertentu untuk
permainan biasa, belajar konsep hidup seharian,
pembentukan moral, ,mencapai kebebsan peribadi dan
memahami perasaan jantina. Mereka juga belajar
bergaul dengan individu lain dan membentuk sikap
yang mengakui hak, keupayan dan kelemahan pada
setiap individu.
(c) Peringkat awal remaja dan remaja ( 12 – 18 tahun )
Bentuk tubuh kanak-kanak akan berubah menjadi
baligh dan mula berminat bergaul dengan berlainan
jantina dan ingin mencapai kebebasan daripada ibu
bapa dan orang dewasa. Menerima dan menghargai
tubuh badan, membentuk kebebasan emosi memilih
bidang perkerjaan yang sesuai, inginkan tingkah laku
yang sesuai dan dapat diterima oleh masyarakat serta
kesedaran terhadap apa yang penting, baik dan betul
menjadi lebih stabil dan mantap

Teori Perkembangan Jean Piaget

Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi
perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang di buat oleh beliau
ialah mengenai tingkahlaku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek
struktur, operasi tingkahlaku cerdas dan peringkat-peringkat
perkembangan berturutan iaitu dari seg penaakulan, pemikiran dan
kematangan intelek .Menurut beliau kanak-kank yang lebih tua
biasanya berfikir dengan lebih cepat daripada kanak-kanak yang
lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji kecerdasan kanak-
kanak, kita akan dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang
berkembang mengikut peringkat tertentu.

Piaget menjalankan penyelidikanya berdasarkan
pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan

22 Psikologi Pendidikan

psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan
pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanak-
kanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji denan teliti adalah
mengenai bahasa, taakulan, perkembangan moral, struktur kognitif
dan intelek kanak-kanak.

Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif,
Piaget memperkenalkan aspek penting skema dan skemata,
asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema ( pola penyusunan
tingkah laku ) ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh
individu untuk mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran.
Skema sentiasa berubah-ubah dan dapat mengendalikan
rangsangan untuk sesuatu tindakan. Skemata pula adalah aspek
kiasan bagi pemikiran yang merupakan struktur-struktur kognitif
yang berubah dan berkembang melalui interaksi dengnan
persekitaran. Semakin membesar individu semakin banyak
skemata yang boleh difikirkan dan ditaakul terhadap sesuatu
perkara yang dilihat dan seseorang yang mempunyai kemahiran
berfikir yang tajam boleh menambahkan skematanya.

Proses yang membolehkan skemata berkembang
dinamakan asimilasi dan akomodasi . Dua proses ini saling berkait
di antara satu sama lain. Proses asimilasi berlaku apabila kanak-
kanak menggabungkan elemen baru ke dalam struktur tingkah laku
sedia ada. Proses ini penting untuk membantu mengembangkan
skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah
kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara
menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat
baru. Penyesuaian di antara asimilasi akomodasi dinamakan
perimbangan untuk proses keseimbangan yang berlaku pada
kanak-kanak.

Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai
perkembangan kognitif. Menurut beliau terdapat empat peringkat
perkembangan kognitif iaitu :

(a) Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )
Kanak-kanak pada peringkat ini belum tahu lagi
sebarang maklmat mengenai objek yang ada
diselilingnya. Pada peringkat ini kakak-kanak

Teori-Teori Perkembangan 23

menggunakan deria motor untuk berinteraksi dan
memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak masih boleh
memperolehi konsep kewujudan objek (menganggap
objek yang pernah dilihatnya tiada lagi setelah
disimpan).
(b) Peringkat Praoperasi ( 2 – 7 tahun )
Perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan
motor bertukar kepada kegiatan mental. Kanak-kanak
mengggunakan simbol untuk mewakili objek
disekelilingnya, masih belum mempunyai konsep
pengekalan dan konsep transformasi. Pada peringkat ini
kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar tentang
dirinya iatu bersifat egosentrik yang melakukan
kegiatan mengikut kehendaknya dan mempercayai
orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya.
(c) Peringkat Operasi Konkrit ( 7 – 11 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak tidak begitu
egosentrik, pemikiran bersifat pemusatan semakin
berkurangan dan kanak-kanak sudah boleh mengambil
kira sesuatu perkara dari pelbagai segi yang
munasabah. Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah
yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit,
memperolehi konsep masa, ruang , sebab-musabab dan
kelajuan dan dapat menerima pendapat orang lain.

(d ) Peringkat Operasi formal ( 11 tahun ke atas )
Pada peringkat ini, kanak–kanak dapat membentuk
penaakulan dan fikiran secara abstrak serta
menunjukkan kemahiran menggunakan hipotesis-
hipotesis serta prinsip-prinsip untuk menyelesaikan
masalah konkrit dan abstrak. Peringkat ini dianggap
kemuncak perkembangan kognitif kanak-kanak untuk
berfikir secara logik.

Teori Perkembangan Sigmund Frued

24 Psikologi Pendidikan

Sigmund Frued ialah seorang ahli psikologi Austria yang bermula
sebagai doktor perubatan tetapi minat beliau telah banyak
tertumpah terhadap psikologi dan psikiatri. Teori psikoanaliti yang
dikemukakan oleh Freud dikatakan sebagai teori biologi tentang
personaliti. Mengikut teori ini kanak-kank perlu mendapat
kepuasan dan keperluan asas yang cukup sebelum mereka
berkembang ke peringkat umur seterusnya. Jika keperluan ini tidak
dipenuhi maka kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah
untuk bergaul dengan masyarakat.

Konsep penting di dalam teori psikoanalitik Freud ialah
konsep struktur personaliti yang terbahagi kepada id, ego dan
superego. Id memang sedia ada ketika lahir yang merupakan
bahagian personaliti tidak sedar berkiatan dengan kepuasan
keperluan yang dikawal oleh keseronokan dan mengelakkan
kesakitan. Id didorong oleh libido (nafsu seks) yang merupakan
tempat menyimpan desakan asas keinginan manusia. Ego pula
bertindak mengawal keinginnan Id agar tidak melanggar nilai dan
norma masyarakat. Superego (kata hati atau penapis) pula
mewakili pengawal sosial bagi struktur psikik ataupun merupakan
bahagian personaliti yang bermoral. Bahagian ini berkembang
secara beransur-ansur ketika kanak-kanak menghayati moral.
Superego menghantar maklumat tentang nilai-nilai moral kepada
ego yang bertindak untuk mengawal Id.

Menurut Freud proses perkembangan kanak-kanak terdiri
daripada peringkat yang telah ditentukan menurut beberapa urutan
seperti di bawah;

(a) Peringkat Oral ( dari lahir - 18 bulan )
Pada peringkat ini kanak bersifat pasif dan amat
bergantung kepada orang lain. Mereka memperolehi
kepuasan melalui aktiviti menghisap, menggigit dan
menelan.

(b) Peringkat Anal / dubur ( 2 – 4 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak bersedia menguasai dan
mengawal fungsi bilologi. Kanak-kanak akan memberi
lebih perhatian terhadap kawalan membuang air besar

Teori-Teori Perkembangan 25

dan iar kecil yang akan memberikan perasaan hormat
kendiri.
(c) Peringkat falik / Kubul ( 4 – 6 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak mula mendapat
keseronokan daripada organ kejantinaan. Kanak-kanak
lelaki lebih tertarik kepada ibu (kompleks Oedipus) dan
kanak-kanak permapuan kepada bapa (kompleks
Elektra).
(d) Peringkat Pendalaman ( 6 – 12 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak menumpukan kasih
saying kepada oring lain seperti rakan sebaya. Kanak-
kanak juga terlibat dengan dengan unsur-unsur
pendidikan, bermasyarakat dan mengalami
perkembangan superego.
(e) Peringkat Kejantinan ( 12 tahun ke atas )
Pada peringkat ini, remaja mula menaruh minat
terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina akibat
daripada libido yang terdapat di dalam diri seseorang
akan mendorongnya untuk menaruh minat terhadap
individu di luar keluarga.

Teori Perkembangan Erik Erikson

Erik Erikson merupakan seorang penuntut Frued dan terkenal
dengan teori Psikososialnya yang menegaskan pengaruh sosial
dan budaya ke atas pembentukan personaliti seseorang. Beliau
mempercayai manusia berpotensi untuk perkembangan psikologi
yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam
proses perkembangan. Lapan peringkat telah dikenalpasti oleh
beliau di dalam perkembangan manusia iaitu :

(a) Peringkat kepercayaan lawan curiga (lahir – 18 bulan)
Peringkat perkembangan ini adalah sangat penting

26 Psikologi Pendidikan

kerana ianya mempengaruhi perkembangan bayi
melalui pengalaman-pengalamannya. Bayi mula
belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai
orang lain. Kepercayaan akan memudahkan individu
menghadapi masalah dan kecurigaan akan melemahkan
keupayan seseorang untuk mengatasi masalah.
(b) Peringkat Autonomi lawan perasan malu/ curiga ( 18
bulan – 3 tahun )
Pada peringkat ini bayi akan membina kayakinan diri
dan autonomi apabila beliau merasa bebas untuk
melakukan sesuatu. Jika terlalu banyak halangan atau
bantuan yang diberikan kanak-kanak akan merasa
curiga, terhina dan kurang keyakinan diri.
(c) Peringkat Inisiatif lawan kesalahan ( 3-6 tahun )
Kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan
ingin meneroka serta mencuba sesuatu yang baru dan
mencabar. Inisiatif merupakan trait yang akan
membantu individu itu sepanjang hayatnya. Melalui
galakan, kanak-kanak akan menyedari potensi mereka
sebaliknya jika tidak diberi inisiatif dan terdapat
halangan akan mengakibatkan kanak-kanak sering rasa
bersalah.
(d) Peringkat Kerajinan lawan Kerendahan diri (6 – 12
tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mula memasuki alam
persekolahan. Kebolehan berbahasa telah meningkat,
mula mencapai operasi konkrit, memahami konsep
ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab sesuatu
kejadian. Kanak-kanak lebih peka kepada ganjaran
yang mengakibatkan mereka akan menjadi lebih tekun
dan berminat dalam pelajaran. Sementara itu mereka
akan merasa kecewa dan perasaan rendah diri akan
terbentuk sekiranya keinginnan mereka dihalangi.
(e) Peringkat Identiti lawan Kekeliruan Identiti (12 – 18
tahun)
Ini merupakan peringkat remaja di mana mereka cuba

Teori-Teori Perkembangan 27

mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap
dunia mereka. Mereka cuba mendapatkan kestabilan
diri dalam masyarakat sekiranya gagal mereka akan
meragui peranan mereka dalam masyarakat
(f) Peringkat Kerapatan lawan Pengasingan (18 – 35
tahun)
Individu akan melalui peringkat awal dewasa yang
memerlukan perhubungan yang akrab dengan individu
lain. Halangan akan menyebabkan pengasingan diri.
(g) Peringkat Pewarisan lawan Pemusatan Kendiri (35 – 60
tahun)
Pada peringkat ini individu telah boleh
dipertanggungjawabkan, boleh diwariskan untuk
melakukan kerja-kerja yang baik. Bagi mereka yang
gagal menjalakan tanggungjawab akan menjadi
individu yang mementingkan diri sendiri dan akan
merasa kecewa dengan hidupnya.
(h) Peringkat Kesepaduan lawan Putus Asa. (60 tahun–
akhir hayat)
Individu akan menerima hakikat kehidupan sebagai
proses semulajadi dan sentiasa melakukan refleksi diri.
Jika individu itu berpuas hati dengan tentang kehidupan
yang dilaluinya akan mencapai rasa kesepaduan
sebaliknya jika beliau menyesal tentang peluang yang
terlepas pada masa lalu, dia akan merasa putus asa.

KESIMPULAN
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak akan memberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa
dan golongan professional untuk membuat keputusan mengenai
pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Setiapa satu
teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu
konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua
teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan
kanak-kanak. Antara faedah utama yang dapat membantu guru

28 Psikologi Pendidikan

sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan
perkembangan ialah :

(a) dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang
sesuai dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi
pelajar.

(b) menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang
dapat menarik minat pelajar, disamping bermakna dan
menyeronokkan.

(c) menyediakan pelajaran yang bermula daripada senang
kepada susah, umum kepada khusus dan konkrit
kepada abstrak.

(d) menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang
sesuai dengan perkembangan mental, jasmani dan
emosi pelajar.

(e) memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk
melakukan pemindahan pembelajaran hasil daipada
pemahaman konsep yang telah dipelajari

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley &
Sons, Inc.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.

Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.

Teori-Teori Perkembangan 29

Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York

Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.

Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.

Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.

Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).
Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.

George, B dan Margerat, H. 1994. Principles of Developmental
Psychology. East Sussex, U.K: Lawrence Erlbaum Ass.

Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And
Behaviour”. 4th Edition. London : British Library
Cathaloguing in Publication Data.

Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New
York: John Wiley & Sons.

Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to
Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River,
New Jersey : Prentice Hall.

Hergenhahn, B.R. (1980). An Introduction to theories of
personality. New Jersey:

HjeIIe, L.A. and Ziegler, D.J. (1992). Personality theories Basic

30 Psikologi Pendidikan

assumptions, research and applications. San Francisco:
McGraw-Hill.
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc.
m.s. 260-265

Liebert R.M. 1977 Developmental Psycholgy Prentice Hall New
Jesey.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:

Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of

America : Harcort Brace McGraw-Hill, Inc.
Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk

Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

3

KECERDASAN

Azizi Yahaya

PENGENALAN

Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada
akhir tahun 1800-an. Galton merupakan sepupu kepada tokoh teori
evolusi yang terkenal, Charles Darwin. Galton percaya bahawa
keupayaan intelektual adalah diwarisi, namun beliau gagal untuk
membentuk ujian kecerdasan yang boleh digunakan dalam kajian.
Walaupun beliau tidak berjaya dalam kajiannya, namun Galton
telah memberikan ilmu psikologi dengan konsep kecerdasan.

Definisi Konsep Kecerdasan

Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi yang berbeza bagi
konsep kecerdasan.Setiap definisi memberi penekanan pada
kebolehan dan kemahiran tertentu yang penting, antaranya ialah:

Alfred Binet (1916), beliau sebagai pelopor dalam
menyusun ujian kecerdasan yang berpendapat bahawa kecerdasan
terbahagi kepada tiga aspek kemampuan iaitu:
a)“direction”, kemampuan untuk memusatkan kepada masalah
yang hendak diselesaikan.

b)“ adaptation” , kemampuan untuk mengadakan adaptasi
terhadap masalah yang dihadapinya atau fleksibel dalam
menghadapi masalah.

c)“ Criticism”, kemampuan untuk mengadakan kritikan, baik
terhadap masalah yang dihadapi mahupun terhadap dirinya
sendiri.

32 Psikologi Pendidikan

Menurut Edward Thorndike (1913), kecerdasan adalah
kemampuan individu untuk memberi respon yang tepat terhadap
stimulus yang diterimanya.

Menurut David Wechsler (1958), kecerdasan sebagai
kemampuan yang menyeluruh untuk bertindak secara sengaja,
berfikir secara rasional, dan berurusan secara berkesan dengan
persekitaran.

Mengikut Piaget ( 1950), kecerdasan adalah kebolehan
individu membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial.

Konsep Kecerdasan

Pada umumnya, kecerdasan merujuk kepada keupayaan-keupayaan
kognitif seseorang untuk belajar daripada pengalaman, menaakul
dengan baik, dan berdaya tindak secara berkesan terhadap
masalah-masalah kehidupan seharian. Keupayaan ini juga
merupakan keupayaan menyeluruh aktiviti kognitif seperti
mempersepsi, menyimpan, mengingat kembali, menaakul,
menyelesaian masalah dan daya kreativiti. Dengan kata lain,
kecerdasan bukan sahaja keupayaan menyimpan pengetahuan,
tetapi juga melibatkan keupayaan memperoleh dan menggunakan
pengetahuan. Tegasnya, kecerdasan berkait rapat dengan
bagaimana manusia berupaya menggunakan kognisi semasa
berdaya tindak terhadap dunia ini. Misalnya, apabila manusia
tersesat di dalam hutan, mereka yang cerdas adalah yang dapat
menggunakan kognisinya dalam menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapinya itu, seperti bagaiman mendapatkan makanan dan
minuman, bagaimana menyelamatkan diri daripada binatang buas
dan tekanan persekitaran, dan akhirnya bagaimana boleh keluar
dari hutan dengan selamat.

Kepercayaan Pada Kecerdasan dan Pengetahuan

Kebanyakan ahli psikologi bertelagah mengenai apakah komponen
yang sepatutnya terdapat dalam kecerdasan secara umum. Soalan

Kecerdasan 33

yang sentiasa terdapat di fikiran mereka ialah sama ada kecerdasan
itu terdiri daripada keupayaan mental yang tunggal, ataupun ianya
terdiri daripada pelbagai keupayaan. Tegasnya, adakah kecerdasan
merupakan ciri-ciri umum yang mempengaruhi kesemua tingkah
laku kita, atau adakah terdapat kecerdasan yang berbeza, yang
setiap satunya memberi kesan kepada sifat khusus tingkah laku?
Kini penyelidik kecerdasan cenderung mengandaikan terdapat
beberapa jenis kecerdasan.

Teori Kecerdasan Umum Spearman

Charles Spearman ( 1863-1945) merupakan seorang ahli psikologi
British. Spearman (1927) telah menggunakan analisis statistik
(analisis faktor) untuk menentukan darjah korelasi di antara
prestasi-prestasi dalam pelbagai tugas. Sekiranya prestasi dalam
tugas-tugas tertentu mempunyai korelasi positif yang tinggi, maka
diandaikan ianya mencerminkan pengaruh faktor yang
mendasarinya. Dengan itu, beliau menyatakan bahawa kecerdasan
adalah keupayaan umum yang mendasari pelbagai tingkah laku.
Maksudnya, kecerdasan mempunyai satu faktor dasar (umum)
yang sama iaitu kecerdasan umum ( g -general intelligence).
Menurut beliau, individu yang cerdas dalam sesuatu bidang akan
turut cerdas dalam bidang-bidang yang lain. Dengan menggunakan
kaedah statistik korelasi, beliau mendapati bahawa terdapat
korelasi yang tinggi di antara aspek-aspek kecerdasan yang
berkaitan. Ini kerana, mengikut beliau terdapat kecerdasan umum
yang mendasari korelasi tersebut. Contohnya, sekiranya prestasi
ujian perbendaharaan kata, ujian bacaan, dan ujian tulisan adalah
berkorelasi positif secara tinggi, maka kesemua ini mencerminkan
pengaruh faktor umum iaitu "keupayaan perkataan". Faktor dasar
inilah yang beliau namakan sebagai kecerdasan umum (G).

Namun begitu, fahaman beliau ini menimbulkan pelbagai
persoalan. Ini adalah disebabkan manusia biasanya tidak cerdas
dalam semua bidang. Untuk mengatasi masalah yang timbul
daripada pendapat ini, Spearman mencadangkan kewujudan

34 Psikologi Pendidikan

beberapa faktor keupayaan khusus (S) di dalam menilai kecerdasan
serta keupayaan seseorang individu. Spearman mencadangkan
bahawa “S” sebagai keupayaan khusus yang mampu
mempengaruhi prestasi keseluruhan.

Teori Keupayaan mental Asas Thurstone

Seperti Spearman(1927), Louis Thurstone (1887-1955) telah
menggunakan analisis faktor untuk menentukan kedudukan
kecerdasan. Tetapi tidak seperti Spearman(1927), Thurstone(1938)
menyimpulkan bahawa tidak terdapat faktor kecerdasan umum.
Sebaliknya, beliau menekankan kemampuan dan keupayaan asas
mental individu yang terdiri daripada keupayaan menggambarkan
ruang, ingatan, kecepatan mempersepsi, kefasilan berbahasa,
keupayaan menaakul, keupayaan mengira dan keupayaan memberi
makna secara pengucapan.
1. Keupayaan menggambarkan ruang. la merupakan keupayaan
membayangkan bentuk dan hubungan antara ruang.
2. Ingatan. la merupakan keupayaan untuk mengingat kembali
dengan cepat secara mengaitkan dengan sesuatu.

3. Kecepatan mempersepsi. la merupakan keupayaan untuk
mempersepsi (mentafsirkan sesuatu) dengan cepat.

4. Kecepatan memahami bahasa. la merupakan keupayaan untuk
memaharni dengan cepat.

5. Keupayaan menaakul. la merupakan keupayaan untuk membuat
kesimpulan atau kesimpulan daripada sesuatu masalah dengan
cepat.

6. Keupayaan mengira. la merupakan keupayaan mengira dengan
menggunakan angka dengan cepat.

7. Kefasihan perkataan. la inerupakaan keupayaan yang merujuk
kepada kefasihan dan kepantasan memikirkan perkataan yang

Kecerdasan 35

sesuai mengikut konteks.

Thurstone(1938) percaya bahawa setiap daripada keupayaan
ini tidak berkaitan antara satu sama lain. Prestasi kita dalam setiap
aspek kecerdasan mencerminkan pengaruh faktor kecerdasan
khusus 7 dan bukan pengaruh kecerdasan umum.

Teori Struktur Intelek J.P Guilford

Seperti Thurstone, J.P. Guilford (1897-1987) menolak kenyataan
tentang faktor kecerdasan umum. Mengikut Guilford, faktor
kecerdasan bukan setakat tujuh sahaja, seperti dikemukakan oleh
Thurstone, sebaliknya beliau telah mengenal pasti 120 faktor
melalui penggunaan analisis faktor. Setiap daripada faktor ini
mewakili interaksi antara tiga dimensi utama iaitu, operasi,
kandungan dan produk.

1. Operasi mental. la merupakan proses pemikiran, iaitu termasuk
ingatan, kognisi penilaian, pemikiran bercapah, dan pemikiran
bertumpu.

2. Kandungan Mental. Ia merupakan maklumat yang difikirkan
oleh manusia, termasuk simbol, tingkah laku , semantik dan
figura.

3. Produk mental. la merupakan basil daripada pemikiran
tersebut, iaitu termasuk kelas, bubungan, sistem transformasi,
dan implikasi.

Model tiga dimensi ini menghasilkan 120 faktor (5 faktor
operasi mental x 4 faktor kandungan mental x 6 faktor produk
mental) yang masing-masing bebas di antara satu sama dengan
lain. Berdasarkan kepada tiga dimensi ini, Guilford mendefinisikan
kecerdasan sebagai satu koleksi sistematik keupayaan atau fungsi
untuk pemprosesan maklumat yang berbeza-beza jenis dalam
bentuk yang berbeza.

36 Psikologi Pendidikan

Teori Dua-Faktor Horn dan Cattell

Teori kecerdasan yang agak baru yang berdasarkan kepada analisis
faktor telah dibentuk oleh John Horn dan Raymond Cattell(1963),
mereka telah mengenal pasti dua faktor kecerdasan. Iaitu:

1. Kecerdasan bendalir. Kecerdasan bendalir mencerminkan
kemampuan berfikir, keupayaan ingatan, dan pemprosesan
maklumat secara cepat. Horn dan Cattell(1963) percaya
bahawa kecerdasan bendalir adalah sebahagian besarnya
diwarisi, kurang dikesani oleh latihan, dan semakin menurun
ketika mengharungi zaman dewasa.

2. Kecerdasan berhablur: Kecerdasan berhablur pula adalah
mencerminkan pemerolehan kemahiran dan pengetahuan
melalui pendidikan di sekolah dan pengalaman harian. Horn
dan Cattell(1963) percaya bahawa kecerdasan berhablur
meningkat atau tetap sama ketika berada di zaman dewasa
akhir.

Walaupun kecerdasan bendalir semakin menurun ketika umur
seseorang semakin meningkat dewasa, namun ia boleh
ditingkatkan melalui program pendidikan yang khusus, dan
program pendidikan juga boleh mempertingkatkan lagi kecerdasan
berhablur.

Teori Kecerdasan Sternberg

Ketika di zaman kanak-kanak, Robert Sternberg (1981)
memperolehi skor yang lemah dalam ujian kecerdasan, beliau juga
sering mengalami kebimbangan ujian.Walaupun begitu, beliau,
kemudiannya telah memperolehi Ph.D dan menjadi penyelidik
utama dalam psikologi kognittif Pengalaman ini telah
menyumbang kepada kepercayaan beliau bahawa kecerdasan
mengandungi lebih daripada hanya keupayaan-keupayaan seperti
yang diukur melalui ujian kecerdasan tradisi. Daripada kajiannya,

Kecerdasan 37

Stenberg(1981) merumuskan bahawa kecerdasan manusia
melibatkan kemahiran yang meliputi banyak aspek. Beliau
seterusnya membentuk “teori triarchic" kecerdasan, yang
mendakwa kecerdasan mengandungi tiga jenis keupayaan, teori ini
diasaskan kepada pemerhatian beliau tentang bagaimana manusia
memproses maklumat.

1. Kecerdasan komponen. Keupayaan ini membolehkan individu
untuk menganalisis maklumat yang ada, menentukan tugasan
yang harus diselesaikan serta memutuskan apakah maklumat
yang harus diproses. Ini melibatkan keupayaan untuk berfikir
secara abstrak, memproses maklumat, dan menentukan apa
yang akan dilakukan. Tugas-tugas yang boleh digunakan untuk
mengukur unsur-unsur kecerdasan komponen ini adalah seperti
analogi, perbendaharaan kata dan silogisme. Tegasnya, ia
mencerminkan keupayaan pemprosesan maklumat, yang
membantu dalam prestasi akademik.

2. Kecerdasan pengalaman. Keupayaan ini membolehkan
individu membentuk idea baru dan menggabungkan fakta-fakta
yang tidak berkaitan. Ini termasuk menggabungkan
pengalaman-pengalaman yang berbeza-beza dalam cara yang
spontan dalam menyelesaikan masalah. la mencerminkan
kreativiti, seperti yang ditunjukkan oleh pelukis, komposer,
atau ahli sains. Mengikut Sternberg(1981), genius-genius
seperti Leonardo da Vinci dan Albert Einstein, adalah
mempunyai tahap kecerdasan pengalaman yang tinggi.

3. Kecerdasan konteks. Keupayaan ini membolehkan individu
untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berubah-
ubah dan untuk membentuk dunianya. Kecerdasan konteks
menyediakan individu dengan keupayaan untuk bersedia dalam
menyelesaikan masalah dalam situasi yang khusus. Manusia
yang kecerdasan konteks yang tinggi akan mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapinya bergantung kepada
situasi atau konteks mereka berada. Tegasnya, kecerdasan
konteks merupakan keupayaan untuk berfungsi dalam situasi
sosial seharian secara praktikal.

38 Psikologi Pendidikan

Dalam kehidupan kita seharian, banyak situasi yang
memerlukan kita menggunakan ketiga-tiga jenis kecerdasan ini.
Teori ini menyarankan bahawa kita mesti berupaya untuk
berfungsi dalam pelbagai situasi. Kita mungkin hebat dalam
sesuatu jenis kecerdasan dan tidak hebat dalam dua jenis
kecerdasan lain. Sternberg (1980) percaya bahawa setiap jenis
kecerdasan ini boleh di perbaiki dan dipertingkatkan melalui
latihan.

Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner

Sementara Sternberg (1980) mengasaskan teorinya ke atas
kajiannya tentang pemprosesan maklumat Howard Gardner (1975)
pula mengasaskan teori kecerdasan pelbagai di atas
kepercayaannya bahawa otak kita pada hakikatnya
mengembangkan sistem-sistem yang berasingan untuk keupayaan-
keupayaan adaptif yang berbeza-beza yang beliau namakan
sebagai "kecerdasan". Menurut Gardner(1975), manusia
mempunyai tujuh aspek kecerdasan di mana setiap satu terbentuk
secara bebas dengan yang lain. Ini menjelaskan bahawa terdapat
seseorang yang cerdas dalam sesuatu bidang tetapi tidak
semestinya cerdas dalam bidang yang lain. Pada peringkat awal,
Gardner(1975) telah mengemukan tujuh kecerdasan, tetapi
sekarang ini beliau telah menambahnya menjadi lapan kecerdasan.
Lapan kecerdasan tersebut ialah logik matematik, linguistik,
muzik, intrapersonal, ruang, kinestetik, antara perseorangan
(interpersonal), dan kemahiran ahli alamiah.

1. Kemahiran logik matematik. la merupakan keupayaan untuk
menjalankan operasi matematik. Individu yang mempunyai
kemahiran logik matematik yang tinggi adalah sensitif kepada
dan berupaya untuk mencerap pola-pola angka, dan berupaya
untuk menangani taakulan yang rumit. Di antara jenis
perkerjaan yang berkait dengan keupayaan ini ialah pakar

Kecerdasan 39

sains, jurutera, dan akauntan.

2. Kemahiran linguistik. la merupakan keupayaan untuk berfikir
dengan menggunakan perkataan dan menggunakan bahasa
untuk meluahkan makna. Mereka ini sensitif kepada bunyi,
irama, dan makna perkataan; dan juga sensitif kepada pelbagai
fungsi bahasa. Di antara jenis pekerjaan yang berkaitan dengan
kemahiran ini ialah penyair, wartawan, pengarang dan
pemidato.

3. Kemahiran muzik. la merupakan keupayaan untuk
menghasilkan dan menghargai irama, melodi, nada suara, dan
timbre. Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan
kemahiran ini ialah komposer dan ahli muzik.

4. Kemahiran ruang. la merupakan keupayaan untuk
mempersepsi gambaran-ruang secara tepat dan keupayaan
untuk berfikir tiga-dimensi. Di antara jenis pekerjaan yang
berkait dengan kemahiran ini ialah pengukir, nakhoda kapal
dan arkitek.

5. Kinestetik tubuh badan. la merupakan keupayaan untuk
mengawal pergerakan badan dan untuk menangani objek
dengan mahir. la juga berkaitan dengan keupayaan untuk
memanipulasi objek dan mahir secara fizikal. Di antara
pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran ini ialah pakar
bedah, penari, ahli sukan dan tukang.

6. Kemahiran interpersonal (antara perseorangan). la merupakan
kemahiran untuk iasan menerap dan bergerakbalas secara
sesuai terhadap "mood", perangai, motivasi, dan kehendak
orang lain. Mereka yang berkemahiran ini mempunyai
kebolehan memahami dan berinteraksi dengan orang lain
secara berkesan. Di antara pekerjaan atau yang berkaitan
dengan kemahiran ini ialah guru, pakar kaunseling, ahli terapi,
dan jurujual.

7. Kemahiran intrapersonal. la merupakan kemahiran untuk
memahami perasaan sendiri dan keupayaan untuk membezakan
antara perasaan-perasaan tersebut dan cuba menggunakan

40 Psikologi Pendidikan

perasaan tersebut untuk memandu tingkah laku. Mereka yang
tidak mempunyai kemahiran ini juga mempunyai pengetahuan
tentang kekuatan, kelemahan, keinginan dan kecerdasan
sendiri. Tegasnya, ia merupakan keupayaan untuk memahami
diri sendiri. Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan
kemahiran ini ialah ahli psikologi dan ahli teologi.

8. Kemahiran ahli alamiah. la merupakan kemahiran untuk
memerhatikan pola dalam alam dan memahami sistem-sistem
semulajadi dan buatan-manusia. Di antara jenis pekerjaan yang
berkait dengan kemahiran ini ialah peladang, ahli botani, ahli
ekologi dan ahli lanskap.
Gardner(1975) berpendapat bahawa seseorang individu

boleh cemerlang dalam satu bidang tetapi dalam bidang yang lain
kemungkinan mereka gagal melakukannya dengan baik. Misalnya,
seorang pelumba kereta F1 mungkin cemerlang dalam bidang
tersebut tetapi tidak berjaya dalam bidang yang melibatkan
penaakulan, begitu Juga sebaliknya. Menurut Gardner(1975),
manusia mempunyai pelbagai kebolehan sosial, namun tidak
seorang pun baik dalam semua perkara (kebolehan) ataupun lemah
dalam semua perkara. Gardner(1975) juga percaya bahawa satu
daripada lapan kecerdasan ini boleh dirosakkan akibat daripada
kecederaan otak, setiap satu melibatkan kemahiran kognitif yang
unik.

Teori Perkembangan Jean Piaget

Teori Piaget (1950) telah bertumpu kepada perkembangan intelek
iaitu kognitif. Piaget(1950) telah mencuba memahami dan
menerangkan pembentukan seseorang anak manusia dalam
kebolehannya, fikirannya dan penyelesaian masalahnya.
Penyelidikan Piaget(1950) bertumpu kepada pemerhatian-
pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran semula jadi

Kecerdasan 41

mereka. Beliau telah mengkajikan perkembangan tiga anaknya
sendiri. Piaget(1950) telah memperkenalkan empat konsep yang
penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi. Skema
adalah potensi am yang ada dalam pemikiran manusia untuk
melakukan sesuatu .skema adalah dalam bentuk pengetahuan dan
ia berfungsi untuk memandu tingkah laku individu. Manakala
adaptasi merupakan proses mental yang wujud akibat
keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan
dengan persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh
seseorang individu, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi dan
akomodasi digunakan oleh kanak-kanak ketika dia belajar untuk
menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Setiap individu
hendaklah menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila
umurnya meningkat. Ini melibatkan asimilasi dan akomodasi.
Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia
menggunakan gerak balas yang telah dipelajari kepada rangsangan
yang baru. Contohnya, seseorang yang tahu menunggang basikal
tidak perlu belajar semula tentang cara mengekalkan
keseimbangan di atas kenderaan beroda dua. Pembelajaran tentang
cara mengekalkan keseimbangan di atas basikal akan
membantunya menunggang motosikal. Ini merupakan asimilasi.
Walau bagaimanapun, untuk menunggang motosikal, dia perlu
mempelajari menggunakan klac motosikal. Perkara baru yang
dipelajari disebut akomodasi. Dengan ini jelaslah asimilasi dan
akomodasi berinteraksi untuk mandapatkan tingkah laku baru yang
mambantu seseorang individu membuat penyesuaian dengan alam
sekitarnya.

Jean Piaget(1950) amat terkenal dengan perkembangan
intelek. Menurut beliau, tahap perkembangan kognitif bergantung
kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu perkembangannya
dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Piaget(1950) telah
mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek. Iaitu:
1. Peringkat deria motor (0-2 tahun) Pada peringkat ini, kanak-

kanak banyak menggunakan deria motor (seperti memegang)
untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Misalnya,

42 Psikologi Pendidikan

apabila kanak-kanak ini menarik ekor kucing(aktiviti motor)
ianya akan menghasilkan jeritan yang kuat(pengalaman
kederiaan). Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep
kewujudan objek. Ini bermakna apabi1a suatu objek yang
pernah dilihatnya telah disimpan, dia menganggap objek itu
tidak ada lagi.
2. Peringkat praoperasi (2-7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-
kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang
dilihat di sekelilingnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi
pertuturannya bersifat egosentrik, iaitu dia bercakap sendiri.
Mereka juga tidak berminat untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan berkisar
tentang dirinya. Kanak-kanak belum memperoleh konsep
pengekalan. Sifat pengekalan merujuk kepada bilangan atau
jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau
penglihatannya telah ditukar ( dengan syarat bahan asal itu
tidak ditambah atau dikurangkan) .Contohnya, apabila dua
gelas yang diisi air (isi padu yang sama) dituangkan ke dalam
dua bekas yang berlainan; sebuah yang lebih tinggi dan sempit
dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabi1a disoal
bekas manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanak-
kanak pada peringkat ini akan mengatakan bekas yang tinggi
dan sempit itu. Konsep transformasi juga belum diperoleh.
Contohnya, apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan
kemudiannya diletakkan secara mendatar, kanak-kanak tidak
dapat menggambarkan perubahan yang berlaku itu. Lagipun,
perhatian kanak-kanak dipusatkan kepada aspek-aspek yang
tertentu sahaja.
3. Peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) Pada peringkat ini,
kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah
yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit (perkara
yang boleh dilihat atau disentuh) . Walau bagaimanapun,
keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada tahap
ini adalah terhad serta bergantung pada objek yang boleh
dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya, kanak-kanak pada
tahap ini tidak mampu untuk berfikir tentang konsep-konsep


Click to View FlipBook Version