Teori Pembelajaran 293
sebelumnya untuk menghasilkan struktur ilmu pengetahuan yang
semakin bersistematik.
Struktur kognitif yang diberi penekanan penting dalam
proses pembelajaran dikenali sebagai sistem pengkodan. Beliau
berpendapat segala ilmu yang diperoleh adalah disusun dan
diorganisasikan mengikut sistem pengkodan. Objek konkrit yang
diperkenalkan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar
‘menemui’ sistem pengkodan, dimana ilmu yang simpan di
dalamnya akan diintegrasikan untuk memudahkan proses
generalisasi.
Pembelajaran bermula dengan proses pengamatan dimana
organ-organ deria manusia akan memberi perhatian terhadap
rangsangan luar, kemudian maklumat yang diterima akan dihantar
ke otak yang berusaha mentafsirkannya melalui cara mengkategori
maklumat berdasarkan ciri-ciri khusus. Proses pengkategorisasi
akhirnya menghasilkan pembentukan konsep.
Rangsangan Organ Otak Konsep
luar deria
Perkara, Melihat, Menganalisis, Pengertian,
peristiwa, mendengar, mentafsir, pendapat,
fenomena, menyentuh, menginter- tanggapan,
benda atau menghidu atau pretasi atau gagasan
gambar. merumus atau idea
merasa
Proses Pengamatan dan Pembentukan Konsep Bruner
Pembelajaran Melibatkan Proses Perolehan, Pindahan dan
Penilaian
Aktiviti pembelajaran bermula daripada pemerolehan ilmu yang
294 Psikologi Pendidikan
baru. Bruner berpendapat bahawa ilmu baru mungkin berasal
daripada pengalaman sebelumnya, mungkin juga tidak berkaitan
langsung dengan pengetahuan yang sedia ada. Sebagai contoh,
pelajar-pelajar mungkin telah mendapat gambaran konsep kitaran
darah yang kabur dalam memberi penjelasan tentang sistem
kitaran; sementara pengenalan Hukum Newton pula bercanggah
dengan latar belakang ilmu pengetahuan yang bersifat sensori.
Tidak kira bagaimana hubungan yang wujud antara ilmu baru dan
lama, pengetahuan yang sedia ada tetap akan dipertingkatkan.
Selepas memperoleh pengetahuan baru, pelajar juga mesti
melakukan proses generalisasi dengan menggunakan pelbagai cara
supaya dapat disesuaikan dengan tugasan baru serta meningkatkan
jumlah ilmu yang diperoleh. Proses penilaian adalah untuk
memastikan sama ada cara generalisasi yang digunakan sesuai
untuk tugasan (situasi) baru, ataupun pengetahuan dapat diaplikasi
dengan betul atau tidak. Oleh yang demikian, penilaian juga
meliputi proses menjustifikasikan rasionalisasi suatu ilmu.
Sebagaimana yang diketahui, matlamat muktamad
pembelajaran cadangan Bruner adalah untuk membina struktur
kognitif yang fleksibel dan terbuka (open-ended), untuk
membolehkan struktur ilmu suatu mata pelajaran diubahsuaikan
kepada skema kognitif pelajar supaya dapat diaplikasikan dalam
situasi dan bidang yang lain Jadi, guru perlu mengetahui jenis
unsur yang diperlukan dalam pembentukan struktur kognitif
pelajar, menggunakan strategi yang berkesan untuk membantu
pelajar memperoleh ilmu, seterusnya memindah dan menilai
terhadapnya.
Teori Pengajaran Bruner
Memahami Struktur Asas Suatu Mata Pelajaran
Dalam bukunya The Process of Education (1960), Bruner memberi
penekanan bagaimana suatu subjek harus diajar: “Pemahaman
paling asas yang berlandaskan kurikulum suatu subjek hanya dapat
dicapai melalui pembelajaran prinsip yang membentuk struktur
subjek tersebut.”
Teori Pembelajaran 295
Struktur asas mata pelajaran yang dimaksudkan oleh
Bruner merujuk kepada teori, prinsip, sikap dan metodologi yang
terdapat dalam suatu subjek. Pada pendapat beliau, pemahaman
terhadap struktur asas suatu subjek dapat membantu pelajar
memperlihatkan isi-isi yang terkandung didalamnya tidak
berasingan tetapi berhubungkait secara keseluruhan. Ini dapat
permudahkan proses pembelajaran ilmu dan ingatan, seterusnya
menggerakkan proses generalisasi serta mempertingkatkan minat
belajar dan akhirnya memperkayakan perkembangan intelek dan
kreativiti seseorang individu.
Prinsip Pengajaran Berstruktur Asas
Untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai cara belajar
(melalui pengajaran struktur asas pelajaran), Bruner telah
mempertengahkan empat prinsip pengajaran:
i Prinsip Motivasi
Bruner berpendapat bahawa setiap individu mempunyai jangkaan
atau harapan pembelajaran yang berbentuk intrinsik. Konsep
motivasi yang dicadangkan tidak termasuk peneguhan yang
melibatkan motivasi ekstrinsik. Tiga motivasi intrinsik yang ada
pada seseorang pelajar termasuk keinginan mengetahui, keinginan
untuk berjaya dan keperluan berinteraksi yang membawa kebaikan
untuk semua pihak.
Ketiga-tiga motivasi intrinsik ini dapat menggerakkan diri
pelajar untuk belajar, sementara pengaruh yang dihasilkan adalah
berkekalan. Sekiranya guru bijak mengkoordinasikan aktiviti
pengajaran, motivasi intrinsik pelajar dapat diperkembangkan
seterusnya mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
296 Psikologi Pendidikan
ii Prinsip Struktur
Untuk memastikan pelajar memahami struktur am pengajaran,
bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara
bersistematik supaya mudah dipelajari (termasuk perancangan
pengajaran guru). Mana-mana struktur ilmu dapat dipersembahkan
melalui perwakilan psikomotor, imej dan simbol. Penggunaan
bahasa dalam perwakilan simbol dapat menukarkan pengalaman
kepada bentuk taakuan logik yang umum.
Pemilihan cara persembahan amat bergantung pada faktor
tahap perkembangan pelajar, latar belakang ilmu yang dipelajari
serta jenis subjek yang akan disampaikan. Mengikut kajian sistem
pengkodan, Bruner mencadangkan perkembangan kecerdasan
kanak-kanak akan bermula daripada peringkat enaktif (perwakitan
sensasi) kepada peringkat ikonik (perwakilan konkrit) dan
akhirnya peringkat simbolik (perwakilan abstrak). Jadi, proses
pengajaran dan pembentukan kurikulum harus selaras dengan
perkembangan tersebut (Lefrancois, 1972).
c) Prinsip Urutan
Menurut Bruner, pengajaran adalah proses membimbing dan
memandu pelajar ke arah pembentukan struktur ilmu untuk
meningkatkan penguasaan terhadap ilmu yang dipelajari,
memindah dan menjalankan generalisasi. Jadi, struktur
pengetahuan harus disusun dalam bentuk urutan yang mudah
dipelajari mengikut kesesuaian pengalaman dan konteks pemikiran
pelajar. Faktor lain seperti tahap perkembangan kecerdasan dan
perbezaan gaya pembelajaran individu serta bahan yang digunakan
perlu diambil kira oleh guru untuk mengorganisasikan bahan
pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan difahami pelajar.
d) Prinsip Peneguhan
Dalam aktiviti pengajaran, maklum balas yang diberi oleh guru
Teori Pembelajaran 297
adalah penting untuk meningkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, jenis
peneguhan yang digunakan perlu bersesuaian dan dilakukan pada
masa (timing) yang tepat. Guru juga harus mendidik dan memberi
peluang kepada pelajar membuat penilaian atau pentafsiran sendiri
mengenai tajuk yang dipelajari sama ada dikuasai atau tidak
supaya dapat menuju ke arah pembelajaran kendiri.
Kaedah Pembelajaran Penemuan
Apakah yang dimaksudkan oleh kaedah pembelajaran penemuan?
Menurut Bruner, pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda
atau objek yang belum diketahui oleh manusia, tetapi meliputi
sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha sendiri untuk
mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu pengetahuan yang
diperoleh bukan merupakan suatu yang baru dan belum diketahui,
asalkan ia diperoleh melalui daya usaha pelajar sendiri boleh
dikategorikan sebagai satu “penemuan”.
Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai
model pengajaran yang tertentu tetapi dilaksanakan mengikut
kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Akan tetapi, langkah-
langkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk:
(1) pembentukan masalah yang dapat menarik minat
pelajar,
(2) membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian
masalah,
(3) menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin,
(4) membantu pelajar mencari dan mengorganisasikan
maklumat,
(5) memandu pelajar menilai dan membuat kesimpulan,
(6) memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang
diperoleh untuk menyelesaikan masalah.
Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai
pereka bentuk, pemudacara dan pembekal bahan serta
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk menemui
298 Psikologi Pendidikan
teori atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan
sebaliknya memberi peluang kepada pelajar memikir dan
‘menemui’ ilmu sendiri. Menurut beliau, penemuan taakulan
induktif merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh
pengetahuan berbentuk hukum dan konsep (terutamamya dalam
mata pelajaran sains) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan
jangka panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah.
Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah
pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan
motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran serta
membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan
kreatif individu sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan
baik. Akan tetapi, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam
kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner.
Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza
antara satu sama lain. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai
aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang
berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya
bersesuaian untuk semua pelajar. Selain itu, prosesnya juga akan
mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin hasil dan
prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut
tidak sesuai dijadikan sebagai kaedah pengajaran yang utama,
tetapi harus digabung dengan kaedah lain mengikut perancangan
pengajaran yang bersistematik.
TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
David P. Ausubel, seorang ahli psikologi pendidikan Amerika
sezaman Bruner, merupakan salah seorang pelopor teori
pembelajaran kognitif. Beliau memberi penekanan kepada
pembelajaran resepsi yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsi
yang bermakna, pengajaran dirancang secara logik dan sistematik
bagi menghasilkan maklumat tersusun dan teratur untuk
disampaikan. Pelajar akan mengintegrasikan bahan pelajaran baru
ke dalam struktur ilmu pengetahuan yang sedia ada melalui
Teori Pembelajaran 299
inisiatif sendiri untuk memperoleh ilmu pengetahuan baru.
Pembelajaran Bermakna
Dalam terbitan Educational Theory (Januari 1961), Ausubel
menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran bermakna dengan
pembelajaran hafalan:
“Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana
pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan
dalaman serta bahan-bahan pembelajaran yang
dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar
hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, hasil
pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak
bermakna.”
Huraian tersebut jelas menunjukkan bahawa pembelajaran
bermakna hanya berlaku apabila struktur kognitif sedia ada
berinteraksi dengan ilmu baru untuk menghasilkan pemahaman.
Ilmu pengetahuan yang dipelajari secara bermakna dapat diingat
dengan lebih baik berbanding dengan pembelajaran hafalan. Untuk
menjamin pembelajaran bermakna berlaku, guru harus menolong
pelajar menghubungkaitkan struktur kognitif yang sedia ada
dengan struktur yang diajarkan. Setiap konsep atau prinsip baru
hendak dikait rapat dengan konsep atau prinsip yang telah ada
dalam struktur kognitif pelajar.
Sungguhpun cara penyampaian sesuatu konsep berbeza,
asalkan ciri-ciri penting yang melandasinya tidak berubah, isi
minda yang sehubungan adalah tetap sama. Umpamanya apabila
mempelajari konsep segitiga sama, idea segitiga dan konsep sama
sisi sememangnya telah berada dalam struktur kognitif pelajar,
mereka juga berpengalaman memerhatikan objek persekitaran
yang berbentuk segitiga sama. Pendedahan terhadap topik tersebut
akan menghubungkaitkan ilmu baru dengan pengalaman sedia ada
dalam struktur kognitif pelajar. Sebaik sahaja hubungkaitan dibina,
pelajar boleh menggunakan perkataan sendiri untuk
menyampaikan, iaitu “segitiga yang mempunyai ketiga-tiga sisi
300 Psikologi Pendidikan
yang sama dikenali sebagai segitiga sama” sebunyi penyataan
“segitiga sama mempunyai kesemua panjang sisi yang sama”.
Tambahan pula, integrasi suatu konsep baru dengan
struktur kognitif dibina atas pemikiran logik dan bukannya
asiosiasi (association) sebarangan. Misalnya, pelajar yang telah
memahami kenyataan “jumlah sudut dalam sebarang segitiga
adalah 180°” apabila didedahkan kepada konsep baru “jumlah
sudut dalam sebarang sisiempat adalah 360°”, individu tersebut
akan dapat menaakul bahawa setiap sisiempat boleh dibahagikan
kepada dua segitiga. Diketahui bahawa jumlah sudut dalam
sebarang segitiga adalah 180°, maka jumlah sudut dalam sebarang
sisiempat adalah dua kali ganda 180°, iaitu 360°.
Hasilan pembelajaran bermakna dipengaruhi oleh bahan
pembelajaran yang diberi (faktor objektif) dan keadaan dalaman
pelajar sendiri (faktor subjektif). Dari perspektif luaran, bahan-
bahan pembelajaran mesti mempunyai makna logik, dapat
difahami oleh minda pelajar serta berada dalam lingkungan
keupayaan belajarnya. Merujuk kepada syarat dalaman pula,
pelajar mesti bertindak secara aktif untuk untuk mengintegrasikan
ilmu baru dengan pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.
Seterusnya, struktur kognitif pelajar mesti mempunyai ilmu yang
bersesuaian untuk menjalin hubungan dengan ilmu baru.
Pembelajaran Resepsi
Ausubel menyarankan pembelajaran resepsi adalah lebih berkesan
daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangkan
oleh Bruner. Dalam terbitan Arithmetic Teacher (Februari, 1968),
Ausubel menghuraikan perbezaan antara pembelajaran resepsi
dengan pembelajaran penemuan:
“Dalam pembelajaran resepsi, maklumat terancang yang lengkap
diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya mengasimilasikan
maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam
Teori Pembelajaran 301
pembelajaran penemuan, maklumat yang hendak diajar tidak
diberikan, dan pelajar dikehendaki mencari maklumat itu sendiri.
Selepas penemuan, pelajar seperti pembelajaran resepsi,
mengasimilasikan maklumat yang ditemui ke dalam struktur
kognitifnya. ”
Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran resepsi lebih
sesuai bagi individu yang mempunyai perkembangan kognitif yang
lebih matang, lebih berilmu serta lebih berpengalaman. Dalam
pembelajaran resepsi, isi pelajaran lebih merujuk kepada konsep
dan prinsip abstrak yang telah dibukti kesahannya. Jadi, pelajar
tidak akan menemui apa-apa ilmu baru, sebaliknya menerima dan
menguasai makna ilmu yang disampaikan.
Strategi Pembelajaran Resepsi yang Bermakna
Beberapa strategi pembelajaran resepsi bermakna yang
dikemukakan oleh Ausubel:
a) Pengelola Awal (Advance Organiser)
Pengelola awal merupakan bentuk penyataan hukum, konsep,
perbincangan atau aktiviti lain yang diperkenalkan secara
keseluruhan kepada pelajar pada peringkat permulaan
pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menggerakkan struktur
kognitif pelajar yang sedia ada supaya bahan baru ini dapat
diintegrasikan dengan konsep yang akan dipelajari.
Menurut Joyce & Weil (1972), pendidik boleh
menggunakan pengelola pada mana-mana peringkat yang
bersesuaian sepanjang proses pengajaran suatu unit. “Apabila
beralih kepada bahan baru, pengelola baru membekalkan rangka
kerja (framework) untuk menghubungkaitkan idea baru dengan
maklumat terpelajar. Dalam keadaan tersebut, pelajar dapat
menggunakan rangka kerja untuk mengorganisasikan maklumat
yang diperoleh, kemudian menghubungkaitkan dan
membandingbezakan idea-idea yang telah dipelajari.”
b) Perbezaan Progresif (Progressive
302 Psikologi Pendidikan
Differentiation)
Perbezaan progresif merujuk kepada proses pengajaran dimana
subjek dan struktur kognitif disusun selaras untuk memudahkan
pemprosesan maklumat. Dengan itu, bahan-bahan pengajaran
harus dipersembahkan daripada bentuk umum kepada ciri-ciri
spesifik dan terperinci (melibatkan taakulan deduktif). Misalnya
untuk mengajar ciri-ciri sisiempat, guru harus memperkenalkan
konsep sisiempat terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan ciri-ciri
spesifik sisiempat seperti jumlah sudut, jumlah sisi dan jenis
sisiempat (segiempat tepat, segiempat selari, rombus dan
sebagainya).
c) Penyesuaian Secara Integrasi (Integrative
Reconciliation)
Menurut prinsip ini, bahan baru yang akan dipelajari harus
diubahsuai dan diintegrasikan dengan maklumat yang telah
dipelajari sebelumnya. Penyesuaian secara integrasi
melibatkan perkaitan fungsi atau peranan dua atau lebih item di
dalam suatu objek atau keadaan. Contohnya, konsep ‘berat-ringan’
boleh dikaitkan dengan konsep ‘panjang-pendek’ yang telah
dipelajari dahulu melalui cara perbandingan antara ‘panjang’
dengan ‘berat’ serta ‘ringan’ dengan ‘pendek’.
Kelebihan dan Batasan Pembelajaran Resepsi yang Bermakna
Pembelajaran resepsi yang bermakna merupakan kaedah
pengajaran-pembelajaran yang penting. Dengan tunjuk ajar guru
yang bersesuaian, pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan
yang banyak dalam satu tempoh masa yang singkat. Ilmu
pengetahun yang diperoleh melalui pembelajaran resepsi bermakna
adalah bersistematik, lengkap, persis dan sesuai untuk
penyimpanan dan pengukuhan.
Sebenarnya, pembelajaran resepsi bermakna yang
dikemukakan oleh Ausubel tidak bercanggah dengan pembelajaran
penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Pembelajaran penemuan
Teori Pembelajaran 303
menekankan penggunaan pemikiran dan daya usaha sendiri untuk
memperoleh ilmu, manakala pembelajaran resepsi pula
mementingkan proses asimilasi pada struktur kognitif pelajar.
Sungguhpun kedua-dua teori pembelajaran memberi penekanan
kepada aspek yang berbeza, mereka sama-sama mementingkan
fungsi struktur ilmu dan pembinaan struktur konitif pelajar.
Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang boleh
mengganggu pembelajaran bermakna berlaku. Pertama, peringkat
perkembangan kognitif pelajar masih rendah untuk memahami
konsep yang lebih kompleks. Keduanya, kekurangan motivasi
yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara
yang bermakna. Ketiga, strategi pembelajaran seperti menghafal
teorem, definisi dan langkah-langkah penyelesaian masalah akan
mengakibatkan pembelajaran hafalan yang tidak bermakna.
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT GAGNE
Gagne merupakan salah satu ahli psikologi pendidikan yang
terkenal pada abab ke-20. Beliau berpendapat bahawa
pembelajaran merupakan proses yang boleh dibahagikan kepada
beberapa peringkat, dimana setiapnya menjalankan sub-
pemprosesan maklumat yang berlainan. Dengan itu, beliau
mencadangkan proses pengajaran yang dijalankan harus
memahami proses pembelajaran dalam minda pelajar (bagaimana
maklumat diproses) serta cuba memanipulasi dan
mempengaruhinya untuk mencapai objektif pelajaran.
Model Pemprosesan Maklumat Gagne
Dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975),
Robert M. Gagne mengemukakan satu teori mengenai bagaimana
manusia memperoleh maklumat dalam suatu proses pembelajaran.
Menurut teorinya, organ deria manusia akan menerima
rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar melalui sistem saraf.
Maklumat yang terpilih akan ditafsirkan dalam memori jangka
304 Psikologi Pendidikan
pendek, kemudian dihantar ke memori jangka panjang untuk
disimpan. Di situ, maklumat akan dikodkan untuk membentuk
pengkategorian dan organisasi yang bersistem. Akhirnya,
maklumat akan dihantar kepada penggerak tindak balas untuk
memberi tindak balas kepada persekitaran. Proses pembelajaran
berdasarkan teori Gagne digambarkan dalam gambarajah di
bawah.
Kawalan Eksekutif Jangkaan
Persekitaran
Rangsangan luar Perlaksanaan
Rakaman deria Penggerak tindak
Memori jangka Memori jangka
Model Pemprosesan Maklumat Gagne
Model pemprosesan maklumat Gagne juga melibatkan proses
kawalan eksekutif yang terdiri daripada kawalan eksekutif
(executive control) dan jangkaan (expectancies). Jangkaan dirujuk
kepada objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar atau
dikenali sebagai motivasi untuk belajar. Jangkaan dan maklum
balas saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk
menghasilkan pembelajaran berlanjutan yang berkesan. Kawalan
eksekutif pula dirujuk kepada strategi kognitif yang berperanan
menentukan antara maklumat yang dipilih untuk diproses,
Teori Pembelajaran 305
dikodkan serta diingat kembali.
Didapati bahawa kedua-dua proses tersebut diasingkan
daripada aliran subproses dalam model Gagne. Kemungkinannya
jangkaan dan kawalan eksekutif mempunyai pengaruh terhadap
kesemua tahap pemprosesan maklumat, akan tetapi hubungkaitan
antara mereka adalah tidak jelas.
Pada tahun 1965, Gagne cuba menghuraikan lapan jenis
pembelajaran daripada peringkat yang paling mudah kepada
peringkat yang kompleks sekali. Asas pembelajaran aras tinggi
adalah berasaskan hasil pembelajaran aras rendah. Urutan
peringkat pembelajaran adalah seperti berikut:
a) Pembelajaran melalui isyarat
b) Pembelajaran rangsangan-tindak balas
c) Pembelajaran melalui rantaian
d) Pembelajaran melalui asosiasi verbal
e) Pembelajaran melalui pelbagai pembezaan
f) Pembelajaran konsep
g) Pembelajaran prinsip, dan
h) Pembelajaran penyelesaian masalah
Fasa Pembelajaran Gagne
Daripada model pemprosesan maklumat yang ditunjukkan,
pembelajaran merupakan hasil interaksi antara pelajar dan
persekitaran. Ilmu atau pengalaman yang disimpan dalam memori
jangka panjang adalah penting untuk dikaitkan dengan pengalaman
baru, seterusnya memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Gagne telah menyarankan lapan fasa yang biasa dialami
oleh manusia dalam suatu proses pembelajaran. Terdapat beberapa
aspek utama yang diketengahkan oleh Gagne, antaranya ialah
kesediaan, motivasi, pengamatan, penanggapan, ingatan, lupaan
dan pemindahan. Aliran fasa adalah seperti yang ditunjukkan di
bawah:
306 Psikologi Pendidikan
1. Fasa Motivasi Masa
Jangkaan
2. Fasa Kefahaman
Perhatian: Persepsi Terpilih
3. Fasa Pemerolehan
Pengkodan: Simpanan Awal
4. Fasa Penahanan
Memori (Stor Ingatan)
5. Fasa Mengingat Kembali
Mencari
6. Fasa Generalisasi
Pindahan
7. Fasa Prestasi
Gerak Balas
8. Fasa Maklum Balas
Peneguhan
Fasa-fasa Proses Pembelajaran Gagne
a) Fasa Motivasi – Jangkaan
Fasa motivasi yang merupakan fasa pertama adalah penting untuk
menghasilkan pembelajaran bermakna dan berkesan. Manusia
belajar kerana didorong oleh motif tertentu. Motivasi merupakan
tindakan yang menimbulkan motifnya supaya berusaha belajar.
Semasa menyampaikan pengajaran, perkara yang pertama dan
terpenting adalah merangsangkan motivasi pelajar. Pembentukan
motivasi berkait rapat dengan jangkaan mental pelajar terhadap
suatu proses pembelajaran.
Teori Pembelajaran 307
b) Fasa Tanggapan (Kefahaman) – Perhatian: Persepsi
Terpilih
Pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan
berlaku pada fasa ini. Individu akan menumpukan perhatian
terhadap sesuatu rangsangan pembelajaran yang dimotivasikan,
seterusnya bertindak untuk membeza dan memilih persepsi yang
sesuai dan menolak persepsi yang tidak relevan melalui organ
derianya. Untuk memastikan pemilihan persepsi yang sesuai, guru
harus menggunakan pelbagai strategi pengajaran seperti perubahan
nada suara dan bahasa badan untuk menarik perhatian pelajar.
c) Fasa Penyimpanan (Pemerolehan) – Kod: Simpanan
Awal
Setelah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan
mempersepsikannya dengan tepat, seseorang dikatakan telah
memperoleh ilmu. Maklumat yang diperoleh akan dibawa oleh
sistem saraf ke dalam memori jangka pendek. Di situ, rangsangan
tersebut akan dikodkan dalam bentuk yang ringkas dan tersendiri
(melalui pengkategorian), untuk memudahkan penyimpanan.
d) Fasa Penahanan – Memori (Stor Ingatan)
Maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh akan
disimpan dengan cara yang sistematik pada fasa penahanan.
Selepas rangsangan dipilih dan dikodkan dalam memori jangka
pendek, sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan
disimpan dalam memori jangka panjang. Di situ, kod-kod akan
ditransformasikan dan disusun semula melalui satu sistem untuk
membolehkan ingatan kekal dan memudahkan ia diingat semula.
Akan tetapi, gangguan maklumat baru terhadap maklumat lama
akan menghasilkan kekeliruan lalu mengakibatkan kesusahan ingat
308 Psikologi Pendidikan
kembali. Untuk mengelakkan lupaan berlaku, guru harus bijak
merancang proses pengajaran yang tidak melibatkan penyampaian
rangsangan mirip pada masa yang sama.
e) Fasa Mengingat Kembali – Mencari
Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat
atau pengalaman yang telah disimpan dalam memori jangka
panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran
(membekalkan klu) atau melalui motif dalaman. Isyarat-isyarat
dari rangsangan berusaha mengingat kembali maklumat atau
pengalaman yang diperolehi untuk menghasilkan tindak balas yang
sepadan dengan isyarat rangsangan yang dihadapinya.
Kepantasan dan ketepatan mengingat kembali bergantung
pada sistem penyimpanan dan pengkodan individu. Biasanya,
maklumat yang disusun secara bersistematik dan tepat boleh
diingat kembali dengan lebih cepat dan lebih mudah.
f) Fasa Generalisasi – Pindahan
Fasa Generalisasi merujuk kepada keadaan dimana seseorang
individu boleh mengingat kembali maklumat dalam memori jangka
panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau
sama. Misalnya seorang pelajar yang telah mengetahui manusia,
anjing, monyet, harimau masing-masing berdarah panas dan
bernafas melalui peparu, maka dia akan membuat generalisasi
bahawa organisma-organisma tersebut boleh diklasifikasikan
dalam kategori mamalia.
g) Fasa Prestasi – Gerak Balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut
Gagne, tahap pemahaman pelajar dapat diperlihatkan dan diukur
melalui perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.
Teori Pembelajaran 309
Sebaik sahaja isyarat rangsangan diberi, fasa prestasi akan berlaku
dimana seseorang bertindak balas melalui tingkah lakunya yang
berubah. Untuk mendapatkan penilaian yang lebih persis dan
mantap, guru perlu memberikan beberapa latihan yang menguji
dari aspek berlainan.
h) Fasa Maklum Balas – Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam suatu proses pembelajaran.
Ia berlaku setelah seseorang individu telah menghasilkan tindak
balas (prestasi atau perubahan tingkah laku) yang tepat. Maklum
balas bukan sahaja dibekalkan daripada persekitaran luaran, ia juga
boleh dilakukan dalam diri pelajar. Misalnya, seseorang pelajar
dapat menilai jawapan yang diberi berdasarkan konsep dan prinsip
yang telah dipelajari sebelumnya.
Tindakan maklum balas (seperti pujian dan penghargaan)
adalah penting kerana mempunyai fungsi peneguhan terhadap
motivasi pembelajaran. Dengan adanya fasa maklum balas, pelajar
bukan sahaja dapat memahami sejauh mana tahap prestasi yang
ditunjukkan, dia juga akan berusaha terus untuk meningkatkan
prestasinya pada masa akan datang.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA
Albert Bandura dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Alberta,
Canada. Pada 1949 Bandura menerima B.A. daripada University of
British Columbia. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke
University of Iowa dimana di situ beliau telah memperolehi PhD
pada 1952. Pada tahun berikutnya , 1953, Bandura berkhimat
menjadi tenaga pengajar di Stanford dan di situlah bermulanya
karier beliau hingga ke hari ini. Semasa menuntut di University of
Iowa bermulanya minat beliau untuk mengkaji tentang
pembelajaran dan tinkahlaku seseorang
Semasa di Iowa, beliau telah bertemu Virginia Varns, seorang
Pelatih Sekolah Kejururawatan . Mereka telah berkahwin dan
dikurniakan 2 orang anak perempuan.
310 Psikologi Pendidikan
Bandura telah melakukan banyak kajian tentang
pembelajaran sosial sepanjang karier beliau . Antara sumbangan
beliau yang paling terkenal adalah "Teori Pembelajaran Sosial "
di mana kini teori ini telah ditukar namanya sebagai "Teori
Kognitif Sosial".
Bandura menekankan pemerhatian gerakbalas yang
ditonjolkan oleh orang lain. Tingkahlaku orang lain boleh
dipelajari melalui bahasa,contoh dan teladan Bandura menjelaskan
bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkahlaku jika
dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang tinggi.
Di samping itu Bandura percaya pemerhatian merupakan
satu proses pembelajaran yang berkesan terutamanya bagi kanak-
kanak
Albert Bandura lebih menumpukan pada pembentukan
sikap. Beliau percaya seseorang individu membentuk sikap
melalui pemerhatian dari tingkah laku orang lain dan kemudian
melakukan kembali tingkahlaku yang telah dilihatnya. Beberepa
kajian menggunakan television telah menyokong teori ini.
Pada 1986 Bandura telah menulis Social Foundations of
Thought and Action dimana kandunagnya banyak menyentuh
tentang teori beliau mengenai” "Teori Kognitif Sosial". Di
samping itu beliau telah menulis pelbagai artikel dan 8 buah buku
berkisar tentang pelbagai topik mengenai psikologi.
Bandura telah melakukan sumbangan penting dalam bidang
psikologi seperti apa yang dapat dibuktikan melalui anugerah/
gelaran yang telah diterimanya.
Bandura telah menerima beberapaa Ijazah dengan Kepujian
daripada pelbagai universiti di seluruh dunia . Antaranya pada
tahun 1988 beliau telah menerima “Thorndike Award for
Distinguished Contributions of Psychology to Education” dari
Persatuan Psikologi Amerika
Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert
Bandura berasaskan teori behaviorsme dan teori kognitif. Beliau
berpendapat bahawa pembelajaran tidak semestinya melibatkan
pengalaman individu secara langsung. Kebanyakan pengetahuan
dan kemahiran dapat dipelajari melalui pemerhatian terhadap
Teori Pembelajaran 311
kelakuan dan kesan yang dikenakan ke atas kelakuan tersebut.
Selain itu, pembelajaran sosial melibatkan proses minda
(pembentukan imej, ingatan, analisis dan membuat keputusan)
sebelum suatu kelakuan dipersembahkan.
Hipotesis ini dibuktikan dalam satu eksperimen yang
dijalankan oleh Bandura. Sebuah filem yang menunjukkan seorang
model dewasa bertindak agresif ke atas patung berisi udara
ditayangkan di depan sekumpulan kanak-kanak. Kemudian
kumpulan kanak-kanak tersebut didedahkan kepada patung
tersebut dan tahap keagresifan yang ditunjukkan diukur. Walaupun
tanpa memberi sebarang ganjaran atau desakan, didapati kanak-
kanak telah mengamalkan tingkah laku agresif selepas menonton
filem tersebut. Keputusan ini membuktikan kanak-kanak boleh
mempelajari atau meniru tingkah laku orang lain dengan hanya
melalui proses pemerhatian.
Bandura seterusnya melanjutkan eksperimennya untuk
mengkaji dua dimensi, iaitu sama ada ganjaran atau hukuman yang
dikenakan akan mempengaruhi pembelajaran suatu tingkah laku
agresif dan tahap persembahan agresif. Kanak-kanak yang
dibahagikan kepada tiga kumpulan dikehendaki menonton filem
yang sama. Yang berbeza ialah pada akhir tayangan, kanak-kanak
kumpulan pertama melihat model dewasa tersebut diberi ganjaran,
kumpulan kedua melihat model dihukum manakala model yang
ditonton oleh kumpulan ketiga tidak menerima apa-apa ganjaran
atau hukuman.
Keputusan eksperimen menunjukkan kanak-kanak
kumpulan pertama melakukan aksi agresif yang paling banyak
sementara kanak-kanak kumpulan kedua paling kurang melakukan
tingkah laku agresif. Akan tetapi, apabila diberi gula-gula sebagai
rangsangan untuk ingatan kembali dan melakukan aksi agresif
tersebut, ketiga-tiga kumpulan kanak-kanak menunjukkan prestasi
keagresifan yang agak ketara. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
kesan (ganjaran atau hukuman) yang dikenakan ke atas suatu
tingkah laku hanya akan mempengaruhi frekuensi kekerapan
persembahan tingkah laku tetapi tidak mempunyai impak terhadap
pembelajaran suatu tingkah laku. Dengan kata lain, kita
312 Psikologi Pendidikan
sebenarnya mengetahui lebih banyak daripada apa yang
dipersembahkan.
Determinisme Timbal Balik (Reciprocal Determinism)
Faktor luaran dan dalaman masing-masing memainkan peranan
penting dalam proses pembelajaran sosial. Mengikut Bandura
(1986), tingkah laku, persekitaran fizikal dan sosial serta faktor
individu (yang melibatkan kepercayaan, jangkaan, sikap dan ilmu)
saling berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain untuk
menghasilkan tindak balas terhadap dunia luaran. Hubungan tiga
hala tersebut dikenali sebagai Determinisme Timbal Balik.
B
P E
Determinisme Timbal Balik Bandura
B ialah tingkah laku (behavior)
P ialah individu (person)
E ialah persekitaran (environment)
Interaksi konsisten antara ketiga-tiga faktor akan
mewujudkan kitaran yang progresif, dan keadaan sebaliknya akan
berlaku sekiranya terdapat gangguan dalam hubungan tersebut.
Bandura berpendapat bahawa kelakuan individu yang tertentu
boleh mempengaruhi persekitaran, persekitaran yang telah berubah
seterusnya turut mempengaruhi tindak balas yang berlaku.
Sungguhpun ketiga-tiga elemen itu saling mempengaruhi, namun
Teori Pembelajaran 313
salah satu daripadanya akan berpengaruh daripada yang lain pada
suatu masa tertentu. Sebagai contoh, kepercayaan seseorang
mungkin jadi lebih berpengaruh daripada yang lain lalu
menentukan tindak balas yang akan diambil. Banyak kajian
menunjukkan tingkah laku manusia lebih dipengaruhi oleh apa
yang dia yakin akan berlaku daripada apa yang sebenarnya
berlaku.
Proses dan Syarat Pembelajaran Sosial
Bandura (1986) berpendapat, kebanyakan kelakuan manusia
dipelajari melalui proses pemerhatian. Sepanjang proses
pemerhatian, terdapat empat peringkat yang terlibat, iaitu
penumpuan, penyimpanan, reproduksi motor dan motivasi.
Antaranya, status perkembangan individu, jangkaan dan maklumat
yang ingin dicapai serta efikasi kendiri (self-efficacy) merupakan
faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran
melalui pemerhatian.
314 Psikologi Pendidikan
Empat Peringkat Proses Pembelajaran Sosial Bandura
Penumpuan Penyimpanan Reproduksi Motivasi
-pengkodan Motor
Perkara Simbolik Insentif Luar:
Permodelan: -organisasi -perwakilan -sensori
-menarik kognitif kognitif -kawalan
-nilai afektif -raptai -maklum -sosial
-kompleksiti balas -konkrit
-nilai fungsi -raptai enaktif -konsep
Atribusi penyesuaian Insentif Gantian:
Atribusi Pemerhati: -insentif kendiri
Pemerhati: -kemahiran Atribusi -penilaian
-keupayaan kognitif Pemerhati: kendiri
persepsi -struktur -kesediaan
-set persepsi fizikal Atribusi
-keupayaan -kemahiran Pemerhati:
kognitif motor -pemilihan
-pemilihan insentif
yang -bias bandingan
diperoleh sosial
-piawai dalaman
Penumpuan (Attention)
Penumpuan yang teliti atau perhatian sepenuhnya merupakan
prasyarat dalam mempelajari apa bidang jua. Sekiranya seseorang
tidak memberi tumpuan terhadap sifat utama kelakuan model yang
ingin dipelajari, pembelajaran sosial tidak akan berlaku. Proses
penumpuan (melalui deria penglihatan, pendengaran atau yang
lain) menentukan apa maklumat yang perlu diperhatikan dan ini
dipengaruhi oleh tiga faktor yang berikut:
Teori Pembelajaran 315
a) Sifat kelakuan model
Secara amnya, kelakuan yang unik dan mudah akan menjadi
tumpuan pemerhatian seseorang. Semakin popular suatu tingkah
laku, semakin senang ditiru oleh orang lain. Contohnya seperti
kelakuan idol-idol pujaan ramai sering menjadi tiruan masyarakat.
Sementara itu, kelakuan yang agresif dan bertentangan dengan
norma masyarakat lebih mudah ditiru daripada yang mendekati
norma masyarakat. Kelakuan yang dipuji dan diberi ganjaran juga
akan meningkatkan motivasi seseorang untuk menirunya
berbanding dengan yang mendatangkan hukuman.
b) Sifat model
Individu lebih cenderung untuk meniru kelakuan model yang
mempunyai umur, jantina, kegemaran dan latar belakang yang
mirip dengannya. Sementara itu, model yang dihormati,
mempunyai status sosial yang lebih tinggi, berkuasa dan
berkemampuan akan diberi tumpuan yang lebih untuk meniru
kelakuannya.
c) Sifat pemerhati
Pemerhati yang mempunyai kebolehan memproses maklumat yang
kuat dapat mempelajari dengan lebih cepat dan cekap melalui
pemerhatian. Pengalaman sedia ada akan membentuk persepsi
individu untuk menentukan jenis ciri-ciri untuk diperhatikan dan
dipelajari. Individu yang berkeyakinan dan mempunyai ekstim diri
yang rendah akan menaruh perhatian lebih dalam meniru kelakuan
model.
Penyimpanan (Retention)
Kelakuan model yang diberi tumpuan mesti disimpan dalam sistem
memori (sebagai bentuk pengkodan) supaya ciri yang ingin
dipelajari boleh diingat semula. Menurut Bandura, maklumat boleh
316 Psikologi Pendidikan
disimpan melalui sistem verbal (bahasa) dan imaginasi (imej).
Perwakilan penglihatan memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran sosial pada peringkat kanak-kanak. Kemahiran
bahasa yang semakin berkembang akan menggantikan perwakilan
sebagai sistem penyimpanan maklumat yang utama. Sementara itu,
ulangan tingkah laku, verbal atau latihan minda juga dapat
meningkatkan kekekalan dan kualiti ingatan.
Reproduksi Motor (Motor Reproduction)
Reproduksi motor bermaksud menukarkan perwakilan simbolik
kepada tingkah laku yang bersesuaian. Kebanyakan masa,
walaupun ciri-ciri dan langkah-langkah kelakuan dikodkan
dengan jelas, kita tetap tidak mampu melakukannya dengan baik.
Kebolehan menghasilkan tingkah laku yang telah diperhati
dan disimpan dalam ingatan memerlukan bimbingan dan latihan
yang berulang serta bergantung pada kesediaan fizikal dan
kemahiran motornya. Perbezaan antara kelakuan model dan
perwakilan simbolik minda dapat digunakan untuk mengubahsuai
dan memperbaiki tingkah laku yang ditunjukkan. Bagi menguasai
suatu kelakuan sampai tahap mahir, seseorang perlu mendapatkan
maklum balas untuk latihan berulang-ulang bagi menjalankan
modifikasi dan penyesuaian tertentu.
Motivasi (Motivation)
Suatu kemahiran atau pengetahuan yang telah dipelajari melalui
pemerhatian hanya akan ditunjukkan sekira mendapat insentif,
peneguhan positif atau memenuhi piawai penilaian seseorang.
Motivasi dipengaruhi oleh tiga faktor, iaitu peneguhan luaran,
peneguhan gantian dan peneguhan kendiri.
Sekiranya peniruan suatu tingkah laku mendatangkan kesan
positif (seperti ganjaran dan pujian) dan bukannya hukuman,
individu akan cenderung terhadap peniruan tersebut. Ini dikenali
sebagai peneguhan luaran. Peneguhan gantian berlaku apabila
seseorang memerhatikan kesan yang berlaku pada orang lain yang
Teori Pembelajaran 317
mengamalkan suatu tingkah laku tersebut untuk menentukan sama
ada dia bertindak untuk meniru atau tidak. Peniruan kelakuan
melalui peneguhan kendiri melibatkan piawai dalaman dimana
seseorang dapat meramal kesan kelakuan lalu menggunakan
maklumat gerak balas untuk menjalankan penilaian dan
penyesuaian diri. Peneguhan gantian dan peneguhan kendiri
ditekankan oleh Bandura kerana dipercayai dapat meningkatkan
inisiatif dan pemikiran kognitif pelajar dalam proses pembelajaran.
Teori pembelajaran sosial memainkan peranan penting
dalam proses pembelajaran manusia. Ia tidak terhad pada
pembelajaran langsung dalam kelas dan penerimaan langsung
pengetahuan yang diajar, tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa
dan mana-mana tempat sahaja. Kebanyakan kelakuan sosial
diperolehi melalui pemerhatian dan peniruan. Untuk melaksanakan
pendidikan moral yang berkesan, guru perlu menunjukkan model
pengajaran dan memberi penghargaan kepada kelakuan pelajar
yang dapat menjadi teladan kepada pelajar lain.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
“Pembelajaran konstruktivisme merupakan proses
pembinaan ilmu yang bermakna melalui penglibatan aktif
dalam aktiviti individu dan sosial.”
~ Bruning, Schraw &
Ronning (1999)
Teori pembelajaran konstruktivisme berkembang daripada
teori pembelajaran mazhab kognitif. Ahli-ahli psikologi kognitif
sebelumnya seperti Piaget dan Bruner telah memperlihatkan
pemikiran konstruktivisme, akan tetapi pandangan mereka lebih
tertumpu pada penjelasan bagaimana suatu struktur pengetahuan
luaran diasimilasikan ke dalam struktur kognitif minda melalui
interaksi dengan individu. Andaian bahawa setiap individu akan
membina struktur kognitif sendiri apabila mengintepretasika
pengalaman situasi khusus telah memperlihatkan unsur
konstrukturvisme dalam teori-teori pembelajaran kognitif
318 Psikologi Pendidikan
(Palincsar, 1998).
Sejak akhiran abab ke-20, idea konstruktuvisme mula
popular atas usaha ahli-ahli psikologi Amerika (termasuk Bruner)
memperkembangkannya, terutamanya pemikiran Lev Vygotsky
yang menyarankan kepentingan interaksi sosial dalam
perkembangan mekanisme minda order tinggi. Pada pendapatnya,
internalisasi (internalization) kelakuan luaran bukan sahaja
bergantung pada proses pengajaran tetapi juga melibatkan aktiviti
rekreasi dan kegiatan harian.
Pengertian Konstruktivisme Terhadap Ilmu Pengetahuan
Secara umumnya, konstruktivis berpendapat bahawa ilmu boleh
dikenali sebagai satu hipotesis atau penjelasan terhadap dunia
persekitaran, tetapi tidak membekalkan model jawapan yang
muktamad. Ini adalah disebabkan suatu pengetahuan akan
ketinggalan sementara hipotesis baru akan terbentuk mengikut
perkembangan masa. Dari perspektif konstruktivisme, ilmu
pengetahuan yang diperoleh bukanlah sesuatu yang subjektif dan
tidak boleh dipersoalkan, tetapi merupakan pemahaman individu
yang dibina berdasarkan alam pengalamannya. Jadi, proses
pembelajaran amat terpengaruh oleh situasi khusus yang ditempuh
oleh individu.
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme yang dihuraikan
memang bercanggah dan memberi cabaran hebat kepada proses
pengajaran dan pembelajaran tradisional. Berlanjutan daripada itu,
ilmu pengetahuan yang dibekalkan di sekolah hanya merupakan
rangka kebenaran munasabah atau penjelasan yang sebaik
mungkin. Ilmu adalah tidak bermakna terhadap seseorang individu
sebelum diterima olehnya. Pengetahuan yang diperoleh bukan
melalui penerimaan dan pemahaman pasif tetapi amat bergantung
pada pengalaman dan kepercayaan seseorang untuk menganalisa
dan menilai sifat rasional suatu ilmu baru.
Proses pembelajaran juga tidak terhad pada penguasaan
suatu prinsip yang abstrak. Masalah bersifat kompleks dan
Teori Pembelajaran 319
pendedahan pelbagai kaedah harus dijadikan tumpuan dalam
pembelajaran konstrukturvisme supaya dapat diaplikasi dalam
konteks sebenar yang melibatkan pelbagai perspektif penyelesaian.
Pengertian Konstruktivisme Terhadap Pembelajaran
Pada konstruktivisme, pembelajaran merupakan proses pembinaan
ilmu melalui inisiatif dan daya usaha sendiri. Pemilihan persepsi
yang ingin diproses memerlukan penglibatan diri yang aktif.
Suatu ilmu atau maklumat yang diterima hanya bermakna
melalui proses interaksi dua hala antara pengalaman baru dan
pengalaman sedia ada dalam diri individu. Setiap individu akan
menggunakan struktur pengetahun sedia ada untuk mengekodkan
maklumat baru yang diperoleh, membentuk pemahaman
terhadapnya serta mengalami pengubahsuaian struktur kognitif
sedia ada untuk disesuaikan kepada ilmu baru. Dengan itu, kita
dapat memperlihatkan proses pembelajaran yang dicadangkan oleh
konstruktivisme bukan sahaja melibatkan pemprosesan maklumat.
Pada masa yang sama, ia melibatkan penstrukturan semula
pengubahan konsep akibat wujudnya percanggahan antara
pengalaman baru dan lepas.
Peranan Pelajar Dalam Perspektif Konstruktivisme
Mengikut pandangan konstruktivisme, pengalaman daripada
pembelajaran lepas menjadi asas kepada pelajar untuk mempelajari
suatu yang baru serta melahirkan pandangan sendiri terhadapnya.
Justeru, apabila didedahkan kepada situasi baru yang belum pernah
alami, seseorang dapat menggunakan keupayaan kognitif (yang
berasaskan pengalaman sedia ada) untuk memberi penjelasan atau
hipotesis yang logik dan munasabah.
Sehubungan itu, guru tidak sepatutnya mengabaikan
pengalaman pelajar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan baru.
Sebaliknya, pandangan dan penjelasan yang diberikan oleh pelajar
harus dititikberatkan dan diperhatikan untuk mencungkil
pengalaman dan pemikiran yang melandaskan idea yang
320 Psikologi Pendidikan
dikemukakan.
Untuk menghasilkan pembelajaran berkesan, para pelajar
harus diberi peluang mendalami suatu persoalan atau masalah atas
kerjasama antara satu sama lain (contoh: pembelajaran kooperatif).
Disebabkan latar belakang yang berbeza, para pelajar akan
mengemukakan pandangan masing-masing dan bertukar-tukar idea
melalui perbincangan berkaitan suatu masalah.
The Language Development & Hypermedia Group (1992)
mencadangkan bahawa pengajaran harus memberi peluang kepada
pelajar untuk membina dan mempertahankan pendapat individu, di
samping menghormati pandangan orang lain serta bekerjasama
untuk mencapai persetujuan pendapat. Selain itu, kebolehan yang
pelbagai dan perbezaan individu dalam proses pembelajaran amat
ditekankan oleh ahli-ahli konstruktivisme kerana dipercayai
bahawa percanggahan pendapat akan menggerakkan minda pelajar
untuk memikir dan membina ilmu sendiri.
KESIMPULAN
Ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran
pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif
individu yang berbeza. Jadi, teori-teori pembelajaran kognitif
berasaskan prinsip dan andaian masing-masing dan tidak
melahirkan peraturan am sepertimana yang dirumuskan dalam
teori-teori pembelajaran behaviorisme.
Bergerak daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt
sehingga munculnya pendekatan konstrukturvisme, didapati
pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya berfungsi
untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala
antara pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk
membentuk struktur konitif yang semakin kompleks dan
berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap
berkisar pada kajian bagaimana seseorang individu berfikir,
mempelajari konsep dan menyelesaikan masalah (eg., Ausubel,
1963; Bruner, Goodnow & Austin 1956).
Teori Pembelajaran 321
Apabila teori-teori pembelajaran berkembang mengikut
masa, ahli-ahli psikologi pendidikan mendapati bahawa teori
pembelajaran kognitif yang menekankan perolehan ilmu intelek
dan kemahiran tidak dapat memberi gambaran dan penjelasan yang
menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran yang pelbagai.
Kekurangan ini telah membawa kepada perkembangan teori
pembelajaran humanisme yang memberi penekanan kepada
perkembangan emosi dan personaliti individu.
RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York:
Free Press.
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley
& Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.
Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth
Group Dependent and field independent cognitive style
322 Psikologi Pendidikan
and this implications.
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective
Management:People and Organisation. New York;
Prentice- Hall, Inc.
Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology.
USA: Harcourt
Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi
Perkembangan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam
Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.
Kanarek, Robin B. & Kaufman, Robin Marks (1991). Nutrition
and Behaviour: New Perspectives. New York: Van
Nostrand Reinhold.
Karl Haberlandt (1997). Cognitive Psychology. USA : Allyn &
Bacon.
Kenneth, T. H. & Ben F. E. (1999). Educational Psychology for
Effective Teaching. America: Wadsworth Publishing
Company.
Lefton, L. A. & Brannon, L. (2003). “Psychology”. 8th Edition.
United State Of Amerika : Pearson Education, Inc.
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc
Lefton, Leston A. (1985) Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc.
m.s. 260-265
Liebert R.M. 1977 Developmental Psycholgy Prentice Hall New
Jesey.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Teori Pembelajaran 323
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:
Harper.
Siti Hawa Munji (1992). Cognitive styles, intelligence,level of
cognitive
Solso R.L. (1995). “Cognitive Psychology (4th Ed.)” United States
of America :
State of America: Harcourt Brace College Publishers.
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.
INDEKS
A Ingatan Jangka masa Pendek 97
Aplikasi Psikologi 8 Interpersonal 72
Assersi 73
K
C Kecerdasan Emosi 68
Celik emosi 68
Keluarga 128
D Kemahiran sosial 59
deria motor 53 Kendiri fizikal 128
Diri yang Unggul 123 Kendiri moral-etika 128
Dulewicz 60 Kepadanan emosi 68
E Keperluan 7
Empati 59
Estim diri 74 Kepimpinan 83
Etika komitmen 74
Kepuasan diri 128
F Kesedaran kendiri 58
Faktor kecerdasan 52 Kesedaran sosial 71
H Keyakinan diri 76
Higgs 69 Komunikasi 84
Hubungan sosial 128
Konsep kendiri 118, 119, 122
I
Identiti 128 M
Imageri 109 Memori Episodik.109
Ingatan Episodik 98 Memori Semantik 109
Ingatan Ikonik 97 Motivasi 8
Motivasi diri 58
P
Pendekatan Behaviorisme 3
Pendekatan Humanis 3
Pendekatan Kognitif 3
Indeks 325
Ingatan Jangka masa Panjang 107, 110 S
P Sejarah 1
Pendekatan Neurobiologi 3
Pendekatan Psikoanalisis 3 T
Pengetahuan Deklaratif 109 Tingkah laku 128
Pengetahuan Prosedural 109
Pengurusan emosi 58 U
Peribadi 128 Ujian Kecerdasan 48,49,50, 51
Psikologi dewasa 9
Psikologi eksperimen 9 V
Psikologi klinikal 9 Vitamin tambahan 53
Psikologi social 9
Psikologi umum 9
Psikologi 1.2,3,4
Psikologi fisiologi 9
Psikologi industri 9
Psikologi kanak-kanak 9
Psikologi Perkembangan 9
Psikologi remaja 9